Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

55

Soalan

​TUAN JONATHAN YASIN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang akan dimulakan.​

Jawapan

​​​​​

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kundasang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan peruntukan sebanyak RM161,930,233.00. LRA ini dijangka menampung sehingga 15 juta liter sehari (JLH) bagi kawasan sekitar penduduk Kundasang.
Projek ini telah melalui proses penilaian tender. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada bulan April 2019. Projek ini dijangka siap pada tahun 2021.

Sekian, terima kasih​


Attachments