Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 6

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 March 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

14

Soalan

​Dr. Azman Bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan purata masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tuntutan harta pusaka di Malaysia. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memudahkan penyelesaian isu tuntutan harta pusaka ini .

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa kini, JKPTG yang bertanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka kecil di Malaysia menetapkan sasaran penyelesaian setiap tuntutan harta pusaka kecil dalam tempoh 4 bulan, berdasarkan pencapaian KPI tahun sebelum ini yang menunjukkan 80% dari jumlah permohonan yang diterima dapat diselesaikan dalam tempoh 4 ½ bulan.

Menjelang tahun 2020, JKPTG mensasarkan penyelesaian setiap kes dikurangkan kepada tempoh yang lebih singkat ke arah 2 bulan dengan inisiatif berikut;

i) Pindaan undang-undang kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(Pindaan 2018) dan Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) dengan fokus utama memberikan lebih pilihan dan kemudahan kepada rakyat;

ii) Penambahbaikan sistem MyeTaPP (Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pusaka) dengan perlaksanaan integrasi antara agensi dan permohonan secara atas talian (online) dikuatkuasakan secara berperingkat;

iii) Penambahbaikan dalam Standard Operational Procedure (SOP) melalui perlaksanaan ISO 9001:2015 ke seluruh Unit Pembahagian Pusaka.

Sekian, terima kasih.

​

Attachments