Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

18 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

59

Soalan

​Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak daripada jumlah RM 2.6 bilion untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Pulau Pinang dari tempoh RMK-9 sehingga RMK-11 telah diberi dan bila bakinya akan diberi supaya masalah banjir di Pulau Pinang dapat dikawal.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan setakat ini telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.

Walaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja (tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan). Pengurangan ini boleh ditakrifkan sebagai penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan selepas penilaian semula skop kerja, reka bentuk dan kos yang terlibat.

Sekian, terima kasih.


Attachments