[
    {
        "source_id": 3041,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3041",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-12",
        "year": 2026,
        "no": "1",
        "member": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah penilaian Kementerian terhadap pencapaian Malaysia setakat ini berhubung sasaran Net Zero 2050, dan apakah langkah konkrit yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan sasara...",
        "question": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah penilaian Kementerian terhadap pencapaian Malaysia setakat ini berhubung sasaran Net Zero 2050, dan apakah langkah konkrit yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan sasaran pengurangan intensiti gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang 2030 serta mencapai sifar bersih menjelang 2050 dapat direalisasikan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Malaysia telah meratifikasikan Perjanjian Paris pada 16 November 2016. Antara obligasi utama negara ahli kepada Perjanjian Paris adalah untuk menyediakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang dinamakan sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) yang merupakan sasaran pengurangan pelepasan GHG sesebuah negara ahli kepada Perjanjian Paris.\n\n• Dalam hal ini, Malaysia telah mengemukakan komitmen NDC Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG yang merentas ekonomi sebanyak 45% pada tahun 2030 berbanding tahapnya pada tahun 2005. Berdasarkan Laporan Biennial Transparency Report (BTR) pertama negara, Malaysia telah mencapai pengurangan intensiti karbon sebanyak 37.12% terhadap KDNK pada tahun 2021 berbanding tahap pada tahun 2005. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan positif dan kemajuan ke arah sasaran NDC menjelang 2030. \n\n• Selain sasaran NDC, Malaysia juga meletakkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050. Walau bagaimanapun buat masa ini, pencapaiannya adalah masih terlalu awal untuk dinilai. Namun begitu, dengan mengambil kira perkembangan semasa dasar dan perundangan di Malaysia, serta strategi sedia ada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam positif bahawa Malaysia sedang berada di landasan yang tepat bagi mencapai aspirasi jangka masa panjang tersebut.\n\n• Sebagai langkah untuk memastikan sasaran-sasaran ini dapat direalisasikan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah membangunkan dokumen Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long-Term Low Emissions Development Strategy - LTLEDS) Malaysia. \n\n• LTLEDS merupakan dokumen penting yang menjadi asas rujukan dasar bagi pelaksanaan strategi penyahkarbonan seperti tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, mobiliti elektrik, sumber tenaga alternatif seperti biobahan api dan hidrogen, teknologi baharu seperti inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (carbon capture, utilization and storage - CCUS), dan juga penyelesaian berasaskan alam semulajadi (nature-based solutions).\n\n• Pelaksanaan strategi penyahkarbonan ini akan disokong oleh pelbagai dasar dan perundangan antara lainnya seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap - NETR), Dasar Tenaga Negara 2040, Pelan Induk Perindustrian Baharu (New Industrial Master Plan - NIMP) dan perundangan seperti Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency and Conservation Act - EECA) dan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 (CCUS Act). \n\n• Dalam masa yang sama, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam juga sedang memuktamadkan pembangunan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang dijangka akan dibentangkan di sesi kedua Parlimen pada bulan Jun 2026 dan juga pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK). Kedua-dua dasar dan perundangan ini adalah penting bagi mengukuhkan tadbir urus perubahan iklim di Malaysia dan menyokong pelaksanaan usaha penyahkarbonan di bawah sektor-sektor lain yang berkaitan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3042,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3042",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-12",
        "year": 2026,
        "no": "2",
        "member": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapakah penyeludupan e-sisa masih berleluasa di pelabuhan negara walaupun pelbagai penguatkuasaan telah diumumkan dan siapakah pihak yang perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan me...",
        "question": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mengapakah penyeludupan e-sisa masih berleluasa di pelabuhan negara walaupun pelbagai penguatkuasaan telah diumumkan dan siapakah pihak yang perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan mengekang kemasukan e-sisa haram serta apakah indikator prestasi utama yang digunakan bagi mengukur kejayaan penguatkuasaan terhadap penyeludupan e-sisa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah mengenal pasti beberapa faktor yang mendorong kemasukan secara berterusan e-waste ke Malaysia iaitu:\n\n• Asia Tenggara dan Malaysia telah menjadi antara destinasi eksport popular negara maju selepas China mengumumkan larangan import untuk pelbagai jenis sisa pepejal seperti plastik, kertas, tekstil, sisa logam dan e-waste pada tahun 2018. Dasar China ini memaksa negara maju untuk mencari destinasi baru untuk mengeksport sisa Negara masing-masing; \n\n• Terdapat individu atau sindiket tidak bertanggungjawab dengan sengaja membuat pengisytiharan palsu serta memanipulasi maklumat barangan yang dibawa masuk bagi memperdaya dan mengelirukan pihak berkuasa; dan\n\n• Permintaan yang tinggi oleh kilang haram dan tidak berlesen dalam Negara yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste kerana bahan tersebut mengandungi logam bernilai tinggi seperti emas, perak, kuprum dan palladium yang boleh diperolehi semula. \n\n• Isu e-waste melibatkan rantaian aktiviti yang kompleks dan merentasi pelbagai bidang kuasa bermula dari negara pengeksport yang melibatkan pengangkutan oleh syarikat perkapalan yang diuruskan oleh ejen penghantaran dan pemilik kontena. E-waste ini dibawa masuk secara haram melalui pelabuhan dan disimpan secara sementara di gudang-gudang dan kemudiannya dihantar ke kilang-kilang haram untuk diproses. Hasil residue atau sisa yang dijana daripada aktiviti ini akan dilupuskan secara haram.\n\n• Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa tanggungjawab terhadap operasi perkapalan dan pelabuhan berada di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Manakala kawalan kemasukan kontena dan sempadan pula adalah di bawah bidang kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuklah dari segi mengawalselia ejen penghantaran.\n\n• Kilang-kilang haram yang memproses e-waste tanpa sebarang kelulusan ini adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah. Justeru, isu ini memerlukan pendekatan penguatkuasaan bersepadu dan kerjasama rentas agensi bagi memastikan rantaian ini dapat diputuskan secara menyeluruh.\n\n• Usaha memerangi e-waste haram bukanlah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja. Kerjasama dan pendekatan Whole of Nation amat penting bagi menangani rangkaian kemasukan e-waste secara haram ke Negara ini bermula dengan memutuskan rangkaian rantaian permintaan dan penawaran. \n\n• Sehubungan itu, tiada satu pihak yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya atau harus dipersalahkan dan semua tenaga harus digembeling untuk membanteras isu ini. \n\n• Indikator prestasi utama yang digunakan bagi mengukur kejayaan penguatkuasaan terhadap penyeludupan e-waste adalah bilangan penahanan kontena e-waste melalui pelbagai operasi bersepadu seperti Ops Hazard 1.0, Ops Hazard 2.0, Ops e-waste dan Ops Dermaga. Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan bagi tahun 2026 bagi mengekang kemasukan e-waste haram ke dalam Negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3039,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3039",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-10",
        "year": 2026,
        "no": "5",
        "member": "Senator Dato' Sivaraj a/l Chandran",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan penggunaan mesin peniup daun di kawasan awam menghasilkan tahap zarah terampai (PM2.5 dan PM10), paras ini melepasi had selamat yang ditetapkan oleh garis panduan kualiti udara kebangsaa...",
        "question": "Senator Dato' Sivaraj a/l Chandran minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan penggunaan mesin peniup daun di kawasan awam menghasilkan tahap zarah terampai (PM2.5 dan PM10), paras ini melepasi had selamat yang ditetapkan oleh garis panduan kualiti udara kebangsaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Penggunaan mesin peniup daun di kawasan awam berpotensi meningkatkan kepekatan zarah terampai seperti (Particulate matter) PM2.5 dan PM10 dalam udara sekitar. Peningkatan ini berlaku kerana tiupan udara berkelajuan tinggi mengangkat habuk, tanah kering serta partikel halus lain yang berada di permukaan tanah ke udara. Namun demikian, peningkatan ini lazimnya bersifat setempat dan sementara serta tidak semestinya mencerminkan bacaan purata 24 jam yang direkodkan di stesen pemantauan kualiti udara.\n\n• Dalam hubungan ini, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan sama ada paras tersebut melepasi had selamat yang ditetapkan oleh garis panduan kualiti udara kebangsaan atau saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti keadaan persekitaran, jumlah habuk di permukaan, tempoh penggunaan dan pergerakan angin. Dalam keadaan tertentu khususnya ketika cuaca kering dan angin perlahan, bacaan zarah terampai di kawasan berhampiran boleh meningkat buat sementara waktu dan berpotensi melebihi garis panduan yang disarankan oleh WHO. \n\n• Terdapat perbezaan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia (MAAQS) berbanding garis panduan WHO kerana pendekatan yang digunakan dalam menetapkan standard tersebut adalah berbeza dari segi tujuan dan pertimbangan dasar. Perkara ini meliputi tahap pembangunan ekonomi Negara, keupayaan teknologi untuk pemantauan dan penguatkuasaan serta kesan kepada sektor industri dan mobiliti masyarakat. Manakala, panduan yang digariskan dalam WHO Global Air Quality Guidelines 2021 adalah berasaskan bukti saintifik terkini mengenai kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia dan bertujuan menetapkan tahap perlindungan kesihatan yang paling optimum. \n\n• Sehubungan itu, penggunaan mesin peniup daun di kawasan awam wajar dilaksanakan secara berhemah bagi meminimumkan pendedahan kepada orang awam serta mengurangkan kesan terhadap kualiti udara persekitaran. Kementerian mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan serta pengendali perkhidmatan pembersihan untuk mengamalkan amalan terbaik termasuk penetapan masa operasi yang sesuai di luar waktu puncak serta pematuhan kepada langkah-langkah kawalan bagi meminimumkan impak terhadap kualiti udara dan kesihatan awam.\n\n• Berdasarkan data pengawasan kualiti udara bagi tahun 2025, secara keseluruhannya status kualiti udara di Malaysia adalah terkawal dan berada pada tahap yang baik. Pada tahun tersebut, sebanyak 50.4% bacaan IPU direkodkan dalam kategori ‘Baik’, meningkat berbanding 35.2% pada tahun 2024. Sementara itu, bacaan IPU dalam kategori ‘Sederhana’ dan ‘Tidak Sihat’ masing-masing mencatatkan 49.4% dan 0.2% daripada keseluruhan bacaan IPU di seluruh Malaysia. Statistik ini menunjukkan bahawa majoriti bacaan kualiti udara yang direkodkan sepanjang tahun berada dalam kategori Baik dan Sederhana. \n\n• Sehingga jam 9.00 pagi hari ini, daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara, sebanyak 16 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap ‘Baik’, 52 stesen pada tahap ‘Sederhana’, dan tiada stesen mencatatkan bacaan ‘Tidak Sihat’.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3027,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3027",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-26",
        "year": 2026,
        "no": "6",
        "member": "Senator Puan Noorita binti Sual",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Perhutanan, Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Perhutanan",
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • apakah usaha - usaha terkini yang telah diambil untuk menyeimbangi dasar kelestarian alam antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan - Kerajaan Negeri; dan • adakah Kerajaan berhasrat untuk...",
        "question": "Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :- \n\n• apakah usaha - usaha terkini yang telah diambil untuk menyeimbangi dasar kelestarian alam antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan - Kerajaan Negeri; dan \n\n• adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan peratusan hutan simpan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\nDalam mendepani cabaran kelestarian alam, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa berpegang teguh kepada prinsip federalisme sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerjasama strategik ini dilaksanakan melalui pendekatan yang menghormati pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan pengurusan sumber asli dan alam sekitar dilakukan secara bertanggungjawab dan mampan.\n\nSementara kita menghormati bidang kuasa negeri, namun adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengurus kesan daripada pengurusan sumber asli yang tidak lestari seperti kejadian bencana, pencemaran alam sekitar, isu-isu berkaitan orang asli dan isu-isu kesihatan. Selain itu, pematuhan kepada komitmen antarabangsa seperti Perjanjian Paris, Komitmen Negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 dan lain-lain perjanjian global perlu dihormati bagi menjaga kredibiliti Negara di persada antarabangsa.\n\n“Kelestarian alam, tanggungjawab bersama”\n\nLangkah utama dalam menyeimbangi dasar ini adalah melalui pemerkasaan platform rundingan rasmi seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE). Mesyuarat ini memainkan peranan penting dalam menyelaraskan dasar dan strategi pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sekaligus mengelakkan pertindihan atau percanggahan pelaksanaan. Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi medan perkongsian amalan terbaik antara negeri, memperkukuh komitmen bersama terhadap kelestarian alam dan memastikan setiap pihak memainkan peranan secara bersepadu. \n\nPenyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini turut diperkukuh melalui platform-platform lain di bawah Kementerian iaitu Majlis Mineral Negara (MMN) dan Majlis Tanah Negara (MTN). Dalam hal ini, MTN ke-77 dan ke-78 antara lain menegaskan bahawa Hutan Simpanan Kekal (HSK) hendaklah dikekalkan fungsi utamanya sebagai kawasan perlindungan dan sebarang aktiviti bukan perhutanan termasuk perlombongan hendaklah diteliti secara ketat serta tidak menjadi pendekatan pembangunan lazim. Manakala, MTN ke-81 pula mempergiat pewartaan HSK di kawasan Central Forest Spine (CFS).\n\nDalam sektor mineral, khususnya pembangunan unsur nadir bumi (REE), Kerajaan melalui Kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan pembangunan mineral tidak mengabaikan kelestarian ekosistem. Sebagai panduan teknikal, Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE telah disediakan dan diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023. SOP ini menjadi dokumen panduan komprehensif yang merangkumi fasa pra-perlombongan hingga pasca-perlombongan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan SOP ini tetap mengambil kira kerangka perundangan negeri masing-masing, selaras dengan bidang kuasa negeri terhadap urusan tanah dan mineral. Bagi isu sensitif seperti perlombongan di dalam HSK, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kini sedang melaksanakan kajian menyeluruh selama lima tahun bagi menilai impak terhadap hidrologi, tanah, flora, fauna, dan stok karbon sebelum sebarang keputusan dasar dimuktamadkan.\n\nSeterusnya, pemerkasaan perundangan perhutanan dilaksanakan melalui Pindaan Akta Perhutanan Negara 2022. Pindaan ini mewajibkan proses pendengaran awam serta penggantian dan pewartaan serentak bagi mana-mana kawasan HSK yang diwartakan keluar. Bagi menyokong inisiatif negeri, Kerajaan Persekutuan menyediakan insentif kewangan melalui Ecological Fiscal Transfer (EFT) untuk membantu Kerajaan Negeri melindungi kawasan tadahan air dan menambah kawasan perlindungan baharu. Sebagai langkah perlindungan tambahan, Kementerian secara tegas tidak meluluskan Operating Mining Scheme (OMS) bagi aktiviti perlombongan dalam HSK, kawasan hutan perlindungan, dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), di samping mempertingkatkan usaha pemuliharaan kawasan hutan terosot melalui penanaman pokok spesies hutan.\n\nAkhir sekali, dari sudut penguatkuasaan, tindakan bersepadu diperkukuh melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang melibatkan Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi teknikal berkaitan. Kerjasama ini bertujuan membanteras perlombongan haram yang berpotensi menjejaskan kelestarian alam sekitar dan merugikan hasil negeri. Secara keseluruhannya, integrasi antara penyelarasan dasar, insentif ekonomi, dan penguatkuasaan bersama ini merupakan kunci utama dalam menjamin kelestarian khazanah alam Malaysia demi kesejahteraan generasi masa hadapan.\n\nSoalan (b)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok dicapai.\n\nSehingga kini, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 17.97 juta hektar atau 54.31 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan HSK adalah 10.7 juta hektar atau 32.33 peratus daripada keluasan tanah negara. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3035,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3035",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-04",
        "year": 2026,
        "no": "7",
        "member": "Senator Datuk Rosni binti Sohar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah penilaian Kementerian terhadap keberkesanan peraturan dan mekanisme sedia ada dalam menangani sisa panel solar serta bateri kenderaan elektrik yang bakal meningkat dengan signifik...",
        "question": "Senator Datuk Rosni binti Sohar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah penilaian Kementerian terhadap keberkesanan peraturan dan mekanisme sedia ada dalam menangani sisa panel solar serta bateri kenderaan elektrik yang bakal meningkat dengan signifikan memandangkan ciri kimia dan profil risiko berbeza daripada sisa elektronik konvensional dalam usaha melindungi kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa cakna berkaitan pengurusan sisa panel solar dan bateri kenderaan elektrik (Electric Vehicle - EV). Ini adalah penting bagi memastikan pertumbuhan pesat penggunaan panel solar dan industri EV tidak membawa kepada risiko pencemaran baharu. Strategi ini merangkumi beberapa aspek utama antaranya:\n\n• Dasar dan Perundangan\n\nKementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menetapkan supaya buangan terjadual termasuk bateri terpakai perlu melalui proses pemerolehan kembali selari dengan konsep cradle to cradle bagi mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar. Selain itu, teknologi pemerolehan kembali yang digunakan juga perlu mematuhi perundangan alam sekitar yang ditetapkan.\n\nPanel solar dan sisa bateri EV dikelaskan sebagai buangan terjadual di bawah kod SW 103, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Oleh itu, pengurusan panel solar dan sisa bateri EV adalah tertakluk di bawah peraturan tersebut. \n\n• Teknologi Pemerolehan Kembali\n\nDi Malaysia, kini terdapat lima (5) buah fasiliti* pemerolehan kembali luar tapak bagi kod SW 103. Teknologi pemerolehan kembali bateri terpakai melibatkan proses mengekstrak bahan berharga dalam bateri seperti litium, kobalt dan nikel. Terdapat lima (5) Fasiliti bagi mengolah dan mengitar semula bateri terpakai (bateri EV) di Malaysia iaitu:\n\n• Hi Tech Full Recovery (M) Sdn Bhd, Padang Meha ,Kedah - 50 metrik tan/bulan\n\n• Sungeel Hi Tech Sdn Bhd,Pelabuhan Klang, Selangor - 300 metrik tan/bulan\n\n• Tess Amm (M) Sdn Bhd , Pasir Gudang ,Johor - 30 metrik tan/bulan\n\n• Econili di Perak - 1,000 metrik tan/bulan\n\n• MS Waste di Negeri Sembilan - 2160 metrik tan/bulan\n\nSelain itu terdapat 20 kemudahan pemerolehan kembali penuh (full recovery facility) dan 108 kemudahan pemerolehan kembali separa (partial recovery facility) yang dilesenkan oleh JAS untuk e-waste . \n\nManakala sejumlah 136 pusat pengumpulan telah berdaftar dengan JAS yang terdiri daripada PBT, peruncit, Badan Bukan Kerajaan, Non-Government Organization (NGO) dan industri bagi pengumpulan sisa ewaste dari isi rumah.\n\n• Pengumpulan dan pemisahan awal yang melibatkan pengasingan bateri melalui jenis bateri sama ada bateri litium-ion, nikel-kadmium dan sebagainya. Seterusnya proses nyahcas bateri akan dilakukan bagi mengelakkan risiko letupan atau kebakaran semasa kitar semula. Plat bateri seterusnya akan melalui proses pemecahan sehingga menjadi metal oxide powder (black mass) sebelum dihantar untuk proses hidrometalurgi;\n\n• Teknologi Hidrometalurgi menggunakan kaedah larutan kimia untuk melarutkan bahan aktif dalam bateri. Di dalam proses ini unsur seperti litium, kobalt dan mangan dapat diasingkan melalui proses elektrolisis; dan\n\n• Teknologi Pirometalurgi melibatkan pembakaran bateri pada suhu tinggi untuk mengekstrak logam berharga. Proses ini lebih cepat tetapi menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.\n\n• Kementerian melalui JAS percaya teknologi dan kemudahan sedia ada ini berkeupayaan untuk mengurus sisa panel solar dan bateri EV dalam Negara. \n\n• Bagi memastikan pengoperasi premis yang ditetapkan buangan terjadual berkaitan yang memproses sisa elektrik-elektronik yang dilesenkan, pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya 3 kali setahun.\n\n• Manakala premis yang selain dari yang dilesenkan, pemeriksaan dilakukan secara rutin dengan mengambilkira keseriusan sesuatu pencemaran, kekerapan aduan pencemaran yang di adu oleh orang awam, lokasi kilang yang berhampiran dengan takat pengambilan air. Selain itu, inisiatif lain bagi mengawal pengoperasian kilang haram e-waste antaranya seperti :-\n\n• Perwakilan kuasa kepada Polis DiRaja Malaysia untuk Seksyen 34B AKAS 1974 bagi penyiasatan kes pengimportan dan pemprosesan e-waste secara haram; \n\n• Mengadakan kerjasama dengan agensi lain seperti PDRM dan NFCC daripada segi persediaan untuk menyelesaikan kes-kes berimpak tinggi yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram; dan\n\n• Menggiatkan usaha membanteras kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diseludup masuk secara haram melalui operasi bersepadu seperti Op Hazard yang melibatkan pelbagai agensi.\n\n• Dengan pelaksanaan strategi tersebut, Kementerian berharap dapat memastikan bahawa pertumbuhan pesat penggunaan panel solar dan industri EV di Malaysia berjalan seiring dengan perlindungan alam sekitar yang ketat dan membuka peluang baharu dalam ekonomi kitaran.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3024,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3024",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-24",
        "year": 2026,
        "no": "10",
        "member": "Senator Tuan Pele Peter Tinggom",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah implikasi langsung kepada Kerajaan Negeri sekiranya Perkara 5.2.3 berkenaan critical minerals dikuatkuasakan, memandangkan critical minerals termasuk di bawah Jadual Kesembilan, S...",
        "question": "Senator Tuan Pele Peter Tinggom minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah implikasi langsung kepada Kerajaan Negeri sekiranya Perkara 5.2.3 berkenaan critical minerals dikuatkuasakan, memandangkan critical minerals termasuk di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Kerajaan Negeri dan bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Merujuk Perkara 5.2.3 di bawah Perjanjian antara Kerajaan Amerika Syarikat dan Kerajaan Malaysia mengenai Perdagangan Timbal Balik, Malaysia menyatakan komitmen untuk meneroka mekanisme semakan pelaburan masuk (inbound investment review) atas pertimbangan keselamatan negara, termasuk dalam sektor mineral kritikal dan infrastruktur kritikal. \n\n• Pertama, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, mineral adalah di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri). Maka kuasa pemberimilikan tanah, pajakan perlombongan, kebenaran melombong dan royalti kekal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Perkara 5.2.3 ini tidak memindahkan kuasa tersebut kepada Kerajaan Persekutuan, dan tidak menjejaskan hak Negeri terhadap sumber mineral masing-masing.\n\n• Kedua, komitmen ini berkaitan aspek keselamatan pelaburan, bukan pemilikan atau pentadbiran sumber. Mekanisme yang diteroka adalah selaras dengan amalan antarabangsa seperti kerangka kawalan pelaburan di Australia dan Kesatuan Eropah. Tujuannya adalah untuk menilai risiko pengambilalihan atau pelaburan asing yang boleh menjejaskan keselamatan negara, rantaian bekalan strategik atau teknologi sensitif. Ia bukan instrumen untuk mengambil alih kuasa Negeri.\n\n• Ketiga, implikasi langsung kepada Kerajaan Negeri adalah dari sudut penyelarasan dan perkongsian maklumat. Sekiranya pelaburan asing dalam sektor mineral kritikal dikenal pasti mempunyai risiko keselamatan, ia tertakluk kepada semakan tambahan di peringkat Persekutuan sebelum dimuktamadkan. Namun kelulusan pajakan dan lesen perlombongan tetap berada di bawah kuasa Negeri. \n\n• Keempat, pendekatan ini sejajar dengan prinsip penekanan kepada tadbir urus baik, keselamatan sumber dan pembangunan industri bernilai tambah. Malaysia sendiri telah memperkukuh penguatkuasaan terhadap perlombongan haram melalui operasi bersepadu antara agensi. Maka aspek keselamatan bukan perkara baharu, tetapi kesinambungan kepada usaha melindungi kepentingan strategik negara.\n\n• Kelima, tiada implikasi langsung terhadap hasil Negeri seperti royalti dan premium tanah. Sebaliknya, mekanisme ini berpotensi meningkatkan keyakinan pelabur berkualiti tinggi serta menggalakkan pembangunan pemprosesan dan aktiviti hiliran di dalam negara.\n\n• Kesimpulannya, Perkara 5.2.3 tidak mengubah pembahagian kuasa Persekutuan dan Negeri. Kuasa sumber mineral kekal di tangan Kerajaan Negeri, manakala Persekutuan berperanan memastikan keselamatan negara dan kepentingan strategik terutamanya mineral kritikal yang dilindungi dalam konteks perdagangan dan pelaburan antarabangsa.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3030,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3030",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-02",
        "year": 2026,
        "no": "10",
        "member": "Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah unjuran rekod Bahan Sisa Terjadual Komponen Elektronik (electronic scheduled waste) di Malaysia dan bagaimanakah langkah menangani isu kemasukan sisa elektronik (e-waste) haram da...",
        "question": "Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah unjuran rekod Bahan Sisa Terjadual Komponen Elektronik (electronic scheduled waste) di Malaysia dan bagaimanakah langkah menangani isu kemasukan sisa elektronik (e-waste) haram dari luar negara secara sifar toleransi dilaksanakan dengan mengamalkan tahap integriti yang tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS), jumlah penghasilan e-waste daripada sektor industri di seluruh negara bagi tempoh lima (5) tahun, iaitu dari 2020 hingga 2024, adalah sebanyak lima ratus lapan puluh enam ribu enam ratus lima (586,605) tan metrik. Manakala, bagi tempoh yang sama, penghasilan e-waste daripada isi rumah direkodkan sebanyak sepuluh ribu enam ratus lima puluh empat (10,654) tan metrik. ini menjadikan keseluruhan penghasilan e-waste dalam negara dalam tempoh lima (5) tahun adalah sebanyak lima ratus sembilan puluh tujuh ribu dua ratus enam puluh (597,260) tan metrik. \n\n• Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Malaysia merupakan negara yang telah meratifikasikan Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya. Sehubungan itu, pengimportan e-waste adalah tidak dibenarkan di negara ini. Justeru, ingin ditegaskan bahawa Kementerian melalui JAS tidak pernah memberi kelulusan atau membenarkan sebarang pengimportan e-waste sepanjang tempoh ini.\n\n• Kerajaan memandang serius terhadap sebarang aktiviti pengimportan haram buangan terjadual yang boleh menjejaskan keselamatan alam sekitar serta kesihatan awam dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menyeludup masuk sisa e-waste ke dalam negara. \n\n• Bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan secara tuntas dengan pendekatan Whole of Nation, Kementerian bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Menangani Isu Kemasukan E-Waste Haram.\n\n• Selain itu, NRES juga telah mengemukakan permohonan untuk mengklasifikasikan e-waste di bawah kategori larangan mutlak, Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ketika ini, e-waste masih disenaraikan di bawah Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 iaitu barangan yang hanya boleh diimport dengan kelulusan permit import (AP) daripada pihak berkuasa yang ditetapkan. \n\n• Sebagai perkongsian, pada 28 Februari 2026 yang lepas, saya telah mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Klang untuk meninjau status penahanan kontena yang mengandungi e-waste. Lawatan ini adalah susulan daripada dapatan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi memperkukuh tadbir urus dan kecekapan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di negara ini.\n\n• Susulan lawatan tersebut, saya telah mengarahkan JAS bersama-sama agensi berkaitan untuk melaksanakan Operasi Bersepadu Khas e-waste bagi menyelesaikan lambakan kontena yang belum diperiksa agar Kementerian dapat mengenal pasti secara tepat bilangan kontena yang terlibat dengan penyeludupan e-waste. \n\n• Selain itu, Kementerian komited dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk membanteras jenayah melibatkan isu penyeludupan sisa e-waste ke dalam Negara yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat. Antara tindakan yang dilaksanakan adalah:\n\n• Memperkukuhkan mekanisma kawalan di pintu masuk sempadan serta meningkatkan penguatkuasaan;\n\n• Meningkatkan kerjasama antarabangsa dari segi perkongsian maklumat mengenai kapal kontena disyaki mengandungi e-waste;\n\n• Mengaktifkan larangan menurunkan kontena yang disyaki mengandungi e-waste daripada kapal (discharge);\n\n• Perwakilan kuasa dan kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain seperti PDRM dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) untuk menjalankan siasatan penyeludupan e-waste serta kes yang berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram; dan\n\n• Menggiatkan usaha membanteras kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diseludup masuk secara haram.\n\n• Sebagai penutup, Kerajaan akan terus memperkukuh penguatkuasaan, kerjasama antara agensi serta kawalan sempadan bagi memastikan sebarang cubaan menjadikan negara sebagai destinasi pelupusan e-waste haram dapat dibanteras sepenuhnya. Kementerian berpendirian teguh, Malaysia bukan tempat buangan sampah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3028,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3028",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-26",
        "year": 2026,
        "no": "17",
        "member": "Senator Datuk Bobbey Bin Suan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status pelaksanaan program pemulihan hutan yang terjejas di Sabah.",
        "question": "Senator Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah status pelaksanaan program pemulihan hutan yang terjejas di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Sabah telah memulihkan kawasan hutan yang terjejas melalui aktiviti tanaman mengaya (restorasi) seluas 71,014.30 hektar, manakala kawasan yang dilaksanakan dengan rawatan silvikultur adalah seluas 480,178.80 hektar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3036,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3036",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-04",
        "year": 2026,
        "no": "18",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan tegas yang diambil terhadap lambakan kemasukan e-waste secara haram dalam negara memandangkan pelaksanaan moratorium selama enam bulan dilihat tidak berkesan.",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan tegas yang diambil terhadap lambakan kemasukan e-waste secara haram dalam negara memandangkan pelaksanaan moratorium selama enam bulan dilihat tidak berkesan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Malaysia merupakan negara yang telah meratifikasikan Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya. Sehubungan itu, pengimportan e-waste tidak dibenarkan masuk ke dalam Malaysia. Justeru, ingin ditegaskan bahawa Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak pernah memberi kelulusan atau membenarkan sebarang pengimportan e-waste sepanjang tempoh ini. Sehubungan itu, isu moratorium adalah tidak berkaitan. \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 jelas memperuntukkan berkenaan kesalahan bagi sebarang penempatan buangan terjadual sama ada di darat atau ke dalam perairan Malaysia, transit atau membenarkan ditransit tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima (5) tahun dan denda tidak kurang dari satu ratus ribu Ringgit Malaysia (RM100,000) dan tidak melebihi sepuluh juta Ringgit Malaysia (RM10 juta). \n\n• Tindakan akan diambil kepada pihak pengimport, ejen penghantaran dan logistik, pengangkutan kargo dan “liners/carriers” yang terlibat dalam pengimportan buangan berbahaya termasuk e-waste secara haram dengan syarat pemilik tersebut boleh dikenal pasti.\n\n• Bagi e-waste yang dikesan masuk ke Malaysia secara haram, tindakan yang diambil adalah melaksanakan pemulangan semula (repatriation) ke negara asal selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Basel. Berdasarkan rekod, sebanyak satu ribu dua ratus empat puluh satu (1,241) kontena telah diperiksa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), JAS, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta agensi penguatkuasaan lain sepanjang tempoh 2021 hingga 2025. Daripada jumlah tersebut, tujuh ratus satu (701) kontena didapati mengandungi e-waste dan telah ditahan. \n\n• JAS telah mengeluarkan arahan pemulangan kepada semua konsaini yang terlibat melalui notis arahan di bawah Seksyen 31 AKAS 1974 berdasarkan maklumat manifest JKDM atau bill of landing. Daripada tujuh ratus satu (701) kontena yang mengandungi e-waste tersebut, sebanyak empat ratus dua puluh lapan (428) kontena telah berjaya dipulangkan semula ke negara asal mengikut prosedur yang ditetapkan. \n\n• Usaha membanteras kemasukan e-waste secara haram sememangnya merupakan satu perjuangan yang berpanjangan dan mencabar. Namun demikian, Kementerian komited untuk terus memperkukuh kerjasama rentas agensi termasuk dengan pihak penguatkuasaan dan rakan antarabangsa dan tidak akan berputus asa dalam memastikan Malaysia dilindungi daripada ancaman pencemaran alam sekitar akibat e-waste.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3031,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3031",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-02",
        "year": 2026,
        "no": "19",
        "member": "Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah penambahbaikan dalam kawal selia dan penguatkuasaan yang sedang dilaksanakan bagi memastikan Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pembuangan sisa elektronik dari luar neg...",
        "question": "Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah penambahbaikan dalam kawal selia dan penguatkuasaan yang sedang dilaksanakan bagi memastikan Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pembuangan sisa elektronik dari luar negara, serta bagaimanakah Kementerian memperkukuh integriti sistem kelulusan, pemantauan import dan tindakan terhadap sindiket yang terlibat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Malaysia merupakan negara yang telah meratifikasikan Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya dan Malaysia mempunyai dasar tidak membenarkan pengimportan e-waste.\n\n• Kementerian sentiasa komited dalam memperkukuh kawalan terhadap kemasukan e-waste melalui semua pelabuhan di dalam Negara. Justeru, bagi menangani isu pengimportan haram e-waste secara lebih berkesan, antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama dengan semua agensi yang terlibat di pelabuhan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pihak Berkuasa Pelabuhan, Agensi Kawalan Sempadan dan Perlindungan (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS);\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain dari segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan di Malaysia;\n\n• Pelaksanaan arahan “Do Not Discharge” untuk menghalang kontena mencurigakan mengandungi e-waste daripada diturunkan di pelabuhan sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pihak terlibat seperti pengimport, ejen ataupun pihak kapal; dan\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi di dalam Negara terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diimport masuk secara haram melalui operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguatkuasa.\n\n• Malaysia mempunyai dasar tidak membenarkan pengimportan e-waste ke dalam Negara. Oleh yang demikian, isu integriti bagi sistem kelulusan pengimportan e-waste dan pemantauan import e-waste adalah tidak berbangkit dalam konteks ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3043,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3043",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-12",
        "year": 2026,
        "no": "20",
        "member": "Senator Puan Susan Chemerai Anding",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan selain usaha anti-pemburuan haram, apakah rancangan konkrit Kementerian untuk mewartakan dan menjamin koridor ekologi Central Forest Spine yang dicadangkan sebagai kawasan perlindungan k...",
        "question": "Senator Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan selain usaha anti-pemburuan haram, apakah rancangan konkrit Kementerian untuk mewartakan dan menjamin koridor ekologi Central Forest Spine yang dicadangkan sebagai kawasan perlindungan kekal untuk menjaga habitat Harimau Malaya yang terancam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Central Forest Spine (CFS) merupakan landskap gabungan lapan (8) kompleks hutan berkeluasan 5.3 juta hektar. Landskap ini terdiri daripada kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Hutan Tanah Kerajaan (HTK), Taman Negara, Taman Negeri, Rizab Hidupan Liar dan tanah persendirian yang menjadi tulang belakang bagi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merentasi lapan (8) buah negeri di Semenanjung.\n\nPengurusan CFS dilaksanakan berlandaskan kepada strategi, tindakan dan inisiatif yang terkandung dalam Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) 2022. Pelan induk ini telah mengenal pasti sebanyak 39 rangkaian ekologi (RE) CFS yang berfungsi menghubungkan semula kompleks hutan yang mengalami fragmentasi bagi tujuan konservasi biodiversiti terutamanya hidupan liar. \n\nDalam hubungan ini, bagi menjamin pengekalan habitat hidupan liar dan konservasi Harimau Malaya, seterusnya menyumbang kepada pengurangan konflik antara manusia dan hidupan liar, Mesyuarat Tanah Negara (MTN) ke-81 pada 19 September 2024 antara lain telah bersetuju supaya kerajaan-kerajaan negeri mengekalkan kawasan berhutan yang berstatus Tanah Kerajaan dalam RE CFS seluas 86,622 hektar, serta mengambil inisiatif mewartakan kawasan HTK yang sesuai dalam RE CFS sebagai HSK.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3037,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3037",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-04",
        "year": 2026,
        "no": "21",
        "member": "Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah sudah wujud penyelesaian kepada isu 800 orang ahli geospatial yang berisiko kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan pindaan Akta 458 pada tahun 2024.",
        "question": "Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah sudah wujud penyelesaian kepada isu 800 orang ahli geospatial yang berisiko kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan pindaan Akta 458 pada tahun 2024.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan mengambil maklum perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Namun begitu, pada masa ini Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 atau Akta A1730 sedang dalam proses mahkamah berikutan terdapat satu kes semakan kehakiman yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.\n\n• Memandangkan isu berkaitan impak pekerjaan dan kesahan Akta ini adalah intipati utama yang sedang dipertimbangkan oleh mahkamah, sebarang perbincangan lanjut mengenainya adalah bersifat subjudis. Sehubungan itu, bagi menghormati proses mahkamah, tiada sebarang kenyataan lanjut dapat diberikan sehingga kes semakan kehakiman tersebut selesai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3025,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3025",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-24",
        "year": 2026,
        "no": "27",
        "member": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah konkrit Kementerian untuk mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh serta bagaimana keberkesanan langkah ini dipantau dan diukur.",
        "question": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah konkrit Kementerian untuk mengurangkan risiko banjir dan tanah runtuh serta bagaimana keberkesanan langkah ini dipantau dan diukur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan risiko bencana ini dilaksanakan secara kolaboratif mengikut bidang kuasa khusus. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan banjir, manakala Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menumpukan kepada aspek bencana geologi dan tanah runtuh.\n\n• NRES melalui JMG telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pemetaan kawasan ancaman kejadian tanah runtuh di seluruh negara meliputi keluasan kira-kira dua ribu sembilan ratus enam puluh enam kilometer persegi (2,966 km2). Inisiatif ini merangkumi kawasan di tanah tinggi seperti Cameron Highlands seluas empat ratus tujuh puluh lima kilometer persegi (475 km2) dan Kundasang seluas tiga ratus tujuh puluh kilometer persegi (370 km²) sebagai usaha awal memperkukuh perancangan pembangunan dan pengurusan cerun secara bersepadu.\n\n• Hasil pemetaan tersebut telah dimanfaatkan melalui penyediaan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) yang dikongsi bersama agensi perancang dan pelaksana seperti PlanMalaysia bagi menyokong perancangan guna tanah yang lebih teratur, selamat dan mampan. Sehingga kini, dua (2) jenis Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) telah dibangunkan, iaitu PBRC berasaskan linear based dan area-based. Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab menyediakan PBRC berasaskan linear-based bagi laluan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, manakala JMG menyediakan PBRC berasaskan area-based yang meliputi lokasi selain jalan raya dan lebuh raya.\n\n• JMG juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan projek pemasangan peralatan amaran awal bencana geologi tanah runtuh (EWS) di 34 lokasi terpilih cerun kritikal tahap tinggi. Projek ini dilaksanakan sebagai satu tindakan kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman bencana geologi tanah runtuh.. Ia adalah selaras dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 yang memberi penekanan aspek mitigasi bukan struktur seperti penggunaan sistem amaran awal, perancangan berasaskan risiko dan pemerkasaan kapasiti komuniti.\n\n• Seiring dengan itu, JMG turut memainkan peranan aktif dengan mengemukakan ulasan teknikal di peringkat Pusat Sehenti (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan, sekali gus memastikan pembangunan terutama di kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) dapat dilaksanakan secara terancang, selamat dan mampan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3040,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3040",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-10",
        "year": 2026,
        "no": "31",
        "member": "Senator Dato' Wu Him Ven",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • hasil siasatan berhubung insiden air Sungai Perak bertukar biru yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE); dan • status dan ...",
        "question": "Senator Dato' Wu Him Ven minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :- \n\n• hasil siasatan berhubung insiden air Sungai Perak bertukar biru yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE); dan \n\n• status dan dapatan akhir laporan kajian impak perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) oleh FRIM yang dijadualkan untuk pelaporan pada Oktober 2025 serta apakah pendirian Kerajaan tentang ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kerajaan memandang serius insiden perubahan warna air Sungai Perak yang dilaporkan pada Oktober 2025 kerana ia berpotensi menjejaskan kualiti air dan keselamatan penduduk setempat. Sehubungan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengeluarkan arahan penggantungan sementara operasi perlombongan dan pembangunan lombong selama tiga minggu kepada tiga tapak perlombongan di Daerah Hulu Perak bagi membolehkan penambahbaikan segera dilaksanakan, khususnya berkaitan sistem rawatan efluen lombong serta kawalan hakisan dan sedimen.\n\n• Bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengaktifkan satu Task Force pada 26 dan 27 November 2025 yang melibatkan pelbagai agensi teknikal Persekutuan dan Negeri termasuk JMG, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak. Task Force ini telah menjalankan pemeriksaan tapak, siasatan punca pencemaran serta pensampelan kualiti air sungai.\n\n• Pemerhatian awal menunjukkan bahawa perubahan warna air berkemungkinan dipengaruhi oleh kehadiran logam berat atau bahan kimia tertentu hasil gangguan kepada tanah. Gangguan ini boleh berpunca daripada pelbagai aktiviti seperti perlombongan, pembalakan, pertanian, penyelenggaraan jalan dan cerun serta pelupusan sampah. \n\nSoalan (b)\n\n• Pelaporan yang dijadualkan pada Oktober 2025 adalah merujuk kepada kajian yang dilaksanakan di kawasan dirian ladang getah di Mukim Kenering, Perak dan bukannya di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK). Kajian tersebut telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menilai impak awal aktiviti perlombongan REE menggunakan kaedah in-situ leaching (ISL). Sehubungan itu, satu sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri telah diadakan pada 18 September 2025 bagi membentangkan dapatan kajian tersebut, dan laporan berkenaan telah dimuktamadkan untuk pelaporan pada Oktober 2025.\n\n• Sehubungan itu, dapatan kajian di kawasan dirian ladang getah tersebut, menunjukkan bahawa ia boleh dilaksanakan secara terkawal dengan pematuhan ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP). Ini termasuk pelaksanaan kawalan efluen yang berkesan, pemulihan progresif kawasan lombong sepanjang tempoh operasi serta pemantauan berterusan terhadap kualiti air bawah tanah dan persekitaran setempat. Dapatan ini adalah tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap keperluan kawal selia teknikal dan alam sekitar yang ditetapkan oleh agensi-agensi berkaitan.\n\n• Bagi kajian di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), ia masih dalam pelaksanaan dan dirancang secara berfasa dalam tempoh lima tahun. Kajian ini memerlukan pengumpulan data jangka sederhana dan panjang bagi menilai kesan terhadap flora, fauna, stok karbon, tanah, hidrologi dan sosio-ekonomi secara menyeluruh. FRIM akan mengemukakan laporan interim secara tahunan bagi memastikan pemantauan berterusan dan ketelusan.\n\n• Pendirian Kerajaan adalah jelas dan konsisten, iaitu sebarang keputusan dasar berkaitan perlombongan REE di kawasan HSK hanya akan dipertimbangkan selepas kajian saintifik yang menyeluruh dimuktamadkan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3044,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3044",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-12",
        "year": 2026,
        "no": "36",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana bidang kuasa Kerajaan Negeri diambil kira dalam Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana bidang kuasa Kerajaan Negeri diambil kira dalam Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) telah digubal untuk membolehkan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perjanjian Paris dan protokol-protokol lain berkenaan perubahan iklim dapat dilaksanakan dengan efektif melalui penguatkuasaan peruntukan-peruntukan di bawah RUU PIN tersebut. RUU PIN juga merupakan kerangka perundangan yang digubal bagi mengarusperdanakan tindakan perubahan iklim dan menjadi pelengkap kepada dasar mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang sedang dan ingin dilaksanakan oleh Kerajaan di peringkat domestik. \n\n• Dalam masa yang sama, NRES juga akan memperkenalkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem mekanisme pasaran karbon di samping memudahcara urusniaga kredit karbon di antara pemain tanpa menjejaskan kepentingan negara. Oleh yang demikian, RUU PIN juga akan menjadi instrumen penting bagi memastikan DPKK dapat dilaksanakan dengan efektif. \n\n• Walau bagaimanapun, NRES mengambil maklum dan sentiasa menghormati hak dan bidang kuasa Kerajaan Negeri bagi perkara berkaitan sumber asli dan hasil negeri. Contohnya, di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74 (2) menetapkan bahawa hutan adalah di bawah bidang Kuasa Kerajaan Negeri. Justeru, setiap negeri mempunyai kuasa dan hak untuk menggubal undang-undang dan menguruskan dasar perhutanan di negeri masing-masing. Kementerian ini turut mengambil maklum bahawa terdapat Kerajaan-Kerajaan Negeri yang telah menggubal dasar dan perundangan berkaitan perubahan iklimnya sendiri.\n\n• Sehubungan dengan itu, antara kuasa yang diperuntukkan di bawah RUU PIN secara amnya adalah melibatkan bidang kuasa NRES seperti:\n\n• penyediaan sasaran Nationally Determined Contributions (NDC) dan pengurangan pelepasan gas rumah kaca negara sepertimana yang dikehendaki oleh UNFCCC;\n\n• penubuhan skim perdagangan pelepasan atau Emission Trading Scheme (ETS);\n\n• penyediaan tindakan bagi mitigasi perubahan iklim dan langkah-langkah untuk meningkatkan daya ketahanan terhadap kesan iklim; dan\n\n• penyediaan pelaporan di peringkat antarabangsa serta dalam negara; dan\n\n• mengawal selia mekanisme pasaran karbon pematuhan khususnya bagi kredit karbon yang ingin dipindahkan ke luar negara seperti yang digariskan di bawah DPKK. \n\n• Selain itu, dalam memastikan peruntukan yang digubal di bawah RUU PIN dan hala tuju DPKK mengambil kira bidang kuasa kerajaan negeri khususnya yang melibatkan isu-isu yang berkait rapat dengan kuasa negeri seperti perhutanan, penggunaan tanah dan projek kredit karbon, Kementerian ini telah melaksanakan sebanyak 20 sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri berkenaan penggubalan RUU PIN dan pelaksanaan DPKK. Selain itu,dalam proses penggubalan RUU PIN dan DPKK, wakil Kerajaan Negeri juga turut terlibat di dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa pembangunan yang berkaitan agar input Kerajaan Negeri turut diambil kira. \n\n• Justeru, NRES ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri yang sudi berkongsi mengenai inisiatif perubahan iklim termasuk pasaran karbon yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam sesi libat urus dan mesyuarat yang telah dilaksanakan. NRES juga berhasrat agar Kerajaan Negeri dapat bersama mengambil bahagian dalam memastikan pelaksanaan RUU PIN dan DPKK ini dapat dimanfaatkan Kerajaan Negeri di samping memastikan kepentingan negara terpelihara. \n\n• Sehubungan dengan itu, sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan pelbagai pemegang taruh akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan penguatkuasaan RUU PIN adalah lebih komprehensif dan sesuai dengan keadaan negeri masing-masing. Selain itu, pelaksanaan DPKK juga dapat mewujudkan pasaran karbon berintegriti tinggi merentas negeri melalui penggunaan kredit karbon yang disahkan, berkos efektif dan menyumbang secara langsung kepada sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) dan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih negara. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3045,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3045",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-12",
        "year": 2026,
        "no": "40",
        "member": "Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • perkembangan terkini dan garis masa pembentangan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim; dan • bagaimana ia akan membolehkan harga karbon dan peralihan ke ekonomi rendah karbon merentas...",
        "question": "Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :- \n\n• perkembangan terkini dan garis masa pembentangan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim; dan \n\n• bagaimana ia akan membolehkan harga karbon dan peralihan ke ekonomi rendah karbon merentasi sektor-sektor ekonomi lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN). Rang undang-undang (RUU) ini akan menjadi kerangka perundangan utama negara bagi memperkukuh tadbir urus perubahan iklim serta membolehkan negara mengoperasikan dan menguatkuasakan tindakan perubahan iklim yang digariskan di bawah Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik. \n\n• RUU PIN juga akan menjadi pelengkap kepada dasar mitigasi dan adaptasi perubahan iklim sedia ada dan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan tindakan yang efektif dan inklusif di setiap peringkat. Sebuah entiti kawal selia bebas dikenali sebagai Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara (IKLIM) akan turut diwujudkan yang bertanggungjawab mengawal selia pelaksanaan dasar dan tindakan perubahan iklim negara. \n\n• Pada masa ini, RUU PIN sedang melalui proses semakan akhir oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memastikan RUU berkenaan teratur daripada aspek perundangan dan selaras dengan ketetapan dasar yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025. Kementerian ini berhasrat untuk membentangkan RUU PIN dan RUU IKLIM dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.\n\nSoalan (b)\n\n• Penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) membolehkan pelaksanaan harga karbon (carbon pricing) dan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon merentasi sektor ekonomi dibuat melalui pendekatan berfasa dan berstruktur.\n\n• Pertama, RUU PIN akan memperkenalkan sistem Pemantauan, Pelaporan dan Verifikasi (Monitoring, Reporting and Verification – MRV) yang mempunyai metodologi pengiraan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang seragam merentas sektor. Ini bagi memastikan ketelusan dan keabsahan data, serta pembentukan registri karbon kebangsaan yang berintegriti. MRV merupakan asas penting bagi pelaksanaan instrumen harga karbon kerana ia memastikan penetapan harga dibuat berasaskan data pelepasan sebenar.\n\n• Kedua, berdasarkan asas MRV tersebut, Kerajaan akan melaksanakan cukai karbon bermula tahun 2026 dengan tumpuan awal kepada sektor tenaga, besi dan keluli. Pelaksanaan cukai karbon ini akan diselaraskan dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) serta peruntukan di bawah RUU PIN bagi memastikan keseragaman dasar dan kecekapan pelaksanaan. Pengenalan cukai karbon pada peringkat ini akan memberikan isyarat yang jelas kepada sektor berintensiti karbon tinggi untuk meningkatkan kecekapan dan beralih kepada teknologi rendah karbon.\n\n• Ketiga, RUU PIN turut menyediakan asas perundangan bagi pelaksanaan Skim Perdagangan Pelepasan (Emission Trading Scheme – ETS) pada fasa seterusnya, apabila sistem MRV dan ekosistem pasaran karbon domestik telah matang. ETS akan membolehkan had pelepasan ditetapkan bagi sektor tertentu dan memberi fleksibiliti pematuhan melalui perdagangan elaun pelepasan secara kos efektif.\n\n• Selain itu, RUU PIN juga akan mengawal selia pasaran karbon pematuhan (compliance market) termasuk penggunaan kredit karbon bagi memenuhi obligasi pengurangan pelepasan. Ini memberi pilihan tambahan kepada sektor yang sukar mengurangkan pelepasan secara langsung, tanpa menjejaskan sasaran pengurangan pelepasan GHG negara.\n\n• Melalui pendekatan tersebut, bermula dengan MRV sebagai asas, diikuti pelaksanaan cukai karbon dan seterusnya ETS, RUU PIN akan membolehkan harga karbon dapat dilaksanakan secara telus dan tersusun sekaligus mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3032,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3032",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-02",
        "year": 2026,
        "no": "42",
        "member": "Senator Tuan Abun Sui Anyit",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah pengurusan hutan dan sumber asli dilaksanakan dengan penglibatan komuniti luar bandar, tanpa menjejaskan kelestarian alam dan hak mereka untuk menyara hidup.",
        "question": "Senator Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimanakah pengurusan hutan dan sumber asli dilaksanakan dengan penglibatan komuniti luar bandar, tanpa menjejaskan kelestarian alam dan hak mereka untuk menyara hidup.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam amat menggalakkan penyertaan masyarakat orang asli,\norang asal dan tempatan dalam pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan hutan sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Perhutanan Malaysia. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• Perhutanan Sosial yang bukan sahaja bertujuan mengurus hutan secara berkekalan, tetapi juga menjamin kesejahteraan sosioekonomi komuniti yang bergantung kepada sumber hutan sebagai mata pencarian dan sumber makanan semula jadi. Salah satu program yang dilaksanakan ialah Program Buy Back Guarantee oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan masyarakat Orang Asli di kawasan Tasik Chini, Cameron Highlands dan Janda Baik melalui penjualan anak pokok seperti merbau, keruing kertas, petai, meranti tembaga dan cengal kepada jabatan perhutanan untuk digunakan dalam usaha aktiviti restorasi dan penghijauan semula kawasan hutan.\n\n• Penglibatan komuniti setempat dalam tadbir urus pengurusan hutan melalui Joint Forest Management (JFM) seperti yang dilaksanakan di Hutan Simpan Kelawat, Sabah. Menerusi pendekatan ini, komuniti tempatan diberikan ruang untuk menjalankan aktiviti sara hidup termasuk aktiviti pertanian berskala kecil, di samping terlibat secara langsung dalam usaha restorasi hutan melalui penanaman semula pokok. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti, malah menyumbang kepada pemulihan semula fungsi ekologi hutan sebagai kawasan tadahan air.\n\n• Jabatan Hutan Sarawak melalui dana Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (LKWWKH) telah melaksanakan beberapa projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan komuniti hutan. Antaranya termasuklah penyediaan bahan binaan bumbung kepada 174 orang komuniti Penan di Long Jekitan, Ulu Baram untuk pembaikan tempat kediaman dan rumah komuniti yang menjadi pusat kegiatan sosial dan kerja baik pulih jambatan titi di Klinik Kesihatan Nanga Merit, Limbang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih selamat, cepat dan efisien.\n\n• Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama jabatan-jabatan perhutanan negeri juga membangunkan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang berpotensi sebagai destinasi ekopelancongan bertaraf antarabangsa bagi menjana peluang ekonomi dan pendapatan kepada komuniti setempat melalui aktiviti ekopelancongan berasaskan hutan. Antara aktiviti yang dikenal pasti bagi tujuan ini termasuk pendakian bukit dan gunung, penerokaan gua, aktiviti tali aras tinggi, tinjauan burung serta sukan berbasikal lasak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3026,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3026",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-24",
        "year": 2026,
        "no": "43",
        "member": "Senator Datuk Bobbey Bin Suan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian serta langkah diplomatik Kerajaan Malaysia berhubung laporan bahawa tiga buah kampung di Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia didakwa telah memasuki wilayah Malaysia.",
        "question": "Senator Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pendirian serta langkah diplomatik Kerajaan Malaysia berhubung laporan bahawa tiga buah kampung di Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia didakwa telah memasuki wilayah Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan tanah seluas 5,207 hektar kepada Indonesia adalah tidak benar dan mengelirukan. Perkara ini telah dijelaskan secara terperinci oleh YAB Perdana Menteri dalam Sesi Penerangan Khas berhubung Penjajaran Sempadan dan Outstanding Boundary Problem (OBP) Malaysia - Indonesia di Dewan Rakyat pada 4 Februari 2026.\n\n• Asas penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia tidak dibuat berdasarkan prinsip pampasan, pertukaran wilayah atau untung rugi. Sebaliknya, ia berlandaskan perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang berkuat kuasa, kerja-kerja siasatan, penandaan dan pengukuran secara bersama di lapangan, serta rundingan dua hala yang telah melalui pelbagai fasa teknikal dan diplomatik sejak tahun 1978.\n\n• Dari sudut teknikal, penetapan jajaran sempadan adalah berpandukan Konvensyen 1891, Perjanjian 1915 dan Konvensyen 1928 antara British dan Belanda, yang menjadi asas undang-undang antarabangsa dalam menentukan persempadanan Malaysia - Indonesia. Kawasan OBP yang belum dimuktamadkan sebelum ini adalah kawasan rundingan dan tidak boleh dianggap milik mana-mana negara sehingga satu persetujuan dicapai.\n\n• Bagi kawasan OBP Sungai Sinapad - Sungai Sesai (B2700 - B3100), keluasan keseluruhan adalah 5,987 hektar. Sebelum jajaran dimuktamadkan, kawasan ini secara pentadbiran berada di bawah Indonesia. Berdasarkan prinsip Perjanjian 1915, Malaysia memperoleh tambahan 780 hektar, manakala baki 5,207 hektar kekal di bawah pentadbiran Indonesia. Penentuan ini telah menyebabkan sebahagian kecil Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas berada dalam kawasan Malaysia (Sabah);\n\n• Dari segi perundangan, MoU ini telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara dan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah pada 5 Jun 2024. Kerajaan Negeri Sabah melalui surat bertarikh 6 Jun 2024 turut menyatakan tiada halangan terhadap pemeteraian MoU ini. Selaras dengan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Senarai Persekutuan (Senarai I, Jadual Kesembilan), urusan perjanjian dan persempadanan antarabangsa terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, proses rundingan sehingga termeterainya MoU ini telah dilaksanakan dengan penglibatan penuh wakil Kerajaan Negeri Sabah serta agensi teknikal berkaitan.\n\n• Kejayaan memuktamadkan jajaran sempadan ini memberikan kepastian perundangan dan pentadbiran kepada penduduk setempat. Ia membolehkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan, aspek keselamatan, pembangunan, pengurusan tanah serta sumber tempatan dilaksanakan secara lebih teratur dan berkesan tanpa pertindihan kuasa. Keputusan ini bertujuan menjaga kepentingan rakyat Sabah serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat terus terpelihara.\n\n• Kerajaan komited untuk memastikan mesej dan penerangan kepada rakyat disampaikan secara jelas, berfakta dan bertanggungjawab. Sebarang kenyataan awam juga wajar disampaikan dengan berhemah bagi memastikan suasana rundingan yang konstruktif serta hubungan dua hala Malaysia - Indonesia terus terpelihara. Kerajaan akan terus mengutamakan pendekatan diplomatik dan berasaskan undang-undang dalam menyelesaikan isu-isu persempadanan demi kepentingan strategik dan kedaulatan negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3029,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3029",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-26",
        "year": 2026,
        "no": "44",
        "member": "Senator Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Alam Sekitar, Mineral",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Alam Sekitar",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • apakah jaminan Kerajaan bahawa aktiviti pembalakan dan aktiviti perlombongan tidak menjejaskan tanah adat serta sumber keperluan asas kehidupan masyarakat Orang Asli; dan • apakah t...",
        "question": "Senator Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :- \n\n• apakah jaminan Kerajaan bahawa aktiviti pembalakan dan aktiviti perlombongan tidak menjejaskan tanah adat serta sumber keperluan asas kehidupan masyarakat Orang Asli; dan \n\n• apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berkaitan pencemaran sungai di Kampung Kelaik Pos Blau Gua Musang.",
        "answer": "Soalan (a)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan komitmen yang teguh dalam memastikan setiap aktiviti pengusahasilan sumber asli, sama ada pembalakan mahupun perlombongan, dilaksanakan secara terkawal dan bertanggungjawab selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia. Jaminan ini berteraskan kepada kerangka perundangan yang ketat, mekanisme penilaian impak yang komprehensif, serta dasar perlindungan kawasan sensitif yang jelas bagi memastikan hak serta kebajikan masyarakat Orang Asli sentiasa terpelihara daripada sebarang kesan negatif.\n\n• Dalam sektor perhutanan, Kerajaan mengamalkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) dan piawai pensijilan Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) bagi memastikan aktiviti pembalakan tidak menjejaskan tanah adat dan sumber keperluan asas. Langkah proaktif telah diambil menerusi mesyuarat berkala dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sejak tahun 2012 untuk menangani isu pengurusan hutan secara harmoni. \n\n• Selain itu, proses mengenal pasti dan menanda lokasi penting dari segi budaya, ekologi, ekonomi, mahupun agama dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan kawasan istimewa tersebut dikecualikan daripada aktiviti pengusahasilan. Setiap projek juga diwajibkan melalui Penilaian Impak Sosial (SIA) pada peringkat sebelum, semasa, dan selepas aktiviti bagi menilai serta menyediakan langkah mitigasi yang berkesan terhadap kehidupan masyarakat setempat.\n\n• Bagi aktiviti perlombongan pula, Kerajaan mengguna pakai pendekatan yang sangat berhati-hati melalui mekanisme kawal selia yang ditetapkan. Walaupun kelulusan tenemen mineral tertakluk kepada Enakmen Mineral Negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, setiap projek perlombongan komersial diwajibkan mengemukakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. \n\n• Sebagai sebahagian daripada proses tersebut, aspek Penilaian Impak Sosial (SIA) turut dilaksanakan bagi mengenal pasti kesan terhadap mata pencarian, budaya, dan kebajikan masyarakat Orang Asli. Ini memastikan sebarang potensi risiko terhadap sumber air, kawasan hutan adat, atau kawasan rayau tradisi dinilai secara menyeluruh sebelum sesuatu projek dipertimbangkan.\n\n• Sebagai jaminan tambahan, dasar semasa Kerajaan adalah tidak meluluskan Operating Mining License (OMS) bagi aktiviti perlombongan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK), kawasan hutan perlindungan, dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Malah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan kajian impak perlombongan REE secara berfasa selama lima tahun yang merangkumi aspek hidrologi, tanah, flora, fauna, serta sosio-ekonomi bagi memastikan setiap keputusan dasar dibuat berasaskan bukti saintifik. Kerajaan juga telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE yang merangkumi keperluan pemulihan tanah secara progresif dan pemantauan berkala bagi memastikan kawasan yang terjejas dipulihkan mengikut piawaian yang ditetapkan.\n\n• Secara keseluruhannya, penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui platform seperti Majlis Mineral Negara (MMN) memastikan industri mineral dan perhutanan diuruskan selaras dengan prinsip tadbir urus di bawah Kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3). Kerajaan tidak menafikan bahawa setiap aktiviti pembangunan mempunyai risiko tertentu, namun pendirian Kerajaan adalah amat jelas dan tegas bahawa sebarang cadangan projek tidak akan diluluskan sekiranya dapatan teknikal dan penilaian menunjukkan ia berpotensi menjejaskan tanah adat, sumber air, kawasan rayau, atau kelangsungan hidup masyarakat Orang Asli.\n\nSoalan (b)\n\n• Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemantauan susulan terdapatnya aduan mengenai aktiviti perlombongan yang dikaitkan dengan punca pencemaran Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan.\n\n• Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh JAS terhadap pematuhan kedua-dua Syarikat terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), JAS mendapati terdapat dua (2) Syarikat yang terbabit dalam aduan tersebut iaitu Aqua Orion Sdn Bhd dan Redstar Capital Sdn Bhd (Pajakan Melombong Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd).\n\n• Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar susulan aduan yang diterima dan penguatkuasaan ke atas kedua-dua syarikat perlombongan tersebut adalah seperti berikut:\n\n• JAS telah menjalankan siasatan pada 11 dan 17 Disember 2024 ke tapak projek Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd. (Redstar Capital Sdn. Bhd.), premis tidak beroperasi, tiada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi. JAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketidakpatuhan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA. Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya didapati penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan Laporan EIA tersebut bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurangkan dan meminimakan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar termasuk pelaksanaan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan – EMP) oleh Penggerak Projek;\n\n• JAS turut menjalankan siasatan pada 11 dan 17 Disember 2024 ke tapak projek Syarikat Aqua Orian Sdn. Bhd. dan tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Akta 127 termasuk perintah larangan atau perintah berhenti kerja di bawah seksyen 34AA kepada Syarikat Aqua Orian Sdn. Bhd. yang telah menjalankan aktiviti yang ditetapkan tanpa kelulusan di bawah subseksyen 34A(3) dan kertas siasatan telah di buka di bawah subseksyen 34A(6). JAS juga telah mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan untuk meminta pihak PTG Negeri Kelantan agar menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada pihak Syarikat tersebut sehingga Laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan; dan \n\n• Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di tapak projek oleh JAS terutamanya berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam atau masyarakat setempat berkaitan pencemaran alam sekitar dan sebarang ketidakpatuhan terhadap di bawah Akta 127 akan diambil tindakan perundangan yang tegas.\n\n• NRES melalui JAS komited dan akan mengambil tindakan tegas dalam menangani sebarang isu berhubung pencemaran.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3046,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3046",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-12",
        "year": 2026,
        "no": "51",
        "member": "Senator Dato' Wu Him Ven",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • senarai negeri yang telah menerima pakai Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) serta kekangan utama bagi negeri yang masih belum melaksan...",
        "question": "Senator Dato' Wu Him Ven minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :- \n\n• senarai negeri yang telah menerima pakai Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) serta kekangan utama bagi negeri yang masih belum melaksanakannya; dan \n\n• berapakah permohonan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi projek NR-REE yang telah dikemukakan oleh setiap negeri dan apakah status terkini bagi Negeri Sembilan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan (a)\n\n• Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (REE) telah diluluskan di peringkat Majlis Mineral Negara dan diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023 sebagai dokumen rujukan umum yang perlu disesuaikan dengan perundangan negeri masing-masing. Dari segi pelaksanaan, Negeri Perak merupakan negeri yang telah melaksanakan sepenuhnya SOP tersebut melalui Projek Perintis Perlombongan REE di Mukim Kenering, Hulu Perak dan setakat ini menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai projek perlombongan REE yang telah beroperasi setelah memperoleh semua kelulusan yang diperlukan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Selain itu, Negeri Sembilan telah secara rasmi menerima pakai SOP tersebut pada Januari 2024 dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan secara usaha sama antara pihak negeri dan swasta serta pemantauan ketat terhadap pematuhan alam sekitar dan kawalan hasil.\n\n• Bagi negeri-negeri lain, secara umumnya pihak Kerajaan Negeri menerima pakai prosedur yang ditetapkan dalam SOP kebangsaan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap pelaksanaan sebenar hanya dapat dinilai apabila sesuatu projek perlombongan dimulakan memandangkan kebanyakan permohonan masih di peringkat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau dalam proses penilaian Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Antara kekangan utama yang dikenal pasti ialah keperluan menyelaras SOP dengan Enakmen Mineral Negeri masing-masing, keperluan mendapatkan kelulusan EIA sebelum permohonan Skim Pengoperasian Lombong dipertimbangkan, serta sensitiviti dasar berkaitan Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).\n\nSoalan (b) \n\n• Aktiviti perlombongan REE dikategorikan sebagai Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Sehubungan itu, penyediaan Laporan EIA adalah wajib dan perlu diluluskan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar sebelum sebarang kerja pembangunan dimulakan.\n\n• Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga 19 Februari 2026, terdapat tiga (3) negeri yang telah mengemukakan dokumen Terma Rujukan (Terms of Reference, TOR) atau Laporan EIA berkaitan projek REE, iaitu:\n\n• Negeri Perak – Laporan EIA bagi projek di Mukim Kenering, Hulu Perak telah diluluskan pada 11 Mei 2022;\n\n• Negeri Johor – TOR bagi projek di Mukim Labis dan Mukim Bekok, Daerah Segamat telah disahkan pada 20 November 2023. Walau bagaimanapun, Laporan EIA penuh masih belum dikemukakan; dan\n\n• Negeri Sembilan – Laporan EIA bagi projek seluas 357 hektar di Mukim Ulu Klawang dan Ulu Triang, Daerah Jelebu telah diterima pada 12 Disember 2025 dan kini dalam proses penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar bersama agensi teknikal berkaitan.\n\n• Kerajaan komited untuk memastikan setiap projek perlombongan REE dilaksanakan secara terkawal, mematuhi sepenuhnya SOP kebangsaan serta keperluan EIA di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum sebarang operasi dibenarkan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3033,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3033",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-02",
        "year": 2026,
        "no": "52",
        "member": "Senator Tuan Niran Tan Kran",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif jangka panjang Kementerian bagi menangani ancaman keselamatan di taman perumahan akibat populasi monyet yang semakin meningkat dengan cepat.",
        "question": "Senator Tuan Niran Tan Kran minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah inisiatif jangka panjang Kementerian bagi menangani ancaman keselamatan di taman perumahan akibat populasi monyet yang semakin meningkat dengan cepat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara punca utama yang menyumbang kepada konflik manusia dan kera ini berlaku adalah disebabkan oleh pengecilan habitat dan pembukaan serta pembangunan di kawasan berdekatan habitat hidupan liar. Selain itu juga, pengurusan sisa sampah yang kurang sistematik turut menyumbang kepada peningkatan aduan konflik di penempatan penduduk. Kadar pembiakan spesies primate yang tinggi juga menyebabkan populasi hidupan liar ini bertambah setiap tahun. Di samping itu, tindakan segelintir masyarakat yang memberi makanan kepada primat ini juga menjadi faktor yang menggalakkan berlakunya konflik antara manusia dan kera.\n\n• Antara inisiatif jangka panjang yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bagi menangani ancaman keselamatan di taman perumahan akibat populasi monyet yang semakin meningkat dengan cepat adalah seperti berikut:\n\n• Mengemas kini dan melaksanakan Pelan Pengurusan Kera (Macaca fascicularis) Bermasalah di Semenanjung Malaysia sebagai panduan dalam mengatasi masalah gangguan kera termasuklah mengenal pasti taburan populasi kera, memberikan khidmat nasihat, pemantauan, menangkap-pindah dan penggunaan teknologi terkini menjalankan kajian bagi menguruskan kera yang bermasalah;\n\n• menjalankan penyelidikan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam pelaksanaan kajian Penghasilan Kaedah Kontraseptif Tidak Invasif sebagai Alternatif untuk Kawalan Populasi Kera (Macaca fascicularis) untuk mengkaji penggunaan hormon kontraseptif melalui makanan tiruan yang merupakan alternatif yang boleh digunakan dalam pengurusan hidupan liar dan berpotensi mengawal populasi kera;program penakaian kera di kawasan yang berisiko konflik manusia dan hidupan liar; dan\n\n• mengadakan pelbagai kaedah hebahan melalui kenyataan media sosial, video pendek, poster dan papan tanda bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Ini termasuklah mengadakan program kesedaran awam ke arah keselamatan, kewujudan bersama (co-existence) dan kesedaran “tidak memberi makan kepada kera liar” bersama penduduk setempat dan pemegang taruh supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan kehadiran hidupan liar;\n\n• Selain itu, penyelesaian jangka pendek bagi aduan konflik turut dilaksanakan melalui pengurusan spesies primat bermasalah melalui:\n\n• program bersepadu dengan agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk kampung untuk melaksanakan program pelupusan kera bagi membasmi musuh tanaman;\n\n• khidmat nasihat kepada penduduk setempat dan pemegang taruh untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan gangguan dan kehadiran hidupan liar konflik di kawasan penempatan dan industri;\n\n• program perangkap komuniti di mana setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan menyumbangkan perangkap kera untuk menangkap kera yang menimbulkan konflik; dan\n\n• hebahan melalui kenyataan media sosial, video pendek, poster dan papan tanda bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Ini termasuklah mengadakan program kesedaran awam ke arah keselamatan, kewujudan bersama (co-existence) dan kesedaran “tidak memberi makan kepada kera liar” bersama penduduk setempat dan pemegang taruh supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan kehadiran hidupan liar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3038,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3038",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-04",
        "year": 2026,
        "no": "67",
        "member": "Senator Datuk Edward Linggu Bukut",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan penjelasan dan fakta sebenar mengenai dakwaan 5207 hektar tanah yang dilaporkan diberikan kepada Indonesia termasuk butiran teknikal perjanjian persempadanan, asas rundingan, dan bagaima...",
        "question": "Senator Datuk Edward Linggu Bukut minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan penjelasan dan fakta sebenar mengenai dakwaan 5207 hektar tanah yang dilaporkan diberikan kepada Indonesia termasuk butiran teknikal perjanjian persempadanan, asas rundingan, dan bagaimana Kerajaan memastikan dakwaan media tidak mengelirukan rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan tanah seluas 5,207 hektar adalah tidak benar dan mengelirukan. YAB Perdana Menteri telah memberikan penjelasan dalam Sesi Penerangan Khas berhubung Penjajaran Sempadan dan Outstanding Boundary Problem (OBP) Malaysia - Indonesia di Dewan Rakyat pada 4 Februari 2026, bertujuan merungkai salah faham serta maklumat yang tidak tepat yang telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.\n\n• Asas penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia tidak dibuat berdasarkan prinsip pampasan, pertukaran wilayah atau untung rugi. Sebaliknya, ia berlandaskan perjanjian dan konvensyen yang berkuat kuasa, kerja-kerja siasatan, penandaan dan pengukuran secara bersama di lapangan, serta rundingan dua hala yang dimuktamadkan di peringkat tertinggi kedua-dua negara. Rundingan bagi kawasan OBP ini telah bermula sejak tahun 1978 serta telah melalui pelbagai fasa teknikal dan diplomatik.\n\n• Dari sudut teknikal, penentuan jajaran sempadan adalah berdasarkan Konvensyen 1891, Perjanjian 1915 dan Konvensyen 1928 antara British dan Belanda, yang menjadi asas undang-undang antarabangsa bagi persempadanan Malaysia - Indonesia. Kawasan OBP yang belum dimuktamadkan adalah kawasan rundingan dan tidak boleh dianggap milik mana-mana negara sehingga satu persetujuan dicapai. Konvensyen dan perjanjian ini menjadi asas perundangan yang sah, neutral dan diterima di peringkat antarabangsa dalam memastikan kawasan OBP dikendalikan secara objektif sehingga persetujuan dicapai oleh kedua-dua negara.\n\n• Bagi kawasan OBP Sungai Sinapad - Sungai Sesai (B2700 - B3100), keluasan keseluruhan adalah 5,987 hektar. Sebelum jajaran dimuktamadkan, kawasan ini secara pentadbiran berada di bawah Indonesia. Berdasarkan prinsip Perjanjian 1915, Malaysia memperoleh tambahan 780 hektar, manakala baki 5,207 hektar kekal di bawah pentadbiran Indonesia. Penentuan ini telah menyebabkan sebahagian kecil Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas berada dalam kawasan Malaysia (Sabah);\n\n• Dari segi perundangan, MoU ini telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara dan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah pada 5 Jun 2024. Kerajaan Negeri Sabah melalui surat bertarikh 6 Jun 2024 turut menyatakan tiada halangan terhadap pemeteraian MoU ini. Selaras dengan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Senarai Persekutuan (Senarai I, Jadual Kesembilan), urusan perjanjian dan persempadanan antarabangsa terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, proses rundingan sehingga termeterainya MoU ini telah dilaksanakan dengan penglibatan penuh wakil Kerajaan Negeri Sabah, termasuk Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta pakar teknikal berkaitan.\n\n• Kejayaan memuktamadkan jajaran sempadan OBP Sungai Sinapad - Sungai Sesai memberikan kepastian perundangan dan pentadbiran kepada penduduk setempat. Hal ini membolehkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan, aspek keselamatan, pembangunan, pengurusan tanah serta sumber tempatan dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan tanpa pertindihan kuasa. Keputusan ini bertujuan menjaga kepentingan rakyat Sabah serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat terus terpelihara.\n\n• Kerajaan komited untuk memastikan mesej dan penerangan kepada rakyat disampaikan secara jelas, berfakta dan bertanggungjawab. Sebarang kenyataan awam juga wajar disampaikan dengan berhemah bagi memastikan suasana rundingan yang konstruktif serta hubungan dua hala Malaysia - Indonesia terus terpelihara. Kerajaan akan terus mengutamakan pendekatan diplomatik dan berasaskan undang-undang dalam menyelesaikan isu-isu persempadanan demi kepentingan strategik dan kedaulatan negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3034,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3034",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-03-02",
        "year": 2026,
        "no": "73",
        "member": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa sebarang pertikaian antara agensi Persekutuan atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan Kerajaan Negeri berkaitan bidang kuasa tanah dan ...",
        "question": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa sebarang pertikaian antara agensi Persekutuan atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan Kerajaan Negeri berkaitan bidang kuasa tanah dan sumber hendaklah diselesaikan melalui rundingan dasar serta pengharmonian undang-undang, dan bukannya berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan pelabur serta hubungan Persekutuan dan Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBerdasarkan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran tanah diperuntukkan di bawah kuasa eksekutif Kerajaan Negeri masing-masing. Kerajaan Persekutuan pula berperanan dalam penggubalan undang-undang dan dasar, penyelarasan dan perundingan serta memberi panduan dan nasihat agar pentadbiran tanah dilaksanakan berlandaskan kedaulatan undang-undang.\n\nJusteru, sinergi di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah amat penting bagi memastikan pentadbiran tanah dilaksanakan secara cekap, berhemah dan dalam masa yang sama menjamin keharmonian serta kestabilan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.\n\nDalam hal ini, Majlis Tanah Negara merupakan forum utama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri yang diwujudkan di bawah Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan dan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Majlis Tanah Negara bertanggungjawab dalam menggubal dasar-dasar negara mengenai pentadbiran, pemajuan dan pengawalan penggunaan tanah di seluruh negara termasuklah bagi tujuan perlombongan, pertanian dan perhutanan. Majlis ini turut berperanan untuk menasihati Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri mengenai penggunaan tanah, cadangan perundangan tanah atau berkaitan pentadbiran undang-undang berkenaan.\n\nSelain itu, Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia turut dilaksanakan dua kali setahun sebagai platform untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meneliti dan merundingi isu-isu berkaitan tanah bagi memastikan perundangan dan pentadbiran tanah dilaksanakan secara selaras, teratur dan konsisten.\n\nSebarang isu-isu khusus dalam pentadbiran serta pembangunan tanah yang merentasi bidang kuasa semua Kerajaan-kerajaan Negeri juga akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat ini adalah amat penting dalam usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan tanah yang lebih tersusun, strategik dan berkesan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2978,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2978",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "1",
        "member": "Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias",
        "area": "Jelebu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal (Early Warning System) dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana terutamanya di kawasan luar bandar.",
        "question": "Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal (Early Warning System) dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana terutamanya di kawasan luar bandar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sentiasa memperkukuh keberkesanan Sistem Amaran Awal (Early Warning System - EWS) bencana berkaitan cuaca, gempa bumi dan tsunami bagi memastikan makluman ancaman bencana dapat disampaikan secara pantas, tepat dan menyeluruh, termasuk kepada komuniti di kawasan luar bandar.\n\n• Bagi menaik taraf Sistem Amaran Awal Cuaca, Kerajaan telah memperuntukkan kos keseluruhan sebanyak dua ratus empat puluh dua juta Ringgit Malaysia (RM242 juta) yang merangkumi pelaksanaan beberapa projek peningkatan sistem ramalan serta pembinaan radar cuaca. Selain itu, Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak lapan belas juta Ringgit Malaysia (RM18 juta) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi pembangunan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM).\n\n• Dari segi pengukuhan sistem pencerapan dan ramalan, MET Malaysia terus memperkukuh keupayaan ramalan cuaca melalui penambahbaikan Radar Integrated Nowcasting System (RaINS) yang mengintegrasikan rangkaian radar dan model ramalan berangka bagi menghasilkan unjuran pergerakan serta intensiti hujan secara hampir masa nyata. Pada masa yang sama, sistem Numerical Weather Prediction (NWP) turut dipertingkat dengan penggunaan teknologi High Performance Computing (HPC) terkini serta penerapan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan analitik data raya. \n\n• Pengukuhan ini membolehkan penjanaan ramalan cuaca sehingga 14 hari ke hadapan dengan resolusi yang lebih tinggi, iaitu 300 meter berbanding 1 kilometer sebelum ini. Keupayaan ini membolehkan perincian corak cuaca di kawasan berisiko tinggi dikenal pasti dengan lebih awal, tepat dan bersasar, termasuk di kawasan luar bandar. \n\n• Bagi memastikan penyampaian maklumat amaran yang pantas, tepat dan menyeluruh, khususnya kepada komuniti luar bandar dan kawasan berisiko, MET Malaysia terus memperkukuh sistem penyampaian maklumat melalui pelbagai saluran komunikasi termasuk Sistem Pesanan Ringkas (SMS), aplikasi myCuaca, laman sesawang MET Malaysia, media sosial, siaran radio dan televisyen, serta kerjasama strategik bersama NADMA, pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.\n\n• Seiring komitmen berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana negara, bermula tahun 2026, MET Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan tempoh hebahan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami daripada 8 minit kepada 6 minit selepas kejadian dikesan, di samping meningkatkan ketepatan ramalan cuaca daripada lapan puluh dua peratus (82%) kepada lapan puluh lima peratus (85%). \n\n• Seterusnya untuk usaha kesiapsiagaan dan tindak balas, MET Malaysia mengoperasikan sistem amaran awal secara berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu bagi memastikan pengesanan awal, pengeluaran amaran tepat pada masanya serta penyelarasan berterusan dengan agensi pengurusan bencana peringkat negara dan juga negeri.\n\n• Kesemua inisiatif ini membuktikan bahawa MET Malaysia bukan sahaja mengukuhkan rangkaian pengesanan dan ramalan bencana cuaca, gempa bumi dan tsunami, tetapi juga meningkatkan keberkesanan EWS dalam memberi makluman yang cepat, tepat, dan menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3017,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3017",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "1",
        "member": "Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran",
        "area": "Batu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan jalan raya yang dibina atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, dan apakah mekanisme untuk memastikan kepentingan rakyat ...",
        "question": "Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan jalan raya yang dibina atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, dan apakah mekanisme untuk memastikan kepentingan rakyat iaitu akses awam tidak disekat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, khususnya jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategik negara.\n\nWalau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, penglibatan pihak swasta adalah terhad kepada pengurusan atau penyelenggaraan jalan melalui perjanjian konsesi tanpa menjejaskan pemilikan Kerajaan ke atas tanah atau status jalan tersebut sebagai jalan awam.\n\nBagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan akses awam tidak disekat sewenang-wenangnya, sebarang penutupan, pelupusan atau perubahan status jalan adalah tertakluk kepada pewartaan serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] serta Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828]. Proses ini melibatkan penelitian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) serta keperluan penyediaan laluan alternatif yang setara atau lebih baik sekiranya melibatkan akses awam.\n\nKerajaan kekal komited untuk memastikan setiap keputusan berkaitan rangkaian jalan awam dibuat secara telus dan berimbang untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2986,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2986",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "2",
        "member": "Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad",
        "area": "Jerlun",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kes harta pusaka kecil yang masih belum selesai setakat ini serta punca utama berlaku kelewatan dan sasaran tempoh masa yang ditetapkan Kementerian untuk mengurangkan tunggakan te...",
        "question": "Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [ Jerlun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah kes harta pusaka kecil yang masih belum selesai setakat ini serta punca utama berlaku kelewatan dan sasaran tempoh masa yang ditetapkan Kementerian untuk mengurangkan tunggakan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nJumlah keseluruhan kes harta pusaka kecil yang masih belum selesai dan tertunggak sehingga 31 Disember 2025 adalah sebanyak 46,707 kes.\n\nPermohonan pusaka yang telah berjaya diselesaikan pada tahun 2025 ialah sebanyak 84,384 kes dengan nilaian harta pusaka lebih kurang RM19.01 bilion\n\nAntara punca-punca utama yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam penyelesaian sesuatu kes harta pusaka adalah disebabkan perkara-perkara seperti berikut:\n\n• Kelewatan tindakan waris dalam membuat tuntutan harta pusaka si mati atas faktor kesibukan masa sehingga menyebabkan berlakunya kematian yang berlapis dan pembahagian harta pusaka si mati menjadi semakin rumit serta sukar untuk diselesaikan;\n\n• Perbalahan atau tiada kesepakatan di kalangan waris mengenai siapa yang sepatutnya menguruskan atau mewarisi harta pusaka si mati;\n\n• Tiada kerjasama dalam kalangan waris si mati seperti mengisi Borang Persetujuan atau hadir dalam perbicaraan;\n\n• Dokumen yang dikemukakan tidak lengkap dan teratur dalam pembuktian pemilikan harta oleh si mati;\n\n• Kurang pengetahuan mengenai proses permohonan pembahagian harta pusaka kecil;\n\n• Si mati mempunyai pelbagai jenis harta yang banyak yang melibatkan tuntutan pelbagai agensi dan memakan masa yang lama bagi mendapatkan dokumen bukti pemilikan harta;\n\n• Kurang pengetahuan mengenai hidup si mati seperti perkahwinan dan waris si mati yang layak dalam menuntut harta pusaka si mati; dan\n\n• Keengganan waris si mati dalam berusaha untuk mendapatkan dokumen bagi harta pusaka si mati dan mencari waris si mati yang layak, seperti waris hilang dan sebagainya.\n\nKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah menetapkan bahawa suatu tempoh masa bagi harta pusaka seseorang si mati diselesaikan sekiranya tiada sebarang masalah atau pertikaian, adalah dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh permohonan dibuat kepada pihak JKPTG.\n\nSekiranya wujud punca-punca seperti yang dinyatakan di atas, tempoh penyelesaian kes harta pusaka si mati boleh terjejas dan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh tersebut perlu dilanjutkan bagi memberikan ruang dan memastikan keadilan kepada semua waris atau pihak yang terlibat.\n\nSecara dasarnya, pihak JKPTG menyasarkan agar tunggakan kes harta pusaka dapat dikurangkan menjelang tahun 2028, dengan syarat tiada sebarang kes bermasalah atau pertikaian. Apabila sasaran ini tercapai, JKPTG boleh memberi fokus kepada kes tahun semasa sahaja.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2993,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2993",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "4",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan pemetaan menyeluruh perladangan monokultur mengikut kecerunan di seluruh negara bagi menilai risiko banjir lumpur dan tanah runtuh serta melindungi kawa...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan pemetaan menyeluruh perladangan monokultur mengikut kecerunan di seluruh negara bagi menilai risiko banjir lumpur dan tanah runtuh serta melindungi kawasan tadahan kritikal, mengambil iktibar tragedi Sumatera Barat November 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pemetaan kawasan berpotensi kejadian tanah runtuh di seluruh negara meliputi keluasan kira-kira dua ribu sembilan ratus enam puluh enam kilometer persegi (2,966 km2). Inisiatif ini merangkumi kawasan pertanian aktif di tanah tinggi seperti Cameron Highlands seluas empat ratus tujuh puluh lima kilometer persegi (475 km2) dan Kundasang seluas tiga ratus tujuh puluh kilometer persegi (370 km²) sebagai usaha awal memperkukuh perancangan pembangunan dan pengurusan cerun secara bersepadu.\n\n• Hasil pemetaan tersebut telah dimanfaatkan melalui penyediaan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) yang dikongsi bersama agensi perancang dan pelaksana seperti PlanMalaysia dan Jabatan Pertanian bagi menyokong perancangan guna tanah yang lebih teratur, selamat dan mampan. PBRC menjadi rujukan strategik dalam merancang langkah pencegahan awal, penyenggaraan cerun secara berkala, penentuan lokasi pemasangan sistem amaran awal tanah runtuh, serta memperkukuh kawalan guna tanah oleh agensi berkaitan demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.\n\n• Sehingga kini, dua (2) jenis Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) telah dibangunkan, iaitu PBRC berasaskan linear based dan area-based. Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab menyediakan PBRC berasaskan linear-based bagi laluan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia, manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menyediakan PBRC berasaskan area-based yang meliputi lokasi selain jalan raya dan lebuh raya. Pembahagian peranan ini memastikan liputan pemetaan yang menyeluruh, tersusun dan saling melengkapi dalam menyokong pengurusan cerun serta perancangan pembangunan yang lebih selamat dan mampan.\n\n• Selain itu, Kementerian turut memperkukuh mekanisme kawalan melalui pelaksanaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi sebarang aktiviti pertanian dan perladangan yang diklasifikasikan sebagai aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Pendekatan ini memastikan setiap cadangan pembangunan dinilai secara menyeluruh sebelum dilaksanakan. \n\n• Seiring dengan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut memainkan peranan aktif dengan mengemukakan ulasan teknikal di peringkat Pusat Sehenti (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan, sekali gus memastikan pembangunan kawasan pertanian dan perladangan dapat dilaksanakan secara terancang, selamat dan mampan.\n\n• Berhubung cadangan pelaksanaan pemetaan menyeluruh bagi aktiviti perladangan di kawasan bercerun, NRES sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat teknikal kepada kementerian atau agensi berkaitan, khususnya dalam mengenal pasti tahap risiko bencana geologi. Pelaksanaan pemetaan di kawasan perladangan adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan secara berfokus, berperingkat dan berasaskan tahap bahaya serta risiko. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3002,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3002",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-09",
        "year": 2026,
        "no": "7",
        "member": "Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana perbincangan strategik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dilaksanakan bagi memastikan pembangunan industri mineral khususnya Rare Earth ...",
        "question": "Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana perbincangan strategik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dilaksanakan bagi memastikan pembangunan industri mineral khususnya Rare Earth Element (REE) dapat dilakukan berpandukan kepada semangat federalisme.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sentiasa melaksanakan perbincangan strategik dua hala secara berterusan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan industri mineral, khususnya unsur nadir bumi atau Rare Earth Element (REE), dapat dilaksanakan selaras dengan semangat federalisme seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.\n\n• Perbincangan dan penyelarasan ini dilaksanakan melalui Majlis Mineral Negara (MMN) yang berperanan sebagai platform utama untuk menyelaras dasar, hala tuju dan tadbir urus sektor mineral antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Melalui mekanisme ini, sebarang dasar dan inisiatif berkaitan pembangunan REE dibincangkan secara inklusif dengan mengambil kira pandangan serta kepentingan Kerajaan Negeri sebagai pihak berkuasa ke atas tanah dan mineral.\n\n• Dari sudut pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menyediakan sokongan teknikal, garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE sebagai rujukan nasional, manakala Kerajaan Negeri mengekalkan kuasa kelulusan tenemen, pelesenan, penguatkuasaan serta kutipan hasil selaras dengan peruntukan undang-undang negeri masing-masing. Pendekatan ini memastikan tiada pertindihan kuasa dan menghormati pembahagian bidang kuasa Persekutuan–Negeri.\n\n• Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan turut mengadakan libat urus dua hala dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan industri REE dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran, agar negeri-negeri pengeluar tidak sekadar menjadi tapak perlombongan semata-mata tetapi turut menikmati manfaat ekonomi, peluang pelaburan dan pembangunan industri sokongan.\n\n• Secara keseluruhannya, Kerajaan menegaskan bahawa pembangunan industri REE negara dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, berlandaskan prinsip saling menghormati bidang kuasa, tadbir urus yang baik dan kelestarian, sejajar dengan semangat federalisme yang menjadi asas sistem pentadbiran negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3007,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3007",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "10",
        "member": "Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan : • apakah strategi tuntas PERHILITAN dalam menangani serangan kera dan monyet yang semakin di luar kawalan; dan • adakah Kementerian akan memberikan kelonggaran kepada pihak tertentu ba...",
        "question": "Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• apakah strategi tuntas PERHILITAN dalam menangani serangan kera dan monyet yang semakin di luar kawalan; dan\n\n• adakah Kementerian akan memberikan kelonggaran kepada pihak tertentu bagi melupuskannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara punca utama yang menyumbang kepada konflik manusia dan kera ini berlaku adalah disebabkan oleh pengecilan habitat dan pembukaan serta pembangunan di kawasan berdekatan habitat hidupan liar. Selain itu juga, pengurusan sisa sampah yang kurang sistematik turut menyumbang kepada peningkatan aduan konflik di penempatan penduduk. Kadar pembiakan spesies primate yang tinggi juga menyebabkan populasi hidupan liar ini bertambah setiap tahun kerana hidupan liar ini merupakan spesies yang mudah beradaptasi dengan persekitaran dan mempunyai kemandirian serta kelangsungan hidup (survival) yang tinggi. Di samping itu, tindakan segelintir masyarakat yang memberi makanan kepada primate ini juga menjadi faktor yang menggalakkan berlakunya konflik antara manusia dan kera.\n\nAntara penyelesaian jangka panjang yang dilaksanakan adalah pengemaskinian dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Kera (Macaca fascicularis) bermasalah di Semenanjung Malaysia sebagai panduan dalam mengatasi masalah gangguan kera termasuklah mengenal pasti taburan populasi kera, memberikan khidmat nasihat, pemantauan, menangkap-pindah dan penggunaan teknologi terkini menjalankan kajian bagi menguruskan kera yang bermasalah. Selain itu, Jabatan mengadakan pelbagai kaedah hebahan melalui kenyataan media sosial, video pendek, poster dan papan tanda bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Ini termasuklah mengadakan program kesedaran awam ke arah keselamatan, kewujudan bersama (co-existence) dan kesedaran “tidak memberi makan kepada kera liar” bersama penduduk setempat dan pemegang taruh supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan kehadiran hidupan liar. Penyelidikan dengan kerjasama universiti tempatan turut dilaksanakan bagi mengkaji kaedah dan penggunaan teknologi dalam pengurusan hidupan liar yang berpotensi mengawal populasi kera; \n\nPenyelesaian jangka pendek yang dilaksanakan adalah tindakan aduan konflik melalui pengurusan spesies primate bermasalah melalui:\n\n• program penakaian kera di kawasan yang berisiko konflik manusia dan hidupan liar;\n\n• menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk kampung untuk melaksanakan program pelupusan kera bagi membasmi musuh tanaman;\n\n• memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat dan pemegang taruh untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan gangguan dan kehadiran hidupan liar konflik di kawasan penempatan dan industri; dan\n\n• menjalankan program perangkap komuniti di mana setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan menyumbangkan perangkap kera untuk menangkap kera yang menimbulkan konflik.\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pengurusan pelupusan hidupan liar termasuk kera adalah tertakluk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di mana merujuk kepada Seksyen 9 Akta 716, tiada seorangpun boleh memburu atau menyimpan serta melupuskan mana-mana hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen. Oleh itu, pelupusan hidupan liar termasuk spesies primate masih tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2994,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2994",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "11",
        "member": "Kapten Azahari bin Hasan",
        "area": "Padang Rengas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah tahap pencapaian Malaysia terhadap komitmen antarabangsa berkaitan perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar serta strategi negara dalam memastikan keseimbangan antara ...",
        "question": "Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh manakah tahap pencapaian Malaysia terhadap komitmen antarabangsa berkaitan perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar serta strategi negara dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan tanggungjawab global.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Malaysia komited sepenuhnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota komuniti antarabangsa bagi menangani cabaran perubahan iklim serta memelihara kelestarian alam sekitar, selaras dengan prinsip pembangunan mampan. Sejajar dengan komitmen tersebut, Malaysia telah menyertai dan melaksanakan pelbagai perjanjian serta inisiatif antarabangsa berkaitan perubahan iklim termasuk Perjanjian Paris sebagai manifestasi kesungguhan negara dalam menyokong agenda iklim global.\n\n• Antara obligasi utama negara ahli di bawah Perjanjian Paris adalah mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) setiap lima (5) tahun sekali yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) dan melaporkan inventori GHG negara setiap dua (2) tahun sekali menerusi Biennial Transparency Report (BTR) kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). Pelaporan ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus iklim yang baik.\n\n• Bagi tahun 2025, Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju utama agenda iklim di Asia Tenggara apabila tersenarai sebagai salah satu daripada lima negara ASEAN terawal yang berjaya mengemukakan NDC Ketiga (NDC 3.0) kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada Oktober 2025.\n\n• Melalui komitmen baharu ini, Malaysia menyasarkan pengurangan mutlak pelepasan gas rumah kaca antara lima belas (15) hingga tiga puluh (30) juta tan karbon dioksida setara menjelang tahun 2035 sekali gus mencerminkan komitmen negara ke arah pembangunan rendah karbon yang mampan dan berdaya tahan.\n\n• Malaysia turut mencatat satu lagi pencapaian penting apabila berjaya mengemukakan Borang Host Party Participation (HPP) kepada UNFCCC pada 30 Oktober 2025 sebagai sebahagian daripada syarat untuk menyertai Paris Agreement Crediting Mechanism (PACM) di bawah Artikel 6.4, Perjanjian Paris.\n\n• Selaras dengan hala tuju jangka panjang negara, Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih menjelang tahun 2050. Bagi menyokong usaha tersebut, NRES telah melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0) pada tahun 2024 yang melengkapi pelbagai pelan dan strategi sedia ada termasuk Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contribution, Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon, serta pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (Malaysia Adaptation Plan-MyNAP).\n\n• Langkah Malaysia menetapkan aspirasi pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih menjelang tahun 2050 bukan sekadar komitmen global untuk menghadkan kenaikan suhu purata global di bawah 2 darjah Celcius, ia juga merupakan pemacu strategik bagi pertumbuhan ekonomi baharu melalui jangkaan pelaburan hijau antara RM2.3 sehingga RM2.6 trillion bagi tahun 2023-2050. Selain pelaburan hijau, pelaksanaan mekanisme Artikel 6 juga membolehkan Malaysia menerima manfaat dari aspek pemindahan teknologi, peluang pekerjaan hijau (green jobs), dan pembangunan kapasiti serta sokongan teknikal.\n\n• Manakala dari sudut regulatori pula, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim digubal untuk mengarusperdanakan agenda perubahan iklim seperti tindakan mitigasi dan adaptasi. Dalam masa yang sama, Kerajaan turut menggubal Rang Undang Undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim bagi mewujudkan satu entiti khusus untuk mengawal selia inisiatif yang digariskan di bawah RUUPIN.\n\n• Segala inisiatif, komitmen dan kerangka dasar yang digariskan ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan dalam memperkukuh tindakan iklim negara secara menyeluruh, berstruktur dan mampan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3003,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3003",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-09",
        "year": 2026,
        "no": "12",
        "member": "Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib",
        "area": "Tenggara",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan bersedia meminda peraturan berkaitan penggunaan tanah di Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi membolehkan aktiviti perlombongan secara terkawal dan lestari dijalankan sekaligus ...",
        "question": "Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan bersedia meminda peraturan berkaitan penggunaan tanah di Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi membolehkan aktiviti perlombongan secara terkawal dan lestari dijalankan sekaligus mengelakkan perlombongan haram yang memudaratkan alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu untuk tidak meluluskan sebarang kelulusan Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan (PA), Kawasan Tadahan Air dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Dasar ini bertujuan bagi memastikan bahawa industri perlombongan tidak dilihat sebagai industri yang mengancam kelestarian alam dan tidak selari dengan prinsip pembangunan yang bertanggungjawab dan mampan.\n\n• Isu perlombongan haram bukan berpunca daripada ketiadaan dasar di Hutan Simpanan Kekal (HSK), sebaliknya lebih berkait dengan aktiviti pencerobohan tanah, kelemahan pematuhan undang-undang dan tindakan terancang oleh pihak yang menjalankan perlombongan tanpa kebenaran. Sehubungan itu, Kementerian ini berpandangan bahawa melonggarkan peraturan penggunaan tanah di HSK bukanlah penyelesaian utama kepada isu perlombongan haram, malah berisiko menjejaskan fungsi ekosistem hutan yang kritikal kepada keselamatan sumber air, biodiversiti dan stok karbon negara.\n\n• Pada masa ini, NRES melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan kajian impak perlombongan REE dalam ekosistem hutan. Kajian bagi tempoh lima (5) tahun ini (2024 - 2029) akan melihat kesan perlombongan mineral tersebut kepada aspek seperti flora, fauna, tanah, hidrologi, stok karbon dan sosio-ekonomi. Hasil kajian ini kelak akan memandu Kerajaan dalam membuat sebarang semakan dasar berkaitan aktiviti perlombongan dalam HSK.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3018,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3018",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "13",
        "member": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali",
        "area": "Pekan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan dalam menangani ancaman kehilangan habitat hidupan liar terutamanya akibat pembangunan pesat dan perubahan iklim. Bagaimana Kerajaan memastikan program p...",
        "question": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan dalam menangani ancaman kehilangan habitat hidupan liar terutamanya akibat pembangunan pesat dan perubahan iklim. Bagaimana Kerajaan memastikan program pemuliharaan dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara efektif untuk memastikan keseimbangan ekosistem dan kelangsungan spesies terancam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sentiasa memberi penekanan terhadap ancaman kehilangan habitat hidupan liar terutamanya akibat perubahan guna tanah. Dalam hubungan ini, antara langkah proaktif yang telah diambil adalah seperti berikut:\n\n• penilaian dan penguatkuasaan Wildlife Management Plan (WMP) di semua negeri di Semenanjung Malaysia melibatkan projek pembangunan di kawasan habitat hidupan liar;\n\n• pelaksanaan program pengayaan habitat hidupan liar bagi menambah baik kualiti habitat untuk kelangsungan spesies hidupan liar; \n\npewujudan koridor hidupan liar sebagai rangkaian yang menghubungkan habitat-habitat hidupan liar yang terpisah; \n\n• pelaksanaan tindakan-tindakan konservasi seperti Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030 (National Elephant Conservation Action Plan 2023-2030 - NECAP 2.0), Pelan Tindakan Krisis Harimau Malaya (Malayan Tiger Crisis Action Plan 2021-2030 - MTCAP) dan Pelan Tindakan Konservasi Tapir Malaya (Malayan Tapir Conservation Action Plan 2021-2030 - MaTCAP); dan\n\n• pelaksanaan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) bagi menggalakkan kerajaan negeri mengukuhkan pengurusan kawasan perlindungan termasuk habitat hidupan liar. \n\n \n\n• Selain itu, aspek penguatkuasaan undang-undang turut diperkukuhkan bagi memastikan program dan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan secara efektif melalui tindakan-tindakan berikut:\n\n• pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dengan meningkatkan kadar penalti kesalahan daripada RM500 ribu kepada RM1 juta dan hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun yang telah berkuat kuasa pada 30 Januari 2023;\n\n• penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar (Wildlife Crime Bureau - WCB) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani sindiket dan jenayah hidupan liar rentas sempadan;\n\n• kerjasama strategik Jabatan PERHILITAN bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) iaitu Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan Renjer Komuniti yang melibatkan pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara PDRM, masyarakat Orang Asli serta komuniti setempat;\n\n• penggunaan teknologi terkini seperti thermal drone dan aplikasi Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART) bagi mengukuhkan penguatkuasaan; \n\n• kerjasama antarabangsa dalam aktiviti penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dengan INTERPOL dan agensi-agensi berkaitan bagi membendung jenayah hidupan liar rentas sempadan;\n\n• pemerkasaan Wildlife Crime Unit (WCU), Unit Perisikan Jenayah Hidupan Liar dan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (National Wildlife Forensic Laboratory - NWFL) di bawah Jabatan PERHILITAN yang bertindak sebagai flying squad dalam tindakan pantas penguatkuasaan hidupan liar;\n\n• penubuhan Pusat Perisikan dan Taktikal Anti-Jenayah Hidupan Liar (Intelligence and Tactical Centre for Wildlife Crime - INTAC) yang bertujuan mengumpul, menyelaras, menganalisa maklumat jenayah hidupan liar dan mengkoordinasi operasi penguatkuasaan yang berasaskan maklumat perisikan (intelligence-led enforcement); dan\n\n• penubuhan Malaysia Wildlife Enforcement Network (MY-WEN) bagi memperkukuhkan penguatkuasaan perdagangan hidupan liar khususnya di pintu masuk negara seperti lapangan terbang dan pelabuhan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2987,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2987",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "14",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pelan penanaman semula hutan di Hulu Perak iaitu di kawasan bekas pembalakan atau perlombongan memandangkan peningkatan kejadian gajah dan harimau keluar ke kawasan penempatan ser...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pelan penanaman semula hutan di Hulu Perak iaitu di kawasan bekas pembalakan atau perlombongan memandangkan peningkatan kejadian gajah dan harimau keluar ke kawasan penempatan serta langkah mitigasi konflik manusia dan hidupan liar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia (3RSM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada tahun 2022 dan 2023 telah melaksanakan penanaman dan rawatan silvikultur di sebahagian Kompartmen 8, Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak dengan keluasan 2 hektar melalui penanaman sebanyak 2,222 anak pokok pelbagai spesies hutan.\n\n• Kawasan tersebut dipilih dengan mengambil kira keadaan semasa kawasan yang merupakan hutan terosot, khususnya dari aspek kurang kemampuan dalam penjanaan semula dirian hutan yang terdiri daripada spesies hutan tempatan. Aktiviti restorasi kawasan tersebut bertujuan untuk mengembalikan fungsi dan produktiviti hutan yang akan diurus secara mampan.\n\n• Dalam masa yang sama, bagi merancakkan aktiviti restorasi hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah melaksanakan sebanyak sembilan program dan aktiviti tanaman pokok dari tahun 2021 hingga 2025 dengan keluasan kawasan penanaman berjumlah 167 hektar melalui penanaman 68,268 anak pokok pelbagai spesies di pelbagai tempat di Daerah Hulu Perak.\n\n• Menyedari peningkatan konflik gajah dan harimau di kawasan Gerik dan Hulu Perak, Jabatan PERHILITAN telah mengambil langkah mitigasi jangka pendek dan panjang. Ini termasuk pemasangan Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di kawasan pertanian komuniti dan penubuhan Pasukan Pantau Konflik untuk tindakan pantas menghalau hidupan liar kembali ke habitat asal.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3008,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3008",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "14",
        "member": "Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim",
        "area": "Gua Musang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah mekanisma Kementerian bagi menangani masalah ancaman gajah liar yang berterusan kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di kawasan Gua Musang.",
        "question": "Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisma Kementerian bagi menangani masalah ancaman gajah liar yang berterusan kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di kawasan Gua Musang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030 sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah jangka panjang termasuk yang melibatkan pekebun kecil di Gua Musang. \n\n• Antara tindakan mitigasi yang telah dilaksanakan di kawasan Gua Musang adalah seperti berikut:\n\n• pembinaan 2 Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal sejak tahun 2017 di Pos Pasik dan Pos Aring 5, Gua Musang dengan jumlah liputan sepanjang 5 km di kawasan konflik manusia dan gajah. Secara keseluruhannya, sebanyak 4 SPEG kekal sepanjang 32 km telah dibina di negeri Kelantan; dan\n\n• pelaksanaan 1 Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEGKOM) mudah alih di kawasan konflik manusia dan gajah bermula 2025 di Kampung Subong, Kampung Terah, Kampung Awek dan Kampung Kundur, Gua Musang.\n\n• Jabatan PERHILITAN juga memantau pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) di semua negeri di Semenanjung Malaysia yang melibatkan cadangan dan pelaksanaan projek pembangunan bersama pihak perunding, penggerak projek dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengenal pasti impak dan tindakan mitigasi yang sesuai di kawasan habitat hidupan liar di Gua Musang. Antara tindakan mitigasi yang dilaksanakan adalah pemasangan kolar satelit ke atas 2 ekor gajah di Nenggiri bagi pemantauan pergerakan gajah.\n\n• Selain itu, pemantauan rayauan gajah liar di lokasi hotspot dilaksanakan dengan tindakan operasi translokasi gajah konflik Gua Musang ke habitat yang lebih luas dan sesuai.\n\n• Jabatan PERHILITAN turut mengadakan sesi libat urus dan kesedaran awam bersama penduduk setempat dan pemegang taruh bagi memberi kesedaran mengenai pengurusan konflik dan kaedah pengurusan kawasan pertanian yang betul.\n\n• Kementerian juga mengurus dan menyelaras inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) bermula pada Mac 2024. BKHT merupakan bantuan kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sebanyak hampir RM1 juta telah dimanfaatkan oleh 246 pemohon pada tahun 2024, manakala sebanyak hampir RM1.5 juta telah dimanfaatkan oleh 314 pemohon pada tahun 2025. Selaras dengan keberkesanan BKHT, bantuan ini diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3004,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3004",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-09",
        "year": 2026,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad",
        "area": "Setiawangsa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan: • pendirian terkini Kerajaan di dalam rundingan Perjanjian Plastik Global (Global Plastic Treaty); dan • status pemakaian dan pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik sekali guna di ...",
        "question": "Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan:\n\n• pendirian terkini Kerajaan di dalam rundingan Perjanjian Plastik Global (Global Plastic Treaty); dan\n\n• status pemakaian dan pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik sekali guna di premis tetap, hutan simpan, taman warisan dan taman laut di seluruh negara di setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengetuai perundingan Perjanjian Plastik Global (Global Plastic Treaty) melalui platform Intergovernmental Negotiation Committee to Develop an International Legally Binding Instrument on Plastic Pollution, including in the Marine Environment (INC) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP). Sebanyak 7 siri rundingan telah berlangsung dan yang terbaru adalah Siri Rundingan ke-7 (INC-5.3) pada 7 Februari 2026 di Geneva, Switzerland.\n\n• Secara prinsip, Malaysia memberikan sokongan untuk membentuk Perjanjian Plastik Global selaras dengan Resolusi United Nations Environment Assembly (UNEA) 5/14 bagi menangani pencemaran plastik. Malaysia telah menyatakan pendirian dan prinsip Negara secara jelas dalam setiap sesi perundingan dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar dan ekonomi Negara. Malaysia akan terus komited dan menyokong perundingan ini bagi menjaga kepentingan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.\n\nSoalan (b)\n\n• NRES sedang dan akan terus komited melaksanakan inisiatif pelestarian plastik melalui Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 (Pelan SUP) dan Rangka Kerja Pelestarian Plastik di Malaysia 2021-2030 (Malaysia Plastics Sustainability Roadmap - MPSR). Untuk makluman, Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab mengenai Alam Sekitar (Mesyuarat MEXCOE) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 17 April 2025 telah bersetuju untuk melaksanakan larangan beg plastik jinjit sekali guna mulai 1 Januari 2026. Pelaksanaan “Iarangan” ini adalah tertakluk kepada penerimaan dan kaedah pelaksanaan untuk disesuaikan oleh Kerajaan Negeri.\n\n• Perintah larangan adalah strategi tambahan selain pelaksanaan caj pencemaran ke atas permintaan beg plastik jinjit di premis tetap. Negeri - negeri yang telah melaksanakan perintah larangan beg plastik jinjit sekali guna di premis tetap adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sabah. Negeri Perak akan menjadi Negeri terbaru yang akan melaksanakan perintah larangan ini mulai 1 Mac 2026. \n\n• Secara keseluruhan, pelestarian plastik di Malaysia telah dilaksanakan secara berfasa. Industri plastik telah mengambil langkah dalam memastikan sektor pembuatan masing-masing (process manufacturing) mengambil kira pendekatan ekonomi kitaran seperti mana dinyatakan dalam MPSR. Bagi memastikan inisiatif pelestarian plastik kekal relevan, NRES kini sedang menjalankan Kajian Separuh Penggal (Mid-term Review) bagi mendapatkan status pelaksanaan dan mengenal pasti hala tuju secara menyeluruh bagi Pelan SUP dan MPSR. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2979,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2979",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan punca utama pemusnahan hutan paya bakau di seluruh negara sama ada pembangunan hartanah pesisir, akuakultur, industri, penebangan haram atau projek Kerajaan dan apakah peratusan kemusnah...",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan punca utama pemusnahan hutan paya bakau di seluruh negara sama ada pembangunan hartanah pesisir, akuakultur, industri, penebangan haram atau projek Kerajaan dan apakah peratusan kemusnahan bagi setiap sektor tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kekal komited dalam memperkukuh agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, khususnya dalam memperhebat usaha konservasi ekosistem hutan paya laut. Langkah ini adalah sejajar dengan keperluan mendepani cabaran landskap global yang semakin kompleks termasuk perubahan iklim, kemerosotan biodiversiti, ancaman hakisan pantai dan kehilangan kawasan hutan paya laut.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Malaysia mempunyai kawasan hutan paya laut seluas 586,548 hektar, iaitu 3.26 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di seluruh negara. Keluasan kawasan hutan paya laut telah berkurang berbanding 629,038 hektar yang direkodkan pada tahun 2017. \n\n• Secara umumnya, punca kehilangan litupan hutan paya bakau adalah disebabkan oleh faktor semulajadi seperti hakisan serta penukaran guna tanah bagi tujuan pembangunan infrastruktur pesisir pantai, aktiviti akuakultur dan pertanian. Walau bagaimanapun, peratusan kemusnahan mengikut sektor berubah-ubah mengikut negeri dan memerlukan perincian data guna tanah dari Pihak Berkuasa Negeri.\n\n• Dalam masa yang sama, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menyediakan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara-2 (RFZPPN-2) pada tahun 2022 yang menggariskan panduan, tindakan perancangan strategik dan halatuju penggunaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber jaya persisiran pantai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. \n\n• RFZPPN-2 ini turut mengambil kira keperluan dan kepentingan untuk memelihara dan memulihara kawasan yang mempunyai biodiversiti tinggi seperti hutan paya laut dan dataran rumput laut di sepanjang persisiran pantai negara dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar.\n\n• Kementerian juga melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) turut melaksanakan kawalan ketat yang mana sebarang pembangunan di kawasan hutan paya bakau yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kepentingan awam yang mendesak dan tertakluk kepada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).\n\n• Sebagai langkah pemulihan, Kerajaan sedang giat melaksanakan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Sehingga kini, seluas lebih 3,800 hektar kawasan pesisiran pantai telah berjaya dipulihkan dengan penanaman lebih 9 juta pokok.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3009,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3009",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "18",
        "member": "Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun",
        "area": "Hulu Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kerajaan bagi memastikan sasaran mengekalkan 50% litupan hutan negara tidak terjejas akibat penyahwartaan kawasan hutan oleh Kerajaan Negeri serta perancangan Kementerian dalam ...",
        "question": "Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan Kerajaan bagi memastikan sasaran mengekalkan 50% litupan hutan negara tidak terjejas akibat penyahwartaan kawasan hutan oleh Kerajaan Negeri serta perancangan Kementerian dalam memperkenalkan dasar nasional yang lebih tegas seperti prinsip No Net Loss of Forest.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Sabah komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan litupan hutan dan pokok-pokok. Sehingga kini, keluasan hutan negara adalah berjumlah 17.97 juta hektar atau bersamaan dengan 54.31 peratus daripada keluasan tanah negara.\n\n• Walaupun urusan tanah dan perhutanan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah tegas melalui pindaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] yang telah diluluskan pada tahun 2022.\n\n• Pindaan ini, khususnya melalui Seksyen 11 dan Seksyen 12, telah menetapkan syarat yang lebih ketat di mana sebarang cadangan penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) wajib melalui proses penyiasatan awam (public inquiry) dan perlu digantikan secara serentak dengan kawasan tanah lain yang sama luas atau lebih besar daripada kawasan tanah yang akan dikeluarkan. Langkah ini secara dasarnya menterjemahkan prinsip No Net Loss of Forest dalam perundangan negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2995,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2995",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Nurul Amin bin Hamid",
        "area": "Padang Terap",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah permohonan membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Pedu Padang Terap sepanjang 4 km akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian susulan daripada peningkatan gangguan gajar l...",
        "question": "Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah permohonan membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Pedu Padang Terap sepanjang 4 km akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian susulan daripada peningkatan gangguan gajar liar di kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sedang dalam usaha membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Pedu Padang Terap bagi menangani gangguan gajah liar di kawasan tersebut.\n\n• Permohonan bagi peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) bagi tahun 2026 telah dikemukakan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Kedah pada 1 Disember 2025 bagi pelaksanaan program berkaitan aktiviti pemuliharaan biodiversiti di Negeri Kedah dengan anggaran sebanyak RM3.74 juta.\n\n• Permohonan ini merangkumi program mitigasi konflik manusia dan gajah dalam komuniti yang melibatkan pembinaan sekurang-kurangnya 2 jajaran baharu Sistem Pagar Elektrik Gajah Komuniti (SPEGKOM) di Daerah Padang Terap dan Baling dalam tempoh 12 bulan dengan anggaran kos program sebanyak RM100,000.00. \n\n• SPEGKOM merupakan suatu program yang melibatkan penduduk kampung, komuniti setempat atau pihak berkepentingan untuk bersama-sama melaksanakan pemantauan dalam pengurusan SPEG bagi mengatasi gangguan gajah liar yang memasuki kawasan komuniti. \n\n• Sebanyak 4 SPEGKOM telah dibina bermula tahun 2019 hingga 2021 dengan jumlah jarak 16.75 km di Daerah Sik dan Baling, Kedah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2980,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2980",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "22",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini kerjasama mineral kritikal antara Malaysia dengan negara-negara Kesatuan Eropah khususnya Perancis dan Belgium serta syarikat-syarikatnya yang mempunyai teknologi pengasin...",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini kerjasama mineral kritikal antara Malaysia dengan negara-negara Kesatuan Eropah khususnya Perancis dan Belgium serta syarikat-syarikatnya yang mempunyai teknologi pengasingan nadir bumi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia sedang giat meneroka dan menilai potensi kerjasama strategik dengan negara-negara serta syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan teknologi maju dalam pembangunan mineral kritikal, khususnya industri unsur nadir bumi (Rare Earth Elements, REE). Kerjasama yang diperlukan oleh negara adalah pada keseluruhan peringkat rantaian nilai, khususnya bagi aktiviti pemprosesan dan pengasingan elemen nadir bumi yang bernilai tinggi serta berteknologi tinggi.\n\n• Sehubungan itu, Kerajaan mengambil pendekatan mengenal pasti potensi kerjasama dengan rakan antarabangsa, termasuk negara-negara Kesatuan Eropah seperti Perancis dan Belgium, yang mempunyai keupayaan teknologi, pengalaman industri dan rangka kerja kawal selia yang matang dalam pembangunan industri REE. Pada masa ini, potensi kerjasama tersebut masih berada pada peringkat awal, melibatkan proses pengumpulan maklumat, pertukaran pengetahuan serta perbincangan teknikal dan dasar bagi memahami dengan lebih mendalam skop, bentuk dan nilai tambah kerjasama yang boleh diwujudkan secara saling menguntungkan.\n\n• Kerajaan juga menegaskan bahawa sebarang cadangan atau inisiatif kerjasama dalam sektor mineral kritikal akan dinilai secara menyeluruh dan berhati-hati. Penilaian ini akan mengambil kira keselarasan dengan dasar dan perancangan sedia ada Kerajaan Persekutuan, kepentingan strategik negara dari sudut keselamatan bekalan mineral kritikal, pemindahan teknologi, pembangunan modal insan tempatan serta peluang peningkatan nilai ekonomi dalam rantaian bekalan domestik.\n\n• Di samping itu, Kerajaan memberi perhatian serius terhadap kepentingan pihak Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan hal ehwal tanah termasuk mineral di bawah bidang kuasa Negeri. Justeru, sebarang bentuk kerjasama akan dirangka secara inklusif melalui libat urus yang berterusan dengan pihak Negeri bagi memastikan pelaksanaan projek atau inisiatif berkaitan REE dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.\n\n• Secara keseluruhannya, Kerajaan komited untuk memastikan pembangunan industri REE dan mineral kritikal negara dilaksanakan secara mampan, berdaya saing dan bertanggungjawab, serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara, pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2988,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2988",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "24",
        "member": "Tuan Riduan bin Rubin",
        "area": "Tenom",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah strategi Kementerian untuk mengembangkan model perniagaan industri ion-adsorption clay rare earth di Malaysia, termasuk pembangunan rantaian nilai dari aspek penerokaan, teknologi...",
        "question": "Tuan Riduan bin Rubin [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah strategi Kementerian untuk mengembangkan model perniagaan industri ion-adsorption clay rare earth di Malaysia, termasuk pembangunan rantaian nilai dari aspek penerokaan, teknologi pengeluaran, pemprosesan hiliran, pelaburan asing, pemindahan teknologi dan insentif fiskal bagi memastikan negara menjadi pemain utama teknologi tinggi global.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melihat pembangunan industri unsur nadir bumi atau REE dari jenis ion-adsorption clay sebagai peluang strategik negara untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan teknologi tinggi global. Sehubungan itu, strategi Kerajaan adalah membangunkan industri ini secara menyeluruh dan berfasa, meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran. Ia menjadi fokus perbincangan dalam Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE melibatkan 5 Kementerian berkaitan.\n\n• Dari aspek huluan, Kerajaan melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia terus memperkukuh aktiviti pemetaan geosains, pengesahan sumber dan kajian teknikal bagi mengenal pasti potensi serta kebolehlaksanaan pembangunan sumber REE. Keutamaan diberikan kepada kawasan di luar Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, dengan pelaksanaan secara berhati-hati serta kerjasama rapat bersama Kerajaan Negeri selaras dengan pembahagian bidang kuasa Persekutuan dan Negeri.\n\n• Dari sudut teknologi pengeluaran, Kerajaan menetapkan penggunaan kaedah perlombongan yang lebih mampan seperti in-situ leaching bagi meminimumkan pembukaan tanah dan gangguan ekosistem. Semua aktiviti perlombongan tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE dan keperluan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Dalam masa yang sama, Kerajaan menyokong penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kecekapan teknologi serta membangunkan kepakaran tempatan secara berperingkat.\n\n• Bagi peringkat pertengahan dan hiliran, Kerajaan mengekalkan dasar moratorium pengeksportan mentah REE bagi memastikan sumber negara dibangunkan dengan nilai tambah dalam negara. Fokus diberikan kepada pewujudan loji pemprosesan bagi penulenan dan pemisahan elemen REE, diikuti pembangunan industri hiliran berteknologi tinggi seperti penghasilan logam, aloi dan magnet kekal untuk kegunaan sektor kenderaan elektrik, tenaga boleh baharu dan industri elektronik.\n\n• Dari aspek pelaburan dan pemindahan teknologi, Kerajaan menggalakkan kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa yang memiliki teknologi maju, termasuk melalui penglibatan syarikat berkaitan kerajaan, bagi memastikan pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan tempatan dilaksanakan secara terancang. Kerajaan juga sedang meneliti penyediaan insentif fiskal dan bukan fiskal yang bersesuaian bagi menyokong pelaburan, penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersialan teknologi.\n\n• Secara keseluruhannya, strategi Kerajaan adalah untuk membangunkan industri REE jenis ion-adsorption clay sebagai satu ekosistem berteknologi tinggi yang lengkap, berdaya saing dan mampan. Pendekatan ini diyakini dapat memaksimumkan manfaat ekonomi sumber mineral strategik negara, memperkukuh penguasaan teknologi tempatan, serta memastikan Malaysia muncul sebagai pemain penting dalam ekonomi teknologi tinggi global.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2989,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2989",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "26",
        "member": "Datuk Ali anak Biju",
        "area": "Saratok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap perkembangan industri Carbon Trading Sarawak. Adakah Putrajaya memudahcara atau mengenakan sekatan/cukai tambahan yang boleh menjejaskan ekonomi h...",
        "question": "Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap perkembangan industri Carbon Trading Sarawak. Adakah Putrajaya memudahcara atau mengenakan sekatan/cukai tambahan yang boleh menjejaskan ekonomi hijau wilayah Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang bertujuan untuk menyediakan kerangka kawal selia yang komprehensif bagi memudah cara perdagangan karbon di Malaysia, memastikan integriti kredit karbon mengikut piawaian antarabangsa, dan mengelakkan pengiraan berganda (double counting) bagi mencapai sasaran Nationally Determined Contributions (NDC) serta aspirasi sifar bersih (net zero) menjelang 2050. \n\n• Selain itu, penggubalan RUUPIN yang kini di peringkat akhir semakan Jabatan Peguam Negara akan turut mengambil kira pengharmornian undang-undang sedia ada di Sarawak. \n\n• Kerajaan Persekutuan akan menyokong industri perdagangan karbon Sarawak yang kini diiktiraf sebagai peneraju bagi penggubalan undang-undang karbon di peringkat nasional melalui penggubalan Environment (Reduction of Greenhouse Gases Emission) Ordinance 2023. \n\n• Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk mengharmonikan perundangan berkaitan karbon di peringkat nasional dengan Environment (Reduction of Greenhouse Gases Emission) Ordinance 2023 milik Sarawak sebagai usaha untuk memastikan kredit karbon Sarawak boleh didagangkan secara sah di pasaran antarabangsa, mengikut garis panduan di bawah Perjanjian Paris. \n\n• Hal ini memandangkan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk menandatangani perjanjian antarabangsa (seperti Perjanjian Paris), Putrajaya akan bertindak sebagai pendaftar rasmi (National Registry). Tanpa pengiktirafan daripada Putrajaya di bawah kerangka Perkara 6 Perjanjian Paris, kredit karbon dari wilayah seperti Sarawak tidak boleh dijual secara sah di peringkat antarabangsa. \n\n• Oleh yang demikian, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah penting bukan sahaja untuk pembangunan dan pemakaian RUUPIN yang menyeluruh malahan untuk memastikan negeri yang yang mempunyai perundangan karbon yang lengkap seperti Sarawak mempunyai peluang dalam perdagangan karbon yang sah di peringkat nasional dan antarabangsa serta tidak menjejaskan ekonomi hijau Sarawak secara keseluruhannya. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3010,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3010",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "26",
        "member": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali",
        "area": "Pekan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan populasi harimau semakin terjejas akibat kematian harimau yang disebabkan oleh roadkill, pengecilan habitat, pemburuan haram dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang telah diambil ole...",
        "question": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan populasi harimau semakin terjejas akibat kematian harimau yang disebabkan oleh roadkill, pengecilan habitat, pemburuan haram dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memulihara spesies ini untuk generasi akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia cakna akan krisis populasi Harimau Malaya. Dalam hubungan ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021 telah bersetuju dengan pelaksanaan tindakan-tindakan strategik konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030 melalui 3 pendekatan berikut:\n\n• mengukuhkan usaha bagi menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya;\n\n• meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (National Tiger Conservation Task Force - MyTTF) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai Pusat Kecemerlangan bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya; dan\n\n• memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya seperti Conservation Assured | Tiger Standards (CA|TS).\n\n• Selain itu, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] telah dipinda dan dikuatkuasakan pada 30 Januari 2023 dengan meningkatkan kadar penalti kesalahan daripada RM500 ribu kepada RM1 juta dan hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun.\n\n• Aspek penguatkuasaan terus diperkukuhkan melalui kerjasama strategik Jabatan PERHILITAN bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) iaitu Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan Renjer Komuniti yang melibatkan pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara PDRM, masyarakat Orang Asli serta komuniti setempat.\n\n• Kerajaan Persekutuan juga telah memperkenalkan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) pada tahun 2019 bagi menggalakkan kerajaan negeri mengukuhkan pengurusan kawasan perlindungan. Sehingga kini, sejumlah RM1.05 bilion telah diperuntukkan kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaan EFT.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2996,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2996",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan segera dan pelan jangka panjang Kementerian bagi menangani isu pencemaran sungai di kawasan Parlimen Gerik yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan sehingg...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan segera dan pelan jangka panjang Kementerian bagi menangani isu pencemaran sungai di kawasan Parlimen Gerik yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan sehingga menjejaskan kualiti air, keselamatan dan kesihatan penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberikan perhatian serius mengenai isu pencemaran sungai di kawasan Parlimen Gerik khususnya berkaitan air Sungai Perak bertukar biru seperti dilaporkan dalam media sosial pada Oktober 2025 yang dikhuatiri menjejaskan kualiti air, keselamatan dan kesihatan penduduk setempat. \n\n• Sebagai tindakan segera, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pada 13 November 2025 telah mengeluarkan surat arahan menggantung operasi perlombongan dan pembangunan lombong selama tiga minggu kepada tiga tapak perlombongan di Daerah Hulu Perak. Arahan tersebut dikeluarkan supaya pihak pengusaha melaksanakan penambahbaikan ke atas kaedah rawatan efluen lombong serta kawalan hakisan dan sedimen. Walau bagaimanapun, insiden yang berlaku belum dapat dipastikan berpunca dari aktiviti perlombongan semata-mata.\n\n• Justeru, NRES telah mengaktifkan gerak kerja secara task force pada 26 dan 27 November 2025 melibatkan agensi teknikal seperti JMG, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Tenaga Atom, Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi menjalankan pemeriksaan tapak, siasatan punca pencemaran serta pensampelan kualiti air sungai di kawasan terlibat. Task force tersebut turut melibatkan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak seperti Pejabat Tanah dan Galian, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak dan Lembaga Air Perak. \n\n• Berdasarkan pemerhatian awal task force tersebut, warna biru air sungai dipengaruhi oleh kehadiran logam berat atau bahan kimia tertentu yang berkemungkinan berpunca daripada aktiviti perlombongan. Selain itu, bukaan tanah bagi aktiviti lain juga boleh menyumbang kepada insiden ini berikutan sifat geologi di kawasan Hulu Perak yang dikenal pasti mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Walau bagaimanapun, penentuan punca yang muktamad masih memerlukan pengesahan analisis makmal dan penilaian lanjut.\n\n• Bagi penyelesaian jangka panjang, NRES akan terus memperkukuh tadbir urus dan kawal selia aktiviti perlombongan yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian melalui penguatkuasaan peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan yang ketat. Ini termasuk pematuhan kepada syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang dikeluarkan oleh pihak JAS dan memperkukuh syarat-syarat berkaitan dengan pengurusan rawatan efluen lombong serta kawalan hakisan dan sedimen bagi kelulusan Skim Pengendalian Perlombongan (OMS) yang dikeluarkan oleh pihak JMG.\n\n• Selain itu, Kementerian akan terus menyokong pendekatan berasaskan sains dan bukti melalui kajian teknikal oleh agensi berkaitan bagi menilai impak perlombongan terhadap sistem sungai, sumber air dan kesihatan penduduk. Kementerian juga akan memperkukuh libat urus dengan komuniti setempat dan pihak berkepentingan bagi memastikan aduan rakyat ditangani secara berkesan, maklumat disampaikan secara telus dan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan sumber asli dapat dipulihkan.\n\n• Kesimpulannya, Kerajaan komited memastikan aktiviti perlombongan, khususnya di kawasan Parlimen Gerik, dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan, tanpa menjejaskan kualiti air, keselamatan serta kesihatan penduduk, selaras dengan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2990,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2990",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "28",
        "member": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad",
        "area": "Kepala Batas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan : • jumlah harta pusaka kecil yang tidak dituntut setakat ini mengikut jantina, kaum dan negeri berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan dan agensi berkaitan; ...",
        "question": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• jumlah harta pusaka kecil yang tidak dituntut setakat ini mengikut jantina, kaum dan negeri berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan dan agensi berkaitan; dan\n\n• mekanisme Kerajaan untuk mempercepatkan pengagihan kepada waris yang sah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\nKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) tidak mempunyai data berpusat mengenai jumlah harta pusaka kecil yang tidak dituntut mengikut jantina, kaum mahupun negeri. Maklumat berhubung harta pusaka hanya diperolehi apabila waris membuat permohonan pembahagian harta pusaka.\n\nSoalan (b)\n\nPelaksanaan pengagihan harta pusaka si mati kepada waris yang berhak adalah menjadi tanggungjawab pewaris berdasarkan perintah pembahagian pusaka yang telah dikeluarkan. Dalam hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengambil tindakan bagi mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan pusaka seperti berikut:\n\ni) Pertambahan Perjawatan Pegawai Tadbir Gred N9\n\nBerkuat kuasa mulai 3 Februari 2025 dan selaras dengan penstrukturan semula perjawatan di JKPTG oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut waran perjawatan W.P. Bil. E 02/2024, sebanyak 47 perjawatan bagi Pegawai Tadbir Gred N9 telah diluluskan. Kelulusan perjawatan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan di bawah Bahagian Pengurusan Pusaka sebanyak 118 orang pegawai. Walau bagaimanapun, urusan pengisian bagi perjawatan tetap tersebut sedang dalam tindakan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).\nKementerian ini berpandangan bahawa menerusi pengisian penuh jawatan Pegawai Tadbir Gred N9 di Bahagian Pengurusan Pusaka tersebut diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan penyelesaian kes daripada 8 bulan hingga 1 tahun kepada purata 6 bulan bagi permohonan yang lengkap.\n\nii) Melaksanakan Program Outreach atau Turun Padang\n\nProgram outreach atau turun padang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat melalui penyampaian maklumat yang lebih jelas berkaitan prosedur pembahagian harta pusaka, seterusnya menggalakkan waris membuat tuntutan harta pusaka dengan segera sebaik berlakunya kematian pemilik harta.\n\nBagi tempoh tahun 2023 hingga 2025, sebanyak 158 program telah dilaksanakan merangkumi ceramah kepada penduduk kampung dan komuniti FELDA, taklimat kepada agensi kerajaan dan swasta serta program promosi melalui radio dan televisyen di seluruh Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan program-program ini telah menunjukkan impak positif apabila jumlah permohonan meningkat kepada 75,436 kes pada tahun 2025 berbanding 68,046 kes yang diterima pada tahun 2024.\n\nNilai harta pusaka yang berjaya diselesaikan menunjukkan peningkatan daripada RM2,239,176,838.84 pada tahun 2023 kepada RM2,441,152,908.35 pada tahun 2024, dan seterusnya meningkat kepada RM3,045,387,743.27 pada tahun 2025.\n\niii) Memperkukuhkan Modul Urusan Pusaka dalam Sistem MyLand\n\nKerajaan melaksanakan langkah memperkukuh Modul Urusan Pusaka dalam Sistem MyLand dengan menambah baik fungsi digital bagi memproses kes pusaka secara sistematik. Fungsi modul ini merangkumi permohonan pusaka, pengeluaran perintah pusaka, pemantauan status kes serta pengagihan harta pusaka. Langkah memperkukuh sistem turut termasuk penyediaan interface yang mesra pengguna, integrasi dengan pangkalan data agensi berkaitan dan latihan kepada pegawai bagi memastikan pengurusan kes pusaka dapat dilaksanakan dengan cekap dan mengikut peruntukan undang-undang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2997,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2997",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "29",
        "member": "Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob",
        "area": "Bera",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan hala tuju dan status semasa penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, termasuk tempoh jangkaan pembentangan dan pelaksanaannya serta bagaimana RUU ini akan memastikan Malays...",
        "question": "Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan hala tuju dan status semasa penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, termasuk tempoh jangkaan pembentangan dan pelaksanaannya serta bagaimana RUU ini akan memastikan Malaysia mempunyai kerangka undang-undang yang jelas dan berperingkat untuk melindungi rakyat daripada risiko perubahan iklim serta menyokong pertumbuhan ekonomi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) merupakan instrumen perundangan yang digubal khusus bagi memastikan pelaksanaan tindakan iklim di negara ini dapat dilaksanakan secara efektif. Pelaksanaan efektif tindakan perubahan iklim di negara ini penting bagi memastikan obligasi negara di bawah perjanjian antarabangsa khususnya Perjanjian Paris di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dapat dilaksanakan. \n\n• Antara obligasi Malaysia di bawah Perjanjian Paris adalah untuk menyediakan dan mengemaskini komitmen pengurangan pelepasan gas rumah kaca (Green House Gas - GHG) negara setiap 5 tahun sekali yang dinamakan sebagai Nationally Determined Contributions (NDC). Dalam masa yang sama, Malaysia juga perlu menyediakan laporan inventori kebangsaan (National Inventory Report) melalui laporan Biennial Transparency Report (BTR) setiap 2 tahun sekali. \n\n• Oleh yang demikian, penggubalan RUUPIN akan memastikan Malaysia mempunyai kerangka undang-undang yang jelas dalam usaha Kerajaan mengawal pelepasan GHG termasuk melalui pelaksanaan mekanisme pasaran seperti instrumen harga karbon dalam bentuk cukai karbon atau skim perdagangan pelepasan (Emission Trading Scheme - ETS). Di samping itu, RUUPIN juga berfungsi untuk mewujudkan kerangka pasaran karbon pematuhan yang membolehkan pemain industri untuk mendagangkan kredit karbon ke luar negara sekaligus merancakkan lagi pelaburan rendah karbon daripada luar negara.\n\n• Pelaksanaan instrumen di bawah RUUPIN ini khususnya berkaitan harga karbon akan dibuat secara berperingkat. Justeru, sebagai langkah awal, RUUPIN akan meletakkan obligasi kepada operator fasiliti untuk melaporkan GHG yang dilepaskan sebagai persediaan kepada industri untuk beralih ke arah rendah karbon dan pematuhan RUUPIN sepenuhnya. \n\n• Pelaksanaan secara berperingkat ini bagi membolehkan pelaksanaan RUUPIN dibuat dengan mengambil kira kesediaan pihak industri untuk mematuhi RUUPIN tanpa merencatkan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, bagi melindungi rakyat daripada risiko impak perubahan iklim, RUUPIN turut mengandungi peruntukan bagi menggalakkan inisiatif penyesuaian atau adaptasi agar infrastruktur awam dan swasta di negara ini berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim. \n\n• Draf RUUPIN kini dalam proses semakan akhir oleh pihak Jabatan Peguam Negara. Berdasarkan perancangan semasa, dijangka untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen ke-15. \n\nSekian, terima kasih\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2981,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2981",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "30",
        "member": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali",
        "area": "Pekan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan jumlah sungai yang tercemar dan usaha proaktif Kerajaan dalam memastikan sungai tidak terus tercemar serta apakah tindakan segera Kementerian termasuk strategi jangka masa panja...",
        "question": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilangan jumlah sungai yang tercemar dan usaha proaktif Kerajaan dalam memastikan sungai tidak terus tercemar serta apakah tindakan segera Kementerian termasuk strategi jangka masa panjang untuk mengatasi masalah pencemaran sungai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, sebanyak 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai telah dipantau di Negara ini oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Program, EQMP). Program pengawasan kualiti air sungai dilaksanakan secara manual dengan kekerapan persampelan bagi setiap stesen pengawasan dijalankan adalah sebanyak enam (6) kali setahun. Selain itu terdapat juga 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di hulu takat pengambilan air di sungai-sungai utama yang menjadi sumber bekalan air.\n\n• Daripada 672 sungai yang dipantau sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 468 sungai (70%) sungai dikategorikan sebagai bersih, 171 (25%) sungai dikategorikan sebagai sederhana tercemar dan 33 (5%) dikategorikan sebagai tercemar. Secara keseluruhannya, 33 sungai tercemar yang direkodkan pada tahun 2025 adalah di dalam Kelas III hingga IV. Tiada Kelas V direkodkan pada tahun 2025.\n\n• Isu pencemaran sungai di Negara ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti penternakan, pertanian, perbandaran, perlombongan dan komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang tidak sempurna. Di samping itu, aktiviti lain seperti air limbahan daripada pasar basah, restoran atau kedai makan, dobi serta pusat cucian kereta yang dilepaskan tanpa rawatan juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• Dalam hal ini, antara tindakan segera dan strategi jangka masa panjang yang diambil oleh Kementerian melalui JAS bagi mengatasi masalah pencemaran sungai adalah:\n\n• Tindakan Segera: \n\n• Pemerkasaan perundangan alam sekitar;\n\n• Meningkatkan operasi bersepadu;\n\n• Mengukuhkan kerjasama di semua peringkat;\n\n• Melaksanakan penguatkuasaan pintar;\n\n• Penguatkuasaan secara bersasar;\n\n• Mengoptimumkan perkongsian data; dan\n\n• Memperluas sistem amaran awal.\n\n• Strategi Jangka Panjang\n\n• Semakan terhadap peraturan-peraturan bagi kawalan pencemaran air;\n\n• Memperkasa Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP);\n\n• Semakan terhadap standard air; dan\n\n• Memperluas pengawasan kualiti air sungai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3011,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3011",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "30",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menerbitkan laporan tahunan prestasi DPIN 2.0 kepada Parlimen bagi memastikan sasaran pelepasan sifar bersih 2050 kekal di landasan.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menerbitkan laporan tahunan prestasi DPIN 2.0 kepada Parlimen bagi memastikan sasaran pelepasan sifar bersih 2050 kekal di landasan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0) yang telah diluluskan Kerajaan pada 25 September 2024, menetapkan hala tuju dan rangka kerja bagi membolehkan Malaysia beralih ke arah ekonomi rendah karbon dan pembangunan berdaya tahan iklim. Melalui strategi dan tindakan yang digariskan di bawah DPIN 2.0, komitmen dan obligasi negara di bawah Perjanjian Paris dapat dilaksanakan dengan efektif, termasuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih menjelang 2050 (Net Zero 2050). DPIN 2.0 ini juga berfungsi sebagai kerangka tadbir urus iklim secara menyeluruh dan merupakan dasar kepada penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). \n\n• Buat masa ini, Kementerian tiada cadangan bagi menerbitkan laporan tahunan prestasi DPIN 2.0. Hal ini memandangkan RUUPIN akan menjadi instrumen perundangan kepada mekanisme pelaporan mandatori dan ketelusan data iklim negara yang lebih komprehensif. Apabila diwartakan kelak, RUUPIN bakal menetapkan keperluan perundangan bagi penyediaan laporan berkala yang lebih berstruktur, termasuk pemantauan inventori gas rumah kaca (GHG) dan penilaian prestasi mitigasi serta adaptasi perubahan iklim secara bersepadu di peringkat nasional. \n\n• Dengan berkuatkuasa RUUPIN kelak, melalui mekanisme pelaporan yang diwajibkan kepada industri yang tertakluk di bawah Sektor Ekonomi Berjadual (Scheduled Economic Sector), aspirasi negara bagi memastikan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050 dapat dipantau secara sistematik, diukur dengan tepat dan dicapai melalui tadbir urus iklim yang lebih telus serta berintegriti.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3012,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3012",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "31",
        "member": "Dr. Hajah Halimah Ali",
        "area": "Kapar",
        "minister": "MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah pemulihan segera berhubung pencemaran di Sungai Puluh, Rantau Panjang serta sungai-sungai sekitar Pelabuhan Klang yang berpunca daripada pelepasan sisa dan aktiviti di kawasan pu...",
        "question": "Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN menyatakan langkah pemulihan segera berhubung pencemaran di Sungai Puluh, Rantau Panjang serta sungai-sungai sekitar Pelabuhan Klang yang berpunca daripada pelepasan sisa dan aktiviti di kawasan pusat penetasan dan semaian ikan yang kini menjejaskan ekosistem sungai dan merosotkan hasil tangkapan para nelayan setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa komited dalam mengawal pencemaran terhadap alam sekitar di negara ini terutamanya bagi punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Dalam konteks pencemaran sungai, JAS mengawalselia pencemaran yang berpunca daripada efluen perindustrian, kumbahan dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA). \n\n• Namun terdapat pelbagai punca-punca pencemaran yang berisiko menyebabkan kemerosotan kualiti air sungai termasuklah aktiviti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna yang dikawalselia oleh Jabatan atau Agensi yang lain. Isu pencemaran yang dikaitkan dengan aktiviti pusat penetasan dan semaian ikan adalah di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia. \n\n• Impak pencemaran sungai bukan sahaja memberi kesan terhadap ekosistem, malah menggugat punca rezeki nelayan setempat. Sehubungan itu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan-tindakan berikut dalam menangani kemerosotan kualiti air sungai negara:\n\n• Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk mengawal punca pencemaran;\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan dijalankan secara lebih berfokus;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa di bawah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan tindakan pemantauan serta penguatkuasaan di sungai secara berterusan dilaksanakan;\n\n• Memperbanyakkan penganjuran dan meningkatkan keberkesanan program promosi dan kesedaran awam kepada semua pemegang taruh akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar; dan\n\n• Mengenakan tindakan tegas dengan pengeluaran notis arahan, kompaun, penahanan operasi kelengkapan, gantung/tarik balik lesen, perintah larangan dan tindakan mahkamah ke atas premis-premis yang didapati gagal mematuhi Akta 127 ini.\n\n• Isu pencemaran sungai di negara ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor-sektor lain. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sisa dari rumah atau setinggan yang dilepaskan tanpa rawatan ke longkang dan dihanyutkan ke sungai juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai. Oleh itu, kerjasama antara semua pihak adalah penting dalam memastikan kualiti air sungai terus terjamin demi kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2982,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2982",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "32",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi penyelarasan antara DPIN 2.0 dan NETR dalam menarik pelaburan hijau serta penggunaan semula dana Carbon Tax untuk adaptasi bencana tempatan.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi penyelarasan antara DPIN 2.0 dan NETR dalam menarik pelaburan hijau serta penggunaan semula dana Carbon Tax untuk adaptasi bencana tempatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar Perubahan Iklim 2.0 (DPIN 2.0) merupakan versi kedua dasar perubahan iklim Malaysia yang dirangka bagi menangani cabaran baharu di peringkat domestik serta obligasi negara di bawah Perjanjian Paris yang telah diratifikasi negara pada 16 November 2016. \n\n• DPIN 2.0 yang telah diluluskan Kerajaan pada 25 September 2024, menetapkan hala tuju dan rangka kerja bagi membolehkan Malaysia beralih ke arah ekonomi rendah karbon dan pembangunan berdaya tahan iklim. Melalui strategi dan tindakan yang digariskan di bawah DPIN 2.0, komitmen dan obligasi negara di bawah Perjanjian Paris dapat dilaksanakan dengan efektif.\n\n• DPIN 2.0 juga bertindak sebagai panduan kepada agensi Kerajaan serta pihak lain dalam memastikan tindakan yang diambil serta dasar yang digubal turut mengambil kira unsur perubahan iklim. \n\n• Oleh yang demikian, DPIN 2.0 berfungsi sebagai kerangka tadbir urus iklim secara menyeluruh, manakala Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bertindak sebagai pelan tindakan sektoral yang khusus untuk sektor tenaga bagi membolehkan sektor ini beralih ke arah yang lebih berdaya mampan. Sehubungan dengan itu, DPIN 2.0 dan NETR adalah dua instrumen dasar yang saling melengkapi dalam agenda kelestarian Negara.\n\n• NETR yang diterajui Kementerian Ekonomi telah menggariskan komitmen sektor tenaga negara untuk meningkatkan campuran tenaga boleh baharu sebanyak 40% menjelang 2030 dan sebanyak 70% menjelang 2050. Selain itu, NETR memfokuskan kepada enam (6) bidang teknikal yang akan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi hijau iaitu kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, hidrogen, biotenaga, mobility hijau dan perangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS). NETR ini akan dilaksanakan melalui dua (2) fasa utama yang menggabungkan projek fizikal dan kerangka dasar. \n\n• Fasa pertama ialah peluncuran projek pemangkin untuk mengenal pasti 10 projek rintis yang melibatkan pelabuhan besar (seperti Loji Solar Hibrid 1GW dan pemanduan EV), yang mana fasa ini menyasarkan peluang pelaburan melebihi RM25 bilion. Fasa kedua pula ialah hala tuju makro iaitu menetapkan sasaran nasional yang lebih luas, termasuk pelan pemberhentian tugas loji arang batu secara berperingkat (sepenuhnya menjelang 2044) dan pengukuhan grid nasional. \n\n• Dari aspek menarik pelaburan hijau, DPIN 2.0 akan berfungsi sebagai dasar yang menetapkan hala tuju makro negara terhadap perubahan iklim, termasuk penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). NETR pula bertindak sebagai enjin pelaksanaan, di mana NETR menterjemahkan aspirasi DPIN 2.0 kepada 10 projek rintis yang dijangka bakal menarik pelaburan bernilai lebih daripada RM25 bilion, mewujudkan 23,000 peluang pekerjaan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak lebih 10,000 Gg CO2eq setahun.\n\n• YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan Tahun 2026 telah mengumumkan Cukai Karbon akan diperkenalkan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga. Bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, mekanisme cukai karbon ini akan diselaraskan dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan serta Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara yang bakal digubal. \n\n• Buat masa ini, NRES akan membantu MOF dari sudut penetapan isu teknikal bagi membolehkan laporan inventori gas rumah kaca yang merupakan asas kepada pengenaan cukai karbon dapat dibuat oleh pihak industri. Selain itu, NRES dan MOF juga akan bekerjasama dalam membuat penentuan ambang pelepasan untuk menentukan pemakaian cukai karbon kepada pihak industri yang terlibat. \n\n• Untuk penggunaan semula hasil kutipan cukai karbon bagi tujuan adaptasi bencana tempatan, perkara ini terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara MOF memandangkan hasil cukai negara akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Berdasarkan ucapan YAB Perdana Menteri, hasil daripada cukai karbon ini akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau. Walau bagaimanapun, Kerajaan melalui entiti yang akan ditubuhkan bagi mengawal selia RUUPIN dijangka akan mentadbir urus satu dana yang akan digunakan bagi membiayai tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2991,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2991",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "32",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan pecahan keluasan terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri termasuk perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini serta langkah Kerajaan bagi memastikan pemeliharaan...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan keluasan terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri termasuk perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini serta langkah Kerajaan bagi memastikan pemeliharaan dan perlindungan status Tanah Rizab Melayu secara berterusan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu (ERM), pada tahun 2024 adalah sebanyak 4,956,639.70 hektar, berbanding 4,821,576.24 hektar pada tahun 2020. Ini menunjukkan peningkatan bersih sebanyak 135,063.46 hektar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Pecahan keluasan TRM mengikut negeri bagi tempoh tahun 2020 hingga 2024 adalah berdasarkan data yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).\n\n• Pecahan keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri bagi tahun 2024 adalah seperti di Jadual berikut:\n\nJADUAL KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU MENGIKUT NEGERI TAHUN 2024 \n\nBIL.\nNEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)\nKELUASAN TRM (HEKTAR)\n\n1. \nPerlis\n33,554.48\n\n2. \nKedah\n809,142.22\n\n3. \nPerak\n953,212.43\n\n4. \nSelangor\n164,743.96\n\n5. \nKuala Lumpur\n1,004.00\n\n6. \nNegeri Sembilan\n224,483.22\n\n7. \nJohor\n561,802.60\n\n8. \nPahang\n444,074.90\n\n9. \nKelantan\n1,361,114.00\n\n10. \nTerengganu\n\n(i) Tanah Rizab Melayu \n2,378.89\n\n(ii) Tanah Pegangan Melayu\n401,129.00\n\nJUMLAH KELUASAN\n4,956,639.70",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3019,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3019",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "32",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan : • langkah Majlis Mineral Negara (MMN) untuk menyelaraskan dasar dan tadbir urus perlombongan mineral strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri; dan • bagaimana MMN mema...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan : \n\n• langkah Majlis Mineral Negara (MMN) untuk menyelaraskan dasar dan tadbir urus perlombongan mineral strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri; dan \n\n• bagaimana MMN memastikan sebarang perjanjian antarabangsa termasuk Perjanjian ART tidak menjejaskan hak negeri dalam pengurusan mineral dan kelestarian alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Majlis Mineral Negara (MMN) merupakan platform penyelarasan tertinggi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pembangunan industri mineral termasuk mineral strategik seperti unsur nadir bumi (REE). Melalui MMN, beberapa langkah utama telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan dasar serta tadbir urus perlombongan diselaraskan secara bersepadu dan menghormati pembahagian bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.\n\n• MMN telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE di Malaysia pada 8 Mei 2023 yang kemudiannya diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023. SOP ini merangkumi panduan menyeluruh dari peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan termasuk keperluan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), pelaksanaan pemulihan progresif serta pemantauan alam sekitar secara berkala.\n\n• Selain itu, kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3), MMN memberi penekanan kepada pengukuhan tadbir urus di bawah Teras 1 (Pemerkasaan Perundangan dan Persekitaran Industri) dan pembangunan rantaian nilai secara menyeluruh di bawah Teras 2. Ini termasuk cadangan penambahbaikan prosedur permohonan dan kelulusan, pengukuhan penguatkuasaan secara bersepadu serta pembangunan industri hiliran agar manfaat ekonomi tidak tertumpu kepada aktiviti huluan semata-mata.\n\n• MMN turut menjadi medan rundingan dan penyelarasan dalam isu pengagihan hasil, kawal selia eksport dan penyelarasan kadar royalti, tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Dalam konteks ini, Kerajaan Persekutuan menghormati peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai II – Senarai Negeri yang memperuntukkan kuasa kepada negeri berhubung permit dan pajakan melombong, manakala aspek pembangunan sumber mineral, eksport dan keselamatan operasi di bawah bidang kuasa Persekutuan.\n\nSoalan (b)\n\n• Seperti sedia maklum, MMN berperanan sebagai platform penyelarasan utama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pembangunan serta pengurusan sumber mineral negara. Sehubungan itu, MMN memastikan bahawa sebarang dasar atau komitmen antarabangsa termasuk Perjanjian ART dilaksanakan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, khususnya pembahagian bidang kuasa di bawah Jadual Kesembilan.\n\n• Dalam konteks ini, MMN menjadi mekanisme semak dan imbang bagi memastikan bahawa sebarang perjanjian antarabangsa tidak menjejaskan hak Kerajaan Negeri dalam aspek kelulusan tenemen, pajakan melombong, kutipan royalti serta pengurusan tanah dan sumber mineral di negeri masing-masing. Pada masa yang sama, MMN turut memastikan bahawa pembangunan mineral dilaksanakan secara bertanggungjawab, dengan mengambil kira prinsip kelestarian alam sekitar, pematuhan kepada undang-undang domestik serta kepentingan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan. Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengekalkan prinsip federalisme, memperkukuh kerjasama Persekutuan–Negeri, dan memastikan kepentingan negeri sentiasa terpelihara dalam pelaksanaan sebarang komitmen antarabangsa.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2992,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2992",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-29",
        "year": 2026,
        "no": "33",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini dan garis masa yang dirancang untuk penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan terkini dan garis masa yang dirancang untuk penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nRang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) kini sedang dalam semakan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memastikan ia selaras dengan hasrat Kerajaan seperti penetapan dasar RUUPIN yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025. Kementerian ini berhasrat untuk membentangkan Memorandum Jemaah Menteri pada sekitar bulan Februari 2026 bagi memperoleh persetujuan untuk RUUPIN dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas dalam bulan Mac 2026. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3020,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3020",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "35",
        "member": "Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad",
        "area": "Setiawangsa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan hala tuju semasa Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) berikutan banjir risiko cuaca ekstrem seperti Ribut Tropika Senyar, termasuk garis masa pelaksanaan, strategi penglibatan pihak berkepe...",
        "question": "Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan hala tuju semasa Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) berikutan banjir risiko cuaca ekstrem seperti Ribut Tropika Senyar, termasuk garis masa pelaksanaan, strategi penglibatan pihak berkepentingan serta tahap peruntukan dan keutamaan perbelanjaan Kerajaan bagi pelaksanaan MyNAP.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian ini mengambil maklum akan peningkatan kejadian cuaca ekstrem serta risiko banjir daripada Ribut Tropika Senyar sebagai antara insiden yang boleh dikaitkan dengan impak perubahan iklim. Selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0), Laporan Nationally Determined Contribution (NDC 3.0) dan Laporan Fourth National Communication (NC4), Kementerian ini sedang membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). \n\n• Penetapan hala tuju MyNAP adalah berdasarkan kepada prinsip dan objektif strategik yang menyeluruh berkonsepkan ‘whole-of-government’’ serta mengarus perdanakan dasar dan pelaksanaan tindakan adaptasi di peringkat sektoral. Usaha sebegini dijangka akan membantu negara untuk membangunkan kerangka kerja inisiatif adaptasi yang lebih mantap dalam menghadapi ancaman perubahan iklim. \n\n• Pembangunan pelan tindakan seperti ini akan melibatkan beberapa proses seperti aktiviti pengumpulan data, analisis impak dan beberapa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan kebolehlaksanaan strategi adaptasi yang dirancang. Dokumen MyNAP ini adalah berasaskan data saintifik serta menyeluruh yang akan membantu kerajaan dalam menilai dan menetapkan keutamaan tindakan adaptasi yang akan memberikan pulangan sosio-ekonomi tertinggi bagi memastikan keberkesanan perbelanjaan awam.\n\n• Bagi tahun 2025, beberapa aktiviti dan gerak kerja awal telah dilaksanakan oleh pihak kementerian antaranya adalah seperti penubuhan Technical Working Groups (TWGs) bagi lima (5) sektor utama MyNAP yang akan dipengerusikan oleh kementerian peneraju bagi sektor-sektor tersebut, penganjuran mesyuarat dan bengkel Kick Off pembangunan MyNAP serta bengkel penyelarasan TWG MyNAP yang melibatkan sektor awam, sektor swasta, akademia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO). \n\n• NRES juga telah mengadakan bengkel teknikal bersama pihak berkepentingan serta beberapa program perkongsian ilmu bersama pakar adaptasi serta penggubal dasar daripada negara United Kingdom, Jerman dan negara serantau. Kerangka dokumen MyNAP juga telah dibangunkan dan sedang diperincikan oleh pakar-pakar teknikal yang dilantik.\n\n• Buat masa ini, MyNAP dibangunkan menggunakan peruntukan dana antarabangsa iaitu Green Climate Fund (GCF). Bagi memastikan kebolehlaksanaan strategi adaptasi yang akan ditetapkan di bawah MyNAP, analisa bagi mengenal pasti keutamaan bidang pelaburan, keperluan sumber, penetapan langkah adaptasi yang jelas serta kaedah bagi memperkukuhkan keupayaan pembiayaan iklim yang melibatkan sektor awam dan swasta akan dilaksanakan dalam perancangan kerja tahun 2026.\n\n• Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, dokumen MyNAP dijangka akan disiapkan pada suku kedua tahun 2027 dan seterusnya dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi pertimbangan dan kelulusan sebelum dikemukakan secara rasmi kepada pihak UNFCCC.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2983,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2983",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "36",
        "member": "Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik",
        "area": "Balik Pulau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan dalam konteks kawasan sensitif alam sekitar seperti Balik Pulau, apakah mekanisme Kementerian untuk memastikan projek pembangunan tidak menjejaskan kawasan tadahan air, pertanian dan bio...",
        "question": "Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dalam konteks kawasan sensitif alam sekitar seperti Balik Pulau, apakah mekanisme Kementerian untuk memastikan projek pembangunan tidak menjejaskan kawasan tadahan air, pertanian dan biodiversiti, serta sejauh mana penilaian impak alam sekitar (EIA) dikuatkuasakan secara telus.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa komited untuk memastikan projek pembangunan yang dilaksanakan adalah secara terkawal dan tidak menjejaskan alam sekitar. \n\n• Mekanisme penting yang dilaksanakan oleh Kementerian dalam mengawal kelestarian alam sekitar dan mengimbangkan aktiviti pembangunan, terutamanya di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) adalah dengan menetapkan keperluan penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).\n\n• Penyediaan laporan kajian EIA merupakan satu keperluan perundangan yang termaktub di bawah Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi cadangan aktiviti pembangunan yang disenaraikan sebagai Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) 2015.\n\n• Namun begitu, kelulusan Laporan EIA bukan merupakan kelulusan untuk projek pembangunan itu sendiri, tetapi hanya pengesahan bahawa laporan tersebut telah mengkaji dan memenuhi keperluan alam sekitar sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak Berkuasa Meluluskan (contohnya pihak Kerajaan Negeri) sewajarnya melaksanakan pertimbangan secara terperinci bagi setiap projek pembangunan yang dirancang bagi memastikan kelestarian alam sekitar Negara terjamin. \n\n• Tanggungjawab untuk menjaga keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar di KSAS ini tidak tertakluk dengan kuasa pihak sahaja. Kawalan ini memerlukan pendekatan bersepadu dan kolaboratif yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain pemegang taruh.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3021,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3021",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "37",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah e-waste yang dikutip setiap tahun. Apakah terjadi dengan e-waste yang tidak dikutip: • apakah jumlah kapasiti pemprosesan fasiliti Full dan Partial Recovery. Berapakah s...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah e-waste yang dikutip setiap tahun. Apakah terjadi dengan e-waste yang tidak dikutip: \n\n• apakah jumlah kapasiti pemprosesan fasiliti Full dan Partial Recovery. Berapakah sisa berjadual yang dihasilkan oleh fasiliti-fasiliti ini; dan \n\njelaskan jurang besar antara e-waste dikutip dengan kapasiti pemprosesan. Adakah pengimportan e-waste berlaku?",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang berusaha untuk meningkatkan kutipan e-waste dalam Negara melalui pelbagai inisiatif seperti berikut:\n\n• mengadakan Hari Pengumpulan e-waste pada setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan;\n\n• pelbagai aktiviti pengumpulan e-waste diadakan sempena penganjuran program dan sambutan alam sekitar seperti:\n\n• Hari Bumi (Earth Day);\n\n• Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day);\n\n• Hari Alam Sekitar Negara (HASN);\n\n• Program komuniti hijau / gotong-royong komuniti;\n\n• Program kesedaran alam sekitar di sekolah, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan; dan\n\n• Program kolaborasi bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak industri, NGO serta rakan strategik korporat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).\n\n• menubuhkan pusat-pusat pengumpulan e-waste di seluruh Negara;\n\n• membangunkan laman sesawang e-waste (https://ewaste.doe.gov.my); dan\n\n• mengadakan program-program kesedaran dan outreach seperti:\n\n• Karnival Jom E-Waste;\n\n• penghasilan video Kartun Animasi Omar Hana bertajuk ‘Mari Kitar Semula E-Waste’ yang memberi fokus kesedaran kepada golongan kanak-kanak;\n\n• penghasilan video Mat Gajet: Kitar Semula E-Waste dan Apa Sebenarnya E-Waste (e-Sisa)?;\n\n• penghasilan video mengenai konsep Extended Producer Responsibility (EPR) bagi menerangkan konsep EPR kepada orang awam dalam pelaksanaan Mekanisme Pengurusan E-Waste di Malaysia; dan \n\n• pertandingan pengumpulan e-waste oleh JAS Negeri.\n\n• Berdasarkan rekod JAS, penghasilan e-waste daripada industri dan isi rumah di seluruh Negara bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti di bawah:\n\nE-Waste Industri:\n\nTAHUN\nPENGHASILAN E-WASTE INDUSTRI (TAN METRIK)\n\n2020\n94,008.90\n\n2021\n85,640.98\n\n2022\n286,205.84\n\n2023\n65,280.14\n\n2024\n55,470.00",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3005,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3005",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-09",
        "year": 2026,
        "no": "39",
        "member": "Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid",
        "area": "Kuala Kangsar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah kesan terhadap permukaan struktur muka bumi Malaysia bagi jangka masa panjang susulan insiden kejadian gempa bumi ini dan apakah status risiko kemungkinan kekerapan insiden gempa ...",
        "question": "Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah kesan terhadap permukaan struktur muka bumi Malaysia bagi jangka masa panjang susulan insiden kejadian gempa bumi ini dan apakah status risiko kemungkinan kekerapan insiden gempa bumi boleh berlaku di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan tektonik Malaysia yang terletak di atas Pentas Sunda serta berada di luar Lingkaran Api Pasifik memberikan asas kestabilan geologi yang baik kepada negara. Walau bagaimanapun, Kementerian ingin menegaskan bahawa kestabilan ini perlu dilihat secara relatif, memandangkan negara masih menerima kesan tegasan tektonik hasil interaksi plat-plat utama di rantau ini.\n\n• Dari segi kesan jangka panjang terhadap struktur muka bumi, impak gempa bumi berlaku secara kumulatif dan melibatkan perubahan pada struktur geologi serta bentuk muka bumi. Gegaran berulang berpotensi mengaktifkan semula sesar-sesar kuno, menyebabkan perubahan mikro-struktur batuan dan regangan pada lapisan kerak bumi. Dari sudut geomorfologi pula, kejadian gempa bumi boleh mengubah morfologi sungai serta menjejaskan kestabilan cerun secara kekal seperti yang berlaku di Ranau pasca gempa bumi tahun 2015.\n\n• Berdasarkan data pemantauan berterusan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), tahap risiko kejadian gempa bumi bagi tempoh sepuluh tahun akan datang dinilai berada pada tahap rendah hingga sederhana berdasarkan rekod sejarah, corak aktiviti seismik serta kedudukan tektonik negara. Sabah terus dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai aktiviti seismik paling aktif, dan kemungkinan berlakunya gempa bumi pada tahap sederhana hingga kuat masih wujud. Bagi Semenanjung Malaysia pula, walaupun risiko kejadian gempa bumi tidak dapat diketepikan sepenuhnya, namun berdasarkan analisis data empirikal dan rekod kejadian terdahulu, kejadian yang berlaku dijangka tidak melebihi magnitud 6.0.\n\n• Berhubung kekerapan kejadian, sehingga kini tiada teknologi yang mampu meramal masa tepat berlakunya sesuatu gempa bumi. Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan menunjukkan bahawa gegaran berskala kecil dijangka akan terus berlaku secara sporadik sebagai sebahagian daripada proses pelepasan tenaga tektonik, dan maklumat ini akan digunakan sebagai asas kepada penilaian risiko serta perancangan kesiapsiagaan negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3013,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3013",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "43",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan : • adakah Kerajaan akan mewajibkan FCC mengemukakan laporan impak tahunan yang diaudit pihak ketiga bebas termasuk data terperinci keluasan hektar hutan dilindungi, pengurangan emisi ya...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan : \n\n• adakah Kerajaan akan mewajibkan FCC mengemukakan laporan impak tahunan yang diaudit pihak ketiga bebas termasuk data terperinci keluasan hektar hutan dilindungi, pengurangan emisi yang disahkan secara terbuka serta manfaat sosioekonomi komuniti setempat; dan \n\n• tindakan yang dikenakan jika prestasi gagal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• FCC adalah sebuah instrumen yang dibangunkan dengan tujuan untuk menggalakkan penglibatan sukarela sektor swasta kepada inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bagi memindahkan kebergantungan hutan terhadap sumber kewangan kerajaan berasaskan model kewangan kerjasama awam-swasta.\n\n• Struktur program ini melibatkan pendaftaran projek melalui penilaian jawatankuasa bebas selaras dengan keperluan-keperluan yang digariskan di bawah program FCC, termasuk sasaran matlamat serta impak. Program FCC ini mempunyai 60 indikator output dan manfaat bersama (co-benefit) bagi menilai impak pelaksanaan projek konservasi.\n\n• Projek yang telah dinilai dan berjaya didaftarkan di bawah program FCC akan dipadankan dengan penyumbang melalui perjanjian konservasi (Conservation Agreement), di mana pelaksana projek adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan aktiviti yang dipersetujui antara kedua-dua pihak. Bagi memastikan ketelusan pelaksanaan dan tadbir urus sesebuah projek, instrumen FCC mewajibkan proses audit oleh pihak ketiga setiap 12 bulan sepanjang tempoh projek dilaksanakan. \n\n• Proses audit ini akan meliputi butiran berkaitan projek seperti lokasi dan jenis aktiviti yang dilaksanakan, kos setiap aktiviti, status pelaksanaan di lapangan, sumbangan kepada komuniti tempatan dan pengurangan pelepasan emisi (sekiranya berkaitan). Namun demikian, pengurangan pelepasan yang dinilai melalui FCC TIDAK boleh dijana sebagai kredit karbon atau digunakan sebagai offset karbon yang boleh didagangkan.\n\nSoalan (b)\n\n• Dibawah program FCC, pelaksana projek dan penyumbang adalah terikat kepada skop dan tanggungjawab yang telah digariskan di dalam perjanjian konservasi (Conservation Agreement). Perjanjian ini mengikat secara perundangan semua pihak di dalam perjanjian tersebut untuk memastikan segala obligasi dan komitmen bagi menjayakan projek tersebut adalah dilaksanakan dan teratur.\n\n• Sekiranya berlaku sebarang kegagalan atau kekangan di dalam pelaksanaan aktiviti bagi sesebuah projek, tindakan remedial atau pembetulan akan dilaksanakan. Dokumen CA juga menetapkan mekanisma melibatkan penggantungan dan penamatan projek sebagai langkah bagi menangani projek yang gagal untuk dilaksanakan atau disiapkan. Justeru itu, kerangka pelaporan secara berkala dan pemantauan projek adalah amat kritikal untuk memastikan projek dapat dilaksanakan secara efektif dan mengikut jadual.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3014,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3014",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "44",
        "member": "Puan Hajah Rodziah binti Ismail",
        "area": "Ampang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan pelan geomatik yang telah didepositkan di JUPEM sepertimana tuntutan Seksyen 14(2) Akta 458: Akta Juruukur Tanah Berlesen semenjak pindaan pada tahun 2024 sehingga Disember 2025...",
        "question": "Puan Hajah Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilangan pelan geomatik yang telah didepositkan di JUPEM sepertimana tuntutan Seksyen 14(2) Akta 458: Akta Juruukur Tanah Berlesen semenjak pindaan pada tahun 2024 sehingga Disember 2025 serta siapa yang meluluskan pelan geomatik ini dan peruntukan seksyen mana kelulusan ini diberi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta A1730) telah dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2024. Sejak tarikh tersebut hingga bulan Disember 2025, JUPEM masih belum lagi menerima sebarang pelan ukur geomatik untuk didepositkan.\n\n• Di bawah seksyen 15 Akta A1730, kelulusan hanya diwajibkan bagi pelan ukur hakmilik, manakala pelan ukur geomatik tidak memerlukan kelulusan daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, selaras dengan tafsiran di seksyen 2 akta tersebut.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3015,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3015",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "46",
        "member": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah mekanisme penyelarasan antara kementerian dengan Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dalam menangani pencerobohan hutan.",
        "question": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimanakah mekanisme penyelarasan antara kementerian dengan Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dalam menangani pencerobohan hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Tanah Negara (MTN) berperanan sebagai platform perundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam perkara yang berkaitan perhutanan termasuklah isu pencerobohan hutan. Dalam hal ini, MTN ke-79 pada tahun 2021 telah bersetuju supaya semua Kerajaan Negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di negeri masing-masing.\n\n• Selain dari platform MTN, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dalam menangani pencerobohan hutan. Antara inisiatif yang dilaksanakan merangkumi:\n\n• Mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Operasi Hutan dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Hutan Daerah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu pembalakan dan penyelarasan aktiviti penguatkuasaan; \n\n• Menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG), Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS);\n\n• Menubuhkan pasukan penguatkuasaan pencerobohan tanah dan hutan yang melibatkan pelbagai agensi negeri dan persekutuan dalam membanteras aktiviti pencerobohan tanah dan hutan secara haram yang akan bergerak secara bersepadu dalam tindakan penguatkuasaan dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UNIFIED) di Negeri Pahang; dan\n\n• JPSM terlibat secara langsung dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) diterajui PERHILITAN, PDRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melibatkan rondaan dan penguatkuasaan secara bersama oleh pelbagai agensi merangkumi Jabatan Perhutanan Negeri.\n\n• Di peringkat operasi, JPSM telah menubuhkan Pusat Operasi Penguatkuasaan Berpusat (War Room) yang menggunakan teknologi pencerapan satelit terkini, seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) dan sistem e-Geospatial Perhutanan. Sistem ini membolehkan pemantauan perubahan litupan hutan dilakukan hampir masa nyata (near real-time). Maklumat pencerobohan yang dikesan akan disalurkan serta-merta kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan di lapangan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3022,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3022",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "47",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan respon Kementerian terhadap peningkatan momentum decarbonization global terutamanya untuk mempercepat adaptasi teknologi tenaga bersih dan mengurangkan emisi negara selaras trend dunia.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan respon Kementerian terhadap peningkatan momentum decarbonization global terutamanya untuk mempercepat adaptasi teknologi tenaga bersih dan mengurangkan emisi negara selaras trend dunia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seiring dengan peningkatan momentum penyahkarbonan di peringkat global, Kementerian ini telah menetapkan hala tuju yang jelas dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara melalui penjajaran dasar yang selaras dengan komitmen antarabangsa, khususnya di bawah Perjanjian Paris. \n\n• Malaysia telah mengemukakan sasaran pelepasan GHG yang lebih progresif kepada Perjanjian Paris di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) melalui Malaysia’s Third Nationally Determined Contributions (NDC 3.0) pada 24 Oktober 2025. Melalui NDC 3.0, Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan GHG secara mutlak sebanyak 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara (million tonnes CO₂ equivalent - MtCO₂eq) menjelang tahun 2035 berbanding aras pelepasan puncak.\n\n• Daripada jumlah tersebut, pengurangan sebanyak 20 juta tan akan dilaksanakan melalui usaha domestik tanpa syarat, manakala baki 10 juta tan lagi tertakluk kepada sokongan antarabangsa dari segi pembiayaan perubahan iklim, pemindahan teknologi, serta sokongan pembangunan kapasiti.\n\n• Dalam hal ini, pencapaian semasa negara dalam usaha penyahkarbonan boleh dirujuk melalui laporan Malaysia’s First Biennial Transparency Report (BTR1) yang telah dikemukakan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada pihak UNFCCC. Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia telah mencapai sasaran NDC sebanyak 37.12% setakat tahun 2021. \n\n• Selain komitmen dasar, Kementerian juga mengambil langkah memperkukuh kerangka perundangan berkaitan perubahan iklim melalui penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Penggubalan rang undang-undang ini akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih berkenasn terhadap sektor industri yang berkaitan, termasuk mewajibkan pelaporan pelepasan GHG. \n\n• Melalui kuasa perundangan RUUPIN, data yang lebih berintegriti dapat diwujudkan melalui pelaporan mandatori oleh industri di bawah Sektor Ekonomi Berjadual (Scheduled Economic Sector). Pelaporan mandatori ini akan menjadi prasyarat kepada skim perdagangan pelepasan (Emission Trading Scheme – ETS) di bawah RUUPIN. Melalui skim ini, pasaran karbon akan diperkenalkan di mana perdagangan kredit karbon berintegriti dapat dilaksanakan selepas RUUPIN berkuat kuasa kelak. \n\n• Pelaksanaan sistem pelaporan dan ETS dijangka akan mendorong pihak industri yang terlibat untuk meningkatkan penggunaan teknologi bersih seperti tenaga solar dan teknologi cekap tenaga dalam usaha bagi mengurangkan jumlah pelepasan dalam laporan mandatori yang perlu dikemukakan.\n\n• Selain itu, pengumuman pengenalan cukai karbon semasa pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Perdana Menteri turut memberikan isyarat jelas kepada pasaran global bahawa Malaysia serius untuk melaksanakan mekanisme penentuan harga karbon (carbon pricing) bagi memacu pelaburan teknologi tenaga bersih. Langkah ini juga dijangka akan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan industri untuk mengurangkan pelepasan GHG bagi mengelakkan implikasi kos daripada pelaksanaan cukai tersebut.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2998,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2998",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "49",
        "member": "Puan Hajah Rodziah binti Ismail",
        "area": "Ampang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan hala tuju dan strategi memantapkan pembangunan dan penggunaan teknologi pintar untuk memastikan pengurusan, pemantauan dan penyelenggaraan sumber air bawah tanah secara selamat, mampan d...",
        "question": "Puan Hajah Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan hala tuju dan strategi memantapkan pembangunan dan penggunaan teknologi pintar untuk memastikan pengurusan, pemantauan dan penyelenggaraan sumber air bawah tanah secara selamat, mampan dan melibatkan komuniti terutama di kawasan pedalaman, terpencil atau berbekalkan sumber air minuman terhad.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menetapkan hala tuju memperkukuh pengurusan sumber air bawah tanah secara selamat, mampan dan berasaskan teknologi, khususnya bagi kawasan pedalaman dan kawasan yang berdepan kekangan bekalan air bersih.\n\n• Pada ketika ini, Kementerian sedang giat melaksanakan Projek Pemetaan dan Penilaian Sumber Air Bawah Tanah (PABT) di beberapa buah negeri termasuk negeri Kedah (2021-2025), Melaka (2025-2027), Pantai Barat Sabah (2025-2028) dan Kelantan (2026-2029). Salah satu objektif utama pelaksanaan projek tersebut adalah menilai potensi air bawah tanah sebagai bekalan air meliputi semua kawasan kajian termasuk kawasan pedalaman, terpencil atau berbekalkan sumber air minuman terhad.\n\n• Bagi kawasan pedalaman, terpencil dan kawasan yang mempunyai sumber air minuman terhad seperti di Sarawak dan Sabah, Kementerian telah membina telaga-telaga tiub untuk kegunaan penduduk pedalaman dan rumah panjang. Daerah di Sarawak yang terlibat antaranya Subis, Lundu, Selangau, Simunjan, Kanowit, Lawas, Beluru dan beberapa daerah lain. Manakala, bagi kawasan pedalaman di Sabah, beberapa buah kampung juga telah mendapat manfaat melalui pembinaan telaga tiub seperti di daerah Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Beaufort, Papar, Keningau serta di Pantai Timur Sabah.\n\n• Selain itu, kementerian juga telah bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sumber Alternatif Negeri Sarawak yang memfokuskan pembinaan telaga tiub di kawasan pedalaman. JMG turut menjalinkan kerjasama rapat bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Semenanjung bagi mengenal pasti potensi sumber air bawah tanah untuk dibangunkan sebagai sumber bekalan air di beberapa perkampungan orang asli.\n\n• Bagi memperkukuhkan pengurusan air bawah tanah, pendekatan pemantauan masa nyata menggunakan instrumen Internet of Things (IoT) serta pemasangan sistem telemetri bagi tujuan pemantauan paras air dan kualiti air bawah tanah sedang giat dilaksanakan seperti di negeri Kedah dan akan diikuti oleh negeri-negeri lain. Ini bertujuan untuk memantau paras air dan kualiti bagi mengesan risiko pencemaran terhadap sumber ini.\n\n• Penggunaan teknologi pintar ini diperkukuh dengan inventori data air bawah tanah melalui platform yang dibangunkan oleh JMG iaitu sistem MyGEMS bagi tujuan penyimpanan, perkongsian data dan sokongan perancangan pembangunan. Sistem ini boleh diakses oleh semua pihak bagi mendapatkan maklumat sumber air bawah tanah bagi tujuan pembangunan terutamanya di kawasan pedalaman, terpencil dan kawasan yang mempunyai sumber air minuman terhad.\n\n• Kementerian juga menekankan penyelesaian yang sesuai dengan komuniti setempat termasuk penggunaan tenaga solar, reka bentuk telaga kos rendah serta pemantauan berasaskan komuniti, bagi memastikan kemudahan air bawah tanah dapat diselenggara secara berterusan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2999,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2999",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "50",
        "member": "Tuan Tan Kok Wai",
        "area": "Cheras",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah penilaian terkini Kerajaan terhadap risiko cuaca melampau kepada Malaysia dalam tempoh 5 - 10 tahun akan datang, khususnya terhadap kesihatan awam, keselamatan makanan dan ekonomi...",
        "question": "Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah penilaian terkini Kerajaan terhadap risiko cuaca melampau kepada Malaysia dalam tempoh 5 - 10 tahun akan datang, khususnya terhadap kesihatan awam, keselamatan makanan dan ekonomi negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan dapatan daripada dokumen Nationally Determined Contributions 3.0 Malaysia yang telah dikemukakan kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada tahun 2024, purata suhu tahunan negara ini diunjurkan akan meningkat di antara 1.7°Celcius hingga 2.1°Celsius menjelang tahun 2100. Kawasan berisiko banjir di Semenanjung Malaysia diunjurkan akan meningkat kepada 5%, manakala menjelang tahun 2050, pengurangan taburan hujan diramalkan akan berlaku terutamanya di wilayah utara semenanjung. \n\n• Selain itu, aras laut turut dijangka akan meningkat sehingga 0.74 meter menjelang tahun 2100 dan sekiranya tiada tindakan adaptasi dilakukan, hampir 77% lebih banyak kawasan daratan di pesisir pantai akan ditenggelami air. Perubahan iklim ini akan menyebabkan negara kita bakal berhadapan dengan risiko yang mengancam pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.\n\n• Menyedari hal ini, berdasarkan Teras Strategik 3 dalam Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). \n\n• Dokumen ini akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. Sektor kesihatan awam, keselamatan makanan serta ekonomi negara secara umumnya telah dikenal pasti sebagai antara sektor-sektor utama yang akan diberikan keutamaan dalam penghasilan dokumen MyNAP. \n\n• Melalui pendekatan whole-of-nation, Kementerian akan memastikan strategi yang dibangunkan tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal semata-mata, malah merangkumi pengurusan risiko dalam aspek keselamatan awam serta ancaman terhadap komuniti-komuniti yang mudah terancam.\n\n• Langkah adaptasi adalah satu proses yang berpanjangan dalam menghadapi cabaran persekitaran yang sering berubah. Sehubungan dengan itu, Kementerian ini mengalu-alukan sebarang inisiatif atau usaha adaptasi daripada pelbagai pihak, sama ada daripada sektor awam, swasta mahupun individu bagi menyokong agenda ini selagi usaha tersebut tidak memberikan impak negatif terhadap alam sekitar dan masyarakat secara amnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3006,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3006",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-09",
        "year": 2026,
        "no": "50",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah sungai yang diklasifikasikan sebagai tercemar dan kritikal setakat ini dan apakah sasaran pemulihan yang dicapai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan mengapakah insiden pencemara...",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah sungai yang diklasifikasikan sebagai tercemar dan kritikal setakat ini dan apakah sasaran pemulihan yang dicapai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan mengapakah insiden pencemaran sungai masih berulang di lokasi yang sama walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil sebelum ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa peka terhadap alam sekitar dan kualiti air sungai melalui pelaksanaan pengawasan berterusan di 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai secara manual serta 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik di seluruh Negara.\n\n• Pada tahun 2025, daripada 672 sungai yang dipantau, sebanyak 33 (4.9%) sungai telah dikategorikan sebagai sungai tercemar. Walau bagaimanapun, tiada sungai yang direkodkan berada di dalam Kelas V (Nilai Indeks Kualiti Air - IKA <31.0) sepanjang tempoh tersebut.\n\n• Insiden pencemaran sungai di Negara ini masih berulang walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah peningkatan populasi serta kepesatan pembangunan industri dan ekonomi yang secara langsung menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• Selain itu, berdasarkan analisis oleh JAS bagi tempoh 2020 hingga 2024, trend beban pencemaran daripada aktiviti ternakan babi dan sistem pengolahan kumbahan didapati kekal konsisten serta menyumbang peratusan yang besar kepada jumlah beban pencemaran air sungai di Negara ini.\n\n• Tambahan pula, kurangnya kesedaran dan tanggungjawab pengusaha kilang dan industri mendorong kepada pelanggaran undang-undang serta pelupusan sisa secara haram tanpa memikirkan impak negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan masyarakat setempat.\n\n• Walau bagaimanapun, NRES melalui JAS terus komited dalam memantau dan menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Namun, isu pencemaran sungai di Negara ini perlu ditangani secara holistik dan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan amat diperlukan bagi meningkatkan kualiti air sungai dan seterusnya menangani masalah pencemaran sungai.\n\n• Untuk makluman, program pemulihan sungai di Negara ini dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3023,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3023",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-25",
        "year": 2026,
        "no": "55",
        "member": "Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib",
        "area": "Tenggara",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan bagaimana PBGN dapat memperkukuh pencegahan dan kesiapsiagaan negara dala...",
        "question": "Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan terkini penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan bagaimana PBGN dapat memperkukuh pencegahan dan kesiapsiagaan negara dalam mendepani bencana geologi gempa bumi serta bencana alam lain rentetan siri kejadian gempa bumi yang berlaku sebelum ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berhubung perkembangan terkini penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara atau PBGN, Kerajaan ingin memaklumkan bahawa penubuhan pusat ini kini sedang menuju ke fasa konsultasi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum kelulusan penubuhan. PBGN akan berfungsi sebagai entiti teknikal khusus di bawah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi menyelaras pengurusan risiko bencana geologi secara lebih berfokus dan bersepadu, meliputi bencana seperti tanah runtuh, aliran puing, lubang benam, mendapan tanah dan gempa bumi.\n\n• Dalam konteks memperkukuh pencegahan dan kesiapsiagaan negara terhadap risiko gempa bumi dan bencana geologi lain, peranan PBGN akan merangkumi beberapa aspek utama.\n\n• PBGN akan bertindak sebagai pusat rujukan nasional bencana geologi, yang menyelaras kepakaran, data dan analisis geosains supaya semua keputusan berkaitan risiko bencana geologi dibuat secara berasaskan sains dan bukti.\n\n• PBGN akan memperkukuh pemantauan dan analisis bahaya seismik, termasuk analisis data seismik, zon sesar aktif dan sejarah gempa bumi, serta menyokong pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Negara sebagai rujukan rasmi dalam mitigasi dan perancangan pembangunan.\n\n• PBGN akan melaksanakan penilaian risiko dan impak kepada rakyat, termasuk mengenal pasti kawasan berisiko tinggi terhadap kerosakan struktur, kejadian tanah runtuh akibat gempa dan kesan sekunder, serta menyediakan input teknikal kepada perancangan guna tanah, pembangunan bandar dan pengurusan cerun. Pendekatan ini membolehkan risiko dikurangkan sebelum bencana berlaku, bukan hanya selepas kejadian.\n\n• PBGN akan memberi sokongan teknikal kepada reka bentuk dan dasar kejuruteraan, termasuk pelaksanaan Malaysia National Annex to Eurocode 8, penilaian tapak pembangunan berhampiran zon sesar dan nasihat kepada pihak berkuasa tempatan, jurutera serta perancang bandar bagi memastikan bangunan dan infrastruktur lebih berdaya tahan terhadap gempa bumi.\n\n• Semasa kejadian bencana, PBGN akan menyediakan penilaian teknikal pantas (rapid assessment), menjadi sumber rujukan saintifik kepada NADMA dan agensi responder, serta memberi nasihat berkaitan keselamatan struktur, cerun dan risiko gegaran susulan bagi memastikan tindak balas kecemasan dilaksanakan secara tepat dan berasaskan data.\n\n• Dari perspektif sains dan amalan antarabangsa, gempa bumi merupakan fenomena semula jadi yang tidak boleh diramal dari segi masa, lokasi dan magnitud. Sehubungan itu, dasar Kementerian adalah berasaskan pengurusan risiko, pemantauan berterusan serta kesiapsiagaan menyeluruh, dan inilah pendekatan utama yang akan diperkukuh melalui penubuhan PBGN.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3000,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3000",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "61",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kementerian terhadap Pentadbir Tanah Negeri yang enggan mendaftarkan perintah Mahkamah Syariah berkaitan urusan tanah di bawah Kanun Tanah Negara, sedangkan perintah tersebut s...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pendirian Kementerian terhadap Pentadbir Tanah Negeri yang enggan mendaftarkan perintah Mahkamah Syariah berkaitan urusan tanah di bawah Kanun Tanah Negara, sedangkan perintah tersebut sah dan berkuatkuasa, serta langkah untuk menyeragamkan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seksyen 421A Kanun Tanah Negara (KTN) [Akta 828], memperuntukkan bahawa tafsiran Mahkamah bagi tujuan Seksyen 417 dan 420 KTN, yang berkaitan dengan pelaksanaan perintah Mahkamah oleh Pendaftar, turut merangkumi Mahkamah Syariah. Tafsiran ini adalah selaras dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pengasingan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam.\n\n• Mahkamah Syariah adalah terletak dalam Senarai Negeri dan sesungguhnya mempunyai bidang kuasa mal (sivil) dalam hal-hal seperti pembahagian harta sepencarian, hibah, wakaf, pengesahan nasab dan pengesahan mengenai bahagian faraid waris-waris si mati dalam tuntutan pusaka orang Islam. Maka apabila sesuatu perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang sah dan tidak menyentuh mengenai hal probet mahupun surat kuasa mentadbir dalam suatu kematian, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di Negeri berkaitan hendaklah mendaftarkan perintah tersebut bagi menjamin hak dan kepentingan pihak yang terlibat.\n\n• Dalam hal ini, Pendaftar atau Pentadbir Tanah mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk memberi kesan kepada mana-mana perintah atau arahan daripada Mahkamah Syariah berkaitan urusan tanah, setaraf dengan perintah Mahkamah Sivil.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) sedang dalam usaha mengeluarkan surat edaran kepada semua Pihak Berkuasa Pendaftaran di Pejabat Tanah Semenanjung Malaysia mengenai panduan serta limitasi akan seksyen 421A KTN agar tindakan yang dilakukan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah tidak bertentangan dengan bidang kuasa persekutuan dan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2984,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2984",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "64",
        "member": "Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun",
        "area": "Port Dickson",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "PERHILITAN, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh Malaysia bersama negara-negara ASEAN dalam mengekang perdagangan hidupan liar secara haram khususnya melalui ASEAN Working Gro...",
        "question": "Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh Malaysia bersama negara-negara ASEAN dalam mengekang perdagangan hidupan liar secara haram khususnya melalui ASEAN Working Group on CITES, serta sejauh mana keberkesanan langkah-langkah tersebut dari segi hasil dan impaknya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menjalankan kerjasama serantau di bawah ASEAN Working Group on Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna (CITES) and Wildlife Enforcement (AWG CITES & WE) untuk menangani ancaman perdagangan hidupan liar secara haram yang melibatkan warga asing. Antara langkah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh Malaysia bersama negara-negara ASEAN adalah:\n\n• bekerjasama dengan pihak berkuasa pengurusan CITES dalam penyaluran dan perkongsian maklumat berhubung jenayah hidupan liar yang melibatkan warganegara asing di Malaysia;\n\n• meningkatkan kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN yang lain seperti ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crimes (SOMTC) Working Group on Illicit Trafficking of Wildlife and Timber;\n\n• memperkukuhkan penguatkuasaan melalui perisikan iaitu “intelligence led enforcement”;\n\n• membantu negara ASEAN yang lain dalam melaksanakan analisis forensik hidupan liar melalui National Wildlife Forensic Laboratory, Jabatan PERHILITAN; \n\n• meningkatkan latihan dan kemahiran penguatkuasaan kepada penguatkuasa di lapangan melalui mesyuarat dan lawatan rasmi ke negara-negara ASEAN; dan\n\n• bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa yang berkaitan seperti CITES, The International Criminal Police Organization (INTERPOL), ASEANAPOL, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan World Customs Organization (WCO) dalam aspek perkongsian maklumat mengenai aktiviti jenayah dan penyeludupan hidupan liar.\n\n• Langkah-langkah penguatkuasaan yang dilaksanakan melalui kerjasama serantau ASEAN ini telah menunjukkan keberkesanan yang positif, khususnya dari segi:\n\n• peningkatan keupayaan pengesanan dan tangkapan melalui perkongsian maklumat dan perisikan serantau telah membantu agensi penguatkuasaan mengenal pasti sindiket serta individu yang terlibat dengan lebih berkesan, sekali gus meningkatkan kejayaan operasi tangkapan dan rampasan hidupan liar;\n\n• meningkatkan kerjasama strategik dalam tindakan penguatkuasaan secara lebih sistematik, terutamanya dalam kes yang melibatkan sindiket antarabangsa dan warga asing;\n\n• latihan berterusan dan pertukaran kepakaran di peringkat serantau telah meningkatkan kemahiran teknikal, kecekapan siasatan serta kualiti kertas siasatan, seterusnya menyokong pendakwaan yang lebih kukuh di mahkamah; dan\n\n• program kesedaran awam telah menyumbang kepada pemahaman masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan liar dan implikasi undang-undang terhadap perdagangan haram, sekaligus membantu mengurangkan permintaan dalam jangka panjang.\n\n• Secara keseluruhannya, kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN dan CITES telah memperkukuh perkongsian perisikan, keupayaan penguatkuasaan serta kerjasama strategik pelbagai agensi, sekali gus meningkatkan keberkesanan membanteras pemerdagangan hidupan liar secara haram dan melindungi kelestarian biodiversiti negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2985,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2985",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-26",
        "year": 2026,
        "no": "66",
        "member": "Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa",
        "area": "Tampin",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan terkini Kementerian menerusi Jabatan PERHILITAN bagi mengurangkan kes-kes berkaitan konflik manusia-hidupan liar seperti monyet, beruk, kera dan gajah yang sering mengganggu ...",
        "question": "Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [ Tampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan terkini Kementerian menerusi Jabatan PERHILITAN bagi mengurangkan kes-kes berkaitan konflik manusia-hidupan liar seperti monyet, beruk, kera dan gajah yang sering mengganggu ketenteraman serta menjejaskan hasil pertanian atau perladangan masyarakat di kawasan luar bandar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius mengenai konflik manusia dan hidupan liar termasuk kera dan gajah yang menjejaskan ketenteraman serta kerosakan tanaman di kawasan luar bandar.\n\n• Dalam aspek perancangan jangka panjang, Jabatan PERHILITAN telah membangunkan pelan tindakan konservasi sebagai garis panduan dan rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam pengurusan hidupan liar di Semenanjung Malaysia yang turut merangkumi strategi bagi menangani konflik manusia dan hidupan liar seperti Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030 (National Elephant Conservation Action Plan 2023-2030 - NECAP 2.0).\n\n• Secara umumnya, antara tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN bagi menangani konflik manusia dengan kera dan gajah adalah seperti berikut:\n\n• menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai;\n\n• menjalankan program pemasangan perangkap untuk menangkap hidupan liar yang menimbulkan konflik dan dipindahkan ke kawasan yang bersesuaian; \n\n• menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan;\n\n• melaksanakan Pelan Pengurusan Hidupan Liar/ Kajian Kesan Hidupan Liar dalam Kajian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment - EIA) bersama pihak perunding, penggerak projek dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengenal pasti impak dan tindakan mitigasi akibat pembangunan yang melibatkan habitat hidupan liar; dan\n\n• menubuhkan Pasukan Khas (Taskforce) dan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar juga telah ditubuhkan di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan penyelesaian isu konflik dan merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik manusia dan hidupan liar.\n\n• Kerajaan juga prihatin dengan kerugian yang dialami oleh pekebun kecil, petani dan penternak yang terjejas akibat serangan hidupan liar. Bagi tujuan ini, NRES telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) mulai tahun 2024. \n\n• BKHT merupakan bantuan kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman. Sebanyak hampir RM1 juta telah dimanfaatkan oleh 246 pemohon pada tahun 2024, manakala sebanyak hampir RM1.5 juta telah dimanfaatkan oleh 314 pemohon pada tahun 2025. Bantuan ini diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3016,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3016",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-02-12",
        "year": 2026,
        "no": "67",
        "member": "Tuan Syahredzan bin Johan",
        "area": "Bangi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai pangsapuri dan bilangan petak terlibat yang masih tidak mempunyai hakmilik strata individu di kawasan Parlimen Bangi atas sebab kegagalan pihak pemaju membuat permohonan serta in...",
        "question": "Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan senarai pangsapuri dan bilangan petak terlibat yang masih tidak mempunyai hakmilik strata individu di kawasan Parlimen Bangi atas sebab kegagalan pihak pemaju membuat permohonan serta intervensi yang dapat dilakukan oleh Kementerian dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa negeri untuk membantu para pemilik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBerdasarkan data skim kediaman berstrata sehingga tahun 2024 yang diperolehi daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor bagi bangunan yang telah didiami pada tahun 2007 dan tahun-tahun sebelumnya, terdapat 42 skim dengan 10,779 petak di kawasan Parlimen Bangi yang masih tidak mempunyai hakmilik strata.\n\nBagi membantu pembeli petak mendapatkan hakmilik strata, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melaksanakan usaha-usaha iaitu menyediakan bantuan dana bagi membiayai kos permohonan hakmilik strata untuk skim kediaman berstrata kos rendah/ kos sederhana rendah. \n\nMelalui Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan sejak tahun 2018, dana berjumlah RM3.3 juta telah diluluskan kepada 10 skim melibatkan sebanyak 1,736 petak. Daripada 10 skim tersebut, tujuh (7) skim telah berjaya didaftarkan hakmilik strata dengan 1,475 pemilik petak mendapat manfaat daripada penyelesaian urusan permohonan hakmilik strata ini.\n\nUntuk Negeri Selangor, satu (1) skim iaitu Pangsapuri Shangri-La di Mukim Cheras yang mempunyai 149 petak telah diluluskan dana berjumlah RM315,680.00. Permohonan hakmilik strata sedang diproses oleh agensi-agensi yang terlibat untuk skim ini.\n\nSelain itu, Kementerian telah diluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM2juta di bawah Inisiatif Belanjawan Tahun 2026 untuk melaksanakan Program Skim Strata Khas MADANI. Empat (4) skim kediaman strata kategori kediaman kos rendah yang dimiliki oleh 1,213 pembeli petak dari kumpulan B40 akan turut mendapat manfaat daripada usaha menyelesaikan isu pendaftaran hakmilik strata ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 3001,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=3001",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2026-01-20",
        "year": 2026,
        "no": "69",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan arah tuju industri Unsur Nadir Bumi (REE) negara dan jelaskan juga : • bagaimanakah kerangka penglibatan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini; dan • perincikan penemuan-pene...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan arah tuju industri Unsur Nadir Bumi (REE) negara dan jelaskan juga :\n\n• bagaimanakah kerangka penglibatan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini; dan\n\n• perincikan penemuan-penemuan baharu mengikut pecahan negeri sumber REE dalam tempoh lima tahun ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bersama dengan kementerian dan agensi berkaitan komited untuk membangunkan industri unsur nadir bumi (REE) secara berperingkat meliputi keseluruhan rantaian nilai dengan menitikberatkan kepada pematuhan undang-undang serta perlindungan alam sekitar dan keselamatan rakyat.\n\n• Penglibatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini adalah berdasarkan kepada pembahagian bidang kuasa sedia ada. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadap hal ehwal tanah yang meliputi permit dan kebenaran perlombongan, manakala Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam penggubalan dasar nasional, penyelarasan industri, kawal selia teknikal, keselamatan, alam sekitar dan kawalan eksport. Penyelarasan ini dilaksanakan melalui beberapa mekanisme di peringkat nasional termasuk Majlis Tanah Negara, Majlis Mineral Negara serta sesi libat urus yang diadakan bersama pihak Kerajaan Negeri.\n\n• Berdasarkan kajian awal yang dibuat sebelum ini, taburan sumber teragak (inferred resources) REE dari jenis lempung jerapan ion (ion-adsorption clay - IAC) telah dikenal pasti di beberapa negeri khususnya di Semenanjung Malaysia. Penemuan ini masih berada pada kategori sumber awal dan memerlukan pengesahan lanjut sebelum sebarang aktiviti komersial berskala penuh boleh dipertimbangkan. Negeri Perak telah melaksanakan projek perintis perlombongan REE yang dipantau rapi bermula pada tahun 2022, manakala negeri-negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan masih berada pada peringkat kajian, penerokaan atau penilaian teknikal.\n\n• Melalui kajian lanjut yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi RMKe-12 untuk tempoh tahun 2021 hingga 2025, anggaran sumber terukur (measured resources) REE bagi 9 negeri iaitu Terengganu, Perak, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor dan Johor adalah sebanyak 274,144 tan metrik dengan keluasan kajian 103.9 km persegi.\n\n• Justeru, kerajaan akan terus memastikan pembangunan industri REE negara dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan demi kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2026-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2970,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2970",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-15",
        "year": 2025,
        "no": "1",
        "member": "Senator Tuan Amir bin Md Ghazali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah hala tuju National Climate Resilience Plan dalam menangani ancaman banjir besar serta perubahan corak cuaca ekstrem di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.",
        "question": "Senator Tuan Amir bin Md Ghazali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah hala tuju National Climate Resilience Plan dalam menangani ancaman banjir besar serta perubahan corak cuaca ekstrem di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• National Climate Resilience Plan yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat adalah merujuk kepada Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia (MyNAP) yang sedang dibangunkan dan dijangka siap pada akhir tahun 2026. Dokumen ini bakal menggariskan hala tuju perancangan, strategi dan pelaksanaan tindakan adaptasi negara bagi meningkatkan daya tahan iklim di samping merancang strategi dan tindakan untuk menangani ancaman banjir besar dan perubahan corak cuaca ekstrem di Malaysia. \n\n• MyNAP juga akan dibangunkan selari dengan dasar serta polisi sedia terkini di antaranya adalah Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0), Laporan Nationally Determined Contribution (NDC 3.0) dan Laporan Fourth National Communication (NC4). Penetapan hala tuju MyNAP juga adalah berdasarkan kepada prinsip dan objektif strategik yang menyeluruh berkonsepkan (whole-of-government) dalam merancang pelan pembangunan, perancangan bandar serta pengurusan sumber air.\n\n• Beberapa langkah teknikal dan perancangan program untuk menangani banjir besar dan cuaca ekstrem telah diambil oleh Kementerian dan agensi yang bertanggungjawab di antaranya:\n\n• penumpuan terhadap kawalan pembangunan dan pengurusan kawasan tadahan lembangan sungai, kawalan guna tanah di lembangan berisiko, program pemuliharaan sungai serta kawalan hakisan pantai;\n\n• memperkasakan sistem ramalan dan amaran awal banjir dengan informasi serta peringatan awal yang sampai ke komuniti rentan; dan\n\n• memperkukuhkan langkah mitigasi banjir melalui pelaksanaan projek-projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi di samping memastikan reka bentuk infrastruktur banjir akan mengambil kira faktor perubahan iklim serta menggunapakai pendekatan adaptasi yang berasaskan Nature-based Solutions (NBS) untuk mengurangkan impak banjir.\n\n• MyNAP akan mengarusperdanakan dasar dan pelaksanaan tindakan adaptasi di peringkat nasional dan sub nasional. Usaha sebegini dijangka akan membantu negara untuk membangunkan kerangka kerja inisiatif adaptasi yang lebih mantap dalam menghadapi ancaman perubahan iklim.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2975,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2975",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-17",
        "year": 2025,
        "no": "19",
        "member": "Senator Dato' Wu Him Ven",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan Kadar pematuhan syarikat pembalakan terhadap syarat penanaman semula di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 :- • berapa banyak tindakan yang diambil terhadap syarikat yang gagal melaksanak...",
        "question": "Senator Dato' Wu Him Ven minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan Kadar pematuhan syarikat pembalakan terhadap syarat penanaman semula di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 :-\n\n• berapa banyak tindakan yang diambil terhadap syarikat yang gagal melaksanakan reforestasi selepas aktiviti pembalakan; dan\n\n• nyatakan negeri manakah yang mempunyai kadar pematuhan penanaman semula paling rendah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan (a)\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan komited dalam melaksanakan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk memastikan negara terus menikmati segala faedah yang diperolehi daripada sumber hutan secara berterusan selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia. \n\n• Selain pelaksanaan PHSB, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri turut memantau projek pembangunan ladang hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia yang merupakan antara inisiatif untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan bagi pertumbuhan industri perkayuan terus berdaya saing di negara ini.\n\n• Penubuhan ladang hutan bukan sahaja sebagai satu usaha untuk mendapatkan bekalan kayu yang berterusan, malah untuk menggantikan kawasan hutan terosot kepada kawasan yang lebih produktif dengan menanam pokok-pokok spesies tempatan atau eksotik yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan bermutu tinggi.\n\n• Bagi tujuan pemuliharaan hutan, aktiviti pengusahasilan hutan di kawasan pembangunan ladang hutan dijalankan secara berfasa mengikut blok. Pembukaan kawasan pengusahasilan blok seterusnya hanya akan dibenarkan selepas semakan di lapangan dan penanaman ladang hutan telah dilaksanakan sekurang-kurangnya 50 peratus. Kawasan ladang hutan yang telah dibersihkan hendaklah segera dilaksanakan penanaman semula bagi mengelakkan kemerosotan ekosistem dan risiko berlakunya kejadian bencana alam.\n\n• Dalam hubungan ini, selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-81 pada 19 September 2024, Kerajaan Negeri hendaklah memastikan pengusaha ladang menyegerakan aktiviti penanaman semula di kawasan ladang hutan yang telah dibersihkan dan belum ditanam. Kementerian melalui JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri akan bekerjasama untuk memantau status pelaksanaan penanaman semula di setiap negeri dari semasa ke semasa. Selain itu, Kerajaan Negeri juga diminta untuk mengambil tindakan tegas dengan membatalkan kelulusan atau mengenakan denda terhadap pengusaha yang gagal membuat penanaman di kawasan yang telah dibersihkan.\n\n• Sehingga kini, Kerajaan Negeri Pahang dan Negeri Sembilan telah mengambil tindakan tegas dengan membatalkan kelulusan terhadap pengusaha yang gagal membuat penanaman semula di kawasan yang telah dibersihkan dengan keluasan sebanyak 14,774.00 hektar dan 1,037.25 hektar di negeri masing-masing.\n\nSoalan (b)\n\nBerdasarkan rekod semasa, terdapat beberapa negeri yang menunjukkan prestasi penanaman semula yang rendah, iaitu di bawah paras 50 peratus seperti Kedah sebanyak 4,348.96 hektar (41%), Kelantan sebanyak 50,767.63 hektar (38%), Pahang sebanyak 22,759.72 hektar (38%) dan Selangor sebanyak 3,836.16 hektar (37%). \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2971,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2971",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-15",
        "year": 2025,
        "no": "20",
        "member": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "PERHILITAN, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah segera dan jangka panjang untuk menangani konflik manusia-gajah yang meruncing khususnya di kawasan Gua Musang dan beberapa kawasan lain di seluruh negara, serta nyatakan jumlah ...",
        "question": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah segera dan jangka panjang untuk menangani konflik manusia-gajah yang meruncing khususnya di kawasan Gua Musang dan beberapa kawasan lain di seluruh negara, serta nyatakan jumlah operasi tangkap pindah (translocation) gajah yang telah berjaya dilaksanakan di Gua Musang dalam tempoh 2020-2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius mengenai isu konflik manusia dan hidupan liar termasuk gajah di kawasan Gua Musang.\n\n• Bagi tujuan ini, Jabatan PERHILITAN telah membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (National Elephant Conservation Action Plan - NECAP) 2.0 sebagai garis panduan dan rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan di dalam pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia termasuk langkah segera untuk menangani konflik manusia dan gajah. \n\n• Antara tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN di kawasan Gua Musang adalah seperti berikut:\n\n• mensiapsiagakan pasukan konflik pada setiap masa untuk bertindak awal bagi mengawal situasi apabila berlakunya konflik manusia dan gajah;\n\n• menjalankan aktiviti kawalan awalan gangguan gajah seperti tembak halau bagi menakutkan gajah dan menghalau gajah kembali ke dalam hutan;\n\n• menjalankan operasi tangkapan gajah di lokasi konflik yang serius dan memindahkannya ke habitat yang lebih luas dan sesuai sekiranya penilaian di lapangan memerlukan tindakan pemindahan;\n\n• melaksanakan Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Mudah Alih (SPEGKOM) yang melibatkan penduduk di kawasan Kampung Subong, Gua Musang. Pagar elektrik mudah alih ini telah dipasang sejauh 1.6 km; dan\n\n• menyediakan kawasan zon selamat di lokasi konflik manusia dan gajah, khususnya di pos-pos Orang Asli, dengan memasang pagar elektrik mudah alih di kawasan dewan komuniti sebagai tempat berkumpul sekiranya berlaku konflik.\n\n• Jabatan PERHILITAN juga telah melaksanakan beberapa langkah jangka panjang untuk menangani konflik manusia dan gajah seperti berikut:\n\n• pembinaan sebanyak 3 lintasan hidupan liar (viaduct) di Semenanjung Malaysia iaitu di koridor ekologi Sg. Deka, Terengganu pada tahun 2009, koridor ekologi Sg. Yu pada tahun 2014 dan koridor ekologi Gerik, Perak pada tahun 2015;\n\n• pembinaan sebanyak 18 Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal bermula dari tahun 2009 dengan jumlah liputan sepanjang 305.6 km di kawasan konflik manusia dan gajah di 5 buah negeri keliaran gajah iaitu Pahang, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu;\n\n• penggunaan teknologi seperti kolar satelit, dron dan perangkap kamera bermula dari tahun 2018. Pemasangan kolar satelit ke atas 17 ekor gajah di negeri Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Johor berfungsi sebagai sistem amaran awal dan mengesan pergerakan gajah seterusnya mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian;\n\n• menambah bilangan papan tanda peringatan hidupan liar melintas sebagai panduan keselamatan dan peringatan kepada pengguna jalan raya di lokasi lintasan hidupan liar;\n\n• menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Lanchang, Pahang yang berfungsi sebagai pusat menyelamat anak-anak gajah yang ditinggalkan kumpulannya, merawat gajah-gajah yang tercedera selain menjadi tarikan aktiviti ekopelancongan berasaskan gajah;\n\n• membangunkan Santuari Gajah Johor (Johor Elephant Sanctuary - JES) di Negeri Johor bagi mengurangkan konflik gajah di samping mewujudkan aktiviti ekopelancongan dan penyelidikan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan;\n\n• menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu bagi mengurangkan impak konflik gajah khususnya di negeri Terengganu;\n\n• mengenal pasti kumpulan gajah di seluruh negeri-negeri yang mempunyai populasi gajah bagi tujuan pemantauan dan pengurusan konflik; dan\n\n• menjalankan sesi libat urus dan konsultasi bagi pengurusan konflik gajah bersama pihak-pihak berkepentingan.\n\n• Dalam tempoh 2020 hingga 2025, sebanyak 340 ekor gajah telah dipindahkan di Semenanjung Malaysia, termasuk 143 ekor di Kelantan dan 32 ekor khususnya di Gua Musang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2959,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2959",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-03",
        "year": 2025,
        "no": "29",
        "member": "Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengawal populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak, terutamanya di kawasan sungai dan penempatan yang telah...",
        "question": "Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengawal populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak, terutamanya di kawasan sungai dan penempatan yang telah mengancam keselamatan nyawa penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan terus komited dalam memastikan pengurusan populasi buaya dilaksanakan secara berkesan, berasaskan sains dan berpaksikan keselamatan rakyat. Pendekatan ini dilaksanakan secara bersepadu, melibatkan kerjasama pelbagai agensi, komuniti setempat serta kepakaran tempatan dan antarabangsa.\n\n• Bagi menangani cabaran ini, Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah melaksanakan pelbagai pendekatan strategik dan bersepadu seperti berikut:\n\n• Menurunkan status buaya muara ke Appendix II CITES bagi membolehkan perdagangan secara terkawal dan membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.\n\n• Menjalankan operasi menangkap dan mengeluarkan buaya agresif atau crocs removal di kawasan hotspot berhampiran penempatan manusia. Sebanyak 102 ekor buaya telah dikeluarkan pada tahun 2025 dan 19 Crocodile Removal Zones (CRZ) telah diwujudkan.\n\n• Mempergiatkan pendidikan dan kesedaran awam melalui pelaksanaan Program 3M (Mengenal, Memahami dan Memulihara Buaya). \n\n• Memasang 328 papan tanda amaran buaya di lokasi strategik di seluruh negeri.\n\n• Membangunkan aplikasi Sarawak Croc Watch untuk memudahkan orang awam membuat laporan penemuan buaya dan mendapatkan maklumat keselamatan. \n\n• Menubuhkan Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) turut membolehkan tindakan segera diambil terhadap laporan kehadiran buaya.\n\n• Menubuhkan Inter-Agency Human–Crocodile Conflict (HCC) Task Force di setiap bahagian bagi menyelaras kerjasama agensi kerajaan dan komuniti dalam menangani konflik manusia–buaya.\n\n• Sebagai langkah jangka panjang, SFC sedang membangunkan Pelan Komprehensif Pengurusan Buaya Sarawak yang baharu sebagai kesinambungan kepada pelan terdahulu yang diperkenalkan pada tahun 2016 yang bermatlamat untuk memelihara habitat dan kawasan perlindungan buaya, memastikan keselamatan komuniti sebagai keutamaan, serta meningkatkan manfaat ekonomi melalui mekanisme penggunaan lestari.\n\n• Kerajaan Sarawak juga merancang untuk menubuhkan Santuari Buaya dan sedang memperkukuh kerangka perundangan melalui penyediaan Peraturan-Peraturan Pengurusan Buaya (Crocodile Rules) yang baharu bagi memastikan kawal selia pengurusan buaya dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2965,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2965",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-10",
        "year": 2025,
        "no": "29",
        "member": "Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Geosains",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memelihara kawasan hutan simpan dan gua batu kapur di seluruh negara khususnya di negeri Perlis agar kekal terpelihara dan selari dengan agenda pelancongan le...",
        "question": "Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memelihara kawasan hutan simpan dan gua batu kapur di seluruh negara khususnya di negeri Perlis agar kekal terpelihara dan selari dengan agenda pelancongan lestari.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Sabah komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan litupan hutan dan pokok-pokok. Sehingga kini, keluasan hutan negara adalah berjumlah 17.97 juta hektar atau bersamaan dengan 54.31 peratus daripada keluasan tanah negara.\n\n• Dalam hubungan ini, bagi memelihara kawasan hutan simpan dan gua batu kapur di seluruh negara khususnya di negeri Perlis, JPSM melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mewartakan kawasan berkeluasan 10,854 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Perlis atau bersamaan 13.3 peratus daripada keluasan tanah negeri. Kawasan HSK ini meliputi kawasan Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia, iaitu 36 kilometer yang merentasi sempadan di antara Perlis, Malaysia dan Thailand di bahagian barat laut. Banjaran ini terbentuk dari formasi Setul yang dianggarkan berusia 480 juta tahun.\n\n• Pewartaan HSK di Banjaran Nakawan juga meliputi banyak kawasan gua batu kapur seperti Gua Kelam di Kaki Bukit, Gua Wang Burma di Wang Kelian dan Gua Bukit Kubu di Kuala Perlis yang juga merupakan kawasan ekopelancongan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.\n\n• Dalam masa yang sama, JPSM bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis turut menjalankan kajian dan ekspedisi saintifik di hutan batu kapur serta pelbagai aktiviti kesedaran dan konservasi bersama komuniti setempat seperti Komuniti Hutan Negeri Perlis bagi memelihara dan memulihara kawasan geologi terutamanya dalam kawasan HSK.\n\n• Kementerian bersama JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis komited dalam usaha memelihara ekosistem Hutan Batu Kapur termasuk kawasan gua-gua yang belum diterokai. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), Kerajaan telah meluluskan projek Pembangunan Inventori Biodiversiti Ekosistem Hutan Batu Kapur, Negeri Perlis dengan kos berjumlah RM500 ribu yang bertujuan mengumpul maklumat dan mengenalpasti status semasa kepelbagaian biologi ekosistem Hutan Batu Kapur di negeri tersebut. \n\n• NRES melalui JMG memainkan peranan penting dalam memelihara gua batu kapur yang merupakan warisan geologi yang penting, menjadi habitat flora dan fauna serta menyimpan rekod sejarah awal manusia seperti yang ditemui di Geotapak Gua Semadong, Perlis. Penemuan cengkerang purba turut menjadi bukti aras laut ribuan tahun dahulu, menjadikan kawasan batu kapur arkib semula jadi yang bernilai tinggi.\n\n• JMG melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan kawasan batu kapur dipelihara dan dibangunkan secara lestari, antaranya:\n\n• Pemetaan terperinci dan pengumpulan data saintifik dijalankan di kawasan batu kapur, termasuk gua, bagi tujuan pemuliharaan dan pembangunan lestari. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Pulau Pinang/Perlis telah melaksanakan pemetaan melibatkan tiga (3) lokasi geotapak pada tahun 2024 dan lima (5) lokasi geotapak pada tahun 2025 merangkumi pencirian geologi, dokumentasi gua serta penilaian potensi bencana geologi.\n\n• Penerbitan garis panduan dan dokumen perancangan bagi memastikan pembangunan geopark dan sebarang pembangunan di kawasan batu kapur mematuhi keperluan keselamatan serta sensitiviti geologi, seperti Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021–2030 (PPGN 2021-2030), Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN) dan Garis Panduan Penentuan Zon Bahaya di Sekitar Bukit Batu Kapur (JMG.GP.15).\n\n• Program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam dilaksanakan sepanjang tahun 2024 hingga 2025 melibatkan agensi kerajaan, komuniti setempat, sekolah, institusi pendidikan tinggi dan penggiat pelancongan bagi meningkatkan pemahaman serta sokongan terhadap pemuliharaan kawasan batu kapur sebagai warisan geologi negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2953,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2953",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "30",
        "member": "Senator Tuan Amir bin Md Ghazali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kerajaan mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi dengan tanggungjawab terhadap kelestarian biodiversiti, khususnya di kawasan hutan simpan dan ekosistem pesisir pantai.",
        "question": "Senator Tuan Amir bin Md Ghazali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana Kerajaan mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi dengan tanggungjawab terhadap kelestarian biodiversiti, khususnya di kawasan hutan simpan dan ekosistem pesisir pantai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited dalam mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi di samping memelihara kelestarian biodiversiti di kawasan hutan simpanan kekal (HSK) dan ekosistem pesisir pantai di Malaysia. Antara usaha yang sedang dan telah dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• melancarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030 pada 24 Oktober 2023 sebagai dokumen utama bagi hala tuju dan rangka kerja pengurusan biodiversiti di peringkat kebangsaan. DKBK 2022-2030 telah disemak semula agar selari dengan Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (KMGBF) selain turut mengambil kira keadaan, keutamaan dan keupayaan negara;\n\n• menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) yang dilaksanakan sejak tahun 2019. Insentif ini diberi kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi kawasan-kawasan daratan, air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan HSK, Kawasan Perlindungan, Rizab Hidupan Liar (RHL), kawasan perlindungan marin, Kawasan Sensitif Alam Sekitar, kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi tempoh 2019 hingga 2025 dan sejumlah RM250 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2026;\n\n• mempergiat usaha ke arah mewartakan HSK, Kawasan Perlindungan serta pewartaan kawasan cadangan HSK khususnya yang terletak dalam kawasan Central Forest Spine (CFS). Perkara melibatkan pewartaan kawasan cadangan HSK dalam kawasan CFS telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-81; dan\n\n• melaksanakan program jangka panjang yang bertujuan memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut melalui Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara sejak tahun 2005. Sehingga 31 Oktober 2025, seluas 3822 hektar kawasan pesisiran pantai negara telah ditanam dengan 9,032,702 pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2960,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2960",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-03",
        "year": 2025,
        "no": "31",
        "member": "Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan keberkesanan langkah sedia ada dalam membantu perniagaan beralih kepada operasi rendah karbon, khususnya PKS, serta keberkesanan insentif kewangan dan/atau cukai bagi menyokong pematuhan...",
        "question": "Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan keberkesanan langkah sedia ada dalam membantu perniagaan beralih kepada operasi rendah karbon, khususnya PKS, serta keberkesanan insentif kewangan dan/atau cukai bagi menyokong pematuhan kepada standard ESG.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) turut terlibat melaksanakan inisiatif dan program bagi menyokong peralihan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah operasi rendah karbon. Antaranya adalah Program MyHIJAU Mark, MyHIJAU Direktori dan Dasar Perolehan Hijau yang diterajui oleh Kementerian Kewangan.\n\n• MyHIJAU Mark adalah pengiktirafan rasmi Kerajaan Malaysia bagi menghimpunkan produk dan perkhidmatan hijau bersijil di bawah satu label tunggal. Produk dan perkhidmatan yang disenaraikan di bawah MyHIJAU Mark hanya diiktiraf selepas melepasi ujian pihak ketiga yang dijalankan oleh badan pensijilan dan verifikasi bertauliah. Ini memastikan ketelusan, kebolehpercayaan, dan pengiktirafan rasmi oleh Kerajaan Malaysia. Pengiktirafan ini bertujuan untuk membanteras Greenwashing terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan, membantu Industri Melalui Insentif Cukai dan menyokong pelaksanaan dasar Perolehan Hijau Kerajaan. \n\n• MyHIJAU Direktori pula diwujudkan sebagai pangkalan data produk dan perkhidmatan hijau yang komprehensif bagi membolehkan pengguna dan pihak industri mengakses maklumat lengkap bagi menyokong pilihan yang lebih lestari. Jumlah bilangan produk dan perkhidmatan secara kumulatif dari tahun 2015 sehingga November tahun 2025 adalah sebanyak 21,708 dengan 1,128 buah syarikat yang tersenarai di bawah direktori tersebut.\n\n• Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement) - GGP merujuk kepada amalan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja oleh agensi kerajaan dengan mengambil kira aspek alam sekitar dalam setiap keputusan pembelian/perolehan Kerajaan. Ia melibatkan keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang memenuhi kriteria mesra alam, menggunakan sumber secara lebih cekap, serta membantu memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi. Ini dapat menggalakkan penggunaan barangan dan teknologi yang lebih lestari. Pihak Kementerian Kewangan turut telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan 1.9 bagi tatacara dan pelaksanaan perolehan hijau kerajaan oleh semua kementerian. \n\n• Bagi menyokong pematuhan standard ESG, Kerajaan telah menawarkan beberapa insentif kewangan hijau, antaranya adalah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (Green Technology Financing Scheme – GTFS), yang membolehkan PKS memperoleh pinjaman pada kadar lebih rendah dan tempoh pembiayaan fleksibel untuk pelaburan dalam peralatan dan teknologi mesra alam, sekali gus mengurangkan kos operasi melalui peningkatan kecekapan tenaga dan penggunaan sumber yang lebih lestari.\n\n• Oleh itu, program dan aktiviti yang diterangkan di atas akan berfungsi sebagai pemangkin strategik bagi memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah operasi rendah karbon. Melalui pengiktirafan standard yang telus serta akses kepada insentif cukai, PKS bukan sahaja didorong untuk menghasilkan produk bebas greenwashing yang berkualiti, malah berpeluang menembusi pasaran perolehan kerajaan yang luas, sekaligus menjadikan peralihan kepada model perniagaan lestari sebagai satu langkah yang menguntungkan dan kompetitif demi meminimumkan impak terhadap alam sekitar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2954,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2954",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "33",
        "member": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah senarai memorandum persefahaman (MoU) bilateral yang telah dimeterai oleh Kerajaan dalam pasaran kredit karbon negara berdasarkan Nationally Determined Contribution (NDC...",
        "question": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah senarai memorandum persefahaman (MoU) bilateral yang telah dimeterai oleh Kerajaan dalam pasaran kredit karbon negara berdasarkan Nationally Determined Contribution (NDC) di bawah Perjanjian Paris.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menandatangani dua (2) Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pendekatan kerjasama (cooperative approaches) di bawah Artikel 6 perenggan 2 kepada Perjanjian Paris, iaitu dengan Republik Korea (Korea Selatan) pada 25 November 2024 dan dengan Singapura pada 7 Januari 2025. \n\n• Pemeteraian kedua-dua MoU tersebut menandakan kesediaan Republik Korea dan Singapura untuk melaksanakan mekanisme perkongsian kredit karbon secara dua hala dengan Malaysia. Melalui mekanisme ini, Republik Korea dan Singapura boleh membuat pelaburan bagi pelaksanaan projek karbon di Malaysia. Antara projek karbon yang berpotensi untuk dilaksanakan di Malaysia adalah seperti penghasilan biobahan api, pengurusan sisa secara mampan, dan projek berkaitan penyelesaian berasaskan alam semulajadi (nature-based solutions).\n\n• Kredit karbon yang diterbitkan dari projek tersebut akan dikongsikan antara Malaysia dengan Republik Korea dan Singapura. Kredit karbon yang dipindahkan kepada Republik Korea dan Singapura akan menyumbang kepada pencapaian sasaran NDC kedua-dua negara tersebut manakala kredit karbon yang tidak dipindahkan akan menyumbang kepada pencapaian sasaran NDC Malaysia.\n\n• Seperti mana yang terkandung di dalam NDC 3.0 Malaysia, sebahagian daripada pencapaian sasaran NDC 3.0 akan disumbangkan melalui pelaksanaan mekanisme di bawah Artikel 6 kepada Perjanjian Paris. Selain pelaburan hijau, pelaksanaan mekanisme Artikel 6 juga membolehkan Malaysia menerima manfaat dari aspek pemindahan teknologi, peluang pekerjaan hijau (green jobs), dan pembangunan kapasiti serta sokongan teknikal.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2961,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2961",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-08",
        "year": 2025,
        "no": "33",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah tempoh larangan (moratorium) terhadap import teknologi pelupusan sisa elektronik dari luar negara akan berakhir atau ditamatkan secara rasmi memandangkan status moratorium itu ma...",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah tempoh larangan (moratorium) terhadap import teknologi pelupusan sisa elektronik dari luar negara akan berakhir atau ditamatkan secara rasmi memandangkan status moratorium itu masih belum jelas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah membuat semakan dan mendapati bahawa tiada larangan (moratorium) dikeluarkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan terhadap larangan import teknologi pelupusan sisa elektronik dari luar Negara. Setakat ini kementerian hanya menetapkan dasar mengenai larangan import e-waste ke Negara ini.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Dasar Malaysia adalah tidak membenarkan sebarang kemasukan e-waste untuk diproses di Negara ini. Malaysia adalah Negara yang telah menandatangani Konvensyen Basel yang melarang sebarang pengimportan buangan terjadual seperti e-waste tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar.\n\n• Kementerian sentiasa terbuka dan menggalakkan mana-mana pelabur atau penggerak projek yang ingin menjalankan aktiviti pemprosesan atau pengitaran semula e-waste dengan menggunakan teknologi pelupusan dari luar negara. Namun begitu, mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan proses pemerolehan kembali di luar tapak hendaklah mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) iaitu:\n\n• Mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974;\n\n• Mendapat kebenaran bertulis di bawah Seksyen 19, AKAS 1974;\n\n• Mempunyai lesen di bawah Seksyen 18, AKAS 1974; dan\n\n• Mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2972,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2972",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-15",
        "year": 2025,
        "no": "33",
        "member": "Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah keluasan sebenar baki terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia berbanding dengan keluasan yang diperuntukkan semasa pengisytiharan kemerdekaan.",
        "question": "Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah keluasan sebenar baki terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia berbanding dengan keluasan yang diperuntukkan semasa pengisytiharan kemerdekaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nData rasmi berkaitan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang diperoleh oleh Kementerian melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) adalah bermula pada tahun 1947, iaitu sebelum kemerdekaan negara dengan jumlah keluasan sebanyak 2,422,720 hektar.\n\nBerdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, jumlah keluasan TRM sehingga 31 Disember 2024 adalah sebanyak 4,956,639.26 hektar. Data ini merangkumi semua negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.\nKeluasan TRM mengikut negeri (setakat 31 Disember 2024) adalah seperti berikut:\nBIL.\nNEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)\nKELUASAN TRM (HEKTAR)\n\n1. \nPerlis\n33,554.48\n\n2. \nKedah\n809,142.22\n\n3. \nPerak\n953,212.43\n\n4. \nSelangor\n164,743.96\n\n5. \nKuala Lumpur\n1,003.56\n\n6. \nNegeri Sembilan\n224,483.22\n\n7. \nJohor\n561,802.60\n\n8. \nPahang\n444,074.90\n\n9. \nKelantan\n1,361,114.00\n\n10. \nTerengganu\n\n(i) Tanah Rizab Melayu \n2,378.89\n\n(ii) Tanah Pegangan Melayu\n401,129.00\n\nJUMLAH KELUASAN\n4,956,639.26",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2962,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2962",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-08",
        "year": 2025,
        "no": "39",
        "member": "Senator Datuk Edward Linggu Bukut",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • sejauh mana keberkesanan dan ketelusan pengurusan hasil hutan di negeri Sabah pada masa ini, termasuk mekanisme perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sab...",
        "question": "Senator Datuk Edward Linggu Bukut minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n\n• sejauh mana keberkesanan dan ketelusan pengurusan hasil hutan di negeri Sabah pada masa ini, termasuk mekanisme perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah supaya pulangan sumber asli negeri diagih secara adil dan berimpak kepada rakyat; dan\n\n• perkembangan pelaksanaan konsep \"Forest Beyond Timber\" dan sejauh mana inisiatif ini telah menyumbang kepada peningkatan hasil negeri, peluang ekonomi hijau dan pemeliharaan sumber hutan secara mampan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,Soalan (a) \n• Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan hasil hutan di Sabah dilaksanakan berasaskan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus lestari, selaras dengan bidang kuasa negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sabah menggunakan sistem pengurusan hutan mampan yang merangkumi Forest Management Plan (FMP), Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) serta Sabah Timber Legality Assurance System (Sabah TLAS) bagi memastikan semua hasil hutan diperoleh secara sah dan berhemah. Daripada segi prestasi kewangan, hasil sektor perhutanan masih merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan negeri melalui royalti, premium dan fi perhutanan.\n\n• Sistem kutipan royalti kayu di Sabah ditadbir di bawah Enakmen Hutan 1968 dan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Royalti merupakan hasil utama negeri yang dikutip daripada pengeluaran kayu balak dan produk kayu dari kawasan hutan simpan, kawasan lesen pembalakan serta aktiviti-aktiviti berkaitan pengeluaran kayu. Keseluruhan hasil hutan yang dikutip, ditadbir dan diurus sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. \n\n• Bagi meningkatkan ketelusan kutipan royalti, Jabatan Perhutanan Sabah telah melancarkan aplikasi permohonan pembayaran royalti balak bulat secara dalam talian melalui Sistem Pemeriksaan dan Pentaksiran Royalti Balak Bulat (SPPR) sejak 1 Disember 2023. SPPR ini dibangunkan bertujuan untuk memudahcara sistem bayaran royalti kayu balak, dan seterusnya memudahkan proses kutipan hasil kepada Kerajaan Negeri. \n\n• Kerajaan Negeri Sabah juga sedang memperkukuh penerbitan maklumat tahunan hasil hutan serta meningkatkan integriti proses kelulusan dan pemantauan. Agihan hasil pula dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri mengikut kuasa perundangan sedia ada, dan dikembalikan dalam bentuk pembangunan infrastruktur, program konservasi serta sokongan ekonomi rakyat, termasuk komuniti luar bandar.\n\n Soalan (b) \n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, konsep ”Forest Beyond Timber” diperkenalkan sebagai strategi untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil kayu balak dan mengoptimumkan nilai sumber hutan secara mampan. \n\n• Antara inisiatif yang dilaksanakan di bawah konsep ”Forest Beyond Timber” ialah pembayaran perkhidmatan ekosistem melalui aktiviti eko-pelancongan dan pembangunan produk hasil bukan kayu (Non-Timber Forest Products - NTFP) seperti madu kelulut, rotan dan herba hutan. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama dengan pihak swasta dalam menyediakan sokongan kewangan untuk aktiviti konservasi, pengurusan hutan secara lestari serta usaha mitigasi perubahan iklim. Usaha ini menunjukkan perkembangan positif melalui pembukaan peluang baharu dalam ekonomi hijau, peningkatan penyertaan komuniti tempatan serta pengurangan tekanan terhadap aktiviti pembalakan konvensional.\n\n• NRES juga telah membangunkan instrumen kewangan inovatif, di bawah Kerangka Kewangan REDD Plus meliputi instrumen bukan berasaskan pasaran (dikenali sebagai Forest Conservation Certificate) dan instrumen berasaskan pasaran (dikenali sebagai Forest Carbon Offset). \n\n• Instrumen-instrumen ini bertujuan untuk mengiktiraf fungsi hutan sebagai salah satu penyumbang utama kepada mitigasi perubahan iklim, serta potensi hutan sebagai aset untuk menjana pendapatan selain dalam bentuk komoditi. Sebagai contoh, Forest Conservation Certificate (FCC) dirangka dan telah mula dioperasikan untuk memberi peluang dan ruang kepada pihak swasta untuk menyumbang dalam bentuk wang ringgit bagi menampung usaha-usaha konservasi, pemuliharaan hutan serta mengiktiraf fungsi hutan sebagai kawasan tadahan air dan juga penglibatan komuniti dan organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi menjaga dan melindungi hutan.\n\n• Forest Carbon Offset (FCO) pula dirangka dan sedang dimuktamadkan sebagai sistem pengkreditan karbon kebangsaan bagi sektor perhutanan yang dihasratkan untuk setara atau alternatif kepada piawaian karbon antarabangsa sedia ada seperti Verra dan Gold Standard. Melalui FCO, Kementerian berhasrat untuk mewujudkan satu piawaian karbon kebangsaan yang boleh digunakan untuk membangunkan projek karbon yang lebih spesifik kepada keperluan perundangan dan dasar di Malaysia; selain menyediakan instrumen yang lebih murah dan mengatasi isu kelewatan (bottleneck) di dalam penjanaan (issuance) kredit karbon yang dihadapi oleh pembangun projek yang menggunakan piawaian karbon antarabangsa.\n\n• Kementerian berharap inisiatif baharu ini akan menjadi pelengkap kepada usaha di peringkat negeri Sabah yang mula menguatkuasakan pindaan Enakmen Perhutanan dan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 yang digubal untuk mengawalselia aktiviti pembangunan projek karbon di negeri Sabah.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2963,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2963",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-08",
        "year": 2025,
        "no": "42",
        "member": "Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif oleh Kerajaan bagi membantu Kerajaan Negeri Kelantan dalam memulihara sungai-sungai yang tercemar di negeri Kelantan.",
        "question": "Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah inisiatif oleh Kerajaan bagi membantu Kerajaan Negeri Kelantan dalam memulihara sungai-sungai yang tercemar di negeri Kelantan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024, sebanyak 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai telah dipantau di negara ini. Program pengawasan kualiti air sungai dilaksanakan secara manual dengan kekerapan persampelan bagi setiap stesen pengawasan kualiti air sungai manual dijalankan adalah sebanyak enam (6) kali setahun.\n\n• Selain itu terdapat juga 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di hulu takat pengambilan air di sungai-sungai utama yang menjadi sumber bekalan air.\n\n• Di Negeri Kelantan, terdapat sebanyak 83 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 39 sungai dan satu (1) stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).\n\n• Status kualiti air sungai di Negeri Kelantan bagi tempoh lima (5) tahun sejak 2020 sehingga Oktober 2025, secara keseluruhannya menunjukkan status kualiti air sungai dalam keadaan yang baik dengan Nilai Indeks Kualiti Air (IKA) di dalam Kelas I – III dan tiada sungai di Negeri Kelantan yang dikategorikan sebagai tercemar.\n\n• Berdasarkan parameter yang dipantau, JAS dapat mengenalpasti punca yang berpotensi menyebabkan pencemaran dan ini membantu JAS dalam merancang aktiviti penguatkuasaan yang lebih berfokus kepada sektor industri dan kawasan industri yang menyumbang kepada pencemaran. \n\n• Antara punca utama pencemaran sungai ialah peningkatan parameter Ammoniacal Nitrogen (AN) yang disebabkan oleh pelepasan kumbahan yang tidak dirawat sepenuhnya dan pelepasan sisa kumbahan daripada aktiviti penternakan. Manakala peningkatan parameter Biochemical Oxygen Demand (BOD) sering dikaitkan dengan punca tidak tetap seperti air larian permukaan dari kawasan perbandaran, pertanian dan tapak pembinaan, limpahan dari tapak pelupusan sampah, sisa domestik yang tidak dirawat, sisa restoran dan pasar serta lain-lain lagi. \n\n• Pelbagai usaha dan strategi secara holistik telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara sungai merangkumi perkara-perkara seperti berikut :-\n\n• Mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan laporan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus; \n\n• Operasi penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Agensi-agensi lain yang berkaitan;\n\n• Semua kesalahan melakukan dan menyebabkan pencemaran air di bawah Seksyen 25, AKAS 1974 akan dikenakan tindakan tegas dengan denda maksimum RM10 juta dan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun; dan\n\n• Memberi input pembangunan kepada PBT berkaitan dengan penempatan sesuatu aktiviti pembangunan, keperluan langkah-langkah kawalan pencemaran dan kawalan pencemaran. \n\n• Kementerian juga melalui JAS giat melaksanakan program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam penjagaan alam sekitar. Ahli RAS berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam melaporkan sebarang aktiviti pencemaran serta terlibat dalam program kesedaran dan gotong-royong.\n\n• Isu pencemaran sungai di negara ini amat penting untuk ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) telah ditubuhkan pada tahun 2024 bagi tujuan untuk memantau isu dan menyelaras langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi. JKKAS dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II dan telah bersidang sebanyak 4 kali pada tahun 2024 hingga 2025. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2966,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2966",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-10",
        "year": 2025,
        "no": "44",
        "member": "Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah perjawatan para pegawai di Bahagian Pengurusan Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di seluruh negara kini mencukupi atau tidak bagi menyelesaikan l...",
        "question": "Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah perjawatan para pegawai di Bahagian Pengurusan Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di seluruh negara kini mencukupi atau tidak bagi menyelesaikan lambakan kes pusaka di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSehingga Oktober 2025, sebanyak 45,234 kes permohonan pusaka untuk diselesaikan. Kes ini meliputi permohonan tahun semasa dan juga kes-kes yang tertunggak bermula tahun 2024 dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) secara keseluruhannya berupaya menyelesaikan lebih daripada 85,000 kes setahun. Secara puratanya JKPTG menerima sebanyak 70,000 kes permohonan setiap tahun. \n\nBerkuat kuasa mulai 3 Februari 2025 dan selaras dengan penstrukturan semula perjawatan di JKPTG oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut waran perjawatan W.P. Bil. E 02/2024, sebanyak 47 perjawatan bagi Pegawai Tadbir Gred N9 telah diluluskan. Kelulusan perjawatan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan di bawah Bahagian Pengurusan Pusaka sebanyak 118 orang pegawai. Walau bagaimanapun, urusan pengisian bagi perjawatan tetap tersebut sedang dalam tindakan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).\n\nDalam hal ini, pengisian penuh jawatan Pegawai Tadbir Gred N9 di Bahagian Pengurusan Pusaka tersebut diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan penyelesaian kes daripada 8 bulan hingga 1 tahun kepada purata 6 bulan bagi permohonan yang lengkap. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2955,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2955",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "45",
        "member": "Senator Tuan Abun Sui Anyit",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah melindungi kawasan hutan Nilai Pemulihan Tinggi atau High Conservation Value (HCV) dan Simpanan Karbon Tinggi atau High Carbon Stock (HCS) di Sarawak.",
        "question": "Senator Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah melindungi kawasan hutan Nilai Pemulihan Tinggi atau High Conservation Value (HCV) dan Simpanan Karbon Tinggi atau High Carbon Stock (HCS) di Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sarawak merupakan salah satu wilayah di Malaysia yang kaya dengan biodiversiti meliputi hutan hujan, hutan bakau, sungai, paya gambut dan kawasan pesisir. Litupan hutan di Sarawak dianggarkan sekitar 61.52 peratus atau 7.64 juta hektar daripada keseluruhan keluasan negeri.\n\n• Bagi melindungi kawasan hutan Nilai Pemulihan Tinggi atau High Conservation Value (HCV) dan Simpanan Karbon Tinggi atau High Carbon Stock (HCS) di Sarawak, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak, antaranya termasuklah:\n\n• Kerajaan Sarawak telah mewajibkan pensijilan pengurusan hutan bagi semua lesen pembalakan jangka panjang. Pematuhan terhadap pengurusan kawasan HCV menjadi komponen utama bagi memastikan kepentingan alam sekitar dan sosial terpelihara selaras dengan keperluan standard piawaian pensijilan pengurusan hutan; \n\n• Kawasan HCV seperti zon penampan, cerun tinggi, habitat hidupan liar, kawasan tadahan air dan tapak budaya komuniti dikenal pasti, direkodkan, dipantau dan diurus sebagai Zon Perlindungan walaupun terletak di dalam kawasan lesen pembalakan;\n\n• Melaksanakan kaedah pembalakan berimpak rendah, pemantauan berkala serta audit dalaman dan audit pihak ketiga untuk memperkasa pemeliharaan kawasan atau elemen yang mempunyai nilai konservasi tinggi ini; dan\n\n• Melaksanakan program pemuliharaan hutan melalui Greening Sarawak Campaign dengan lebih 55 juta pokok ditanam, termasuk penanaman pengayaan di kawasan pengeluaran yang secara tidak langsung meningkatkan simpanan karbon.\n\n• Kementerian telah menerbitkan Garis Panduan Bagi Pasaran Karbon Sukarela Sektor Hutan sebagai rujukan mudah kepada pihak Kerajaan Negeri yang ingin menjalankan projek karbon hutan bagi maksud mengekalkan, meningkatkan dan memulihara kawasan hutan High Conservation Value dan High Carbon Stock.\n\n• Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri Sarawak juga telah menguatkuasakan Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 untuk mengawalselia aktiviti projek karbon hutan yang dibangunkan dan dilaksanakan di Sarawak. Inisiatif projek karbon hutan ini bukan sahaja bagi menyokong usaha mitigasi perubahan iklim, malah kritikal ke arah menjana hasil yang diperlukan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengekalan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negeri Sarawak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2973,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2973",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-15",
        "year": 2025,
        "no": "45",
        "member": "Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan dan langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan keselamatan pendaki di kawasan gunung di seluruh negara, khususnya dalam aspek tanggungjawab malim gun...",
        "question": "Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan dan langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan keselamatan pendaki di kawasan gunung di seluruh negara, khususnya dalam aspek tanggungjawab malim gunung, sistem komunikasi kecemasan (laporan kecemasan) dan pemantauan permit pendakian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) merupakan satu aktiviti yang berisiko tinggi. Dalam hubungan ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memperkenalkan program Malim Gunung Perhutanan (MGP) pada tahun 2020 sebagai langkah memastikan keselamatan para pendaki serta mengurangkan risiko berlakunya kecederaan atau kes kehilangan.\n\n• Antara usaha penambahbaikan di bawah program MGP tersebut, JPSM akan mengadakan kursus ulang kaji (refresher course) kepada Malim Gunung sedia ada khususnya dalam aspek pengurusan risiko dan kemalangan. Ini bertujuan memastikan penilaian dan kawalan risiko bagi setiap aktiviti pendakian dilaksanakan dan sekiranya berlaku kemalangan, Malim Gunung terlatih dapat melaksanakan prosedur kecemasan sewajarnya. \n\n• Selain itu, JPSM juga akan menetapkan penilaian tahap kompetensi Malim Gunung sebagai kriteria wajib semasa sesi pembaharuan pendaftaran malim gunung. Malim Gunung yang tidak mencapai tahap kompetensi minimum akan digantung daripada menjalankan perkhidmatan Malim Gunung.\n\n• JPSM juga sedang bekerjasama dengan pihak United Nations Development Programme (UNDP) bagi memuktamadkan dokumen Mountain Risk Assessment and Management Guideline (MOGRAM) yang akan menjadi rujukan kepada pihak JPSM dan Malim Gunung dalam pengurusan risiko aktiviti pendakian.\n\n• Di samping itu, antara penambahbaikan yang dilaksanakan oleh JPSM dalam aspek pemantauan dan sistem komunikasi termasuklah:\n\n• memperluaskan pemakaian sistem permohonan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) secara dalam talian dan mempermudah proses permohonan permit memasuki HSK; dan\n\n• bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri-negeri untuk menggiatkan operasi penguatkuasaan terhadap pematuhan permit masuk dengan mengadakan rondaan secara berkala di kawasan hotspot pendakian.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2967,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2967",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-10",
        "year": 2025,
        "no": "46",
        "member": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan impak terhadap alam sekitar yang telah dikenal pasti akibat peningkatan operasi pusat data dan pembangunan infrastruktur digital yang pesat di Malaysia, khususnya dari aspek penggunaan t...",
        "question": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan impak terhadap alam sekitar yang telah dikenal pasti akibat peningkatan operasi pusat data dan pembangunan infrastruktur digital yang pesat di Malaysia, khususnya dari aspek penggunaan tenaga, air dan pelepasan karbon, serta apakah langkah-langkah mitigasi yang sedang atau akan diambil oleh Kerajaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil maklum akan perkembangan pesat pembangunan dan pengoperasian pusat data di Malaysia. Industri ini menjadi komponen utama dalam ekosistem ekonomi digital Negara dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti dan kemasukan pelaburan yang tinggi.\n\n• Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat industri ini menimbulkan kebimbangan berhubung potensi impak terhadap alam sekitar. Antara kesan-kesan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:\n\n• Kebergantungan Tinggi terhadap Sumber Air\n\n• Pusat data menggunakan sistem penyejukan yang memerlukan jumlah air yang banyak untuk mengekalkan suhu operasi.\n\n• Penghasilan Air Sisa daripada Sistem Penyejukan\n\n• Air sisa yang terhasil lazimnya mengandungi kepekatan bahan kimia rawatan air yang tinggi dan boleh menjejaskan kualiti air sekiranya dilepaskan tanpa mematuhi had pelepasan yang sedang berkuatkuasa.\n\n• Peningkatan Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG)\n\n• Penggunaan elektrik yang tinggi oleh pusat data dijangka akan meningkatkan permintaan penjanaan tenaga pada masa ini yang masih bergantung kepada bahan api fosil. Ini secara langsung akan meningkatkan pelepasan karbon serta gas rumah kaca yang lain.\n\n• Peningkatan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste)\n\n• Pertumbuhan pusat data turut meningkatkan jumlah e-waste seperti peralatan ICT, server, kabel serta bateri.\n\n• Sehubungan itu, Kementerian ini bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melaksanakan langkah-langkah mitigasi berdasarkan bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap aktiviti pengoperasian pusat data seperti berikut:\n\n• Pembangunan Pusat Data\n\n• Pembangunan pusat data bukan merupakan aktiviti yang ditetapkan (AYDT) di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015; \n\n• Prosedur permohonan pembangunan pusat data adalah melalui sistem One Stop Centre (OSC) 3.0 seperti yang digariskan di dalam Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia); dan\n\n• Dalam hal ini, JAS akan memberikan ulasan melalui OSC ini terhadap pemajuan pusat data yang terletak di kawasan baharu dan bangunan sedia ada dalam zon guna tanah perindustrian (ringan dan sederhana) dan komponen pembangunan pusat data yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015.\n\n• Pengurusan Blowdown\n\n• Pelepasan air daripada sistem penyejukan pusat data adalah tidak tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Walau bagaimanapun, pihak premis perlu menjalankan Kajian Penyifatan Efluen Perindustrian (IECS) dan mengemukakan laporan kajian kepada JAS untuk penilaian lanjut;\n\n• Kualiti air blowdown yang dilepaskan perlu dipantau agar tidak melebihi had Standard A atau B mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 berdasarkan lokasi pusat data agar Indeks Kualiti Air (IKA) sungai yang terlibat dapat dikekalkan selaras dengan kegunaan bermanfaat (beneficial uses) yang digariskan. Ini bertujuan untuk memastikan kualiti air sungai tidak terjejas memandangkan terdapat kemungkinan pembangunan pusat data terletak di hulu takat pengambilan air; dan \n\n• Cadangan berkaitan penyaluran air blowdown ke loji rawatan kumbahan IWK hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan IWK. Dalam hal ini, pihak IWK hendaklah mengemukakan notifikasi kepada JAS berhubung punca baru tersebut selaras dengan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.\n\n• Pembangunan dan Pengoperasian Water Reclamation Plant (WRP) di Pusat Data \n\n• Pembangunan sesebuah Water Reclamation Plant (WRP) perlu dimaklumkan oleh premis kepada JAS Negeri bagi tujuan mendapatkan input pembangunan bagi membolehkan pemantauan JAS ke atas kewujudan WRP di Malaysia; dan \n\n• Sebarang pelepasan air buangan dari WRP adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. \n\n• Pengurusan Buangan Terjadual\n\n• Pengurusan sebarang buangan terjadual seperti e-waste yang dihasilkan oleh pusat data perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 sepenuhnya.\n\n• Sehubungan itu semua projek pembangunan pusat data perlu mengambil maklum dan perhatian berhubung keperluan pematuhan yang ditetapkan sebelum projek tersebut dilaksanakan supaya impak terhadap alam sekitar dapat ditangani.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2976,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2976",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-17",
        "year": 2025,
        "no": "46",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menggubal rangka kerja perkongsian manfaat atau perjanjian kerjasama Persekutuan-Negeri bagi menyelaras pelesenan dan hasil kredit karbon, serta memasti...",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menggubal rangka kerja perkongsian manfaat atau perjanjian kerjasama Persekutuan-Negeri bagi menyelaras pelesenan dan hasil kredit karbon, serta memastikan komuniti Orang Asli dan Orang Asal tidak dipinggirkan dalam projek karbon.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pembangunan sesebuah projek karbon adalah tertakluk dan dipengaruhi oleh piawaian karbon (Carbon Standard) dan metodologi yang dipilih berdasarkan kepada aktiviti yang ingin dilaksanakan di lapangan. Sebagai contoh, setiap piawaian karbon seperti Verra, Gold Standard serta instrumen Forest Carbon Offset yang sedang dibangunkan oleh Kementerian ini, menetapkan keperluan serta pra-syarat Free, Prior Informed Consent (FPIC) melalui sesi libat urus dan penerangan kepada komuniti setempat bagi sesuatu projek karbon (terutamanya projek karbon hutan).\n\n• Selain daripada itu, sesetengah metodologi di bawah piawaian karbon ini turut menetapkan keperluan bagi rangka kerja perkongsian manfaat serta keperluan untuk menyatakan bagaimana hasil yang dijanakan dari sesuatu projek karbon dapat menyumbang kepada sosio-ekonomi komuniti yang tinggal atau berada berdekatan serta di dalam kawasan projek karbon hutan.\n\n• Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk mengawal selia ekosistem pasaran karbon sukarela serta piawaian karbon antarabangsa sedia ada dan tidak bercadang untuk menggubal kerangka perundangan untuk mengawal selia perkongsian manfaat atau perjanjian kerjasama di antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pada masa ini, beberapa kerajaan negeri seperti Sabah dan Sarawak telah menggubal dan menguatkuasakan perundangan di peringkat negeri untuk mengawal selia dan menguruskan projek karbon yang dibangunkan di negeri masing-masing.\n\n• Namun begitu, Kementerian akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa mana-mana pihak, sama ada kerajaan negeri, pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan projek karbon serta komuniti setempat seperti Orang Asli dan Orang Asal adalah tertakluk kerangka perundangan, dasar dan spesifikasi yang ditetapkan di bawah piawaian karbon . Pemakaian mekanisma pertikaian (Dispute Settlement Mechanism), keperluan ketelusan (transparency) di dalam pembangunan, pelaksanaan dan perkongsian manfaat adalah komponen kritikal yang perlu dipatuhi dan boleh mempengaruhi sentimen serta penerimaan pasaran kepada kredit karbon yang dijana melalui projek karbon tersebut.\n\n• Bagi memastikan ekosistem pasaran karbon yang kukuh dan penjanaan kredit karbon yang berintegriti tinggi dari projek karbon yang dibangunkan di Malaysia, Kementerian ini juga sedang memuktamadkan dua (2) kerangka dasar dan perundangan pada masa ini iaitu Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) dan Rang Undang-undang Perubahan Iklim (RUUPIN). Melalui kerangka dasar dan perundangan ini kelak, Kementerian berhasrat agar pasaran karbon dan pembangunan projek karbon dapat menyumbang hasil baharu kepada kerajaan negeri, persekutuan dan memberi manfaat kepada komuniti serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung kepada inisiatif pengurusan dan pemuliharaan hutan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2968,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2968",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-10",
        "year": 2025,
        "no": "51",
        "member": "Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan telah mengadakan sesi libat urus dan rundingan dengan Kerajaan negeri, khususnya berkaitan industri unsur nadir bumi mentah (REE), sebelum menandatangani perj...",
        "question": "Senator Tuan Haji Baharuddin bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan telah mengadakan sesi libat urus dan rundingan dengan Kerajaan negeri, khususnya berkaitan industri unsur nadir bumi mentah (REE), sebelum menandatangani perjanjian timbal balik perdagangan (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa menitikberatkan penyelarasan serta libat urus dengan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pengurusan sumber mineral, termasuk unsur nadir bumi (REE), selaras dengan pembahagian bidang kuasa Persekutuan dan Negeri. Dalam apa-apa perancangan atau inisiatif berkaitan pembangunan industri REE, Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan berhati-hati, disamping memastikan rundingan serta penyelarasan yang rapi dibuat bersama Kerajaan Negeri bagi memelihara kepentingan, hak dan keutamaan pembangunan negeri.\n\n• Berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat, atas faktor kesegeraan, tiada sesi libat urus dan perundingan yang khusus mengenainya bersama pihak Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, tindakan yang dibuat tetap menjunjung prinsip pembahagian kuasa yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, serta pendirian dari pelbagai platform perundingan berkaitan pembangunan industri mineral antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebelum ini. \n\n• Dalam hal ini, NRES mengemukakan input kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang menerajui rundingan perjanjian dengan pihak Amerika Syarikat, bahawa bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri REE khususnya dalam aktiviti mencari gali dan perlombongan di peringkat huluan perlu dihormati. Selain itu, Malaysia tidak menawarkan pengeksportan REE mentah sebagai timbal balas atau prasyarat dalam rundingan tersebut selaras dengan dasar semasa mengenainya.\n\n• Rundingan ART telah dilaksanakan melalui pendekatan keseluruhan Kerajaan (whole of government) yang melibatkan pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan. Pada masa yang sama, Kementerian ini menegaskan bahawa apa-apa aktiviti perlombongan REE di dalam negara kekal tertakluk kepada kerangka perundangan sedia ada serta persetujuan Kerajaan Negeri mengikut bidang kuasa masing-masing.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2956,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2956",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "54",
        "member": "Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana Kementerian telah menggunakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam mempercepat urusan pengurusan tanah Kerajaan, termasuk penilaian permohonan, pemetaan digital...",
        "question": "Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana Kementerian telah menggunakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam mempercepat urusan pengurusan tanah Kerajaan, termasuk penilaian permohonan, pemetaan digital dan pengesanan pencerobohan tanah secara masa nyata, bagi meningkatkan kecekapan serta ketelusan pentadbiran tanah negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang memperkukuh penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah negara. Pada masa ini, melalui JKPTG, pelaksanaan sistem e-Tanah sedang dilaksanakan secara berfasa di negeri-negeri dan Sistem MyLand untuk pentadbiran tanah Persekutuan bagi mengintegrasikan maklumat tanah secara digital, semakan data berpusat serta proses penilaian permohonan secara lebih teratur dan telus.\n\n• Bagi teknologi kecerdasan buatan (AI), JKPTG sedang dalam fasa penyediaan kerangka pelaksanaan melalui Pelan Perancangan Strategik Pendigitalan (PSP) 2026-2030. Pendekatan ini merangkumi pembangunan analitik pintar untuk membantu penilaian permohonan tanah, pengesanan pencerobohan secara hampir masa nyata serta automasi proses bagi mempercepat keputusan berkaitan urusan pentadbiran tanah kerajaan.\n\n• Melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pula, teknologi AI digunapakai dalam membantu mempercepat dan meningkatkan ketepatan pemetaan melalui pemprosesan data Unmanned Aircraft System (UAS), Light Detection and Ranging (LiDAR), fotogrametri dan imej satelit secara automatik. Penggunaan algoritma Change Detection pula membolehkan perubahan guna tanah dikesan dengan segera. Ini mempercepat pengemaskinian data geospatial serta meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat bagi urusan pentadbiran tanah.\n\n• Justeru, Kementerian komited memperluas penggunaan teknologi digital dan AI secara berperingkat bagi memastikan pengurusan tanah yang lebih cekap, telus dan responsif.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2969,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2969",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-10",
        "year": 2025,
        "no": "55",
        "member": "Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam menguruskan sisa buangan di kawasan perairan negara yang datang dari negara jiran dan membawa lambakan sisa buangan ke kawasan perairan dan pesisir negara Mal...",
        "question": "Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam menguruskan sisa buangan di kawasan perairan negara yang datang dari negara jiran dan membawa lambakan sisa buangan ke kawasan perairan dan pesisir negara Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Memandangkan isu sisa marin dan lambakan sampah rentas sempadan memerlukan penyelesaian bersama, Kerajaan Malaysia mengambil peranan aktif di peringkat serantau dan antarabangsa:\n\n• Di peringkat ASEAN: Malaysia bekerjasama erat dengan negara-negara ASEAN dan rakan dialognya (seperti China, Jepun, dan Korea Selatan) bagi menangani cabaran alam sekitar serantau, termasuk isu pencemaran plastik marin. Ini termasuk menyokong pelaksanaan ASEAN Framework of Action on Marine Debris; dan\n\n• Forum Ekonomi Asia Pasifik (APEC): Malaysia menyertai inisiatif yang menggalakkan pembangunan pasaran dan pelaburan dalam perkhidmatan pembersihan sisa marin, serta mengkaji semula peraturan untuk memudahkan peralihan kepada ekonomi kitaran.\n\n• Kerajaan juga tegas dalam mengawal pergerakan sisa haram merentasi sempadan negara:\n\n• Membanteras Import Sisa Haram: Malaysia terus komited untuk bekerjasama dengan badan antarabangsa seperti Basel Action Network (BAN) bagi membanteras pengimportan haram e-waste dan plastik, terutamanya dari negara maju; dan\n\n• Penguatkuasaan Undang-Undang: Usaha ini merangkumi pemintasan dan penghantaran pulang kontena yang mengandungi sisa haram, menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam perkongsian maklumat dan penguatkuasaan. Malaysia memainkan peranan aktif di peringkat antarabangsa bagi menjaga kepentingan negara dalam mengawal pergerakan sisa berbahaya rentas sempadan.\n\n• Di peringkat domestik, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta agensi-agensi berkaitan telah melaksanakan pelan tindakan untuk menguruskan sisa marin secara menyeluruh melalui:\n\n• Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030: Menyasar kepada perubahan sistemik termasuk memperkukuh kawalan sisa di sempadan;\n\n• Pengurusan Sisa Pepejal: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] bertanggungjawab mengawal selia pengurusan sisa pepejal termasuk sisa plastik, di mana kebanyakan sisa marin berpunca dari daratan;\n\n• Inisiatif Pembersihan: Kerajaan bekerjasama dengan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti tempatan untuk melaksanakan operasi pembersihan di laut dan pesisir pantai. Contohnya termasuk penggunaan bot pembersih sampah (skimmer boat) di perairan tertentu untuk mengutip sampah terapung secara lebih efisien; dan\n\n• Pencegahan: Usaha juga dilakukan untuk memasang perangkap sampah di sungai dan saliran utama untuk menghalang sisa daripada mengalir ke laut, walaupun ia memerlukan penyelenggaraan berkala.\n\n• Secara keseluruhannya, isu lambakan sisa buangan dari negara jiran, terutamanya semasa musim monsun, diakui sebagai masalah berulang yang memerlukan usaha kolektif dan koordinasi yang bersepadu merentas sempadan dan sektor.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2957,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2957",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "56",
        "member": "Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 bagi memastikan akta ini dapat memenuhi keperluan semasa berkenaan perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-RE...",
        "question": "Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perkembangan terkini pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 bagi memastikan akta ini dapat memenuhi keperluan semasa berkenaan perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang meneliti pindaan kepada Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] bagi memastikan rangka perundangan sedia ada lebih selaras dengan keperluan semasa industri mineral, termasuk pembangunan perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang perlu dilaksanakan secara tersusun, selamat dan mampan. Pindaan ini turut bertujuan memperkukuh kawal selia, mengurangkan ketirisan hasil serta memastikan amalan industri memenuhi standard teknologi dan alam sekitar masa kini.\n\n• Pada masa ini, NRES sedang melaksanakan proses Regulatory Impact Assessment (RIA) bagi mendapatkan pandangan menyeluruh daripada semua pemegang taruh, termasuk Kerajaan Negeri, agensi teknikal, industri serta pihak masyarakat. Pendekatan ini penting bagi memastikan pindaan yang digubal mengambil kira kesediaan pelaksanaan, tidak menjejaskan hak atau kepentingan mana-mana pihak, dan mampu memperkukuh tadbir urus perlombongan secara praktikal serta berkesan.\n\n• Selain itu, Kerajaan telah meluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) untuk melaksanakan projek Pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 bagi tempoh tiga tahun bermula 2026. Kajian komprehensif ini akan merangkumi aspek-aspek penting seperti pencegahan pencemaran, penambahbaikan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan, kawal selia pergerakan hasil lombong dan kuari di luar tenemen, penyelarasan aktiviti pemprosesan mineral, serta elemen lain yang diperlukan untuk memastikan aktiviti perlombongan dijalankan secara bertanggungjawab dan memberi impak minimum kepada kawasan sekeliling. Usaha pindaan ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memodenkan perundangan mineral negara serta memastikan industri strategik seperti REE berkembang dalam kerangka undang-undang yang kukuh, telus dan berasaskan prinsip kelestarian. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2964,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2964",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-10",
        "year": 2025,
        "no": "57",
        "member": "Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan jangkaan pelaksanaan sepenuhnya pelan tindakan Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) berikutan kerangka dasar tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri sejak Januari 2024.",
        "question": "Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jangkaan pelaksanaan sepenuhnya pelan tindakan Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) berikutan kerangka dasar tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri sejak Januari 2024.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) telah dibentang dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 17 Januari 2024. Kerangka dasar ini memfokuskan pengurusan sumber mineral secara lebih strategik supaya industri mineral menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan keseluruhan rantaian nilai secara bertanggungjawab dan mampan, dengan penekanan kepada tadbir urus, teknologi, modal insan dan alam sekitar.\n\n• Pada masa ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah berada pada peringkat akhir bagi memuktamadkan pelan tindakan DMN3. Draf pelan tindakan telah dibangunkan melalui beberapa siri libat urus bersama pihak-pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, penggiat industri, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) sepanjang tahun 2024 dan 2025. Sesi libat urus yang terakhir telah dibuat pada 10 dan 11 November 2025 bagi meneliti pelan tindakan yang telah dibangunkan melalui pelbagai sesi sebelumnya. \n\n• Kerangka DMN3 memberi penekanan kepada : \n\n• pengukuhan tadbir urus dan persekitaran industri di bawah Teras 1 : Pemerkasaan Perundangan dan Persekitaran Industri termasuk cadangan menambah baik prosedur permohonan dan kelulusan serta penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu;\n\n• pemacuan aktiviti menambah nilai sumber mineral di bawah Teras 2 : Pengukuhan Keseluruhan Rantaian Nilai Industri termasuk melalui promosi, insentif dan pembangunan kluster atau zon ekonomi mineral;\n\n• kemajuan teknologi dalam memperkukuh daya saing dan kelestarian industri mineral negara di bawah Teras 3 : Peningkatan Teknologi Dalam Industri melalui penerapan teknologi pintar dan inovasi dalam setiap peringkat rantaian industri mineral;\n\n• pemerkasaan aspek sumber manusia di bawah Teras 4 : Pembangunan Kepakaran dan Kemahiran Modal Insan yang antara lain akan menumpukan kepada pelaksanaan program akreditasi yang bertujuan mengiktiraf dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam industri mineral; dan\n\n• pematuhan prinsip kelestarian merentas Persekutuan dan negeri di bawah Teras 5: Penekanan kepada Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) termasuk pembangunan prosedur dan piawaian ESG yang diiktiraf di peringkat serantau dan antarabangsa.\n\n• Walaupun pelan tindakan menyeluruh belum dimuktamadkan, beberapa inisiatif yang sejajar dengan teras DMN3 telah pun digerakkan, termasuk usaha memperkukuh tadbir urus dan penguatkuasaan dalam sektor mineral, menggalakkan penambahan nilai sumber mineral serta mengarus perdanakan prinsip ESG dalam pembangunan mineral. Pelaksanaan sepenuhnya pelan tindakan DMN3 dijangka dapat dicapai secara progresif bermula tahun 2026 apabila semua program di bawah setiap teras strategik dilaksanakan dan diselaraskan bersama pemegang taruh.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2977,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2977",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-17",
        "year": 2025,
        "no": "61",
        "member": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan persediaan bagi menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya, dan adakah gempa bumi jarak jauh seperti yang berlaku di Myanmar, Indonesia dan Fi...",
        "question": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan persediaan bagi menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya, dan adakah gempa bumi jarak jauh seperti yang berlaku di Myanmar, Indonesia dan Filipina boleh memberi kesan kepada Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Walaupun Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, negara kita tetap terdedah kepada gegaran akibat gempa bumi besar di negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Myanmar terutama di kawasan zon-zon sesar yang wujud di seluruh Malaysia terutama di Sabah, Sarawak serta kawasan Pantai Barat Semenanjung, dan dalam keadaan tertentu menjadi pencetus kepada tsunami. Impak gegaran akibat gempa bumi jarak jauh banyak dipengaruhi oleh jenis bahan geologi yang terdapat di sesuatu kawasan.\n\n• Kejadian gempa bumi juga boleh berlaku apabila tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar-sesar kuno mengalami proses pelarasan bagi menstabilkan semula kerak bumi, seperti yang berlaku di Muar dan Segamat. Walaubagaimapun, gempa bumi tidak boleh diramalkan, manakala kejadian tsunami boleh diramalkan selepas berlaku gempa bumi di dasar laut. Sehingga kini, tidak ada teknologi yang mampu untuk meramalkan kejadian gempa bumi sebelum ianya berlaku.\n\n• Justeru, bagi meningkatkan kesiapsagaan dalam menghadapi gempa bumi, Kementerian menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah melaksanakan inisiatif sebagai persediaan menghadapi gempa bumi sebagaimana berikut:\n\n• MET Malaysia melaksanakan pemantauan berterusan gempa bumi serta pengeluaran amaran awal tsunami melalui Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dikendalikan oleh Pusat Operasi Gempa Bumi dan Tsunami Nasional. Maklumat gempa dan amaran awal tsunami dikeluarkan dalam tempoh 8 minit selepas pengesanan. \n\n• MET Malaysia turut mengoperasikan 80 buah stesen seismik di seluruh negara dan data dihantar secara masa nyata, selain menerima data seismik masa nyata daripada 323 stesen antarabangsa. \n\n• Menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan 1 (RMKe-13 RP1), MET Malaysia akan melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 yang melibatkan pengukuhan dua belas (12) buah stesen seismik di seluruh negara, pembinaan dua (2) stesen seismik baharu di Segamat dan Muar, Johor serta naiktaraf empat (4) stesen seismik di Johor. \n\n• MET Malaysia juga sedang melaksanakan peningkatan keupayaan Sistem Pengesanan dan Pemprosesan Data SeisComP, dengan penekanan kepada modul pengesanan gempa bumi tempatan supaya kejadian gempa bumi berskala kecil dapat dikesan dengan lebih cepat dan tepat.\n\n• JMG turut menjalankan pemantauan ke atas 53 Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) yang telah dibina di kawasan zon sesar di seluruh negara dan merupakan rujukan penting dalam pengemaskinian Peta Bahaya Seismik dan pemetaan sesar\n\n.\n\n• Selain MetMalaysia dan JMG, agensi lain seperti NADMA, JKR, PDRM dan APM turut mempunyai peranan dalam kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan. Latihan simulasi dan program kesedaran awam juga dijalankan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat.\n\n• Secara keseluruhannya, tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi risiko gempa bumi berada pada tahap yang baik, hasil gabungan sistem pemantauan teknikal yang mantap, kerjasama agensi yang kukuh, sokongan infrastruktur yang berterusan serta penglibatan masyarakat. Kerajaan akan terus mempertingkatkan keupayaan pemantauan, kefahaman awam dan keberkesanan tindak balas bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2958,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2958",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "64",
        "member": "Senator Dato' Leong Ngah Ngah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan tanah terbiar bagi meningkatkan produktiviti serta menjana pulangan ekonomi yang menguntungkan negara, khususnya kepada pemilik ta...",
        "question": "Senator Dato' Leong Ngah Ngah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan tanah terbiar bagi meningkatkan produktiviti serta menjana pulangan ekonomi yang menguntungkan negara, khususnya kepada pemilik tanah, memandangkan terdapat kira-kira 104,000 hektar tanah terbiar di seluruh Malaysia, termasuk 29,392 hektar di negeri Pahang sahaja.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah melaksanakan beberapa kaedah bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan dengan lebih optimum. Melalui kaedah tersebut, tanah-tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang dianggarkan berkeluasan 3,483.05 hektar yang terbiar/tidak dibangunkan akan menjana hasil tambahan melalui urusan penyewaan, pajakan atau pelupusan melalui penjualan/pelepasan/serah balik kepada Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan Perkara 85 dan 86 Perlembagaan Persekutuan. \n\n• Kerajaan Persekutuan mengambil maklum bahawa dianggarkan 104,000 hektar tanah terbiar di seluruh Malaysia, termasuk 29,392 hektar di negeri Pahang. Bagi tanah milik persendirian yang dikenal pasti sebagai tanah terbiar, keputusan untuk membangunkan atau memanfaatkan tanah tersebut adalah tertakluk sepenuhnya kepada pemilik tanah berkenaan. Walau bagaimanapun, sebarang perancangan atau cadangan pembangunan hendaklah dirujuk kepada kategori kegunaan tanah dan syarat nyata yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ini termasuk keperluan mematuhi had guna tanah, aktiviti yang dibenarkan, serta apa-apa syarat tambahan yang digariskan di bawah undang-undang tanah sedia ada. Kerajaan hanya dapat bertindak sebagai pemudahcara dengan menyediakan panduan, sokongan teknikal dan fasilitasi yang bersesuaian, manakala pelaksanaan pembangunan kekal di bawah tanggungjawab pemilik tanah. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2974,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2974",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-15",
        "year": 2025,
        "no": "65",
        "member": "Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memperkukuhkan sistem amaran awal gempa bumi dan mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap prosedur keselamatan termasuk perancangan latihan berkala di...",
        "question": "Senator Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memperkukuhkan sistem amaran awal gempa bumi dan mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap prosedur keselamatan termasuk perancangan latihan berkala di kawasan berisiko seperti Sabah dan Pantai Barat Semenanjung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nLangkah Memperkukuh Sistem Amaran Awal Gempa Bumi\n\n• Meskipun Malaysia terletak di luar zon aktif Lingkaran Api Pasifik, kita tidak terkecuali daripada risiko seismik. Negara kita terkesan oleh gegaran kuat rentas sempadan dari gempa bumi besar di Indonesia dan Filipina, di samping berhadapan dengan kejadian gempa bumi tempatan berskala kecil, khususnya di Sabah, Sarawak dan kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan gempa bumi dan pengeluaran amaran awal tsunami telah mengambil langkah komprehensif seperti:\n\n• pemantauan menerusi Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang dikendalikan oleh Pusat Operasi Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dan beroperasi 24 jam sehari. Maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dikeluarkan dalam tempoh lapan (8) minit selepas pengesanan.\n\n• mengoperasikan 80 buah stesen seismik di seluruh negara dan data dihantar secara masa nyata, selain menerima data seismik masa nyata daripada 323 stesen antarabangsa. \n\n• melaksanakan peningkatan Sistem Pengesanan dan Pemprosesan Data SeisComP supaya kejadian berskala kecil dapat dikesan dengan lebih cepat dan tepat.\n\n• melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 menerusi RMKe-13, yang melibatkan pengukuhan 12 stesen seismologi sedia ada di seluruh negara dan naik taraf empat (4) stesen sedia ada di Johor daripada jenis Strong Motion kepada Weak Motion bagi meningkatkan keupayaan mengesan gempa bumi bermagnitud lemah.\n\n• Kerajaan Negeri Johor melalui MET Malaysia juga telah membuat permohonan kepada NADMA untuk pembinaan 2 stesen seismologi baharu di Segamat dan Muar, Johor.\n\n• menaik taraf instrumen stesen seismologi dan perisian analisis data serta menyasar untuk mengurangkan tempoh pengeluaran maklumat/amaran daripada 8 minit kepada 6 minit menjelang 2026.\n\n• menjalin hubungan strategik dengan Pacific Tsunami Warning Centre (PTWC), South China Sea Tsunami Advisory Center (SCSTAC) serta Indian Ocean Tsunami Warning & Mitigation System (IOTWMS) bagi mendapat akses pantas kepada data pemantauan global untuk pengeluaran amaran yang lebih awal dan tepat. \n\nProgram Peningkatan Kesedaran Rakyat\n\n• Seiring dengan usaha memperkukuh sistem amaran, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, MET Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi responder utama, terus mempertingkatkan kesedaran rakyat mengenai keselamatan gempa bumi dan tsunami melalui inisiatif berikut:\n\n• Melaksanakan program kesedaran awam dan latihan simulasi gempa bumi serta tsunami secara berterusan di kawasan berisiko, khususnya di Sabah dan Pantai Barat Semenanjung. Antara yang dilaksanakan ialah di Kundasang (2020 & 2023) dan Segamat (2025). \n\n• Mengemaskini pangkalan data dan rekod gempa bumi bagi memastikan maklumat yang disalurkan kepada pihak berwajib dan orang awam adalah tepat dan terkini.\n\n• Memperluas kajian pemetaan sesar aktif dan penilaian risiko gempa bumi di kawasan yang dikenal pasti berpotensi.\n\n• Mengemaskini dan menerbitkan Peta Seismotektonik dan Peta Bahaya Seismik Malaysia untuk rujukan pembangunan serta Peta Zon Bencana Seismik Malaysia bagi Pengurusan Bencana sebagai panduan kepada masyarakat mengenai tindakan semasa berlaku kejadian gempa bumi.\n\n• Memperkukuh khidmat pakar serta nasihat teknikal kepada agensi responder bagi meningkatkan keberkesanan operasi tindak balas ketika berlakunya bencana gempa bumi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2898,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2898",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-03",
        "year": 2025,
        "no": "9",
        "member": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan pematuhan terhadap Standard Operasi Prosedur (SOP) dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) dan keperluan kajian semula dengan mengambil kira kesan jangka panjang terhadap biodiversiti ...",
        "question": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pematuhan terhadap Standard Operasi Prosedur (SOP) dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) dan keperluan kajian semula dengan mengambil kira kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan habitat semula jadi, serta aktiviti perlombongan REE di peringkat huluan (upstream) melalui proses larut lesap setempat telah dibuktikan tidak mencemarkan air bawah tanah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPematuhan terhadap Standard Operasi Prosedur (SOP) dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE)\n\n• Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menetapkan bahawa semua aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur REE Di Malaysia yang telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri dan Majlis Mineral Negara. SOP ini mengawal selia aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan termasuk keperluan untuk mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), pelaksanaan pemulihan progresif kawasan lombong, kawalan pencemaran dan pemantauan berterusan. Setakat ini, negeri Perak merupakan satu-satunya negeri yang telah memulakan projek perlombongan REE di Mukim Kenering, Hulu Perak. Hasil pengauditan yang dijalankan mendapati pengerak projek telah mematuhi dengan sebaiknya kehendak di dalam SOP dan keperluan agensi-agensi teknikal yang terlibat.\n\n• Secara umumnya, pihak kerajaan negeri menerima pakai prosedur yang ditetapkan dalam SOP berkenaan dan mula menyediakan dokumen SOP berdasarkan perundangan di negeri masing-masing. Namun demikian, tahap pelaksanaan dan pematuhan masih belum boleh dinilai memandangkan tiada projek perlombongan REE lain yang telah dimulakan selain di negeri Perak. Pada masa ini, terdapat permohonan untuk menjalankan aktiviti perlombongan di Negeri Sembilan dan Johor yang sedang pada peringkat kelulusan laporan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar. Permohonan bagi negeri-negeri lain masih pada peringkat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.\n\nKajian semula kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan habitat semula jadi serta kaedah ISL\n\n• Bagi memastikan kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan habitat semula jadi diteliti dengan menyeluruh, NRES melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan kajian impak perlombongan REE dalam ekosistem hutan. Kajian ini dilaksanakan secara berfasa dari tahun 2024 hingga 2029 meliputi aspek hidrologi, tanah, flora, fauna, stok karbon dan sosio-ekonomi. Ia turut melibatkan agensi teknikal termasuk Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.\n\n• Dalam pada itu, FRIM telah melaksanakan kajian awal di tapak perlombongan di Mukim Kenering yang menggunakan kaedah perlombongan larut lesap setempat atau in-situ leaching (ISL) pada tahun 2024. Tapak perlombongan tersebut melibatkan kawasan pengekstrakan dalam ladang getah. Dapatan awal menunjukkan bahawa tiada pencemaran kepada air bawah tanah sekiranya kaedah ini dijalankan mengikut SOP dan kawalan ketat. Pengumpulan data ulangan bagi tahun 2025 sedang berjalan dan dijangka siap pada September 2025 untuk pelaporan pada Oktober 2025. Walau bagaimanapun, FRIM masih perlu menilai kesan di kawasan hutan asli sebelum merumuskan dapatan menyeluruh mengenai impak jangka panjang perlombongan REE.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2905,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2905",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-08",
        "year": 2025,
        "no": "20",
        "member": "Senator Dato' Sri Vell Paari al Tun Samy Vellu",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan nyatakan langkah Kementerian bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia sepertimana yang berlaku baru-baru ini, dan nyatakan negara asal lamb...",
        "question": "Senator Dato' Sri Vell Paari al Tun Samy Vellu minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan nyatakan langkah Kementerian bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia sepertimana yang berlaku baru-baru ini, dan nyatakan negara asal lambakan e-waste sama ada dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China atau Jepun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memperketatkan penguatkuasaan di pelabuhan Negara dan kilang-kilang haram seluruh Negara bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia. \n\n• Berdasarkan rekod, sebanyak 1,414 kontena telah ditahan dan diperiksa sepanjang 2021 hingga 2025 oleh JAS dan didapati 951 kontena mengandungi e-waste. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 365 kontena telah berjaya dihantar pulang ke negara asal selaras dengan prosedur di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentasi Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya. \n\n• Kementerian mengambil langkah tegas dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram ke negara ini dengan:\n\n• Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama oleh semua agensi yang terlibat di pelabuhan tersebut termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pihak berkuasa pelabuhan dan JAS;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain daripada segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan tersebut;\n\n• Mengarahkan syarikat pengimport yang membawa masuk e-waste secara haram untuk menghantar semula ke negara asal;\n\n• Mengenakan tindakan perundangan kepada semua pengimport yang membawa masuk e-waste secara haram ke Malaysia; \n\n• Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti agensi penguatkuasaan, agensi Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram melalui pelaksanaan Ops Hazard secara bersepadu di seluruh negara pada bulan Februari 2025 dan Jun 2025. Sebanyak 122 premis telah diserbu sepanjang operasi tersebut dan kes-kes ini disiasat di bawah pelbagai kesalahan melibatkan Akta Senjata Api 1960, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, AMLA, Akta Imigresen 1959/63, Akta Sekendhend Barang Lusuh 1946, Undang-Undang Kecil Iklan 2019, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred & Perindustrian 2019, Undang-Undang Kecil 2007, Akta Bahan Letupan 1957 dan lain-lain.\n\n• Berdasarkan siasatan terhadap kontena-kontena yang mengandungi e-waste ini, didapati bahawa hampir 88% berasal dari Amerika Syarikat (USA) dan lain-lain negara adalah seperti Kanada, England, Singapura, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Jepun.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2902,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2902",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-04",
        "year": 2025,
        "no": "24",
        "member": "Senator Datuk Rosni binti Sohar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan sedang merangka satu dasar nasional yang komprehensif bagi industri Unsur Bumi Nadir (Rare Earth Elements) merangkumi aspek kawalan eksport, pemprosesan hiliran dalam neg...",
        "question": "Senator Datuk Rosni binti Sohar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan sedang merangka satu dasar nasional yang komprehensif bagi industri Unsur Bumi Nadir (Rare Earth Elements) merangkumi aspek kawalan eksport, pemprosesan hiliran dalam negara, serta penglibatan inklusif tenaga kerja mahir tempatan bagi memastikan Malaysia tidak terus bergantung sebagai pengeluar bahan mentah semata-mata tanpa penguasaan teknologi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN 3) yang telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Januari 2024 menekankan pembangunan menyeluruh rantaian nilai industri mineral termasuk REE merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran, di samping mengintegrasikan prinsip kelestarian, tadbir urus yang kukuh serta pembangunan modal insan. Pada masa ini, Kementerian sedang dalam peringkat memuktamadkan pelan tindakan berkaitan dan masih memerlukan libat urus lanjut bersama pihak-pihak yang akan terlibat sebagai peneraju dan sokongan kepada program yang digariskan. \n\n• Sejajar dengan kerangka dasar tersebut, Kerajaan telah menetapkan moratorium ke atas pengeksportan REE mentah bagi memastikan sumber negara tidak terus dieksploitasi tanpa nilai tambah. Pada masa sama, rundingan sedang dijalankan dengan pelabur dan rakan teknologi dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan loji pemprosesan dalam negara, termasuk penulenan, pemisahan elemen, serta penghasilan produk bernilai tinggi seperti logam, aloi dan super magnet.\n\n• Selain itu, Kerajaan turut menubuhkan Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE yang dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dan dianggotai oleh YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Menteri Ekonomi, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Menteri Kewangan II, bagi memastikan koordinasi strategik dari aspek pelaburan, teknologi, insentif serta penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam industri REE negara.\n\n• Dari aspek pembangunan dan pemindahan teknologi, Kerajaan sedang melihat potensi untuk memulakan kerjasama dengan pihak luar yang mempunyai kapasiti teknologi khususnya teknologi pemprosesan REE. Dalam hal ini, Kerajaan menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilibatkan demi menjaga kepentingan strategik negara. Pada masa yang sama, usaha penyelidikan dan pembangunan tempatan turut digalakkan untuk memastikan negara mampu menguasai teknologi berkaitan REE, dan kapakaran tempatan dibangunkan bagi menjamin kelestarian industri REE negara.\n\n• Bagi menjamin penglibatan tenaga kerja mahir tempatan, Kerajaan turut menekankan pembangunan kapasiti melalui pemindahan teknologi, latihan khusus serta kerjasama antara industri dan universiti. Usaha ini akan memastikan rakyat Malaysia bukan sekadar penyumbang tenaga kerja di peringkat perlombongan, tetapi juga penggerak utama dalam sektor pemprosesan, inovasi dan pengeluaran produk hiliran bernilai tinggi.\n\n• Kerajaan mensasarkan Malaysia tidak hanya kekal sebagai pengeluar bahan mineral mentah termasuk REE semata-mata, tetapi mampu membangunkan industri yang lengkap, berdaya saing, dan relevan dalam ekonomi teknologi hijau global.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2903,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2903",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-04",
        "year": 2025,
        "no": "29",
        "member": "Senator Tuan Amir Bin Md Ghazali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan peruntukan dan program utama dalam RMk-13 yang menyokong agenda perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti.",
        "question": "Senator Tuan Amir Bin Md Ghazali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan peruntukan dan program utama dalam RMk-13 yang menyokong agenda perubahan iklim dan pemeliharaan biodiversiti.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Rancangan Malaysia Ketiga Belas bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia.\n\n• Dalam mencapai usaha ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited dalam menerajui agenda kelestarian alam sekitar yang merangkumi aspek pengurusan alam sekitar, tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim, usaha pemuliharaan hutan dan kepelbagaian biologi serta memperkasa kecekapan tadbir urus sumber semulajadi bagi menjamin kemampanan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.\n\n• Antara program utama yang menyokong agenda kelestarian alam adalah melalui pelaksanaan inisiatif Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3). Program ini telah bermula sejak tahun 2020 bagi mengukuhkan penguatkuasaan dalam membanteras pemburuan hidupan liar, pencerobohan kawasan hutan, pembalakan dan perlombongan haram. BP3 melibatkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan pelantikan Renjer Komuniti. \n\n• Pada tahun 2025, seramai 2,500 orang Renjer Komuniti dilantik dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, komuniti setempat dan komuniti Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini secara tidak langsung meningkatkan kesejahteraan dan tahap sosioekonomi masyarakat. Pelaksanaan BP3 sejak tahun 2020 sehingga Ogos 2025 telah mencatatkan impak yang besar dalam aspek penguatkuasaan dengan sebanyak 709 tangkapan warganegara Malaysia dan 152 warganegara asing. Selain itu, sebanyak 2,716 jerat hidupan liar telah dimusnahkan dan nilai sitaan mencecah RM404 juta.\n\n• NRES juga menerajui pelaksanaan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT). Bagi tempoh 2019 hingga 2025, sebanyak RM800 juta peruntukan EFT telah disediakan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan pelbagai projek pemuliharaan biodiversiti dan hutan.\n\n• Dalam merangka usaha mitigasi dan adaptasi isu perubahan iklim secara holistik, Kementerian ini sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini digubal adalah untuk memastikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. \n\n• RUU ini dijangka akan membolehkan negara mengoperasikan tindakan iklim yang digariskan di dalam Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik dan ianya akan memacu pelaksanaan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term Low Emission Development Strategy - LT-LEDS), Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN2.0) dan lain-lain dasar berkaitan perubahan iklim yang akan saling melengkapi untuk mencapai sasaran National Determined Contribution (NDC) negara dan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih negara pada tahun 2050.\n\n• Selain itu, kerajaan juga sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi membolehkan pelaksanaan pasaran karbon di Malaysia beroperasi sepenuhnya. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. \n\n• Ancaman impak disebabkan oleh perubahan iklim seperti banjir akan memberikan impak terhadap pelbagai sektor ekonomi serta mengancam kesejahteraan penduduk. Menyedari hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). \n\n• Pelan tindakan ini yang dihasilkan melalui bantuan dana antarabangsa akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. MyNAP ini adalah bersifat menyeluruh dan akan memerlukan penglibatan pihak berkepentingan di peringkat pusat dan kerajaan negeri.\n\n• Seterusnya NRES juga menyasarkan projek yang merangkumi pelaksanaan instrumen Protokol Forest Conservation Certificate (FCC) dan Forest Carbon Offset (FCO). Projek-projek ini akan bertindak sebagai pemangkin kepada penyertaan dan pelaburan sektor swasta serta mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Faedah utama adalah termasuk pengurangan impak perubahan iklim, pemuliharaan biodiversiti dan sokongan kepada pelaporan ESG oleh syarikat. Pendekatan ini juga dijangka memperkukuh dengan kerjasama awam-swasta dan seterusnya mempercepatkan pembangunan pasaran karbon negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2891,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2891",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-25",
        "year": 2025,
        "no": "33",
        "member": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan status kemajuan Majlis Biodiversiti Negara (MBN) sejak ditubuhkan dan sejauh manakah pengukuhan dasar serta strategi pemuliharaan kepelbagaian biologi secara komprehensif telah dilaksana...",
        "question": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status kemajuan Majlis Biodiversiti Negara (MBN) sejak ditubuhkan dan sejauh manakah pengukuhan dasar serta strategi pemuliharaan kepelbagaian biologi secara komprehensif telah dilaksanakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Biodiversiti Negara (MBN) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah menjadi platform utama bagi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk membincangkan hala tuju, dasar dan strategi pengurusan kepelbagaian biologi negara. \n\n• MBN yang diurussetiakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga merupakan platform peringkat tertinggi dalam mengukuhkan pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030.\n\n• Antara keputusan-keputusan penting MBN dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini yang menyumbang kepada pengukuhan pemuliharaan kepelbagaian biologi secara signifikan adalah penyelarasan Pelan Tindakan dan Strategi Biodiversiti Kebangsaan (National Biodiversity Strategies and Action Plans – NBSAP) dengan kerangka kepelbagaian biologi global iaitu Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (KMGBF), menjadikan Malaysia antara negara pertama menggubal pelan tersebut yang dikenali sebagai Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030.\n\n• MBN turut memutuskan strategi pengukuhan hala tuju penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia (Malaysia Biodiversity Centre - MBC) sebagai pusat kecemerlangan bagi meningkatkan tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kepelbagaian biologi. Penubuhan MBC kini sedang giat dilaksanakan di tanah berkeluasan 8 ekar di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.\n\n• Pengukuhan pengurusan kawasan perlindungan kebangsaan turut dilaksanakan melalui pengemaskinian senarai induk kawasan perlindungan (PA Master List) dan pengoperasian Kumpulan Kerja Kawasan Perlindungan di bawah Kerangka Kawasan Perlindungan Kebangsaan (National Framework for Protected Areas - NFPA). Berdasarkan kepada dokumen tersebut, kawasan perlindungan Malaysia merangkumi kawasan daratan seluas 4.9 juta hektar atau 14.83% serta pesisir pantai dan marin seluas 2.5 juta hektar atau 5.34%.\n\n• Platform MBN juga telah memutuskan strategi pengurusan kepelbagaian biologi termasuk pengukuhan konservasi Seladang Malaya (Malayan gaur) melalui pembangunan Pelan Pengurusan Konservasi Seladang Malaya yang komprehensif, menangani konflik manusia-hidupan liar melalui tindakan mitigasi roadkill di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik serta menangani ancaman penyakit zoonotik melalui pembangunan Pelan Tindakan Bersama One Health Kebangsaan dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu One Health Kebangsaan.\n\n• MBN turut membincangkan kepentingan penglibatan pemegang taruh khususnya kerajaan negeri dalam menyokong penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Biodiversity Beyond National Jurisdiction (BBNJ) iaitu perjanjian alam sekitar pelbagai hala bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti marin di kawasan yang melebihi 200 batu nautika dari garis pantai. \n\n• Selain itu, Mesyuarat MBN turut membincangkan inisiatif-inisiatif pengurusan kepelbagaian biologi serta berkongsi amalan pengurusan terbaik untuk dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan negeri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2904,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2904",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-04",
        "year": 2025,
        "no": "41",
        "member": "Senator Datuk Bobbey Bin Suan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana komitmen Kementerian dalam memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam menjayakan mekanisme Bayaran Perkhidmatan Ekosistem (PES) dan Inisiatif Karbon Hutan.",
        "question": "Senator Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana komitmen Kementerian dalam memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam menjayakan mekanisme Bayaran Perkhidmatan Ekosistem (PES) dan Inisiatif Karbon Hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian mempunyai jalinan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam hal-hal berkaitan inisiatif karbon. Kementerian juga menyambut baik usaha konservasi dan pengurusan hutan sebagai aset yang boleh menjana pendapatan baharu melalui instrumen kredit karbon dan Bayaran Perkhidmatan Ekosistem.\n\n• Kementerian juga mengambil maklum usaha Kerajaan Negeri menggubal dan meluluskan perundangan Enakmen Perhutanan (Pindaan) 2025 bagi menyelaras dan menyelia aktiviti pembangunan projek karbon hutan dan penjanaan kredit karbon. Usaha ini akan memastikan struktur dan kerangka yang lebih jelas bagi aktiviti projek karbon hutan dan elemen yang berkaitan seperti libat urus bersama komuniti setempat, keperluan teknikal seperti pemantauan, pelaporan dan verifikasi serta urus tadbir transaksi kredit karbon.\n\n• Kementerian telah menerbitkan Panduan Pasaran Karbon Sukarela Sektor Hutan sebagai sebuah dokumen rujukan kepada negeri-negeri yang berminat untuk terlibat di dalam aktiviti berkaitan karbon hutan selain mengenalpasti peranan dan fungsi pihak-pihak yang terlibat di dalam pelaksanaan projek karbon hutan di Malaysia.\n\n• Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang sedang dimuktamadkan dan disasarkan untuk diterbitkan pada tahun ini, yang bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisma pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia. DPKK juga dihasratkan untuk memudahcara pelaksanaan projek karbon bagi pelabur, pembangun projek, pembeli kredit karbon dan tanggungjawab pelbagai pihak di dalam ekosistem perdagangan karbon. Pembangunan panduan dan dasar ini sudah pastinya melibatkan penyertaan dan penglibatan setiap pihak Kerajaan Negeri, memandangkan hal berkaitan tanah dan perhutanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.\n\n• Kementerian juga sedang memuktamadkan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang. RUUPIN dihasratkan untuk memperkukuhkan tadbir urus isu mitigasi, adaptasi serta usaha di dalam menangani perubahan iklim negara. Selain daripada itu, RUUPIN juga akan menyelaras isu berkaitan pelaporan wajib dan aktiviti perdagangan karbon di bawah Pasaran Karbon Pematuhan ataupun Compliance Carbon Market (seperti Skim Perdagangan Karbon Domestik - DETS, pelaksanaan Cukai Karbon, transaksi di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris dan sebagainya).\n\n• Melalui agensi khusus yang dikenali sebagai Malaysia Forest Fund (MFF), Kementerian pada masa ini sedang memuktamadkan satu Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan yang dikenali sebagai Forest Carbon Offset (FCO) yang dijangka akan mula dioperasikan sepenuhnya pada awal 2026. FCO adalah satu piawaian bagi pembangunan projek karbon sektor perhutanan yang dibangunkan setara dengan mana-mana piawaian karbon antarabangsa sedia ada seperti Verra, Gold Standard dan sebagainya. FCO bakal menjadi memacu pembangunan lebih banyak projek karbon hutan di negara ini memandangkan ianya lebih murah serta praktikal berbanding dengan pemakaian piawaian antarabangsa yang sedia ada; dan mengambilkira spesifikasi khusus tadbir urus dan keperluan perhutanan di Malaysia. \n\n• Buat masa ini, 4 metodologi bagi aktiviti projek karbon hutan telah dibangunkan dan akan digunakan bagi menjalankan 4 projek rintis di beberapa negeri. FCO bukan sahaja boleh menjana kredit karbon bagi pasaran karbon sukarela yang boleh di dagangkan di platform seperti Bursa Carbon Exchange, malah berpotensi untuk menjana kredit karbon bagi maksud offset di bawah pasaran karbon pematuhan dan disasarkan untuk diiktiraf bagi transaksi di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris serta CORSIA (Carbon Offsetting and Reduction Scheme for International Aviation).\n\n• Segala usaha-usaha ini adalah inisiatif berterusan dan komitmen Kementerian ini di dalam memastikan sokongan serta penyelarasan bagi aktiviti penjanaan kredit karbon serta kerangka pasaran karbon di negeri. Di bawah RMKe-13, Kerajaan juga akan meneroka potensi penyediaan insentif bagi projek kredit karbon, untuk memastikan keperluan kewangan bagi membangunkan projek karbon yang memerlukan kos yang signifikan, turut diberi perhatian.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2887,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2887",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-25",
        "year": 2025,
        "no": "42",
        "member": "Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian dalam memperkasakan sektor mineral negara sebagai sumber pendapatan baharu khususnya melalui pembangunan unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) serta menjelaskan fakto...",
        "question": "Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian dalam memperkasakan sektor mineral negara sebagai sumber pendapatan baharu khususnya melalui pembangunan unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) serta menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan dalam mengeluarkan SOP REE.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengenal pasti industri mineral khususnya unsur nadir bumi (REE) sebagai sektor strategik yang berpotensi besar untuk menyumbang kepada pendapatan negara. Pembangunan industri ini dirancang secara berfasa iaitu fasa jangka pendek (2025–2027) yang melibatkan usaha rundingan dengan pihak yang memiliki kapasiti teknologi bagi membangunkan loji pemprosesan tempatan, sebelum negara mempunyai loji pemprosesan sendiri pada fasa jangka sederhana (2027–2030) dan disasarkan mempunyai keseluruhan rantaian nilai industri REE pada fasa jangka panjang (selepas 2030).\n\n• Bagi memperkukuh ekosistem industri REE, Kerajaan sebelum ini telah memulakan beberapa usaha bagi membangunkan industri tersebut. Ia termasuklah penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE di Malaysia, pembangunan Projek Perintis Perlombongan REE di Mukim Kenering, Perak, dan menjalankan kajian Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri REE-Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) di Malaysia. \n\n• Pada masa ini, Kerajaan melalui Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan kajian impak perlombongan REE dalam ekosistem hutan bagi membantu Kerajaan menilai dasar berkaitan aktiviti perlombongan REE dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) berdasarkan asas saintifik. Ini kerana, hasil kajian awal yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menunjukkan bahawa terdapat taburan sumber yang banyak di dalam kawasan HSK, namun pengusaha hasilannya bertentangan dengan dasar semasa Kerajaan. \n\n• Selain itu, Kerajaan juga menggalakkan pihak institusi penyelidikan, institut pengajian tinggi dan pihak industri untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) bagi meningkatkan kapasiti teknologi dan kepakaran dalam bidang perlombongan, pemprosesan dan pemulihan sisa hasil dari aktiviti dalam industri REE.\n\n• Usaha bersepadu dan meliputi pelbagai peringkat dalam industri ini penting untuk memastikan industri REE mampu menjadi sumber pendapatan baharu negara yang mampan, serta memberikan impak yang signifikan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.\n\nSoalan (b)\n\n• Berhubung dengan pertanyaan mengenai kelewatan dalam mengeluarkan SOP REE, Kementerian ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa SOP Perlombongan REE di Malaysia telah pun disediakan dan diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023. SOP ini merangkumi panduan lengkap aspek teknikal, pematuhan alam sekitar, pemulihan kawasan lombong serta kawal selia pengeksportan mineral. Dokumen ini disusun sebagai rujukan menyeluruh berasaskan perundangan sedia ada dan boleh disesuaikan mengikut undang-undang negeri masing-masing.\n\n• Perkara ini telah pun dijelaskan melalui kenyataan media Kementerian bertarikh 19 Mei 2025 dan 29 Oktober 2024 sebelum ini. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2895,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2895",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-28",
        "year": 2025,
        "no": "45",
        "member": "Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah kes yang telah disabitkan kesalahan atas pembakaran terbuka haram setakat ini dan apakah solusi dan pendekatan terkini untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara...",
        "question": "Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah kes yang telah disabitkan kesalahan atas pembakaran terbuka haram setakat ini dan apakah solusi dan pendekatan terkini untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara terutamanya di Sarawak pada masa ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pembakaran terbuka haram adalah aktiviti yang mengancam kesihatan awam, keselamatan dan alam sekitar. Berdasarkan data yang direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Ogos 2025, sebanyak 167 kes telah disabitkan sebagai kesalahan pembakaran terbuka haram. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 kes disabitkan kesalahan melalui tindakan mahkamah, 74 kes melalui tawaran kompaun dan 63 kes melalui notis arahan. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.\n\n• Kerajaan melalui NRES telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menangani kejadian jerebu yang melanda Negara termasuk di Sarawak. Pendekatan terkini yang dilaksanakan melibatkan usaha pemantauan, penguatkuasaan, kerjasama serantau dan pendidikan awam.\n\n• Aspek pemantauan dipergiatkan dengan kekerapan rondaan harian dan pemantauan kualiti udara dilaksanakan secara berterusan di kawasan yang berisiko tinggi terbakar. JAS turut melaksanakan tindakan bersepadu bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak melalui rondaan fizikal, pemantauan dengan penggunaan dron, pemantauan titik panas (hotspots) berdasarkan data daripada ASEAN Specialised Metrological Centre (ASMC), pengaktifan bilik operasi, pengeluaran notis larangan serta pembatalan permit pembakaran terbuka.\n\n• JAS juga sedang dalam perancangan untuk memperluas rangkaian stesen pemantauan automatik di kawasan berisiko tinggi seperti di Bau dan Bekenu, Sarawak. Selain itu, pemakluman status kualiti udara yang telus turut dilaksanakan dengan memaparkan data kualiti udara secara masa nyata (real time) kepada orang awam melalui laman sesawang JAS dan media sosial. \n\n• Bagi aspek penguatkuasaan, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan telah diaktifkan sejak 21 Februari 2025 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan diaktifkan apabila bacaan status kualiti udara mencapai tahap amaran. Kedua-dua pelan ini menggariskan tindakan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi yang berkaitan dalam mencegah dan menangani situasi kebakaran terbuka dan jerebu.\n\n• Selain itu, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap individu atau pihak yang disabitkan melakukan pembakaran terbuka dengan denda sehingga RM1 juta atau penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan. Di samping itu, kompaun sehingga 50% daripada denda maksimum boleh dikenakan bagi setiap kesalahan. Terkini, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan) 2025 turut dilaksanakan berkuat kuasa mulai 8 Julai 2025 bagi membolehkan agensi yang diwakilkan kuasa untuk membuat siasatan dan mengenakan tindakan bagi kesalahan pembakaran terbuka.\n\n• Dari sudut pemerkasaan kerjasama serantau, Malaysia melalui Persidangan Sosek-Malindo Ke-37 pada November 2024 telah memperkukuh koordinasi antara Sarawak dan Kalimantan Barat bagi pencegahan kebakaran serta jerebu merentas sempadan termasuk pelaksanaan latihan bersama. \n\n• Semasa kejadian jerebu yang melanda Negara pada penghujung Julai 2025, Tahap Waspada 2 telah diaktifkan bermula 19 Julai 2025 selaras dengan Prosedur Tetap Operasi di bawah Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP). Semua Negara di selatan rantau ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand telah mempertingkatkan pemantauan titik panas dan kebakaran yang berlaku serta melaporkan tindakan yang diambil secara harian. \n\n• Pada masa yang sama, pelaksanaan program kesedaran awam serta pendidikan alam sekitar telah ditingkatkan lagi melalui pelaksanaan kempen “Tiada Pembakaran Terbuka” secara agresif. Kempen ini dilaksanakan melalui media massa dan media sosial serta di sekolah dan komuniti tani bagi memberikan kesedaran mengenai impak pembakaran terbuka dan kejadian jerebu serta kaedah alternatif pelupusan sisa pertanian.\n\n• NRES akan terus memastikan usaha berterusan dilaksanakan bagi menangani isu pembakaran terbuka haram yang boleh menyebabkan kejadian jerebu ke arah usaha meningkatkan kualiti udara Negara demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2899,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2899",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-03",
        "year": 2025,
        "no": "45",
        "member": "Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan : • dasar sedia ada untuk menangani isu greenwashing; dan • mengapa amalan greenwashing masih berleluasa walaupun terdapat kerangka sedia ada serta apakah langkah konkrit dan boleh dikua...",
        "question": "Senator Tan Sri Dato' Low Kian Chuan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• dasar sedia ada untuk menangani isu greenwashing; dan\n\n• mengapa amalan greenwashing masih berleluasa walaupun terdapat kerangka sedia ada serta apakah langkah konkrit dan boleh dikuatkuasakan, termasuk cadangan penggubalan undang-undang baharu bagi membendungnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ada beberapa dasar, rangka kerja dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menangani isu greenwashing. Antara dasar dan garis panduan sedia ada termasuklah:\n\n• MyHijau Mark, iaitu pengiktirafan rasmi Kerajaan Malaysia terhadap produk dan perkhidmatan hijau berdasarkan pensijilan organisasi tempatan dan luar negara yang menepati syarat-syarat untuk diiktiraf dan disenaraikan dalam Direktori MyHIJAU. Semua produk atau perkhidmatan yang tersenarai dalam direktori tersebut diperakui telah melepasi verifikasi oleh MGTC (agensi di bawah NRES) yang meliputi pengesahan pensijilan hijau yang diperolehi bagi produk tersebut termasuk laporan uji kaji. Hanya produk yang mendapat pensijilan sah sama ada dari badan pensijilan tempatan atau luar negara yang dikenalpasti setara akan diiktiraf;\n\n• Garis panduan pengiklanan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang memastikan ketelusan dalam maklumat produk; dan\n\n• Mekanisme kawal selia lain seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan tindakan terhadap maklumat mengelirukan termasuk dakwaan produk hijau yang palsu.\n\n• Walaupun terdapat dasar sedia ada, isu greenwashing masih berlaku kerana:\n\n• Tahap kesedaran awam yang berbeza – pengguna sama ada sukar membezakan antara pensijilan hijau yang sah atau palsu, atau memang tidak tahu mengenai kewujudan akreditasi bagi produk hijau, malah masih ramai yang kurang kesedaran dan langsung tidak peduli sama ada suatu produk itu hijau atau tidak;\n\n• Piawaian antarabangsa yang sentiasa berkembang, menyebabkan keperluan untuk menyelaras semula piawaian domestik dengan perkembangan global sentiasa berubah. Bidang ini adalah masih muda dan mengambil masa untuk satu piawaian global yang diterima semua pihak; dan\n\n• Jurang penguatkuasaan dan pemantauan – tidak semua tuntutan produk atau perkhidmatan hijau dapat disemak secara menyeluruh, dan kesedaran pengguna yang masih rendah atau tidak cakna menyebabkan kebiasaannya tiada laporan dibuat untuk tindakan siasatan dan penguatkuasaan dimulakan.\n\n• Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus anti green washing memandangkan remedi perundangan bagi isu ini sudah pun tersedia mengikut akta dan instrumen kawal selia spesifik sektor industri atau produk. Umumnya, sistem perundangan Malaysia telah matang dan mempunyai perlindungan terhadap pengiklanan atau pernyataan palsu. Akta-akta yang terkandung unsur perlindungan berhubung anti green washing adalah seperti berikut:\n\n• Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Walaupun tertumpu kepada kawalan pencemaran, syarikat yang membuat dakwaan palsu tentang pematuhan alam sekitar (contohnya mendakwa telah diiktiraf pensijilan ISO14001 tetapi tidak benar) boleh dikenakan tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar kerana pengisytiharan palsu;\n\n• Suruhanjaya Tenaga & SEDA Malaysia boleh bertindak jika terdapat dakwaan palsu berkaitan tenaga boleh baharu, contohnya salah guna label “tenaga hijau\" dalam perjanjian jual beli tenaga;\n\n• Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperuntukkan di Bahagian II, sebarang pernyataan palsu, mengelirukan atau memperdayakan boleh diambil tindakan penguatkuasaan oleh KPDN termasuk denda dan penjara. Contohnya dakwaan palsu suatu produk sebagai mesra alam, neutral karbon, atau boleh lupus biodegradasi;\n\n• Akta Perihal Dagangan 2011 seterusnya melengkapi kuasa penguatkuasaan KPDN secara lebih menyeluruh dengan melarang penggunaan perihal dagangan palsu dalam pelabelan, pembungkusan, dan pengiklanan. Sebagai contoh, mana-mana label atau iklan yang menggunakan istilah '100% hijau' atau 'sifar karbon' tanpa pengesahan boleh disabitkan, malah Menteri boleh mengeluarkan perintah khusus melarang penggunaan istilah 'hijau' yang mengelirukan;\n\n• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan seksyen 211 & 233 yang melarang kandungan yang palsu, mengelirukan atau menyinggung. Dewasa ini akta tersebut sangat relevan digunakan dalam memantau iklan atas talian dan pemasaran digital bagi memerangi kegiatan greenwashing di media sosial, e-dagang, dan laman web korporat;\n\n• Akta Persaingan 2010 memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia memantau sektor ekonomi tertentu di Malaysia agar dapat mencegah sebarang aktiviti yang mengganggu persaingan pasaran yang sihat (contohnya mengenakan penalti kewangan ke atas syarikat yang mendapat kelebihan tidak adil dengan mendakwa produk mereka lestari atau hijau);\n\n• Akta Makanan 1983 dan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 memberi kuasa penguatkuasaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia menangani dakwaan palsu seperti 'organik', 'sihat' atau 'semula jadi' dalam produk makanan, minuman, dan suplemen; dan\n\n• Di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Garis Panduan Dana Pelaburan Bertanggungjawab dan Lestari (Guidelines on Sustainable and Responsible Investment - SRI Funds) serta Rangka Kerja Pelaburan Bertanggungjawab dan Lestari Sukuk/Bon, sebarang pelaporan ESG, prospektus atau pelaburan neutral karbon yang palsu boleh dianggap sebagai pendedahan mengelirukan di bawah undang-undang sekuriti oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan akan dikenakan penalti yang berat, termasuk denda sehingga RM3 juta, penjara sehingga 10 tahun, arahan bayaran ganti rugi kepada pelabur atau pihak yang terkesan dan penggantungan lesen/kelayakan mereka yang disabitkan kesalahan.\n\n• Di samping itu, Kementerian ini juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini digubal adalah untuk memastikan tindakan-tindakan perundangan yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.\n\n• Dengan peruntukan sedia ada, Kerajaan yakin bahawa usaha memerangi greenwashing dapat diperhebat, meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap pasaran hijau, serta menyokong aspirasi negara ke arah pembangunan rendah karbon yang mampan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2889,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2889",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-26",
        "year": 2025,
        "no": "47",
        "member": "Senator Tuan Musoddak bin Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan pembangunan strategik industri unsur nadir bumi (REE) serta langkah memastikan hasil tersebut dapat dimanfaatkan secara bersama dengan Kerajaan Negeri.",
        "question": "Senator Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pelan pembangunan strategik industri unsur nadir bumi (REE) serta langkah memastikan hasil tersebut dapat dimanfaatkan secara bersama dengan Kerajaan Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempunyai perancangan jangka panjang untuk membangunkan industri nadir bumi (REE) negara secara menyeluruh. Ia adalah selaras dengan matlamat kerangka Dasar Mineral Negara 3 untuk menjadikan industri mineral sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan keseluruhan rantaian nilai secara bertanggungjawab dan mampan dengan penekanan terhadap tadbir urus, teknologi, modal insan, serta alam sekitar.\n\n• Berdasarkan hala tuju yang dipersetujui di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pembangunan industri REE dilaksanakan secara berfasa:\n\n• Fasa 1 (2024–2027) memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dasar larangan eksport REE mentah serta rundingan dengan pihak yang memiliki teknologi untuk membangunkan loji pemprosesan di REE dalam negara dengan penglibatan syarikat bukan kerajaan (GLC);\n\n• Fasa 2 (2027–2030) memacu pembangunan rantaian nilai dalam negara termasuk pewujudan kemudahan pemprosesan REE dalam negara serta rundingan untuk menarik pelaburan dalam industri hiliran; dan\n\n• Fasa 3 (2030 ke atas) menjadikan Malaysia sebagai hab industri REE serantau dan global yang mempunyai rantaian industri REE yang lengkap bagi pemprosesan dan pengeluaran produk hiliran berteknologi tinggi.\n\n• Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati bidang kuasa Kerajaan Negeri berhubung urusan tanah, termasuk mineral REE sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebarang dasar berkaitan REE akan dirumus dan diputuskan secara inklusif melalui platform libat urus dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti Majlis Mineral Negara (MMN) dan Majlis Kewangan Negara (MkewN).\n\n• Ia dilaksanakan berasaskan prinsip kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan industri REE mengambil kira kepentingan, hak dan bidang kuasa negeri. Pendekatan ini juga memastikan manfaat ekonomi, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, dan pembangunan infrastruktur dapat dinikmati bersama oleh negeri-negeri pengeluar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2907,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2907",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-08",
        "year": 2025,
        "no": "47",
        "member": "Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kerajaan berhubung jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Sumatera yang memberi kesan kepada kualiti udara di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar.",
        "question": "Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan Kerajaan berhubung jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Sumatera yang memberi kesan kepada kualiti udara di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius isu jerebu merentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar pada pertengahan Julai 2025. Berdasarkan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan antara 19 hingga 22 Julai 2025, tiga (3) stesen pemantauan kualiti udara di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Nilai (3 hari), Port Dickson (2 hari) dan Seremban (1 hari). Kejadian jerebu di Malaysia adalah selari dengan peningkatan bilangan titik panas di Wilayah Sumatera, Indonesia dan analisis trajektori HYSPLIT oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) turut mengesahkan pergerakan angin membawa asap dari wilayah tersebut ke Semenanjung Malaysia. \n\n• NRES komited menangani isu jerebu merentas sempadan melalui pelbagai tindakan yang merangkumi usaha pemantauan, penguatkuasaan, kerjasama serantau dan pendidikan awam. Dari segi pemantauan, kekerapan rondaan harian, pemantauan titik panas (hotspots) berdasarkan data daripada ASEAN Specialised Metrological Centre (ASMC) dan pemantauan kualiti udara telah dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan di kawasan yang berisiko tinggi terbakar. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri turut diperkukuh melalui pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan bagi memantau kes pembakaran terbuka dan situasi jerebu dalam Negara. Selain itu, pemakluman status kualiti udara yang telus turut dilaksanakan melalui paparan data kualiti udara secara masa nyata (real time) kepada orang awam melalui media sosial dan laman sesawang Air Pollutant Index Management System (APIMS).\n\n• Dari aspek penguatkuasaan, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan telah diaktifkan mulai 21 Februari 2025 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan diaktifkan apabila bacaan status kualiti udara mencapai tahap amaran. Kedua-dua pelan ni menggariskan peranan dan tindakan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi yang berkaitan bagi mencegah dan menangani situasi kebakaran terbuka dan jerebu. \n\n• Dari sudut pemerkasaan kerjasama serantau, Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) yang telah ditandatangani oleh kesemua 10 Negara ASEAN di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002. Melalui perjanjian ini, Negara Anggota ASEAN bekerjasama dalam usaha memantau dan menangani pencemaran jerebu merentas sempadan melalui pelbagai inisiatif bersama. \n\n• Semasa kejadian jerebu yang melanda Negara pada penghujung Julai 2025, Tahap Waspada 2 telah diaktifkan kepada semua Negara di selatan rantau ASEAN mulai 19 Julai 2025 selaras dengan Prosedur Tetap Operasi di bawah AATHP. Semua Negara di selatan rantau ASEAN telah mempertingkatkan pemantauan titik panas dan kebakaran yang berlaku serta melaporkan tindakan yang diambil secara harian. \n\n• Kerajaan terus memperkukuh kerjasama dengan Negara Anggota ASEAN melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan kebakaran, khususnya di kawasan tanah gambut dan hutan. Usaha ini turut meliputi pembangunan kapasiti bagi pencegahan dan pemadaman yang lebih berkesan bagi mengurangkan risiko berlakunya jerebu merentas sempadan.\n\n• Pada masa yang sama, pelaksanaan program kesedaran awam dan pendidikan alam sekitar terus diperkasa melalui pelaksanaan kempen “Tiada Pembakaran Terbuka\" yang dijalankan secara aktif. Kempen ini dilaksanakan melalui media massa dan media sosial serta di sekolah dan komuniti tani bagi memberikan kesedaran mengenai impak pembakaran terbuka dan kejadian jerebu serta kaedah alternatif pelupusan sisa pertanian.\n\n• NRES akan terus memastikan usaha berterusan dilaksanakan bagi menangani isu pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan kejadian jerebu ke arah usaha meningkatkan kualiti udara Negara demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2910,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2910",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-10",
        "year": 2025,
        "no": "48",
        "member": "Senator Datuk Rosni binti Sohar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah faktor-faktor yang mendorong kemasukan berterusan ribuan tan e-waste haram dari negara luar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia ke Malaysia melalui pelabuhan-pe...",
        "question": "Senator Datuk Rosni binti Sohar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah faktor-faktor yang mendorong kemasukan berterusan ribuan tan e-waste haram dari negara luar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia ke Malaysia melalui pelabuhan-pelabuhan utama, dan apakah langkah tegas yang perlu diambil oleh negara bagi menghentikan aktiviti penyeludupan ini secara menyeluruh.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah mengenal pasti beberapa faktor yang mendorong kemasukan secara berterusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke Negara ini iaitu: \n\n• Negara ASEAN menjadi antara destinasi popular selepas China mengetatkan kemasukan sisa barangan ke negara itu pada 2018;\n\n• Nilai e-waste yang tinggi kerana mengandungi logam bernilai tinggi seperti emas, perak, kuprum, dan palladium yang boleh diperoleh semula; \n\n• Terdapat negara yang tidak menandatangani Konvensyen Basel bagi mengawal pergerakan buangan berbahaya. Ini menyebabkan e-waste yang keluar dari negara berkenaan tidak dianggap sebagai kesalahan di bawah Konvensyen tersebut dan menjadikannya lebih mudah untuk dieksport secara haram ke negara lain; \n\n• Pengisytiharan palsu barangan yang dibawa masuk oleh pengimport bagi mengamburi pihak penguatkuasa; \n\n• Kewujudan rangkaian jenayah kegiatan penyeludupan e-waste haram didalangi oleh sindiket yang beroperasi di peringkat antarabangsa; dan\n\n• Kos pengurusan sisa yang tinggi di negara asal juga menjadi punca utama sisa-sisa tersebut dieksport untuk diproses dan dilupuskan di negara lain. \n\n• Kementerian mengambil langkah tegas dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan e-waste secara haram ke Negara ini dengan:\n\n• Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama oleh semua agensi yang terlibat di pelabuhan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pihak berkuasa pelabuhan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS);\n\n• Mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat pengimport e-waste dan mengarahkan syarikat pengimport untuk menghantar pulang ke negara asal selaras dengan prosedur di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentasi Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya serta mewajibkan semua pergerakan rentas sempadan buangan terjadual sama ada untuk import, eksport, transit atau transhipment mendapat kebenaran bertulis daripada JAS terlebih dahulu;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain dari segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan Negara; dan\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti agensi penguatkuasaan, agensi Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram melalui pelaksanaan Ops Hazard secara bersepadu di seluruh negara pada bulan Februari 2025 dan Jun 2025. Sebanyak 122 premis telah diserbu sepanjang operasi tersebut dan kes-kes ini disiasat di bawah pelbagai kesalahan melibatkan Akta Senjata Api 1960, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, AMLA, Akta Imigresen 1959/63, Akta Sekendhend Barang Lusuh 1946, Undang-Undang Kecil Iklan 2019, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred & Perindustrian 2019, Undang-Undang Kecil 2007, Akta Bahan Letupan 1957 dan lain-lain.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2896,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2896",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-28",
        "year": 2025,
        "no": "49",
        "member": "Senator Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kerajaan mengadaptasikan dan mengambil kira pengetahuan tradisional Orang Asli tentang pengurusan alam sekitar dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.",
        "question": "Senator Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah Kerajaan mengadaptasikan dan mengambil kira pengetahuan tradisional Orang Asli tentang pengurusan alam sekitar dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan mengiktiraf peranan dan pengetahuan tradisional Orang Asli dalam sektor perhutanan dan ianya telah diangkat menjadi salah satu objektif Dasar Perhutanan Malaysia yang mana menggalakkan penyertaan masyarakat Orang Asli, Orang Asal dan tempatan dalam pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan hutan.\n\n• Dalam hubungan ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melaksanakan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mengintegrasikan pengetahuan tradisional Orang Asli dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Antaranya ialah Program Buyback Guarantee yang dilaksanakan sejak tahun 2021 di Tasik Chini, Cameron Highlands dan Janda Baik. Program perhutanan sosial ini melibatkan kepakaran komuniti Orang Asli dalam pencarian dan penyemaian anak benih spesies hutan di tapak semaian komuniti. Anak pokok yang dibangunkan kemudiannya dibeli oleh agensi kerajaan pihak swasta dan orang awam bagi tujuan aktiviti restorasi hutan.\n\n• Selain itu, Kerajaan turut mengiktiraf kepentingan pengetahuan tradisional, inovasi dan amalan berkaitan dengan sumber biologi Orang Asli, Orang Asal dan tempatan melalui penginstitusian kerangka akses dan perkongsian faedah (Access and Benefit Sharing - ABS) melalui penguatkuasaan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] pada 18 Disember 2020, sejajar dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity - CBD) dan Nagoya Protocol on Access to Genetic Resources and the Fair and Equitable Sharing of Benefits Arising from their Utilization to the Convention on Biological Diversity (Protokol Nagoya).\n\n• Kepentingan melindungi pengetahuan tradisional turut digariskan di bawah Tindakan 14.2, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 (DKBK) bagi mendokumentasikan dan melindunginya. Di bawah Akta 795, mana-mana pihak yang ingin mengakses pengetahuan tradisional daripada Orang Asli, Orang Asal dan tempatan perlu memastikan persetujuan telah diperolehi melalui Keizinan Termaklum Awal (Prior Informed Consent – PIC) serta memeterai Terma yang Dipersetujui Bersama (Mutually Agreed Terms – MAT) bagi memastikan perkongsian faedah secara adil dan saksama, sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2897,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2897",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-02",
        "year": 2025,
        "no": "49",
        "member": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menjaga dan memulihara kelestarian biodiversiti di Sarawak termasuk kawasan hutan simpan dan sungai serta imbangan terhadap pembangunan ekonomi denga...",
        "question": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menjaga dan memulihara kelestarian biodiversiti di Sarawak termasuk kawasan hutan simpan dan sungai serta imbangan terhadap pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan alam sekitar supaya selari dengan arus pemodenan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sarawak merupakan salah satu wilayah di Malaysia yang kaya dengan biodiversiti meliputi hutan hujan, hutan bakau, sungai, paya gambut dan kawasan pesisir. Litupan hutan di Sarawak dianggarkan sekitar 62 peratus atau 7.64 juta hektar daripada keseluruhan keluasan negeri. Kekayaan sumber semula jadi ini bukan sahaja penting bagi kestabilan ekosistem dan iklim, malah menjadi asas kepada ekonomi Sarawak melalui sumber kayu, ekopelancongan, perkhidmatan ekosistem dan bioekonomi.\n\n• Dalam hubungan ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam melindungi, memelihara dan memulihara serta memastikan kelestarian biodiversiti di wilayah tersebut. Antara langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• menyediakan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM81.2 juta sejak tahun 2019 bagi melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada, menambah kawasan perlindungan yang baharu dan melaksanakan projek-projek yang berimpak tinggi untuk tujuan konservasi;\n\n• melancarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030 pada 24 Oktober 2023 sebagai dokumen utama bagi hala tuju dan rangka kerja pengurusan biodiversiti di peringkat kebangsaan. DKBK 2022-2030 telah disemak semula agar selari dengan Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (KMGBF) selain turut mengambil kira keadaan, keutamaan dan keupayaan negara;\n\n• dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Sarawak turut melancarkan Sarawak Biodiversity Master Plan pada 22 April 2025 yang menekankan pengarusperdanaan biodiversiti ke dalam agenda pembangunan negeri serta usaha mengekalkan dan melindungi Estet Simpanan Kekal (ESK) melalui penggazetan kawasan seperti Protected Forest, Forest Reserve dan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA);\n\n• NRES melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak sedang melaksanakan projek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM) di landskap tanah gambut berkeluasan 80,360 hektar di Maludam, Sarawak. Projek ini bertujuan memperkukuh polisi kebangsaan dan kapasiti institusi dalam melaksanakan pelan dan strategi berkaitan pengurusan tanah gambut; dan\n\n• memperluas inisiatif Program Rondaan dan Perlindungan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) yang melibatkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan Renjer Komuniti ke Wilayah Sarawak melalui Sarawak Forestry Corporation (SFC) bermula pada tahun 2023.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2893,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2893",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-26",
        "year": 2025,
        "no": "52",
        "member": "Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah syarikat dan kemudahan menyimpan dan memproses bahan sisa buangan terjadual industri atau komersial di seluruh negara dan sejauh manakah kapasiti dan keupayaan penguatku...",
        "question": "Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah syarikat dan kemudahan menyimpan dan memproses bahan sisa buangan terjadual industri atau komersial di seluruh negara dan sejauh manakah kapasiti dan keupayaan penguatkuasaan membasmi pembuangan haram sisa terjadual sehingga Julai 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sehingga Disember 2024, Negara telah menghasilkan sebanyak 5,378,977.55 tan metrik buangan terjadual di seluruh Negara. Buangan ini merangkumi buangan dros, sanga, klinker, gypsum, enap cemar logam berat, e-waste, sisa klinikal dan lain-lain buangan terjadual yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Kesemua buangan ini diuruskan dan dipantau dengan ketat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).\n\n• Bagi memastikan pengurusan buangan terjadual daripada sektor industri dan komersial diolah, diperoleh kembali dan dilupuskan secara teratur mengikut peruntukan undang-undang, sebanyak 381 premis di seluruh Negara telah dilesenkan sebagai kemudahan pengolahan, pemerolehan kembali dan tapak pelupusan selamat dengan jumlah lesen kemudahan yang dikeluarkan adalah 463 di seluruh Negara.\n\n• Dari aspek penguatkuasaan, JAS melaksanakan pemantauan berterusan melalui pemeriksaan berkala di premis, operasi penguatkuasaan secara bersepadu serta pemantauan menggunakan teknologi seperti Sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System). JAS turut menjalankan operasi bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti pembuangan haram buangan terjadual.\n\n• Dalam mendepani pelbagai isu alam sekitar yang semakin mencabar, JAS mengakui keupayaan dari sumber manusia sedia ada adalah tidak mencukupi. Sehubungan itu, JAS sedang dalam proses permohonan pengukuhan jabatan selain permohonan pertambahan jawatan. Selain itu, JAS juga telah menggunakan bantuan teknologi seperti penggunaan dron untuk pemantauan kawasan terpencil selain pelbagai program pendidikan dan kesedaran kepada pihak industri. Usaha ini telah membantu mengurangkan kes pembuangan haram dan meningkatkan pematuhan pihak industri terhadap peraturan yang ditetapkan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2911,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2911",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-10",
        "year": 2025,
        "no": "53",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan mekanisme penetapan harga karbon yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dan tempoh masa dasar ini akan dimuktamadkan selepas kajian kebolehlaksanaan mekanisme penetapan karbon selesai dija...",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mekanisme penetapan harga karbon yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dan tempoh masa dasar ini akan dimuktamadkan selepas kajian kebolehlaksanaan mekanisme penetapan karbon selesai dijalankan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Selaras dengan komitmen Nationally Determined Contributions (NDC) untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 45% intensiti karbon menjelang 2030, terdapat dua (2) mekanisme utama penetapan harga karbon yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh Kerajaan iaitu cukai karbon yang dijadual dilaksanakan mulai tahun 2026 dan Skim Perdagangan Pelepasan (Emissions Trading Scheme - ETS). \n\n• Bagi cukai karbon, YAB Perdana Menteri dalam Pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan pelaksanaan mekanisme cukai karbon pada tahun 2026. Dalam hal ini, Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama World Bank Group (WBG) serta kementerian dan agensi berkaitan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mekanisme penetapan harga karbon [Partnership for Market Implementation (PMI) and PMI Readiness Support Plan (RSP)] di Malaysia. Hasil kajian tersebut akan dapat memberikan gambaran kebolehlaksanaan keseluruhan mekanisme penetapan harga karbon (carbon pricing) bagi Cukai Karbon dan Skim Perdagangan Pelepasan (Emissions Trading Scheme - ETS). Kajian tersebut dijangka akan selesai sepenuhnya pada tahun ini.\n\n• Bagi Skim Perdagangan Pelepasan atau ETS, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bagi tempoh 2026 hingga 2030, telah menggariskan pelaksanaan ETS di Malaysia di mana di bawah tonggak “Meningkatkan Kerencaman Ekonomi\", Kerajaan telah mengenalpasti ETS sebagai mekanisme bagi memudahcara perdagangan karbon dan mengukuhkan ekonomi hijau di Malaysia.\n\n• Secara umumnya, salah satu peruntukan di bawah Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) iaitu peruntukan pelaporan fasiliti akan digunapakai bagi membolehkan fasiliti-fasiliti yang terlibat untuk membuat pelaporan pelepasan gas rumah kaca (GHG) yang dibebaskannya. \n\n• Pelaporan fasiliti ini penting bagi pelaksanaan kedua-dua mekanisme cukai karbon dan ETS ini kerana ianya merupakan fasa permulaan dan langkah pertama dalam pelaksanaan mekanisme-mekanisme ini. RUUPIN dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2908,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2908",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-09",
        "year": 2025,
        "no": "54",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan cadangan Kerajaan dalam memperkukuh tahap kerjasama semasa dan prospek rundingan dua hala bersama Kerajaan baharu Indonesia, bagi menangani punca utama jerebu rentas sempadan yang berpun...",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan cadangan Kerajaan dalam memperkukuh tahap kerjasama semasa dan prospek rundingan dua hala bersama Kerajaan baharu Indonesia, bagi menangani punca utama jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada pembakaran terbuka di tanah gambut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan memandang serius isu jerebu merentas sempadan yang berpunca daripada pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut yang sering berlaku ketika cuaca panas dan kering. Negara telah mengalami kejadian jerebu merentas sempadan pada 19 hingga 22 Julai 2025 yang telah menjejaskan kualiti udara di kebanyakan kawasan. Kejadian jerebu di Malaysia adalah selari dengan peningkatan bilangan titik panas di Wilayah Sumatera, Indonesia dan pemantauan menggunakan analisis trajektori HYSPLIT (Hybrid Single-Particle Lagrangian Integrated Trajectory) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) turut mengesahkan pergerakan angin membawa asap dari Wilayah tersebut ke Semenanjung Malaysia.\n\n• Kerajaan sentiasa terbuka untuk menjalin hubungan dua hala dengan Kerajaan Indonesia. Malah, kerjasama dua hala ini pernah terjalin pada tahun 2009 hingga 2013 melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai di Jakarta, Indonesia pada 3 Jun 2008 iaitu sebelum Indonesia meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) pada tahun 2015. MoU ini melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Riau selama lima (5) tahun berkaitan sokongan teknikal dalam kebakaran dan pengurusan tanah gambut. \n\n• Selanjutnya, Kerajaan Indonesia juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menangani masalah jerebu merentas sempadan sejak kejadian jerebu tahun 2015 melalui pelaksanaan Indonesia's Plan of Action (PoA) In Dealing with Transboundary Haze Pollution:\n\n• Penubuhan agensi khas bagi memulihkan tanah-tanah gambut yang telah terbakar (Peat Restoration Agency); \n\n• Pelaksanaan One Map Policy iaitu pembangunan peta digital / geospatial bagi seluruh Indonesia; dan\n\n• Pelaksanaan Arahan Presiden (Presidential Directive) yang berkuatkuasa pada 18 Januari 2016. Ia meliputi arahan untuk tidak mengeluarkan permit baru bagi konsesi di tanah gambut (permit moratorium), pencegahan dan amaran awal jerebu, pengenaan hukuman yang tegas, pemuliharaan ekosistem tanah gambut, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan Tempatan (Provinsi). \n\n• Kerajaan juga terus komited untuk menangani isu jerebu merentas sempadan melalui pemerkasaan kerjasama serantau di bawah AATHP. Melalui perjanjian ini, Negara Anggota ASEAN bekerjasama memantau dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan tindakan di peringkat nasional dan serantau bagi mencegah kebakaran hutan dan tanah gambut. \n\n• Di bawah kerangka AATHP, Negara Anggota di selatan rantau ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand mempunyai platform khusus iaitu Mesyuarat Technical Working Group (TWG) dan Ministerial Steering Committee (MSC) untuk membincangkan isu jerebu merentas sempadan melibatkan penyelarasan tindakan segera, perkongsian data titik panas, ramalan cuaca, pelaksanaan latihan dan kaedah pemadaman kebakaran di tanah gambut bagi meningkatkan keberkesanan langkah pencegahan serta kawalan kebakaran.\n\n• Selain itu, Mesyuarat Committee under the Conference of the Parties (COM) dan Conference of the Parties (COP) to the ATTHP yang melibatkan 10 Negara Anggota ASEAN juga merupakan platform utama untuk melaporkan tindakan dan strategi dalam pencegahan pembakaran terbuka dan jerebu selaras dengan The Second ASEAN Haze-Free Roadmap bagi mencapai matlamat ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030.\n\n• Negara Anggota ASEAN juga telah bersetuju dengan penubuhan ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) yang akan berpusat di Jakarta, Indonesia. Penubuhan pusat ini juga akan memperkukuh koordinasi kejadian jerebu merentas sempadan dan menyokong pelaksanaan penuh AATHP bagi meningkatkan keberhasilan usaha kolektif Negara Anggota ASEAN.\n\n• Kerajaan turut memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dan Negara Anggota ASEAN yang lain melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan kebakaran, khususnya di kawasan tanah gambut dan hutan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2912,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2912",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-10",
        "year": 2025,
        "no": "55",
        "member": "Senator Puan Noorita binti Sual",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah strategi Kementerian untuk memperkukuhkan komitmen bagi menjaga kelestarian alam dan daya tahan terhadap bencana dan sejauh manakah keberkesanan strategi dan polisi negara...",
        "question": "Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh manakah strategi Kementerian untuk memperkukuhkan komitmen bagi menjaga kelestarian alam dan daya tahan terhadap bencana dan sejauh manakah keberkesanan strategi dan polisi negara ketika ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Ancaman impak yang disebabkan oleh perubahan iklim seperti banjir, episod kemarau berpanjangan serta kenaikan aras air laut akan memberikan kesan terhadap pelbagai sektor ekonomi serta mengancam kesejahteraan penduduk. \n\n• Bagi perancangan jangka masa pendek, Kementerian ini telah melaksanakan program Kesedaran Awam Perubahan Iklim (Communication, Educational, Public Awareness - CEPA) untuk membentuk kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa dan nasional berdasarkan prinsip whole of nation approach. Program CEPA ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan golongan sasar seperti berikut:\n\n• sesi bersama golongan belia termasuk persatuan belia serta graduan universiti untuk memupuk kesedaran dan menyuntik naratif baharu bagi memperkasa penglibatan belia ke arah penyelesaian isu perubahan iklim di Malaysia;\n\n• pembangunan kapasiti dan kesedaran bersama kementerian/ agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, sektor swasta, badan akademik dan NGO;\n\n• penganjuran seminar dalam talian (webinar) berkaitan perubahan iklim dan pembangunan rendah karbon antaranya mengenai topik pelepasan gas rumah kaca sifar bersih (net-zero) dan agenda kelestarian;\n\n• sesi temu bual dalam program temu bual di media elektronik dan media cetak yang memberi penekanan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan berkaitan perubahan iklim;\n\n• bekerjasama dengan agensi antarabangsa seperti United Nations Development Programme (UNDP) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) bagi melaksanakan kaji selidik kesedaran dan program pembangunan kapasiti berkaitan perubahan iklim di Malaysia; \n\n• memperkasa peranan NGO, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan individu menerusi penubuhan Panel Konsultasi Perubahan Iklim. Panel ini akan menjadi medium perantara bagi menyampaikan maklumat berkaitan perubahan iklim kepada komuniti dan masyarakat.\n\n• Inisiatif mengatasi perubahan iklim ini juga turut memerlukan perancangan masa panjang yang teliti. Menyedari hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). \n\n• Dokumen ini akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. MyNAP ini adalah bersifat menyeluruh dan akan memerlukan penglibatan pihak berkepentingan di peringkat pusat dan kerajaan negeri.\n\n• Di samping itu juga, Kementerian ini juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini digubal adalah untuk memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.\n\n• Setakat ini masih terlalu awal bagi kita untuk menilai keberkesanan strategi dan polisi yang telah dicadangkan bagi menjaga kelestarian alam dan daya tahan terhadap bencana alam, namun begitu kementerian ini tetap komited dalam usaha memperkukuh keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dan mengurus risiko bencana alam yang berpunca daripada perubahan iklim.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2906,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2906",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-08",
        "year": 2025,
        "no": "56",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan dalam melaksanakan libat urus yang menyeluruh dengan Kerajaan-kerajaan negeri berkaitan pelaksanaan perdagangan karbon hutan.",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan dalam melaksanakan libat urus yang menyeluruh dengan Kerajaan-kerajaan negeri berkaitan pelaksanaan perdagangan karbon hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang di peringkat akhir Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi membangunkan satu dasar inklusif berkenaan perdagangan karbon bertujuan menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon secara pematuhan (compliance) dan sukarela (voluntary), selaras dengan komitmen Nationally Determined Contribution (NDC) untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 45% menjelang 2030.\n\n• Dalam masa yang sama, NRES sedang berada di peringkat akhir untuk penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang memberi mandat secara perundangan kepada kerajaan untuk mengawal selia pelaksanaan perdagangan karbon di peringkat antarabangsa di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris yang melibatkan perdagangan atau pemindahan kredit karbon yang digelar Internationally Transferred Mitigation Outcomes (ITMOs) ke luar negara.\n\n• Oleh yang demikian, pelaksanaan perdagangan karbon di bawah RUUPIN ini akan secara langsung menyumbang kepada sasaran NDC negara melalui tadbir urus yang efektif dalam memastikan obligasi negara di bawah Perjanjian Paris dapat dicapai. \n\n• Bagi mendapatkan sokongan dan komitmen semua pemegang taruh agar elemen perdagangan karbon di bawah RUUPIN ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh, NRES telah mengadakan sekurang-kurangnya 13 sesi libat urus sepanjang Julai 2024 hingga Julai 2025 bersama Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama, bagi mendapatkan maklum balas awam berhubung penggubalan RUUPIN, kertas konsultasi awam RUUPIN juga telah dimuat naik di laman sesawang NRES untuk tempoh 1 bulan setengah diantara bulan Oktober hingga Disember 2024 bagi memudahkan orang awam merujuk dan memberi input terhadap cadangan awal RUUPIN tersebut.\n\n• NRES juga turut mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan maklum balas berhubung pelaksanaan pasaran karbon dan RUUPIN bagi memastikan proses penggubalan RUUPIN ini inklusif dan menyeluruh.\n\n• Kementerian ini turut mengambil maklum mengenai pengurusan hutan adalah di bawah bidang kuasa negeri. Oleh yang demikian, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri akan diperkasakan kepada Majlis Perubahan Iklim Negara (MPIN) di bawah RUUPIN. Sehubungan dengan itu, MPIN akan menjadi platform tertinggi bagi mendapatkan pandangan dan input bagi perkara berhubung perubahan iklim termasuk perdagangan karbon hutan. Sebelum ini isu berkaitan hutan pernah dibincangkan semasa pembentangan cadangan RUUPIN ketika Mesyuarat ke-6 MTPIN Bil. 1/2025 pada 21 April 2025. Selain itu, Mesyuarat ke-6 MTPIN turut membincangkan mengenai Cadangan Pelaksanaan Aturan Kebangsaan Bagi Pelaksanaan Mekanisme Pasaran Karbon di Bawah Artikel 6, Perjanjian Paris. \n\n• Selain itu, melalui agensi khusus yang dikenali sebagai Malaysia Forest Fund (MFF), Kementerian pada masa ini sedang memuktamadkan satu Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan yang dikenali sebagai Forest Carbon Offset (FCO) yang dijangka akan mula dioperasikan sepenuhnya pada awal 2026. FCO adalah satu piawaian bagi pembangunan projek karbon sektor perhutanan yang dibangunkan setara dengan mana-mana piawaian karbon antarabangsa sedia ada seperti Verra, Gold Standard dan sebagainya. FCO bakal menjadi pemacu pembangunan lebih banyak projek karbon hutan di negara ini memandangkan ianya lebih murah serta praktikal berbanding dengan pemakaian piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mengambil kira spesifikasi khusus tadbir urus dan keperluan perhutanan di Malaysia.\n\n• Dalam hal ini, Kementerian ini telah turut mengadakan beberapa siri sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan FCO ini adalah sejajar dengan hasrat negara di samping mengambil kira hak dan kepentingan pihak negeri dalam menguruskan sumber asli seperti hutan.\n\n• Usaha-usaha yang digariskan ini merupakan inisiatif berterusan dan mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan sokongan serta penyelarasan bagi aktiviti penjanaan kredit karbon serta kerangka pasaran karbon adalah selaras di peringkat persekutuan dan negeri. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2892,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2892",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-25",
        "year": 2025,
        "no": "62",
        "member": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan kekangan Kerajaan untuk mempercepat pembinaan laluan lintasan hidupan liar (wildlife crossing) seperti di Kanada yang terbukti dapat mengurangkan 80 peratus insiden yang melibatkan haiwa...",
        "question": "Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kekangan Kerajaan untuk mempercepat pembinaan laluan lintasan hidupan liar (wildlife crossing) seperti di Kanada yang terbukti dapat mengurangkan 80 peratus insiden yang melibatkan haiwan liar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius mengenai isu insiden jalan raya yang melibatkan hidupan liar. Dalam pelaksanaan lintasan hidupan liar, perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:\n\n• kos pembinaan lintasan hidupan liar yang tinggi. Contohnya, pada tahun 2014, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM82.3 juta bagi pembinaan 3 lintasan hidupan liar di Koridor Ekologi Sungai Yu, Pahang;\n\n• keperluan pembinaan lintasan hidupan liar di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) yang menghubungkan kawasan hutan utama yang penting bagi pergerakan hidupan liar sepertimana digariskan oleh Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS (PIRECFS). Terdapat 39 Rangkaian Ekologi yang telah dikenal pasti di dalam PIRECFS;\n\n• perubahan guna tanah di luar kawasan CFS yang tidak sesuai bagi cadangan lintasan hidupan liar dan boleh menyebabkan lintasan tidak berfungsi sebagai penyambung kawasan hutan dan akan meningkatkan konflik manusia dan hidupan liar; dan\n\n• keperluan kajian kesesuaian yang menyeluruh untuk setiap cadangan lintasan hidupan liar baharu terutamanya di kawasan yang berada di luar jajaran CFS.\n\n• Daripada aspek reka bentuk, lintasan hidupan liar di Malaysia dibina dengan meninggikan jalan utama bagi memberi laluan lintasan hidupan liar di bawah jalan utama (underpass). Dalam aspek ini, laluan lintasan hidupan liar adalah lebih lebar berbanding Canada Wildlife Crossing yang merupakan laluan lintasan hidupan liar di atas jalan utama (overpass).\n\n• Sehingga kini, Kerajaan Persekutuan telah membina lintasan hidupan liar di 3 koridor ekologi di Semenanjung Malaysia iaitu Koridor Ekologi Sungai Deka, Terengganu pada tahun 2009, Koridor Ekologi Sungai Yu, Pahang pada tahun 2014 dan Koridor Ekologi Gerik, Perak pada tahun 2015. Terdapat 1 lintasan hidupan liar di Koridor Ekologi Kluang-Mersing, Johor sedang dalam pembinaan menggunakan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2890,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2890",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-28",
        "year": 2025,
        "no": "66",
        "member": "Senator Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • potensi penerokaan air bawah tanah untuk kegunaan awam dan industri; dan • sejauh manakah kejayaan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam aktiviti penerokaan dan pemetaan ...",
        "question": "Senator Dato' Hajah Ros Suryati binti Alang minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n\n• potensi penerokaan air bawah tanah untuk kegunaan awam dan industri; dan\n\n• sejauh manakah kejayaan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam aktiviti penerokaan dan pemetaan air bawah tanah di Malaysia khususnya di Bagan Datuk, Perak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) menunjukkan Malaysia mempunyai simpanan air bawah tanah sebanyak 5,000 billion meter padu dan berpotensi dimajukan secara konjungktif bersama sumber air sedia ada untuk pelbagai kegunaan termasuk domestik, pertanian dan industri. Walau bagaimanapun, siasatan terperinci tapak perlu dijalankan di setiap lokasi penerokaan air bawah tanah yang dicadangkan bagi memastikan penggunaan yang lestari dan mengikut prinsip pembangunan mampan.\n\nSoalan (b)\n\n• Kementerian melalui (JMG) telah melaksanakan Projek Pemetaan Hidrogeologi dan Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah Di Negeri Perak yang memfokuskan kawasan bermasalah bekalan air di Daerah Bagan Datuk, Perak. Projek ini telah dijalankan dari tahun 2018 hingga 2022 dengan kos perbelanjaan RM6.45 juta. Melalui projek ini, sebanyak 28 buah telaga ujian telah dibina manakala tujuh (7) buah Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) telah disediakan sebagai sumber air domestik untuk kegunaan penduduk setempat di sekitar Teluk Baru, Selekoh, Rungkup dan Pekan Bagan Datuk.\n\n• Sumber air bawah tanah dari dua (2) buah telaga ujian yang dibina dalam kawasan Loji Rawatan Air (LRA) Bagan Datuk digunakan oleh Lembaga Air Perak (LAP) menjadi sumber bekalan air kepada penduduk sekitar Bagan Datuk. LRA Bagan Datuk direka khas untuk merawat air bawah tanah dan merupakan LRA yang pertama menggunakan air bawah tanah di Negeri Perak. Kajian JMG menunjukkan dua (2) buah telaga di Loji Rawatan Air Bagan Datuk berkemampuan membekal sebanyak 3.65 juta liter sehari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2909,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2909",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-09",
        "year": 2025,
        "no": "68",
        "member": "Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia dalam mengeluarkan Mineral Kritikal seperti Unsur Nadir Bumi (REE), termasuk dari aspek pemprosesan dan pengeksportan bahan ters...",
        "question": "Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia dalam mengeluarkan Mineral Kritikal seperti Unsur Nadir Bumi (REE), termasuk dari aspek pemprosesan dan pengeksportan bahan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengenal pasti unsur nadir bumi (REE) sebagai salah satu mineral strategik negara, khususnya dalam penghasilan teknologi bersih seperti kenderaan elektrik, turbin angin, bateri berkapasiti tinggi, dan peralatan elektronik. Sehubungan itu, Kerajaan menetapkan hala tuju untuk membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri mineral ini bermula daripada aktiviti perlombongan, pemprosesan, penghasilan produk bernilai tambah, hinggalah kepada kitar atau guna semula.\n\n• Dalam aspek pengeluaran dan kawal selia, Kerajaan telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE yang telah diluluskan di peringkat Jemaah Menteri dan Majlis Mineral Negara. SOP ini telah diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri pada Disember 2023. Ia merangkumi aspek kawal selia aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan, dan pasca-perlombongan, termasuk keperluan kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta kawalan pemulihan kawasan lombong. Pelaksanaan projek perintis perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak telah membuktikan bahawa SOP ini mampu mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti perlombongan sekiranya dipatuhi dengan baik.\n\n• Dari segi pemprosesan REE, Malaysia pada ketika ini masih berdepan cabaran kerana ketiadaan loji pengasingan REE yang boleh memproses sumber tempatan untuk menghasilkan produk yang lebih bernilai tinggi. Namun, Kerajaan telah mengambil pendekatan strategik dengan menguatkuasakan moratorium pengeksportan mentah REE supaya sumber REE negara tidak terus dieksploitasi tanpa nilai tambah. Langkah ini memaksa usaha yang giat dibuat sama ada untuk membawa masuk teknologi pemprosesan dari luar, atau membangunkan sendiri teknologi tempatan.\n\n• Lawatan Presiden China pada April 2025 telah membuka ruang kerjasama teknologi pemisahan dengan syarat melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Walaupun perkara ini masih di peringkat awal, namun ia dilihat sebagai peluang untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengeksportan mentah serta meningkatkan reputasi Malaysia sebagai hab pemprosesan REE serantau. Dalam masa yang sama, kewujudan loji pemprosesan Lynas di Kuantan akan dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan industri pertengahan dan hiliran REE negara.\n\n• Selain itu, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan National Advanced Materials Technology Roadmap(NAMTR) 2021–2030 dan penubuhan Konsortium Bahan Termaju Negara (NAMC) bagi menyokong perkongsian pengetahuan, pembangunan teknologi dan kepakaran, serta penglibatan pemain industri tempatan dalam rantaian industri REE.\n\n• Secara keseluruhannya, strategi Kerajaan adalah jelas iaitu tidak hanya menjadi pengeksport bahan mentah REE, sebaliknya membangunkan kapasiti pemprosesan, menggalakkan penghasilan produk bernilai tambah dan memperkukuh penguasaan teknologi tempatan, di samping memastikan pematuhan kepada prinsip kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat. Pendekatan bersepadu ini diyakini akan menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara utama dalam industri REE serantau dan global.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2900,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2900",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-03",
        "year": 2025,
        "no": "69",
        "member": "Senator Puan Tiew Way Keng",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan pemuliharaan untuk ekosistem penting seperti hutan simpan di Malaysia khususnya di Selangor.",
        "question": "Senator Puan Tiew Way Keng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan pemuliharaan untuk ekosistem penting seperti hutan simpan di Malaysia khususnya di Selangor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan litupan hutan dan pokok-pokok. Sehingga kini, kawasan litupan hutan Malaysia adalah berjumlah 17.96 juta hektar atau bersamaan dengan 54.31 peratus daripada keluasan tanah negara.\n\n• Bagi menyokong hasrat tersebut, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keluasan negeri tersebut sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagaimana yang disasarkan dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.\n\n• Sehingga kini, keluasan HSK di Negeri Selangor adalah 31.5 peratus atau 250 ribu hektar dari keluasan tanah negeri. Daripada jumlah tersebut, seluas 72 ribu hektar dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, manakala baki seluas 178 ribu hektar dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan yang merangkumi Hutan Perlindungan Tanah, Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Hidupan Liar, Hutan Simpanan Hutan Dara, Hutan Lipur, Hutan Pelajaran, Hutan Penyelidikan, Hutan bagi Maksud Persekutuan dan Hutan Taman Negeri.\n\n• Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kementerian melalui JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam memelihara dan memulihara HSK di negeri Selangor antaranya termasuklah:\n\n• Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan dasar moratorium pembalakan komersial dalam HSK sejak tahun 2010. Hal ini bermakna tiada kelulusan pengusahasilan kayu balak baharu dikeluarkan, menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memelihara dan melindungi kawasan HSK sedia ada;\n\n• menyediakan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM47 juta sejak tahun 2019 bagi melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada, menambah kawasan perlindungan yang baharu dan melaksanakan projek-projek yang berimpak tinggi untuk tujuan konservasi;\n\n• melaksanakan projek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM) di landskap dan hutan paya gambut berkeluasan 157,524 hektar di Selangor. Projek ini bertujuan memperkukuh polisi kebangsaan dan kapasiti institusi dalam melaksanakan pelan dan strategi berkaitan pengurusan tanah gambut;\n\n• melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram sepertimana dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-79 pada tahun 2021; dan\n\n• menjalankan pemantauan menggunakan imej satelit terkini secara berterusan bagi keseluruhan 595 HSK di Semenanjung Malaysia secara melalui Pusat Pemantauan Sumber Hutan di JPSM. Maklumat-maklumat perisikan akan disalurkan kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk pengesahan dan semakan di lapangan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2894,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2894",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-26",
        "year": 2025,
        "no": "73",
        "member": "Senator Datuk Rosni binti Sohar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam membangunkan sistem MRV (Monitoring, Reporting, Verification) Kebangsaan yang menyeluruh untuk menyokong pelaksanaan cukai karbon seperti yang diu...",
        "question": "Senator Datuk Rosni binti Sohar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam membangunkan sistem MRV (Monitoring, Reporting, Verification) Kebangsaan yang menyeluruh untuk menyokong pelaksanaan cukai karbon seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, dan bagaimana Kementerian akan memastikan ketelusan serta integriti data pelepasan karbon yang dilaporkan oleh pihak industri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pemantauan, Pelaporan dan Pengesahan (Monitoring, Reporting and Verification - MRV) merupakan satu proses yang penting dalam pelaksanaan mekanisme harga karbon sama ada cukai karbon seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui Ucapan Belanjawan 2025 atau Skim Perdagangan Pelepasan Karbon (Emission Trading Scheme - ETS) seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).\n\n• Pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas - GHG) hanya boleh ditentusahkan melalui pengiraan inventori pelepasan GHG yang melibatkan pihak industri untuk melaporkan hasil pemantauan pelepasan GHG yang dihasilkan mengikut piawaian dan metodologi yang khusus. Dalam hal ini, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang kini dalam peringkat akhir penggubalan oleh Kementerian ini memperuntukkan supaya laporan yang dihasilkan pihak industri tersebut tersebut perlu disahkan oleh badan pengesah sebelum ianya diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan sama ada fasiliti tersebut akan dikenakan cukai karbon. \n\n• Oleh yang demikian, bagi memastikan ketelusan serta integriti data pelepasan karbon yang dilaporkan oleh pihak industri, proses pengesahan dan verifikasi data akan dilaksanakan oleh juruaudit luar (external auditors). Dalam hal ini, RUUPIN turut memperuntukkan agar juruaudit luar ini mendapatkan akreditasi dengan Pihak Berkuasa yang dinyatakan di dalam RUUPIN. \n\n• RUUPIN ini juga memperuntukkan mengenai penubuhan satu platform maklumat yang akan menempatkan segala maklumat dan data yang diperolehi agar ianya dapat diuruskan secara telus dan berintegriti. Sehubungan dengan itu, kerangka perundangan yang komprehensif amat kritikal bagi memastikan pelaksanaan efektif sistem MRV serta platform maklumat ini yang akan menempatkan data pelepasan karbon yang dilaporkan oleh pihak industri ini. Bagi memastikan objektif ini dapat dicapai, penguatkuasaan peruntukan-peruntukan di bawah RUUPIN disamping pembangunan perundangan subsidiari berkaitan data dan MRV akan turut dibangunkan bagi menyokong pelaksanaan RUUPIN kelak. \n\n• Dari segi pelaksanaan dan pelan tindakan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah pun memulakan proses pembangunan garis panduan MRV ini dimana libat urus awal bersama Kementerian utama yang berkaitan seperti Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah dilaksanakan bagi mendapatkan input berkenaan pembangunan garis panduan, data, pelaporan dan pelaksanaan sistem MRV ini kelak. \n\n• Selain itu, sesi libat urus dengan pihak industri akan turut dilaksanakan bagi mendapatkan input dan sebagai proses menyediakan pihak industri yang akan terlibat dengan pelaksanaan sistem MRV ini. Dalam hal ini, libat urus secara berterusan akan terus dilaksanakan bersama pihak industri, khususnya daripada sektor besi dan keluli serta sektor tenaga sepanjang proses pembangunan serta pelaksanaan sistem MRV ini.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2901,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2901",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-09-03",
        "year": 2025,
        "no": "74",
        "member": "Senator Tuan Robert Lau Hui Yew",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam usaha mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh sisa plastik terhadap alam sekitar.",
        "question": "Senator Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam usaha mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh sisa plastik terhadap alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius kesan negatif sisa plastik terhadap alam sekitar. Sebagai langkah jangka masa panjang dalam memperkukuh kelestarian ekosistem plastik di Malaysia, Kerajaan telah melancarkan strategi dan pelan tindakan di bawah Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR). Salah satu inisiatif melalui MPSR adalah untuk menetapkan piawaian reka bentuk eko atau eco-design secara mandatori bagi industri plastik.\n\n• Bagi tujuan ini, NRES bersama SIRIM sedang membangunkan dasar Reka Bentuk Eko Produk (product eco-design) bagi industri plastik. Pembangunan Reka Bentuk Eko Produk diharap dapat menyokong industri plastik ke arah peralihan ekonomi kitaran. Antara objektif product eco-design adalah untuk memastikan semua produk plastik yang dihasilkan menepati ciri-ciri produk yang boleh dikitar semula.\n\n• Selain itu, NRES terus komited melaksanakan inisiatif pelestarian plastik di bawah Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030. Kerajaan telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-76 pada 18 November 2020 telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara untuk mengenakan caj pencemaran kepada permintaan beg plastik sekali guna. Pengenaan caj ini berpandukan kepada prinsip user-pay-principle sebagai satu bentuk pencegahan dan usaha menghindari penggunaan beg plastik sekali guna yang kerap dibuang secara tidak terkawal. \n\n• Seperti mana diputuskan oleh MNKT, pelaksanaan kempen ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dan kaedah pelaksanaan adalah mengikut kesesuaian Negeri masing-masing. Namun begitu, peringkat pelaksanaan kempen masih berada dalam pelbagai fasa.\n\n• Terkini, pelaksanaan strategi menghindari plastik sekali guna telah diperkasakan dengan perintah larangan penggunaan plastik sekali guna di premis tetap oleh Kerajaan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Sabah. Selain itu, Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab mengenai Alam Sekitar (Mesyuarat MEXCOE) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 17 April 2025 juga telah bersetuju untuk melaksanakan perintah larangan beg plastik jinjit sekali guna diperluaskan di seluruh Negara menjelang 1 Januari 2026 tertakluk kepada penerimaan dan kaedah pelaksanaan untuk disesuaikan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.\n\n• Pelestarian plastik memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penglibatan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), industri, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat. NRES akan menjalinkan hubungan dan libat urus dengan semua pihak dalam melaksanakan inisiatif pelestarian plastik ini.\n\n• Di peringkat antarabangsa, NRES mengetuai perundingan Intergovernmental Negotiating Committee to Develop an International Legally Binding Instrument on Plastic Pollution, including in the Marine Environment (INC) bagi mewujudkan Perjanjian Plastik Global di bawah United Nations Environment Programme (UNEP). Proses rundingan INC secara dasarnya diadakan untuk membincangkan kawalan terhadap pencemaran plastik selari dengan Resolusi United Nations Environment Assembly (UNEA) 5/14 dalam menghentikan pencemaran plastik (to end plastic pollution) termasuk di persekitaran marin. NRES telah mengetuai sesi INC-1 hingga INC-5.2 dan akan terus komited dan menyokong perundingan ini bagi menjaga kepentingan Malaysia yang merangkumi aspek alam sekitar dan juga ekonomi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2888,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2888",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-25",
        "year": 2025,
        "no": "76",
        "member": "Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • jumlah kes pencerobohan tanah Kerajaan bagi aktiviti perlombongan mineral dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan; dan • apakah rancangan Kementerian dalam melahirkan i...",
        "question": "Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n\n• jumlah kes pencerobohan tanah Kerajaan bagi aktiviti perlombongan mineral dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan; dan \n\n• apakah rancangan Kementerian dalam melahirkan industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) dalam kalangan syarikat tempatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan (a)\n\n• Berdasarkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang diperoleh daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri, sebanyak 21 kes pencerobohan tanah Kerajaan bagi tujuan perlombongan mineral secara haram telah direkodkan bagi tempoh Januari 2022 hingga Mei 2025. Kes-kes ini melibatkan beberapa negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan, dengan mineral utama yang terlibat termasuk emas dan unsur nadir bumi (REE). Walaupun anggaran kerugian sebenar kepada Kerajaan tidak dapat ditentukan secara tepat kerana kegiatan tersebut dijalankan tanpa pemantauan rasmi, taksiran nilai rampasan bahan mineral, jentera dan peralatan dianggarkan sekitar RM2.89 juta.\n\nSoalan (b)\n\n• Bagi melahirkan industri perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam kalangan syarikat tempatan, Kerajaan telah merangka beberapa strategi pembangunan berfasa merangkumi jangka pendek (2025–2027), sederhana (2027–2030) dan panjang (selepas 2030). Antara langkah utama ialah:\n\n• Pembangunan dasar dan hala tuju nasional – melalui Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) yang menekankan pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri mineral termasuk REE secara mampan;\n\n• Moratorium eksport mentah REE – dilaksanakan bagi mengelakkan sumber negara terus dieksploitasi tanpa nilai tambah. Langkah ini juga bertujuan menarik pelaburan dalam pembinaan loji pemprosesan tempatan, kilang pembuatan logam/aloi REE, dan super magnet; \n\n• Pemerkasaan kapasiti tempatan – melalui Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara (NAMTR) 2021–2030 serta penubuhan Konsortium Bahan Termaju Negara (NAMC) sebagai pusat sehenti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan, bagi memastikan syarikat tempatan dapat terlibat secara lebih meluas dalam ekosistem industri REE; dan\n\n• Penubuhan Special Task Force Pembangunan Industri REE – melibatkan penyelarasan antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), MITI, MOSTI, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, untuk menyelaras pelaburan, teknologi serta pemindahan kepakaran dalam industri ini.\n\n• Dengan pendekatan ini, Kementerian yakin bahawa industri REE di Malaysia bukan sahaja akan berupaya meningkatkan nilai tambah ekonomi negara, tetapi juga melahirkan syarikat tempatan yang berdaya saing serta menguasai teknologi strategik dalam jangka masa panjang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2913,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2913",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-06",
        "year": 2025,
        "no": "1",
        "member": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah",
        "area": "Paya Besar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan : • sejauh mana ketersediaan serta perkembangan ekosistem pasaran dagang karbon negara; dan • berapakah jumlah senarai memorandum persefahaman (MoU) bilateral yang telah Kerajaan termete...",
        "question": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• sejauh mana ketersediaan serta perkembangan ekosistem pasaran dagang karbon negara; dan\n\n• berapakah jumlah senarai memorandum persefahaman (MoU) bilateral yang telah Kerajaan termeterai dalam pasaran kredit karbon negara berdasarkan\n\n• Nationally Determined Contribution (NDC) menurut Artikel 6.2 Perjanjian Paris.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n• Di bawah pasaran pematuhan, Perjanjian Paris di bawah United Nation Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) telah menubuhkan dua mekanisme pasaran karbon iaitu mekanisme Artikel 6 perenggan 2 iaitu mekanisme pendekatan kerjasama dua hala dan juga mekanisme Artikel 6 perenggan 4 iaitu mekanisme perdagangan yang dikelola oleh pihak UNFCCC yang dikenali sebagai Paris Agreement Crediting Mechanism (PACM).\n\n• Pelaksanaan kedua-dua mekanisme ini membolehkan projek karbon di Malaysia yang akan menyumbang kepada pengurangan atau penyingkiran gas rumah kaca (GHG) di Malaysia. Dalam masa yang sama, pelaksanaan projek karbon tersebut akan turut menyumbang kepada pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran teknikal dan mewujudkan peluang pekerjaan hijau di Malaysia. \n\n• Pada masa ini, Kementerian sedang memuktamadkan pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang menetapkan asas bagi pelaksanaan Artikel 6.2 dan Artikel 6.4, dan dalam masa yang sama turut menyokong pertumbuhan pasaran karbon sukarela (VCM) di Malaysia.\n\n• Buat masa ini, pelaksanaan pasaran karbon sukarela di bawah Bursa Carbon Exchange (BCX) telah dilancarkan dan terbuka untuk perdagangan kredit karbon secara sukarela sejak 25 September 2023. Kerajaan menjangkakan mekanisme pasaran karbon pematuhan di bawah Artikel 6.2 dan Artikel 6.4 di bawah Perjanjian Paris untuk beroperasi seawal tahun 2026 dengan pelaksanaan DPKK. Buat masa ini, Kerajaan juga sedang mempertimbangkan permohonan projek di bawah Clean Development Mechanism (CDM) [DENGAN IZIN] untuk beralih ke mekanisme pasaran karbon pematuhan di bawah Artikel 6.4.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menandatangani dua (2) Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dua hala di bawah Artikel 6 perenggan 2 Perjanjian Paris, iaitu dengan Republik Korea (Korea Selatan) pada 25 November 2024 dan dengan Singapura pada 7 Januari 2025. Kedua-dua MoU ini membolehkan Republik Korea dan Singapura untuk membuat pelaburan bagi pelaksanaan projek karbon di Malaysia. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2930,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2930",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-04",
        "year": 2025,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan pencapaian sasaran nilai penjanaan Pelaburan Hijau dan bilangan peluang Pekerjaan Hijau bagi tahun 2024 seperti yang dinyatakan di dalam Dokumen Pelan Strategik NRES 2024-2030 dan cabara...",
        "question": "Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pencapaian sasaran nilai penjanaan Pelaburan Hijau dan bilangan peluang Pekerjaan Hijau bagi tahun 2024 seperti yang dinyatakan di dalam Dokumen Pelan Strategik NRES 2024-2030 dan cabaran utama yang dihadapi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejajar dengan sasaran yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik NRES 2024–2030, Kementerian melalui agensi berkaitan seperti Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penganjuran International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM), pelaksanaan Green Technology Financing Scheme (GTFS) dan Green Investment Tax Allowance (GITA) serta pengukuhan pelaksanaan Government Green Procurement (GGP).\n\n• Bagi tahun 2024, nilai penjanaan Pelaburan Hijau adalah sebanyak RM7.883 bilion, meliputi sumbangan daripada inisiatif Green Investment Tax Allowance (GITA), Green Technology Financing Scheme (GTFS) 4.0 serta IGEM. Sumbangan ini termasuk komitmen pelaburan yang diraih menerusi siri IGEM sejak 2020 yang telah berjaya menjana lebih RM10 bilion potensi pelaburan hijau setakat ini.\n\n• Dari segi peluang pekerjaan, inisiatif ini telah menyumbang kepada penciptaan lebih daripada 2,000 peluang Pekerjaan Hijau pada tahun 2024. Pekerjaan ini merangkumi sektor kejuruteraan tenaga boleh baharu, audit tenaga, sustainable finance, pengurusan sisa, pakar life cycle assessment (LCA) serta bidang environmental, social and governance (ESG) yang semakin mendapat permintaan tinggi.\n\n• Walau bagaimanapun, Kementerian berdepan dengan beberapa cabaran utama dalam memastikan pencapaian sasaran, antaranya:\n\n• Akses pembiayaan hijau – masih terdapat kekangan bagi syarikat kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapatkan dana pada kadar kos yang berdaya saing;\n\n• Kapasiti tenaga kerja mahir – keperluan pakar teknikal dalam bidang teknologi hijau, LCA dan ESG masih belum mencukupi berbanding permintaan;\n\n• Kesedaran industri dan masyarakat – tahap kefahaman mengenai kepentingan pelaburan hijau dan manfaat jangka panjang pekerjaan hijau perlu terus dipertingkatkan; dan\n\n• Cabaran global – ketidaktentuan ekonomi dunia, kadar faedah, serta aliran perdagangan antarabangsa memberi kesan kepada aliran pelaburan.\n\n• Justeru, Kementerian akan terus memperkukuhkan kerangka dasar dan kawal selia, meningkatkan kapasiti tenaga kerja hijau melalui latihan serta bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk sektor swasta dan komuniti antarabangsa bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Strategik NRES 2024–2030 dapat dicapai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2940,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2940",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-19",
        "year": 2025,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan : • apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi membangun dan memajukan Industri Nadir Bumi (REE) negara; dan • apakah perancangan dan pendekatan Kerajaan bagi mengatasi cabaran-cabaran be...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi membangun dan memajukan Industri Nadir Bumi (REE) negara; dan\n\n• apakah perancangan dan pendekatan Kerajaan bagi mengatasi cabaran-cabaran berkenaan supaya negara dapat 'unlock' potensi nilai RM747 bilion (anggaran) Nadir Bumi yang tersimpan dalam bumi Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Walaupun Malaysia mempunyai sumber REE yang signifikan, pembangunan industri ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan beberapa cabaran utama. Pertama, negara masih belum mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial bagi melaksanakan aktiviti perlombongan REE. Situasi ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada teknologi luar untuk menjalankan aktiviti perlombongan.\n\n• Kedua, Malaysia juga masih belum mempunyai loji pemprosesan yang mampu memisahkan unsur REE bernilai tinggi secara komersial. Pada masa ini, rantaian nilai global untuk pemprosesan dan pemisahan REE didominasi oleh China, termasuk kawalan terhadap eksport teknologinya. Kekangan ini menyukarkan Malaysia membangunkan keseluruhan rantaian nilai daripada perlombongan, pemprosesan, hingga penghasilan produk bernilai tambah.\n\n• Ketiga, negara berdepan kekurangan data yang komprehensif berhubung lokasi, kuantiti, gred dan status guna tanah sumber REE. Anggaran awal sumber REE oleh JMG masih pada peringkat sumber teragak (inferred resource), dan memerlukan kajian terperinci lanjutan bagi menentukan jumlah sebenar yang boleh dilombong secara ekonomik dan lestari.\n\n• Akhir sekali, dasar Kerajaan yang tidak membenarkan perlombongan dalam kawasan sensitif seperti Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), kawasan tadahan air dan rizab perlindungan turut mengehadkan pilihan lokasi yang sesuai bagi pembangunan industri ini. Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan alam sekitar, namun pada masa yang sama memerlukan pendekatan berhati-hati untuk menyeimbangkan pembangunan industri dan pemeliharaan sumber semula jadi.\n\nSoalan (b)\n\n• Kerajaan telah bersetuju supaya strategi pembangunan industri nadir bumi dilaksanakan secara berfasa meliputi jangka pendek (2025–2027), jangka sederhana (2027–2030) dan jangka panjang (selepas 2030). Pada fasa jangka pendek, dasar moratorium pengeksportan mentah REE dikekalkan bagi menggalakkan pelaburan dalam loji penulenan, pemisahan serta penghasilan produk bernilai tambah dalam negara. \n\n• Seterusnya, pada fasa jangka sederhana, Kerajaan menyasarkan pembinaan dan operasi loji pemprosesan tempatan serta menarik pelaburan dalam sektor hiliran bernilai tinggi seperti logam, aloi, super magnet dan komponen kenderaan elektrik. Perancangan ini melibatkan rundingan dengan pelbagai pihak di peringkat kerajaan dan perniagaan serta kerjasama antara pihak industri bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pemindahan teknologi. Matlamat jangka panjang Kerajaan adalah untuk membangunkan rantaian nilai penuh daripada lombong hingga ke kitar semula, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab serantau industri ini. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2944,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2944",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-25",
        "year": 2025,
        "no": "2",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan status pampasan wajar yang akan diberikan kepada pemilik kebun dan penternak di kawasan Parlimen Gerik yang tanaman dan ternakan mereka dimusnahkan oleh hidupan liar seperti gajah dan ha...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status pampasan wajar yang akan diberikan kepada pemilik kebun dan penternak di kawasan Parlimen Gerik yang tanaman dan ternakan mereka dimusnahkan oleh hidupan liar seperti gajah dan harimau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap isu pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerugian kemusnahan dan kerosakan tanaman atau ternakan yang disebabkan oleh hidupan liar termasuk di Parlimen Gerik. \n\n• Justeru, Kerajaan melalui NRES telah memperkenalkan Inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) bermula pada Mac 2024. Skop BKHT adalah bantuan berbentuk kewangan yang diberi secara one-off kepada kumpulan sasar. Pampasan ini diberikan kepada pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerosakan atau kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.\n\n• Bagi kawasan Parlimen Gerik, sebanyak 36 permohonan lengkap telah diterima dan sebanyak 34 permohonan telah diluluskan pada tahun 2024 dengan jumlah bantuan sebanyak RM155,075.19. Bagi tahun 2025 sehingga bulan September, sebanyak 37 permohonan lengkap telah diterima dan diluluskan dengan jumlah bantuan sebanyak RM186,508.52.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2921,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2921",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-15",
        "year": 2025,
        "no": "7",
        "member": "Tuan Chiew Choon Man",
        "area": "Miri",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apa jenis kaedah dan kerja-kerja fizikal yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan cerun di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahid.",
        "question": "Tuan Chiew Choon Man [ Miri ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apa jenis kaedah dan kerja-kerja fizikal yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan cerun di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahid.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Susulan kejadian bencana geologi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahid yang terletak di Bukit Kanada, Miri pada 28hb Januari dan 29hb Januari 2025, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menjalankan kajian secara terperinci iaitu penawanan data dengan menggunakan teknologi LiDAR (Light Detection and Ranging) yang dijadualkan siap pada penghujung Oktober ini.\n\n• Secara umumnya, tujuan JMG menjalankan kajian ini adalah untuk:\n\n• Mengenalpasti sebarang longgokan debris @ puing di sepanjang cerun yang boleh mengakibatkan runtuhan susulan;\n\n• Menilai tahap ancaman bencana geologi tanah runtuh setiap penempatan di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Hajij Wahed.\n\n• Menilai tahap risiko setiap cerun melalui pemetaan geologi terain, di mana Peta Kesesuaian Pembangunan (Development Suitability Map) akan dibangunkan bagi membantu perancangan pembangunan dan langkah mitigasi.\n\n• Hasil kajian ini akan dikongsikan dengan agensi teknikal yang lain bagi tujuan penyelesaian dan mitigasi yang sesuai. Sesi perkongsian dapatan bersama komuniti, agensi berkepentingan dalam pengurusan bencana juga akan dijalankan sejurus kajian ini disiapkan. \n\n• Bagi memantau cerun yang berisiko berlaku pergerakan tanah, satu (1) sistem amaran awal (EWS) telah dipasang di cerun Kampung Lereng Bukit. Ia juga bertujuan untuk memberi amaran awal kepada komuniti setempat khususnya Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahed sekiranya berlaku pergerakan tanah terutama semasa hujan lebat yang berterusan.\n\n• Ini adalah sebahagian pelan jangka panjang untuk setiap bencana geologi tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa dan juga untuk pihak berwajib mengenalpasti langkah-langkah kawalan seterusnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2925,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2925",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-23",
        "year": 2025,
        "no": "7",
        "member": "Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman",
        "area": "Muar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan persediaan bagi menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya : • apakah langkah pemberitahuan awal kepada masyarakat untuk bersedia; dan • tinda...",
        "question": "Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan persediaan bagi menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya :\n\n• apakah langkah pemberitahuan awal kepada masyarakat untuk bersedia; dan\n\n• tindakan pencegahan bagi mengawal kejadian itu bertambah buruk.",
        "answer": "Tuan Yang Di-Pertua,\n\n• Walaupun Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, negara kita tetap terdedah kepada gegaran akibat gempa bumi besar yang berlaku di Indonesia dan Filipina serta kejadian gempa bumi tempatan berskala kecil, khususnya di Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.\n\n• Gempa bumi tidak boleh diramalkan, manakala kejadian tsunami boleh diramalkan selepas berlaku gempa bumi di dasar laut. Sehingga kini, tidak ada teknologi yang mampu untuk meramalkan kejadian gempa bumi sebelum ianya berlaku. \n\n• Namun demikian, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), komited dalam memperkukuh pemantauan gempa bumi serta pengeluaran amaran awal tsunami melalui Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM). Sistem ini beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dikendalikan oleh Pusat Operasi Gempa Bumi dan Tsunami Nasional. \n\n• Maklumat gempa dan amaran awal tsunami dikeluarkan dalam tempoh 8 minit selepas pengesanan, disalurkan kepada agensi berkaitan dan orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi. MET Malaysia juga sedang menaik taraf sistem bagi mempercepat pengeluaran maklumat kepada 6 minit menjelang 2026.\n\n• Kini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara, disokong oleh 323 stesen antarabangsa dengan data masa nyata. MET Malaysia turut bekerjasama rapat dengan Pacific Tsunami Warning Centre (PTWC), South China Sea Tsunami Advisory Center (SCSTAC) dan Indian Ocean Tsunami Warning & Mitigation System (IOTWMS) bagi memastikan amaran lebih awal, tepat dan diyakini.\n\n• Antara usaha berterusan yang dijalankan oleh Kementerian melalui MET Malaysia dan Jabatan MIneral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi mengurangkan risiko bencana termasuk gempa bumi adalah seperti berikut:\n\n• Menjalankan program kesedaran awam dan latihan simulasi gempa serta tsunami bersama komuniti setempat dan agensi responder/ penyelamat;\n\n• Mengemaskini data, rekod dan peta bahaya seismik negara secara berkala;\n\n• Memperluas kajian pemetaan sesar aktif dan penilaian risiko bencana di zon berisiko; \n\n• Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal kepada agensi tindak balas bencana.\n\n• Selain itu, pemakaian Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance- Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings yang diterbitkan Jabatan Standard Malaysia oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan juga penting bagi memastikan reka bentuk tahan gempa dan mitigasi kejuruteraan yang bersesuaian diambil kira dalam pembangunan di kawasan berisiko. \n\n• Usaha bersepadu ini memastikan kesiapsiagaan negara terhadap ancaman gempa bumi dan tsunami sentiasa dipertingkat bagi melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2918,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2918",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-09",
        "year": 2025,
        "no": "8",
        "member": "Puan Young Syefura binti Othman",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan terdapat 156 kilang pemprosesan sisa elektronik di seluruh negara untuk memproses bahan sisa elektronik dari dalam negara. Apakah Kementerian turut berhasrat untuk memperluas kilang pemp...",
        "question": "Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan terdapat 156 kilang pemprosesan sisa elektronik di seluruh negara untuk memproses bahan sisa elektronik dari dalam negara. Apakah Kementerian turut berhasrat untuk memperluas kilang pemprosesan berlesen bagi sisa elektronik dari luar negara dalam menangani aktiviti penyeludupan yang merugikan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• E-waste atau sisa elektrik dan elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).\n\n• E-waste mengandungi bahan toksik seperti plumbum, merkuri dan kadmium yang boleh mencemarkan tanah, air dan udara serta memberi kesan serius kepada kesihatan manusia jika tidak diurus dengan baik. Oleh itu, e-waste perlu diproses melalui kaedah rawatan yang sesuai dan baki sisa perlu dilupuskan di tapak pelupusan selamat bagi memastikan keselamatan alam sekitar dan kesihatan awam terpelihara.\n\n• Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun 2025 terdapat dua puluh satu (21) premis yang dilesenkan bagi menjalankan aktiviti Full Recovery E-Waste manakala sebanyak seratus tujuh (107) premis yang dilesenkan bagi menjalankan aktiviti Partial Recovery E-Waste di seluruh negara. Kesemua 128 premis yang dilesenkan ini hanya memproses sisa e-waste yang dihasilkan di dalam Negara sahaja.\n\n• Pada ketika ini, kebanyakan negara di ASEAN melarang pengimportan e-waste secara tegas seperti Negara Thailand, Vietnam atau mempunyai pengecualian terhad seperti Indonesia. Dasar Malaysia tidak membenarkan kemasukan sisa elektrik dan elektronik untuk diproses di Malaysia adalah selari dengan Negara-Negara lain di ASEAN.\n\n• Kementerian tegas untuk tidak membenarkan Malaysia dijadikan tempat untuk mengurus dan melupuskan e-waste dari luar Negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2935,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2935",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-13",
        "year": 2025,
        "no": "10",
        "member": "Dato' Azman bin Nasrudin",
        "area": "Padang Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan kenapa progress piawaian operasi (SOP) untuk perlombongan REE dilihat agak perlahan berbanding dengan industri perlombongan lain.",
        "question": "Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kenapa progress piawaian operasi (SOP) untuk perlombongan REE dilihat agak perlahan berbanding dengan industri perlombongan lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ingin menjelaskan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) telah disediakan berpandukan kepada SOP Negeri Perak dan telah diluluskan oleh Majlis Mineral Negara (MMN) pada 8 Mei 2023. SOP ini kemudiannya diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023 untuk disesuaikan kepada keperluan perundangan negeri masing-masing. SOP ini merupakan dokumen panduan menyeluruh yang merangkumi aspek teknikal, pematuhan alam sekitar, pemulihan kawasan lombong serta kawal selia pengeksportan.\n\n• Walaupun semua jenis perlombongan tertakluk kepada keperluan undang-undang dan penilaian kesan alam sekitar, pelaksanaan SOP REE dilihat lebih perlahan kerana setiap negeri perlu menyesuaikan dokumen ini dengan perundangan berkaitan pembangunan mineral di negeri masing-masing khususnya Enakmen Mineral Negeri. Sehingga kini, hanya Negeri Perak yang telah melaksanakan projek perlombongan REE setelah memperoleh semua kelulusan di peringkat Persekutuan dan Negeri berdasarkan SOP yang telah dibangunkan.\n\n• Selain itu, sifat industri REE sendiri menuntut pendekatan lebih berhati-hati berbanding mineral lain. Teknik perlombongan in-situ leaching (ISL) yang digunakan masih baharu dan tidak pernah digunakan untuk perlombongan mineral-mineral lain di Malaysia, maka ia memerlukan penelitian yang lebih rapi. Teknik tersebut memerlukan penilaian impak alam sekitar (EIA) serta penilaian impak sosial (SIA) yang lebih terperinci sebelum aktiviti perlombongan boleh dijalankan.\n\n• Pada masa yang sama, sebahagian besar data anggaran sumber REE yang dimiliki pada masa ini masih berada pada peringkat sumber teragak (inferred resource), manakala banyak kawasan berpotensi terletak berhampiran Hutan Simpanan Kekal (HSK) atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Dalam hal ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang melaksanakan kajian impak perlombongan REE dalam ekosistem hutan yang akan menjadi asas saintifik kepada sebarang keputusan dasar berkaitan dengannya.\n\n• Meskipun terdapat tekanan supaya industri ini dibangunkan segera, Kerajaan mempunyai obligasi untuk memastikan bahawa pembangunan industri REE khususnya di peringkat perlombongan dibuat secara berhati-hati bagi mengelakkan berlaku insiden yang tidak diingini, terutamanya pencemaran alam sekitar yang sukar dipulihkan serta memerlukan perbelanjaan yang besar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2914,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2914",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-06",
        "year": 2025,
        "no": "12",
        "member": "Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan",
        "area": "Sri Gading",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana MetMalaysia dan (JMG) telah melakukan kajian saintifik untuk mengesan punca berlakunya gegaran berulang di Segamat dan Batu Pahat, serta adakah fenomena ini mempunyai kaitan ...",
        "question": "Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana MetMalaysia dan (JMG) telah melakukan kajian saintifik untuk mengesan punca berlakunya gegaran berulang di Segamat dan Batu Pahat, serta adakah fenomena ini mempunyai kaitan dengan pergerakan sesar aktif. Daerah lain mana yang berisiko di masa hadapan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua.\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n\n• Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama MET Malaysia, universiti tempatan dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan telah melaksanakan kajian bagi menghasilkan Peta Bahaya Seismik Malaysia yang telah diterbitkan pada tahun 2017. \n\n• Peta Bahaya Seismik digunapakai bagi tujuan reka bentuk struktur tahan gempa dalam mitigasi kejuruteraan dengan rujukan: Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance- Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings oleh Jabatan Standard Malaysia. Susulan kejadian gempa terkini di Segamat dan Batu Pahat, Kementerian akan memperkukuh inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan berikut:\n\n• pengemaskinian peta bahaya seismik Malaysia dengan mengambilkira maklumat-maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi terkini, kewujudan sesar aktif, bahan geologi dan maklumat siasatan tanah.\n\n• perluasan kajian pemetaan sesar aktif dan penilaian bencana geologi gempa bumi ke negeri Johor.\n\n• perluasan peta bahaya seismik dalam reka bentuk bangunan tahan gempa\n\n• Kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Segamat dan Batu Pahat adalah satu proses pelarasan semula tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar-sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi. Dipengaruhi oleh lanjutan zon Sesar Mersing, iaitu sistem sesar utama di Johor Timur. Justeru berdasarkan data-data sedia ada dan data terbaharu, Segamat khususnya dan Johor amnya masih berada dalam zon selamat.\n\nSeterusnya berhubung risiko Gempa di daerah-daerah lain, \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ancaman bencana geologi gempa bumi berlaku di zon-zon sesar yang wujud di seluruh Malaysia. Sehubungan itu, kajian dan pemantauan secara berterusan akan dibuat di sepanjang zon-zon sesar ini bagi meningkatkan pencegahan dan kesiapsiagaan komuniti terhadap risiko bencana gempa bumi ini.\n\n• Berdasarkan kajian pemetaan sesar aktif JMG dan Peta Seismotektonik Malaysia, antara zon-zon sesar yang telah dikenalpasti yang terdedah kepada ancaman gempa bumi adalah di Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2941,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2941",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-19",
        "year": 2025,
        "no": "14",
        "member": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy",
        "area": "Kalabakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jumlah sungai di Sabah yang tercemar setakat Ogos 2025, apakah punca sistemik pencemarannya, bagaimana mekanisme pemantauan kualiti air dilaksanakan dan apakah strategi holistik K...",
        "question": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapa jumlah sungai di Sabah yang tercemar setakat Ogos 2025, apakah punca sistemik pencemarannya, bagaimana mekanisme pemantauan kualiti air dilaksanakan dan apakah strategi holistik Kementerian memulihkan ekosistem sungai serta melindungi rakyat daripada penyakit bawaan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Di Negeri Sabah, terdapat sebanyak 118 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 68 sungai dan dua (2) stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah.\n\n• Berdasarkan program pengawasan kualiti air sungai oleh JAS, terdapat lima (5) sungai di Sabah yang dikategorikan sederhana tercemar iaitu dengan nilai Indeks Kualiti Air (IKA) di antara 60 hingga 80. Ia menunjukkan bahawa tiada sungai di Negeri Sabah yang dikategorikan sebagai tercemar. Status kualiti air sungai di Negeri Sabah bagi tempoh lima (5) tahun sejak 2020 sehingga Ogos 2025, secara keseluruhannya menunjukkan kualiti yang baik dengan IKA di dalam Kelas I hingga III.\n\n• Antara punca utama pencemaran sungai ialah peningkatan parameter Ammoniacal Nitrogen (AN) yang disebabkan oleh pelepasan kumbahan yang tidak dirawat sepenuhnya dan pelepasan sisa kumbahan daripada aktiviti penternakan. Manakala peningkatan parameter Biochemical Oxygen Demand (BOD) sering dikaitkan dengan punca tidak tetap seperti air larian permukaan dari kawasan perbandaran, pertanian dan tapak pembinaan, limpahan dari tapak pelupusan sampah, sisa domestik yang tidak dirawat, sisa restoran dan pasar serta lain-lain lagi. Efluen perindustrian juga menyumbang kepada peningkatan parameter-parameter ini. \n\n• Pelbagai usaha dan strategi secara holistik telah dilaksanakan oleh NRES melalui JAS bagi memelihara dan memulihara sungai merangkumi perkara-perkara seperti berikut:\n\n• Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan laporan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus; \n\n• Operasi penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat Persekutuan dan Negeri seperti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan agensi-agensi lain yang berkaitan;\n\n• Semua kesalahan melakukan dan menyebabkan pencemaran air di bawah Seksyen 25, AKAS 1974 akan dikenakan tindakan tegas dengan denda maksimum RM10 juta dan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun; dan\n\n• Memberi input pembangunan kepada PBT berkaitan dengan penempatan sesuatu aktiviti pembangunan, keperluan langkah-langkah kawalan pencemaran dan kawalan pencemaran.\n\n• NRES melalui JAS juga sedang giat melaksanakan program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam penjagaan alam sekitar. Ahli RAS berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ Kerajaan dalam melaporkan sebarang aktiviti pencemaran serta terlibat dalam program kesedaran dan gotong-royong.\n\n• Kebersamaan dan penyelarasan dengan semua pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu kemerosotan kualiti air sungai sentiasa dipertingkatkan termasuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengawal penyakit bawaan air bagi memastikan kualiti air sungai Negara akan terus terjamin demi kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2929,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2929",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-29",
        "year": 2025,
        "no": "15",
        "member": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari",
        "area": "Pasir Mas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan pindaan terkini 2021 memandangkan masih wujud kelemahan dalam aspek perlindungan rakyat, termasuk tafsiran 'kepent...",
        "question": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan pindaan terkini 2021 memandangkan masih wujud kelemahan dalam aspek perlindungan rakyat, termasuk tafsiran 'kepentingan awam' yang terlalu luas, kelewatan bayaran pampasan yang menjejaskan pemilik tanah serta ruang rayuan yang terbatas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nAkta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] telah berkuat kuasa mulai 13 Oktober 1960 bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan pengambilan tanah, penilaian terhadap pampasan pengambilan tanah dan menyokong pembangunan negara melalui penyediaan tapak untuk tujuan projek-projek awam. \n\nSelaras dengan keperluan semasa dan isu-isu tuntutan mahkamah, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengambil langkah untuk membuat penambahbaikan ke atas tatakelola dan prosedur pengambilan tanah. JKPTG juga dalam tindakan meneliti pindaan-pindaan ke atas Akta 486 yang melibatkan award pampasan, isu-isu pengeluaran hak milik sambungan dan pembaharuan prosedur bagi rujukan ke mahkamah. \n\nCadangan penambahbaikan ini juga akan memberi fokus kepada bayaran pampasan yang setimpal, pengambilan tanah yang memberi manfaat kepada rakyat serta ruang untuk tuntutan pampasan di mahkamah. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2934,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2934",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-10",
        "year": 2025,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib",
        "area": "Parit",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah strategik Kementerian mengatasi masalah musuh tanaman, khususnya serangan monyet dan khinzir hutan termasuk kawalan populasi, teknologi moden serta kerjasama pihak berkuasa tempa...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah strategik Kementerian mengatasi masalah musuh tanaman, khususnya serangan monyet dan khinzir hutan termasuk kawalan populasi, teknologi moden serta kerjasama pihak berkuasa tempatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah konflik hidupan liar khususnya kera dan babi hutan seperti berikut:\n\n• program penakaian kera dan babi hutan di kawasan yang berisiko konflik manusia dan hidupan liar;\n\n• menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman termasuk kera dan babi hutan;\n\n• pemantauan kehadiran dan pergerakan hidupan liar seperti gajah di sempadan kawasan perlindungan yang menjadi habitat hidupan liar dengan menggunakan teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dron; dan\n\n• penggunaan sistem Geographic Information System (GIS) bagi mengenal pasti status habitat dan kawasan hotspot konflik hidupan liar bagi perancangan aktiviti mitigasi konflik hidupan liar.\n\n• Selain itu, program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemegang taruh yang terlibat dalam pengurusan konflik hidupan liar dilaksanakan secara berterusan. Antara program yang dilaksanakan dengan komuniti setempat adalah Program Perangkap Komuniti. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2947,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2947",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "16",
        "member": "Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor",
        "area": "Temerloh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah menyeluruh Kementerian bagi memastikan kelestarian sungai, parit, kolam, lombong dan sistem pengairan di seluruh negara memandangkan keadaan alam sekitar ketika ini amat t...",
        "question": "Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah menyeluruh Kementerian bagi memastikan kelestarian sungai, parit, kolam, lombong dan sistem pengairan di seluruh negara memandangkan keadaan alam sekitar ketika ini amat teruk dengan pencemaran air yang tidak terurus sehingga menyebabkan kematian ikan ternakan seperti patin.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan ke atas punca-punca industri yang berpotensi menghasilkan pencemaran air sungai sebagaimana bidang kuasa yang telah diperuntukkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. JAS juga menjalankan program pengawasan kualiti air sungai di Malaysia melalui 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai.\n\n• JAS telah mengambil langkah-langkah berikut bagi mengawal pencemaran sungai:\n\n• meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap kilang-kilang yang beroperasi dan berpotensi mencemarkan sungai bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya. Penguatkuasaan ini termasuk pemeriksaan ke atas kilang yang dilaksanakan secara berkala, siasatan penguatkuasaan ke atas aduan yang diterima, penguatkuasaan melalui kaedah Guided Self-Regulation (GSR), notifikasi dan pelaporan alam sekitar secara atas talian (online environmental reporting - OER);\n\n• mengenalpasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana kilang yang gagal mematuhi AKAS 1974 seperti “Penahanan Operasi” terhadap mana-mana mesin, kelengkapan atau peralatan yang melepaskan pencemaran yang ketara mengikut prosedur ditetapkan. Notis Arahan juga dikeluarkan untuk mengarahkan pihak kilang supaya mengambil langkah-langkah pembaikan dan mengemukakan maklumat atau maklumbalas kepada JAS;\n\n• mewajibkan setiap premis melantik seorang kakitangan yang kompeten (Orang Yang Berwibawa) dalam memastikan sistem pengolahan efluen industri sentiasa berfungsi di tahap yang terbaik; dan\n\n• melakukan pemantauan atau intipan menggunakan dron secara berterusan bagi mengesan dan mengenal pasti punca pencemaran di sepanjang sungai khususnya di kawasan berhampiran zon perindustrian.\n\n• Selain daripada aspek penguatkuasaan dan pemantauan di bawah AKAS 1974, NRES melalui JAS turut mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Badan Kawal Selia Air Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Indah Water Konsortium dan Syarikat Bekalan Air di peringkat negeri bagi memperkemaskan lagi tindakan penguatkuasaan dan pemantauan sungai secara berterusan.\n\n• Namun begitu, isu pencemaran sungai di negara ini amat penting untuk ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor-sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sisa dari rumah atau setinggan yang dilepaskan tanpa rawatan ke longkang dan dihanyutkan ke sungai juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2931,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2931",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-04",
        "year": 2025,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Haji Kamal bin Ashaari",
        "area": "Kuala Krau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian sebagai persediaan menghadapi kejadian gempa bumi yang semakin kerap termasuk aspek kesiapsiagaan dan keperluan piawaian bangunan baharu serta langkah-langkah yang t...",
        "question": "Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan Kementerian sebagai persediaan menghadapi kejadian gempa bumi yang semakin kerap termasuk aspek kesiapsiagaan dan keperluan piawaian bangunan baharu serta langkah-langkah yang telah dilakukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKesiapsiagaan Menghadapi Gempa Bumi\n\n• Bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kejadian gempa bumi, Kementerian melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi di negara ini:\n\n• Menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan 1 (RMKe-13 RP1), MET Malaysia akan melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 yang melibatkan pengukuhan dua belas (12) buah stesen seismik di seluruh negara, pembinaan dua (2) stesen seismik baharu di Segamat dan Muar, Johor serta naiktaraf empat (4) stesen seismik di Johor. \n\n• MET Malaysia juga sedang melaksanakan peningkatan keupayaan Sistem Pengesanan dan Pemprosesan Data SeisComP, dengan penekanan kepada modul pengesanan gempa bumi tempatan supaya kejadian gempa bumi berskala kecil dapat dikesan dengan lebih cepat dan tepat.\n\n• JMG turut menjalankan pemantauan ke atas 53 Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) yang telah dibina di kawasan zon sesar di seluruh negara dan merupakan rujukan penting dalam pengemaskinian Peta Bahaya Seismik.\n\n• Selain MetMalaysia dan JMG, agensi lain seperti NADMA, JKR, PDRM dan APM turut mempunyai peranan dalam kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan. Latihan simulasi dan program kesedaran awam juga dijalankan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat.\n\nKeperluan Piawaian Bangunan Baharu\n\n• Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah membangunkan Malaysian Standard (MS) berkaitan reka bentuk bangunan bagi tahan gempa bumi iaitu MS EN 1998-1:2015 dengan menggunapakai (adoption) standard Eropah iaitu Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance - Part 1: General rules, seismic action and rules for buildings serta Malaysia National Annex to Eurocode 8. Standard ini menyediakan garis panduan terperinci reka bentuk struktur bangunan yang tahan terhadap gegaran gempa bumi. Dokumen MS EN 1998-1 telah dirujuk dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 (pindaan 2021). Walau bagaimanapun, penguatkuasaannya adalah tertakluk kepada kerajaan negeri.\n\n• Peta Bahaya Seismik yang diterbitkan oleh JMG pada tahun 2017 telah digunakan sebagai input bagi piawaian rekabentuk bangunan tersebut. Dari sudut teknikal, peta yang telah berusia lebih tujuh (7) tahun wajar dikaji semula bagi memastikan standard kejuruteraan dan piawaian pembangunan sentiasa sejajar dengan maklumat risiko terkini. Sehubungan itu, pengemaskinian peta bahaya seismik Malaysia ini dijalankan secara berterusan dan berkala dengan kerjasama agensi kerajaan seperti METMalaysia, JKR, JSM dan pihak akademia (universiti penyelidikan) bagi untuk rujukan pembangunan negara yang selamat.\n\n• Selain itu, pemakaian Peta Bahaya Seismik juga digunakan oleh JMG dalam memberikan ulasan pembangunan cadangan pemajuan yang melibatkan kawasan sesar aktif yang terdedah kepada risiko bahaya seismik diakibatkan oleh gempa bumi. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2936,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2936",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-13",
        "year": 2025,
        "no": "17",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan polisi dan tindakan Kerajaan berkenaan dengan pengimportan dan menyeludupan sisa eletrik dan elektronik (e-sisa) ke negara kita.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan polisi dan tindakan Kerajaan berkenaan dengan pengimportan dan menyeludupan sisa eletrik dan elektronik (e-sisa) ke negara kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Selaras dengan komitmen terhadap Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya, Malaysia telah menetapkan polisi pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste adalah seperti berikut:\n\n• Pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste bagi tujuan pelupusan adalah dilarang; dan\n\n• Pengimportan buangan terjadual termasuk e-waste oleh premis kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual adalah tidak dibenarkan. Premis ini dilesenkan bagi tujuan untuk mengurus dan memproses buangan terjadual yang dijana di dalam Negara sahaja.\n\n• Kementerian terus komited mengawal kemasukan e-waste melalui pelaksanaan seperti berikut:\n\n• Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama oleh semua agensi yang terlibat di pelabuhan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pihak Berkuasa Pelabuhan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM);\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, ENFORCE, Interpol dan lain-lain daripada segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste, yang akan masuk melalui pelabuhan;\n\n• Menguatkuasakan larangan bagi mana-mana kontena yang disyaki mengandungi e-waste diturunkan daripada kapal (discharge), sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pihak terlibat seperti pengimport, ejen ataupun pihak kapal; dan\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi di dalam Negara secara bersepadu terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diimport. Agensi yang terlibat adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Tanah dan Daerah, Badan Kawal Selia Air Negeri, Syarikat Bekalan Air, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2922,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2922",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-15",
        "year": 2025,
        "no": "19",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : • apakah rancangan Kerajaan untuk mengurus penghasilan e-waste yang semakin meningkat di Malaysia; dan • apakah status terkini pendrafan peraturan e-waste yang merangkumi Extended Prod...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• apakah rancangan Kerajaan untuk mengurus penghasilan e-waste yang semakin meningkat di Malaysia; dan\n\n• apakah status terkini pendrafan peraturan e-waste yang merangkumi Extended Producer Responsibility (EPR) oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Japan International Corporation Agency (JICA).",
        "answer": "Soalan (a) \n\nTuan Yang di-Pertua,\n\nBerdasarkan peningkatan e-waste yang dijana setiap tahun daripada industri dan juga isi rumah, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani isu ini. Sehubungan itu, sehingga tahun 2025 JAS telah melesenkan sebanyak dua puluh satu (21) premis Full Recovery dan seratus tujuh (107) Partial Recovery bagi menjalankan aktiviti pemerolehan kembali e-waste di seluruh Negara. \n\nDasar Negara adalah tidak membenarkan sebarang pengimportan e-waste ke Malaysia sama ada untuk tujuan pelupusan atau kitar semula dalam usaha memastikan bahawa Malaysia tidak dijadikan sebagai destinasi lambakan sisa elektrik dan elektronik dari negara lain. Selaras dengan komitmen terhadap Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya, Malaysia telah menetapkan polisi pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste adalah sepertimana berikut:\n\n• Pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste bagi tujuan pelupusan adalah dilarang; dan\n\n• Pengimportan buangan terjadual termasuk e-waste oleh kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual adalah tidak dibenarkan. Kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual dilesenkan bagi tujuan mengurus dan memproses buangan terjadual yang dihasilkan di dalam negara sahaja.\n\nBagi memastikan pematuhan, mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan pemerolehan kembali luar tapak, maka berikut adalah keperluan yang perlu dipatuhi bagi memastikan aktiviti ini tidak menjadi punca pencemaran alam sekitar:\n\n• Mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974;\n\n• Mempunyai lesen di bawah Seksyen 18, AKAS 1974; dan\n\n• Mendapat kebenaran bertulis di bawah Seksyen 19, AKAS 1974. \n\nSelain itu, JAS juga bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu masuk utama Negara bagi menghalang kemasukan e-waste ke dalam Malaysia.\n\nSoalan (b)\n\nAktiviti pemerolehan kembali e-waste adalah satu inisiatif yang baik seiring dengan konsep ‘Ekonomi Kitaran’ bagi mengurangkan sisa dibuang ke alam sekitar dan seterusnya dapat mengurangkan impak pencemaran. Selain itu, ia juga boleh menjana pendapatan kepada industri dan juga kepada Negara khususnya.\n\nMekanisme pengurusan e-waste menerapkan konsep Extended Producer Responsibility (EPR) dan shared responsibility dengan semua pihak berkepentingan seperti pengilang/ pengimport, pengeluar buangan/ pengguna, pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan masing-masing dalam memastikan pelaksanaan mekanisme yang holistik dan lestari.\n\nNRES melalui JAS dengan bantuan teknikal oleh Kerajaan Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) telah membangunkan Mekanisme Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) dari isi rumah di Malaysia. Kajian bermula pada 20 April 2010 dan telah tamat pada 13 September 2024.\n\nDi bawah Mekanisme Pengurusan E-Waste ini, satu kerangka perundangan khusus (peraturan) telah dibangunkan bertujuan untuk mengawal pengurusan, pengendalian dan pelupusan buangan elektrik dan elektronik. Draf peraturan ini mengambil kira dari mula peralatan elektrik dan elektronik ditempatkan di pasaran (put on market) sehingga dilupuskan sebagai e-waste.\n\nKerangka perundangan yang dibangunkan memberi penekanan kepada enam (6) jenis e-waste utama yang dikategorikan sebagai item kawalan iaitu televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, komputer peribadi dan telefon bimbit.\n\nPada ketika ini, JAS masih lagi menjalankan kajian serta mendapatkan maklum balas orang awam berkaitan pelaksanaan EPR di bawah Mekanisme Pengurusan E-Waste di Malaysia dan akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2942,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2942",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-19",
        "year": 2025,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman",
        "area": "Sik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam melindungi kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda yang menjadi sumber bekalan kepada lebih 4 juta penduduk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan baga...",
        "question": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam melindungi kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda yang menjadi sumber bekalan kepada lebih 4 juta penduduk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan bagaimana usaha mewujudkan dana tabungan bagi insentif kelestarian pengekalan hutan simpan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri giat melaksanakan usaha pewartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Kawasan ini dikategorikan sebagai hutan perlindungan di mana sebarang aktiviti pengusahasilan hutan dan pembangunan tidak dibenarkan. Sehingga 31 Disember 2023, seluas 971,808.16 hektar kawasan di dalam HSK telah diwartakan sebagai HTA di Semenanjung Malaysia.\n\n• Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui NRES turut menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation – EFT) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang melaksanakan usaha perlindungan hutan. Bagi tempoh 2019 hingga 2025, Kerajaan Negeri Kedah telah menerima peruntukan EFT berjumlah RM52.98 juta. Peruntukan tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan Negeri Kedah dalam memelihara kawasan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan hutan tadahan air untuk keperluan rakyat.\n\n• Buat masa ini, tiada dasar khusus berhubung pewujudan satu dana tabungan bagi insentif kelestarian pengekalan HSK tertentu kepada Kerajaan-kerajaan Negeri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2937,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2937",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-13",
        "year": 2025,
        "no": "22",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana Kementerian telah mengemaskini peta bahaya seismik negara berdasarkan data gempa bumi terkini di Segamat, Johor, menilai keberkesanan kod bangunan Malaysia terhadap risiko se...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana Kementerian telah mengemaskini peta bahaya seismik negara berdasarkan data gempa bumi terkini di Segamat, Johor, menilai keberkesanan kod bangunan Malaysia terhadap risiko seismik sederhana serta memperkukuh rangkaian stesen seismik bagi tujuan pemantauan saintifik dan pemberian amaran awal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia dan Penilaian Keberkesanan Kod Bangunan \n\nJabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerbitkan Peta Bahaya Seismik Malaysia pada tahun 2017 berdasarkan maklumat gempa bumi bermula tahun 2017 dan sebelumnya. Manakala maklumat geologi tektonik tempatan yang diambilkira adalah sesar aktif tempatan di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak. Dari sudut teknikal, peta yang telah berusia lebih tujuh (7) tahun wajar dikaji semula bagi memastikan standard kejuruteraan dan piawaian dan perancangan pembangunan sentiasa sejajar dengan maklumat risiko terkini. \n\nPeta Bahaya Seismik Malaysia telah digunapakai sebagai input bagi piawaian Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance- Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Peta bahaya seismik ini masih relevan dan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.\n\nKementerian melalui JMG akan mengangkat Kertas Cadangan Projek Pemerkasaan Peta Bahaya Seismik Malaysia pada awal tahun 2026 untuk pertimbangan pihak Kerajaan. Pengemaskinian peta bahaya seismik ini akan merangkumi kajian pemetaan sesar aktif dan pemasangan stesen penanda aras pergerakan sesar (baharu). Ia akan diperluaskan ke negeri-negeri yang dikenalpasti mempunyai kawasan sesar dan terdedah risiko bencana geologi gempa bumi. \n\nPengukuhan Rangkaian Stesen Seismik Dan Amaran Awal\nKementerian melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) kini mengoperasikan 80 buah stesen seismik di lokasi strategik seluruh negara dan data seismik ini disalurkan melalui talian komunikasi satelit secara masa nyata (real-time). Selain itu, MET Malaysia turut menerima input data seismik masa nyata daripada 323 stesen seismik antarabangsa.\nMenerusi Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 di bawah RMKe-13, ia akan melibatkan pengukuhan 12 stesen seismik, pembinaan dua (2) stesen baharu di Segamat dan Muar, serta menaiktaraf empat (4) stesen sedia ada di Johor bagi meningkatkan keupayaan mengesan gempa bumi tempatan bermagnitud lemah. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2948,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2948",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "22",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan cara dan tindakan yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan micro-plastic tidak mencemari makanan, minuman dan persekitaran hidup harian kita.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan cara dan tindakan yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan micro-plastic tidak mencemari makanan, minuman dan persekitaran hidup harian kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil maklum dan memandang serius berkenaan pencemaran mikroplastik dalam makanan, minuman dan kehidupan harian (Microplastic consumption).\n\n• Microplastic consumption, berkemungkinan berlaku akibat daripada pencemaran sisa plastik yang “terlepas” atau “tidak dapat dikutip” atau “terbuang” sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam persekitaran (leakage of plastic waste into the environment) yang akhirnya akan berakhir di sungai, saliran dan seterusnya ke lautan. \n\n• Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil pelbagai langkah mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang dipercayai boleh mengurangkan kesan negatif daripada pencemaran mikroplastik dengan berpandukan Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 (Malaysian Plastics Sustainability Roadmap - MPSR) dan Pelan Hala Tuju ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030. \n\n• Melalui Pelan Hala Tuju ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030, Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengenaan “caj pencemaran” ke atas setiap beg plastik sekali guna yang dibekalkan kepada pengguna di premis tetap (premis perniagaan). Pengenaan caj ini berpandukan kepada prinsip “user-pay-principle” sebagai satu bentuk pencegahan dan usaha menghindari penggunaan beg plastik sekali guna yang digunakan dan dibuang secara tidak terkawal, sekaligus mengurangkan pencemaran mikroplastik. \n\n• Pengenaan caj pencemaran ini ditambah baik dengan pelaksanaan perintah LARANGAN beg plastik jinjit sekali guna di premis tetap (premis perniagaan) yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang berkaitan mengenai Alam Sekitar (Mesyuarat MEXCOE) mulai 1 Januari 2026. \n\n• Melalui Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030, model ekonomi kitaran digunakan di mana proses pengeluaran, penggunaan, pelupusan dan pengurusan sisa bahan perlu ditambah baik secara lestari melalui prinsip reka bentuk eko (eco-design). Pembangunan product eco-design ini diharap dapat menyokong industri plastik bagi peralihan ke ekonomi kitaran untuk memastikan bahan produk yang digunakan dapat terurai dengan selamat, seterusnya mengurangkan masalah pencemaran mikroplastik.\n\n• Pada masa ini, pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 adalah secara sukarela. Justeru, bagi strategi jangka masa panjang, NRES berhasrat untuk meneroka keperluan pemerkasaan perundangan secara khusus berkaitan pelestarian plastik menerusi Kajian Kebolehlaksanaan Pengukuhan Kerangka Undang-Undang Pencemaran Plastik di Malaysia. Kajian ini akan melihat kewajaran untuk mewujudkan perundangan khusus atau memperkasakan perundangan sedia ada, sekaligus mempercepat peralihan pengurusan dan penggunaan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan pencemaran plastik dan mikroplastik.\n\n• Akhir sekali, Kerajaan sentiasa komited dalam menangani masalah pencemaran mikroplastik dalam makanan, minuman dan persekitaran kehidupan harian. Kerajaan akan memastikan langkah berterusan bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang diambil dalam menambahbaik pengurusan dan penggunaan plastik berpandukan prinsip lestari bagi memastikan masalah ini dapat diatasi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2926,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2926",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-23",
        "year": 2025,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli",
        "area": "Batang Lupar",
        "minister": "Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan memulangkan tanah-tanah yang telah d",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan memulangkan tanah-tanah yang telah diberi hak milik kepa...",
        "question": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan memulangkan tanah-tanah yang telah diberi hak milik kepada Kerajaan Persekutuan tetapi tidak dibangunkan dan tidak lagi digunakan kepada Kerajaan Sarawak agar ianya dapat dibangunkan dan dimajukan untuk manfaat penduduk setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPengurusan tanah Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara [Akta 828]. Bagi urusan serah balik tanah Persekutuan, PTP boleh menyerah tanah yang tidak dibangunkan atau terbiar selaras dengan Perkara 86 Perlembagaan Persekutuan. \n\nKeputusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 1990 (No. 404/1731/90) telah bersetuju supaya Kerajaan Negeri memohon tanah-tanah yang tidak dibangunkan atau terbiar untuk diserah balik kepada Kerajaan Negeri termasuk perkara di bawah Perjanjian Malaysia (MA63). Berdasarkan permohonan serah balik sebanyak 219 lot tanah oleh Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan secara berfasa. Pada peringkat awal, sebanyak 64 lot telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Baki lot tanah sedang dalam semakan dengan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) untuk cadangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2943,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2943",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-19",
        "year": 2025,
        "no": "24",
        "member": "Tuan Hassan bin Saad",
        "area": "Baling",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan kajian penggunaan kontraseptif oral untuk mengawal populasi kera serta keberkesanan pendekatan ini sebagai langkah pengurusan hidupan liar yang lebih berperikemanusiaan.",
        "question": "Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan kajian penggunaan kontraseptif oral untuk mengawal populasi kera serta keberkesanan pendekatan ini sebagai langkah pengurusan hidupan liar yang lebih berperikemanusiaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam melaksanakan kajian penghasilan kaedah kontraseptif tidak invasif sebagai alternatif untuk kawalan populasi kera (Macaca fascicularis) pada tahun 2021 bagi tempoh selama 3 tahun. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dos hormon kontraseptif jenis oral yang efektif bagi kera hidup sebagai suatu langkah pengurusan hidupan liar yang lebih berperikemanusiaan.\n\n• Hasil kajian awal mendapati bahawa penggunaan hormon kontraseptif melalui makanan tiruan merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan dalam pengurusan hidupan liar dan berpotensi mengawal populasi kera. Kajian lanjut secara menyeluruh bagi menilai keberkesanan penggunaan teknik yang dicadangkan ini akan dilaksanakan pada tahun 2026 sebelum ia digunakan sebagai kaedah alternatif baharu dalam pengurusan kera.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2949,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2949",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "24",
        "member": "Tuan William Leong Jee Keen",
        "area": "Selayang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah dapatan atau kesimpulan utama daripada Mesyuarat ke 20 (COM-20) Persidangan Jerebu Merentasi Sempadan (AATHP) dan apakah kemajuan yang boleh menjamin bahawa ASEAN dapat mencapai a...",
        "question": "Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah dapatan atau kesimpulan utama daripada Mesyuarat ke 20 (COM-20) Persidangan Jerebu Merentasi Sempadan (AATHP) dan apakah kemajuan yang boleh menjamin bahawa ASEAN dapat mencapai aspirasinya untuk menjadi sebuah rantau bebas jerebu menjelang tahun 2030.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Mesyuarat Ke-20 Committee Under the Conference of the Parties (COM-20) bagi Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) yang diadakan pada 2 September 2025 di Langkawi, Kedah telah merekodkan beberapa dapatan penting serta kemajuan utama ke arah mencapai visi ‘Haze-Free ASEAN’ menjelang tahun 2030 yang antara lain adalah:\n\n• terdapat kemajuan dalam rangka kerja serantau yang utama iaitu Second Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation (Second Haze-Free Roadmap) 2023 – 2030 dan Second ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) 2023 – 2030. Perbincangan turut merangkumi ASEAN Investment Framework for Haze-Free Sustainable Land Management (AIFHSLM) di samping kerjasama berterusan akan dilaksanakan bersama rakan dialog antarabangsa; \n\n• terdapat perkembangan positif terhadap penubuhan ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) yang akan berpusat di Jakarta, Indonesia. Sehingga Mei 2025, kesemua Negara Anggota ASEAN (AMS) telah menandatangani dokumen Establishment Agreement bagi ACC THPC. Kejayaan ini menyumbang kepada kelancaran penubuhan ACC THPC yang akan berperanan sebagai nadi penyelarasan utama pelaksanaan AATHP termasuk pemantauan kebakaran dan jerebu, perkongsian data dan penyelarasan tindak balas kecemasan di peringkat serantau; \n\n• mesyuarat turut menekankan kepentingan pengukuhan sistem amaran awal serantau. Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA-FDRS) yang dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia turut menunjukkan tahap ketepatan tinggi apabila maklumat Fire Weather Index (FWI) yang direkodkan sentiasa selari dengan amaran yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC);\n\n• jumlah keseluruhan titik panas (hotspot) di selatan rantau ASEAN bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025 menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024, khususnya di kawasan Sumatera dan Borneo. Sub-rantau Mekong pula mencatatkan pengurangan titik panas sekitar 25% berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama. Pencapaian di Sub-rantau Mekong ini menunjukkan kemajuan bagi mencapai sasaran pengurangan 40% bagi tahun 2025 di bawah Pelan Tindakan Chiang Rai 2017; dan\n\n• penyertaan Timor-Leste sebagai ahli dalam AATHP turut dipersetujui dan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat perjanjian. Langkah ini mencerminkan kesepaduan dan komitmen AMS dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi mencegah kejadian jerebu merentas sempadan.\n\n• Daripada semua dapatan dan kemajuan ini, jelas bahawa ASEAN berada di landasan yang tepat bagi mencapai visi ‘Haze-Free ASEAN’ menjelang 2030. Penambahbaikan teknologi pemantauan secara berterusan, pengukuhan institusi serantau, kerjasama erat dengan rakan dialog antarabangsa serta komitmen kolektif AMS merupakan faktor utama yang akan menjamin kejayaan visi tersebut. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2923,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2923",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-15",
        "year": 2025,
        "no": "26",
        "member": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad",
        "area": "Kepala Batas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : • apakah tahap penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) khususnya Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) 2005; dan • apakah kadar pematuhan industri te...",
        "question": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• apakah tahap penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) khususnya Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) 2005; dan\n\n• apakah kadar pematuhan industri terhadap Peraturan buangan terjadual sejak tiga tahun terakhir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi yang mentadbir serta menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya. Akta 127 ini baru sahaja dipinda serta diwartakan pada 6 Jun 2024 serta mula berkuatkuasa pada 7 Julai 2024. \n\nFokus utama pindaan ini adalah untuk menetapkan had minimum dan maksimum bagi denda sekiranya disabitkan kesalahan. Dalam hal ini, jumlah denda sedia ada telah dinaikkan kepada suatu nilai yang lebih tinggi sehingga RM10 juta. Selain itu, kompaun yang dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan juga dinaikkan daripada tidak melebihi dua ribu ringgit (RM2,000) kepada lima puluh peratus (50%) daripada nilai maksimum denda bagi kesalahan berkenaan.\n\n• Tahap Penguatkuasaan\n\nPada tahun 2024, sejumlah tiga ratus lapan (308) kes pertuduhan di bawah AKAS 1974 yang melibatkan premis telah didenda di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak lapan ribu seratus tiga puluh empat ribu sembilan ratus ringgit (RM8,134,900). Tindakan-tindakan penguatkuasaan lain yang telah diambil ke atas premis yang didapati melakukan kesalahan di bawah AKAS 1974 adalah pengeluaran sebanyak dua ribu seratus tujuh puluh (2,170) notis arahan supaya premis mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan perundangan yang berkaitan. \nSelain itu sebanyak dua ribu lima ratus empat puluh empat (2,544) kompaun telah dikeluarkan ke atas premis kerana kegagalan mematuhi peruntukan perundangan AKAS 1974. Sebanyak sembilan puluh enam (96) premis juga telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan dan tujuh (7) premis dikenakan Perintah Larangan untuk beroperasi, manakala sebanyak empat belas (14) premis telah dikenakan tindakan gantung lesen.\n\nPada tahun 2025, sebanyak enam (6) kes pertuduhan di mahkamah bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 telah dikenakan antara 1 Januari hingga 31 Ogos 2025. Sementara itu, sebanyak seribu sembilan puluh empat (1,094) kompaun telah dikeluarkan di bawah peraturan yang sama.\n\n• Kadar Pematuhan\n\nBerdasarkan rekod semasa, sebanyak tiga puluh lima ribu lima ratus lima puluh tujuh (35,557) premis tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Tahap pematuhan menunjukkan peningkatan ketara daripada 96% (34,134 premis) pada tahun 2022 kepada 99% (35,201 premis) dan kekal pada kadar tersebut sehingga tahun 2024.\nKementerian melalui JAS komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua premis yang tertakluk sentiasa mematuhi Akta 127 serta peraturan-peraturan di bawahnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2927,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2927",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-23",
        "year": 2025,
        "no": "26",
        "member": "Tuan Sim Tze Tzin",
        "area": "Bayan Baru",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan senaraikan semua mineral yang ditakrif sebagai kritikal mineral oleh Kementerian. Apakah strategi dan hala tuju Kerajaan dari segi dasar, perundangan, perlombongan, pemprosesan, R&D, int...",
        "question": "Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan senaraikan semua mineral yang ditakrif sebagai kritikal mineral oleh Kementerian. Apakah strategi dan hala tuju Kerajaan dari segi dasar, perundangan, perlombongan, pemprosesan, R&D, intellectual property, perlindungan alam sekitar, latihan tenaga kerja dan sokongan kewangan dalam sektor penuh potensi tetapi berisiko ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada ketika ini masih belum mempunyai senarai rasmi mineral kritikal bagi negara. Walau bagaimanapun, Kerajaan melalui Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021–2030 (TIM 2021–2030), telah mengenal pasti lima mineral strategik utama berdasarkan potensi sumber dan nilai ekonomik pada ketika itu, iaitu bauksit, bijih timah, pasir silika, kaolin dan unsur nadir bumi (REE). \n\n• Strategi dan hala tuju kerajaan dari segi dasar dan perundangan, NRES memastikan setiap projek perlombongan mematuhi peruntukan perundangan berkaitan dibawah akta-akta berkaitan seperti Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di samping bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri bagi pematuhan perundangan berkaitan di peringkat negeri. NRES juga sentiasa menambah baik rangka kawal selia bagi memastikan aktiviti perlombongan dan pemprosesan mematuhi piawaian keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Penyelarasan dilaksanakan melalui Majlis Mineral Negara serta mekanisme libat urus lain bersama Kerajaan Negeri bagi memastikan tadbir urus mineral dilaksanakan dengan berkesan.\n\n• Dari aspek pembangunan teknologi dan kepakaran, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerajui inisiatif melalui National Advanced Materials Technology Roadmap (NAMTR) 2021–2030 dan National Advanced Materials Consortium (NAMC) yang menjadi pusat sehenti bagi penyelidikan, pengkomersialan dan pembangunan teknologi, termasuk REE. Fokus turut diberi kepada pembangunan teknologi hiliran seperti magnet berprestasi tinggi dan kitar semula mineral kritikal daripada sisa peralatan.\n\n• Dari segi pelaburan dan industri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melaksanakan pelan tindakan selaras dengan New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 yang menekankan pembangunan bahan termaju dan pemindahan teknologi melalui kerjasama antarabangsa bagi membina ekosistem REE yang berdaya saing. Syarikat yang melaksanakan aktiviti pemprosesan REE layak dipertimbangkan insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 serta diwajibkan memperoleh Lesen Pengilang (ML) di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2915,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2915",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-06",
        "year": 2025,
        "no": "27",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana pelaksanaan Bursa Carbon Exchange (BCX) dan The Forest Carbon Offset (FCO) berjaya menjana hasil negara dan apakah dasar Kementerian memastikan manfaat perdagangan karbon sam...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana pelaksanaan Bursa Carbon Exchange (BCX) dan The Forest Carbon Offset (FCO) berjaya menjana hasil negara dan apakah dasar Kementerian memastikan manfaat perdagangan karbon sampai kepada rakyat serta tidak dimonopoli oleh pihak tertentu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah memberi mandat kepada Malaysia Forest Fund (MFF) untuk membangunkan dan mengoperasikan Forest Carbon Offset (FCO) yang berfungsi sebagai instrumen kewangan inovatif berasaskan pasaran bagi membolehkan pemindahan penyingkiran atau pengurangan pelepasan GHG kepada pembeli dalam bentuk kredit karbon. Instrumen ini memainkan dwi peranan dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti pemulihan, pemuliharaan dan perlindungan hutan, di samping membantu syarikat-syarikat yang berusaha mengurangkan jejak karbon dalam operasi mereka. FCO merupakan sistem pengkreditan karbon kebangsaan bagi mentadbir, mengukur, menentusahkan dan mempersijilkan kredit karbon yang dihasilkan melalui sektor perhutanan.\n\n• Pada masa ini, pihak MFF sedang melaksanakan usaha-usaha wajar bagi memuktamadkan komponen-komponen utama di bawah FCO. Ini termasuklah empat (4) metodologi atau perakaunan GHG utama, iaitu Reducing Emission from Deforestation and Forest Degradation (REDD), Improved Forest Management (IFM), Afforestation, Reforestation, Restoration (ARR) dan Wetland Ecosystem (WE).\n\n• Bagi memastikan instrumen yang dibangunkan ini boleh dilaksanakan dalam kerangka perundangan negara serta bersesuaian dengan keadaan serta konteks tempatan, MFF akan melaksanakan projek rintis bagi menguji keberkesanan metodologi atau perakaunan gas rumah kaca (GHG) yang telah dibangunkan di bawah instrumen FCO. Sebarang dapatan yang diperoleh daripada pelaksanaan projek rintis akan menyumbang kepada pemerkasaan FCO, sekali gus memastikan keberkesanan, kredibiliti, serta kelestarian jangka panjangnya. Dalam konteks ini, FCO dijadualkan akan mula dioperasikan seawalnya pada tahun 2026.\n\n• Selain dari menjadi piawaian domestik untuk menjana kredit karbon yang boleh di dagangkan di dalam platform pasaran sukarela seperti Bursa Carbon Exchange (BCX). Selian itu, Kementerian juga berhasrat agar FCO dapat memperoleh pengiktirafan bersama (mutual recognition) dengan sistem piawaian antarabangsa seperti Verra dan Gold Standard untuk menembusi pasaran karbon sukarela dan pematuhan di negara-negara lain di peringkat serantau dan antarabangsa.\n\n• FCO juga berpotensi untuk digunakan bagi memenuhi obligasi pematuhan seperti cukai karbon atau di bawah skim pasaran karbon pematuhan bagi syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Carbon Offsetting and Reduction Scheme for International Aviation (CORSIA). \n\n• Bagi memastikan manfaat pasaran karbon mencapai hasrat yang direncanakan oleh pihak Kementerian, satu dasar baharu iaitu Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini sebagai kerangka utama yang akan memacu inisiatif pasaran karbon di Malaysia. DPKK turut menekankan keperluan memastikan manfaat bersama (co-benefits) seperti perlindungan biodiversiti, peluang pekerjaan sektor hijau (green jobs), penyertaan komuniti dan orang asal, perkongsian manfaat, serta pengurusan aktiviti guna tanah secara lestari. DPKK tidak seharusnya dilihat sebagai kerangka pemacu pendapatan baharu semata-mata, kerana ianya dirangka memfokuskan kepada hasrat untuk mengembleng usaha dan kewangan di pihak swasta dan awam di dalam melaksanakan langkah mitigasi dan adaptasi bagi menangani perubahan iklim.\n\n• Justeru itu, Kementerian turut merangka usaha yang holistik melalui penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim (RUUPIN) bagi memastikan bahawa hasil dari penjanaan kredit karbon serta perdagangan karbon kelak akan turut disalurkan ke Dana Perubahan Iklim, untuk menampung kos serta keperluan kewangan bagi melaksanakan usaha serta inisiatif rendah karbon, pengurangan pelepasan gas rumah kaca serta usaha adaptasi kepada perubahan iklim di seluruh negara. Garis panduan yang telus dan sistematik akan dibangunkan bagi memastikan integriti tadbir urus pasaran karbon.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2919,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2919",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-09",
        "year": 2025,
        "no": "30",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : • berapakah jumlah e-waste yang dihasil, dikutip dan dipulih/diguna semula recover/reuse di Malaysia. Berapakah jumlah e-waste yang dihantar ke tapak pelupusan sampah; dan • bandingkan...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• berapakah jumlah e-waste yang dihasil, dikutip dan dipulih/diguna semula recover/reuse di Malaysia. Berapakah jumlah e-waste yang dihantar ke tapak pelupusan sampah; dan\n\n• bandingkan dengan jumlah kapasiti pemprosesan e-waste bagi kemudahan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk pemulihan penuh dan separa masing-masing.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• E-waste atau sisa elektrik dan elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).\n\n• Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekitar bagi tahun 2024 merekodkan sebanyak 55,470 metrik ton e-waste telah dihasilkan di seluruh Negara. Manakala kapasiti pemprosesan e-waste yang diluluskan kepada premis Full Recovery bagi tahun 2024 sebanyak 131,004 metrik ton. Data ini menunjukkan hanya 42.3% peratus sahaja kapasiti e-waste yang diproses berbanding dengan kapasiti lesen yang dibenarkan.\n\n• Berdasarkan rekod bagi tahun 2020 sebanyak 702.2 metrik ton e-waste dapat dikumpulkan, tahun 2021 (2650 metrik ton), tahun 2022 (2657.3 metrik ton) tahun 2023 (2528.78 metrik ton) dan tahun 2024 sebanyak 2116.02 metrik ton berjaya dikumpulkan.\n\n• Bagi meningkatkan kuantiti e-waste untuk diproses semula di seluruh Negara, pelbagai kempen kesedaran di kalangan orang awam telah dijalankan. Program kesedaran ini dijalankan bersama dengan agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan. Antaranya program-program kesedaran/promosi yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah Hari E-waste yang diadakan setiap tahun misalnya bersama institusi-institusi pendidikan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan masyarakat setempat. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2938,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2938",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-13",
        "year": 2025,
        "no": "30",
        "member": "Tuan Hassan bin Saad",
        "area": "Baling",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi Kementerian dalam membangunkan rantaian penuh industri nadir bumi daripada huluan hingga hiliran agar memberi pulangan maksimum kepada negara.",
        "question": "Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi Kementerian dalam membangunkan rantaian penuh industri nadir bumi daripada huluan hingga hiliran agar memberi pulangan maksimum kepada negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan menetapkan matlamat untuk membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri unsur nadir bumi (REE) merangkumi aktiviti perlombongan, pemprosesan, penghasilan produk bernilai tambah, sehinggalah kepada penggunaan semula bahan REE. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah merangka strategi pembangunan industri REE secara berfasa merangkumi fasa jangka pendek bermula tahun 2025 hingga 2027, fasa jangka sederhana bermula tahun 2027 hingga 2030 dan fasa jangka panjang selepas tahun 2030.\n\n• Sebagai sokongan untuk pembangunan industri di peringkat pertengahan, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah REE pada fasa jangka pendek. Dalam masa yang sama, rundingan dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara giat dijalankan untuk memastikan loji pemprosesan tempatan bagi penulenan dan pemisahan elemen REE, kilang pembuatan logam atau aloi REE, serta kilang pembuatan super magnet diwujudkan di Malaysia. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digalakkan untuk terlibat dalam usaha ini bagi memastikan berlaku pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran tempatan.\n\n• Dalam masa yang sama, Kerajaan juga menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan tempatan dalam merealisasikan matlamat pewujudan industri pemprosesan dalam negara. Beberapa syarikat tempatan pada ketika ini sedang menjalankan usaha tersebut dengan kerjasama kepakaran dalam dan luar negara. Namun demikian, ia masih bergantung kepada penilaian daya maju dan mengambil kira faktor seperti sumber bahan mentah, kapasiti kewangan dan permintaan pasaran.\n\n• Pada fasa jangka sederhana, larangan pengeksportan mentah REE akan diteruskan mengambil kira jangkaan loji pemprosesan telah wujud di dalam negara untuk memproses sumber REE tempatan. Industri REE di peringkat pertengahan pada fasa ini boleh menerima input sumber dari luar negara dan hasil pengeluarannya pula boleh dieksport sekiranya permintaan tempatan telah dipenuhi. Pada fasa ini juga, rundingan untuk menarik pelabur bagi membangunkan industri pembuatan motor elektrik dan kitar / guna semula REE dibuat bagi memastikan industri REE negara mempunyai rantaian nilai yang lengkap.\n\n• Seterusnya, pada fasa jangka panjang, Malaysia disasarkan untuk memiliki rantaian industri yang lengkap bermula dari aktiviti perlombongan hingga kepada industri kitar / guna semula dan menjadi hab industri REE serantau dan global.\n\n• Bagi memastikan pelaksanaan strategi ini berjalan lancar, Kerajaan telah menubuhkan Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE melibatkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaku Pengerusi Special Task Force, dan keahlian terdiri daripada Menteri Ekonomi, YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Menteri Kewangan II dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Penubuhan Special Task Force ini merupakan satu langkah strategik bagi memastikan tindakan dan inisiatif dalam membangunkan industri ini dibuat dengan lebih bersinergi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2932,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2932",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-04",
        "year": 2025,
        "no": "31",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian akan membuat pindaan terhadap sasaran dasar perubahan iklim apabila negara seperti Amerika Syarikat membatalkan komitmen mereka dalam perjanjian Paris 2015.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kementerian akan membuat pindaan terhadap sasaran dasar perubahan iklim apabila negara seperti Amerika Syarikat membatalkan komitmen mereka dalam perjanjian Paris 2015.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris secara umumnya tidak menjejaskan komitmen sedia ada negara-negara lain termasuk Malaysia untuk mengubah sasaran iklimnya. Ini kerana, Perjanjian Paris digubal dengan prinsip “tanggungjawab bersama, beban berbeza dengan keupayaan sendiri” yang bermaksud walaupun perubahan iklim dialami oleh semua negara, tanggungjawab untuk menanganinya wajar dipikul semua negara terutamanya oleh negara maju yang lebih berkeupayaan berbanding negara membangun. \n\n• Dalam hal ini, negara-negara maju lain seperti Kesatuan Eropah, Jepun, Australia dan lain-lain kekal komited untuk melaksanakan tindakan iklim bagi mencapai matlamat Perjanjian Paris. Pada masa yang sama, negara-negara membangun yang berpengaruh dalam ekonomi dunia seperti China, India, Afrika Selatan dan Brazil juga akan turut kekal melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian Paris.\n\n• Malaysia selaku negara ahli kepada Perjanjian Paris sejak 16 November 2016 juga masih tidak berganjak dengan pendirian sebelum ini untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian Paris. Dalam hal ini, Malaysia telah memenuhi pelbagai obligasi negara di bawah perjanjian tersebut. Antara obligasi terkini yang telah dipenuhi oleh Malaysia adalah seperti berikut:\n\n• penyediaan pelbagai pelaporan perubahan iklim negara di bawah UNFCCC dan yang terkini penyediaan First Biennial Transparency Report (BTR-1) pada tahun 2024;\n\n• penetapan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara di bawah Perjanjian Paris melalui Nationally Determined Contributions (NDC). Malaysia telah mengemukakan NDC ketiga (NDC 3.0) Malaysia kepada Perjanjian Paris di bawah UNFCCC pada 24 Oktober 2025. Melalui NDC 3.0 Malaysia dijangka mencapai pelepasan GHG puncak (peaking) antara tahun 2029 hingga 2034. Malaysia berusaha untuk mencapai pelepasan puncak tersebut menjelang tahun 2030, tertakluk kepada ketersediaan sokongan dan syarat pemudah lain (enabling conditions). Sejajar dengan trajektori ini, Malaysia berhasrat untuk mencapai pengurangan mutlak sebanyak 15 – 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang tahun 2035 berbanding aras pelepasan puncak. Sasaran ini merangkumi pengurangan tanpa syarat sehingga 20 MtCO₂eq, dengan tambahan pengurangan sebanyak 10 MtCO₂eq secara bersyarat tertakluk kepada ketersediaan pembiayaan perubahan iklim, pemindahan teknologi, serta sokongan pembangunan kapasiti daripada sumber antarabangsa; dan\n\n• menetapkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2945,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2945",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-25",
        "year": 2025,
        "no": "31",
        "member": "Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi",
        "area": "Sri Aman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah Kementerian mengukuhkan kesiapsiagaan negara berikutan beberapa gempa bumi kecil di Johor khususnya melalui pemetaan sesar, kod bangunan dan amaran awal.",
        "question": "Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [ Sri Aman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah Kementerian mengukuhkan kesiapsiagaan negara berikutan beberapa gempa bumi kecil di Johor khususnya melalui pemetaan sesar, kod bangunan dan amaran awal.",
        "answer": "Tuan Yang Di-Pertua,\n\nPemetaan Sesar\n\n• Kementerian menerusi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menjalankan projek pemetaan sesar aktif dari tahun 2016 hingga 2020. Berdasarkan kajian geologi yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat sebelas (11) Zon Sesar telah dipetakan di Malaysia iaitu:\n\nSemenanjung:\n\n• Sesar Bukit Tinggi (Pahang), \n\n• Sesar Bokbak (Kedah–Perak), \n\n• Sesar Terengganu (Terengganu), \n\n• Sesar Banding (Perak), \n\n• Sesar Kuala Pilah (Negeri Sembilan), dan \n\n• Sesar Mersing (Johor).\n\nSarawak:\n\n• Sesar Tubau (Miri).\n\nSabah:\n\n• Sesar Lobou-Lobou (Ranau)\n\n• Sesar Mensaban (Ranau)\n\n• Sesar Lahad Datu (Lahad Datu); dan\n\n• Sesar Tabin (Lahad Datu)\n\n• JMG juga telah memasang enam (6) stesen Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) aktif di Sabah, dan 47 stesen PAG pasif tersebar di enam negeri lain seperti Pahang (13), Selangor (6), Perak (2), Negeri Sembilan (2), Sarawak (2) dan Sabah (22). Sebagai langkah mengukuhkan kesiapsiagaan, JMG bercadang untuk memperluas liputan kawasan kajian pemetaan sesar aktif dan pemasangan PAPS ke kawasan lain terdedah kepada risiko bencana gempa bumi termasuk Johor. \n\nKod Bangunan (Rekabentuk Tahan Gempa)\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil kajian geologi tektonik dan Peta Bahaya Seismik yang dihasilkan oleh JMG menjadi rujukan penting kepada pihak berkuasa tempatan dan jurutera dalam perancangan pembangunan. Kementerian menyarankan agar input daripada Peta Bahaya Seismik digunakan sebagai rujukan dalam reka bentuk struktur bangunan tahan gempa. Ini bertujuan memastikan pembinaan bangunan baharu, terutamanya di zon bahaya seismik, mengikut standard ketahanan gempa bumi seperti yang digariskan dalam Malaysia National Annex kepada Eurocode 8.\n\nAmaran Awal \n\n• Berhubung dengan amaran awal, untuk makluman Ahli yang Berhormat, gempa bumi tidak boleh diramalkan, namun kejadian tsunami boleh dikesan dan diunjurkan sejurus selepas berlakunya gempa bumi di dasar laut. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengendalikan 80 stesen seismik di seluruh negara disokong oleh 323 stesen antarabangsa. \n\n• Maklumat gempa dan amaran awal tsunami dikeluarkan oleh MET Malaysia dalam tempoh 8 minit selepas pengesanan bagi kejadian yang melebihi magnitud 3.0. MET Malaysia kini sedang menaik taraf sistem pemprosesan data seismik bagi mempercepat pengeluaran maklumat kepada 6 minit menjelang tahun 2026. Selain itu menerusi RMKe-13, MET Malaysia akan menaiktaraf instrumentasi pemantauan seismik di 12 buah stesen seismik di seluruh negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2950,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2950",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "31",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah Syarikat yang mendapat hak memproses nadir bumi seperti Lynas dan apakah pelan pengurusan yang disediakan Kementerian untuk mengendalikan bahan sisa buangan syarikat ber...",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah Syarikat yang mendapat hak memproses nadir bumi seperti Lynas dan apakah pelan pengurusan yang disediakan Kementerian untuk mengendalikan bahan sisa buangan syarikat berkenaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada masa ini, hanya Lynas Malaysia Sdn. Bhd. yang diberi lesen untuk menjalankan aktiviti pemprosesan unsur nadir bumi (REE) di negara ini. Syarikat ini beroperasi di Gebeng, Kuantan, Pahang. \n\n• Selain itu, sebuah syarikat lain telah diberikan kelulusan melaksanakan proof of concept (PoC) bagi pemprosesan nadir bumi di Perak. Projek PoC ini merupakan percubaan berskala kecil untuk menilai keberkesanan teknologi, keselamatan operasi dan kaedah pengurusan sisa sebelum dipertimbangkan bagi pelaksanaan secara komersial.\n\n• Keseluruhan rantaian aktiviti pemprosesan mineral tersebut termasuk pengurusan sisa tertakluk kepada skim pemprosesan mineral yang disediakan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016 namun pengurusan sisa yang dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 manakala sisa buangan yang melibatkan bahan radioaktif tertakluk kepada pelesenan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) yang ditadbir oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia). \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2939,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2939",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-13",
        "year": 2025,
        "no": "32",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah strategik Kementerian memastikan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 yang dijangka dipinda tahun 2026 akan melindungi biodiversiti unik Malaysia daripada risiko manipulasi genetik y...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah strategik Kementerian memastikan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 yang dijangka dipinda tahun 2026 akan melindungi biodiversiti unik Malaysia daripada risiko manipulasi genetik yang boleh merosakkan ekosistem dan ekonomi berasaskan alam semula jadi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Izinkan saya menjelaskan langkah-langkah strategik Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam memastikan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 ini benar-benar berperanan untuk melindungi biodiversiti unik Malaysia daripada risiko manipulasi genetik yang boleh menjejaskan ekosistem serta menimbulkan kerugian kepada ekonomi berasaskan sumber semula jadi.\n\n• Langkah strategik yang pertama adalah memperkukuhkan struktur tatakelola biokeselamatan Negara dengan penambahan wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK). Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepelbagaian biologi yang unik di kedua-dua negeri tersebut sebagai mewakili pandangan dan keperluan seluruh Negara. \n\n• Selain itu, langkah strategik kedua iaitu kewajipan pengisytiharan living modified organism (LMO) kepada Ketua Pengarah Biokeselamatan yang diperkenalkan melalui Seksyen 60A Akta Biokeselamatan yang baharu akan memastikan semua aktiviti kemasukan organisma diubah suai dan hasilannya yang masuk ke Negara di pintu-pintu sempadan Negara akan melalui proses dokumentasi secara telus. Mekanisme ini sekaligus meningkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan.\n\n• Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan fungsi penguatkuasaan di pintu masuk Negara. Selaras itu, cadangan pindaan akta juga turut menambah AKPS dalam senarai Pegawai Penguat Kuasa dalam Jadual Ketiga Akta Biokeselamatan 2007 berdasarkan peruntukan di Sekyen 38.\n\n• Langkah strategik keempat adalah mewujudkan peruntukan tanggungan dan ganti rugi melalui cadangan Seksyen 37A Akta Biokeselamatan. Melalui peruntukan baharu ini, mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian, kerosakan atau kesan buruk kepada kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi akibat aktiviti melibatkan LMO, boleh diarahkan untuk menanggung kos pemulihan atau membayar pampasan kepada pihak yang terkesan.\n\n• Pindaan akta ini juga turut memperkukuhkan aspek penilaian risiko. Jika sebelum ini laporan penilaian risiko dan pelan gerak balas kecemasan hanya diwajibkan untuk aktiviti pelepasan atau import, langkah strategik kelima oleh pihak Kementerian dalam pindaan kini mewajibkan penilaian risiko untuk aktiviti kegunaan terkawal di makmal penyelidikan atau fasiliti yang diluluskan. Ini adalah kerana, walaupun aktiviti tersebut dijalankan dalam ruang terkawal, potensi risiko tetap wujud sekiranya berlaku kebocoran atau kecuaian.\n\n• Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa pindaan Akta Biokeselamatan 2007 ini bukan semata-mata bersifat teknikal, tetapi merupakan satu langkah strategik Negara untuk memastikan bahawa pembangunan bioteknologi moden bergerak seiring dengan perlindungan alam sekitar dan kepelbagaian biologi. Dengan adanya pindaan ini, Malaysia dapat melaksanakan tanggungjawab antarabangsa, melindungi khazanah biodiversiti tempatan serta memastikan kesejahteraan ekonomi berasaskan sumber semula jadi terus terjamin untuk generasi akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2933,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2933",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-04",
        "year": 2025,
        "no": "33",
        "member": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali",
        "area": "Pekan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal (Early Warning System) dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana dan adakah Kementerian bercadang untuk me...",
        "question": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal (Early Warning System) dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana dan adakah Kementerian bercadang untuk menambah baik sistem ini melalui integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk liputan lebih menyeluruh terutamanya di kawasan pedalaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sistem amaran awal bencana di Malaysia ketika ini dilaksanakan secara bersepadu melalui kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sistem ini telah terbukti berkesan dalam memberi amaran awal berkaitan bencana seperti ribut petir, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, kepala air serta jerebu.\n\n• Daripada segi ekonomi, perbelanjaan yang dilakukan bagi mewujudkan sistem amaran awal berkaitan bencana akan mengurangkan risiko kerugian yang lebih besar. Laporan daripada Global Assessment Report on Disaster Risk Reduction oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) menyatakan bahawa setiap perbelanjaan bagi sistem amaran awal akan mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda sehingga hampir empat (4) kali ganda. Negara kita telah mengalami kerugian berjumlah RM0.9 billion pada tahun 2024 akibat bencana banjir dan merupakan peningkatan berbanding RM0.8 billion pada tahun sebelumnya. Usaha mewujudkan sistem amaran awal ini perlu dilaksanakan bagi memastikan kerugian ini dapat diminimumkan.\n\n• Kementerian juga menyedari bahawa keberkesanan sesuatu sistem bukan sahaja bergantung kepada ketepatan ramalan, tetapi juga kepada aspek capaian dan kelajuan penyampaian maklumat. Di kawasan bandar, penyampaian amaran melalui Laman Web, SMS, aplikasi mudah alih, media sosial dan siaran radio/televisyen adalah lebih pantas dan meluas. Tetapi, bagi kawasan pedalaman dan luar bandar, terdapat cabaran dari segi liputan telekomunikasi dan tahap kesedaran komuniti.\n\n• Sehubungan itu, kementerian melalui agensi-agensi teknikal kini sedang meneroka integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI), machine learning dan big data analytics dalam memperkukuh sistem ramalan dan amaran awal. Contohnya, MET Malaysia kini sedang melaksanakan Projek Peningkatan Sistem Ramalan Cuaca Numerikal (NWP) dengan mengadaptasi teknologi Sistem Komputer Berprestasi Tinggi (High Performance Computing (HPC)) yang terkini. Sistem ini akan membolehkan penjanaan produk-produk ramalan dihasilkan sehingga 14 hari ke hadapan dengan resolusi yang lebih tinggi pada 300 meter berbanding 1 kilometer sebelum ini bagi mendapatkan perincian yang lebih baik pada sesuatu kawasan yang dijangka mengalami bencana berkaitan cuaca.\n\n• Projek ini turut merangkumi penaiktarafan sistem penyampaian perkhidmatan meteorologi, termasuk pembangunan aplikasi mudah alih myCuaca 2.0 yang lebih dinamik dan berasaskan lokasi geografi pengguna. Melalui aplikasi ini, amaran cuaca buruk dapat disalurkan terus mengikut lokasi semasa pengguna, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat, khususnya di kawasan pedalaman.\n\n• Pada masa yang sama, MET Malaysia juga memperluaskan saluran penyampaian ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai medium termasuk media sosial rasmi (Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube), laman sesawang Jabatan serta media massa seperti televisyen dan radio bagi memastikan capaian maklumat yang lebih menyeluruh kepada rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2928,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2928",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-23",
        "year": 2025,
        "no": "37",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan cara dan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) dalam negara kita.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan cara dan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) dalam negara kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• E- sisa (e-waste) atau sisa elektrik dan elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).\n\n• Pelupusan e-sisa ini merupakan aktiviti yang perlu diuruskan secara teliti tanpa membawa sebarang kesan negatif kepada alam sekitar dan kehidupan.\n\n• Di Malaysia terdapat dua puluh (20) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya (Full Recovery Facility) bagi kod SW 110. Manakala sebanyak seratus lapan (108) premis yang menjalankan aktiviti Partial Recovery E-Waste di seluruh Negara.\n\n• Sehingga kini, teknologi pemerolehan kembali yang wujud di Malaysia bagi sisa elektronik (SW 110) boleh menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n• Precious Metal seperti emas dan perak;\n\n• Ferrous Metal seperti besi;\n\n• Non-Ferrous Metal seperti aluminium dan kuprum; \n\n• Plastik; dan\n\n• Ceramic.\n\n• Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, aktiviti pemerolehan kembali bagi sisa elektronik adalah satu inisiatif yang baik seiring dengan konsep ‘Ekonomi Kitaran’ bagi mengurangkan sisa dibuang ke alam sekitar dan seterusnya dapat mengurangkan impak pencemaran. Selain itu, ia juga boleh menjana pendapatan kepada industri dan juga kepada Negara khususnya. Manakala baki sisa yang tidak dapat diproses akan dilupuskan di Kemudahan Tapak Pelupusan Selamat.\n\n• Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya yang diterima pakai pada 22 Mac 1989 menetapkan supaya kemudahan rawatan dan pelupusan dapat dilakukan secara sistematik di dalam negara dengan menggunakan teknologi bersesuaian secara mesra alam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2946,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2946",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-11-25",
        "year": 2025,
        "no": "39",
        "member": "Dato Henry Sum Agong",
        "area": "Lawas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada garis persempadanan di antara negara Brunei Darussalam dan Sarawak di daerah Lawas (sempadan Temburong Brunei dan Mengkalap) telah ditentukan.",
        "question": "Dato Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada garis persempadanan di antara negara Brunei Darussalam dan Sarawak di daerah Lawas (sempadan Temburong Brunei dan Mengkalap) telah ditentukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat Malaysia - Brunei Darussalam dilaksanakan secara bersama oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam melalui platform Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat antara Malaysia dan Brunei Darussalam (Joint Technical Committee on the Demarcation and Survey of the Land Boundary between Malaysia and Brunei Darussalam - JTC). \n\n• Hasil kerja-kerja penandaan dan pengukuran ini kemudiannya dibentangkan dalam Jawatankuasa Bersama Persempadanan Darat antara Malaysia dan Brunei Darussalam (Malaysia - Brunei Darussalam Joint Land Boundary Committee - LBC) untuk disahkan, sebelum dimuktamadkan dalam Mesyuarat Pelaksanaan Exchange of Letters (EOL) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Negeri kedua-dua negara. \n\n• Jarak keseluruhan sempadan darat Malaysia - Brunei Darussalam dianggarkan sepanjang 528.45 km dan dibahagikan kepada sepuluh (10) sektor. Daripada jumlah tersebut, 214.638 km atau kira-kira 41% telah selesai ditanda dan diukur sehingga Oktober 2025. Kawasan Mengkalap di daerah Lawas, Sarawak yang bersempadan dengan kawasan Temburong, Brunei Darussalam terletak di Sektor K-L yang dianggarkan sepanjang 105.20 km. \n\n• Kerja-kerja penandaan dan pengukuran bagi sektor ini telah dimulakan pada tahun 2016 dan sebahagiannya telah siap pada tahun 2020 dengan jarak 39.883 km. Jajaran ini telah dimuktamadkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Fasa 1 yang telah dimeterai pada 26 Ogos 2024. Kerja-kerja penandaan dan pengukuran bagi baki Sektor K-L sepanjang kira-kira 65.317 km disasarkan untuk diselesaikan pada tahun 2028. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2951,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2951",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "39",
        "member": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj",
        "area": "Segamat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah strategi khusus yang sedang diambil oleh Kerajaan bagi pembinaan stesen seismik di Segamat untuk memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi susulan insiden bencana yang ber...",
        "question": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah strategi khusus yang sedang diambil oleh Kerajaan bagi pembinaan stesen seismik di Segamat untuk memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi susulan insiden bencana yang berlaku di Segamat pada Ogos 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada 24 Ogos 2025, Kerajaan melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah merangka beberapa langkah khusus bagi memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi di negara ini, khususnya di Semenanjung Malaysia iaitu:\n\n• Melalui Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan 1 (RMKe-13 RP1), MET Malaysia akan melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 yang melibatkan pengukuhan sebanyak dua belas (12) buah stesen seismik di seluruh negara.\n\n• Pembinaan dua (2) buah stesen seismik baharu di Segamat dan Muar, Johor serta menaiktaraf empat (4) buah stesen seismik sedia ada daripada jenis Strong Motion kepada Weak Motion di Johor. Langkah ini bertujuan meningkatkan keupayaan sistem dalam mengesan gempa bumi tempatan bermagnitud lemah.\n\n• Melaksanakan peningkatan keupayaan Sistem Pengesanan dan Pemprosesan Data SeisComP, dengan penekanan kepada modul pengesanan gempa bumi tempatan supaya kejadian gempa bumi berskala kecil dapat dikesan dengan lebih cepat dan tepat.\n\n• MET Malaysia sedang berusaha menyelaras usaha penyelidikan saintifik dan penilaian risiko gegaran akibat gempa bumi tempatan, melibatkan pelbagai agensi teknikal.\n\n• Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memastikan sistem pemantauan gempa bumi negara sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2916,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2916",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-06",
        "year": 2025,
        "no": "41",
        "member": "Tuan Riduan bin Rubin",
        "area": "Tenom",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah strategi komprehensif Kementerian mengurus risiko tanah runtuh di Sabah khususnya Tenom termasuk pengenalpastian lokasi berisiko melalui pemetaan GIS, pemantauan berterusan dengan...",
        "question": "Tuan Riduan bin Rubin [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah strategi komprehensif Kementerian mengurus risiko tanah runtuh di Sabah khususnya Tenom termasuk pengenalpastian lokasi berisiko melalui pemetaan GIS, pemantauan berterusan dengan sensor geoteknikal dan mitigasi bersepadu bagi melindungi komuniti, infrastruktur dan kesinambungan pembangunan sosioekonomi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Ketika ini belum terdapat projek khusus berkaitan cerun atau kajian geologi kejuruteraan dan tanah runtuh yang dijalankan oleh Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di daerah Tenom. Walau bagaimanapun, JMG telah melaksanakan beberapa projek utama berkaitan pengurusan risiko tanah runtuh di kawasan lain di Sabah, antaranya:\n\n• Pemetaan geologi terain telah dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, Tambunan, Lahad Datu dan Sandakan untuk menilai kestabilan cerun serta kesesuaian pembangunan;\n\n• Projek Penilaian Bahaya Risiko Cerun (PBRC) telah dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan untuk mengenal pasti cerun berisiko tinggi serta menyediakan asas kepada cadangan langkah mitigasi;\n\n• Projek Pemantauan Pergerakan Tanah sedang dilaksanakan di Kundasang, Ranau, melibatkan pemasangan sensor geoteknikal masa nyata bagi mengesan pergerakan cerun dan menyokong pembangunan sistem amaran awal tanah runtuh;\n\n• Sistem Amaran Awal (EWS) aliran puing sedang dilaksanakan di sekitar kawasan Gunung Kinabalu, khususnya di lembangan Sungai Kedamaian dan Sungai Mesilou, bagi mengesan aliran puing (debris flow) yang boleh mengancam keselamatan penduduk dan pelancong.\n\nSemua data yang diperolehi disepadukan ke dalam sistem geospatial NaTSIS dan MyGEMS bagi memberikan sokongan teknikal kepada agensi pelaksana serta pihak berkuasa tempatan dalam membuat keputusan pembangunan dan mitigasi.\n\n• Tumpuan kajian JMG yang dilaksanakan sehingga kini adalah di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, perbukitan curam serta dilintasi oleh sesar aktif. Justeru, daerah Tenom belum diberi keutamaan dalam fasa terdahulu. Namun demikian, Kementerian akan mempertimbangkan peluasan projek pemetaan cerun, pemantauan cerun dan PBRC serta sistem amaran awal ke daerah pedalaman termasuk Tenom secara berfasa mengikut tahap risiko bencana geologi dan keperluan keselamatan komuniti, demi melindungi kesinambungan pembangunan sosioekonomi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2917,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2917",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-06",
        "year": 2025,
        "no": "46",
        "member": "Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan",
        "area": "Tasek Gelugor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang diambil untuk menyelesaikan pencemaran asap di Taman Sepadu Jaya, Taman Tasek Gelugor Utama dan sekitarnya kerana penduduk di sini menghadapi masalah berganda akibat masalah...",
        "question": "Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang diambil untuk menyelesaikan pencemaran asap di Taman Sepadu Jaya, Taman Tasek Gelugor Utama dan sekitarnya kerana penduduk di sini menghadapi masalah berganda akibat masalah pencemaran kandang babi yang masih belum diselesaikan lagi dan sekarang masalah asap pula.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Hasil daripada siasatan dan pemantauan yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati isu pencemaran udara yang berlaku di Taman Sepadu Jaya, Pulau Pinang adalah disebabkan oleh pelepasan asap daripada cerobong kilang yang menghasilkan produk makanan iaitu Hong Soon Frozen Sdn. Bhd. yang beroperasi berhampiran Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. \n\n• Siasatan susulan telah dijalankan dan mendapati terdapat satu premis menggunakan satu (1) unit boiler sebagai alat pembakaran bahan api yang dilengkapi dengan dua (2) unit multi siklon sebagai Alat Kawalan Pencemaran Udara, namun alat pengukuran ketumpatan asap (Smoke Density Meter) tidak berfungsi serta gagal menjalankan percontohan cerobong (stack sampling) bagi pemantauan pelepasan.\n\n• Arahan serta merta telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk mengemukakan Pengisytiharan Bertulis bagi satu (1) unit boiler, dua (2) unit multi siklon dan satu (1) unit cerobong dan seterusnya mematuhi had pelepasan iaitu tidak melebihi 20% apabila diukur dengan transmissometer. Pihak premis juga perlu menjalankan pemantauan berkala iaitu percontohan cerobong bagi memastikan pelepasan mematuhi had yang ditetapkan. Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan kepada pihak premis pada 25 September 2025.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengambil serius aduan yang dikemukakan oleh orang awam dan sentiasa berusaha menyelesaikan isu pencemaran udara di seluruh Negara. Langkah-langkah proaktif yang diambil melalui JAS adalah merangkumi aspek perundangan, penguatkuasaan, pemantauan dan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti berikut:\n\n• melaksanakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di mana-mana premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974;\n\n• mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya;\n\n• menjalankan rondaan dan operasi penguatkuasaan secara berkala, terutamanya ke atas premis yang berpotensi menyebabkan pencemaran;\n\n• melaksanakan operasi bersepadu dengan pelbagai Agensi Kerajaan lain bagi membendung kes-kes pencemaran; dan\n\n• menggalakkan orang awam untuk melaporkan sebarang kes pencemaran kepada JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Sistem e-Aduan dalam talian di https://eaduan.doe.gov.my.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2920,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2920",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-09",
        "year": 2025,
        "no": "46",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan bentuk perlindungan kepada : • pembeli rumah strata apabila pihak pemaju gagal memohon hak milik strata dalam tempoh ditetapkan undang-undang; dan • pemilik petak terjejas akibat kegagal...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bentuk perlindungan kepada :\n\n• pembeli rumah strata apabila pihak pemaju gagal memohon hak milik strata dalam tempoh ditetapkan undang-undang; dan\n\n• pemilik petak terjejas akibat kegagalan pihak pemaju mengeluarkan hakmilik strata termasuk isu status hakmilik tanah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] menyatakan tanggungjawab pemilik asal tanah atau pihak pemaju untuk memohon pecah bahagi bangunan atau tanah.\n\n• Selaras dengan Subsekyen 8(1) Akta 318 telah menyatakan secara jelas hal keadaan di mana pemilik asal tanah atau pihak pemaju wajib memohon pecah bahagi bangunan atau tanah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah subseksyen 8(2) dan 8(3) Akta 318.\n\n• Bagi melindungi pembeli rumah strata, pemilik asal tanah atau pemaju yang akan gagal memohon pecah bahagi bangunan bagi tujuan pengeluaran hakmilik strata boleh dikenakan denda di bawah subseksyen 8(8) Akta 318 seperti berikut:\n\n• denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya; dan\n\n• bagi kesalahan berterusan, dikenakan denda selanjutnya tidak kurang daripada RM100 tetapi tidak lebih daripada RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.\n\n• Akta 318 ini memberi tanggungjawab dan mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas pemaju bagi memastikan pendaftaran hak milik strata untuk menjamin pemilikan ke atas pembeli rumah strata.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2924,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2924",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-10-15",
        "year": 2025,
        "no": "46",
        "member": "Tuan Sim Tze Tzin",
        "area": "Bayan Baru",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam memajukan sektor critical mineral dan rare earth terutamanya berhadapan dengan Kerajaan Negeri. Bagaimanakah Kerajaan menangani masalah penye...",
        "question": "Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam memajukan sektor critical mineral dan rare earth terutamanya berhadapan dengan Kerajaan Negeri. Bagaimanakah Kerajaan menangani masalah penyeludupan rare earth, nyatakan jumlah tan metrik yang berjaya disekat oleh pihak berkuasa pada 2024 dan 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan komited bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan sektor mineral kritikal dan unsur nadir bumi (REE) dilaksanakan secara bertanggungjawab serta mampan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar moratorium eksport REE mentah sejak 2023 menimbulkan cabaran kepada negeri kerana aktiviti perlombongan tidak dapat menjana pulangan segera. Dasar ini digubal bagi mengelakkan eksploitasi sumber secara mentah tanpa nilai tambah dan sebaliknya menggalakkan pembangunan penuh rantaian industri dalam negara.\n\n• Selain itu, pembangunan sektor REE turut berdepan cabaran dari segi ketersediaan teknologi pemprosesan dalam negara. Malaysia masih belum mempunyai loji pemprosesan tempatan yang mampu mengasingkan unsur REE bernilai tinggi. Ketika ini, China menguasai hampir keseluruhan rantaian nilai global REE termasuk pemprosesan dan telah mengenakan larangan eksport teknologi bagi mengekalkan dominasi tersebut. Keadaan ini menyebabkan Malaysia terpaksa mempertimbangkan rundingan dengan syarikat seperti Lynas untuk memproses sumber mentah REE tempatan, di samping meneruskan usaha menjalin kerjasama teknologi dengan China. Dalam masa yang sama, Kerajaan turut memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti dan kepakaran tempatan.\n\n• Selain itu, isu yang dihadapi dalam pembangunan industri ini adalah dasar sedia ada yang masih kekal tidak membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan rizab perlindungan. Pihak negeri membangkitkan supaya penilaian semula dibuat terhadap dasar ini. Di pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), bagi menilai secara saintifik kebolehlaksanaan perlombongan di kawasan hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah diminta menjalankan kajian komprehensif selama lima tahun dan hasil kajian ini akan menjadi asas pertimbangan Kerajaan dalam sebarang keputusan dasar berkaitan aktiviti perlombongan di HSK.\n\n• Berhubung dengan isu penyeludupan sumber yang dibangkitkan, Kementerian memandang serius isu pencerobohan tanah Kerajaan dan aktiviti perlombongan haram yang boleh menjejaskan hasil negara serta kelestarian alam sekitar. Dari sudut perundangan, NRES melalui JMG menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] bagi operasi di atas tenemen yang sah, manakala perlombongan haram tanpa lesen tertakluk kepada bidang kuasa Negeri melalui Enakmen Mineral Negeri (EMN).\n\n• Dalam hal ini, Kerajaan telah mengaktifkan dua platform penguatkuasaan utama iaitu Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan Operasi Bersepadu Intra-Inter Agensi bagi menangani isu penyeludupan REE. OBK diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) manakala Operasi Intra-Inter Agensi yang diselaras oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), PDRM. Kedua-dua operasi ini menyatukan kepakaran dan aset pelbagai agensi Persekutuan serta negeri bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan, mengelakkan ketirisan hasil mineral dan termasuklah membanteras aktiviti perlombongan haram.\n\n• Berdasarkan rekod, jumlah rampasan penyeludupan REE yang berjaya disekat pada tahun 2024 dan 2025 adalah sebanyak 39 tan metrik, melibatkan kes di Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2952,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2952",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2025-12-01",
        "year": 2025,
        "no": "48",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan keberhasilan Pelan Induk Teknologi Hijau Negara (GTMP) setakat ini dan bagaimana dasar baharu RMK13 akan memastikan sektor teknologi hijau berkembang dengan tadbir urus yang telus serta ...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan keberhasilan Pelan Induk Teknologi Hijau Negara (GTMP) setakat ini dan bagaimana dasar baharu RMK13 akan memastikan sektor teknologi hijau berkembang dengan tadbir urus yang telus serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Pelan Induk Teknologi Hijau Negara (GTMP) telah memperkukuh ekosistem industri hijau dengan menjadi rujukan utama pembangunan sektor teknologi hijau negara. Sehingga kini, GTMP telah mencatat beberapa pencapaian penting, antaranya: \n\n• Menjadi pemangkin pelaksanaan beberapa dasar dan inisiatif hijau utama negara seperti Perolehan Hijau Kerajaan atau Government Green Procurement (GGP), pemberian insentif untuk perusahaan hijau seperti pelepasan dan pengecualian cukai (Green Investment Tax Allowance – GITA; Green Investment Tax Exemption - GITE) dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (Green Technology Funding Scheme - GTFS), serta pelabelan produk melalui MyHIJAU Mark;\n\n• Menyumbang kepada peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu dalam sektor tenaga tempatan dan pengurusan sisa, pengangkutan rendah karbon dan pembangunan bangunan hijau dalam bidang pembangunan bandar dan kerajaan tempatan;\n\n• Mengukuhkan ekosistem industri hijau negara dengan melibatkan lebih 2,000 syarikat dalam pelbagai subsektor. Setakat tahun 2024 sahaja, terdapat lebih 2,643 syarikat & 18,163 produk dan perkhidmatan yang diperakui melalui MyHIJAU Directory; dan\n\n• Mencapai komitmen Kerajaan untuk membawa masuk pelaburan hijau menerusi penganjuran International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM), satu acara tahunan terbesar bagi teknologi dan perdagangan hijau di rantau ini. Sepanjang 15 tahun IGEM dilaksanakan, pameran perdagangan, seminar perkongsian dan pemeteraian perjanjian perniagaan di dalamnya menjadi salah satu platform menjana peluang pekerjaan hijau berpendapatan tinggi dan pembangunan kepakaran tempatan untuk pemain industri Malaysia, dengan angka pencapaian yang semakin meningkat tahun demi tahun. Untuk konteks, laporan rasmi daripada pihak MIDA menyatakan sejak 2010 statistik kumulatif potensi pelaburan dan perniagaan (business leads) yang dijana IGEM telah mencecah RM53.1 bilion manakala untuk tahun lalu sahaja IGEM 2024 telah melebihi sasaran dengan mencapai RM10.182 bilion dalam business leads.\n\n• Bagi memastikan kesinambungan dan pengukuhan dasar, RMK-13 akan memperkenalkan pendekatan yang lebih strategik untuk mengarusperdanakan teknologi hijau dengan penekanan pengukuhan rangka kerja perundangan dan kawal selia kepada:\n\n• Tadbir urus yang telus dan berkesan melalui penubuhan institusi khusus di bawah Rang Undang-Undang Perubahan Iklim (RUUPIN) bagi menyelaras pelaksanaan agenda hijau, termasuk permulaan infrastruktur pasaran dan percukaian karbon negara;\n\n• Manfaat langsung kepada rakyat melalui perluasan amalan gaya hidup hijau, perolehan Kerajaan untuk menyokong permintaan domestik terhadap produk hijau melalui GGP, pemerkasaan komuniti bandar rendah karbon, perluasan akses kepada insentif tenaga boleh baharu (contohnya Net Energy Metering dan Solar for Rakyat dikelola PETRA) serta program peningkatan kapasiti ke arah pekerjaan hijau bagi menjana pekerjaan berpendapatan tinggi; dan\n\n• Peningkatan daya saing global dengan menyokong syarikat tempatan menembusi pasaran antarabangsa melalui pengiktirafan piawaian produk hijau Malaysia di peringkat global.\n\n• Tuan Yang di-Pertua, dengan kesinambungan daripada GTMP kepada dasar baharu di bawah RMK-13, Kerajaan yakin sektor teknologi hijau akan terus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi baharu yang bukan sahaja menyokong agenda perubahan iklim negara, malah memastikan kesejahteraan rakyat melalui peluang pekerjaan, penjimatan kos tenaga, gaya hidup dan kualiti alam sekitar yang lebih baik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2873,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2873",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-18",
        "year": 2025,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status kajian untuk membenarkan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) serta garis masa untuk kajian dimuktamadkan.",
        "question": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status kajian untuk membenarkan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) serta garis masa untuk kajian dimuktamadkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi menilai kebolehlaksanaan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (Rare Earth Elements – REE) secara bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah bersetuju supaya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melaksanakan kajian impak aktiviti perlombongan di kawasan berkenaan. Kajian ini bertujuan menyediakan asas saintifik dan teknikal bagi pertimbangan dasar berkaitan larangan perlombongan di HSK, Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan kawasan rizab perlindungan. \n\n• Pelaksanaan kajian ini dirancang secara berfasa dalam tempoh lima tahun melibatkan fasa pra-perlombongan (2024–2025), semasa perlombongan (2026–2027) dan pasca perlombongan (2028–2029). Ia turut melibatkan kerjasama agensi teknikal seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan PLANMalaysia. Komponen kajian meliputi enam aspek utama iaitu hidrologi, tanah, flora, fauna, stok karbon dan sosio-ekonomi.\n\n• Di samping itu, FRIM turut menjalankan kajian jangka pendek pada tahun 2024 di kawasan ladang getah di Mukim Kenering, Perak yang menggunakan kaedah perlombongan larut lesap (in-situ leaching). Berdasarkan laporan kajian awalan tersebut, ia boleh dirumuskan bahawa aktiviti perlombongan REE hanya memberi impak negatif yang minima sekiranya dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan. \n\n• Pengumpulan data ulangan bagi tahun 2025 sedang dilaksanakan bagi membandingkan dapatan awalan dan terkini. Aktiviti ini dijangka selesai pada September 2025 bagi tujuan pelaporan pada Oktober 2025. Walau bagaimanapun, FRIM masih perlu menilai impak perlombongan di kawasan hutan asli sebelum merumuskan kajian secara keseluruhan.\n\n• Sebarang keputusan dasar berkaitan aktiviti perlombongan di HSK hanya akan dipertimbangkan selepas kajian oleh pihak FRIM ini dimuktamadkan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2879,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2879",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "3",
        "member": "Tuan Chong Zhemin",
        "area": "Kampar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kawasan hutan simpan yang telah dinyahwartakan sejak 2018 hingga kini di negeri Perak.",
        "question": "Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah kawasan hutan simpan yang telah dinyahwartakan sejak 2018 hingga kini di negeri Perak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBerdasarkan rekod daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, jumlah pewartaan keluar hutan simpanan kekal (HSK) di negeri Perak pada tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak 13,402.13 hektar.\n\nPewartaan keluar ini, antaranya melibatkan keperluan kawasan untuk tujuan pertanian, penempatan orang asli, pembinaan lebuhraya dan pembinaan utiliti lain seperti kawasan janakuasa.\n\nNamun begitu, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak secara aktif giat melaksanakan pewartaan semula bagi menggantikan kawasan yang telah dinyahwarta tersebut. Sehingga tahun 2024, jumlah keluasan kawasan HSK yang telah diwarta semula di negeri Perak adalah sebanyak 6,149.71 hektar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2851,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2851",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "4",
        "member": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad",
        "area": "Kepala Batas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan : • perincikan jumlah tanah milikan Kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang; dan • apakah tindakan kepada pihak penceroboh dan adakah terdapat ra...",
        "question": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• perincikan jumlah tanah milikan Kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang; dan\n\n• apakah tindakan kepada pihak penceroboh dan adakah terdapat rancangan pembangunan tanah milikan Kerajaan Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a) \n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), terdapat 465 pencerobohan di atas tanah milik Persekutuan dari tahun 2015 hingga Mei 2025. Berdasarkan aduan pencerobohan yang diterima di Pulau Pinang, didapati terdapat sebanyak 18 pencerobohan melibatkan kawasan tanah milik Persekutuan. \n\nSoalan (b)\n\n• Seterusnya mengenai tindakan kepada pencerobohan,agi Antara tindakan JKPTG bagi masalah pencerobohan tanah milik Persekutuan adalah seperti berikut:-\n\n• melaksanakan penyelarasan bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan dan Kementerian/ Jabatan Pengguna (KJP). Dalam hal ini, notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akan dikeluarkan kepada penceroboh bagi tujuan pengosongan tapak. Seterusnya, KJP di atas tanah tersebut hendaklah mengambil tindakan mengawal bagi mengelakkan pencerobohan berulang;\n\n• memberi peringatan kepada KJP untuk mengawal tanah di bawah kegunaan masing-masing selaras dengan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2008. Ini termasuklah dengan memberi keutamaan untuk membangunkan tanah-tanah yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia; dan\n\n• melaksanakan kaedah tukar guna kepada Kementerian/agensi Persekutuan lain yang memerlukan serta pelaksanaan kaedah sewa dan pajakan tanah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2858,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2858",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-31",
        "year": 2025,
        "no": "4",
        "member": "Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim",
        "area": "Gua Musang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian dalam menangani konflik haiwan dan manusia dan menangani peningkatan kes gangguan hidupan liar di Gua Musang.",
        "question": "Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian dalam menangani konflik haiwan dan manusia dan menangani peningkatan kes gangguan hidupan liar di Gua Musang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai tindakan mitigasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam menangani konflik manusia dan hidupan liar yang berlaku termasuk gangguan hidupan liar di Gua Musang termasuk membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal sepanjang 5.0 km di Kampung Orang Asli Pos Pasik dan Kampung Orang Asli Pos Aring 5 serta memasang sebanyak 45 unit perangkap hidupan liar.\n\n• Jabatan PERHILITAN juga telah melaksanakan Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEGKOM) sepanjang 1.6 kilometer di Ladang Subong dengan kos sebanyak RM50,000. Ini merupakan projek komuniti yang pertama di Kelantan yang memberi manfaat kepada lebih daripada 3,500 penduduk kampung yang tinggal di beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Subong, Kampung Sungai Terah, Kampung Awek dan Kampung Kundur.\n\n• Dari aspek perancangan jangka panjang pula, antara tindakan yang akan diberi penekanan oleh Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut: \n\n• membina lebih banyak Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal, meningkatkan pengurusannya dan menggalakkan penglibatan penduduk kampung dalam Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah;\n\n• meningkatkan pelaksanaan kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik;\n\n• meningkatkan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan tanah di habitat hidupan liar serta pengurusan konflik hidupan liar sebagai mitigasi dengan komuniti setempat mengenai pengurusan konflik manusia dan hidupan liar serta mengetengahkan peranan dalam kewujudan bersama (coexist);\n\n• menggalakkan penternak haiwan membina kurungan ternakan dengan lebih kukuh dan menguruskan haiwan ternakan dengan lebih sistematik dan bertanggungjawab; dan\n\n• melaksanakan tindakan-tindakan yang digariskan oleh Malayan Tiger Crisis Action Plan 2021-2030 (MTCAP) dan .National Elephant Conservation Action Plan 2023-2030 (NECAP 2.0) bagi pengurusan Harimau Malaya dan Gajah Asia yang lebih menyeluruh.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2869,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2869",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-12",
        "year": 2025,
        "no": "5",
        "member": "Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan",
        "area": "Kuala Pilah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif dan langkah terkini Kementerian dalam melindungi dan memelihara haiwan liar di Malaysia serta sejauh mana kerjasama dengan agensi Kerajaan lain dan badan bukan kerajaan (NGO) y...",
        "question": "Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [ Kuala Pilah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan inisiatif dan langkah terkini Kementerian dalam melindungi dan memelihara haiwan liar di Malaysia serta sejauh mana kerjasama dengan agensi Kerajaan lain dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dalam usaha ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memulihara khazanah hidupan liar negara antara lain seperti berikut:\n\n• pelaksanaan Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) melibatkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan pelantikan Renjer Komuniti bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di kawasan hotspot dalam kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia termasuk Taman Negara, Rizab Hidupan Liar (RHL), Taman-taman Negeri, Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tapak Ramsar;\n\n• pelaksanaan Wildlife Management Plan (WMP) dan Wildlife Impact Study (WIS) di dalam Environmental Impact Assessment (EIA) bagi mengenal pasti impak dan tindakan mitigasi akibat pembangunan yang melibatkan habitat hidupan liar;\n\n• pelaksanaan Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi membantu usaha pemuliharaan Harimau Malaya; dan\n\n• pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dalam bidang penyelidikan, latihan kakitangan dan program kesedaran awam.\n\n• Pelaksanaan inisiatif ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui usaha-usaha berikut:\n\n• pelaksanaan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey - NTS1) oleh World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung) dan Wildlife Conservation and Science Malaysia (WCS) pada tahun 2016 hingga 2020 di landskap hutan-hutan Central Forest Spine (CFS) Semenanjung Malaysia;\n\n• pelaksanaan survei hidupan liar terancam di dalam dan luar Taman Negara – Banjaran Titiwangsa (TNBT) oleh WWF Malaysia, Pelindung, WCS dan Panthera Malaysia;\n\n• bantuan dana dalam usaha konservasi Harimau Malaya dan hidupan liar lain oleh pihak swasta dan NGO seperti Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dan Tenaga Nasional Berhad;\n\n• pembanterasan pencerobohan dan pemburuan haram hidupan liar dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Perbadanan Taman Negara Johor, Perbadanan Taman Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Pahang, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan pihak berkuasa negeri di bawah inisiatif OBK; dan\n\n• pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Jabatan PERHILITAN dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kerjasama strategik bersama NGO seperti RIMAU bagi tujuan memperhebatkan promosi dan kesedaran awam berkaitan usaha konservasi Harimau Malaya melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2848,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2848",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-22",
        "year": 2025,
        "no": "7",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) pendirian Malaysia dalam forum antarabangsa untuk menangani isu pemindahan sisa plastik dari negara maju ke negara membangun atau penjajahan sisa; dan (b) adakah Malaysia bercadang...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) pendirian Malaysia dalam forum antarabangsa untuk menangani isu pemindahan sisa plastik dari negara maju ke negara membangun atau penjajahan sisa; dan\n(b) adakah Malaysia bercadang menggesa sekatan eksport sisa plastik oleh negara bukan OECD seperti yang dilakukan Kesatuan Eropah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi perhatian serius mengenai isu pergerakan sisa plastik rentas sempadan yang tidak terkawal atau tanpa kelulusan sah yang sering dilihat sebagai sejenis \"penjajahan sisa\". \n\nSoalan (a)\n\n(i) Pendirian Malaysia adalah selaras dengan ketetapan Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya, khususnya pindaan Konvensyen Basel yang berkuatkuasa pada Januari 2021. Pindaan ini menghendaki proses Prior Informed Consent (PIC) bagi pergerakan rentas sempadan sisa plastik. Ini adalah langkah kritikal bagi mencegah sisa plastik yang tidak diingini dieksport ke negara membangun dengan kapasiti pengurusan sisa yang terhad. \n\n(ii) Bermula pada 1 Julai 2025, pengimportan sisa plastik ke Malaysia telah diperketatkan dan dikawal selia oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan tertakluk kepada pengeluaran Certificate of Approval (COA) oleh SIRIM selaras dengan Jadual Keempat, dalam Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2025. \n\nSoalan (b)\n\n(i) MITI juga membuat ketetapan mengenai pendirian Malaysia bagi Customs (Prohibition of Imports) (Amendment) Order 2025 yang akan dikuatkuasakan melalui SIRIM Berhad.\n\n(ii) Malaysia tidak bercadang untuk mengenakan sekatan eksport sisa plastik ke atas mana-mana negara secara khusus. Malah, Kerajaan telah bersetuju supaya import sisa plastik untuk keperluan industri tempatan diteruskan tertakluk kepada pelaksanaan mekanisme pengimportan yang lebih sistematik dan penilaian saksama.\n\n(iii) Berkuat kuasa 1 Julai 2025, semua pengimportan sisa plastik di bawah kod tarif HS 39.15 adalah tertakluk kepada kelulusan Certificate of Approval (COA) yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS, sebuah agensi di bawah MITI selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2025. Ini adalah bagi menggantikan keperluan syarat Approved Permit (AP) di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sebelum ini. Pengukuhan mekanisme pengimportan ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dipersetujui pada 8 Januari 2025 bertujuan menyelaras kawalan import bagi kesemua kategori sisa industri seperti sisa plastik, besi dan kertas di bawah satu bumbung iaitu SIRIM QAS.\n\n(iv) Antara penambahbaikan kawalan import adalah membenarkan import sisa plastik dari negara yang telah meratifikasi Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and their Disposal di bawah Konvensyen Basel. Penambahbaikan ini membolehkan Malaysia menghantar semula import sisa yang tidak mematuhi syarat ke negara asal dengan segala kos penghantaran balik akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengilang melalui Jaminan Bank. Malaysia meratifikasi dan menjadi ahli kepada Konvensyen Basel sejak dari tahun 1993.\n\n(v) Pendekatan ini adalah bersifat holistik dan tidak menyasarkan mana-mana negara secara khusus. Sebaliknya, ia bertujuan untuk memastikan pengimportan sisa plastik dan lain-lain sisa untuk tujuan pengeluaran dijalankan dengan lebih telus. Ia seiring dengan komitmen Negara ke arah pelepasan karbon sifar bersih atau net-zero emissions 2050 dan dasar-dasar berkaitan termasuk New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan Blueprint Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal Malaysia 2025-2035.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2863,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2863",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-06",
        "year": 2025,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Haji Onn bin Abu Bakar",
        "area": "Batu Pahat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah dasar jangka panjang Kementerian dalam pengurusan sumber air bawah tanah serta potensi penggunaannya secara mampan dalam sektor industri seperti Pusat Data dan sektor pertanian.",
        "question": "Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah dasar jangka panjang Kementerian dalam pengurusan sumber air bawah tanah serta potensi penggunaannya secara mampan dalam sektor industri seperti Pusat Data dan sektor pertanian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nDasar Jangka Panjang Kementerian Dalam Pengurusan Sumber Air Bawah Tanah\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berperanan sebagai agensi tunggak di bawah Pelan Haja Tuju Transformasi Air 2040 (AIR2040) bagi pengurusan air bawah tanah. Pelan ini mengunjurkan sasaran penggunaan air bawah tanah sebanyak 20% di Malaysia menjelang 2035.\n\n• Bagi mencapai sasaran ini, antara strategi yang sedang dan akan diambil adalah :\n\n• Melaksanakan Pemetaan dan Penilaian Sumber Air Bawah Tanah (PABT) di seluruh negara di mana pada ketika ini sedang dijalankan di tiga (3) buah negeri iaitu di Kedah, Melaka dan Pantai Barat Sabah. Manakala bagi negeri-negeri lain akan dimohon menerusi peruntukan RMKe-13. Penggunaan teknologi terkini seperti survei awangan (airborne survey) serta lain-lain teknologi moden lain sedang dalam perancangan bagi mempercepatkan pemetaan dan penilaian sumber air bawah tanah di seluruh negara; \n\n• Memperkukuh dasar dan perundangan menerusi:\n\n• penggubalan Rang Undang-Undang Survei Geologi dan Geosains (RUU SGG) bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974, di mana peruntukan dan peraturan berkaitan air bawah tanah akan ditambah baik;\n\n• penyediaan Pelan Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah yang akan menjadi dokumen rujukan utama bagi pembangunan air bawah tanah di Malaysia serta mengarusperdanakan sumber air bawah tanah sebagai sumber alternatif dan strategik; dan \n\n• Memperkasakan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) sebagai pusat rujukan data berkaitan air bawah tanah kepada semua pemain industri dan individu yang berhasrat untuk membangunkan air bawah tanah.\n\nPotensi Penggunaan Air Bawah Tanah Secara Mampan Dalam Sektor Industri Seperti Pusat Data Dan Sektor Pertanian\n\n• Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), sebanyak 5,000 billion meter padu sumber air bawah tanah dalam negara berpotensi untuk dimajukan di dalam pelbagai sektor seperti pusat data, pertanian, domestik, industri dan lain-lain. Pemetaan dan penilaian sumber air bawah tanah yang sedang dilaksanakan dapat mengenalpasti medan telaga serta zon imbuhan air bawah tanah antaranya bagi memenuhi keperluan industri dan pertanian.\n\n• Bagi memastikan penggunaan sumber air bawah tanah secara mampan, JMG melaksanakan pemantauan berkala secara manual serta pemantauan secara real-time bagi mengesan perubahan kualiti dan paras air bawah tanah yang mendadak terutamanya semasa menghadapi perubahan iklim serantau (global climate change).\n\n• Kementerian melalui JMG juga turut bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Air Negeri bagi memantau dan menguatkuasa permohonan lesen abstraksi air bawah tanah bagi memastikan pembinaan telaga dan pengabstrakan air bawah tanah adalah mengikut garis panduan sedia ada. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2874,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2874",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-18",
        "year": 2025,
        "no": "19",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : • apakah garis masa cadangan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]; dan • adakah polisi bio keselamatan kita mampu mengawal teknologi baru seperti CRISPR, GMOs, dan bioteknologi ...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• apakah garis masa cadangan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]; dan\n\n• adakah polisi bio keselamatan kita mampu mengawal teknologi baru seperti CRISPR, GMOs, dan bioteknologi industri memandangkan teknologi berkembang lebih cepat daripada dasar.",
        "answer": "Soalan (a)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] telah diwartakan pada 30 Ogos 2007 dan agensi bertanggungjawab untuk mengawal selia akta ini ialah Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).\n\n• Semenjak akta ini dikuatkuasakan pada tahun 2007 serta mengambil kira perkembangan semasa dalam bidang bioteknologi, saya berpandangan adalah wajar untuk membuat semakan dan pindaan terhadap akta tersebut supaya ia terus kekal relevan.\n\n• Dalam hal ini, pindaan Akta Biokeselamatan 2007 ini dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen seawal pertengahan tahun 2026 dengan mengambil kira proses-proses yang perlu dilibatkan termasuk pandangan dan maklum balas pihak-pihak berkepentingan. \n\n• Ini penting bagi memastikan pindaan akta ini adalah komprehensif dan berkesan dalam melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.\n\nSoalan (b) \n\n• Organisma Diubah Suai Genetik (GMO) adalah organisma (bakteria, tumbuhan atau haiwan) yang telah diubah jujukan gen menggunakan kaedah bioteknologi moden (untuk penghasilan organisma dengan ciri-ciri baharu). Sebagai contoh, jagung yang tidak dimakan serangga perosak (pest resistant). \n\n• Berdasarkan kepada dasar sedia ada yang merangkumi aspek perundangan, piawaian teknikal dan kerangka institusi yang teratur, Malaysia mempunyai keupayaan yang jelas dalam mengawal dan menyesuaikan diri dengan kemunculan teknologi baharu dalam bidang bioteknologi seperti CRISPR, GMO serta bioteknologi industri yang semakin berkembang pesat.\n\n• Malaysia menganggotai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity) sejak tahun 1994 dan merupakan anggota kepada Protokol Cartagena Mengenai Biokeselamatan (Cartagena Protocol on Biosafety) sejak tahun 2003. Dalam hal ini, selaku parti kepada kedua-dua konvensyen dan protokol di peringkat global, Negara kita sentiasa memberikan kerjasama dan menggubal polisi bagi pemakaian dalam Negara ke arah mematuhi konvensyen dan protokol. Komitmen terhadap konvensyen dan protokol antarabangsa ini membolehkan Negara sentiasa mengikuti perkembangan semasa, perbincangan teknikal dan garis panduan terkini berkaitan teknologi bioteknologi moden termasuk teknologi baharu seperti CRISPR dan bioteknologi industri. \n\n• Malaysia mempunyai Akta Biokeselamatan 2007 yang mengawal selia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup dan pelepasan hasilan organisma sedemikian dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekitar dan kepelbagaian biologi. Akta ini penting bagi memastikan tanaman GMO atau produk berasaskan GMO yang memasuki pasaran adalah selamat bagi manusia dan alam sekitar. \n\n• Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) selaku pembuat keputusan berhubung permohonan melibatkan GMO serta hasilannya mempunyai tata kelola yang berstruktur. Sebelum membuat sesuatu keputusan, LBK akan mendapatkan nasihat teknikal daripada Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) dan Jawatankuasa Kecil di bawah GMAC. Selain itu, sekiranya permohonan GMO serta hasilannya mempunyai kesan terhadap aspek sosioekonomi persekitaran, maka LBK akan mendapatkan nasihat daripada Jawatankuasa Penilaian Sosioekonomi (JPSE).\n\n• Selain itu, Kementerian melalui JBK telah mengambil tindakan proaktif dalam merangka strategi penguatkuasaan dan pelaksanaan Akta Biokeselamatan 2007. Strategi penguatkuasaan ini direalisasikan melalui kerjasama strategik dengan sembilan (9) agensi penguat kuasa di bawah Jadual Ketiga, Akta 678. \n\n• JBK juga terlibat dengan pembangunan kapasiti untuk memahami isu yang berbangkit dengan penggunaan teknologi penyuntingan genetik bersama pakar daripada Negara luar termasuk yang telah mempunyai prosedur yang boleh diguna pakai seperti Negara Argentina dan Filipina. Pegawai di JBK juga didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa dengan menghadiri kursus dan latihan berkaitan di luar Negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2877,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2877",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-21",
        "year": 2025,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli",
        "area": "Dungun",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan kriteria yang melayakkan pampasan diberikan kepada Kerajaan-Kerajaan negeri untuk tanah negeri yang diambil Kerajaan untuk projek Persekutuan seperti pembinaan sekolah dan lebuh raya.",
        "question": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kriteria yang melayakkan pampasan diberikan kepada Kerajaan-Kerajaan negeri untuk tanah negeri yang diambil Kerajaan untuk projek Persekutuan seperti pembinaan sekolah dan lebuh raya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di atas tanah Kerajaan negeri akan dilaksanakan melalui permohonan pemberimilikan. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan memperolehi bayaran premium dan cukai tanah sepertimana yang telah diputuskan dalam Majlis Tanah Negara. Penetapan kadar premium yang dipersetujui di bawah Majlis Tanah Negara Ke-49 adalah seperti berikut:\n\n• projek yang memberi faedah penuh kepada kerajaan negeri, kadar premium adalah tidak melebihi 1/4 daripada harga pasaran;\n\n• projek yang memberi faedah bersama kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri, kadar premium adalah tidak melebihi ½ daripada harga pasaran; dan \n\n• projek yang memberi faedah penuh kepada Kerajaan Persekutuan sahaja, kadar premium adalah mengikut harga pasaran.\n\nManakala bagi penetapan kadar cukai telah dipersetujui berdasarkan Majlis Tanah Negara Ke-53 seperti berikut; \n\n• projek yang memberi faedah penuh kepada kerajaan negeri, kadar cukai tidak melebihi 25% daripada kadar ditetapkan dalam Kaedah Tanah Negeri berasaskan maksud sebenar penggunaan tanah;\n\n• projek yang memberi faedah bersama kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri, kadar cukai tidak melebihi 50% daripada kadar ditetapkan dalam Kaedah Tanah Negeri berasaskan maksud sebenar penggunaan tanah; dan\n\n• projek yang memberi faedah penuh kepada Kerajaan Persekutuan sahaja atau komersial, kadar cukai tidak melebihi kadar sebenar yang ditetapkan dalam Kaedah Tanah Negeri berasaskan maksud sebenar penggunaan tanah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2880,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2880",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "19",
        "member": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pelaksanaan Garis Panduan Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan-Radioaktif (NR-REE) yang diumumkan oleh Kerajaan serta tahap pematuhan negeri-negeri terhadap garis panduan t...",
        "question": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pelaksanaan Garis Panduan Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan-Radioaktif (NR-REE) yang diumumkan oleh Kerajaan serta tahap pematuhan negeri-negeri terhadap garis panduan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE di Malaysia disediakan berpandukan kepada SOP Perlombongan REE Negeri Perak yang telah disediakan lebih awal bagi mengawal selia pembangunan Projek Perintis Perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. SOP ini telah melalui sesi libat urus dengan pihak kerajaan negeri dan diluluskan Majlis Mineral Negara (MMN) pada 8 Mei 2023. Jabatan Mineral dan Geosains berperanan sebagai agensi utama dalam memantau pematuhannya.\n\n• SOP tersebut memberi panduan lengkap dari aspek teknikal, pematuhan alam sekitar, pemulihan kawasan lombong serta kawal selia pengeksportan. Melalui surat edarannya kepada semua kerajaan negeri bertarikh 20 Disember 2023, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan bahawa ia merupakan dokumen prosedur umum yang merangkumkan akta dan perundangan berkaitan. Pihak kerajaan negeri telah diminta membangunkan dokumen SOP mengikut kesesuaian perundangan di negeri masing-masing berdasarkan SOP tersebut.\n\n• Prosedur yang terkandung dalam SOP tersebut merangkumi aktiviti pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan, termasuk keperluan kelulusan Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum permohonan Skim Pengoperasian Lombong (OMS) boleh dipertimbangkan. Pelaksanaan pemulihan secara progresif sepanjang tempoh perlombongan serta tindakan pemuliharaan menyeluruh selepas lombong ditutup, seperti perbaikan tanah tercemar, penanaman semula, pembersihan tapak dan pemantauan alam sekitar turut diperincikan dalam SOP berkenaan.\n\n• Dari segi pelaksanaan dan pematuhan kepada SOP, pada masa ini hanya negeri Perak yang mempunyai projek perlombongan yang telah beroperasi setelah memperolehi semua kelulusan yang diperlukan di peringkat Persekutuan dan negeri. Projek tersebut sebelum ini merupakan tapak projek perintis perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. Hasil pengauditan yang dijalankan mendapati penggerak projek telah mematuhi dengan sebaiknya kehendak di dalam SOP dan keperluan agensi-agensi teknikal terlibat.\n\n• Negeri-negeri lain pula telah mula menyediakan dokumen SOP berdasarkan perundangan di negeri masing-masing. Negeri Sembilan misalnya telah secara rasmi melulus dan mengadaptasi SOP tersebut pada Januari 2024. Antara perkara yang ditekankan di Negeri Sembilan adalah kegiatan perlombongan mestilah dikendalikan melalui usaha sama pihak negeri dan pihak swasta, dengan pemantauan ketat bagi memastikan pematuhan alam sekitar dan kawalan hasil.\n\n• Secara umumnya, pihak kerajaan negeri menerima pakai prosedur yang ditetapkan dalam SOP berkenaan, namun tahap pelaksanaan dan pematuhan pada ketika ini hanya boleh dinilai pada peringkat proses permohonan memandangkan tiada lagi projek perlombongan REE yang telah dimulakan selain di negeri Perak. Pada masa ini, terdapat permohonan untuk menjalankan aktiviti perlombongan di Negeri Sembilan dan Johor yang telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan laporan EIA. Permohonan bagi negeri-negeri lain masih pada peringkat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2852,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2852",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "20",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan: • implikasi secara keseluruhan dan komitmen global mitigasi iklim akibat tindakan penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris; dan • bagaimanakah Malaysia akan menyesuaika...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan:\n\n• implikasi secara keseluruhan dan komitmen global mitigasi iklim akibat tindakan penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris; dan\n\n• bagaimanakah Malaysia akan menyesuaikan dasar dan pelaksanaan RUU Perubahan Iklim negara dalam konteks ketidaktentuan geopolitik ini.",
        "answer": "Soalan (a)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengunduran Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris pada 20 Januari 2025 akan mengambil masa setahun untuk ianya efektif daripada tempoh pengumuman perkara tersebut. Ini bermaksud Amerika Syarikat masih terikat dan merupakan ahli Perjanjian Paris buat masa ini.\n\n• Antara kesan yang dijangka adalah mengenai sumber pembiayaan iklim yang perlu digalas oleh negara-negara maju. Perkara utama ini telah dipersetujui pada Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau COP 29 yang telah berlangsung di Baku, Azerbaijan pada tahun lalu.\n\n• Selain itu, di peringkat domestik, penggunaan bahan api fosil juga dijangka mendapat lonjakan. Di bawah kepimpinan Presiden Donald John Trump, isyarat yang telah diberikan oleh Amerika Syarikat menunjukkan bahawa negara itu akan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas. Selain itu, Amerika Syarikat juga akan memansuhkan dasar-dasar berkaitan perubahan iklim penting yang diperkenalkan oleh pentadbiran terdahulu iaitu Presiden Joe Biden yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon.\n\n• Daripada segi rundingan pula, dasar terkini Amerika Syarikat dijangka turut memberi kesan terhadap agenda berkaitan mitigasi, khususnya berhubung aspek pelaksanaan dan pengoperasian keputusan-keputusan yang telah dicapai dalam Conference of Parties sebelum ini. \n\nSoalan (b)\n\n• Malaysia perlu menyesuaikan dasar yang terkesan secara langsung terhadap tindakan Amerika Syarikat ini, khususnya yang melibatkan perdagangan serta sektor tenaga. Bagi Kementerian ini, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah mengenai ketidaktentuan peruntukan pembiayaan antarabangsa di bawah UNFCCC. \n\n• Walaupun akses pembiayaan iklim global adalah diberikan untuk kesemua negara membangun termasuk Malaysia, cabaran yang bakal dihadapi oleh negara-negara tersebut di antaranya akan melibatkan pemilihan keutamaan, jenis serta jumlah pembiayaan projek. \n\n• Di peringkat domestik, langkah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pembiayaan iklim ini telah pun bermula. Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 yang telah dilancarkan pada tahun 2024 menekankan berkaitan pembiayaan campuran (blended finance) dan instrumen pasaran yang mampan untuk meningkatkan penglibatan pihak swasta di dalam ekonomi hijau. \n\n• Selain itu, kerajaan juga sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi membolehkan pelaksanaan pasaran karbon di Malaysia beroperasi sepenuhnya. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. \n\n• Melalui inisiatif ini, dijangka kesan geopolitik dapat dikurangkan. Namun, negara akan terus aktif dan komited bagi menyumbang kepada usaha menangani isu perubahan iklim di peringkat global. \n\n• Tindakan Amerika Syarikat ini dijangka tidak akan menjejaskan pelaksanaan RUUPIN memandangkan rang undang-undang ini telah dirangka untuk memastikan tindakan iklim di peringkat domestik dapat dibuat secara efektif kerana ianya berfokuskan kepada industri-industri di dalam negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2859,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2859",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-31",
        "year": 2025,
        "no": "21",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan peranan dan fungsi jabatan serta agensi sedia ada seperti MET Malaysia dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sesudah penubuhan agensi berkaitan perubahan i...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan peranan dan fungsi jabatan serta agensi sedia ada seperti MET Malaysia dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sesudah penubuhan agensi berkaitan perubahan iklim yang diperuntukkan dalam RUU Perubahan Iklim Negara nanti.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, agensi yang akan ditubuhkan untuk menguatkuasakan peruntukan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) berperanan dalam mengurus serta menyelaras usaha tindakan iklim negara merangkumi aspek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim serta memenuhi obligasi pelaporan antarabangsa Malaysia kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change - UNFCCC). \n\n• Peranan agensi ini turut dilaksanakan selaras dengan komitmen negara di bawah Nationally Determined Contribution (NDC) dan Long-Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS 2050). Bidang kuasa dan peranan agensi tersebut akan diberikan sempadan perundangan yang jelas. Had kuasa dan fungsi agensi ini akan berfokus kepada aspek penguatkuasaan terhadap pelepasan gas rumah kaca sektor industri yang telah dikenalpasti di dalam Jadual Sektor Ekonomi di bawah RUUPIN.\n\n• Pada masa yang sama, usaha menangani perubahan iklim yang merangkumi pelbagai seperti sosial, ekonomi, pendidikan serta pembaharuan teknologi harus dikekalkan. Dalam konteks ini, peranan agensi sedia ada seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) tidak bertindih dengan fungsi agensi baharu tersebut. \n\n• Kesemua entiti ini masih diperlukan dan kekal relevan untuk membantu tindakan negara dalam menangani perubahan iklim secara holistik. Sehubungan itu, agensi-agensi di bawah Kementerian ini akan terus kekal dan menjalankan fungsi seperti sedia ada setelah agensi baru ditubuhkan kelak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2870,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2870",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-12",
        "year": 2025,
        "no": "22",
        "member": "Puan Wong Shu Qi",
        "area": "Kluang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai kemudahan yang telah dibangunkan bagi menangani konflik manusia-haiwan liar seperti lintasan hidupan liar, sistem pagar elektrik gajah, bank makanan dan lain-lain dengan pecahan ...",
        "question": "Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan senarai kemudahan yang telah dibangunkan bagi menangani konflik manusia-haiwan liar seperti lintasan hidupan liar, sistem pagar elektrik gajah, bank makanan dan lain-lain dengan pecahan mengikut lokasi, panjang/jarak, tahun mula operasi serta tahap keberkesanan setiap kemudahan dalam mengurangkan insiden konflik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius mengenai isu konflik manusia dan hidupan liar. Bagi tujuan ini, pelbagai kemudahan telah dibangunkan bagi menangani isu ini antaranya seperti berikut:\n\n• pembinaan sebanyak 3 lintasan hidupan liar (viaduct) di Semenanjung Malaysia iaitu koridor ekologi Sg. Deka, Terengganu pada tahun 2009, koridor ekologi Sg. Yu pada tahun 2014 dan koridor ekologi Gerik, Perak pada tahun 2015; \n\n• pembinaan sebanyak 18 Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal bermula dari tahun 2009 dengan jumlah liputan sepanjang 305.6 km di kawasan konflik manusia dan gajah di 5 buah negeri keliaran gajah iaitu Pahang, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu;\n\n• pelaksanaan sebanyak 9 Program Komuniti Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEGKOM) mudah alih melibatkan 7 lokasi yang melibatkan penduduk kampung dalam membuat pemantauan pengurusan SPEG bermula dari tahun 2019;\n\n• pelaksanaan 3 bank makanan (food bank) gajah di Johor melibatkan Food Bank Gajah Panti (Pusat Santuari Gajah) pada tahun 2024, Food Bank Gajah Landang Landak (KLK) pada tahun 2024 dan Food Bank Gajah Orang Asli Kudung pada tahun 2024 bagi meningkatkan kualiti habitat keliaran gajah melalui pengurusan dan pengayaan sumber makanan serta habitat;\n\n• pembinaan Santuari Gajah Johor Fasa 1 yang melibatkan pembangunan fasiliti asas pada tahun 2020 dan Fasa 2 yang melibatkan pembangunan kemudahan pelawat sehingga 2026 bagi mengurangkan gangguan konflik gajah di kawasan pertanian dan penempatan. Santuari Gajah Johor telah mula beroperasi pada September 2020; dan\n\n• penggunaan teknologi seperti kolar satelit, Unmanned Arial Vehicle (UAV) dan perangkap kamera bermula dari tahun 2018. Pemasangan kolar satelit ke atas 17 ekor gajah di negeri Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Johor berfungsi sebagai sistem amaran awal dan mengesan pergerakan gajah.\n\n• Kemudahan-kemudahan yang dibangunkan telah membantu Jabatan PERHILITAN memantau kehadiran hidupan liar, melaksanakan tindakan mitigasi dan mengurangkan konflik setempat dengan lebih berkesan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2853,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2853",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "23",
        "member": "Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong",
        "area": "Ayer Hitam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kementerian berhubung perlombongan unsur nadir bumi di Malaysia dan apakah hasil dapatan kajian yang mendorong keputusan Kementerian untuk menggalakkan aktiviti perlombongan na...",
        "question": "Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pendirian Kementerian berhubung perlombongan unsur nadir bumi di Malaysia dan apakah hasil dapatan kajian yang mendorong keputusan Kementerian untuk menggalakkan aktiviti perlombongan nadir bumi serta bagaimana Kementerian mengimbangkan kekhuatiran orang ramai dari segi risiko pencemaran, kelembapan teknologi, keselamatan sumber air dan kesihatan demi kepentingan awam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengenal pasti unsur nadir bumi (REE) sebagai salah satu sumber mineral strategik negara yang berpotensi memberi impak yang signifikan kepada ekonomi negara. Untuk merealisasikan potensi tersebut, industri REE perlu dibangunkan secara keseluruhan rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran selaras dengan pernyataan dasar kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3). Namun begitu, pembangunan industri ini mesti dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan.\n\n• Berdasarkan Kajian di bawah RMKe-11, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengenal pasti sumber teragak atau inferred resources REE sebanyak 16.1 juta tan metrik. Walau bagaimanapun, kajian susulan masih perlu dibuat bagi mendapatkan kuantiti sumber terukur atau measured resource dan seterusnya sumber yang boleh dilombong. Semakan lanjut yang dibuat oleh JMG mengenal pasti anggaran seluas 144,220 hektar kawasan di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) dikenal pasti berpotensi untuk diusaha hasilkan sebagai lombong REE, tertakluk kepada penilaian lanjut dan kelulusan berkaitan.\n\n• Bagi memastikan operasi perlombongan REE dijalankan secara selamat, mampan dan bertanggungjawab, JMG sebagai agensi teknikal utama akan mengawalselia aktiviti perlombongan melalui penguatkuasaan Akta Pembangunan Mineral 1994, termasuk aspek kawalan pencemaran dan keselamatan operasi secara berkala. Mengambil mekanisme kawal selia yang dilaksanakan di negeri Perak, pengawasan ini turut diperkukuhkan melalui penubuhan Jawatankuasa Kawal Selia Teknikal Perlombongan REE Negeri Perak yang melibatkan kerjasama daripada 10 agensi teknikal di peringkat Persekutuan dan Negeri.\n\n• Kementerian juga telah melantik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjalankan kajian penilaian impak perlombongan REE terhadap ekosistem hutan. Kajian tersebut yang turut merangkumi kajian awal yang telah dibuat di projek perlombongan REE di Mukim Kenering, Perak yang mana pengekstrakan REE berlaku dalam ladang getah.\n\n• Dari aspek teknologi, sehingga kini, operasi di projek perlombongan REE di Mukim Kenering, Gerik, Perak dijalankan menggunakan kaedah ISL melalui kerjasama teknologi dari China. Namun begitu, adalah menjadi dasar Kementerian untuk menggalakkan pembangunan kepakaran tempatan di peringkat huluan dan pertengahan melalui perkongsian teknologi secara terancang dan progresif.\n\n• Kerajaan komited untuk memastikan pembangunan industri ini mengimbangi potensi ekonomi dengan kebimbangan masyarakat dari segi risiko pencemaran, keselamatan sumber air, kesihatan awam dan keupayaan teknologi tempatan. Justeru, Kerajaan akan meneruskan usaha melalui kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak bagi memastikan pembangunan industri REE negara mencapai matlamat kemakmuran ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2878,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2878",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-21",
        "year": 2025,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Hassan bin Saad",
        "area": "Baling",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah segera Kementerian dalam menangani ancaman gajah liar yang sering merosakkan kebun penduduk di Baling serta pelan jangka panjang bagi menyelesaikan konflik manusia dengan hidupan...",
        "question": "Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah segera Kementerian dalam menangani ancaman gajah liar yang sering merosakkan kebun penduduk di Baling serta pelan jangka panjang bagi menyelesaikan konflik manusia dengan hidupan liar ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin terhadap isu konflik manusia dan hidupan liar termasuk gajah liar yang merosakkan kebun penduduk di Baling, Perak.\n\n• Jabatan PERHILITAN telah membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030 (National Elephant Conservation Action Plan - NECAP 2.0) sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah yang lebih menyeluruh termasuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pengurusan konflik ke arah konsep kewujudan bersama (co-existence) antara manusia dan gajah.\n\n• Antara langkah-langkah segera yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN yang selari dengan hasrat NECAP 2.0 adalah seperti berikut:\n\n• menjalankan 7 operasi tangkapan gajah dari tahun 2020 hingga Jun 2025 dan memindahkan 7 ekor gajah tersebut ke habitat yang lebih luas, sesuai dan jauh dari kawasan penempatan penduduk;\n\n• membina 3 unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) mudah alih sepanjang 9.25 km bagi mengurangkan gangguan gajah ke kawasan penempatan penduduk. Pemantauan dan pengurusan SPEG ini dilaksanakan dengan kerjasama penduduk melalui Program Komuniti SPEG;\n\n• mengenal pasti dan memasang 2 unit kolar satelit dalam kumpulan gajah pada tahun 2024 bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan mengambil tindakan pencegahan awal jika ia menghampiri kawasan kampung atau kebun; dan \n\n• melaksanakan kawalan rondaan dan pemantauan di kawasan konflik di dalam kawasan habitat hidupan liar serta mengadakan program kesedaran awam bersama penduduk setempat dan sesi libat urus bersama pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan tanah bagi memberi kesedaran mengenai pengurusan konflik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2881,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2881",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "25",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan : • faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia tidak dapat mempercepatkan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE); dan • kemajuan yang telah dicapai dalam usaha membangunkan industri nadir bu...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia tidak dapat mempercepatkan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE); dan\n\n• kemajuan yang telah dicapai dalam usaha membangunkan industri nadir bumi setakat ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Permintaan terhadap unsur nadir bumi (REE) meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan besar dalam teknologi global dan dasar peralihan tenaga bersih. Peningkatan pelaburan dalam bidang ini melonjakkan permintaan kepada REE yang merupakan bahan penting dalam penghasilan super magnet untuk pembuatan kincir angin dan motor elektrik. Selain itu, keperluannya dalam pelbagai sektor berimpak tinggi seperti satelit dan pertahanan, telefon pintar dan robotik menyebabkan banyak negara meletakkan REE dalam senarai mineral kritikal atau strategik.\n\n• Walaupun Malaysia merupakan antara sebilangan negara yang memiliki sumber REE, pembangunan industri ini tidak dapat dibuat dengan pantas kerana beberapa faktor. Faktor utama adalah kerana Malaysia masih belum bersedia dengan kepakaran dan teknologi untuk memanfaatkan sumber yang dimiliki. Untuk makluman, projek perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak dijalankan dengan menggunakan kaedah in-situ leaching kerjasama teknologi dari China. Walaupun banyak pihak mendakwa mempunyai kepakaran dan teknologi berkaitan, ia masih belum dibuktikan pada tahap komersial.\n\n• Seterusnya, ketiadaan loji pemprosesan bagi mengasingkan unsur REE yang bernilai tinggi dari sumber tempatan juga menjadi penghalang untuk industri ini dibangunkan dengan pantas. Pada ketika ini, China mendominasi keseluruhan rantaian nilai industri REE global termasuk pada peringkat pemprosesan. China juga menetapkan dasar larangan pengeksportan teknologi berkaitan ke luar negara bagi mengekalkan dominasi ini dari dicabar oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat.\n\n• Bagi menyokong pembangunan loji pemprosesan tempatan, Kerajaan menetapkan moratorium pengeksportan mentah REE. Walaupun ia memberikan kesan kepada perkembangan industri di peringkat huluan, Kerajaan berpandangan ia merupakan keputusan strategik yang perlu dibuat bagi mengelakkan sumber REE dilombong dan dieksport secara mentah yang merugikan negara dalam jangka masa panjang.\n\n• Faktor lain termasuk ketiadaan data menyeluruh dan terperinci mengenai lokasi, kuantiti dan status guna tanah sumber REE. Hasil kajian awal oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada tahun 2019 yang menganggarkan potensi sumber negara sebanyak 16.1 juta tan metrik, hanya merupakan anggaran di peringkat sumber teragak atau inferred resource. Anggaran sumber ini masih memerlukan kajian lanjut bagi menentusahkan sumber yang boleh dilombong, dengan turut mengambil kira dasar Kerajaan yang tidak menyokong aktiviti perlombongan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan rizab perlindungan.\n\nSoalan (b)\n\n• Di sebalik cabaran-cabaran tersebut beberapa kemajuan telah dicapai dalam usaha membangunkan industri REE setakat ini. Kejayaan utama ialah kejayaan membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia yang telah diedarkan kepada semua kerajaan negeri pada Disember 2023. Ia merupakan prosedur lengkap yang merangkumi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan.\n\n• Selain itu, projek perintis perlombongan menggunakan kaedah in-situ leaching telah dilaksanakan di Mukim Kenering, Perak sejak Oktober 2022. Projek tersebut berjaya memberikan keyakinan bahawa projek perlombongan REE boleh dilaksanakan secara terkawal dan mampu membawa manfaat yang besar kepada kerajaan, pihak industri dan masyarakat setempat dengan kesan negatif yang minimum.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2864,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2864",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-06",
        "year": 2025,
        "no": "27",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi jangka panjang Kementerian dalam mengurus sisa bateri kenderaan elektrik (EV) secara mampan termasuk pelan kitar semula, teknologi pemulihan bahan dan standard keselamatan bagi ...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi jangka panjang Kementerian dalam mengurus sisa bateri kenderaan elektrik (EV) secara mampan termasuk pelan kitar semula, teknologi pemulihan bahan dan standard keselamatan bagi memastikan pertumbuhan industri EV tidak mewujudkan risiko pencemaran baru terhadap alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa cakna berkaitan pengurusan sisa bateri Electric Vehicle (EV). Ini adalah penting bagi memastikan pertumbuhan pesat industri EV tidak membawa kepada risiko pencemaran baharu. Strategi ini merangkumi beberapa aspek utama antaranya:\n\n• Dasar dan Perundangan\n\n• Polisi Jabatan Alam Sekitar (JAS) memang telah menetapkan supaya buangan terjadual termasuklah bateri terpakai melalui proses pemerolehan kembali selari dengan konsep ‘cradle to cradle’ bagi mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar. Selain itu, teknologi pemerolehan kembali yang digunakan juga perlu mematuhi perundangan alam sekitar yang ditetapkan; dan\n\n• Sisa bateri EV dikelaskan sebagai buangan terjadual di bawah kod SW 103, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Oleh itu, pengurusan sisa bateri EV adalah tertakluk di bawah peraturan tersebut.\n\n• Teknologi Pemerolehan Kembali\n\n• Di Malaysia kini terdapat empat (4) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak bagi kod SW 103. Teknologi pemerolehan kembali bateri terpakai melibatkan usaha untuk mengitar semula bahan berharga dalam bateri seperti litium, kobalt dan nikel dan pada masa yang sama dapat mengurangkan sisa dan impak kepada alam sekitar. Antara teknologi yang digunakan dalam kitar semula bateri terpakai ialah:\n\n• Pengumpulan dan Pemisahan awal yang melibatkan pengasingan bateri melalui jenis bateri sama ada bateri litium-ion, nikel-kadmium dan sebagainya. Seterusnya proses nyahcas bateri akan dilakukan bagi mengelakkan risiko letupan atau kebakaran semasa kitar semula. Plat bateri seterusnya akan melalui proses pemecahan sehingga menjadi metal oxide powder (black mass) sebelum dihantar untuk proses hidrometalurgi;\n\n• Teknologi Hidrometalurgi yang menggunakan kaedah larutan kimia untuk melarutkan bahan aktif dalam bateri. Di dalam proses ini unsur seperti litium, kobalt dan mangan dapat diasingkan melalui proses elektrolisis; dan\n\n• Teknologi Pirometalurgi melibatkan pembakaran bateri pada suhu tinggi untuk mengekstrak logam berharga. Proses ini lebih cepat tetapi menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.\n\n• Teknologi kitar semula bateri terpakai ini dapat meminimumkan pembuangan bateri terpakai ke alam sekitar dan seterusnya menyokong ekonomi kitaran yang mampan. Kemudahan sedia ada ini berkeupayaan untuk pengurusan sisa bateri EV yang ada dalam Negara.\n\n• Dengan pelaksanaan strategi tersebut, Kementerian berharap dapat memastikan bahawa pertumbuhan industri EV di Malaysia berjalan seiring dengan perlindungan alam sekitar yang ketat dan membuka peluang baharu dalam ekonomi kitaran.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2882,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2882",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai cadangan kepada JKR tentang reka bentuk baharu jalan raya mesra hidupan liar seperti Jalan Raya Timur-Barat yang melalui Hutan Simpan Taman Negeri Royal Belum bagi mengekang isu...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mengenai cadangan kepada JKR tentang reka bentuk baharu jalan raya mesra hidupan liar seperti Jalan Raya Timur-Barat yang melalui Hutan Simpan Taman Negeri Royal Belum bagi mengekang isu kemalangan membabitkan kenderaan dan hidupan liar seperti gajah dan harimau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius isu kekerapan insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar (roadkill) termasuk gajah dan harimau khususnya di Jalan Raya Timur-Barat.\n\n• Jabatan PERHILITAN sentiasa bekerjasama dalam memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses pembangunan jalan raya yang melibatkan habitat hidupan liar melalui pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan - WMP) di dalam Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment - EIA) bagi mengenal pasti impak dan tindakan mitigasi yang bersesuaian.\n\n• Dalam pelaksanaan WMP ini, cadangan reka bentuk jalan raya baharu hendaklah mengambil kira pemuliharaan habitat hidupan liar dan kaedah mitigasi antaranya seperti berikut:\n\n• pembinaan lintasan hidupan liar (terowong, viaduct dan overpasses) sebagai koridor bagi kawasan keliaran hidupan liar;\n\n• pemasangan papan tanda lintasan hidupan liar, penghadang, lampu jalan dan penetapan had laju bagi mengelakkan roadkill; \n\n• penyediaan padang ragut, jenut dan pengayaan habitat untuk menarik hidupan liar menggunakan lintasan hidupan liar; dan\n\n• pembinaan pagar elektrik di laluan hidupan liar bagi mengurangkan gangguan hidupan liar.\n\n• Walau bagaimanapun, cadangan akhir sesuatu reka bentuk jalan raya baharu akan ditentukan oleh JKR setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti bentuk muka bumi dan kos-kos yang berkaitan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2849,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2849",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-22",
        "year": 2025,
        "no": "35",
        "member": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim",
        "area": "Arau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah strategik dan inovatif yang sedang diambil untuk menyelesaikan masalah banjir bermusim di negeri-negeri terjejas termasuk aspek pemuliharaan kawasan tadahan air, pencurian...",
        "question": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah strategik dan inovatif yang sedang diambil untuk menyelesaikan masalah banjir bermusim di negeri-negeri terjejas termasuk aspek pemuliharaan kawasan tadahan air, pencurian hutan secara berterusan dan pengurusan risiko bencana secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat sehingga dilihat kerajaan dianggap kurang cekap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Ancaman perubahan iklim seperti banjir memberikan impak ketara kepada pelbagai sektor ekonomi dan turut menjejaskan kesejahteraan penduduk. Menyedari hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melaksanakan pelbagai langkah strategik dan bersepadu bagi menangani isu banjir bermusim yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.\n\n• Dalam aspek pemuliharaan kawasan hutan, NRES telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam membanteras aktiviti pencerobohan haram. Antaranya inisiatif utama yang dilaksanakan termasuk:\n\n• pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] yang telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2022, antara lain turut meliputi peningkatan kadar dan penetapan hukuman yang lebih berat ke atas kesalahan-kesalahan hutan termasuk pengambilan hasil hutan secara haram;\n\n• keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-79 pada tahun 2021 juga telah bersetuju supaya semua Kerajaan Negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di negeri masing-masing;\n\n• penubuhan Pusat Pemantauan Sumber Hutan (War Room @ JPSM) yang ditadbir oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk menjalankan pemantauan berterusan menggunakan imej satelit terkini bagi keseluruhan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia secara harian; dan\n\n• memperkukuhkan kerjasama dan koordinasi antara peringkat Persekutuan dan Negeri dalam memantau aktiviti pembalakan dan pencerobohan hutan di seluruh negara.\n\n• Seterusnya NRES juga turut menekankan pembangunan industri mineral secara bertanggungjawab dan mampan. Pendekatan ini menitikberatkan keseimbangan antara keperluan pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan ekosistem. Antara langkah yang diambil selaras dengan prinsip tersebut adalah seperti berikut:\n\n• di peringkat perancangan aktiviti perlombongan, kelulusan laporan penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) diperlukan sekiranya aktiviti perlombongan yang hendak dijalankan tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian EIA) 2015. EIA merupakan instrumen penting bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang berpotensi membawa risiko bencana seperti tanah runtuh dan banjir dikenal pasti pada peringkat perancangan dan langkah mitigasi akan dirangka sewajarnya;\n\n• seterusnya, di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994, aspek pengurusan risiko banjir daripada aktiviti perlombongan turut diberikan perhatian. Ini termasuklah keperluan mengemukakan Skim Pengendalian Melombong sebelum memulakan operasi yang mesti merangkumi aspek pengurusan air lombong, kawalan hakisan, sistem saliran air hujan, kolam tadahan dan tebatan banjir. Akta ini berfungsi sebagai instrumen kawal selia dalam mencegah impak negatif risiko banjir akibat aktiviti perlombongan melalui peruntukan kelulusan teknikal, penguatkuasaan kejuruteraan lombong, dan pemantauan berterusan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Kuasa ini digunakan secara proaktif untuk memastikan operasi perlombongan tidak menyebabkan kesan buruk terhadap sistem hidrologi tempatan; dan\n\n• NRES melalui JMG juga menerbitkan pelbagai garis panduan dan amalan terbaik untuk meningkatkan kemampanan sektor perlombongan di Malaysia serta memastikan pembangunan industri mineral memberi manfaat kepada ekonomi, masyarakat, dan alam sekitar.\n\n• Dalam usaha untuk mitigasi dan adaptasi isu perubahan iklim negara, NRES dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan pelbagai strategi seperti berikut:\n\n• Pembangunan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). Dokumen ini akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. MyNAP ini adalah bersifat menyeluruh dan akan memerlukan penglibatan pihak berkepentingan di peringkat pusat dan kerajaan negeri.\n\n• Di samping itu juga, Kementerian ini juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini digubal adalah untuk memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.\n\n• Pembangunan sistem ramalan cuaca negara oleh MET Malaysia yang merangkumi sistem rangkaian pencerapan, sistem pemprosesan dan sistem penyampaian agar selari dengan teknologi terkini dan keperluan semasa. Produk-produk model ramalan cuaca yang baharu ini membolehkan Jabatan menjangkakan risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding hanya tujuh hari pada ketika ini. \n\n• NRES komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara melalui pelaksanaan dasar dan tindakan yang holistik merangkumi aspek pemuliharaan hutan, pembangunan industri mineral secara mampan serta pelaksanaan strategi mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Usaha berterusan ini memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, agensi teknikal serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak positif kepada alam sekitar, ekonomi dan masyarakat secara keseluruhannya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2865,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2865",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-06",
        "year": 2025,
        "no": "36",
        "member": "Dr. Hajah Halimah Ali",
        "area": "Kapar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk pemuliharaan dan pengurusan sumber semula jadi termasuk hidupan liar dan habitat mereka yang merangkumi perlindungan dan penyelenggaraan tapak kh...",
        "question": "Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk pemuliharaan dan pengurusan sumber semula jadi termasuk hidupan liar dan habitat mereka yang merangkumi perlindungan dan penyelenggaraan tapak khususnya burung migratori di Ash Ponds Kapar Power Station.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, burung air hijrah merupakan burung yang berhijrah pada bulan Ogos hingga April setiap tahun. Terdapat sembilan laluan penghijrahan utama dan Malaysia terletak di dalam laluan penghijrahan East Asian – Australasian Flyway. Penghijrahan ini melibatkan 50 juta ekor burung yang terdiri daripada 36 spesies terancam dan 19 spesies hampir terancam merentasi 22 negara di sepanjang laluan penghijrahan.\n\n• Kapar Power Station merupakan tapak paling penting bagi burung air hijrah di Semenanjung Malaysia dengan populasi burung sehingga 40,000 ekor. Burung air hijrah menggunakan kolam abu di Kapar Power Station pada waktu air pasang penuh sebagai kawasan untuk berehat, dan keluar mencari makanan di kawasan pantai berlumpur pada waktu air surut di kawasan gugusan kepulauan Klang.\n\n• Antara langkah pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan burung air hijrah yang sedang dilaksanakan termasuklah:\n\n• Menjalankan pemantauan berkala merangkumi survei populasi burung air hijrah melibatkan kawasan persinggahan utama burung air hijrah di Semenanjung Malaysia termasuk kawasan Klang (Kapar Power Station dan Gugusan Kepulauan Klang). Data pemantauan ini digunakan bagi mengenalpasti kawasan tanah lembap yang penting bagi burung air hijrah;\n\n• Langkah konservasi melibatkan pencalonan di bawah Konvensyen Ramsar dan Flyway Network Site atau pengelasan kawasan penting burung di peringkat nasional bagi melindungi burung air hijrah dan habitat mereka;\n\n• Melaksanakan aktiviti menggelang burung, pemasangan colour-flag dan penyelidikan di kawasan Kapar Power Station bagi mendapatkan data pergerakan burung air hijrah, mengenalpasti kawasan pembiakan dan pemantauan umur serta kadar kemandirian spesies; dan\n\n• Kerajaan dan badan bukan kerajaan turut menjalankan program kesedaran awam berkaitan burung air hijrah dengan melibatkan komuniti setempat di kawasan persinggahan utama burung ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2866,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2866",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-06",
        "year": 2025,
        "no": "40",
        "member": "Datuk Ali anak Biju",
        "area": "Saratok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan status penyelesaian isu tanah NCR di Sarawak serta mekanisme penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.",
        "question": "Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status penyelesaian isu tanah NCR di Sarawak serta mekanisme penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBerdasarkan semakan dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, sebanyak 1.2 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah selesai diukur di seluruh Sarawak. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan melalui Program Pengukuran Tanah Hak Adat bagi tujuan penyelesaian pengukuran tanah. \n\nMeskipun bidang kuasa tanah berada di bawah negeri, Kerajaan Persekutuan tetap memainkan peranan dalam menyelaras berkaitan dasar dan aspek teknikal melalui agensi seperti berikut:\n\n• Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG Cawangan Sarawak); dan \n\n• Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)\n\nDi Sarawak, JUPEM terhad kepada pengukuran sempadan kebangsaan dan pemetaan nasional, manakala kerja ukur kadaster dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS)).\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2854,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2854",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "41",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan",
        "area": "Permatang Pauh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan selanjutnya Kementerian terhadap syarikat yang berulang kali mencemarkan sungai tetapi masih bebas beroperasi tanpa tindakan tegas.",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan selanjutnya Kementerian terhadap syarikat yang berulang kali mencemarkan sungai tetapi masih bebas beroperasi tanpa tindakan tegas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Alam Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi mengawal selia pencemaran air sungai yang berpunca daripada efluen industri, loji kumbahan, stesen pemindahan sisa pepejal dan kambus tanah serta kelodakan daripada projek-projek yang mempunyai kelulusan Laporan Impak Kepada Alam Sekeliling (EIA). \n\n• Antara tindakan tegas JAS di bawah AKAS 1974 ke atas premis industri termasuk:\n\n• hukuman dan denda sehingga RM10 juta dengan denda minimum tidak boleh kurang RM50 ribu;\n\n• hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun;\n\n• mengeluarkan notis Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) AKAS 1974 untuk menyita kawasan operasi premis dan peralatan kelengkapan proses sehingga siasatan selesai atau sehingga pematuhan dan pembaikan dilaksanakan oleh pihak premis;\n\n• penggantungan lesen operasi dan perintah larangan beroperasi; dan\n\n• pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat bukti kukuh pencemaran air sungai adalah berpunca dari syarikat yang terlibat.\n\n• Saya ingin tegaskan bahawa isu pencemaran sungai perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta serta industri kecil dan sederhana (IKS) juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• NRES melalui JAS komited untuk menangani isu pencemaran sungai melalui Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2867,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2867",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-06",
        "year": 2025,
        "no": "43",
        "member": "Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya",
        "area": "Pokok Sena",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini Tanah Rizab Melayu bagi setiap negeri serta usaha memelihara status Tanah Rizab Melayu selaras dengan Enakmen Rizab Melayu 142.",
        "question": "Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini Tanah Rizab Melayu bagi setiap negeri serta usaha memelihara status Tanah Rizab Melayu selaras dengan Enakmen Rizab Melayu 142.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara-perkara berhubung tanah rizab melayu adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dan butiran 2(b), Senarai II - Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.\n\nBerdasarkan rekod yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), status tanah rizab Melayu sehingga 31 Disember 2024 adalah seluas 4,956,639.26 hektar dan ini tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.\n\nPemantauan tanah rizab melayu dibincangkan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) di peringkat Persekutuan bagi merundingkan perkara-perkara berhubung tanah di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang melibatkan ketidakseragaman penguatkuasaan enakmen di antara negeri-negeri, proses penggantian tanah yang terganggu akibat pembangunan dan cabaran pembangunan di atas tanah berstatus rizab melayu.\n\nSelain itu, Kementerian juga telah mengambil inisiatif menggunapakai Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) yang merupakan platform perkongsian maklumat geospatial bagi Agensi Kerajaan secara atas talian. MyGOS berperanan menyediakan pangkalan data secara spatial untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melaksanakan pembangunan berskala besar atau merancang pembangunan serta membantu PBN menguruskan Tanah Rizab Melayu secara lebih sistematik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2855,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2855",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "44",
        "member": "Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin",
        "area": "Tangga Batu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian sudah mempunyai hala tuju dan pengiktirafan terhadap Carbon Dioxide Removal (CDR) sebagai salah satu vektor dalam menuju net zero carbon emission menjelang tahun 2050.",
        "question": "Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian sudah mempunyai hala tuju dan pengiktirafan terhadap Carbon Dioxide Removal (CDR) sebagai salah satu vektor dalam menuju net zero carbon emission menjelang tahun 2050.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Menurut badan antarabangsa Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), terma Carbon Dioxide Removal (CDR) dimaksudkan sebagai apa-apa teknologi, amalan dan pendekatan yang menyingkirkan dan menyimpan secara berpanjang gas karbon dioksia daripada udara. \n\n• Antara contoh bagi perkara tersebut ialah tindakan atau aktiviti penghutanan semula dan pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon iaitu Carbon Capture, Utilization, and Storage (CCUS). CDR, secara umumnya, berperanan dalam mengurangkan pelepasan dan/atau jumlah gas karbon dioksida di udara dan perkara ini dilihat mampu membantu usaha dekarbonisasi global. \n\n• Di peringkat negara, aktiviti CCUS merupakan salah satu contoh CDR yang telah diteroka oleh kerajaan untuk dilaksanakan, sejajar dengan Akta Pemerangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 dan sasaran negara untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih karbon pada tahun 2050.\n\n• Dokumen strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon (long-term low emission development strategies - LT-LEDS) negara yang telah diluncurkan pada 6 Mei 2025 menggariskan CCUS sebagai salah satu strategi penting bagi mencapai sasaran sifar bersih karbon negara pada tahun 2050. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2860,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2860",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-31",
        "year": 2025,
        "no": "51",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan kandungan utama RUUPIN dan sejauh mana ia dapat memperkukuh komitmen Malaysia dalam pengurangan pelepasan karbon.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kandungan utama RUUPIN dan sejauh mana ia dapat memperkukuh komitmen Malaysia dalam pengurangan pelepasan karbon.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKandungan Utama Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN)\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara kita sentiasa komited dalam merangka strategi dan dasar bagi menghadapi isu berkaitan ancaman perubahan iklim. Dalam hal ini, di bawah Perjanjian Paris, Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (green house gas - GHG) merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2030 sebagai sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) negara. Selain itu juga, kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih pada tahun 2050. \n\n• Buat masa ini Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus bagi pelaksanaan tindakan perubahan iklim negara agar obligasi negara di bawah Perjanjian Paris dapat dipenuhi. Oleh yang demikian, Mesyuarat Keenam Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 April 2025 telah bersetuju dengan cadangan penggubalan Rang Undang Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN).\n\n• Sebagai perundangan utama mengawal selia tadbir urus perubahan iklim di Malaysia, RUUPIN mengandungi peruntukan utama seperti berikut: \n\n• kuasa Menteri untuk menetapkan sasaran mitigasi dan adaptasi perubahan iklim termasuk kuasa penguatkuasaan dan penalti bagi memastikan pematuhan dapat dilaksanakan secara efektif;\n\n• memperuntukkan mengenai skim perdagangan pelepasan (Emission trading scheme - ETS) iaitu satu mekanisma yang menghadkan pelepasan GHG di peringkat fasiliti;\n\n• obligasi kepada fasiliti untuk menyediakan pelaporan tahunan bagi memastikan ambang yang ditetapkan adalah sesuai dengan pelepasan GHG fasiliti serta bagi tujuan pemantauan; \n\n• tadbir urus projek-projek karbon bagi menghasilkan kredit karbon di bawah Perjanjian Paris yang dikenali sebagai Internationally Transferred Mitigation Outcomes (ITMOs);\n\n• peruntukan bagi menubuhkan sebuah registri dan platform maklumat agar instrumen pasaran karbon dapat dilaksanakan secara berkesan dan sistematik;\n\n• penubuhan badan berkanun bagi mengawal selia RUUPIN; dan\n\n• penubuhan Majlis Perubahan Iklim Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri serta dianggotai oleh Menteri-Menteri Persekutuan, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Premier Sarawak bagi tujuan menasihati hala tuju perubahan iklim negara serta membincangkan isu-isu berkaitan perubahan iklim di peringkat nasional.\n\nPeranan RUUPIN Dalam Membantu Komitmen Malaysia Untuk Pengurangan Pelepasan Karbon\n\n• RUUPIN memberi mandat secara perundangan kepada kerajaan untuk mengawal selia pelepasan gas rumah kaca oleh fasiliti di samping mengawal selia aktiviti berkaitan ITMOs dalam negara secara langsung melalui instrumen pasaran dan tadbir urus yang sejajar dengan komitmen pengurangan karbon negara.\n\n• Selain itu, RUUPIN boleh meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti melalui mekanisme pengukuran dan pelaporan pelepasan karbon serta menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon melalui pelaksanaan pasaran karbon. \n\n• Oleh yang demikian, pelaksanaan RUUPIN ini akan secara langsung menyumbang kepada sasaran sasaran NDC negara melalui peningkatan tadbir urus serta instrumen pasaran ini bagi memastikan obligasi negara di bawah Perjanjian Paris dapat dicapai. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2875,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2875",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-18",
        "year": 2025,
        "no": "51",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai cadangan keperluan pembinaan Santuari Gajah di Gerik seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang memandangkan Gerik sering menghadapi konflik antara Gajah d...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mengenai cadangan keperluan pembinaan Santuari Gajah di Gerik seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang memandangkan Gerik sering menghadapi konflik antara Gajah dengan manusia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius terhadap isu konflik manusia dan hidupan liar dan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu ini termasuk rancangan untuk membina santuari gajah di Gerik.\n\n• Sehubungan dengan itu, Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mengisytiharkan perizaban kawasan seluas 40.47 hektar di wilayah Bt.11, Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Mukim Temenggor, Daerah Hulu Perak sebagai tapak Santuari Gajah Perak (PES). Santuari tersebut diletakkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Perak.\n\n• Jabatan PERHILITAN juga telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) merangkumi tempoh 2026 hingga 2030 dengan anggaran sebanyak RM52.8 juta bagi tujuan pembangunan PES.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2861,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2861",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-31",
        "year": 2025,
        "no": "55",
        "member": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kes pencerobohan tanah Kerajaan yang melibatkan aktiviti perlombongan mineral bagi tempoh Januari 2022 - Mei 2025 dan berapakah anggaran kerugian bagi tempoh tersebut.",
        "question": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah kes pencerobohan tanah Kerajaan yang melibatkan aktiviti perlombongan mineral bagi tempoh Januari 2022 - Mei 2025 dan berapakah anggaran kerugian bagi tempoh tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang diperoleh daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri, sebanyak 21 kes pencerobohan tanah Kerajaan bagi tujuan perlombongan mineral secara haram telah direkodkan bagi tempoh Januari 2022 hingga Mei 2025. Kes-kes ini direkodkan di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jenis mineral yang terlibat merangkumi emas dan unsur nadir bumi (REE).\n\n• Anggaran kerugian daripada aktiviti pencerobohan tanah Kerajaan untuk tujuan perlombongan mineral bagi tempoh tersebut tidak dapat ditentukan secara tepat memandangkan kegiatan tersebut dijalankan secara haram, tanpa pemantauan rasmi dan di luar sistem pelesenan yang sah oleh pihak Kementerian dan Jabatan berkaitan. Justeru, tiada data lengkap mengenai jumlah sebenar mineral yang telah diekstrak atau nilai pasaran hasil yang diperoleh kerana terdapat banyak kes serbuan yang dijalankan setelah kawasan ditinggalkan oleh pelombong haram. \n\n• Walau bagaimanapun, taksiran nilai rampasan melibatkan bahan mineral, jentera dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti tersebut dianggarkan sekitar RM2.89 juta.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2871,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2871",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-12",
        "year": 2025,
        "no": "55",
        "member": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali",
        "area": "Pekan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah dinamik Kementerian dalam membanteras jenayah pelupusan sisa elektronik (e-waste) secara haram yang dilakukan oleh premis yang beroperasi tanpa permit sah terutamanya sisa yang d...",
        "question": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah dinamik Kementerian dalam membanteras jenayah pelupusan sisa elektronik (e-waste) secara haram yang dilakukan oleh premis yang beroperasi tanpa permit sah terutamanya sisa yang diseludup masuk ke dalam negara. Nyatakan juga statistik kes kemasukan e-waste ke Malaysia dan jumlah premis yang telah dikenakan tindakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian terus komited untuk membanteras jenayah pelupusan e-waste secara haram. Antara tindakan yang dilaksanakan ialah:\n\n• Menggandakan usaha membanteras kilang haram yang memproses e-waste melalui operasi bersepadu seperti Ops Hazard secara serentak di seluruh negara pada Februari 2025 dan Jun 2025 melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan, agensi Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri. Sebanyak 122 premis telah diserbu dan tindakan telah di ambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dalam operasi Ops Hazard 1.0, sebanyak 53 premis di seluruh negara telah diserbu dengan jumlah e-waste terkumpul berjumlah 9,356 tan manakala dalam operasi Ops Hazard 2.0, sebanyak 69 premis telah diserbu dengan jumlah e-waste terkumpul adalah sebanyak 2,069 tan.\n\n• Memperkukuhkan mekanisme kawalan di pintu masuk sempadan serta meningkatkan penguatkuasaan dengan kerjasama agensi yang terlibat di pelabuhan termasuk JKDM, Pihak Berkuasa Pelabuhan dan JAS; dan\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain dalam aspek penyaluran maklumat mengenai kapal-kapal membawa kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan Negara.\n\n• Sepanjang tempoh 2023 sehingga Mei 2025, sebanyak 779 kontena mengandungi e-waste telah ditahan dan 583 kontena telah diperiksa oleh JAS. Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 119 Notis Arahan telah dikeluarkan kepada syarikat pengimport bagi menghantar kembali kontena ke negara asal di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Sehubungan itu, sebanyak 294 kontena telah dihantar pulang ke negara asal. Tindakan ini adalah selaras dengan prosedur di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentasi Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya yang mewajibkan semua pergerakan rentas sempadan buangan terjadual sama ada untuk import, eksport, transit atau transhipment mendapat kebenaran bertulis daripada JAS terlebih dahulu.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2872,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2872",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-12",
        "year": 2025,
        "no": "56",
        "member": "Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob",
        "area": "Bera",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mencapai sasaran sifar karbon pada tahun 2050 dan sehingga kini, apakah pencapaiannya.",
        "question": "Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mencapai sasaran sifar karbon pada tahun 2050 dan sehingga kini, apakah pencapaiannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menerbitkan dokumen strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon atau Long-Term Low Emission Development Strategies (LT-LEDS) dan telah diluncurkan pada 6 Mei 2025. Dokumen ini menggariskan langkah-langkah bagi mencapai sasaran sifar bersih karbon negara pada tahun 2050. \n\n• Secara ringkasnya, terdapat lima belas (15) strategi sektoral yang digariskan seperti tenaga boleh baharu, penstoran bateri, bahan api hijau, saling sambung bagi pembekalan tenaga elektrik, elektrifikasi kenderaan, pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon, amalan pertanian mampan, amalan kitar semula, pengasingan sisa dan lain-lain.\n\n• Langkah-langkah yang perlu dijalankan pada peringkat negara perlulah melibatkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk sinergi antara kementerian, agensi, kerajaan negeri, industri dan pihak-pihak lain berasaskan pendekatan keseluruhan negara (whole nation approach).\n\n• Konteks semasa bagi usaha penyahkarbonan negara terbahagi kepada dua, iaitu sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) pada tahun 2030 dan sasaran / aspirasi untuk mencapai sifar bersih karbon pada tahun 2050. \n\n• Sasaran NDC negara pada tahun 2030 ialah Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2030. \n\n• Dalam hal ini, pencapaian semasa negara dalam usaha penyahkarbonan boleh dirujuk dalam laporan Malaysia’s First Biennial Transparency Report (BTR1) yang telah dikemukakan oleh pihak NRES kepada pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC). Bagi tahun 2021, negara telah mencapai sasaran NDC sebanyak 37.12%. Kerajaan akan meneruskan usaha dekarbonisasi pada peringkat negara melalui tindakan-tindakan strategik yang melibatkan semua pihak seperti yang digariskan dalam dokumen-dokumen NDC Roadmap dan LT-LEDS serta dokumen Rancangan Malaysia. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2862,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2862",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-31",
        "year": 2025,
        "no": "58",
        "member": "Dato' Azman bin Nasrudin",
        "area": "Padang Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan laporan pencemaran udara di Wilayah Persekutuan yang melebihi paras WHO pada 2025 termasuk punca utama dan pelan jangka panjang untuk mengurangkan pelepasan karbon.",
        "question": "Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan laporan pencemaran udara di Wilayah Persekutuan yang melebihi paras WHO pada 2025 termasuk punca utama dan pelan jangka panjang untuk mengurangkan pelepasan karbon.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan data yang direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 29 Julai 2025, 4 stesen pemantauan kualiti udara di Wilayah Persekutuan iaitu Batu Muda, Cheras, Putrajaya dan Labuan menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap ‘baik’ dan ‘sederhana’ pada kebanyakan masa. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh ini, terdapat bacaan IPU yang direkodkan pada tahap ‘tidak sihat’ iaitu Batu Muda (1 hari), Cheras (10 hari) dan Putrajaya (3 hari). Bacaan ini telah melangkaui paras garis panduan kualiti udara yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization – WHO).\n\n• Walaupun status bacaan IPU keseluruhan masih berada dalam kategori terkawal, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius cabaran berkaitan pencemaran udara di kawasan bandar utama. Antara punca utama pencemaran udara di Wilayah Persekutuan adalah pelepasan asap kenderaan bermotor yang merupakan penyumbang utama kepada zarah halus (PM2.5), diikuti dengan pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan pembakaran terbuka.\n\n• Selain itu, jerebu merentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di Negara jiran turut menjejaskan kualiti udara serta meningkatkan bacaan IPU kepada tahap ‘tidak sihat’ pada 20 hingga 23 Julai 2025. Situasi ini susulan Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Negara-negara di selatan rantau ASEAN. Walau bagaimanapun, sejak 24 Julai 2025, bacaan IPU di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah kembali kepada tahap ‘sederhana’ susulan situasi jerebu merentas sempadan yang semakin pulih. \n\n• NRES kekal komited untuk meningkatkan tahap kualiti udara Negara melalui pendekatan yang menyeluruh dan sentiasa meningkatkan kerjasama erat antara Agensi Kerajaan, industri, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat awam. NRES juga sedang memperkukuh sistem pemantauan dan memperketat penguatkuasaan terhadap sektor industri dan pengangkutan yang tidak mematuhi standard pencemaran udara serta mempergiatkan pencegahan dan pemantauan pembakaran terbuka bagi pencemaran ini. Selain itu, program kesedaran awam turut dijalankan secara berterusan termasuk kempen Langit Biru dan Program Komuniti Hijau dengan penglibatan aktif masyarakat serta pelajar sekolah dalam penjagaan alam sekitar.\n\n• Pelbagai inisiatif pengurangan pelepasan karbon telah dilaksanakan oleh NRES antaranya penerbitan dokumen Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long-Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS). Dokumen ini menggariskan langkah-langkah bagi mencapai sasaran sifar bersih karbon Negara pada tahun 2050. \n\n• Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2030. Selain itu, Kerajaan juga telah mengumumkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih pada tahun 2050. \n\n• Mengambil kira penetapan sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) Malaysia, NRES selaku National Focal Point Malaysia kepada UNFCCC dan Perjanjian Paris telah meluncurkan dokumen Pelan Tindakan dan Hala Tuju Nationally Determined Contribution Roadmap and Action Plan (NDC RAP). Dokumen ini menggunakan data inventori GHG Negara yang diterbitkan di dalam Biennial Update Report yang Keempat (BUR4) sebagai asas dan menggabungkan dasar-dasar peringkat sektoral dan tindakan mitigasi mengikut tiga senario bagi mengunjurkan data-data pelepasan GHG dan penyerapan sektor perhutanan, bagi melihat pencapaian NDC Malaysia pada tahun 2030. \n\n• NRES akan terus memastikan usaha berterusan ini dilaksanakan ke arah mengurangkan pelepasan karbon dan seiring usaha meningkatkan kualiti udara Negara demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2850,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2850",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-22",
        "year": 2025,
        "no": "59",
        "member": "Dato' Azman bin Nasrudin",
        "area": "Padang Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan perincian jumlah permohonan untuk penetapan tanah sebagai Tanah Rizab Melayu di setiap negeri bagi tahun 2024 dan setakat Jun 2025 serta apakah kriteria utama yang digunakan dalam kelulu...",
        "question": "Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perincian jumlah permohonan untuk penetapan tanah sebagai Tanah Rizab Melayu di setiap negeri bagi tahun 2024 dan setakat Jun 2025 serta apakah kriteria utama yang digunakan dalam kelulusan permohonan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak memiliki data mengenai permohonan bagi penetapan sesuatu tanah sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) memandangkan permohonan tersebut diterima dan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan Enakmen-enakmen Tanah Rizab Melayu negeri masing-masing.\nKementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) hanya berperanan memantau dan menyelaras dasar di peringkat Persekutuan ke atas tanah-tanah hak milik atau rizab tanah Persekutuan sahaja. Dalam hubungan ini, perincian permohonan penetapan TRM mengikut negeri boleh diperolehi daripada setiap pentadbiran tanah negeri. Secara amnya, kriteria utama yang digunakan dalam menimbang dan meluluskan permohonan adalah seperti berikut:\n\n• Kesesuaian Lokasi: Lokasi tanah hendaklah bersesuaian dengan aspek perancangan guna tanah semasa dan potensi dimanfaatkan oleh orang Melayu;\n\n• Status Hak Milik: Tanah tersebut hendaklah berada dalam hak milik kerajaan atau persetujuan pemilik jika melibatkan tanah persendirian;\n\n• Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri: Permohonan hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tanah Negeri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan muktamad;\n\n• Keserasian Perancangan: Penetapan sebagai TRM tidak bercanggah dengan rancangan struktur atau rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT); dan\n\n• Keperluan Komuniti Melayu: Pertimbangan akan diberikan kepada keperluan untuk mengekalkan atau menambah keluasan tanah yang boleh dimiliki oleh orang Melayu, terutama di kawasan berpenduduk Melayu yang padat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2876,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2876",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-18",
        "year": 2025,
        "no": "62",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi Kementerian bagi memastikan eksplorasi air bawah tanah dilakukan secara lestari dan dipantau mengikut prinsip pembangunan mampan.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi Kementerian bagi memastikan eksplorasi air bawah tanah dilakukan secara lestari dan dipantau mengikut prinsip pembangunan mampan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi memastikan eksplorasi air bawah tanah dilaksanakan secara lestari dan mengikut prinsip pembangunan mampan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menguatkuasakan Peraturan di bawah Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 dan penerbitan garis panduan seperti berikut:\n\n• Perincian Data Telaga Abstraksi \n\nPeraturan-Peraturan Penyiasatan Kaji Bumi (Pemberitahuan Pemajuan Telaga dan Korekan) 2013 menghendaki setiap individu/syarikat/agensi yang berhasrat untuk membangunkan sumber air bawah tanah hendaklah memaklumkan kepada JMG bagi pembinaan telaga tiub. Ini bagi memastikan data telaga di seluruh negara sentiasa dikemaskini dan menyokong sistem maklumat pengurusan air negara; \n\n• Pembinaan Telaga Tiub\n\nPembinaan telaga tiub juga hendaklah berpandukan kepada Garis Panduan Pembinaan Telaga Tiub untuk Tujuan Eksplorasi, Pemantauan dan Pengeluaran dalam Penggunaan Sumber Air Bawah Tanah (JMG.GP.27) antaranya bertujuan memastikan abstraksi yang selamat; \n\n• Eksplorasi Air Bawah Tanah\n\nAktiviti hidrogeologi yang dijalankan oleh pegawai JMG perlu dilaksanakan berdasarkan Garis Panduan Eksplorasi Air Tanah (JMG.GP.09) supaya kajian sumber air tanah dapat dilaksanakan secara sistematik dan seragam ke arah pengurusan sumber air tanah yang lestari. Garis panduan ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pihak industri dan orang awam; \n\n• Pemantauan Air Bawah Tanah\n\nGaris Panduan Pengukuran Paras Air Tanah Dan Persampelan (JMG.GP.16) disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan kerja-kerja persampelan air tanah untuk penilaian kualiti, pembangunan dan pemantauan air bawah tanah. Ini juga dapat meramal kesan abstraksi air tanah ke atas sistem dan corak perubahan simpanan air tanah dari semasa ke semasa.\n\n• Air Mineral\n\nPematuhan terhadap Garis Panduan Penyediaan Laporan Hidrogeologi Dan Geologi Bagi Maksud Permohonan Lesen Punca Air Mineral Semula Jadi (JMG.GP.19) oleh pengusaha air mineral membantu melindungi sumber air tanah daripada pencemaran dan eksploitasi berlebihan serta memastikan sumber air adalah selamat dan berkualiti. Ia menggalakkan penggunaan teknologi bersih dan perancangan telaga yang lebih selamat. \n\n• Secara tidak langsung, pematuhan kepada peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan ini menyokong matlamat pembangunan mampan seperti akses kepada air bersih (SDG 6), pengurusan sumber yang bertanggungjawab (SDG 12), dan perlindungan ekosistem daratan (SDG 15). \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2868,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2868",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-06",
        "year": 2025,
        "no": "63",
        "member": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh",
        "area": "Besut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan bentuk pampasan kepada Kerajaan-Kerajaan negeri disebabkan kehilangan potensi hasil daripada tanah negeri yang diambil untuk projek pembangunan Persekutuan.",
        "question": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bentuk pampasan kepada Kerajaan-Kerajaan negeri disebabkan kehilangan potensi hasil daripada tanah negeri yang diambil untuk projek pembangunan Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri dilaksanakan melalui permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri dan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486]. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan memperolehi bayaran premium dan cukai tanah sepertimana yang telah diputuskan dalam Majlis Tanah Negara. \n\nProjek pembangunan Kerajaan Persekutuan adalah merangkumi jaringan jalan raya, infrastruktur sosial seperti sekolah dan hospital serta aspek keselamatan yang bukan sahaja memenuhi keperluan rakyat, malah turut memberi hasil dan manfaat secara tidak langsung kepada Kerajaan Negeri. Pembangunan ini akan meningkatkan nilai ekonomi setempat dan menjana manfaat sosio ekonomi termasuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2883,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2883",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "63",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian akan merangka dasar atau undang-undang khusus bagi pemantauan dan penggunaan mampan air bawah tanah berasaskan teknologi angkasa.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan merangka dasar atau undang-undang khusus bagi pemantauan dan penggunaan mampan air bawah tanah berasaskan teknologi angkasa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menyediakan Garis Panduan Pembinaan Telaga Tiub untuk Tujuan Eksplorasi, Pemantauan dan Pengeluaran dalam Penggunaan Sumber Air Bawah Tanah (JMG.GP.27). Garis panduan ini menggariskan penggunaan teknologi angkasa seperti penderiaan jauh (remote sensing) sebagai satu daripada kaedah penting dalam kajian awalan bagi Pemetaan dan Penilaian Sumber Air Bawah Tanah.\n\n• Penggunaan teknologi angkasa seperti penderiaan jauh menggunakan satelit atau dron penting sebagai kajian awalan untuk mengumpul data di atas permukaan bumi bagi memberikan petunjuk tidak langsung tentang kehadiran sumber air tanah. Imej satelit boleh mengenal pasti jenis batuan dan struktur geologi yang berpotensi menyimpan air bawah tanah serta boleh digunakan untuk memantau perubahan tanah, perubahan iklim dan mendapatkan anggaran kelembapan tanah yang boleh membantu mendapatkan petunjuk kehadiran air bawah tanah.\n\n• Kementerian berpandangan buat masa ini penggunaan teknologi angkasa sebagai kaedah (tool) untuk pemetaan dan pemantauan air bawah tanah boleh menggunakan garis panduan sedia ada. Manakala dari segi kawalan teknologi tersebut adalah di luar bidang kuasa Kementerian. Pada masa yang sama Kementerian melalui JMG terbuka untuk meneroka dengan lebih lanjut potensi teknologi angkasa bersama Agensi Angkasa Malaysia (MySA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kerjasama yang telah terjalin. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2884,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2884",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "64",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status terkini berkenaan perbincangan antara Malaysia dan China dalam kerjasama teknologi pengasingan nadir bumi selepas lawatan Presiden dan Perdana Menterinya.",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah status terkini berkenaan perbincangan antara Malaysia dan China dalam kerjasama teknologi pengasingan nadir bumi selepas lawatan Presiden dan Perdana Menterinya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Lawatan Negara ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025 telah menyatakan kesediaan China membantu Malaysia dalam aspek teknikal dan teknologi berkaitan pemprosesan REE. Dalam hal ini, mengambil kira perlindungan teknologi (technology safeguarding) amat dititikberatkan oleh China, beliau meminta supaya kerjasama tersebut hanya melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). \n\n• Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat awal dan belum menghasilkan sebarang keputusan muktamad. Malaysia menyambut baik kesediaan pihak China tersebut dan akan terus meneliti tindakan selanjutnya secara menyeluruh dan berhati-hati. Kerajaan akan memastikan sebarang kerjasama dengan pihak luar mengambil kira dasar sedia ada serta kepentingan negara. Sehingga kini, belum ada sebarang perjanjian persefahaman atau kerjasama ditandatangani oleh pihak Malaysia dan China. \n\n• Kerajaan melihat perkara ini sebagai satu perkembangan strategik memandangkan peringkat pemprosesan REE khususnya pengasingan unsur merupakan peringkat paling kritikal dalam keseluruhan rantaian industri REE pada ketika ini kerana dominasi yang jelas oleh China di peringkat global. Sekiranya, perkara ini dapat direalisasikan, reputasi Malaysia dalam industri REE akan terus meningkat dengan menjadi satu-satunya negara yang memiliki loji pemprosesan REE dengan teknologi dari China dan bukan China, merujuk kepada kewujudan loji pemprosesan Lynas di Kuantan, Pahang pada masa ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2856,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2856",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "66",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi jangka sederhana dan panjang untuk mempercepat pembangunan keupayaan huluan dan hiliran dalam industri unsur nadir bumi (REE) khususnya dalam pemprosesan lanjutan dan penghasila...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi jangka sederhana dan panjang untuk mempercepat pembangunan keupayaan huluan dan hiliran dalam industri unsur nadir bumi (REE) khususnya dalam pemprosesan lanjutan dan penghasilan produk bernilai tinggi agar Malaysia tidak terus bergantung kepada eksport mentah dan kekal relevan dalam ekonomi teknologi hijau global.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan menetapkan matlamat untuk membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri unsur nadir bumi (REE) merangkumi aktiviti perlombongan, pemprosesan, penghasilan produk bernilai tambah, sehinggalah kepada penggunaan semula bahan REE. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah merangka strategi pembangunan industri REE secara berfasa merangkumi fasa jangka pendek bermula tahun 2025 hingga 2027, fasa jangka sederhana bermula tahun 2027 hingga 2030 dan fasa jangka panjang selepas tahun 2030.\n\n• Sebagai sokongan untuk pembangunan industri di peringkat pertengahan, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah REE pada fasa jangka pendek. Dalam masa yang sama, rundingan dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara giat dijalankan untuk memastikan loji pemprosesan tempatan bagi penulenan dan pemisahan elemen REE, kilang pembuatan logam atau aloi REE, serta kilang pembuatan super magnet diwujudkan di Malaysia. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digalakkan untuk terlibat dalam usaha ini bagi memastikan berlaku pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran tempatan.\n\n• Berdasarkan situasi geopolitik global dan sebagai strategi diplomasi negara, Kerajaan melihat keperluan untuk Malaysia membangunkan industri pertengahan REE yang melibatkan kerjasama teknologi dan pelaburan dari China dan bukan China. Dalam hal ini, hubungan rapat dengan China serta kewujudan loji pemprosesan REE milik Lynas di Kuantan, Pahang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat ini.\n\n• Dalam masa yang sama, Kerajaan juga menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan tempatan dalam merealisasikan matlamat pewujudan industri pemprosesan dalam negara. Beberapa syarikat tempatan pada ketika ini sedang menjalankan usaha tersebut dengan kerjasama kepakaran dalam dan luar negara. Namun demikian, ia masih bergantung kepada penilaian daya maju dan mengambil kira faktor seperti sumber bahan mentah, kapasiti kewangan dan permintaan pasaran.\n\n• Pada fasa jangka sederhana, larangan pengeksportan mentah REE akan diteruskan mengambil kira jangkaan loji pemprosesan telah wujud di dalam negara untuk memproses sumber REE tempatan. Industri REE di peringkat pertengahan pada fasa ini boleh menerima input sumber dari luar negara dan hasil pengeluarannya pula boleh dieksport sekiranya permintaan tempatan telah dipenuhi. Pada fasa ini juga, rundingan untuk menarik pelabur bagi membangunkan industri pembuatan motor elektrik dan kitar / guna semula REE dibuat bagi memastikan industri REE negara mempunyai rantaian nilai yang lengkap.\n\n• Seterusnya, pada fasa jangka panjang, Malaysia disasarkan untuk memiliki rantaian industri yang lengkap bermula dari aktiviti perlombongan hingga kepada industri kitar / guna semula dan menjadi hab industri REE serantau dan global.\n\n• Bagi memastikan pelaksanaan strategi ini berjalan lancar, Kerajaan telah menubuhkan Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE melibatkan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaku Pengerusi Special Task Force, dan keahlian terdiri daripada YB Menteri Ekonomi, YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Menteri Kewangan II dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Penubuhan Special Task Force ini merupakan satu langkah strategik bagi memastikan tindakan dan inisiatif dalam membangunkan industri ini dibuat dengan lebih bersinergi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2857,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2857",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-07-28",
        "year": 2025,
        "no": "67",
        "member": "Tuan Ganabatirau al Veraman",
        "area": "Klang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan takrifan ataupun justifikasi untuk menentukan perbezaan di antara pengusaha dan peneroka haram di tanah kegunaan awam.",
        "question": "Tuan Ganabatirau al Veraman [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan takrifan ataupun justifikasi untuk menentukan perbezaan di antara pengusaha dan peneroka haram di tanah kegunaan awam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nIstilah pengusaha atau peneroka haram adalah merujuk kepada pendudukan secara tidak sah tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan yang diperuntukkan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara [Akta 828]. \n\nMana-mana orang yang tanpa kebenaran sah melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut boleh dikategorikan sebagai pendudukan secara tidak sah:\n\n• menduduki, atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan;\n\n• membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; dan\n\n• memotong, atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian.\n\nBagi menjelaskan takrifan tanah kegunaan awam, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui suatu warta untuk merizabkan mana-mana tanah Kerajaan sebagai tanah bagi maksud awam. Tanah Kerajaan bagi tujuan kegunaan awam adalah seperti jalan, sekolah, masjid, taman rekreasi, tapak pelupusan sampah dan sebagainya. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2885,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2885",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "68",
        "member": "Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan",
        "area": "Tasek Gelugor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bacaan kualiti air terkini sungai-sungai yang terkesan oleh pencemaran dari kandang-kandang babi di Kampung Selamat yang mengalir ke kawasan-kawasan di Tasek Gelugor dan Kepala Batas ser...",
        "question": "Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bacaan kualiti air terkini sungai-sungai yang terkesan oleh pencemaran dari kandang-kandang babi di Kampung Selamat yang mengalir ke kawasan-kawasan di Tasek Gelugor dan Kepala Batas serta apakah langkah penyelesaian yang telah dan akan diambil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti air sungai melalui 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual di 672 sungai di Negara ini dengan kekerapan persampelan bagi setiap stesen pengawasan adalah sebanyak enam (6) kali setahun. Selain itu terdapat juga 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di hulu takat pengambilan air di sungai-sungai utama yang menjadi sumber bekalan air. \n\n• Berdasarkan semakan yang dilakukan oleh JAS, kedudukan Kampung Selamat adalah berhampiran dengan Sungai Air Melintas dan Sungai Kereh. JAS memantau kualiti air sungai melalui satu (1) stesen pengawasan kualiti air sungai manual di Sungai Melintas dan tiga (3) stesen pengawasan kualiti air sungai manual di Sungai Kereh. Status terkini menunjukkan bahawa Indeks Kualiti Air (IKA) bagi kedua-dua sungai tersebut adalah di dalam Kelas III dan dikategorikan sebagai “Tercemar”.\n\n• Pencemaran yang berpunca daripada penternakan babi ini dikawal selia oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang pula merupakan pihak berkuasa utama dalam penguatkuasaan dan pemantauan ladang babi di bawah enakmen ini yang juga mengawal lesen ternakan khinzir melalui Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020. Antara tindakan mitigasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dalam mengatasi masalah pencemaran air yang sedang berlaku adalah dengan melaksanakan pemberian UMAS (Useful Microbes Activated Solution) secara percuma kepada pemilik ladang khinzir di Kampung Selamat manakala aktiviti pencurahan UMAS ke dalam saliran air di Kampung Selamat turut dilaksanakan secara mingguan. \n\n• Di samping itu, satu (1) projek rintis (pilot project) telah dijalankan untuk tujuan rawatan air kumbahan menggunakan teknologi Quantum Thermal Cracking di dua (2) ladang di Kampung Selamat, Daerah Seberang Perai Utara. Rawatan ini dijangka dapat mengatasi isu pencemaran air dan bau yang berlaku di Kampung Selamat.\n\n• Selaras dengan hasrat penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang bertujuan untuk memantau isu dan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/ Kementerian dan Kerajaan Negeri, NRES dan JAS akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha menangani masalah pencemaran yang berpunca daripada aktiviti penternakan melalui pengawasan kualiti air sungai secara berterusan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2886,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2886",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2025-08-27",
        "year": 2025,
        "no": "70",
        "member": "Puan Wong Shu Qi",
        "area": "Kluang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "PERHILITAN, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah haiwan liar yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya bagi setiap tahun dari 2022 hingga 2025 dengan pecahan mengikut spesies haiwan dan daerah serta menyenaraikan tiga lokasi yan...",
        "question": "Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah haiwan liar yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya bagi setiap tahun dari 2022 hingga 2025 dengan pecahan mengikut spesies haiwan dan daerah serta menyenaraikan tiga lokasi yang mencatatkan insiden roadkill paling tinggi di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam menangani isu kematian hidupan liar akibat kemalangan jalan raya (roadkill). Berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, jumlah keseluruhan roadkill sepanjang tahun 2022 hingga April 2025 adalah sebanyak 1,666 ekor.\n\n• Bagi tempoh tersebut, pecahan roadkill mengikut spesies hidupan liar tertinggi ialah spesies biawak iaitu sebanyak 369 ekor, diikuti dengan kera sebanyak 340 ekor, musang sebanyak 241 ekor, Babi Hutan sebanyak 162 ekor dan kucing liar sebanyak 83 ekor.\n\n• Bagi tempoh 2022 hingga 2024, 5 daerah di negeri Johor telah mencatatkan roadkill sebanyak 26 kes melibatkan:\n\n• 18 kes di daerah Kota Tinggi;\n\n• 3 kes di daerah Mersing;\n\n• 2 kes di daerah Pengerang;\n\n• 1 kes di daerah Pontian; dan\n\n• 2 kes di daerah Segamat.\n\n• Lokasi yang mencatatkan insiden roadkill tertinggi di seluruh negara adalah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Jeli dan Gua Musang, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu dan Jalan Jemaluang-Mersing, Johor.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2822,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2822",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "1",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Kerajaan di Jajahan Gua Musang, Kelantan memandangkan beberapa orang telah dibunuh oleh gajah dan harimau kebelakangan ini di kawasan terse...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Kerajaan di Jajahan Gua Musang, Kelantan memandangkan beberapa orang telah dibunuh oleh gajah dan harimau kebelakangan ini di kawasan tersebut dan penduduk hidup dalam ketakutan dan banyak tanam-tanaman telah dirosakkan oleh gajah-gajah yang berkeliaran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius mengenai konflik manusia hidupan liar termasuk gajah dan harimau yang berlaku di Gua Musang. Berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, sebanyak 337 aduan konflik hidupan liar telah diterima pada tahun 2024 yang melibatkan sebanyak 218 aduan konflik berkaitan gajah dan 47 aduan berkaitan harimau.\n\n2. Jabatan PERHILITAN telah mengambil tindakan bagi menangani konflik manusia hidupan liar yang melibatkan gajah dan harimau di Gua Musang antaranya seperti berikut:\n\n• Melaksana 306 kali kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik yang terletak di dalam kawasan habitat hidupan liar;\n\n• Memasang 15 unit perangkap apabila menerima aduan konflik harimau serta menjalankan 10 kali operasi tangkap pindah yang melibatkan gajah;\n\n• Membina 2 unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal di Kampung Orang Asli Pos Pasik dan Kampung Orang Asli Pos Aring 5 bagi mengelak kemasukan gajah liar ke kawasan penempatan dan kebun penduduk;\n\n• Menggalakkan penternak haiwan membina kurungan ternakan dengan lebih kukuh dan menguruskan haiwan ternakan dengan lebih sistematik dan bertanggungjawab bagi mengurangkan konflik harimau;\n\n• Mengadakan 4 kali program kesedaran awam bersama masyarakat setempat bagi memberi kesedaran kepada penduduk mengenai pengurusan konflik hidupan dan manusia; dan\n\n• Mengadakan sebanyak 5 kali sesi libat urus bersama dengan pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan tanah di habitat hidupan liar serta pengurusan konflik hidupan liar.\n\n \n3. Selain itu, Jabatan PERHILITAN juga telah membangunkan Pelan Tindakan Krisis Harimau Malaya 2021-2030 dan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030 (NECAP 2.0) sebagai panduan dalam pengurusan konservasi serta krisis harimau dan gajah yang lebih menyeluruh.\n\n4. Kerajaan telah melaksanakan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024 yang diterajui oleh NRES melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Jabatan Hidupan Liar Sabah di Sabah dan Sarawak Forestry Corporation di Sarawak.\n\n5. BKHT merupakan bantuan bentuk kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun 2024, seramai 246 pemohon telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM978,000.00\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2784,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2784",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "2",
        "member": "Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan",
        "area": "Kota Bharu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok dan sekiranya sasaran telah dicapai apakah perancangan Kementerian supaya program ini dite...",
        "question": "Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok dan sekiranya sasaran telah dicapai apakah perancangan Kementerian supaya program ini diteruskan di masa hadapan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah mencapai sasaran penanaman sebanyak 100 juta pokok setahun lebih awal, yang mana penanaman simbolik pokok ke-100 Juta telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Disember 2024 yang lalu di Taman Herba, Parlimen Malaysia.\n\n2. Sehingga 5 Februari 2025, jumlah penanaman adalah sebanyak 109,276,202 pokok. Walaupun sasaran jumlah penanaman telah berjaya dicapai, kempen ini akan diteruskan sehingga akhir tahun 2025 bagi merealisasikan objektif penting dalam kempen ini, iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi.\n\n3. Pada tahun ini, tumpuan aktiviti akan melibatkan usaha pemulihan melalui rawatan di beberapa kawasan penanaman di bawah program ini. Langkah ini bertujuan memastikan kadar pertumbuhan pokok yang ditanam berada dalam keadaan optimum serta menyokong pemuliharaan ekosistem semula jadi. Selain itu, aktiviti penanaman pokok baharu akan diteruskan secara berterusan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri mencapai sasaran penanaman yang telah ditetapkan di setiap negeri di bawah pelaksanaan program ini. \n\n4. Di samping itu, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak sedang meneliti dan merencana hala tuju pelaksanaan program ini selaras dengan keperluan dan objektif Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang akan menjadi panduan utama bagi kesinambungan program pemuliharaan hutan dan penanaman pokok pada masa hadapan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2807,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2807",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "5",
        "member": "Tuan Tan Kar Hing",
        "area": "Gopeng",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik berkenaan perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands: (a) perubahan suhu dalam tempoh 10 tahun; dan (b) jumlah kes kejadian tanah runtuh dan pemantauan pergerakan serta jumla...",
        "question": "Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan statistik berkenaan perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands:\n(a) perubahan suhu dalam tempoh 10 tahun; dan\n(b) jumlah kes kejadian tanah runtuh dan pemantauan pergerakan serta jumlah cerun berisiko tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Berdasarkan rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024, suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir. Tahun 2024 mencatatkan sejarah sebagai tahun terpanas di Cameron Highlands dengan purata suhu harian mencecah 18.91 darjah Celsius. \n\n• Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.86 darjah Celsius berbanding purata suhu harian jangka panjang (1991–2020), iaitu 18.05 darjah Celsius. Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Cameron Highlands ialah 27.9 darjah Celsius pada Mei 1998 manakala suhu terendah pula adalah 10.0 darjah Celsius pada Februari 1989.\n\nSoalan (b)\n\n• Seterusnya berhubung jumlah kejadian tanah runtuh, terdapat 689 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands telah direkodkan dari tahun 1961 sehingga kini.\n\n• Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di mana menerusi projek ini, sebanyak 45 cerun kritikal berisiko tinggi telah dikenalpasti di kawasan Cameron Highlands. JMG sedang melaksanakan pemantauan secara tahunan 19 cerun kritikal bermula 2021 sehingga kini. Selain itu sebanyak lima (5) lokasi di Cameron Highlands telah dipasang peralatan sistem amaran awal (early warning system).\n\n• Kesemua maklumat bencana geologi tanah runtuh dan cerun kritikal ini dikongsikan bersama agensi dan jabatan berkepentingan yang terlibat bagi tujuan pengurusan dan mitigasi cerun serta kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana geologi tanah runtuh.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2793,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2793",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-17",
        "year": 2025,
        "no": "6",
        "member": "Puan Young Syefura binti Othman",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan dan adakah mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan Tanah Rizab Melayu.",
        "question": "Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan dan adakah mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan Tanah Rizab Melayu.",
        "answer": "Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima Kasih YB Bentong,\n\n• Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia sehingga 30 Jun 2024 adalah seluas 4,955,870.89 hektar dan tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu. Dalam hubungan ini, keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,533,150.89 hektar atau 104.55% pada tahun 2024 berbanding data terawal keluasan TRM yang direkodkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) pada tahun 1947 iaitu seluas 2,422,720 hektar.\n\n• Dimaklumkan bahawa perkara-perkara berhubung TRM adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Meskipun begitu, isu-isu berkaitan TRM juga sentiasa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang telah diwujudkan di peringkat Persekutuan yang berperanan merundingkan perkara-perkara berhubung tanah antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.\n\n• Selaras dengan keputusan MTN yang Ke-69, Kementerian ini berperanan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data Tanah Rizab Melayu. Sehubungan itu, beberapa siri Sesi Libat Urus bersama-sama dengan Pentadbiran Tanah Negeri dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diadakan bagi mendapatkan data Tanah Rizab Melayu yang tepat. \n\n• Data ini kemudiannya digunakan oleh Kementerian dalam mewujudkan satu sistem pangkalan data spatial TRM berpusat untuk rujukan bagi tujuan pembangunan akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2799,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2799",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "6",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengintegrasikan sistem ramalan cuaca dengan takwim tanaman dan tuaian bagi membantu petani merancang aktiviti pertanian berdasarkan data cuaca.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengintegrasikan sistem ramalan cuaca dengan takwim tanaman dan tuaian bagi membantu petani merancang aktiviti pertanian berdasarkan data cuaca.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) adalah bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pemantauan, pengeluaran maklumat serta pusat pengumpulan data cuaca, iklim, atmosfera, gempa bumi, dan tsunami di seluruh negara serta kawasan perairannya.\n\n• Setakat ini tiada lagi integrasi di antara ramalan cuaca dengan takwim tanaman dan tuaian bagi membantu petani merancang aktiviti pertanian berdasarkan data cuaca. Namun begitu, MET Malaysia mengalu-alukan sebarang perbincangan dan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tujuan integrasi maklumat tersebut. MET Malaysia juga telah berkongsi maklumat dan data meteorologi di Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) dan telah membangunkan MET Application Programming Interface (METAPI) bagi memudahkan integrasi data.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, MET Malaysia ada menyediakan Tinjauan Meteorologi Pertanian dan Buletin Cuaca setiap bulan di laman sesawang Jabatan. Laporan tersebut digunakan sebagai panduan berkenaan cuaca kepada pelbagai agensi pertanian seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan pengusaha-pengusaha industri pertanian. \n\n• Laporan ini memberikan analisa dan maklumat berkaitan jumlah taburan hujan, suhu, kelembapan relatif, sejatan dan sinaran matahari setiap bulan.\n\n• Untuk memantau keadaan cuaca kering dan panas di negara ini, MET Malaysia melaksanakan:\n\n• Pemantauan suhu maksimum harian bagi menentukan status cuaca panas seluruh Negara pada setiap hari;\n\n• Pelaporan bilangan hari tanpa hujan setiap hari;\n\n• Penyediaan maklumat dan ramalan kawasan yang berisiko untuk pembakaran melalui indeks Fire Danger Rating System (FDRS) yang dikemaskini setiap hari;\n\n• Pemantauan status ENSO (El-Niňo & La-Niňa) dan ia dikemaskini pada setiap bulan; dan\n\n• Pengeluaran Indeks Pemantauan Kemarau (SPI) yang dikemaskini pada setiap bulan bagi memantau situasi kemarau berdasarkan Peraturan Tetap Pengendalian Bencana Kemarau Kebangsaan.\n\n• Semua maklumat-maklumat ini boleh diakses melalui laman sesawang dan media sosial rasmi MET Malaysia. MET Malaysia juga sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) untuk tujuan pertanian.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2815,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2815",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "8",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah proaktif yang diambil oleh Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya termasuk kajian penyelidikan saintifik...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah proaktif yang diambil oleh Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya termasuk kajian penyelidikan saintifik ke atas populasinya. Adakah Kementerian bercadang menyediakan dana khas bagi meningkatkan kawalan terhadap sindiket pemburuan haram.",
        "answer": "1. Penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (National Tiger Conservation Task Force - MyTTF) merupakan salah satu daripada 9 tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya yang telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021. MyTTF memainkan peranan penting dalam menetapkan hala tuju serta menyelaras pelaksanaan dan pemantauan tindakan bagi konservasi Harimau Malaya. \n\n2. MyTTF telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan pelbagai tindakan bagi menangani krisis populasi Harimau Malaya di habitat semula jadi. Antara langkah-langkah utama adalah seperti berikut:\n\n• mengukuhkan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bersama agensi-agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta veteran Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM, Orang Asli/ Orang Asal dan komuniti setempat;\n\n• mengukuhkan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai Centre of Excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya melalui pengukuhan fungsi, perjawatan, perkakasan teknologi penyelidikan dan kerjasama strategik;\n\n• meningkatkan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada kerajaan negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan negara termasuk habitat Harimau Malaya;\n\n• memperluaskan pelaksanaan Skim Akreditasi Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) bagi mengukuhkan keberkesanan pengurusan habitat Harimau Malaya.\n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah pun menyediakan dana khas bagi menangani isu pemburuan haram. Dalam hubungan ini, Kementerian Kewangan telah menyediakan peruntukan khusus bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) yang melibatkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan pelantikan Renjer Komuniti. Sejak tahun 2020 hingga 2024, sebanyak RM189 juta telah disediakan bagi melaksanakan BP3. Pada tahun ini, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan bagi melantik seramai 2,550 Renjer Komuniti termasuk di Sabah dan Sarawak.\n\n4. Di samping itu, langkah-langkah bagi meningkatkan kawalan terhadap sindiket pemburuan haram dan jenayah hidupan liar rentas sempadan telah dilaksanakan melalui penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar (Wildlife Crime Bureau - WCB) di bawah PDRM dan pengukuhan pasukan Special Protected Area Response Team (SPARTA) di bawah Jabatan PERHILITAN sebagai pasukan taktikal khas untuk menangani isu pemburuan haram.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2823,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2823",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "8",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian merancang untuk mengawal selia pelepasan efluen dari kilang-kilang dengan menggunakan loading dan bukannya concentration, terutamanya di kawasan-kawasan yang padat den...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian merancang untuk mengawal selia pelepasan efluen dari kilang-kilang dengan menggunakan loading dan bukannya concentration, terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan kilang seperti Pasir Gudang. Apakah langkah-langkah yang diambil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dalam proses semakan semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Dalam proses semakan ini, JAS akan menilai dan memperkemaskan kaedah pengawalseliaan pelepasan efluen industri bagi memastikan kelestarian alam sekitar terjamin. Kaedah pengawalseliaan yang sedang diperhalusi adalah kawalan pelepasan melalui kepekatan (concentration), beban (loading) dan lain-lain parameter termasuklah bahan cemar baharu (emerging pollutants).\n\n• Namun, selain daripada pelepasan efluen perindustrian, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai yang perlu diberikan perhatian termasuklah daripada punca-punca tidak bersumber (non-point source pollution) seperti pasar basah, car wash, restoran, dobi serta air larian permukaan yang terletak di bawah kawal selia Agensi-Agensi lain yang berkaitan.\n\n• Pada masa ini, langkah yang diambil oleh JAS dalam memastikan kualiti air sungai terjamin adalah:\n\n• Menjalankan pengawasan kualiti air sungai secara berterusan. Terdapat sebanyak 30 stesen pengawasan automatik dan 1,353 stesen pengawasan manual yang melibatkan 672 sungai di seluruh Malaysia;\n\n• Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengemukakan input bagi pembangunan dan perancangan industri baharu;\n\n• Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan peraturan yang sedang berkuatkuasa; dan\n\n• Meningkatkan aktiviti pendidikan dan kesedaran pihak industri mengenai kepentingan pengurusan efluen yang bertanggungjawab dan menggalakkan pelaksanaan amalan terbaik pengurusan efluen termasuk penggunaan teknologi rawatan yang lebih cekap dan mesra alam.\n\n• Kementerian melalui JAS akan terus komited untuk memastikan pengawalan pelepasan efluen industri dilakukan secara holistik dan berkesan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2785,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2785",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "10",
        "member": "Puan Young Syefura binti Othman",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi Kementerian dalam memperkukuh Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan khususnya untuk mengenakan tindakan 'punitif' atau hukuman yang boleh diambil ke atas s...",
        "question": "Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi Kementerian dalam memperkukuh Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan khususnya untuk mengenakan tindakan 'punitif' atau hukuman yang boleh diambil ke atas syarikat atau negara yang melanggar perjanjian ini berikutan Malaysia selaku pengerusi ASEAN pada tahun ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa komited dalam menangani masalah jerebu merentas sempadan. Sejak tahun 2023, NRES telah membuat penelitian semula pendekatan sedia ada dan mekanisme terbaik dalam menguruskan masalah ini secara holistik.\n\n• Pada 21 Disember 2023, Sesi Town Hall Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Membincangkan Langkah Menangani Masalah Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan telah diadakan bagi mendapatkan cadangan dan pandangan pelbagai aspek dalam menangani masalah ini. Sesi town hall ini telah melibatkan Ahli Parlimen, Panel Penasihat dan Panel Konsultasi berkaitan alam sekitar, pakar-pakar undang-undang dan alam sekitar, pihak-pihak berkepentingan meliputi jabatan dan agensi kerajaan, akademia, wakil syarikat swasta dan dan pemain industri serta badan bukan kerajaan (NGO). Selanjutnya, sebanyak empat (4) sesi Mesyuarat Focus Group, tujuh (7) mesyuarat khusus dan perbincangan susulan telah diadakan bersama pelbagai pihak berkepentingan untuk meneliti kebolehlaksanaan dan kaedah pelaksanaan pelbagai cadangan ini.\n\n• Berdasarkan pelbagai sesi libat urus yang diadakan ini, NRES telah merangka 9 strategi utama bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan yang selanjutnya telah dibentangkan dan mendapat persetujuan Jemaah Menteri melalui mesyuarat bertarikh 25 Oktober 2024.\n\n• Bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution – AATHP) dan selaras dengan Kepengerusian ASEAN 2025, NRES akan mengetengahkan dua (2) strategi iaitu berkaitan pelaksanaan diplomasi sains dan pemerkasaan dana jerebu mampan.\n\n• Perkara ini dicadangkan dengan mengambil contoh kejayaan pelaksanaan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (Multilateral Environmental Agreements – MEAs) seperti Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon dan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di peringkat antarabangsa yang antara lain menekankan keseimbangan komposisi antara data saintifik, fakta dan rundingan untuk menyokong proses membuat keputusan. Selain itu, dengan tersedianya dana jerebu mampan, pelaksanaan penyelidikan, penerokaan teknologi dan inovasi baharu dalam pembangunan infrastruktur, pelan pencegahan dan pemadaman kebakaran tanah gambut dapat dilaksanakan dengan efektif selaras dengan Artikel 16 - Kerjasama Teknikal dan Artikel 17 - Penyelidikan Saintifik di bawah AATHP.\n\n• Sehingga kini tiada tindakan punitif boleh dikenakan di bawah AATHP terhadap negara atau syarikat yang menyebabkan jerebu merentas sempadan. Sekiranya terdapat isu dan pertikaian di kalangan negara anggota, perkara tersebut perlu diselesaikan secara rundingan dan kesepakatan (amicable) berlandaskan prinsip ASEAN. Bagi mengatasi jurang ini, NRES berpandangan langkah pencegahan (preventive) dan langkah berjaga-jaga (precautionary) melalui pelaksanaan diplomasi sains, tindakan pencegahan kebakaran dan pemantauan berterusan dan ketersediaan dana jerebu yang mampan akan dapat memastikan pengurusan jerebu merentas sempadan yang efektif di bawah perjanjian ini.\n\n• Kerajaan juga akan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama diplomatik dengan negara anggota ASEAN khususnya Indonesia. NRES optimis untuk bekerjasama dengan tampuk kepimpinan Kerajaan Indonesia yang baharu dengan mengambil contoh pendekatan beberapa perjanjian dan kerjasama dua hala yang berjaya dilaksanakan di peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Kualiti Udara antara Amerika Syarikat dan Kanada serta kerjasama antara Korea Selatan dan China dalam pengurusan isu kualiti udara di kedua-dua negara. Antara bidang kerjasama yang akan diketengahkan melalui kerjasama dua hala berkaitan alam sekitar ini adalah pengurusan tanah gambut lestari dan pengurusan kualiti udara. Bidang kerjasama ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua negara.\n\n• Sebagai langkah mengawal pencemaran jerebu dalam negara (domestik), Kerajaan akan terus mempertingkatkan pemantauan kawasan berisiko terbakar termasuk tanah gambut dan melaksanakan penguatkuasaan pembakaran terbuka secara bersepadu. Kerjasama dengan kerajaan negeri juga telah diperkukuh melalui penglibatan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan bagi membincangkan isu ini secara menyeluruh.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2800,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2800",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "11",
        "member": "Tuan Syahredzan bin Johan",
        "area": "Bangi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan : • usaha jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kementerian dalam mendigitalisasikan urusan pentadbiran tanah; dan • langkah-langkah bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan...",
        "question": "Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• usaha jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kementerian dalam mendigitalisasikan urusan pentadbiran tanah; dan\n\n• langkah-langkah bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan serta mengurangkan kos dan masa untuk setiap transaksi berkaitan pentadbiran tanah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n1. Kementerian sentiasa komited dalam melaksanakan gerak kerja pendigitalan pentadbiran tanah negara agar pentadbiran tanah terus diperkemas dan ditambah baik seiring dengan tuntutan perkembangan teknologi terkini dan revolusi digital. Dalam hal ini, Kementerian telah melaksanakan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) dan Sistem MyLand. \n\nSistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah)\n\n2. Sistem e-Tanah merupakan sistem pentadbiran tanah elektronik yang dibangunkan berdasarkan keperluan dan kesesuaian di negeri dengan berpaksikan perundangan yang berkuat kuasa. Melalui Sistem e-Tanah, urusan-urusan dalam pentadbiran tanah akan dapat dilaksanakan secara atas talian dengan lebih pantas dan efisien seperti urusan permohonan sijil carian rasmi dan carian persendirian, permohonan kebenaran (consent) dan urusan bayaran cukai tanah. \n\n3. Sehingga Disember 2024, Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta (PPP) telah berjaya diguna pakai di Wilayah Persekutuan, Negeri Perak, Negeri Selangor dan Negeri Terengganu. Sistem e-Tanah disasarkan untuk diperluaskan penggunaannya di semua negeri di Semenanjung Malaysia menjelang 2030 dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan negeri. \n\nSistem MyLAND\n\n4. Sistem MyLAND telah dibangunkan untuk memperkasakan pentadbiran tanah persekutuan dan urusan pembahagian pusaka yang berteraskan ekosistem teknologi dan responsif kepada keperluan rakyat. \n\n5. Sistem MyLAND merupakan bank data aset tanah kerajaan persekutuan serta sumber rujukan setempat yang menyimpan keseluruhan maklumat tanah persekutuan secara lengkap dengan elemen GIS. Sistem ini juga menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai melalui fungsi ePayment bagi memudahkan pengguna dalam berurusan. \n\n6. Bermula 1 Januari 2025, MyLAND juga telah bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dengan melaksanakan penambahan skop iaitu menyediakan kemudahan perekodan maklumat ketuanpunyaan beserta pelan lokasi tanah bagi tanah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Ini bagi memastikan perekodan maklumat tanah dilaksanakan secara menyeluruh dan pengurusan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.\n\nSoalan (b)\n\n7. Pada masa ini, pentadbiran tanah ke arah melaksanakan konsep perserahan dan pendaftaran secara dalam talian (Online Presentation and Registration). Oleh itu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) sedang mengkaji perundangan Kanun Tanah Negara yang melibatkan urusan pendaftaran dan perserahan secara atas talian yang sedang dalam semakan Jabatan Peguam Negara. \n\n8. Melalui kaedah ini, semua peringkat urusan tanah terutamanya perserahan dan pendaftaran boleh dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Ini bagi memastikan keaslian dan keselamatan data yang terekod di sistem sekali gus membantu meningkatkan kecekapan dalam urusan pentadbiran tanah. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2824,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2824",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "17",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kementerian bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia seperti mana yang berlaku baru-baru ini. Ini kerana sejak kebelakangan ini, Ma...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian bagi membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia seperti mana yang berlaku baru-baru ini. Ini kerana sejak kebelakangan ini, Malaysia menjadi destinasi utama lambakan e-waste global khususnya dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jepun dan sebagainya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) komited untuk membanteras kemasukan e-waste yang diseludup secara haram dan diproses di Malaysia.\n\n2. Kawalan ketat terhadap kemasukan e-waste ke dalam Negara ini dilaksanakan dengan mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta selaras dengan peraturan antarabangsa seperti Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya.\n\n3. Bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan sebagai destinasi lambakan sisa elektrik dan elektronik dari negara lain, Malaysia telah menetapkan polisi pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual seperti berikut:\n\n• Pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste bagi tujuan pelupusan adalah dilarang; dan\n\n• Pengimportan buangan terjadual termasuk e-waste oleh kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual adalah tidak dibenarkan. Kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual dilesenkan bagi tujuan mengurus dan memproses buangan terjadual yang dihasilkan di dalam Negara sahaja.\n\n4. Kejayaan penahanan kontena di Pelabuhan Klang serta intipan dan serbuan secara bersepadu yang dilaksanakan di seluruh Negara bersama beberapa agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menangani isu pengimportan e-waste secara haram. \n\n5. Kementerian dengan penguatkuasaan JAS juga terus komited untuk mengawal kemasukan e-waste melalui pelabuhan dengan langkah-langkah seperti berikut:\n\n• Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama oleh semua agensi yang terlibat di pelabuhan tersebut termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa pelabuhan dan JAS;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Seketariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain agensi dalam aspek penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan tersebut; dan\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi di dalam Negara terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram secara bersepadu yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Kawal Selia Air Negeri, Syarikat Bekalan Air, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad bagi memastikan kilang-kilang yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste secara haram dapat ditangani melalui tindakan yang tegas dapat diambil.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2801,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2801",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "18",
        "member": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh",
        "area": "Besut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan status dan justifikasi penggubalan Akta Penyiasatan Geologi dan Geosains (APGG) yang akan dibentang di Parlimen bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974.",
        "question": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status dan justifikasi penggubalan Akta Penyiasatan Geologi dan Geosains (APGG) yang akan dibentang di Parlimen bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Penggubalan Rang Undang-Undang Penyiasatan Geologi dan Geosains (RUU PGG) bertujuan menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada, responsif terhadap keperluan dan dasar semasa Negara dan memperkukuhkan peranan dan bidang tugas JMG selari dengan perkembangan bidang geosains yang semakin mencabar dan hasrat kerajaan dalam memperkemaskan hala tuju industri mineral negara.\n\n• Di samping itu, skop dan bidang kuasa JMG turut akan diperkasa melalui pertambahan, pemantapan dan pengukuhan takrifan dan terminologi baharu berkaitan aspek geologi dan geosains berdasarkan perkembangan pengetahuan, amalan dan teknologi terkini. Penggubalan RUU PGG ini akan memberi kuasa kepada JMG bagi memastikan keselamatan maklumat dan sumber geologi di perairan dan pelantar benua Negara terpelihara dan selamat.\n\n• Walau bagaimanapun, RUU PGG ini tidak akan menyentuh bidang kuasa negeri terhadap sumber geologi, sebaliknya memfokuskan kepada proses pemetaan geologi, penyiasatan geologi serta khidmat nasihat teknikal yang berkaitan.\n\n• Pada masa ini, Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang melaksanakan proses penggubalan Rang Undang-Undang Penyiasatan Geologi dan Geosains (RUU PGG) di mana draf RUU ini telah disediakan. Pada tahun ini Kementerian mensasarkan kesemua sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti Kerajaan Negeri dan Jabatan/Agensi berkaitan dapat diselesaikan dan RUU ini dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun 2026.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2802,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2802",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "21",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/pengh...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran; dan\n(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Tadbir Urus Bahan Kimia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kawalan bahan kimia berbahaya di Malaysia dilaksanakan secara bersepadu oleh sembilan (9) kementerian dan agensi, serta sembilan (9) akta sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Setiap kementerian dan agensi mempunyai sistem inventori data tersendiri bagi memantau bahan kimia di bawah akta masing-masing.\n\n• Bagi menyelesaikan isu-isu integrasi data serta perundangan dan penyelarasan dalam pengurusan bahan kimia yang lebih holistik dengan mengambil kira kitaran hayat (life cycle) bahan kimia tersebut daripada kemasukan sehingga pelupusan (from cradle to grave), Jawatankuasa Pengukuhan Tadbir Urus Bahan Kimia Berbahaya peringkat Kebangsaan telah ditubuhkan. Antara objektif utama jawatankuasa ini adalah:\n\n• memudahkan perkongsian data antara kementerian dan agensi bagi pengurusan bahan kimia berbahaya;\n\n• mewujudkan satu senarai bahan kimia berbahaya keutamaan di peringkat kebangsaan;\n\n• menilai risiko dan merancang pelan mitigasi serta kesiapsiagaan menghadapi bencana yang melibatkan bahan kimia berbahaya; dan\n\n• menyelaras isu-isu berbangkit merentas sektor khususnya bagi pengurusan, pengawalan dan pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan awam dan alam sekitar.\n\n• Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) selaku salah satu agensi yang bertanggungjawab dalam kawal selia import, eksport, dan pengurusan bahan kimia berbahaya akan sentiasa memantau pergerakan bahan kimia industri berbahaya selaras dengan Konvensyen Rotterdam melalui kaedah Prior Informed Consent (PIC). JAS juga telah membangunkan sistem MyEHS untuk merekodkan permohonan berkaitan PIC serta sistem e-SWIS bagi pemantauan pengurusan buangan terjadual sehingga pelupusannya. Data dalam kedua-dua sistem ini dipantau secara berterusan bagi memastikan kawalan yang efektif terhadap pergerakan dan pelupusan bahan kimia berbahaya dalam negara.\n\nSoalan (b)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Seperti yang dimaklumkan tadi, kawalan bahan kimia berbahaya di Malaysia dilaksanakan secara bersepadu oleh sembilan (9) kementerian dan agensi serta sembilan (9) akta sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengukuhan Tadbir Urus Bahan Kimia Berbahaya peringkat Kebangsaan telah ditubuhkan.\n\n• Buat masa ini, pihak Kementerian ingin menggunakan platform dan akta sedia ada bagi menyelaras isu-isu berbangkit merentas sektor khususnya bagi pengurusan, pengawalan dan pemantauan bahan kimia berbahaya dan tidak bercadang untuk mewujudkan Akta Tadbir Urus Bahan Kimia. \n\n• Namun begitu, jika terdapat keperluan bagi mewujudkan Akta Tadbir Urus Bahan Kimia, perkara ini akan dikaji dan dibincangkan dalam jawatankuasa ini setelah mengambilkira akta dan perundangan sedia ada di bawah agensi-agensi berkaitan pengurusan bahan kimia di Malaysia.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2808,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2808",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "22",
        "member": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman",
        "area": "Sik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan mitigasi jangka panjang Kementerian dalam menangani impak perubahan iklim khususnya berkaitan peningkatan frekuensi banjir di negara ini.",
        "question": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pelan mitigasi jangka panjang Kementerian dalam menangani impak perubahan iklim khususnya berkaitan peningkatan frekuensi banjir di negara ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Ancaman impak disebabkan oleh perubahan iklim seperti banjir akan memberikan impak terhadap pelbagai sektor ekonomi serta mengancam kesejahteraan penduduk. Menyedari hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). \n\n2. Dokumen ini akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. MyNAP ini adalah bersifat menyeluruh dan akan memerlukan penglibatan pihak berkepentingan di peringkat pusat dan kerajaan negeri.\n\n3. Di samping itu juga, Kementerian ini juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini digubal adalah untuk memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.\n\n4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), agensi di bawah NRES sentiasa memantau situasi cuaca negara dan akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya bencana dijangka berlaku. \n\n5. Justeru, MET Malaysia sentiasa meningkatkan sistem ramalan cuaca negara yang merangkumi sistem rangkaian pencerapan, sistem pemprosesan dan sistem penyampaian agar selari dengan teknologi terkini dan keperluan semasa. Produk-produk model ramalan cuaca yang baharu ini membolehkan Jabatan menjangkakan risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding hanya tujuh hari pada ketika ini. Ia juga akan membekalkan perincian bagi kawasan dilanda bencana dengan resolusi 300 meter berbanding 1 kilometer.\n\n6. Dengan penambahbaikan berterusan yang dilakukan terhadap sistem ramalan cuaca negara, ia dijangka dapat menghasilkan ramalan yang lebih tepat dan seterusnya dapat membantu pihak agensi pengurusan bencana untuk bertindak lebih awal dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2786,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2786",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Tan Kar Hing",
        "area": "Gopeng",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geospatial",
        "category_labels": [
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian dalam menangani krisis yang tidak terduga berkaitan pemasangan aset-aset utiliti yang berada di bawah tanah.",
        "question": "Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian dalam menangani krisis yang tidak terduga berkaitan pemasangan aset-aset utiliti yang berada di bawah tanah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited untuk bekerjasama dan membantu pihak berkuasa serta agensi Kerajaan yang lain dalam usaha untuk menangani bencana atau krisis yang tidak terduga berkaitan pepasangan aset-aset utiliti bawah tanah. Dalam hal ini, NRES melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melaksanakan beberapa inisiatif melibatkan pengurusan dan perkongsian data berkaitan utiliti bawah tanah seperti berikut. \n\n• Pertama, melalui pembangunan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) yang berperanan mengumpul dan menyimpan data utiliti bawah tanah yang dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan utiliti, Jabatan Kerja Raya (JKR), Juruukur Tanah Berlesen (JTB) serta pelbagai agensi lain. PADU merupakan pusat rujukan utama bagi mendapatkan maklumat kedudukan laluan utiliti bawah tanah bertujuan untuk membolehkan pasukan penyelamat membuat keputusan yang tepat dan pantas semasa situasi krisis atau bencana.\n\n• Inisiatif kedua adalah melalui pewujudan Augmented Reality for Underground Utility Mapping Systems (ARUUMS) yang merupakan satu aplikasi mudah alih bagi membolehkan pengguna atau pasukan penyelamat mendapatkan gambaran berkaitan maklumat utiliti bawah tanah secara 3 dimensi (3D) dengan pantas secara real time. Kaedah pemetaan secara interaktif ini akan membolehkan data-data pemetaan utiliti bawah tanah disemak secara maya di lokasi bencana.\n\n• Di samping itu, JUPEM juga telah mewujudkan satu Pusat Panggilan Setempat Utiliti Bawah Tanah (Underground Utility Call Centre) sebagai sebuah platform perkongsian data pemetaan utiliti bawah tanah dengan pihak-pihak yang memerlukan sebelum kerja-kerja pengorekan pepasangan utiliti dijalankan. Selain itu, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai pusat rujukan sekiranya berlaku sebarang krisis atau bencana melibatkan pepasangan utiliti bawah tanah.\n\n• Inisiatif keempat adalah penyediaan dokumen Peraturan Tetap Operasi (PTO) berkaitan bencana utiliti. Menyedari kepentingan mewujudkan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh dan sistematik, JUPEM juga telah mengeluarkan dokumen Peraturan Tetap Operasi (PTO) Penyampaian Maklumat Geospatial Bencana yang merangkumi sepuluh (10) jenis bencana termasuk bencana utiliti. Melalui dokumen ini, satu garis panduan yang komprehensif disediakan untuk dipatuhi oleh semua pegawai JUPEM yang terlibat dalam pengurusan, penyampaian dan pengemaskinian maklumat geospatial kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sekiranya berlaku sebarang bencana yang melibatkan aset-aset utiliti.\n\n• Melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, data pemetaan utiliti bawah tanah yang lengkap dan komprehensif dapat disediakan, dikemaskini dan dikongsi dengan pihak berkuasa serta pasukan penyelamat yang terlibat seterusnya membantu memastikan pengurusan krisis atau bencana di negara ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2794,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2794",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-17",
        "year": 2025,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Kalam bin Salan",
        "area": "Sabak Bernam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan perlombongan REE (Kaedah ISL) boleh menyebabkan alam sekitar dan struktur tanah mengalami kerosakan yang teruk apabila pelombong menggunakan asid kuat berkepekatan pH 1 bagi mengasingkan...",
        "question": "Tuan Kalam bin Salan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perlombongan REE (Kaedah ISL) boleh menyebabkan alam sekitar dan struktur tanah mengalami kerosakan yang teruk apabila pelombong menggunakan asid kuat berkepekatan pH 1 bagi mengasingkan REE daripada tanah. Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang diselia JMG untuk mengekang hal seperti ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sentiasa memantau aktiviti perlombongan yang dijalankan melalui penguatkuasaan Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525]. Bagi tujuan penetapan had parameter yang dibenarkan bagi sebarang pelepasan efluen daripada kawasan perlombongan termasuk kepekatan pH, ia adalah dipantau di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016, Akta Pembangunan Mineral 1994.\n\n2. Untuk makluman, melalui kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan unsur nadir bumi (REE) yang terjerap pada tanah akan diekstrak melalui penggunaan leaching solution dalam keadaan sedikit berasid dan hampir neutral (pH < 6.5 – 6.8). SOP Perlombongan REE yang telah disediakan menyatakan penyediaan leaching solution dalam operasi perlombongan hanya melibatkan ammonium sulfat dengan kepekatan 1-2% sahaja yang menghasilkan larutan dengan pH asid lemah.\n\n3. Kaedah ISL yang ditetapkan bagi perlombongan REE di Malaysia melibatkan aktiviti pembukaan tanah yang minimum dan hanya bagi tujuan penyediaan tapak loji hidrometalurgi dan fasiliti lain seperti laluan akses, serta saliran dan kolam pengumpulan REE sahaja. Penggunaan kaedah ini tidak melibatkan pembukaan tanah dalam skala yang besar dan pengorekan keluar tanah beban dan tanah berbijih seperti mana kaedah perlombongan konvensional.\n\n4. Selain itu, perlombongan REE menggunakan kaedah ISL dilaksanakan secara berfasa dan tidak melibatkan tempoh masa yang lama. SOP turut menetapkan kawasan yang telah dikerjakan perlu dipulihkan semula oleh pengusaha lombong. Ini dapat memastikan tiada impak kepada alam sekitar daripada aktiviti perlombongan ini dalam jangka masa panjang. Hasil pengauditan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit ke atas pelaksanaan projek perintis perlombongan di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak yang merangkumi pemantauan ke atas kualiti air permukaan dan bawah tanah mendapati perlombongan REE ini tidak memberikan impak yang besar kepada alam sekitar.\n\n5. JMG turut melaksanakan pemantauan ke atas kualiti air permukaan dan air bawah tanah secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan di tapak projek perintis tersebut tidak mengakibatkan pencemaran kepada kualiti air. Hasil aktiviti pemantauan terkini mendapati kualiti air di kawasan tapak projek perintis mematuhi had yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016.\n\n6. SOP Perlombongan REE dengan kaedah ISL wajib dipatuhi dengan ketat oleh semua pelombong yang ingin mengekstrak REE terutamanya dari segi kawalan penggunaan bahan leaching solution. Pematuhan adalah perlu bagi mengelakkan risiko ketakstabilan tanih, kegagalan cerun dan pencemaran air bawah tanah. Penggunaan kepekatan asid atau bahan kimia pelarut yang berlebihan boleh menyebabkan tanih menjadi terlalu berasid, mengubah struktur mineral tanih dan menjejaskan kesuburan serta kestabilannya. SOP Perlombongan juga menetapkan keperluan pemantauan dan pemeriksaan supaya langkah mitigasi dapat dilaksanakan jika ada berlaku masalah berkenaan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2816,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2816",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "23",
        "member": "Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee",
        "area": "Beluran",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) adakah Kementerian bercadang untuk menggubal suatu Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan; dan (b) langkah-langkah yang diambil bagi mengharmonikan peruntukan undang-undang berka...",
        "question": "Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) adakah Kementerian bercadang untuk menggubal suatu Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan; dan\n(b) langkah-langkah yang diambil bagi mengharmonikan peruntukan undang-undang berkaitan perdagangan dan cukai karbon dalam cadangan RUU berkenaan dengan perundangan di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam proses menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Melalui RUUPIN, Kerajaan berhasrat untuk memastikan dasar dan perundangan yang digubal kekal relevan dengan perkembangan terkini, sama ada di peringkat domestik mahupun global. \n\n2. RUU ini dijangka akan membolehkan negara mengoperasikan tindakan iklim yang digariskan di dalam Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik dan ianya akan memacu pelaksanaan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term Low Emission Development Strategy - LT-LEDS), Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN2.0) dan lain-lain dasar berkaitan perubahan iklim yang akan saling melengkapi untuk mencapai sasaran National Determined Contribution (NDC) negara dan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih negara pada tahun 2050.\n\nSoalan (b)\n\n3. RUUPIN ini juga digubal bagi melengkapi dasar-dasar sektoral sedia ada yang lain termasuk cukai karbon. Dalam hal ini, NRES sedang mengkaji untuk memasukkan peruntukan cukai karbon di dalam RUUPIN sebagai enabler agar dapat dilaksanakan di Malaysia.\n\n4. Selain itu, Kementerian komited untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri terpelihara. Kementerian sentiasa mengamalkan pendekatan seluruh negara atau whole of nation approach dalam pembangunan dasar serta perundangan berkaitan perubahan iklim. Sebagai contoh, saya sendiri telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada 24 Januari 2025 bagi membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan RUUPIN dan lain-lain dasar berkaitan perubahan iklim. \n\n5. Dalam pertemuan ini, pihak Kementerian telah memaklumkan komitmennya untuk menghormati hak Kerajaan Negeri bagi perkara berkaitan sumber asli dan hasil negeri selaras dengan perlembagaan persekutuan. Selain itu, pihak Kementerian juga telah menyatakan hasrat agar Kerajaan Negeri dapat bersama mengambil bahagian dalam perbincangan dan pembangunan dasar-dasar perubahan iklim yang berkaitan bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri sentiasa terpelihara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2795,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2795",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-17",
        "year": 2025,
        "no": "27",
        "member": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan mekanisme pemantauan dan kawalan yang dilaksanakan Kementerian terhadap pelaksanaan projek-projek di bawah Program Sijil Konservasi Hutan (FCC) bagi memastikan matlamat konservasi hutan ...",
        "question": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mekanisme pemantauan dan kawalan yang dilaksanakan Kementerian terhadap pelaksanaan projek-projek di bawah Program Sijil Konservasi Hutan (FCC) bagi memastikan matlamat konservasi hutan dapat dicapai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Program Sijil Konservasi Hutan (Forest Conservation Certificate - FCC) merupakan instrumen bukan berasaskan pasaran yang telah diluncurkan oleh Kementerian ini pada 27 Mei 2024. FCC memainkan dwi-peranan dalam mengiktiraf inisiatif pengurusan hutan dan menggalakkan sumbangan korporat kepada aktiviti-aktiviti mengekal, memulihara, melindungi dan mengurus hutan secara berkekalan. Malaysia Forest Fund (MFF) adalah sebuah syarikat dengan jaminan terhad, yang ditubuhkan oleh Kementerian sebagai agensi pelaksana instrumen FCC serta pemudahcara di antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta bagi menyuaipadankan projek konservasi hutan dengan dana daripada pihak sektor swasta.\n\n2. Sehingga kini, MFF telah menerima sejumlah 16 permohonan projek yang dikemukakan oleh pihak agensi persekutuan, Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi yang berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk dipertimbangkan di bawah FCC. Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua (2) permohonan projek telah diluluskan dengan sumbangan dana yang berjumlah RM860,000.00 bagi pelaksanaan inisiatif konservasi dan pemuliharaan hutan, berdasarkan aktiviti yang dipersetujui oleh pemilik kawasan berhutan dan penyumbang dana.\n\n3. Bagi memantau kemajuan projek-projek di bawah FCC, MFF sedang memuktamadkan pembangunan ‘Sistem Registri Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework – RFF)’ yang berfungsi sebagai repositori pusat bagi menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan permohonan, kelulusan, butiran projek, jumlah pembiayaan, status projek (pemantauan dan pelaporan), laporan audit dan jumlah penyaluran dana. Di samping itu, sistem registri ini turut menyediakan platform yang selamat bagi membolehkan mana-mana pihak berkepentingan menyuarakan aduan, pertikaian atau laporan salah laku dalam pengurusan serta pelaksanaan projek FCC. Sistem registri ini boleh diakses oleh masyarakat awam bagi menjamin tahap integriti, kredibiliti dan ketelusan projek-projek pemuliharaan serta perlindungan hutan negara pada setiap peringkat pengoperasiannya.\n\n4. Selain itu, pemantauan secara berkala serta penilaian audit (projek terpilih) juga akan dilaksanakan terhadap projek-projek yang telah diluluskan di bawah FCC. Perkara ini akan dilaksanakan melalui laporan kemajuan projek seperti yang telah digariskan di bawah instrumen dan kerangka Perjanjian Konservasi (Conservation Agreement) yang mengikat semua pihak kepada pelaksanaan aktiviti serta terma pengurusan dan pentadbiran projek.\n\n5. Pelaksana projek juga bertanggungjawab untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu (1) laporan kemajuan projek setiap 12 bulan dan pelaporan ini perlu melalui proses verifikasi oleh badan verifikasi dan validasi (Verification and Validation Body - VVB). Proses konsultasi dan kerjasama erat dengan pihak kerajaan negeri dan agensi teknikal (jabatan perhutanan dan sebagainya) juga dilaksanakan secara berterusan dan berkala bagi memastikan pelaksanaan projek FCC adalah telus dan lancar; selain usaha bagi mengenalpasti projek-projek baharu yang berpotensi untuk dilaksanakan di bawah instrumen FCC.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2803,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2803",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "28",
        "member": "Tuan Zahari bin Kechik",
        "area": "Jeli",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan pecahan permohonan yang telah diluluskan mengikut negeri bagi permohonan Inisiatif Bantuan Kerugiaan Harta Benda dan Tanaman (BKHT).",
        "question": "Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan permohonan yang telah diluluskan mengikut negeri bagi permohonan Inisiatif Bantuan Kerugiaan Harta Benda dan Tanaman (BKHT).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan telah melaksanakan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024 yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Jabatan Hidupan Liar Sabah di Sabah dan Sarawak Forestry Corporation di Sarawak.\n\n2. BKHT merupakan bantuan bentuk kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun 2024, seramai 246 pemohon telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM978,000.00 dengan perincian mengikut negeri seperti berikut:\n\n• Johor - 83 penerima;\n\n• Pahang - 58 penerima;\n\n• Perak - 40 penerima;\n\n• Kelantan - 25 penerima;\n\n• Terengganu - 24 penerima;\n\n• Kedah - 11 penerima;\n\n• Negeri Sembilan - 3 penerima; \n\n• Selangor - 1 penerima; dan\n\n• Perlis - 1 penerima.\n\n3. Berdasarkan kepada perincian tersebut, Negeri Johor mencatatkan peratusan penerima tertinggi iaitu sebanyak 34% diikuti oleh Negeri Pahang sebanyak 24% dan Negeri Perak sebanyak 16%.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2809,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2809",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "32",
        "member": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan Kementerian bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di seluruh negara khususnya melibatkan pengurusan e-waste dilakukan dengan...",
        "question": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan Kementerian bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di seluruh negara khususnya melibatkan pengurusan e-waste dilakukan dengan bertanggungjawab dan berkesan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sisa elektronik adalah dikategorikan sebagai buangan berbahaya kod A1180 di bawah Annex VIII, Konvensyen Basel dan buangan terjadual kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.\n\n• Bagi menjamin ketelusan dan integriti dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar khususnya pengurusan e-waste dilaksanakan secara berkesan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan sentiasa memastikan pergerakan merentasi sempadan (pengimportan dan pengeksportan) sisa elektronik mematuhi tanggungjawab dan prosedur yang telah ditetapkan di bawah Konvensyen Basel termasuk pematuhan terhadap prosedur Prior Informed Consent (PIC) dan tertakluk kepada perundangan serta polisi yang ditetapkan oleh Malaysia.\n\n• Malaysia telah menetapkan bahawa sebarang pengimportan buangan berbahaya atau buangan terjadual untuk tujuan pemerolehan kembali adalah tidak dibenarkan. Pengurusan serta pelupusan e-waste di Malaysia dilaksanakan di kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan dan dikuatkuasakan oleh JAS melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan peraturan-peraturan lain di bawahnya. Ianya bertujuan untuk menguruskan dan mengendalikan buangan terjadual yang dihasilkan dalam negara sahaja.\n\n• JAS akan menjalankan penguatkuasaan berterusan terhadap premis yang menguruskan e-waste melalui pemeriksaan berkala, audit pematuhan dan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelupusan dan pemprosesan e-waste secara haram boleh dikenakan tindakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun dan penalti maksimum tidak melebihi RM10 juta seperti yang telah diperuntukkan melalui pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. \n\n• Selain itu, latihan berkala dan peningkatan keupayaan pegawai JAS dalam aspek teknikal serta pengukuhan integriti pegawai penguatkuasa akan terus diperkasakan. Langkah ini penting bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dilaksanakan dengan bertanggungjawab, telus dan berkesan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2810,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2810",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "34",
        "member": "Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan semakan semula Akta Pembangunan Mineral 1994 dalam usaha menambah baik pengurusan unsur nadir bumi (REE) dalam negara.",
        "question": "Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan semakan semula Akta Pembangunan Mineral 1994 dalam usaha menambah baik pengurusan unsur nadir bumi (REE) dalam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pindaan Akta 525 melibatkan beberapa aspek seperti berikut:\n\n• Pengukuhan kawalan ke atas aktiviti pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk bagi membolehkan peraturan berkaitan diwujudkan; dan \n\n• Pengukuhan penguatkuasaan melalui peningkatan kerjasama antara agensi penguatkuasa.\n\n2. NRES telah mengadakan libat urus bersama agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bagi mendapatkan maklum balas berkaitan pindaan akta berkaitan. Pindaan ini dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2025.\n\n3. Hasil daripada pindaan Akta 525 ini berupaya untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pengeksportan mineral dan bahan batuan serta mengukuhkan lagi aspek penguatkuasaan industri mineral khususnya dalam mengurangkan ketirisan akibat daripada aktiviti perlombongan haram dan penyeludupan keluar sumber mineral negara termasuk REE.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2817,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2817",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "36",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status rangka kerja perlombongan nadir bumi atau 'rare-earth mining' di Malaysia.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status rangka kerja perlombongan nadir bumi atau 'rare-earth mining' di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia dapat dijalankan secara cekap dan teratur mengikut kepada prinsip bertanggungjawab, mampan dan lestari. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• Penyediaan Prosedur Operasi Standard Perlombongan REE di Malaysia. SOP ini telah diedarkan kepada semua pihak Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2023 bagi tujuan pemakaian berdasarkan perundangan negeri masing-masing;\n\n• Pelaksanaan projek perintis perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak yang bermula pada tahun 2022. Projek perintis ini telah dijadikan tapak rujukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk membangunkan aktiviti perlombongan REE secara lestari;\n\n• Penubuhan Special Task Force Hala Tuju Pembangunan Industri REE untuk membincangkan mengenai isu-isu serta menetapkan hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia. Special task force ini akan melihat dari aspek berkaitan pelaburan, teknologi, insentif termasuk penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (research, development, commercialization and innovation – R,D,C&I); dan\n\n• Di bawah special task force turut diwujudkan 3 Jawatankuasa Teknikal dan antara salah satu Jawatankuasa Teknikal tersebut adalah bertanggungjawab dalam pengurusan di peringkat huluan khususnya bagi aktiviti perlombongan`. Jawatankuasa ini diterajui oleh NRES.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2787,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2787",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "38",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha pemerkasaan METMalaysia bagi mengoptimumkan keupayaan sistem rangkaian cuaca sedia ada terutama dari segi perkongsian maklumat dengan Kerajaan negeri berpandukan model tinja...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha pemerkasaan METMalaysia bagi mengoptimumkan keupayaan sistem rangkaian cuaca sedia ada terutama dari segi perkongsian maklumat dengan Kerajaan negeri berpandukan model tinjauan iklim serta siren amaran banjir di stesen pencerapan cuaca permukaan sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun bertanggungjawab memantau situasi cuaca negara dan akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya bencana berkaitan cuaca dijangka berlaku. Pejabat Meteorologi Negeri yang terdapat di seluruh negara sentiasa mengemaskini maklumat dan amaran cuaca kepada pihak Kerajaan Negeri serta pihak pengurusan bencana negeri.\n\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, siren amaran awal banjir merupakan sistem pengurusan banjir di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). JPS mempunyai rangkaian stesen pencerapan cuaca hujan mereka sendiri yang terletak di sepanjang sungai-sungai yang berpotensi mengalami bencana banjir. Manakala rangkaian stesen pencerapan cuaca MET Malaysia yang berjumlah 433 buah pada ketika ini berada di lokasi yang berbeza, seperti di kawasan pertanian, lapangan terbang, bandar serta pelancongan. Sehubungan itu, data-data cuaca MET Malaysia adalah kurang relevan untuk digunakan oleh JPS bagi membantu mereka memantau bencana banjir.\n\n3. Walau bagaimanapun, MET Malaysia sentiasa berkongsi maklumat bagi membantu pihak JPS memantau dan mengeluarkan amaran bencana banjir. Antara maklumat utama yang telah dikongsi adalah data radar cuaca yang mencerap intensiti hujan pada masa sebenar. Bilangan stesen radar cuaca MET Malaysia telah ditambah daripada 12 unit sebelum tahun 2020 kepada 19 unit pada ketika ini, hasil daripada projek pembangunan RMK-11 dan 12. Data-data ini dikongsi terus dengan pihak JPS bagi membantu memantapkan operasi mereka di Pusat Ramalan Awal Banjir Nasional (PRABN). \n\n4. Selain itu, MET Malaysia juga berkongsi maklumat yang dijana oleh model ramalan cuaca numerikal (Numerical Weather Prediction (NWP)) menggunakan teknologi Sistem Komputer Berprestasi Tinggi (High Performance Computing (HPC)) bagi membolehkan pihak JPS mengoperasikan model ramalan banjir mereka. Sistem NWP MET Malaysia ini telah beroperasi sejak 2018 bagi menghasilkan ramalan cuaca sehingga 7 hari ke hadapan. Bagi memantapkan lagi sistem NWP ini, MET Malaysia dalam proses meningkatkan keupayaan teknologi HPC sedia ada kepada teknologi yang lebih terkini bermula tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027. Dengan sistem HPC baharu ini, produk-produk ramalan boleh dihasilkan sehingga 14 hari ke hadapan dengan resolusi yang lebih tinggi pada 300 meter berbanding 1 kilometer sebelum ini bagi mendapatkan perincian yang lebih baik pada sesuatu kawasan yang dijangka mengalami bencana berkaitan cuaca.\n\n5. Perkongsian maklumat cuaca MET Malaysia dengan Kerajaan Negeri, agensi pengurusan bencana dan juga orang awam telah dibuat menggunakan pelbagai kaedah penyampaian. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, MET Malaysia telah membangunkan aplikasi mobil myCuaca yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi pada masa sebenar untuk diakses pada bila-bila masa. Selain itu, Jabatan juga menyampaikan ramalan dan amaran cuaca ini menggunakan pelbagai medium seperti media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube), laman sesawang Jabatan dan media massa (televisyen dan radio). Selain itu, pegawai-pegawai MET Malaysia yang bertugas di negeri sentiasa bertindak secara proaktif dalam memberi khidmat nasihat apabila bencana cuaca dijangka melanda di sesuatu negeri.\n\n6. Dengan penambahbaikan berterusan yang dilakukan terhadap sistem ramalan cuaca negara, ia dijangka dapat menghasilkan ramalan yang lebih tepat dan seterusnya dapat membantu pihak Kerajaan Negeri, agensi pengurusan bencana serta orang awam untuk bertindak lebih awal dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2788,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2788",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "40",
        "member": "Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian dan tindakan Kementerian terhadap cadangan penggunaan indikator baharu bagi mengukur perkembangan sektor ekonomi dan teknologi hijau iaitu Environmental Performance Inde...",
        "question": "Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pendirian dan tindakan Kementerian terhadap cadangan penggunaan indikator baharu bagi mengukur perkembangan sektor ekonomi dan teknologi hijau iaitu Environmental Performance Index (EPI) dan Green Future Index (GFI) di mana ia turut digunapakai di negara-negara maju.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan Index Environmental Performance Index (EPI) dan Green Future Index (GFI) dalam mengukur perkembangan sektor ekonomi dan teknologi hijau negara perlu dilihat secara menyeluruh. Ini kerana data yang diperoleh untuk memenuhi indikator-indikator yang disediakan tidak diambil daripada data yang disahkan dan perbincangan antara pembangunan indikator dan negara yang dinilai tidak dilaksanakan. \n\n• Meneliti indeks pengukuran EPI dan GFI di peringkat antarabangsa dan menyedari akan kepentingan untuk mengukur pencapaian alam sekitar negara secara menyeluruh, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah melaksanakan satu kajian yang dikenali sebagai Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (MyEPI). Bagi menjayakan pelaksanaan MyEPI ini, Kementerian telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai rakan strategik yang membantu melaksanakan kajian terperinci dalam membangunkan kerangka MyEPI dan juga bagi mengenalpasti indikator-indikator yang sesuai untuk digunakan bagi mengukur prestasi alam sekitar negara. Kajian ini telah bermula tahun 2021. \n\n• Penetapan indikator dan metodologi kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian EPI yang dilaksanakan di peringkat global dan disesuaikan dengan keperluan negara serta mengambil kira keunikan rangka kerja institusi dan perundangan di Malaysia. \n\n• Laporan MyEPI Tahun 2021-2022 telah selesai dibangunkan. Skor purata indeks MyEPI peringkat kebangsaan berdasarkan kepada 23 indikator adalah 69.81%, yang mencapai penarafan tiga bintang daripada 5 bintang. Selain skor purata peringkat negara, MyEPI turut menyediakan sistem profil alam sekitar yang lengkap untuk tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan Malaysia. Skor negeri-negeri adalah di antara 60% ke 78% dan kesemua negeri mencapai penarafan tiga bintang. Manakala Laporan MyEPI Tahun 2023-2024 dijangka akan siap pada Julai 2025. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2825,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2825",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "40",
        "member": "Dr. Mohammed Taufiq bin Johari",
        "area": "Sungai Petani",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah benar dakwaan yang ditimbulkan sesetengah pihak bahawa keluasan Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan tanah in...",
        "question": "Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah benar dakwaan yang ditimbulkan sesetengah pihak bahawa keluasan Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan tanah ini terus dilindungi dan dipelihara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Saya mengambil maklum terdapat pihak yang cuba memainkan sentimen bahawa Tanah Rizab Melayu (TRM) semakin berkurangan. Tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa dakwaan ini tidak benar dan berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia sehingga 30 Jun 2024 adalah seluas 4,955,870.89 hektar dan tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu. Dalam hubungan ini, keluasan TRM di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 593,354.41 hektar atau 11.97% bagi tempoh 10 tahun kebelakang iaitu tahun 2014.\n\n2. Dimaklumkan bahawa perkara-perkara berhubung TRM adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Meskipun begitu, isu-isu berkaitan TRM juga sentiasa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang telah diwujudkan untuk merundingkan perkara-perkara berhubung tanah antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri sentiasa komited untuk memastikan kepentingan TRM sentiasa terpelihara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.\n\n3. Kementerian ini yang berperanan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data TRM telah membangunkan satu sistem pangkalan data bagi tujuan penyimpanan maklumat TRM secara spatial. Sistem tersebut akan menjadi rujukan kepada pembuat dasar sama ada di peringkat Agensi Pusat atau Pihak Berkuasa Negeri untuk merancang pembangunan fizikal negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2811,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2811",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "43",
        "member": "Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong",
        "area": "Ayer Hitam",
        "minister": "MENTERI KEWANGAN",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan pertimbangan Kerajaan untuk menetapkan penggunaan petrol Euro 5 sebagai keperluan minimum dalam memperbaharui dasar insentif kenderaan diesel menjelang tahun 2026 dan apakah Kerajaan ber...",
        "question": "Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pertimbangan Kerajaan untuk menetapkan penggunaan petrol Euro 5 sebagai keperluan minimum dalam memperbaharui dasar insentif kenderaan diesel menjelang tahun 2026 dan apakah Kerajaan berhasrat untuk menyediakan insentif eksklusif bagi menggalakkan peralihan penggunaan teknologi Euro 5 dengan lebih cepat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan telah mula merancang hala tuju peningkatan kualiti bahan api petrol dan diesel yang lebih bersih sejak tahun 2006 sebagai usaha ke arah meningkatkan kualiti udara Negara dan kesejahteraan hidup rakyat. Dalam hal ini, penetapan garis masa pelaksanaan kualiti bahan api berspesifikasi EURO 5 telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bil. 21/2014 pada 18 Ogos 2014 untuk mula dilaksanakan pada 1 September 2025. \n\n• Berdasarkan kepada perancangan tersebut, pelaksanaan kualiti bahan api petrol dengan spesifikasi EURO 5 adalah secara berperingkat, bermula pada 1 September 2025 hingga 1 September 2027 melalui pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2007 (Pindaan) 2021 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. \n\n• Pelaksanaan kawalan pematuhan ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk mengurangkan kandungan sulfur, plumbum dan benzen dalam bahan api bagi meningkatkan kualiti udara, selaras dengan usaha untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca. \n\n• Walau bagaimanapun, Kerajaan prihatin dalam memastikan sesuatu pelaksanaan dasar tidak memberikan implikasi negatif kepada kewangan negara dan membebankan rakyat serta pemain industri berkaitan. Justeru, Kerajaan terbuka menetapkan garis masa yang lebih seimbang untuk mengambil kira semua aspek pelaksanaan. \n\n• Sementara itu, kualiti bahan api diesel dengan spesifikasi EURO 5 telah dilaksanakan sejak 1 April 2021 dan mencapai spesifikasi penuh pada 1 April 2023 di seluruh Negara. \n\n• Pada masa ini, Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan insentif yang eksklusif bagi mempercepat peralihan ke arah penggunaan teknologi EURO 5. Tumpuan Kerajaan pada ketika ini adalah menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy), serta meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan plug-in hybrid electric vehicle (PHEV) selaras dengan pelaksanaan Dasar Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR). \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2789,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2789",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "44",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan : • hala tuju perlombongan unsur nadir bumi (REE) serta langkah segera bagi mempercepatkan proses penguraian REE agar Malaysia tidak ketinggalan dalam pengeksportan bahan ini; dan • sela...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• hala tuju perlombongan unsur nadir bumi (REE) serta langkah segera bagi mempercepatkan proses penguraian REE agar Malaysia tidak ketinggalan dalam pengeksportan bahan ini; dan\n\n• selain Lynas apakah Kementerian berhasrat mempercepatkan pewujudan kilang pemprosesan bahan REE.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Menyedari potensi besar yang boleh dibawa oleh industri unsur nadir bumi (REE), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menetapkan hala tuju supaya industri ini dibangunkan secara menyeluruh merangkumi industri huluan, pertengahan dan hiliran. Ia adalah selaras dengan pernyataan dasar di bawah Kerangka Dasar Mineral Negara 3. Hala tuju pembangunan industri REE telah dibentang dan dipersetujui secara prinsip dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 6 Tahun 2024 pada 5 Ogos 2024 berdasarkan model perniagaan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kementerian mensasarkan Malaysia mempunyai rantaian industri REE yang lengkap pada tahun 2030 serta menjadi hab industri REE serantau dan global.\n\n• Bagi memastikan perancangan hala tuju ini dapat digerakkan, Special Task Force yang dianggotai oleh NRES, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF) telah ditubuhkan pada 14 Oktober 2024. Di bawah Special Task Force ini, 3 Jawatankuasa Teknikal telah dibentuk bagi menumpukan kepada pembangunan di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran serta penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan, inovasi dan teknologi.\n\n• Penubuhan Special Task Force yang melibatkan kementerian-kementerian utama ini merupakan satu langkah strategik bagi memastikan tindakan dan inisiatif dibuat dengan lebih bersinergi. Special Task Force ini memainkan peranan penting dalam menetapkan hala tuju pembangunan industri REE sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri atau Majlis-majlis lain yang berkaitan.\n\nSoalan (b)\n\n• Kementerian sememangnya berhasrat untuk mempercepatkan pewujudan kilang pemprosesan bahan REE yang dianggap sebagai agenda paling kritikal dan utama dalam memastikan pembangunan industri ini tidak hanya tertumpu kepada pembangunan di peringkat huluan sahaja. Selain melihat kepada potensi dari Lynas, Kementerian turut terbuka untuk berunding dengan mana-mana negara yang memiliki kepakaran dan teknologi seperti China, Korea Selatan dan Jepun bagi membangunkan loji pemprosesan di peringkat pertengahan. \n\n• Perkara ini selaras dengan keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bahawa rundingan bagi membangunkan loji pemprosesan di peringkat pertengahan perlu dibuat bersama dengan pihak China dan negara Barat. Kerajaan berpandangan ini merupakan pendekatan yang wajar dalam memastikan matlamat pembangunan industri REE negara dapat dicapai di samping mengekalkan hubungan baik dengan pelbagai negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2796,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2796",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-17",
        "year": 2025,
        "no": "47",
        "member": "Tuan Sabri bin Azit",
        "area": "Jerai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 iaitu Akta 525 khususnya daripada sudut perundangan bagi menyokong pembangunan industri unsur nadir bumi (REE).",
        "question": "Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 iaitu Akta 525 khususnya daripada sudut perundangan bagi menyokong pembangunan industri unsur nadir bumi (REE).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada masa ini telah menyediakan draf pindaan Akta 525 yang melibatkan beberapa aspek seperti :\n\n• Pengukuhan kawalan ke atas aktiviti pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk bagi membolehkan peraturan berkaitan diwujudkan; dan \n\n• Pengukuhan penguatkuasaan melalui peningkatan kerjasama antara agensi penguatkuasa.\n\n2. Bagi tujuan tersebut, NRES telah mengadakan libat urus bersama agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bagi mendapatkan maklum balas dan seterusnya memuktamadkan draf pindaan Akta 525.\n\n3. Hasil daripada pindaan Akta 525 ini, NRES percaya ia akan meningkatkan kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pengeskportan mineral dan bahan batuan serta mengukuhkan lagi aspek penguatkuasaan industri mineral khususnya dalam mengurangkan ketirisan akibat daripada aktiviti perlombongan haram dan penyeludupan keluar sumber mineral negara termasuk REE.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2814,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2814",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "49",
        "member": "Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid",
        "area": "Kuala Kangsar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan asas pertimbangan cadangan menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos di negara ini dan apakah bentuk perundangan serta dasar yang perlu ditangani oleh Kementerian bagi...",
        "question": "Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan asas pertimbangan cadangan menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos di negara ini dan apakah bentuk perundangan serta dasar yang perlu ditangani oleh Kementerian bagi menghentikan penggunaan bahan berasaskan asbestos ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Melihat kepada kesan dan impak penggunaan asbestos kepada kesihatan manusia, Jawatankuasa Tadbir Urus Bahan Kimia Berbahaya Kebangsaan yang diselaraskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan dianggotai oleh pelbagai Kementerian dan Agensi sedang melihat kepada cadangan pengharaman secara berfasa (phase down) penggunaan chrysotile asbestos kepada pengguna di Malaysia. Antara asas kepada cadangan ini adalah seperti berikut:\n\n• Malaysia telah melarang (banned) penggunaan lima (5) jenis asbestos manakala penggunaan chrysotile asbestos masih dibenarkan penggunaannya namun dalam keadaan terkawal (restricted);\n\n• terdapat bahan pengganti yang dapat menggantikan penggunaan chrysotile asbestos di Malaysia;\n\n• asbestos ditakrifkan sebagai karsinogen Kumpulan I oleh International Agency for Research on Cancer. Terdapat bukti yang jelas yang menyatakan kesan terdedah dengan asbestos boleh membawa kepada penyakit kanser di mana lebih separuh daripada kematian akibat kanser pekerjaan adalah berkaitan dengan pendedahan kepada asbestos;\n\n• pada tahun 2019, sejumlah 239,330 kematian dan 4,189,000 tahun hayat pelarasan kecacatan (disability-adjusted life years) berlaku di seluruh dunia akibat pendedahan kepada asbestos di tempat kerja; dan\n\n• chrysotile asbestos sedang dirundingkan di Konvensyen Rotterdam untuk disenaraikan dalam Annex III dengan sebarang pengimportan perlu melalui kaedah Prior Informed Consent (PIC).\n\n• Perundangan serta dasar mengenai cadangan pengharaman secara berfasa (phase down) penggunaan chrysotile asbestos ini masih lagi dibincangkan dan diteliti di bawah jawatankuasa ini. Berikut merupakan antara perundangan agensi berkaitan yang sedang diteliti bagi pengharaman secara berfasa (phase down) penggunaan chrysotile asbestos:\n\n• Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bahan Berbahaya Kepada Alam Sekeliling) 202x bagi mengawal pengimportan, pengeksportan dan pengilangan bahan kimia berbahaya;\n\n• Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melalui Perintah Larangan Penggunaan Bahan 1999 atau pindaan kepada Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (USECHH 2000). \n\n• melalui peraturan dan penguatkuasaan di peringkat antarabangsa melalui Konvensyen Asbestos ILO 1986, Konvensyen Rotterdam dan Konvensyen Basel.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2818,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2818",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "52",
        "member": "Tuan Mordi Bimol",
        "area": "Mas Gading",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menyokong pembangunan sektor perlombongan di Sarawak, khususnya bagi memastikan potensi projek perlombongan emas di Bau yang memiliki s...",
        "question": "Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menyokong pembangunan sektor perlombongan di Sarawak, khususnya bagi memastikan potensi projek perlombongan emas di Bau yang memiliki simpanan emas bernilai RM24.3 bilion ini dilaksanakan secara lestari tanpa menjejaskan ekosistem kawasan sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pada masa ini, terdapat sebanyak 19 buah lombong yang sedang beroperasi di Sarawak yang terdiri dari 18 buah lombong arang batu dan sebuah lombong pasir silika. Kesemua lombong ini beroperasi secara lombong dedah kecuali sebuah lombong arang batu di Bahagian Sri Aman menjalankan kaedah perlombongan bawah tanah. Lombong arang batu yang beroperasi secara lombong dedah membekalkan bahan bakar kepada tiga (3) buah loji janakuasa arang batu (Coal-Fired Power Plant) bagi negeri Sarawak, manakala sebuah lombong arang batu yang beroperasi secara lombong bawah tanah, hasil pengeluarannya digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan besi keluli berkualiti tinggi.\n\n2. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyokong industri pembangunan mineral Sarawak melalui projek kajian penilaian potensi sumber unsur nadir bumi (REE) Sarawak.\n\n3. Berhubung dengan potensi perlombongan emas di Sarawak, sehingga kini lombong emas di Daerah Bau, Kuching masih belum memulakan operasi. Walau bagaimanapun maklumat berkaitan dengan rizab emas dan kawasan yang berpotensi untuk diusahahasilkan telah dikenalpasti berdasarkan keputusan kerja-kerja carigali yang dijalankan oleh pemegang lesen carigali di kawasan Bau. Mengikut rekod carigali yang dilaporkan, potensi rizab emas adalah sebanyak 102.6 juta gram (3.3 juta troy ounce) dengan nilai sebanyak RM 38.9 bilion (berdasarkan harga emas RM378 per gram). Anggaran ini dibuat berdasarkan piawaian antarabangsa Australasian Joint Ore Reserved Committee (JORC Code 2012 Edition). Penemuan rizab emas ini melibatkan jajaran logam sejauh 15 km daripada kawasan Jugan hingga Pejiru di Bau. Penemuan ini juga telah meletakkan Bau di kedudukan ke- 13 kawasan yang mempunyai rizab emas terbanyak di Asia.\n\n4. Bagi memastikan aktiviti perlombongan dapat dilaksanakan secara cekap dan teratur tanpa menjejaskan ekosistem alam sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains telah menyediakan Prosedur Operasi Standard Kawalselia Operasi Perlombongan Emas di Sarawak (Standard Operating Procedure for Regulating Gold Mining Operations in Sarawak). Prosedur operasi standard (SOP) ini telah dibentangkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Sarawak.\n\n5. SOP Kawalselia Operasi Perlombongan Emas di Sarawak ini dibangunkan merangkumi prosedur di peringkat sebelum, semasa dan selepas perlombongan. Ia bertujuan bagi memastikan aktiviti perlombongan sentiasa dijalankan mengikut perundangan, prosedur, amalan kejuruteraan perlombongan terbaik (best mining practices).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2812,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2812",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "53",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian sepanjang Kepengerusian ASEAN dalam memupuk kerjasama antara negara berkaitan kelestarian rentas sempadan, terutama bagi menangani masalah jerebu dan pelepasan sisa pla...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian sepanjang Kepengerusian ASEAN dalam memupuk kerjasama antara negara berkaitan kelestarian rentas sempadan, terutama bagi menangani masalah jerebu dan pelepasan sisa plastik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada tahun 2025, Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menjadi Pengerusi ASEAN. Dalam kapasiti ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah merancang beberapa langkah penting untuk memupuk kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam isu kelestarian alam sekitar, khususnya dalam menangani masalah jerebu merentas sempadan dan pelepasan sisa plastik. Ini merupakan dua cabaran utama yang memberi kesan terhadap ekosistem dan kesihatan awam di seluruh rantau ini. \n\n• Bagi menangani isu jerebu merentas sempadan, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution - AATHP) yang telah termeterai sejak tahun 2002. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia akan memimpin mesyuarat tahunan yang melibatkan negara-negara anggota ASEAN, menerajui perbincangan berkaitan langkah-langkah pencegahan pembakaran terbuka dan mekanisme pemantauan yang lebih berkesan. \n\n• Malaysia juga akan mengetengahkan cadangan pelaksanaan diplomasi sains dan pemerkasaan dana jerebu mampan. Perkara ini dicadangkan dengan mengambil contoh kesepakatan dan kejayaan pelaksanaan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (Multilateral Environmental Agreements – MEAs) seperti Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon dan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di peringkat antarabangsa yang antara lain menekankan keseimbangan komposisi antara data saintifik, fakta dan rundingan untuk menyokong proses membuat keputusan dalam kalangan negara ahli. \n\n• Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama teknikal antara negara-negara ASEAN melalui inisiatif penyelidikan bersama berkaitan pengurusan dan pencegahan kebakaran terbuka serta perkongsian pengetahuan mengenai teknologi dan kepakaran berkaitan pemadaman kebakaran yang lebih efektif, terutamanya di kawasan berisiko terbakar seperti hutan dan tanah gambut. Melalui pemerkasaan dana jerebu mampan, pelaksanaan penyelidikan, penerokaan teknologi dan inovasi baharu dalam pembangunan infrastruktur, pelan pencegahan dan pemadaman kebakaran tanah gambut dapat dilaksanakan dengan efektif selaras dengan Artikel 16 - Kerjasama Teknikal dan Artikel 17 - Penyelidikan Saintifik di bawah AATHP.\n\n• Malaysia juga akan menyeru kerjasama negara-negara anggota ASEAN untuk memberi sokongan bagi pengoperasian penuh ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) yang berpusat di Indonesia untuk menyelaras pengurusan kebakaran dan insiden jerebu merentas sempadan bagi memastikan pelaksanaan AATHP yang lebih berkesan. \n\n• Bagi menangani isu pelepasan sisa plastik, Malaysia ingin membawa isu penjajahan sisa (waste colonisation). Negara ASEAN sering menjadi mangsa penjajahan sisa oleh negara maju bagi mengeksport sisa ke Malaysia dengan alasan ’kitar semula’. Namun, sebenarnya negara maju ingin menjadikan negara-negara membangun seperti Malaysia sebagai tapak pelupusan dunia dengan melanggar prinsip keadilan alam sekitar. Malaysia ingin mencadangkan agar negara maju lain mengikut langkah Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan ketat terhadap eksport sisa, khususnya sisa plastik ke negara-negara bukan Organisation for Economic Co-operation and Development, (OECD).\n\n• Malaysia akan memimpin usaha untuk memperkenalkan langkah-langkah yang lebih tegas serta dasar yang lebih ketat dalam menangani isu ini di peringkat serantau.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2804,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2804",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "54",
        "member": "Tuan Kesavan A/L Subramaniam",
        "area": "Sungai Siput",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geospatial",
        "category_labels": [
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam memastikan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah diurus dengan cekap dan efisien bagi mengelakkan berlakunya kerugian akibat kerja-k...",
        "question": "Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam memastikan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah diurus dengan cekap dan efisien bagi mengelakkan berlakunya kerugian akibat kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembangunan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah diuruskan dengan cekap dan berkesan untuk mengelakkan kerugian akibat kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembangunan. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti berikut:\n\n• menubuhkan Bahagian Pemetaan Utiliti di JUPEM khusus bagi menguruskan pengumpulan, penyimpanan dan penyelenggaraan data utiliti bawah tanah;\n\n• membangunkan Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) sebagai pusat repositori data utiliti bawah tanah di seluruh negara. Bagi tujuan ini, JUPEM melaksanakan pengumpulan data pemetaan utiliti bawah tanah melalui perkongsian daripada penyedia perkhidmatan utiliti, Juruukur Tanah Berlesen (JTB) serta pelbagai agensi lain dari semasa ke semasa. JUPEM turut melaksanakan pengesanan dan pemetaan utiliti bawah tanah serta menyimpan data-data mengikut spesifikasi format yang telah ditetapkan berdasarkan pengukuran berketepatan tinggi (survey-accurate);\n\n• mengeluarkan garis panduan berkaitan pengurusan dan pengukuran pepasangan utiliti bawah tanah dari semasa ke semasa melalui Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan;\n\n• menyediakan kumpulan profesional dan pakar iaitu Juruukur Tanah Berlesen yang mempunyai sijil kompetensi khas bagi melaksanakan kerja-kerja ukur pengesanan utiliti bawah tanah;\n\n• membangunkan Pusat Panggilan Setempat (Call Center) sebagai sebuah platform perkongsian data utiliti yang lengkap bagi membolehkan data-data diperolehi sebelum kerja-kerja pengorekan tanah dibuat. Ini dapat mengelakkan berlakunya bencana dan gangguan perkhidmatan akibat kerosakan pepasangan utiliti bawah tanah;\n\n• membangunkan Augmented Reality for Underground Utility Mapping Systems (ARUUMS) yang merupakan satu aplikasi mudah alih bagi membolehkan pengguna mendapatkan gambaran berkaitan maklumat utiliti bawah tanah secara 3 dimensi (3D) dengan pantas secara real time. Kaedah pemetaan secara interaktif ini akan membolehkan data-data pemetaan utiliti bawah tanah disemak secara maya di lapangan;\n\n• memperluaskan aktiviti pemetaan utiliti bawah tanah di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui JUPEM Negeri masing-masing; \n\n• merangka Dasar Pemetaan Utiliti Nasional (National Utility Mapping Policy - NUMP) dengan memberikan fokus kepada penetapan hala tuju pemetaan utiliti bawah tanah di peringkat nasional, mentadbir urus dan mengawal selia pemetaan utiliti agar pematuhan terhadap perkongsaian data utiliti, arahan, peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan dapat dikuatkuasakan; dan\n\n• melaksanakan kajian penggubalan Rang Undang-Undang bagi menyokong pelaksanaan NUMP serta memastikan pengurusan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini dilaksanakan dengan menyeluruh dan berkesan.\n\nMelalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, data pemetaan utiliti bawah tanah yang lengkap dan komprehensif dapat disediakan, dikemaskini dan dikongsi dengan pihak yang melaksanakan pembangunan di kawasan-kawasan yang melibatkan utiliti bawah tanah. Kerja-kerja pengorekan yang berpandukan maklumat yang tepat akan dapat mengelakkan gangguan perkhidmatan akibat daripada kerosakan pepasangan utiliti bawah tanah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2790,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2790",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "58",
        "member": "Tuan Hassan bin Abdul Karim",
        "area": "Pasir Gudang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah yang telah dilakukan terhadap pihak-pihak yang terlibat melakukan kesalahan dalam tragedi pencemaran toksik kimi...",
        "question": "Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah yang telah dilakukan terhadap pihak-pihak yang terlibat melakukan kesalahan dalam tragedi pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada tahun 2019 lalu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun menjalankan pendakwaan di Mahkamah terhadap pihak-pihak yang terlibat melakukan kesalahan dalam tragedi pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada tahun 2019 lalu. Mahkamah telah menyabitkan kesalahan terhadap pesalah dan telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM420,000.00.\n\n• Kerajaan memandang serius akan tragedi pencemaran yang telah mengakibatkan kesihatan orang awam terjejas. Sehubungan itu, Kerajaan telah bertindak proaktif dalam memperkukuhkan perundangan melalui pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 dengan meningkatkan nilai hukuman pencemaran kepada RM10 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun. Pindaan ini telah diwartakan pada 6 Jun 2024 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2024.\n\n• NRES melalui JAS menegaskan komitmen Kerajaan untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang alam sekitar. Tindakan pendakwaan yang telah dijalankan dan hukuman yang dikenakan dalam kes pencemaran toksik kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang adalah bukti kesungguhan kerajaan dalam melindungi alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Usaha ini akan terus diperkasakan bagi memastikan tragedi sebegini tidak berulang pada masa hadapan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2819,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2819",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "58",
        "member": "Tuan Suhaizan bin Kaiat",
        "area": "Pulai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains, Air",
        "category_labels": [
            "Geosains",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status keberkesanan projek pemetaan dan penilaian sumber air bawah tanah negara bagi menangani kesan perubahan iklim yang kini menjadi semakin meruncing. Apakah telah dirancang atau dila...",
        "question": "Tuan Suhaizan bin Kaiat [ Pulai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status keberkesanan projek pemetaan dan penilaian sumber air bawah tanah negara bagi menangani kesan perubahan iklim yang kini menjadi semakin meruncing. Apakah telah dirancang atau dilaksanakan projek air bawah tanah. Apakah air bawah tanah ini ekonomik untuk digunakan di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Dalam keadaan perubahan iklim dunia dan permintaan air yang semakin meningkat, negara perlu berusaha untuk menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi bagi memenuhi keperluan permintaan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan negara. Pada masa ini, sebahagian besar bekalan air bersih diperolehi daripada sumber air permukaan iaitu dari tasik dan sungai.\n\n2. Sehubungan itu, sumber air bawah tanah perlu diteroka dan dinilai keupayaannya dari segi kuantiti dan kualiti bagi menambah sumber air negara supaya tidak terlalu bergantung kepada sumber air permukaan. Air bawah tanah mempunyai potensi yang amat besar sebagai sumber bekalan air konjungtif terutamanya di kawasan permintaan tinggi dan sebagai punca air utama bagi kawasan terpencil. Ini kerana sumber ini mudah ditemui dan kos pembekalan dan selenggara yang rendah. Air bawah tanah merupakan salah satu sumber air yang ekonomik dan boleh dimajukan untuk tujuan pembekalan sama ada untuk keperluan domestik, pertanian mahupun industri.\n\n3. Di bawah Projek Kajian Pemetaan Air Bawah Tanah (PABT), Kementerian menerusi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diluluskan sebanyak RM31.8 juta di bawah RMKe-12 untuk kajian di tiga (3) buah Negeri iaitu Kedah, Melaka dan di Sabah. Antara output projek ini ialah penghasilan peta hidrogeologi komprehensif yang menunjukkan lokasi dan potensi air bawah tanah (potential reserve & safe yield) untuk diusaha hasil serta pembinaan sistem pemantauan air bawah tanah secara telemetri dan masa nyata.\n\n4. Maklumat data hidrogeologi ini boleh digunakan oleh Kerajaan Negeri/ Pihak Berkuasa Air Negeri untuk membangunkan sumber air bawah tanah namun penggunaan sumber air bawah tanah adalah bergantung kepada ketersediaan negeri tersebut. Pada masa ini, sebahagian besar konsesi yang bertanggungjawab merawat dan membekalkan air di negeri-negeri lebih memfokuskan kepada penggunaan air permukaan. Hal ini disebabkan fasiliti dan loji rawatan sedia ada hanya direka untuk merawat air permukaan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2805,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2805",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "62",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) status semasa mengenai dapatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mengesahkan wujud cubaan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar melepaskan kontena-kontena mengandungi...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) status semasa mengenai dapatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mengesahkan wujud cubaan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar melepaskan kontena-kontena mengandungi sisa elektronik (e-waste) di Westport, Pelabuhan Klang pada Mei 2024; dan\n(b) apakah langkah pencegahan yang diambil bagi memastikan kes ini tak berulang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kes salah laku yang melibatkan siasatan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) adalah dalam perhatian Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Sehubungan itu, NRES melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meneliti dan mengambil tindakan susulan setelah mendapat laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) bagi mengenalpasti jika wujud bukti berlaku pelanggaran tatakelakuan oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Sekiranya terbukti, pegawai-pegawai yang terlibat boleh dikenakan Tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993] atau lain-lain tindakan di bawah bidang kuasa Jabatan.\n\n• Selain itu, JAS juga akan mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan kes ini tidak berulang. Antaranya adalah:\n\n• Mengemaskini semula Prosedur Tetap Operasi berkaitan dengan penahanan dan pemeriksaan kontena di Pelabuhan;\n\n• Melaksanakan penambahbaikan terhadap Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh semua pegawai JAS di seluruh negara;\n\n• Mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan bagi menempatkan pegawai-pegawai penguatkuasa di semua pelabuhan utama bagi menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dan\n\n• Melaksanakan pemeriksaan bersepadu bersama dengan pihak berkuasa pelabuhan, Kastam Diraja Malaysia serta lain-lain agensi yang berkaitan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2813,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2813",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-26",
        "year": 2025,
        "no": "68",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memanfaatkan dana iklim yang diperuntukkan oleh negara maju untuk menangani kesan perubahan iklim.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memanfaatkan dana iklim yang diperuntukkan oleh negara maju untuk menangani kesan perubahan iklim.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia merupakan negara parti kepada konvensyen pelbagai hala berkaitan alam sekitar iaitu United Nations Convention on Biological Diversity (UNCBD), United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan United Nations Convention to Combat Desertification (UNCCD). Negara-negara membangun di bawah konvensyen-konvensyen tersebut termasuk Malaysia adalah layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan bawah dana antarabangsa, antaranya Global Environment Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).\n\n• Malaysia telah banyak menerima manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada GEF. Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 buah projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD 76.951 juta. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam lima (5) buah projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 30.35 juta.\n\n• Peruntukan indikatif yang telah ditetapkan untuk Malaysia bagi GEF kitaran ke-8 bermula Julai 2022 hingga Jun 2026, adalah sebanyak USD 26.32 juta bagi bidang fokus perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah. Projek-projek di bawah peruntukan bidang fokus perubahan iklim dan kemerosotan tanah telah berjaya mendapat kelulusan 100%. Manakala, Kementerian merancang untuk memohon pelaksanaan projek bagi keseluruhan baki peruntukan USD 11.3 juta di bawah bidang fokus biodiversiti daripada keseluruhan peruntukan USD 19.89 juta pada tahun ini. \n\n• Selain itu, Malaysia turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, Kementerian telah melaksanakan empat (4) projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan USD 1.398 juta. Malaysia turut terlibat dalam satu (1) projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 300 juta. \n\n• Tambahan daripada itu, pada 20 Februari 2025 yang lalu, Malaysia telah diluluskan satu lagi projek dengan jumlah keseluruhan nilai projek sebanyak USD 375.4 juta (RM 1.6 bilion) melibatkan beberapa negara meliputi tiga rantau – Afrika, Asia-Pasifik, serta Amerika Latin dan Caribbean – dengan Malaysia mewakili rantau Asia-Pasifik bersama Filipina.\n\n• Kementerian turut telah diluluskan permohonan dana daripada GCF bagi pembangunan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (Malaysia National Adaptation Plan - MyNAP) berjumlah USD 3 juta. Malaysia turut merancang untuk memohon peruntukan dana tambahan USD 3 juta bagi pelaksanaan MyNAP 2.0 setelah projek ini selesai.\n\n• Di bawah GCF juga, Kementerian sedang dalam usaha untuk memuktamadkan GCF Country Programme bagi memudahkan perancangan dan akses kepada dana ini. Malah, pihak Kementerian turut sedang meneliti pelaksanaan expert placement scheme bagi melantik seorang pegawai pemudah cara untuk memudahkan komunikasi dan tadbir urus supaya akses kepada dana ini dapat dipertingkatkan. \n\n• Disamping itu juga, Malaysia juga telah mengakses dana Adaptation Fund (AF) sebanyak USD 10 juta bagi pelaksanaan projek untuk pembangunan ekosistem yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim di kawasan bandar. Kementerian turut merancang untuk memohon USD 10 juta lagi daripada AF bagi pelaksanaan projek-projek adaptasi termasuk projek yang dirancang untuk dilaksanakan di peringkat negeri. \n\n• Kementerian kini sedang giat mengenalpasti projek-projek lain yang berpotensi supaya akses kepada dana-dana antarabangsa ini dapat diperluaskan dalam skala yang lebih besar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2797,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2797",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-17",
        "year": 2025,
        "no": "70",
        "member": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis",
        "area": "Kota Belud",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan setakat ini, berapa jumlah tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan di Sabah yang tidak dibangunkan dan daripada jumlah tersebut, berapa yang telah dikembalikan semula kepada Kerajaan nege...",
        "question": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan setakat ini, berapa jumlah tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan di Sabah yang tidak dibangunkan dan daripada jumlah tersebut, berapa yang telah dikembalikan semula kepada Kerajaan negeri dan apakah perancangan pembangunan ke atas tanah tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengenal pasti 14 lot tanah yang masih belum dibangunkan di Sabah melibatkan 6 lot tanah kosong dan 8 lot tanah terbiar berdasarkan permohonan penyerahan balik tanah Persekutuan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU).\n\n• Untuk makluman, sebarang permohonan penyerahan balik tanah yang terbiar di negeri akan diproses oleh pihak JKPTG berdasarkan Garis Panduan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2023 berkaitan Kaedah Penyerahan Balik Tanah Milik Persekutuan Yang Belum Dibangunkan Atau Terbiar Kepada Kerajaan Negeri Sabah Dan Kerajaan Negeri Sarawak.\n\n• Daripada 14 lot tersebut, 2 lot telah dipersetujui untuk diserah balik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan kini dalam proses akhir di peringkat JTU Sabah melibatkan kaedah penyerahan balik tanah dan nilaian pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.\n\n• Manakala, baki 12 lot pula masih lagi dalam tindakan mendapatkan ulasan Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP). Lot-lot yang tidak mempunyai sebarang perancangan oleh KJP akan disyorkan untuk diserah balik kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi membolehkan lot-lot tersebut dibangunkan dan dioptimumkan penggunaannya oleh Kerajaan Negeri Sabah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2820,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2820",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "70",
        "member": "Dato' Rosol bin Wahid",
        "area": "Hulu Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi isu serangan haiwan liar seperti gajah, harimau dan beruang yang semakin kerap berlaku termasuk di Terengganu dan tel...",
        "question": "Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi isu serangan haiwan liar seperti gajah, harimau dan beruang yang semakin kerap berlaku termasuk di Terengganu dan telah menyebabkan banyak kerugian tanaman, kecederaan dan kehilangan nyawa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil berat terhadap isu serangan hidupan liar seperti gajah, harimau dan beruang yang semakin kerap berlaku termasuk di Terengganu.\n\n2. Jabatan PERHILITAN telah menerima sebanyak 145 aduan konflik hidupan liar di Hulu Terengganu pada tahun 2024 yang melibatkan sebanyak 45 aduan gajah, 23 aduan harimau dan 21 aduan beruang. Antara langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan PERHILITAN dalam menangani isu serangan hidupan liar ialah seperti berikut:\n\n• Melaksanakan sebanyak 156 kali kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik yang terletak di dalam kawasan habitat hidupan liar;\n\n• Memasang 4 perangkap bagi spesies harimau sekiranya terdapat aduan konflik harimau serta menjalankan 6 kali operasi tangkap pindah yang melibatkan gajah dan hidupan liar lain;\n\n• Menggalakkan penternak haiwan membina kurungan ternakan dengan lebih kukuh dan menguruskan haiwan ternakan dengan lebih sistematik dan bertanggungjawab bagi mengurangkan konflik harimau;\n\n• Membina satu (1) Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Kg. Lawit ke Belukar Bukit, Hulu Terengganu sepanjang 29.5 km bagi mengelakkan gajah memasuki kebun atau ladang. Sebanyak dua (2) lagi SPEG akan dibina di Kg. Gerdong sepanjang 12 km dan Kg. Lubuk Periuk sepanjang 10 km di Hulu Terengganu;\n\n• Mengadakan empat (4) kali program kesedaran awam bersama masyarakat setempat bagi memberi kesedaran kepada penduduk mengenai pengurusan konflik hidupan dan manusia; dan\n\n• Mengadakan dua (2) kali sesi libat urus bersama pemegang taruh yang terlibat dengan pembangunan tanah di habitat hidupan liar serta pengurusan konflik hidupan liar.\n\n3. Kerajaan melalui NRES juga telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024. BKHT adalah bantuan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun 2024, seramai 246 pemohon telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM978,000.00.\n\n4. Bagi orang awam yang tercedera atau keluarga yang mengalami kehilangan nyawa, mereka akan dibantu di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (KWABMSBB) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban mangsa atau keluarga.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2821,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2821",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-04",
        "year": 2025,
        "no": "72",
        "member": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim",
        "area": "Arau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah konkrit yang sedang diambil oleh Kementerian untuk mencegah serta membanteras aktiviti pencerobohan hutan secara haram di Malaysia terutamanya di Pahang seperti hutan di ...",
        "question": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah konkrit yang sedang diambil oleh Kementerian untuk mencegah serta membanteras aktiviti pencerobohan hutan secara haram di Malaysia terutamanya di Pahang seperti hutan di Cameron Highlands, Rompin, Lipis dan lain-lain kawasan yang berkaitan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik pelanggaran undang-undang perhutanan di Negeri Pahang mulai tahun 2020 hingga tahun 2024 ialah sebanyak 363 kes yang merangkumi sejumlah 336 dan 27 kes masing-masing bagi kesalahan hutan dan pembalakan haram. \n\n2. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil perhatian serius ke atas sebarang aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam membanteras aktiviti pencerobohan haram. Antaranya: \n\n• Pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] yang telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2022, antara lain turut meliputi peningkatan kadar dan penetapan hukuman yang lebih berat ke atas kesalahan-kesalahan hutan termasuk pengambilan hasil hutan secara haram. Pindaan ini melibatkan kenaikan kadar hukuman kesalahan hutan, iaitu denda maksimum bermula RM20 ribu hingga RM5 juta berbanding akta asal, iaitu di antara RM10 ribu hingga RM500 ribu. Selain itu, hukuman penjara maksimum turut dinaikkan kepada 7 tahun hingga 20 tahun. Peningkatan kadar hukuman dan penalti ini adalah sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan;\n\n• Mesyuarat MTN Ke-79 pada tahun 2021 juga telah bersetuju supaya semua kerajaan negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di setiap negeri selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022;\n\n• Pusat Pemantauan Sumber Hutan (War Room @ JPSM) yang ditadbir oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menjalankan pemantauan berterusan menggunakan imej satelit terkini bagi keseluruhan HSK di Semenanjung Malaysia secara harian dan menyasarkan keseluruhan kawasan HSK. Maklumat-maklumat perisikan hasil pemantauan ini akan disalurkan kepada Pengarah Perhutanan Negeri yang berkaitan untuk pengesahan dan semakan di lapangan. Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan sekiranya terdapat kes kesalahan hutan; dan\n\n• Mempergiat kerjasama dan koordinasi yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri dalam memantau aktiviti pembalakan dan pencerobohan hutan di seluruh negara. Ia termasuk melalui penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Operasi Hutan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Operasi Bersepadu Khazanah di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) yang melibatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2826,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2826",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "74",
        "member": "Tuan Tan Kar Hing",
        "area": "Gopeng",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan status semasa pengukuran sempadan darat antarabangsa di antara Malaysia dengan negara-negara jiran dan bila dijangka akan dapat memuktamadkan sempadan-sempadan ini.",
        "question": "Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status semasa pengukuran sempadan darat antarabangsa di antara Malaysia dengan negara-negara jiran dan bila dijangka akan dapat memuktamadkan sempadan-sempadan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia berkongsi sempadan darat antarabangsa dengan tiga (3) negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam. Berikut adalah status semasa bagi kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa sehingga bulan Disember 2024.\nA. Malaysia (Sabah dan Sarawak) dengan Indonesia (Kalimantan Utara dan Kalimantan Barat)\n\n• Malaysia dan Indonesia telah memulakan usaha untuk merundingkan, menanda dan mengukur sempadan darat pada tahun 1974. Anggaran jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia - Indonesia adalah sepanjang 2,064 km. Daripada jumlah tersebut, 1,943.2 km atau 94.1% telah selesai dan dimuktamadkan melalui pemeteraian sebanyak 22 Memorandum of Understanding atau MoU;\n\n• Baki jarak yang belum dimuktamadkan adalah sepanjang 120.8 km atau 5.9% melibatkan tujuh (7) kawasan Outstanding Boundary Problem atau OBP sepanjang 96.9 km iaitu tiga (3) di sektor Sabah - Kalimantan Utara sepanjang 44 km dan empat (4) di sektor Sarawak - Kalimantan Barat sepanjang 52.9 km. Selain itu, terdapat satu (1) kawasan di barat perairan Pulau Sebatik sepanjang 23 km yang masih belum dimuktamadkan dan satu (1) kawasan intertidal di timur Pulau Sebatik sepanjang 870 meter yang sedang dalam peringkat perundingan antara kedua-dua negara; dan\n\n• MoU bagi tiga (3) OBP di sektor Sabah - Kalimantan Utara dan satu (1) kawasan di barat perairan Pulau Sebatik yang telah selesai ditanda dan diukur dijadualkan untuk dimeterai pada tahun ini. Selepas pemeteraian MoU tersebut, rundingan bagi penyelesaian empat (4) OBP di sektor Sarawak - Kalimantan Barat akan dimulakan, sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara. Manakala penyelesaian bagi kawasan intertidal di timur Pulau Sebatik akan terus dirundingkan di mana-mana platform yang bersesuaian.\n\nB. Malaysia dengan Thailand\n\n• Bagi sempadan darat Malaysia - Thailand, usaha untuk merundingkan, menanda dan mengukur sempadan darat telah dimulakan pada tahun 1973. Anggaran jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa kedua-dua negara adalah 662 km. Daripada jumlah tersebut, 543 km atau 82% telah selesai dan dimuktamadkan melalui pemeteraian 11 MoU.\n\n• Baki 119 km atau 18% yang masih belum selesai melibatkan dua (2) kawasan iaitu pertama, sempadan di sepanjang Sungai Golok berjarak 106 km dan kedua, kawasan di sekitar Bukit Jeli, Kelantan dengan anggaran jarak 13 km. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) komited untuk menyelesaikan kedua-dua kawasan ini melalui proses rundingan dengan pihak Thailand. Dalam hal ini, fokus akan diberikan kepada pemeteraian Perjanjian Sungai Golok terlebih dahulu memandangkan kerja-kerja penandaan dan pengukuran di sepanjang sungai berkenaan telah selesai dan terdapat banyak aktiviti manusia melibatkan kawasan ini di kedua-dua belah negara.\n\nC. Malaysia dengan Brunei Darussalam\n\n• Bagi sempadan darat Malaysia - Brunei Darussalam, usaha untuk merundingkan, menanda dan mengukur sempadan darat antarabangsa telah dimulakan pada tahun 2012. Jarak keseluruhan sempadan darat kedua-dua negara dianggarkan sepanjang 528.5 km. Kerja-kerja penandaan dan pengukuran telah dimulakan pada bulan April 2014 dan sehingga Disember 2024, sepanjang 175.9 km atau 33.3% telah siap ditanda dan diukur. Pencapaian ini telah dimuktamadkan melalui pemeteraian satu (1) MoU pada 26 Ogos 2024.\n\n• Kedua-dua negara juga telah bersetuju dan mensasarkan untuk menyelesaikan kerja-kerja penandaan dan pengukuran bagi baki jarak sepanjang 352.6 km atau 66.7% selewat-lewatnya pada tahun 2034.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2806,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2806",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-20",
        "year": 2025,
        "no": "78",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) bagi memastikan pelan konservasi jangka panjang yang berkesan untuk menyokong pengurusan sumber asli di samping usaha ...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) bagi memastikan pelan konservasi jangka panjang yang berkesan untuk menyokong pengurusan sumber asli di samping usaha memperluas Tabung Dana Amanah Kawasan Hijau ke seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (National Conservation Trust Fund for Natural Resources- NCTF) ini merupakan tabung amanah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengurusan, perlindungan, mitigasi kepada perubahan iklim, kesedaran dan usaha-usaha konservasi biodiversiti dan penggunaan mampan komponennya di dalam negara serta aktiviti-aktiviti untuk menjaga kepentingan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan.\n\n2. NCTF menyokong projek-projek konservasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang meliputi 6 kategori utama iaitu konservasi flora, fauna, ekosistem batu kapur dan gua, habitat dan ekosistem marin, ekosistem akuatik daratan serta kategori komuniti orang asli dan masyarakat setempat.\n\n3. Projek-projek yang dibiayai di bawah tabung ini merupakan projek jangka pendek bagi tempoh 2 tahun. Sehingga kini, NCTF telah membiayai 101 projek melibatkan peruntukan sebanyak RM19.7 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 66 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan dengan komitmen pembiayaan sebanyak RM5.5 juta. \n\n4. Sebanyak 35 projek telah selesai dengan peruntukan yang telah dibelanjakan berjumlah RM14.2 juta. Salah satu hasil projek selesai, iaitu Conservation of Seladang in the Royal Belum State Park (RBSP) – Temenggor Forest Reserve Complex yang telah dilaksanakan oleh Badan Bukan Kerajaan Borneo Rhino Alliance (BORA) dengan kerjasama PERHILITAN telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Kedua (MBN Ke-2), yang mana mesyuarat tersebut telah mengiktiraf Seladang sebagai spesies terancam yang mempunyai kepentingan negara dan Pelan Pengurusan Konservasi Seladang akan dibangunkan bagi menstabilkan populasi Seladang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2798,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2798",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-17",
        "year": 2025,
        "no": "79",
        "member": "Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib",
        "area": "Parit",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif perundangan yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah gangguan haiwan seperti kera yang merosakkan hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani.",
        "question": "Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan inisiatif perundangan yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah gangguan haiwan seperti kera yang merosakkan hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia komited dalam menangani gangguan konflik manusia dan hidupan liar. Pada masa ini, tiada inisiatif perundangan yang diambil bagi mengatasi masalah gangguan hidupan liar termasuk kera. Namun begitu, Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengatasi masalah konflik kera terhadap tanaman oleh petani seperti berikut:\n\n• Menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk kampung untuk melaksanakan program pelupusan kera bagi membasmi musuh tanaman;\n\n• Menjalankan program perangkap komuniti di mana setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan menyumbangkan perangkap kera untuk menangkap kera-kera yang menimbulkan konflik;\n\n• Memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta di bawah Peruntukan Pembangunan bagi Program Program Kawalan, Tangkapan dan Mitigasi Konflik Hidupan Liar Semenanjung Malaysia pada tahun 2024 dan tambahan sebanyak RM1.3 juta bagi tahun 2025 bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengatasi isu konflik hidupan liar di setiap negeri; dan\n\n• Menjalankan program penakaian (culling) kera bermasalah di kawasan yang terlibat dengan konflik.\n\n2. Kerajaan melalui NRES juga telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024. BKHT merupakan bantuan dalam bentuk kewangan secara one-off kepada kumpulan sasar termasuk penduduk kampung yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar. Seramai 246 pemohon telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM978,000.00.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2791,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2791",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "82",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan kesan jangka masa panjang aktiviti perlombongan nadir bumi REE di Gerik kepada ekosistem dan penduduk serta langkah-langkah pencegahan terhadap kesan tersebut. Adakah kesan ini melibatka...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kesan jangka masa panjang aktiviti perlombongan nadir bumi REE di Gerik kepada ekosistem dan penduduk serta langkah-langkah pencegahan terhadap kesan tersebut. Adakah kesan ini melibatkan kesihatan dan kehilangan sumber pendapatan kepada masyarakat sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) telah dijalankan di Mukim Kenering, Gerik, Perak sejak tahun 2022. Pihak pengusaha telah menjalankan aktiviti perlombongan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian. Aktiviti perlombongan ini telah mematuhi semua prosedur dan perundangan yang ditetapkan sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri.\n\n2. Dalam memastikan aktiviti perlombongan ini dijalankan secara terkawal, Kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Audit pada tahun 2022 yang terdiri daripada jabatan dan agensi teknikal untuk memantau pelaksanaan projek perlombongan yang dijalankan. Hasil daripada dapatan audit tersebut mendapati pihak pengusaha telah mematuhi kesemua prosedur yang ditetapkan dan terdapat sebahagian kecil ketidakpatuhan yang telah ditegur dan diambil tindakan penambahbaikan oleh pihak pengusaha. Proses pemantauan ini dilaksanakan secara berterusan sehingga sekarang bagi memastikan aktiviti perlombongan yang dijalankan tidak memberi kesan negatif khususnya kepada alam sekitar dan penduduk sekitar.\n\n3. Bagi melihat dari aspek impak terhadap aktiviti perlombongan REE pula, Kementerian telah melantik pihak Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan aktiviti perlombongan REE di kawasan ini. Berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak FRIM, aktiviti perlombongan yang dijalankan hanya mendatangkan kesan yang tidak signifikan terhadap aspek berkaitan flora, fauna, tanah, hidrologi, stok karbon dan sosioekonomi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2792,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2792",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-02-06",
        "year": 2025,
        "no": "84",
        "member": "Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib",
        "area": "Tenggara",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah wujud usaha Kementerian bagi membentuk dan memperkasa NGO atau pertubuhan masyarakat setempat untuk menjadi ejen pemantau alam sekitar bagi mempertingkat pemantauan dan penguatkua...",
        "question": "Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah wujud usaha Kementerian bagi membentuk dan memperkasa NGO atau pertubuhan masyarakat setempat untuk menjadi ejen pemantau alam sekitar bagi mempertingkat pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi-lokasi berpotensi tercemar mahupun pelanggaran-pelanggaran undang-undang tertentu berkaitan alam sekitar termasuk operasi tapak pelupusan sampah dan premis-premis industri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggunakan pelbagai platform dalam memperkasakan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (Communication, Education and Public Awareness) kepada masyarakat setempat berkaitan isu-isu pengurusan dan pencemaran alam sekitar ke arah pembudayaan kelestarian alam sekitar.\n\n• Pihak Kementerian sering kali mengadakan sesi libat urus dengan orang awam melalui media sosial dan media massa. Aktiviti ini termasuk penganjuran webinar serta sesi temu bual di televisyen dan radio untuk mengetengahkan isu-isu semasa seperti pencemaran air, pencemaran udara, dan pengurusan buangan berbahaya. Selain itu, promosi dan hebahan berkaitan alam sekitar turut dilaksanakan melalui laman sesawang serta penerbitan digital oleh Jabatan.\n\n• Kementerian berusaha untuk menyebarluas maklumat berhubung isu alam sekitar kepada rakyat melalui sambutan hari berkepentingan alam sekitar seperti Hari Alam Sekitar Negara, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Ozon Sedunia yang diraikan setiap tahun. Program-program berasaskan alam sekitar seperti Penanaman Pokok, Pengurusan Buangan melalui pendekatan 3R (Reduce, Reuse and Recycle), Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna, Pembersihan Kawasan (Plogging), Pembersihan Pantai, Kem Kesedaran Alam Sekitar dan Amalan Gaya Hidup Hijau dan Lestari sering kali dijadikan aktiviti utama supaya rakyat lebih tertarik dengan aktiviti-aktiviti alam sekitar yang lebih santai.\n\n• Untuk makluman, JAS juga sedang giat memantapkan program dan meningkatkan keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) di seluruh negara. Program RAS telah dilancarkan pada 4 Jun 2009 merupakan inisiatif kementerian dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat setempat dalam aktiviti kelestarian alam sekitar. RAS melibatkan keseluruhan anggota masyarakat tanpa mengira umur yang berperanan menjadi ‘mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar, di samping terlibat dalam program-program berbentuk komuniti dan kesedaran alam sekitar. \n\n• Untuk makluman, sehingga 31 Januari 2025, rekod keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) mencatatkan seramai 198,000 ahli. Sehubungan itu, NRES menggalakkan semua Kementerian dan Agensi untuk menyertai keahlian RAS serta melaksanakan program-program di bawah agensi masing-masing dengan penglibatan aktif ahli RAS tersebut.\n\n• JAS turut menjalinkan kerjasama bersama Rakan Strategik Alam Sekitar terdiri daripada kalangan industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi Kerajaan dan swasta dalam menganjurkan program-program kesedaran alam sekitar. Kerjasama ini dapat memastikan usaha penyampaian maklumat kepada JAS dilaksanakan dengan lebih berkesan, di samping memperkukuh pembudayaan kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat.\n\n• Oleh itu, ejen pemantau alam sekitar yang terdiri daripada masyarakat setempat dapat memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan usaha pemantauan dan penguatkuasaan oleh JAS. Sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar dapat dilaporkan dengan lebih pantas kepada JAS menerusi talian bebas tol 1800-88-2727 yang beroperasi 24 jam, e-mel di aduan_k@doe.gov.my, atau melalui portal e-Aduan JAS.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2827,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2827",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "84",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana RUUPIN dapat disesuaikan untuk berkembang seiring dengan perubahan keperluan tempatan dan antarabangsa dalam mencapai komitmen Paris Agreement dan sasaran NDC.",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana RUUPIN dapat disesuaikan untuk berkembang seiring dengan perubahan keperluan tempatan dan antarabangsa dalam mencapai komitmen Paris Agreement dan sasaran NDC.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam proses menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Dalam hal ini, Kementerian sentiasa mengamalkan pendekatan seluruh negara atau whole of nation approach dalam pembangunan dasar dan perundangan berkaitan perubahan iklim. Melalui RUUPIN, Kerajaan berhasrat untuk memastikan dasar dan perundangan yang digubal kekal relevan dengan perkembangan terkini, sama ada di peringkat domestik mahupun global.\n\n2. RUU ini dijangka akan membolehkan negara mengoperasikan tindakan iklim yang digariskan di dalam Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik dan ianya akan memacu pelaksanaan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term Low Emission Development Strategy - LT-LEDS), Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN2.0), pelaksanaan perdagangan karbon, cukai karbon dan lain-lain dasar berkaitan perubahan iklim yang akan saling melengkapi untuk mencapai sasaran Nationally Determined Contributions (NDCs) negara. Rang Undang Undang ini dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Sidang Parlimen Kelima Belas tahun 2025.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2828,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2828",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2025-03-05",
        "year": 2025,
        "no": "85",
        "member": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh",
        "area": "Besut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) jumlah kes kejadian lubang benam (sinkhole) yang dilaporkan di negara ini dalam lima tahun terakhir; dan (b) usaha Kementerian dalam mengkaji semula undang-undang atau peraturan ya...",
        "question": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) jumlah kes kejadian lubang benam (sinkhole) yang dilaporkan di negara ini dalam lima tahun terakhir; dan\n(b) usaha Kementerian dalam mengkaji semula undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pembinaan di kawasan berisiko tinggi terhadap kejadian lubang benam (sinkhole) demi keselamatan awam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n1. Berdasarkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), kejadian lubang benam yang dilaporkan di negara ini dalam tempoh lima (5) tahun terakhir (2019-2024) adalah sebanyak 24 kejadian dengan jumlah tertinggi sebanyak 11 kejadian di Perak, diikuti tiga (3) kejadian di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dua (2) kejadian di Kelantan dan masing-masing satu (1) kejadian di Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Melaka dan Perlis.\n\nSoalan (b)\n\n2. Kementerian ini melalui JMG sentiasa komited dalam usaha pengurangan risiko bencana geologi di kawasan pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif bencana geologi lubang benam untuk memastikan keselamatan awam terjaga.\n\n3. JMG merupakan agensi teknikal tetap dalam Jawatankuasa Majlis Perancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Khas Kawasan dan Pusat Setempat (OSC). JMG berperanan memberikan ulasan berkaitan penilaian bahaya dan risiko geologi dan turut terlibat dalam penggubalan piawaian terhadap perancangan pembangunan negara di semua peringkat.\n\n4. Kementerian bersetuju terhadap sebarang semakan semula terhadap piawaian pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif bencana geologi khususnya kawasan lubang benam. Maklumat utama yang perlu diberi penekanan adalah maklumat geologi persekitaran tapak pembangunan yang menjadi asas kepada penyediaan laporan cadangan pemajuan dan laporan geoteknikal.\n\n5. Sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan ke atas kelulusan yang diberikan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dan agensi yang bertanggungjawab dalam sesuatu pembangunan. Dalam pada itu, Kementerian melalui JMG sentiasa bersedia memberi khidmat kepakaran teknikal kepada pihak berkepentingan dalam mengenalpasti punca bahaya dan risiko bencana geologi yang dihadapi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2025-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2781,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2781",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-17",
        "year": 2024,
        "no": "4",
        "member": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah proaktif Kerajaan dalam mengekang aktiviti pengimportan sisa plastik di negara ini dan bagaimanakah isu ini mampu ditangani secara keseluruhan menerusi Kepengerusian ASEA...",
        "question": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah proaktif Kerajaan dalam mengekang aktiviti pengimportan sisa plastik di negara ini dan bagaimanakah isu ini mampu ditangani secara keseluruhan menerusi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Di antara langkah-langkah proaktif Kerajaan dalam mengekang aktiviti pengimportan sisa plastik di negara ini adalah dengan:\n\n• Memperketatkan sistem kawalan dan meningkatkan mekanisme penguatkuasaan di pintu masuk negara (pelabuhan dan pintu masuk darat) bersama agensi lain seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM);\n\n• Meningkatkan tindakan penguatkuasaan bersepadu di pelabuhan dan kilang-kilang haram memproses sisa import dipertingkatkan bersama Jabatan dan Agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT), JKDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);\n\n• Memperkukuhkan kerjasama dalam perkongsian maklumat dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain;\n\n• Memuktamadkan cadangan perwakilan kuasa daripada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi jenayah alam sekitar melibatkan sisa plastik; dan\n\n• Kementerian juga akan membawa cadangan hala tuju pengurangan kuota import sisa plastik selari dengan hasrat untuk menumpukan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (high growth, high value) ke Jawatankuasa Induk Pengurusan Skrap Plastik Import yang dianggotai pelbagai kementerian.\n\n• Menerusi kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan, Malaysia ingin membawa isu penjajahan sisa (waste colonisation). Negara ASEAN sering menjadi mangsa penjajahan sisa oleh negara maju bagi mengeksport sisa ke Malaysia dengan alasan ’kitar semula’ namun sebenarnya ingin menjadikan negara sebagai tapak pelupusan dunia yang mana melanggar prinsip keadilan alam sekitar. Malaysia ingin mencadangkan agar negara maju lain mengikut langkah Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan ketat terhadap eksport sisa, khususnya sisa plastik, ke negara-negara bukan OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development).\n\n• Malaysia akan memimpin usaha untuk memperkenalkan langkah-langkah yang lebih tegas serta dasar yang lebih ketat dalam menangani isu ini di peringkat serantau.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2772,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2772",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "8",
        "member": "Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah pencapaian keseluruhan Dasar Perubahan Iklim Negara 1.0 dalam arus perdana perubahan iklim negara dan bagaimanakah indikator terbaharu yang ditetapkan Kementerian bagi mem...",
        "question": "Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh manakah pencapaian keseluruhan Dasar Perubahan Iklim Negara 1.0 dalam arus perdana perubahan iklim negara dan bagaimanakah indikator terbaharu yang ditetapkan Kementerian bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 yang baru diluncurkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Secara amnya, DPIN 1.0 bertujuan untuk mengarusperdanakan perubahan iklim di dalam dasar pembangunan negara manakala DPIN 2.0 adalah lebih bersifat praktikal bagi melaksanakan peralihan negara ke arah ekonomi rendah karbon. Bagi memastikan keberkesanan DPIN 2.0, ianya telah dirangka supaya lebih bersifat praktikal dan komprehensif dengan mengambil kira isu-isu domestik dan antarabangsa yang terkini. \n\n• Selain itu, pencapaian DPIN 1.0 juga dapat dilihat melalui dasar-dasar lain di peringkat sektoral yang telah mengintegrasikan elemen pembangunan mampan di dalam strategi dan pelaksanaan tindakannya seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, Pelan Induk Perindustrian Baharu dan sebagainya.\n\n• Pencapaian DPIN 1.0 boleh dilihat di mana isu perubahan iklim telah diarusperdanakan dalam pelbagai dasar-dasar pembangunan negara yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan hijau dan ketahanan iklim seperti Rancangan Pembangunan Negara Lima (5) Tahun (RMK) serta kerangka Ekonomi MADANI. \n\n• Sehubungan dengan itu, DPIN 2.0 telah mengenalpasti inisiatif pemangkin yang dapat melonjak tindakan iklim di negara ini. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n• penggubalan instrumen perundangan perubahan iklim yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025;\n\n• pelaksanaan Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term - Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) dan Hala Tuju dan Pelan Tindakan Nationally Determined Contributions (NDC Roadmap) yang sedang dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini;\n\n• pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) oleh NRES;\n\n• penggubalan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) oleh NRES; dan\n\n• pewujudan atau penggunaan platform libat urus khas mengenai perubahan iklim sedia ada seperti Panel Penasihat Perubahan Iklim;\n\n• Selain itu, keberkesanan pelaksanaan DPIN 2.0 memerlukan kerjasama semua pihak yang mempunyai kuasa terhadap bidang kuasa masing-masing memandangkan isu perubahan iklim adalah merentas sektor dan merentasi pelbagai lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, indikator DPIN 2.0 secara amnya adalah tertakluk kepada indikator inisiatif pemangkin ini dan tindakan oleh Kementerian lain yang bertanggungjawab, Pelaksanaan DPIN 2.0 turut dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu Perubahan Iklim Negara yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha NRES.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2777,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2777",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-10",
        "year": 2024,
        "no": "17",
        "member": "Senator Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan kaedah atau teknologi yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian untuk menguruskan pelupusan bateri Kereta Elektrik (EV).",
        "question": "Senator Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kaedah atau teknologi yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian untuk menguruskan pelupusan bateri Kereta Elektrik (EV).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sisa bateri Electric Vehicle (EV) adalah dikelaskan di bawah kod SW 103 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Di Malaysia, kini terdapat empat (4) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak bagi kod SW 103. Teknologi pemerolehan kembali bateri terpakai melibatkan usaha untuk mengitar semula bahan berharga dalam bateri seperti litium, kobalt dan nikel dan pada masa yang sama dapat mengurangkan sisa dan impak kepada alam sekitar.\n\n• Antara teknologi yang digunakan dalam kitar semula bateri terpakai ialah:\n\n• Pengumpulan dan Pemisahan awal di mana proses ini melibatkan pengasingan bateri melalui jenis bateri sama ada bateri litium-ion, nikel kadmium dan sebagainya. Seterusnya proses nyahcas bateri akan dilakukan bagi mengelakkan risiko letupan atau kebakaran semasa kitar semula;\n\n• Teknologi Hidrometalurgi yang menggunakan kaedah larutan kimia untuk melarutkan bahan aktif dalam bateri. Dalam proses ini unsur seperti litium, kobalt dan mangan dapat diasingkan melalui proses mendakan; dan\n\n• Teknologi Pirometalurgi di mana proses ini melibatkan pembakaran bateri pada suhu tinggi untuk mengekstrak logam berharga. Proses ini lebih cepat tetapi menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.\n\n• Teknologi kitar semula bateri terpakai ini dapat meminimumkan pembuangan bateri terpakai dan seterusnya menyokong ekonomi kitaran yang mampan. Walau bagaimanapun teknologi sedia ada melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan pelaburan yang besar bagi membina fasiliti tersebut.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2771,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2771",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-02",
        "year": 2024,
        "no": "32",
        "member": "Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan keberhasilan dan peratusan pengagihan dana Ecological Fiscal Transfers (EFT) pada tahun 2024 mengikut negeri-negeri yang menerima peruntukan ini.",
        "question": "Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan keberhasilan dan peratusan pengagihan dana Ecological Fiscal Transfers (EFT) pada tahun 2024 mengikut negeri-negeri yang menerima peruntukan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) menyokong salah satu sasaran penting di bawah Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030 iaitu mewartakan sekurang-kurangnya 20% kawasan perlindungan daratan dan 10% daripada kawasan perlindungan marin menjelang tahun 2030. Pencapaian ini akan memberi faedah jangka panjang dalam aspek kemampanan kepada Kerajaan Negeri serta meningkatkan reputasi negara di mata dunia. \n\n2. Di bawah pelaporan EFT yang diterima bagi tempoh 2021 hingga 2023, sejumlah kira-kira 350,000 hektar kawasan telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan baharu meliputi hampir 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan di Kedah, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor serta lebih daripada 250,000 hektar kawasan perlindungan marin di Johor, Melaka dan Sarawak.\n\n3. Bagi tahun 2024, NRES telah mengagihkan peruntukan EFT mengikut penilaian pelaksanaan EFT oleh kerajaan negeri pada tahun 2023 termasuk memperuntukkan 30% untuk kriteria ekologi berasaskan keberhasilan. Sebanyak RM190 juta atau 95% peruntukan telah diagihkan kepada kerajaan negeri untuk tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2774,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2774",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "33",
        "member": "Senator Puan Noorita binti Sual",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengurangkan konflik yang berlaku antara komuniti Orang Asal/Asli dengan syarikat pembalakan yang sering bertembung di ka...",
        "question": "Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengurangkan konflik yang berlaku antara komuniti Orang Asal/Asli dengan syarikat pembalakan yang sering bertembung di kawasan hutan simpan; dan\n(b) adakah terdapat rancangan khusus daripada Kementerian untuk memperkenalkan teknologi satelit atau dron bagi memantau aktiviti pembalakan haram di kawasan pedalaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan (a)\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited dalam melaksanakan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk memastikan negara terus menikmati segala faedah yang diperolehi dari sumber hutan secara berterusan selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia.\n\n• Dalam masa yang sama, selaras dengan piawai pensijilan hutan MC&I SFM (Management Criteria and Indicators Sustainable Forest Management) di bawah Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) yang bertujuan memastikan pengurusan hutan dilakukan secara mampan termasuk pemeliharaan hak Orang Asal, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan konflik antara komuniti Orang Asli dan syarikat pembalakan demi mencapai keseimbangan antara keperluan pembangunan ekonomi dan perlindungan hak serta kebajikan komuniti Orang Asli seperti berikut: \n\n• mengadakan mesyuarat secara berkala dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang telah diwujudkan sejak tahun 2012 bagi membincangkan dan menangani isu-isu yang berkaitan masyarakat Orang Asli dan pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia;\n\n• mengenal pasti, melindungi dan menanda lokasi penting dari segi budaya, ekologi, ekonomi atau agama kepada Orang Asli untuk memastikan kawasan istimewa tersebut tidak terlibat dalam aktiviti pengusahasilan;\n\n• melaksanakan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA) sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengusahasilan hutan yang bertujuan menilai dan menyediakan langkah-langkah mitigasi kesan yang dijangka berlaku terhadap kehidupan Orang Asli; dan\n\n• JPSM melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga melaksanakan Program Buy Back Guarantee di bawah inisiatif perhutanan sosial yang melibatkan komuniti Orang Asli dalam mengusahakan tapak semaian anak pokok dengan sokongan peruntukan, kelengkapan dan latihan.\n\nSoalan (b) \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah dan sedang menggunapakai teknologi satelit serta dron dalam pemantauan aktiviti pembalakan haram di seluruh negara. Malah, teknologi berkenaan juga telah dipadankan dengan sistem geoinformasi perhutanan bagi meningkatkan keberkesanan dalam penguatkuasaan serta pengurusan hutan di setiap wilayah.\n\n• Di Semenanjung Malaysia, JPSM sentiasa memantau sumber hutan negara daripada sebarang aktiviti pencerobohan dan penerokaan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), pembalakan haram dan perubahan litupan hutan melalui penggunaan teknologi bersepadu seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) Plus, sistem e-Geospatial Perhutanan dan teknologi unmanned aerial vehicle (UAV) atau dron.\n\n• Di Wilayah Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah telah membangunkan satu sistem aplikasi geospatial yang dikenali sebagai GeoForest iaitu sistem pangkalan data berpusat bagi sumber hutan. Malahan, sistem iForSabah juga telah dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi membantu pemantauan hutan dan pengemaskinian litupan hutan.\n\n• Manakala, Jabatan Hutan Sarawak pula telah menggunakan kaedah pemantauan berterusan melalui sistem Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang menggabungkan analisa imej satelit dan menentusahkan titik koordinat dengan menggunakan pesawat khas DA42-MPP yang dilengkapi sistem cerapan udara hiperspektral bagi membantu pengawasan dan tindakan penguatkuasaan serta pemantauan sumber asli termasuk menilai kesihatan hutan negara di wilayah Sarawak.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2770,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2770",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-12",
        "year": 2024,
        "no": "35",
        "member": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan industri perlombongan urban; dan b) adakah infrastruktur dan perundangan yang sedia ada mencukupi untuk membangunkan sektor ini.",
        "question": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\na) apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan industri perlombongan urban; dan\nb) adakah infrastruktur dan perundangan yang sedia ada mencukupi untuk membangunkan sektor ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman ahli dewan,\n\n• Perlombongan urban merupakan satu konsep yang merujuk kepada proses mengumpul, mengekstrak, dan mengitar semula bahan berharga daripada barangan terpakai atau sisa di kawasan bandar. Konsep ini bertujuan untuk memanfaatkan sumber yang terdapat dalam barangan seperti peralatan elektronik, bateri, kenderaan lama, dan sisa pembinaan, yang sering mengandungi logam, plastik, atau bahan berharga lain.\n\n• Di Malaysia, peralatan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama/ usang dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan kod SW 110.\n\n• Bagi memastikan kebolehlaksanaan kitaran ekonomi dalam konsep kitar semula, cradle to cradle dan pemerolehan kembali sumber-sumber berharga dalam e-waste, sejumlah 116 lesen kemudahan pemerolehan kembali e-waste telah dikeluarkan sehingga 31 Mei 2024 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Daripada jumlah tersebut terdapat sebanyak 102 kemudahan adalah merupakan partial recovery dengan kapasiti pemprosesan yang dilesenkan ialah sebanyak 279,511.68 MT manakala selebihnya iaitu sebanyak 14 kemudahan adalah full recovery dengan jumlah kapasiti pemprosesan dibenarkan ialah 131,004.00 MT.\n\n• Tujuan pelesenan adalah untuk mengawal selia kemudahan kitar semula dan pemerolehan kembali bagi memastikan penghasilan, pengumpulan, pergerakan, pengolahan dan pelupusan e-waste dijalankan dengan teratur dan sempurna mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2778,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2778",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-10",
        "year": 2024,
        "no": "43",
        "member": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan status kemajuan dalam usaha Kerajaan dalam membangunkan karbon hutan dan apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi.",
        "question": "Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status kemajuan dalam usaha Kerajaan dalam membangunkan karbon hutan dan apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Justeru, setiap negeri mempunyai hak untuk menggubal undang-undang dan menguruskan dasar perhutanan di Negeri masing-masing selaras dengan Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa Kerajaan Persekutuan adalah memberi nasihat, bantuan teknikal, latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perhutanan kepada negeri-negeri.\n\n• Bagi memastikan hala tuju pasaran karbon yang komprehensif dan mengambil kira segala ketetapan di bawah UNFCCC, Kementerian telah membangunkan Panduan Pasaran Karbon Sukarela Sektor Hutan (PKH) sebagai sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri serta pihak yang ingin terlibat di dalam aktiviti pembangunan dan perdagangan kredit karbon hutan secara sukarela (Voluntary Carbon Markets - VCM). \n\n• Kementerian tidak mengawalselia aktiviti pembangunan produk bagi VCM buat masa ini, namun begitu mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti tersebut perlu mengemukakan butiran mengenai projek kredit karbon tersebut (maklumat projek, skop dan tempoh masa, metodologi dan pelaporan tahunan bagi unit kredit karbon dihasilkan) kepada pihak Kementerian. \n\n• Dalam masa yang sama, bagi mengalakkan dan menyokong inisiatif penjanaan karbon dari sektor perhutanan, Kementerian melalui Malaysia Forest Fund (MFF) melaksanakan usaha serta strategi kewangan inovatif bagi sektor perhutanan. Kementerian berharap agar kolaborasi strategik di antara MFF dengan pihak Kerajaan Negeri akan dapat diperkembangkan bagi memastikan pembangunan projek karbon hutan yang dapat menjanakan kredit karbon untuk didagangkan di platform pasaran seperti Bursa Carbon Exchange (BCX). \n\n• Kementerian juga telah membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework – RFF) sebagai satu mekanisme kewangan inovatif untuk melaksanakan aktiviti mengekal dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan dalam menyumbang ke arah mitigasi perubahan iklim. Mekanisma ini telah dirangka secara khusus untuk membolehkan mobilisasi kewangan daripada sumber luar, sama ada syarikat swasta, organisasi bukan kerajaan atau dari sumber luar negara, disalurkan kepada sektor perhutanan melalui instrumen berasaskan pasaran yang dikenali sebagai Offset Karbon Hutan (Forest Carbon Offset – FCO) dan bukan pasaran; Sijil Pemuliharaan Hutan (Forest Conservation Certificate – FCC). \n\n• Pembangunan Forest Carbon Offset (FCO) secara khususnya adalah cabang utama bagi mewujudkan satu Sistem Pengkreditan Karbon Kebangsaan bagi sektor perhutanan yang boleh memenuhi keperluan penjanaan kredit karbon bagi pasaran dan permintaan domestik dan antarabangsa. Usaha pembangunan FCO ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk mewujudkan sistem pengkreditan domestik yang setara dengan piawaian antarabangsa seperti Verra, Gold Standard dan lebih murah, mengambilkira spesifikasi kebangsaan, proses validasi yang lebih cepat dan lebih mudah untuk dioperasikan.\n\n• Selain itu juga, Kementerian sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang akan dibuat secara berperingkat. Dasar ini akan melihat pembangunan pasaran karbon negara secara menyeluruh untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia. Pelaksanaan DPKK kelak dijangka akan memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur termasuk projek berkaitan karbon hutan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2782,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2782",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-18",
        "year": 2024,
        "no": "45",
        "member": "Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah keseluruhan tanah persekutuan yang terdapat di Sarawak dan pecahan mengikut kawasan Parlimen di Sarawak serta berapakah keluasan tanah yang masih belum dibangunkan.",
        "question": "Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah keseluruhan tanah persekutuan yang terdapat di Sarawak dan pecahan mengikut kawasan Parlimen di Sarawak serta berapakah keluasan tanah yang masih belum dibangunkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Berdasarkan data yang terdapat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Sarawak adalah terhad kepada maklumat mengikut bahagian di Sarawak dipecahkan kepada land district/ town district sahaja. Persempadanan kawasan Parlimen adalah tidak sama dengan persempadanan pentadbiran tanah mengikut land district/ town district tersebut.\n2. Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah keseluruhan tanah persekutuan yang terdapat di Sarawak berdasarkan rekod JKPTG Sarawak adalah sebanyak 2,101 lot dengan jumlah keluasan 15,943.05ha. Sehubungan itu, pecahan lot tanah persekutuan mengikut bahagian di Sarawak adalah seperti berikut:\n\nBil.\n\nBahagian\n\nJumlah Lot PTP\n\nJumlah Keluasan (Ha)\n\n1.\nSarikei\n143\n3,615.68\n\n2.\nKuching\n367\n3,469.75\n\n3.\nMiri\n356\n2,098.38\n\n4.\nSibu\n162\n1,306.72\n\n5.\nBintulu\n103\n1,241.33\n\n6.\nSamarahan\n197\n1,040.73\n\n7.\nMukah\n162\n907.75\n\n8.\nLimbang\n151\n778.92\n\n9.\nSri Aman\n128\n554.91\n\n10.\nBetong\n154\n418.94\n\n11.\nKapit\n116\n316.74\n\n12.\nSerian\n62\n193.20\n\nJumlah\n2,101\n15,943.05",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2775,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2775",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "47",
        "member": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan ancaman hidupan liar terhadap manusia yang telah menimbulkan ancaman kepada penduduk, menyebabkan kerugian serta kerosakan harta benda atau tanaman pertanian mereka dan adakah Kerajaan m...",
        "question": "Senator Tuan Michael Mujah Lihan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan ancaman hidupan liar terhadap manusia yang telah menimbulkan ancaman kepada penduduk, menyebabkan kerugian serta kerosakan harta benda atau tanaman pertanian mereka dan adakah Kerajaan menyediakan pampasan atau bayaran ex-gratia kepada penduduk yang menjadi mangsa pencerobohan hidupan liar ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk memulihara dan mengurus hidupan liar dan aktiviti-aktiviti berkaitannya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan menerusi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. \n\n2. Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) pula adalah agensi yang bertanggungjawab bagi hidupan liar di Sabah di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 sementara Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Sarawak di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.\n\n3. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas bagi meringankan beban mangsa atau waris yang terlibat dengan kes-kes konflik yang melibatkan kecederaan atau kematian. \n\n4. Kerajaan melalui NRES juga telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. BKHT merupakan bantuan dalam bentuk kewangan secara one-off kepada kumpulan sasar termasuk penduduk kampung yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar. Sehingga penghujung November 2024, seramai hampir 250 pemohon telah menerima bayaran BKHT dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM978 ribu.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2783,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2783",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-18",
        "year": 2024,
        "no": "47",
        "member": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) Berapakah jumlah kes pencemaran alam sekitar yang telah diambil tindakan oleh Kementerian dalam tempoh setahun yang lalu dan juga untuk tempoh suku tahun ketiga 2024; dan (b) Apak...",
        "question": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n(a) Berapakah jumlah kes pencemaran alam sekitar yang telah diambil tindakan oleh Kementerian dalam tempoh setahun yang lalu dan juga untuk tempoh suku tahun ketiga 2024; dan \n(b) Apakah langkah-langkah pemulihan yang dijalankan bagi kawasan yang terkesan dan terjejas teruk oleh pencemaran alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius kesalahan yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengenakan kompaun dan juga membuat pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. \n\n• Pada tahun 2023, sejumlah 415 kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 telah didakwa di mahkamah dan telah disabitkan kesalahan dengan denda yang dikenakan berjumlah RM6,551,000.00 manakala sebanyak 3,502 kompaun telah dikeluarkan kepada premis dan individu dengan kutipan kompaun sebanyak RM3,565,750.00. \n\n• Bagi Januari 2024 sehingga 30 November 2024, sejumlah 270 kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 telah didakwa di mahkamah dan telah disabitkan kesalahan dengan denda yang dikenakan berjumlah RM6,869,000.00 beserta hukuman penjara selama 4 bulan manakala sebanyak 3,183 kompaun telah dikeluarkan kepada premis dan individu dengan kutipan kompaun sebanyak RM2,970,800.00.\n\n• Antara langkah-langkah pemulihan yang dijalankan terhadap kawasan yang terkesan dan terjejas oleh pencemaran adalah seperti berikut:\n\n• Mengarahkan premis berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang dicemari bahan tumpahan dengan serta merta mengikut peraturan-peraturan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar;\n\n• Meningkatkan kerjasama dan melaksanakan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Sebagai contoh, JAS dengan kerjasama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan bertindak untuk mengurangkan risiko pencemaran dan memastikan bahawa kawasan yang terkesan adalah selamat;\n\n• Melaksanakan pemantauan kualiti udara dan air secara berkala untuk mengesan tahap pencemaran dan memastikan ia berada dalam had yang selamat;\n\n• Memantau pengurusan buangan terjadual daripada industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan mengawalselia penggunaan sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) bagi mengesan pergerakan buangan terjadual daripada premis industri yang menghasilkan buangan terjadual kepada kemudahan pengurusan yang dilesenkan oleh JAS;\n\n• Menjalankan pemeriksaan secara berterusan ke atas premis industri, notifikasi pemasangan alat kawalan pencemaran, pelaporan alam sekitar secara atas talian (Online Environmental Reporting, OER) dan penguatkuasaan secara desktop;\n\n• Memastikan pelaksanaan pematuhan kendiri (Self Regulation, SR) kepada pihak industri untuk menjalankan pemantauan prestasi setiap hari terhadap kelengkapan alat kawalan pencemaran yang telah dipasang agar ianya berfungsi dengan baik pada setiap masa; dan \n\n• Menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan menghadapi pencemaran.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2779,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2779",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-11",
        "year": 2024,
        "no": "49",
        "member": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah mekanisme dan langkah-langkah bagi membendung lambakan kontena sisa pepejal plastik dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berlabuh di pelabuhan negara iaitu Pelabuhan Klang yang m...",
        "question": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisme dan langkah-langkah bagi membendung lambakan kontena sisa pepejal plastik dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berlabuh di pelabuhan negara iaitu Pelabuhan Klang yang menyebabkan negara menjadi tempat pembuangan sampah kedua di dunia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian terus komited untuk membendung lambakan kontena sisa pepejal plastik dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berlabuh di pelabuhan negara. Di antara langkah-langkah drastik penguatkuasaan yang dilaksanakan ialah:\n\n• Memperketatkan sistem kawalan dan meningkatkan mekanisme penguatkuasaan di pintu masuk negara (pelabuhan dan pintu masuk darat) bersama agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM);\n\n• Tindakan penguatkuasaan bersepadu di pelabuhan dipertingkatkan bersama dengan Jabatan dan Agensi yang berkaitan seperti pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta organisasi antarabangsa;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain; dan\n\n• Meningkatkan kerjasama dari segi latihan penguatkuasaan antara JAS dan agensi-agensi penguatkuasa seperti PDRM, JIM dan agensi-agensi lain yang berkaitan terutama dalam bidang risikan dan forensik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2776,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2776",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "51",
        "member": "Senator Tuan Musoddak bin Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi jangka panjang yang dirangka oleh Kementerian bagi mengadaptasi ketidaktentuan cuaca ekstrem serta musim bencana terutamanya banjir besar.",
        "question": "Senator Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi jangka panjang yang dirangka oleh Kementerian bagi mengadaptasi ketidaktentuan cuaca ekstrem serta musim bencana terutamanya banjir besar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perubahan iklim adalah masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia ini. Semua negara tidak terkecuali daripada kesan perubahan iklim seperti peningkatan suhu, cuaca ekstrem, taufan yang kuat dan peningkatan paras air laut. \n\n• Kementerian ini juga sedar akan risiko bencana hidro-iklim yang disebabkan oleh impak perubahan iklim seperti risiko peningkatan suhu dan episod pengurangan hujan semasa musim kering yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, kekurangan sumber air, risiko kebakaran dan jerebu. Oleh itu, Kementerian ini sedang membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP).\n\n• MyNAP akan turut mengambil kira perancangan dan strategi pelaksanaan adaptasi di bawah kementerian-kementerian lain terutamanya PETRA untuk inisiatif yang berkaitan sektor air seperti berikut:\n\n• Pelaksanaan reka bentuk infrastruktur adaptif yang berdaya tahan terhadap kesan bencana hidro-iklim seperti kenaikan paras laut, banjir dan musim kering. Ia termasuklah pembinaan sistem perparitan dan struktur tebatan banjir yang lebih berkesan, pembinaan ban dan struktur perlindungan pantai yang mengambil kira faktor perubahan iklim dan peningkatan aras laut di dalam elemen reka bentuk masing-masing. \n\n• Reka bentuk infrastruktur kritikal seperti kemudahan tenaga dan loji rawatan air yang boleh berfungsi dengan berkesan semasa musim kering dan akan membantu dalam mengekalkan perkhidmatan penting serta mencegah gangguan operasi bekalan air.\n\n• peningkatan penggunaan teknologi bangunan hijau dan penggabungan sumber tenaga boleh diperbaharui. Dengan menggalakkan amalan cekap tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon, sasaran kita adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mampan dan berdaya tahan iklim pada masa hadapan.\n\n• langkah-langkah adaptasi yang efektif bagi episod musim kering, contohnya melalui pelaksanaan teknologi cekap air, seperti sistem pengairan pintar, penuaian air hujan dan kitar semula air sisa terawat (air pulih guna), meningkatkan kapasiti takungan sedia ada dan mewujudkan kemudahan penyimpanan tambahan boleh membantu memastikan bekalan air yang stabil semasa musim kemarau yang berpanjangan. Ini termasuk takungan bawah tanah dan takungan air pinggiran sungai (TAPS) yang direkabentuk untuk menakung air lebihan semasa musim hujan dan boleh digunakan semula semasa musim kering.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun sentiasa memantau situasi cuaca negara dan akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya kejadian hujan lebat berterusan, ribut petir serta ribut taufan dijangka berlaku.\n\n• Bagi memastikan maklumat dan amaran awal dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, MET Malaysia sentiasa meningkatkan sistem ramalan cuaca negara yang merangkumi sistem rangkaian pencerapan, sistem pemprosesan dan sistem penyampaian agar selari dengan teknologi terkini dan keperluan semasa.\n\n• MET Malaysia telah meningkatkan sistem rangkaian pencerapan dalam usaha memantau keadaan cuaca dengan lebih terperinci pada masa sebenar. Antara perkara-perkara yang dilaksanakan ialah:\n\n• Menaik taraf 60 Stesen Pencerapan Permukaan kepada Stesen Cuaca Automatik dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2022. MET Malaysia juga kini sedang menaik taraf 100 buah stesen pencerapan permukaan automatik melalui projek pembangunan Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). \n\n• Memasang 7 buah stesen meteorologi radar baharu sebagai tambahan kepada 11 buah stesen meteorologi radar sedia ada bagi membolehkan pemantauan cuaca dapat dilakukan dengan lebih teliti dan menyeluruh. Gabungan radar-radar ini membolehkan MET Malaysia memantau keadaan cuaca yang sedang berlaku seluruh negara.\n\n• Menerima dan memproses imej satelit daripada tiga buah satelit antarabangsa, iaitu FengYun (China) bagi setiap 15 minit, Himawari (Jepun) dan GEO-KOMPSAT-2 (Korea Selatan) bagi setiap 10 minit.\n\n• Sistem pemprosesan dan analisa data juga sentiasa ditambah baik bagi penghasilan ramalan dan amaran yang lebih tepat dan cepat. MET Malaysia telah melaksanakan perkara-perkara berikut:\n\n• Penambahbaikan sistem nowcasting MET Malaysia iaitu unjuran pergerakan dan intensiti hujan dalam tempoh 10 minit sehingga tiga (3) jam ke hadapan, Jabatan telah berjaya mengintegrasikan semua sistem radar ke dalam Radar Integrated Nowcasting System (RaINS).\n\n• Penambahbaikan sistem komputer utama bagi penyediaan ramalan dan amaran cuaca sehingga ke peringkat mukim berbanding peringkat daerah sebelum ini.\n\n• Peningkatan keupayaan model ramalan cuaca numerical dengan mengadaptasi teknologi Sistem Komputer Berprestasi Tinggi (High Performance Computing (HPC)). Produk-produk yang dijanakan oleh Sistem HPC baharu ini membolehkan Jabatan menjangkakan risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding hanya tujuh hari pada ketika ini. Ia juga akan membekalkan perincian bagi kawasan bagi kawasan dilanda bencana dengan resolusi yang lebih tinggi, iaitu 300 meter berbanding 1 kilometer pada ketika ini.\n\n• Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pelbagai medium sebaran telah dilaksanakan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agar penyebaran maklumat lebih meluas dan inklusif. Antara usaha yang dilakukan ialah MET Malaysia telah membangunkan aplikasi mobil myCuaca dimana maklumat cuaca dan gempa bumi boleh diakses oleh orang ramai pada bila-bila masa. \n\n• MET Malaysia juga turut membangunkan aplikasi mobil RakanMET iaitu medium perkongsian maklumat cuaca setempat di kalangan orang awam. Selain itu, Jabatan juga menyampaikan ramalan dan amaran cuaca ini menggunakan pelbagai medium seperti media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube), laman sesawang Jabatan dan media massa (televisyen dan radio).\n\n• Kesimpulannya, penambahbaikan berterusan yang dilakukan terhadap sistem rangkaian pencerapan, sistem pemprosesan dan sistem penyampaian ini dijangka dapat menghasilkan ramalan dan amaran awal yang lebih tepat dan cepat dalam usaha mengadaptasi ketidaktentuan cuaca ekstrim dan sekaligus dapat membantu pihak agensi pengurusan bencana untuk bertindak lebih awal dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin. Usaha ini juga bagi menyokong salah satu sasaran utama Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 iaitu meningkatkan ketersediaan dan akses kepada sistem amaran awal pelbagai bahaya (multi-hazard), maklumat risiko dan penilaian bencana.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Senator, NRES juga secara aktif bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan perniagaan serta pakar iklim antarabangsa untuk berkongsi amalan terbaik dan menerima pakai penyelesaian yang inovatif. Melalui amalan perkongsian pintar ini, kementerian menyasarkan untuk memanfaatkan pelbagai kepakaran bagi menangani perubahan iklim dengan berkesan.\n\n• Kementerian juga amat komited dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang isu perubahan iklim yang melibatkan pelbagai peringkat masyarakat seperti penglibatan kumpulan rentan dan komuniti tempatan melalui forum, bengkel, program komuniti dan inisiatif pendidikan untuk menggalakkan amalan mampan dan membina budaya daya tahan dalam rantau ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2780,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2780",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-12",
        "year": 2024,
        "no": "53",
        "member": "Senator Dato' Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Kerajaan memastikan sumber alam seperti hutan dan sungai dilindungi dalam pelaksanaan projek tenaga baharu dan apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan penebangan huta...",
        "question": "Senator Dato' Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimanakah Kerajaan memastikan sumber alam seperti hutan dan sungai dilindungi dalam pelaksanaan projek tenaga baharu dan apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan penebangan hutan bagi tujuan pembangunan tenaga.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui NRES komited dalam melaksanakan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk memastikan negara terus menikmati segala faedah yang diperoleh daripada sumber hutan secara berterusan selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia. Kerajaan akan terus memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip PHSB.\n\n• Dalam masa yang sama, Kementerian ini memandang serius impak kepada alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Antara langkah yang sedang diambil oleh NRES untuk memastikan keseimbangan pembangunan di samping mengekalkan HSK adalah seperti berikut:\n\n• mengawal dan mengelakkan kelulusan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam HSK dan Rizab Hidupan Liar di Semenanjung selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-73 pada 30 November 2017;\n\n• menambah baik pelaksanaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia. Ini melibatkan semua cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015;\n\n• mengadakan libat urus dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri melalui platform Majlis Tanah Negara untuk menyelaras amalan pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara terancang, rasional dan berkesan selaras dengan keperluan untuk memelihara hutan sebagai sumber semula jadi;\n\n• pelaksanaan Pembalakan Kurang Impak [Reduced Impact Logging (RIL)] yang bertujuan mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal, tanah dan kualiti air untuk mengekalkan keupayaan pengeluaran hutan serta fungsi ekologinya; dan\n\n• mengekalkan dasar sedia ada dan tidak meluluskan Operating Mining License (OMS) bagi aktiviti perlombongan dalam HSK, kawasan hutan perlindungan dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2773,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2773",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-05",
        "year": 2024,
        "no": "60",
        "member": "Senator Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status pembangunan Cyberjaya sebagai bandar berkarbon rendah menjelang 2030 (Low Carbon City 2030).",
        "question": "Senator Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah status pembangunan Cyberjaya sebagai bandar berkarbon rendah menjelang 2030 (Low Carbon City 2030).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Seiring dengan usaha pembangunan mampan dan lestari, Bandar Rendah Karbon menjadi satu elemen yang penting dalam membangunkan bandar yang mampan dan mesra alam. Kerajaan komited untuk mentransformasikan bandar di Malaysia ke arah pembangunan rendah karbon di bawah Pelan Induk Bandar Rendah Karbon (National Low Carbon Cities Master Plan – NLCCM). Sebanyak 33 bandar sasaran telah dikenal pasti di bawah NLCCM untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG mutlak berdasarkan penanda aras masing-masing sehingga tahun 2050. \n\n2. Majlis Perbandaran Sepang merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kumpulan 1 NLCCM yang disasarkan untuk mencapai pengurangan karbon mutlak sebanyak 33% menjelang tahun 2030. Sejajar dengan itu, Majlis Perbandaran Sepang telah memulakan inisiatif dengan memilih Cyberjaya selaras dengan hasrat untuk menjadikan ia sebagai destinasi pelaburan mampan bagi pelabur global dalam sektor teknologi. Majlis Perbandaran Sepang telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2030 pada tahun 2017, dengan matlamat untuk mentransformasikan Cyberjaya ke arah bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun 2030. Pelan Tindakan tersebut menggariskan tujuh (7) strategi utama dan 24 tindakan utama untuk menyokong agenda Kerajaan Negeri Selangor dalam pembangunan lestari. Majlis Perbandaran Sepang juga telah menetapkan sasaran pengurangan pelepasan karbon sebanyak 40% di Cyberjaya menjelang tahun 2030 dengan bidang tumpuan utama adalah guna tanah, penggunaan sumber, mobiliti dan bangunan. \n\n3. Dalam usaha mencapai sasaran tersebut, Cyberjaya telah mengguna pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon yang dibangunkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Pelbagai usaha dan inisiatif dalam aspek tenaga, air, sisa, pengangkutan dan kehijauan telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sepang bersama-sama dengan pihak berkepentingan di Cyberjaya seperti Cyberview Sdn Bhd, Setia Haruman Sdn Bhd, pihak swasta, komuniti dan institusi berkaitan. \n\n4. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah loji solar terapung, mobiliti pintar seperti infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik dan Go To U EV Lifestyle Hub. Inisiatif- inisiatif lain seperti pemasangan lampu LED solar di Taman Tasik Cyberjaya dan Taman Mini Cyberjaya, Penyediaan sangkar kitar semula di Kelab Komuniti Cyberjaya, Laman & Bayu Puchong, dan SJKT Dengkil dan lain-lain. Di samping itu juga, Majlis Perbandaran Sepang turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk meneroka pelaksanaan inisiatif rendah karbon untuk memberikan impak yang signifikan terhadap pengurangan pelepasan karbon di Zon Cyberjaya. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2644,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2644",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-29",
        "year": 2024,
        "no": "4",
        "member": "Senator Dato' Sri Ti Lian Ker",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan kadar pemantauan terhadap kualiti 672 sungai di seluruh negara dan apakah intervensi Kementerian dalam menangani kemerosotan kualiti air sungai menerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kemer...",
        "question": "Senator Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kadar pemantauan terhadap kualiti 672 sungai di seluruh negara dan apakah intervensi Kementerian dalam menangani kemerosotan kualiti air sungai menerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang ditubuhkan.",
        "answer": "Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua; dan \nterima kasih Yang Berhormat Senator.\n\n• Pada tahun 2023, sebanyak 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai telah dipantau di negara ini dengan kekerapan persampelan bagi setiap stesen dijalankan sebanyak enam (6) kali setahun. Selain itu terdapat juga 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di hulu takat pengambilan air di sungai-sungai utama yang menjadi sumber bekalan air.\n\n• Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II telah ditubuhkan bertujuan untuk memantau isu dan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/Kementerian dan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.\n\n• Menerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang ditubuhkan YAB Timbalan Perdana Menteri II menetapkan bahawa tiga (3) syor yang dikemukakan di dalam pembentangan Jabatan Alam Sekitar adalah dipersetujui seperti berikut:\n\n• Bengkel yang melibatkan semua pihak berkepentingan di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT dan NGO berkaitan akan diadakan dalam tempoh sebulan selepas mesyuarat ini bagi melihat keseluruhan peraturan serta memperincikan tindakan bersepadu, pemantauan, penguatkuasaan dan pencegahan pencemaran supaya semua tindakan adalah selari dalam usaha meningkatkan kualiti air sungai negara;\n\n• Mewujudkan Jawatankuasa Khas di peringkat negeri bagi memantau kualiti air sungai dan setiap agensi memainkan peranan dalam pengurusan sungai di negeri mengikut bidang kuasa dan bidang tugas setiap agensi masing-masing. Penentuan struktur jawatankuasa tersebut diserahkan kepada negeri masing-masing; dan\n\n• Mesyuarat bersetuju supaya tindakan penguatkuasaan, peranan dan kebersamaan semua Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan PBT bagi tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing ke atas punca pencemaran dalam mensasarkan kualiti air sungai yang bersih demi kesejahteraan rakyat.\n\n• Dalam hal ini, Bengkel Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan telah dilaksanakan pada 3 hingga 4 Julai 2024 dengan kehadiran daripada pelbagai agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri bagi membincangkan dan memperhalusi tindakan yang perlu diambil bagi setiap agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan bidang kuasa masing-masing dalam menangani isu pencemaran sungai di seluruh negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2646,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2646",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-30",
        "year": 2024,
        "no": "5",
        "member": "Senator Puan Noorita binti Sual",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah polisi terkini bagi pelupusan dan kitar semula lambakan sisa panel solar dan langkah-langkah terkini oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.",
        "question": "Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah polisi terkini bagi pelupusan dan kitar semula lambakan sisa panel solar dan langkah-langkah terkini oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian maklum dengan peningkatan janaan sisa panel solar. Sisa panel solar adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).\n\n• Pada ketika ini, pihak JAS telah melesenkan 17 buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya (Full Recovery Facility) bagi kod SW 110. Pada masa ini, terdapat sebuah fasiliti yang berupaya membuat pemerolehan kembali sisa panel solar ini untuk menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain. Antara logam yang boleh diperolehi adalah seperti Kadmium, Tallinium dan Sallinium.\n\n• Selain itu, polisi Kementerian juga menggalakkan dan mempromosi konsep Ekonomi Kitaran bagi menggalakkan pengurangan penjanaan buangan terjadual yang perlu dilupuskan, melalui proses guna semula dan peningkatan pemerolehan kembali buangan terjadual. Ini juga selaras dengan dasar Kerajaan yang menyokong peralihan kepada ekonomi kitaran.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2647,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2647",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-30",
        "year": 2024,
        "no": "12",
        "member": "Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan pelepasan karbon di Malaysia dan apakah perancangan Kementerian untuk memenuhi komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Ikli...",
        "question": "Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan pelepasan karbon di Malaysia dan apakah perancangan Kementerian untuk memenuhi komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Iklim Paris 2015 mengenai perubahan iklim.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Negara telah meratifikasi Perjanjian Paris pada tahun 2016. Sejak itu, Kerajaan telah dan sentiasa berusaha untuk memenuhi obligasinya serta memastikan kandungannya dapat dioperasikan di Malaysia. Perancangan Kementerian bagi merealisasikan perkara ini tertumpu kepada dua (2) elemen utama iaitu pembangunan dasar dan perundangan.\n\n2. Dari sudut pembangunan dasar, Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk memuktamadkan dokumen Hala Tuju Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap) dan Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS). Kedua-dua dokumen ini menggariskan hala tuju dan pelan tindakan mitigasi yang akan dilakukan, masing-masing bagi mencapai sasaran NDC negara pada tahun 2030 dan aspirasi pelepasan sifar bersih negara pada tahun 2050.\n\n3. Selain itu, MPTIN juga bersetuju untuk meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0). DPIN 2.0 ini merupakan Dasar Perubahan Iklim (DPIN) 2009 yang telah disemak semula dan dikemaskini bagi mengambil kira komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris 2015 selain turut mengambil kira perkara berkaitan seperti adaptasi perubahan iklim, isu kewangan, pembangunan kapasiti dan kesedaran, penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya.\n\n4. DPIN 2.0 ini turut mengambil kira perkembangan dasar dan perkembangan terkini isu perubahan iklim di peringkat domestik serta antarabangsa termasuk komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca seiring dengan objektif di bawah Perjanjian Paris untuk menghadkan kenaikan suhu di bawah 2° darjah celsius dan melakukan usaha untuk menghadkan kenaikan suhu di bawah 1.5° celsius. \n\n5. Dari sudut perundangan pula, Kementerian juga sedang membangunkan Rang Undang Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang akan menjadi instrumen utama bagi memastikan dasar-dasar yang telah saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan secara efektif di Malaysia. Buat masa ini, Kementerian sedang melaksanakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh yang terlibat termasuk Kerajaan Negeri selaras dengan pendekatan whole of nation approach, dengan izin, yang dipraktikkan dalam pembangunan RUU ini. \n\n6. Adalah penting agar elemen-elemen ini dilihat secara bersepadu dalam melaksanakan tindakan iklim yang dirancang bagi memastikan tadbir urus perubahan iklim di negara ini adalah tuntas dan melengkapi dasar Kerajaan lain yang sedia ada. Ini kerana, perancangan ini bukan sahaja dibuat bagi memenuhi komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris malahan ianya juga dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan peningkatan tahap sosio-ekonomi negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2635,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2635",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-23",
        "year": 2024,
        "no": "18",
        "member": "Senator Dato' Sivaraj a/l Chandran",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pengurusan sisa plastik, khususnya dalam mengurangkan pembuangan plastik yang tidak terkawal yang menjadi sumber utama mikroplastik ...",
        "question": "Senator Dato' Sivaraj a/l Chandran minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n(a) langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pengurusan sisa plastik, khususnya dalam mengurangkan pembuangan plastik yang tidak terkawal yang menjadi sumber utama mikroplastik akuatik; dan\n(b) sama ada terdapat sebarang inisiatif baharu yang dirancang untuk menguruskan sisa plastik dengan lebih berkesan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Plastik dikategorikan sebagai salah satu komponen sisa yang terbesar yang telah mencemari ekosistem marin. Sisa plastik yang “terlepas” atau “tidak dapat dikutip” atau “terbuang” sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam persekitaran akhirnya akan mengalir ke lautan dan seterusnya menjadi sumber utama mikroplastik akuatik.\n\n• Dalam usaha untuk menangani isu plastik dan mikroplastik ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah memperkenalkan 3 pelan tindakan iaitu:\n\n• Malaysia Roadmap Towards Zero Single Use Plastics 2018-2030;\n\n• Malaysian Plastic Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR); dan \n\n• National Marine Litter Policy and Action Plan 2021-2030.\n\n• Antara inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah pelan-pelan tindakan tersebut adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna. \n\n• Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] bertanggungjawab untuk mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan dan pembersihan awam (PSPPA) di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara langkah-langkah untuk meningkatkan pengurusan sisa pepejal termasuk sisa plastik adalah seperti berikut:\n\n• melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam termasuk pembersihan pantai awam yang dilaksanakan oleh tiga (3) syarikat konsesi lantikan Kerajaan bagi memastikan kebersihan pantai-pantai di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 (tertakluk kepada kawasan pantai awam yang diserahkan kepada PBT) sentiasa terpelihara bagi mengawal sisa pepejal terutamanya sisa plastik supaya ianya tidak hanyut ke laut sehingga boleh menyebabkan pencemaran di perairan dan persisiran pantai. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pembersihan pantai tersebut tidak termasuk pembersihan di kawasan perairan laut dan sungai kerana perkara ini adalah di luar punca kuasa Kementerian yang diperuntukkan di bawah Akta 672 dan skop perkhidmatan syarikat konsesi; \n\n• menguatkuasakan pelaksanaan program pengasingan sisa di punca (SAS) di sektor isi rumah bermula pada 1 September 2015 peraturan SAS di sektor komersial, industri dan institusi dan sektor pembinaan pada 1 Ogos 2018. Pelaksanaan SAS bukan sahaja menetapkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori sisa baki, sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun/taman, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan amalan 3R (reduce, reuse, recycle) di kalangan masyarakat serta meningkatkan jumlah sisa plastik terkumpul yang digunakan untuk kitar semula. Inisiatif SAS ini juga menyumbang kepada peningkatan Kadar Kitar Semula pada setiap tahun di mana kadar kitar semula pada tahun 2023 sebanyak 35.38% berbanding hanya 15.7% yang mula direkodkan pada tahun 2015; dan\n\n• membangunkan Dasar Kebersihan Negara (DKN) dengan tujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Melalui pelaksanaan DKN, pelbagai program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) yang berorientasikan komuniti diperkasakan dengan penglibatan pihak-pihak berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan, swasta, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mempertingkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan pelaksanaan SAS, amalan penggunaan beg guna semula bagi mengurangkan pemakaian beg plastik dan impak pencemaran sisa pepejal terutamanya sisa plastik kepada alam sekitar. \n\n• Bagi menyokong pelaksanaan ekonomi kitaran seperti mana yang digariskan dalam RMKe-12, antara inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh KPKT adalah dengan menyediakan KPKT Garis Panduan Pembangunan Taman Eko Sisa (Waste Eco Park – WEP). Garis panduan ini merupakan panduan kepada pihak pemaju dan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam merancang, mengawal dan menguruskan aktiviti pembangunan WEP di Malaysia. Kerajaan sentiasa menggalakkan pembangunan WEP oleh pihak industri supaya sisa pepejal termasuk sisa plastik yang dijana dalam kawasan WEP dapat dikitar semula dan dirawat bagi mengurangkan pelupusan sisa di tapak pelupusan. \n\n• Seterusnya, KPKT melalui Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (National Circular Economy Council - NCEC) bersetuju memperhebat kerjasama Kementerian dan industri untuk meneliti kaedah Material Flow Analysis dalam pengiraan kadar kitar semula. MFA merupakan kaedah pengiraan dan analisis data yang sistematik dengan menggunakan sistem carta aliran untuk menganalisis aliran komoditi sesuatu bahan seperti plastik. \n\n• Selain daripada inisiatif-inisiatif tersebut, penyelidikan terperinci perlu dijalankan bagi menghubungkaitkan pencemaran mikroplastik dengan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Bagi mendapatkan data pembuktian yang sebenar dan tepat, satu kajian lapangan yang lengkap di persekitaran sungai dan lautan di Malaysia perlu dijalankan. Kini, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang menyediakan Standard Piawaian Mikroplastik bagi persampelan dan analisis analitikal dan berhasrat untuk Standard Piawaian tersebut diangkat menjadi MS (Malaysian Standard) melalui permohonan peruntukan RMKe-13.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharapkan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik. \n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2637,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2637",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-24",
        "year": 2024,
        "no": "32",
        "member": "Senator Dato' Ajis bin Sitin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk memperkenalkan Program Malim Gunung yang dipelopori oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada masyarakat Orang Asli di negara ini memandang...",
        "question": "Senator Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk memperkenalkan Program Malim Gunung yang dipelopori oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada masyarakat Orang Asli di negara ini memandangkan geografi tempat tinggal serta pengetahuan mereka berkaitan hutan mungkin boleh menarik minat mereka untuk menyertai program ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2020, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memperkenalkan Program Malim Gunung Perhutanan (MGP) sebagai penunjuk arah bagi aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK). Program ini bertujuan bagi membolehkan aktiviti pendakian berlangsung dengan selamat dan dalam masa yang sama mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. \n\n• Sehingga Julai 2024, JPSM telah melatih dan mendaftarkan seramai 1,882 orang MGP di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 44 orang masyarakat Orang Asli di Negeri Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor telah didaftarkan sebagai MGP. Dalam hubungan ini, pihak kementerian amat menggalakkan penyertaan masyarakat Orang Asli dan bersedia memberi laluan khas khususnya kepada belia Orang Asli yang berminat untuk menyertai Kursus Asas MGP tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2641,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2641",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-25",
        "year": 2024,
        "no": "39",
        "member": "Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah terkini Tanah Rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara serta apakah punca berlakunya pengurangan Tanah Rizab Melayu ini seperti mana yang dilaporkan oleh media.",
        "question": "Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah terkini Tanah Rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara serta apakah punca berlakunya pengurangan Tanah Rizab Melayu ini seperti mana yang dilaporkan oleh media.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia (kecuali Pulau Pinang dan Melaka) sehingga 30 Jun 2023 adalah sebanyak 4,977,083.37 hektar. Dalam hubungan ini, keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,554,363.37 hektar atau 105.43% pada tahun 2023 berbanding keluasan terawal yang direkodkan iaitu 2,422,720 hektar pada tahun 1947. Keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri seperti berikut:\n\nBIL.\nNEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)\nKELUASAN TRM (HEKTAR)\n\n1. \nKelantan\n1,361,114.00\n\n2. \nPerak\n955,587.80\n\n3. \nKedah\n829,782.06\n\n4. \nJohor\n561,787.83\n\n5. \nPahang\n444,074.90\n\n6. \nTerengganu\n\n(i) Tanah Rizab Melayu \n1,822.42\n\n(ii) Tanah Pegangan Melayu\n400,585.31\n\n7. \nNegeri Sembilan\n226,410.02\n\n8. \nSelangor\n161,375.45\n\n9. \nPerlis\n33,540.02\n\n10. \nKuala Lumpur\n1,003.56\n\nJUMLAH KELUASAN\n4,977,083.37",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2648,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2648",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-31",
        "year": 2024,
        "no": "59",
        "member": "Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah susulan yang dilakukan untuk mengatasi isu 25 buah sungai di enam buah negeri yang dikategorikan sebagai sungai tercemar, sebagaimana yang dilaporkan dalam pernyataan medi...",
        "question": "Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah susulan yang dilakukan untuk mengatasi isu 25 buah sungai di enam buah negeri yang dikategorikan sebagai sungai tercemar, sebagaimana yang dilaporkan dalam pernyataan media Menteri pada 6 Jun 2024.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada tahun 2023, sebanyak 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai telah dipantau di negara ini dengan kekerapan persampelan bagi setiap stesen dijalankan sebanyak enam (6) kali setahun. Selain itu terdapat juga 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di hulu takat pengambilan air di sungai-sungai utama yang menjadi sumber bekalan air.\n\n• Selain daripada aktiviti pemantauan dan pengawasan kualiti air sungai, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa komited untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai daripada tercemar. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n• Mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• Operasi Penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains, Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Agensi-agensi lain yang berkaitan; dan\n\n• Memperkasakan perundangan alam sekitar sedia ada melalui pindaan AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, dengan peningkatan jumlah denda maksima sehingga 10 juta dan hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun kepada penjenayah alam sekitar.\n\n• Walaubagaimanapun, isu pencemaran sungai di negara ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta, industri kecil dan sederhana (IKS) serta sisa dari rumah atau setinggan yang dilepaskan tanpa rawatan ke longkang dan dihanyutkan ke sungai juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• Menyedari kepentingan ini, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II dan dianggotai oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). JK-KAS bertujuan untuk memantau isu pencemaran sungai dan berperanan penting dalam memastikan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/ Kementerian dan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2634,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2634",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-22",
        "year": 2024,
        "no": "60",
        "member": "Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato' Seri R. Arunasalam",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menangani isu mikroplastik yang membahayakan rakyat Malaysia memandangkan Malaysia antara negara paling tinggi di dun...",
        "question": "Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato' Seri R. Arunasalam minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menangani isu mikroplastik yang membahayakan rakyat Malaysia memandangkan Malaysia antara negara paling tinggi di dunia dalam kadar pengambilan mikroplastik. Apakah kemudaratan daripada pengambilan kandungan mikroplastik yang tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Plastik dikategorikan sebagai salah satu komponen sisa yang terbesar yang telah mencemari ekosistem marin. Sisa plastik yang “terlepas” atau “tidak dapat dikutip” atau “terbuang” sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam persekitaran akhirnya akan mengalir ke lautan dan seterusnya menjadi sumber utama mikroplastik akuatik.\n\n• Walau bagaimanapun, penyelidikan terperinci perlu dijalankan bagi menghubungkaitkan pencemaran mikroplastik dalam rantai makanan dan kesannya kepada kesihatan manusia. Untuk mendapatkan data pembuktian yang sebenar dan tepat, satu kajian klinikal yang lengkap ke atas manusia perlu dijalankan. Setakat ini, tiada kajian klinikal bagi pengesanan kuantiti mikroplastik dalam badan manusia telah dilaporkan di Malaysia.\n\n• Namun, dalam usaha untuk menangani isu plastik dan mikroplastik ini, Kementerian telah memperkenalkan 3 pelan tindakan iaitu:\n\n• Malaysia Roadmap Towards Zero Single Use Plastics 2018-2030;\n\n• Malaysian Plastic Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR); dan \n\n• National Marine Litter Policy and Action Plan 2021-2030.\n\n• Antara inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah pelan-pelan tindakan tersebut adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna. \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, manusia boleh terdedah kepada pencemaran mikroplastik melalui pengambilan makanan dan melalui pernafasan. Namun begitu, data toksisiti dan toxicokinetic adalah sangat kurang bagi membuat penilaian risiko terhadap kesan kesihatan kepada manusia. Berdasarkan kajian kepustakaan, bahan buangan melibatkan mikroplastik boleh memberi ancaman kepada hidupan marin yang menjadi sumber makanan manusia dan secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Mikroplastik boleh melalui saluran gastrousus (GI) yang boleh menjejaskan toleransi dan tindak balas sistem imun usus terhadap toksin dan patogen. Melalui kajian yang dibentangkan pada United European Gastroenterology (UEG) Week ke-26 pada tahun 2018 di Vienna, terdapat penemuan mikroplastik dalam najis manusia iaitu polypropylene (PP) dan polyethylene-terephthalate (PET).\n\n• Selain itu, terdapat kajian yang menyatakan mikroplastik boleh mendap dalam badan manusia melalui udara yang disedut dan boleh menyerap jauh ke dalam paru-paru sehingga mengakibatkan komplikasi pada sistem pernafasan. Mikroplastik turut boleh memasuki aliran darah melalui paru-paru dan boleh menyebabkan penyakit seperti kardiovaskular, serebrovaskular, kanser, dan mampu menjejaskan sistem imunisasi serta saraf manusia.\n\n• Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, akan melaksanakan pemantauan mikroplastik bagi air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi di pasaran tempatan pada tahun 2025 bagi memastikan jaminan keselamatan makanan yang dijual di pasaran.\n\n• Secara keseluruhan, pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan serta galakan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna masih perlu diperkasakan. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharapkan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2642,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2642",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-25",
        "year": 2024,
        "no": "65",
        "member": "Senator Puan Noorita binti Sual",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan peniaga-peniaga kecil khasnya di dalam usaha Kerajaan ke arah Sifar Penggunaan Plastik .",
        "question": "Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan peniaga-peniaga kecil khasnya di dalam usaha Kerajaan ke arah Sifar Penggunaan Plastik .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tetap komited dalam menangani pencemaran sisa plastik khususnya plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR). Kedua-dua Pelan Hala Tuju ini merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah pencemaran plastik di Malaysia secara holistik. \n\n• Kementerian sedar bahawa usaha menangani pencemaran plastik melalui 2 pelan hala tuju dan dasar semasa masih belum memadai. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharap akan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik. Kementerian prihatin kepada semua pihak terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang mungkin akan menerima kesan peralihan kepada ekonomi kitaran. Kerajaan akan menekankan bahawa peralihan kepada ekonomi kitaran dan pengurangan penggunaan plastik sekali guna dilaksanakan secara berfasa.\n\n• Kerajaan telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. \n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna.\n\n• Selain itu, satu lagi langkah dalam menambah baik pengurusan plastik ialah dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula. Kerajaan juga berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik secara lestari di peringkat reka bentuk atau design agar ia lebih berfokus kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design).\n\n• Kementerian juga sedang memperhalusi kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan dalam memperkasakan pengurusan sisa plastik dengan penerapan konsep ekonomi kitaran dengan pelaksanaan “Sistem terima balik dan sistem bayaran balik” (Deposit Return Scheme - DRS) seperti mana yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]. Justeru itu, Kementerian ini dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti kesesuaian kaedah pelaksanaan sistem ini.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan mengekalkan kerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kementerian akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari dan usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi Kerajaan seperti KPKT dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta sokongan daripada industri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2643,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2643",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-25",
        "year": 2024,
        "no": "74",
        "member": "Senator Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan drastik Kerajaan untuk mengawal pencemaran sungai yang semakin berleluasa agar dapat mengekalkan ekosistem semula jadi.",
        "question": "Senator Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan drastik Kerajaan untuk mengawal pencemaran sungai yang semakin berleluasa agar dapat mengekalkan ekosistem semula jadi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Antara usaha dan strategi telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai daripada tercemar adalah seperti berikut:\n\n• Mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• Operasi Penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains, Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Agensi-agensi lain yang berkaitan; dan\n\n• Memperkasakan perundangan alam sekitar sedia ada melalui pindaan AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, dengan peningkatan jumlah denda maksima sehingga 10 juta dan hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun kepada penjenayah alam sekitar.\n\n• Walaubagaimanapun, isu pencemaran sungai di negara ini juga perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, aktiviti lain seperti air limbahan daripada pasar basah, restoran atau kedai makan, dobi serta pusat cucian kereta yang dilepaskan tanpa rawatan juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• Menyedari kepentingan ini, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II dan dianggotai oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). JK-KAS bertujuan untuk memantau isu pencemaran sungai dan berperanan penting dalam memastikan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/ Kementerian dan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2649,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2649",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-31",
        "year": 2024,
        "no": "77",
        "member": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan mekanisme untuk mencapai sasaran pengharaman penggunaan beg plastik untuk pembelian runcit merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang tahun 2025 selaras dengan Pelan H...",
        "question": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mekanisme untuk mencapai sasaran pengharaman penggunaan beg plastik untuk pembelian runcit merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang tahun 2025 selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tetap komited dalam menangani pencemaran sisa plastik khususnya plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR). Kedua-dua Pelan Hala Tuju ini merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah pencemaran plastik di Malaysia secara holistik. \n\n• Pada masa yang sama, Kerajaan sedang dalam usaha untuk menambah baik pengurusan plastik dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula. Kerajaan juga berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik secara lestari di peringkat reka bentuk (design) agar ia lebih berfokus kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design). Dengan penambahbaikan kepada reka bentuk plastik termasuk meneroka plastik alternatif, penggunaan beg plastik sekali guna konvensional dapat dikurangkan.\n\n• Kerajaan juga telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. \n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna. Antara negeri yang melaksanakan caj pencemaran adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak, Terengganu dan Kedah. Untuk makluman, negeri-negeri lain masih belum melaksanakan pengenaan dan kutipan caj pencemaran, namun semua negeri tersebut telah pun menjalankan kempen-kempen kesedaran untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Sesetengah negeri seperti Negeri Sembilan dan Sabah telahpun melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik Sekali Guna di kawasan masing-masing.\n\n• Pelaksanaan caj pencemaran masih berfokus kepada “beg plastik jinjit” dan dilaksanakan di premis tetap sahaja. Kerajaan masih menimbang pelaksanaan ini untuk diperluaskan di lain-lain premis seperti di pasar malam, kedai makan dan juga pasar basah. Peluasan di lain-lain premis perlu mengambil kira ketersediaan plastik alternatif seperti beg biodegradasi dan kesesuaian plastik alternatif tersebut untuk digunakan (contohnya di pasar basah). Selain itu, Kerajaan juga sedang menimbang pelaksanaan “Tiada Beg Plastik Sekali Guna” iaitu tidak memberi langsung apa-apa plastik jinjit konvensional dalam urusan jual-beli. \n\n• Untuk makluman, Kerajaan telah melaksanakan langkah proaktif dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna menerusi Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2024, Strategi Pelaksanaan menghindari Plastik Sekali Guna. Strategi ini adalah untuk memastikan semua pejabat-pejabat Kerajaan tidak lagi menggunakan plastik sekali guna dalam mesyuarat, program dan aktiviti rasmi. Kerajaan percaya usaha Kerajaan mendepani inisiatif mengurangkan pencemaran plastik terutamanya plastik sekali guna dapat dicontohi oleh semua pihak.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan NGO dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2645,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2645",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-29",
        "year": 2024,
        "no": "79",
        "member": "Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) bagaimanakah Kerajaan mengukur keberkesanan insentif fiskal seperti pengecualian cukai dan geran R&D dalam menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau; dan (b) bagaimanakah Keraj...",
        "question": "Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-\n\n(a) bagaimanakah Kerajaan mengukur keberkesanan insentif fiskal seperti pengecualian cukai dan geran R&D dalam menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau; dan\n\n(b) bagaimanakah Kerajaan memastikan bahawa syarikat yang menerima insentif ini benar-benar melaksanakan projek teknologi hijau yang berkesan dan mampan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Senator, Kerajaan memperkenalkan galakan cukai teknologi hijau seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance - GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption - GITE) bagi syarikat-syarikat yang melaksanakan projek-projek teknologi hijau atau menggunakan produk dan perkhidmatan hijau. Kedua-dua skim tersebut dilaksanakan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). \n\n• Sejak dilancarkan pada tahun 2016 sehingga kini, sebanyak 1,997 projek, aset atau perkhidmatan hijau dengan pelaburan berjumlah RM7.90 bilion telah menerima insentif galakan cukai teknologi hijau.\n\n• Projek-projek ini juga dinilai menerusi indikator output penggunaan tenaga dan jumlah penjimatan kos tenaga, jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) serta jumlah pekerjaan hijau yang diwujudkan susulan daripada pelaksanaan projek-projek tersebut. Sehingga kini, pengurangan pelepasan GHG sebanyak 12.95 juta tan karbon dioksida setara telah dicatatkan dan 5,450 pekerjaan hijau berjaya diwujudkan.\n\n• Bagi memastikan syarikat-syarikat yang menerima insentif-insentif ini benar-benar melaksanakan projek teknologi hijau, projek berkaitan perlu diiktiraf menggunakan produk dan perkhidmatan hijau yang berdaftar di bawah MyHIJAU Mark sebelum mereka layak menuntut insentif-insentif cukai tersebut.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2650,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2650",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-08-01",
        "year": 2024,
        "no": "82",
        "member": "Senator Dato' Ajis bin Sitin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sehingga kini, berapakah jumlah bayaran pampasan atau ex-gratia yang telah dibayar kepada penduduk Orang Asli yang menjadi mangsa pencerobohan binatang buas terutamanya gajah, harimau da...",
        "question": "Senator Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sehingga kini, berapakah jumlah bayaran pampasan atau ex-gratia yang telah dibayar kepada penduduk Orang Asli yang menjadi mangsa pencerobohan binatang buas terutamanya gajah, harimau dan beruang yang telah memasuki kawasan perkampungan Orang Asli dan kawasan Orang Asli kerana binatang-binatang ini telah membinasakan tanaman pertanian sehingga ada kes Orang Asli dibunuh oleh binatang-binatang itu bagi mempertahankan kawasan mereka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Bayaran pampasan atau ex-gratia kepada Orang Asli yang mengalami kecederaan atau kematian serangan hidupan liar adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pula menguruskan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan atau kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar. BKHT diperkenalkan pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini seramai 58 pemohon telah menerima BKHT dengan nilai bayaran keseluruhan sebanyak RM228,000.00. Bagaimanapun, setakat ini tiada permohonan diterima daripada masyarakat Orang Asli. Oleh itu, NRES memohon supaya Jabatan/ Agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mempertingkatkan hebahan supaya lebih ramai kumpulan sasar mengetahui mengenai inisiatif BKHT dan mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2638,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2638",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-24",
        "year": 2024,
        "no": "86",
        "member": "Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan terkini yang diambil untuk menangani masalah pencemaran sungai dan laut akibat pembuangan sisa industri dan apakah butiran mengenai program pemulihan ekosistem yang sedang di...",
        "question": "Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan terkini yang diambil untuk menangani masalah pencemaran sungai dan laut akibat pembuangan sisa industri dan apakah butiran mengenai program pemulihan ekosistem yang sedang dijalankan untuk memperbaiki kualiti air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Antara usaha dan strategi telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar adalah seperti berikut:\n\n• Mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• Penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II dan dianggotai oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri yang bertujuan untuk memantau isu dan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/Kementerian dan Kerajaan Negeri;\n\n• Operasi Penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains, Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Agensi-agensi lain yang berkaitan; dan\n\n• Memperkasakan perundangan alam sekitar sedia ada melalui pindaan AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, dengan peningkatan jumlah denda maksima sehingga 10 juta dan hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun kepada penjenayah alam sekitar.\n\n• Bagi masalah pencemaran laut, pencemaran adalah berpunca daripada pembuangan minyak oleh kapal-kapal yang lalu atau berlabuh di perairan negara termasuk juga pencemaran yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti offshore installation. Berhubung perkara ini, Kementerian melalui JAS akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan maritim seperti Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mempertingkatkan pemantauan melalui rondaan dan penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan perairan negara. \n\n• Dengan peningkatan jumlah denda bagi sabitan kesalahan penjenayah alam sekitar yang membuang minyak ke laut, NRES menyeru orang awam yang melihat sebarang kejadian tumpahan minyak yang berlaku di laut agar segera melaporkannya kepada JAS, JLM atau APMM untuk tindakan siasatan dan kawalan segera sebelum minyak sampai ke pantai.\n\n• Selain daripada menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas punca-punca industri yang berpotensi menghasilkan pencemaran air sungai dan marin, JAS juga menjalankan program pengawasan kualiti air sungai dan air marin melalui 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual dan 368 stesen pengawasan kualiti air marin manual. Persampelan bagi kualiti air sungai dan marin akan dijalankan di semua stesen sebanyak 6 kali setahun. Berdasarkan parameter yang dipantau, JAS dapat mengenalpasti punca yang berpotensi menyebabkan pencemaran dan ini membantu JAS dalam merancang aktiviti penguatkuasaan yang lebih berfokus kepada sektor industri dan kawasan industri yang menyumbang kepada pencemaran.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2636,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2636",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-23",
        "year": 2024,
        "no": "95",
        "member": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik keluasan hutan mengikut negeri di Malaysia serta langkah-langkah Kementerian bagi memastikan kelestarian hutan di Malaysia.",
        "question": "Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan statistik keluasan hutan mengikut negeri di Malaysia serta langkah-langkah Kementerian bagi memastikan kelestarian hutan di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sehingga kini, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.045 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara. Perincian kawasan berhutan mengikut negeri adalah seperti berikut:\n\nBil.\nNegeri\nKawasan Berhutan1\n\nLuas (hektar)\nPeratus (%)\n\n1.\nJohor\n442,884\n23.11\n\n2.\nKedah\n344,945\n36.27\n\n3.\nKelantan\n767,203\n51.04\n\n4.\nMelaka\n5,448\n3.10\n\n5.\nNegeri Sembilan\n157,907\n23.53\n\n6.\nPahang\n2,015,936\n55.79\n\n7.\nPerak\n1,010,570\n47.79\n\n8.\nPerlis\n11,546\n14.15\n\n9.\nPulau Pinang\n7,752\n7.52\n\n10.\nSelangor\n251,721\n31.70\n\n11.\nTerengganu\n676,823\n52.23\n\n12.\nWP Kuala Lumpur\n2,049\n8.44\n\n13.\nWP Putrajaya\n-\n-\n\n14.\nWP Labuan\n-\n-\n\nJumlah Semenanjung\n5,694,784\n42.95\n\n15.\nSabah\n4,679,594\n63.56\n\n16.\nSarawak\n7,671,222\n61.64\n\nJUMLAH KESELURUHAN\n18,045,600\n54.58",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2639,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2639",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-24",
        "year": 2024,
        "no": "99",
        "member": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah drastik penguatkuasaan rentas Kementerian dalam mengekang kemasukan kontena sindiket pengimportan sisa-sisa haram ke dalam negara.",
        "question": "Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah drastik penguatkuasaan rentas Kementerian dalam mengekang kemasukan kontena sindiket pengimportan sisa-sisa haram ke dalam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian akan terus komited untuk mengawal kemasukan sisa buangan secara haram ke negara ini. Di antara langkah-langkah drastik penguatkuasaan yang dilaksanakan ialah: i) Memperketatkan sistem kawalan dan meningkatkan mekanisme penguatkuasaan di pintu masuk negara (pelabuhan dan pintu masuk darat) bersama agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).\nii) Tindakan penguatkuasaan bersepadu di pelabuhan akan turut dipertingkatkan bersama dengan Jabatan dan Agensi yang berkaitan seperti pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Pengangkutan (MOT), JKDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta organisasi antarabangsa;\niii) Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain;\niv) Mewujudkan pasukan khas Jabatan Alam Sekitar di Pelabuhan Klang memandangkan pelabuhan ini mempunyai rekod kemasukan sisa buangan yang tinggi terutama bagi kes kemasukan buangan terjadual melibatkan e-waste; dan\nv) Meningkatkan kerjasama dari segi latihan penguatkuasaan antara JAS dan agensi-agensi penguatkuasa seperti PDRM, JIM dan agensi-agensi lain yang berkaitan terutama dalam bidang risikan dan forensik.\n\n2. Pada ketika ini, polisi negara adalah tidak membenarkan pengimportan e-waste. Buangan tersebut dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.\n\n3. Mana-mana pihak yang didapati melakukan penempatan buangan terjadual sama ada di darat atau ke dalam perairan Malaysia, transit atau membenarkan ditransit e-waste tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar dan jika disabitkan kesalahan berdasarkan pindaan pada Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 yang berkuat kuasa mulai 7 Julai 2024 boleh dikenakan denda minimum RM100,000 dan maksimum sehingga RM10 juta dan hukuman penjara mandatori tidak melebihi tempoh lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. 4. Selain daripada itu, syarikat yang mempunyai lesen import bagi mengimport sisa plastik kod tarif 39.15 adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Antara syarat tersebut adalah perlu mempunyai lesen perniagaan yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan, perlu mendapat kelulusan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), mendapat kelulusan memasang dan mengoperasi jentera daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), mengemukakan pengesahan kapasiti sebenar mesin pemprosesan yang disahkan oleh Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) dan hanya dibenarkan mengimport sisa plastik yang bersih dan homogen sahaja.\n5. KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memastikan sisa plastik yang diimport ke Malaysia adalah mematuhi perundangan yang ditetapkan termasuklah melaksanakan pemeriksaan di pelabuhan-pelabuhan utama secara bersama dengan pihak JKDM. Isu-isu berkaitan pengimportan turut dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Skrap Plastik Import yang dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi iaitu KPKT, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Perdagangan, Perdagangan dan Industri (MITI), JKDM, JPSPN, JAS dan SWCorp bagi memastikan penyelesaian terbaik dapat dicapai termasuklah menambahbaik dan memperkasa kawalan pengimportan ke dalam negara. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2640,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2640",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-24",
        "year": 2024,
        "no": "107",
        "member": "Senator Tuan Amir bin Md Ghazali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan kebimbangan semasa mengenai kesan perubahan iklim, bagaimanakah pihak Kerajaan mengusahakan untuk membangunkan dasar-dasar inovatif dalam teknologi hijau dan sumber tenaga lestari. Adaka...",
        "question": "Senator Tuan Amir bin Md Ghazali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kebimbangan semasa mengenai kesan perubahan iklim, bagaimanakah pihak Kerajaan mengusahakan untuk membangunkan dasar-dasar inovatif dalam teknologi hijau dan sumber tenaga lestari. Adakah terdapat rancangan khusus yang sedang dijalankan untuk menangani cabaran ini .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kerajaan telah membangunkan dasar-dasar inovatif dalam teknologi hijau seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR). Dasar-dasar ini digubal bertujuan untuk memastikan Kerajaan komited dalam mencapai sasaran NDC negara pada tahun 2030 dan aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih pada tahun 2050. \n\n• Sebagai contoh, di bawah NETR, Kerajaan akan memperkasakan enam (6) bidang utama iaitu kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau dan pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS). Impak daripada dasar dan strategi yang dilaksanakan ini akan menjana peluang pelaburan melebihi RM25 bilion, pewujudan 23,000 pekerjaan baharu dan pengurangan lebih daripada 10,000 Gg karbon dioksida setara setiap tahun.\n\n• Selain itu, Kerajaan juga menggalakkan inovatif dalam teknologi hijau melalui mekanisme yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:\n\n• Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (Green Technology Financing Scheme - GTFS) bagi memudahkan pembiayaan oleh institusi-institusi kewangan kepada syarikat yang melaksanakan projek-projek teknologi hijau, perumahan hijau, infrastruktur mobiliti rendah karbon dan syarikat penyedia perkhidmatan tenaga (energy service company - ESCO). GTFS 4.0 yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 menawarkan dana pembiayaan berjumlah RM1 bilion sehingga 31 Disember 2025 atau pembiayaan tersebut habis digunakan;\n\n• Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance - GITA) untuk syarikat-syarikat yang membeli produk-produk hijau yang mempunyai pengiktirafan MyHIJAU Mark dan diperluaskan kepada aktiviti-aktiviti hijau baharu seperti battery energy storage system (BESS) serta penarafan bangunan hijau; dan \n\n• Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption - GITE) Solar Leasing bagi syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti solar leasing dengan Registered Solar PV Investor (RPVI) yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority - SEDA) Malaysia. \n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk memuktamadkan dokumen Pelan Hala Tuju NDC (NDC Roadmap) dan Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS). Mesyuarat tersebut juga telah bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan NETR, NIMP dan HETR serta dasar baharu seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Pendekatan dan strategi yang dinyatakan di atas diharap dapat meminimakan kesan perubahan iklim kepada negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2705,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2705",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-03",
        "year": 2024,
        "no": "4",
        "member": "Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah jalan penyelesaian dan tindakan yang diambil oleh Majlis Tanah Negara berhubung dengan isu penempatan dan kawasan Orang Asli di dalam negara yang sering mengganggu kehidupan serta...",
        "question": "Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah jalan penyelesaian dan tindakan yang diambil oleh Majlis Tanah Negara berhubung dengan isu penempatan dan kawasan Orang Asli di dalam negara yang sering mengganggu kehidupan serta ekonomi masyarakat Orang Asli.",
        "answer": "Terima kasih Datuk Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator, \n\nKawasan dan rizab Orang Asli perlu diwartakan secara sah oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan Seksyen 6 & 7, Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] agar penempatan dan kawasan Orang Asli dapat terus terpelihara. Pewartaan tersebut tertakluk kepada proses tertentu misalnya kerja-kerja ukur dan penentuan kawasan yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). \n\nSebagai makluman, Majlis Tanah Negara ditubuhkan selaras dengan Perkara 91, Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membentuk menerusi perundingan suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya. \n\nMajlis Tanah Negara (MTN) Ke-65 yang bersidang pada 4 Disember 2009 telah bersetuju dengan “Dasar Pemberimilikan Dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli Untuk Kegunaan Pertanian Dan Kediaman” dengan beberapa syarat atau sekatan kepentingan. Objektif dasar ini adalah:\n\n(a) membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup Orang Asli melalui pembangunan tanah secara terancang dan bersepadu bagi memastikan mereka turut serta dalam arus pembangunan negara;\n\n(b) mewujudkan budaya hidup positif dalam kehidupan Orang Asli tanpa mengamalkan budaya pindah randah; dan \n\n(c) mempercepatkan usaha pembasmian kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli. \n\nSepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal tanah merupakan bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Oleh yang demikian, pelaksanaan dasar yang dibentuk oleh Majlis Tanah Negara ini adalah bergantung kepada komitmen Pihak Berkuasa Negeri. Sebagai inisiatif, Kementerian ini akan menjemput Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk membentangkan status pelaksanaan dasar ini dan pewartaan tanah rizab Orang Asli dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang akan datang. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2698,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2698",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-25",
        "year": 2024,
        "no": "10",
        "member": "Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Che Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan tahap pembebasan gas klorofluorokarbon dan hydroklorofluorokarbon ke lapisan ozon adalah terkawal kerana musim panas yang sedang melanda di negara dan ken...",
        "question": "Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Che Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan tahap pembebasan gas klorofluorokarbon dan hydroklorofluorokarbon ke lapisan ozon adalah terkawal kerana musim panas yang sedang melanda di negara dan kenaikan kadar penggunaan penyaman udara yang mendadak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Konvensyen Vienna mengenai Perlindungan Lapisan Ozon merupakan rangka kerja yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985 bagi mempromosi penyelidikan, pemantauan sistematik dan perkongsian maklumat berhubung kesan aktiviti manusia terhadap lapisan ozon serta langkah-langkah adaptasi bagi memulihara lapisan ozon.\n\n• Protokol Montreal mengenai Bahan Penipisan Lapisan Ozon merupakan satu perjanjian antarabangsa Multilateral Environmental Agreement (MEA) yang telah ditubuhkan di bawah Konvensyen Vienna untuk menghentikan pengeluaran dan penggunaan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) antaranya Klorofluorokarbon (CFC), Hidroklorofluorokarbon (HCFC), Halon, Karbon Tetraklorida (CTC) dan Metil Bromida. \n\n• Malaysia telah menjadi negara parti dan meratifikasi Konvensyen Vienna dan Protokol Montreal pada 29 Ogos 1989 serta semua pindaan di bawah Protokol ini. Terkini, Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali pada 21 Oktober 2020 yang merupakan pindaan ke-9 kepada Protokol Montreal berkaitan pengurangan penggunaan (phase-down) hidrofluorokarbon (HFC). HFC merupakan gas alternatif kepada HCFC yang digunakan dalam Sektor Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, pencegah kebakaran dan pelarut. HFC adalah gas rumah kaca (Greenhouse Gas - GHG) yang mempunyai potensi pemanasan global yang tinggi tetapi ia tidak menipiskan lapisan ozon (bukan bahan pemusnah ozon). \n\n• Sepanjang pelaksanaan obligasi negara di bawah Protokol Montreal, Malaysia telah berjaya menghentikan penggunaan Klorofluorokarbon (CFC), Halon dan Karbon Tetraklorida pada 1 Januari 2010 dengan menghentikan pengimportan bahan pemusnah ozon ini.\n\n• Selain itu, Malaysia juga telah melaksanakan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (Hydroclorofluorocarbon Phase-out Management Plan - HPMP) Peringkat I dari 2012 hingga 2016 dan telah berjaya menghapuskan sebanyak 19% daripada garis dasar (baseline) pada tahun 2015. Pelaksanaan HPMP Peringkat II pula telah dilaksanakan pada tahun 2017 hingga 2022 dan telah mencapai penghapusan HCFC sebanyak 42.9% daripada baseline pada tahun 2022. Pencapaian ini telah melebihi sasaran pengurangan yang ditetapkan oleh Protokol Montreal dan penggunaan HCFC dijangka dapat dihapuskan sepenuhnya pada tahun 2040.\n\n• Dalam hubungan ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan di bawah HPMP bagi mengurangkan penggunaan HCFC termasuk pelaksanaan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] yang melarang penggunaan HCFC dalam pengeluaran, pemasangan dan pengimportan peralatan berasaskan HCFC. \n\n• Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan latihan kepada juruteknik bertauliah yang mengendalikan penyelenggaraan penyaman udara dan refrigeran berasaskan bahan pemusnah ozon seperti HCFC diperoleh semula supaya tidak berlaku pelepasan ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2703,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2703",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-02",
        "year": 2024,
        "no": "18",
        "member": "Tuan Abun Sui Anyit",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang telah lakukan oleh Kementerian untuk mengurangkan kesan penebangan hutan akibat pembalakan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan banjir besar yang kerap be...",
        "question": "Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah-langkah yang telah lakukan oleh Kementerian untuk mengurangkan kesan penebangan hutan akibat pembalakan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan banjir besar yang kerap berlaku dan menenggelamkan rumah penduduk kampung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mengambil hasil hutan daripada Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagaimana peruntukan seksyen di bawah Bab 2-Lesen, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n\n• Secara umumnya, aktiviti pembalakan di negara ini melibatkan tiga kawasan iaitu HSK yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Pembalakan Hutan Pengeluaran dalam HSK dilaksanakan secara terkawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) serta Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS).\n\n• Antara langkah yang perlu dilaksanakan sebelum aktiviti pembalakan dibenarkan dalam kawasan HSK adalah:\n\n• Penetapan dan pematuhan kepada CTT oleh semua negeri. Kadar CTT ini dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) bagi tempoh lima (5) tahun mengikut Rancangan Malaysia dan sehingga kini, semua negeri mematuhi ketetapan CTT ini;\n\n• Pelesen disyaratkan untuk menyediakan Rancangan Mengusaha Hasil Hutan (RMH) sebelum lesen pengusahasilan hutan dikeluarkan. RMH ini disediakan bagi perancangan pelaksanaan aktiviti pengusahasilan di dalam kawasan lesen;\n\n• Hanya pokok yang matang dan ditanda untuk ditebang sahaja yang boleh diusaha hasil. Sementara itu, pokok-pokok yang mempunyai nilai perlindungan seperti pokok ibu, pokok buah-buahan untuk kepentingan hidupan liar dan spesies-spesies pokok yang dikategorikan sebagai Sangat Terancam, Terancam dan Jarang Ditemui (Endangered, Rare and Threatened -ERT) tidak dibenarkan ditebang;\n\n• Jabatan Perhutanan Negeri juga menetapkan had pengeluaran iaitu isipadu maksimum yang dibenarkan untuk dikeluarkan bagi setiap kawasan yang dilesenkan. Had pengeluaran ini adalah bertujuan untuk memastikan dirian pokok yang ditinggalkan adalah mencukupi bagi pusingan tebangan yang akan datang;\n\n• Kawasan-kawasan yang mempunyai nilai perlindungan seperti kawasan tadahan air, kawasan zon penampan sungai, kawasan yang berkecerunan 40 darjah, jenut hidupan liar (salt-licks) dan kawasan sensitif alam sekitar yang terdapat di dalam kawasan lesen tidak dibenarkan diusaha hasil;\n\n• Pelaksanaan dan pematuhan kepada Garis Panduan Jalan Hutan (Pindaan 2013) dan Garis Panduan Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) bagi meminimumkan kesan aktiviti pengusahasilan hutan terhadap alam sekitar; dan\n\n• Pelaksanaan pensijilan Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management Certification (MC&I SFM) bagi negeri-negeri yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak yang diaudit oleh badan bebas seperti SIRIM. Sijil ini adalah sebagai kayu pengukur pelaksanaan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi mencerminkan pelaksanaan pengurusan hutan mampan yang diamalkan di negara kita.\n\n• Manakala, aktiviti pembalakan di luar HSK iaitu di kawasan Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM) dilakukan untuk tujuan pembangunan tanah dan lazimnya dilakukan secara tebang habis. Bagi perlesenan pembalakan di kawasan TK dan TM pula adalah tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling [Aktiviti Yang Ditetapkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 2015] yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh JAS.\n\n• Selain itu, JPSM turut mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2016, iaitu ‘Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk Pengusahasilan Kayu Kayan Tanah Kerajaan’ yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pengusahahasilan hutan semasa musim hujan bagi mengurangkan impak ke atas hakisan tanah dan habitat flora dan fauna.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2701,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2701",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "19",
        "member": "Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah pihak Kerajaan merancang untuk mengimbangi faedah ekonomi perlombongan unsur nadir bumi (REE) dengan kesan alam sekitar dalam jangka masa panjang ke atas ekosistem hutan dan...",
        "question": "Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimanakah pihak Kerajaan merancang untuk mengimbangi faedah ekonomi perlombongan unsur nadir bumi (REE) dengan kesan alam sekitar dalam jangka masa panjang ke atas ekosistem hutan dan biodiversiti yang berkaitan sekiranya melibatkan Hutan Simpan Kekal (HSK) negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia adalah berbeza dengan sumber dari kebanyakan negara lain. Sumber NR-REE di negara ini diperolehi daripada lempung jerapan ion yang tertabur secara meluas terutama di kawasan batuan granitik terluluhawa di Malaysia. Ianya bersifat bukan radioaktif dan berpotensi untuk dilombong secara berekonomi.\n\n• Kaedah perlombongan secara in-situ leaching (ISL) yang digunakan bagi mengekstrak sumber NR-REE merupakan kaedah yang lebih selamat dan mesra alam. Kaedah ini melibatkan aktiviti pembukaan tanah yang minimum bagi tujuan penyediaan tapak loji hidrometalurgi dan fasiliti lain seperti laluan akses, serta saliran dan kolam pengumpulan NR-REE sahaja. Penggunaan kaedah ini tidak melibatkan penebangan hutan dalam skala yang besar dan pengorekan keluar tanah beban dan tanah berbijih seperti mana kaedah perlombongan konvensional. Kaedah ISL telah ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE yang dibangunkan Kementerian untuk mewujudkan panduan kawal selia kepada aktiviti perlombongan NR-REE.\n\n• Bagi memastikan aktiviti perlombongan tidak memberikan impak kepada alam sekitar, pemantauan dan kawalan secara berterusan akan dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme termasuklah pemantauan kualiti efluen/air secara berterusan. Berdasarkan hasil pengauditan yang dijalankan di Projek Perintis di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Jawatankuasa Audit yang dilantik mendapati bahawa kualiti air di kawasan tapak projek mematuhi had yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016.\n\n• Kementerian juga sedang memperhalusi dan memperincikan kebolehlaksanaan perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), dan Rizab Perlindungan terhadap kesan alam sekitar dalam jangka masa panjang ke atas ekosistem hutan dan biodiversiti. Kementerian juga akan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN), disamping kesannya terhadap kelestarian alam sekitar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2711,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2711",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-20",
        "year": 2024,
        "no": "30",
        "member": "Datuk Haji Aziz bin Ariffin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status terkini terhadap usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah pembuangan sisa elektrik dan elektronik (e- waste) dan sisa buangan pepejal yang tidak boleh dikitar semula bagi mem...",
        "question": "Datuk Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah status terkini terhadap usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah pembuangan sisa elektrik dan elektronik (e- waste) dan sisa buangan pepejal yang tidak boleh dikitar semula bagi memastikan sisa pepejal negara diuruskan dengan baik dan mengurangkan pencemaran plastik selain memastikan Malaysia tidak menjadi 'tong sampah' bagi sisa plastik dari negara maju.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman, sisa elektrik dan elektronik (e-waste) adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Bagi mengatasi masalah pembuangan e-waste, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melesenkan sebanyak 114 buah premis yang boleh menerima e-waste di seluruh negara. \n\n• Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga belas (13) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya (Full Recovery Facility) bagi kod SW 110 yang menjalankan proses pemerolehan kembali sehingga menghasilkan logam seperti:\n\n• Precious Metal seperti emas dan perak;\n\n• Ferrous Metal seperti besi;\n\n• Non-Ferrous Metal seperti aluminium dan kuprum;\n\n• Plastik; dan\n\n• Ceramic\n\n• Selain itu, sebanyak 101 buah premis telah dilesenkan untuk menjalankan aktiviti “partial recovery” iaitu menjalankan aktiviti pengasingan (segregation) dan pemecahan (crushing) sebelum dihantar ke premis (Full Recovery Facility) untuk proses seterusnya. Bagi sisa yang tidak boleh dikitar semula atau diguna semula, pemantauan yang ketat tetap dilaksanakan oleh pihak JAS dan sisa ini perlu dilupuskan secara (Environmental Sound Management) ESM di pusat pelupusan selamat.\n\n• Kementerian memandang serius berhubung isu pencemaran yang berpunca daripada sisa plastik. Dalam usaha mengurangkan pencemaran plastik, NRES telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR). Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan memperluaskan konsep ekonomi kitaran dalam pengurusan plastik di Malaysia.\n\n• Selain itu, Kementerian melalui JAS sangat komited dalam menangani isu kemasukan sisa plastik secara haram ke negara ini. Bermula pada 1 Januari 2021, semua kelulusan pengimportan plastik ke Malaysia perlu melalui proses ‘Prior Inform Consent’ selaras dengan keperluan Konvensyen Basel yang mana Malaysia adalah salah satu negara yang telah menandatangani Konvensyen tersebut. Hanya syarikat pengimport yang mempunyai kelulusan lesen import AP daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sahaja dibenarkan mengimport masuk sisa plastik dan kemasukan adalah berdasarkan kuota tahunan yang telah ditetapkan.\n\n• Sehubungan itu, JAS akan memastikan semua premis yang memproses sisa plastik mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Operasi penguatkuasaan akan dijalankan secara berkala untuk melihat pematuhan premis terhadap perundangan yang telah ditetapkan dan seterusnya dapat mencegah dan mengawal pencemaran alam sekitar daripada berlaku.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2706,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2706",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-03",
        "year": 2024,
        "no": "31",
        "member": "Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan tindakan Kerajaan bagi menghadapi musim El Nino yang dijangka akan berterusan sehingga bulan April yang berkemungkinan meningkatkan risiko kesihatan awam dan kekurangan bekalan air...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pelan tindakan Kerajaan bagi menghadapi musim El Nino yang dijangka akan berterusan sehingga bulan April yang berkemungkinan meningkatkan risiko kesihatan awam dan kekurangan bekalan air bersih dalam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan ini dijawab bersekali dengan soalan no.10 pada 25 Mac\n\nTerima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator.\n\n• Fenomena El Nino yang melanda negara sekarang mengakibatkan keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan ini akan menyebabkan kejadian pembakaran termasuk pembakaran terbuka lebih mudah terjadi dan sukar dikawal apabila melibatkan tanah gambut sekaligus mendatangkan kesan kepada alam sekitar dan masalah jerebu. Ia turut menjejaskan sumber air bagi tujuan minuman dan pertanian.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar melalui agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggerakkan usaha-usaha pencegahan kebakaran seperti berikut:\n\n• mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sejak 16 Februari 2024 kepada semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta kerajaan negeri;\n\n• mengaktifkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Pencegahan Pembakaran Terbuka dan SOP Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut sejak 16 Februari 2024 kepada JAS Negeri dan agensi pelaksana;\n\n• mempertingkatkan rondaan darat dan pemantauan menggunakan dron di kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar; dan\n\n• pembinaan infrastruktur utama bagi menangani kebakaran tanah gambut. Sehingga kini, sebanyak 305 buah check dam,101 buah tube well, 15 buah kolam takungan, 6 buah menara tinjau, 3.3 km saluran paip air dan 82 piezometer telah dibina.\n\n• Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) terus melakukan pemantauan secara berterusan seperti berikut:\n\n• pemantauan suhu maksimum harian pada setiap hari;\n\n• pelaporan bilangan hari tanpa hujan setiap hari;\n\n• penyediaan maklumat dan ramalan kawasan yang berisiko untuk pembakaran melalui indeks Fire Danger Rating System (FDRS) yang dikemaskini setiap hari;\n\n• pemantauan status El-Niňo dan ia dikemaskini pada setiap bulan; dan\n\n• pengeluaran Indeks Pemantauan Kemarau (SPI) yang dikemaskini pada setiap bulan bagi memantau situasi kemarau berdasarkan Peraturan Tetap Pengendalian Bencana Kemarau Kebangsaan.\n\n• MET Malaysia juga turut melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dengan kerjasama NADMA dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meningkatkan paras air bagi kegunaan domestik, penjanaan kuasa elektrik dan pertanian. Sehingga kini OPA telah dilaksanakan di Empangan Teluk Bahang dan Air Itam (Pulau Pinang) dan Empangan Bukit Merah (Perak) pada 27 dan 28 Februari 2024. Manakala, untuk timur laut dan barat Sabah, OPA dirancang untuk diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2024 ini.\n\n• Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Fasa peralihan monsun dijangka berlaku dalam bulan April sehingga Mei 2024 dan pada kebiasaannya akan diikuti dengan Monsun Barat Daya dari Jun sehingga September 2024. Semasa tempoh peralihan monsun, hujan dan ribut petir yang dijangka lebih kerap akan berlaku pada waktu petang sehingga waktu malam di kebanyakan tempat di barat Semenanjung, barat Sabah serta tengah dan barat Sarawak. Fenomena El-Niňo dijangka berkurangan dan menjadi Neutral pada pertengahan tahun 2024.\n\n• Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk melawat laman sesawang dan media sosial rasmi MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini cuaca.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2704,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2704",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-02",
        "year": 2024,
        "no": "32",
        "member": "Datuk Haji Aziz bin Ariffin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengekalkan kawasan-kawasan hutan sebagai hutan simpan khususnya hutan simpan bakau di Perlis yang berperanan sebagai pe...",
        "question": "Datuk Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengekalkan kawasan-kawasan hutan sebagai hutan simpan khususnya hutan simpan bakau di Perlis yang berperanan sebagai perlindungan kepada hidupan liar dan penghadang ombak tinggi di kawasan perairan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tragedi tsunami yang melanda pantai barat laut Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2004 telah membuktikan peranan hutan paya laut sebagai pemecah ombak dan penstabil bagi kawasan pesisiran pantai. Kawasan yang mempunyai hutan paya laut yang luas dan padat didapati mengalami kemusnahan dan kerosakan yang minimum.\n\n• Menyedari kepentingan hutan paya laut kepada kestabilan ekosistem kawasan pesisiran pantai, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara pada 7 Februari 2005. Program nasional jangka panjang ini bertujuan memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut yang penting untuk menjamin kestabilan kawasan pesisiran pantai, termasuk berfungsi sebagai benteng untuk memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak.\n\n• Di bawah program tersebut, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1,168,993 kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bagi pelaksanaan aktiviti pemuliharaan kawasan hutan paya laut. Sehingga 31 Disember 2023, seluas 30.40 hektar kawasan telah ditanam dengan 109,050 pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai di negeri Perlis. Selain daripada aktiviti penanaman pokok, kempen kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan dan pengekalan hutan paya laut kepada para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Agensi Kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat turut dilaksanakan.\n\n• Dalam memastikan pengekalan kawasan hutan paya laut, Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah berjaya mewartakan tanah kerajaan di Pulau Ketam, Kuala Perlis seluas 13.31 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) pertama daripada jenis hutan paya laut di Perlis pada 28 Ogos 2019. Selain itu, Pihak Berkuasa Negeri juga telah bersetuju untuk mewartakan kawasan Bakau KOMALAUT seluas 4.0 hektar sebagai Rizab Kawasan Lapang di bawah Kanun Tanah Negara dan diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.\n\n• Sehingga kini, taburan hutan paya laut di negeri Perlis dianggarkan seluas 85 hektar, melibatkan empat kelompok di sepanjang 26 kilometer persisiran pantai Perlis bermula dari Kuala Perlis di bahagian Barat Laut Perlis sehingga ke Kuala Sanglang di bahagian Tenggara Perlis, iaitu Bukit Putih (3 hektar), Pulau Ketam (13 hektar), Bakau KOMALAUT (4 hektar) dan Kuala Sanglang (65 hektar).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2697,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2697",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-21",
        "year": 2024,
        "no": "35",
        "member": "Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan dasar penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha perlombongan sumber unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber ekonomi baharu negara.",
        "question": "Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dasar penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha perlombongan sumber unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber ekonomi baharu negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar-dasar yang dibangunkan Kementerian dalam pengurusan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) adalah dasar umum yang perlu dipatuhi oleh semua pihak khususnya Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, dasar yang dibangunkan telah diselaraskan bukan sahaja dengan Negeri Perak tetapi merangkumi semua kerajaan Negeri.\n\n• Pada masa ini, Kementerian sedang melaksanakan dasar moratorium bagi aktiviti pengeksportan bahan mentah NR-REE bermula dari 1 Januari 2024 dan akan dinilai setiap enam (6) bulan. Pelaksanaan moratorium adalah inisiatif Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE dan menggalakkan pelaburan oleh Kerajaan Negeri dan Industri di peringkat pertengahan.\n\n• Kedua, dasar sedia ada Kementerian masih tidak membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan rizab perlindungan. Perkara ini berdasarkan komitmen Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok selari dengan komitmen Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jainero, Brazil pada tahun 1992. Namun demikian, Kementerian masih membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan luar HSK tertakluk kepada pematuhan terhadap dasar, akta, perundangan dan prosedur yang ditetapkan di peringkat persekutuan dan negeri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2707,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2707",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-04",
        "year": 2024,
        "no": "42",
        "member": "Tuan Haji Hussin bin Ismail",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan tanah rizab Melayu semasa Merdeka dan jumlah tanah rizab Melayu terkini mengikut negeri.",
        "question": "Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah keluasan tanah rizab Melayu semasa Merdeka dan jumlah tanah rizab Melayu terkini mengikut negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBagi data Tanah Rizab Melayu (TRM) sebelum merdeka, ia direkodkan oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, data terawal keluasan TRM sebelum merdeka pada tahun 1947 yang diperolehi oleh Kementerian menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) adalah sebanyak 2,422,720 hektar.\nBerdasarkan maklumat yang diterima daripada negeri-negeri, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) sehingga Jun 2023 adalah sebanyak 4,977,083.37 hektar. Dalam hal ini, keluasan TRM di Semenanjung Malaysia pada tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,554,363.37 hektar atau 105.43% berbanding sebelum merdeka. Ia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2699,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2699",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-25",
        "year": 2024,
        "no": "44",
        "member": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam menghadapi musim kemarau yang sedang melanda negara kita berikutan fenomena El Nino.",
        "question": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam menghadapi musim kemarau yang sedang melanda negara kita berikutan fenomena El Nino.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh YB Senator Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris pada tarikh 1 April 2024 dan YB Senator Datuk Lim Pay Hen pada 3 April 2024.\n\nTerima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator.\n\n• Fenomena El Nino yang melanda negara sekarang mengakibatkan keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan ini akan menyebabkan kejadian pembakaran termasuk pembakaran terbuka lebih mudah terjadi dan sukar dikawal apabila melibatkan tanah gambut sekaligus mendatangkan kesan kepada alam sekitar dan masalah jerebu. Ia turut menjejaskan sumber air bagi tujuan minuman dan pertanian.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar melalui agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggerakkan usaha-usaha pencegahan kebakaran seperti berikut:\n\n• mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sejak 16 Februari 2024 kepada semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta kerajaan negeri;\n\n• mengaktifkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Pencegahan Pembakaran Terbuka dan SOP Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut sejak 16 Februari 2024 kepada JAS Negeri dan agensi pelaksana;\n\n• mempertingkatkan rondaan darat dan pemantauan menggunakan dron di kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar; dan\n\n• pembinaan infrastruktur utama bagi menangani kebakaran tanah gambut. Sehingga kini, sebanyak 305 buah check dam,101 buah tube well, 15 buah kolam takungan, 6 buah menara tinjau, 3.3 km saluran paip air dan 82 piezometer telah dibina.\n\n• Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) terus melakukan pemantauan secara berterusan seperti berikut:\n\n• pemantauan suhu maksimum harian pada setiap hari;\n\n• pelaporan bilangan hari tanpa hujan setiap hari;\n\n• penyediaan maklumat dan ramalan kawasan yang berisiko untuk pembakaran melalui indeks Fire Danger Rating System (FDRS) yang dikemaskini setiap hari;\n\n• pemantauan status El-Niňo dan ia dikemaskini pada setiap bulan; dan\n\n• pengeluaran Indeks Pemantauan Kemarau (SPI) yang dikemaskini pada setiap bulan bagi memantau situasi kemarau berdasarkan Peraturan Tetap Pengendalian Bencana Kemarau Kebangsaan.\n\n• MET Malaysia juga turut melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dengan kerjasama NADMA dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meningkatkan paras air bagi kegunaan domestik, penjanaan kuasa elektrik dan pertanian. Sehingga kini OPA telah dilaksanakan di Empangan Teluk Bahang dan Air Itam (Pulau Pinang) dan Empangan Bukit Merah (Perak) pada 27 dan 28 Februari 2024. Manakala, untuk timur laut dan barat Sabah, OPA dirancang untuk diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2024 ini.\n\n• Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Fasa peralihan monsun dijangka berlaku dalam bulan April sehingga Mei 2024 dan pada kebiasaannya akan diikuti dengan Monsun Barat Daya dari Jun sehingga September 2024. Semasa tempoh peralihan monsun, hujan dan ribut petir yang dijangka lebih kerap akan berlaku pada waktu petang sehingga waktu malam di kebanyakan tempat di barat Semenanjung, barat Sabah serta tengah dan barat Sarawak. Fenomena El-Niňo dijangka berkurangan dan menjadi Neutral pada pertengahan tahun 2024.\n\n• Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk melawat laman sesawang dan media sosial rasmi MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini cuaca.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2709,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2709",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2024,
        "no": "51",
        "member": "Dato' Sivaraj A/L Chandran",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah populasi binatang Harimau Malaya semakin berkurang akibat kegiatan penerokaan hutan untuk pembalakan dan perladangan serta apakah pendirian Kementerian untuk menggunakan teknologi...",
        "question": "Dato' Sivaraj A/L Chandran minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah populasi binatang Harimau Malaya semakin berkurang akibat kegiatan penerokaan hutan untuk pembalakan dan perladangan serta apakah pendirian Kementerian untuk menggunakan teknologi yang digunakan oleh luar negara bagi menambah populasi binatang tersebut di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey – NTS1) yang dijalankan pada tahun 2016 hingga 2020, anggaran populasi Harimau Malaya terkini adalah kurang daripada 150 ekor. Pengurangan populasi Harimau Malaya adalah disebabkan beberapa faktor seperti kehilangan habitat dan sumber makanan akibat aktiviti pembukaan hutan dan perubahan guna tanah. Selain itu, Harimau Malaya juga menjadi sasaran utama aktiviti pemburuan dan perdagangan haram disebabkan permintaannya yang tinggi di pasaran. \n\n2. Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama strategik Jabatan/ Agensi yang berkaitan di peringkat Persekutuan dan Negeri telah melaksanakan 9 tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030 seperti mana diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021. Tindakan-tindakan yang dilaksanakan adalah melalui 3 pendekatan seperti berikut:\n\n(i) mengukuhkan usaha bagi menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya;\n\n(ii) meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (National Tiger Conservation Task Force - MyTTF) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN, penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai centre of excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya; dan\n\n(iii) memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.\n\n3. Dalam aspek penggunaan teknologi bagi meningkatkan populasi Harimau Malaya, antara tindakan yang sedang dikaji oleh Jabatan PERHILITAN ialah mempergiatkan penggunaan teknologi pembiakan berbantu/ Assisted Reproductive Technology (ART) seperti artificial insemination (AI), laparoscopic AI, in-vitro fertilization (IVF). Jabatan PERHILITAN telah mengaplikasikan penggunaan ART ke atas Harimau Malaya melalui teknologi permanian beradas secara intra-vagina dan intra-cervical insemination di mana sebanyak 9 program permanian beradas telah dijalankan sejak tahun 2020. \n\n4. Jabatan PERHILITAN juga sedang dalam proses perolehan peralatan Laparoscopic Insemination System Set yang melibatkan penggunaan ART yang lebih canggih dan mempunyai peluang kejayaan yang lebih tinggi serta mengaplikasikan teknologi IVF pada masa akan datang.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2700,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2700",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-26",
        "year": 2024,
        "no": "56",
        "member": "Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan program yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dilaksanakan untuk mengawal dan memerangkap pelepasan karbon di bandar-bandar utama di Malaysia termasuk pencapaian terkini.",
        "question": "Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan program yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dilaksanakan untuk mengawal dan memerangkap pelepasan karbon di bandar-bandar utama di Malaysia termasuk pencapaian terkini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah memperkenalkan program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 atau Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) pada tahun 2019 dengan sasaran untuk mempercepatkan transformasi bandar ke arah bandar karbon rendah melibatkan lima (5) sektor tumpuan utama yang mempunyai impak tinggi pengurangan pelepasan karbon iaitu tenaga, air, sisa, mobiliti dan kehijauan. \n\n2. MGTC bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemegang taruh berkaitan untuk mewujudkan Zon Rendah Karbon di bandar-bandar seluruh negara dan konsisten dalam pelaksanaan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan karbon di zon atau premis masing-masing. Program ini turut memberi penghargaan dan mengiktiraf PBT dan pemegang taruh yang telah berjaya mengurangkan pelepasan karbon di kawasan perbandaran masing-masing melalui Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon yang diadakan secara tahunan.\n\n3. Antara projek-projek yang dilaksanakan dalam elemen tenaga adalah seperti melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu, manakala bagi sektor air pula dengan meningkatkan kecekapan penggunaan air dan penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) oleh bangunan-bangunan sebagai salah satu langkah pengurusan air yang berkesan dan mengurangkan penggunaan air terawat bagi kerja-kerja pembersihan, penyiraman pokok bunga dan lain-lain.\n4. Di samping itu, pihak PBT juga mempromosikan amalan 3R iaitu Kurang (Reduce), Guna Semula (Reuse), dan Kitar Semula (Recycle) termasuk pengkomposan sisa makanan dan pengasingan sisa pepejal di punca (separation at source) bagi mengelakkan atau mengurangkan jumlah pembuangan sisa ke tapak pelupusan sampah. \n\n5. Bagi sektor mobiliti atau pengangkutan, inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh PBT adalah menggalakkan mobiliti aktif iaitu berbasikal dan berjalan kaki dengan menyediakan infrastruktur pejalan kaki berkanopi dan laluan khas untuk basikal dan menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam. Dari segi kehijauan, pihak PBT juga disarankan untuk mengekalkan pokok-pokok teduhan dan memperbanyakkan kawasan hijau di kawasan perbandaran.\n\n6. Sehingga tahun 2023, sebanyak 70 PBT telah mewujudkan 63 zon rendah karbon yang turut melibatkan 149 rakan kongsi rendah karbon. Dari segi pencapaian, sebanyak 3,531,476.12 tan karbon dioksida setara telah dikurangkan dan jumlah penyerapan karbon (carbon sequestration) yang dicapai melalui inisiatif ini juga adalah sebanyak 45,195.22 tan karbon dioksida yang bersamaan dengan penanaman 88.3 juta batang pokok atau penyingkiran penggunaan sebanyak 764,448 buah kereta setahun dari jalan raya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2708,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2708",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-04",
        "year": 2024,
        "no": "61",
        "member": "Dato' Ajis bin Sitin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menyediakan pagar penghalang atau pagar elektrik bagi mengelakkan daripada binatang buas seperti gajah dan ha...",
        "question": "Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh manakah pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menyediakan pagar penghalang atau pagar elektrik bagi mengelakkan daripada binatang buas seperti gajah dan harimau menceroboh masuk kawasan Orang Asli, merosakkan rumah, tanaman atau mencederakan penduduk di situ sebagai mana yang pernah berlaku dulu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah mempergiatkan usaha untuk menangani konflik hidupan liar-manusia termasuk melalui penggunaan pagar penghadang atau pagar elektirk. \n\n2. Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) yang pertama telah dibangunkan di Kampung Rual – Kg Pasir Dusun, Jeli, Kelantan pada tahun 2009 dengan jarak sepanjang 15 kilometer. Sehingga kini, SPEG telah dilaksanakan di lokasi hotspot konflik bagi mengawal pencerobohan hidupan liar termasuk gajah dan harimau seperti berikut:\n\n(i) 18 SPEG Kekal di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2023 dengan jumlah keseluruhan jarak SPEG tersebut sepanjang 305.6 kilometer; dan\n\n(ii) 12 SPEG Mudah Alih di seluruh Semenanjung Malaysia bermula tahun 2019 hingga 2023 dengan jumlah keseluruhan jarak SPEG tersebut merangkumi sehingga 33.05 kilometer.\n\n3. Pelaksanaan SPEG turut melibatkan kawasan Orang Asli iaitu pembinaan SPEG Kekal di 8 buah kampung Orang Asli dan SPEG Mudah Alih di 5 buah kampung Orang Asli di negeri Kelantan, Pahang dan Perak. Selain itu, 7 SPEG Kekal yang baharu akan dibina di 3 buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan jumlah jarak keseluruhan 136 kilometer di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). \n\n4. Jabatan PERHILITAN juga menjalankan kerjasama dengan komuniti setempat termasuk masyarakat Orang Asli untuk memantau dan menyelenggara SPEG secara berkala dengan pemantauan Pejabat PERHILITAN Daerah yang terdekat.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2702,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2702",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-04-01",
        "year": 2024,
        "no": "74",
        "member": "Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah segera yang diambil oleh Kerajaan dalam menghadapi musim kemarau El Nino yang dijangka bermula dari Mac hingga Ogos ini.",
        "question": "Tuan Haji Abdul Nasir bin Haji Idris minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah segera yang diambil oleh Kerajaan dalam menghadapi musim kemarau El Nino yang dijangka bermula dari Mac hingga Ogos ini.",
        "answer": "Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan no.10 pada 25 Mac\n\nTerima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator.\n\n• Fenomena El Nino yang melanda negara sekarang mengakibatkan keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan ini akan menyebabkan kejadian pembakaran termasuk pembakaran terbuka lebih mudah terjadi dan sukar dikawal apabila melibatkan tanah gambut sekaligus mendatangkan kesan kepada alam sekitar dan masalah jerebu. Ia turut menjejaskan sumber air bagi tujuan minuman dan pertanian.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar melalui agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggerakkan usaha-usaha pencegahan kebakaran seperti berikut:\n\n• mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sejak 16 Februari 2024 kepada semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta kerajaan negeri;\n\n• mengaktifkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Pencegahan Pembakaran Terbuka dan SOP Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut sejak 16 Februari 2024 kepada JAS Negeri dan agensi pelaksana;\n\n• mempertingkatkan rondaan darat dan pemantauan menggunakan dron di kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar; dan\n\n• pembinaan infrastruktur utama bagi menangani kebakaran tanah gambut. Sehingga kini, sebanyak 305 buah check dam,101 buah tube well, 15 buah kolam takungan, 6 buah menara tinjau, 3.3 km saluran paip air dan 82 piezometer telah dibina.\n\n• Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) terus melakukan pemantauan secara berterusan seperti berikut:\n\n• pemantauan suhu maksimum harian pada setiap hari;\n\n• pelaporan bilangan hari tanpa hujan setiap hari;\n\n• penyediaan maklumat dan ramalan kawasan yang berisiko untuk pembakaran melalui indeks Fire Danger Rating System (FDRS) yang dikemaskini setiap hari;\n\n• pemantauan status El-Niňo dan ia dikemaskini pada setiap bulan; dan\n\n• pengeluaran Indeks Pemantauan Kemarau (SPI) yang dikemaskini pada setiap bulan bagi memantau situasi kemarau berdasarkan Peraturan Tetap Pengendalian Bencana Kemarau Kebangsaan.\n\n• MET Malaysia juga turut melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dengan kerjasama NADMA dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meningkatkan paras air bagi kegunaan domestik, penjanaan kuasa elektrik dan pertanian. Sehingga kini OPA telah dilaksanakan di Empangan Teluk Bahang dan Air Itam (Pulau Pinang) dan Empangan Bukit Merah (Perak) pada 27 dan 28 Februari 2024. Manakala, untuk timur laut dan barat Sabah, OPA dirancang untuk diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2024 ini.\n\n• Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Fasa peralihan monsun dijangka berlaku dalam bulan April sehingga Mei 2024 dan pada kebiasaannya akan diikuti dengan Monsun Barat Daya dari Jun sehingga September 2024. Semasa tempoh peralihan monsun, hujan dan ribut petir yang dijangka lebih kerap akan berlaku pada waktu petang sehingga waktu malam di kebanyakan tempat di barat Semenanjung, barat Sabah serta tengah dan barat Sarawak. Fenomena El-Niňo dijangka berkurangan dan menjadi Neutral pada pertengahan tahun 2024.\n\n• Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk melawat laman sesawang dan media sosial rasmi MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini cuaca.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2710,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2710",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2024,
        "no": "145",
        "member": "Datuk Bobbey Bin Suan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan kajian pontensi mineral strategik yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Sabah menerusi peruntukan RM 20 juta di bawah Rancangan Malaysia Ked...",
        "question": "Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perkembangan kajian pontensi mineral strategik yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Sabah menerusi peruntukan RM 20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan bilakah sumber ini dapat dioptimumkan sepenuhnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan Projek Kajian Potensi Mineral Strategik (MST) Ke Arah Sumber Yang Mampan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Kajian ini melibatkan empat (4) negeri iaitu Kedah, Perak, Johor dan Sabah yang dijalankan oleh JMG secara perkhidmatan tender.\n\n• Pecahan kepada peruntukan sebanyak RM20 juta ialah RM6.5 juta di Johor, RM4.5 juta di Perak, RM4.5 juta di Kedah dan RM4.5 juta di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, hanya RM4.5 juta sahaja diperuntukkan untuk Projek Kajian Potensi Mineral Strategik di Sabah bagi tempoh 3 tahun bagi tahun 2023 sehingga 2025.\n\n• Di Negeri Sabah, projek tersebut melibatkan 3 komoditi merangkumi 5 kawasan kajian yang telah dikenal pasti. Komoditi yang terlibat adalah seperti berikut:\n\n• komoditi logam bes di Mokodou, Ranau (keluasan 1km2), Pinggan-Pinggan (keluasan 1 km2) dan di Pitas (keluasan 1 km2);\n\n• komoditi kumpulan logam platinum di Kapuakan, Ranau (keluasan 1.5 km2); dan\n\n• komoditi pasir silika di Felda Sahabat, Lahad Datu (keluasan 2 km2) dan Pulau Balambangan, Kudat (keluasan 1 km2).\n\n• Pada masa ini, projek ini berada dalam fasa terakhir pengdokumentasian tender dan akan mula diiklankan pada 22 Mac 2024. Kajian ini akan menghasilkan data sumber teragak (inferred resources) bagi semua komoditi di dalam kawasan kajian. Data yang dikumpul ini boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan menarik pelabur berdasarkan kajian lanjut untuk menentukan kebolehlaksanaan dan kesesuaian kawasan. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2736,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2736",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "2",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah mekanisme terkini berkaitan sumber nadir bumi (REE) bagi membolehkan hasil bumi mentah dapat dieksport dan memberikan pendapatan kepada Kerajaan negeri.",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisme terkini berkaitan sumber nadir bumi (REE) bagi membolehkan hasil bumi mentah dapat dieksport dan memberikan pendapatan kepada Kerajaan negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar Kerajaan yang tidak membenarkan aktiviti pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi (REE) mulai 1 Januari 2024 adalah sebagai inisiatif untuk membangunkan industri REE negara khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran.\n\n• Kerajaan Negeri digalakkan untuk meneroka peluang dalam membangunkan industri REE di peringkat pertengahan dan hiliran untuk memperolehi hasil yang lebih tinggi kerana nilai REE yang telah diproses adalah lebih tinggi berbanding bahan mentah.\n\n• Namun demikian, bagi memastikan pembangunan industri REE negara tidak terhenti, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk membentangkan kertas dasar hala tuju pembangunan industri REE dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 5 Ogos 2024. Berdasarkan keputusan mesyuarat MTEN, Kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh tempatan dan luar negara bagi meneroka potensi dan kapasiti untuk membangunkan industri REE di Malaysia.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF) pada 14 Oktober 2024. Mesyuarat tersebut bersetuju untuk mewujudkan special task force untuk membincangkan mengenai isu-isu serta menetapkan hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2739,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2739",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-12",
        "year": 2024,
        "no": "2",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah pencegahan yang diambil ekoran insiden penutupan tiga buah sekolah di Johor selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia pada September lalu serta tindakan pemantauan yang...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah pencegahan yang diambil ekoran insiden penutupan tiga buah sekolah di Johor selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia pada September lalu serta tindakan pemantauan yang dijalankan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berhubung dengan insiden penutupan tiga buah sekolah di Johor akibat pencemaran bau kimia pada September lalu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:\n\n• Meningkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk mengawal pelepasan bahan pencemar (bahan kimia) daripada aktiviti industri agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Dalam hal ini, sebarang pelepasan bahan pencemar udara dan sisa air buangan (efluen) yang dilepaskan ke udara atau ke alur air hendaklah dirawat terlebih dahulu dan dipastikan sentiasa mematuhi had-had pelepasan pencemar yang ditetapkan oleh JAS;\n\n• Menjalankan pemeriksaan secara berterusan ke atas premis industri, notifikasi pemasangan alat kawalan pencemaran dan pelaporan alam sekitar secara atas talian (Online Environmental Reporting, OER);\n\n• Memastikan pelaksanaan pematuhan kendiri (Self Regulation, SR) kepada pihak industri untuk menjalankan pemantauan prestasi setiap hari terhadap kelengkapan alat kawalan pencemaran yang telah dipasang agar ianya berfungsi dengan baik pada setiap masa;\n\n• Melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan berkala ke atas pengurusan pencemaran sisa Buangan Terjadual daripada aktiviti industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Hal ini bertujuan bagi mengesan pergerakan sisa Buangan Terjadual daripada kilang pengeluar kepada kemudahan pelupusan yang dilesenkan oleh JAS;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan terutamanya dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantapkan lagi tindakan penguatkuasaan dan pemantauan sungai secara berterusan; dan\n\n• Mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis pencemar termasuk arahan pembaikan di lapangan (Field Citation), penahanan operasi kelengkapan (POK), kompaun, Notis Arahan pembaikan dan pendakwaan di Mahkamah.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2769,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2769",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-12",
        "year": 2024,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah kelulusan EIA yang baru diberikan kepada projek perlombongan bauksit di Bukit Goh Kuantan. Sekiranya ada, apakah mekanisme pengawalan pencemaran alam sekitar dan air agar ianya ti...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah kelulusan EIA yang baru diberikan kepada projek perlombongan bauksit di Bukit Goh Kuantan. Sekiranya ada, apakah mekanisme pengawalan pencemaran alam sekitar dan air agar ianya tidak berulang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada Laporan EIA untuk projek perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang. \n\n• Walau bagaimanapun, Ibu Pejabat JAS baharu sahaja menerima laporan EIA bagi cadangan projek perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan bertajuk Proposed Bauxite Mining Operation In Bukit Goh With An Area Of 2,424.73 Hectares (5.991.63 Acres) In Mukim Kuala Kuantan, District Of Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 24 September 2024. Penggerak Projek bagi cadangan projek ini adalah BG Mining Sdn. Bhd.\n\n• Laporan EIA tersebut akan dinilai dan dibincangkan secara terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIA Technical Review Committee, EIATRC) bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain terutamanya agensi-agensi teknikal sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri, individu yang dilantik dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO). Mesyuarat EIATRC akan mempertimbangkan semua ulasan dan syor daripada semua pihak yang terlibat sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap Laporan EIA yang diterima tersebut. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2714,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2714",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-14",
        "year": 2024,
        "no": "3",
        "member": "Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik",
        "area": "Balik Pulau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah komitmen Kementerian dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia.",
        "question": "Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah komitmen Kementerian dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Manakala, bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n\n• Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan melalui NRES komited dalam mengimbangi keperluan pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia. Antara usaha yang sedang dan telah dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) yang dilaksanakan sejak tahun 2019. Insentif ini diberi kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan dan HSK yang baharu. Sejumlah kira-kira 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan santuari hidupan liar di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Bagi tempoh 2019 hingga 2024, peruntukan bagi insentif kewangan EFT adalah berjumlah RM550 juta, termasuk sebanyak RM200 juta pada tahun ini;\n\n• pemerkasaan perundangan perhutanan melalui pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] oleh kerajaan-kerajaan negeri. Akta ini telah diwartakan pada 20 September 2022 di peringkat Persekutuan dengan memperkenalkan pendengaran awam, penggantian dan pewartaan serentak untuk kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang diwarta keluar;\n\n• mempergiatkan usaha ke arah mewartakan HSK, Kawasan Perlindungan serta pewartaan kawasan cadangan HSK khususnya yang terletak dalam kawasan Central Forest Spine (CFS). Perkara melibatkan pewartaan kawasan cadangan HSK dalam kawasan CFS telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-81;\n\n• melaksanakan moratorium bagi menghentikan peluasan ladang hutan dalam HSK dan perkara ini juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat MTN ke-81; dan;\n\n• pembangunan dan pengoperasian inisiatif di bawah instrumen Kerangka Kewangan REDD Plus (RFF) melalui agensi Malaysia Forest Fund (MFF), iaitu Forest Conservation Certificate (FCC) dan pembangunan Forest Carbon Offset (FCO) bagi meningkatkan kerjasama dan sumbangan daripada pihak swasta bagi penyaluran dana untuk aktiviti konservasi dan pengurusan hutan serta mitigasi perubahan iklim.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2730,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2730",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-06",
        "year": 2024,
        "no": "3",
        "member": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan dalam menangani konflik antara manusia dan harimau, apakah yang perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau masuk ke kampung dan kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi...",
        "question": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dalam menangani konflik antara manusia dan harimau, apakah yang perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau masuk ke kampung dan kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi nyawa manusia dan pada masa sama memelihara hidupan liar yang kian pupus itu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian yang serius konflik manusia dan hidupan liar termasuk Harimau Malaya. \n\n2. Apabila berlaku situasi mencemaskan melibatkan hidupan liar termasuk Harimau Malaya masuk ke kawasan kampung dan penempatan awam, antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:\n\n• mengelakkan apa jua bentuk provokasi atau tindakan seperti cubaan menghalau dan mendekati hidupan liar, membaling objek-objek, menembak atau membunuh;\n\n• mengelakkan situasi panik dan bergerak secara perlahan-lahan untuk menjauhkan diri daripada hidupan liar;\n\n• melindungi diri di dalam rumah atau di mana-mana tempat yang selamat sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa; dan\n\n• menghubungi segera pejabat Jabatan PERHILITAN terdekat atau talian hotline Jabatan PERHILITAN 1-800-88-515 selain talian kecemasan umum Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaporkan kejadian konflik hidupan liar untuk tindakan selanjutnya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2754,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2754",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-27",
        "year": 2024,
        "no": "3",
        "member": "Tuan Zahir bin Hassan",
        "area": "Wangsa Maju",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan : • status terkini Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah dan juga pengaplikasian Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) oleh JUPEM; dan • status kemajuan kajian perundangan berkaitan peme...",
        "question": "Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n• status terkini Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah dan juga pengaplikasian Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) oleh JUPEM; dan\n\n• status kemajuan kajian perundangan berkaitan pemetaan utiliti bawah tanah dalam RMKe-12.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui Bahagian Pemetaan Utiliti telah melaksanakan Kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (National Underground Utility Mapping Policy). Pada masa ini, hasil kajian tersebut sedang dikemaskini serta ditambah baik dan akan dibentangkan kepada pihak Kementerian untuk hala tuju seterusnya.\n\n• Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) pula telah dibangunkan pada tahun 2006 dan merangkumi 7 kategori lapisan data spatial iaitu maklumat Binaan, Kadaster, Hidrografi, Pengangkutan, Hipsografi, Topografi dan Utiliti (iaitu elektrik, air, gas/minyak, pembentungan dan telekomunikasi). Maklumat dan data pemetaan utiliti bawah tanah di dalam PADU adalah berdasarkan perkongsian oleh agensi-agensi pembekal utiliti seperti Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Pengurusan Air Selangor, Gas Malaysia serta melalui data yang dibekalkan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) serta JUPEM sendiri.\n\n• PADU digunakan sebagai sumber rujukan dalam pengurusan data dan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini. Data-data PADU dikawal selia oleh JUPEM dengan pengawalan Kualiti Data B di mana pengukuran dan pengesanan dilaksanakan menggunakan peralatan seperti Ground Penetrating Radar (GPR), Pipe Cable Locator (PCL) dan juga alat Global Navigation Satellite System (GNSS). \n\n• PADU dapat membantu Kerajaan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan serta boleh digunakan bagi kes-kes bencana terutamanya yang melibatkan utiliti bawah tanah. Data-data di dalam PADU diklasifikasikan sebagai terhad dan tidak boleh dikongsikan kepada umum.\n\n• Berhubung status kemajuan kajian perundangan berkaitan pemetaan utiliti bawah tanah di bawah RMKe-12, pada masa ini kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh JUPEM untuk tempoh 2 tahun bermula dari Ogos 2023 hingga Ogos 2025. Kajian ini turut melibatkan beberapa kementerian, jabatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pengurus utiliti negeri dan agensi penyedia utiliti bagi mendapatkan input serta cadangan yang sesuai ke arah penyediaan kerangka perundangan bagi pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini. Kajian ini juga melibatkan semakan kepada Perlembagaan dan perundangan sedia ada yang lain.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2718,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2718",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-17",
        "year": 2024,
        "no": "5",
        "member": "Puan Wong Shu Qi",
        "area": "Kluang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 telah mencapai sasaran atau tidak.",
        "question": "Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 telah mencapai sasaran atau tidak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam masih meneruskan usaha ke arah mencapai matlamat Kerangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 (Malaysia Plastics Sustainability Roadmap - MPSR). Walau bagaimanapun, harus diakui bahawa pelaksanaan MPSR sudah sedikit tergendala ekoran pandemik COVID-19 yang menyaksikan peningkatan penggunaan plastik.\n\n• Sebagai contoh, penggunaan plastik dalam kalangan pengguna meningkat susulan COVID-19 kerana orang ramai lebih cenderung membeli makanan serta membeli-belah menerusi platform atas talian yang menyaksikan penggunaan bungkusan plastik yang berlebihan. \n\n• Selain itu, penghapusan plastik sekali guna pula menghadapi kekangan kerana bidang kuasa yang berasingan di antara pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Berhubung caj pencemaran penggunaan beg plastik sekali guna, hanya beberapa buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Johor dan Perlis yang mengenakan caj. Ini menunjukkan masih banyak negeri dan sektor yang tidak melaksanakan agenda bebas plastik. Kementerian seterusnya menghargai komitmen Kerajaan Negeri Sembilan yang menghapuskan terus penggunaan beg plastik sekali guna di premis tetap dan juga usaha “tiada beg plastik” ini turut dibuat di Pulau Pinang pada Isnin hingga Rabu manakala hari lain dikenakan caj berjumlah RM1. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu juga melaksanakan hari tanpa beg plastik pada hari-hari tertentu. \n\n• Wilayah Persekutuan secara dasarnya juga menghapuskan beg plastik sekali guna konvensional dan menggalakkan penggunaan beg plastik biodegradasi. \n\n• Banyak usaha telah digerakkan oleh industri seperti menggunakan bahan kitar semula (recycling material) dalam pembuatan plastik (plastic manufacturing), melaksanakan perluasan tanggungjawab pengeluar (extended producer responsibility - ERR). Untuk makluman, MPSR menyasarkan pelaksanaan kitaran plastik secara menyeluruh dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. \n\n• Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula dan seterusnya dapat mengurangkan janaan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan sampah. Kementerian berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design). Untuk makluman, Kementerian menjalankan kerjasama dengan SIRIM bagi inisiatif eco-design.\n\n• Kementerian juga sedang menjalankan kajian material flow analysis (MFA) bagi plastik. Jumlah pembuatan plastik, sisa plastik yang terhasil dan jumlah plastik yang dikitar semula akan dikenalpasti. Kajian ini seterusnya menyokong hala tuju pelestarian plastik secara evidence based dan data-driven.\n\n• Selain itu, MPSR juga menambah baik sasaran Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030. Bagi memastikan penghapusan plastik sekali guna dilaksanakan dengan teratur, Kementerian sedang mengenal pasti dan menyediakan senarai awal bagi plastik sekali guna yang bermasalah, tidak diperlukan dan boleh dielakkan (problematic, unnecessary and avoidable single use plastic). Melalui senarai ini, penghapusan (phasing out) dan pengurangan (phasing down) plastik sekali guna dilaksanakan secara bersasar.\n\n• Kementerian sedar bahawa usaha menangani pencemaran plastik melalui 2 pelan hala tuju dan dasar semasa masih belum memadai. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharap akan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa sokongan berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2737,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2737",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "5",
        "member": "Dr. Mohammed Taufiq bin Johari",
        "area": "Sungai Petani",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana usaha dan tindakan Kementerian dalam mengatasi isu pencemaran sungai di seluruh negara. Adakah jumlah sungai tercemar menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.",
        "question": "Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana usaha dan tindakan Kementerian dalam mengatasi isu pencemaran sungai di seluruh negara. Adakah jumlah sungai tercemar menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian dan JAS sentiasa komited dalam mengawal pencemaran terhadap alam sekitar di negara ini terutamanya bagi punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Dalam konteks pencemaran sungai, terdapat pelbagai punca-punca pencemaran yang berisiko menyebabkan kemerosotan kualiti air sungai termasuklah aktiviti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. \n\n• Memandangkan punca utama kemerosotan kualiti air sungai disebabkan oleh pelbagai sumber yang tertakluk di bawah pelbagai bidang kuasa, isu ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kebersamaan dan penyelarasan dengan semua pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu kemerosotan kualiti air sungai perlu ditingkatkan bagi memastikan kualiti air sungai negara akan terus terjamin demi kesejahteraan rakyat.\n\n• Bagi menangani isu pencemaran sungai, antara langkah yang telah diambil oleh Kementerian melalui JAS termasuklah: \n\n• Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dijalankan secara lebih berfokus;\n\n• Meningkatkan kerjasama dan melaksanakan operasi secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain; dan\n\n• Menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.\n\n• Selain itu, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II Pada Jun dan Ogos 2024, peranan menjaga kualiti air sungai merupakan tanggungjawab bersama semua pihak dan perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang terlibat termasuklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, JAS telah memantau sebanyak 672 sungai melalui program pengawasan kualiti air sungai dengan 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual. Hasil pemantauan kualiti air sungai mendapati terdapat peningkatan kualiti air sungai di seluruh Malaysia dalam tempoh lima (5) tahun iaitu daripada 2019 sehingga 2023.\n\n• Bilangan sungai dalam kategori “Bersih” meningkat daripada 408 atau 61% sungai pada tahun 2019 kepada 486 atau 72% sungai pada tahun 2023. Manakala bagi sungai yang berada di dalam kategori “Tercemar” pula, terdapat penurunan daripada 59 atau 9% sungai pada tahun 2019 kepada 25 atau 4% sungai pada tahun 2023. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan kualiti air sungai di seluruh Malaysia dalam tempoh lima (5) tahun iaitu daripada 2019 sehingga 2023.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2744,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2744",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-23",
        "year": 2024,
        "no": "8",
        "member": "Tuan Tan Kar Hing",
        "area": "Gopeng",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA).",
        "question": "Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA).",
        "answer": "Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gopeng,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa berusaha untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) di Malaysia. Terdapat lima (5) keutamaan penambahbaikan iaitu:\n\n• Memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian Laporan EIA;\n\n• Memperkasa prosedur EIA di Malaysia;\n\n• Pendigitalan EIA;\n\n• Pengukuhan Libat Urus Awam; dan\n\n• Pemantapan Penguatkuasaan EIA.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2715,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2715",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-14",
        "year": 2024,
        "no": "9",
        "member": "Tuan Manndzri bin Nasib",
        "area": "Tenggara",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pihak syarikat mahupun in...",
        "question": "Tuan Manndzri bin Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pihak syarikat mahupun individu yang melanggar peraturan alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa komited dalam memastikan pemantauan dan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan dan tindakan diambil terhadap mana-mana syarikat atau individu yang melanggar undang-undang alam sekitar.\n\n• Sebagai makluman, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 telah diwartakan pada 6 Jun 2024 dan dikuatkuasakan mulai 7 Julai 2024. Melalui pindaan ini, denda sehingga maksimum RM10 juta boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan pencemaran air, pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran minyak dan buangan ke Perairan Malaysia. Selain itu, hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Nilai kompaun juga telah ditingkatkan dari RM2000 sehingga maksimum tidak melebihi 50% dari nilai denda maksimum bagi kesalahan berkaitan.\n\n• Dalam hal ini, bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan, JAS telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan seperti berikut:\n\n• Menjalankan penguatkuasaan secara berterusan ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah Akta 127;\n\n• Meningkatkan pelaksanaan operasi secara bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain;\n\n• Memberikan ulasan dan input teknikal kepada Pusat Khidmat Setempat (One Stop Centre) yang diselaraskan oleh PLAN Malaysia sebelum sesuatu projek diluluskan;\n\n• Mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri, penggerak projek dan Pihak Berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan Akta 127 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya difahami dan dipatuhi setiap masa;\n\n• Meningkatkan pelaksanaan dan keberkesanan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar;\n\n• Menyediakan program Kursus Kompetensi bagi mentauliahkan orang yang berwibawa supaya penggerak projek dan pihak industri yang mengendalikan pengurusan alam sekitar di premis masing-masing seperti pengurusan buangan terjadual, efluen perindustrian, kumbahan, pelepasan udara dan yang mengendalikan alat kawalan pencemaran mempunyai kompetensi sepertimana keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan berkaitan; dan\n\n• Mengenakan tindakan tegas dengan pengeluaran notis arahan, kompaun, penahanan operasi kelengkapan, gantung/ tarik balik lesen, perintah larangan dan tindakan mahkamah ke atas premis-premis yang didapati gagal mematuhi Akta 127 ini.\n\n• Selain itu bagi memastikan penguatkuasaan Akta 127 dilaksanakan dengan lebih berkesan, Kementerian melalui JAS melihat keperluan untuk meningkatkan kapasiti pegawai penguatkuasa melalui latihan, perolehan teknologi dan peralatan pemantauan terkini. Langkah-langkah yang akan diambil termasuk:\n\n• Menyediakan latihan kemahiran khusus bagi meningkatkan keupayaan pegawai supaya dapat membuat siasatan dengan lebih baik dan mahir mengendalikan kes mahkamah;\n\n• Melaksanakan perolehan kenderaan tambahan baharu bagi membolehkan anggota penguatkuasa melakukan tugasan rondaan dengan lebih berkesan; dan\n\n• Membuat perolehan peralatan teknikal tambahan untuk melengkapkan pasukan penguatkuasa supaya parameter pencemar dapat dikenalpasti agar tindakan awal siasatan serta pembuktian kes dapat digunakan bagi menyokong kes perbicaraan di mahkamah.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2755,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2755",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-27",
        "year": 2024,
        "no": "13",
        "member": "Tuan Ganabatirau al Veraman",
        "area": "Klang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula piawaian pembangunan di kawasan bekas perlombongan dari segi kawalan kejuruteraan geoteknikal dan penyelenggaraan infrastruktur bawah tanah untuk men...",
        "question": "Tuan Ganabatirau al Veraman [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula piawaian pembangunan di kawasan bekas perlombongan dari segi kawalan kejuruteraan geoteknikal dan penyelenggaraan infrastruktur bawah tanah untuk mengelak pergerakan tanah dan tanah mendap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Secara umumnya, kawasan bekas perlombongan adalah antara kawasan sensitif geologi yang mempunyai elemen kekangan geologi dan ancaman bahaya geologi. Kekangan geologi ini adalah disebabkan bahan tanah/batuan yang lemah dan berstruktur longgar hasil daripada aktiviti pengorekan dan peletupan perlombongan terdahulu. Hal ini boleh menyebabkan ancaman tanah jerlus dan tanah mendap terutamanya apabila kawasan ini dibangunkan semula.\n\n• Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berperanan sebagai Agensi Teknikal Luaran (ATL) dalam memberikan ulasan cadangan pemajuan di Pusat Sehenti Pihak Berkuasa Tempatan (OSC PBT) di semua kawasan pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif geologi termasuklah pembangunan semula kawasan berpandukan Garis Panduan Ulasan Cadangan Pemajuan untuk OSC PBT (JMG.GP.08) Edisi 2.\n\n• Selain itu, JMG juga berperanan sebagai ahli jawatankuasa yang memberikan input geosains dan mineral terhadap cadangan pemajuan di kawasan bekas lombong yang tertakluk kepada Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Antara garis panduan yang digunapakai sebagai rujukan adalah Garis Panduan Pemetaan Geologi Kejuruteraan di Kawasan Tanah Gambut dan Tanih Lembut (GP.JMG.07) dan Garis Panduan Pemetaan Geologi Terain (GP.JMG.06).\n\n• Justeru itu, garis panduan/piawaian yang menggariskan amalan terbaik pengurusan bencana geologi termasuk tanah jerlus dan tanah mendap sentiasa disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa serta mendepani impak kesan perubahan iklim.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2738,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2738",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "14",
        "member": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh",
        "area": "Besut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan garis masa untuk pembentangan dan penguatkuasaan Rang Undang-Undang Berhubung Perdagangan Karbon, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Rang Undang-Undang Berkaitan Pemerangkapan...",
        "question": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan garis masa untuk pembentangan dan penguatkuasaan Rang Undang-Undang Berhubung Perdagangan Karbon, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Rang Undang-Undang Berkaitan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serta nyatakan usaha-usaha yang diambil untuk memperkasa Kerajaan negeri bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang tersebut dilakukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang membangunkan Rang Undang Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang akan menjadi instrumen utama bagi memastikan pelaksanaan perdagangan karbon dapat dilaksanakan secara efektif di Malaysia. \n\n2. Dalam masa yang sama, NRES juga sedang melaksanakan Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Elemen-elemen penting DPKK yang perlu dilaksanakan secara efektif akan turut dimuatkan di dalam RUUPIN ini. \n\n3. DPKK ini terbahagi kepada dua (2) fasa dimana fasa pertama yang melibatkan pembangunan aturan kebangsaan bagi pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di bawah Perjanjian Paris akan dimuktamadkan pada tahun ini. Bagi fasa kedua atau penghasilan DPKK itu sendiri, ianya dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga 2025 serta dijangka akan diangkat untuk kelulusan Jemaah Menteri dijangka pada tahun yang sama. \n\n4. Bermula pada bulan Julai 2024, NRES telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri, agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, persatuan, pihak swasta dan lain-lain bagi mendapatkan input dan maklum balas awal mengenai pembangunan DPKK. Sesi libat urus ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat pegawai, malah turut dilaksanakan di peringkat pengurusan tertinggi dan Menteri.\n\n5. Untuk RUUPIN, pihak kementerian telah memuat naik kertas rundingan awam atau consultation paper untuk mendapatkan sebarang komen dan pandangan mengenai cadangan RUUPIN ini pada 4 Oktober 2024.\n\n6. Kertas rundingan awam ini mengandungi peruntukan dan penjelasan mengenai perihal yang dicadangkan untuk dimuatkan dalam RUUPIN tersebut. Dengan mengambil kira proses dalaman dan input-input yang telah dikemukakan, penggubalan RUUPIN ini dijangka dapat dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2025 dan dijangka dapat dibentangkan pada tahun yang sama.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2748,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2748",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-18",
        "year": 2024,
        "no": "15",
        "member": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi memulihara populasi harimau untuk generasi akan datang. Tambahan pula, isu kematian harimau akibat roadkill yang menyebabkan popu...",
        "question": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi memulihara populasi harimau untuk generasi akan datang. Tambahan pula, isu kematian harimau akibat roadkill yang menyebabkan populasi harimau terjejas serta pengecilan habitat, pemburuan haram dan sebagainya turut memburukkan lagi keadaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menggerakkan usaha untuk mengukuhkan pemuliharaan spesies hidupan liar termasuk Harimau Malaya melalui langkah-langkah berikut:\n\n• melaksanakan 9 tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030 selaras dengan persetujuan Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021;\n\n• mengukuhkan kerangka perundangan melalui pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi meningkatkan kadar hukuman dan penalti yang melibatkan jenayah pemburuan dan penyeludupan haram hidupan liar; dan\n\n• mengukuhkan penguatkuasaan melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri, agensi-agensi penguatkuasaan negeri dan badan bukan kerajaan melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3).\n\n2. Kerajaan Persekutuan melalui NRES juga telah menyediakan insentif Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) kepada kerajaan negeri bagi meningkatkan keluasan dan pengurusan kawasan perlindungan (protected areas) termasuk habitat Harimau Malaya. Dari tahun 2019 hingga 2024, sebanyak RM550 juta peruntukan EFT telah disediakan dan pada tahun 2024 sahaja sebanyak RM200 juta kepada kerajaan negeri.\n\n3. Dalam aspek penguatkuasaan, Jabatan PERHILITAN telah mengukuhkan platform kerjasama penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dengan PDRM dan INTERPOL serta agensi-agensi berkaitan bagi membanteras penyeludupan hidupan liar melalui usaha-usaha berikut:\n\n• melaksanakan penyiasatan melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613];\n\n• memperkasakan Wildlife Crime Unit (WCU) yang bertindak sebagai flying squad dalam mengambil tindakan penguatkuasaan berkaitan jenayah hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia; dan\n\n• mewujudkan Unit Perisikan Jenayah Hidupan Liar yang bertanggungjawab mengumpul maklumat penjenayah hidupan liar. \n\n4. Dalam aspek konservasi ex-situ, Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (MFHLK) Jabatan PERHILITAN memainkan peranan penting bagi mengukuhkan penyediaan bukti forensik untuk membantu kes pendakwaan. Selain itu, Makmal ini juga menerajui program bagi meningkatkan bilangan Harimau Malaya di dalam kurungan melalui pembiakan semula jadi dan penggunaan teknologi pembiakan berbantu (Assisted Reproductive Technology - ART).\n\n5. Jabatan PERHILITAN juga sentiasa mempergiatkan aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memulihara Harimau Malaya. Dalam hubungan ini, Jabatan PERHILITAN telah melancarkan Kempen Selamatkan Harimau Malaya (SHM) merangkumi program konservasi dan penguatkuasaan; kesedaran awam; publisiti dan promosi; program penajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2764,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2764",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "15",
        "member": "Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien",
        "area": "Julau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan pemprosesan nadir bumi Malaysia (Malaysia REE) dilakukan di luar negara.",
        "question": "Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan pemprosesan nadir bumi Malaysia (Malaysia REE) dilakukan di luar negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar semasa Kerajaan telah menetapkan pelaksanaan moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) bermula 1 Januari 2024. Dasar ini bertujuan membangunkan industri REE tempatan khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran. Dalam hal ini, Kerajaan tidak lagi membenarkan sumber REE dieksport secara mentah dan diproses di luar negara.\n\n• Pada masa yang sama, Kerajaan sedang berusaha untuk menarik minat pelabur di dalam dan luar negara untuk melabur dalam pembangunan industri di peringkat pertengahan dan hiliran. Kerajaan Negeri juga digalakkan untuk menarik pihak pelabur yang berpotensi untuk membangunkan industri REE di negeri masing-masing khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2724,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2724",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-29",
        "year": 2024,
        "no": "16",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) adakah Kementerian akan mengambil kira tanah lembap sebagai sinki karbon dalam inventori gas kaca hijau (GHG) dalam laporan kemaskini dua tahun (BUR) UNFCCC ; dan (b) apakah usaha K...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan:\n(a) adakah Kementerian akan mengambil kira tanah lembap sebagai sinki karbon dalam inventori gas kaca hijau (GHG) dalam laporan kemaskini dua tahun (BUR) UNFCCC ; dan\n(b) apakah usaha Kementerian dalam meningkatkan jumlah projek yang menghasilkan nature-based carbon credits di Bursa Carbon Exchange.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Bermula tahun 2024, pelaporan Biennial Update Report (BUR) digantikan dengan Biennial Transparency Report (BTR). Penukaran dari BUR kepada BTR telah ditetapkan melalui Keputusan 18/CMA.1 semasa Conference of the Parties ke-24 (COP24) di Katowice, Poland pada tahun 2018. Keputusan ini merupakan sebahagian dari pelaksanaan Enhanced Transparency Framework (ETF) di bawah Perjanjian Paris, yang bertujuan untuk mempertingkat ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pelaporan tindakan iklim negara-negara pihak. BTR menggantikan BUR dengan format laporan yang lebih komprehensif, merangkumi inventori gas rumah kaca, penjejakan Nationally Determined Contribution (NDC), serta sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti yang telah diterima dan diperlukan.\n\n• Malaysia sentiasa memastikan semua pelepasan dan penyerapan gas rumah kaca (GHG) daripada semua Guna Tanah, Perubahan Guna Tanah dan Perhutanan bagi kawasan tanah lembap termasuk tanah gambut dan paya bakau dilaporkan dalam inventori GHG. Malaysia menggunakan 2006 IPCC Guidelines for National Greenhouse Gas Inventories (IPCC 2006 guidelines) bagi mengira pelepasan dan penyerapan gas rumah kaca termasuk gas karbon dioksida (CO2), metana (CH4), dan nitrus oksida (N2O) seperti yang ditetapkan oleh UNFCCC.\n\n• Selain dari itu, Malaysia juga melaporkan aktiviti pembasahan (re-wetting) yang berlaku di kawasan hutan paya gambut dalam pelaporan BTR1 sebagai salah satu langkah penambahbaikan berbanding pelaporan terdahulu.\n\n• Seterusnya berhubung usaha Kementerian dalam meningkatkan jumlah projek yang menghasilkan nature-based carbon credits di Bursa Carbon Exchange. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kuamut Rainforest Conservation Project di Sabah adalah projek penjanaan kredit karbon hutan pertama dari Malaysia yang telah disenaraikan dan didagangkan di Bursa Carbon Exchange.\n\n• Pada masa yang sama, projek Marudi Forest Carbon Project, yang sedang dibangunkan pada masa ini adalah projek karbon hutan pertama yang telah dilesenkan di bawah Ordinan Perhutanan (Aktiviti Karbon Hutan) oleh Kerajaan Negeri Sarawak.\n\n• Pembangunan sesuatu projek karbon dari penyelesaian berasaskan alam semulajadi atau lebih dikenali sebagai Nature Based Solution bukan suatu inisiatif yang mudah mahupun murah. Penggunaan piawaian antarabangsa seperti Verified Carbon Standard (Verra) dan Gold Standard memakan kos yang amat signifikan (menelan belanja dari ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit - bergantung kepada skala, saiz dan jenis projek) dan masa yang lama (dari tiga hingga tujuh tahun, bergantung kepada kompleksiti isu di lapangan dan pematuhan pra-syarat ketat piawaian).\n\n• Justeru itu, pembinaan keupayaan dan tenaga pakar di peringkat domestik yang berupaya untuk membangunkan, melaksanakan aktiviti berdasarkan kepada kerangka projek serta memantau, melapor dan menjalankan proses verifikasi adalah amat kritikal. Pada masa ini, kebanyakan projek yang dibangunkan adalah menggunakan tenaga juru perunding antarabangsa yang mempunyai pengalaman membangunkan dan mengoperasikan projek karbon di negara-negara lain.\n\n• Pemindahan kepakaran kepada pemain industri domestik adalah amat kritikal, selain dari memastikan bahawa pemilik kawasan berhutan (terutamanya pihak kerajaan negeri, jabatan perhutanan dan syarikat konsesi dan komuniti sekitar kawasan projek) faham dan maklum mengenai implikasi serta manfaat sesuatu projek karbon hutan.\n\n• Mengambil kira semua ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menubuhkan Malaysia Forest Fund, sebagai agensi teknikal yang bertanggungjawab untuk menerajui usaha membangunkan dan mengoperasikan instrumen kewangan inovatif sektor hutan, termasuklah meneroka potensi kawasan dan pelaksanaan projek karbon hutan di Malaysia.\n\n• Di bawah Belanjawan 2024 sebelum ini, Kementerian telah diberikan peruntukan Dana khas yang dikenali sebagai Dana Projek Karbon Hutan untuk menjalankan aktiviti pembangunan kapasiti, pelaksanaan aktiviti penilaian kebolehlaksanaan awal (pre-feasibility study) dan pembangunan piawaian sistem pengkreditan karbon (sektor perhutanan) yang dikenali sebagai Forest Carbon Offset (FCO).\n\n• Segala usaha ini bukan sahaja untuk menangani isu-isu yang melibatkan pembangunan sesuatu projek karbon hutan, tetapi juga untuk memastikan bahawa Malaysia mempunyai suatu piawaian domestik yang boleh digunakan untuk menjana kredit karbon setara dengan piawaian antarabangsa sedia ada, tetapi memakan kos yang jauh lebih murah, mudah dan mengambil kira spesifikasi kebangsaan.\n\n• Kita berharap bahawa usaha dan inisiatif ini turut disambung di Belanjawan 2025, memandangkan ianya mempunyai implikasi yang amat signifikan kepada pengumuman Kerajaan untuk memperkenalkan Cukai Karbon pada 2026 kelak. Bagi menggalakkan pembangunan dan penyertaan lebih banyak pembangunan projek karbon di dalam ekosistem pengoperasian cukai karbon tersebut kelak, Kementerian saya ingin memastikan bahawa mekanisma fleksibiliti (flexible mechanism) yang membenarkan offset atau penggunaan kredit karbon dari sektor perhutanan; digunakan oleh syarikat yang ingin menyelesaikan komitmen pengurangan emisi syarikat mereka melalui kaedah offset selain dari dikenakan cukai. Mekanisme ini bukan sahaja menggalakkan pembangunan projek karbon untuk memenuhi permintaan offset, malah memastikan kredit yang dijanakan boleh didagangkan di platform BCX dan platform pasaran karbon serantau dan antarabangsa.\n\n• Namun begitu, pengwujudan insentif dan dana kewangan bagi membangunkan sesuatu projek karbon hutan adalah amat kritikal. Pada masa ini, tidak wujud sebarang instrumen kewangan atau financial tools (sama ada dalam bentuk pinjaman, geran atau dana) yang menyokong dan menampung kos kerja-kerja awalan (kajian kebolehlaksanaan, penyediaan Project Design Document dan kos fi piawaian) sesuatu projek karbon.\n\n• Tanpa insentif dan dana tersebut, kita akan bergantung sepenuhnya kepada penyertaan pemain dan syarikat dari luar negara yang mempunyai keupayaan sumber dan kewangan, dan seterusnya mengambil manfaat dari penjualan kredit karbon yang dihasilkan di Malaysia. Kita berharap agar lebih banyak syarikat dan pemain dari Malaysia berminat untuk mewujudkan sinergi dengan pihak Kementerian (atau melalui agensi Malaysia Forest Fund) untuk mengatasi kebergantungan kewangan kepada Kerajaan bagi maksud tersebut.\n\n• Selain daripada itu, Kerajaan juga akan meneroka dan merundingkan potensi pembangunan kerangka ASEAN Common Carbon Framework (ACCF) semasa Kepengerusian ASEAN pada tahun depan. ACCF adalah inisiatif yang diterajui oleh pihak swasta di bawah ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) bagi menggembleng usaha di peringkat serantau untuk mewujudkan ekosistem pasaran karbon yang lebih rancak serta memanfaatkan kepakaran, sumber semulajadi dan usaha di kalangan ahli negara ASEAN bagi membangunkan lebih banyak projek karbon yang boleh didagangkan bukan sahaja di BCX, malah di platform pasaran di pelbagai negara ASEAN.\n\n• Usaha serantau ini juga dihasratkan untuk membantu Malaysia di dalam membangunkan instrumen FCO melalui perkongsian teknikal dan pengiktirafan bersama piawaian domestik yang sedia ada seperti Thailand Verified Emission Reduction (TVER) dan Sistem Registri Nasional (SRN) di Indonesia; selain memastikan perspektif negara pembeli seperti Singapura diintegrasikan sebagai komponen yang kritikal ke arah pengwujudan piawaian domestik yang berintegriti tinggi serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2740,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2740",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-12",
        "year": 2024,
        "no": "16",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan susulan Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ekoran insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India termasuk status laporan teknikal hasil siasatan ...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan susulan Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ekoran insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India termasuk status laporan teknikal hasil siasatan berkaitan geologi dan struktur bawah permukaan dengan kerjasama Task Force Struktur Tanah Masjid India.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSusulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menyediakan Laporan Teknikal Sektoral berhubung insiden tersebut. Laporan ini memberi fokus kepada penganalisisan data, hasil aktiviti pemetaan subpermukaan melalui survei geofizik menggunakan peralatan Ground Penetrating Radar (GPR) dan mengenal pasti tiada rongga batu kapur di zon-zon yang mengalami deformasi struktur tanah.\nDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengguna pakai hasil laporan ini bagi menjalankan siasatan tapak secara terperinci melalui kaedah lubang gerudi (borehole) dan Ujian Proba Mackintosh (ujian penentuan keupayaan tanah) bagi memperolehi profil subpermukaan terperinci, memastikan integriti struktur tanah dan mempertimbangkan tindakan mitigasi yang sesuai.\nKementerian ini melalui JMG juga sedang menambah baik dan melengkapkan maklumat subpermukaan kawasan Lembah Klang yang meliputi 10 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Projek Pemetaan Geologi Subpermukaan Greater KL (3DKL). Projek ini berupaya menyediakan data dan maklumat geologi subpermukaan untuk pengurusan risiko bencana geologi termasuk kejadian mendapan tanah dan tanah jerlus. Data ini juga akan digunakan untuk perancangan pelan pembangunan khususnya di kawasan bawah tanah (stratum).\nDalam konteks pengurusan bencana geologi tanah jerlus, Kementerian ini melalui JMG berperanan menyediakan khidmat nasihat teknikal geosains melalui langkah-langkah pencegahan, mitigasi, adaptasi dan pemantauan. Antara langkah pencegahan tersebut adalah:-\n\n• pelaksanaan pemetaan bahaya dan risiko di lokasi tanah jerlus yang terancam serta didasari batu kapur;\n\n• pemantauan berterusan pergerakan tanah melalui penderiaan jauh (remote sensing);\n\n• penyiasatan tapak yang komprehensif; dan\n\n• penyediaan sistem saliran utiliti yang efisien.\n\nDi samping itu, aktiviti pembangunan dan pembinaan yang melibatkan kerja-kerja seperti pengepaman air bawah tanah, penggerudian, penerowongan dan perlombongan juga perlu dikawal bagi mengelakkan gangguan kepada regim air bawah tanah dan gegaran pada tanah.\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2757,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2757",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "16",
        "member": "Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin",
        "area": "Masjid Tanah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan dan prosedur standard yang diambil bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang ke jalan besar, terutama sekali di kawasan kiri dan kanannya adalah hutan.",
        "question": "Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan dan prosedur standard yang diambil bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang ke jalan besar, terutama sekali di kawasan kiri dan kanannya adalah hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Manakala, bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n\n• Dalam hubungan ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Pokok Bahaya di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri Semenanjung Malaysia. Buku ini bertujuan memberikan pendekatan yang teratur dan seragam berhubung dengan pengurusan pokok bahaya terutamanya di kawasan hutan lipur dan hutan taman negeri yang sering menjadi tumpuan utama pengunjung.\n\n• Dalam masa yang sama, Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri (JPN) sentiasa memberikan kerjasama kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terdapat pokok-pokok berbahaya daripada kawasan hutan simpan yang perlu ditebang bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2745,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2745",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-23",
        "year": 2024,
        "no": "17",
        "member": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kementerian merancang untuk menangani risiko perubahan iklim seperti kenaikan aras laut, banjir dan peningkatan suhu dalam Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang ber...",
        "question": "Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana Kementerian merancang untuk menangani risiko perubahan iklim seperti kenaikan aras laut, banjir dan peningkatan suhu dalam Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang berpotensi memberi kesan terhadap infrastruktur serta pelaburan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedar akan risiko bencana hidro-iklim yang disebabkan oleh impak perubahan iklim terhadap Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura seperti kejadian banjir akibat episod hujan ekstrem, senario kenaikan aras laut yang berisiko menyebabkan hakisan dan banjir di kawasan pesisir pantai serta risiko peningkatan suhu dan episod pengurangan hujan semasa musim kering yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, kekurangan sumber air, risiko kebakaran dan jerebu. \n\n2. Dalam usaha untuk menangani impak berkaitan perubahan iklim di Malaysia, Kementerian ini dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian dan agensi terlibat sedang membangunkan strategi adaptasi yang komprehensif iaitu Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). Antara perancangan dan strategi adaptasi yang akan dipertimbangkan dalam pembangunan MyNAP bagi menghadapi impak bencana hidro-iklim adalah pembinaan infrastruktur yang tahan lasak terhadap bencana hidro-iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, dan musim kering, termasuk sistem perparitan dan perlindungan persisir pantai yang lebih berkesan. MyNAP akan memberikan gambaran keseluruhan serta solusi bagi mengurangkan ancaman perubahan iklim di negara kita.\n\n3. Infrastruktur kritikal seperti loji rawatan air dan kemudahan pembekalan tenaga akan ditambahbaik bagi memastikan ianya terus berfungsi walau di musim kering yang melampau. Sistem pengurusan banjir pula akan diperkukuh melalui pendekatan seperti Nature Based Solutions (NBS), serta menaik taraf empangan dan saliran untuk meningkatkan keupayaan pengurusan air. \n\n4. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang turut bertanggungjawab memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan Iskandar, Johor dengan kerjasama Pakar Teknikal daripada Climate Technology Centre and Network (CTCN) sedang membangunkan 'Multi-Hazard Platform' bagi meramalkan iklim ekstrem dan risiko bahaya yang akan dihadapi oleh Iskandar Malaysia.\n\n5. Dalam menangani kesan peningkatan suhu pula, teknologi bangunan hijau dan sumber tenaga boleh diperbaharui akan diperluas dan diintergrasikan dalam pelan pembangunan kawasan industri bagi mewujudkan persekitaran yang lebih mampan. Langkah-langkah seperti penggunaan teknologi cekap air, system penuaian air hujan, dan pembinaan takungan tambahan juga akan membantu memastikan bekalan air yang stabil semasa musim kemarau. \n\n6. Kementerian juga secara aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan perniagaan serta pakar iklim antarabangsa untuk berkongsi amalan terbaik dan menerima pakai penyelesaian yang inovatif. Melalui amalan perkongsian pintar ini, kementerian menyasarkan untuk memanfaatkan pelbagai kepakaran bagi menangani perubahan iklim dengan berkesan.\n\n7. Kementerian juga amat komited untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang isu perubahan iklim yang melibatkan pelbagai peringkat seperti penglibatan kumpulan rentan dan komuniti tempatan. Melalui bengkel, program komuniti dan inisiatif pendidikan, kementerian menyasarkan untuk menggalakkan amalan mampan dan membina budaya daya tahan dalam rantau ini.\n\n8. Gabungan strategi ini dijangka akan dapat meningkatkan daya tahan kelestarian jangka panjang di Malaysia termasuk di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dalam memastikan khazanah sumber asli terus dilindungi, sumber air yang mampan, melindungi alam sekitar, menyokong aktiviti ekonomi semasa dalam menghadapi cabaran iklim yang semakin ketara. Usaha berterusan dalam menangani risiko perubahan iklim secara proaktif berupaya untuk melindungi pelaburan dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan di rantau ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2751,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2751",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-21",
        "year": 2024,
        "no": "17",
        "member": "Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi",
        "area": "Sri Aman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan penjelasan mengenai strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber asli termasuk pengurusan dan pelestarian sumber untuk memastikan kelanjutan jangka panjang.",
        "question": "Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [ Sri Aman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan penjelasan mengenai strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber asli termasuk pengurusan dan pelestarian sumber untuk memastikan kelanjutan jangka panjang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli yang menjadi pemacu utama kepada pembangunan ekonomi termasuk sektor mineral dan perhutanan. Kementerian ini memainkan peranan penting dalam agenda kelestarian alam dan juga komitmen di peringkat nasional dan antarabangsa. Ini termasuklah soal pengurusan alam sekitar, usaha pemuliharaan dan perlindungan hutan dan kepelbagaian biologi serta memperkasa kecekapan tadbir urus sumber semula jadi bagi menjamin kelestarian pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.\n\n• Kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan kelanjutan jangka panjang dalam melaksanakan strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber asli termasuk pengurusan dan pelestarian sumber.\n\n• Kementerian telah menetapkan hala tuju industri mineral negara bagi tempoh 2021 hingga 2030 berteraskan pembangunan secara menyeluruh meliputi keseluruhan rantaian nilai dan pelaksanaan secara teratur dan efisien. Kementerian telah menetapkan beberapa strategi di bawah Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) dan Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) iaitu pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri mineral, penekanan terhadap konsep ekonomi kitaran atau circular economy dan galakan penggiat industri untuk membangunkan konsep urban mining sebagai inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan mineral secara optimum dan mampan serta bertanggungjawab. \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hutan juga merupakan antara sumber asli negara yang penting dimana pengusahasilan hutan masih diperlukan terutamanya untuk pembangunan ekonomi di negeri-negeri. Dalam hal ini, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri terus komited dalam melaksanakan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) yang memberikan penekanan terhadap keseimbangan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan serta fungsinya dalam pembangunan sosioekonomi di negeri-negeri.\n\n• Pengurusan hutan di Malaysia adalah berteraskan prinsip PHSB yang berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia. Perkara ini adalah selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Perhutanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum on Forests - UNFF). Antara elemen utama yang diamalkan di bawah PHSB adalah Catuan Tebangan Tahunan (CTT), pembalakan berimpak rendah (Reduce Impact Logging - RIL), pematuhan Kriteria dan Petunjuk Bagi PHSB Malaysia (Malaysian Criteria and Indicator for Sustainable Forest Management – MC&I), urus tadbir sektor perhutanan dikawal selia melalui Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan ordinan/enakmen perhutanan di negeri-negeri serta penggunaan kepelbagaian fungsi dan perkhidmatan ekosistem hutan melalui pembangunan ekopelancongan.\n\n• Kerajaan sedar bahawa sumber asli adalah terhad dan perlu dikawal agar manfaatnya dapat dirasai untuk generasi akan datang. Secara keseluruhannya, kerajaan komited untuk memastikan pembangunan ekonomi berasaskan sumber asli dijalankan secara seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar termasuklah melalui perkembangan teknologi semasa dan kolaborasi dengan pelbagai pihak. Usaha-usaha ini penting bagi memastikan bahawa sumber-sumber ini dapat terus memberi manfaat kepada generasi akan datang, serta menyumbang kepada kemakmuran negara secara mampan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2749,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2749",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-18",
        "year": 2024,
        "no": "18",
        "member": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim",
        "area": "Arau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) keluasan kawasan hutan simpanan kekal yang diceroboh; dan (b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk penguatkuasaan dan penanaman semula.",
        "question": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) keluasan kawasan hutan simpanan kekal yang diceroboh; dan\n(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk penguatkuasaan dan penanaman semula.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti penerokaan haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 selaras dengan seksyen 32 iaitu pendudukan atau penjalanan aktiviti tanpa kebenaran. Manakala, seksyen 81 pula memperuntukkan perbuatan-perbuatan yang dilarang dalam HSK seperti melepaskan ternakan, membersih atau membajak tanah, menangkap ikan dan merosakkan atau menebang mana-mana pokok. Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM100 ribu dan hukuman penjara sehingga hingga 7 tahun atau kedua-duanya.\n\n• Sehingga 31 Disember 2023, seluas 38,376.78 hektar kawasan HSK yang melibatkan 1,074 lokasi di Semenanjung Malaysia telah diteroka secara haram dengan pelbagai aktiviti seperti pertanian (penanaman pokok kelapa sawit, pisang, getah, durian, dokong, koko, sayur-sayuran dan lain-lain), perlombongan, penempatan, pembinaan bangunan, pembinaan jeti, aktiviti akuakultur, tanah perkuburan, kawasan rekreasi, gerai makan dan bangunan keagamaan.\n\nSoalan (b)\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri mengambil langkah proaktif dalam membanteras aktiviti penerokaan atau pencerobohan haram dalam kawasan HSK, antaranya:\n\n• memperkasa operasi Pusat Pemantauan Sumber Hutan sebagai sebuah hub berpusat (one stop centre) di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang bertujuan memantau sumber hutan negara. Pemantauan dilaksanakan melalui sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS) bagi mengesan sebarang perubahan litupan kawasan berhutan yang berlaku di dalam HSK;\n\n• melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak di mana sistem ini berupaya untuk menggabungkan analisis imej satelit setiap minggu, menentusahkan titik kordinat di lapangan menggunakan pesawat hyperspectral yang dilengkapi kamera dan seterusnya maklumat disalurkan kepada pasukan di lapangan untuk tindakan penguatkuasaan;\n\n• menggunakan imej satelit sebagai langkah pemantauan jarak jauh (remote sensing) melalui sistem aplikasi iForSabah yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan Agensi Angkasa Malaysia untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku dalam kawasan hutan simpan di Sabah; dan\n\n• memperkasa perundangan perhutanan melalui Akta Perhutanan Negara (pindaan) 2022 yang telah diwarta pada 20 September 2022 bagi memperkukuhkan kuasa pegawai penguatkuasaan dalam membanteras jenayah hutan dan meningkatkan kadar jumlah denda dan hukuman ke atas pesalah.\n\n• Selain itu, bagi aktiviti penanaman semula, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pelaksanaan Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemuliharaan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia yang mana melibatkan seluas 1,640 hektar kawasan hutan terosot akibat penerokaan atau bencana alam. Sehingga kini, seluas 1,235 hektar kawasan hutan terosot telah dipulihkan dengan penanaman sebanyak 731,176 pokok hutan pelbagai spesies melibatkan kawasan hutan terosot yang berada di dalam dan luar kawasan HSK. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2765,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2765",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "18",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan kawasan yang diwartakan menjadi kawasan penanaman pokok bakau di pesisir pantai dan sungai di Parlimen Merbok sebagai meningkatkan benteng hakisan selain meningkatkan kualiti alam.",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan keluasan kawasan yang diwartakan menjadi kawasan penanaman pokok bakau di pesisir pantai dan sungai di Parlimen Merbok sebagai meningkatkan benteng hakisan selain meningkatkan kualiti alam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tragedi tsunami yang melanda pantai barat laut Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2004 telah membuktikan peranan hutan paya laut sebagai pemecah ombak dan penstabil bagi kawasan persisiran pantai. Kawasan yang mempunyai hutan paya laut yang luas dan padat didapati mengalami kemusnahan dan kerosakan yang minimum.\n\n• Menyedari kepentingan hutan paya laut kepada kestabilan ekosistem kawasan pesisiran pantai, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara pada 7 Februari 2005. Program nasional jangka panjang ini bertujuan memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut yang penting untuk menjamin kestabilan kawasan pesisiran pantai, termasuk berfungsi sebagai benteng untuk memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak.\n\n• Sehingga 31 Disember 2023, seluas 176.80 hektar kawasan Hutan Simpan Merbok yang terletak dalam Parlimen Merbok telah ditanam dengan 1,003,268 pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2731,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2731",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-06",
        "year": 2024,
        "no": "19",
        "member": "Dr. Mohammed Taufiq bin Johari",
        "area": "Sungai Petani",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh Kementerian untuk menjangkakan potensi kesan fenomena La Nina ke atas Malaysia, khususnya dari segi tebatan banjir, kesiapsiagaan meng...",
        "question": "Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh Kementerian untuk menjangkakan potensi kesan fenomena La Nina ke atas Malaysia, khususnya dari segi tebatan banjir, kesiapsiagaan menghadapi bencana dan sokongan kepada masyarakat yang terdedah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan majoriti model iklim antarabangsa menunjukkan fenomena La Niña lemah dijangka bermula antara bulan Oktober hingga November 2024 dan akan berterusan sehingga Mac 2025.\n\n2. Di Malaysia, fenomena La Niña lemah ini dijangka tidak akan memberikan kesan yang signifikan terhadap taburan hujan di negara kita. Walau bagaimanapun, memandangkan La Niña berlaku serentak dengan Monsun Timur Laut, sedikit peningkatan jumlah hujan mampu menyebabkan bencana banjir terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Sabah. Ini adalah kerana negara kita mengalami cuaca yang lebih lembap dan berawan semasa Monsun Timur Laut. Secara amnya, tiada corak peningkatan jumlah hujan yang konsisten semasa La Niña di Malaysia kerana setiap kejadian La Niña memberikan kesan yang unik dan berlainan. Rekod Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menunjukkan yang La Niña berintensiti lemah hingga sederhana tidak memberi kesan yang ketara dari segi corak taburan hujan negara.\n\n3. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun sentiasa memantau situasi status La Niña ini. MET Malaysia mengeluarkan tinjauan cuaca jangka panjang berdasarkan konsensus beberapa model tinjauan iklim antarabangsa bagi mengesan pembentukan La Niña dan mengemaskini maklumat setiap bulan yang dipaparkan di laman sesawang rasmi MET Malaysia.\n\n4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MET Malaysia melalui Pusat Operasi Cuaca & Geofizik Nasional (POCGN) bersama pejabat-pejabat ramalan negeri dan stesen-stesen pencerapan meteorologi di seluruh negara beroperasi 24 jam dalam melakukan pencerapan dan pemantauan cuaca secara berterusan. \n5. Disamping itu, MET Malaysia sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap sistem ramalan cuaca negara bagi menghasilkan ramalan yang lebih tepat dan seterusnya dapat membantu pihak agensi pengurusan bencana untuk bertindak lebih awal dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin. MET Malaysia juga sentiasa terus membekalkan maklumat-maklumat berkaitan kepada pihak pemegang taruh dalam usaha kesiapsiagaan menghadapi pelbagai kemungkinan bencana alam yang akan berlaku.\n\n6. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan sistem penyampaian, MET Malaysia telah membangunkan aplikasi mobil myCuaca yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi untuk diakses pada bila-bila masa oleh orang ramai. MET Malaysia juga turut membangunkan aplikasi mobil RakanMET iaitu medium perkongsian maklumat cuaca setempat di kalangan orang awam. Selain itu, Jabatan juga menyampaikan ramalan dan amaran cuaca menggunakan pelbagai medium seperti media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube), laman sesawang Jabatan dan media massa (televisyen dan radio).\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2758,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2758",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Hassan bin Abdul Karim",
        "area": "Pasir Gudang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memperkemas Akta Pengambilan Tanah Tahun 1960 (Akta 486) untuk mengelakkan agar tidak berulang lagi kes Kerajaan diarah serah tanah Jalan Dut...",
        "question": "Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memperkemas Akta Pengambilan Tanah Tahun 1960 (Akta 486) untuk mengelakkan agar tidak berulang lagi kes Kerajaan diarah serah tanah Jalan Duta seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, 6 Ogos 2024.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nAkta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] telah berkuatkuasa mulai 13 Oktober 1960 bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan pengambilan tanah, penilaian terhadap pampasan pengambilan tanah dan perkara-perkara lain yang bersampingan dengannya. Sebelum 1960, kerajaan melaksanakan pengambilan tanah berdasarkan Land Acquisition Enactment Cap 140. Antara contoh pengambilan tanah yang telah dibuat mengikut Cap 140 adalah kawasan dahulunya dikenali sebagai Diplomatic Enclave dan kini menempatkan bangunan-bangunan kerajaan seperti Kompleks Jalan Duta.\nAkta 486 telah digubal selaras dengan Perkara Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Prosedur pengambilan tanah di bawah Akta ini telah dilengkapkan sehingga kepada pengeluaran Borang K iaitu pengambil milikan tanah secara rasmi bagi mengelakkan berulangnya kes di mana Kerajaan diarah menyerahkan semula tanah kepada pemilik.\nBagi melindungi hak pemilik tanah, Akta 486 juga memberi ruang kepada pemilik tanah untuk membuat bantahan kepada Mahkamah berkenaan sukatan (pengukuran) tanah, amaun pampasan, orang yang kepadanya pampasan itu boleh dibayar dan pembahagian pampasan itu. Selain itu, agensi pemohon juga boleh membuat bantahan terhadap amaun pampasan yang diputuskan oleh Pentadbir Tanah kepada Mahkamah.\nKerajaan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) sentiasa berusaha untuk menambah baik perundangan berkaitan pengambilan tanah selari dengan tren dan pola pembangunan, termasuk pengambilan tanah bawah tanah dan pengambilan strata. \nKe arah itu, JKPTG akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkuasa negeri dan pihak-pihak berkepentingan sebelum memuktamadkan cadangan pindaan untuk diangkat bagi mendapatkan pertimbangan Kerajaan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2727,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2727",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-29",
        "year": 2024,
        "no": "20",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) laporan susulan mengenai insiden kematian empat ekor gajah di Kampung Sri Timur, Kahang pada Jun lalu; dan (b) langkah mitigasi yang dilaksanakan untuk memelihara habitat dan popul...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) laporan susulan mengenai insiden kematian empat ekor gajah di Kampung Sri Timur, Kahang pada Jun lalu; dan\n(b) langkah mitigasi yang dilaksanakan untuk memelihara habitat dan populasi gajah daripada ancaman kepupusan serta perincian pelan tindakan bagi menangani konflik antara manusia dengan gajah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil berat terhadap insiden kematian gajah di Kahang pada 1 Jun 2024. Laporan makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati tiada penemuan spesifik mengenai punca kepada kematian gajah-gajah tersebut. Keputusan ujian racun oleh Jabatan Kimia Malaysia pula mendapati semua sampel yang telah dihantar adalah negatif atau tidak mengesan racun umum seperti racun makhluk perosak, pestisid organofisfat dan pestisid organoklorin\n\n2. Walaupun ujian keracunan tidak mengesan racun umum, kematian gajah-gajah tersebut disyaki sebagai keracunan. Ini adalah berdasarkan kepada penemuan tanda-tanda sel yang tidak normal semasa bedah siasat yang menjurus kepada keracunan akibat pengambilan bahan yang mengandungi toksik yang tidak diketahui.\n\n3. Berhubung dengan pelaksanaan langkah mitigasi, Jabatan PERHILITAN akan terus melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara habitat dan populasi gajah bagi mengurangkan kes konflik manusia dan gajah antaranya seperti berikut: \n\n• menjalankan 11 operasi tangkapan gajah dari tahun 2020 hingga Ogos 2024 di Mersing, Johor dan dipindahkan ke habitat yang lebih luas dan sesuai iaitu jauh daripada penempatan penduduk;\n\n• membina 3 unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal dan mudah alih di Segamat di Felcra Gugusan Peta Temalik - Kemajuan Kg. Sungai Labis (Kg. Tenang); Kluang (Kg. Sri Lukut (Ldg Persind - Sg. Temechil); dan Kota Tinggi (Kg. Mawai);\n\n• memasang 2 unit kolar satelit bagi kumpulan gajah yang telah dikenal pasti pada tahun 2024 bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian;\n\n• menyokong usaha mewujudkan rangkaian koridor dan habitat gajah melalui Projek Elephant Foodbank oleh pihak ladang dan masyarakat setempat bagi mengurangkan impak kerosakan tanaman seperti Projek Elephant Foodbank oleh pihak KL-Kepong di Johor; dan\n\n• membuat hebahan melalui kenyataan media sosial, video pendek dan poster lintasan gajah semasa musim perayaan bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna jalan raya mengenai langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku pertembungan dengan gajah.\n\n4. Jabatan PERHILITAN juga melaksanakan tindakan kontigensi jangka panjang untuk menangani konflik manusia dan gajah dengan membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) (NECAP 2.0) sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah yang lebih menyeluruh. Ini termasuk mengadakan program kesedaran awam ke arah kewujudan bersama (co-existence) bersama pemegang taruh bagi memberi kesedaran mengenai pengurusan konflik hidupan liar termasuklah gajah.\n\n5. Selain itu, pihak Jabatan PERHILITAN dan Kerajaan Negeri Johor telah membangunkan sebuah Santuari Gajah di Parlimen Kota Tinggi, Johor yang terletak di sebuah kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai Tapak Santuari Gajah Johor. Tapak ini telah diwartakan pada 16 Julai 2020 dan 24 Julai 2024 dengan keluasan lebih kurang 197 ekar. \n\n6. Projek pembangunan santuari ini terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 ialah Pembangunan Kemudahan Asas (RMKe-11) seperti bangunan pejabat, berek kakitangan dan padok gajah telah bermula pada tahun 2016 dan siap pada tahun 2020. Projek pembangunan JES Fasa 2 telah bermula pada tahun 2021 hingga 2026 termasuk melibatkan projek pembangunan fasiliti dan kemudahan pelawat. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2725,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2725",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-29",
        "year": 2024,
        "no": "22",
        "member": "Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary",
        "area": "Pengkalan Chepa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana usaha Kementerian membangunkan Dasar Mineral Negara bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan nadir bumi dan adakah exco-exco setiap negeri turut sama d...",
        "question": "Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana usaha Kementerian membangunkan Dasar Mineral Negara bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan nadir bumi dan adakah exco-exco setiap negeri turut sama dilibatkan dalam merangka dasar tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengambil inisiatif merangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) bagi menyokong pembangunan industri mineral yang berdaya saing selaras dengan perkembangan semasa. Kerangka DMN3 telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Januari 2024. \n\n• Kementerian juga telah membentangkan kerangka DMN3 dalam platform seperti Majlis Mineral Negara (MMN) Ketiga dan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) Pertama. MMN dan JKPPIM dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuklah Menteri-Menteri Besar dan Exco-Exco bagi membincangkan hal ehwal dasar dan operasi industri mineral berkaitan pembangunan industri mineral negara dan ini termasuklah Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan REE.\n\n• Kementerian sentiasa terbuka dalam melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka dasar-dasar yang melibatkan pembangunan industri mineral negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2750,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2750",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-18",
        "year": 2024,
        "no": "22",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi perubahan iklim di Malaysia terutamanya peningkatan suhu dan kekurangan air hujan sehingga 36.3% di sesetengah tempat mengikut ...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi perubahan iklim di Malaysia terutamanya peningkatan suhu dan kekurangan air hujan sehingga 36.3% di sesetengah tempat mengikut laporan Kementerian Tenaga, Sains dan Perubahan Iklim pada tahun 2018.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perubahan iklim adalah masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia ini. Semua negara tidak terkecuali daripada kesan perubahan iklim seperti peningkatan suhu, cuaca ekstrem, taufan yang kuat dan peningkatan paras air laut. \n\n2. Kementerian ini juga sedar akan risiko bencana hidro-iklim yang disebabkan oleh impak perubahan iklim seperti risiko peningkatan suhu dan episod pengurangan hujan semasa musim kering yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, kekurangan sumber air, risiko kebakaran dan jerebu. Oleh itu, Kementerian ini sedang membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). MyNAP akan mengambil kira perancangan dan strategi pelaksanaan adaptasi di bawah PETRA bagi sektor air antara lain seperti berikut:\n\n• Pelaksanaan reka bentuk infrastruktur adaptif yang berdaya tahan terhadap kesan bencana hidro-iklim seperti kenaikan paras laut, banjir dan musim kering. Ia termasuklah pembinaan sistem perparitan dan struktur tebatan banjir yang lebih berkesan, pembinaan ban dan struktur perlindungan pantai yang mengambil kira faktor perubahan iklim dan peningkatan aras laut di dalam elemen reka bentuk masing-masing. \n\n• Reka bentuk infrastruktur kritikal seperti kemudahan tenaga dan loji rawatan air yang boleh berfungsi dengan berkesan semasa musim kering dan akan membantu dalam mengekalkan perkhidmatan penting serta mencegah gangguan operasi bekalan air.\n\n• peningkatan penggunaan teknologi bangunan hijau dan penggabungan sumber tenaga boleh diperbaharui. Dengan menggalakkan amalan cekap tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon, sasaran kita adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mampan dan berdaya tahan iklim pada masa hadapan.\n\n• langkah-langkah adaptasi yang efektif bagi episod musim kering, contohnya melalui pelaksanaan teknologi cekap air, seperti sistem pengairan pintar, penuaian air hujan dan kitar semula air sisa terawat (air pulih guna), meningkatkan kapasiti takungan sedia ada dan mewujudkan kemudahan penyimpanan tambahan boleh membantu memastikan bekalan air yang stabil semasa musim kemarau yang berpanjangan. Ini termasuk takungan bawah tanah dan takungan air pinggiran sungai (TAPS) yang direkabentuk untuk menakung air lebihan semasa musim hujan dan boleh digunakan semula semasa musim kering.\n\n3. NRES juga secara aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan perniagaan serta pakar iklim antarabangsa untuk berkongsi amalan terbaik dan menerima pakai penyelesaian yang inovatif. Melalui amalan perkongsian pintar ini, kementerian menyasarkan untuk memanfaatkan pelbagai kepakaran bagi menangani perubahan iklim dengan berkesan.\n\n4. Kementerian juga amat komited untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang isu perubahan iklim yang melibatkan pelbagai peringkat seperti penglibatan kumpulan rentan dan komuniti tempatan. Melalui bengkel, program komuniti dan inisiatif pendidikan, kementerian menyasarkan untuk menggalakkan amalan mampan dan membina budaya daya tahan dalam rantau ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2726,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2726",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-29",
        "year": 2024,
        "no": "24",
        "member": "Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan",
        "area": "Kota Bharu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) statistik kadar simpanan (deposit) Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia; dan (b) pelaksanaan garis panduan aktiviti perlombongan NR-RE...",
        "question": "Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) statistik kadar simpanan (deposit) Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia; dan\n(b) pelaksanaan garis panduan aktiviti perlombongan NR-REE di luar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) hasil daripada projek perintis di Kenering, Perak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• statistik kadar simpanan (deposit) Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia\n\n• Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah melaksanakan kajian awal persampelan tinjauan potensi unsur nadir bumi (REE) dari lempung jerapan ion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) meliputi kawasan seluas 12,150 km2. Sebanyak 29 kawasan berpotensi telah dikenal pasti dengan kapasiti sebanyak 16.1 juta tan.\n\n• Namun demikian, anggaran sumber ini bukanlah merupakan jumlah deposit sebenar yang berpotensi untuk dilombong kerana ia belum mengambil kira lokasi dan juga status guna tanah. Berdasarkan semakan dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), JMG menyimpulkan secara keseluruhan terdapat seluas 24,284 kilometer persegi kawasan taburan REE di Semenanjung Malaysia.\n\n• Daripada jumlah keluasan tersebut, 22,275 kilometer persegi berada dalam Hutan Simpan Kekal (HSK), manakala 2,009 kilometer persegi merupakan kawasan di luar HSK. Statistik kadar simpanan (deposit) REE mengikut negeri di Semenanjung Malaysia hanya akan dikeluarkan setelah aktiviti pemetaan lanjut dibuat melalui peruntukan pembangunan bagi menentukan kedudukan sebenar deposit tersebut.\n\n• pelaksanaan garis panduan aktiviti perlombongan NR-REE di luar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) hasil daripada projek perintis di Kenering, Perak\n\n• Kementerian telah mengedarkan dokumen prosedur operasi standard (SOP) perlombongan REE di Malaysia kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023. Dokumen SOP ini merupakan dokumen prosedur bersifat umum yang telah merangkumkan keseluruhan akta dan perundangan berkaitan.\n\n• Kerajaan Negeri yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti perlombongan REE boleh membangunkan SOP sendiri yang bersesuaian dengan perundangan negeri. Dokumen SOP perlombongan REE di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Kementerian boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan SOP perlombongan REE dengan pindaan yang bersesuaian di negeri masing-masing.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2732,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2732",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-06",
        "year": 2024,
        "no": "24",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah penguatkuasaan dan pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat dilaksanakan memandangkan perwakilan k...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah penguatkuasaan dan pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat dilaksanakan memandangkan perwakilan kuasa oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) tidak berlaku.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengenai perwakilan kuasa di bawah seksyen 34A Akta kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] bagi membolehkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) oleh Jabatan PERHILITAN dapat dilaksanakan. \n\n2. Dalam hal ini, JAS telah menyediakan draf Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kepada Agensi) 2024 berhubung perwakilan kuasa kepada Jabatan PERHILITAN dan perintah ini dijadualkan untuk dimuktamadkan pada akhir tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2746,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2746",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-23",
        "year": 2024,
        "no": "24",
        "member": "Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan",
        "area": "Permatang Pauh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kerajaan dalam menyelesaikan aset beku umat Islam yang sudah melebihi RM100 bilion.",
        "question": "Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kerajaan dalam menyelesaikan aset beku umat Islam yang sudah melebihi RM100 bilion.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dalam konteks harta pusaka, aset beku bermaksud harta milik si mati yang masih belum diuruskan pengagihan kepada waris-waris yang berhak. Hal ini berlaku kerana tiada sebarang permohonan daripada waris si mati untuk mendapatkan Surat Kuasa Tadbir atau Perintah Pengagihan dari agensi yang berkuatkuasa menurut perundangan di Malaysia. \n\n• Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG) merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang diberi kuasa menerusi Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] bagi menguruskan pembahagian harta pusaka kecil bernilai tidak melebihi RM5 juta. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh JKPTG berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh waris si mati. Pihak JKPTG tidak mempunyai maklumat mengenai harta pusaka individu yang tidak dipohon petisyen pengagihan di bawah Seksyen 8, Akta 98. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa nilai aset beku umat Islam sudah melebihi RM100 bilion adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan. \n\n• Sebagai alternatif bagi menangani masalah aset beku, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi JKPTG telah menguatkuasakan pindaan Akta 98 menerusi Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A1643] mulai 15 Julai 2024. Melalui pindaan tersebut, bidang kuasa JKPTG dalam urusan pembahagian harta pusaka kecil telah dinaikkan daripada RM 2 juta kepada RM 5 juta serta merangkumi kedua-dua aset alih dan aset tak alih. Langkah ini dapat menggalakkan waris si mati mengemukakan petisyen pembahagian setelah menimbangkan faktor seperti:\n\n(a) kos pengurusan yang lebih rendah kerana tidak perlu membayar kos guaman sekiranya kes dirujuk ke Mahkamah Tinggi; dan\n(b) permohonan pembahagian pusaka yang melibatkan harta alih sahaja kini boleh dirujuk kepada pihak JKPTG sebagai alternatif kepada Amanah Raya Berhad yang mengenakan caj yang lebih kompetitif.\n\n• Dengan pindaan ini, waris si mati boleh mendapatkan perkhidmatan pembahagian harta pusaka yang disediakan oleh Kerajaan melalui JKPTG dengan kos yang minima. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2759,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2759",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "24",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a)apakah status semasa 'Malaysia National Mineral Industry Transformation Plan 2021-2030' yang dilancarkan pada 18 Ogos 2021; dan (b)apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dal...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a)apakah status semasa 'Malaysia National Mineral Industry Transformation Plan 2021-2030' yang dilancarkan pada 18 Ogos 2021; dan\n(b)apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pengekstrakan dan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) termasuk industri hiliran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• apakah status semasa 'Malaysia National Mineral Industry Transformation Plan 2021-2030' yang dilancarkan pada 18 Ogos 2021; \n\n• Susulan daripada pelancaran Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa tindakan selari dengan teras-teras yang telah dirangka di bawah TIM 2021-2030 seperti berikut:\n\n• NRES sedang dalam rangka kerja untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Negara (LPMM) sebagai sebuah badan berkanun yang akan memacu pembangunan sektor mineral dan geosains negara;\n\n• memulakan gerak kerja untuk meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] bagi memastikan perundangan berkaitan mineral adalah terkini dan relevan untuk situasi industri mineral semasa;\n\n• bekerjasama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk membangunkan dokumen model perniagaan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) di Malaysia; dan \n\n• Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang giat melaksanakan aktiviti pemetaan bagi mineral strategik khususnya bagi pemetaan REE.\n\n• apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pengekstrakan dan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) termasuk industri hiliran\n\n• Kementerian telah membentangkan kertas dasar hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 5 Ogos 2024. Berdasarkan keputusan MTEN dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2024, Kementerian telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF) pada 14 Oktober 2024 bagi memuktamadkan hala tuju berkaitan industri REE di Malaysia.\n\n• Melalui mesyuarat tersebut, satu special task force akan ditubuhkan untuk membincangkan mengenai isu-isu serta menetapkan hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia. Di bawah special task force ini akan diwujudkan tiga (3) jawatankuasa teknikal yang akan mengkaji aspek berkaitan industri REE meliputi pelaburan, teknologi, insentif termasuk termasuk penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R,D,C&I). \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2719,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2719",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-17",
        "year": 2024,
        "no": "25",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menyesuaikan pendekatan perlombongan Kanada untuk pengekstrakan nadir bumi (rare earth extraction) dan melindungi hak Orang Asli.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menyesuaikan pendekatan perlombongan Kanada untuk pengekstrakan nadir bumi (rare earth extraction) dan melindungi hak Orang Asli.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan polisi semasa, sebarang aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia adalah tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Laporan EIA secara keseluruhan meliputi pelbagai aspek antaranya topografi, geologi, tanah, hidrologi, dan kawasan sensitif alam sekitar.\n\n• Perlindungan hak Orang Asli juga merupakan salah satu elemen yang diberi keutamaan dalam proses laporan EIA. Dalam kajian EIA, kawasan kajian hendaklah meliputi keluasan dengan radius 5 km di luar kawasan perlombongan bagi memastikan kepentingan dan hak Orang Asli di kawasan terlibat diambil kira.\n\n• Dalam usaha penyesuaian pendekatan perlombongan Kanada, Kementerian akan terus mengkaji amalan terbaik yang diguna pakai terutamanya dalam melindungi hak Orang Asli. Pada masa ini, Kementerian sedang dalam rangka untuk menyertai beberapa platform piawaian perlombongan berkelas dunia seperti program Towards Sustainable Mining (TSM) dan The Initiative for Responsible Mining Initiative (IRMA) melalui kerjasama antarabangsa sedia ada termasuk dengan pihak Kerajaan Kanada.\n\n• Di samping itu, berdasarkan kerjasama tersebut, Kementerian akan mempertimbang pendekatan-pendekatan yang bersesuaian dan sekiranya relevan boleh disesuaikan dan diterapkan di Malaysia demi memastikan pengekstrakan REE dan mineral lain dilakukan secara lestari dan bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2768,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2768",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-12",
        "year": 2024,
        "no": "25",
        "member": "Tuan Hassan bin Abdul Karim",
        "area": "Pasir Gudang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab sering berlaku kejadian pembuangan sisa toksik kimia di sungai-sungai di Pasir Gudang. Kejadian terbaru pada bulan September 2024 yang lalu. Adakah ini kerana kegagalan kerja-kerja...",
        "question": "Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sebab sering berlaku kejadian pembuangan sisa toksik kimia di sungai-sungai di Pasir Gudang. Kejadian terbaru pada bulan September 2024 yang lalu. Adakah ini kerana kegagalan kerja-kerja pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa mengambil berat dan berwaspada terhadap insiden pembuangan sisa toksik kimia yang sering berlaku di sungai-sungai sekitar Pasir Gudang. Antara faktor penyumbang kepada isu ini termasuk kepesatan perindustrian di kawasan Pasir Gudang di mana peningkatan jumlah kilang dan industri ini turut membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran sisa toksik kimia. \n\n• Selain itu, kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan alam sekitar dalam kalangan pengusaha kilang dan industri telah mendorong sebahagian mereka untuk melanggar peraturan serta undang-undang yang ditetapkan. Tambahan pula, terdapat segelintir pihak yang memilih untuk melupuskan sisa toksik kimia secara haram bagi menjimatkan kos pelupusan, tanpa memikirkan impak negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan masyarakat setempat.\n\n• Walau bagaimanapun, NRES terus komited dalam memantau dan menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil, siasatan terperinci perlu dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam pembuangan sisa toksik secara haram ini. Aktiviti pelupusan haram ini sering dilakukan secara tersembunyi, menyulitkan proses siasatan oleh JAS. Antara faktor yang menyukarkan siasatan JAS adalah seperti berikut:\n\n• Ketiadaan bukti lengkap berkaitan kenderaan yang terlibat dalam pelupusan haram buangan terjadual;\n\n• Kekurangan maklumat yang boleh mengaitkan buangan yang dilupuskan secara haram ini dengan pengeluar buangan terjadual yang berkenaan; dan\n\n• Aktiviti pelupusan dilakukan di kawasan terpencil yang jauh dan terlindung dari laluan utama.\n\n• Berhubung perkara ini, NRES juga menyeru orang awam untuk membuat aduan dan laporan kepada JAS melalui talian 1800-88-2727 atau melalui portal e-Aduan dengan segera jika mendapati terdapat aktiviti yang mencurigakan. Tindakan ini amat penting bagi membantu pihak JAS membanteras isu pembuangan sisa toksik kimia secara haram.\n\n• Di samping itu, Pihak JAS akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan selaras dengan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Pindaan ini meliputi denda sehingga maksimum RM10 juta bagi kesalahan pelupusan haram buangan terjadual. Selain itu, hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Nilai kompaun juga telah ditingkatkan daripada RM2,000 kepada maksimum 50% daripada nilai denda maksimum bagi kesalahan berkaitan.\n\n• Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) akan diperkasakan melalui Pembangunan Blueprint Pengawasan Alam Sekitar Kebangsaan 2024-2034 yang bertujuan untuk memperkukuh peranan JAS dalam mengawasi dan memantau kualiti alam sekitar secara holistik dan sistematik sehingga tahun 2034. Aktiviti pemantauan ini juga akan terus diperkukuhkan dengan menjalin kerjasama erat bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk melaksanakan rondaan di kawasan-kawasan hotspot kejadian. \n\n• Belanjawan tahun 2025 juga telah memberi penekanan terhadap aspek penguatkuasaan alam sekitar melalui usaha pengukuhan penguatkuasaan oleh JAS dan penambahbaikan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dengan peruntukan berjumlah RM3.9 juta. Peruntukan ini boleh dimanfaatkan untuk memantapkan lagi kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan oleh JAS.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2720,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2720",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-17",
        "year": 2024,
        "no": "26",
        "member": "Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien",
        "area": "Julau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian bagi menangani isu pencemaran sungai dengan peningkatan ladang kelapa sawit yang menjejaskan sumber air bagi penduduk terutamanya di kawasan Lasi di Meluan dan Ulu W...",
        "question": "Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan Kementerian bagi menangani isu pencemaran sungai dengan peningkatan ladang kelapa sawit yang menjejaskan sumber air bagi penduduk terutamanya di kawasan Lasi di Meluan dan Ulu Wak, Tugong dan Sungai Kedang di Pakan yang masih belum mempunyai bekalan air bersih terawat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) amat prihatin dengan keperluan sumber air bersih oleh penduduk terutamanya di kawasan Lasi di Meluan dan Ulu Wak, Tugong dan Sungai Kedang di Pakan.\n\n• Pencemaran air sungai yang berpunca daripada kilang pemprosesan kelapa sawit adalah tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Berdasarkan kepada semakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), didapati bahawa tiada sebarang premis industri mahupun kilang kelapa sawit di kawasan yang dinyatakan. \n\n• Sebagai makluman kepada semua Ahli Yang Berhormat, di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar Kebangsaan, sebanyak 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai telah dipantau di seluruh negara. Di Negeri Sarawak, sebanyak 62 sungai yang dipantau di bawah Program ini termasuk Sungai Jalau dan Sungai Pakan di dalam Lembangan Sungai Rajang. Status kualiti air sungai bagi Sungai Jalau dan Sungai Pakan adalah konsisten berada di dalam kategori Bersih dalam tempoh lima (5) tahun iaitu dari tahun 2019 sehingga tahun 2023.\n\n• Bagi memastikan kualiti air sungai terus terpelihara, JAS telah mengambil tindakan seperti berikut:\n\n• Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk mengawal punca pencemaran;\n\n• Menjalankan pengawasan di dua buah lokasi stesen pemantauan kualiti air di Sungai Julau dan Sungai Pakan secara berkala;\n\n• Meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa di bawah Kerajaan Negeri seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan tindakan pemantauan serta penguatkuasaan di sungai secara berterusan dilaksanakan;\n\n• Memperbanyakkan penganjuran dan meningkatkan keberkesanan program promosi dan kesedaran awam kepada semua pemegang taruh akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar; dan\n\n• Mengenakan tindakan tegas dengan pengeluaran notis arahan, kompaun, penahanan operasi kelengkapan, gantung/tarik balik lesen, perintah larangan dan tindakan mahkamah ke atas premis-premis yang didapati gagal mematuhi Akta 127 ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2752,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2752",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-21",
        "year": 2024,
        "no": "26",
        "member": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh",
        "area": "Besut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui bersama negeri-negeri dalam melindungi kepentingan dan kedaulatan negeri dalam proses merangka Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.",
        "question": "Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui bersama negeri-negeri dalam melindungi kepentingan dan kedaulatan negeri dalam proses merangka Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bermula pada bulan Julai 2024, NRES telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri, agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, persatuan, pihak swasta dan lain-lain bagi mendapatkan input dan maklum balas awal mengenai pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK). DPKK akan menetapkan hala tuju perdagangan kredit karbon di bawah pasaran pematuhan dan sukarela sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.\n2. Sesi libat urus ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat pegawai, malah turut dilaksanakan di peringkat pengurusan tertinggi dan Menteri. Sehingga kini, NRES telah mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Johor, Pahang, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Sabah dan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan negeri-negeri yang lain.\n3. Dalam sesi libat urus yang dilaksanakan, Kementerian telah memaklumkan prinsip-prinsip yang diamalkan dalam membangunkan DPKK. Antaranya adalah mengenai hak Kerajaan Negeri bagi perkara berkaitan sumber asli dan hasil negeri akan sentiasa dihormati selaras dengan perlembagaan persekutuan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan dilibatkan dalam perbincangan dan pembangunan dasar-dasar perubahan iklim yang berkaitan bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri sentiasa terpelihara.\n4. Selain itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Jun 2024 juga telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan yang akan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur, seimbang dan mengambil kira pandangan pemegang taruh khususnya Kerajaan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2733,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2733",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-06",
        "year": 2024,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Syahredzan bin Johan",
        "area": "Bangi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan pindaan terhadap akta yang kini b...",
        "question": "Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan pindaan terhadap akta yang kini berkuatkuasa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seperti mana semua ahli yang berhormat sedia maklum, Akta kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 ini telah diwartakan pada 6 Jun 2024 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 2024. Pindaan ini telah mula berkuatkuasa mulai 7 Julai 2024.\n\n• Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dan sedang mengambil langkah-langkah untuk memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan agar selari dengan pindaan akta yang telah dibuat. Antara langkah-langkah yang diambil termasuk:\n\n• Menyediakan latihan kemahiran kepada anggota penguatkuasa secara berfokus dan berterusan;\n\n• Meningkatkan keupayaan maklumat risikan elemen pencemaran bersama dengan agensi penguatkuasa yang berkaitan;\n\n• Melaksanakan penguatkuasaan menerusi program Smart Enforcement dengan penggunaan teknologi maklumat dan teknologi pintar bagi membolehkan pemantauan pematuhan dan kerja-kerja siasatan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan;\n\n• Menjalankan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Badan Kawal Selia Air Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).\n\n• Melaksanakan perolehan pakaian seragam kepada semua anggota penguatkuasa JAS agar lebih dikenali setanding dengan agensi penguatkuasa yang lain;\n\n• Membuat perolehan kenderaan dan keperluan peralatan teknikal bagi memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan;\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2734,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2734",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-06",
        "year": 2024,
        "no": "28",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) langkah Kementerian bagi menangani isu setiap penduduk Malaysia menelan swallows purata 502.3 miligram mikroplastik sehari; dan (b) apakah kemajuan yang telah dicapai dalam pelaksa...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) langkah Kementerian bagi menangani isu setiap penduduk Malaysia menelan swallows purata 502.3 miligram mikroplastik sehari; dan\n(b) apakah kemajuan yang telah dicapai dalam pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik 2018-2030 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik 2021-2030.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil maklum dan memandang serius terhadap semua artikel-artikel dan kajian-kajian yang diterbitkan termasuk dalam Environment Science and Technology. Berdasarkan artikel yang diterbitkan pada 21 Mei 2024 ini, dikatakan Malaysia telah dikategorikan sebagai negara yang rakyatnya yang paling banyak memakan mikroplastik yang dianggarkan sebanyak 15 gram/sebulan (microplastic consumption).\n\n• Berkenaan microplastic consumption, kajian tersebut mengaitkan dengan tabiat pemakanan ikan dan makanan laut (seafood). Dalam hal ini, berkemungkinan perkara ini terjadi akibat daripada pencemaran sisa plastik yang “terlepas” atau “tidak dapat dikutip” atau “terbuang” sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam persekitaran (leakage of plastic waste into the environment) yang akhirnya akan mengalir ke sungai, saliran dan seterusnya ke lautan. Perkara ini juga dikaitkan dengan marine litter atau marine debris.\n\n• Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani isu marine litter dan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan berpandukan National Marine Litter Policy and Action Plan 2021-2030, Malaysian Plastic Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR) dan Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 (Pelan SUP). \n\nSoalan (b)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Pelaksanaan MPSR dan Pelan Single Use Plastic (SUP) adalah di landasan yang betul. Kementerian masih meneruskan usaha ke arah mencapai matlamatnya pada tahun 2030. Namun, wujud cabaran ekoran pandemik covid dan fragmentasi autoriti dalam pengurusan plastik antara Kementerian dan Kerajaan Negeri dan Tempatan. Banyak usaha telah digerakkan oleh industri seperti menggunakan bahan kitar semula (recycling material) dalam pembuatan plastik (plastic manufacturing), melaksanakan peluasan tanggungjawab pengeluar (extended producer responsibility - ERR). \n\n• Untuk makluman, MPSR menyasarkan pelaksanaan kitaran plastik secara menyeluruh dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula dan seterusnya dapat mengurangkan janaan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan sampah. Kementerian berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design). Untuk makluman, Kementerian menjalankan kerjasama dengan SIRIM bagi inisiatif eco-design.\n\n• Manakala Pelan SUP adalah menyasarkan sifar sisa plastik sekali guna pada 2030. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah secara berfasa. Bagi memastikan penghapusan plastik sekali guna dilaksanakan dengan teratur, Kementerian sedang mengenal pasti dan menyediakan senarai awal bagi plastik sekali guna yang bermasalah, tidak diperlukan dan boleh dielakkan (problematic, unnecessary and avoidable single use plastic). Melalui senarai ini, penghapusan (phasing out) dan pengurangan (phasing down) plastik sekali guna dilaksanakan secara bersasar.\n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna. Negeri-negeri yang telah melaksanakan pendekatan user pay principle telah dimulakan di Pulau Pinang dan diikuti dengan Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah dan Perlis.\n\n• Kementerian sedang meneliti semua pelaksanaan user pay principle dengan menetapkan hala tuju baru. Kementerian sedang mempertimbangkan tiada lagi pemberian “beg plastik sekali guna” seawal 2026 (atau lebih awal) di seluruh Malaysia. Kementerian telah menerima maklum balas positif daripada sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing yang telah dijalankan di 9 buah negeri. Libat urus seterusnya akan dijalankan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Untuk makluman, negeri-negeri yang telah melaksanakan dasar “tiada beg plastik sekali guna” adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan di Kota Kinabalu, Sabah. Wilayah Persekutuan secara dasarnya juga tidak lagi memberikan beg plastik sekali guna (konvensional) dan menggalakkan kepada beg plastik biodegradasi.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari termasuk menangani pencemaran sisa plastik di ekosistem marin.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2735,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2735",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-06",
        "year": 2024,
        "no": "29",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan Malaysia telah menandatangani Global Methane Pledge pada tahun 2021 untuk mengurangkan pelepasan gas metana sebanyak 30% menjelang 2030: (a) apakah langkah-langkah yang telah diambil ole...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan Malaysia telah menandatangani Global Methane Pledge pada tahun 2021 untuk mengurangkan pelepasan gas metana sebanyak 30% menjelang 2030:\n(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian sejak 2021; dan\n(b) adakah rancangan untuk mewujudkan halatuju/pelan kebangsaan penurunan pelepasan gas metana.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan (a) \n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan Malaysia’s Fourth Biennial Update Report (BUR-4) pada tahun 2022, pelepasan gas metana pada tahun 2019 di Malaysia adalah sebanyak 740, 000 tan karbon dioksida setara (tonne CO2 equivalent).\n2. Antara punca utama pelepasan gas metana adalah dari sektor tenaga iaitu aktiviti pembakaran bahan api fosil termasuk pelepasan fugitif dari sektor minyak dan gas, sektor sisa iaitu dari sisa buangan industri, dan sektor pertanian daripada aktiviti penanaman padi. Memandangkan gas metana mempunyai potensi pemanasan global (global warming potential – GWP) 25 kali ganda lebih tinggi dari pelepasan karbon dioksida, kerajaan telah melaksanakan pelbagai tindakan mitigasi pelepasan gas metana. Antara tindakan mitigasi pelepasan gas metana yang dilaksanakan adalah pengurangan “venting and flaring” gas metana daripada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, pemerangkapan metana dari efluen pembuangan loji minyak kelapa sawit, dan program pensijilan pertanian organik.\n3. Selain itu juga, Malaysia juga menyertai perikatan Global Methane Pledge pada tahun 2021 bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam menangani pelepasan gas metana. Di bawah perikatan ini, pihak Kesatuan Eropah juga bercadang untuk meluncurkan Methane Abatement Partnership Roadmap di sela-sela persidangan UNFCCC COP-29 di Baku, Azerbaijan pada tahun ini. Pelan tersebut memberi tumpuan kepada usaha pengurangan pelepasan gas metana daripada aktiviti penghasilan bahan api fosil seperti sektor minyak dan gas.\nSoalan (b)\nAhli Yang Berhormat.\n1. Selain kerajaan, pihak swasta juga aktif terlibat di dalam inisiatif antarabangsa untuk menangani pelepasan gas metana. Sebagai contohnya, pihak Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menjadi ahli kepada Oil and Gas Methane Partnership 2.0 (OGMP 2.0) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP).\n2. Kerajaan juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan pelan hala tuju kebangsaan untuk menangani pelepasan gas metana pada masa hadapan. Bagi tujuan ini, kerajaan akan menerokai potensi untuk mendapatkan pembiayaan daripada Rancangan Malaysia dan juga sokongan teknikal serta pembangunan kapasiti daripada organisasi pelbagai hala antarabangsa seperti UNFCCC dan UNEP atau melalui kerjasama dua hala dengan negara maju di bawah perikatan Global Methane Pledge.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2766,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2766",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "29",
        "member": "Tuan Mohd Sany bin Hamzan",
        "area": "Hulu Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) berapa potensi nilai komersial Tanah Rizab Melayu yang masih belum diteroka bagi tahun 2023 dan 2024; dan (b) apakah status projek tebatan banjir di Hulu Langat setakat ini.",
        "question": "Tuan Mohd Sany bin Hamzan [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) berapa potensi nilai komersial Tanah Rizab Melayu yang masih belum diteroka bagi tahun 2023 dan 2024; dan\n(b) apakah status projek tebatan banjir di Hulu Langat setakat ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bertanggungjawab untuk mengumpulkan data berkaitan Tanah Rizab Melayu, selaras dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-69 pada 10 Disember 2013. Namun, perlu dijelaskan bahawa JKPTG tidak memiliki maklumat mengenai potensi nilai Tanah Rizab Melayu yang masih belum diterokai. Pihak yang berkepentingan adalah disarankan untuk merujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan input daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), perancangan jangka masa panjang dalam mengurangkan risiko banjir adalah melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat Fasa 1, 2 dan 3 yang melibatkan Daerah Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat. Projek RTB Sungai Langat Fasa 2, Selangor: Pakej 1 Daerah Hulu Langat dan Pakej 3: Daerah Kuala Langat telah dimohon di dalam Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2024 dan telah melalui sesi pemeriksaan bajet. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah bergantung kepada pertimbangan Kementerian Ekonomi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2721,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2721",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-17",
        "year": 2024,
        "no": "30",
        "member": "Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya",
        "area": "Putatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kementerian dalam mengawal dan menjaga kebersihan sungai daripada pencemaran terutamanya pembuangan sisa domestik dan industri. Sejauh manakah kempen zero plastics ini dikuatkuas...",
        "question": "Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian dalam mengawal dan menjaga kebersihan sungai daripada pencemaran terutamanya pembuangan sisa domestik dan industri. Sejauh manakah kempen zero plastics ini dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian di setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak mengikut punca kuasa yang terkandung di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya. Dalam hal ini, sisa pepejal domestik dan industri tidak tertakluk kepada Akta 127.\n\n• Namun demikian, langkah-langkah yang diambil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta mengawal pencemaran sungai adalah seperti berikut:\n\n• Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA);\n\n• Mengenalpasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• Melaksanakan operasi secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain berdasarkan bidang kuasa agensi masing-masing;\n\n• Menjalankan program pemantauan dan pengawasan bagi memastikan tahap kualiti air sungai; dan\n\n• Menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada semua pemegang taruh akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.\n\n• Isu pencemaran sungai di negara ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sisa dari rumah atau setinggan yang dilepaskan tanpa rawatan ke longkang dan dihanyutkan ke sungai juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) juga telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri II bagi menangani isu kemerosotan kualiti air sungai kebangsaan secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. JKKAS telah bersidang sebanyak dua (2) kali bagi tahun 2024.\n\nSoalan (b) \n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tetap komited dalam menangani pencemaran sisa plastik khususnya plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR).\n\n• Untuk makluman, Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 telah diperkenalkan pada 17 Oktober 2018. Pelan Hala Tuju ini merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah pencemaran plastik di Malaysia secara holistik. Kerajaan telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. \n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna. Negeri-negeri yang telah melaksanakan pendekatan user pay principle telah dimulakan di Pulau Pinang dan diikuti dengan Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah dan Perlis.\n\n• Kementerian sedang meneliti semua pelaksanaan user pay principle dengan menetapkan hala tuju baru. Kementerian sedang mempertimbangkan tiada lagi pemberian “beg plastik sekali guna” seawal 2026 (atau lebih awal) di seluruh Malaysia. Kementerian telah menerima maklum balas positif daripada sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing yang telah dijalankan di 9 buah negeri. Libat urus seterusnya akan dijalankan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Untuk makluman, negeri-negeri yang telah melaksanakan dasar “tiada beg plastik sekali guna” adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan di Kota Kinabalu, Sabah. Wilayah Persekutuan secara dasarnya juga tidak lagi memberikan beg plastik sekali guna (konvensional) dan menggalakkan kepada beg plastik biodegradasi.\n\n• Selain itu, satu lagi langkah dalam menambah baik pengurusan plastik adalah dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula dan seterusnya dapat mengurangkan janaan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan sampah. Kementerian berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik secara lestari di peringkat reka bentuk (design) kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design). Untuk makluman, Kementerian sedang dan akan memuktamadkan garis panduan eco-design dengan kerjasama SIRIM.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2728,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2728",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-29",
        "year": 2024,
        "no": "31",
        "member": "Tuan Lee Chean Chung",
        "area": "Petaling Jaya",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah Ecological Fund Transfer (EFT) yang diterima bagi setiap negeri bagi tahun 2023 dan 2024 serta bagaimana nilai EFT ditentukan agar setimpal dengan kos lepas bagi tujuan pemelihara...",
        "question": "Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah Ecological Fund Transfer (EFT) yang diterima bagi setiap negeri bagi tahun 2023 dan 2024 serta bagaimana nilai EFT ditentukan agar setimpal dengan kos lepas bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan simpan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) bukan bersifat ganti rugi atau pampasan bagi menampung kos lepas tetapi adalah insentif tambahan kepada Kerajaan Negeri untuk melindungi dan memulihara kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem (ecosystem services) termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.\n\n2. Sebanyak RM317 juta peruntukan EFT telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri iaitu pada tahun 2023 dan 2024 masing-masing sebanyak RM127 juta dan RM190 juta. Pengagihan peruntukan EFT kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan kepada 3 kriteria yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Pelaksanaan EFT seperti berikut:\n\n(i) nilai ambang (threshold value) iaitu sebanyak RM200,000.00 disalurkan kepada negeri yang mengemukakan maklumat terkini pewartaan kawasan perlindungan di negeri;\n\n(ii) keluasan kawasan perlindungan daratan, air daratan dan marin iaitu 70 peratus daripada keseluruhan peruntukan disalurkan kepada negeri berdasarkan kepada pengiraan peratusan keluasan kawasan perlindungan negeri sedia ada; dan\n\n(iii) kriteria ekologi berasaskan keberhasilan (performance-based ecological criteria) iaitu baki 30 peratus daripada keseluruhan peruntukan ditentukan berdasarkan kepada prestasi pelaksanaan EFT oleh kerajaan negeri.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2741,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2741",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-12",
        "year": 2024,
        "no": "34",
        "member": "Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan komitmen tuntas Kerajaan mengkaji semula dasar sedia ada untuk mengeluarkan Malaysia daripada menjadi 'tong sampah' dunia apabila negara menjadi tapak pelupusan sisa plastik dan bahan bu...",
        "question": "Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan komitmen tuntas Kerajaan mengkaji semula dasar sedia ada untuk mengeluarkan Malaysia daripada menjadi 'tong sampah' dunia apabila negara menjadi tapak pelupusan sisa plastik dan bahan buangan elektronik dari beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Jepun dan Australia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and their Disposal (Konvensyen Basel) merupakan perjanjian antarabangsa yang menetapkan obligasi untuk mengawal pergerakan merentasi sempadan dan pelupusan buangan berbahaya/ buangan terjadual. Malaysia telah menjadi negara ahli kepada Konvensyen Basel pada 8 Oktober 1993. \n\n• Di bawah Konvensyen Basel, sebarang pergerakan merentas sempadan sisa buangan seperti sisa plastik adalah tertakluk kepada prosedur Prior Informed Consent (PIC) di mana negara pengimport dan transit hendaklah memberikan persetujuan (consent) terlebih dahulu sebelum ia dieksport ke negara pengimport. Persetujuan (consent) ini akan dipertimbangkan setelah negara pengeksport mengemukakan notifikasi dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Manakala bagi sisa elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual/ berbahaya tidak dibenarkan untuk diimport ke Malaysia bagi tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan.\n\n• Kementerian juga maklum dan memandang serius mengenai kegiatan pengimport sisa secara haram ke dalam negara. Pelbagai usaha berterusan sedang dilaksanakan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk membanteras pengimportan sisa haram ke dalam negara. Antara isu utama yang telah dikenal pasti antaranya adalah pengisytiharan palsu (false declaration) pengimportan bahan dagangan. \n\n• Kementerian ini dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan akan terus berusaha untuk mengemaskini dasar-dasar yang berkaitan, menambahbaik aktiviti penguatkuasaan, mengemaskini dan menambahbaik akta sedia ada serta terus menerus melaksanakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memerangi isu pengimportan sisa haram ini. \n\n• Kementerian melalui JAS juga akan memastikan semua premis yang memproses sisa elektrik dan sisa plastik mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Operasi penguatkuasaan dijalankan secara berkala untuk melihat pematuhan premis terhadap perundangan yang telah ditetapkan dan seterusnya dapat mencegah dan mengawal pencemaran alam sekitar daripada berlaku.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2760,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2760",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "34",
        "member": "Tuan Zakri bin Hassan",
        "area": "Kangar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan pecahan terkini keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri sehingga kini.",
        "question": "Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan terkini keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerian ini, melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat berkaitan keluasan Tanah Rizab Melayu daripada setiap Pihak Berkuasa Negeri. Pengumpulan data ini dilaksanakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-69 yang diadakan pada tahun 2013.\n\nBerdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri sehingga 30 Jun 2024, jumlah keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu adalah sebanyak 4,955,870.89 hektar. Jumlah ini tidak termasuk negeri Pulau Pinang dan Melaka memandangkan kedua-dua negeri tersebut tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu. Pecahan keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri adalah seperti berikut:\n\nBIL.\nNEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)\nKELUASAN TRM (HEKTAR)\n\n1. \nPerlis\n33,540.02\n\n2. \nKedah\n809,142.22\n\n3. \nPerak\n953,391.38\n\n4. \nSelangor\n164,743.89\n\n5. \nKuala Lumpur\n1,003.56\n\n6. \nNegeri Sembilan\n223,550.43\n\n7. \nJohor\n561,802.60\n\n8. \nPahang\n444,074.90\n\n9. \nKelantan\n1,361,114.00\n\n10. \nTerengganu\n\n(i) Tanah Rizab Melayu \n2,378.89\n\n(ii) Tanah Pegangan Melayu\n401,129.00\n\nJUMLAH KELUASAN\n4,955,870.89",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2716,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2716",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-14",
        "year": 2024,
        "no": "35",
        "member": "Tuan Jimmy Puah Wee Tse",
        "area": "Tebrau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan walaupun Kementerian telah meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling melibatkan denda sehingga RM10 juta namun masih terdapat kes pembuangan sisa toksik secara haram berlaku seperti baru-baru...",
        "question": "Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan walaupun Kementerian telah meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling melibatkan denda sehingga RM10 juta namun masih terdapat kes pembuangan sisa toksik secara haram berlaku seperti baru-baru ini di Parlimen Tebrau. Apakah langkah tambahan Kementerian untuk mencegah perkara ini dari berulang lagi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sebagai makluman kepada Ahli Yang Berhormat, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 telah diwartakan pada 6 Jun 2024 dan dikuatkuasakan mulai 7 Julai 2024. Melalui pindaan ini, denda sehingga maksimum RM10 juta boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan pencemaran air, pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran minyak dan buangan ke Perairan Malaysia jika disabitkan di mahkamah.\n\n• Susulan kejadian pencemaran bau pada 9 September 2024, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjalankan siasatan lanjut ke atas premis industri yang disyaki dan individu yang menjadi dalang di dalam pembuangan sisa kimia secara haram.\n\n• Selain itu, beberapa tindakan berikut juga dilaksanakan bagi membanteras pembuangan sisa kimia secara haram:\n\n• Meningkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk mengawal pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti industri agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar;\n\n• Memastikan pengurusan buangan terjadual, efluen, kumbahan dan sebarang pelepasan bahan pencemar udara dilaksanakan dengan baik bagi memastikan pematuhan terhadap had-had pelepasan yang ditetapkan;\n\n• Memantau pengurusan buangan terjadual daripada industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan mengawalselia penggunaan sistem Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) bagi mengesan pergerakan buangan terjadual daripada premis industri yang menghasilkan buangan terjadual kepada kemudahan pengurusan yang dilesenkan oleh JAS;\n\n• Menjalankan pemeriksaan secara berterusan ke atas premis industri, notifikasi pemasangan alat kawalan pencemaran, pelaporan alam sekitar secara atas talian (Online Environmental Reporting, OER) dan penguatkuasaan secara desktop;\n\n• Memastikan pelaksanaan pematuhan kendiri (Self Regulation, SR) kepada pihak industri untuk menjalankan pemantauan prestasi setiap hari terhadap kelengkapan alat kawalan pencemaran yang telah dipasang agar ianya berfungsi dengan baik pada setiap masa;\n\n• Meningkatkan kerjasama dan melaksanakan operasi secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain; dan\n\n• Menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2756,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2756",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-27",
        "year": 2024,
        "no": "35",
        "member": "Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah",
        "area": "Rompin",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kementerian menangani isu pencemaran bau ekoran sisa bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan awam dilupuskan di kawasan yang tidak sepatutnya.",
        "question": "Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian menangani isu pencemaran bau ekoran sisa bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan awam dilupuskan di kawasan yang tidak sepatutnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengambil perhatian yang serius bagi menangani isu pencemaran bau ekoran sisa bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan awam Sehubungan itu antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah seperti berikut:\n\n• Meningkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk mengawal pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti industri agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar;\n\n• Memastikan pengurusan buangan terjadual, efluen, kumbahan dan sebarang pelepasan bahan pencemar udara dilaksanakan dengan baik bagi memastikan pematuhan terhadap had-had pelepasan yang ditetapkan.\n\n• Memantau pengurusan buangan terjadual daripada industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan mengawalselia penggunaan sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) bagi mengesan pergerakan buangan terjadual daripada premis industri yang menghasilkan buangan terjadual kepada kemudahan pengurusan yang dilesenkan oleh JAS;\n\n• Menjalankan pemeriksaan secara berterusan ke atas premis industri, notifikasi pemasangan alat kawalan pencemaran, pelaporan alam sekitar secara atas talian (Online Environmental Reporting, OER) dan penguatkuasaan secara desktop;\n\n• Memastikan pelaksanaan pematuhan kendiri (Self Regulation, SR) kepada pihak industri untuk menjalankan pemantauan prestasi setiap hari terhadap kelengkapan alat kawalan pencemaran yang telah dipasang agar ianya berfungsi dengan baik pada setiap masa;\n\n• Meningkatkan kerjasama dan melaksanakan operasi secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain; dan\n\n• Menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2761,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2761",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "35",
        "member": "Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi",
        "area": "Kuala Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana industri kitar semula mampu menjana kemampanan ekonomi negara dan apakah perancangan Kementerian untuk memastikan pembakaran terbuka dapat diatasi sebaiknya terutama di Kuala...",
        "question": "Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana industri kitar semula mampu menjana kemampanan ekonomi negara dan apakah perancangan Kementerian untuk memastikan pembakaran terbuka dapat diatasi sebaiknya terutama di Kuala Langat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kitar semula memainkan peranan penting dalam mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, seterusnya membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Di Malaysia, pelaksanaan kitar semula adalah di bawah pelbagai Kementerian misalnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pengurusan sisa pepejal, manakala bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertanggungjawab dalam pengurusan buangan terjadual yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pengurusan buangan terjadual ini dilaksanakan melalui konsep cradle to cradle, yang bertujuan memastikan sisa diurus secara mampan dari awal hingga akhir kitaran hayat. Konsep ini merangkumi kaedah 4R seperti berikut:\n\n• Pengurangan (reduction): ianya melibatkan kaedah waste reduction dan waste minimization;\n\n• Guna semula (re-use): ianya melibatkan kaedah waste utilization dan waste-to-energy (WTE); dan\n\n• Resource recovery melalui kitar semula (recycling) dan pemerolehan kembali (recovery);\n\n• Pelaksanaan konsep ekonomi kitaran dalam pengurusan buangan terjadual membolehkan ianya diguna semula dan dijadikan bahan mentah atau additive dalam penghasilan produk yang lain. Buangan terjadual yang berpotensi untuk diguna semula atau diperoleh kembali (material recovery) akan meminimakan kebergantungan untuk melupuskan buangan ke tapak pelupusan selamat (secured landfill) dan tapak pelupusan sanitari. Selain itu, ianya juga mampu menjana kemampanan ekonomi negara melalui pengurangan penggunaan sumber, nilai bahan yang diperoleh kembali, nilai energy recovery dan pengurangan kos pelupusan. \n\n• Seterusnya, industri kitar semula dapat membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti pengumpulan, pemprosesan, dan pengedaran bahan kitar semula. Dengan mempromosikan penggunaan semula dan kitar semula, Malaysia dapat bergerak ke arah pelaksanaan ekonomi kitaran yang lebih mampan di samping memacu pertumbuhan ekonomi negara.\n\n• Demi memastikan pembakaran terbuka dapat diatasi sebaiknya terutama di Kuala Langat, Kementerian ini melalui JAS sentiasa dalam keadaan siap siaga dengan perancangan berikut:\n\n• Mempertingkatkan penguatkuasaan Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu larangan terhadap pembakaran terbuka dan mengenakan tindakan yang tegas kepada pelaku pembakaran terbuka;\n\n• Mempertingkatkan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan yang mudah/ sering terbakar seperti tanah gambut. \n\n• Penggunaan peralatan dron berkapasiti tinggi turut diperluaskan bagi memantau kawasan-kawasan yang berisiko tinggi;\n\n• Menjalin kerjasama pintar bersama pengusaha pertanian dan pembangunan dalam usaha untuk membantu mengurus dan mencegah kebakaran terutama di kawasan mudah terbakar;\n\n• Mempertingkatkan kempen kesedaran alam sekitar di peringkat komuniti, institusi pengajian tinggi, sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam mengenai bahaya pembakaran terbuka terhadap kesihatan dan alam sekitar serta memberi maklumat ringkas inisiatif kerajaan dalam menangani pembakaran terbuka; dan\n\n• Bekerjasama dengan agensi lain dalam mengesan dan menangani aktiviti pembakaran terbuka seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pejabat Tanah dan Galian.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2717,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2717",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-14",
        "year": 2024,
        "no": "36",
        "member": "Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan",
        "area": "Sri Gading",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan dan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian dalam menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun ini, memandangkan telah ada beberapa bencana awal seperti banji...",
        "question": "Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan dan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian dalam menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun ini, memandangkan telah ada beberapa bencana awal seperti banjir yang telah berlaku baru-baru ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun sentiasa memantau situasi cuaca negara berdasarkan pencerapan oleh stesen-stesen radar dan meteorologi di seluruh Malaysia. MET Malaysia akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya cuaca buruk yang mampu menyebabkan bencana dijangka berlaku berdasarkan model-model cuaca MET Malaysia dan antarabangsa. Pengeluaran maklumat dan amaran cuaca sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.\n2. Dalam langkah-langkah awal persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) pada tahun ini, MET Malaysia telah mengadakan Forum Iklim Kebangsaan pada 3 Oktober 2024 dengan menjemput beberapa agensi-agensi pengurusan bencana membincangkan persediaan mereka. menghadapi fenomena ini. Di samping itu juga, MET Malaysia turut menyampaikan maklumat dan ramalan cuaca semasa mesyuarat persediaan bencana yang dipengerusikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di peringkat pusat, negeri dan daerah. Sesi penerangan juga diadakan bersama pemegang taruh yang lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS, PRASARANA, syarikat air negeri, syarikat pengangkutan, wakil rakyat dan penduduk setempat. Usaha-usaha ini membolehkan persediaan sebelum bencana banjir monsun berlaku agar kehilangan nyawa dan kerugian ekonomi dapat diminimakan.\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seiring dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan sistem penyampaian, MET Malaysia juga telah membangunkan aplikasi mobil myCuaca yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi untuk diakses pada bila-bila masa oleh orang ramai. MET Malaysia juga turut membangunkan aplikasi mobil RakanMET iaitu medium perkongsian maklumat cuaca setempat di kalangan orang awam. Selain itu, Jabatan juga menyampaikan ramalan dan amaran cuaca ini menggunakan pelbagai medium seperti media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube), laman sesawang Jabatan dan media massa (televisyen dan radio).\n4. Berikutan kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku kebelakangan ini terutamanya di kawasan utara Semenanjung Malaysia, MET Malaysia akan menambahbaik Prosedur Tetap Operasi (PTO) berkaitan penyediaan dan penyebaran maklumat, nasihat dan amaran cuaca supaya ia dikeluarkan dengan lebih kerap apabila cuaca dijangka menjadi lebih buruk. Dengan penambahbaikan berterusan yang dilakukan terhadap sistem ramalan cuaca negara, ia dijangka dapat menghasilkan ramalan yang lebih tepat dan seterusnya dapat membantu pihak agensi pengurusan bencana untuk bertindak lebih awal dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2747,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2747",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-23",
        "year": 2024,
        "no": "36",
        "member": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj",
        "area": "Segamat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk menambah baik kadar pemberian Ecological Fund Transfer (EFT) supaya jumlah pampasan yang diterima lebih munasabah kepada Kerajaan negeri.",
        "question": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk menambah baik kadar pemberian Ecological Fund Transfer (EFT) supaya jumlah pampasan yang diterima lebih munasabah kepada Kerajaan negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) pada tahun 2019 bagi menggalakkan Kerajaan Negeri mengukuhkan pengurusan kawasan perlindungan. Sehingga kini, sejumlah RM550 juta telah diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan EFT sejak tahun 2019 iaitu sebanyak RM60 juta pada tahun 2019; RM70 juta masing-masing pada tahun 2021 dan 2022; RM150 juta pada tahun 2023; dan RM200 juta pada tahun 2024.\n\n2. Justeru, untuk menambah nilai pemberian EFT, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menambah baik pelaksanaan EFT sejak diberi mandat untuk menguruskannya bermula pada tahun 2022 selaras dengan keputusan Majlis Kewangan Negara pada 26 April 2022. Antara aspek yang telah ditambah baik ialah pengenalan kriteria ekologi berasaskan keberhasilan (performance-based ecological criteria) pada tahun 2023 di mana prestasi pelaksanaan EFT oleh kerajaan negeri akan menentukan 30 peratus daripada jumlah EFT yang akan diterima oleh negeri pada tahun berikutnya. Mekanisme ini berbeza pada tahun 2019 hingga 2022 di mana pengagihan EFT pada tahun tersebut ditentukan sepenuhnya oleh keluasan kawasan perlindungan negeri sedia ada.\n\n3. NRES juga telah mengadakan Sesi Townhall Pelaksanaan EFT bersama Pejabat Kewangan Negeri; Unit/ Bahagian Perancang Ekonomi Negeri serta wakil daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan pada 20 Mei 2024 untuk membincangkan mengenai strategi bagi mengukuhkan impak pelaksanaan EFT dengan memberi penekanan kepada aspek kualiti dan keberhasilan. Antara cadangan yang diterima ialah untuk meningkatkan peratusan penilaian bagi kriteria ekologi berasaskan keberhasilan daripada 30 peratus pada masa ini kepada 50 peratus. Cadangan penambahbaikan ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kewangan Negara untuk pertimbangan.\n\n4. NRES sentiasa menekankan keperluan Kerajaan Negeri untuk memanfaatkan peruntukan EFT secara optimum dengan melindungi, memulihara dan mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2762,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2762",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "36",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) apakah status penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hujung tahun 2023; dan (b) adakah Kementerian bercadang untuk melibatkan lebih...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) apakah status penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hujung tahun 2023; dan\n(b) adakah Kementerian bercadang untuk melibatkan lebih ramai pakar geosains untuk terlibat dalam pengurusan perancangan bandar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Apakah status penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hujung tahun 2023;\n\nMesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Februari 2024 telah bersetuju secara prinsip dengan penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) tertakluk kepada penyelarasan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kerja Raya. Pusat ini akan beroperasi dengan efisien, efektif dan ekonomik dengan 50 perjawatan.\n\nCadangan awal penubuhan PBGN ini adalah susulan daripada daripada kejadian banjir puing yang berlaku pada 4 Julai 2022 di Sungai Kupang yang telah mengorbankan tiga (3) nyawa, 17 buah rumah musnah dengan anggaran kerugian ekonomi sebanyak RM25.9 juta.\n\nPBGN akan melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi, penyiasatan geologi forensik, pemantauan berkala, pembangunan model ramalan serta sistem amaran awal bencana geologi serta program kesedaran awam terutama di kawasan rentan bencana geologi. Dengan penubuhan PBGN ini, bencana geologi seperti banjir puing, tanah runtuh dan mendapan tanah dapat ditangani dengan lebih efisien, mengurangkan impak bencana serta meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.\n\nSehingga kini, Kementerian telah selesai melaksanakan penyelarasan bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan permohonan perjawatan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kementerian mensasarkan PBGN dapat beroperasi pada tahun 2025. \n\n(b) Adakah Kementerian bercadang untuk melibatkan lebih ramai pakar geosains untuk terlibat dalam pengurusan perancangan bandar.\n\nKementerian sentiasa komited dalam usaha Kerajaan untuk mencapai agenda pembangunan mampan melalui penglibatan bidang kepakaran geosains di dalam pengurusan perancangan bandar seperti bidang geologi kejuruteraan, hidrogeologi dan geofizik. Antara peranan dan sumbangan kepakaran geosains di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam aspek perancangan bandar adalah menyediakan khidmat nasihat teknikal di peringkat Kebenaran Merancang (KM) untuk pemajuan melalui ulasan di dalam OSC. JMG dengan kepakaran teknikal berkaitan akan menilai dari aspek geologi permukaan dan subpermukaan.\n\nKementerian melalui JMG turut terlibat di dalam perancangan pembangunan negara antaranya melalui Rancangan Pembangunan Fizikal Negara (RPFN), Jawatankuasa Pembangunan Wilayah serta Rancangan Tempatan dalam memberi input berkaitan geologi termasuk menandakan:\n\n• kawasan dan komuniti rentan bencana geologi seperti tanah runtuh, lubang benam, gempa bumi dan tanah mendap;\n\n• kawasan berisiko bencana geologi;\n\n• kawasan yang mempunyai kekangan geologi;\n\n• kawasan dengan kelas kesesuaian untuk pembangunan berdasarkan kaedah pemetaan geologi terain (tanah tinggi);\n\n• kawasan potensi warisan geologi dan geotapak;\n\n• kawasan hotspot tanah runtuh dan cerun kritikal;\n\n• kawasan potensi sumber mineral;\n\n• kawasan kuari serta lombong; dan\n\n• akuifer air bawah tanah.\n\nInput yang disediakan menggunakan sumber kepakaran geosains yang dimiliki oleh JMG ini digunakan oleh Kementerian/Agensi yang berkenaan dalam merangka dan menetapkan dasar-dasar dan hala tuju strategik rancangan pembangunan di setiap peringkat.\n\nPenubuhan PBGN seperti yang dinyatakan sebelum ini juga akan melibatkan pertambahan sebanyak 22 perjawatan Pegawai Geosains yang akan memberikan nilai tambah di dalam pengurusan perancangan bandar di mana aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana geologi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2722,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2722",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-17",
        "year": 2024,
        "no": "37",
        "member": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli",
        "area": "Batang Lupar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian ke arah memastikan Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan sejauh manakah komitmen Kementerian dalam menyokong dasar karbon wilayah Sarawak.",
        "question": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian ke arah memastikan Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan sejauh manakah komitmen Kementerian dalam menyokong dasar karbon wilayah Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, pihak kementerian sedang dalam proses memuktamadkan dokumen pelan tindakan Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon atau Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS) yang dibangunkan dengan mengambil kira inisiatif perubahan iklim secara holistik, terangkum dan berkesan. Buat masa ini, dokumen LT-LEDS sedang dalam proses untuk dimuktamadkan sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan. \n2. Secara umumnya, LT-LEDS mencadangkan tindakan dan strategi utama yang perlu dilaksanakan negara untuk mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih menjelang 2050. Antara strategi yang diberi penekanan di dalam dokumen tersebut adalah inisiatif peningkatan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, penggunaan bahan api alternatif, inisiatif mobiliti elektrik, inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) bagi sektor yang sukar mengurangkan pelepasan GHG seperti besi dan keluli dan simen, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan. Dalam masa yang sama, pelaksanaan semua strategi dan inisiatif tersebut juga akan disokong dengan pembolehlaksana (enablers) seperti mekanisme pasaran karbon, mekanisme penetapan harga karbon, pembiayaan hijau, dan rangka kerja pengukuran, pelaporan, dan penentusahan (MRV). \n3. Selain itu, Kerajaan pada 25 September 2024 telah bersetuju dengan Dasar Perubahan Iklim 2.0 yang memfokuskan kepada inisiatif-inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi negara beralih kepada ekonomi rendah karbon dan berdaya tahan iklim. Dasar ini juga dibangunkan dengan mengambil kira sasaran LT-LEDS negara. \n4. Dalam masa yang sama, bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai, pihak kementerian juga sedang dalam proses menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). RUU ini dijangka akan membolehkan negara mengoperasikan tindakan iklim yang digariskan di dalam Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik dan ianya akan memacu pelaksanaan LT-LEDS, DPIN2.0 dan lain-lain dasar-dasar lain berkaitan perubahan iklim yang akan saling melengkapi. Rang Undang Undang ini dijangka akan dibentangkan pada seawal tahun 2025. \n5. Berkenaan dengan dasar karbon wilayah Sarawak, Kementerian komited untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri terpelihara. Dalam hal ini, Kementerian sentiasa mengamalkan pendekatan seluruh negara atau whole of nation approach dalam pembangunan dasar serta perundangan berkaitan perubahan iklim. Sebagai contoh, saya sendiri telah mengadakan kunjungan hormat kepada. YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 20 Ogos 2024 bagi membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan RUUPIN dan lain-lain dasar berkaitan perubahan iklim. \n6. Dalam hal ini, pihak Kementerian telah memaklumkan komitmennya untuk menghormati hak Kerajaan Negeri bagi perkara berkaitan sumber asli dan hasil negeri selaras dengan perlembagaan persekutuan. Selain itu, pihak Kementerian juga telah menyatakan hasrat agar Kerajaan Negeri dapat bersama mengambil bahagian dalam perbincangan dan pembangunan dasar-dasar perubahan iklim yang berkaitan bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri sentiasa terpelihara.\n7. Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Jun 2024 juga telah bersetuju dengan Penubuhan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan yang akan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur dan seimbang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2753,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2753",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-21",
        "year": 2024,
        "no": "37",
        "member": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli",
        "area": "Dungun",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan libat urus dan rundingan yang dibuat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam merangka rang undang-undang pengangkutan karbon rentas sempadan bagi menjamin perlindungan kepentingan negeri d...",
        "question": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan libat urus dan rundingan yang dibuat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam merangka rang undang-undang pengangkutan karbon rentas sempadan bagi menjamin perlindungan kepentingan negeri dalam perdagangan karbon.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bermula pada bulan Julai 2024, NRES telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri, agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, persatuan, pihak swasta dan lain-lain bagi mendapatkan input dan maklum balas awal mengenai pembangunan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK). DPKK akan menetapkan hala tuju perdagangan kredit karbon di bawah pasaran pematuhan dan sukarela samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. \n2. Sesi libat urus ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat pegawai, malah turut dilaksanakan di peringkat pengurusan tertinggi dan Menteri. Sehingga kini, NRES telah mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Johor, Pahang, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Sabah dan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak negeri yang lain. \n3. Dalam sesi libat urus yang dilaksanakan, Kementerian telah memaklumkan prinsip-prinsip yang diamalkan dalam membangunkan DPKK. Antaranya adalah mengenai hak Kerajaan Negeri bagi perkara berkaitan sumber asli dan hasil negeri akan sentiasa dihormati selaras dengan perlembagaan persekutuan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan dilibatkan dalam perbincangan dan pembangunan dasar-dasar perubahan iklim yang berkaitan bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri sentiasa terpelihara.\n4. Selain itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Jun 2024 juga telah bersetuju dengan Penubuhan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan yang akan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur, seimbang dan mengambil kira pandangan pemegang taruh khususnya Kerajaan Negeri.\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2742,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2742",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-12",
        "year": 2024,
        "no": "38",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah keputusan berkenaan prosedur Perlombongan NREE akan dimuktamadkan dan apakah manfaat kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang terlibat.",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah keputusan berkenaan prosedur Perlombongan NREE akan dimuktamadkan dan apakah manfaat kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang terlibat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah membangunkan dokumen prosedur operasi standard (SOP) perlombongan unsur nadir bumi (REE) sebagai rujukan dan panduan kepada negeri-negeri yang berminat untuk menjalankan aktiviti perlombongan REE. Pembangunan dokumen ini adalah susulan daripada kejayaan pemakaian SOP sebagai panduan kepada Projek Perintis Perlombongan REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dokumen ini telah dimuktamadkan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 2023. Seterusnya, Kementerian telah mengedarkan dokumen SOP kepada semua Kerajaan Negeri pada 20 Disember 2023.\n\n• Pembangunan SOP ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam memastikan industri REE dibangunkan secara lestari dan memberi pulangan hasil yang tinggi kepada negara. Justeru itu, dokumen SOP ini telah merangkumkan peraturan dan perundangan sedia ada bagi memastikan aktiviti perlombongan REE dijalankan dengan cekap dan teratur. Dokumen SOP ini juga telah mengambil kira keseluruhan rantaian nilai mineral di tiga (3) peringkat utama iaitu pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan termasuk aspek pemuliharaan kawasan bekas lombong.\n\n• Walau bagaimanapun, pemakaian SOP di negeri-negeri masih tertakluk kepada kelulusan dan penyelarasan oleh pihak-pihak berkuasa negeri. Pematuhan kepada SOP ini akan memastikan aktiviti perlombongan dijalankan tanpa memberi impak negatif kepada alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2767,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2767",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-09",
        "year": 2024,
        "no": "38",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan Kementerian dan Jabatan Perhilitan bagi menyelesaikan isu gajah liar di Gerik dan Pengkalan Hulu.",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan Kementerian dan Jabatan Perhilitan bagi menyelesaikan isu gajah liar di Gerik dan Pengkalan Hulu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin dengan kejadian gangguan gajah liar termasuk di Gerik dan Pengkalan Hulu, Perak. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• menjalankan 23 operasi tangkapan gajah dari tahun 2020 hingga 2024 di Hulu Gerik, Perak dan memindahkan kumpulan gajah tersebut ke habitat yang lebih luas, sesuai dan jauh daripada penempatan penduduk;\n\n• membina tiga (3) unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal di Kg. Bukit Sapi - Kg. Batu Reng, RPS Air Banun dan Bersia bagi mengurangkan pencerobohan gajah dalam kawasan penempatan penduduk;\n\n• memasang 4 unit kolar satelit dalam kalangan kumpulan gajah yang telah dikenal pasti pada tahun 2023 bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian;\n\n• melaksana pengayaan habitat dengan mewujudkan 2 jenut tiruan di bawah lintasan hidupan liar (viaduct) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) A-PL1 (Hutan Simpan Temengor – Hutan Simpan Amanjaya – Hutan Simpan Belum), Gerik Perak bagi mengalihkan perhatian hidupan liar terutamanya gajah supaya tidak melintasi kawasan jalan raya;\n\n• memasang 144 tiang lampu jenis LED di 17 lokasi hotspot kawasan lintasan gajah bagi tujuan pencahayaan dan mengurangkan risiko roadkill;\n\n• memasang 12 unit papan tanda lintasan gajah di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) (termasuk 2 billboard); dan\n\n• membuat hebahan awam dalam bentuk notifikasi, video pendek dan poster lintasan gajah di media sosial khususnya semasa musim perayaan bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna JRTB mengenai langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku pertembungan dengan gajah.\n\n2. Bagi perancangan jangka panjang, Jabatan PERHILITAN telah membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) (NECAP 2.0) sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah yang lebih menyeluruh termasuk mengadakan program kesedaran awam ke arah kewujudan bersama (co-existence) bersama pemegang taruh bagi memberi kesedaran mengenai pengurusan konflik hidupan liar.\n\n3. Salah satu pendekatan yang dilaksanakan ialah untuk membangunkan santuari gajah. Dalam hubungan ini, Jabatan PERHILITAN bersama kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembangunan Tapak Santuari Gajah Perak yang berkeluasan lebih kurang 197 ekar di Parlimen Gerik. Projek Santuari Gajah Perak akan dibangunkan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2729,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2729",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-29",
        "year": 2024,
        "no": "39",
        "member": "Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun",
        "area": "Port Dickson",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan Kementerian untuk memastikan kelestarian biodiversiti di kawasan-kawasan ekosistem yang terancam seperti Taman Negara dan Hutan Hujan Tropika.",
        "question": "Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan Kementerian untuk memastikan kelestarian biodiversiti di kawasan-kawasan ekosistem yang terancam seperti Taman Negara dan Hutan Hujan Tropika.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Usaha-usaha untuk memastikan kelestarian biodiversiti memerlukan kerjasama padu Kerajaan Negeri kerana Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan pembahagian bidang kuasa yang jelas di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal berkaitan tanah dan hutan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, manakala perlindungan hidupan liar adalah di bawah Senarai Bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. \n\n2. Dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah melaksanakan usaha-usaha seperti berikut bagi melindungi, memelihara dan memulihara biodiversiti di kawasan-kawasan ekosistem yang terancam seperti Taman Negara dan Hutan Hujan Tropika:\n\n(i) memperkasa kerangka perundangan perhutanan dan hidupan liar melalui pindaan Akta Perlindungan hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313];\n\n(ii) melaksanakan moratorium bagi menghentikan peluasan ladang hutan dalam hutan simpanan kekal (HSK) dan mempergiatkan usaha ke arah mewartakan HSK, kawasan perlindungan serta pewartaan kawasan cadangan HSK khususnya yang terletak dalam kawasan Central Forest Spine (CFS) sepertimana yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-81 pada 19 September 2024;\n\n(iii) mengukuhkan kerangka polisi melalui Dasar Perhutanan Malaysia dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030;\n\n(iv) menyediakan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada kerajaan negeri bagi mengukuhkan pengurusan dan meningkatkan keluasan kawasan perlindungan;\n\n(v) mengukuhkan penguatkuasaan melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar;\n\n(vi) menyediakan inisiatif one-off bagi Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) pada tahun 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban penduduk kampung dan komuniti setempat yang mengalami kerugian atau kerosakan harta benda akibat konflik manusia dan hidupan liar; dan\n\n(vii) membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus (RFF) melalui agensi Malaysia Forest Fund (MFF) bagi meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan pihak swasta bagi penyaluran dana untuk aktiviti konservasi dan pengurusan hutan serta mitigasi perubahan iklim. \n\n3. NRES akan terus komited untuk meningkatkan pengurusan biodiversiti dan memohon Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan usaha dalam memastikan kelestarian biodiversiti negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2763,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2763",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-12-03",
        "year": 2024,
        "no": "41",
        "member": "Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun",
        "area": "Hulu Selangor",
        "minister": "SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha dan tindakan yang dilakukan bagi menyelesaikan isu hak milik strata khususnya melibatkan kawasan rumah bertingkat untuk dijadikan bukti pemilikan bagi tujuan memudahkan proses pind...",
        "question": "Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha dan tindakan yang dilakukan bagi menyelesaikan isu hak milik strata khususnya melibatkan kawasan rumah bertingkat untuk dijadikan bukti pemilikan bagi tujuan memudahkan proses pindah milik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan prihatin akan isu hakmilik strata yang dihadapi oleh pembeli rumah skim berstrata disebabkan isu berkaitan tanah, bangunan, pemaju dan dokumentasi yang belum selesai. Kerajaan telah mengambil tindakan penyelesaian dengan menambahbaik proses kerja seperti berikut:\n\n• memperkenalkan konsep pemilikan kosong dengan pengeluaran hakmilik strata (Vacant Possession with Strata Title – VPST) menerusi pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] melalui Akta A1450 yang dilaksanakan pada tahun 2015;\n\n• memperkenalkan permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) di mana melalui proses ini, pemohon wajib menyelesaikan isu tanah terlebih dahulu; dan\n\n• memberikan pengecualian terhadap salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi Bangunan Khas dan dokumen tersebut diganti dengan Pelan Siap Bina (as-built plan) yang diperakui oleh Arkitek Profesional atau Juruukur Tanah.\n\nKementerian berharap dengan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dalam penambahbaikan proses kerja akan membantu pemilik-pemilik skim berstrata.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2723,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2723",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-10-17",
        "year": 2024,
        "no": "43",
        "member": "Tuan Roy Angau anak Gingkoi",
        "area": "Lubok Antu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan komitmen Kementerian dalam menambah baik landskap perundangan sedia ada untuk menyokong perniagaan tenaga terutama dalam sektor perdagangan karbon di Malaysia.",
        "question": "Tuan Roy Angau anak Gingkoi [ Lubok Antu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan komitmen Kementerian dalam menambah baik landskap perundangan sedia ada untuk menyokong perniagaan tenaga terutama dalam sektor perdagangan karbon di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pihak kementerian sedang membangunkan Rang Undang Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang akan menjadi instrumen utama bagi memastikan pelaksanaan perdagangan karbon dapat dilaksanakan secara efektif di Malaysia. \n\n2. Dalam masa yang sama, NRES juga sedang melaksanakan Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Dijangka projek karbon berasaskan teknologi (technology based) dari sektor tenaga dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (nature based) dapat menerima manfaat daripada pelaksanaan RUUPIN dan DPKK ini.\n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah penting agar elemen-elemen di bawah RUUPIN dan DPKK ini dilihat secara bersepadu bagi memastikan tadbir urus perubahan iklim dan perdagangan karbon di negara ini adalah tuntas dan melengkapi dasar Kerajaan lain yang sedia ada. Ini kerana, perancangan ini bukan sahaja dibuat bagi memenuhi komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris malahan ianya juga dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan peningkatan tahap sosio-ekonomi negara. \n\n4. Pembangunan RUUPIN dan DPKK ini mengamalkan pendekatan whole of nation. Oleh yang demikian, bermula pada bulan Julai 2024, NRES telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri, agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, persatuan, pihak swasta dan lain-lain bagi mendapatkan input dan maklum balas awal mengenai pembangunan RUUPIN dan DPKK. Sesi libat urus ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat pegawai, malah turut dilaksanakan di peringkat pengurusan tertinggi dan Menteri.\n\n5. Pihak kementerian juga telah memuat naik kertas rundingan awam atau consultation paper untuk mendapatkan sebarang komen dan pandangan mengenai cadangan RUUPIN ini pada 4 Oktober 2024. Kertas rundingan awam ini mengandungi peruntukan dan penjelasan mengenai perihal yang dicadangkan untuk dimuatkan dalam RUUPIN tersebut. \n\n6. Di peringkat ASEAN pula, cadangan pembangunan suatu kerangka pasaran karbon yang dikenali sebagai ASEAN Common Carbon Framework (ACCF) merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) untuk melaksanakan strategi yang telah digariskan di bawah ASEAN Strategy for Carbon Neutrality.\n\n7. ACCF bermatlamat untuk mengemblengkan segala usaha semasa dan perancangan di negara-negara ASEAN melibatkan aktiviti dan ekosistem pasaran karbon. Antara lain, ACCF akan mewujudkan pengiktirafan bersama (mutual recognition) bagi pembangunan piawaian dan metodologi projek karbon seperti Thailand Verified Emission Reduction (TVER), Sistem Registri Nasional (SRN) Indonesia dan Forest Carbon Offset (FCO) yang sedang dibangunkan oleh Kementerian ini melalui agensi Malaysia Forest Fund. Selain itu, ACCF juga akan membolehkan perkongsian teknikal dan kepakaran (terutamanya badan verifikasi dan validasi), pembangunan kapasiti, usaha sama di peringkat perniagaan serta jaringan pelaksanaan skim pasaran karbon pematuhan domestik (Emission Trading Scheme) di kalangan negara-negara ASEAN kelak.\n\n8. Cadangan konsep dan mekanisme pelaksanaan ACCF ini akan dirundingkan secara lebih komprehensif di peringkat ASEAN bermula tahun depan (di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia), untuk memastikan ianya menjadi inisiatif yang dapat menyumbang kepada ekosistem pasaran karbon serantau dan membuka peluang yang lebih besar bagi pembangunan projek serta penjanaan kredit karbon dari negara ASEAN. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2743,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2743",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2024-11-12",
        "year": 2024,
        "no": "44",
        "member": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim",
        "area": "Arau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan segera dan strategi jangka panjang untuk mengatasi masalah pencemaran sungai yang dilihat tidak pernah selesai terutamanya di kawasan perindustrian seperti yang sering berlaku d...",
        "question": "Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan segera dan strategi jangka panjang untuk mengatasi masalah pencemaran sungai yang dilihat tidak pernah selesai terutamanya di kawasan perindustrian seperti yang sering berlaku di negeri Johor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Isu pencemaran sungai di negara ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor-sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sisa dari rumah atau setinggan yang dilepaskan tanpa rawatan ke longkang dan dihanyutkan ke sungai juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.\n\n• Dalam hal ini, antara tindakan segera dan strategi jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengatasi masalah pencemaran sungai adalah:\n\n• Tindakan Segera\n\n• Pemerkasaan Perundangan Alam Sekitar – Pemantapan penguatkuasaan perundangan JAS dari segi hukuman membabitkan jenayah alam sekitar dengan meningkatkan jumlah denda dan hukuman yang lebih berat. Kerangka dasar dan perundangan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan ianya berupaya melindungi alam sekitar dan rakyat;\n\n• Operasi Bersepadu - Meningkatkan operasi secara bersepadu dan menyeluruh bersama agensi berkaitan untuk pencegahan dan siasatan kes pencemaran alam sekitar terutama yang melibatkan punca pencemar di dalam bidang kuasa/bidang tugas agensi berkenaan. Selain itu, kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diperkasakan melalui platform dan fungsi Jawatankuasa Alam Sekitar di Peringkat Kebangsaan seperti Majlis Air Negara, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS), Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) dan lain-lain. Manakala platform di peringkat Negeri seperti Jawatankuasa Pasukan Petugas Bertindak yang dipengerusikan oleh YB EXCO berkaitan alam sekitar turut diperkasakan bagi menyelesaikan kes pencemaran alam sekitar di peringkat negeri;\n\n• Penguatkuasaan Pintar - Memantapkan penguatkuasaan seiring dengan perubahan semasa dan kecanggihan teknologi melalui peralatan, teknologi pintar dan kelengkapan logistik yang terkini seperti dron. Selain itu, penggerak projek yang tertakluk kepada Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) juga dilibatkan bagi menggalas tanggungjawab bersama ke arah usaha melestarikan alam sekitar dengan melaksanakan pematuhan kendiri;\n\n• Penguatkuasaan secara bersasar – Meningkatkan penguatkuasaan secara bersasar kepada punca-punca yang terletak di hulu takat pengambilan air dan penghasilan beban pencemaran yang tinggi merujuk kepada laporan kualiti air sungai yang dihasilkan oleh JAS pada setiap bulan;\n\n• Perkongsian Data - Perkongsian dan gunasama data alam sekitar yang optimum serta holistik di antara agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemegang taruh. Integrasi dan gabungan data daripada pelbagai sumber adalah untuk mengukuhkan pengurusan kualiti air dan membantu dalam merancang program penguatkuasaan serta menyokong pihak pengurusan dalam membuat keputusan. Usaha ini penting bagi memastikan kualiti air sentiasa terpelihara dan pencemaran dapat dicegah dengan lebih berkesan.\n\n• Sistem Amaran Awal : Rangkaian pengawasan kualiti alam sekitar automatik bertindak sebagai sistem amaran awal untuk reseptor sensitif.\n\n• Strategi Jangka Panjang\n\n• Semakan peraturan bagi kawalan pencemaran air – Semakan semula ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009, PPKAS (Kumbahan) 2009 dan PPKAS (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009;\n\n• Program Pengawasan Kualiti Air Sungai - Memperluaskan rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai automatik dan manual di Malaysia dan memantapkan program pengawasan kebangsaan melalui peralatan, teknologi pintar dan kelengkapan logistik yang terkini seperti dron atau remote sensing;\n\n• Memperkasa Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) – Pembangunan Blueprint Pengawasan Alam Sekitar Kebangsaan 2024-2034 dijangka akan dapat memperkasa dan memperkukuh peranan JAS dalam mengawasi dan memantau kualiti alam sekitar secara holistik dan sistematik sehingga tahun 2034; dan\n\n• Semakan Standard Air - Isu pencemaran air semakin rumit dengan kehadiran bahan pencemar baharu (emerging pollutants) yang tidak terdapat di dalam standard air atau kualiti air sungai, marin mahupun air tanah pada masa ini. Oleh itu, terdapat JAS akan membuat semakan semula ke atas standard air kebangsaan dengan mengambil kira bahan-bahan ini dalam usaha meningkatkan kualiti air di Malaysia.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2597,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2597",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "1",
        "member": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah",
        "area": "Paya Besar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang diambil Kementerian untuk menyelaraskan proses bidang kuasa Kerajaan pusat dan negeri untuk penjanaan kredit karbon daripada hutan Malaysia.",
        "question": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan yang diambil Kementerian untuk menyelaraskan proses bidang kuasa Kerajaan pusat dan negeri untuk penjanaan kredit karbon daripada hutan Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian mengambil maklum akan dasar dan inisiatif dalam menangani isu perubahan iklim khususnya yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya pasti, tindakan pengurangan atau penyerapan gas rumah kaca (Greenhouse Gas – GHG) yang dilaksanakan akan menyumbang secara langsung kepada pencapaian sasaran pengurangan GHG negara dan turut mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada tindakan perubahan iklim di peringkat global.\n\n• Kementerian juga mengambil maklum akan Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa hutan adalah di bawah bidang Kuasa Kerajaan Negeri. Justeru, setiap negeri mempunyai kuasa dan hak untuk menggubal undang-undang dan menguruskan dasar perhutanan di negeri masing-masing. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terhad kepada memberi nasihat, bantuan teknikal, latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perhutanan kepada negeri-negeri.\n\n• Bagi perkara berkaitan pasaran karbon, Kerajaan telah memutuskan dalam Mesyuarat MTPIN pada 31 Oktober 2023 agar Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menggalas peranan sebagai pihak berkuasa kebangsaan (national authority) yang akan membangunkan aturan kebangsaan (national arrangement) bagi pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia selaras dengan keputusan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 juga telah bersetuju dengan keputusan MTPIN tersebut.\n\n• Oleh yang demikian, NRES sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang akan dibuat secara berperingkat. Dasar ini akan melihat pembangunan pasaran karbon negara secara menyeluruh untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia. Pelaksanaan DPKK kelak dijangka akan memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. \n\n• DPKK akan menyentuh mengenai pasaran karbon pematuhan antarabangsa seperti pasaran karbon di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris, dan pasaran karbon pematuhan domestik. DPKK juga akan melihat peranan pasaran karbon sukarela di dalam ekosistem pasaran karbon negara.\n\n• Selain itu, DPKK juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang. Ini berikutan pelaksanaan pasaran karbon pematuhan di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris berpotensi untuk menarik pelabur antarabangsa untuk melabur dalam projek-projek karbon di peringkat negeri. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan tadbir urus daripada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek serta kredit karbon yang dihasilkan mematuhi kriteria, panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) khususnya bagi kredit karbon yang dijual ke luar negara. \n\n• Kerajaan Persekutuan juga perlu memastikan agar penjualan kredit karbon ke luar negara tidak akan menjejaskan pencapaian NDC negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG yang merentas ekonomi sebanyak 45% pada tahun 2030 berbanding tahapnya pada tahun 2005.\n\n• Bagi menyelaras inisiatif di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, NRES akan melaksanakan beberapa sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat bagi membincangkan dan memperincikan perkara berkaitan DPKK. Sesi ini juga dilaksanakan bagi mendapatkan input dan memahami kepentingan dan keutamaan dari perspektif Kerajaan Negeri di dalam pembangunan DPKK. \n\n• Pengoperasian pasaran karbon pematuhan di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris juga perlu dibuat mengikut acuan negara. Oleh yang demikian, pelaksanaan sesi libat urus ini juga adalah penting bagi menghasilkan sebuah aturan kebangsaan atau national arrangement untuk menyertai pasaran karbon negara yang selaras dengan proses pembangunan projek karbon di peringkat negeri. \n\n• Proses pembangunan DPKK ini adalah selaras dengan pendekatan whole of nation kerana pembangunannya melibatkan proses kumulatif seperti pengumpulan input dan analisis maklumat yang terkini di samping penganjuran sesi libat urus yang menyeluruh bagi memastikan setiap entiti yang bertanggungjawab dapat memainkan peranannya mengikut bidang kuasa masing-masing khususnya bagi perkara seperti guna tanah, perhutanan dan sebagainya. Selain itu, proses ini juga penting agar isu-isu pelaksanaan dapat dikenal pasti di samping memelihara kepentingan pihak-pihak berkaitan.\n\n• Dalam masa yang sama, bagi mengalakkan dan menyokong inisiatif penjanaan karbon dari sektor perhutanan, Kementerian telah menubuhkan Malaysia Forest Fund (MFF) sebagai entiti yang bertanggungjawab untuk melaksanakan usaha serta strategi kewangan inovatif bagi sektor perhutanan. Kementerian berharap agar kolaborasi strategik di antara MFF dengan pihak Kerajaan Negeri akan dapat diperkembangkan bagi memastikan pembangunan projek karbon hutan yang dapat menjanakan kredit karbon untuk didagangkan di platform pasaran seperti Bursa Carbon Exchange (BCX). Kementerian juga telah melantik MFF sebagai agensi pelaksana di bawah Dana Pembangunan Projek Karbon Hutan (sebanyak RM5 juta bagi tahun 2024) untuk menjalankan aktiviti bagi menyokong hasrat Kerajaan Negeri yang ingin membangunkan projek karbon dari sektor perhutanan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2622,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2622",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "4",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan kemudahan bagi rawatan dan pelupusan sisa terjadual (schedule waste) di Semenanjung Malaysia memandangkan pertumbuhan yang pesat dalam indu...",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan kemudahan bagi rawatan dan pelupusan sisa terjadual (schedule waste) di Semenanjung Malaysia memandangkan pertumbuhan yang pesat dalam industri E & E seperti semiconductor, terutamanya di Wilayah utara semenanjung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan pengurusan buangan terjadual negara telah memperkenalkan konsep Cradle to Grave dan Cradle to Cradle. Selari dengan pembangunan fasiliti negara di dalam pelupusan buangan terjadual, sehingga kini terdapat tiga (3) fasiliti utama untuk merawat dan melupuskan buangan terjadual. Satu (1) kemudahan Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) di Sarawak iaitu Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd manakala dua (2) kemudahan Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) di Semenanjung Malaysia iaitu Kualiti Alam Sdn. Bhd dan paling terkini adalah J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd. Tiga (3) lagi cadangan fasiliti Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) adalah dicadangkan di zon selatan (Johor), zon Pantai timur (Terengganu) dan termasuk zon utara (Perak) yang kini masih dalam proses perancangan.\n\n2. Selaras dengan usaha menyokong ekonomi kitaran kearah pengurusan buangan terjadual yang lebih lestari, terdapat sebanyak 120 buah fasiliti bagi memproses e-waste di seluruh negara. Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar juga giat dalam usaha untuk menggalakkan pengurangan penjanaan buangan terjadual yang perlu dilupuskan, melalui proses guna semula dan peningkatan pemerolehan kembali buangan terjadual.\n\n3. Dijangka dengan fasiliti sedia ada dan usaha Kementerian untuk mengurangkan janaan bahan berbahaya, fasiliti sedia ada masih dapat menampung keperluan industri E & E terutama di Wilayah utara semenanjung.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2605,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2605",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "6",
        "member": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) jumlah insentif kewangan bagi konservasi, biodiversiti dan hutan melalui Dasar Ecological Fiscal Transfer (EFT) yang diagihkan mengikut negeri di Malaysia dari tahun 2013 hingga 20...",
        "question": "Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) jumlah insentif kewangan bagi konservasi, biodiversiti dan hutan melalui Dasar Ecological Fiscal Transfer (EFT) yang diagihkan mengikut negeri di Malaysia dari tahun 2013 hingga 2023; dan\n(b) perancangan Kementerian untuk mewujudkan lebih banyak inisiatif sokongan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) yang dilaksanakan sejak tahun 2019. Insentif ini diberi kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan dan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang baharu. Bagi tempoh 2019 hingga 2024, peruntukan bagi insentif kewangan EFT adalah berjumlah RM550 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM466,967,933 telah diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada insentif kewangan EFT, Kementerian juga telah memperkenalkan Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework – RFF) bagi meningkatkan kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan negeri dalam menyalurkan dana kepada aktiviti pemeliharaan dan pengurusan hutan. Pelaksanaan mekanisme REDD Plus akan menjadi imbuhan kewangan (incentive) tambahan kepada Kerajaan Negeri bagi memelihara, melindungi serta mengurus sumber hutan secara berkekalan.\n\n• Inisiatif kewangan RFF ini dilaksanakan oleh Malaysia Forest Fund (MFF), iaitu sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) yang ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian ini dengan Kementerian Kewangan (MOF). MFF berperanan untuk membangun dan melaksana model operasi RFF yang efektif dan mampan, serta menjana sumber kewangan melalui dua (2) cadangan instrumen, iaitu Sijil Konservasi Hutan (Forest Conservation Certificate - FCC) dan Offset Karbon Hutan (Forest Carbon Offset - FCO).\n\n• Kerajaan telah melancarkan instrumen FCC semasa penganjuran Global Forum on Islamic Finance and Economics (GFIEF) oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia pada bulan Mei yang lalu. Instrumen FCC merupakan instrumen bukan berasaskan pasaran yang bertujuan untuk membolehkan penyertaan pihak swasta bagi membiayai dan menyumbang ke arah usaha konservasi dan pengurusan hutan. Dalam hubungan ini, pihak Kerajaan Negeri boleh menghubungi pihak MFF mengenai proses permohonan cadangan projek yang boleh dipertimbangkan untuk dibiayai oleh pihak swasta di bawah instrumen tersebut.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2614,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2614",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "10",
        "member": "Tuan Nurul Amin bin Hamid",
        "area": "Padang Terap",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan semasa untuk membina Santuari Gajah di Hutan Simpan Pedu bagi mengatasi masalah serangan gajah liar di kebun penduduk tempatan yang semakin...",
        "question": "Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan semasa untuk membina Santuari Gajah di Hutan Simpan Pedu bagi mengatasi masalah serangan gajah liar di kebun penduduk tempatan yang semakin meningkat kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat berhubung pembinaan santuari gajah di Hutan Simpan Pedu sebagai penyelesaian jangka masa panjang masalah konflik gajah di negeri Kedah. \n\n2. Namun, perkara ini memerlukan sokongan dan persetujuan dasar Kerajaan Negeri selaku pemilik tanah sebelum pembinaan santuari gajah hendak dijalankan. \n\n3. Walau bagaimanapun, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah konflik gajah di Daerah Padang Terap seperti berikut:\n\n(i) melaksanakan 53 program pemantauan keliaran gajah, kawalan keselamatan dan juga operasi tembak halau bagi tahun 2023 dan 55 program bagi tempoh Januari hingga Februari 2024 untuk mencegah gajah dari memasuki kawasan perumahan penduduk setempat;\n\n(ii) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) Mudah Alih di Kg. Belantik, Sik dengan jajaran sepanjang 7 kilometer sejak 14 Ogos 2022; \n\n(iii) menjalankan kerjasama dengan komuniti setempat untuk memantau dan menyelenggara sistem pagar elektrik secara secara berkala dan dipantau oleh pihak PERHILITAN Daerah Sik; dan\n\n(iv) memasang dua (2) unit kolar satelit bagi kumpulan gajah Ulu Muda yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2606,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2606",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "11",
        "member": "Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien",
        "area": "Julau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah yang dijangka akan dibuat oleh Kementerian berkenaan dengan kajian hasil nadir bumi (Rare Earth Elements-REE) yang telah dilombong keluar tetapi tidak dibenarkan untuk dieksport k...",
        "question": "Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah yang dijangka akan dibuat oleh Kementerian berkenaan dengan kajian hasil nadir bumi (Rare Earth Elements-REE) yang telah dilombong keluar tetapi tidak dibenarkan untuk dieksport ke luar negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah melaksanakan moratorium terhadap aktiviti pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) bermula daripada 1 Januari 2024 dan akan disemak setiap enam (6) bulan susulan daripada keputusan Jemaah Menteri semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Oktober 2023. Pada ketika ini, dasar moratorium ini masih berkuat kuasa dan akan disemak secara berkala setiap 6 bulan.\n\n• Dasar moratorium pengeksportan ini bertujuan memperkasa industri NR-REE khususnya aktiviti pemprosesan sumber di peringkat pertengahan dan aktiviti pembuatan di peringkat hiliran. Selain itu, pelaksanaan dasar ini menggalakkan eksport sumber NR-REE secara produk separa siap atau produk siap yang lebih bernilai tinggi.\n\n• Memandangkan industri NR-REE merupakan industri yang masih baru bertapak di Malaysia, Kementerian dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai rakan strategik telah membangunkan dokumen Kajian Model Perniagaan (Business Model) Pembangunan Industri NR-REE. Kajian ini dibangunkan secara komprehensif meliputi pelbagai aspek termasuk isu, cabaran, jurang, strategi dan sasaran dalam usaha membangunkan industri NR-REE negara di setiap peringkat rantaian nilai iaitu huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Pada masa ini, tiada kajian secara khusus dijalankan bagi mengkaji hasil NR-REE yang tidak dibenarkan eksport. Namun demikian, Kementerian sedang membangunkan enam (6) pilihan model perniagaan yang akan diperhalusi dengan lebih lanjut bagi mewujudkan pilihan model perniagaan terbaik untuk membangunkan industri NR-REE khususnya di peringkat pertengahan.\n\n• Seterusnya, Kementerian dijadualkan untuk untuk membentangkan kertas dasar Hala Tuju Industri NR-REE dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dijangka akan berlangsung pada Ogos 2024. Melalui mesyuarat ini, Kementerian akan memperhalusi hala tuju pembangunan industri NR-REE termasuk langkah yang akan diambil untuk mengurus sumber NR-REE yang tidak dibenarkan eksport.\n\n• Saya telah melakukan sesi lawatan kerja ke Tapak Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, pada 31 Mei 2024 baru-baru ini. Sesi lawatan kerja ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh terhadap pelaksanaan projek perlombongan NR-REE pertama di Malaysia yang telah mematuhi semua SOP yang ditetapkan. Selain itu, sesi ini turut membincangkan hala tuju pembangunan industri NR-REE di peringkat pertengahan dan hiliran pada masa akan datang.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2623,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2623",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "12",
        "member": "Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor",
        "area": "Temerloh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) berapa kes pencemaran sungai sejak tahun 2020 sehingga 2024; dan (b) berapa kes yang telah didakwa.",
        "question": "Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) berapa kes pencemaran sungai sejak tahun 2020 sehingga 2024; dan\n(b) berapa kes yang telah didakwa.",
        "answer": "Soalan (a)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Sebanyak 896 kes aduan pencemaran sungai telah diambil tindakan siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak tahun 2020 hingga 2024.\n\nSoalan (b)\n\n• Bagi tempoh yang sama, sebanyak 772 kes pencemaran air telah didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda terkumpul sebanyak RM13,303,500.00.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2598,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2598",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "14",
        "member": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan berkaitan kebakaran hutan paya gambut yang kerap berlaku ketika cuaca panas : (a) apakah tindakan awal yang diambil sebagai langkah pencegahan kebakaran hutan ; dan (b) pelan ti...",
        "question": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan berkaitan kebakaran hutan paya gambut yang kerap berlaku ketika cuaca panas :\n(a) apakah tindakan awal yang diambil sebagai langkah pencegahan kebakaran hutan ; dan\n(b) pelan tindakan pantas mengawal dan memadamkan kebakaran hutan yang melibatkan agensi rentas Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengambil tindakan awal sebagai langkah pencegahan kebakaran hutan melalui pengaktifan pelan-pelan tindakan sejak Mac 2024 seperti Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan serta Prosedur Tetap Operasi Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut. Tindakan persediaan menghadapi ancaman pembakaran tanah gambut juga telah mula dilaksanakan di kawasan berisiko terbakar antaranya seperti pengaktifan telaga tiub dan sekatan saliran, peningkatan rondaan darat, penggunaan dron, rondaan penguatkuasaan termasuk bersama komuniti serta melaksanakan program ujicuba Prosedur Tetap Operasi Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut.\n\n• Pada masa ini, terdapat 532 infrastruktur yang telah dibina di bawah Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran di Tanah Gambut Serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran di Negeri Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah seperti berikut:\n\n• 108 unit Telaga tiub;\n\n• 305 sekatan saliran;\n\n• 15 buah kolam takungan;\n\n• 6 menara tinjau;\n\n• 3.3 km saluran paip air; dan\n\n• 96 unit piezometer.\n\n• Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri turut meningkatkan kesiapsiagaan dalam mencegah kebakaran hutan berikutan cuaca panas dan kering ekstrem termasuk melaksanakan pemantauan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal, penggunaan dron dan sistem big data analytics bagi mengenal pasti kawasan hutan berisiko tinggi terbakar.\n\n• Selain itu, Pasukan Pemadaman Kebakaran Hutan di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia turut bersiap siaga sebagai pasukan awal pemadaman insiden kebakaran hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. Pasukan ini melibatkan kakitangan beruniform di Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu.\n\n• Program-program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam terus dilaksanakan bagi menyampaikan kesedaran berkenaan larangan dan pencegahan pembakaran terbuka kepada rakyat.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi menjawab persoalan yang kedua, antara pelan tindakan pantas mengawal dan memadamkan kebakaran adalah dengan:\n\n• Mengaktifkan Pelan Pencegahan Kebakaran Terbuka dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan Kebakaran Gambut kepada semua pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri dan agensi negeri yang berkaitan;\n\n• Meningkatkan operasi pemantauan dan rondaan mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan menggunakan pengawasan dron untuk memantau kawasan mudah terbakar serta kes kebakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab;\n\n• Mengambil tindakan proaktif ke atas kes kebakaran yang berlaku dan mengenal pasti pemilik tanah di kawasan kebakaran untuk tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974;\n\n• Sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mengawal dan memadam kebakaran; dan\n\n• Sentiasa memantau bacaan dan trend Indeks Pencemar Udara (IPU) melalui stesen pengawasan kualiti udara dari semasa ke semasa untuk memastikan tindakan berkaitan dapat diambil segera.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2615,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2615",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "14",
        "member": "Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi",
        "area": "Kuala Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang diambil ekoran satu laporan kajian oleh Universiti Cornell di amerika syarikat dan telah disiarkan dalam penerbitan enviroment science and technology bahawa rakyat m...",
        "question": "Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan yang diambil ekoran satu laporan kajian oleh Universiti Cornell di amerika syarikat dan telah disiarkan dalam penerbitan enviroment science and technology bahawa rakyat malaysia makan 15 gram mikro plastik sebulan daripada sumber makanan laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil maklum dan memandang serius terhadap semua artikel-artikel dan kajian-kajian yang diterbitkan termasuk dalam Environment Science and Technology. Berdasarkan artikel yang diterbitkan pada 21 Mei 2024 ini, dikatakan Malaysia telah dikategorikan sebagai negara yang rakyatnya yang paling banyak memakan mikroplastik yang dianggarkan sebanyak 15 gram/sebulan (microplastic consumption).\n\n• Berkenaan microplastic consumption, kajian tersebut mengaitkan dengan tabiat pemakanan ikan dan makanan laut (seafood). Dalam hal ini, berkemungkinan perkara ini terjadi akibat daripada pencemaran sisa plastik yang “terlepas” atau “tidak dapat dikutip” atau “terbuang” sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam persekitaran (leakage of plastic waste into the environment) yang akhirnya akan mengalir ke sungai, saliran dan seterusnya ke lautan. Perkara ini juga dikaitkan dengan marine litter atau marine debris.\n\n• Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani isu marine litter dan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan berpandukan National Marine Litter Policy and Action Plan 2021-2030, Malaysian Plastic Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR), Malaysia Roadmap Towards Zero Single Use Plastics 2018-2030. \n\n• Secara keseluruhan, pelaksanaan dasar-dasar berkaitan menangani marine litter dan galakan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna masih perlu diperkasakan. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharapkan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2616,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2616",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini usaha Kerajaan dan pihak swasta Malaysia dalam perolehan teknologi penapisan dan pengasingan nadir bumi jenis ion adsorption clay.",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini usaha Kerajaan dan pihak swasta Malaysia dalam perolehan teknologi penapisan dan pengasingan nadir bumi jenis ion adsorption clay.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seperti mana diketahui, teknologi untuk pengasingan unsur nadir bumi (REE) pada masa ini didominasi oleh negara China yang menguasai sekitar 87% REE terproses dunia. Ini menjadikan negara berkenaan sebagai pusat pemprosesan REE utama dunia yang mendorong kebanyakan hasil perlombongan REE dari pelbagai negara dieksport ke sana untuk diproses dan diasingkan kepada unsur tersendiri yang lebih bernilai tinggi.\n\n• China amat menyedari dominasi mereka dalam rantaian bekalan industri ini dan terus mengambil langkah untuk mengukuhkan penguasaan mengambil kira faktor strategik dan permintaan yang semakin meningkat terhadap mineral REE. Antara langkah yang diambil adalah mengenakan larangan untuk pengeksportan teknologi berkaitan REE. Ini merupakan halangan utama yang dihadapi pada ketika ini untuk membawa masuk pelaburan dari China bagi membangunkan loji pemprosesan di dalam negara.\n\n• Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam juga turut meneroka alternatif lain untuk merealisasikan matlamat supaya sumber mentah REE tempatan jenis ion adsorption clay (IAC) diproses dan diasingkan kepada unsur individu yang lebih bernilai tinggi dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan industri hiliran. Ini termasuklah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak Lynas Malaysia Sdn. Bhd. yang pada ketika ni memiliki loji pemprosesan di Gebeng, Kuantan yang merupakan loji pemprosesan REE terbesar di dunia di luar China. Loji tersebut pada ketika ini mengeluarkan sekitar 11% REE terproses dunia. Namun, sumber REE dari Mount Weld, Australia yang diproses ketika ini adalah dari jenis mineral, yang berbeza dengan REE jenis IAC.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2607,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2607",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Manndzri bin Nasib",
        "area": "Tenggara",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah terdapat sebarang Prosedur Operasi Standart (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sekiranya berlaku sebar...",
        "question": "Tuan Manndzri bin Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah terdapat sebarang Prosedur Operasi Standart (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan dengan ancaman haiwan liar seperti gajah yang berkeliaran dan melibatkan keselamatan orang awam berlaku.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius ancaman hidupan liar seperti gajah yang menjejaskan keselamatan orang awam.\n\n2. Bagi tujuan ini, Jabatan PERHILITAN telah mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Konflik Hidupan Liar yang merangkumi prosedur untuk menangani isu gangguan hidupan liar seperti gajah, harimau, babi hutan dan primat. SOP ini digunakan oleh semua barisan petugas hadapan Jabatan PERHILITAN di Unit Konflik Hidupan Liar, Pejabat PERHILITAN Negeri dan Pejabat PERHILITAN Daerah di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. \n\n3. Pada masa yang sama, Jabatan PERHILITAN turut memberikan khidmat nasihat bagi mengelakkan ancaman hidupan liar seperti berikut:\n\n(i) memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum memulakan aktiviti di kawasan yang berdekatan dengan habitat hidupan liar seperti tidak terdapat kesan tapak atau najis hidupan liar yang baharu; \n\n(ii) mengelakkan daripada membuat provokasi atau cubaan mengganggu seperti menghalau, menjerit dan membaling objek sekiranya bertembung dengan hidupan liar; \n(iii) mencari perlindungan di sebalik pokok yang besar dan berbanir apabila terserempak dengan gajah dan segera melarikan diri sekiranya keadaan telah selamat; dan\n\n(iv) berdiam diri serta tidak melakukan pergerakan secara mengejut, berundur diri secara perlahan untuk menjauhi lokasi sekiranya bertembung dengan hidupan liar.\n\n4. Selain itu, orang awam hendaklah memperlahankan kenderaan apabila terdapat papan tanda kawasan lintasan hidupan liar terutamanya di kawasan berhampiran Hutan Simpanan Kekal atau Kawasan Perlindungan dan segera menghubungi Jabatan PERHILITAN sekiranya berhadapan dengan risiko ancaman hidupan liar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2608,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2608",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "27",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa panjang tempoh perbicaraan sehingga keputusan mahkamah dibuat bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk menyi...",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapa panjang tempoh perbicaraan sehingga keputusan mahkamah dibuat bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk menyingkatkan tempoh perbicaraan. Apakah pendirian Kementerian terhadap kewujudan environmental court.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berpengalaman dalam mengendalikan perbicaraan kes-kes pencemaran alam sekitar. Berdasarkan Arahan Amalan Bil. 7 Tahun 2015, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) hendaklah diselesaikan dalam tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh ia mula-mula didaftarkan di mahkamah tersebut, manakala bagi kes jenayah alam sekitar hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tertuduh pertama kali dituduh di mahkamah selaras dengan Arahan Amalan Bil. 3 Tahun 2012. Namun begitu, tempoh perbicaraan akan dipanjangkan sekiranya kes tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut bergantung kepada prosedur-prosedur tertentu bagi sesuatu kes dan juga pihak-pihak termasuk mahkamah, pendakwa raya dan peguambela.\n\n• Environmental Court sememangnya telah wujud menerusi penubuhan Mahkamah Sesyen Khas yang mengendalikan kes berkaitan jenayah alam sekitar selaras dengan Arahan Amalan Ketua Pendaftar Bil 3/2012 manakala Mahkamah Alam Sekitar bagi kes sivil ditubuhkan melalui Arahan Amalan Ketua Pendaftar Bil 7/2015 bagi tujuan menyegerakan kes tuntutan sivil alam sekitar. Menerusi amalan ini, beberapa Mahkamah Tinggi, Sesyen Dan Majistret tertentu telah dipilih untuk mengendalikan prosiding tuntutan sivil alam sekitar.\n\n• Mahkamah ini mempunyai kepakaran khusus dalam undang-undang alam sekitar serta memastikan kes-kes berkaitan alam sekitar ditangani dengan lebih cekap dan adil. Di samping itu, Mahkamah Alam Sekitar juga akan dapat mempercepatkan penyelesaian kes-kes alam sekitar dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di negara ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2594,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2594",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-06-26",
        "year": 2024,
        "no": "31",
        "member": "Puan Young Syefura binti Othman",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) sejauh mana usaha dan tindakan Kerajaan bagi mengatasi isu pencemaran sungai di seluruh negara; dan (b) apakah jumlah sungai tercemar menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.",
        "question": "Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n(a) sejauh mana usaha dan tindakan Kerajaan bagi mengatasi isu pencemaran sungai di seluruh negara; dan\n(b) apakah jumlah sungai tercemar menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Isu pencemaran dan kemerosotan kualiti air sungai di negara ini berpunca daripada pencemaran bersumber (point source pollution) seperti sisa industri dan juga pencemaran tidak bersumber (non-point source pollution) iaitu sisa daripada pasar basah, gerai makanan, dobi, pusat cucian kereta, industri kecil dan sederhana (IKS) serta sisa dari rumah atau setinggan yang dilepaskan tanpa rawatan ke longkang dan dihanyutkan ke sungai. Terdapat juga sektor lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai termasuklah perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. \n\n• Memandangkan punca utama kemerosotan kualiti air sungai disebabkan oleh pelbagai sumber yang tertakluk di bawah pelbagai bidang kuasa, isu ini perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kebersamaan dan penyelarasan dengan semua pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu kemerosotan kualiti air sungai perlu ditingkatkan bagi memastikan kualiti air sungai negara akan terus terjamin demi kesejahteraan rakyat.\n\n• Menyedari kepentingan ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam mewujudkan Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memantau isu dan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/Kementerian dan Kerajaan Negeri. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 6 Jun 2024 di Putrajaya dengan kehadiran daripada pelbagai agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha untuk menangani isu pencemaran sungai di seluruh negara terutama yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] termasuk di peringkat penguatkuasaan, perancangan, kajian dan program pengawasan.\n\n• Antara langkah yang dilaksanakan oleh JAS adalah seperti berikut:\n\n• mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan kepada efluen perindustrian, kumbahan dan kawalan kepada projek-projek yang tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA);\n\n• memastikan projek-projek pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015 terutamanya projek-projek yang melibatkan kerja tanah untuk menyediakan pelan kawalan hakisan dan mendapan dan seterusnya mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang berkaitan pelepasan kelodakan;\n\n• mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran supaya strategi penguatkuasaan lebih berfokus;\n\n• meningkatkan penggunaan teknologi terkini dalam aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan seperti penggunaan dron dan pelaporan pemantauan alam sekitar secara atas talian; dan\n\n• pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan pemantauan secara bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan dalam menangani isu-isu berkaitan dalam bidang kuasa masing-masing seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan lain-lain lagi.\n\n• Selain itu, JAS juga melaksanakan kerja-kerja pengawasan kualiti air secara berterusan melalui Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Program - EQMP). Sebanyak 30 stesen pengawasan automatik dan 1,353 stesen pengawasan manual bagi pemantauan kualiti air sungai di seluruh negara. Kementerian juga akan meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai dalam merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan bagi memastikan isu pencemaran sungai-sungai ini dapat ditangani dengan berkesan dan keseimbangan sistem ekologi dapat dikekalkan.\n\n• Seterusnya berhubung jumlah sungai tercemar, berdasarkan statistik, terdapat trend penurunan sungai tercemar dari tahun ke tahun. Sebanyak 25 (3.72%) batang sungai daripada 672 sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar telah menunjukkan Indeks Kualiti Air (IKA) dalam kategori tercemar pada tahun 2023 berbanding 29 (4.32%) sungai tercemar pada tahun 2022. Ini menunjukkan indikator yang positif kerana bilangan sungai yang berada di dalam kategori tercemar telah menurun dari 29 batang sungai kepada 25 batang sungai pada tahun 2023.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2617,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2617",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "34",
        "member": "Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan terperinci pihak Kementerian terutamanya perkara melibatkan Kerajaan negeri dalam proses menghasilkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang dijangka siap pada tahun 2025.",
        "question": "Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan terperinci pihak Kementerian terutamanya perkara melibatkan Kerajaan negeri dalam proses menghasilkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang dijangka siap pada tahun 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang melaksanakan Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Selain itu, DPKK juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang.\n\n2. Kementerian ini akan melaksanakan beberapa sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat bagi menyelaras inisiatif dan membincangkan serta memperincikan perkara berkaitan DPKK. Sesi ini juga dilaksanakan bagi mendapatkan input dan memahami kepentingan dan keutamaan dari perspektif Kerajaan Negeri di dalam pembangunan DPKK. \n\n3. Perkara ini adalah selaras dengan pendekatan whole of nation dalam membangunkan DPKK. Ini kerana pembangunannya melibatkan proses kumulatif seperti pengumpulan input dan analisis maklumat yang terkini di samping penganjuran sesi libat urus yang menyeluruh bagi memastikan setiap entiti yang bertanggungjawab dapat memainkan peranannya dalam memastikan isu perubahan iklim ditangani mengikut bidang kuasa masing-masing. Selain itu, proses ini juga penting agar isu-isu pelaksanaan dapat dikenal pasti di samping memelihara kepentingan pihak-pihak berkaitan.\n\n4. Buat masa ini, pasaran karbon yang aktif di Malaysia adalah pasaran karbon sukarela. Pada tahun 2022, Bursa Malaysia telah menubuhkan Bursa Carbon Exchange (BCX) yang merupakan pelantar perdagangan pasaran karbon sukarela patuh syariah yang pertama di dunia. Oleh yang demikian, sebelum DPKK dimuktamadkan, Kerajaan Negeri yang berminat untuk menyertai pasaran karbon boleh menggunakan platform VCM khususnya BCX ini. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2618,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2618",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "36",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kementerian untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menangani impak perubahan iklim (climate financing) daripada negara-negara maju serta menuntut mereka mempercepatkan penguran...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menangani impak perubahan iklim (climate financing) daripada negara-negara maju serta menuntut mereka mempercepatkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa Persidangan Parti Ke-15 (COP15) United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di Copenhagen pada tahun 2009, negara maju telah bersetuju dan komited untuk menggerakkan USD 100 bilion setahun menjelang 2020 untuk kegunaan negara-negara membangun, bagi melaksanakan tindakan dalam menangani agenda perubahan iklim.\n2. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada 29 Mei 2024 yang lalu, negara-negara maju telah menyumbang pembiayaan iklim sebanyak USD 115.9 bilion untuk negara membangun pada tahun 2022, melebihi matlamat tahunan USD100 bilion setahun.\n3. Malaysia yang merupakan negara parti kepada konvensyen pelbagai hala berkaitan alam sekitar iaitu UNFCCC, United Nations Convention on Biological Diversity (UNCBD), dan United Nations Convention to Combat Desertification (UNCCD) adalah layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan bawah dana antarabangsa hasil daripada sumbangan ini, antaranya Global Environment Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).\n\n4. Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 buah projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD 76.951 juta. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam lima (5) buah projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 30.35 juta.\n5. Kini, GEF kitaran ke-8 telah bermula bagi tempoh empat (4) tahun bermula Julai 2022 hingga Jun 2026. Peruntukan indikatif yang telah ditetapkan untuk Malaysia adalah sebanyak USD 26.32 juta bagi bidang fokus perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah. Peruntukan yang diterima bagi GEF kitaran ke-8 telah meningkat sebanyak 25% berbanding GEF kitaran ke-7.\n6. Selain itu, Malaysia sebagai negara parti kepada Perjanjian Paris turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, Kementerian telah melaksanakan empat (4) projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan USD 1.398 juta dan turut terlibat dalam satu (1) projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 300 juta.\n7. Selain itu, Kementerian telah mengemukakan permohonan dana kepada GCF bagi pembangunan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan - NAP). Kementerian turut sedang mengenalpasti projek-projek lain yang berpotensi supaya akses kepada dana GCF ini dapat diperluaskan dalam skala yang lebih besar.\n8. YAB Perdana Menteri semasa menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada 22 September 2023, telah menggesa negara-negara maju untuk memenuhi komitmen untuk menyumbang AS$100 bilion setahun bagi menyokong usaha-usaha menangani perubahan iklim oleh negara-negara membangun.\n9. Semasa saya menyampaikan Kenyataan Negara di Persidangan Negara Ahli ke-28 UNFCCC pada 9 November 2023, Malaysia turut menyatakan pendirian yang yang sama dan telah memberikan penekanan agar pelaksanaan pengoperasian pembiayaan global bagi perubahan iklim perlu diuruskan secara telus dan semua negara layak mengakses dana tersebut secara sama rata. Malaysia juga bersedia untuk meningkatkan pelaksanaan tindakan iklim yang lebih bercita-cita tinggi sekiranya lebih banyak peluang pembiayaan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti disalurkan kepada Negara. \nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2624,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2624",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "38",
        "member": "Tuan Zahari bin Kechik",
        "area": "Jeli",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang telah diambil dan keberkesanan tindakan itu di dalam menangani serangan gajah liar terhadap kebun-kebun dan penduduk di dalam Parlimen Jeli.",
        "question": "Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan yang telah diambil dan keberkesanan tindakan itu di dalam menangani serangan gajah liar terhadap kebun-kebun dan penduduk di dalam Parlimen Jeli.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia memandang serius isu konflik manusia dan hidupan liar termasuk serangan gajah liar di Daerah Jeli. Bagi tempoh 2018 hingga 2023, rekod Jabatan PERHILITAN menunjukkan terdapat sebanyak 689 aduan konflik manusia dan gajah di Daerah Jeli dengan anggaran kerugian sebanyak RM2.25 juta.\n\n• Dalam hubungan ini, Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan pelbagai tindakan termasuk usaha-usaha mitigasi di Daerah Jeli seperti berikut:\n\n• memasang 2 unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Kg. Sungai Rual Asli - Kg. Pasir Dusun pada tahun 2009 dan Batu Melintang, Jeli pada tahun 2013 melibatkan jarak sepanjang 27 kilometer;\n\n• menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah melalui pemasangan kolar satelit kepada 4 ekor gajah yang berfungsi sebagai sistem amaran awal (early warning system) bagi mengesan pergerakan gajah ke kawasan pertanian dan penempatan penduduk;\n\n• melaksanakan 847 aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan konflik daripada orang ramai;\n\n• melaksanakan 45 operasi tangkapan gajah dan pemindahan gajah ke habitat yang lebih sesuai yang melibatkan kos operasi sebanyak RM60,000 bagi setiap tangkapan dan pemindahan;\n\n• melaksanakan 21 program kesedaran awam dan libat urus dengan pemegang taruh yang terlibat termasuk masyarakat setempat dan pengusaha ladang; dan\n\n• menjalankan aktiviti tembak halau bagi menakutkan gajah dan menghalau gajah kembali ke dalam hutan.\n\n• Jabatan PERHILITAN sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam menangani serangan gajah liar. Ini termasuk melaksanakan tindakan-tindakan di bawah Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) (NECAP 2.0); menjalankan kajian potensi mewujudkan koridor gajah di Daerah Jeli dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF); dan melaksanakan kajian impak keberkesanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2609,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2609",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "42",
        "member": "Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal",
        "area": "Bukit Gantang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif bagi menangani gangguan kera liar dan anjing liar di kawasan kediaman taman-taman perumahan bandar dan kampung di Kuala Sepetang dan Trong.",
        "question": "Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah inisiatif bagi menangani gangguan kera liar dan anjing liar di kawasan kediaman taman-taman perumahan bandar dan kampung di Kuala Sepetang dan Trong.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar termasuk gangguan kera di kawasan perumahan di Kuala Sepetang dan Trong, Perak. \n\n2. Pihak Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani konflik kera di kawasan tersebut melalui tindakan-tindakan seperti berikut:\n\n(i) menjalankan program penakaian kera di kawasan yang berisiko melibatkan sebanyak 1,597 ekor kera sepanjang tempoh 2019 hingga 2023;\n\n(ii) menjalankan 198 aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada penduduk setempat pada tahun 2019 hingga 2023; dan\n\n(iii) menjalankan 6 program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat bagi membasmi musuh tanaman pada tahun 2021 sehingga 2022.\n\n3. Isu melibatkan gangguan haiwan domestik seperti anjing liar pula adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak-pihak ini boleh dihubungi untuk tindakan selanjutnya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2625,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2625",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-08-18",
        "year": 2024,
        "no": "42",
        "member": "Tuan Nurul Amin bin Hamid",
        "area": "Padang Terap",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan status perangkaan Dasar Mineral Negara 3 (DMN 3) bagi mewujudkan satu dasar yang jelas dan komprehensif untuk memandu pembangunan industri mineral termasuklah NR-REE.",
        "question": "Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status perangkaan Dasar Mineral Negara 3 (DMN 3) bagi mewujudkan satu dasar yang jelas dan komprehensif untuk memandu pembangunan industri mineral termasuklah NR-REE.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar Mineral Negara 3 (DMN 3) dibangunkan untuk mewujudkan dasar yang komprehensif dalam menyokong merealisasi potensi nilai ekonomi mineral negara. Dasar ini dirangka untuk memandu pembangunan semua jenis mineral termasuk unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).\n\n• DMN 3 dibangunkan berdasarkan lima (5) teras utama dan disokong oleh 26 strategi dan 77 inisiatif yang telah dikenal pasti untuk melaksanakan teras-teras tersebut. Dasar ini dibangunkan untuk tempoh sehingga tahun 2030 dan bertujuan menetapkan hala tuju baharu selaras dengan perkembangan semasa.\n\n• Kementerian telah mendapatkan input pemegang taruh semasa menyediakan kerangka DMN 3 melalui sesi libat urus pada 8 hingga 10 Ogos 2023. Sesi tersebut dihadiri wakil-wakil Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri, penggiat industri, ahli akademik, pakar-pakar, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO).\n\n• DMN 3 telah dibentangkan untuk persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Januari 2024 serta dalam mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 pada 2 Julai 2024 yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar, Wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Wakil-wakil Kerajaan Negeri. \n\n• Seterusnya, Kementerian sedang merangka Pelan Tindakan Dasar Mineral Negara 3 sebagai dokumen sokongan kepada DMN 3 bagi memastikan DMN 3 dapat mencapai objektif pewujudannya sebagai panduan pembangunan industri mineral. \n\n• Satu sesi libat urus bersama pemegang taruh akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan input terhadap kerangka Pelan Tindakan DMN 3 tersebut. Seterusnya, Kementerian juga menjangkakan kerangka Pelan Tindakan ini akan dibentangkan untuk persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun ini setelah semua proses konsultasi dilaksanakan. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2619,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2619",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "43",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan purata suhu di Semenanjung Malaysia sekarang berbanding dengan 50 tahun yang lalu. Apakah sebab-sebab yang mengakibatkan perubahan tersebut, jika ada.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan purata suhu di Semenanjung Malaysia sekarang berbanding dengan 50 tahun yang lalu. Apakah sebab-sebab yang mengakibatkan perubahan tersebut, jika ada.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada Laporan Fourth National Communication (NC4) yang diterbitkan pada 2 Mei 2024, terdapat tren peningkatan suhu bagi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Berdasarkan rekod dari tahun 1969-2019, purata suhu permukaan bagi Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.24°C per dekad. Berdasarkan kepada rekod juga, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8°C manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6°C.\n2. Peningkatan suhu ini adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu faktor semulajadi dan kesan daripada aktiviti manusia. Faktor semulajadi adalah seperti perubahan iklim global dan perubahan pola cuaca. Peningkatan pelepasan gas rumah kaca di atmosfera secara global menyebabkan perubahan iklim yang memberi kesan terhadap peningkatan suhu global dan impaknya dapat juga dirasakan di Semenanjung Malaysia. \n3. Manakala, perubahan pola cuaca seperti perubahan hujan dan musim pula boleh mempengaruhi suhu tempatan. Selain daripada itu, aktiviti manusia seperti penebangan hutan, aktiviti pertanian dan pembangunan infrastruktur turut menyebabkan hilangnya kesan penyejukan semulajadi, mengubah aliran air semulajadi dan iklim tempatan yang turut menyumbang kepada peningkatan suhu.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2626,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2626",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "46",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) adakah Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan badan perundingan dan mekanisme yang bertujuan untuk menyeragamkan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam perdagangan karbo...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :\n\n(a) adakah Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan badan perundingan dan mekanisme yang bertujuan untuk menyeragamkan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam perdagangan karbon ; dan\n\n(b) sejauh mana kerjasama antara Persekutuan dan Negeri dalam pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi memastikan mekanisme perdagangan karbon yang seimbang dan adil untuk kedua-dua pihak.",
        "answer": "• \n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang melaksanakan Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Selain itu, DPKK juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang.\n\n2. Salah satu perkara yang terkandung dalam terma rujukan DPKK ini adalah mengenai keperluan mengkaji kerangka institusi yang berkesan bagi memastikan setiap entiti di dalam negara memainkan peranannya dalam pegoperasian pasaran karbon ini. \n\n3. Oleh yang demikian, Kementerian ini akan melaksanakan beberapa sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat bagi membincangkan dan memperincikan perkara berkaitan DPKK. Sesi ini juga dilaksanakan bagi mendapatkan input dan memahami kepentingan dan keutamaan dari perspektif Kerajaan Negeri di dalam pembangunan DPKK. \n\n• \n\n1. Kementerian juga mengambil maklum akan dasar dan insiatif dalam menangani isu perubahan iklim khususnya yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya pasti, tindakan pengurangan atau penyerapan gas rumah kaca (Greenhouse Gas – GHG) yang dilaksanakan akan menyumbang secara langsung kepada pencapaian sasaran pengurangan GHG negara dan turut mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada tindakan perubahan iklim di peringkat global. \n\n2. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan menghormati hak Kerajaan Negeri bagi perkara berkaitan sumber asli dan hasil negeri. Oleh yang demikian, NRES turut berhasrat agar Kerajaan Negeri dapat bersama mengambil bahagian dalam perbincangan dan pembangunan DPKK ini bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri turut terpelihara. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2599,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2599",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "47",
        "member": "Puan Vivian Wong Shir Yee",
        "area": "Sandakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mencapai sasaran penggunaan sifar plastik guna sekali, atau Zero Single-used Plastics, terutamanya di Sabah.",
        "question": "Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan secara terperinci langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mencapai sasaran penggunaan sifar plastik guna sekali, atau Zero Single-used Plastics, terutamanya di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tetap komited dalam menangani pencemaran sisa plastik khususnya plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR).\n\n• Untuk makluman, Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 telah diperkenalkan pada 17 Oktober 2018. Pelan Hala Tuju ini merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah pencemaran plastik di Malaysia secara holistik. Kerajaan telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. \n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri ke arah mengurangkan penggunaan plastik dan mengurangkan pencemaran sisa plastik adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang ia akan akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna.\n\n• Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik mulai 11 September 2023. Kempen ini adalah selaras dengan langkah Kerajaan Negeri Sabah untuk menguatkuasakan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022 dan menyokong Hala Tuju Sabah Maju Jaya di bawah elemen Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau. Kempen oleh DBKK ini telah menampilkan konsep yang berbeza berbanding pengenaan caj 20 sen kepada pengguna yang ingin mendapatkan plastik beg. Konsep kempen pengurangan beg plastik kali ini meminta semua pengusaha yang terlibat diminta untuk tidak lagi membekalkan beg plastik sekali guna kepada pengguna semasa hari kempen iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin. Kempen ini merupakan kempen yang berterusan dan akan dilaksanakan secara berfasa.\n\n• Selain itu, satu lagi langkah dalam menambah baik pengurusan plastik ialah dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula. Kerajaan juga berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik secara lestari di peringkat reka bentuk atau design agar ia lebih berfokus kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design).\n\n• Kementerian sedar bahawa usaha menangani pencemaran plastik melalui 2 pelan hala tuju dan dasar semasa masih belum memadai. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharapkan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik. \n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2627,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2627",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "49",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa suhu di banyak tempat di Semenanjung Malaysia masih tinggi sungguhpun pada waktu malam.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan mengapa suhu di banyak tempat di Semenanjung Malaysia masih tinggi sungguhpun pada waktu malam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Laporan Kumpulan Kerja Pertama Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang telah diumumkan pada 9 Ogos 2021 lalu, suhu purata dunia dianggarkan telah meningkat kepada 1.1° Celsius. Merujuk kepada Laporan Fourth National Communication (NC4) yang diterbitkan pada 2 Mei 2024, berdasarkan rekod dari tahun 1969-2019, suhu maksimum permukaan bagi Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.24 darjah Celsius per dekad dan suhu minima permukaan bagi Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.27° Celsius per dekad sejak 50 tahun yang lepas.\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah membina sebanyak 433 buah stesen pencerapan permukaan di seluruh negara untuk mencerap data-data cuaca seperti hujan, angin, suhu, kadar kelembapan dan tekanan udara. Untuk pemantauan suhu, MET Malaysia mencerap nilai suhu maksimum yang biasanya berlaku pada waktu siang manakala nilai suhu minimum dicerap pada waktu malam. Berdasarkan rekod suhu yang dicerap oleh MET Malaysia, purata suhu minimum di Semenanjung Malaysia pada tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan apabila dibandingkan dengan purata suhu minimum yang dicerap dalam tempoh lima tahun yang lepas.\n\n• Peningkatan suhu yang berlaku pada waktu malam adalah disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya ialah faktor kejadian fenomena El-Nino dan aktiviti manusia. Faktor kejadian fenomena El-Nino yang bermula pada awal tahun 2023 telah menyebabkan beberapa kawasan di negara kita mengalami gelombang haba iaitu apabila suhu harian tertinggi adalah melebihi 37° Celcius untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Semasa El-Nino, suhu pada waktu malam juga didapati tinggi dan menyebabkan terasa lebih panas daripada hari biasa. Dengan fenomena El-Nino yang sudah melemah dan neutral pada pertengahan tahun 2024, kejadian gelombang haba di negara kita akan menjadi semakin berkurangan.\n\n• Faktor aktiviti manusia seperti pembangunan infrastruktur pula telah mengubah permukaan bumi daripada suatu kawasan yang asalnya mempunyai tumbuhan semula jadi kepada kawasan yang dilitupi bangunan serta permukaan berturap. Peningkatan kadar guna tanah sama ada untuk pembangunan, pertanian ataupun penempatan telah menyebabkan berkurangnya kawasan hijau semulajadi yang sepatutnya berfungsi untuk menyerap karbon dioksida daripada atmosfera dan menyejukkan kawasan sekitar.\n\n• Perubahan persekitaran fizikal permukaan terutamanya di bandar juga telah menyebabkan berlakunya penyimpanan haba yang banyak di permukaan bumi ketika waktu siang yang mempunyai sinaran matahari yang kuat dan haba ini terperangkap ke ruang atmosfera pada waktu malam. Fenomena ini dikenali sebagai Pulau Haba Bandar (Urban Heat Island).\n\n• Di samping itu juga, peningkatan aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka serta pembakaran bahan-bahan api untuk kenderaan dan sebagainya telah menghasilkan gas rumah hijau seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida ke atmosfera. Gas-gas ini menyerap lebih banyak haba yang menyebabkan haba yang sepatutnya terbebas ke angkasa terperangkap di dalam atmosfera dan mengakibatkan peningkatan suhu walaupun pada waktu malam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2595,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2595",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-06-26",
        "year": 2024,
        "no": "52",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan status Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030. Apakah halangan dan perancangan Kementerian bagi mengatasinya.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030. Apakah halangan dan perancangan Kementerian bagi mengatasinya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tetap komited dalam menangani pencemaran sisa plastik khususnya plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR).\n\n• Untuk makluman, Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 telah diperkenalkan pada 17 Oktober 2018. Pelan Hala Tuju ini merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah pencemaran plastik di Malaysia secara holistik. Kerajaan telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. \n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna.\n\n• Selain itu, satu lagi langkah dalam menambah baik pengurusan plastik ialah dengan menerapkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik. Langkah ini diyakini akan dapat memastikan plastik yang terhasil adalah plastik boleh dikitar semula. Kerajaan juga berhasrat supaya pembuatan plastik akan ditambah baik secara lestari di peringkat reka bentuk atau design agar ia lebih berfokus kepada reka bentuk yang lestari (sustainable design).\n\n• Kementerian sedar bahawa usaha menangani pencemaran plastik melalui 2 pelan hala tuju dan dasar semasa masih belum memadai. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharap akan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik.\n\n• Kementerian juga sedang memperhalusi kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan dalam memperkasakan pengurusan sisa plastik dengan penerapan konsep ekonomi kitaran dengan pelaksanaan “Sistem terima balik dan sistem bayaran balik” (Deposit Return Scheme - DRS) seperti mana yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]. Justeru itu, Kementerian ini dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti kesesuaian kaedah pelaksanaan sistem ini.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2620,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2620",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "55",
        "member": "Tuan Syahredzan bin Johan",
        "area": "Bangi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk menambah baik prosedur tuntutan harta pusaka kecil : (a) usaha Kementerian dalam menyelesaikan kes-kes tuntutan pembahagian harta pusaka yang masih t...",
        "question": "Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk menambah baik prosedur tuntutan harta pusaka kecil :\n(a) usaha Kementerian dalam menyelesaikan kes-kes tuntutan pembahagian harta pusaka yang masih tertunggak; dan\n(b) statistik kes tertunggak mengikut tahun didaftarkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nJawapan (a)\nSebagai langkah menambahbaik prosedur tuntutan harta pusaka kecil, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah membangunkan Sistem MyLAND bagi menggantikan Sistem MyeTAPP sebagai tunjang utama urusan pembahagian harta pusaka kecil di Malaysia. Modul Pembahagian Pusaka di dalam Sistem MyLAND akan mula digunapakai pada 15 Julai 2024 (hari ini) selaras dengan pewartaan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(Pindaan) 2022 [Akta A1643] pada tarikh yang sama.\nBerhubung tunggakan kes pembahagian pusaka kecil yang diuruskan oleh JKPTG, beberapa langkah proaktif telah diambil merangkumi:\n(a) penugasan semula (redeployment) 84 orang pegawai Unit Petugas Khas (UPK), JKPTG terdiri daripada pelbagai gred bagi menjalankan tugas pembahagian pusaka di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di seluruh Semenanjung Malaysia; dan\n(b) pelantikan 100 orang pegawai Contract of Service (COS) terdiri daripada 50 orang Pegawai Tadbir Gred N41 dan 50 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19 bagi tempoh tiga (3) tahun mulai Januari 2023.\nSebagai langkah jangka panjang, pihak Kementerian ini juga sedang memperhalusi dan memperkemas permohonan pengukuhan perjawatan JKPTG termasuk bagi pembahagian pusaka sebelum ia dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\n\nTuan Yang di-Pertua,\nJawapan (b)\nSebagai rekod, statistik tunggakan kes pembahagian pusaka mengikut tahun diperincikan seperti jadual berikut:\nPerkara\nTahun 2022\nTahun 2023\n\nTunggakan kes tahun terdahulu (pada 1 Januari)\n72,348\n87,846\n\nPermohonan baharu didaftarkan\n78,791\n75,802\n\nJumlah Terkumpul\n151,139\n163,648\n\n(-) Kes berjaya diselesaikan\n(pada 31 Disember)\n63,293\n93,792\n\nBaki kes bawa ke hadapan\n87,846\n69,856",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2628,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2628",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "62",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada dalam 50 tahun ini perubahan iklim di Malaysia telah menjadi semakin buruk dan apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memastikan kita di Malaysia boleh menikmati suas...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada dalam 50 tahun ini perubahan iklim di Malaysia telah menjadi semakin buruk dan apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memastikan kita di Malaysia boleh menikmati suasana iklim yang lebih baik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Impak perubahan iklim di Malaysia sememangnya menjadi lebih ketara sejak 50 tahun yang lalu. Keadaan ini terbukti melalui cerapan data-data saintifik hidro-iklim termasuk trend peningkatan suhu, perubahan pola hujan dan kejadian cuaca ekstrem yang lebih kerap seperti banjir dan kemarau.\n2. Berdasarkan kepada laporan Malaysia Fourth National Communication (NC4), sepanjang tempoh 50 tahun yang lalu, terdapat trend dalam peningkatan suhu. Trend peningkatan suhu tahunan purata bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah dari 1969 hingga 2019 telah meningkat sebanyak 0.13 ⁰C kepada 0.24 ⁰C bagi setiap dekad. Suhu maksimum permukaan pula telah meningkat sebanyak 0.17 ⁰C kepada 0.23 ⁰C bagi setiap dekad manakala suhu minimum juga telah meningkat sebanyak 0.19 ⁰C kepada 0.30 ⁰C bagi setiap dekad.\n3. Selain daripada itu, pemerhatian melalui perubahan dalam pola/trend hujan telah mendapati beberapa kawasan mengalami hujan yang lebih lebat dan ekstrem sehingga menyebabkan berlakunya episod banjir besar, banjir puing dan runtuhan tanah yang kerap, manakala dalam episod musim kering pula beberapa lokasi telah dilanda musim kemarau yang berpanjangan disebabkan oleh pengurangan jumlah hujan.\n4. Semua kejadian ini adalah berpunca daripada kenaikan suhu purata global kepada 1.1 ⁰C berdasarkan laporan Sixth Assessment Report (AR6) of the United Nations (UN) yang dikeluarkan pada tahun 2021. Antara punca kenaikan suhu purata global adalah aktiviti antropogenik oleh manusia seperti penggunaan tenaga fosil untuk menjana elektrik serta aktiviti pengangkutan dan aktiviti perindustrian yang membebaskan gas karbon dioksida. Senario ini telah menjejaskan aktiviti pertanian, sumber dan bekalan air serta keseimbangan ekologi secara keseluruhannya.\n4. Negara kita juga sedang menerima kesan pemanasan global menerusi fenomena slow on set kenaikan aras laut akibat pencairan ais di kawasan kutub dan pengembangan haba di lautan. Malaysia, dengan garis pantainya yang melebihi 8000 km, sangat terdedah kepada impak kenaikan aras laut seperti peningkatan kadar hakisan pantai dan penerobosan air masin ke dalam sumber air tawar serta akuifer yang telah menimbulkan kebimbangan serius kepada negara. Peningkatan suhu permukaan dan asidifikasi lautan juga berupaya mengancam kelestarian ekologi sumber marin negara susulan daripada risiko pelunturan terumbu karang serta migrasi spesies hidupan yang terjejas dengan perubahan persekitaran marin tersebut.\n5. Untuk menangani keadaan iklim yang semakin merosot dan berusaha ke arah persekitaran yang lebih baik di Malaysia, beberapa tindakan boleh diambil seperti berikut:\ni. Meningkatkan Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui: Peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan biojisim boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Malaysia mempunyai potensi besar untuk tenaga suria kerana lokasinya yang terletak di khatulistiwa.\nii. Melaksanakan amalan pertanian mampan yang boleh membantu mengurangkan kesan alam sekitar. Teknik seperti pertanian tepat, pertanian organik dan agro-perhutanan boleh meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim.\niii. Beralih kepada Tenaga Hijau dan Boleh Diperbaharui Disamping Meningkatkan Kecekapan Tenaga. Negara kita perlu lebih dinamik dan pantas untuk beralih kepada sumber tenaga yang lebih mampan dan bersih seperti tenaga hijau atau tenaga yang boleh diperbaharui. Meningkatkan kecekapan tenaga dalam industri, bangunan dan pengangkutan juga boleh mengurangkan penggunaan tenaga keseluruhan dan pelepasan gas rumah hijau. Ini termasuk memperkenalkan teknologi yang lebih mesra alam, peralatan yang cekap tenaga dan mempromosikan pengangkutan awam.\niv. Pemuliharaan dan Penghutanan Semula: Melindungi hutan sedia ada dan penghutanan semula kawasan terdegradasi adalah penting. Hutan bertindak sebagai penyerap karbon, menyerap CO2 dari atmosfera. Program seperti projek Central Forest Spine (CFS) yang bertujuan untuk menghubungkan hutan yang tercerai wajar diperluaskan bagi mewujudkan ekosistem yang lebih besar dan lebih berdaya tahan.\nv. Kesedaran dan Pendidikan Awam: Meningkatkan kesedaran awam tentang kesan perubahan iklim dan menggalakkan amalan mampan di peringkat komuniti dan individu adalah amat penting. Program pendidikan boleh memaklumkan orang ramai tentang kepentingan mengurangkan jejak karbon dan menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan perubahan iklim.\nvi. Infrastruktur Berdaya Tahan Iklim: Membangunkan infrastruktur yang boleh menahan impak kejadian cuaca ekstrem adalah penting. Ini termasuk membina struktur pertahanan/mitigasi banjir, menambah baik sistem perparitan dan membina bangunan yang boleh menahan keadaan iklim yang ekstrem.\nvii. Dasar dan Perundangan: Dasar dan peraturan kerajaan yang kukuh adalah perlu untuk memacu peralihan ke arah masa depan yang mampan. Ini termasuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan karbon, menyediakan insentif untuk teknologi hijau, dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan alam sekitar.\nviii. Penyelidikan dan Inovasi: Melabur dalam penyelidikan dan inovasi untuk membangunkan teknologi dan kaedah baharu untuk mengurangkan dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim adalah penting. Universiti dan institusi penyelidikan boleh memainkan peranan penting dalam bidang ini.\n6. Dengan mengambil tindakan pelaksanaan sebegini, Malaysia boleh berusaha ke arah mengurangkan kesan perubahan iklim dan memastikan iklim yang lebih baik dan lebih mampan untuk generasi akan datang.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2610,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2610",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "77",
        "member": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik terkini Tanah Rizab Melayu setiap negeri bagi tahun 2023.",
        "question": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan statistik terkini Tanah Rizab Melayu setiap negeri bagi tahun 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nBerdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri (kecuali Pulau Pinang dan Melaka), keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu sehingga 30 Jun 2023 adalah 4,977,083.37 hektar. Keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri seperti berikut:\nBIL.\nNEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)\nKELUASAN TRM (HEKTAR)\n\n1. \nKelantan\n1,361,114.00\n\n2. \nPerak\n955,587.80\n\n3. \nKedah\n829,782.06\n\n4. \nJohor\n561,787.83\n\n5. \nPahang\n444,074.90\n\n6. \nTerengganu\n\n(i) Tanah Rizab Melayu \n1,822.42\n\n(ii) Tanah Pegangan Melayu\n400,585.31\n\n7. \nNegeri Sembilan\n226,410.02\n\n8. \nSelangor\n161,375.45\n\n9. \nPerlis\n33,540.02\n\n10. \nKuala Lumpur\n1,003.56\n\nJUMLAH KELUASAN\n4,977,083.37",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2596,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2596",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-06-26",
        "year": 2024,
        "no": "78",
        "member": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj",
        "area": "Segamat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap pelan tindakan dan perubahan dasar yang bakal dilakukan untuk mempercepatkan usaha mitigasi perubahan iklim berdasarkan Konferens Perubahan Iklim PBB...",
        "question": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap pelan tindakan dan perubahan dasar yang bakal dilakukan untuk mempercepatkan usaha mitigasi perubahan iklim berdasarkan Konferens Perubahan Iklim PBB 2023 (COP 28).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bersetuju untuk meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0). DPIN 2.0 ini merupakan Dasar Perubahan Iklim (DPIN) 2009 yang telah disemak semula dan dikemaskini bagi mengambil kira komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris 2015. \n\n2. DPIN 2.0 ini turut mengambil kira perkembangan dasar dan perkembangan terkini isu perubahan iklim di peringkat domestik serta antarabangsa termasuk komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca seiring dengan objektif di bawah Perjanjian Paris untuk menghadkan kenaikan suhu di bawah 2° darjah celsius dan melakukan usaha untuk menghadkan kenaikan suhu di bawah 1.5° celsius. Selain itu, dasar ini akan saling melengkapi inisiatif-inisiatif lain, antaranya penggubalan Rang Undang Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), pembangunan Pelan Adaptasi Nasional dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK). \n\n3. MTPIN juga telah bersetuju untuk memuktamadkan dokumen Hala Tuju Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap) dan Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS). Kedua-dua dokumen ini menggariskan hala tuju dan/atau pelan tindakan mitigasi yang akan dilakukan, masing-masing bagi mencapai sasaran NDC negara pada tahun 2030 dan aspirasi pelepasan sifar bersih negara pada tahun 2050.\n\nSekian, terima kasih\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2600,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2600",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "84",
        "member": "Puan Wong Shu Qi",
        "area": "Kluang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti, Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti",
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) akan diwajibkan sebagai sebahagian daripada Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek pembangunan yang memerlukan EIA.",
        "question": "Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) akan diwajibkan sebagai sebahagian daripada Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek pembangunan yang memerlukan EIA.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) merupakan satu laporan yang mengandungi kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberikan maklumat mengenai kesan terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan dan memperincikan langkah-langkah kawalan dalam tempoh, sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu projek. Langkah-langkah kawalan yang dicadangkan hendaklah sesuatu yang boleh dilaksanakan untuk mencegah, mengawal dan mengurangkan impak negatif yang diramalkan.\n\n• Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan, WMP) merupakan salah satu langkah kawalan yang dicadangkan di dalam Laporan EIA bagi mengawal impak negatif terhadap hidupan liar semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. WMP ini dikawal selia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan telah mengambil inisiatif untuk mewajibkan pematuhan kepada WMP bagi sebarang projek yang melibatkan habitat hidupan liar.\n\n• Dalam memastikan WMP dapat dikuatkuasakan dengan berkesan ke atas projek-projek pembangunan yang tertakluk di bawah keperluan kajian EIA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah bekerjasama dengan PERHILITAN bagi membentuk satu Jawatankuasa Pasukan Petugas bermula pada Februari 2024. Untuk makluman, sehingga kini WMP telahpun diguna pakai oleh penggerak projek-projek mega secara sukarela seperti projek ECRL, empangan, SKVE, SUKE dan lain-lain. \n\n4. Dari sudut perundangan, JAS kini sedang meneliti dan memperhalusi cadangan perwakilan kuasa kepada pihak PERHILITAN bagi memastikan penguatkuasaan WMP ke atas projek-projek pembangunan adalah teratur mengikut peraturan yang berkuatkuasa.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2601,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2601",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "89",
        "member": "Tuan Cha Kee Chin",
        "area": "Rasah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan status siasatan terhadap kebakaran di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam pada 13 April yang lepas. Ini adalah kebakaran ketiga selepas kebakaran pada 2015 dan 2019, apakah Kementerian be...",
        "question": "Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status siasatan terhadap kebakaran di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam pada 13 April yang lepas. Ini adalah kebakaran ketiga selepas kebakaran pada 2015 dan 2019, apakah Kementerian bersedia untuk menyemak semula kesesuaian tapak pusat ini dan apakah jaminan insiden yang sama tidak akan berulang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman, Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd (KASB) adalah salah satu premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan mengolah dan melupuskan sisa buangan terjadual secara selamat. Bagi kejadian kebakaran yang berlaku pada 13 April 2024 lebih kurang jam 5.40 petang yang melibatkan kawasan penyimpanan buangan terjadual seluas 100 kaki X 100 kaki persegi. Kebakaran tersebut telah dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, HAZMAT dan Bomba Sukarela Kualiti Alam sekitar jam 8.20 malam.\n\n• Pihak Kualiti Alam Sdn. Bhd terus bekerjasama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca kebakaran yang berlaku pada 13 April 2024 tersebut. Sehingga hari ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat masih belum kemuka Laporan Penyiasatan Kebakaran yang menyatakan punca berlakunya kebakaran. Namun, Surat Penamatan dan Penyerahan Mengambil Milik Premis telah diterima oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. pada 6 Mei 2024 untuk kerja pembersihan tapak. Penilaian tapak telah dilaksanakan dan kerja pembersihan dijangka akan bermula (setelah kerja meroboh struktur penstoran selesai) pada Ogos 2024 sehingga September 2024.\n\n• Dari segi kesesuaian tapak, premis ini terletak di dalam kawasan industri berat Sendayan Techvalley dan mempunyai zon penampan (Buffer Zone) yang mencukupi dengan penerima sensitif. KASB telah wujud sejak tahun 1995 dan pembangunan guna tanah sekeliling terutama pembangunan perumahan dibina semakin menghampiri kawasan zon penampan dan kawasan KASB. KASB merupakan salah satu fasiliti utama dalam negara yang dilengkapi dengan Loji Rawatan Fizikal dan Kimia, Loji Stabilisasi, Loji Penunuan (Insinerator), Loji Rawatan Leachate, loji-loji rawatan sokongan dan Tapak Pelupusan Selamat untuk buangan terjadual yang telah dirawat. Sebarang pemindahan fasiliti berskala sebegini akan melibatkan kos yang sangat tinggi selain mungkin memberi impak serius kepada pengurusan sisa berbahaya negara.\n\n• Memandangkan isu perpindahan melibatkan pelbagai pihak, Kementerian telah mengemukakan surat kepada SUK Negeri Sembilan dan Khazanah Nasional Berhad pada 13 jun 2024 agar kedua-dua pihak dapat membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2629,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2629",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "90",
        "member": "Tuan Sim Tze Tzin",
        "area": "Bayan Baru",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan cara atau teknologi yang dipertimbangkan oleh Kementerian untuk mengendalikan pelupusan bateri Kereta Elektrik (EV), dan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan industri pelupusan ...",
        "question": "Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan cara atau teknologi yang dipertimbangkan oleh Kementerian untuk mengendalikan pelupusan bateri Kereta Elektrik (EV), dan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan industri pelupusan atau menambah baik peruntukan undang-undang untuk mencegah pembuangan bateri EV secara sembarangan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada masa ini, terdapat lapan (8) buah premis di seluruh negara yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menerima buangan bateri Kereta Elektrik (EV) yang dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan Kod SW 103 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. \n\n• Buangan bateri Kereta Elektrik (EV) oleh Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar akan melalui proses-proses seperti pengolahan/rawatan, pemerolehan kembali (recovery) unsur Lithium melalui hydrometallurgical process atau pelupusan ke tapak pelupusan selamat berdasarkan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.\n\n• Untuk makluman, bateri Lithium terpakai juga dieksport keluar ke negara-negara lain terutamanya Amerika Syarikat memandangkan terdapat permintaan daripada negara-negara tersebut. Pengeksportan ini dilaksanakan berdasarkan kepada Perjanjian Dua Hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat serta Konvensyen Basel berkaitan pergerakan buangan terjadual merentasi sempadan.\n\n• Pengurusan buangan bateri Kereta Elektrik (EV) adalah tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan mana-mana pihak yang didapati melakukan pelupusan buangan bateri Kereta Elektrik (EV) secara haram akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34B iaitu Larangan terhadap penempatan, peletakan dan sebagainya buangan terjadual di mana berdasarkan pindaan pada Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 yang berkuat kuasa mulai 7 Julai 2024 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat memperuntukkan denda maksimum sehingga RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2602,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2602",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "92",
        "member": "Puan Young Syefura binti Othman",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah ada cadangan untuk memperkasakan jentera penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tindakan tegas kepada pesalah alam sekitar dapat dilaksanakan dengan lebih berke...",
        "question": "Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah ada cadangan untuk memperkasakan jentera penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tindakan tegas kepada pesalah alam sekitar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil beberapa langkah penting bagi memperkasakan jentera penguatkuasaan melalui pengukuhan aspek 4M iaitu \"Man, Material, Method, Machine,\" seperti berikut:\n\n• Pemantapan Pengurusan Sumber Manusia\n\n• Pertambahan Perjawatan\n\nNRES sedang meneliti keperluan pertambahan perjawatan bagi memastikan nisbah pegawai penguatkuasa di JAS dan bilangan industri di seluruh negara dapat diseimbangkan. Perkara ini adalah bagi memastikan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan dengan lebih kerap dan meluas.\n\n• Latihan dan Pembangunan Kepakaran\n\nJAS sentiasa komited dalam memastikan semua pegawai mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam mengendalikan teknologi terkini melalui pelaksanaan program latihan secara berkala dan kursus kompetensi kepada para pegawai. Kursus ini dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai penguatkuasaan dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih efektif.\n\n• Peralatan pengoperasian yang optimum\n\nMenyediakan sumber bekalan dan logistik yang mencukupi untuk operasi penguatkuasaan di lapangan, seperti kenderaan dan bekalan keselamatan bagi memastikan kelancaran operasi penguatkuasaan.\n\n• Pengoperasian penguatkuasaan secara bersepadu\n\nMempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan melalui kaedah pengoperasian penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah Akta 127 ini secara berkala.Penggunaan Teknologi Canggih\nMengintegrasikan penggunaan teknologi seperti dron, satelit, dan sistem pemantauan dalam talian untuk memantau kawasan-kawasan yang sukar diakses dan mengesan kejadian pencemaran dengan lebih cepat dan berkesan. Berhubung perkara ini, JAS telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar atau EQMP yang merangkumi pengumpulan data bagi pemantauan kualiti udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh Malaysia bagi tujuan melaporkan tahap sebenar kualiti alam sekitar negara dalam usaha untuk memantau, mencegah dan mengawal pencemaran. \n\n• Dengan pengukuhan aspek 4M ini, NRES melalui JAS menunjukkan komitmen dan keseriusan mereka dalam memastikan undang-undang alam sekitar dikuatkuasakan dengan berkesan. Usaha ini bukan sahaja untuk melindungi alam sekitar tetapi juga untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan masyarakat terjamin. Melalui kerjasama dengan semua pihak berkepentingan dan penggunaan teknologi terkini, NRES terus berusaha memperkasakan penguatkuasaan alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2611,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2611",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "93",
        "member": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kementerian bagi memastikan perlombongan nadir bumi tidak memberi kesan terhadap kelestarian alam sekitar.",
        "question": "Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha Kementerian bagi memastikan perlombongan nadir bumi tidak memberi kesan terhadap kelestarian alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia diperolehi daripada lempung jerapan ion yang tertabur secara meluas terutama di kawasan batuan granitik terluluhawa di Malaysia.\n\n• Bagi memastikan aktiviti perlombongan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dijalankan secara teratur, Kementerian telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal selia aktiviti perlombongan NR-REE. SOP ini menyediakan panduan lengkap bagi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan secara teratur.\n\n• SOP ini dibangunkan berdasarkan SOP perlombongan NR-REE di Negeri Perak yang telah diguna pakai untuk pembangunan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. Berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan di Projek Perintis, ianya boleh disimpulkan bahawa SOP ini mampu dijadikan panduan bagi mengawal selia aktiviti perlombongan.\n\n• Seterusnya, Kementerian telah menetapkan bahawa kaedah perlombongan secara in-situ leaching (ISL) digunakan bagi mengekstrak sumber NR-REE. Kaedah ini lebih selamat dan mesra alam jika dibandingkan dengan kaedah perlombongan terbuka yang lazim digunakan. Kaedah ISL dapat meminimumkan impak terhadap permukaan bumi, kadar pelepasan gas rumah hijau, serta gangguan habuk dan bunyi. Namun, ianya tertakluk kepada syarat pengoperasian serta kawal selia air permukaan dan bawah tanah yang mampan sebagaimana yang disyaratkan dalam kelulusan Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme – OMS) dan Kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA).\n\n• Bagi memastikan aktiviti perlombongan tidak memberikan impak kepada alam sekitar dan kacau ganggu kepada penduduk setempat, pemantauan dan kawalan secara berterusan akan dilaksanakan melalui pelbagai mekanisma termasuklah pemantauan kualiti efluen / air di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016, Pelan Pengurusan Alam Sekitar di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga Pelan Pemulihan Lombong. Penekanan terhadap kawalan alam sekitar ini telah dinyatakan dengan jelas dalam SOP perlombongan NR-REE.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2612,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2612",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "96",
        "member": "Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha untuk memajukan industri NR-REE serta cabaran yang dihadapi masa kini.",
        "question": "Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha untuk memajukan industri NR-REE serta cabaran yang dihadapi masa kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n(a) Usaha untuk memajukan industri NR-REE\n\n• Menyedari potensi NR-REE untuk dibangunkan sebagai salah satu mineral strategik negara, Kementerian telah mengambil beberapa inisiatif dalam membangun dan memajukan industri NR-REE. Untuk tujuan ini, Kementerian telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk membangunkan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak. Pelaksanaan Projek Perintis ini telah bermula pada Oktober 2022 dengan menggunakan kaedah perlombongan secara in-situ leaching yang lebih selamat dan mesra alam.\n\n• Seterusnya, Kementerian telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia berdasarkan kepada SOP Perlombongan NR-REE di Negeri Perak. SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia telah diedar ke semua negeri sebagai rujukan dan panduan kepada negeri-negeri untuk menjalankan perlombongan NR-REE. Namun begitu, pemakaian SOP ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan penyelarasan Pihak-pihak Berkuasa Negeri.\n\n• Bagi memastikan sumber NR-REE diproses dalam negara yang bertujuan memberi nilai tambah dan membawa impak yang signifikan kepada ekonomi negara, Kementerian telah menetapkan moratorium pengeksportan mentah NR-REE di seluruh negara mulai 1 Januari 2024. Ketetapan moratorium ini berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 27 Oktober 2023.\n\n• Selain itu, bagi merealisasi potensi nilai ekonomi mineral NR-REE ini, pembangunan industri ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran selaras dengan pernyataan kerangka Dasar Mineral Negara 3. Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk melantik Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai rakan strategik untuk melaksanakan kajian model perniagaan yang komprehensif bagi pembangunan industri NR-REE di Malaysia. Dokumen kajian ini dibangunkan sebagai rujukan kepada pihak berkepentingan khususnya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan penggiat industri yang berminat untuk membangunkan industri ini.\n\n(b) Cabaran Yang Dihadapi Masa Kini\n\n• Bagi memastikan industri NR-REE dapat dibangunkan di setiap peringkat rantaian nilai khususnya di peringkat huluan dan pertengahan, terdapat keperluan untuk mengukuhkan sektor huluan yang secara langsung akan mewujudkan sektor pertengahan dan hiliran yang berdaya saing. Pada masa ini, terdapat kekangan dalam memajukan aktiviti perlombongan iaitu negara tidak memiliki keupayaan tempatan dari segi kepakaran dan teknologi untuk mengusaha hasilkan lombong NR-REE.\n\n• Seterusnya, Malaysia diyakini mempunyai potensi besar untuk terlibat secara langsung dalam industri di peringkat hiliran sebagai salah satu negara pengeluar super magnet dan motor elektrik di dunia bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik. Namun demikian, ia hanya boleh direalisasikan dengan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber RE Carbonate yang dihasilkan oleh loji pemprosesan NR-REE tempatan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2603,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2603",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "99",
        "member": "Tuan Mordi Bimol",
        "area": "Mas Gading",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian dan perkembangan terkini Kerajaan di dalam usaha untuk menjadikan perdagangan karbon sebagai salah satu dasar negara.",
        "question": "Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pendirian dan perkembangan terkini Kerajaan di dalam usaha untuk menjadikan perdagangan karbon sebagai salah satu dasar negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan berpandangan bahawa hasil transaksi kredit karbon berpotensi menjana pendapatan sampingan dan menarik pelaburan daripada dalam dan luar negara. Tanpa hasil penjualan kredit karbon ini, projek yang berpotensi untuk mengurangkan pelepasan GHG dalam skala yang besar atau projek karbon yang menggunakan teknologi terkini yang mahal akan menjadi tidak berdaya maju. Oleh yang demikian, mekanisme pasaran karbon boleh dilihat sebagai salah satu instrumen kewangan tambahan yang dapat membiayai projek-projek karbon di dalam negara.\n\n2. Mesyuarat MTPIN pada 31 Oktober 2023 telah bersetuju agar Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRES) ketika itu berperanan sebagai pihak berkuasa kebangsaan (national authority) yang akan membangunkan aturan kebangsaan (national arrangement) bagi pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia selaras dengan keputusan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 juga telah bersetuju dengan keputusan MTPIN tersebut.\n\n3. Oleh yang demikian, NRES sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi melaksanakan keputusan Kerajaan tersebut. Selain aspek pelaburan, DPKK juga dirangka bagi memastikan perdagangan karbon ke luar negara dapat dibuat mengikut panduan yang ditetapkan oleh UNFCCC dan NRES tanpa menjejaskan pencapaian NDC. Selain itu, DPKK juga akan melihat kaedah offset sebagai salah satu pilihan pengurangan GHG untuk sektor yang sukar mengurangkan pelepasan GHG (hard to abate sectors) seperti sektor besi dan keluli.\n\n4. Pembangunan DPKK juga adalah penting bagi menangani keperluan mendesak daripada pemain industri dan kerajaan negeri yang ingin menyertai pasaran karbon di dalam dan luar negara. Selain itu, DPKK akan memudahcara proses pelaksanaan projek karbon oleh pelabur asing melalui kerjasama dengan Malaysia. \n\n5. DPKK akan melengkapi pembangunan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang akan menjadi instrumen utama agar pasaran karbon negara dapat beroperasi dengan efektif. DPKK dijangka akan dimuktamadkan pada tahun 2025.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2613,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2613",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-09",
        "year": 2024,
        "no": "99",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah kontigensi jangka masa pendek dan panjang bagi mengatasi isu gangguan gajah liar di sepanjang Jalan Raya Timur Barat, Jeti Awam Pulau Banding dan perkampungan di kawasan t...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah kontigensi jangka masa pendek dan panjang bagi mengatasi isu gangguan gajah liar di sepanjang Jalan Raya Timur Barat, Jeti Awam Pulau Banding dan perkampungan di kawasan tersebut memandangkan telah berlaku serangan gajah liar kepada manusia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sentiasa mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar termasuk gangguan gajah liar di sepanjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Jeti Awam Pulau Banding, Perak dan kawasan perkampungan yang berdekatan.\n\n2. Antara langkah jangka pendek yang diambil oleh Jabatan PERHILITAN bagi menangani konflik manusia dan gajah di kawasan tersebut adalah seperti berikut:\n\n(i) membina 4 unit Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal di Kg. Bukit Sapi - Kg. Batu Reng, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun, Bersia, dan Pos Kemar;\n\n(ii) melaksanakan 89 kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik hidupan liar apabila menerima aduan daripada penduduk setempat bagi tahun 2022 hingga Jun 2024; \n\n(iii) melaksanakan 53 tindakan tembak halau bagi menghalau gajah untuk masuk semula ke kawasan hutan berdekatan bagi tahun 2022 hingga Jun 2024; \n\n(iv) melaksanakan aktiviti pengayaan habitat dengan mewujudkan 2 jenut tiruan di bawah viaduct Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bagi menarik hidupan liar terutamanya gajah supaya tidak melintas di atas jalan raya; \n\n(v) memasang 144 tiang lampu jenis LED di 17 lokasi hotspot kawasan lintasan gajah bagi menghalau gajah memasuki kawasan kampung; \n\n(vi) memasang 12 unit papan tanda lintasan gajah di JRTB termasuk 2 billboard besar; dan\n\n(vii) membuat hebahan melalui kenyataan media, video pendek dan poster lintasan gajah semasa musim perayaan bagi meningkatkan kesedaran pengguna JRTB mengenai langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku pertembungan dengan gajah.\n\n3. Selain itu, sebagai langkah jangka panjang, Jabatan PERHILITAN membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) (NECAP 2.0) sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah dengan lebih menyeluruh. Ini termasuklah mengadakan perbincangan bersama pemegang taruh bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tindakan-tindakan yang digariskan dalam NECAP 2.0 dan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) dalam menangani masalah konflik manusia dan hidupan liar.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2630,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2630",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "101",
        "member": "Datuk Willie anak Mongin",
        "area": "Puncak Borneo",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina Pusat Pelupusan Sisa Terjadual (Schedule Waste) di Utara Semenanjung untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat kerana kini hanya ada Pusat Pelupusan...",
        "question": "Datuk Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina Pusat Pelupusan Sisa Terjadual (Schedule Waste) di Utara Semenanjung untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat kerana kini hanya ada Pusat Pelupusan Sisa Terjadual hanya terdapat di Johor dan Negeri Sembilan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan statistik daripada Laporan Kualiti Alam Sekeliling (EQR) 2022, Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 5,915,073.84 tan metrik buangan terjadual telah dihasilkan. Ini mewakili penurunan keseluruhan sebanyak 21.19% berbanding 7,505,195.76 tan metrik yang dilaporkan pada 2021. Daripada 5,915,073.84 tan metrik buangan terjadual telah dihasilkan, sebanyak 271,648.18 tan metrik (4.6%), dirawat dan dilupuskan di Premis Yang Ditetapkan iaitu di Kualiti Alam Sdn. Bhd. (189,088.00 tan metrik) dan Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. (33,428.56 tan metrik). Manakala 49,131.62 tan metrik daripada buangan klinikal telah dibakar dan dilupuskan di kemudahan luar tapak yang dilesenkan.\n\n• Ini menunjukkan bukan semua buangan terjadual yang dihasilkan akan dilupuskan. Kementerian melalui JAS sedang dalam usaha untuk menggalakkan pengurangan penjanaan buangan terjadual yang perlu dilupuskan, melalui proses guna semula dan peningkatan pemerolehan kembali buangan terjadual. Ini juga selaras dengan dasar Kerajaan yang menyokong peralihan kepada ekonomi kitaran.\n\n• Pada ketika ini, sudah terdapat dua (2) kemudahan Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) di Semenanjung Malaysia iaitu di Bukit Nanas, Negeri Sembilan dan dan Bukit Tagar, Selangor. Tiga lagi (3) cadangan fasiliti Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) adalah dicadang di zon selatan (Johor), zon Pantai timur (Terengganu) dan termasuk zon utara (Perak) yang kini masih dalam proses perancangan.\n\n• Pembangunan (ISWMF) secara zon/ regional adalah bagi membolehkan kemudahan tersebut mempunyai rantaian bekalan sisa yang mencukupi bagi ia beroperasi secara optimum selain mampu beroperasi dalam jangka masa lebih panjang. Dengan pertambahan ini, dijangka keperluan di masa hadapan akan dapat dipenuhi. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2621,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2621",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-15",
        "year": 2024,
        "no": "103",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kerajaan ingin menyelesaikan masalah perlombongan nadir bumi dengan polisi Kerajaan tidak membenarkan nadir bumi yang belum diproses dieksport ke luar negara tetapi di negara k...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana Kerajaan ingin menyelesaikan masalah perlombongan nadir bumi dengan polisi Kerajaan tidak membenarkan nadir bumi yang belum diproses dieksport ke luar negara tetapi di negara kita masih tidak ada kilang yang boleh atau diberi lesen untuk memproses nadir bumi yang diperoleh daripada negara kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah melaksanakan moratorium pengeksportan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara mentah mulai 1 Januari 2024 susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 27 Oktober 2023. Dasar ini dikuatkuasakan bertujuan mengelak eksploitasi dan kehilangan sumber dan seterusnya menjamin pulangan yang maksimum kepada negara.\n\n• Dengan mengambil kira industri NR-REE sebagai industri baharu negara, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk membangunkan dokumen Kajian Model Perniagaan (Business Model) Pembangunan Industri NR-REE dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM). Dokumen ini dibangunkan bertujuan menjadi asas rujukan kepada semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan penggiat industri.\n\n• Sehubungan itu, Kementerian sedang membangunkan enam (6) pilihan model perniagaan berdasarkan dapatan kajian business model pembangunan industri NR-REE. Seterusnya, Kementerian dijadualkan untuk membentangkan kertas dasar Hala Tuju Pembangunan Industri NR-REE dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan diadakan pada Ogos 2024. Melalui mesyuarat ini, Kementerian akan memperhalusi hala tuju pembangunan industri NR-REE termasuk langkah yang akan diambil untuk mengurus sumber NR-REE yang tidak dibenarkan eksport.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2631,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2631",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "105",
        "member": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad",
        "area": "Kepala Batas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) jumlah terperinci caj kempen tiada beg plastik yang berjaya dikutip di setiap negeri sejak diperkenalkan; dan (b) adakah kempen ini berjaya mencapai matlamat",
        "question": "Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan: \n(a) jumlah terperinci caj kempen tiada beg plastik yang berjaya dikutip di setiap negeri sejak diperkenalkan; dan \n(b) adakah kempen ini berjaya mencapai matlamat",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tetap komited dalam menangani pencemaran sisa plastik khususnya plastik sekali guna menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR).\n\n• Untuk makluman, Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 telah diperkenalkan pada 17 Oktober 2018. Pelan Hala Tuju ini merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan dalam menangani masalah pencemaran plastik di Malaysia secara holistik. Kerajaan telah mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap tindakan di bawah Pelan Hala Tuju ini supaya lebih berkesan dan bersasar serta membolehkan semua pihak memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut. Ini sekali gus akan mendorong pengguna untuk bertindak dan memilih alternatif yang positif serta mesra alam. \n\n• Antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap. Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai deterrent bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna. Antara negeri yang melaksanakan caj pencemaran adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak, Terengganu dan Kedah. \n\n• Untuk makluman, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Kempen Tiada Beg Plastik Percuma sejak tahun 2009 dan mengenakan caj sebanyak RM0.20 bagi setiap pembelian beg plastik. Pada bulan Januari 2021, kerajaan negeri telah menaikkan kadar caj sumbangan kutipan beg plastik daripada RM0.20 ke RM1.00 setiap helaian beg plastik diikuti dengan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Pulau Pinang (No Plastic Bag Day). Jumlah terkumpul kutipan kempen tanpa beg plastik dari tahun 2009 hingga 2024 di Pulau Pinang adalah sebanyak RM19,424,867.10.\n\n• Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah melaksanakan Kempen Bebas Plastik pada tahun 2010 tanpa mengenakan sebarang caj. Kempen ini lebih menekankan kepada aspek kesedaran mengenai kesan penggunaan plastik kepada alam sekitar. Sebagai langkah penambahbaikan, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan caj beg plastik pada tahun 2020 dengan kutipan sebanyak RM0.20 bagi sehelai plastik sekali guna. Jumlah keseluruhan kutipan caj beg plastik di Negeri Selangor bagi tahun 2020 hingga 2023 berjumlah RM38,048,240.26.\n\n• Berdasarkan input daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor, pelaksanaan caj pencemaran secara tidak langsung mengurangkan permintaan plastik sekali guna semasa proses jual-beli. Seperti mana tujuan pengenaan caj pencemaran ini, Kerajaan bukanlah berhasrat untuk mengutip dana daripada masyarakat, ianya adalah bertujuan untuk meningkat kesedaran dan pendidikan secara tidak langsung supaya pengguna membawa beg guna semula (reusable bag) ketika membeli belah. Pelbagai program advokasi telah dijalankan oleh pelbagai pihak sama ada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, industri dan juga daripada pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) berkaitan usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.\n\n• Bagi Perak, Kedah dan Terengganu pelaksanaan caj pencemaran bagi permintaan beg plastik sekali guna masih di peringkat awal. Data dan jumlah kutipan di negeri-negeri berkenaan masih di peringkat pengemasikinian. Manakala di Wilayah Persekutuan, kutipan caj pencemaran bagi permintaan beg biodegradasi adalah tidak dilaksanakan. Walau bagaimanapun, peniaga dibenarkan menjalankan kutipan bagi tujuan menanggung kos pembelian beg biodegradasi tersebut. Untuk makluman, negeri-negeri lain masih belum melaksanakan pengenaan dan kutipan caj pencemaran, namun semua negeri tersebut telah pun menjalankan kempen-kempen kesedaran untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.\n\n• Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan NGO dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2632,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2632",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-18",
        "year": 2024,
        "no": "108",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan perincian matlamat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050 : (a) apakah status semasa pelaksanaan cukai karbon. Adakah pengenalan perdagangan karbon oleh Bursa akan bert...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perincian matlamat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050 :\n\n(a) apakah status semasa pelaksanaan cukai karbon. Adakah pengenalan perdagangan karbon oleh Bursa akan bertentangan dengan cukai karbon; dan;\n\n(b) apakah status semasa bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030 sebagaimana komitmen bersama UNFCCC dan bagaimana negeri-negeri boleh memanfaatkan usaha-usaha ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi pertanyaan mengenai cukai karbon, Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama World Bank Group (WBG) serta kementerian dan agensi berkaitan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mekanisme penetapan harga karbon [Partnership for Market Implementation (PMI) and PMI Readiness Support Plan (RSP)] di Malaysia. Hasil kajian tersebut akan dapat memberikan gambaran kebolehlaksanaan keseluruhan mekanisme penetapan harga karbon (carbon pricing) termasuk Cukai Karbon dan Skim Perdagangan Karbon (emission trading scheme - ETS). Kajian tersebut dijangka akan siap pada 2025.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat juga, pelaksanaan cukai karbon ini tidak bertentangan malah ianya melengkapi usaha yang dibuat oleh pihak Bursa Malaysia dalam mengoperasikan pasaran karbon sukarela atau voluntary carbon market (VCM) negara. Pasaran karbon sukarela menjalankan perdagangan kredit karbon bagi memenuhi sasaran sukarela mitigasi pelepasan GHG syarikat swasta untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap perlindungan alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat.\n\n• Pada tahun 2022, Bursa Malaysia telah menubuhkan Bursa Carbon Exchange (BCX) yang merupakan pelantar perdagangan pasaran karbon sukarela patuh syariah yang pertama di dunia. Oleh yang demikian, syarikat yang tidak dikenakan cukai karbon boleh turut serta dalam pasaran karbon secara sukarela bagi mencapai sasaran pengurangan GHG masing-masing. Buat masa ini, pasaran karbon yang aktif di Malaysia adalah hanya pasaran karbon sukarela. Sehubungan dengan itu, syarikat yang berminat untuk menyertai pasaran karbon boleh menggunakan platform VCM khususnya BCX ini.\n\n• Dalam masa yang sama, pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan akan turut melengkapi pasaran karbon sukarela ini. Dalam hal ini, NRES sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat yang akan melihat pelaksanaan pasaran karbon pematuhan dan sukarela secara menyeluruh. Dasar ini bertujuan untuk menyokong dan memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Selain itu, DPKK juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang.\n\n• Seterusnya berhubung usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat pelbagai langkah yang digunakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2030. Tindakan-tindakan ini juga melibatkan kementerian dan agensi lain seperti yang telah digariskan dalam Bab 8 RMK-12. \n\n• Antara tindakan-tindakan mitigasi yang telah diambil adalah melalui penggunaan tenaga boleh baharu, meningkatkan penggunaan tenaga secara cekap melalui program National Energy Efficiency Action Plan, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam berasaskan rel/kereta api, menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga, meningkatkan penggunaan biodiesel berasaskan sawit dalam diesel petroleum campuran, mempelbagaikan penggunaan bahan api yang lebih kurang pembebasan karbon seperti gas asli dalam kenderaan serta pelaksanaan program-program di bawah sub-sektor gas dan minyak. \n\n• Antara dasar-dasar utama yang telah dibangunkan iaitu New Industrial Master Plan (NIMP), National Energy Transition Roadmap (NETR) dan Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR) pada tahun 2023 akan menyokong usaha negara bagi mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih pada tahun 2050.\n\n• Kementerian juga telah selesai membangunkan Strategi Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) bagi mengenal pasti strategi pengurangan pelepasan GHG ke arah mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih.\n\n• Dokumen ini yang dibangunkan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) telah dibincangkan pada Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara pada 14 Jun 2024 dan akan dibentangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri.\n\n• NRES juga sedang dalam proses memuktamadkan penyediaan dokumen Hala Tuju Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap) Dokumen ini akan menggariskan hala tuju dan pelan tindakan mitigasi yang akan dilakukan pada peringkat nasional, serta akan dijadikan rujukan pada peringkat negeri bagi mencapai sasaran NDC negara pada tahun 2030.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2604,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2604",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2024-07-02",
        "year": 2024,
        "no": "114",
        "member": "Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun",
        "area": "Port Dickson",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendekatan yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan projek mega tidak menjejaskan alam sekitar serta bagaimanakah Kementerian memastikan keseim...",
        "question": "Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pendekatan yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan projek mega tidak menjejaskan alam sekitar serta bagaimanakah Kementerian memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertanggungjawab dalam memastikan sebarang pembangunan infrastruktur dan projek mega yang memberi impak yang besar kepada alam sekitar diteliti terlebih dahulu, bagi memastikan pertimbangan sewajarnya dapat dibuat sebelum projek berkaitan diluluskan. \n\n• Dalam usaha memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar dapat dipertingkatkan, Kementerian telah melaksanakan beberapa pendekatan, di antaranya adalah penguatkuasaan undang-undang berkaitan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (Laporan EIA) bagi semua projek pembangunan mega yang ditakrifkan sebagai prescribed activities di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, serta pelaksanaan kaedah perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), secara in-situ leaching (ISL) seperti yang ditetapkan di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE. Kaedah ISL ini merupakan kaedah perlombongan yang lebih selamat dan mesra alam, tanpa melibatkan penebangan hutan dalam skala yang besar dan pengorekan keluar tanah beban dan tanah berbijih seperti mana kaedah perlombongan konvensional.\n\n3. Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 523 Laporan EIA telah diterima dan sejumlah 292 laporan telah diluluskan secara bersyarat pada tahun 2022. Ini adalah merangkumi pembangunan infrastruktur utama yang akan membawa pulangan ekonomi yang besar kepada negara seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Mass Rapid Transit (MRT), Rapid Transit System Link (RTS Link), Light Rail Transit (LRT), Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) dan Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT). \n\n4. Bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar tidak terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan, Kerajaan telah dan akan terus menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) selaku pihak bertanggungjawab dalam penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah melaksanakan 2,486 pemeriksaan penguatkuasaan, di mana sejumlah 643 tindakan penguatkuasaan telah diambil, merangkumi 364 Notis Arahan, 222 kompaun, 6 Perintah Larangan dan 51 kes ketidakpatuhan telah dituduh serta disabit di mahkamah dengan jumlah denda dikenakan sebanyak RM1,331,500.00 pada tahun 2022. \n\n5. Dalam masa yang sama, bagi memastikan kualiti alam sekitar, terutamanya kualiti air tidak terjejas berikutan aktiviti ekonomi melibatkan perlombongan NR-REE, Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menjalankan kawalan ketat ke atas had pelepasan efluen dibenarkan, serta pemantauan kualiti air permukaan dan air bawah tanah, selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa, iaitu Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2683,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2683",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-21",
        "year": 2024,
        "no": "6",
        "member": "Tuan Zahari bin Kechik",
        "area": "Jeli",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jumlah tanah rizab Kerajaan yang telah diduduki secara haram oleh rakyat Malaysia dan apakah tindakan atau pampasan oleh Kerajaan bagi rakyat yang sekian lama menduduki tanah riza...",
        "question": "Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapa jumlah tanah rizab Kerajaan yang telah diduduki secara haram oleh rakyat Malaysia dan apakah tindakan atau pampasan oleh Kerajaan bagi rakyat yang sekian lama menduduki tanah rizab sekiranya Kerajaan ingin mengambil alih tanah tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan perundangan semasa, “tanah rizab” ditakrifkan sebagai tanah yang pada masa itu dirizabkan menerusi pewartaan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan Seksyen 62, Kanun Tanah Negara [Akta 828] atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu. Selaras dengan Perkara 74 dan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, Kementerian ini hanya dapat memperincikan pendudukan secara haram di atas tanah rizab bagi maksud Persekutuan sahaja. Ini disebabkan kerana maklumat tanah rizab bagi maksud Negeri adalah di bawah Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.\n\n• Berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) setakat 16 Februari 2024, terdapat 35 lot tanah rizab telah diduduki secara haram di mana tindakan penguatkuasaan sedang dilaksanakan ke atas penceroboh terlibat. Daripada 35 lot tersebut, sebanyak tiga (3) lot didapati telah diduduki bagi tujuan rumah kediaman. Pihak JKPTG telah bekerjasama dengan Kementerian Jabatan/ Pengguna (KJP), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Negeri bagi menjalankan siasatan serta mengemukakan notis penguatkuasaan ke atas pencerobohan yang berlaku.\n\n• Sebagai makluman, pendudukan tanah rizab Persekutuan secara tidak sah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 425(1)(a), Akta 828 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. Berdasarkan ketetapan ini, maka tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pihak yang menceroboh.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2678,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2678",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-18",
        "year": 2024,
        "no": "8",
        "member": "Datuk Ali anak Biju",
        "area": "Saratok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pelaksanaan perdagangan karbon di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh Sarawak dan Sabah. Apakah hala tuju dasar karbon kebangsaan.",
        "question": "Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pelaksanaan perdagangan karbon di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh Sarawak dan Sabah. Apakah hala tuju dasar karbon kebangsaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian menyambut baik usaha dan inisiatif beberapa kerajaan negeri dan syarikat yang meneroka potensi pembangunan dan penglibatan di dalam pasaran karbon sukarela di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil.1 Tahun 2023 pada 31 Oktober 2023 telah mempertimbangkan cadangan Dasar Pelaksanaan Mekanisme Pasaran Karbon Di Malaysia dan telah memutuskan seperti berikut:\n\n• supaya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaku national focal point melaksanakan peranan dan fungsi sebagai pihak berkuasa kebangsaan (national authority) yang diiktiraf UNFCCC bagi melaksanakan mekanisme pasaran karbon di Malaysia; \n\n• supaya pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia berpandukan kepada ketetapan dasar, prinsip asas, keperluan maklumat, dan aturan kebangsaan yang dibangunkan; dan\n\n• supaya cadangan dasar pasaran karbon negara dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.\n\n• Bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia ini dibuat berpandukan kepada ketetapan dasar yang jelas, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam juga sedang melaksanakan kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat. \n\n• Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Selain itu, DPKK juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang.\n\n• Kementerian juga akan meneruskan perbincangan berkaitan mekanisme pasaran karbon bersama kerajaan negeri memandangkan hal berkaitan tanah dan perhutanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kajian DPKK ini dijangka siap pada tahun 2025.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2684,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2684",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-21",
        "year": 2024,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Suhaizan bin Kaiat",
        "area": "Pulai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan mempunyai apa-apa perancangan bagi menubuhkan sebuah syarikat milikan Kerajaan bagi menguruskan hasil-hasil nadir bumi yang terdapat di negara ini seperti penubuhan syari...",
        "question": "Tuan Suhaizan bin Kaiat [ Pulai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan mempunyai apa-apa perancangan bagi menubuhkan sebuah syarikat milikan Kerajaan bagi menguruskan hasil-hasil nadir bumi yang terdapat di negara ini seperti penubuhan syarikat carigali minyak, PETRONAS pada tahun 1974.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Cadangan pewujudan syarikat khusus untuk menguruskan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) telah dibangkit dan dibincangkan semasa sesi libat urus draf Kerangka Dasar Mineral Negara 3 pada 8 hingga 11 Ogos 2023. Sesi libat urus ini disertai oleh pemegang taruh melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan, agensi Kerajaan Negeri, penggiat industri, pakar-pakar, ahli akademik, badan bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO). Selain itu, ia juga telah disentuh semasa perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKKPIM) pada 2 Oktober 2023.\n\n• Berdasarkan maklum balas yang diterima, cadangan ini memerlukan kajian yang lebih mendalam daripada segi kebolehlaksanaan khususnya dari aspek perundangan dengan mengambil kira sumber mineral adalah terletak hak di bawah kuasa Negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, beberapa negeri telah mengambil langkah mewujudkan anak syarikat khusus bagi menguruskan pembangunan industri mineral di negeri masing-masing.\n\n• Walau bagaimanapun, merujuk kepada kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM), Kementerian melihat terdapat keperluan untuk mewujudkan entiti khusus bagi mengusaha hasilkan sumber NR-REE negara, khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran. Perkara ini masih dalam penelitian Kementerian. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2686,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2686",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "20",
        "member": "Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan polisi dan dasar baharu berkenaan hutan simpan memandangkan empat prosedur berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) telah diperkenalkan.",
        "question": "Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan polisi dan dasar baharu berkenaan hutan simpan memandangkan empat prosedur berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) telah diperkenalkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia diperolehi daripada lempung jerapan ion yang tersebar secara meluas terutama di kawasan batuan granitik terluluhawa di Malaysia. Ianya bersifat bukan radioaktif yang berpotensi dilombong secara berekonomi.\n\n• Bagi memastikan aktiviti perlombongan NR-REE dijalankan secara teratur, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia bagi mengawal selia aktiviti perlombongan NR-REE. SOP tersebut menyediakan prosedur yang teratur bagi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan.\n\n• Buat masa ini, Kementerian masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu untuk tidak meluluskan sebarang kelulusan Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan (PA), Kawasan Tadahan Air dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).\n\n• Walau bagaimanapun, mengambil kira perkembangan terkini serta sumber pertumbuhan baharu dalam industri nadir bumi, NRES melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang memperhalusi cadangan kebolehlaksanaan aktiviti perlombongan nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dalam kawasan HSK dengan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN).\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FRIM telah diberikan tanggungjawab untuk mengetuai dan menjalankan Kajian Penilaian Impak Perlombongan NR-REE ke atas HSK yang meliputi impak ke atas ekosistem dan ekologi hutan secara menyeluruh, pertumbuhan dirian atau tumbuhan hutan, tahap kesuburan dan kestabilan struktur tanah serta implikasi kepada hidupan liar. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan perlombongan NR-REE ke atas HSK bagi tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sebarang polisi dan dasar baharu berkenaan HSK bergantung kepada hasil penilaian impak yang dilaksanakan kelak.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2687,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2687",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "23",
        "member": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy",
        "area": "Kalabakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan kajian potensi mineral strategik yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Sabah menerusi peruntukan RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua...",
        "question": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perkembangan kajian potensi mineral strategik yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Sabah menerusi peruntukan RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe- 12) dan bilakah sumber ini dapat dioptimumkan sepenuhnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan Projek Kajian Potensi Mineral Strategik (MST) Ke Arah Sumber Yang Mampan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Kajian ini melibatkan empat (4) negeri iaitu Kedah, Perak, Johor dan Sabah yang dijalankan oleh JMG secara perkhidmatan tender.\n\n• Pecahan kepada peruntukan sebanyak RM20 juta ialah RM6.5 juta di Johor, RM4.5 juta di Perak, RM4.5 juta di Kedah dan RM4.5 juta di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, hanya RM4.5 juta sahaja diperuntukkan untuk Projek Kajian Potensi Mineral Strategik di Sabah bagi tempoh 3 tahun bagi tahun 2023 sehingga 2025.\n\n• Di Negeri Sabah, projek tersebut melibatkan 3 komoditi merangkumi 5 kawasan kajian yang telah dikenal pasti. Komoditi yang terlibat adalah seperti berikut:\n\n• komoditi logam bes di Mokodou, Ranau (keluasan 1km2), Pinggan-Pinggan (keluasan 1 km2) dan di Pitas (keluasan 1 km2);\n\n• komoditi kumpulan logam platinum di Kapuakan, Ranau (keluasan 1.5 km2); dan\n\n• komoditi pasir silika di Felda Sahabat, Lahad Datu (keluasan 2 km2) dan Pulau Balambangan, Kudat (keluasan 1 km2).\n\n• Pada masa ini, projek ini berada dalam fasa terakhir pengdokumentasian tender dan akan mula diiklankan pada 22 Mac 2024. Kajian ini akan menghasilkan data sumber teragak (inferred resources) bagi semua komoditi di dalam kawasan kajian. Data yang dikumpul ini boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan menarik pelabur berdasarkan kajian lanjut untuk menentukan kebolehlaksanaan dan kesesuaian kawasan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2679,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2679",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-18",
        "year": 2024,
        "no": "25",
        "member": "Dato' Seri Amirudin bin Shari",
        "area": "Gombak",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dari tahun 2022 ke arah menjadikan ekonomi negara neutral karbon.",
        "question": "Dato' Seri Amirudin bin Shari [ Gombak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dari tahun 2022 ke arah menjadikan ekonomi negara neutral karbon.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. Inisiatif ini turut melibatkan kementerian dan agensi lain seperti yang telah digariskan dalam Bab 8, Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12). \n\n2. Antara tindakan-tindakan mitigasi yang telah diambil adalah melalui penggunaan tenaga boleh baharu, meningkatkan penggunaan tenaga secara cekap melalui program National Energy Efficiency Action Plan, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam berasaskan rel/kereta api, menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga, meningkatkan penggunaan biodiesel berasaskan sawit dalam diesel petroleum campuran, mempelbagaikan penggunaan bahan api yang kurang pembebasan karbon seperti gas asli dalam kenderaan serta pelaksanaan program-program di bawah sub-sektor gas dan minyak.\n\n3. Selain itu, Kerajaan juga telah membangunkan dua (2) dasar utama iaitu New Industrial Master Plan (NIMP) dan National Energy Transition Roadmap (NETR) pada tahun 2023 yang akan menyokong usaha negara bagi mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih.\n\n4. Kementerian juga sedang membangunkan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) bagi mengenal pasti strategi pengurangan pelepasan GHG ke arah mencapai aspirasi ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2685,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2685",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-21",
        "year": 2024,
        "no": "36",
        "member": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah cabaran Kerajaan terhadap pelan tindakan dan perubahan dasar yang bakal dilakukan untuk mempercepatkan usaha mitigasi perubahan iklim berdasarkan Konferens Perubahan Iklim PBB 202...",
        "question": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah cabaran Kerajaan terhadap pelan tindakan dan perubahan dasar yang bakal dilakukan untuk mempercepatkan usaha mitigasi perubahan iklim berdasarkan Konferens Perubahan Iklim PBB 2023 (COP 28).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya, hasil Persidangan Ke-28 Negara Ahli Kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (The 28th Conference of Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change – UNFCCC-COP 28) telah berjaya memacu usaha inklusif di peringkat global untuk menangani perubahan iklim serta meningkatkan cita-cita bagi mencapai matlamat Perjanjian Paris di dalam pakej yang dinamakan ‘The UAE Consensus’.\n\n2. Antara cabaran yang telah dikenal pasti adalah keperluan sokongan means of implementation dari negara maju yang merangkumi pembangunan kapasiti, bantuan teknikal dan pembiayaan bagi negara-negara membangun melaksanakan program mitigasi perubahan iklim. Selain itu, negara juga perlu menggubal atau mengemaskini dasar dan perundangan berkaitan agar tindakan khusus berkaitan perubahan iklim merangkumi pelaporan kepada UNFCCC, dasar pasaran karbon dan pelan tindakan adaptasi dapat dilaksanakan secara efektif serta dapat memenuhi obligasi Perjanjian Paris.\n\n3. Dalam hal ini, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang membangunkan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara. RUU ini dijangka akan membolehkan negara mengoperasikan tindakan iklim yang digariskan di dalam Perjanjian Paris untuk dilaksanakan di peringkat domestik. RUU ini juga digubal bagi mencapai aspirasi perubahan iklim negara serta matlamat pembangunan mampan jangka masa panjang. Oleh yang demikian, RUU ini juga memberi tumpuan khusus kepada kawal selia pelepasan GHG di samping usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. \n\n4. Kementerian juga sedang membangunkan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) bagi mengenal pasti strategi pengurangan pelepasan GHG ke arah mencapai aspirasi ini.\n\n5. Kementerian juga sedang membangunkan pelan hala tuju dan tindakan Nationally Determined Contribution (NDCs) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Pelan hala tuju dan tindakan NDC yang sedang dibangunkan dapat memastikan inisiatif perubahan iklim dapat dilaksanakan secara holistik, terangkum dan berkesan bagi menyokong usaha Malaysia mencapai sasaran NDC pada tahun 2030.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2688,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2688",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "36",
        "member": "Tuan Sim Tze Tzin",
        "area": "Bayan Baru",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan dari tahun 2018 hingga 2023, berapa cubic meter padu pembalakan telah berlaku di negeri-negeri Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak. Berapakah hasil cukai yang dikutip oleh negeri m...",
        "question": "Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dari tahun 2018 hingga 2023, berapa cubic meter padu pembalakan telah berlaku di negeri-negeri Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak. Berapakah hasil cukai yang dikutip oleh negeri masing-masing.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pengeluaran kayu balak daripada Semenanjung Malaysia, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak bagi tempoh 2018 hingga 2022 adalah sebanyak 44,052,321.86 meter padu, manakala hasil hutan yang diperolehi meliputi royalti, premium, ses dan lain-lain dalam tempoh tersebut adalah berjumlah RM5,013,304,267.54.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2680,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2680",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-18",
        "year": 2024,
        "no": "40",
        "member": "Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya",
        "area": "Pokok Sena",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah bagi pemberian pampasan berjumlah RM100 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah atas usaha memelihara kelestarian Hutan Simpan Ulu Muda.",
        "question": "Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah bagi pemberian pampasan berjumlah RM100 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah atas usaha memelihara kelestarian Hutan Simpan Ulu Muda.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada masa ini, tiada dasar khusus berhubung pampasan kepada Kerajaan Negeri bagi mengekalkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pemberian pampasan yang bersifat ganti rugi perlu mengambil kira banyak aspek termasuk keupayaan fiskal negara. \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, dan Kelestarian Alam menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan dan HSK yang baharu. Bagi tempoh 2019 hingga 2023, Kerajaan Negeri Kedah telah menerima peruntukan EFT berjumlah RM24,846,634. Penyaluran EFT tahun 2024 akan dilaksanakan pada bulan Mac setelah laporan pelaksanaan EFT tahun 2023 diterima sepenuhnya.\n\n• Di bawah Garis Panduan Pelaksanaan EFT, terdapat enam skop perbelanjaan meliputi aktiviti/projek yang boleh dilaksanakan bagi tujuan berikut:\n\n• pemeliharaan kawasan perlindungan (protected areas) sedia ada dan usaha ke arah menambah kawasan perlindungan baharu;\n\n• pemuliharaan, restorasi dan pengayaan bagi pengekalan kawasan perlindungan;\n\n• penyediaan dan pengurusan kemudahan di kawasan perlindungan;\n\n• pelaksanaan operasi risikan dan penguatkuasaan bagi pengawalan sumber ekosistem, flora dan fauna;\n\n• pelaksanaan program penglibatan komuniti dan pembangunan kapasiti; dan\n\n• pelaksanaan program bagi menggalakkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.\n\n• Sehubungan itu, Kerajaan-kerajaan Negeri dimohon untuk memanfaatkan insentif kewangan EFT tersebut secara optimum bagi meningkatkan pengurusan kawasan hutan dan aktiviti konservasi lain seperti mana yang terkandung dalam garis panduan tersebut.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2689,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2689",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "41",
        "member": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman",
        "area": "Sik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan untuk membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan Negeri Kedah dalam memelihara hutan dan sungai di kawasan tadahan hujan Ulu Muda sebagai kawasan air untuk keperluan rakya...",
        "question": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan untuk membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan Negeri Kedah dalam memelihara hutan dan sungai di kawasan tadahan hujan Ulu Muda sebagai kawasan air untuk keperluan rakyat di negeri-negeri utara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n\n• Walau bagaimanapun, NRES melalui JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri giat melaksanakan usaha pewartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Kawasan ini dikategorikan sebagai hutan perlindungan di mana sebarang aktiviti pengusahasilan hutan dan pembangunan tidak dibenarkan. Sehingga 31 Disember 2022, seluas 931,476.58 hektar kawasan di dalam HSK telah diwartakan sebagai HTA di Semenanjung Malaysia.\n\n• Dalam yang sama, pihak kementerian juga telah menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri. Sehingga 2023, Kerajaan Negeri Kedah telah menerima peruntukan EFT berjumlah RM24,846,634. Walaupun jumlah tersebut tidak banyak, ia sekurang-kurangnya diharap dapat membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan Negeri Kedah dalam memelihara hutan dan sungai di kawasan tadahan hujan Ulu Muda sebagai kawasan air untuk keperluan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2690,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2690",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "42",
        "member": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj",
        "area": "Segamat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memperbaiki pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA) bagi mengenal pasti dan menilai akibat-ak...",
        "question": "Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memperbaiki pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA) bagi mengenal pasti dan menilai akibat-akibat alam sekitar yang berpotensi timbul dari projek atau pembangunan yang dicadangkan sebelum dilaksanakan.",
        "answer": "Terima kasih Tan Sri / Datuk / Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Segamat,\n\n1. Pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa berusaha untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia. Bagi tujuan ini, beberapa penambahbaikan EIA telah dan sedang dilaksanakan bagi memantapkan prosedur EIA di Malaysia dengan lima (5) skop utama telah diberikan keutamaan, iaitu:\nSkop Pertama ialah Pengukuhan keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian EIA. Antara usaha ialah:\n\n• mengkaji semula aktiviti yang memerlukan penyediaan Laporan EIA di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015;\n\n• menggubal peraturan baharu berkaitan dengan EIA bagi pemantapan pelaksanaan syarat-syarat kelulusan EIA;\n\n• cadangan mewujudkan satu lembaga professional yang mengawalselia isu-isu berkaitan dengan profesionalisma Jururunding EIA dan lain-lain fungsi; dan\n\n• memantapkan kawalselia jururunding EIA.\n\nSkop Kedua ialah Pemerkasaan prosedur EIA di Malaysia. Antara penambahbaikan ialah:\n\n• menambahbaik Garis Panduan Penyediaan Laporan EIA sedia ada;\n\n• mengkaji tempoh piagam bagi penilaian Laporan EIA;\n\n• menambah nilai elemen dalam kandungan Laporan EIA sedia ada; dan\n\n• penetapan garis masa dalam penilaian Laporan EIA. \n\nSkop Ketiga ialah Pengukuhan Libat Urus Awam. Antara penambahbaikan ialah:\n\n• mentransformasi kaedah libat urus bersama pihak berkepentingan dan pameran awam bagi projek EIA (secara atas talian di laman sesawang dan media sosial dengan kaedah infografik); dan\n\n• penglibatan semua pihak sama ada agensi kerajaan, sektor swasta, NGO dan orang awam semasa proses kajian, penilaian dan penguatkuasaan EIA.\n\nSkop Keempat ialah Pemantapan Penguatkuasaan EIA. Antara penambahbaikan ialah:\n\n• menambahbaik Prosedur Tetap Operasi Penguatkuasaan EIA sedia ada;\n\n• menambah nilai kaedah penguatkuasaan EIA yang lebih efektif; dan\n\n• menyelaras syarat-syarat kelulusan EIA yang relevan dan boleh diambil tindakan perundangan.\n\nSkop Kelima ialah Digitalisasi EIA. Antara penambahbaikan ialah:\n\n• meningkatkan kebolehcapaian dan menyebarluaskan maklumat secara digital yang mudah difahami, interaktif dan memberi impak yang tinggi kepada pemegang taruh serta pemahaman orang awam dengan kaedah:\n\n• penyediaan platform bagi pengemukaan EIA secara softcopy dengan izin.\n\n• pembangunan sistem pemantauan dan pengawasan kualiti alam sekeliling bagi projek EIA; dan\n\n• pembangunan sistem geospatial berkaitan dengan permohonan input pembangunan, Bidang Rujukan, Laporan EIA dan juga dokumen Pelan Pengurusan Alam Sekitar.\n\n2. Semua penambahbaikan ini telah dan sedang dilaksanakan di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2691,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2691",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "53",
        "member": "Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail",
        "area": "Bandar Tun Razak",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim, Geosains, Mineral",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim",
            "Geosains",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status keberkesanan langkah-langkah pelan tindakan Kementerian menangani bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan isu perubahan iklim yang kini menjadi masalah global.",
        "question": "Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status keberkesanan langkah-langkah pelan tindakan Kementerian menangani bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan isu perubahan iklim yang kini menjadi masalah global.",
        "answer": "1. Ancaman perubahan iklim seperti banjir dan kemarau berpanjangan akan memberi impak terhadap sektor pertanian dan keterjaminan makanan yang melibatkan hasil tanaman hasil pertanian, haiwan ternakan dan aset petani. \n\n2. Menyedari hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). Dokumen ini akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. MyNAP ini adalah bersifat menyeluruh dan akan memerlukan penglibatan pihak berkepentingan di peringkat pusat dan kerajaan negeri.\n\n3. Kementerian ini juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini antara lain memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.\n\n4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memantau situasi cuaca negara dan akan mengeluarkan maklumat dan amaran sekiranya bencana dijangka berlaku. \n5. Justeru, MET Malaysia sedang meningkatkan keupayaan model cuaca dengan mengadaptasi teknologi Sistem Komputer Berprestasi Tinggi (High Performance Computing (HPC). Produk-produk model ramalan cuaca numerikal yang dijanakan oleh Sistem HPC baharu ini membolehkan Jabatan menjangkakan risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding hanya tujuh hari pada ketika ini. Ia juga akan membekalkan perincian bagi kawasan dilanda bencana dengan resolusi 300 meter berbanding 1 kilometer.\n6. Dengan penambahbaikan berterusan yang dilakukan terhadap sistem ramalan cuaca negara, ia dijangka dapat menghasilkan ramalan yang lebih tepat dan seterusnya dapat membantu pihak agensi pengurusan bencana untuk bertindak lebih awal dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2681,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2681",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-18",
        "year": 2024,
        "no": "63",
        "member": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha rentas Kementerian yang telah dijalankan sebagai persediaan menghadapi perubahan iklim terutama dalam menjamin keterjaminan makanan.",
        "question": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha rentas Kementerian yang telah dijalankan sebagai persediaan menghadapi perubahan iklim terutama dalam menjamin keterjaminan makanan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Ancaman perubahan iklim seperti banjir dan kemarau berpanjangan akan memberi impak terhadap sektor pertanian dan keterjaminan makanan yang melibatkan hasil tanaman hasil pertanian, haiwan ternakan dan aset petani. Hal ini sekaligus akan menjejaskan 'livelihood' kumpulan yang terjejas (vulnerable groups) terutamanya petani dan penduduk di kawasan berisiko tinggi.\n\n2. Menyedari hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan agensi tempatan sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). Dokumen ini akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau. Untuk makluman Yang Berhormat juga, MyNAP ini adalah bersifat menyeluruh dan akan memerlukan penglibatan pihak berkepentingan di peringkat pusat dan kerajaan negeri.\n\n3. Kementerian ini juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Antara tujuan RUU ini antara lain memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi yang perlu dilaksanakan dapat dibuat secara efektif di peringkat pusat, kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2692,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2692",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-27",
        "year": 2024,
        "no": "83",
        "member": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah cabaran yang dihadapi dalam pengurusan sisa elektronik beserta fokus Kementerian terhadap peluang ekonomi yang mampu dijana dalam industri ini dengan melihat nilai global sisa ele...",
        "question": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah cabaran yang dihadapi dalam pengurusan sisa elektronik beserta fokus Kementerian terhadap peluang ekonomi yang mampu dijana dalam industri ini dengan melihat nilai global sisa elektronik berupaya mencecah sekitar 60 bilion USD.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Yang Berhormat,\n1. Sisa elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Di Malaysia kini terdapat tiga belas (13) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya ( Full Recovery Facility) bagi kod SW 110 . Sehingga kini, teknologi pemerolehan kembali yang wujud di Malaysia bagi sisa elektronik (SW 110) boleh menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain. Antaranya ialah\ni) Precious Metal seperi emas dan perak\nii) Ferrous Metal seperti besi\niii) Non-Ferrous Metal seperti alumunium dan kuprum\niv) Plastik\nv) Ceramic\n2. Aktiviti pemerolehan kembali bagi sisa elektronik adalah satu inisiatif yang baik seiring dengan konsep ‘Ekonomi Kitaran’ bagi mengurangkan sisa dibuang ke alam sekitar dan seterusnya dapat mengurangkan impak pencemaran. Selain itu ia juga boleh menjana pendapatan kepada industri dan juga kepada negara khususnya.\n3. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang dikenalpasti dalam pengurusan sisa elektrik dan elektronik di Malaysia iaitu:\n\n• Pemilik premis sisa elektrik dan elektronik yang beroperasi tanpa lesen dan kelulusan dari agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Antara aduan yang sering diterima adalah berkaitan dengan pencemaran udara, pelupusan haram buangan sisa e-waste yang terhasil daripada aktiviti pemerolehan kembali e-waste tersebut;\n\n• Pemilik premis e-waste tidak menggunakan teknologi terkini dalam menjalankan pemerolehan kembali sisa e-waste dan juga tidak menyediakan sistem kawalan pencemaran alam sekitar yang berfungsi dengan berkesan; dan\n\n• Aktiviti pengimportan e-waste tanpa kelulusan seperti yang ditetapkan menerusi Konvensyen Basel juga berlaku di pelabuhan utama negara. Agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan membuat penahanan dan pemeriksaan kontena berkaitan sebelum dihantar semula ke negara asal.\n\n4. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, Kementerian menggalakkan mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan aktiviti pemerolehan kembali luar tapak dengan syarat pihak berkaitan perlu mematuhi syarat seperti berikut:\n\n• Mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974;\n\n• Mendapat Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19, AKAS 1974; dan\n\n• Mempunyai lesen di bawah Seksyen 18, AKAS 1974.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2682,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2682",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2024-03-18",
        "year": 2024,
        "no": "91",
        "member": "Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam memberikan kesedaran berkaitan pewarisan dan tuntutan harta pusaka kepada masyarakat dan usaha agensi Kerajaan dalam mengurangkan jumlah harta pusaka yang ...",
        "question": "Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam memberikan kesedaran berkaitan pewarisan dan tuntutan harta pusaka kepada masyarakat dan usaha agensi Kerajaan dalam mengurangkan jumlah harta pusaka yang tidak dituntut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) selaku agensi pelaksana dalam urusan pembahagian harta pusaka di Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan kesedaran pengurusan pusaka di kalangan ahli waris seperti berikut:\n\n• mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat melalui program-program khusus seperti seminar, Program Sehari Bersama Waris, Klinik Penyelesaian Tunggakan Pusaka di peringkat daerah dan negeri yang dikendalikan oleh Bahagian Pembahagian Pusaka, JKPTG;\n\n• memberi kesedaran tentang kepentingan menyelesaikan harta pusaka melalui khutbah Jumaat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri; dan\n\n• mengadakan program outreach menerusi pembukaan reruai (booth) berkenaan pengurusan harta pusaka di pelbagai program anjuran Kementerian/Agensi Kerajaan.\n\n• Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan pendigitalan perkhidmatan dan semakan perundangan, Kerajaan telah melaksanakan dua (2) inisiatif iaitu:\n\n• membangunkan sistem permohonan pusaka secara dalam talian sepenuhnya (MyLAND) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan dan pembahagian pusaka. Modul Pembahagian Pusaka dalam sistem MyLAND dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama, tahun 2024; dan\n\n• menambah baik prosedur selaras dengan pindaan terkini Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2024-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2554,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2554",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-12",
        "year": 2023,
        "no": "4",
        "member": "DATO' AJIS BIN SITIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif atau langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan kejadian gajah atau harimau dari memasuki kawasan perkampungan Orang Asli terutamanya di Ulu Jelai, Kuala Lipis Pahang,...",
        "question": "DATO' AJIS BIN SITIN minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif atau langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan kejadian gajah atau harimau dari memasuki kawasan perkampungan Orang Asli terutamanya di Ulu Jelai, Kuala Lipis Pahang, Hulu Perak dan juga pedalaman Gua Musang, Kelantan.",
        "answer": "Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin dengan situasi konflik manusia dan spesies hidupan liar seperti gajah dan harimau termasuk di kawasan perkampungan Orang Asli di Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang, Hulu Perak dan pedalaman Gua Musang, Kelantan.\n\nAntara langkah perlindungan keselamatan yang telah diambil oleh Jabatan PERHILITAN bagi menghindari serangan hidupan liar seperti gajah dan harimau ialah:\n\n(i) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal dan SPEG mudah alih di perkampungan Orang Asli;\n\n(ii) melaksana kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik yang terletak di dalam kawasan habitat gajah. Tindakan tembak halau dijalankan bagi menghalau gajah masuk semula ke kawasan hutan berdekatan. Operasi tangkap-pindah gajah dijalankan jika gajah mengancam keselamatan penduduk; dan\n\n(iii) memasang perangkap sekiranya terdapat aduan konflik serta menjalankan rondaan dan pemantauan penguatkuasaan di lokasi konflik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2555,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2555",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-12",
        "year": 2023,
        "no": "15",
        "member": "Puan Susan Chemerai Anding",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rangka kerja kawal selia (regulatory framework) yang diguna pakai oleh negara dalam usaha ke arah pelepasan sifar bersih (net-zero emissions) dan adakah ia mencukupi untuk mencapa...",
        "question": "Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rangka kerja kawal selia (regulatory framework) yang diguna pakai oleh negara dalam usaha ke arah pelepasan sifar bersih (net-zero emissions) dan adakah ia mencukupi untuk mencapai maksud tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Buat masa ini kerajaan belum lagi mempunyai rangka kerja kawal selia (regulatory framework) ke arah pelepasan sifar bersih. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang dalam fasa awal menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). Ianya akan digubal berpandukan ketetapan dasar yang jelas supaya RUU ini boleh dilaksanakan segera sejurus selepas diluluskan oleh Parlimen kelak. \n2. Selain itu, Kementerian juga sedang membangunkan dokumen Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contributions (NDC Roadmap) dan Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long Term - Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) sebagai panduan kepada negara untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG. Dokumen LT-LEDS akan dapat memberi gambaran mengenai pelepasan karbon bagi setiap sektor melalui perancangan senario ke arah mencapai sifar karbon bersih seawal-awalnya pada 2050. Manakala dokumen NDC Roadmap pula akan menetapkan kerangka pemantauan dalam menjejaki impak ke atas inisiatif pengurangan karbon bagi mencapai sasaran NDC 2030.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2538,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2538",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "20",
        "member": "Datuk Razali bin Idris",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan impak perubahan iklim yang mampu menggugat pasaran tempatan, meningkatkan risiko ke tidak jaminan makanan, mengehadkan pertumbuhan ekonomi, menjejaskan pelaburan dalam sektor pertanian, ...",
        "question": "Datuk Razali bin Idris minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan impak perubahan iklim yang mampu menggugat pasaran tempatan, meningkatkan risiko ke tidak jaminan makanan, mengehadkan pertumbuhan ekonomi, menjejaskan pelaburan dalam sektor pertanian, meningkatkan pengangguran dan kehilangan punca pendapatan pekerja di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah dilaporkan dalam Laporan Komunikasi Kebangsaan Ketiga kepada Kerangka Konvensyen Perubahan Iklim di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, atau dengan izin, Third National Communications to the United Nations Convention Framework on Climate Change, kesan utama perubahan iklim yang dialami negara adalah kejadian banjir yang lebih ekstrem, kemarau panjang dan kenaikan aras laut. \n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) giat melaksanakan penyelidikan impak perubahan iklim terhadap sektor air negara yang menjurus kepada peningkatan suhu serta peningkatan episod hujan ekstrem termasuk perubahan tempoh, intensiti dan pola hujan yang akan meningkatkan risiko episod banjir ekstrem.\n\nKementerian ini turut mengenal pasti langkah-langkah jangka panjang bagi menangani kesan perubahan iklim ke atas pasaran tempatan, sektor pertanian dan punca pendapatan rakyat. Kejayaan pelaksanaan langkah-langkah ini bergantung kepada kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak berkuasa tempatan, NGO, masyarakat dan sebagainya.\n\nBagi tujuan ini, Kementerian sedang membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) yang akan menjadi panduan asas untuk merangka strategi tindakan negara bagi menangani kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau terhadap lima sektor utama iaitu:\n\ni. jaminan air dan sumber pesisir;\nii. pertanian dan jaminan makanan;\niii. infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandaraya;\niv. perhutanan dan biodiversiti; dan\nv. kesihatan awam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2556,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2556",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-12",
        "year": 2023,
        "no": "21",
        "member": "Puan Noorita binti Sual",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah proaktif dan pelan jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan isu air bersih dan terawat di negeri Sabah.",
        "question": "Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah-langkah proaktif dan pelan jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan isu air bersih dan terawat di negeri Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada masa ini sebanyak 8 projek pinjaman dengan keseluruhan kos sebanyak RM1.916 bilion sedang dilaksanakan seperti berikut:\n\n• Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II dari 80JLH Ke 160JLH Termasuk Saluran Paip Utama dan Tangki Simpanan (RM429.4 juta);\n\n• Skim Bekalan Air Tawau Fasa III - Rekabentuk dan Pembinaan Empangan Air (RM470.39 juta);\n\n• Sistem Bekalan Air di Lahad Datu - Fasa I (RM270 juta);\n\n• Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon Dari 40JLH Ke 80JLH Termasuk Saluran Paip Utama dan Tangki Simpanan (RM312.22 juta);\n\n• Menaiktaraf Sistem Saluran Agihan Utama Termasuk Pembinaan 3 Buah Tangki Simpanan Utama, Sandakan (RM100 juta); dan\n\n• Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2, Tawau, Sabah (RM335 juta).\n\n• Selain itu, sebanyak RM192.9 juta diperuntukkan di bawah RP3 RMKe-12 secara geran bagi 2 projek seperti berikut:\n\n• Program Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Nasional Pendekatan 1 (RM188.2 juta); dan\n\n• Naiktaraf Dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi Di Negeri Sabah (RM4.7 juta).\n\n• Di bawah RP4 RMKe-12 pula, sebanyak empat (4) projek baharu dengan peruntukan berjumlah RM200 juta telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Keduabelas (RP4, RMKe-12) bagi menangani isu bekalan air Negeri Sabah seperti berikut:\n\n• Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil – Penggantian/Naiktaraf Paip di Kawasan Kota Kinabalu dengan kos RM100 juta;\n\n• Penggantian Pam Penggalak/ Pembinaan Rumah Pam Penggalak / Penggantian Pam Air bagi Muka Sauk dan Loji Rawatan Air di Daerah Kota Kinabalu dan di Kota Raya Telipok dengan kos RM62 juta;\n\n• Projek Peningkatan Kapasiti Bagi Muka Sauk dan Loji Rawatan Air Sabah dengan kos RM35 juta; dan\n\n• Penggantian Alat Janakuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan Beaufort 1 dengan kos RM3 juta.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2540,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2540",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-05",
        "year": 2023,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah latihan yang diberikan kepada renjer hutan sebelum mereka berkhidmat dan kelengkapan yang akan diberikan untuk menjaga keselamatan diri.",
        "question": "Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah latihan yang diberikan kepada renjer hutan sebelum mereka berkhidmat dan kelengkapan yang akan diberikan untuk menjaga keselamatan diri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) terlibat dalam menyediakan latihan perhutanan untuk melahirkan tenaga kerja yang unggul melalui program-program komprehensif dan bersepadu di bawah Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN).\n\n2. FORTRAIN menawarkan dua bentuk kursus perhutanan, iaitu Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan (KSPRH) dengan tempoh pengajian selama dua (2) tahun dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (KSPPH) dengan tempoh pengajian selama satu (1) tahun.\n\n3. Pelatih KSPRH di FORTRAIN diberi pendedahan kepada subjek dalam bidang perhutanan seperti Pengenalan Pokok (Dendrologi/ Botani), Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, Pengecaman Kayu, Biodiversiti Hutan, Survei Hutan, Penguatkuasaan Hutan, Silvikultur, Ekopelancongan, Pengucapan Awam dan lain-lain subjek yang ditetapkan. Selain itu, pelatih KSPRH juga wajib mengikuti beberapa kursus yang menjadi pra syarat wajib seperti Latihan Ala Tentera (LAT), Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (LKKP), Latihan Ikhtiar Hidup (LIH) dan Latihan Teknikal Perhutanan (LTP).\n\n4. JPSM sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan para pelatih dengan membekalkan kelengkapan peralatan keselamatan, peralatan kerja yang lengkap seperti helmet, kasut, pakaian yang sesuai dan sebagainya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2564,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2564",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "24",
        "member": "Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian dalam menyusun langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat dan Kerajaan untuk melestarikan dan meningkatkan biodiversiti di Malaysia.",
        "question": "Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan Kementerian dalam menyusun langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat dan Kerajaan untuk melestarikan dan meningkatkan biodiversiti di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nMalaysia sentiasa komited dalam memelihara dan memulihara biodiversiti. Komitmen ini jelas dinyatakan dalam ikrar semasa Sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil di mana Malaysia beriltizam untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan hutan dan pokok-pokok. Pada masa ini, kawasan berhutan negara adalah seluas 18,045,600 hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara.\n\nSebagai usaha berterusan untuk memelihara dan memulihara biodiversiti negara, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melancarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 (DKBK) pada 24 Oktober 2023.\n\nDKBK menekankan kepentingan dalam meningkatkan pengurusan biodiversiti melalui pendekatan senegara dan penglibatan komuniti secara menyeluruh (whole-of-nation and whole-of society approach). DKBK mengandungi 5 matlamat, 17 sasaran serta 61 tindakan dan indikator ke arah memulihara biodiversiti, menggalakkan penggunaannya secara mampan dan perkongsian faedahnya secara adil dan saksama. Antara langkah-langkah yang telah digariskan untuk mengukuhkan pengurusan biodiversiti negara adalah seperti berikut:\n\n(i) menubuhkan Pusat Biodiversiti Kebangsaan (Malaysia Biodiversity Centre - MBC) sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) bagi pengurusan biodiversiti di peringkat kebangsaan;\n\n(ii) meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan biodiversiti;\n\n(iii) mengarus perdana pengurusan biodiversiti dengan mengintegrasi aspek pemeliharaan biodiversiti dalam perancangan pembangunan negara dan proses pembuatan keputusan;\n\n(iv) mengukuhkan konservasi in-situ dan ex-situ bagi spesies terancam; dan\n\n(v) melindungi ekosistem melalui pemuliharaan kawasan perlindungan dan kaedah-kaedah lain yang berkesan bagi pemuliharaan berlandaskan kawasan (other effective area-based conservation measures - OECM).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2539,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2539",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "26",
        "member": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Bin Aman",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jenis sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan ke Wilayah Persekutuan Labuan dan perkembangan pelaksanaan tenaga solar di wilayah tersebut.",
        "question": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Bin Aman minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jenis sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan ke Wilayah Persekutuan Labuan dan perkembangan pelaksanaan tenaga solar di wilayah tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada awal pelaksanaan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini pada tahun 2011, Kerajaan tidak membezakan pelaksanaan inisiatif pembangunan TBB termasuk pemberian insentif dan sokong pelaksanaan pembangunan sumber solar mengikut Wilayah. Oleh itu, program-program pembangunan TBB yang telah dilaksanakan di Wilayah Labuan adalah seperti berikut:\n\n• Program Large Scale Solar yang membenarkan pembangunan projek penjanaan TBB daripada sumber solar dibangunkan secara skala utiliti;\n\n• Program Net Energy Metering yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri dan lebihan tenaga boleh dijual dan di-offset dalam bil utiliti pengguna; dan\n\n• Program Self-consumption yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri.\n\nWalau bagaimanapun, memandangkan pembekalan elektrik di Labuan adalah di bawah Sabah Electricity Sdn. Bhd., ekoran proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada kerajaan Negeri Sabah, pelaksanaan program-program di atas kecuali Program Self-Consumption telah dihentikan sehingga selesai proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2551,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2551",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-11",
        "year": 2023,
        "no": "28",
        "member": "Tuan Musoddak bin Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan tindakan bagi menaik taraf Geopark Kebangsaan Jerai menjadi Geopark Global setaraf dengan Pulau Langkawi dan Gunung Kinabalu.",
        "question": "Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelan tindakan bagi menaik taraf Geopark Kebangsaan Jerai menjadi Geopark Global setaraf dengan Pulau Langkawi dan Gunung Kinabalu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Jerai Geopark telah mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan yang pertama pada 18 Julai 2017. Pengiktirafan Jerai Geopark sebagai geopark kebangsaan telah dinilai semula pada tahun 2021 dan telah lulus penilaian tersebut. Jerai Geopark Kebangsaan berkeluasan 816 kilometer persegi dan mengandungi 24 geotapak, 3 tapak geoarkeologi, 1 tapak biologi serta 7 tapak sejarah dan budaya.\n\n2. Kejayaan Jerai Geopark sebagai geo pelancongan dapat dilihat di geo tapak Puncak Jerai (Padang Tok Sheikh, Telaga Tok Sheikh, Batu Kapal, Sungai Teroi dan tapak pemandangan indah Puncak Jerai), geo tapak Pantai Merdeka - Bukit Penjara dan geo tapak Pulau Songsong dan Pulau Bidan.\n\n3. Geopark Kebangsaan layak dicalonkan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) selepas dua (2) tahun diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan. Tindakan pengesahan (affirmative action) diperlukan bagi mengangkat Geopark Kebangsaan menjadi UGGp seperti berikut:\n(i) kajian saintifik untuk menunjukkan warisan geologi luar biasa bernilai antarabangsa atau outstanding universal value (OUV);\n\n(ii) menerbitkannya dalam jurnal berkualiti di peringkat antarabangsa; dan\n\n(iii) menyediakan dossier mengikut garis panduan Majlis UGGp secara professional.\n4. Permohonan menjadi UGGp perlu dikemukakan kepada UNESCO Paris oleh Pengurus Geopark melalui Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). Untuk memudahkan pengiktirafan di peringkat UNESCO, geopark kebangsaan yang dicalonkan sebagai UGGp, mestilah berbeza dari aspek kriteria geologi dan geomorfologi yang unik, perbezaan identiti khusus lain (biologi dan budaya) serta geografi kawasan yang berasingan daripada UGGp sedia ada di dalam dan luar negara.\n5. Kementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerbitkan Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 (PPGN) sebagai garis panduan kepada pihak berkepentingan untuk menggerakkan pembangunan geopark untuk diangkat sebagai Geopark Kebangsaan dan ke peringkat antarabangsa sebagai UGGp.\n6. Justeru itu, Kementerian ini ingin menyarankan agar pihak Pengurusan Jerai Geopark dan Kerajaan Negeri Kedah khususnya, menjadikan PPGN sebagai rujukan utama dan panduan dalam mengorak langkah untuk mengangkat Jerai Geopark sebagai UGGp kelak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2565,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2565",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "30",
        "member": "Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Program Rewilding bagi sesetengah haiwan yang diancam kepupusan seperti Harimau Malaya masih diteruskan. Di kawasan hutan manakah Program Rewilding ini kebiasaannya dilakukan dan ...",
        "question": "Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Program Rewilding bagi sesetengah haiwan yang diancam kepupusan seperti Harimau Malaya masih diteruskan. Di kawasan hutan manakah Program Rewilding ini kebiasaannya dilakukan dan apakah jenis-jenis binatang serta bilangan yang dilepaskan ke hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPada masa ini, Program Rewilding (meliarkan semula) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia merupakan inisiatif persediaan pelepasan spesies hidupan liar terancam seperti Harimau Malaya dan spesies mangsa Harimau Malaya seperti ke lokasi-lokasi hutan yang terpilih bagi menampung keperluan mangsa Harimau Malaya serta meningkatkan populasi hidupan liar.\n\nPusat Konservasi Harimau Malaya (Malayan Tiger Conservation Centre - MTCC) di Lanchang, Pahang telah mula beroperasi pada tahun 2022 telah ditubuhkan bagi menjalankan pembiakan (breeding), meliarkan semula dan pelepasan semula (release) Harimau Malaya ke habitat semula jadi. Sebanyak 5 ekor Harimau Malaya telah ditempatkan di MTCC dan sedang menjalani program conditioning untuk membiasakan Harimau Malaya dengan situasi di habitat semula jadi.\n\nSejak tahun 2018 hingga 2023, sebanyak 78 ekor spesies mangsa Harimau Malaya iaitu Rusa Sambar, Seladang dan Pelanduk telah dilepaskan di Taman Negara Terengganu dan Hutan Simpan Tembat, Terengganu; Taman Negara Pahang, Sungai Relau; Taman Negeri Royal Belum, Perak; dan Hutan Simpan Gunung Basor, Kelantan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2544,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2544",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-06",
        "year": 2023,
        "no": "32",
        "member": "Dato' Haji Husain bin Awang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana Dasar Mineral Negara yang dirangka bergerak selari dengan Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan bagi memelihara alam sekitar, hidupan liar dan Ora...",
        "question": "Dato' Haji Husain bin Awang minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana Dasar Mineral Negara yang dirangka bergerak selari dengan Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan bagi memelihara alam sekitar, hidupan liar dan Orang Asli.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN 3) adalah kesinambungan kepada Dasar Mineral Negara 1 (1992) dan Dasar Mineral Negara 2 (2009) yang telah dibangunkan sebelum ini. Kerangka DMN 3 ini dibangunkan bagi menambah baik dasar sedia ada dan menyokong pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri mineral bagi menjana sumber ekonomi baharu melalui perlombongan secara bertanggungjawab dan mampan.\n\n• Kementerian telah melihat dan meneliti dasar-dasar sedia ada yang berkaitan semasa membangunkan DMN3 termasuk Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 (DKBK) dan Dasar Perhutanan Malaysia (DPM). Hal ini bagi memastikan dasar yang sedang dibangunkan ini tidak mendatangkan impak negatif yang ketara kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dan kepelbagaian biologi negara dan seterusnya dapat memelihara kesejahteraan hidup Orang Asli dan masyarakat setempat. Perkara-perkara ini menjadi antara elemen yang diberikan penekanan dalam perancangan dan pelaksanaan pengurusan dan pembangunan industri mineral. \n\n• Mengambil kira elemen pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan biodiversiti negara seperti yang dinyatakan dalam dasar-dasar tersebut, Kementerian telah menetapkan sasaran strategik untuk membangunkan dasar yang dapat memandu pengurusan industri mineral negara ke arah mencapai pembangunan secara bertanggungjawab dan mampan. Salah satu sasaran strategik yang telah ditetapkan dalam kerangka DMN 3 ialah memastikan industri mineral dibangunkan secara mampan dan bertanggungjawab selaras dengan komitmen negara terhadap sasaran di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan mampan merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar.\n\n• Selain itu, Kementerian juga menetapkan elemen penekanan kepada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai salah satu teras dalam DMN 3. Hal ini bagi menyokong pembangunan industri mineral yang bukan sahaja memberi pulangan ekonomi tetapi mewujudkan pengurusan sumber mineral yang bertanggungjawab, mampan malah seimbang dengan aspek penjagaan alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2561,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2561",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-13",
        "year": 2023,
        "no": "32",
        "member": "Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan mekanisme pemantauan yang akan dilaksanakan bagi memantau tahap kemajuan bagi 5 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) baharu yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan bagaimanakah me...",
        "question": "Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mekanisme pemantauan yang akan dilaksanakan bagi memantau tahap kemajuan bagi 5 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) baharu yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan bagaimanakah mekanisme tersebut boleh memastikan masalah kelewatan dan penambahan kos luar jangka tidak berlaku.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau tahap kemajuan projek-projek yang sedang dilaksanakan mengikut garis panduan / Arahan Perbendaharaan / Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada yang diguna pakai dalam setiap projek pembangunan.\n\n• JPS mengamalkan pemantauan kemajuan projek melalui Mesyuarat Tapak dan Mesyuarat Teknikal yang diadakan secara berkala. Tujuan utama adalah untuk mengawasi kemungkinan kelewatan pelaksanaan yang mungkin timbul dari pihak kontraktor atau perkara-perkara lain yang diluar jangka seperti bencana dan sebagainya. Pemantauan ini dilakukan secara teliti oleh Pegawai Penguasa dengan cermat bagi memantau keseluruhan pelaksanaan projek mengikut jadual yang telah dirancang.\n\n• Dengan menjadikan pemantauan sebagai aspek utama dalam pengurusan projek, Kerajaan berupaya mengenalpasti masalah dan menangani isu-isu yang mungkin timbul dengan lebih cekap, menjadikan setiap projek pembangunan bergerak ke arah pencapaian matlamat tanpa mengabaikan cabaran yang mungkin timbul.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2562,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2562",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-14",
        "year": 2023,
        "no": "34",
        "member": "Dato' Sri Ti Lian Ker",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan rasional Kementerian membenarkan operator air di setiap negeri untuk menentukan sendiri mekanisme penetapan tarif air tanpa perlu persetujuan di peringkat Persekutuan dan sejauh manakah ...",
        "question": "Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rasional Kementerian membenarkan operator air di setiap negeri untuk menentukan sendiri mekanisme penetapan tarif air tanpa perlu persetujuan di peringkat Persekutuan dan sejauh manakah sesi libat urus telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian dalam mendapatkan input mengenai mekanisme ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seksyen 84 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) telah menetapkan bahawa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan aras kadar yang hendak dikenakan (tarif) bagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.\n\n• Kementerian melalui SPAN telah memperkenalkan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang telus, adil, progresif dan sistematik. Pelaksanaan TSM adalah merupakan usaha penting bagi memastikan industri perkhidmatan bekalan air berada di landasan yang tepat untuk mencapai kemapanan jangka masa panjang. Mekanisme TSM ini mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada bagi mewujudkan asas penetapan tarif air yang seragam. Manakala, ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia ada secara beransur-ansur agar sepadan dengan kos sebenar supaya operator air mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan obligasinya sebagai pembekal perkhidmatan bekalan air.\n\n• Mengambil kira keperluan penglibatan semua pihak berkepentingan dalam proses formulasi dasar berhubung pelaksanaan TSM, SPAN telah melaksanakan konsultasi secara bersemuka dan secara dalam talian bersama operator air, kerajaan negeri serta wakil pengguna domestik, pengguna komersial dan badan bukan kerajaan sejak tahun 2016 berpandukan peruntukan di bawah Seksyen 178 Akta 655. Secara keseluruhannya, operator-operator air menyokong pelaksanaan TSM dan cadangan pelarasan tarif yang dibangunkan oleh Kementerian.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2532,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2532",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-27",
        "year": 2023,
        "no": "35",
        "member": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk merangka undang-undang baru bagi mengawal masalah jerebu sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara jiran.",
        "question": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk merangka undang-undang baru bagi mengawal masalah jerebu sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara jiran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan sedang meneliti mekanisme dan instrumen perundangan yang efektif bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan termasuk Akta Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. Namun, ia perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keberkesanan dan kebolehlaksanaan instrumen perundangan tersebut. Perkara ini juga mengambil kira kekangan pelaksanaan akta seumpamanya oleh negara jiran.\n\n• Walau bagaimanapun, terdapat contoh instrumen perundangan yang paling berjaya setakat ini, iaitu Perjanjian Kualiti Udara Amerika Syarikat-Kanada, kerana kedua-dua negara terlibat mampu menerimanya dan terdapat sesebuah badan untuk menguruskan perjanjian tersebut.\n\n• Justeru itu, NRECC akan mengadakan sesi libat urus bersama Panel Penasihat dan Panel Konsultasi berkaitan alam sekitar, pihak-pihak berkepentingan serta pakar-pakar undang-undang dan alam sekitar bagi mendapatkan input dan pandangan pelbagai sudut merangkumi langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam menangani masalah jerebu merentas sempadan secara holistik.\n\n• Di peringkat antarabangsa pula, inisiatif bagi menangani pencemaran jerebu merentas sempadan telah bermula sejak tahun 2002 dengan termeterainya Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution – AATHP) yang ditandatangani oleh 10 buah negara ASEAN di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002.\n\n• Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam mesyuarat tahunan di bawah AATHP iaitu Meeting of the Committee (COM) dan Conference of the Parties (COP) to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution melibatkan semua negara anggota ASEAN serta Mesyuarat Technical Working Group (TWG) dan Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution yang melibatkan lima negara di Selatan rantau ASEAN (iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand). Mesyuarat-mesyuarat ini antara lain bertujuan memantau situasi cuaca, keadaan jerebu dan membincangkan langkah-langkah pencegahan kejadian jerebu merentas sempadan di rantau ini.\n\n• Malaysia juga telah bersetuju dengan Perjanjian Penubuhan ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC). Sebelum ini, peranan ACC THPC telah dijalankan oleh Sekretariat ASEAN secara interim. Melalui penubuhan ACC THPC yang berpusat di Indonesia ini, pengurusan kebakaran dan insiden jerebu merentas sempadan akan lebih terselaras dan pengoperasian pusat ini akan menyokong pelaksanaan penuh AATHP dengan lebih efektif dan berkesan. \n\n• Walau bagaimanapun, tiada tindakan punitif boleh diambil di bawah AATHP ke atas syarikat atau negara yang menyebabkan jerebu merentas sempadan di negara-negara ASEAN yang terjejas. Semua isu dan pertikaian perlu diselesaikan secara rundingan dan kesepakatan (amicable) selaras dengan perjanjian ini. Namun begitu, Kerajaan akan meneliti perkara ini dan mengusulkan cadangan penambahbaikan kepada AATHP dalam sesi mesyuarat di peringkat ASEAN berkaitan jerebu merentas sempadan yang akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2566,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2566",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "35",
        "member": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sasaran yang ingin dicapai oleh Kementerian dalam jangka masa pendek dan sederhana dalam usaha Kerajaan ke arah peralihan tenaga selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NE...",
        "question": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sasaran yang ingin dicapai oleh Kementerian dalam jangka masa pendek dan sederhana dalam usaha Kerajaan ke arah peralihan tenaga selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Yang Berhormat, bagi mencapai aspirasi negara dalam mencapai sasaran sifar karbon bersih menjelang tahun 2050, Kementerian Ekonomi telah membangunkan Pelan Haja Tuju Peralihan Tenaga yang mana telah memperkenalkan 10 projek flagship yang terdiri daripada pelbagai industri di bawah sektor tenaga.\n\nDaripada jumlah tersebut, 6 projek flagship yang diperkenalkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Projek-projek ini akan sebahagian daripada pelan jangka pendek dan sederhana Kerajaan dalam mencapai aspirasi negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2567,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2567",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "36",
        "member": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian dapat menjamin salah satu agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) iaitu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 8% menjelang 2025 da...",
        "question": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian dapat menjamin salah satu agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) iaitu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 8% menjelang 2025 dapat dicapai dengan jangkaan penggunaan elektrik yang meningkat akibat daripada situasi iklim yang semakin panas serta perkembangan dan pembangunan industri yang pesat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Yang Berhormat Senator,\n\nPencapaian terkini pengurangan penggunaan tenaga di bawah Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (National Energy Efficiency Action Plan – NEEAP) sehingga 31 Oktober 2023 adalah sebanyak 5.84% bersamaan dengan 8,588 Gigawatt Jam (GWj) berbanding sasaran pada tahun 2023 iaitu sebanyak 6.1% bersamaan dengan 8,909 GWj.\n\nBerdasarkan kepada pencapaian tersebut, NEEAP berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran pengurangan 8% bagi tahun berakhir 2025. Selain daripada itu, Kementerian ini juga yakin akan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan apabila Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Energy Efficiency and Conservation Act – EECA) 2023 dikuatkuasakan kelak. \n\nEECA menyediakan kerangka perundangan kecekapan tenaga yang komprehensif bagi mengawal selia, menguatkuasa, menyelaras dan melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga termasuk tenaga termal. Sebanyak 1 peraturan dan 8 garis panduan sedang disediakan bagi memudahcara dan membantu pihak berkepentingan mematuhi keperluan EECA.\n\nMelalui penguatkuasaan akta ini ke atas sektor industri, komersial dan domestik (kediaman) sehingga tahun 2050, Kerajaan dijangka menjimatkan penggunaan tenaga yang dianggarkan berjumlah 2,017 juta Gigajoule (GJ) atau bersamaan RM97.1 bilion dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 197,877 ktCO2.\n\nPenguatkuasaan Akta tersebut juga dapat mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu dan membolehkan Kerajaan membuat perancangan bagi pembangunan tenaga negara dengan lebih berkesan, sekaligus menyumbang kepada inisiatif peralihan tenaga (energy transition) dan mencapai aspirasi pelepasan Green House Gases (GHG) sifar bersih (net-zero GHG emissions) seawal tahun 2050.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2545,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2545",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-06",
        "year": 2023,
        "no": "37",
        "member": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menggalakkan amalan terbaik bagi rekaan, binaan dan pengurusan bangunan dengan menggunakan seni bina dan teknologi yang cekap u...",
        "question": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menggalakkan amalan terbaik bagi rekaan, binaan dan pengurusan bangunan dengan menggunakan seni bina dan teknologi yang cekap untuk memaksimumkan penggunaan cahaya dan pengudaraan semula jadi dan mengurangkan penggunaan pencahayaan elektrik dan sistem penghawa dingin.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah menerbitkan satu garis panduan iaitu Guidelines For Energy Efficiency in Building pada Disember 1989 sebagai panduan kepada sektor pembinaan untuk membangun dan mengoperasikan bangunan secara cekap tenaga. Pada tahun 2001, garis panduan ini telah dijadikan Standard Malaysia, MS1525 – Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy for Non-residential Buildings. \n\n• Satu projek demonstrasi Low Energy Office (LEO) Building iaitu bangunan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Parcel E, Putrajaya menggunakan piawaian MS1525 telah dibina pada tahun 2004 dan berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 55% berbanding bangunan biasa. Susulan daripada projek tersebut, Kementerian telah mengadakan pelbagai aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) terutamanya melibatkan pemegang taruh dalam sektor pembinaan. Hasil daripada libat urus yang berterusan, beberapa agensi Kerajaan pada masa ini seperti Suruhanjaya Tenaga (ST), SEDA Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai kepakaran dan menawarkan khidmat nasihat teknikal berkenaan aspek reka bentuk dan pengoperasian bangunan cekap tenaga.\n\n• Bagi menggalakkan lagi pelaksanaan dan penerapan elemen cekap tenaga, Kerajaan juga telah menawarkan Energy Audit Conditional Grant (EACG) sehingga tahun 2025 kepada pemilik bangunan komersial untuk pelaksanaan audit tenaga dan mengenal pasti teknologi serta kaedah penjimatan tenaga bagi menjadikan sesebuah premis tersebut sebagai bangunan cekap tenaga.\n\n• Selain itu, NRECC menerusi Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) juga telah membangunkan Garis Panduan Amalan Industri Hijau Sektor Pembinaan, merangkumi pengukuran enam (6) indikator utama iaitu penggunaan bahan, pengurusan sisa, penggunaan air, penggunaan tenaga, inovasi dan pengurusan. Pembangunan garis panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan bagi pelaksanaan amalan mampan dan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan pemain industri tempatan khususnya bagi sektor pembinaan.\n\n• Di samping itu, bagi menggalakkan penawaran produk-produk hijau seperti peralatan cekap tenaga di pasaran tempatan, MGTC melaksanakan program penarafan label MyHIJAU Mark sebagai pelabelan utama bagi produk-produk yang mendapat pengiktirafan dan piawaian hijau di Malaysia. Produk berlabel MyHIJAU Mark akan disenaraikan dalam MyHIJAU Directory yang digunakan sebagai rujukan utama bagi pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement - GGP) dan penilaian bagi insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance - GITA) Aset.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menerbitkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Bandar Rendah Karbon dan Berdaya Tahan Perubahan Iklim sebagai rujukan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Principal Submitting Person. \n\n• GPP tersebut menggariskan langkah-langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim dalam aspek perancangan spatial dan reka bentuk bangunan. Salah satu strategi yang digariskan dalam GPP tersebut adalah penyediaan infrastruktur berdaya tahan bencana dan cekap tenaga berasaskan konsep reka bentuk pasif. Konsep reka bentuk tersebut bertujuan untuk memaksimumkan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi dalam sesebuah bangunan, sekaligus mengurangkan keperluan penggunaan peralatan elektrik seperti lampu dan penghawa dingin.\n\n• Kesimpulannya, perkara ini melibatkan bidang kuasa dan dasar merentas Kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Namun demikian, NRECC dan agensi-agensi di bawahnya sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian dan pemegang-pemegang taruh sektor pembinaan ke arah menggalakkan pembinaan lebih banyak bangunan cekap tenaga di Malaysia. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2557,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2557",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-12",
        "year": 2023,
        "no": "39",
        "member": "Tuan Abun Sui Anyit",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) adakah Kementerian berhasrat untuk menjadikan sungai sebagai tempat mandi-manda; dan (b) apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengelakkan sungai menjadi tempat pembuangan sampah.",
        "question": "Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :\n(a) adakah Kementerian berhasrat untuk menjadikan sungai sebagai tempat mandi-manda; dan\n(b) apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengelakkan sungai menjadi tempat pembuangan sampah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sungai di negara ini pada dasarnya diurus tadbir oleh pelbagai pihak dan agensi-agensi berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Kementerian juga menggalakkan semua pihak prihatin untuk menjadikan sungai salah satu lokasi sebagai tempat riadah di samping menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar. Kerjasama dan komitmen dari semua pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting untuk memastikan sungai-sungai di negara kita sentiasa bersih.\n\n• Dalam hal ini, Kementerian telah melaksanakan Program Pembangunan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang merupakan salah satu pendekatan Nature-Based-Solutions (NBS) bagi menjaga kelestarian sungai. Program DSK ini berperanan meningkatkan cakna masyarakat terhadap keindahan sungai, meramaikan pengunjung tepian sungai untuk riadah dan secara tidak langsung boleh menghindari aktiviti pembuangan sisa haram. Sehingga hari ini, sepanjang 1248 km denai telah dibina berdasarkan perancangan dan peruntukan yang diluluskan.\n\n• Kerjasama badan-badan korporat dan pusat pengajian tinggi dengan Pihak Berkuasa Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga telah diwujudkan bagi menjayakan dan meningkatkan inisiatif komunikasi, pendidikan, pembabitan dan kesedaran (Communication, Education, Participation and Awareness, CEPA).\n\n• Selain itu, Kementerian juga sentiasa menggalakkan program-program kesedaran dan pendidikan mengenai kepentingan pemeliharaan sungai melalui program Rakan Alam Sekitar, River Ranger dan sebagainya serta mempromosi kempen cintai sungai. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2533,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2533",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-27",
        "year": 2023,
        "no": "42",
        "member": "Puan Susan Chemerai Anding",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah sasaran Kementerian dalam pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebagai langkah pertengahan (intermediate) yang menjurus kepada matlamat pelepasan sifar bersih (net zero) dan sekt...",
        "question": "Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah sasaran Kementerian dalam pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebagai langkah pertengahan (intermediate) yang menjurus kepada matlamat pelepasan sifar bersih (net zero) dan sektor manakah yang akan disasarkan untuk pengurangan yang paling ketara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKerajaan sedang membangunkan Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap and Action Plan) dan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Kedua-dua dokumen ini akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan mitigasi sehingga tahun 2030 dan mengandungi maklumat strategi jangka panjang negara bagi mencapai GHG sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. Melalui dokumen ini juga, sasaran terhadap usaha pengurangan karbon negara akan ditetapkan berdasarkan sektor-sektor utama yang dilaporkan di dalam NDC dan The Fourth Biennial Update Report (BUR-4). Antara sektor utama yang akan diberikan perhatian dalam usaha ini ialah sektor tenaga memandangkan sektor ini menyumbang sebanyak 78% jumlah pelepasan gas rumah hijau negara pada tahun 2019. Seterusnya disusuli dengan sektor industri pemprosesan dan guna produk serta sisa yang masing-masing menyumbang sebanyak 10% dan 9%.\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2560,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2560",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-13",
        "year": 2023,
        "no": "42",
        "member": "Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah perlindungan keselamatan selain amalan yang biasa dilakukan untuk menghindari serangan binatang liar seperti harimau dan gajah yang menyebabkan kehilangan nyawa di kawasan...",
        "question": "Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah perlindungan keselamatan selain amalan yang biasa dilakukan untuk menghindari serangan binatang liar seperti harimau dan gajah yang menyebabkan kehilangan nyawa di kawasan penempatan Orang Asli.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin dengan situasi konflik manusia dan spesies hidupan liar seperti gajah dan harimau termasuk di kawasan perkampungan Orang Asli di Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang, Hulu Perak dan pedalaman Gua Musang, Kelantan.\n\n• Antara langkah perlindungan keselamatan yang telah diambil oleh Jabatan PERHILITAN bagi menghindari serangan hidupan liar seperti gajah dan harimau ialah:\n\n(i) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal dan SPEG mudah alih di perkampungan Orang Asli;\n\n(ii) melaksana kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik yang terletak di dalam kawasan habitat gajah. Tindakan tembak halau dijalankan bagi menghalau gajah masuk semula ke kawasan hutan berdekatan. Operasi tangkap-pindah gajah dijalankan jika gajah mengancam keselamatan penduduk; dan\n\n(iii) memasang perangkap sekiranya terdapat aduan konflik serta menjalankan rondaan dan pemantauan penguatkuasaan di lokasi konflik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2535,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2535",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "Tuan Haji Hussin bin Ismail",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jaminan dan penegasan Kerajaan dalam memastikan sistem saliran yang menyalurkan bahan kumbahan dan buangan perumahan tidak dialirkan ke sungai dan laut bagi menjamin ekosistem dan kepelb...",
        "question": "Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jaminan dan penegasan Kerajaan dalam memastikan sistem saliran yang menyalurkan bahan kumbahan dan buangan perumahan tidak dialirkan ke sungai dan laut bagi menjamin ekosistem dan kepelbagaian alam semula jadi sungai serta laut negara terpelihara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) komited untuk memastikan air kumbahan dirawat dengan baik. Sistem perkhidmatan pembetungan bersambung yang disediakan secara berterusan melibatkan air sisa dari premis perumahan, komersil dan industri disalurkan ke loji rawatan kumbahan (LRK) awam melalui paip pembetungan di bawah tanah untuk dirawat. Air sisa yang dirawat di LRK awam yang dioperasi dan diselenggara oleh IWK perlu mematuhi tahap piawaian Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan) sebelum dilepaskan ke sungai. Sehingga Oktober 2023, IWK telah mengendali dan menyelenggara sebanyak 7,451 LRK awam dengan tahap pematuhan pelepasan efluen terawat melebihi 97% dan telah menyediakan perkhidmatan bersambung untuk lebih kurang 5 juta akaun pengguna di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.\n2. Di samping itu, pihak IWK turut melindungi sungai-sungai daripada pencemaran melalui penyediaan perkhidmatan pengosongan tangki septik persendirian (IST) kepada semua kategori pelanggan. Melalui perkhidmatan ini, enapcemar yang melimpah keluar dari IST dapat mengelakkan sungai dan alam sekitar daripada tercemar. Dengan itu, setiap pemilik premis kediaman yang memiliki tangki septik individu diwajibkan mengosongkan atau menyahenap cemar tangki septik secara berkala selaras dengan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021 yang dikuatkuasa oleh Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ini adalah untuk memastikan setiap pengguna tidak mengabaikan penyelenggaraan tangki septik malah dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran dan risiko penyakit. Sekiranya pengguna atau pemilik premis gagal berbuat demikian, denda akan dikenakan sehingga RM50,000 di bawah Seksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].\n3. Manakala bagi pelepasan sisa terlarang secara haram yang dilepaskan ke dalam lurang pembetungan, pihak IWK juga telah berkerjasama dengan SPAN, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan badan berkuasa air seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan pemantauan bagi mengawal pembuangan sisa terlarang secara haram serta menjalankan penyiasatan sekiranya berlaku pembuangan sisa terlarang ke dalam sungai.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2541,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2541",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-05",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan tenaga kepada sumber asli yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu.",
        "question": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan tenaga kepada sumber asli yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mesra alam dalam penjanaan elektrik selari dengan hasrat dan dasar negara untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kepada sumber asli yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu.\n\n• Di peringkat Kementerian, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang dipengerusikan oleh YB Menteri yang bertanggungjawab dalam pembekalan elektrik negara, berperanan menentukan dasar dan hala tuju mengenai campuran bahan api (fuel mix) untuk penggunaan sektor penjanaan elektrik agar sumber tenaga negara digunakan secara optimum dan lestari.\n\n• Mesyuarat JPPPET pada 7 Februari 2023 telah memutuskan tiada lagi loji janakuasa arang batu yang baharu dan tiada pelanjutan bagi loji janakuasa arang batu sedia ada. Ini bagi memastikan tiada lagi sumber penjanaan berasaskan arang batu yang dirancang dalam unjuran Pelan Pembangunan Penjanaan (Power Development Plan – PDP) untuk tempoh 20 tahun akan datang.\n\n• Keputusan ini juga dibuat dengan mengambil kira komitmen Kerajaan dalam Perjanjian Paris 2015 untuk mengurangkan 45% intensiti pelepasan gas rumah kaca menjelang tahun 2030 berbanding intensiti pada tahun 2005 dan aspirasi Kerajaan untuk mencapai sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pada masa ini, sektor penjanaan elektrik negara masih bergantung kepada dua sumber bahan api fosil utama, iaitu gas dan arang batu bagi memenuhi permintaan baseload. Buat masa ini, Kerajaan belum merancang untuk menutup lapan (8) buah loji janakuasa arang batu yang sedang beroperasi lebih awal berbanding tarikh tamat operasi loji-loji tersebut. Loji janakuasa arang batu terakhir yang akan tamat operasi adalah pada tahun 2044.\n\n• Kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penjanaan elektrik termasuk potensi untuk melaksanakan mothballing dan co-firing serta potensi penjanaan elektrik berasaskan sumber lain yang lebih bersih dan boleh diperbaharui.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2563,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2563",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-14",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Biodiversiti, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha bersepadu oleh Kementerian dalam menangani isu kemampanan yang serius dalam negara seperti penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti yang membimbangkan sehingga memberi kesan ke...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha bersepadu oleh Kementerian dalam menangani isu kemampanan yang serius dalam negara seperti penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti yang membimbangkan sehingga memberi kesan ke atas keseimbangan ekosistem di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan komited dalam melaksanakan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) untuk memastikan negara terus menikmati segala faedah yang diperolehi dari sumber hutan secara berterusan. Perkara ini adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Malaysia di mana Kerajaan akan terus memelihara, memulih dan mengurus kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) atau hutan simpan berdasarkan prinsip-prinsip PHSB.\n\n• Antara usaha bersepadu yang dilaksanakan Kementerian dalam menangani isu kemampanan yang serius dalam sektor perhutanan negara adalah seperti berikut:\n\n• mengadakan rundingan dengan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui platform Majlis Tanah Negara (MTN) untuk menyelaras amalan pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara terancang, rasional dan berkesan;\n\n• mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan baharu sebagai HSK dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar, berbanding 4.8 juta hektar pada masa ini;\n\n• melaksanakan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam HSK, yang diputuskan dalam MTN pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan CTT adalah berdasarkan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan hutan yang diusahasil;\n\n• mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan melalui Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemuliharaan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia (3RSM) dan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara; dan\n\n• menyediakan Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang melaksanakan usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan dan HSK yang baharu.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2546,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2546",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-06",
        "year": 2023,
        "no": "47",
        "member": "Datuk John Ambrose",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Penampang dan usaha-usaha lain Kementerian mengatasi masalah ini yang kian meruncing.",
        "question": "Datuk John Ambrose minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah usaha Kementerian dalam menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Penampang dan usaha-usaha lain Kementerian mengatasi masalah ini yang kian meruncing.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian mengambil maklum dan memberi perhatian yang serius dengan kejadian banjir yang berlaku di kawasan Penampang. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sedang melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog, Sabah dengan anggaran kos berjumlah RM281 juta yang bertujuan mengurangkan risiko banjir di Daerah Penampang iaitu Pekan Donggongon, Pekan Putatan dan Pekan Kibabaig. Projek ini dijangka siap pada Disember 2024.\n\n• Dalam membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar, JPS telah melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir melibatkan kerja-kerja seperti berikut:\n\n• Penyiasatan tanah;\n\n• Kerja Ukur;\n\n• Rekabentuk terperinci;\n\n• Kerja-kerja pengaluran sungai;\n\n• Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;\n\n• Menaik taraf aset tak alih;\n\n• Menaiktaraf saluran dan struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai;\n\n• Pengurusan projek; dan\n\n• Communication, Education, Participation and Awareness (CEPA)\n\n• Di bawah projek ini, Kementerian telah melaksanakan sebanyak 5 kerja pada tahun 2022 berjumlah RM972 ribu.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2542,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2542",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-05",
        "year": 2023,
        "no": "48",
        "member": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini rancangan mengimplementasikan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi.",
        "question": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini rancangan mengimplementasikan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 September 2023 dibangunkan bertujuan mengelak eksploitasi dan kehilangan sumber negara; serta menjamin pulangan yang maksimum kepada negara. Perkara ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Pada masa ini, Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan dasar larangan eksport bahan mentah NR-REE dengan mengambil kira ketersediaan loji pemprosesan NR-REE di dalam negara serta keperluan untuk membangunkan industri hiliran.\n\n• Namun begitu, Kementerian mengambil langkah berhati-hati dan mengambil kira semua aspek dalam membangunkan dasar ini berikutan jangkaan tentangan dan tekanan antarabangsa terutamanya daripada Kesatuan Eropah (European Union – EU). Isu yang sama pernah dihadapi oleh negara Indonesia semasa mengumumkan dasar larangan eksport bahan mentah nikel. Dalam hal ini, pihak EU telah membawa tuntutan keadilan kepada World Trade Organization (WTO) atas dasar pelanggaran peruntukan yang ditetapkan di bawah badan dunia tersebut.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2552,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2552",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-11",
        "year": 2023,
        "no": "48",
        "member": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Bin Aman",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan limpahan ekonomi yang akan diperoleh oleh Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah terutamanya dalam industri hidrogen, tenaga bio, mobiliti hijau dan carbon capture, utilisation and storage...",
        "question": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Bin Aman minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan limpahan ekonomi yang akan diperoleh oleh Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah terutamanya dalam industri hidrogen, tenaga bio, mobiliti hijau dan carbon capture, utilisation and storage (CCUS).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat Senator, antara limpahan ekonomi yang akan diperoleh oleh Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dalam industri mobiliti hijau dan rendah karbon adalah melalui pewujudan peluang pekerjaan hijau, kemasukan pelaburan secara langsung dan tidak langsung, pembangunan kapasiti tenaga kerja (capacity building), pemindahan teknologi dan lain-lain. Secara terperinci adalah seperti berikut:\n\n• pewujudan peluang pekerjaan hijau baharu: perluasan peluang pekerjaan meliputi industri infrastruktur sokongan seperti stesen pengecasan EV, pembuatan kenderaan elektrik dan industri berkaitan seperti tenaga boleh baharu dan pembuatan bateri. Peluang pekerjaan bagi penyelenggaraan teknologi-teknologi tersebut juga akan bertambah. Perluasan peluang pekerjaan berkemahiran kepada warga tempatan adalah meliputi industri penyediaan infrastruktur sokongan seperti stesen pengecasan EV, pembuatan kenderaan elektrik dan industri berkaitan seperti tenaga boleh baharu dan pembuatan bateri. Sebagai contoh, penerimagunaan teksi ataupun van elektrik akan memajukan industri ekopelancongan di bandar-bandar utama di Sabah dan WP Labuan; \n\n• kemajuan teknologi: EV merupakan teknologi terkini dalam mobiliti yang berkembang pesat di peringkat global. Penyelidikan dan pembangunan teknologi seperti di Universiti Malaysia Sabah dan sebagainya akan mampu bersaing dalam teknologi seperti teknologi bateri EV dengan kecekapan tenaga berasaskan sumber tempatan. Pusat latihan seperti Institut Latihan Industri (ILP) dan GiatMARA di Sabah boleh menjadi platform bagi melahirkan tenaga mahir dan separa mahir (upskilling dan reskilling) untuk menampung keperluan industri tempatan mahupun kehendak pasaran di luar; dan\n\n• peningkatan daya saing ekonomi pada skala global: Dengan mempunyai pelbagai inisiatif dan teknologi hijau, negeri-negeri ini akan menjadi tumpuan pelaburan-pelaburan domestik mahupun antarabangsa kerana tersedianya keupayaan dan kepakaran tempatan.\n\n• Bagi melonjakkan pembangunan industri mobiliti hijau melalui penggunaan kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV, Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif di bawah Belanjawan 2024 yang boleh dimanfaatkan oleh semua negeri termasuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan seperti berikut:\n\n• pemasangan 180 stesen pengecasan EV melalui pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia;\n\n• pengenalan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120 ribu ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik; dan\n\n• pelanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas perbelanjaan kemudahan pengecas EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi.\n\n• Seterusnya berhubung industri tenaga bio, tenaga Bio merupakan tenaga boleh baharu (TBB) yang terdiri daripada Biojisim dan Biogas yang telah diwartakan sebagai TBB di dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725] bersama-sama sumber TBB yang lain seperti hidrokuasa kecil, fotovolta suria (solar PV) dan geoterma.\n\n• Melalui mekanisme Tarif Galakan atau Feed-in tariff (FiT) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2011, setakat bulan Oktober 2023, kapasiti projek tenaga bio yang telah beroperasi adalah sebanyak 78.38 MW bagi biojisim dan 148.29 MW bagi biogas. Manakala sebanyak 176MW projek tenaga bio masih dalam pembinaan.\n\n• Berdasarkan Malaysia Renewable Roadmap (MyRER) yang dilancarkan pada tahun 2021, tenaga bio di Malaysia mempunyai potensi kapasiti sebanyak 3.6 GW termasuk biojisim (2.3GW), biogas (736MW) dan sisa pepejal perbandaran (516 MW). Bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah khususnya, , MyRER mengunjurkan potensi kapasiti penjanaan daripada bio tenaga adalah sebanyak 0.8GW. Penjanaan tenaga ini adalah daripada sumber sisa pertanian, haiwan dan perbandaran serta hazardous waste. Dari segi pelaburan, nilai pelaburan daripada tahun 2026 sehingga 2035 dianggarkan sebanyak RM3.06 billion. Manakala peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah sebanyak 37,980.\n\n• Tenaga bio memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dan memberi sumbangan dalam mencapai sasaran 70% kapasiti TBB dalam campuran tenaga negara pada tahun 2050. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023 telah menetapkan sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 1.4 GW kapasiti pepasangan tenaga bio pada tahun 2050. \n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa peka dengan usaha Kerajaan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam menerajui inisiatif penjanaan dan pelaksanaan hidrogen hijau di Malaysia.\n\n• Pelancaran Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) adalah landasan strategik bagi pembangunan ekonomi hidrogen di seluruh negara bagi menjadikan hidrogen sebagai salah satu sumber tenaga alternatif ke arah mencapai kemandirian teknologi dan menjamin keterjaminan tenaga. Tumpuan khusus dalam fasa pelaksanaan jangka masa pendek HETR ialah projek-projek demonstrasi hidrogen yang akan memacu permintaan domestik dan pasaran eksport. Pelaksanaan dimulakan dengan projek domestik yang praktikal dan berskala kecil bagi membuktikan kebolehlaksanaan ke peringkat komersil. Pendekatan ‘Bina Sebahagian, Beli Sebahagian’ atau ‘Build Some, Buy Some' secara bersepadu akan dijayakan ke arah pemacuan teknologi tinggi secara menyeluruh di sepanjang rantaian nilai ekonomi dan ekosistem hidrogen di samping membangunkan bakat tempatan. Projek-projek ini akan diterajui melalui kerjasama dan usahasama antara Kerajaan Persekutuan, Kementerian, Kerajaan Negeri Dan Industri.\n\n• MOSTI sentiasa terbuka untuk meneroka peluang kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan pemegang taruh di Sabah dalam sumber tenaga boleh diperbaharui yang berasaskan hidrogen. Antara projek R&D yang diusahakan oleh NanoMalaysia, MOSTI ialah:\n\n• kerjasama penyelidikan projek fito-perlombongan (phytomining) di tapak Kampung Monggis, Ranau, Sabah bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Fito-perlombongan ialah pengekstrakan bahan logam aktif daripada loji biojisim tinggi di bawah Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) bagi memperoleh nikel dan kobalt yang merupakan bahan aktif bateri jenis litium-ion dalam kenderaan EV atau mobiliti elektrik; dan\n\n• penjanaan hidrogen hijau dan terbitannya (penggasan) (gassification) dan pirolisis (pyrolysis)) melalui biojisim berasaskan sawit seperti EFB, OPT dan POME yang memanfaatkan POIC Lahad Datu, Sabah. Teknologi pirolisis ini dibangunkan oleh NanoMalaysia di bawah program Hydrogen EcoNanoMy bersama penyelidik tempatan untuk menghasilkan hidrogen dan karbon pepejal dalam bentuk bahan termaju seperti graphite, graphene dan tiub nano karbon. Proses ini melibatkan satu sistem penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon berintegrasi (CCUS) ke arah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).\n\n• Pada masa ini juga, Kerajaan sedang dalam proses mengenal pasti potensi pembangunan CCUS di Sabah termasuk WP Labuan.\n\n• Berkaitan cadangan untuk mempelbagaikan limpahan ekonomi nilai tambah yang tinggi melalui penggunaan teknologi moden, Kerajaan Persekutuan akan terus memastikan industri berasaskan peralihan tenaga seperti hidrogen, tenaga bio, mobiliti hijau dan CCUS kekal menjadi sektor yang terbuka kepada mana-mana pelabur, sama ada dari dalam atau luar negara yang berminat untuk mencadang, menilai dan membuat pelaburan di Labuan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2536,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2536",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "51",
        "member": "Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia seperti tenaga solar, tenaga biojisim, tenaga biogas dan sebagainya; da...",
        "question": "Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia seperti tenaga solar, tenaga biojisim, tenaga biogas dan sebagainya; dan\n\nb) perancangan Kementerian untuk meningkatkan pemanfaatan tenaga boleh baharu pada masa hadapan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia termasuk daripada sumber tenaga solar, tenaga biojisim, tenaga biogas dan lain-lain, Kerajaan telah memperkenalkan program-program pembangunan TBB berikut:\n\n• Program Feed-in Tariff yang membenarkan pembangunan projek penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) bukan solar dilakukan;\n\n• Program Large Scale Solar yang membenarkan pembangunan projek penjanaan TBB daripada sumber solar dibangunkan secara skala utiliti;\n\n• Program Corporate Green Power Programme yang membenarkan pengguna korporat yang memerlukan bekalan elektrik hijau mendapat bekalan elektrik tersebut melalui jalinan ikatan pembelian tenaga maya dengan pemaju jana kuasa solar;\n\n• Program Net Energy Metering yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri dan lebihan tenaga boleh dijual dan di-offset dalam bil utiliti pengguna; dan\n\n• Program Self-consumption yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri.\n\nBagi meningkatkan pemanfaatan TBB pada masa hadapan, Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan program TBB baharu bagi memberikan pengguna elektrik pilihan yang lebih luas dalam menetapkan jenis perkhidmatan/produk bekalan elektrik yang dihasratkan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2548,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2548",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-07",
        "year": 2023,
        "no": "51",
        "member": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian dipantau pelaksanaannya untuk memastikan keberhasilan polisi ini.",
        "question": "Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian dipantau pelaksanaannya untuk memastikan keberhasilan polisi ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Yang Berhormat Senator,\n\nGaris Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan sepertimana terkandung di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014 menerangkan berkenaan langkah-langkah penjimatan tenaga yang boleh dilaksanakan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan sebagai langkah pengurangan perbelanjaan kos utiliti sebanyak 5% daripada kos utiliti Kerajaan. Garis panduan ini masih terpakai dan pelaksanaannya adalah berlandaskan kepada konsep Let Managers Manage, dimana setiap organisasi diperkasakan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memantau pemakaian garis panduan ini bagi memastikan sasaran penjimatan sebanyak 5% tersebut tercapai.\n\nUntuk tahun 2014 hingga 2018, pencapaian setiap Kementerian dilaporkan semasa Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Sepanjang tempoh pemantauan terdapat peningkatan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, di mana pada tahun 2018, Kerajaan telah berjaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 20.9% berbanding tahun asas pada 2013. Pengurangan tenaga elektrik yang dicapai adalah sebanyak 55.9 juta kilowatt jam (kWj) yang juga bersamaan dengan kos tenaga bernilai RM20.4 juta. \n\nMulai tahun 2018, prestasi penggunaan tenaga di bangunan Kerajaan dipantau melalui inisiatif pelabelan Building Energy Intensity (BEI) oleh Suruhanjaya Tenaga. Susulan daripada itu, prestasi penggunaan tenaga di bangunan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dipantau menerusi kontrak fasiliti bangunan (facility management – FM). Pihak FM perlu memastikan BEI bangunan Kerajaan tersebut dikekalkan atau ditambah baik berbanding penarafan yang ditetapkan dalam kontrak. \n\nMengambil kira hasrat Kerajaan ke arah mencapai aspirasi pelepasan Green House Gases (GHG) sifar bersih menjelang tahun 2050 bagi sektor tenaga dan menyokong Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta penguatkuasaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, NRECC berhasrat untuk mengemaskini Garis Panduan tersebut dan memperluaskan pemakaian serta amalan penggunaan tenaga dengan cekap untuk semua Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2543,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2543",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-05",
        "year": 2023,
        "no": "53",
        "member": "Dato' (Dr.) Arman Azha bin Abu Hanifah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani isu banjir kilat di sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang menyebabkan imej bandar raya Kuala Lumpur kian merosot dengan f...",
        "question": "Dato' (Dr.) Arman Azha bin Abu Hanifah minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah usaha yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani isu banjir kilat di sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang menyebabkan imej bandar raya Kuala Lumpur kian merosot dengan fenomena banjir kilat yang tiada kesudahan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan banjir memerlukan kerjasama bersepadu merangkumi sistem perparitan dan pengurusan sungai yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi. Sistem perparitan adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan menyenggara semua sungai. Kedua-dua sistem saliran dan sistem perparitan seharusnya dinaiktaraf seiring dengan pembangunan. \n\n• Sistem perparitan sedia ada perlu sentiasa disenggara termasuklah pembersihan sampah sarap secara berkala agar aliran air lancar dan risiko banjir kilat dapat dikurangkan serta menaiktaraf sistem perparitan yang lama yang tidak dapat menampung kapasiti air larian apabila berlakunya hujan yang lebat.\n\n• Selain itu, JPS juga telah melaksanakan projek-projek tebatan banjir berimpak besar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Berikut adalah beberapa projek tebatan banjir yang telah berjaya dibina dan beroperasi di Kuala Lumpur antaranya; \n\n• Pembinaan dan operasi Empangan Batu; \n\n• Projek naik taraf dan operasi Empangan Klang Gate;\n\n• Projek Terowong SMART (KLFM A);\n\n• Sistem Lencongan Banjir Keroh (KLFM B);\n\n• Sistem Lencongan Banjir Gombak (KLFM B); dan\n\n• Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus (KLFM C). \n\n• Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh JPS adalah seperti berikut:\n\n• Projek Menaiktaraf Kolam Takungan Banjir Batu dan Lencongan Gombak (KLFM B);\n\n• Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus;\n\n• Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kuyoh; dan\n\n• Projek Rancangan Tebatan Banjir Upper Sungai Klang.\n\n• Manakala, bagi penyelesaian jangka masa panjang, Kajian Pelan Induk Lembangan Sungai Klang sedang disediakan dengan tujuan antaranya bagi melihat semula keupayaan Kuala Lumpur Flood Mitigation (KLFM) sedia ada sama ada berupaya memberi perlindungan banjir dan mengambil kira faktor-faktor seperti perubahan iklim, pembangunan terkini dan masa hadapan. Pelan induk ini dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2547,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2547",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-06",
        "year": 2023,
        "no": "56",
        "member": "Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan berapakah jumlah pengguna teknologi solar bagi pengguna domestik; dan • apakah perancangan Kerajaan untuk menggalakkan pe...",
        "question": "Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\n• pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan berapakah jumlah pengguna teknologi solar bagi pengguna domestik; dan\n\n• apakah perancangan Kerajaan untuk menggalakkan pengguna menggunakan tenaga solar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 2023 Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan bidaan terbuka sebanyak empat pusingan di bawah program Large Scale Solar (LSS) bagi membolehkan mana-mana pemaju untuk membangunkan loji janakuasa solar berskala besar di seluruh Semenanjung dan Sabah. Dari empat pusingan tersebut, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 87 projek LSS dengan kapasiti sebanyak 2,457MW, dan pada Disember 2022, sebanyak 1,360MW loji janakuasa telah memulakan operasi. \n\n• Manakala bagi pengguna domestik pula, Kerajaan telah menawarkan kuota bagi pemasangan di bawah program Feed-in Tariff (FiT) dan Net Energy Metering (NEM). Program-program ini merupakan suatu bentuk insentif yang ditawarkan kepada pengguna domestik untuk menjana Tenaga Boleh Baharu (TBB). Daripada program FiT, sebanyak 8,852 buah sistem solar dengan kapasiti sebanyak 74.71MW telah dicatatkan oleh pengguna domestik. Bagi program NEM pula, telah mencatatkan sebanyak 21,318 buah sistem solar PV dengan kapasiti 159.211MW telah beroperasi.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2553,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2553",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-11",
        "year": 2023,
        "no": "56",
        "member": "Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Che Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan permohonan yang diluluskan oleh Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) melibatkan aktiviti penanaman semula hutan dan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan di Kelantan bermu...",
        "question": "Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Che Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilangan permohonan yang diluluskan oleh Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) melibatkan aktiviti penanaman semula hutan dan aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan di Kelantan bermula tahun 2022 sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nDi Negeri Kelantan, daripada tahun 2022 sehingga kini, sebanyak 73 Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi aktiviti ladang hutan dan 4 Laporan EIA bagi aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan telah mendapat kelulusan Laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).\nKesemua aktiviti ini adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 [Perintah EIA 2015]. Bagi aktiviti perhutanan, ianya diproses berdasarkan Aktiviti 5 (e), Jadual Pertama dan Jadual Kedua, Perintah EIA 2015 manakala bagi aktiviti perlombongan adalah berdasarkan Aktiviti 8, Jadual Kedua Perintah yang sama.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2549,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2549",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-07",
        "year": 2023,
        "no": "57",
        "member": "Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah garis masa dan anggaran perbelanjaan Kerajaan untuk membangunkan aset tenaga boleh baharu (TBB) yang diperlukan dalam peralihan kepada tenaga bersih bagi mencapai sasaran karbon b...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah garis masa dan anggaran perbelanjaan Kerajaan untuk membangunkan aset tenaga boleh baharu (TBB) yang diperlukan dalam peralihan kepada tenaga bersih bagi mencapai sasaran karbon bersih sifar menjelang tahun 2050 dan apakah impak yang timbul sepanjang proses tersebut terhadap industri tenaga.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Yang Berhormat, aspirasi Kerajaan untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) sehingga 70% di dalam sistem pembekalan tenaga elektrik dijangka memerlukan pelaburan awam dan swasta berjumlah RM637bilion sehingga tahun 2050. \n\nPeningkatan kapasiti TBB ini akan memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan industri negara dengan peningkatan bekalan tenaga hijau di dalam sistem pembekalan elektrik akan memudahkan syarikat atau industri mendapat bekalan tenaga hijau dalam memenuhi Environmental, Social and Governance (ESG) masing-masing. Selain itu juga, kebolehcapaian industri dalam mendapatkan sumber tenaga hijau akan menjadi salah satu daya penarik pelabur asing untuk memasuki dan melabur di negara ini.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2537,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2537",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-29",
        "year": 2023,
        "no": "60",
        "member": "Tuan Abun Sui Anyit",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kerajaan memanfaatkan kedudukan negara kita di garisan Khatulistiwa dengan mengambil manfaat tenaga solar daripada cahaya matahari secara maksimum dalam jangka masa sederhana d...",
        "question": "Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bagaimana Kerajaan memanfaatkan kedudukan negara kita di garisan Khatulistiwa dengan mengambil manfaat tenaga solar daripada cahaya matahari secara maksimum dalam jangka masa sederhana dan panjang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memanfaatkan kedudukan negara kita di garisan Khatulistiwa dengan mengambil manfaat tenaga solar daripada cahaya matahari secara maksimum dalam jangka masa sederhana dan panjang, Kerajaan telah memperkenalkan program-program pembangunan TBB berdasarkan sumber solar seperti berikut:\n\n• Program Large Scale Solar yang membenarkan pembangunan projek penjanaan TBB daripada sumber solar dibangunkan secara skala utiliti;\n\n• Program Corporate Green Power Programme yang membenarkan pengguna korporat yang memerlukan bekalan elektrik hijau mendapat bekalan elektrik tersebut melalui jalinan ikatan pembelian tenaga maya dengan pemaju jana kuasa solar;\n\n• Program Net Energy Metering yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri dan lebihan tenaga boleh dijual dan di-offset dalam bil utiliti pengguna; dan\n\n• Program Self-consumption yang membenarkan pengguna elektrik memasang sistem solar di bumbung premis bangunan untuk kegunaan sendiri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2550,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2550",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-07",
        "year": 2023,
        "no": "60",
        "member": "Datuk Haji Mustafa bin Musa",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Biodiversiti, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat membantu untuk menaik taraf dan menyelenggarakan operasi harian Zoo Melaka dan Taman Buaya di Melaka melalui bantuan geran kewangan agar tempat tarikan pelanc...",
        "question": "Datuk Haji Mustafa bin Musa minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat membantu untuk menaik taraf dan menyelenggarakan operasi harian Zoo Melaka dan Taman Buaya di Melaka melalui bantuan geran kewangan agar tempat tarikan pelancongan ini terus terpelihara dan memanfaatkan Melaka sebagai destinasi pelancongan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin dalam membantu pengusaha Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di Semenanjung Malaysia termasuk Zoo Melaka serta Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Ini bagi menjamin kebajikan hidupan liar di bawah penjagaan ZPT. Setiap ZPT juga adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Zoo Melaka dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, manakala Taman Buaya dan Rekreasi Melaka pula dimiliki oleh Taman Buaya & Reptilia (Melaka) Sdn. Bhd.\n\nSebanyak RM796,000 telah disalurkan kepada Zoo Melaka pada tahun 2022 bagi projek menaik taraf fasiliti pembiakan Harimau Malaya untuk meningkatkan bilangan Harimau Malaya dalam kurungan. Projek ini telah siap dilaksanakan pada tahun 2023.\n\nDi samping itu, Zoo Melaka dan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka masing-masing telah menerima peruntukan sebanyak RM1,188,206.32 kepada Zoo Melaka dan RM25,325.29 di bawah Bantuan Prihatin Hidupan Liar semasa pandemik COVID-19 bagi tujuan makanan, ubatan dan bahan cuci.\n\nBagi tahun 2023, Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan sebarang peruntukan geran bantuan kewangan khas bagi kerja-kerja penyelenggaraan atau pembangunan fasiliti di zoo-zoo seluruh Semenanjung Malaysia. Pihak pemilik/pengusaha ZPT sentiasa digalakkan untuk menyediakan pelan pengurusan perniagaan (bussiness plan) bagi menjadikan tempat tarikan pelancongan berkonsepkan hidupan liar ini terus berdaya maju.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2559,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2559",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-12-12",
        "year": 2023,
        "no": "60",
        "member": "Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk menyekat terus penggunaan beg plastik dan mewajibkan penggunaan beg alternatif yang lebih bersifat mesra alam.",
        "question": "Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk menyekat terus penggunaan beg plastik dan mewajibkan penggunaan beg alternatif yang lebih bersifat mesra alam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sentiasa serius dalam isu pengurusan sisa plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar, khususnya jika ia tidak diuruskan dengan baik. Oleh yang demikian, bagi memantapkan kaedah pengurusan sisa plastik ini dilaksanakan melalui “Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 (Single-use Plastic (SUP) Roadmap)” dan “Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR)”. \n\n• Untuk makluman, Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-76 pada 18 November 2020 telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pelaksanaan “Kempen Tiada Beg Plastik” oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara. Melalui kempen ini, premis perniagaan akan mengenakan caj pencemaran kepada pelanggan bagi setiap beg plastik yang dibekalkan kepada pengguna di kaunter pembayaran. Pengenaan caj ini berpandukan kepada prinsip “user-pay-principle”. Ini akan menjadi satu bentuk pencegahan dan usaha menghindari penggunaan beg plastik sekali guna yang kerap dibuang secara tidak terkawal. Setakat ini pelaksanaan dilaksanakan secara berfasa seperti pelaksanaan kempen tiada beg plastik percuma dan pengenaan caj pencemaran plastik melibatkan premis tetap sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada premis perniagaan lain termasuk pasar malam, warung dan gerai tepi jalan\n\n• Pihak Kementerian juga sedang meneliti beberapa kaedah yang sesuai bagi mencapai sasaran untuk mengawal penggunaan beg plastik sekali guna. Selain itu, Kementerian masih membuka ruang perbincangan berkenaan kebolehlaksanaan larangan ini bagi memastikan secara idealnya situasi menang-menang atau win-win situation kepada semua pihak dan tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya pengguna dan pemain industri.\n\n• Setakat ini, Kerajaan masih belum bercadang untuk menyekat sepenuhnya penggunaan beg plastik secara menyeluruh kerana masih terdapat keadaan dan keperluan tertentu yang dilihat memerlukan penggunaan beg plastik seperti ketika membeli barangan basah harian. Penggantian kepada produk alternatif masih memerlukan penelitian buat masa ini supaya penggunaannya nanti adalah praktikal di pasaran serta mesra alam. Untuk makluman, pada Oktober 2023, Kementerian dengan kerjasama SIRIM telah melancarkan satu standard baru bagi produk plastik yang lebih mesra alam. Produk ini boleh dijadikan panduan kepada industri untuk beralih kepada produk mesra alam. Langkah ini juga diharap dapat menggalakkan semua pemain industri dan pakar akademik untuk meneroka lebih banyak lagi produk alternatif yang mesra alam di masa akan datang.\n\n• Untuk rekod, Kementerian ini amat menghargai inisiatif – inisiatif oleh Kerajaan Negeri, PBT dan pasaraya tertentu yang tidak lagi menawarkan beg plastik di kaunter premis masing-masing sama ada secara menyeluruh atau pada hari-hari tertentu. Pada masa yang sama, Kementerian ini merakamkan penghargaan terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh para pemain industri yang telah menggunapakai produk alternatif yang mesra alam dalam menawarkan ganti plastik. Pihak Kerajaan khususnya Kementerian menyeru agar lebih banyak pihak dapat mengambil bahagian secara sukarela untuk menjayakan inisiatif ini\n\n• Kementerian sentiasa berpendirian bahawa intervensi atau pendekatan secara bersasar adalah amat penting dalam mencapai keseimbangan bagi mengekang pencemaran akibat sisa buangan plastik melalui langkah pencegahan dan pembasmian produk plastik sekali guna yang bermasalah. Ini juga akan seterusnya memaksimakan potensi plastik dalam ekonomi kitaran yang dapat memberikan pulangan pendapatan yang besar kepada negara. Usaha dan kempen kesedaran akan terus dipergiatkan bagi memastikan semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan matlamat tersebut.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2534,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2534",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-27",
        "year": 2023,
        "no": "64",
        "member": "Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan strategik dari Kementerian dalam menghadapi perubahan iklim terutamanya semasa musim tengkujuh.",
        "question": "Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perancangan strategik dari Kementerian dalam menghadapi perubahan iklim terutamanya semasa musim tengkujuh.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Peningkatan kejadian banjir yang berpunca daripada impak perubahan iklim sememangnya memberi kesan langsung kepada penduduk yang mendiami kawasan-kawasan berisiko dan terdedah kepada bencana ini.\n\n• Susulan itu, Kerajaan sentiasa proaktif dan mengambil pendekatan berperingkat atau 'stepwise approach' dalam merancang pelan strategik jangka panjang dan jangka pendek untuk menangani impak perubahan iklim terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh. Usaha ini termasuk integrasi tindakan mitigasi dan adaptasi dalam agenda pembangunan negara, sistem pengurusan risiko bencana dan sistem pengurusan banjir.\n\n• Dalam menghadapi peralihan musim tengkujuh, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meningkatkan tahap kecekapan sistem pengurusan banjir melalui Pengurusan Banjir Secara Bersepadu (Integrated Flood Management - IFM).\n\n• Kementerian melalui JPS juga turut melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dengan menggunakan National Flood Forecasting and Warning System (NaFFWS). Melalui sistem ini, ramalan awal banjir dapat dibuat dengan mengesan hujan dan aras air pada masa sebenar (real time).\n\n• Selain itu, untuk meningkatkan kecekapan penyampaian hebahan amaran banjir pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), JPS dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah melaksanakan hebahan amaran bencana banjir menggunakan kaedah flash broadcast/Sistem Pesanan Ringkas (Short Message Service - SMS) ke telefon mudah alih penduduk-penduduk di lokasi yang diramalkan banjir oleh sistem NaFFWS yang telah dibangunkan tersebut.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 atau musim tengkujuh di Malaysia yang telah bermula pada 11 November 2023 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2024. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang beroperasi 24/7, akan menggerakkan pasukan bilik gerakan apabila amaran berperingkat dikeluarkan bagi memastikan pemantauan yang lebih efisien serta mengelakkan kegagalan (downtime) ke atas sistem pemantauan dan penyampaian. Di peringkat negeri, taklimat-taklimat tinjauan cuaca telah disampaikan kepada agensi-agensi pengurusan bencana masing-masing bagi memastikan kesiapsiagaan untuk menghadapi MTL.\n\n• MET Malaysia akan menaiktaraf 100 buah Stesen Pencerapan Cuaca Permukaan Automatik melalui projek pembangunan RP3 RMKe-12 dengan dengan kos sebanyak RM13.4 untuk memantau keadaan cuaca dengan lebih terperinci pada masa nyata. Data-data cuaca yang berkualiti merupakan elemen penting bagi penyediaan ramalan dan amaran cuaca buruk serta pemantauan perubahan iklim di seluruh Malaysia.\n\n• Di samping itu, di bawah projek RMKe-11 dan RMKe-12, MET Malaysia telah dan sedang memasang lapan (8) buah stesen radar baharu sebagai tambahan kepada 11 buah stesen radar sedia ada bagi membolehkan pemantauan hujan lebat dapat dilakukan dengan lebih teliti dan menyeluruh.\n\n• MET Malaysia juga kini sedang dalam proses meningkatkan keupayaan model cuaca dengan mengadaptasi teknologi Sistem Komputer Berprestasi Tinggi (High Performance Computing (HPC)) bagi pemerkasaan ramalan dan amaran banjir dengan peruntukan RM192.7 juta. Produk-produk model ramalan cuaca numerikal yang dijanakan oleh Sistem HPC ini membolehkan Jabatan mengesan kejadian cuaca buruk 14 hari lebih awal berbanding dahulu hanya tujuh (7) hari. Ia juga membekalkan perincian bagi kawasan dilanda bencana dengan resolusi 333 meter berbanding 1-kilometer sebelum ini. \n\n• Seiring dengan perkembangan semasa agar penyampaian perkhidmatan dapat memenuhi kehendak rakyat, MET Malaysia telah membangunkan aplikasi mobil myCuaca yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi untuk diakses pada bila-bila masa oleh orang ramai. MET Malaysia juga turut membangunkan aplikasi mobil RakanMET iaitu medium perkongsian maklumat cuaca dikalangan orang awam, selain daripada ramalan cuaca setempat untuk beberapa jam akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2568,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2568",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "71",
        "member": "Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan program-program yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesan perubahan iklim.",
        "question": "Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan program-program yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesan perubahan iklim.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melaksanakan program Kesedaran Awam Perubahan Iklim (Communication, Educational, Public Awareness - CEPA) untuk membentuk kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa dan nasional berdasarkan prinsip whole of nation approach.\n2. Program CEPA ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan golongan sasar seperti berikut:\ni. sesi bersama golongan belia termasuk persatuan belia serta graduan universiti untuk memupuk kesedaran dan menyuntik naratif baharu bagi memperkasa penglibatan belia ke arah penyelesaian isu perubahan iklim di Malaysia;\nii. pembangunan kapasiti dan kesedaran bersama kementerian/ agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, sektor swasta, badan akademik dan NGO;\niii. penganjuran seminar dalam talian (webinar) berkaitan perubahan iklim dan pembangunan rendah karbon antaranya mengenai topik pelepasan gas rumah kaca sifar bersih (net-zero) dan agenda kelestarian;\niv. sesi temu bual dalam program temu bual di media elektronik dan media cetak yang memberi penekanan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan berkaitan perubahan iklim;\nv. bekerjasama dengan agensi antarabangsa seperti United Nations Development Programme (UNDP) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) bagi melaksanakan kaji selidik kesedaran dan program pembangunan kapasiti berkaitan perubahan iklim di Malaysia; \n\nvi. menyokong pelaksanaan projek pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim di peringkat komuniti menerusi Global Environment Facility : Small Grants Programme (GEF SGP), sejak tahun 2001. Sehingga Jun 2023, program ini telah membiayai sebanyak 247 buah projek berkaitan alam sekitar, perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah; dan\nvii. memperkasa peranan NGO, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan individu menerusi penubuhan Panel Konsultasi Perubahan Iklim. Panel ini akan menjadi medium perantara bagi menyampaikan maklumat berkaitan perubahan iklim kepada komuniti dan masyarakat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2569,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2569",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "72",
        "member": "Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha yang dilakukan untuk memastikan Kerajaan Negeri patuh dengan dasar penjagaan hutan seperti yang ditetapkan di peringkat Persekutuan.",
        "question": "Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha yang dilakukan untuk memastikan Kerajaan Negeri patuh dengan dasar penjagaan hutan seperti yang ditetapkan di peringkat Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Tanah Negara (MTN) ditubuhkan pada 22 Januari 1958 berdasarkan Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan berperanan sebagai platform untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membincangkan hal-hal berkaitan dengan dasar negara bagi mengurus, memaju dan mengawal penggunaan tanah untuk maksud perlombongan, pertanian dan perhutanan, serta untuk mentadbirkan mana-mana perundangan yang berhubungan dengannya. Dasar-dasar yang dibentuk melalui MTN hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.\n2. Beberapa keputusan penting melibatkan sektor perhutanan telah dicapai melalui MTN bagi memastikan khazanah dan sumber semula jadi negara dipelihara dan diusahahasilkan secara lestari seperti berikut:\n\n• MTN Ke-70 pada 18 November 2014 telah bersetuju supaya semua pihak mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam HSK;\n\n• MTN Ke-73 pada 30 November 2017 telah bersetuju supaya Kerajaan-kerajaan Negeri mengawal dan mengelakkan kelulusan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam kawasan HSK dan Rizab Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia;\n\n• MTN Ke-77 pada 8 September 2020 telah memutuskan kadar CTT bagi tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) ialah seluas 1,163,550 hektar, berkurangan sebanyak 70,890 hektar berbanding jumlah CTT Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil;\n\n• MTN ke-78 yang diadakan pada 29 Januari 2021 telah bersetuju dengan Dasar Perhutanan Malaysia (DPM) yang mengambil kira kepentingan pengurusan perhutanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Keberhasilan sebuah dasar perhutanan di peringkat Persekutuan ini mempamerkan usaha kolektif serta komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ke arah mencapai pembangunan mampan dan pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia;\n\n• MTN Ke-79 pada 2 Disember 2021 telah bersetuju supaya Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 dibentangkan di Parlimen. Dalam hubungan ini, Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 telah diluluskan di Parlimen dan diwartakan pada 20 September 2022; daN\n\n• MTN Ke-79 pada 2 Disember 2021 juga telah bersetuju dengan pelaksanaan moratorium kelulusan baharu ladang hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2570,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2570",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "91",
        "member": "Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) bilangan lombong haram unsur nadir bumi (REE) di seluruh negara dan langkah keberkesanan penguatkuasaan dalam menangani isu tersebut; dan b) pendirian Kerajaan terhadap cadangan un...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) bilangan lombong haram unsur nadir bumi (REE) di seluruh negara dan langkah keberkesanan penguatkuasaan dalam menangani isu tersebut; dan\n\nb) pendirian Kerajaan terhadap cadangan untuk membangunkan industri unsur nadir bumi (REE) memandangkan permintaannya yang tinggi dalam sektor pembuatan, penghasilan teknologi termaju dan teknologi hijau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n(a) bilangan lombong haram REE dan langkah keberkesanan penguatkuasaan dalam menangani isu tersebut\n\n• Pada masa ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama agensi berkaitan antaranya Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah mengenal pasti 7 lokasi perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) iaitu di negeri Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan. Tindakan telah diambil ke atas kegiatan perlombongan haram tersebut mengikut bidang kuasa di bawah agensi masing-masing.\n\n• Serbuan telah dijalankan ke atas lokasi-lokasi yang dikenal pasti di mana sejumlah individu di beberapa lokasi telah berjaya ditangkap dan dikenakan dakwaan di mahkamah. Antara tindakan lain yang telah diambil adalah membuka kertas siasatan (IP) di bawah agensi masing-masing dan penyitaan tapak perlombongan haram serta peralatan yang digunakan bagi tujuan perlombongan.\n\n(b) pendirian Kerajaan terhadap cadangan untuk membangunkan industri REE memandangkan permintaannya yang tinggi dalam sektor pembuatan, penghasilan teknologi termaju dan teknologi hijau\n\n• NR-REE adalah salah satu mineral strategik negara yang ditetapkan dalam Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030). Pelan TIM 2021-2023 tersebut menggariskan penetapan pembangunan dan pengurusan industri mineral termasuk NR-REE melalui penekanan kepada penciptaan nilai tambah, pengusahaan lestari dan penggunaan teknologi terkini.\n\n• Kementerian sedang memuktamadkan kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN 3) yang akan menjadi satu dasar yang jelas dan komprehensif untuk menyokong pembangunan industri mineral negara khususnya dalam menyelesaikan isu-isu yang menyekat kemajuan industri serta menetapkan hala tuju baharu yang selari dengan perkembangan semasa. DMN 3 adalah perancangan bersifat holistik di mana hasrat utama Kerajaan adalah untuk membangunkan industri mineral sebagai penyumbang kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan keseluruhan rantaian nilai secara bertanggungjawab dan mampan.\n\n• Seterusnya, Kementerian juga sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Kajian Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM). Kajian tersebut akan memberikan kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia serta boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2571,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2571",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "125",
        "member": "Dato' Haji Husain bin Awang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) senarai terkini kawasan di Terengganu yang dikenal pasti mengalami hakisan pantai mengikut tahap hakisan; dan b) status terkini projek-projek yang melibatkan pengawalan hakisan pan...",
        "question": "Dato' Haji Husain bin Awang minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) senarai terkini kawasan di Terengganu yang dikenal pasti mengalami hakisan pantai mengikut tahap hakisan; dan\n\nb) status terkini projek-projek yang melibatkan pengawalan hakisan pantai di Terengganu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dalam usaha memastikan pengurusan pantai yang lebih baik, pihak Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kajian untuk Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan - ISMP) Negeri Terengganu yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2022.\n\n• Berdasarkan kepada kajian tersebut, terdapat 3 kategori yang telah dikenalpasti. Antaranya: \n\n• Kategori 1: Pengunduran garis pantai yang cepat dengan kadar melebihi 4 meter/tahun umumnya di kawasan dengan penduduk yang agak padat bersama aktiviti komersial/industri yang mendapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam.\n\n• Kategori 2: Pengunduran garis pantai dengan kadar lebih 1 meter/ tahun tetapi kurang dari 4 meter/tahun umumnya di kawasan berpenduduk tidak padat dengan sedikit aktiviti pertanian yang mendapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam yang kurang sempurna.\n\n• Kategori 3: Pengunduran garis pantai dengan kadar kurang dari 1 meter/tahun umumnya di kawasan tanpa penduduk dengan aktiviti pertanian yang minimum yang tidak mendapat perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan awam.\n\n3. Sejumlah 144 Kawasan di Terengganu yang dikenal pasti mengalami hakisan pantai.\n\nStatus terkini projek-projek yang melibatkan pengawalan hakisan \n4. Kementerian sedang melaksanakan dua (2) projek yang berjumlah RM85.5 juta melibatkan pengawalan hakisan pantai di Terengganu seperti berikut:\n\n• Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu dengan anggaran kos berjumlah RM69.9 juta dan dijangka siap pada tahun 2026\n\n• Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang, Terengganu dengan anggaran kos berjumlah RM15.6juta dan dijangka siap pada tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2572,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2572",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "145",
        "member": "Tuan Musoddak bin Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini penaiktarafan lima buah Loji Rawatan Air (LRA) di Negeri Kedah serta jangkaan siap kelima-lima LRA tersebut.",
        "question": "Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini penaiktarafan lima buah Loji Rawatan Air (LRA) di Negeri Kedah serta jangkaan siap kelima-lima LRA tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf dan membaikpulih lima (5) Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah iaitu di Lubuk Buntar Lama, Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Pelubang dijangka dapat disiapkan secara berperingkat mulai tahun 2023 hingga 2025.\n\n• Status kemajuan terkini bagi pembinaan LRA Lubuk Buntar Lama sebanyak 63.50%, LRA Jenun Baru adalah 41.20%, LRA Sungai Limau sebanyak 18.30%, LRA Bukit Selambau sebanyak 20.07%, dan LRA Pelubang sebanyak 20.20%.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2558,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2558",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2023-12-12",
        "year": 2023,
        "no": "41",
        "member": "Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air, Alam Sekitar, Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Air",
            "Alam Sekitar",
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah kesan fenomena El Nino yang sedang berlaku dan apakah persiapan untuk menghadapi Monsun Timur Laut.",
        "question": "Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah kesan fenomena El Nino yang sedang berlaku dan apakah persiapan untuk menghadapi Monsun Timur Laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman, fasa Monsun Timur Laut (MTL) telah melanda negara bermula 11 November 2023 dan dijangka akan berterusan sehingga bulan Mac 2024. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku. Semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur, Johor dan barat Sarawak. Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.\n2. Manakala, pada fasa akhir MTL iaitu Februari hingga Mac 2024, dijangkakan utara Semenanjung, Kelantan, Terengganu, Sabah, Labuan dan utara Sarawak mengalami kurang hujan. Situasi ini berikutan El Nino yang dijangka berterusan hingga pertengahan 2024 dan Indian Ocean Dipole (IOD) positif pula dijangka sehingga suku pertama tahun 2024.\n3. Sebagai persediaan menghadapi musim MTL 2023/2024, Kerajaan telah mengambil tiga langkah berikut: \n\na) Pra Bencana \n\ni. melaksanakan program simulasi dan sesi libat urus di seluruh negara bagi memantapkan persediaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan agensi-agensi tindak balas melalui program simulasi dan sesi libat urus di seluruh negara; \n\nii. melaksanakan program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap bencana serta peranan mereka sebagai initial responder; dan\niii. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang beroperasi 24/7 untuk memantau keadaan cuaca secara berterusan dan akan mengeluarkan amaran hujan lebat sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk. Di peringkat negeri pula, taklimat-taklimat tinjauan cuaca juga disampaikan kepada agensi-agensi pengurusan bencana masing-masing bagi memastikan kesiapsiagaan untuk menghadapi MTL. \n\nb) Persediaan Tindak Balas Bencana \n\nSeramai 61,839 pegawai dan anggota daripada pelbagai cabang agensi Kerajaan di semua peringkat berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya dengan sokongan pelbagai aset.\n\nc) Penyelarasan Pasca Bencana \n\nPenambahbaikan mekanisme penyelarasan pasca bencana meliputi bantuan awal, pembersihan, dan bantuan pasca bencana kepada mangsa (termasuk bantuan kewangan dan pembaikan segera kerosakan infrastruktur). Ini termasuk meningkatkan kerjasama antara JPBN dan JPBD bersama NGO berkaitan penyelarasan pengurusan bantuan.\n\n4. Bagi memastikan tindakan seberapa segera diambil apabila berlakunya sebarang kejadian bencana, Mesyuarat JPBP Bilangan 2 Tahun 2023 telah mengarahkan supaya JPBD diaktifkan dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan. Di samping itu, semua JPBN dan JPBD juga diarahkan bersedia lebih awal untuk memastikan bantuan bekalan sampai ke lokasi yang terlibat bagi mengelakkan keadaan lebih sukar sekiranya jalan terputus dan sebagainya. \n\n5. Bagi tujuan pengoperasian bencana MTL 2023/2024, sebanyak RM323.63 juta akan diperuntukkan kepada JPBN untuk kegunaan 160 buah daerah di bawah semangat Malaysia Madani bagi mengurangkan kesukaran dalam menguruskan bencana MTL saban tahun dan memastikan kebajikan rakyat yang terjejas sentiasa terpelihara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2383,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2383",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "14",
        "member": "Datuk Wira Koh Nai Kwong",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh Kementerian untuk mengelakkan isu yang melibatkan anak luar nikah bukan Islam mewarisi pusaka mendiang bapa berlaku lagi dan sama ada isu ...",
        "question": "Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh Kementerian untuk mengelakkan isu yang melibatkan anak luar nikah bukan Islam mewarisi pusaka mendiang bapa berlaku lagi dan sama ada isu anak luar nikah bukan Islam mewarisi pusaka mendiang bapa terdapat percanggahan di antara Akta Pengagihan dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan; dan\nb) berapa anak luar nikah yang didaftarkan dalam 5 tahun yang sebelum ini dan berapa bilangan anak luar nikah yang didaftarkan dengan maklumat bapa kandungnya dalam rekod 5 tahun sebelum ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n(a) Berdasarkan Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] berhubung pewarisan pusaka orang bukan Islam, isteri dan anak menerusi perkahwinan yang tidak sah adalah tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka simati. Hal ini kerana perkahwinan simati yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya dari segi undang-undang menyebabkan isteri mahupun anak tersebut dianggap bukan waris simati. Justeru, sekiranya terdapat permohonan mendapatkan harta pusaka kecil oleh isteri atau anak luar nikah bukan Islam, ianya tidak boleh dilaksanakan memandangkan individu tersebut bukan waris mendiang bapanya.\nNamun, hal ini tertakluk kepada Perintah Mahkamah Tinggi sekiranya rujukan dibuat ke mahkamah. Justeru dari sudut pelaksanaan pembahagian harta pusaka kecil, tiada isu percanggahan yang melibatkan Akta Pembahagian 1958 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.\nINPUT KDN bagi jawapan (b)\nTuan Yang di-Pertua,\n(b) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berperanan untuk mendaftar setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia tanpa mengira status keturunan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kanak kanak tersebut berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).\nPendaftaran Kelahiran yang tidak dikemukakan dengan sebarang dokumen perkahwinan yang sah berkaitan perkahwinan akan didaftarkan dengan catatan Seksyen 13 iaitu peruntukan mengenai bapa kepada anak tidak sah taraf selaras dengan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) atau tanpa Maklumat Bapa di dalam sijil kelahiran tersebut.\nMerujuk kepada peruntukan Seksyen 13, Akta 299, maklumat bapa atau orang yang mengaku sebagai bapa boleh dimasukkan pada dokumen sijil kelahiran kanak-kanak. Justeru, tertakluk kepada Seksyen tersebut, maklumat bapa pada dokumen kelahiran tidak semestinya merujuk kepada bapa kandung semata-mata.\nStatistik Anak Tak Sah Taraf dengan catatan Seksyen 13 dan Tanpa Maklumat Bapa mulai tahun 2018 sehingga tahun 2022 adalah seperti berikut:\n\nTahunSeksyen 13Tanpa Maklumat Bapa\n201823,97722,125\n201924,01021,791\n202021,28919,870\n202122,47116,326\n202222,43915,301\nJumlah114,18695,413\nJumlah Keseluruhan209,599",
        "session_file": "2023-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2381,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2381",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-22",
        "year": 2023,
        "no": "27",
        "member": "Dato' Ajis bin Sitin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan jangka pendek dan perancangan jangka panjang untuk menghindari konflik masyarakat Orang Asli dengan gajah dan harimau yang semakin kritikal sekarang.",
        "question": "Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan jangka pendek dan perancangan jangka panjang untuk menghindari konflik masyarakat Orang Asli dengan gajah dan harimau yang semakin kritikal sekarang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia prihatin dengan situasi konflik manusia dan spesies hidupan liar terutamanya gajah dan harimau.\n2. Bagi pengurusan menangani konflik 'manusia dan gajah', Jabatan PERHILITAN telah menjalankan beberapa tindakan seperti berikut;\ni) menjalankan operasi tangkap-pindah gajah daripada kawasan konflik ke Santuari Gajah Sungai Ketiar di Terengganu, Taman Negara Terengganu, Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Lenggor di Perak, Hutan Simpan Panti di Johor dan Taman Negara Johor (Endau-Rompin);\nii) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) kekal sepanjang 303.4 km di kawasan konflik manusia dan gajah bagi lima (5) negeri keliaran gajah iaitu Pahang, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu;\niii) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) mudah alih sepanjang 28.05 km di kawasan konflik manusia dan gajah bagi empat (4) negeri keliaran gajah iaitu Pahang, Kedah, Perak dan Terengganu;\niv) melaksanakan sistem amaran awal dan menjalankan penyelidikan pergerakan gajah liar melalui pemasangan kolar satelit ke atas lima (5) ekor gajah di Kluang dan Mersing, Johor;\nv) mengadakan program kesedaran awam dan program pemasangan pagar komuniti bersama penduduk setempat yang terkesan dengan konflik manusia dan gajah;\nvi) mengadakan sesi perbincangan, dialog dan konsultansi bersama pihak berkepentingan di sekitar kawasan konflik manusia dan gajah yang memberi tumpuan terhadap menyayangi hidupan liar serta kaedah pengurusan kebun yang betul terutamanya yang bersempadan dengan kawasan hutan; dan\nvii) membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan gajah yang lebih holistik.\n3. Untuk melindungi masyarakat Orang Asli dan orang kampung yang terjejas akibat konflik manusia dan harimau, Jabatan PERHILITAN melaksanakan tindakan-tindakan berikut:\ni) melaksanakan program pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dalam tempoh tertentu sehingga keadaan konflik menjadi stabil;\nii) memasang perangkap harimau berdasarkan tahap keseriusan aduan dan kekerapan harimau berkeliaran di kawasan konflik berkaitan;\niii) menembak mati harimau yang mendatangkan kecederaan atau kematian terhadap orang awam; dan\niv) melaksanakan program kesedaran awam untuk memberi pendedahan dan khidmat nasihat kepada masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan melindungi harimau dan teknik melindungi diri jika berlakunya konflik manusia dan harimau.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2380,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2380",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-21",
        "year": 2023,
        "no": "46",
        "member": "Datin Ros Suryati binti Alang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pelan jangka masa panjang yang akan diambil oleh Kerajaan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah banjir pada setiap tempat berisiko tinggi.",
        "question": "Datin Ros Suryati binti Alang minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah pelan jangka masa panjang yang akan diambil oleh Kerajaan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah banjir pada setiap tempat berisiko tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan impak banjir disebabkan oleh limpahan sungai melalui dua (2) kaedah iaitu Kaedah Bukan Struktur dan Kaedah Struktur.\n2. Kaedah Bukan Struktur melibatkan pelaksanaan Kajian Pelan Induk dan Peta Hazard Banjir yang dilaksanakan di kawasan-kawasan dikenalpasti berisiko tinggi. Hasil kajian ini akan dapat menterjemahkan impak dan risiko banjir serta membantu dalam merangka dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan bagi pengurusan banjir yang lebih efektif.\n3. Bagi Kaedah Struktur melibatkan komponen fizikal seperti pembinaan ban, benteng banjir (flood wall), rumah pam dan lain-lain yang berkaitan.\n4. Di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia ke-12 (RMke-12), sebanyak 93 projek melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 11.53 bilion telah diluluskan melibatkan kawasan-kawasan berisiko tinggi dan kerap dilanda banjir.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2382,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2382",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-22",
        "year": 2023,
        "no": "49",
        "member": "Datuk Bobbey bin Suan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi memperluaskan kempen program pengumpulan sisa elektronik (e-Waste) dalam negara kita.",
        "question": "Datuk Bobbey bin Suan minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi memperluaskan kempen program pengumpulan sisa elektronik (e-Waste) dalam negara kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman, buangan sisa elektronik (electronic waste - e-waste) dikategorikan sebagai buangan terjadual kerana ianya mengandungi komponen berbahaya seperti merkuri, kadmium, kromium dan lain-lain bahan berbahaya. Sehubungan itu, pengurusan e-waste perlu dilaksanakan berdasarkan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).\n2. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pengurusan e-waste, Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan pelan komunikasi bagi program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam dengan izin communication, education, and public awareness (CEPA) khusus berkenaan pengurusan e-waste secara environmentally sound management (ESM). Selain daripada itu, program ini diharap dapat memberi pendedahan mengenai mekanisme pengurusan e-waste yang sedang dibangunkan oleh jabatan termasuklah konsep shared responsibility dan extended producer responsibility (EPR).\n3. Selain itu juga beberapa inisiatif telah diambil oleh JAS untuk memastikan kempen pengurusan e-waste dapat disampaikan dan difahami oleh masyarakat. Antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut;\ni) “Program Hari Pengumpulan E-waste\" pada hari Sabtu terakhir setiap bulan;\n- program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan e-waste dan mengalakkan aktiviti pengumpulan e-waste dikalangan masyarakat.\nii) pembangunan aplikasi mudah alih MyEwaste;\n- pembangunan aplikasi ini adalah bertujuan untuk memudahkan masyarakat dalam mengenalpasti dan navigasi ke pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali yang berhampiran serta memberi maklumat terkini berkenaan e-waste.\niii) pembangunan laman web e-waste (https://ewaste.doe.gov.my/) yang menjadi satu wadah dalam menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada orang awam; dan\n- laman web ini dibangunkan sebagai wadah dalam menyampaikan maklumat berkaitan e-waste kepada masyarakat termasuk program CEPA yang dianjurkan, maklumat berkaitan dokumen pendaftaran dan perundangan, lokasi pusat pengumpulan berdaftar dan kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan. \niv) penubuhan pusat-pusat pengumpulan yang baharu di seluruh negara.\n\n- pusat sedia ada bagi pengumpulan e-waste adalah berjumlah 222.\n4. Penglibatan di kalangan pihak berkuasa tempatan, pihak korporat dan swasta di dalam program dan kempen e-waste juga telah menunjukkan peningkatan. NRECC mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan semua pihak akan kesedaran pengurusan e-waste yang lestari.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2443,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2443",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "1",
        "member": "Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad",
        "area": "Kuala Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan aspek 'content' dalam NETR atau 'Pelan Hala Tuju Peralih...",
        "question": "Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan aspek 'content' dalam NETR atau 'Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga'.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKerajaan menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat mengenai penyediaan “Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan aspek kandungan atau “content” bagi dokumen NETR atau “Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga” yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi.\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai pengguna teknologi (technology user) bagi bekalan elektrik bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan peta teknologi bagi sektor tenaga secara holistik termasuk bagi industri bekalan elektrik. Penyediaan peta ini juga membolehkan dan membantu pihak Kementerian berkaitan termasuk NRECC, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah bagi menyediakan perancangan dan pembangunan penjanaan bekalan elektrik dengan lebih berdaya maju dan ‘cost efficient’.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2450,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2450",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "1",
        "member": "Tuan Tan Kar Hing",
        "area": "Gopeng",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan Kementerian dalam memastikan industri perlombongan NR-REE tanpa meninggalkan kesan terhadap kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada penduduk.",
        "question": "Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan Kementerian dalam memastikan industri perlombongan NR-REE tanpa meninggalkan kesan terhadap kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi memastikan aktiviti perlombongan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan, Kementerian telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia bagi mengawal selia aktiviti perlombongan mineral. SOP tersebut menyediakan prosedur yang teratur bagi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan.\n\n• Kerajaan juga masih memperhalusi idea perlombongan NR-REE di HSK kerana implikasinya. SOP ini telah dipersetujui untuk digunapakai oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) bertarikh 2 Oktober 2023 yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco-Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas pengurusan mineral di negeri masing-masing.\n\n• SOP ini menekankan perkara-perkara penting yang sering menimbulkan kegusaran mengenai kesan aktiviti perlombongan kepada alam sekitar serta ekosistem biodiversiti. Antaranya seperti :\n\n(i) penetapan perlombongan NR-REE daripada lempung jerapan ion (ion adsorption clay) untuk menghasilkan RE Carbonate yang tidak melibatkan penghasilan bahan radioaktif;\n(ii) penggunaan kaedah perlombongan secara in-situ leaching (ISL) yang tidak melibatkan pembukaan kawasan yang besar seperti lazimnya berlaku dalam aktiviti perlombongan mineral lain yang menggunakan kaedah lombong terbuka;\n(iii) penetapan kaedah pemantauan yang teratur dan berkala, termasuk pembinaan telaga pemantauan bagi mengesan sebarang pencemaran kepada sumber air bawah tanah; dan\n(iv) keperluan untuk penyediaan kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum kelulusan bagi menjalankan aktiviti perlombongan boleh diberikan.\n\n• SOP ini telah dibangunkan berdasarkan SOP Perlombongan NR-REE di Negeri Perak yang diguna pakai untuk pembangunan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. Berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan, boleh disimpulkan bahawa SOP ini mampu untuk mengawal selia aktiviti perlombongan NR-REE dengan baik disamping menangani impak sosial.\n\n• Selain itu, Kementerian juga akan meneliti keperluan daripada aspek perundangan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di samping meneliti Tatacara Pelaksanaan Pengauditan Pematuhan Kendiri ke Arah Industri Perlombongan yang Bertanggungjawab dan Mampan (Self Regulatory Auditing for Responsible and Sustainable Mining Industry).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2462,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2462",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "1",
        "member": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah dan perincian terbaharu pelaburan langsung asing dalam sektor Tenaga Boleh Baharu bagi menjayakan National Energy Transition Roadmap (NETR).",
        "question": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan perincian terbaharu pelaburan langsung asing dalam sektor Tenaga Boleh Baharu bagi menjayakan National Energy Transition Roadmap (NETR).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan dokumen NETR yang diterbitkan Kementerian Ekonomi menunjukkan bahawa jumlah pelaburan yang diperlukan bagi menjayakan hasrat pelan hala tuju tersebut adalah berjumlah RM1.2 trilion sehingga tahun 2050, yang mana pelaburan yang dikhususkan bagi bidang Tenaga Boleh Baharu dianggarkan berjumlah RM445 billion sehingga tahun 2050. \n\nBuat masa ini, kesemua program khususnya inisiatif flagship di bawah NETR masih di peringkat perancangan dan sedang dimuktamadkan sebelum pihak pemegang taruh berkenaan memeterai perjanjian. Pelaksanaan dan pencapaian kesemua program dan inisiatif NETR ini akan dilaporkan dan dipantau oleh Jawatankuasa Peralihan Tenaga Kebangsaan (National Committee on Energy Transition - NCET) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Ekonomi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2391,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2391",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Dr. Alias bin Razak",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).",
        "question": "Dato' Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah banyak menerima manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada Global Environment Facility (GEF). Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 buah projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD76.951 juta. \n\n• Selain itu, Malaysia sebagai negara parti kepada Perjanjian Paris turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, Kementerian telah melaksanakan empat (4) projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan USD 1.398 juta dan turut terlibat dalam satu (1) projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 300 juta.\n\n• Wakil-wakil daripada semua negeri termasuk dari pantai timur juga telah menghadiri sesi libat urus bagi mendapatkan input daripada pelbagai pemegang taruh bagi mengenalpasti program atau projek yang berpotensi untuk dilaksanakan melalui pembiayaan GEF dan GCF. \n\n• Negeri Pantai Timur juga akan turut dilibatkan dalam program pembangunan kapasiti dan perkongsian pengetahuan semasa pelaksanaan projek-projek lain berdasarkan kesesuaian. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2434,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2434",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi",
        "area": "Tumpat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah bajet dan langkah spesifik dan berfasa yang telah diambil oleh Kementerian terutama kepada negeri yang masih tidak mempunyai empangan khusus untuk air sebagaimana Kelantan...",
        "question": "Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh manakah bajet dan langkah spesifik dan berfasa yang telah diambil oleh Kementerian terutama kepada negeri yang masih tidak mempunyai empangan khusus untuk air sebagaimana Kelantan bagi memastikan negara kita dapat berhadapan dengan krisis air pada dekad yang akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah mengenal pasti beberapa kaedah alternatif bagi menjamin kelestarian sumber air seperti pembinaan empangan, Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), empangan bawah tanah, penuaian air hujan dan lain-lain.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kelantan tidak mempunyai empangan bekalan air. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Ke-3 (RP3), RMKe-12 telah meluluskan pembinaan TAPS Machang berkapasiti 500 Juta Liter Sehari (JLH) dengan peruntukan geran berjumlah RM650 juta. Projek ini sedang dalam peringkat perolehan, dan mampu menyediakan sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk negeri Kelantan khususnya di daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga tahun 2030. Projek ini penting untuk dilaksanakan bagi memastikan bekalan sumber air mentah yang sentiasa mencukupi dan tidak terjejas untuk kegunaan loji rawatan air (LRA) yang terlibat terutamanya pada musim kemarau.\n\n• Selain itu, langkah-langkah persediaan turut diambil oleh operator air setiap negeri untuk memantau kecukupan sumber bekalan air mentah, meliputi aspek paras sungai dan paras empangan bagi memastikan air mentah adalah mencukupi untuk agihan bekalan air kepada pengguna.\n\n• Sekiranya berlaku krisis bekalan air, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menyelaras bantuan sesama operator air negeri dalam memberi bantuan teknikal dan menyediakan lori tangki ke negeri-negeri yang berkaitan selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah dimeterai bersama. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2410,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2410",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "3",
        "member": "Dato' Sri Richard Riot anak Jaem",
        "area": "Serian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan diambil untuk membina struktur Penahanan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian yang sudah runtuh dan merbahaya.",
        "question": "Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan diambil untuk membina struktur Penahanan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian yang sudah runtuh dan merbahaya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan dengan membina struktur Penahan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian, melalui kerja-kerja pembaikan sementara. Kerja pembaikan ini telah dibuat menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. \n\n• Kerja pembaikan sementara ini telah dilaksanakan pada 24 Julai 2023 dan siap pada 15 September 2023 dengan kos sebanyak RM499 ribu. Projek ini merangkumi skop kerja pembaikan semula tebing runtuh, dengan pembinaan jalan raya bertar menggunakan “piled embankment”, sepanjang 50 meter serta pembinaan hakisan tebing sungai menggunakan “rock dumping” sepanjang 70 meter.\n\n• Selain itu, cadangan Projek Pemuliharaan Batang Sadong di Kampung Hilir, Bahagian Serian, Sarawak telah dikemukakan di bawah Rolling Plan 4 (RP4 2024). Permohonan ini melibatkan pembinaan struktur perlindungan hakisan tebing sungai telah diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan.\n\n• Pelaksanaan projek ini adalah komitmen Kerajaan untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai dengan lebih efektif dan berkekalan. Ia akan memberi manfaat kepada komuniti setempat dan melindungi kawasan daripada risiko hakisan, menjadikannya lebih selamat dan mampan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2424,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2424",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "3",
        "member": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy",
        "area": "Kalabakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir dan pembinaan tebing di lencongan sungai Tawau melibatkan kawasan Kampung Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu memandangkan isu banjir y...",
        "question": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir dan pembinaan tebing di lencongan sungai Tawau melibatkan kawasan Kampung Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu memandangkan isu banjir yang semakin teruk berlaku di kawasan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek sistem saliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih adalah inisiatif penuh yang diterajui oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Pelaksanaan projek ini berjalan melalui lima fasa pembinaan yang telah disempurnakan secara berperingkat di tapak. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan sistem saliran secara keseluruhan dan mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut. \n\n• Bagi projek tebatan banjir di kawasan Kampung Tanjung Batu pula, projek sedang dilaksanakan di tapak di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Projek ini telah bermula pada awal tahun 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun dengan anggaran kos projek berjumlah RM2.6 juta. Matlamat utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Tanjung Batu serta meningkatkan keupayaan tebatan banjir dalam kawasan tersebut.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2444,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2444",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "3",
        "member": "Puan Vivian Wong Shir Yee",
        "area": "Sandakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) apakah rancangan segera untuk meningkatkan penjanaan kuasa di Sabah dengan melihat sifar rizab margin elektrik pada ketika ini di Sabah; dan b) adakah Kementerian akan memberi jami...",
        "question": "Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) apakah rancangan segera untuk meningkatkan penjanaan kuasa di Sabah dengan melihat sifar rizab margin elektrik pada ketika ini di Sabah; dan\n\nb) adakah Kementerian akan memberi jaminan bahawa ia tidak akan mempertimbangkan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu untuk penjanaan kuasa baharu di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n\n• Kerajaan telah melaksanakan perancangan pembekalan elektrik Sabah melalui Pelan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah.\n\n• Jawatankuasa ini dianggotai oleh Kementerian/agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan serta syarikat utiliti iaitu Sabah Electricity Sdn. Bhd.\n\n• Pelan Pembangunan Penjanaan ini menetapkan perancangan penjanaan untuk negeri Sabah bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang dengan mengambil kira penilaian unjuran permintaan, opsyen teknologi penjanaan, kecukupan bahan api dan kos pembekalan yang paling optimum.\n\n• Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah yang akan bermula pada bulan Januari 2024, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah dalam Mesyuarat JPPPET Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 pada 12 Jun 2023, telah menetapkan perancangan pembekalan elektrik bagi tahun 2023 sehingga 2027 sahaja.\n\n• Pada masa kini, negeri Sabah mengalami penjanaan elektrik yang tidak seimbang antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah dengan kadar rizab margin sebanyak 11%.\n\n• Justeru itu, bagi memastikan kadar rizab margin berada pada kadar optimum iaitu 30%, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah akan meneliti opsyen-opsyen penjanaan seperti berikut:\n\n• penggunaan interim set generator SESB 100MW selama enam (6) bulan;\n\n• melaksanakan semula Rental Sets 100MW di kawasan Pantai Barat Sabah;\n\n• mempercepatkan penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) 200MW pada tahun 2024 dan dilaksanakan oleh SESB; dan\n\n• melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada (berdasarkan keperluan semasa).\n\n• Opsyen-opsyen tersebut akan diteliti dengan lebih lanjut oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebelum diangkat untuk pertimbangan Kerajaan dalam masa terdekat.\n\n• Selain itu, bagi perancangan jangka masa panjang khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah, pihak Kerajaan bersama-sama SESB sedang melaksanakan beberapa projek menaiktaraf infrastruktur sistem pembekalan elektrik seperti berikut:\n\n• menaik taraf Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road kepada 275kV dan Stesen Suis Utama (SSU) Dam Road kepada 132/33/11kV;\n\n• pembinaan sistem talian 33kV di Daerah Lahad Datu melalui pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11kV First Palm City Centre;\n\n• pemasangan Distribution Automation (DA) dengan izin 11kV bagi memastikan punca kerosakan dapat dikesan lebih awal, diasingkan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik;\n\n• pemasangan Sectionalizer 11kV dengan izin bagi mengurangkan liputan pengguna terlibat dengan gangguan bekalan elektrik;\n\n• pembinaan tiga (3) Feeder 11kV Baharu daripada PMU Warisan 132/33/11kV; dan\n\n• pembinaan PPU 33/11kV Bandar Sri Perdana.\n\n• Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui Mesyuarat JPPPET Sabah memberi jaminan bahawa akan terus menggunakan sumber bahan api yang lebih mampan dan mesra alam bagi penjanaan elektrik di Sabah. Perkara ini dapat dilihat melalui campuran bahan api penjanaan elektrik di Sabah yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat JPPPET Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 yang mana hampir 70% penjanaan elektrik di Sabah menggunakan sumber bahan api gas, diikuti dengan sumber penjanaan melalui diesel/MFO sebanyak 11%, hidro sebanyak 9%, solar berskala besar (LSS) sebanyak 7% dan biojisim atau biogas sebanyak 2%. \n\n• Kerajaan sentiasa komited untuk membantu meningkatkan penjanaan pembekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2384,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2384",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "4",
        "member": "Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi",
        "area": "Kuala Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan Kerajaan untuk menggunakan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan pengukuhan ban Pantai Barat Semenanjung yang menghadapi masalah hampir setiap tahun berlaku ban rebak ...",
        "question": "Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan Kerajaan untuk menggunakan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan pengukuhan ban Pantai Barat Semenanjung yang menghadapi masalah hampir setiap tahun berlaku ban rebak khususnya di Daerah Kuala Langat.",
        "answer": "JAWAPAN\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dalam menangani dan memelihara struktur integriti ban pantai akibat daripada gelombang laut, arus, dan unsur-unsur alam semulajadi yang lain. Usaha ini adalah komitmen Kerajaan untuk memelihara kelestarian pantai serta menjaga dan merawat ban pantai dari ancaman hakisan dan risiko lain yang berkaitan dengan alam semulajadi, di samping memelihara keselamatan komuniti yang tinggal di sepanjang pantai.\n\n• Kaedah-kaedah pengukuhan ban pantai yang telah diperkenalkan dan digunakan adalah berdasarkan dapatan kajian mengenai ciri-ciri unik setiap lokasi pantai. Ia melibatkan analisis untuk mengenalpasti jenis hakisan yang berlaku bagi setiap kawasan pantai seperti kadar hakisan, tekanan gelombang, dan perubahan alam sekitar di lokasi berkaitan. Selain itu, sumber kewangan yang ada juga menjadi faktor penentu dalam pemilihan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan. \n\n• Di samping itu, penanaman tumbuhan pantai seperti pokok bakau turut menjadi salah satu kaedah untuk mengukuhkan pantai dan mengurangkan hakisan. Sehingga 15 September 2023, seluas 3,303.94 hektar kawasan pesisiran pantai di seluruh negara telah ditanam dengan 7,258,350 pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai.\n\n• Bagi mengurangkan risiko hakisan pantai di Daerah Kuala Langat, Selangor, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan Projek Membina dan Menaiktaraf Benteng Pantai dan Kawalan Hakisan Bagi Fenomena Air Pasang Besar di Pantai Cunang Dan Pantai Tanjung Sepat, di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Projek ini dijangka tender pada Oktober 2023 dan kerja fizikal dijangka bermula pada awal tahun 2024. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2400,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2400",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "5",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan anggaran pengurangan jangkaan pelepasan gas rumah hijau apabila mencapai sasaran Malaysia untuk 1.5 juta kenderaan elektrik.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan anggaran pengurangan jangkaan pelepasan gas rumah hijau apabila mencapai sasaran Malaysia untuk 1.5 juta kenderaan elektrik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 telah meluluskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) oleh NRECC, bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dalam sektor pengangkutan darat selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menjelang 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005 dan mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. \n\n2. Berdasarkan Bidang Fokus B (LCMB), pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui penggunaan mobiliti elektrik telah menetapkan sasaran sebanyak 15% kenderaan elektrik persendirian dan 15% motosikal elektrik berdasarkan Total Industry Volume (TIV). Di samping itu, dianggarkan potensi pengurangan penggunaan tenaga adalah sebanyak 2000.58 ktoe (kilotonne of oil equivalent) dan pengurangan pelepasan GHG sebanyak 2.83 juta tan CO2 pada tahun 2030 bagi sektor pengangkutan darat berdasarkan kepada strategi dan pelan tindakan yang telah digariskan bagi senario LCMB. \n\n3. Untuk makluman, Malaysia mempunyai kadar pemilikan kereta yang tertinggi berbanding negara-negara jirannya. Sehubungan itu, terdapat keperluan kritikal untuk mengurangkan kereta berasaskan petrol dan diesel melalui peralihan pengguna kepada pengangkutan awam terutamanya di Kuala Lumpur dan kawasan bandar-bandar lain. Malaysia perlu beralih daripada budaya berkereta (car-centric) kepada penggunaan pengangkutan awam yang lebih mampan termasuk mobiliti aktif dan mikro. \n\n4. Selain itu, Kementerian turut mencadangkan agar pelan tindakan untuk mempergiatkan penggunaan tanah yang mampan ke arah perancangan mengehadkan penggunaan kereta (car-lite planning) oleh pihak berkuasa tempatan bagi perancangan bandar pada masa akan datang boleh dipertimbangkan.\n\n5. Di samping itu, selain daripada kenderaan persendirian, Kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha pelepasan GHG dan penjimatan tenaga dari segmen kenderaan komersial atau kenderaan berat (heavy-duty vehicle) iaitu bas, lori dan trak. Beberapa inisiatif sedang diterokai bagi peralihan kepada tenaga alternatif seperti penggunaan hidrogen dan biodiesel bagi pengangkutan awam seperti bas yang telah dilaksanakan secara rintis di Kuching dan Kuala Lumpur. \n\n6. Namun begitu, melihat kepada situasi pengguna yang lebih cenderung memilih untuk menggunakan kenderaan persendirian, keutamaan perlu diberikan kepada kenderaan yang lebih mesra alam dan kurang pelepasan GHG seperti kenderaan elektrik dan hidrogen. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2411,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2411",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "6",
        "member": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail",
        "area": "Kubang Pasu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan Non-Revenue Water (Air Tidak Terhasil) bagi negeri-negeri yang peratusnya lebih tinggi dari purata nasional (37.2%) seperti negeri Kedah.",
        "question": "Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan Non-Revenue Water (Air Tidak Terhasil) bagi negeri-negeri yang peratusnya lebih tinggi dari purata nasional (37.2%) seperti negeri Kedah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan komited dalam membantu operator bekalan air negeri mengurangkan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water-NRW) secara holistik dan berterusan. Pelaksanaan Program Pengurangan NRW Kebangsaan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), dan disambung di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Dalam hal ini, sebanyak RM1.9 bilion telah disediakan bagi melaksanakan program melalui dua pendekatan seperti berikut:\n\n• Pendekatan 1 yang dilaksanakan dengan penyediaan peruntukan secara geran sebanyak RM535.4 juta. Objektif program adalah untuk menyediakan infrastruktur asas bagi membolehkan pengukuran NRW secara tepat. Negeri-negeri yang terlibat di bawah pendekatan ini merupakan negeri-negeri yang mempunyai kadar NRW sebanyak 40% dan ke atas, iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak; dan\n\n• Pendekatan 2 yang dilaksanakan secara pemberian insentif melalui geran sepadan dengan peruntukan sebanyak RM1.37 bilion. Sekiranya sasaran NRW yang ditetapkan dapat dicapai, Kerajaan Persekutuan akan membiayai 50% atau 75% daripada perbelanjaan tahunan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan untuk menurunkan kadar NRW tersebut. Negeri-negeri yang terlibat di bawah pendekatan ini merupakan negeri-negeri yang mempunyai kadar NRW di bawah 40% iaitu Negeri Terengganu, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.\n\n• Sebagai makluman, terdapat dua projek yang telah dilaksanakan di Kedah di bawah pendekatan 1 yang dilaksanakan oleh Bahagian Bekalan Air (BBA), NRECC bermula tahun 2020 seperti berikut:\n\n• Program NRW Pendekatan 1 Negeri Kedah melibatkan pemasangan fasiliti asas bagi pengiraan NRW secara tepat merangkumi skop kerja pemasangan meter System Input Volume (SIV), penggantian meter pengguna, pembaikan tangki-tangki dan penyediaan Geographic Information System (GIS). Projek ini telah siap pada Julai 2023 dengan kos RM25.9 juta.\n\n• Program NRW Pendekatan 1 Pulau Langkawi secara holistik dengan kos RM46.7 juta. Projek ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2024.\n\n• Setelah Program NRW Pendekatan 1 Negeri Kedah dan Langkawi siap, Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah layak untuk menyertai Program Pengurangan NRW di bawah Pendekatan 2 tanpa mengambil kira pencapaian NRW semasa.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2418,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2418",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-31",
        "year": 2023,
        "no": "7",
        "member": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis",
        "area": "Kota Belud",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci kos keseluruhan (jenis projek dan penambahbaikan) dan garis masa yang ditetapkan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Sabah.",
        "question": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci kos keseluruhan (jenis projek dan penambahbaikan) dan garis masa yang ditetapkan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM2.526 bilion secara pinjaman di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi membiayai sebelas (11) projek bekalan air Sabah.\n\n• Selain itu, sebanyak RM192.9 juta pembiayaan secara geran telah diperuntukkan bagi Program Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water- NRW) Nasional Pendekatan 1 serta Projek Naiktaraf dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi di Negeri Sabah. Secara keseluruhannya, sebanyak RM203.29 juta diperuntukkan bagi tahun 2023 bagi memastikan pelaksanaan projek-projek bekalan air di Sabah berjalan lancar.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Sebanyak enam (6) projek telah siap dilaksanakan iaitu:\n\n• Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Kota Marudu;\n\n• Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang;\n\n• Pembinaan Loji Rawatan Air Baru Semporna;\n\n• Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau;\n\n• Program NRW Pendekatan 1 Kota Marudu; dan\n\n• Program NRW Pendekatan 1 Sabah (Pakej 1).\n\n• Sebanyak tiga (3) projek yang dijadualkan siap pada suku keempat 2023, dua (2) projek dijadualkan siap pada tahun 2024, empat (4) projek dijadualkan siap pada tahun 2025 dan satu (1) projek dijadualkan siap pada tahun 2028.\n\n• Bagi Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sebanyak 69 projek diluluskan bagi tahun 2023 dengan kos projek berjumlah RM3.35 bilion dan peruntukan berjumlah RM136.58 juta. Daripada 69 projek tersebut, 6 projek dalam proses lantikan perunding, 23 projek dalam reka bentuk, 2 projek dalam perolehan kerja, 15 projek dalam pelaksanaan dan 23 projek siap sepenuhnya/penutupan akaun. Skop projek di bawah Program BALB KKDW adalah meliputi BALB Retikulasi, BALB Alternatif dan BALB Naiktaraf/Bina Baharu Loji.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2463,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2463",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "7",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan menyatakan status terkini rangka undang-undang Third-Party-Access (TPA) bekalan elektrik dan bilakah Kementerian akan membentangkannya di Parlimen.",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan menyatakan status terkini rangka undang-undang Third-Party-Access (TPA) bekalan elektrik dan bilakah Kementerian akan membentangkannya di Parlimen.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n\n• Berhubung status terkini Akses Pihak Ketiga (Third Party Access - TPA) dalam industri bekalan elektrik, pihak Kementerian pada masa ini akan meneruskan dan menambahbaik pelaksanaan Corporate Green Power Programme (CGPP), yang merupakan salah satu kaedah pelaksanaan model TPA, bagi membolehkan kemasukan lebih banyak kapasiti tenaga boleh baharu (TBB), selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti terpasang TBB kepada 70% menjelang tahun 2050.\n\n• Kerajaan akan membangunkan kaedah pelaksanaan TPA yang sesuai dan terangkum, selaras dengan usaha pembaharuan tarif (tariff reform exercise) pada tahun 2025 serta pengukuhan kerangka regulatori dan mekanisme pengoperasiannya bagi menyokong pelaksanaan TPA. Usaha ini akan membolehkan capaian bekalan elektrik hijau yang lebih mudah kepada syarikat korporat dan perniagaan yang ingin mengurangkan jejak karbon operasi serta memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG) masing-masing.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2392,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2392",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "8",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci sejauh mana fungsi dan bidang Pusat Bencana Geologi Negara bagi menangani impak keterancaman perubahan iklim di Malaysia.",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci sejauh mana fungsi dan bidang Pusat Bencana Geologi Negara bagi menangani impak keterancaman perubahan iklim di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:\ni. penyelidikan berimpak tinggi menggunakan sains dan teknologi terkini dan berkepakaran tinggi berkaitan penilaian bahaya dan risiko bencana geologi;\nii. pembangunan sistem amaran awal bencana geologi dan pemantauan berkala di kawasan-kawasan hotspot bencana geologi; dan\niii. pembangunan model ramalan, amaran awal dan kesedaran awam berhubung ancaman bencana geologi.\n\n2. PBGN menyediakan khidmat kepakaran teknikal yang khusus dan berkompeten tinggi dalam bidang penilaian dan forensik bencana, geologi kejuruteraan, aplikasi teknologi satelit serta penderiaan jauh, analisis pemodelan serta rangkaian sistem amaran awal, dataraya dan bidang-bidang berkaitan.\n\n3. Kerajaan dijangka akan mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak 17 bilion dalam masa 25 tahun akan datang sekiranya langkah-langkah mitigasi dan kesiapsiagaan pengurangan risiko bencana tidak dilaksanakan. Dengan penubuhan PBGN ini, pengurusan bencana geologi negara dapat dilaksanakan dengan efisien dan berkesan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani impak keterancaman perubahan iklim global, mengurangkan impak bencana dan meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan rakyat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2401,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2401",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "8",
        "member": "Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya",
        "area": "Pokok Sena",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini kajian terhadap tahap unjuran ekonomi sumber mineral strategik khusus kepada negeri Kedah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12.",
        "question": "Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini kajian terhadap tahap unjuran ekonomi sumber mineral strategik khusus kepada negeri Kedah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diberi peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk melaksanakan kajian potensi mineral strategik ke arah pengurusan sumber yang mampan di Negeri Johor, Kedah, Perak dan Sabah bermula pada 2023 sehingga 2025.\n\n• Di bawah projek pembangunan RMKe-11, sejumlah RM270,000 telah diperuntukkan bagi kajian tinjauan awalan potensi sumber unsur nadir bumi (rare earth element - REE) di negeri Kedah di mana hasil kajian menunjukkan potensi sumber REE dari jenis lempung jerapan ion di daerah Baling, Kulim, Sik dan Yan berjumlah 1.125 juta tan bernilai RM56.7 bilion telah dikenal pasti.\n\n• Pada RMKe-12, JMG juga telah diberi peruntukan sebanyak RM15 juta di bawah projek Penilaian Potensi Sumber Nadir Bumi (REE) bagi melaksanakan kajian susulan penentuan sumber terukur (measured resource) REE dari jenis lempung jerapan ion. Bagi Negeri Kedah, kajian susulan tersebut telah dilaksanakan di lapan (8) kawasan kajian di daerah Baling, Sik, Kulim, Padang Terap dan Kubang Pasu, dengan peruntukan yang diterima sehingga tahun 2023 berjumlah RM504,000.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2435,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2435",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "9",
        "member": "Datuk Willie anak Mongin",
        "area": "Puncak Borneo",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan demi mencapai hasrat \"Net Zero Carbon Emissions\" pada tahun 2050. Adakah Kementerian mempunyai kemampuan kewangan, strategi dan kepakaran untuk mencapai hasrat ini.",
        "question": "Datuk Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan demi mencapai hasrat \"Net Zero Carbon Emissions\" pada tahun 2050. Adakah Kementerian mempunyai kemampuan kewangan, strategi dan kepakaran untuk mencapai hasrat ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang membangunkan Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap and Action Plan) dan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. \n\n• Kedua-dua dokumen ini akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan untuk kita mencapai matlamat NDC dan aspirasi sifar bersih. Pelan ini juga akan mengenalpasti sumber dan kapasiti merangkumi kewangan, teknologi dan keperluan lain bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dan mengenalpasti kekangan yang dihadapi.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2451,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2451",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "9",
        "member": "Tuan Khoo Poay Tiong",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tentang Empangan Durian Tunggal, Asahan Dan Jus yang disenaraikan oleh SPAN sebagai berisiko tinggi dengan menyatakan tindakan yang boleh diambil dan berapakah peruntukan akan diberikan ...",
        "question": "Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tentang Empangan Durian Tunggal, Asahan Dan Jus yang disenaraikan oleh SPAN sebagai berisiko tinggi dengan menyatakan tindakan yang boleh diambil dan berapakah peruntukan akan diberikan untuk empangan-empangan tersebut agar mampu berfungsi menjamin bekalan air yang mencukupi kepada pengguna di Melaka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini adalah berdasarkan kepada Laporan Pemantauan Bekalan Air 2022 mengenai empangan yang berisiko tinggi. Ingin saya jelaskan di sini, penilaian risiko empangan ini mengambilkira usia, rekod paras dan simpanan air empangan serta jumlah loji rawatan air (LRA) di kawasan empangan dan bukanlah berkaitan keselamatan struktur empangan itu sendiri.\n\n• Bagi menjamin kelestarian sumber bekalan air, SPAN telah mengambil inisiatif seperti berikut:\n\n• mengadakan Bengkel Pelan Tindakan & Langkah Mitigasi terhadap Fenomena El-Nino dengan semua pihak berkepentingan. Sembilan (9) Pelan Tindakan telah dikenal pasti termasuk pemantapan pelan komunikasi di antara pihak berkepentingan, penyelarasan dengan operator bekalan air dan pembetungan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh SPAN antaranya kajian semula Perjanjian Persefahaman (MOU) di kalangan operator air dan garis panduan sedia ada; \n\n• penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan seperti Bahagian Bekalan Air (BBA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Meteorologi Malaysia, Badan Kawal Selia Air Negeri serta Operator Empangan berkaitan isu-isu pelepasan dan simpanan air di empangan; dan\n\n• pengurusan dan pemantauan simpanan yang sistematik serta penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengoperasian Empangan semasa musim panas atau kemarau termasuklah kajian unjuran inflow forecasting dan kapasiti empangan bagi pengurusan sumber air yang lebih berkesan.\n\n• Tanggungjawab untuk memastikan sumber air yang mampan merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk Kerajaan Negeri dan juga pengguna. \n\n• Dengan ini, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri turut bersama mengambil langkah proaktif dengan mengawal aktiviti guna tanah dan pencemaran. Pengguna juga diharap dapat mengamalkan penggunaan air secara berhemah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2464,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2464",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "10",
        "member": "Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) ada Kementerian berhasrat menaik taraf Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) kepada sebuah jabatan khusus yang lebih lengkap keperluannya; da...",
        "question": "Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) ada Kementerian berhasrat menaik taraf Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) kepada sebuah jabatan khusus yang lebih lengkap keperluannya; dan\n\nb) apa langkah terkini Kementerian dalam menangani isu lambakan tunggakan kes pembahagian pusaka khususnya selepas Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 diluluskan Parlimen.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dalam peringkat memperhalusi Pelan Pengukuhan Perjawatan, Bahagian Pembahagian Pusaka bagi menangani isu peningkatan permohonan kes. Pengukuhan Bahagian tersebut adalah selaras dengan pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] yang telah memperluas had nilai pengurusan pusaka oleh JKPTG daripada RM2 juta kepada RM5 juta secara total yang merangkumi kedua-dua aset alih dan aset tak alih. Pelan pengukuhan ini akan diangkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi semakan dan pandangan seterusnya.\n\n• Kementerian telah diluluskan dengan 100 perjawatan secara contract of service (COS) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2021. Seramai 95 orang kakitangan lantikan secara kontrak telah diisi dalam usaha membantu menyelesaikan kes tunggakan harta pusaka mulai awal Januari 2023. Baki daripada jumlah tersebut akan diisi secara berperingkat mengikut keperluan. Pegawai-pegawai kontrak ini juga telah pun ditempatkan di Unit-Unit Pembahagian Pusaka di seluruh Semenanjung Malaysia bagi membantu menjalankan perbicaraan dan urusan pentadbiran pembahagian harta pusaka kecil.\n\n• Selain itu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) turut melaksanakan penempatan sementara Pegawai Petugas Khas dari Unit Petugas Khas JKPTG untuk membantu menjalankan perbicaraan tunggakan kes pembahagian harta pusaka kecil. Seramai 85 pegawai dari pelbagai gred telah diarahkan untuk membantu dalam menyelesaikan kes tunggakan urusan pusaka kecil sehingga kini.\n\n• Pelaksanaan inisiatif pengambilan pegawai-pegawai ini, sama ada secara lantikan kontrak mahupun penempatan sementara bagi Pegawai Petugas Khas JKPTG tersebut, secara langsung telah memberi impak yang sangat positif dalam mempercepatkan perbicaraan dan penyelesaian permohonan harta pusaka kecil yang diterima oleh JKPTG sebelum Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 dikuatkuasakan. Sekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2385,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2385",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "11",
        "member": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah",
        "area": "Paya Besar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kelebihan yang akan diperoleh negara dengan kelonggaran dasar perdagangan Tenaga Boleh Baharu rentas sempadan.",
        "question": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kelebihan yang akan diperoleh negara dengan kelonggaran dasar perdagangan Tenaga Boleh Baharu rentas sempadan.",
        "answer": "JAWAPAN\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan Kerajaan untuk menyemak semula dasar perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB) rentas sempadan dan seterusnya membenarkan urusniaga perdagangan TBB rentas sempadan dilaksanakan bakal membuka peluang ekonomi baharu kepada pemaju industri TBB negara untuk turut meneroka pasaran TBB di negara jiran seperti Singapura yang bernilai tinggi.\n\n• Selain itu, pembukaan perdagangan TBB rentas sempadan juga akan mempercepatkan proses peralihan tenaga dengan membuka peluang pelaburan untuk mengembangkan penggunaan teknologi penstoran tenaga di grid yang boleh ditampung melalui nilai penjualan tenaga yang lebih tinggi di negara jiran.\n\n• Di samping itu, rangkaian sambung tara yang dibangunkan bagi pelaksanaan aktiviti perdagangan TBB rentas sempadan juga membolehkan sistem bekalan elektrik negara jiran digunakan untuk tujuan “system balancing” bagi meningkatkan lagi keanjalan sistem grid di negara ini dan seterusnya membolehkan kemasukan kapasiti TBB yang lebih tinggi dalam sistem pembekalan elektrik pada kos yang lebih rendah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2419,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2419",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-31",
        "year": 2023,
        "no": "11",
        "member": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli",
        "area": "Batang Lupar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Parlimen Batang Lupar serta langkah-langkah intervensi bagi mengawal hakisan pantai di kawasan yang terjejas seperti di Tanjung Riong, Maludam,...",
        "question": "Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Parlimen Batang Lupar serta langkah-langkah intervensi bagi mengawal hakisan pantai di kawasan yang terjejas seperti di Tanjung Riong, Maludam, Kg. Semarang dan Batang Maro ke Kampung Paloh.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batang Lupar, Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Semarang, Pusa, Bahagian Betong, Sarawak di bawah Parlimen Batang Lupar telah dilaksanakan bermula 17 Mac 2023 dan sedang dalam fasa pembinaan. Kos pembinaan bagi projek ini adalah sebanyak RM5.19 juta. Skop kerja bagi projek ini merangkumi pembinaan lapis lindung batu (rock revetment) dan ban tanah (earth bund) sepanjang 300 meter. Projek ini dijangka siap pada Disember 2024.\n\n• Pada masa ini, terdapat satu lagi projek iaitu Projek Mengatasi Banjir Pantai di Sarawak di kawasan Parlimen Batang Lupar. Di antara kawasan yang terlibat adalah Maludam, Semarang, Beting Maro dan Sebuyau.\n\n• Projek ini dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya limpahan banjir pantai ke kawasan penduduk, melindungi harta benda dan kawasan pertanian. Manakala, secara keseluruhan projek ini dapat melindungi 32.9km panjang persisiran pantai Negeri Sarawak akibat banjir pantai dan menyediakan perlindungan kepada penduduk seramai 37,000 orang yang terkesan akibat banjir pantai. Sekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2479,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2479",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "11",
        "member": "Tuan Chong Chieng Jen",
        "area": "Stampin",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan dasar Kerajaan untuk menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu dan apakah ganjaran kepada negeri Sarawak atas usaha dan sumbangannya dalam bidang itu.",
        "question": "Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dasar Kerajaan untuk menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu dan apakah ganjaran kepada negeri Sarawak atas usaha dan sumbangannya dalam bidang itu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, untuk menggalakkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB), Kerajaan telah menetapkan komitmen dasar untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB secara berperingkat iaitu 31% pada tahun 2025, 40% pada tahun 2035 dan 70% menjelang tahun 2050. \n\n2. Komitmen ini disokong oleh pelaksanaan program-program pembangunan TBB seperti Feed-in Tariff, Net Energy Metering, Corporate Green Power Programme, SelCo for Solar Rooftop dan Large Scale Solar Programme.\n\n3. Mengenai isu ganjaran kepada negeri Sarawak atas usaha dan sumbangannya dalam pembangunan TBB ini, perkara ini tidak pernah ditimbulkan kerana tumpuan Kerajaan dalam aspek pembekalan elektrik adalah untuk memastikan supaya bekalan elektrik kepada rakyat adalah berdaya harap, mampu bayar dan lestari. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2452,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2452",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "12",
        "member": "Kapten Azahari bin Hasan",
        "area": "Padang Rengas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera yang semakin lama semakin meliar di kawasan kediaman penduduk di kampung serta merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Apakah inisiatif bagi...",
        "question": "Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera yang semakin lama semakin meliar di kawasan kediaman penduduk di kampung serta merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Apakah inisiatif bagi menangani masalah haiwan perosak ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius mengenai isu konflik manusia dan hidupan liar terutamanya spesies kera dan babi hutan.\n\nAntara tindakan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut:\n\n(i) menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai dan penduduk kampung;\n(ii) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA, penduduk kampung dan pihak berkepentingan inisiatif pelupusan bagi membasmi musuh tanaman;\n(iii) pemasangan perangkap untuk menangkap hidupan liar bermasalah; \n(iv) menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan penduduk kampung; dan\n(v) menjalankan program penakaian hidupan liar di kawasan yang berisiko bagi mengurangkan populasi babi hutan dan kera yang mengancam tanaman dan penduduk.\n\nJabatan PERHILITAN juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di Semenanjung Malaysia termasuk memantau pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) untuk projek pembangunan yang melibatkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP). \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2425,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2425",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "13",
        "member": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu Malaysia dalam usaha mencapai sasaran 31% menjelang 2025.",
        "question": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu Malaysia dalam usaha mencapai sasaran 31% menjelang 2025.",
        "answer": "Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kapasiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara adalah sebanyak 25% berbanding sasaran 31% pada tahun 2025 yang telah ditetapkan.\n\nDaripada jumlah tersebut, kapasiti TBB daripada sumber hidro merupakan yang paling tinggi iaitu 5.7 Gigawatt (GW) (14%), diikuti sumber solar sebanyak 2.7GW (6.6%), biojisim sebanyak 0.81GW (2.5%), biogas sebanyak 0.16GW (0.4%) dan selebihnya daripada sumber janakuasa hidro kecil iaitu 0.53GW (1.3%).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2436,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2436",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "13",
        "member": "Tuan Chong Zhemin",
        "area": "Kampar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan keputusan untuk menghalang eksport mineral NR-REE dan bagaimana membantu untuk membina industri downstream NR-REE di Malaysia.",
        "question": "Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan keputusan untuk menghalang eksport mineral NR-REE dan bagaimana membantu untuk membina industri downstream NR-REE di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 September 2023 adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE ini secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Penghasilan RE Carbonate dari lombong-lombong NR-REE dalam negara kelak masih dikategorikan sebagai bahan mentah. Oleh yang demikian, dasar larangan ini akan mewujudkan desakan supaya loji pemprosesan dibina dalam negara untuk penghasilan RE Oxides, serta seterusnya memisahkannya kepada unsur RE berasingan yang lebih bernilai tinggi.\n\n• Untuk makluman, Kajian Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia sedang dimuktamadkan pada ketika ini. Kajian tersebut memberikan kefahaman yang jelas kepada pihak berkepentingan terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, dan boleh dijadikan panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara selanjutnya.\n\n• Antara cadangan yang dikemukakan melalui kajian tersebut adalah pewujudan loji pemprosesan nadir bumi (Rare Earth Processing Plant - REPP) bagi memproses sumber mineral NR-REE tempatan dan mengelakkan ia dieksport secara mentah ke luar negara. Kementerian akan mengadakan libat urus bersama pemegang taruh bagi meneliti cadangan tersebut.\n\n• Selain itu, kajian tersebut juga mensasarkan supaya Negara seterusnya membangunkan kapasiti untuk menjadi pengeluar super magnet dan motor elektrik di peringkat hiliran dengan menggunakan hasil daripada industri pemprosesan di pertengahan. Ini adalah bagi menyokong perkembangan industri automotif tempatan dan global yang sedang beralih kepada penghasilan kenderaan elektrik pada masa akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2480,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2480",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "13",
        "member": "Tuan Tan Hong Pin",
        "area": "Bakri",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kementerian dalam Perjanjian Plastik Global, komitmen untuk menangani krisis plastik dan usaha yang telah diambil untuk mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan ...",
        "question": "Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pendirian Kementerian dalam Perjanjian Plastik Global, komitmen untuk menangani krisis plastik dan usaha yang telah diambil untuk mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik menjelang 2040. Adakah Kementerian akan mengehadkan pengeluaran plastik.",
        "answer": "Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bakri,\n\n• Pada United Nation Environment Assembly (UNEA) 5.2 yang dianjurkan pada tahun 2022, salah satu resolusi yang diberi tumpuan oleh kebanyakan negara, termasuk Malaysia adalah resolusi mengenai pembentukan perjanjian antarabangsa berkaitan plastik. Penerimaan negara ahli terhadap resolusi ini telah memberi mandat kepada United Nations Environment Programme (UNEP) untuk memulakan proses rundingan ke arah pembentukan perjanjian bagi menangani isu pencemaran plastik di peringkat global. UNEP telah membentuk Jawatankuasa Perundingan antara Kerajaan (Intergovernmental Negotiating Committee - INC) sebagai jawatankuasa bertindak bagi merundingkan dan memuktamadkan perjanjian plastik global menjelang tahun 2024.\n\n• Setakat ini, Malaysia telah menyertai tiga (3) siri rundingan untuk menyatakan pendirian negara dan merundingkan elemen-elemen perjanjian dalam menyokong kelestarian alam sekitar dan pada masa yang sama memastikan kepentingan Malaysia tetap terpelihara. \n\n• Pendirian negara berkaitan Perjanjian Plastik Global adalah merangkumi objektif dan skop perjanjian, elemen kawalan dan obligasi negara. Bagi Objektif Perjanjian, Malaysia telah menyatakan pendirian supaya Perjanjian Plastik Global akan memberi fokus untuk membasmi pencemaran plastik, dengan tujuan melindungi alam sekitar dan kesihatan manusia, melalui promosi ke arah ekonomi kitaran yang selamat untuk plastik serta melalui pengurusan sisa plastik yang mampan dan mesra alam sekitar.\n\n• Selain itu, Kementerian juga telah mengambil beberapa langkah dan usaha bagi mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik melalui intervensi bersasar di sepanjang rantaian nilai plastik. Antaranya adalah seperti pembangunan produk plastik biodegradasi, pengenaan caj pencemaran plastik dan kempen tiada beg plastik percuma dan kerjasama strategik dengan pemegang taruh.\n\n• Dalam isu menghadkan penggunaan atau pengeluaran plastik pula, Kementerian sentiasa berpendirian bahawa intervensi atau pendekatan secara bersasar adalah amat penting dalam mencapai keseimbangan bagi mengekang pencemaran plastik ini. Kementerian dengan kerjasama SIRIM telah membangunkan satu standard baru bagi memastikan plastik yang dihasilkan boleh terurai dengan selamat dalam persekitaran terbuka tanpa menghasilkan toksin dan mikroplastik. Selain itu, Kementerian juga telah memulakan usaha untuk mengeluarkan (phasing out) produk yang kurang diperlukan atau bermasalah untuk dialihkan daripada pasaran dan menggantikan dengan produk plastik alternatif yang tidak mencemar alam sekitar. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2446,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2446",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "14",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan untuk melihat semula keperluan mendesak laluan sungai bagi masyarakat di pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli Gerik yang terpaksa berjalan kaki jauh sekiranya musim kemarau tiba k...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan untuk melihat semula keperluan mendesak laluan sungai bagi masyarakat di pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli Gerik yang terpaksa berjalan kaki jauh sekiranya musim kemarau tiba kerana hakisan tanah kesan pembalakan menyebabkan paras air menjadi cetek.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keadaan sungai boleh menjadi cetek disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah kekurangan hujan atau musim kemarau yang berpanjangan dan pemendapan adalah punca semula jadi utama. Pengambilan air yang berlebihan untuk kegunaan manusia, pertanian, dan industri juga menyumbang kepada kecetekan sungai. Aktiviti manusia seperti pertanian, industri dan pembalakan hutan boleh mengubah aliran semulajadi sungai, mengakibatkan perubahan morfologi sungai.\n\n• Pendekatan JPS buat masa ini adalah memberi tumpuan kepada mendalamkan sungai bagi tujuan mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan kritikal dan buat masa ini sebanyak 6 projek sedang dan telah dilaksanakan di Parlimen Gerik melibatkan Kerja-Kerja Mengorekpulih Sungai Rui Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Mengurangkan Risiko Banjir di kawasan berikut: \n\n• Dataran Loma, Mukim Gerik, Daerah Hulu Perak;\n\n• Kampung Tasek, Mukim Belukar Semang, Daerah Hulu Perak;\n\n• Kampung Selarong Hujung, Mukim Pengkalan Hulu, Daerah Hulu Perak;\n\n• Kampung Pahat Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Dalam Mukim Gerik, Daerah Hulu Perak;\n\n• Kampung Sira Panas Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Dalam Mukim Gerik, Daerah Hulu Perak; dan\n\n• Kampung Kuak Tengah, Mukim Pengkalan Hulu, Daerah Hulu Perak.\n\n• Bagi mengatasi masalah paras air sungai yang cetek akibat hakisan tanah daripada aktiviti pembalakan atau guna tanah perlu dipantau oleh semua pihak melibatkan agensi-agensi penguatkuasa di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2481,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2481",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun",
        "area": "Hulu Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains, Air",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) di lokasi berisiko tinggi di seluruh Malaysia khususnya di Hulu Selangor.",
        "question": "Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) di lokasi berisiko tinggi di seluruh Malaysia khususnya di Hulu Selangor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha mengurangkan risiko kejadian kepala air, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina Struktur Sabo. Struktur Sabo ini merupakan satu kaedah kejuruteraan untuk mengurangkan risiko kejadian kepala air, mengawal aliran kayu, batu dan sedimen, dan menstabil tebing dan dasar sungai dari kawasan tanah tinggi seterusnya melindungi manusia, infrastruktur dan ekosistem sungai terutamanya di hilir dari ancaman bencana hakisan dan endapan.\n\n2. Ini adalah satu pendekatan yang penting dalam pengurusan banjir puing kerana banjir ini boleh merosakkan kawasan sekitar sungai, menyebabkan kemusnahan harta benda dan membahayakan nyawa manusia. Dengan pembinaan Sabo pengurusan banjir puing dapat ditingkatkan dan risiko kerosakan yang disebabkan oleh banjir puing dapat dikurangkan dengan lebih berkesan.\n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Pembinaan Infrastruktur Sabo di Negeri Selangor meliputi skop utama kajian dan rekabentuk, pengaluran sungai, penstabilan tebing sungai termasuk Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) akan dimohon semula di dalam permohonan projek Rolling Plan seterusnya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2386,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2386",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "17",
        "member": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad",
        "area": "Simpang Renggam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini penubuhan Renewable Energy Exchange pada tahun 2024.",
        "question": "Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini penubuhan Renewable Energy Exchange pada tahun 2024.",
        "answer": "JAWAPAN\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah meneliti pelaksanaan pasaran tenaga atau energy exchange di beberapa negara dan kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan kerangka dasar, model dan mekanisme pelaksanaan pasaran tenaga tersebut.\n\nPengumuman bagi pelaksanaan dan pengoperasian pasaran tenaga ini dijangka akan dibuat dalam suku tahun keempat tahun ini. Manakala, aktiviti berkaitan pasaran tenaga ini akan mula dilaksanakan pada suku tahun pertama tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2412,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2412",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Wong Kah Woh",
        "area": "Taiping",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi Kerajaan untuk mencapai sasaran terpilih KSP RMK-12 yang menetapkan 31% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber tabung TBB yang akan menjadi semakin ...",
        "question": "Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan strategi Kerajaan untuk mencapai sasaran terpilih KSP RMK-12 yang menetapkan 31% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber tabung TBB yang akan menjadi semakin berkurangan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mencapai sasaran 31% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara sebagaimana dalam RMK-12, Kerajaan akan melaksanakan strategi berikut:\n\n• Penetapan halatuju dan sasaran TBB tahunan;\n\n• Meneruskan dan memperkukuhkan pelaksanaan program TBB sedia ada berdasarkan keperluan semasa;\n\n• Memperkukuhkan tadbir urus dan kawal selia industri TBB;\n\n• Mengiktiraf Penggiat Industri TBB di Peringkat Nasional dan Antarabangsa; dan\n\n• Pelaksanaan Program Communication, Education & Public Awareness (CEPA) TBB.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, hanya pelaksanaan program di bawah mekanisme Feed-in Tariff yang merangkumi penjanaan daripada sumber bukan solar yang memerlukan pembiayaan daripada Tabung Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, sehubungan itu, jumlah kutipan yang berkurangan tidak mempunyai implikasi yang signifikan terhadap perancangan pelaksanaan program TBB negara secara keseluruhan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2420,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2420",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-31",
        "year": 2023,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Zahir bin Hassan",
        "area": "Wangsa Maju",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) sejauh mana kejayaan pelaksanaan perancangan centralised sewage system (CSS) berdasarkan RMKe-12; dan b) strategi Kementerian menghadapi kelewatan siap CSS yang telah menjejaskan p...",
        "question": "Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) sejauh mana kejayaan pelaksanaan perancangan centralised sewage system (CSS) berdasarkan RMKe-12; dan\nb) strategi Kementerian menghadapi kelewatan siap CSS yang telah menjejaskan pengeluaran Sijil Pematuhan Siap dan Pematuhan (CCC) sehingga mengakibatkan kelewatan penyerahan kunci kepada pembeli rumah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Di bawah RMKe-12, Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah melaksanakan sebanyak 83 projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan berpusat atau (dengan izin) centralised sewage system di seluruh negara. Sebanyak 36 projek telah siap dan diserahkan kepada pihak operator untuk menjalankan operasi dan penyelenggaraan selanjutnya manakala, sebanyak 13 projek telah mencapai peratus kemajuan kerja melebihi 80 peratus. \n\n• Untuk makluman, penyiapan projek CSS tidak menjadi sebarang liabiliti kepada mana-mana permohonan CCC pihak pemaju perumahan atau individu. Sekiranya berlaku kelewatan kepada penyiapan projek CSS, pihak pemaju/individu boleh mengambil tindakan penyediaan fasiliti rawatan kumbahan sementara dengan membuat permohonan kepada pihak Agensi Perakuan Pembetungan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2453,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2453",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Onn bin Abu Bakar",
        "area": "Batu Pahat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan isu perubahan cuaca kini menjadi suatu fenomena di dunia. Adakah Kementerian berhasrat untuk menggubal Akta Perubahan Cuaca untuk rakyat Malaysia menjadikan isu ini sebagai satu tanggung...",
        "question": "Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan isu perubahan cuaca kini menjadi suatu fenomena di dunia. Adakah Kementerian berhasrat untuk menggubal Akta Perubahan Cuaca untuk rakyat Malaysia menjadikan isu ini sebagai satu tanggungjawab bersama.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan perubahan iklim merupakan salah satu kaedah yang berkesan bagi mengurangkan pelepasan GHG yang merentasi pelbagai sektor ekonomi di samping menyokong pembangunan rendah karbon dan berdaya tahan iklim negara. \n\n• Sehubungan dengan itu, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang dalam peringkat awal membangunkan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara yang dijangka akan dibentang di Parlimen pada tahun 2025. Pembangunan RUU ini akan mengamalkan pendekatan whole of nation yang merangkumi proses libat urus yang inklusif bersama pemegang taruh di setiap lapisan masyarakat. Selain itu, RUU ini dapat memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi dapat dilakukan secara efektif di peringkat kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan apabila dikuatkuasakan kelak.\n\n• Dalam masa yang sama, Kementerian juga sedang melaksanakan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Pindaan Fasa 1 adalah memberi fokus kepada peningkatan kadar hukuman dan penalti. Pindaan Fasa 1 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 4 Oktober 2023 dan dijangka akan dibentang dalam sesi Parlimen pada kali ini. Manakala Pindaan Fasa 2 akan memperkasakan Akta 127 secara menyeluruh masih sedang diperhalusi dan diteliti bersama pakar undang-undang dan alam sekitar. Berdasarkan penelitian Kementerian, draf pindaan Fasa 2 perlu melibatkan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan dan pemegang taruh yang berkaitan seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak penggerak projek pembangunan dan pihak industri supaya dapatnya adalah menyeluruh\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2465,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2465",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "17",
        "member": "Puan Vivian Wong Shir Yee",
        "area": "Sandakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI,ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci :- a) berapa peratusan Air Tidak Terhasil (NRW) yang direkodkan di Sabah dan Sandakan; dan b) berapa banyak kos yang telah diperuntukkan oleh Kementerian untuk mengatas...",
        "question": "Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI,ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci :-\na) berapa peratusan Air Tidak Terhasil (NRW) yang direkodkan di Sabah dan Sandakan; dan\nb) berapa banyak kos yang telah diperuntukkan oleh Kementerian untuk mengatasi isu NRW yang tinggi di Sabah dan Sandakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water - NRW) yang direkodkan di seluruh Negeri Sabah pada tahun 2022 adalah 55% manakala kadar NRW di Daerah Sandakan adalah 57%.\n\n• Bagi membantu mengurangkan NRW di Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman persekutuan dan geran sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) sehingga kini seperti berikut:\n\n• Di bawah RMKe-8, sebanyak RM35 juta secara pinjaman persekutuan diperuntukkan bagi Projek NRW Sandakan Fasa I;\n\n• Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9), sebanyak RM185 juta secara pinjaman persekutuan diperuntukkan bagi membiayai projek-projek NRW Negeri Sabah seperti berikut:\n\n• Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa II – Daerah Sandakan (RM20 juta);\n\n• Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa I & II – Daerah Lahad Datu (RM50 juta);\n\n• Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa I & II – Daerah Tawau (RM55 juta);\n\n• Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa I & II – Daerah Kota Kinabalu (RM50 juta); dan\n\n• Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa 1 - Daerah Semporna (RM10 juta).\n\n• Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), sebanyak RM78 juta secara pinjaman persekutuan diperuntukkan bagi Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa III & IV – Daerah Kota Kinabalu.\n\n• Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) hingga RMKe-12, Kementerian telah melaksanakan projek NRW Nasional Pendekatan 1 - Daerah Kota Marudu (Projek Perintis) dengan kos sebanyak RM20.45 juta secara geran. Projek NRW Nasional Pendekatan 1 Negeri Sabah - Pakej 1, Pakej 2 dan Pakej 3 sedang dilaksanakan dengan kos RM87.21 juta dan dijangka siap secara berperingkat pada suku keempat tahun 2023.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2426,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2426",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "18",
        "member": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari",
        "area": "Pasir Mas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya.",
        "question": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 (KESBAN) dengan anggaran kos sebanyak RM656 juta. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir di Jajahan Tumpat. Kemajuan terkini di tapak sebanyak 76% sehingga 30 September 2023 dan dijangka siap pada Ogos 2024.\n\n• Bagi PLSB Sungai Golok Fasa 2, masih di peringkat pra pelaksanaan melibatkan kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang dan Jeli dengan kos projek berjumlah RM879 juta dan kini dalam proses penilaian tender. Skop yang terlibat adalah pembinaan pam, pembinaan ban dan tembok penahan serta lain-lain kerja yang berkaitan. Projek ini dijangka bermula pada tahun 2024 dan siap tahun 2027.\n\n• Bagi PLSB Sungai Golok Fasa 3, masih di peringkat pra pelaksanaan dengan kos projek berjumlah RM 472 juta. Lawatan tender bagi projek ini telah dijalankan pada 13 September 2023. Tender akan tutup pada 6 November 2023.\n\n• Keseluruhan projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 97,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir dan limpahan sungai. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2437,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2437",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "18",
        "member": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli",
        "area": "Dungun",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan penyelesaian rungutan rakyat terhadap isu tarif elektrik (bil TNB) yang tinggi dan apakah langkah Kementerian bagi membantu rakyat.",
        "question": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan penyelesaian rungutan rakyat terhadap isu tarif elektrik (bil TNB) yang tinggi dan apakah langkah Kementerian bagi membantu rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n\n• Tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos sebenar bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Berdasarkan mekanisme ICPT ini, semua pengguna perlu membayar bil elektrik masing-masing setelah semakan dibuat dan diselaraskan melalui pemberian rebat atau surcaj. Ini bermakna, secara prinsipnya semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan mereka berdasarkan harga bahan api di pasaran.\n\n• Sejak pelaksanaan ICPT pada tahun 2014 sehingga Jun 2023, semua pengguna domestik di Semenanjung tidak pernah dikenakan surcaj ICPT. Bermula pada Januari sehingga Jun 2021, semua pengguna domestik telah menikmati rebat 2 sen/kWj berdasarkan semakan ICPT bagi tempoh enam bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah memutuskan supaya rebat 2 sen/kWj tersebut kekal dinikmati oleh semua pengguna domestik sehingga 30 Jun 2023 walaupun kos ICPT telah meningkat dengan mendadak disebabkan oleh peningkatan harga bahan api terutamanya arang batu di pasaran dunia. Pemberian rebat tersebut berbanding kadar surcaj sebenar yang sepatutnya dilepaskan kepada pengguna dilaksana melalui pemberian subsidi menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dan Kementerian Kewangan. \n\n• Secara keseluruhannya, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM10.6 bilion bagi pemberian subsidi elektrik kepada pengguna domestik sejak Januari 2022 sehingga Disember 2023. Keputusan pemberian subsidi elektrik oleh Kerajaan ini bertujuan supaya peningkatan harga bahan api di pasaran dunia bagi penjanaan elektrik tidak dilepaskan kepada rakyat secara keseluruhannya bagi mengelakkan impak kenaikan kos sara hidup secara mendadak.\n\n• Selaras dengan dasar Kerajaan untuk melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar, Kerajaan telah bersetuju untuk melepaskan surcaj ICPT pada kadar 10 sen/kWj kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan yang tinggi iaitu melebihi 1,500 kWj mulai 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023. Kerajaan percaya bahawa keputusan untuk mengenakan surcaj sebanyak 10 sen/kWj kepada pengguna elektrik ini adalah tepat memandangkan rata-rata pengguna elektrik yang menggunakan elektrik melebihi 1,500 kWj setiap bulan atau bil elektrik bulanan minimum RM708 adalah golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai banyak peralatan dan kemudahan yang menggunakan elektrik di kediaman masing-masing. Sungguhpun begitu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan masih menanggung subsidi berjumlah RM58 juta kepada kumpulan pengguna ini disebabkan surcaj sebenar tidak dilepaskan sepenuhnya.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian masih komited untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 pada tahun 2024. Program ini akan menyalurkan bantuan secara bersasar sehingga maksimum RM40 untuk membiayai bil elektrik bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan melalui Sistem eKasih bagi meringankan beban kewangan dan kos sara hidup rakyat. Pada tahun 2022 seramai 120,135 KIR telah menerima manfaat melalui program ini. Manakala sehingga 31 Julai 2023, seramai 63,917 KIR juga telah menerima manfaat yang sama.\n\n• Kementerian sentiasa menyarankan pengguna-pengguna elektrik sama ada pengguna domestik mahupun bukan domestik untuk sentiasa mempraktikkan amalan cekap tenaga. Antaranya, meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pengguna elektrik untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna elektrik untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\n\n• Selain itu, pada masa ini Kementerian masih meneliti opsyen-opsyen pelepasan surcaj ICPT yang munasabah kepada pengguna-pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024. Ini selaras dengan fokus semasa Kerajaan supaya pemberian subsidi elektrik dilaksanakan secara bersasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik mengikut kediaman bagi pengguna kategori domestik terutamanya yang menggunakan elektrik dengan kadar yang tinggi. Walau bagaimanapun, cadangan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh tersebut akan dimuktamadkan dalam masa terdekat setelah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri kelak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2482,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2482",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan anggaran penjimatan fiskal berikutan pengurangan perbelanjaan apabila Malaysia mencapai sasaran sebanyak 1.5 juta kenderaan elektrik pada tahun 2040.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan anggaran penjimatan fiskal berikutan pengurangan perbelanjaan apabila Malaysia mencapai sasaran sebanyak 1.5 juta kenderaan elektrik pada tahun 2040.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 telah meluluskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB) oleh NRECC, bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dalam sektor pengangkutan darat selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menjelang 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005 dan mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. \n\n• Berdasarkan Bidang Fokus B (LCMB), pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui penggunaan mobiliti elektrik telah menetapkan sasaran sebanyak 15% kenderaan elektrik persendirian dan 15% motosikal elektrik berdasarkan Total Industry Volume (TIV). Di samping itu, dianggarkan potensi pengurangan penggunaan tenaga adalah sebanyak 2000.58 ktoe (kilotonne of oil equivalent) dan pengurangan pelepasan GHG sebanyak 2.83 juta tan CO2 pada tahun 2030 bagi sektor pengangkutan darat berdasarkan kepada strategi dan pelan tindakan yang telah digariskan bagi senario LCMB. \n\n• Seterusnya, sasaran yang dipersetujui di bawah National EV Steering Committee adalah mengguna pakai sasaran terkini yang ditetapkan oleh Kerajaan (Kementerian Ekonomi) di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap - NETR) iaitu sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah jualan kenderaan baharu penumpang dan perdagangan pada 2030 adalah terdiri daripada electrified vehicles iaitu termasuk jenis hibrid, elektrik sepenuhnya dan hydrogen fuel cell , 50% pada tahun 2040 dan 80% pada tahun 2050.\n\n• Berdasarkan analisa Institut Automotif, Robotik dan IoT (MARii), jumlah jualan tahunan kenderaan baharu penumpang dan perdagangan dijangka mencecah 1.24 juta unit pada 2040. Oleh itu, jika kita berjaya mencapai 50% xEV pada 2040, maka jumlah kenderaan baharu xEV yang dijual pada tahun tersebut dianggarkan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 620,000 unit.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia mempunyai kadar pemilikan kereta yang tertinggi berbanding negara-negara jirannya. Sehubungan itu, terdapat keperluan kritikal untuk mengurangkan kereta berasaskan petrol dan diesel melalui peralihan pengguna kepada pengangkutan awam terutamanya di Kuala Lumpur dan kawasan bandar-bandar lain. Malaysia perlu beralih daripada budaya berkereta (car-centric) kepada penggunaan pengangkutan awam yang lebih mampan termasuk mobiliti aktif dan mikro. \n\n• Selain itu, Kementerian turut mencadangkan agar pelan tindakan untuk mempergiatkan penggunaan tanah yang mampan ke arah perancangan mengehadkan penggunaan kereta (car-lite planning) oleh pihak berkuasa tempatan bagi perancangan bandar pada masa akan datang boleh dipertimbangkan.\n\n• Di samping itu, selain daripada kenderaan persendirian, Kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha pelepasan GHG dan penjimatan tenaga dari segmen kenderaan komersial atau kenderaan berat (heavy-duty vehicle) iaitu bas, lori dan trak. Beberapa inisiatif sedang diterokai bagi peralihan kepada tenaga alternatif seperti penggunaan hidrogen dan biodiesel bagi pengangkutan awam seperti bas yang telah dilaksanakan secara rintis di Kuching dan Kuala Lumpur. \n\n• Berhubung pertanyaan Yang Berhormat berkenaan anggaran penjimatan fiskal yang boleh dicapai berikutan pencapaian sasaran sebanyak 1.5 juta kenderaan elektrik pada tahun 2040, Kerajaan perlu masa untuk menjalankan kajian terperinci kerana ia melibatkan pelbagai sektor dan industri yang terlibat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2393,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2393",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "20",
        "member": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa Jabatan Perhilitan Jerantut hanya mempunyai 1 buah kereta pacuan 4-roda, keahlian anggota yang sedikit, fasiliti pejabat yang kurang selesa serta bilangan perangkap haiwan yang t...",
        "question": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengapa Jabatan Perhilitan Jerantut hanya mempunyai 1 buah kereta pacuan 4-roda, keahlian anggota yang sedikit, fasiliti pejabat yang kurang selesa serta bilangan perangkap haiwan yang tidak mencukupi sedangkan keluasan Jerantut yang berbukit-bukau dan mempunyai hutan sebesar 378,357.83 hektar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Jerantut telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan 6 perjawatan yang diketuai oleh seorang Ketua PERHILITAN Daerah dan dibantu oleh 5 orang Pembantu Hidupan Liar. Sebelum pejabat ini ditubuhkan, aduan berkaitan hidupan liar dan operasi penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Jabatan PERHILITAN Daerah Temerloh dan Pejabat Taman Negara Pahang, Kuala Tahan.\n\n• Antara tindakan yang telah diambil bagi meningkatkan pelaksanaan tugasan Jabatan PERHILITAN di negeri Pahang adalah seperti berikut:\n\n• Mobilisasi kakitangan daripada lain-lain lokasi bagi membantu operasi;\n\n• Mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan;\n\n• Menambah satu unit kenderaan pacuan 4 roda baharu pada 26 September 2023 untuk kegunaan tugasan di lapangan khususnya bagi menangani isu konflik manusia dan hidupan liar; dan\n\n• Menambah 13 unit perangkap hidupan liar melalui Program Pembangunan Kawalan, Tangkapan dan Mitigasi Konflik Hidupan Liar Semenanjung Malaysia.\n\n• Jabatan PERHILITAN juga sentiasa meneliti dari semasa ke semasa keperluan untuk menempatkan lebih ramai anggota Jabatan PERHILITAN dan meningkatkan kemudahan fasiliti serta aset bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan tugasan dan pada masa yang sama memastikan kebajikan anggota terjaga.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2413,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2413",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "20",
        "member": "Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor",
        "area": "Temerloh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Ukur dan Pemetaan",
            "Geospatial"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa peratus jumlah tanah dan aset yang telah menjadi milik kekal pada warga asing atau syarikat asing mengikut negeri-negeri di seluruh negara bermula tahun 2020 sehingga 2023.",
        "question": "Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa peratus jumlah tanah dan aset yang telah menjadi milik kekal pada warga asing atau syarikat asing mengikut negeri-negeri di seluruh negara bermula tahun 2020 sehingga 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSelaras dengan kerangka perundangan semasa, hal ehwal tanah adalah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Perolehan tanah oleh bukan warganegara atau sebuah syarikat asing perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri menurut peruntukan Bahagian 33A, Kanun Tanah Negara [Akta 828]. Dengan punca kuasa ini, permohonan pindahmilik dan pendaftaran hakmilik yang melibatkan bukan warganegara atau syarikat asing diurus dan diselenggara oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing. \n\nKementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) hanya mempunyai maklumat berkaitan tanah-tanah untuk maksud Persekutuan serta maklumat lain berkaitan bidang tugas di bawah JKPTG. Oleh yang demikian, maklumat pemilikan tanah dan aset warga asing atau syarikat asing boleh diperolehi dengan merujuk Pihak Berkuasa Negeri berkaitan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2438,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2438",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "22",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) perancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Lipis; dan b) bilakah projek mengatasi banjir ini bermula dan berapa anggaran kos bagi setiap projek.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) perancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Lipis; dan\nb) bilakah projek mengatasi banjir ini bermula dan berapa anggaran kos bagi setiap projek.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan mengambil berat dan prihatin dengan kejadian banjir yang berlaku di Lipis, Pahang. Bagi tindakan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir, JPS sedang dan akan melaksanakan dua (2) projek rancangan tebatan banjir di kawasan Bandar Kuala Lipis iaitu:\n\n• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Jelai Fasa 1, dalam proses pra-pelaksanaan; dan\n\n• PLSB Sungai Jelai Fasa 2, yang telah diangkat dalam Rolling Plan 4 RMKe-12 kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan.\n\n• Gabungan kedua-dua projek ini mampu melindungi kawasan seluas 1.2 kilometer persegi daripada risiko banjir dan seramai 18,000 penduduk akan mendapat manfaat dan seterusnya dapat menyelesaikan keseluruhan isu banjir di Kuala Lipis. Selain itu, kesan negatif terhadap ekonomi yang disebabkan oleh banjir dan kemusnahan harta benda juga dapat dielakkan. \n\n• Dalam usaha untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal yang memerlukan tindakan segera, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Lipis, Sungai Tanum, dan Sungai Merapoh di Daerah Lipis, Pahang. Projek ini juga berada dalam status pra-pelaksanaan pada masa ini dan dijangka dapat dimulakan pada tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2030. \n\n• Kementerian melalui JPS juga telah siap melaksanakan Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Lipis bagi kawasan seperti berikut berikut:\n\n• Sungai Nga & Sungai Nabun, Kampung Nabun, Mukim Budu, Daerah Lipis, Pahang yang bermula pada 14 Ogos 2023 telah siap pada 2 Oktober 2023 dengan kos berjumlah RM 50 ribu; dan \n\n• Sungai Rengai, Kampung Rengai, Mukim Penjom, Daerah Lipis, Pahang yang bermula pada 14 Ogos 2023 telah siap pada 2 Oktober 2023 dengan kos berjumlah RM 50 ribu.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2466,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2466",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "22",
        "member": "Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah dasar dan garis panduan terkini bagi penerokaan dan pemprosesan nadir bumi atau REE.",
        "question": "Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah dasar dan garis panduan terkini bagi penerokaan dan pemprosesan nadir bumi atau REE.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Terdapat beberapa dasar dan garis panduan bagi penerokaan dan pemprosesan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang sedang dan akan diperkenalkan oleh Kerajaan. Yang pertama, Kementerian telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia bagi mengawal selia aktiviti perlombongan mineral tersebut. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) pada 2 Oktober 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri dibenarkan melaksanakan eksplorasi awal NR-REE berdasarkan SOP NR-REE dan dasar-dasar mineral sedia ada. \n\n• Yang kedua, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di Dewan Rakyat pada 11 September 2023 telah mengumumkan bahawa Dasar Mineral Negara baharu akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban. Kementerian pada masa ini sedang dalam peringkat akhir penyediaan kerangka dasar tersebut yang memberikan tumpuan kepada usaha memperkasa perundangan dan persekitaran industri, mengukuhkan keseluruhan rantaian nilai industri, meningkatkan pengaplikasian teknologi terkini, memperkasa modal insan tempatan dan memantapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam industri mineral.\n\n• Yang ketiga, selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Kementerian pada masa ini sedang meneliti dan memperhalusi cadangan dasar larangan eksport bahan mentah NR-REE dengan mengambil kira keperluan untuk membangunkan industri huluan dan ketersediaan loji pemprosesan NR-REE di dalam negara. Dasar larangan ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE ini secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Yang keempat, selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Kementerian sedang memperhalusi dan memperincikan kebolehlaksanaan perlombongan di kawasan bagi aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), dan Rizab Perlindungan. Kementerian juga akan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN), disamping kesannya terhadap kelestarian alam sekitar.\n\n• Seterusnya, yang kelima, Kementerian juga pada masa ini sedang dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Kajian tersebut menjelaskan keseluruhan ekosistem industri serta mengemukakan cadangan bagi membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri NR-REE di Malaysia.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2447,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2447",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "23",
        "member": "Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal",
        "area": "Bukit Gantang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan projek tebatan banjir dan permohonan RM70 juta oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Larut Matang dan Selama (LMS) dengan kerjasama Pusat Khidmat P059 Parlimen Bukit Gantan...",
        "question": "Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan projek tebatan banjir dan permohonan RM70 juta oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Larut Matang dan Selama (LMS) dengan kerjasama Pusat Khidmat P059 Parlimen Bukit Gantang bagi mengatasi masalah banjir di Bukit Gantang. Apakah usaha Kementerian dalam memperbaiki sistem takungan di kawasan lombong dan saliran di Kurnia Jaya, Ayer Kuning, Taman Pengkalan Makmur dan Batu 14 Trong.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengemukakan dua (2) permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Larut, Daerah Larut Fasa 2, Daerah Larut Matang dan Selama serta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong, Daerah Larut, Matang dan Selama di dalam permohonan projek Rolling Plan yang seterusnya.\n\n• Bagi mengurangkan risiko banjir di Parlimen Bukit Gantang, pihak JPS telah melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai dan penstabilan tebing mengikut keutamaan melibatkan tiga (3) projek dengan anggaran kos RM300 ribu yang telah disiapkan pada September 2023.\n\n• JPS juga telah menjalankan beberapa langkah mitigasi dengan menyelenggara dua (2) buah Kolam Takungan banjir di Kampung Kurnia Jaya dan dua (2) buah Kolam Ayer Kuning dengan menjadikan lombong sedia ada sebagai kolam takungan banjir yang berfungsi untuk menahan sementara air banjir sebelum dialirkan keluar ke Sungai Relong. Kerjasama ini adalah antara Pejabat Daerah Tanah Larut, Matang dan Selama (LMS) dan JPS Daerah LMS dengan mewartakan lombong sedia ada sebagai kolam takungan banjir di kedua-dua tempat tersebut.\n\n• Manakala bagi penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Taman Pengkalan Makmur telah siap dijalankan pada September 2023 dengan kos berjumlah RM186 ribu. Untuk makluman Yang Berhormat, kolam takungan banjir Batu 14 Trong adalah di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2467,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2467",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "23",
        "member": "Dato' Verdon bin Bahanda",
        "area": "Kudat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan rancangan Kementerian untuk meminimumkan dan mengurus risiko kesan perubahan iklim seperti pemecah ombak, kawalan hakisan pantai dan banjir khusus untuk kawasan Kudat dan Pitas di Parlim...",
        "question": "Dato' Verdon bin Bahanda [ Kudat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rancangan Kementerian untuk meminimumkan dan mengurus risiko kesan perubahan iklim seperti pemecah ombak, kawalan hakisan pantai dan banjir khusus untuk kawasan Kudat dan Pitas di Parlimen Kudat yang setiap tahun terkesan akibat perubahan iklim.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Mengatasi Banjir di seluruh Pantai Negeri Sabah telah diluluskan di bawah RMKe-12 melibatkan sebelas (11) lokasi projek yang kini di peringkat penilaian dokumen tender. Projek ini termasuk tiga (3) lokasi projek yang terletak di Daerah Pitas iaitu Pantai Malubang, Pantai Pinggan-Pinggan dan Pantai Kesagaan.\n\n• Bagi kawasan Kudat pula, JPS sedang melaksanakan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) Negeri Sabah (Tuaran-Kudat) dan dijangka siap Februari 2024 dengan kos berjumlah RM1.86 juta. Pelan ini disediakan sebagai bantuan Decision Support System (DSS) bagi perancangan zon persisiran pantai untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri, dan pihak berkepentingan lain bagi menggalakkan pembangunan terancang melalui strategi dan langkah pencegahan dan mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar secara am dan kawasan persisiran pantai secara khusus. \n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, JPS juga dalam proses melantik perunding untuk kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Di Daerah Kudat, Sabah dengan anggaran kos berjumlah RM1.7 juta bagi tempoh kajian selama 18 bulan. Di antara objektif kajian ini ialah bagi mengenalpasti penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang serta menyediakan pelan penyelesaian menyeluruh untuk menangani isu kejadian banjir dengan mengambil kira kecukupan sumber air di kawasan kajian. \n\n• Selain itu, kajian ini juga akan menghasilkan beberapa jenis peta seperti Flood Hazard Map, Flood Damage Map, Flood Risk Map dan Flood Evacuation Map. Kajian ini dapat membantu agensi membuat perancangan pembinaan struktur tebatan banjir, membantu merangka rancangan struktur fizikal negara serta membantu membuat perancangan sebelum, semasa dan selepas berlakunya kejadian banjir.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2483,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2483",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada baraj baru di Mak Mandin Ampang Jajar, Sungai Perai negeri Pulau Pinang akan dibina yang mana juga turut berperanan membantu mengelak (saline intrusion) daripada memasuki muka s...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada baraj baru di Mak Mandin Ampang Jajar, Sungai Perai negeri Pulau Pinang akan dibina yang mana juga turut berperanan membantu mengelak (saline intrusion) daripada memasuki muka sauk di sungai berkaitan. Jelaskan juga sama ada Kementerian mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dalam membekalkan sebuah takungan air mentah simpanan untuk kegunaan pada musim kemarau atau tempoh kecemasan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sebarang permohonan rasmi berkaitan projek baraj baru di Mak Mandin Ampang Jajar, Sungai Perai negeri Pulau Pinang diterima oleh Bahagian Bekalan Air (BBA), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. \n\n• Merujuk kepada perancangan akan datang bagi Pulau Pinang, dimaklumkan bahawa di bawah Rolling Plan keempat, Rancangan Malaysia ke-12 (RP4 RMKe-12), Kajian Pembangunan Sumber Air Mentah dari Lembangan Sungai Kerian Termasuk Kebolehlaksanaan Pembesaran Empangan Bukit Panchor, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah diluluskan dengan peruntukan secara geran sebanyak RM3 juta.\n\n• Kementerian mengalu-alukan Kerajaan Negeri untuk mengemukakan permohonan projek sumber bagi bekalan air untuk Rolling Plan yang akan datang menerusi Bahagian Bekalan Air untuk diteliti. Projek yang telah dikenal pasti kemudian akan diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2421,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2421",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-31",
        "year": 2023,
        "no": "24",
        "member": "Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman",
        "area": "Labuan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan:- • bilakah kerja-kerja menaik taraf paip-paip air di W.P. Labuan siap dilaksanakan sepenuhnya dan sampai bilakah tindakan bahagian bekalan air (BBA) yang mencatu bekalan air bersih seti...",
        "question": "Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:-\n\n• bilakah kerja-kerja menaik taraf paip-paip air di W.P. Labuan siap dilaksanakan sepenuhnya dan sampai bilakah tindakan bahagian bekalan air (BBA) yang mencatu bekalan air bersih setiap minggu dapat dihentikan; dan\n\n• berapa lama lagi rakyat Labuan menderita akibat ketidakcekapan pihak pengurusan SESB kerana masalah gangguan bekalan elektrik semakin berlarutan dan bertambah teruk. Inikah penghormatan yang sepatutnya diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah apabila penyerahan Labuan yang bertujuan untuk dimaju dan dibangunkan namun setelah 39 tahun menjadi Wilayah Persekutuan yang ke-2, Labuan masih dan tetap lagi mundur sama ada dari aspek pembangunan mahupun ekonominya.",
        "answer": "Soalan pertama (i) :\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan komited untuk mengurangkan gangguan bekalan air di Labuan. Kerja-kerja menaik taraf dan mengganti paip yang melibatkan peruntukan perbelanjaan yang besar sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.\n\n• Di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP3, RMKe-12), terdapat 10 projek pembangunan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM448.3 juta. Projek-projek ini melibatkan 2 projek dalam peringkat perancangan, 2 projek dalam peringkat rekabentuk, 5 projek dalam peringkat pembinaan dan 1 projek yang telah siap. Kesemua projek ini meliputi kerja-kerja penggantian paip usang sepanjang 31.7km, pembinaan tangki simpanan air, Program Pengurangan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water - NRW), menaiktaraf sistem takungan air mentah dan menaiktaraf empangan berisiko tinggi.\n\n• Bahagian Bekalan Air Labuan melaksanakan catuan air terawat sekiranya berlaku gangguan utama di Terminal Tangki Simpanan Pulau Enoe seperti kerosakan teknikal pada Pam Fasa I dan Fasa II, serta keadaan semasa paras air di tangki-tangki imbangan & tangki perkhidmatan serta masalah luar jangka yang lain seperti gangguan bekalan elektrik dan saluran paip utama pecah.\n\n• Pada tahun 2023, peruntukan belanja mengurus bagi kerja-kerja operasi dan penyenggaraan sistem bekalan air Labuan telah diluluskan sebanyak RM42.7 juta. Peruntukan sebanyak RM300 juta juga telah dimohon oleh NRECC sebagai cadangan Inisiatif Bajet 2024 bagi membantu mengatasi masalah bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan.\n\nSoalan kedua (ii) :\nTuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n1) Prestasi sistem pembekalan elektrik di Sabah dipantau dengan menggunakan indeks purata tempoh gangguan sistem atau System Average Interruption Duration Index (SAIDI) dengan izin, yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun. Sasaran SAIDI Negeri Sabah bagi tahun 2023 adalah sebanyak 250 minit/pengguna/tahun.\n2) Kadar SAIDI di Wilayah Persekutuan Labuan (sehingga 31 Julai 2023) adalah sebanyak 340.44 minit/pengguna/tahun. Pencapaian SAIDI ini adalah tidak memuaskan dan tidak mencapai sasaran yang telah disasarkan oleh Kerajaan. Hal ini berlaku disebabkan kurang rizab margin di Sabah iaitu 11.4% berbanding kadar optimum sepatutnya 30% dan juga disebabkan loji-loji janakuasa yang kurang.\n3) Oleh itu, bagi mengatasi masalah ketidakcukupan pembekalan elektrik di Sabah, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS) telah membuat keputusan supaya meneliti opsyen-opsyen penjanaan seperti berikut:\n(a) penggunaan interim set generator SESB 100MW selama enam (6) bulan; \n(b) melaksanakan semula Rental Sets 100MW di kawasan Pantai Barat Sabah; \n(c) mempercepatkan penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) 200MW pada tahun 2024 dan dilaksanakan oleh SESB; dan \n(d) melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada (berdasarkan keperluan semasa).\n\n4) Cadangan-cadangan tersebut sedang diteliti oleh ST bersama-sama ECoS dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebelum diangkat untuk pertimbangan lanjut Jemaah Menteri dalam masa terdekat.\n5) Selain daripada itu, pihak SESB juga sedang giat mencari sumber alternatif pembekalan lain seperti penyediaan genset tambahan untuk mengurangkan impak permintaan beban di waktu puncak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2468,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2468",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "24",
        "member": "Dato' Azman bin Nasrudin",
        "area": "Padang Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan Malaysia telah diketahui umum sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli nadir bumi. Mengikut kajian Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Tenaga Atom dan Pusat Nuklear Malaysia, a...",
        "question": "Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan Malaysia telah diketahui umum sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli nadir bumi. Mengikut kajian Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Tenaga Atom dan Pusat Nuklear Malaysia, adakah nadir bumi yang terdapat di Malaysia mempunyai kesan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sumber bagi unsur nadir bumi (rare earth element - REE) boleh dibahagikan kepada sumber yang diperolehi daripada mineral dan sumber diperolehi daripada lempung jerapan ion (ion-adsorption clay - IAC). Sumber REE yang diperolehi daripada mineral seperti mineral bastnasite, monazite dan xenotime dikaitkan dengan kandungan radioaktiviti.\n\n• Perlombongan REE yang dibenarkan di Malaysia pada masa ini adalah perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) daripada sumber IAC. Bagi perlombongan NR-REE, tiada bahan radioaktif yang akan terhasil memandangkan tahap kepekatan radioaktiviti semula jadinya tidak melebihi 1.0 Becquerel per gram (Bq/g) atau masing-masing 246.5 part per milion (ppm) torium atau 80.9 ppm uranium atau 10 Bq/g kalium, sebagaimana ditetapkan di bawah Jadual Kedua, Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.\n\n• Bahan radioaktif dalam keadaan semula jadi (naturally occuring radioactive mineral - NORM) yang tidak mengandungi jumlah radionuklid yang ketara, wujud secara semula jadi. Kepekatan NORM berbeza-beza secara meluas dan biasanya rendah dalam tanah liat.\n\n• Sehubungan itu, sumber NR-REE yang diekstrak dengan menggunakan kaedah ISL adalah lebih selamat kerana unsur di dalamnya mematuhi nilai yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Atom, iaitu jika nilai kandungan radioaktif tidak melebihi 1 Becquerel per gram (1 Bq/g). Oleh yang demikian, ianya dikategorikan sebagai tidak merbahaya dan tidak dikawal oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 serta tidak memberi impak negatif terhadap manusia dan alam sekitar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2439,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2439",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "25",
        "member": "Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan",
        "area": "Sri Gading",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha yang boleh diambil oleh Kerajaan bagi memastikan haiwan liar seperti monyet dan kera yang merosakkan hasil tanaman penduduk kampung mampu diatasi sehingga kini. Monyet dan kera mul...",
        "question": "Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha yang boleh diambil oleh Kerajaan bagi memastikan haiwan liar seperti monyet dan kera yang merosakkan hasil tanaman penduduk kampung mampu diatasi sehingga kini. Monyet dan kera mula mengancam penduduk dengan memasuki rumah penduduk kampung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam menangani konflik manusia dan hidupan liar seperti monyet dan kera yang mengganggu tanaman. Antara usaha yang sedang dan telah diambil bagi menangani masalah ini adalah seperti berikut: \n\n(i) menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai dan penduduk kampung;\n(ii) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman;\n(iii) menjalankan program pemasangan perangkap komuniti untuk menangkap hidupan liar bermasalah;\n(iv) menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan penduduk kampung dan pemegang taruh; dan\n(v) menjalankan “program penakaian populasi” di kawasan yang berisiko bagi mengurangkan populasi monyet dan kera yang mengancam tanaman dan penduduk.\n\nDi samping itu, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2454,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2454",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "25",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi terkini untuk mengurangkan kebergantungan global bagi REE.",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan strategi terkini untuk mengurangkan kebergantungan global bagi REE.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seperti sedia maklum, NR-REE merupakan mineral strategik yang diperlukan oleh dunia dalam penghasilan pelbagai produk berteknologi tinggi, termasuk dalam industri tenaga boleh baharu. Sasaran yang ditetapkan oleh pengeluar-pengeluar utama kenderaan untuk peralihan kepada kenderaan elektrik pada tahun 2030 telah meningkatkan permintaan kepada sumber NR-REE yang diperlukan bagi penghasilan super magnet dan motor elektrik.\n\n• Menyedari trend ini, Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai sumber NR-REE yang banyak, tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengoptimumkan penggunaan sumber ini bagi memberikan impak yang signifikan kepada kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Dalam konteks mineral ini, ia hanya bermanfaat sekiranya diekstrak dan dibangunkan untuk menjadi input bahan kepada industri lain.\n\n• Pada masa ini, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk merangka model perniagaan atau business model bagi pembangunan industri NR-REE dalam keseluruhan rantaian nilai dari peringkat huluan, pertengahan dan hiliran, berteraskan kepada prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.\n\n• Namun begitu, Kementerian melalui JMG juga sedang berusaha untuk meneroka sumber-sumber lain yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber alternatif dan baharu. Dalam hal ini, Kementerian menyedari beberapa strategi dan inisiatif perlu digerakkan bagi mempelbagaikan penawaran sumber mineral seperti berikut:\n\n• penekanan terhadap konsep ekonomi kitaran atau circular economy seperti proses kitar semula komponen mineral dari bahan-bahan elektronik terpakai dan penggunaan bahan sisa perlombongan bagi menghasilkan produk baharu yang boleh dikomersialkan. Ia secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan kepada sumber nadir bumi;\n\n• mempergiatkan kerja-kerja penyelidikan dalam membangunkan teknologi berasaskan mineral baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada mineral-mineral sedia ada. JMG melalui Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) bertanggungjawab untuk menerajui penyelidikan dan pembangunan mineral dalam membangunkan teknologi bagi mineral tempatan sedia ada dengan kerjasama institut-institut pengajian tinggi (IPT) tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP);\n\n• penyertaan JMG dalam platform bidang kerjasama dan forum diperingkat serantau dan antarabangsa, antaranya seperti ASEAN Senior Officials Meeting In Minerals (ASOMM), Coordinating Committee for Geoscience Programmes (CCOP) dan United Nation Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) bagi mengikuti perkembangan pembangunan dan teknologi terkini berkaitan industri mineral; dan\n\n• penerokaan sumber alternatif seperti daripada Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) iaitu penjanaan tenaga boleh baharu daripada lautan yang memberikan hasil sampingan hidrogen dan lithium.\n\n• Kementerian percaya melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak dan perkembangan teknologi semasa, negara akan menemui sumber-sumber baharu yang boleh diteroka di masa akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2469,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2469",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "26",
        "member": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini terutamanya di Jerantut; dan b) senarai lombongan haram nadir bumi y...",
        "question": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini\nterutamanya di Jerantut; dan\nb) senarai lombongan haram nadir bumi yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini terutamanya di Jerantut;\n\n• Setakat ini, tiada sebarang kelulusan tenemen mineral dan aktiviti perlombongan NR-REE di Daerah Jerantut, Pahang. SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia adalah satu komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi NR-REE di Malaysia dijalankan secara lestari dan tidak memberikan impak ketara kepada persekitaran. SOP ini menekankan perkara-perkara penting yang sering menimbulkan kegusaran mengenai kesan aktiviti perlombongan kepada alam sekitar serta ekosistem biodiversiti.\n\n• Kaedah perlombongan NR-REE yang dibenarkan di dalam SOP adalah menggunakan kaedah in-situ leaching (ISL) sahaja. Kaedah ini tidak memberikan impak besar terhadap alam sekitar. Ini kerana aktiviti pembukaan tanah adalah minimum dan hanya bagi tujuan penyediaan tapak loji hidrometalurgi dan fasiliti lain seperti laluan akses, serta saliran dan kolam pengumpulan NR-REE sahaja. Penggunaan kaedah ini tidak melibatkan penebangan dalam skala yang besar dan pengorekan keluar tanah beban dan tanah berbijih seperti mana kaedah perlombongan konvensional.\n\n• Kaedah ISL hanya dibenarkan dilaksanakan pada aras yang lebih tinggi daripada aras air tanah (water table) dan di kawasan yang mempunyai kecerunan. Ia bertujuan untuk mengelakkan pencemaran air tanah supaya proses larutresap boleh berlaku dalam keadaan efektif. Ia juga bagi mengelakkan air bawah tanah daripada tercemar.\n\n• Penggunaan ammonium sulfat sebagai agen pelarutresap juga tidak mendatangkan sebarang kesan negatif ke atas tumbuhan pada masa ini. Sebagai contoh, kerja penorehan getah masih dilaksanakan di kawasan aktiviti perlombongan NR-REE yang dijalankan di tapak projek perintis di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak sehingga kini.\n\n(b) senarai lombong haram nadir bumi yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian\n\n5. Pada masa ini, aktiviti perlombongan haram telah dikenal pasti di beberapa lokasi di Negeri Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2403,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2403",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Lo Su Fui",
        "area": "Tawau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status kemajuan Projek Rancangan Tebatan Banjir Tawau Fasa 1A yang diluluskan pada RMK-11 Pakej 3 dan 4 yang meliputi :- a) pembesaran sungai asal sepanjang 4.0 KM dari Kampung Titingan ...",
        "question": "Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status kemajuan Projek Rancangan Tebatan Banjir Tawau Fasa 1A yang diluluskan pada RMK-11 Pakej 3 dan 4 yang meliputi :-\n\na) pembesaran sungai asal sepanjang 4.0 KM dari Kampung Titingan kerana keadaan sekarang, besar di hulu sungai 20 meter dan di hilir sungai 7 meter menyebabkan air melimpah dan banjir; dan\n\nb) pemasangan kunci air automatik atau Automatic Tidal Gate) dan memperbaiki sistem pengaliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Kukusan sehingga lautan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini sememangnya mempunyai perancangan menyeluruh bagi mengatasi isu kejadian banjir yang berlaku di Sungai Tawau. \n\n• Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, (Fasa 1A – Pakej 3 dan Pakej 4) sedang dilaksanakan di tapak, bermula pada tahun 2019 dan dijangka siap pada tahun 2024 dengan kos kontrak RM27 juta. Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 8,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir. Projek ini turut merangkumi skop melebarkan dan mendalamkan muara sungai Tawau.\n\n• JPS juga telah mengemukakan permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1B - Pakej 1 dan Pakej 2) dalam permohonan projek Rolling Plan 4 (RP4) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12). Projek ini akan melengkapkan fasa pembinaan di kawasan Bandar Tawau dan sedang dalam pertimbangan dan kelulusan Kementerian Ekonomi.\n\n• Manakala skop pemasangan kunci air automatik (Automatic Tidal Gate) tidak dimasukkan di bawah RTB Sungai Tawau Fasa 1A. Walau bagaimanapun, komponen ini akan dimohon dalam Rolling Plan seterusnya. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2427,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2427",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "28",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary",
        "area": "Pengkalan Chepa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) status pelaksanaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok; dan b) status pembinaan sistem bekalan air luar bandar (BALB) Kampung Pengkalan N...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) status pelaksanaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dan Sungai Golok; dan\n\nb) status pembinaan sistem bekalan air luar bandar (BALB) Kampung Pengkalan Nangka dan kawasan Tumpat, Kelantan yang telah diluluskan oleh Kementerian di bawah permohonan Rolling Plan 4.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nJAWAPAN a)\n\nPembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 kini di peringkat pelaksanaan dengan kemajuan terkini di tapak sebanyak 92% sehingga akhir September 2023 dengan kos projek berjumlah RM699 juta. Projek ini dijangka siap pada Disember 2024 yang melibatkan skop seperti berikut:\n\n• Membaik pulih Sungai Pengkalan Datu dan Muara;\n\n• Pembinaan Left Bank Flood Levee/Wall Kampung Palekbang- Kampung Kok Majid, Tumpat;\n\n• Pembinaan Right Bank Flood Levee/Wall Kampung Tikat-Kampung Kedai Buluh, Kota Bharu; dan\n\n• Pembinaan dua (2) Bay Control Gate Sungai Pinang & satu (1) Bay Control Gate Sungai Tikat\n\n• Manakala projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kota Bharu pula merupakan kesinambungan dan menyokong fungsi projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1. Lawatan tapak telah diadakan pada 14 September 2023. Projek ini dijangka bermula pada tahun 2024 dan siap tahun 2027 yang berjumlah RM879 juta dan kini dalam proses penilaian tender. Skop yang terlibat adalah pembinaan pam, pembinaan ban dan tembok penahan serta lain-lain kerja yang berkaitan.\n\n• Kedua-dua projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 184,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir akibat limpahan Sungai Kelantan.\n\nPembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN)\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPS juga sedang menyiapkan PLSB Sungai Golok Fasa 1 (KESBAN) dengan anggaran kos sebanyak RM656 juta. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir di jajahan Tumpat. Kemajuan terkini di tapak sebanyak 76% sehingga 30 September 2023 dan dijangka siap pada Ogos 2024.\n\n• Bagi KESBAN Fasa 2, masih di peringkat pra pelaksanaan melibatkan kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang dan Jeli; dengan kos projek berjumlah RM879 juta dan kini proses penilaian tender. Skop yang terlibat adalah pembinaan pam, pembinaan ban dan tembok penahan serta lain-lain kerja yang berkaitan.\n\n• Bagi KESBAN Fasa 3, masih di peringkat pra pelaksanaan dengan kos projek berjumlah RM472 juta. Lawatan tender bagi projek ini telah dijalankan pada 13 September 2023.\n\n• Pihak kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak (KESBAN Fasa 1) dan pemantauan projek dilaksanakan oleh JPS Negeri Kelantan. Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 57,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir akibat limpahan sungai di Rantau Panjang. Kementerian akan memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.\n\nJAWAPAN b)\n\nPembinaan sistem bekalan air luar bandar (BALB) Kampung Pengkalan Nangka dan kawasan Tumpat, Kelantan\n\n• Projek bekalan air luar bandar (BALB) Kampung Pengkalan Nangka dan kawasan sekitar, Tumpat telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3 (RP3) tahun 2023 dengan kos keseluruhan berjumlah RM75 juta.\n\n• Projek ini melibatkan skop pembinaan sebuah loji rawatan air baharu dengan kapasiti dianggarkan 30 hingga 50 juta liter sehari, tangki menara dan pemasangan paip agihan utama kepada sistem agihan sedia ada. Projek ini akan meningkatkan bekalan air kepada sebahagian besar kawasan Jajahan Tumpat termasuk Bandar Tumpat, Pantai Seri Tujuh, Pengkalan Kubur, Cabang Empat dan kawasan sekitar. \n\n• Projek ini adalah dalam proses pelantikan perunding reka bentuk oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan dijangka selesai proses reka bentuk bagi kelulusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Makmal Pengurusan Nilai dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada awal tahun 2025 sebelum boleh ditender bagi pembinaan. Projek ini juga memerlukan pengambilan tanah bagi tapak loji serta kajian hidrologi sumber air sungai oleh pihak Kerajaan Negeri / AKSB sebelum reka bentuk projek dapat disiapkan dan sedia untuk tender pembinaan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2470,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2470",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "29",
        "member": "Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail",
        "area": "Bandar Tun Razak",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan kaedah bagaimana mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau seawal 2050 untuk mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim seperti mana sasaran RMK-12.",
        "question": "Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kaedah bagaimana mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau seawal 2050 untuk mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim seperti mana sasaran RMK-12.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi mengurangkan pelepasan GHG seperti yang telah digariskan dalam Bab 8 RMK-12 yang merangkumi tindakan-tindakan mitigasi melalui program-program penggunaan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga melalui program National Energy Efficiency Action Plan, pengangkutan awam berasaskan rel/kereta api, penggunaan kenderaan cekap tenaga, penggunaan biodiesel berasaskan sawit dalam diesel petroleum campuran, penggunaan gas asli dalam kenderaan serta program di bawah sub-sektor gas dan minyak. Kementerian juga akan membangunkan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) yang akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan sehingga kita mencapai aspirasi sifar bersih.\n\n2. Selain usaha untuk meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan, pendekatan pengurangan penggunaan tenaga turut dilaksanakan dengan memperkenalkan inisiatif kecekapan tenaga dan langkah-langkah penjimatan tenaga. Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kecekapan dan Konservasi Tenaga bertujuan untuk mewujudkan satu kerangka perundangan kecekapan tenaga yang komprehensif bagi mengawal selia, menguatkuasa, menyelaras dan melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga termasuk tenaga termal. RUU ini berkait rapat dengan inisiatif peralihan tenaga (energy transition) ke arah mencapai aspirasi pelepasan GHG bersih sifar (net-zero GHG emissions) menjelang tahun 2050 oleh sektor berkaitan tenaga. Melalui penguatkuasaan RUU ini ke atas sektor industri, komersial dan domestik (kediaman) sehingga tahun 2050, Kerajaan dijangka menjimatkan penggunaan tenaga yang dianggarkan berjumlah 2,017 juta Gigajoule (GJ) atau bersamaan RM97.1 bilion dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 197,877 ktCO2. Negara juga dijangka dapat mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu dan membolehkan Kerajaan membuat perancangan bagi pembangunan tenaga negara dengan lebih berkesan.\n\n3. Selain itu, bagi mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim, negara juga perlu membuat penyesuaian (adaptation) terhadap kesan perubahan iklim yang sedang dihadapi oleh negara. Sehubungan itu, Kerajaan telah memohon dana di bawah Green Climate Fund untuk membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan, NAP) yang akan melihat kesan perubahan iklim seperti banjir, kenaikan paras laut, hakisan pantai dan kemarau terhadap lima sektor utama iaitu: \n\n(i) jaminan air dan sumber pesisir;\n(ii) pertanian dan jaminan makanan;\n(iii) infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandaraya;\n(iv) perhutanan dan biodiversiti; dan\n(v) kesihatan awam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2471,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2471",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "30",
        "member": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan status lombong Rare Earth Element (REE) atau unsur nadir bumi yang telah beroperasi di Daerah Gerik, Hulu Perak dan telah mengeluarkan hasil pertama pada Februari sebanyak RM1.66 juta ya...",
        "question": "Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status lombong Rare Earth Element (REE) atau unsur nadir bumi yang telah beroperasi di Daerah Gerik, Hulu Perak dan telah mengeluarkan hasil pertama pada Februari sebanyak RM1.66 juta yang berada di Mukim Kenering. Malangnya ia melibatkan beberapa isu iaitu :-\n\na) berapakah hasil pengeluaran sebenar REE tersebut dan bagaimanakah pembahagian keuntungan atau hasil antara syarikat pelombong, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah); dan\n\nb) sumber air yang mengalir memasuki perairan Sungai Perak dan tenaga pekerja yang digunakan tidak melibatkan secara menyeluruh warga Gerik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Operasi perlombongan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang dilaksanakan di atas tapak projek perintis di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak telah bermula sejak September 2022 dengan pengeluaran pertama produk lombong Rare Earth Carbonate (REC) pada bulan Oktober 2022. Berdasarkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), pengeluaran produk lombong REC dari tapak projek perintis ini dari tempoh mula beroperasi sehingga bulan Ogos 2023 adalah sebanyak 5,139 tan metrik.\n\n2. Dari segi kutipan royalti dan juga pengagihannya, ianya adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Perak.\n\n3. Bagi isu berkaitan sumber air yang mengalir masuk ke Sungai Perak, aktiviti di tapak projek perintis tidak melibatkan sebarang pelepasan efluen keluar daripada kawasan tapak projek semasa aktiviti perlombongan dijalankan. Ini adalah di antara syarat-syarat ketat yang dikenakan dalam kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SPM) selain daripada syarat di dalam kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) selaras dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE Di Negeri Perak.\n\n4. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menjalankan kerja pemantauan kualiti air permukaan dan air bawah tanah di kawasan tapak projek perintis secara berkala bagi tujuan memastikan pelaksanaan projek perintis tersebut mematuhi syarat-syarat kelulusan SPM serta kualiti air mematuhi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016.\n\n5. Berdasarkan rekod JMG sehingga bulan Ogos 2023, tenaga kerja di tapak projek perintis perlombongan NR-REE adalah seramai 184 orang yang terdiri daripada profesional dan teknikal diantaranya seperti jurutera perlombongan, ahli geologi, jurutera pemprosesan mineral dan pegawai alam sekitar selain daripada tenaga buruh. Daripada jumlah ini, tenaga kerja tempatan yang digaji adalah sebanyak 35 peratus. Peratusan pekerja asing yang lebih besar kerana ia melibatkan kepakaran teknikal khusus dari luar negara. Pada masa yang sama, kementerian turut melihat kepada potensi pemindahan teknologi dan kepakaran ini kepada profesional dan tenaga kerja tempatan secara berperingkat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2448,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2448",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "31",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kesediaan Malaysia membangunkan industri mineral daripada aspek teknologi dan tenaga mahir.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan Malaysia membangunkan industri mineral daripada aspek teknologi dan tenaga mahir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah menyediakan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021 – 2030) yang bertujuan mempertingkatkan pembangunan dan pengurusan industri mineral dengan memberikan penekanan kepada penciptaan nilai tambah, diusahakan secara lestari dan mencipta industri sokongan termasuk penggunaan teknologi terkini dalam Revolusi Industri 4.0.\n\n• Pelan TIM 2021 – 2030 ini merupakan satu perancangan bersifat holistik, di mana hasrat utama kerajaan adalah ingin membangunkan industri mineral secara menyeluruh dan bersepadu melalui transformasi di setiap peringkat rantaian nilai merangkumi sektor huluan, pertengahan dan hiliran. Ini termasuklah pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi.\n\n• Pada masa ini, Kementerian di dalam peringkat akhir penyediaan Dasar Mineral Negara 3 yang turut menekankan penggunaan teknologi dan inovasi bagi industri mineral. Dasar ini dibangunkan selari dengan dasar-dasar utama sedia ada diantaranya Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional 2021 -2030. Kementerian telah melaksanakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan Dasar Mineral Negara 3 yang sedang dirangka dapat memenuhi aspek teknologi dan tenaga mahir bagi industri mineral.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2455,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2455",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "31",
        "member": "Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad",
        "area": "Kuala Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan teknologi RE strategik yang perlu diberi tumpuan dalam R...",
        "question": "Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan teknologi RE strategik yang perlu diberi tumpuan dalam R&D, untuk menghasilkan nilai ekonomi baru serta menjadikan Malaysia penjana RE (dan bukan sekadar pengguna teknologi) lantas menjadi hub RE global dalam jangka panjang sekaligus menyokong NETR atau 'Pelan Hala-Tuju Peralihan Tenaga Nasional'.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKerajaan menyambut baik cadangan untuk menyediakan mengambil maklum mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat berhubung penyediaan “Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan teknologi RE strategik yang perlu diberi tumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), untuk menghasilkan nilai ekonomi baru serta menjadikan Malaysia sebagai peneraju penjanaan TBB di peringkat serantau.\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai pengguna teknologi (technology user) akan bekerjasama dengan Kementerian yang bertanggungjawab dalam menyediakan dana penyelidikan seperti Kementerian Ekonomi serta Kementerian yang menerajui pembangunan teknologi iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha menerokai potensi dan manfaat penyediaan peta teknologi ini bagi membolehkan Malaysia menjadi hab TBB dalam jangka panjang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2485,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2485",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "31",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib",
        "area": "Maran",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini bagi projek tebatan banjir di Parlimen Maran yang sebelum ini telah diluluskan dan bilakah kerja-kerja akan dimulakan.",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini bagi projek tebatan banjir di Parlimen Maran yang sebelum ini telah diluluskan dan bilakah kerja-kerja akan dimulakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Tebatan Banjir Bandar Maran Fasa 1 ini telah bermula pada 05 Disember 2022 dan jangka siap pada Jun 2024. Peratus kemajuan projek ini sehingga bulan September 2023 adalah 45%.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2394,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2394",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "32",
        "member": "Dr. Hajah Halimah Ali",
        "area": "Kapar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) bagaimanakah pihak Kerajaan memastikan kilang-kilang tidak menjadi penyebab pencemaran alam sekitar; dan b) apakah tindakan tuntas Kerajaan mengenai sisa buangan kilang di tapak pe...",
        "question": "Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) bagaimanakah pihak Kerajaan memastikan kilang-kilang tidak menjadi penyebab pencemaran alam sekitar; dan\n\nb) apakah tindakan tuntas Kerajaan mengenai sisa buangan kilang di tapak pelupusan haram seperti di Batu 14, Jalan Kapar yang dikatakan telah mencecah hingga 400 tan sampah dan kebakaran sampah ini masih berulang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSoalan (a)\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan strategi yang merangkumi program penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) terutamanya di kilang dan industri. \n\n• Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:\n\n• mempertingkatkan penguatkuasaan bagi punca-punca yang tertakluk di bawah Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya secara berterusan. Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan berdasarkan Akta 127 seperti penahanan operasi, kompaun, tindakan mahkamah, tarik atau gantung lesen dan perintah larangan operasi;\n\n• mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran di bawah Akta 127 supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• meningkatkan penggunaan teknologi dalam memantau pematuhan kilang-kilang yang melepaskan efluen seperti menggunakan drone dan pelaporan pemantauan alam sekitar secara atas talian; dan\n\n• meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai untuk merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan. Pengesanan perubahan kepada kualiti air sungai akan disusuli dengan tindakan penguatkuasaan di lapangan.\n\n• Selain daripada aspek penguatkuasaan dan pemantauan di bawah Akta 127, Kementerian juga akan mengukuhkan kerjasama melalui pelaksanaan operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan.\n\nSoalan (b)\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Seperti sedia maklum, pengurusan sampah atau sisa pepejal adalah diterajui oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Untuk makluman, sisa pepejal yang terhasil daripada operasi kilang dikategorikan di bawah sektor industri. Bagi negeri-negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672], pengurusan sisa pepejal di sektor komersial, industri dan institusi (CII) adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018 (P.U. (A) 181/2018). \n\n• Merujuk kepada peraturan ini, pemilik premis (pemilik, penyewa atau badan pengurusan) diwajibkan mengasingkan sisa pepejal, menyediakan tong sisa pepejal yang sesuai, melantik kontraktor berlesen bagi perkhidmatan pemungutan dan menyimpan rekod berhubung perkhidmatan pemungutan. Mana-mana penghasil sisa dari sektor CII yang gagal mematuhi keperluan peraturan ini dan menyebabkan berlakunya pembuangan dan pelupusan secara haram, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebih RM10,000.\n\n• Berdasarkan semakan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, tanah yang dijadikan sebagai tapak pelupusan haram bukan merupakan tanah milik Kerajaan, tetapi ia merupakan tanah milik Sime Darby Property. PDT Klang telah mengeluarkan Notis 7A (Notis Untuk Memulih Pelanggaran Syarat) dan notis tamat pada 26 Mei 2023. PDT Klang juga telah memberikan kelulusan pelanjutan tempoh remedi tanah kepada pihak Sime Darby sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.\n\n• Manakala bagi Majlis Perbandaran Klang, sebanyak 4 operasi pemadaman kebakaran telah dijalankan iaitu pada 17 hingga 20 Mei 2023, 2 Ogos 2023, 4 September 2023 dan 21 September 2023. Setakat ini, tiada sitaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak kerana lokasi telah ditutup sepenuhnya.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2456,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2456",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "32",
        "member": "Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan segera Kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang mengakibatkan banjir yang akan berlaku di negeri Pantai Timur sebagai langkah untuk mengatasi KESBAN yang masih belum sia...",
        "question": "Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan segera Kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang mengakibatkan banjir yang akan berlaku di negeri Pantai Timur sebagai langkah untuk mengatasi KESBAN yang masih belum siap sepenuhnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa tindakan kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut di Pantai Timur seperti berikut:\n\n• Pelaksanaan pelan tindakan kepada kerja-kerja penyelesaian berimpak tinggi berkos rendah seperti penyelenggaraan sistem saliran, mendalamkan sungai dan meninggikan benteng sungai melalui peruntukan Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-12) berjumlah RM24 juta bagi negeri Kelantan; \n\n• Penyaluran peruntukan kerja-kerja kecemasan luar jangka bagi tahun 2023 kepada Negeri Kelantan berjumlah RM10 juta, Negeri Terengganu berjumlah RM7 juta dan Negeri Pahang berjumlah RM7 juta;\n\n• Pelaksanaan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara, (PRAB). PRAB Fasa 1 melibatkan tiga (3) lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Pahang telah bermula pada tahun 2015 dan telah mula beroperasi pada tahun 2017. Manakala PRAB Fasa 2C telah dimulakan pada tahun 2019 melibatkan 11 lembangan sungai di negeri di Pantai Timur termasuk sungai Golok di Kelantan. Model Ramalan Banjir PRAB Fasa 2C telah beroperasi pada tahun 2022 untuk membolehkan amaran awal banjir diberikan kepada penduduk di Negeri Pantai Timur semasa musim Monsun Timur Laut; dan\n\n• Menambah baik aset-aset pemantauan dan amaran awal persediaan banjir di kawasan Pantai Timur. Antara aset yang disediakan di pantai timur adalah 274 pam bergerak pelbagai kapasiti, 33 kenderaan, 13 buah bot, dan 379 stesen telemetri. \n\n• Selain itu, bagi mengurangkan impak banjir termenung pihak JPS juga telah melaksanakan kerja-kerja segera bagi pembinaan alur limpah di Sungai Lemal Lanchang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2387,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2387",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "33",
        "member": "Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab",
        "area": "Tanjong Manis",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah terdapat peruntukan untuk membina benteng hakisan ombak untuk melindungi kawasan pantai yang terhakis di Parlimen Tanjong Manis.",
        "question": "Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah terdapat peruntukan untuk membina benteng hakisan ombak untuk melindungi kawasan pantai yang terhakis di Parlimen Tanjong Manis.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek-projek membina benteng hakisan ombak di bawah peruntukan Mengatasi Banjir Pantai di Negeri Sarawak, di kawasan Parlimen Tanjung Manis. Projek ini melibatkan Kampung Baru Rajang, Kampung Tekajong dan Sebako Sedi di Bahagian Mukah dengan anggaran 4.5km panjang pantai dan 3,000 penduduk dapat dilindungi. Projek ini bertujuan mengurangkan risiko berlakunya limpahan banjir pantai ke kawasan penduduk, melindungi harta benda dan kawasan pertanian. Projek ini sedang dalam peringkat pra-pelaksanaan. \n\n• Secara keseluruhannya, di Negeri Sarawak, projek membina benteng hakisan ombak dapat melindungi 32.9km panjang persisiran pantai akibat banjir pantai dan menyediakan perlindungan kepada penduduk seramai 37,000 orang di Sarawak yang terkesan akibat banjir pantai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2428,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2428",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "33",
        "member": "Tuan Tan Hong Pin",
        "area": "Bakri",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan status peningkatan ketelusan dan keberkesanan dengan Bursa Malaysia dalam usaha membuktikan syarikat Malaysia tidak terlibat dalam jerebu serantau di Indonesia dan juga status menggubal ...",
        "question": "Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status peningkatan ketelusan dan keberkesanan dengan Bursa Malaysia dalam usaha membuktikan syarikat Malaysia tidak terlibat dalam jerebu serantau di Indonesia dan juga status menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan sebagai langkah membuktikan syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak terlibat dalam kebakaran hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n• Kementerian telah mengadakan mesyuarat bersama Bursa Malaysia Berhad, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi mendapatkan pandangan dan sebagai langkah kerjasama untuk menangani isu jerebu merentas sempadan. Dalam hubungan ini, Bursa Malaysia Berhad memaklumkan bahawa satu sistem pelaporan tahunan iaitu Sustainability Report telah diwujudkan di mana syarikat tersenarai perlu mengemukakan pelaporan tahunan yang merangkumi penilaian kandungan bahan, skop geografi kawasan, inisiatif dan metodologi yang digunakan. Pelaporan ini adalah bagi menilai kepatuhan kepada environmental, social and governance (ESG).\n\n• Kementerian juga telah mengemukakan surat kepada syarikat perladangan milik Malaysia atau syarikat berkaitan Malaysia yang beroperasi di dalam negara dan di Indonesia untuk memastikan langkah-langkah pencegahan pembakaran terbuka di kawasan ladang diambil sewajarnya bagi mengelak berlakunya kebakaran ladang dan hutan gambut yang menjadi punca utama insiden jerebu tempatan dan jerebu merentas sempadan di rantau ini.\n\nAhli Yang Berhormat,\n\n• Kementerian juga telah meneliti kewajaran penggubalan Rang Undang-Undang Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan dari pelbagai sudut merangkumi kebolehlaksanaan undang-undang yang akan digubal, hubungan diplomatik dan kepentingan pencegahan pencemaran alam sekitar. Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, Kerajaan tidak akan meneruskan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. Perkara ini mengambil kira maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara dan pandangan pakar undang-undang berhubung kesukaran mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pendakwaan.\n\n• Bagi membolehkan penguatkuasaan RUU Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan, bukti jelas bahawa jerebu merentas sempadan yang berlaku adalah berpunca dari negara jiran perlu disokong oleh data-data yang mencukupi seperti peta lokasi, koordinat, maklumat pemilik tanah dan syarikat yang beroperasi di lokasi kebakaran. Perkara ini melibatkan kerahsiaan, keselamatan dan kedaulatan negara yang menjadi punca jerebu. Selain itu, maklumat syarikat berkaitan Malaysia yang beroperasi di negara luar juga sukar diperoleh memandangkan majoriti ekuiti dipegang oleh rakyat tempatan di negara syarikat beroperasi.\n\n• Pencemaran jerebu merentas sempadan tidak dapat diselesaikan hanya dengan penggubalan undang-undang semata-mata. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan intensiti jerebu merentas sempadan. Kementerian telah merangka strategi, inisiatif, langkah-langkah pencegahan serta mengutamakan pendekatan secara diplomasi melalui rundingan dua hala dan pelbagai hala dalam menangani masalah ini.\n\n• Pendekatan secara diplomasi dan rundingan adalah jalan yang lebih baik untuk menangani isu jerebu merentas sempadan secara kolektif. Dalam hal ini, Kerajaan akan melaksanakan pendekatan secara holistik melalui hubungan diplomatik yang erat dan kerjasama teknikal bagi memantapkan lagi keupayaan antara negara khususnya dalam bidang kajian saintifik dan penggunaan teknologi terkini berkaitan pengurusan tanah gambut serta operasi pemadaman kebakaran. Perkara ini juga adalah selaras dengan Artikel 16 (Kerjasama Teknikal) dan Artikel 17 (Kajian Saintifik) di bawah AATHP yang menekankan perkongsian kepakaran teknologi, teknik dan pengetahuan serta menyokong pelaksanaan kajian saintifik dan teknikal berhubung pengurusan kebakaran tanah gambut dan hutan serta kaedah pemadaman kebakaran yang berkesan.\n\n• Selain itu, Kerajaan juga akan meneliti dan menambahbaik pelan komunikasi insiden jerebu merentas sempadan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan serta mengelakkan pertikaian yang mengeruhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara jiran.\n\n• Selain itu, Malaysia turut mengadakan kerjasama dua hala dengan kerajaan Indonesia bagi usaha-usaha pencegahan jerebu secara “Government-to-Government” di bawah kerangka Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. Pihak Indonesia telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menangani masalah jerebu merentas sempadan sejak kejadian jerebu 2015 dan telah melaksanakan “Indonesia’s Plan of Action (PoA) in Dealing with Transboundary Haze Pollution” melalui inisiatif berikut:\n\n• penubuhan agensi khas bagi memulihkan tanah-tanah gambut yang telah terbakar (Peat Restoration Agency);\n\n• pelaksanaan “One Map Policy” iaitu pembangunan peta digital/geospatial bagi seluruh Indonesia; dan\n\n• pelaksanaan Arahan Presiden (Presidential Directive) yang berkuatkuasa pada 18 Januari 2016. Ia meliputi arahan untuk tidak mengeluarkan permit baru bagi konsesi di tanah gambut (permit moratorium), pencegahan dan amaran awal jerebu, pengenaan hukuman yang tegas, pemuliharaan ekosistem tanah gambut, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama erat (sinergy) antara Kerajaan Pusat dan Tempatan (provinsi).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2472,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2472",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "33",
        "member": "Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya",
        "area": "Putatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan dapatan hasil Data Bank Dunia 2023, negara-negara maju telah mula menguatkuasakan Carbon Pricing Policy untuk mengawal aktiviti ekonomi yang mencemarkan alam sekitar. Majoriti negara-neg...",
        "question": "Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dapatan hasil Data Bank Dunia 2023, negara-negara maju telah mula menguatkuasakan Carbon Pricing Policy untuk mengawal aktiviti ekonomi yang mencemarkan alam sekitar. Majoriti negara-negara membangun seperti Malaysia sebagai negara yang mempunyai hasil eksport yang tinggi, masih belum menguatkuasakan Carbon Pricing Policy. Apakah perancangan Malaysia dalam agenda carbon neutral growth.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia sebagai negara yang progresif terhadap perubahan iklim sentiasa peka terhadap perkembangan instrumen kewangan yang boleh membantu mengurangkan pelepasan GHG. Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama World Bank Group (WBG) serta kementerian dan agensi berkaitan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mekanisme penetapan harga karbon [Partnership for Market Implementation (PMI) and PMI Readiness Support Plan (RSP)] di Malaysia. Hasil kajian tersebut akan melihat kepada keseluruhan mekanisme penetapan harga karbon (carbon pricing) termasuklah Cukai Karbon dan Skim Perdagangan Karbon (emission trading scheme - ETS) yang boleh dilaksanakan di Malaysia. Kajian tersebut dijangka akan tamat pada 2025. \n\n2. Selain itu, Kerajaan juga sedang membangunkan dasar bagi mengoperasikan mekanisme pasaran karbon di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris. Pembangunan dasar ini adalah bertujuan untuk menyokong usaha bagi memenuhi obligasi dan komitmen Malaysia di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris serta menyokong agenda kemampanan dan pembangunan rendah karbon.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2486,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2486",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "33",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib",
        "area": "Maran",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu kekerapan ketiadaan air terutamanya di kawasan Parlimen Maran dan mengapakah ianya kerap terjadi kebelakangan ini.",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu kekerapan ketiadaan air terutamanya di kawasan Parlimen Maran dan mengapakah ianya kerap terjadi kebelakangan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sentiasa komited dan prihatin dalam mengatasi isu gangguan bekalan air di daerah Maran, Pahang. Antara punca berlakunya gangguan ini adalah disebabkan oleh masalah pada sistem agihan bekalan air yang diterima daripada lapan (8) buah Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Maran.\n\nBagi mengatasi masalah ini, operator air negeri iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah melaksanakan beberapa projek pembaikan dan menaiktaraf sistem agihan dalam daerah Maran di bawah Tempoh Operasi Keempat (OP4) dengan kos keseluruhan berjumlah RM45.36 juta seperti berikut:\n\nBil.\nProjek\nKos Projek (RM Juta)\nStatus Projek\n\n1.\nKerja - Kerja Naiktaraf Sistem Elektrikal (Motor dan Variable Speed Drive -VSD) Di Rumah Pam Air Bersih Loji Air Jengka Utama\n3\nProses lantikan perunding\n\n2.\nMerekabentuk, Membina, Menyiapkan dan Menauliah Sebuah Rumah Pam Penggalak Serta Pemasangan Paip Untuk Kawasan Pekan Awah Daerah Maran, Pahang Darul Makmur\n5.2\nPelaksanaan\n(Jadual:22%/\nSebenar:11%)\n\n3.\nKerja-Kerja NRW Penggantian Paip Dari Simpang Senggora Ke Kg. Lubuk Paku Daerah Maran\n8\nProses lantikan perunding\n\n4.\nKerja-Kerja NRW Penggantian Paip Dari Simpang Ulu Jempul Ke Hadapan Loji Ulu Jempul\n2\nProses lantikan perunding\n\n5.\nKerja-Kerja NRW Penggantian Paip Dari Jambatan Sg. Luit Hingga Ke Simpang Ulu Luit, Daerah Maran\n3\nProses lantikan perunding\n\n6.\nKerja-Kerja NRW Penggantian Paip (Jajaran Paip Pengepaman) Dari Rumah Pam Loji Chenor Ke Tangki Panchor, Daerah Maran\n2.5\nProses lantikan perunding\n\n7.\nKerja-Kerja NRW Penggantian Paip Di Dalam Kawasan Kg. Pejing\n1.5\nProses lantikan perunding\n\n8.\nCadangan Projek Pemasangan Paip Dari LRA Pekan Tajau Ke Sri Jaya, Maran sepanjang 15 km\n19.76\nPeringkat perolehan\n\n9.\nKerja-Kerja NRW Penggantian Paip (Jajaran Paip Pengepaman) Dari Rumah Pam Loji Chenor Ke Tangki Kening, Daerah Maran\n0.4\nPelaksanaan\n(Jadual:2%/\nSebenar: 2%)\n\nJumlah\nRM45.36 Juta",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2414,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2414",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "34",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) anggaran jumlah sisa panel solar menjelang 2050; dan b) rancangan Kerajaan untuk pengurusan end-of-life untuk panel solar.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) anggaran jumlah sisa panel solar menjelang 2050; dan\nb) rancangan Kerajaan untuk pengurusan end-of-life untuk panel\nsolar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan kapasiti sistem solar sehingga kira-kira 40GW menjelang tahun 2050, sisa panel solar dijangka akan mencecah kira-kira 40juta tan apabila tamat tempoh pengoperasian loji janakuasa solar tersebut.\n\nBagi memastikan pengendalian sisa panel solar yang menyeluruh, Kerajaan melalui agensi kawal selia yang berkaitan akan meneroka aspek pengurusan sisa tersebut seperti berikut:\n\n• pembangunan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali (buyback) yang khusus atau berpusat untuk panel solar; dan\n\n• menetapkan syarat “extended producer responsibility” terhadap komponen serta panel solar yang digunakan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2388,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2388",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "35",
        "member": "Tuan Khoo Poay Tiong",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) adakah Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan laporan EIA untuk projek terminal pelayaran Melaka Gateway oleh Syarikat KAJ Sdn Bhd memandangkan ia melibatkan penambakan laut; dan (...",
        "question": "Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\n(a) adakah Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan laporan EIA untuk projek terminal pelayaran Melaka Gateway oleh Syarikat KAJ Sdn Bhd memandangkan ia melibatkan penambakan laut; dan\n\n(b) adakah ini bercanggah atau berlebihan (redundant) memandangkan Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan laporan EIA untuk projek terminal pelayaran di kawasan berhampiran oleh Syarikat Far East Sdn Bhd.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih belum menerima Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi cadangan pembangunan di atas Pulau Satu (PME1) daripada pihak Penggerak Projek iaitu syarikat KAJ Development Sdn Bhd. Berdasarkan dokumen Bidang Terma Rujukan (Term of Reference -TOR) yang telah disahkan pada 30 September 2021, pembangunan marina dan terminal pelayaran (cruise terminal) merupakan salah satu daripada komponen pembangunan di atas Pulau Satu (PME1) yang akan diambil kira oleh Penggerak Projek dalam kajian EIA tersebut.\n\n• Konsep projek yang dinyatakan dalam laporan EIA bertajuk “The Proposed Reclamation of Deep-Sea International Multipurpose Port & Commercial Plot at Kawasan Bandar XLIII (43) & XLVI (44)”, Daerah Melaka Tengah, Melaka oleh Far East (Melaka) Sdn. Bhd. yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 26 Mei 2023 tidak melibatkan pembinaan terminal pelayaran. Konsep pembinaan terminal pelayaran telah digugurkan berdasarkan ulasan bertulis daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) pada 8 Februari 2023.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2395,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2395",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "35",
        "member": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah",
        "area": "Paya Besar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan status rantaian nilai dalam sektor berkaitan tenaga hijau termasuk dari industri tenaga boleh diperbaharui, penstoran tenaga, teknologi nyah karbon, teknologi tenaga baru seperti hidroge...",
        "question": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status rantaian nilai dalam sektor berkaitan tenaga hijau termasuk dari industri tenaga boleh diperbaharui, penstoran tenaga, teknologi nyah karbon, teknologi tenaga baru seperti hidrogen dan sebagainya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Tenaga solar merupakan salah satu sumber tenaga boleh baharu yang paling cepat berkembang di Malaysia bagi penjanaan tenaga bersih, berikutan lokasi Malaysia yang berhampiran garisan khatulistiwa dan penerimaan cahaya matahari yang signifikan. Rantaian nilai untuk tenaga solar termasuk pengeluaran dan pemasangan panel solar, inverter dan komponen-komponen lain yang berkaitan. Malaysia merupakan hub utama pengeluaran komponen solar dengan kehadiran syarikat-syarikat seperti First Solar, Panasonic, Jinko Solar, SunPower, Q-Cells, SunEdison dan lain-lain. Bagi pemasangan sistem solar, sehingga tahun 2021, sebanyak 198 syarikat telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) sebagai Penyedia Perkhidmatan PV Berdaftar (RPVSP), manakala 211 syarikat telah berdaftar sebagai Pelabur PV Berdaftar (RPVI). Potensi tenaga solar dijangkakan sebanyak 269GW di seluruh negara.\n\n• Bagi hidrokuasa, potensi untuk hidrokuasa kecil dianggarkan sebanyak 2.5GW di mana kebanyakan potensi adalah di Semenanjung Malaysia, manakala potensi untuk hidrokuasa besar dianggarkan sebanyak 13.6GW di mana 73% (10GW) dari jumlah tersebut adalah di bahagian tengah dan utara negeri Sarawak. Rantaian nilai hidrokuasa termasuk pembinaan dan penyelenggaraan empangan, turbin, dan infrastruktur yang berkaitan.\n\n• Malaysia juga mempunyai potensi yang besar untuk menjana tenaga dari sumber biojisim dan biogas disebabkan kewujudan industri pertanian dan minyak sawit yang besar. Jumlah potensi sumber biotenaga di Malaysia termasuk biojisim dan biogas dianggarkan sebanyak 3.6GW. Rantaian nilai untuk sumber ini termasuk pengumpulan sisa, pemprosesan dan penjanaan tenaga.\n\n• Potensi tenaga angin di Malaysia agak terhad berikutan purata kelajuan angin adalah di bawah 5 m/s. Walau bagaimanapun, beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia dan utara Sabah mempunyai kelajuan angin yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pemasangan turbin angin. Rantaian nilai untuk tenaga angin termasuk pembuatan dan pemasangan turbin angin, bilah dan komponen-komponen lain.\n\n• Malaysia juga telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk penghasilan tenaga dari geoterma iaitu di Tawau, Sabah (67MW) dan Ulu Slim, Perak (162MW). Rantaian nilai untuk geoterma termasuk pembuatan dan pemasangan sistem pengeluaran wap panas, turbin dan komponen-komponen lain.\n\n• Rantaian nilai untuk penyimpanan tenaga merangkumi pengeluaran dan pemasangan teknologi-teknologi berkaitan bateri yang sedang pesat membangun. Pada tahun ini, Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) tempatan pertama telah dilancarkan.\n\n• Bagi teknologi nyahkarbon, syarikat-syarikat tempatan seperti TNB dan PETRONAS sedang giat menjalankan kajian, pembangunan dan inovasi.\n\n• Berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sektor tenaga boleh baharu pada tahun 2021 melibatkan 76.7% pelaburan domestik (RM2.3 billion) dan 23.3% pelaburan asing (RM0.7 billion), menjadikan jumlah pelaburan diluluskan pada tahun tersebut sebanyak RM3 billion, melibatkan 842 projek.\n\n• Berdasarkan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia 2022-2035, untuk sasaran kapasiti baharu, jangkaan pelaburan dalam bidang tenaga boleh baharu untuk tempoh 2021-2025 adalah RM19.93 billion, manakala bagi tempoh 2026-2035 adalah RM33.07 billion. Potensi peluang pekerjaan pula adalah sebanyak 28,416 menjelang tahun 2025 dan 46,636 menjelang tahun 2035.\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui agensinya, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) juga telah memperkenalkan MyHijau Mark untuk mengiktiraf produk dan penyedia perkhidmatan hijau. Produk dan penyedia perkhidmatan yang diiktiraf akan disenaraikan dalam Direktori MyHijau untuk memudahkan pengguna mendapatkan senarai produk dan penyedia perkhidmatan hijau, termasuklah berkaitan tenaga boleh baharu.\n\n• Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membangunkan Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR) di mana 9 strategi dan 25 pelan tindakan. HETR juga akan menyokong pelaksanaan Dasar Tenaga Negara dan roadmap peralihan tenaga (National Energy Transition Roadmap). Pelaksanaan strategi dan pelan tindakan adalah menjurus kepada pembangunan infrastruktur dan rantaian nilai ekonomi hidrogen yang menjangkakan \n\npenjanaan pendapatan daripada eksport hidrogen hijau sebanyak RM 20 billion manakala pasaran domestik sebanyak RM21.2 billion (sekiranya dipacu oleh sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca) menjelang tahun 2030. Nilai ini akan meningkat kepada RM409 bilion (pasaran eksport) dan RM367 billion (pasaran domestik) menjelang tahun 2050. Selain itu, dijangkakan sebanyak 44,814 peluang pekerjaan dapat diwujudkan menjelang tahun 2030 dan bilangan ini boleh meningkat kepada 211,688 pada tahun 2050. \n\n• Pembangunan ekosistem dan rantaian nilai disasarkan meliputi industri bekalan elektrik, pengangkutan darat, kegunaan bukan tenaga dan haba dan pengangkutan marin. Pada ketika ini, beberapa projek kerjasama, kajian kebolehlaksanaan, pemindahan teknologi dan inovasi teknologi tempatan sedang giat dijalankan bagi menyediakan bekalan dan permintaan kepada ekonomi hidrogen. Demonstrasi projek didahului oleh negeri Sarawak dengan penggunaan 5 unit kenderaan Hydrogen Fuel Cell vehicle (FCEV) model Toyota MIRAi dengan peluasan Multipurpose Refuelling Station yang turun menyediakan pusat pengisian bahan api hidrogen. Pelaksanaan projek pilot untuk pusat pengisian bahan api hidrogen yang pertama di Semenanjung Malaysia juga sedang dirancang. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2404,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2404",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "35",
        "member": "Datuk Seri Panglima Madius Tangau",
        "area": "Tuaran",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sabah untuk memastikan agar kerangka urus tadbir bekalan elektrik apabila hal bekalan elektrik di-assignkan balik ke Sabah.",
        "question": "Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sabah untuk memastikan agar kerangka urus tadbir bekalan elektrik apabila hal bekalan elektrik di-assignkan balik ke Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peralihan kuasa kerangka urus tadbir bekalan elektrik Sabah dibincangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 1/2023 pada 12 Jun 2023 dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 1/2023 pada 21 Julai 2023 mengenai Penyerahan Kuasa Pembekalan Elektrik Negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah (KNS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dengan KNS serta dihadiri oleh kementerian dan agensi pusat daripada Kerajaan Persekutuan serta agensi-agensi daripada KNS. \n\n• Kerajaan Persekutuan akan mewartakan Perintah di bawah Perkara 95C serta penggantungan penguatkuasaan akta-akta berkaitan pembekalan elektrik di negeri Sabah berkuatkuasa pada 3 Januari 2024 seperti berikut:\n\n• Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447];\n\n• Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];\n\n• Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725]; dan\n\n• Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726].\n\n• Kerajaan Negeri Sabah telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menyambut peralihan kuasa pembekalan elektrik di negeri Sabah seperti berikut:\n\n• menyediakan Draf Enakmen Bekalan Elektrik Negeri Sabah bagi menyambut peralihan kuasa dan penggantungan akta-akta yang berkaitan;\n\n• melancarkan Energy Sabah Roadmap pada 19 September 2023 yang telah menetapkan sasaran dan hala tuju industri bekalan elektrik di negeri Sabah;\n\n• mewujudkan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah kawal selia Pejabat Ketua Menteri Sabah yang berperanan sebagai pengantara di antara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan KNS serta bertanggungjawab dalam penggubalan dasar dan polisi mengenai pembekalan elektrik di negeri Sabah;\n\n• mewujudkan dan memperkukuhkan ECoS sebagai agensi kawal selia (regulator) Industri Bekalan Elektrik di negeri Sabah. Sehingga Ogos 2023, ECoS telah melaksanakan pengambilan 89 kakitangan dan mensasarkan pengambilan secara berfasa sehingga mencapai 100 kakitangan berkhidmat di ECoS; dan\n\n• ECoS juga turut memperkukuhkan pengoperasian tadbir urus dengan menyediakan kemudahan logistik, pelantikan anggota suruhanjaya, penyediaan prosedur dalaman dan urusan pentadbiran untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektrik dan Tenaga Boleh Baharu (TBB).\n\n• Bagi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), syarikat utiliti ini masih lagi beroperasi sebagai syarikat utiliti di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan penyerahan SESB kepada KNS hanya akan dilaksanakan setelah pelan transformasi SESB selesai yang dijangka pada tahun 2030.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2389,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2389",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "36",
        "member": "Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana justifikasi Dasar Mineral Negara yang dirangka bergerak selari dengan Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan bagi memelihara alam sekitar, hidupan ...",
        "question": "Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana justifikasi Dasar Mineral Negara yang dirangka bergerak selari dengan Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan bagi memelihara alam sekitar, hidupan liar dan Orang Asli.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) dibangunkan sebagai kesinambungan kepada Dasar Mineral Negara 1 (1992) dan Dasar Mineral Negara 2 (2009). DMN3 ini dibangunkan dengan menambah baik dasar sedia ada dan bertujuan mewujudkan dasar yang lebih menyeluruh bagi menyokong pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri mineral secara bertanggungjawab dan mampan serta mampu menampung peningkatan permintaan kepada input sumber mineral.\n\n• Dalam pembikinan DMN3, Kementerian telah melihat dan meneliti dasar-dasar sedia ada yang terlibat seperti Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK) dan Dasar Perhutanan Malaysia (DPM). Hal ini bagi memastikan dasar yang sedang dibangunkan ini tidak mendatangkan impak negatif yang ketara kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dan kepelbagaian biodiversiti negara.\n\n• DPM adalah satu polisi bersifat umum dan mengambil kira kepentingan pengurusan perhutanan di ketiga-tiga wilayah. Dasar ini juga dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada dasar-dasar perhutanan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Secara ringkasnya, DPM adalah komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ke arah mencapai pembangunan mampan dan pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia.\n\n• Seterusnya, DKBK adalah dasar yang menjadi panduan kepada hala tuju dan rangka kerja Kerajaan Persekutuan dalam aspek pengurusan biodiversiti terutamanya dalam penekakan kepada keperluan untuk pemuliharaan berterusan, penggunaan mampan dan perkongsian faedah melalui penggunaan sumber biologi secara efektif.\n\n• Dalam DKBK, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dinyatakan sebagai sebagai rakan strategik (key partner) di dalam pelaksanaan Tindakan 3.1 ‘Penerapan pemuliharaan biodiversiti ke dalam perancangan pembangunan negara, negeri dan dasar dan perancangan sektor.\n\n• Kementerian turut mengambil kira cabaran berkaitan kelestarian alam sekitar kesan daripada aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam Dasar Mineral Negara 3 yang sedang dirangka. Sehubungan itu, salah satu sasaran strategik yang ditetapkan adalah pembangunan industri mineral secara mampan dan bertanggungjawab selari dengan komitmen Kerajaan terhadap sasaran di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals 2030 – SDG 2030) yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan mampan merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar.\n\n• Melalui Teras 5 DMN3 iaitu “Penekanan kepada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance – ESG), Kementerian ingin menekankan pembangunan industri mineral yang bukan sahaja memberikan pulangan ekonomi tetapi mewujudkan pengurusan sumber mineral yang bertanggungjawab, mampan malah seimbang dengan aspek penjagaan alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2405,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2405",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "37",
        "member": "Tuan Onn bin Abu Bakar",
        "area": "Batu Pahat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kajian di peringkat antarabangsa tahun 2008 memaklumkan nilai simpanan tenaga ombak adalah 2 kali ganda penggunaan tenaga elektrik dunia. Adakah tenaga ombak akan digunakan untuk menggan...",
        "question": "Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kajian di peringkat antarabangsa tahun 2008 memaklumkan nilai simpanan tenaga ombak adalah 2 kali ganda penggunaan tenaga elektrik dunia. Adakah tenaga ombak akan digunakan untuk mengganti tenaga arang batu dan fosil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan terbuka untuk menerima sebarang teknologi penjanaan elektrik yang mempunyai kos yang kompetitif bagi memastikan tarif elektrik kepada pengguna adalah mampu bayar.\n\n• Oleh itu, Kerajaan pada dasarnya, tiada halangan sekiranya terdapat cadangan komersial yang berdaya maju untuk menjana elektrik dari tenaga ombak menggantikan sumber penjanaan tenaga dari sumber arang batu dan fosil pada kos yang munasabah di masa akan datang. \n\n• Walau bagaimanapun, secara logiknya tenaga ombak ini akan melibatkan aspek pembangunan infrastruktur offshore yang kompleks serta kos yang tinggi. Sehubungan itu, pembangunan tenaga ombak dilihat sebagai kurang berdaya maju dan ‘feasible’ berbanding sumber penjanaan yang lain ekoran kos yang sangat tinggi dan tidak ekonomik untuk dilaksanakan pada masa sekarang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2457,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2457",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "37",
        "member": "Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim",
        "area": "Gua Musang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk menaik taraf Pejabat Perhilitan Gua Musang termasuk menambah bilangan anggota dan kelengkapan lengkap memandangkan ancaman hidupan liar di Gua Musan...",
        "question": "Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk menaik taraf Pejabat Perhilitan Gua Musang termasuk menambah bilangan anggota dan kelengkapan lengkap memandangkan ancaman hidupan liar di Gua Musang menunjukkan peningkatan yang semakin ketara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nPejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Gua Musang terdiri daripada 10 perjawatan yang diketuai oleh seorang Ketua PERHILITAN Daerah. Jabatan PERHILITAN sentiasa meneliti dari semasa ke semasa keperluan untuk menaik taraf Pejabat PERHILITAN Gua Musang, menambah bilangan anggota dan kelengkapan melalui pendekatan mobilisasi kakitangan dan aset untuk meningkatkan keberkesanan dalam menangani konflik hidupan liar di Gua Musang. Pada masa yang sama, Jabatan PERHILITAN melaksanakan pendekatan yang lebih inklusif melalui pendekatan penglibatan komuniti (whole-of-society approach).\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2406,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2406",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "38",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) status terkini program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bagi setiap negeri dan sejauh mana sasaran tercapai; dan b) adakah Kementerian menyediakan peruntukan tambahan serta mohon sena...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\na) status terkini program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bagi setiap negeri dan sejauh mana sasaran tercapai; dan\nb) adakah Kementerian menyediakan peruntukan tambahan serta mohon senaraikan mengikut pecahan negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian mensasarkan pembinaan denai sepanjang 1,000km bagi tahun 2023. Sehingga September 2023, sepanjang 1,248km DSK telah berjaya dibina dengan pecahan pencapaian bagi setiap negeri adalah seperti berikut:\n\nNegeri\nPanjang Denai (km)\n\nJohor\n83.27\n\nKedah\n281.21\n\nKelantan\n393.98\n\nMelaka\n67.84\n\nNegeri Sembilan\n59.57\n\nPulau Pinang\n94.45\n\nPahang\n17.74\n\nPerak\n40.32\n\nPerlis\n25.36\n\nSabah\n16.18\n\nSarawak\n6.61\n\nSelangor\n26.48\n\nTerengganu\n38.29\n\nW.P. Kuala Lumpur\n54.70\n\nW.P. Labuan\n1.74\n\nW.P. Putrajaya\n40.54\n\nJUMLAH\n1248.28km",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2440,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2440",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "38",
        "member": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap loji rawatan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik dan terbiar khususnya di bawah seliaan pihak swasta atau pemaju.",
        "question": "Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap loji rawatan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik dan terbiar khususnya di bawah seliaan pihak swasta atau pemaju.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang merupakan badan kawal selia perkhidmatan bekalan air dan pembetungan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau perundangan subsidiarinya.\n2. Seksyen 47 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 memperuntukkan kewajipan kepada Pemaju untuk menyerahkan sistem pembetungan sesuatu pembangunan baharu kepada pemegang lesen perkhidmatan pembetungan mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa apa-apa kos untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem itu.\n3. Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya peruntukan ini tidak dipatuhi dan apabila disabitkan, Pemaju boleh didenda tidak melebihi RM300,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya seperti yang termaktub di bawah Seksyen 47 (6) Akta yang sama.\n4. Selain itu, mana-mana pihak yang gagal untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem pembetungan persendirian boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 apabila disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 65 (3) Akta 655 oleh pihak Mahkamah. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2484,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2484",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-30",
        "year": 2023,
        "no": "38",
        "member": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sekiranya larangan eksport nadir bumi (REE) diperkenalkan oleh kerajaan, apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk memanfaatkan sumber REE di negara kita dan bagaimana...",
        "question": "Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sekiranya larangan eksport nadir bumi (REE) diperkenalkan oleh kerajaan, apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk memanfaatkan sumber REE di negara kita dan bagaimana kerajaan dapat memastikan keuntungan diagih secara adil di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hasil daripada jualan atau pemprosesan REE ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dasar larangan eksport bahan mentah NR-REE seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber, sekali gus menjamin pulangan yang maksimum kepada ekonomi negara. Dasar ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE ini secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Untuk makluman, Kementerian sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Kajian Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Kajian tersebut antara lain mencadangkan pembangunan loji pemprosesan nadir bumi (Rare Earth Processing Plant - REPP) bagi mengelakkan sumber NR-REE dieksport secara mentah ke luar negara dan menggalakkan ia diproses di dalam negara bagi memberikan nilai tambah yang tinggi.\n\n• Sehingga REPP ini dibangunkan, Kementerian tidak mensasarkan dasar larangan eksport ini dikuatkuasakan, dan moratorium terhadap larangan eksport bahan mentah perlu dilaksanakan. Sebagai pelan jangka pendek, Kementerian akan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak bagi mempercepatkan pembangunan REPP tersebut.\n\n• Bagi perancangan jangka panjang pula, seperti mana yang telah dirangka di dalam Dasar Mineral Negara 3, dan turut dicadangkan dalam kajian model perniagaan, Kerajaan berhasrat membangunkan industri NR-REE merangkumi keseluruhan rantaian nilai. Kajian tersebut menetapkan sasaran supaya Negara menjadi pengeluar super magnet dan motor elektrik bagi menyokong perkembangan industri automotif tempatan dan global yang sedang beralih kepada penghasilan kenderaan elektrik pada masa akan datang.\n\n• Kementerian menyedari bahawa NR-REE adalah hasil kerajaan negeri sebagaimana hasil mineral yang lain. Kerajaan Negeri memperolehi hasil daripada kutipan royalti yang dikenakan ke atas mineral tersebut. Manakala, pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan akan lebih signifikan melalui cukai keuntungan korporat sekiranya industri pertengahan dan hiliran dibangunkan secara menyeluruh kelak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2396,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2396",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "40",
        "member": "Tuan Lo Su Fui",
        "area": "Tawau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) Status dan jangkaan projek pembinaan Loji Cinta Mata 2 ini boleh disiapkan sepenuhnya; dan b) Jaminan untuk menurunkan segera bajet perlaksanaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 yang ...",
        "question": "Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) Status dan jangkaan projek pembinaan Loji Cinta Mata 2 ini boleh disiapkan sepenuhnya; dan\n\nb) Jaminan untuk menurunkan segera bajet perlaksanaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 yang dijangka boleh menampung keperluan air hampir 500 ribu penduduk Tawau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 sedang dalam proses memuktamadkan skop kerja mengikut kos siling asal. Surat Setuju Terima (SST) projek ini dijadualkan keluar pada Januari 2025, dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2028.\n\n2. Rekabentuk Konsep projek ini telah dibentangkan pada 2 Oktober 2023 dan telah diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa rekabentuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk diteruskan bagi tujuan Makmal Pengurusan Nilai.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bajet pelaksanaan Projek LRA Cinta Mata 2 akan dimuktamadkan menerusi penilaian Makmal Pengurusan Nilai yang dijangka diadakan pada Mei 2024. Penilaian semasa makmal ini akan mengenal pasti dan memuktamadkan skop dan kos bagi mencapai value for money.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2429,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2429",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "40",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini Projek Air Perak Pulau Pinang yang merupakan penyelesaian jangka panjang berpotensi dalam menangani keperluan air mentah bagi negeri Pulau Pinang dan juga Per...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini Projek Air Perak Pulau Pinang yang merupakan penyelesaian jangka panjang berpotensi dalam menangani keperluan air mentah bagi negeri Pulau Pinang dan juga Perak sehingga 2050. Bilakah inisiatif perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak sebagaimana dinyatakan sebelum ini akan berlangsung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSepertimana YB Batu Kawan sedia maklum, Kerajaan Negeri Perak pada masa ini kekal dengan pendiriannya untuk tidak membekalkan air kepada negeri Pulau Pinang menerusi Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Dalam hal ini, SPRWTS hanya boleh dilaksanakan setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Perak berunding dan mencapai kata sepakat serta seterusnya memeterai perjanjian jual beli air, sama ada air mentah ataupun air terawat. Projek ini tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan kedua-dua pihak. Oleh itu, rundingan antara kedua-dua negeri perlu diadakan sekiranya hasrat ini ingin diteruskan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2449,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2449",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "40",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah projek pengawalan hakisan akan dilaksana di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma kerana hakisan yang berlaku di kampung tersebut semakin parah dan mengancam keselamatan pe...",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah projek pengawalan hakisan akan dilaksana di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma kerana hakisan yang berlaku di kampung tersebut semakin parah dan mengancam keselamatan penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hakisan pantai di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma adalah termasuk dalam Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kampung Sungai Pial sehingga ke Kampung Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah. Projek ini dianggarkan berjumlah RM22.2 juta melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur kawalan hakisan pantai. Pada masa ini ianya adalah peringkat pelaksanaan kerja ukur dan kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada 2024 dan dijangka siap pada tahun 2026. \n\n• Pelaksanaan projek ini dijangka dapat melindungi kawasan kampung yang terdedah dengan hakisan pantai sepanjang 5km, melindungi penduduk seramai 3,000 orang dan melindungi infrastruktur awam seperti jalan raya, sekolah, masjid dan sebagainya daripada kerosakan akibat hakisan pantai. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2473,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2473",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "40",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) Jumlah premis kediaman yang memasang solar panel di bawah Skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 Rakyat; dan b) usaha Kementerian dalam menggalakkan lebih ramai pengguna untuk men...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) Jumlah premis kediaman yang memasang solar panel di bawah Skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 Rakyat; dan\n\nb) usaha Kementerian dalam menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menyambut inisiatif NEM yang boleh memberi penjimatan dan kecekapan tenaga kepada pengguna.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sehingga kini, jumlah premis kediaman yang telah mempunyai pemasangan sistem solar PV di bawah Program NEM 3.0 kategori NEM Rakyat adalah sebanyak 14,419 buah rumah dengan kapasiti terpasang sebanyak 103.8MW.\n\n• Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menyertai program NEM, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui agensinya SEDA Malaysia telah melaksanakan pelbagai program promosi dan hebahan melalui saluran berikut:\n\n• saluran media perdana\n\n• media sosial\n\n• penyertaan jerayawara\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2430,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2430",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "42",
        "member": "Dr. Hajah Halimah Ali",
        "area": "Kapar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai projek tuntas mitigasi banjir di Kapar (semua DUN) termasuk kos dan garis masa serta pencapaian semasa.",
        "question": "Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senarai projek tuntas mitigasi banjir di Kapar (semua DUN) termasuk kos dan garis masa serta pencapaian semasa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan banjir memerlukan kerjasama bersepadu yang merangkumi sistem perparitan dan pengurusan sungai yang melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi. Sistem perparitan adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan menyenggara semua sungai. Kedua-dua sistem saliran di bawah JPS dan sistem perparitan di bawah PBT seharusnya dinaiktaraf seiring dengan pembangunan. \n\n• Kementerian sentiasa teliti dalam perancangan dan pelaksanaan berhubung dengan pengurusan sumber air dan risiko bencana. Perhatian khusus berkenaan isu pembersihan dan mengoptimumkan kapasiti saliran dan sungai sebagai langkah mitigasi jangka pendek melalui program pemuliharaan sungai akan diteruskan. Ini melibatkan kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, menaik taraf dan menyelenggara aset / struktur kawalan banjir bagi mengurangkan risiko banjir.\n\n• Selain itu, kolam takungan banjir salah satu komponen mitigasi banjir yang berfungsi sebagai mekanisme kawalan banjir semulajadi dengan keupayaannya mengekalkan air hujan yang berlebihan. Sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan untuk melaksanakan lima (5) projek penyenggaraan kolam takungan banjir di dalam Parlimen Kapar.\n\n• JPS juga telah membuat perancangan untuk mengkaji semula sistem saliran dan perparitan sedia ada di Daerah Klang menerusi Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandar Sepang, Pekan Meru dan Puchong, Selangor. Skop kajian tersebut akan mengambil kira hotspot banjir di Lembangan Sungai Klang seperti Taman Sri Muda di samping mengemaskini PISMA Daerah Klang yang telah siap pada tahun 2009. PISMA tersebut dalam proses penyediaan data Light Detection and Ranging (LIDAR) dan kajian akan dijangka dimulakan pada Disember 2024.\n\n• Disamping itu, projek tebatan banjir untuk penyelesaian jangka masa panjang yang sedang disediakan oleh JPS melalui perolehan Projek Berkeutamaan Tinggi iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar Daerah Klang & Daerah Petaling, Selangor. Projek ini sedang di dalam proses pra pelaksanaan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2458,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2458",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "42",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha serta pelaksanaan program tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara. Adakah Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri berhubung pemasangan hab pengecasan kende...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha serta pelaksanaan program tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara. Adakah Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri berhubung pemasangan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) berlandaskan komitmen pelepasan karbon sifar bersih atau 'net-zero emissions' yang diuar-uarkan dan apakah strategi serta tempoh masa penggunaan kereta elektrik secara 100 peratus dalam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya komited untuk meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara dan antara program yang dilaksanakan bagi menyokong hasrat ini termasuk:\n\n• Program Feed-in tariff untuk pembangunan sumber bukan solar;\n\n• Program Net Energy Metering untuk pembangunan solar di bumbung bangunan; dan\n\n• Program Large Scale Solar, Corporate Green Power Programme untuk pembangunan solar berskala utiliti.\n\n2. Mengenai persoalan sama ada Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri untuk pemasangan hab pengecasan kenderaan elektrik pula, pada masa ini, pembinaan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) adalah dipacu oleh industri (industry driven) yang diterajui sepenuhnya oleh pihak swasta iaitu syarikat-syarikat CPO dan syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan berkaitan ekosistem EV yang lain. \n\n3. Kementerian tidak melaksanakan projek pemasangan stesen pengecas EV. Kerajaan juga tidak menyediakan sebarang peruntukan atau memberi sebarang hak eksklusif kepada mana-mana syarikat bagi pembinaan stesen pengecasan EV.\n\n3. Kementerian juga sedang dalam proses membangunkan dokumen dasar Nationally Determined Contributions (NDC) Roadmap and Action Plan dan dokumen komunikasi Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT LEDS) yang akan memberi hala tuju dasar dan strategi serta pelan tindakan yang bersesuaian ke arah mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. Kajian ini turut mengambil kira sasaran serta tempoh masa untuk mencapai jumlah penggunaan EV secara 100 peratus dalam negara yang akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG sektor pengangkutan. Dokumen NDC Roadmap dan LT-LEDS dijangka siap pada awal tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2407,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2407",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "Tuan Chong Chieng Jen",
        "area": "Stampin",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah komposisi sumber tenaga elektrik negara kita dan apakah projeksinya menjelang tahun 2030. Apakah angka terperinci bagi setiap negeri.",
        "question": "Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah komposisi sumber tenaga elektrik negara kita dan apakah projeksinya menjelang tahun 2030. Apakah angka terperinci bagi setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nDi peringkat Kementerian, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang dipengerusikan oleh YB Menteri yang bertanggungjawab dalam pembekalan elektrik negara dan dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh setahun. JPPPET memainkan peranan-peranan berikut:\n(i) menentukan perancangan pembekalan tenaga elektrik serta hala tuju industri bekalan elektrik negara, yang merangkumi Semenanjung dan Sabah (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan). Walau bagaimanapun, bagi negeri Sarawak, ia tertakluk kepada Ordinan Elektrik Sarawak tahun 1999; \n\n(ii) menentukan dasar mengenai campuran bahan api (fuel mix) untuk kegunaan sektor elektrik agar sumber tenaga negara dapat digunakan secara optimum;\n\n(iii) menentukan dasar mengenai keselamatan bahan api (fuel security) bagi industri penjanaan bekalan elektrik; dan\n\n(iv) mengkaji semula serta menyusun industri bekalan elektrik.\n\nMelalui JPPPET, unjuran Pelan Pembangunan Penjanaan (Power Development Plan – PDP) untuk tempoh 20 tahun akan datang telah dirancang berdasarkan kepada unjuran permintaan keperluan bekalan elektrik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perancangan pembekalan elektrik melalui PDP ini menekankan keseimbangan elemen-elemen yang dinyatakan di dalam energy trilemma iaitu Energy Security, Sustainability dan Affordability. \nBerdasarkan kepada PDP yang telah diluluskan dalam Mesyuarat JPPPET tahun 2022 pada 7 Februari 2023, pecahan campuran kapasiti sumber tenaga elektrik pada tahun 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah seperti Jadual 1 berikut:\nJadual 1: Pecahan Campuran Kapasiti Sumber Tenaga Elektrik pada Tahun 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak\nBil.\nJenis Sumber Tenaga\nSemenanjung\n(MW)\nSabah\n(MW)\nSarawak\n(MW)\n\n1.\nArang Batu\n12,061\n-\n901\n\n2.\nGas\n12,573\n961.38\n1,050\n\n3.\nTenaga Boleh Baharu\n6,732\n120.25\n3,558\n\n4.\nDiesel/ Medium Fuel Oil (MFO)\n-\n465.98\n\n56\n\nJUMLAH\n31,366\n1,547.61\n5,565",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2415,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2415",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis",
        "area": "Kota Belud",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah alternatif bagi penambahan kapasiti penjanaan tenaga yang bersifat segera dan fast track selain daripada Karpowership bagi memulihkan rizab margin di Sabah dan lebih selari dengan...",
        "question": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah alternatif bagi penambahan kapasiti penjanaan tenaga yang bersifat segera dan fast track selain daripada Karpowership bagi memulihkan rizab margin di Sabah dan lebih selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sabah melalui Energy Commission of Sabah (ECoS) pada 29 Mei 2023 telah memaklumkan bahawa terdapat keperluan segera kapasiti tambahan sebanyak 200 Megawatt (MW) bagi mengatasi masalah rizab margin yang rendah dan loji-loji janakuasa yang tidak berdaya harap di Sabah.\n\n• Hal ini kerana terdapatnya keperluan untuk penyelesaian yang lebih kukuh serta menyakinkan melalui penambahan kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 200MW dalam tempoh yang singkat bagi memastikan rizab margin berada pada kadar optimum iaitu pada kadar 30%.\n\n• Maka, sebagai langkah segera bagi mengatasi masalah krisis tenaga di Sabah, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 yang telah diadakan pada 12 Jun 2023.\n\n• Oleh itu, bagi mengatasi masalah ketidakcukupan pembekalan elektrik di Sabah disebabkan pembatalan pembangunan Karpowership, mesyuarat telah membuat keputusan untuk meneliti opsyen-opsyen penjanaan seperti berikut:\n\n• penggunaan interim set generator SESB 100MW selama enam (6) bulan;\n\n• melaksanakan semula Rental Sets 100MW di kawasan Pantai Barat Sabah;\n\n• mempercepatkan penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) 200MW pada tahun 2024 dan dilaksanakan oleh SESB; dan\n\n• melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada (berdasarkan keperluan semasa).\n\n• Cadangan-cadangan tersebut akan diteliti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebelum sebarang pindaan ke atas Pelan Pembangunan Penjanaan Sabah 2023-2027 diangkat untuk pertimbangan lanjut Jemaah Menteri dalam masa terdekat.\n\n• Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2474,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2474",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun",
        "area": "Port Dickson",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai apakah kesan alam sekitar dari perlombongan Rare Earth Elements (REE) dan adakah impak negatif dari industri ini.",
        "question": "Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengenai apakah kesan alam sekitar dari perlombongan Rare Earth Elements (REE) dan adakah impak negatif dari industri ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian mengambil perhatian berkaitan kekhuatiran berlakunya kesan negatif ke atas alam sekitar daripada aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). Walau bagaimanapun, kaedah perlombongan secara in-situ leaching (ISL) secara relatifnya lebih baik berbanding kaedah perlombongan konvensional termasuklah secara kaedah lombong dedah.\n\n• Kaedah ISL ini melibatkan aktiviti pembukaan tanah yang minimum bagi tujuan penyediaan tapak loji hidrometalurgi, laluan akses, saliran dan kolam pengumpulan NR-REE sahaja. Penggunaan kaedah ini tidak melibatkan penebangan dalam skala yang besar dan pengorekan keluar tanah beban dan tanah berbijih seperti mana kaedah perlombongan konvensional.\n\n• Selain daripada kaedah perlombongan yang dinyatakan di dalam SOP sahaja yang dibenarkan, kawalan ketat juga dikenakan ke atas pelepasan efluen dibenarkan, pemantauan air permukaan dan air bawah tanah.\n\n• Perlombongan NR-REE secara ISL dilaksanakan secara berfasa dan tidak melibatkan tempoh masa yang lama. Kawasan yang telah dikerjakan perlu dipulihkan semula oleh pengusaha lombong sepertimana yang telah disyaratkan. Ini dapat memastikan tiada impak kepada alam sekitar daripada aktiviti perlombongan ini dalam jangka masa panjang.\n\n• Hasil penilaian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit ke atas pelaksanaan projek perintis di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak mendapati perlombongan NR-REE ini tidak memberikan impak yang negatif kepada alam sekitar.\n\n• Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) turut melaksanakan pemantauan ke atas kualiti air permukaan dan air bawah tanah secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan di tapak projek perintis tersebut tidak mengakibatkan pencemaran kepada kualiti air. Hasil aktiviti pemantauan terkini mendapati kualiti air di kawasan tapak projek perintis mematuhi had yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2397,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2397",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "44",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah pembiayaan Kerajaan Persekutuan mengikut negeri bagi projek sumber air negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamadkan sehingga Jun 2023.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pembiayaan Kerajaan Persekutuan mengikut negeri bagi projek sumber air negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamadkan sehingga Jun 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Sebanyak sepuluh (10) negeri telah menandatangani perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air. Penstrukturan ini membolehkan kerajaan negeri mendapat akses kepada pembiayaan secara geran bagi tujuan pembangunan projek-projek sumber air seperti empangan, takungan air pinggiran sungai (TAPS) dan baraj.\n\n• Perincian pembiayaan Kerajaan Persekutuan bagi projek sumber air kepada negeri-negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamadkan sehingga Jun 2023 adalah seperti berikut:\n\nBil\nNegeri\nJumlah Pembiayaan (RM)\n\n1.\nMelaka\n1.3 bilion\n\n2.\nNegeri Sembilan\n2.8 bilion\n\n3.\nJohor\n961.8 juta\n\n4.\nPulau Pinang\n1.9 bilion\n\n5.\nPerak\n1.2 bilion\n\n6.\nKelantan\n1.67 bilion\n\n7.\nSelangor\n2.67 bilion\n\n8.\nPerlis\n329.9 juta\n\n9.\nPahang\n1.72 bilion\n\n10.\nKedah\n3.13 bilion",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2459,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2459",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "44",
        "member": "Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana usaha sama antara Kerajaan dengan Kerajaan negeri yang mempunyai sumber mineral dan apakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan dalam membangunkan sumber tersebut.",
        "question": "Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana usaha sama antara Kerajaan dengan Kerajaan negeri yang mempunyai sumber mineral dan apakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan dalam membangunkan sumber tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berperanan dalam pengurusan dan pembangunan sumber mineral menerusi penetapan dasar dan perundangan yang berkaitan manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) terlibat dalam aspek pemetaan sumber mineral di negeri-negeri. \n\n• Selain itu, JMG juga berperanan memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada Pihak Berkuasa Negeri termasuk penyediaan ulasan dan penilaian teknikal ke atas permohonan-permohonan berkaitan perlombongan sumber mineral sebelum sesuatu keputusan dibuat.\n\n• Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri mineral negara. Sebagai contoh dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Negeri Perak iaitu dalam pelaksanaan projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak.\n\n• Seterusnya, Kementerian sedang dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Hasil kajian tersebut memberikan kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, serta boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri NR-REE di negeri masing-masing.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2408,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2408",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "45",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan insiden-insiden kerosakan (termasuk jumlah kerugian) dan kematian manusia yang disebabkan oleh gajah dalam 5 tahun yang lepas. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan akan diambil ...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan insiden-insiden kerosakan (termasuk jumlah kerugian) dan kematian manusia yang disebabkan oleh gajah dalam 5 tahun yang lepas. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan akan diambil untuk mengatasi masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBerdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, nilai kerugian yang dianggarkan daripada konflik manusia dan gajah yang dilaporkan adalah berjumlah RM39.9 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022. Sementara itu, seramai 16 mangsa serangan gajah telah dilaporkan untuk tempoh yang sama melibatkan 10 kematian dan 6 kecederaan. Untuk tahun 2023 sehingga Jun 2023, sebanyak RM315,340.00 anggaran kerugian telah direkodkan dengan 2 kes kecederaan dan 3 kes kematian dilaporkan.\n\nKonflik manusia dan gajah berlaku kerana kegiatan guna tanah manusia seperti pembukaan kawasan untuk perladangan dan pertanian yang mengakibatkan kehilangan serta pemisahan habitat gajah. Keperluan gajah untuk mendapatkan makanan yang banyak serta kawasan keliaran yang luas juga telah meningkatkan risiko berlakunya konflik manusia dan gajah. \n\nMenyedari kepentingan untuk menangani isu ini, pihak Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa ini turut melibatkan antaranya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri bagi meneliti isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia.\n\nSelain itu, Jabatan PERHILITAN juga turut menjalankan pelbagai usaha mitigasi seperti berikut:\n\n• menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Lanchang, Pahang bagi menyelaras tindakan pengurusan konflik gajah di seluruh Semenanjung Malaysia. Selain itu, Santuari Gajah Johor telah dibangunkan bagi menempatkan gajah-gajah konflik sementara Santuari Gajah Perak sedang dalam pembinaan;\n\n• menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan konflik daripada orang ramai;\n\n• menjalankan aktiviti tembak halau bagi menakutkan gajah dan menghalau gajah kembali ke dalam hutan;\n\n• menjalankan operasi tangkapan dan pemindahan gajah ke habitat yang lebih sesuai. Ini merupakan jalan terakhir kerana ia melibatkan kos operasi yang tinggi;\n\n• menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah melalui pemasangan kolar satelit yang berfungsi sebagai sistem amaran awal (early warning system) bagi mengesan pergerakan gajah ke kawasan pertanian atau penempatan manusia;\n\n• menjalankan program kesedaran awam dan libat urus dengan pemegang taruh yang terlibat termasuk masyarakat setempat dan pengusaha ladang;\n\n• membangunkan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) terutamanya di kawasan kampung atau pertanian tradisional yang berdekatan dengan habitat utama gajah; dan\n\n• membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) sebagai garis panduan dan rujukan oleh pemegang taruh dalam pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia.\n\nDi samping itu, kerjasama serta tanggungjawab semua pemegang taruh adalah sangat penting terutamanya melibatkan pembangunan guna tanah serta amalan terbaik pengurusan ladang.\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) juga sedang merangka mekanisme pemberian bantuan bagi kerugian dan kerosakan tanaman serta harta benda akibat konflik hidupan liar kepada kumpulan sasar yang berkaitan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2431,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2431",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "46",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kerajaan bagi memperincikan garis panduan ataupun akta sedia ada dalam memastikan kawal selia REE yang berkesan.",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rancangan Kerajaan bagi memperincikan garis panduan ataupun akta sedia ada dalam memastikan kawal selia REE yang berkesan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Aktiviti perlombongan adalah melibatkan bidang kuasa diperingkat persekutuan dan negeri. Diperingkat persekutuan, ia dikawal selia dibawah Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] manakala dibawah bidang kuasa negeri, ia dikawal selia oleh Enakmen Mineral Negeri, Ordinan Perlombongan Sabah dan Ordinan Mineral Sarawak. Pada masa ini, Kementerian sedang membuat pindaan ke atas Akta 525 dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral yang berkaitan bagi menambahbaik kawal selia aktiviti perlombongan termasuklah ke atas perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). \n\n• Kementerian juga telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia bagi mengawal selia aktiviti perlombongan mineral tersebut selaras dengan prinsip perlombongan secara bertanggungjawab dan mampan.\n\n• SOP tersebut yang menyediakan prosedur teratur bagi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan turut menekankan perkara-perkara penting berkaitan kesan aktiviti perlombongan kepada alam sekitar serta ekosistem biodiversiti.\n\n• Kementerian juga sedang meneliti keperluan aspek perundangan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di samping meneliti Tatacara Pelaksanaan Pengauditan Pematuhan Kendiri ke Arah Industri Perlombongan yang Bertanggungjawab dan Mampan (Self-Regulatory Auditing for Responsible and Sustainable Mining Industry).\n\n• Selain itu, dasar larangan eksport sedang diteliti dan diperhalusi oleh Kementerian sebagai usaha untuk memastikan sumber NR-REE tidak dieksport secara mentah serta pada masa yang sama memastikan sumber ini diusaha hasilkan secara tempatan melalui pewujudan industri pemprosesan di peringkat pertengahan. Moratorium terhadap larangan eksport bahan mentah akan dikuatkuasakan setelah aspek dasar dan perundangan dimuktamadkan.\n\n• Seterusnya, Kementerian sedang di peringkat akhir membangunkan Dasar Mineral Negara 3 yang bertujuan mewujudkan dasar yang lebih menyeluruh bagi menyokong pembangunan industri mineral yang diusahakan secara bertanggungjawab dan mampan meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2416,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2416",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "47",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan nilai nadir bumi yang boleh dilombong di Malaysia dan apakah nilai downstream selepas diproses serta memandangkan sisanya adalah amat toksik, nyatakan jaminan untuk memastikan semua kawa...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan nilai nadir bumi yang boleh dilombong di Malaysia dan apakah nilai downstream selepas diproses serta memandangkan sisanya adalah amat toksik, nyatakan jaminan untuk memastikan semua kawalan alam sekitar dipatuhi demi keselamatan dan kesihatan rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan kajian penilaian potensi sumber mineral negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang dianggar (Inferred Resources – IR) adalah berjumlah 16.2 juta tan dengan nilai sebanyak RM800 bilion.\n\n• Seterusnya, kajian model perniagaan (business model) bagi pembangunan industri NR-REE di Malaysia yang sedang dimuktamadkan di peringkat Kementerian, menjangkakan pembangunan industri ini di peringkat hiliran pada tahun 2030 melalui pengeluaran super magnet boleh mencecah sehingga RM8.27 bilion, manakala pengeluaran motor elektrik boleh mencecah RM5.46 bilion. Nilai ini tidak termasuk penggunaan hasil sumber NR-REE yang terproses bagi penghasilan produk-produk hiliran yang lain seperti bateri, perkakas elektrik dan peralatan perubatan.\n\n• Walaubagaimanapun, nilai industri hiliran ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah sebenar sumber NR-REE yang boleh dilombong, kuantiti pengeluaran lombong serta kecekapan pemprosesan NR-REE tempatan di samping status tanah tersebut. Pada masa ini, rantaian industri NR-REE di peringkat pertengahan hingga ke peringkat hiliran masih lagi dalam peringkat perancangan untuk dibangunkan.\n\n• Untuk makluman YB juga, tidak seperti sumber REE dari kebanyakan negara lain dari jenis berbeza, sumber NR-REE daripada lempung jerapan ion yang tertabur secara meluas terutama di kawasan batuan granitik terluluhawa di Malaysia adalah bersifat bukan radioaktif yang berpotensi dilombong secara berekonomi.\n\n• Seterusnya, kaedah perlombongan secara in-situ leaching (ISL) yang digunakan bagi mengekstrak sumber NR-REE merupakan kaedah yang lebih selamat dan mesra alam dari aspek meminimumkan impak terhadap permukaan bumi, kadar pelepasan gas rumah hijau, serta gangguan habuk dan bunyi, berbanding kaedah perlombongan terbuka yang lazim digunakan. Namun, ia sudah tentu tertakluk kepada syarat pengoperasian serta kawalselia air permukaan dan bawah tanah yang mampan sebagaimana yang disyaratkan di dalam kelulusan Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) dan kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA).\n\n• Bagi memastikan aktiviti perlombongan tidak memberikan impak kepada alam sekitar dan kacau ganggu kepada penduduk setempat, pemantauan dan kawalan secara berterusan dilaksanakan melalui pelbagai mekanisma termasuklah pemantauan kualiti efluen/air di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016, Pelan Pengurusan Alam Sekitar di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga Pelan Pemulihan Lombong. Penekanan terhadap kawalan alam sekitar ini dinyatakan dengan jelas di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2432,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2432",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "47",
        "member": "Tuan Syahredzan bin Johan",
        "area": "Bangi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan susulan lawatan Menteri ke tapak pelupusan sampah haram di Twin Palms Sungai Long dan Black Water Lake Mahkota Cheras pada 30 Mei 2023, serta langkah-langkah jangka pendek, ...",
        "question": "Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan susulan lawatan Menteri ke tapak pelupusan sampah haram di Twin Palms Sungai Long dan Black Water Lake Mahkota Cheras pada 30 Mei 2023, serta langkah-langkah jangka pendek, sederhana, panjang dan garis masa bagi menyelesaikan isu pencemaran di lokasi tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sentiasa cakna kepada isu-isu pencemaran alam sekitar terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kementerian melalui JAS akan sentiasa menjalankan pengawasan dan pemantauan kualiti alam sekitar dalam memastikan setiap punca pencemaran yang tertakluk kepada Akta 127 adalah terkawal.\n\n• Bagi isu yang dibangkitkan, Kementerian melalui JAS hanya mempunyai bidang kuasa ke atas pembakaran terbuka melalui penguatkuasaan Akta 127 sahaja. Isu tapak pembuangan sampah adalah di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau pihak Kerajaan Negeri masing-masing bagi negeri-negeri yang tidak tertakluk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]. Mengenai isu tapak pelupusan haram, perkara ini adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.\n\n• Merujuk kepada tindakan ke atas tapak pembuangan sampah Twin Palms Sungai Long berhubungan isu pencemaran udara yang dilakukan ini, JAS telah menahan 3 orang individu yang mempunyai kaitan dengan kejadian. Penahanan kesemua mereka dibuat bagi membantu siasatan terhadap kesalahan melakukan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, Larangan ke atas pembakaran terbuka, Akta 127. Kertas siasatan kini telah dibuka dan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri untuk izin dakwa di bawah Seksyen 44, Akta 127. Di bawah Seksyen 29A, Akta 127, telah memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan berkenaan.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Isu tapak pelupusan sampah haram di Twin Palms Sungai Long dan Black Water Lake Mahkota Cheras ini adalah di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Selangor. Berdasarkan semakan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat, tanah yang terlibat adalah merupakan tanah hak milik. Perincian tindakan yang telah dilaksanakan oleh PDT Hulu Langat adalah seperti yang berikut:\n\n• Black Water Lake, Mahkota Cheras, Mukim Cheras:\n\n• Notis 7A telah dikeluarkan pada 23/6/2022 untuk tempoh 90 hari dan tamat pada 20/9/2022;\n\n• Pengesyoran pengeluaran Notis 7B (Pelanggaran Syarat: Notis Supaya Menunjukkan Sebab) kepada pemilik-pemilik tanah dihantar ke Unit Pendaftaran pada 14/6/2023. Pengeluaran Notis 7B akan dibuat dalam masa terdekat;\n\n• Twin Palm, Mukim Cheras:\n\n• Notis 7A dikeluarkan pada 8 Mac 2022 tetapi tidak dapat diserahkan kerana alamat pemilik berdaftar tidak dapat dikesan;\n\n• Notis 7A dikeluarkan pada 7/2/2023 kepada waris untuk tempoh 90 hari dan tamat pada 7/5/2023; dan\n\n• Perbincangan lanjut bersama PTG akan dilaksanakan kerana pemberimilikan tanah dilaksanakan pada 1930 iaitu sebelum KTN dikuatkuasakan.\n\n• Manakala bagi pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), tiada penyaluran peruntukan yang dapat dibuat bagi tujuan pemulihan dan pembaikan berikutan status tanah tersebut yang merupakan tanah hak milik.\n\n• Antara kaedah penyelesaian yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:\n\n• Rancangan Jangka Pendek:\n\nPihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai bidang kuasa yang terhad (Undang-undang Kecil Pembuangan Sampah) dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM1,000. Sehubungan itu, PBT telah membuat polisi/dasar berkaitan caj-caj lain yang boleh dikenakan bersekali dengan jumlah kompaun. Pada masa ini, pihak MPKj telah mengenakan caj berjumlah RM5,500 untuk sebuah lori yang disita atas kesalahan membuang sampah di lokasi illegal dumpsite. \n\n• Rancangan Sederhana Panjang:\n\nPihak PBT telah memperkenalkan Kaedah Kontraktor Panel untuk Tong Roro bagi kerja kerja pembinaan di kawasan operasi PBT. Kesemua pemaju perumahan/pemilik premis yang menjalankan kerja kerja renovasi dan pembinaan perlu melantik kontraktor ini. Kesemua sampah janaan pembinaan akan dibuang di lokasi yang sepatutnya dan bukan di tempat yang tidak dibenarkan. \n\n• Rancangan Jangka Panjang: \n\nKaedah perampasan dilihat sebagai kaedah yang terbaik untuk penyelesaian illegal dumpsite. Kaedah ini mengambil masa yang terlalu lama dan melibatkan kos yang tinggi sekiranya tanah terlibat diberi milikan sebelum merdeka atau sebelum pengenalan Kanun Tanah Negara. Selain itu, perlunya dasar atau undang-undang yang boleh dikenakan kepada operator tapak sampah haram selain daripada tuan tanah. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2460,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2460",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "47",
        "member": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis",
        "area": "Kota Belud",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah bersepadu bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan kejadian bencana banjir di Sabah melalui projek tebatan banjir, pembaikan/ pembinaan infrastruktur saliran ...",
        "question": "Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah bersepadu bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan kejadian bencana banjir di Sabah melalui projek tebatan banjir, pembaikan/ pembinaan infrastruktur saliran serta pembangunan lestari bagi baki Rancangan Malaysia Ke-12.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang melalui kaedah struktur dan bukan struktur bagi mengurangkan impak dan kejadian banjir di Negeri Sabah.\n\n• Bagi langkah jangka masa pendek, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur saliran secara berkala untuk parit dan sungai yang berada di bawah jagaan JPS Negeri Sabah. Peruntukan berjumlah RM6.13 juta telah disalurkan untuk pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir di negeri Sabah. Peruntukan ini telah digunakan bagi melaksanakan tujuh puluh lima (75) sebutharga penyenggaraan kolam takungan banjir di negeri Sabah.\n\n• Selain itu, penggunaan kaedah bukan struktur dalam mengurangkan impak banjir di Sabah termasuk penyediaan sistem ramalan dan amaran banjir yang berkesan dan penaiktarafannya secara berterusan.\n\n• Bagi penyelesaian jangka masa panjang, JPS telah melaksanakan projek-projek rancangan tebatan banjir yang merangkumi kerja pengorekan sungai dan muara, pelebaran sungai, penaiktarafan sungai, pembinaan pintu-pintu kawalan banjir dan kolam-kolam takungan telah dilaksanakan manakala beberapa lagi masih dalam fasa pembinaan.\n\n• Status semasa projek-projek tebatan banjir di Negeri Sabah adalah 4 projek dalam pra pelaksanaan, 9 projek dalam pelaksanaan dan 3 projek pasca pelaksanaan. Senarai projek seperti berikut:\n\nProjek rancangan tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di tapak (Dalam Pelaksanaan) :\n\n• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog Negeri Sabah (Pakej 1 dan Pakej 3);\n\n• RTB Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1A);\n\n• RTB Sungai Anip, Lembangan Sungai Anip, Sandakan, Sabah;\n\n• RTB Sungai Ketiau, Putatan, Sabah;\n\n• RTB Sungai Pancuran, Lembangan Sungai Sepagaya, Lahad Datu, Sabah;\n\n• RTB Sungai Rampayan, Lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah;\n\n• RTB Bandar Sierra, Lembangan Sungai Telipok, Kota Kinabalu, Sabah;\n\n• RTB Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu Sabah; dan\n\n• RTB Sungai Damai, Basin 8, Sabah;\n\nProjek rancangan tebatan banjir yang telah siap dilaksanakan sejak tahun 2022 (Pasca Pelaksanaan):\n\n• RTB Sungai Gurong-Gurong Lembangan Sungai Gurong Gurong Pekan Kota Belud;\n\n• RTB Sungai Tebongon (Kampung Teguli), Putatan, Sabah; dan\n\n• RTB Sungai Kedamaian/ Sungai Tempasuk/ Sungai Abai & Sungai Kawang-Kawang, Kota Belud, Sabah;\n\nProjek rancangan tebatan banjir (Pra Pelaksanaan):\n\n• Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kudat, Sabah;\n\n• Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damai, Basin 8, Sabah; dan\n\n• Pembangunan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut, Sabah.\n\n• JPS juga melaksanakan enam (6) kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk Negeri Sabah. PISMA adalah satu dokumen pelan induk yang mematuhi konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Penyediaan PISMA ini adalah penting sebagai panduan dan rujukan bagi PBT, pemaju dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk menaiktaraf, membina sistem saliran serta merancang pembangunan masa hadapan yang lebih terancang, sistematik dan mapan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan.\n\n• Bagi Negeri Sabah, empat (4) kajian PISMA telah disiapkan iaitu:\n\n• PISMA Bandar Menggatal, Telipok dan Tuaran (2010);\n\n• PISMA Bandar Tawau (2010); \n\n• PISMA Lahad Datu (2023); dan \n\n• PISMA Putatan dan Kinarut (2023). \n\n• Manakala dua (2) lagi PISMA dalam proses pelaksanaan iaitu:\n\n• PISMA Sandakan. Kajian dalam status penyediaan deraf laporan akhir dan dijangka siap pada akhir tahun 2023.\n\n• PISMA Pekan Tuaran. Kajian dalam proses perolehan data Light Detection and Ranging (LIDAR).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2475,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2475",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "47",
        "member": "Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi",
        "area": "Kuala Kedah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha yang diambil bersama agensi Kerajaan Persekutuan yang lain bagi mengukuhkan kedudukan tebing-tebing sungai dan terusan di dalam Parlimen Kuala Kedah.",
        "question": "Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha-usaha yang diambil bersama agensi Kerajaan Persekutuan yang lain bagi mengukuhkan kedudukan tebing-tebing sungai dan terusan di dalam Parlimen Kuala Kedah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu penyelenggaraan dan pembaikan tebing sungai pada dasarnya di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Negeri. Walaubagaimanapun, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga memberi perhatian terhadap usaha-usaha bagi penstabilan tebing sungai mengikut keutamaan serta sumber kewangan semasa melalui beberapa pendekatan struktur dan bukan struktur.\n\n• Bagi pendekatan struktur, Kementerian telah menyalurkan peruntukan kepada JPS Negeri Kedah sebanyak RM11.75 juta pada tahun 2023 di bawah Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir. JPS juga melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir Alor Tok Pasai di Kampung Tepi Laut, Mukim Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah dengan kos berjumlah RM198 ribu.\n\n• Selain itu, pendekatan bukan struktur melalui Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management-IRBM) juga dilaksanakan. Objektif utama dalam pendekatan IRBM memastikan air mencukupi, memastikan air bersih, mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.\n\n• Melalui pelan IRBM yang disediakan, cadangan perancangan dan pembangunan sumber air di dalam sesebuah lembangan boleh dijadikan rujukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan semua pihak berkepentingan. Dalam merancang pembangunan, kesan terhadap kelestarian alam sekitar perlu diberikan perhatian terutamanya sumber air yang sangat diperlukan oleh negara untuk tujuan pembangunan dan keperluannya untuk kepelbagaian biologi. \n\n• Bagi Negeri Kedah, Kajian IRBM Sungai Merbok, Negeri Kedah telah siap pada tahun 2018. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2417,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2417",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-25",
        "year": 2023,
        "no": "48",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah kajian-kajian daripada universiti terkemuka tempatan yang menyumbang ke arah kelestarian REE sekiranya dibangunkan di Malaysia.",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah kajian-kajian daripada universiti terkemuka tempatan yang menyumbang ke arah kelestarian REE sekiranya dibangunkan di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 7 buah institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat secara aktif dalam menjalankan kajian-kajian berkaitan dengan kemampanan industri mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia.\n\n• Antara institusi pengajian tinggi tersebut termasuklah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).\n\n• Kajian-kajian yang dijalankan merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran industri NR-REE seperti penerokaan, perlombongan dan pemprosesan, pemulihan lombong, sustainable practices, pembuatan dan circular economy.\n\n• Dapatan kajian-kajian yang dijalankan oleh IPT dan agensi-agensi kerajaan melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi akan memastikan kelestarian industri NR-REE bagi menampung keperluan aktiviti industri NR-REE pada masa akan datang tanpa mengkompromi kawalan ke atas alam sekitar dan kemakmuran. Ini juga adalah berselaras dengan Teras Ke 4, Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030).\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2476,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2476",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "49",
        "member": "Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin",
        "area": "Masjid Tanah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam menangani isu banjir terutamanya banjir kilat di ibu negara dan persiapan yang dilakukan untuk melindungi aktiviti- aktiviti perniagaan yang keba...",
        "question": "Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam menangani isu banjir terutamanya banjir kilat di ibu negara dan persiapan yang dilakukan untuk melindungi aktiviti- aktiviti perniagaan yang kebarangkaliannya boleh mencecah nilai ekonomi yang tinggi daripada turut terjejas semasa banjir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, keputusan Jemaah Menteri tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan adalah dibawah tanggungjawab PBT manakala sistem saliran asalnya semulajadi iaitu sungai dan anak sungai adalah di bawah JPS. \n\n• Kementerian sentiasa memberi perhatian terhadap perkara yang bangkitkan. Pada dasarnya Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) dari semasa ke semasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pembaikan struktur seperti tebing sungai, inlet, outlet, pintu air, pam dan kerja-kerja pengorekan kelodak di sungai utama dan kolam takungan banjir berdasarkan peruntukan yang diterima setiap tahun.\n\n• Selain itu, JPS juga telah melaksanakan projek-projek tebatan banjir berimpak besar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Berikut adalah beberapa projek tebatan banjir yang telah siap dibina dan beroperasi di Kuala Lumpur antaranya; \n\n• Pembinaan dan operasi Empangan Batu; \n\n• Projek naik taraf dan operasi Empangan Klang Gate;\n\n• Projek Terowong SMART (KLFM A);\n\n• Sistem Lencongan Banjir Keroh (KLFM B); dan\n\n• Sistem Lencongan Banjir Gombak (KLFM B)\n\n• Kesemua struktur kawalan banjir ini telah berjaya mengurangkan kejadian banjir di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih terdapat keperluan bagi pelaksanaan projek tebatan banjir dengan penumpuan kepada aspek-aspek berikut:\n\n• Lokasi-lokasi yang tiada perlindungan kawalan banjir;\n\n• Menaiktaraf projek sedia ada memandangkan sistem dan peralatan yang telah uzur atau rosak;\n\n• Mengambil kira kesan perubahan iklim dan cuaca; dan\n\n• Pertambahan kawasan pembangunan dan kemajuan bandar yang berterusan.\n\n• Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh JPS adalah seperti berikut:\n\n• Projek Menaiktaraf Kolam Takungan Banjir Batu dan Jinjang Serta Lencongan Gombak dan Keroh (KLFM-B);\n\n• Kajian Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang; \n\n• Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus;\n\n• Projek Menyiapkan Baki Kerja Projek Membina dan Menyiapkan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-Kerja Berkaitan di PULAPOL, Kuala Lumpur;\n\n• Kerja-Kerja Pemasangan dan Integrasi Sistem SCADA Serta Kerja-Kerja Lain yang Berkaitan Untuk RTB Sungai Bunus, Kuala Lumpur;\n\n• Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kuyoh;\n\n• Projek Rancangan Tebatan Banjir Upper Sungai Klang; dan\n\n• Kerja-Kerja Mengorek Dan Membuang Kelodak Di Kolam Takungan Banjir Berembang Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\n• Manakala, bagi penyelesaian jangka masa panjang, Kajian Pelan Induk Lembangan Sungai Klang sedang disediakan dengan tujuan antaranya bagi melihat semula keupayaan Kuala Lumpur Flood Mitigation (KLFM) sediada sama ada berupaya memberi perlindungan banjir dan mengambil kira faktor-faktor seperti perubahan iklim, pembangunan terkini dan masa hadapan. Pelan induk ini dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2024.\n\n• Bagi mengatasi isu banjir kilat yang sering berlaku, kerjasama daripada pihak PBT adalah diperlukan terutamanya untuk membersihkan longkang-longkang dan saluran air bagi membolehkan larian air adalah lancar ketika hujan. Masalah longkang tersebut dengan sampah sarap telah dikenal pasti sebagai punca utama banjir kilat berlaku.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2398,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2398",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "50",
        "member": "Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) senarai industri yang terlibat dalam perdagangan karbon kredit di Malaysia; dan b) mekanisme yang digunakan bagi mengukur karbon kredit untuk dijual kepada negara lain.",
        "question": "Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI,\nALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) senarai industri yang terlibat dalam perdagangan karbon kredit di Malaysia; dan\n\nb) mekanisme yang digunakan bagi mengukur karbon kredit untuk dijual kepada negara lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di peringkat fasiliti dan nasional, instrumen pasaran karbon boleh dilaksanakan. Mekanisme ini membolehkan urusniaga kredit karbon dilaksanakan melalui sistem atau platform urusniaga (pasaran karbon). Secara umumnya mekanisme pasaran karbon merupakan pilihan alternatif yang ekonomik untuk mengimbangi pelepasan GHG bagi mencapai sasaran atau matlamat tertentu terutama di dalam industri yang ‘hard to abate’.\n\n2. Sehubungan itu, mekanisme pasaran karbon di Malaysia akan memberi tumpuan kepada industri berkaitan sektor tenaga, industri pemprosesan dan guna produk (industrial processes and product use – IPPU) dan sisa bagi menjana insentif kewangan yang akan menyokong pertumbuhan ekonomi hijau dan usaha kemampanan yang dilaksanakan di peringkat domestik. \n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara ahli kepada Perjanjian Paris yang ingin mencapai sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) negara masing-masing boleh membeli kredit karbon dari negara lain. Namun begitu, Artikel 6 di bawah Perjanjian Paris ini masih belum beroperasi dan masih dirundingkan. Dalam hal ini, Bursa Malaysia telah membangunkan Bursa Carbon Exchange (BCX) yang merupakan platform perdagangan pasaran karbon sukarela atau voluntary carbon market (VCM) patuh syariah yang pertama di dunia yang dilancarkan pada 9 Disember 2022. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat boleh menjalankan urusniaga di bawah pasaran karbon sukarela yang membolehkan urusniaga merentas sempadan negara bagi tujuan sukarela dan bukan untuk tujuan mencapai sasaran NDC. \n\n4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kredit karbon boleh dijana melalui projek karbon yang menjalankan aktiviti pengurangan pelepasan GHG mengikut piawaian (standard) tertentu seperti Verra, Gold Standard, Carbon Trade eXchange (CTX), Climate Impact X (CIX) dan badan piawaian di bawah UNFCCC.\n\n5. Setiap piawaian ini mempunyai kaedah pengiraan yang perlu dipatuhi. Pelaksanaan projek karbon akan menjana kredit karbon dalam jumlah tertentu yang perlu melalui proses verifikasi dan validasi oleh 3rd party validation and verification bodies (VVBs). Pengoperasi piawaian (standard operator) hanya akan menerbitkan kredit yang telah melalui proses verifikasi dan validasi oleh VVBs. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2461,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2461",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-22",
        "year": 2023,
        "no": "50",
        "member": "Puan Wong Shu Qi",
        "area": "Kluang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah penjimatan berikutan pelaksanaan subsidi bersasar bil elektrik, dan jumlah akaun pengguna yang terkesan mengikut kategori industri dan domestik, serta negeri.",
        "question": "Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah penjimatan berikutan pelaksanaan subsidi bersasar bil elektrik, dan jumlah akaun pengguna yang terkesan mengikut kategori industri dan domestik, serta negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, Kerajaan telah membuat penjimatan sebanyak RM4.5 bilion kerana telah melepaskan sebahagian besar kos surcaj Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) kepada pengguna bukan domestik kategori voltan sederhana (Medium Voltage – MV) dan voltan tinggi (High Voltage – HV) berbanding surcaj yang dinikmati sebelum tempoh tersebut. Manakala, Kerajaan telah membuat penjimatan sebanyak RM126 juta bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 kerana telah melepaskan surcaj ICPT pada kadar 10 sen/kWj kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan yang tinggi iaitu melebihi 1,500 kWj. Secara keseluruhannya, Kerajaan dapat menjimatkan peruntukan subsidi elektrik sebanyak RM4.6 bilion melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2023.\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah akaun yang terkesan dengan pelaksanaan ICPT sepanjang tahun 2023 adalah sejumlah 89,916 akaun. Daripada jumlah tersebut, pengguna kategori domestik iaitu penggunaan bulanan melebihi 1500 kWj adalah sebanyak 82,175 akaun berdasarkan data sehingga Ogos 2023. Pecahan mengikut negeri pula adalah tertinggi bagi Selangor dengan jumlah sebanyak 27,676 akaun, diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 21,848 akaun, Johor sebanyak 9,317 akaun, Pulau Pinang sebanyak 5,448 akaun, Perak sebanyak 3,093 akaun, Kedah sebanyak 2,848 akaun, Kelantan sebanyak 2,585 akaun, Negeri Sembilan sebanyak 2,381 akaun, Pahang sebanyak 2,249 akaun, Melaka sebanyak 1,889 akaun, Terengganu sebanyak 1,567 akaun, Putrajaya sebanyak 925 akaun dan Perlis sebanyak 349 akaun.\n3. Selain itu, pengguna kategori komersial MV yang terkesan lanjutan daripada surcaj ICPT iaitu 20 sen/kWj bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dan 17 sen/kWj bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 adalah sebanyak 3,659 akaun bagi kategori C1 iaitu MV General Commercial Tariff dan 546 akaun bagi kategori C2 iaitu MV Peak/Off-Peak Commercial Tariff. \n4. Manakala, pengguna kategori industri MV yang terkesan lanjutan pelaksanaan surcaj ICPT iaitu 20 sen/kWj bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dan 17 sen/kWj bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 pula adalah sebanyak 748 akaun bagi kategori E1 iaitu MV General Industrial Tariff dan 2,732 akaun bagi kategori E2 iaitu MV Peak/Off-Peak Industrial Tariff. Selain itu, sebanyak 56 akaun kategori E3 iaitu HV Peak/Off-Peak Industrial Tariff turut terkesan dengan pelaksanaan surcaj ICPT tersebut.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2477,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2477",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "50",
        "member": "Tuan Zakri bin Hassan",
        "area": "Kangar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah terdapat usaha-usaha untuk menggantikan paip air di Perlis memandangkan kadar kehilangan air begitu banyak melalui paip-paip yang bocor.",
        "question": "Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah terdapat usaha-usaha untuk menggantikan paip air di Perlis memandangkan kadar kehilangan air begitu banyak melalui paip-paip yang bocor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian telah melaksanakan Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan di Negeri Perlis sejak RMKe-11, melibatkan peruntukan geran sebanyak RM50.79 juta. Program ini telah siap sepenuhnya pada 15 Disember 2022.\n\n• Pada tahun ini, Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP) juga melaksanakan penggantian paip bagi menangani masalah NRW di Negeri Perlis melalui peruntukan Kerajaan Negeri yang melibatkan 11 buah kampung berjumlah RM1.3 juta. Untuk perancangan tahun 2024 pula, SAP telah memohon peruntukan berjumlah RM26 juta daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk pelaksanaan projek melibatkan penggantian dan pemasangan paip baru termasuk paip jenis Asbestos Cement (AC) yang telah uzur di 18 buah kampung serta menaiktaraf sistem retikulasi dan sistem pam.\n\n• Memandangkan Program NRW Pendekatan 1 Negeri Perlis telah siap, operator air Negeri Perlis layak menyertai Program NRW Pendekatan 2 yang merangkumi skop penggantian paip, pengesanan dan pembaikan kebocoran serta pembentukan Pressure Management Area (PMA). Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM1.371 billion di bawah Program NRW Pendekatan 2. Sekiranya pencapaian sasaran penurunan NRW tahun semasa disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), peruntukan secara imbuhan balik (reimbursable) akan disalurkan kepada operator air pada tahun kewangan berikutnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2409,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2409",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "51",
        "member": "Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji",
        "area": "Jelutong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan projek tebatan banjir lembangan Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang yang pada mulanya diumumkan pada RMK-7 dengan jumlah anggaran perbel...",
        "question": "Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan projek tebatan banjir lembangan Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang yang pada mulanya diumumkan pada RMK-7 dengan jumlah anggaran perbelanjaan RM600 juta dan kemudian diumumkan di bawah RMK-11 dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM150 juta tetapi tidak dinyatakan langsung dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 September 2023 dan belum dilaksanakan lagi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) komited untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang semenjak Rancangan Malaysia Ke-11(RMKe-11) lagi. Setiap projek yang hendak dilaksanakan memerlukan perancangan yang teliti agar impak serta kualiti projek mencapai matlamat seperti yang telah dirancang.\n\n• Projek RTB Lembangan Sungai Pinang Fasa 1 telah diluluskan dalam Rolling Plan-2 di bawah RMKe-11 dengan kos kontrak berjumlah RM114 juta. Tarikh milik tapak bagi projek tersebut adalah pada 21 September 2023 dan tarikh jangkaan siap kerja pada 20 September 2027 dengan tempoh kontrak selama 48 bulan. Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 190,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir.\n\n• Kementerian akan memastikan projek RTB ini berjalan dengan lancar bagi mengurangkan masalah banjir di Lembangan Sungai Pinang. Kementerian juga akan terus memantau perkembangan projek ini dan memastikan segala langkah-langkah yang diperlukan diambil untuk melindungi komuniti setempat daripada ancaman banjir yang sering berlaku.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2399,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2399",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-16",
        "year": 2023,
        "no": "52",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary",
        "area": "Pengkalan Chepa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan dapatan terperinci jawatankuasa induk peringkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatakelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau ...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dapatan terperinci jawatankuasa induk peringkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatakelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman, tiada sebarang penubuhan jawatankuasa induk diperingkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatakelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NR-REE). Walau bagaimanapun, Kerajaan mempunyai platform-platform tertentu bagi membincangkan mengenai hal ehwal dasar dan operasi industri mineral termasuk NR-REE antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti berikut:\n\n• Majlis Tanah Negara (MTN) – MTN merupakan platform tertinggi bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan tanah termasuk perkara-perkara berkaitan pengurusan sumber mineral;\n\n• Majlis Mineral Negara (MMN) – MMN merupakan platform utama yang membincangkan berkenaan isu-isu dasar dan operasi berkaitan pembangunan industri mineral negara. Mesyuarat MMN 2 yang telah diadakan pada 8 Mei 2023 turut membincangkan mengenai SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia. Seperti mana peruntukan Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, segala syor yang diputuskan diperingkat Majlis Mineral Negara (MMN) khususnya berkaitan dasar dan perundangan perlu dibawa ke peringkat MTN bagi mendapatkan pengesahan dan persetujuan; dan \n\n• Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) – Jawatankuasa ini telah ditubuhkan melalui keputusan dalam Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua (MMN 2). Ia berperanan untuk memperincikan isu industri mineral negara serta membantu mempercepatkan proses pembuatan keputusan. Susulan daripada keputusan MMN 2 yang meluluskan SOP ini secara prinsip, mesyuarat JKPPIM yang pertama pada 2 Oktober 2023 telah bersetuju supaya dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan NR-REE di Malaysia diedarkan kepada negeri-negeri bagi tujuan pemakaian mengikut perundangan di negeri masing-masing.\n\n• Kesemua platform-platform ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam menyelaras perkara-perkara berkaitan industri mineral termasuk bagi industri NR-REE di Malaysia.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2487,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2487",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "52",
        "member": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali",
        "area": "Pekan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik terkini penggunaan solar bagi kegunaan domestik dan juga industri. Nyatakan juga sejauh manakah penggunaan solar yang semakin meluas dalam membantu mengurangkan jejak karbon.",
        "question": "Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan statistik terkini penggunaan solar bagi kegunaan domestik dan juga industri. Nyatakan juga sejauh manakah penggunaan solar yang semakin meluas dalam membantu mengurangkan jejak karbon.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Statistik terkini bagi penjanaan tenaga dari sumber solar adalah sejumlah berjumlah 2.657GW telah beroperasi yang mana 2.392GW kapasiti adalah dari kategori domestik dan industri. Pecahan kapasiti tersebut mengikut program adalah seperti berikut:\n\n• 9,794 projek dengan kapasiti 313.264MW (69.344 kapasiti dari pengguna domestik dan 243.92MW kapasiti dari gabungan komersil dan industri) telah beroperasi dibawah mekanisme FIT.\n\n• 15,304 projek dengan kapasiti 587.57MW (100.66MW kapasiti dari pengguna domestik dan 486.91MW kapasiti dari industri) telah beroperasi di bawah mekanisme NEM.\n\n• 1,492.12MW projek solar dari program LSS 1-4 (kategori industri).\n\n• Berdasarkan projek solar yang sedang beroperasi, berjumlah 2,657 MW bersamaan 7% dalam kapasiti campuran tenaga yang telah menyumbang pengurangan karbon (CO2) sebanyak 2037 ton setahun.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2478,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2478",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-28",
        "year": 2023,
        "no": "54",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Air",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kaedah pihak Kementerian untuk mengawal pencemaran bau di SK Bukit Kiara yang dibina berhampiran kolam takungan air limbah dari kawasan perindustrian berhampiran. Hal ini amat merisaukan.",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kaedah pihak Kementerian untuk mengawal pencemaran bau di SK Bukit Kiara yang dibina berhampiran kolam takungan air limbah dari kawasan perindustrian berhampiran. Hal ini amat merisaukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pernah menerima aduan pencemaran bau busuk dan menyebabkan gangguan kepada penduduk sekitar termasuklah SK Bukit Kiara yang terletak berhampiran dengan kolam takungan.\n2. Pemeriksaan yang dilakukan mendapati berlaku limpahan kumbahan dari tangki septik rumah-rumah penduduk di Taman Ria Jaya yang mengalir dalam longkang kawasan perumahan tersebut yang mana memasuki dan memenuhi kolam takungan yang diadu. Kumbahan di kawasan perumahan Taman Ria Jaya tidak disambung ke sistem kumbahan berpusat kerana masih menggunapakai sistem tangki septik. Limpahan kumbahan dalam longkang awam jelas berwarna hitam dan berbau busuk. Manakala itu, kolam takungan yang diadu juga dipenuhi buangan sisa pepejal yang memburukkan lagi keadaan.\n3. Untuk makluman, setiap pemilik premis kediaman yang memiliki tangki septik individu diwajibkan untuk mengosongkan atau menyahenap cemar tangki septik bagi setiap 2 tahun sekali selaras dengan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021 yang dikuatkuasa oleh Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ini adalah untuk memastikan setiap pengguna tidak mengabaikan penyelenggaraan tangki septik selain mengelakkan daripada berlakunya pencemaran seterusnya membawa kepada risiko penyakit seperti taun, hepatitis dan sebagainya. Kegagalan untuk berbuat demikian pengguna atau pemilik premis yang bertanggungjawab boleh dikenakan denda sehingga RM50 ribu di bawah Seksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].\n4. Indah Water Konsortium (IWK) telah mula menghantar notis penjadualan nyahenap cemar ke Taman Ria Jaya bermula 1 September 2022 sehingga 28 Februari 2023. Untuk kitaran masa tersebut, 6,031 notis penjadualan telah dihantar, namun, hanya 351 atau 6% sahaja yang bersetuju menerima perkhidmatan nyahenap cemar tangki septik. Baki sebanyak 5,680 akaun tidak memberi maklum balas, menolak dan mengalami masalah akses. Sekiranya pemilik premis tidak mematuhi notis bertulis tersebut, pemilik premis boleh menjadualkan semula tarikh pelaksanaan perkhidmatan nyahenap cemar dan notis bertulis kedua akan dikeluarkan oleh pihak IWK. Namun jika pemilik premis masih gagal berbuat demikian setelah notis kedua dikeluarkan, pihak IWK hendaklah memaklumkan kepada SPAN untuk mengambil tindakan selanjutnya iaitu dengan mengeluarkan notis arahan secara bertulis kepada pemilik premis untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar dalam tempoh yang dinyatakan. Jika masih gagal tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh SPAN dengan membuka kertas siasatan dan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut seperti yang termaktub di bawah Peraturan 5(2) Peraturan2 IPA (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021.\n5. Bagi meningkatkan kadar penerimaan perkhidmatan nyahenap cemar dan mengatasi isu pencemaran bau ini, pihak IWK telah melaksanakan inisiatif seperti program kesedaran bersama penghulu-penghulu di seluruh negeri Kedah. IWK juga merancang untuk memberi taklimat berkenaan keperluan pengosongan tangki septik secara berkala kepada komuniti taman dan mengadakan Kempen Ops Sedut di kawasan yang terpilih.\n6. Di samping itu, larangan pembuangan sisa pepejal ke dalam kolam takungan perlu ditangani oleh pelbagai pihak terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya bagi menambahbaik pengurusan sampah di daratan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2390,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2390",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-10",
        "year": 2023,
        "no": "55",
        "member": "Tuan Sim Tze Tzin",
        "area": "Bayan Baru",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan dengan lebih terperinci mekanisme yang membenarkan isi rumah untuk mendapatkan pendapatan dengan menyewakan bumbung untuk pemasangan panel solar. Berapakah projek telah berjaya dijalan s...",
        "question": "Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dengan lebih terperinci mekanisme yang membenarkan isi rumah untuk mendapatkan pendapatan dengan menyewakan bumbung untuk pemasangan panel solar. Berapakah projek telah berjaya dijalan setakat ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak mempunyai program khusus yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna elektrik menjana pendapatan daripada sewaan bumbung bangunan untuk pemasangan panel solar. \n\n• Program sedia ada di bawah Skim Net Energy Metering dan SelCo antaranya membenarkan pemasangan solar di bumbung bangunan yang dibiayai melalui kaedah pajakan solar yang ditawarkan oleh pelabur solar kepada pengguna.\n\n• Aturan pembiayaan melalui sewaan bumbung atau solar leasing lazimnya ditawarkan pelabur solar kepada pengguna komersial dan industri dan sehingga kini, terdapat 467 projek dengan kapasiti 164.5MW di bawah Skim Net Energy Metering yang telah dibiayai melalui kaedah solar leasing.\n\nSekian terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2423,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2423",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-10-31",
        "year": 2023,
        "no": "55",
        "member": "Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong",
        "area": "Ayer Hitam",
        "minister": "MENTERI LUAR NEGERI",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan pandangan dan pertimbangan Kerajaan terhadap gesaan untuk melaksanakan pemetaan semula persempadanan perairan Singapura dan Johor terutama di perairan Selat Tebrau susulan insiden nelaya...",
        "question": "Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pandangan dan pertimbangan Kerajaan terhadap gesaan untuk melaksanakan pemetaan semula persempadanan perairan Singapura dan Johor terutama di perairan Selat Tebrau susulan insiden nelayan tempatan dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nINPUT KEPADA MENTERI LUAR NEGERI\n\n1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berpandangan tiada keperluan kerja-kerja pemetaan semula persempadanan perairan Singapura dan Johor di Selat Tebrau memandangkan kerja-kerja ukuran dan penentuan sempadan secara bersama di kawasan berkenaan telah selesai pada tahun 1982.\n\n2. Bagi tujuan memetakan dan menentukan kedudukan pertengahan alur air dalam (centre of deep water channel) di Selat Tebrau, kedua-dua negara telah melaksanakan kerja-kerja ukuran hidrografi secara bersama di sepanjang selat tersebut bermula dari 10 Mac 1980 hingga 3 Oktober 1981. Laporan pengukuran hidrografi secara bersama ini telah ditandatangani pada 12 Mac 1982 dan kemudiannya telah dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Sempadan Malaysia - Singapura yang telah diadakan di Singapura dari 15 hingga 16 April 1985.\n\n3. Selepas beberapa siri rundingan, satu perjanjian berasaskan laporan ukuran hidrografi tersebut telah digubal yang dinamakan sebagai Agreement between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Singapore to Delimit Precisely the Territorial Waters Boundary in accordance with The Straits Settlement and Johore Territorial Waters Agreement 1927. Perjanjian tersebut telah ditandatangani dan diratifikasikan oleh Malaysia dan Singapura pada 7 Ogos 1995.\n\n4. Sehubungan itu, dengan termeterainya Perjanjian Persempadanan Perairan Wilayah Malaysia - Singapura 1995, sempadan perairan Malaysia - Singapura di Selat Tebrau telah dimuktamadkan dan tidak harus dipertikaikan lagi. Walau bagaimanapun bagi kawasan-kawasan yang melangkaui titik W25 di sebelah barat dan titik E47 di sebelah timur Selat Tebrau, ianya masih belum dimuktamadkan. Oleh yang demikian, penentuan persempadanan maritim di kawasan-kawasan ini masih tertakluk kepada perundingan antara kedua-dua pihak.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2441,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2441",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "55",
        "member": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif Kementerian dalam usaha mengembangkan pemprosesan REE terutama di 10 negeri yang mempunyai hasil galian tersebut bagi mendepani dasar China yang mengehadkan jumlah eksport loga...",
        "question": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif Kementerian dalam usaha mengembangkan pemprosesan REE terutama di 10 negeri yang mempunyai hasil galian tersebut bagi mendepani dasar China yang mengehadkan jumlah eksport logam REE sekaligus mampu menjana sumber pendapatan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Seperti sedia maklum, usaha Kerajaan dalam membangunkan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di peringkat huluan telah dinyatakan sebelum ini melalui penyediaan dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE. Di samping itu, kerjasama Kementerian dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak juga telah meningkatkan pengetahuan mengenai pembangunan mineral tersebut di peringkat huluan, khususnya mengenai kaedah perlombongan in-situ leaching yang tidak pernah digunakan di Malaysia.\n\n• Seterusnya, pada masa ini Kementerian sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Kajian Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Kajian tersebut memberikan kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, serta boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara.\n\n• Melalui kajian tersebut, Malaysia diyakini mempunyai potensi yang besar untuk terlibat secara langsung dalam industri di peringkat hiliran sebagai salah satu negara pengeluar super magnet dan motor elektrik di dunia bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik. Namun demikian, ia hanya boleh direalisasikan dengan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber RE Carbonate yang dihasilkan oleh lombong-lombong tempatan.\n\n• Oleh yang demikian, dalam merangka strategi pembangunan industri pertengahan NR-REE negara, pilihan masih terbuka sama ada untuk memanfaatkan keberadaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Kuantan, atau melalui pembangunan loji pemprosesan di lokasi yang lain. Sudah ada Kerajaan Negeri yang adakan perbincangan dengan pelabur untuk pemprosesan NR-REE. Namun, harus ditekankan bahawa sebarang keputusan yang dibuat perlu mengambil kira pertimbangan seperti keupayaan kos, ketersediaan kepakaran, serta jaminan bekalan sumber bagi memastikan pelaburan yang dibuat adalah berdaya maju.\n\n• Kementerian akan mengadakan libat urus bersama pemegang taruh bagi meneliti cadangan membangunkan loji pemprosesan nadir bumi (Rare Earth Processing Plant - REPP). Cadangan pewujudan REPP ini adalah bagi mengelakkan sumber NR-REE dieksport secara mentah ke luar negara serta pada masa sama, adalah untuk menggalakkan sumber mineral NR-REE diproses di dalam negara bagi memberikan nilai tambah dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada negeri dan negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2442,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2442",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-09",
        "year": 2023,
        "no": "57",
        "member": "Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman",
        "area": "Labuan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan menyatakan usaha proaktif Kementerian bagi mengelakkan kejadian pembakaran terbuka dan insiden jerebu rentas sempadan termasuk dari aspek penguatkuasaan dengan kerjasama negara Indonesia.",
        "question": "Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan menyatakan usaha proaktif Kementerian bagi mengelakkan kejadian pembakaran terbuka dan insiden jerebu rentas sempadan termasuk dari aspek penguatkuasaan dengan kerjasama negara Indonesia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan jabatan-jabatan di bawah seliaan sentiasa bersiap siaga dalam memantau kualiti udara di dalam negara terutama semasa cuaca panas dan kering. Pelbagai usaha dan inisiatif bagi mencegah insiden pembakaran terbuka dan jerebu setempat di dalam negara termasuk langkah-langkah menangani isu jerebu rentas sempadan telah dilaksanakan. \n\n• NRECC telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bil. 1 Tahun 2023 (26 Mei 2023) dan Bil. 2 Tahun 2023 (12 September 2023) bagi melaporkan status terkini keadaan cuaca, kualiti udara, merancang tindakan dan strategi bagi mencegah pembakaran terbuka serta jerebu setempat, di samping mengatur persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya insiden jerebu merentas sempadan. Mesyuarat ini dihadiri oleh kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Kementerian Kesihatan yang akan bekerjasama dalam mengambil tindakan sekiranya berlaku jerebu.\n\n• NRECC dan jabatan di bawah seliaan juga turut mengambil beberapa langkah proaktif seperti berikut:\n\n• pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sejak 2 April 2023 bagi pelaksanaan tindakan pencegahan, pemantauan, pemadaman dan penguatkuasaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh kementerian, jabatan dan agensi terlibat;\n\n• pengaktifan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Standard Operasi Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut kepada semua pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan agensi-agensi negeri terbabit pada 29 Mac 2023;\n\n• kekerapan dan kawasan rondaan serta pemantauan udara melalui dron juga dipertingkatkan di kawasan berisiko dan mudah terbakar seperti kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah oleh Pihak Berkuasa Negeri;\n\n• pelaksanaan penguatkuasaan secara bersepadu dan pengguatkuasaan Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), di mana mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 (lima ratus ribu ringgit) atau penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Disamping itu, kompaun sehingga RM2,000 (dua ribu ringgit) boleh dikenakan atas setiap kesalahan;\n\n• pemantauan komuniti turut diperkasakan melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) bagi membantu memantau kes-kes pembakaran terbuka;\n\n• program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam dan program penyertaan komuniti turut dipertingkatkan sebagai tindakan pencegahan; dan\n\n• pemantauan berterusan status kualiti udara semasa melalui 65 stesen automatik JAS dan status cuaca semasa dan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).\n\n• Selain itu, program-program peningkatan keupayaan, kesedaran, pendidikan, pembangunan infrastruktur bagi mencegah kebakaran kawasan tanah gambut yang sering terbakar dan sistem amaran awal merupakan antara usaha jangka pendek yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka dan jerebu setempat (di dalam negara) serta jerebu merentas sempadan.\n\n• Inisiatif peringkat antarabangsa bagi menangani pencemaran jerebu merentas sempadan telah bermula sejak tahun 2002 dengan termeterainya Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution – AATHP) yang ditandatangani oleh 10 buah negara ASEAN di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002.\n\n• Di bawah perjanjian ini, Meeting of the Committee (COM) Under the Conference of the Parties dan Conference of the Parties (COP) to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution melibatkan semua negara anggota ASEAN serta Technical Working Group (TWG) dan Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution melibatkan lima negara di Selatan rantau ASEAN (Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand) diadakan setiap tahun bagi memantau situasi cuaca, keadaan jerebu dan membincangkan langkah-langkah pencegahan kejadian jerebu merentas sempadan di rantau ini.\n\n• Saya telah mengetuai Delegasi Malaysia menghadiri Mesyuarat Ke-24 TWG dan MSC pada 7 dan 8 Jun di Singapura. Pada 22 hingga 24 Ogos 2023, Delegasi Malaysia diketuai oleh YB Timbalan Menteri NRECC telah menghadiri Mesyuarat Ke-17 Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN, Mesyuarat Ke-18 COP AATHP dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Vientiane, Lao PDR. Melalui mesyuarat ini, telah dilaporkan bahawa fenomena El Niño dijangka akan berpanjangan hingga penghujung tahun 2023. Semua negara anggota ASEAN telah melaporkan tindakan dan strategi masing-masing dalam pencegahan pembakaran terbuka dan jerebu serta memberikan komitmen untuk memastikan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan di dalam Second ASEAN Haze-Free Roadmap (roadmap baharu) dilaksanakan sewajarnya bagi mencapai matlamat ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030.\n\n• Dalam sesi yang sama, Perjanjian Penubuhan ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) telah dimuktamadkan. Melalui penubuhan ACC THPC yang berpusat di Indonesia kelak, pengurusan kebakaran dan insiden jerebu merentas sempadan akan lebih terselaras. Malaysia sentiasa komited dan sedia bekerjasama ke arah penubuhan dan pengoperasian pusat ini yang akan menyokong pelaksanaan penuh AATHP dengan lebih efektif dan berkesan. \n\n• Pada masa ini, tiada tindakan punitif boleh diambil di bawah AATHP ke atas syarikat atau negara yang menyebabkan jerebu merentas sempadan di negara-negara ASEAN yang terjejas. Semua isu dan pertikaian perlu diselesaikan secara rundingan dan kesepakatan (amicable) selaras dengan perjanjian ini. Namun, Kerajaan akan meneliti perkara ini dan mengusulkan cadangan penambahbaikan kepada AATHP dalam sesi mesyuarat akan datang. \n\n• Kerajaan juga tidak menolak sebarang cadangan untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan termasuklah keperluan Akta Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan, tetapi ia perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keberkesanan dan kebolehlaksanaannya. Perjanjian dua hala seperti yang dimeterai oleh Amerika Syarikat dan Kanada melalui US-Canada Air Quality Agreement juga boleh dicontohi keberkesanannya. Namun, usaha ini memerlukan komitmen kedua-dua pihak dan Kerajaan Malaysia sedia untuk terus berunding agar isu ini dapat diselesaikan bersama.\n\n• Justeru itu, NRECC akan mengadakan sesi libat urus dengan Panel Penasihat dan Panel Konsultasi, pihak-pihak berkepentingan serta pakar-pakar bagi mendapatkan input dan pandangan berhubung penyelesaian yang holistik kepada permasalahan ini. \n\n• Selain itu, NRECC juga telah mengadakan mesyuarat bersama Bursa Malaysia, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi membincangkan mekanisme pelaporan syarikat-syarikat perladangan milik Malaysia atau berkaitan Malaysia yang beroperasi di luar negara bagi memastikan langkah-langkah pencegahan kebakaran ladang dan premis diambil sewajarnya.\n\n• NRECC juga telah mengemukakan surat kepada syarikat perladangan milik Malaysia atau berkaitan Malaysia yang beroperasi di dalam dan di Indonesia untuk memastikan langkah-langkah pencegahan pembakaran terbuka di kawasan ladang diambil sewajarnya bagi mengelak berlakunya kebakaran ladang dan hutan gambut yang menjadi punca utama insiden jerebu tempatan dan jerebu merentas sempadan di rantau ini.\n\n• NRECC melalui KLN telah mengemukakan surat kepada TYT Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia bagi memaklumkan usaha Malaysia bagi memastikan syarikat berkaitan Malaysia yang beroperasi di Indonesia untuk mengambil tindakan pencegahan kebakaran ladang dan tanah gambut bagi mengelak insiden jerebu.\n\n• Malaysia turut mengadakan kerjasama dua hala dengan kerajaan Indonesia bagi usaha-usaha pencegahan jerebu secara “Government-to-Government” di bawah kerangka Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. Pihak Indonesia telah menunjukkan komitmen untuk menangani masalah jerebu merentas sempadan sejak kejadian jerebu 2015 dan telah melaksanakan “Indonesia’s Plan of Action (PoA) in Dealing with Transboundary Haze Pollution” melalui inisiatif berikut:\n\n• penubuhan agensi khas bagi memulihkan tanah-tanah gambut yang telah terbakar (Peat Restoration Agency);\n\n• pelaksanaan “One Map Policy” iaitu pembangunan peta digital/geospatial bagi seluruh Indonesia; dan\n\n• pelaksanaan Arahan Presiden (Presidential Directive) yang berkuatkuasa pada 18 Januari 2016. Ia meliputi arahan untuk tidak mengeluarkan permit baru bagi konsesi di tanah gambut (permit moratorium), pencegahan dan amaran awal jerebu, pengenaan hukuman yang tegas, pemuliharaan ekosistem tanah gambut, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama erat (sinergy) antara Kerajaan Pusat dan Tempatan (provinsi).\n\n• Malaysia akan terus komited dan sedia bekerjasama khususnya dalam bidang pembangunan keupayaan, perkongsian maklumat dan kepakaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka, teknologi perladangan tanpa pembakaran (zero burning), pengurusan tanah gambut yang mampan dan latihan pemadaman kebakaran.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2433,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2433",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2023-11-06",
        "year": 2023,
        "no": "64",
        "member": "Tuan Azli bin Yusof",
        "area": "Shah Alam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan dan kemajuan kerja tebatan banjir di Sungai Klang (Sri Muda) yang sepatutnya bermula pada April 2023. Berapa jumlah yang akan dibelanjakan pada tahun ini, peruntukan untuk t...",
        "question": "Tuan Azli bin Yusof [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan dan kemajuan kerja tebatan banjir di Sungai Klang (Sri Muda) yang sepatutnya bermula pada April 2023. Berapa jumlah yang akan dibelanjakan pada tahun ini, peruntukan untuk tahun 2024 dan tahun 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan mengambil berat dan prihatin dengan kejadian banjir yang berlaku di Taman Sri Muda, Selangor. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM8.9 juta bagi tindakan keseluruhan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir di Negeri Selangor.\n\n• Bagi mengurangkan risiko banjir di Taman Sri Muda, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melaksanakan Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri melibatkan anggaran kos projek sebanyak RM6.8 juta dan dijangka siap pada Januari 2024. Skop utama bagi projek ini merangkumi pembinaan rumah pam, pengukuhan dan perlindungan tebing, pembinaan rumah kuarters penjaga dan pembinaan pencawang padat TNB.\n\n• Dalam usaha berterusan mengurangkan risiko banjir, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah memperuntukkan sejumlah RM2.1 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan kolam takungan banjir dalam Daerah Klang khususnya di dalam Mukim Klang. Keutamaan penyenggaraan diberikan ke atas lapan (8) buah kolam-kolam takungan yang dikenalpasti tidak mampu menampung kapasiti tadahan dan menjadi punca banjir. Skop penyenggaraan termasuk penggalian mendapan dan kelodak, pembaikan dan penaiktarafan struktur-struktur kolam seperti struktur inlet, outlet, tebing kolam dan sebagainya.\n\n• JPS turut membuat perancangan untuk mengkaji semula sistem saliran dan perparitan sedia ada di Daerah Klang menerusi Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandar Sepang, Pekan Meru dan Puchong, Selangor. Skop kajian tersebut akan mengambil kira hotspot banjir di Lembangan Sungai Klang seperti Taman Sri Muda di samping mengemaskini PISMA Daerah Klang yang telah siap pada tahun 2009. PISMA tersebut dalam proses penyediaan data Light Detection and Ranging (LIDAR).\n\n• Kementerian melalui JPS juga sedang melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam, Daerah Klang, Selangor yang meliputi kawasan Sri Muda. Status semasa projek ini adalah di dalam proses pra pelaksanaan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2488,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2488",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "94",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Batu Kawan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status permohonan mitigasi jangka masa panjang untuk membaik pulih hakisan di pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pada masa sama, adakah Kementerian akan melaksanakan kerja-kerja pengor...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status permohonan mitigasi jangka masa panjang untuk membaik pulih hakisan di pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pada masa sama, adakah Kementerian akan melaksanakan kerja-kerja pengorekan dan pendalaman sungai-sungai utama serta muara sungai antaranya Sungai Pinang, Sungai Jawi, Sungai Juru dan Sungai Perai termasuk borrow pit di Pulau Pinang bagi melancarkan aliran air ke laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPS Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan kerja-kerja mencegah hakisan pantai melibatkan kerja-kerja pembaikan sementara hakisan pantai sepanjang 242 meter di kawasan berhampiran Golden Sand Hotel, Batu Ferringhi, Pulau Pinang dengan kos berjumlah RM1 juta menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.\n\n• Pada tahun 2023, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sejumlah RM657 ribu bagi melaksanakan kerja-kerja Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Juru, Sungai Pinang dan Sungai Perai.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2489,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2489",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "146",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini Empangan Chereh di Kuantan yang dilaporkan pecah pada November 2021, dan berapa kos baik pulih yang telah diluluskan.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini Empangan Chereh di Kuantan yang dilaporkan pecah pada November 2021, dan berapa kos baik pulih yang telah diluluskan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, status terkini Kerja-Kerja Pembaikan Runtuhan Tebing di Empangan, Jambatan dan Jalan Masuk Ke Empangan Chereh, Kuantan adalah dalam peringkat perolehan. Projek ini dijadualkan mula pada November 2023 dan dijangka siap pada Mei 2026. Kos siling yang diluluskan bagi projek ini berjumlah RM31,450,000.00.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2490,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2490",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "147",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah adaptasi terhadap perubahan iklim yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan oleh Kementerian.",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah adaptasi terhadap perubahan iklim yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan oleh Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian sentiasa komited dalam usaha untuk mengurangkan kemudahterancaman dan meningkatkan ketahanan terhadap impak perubahan iklim. Kerajaan juga sentiasa proaktif dan mengambil pendekatan berperingkat atau 'stepwise approach' dalam perancangan jangka panjang untuk menangani impak perubahan iklim. \n\n• Kerajaan sedang berusaha untuk menaikkan tahap perlindungan struktur mitigasi banjir daripada 100 tahun kepada 200 tahun seperti yang telah dibentangkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Ini melibatkan perancangan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) serta lembangan sungai diperkasa melalui Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB). \n\n• Kerajaan juga telah mengemukakan permohonan kewangan iklim iaitu Dana Program Ketersediaan atau Readiness Programme, Green Climate Fund (GCF) untuk membangunkan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan, NAP) yang dijangka akan siap pada tahun 2025 tertakluk kepada proses kelulusan pihak GCF. NAP yang akan dibangunkan ini akan merangkumi lima (5) sektor utama seperti berikut: \n\ni) jaminan air dan sumber pesisir;\n\nii) pertanian dan jaminan makanan;\n\niii) infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandaraya;\n\niv) perhutanan dan biodiversiti; dan\n\nv) kesihatan awam.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2491,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2491",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "148",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) jumlah dana yang diterima melalui Global Environment Facility (GEF), Green Climate Fund (GCF), dan Adaptation Fund (AF); dan b) apakah bentuk program dan jumlah dana yang telah dib...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) jumlah dana yang diterima melalui Global Environment Facility (GEF), Green Climate Fund (GCF), dan Adaptation Fund (AF); dan\n\nb) apakah bentuk program dan jumlah dana yang telah dibelanjakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah banyak menerima manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada Global Environment Facility (GEF). Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 buah projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD76.951 juta. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam lima (5) buah projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 30.35 juta.\n2. Kini, GEF kitaran ke-8 telah bermula bagi tempoh empat (4) tahun bermula Julai 2022 hingga Jun 2026. Peruntukan indikatif yang telah ditetapkan untuk Malaysia adalah sebanyak USD 26.32 juta bagi bidang fokus perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah. Peruntukan yang diterima bagi GEF kitaran ke-8 telah meningkat sebanyak 25% berbanding GEF kitaran ke-7. \n3. Antara projek yang akan dilaksanakan di bawah GEF Kitaran ke-8 ini adalah berkaitan inisiatif rendah karbon di peringkat sub-nasional, hidrogen hijau, pemuliharaan ekosistem biodiversiti di infrastruktur pelabuhan dan projek komuniti menerusi GEF Small Grant Programme. \n3. Manakala, pihak Adaptation Fund pula telah meluluskan pembiayaan dalam bentuk geran sebanyak USD10 juta bagi melaksanakan projek adaptasi berasaskan alam semula jadi atau Nature Based Solution, dengan izin di Negeri Pulau Pinang. \n4. Selain itu, Malaysia sebagai negara parti kepada Perjanjian Paris turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, Kementerian telah melaksanakan empat (4) projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan USD 1.398 juta dan turut terlibat dalam satu (1) projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 300 juta.\n4. Kementerian juga telah mengemukakan permohonan dana sebanyak USD3 juta kepada GCF bagi pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP). \n5. Pada masa ini juga, Kementerian sedang membangunkan Country Programme untuk dikemukakan kepada GCF yang akan mengandungi senarai keutamaan projek mitigasi dan adaptasi agar akses kepada dana GCF ini dapat diperluaskan dalam jumlah pembiayaan yang lebih besar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2492,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2492",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "167",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju menukar kaedah pelaksanaan EIA dimana pemaju membayar fi kepada Jabatan Alam Sekitar dan perlantikan syarikat yang menilai EIA dibuat oleh Jabatan Alam Sekita...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju menukar kaedah pelaksanaan EIA dimana pemaju membayar fi kepada Jabatan Alam Sekitar dan perlantikan syarikat yang menilai EIA dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar berubah daripada amalan sekarang dimana pemaju yang membayar fi dan melantik sendiri syarikat yang membuat penilaian EIA.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian belum berhasrat untuk mengendalikan pelantikan jururunding Environmental Impact Assessment (EIA) kepada mana-mana penggerak projek. Pendekatan yang dicadangkan bukanlah merupakan penyelesaian secara menyeluruh kepada isu-isu perancangan dan pelaksanaan projek EIA. \n\n• Bagi maksud penyediaan Laporan EIA pada masa ini, keperluan Seksyen 34A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], menyatakan akan tanggungjawab penggerak projek untuk melantik “orang yang layak” (jururunding EIA) bagi menjalankan kajian EIA serta memastikan penilaian impak dan langkah-langkah mitigasi dinyatakan secara komprehensif dan boleh dilaksanakan. \n\n• Bagi cadangan pelantikan jururunding EIA oleh JAS, perkara ini akan mengundang tohmahan dan isu bias memandangkan pada masa yang sama, JAS juga adalah merupakan pihak yang menilai laporan EIA yang dikemukakan. Untuk makluman, Kementerian ke arah pelaksanaan pematuhan secara kendiri (self-regulation) oleh semua pihak sama ada penggerak projek dan industri. Selain itu, Kementerian melalui JAS juga dalam peringkat melaksanakan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi merangka hala tuju dan gerak kerja bagi pemerkasaan orang yang layak dan fungsi-fungsi yang difikirkan perlu bagi membantu memantapkan lagi pelaksanaan EIA di Malaysia termasuk keperluan pembayaran fi dan pelantikan jururunding EIA.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2493,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2493",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "176",
        "member": "Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan",
        "area": "Kota Bharu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan tahap perkembangan Projek Hidroelektrik Nenggiri Kelantan dan jangkaan bilakah ia dapat siap untuk beroperasi sepenuhnya.",
        "question": "Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tahap perkembangan Projek Hidroelektrik Nenggiri Kelantan dan jangkaan bilakah ia dapat siap untuk beroperasi sepenuhnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\nKerja-kerja pembinaan Projek Loji Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan berkapasiti 300 Megawatt (MW) telah dimulakan pada 1 Mac 2022 dan dijangka akan siap dan mula beroperasi mulai 1 Jun 2027. Kemajuan keseluruhan projek ini sehingga bulan Ogos 2023 adalah 31%.\nPada masa ini, kerja-kerja tanah sedang dijalankan untuk membina Rumah Janakuasa (Powerhouse), Empangan Pelana (Saddle Dam), Empangan Pengatur-Aliran (Re-Regulating Dam) dan Pencawang Masuk Utama (Switchyard). Selain itu, pemasangan menara talian penghantaran 275kV juga sedang dijalankan. \nKerja-kerja tanah untuk pembinaan Empangan Utama (Main Dam) akan mula dilaksanakan setelah pembinaan terowong lencongan (diversion tunnel) siap dibina pada tahun 2024. Melalui terowong ini, Sungai Nenggiri akan dilencongkan bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Empangan Utama dilaksanakan.\nSelain itu, bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Empangan Pengatur-Aliran (Re-Regulating Dam) dimulakan pada bulan September 2023, Sungai Nenggiri telah dilencongkan melalui terusan yang telah siap dibina. \nBagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar kawasan projek, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberi penerangan kepada penduduk terbabit terutamanya Nelayan Darat dan pihak Jabatan Perikanan mengenai kesan-kesan pembinaan Empangan Pengatur-Aliran ini.\nSelain itu bagi mengurangkan risiko ke atas aktiviti harian penduduk, pihak Nelayan Darat telah dimaklumkan supaya tidak menggunakan sungai di sekitar kawasan pembinaan projek buat masa ini. Dalam masa yang sama, pihak TNB telah membina jeti sementara di hulu Sungai Nenggiri berdekatan dengan Pos Pulat bagi membolehkan Nelayan Darat menyimpan bot-bot mereka.\nTuan Yang di-Pertua,\nKerja-kerja pembinaan untuk penempatan semula Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kg. Kuala Wias yang melibatkan seramai 1,115 orang penduduk (257 Ketua Isi Rumah - KIR) sedang giat dilaksanakan. Mereka dijangka akan dipindahkan ke penempatan baharu pada penghujung 2025 sebelum perkampungan lama mereka diambil alih untuk pengisian air Tasik Takungan Utama yang berkeluasan 53.84 kilometer persegi.\nPenempatan baharu ini akan meningkatkan kualiti hidup mereka dalam tempoh jangka masa panjang. Selain daripada penempatan yang lebih selesa dengan kemudahan infrastruktur awam, mereka juga akan mempunyai sumber pendapatan yang lebih terjamin melalui hasil kebun getah seluas 5.5 ekar yang akan disediakan oleh TNB bagi setiap KIR yang terlibat.\nTuan Yang di-Pertua,\nSelain itu, bagi memastikan bahan-bahan artifak penting dapat dipelihara, pihak TNB dan Juruperunding UKM Pakarunding Sdn. Bhd. sedang melaksanakan kerja-kerja ekskavasi arkeologi di kawasan yang bakal terbentuknya Tasik Takungan Utama. Sehingga kini, antara hasil penemuan ekskavasi termasuklah bahan-bahan prasejarah seperti tembikar, peralatan batu dan juga rangka manusia prasejarah (seorang wanita).\nBahan-bahan prasejarah berbentuk tembikar dan peralatan batu telah ditempatkan secara sementara di sebuah tempat simpanan (depository) di Gua Musang sebelum ditempatkan di sebuah mini galeri yang akan dibina oleh TNB di Gua Musang. Manakala, rangka manusia prasejarah yang dianggarkan berusia 14,000 tahun telah dihantar ke Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dianalisa dan seterusnya disimpan di Jabatan Warisan Negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2494,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2494",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "182",
        "member": "Tuan Onn bin Abu Bakar",
        "area": "Batu Pahat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan dari kajian \"the plastic problem in Malaysia management, recycling and disposal of local and global plastic waste\", menjelaskan pengurusan pelupusan sampah plastik adalah masalah utama d...",
        "question": "Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dari kajian \"the plastic problem in Malaysia management, recycling and disposal of local and global plastic waste\", menjelaskan pengurusan pelupusan sampah plastik adalah masalah utama di dunia dan di Malaysia. Apakah inovasi baru Malaysia untuk melaksanakan langkah melupuskan sampah plastik agar mesra alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memandang serius berkaitan pengurusan sisa plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar jika tidak diuruskan dengan baik. Situasi ini boleh diatasi melalui pelaksanaan model ekonomi kitaran, di mana selain memastikan sisa plastik dikitar semula, proses pengeluaran, penggunaan, pelupusan dan pengurusan sisa sesuatu bahan juga ditambah baik melalui kaedah rekabentuk semula, guna semula serta menerima pakai model perniagaan yang lebih lestari.\n\n• Sebagai langkah jangka panjang dan dalam memperkukuhkan kelestarian ekosistem plastik di Malaysia, Kerajaan telah melancarkan strategi dan pelan tindakan di bawah Malaysia Plastics Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR). Melalui MPSR, langkah pertama dalam pelaksanaan Roadmap ini adalah pengenalpastian produk plastik dan plastik sekali guna yang bermasalah atau penghasilan produk yang kurang signifikan berbanding impak negatif yang diakibatkan oleh produk tersebut.\n\n• Gerak kerja ini telah bermula pada 2021, disusuli dengan usaha untuk mengeluarkan (phasing out) produk yang telah dikenal pasti ini secara berperingkat bermula tahun 2023, sama ada melalui penggantian bahan produk dengan bahan lain atau mereka bentuk semula produk tersebut secara lestari (sustainable design). Produk plastik yang kurang diperlukan atau bermasalah dikenalpasti dan dialihkan daripada pasaran sama ada melalui reka bentuk, inovasi atau pengenalan alternatif sedia ada dalam pasaran.\n\n• Sebelum itu, Kementerian juga telah mengambil langkah awal dalam memperkenalkan Caj Pencemaran Plastik dan Kempen Tanpa Beg Plastik sebagai usaha Kerajaan selaras dengan “Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030”. Caj pencemaran plastik ini telah diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di kalangan masyarakat. Pada Oktober 2020, Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-76 telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan “Kempen Tiada Beg Plastik” oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, di mana premis perniagaan mengenakan caj ke atas setiap beg plastik yang dibekalkan kepada pengguna. Ia adalah satu bentuk pencegahan dan usaha membendung penggunaan beg plastik yang kerap dibuang secara tidak terkawal.\n\n• Dalam masa yang sama, mengambil kira perkembangan semasa melibatkan pembangunan piawaian dan teknologi di peringkat global, NRECC telah bekerjasama dengan SIRIM Berhad untuk membangunkan satu kriteria pelabelan eko (eco-labelling) yang baru bagi produk plastik biodegradasi. Ia melibatkan pengenalan teknologi bio-transformasi (inovasi aditif dan pengujian berdasarkan piawaian antarabangsa BSI PAS 9017) bagi plastik yang berkeupayaan untuk terurai dengan selamat dalam persekitaran terbuka tanpa menghasilkan mikroplastik atau toksin. Label eko ini penting bagi pensijilan produk plastik yang mampu terurai sepenuhnya dan memenuhi kriteria mesra alam, selari dengan keperluan industri dan polisi nasional bagi fasa peralihan, yang dapat menyumbang kepada pelupusan sisa plastik yang efektif, mesra alam sekitar dan berfungsi sebagai alternatif kepada plastik konvensional sedia ada.\n\n• Secara keseluruhan, pengurusan sisa plastik harus dipertingkatkan secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek rekabentuk dan langkah pencegahan, namun dari segi pengurusan sisa plastik sedia ada. NRECC akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku peneraju utama kepada pengurusan sisa pepejal negara dan dibantu oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dari segi inovasi untuk menambah baik pengurusan pelupusan sisa plastik di Malaysia.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2495,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2495",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "207",
        "member": "Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng",
        "area": "Tanjung Piai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini cadangan menaik taraf sistem kumbahan dan sanitari perkampungan atas air Kukup Laut dan Ayer Masin yang melibatkan lebih 400 kediaman setelah laporan kajian ketersediaan s...",
        "question": "Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [ Tanjung Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini cadangan menaik taraf sistem kumbahan dan sanitari perkampungan atas air Kukup Laut dan Ayer Masin yang melibatkan lebih 400 kediaman setelah laporan kajian ketersediaan serta impak sosial oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) telah siap tersedia sejak April 2022.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah melaksanakan kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi menilai tahap ketersediaan penerimaan dan impak sosial kepada penduduk setempat dengan adanya cadangan pelaksanaan projek sistem pembetungan di Perkampungan Kukup Laut dan Ayer Masin, Tanjung Piai, Pontian, Johor. Kajian ini telah bermula pada Disember 2021 dan siap pada April 2022 yang lalu.\n\nSeterusnya, bagi meneruskan hasrat untuk pelaksanaan projek ini secara fizikal, kajian kebolehlaksanaan (dengan izin) feasibility study yang komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu dengan mengambilkira faktor-faktor berikut: \n\n• Keadaan kawasan perkampungan rumah atas air yang sempit, akses yang terhad dan kedudukan tiang rumah yang rapat memerlukan penilaian kepada kaedah pembinaan yang bersesuaian.\n\n• Hasil kajian dalam SIA juga mendapati majoriti penduduk tidak bersetuju sekiranya mereka perlu berpindah semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan. Perkara ini merujuk kepada rekabentuk konsep di mana kemungkinan terdapat keperluan untuk pengambilalihan premis bagi membolehkan pembinaan stesen pam dilaksanakan. Namun, perkara ini hanya boleh dimuktamadkan selepas proses reka bentuk terperinci dijalankan.\n\n• Terdapat keperluan perobohan struktur atau bangunan sedia ada yang akan dilaksanakan sekiranya projek ini diimplementasikan kelak.\n\n• Isu pengambilan tanah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak Kerajaan melalui JPP.\n\n• Paras air pasang yang tinggi sehingga mencapai platform konkrit juga perlu diambilkira apabila merekabentuk rangkaian paip pembetungan.\n\nAtas faktor-faktor ini, maka pihak Kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan projek ini secara fizikal dengan lebih terperinci.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2496,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2496",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "217",
        "member": "Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh",
        "area": "Ledang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan sebarang langkah yang diambil bagi menangani isu impak perubahan iklim kepada pertumbuhan dan persekitaran kanak-kanak.",
        "question": "Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sebarang langkah yang diambil bagi menangani isu impak perubahan iklim kepada pertumbuhan dan persekitaran kanak-kanak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian akan membangunkan Pelan Adaptasi Nasional yang merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang untuk pelbagai sektor. Antara tujuan pembangunan pelan ini adalah untuk memastikan impak perubahan iklim kepada golongan rentan, termasuk kanak-kanak dapat diminimumkan. \n\n• Kementerian juga telah menubuhkan Panel Konsultasi Perubahan Iklim yang dianggotai oleh wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan individu yang terlibat aktif bukan sahaja dalam isu perubahan iklim, malah yang turut memperjuangkan kesan perubahan iklim ke atas kanak-kanak. Panel ini akan memberikan input dan pandangan untuk diambil kira dalam pembangunan dasar dan strategi perubahan iklim negara.\n\n• Kementerian turut menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi lain seperti pihak United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan United Nations Development Program (UNDP) dalam program pembangunan kapasiti kanak-kanak dan belia seperti Youth Environment Living Labs, yang turut mengambil kira impak perubahan iklim ke atas golongan berkenaan.\n\n• Selain itu, Kementerian akan terus bekerjasama bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi perancangan dan pembangunan dasar perubahan iklim yang sensitif terhadap pertumbuhan dan persekitaran kanak-kanak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2497,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2497",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "228",
        "member": "Dato' Rosol bin Wahid",
        "area": "Hulu Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kualiti dan tekanan air rendah di Hulu Terengganu.",
        "question": "Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kualiti dan tekanan air rendah di Hulu Terengganu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pihak operator air Negeri Terengganu iaitu Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap perkhidmatan bekalan air di Terengganu bagi memastikan bekalan air mencapai piawaian kualiti bekalan air yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). SATU telah mengenal pasti bahawa tiada isu mengenai kualiti air terawat manakala isu tekanan air rendah berlaku di Hulu Terengganu melibatkan Mukim Ajil merangkumi beberapa buah kampung seperti Tanah Lot Bukit Apit, Tanah Lot Batu 18, Kg. Jaba, Kg. Panggung dan Kg. Teluk Kemudi.\n2. Masalah tekanan air rendah di kawasan Mukim Ajil adalah berpunca daripada bekalan air yang tidak mencukupi di kawasan tersebut disebabkan kedudukan yang tinggi dan berada di penghujung sistem agihan. Tekanan air menjadi semakin rendah terutamanya semasa penggunaan di waktu puncak iaitu antara jam 6.00 petang hingga 8.00 malam. Selain itu, kadar air tidak terhasil (Non-Revenue Water – NRW) di Hulu Terengganu juga adalah tinggi iaitu sebanyak 45.8%.\n3. Bagi mengatasi masalah ini, SATU akan melaksanakan beberapa langkah penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang seperti berikut:\na) Penyelesaian Jangka Pendek\ni. Membaikpulih empat (4) unit pam di LRA Hulu Terengganu bagi meningkatkan semula prestasi pam sedia ada dan dijangka siap pada Disember 2023 dengan kos berjumlah RM686,200.00; dan\nii. Pemasangan paip air daripada LRA Kepong, Kuala Terengganu ke Tangki Malaysia Industrial Estate Berhad (MIEL) dan Tangki Gondang, Marang di bawah Projek Kuala Terengganu Utara (KTU) yang dijadualkan siap pada Disember 2023. Ia dijangka dapat mengagihkan bekalan air tambahan sebanyak 2 hingga 4 JLH ke Mukim Ajil, Hulu Terengganu.\nb) Penyelesaian Jangka Sederhana\ni. Cadangan Menaiktaraf LRA Hulu Terengganu daripada 55 JLH kepada 65 JLH dengan anggaran kos RM10 juta melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Kertas kerja telah dikemukakan kepada KKDW pada 18 Januari 2023 dan sedang menunggu kelulusan peruntukan; dan\nii. Kerja-kerja penggantian meter District Meter Zoning (DMZ) di 20 zon bagi mengenalpasti tahap dan lokasi kebocoran paip di daerah Hulu Terengganu. Kos projek berjumlah RM1.5 juta dan dijangka siap pada 1 Oktober 2024 di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.\niii. Bagi mengurangkan NRW, beberapa projek penukaran paip-paip lama telah dirancang untuk dilaksanakan di bawah peruntukan kerajaan negeri secara berperingkat tertakluk kepada bajet tahunan.\nc) Penyelesaian jangka panjang\ni. Projek Membina dan Menyiapkan LRA Kenyir berkapasiti 20 JLH di daerah Hulu Terengganu yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2026 dengan peruntukan berjumlah RM30 juta secara pinjaman persekutuan. Status semasa projek ialah dalam peringkat akhir rekabentuk. Dengan penyiapan LRA Kenyir ini, zon pengagihan bekalan air di Hulu Terengganu akan distruktur semula dan masalah tekanan air rendah yang dihadapi oleh para pengguna dijangka dapat ditangani sepenuhnya.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2498,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2498",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "230",
        "member": "Dato' Rosol bin Wahid",
        "area": "Hulu Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah dan perancangan diambil untuk menangani isu haiwan liar yang memasuki kawasan penempatan penduduk sehingga menjejaskan tanaman dan hasil kebun serta mengancam keselamatan awam.",
        "question": "Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah dan perancangan diambil untuk menangani isu haiwan liar yang memasuki kawasan penempatan penduduk sehingga menjejaskan tanaman dan hasil kebun serta mengancam keselamatan awam.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menjejaskan keselamatan dan menyebabkan kerugian serta kerosakan pertanian di kawasan kampung. \n\nAntara langkah yang sedang dan telah diambil bagi menangani masalah ini adalah seperti berikut: \n\n(i) menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai dan penduduk kampung;\n(ii) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman;\n(iii) menjalankan program pemasangan perangkap komuniti di mana setiap Dewan Undangan Negeri akan menyumbang perangkap untuk menangkap hidupan liar bermasalah;\n(iv) menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan penduduk kampung dan pemegang taruh; dan\n(v) menjalankan “program penakaian populasi” di kawasan yang berisiko bagi mengurangkan populasi hidupan liar yang mengancam tanaman dan penduduk.\n\nDi samping itu, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2499,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2499",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "237",
        "member": "Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin",
        "area": "Tangga Batu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan audit alam sekitar bagi mengkaji tahap pencemaran terkini di kawasan projek-projek tambakan laut di negeri Melaka serta langkah-langkah mitigas...",
        "question": "Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan audit alam sekitar bagi mengkaji tahap pencemaran terkini di kawasan projek-projek tambakan laut di negeri Melaka serta langkah-langkah mitigasi berkenaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Projek-projek tambakan laut adalah tertakluk kepada keperluan menjalankan kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA) di bawah Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memasukkan keperluan menjalankan audit alam sekeliling sebagai salah satu syarat kelulusan Laporan EIA kepada penggerak projek. Audit alam sekeliling perlu dilaksanakan oleh penggerak projek di peringkat pembinaan setiap 3 bulan sekali sehingga selesai kerja-kerja penebusgunaan tanah.\n\n• Penggerak projek perlu melantik juruaudit alam sekeliling yang berdaftar dengan JAS bagi melaksanakan audit alam sekeliling. Laporan audit alam sekeliling bagi projek tambakan di Negeri Melaka akan dikemukakan oleh juruaudit alam sekeliling kepada JAS. Kemudian, JAS akan meneliti laporan audit alam sekeliling yang dikemukakan dan akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada penemuan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan.\n\n• Selain daripada keperluan audit alam sekeliling, JAS juga akan melaksanakan penguatkuasaan secara berkala semasa peringkat pelaksanaan projek ini bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang telah dikeluarkan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2500,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2500",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "248",
        "member": "Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi",
        "area": "Kuala Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status pembangunan pemecah ombak yang pernah dicadangkan sebelum ini di pantai Morib memandangkan beberapa kejadian air pasang dan arus ombak yang kuat memecahkan tembok pantai tersebut.",
        "question": "Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pembangunan pemecah ombak yang pernah dicadangkan sebelum ini di pantai Morib memandangkan beberapa kejadian air pasang dan arus ombak yang kuat memecahkan tembok pantai tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pemuliharaan Pantai Morib sedang dalam peringkat awalan fasa pembinaan. Projek ini telah bermula pada 1 September 2023 dan dijangka siap pada 1 Julai 2026 dengan kos kontrak bernilai RM47.3 juta. \n\n• Projek ini akan meningkatkan perlindungan garis pantai terdedah hakisan daripada 700 meter kepada 1.7 kilometer dan melindungi kemudahan infrastruktur awam sepanjang jajaran.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2501,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2501",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "270",
        "member": "Tuan Zakri bin Hassan",
        "area": "Kangar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian dapat membantu pemilik dusun di Banjaran Nakawan bagi mendapatkan akses untuk memasuki dusun mereka iaitu di kawasan hutan simpan Bukit Ayer.",
        "question": "Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian dapat membantu pemilik dusun di Banjaran Nakawan bagi mendapatkan akses untuk memasuki dusun mereka iaitu di kawasan hutan simpan Bukit Ayer.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan dan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Behormat, Kementerian mengambil maklum berhubung kewujudan dusun-dusun lama berstatus hakmilik di kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang. Bagi pelaksanaan kebenaran menggunakan kawasan HSK sebagai laluan masuk ke dusun hakmilik, ianya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah Subseksyen 47(1)(da) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] iaitu “Tiada seseorang pun boleh memasuki mana-mana hutan tertutup kecuali - seseorang pemegang permit jalan, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit jalan itu”. \n\n• Semakan NRECC dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis mendapati bahawa kebenaran masuk secara permit penggunaan ke kawasan dusun telah diberikan sejak tahun 1996 di bawah Seksyen 32, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1987 bagi Negeri Perlis. Namun begitu, kebenaran untuk membina jalan masuk yang khusus ke tanah persendirian dalam melalui kawasan HSK perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri kerana melibatkan pembukaan kawasan baharu atau pemotongan tanah HSK yang bertentangan dengan fungsi asal HSK tersebut. Ini kerana HSK yang berada di Banjaran Nakawan merupakan kawasan hutan perlindungan yang diwartakan di bawah subseksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667] iaitu Hutan Perlindungan Tanah, Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan Taman Negeri yang penting bagi pemeliharaan sumber khazanah negara dan negeri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2502,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2502",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "314",
        "member": "Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad",
        "area": "Parit Sulong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana Kementerian telah melaksanakan transisi penggunaan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan sehingga kini apakah sasaran yang telah berjaya dicapai serta bagaimana Kemente...",
        "question": "Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana Kementerian telah melaksanakan transisi penggunaan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan sehingga kini apakah sasaran yang telah berjaya dicapai serta bagaimana Kementerian akan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam sektor pendidikan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUsaha peralihan tenaga atau transisi tenaga yang dilaksanakan kementerian telah berjaya meningkatkan campuran kapasiti TBB terutamanya bagi sumber solar daripada kira-kira 5MW pada tahun 2009 kepada 2.4GW pada masa ini. Peningkatan ini adalah hasil usaha kerajaan melalui pelaksanaan program-program berikut:\n\n• FiT - 666.91MW\n\n• NEM - 843.47 MW\n\n• LSS - 1,492.12 MW\n\nPelaksanaan program ini akan diteruskan bagi meningkatkan penggunaan TBB terutamanya sumber solar di kalangan pengguna. Mengenai cadangan untuk memperluaskan ilmu mengenai TBB dalam sektor pendidikan negara, prinsip asas penjanaan tenaga termasuk aspek tenaga lestari dan TBB telah dirangkumkan dalam mata pelajaran Sains di semua peringkat persekolahan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2503,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2503",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "316",
        "member": "Datuk Ali anak Biju",
        "area": "Saratok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan hala tuju pembangunan Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Radioaktif (NR-REE). Adakah Kerajaan bercadang untuk membuka hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia untuk melombong NR-...",
        "question": "Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan hala tuju pembangunan Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Radioaktif (NR-REE). Adakah Kerajaan bercadang untuk membuka hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia untuk melombong NR-REE. Sudahkah SOP Perlombongan NR-REE dimuktamadkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Hala tuju pembangunan industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) turut digariskan dalam Dasar Mineral Negara 3 yang sedang dirangka merangkumi keseluruhan rantaian nilai iaitu di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia yang sedang dimuktamadkan juga memperjelaskan mengenai keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, serta panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara.\n\n• Melalui kajian tersebut, Malaysia diyakini mempunyai potensi yang besar untuk terlibat secara langsung dalam industri di peringkat hiliran sebagai salah satu negara pengeluar super magnet di dunia khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik. Namun demikian, ia hanya boleh direalisasikan dengan adanya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber RE Carbonate yang dihasilkan oleh lombong-lombong tempatan.\n\n• Mengenai aktiviti perlombongan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan kawasan perlindungan seperti yang dibentangkan semasa Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12, Kementerian sedang memperhalusi dan memperincikan kebolehlaksanaan cadangan tersebut dengan mengambil kira pandangan daripada semua pemegang taruh serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN) disamping kesannya terhadap kelestarian alam sekitar.\n\n• Selain itu, Kementerian juga akan meneliti keperluan daripada aspek perundangan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di samping meneliti Tatacara Pelaksanaan Pengauditan Pematuhan Kendiri ke Arah Industri Perlombongan yang Bertanggungjawab dan Mampan (Self Regulatory Auditing for Responsible and Sustainable Mining Industry).\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat juga, Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan NR-REE Malaysia juga telah dimuktamadkan. Susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang telah dipengerusikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2 Oktober 2023, Kerajaan-Kerajaan Negeri dibenar melaksanakan kerja-kerja eksplorasi awal berdasarkan SOP berkenaan serta perundangan dan peraturan mineral sedia ada.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2504,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2504",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "317",
        "member": "Datuk Ali anak Biju",
        "area": "Saratok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa banyak jumlah subsidi yang elektrik yang telah ditanggung oleh Kerajaan dari bulan Januari 2023 sehingga bulan September 2023 di Semenanjung Malaysia dan Sabah.",
        "question": "Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa banyak jumlah subsidi yang elektrik yang telah ditanggung oleh Kerajaan dari bulan Januari 2023 sehingga bulan September 2023 di Semenanjung Malaysia dan Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk Makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n• Tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos sebenar bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Berdasarkan mekanisme ICPT ini, semua pengguna perlu membayar bil elektrik masing-masing setelah semakan dibuat dan diselaraskan melalui pemberian rebat atau surcaj. Ini bermakna, secara prinsipnya semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan mereka berdasarkan harga bahan api di pasaran.\n\n• Subsidi elektrik yang telah dibiayai oleh Kerajaan dari bulan Januari hingga September 2023 bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM13.1 bilion untuk ICPT. Manakala, subsidi elektrik yang telah dibiayai oleh Kerajaan dari bulan Januari hingga September 2023 bagi Sabah adalah sebanyak RM453.2 juta yang terdiri daripada RM212.2 juta untuk ICPT serta subsidi sokongan tarif, subsidi bahan api dan subsidi solar sebanyak RM 241 juta.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2505,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2505",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "318",
        "member": "Datuk Ali anak Biju",
        "area": "Saratok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status penyerahan kawal selia bekalan elektrik Sabah daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah. Berapakah jumlah tanggungan kewangan yang perlu dibayar oleh Sabah untuk mengamb...",
        "question": "Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status penyerahan kawal selia bekalan elektrik Sabah daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah. Berapakah jumlah tanggungan kewangan yang perlu dibayar oleh Sabah untuk mengambil penuh kuasa kawal selia tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 1/2023 mengenai Penyerahan Kuasa Pembekalan Elektrik Negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah (KNS) telah diadakan pada 12 Jun 2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh saya dan YAB Ketua Menteri Sabah serta dihadiri oleh kementerian dan agensi pusat daripada Kerajaan Persekutuan serta agensi-agensi daripada KNS. \n\n• Mesyuarat mengambil maklum dan telah bersetuju bahawa penyerahan kuasa pembekalan elektrik Sabah dan SESB diadakan secara berfasa seperti berikut:\n\n• Fasa 1 – Penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik Sabah pada 3 Januari 2024; dan\n\n• Fasa 2 – penyerahan SESB berdasarkan pelan transformasi SESB yang dijangka mengambil masa selama 7 tahun dan selesai pada tahun 2030 (pasca penyerahan).\n\n• Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.1/2023 turut diadakan pada 21 Julai 2023 berhubung Penyerahan Kuasa Pembekalan Elektrik Negeri Sabah dan SESB yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Sumber Asli dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang membincangkan mengenai perkara-perkara teknikal seperti kuantum atau jumlah subsidi yang akan diberikan kepada SESB dan isu-isu pentadbiran kontrak bagi projek-projek sedia ada. \n\n• Selanjutnya, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 1/2023 dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.1/2023 ini akan dijadikan sebagai input dalam Memorandum Jemaah Menteri yang memuktamadkan proses penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada KNS. Memorandum Jemaah Menteri ini akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2506,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2506",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "325",
        "member": "Datuk Suhaimi bin Nasir",
        "area": "Libaran",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan kempen Tanpa Beg Plastik yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta adakah matlamat untuk mengurangkan penggunaan beg plastik telah dapat ...",
        "question": "Datuk Suhaimi bin Nasir [ Libaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan kempen Tanpa Beg Plastik yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta adakah matlamat untuk mengurangkan penggunaan beg plastik telah dapat dicapai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman, Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-76 pada 18 November 2020 telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Melalui kempen ini, premis perniagaan akan mengenakan caj pencemaran ke atas setiap beg plastik yang dibekalkan kepada pengguna di kaunter pembayaran. Pengenaan caj ini berpandukan kepada prinsip 'user-pay-principle' sebagai satu bentuk pencegahan dan usaha menghindari penggunaan beg plastik sekali guna yang kerap dibuang secara tidak terkawal.\n\n• Seperti mana diputuskan oleh MNKT, pelaksanaan kempen ini adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan kaedah pelaksanaan adalah mengikut kesesuaian negeri masing-masing sama ada dari segi kadar caj yang dikenakan, kekerapan serahan kutipan, agihan di antara PBT dan kerajaan negeri serta penggunaan wang kutipan tersebut. Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna, 2018 – 2030 telah menggariskan bagi fasa pertama iaitu sehingga 2021, kempen ini dilaksanakan di semua premis tetap dan seterusnya akan diperluaskan kepada semua premis perniagaan secara beransur-ansur dalam tempoh 2022 hingga 2025.\n\n• Kempen ini juga merupakan salah satu pelan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia. Sehingga 5 Julai 2023, sebanyak 11 negeri telah melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik Percuma secara menyeluruh. Namun begitu, peringkat pelaksanaan kempen masih berada dalam pelbagai fasa. Sebagai contoh, ada negeri yang masih di peringkat promosi kempen tiada beg plastik percuma, ada yang telah melaksanakan pengenaan caj RM0.20. Sebanyak 7 negeri telah melaksanakan pengenaan caj RM0.20 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (beg plastik biodegradasi), Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Johor.\n\n• Berdasarkan kepada data yang diterima dari negeri Pulau Pinang, sebanyak 2.8 juta beg plastik dapat dikurangkan pada tahun 2021 berbanding tahun 2019. Pengurangan yang signifikan mewakili 57% daripada jumlah penggunaan beg plastik ini menjadi tanda aras penting dalam usaha mengurangkan pencemaran plastik dan kejayaan ini turut disumbang oleh inisiatif Pulau Pinang yang meningkatkan caj kepada RM1 bagi setiap beg plastik pada tahun 2021. Sementara itu, negeri Selangor juga membuktikan bahawa walaupun dengan hanya mengenakan caj minimum iaitu 20 sen, pengurangan sebanyak 2 juta beg plastik iaitu 9% direkodkan berbanding dengan pelaksanaan inisiatif secara sukarela pada tahun 2017.\n\n• Walau bagaimanapun, pengenaan caj pencemaran plastik masih belum dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan pihak kementerian memohon sokongan daripada semua Kerajaan Negeri dan PBT dalam membantu misi kerajaan untuk melarang penggunaan beg plastik sekali guna di semua premis perniagaan menjelang tahun 2025. Kerajaan mengambil pendekatan secara berfasa dalam memperkenalkan setiap pelan tindakan di bawah pelan ini supaya ia lebih berkesan dan rakyat memahami rasional bagi setiap pelan tindakan tersebut, sekaligus mendorong mereka untuk bertindak atau membuat pilihan yang positif dan mesra alam.\n\n• Sambutan dan kerjasama daripada pihak PBT dan peniaga berhubung kempen ini adalah amat baik. Namun, terdapat juga cabaran di beberapa buah PBT dalam melaksanakan kempen ini terutamanya kerjasama dari para peniaga dan ketersediaan rakyat dalam menggunakan produk alternatif selain plastik sekali guna. Banyak aspek yang perlu diberi perhatian apabila kerajaan ingin melaksanakan sesuatu dasar atau larangan terutamanya yang melibatkan orang awam.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi menambahbaik pelaksanaan kempen ini, sesi advokasi kepada negeri-negeri dan pihak PBT akan terus dipergiatkan dalam usaha memberi kesedaran kepada orang awam serta menggalakkan penglibatan yang menyeluruh daripada para peniaga mengenai pelaksanaan kempen ini. Selain itu, program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) akan turut dipertingkatkan supaya semua pihak dapat memahami rasional pengenaan caj pencemaran ke atas permintaan beg plastik di kaunter-kaunter premis tetap.\n\n• Kerjasama dan penglibatan bersama pemegang taruh yang lain seperti pihak industri akan turut dipertingkatkan dalam usaha menjayakan kempen ini. Kunci sebenar kepada kejayaan inisiatif ini adalah perubahan tingkah laku di kalangan orang awam dan juga para peniaga.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2507,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2507",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "347",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah pengguna yang melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET) mengikut kategori domestik, komersial dan industri serta bagaimana Kementerian meyakinkan pengguna untuk meneruskan langganan pr...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pengguna yang melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET) mengikut kategori domestik, komersial dan industri serta bagaimana Kementerian meyakinkan pengguna untuk meneruskan langganan program tersebut berikutan peningkatan lebih enam kali ganda kadar tarif premium GET.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Yang Berhormat, jumlah langganan Green Electricity Tariff (GET) mengikut kategori pengguna adalah seperti berikut:\n\n• Komersil - 681 akaun\n\n• Industri - 225 akaun\n\n• Domestik - 166 akaun\n\nBagi menyakinkan pengguna untuk meneruskan langganan program tersebut, kerajaan telah memberikan penerangan secara terperinci mengenai tujuan pelaksanaan program ini serta prinsip pelaksanaannya iaitu sebagai program langganan bekalan elektrik hijau yang mudah dengan tarif premium untuk pengguna yang ingin memenuhi komitmen ESG.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2508,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2508",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "348",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI SUMBER MANUSIA",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memenuhi komitmen Kementerian bagi mengurangkan intensiti gas rumah hijau sehingga 45 peratus kepada keluaran negara kasar pada tahun 2...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memenuhi komitmen Kementerian bagi mengurangkan intensiti gas rumah hijau sehingga 45 peratus kepada keluaran negara kasar pada tahun 2030.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Dalam memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas - GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, Kementerian dalam proses membangunkan dokumen polisi Nationally Determined Contributions (NDC) Roadmap and Action Plan. Pelan ini antara lain akan: \n\n• menetapkan sasaran jumlah pelepasan GHG yang perlu dikurangkan bagi sektor-sektor tenaga, industri pemprosesan dan guna produk, pertanian, guna tanah, pertukaran guna tanah dan perhutanan, dan sisa (sector-specific GHG emission reductions target) sehingga tahun 2030;\n\n• mengenalpasti struktur tadbir urus dan membangunkan rangka pemantauan dan penilaian bagi membantu Kementerian menjalankan penyelarasan, pemantauan dan penilaian di peringkat kebangsaan; dan\n\n• mengenalpasti sumber dan kapasiti merangkumi kewangan, teknologi dan keperluan lain bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dan mengenalpasti kekangan yang dihadapi.\n\n2. Dalam masa yang sama, Kementerian turut dalam proses membangunkan dokumen komunikasi Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS). LT-LEDS akan memberikan konteks perancangan jangka panjang, keutamaan pembangunan, wawasan serta hala tuju pembangunan akan datang. Ini termasuk maklumat mengenai bilakah negara boleh mencapai pelepasan GHG sifar bersih atau net zero samada pada tahun 2050 atau lebih awal. \n\n3. Pembangunan NDC Roadmap and Action Plan dan LT-LEDS akan dapat memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan yang bersesuaian untuk memastikan inisiatif perubahan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan. Kedua-dua dokumen ini dijangka akan dapat dimuktamadkan pada awal tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2509,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2509",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "355",
        "member": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan tindakan bagi pengawalan hakisan pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai yang akan memberi perlindungan jangka panjang kepada penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan berdekatan pantai ...",
        "question": "Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelan tindakan bagi pengawalan hakisan pantai di Kampung Huma, Tanjung Dawai yang akan memberi perlindungan jangka panjang kepada penduduk-penduduk dan nelayan-nelayan berdekatan pantai berkenaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hakisan pantai di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma adalah termasuk dalam Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Sungai Pial sehingga ke Kampung Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah yang dianggarkan berjumlah RM22.2 juta. \n\n• Projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur kawalan hakisan pantai. Projek di peringkat pelaksanaan kerja ukur dan kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada 2024 dan jangka siap pada tahun 2026.\n\n• Setelah siapnya Projek Pengawalan Hakisan Pantai ini, dijangka dapat melindungi tiga (3) buah kampung dan kawasan kampung yang terdedah dengan hakisan pantai sepanjang 5 km dengan anggaran penduduk seramai 3,000 orang.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2510,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2510",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "360",
        "member": "Tuan Haji Kamal bin Ashaari",
        "area": "Kuala Krau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan yang teliti agar pemburuan haram hutan-hutan di negara kita dapat dinoktahkan.",
        "question": "Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan yang teliti agar pemburuan haram hutan-hutan di negara kita dapat dinoktahkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Perhutanan Semananjung Malaysia (JPSM) mengambil perhatian serius terhadap aktiviti pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di Semenanjung Malaysia dengan melaksanakan tindakan-tindakan berikut:\n\n(i) melaksanakan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan (boots on the ground) di kawasan hotspot dalam kawasan perlindungan termasuk Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Taman Negeri, Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tapak RAMSAR melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Negeri serta Renjer Komuniti yang terdiri daripada Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Veteran Polis Diraja Malaysia, komuniti setempat dan Orang Asli;\n\n(ii) memperkasakan Unit Jenayah Hidupan Liar di bawah Jabatan PERHILITAN yang beroperasi di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan pasukan taktikal khas Jabatan PERHILITAN iaitu Special Protected Area Response Team (SPARTA);\n\n(iii) menjalankan analisa maklumat risikan kes-kes pemburuan haram melalui Intelligence and Tactical Command Centre for Wildlife Crime (INTAC) di bawah Jabatan PERHILITAN dan berkerjasama dengan Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) di bawah PDRM;\n\n(iv) mempergiatkan aktiviti pemantauan ke atas kegiatan penjualan hidupan liar hasil daripada pemburuan haram secara dalam talian;\n\n(v) memperkukuhkan jaringan kerjasama penguatkuasaan sempadan bersama Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia;\n\n(vi) meningkatkan kerjasama serantau di bawah ASEAN Working Group on CITES and Wildlife Enforcement (AWG CITES & WE) dan International Criminal Police Organization (INTERPOL); dan\n\n(vii) menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan maklumat pemburu haram.\n\nSelain itu, program berterusan juga diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran awam pelbagai lapisan masyarakat untuk membantu dalam mencegah aktiviti pemburuan hidupan liar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2511,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2511",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "371",
        "member": "Tuan Khoo Poay Tiong",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap para kontraktor yang gagal mengikuti spesifikasi bahan binaan, peralatan dan reka bentuk semasa menyempurnakan Projek Pengind...",
        "question": "Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap para kontraktor yang gagal mengikuti spesifikasi bahan binaan, peralatan dan reka bentuk semasa menyempurnakan Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Fasa 2 yang telah dimulakan sejak tahun 2012.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap keseluruhan kerja dan peralatan yang tidak mematuhi spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak.\n\n• Dalam hal ini, JPS tidak akan memperakukan bayaran kepada kontraktor tersebut. Ini juga termasuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor yang tidak mematuhi spesifikasi dan kerja-kerja yang sudah selesai tetapi mengalami kerosakan. Semua tuntutan kerugian yang timbul akibat ketidak patuhan ini juga telah dimasukkan dalam tuntutan penamatan kerja.\n\n• Bagi kontraktor penyiap, JPS telah mengeluarkan Non-conformance Report (NCR) sebagai bukti bahawa kerja-kerja tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ini bermakna bahawa tiada bayaran yang dibuat untuk kerja-kerja yang dinyatakan dalam NCR. \n\n• Kesemua tindakan ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk memastikan bahawa semua projek dilaksanakan dengan teliti dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam kontrak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2512,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2512",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "391",
        "member": "Tuan Jamaludin bin Yahya",
        "area": "Pasir Salak",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian secara holistik dalam menangani impak kenaikan tarif elektrik kepada pengguna agar ianya tidak menjadi bebanan yang ketara kepada rakyat.",
        "question": "Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian secara holistik dalam menangani impak kenaikan tarif elektrik kepada pengguna agar ianya tidak menjadi bebanan yang ketara kepada rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk Makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n• Tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos sebenar bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Berdasarkan mekanisme ICPT ini, semua pengguna perlu membayar bil elektrik masing-masing setelah semakan dibuat dan diselaraskan melalui pemberian rebat atau surcaj. Ini bermakna, secara prinsipnya semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan mereka berdasarkan harga bahan api di pasaran.\n\n• Sejak pelaksanaan ICPT pada tahun 2014 sehingga Jun 2023, semua pengguna domestik di Semenanjung tidak pernah dikenakan surcaj ICPT. Bermula pada Januari sehingga Jun 2021, semua pengguna domestik telah menikmati rebat 2 sen/kWj berdasarkan semakan ICPT bagi tempoh enam bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah memutuskan supaya rebat 2 sen/kWj tersebut kekal dinikmati oleh semua pengguna domestik sehingga 30 Jun 2023 walaupun kos ICPT telah meningkat dengan mendadak disebabkan oleh peningkatan harga bahan api terutamanya arang batu di pasaran dunia. Pemberian rebat tersebut berbanding kadar surcaj sebenar yang sepatutnya dilepaskan kepada pengguna dilaksana melalui pemberian subsidi menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dan Kementerian Kewangan. \n\n• Selaras dengan dasar Kerajaan untuk melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar, Kerajaan telah bersetuju untuk melepaskan surcaj ICPT pada kadar 10 sen/kWj kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan yang tinggi iaitu melebihi 1,500 kWj mulai 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023. Kerajaan percaya bahawa keputusan untuk mengenakan surcaj sebanyak 10 sen/kWj kepada pengguna elektrik ini adalah tepat memandangkan rata-rata pengguna elektrik yang menggunakan elektrik melebihi 1,500 kWj setiap bulan atau bil elektrik bulanan minimum RM708 adalah golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai banyak peralatan dan kemudahan yang menggunakan elektrik di kediaman masing-masing. Dianggarkan seramai 83,000 pengguna iaitu 1% pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan minimum sebanyak RM 187 (25%). Sungguhpun begitu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan masih menanggung subsidi berjumlah RM58 juta kepada kumpulan pengguna ini disebabkan surcaj sebenar tidak dilepaskan sepenuhnya.\n\n• Secara keseluruhannya, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM10.6 bilion bagi pemberian subsidi elektrik kepada pengguna domestik sejak Januari 2022 sehingga Disember 2023. Keputusan pemberian subsidi elektrik oleh Kerajaan ini bertujuan supaya peningkatan harga bahan api di pasaran dunia bagi penjanaan elektrik tidak dilepaskan kepada rakyat secara keseluruhannya bagi mengelakkan impak kenaikan kos sara hidup secara mendadak. \n\n• Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D) serta tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) tidak mengalami sebarang kenaikan bil elektrik di mana surcaj ICPT pada kadar 3.70 sen/kWj telah dikekalkan sejak 1 Februari 2022 lagi. Kadar ini tidak pernah berubah sejak tahun 2022 sehingga kini walaupun kos ICPT telah meningkat dengan mendadak.\n\n• Dalam erti kata yang lain, pengguna-pengguna Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil serta petani, penternak, pekebun dan lain-lain perniagaan seumpamanya adalah dibantu oleh Kerajaan dengan tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik. Pengekalan surcaj pada kadar minimum 3.70 sen/kWj sejak tahun 2022 ini melibatkan peruntukan subsidi Kerajaan sebanyak RM6.8 bilion.\n\n• Kementerian juga terus komited untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 pada tahun 2024. Program ini akan menyalurkan bantuan secara bersasar sehingga maksimum RM40 untuk membiayai bil elektrik bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan melalui Sistem eKasih bagi meringankan beban kewangan dan kos sara hidup rakyat. Pada tahun 2022 seramai 120,135 KIR telah menerima manfaat melalui program ini manakala sehingga 31 Julai 2023, seramai 63, 917 KIR juga telah menerima manfaat yang sama.\n\n• Namun begitu, Kementerian sentiasa menyarankan pengguna-pengguna elektrik sama ada pengguna domestik mahupun bukan domestik untuk sentiasa mempraktikkan amalan cekap tenaga. Antaranya, meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pengguna elektrik untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna elektrik untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\n\n• Untuk makluman Yang Berhormat, harga bahan api masih lagi tinggi berbanding unjuran harga bahan api yang ditetapkan dalam tempoh Regulatory Period 3 (RP3) di bawah kerangka Incentive Based Regulation (IBR). Oleh itu, Kementerian akan meneruskan cadangan pemberian subsidi elektrik secara bersasar mengikut penggunaan elektrik dalam semakan kos ICPT bagi tempoh selanjutnya iaitu Januari hingga Jun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2513,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2513",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "392",
        "member": "Tuan Jamaludin bin Yahya",
        "area": "Pasir Salak",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian berhasrat mengkaji semula keberkesanan subsidi tarif elektrik terutama kepada pengguna domestik yang berpendapatan rendah dan menengah.",
        "question": "Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah Kementerian berhasrat mengkaji semula keberkesanan subsidi tarif elektrik terutama kepada pengguna domestik yang berpendapatan rendah dan menengah.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\nUntuk Makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Sejak pelaksanaan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) pada tahun 2014 sehingga Jun 2023, semua pengguna domestik di Semenanjung tidak pernah dikenakan surcaj ICPT walaupun semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan mereka berdasarkan harga bahan api di pasaran. Bermula pada Januari 2021 hingga Jun 2023, semua pengguna domestik telah menikmati rebat 2 sen/kWj berdasarkan semakan ICPT bagi tempoh enam bulan sebelumnya.\n2. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar kepada pengguna domestik bermula pada Julai 2023, yang mana pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan yang tinggi iaitu melebihi 1,500 kWj atau bersamaan bil elektrik minimum RM708 sebulan yang kebanyakannya adalah golongan berpendapatan tinggi dikenakan surcaj 10 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023. Pengguna-pengguna ini dijangka berpendapatan tinggi kerana mampu mempunyai banyak peralatan dan kemudahan yang menggunakan elektrik di kediaman masing-masing. Sungguhpun begitu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan masih menanggung subsidi berjumlah RM58 juta kepada kumpulan pengguna ini disebabkan surcaj sebenar tidak dilepaskan sepenuhnya.\n\n3. Secara keseluruhannya, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM10.6 bilion bagi pemberian subsidi elektrik kepada pengguna domestik sejak Januari 2022 sehingga Disember 2023. Keputusan pemberian subsidi elektrik oleh Kerajaan ini bertujuan supaya peningkatan harga bahan api di pasaran dunia bagi penjanaan elektrik tidak dilepaskan kepada rakyat secara keseluruhannya bagi mengelakkan impak kenaikan kos sara hidup secara mendadak serta melindungi rakyat yang berpendapatan rendah dan menengah.\n4. Selain itu, Kementerian juga terus komited untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 pada tahun 2024. Program ini akan menyalurkan bantuan secara bersasar sehingga maksimum RM40 untuk membiayai bil elektrik bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan melalui Sistem eKasih bagi meringankan beban kewangan dan kos sara hidup rakyat. Pada tahun 2022 seramai 120,135 KIR telah menerima manfaat melalui program ini manakala sehingga 31 Julai 2023, seramai 63, 917 KIR juga telah menerima manfaat yang sama.\n5. Untuk makluman, syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak mempunyai maklumat mengenai pendapatan isi rumah pengguna. Oleh itu, kaedah pemberian subsidi elektrik mengikut pendapatan pada masa akan datang hanya boleh dilaksanakan setelah inisiatif sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan siap kelak. Kementerian akan mencadangkan pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar ini diperluaskan lagi kepada pengguna domestik yang lain dalam semakan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT pada tahun 2024. Pelaksanaan subsidi secara bersasar ini mampu memberikan isyarat yang tepat kepada pengguna elektrik di Semenanjung berkaitan situasi semasa harga bahan api di pasaran global. Justeru, pengguna elektrik seharusnya mengamalkan amalan berjimat cermat dan mempraktikkan kecekapan tenaga dalam penggunaan elektrik seharian.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2514,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2514",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "451",
        "member": "Datuk Willie Anak Mongin",
        "area": "Puncak Borneo",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Pembangunan",
        "category_labels": [
            "Pembangunan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah projek-projek Kementerian yang telah dilaksanakan dan diluluskan di Parlimen Puncak Borneo sejak tahun 2018 sehingga tahun 2023.",
        "question": "Datuk Willie Anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah projek-projek Kementerian yang telah dilaksanakan dan diluluskan di Parlimen Puncak Borneo sejak tahun 2018 sehingga tahun 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Pada tahun 2018, Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 547,773,597.00 di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan (DE) Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) bagi Pembinaan Empangan Bengoh Kuching, Sarawak melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada ketika itu.\n\n• Projek Pembinaan Empangan Bengoh Kuching, Sarawak ini telah pun siap dan diserahkan kepada Lembaga Air Kuching pada tahun 2018. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2515,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2515",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "461",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary",
        "area": "Pengkalan Chepa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kampung Babong, Taman Bendahara, Kampung Pengkalan Chepa, Kampung Telok Kitang, Kampung Tebi...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kampung Babong, Taman Bendahara, Kampung Pengkalan Chepa, Kampung Telok Kitang, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Penambang dan Kampung Semut Api.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sistem saliran diuruskan oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pemaju dan agensi-agensi yang berkaitan. \n\n• Oleh yang demikian, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah PBT. Walau bagaimanapun, Kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terlibat bagi memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik.\n\n• Kementerian melalui JPS juga telah memperkenalkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang merupakan satu kaedah kawalan di punca untuk mengurus banjir kilat serta mengawal kualiti air larian hujan.\n\n• MSMA telah dijadikan sebagai syarat bagi kelulusan sesuatu pembangunan yang melibatkan infrastruktur saliran oleh semua agensi persekutuan, negeri dan swasta berkuatkuasa bermula Januari tahun 2001.\n\n• Pemakaian dan pelaksanaan sistem saliran berkonsepkan MSMA yang beroperasi dan diselenggarakan dengan baik secara berterusan bukan sahaja dapat mengatasi masalah banjir kilat, banjir lumpur serta pencemaran sumber air tetapi dalam jangka masa panjang ia akan dapat meningkatkan kualiti air yang mengalir ke sungai. Justeru, pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan supaya mengguna pakai garis panduan MSMA dalam usaha mengawal masalah banjir kilat yang berpunca daripada air larian hujan.\n\n• Kementerian melalui JPS telah melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Kota Bharu, Kelantan yang telah siap pada tahun 2019 yang juga meliputi kawasan kajian di Parlimen Pengkalan Chepa.\n\n• Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) ini merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep MSMA dalam pengurusan air larian hujan dan merupakan satu dokumen panduan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat\n\n• PISMA juga telah menyenaraikan cadangan-cadangan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut diantaranya mencadangkan projek pembinaan sistem saliran baru dan menaiktaraf saliran sediada yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan yang sistematik, mapan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2516,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2516",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "477",
        "member": "Tuan Jimmy Puah Wee Tse",
        "area": "Tebrau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini projek membina tebatan banjir dalam kawasan Parlimen Tebrau mengikut peratusan siap dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan.",
        "question": "Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini projek membina tebatan banjir dalam kawasan Parlimen Tebrau mengikut peratusan siap dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong, Johor dengan anggaran kos berjumlah RM41.8 juta. Projek ini bertujuan untuk mengatasi banjir di sembilan (9) lokasi di Tebrau dan Plentong yang sering mengalami peristiwa banjir kilat. \n\n• Lokasi yang terlibat adalah Kampung Ubi, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Plentong Baru, Kawasan Saujana Baru, Kawasan Kempas Permatang, Kampung Sri Plentong, Kampung Bunga Ros, Sungai Tampoi dan Sungai Seranggong. JPS di dalam peringkat memuktamadkan rekabentuk terperinci dan projek dijangka akan diiklankan pada tahun 2024.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2517,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2517",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "496",
        "member": "Tuan Oscar Ling Chai Yew",
        "area": "Sibu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perubahan iklim, dan mengeluarkan satu laporan terhadap kajian kesan perubahan iklim terhadap negara kita dalam tempoh 50 t...",
        "question": "Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perancangan bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perubahan iklim, dan mengeluarkan satu laporan terhadap kajian kesan perubahan iklim terhadap negara kita dalam tempoh 50 tahun akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian telah melaksanakan program Kesedaran Awam Perubahan Iklim (Communication, Educational, Public Awareness - CEPA) untuk membentuk kesedaran dan kefahaman mengenai isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa dan nasional berdasarkan prinsip whole of nation approach.\n2. Program CEPA ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan golongan sasar seperti berikut:\ni. sesi bersama golongan belia termasuk persatuan belia serta graduan universiti untuk memupuk kesedaran dan menyuntik naratif baharu bagi memperkasa penglibatan belia ke arah penyelesaian isu perubahan iklim di Malaysia;\nii. pembangunan kapasiti dan kesedaran bersama kementerian/ agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, sektor swasta, badan akademik dan NGO;\niii. penganjuran seminar dalam talian (webinar) berkaitan perubahan iklim dan pembangunan rendah karbon antaranya mengenai topik pelepasan gas rumah kaca sifar bersih (net-zero) dan agenda kelestarian;\niv. sesi temu bual dalam program temu bual di media elektronik dan media cetak yang memberi penekanan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan berkaitan perubahan iklim;\nv. bekerjasama dengan agensi antarabangsa seperti United Nations Development Programme (UNDP) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) bagi melaksanakan kaji selidik kesedaran dan program pembangunan kapasiti berkaitan perubahan iklim di Malaysia; \n\nvi. menyokong pelaksanaan projek pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim di peringkat komuniti menerusi Global Environment Facility : Small Grants Programme (GEF SGP), sejak tahun 2001. Sehingga Jun 2023, program ini telah membiayai sebanyak 247 buah projek berkaitan alam sekitar, perubahan iklim, biodiversiti dan kemerosotan tanah; dan\nvii. memperkasa peranan NGO, pertubuhan masyarakat, pertubuhan belia dan individu menerusi penubuhan Panel Konsultasi Perubahan Iklim. Panel ini akan menjadi medium perantara bagi menyampaikan maklumat berkaitan perubahan iklim kepada komuniti dan masyarakat.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2518,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2518",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "500",
        "member": "Tuan Oscar Ling Chai Yew",
        "area": "Sibu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kesan kecenderungan dunia beralih ke tenaga hijau, adakah peralihan ini akan mengakibatkan permintaan petroleum akan berkurangan. Apakah kesannya terhadap fisikal negara kita pada masa y...",
        "question": "Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesan kecenderungan dunia beralih ke tenaga hijau, adakah peralihan ini akan mengakibatkan permintaan petroleum akan berkurangan. Apakah kesannya terhadap fisikal negara kita pada masa yang akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Melihat kepada tren pembekalan elektrik dunia, kecenderungan untuk beralih kepada bekalan tenaga hijau adalah tinggi sebagai langkah sekuriti bekalan dan juga mitigasi perubahan iklim. \n\n2. Tren ini sekiranya berterusan sememangnya akan mengurangkan permintaan bahan api fosil termasuk bagi petroleum dan seterusnya akan memberikan impak langsung kepada aktiviti-aktiviti berkaitan petroleum yang menjana pendapatan serta menyumbang kepada fiskal negara. \n\n3. Sehubungan itu, diversifikasi perniagaan kepada bidang tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu telah dilakukan oleh syarikat-syarikat minyak dan gas termasuk PETRONAS bagi menjamin kelangsungan entiti tersebut di masa depan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2519,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2519",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "523",
        "member": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan kenapa kualiti air Sungai Jelai semakin tercemar sehingga mengganggu kualiti pembenihan Ikan Patin di Jerantut, dan apa tindakan Kementerian untuk kembalikan kualiti air supaya tidak lag...",
        "question": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kenapa kualiti air Sungai Jelai semakin tercemar sehingga mengganggu kualiti pembenihan Ikan Patin di Jerantut, dan apa tindakan Kementerian untuk kembalikan kualiti air supaya tidak lagi tercemar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan kepada rekod Jabatan ini adalah didapati terdapat 36 projek EIA dan 116 premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] berada di dalam lembangan Sungai Jelai. Status pematuhan mendapati terdapat 4 tindakan kompaun dan 16 Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta 127. \n\n• Seterusnya, Indeks Kualiti Air (IKA) di stesen persampelan kualiti air di Sungai Jelai adalah masih berada di dalam Kelas II. Walau bagaimanapun, kandungan punca pencemar bagi parameter pepejal terampai adalah agak tinggi. Kandungan parameter pepejal terampai yang tinggi ini adalah disebabkan oleh impak hakisan dan kelodakan dari aktiviti-aktiviti kerja tanah yang melibatkan projek pertanian, pembalakan, perlombongan dan sebagainya.\n\n• Dalam menangani isu pencemaran Sungai Jelai ini yang berpunca daripada aktiviti yang dinyatakan di atas, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil pelbagai langkah termasuk di peringkat penguatkuasaan, perancangan dan pengawasan. Antara langkah penguatkuasaan dan perancangan yang dilaksanakan oleh JAS adalah seperti berikut:\n\n• mempertingkatkan penguatkuasaan bagi punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan kepada projek-projek yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA);\n\n• memastikan projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada Environmental Impact Assessment (EIA) terutama yang melibatkan kerja tanah hendaklah menyediakan pelan kawalan hakisan dan mendapan dan seterusnya mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang berkaitan pelepasan kelodakan;\n\n• mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;\n\n• meningkatkan penggunaan teknologi seperti penggunaan dron dan pelaporan pemantauan alam sekitar secara atas talian; dan\n\n• penguatkuasaan dan pemantauan melalui pelaksanaan operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan dalam menangani isu-isu berkaitan dalam bidang kuasa masing-masing seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan dan lain-lain lagi agensi yang berkaitan.\n\n• Untuk makluman, JAS akan terus menjalankan kerja-kerja pengawasan kualiti air secara berterusan melalui Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Program - EQMP). Sebanyak 3 stesen pengawasan manual bagi pemantauan kualiti air sungai di lembangan sungai ini. Kementerian juga akan meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai untuk merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan dalam memastikan isu pencemaran sungai-sungai ini dapat ditangani dengan berkesan dan keseimbangan sistem ekologi dapat dikekalkan.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2520,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2520",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "530",
        "member": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah",
        "area": "Paya Besar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan trend kebergantungan, corak peningkatan harga dan negara sumber untuk penjanaan tenaga elektrik dari tahun 2012 hingga 2023 serta nyatakan apakah faktor yang mengukuhkan bahawa ICTP tida...",
        "question": "Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan trend kebergantungan, corak peningkatan harga dan negara sumber untuk penjanaan tenaga elektrik dari tahun 2012 hingga 2023 serta nyatakan apakah faktor yang mengukuhkan bahawa ICTP tidak membebankan rakyat dan PMKS.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk Makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n• Tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Berdasarkan mekanisme ICPT ini, semua pengguna perlu membayar bil elektrik masing-masing setelah diselaraskan melalui pemberian rebat atau surcaj bergantung kepada semakan terhadap harga bahan api sebenar bagi tempoh setiap enam bulan. Ini bermakna, secara prinsipnya semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan mereka berdasarkan harga bahan api di pasaran.\n\n• Sumber penjanaan utama tenaga elektrik di Semenanjung adalah arang batu dan gas. Dalam hal ini, hampir 70% arang batu dibeli daripada Indonesia kerana ciri-ciri arang batu tersebut sesuai untuk digunakan bagi penjanaan elektrik di Malaysia serta kadar mata wang dan kos pengangkutan yang lebih murah. Arang batu juga turut diperolehi daripada negara Australia, Afrika Selatan dan Rusia. Penjanaan elektrik adalah berdasarkan prinsip least cost dispatched, di mana kos bahan api yang paling murah akan dijana dahulu.\n\n• Jadual 1 seperti di Lampiran menunjukkan tren kebergantungan, corak peningkatan harga dan negara sumber utama bahan api bagi penjanaan elektrik sejak mekanisme ICPT mula dilaksanakan pada tahun 2014. Selain itu, Jadual 1 turut menunjukkan kos ICPT, rebat atau surcaj serta subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan kepada pengguna domestik dan pengguna daripada kalangan Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang kebanyakannya terdiri daripada pengguna bukan domestik dalam kategori voltan rendah (Low Voltage – LV).\n\n• Berdasarkan jadual tersebut, kos ICPT adalah selari dengan tren harga bahan api di pasaran global. Namun begitu, kadar pelepasan rebat atau surcaj kepada pengguna elektrik adalah tertakluk kepada keputusan Kerajaan. Sejak pelaksanaan ICPT pada tahun 2014 sehingga Jun 2023, semua pengguna domestik di Semenanjung tidak pernah dikenakan surcaj ICPT. Bermula pada Januari 2021 sehingga Jun 2023, semua pengguna domestik telah menikmati rebat 2 sen/kWj walaupun harga bahan api pada ketika itu telah meningkat dengan mendadak disebabkan oleh peningkatan harga bahan api terutamanya arang batu di pasaran dunia. \n\n• Dalam hal ini, pemberian rebat kepada pengguna telah ditampung menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dan Kementerian Kewangan walaupun sepatutnya semua pengguna dikenakan surcaj. Secara keseluruhannya, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM10.6 bilion bagi pemberian subsidi elektrik kepada pengguna domestik sepanjang pelaksanaan mekanisme ICPT daripada 2022 sehingga Disember 2023.\n\n• Namun begitu, selaras dengan dasar Kerajaan untuk melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar, Kerajaan telah bersetuju untuk melepaskan surcaj ICPT pada kadar 10 sen/kWj kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan yang tinggi iaitu melebihi 1,500 kWj mulai 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023. Kerajaan percaya bahawa keputusan untuk mengenakan surcaj sebanyak 10 sen/kWj kepada pengguna elektrik ini adalah tepat memandangkan rata-rata pengguna elektrik yang menggunakan elektrik melebihi 1,500 kWj atau bil elektrik minimum RM708 setiap bulan adalah golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai banyak peralatan dan kemudahan yang menggunakan elektrik di kediaman masing-masing. Sungguhpun begitu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan masih menanggung subsidi berjumlah RM58 juta kepada kumpulan pengguna ini disebabkan surcaj sebenar tidak dilepaskan sepenuhnya. Kerajaan berhasrat untuk meneruskan proses pelarasan subsidi bagi membolehkan kepentingan rakyat terjaga.\n\n• Kerajaan berhasrat teruskan proses pelarasan subsidi bagi bolehkan kepentingan rakyat terjaga. Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D) serta tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) tidak mengalami sebarang kenaikan bil elektrik di mana surcaj ICPT pada kadar 3.70 sen/kWj telah dikekalkan sejak 1 Februari 2022. Kadar ini tidak pernah berubah sejak tahun 2022 sehingga kini walaupun kos ICPT telah meningkat dengan mendadak.\n\n• Dalam erti kata yang lain, pengguna-pengguna Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil serta petani, penternak, pekebun dan lain-lain perniagaan seumpamanya adalah dibantu oleh Kerajaan dengan tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik. Pengekalan surcaj pada kadar minimum 3.70 sen/kWj sejak tahun 2022 ini melibatkan peruntukan subsidi Kerajaan sebanyak RM6.8 bilion.\n\n• Namun begitu, Kementerian sentiasa menyarankan pengguna-pengguna elektrik sama ada pengguna domestik mahupun bukan domestik untuk sentiasa mempraktikkan amalan cekap tenaga. Antaranya, meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pengguna elektrik untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna elektrik untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2521,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2521",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "531",
        "member": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari",
        "area": "Pasir Mas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kementerian di dalam menangani insiden tanah runtuh di tepi Sungai Kelantan di Kampung Jiah, Pengkalan Pasir, Pasir Mas.",
        "question": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah Kementerian di dalam menangani insiden tanah runtuh di tepi Sungai Kelantan di Kampung Jiah, Pengkalan Pasir, Pasir Mas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada dasarnya sedar akan masalah hakisan tebing Sungai Kelantan di Parlimen Pasir Mas. Proses hakisan tebing dan dasar sungai merupakan proses semulajadi. Walaubagaimanapun, tahap hakisan yang lebih teruk boleh berlaku disebabkan oleh intervensi aktiviti manusia yang boleh mengganggu keseimbangan ekosistem sungai. Sebagai contoh, perubahan guna tanah di kawasan lembangan sungai, dan juga pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal boleh mengganggu morfologi sungai tersebut.\n\n• Sehubungan itu, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah dengan melaksanakan dua (2) projek untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai Kelantan di Pasir Mas iaitu:\n\n• Projek Pelaksanaan Segera Bagi Menangani Bencana Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan. Projek ini telah siap pada Januari 2023; dan\n\n• Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Status projek dalam proses pra-pelaksanaan.\n\n• Bagi runtuhan tebing sungai Kelantan di Kampung Jiah pula, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Kelantan telah mengambil langkah segera dengan menutupi kawasan runtuhan bagi mengurangkan kejadian runtuhan terutama ketika waktu hujan dan menyelia saliran sedia ada supaya tidak berlaku hakisan serta membuat pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi terlibat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2522,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2522",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "550",
        "member": "Tuan Tan Hong Pin",
        "area": "Bakri",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai jadual waktu kerja selenggaraan setiap sungai/parit di daerah Muar dan Johor Bahru dengan menyatakan kontraktor yang terlibat, kos perbelanjaan yang terlibat, tarikh mula/akhir k...",
        "question": "Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senarai jadual waktu kerja selenggaraan setiap sungai/parit di daerah Muar dan Johor Bahru dengan menyatakan kontraktor yang terlibat, kos perbelanjaan yang terlibat, tarikh mula/akhir kerja pembersihan, kepanjangan sungai/parit yang diselenggara pada tahun 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan melalui peruntukan Bab 3 - Pembahagian Kewangan dan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan Senarai III - Senarai Bersama Perkara 8. Saliran Pengairan (Irrigation and Drainage), tanggungjawab penyenggaraan sungai perlu dilaksanakan dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.\n\n• Kerajaan Persekutuan melalui NRECC telah mengambil langkah-langkah dengan menyalurkan peruntukan Kerja-kerja Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-12) sebanyak RM36 juta kepada Negeri Johor merangkumi skop kerja seperti berikut:\n\n• Kerja-kerja pengaluran sungai;\n\n• Kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;\n\n• Menaiktaraf aset tak alih; dan\n\n• Menaiktaraf saluran dan struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.\n\n• Sehingga tahun 2022, 6,394km panjang sungai yang telah dipulihara di Negeri Johor menggunakan peruntukan yang disalurkan. Terdapat sembilan (9) kerja telah dilaksanakan di daerah Muar dan Johor Bahru pada tahun 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM600 ribu. Berikut adalah kerja-kerja yang telah dilaksanakan: \n\nBil\nProjek\nTarikh Mula\nTarikh Siap\nKos \n(RM)\nStatus\n\n1\nKerja-Kerja Merobohkan Struktur Jambatan Sementara Yang Boleh Mengurangkan Risiko Banjir Dan Kerja Berkaitan Di Kampung Pok Kecil, Mukim Tanjung Kupang, Johor Bahru\n16 April 2023\n28 Mei 2023\n42,400.00\nSiap\n\n2\nKerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sg Tiram, Di Jalan Hj. Suliati, Tiram, Mukim Plentong, Johor Bahru, Johor.\n8 Ogos 2023\n8 Oktober 2023\n88,435.00\nSiap\n\n3\nKerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Melana Di Taman Pulai Perdana, Mukim Pulai, Johor Bahru, Johor.\n16 Ogos 2023\n14 Oktober 2023\n166,050.00\nSiap\n\n4\nKerja-Kerja Membaikpulih Tebing Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Parit Beting Kuala, Daerah Muar, Johor\n19 April 2023\n21 Mei 2023\n49,990.00\nSiap\n\n5\nProjek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Parit Syafiee Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Kawasan Saliran Seri Menanti, Muar Johor.\n11 Julai 2023\n8 September 2023\n58,995.00\nSiap\n\n6\nProjek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Pt Wahid, Kawasan Saliran Muar, Muar, Johor.\n3 Julai 2023\n28 Ogos 2023\n49,940.00\nSiap\n\n7\nProjek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Hulu Sungai Sarang Buaya, Kawasan Saliran Sarang Buaya, Muar Johor.\n3 Julai 2023\n28 Ogos 2023\n32,300.00\nSiap\n\n8\nProjek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir - Kerja-Kerja Membaikpulih Saliran Di Sungai Balang Besar, Kawasan Saliran Sarang Buaya, Muar, Johor\n14 Ogos 2023\n9 Oktober 2023\n53,450.00\nSiap\n\n9\nProjek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Sungai Semeriot Ulu, Luar Skim Pagoh, Muar, Johor.\n14 Ogos 2023\n23 Oktober 2023\n61,612.50\nSiap",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2523,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2523",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "554",
        "member": "Tuan Lee Chean Chung",
        "area": "Petaling Jaya",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha Kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencapai sasaran 10,000km Denai Sungai Kebangsaan pada 2030 dan bagaimanakah Kementerian memperkasa penglibatan NGO ...",
        "question": "Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha-usaha Kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencapai sasaran 10,000km Denai Sungai Kebangsaan pada 2030 dan bagaimanakah Kementerian memperkasa penglibatan NGO dan komuniti untuk mencegah risiko pencemaran ke dalam sungai serta ke arah pengurusan alam sekitar yang lestari.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian mensasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 1,000km bagi tahun 2023. Sehingga September 2023, sepanjang 1,248km telah berjaya dibina di seluruh negara.\n\n• Kementerian sangat menggalakkan agar DSK dibangunkan secara corporate social responsibility (CSR) dengan kerjasama pihak-pihak swasta atau badan-badan bukan kerajaan. Kementerian telah melibatkan NGO dan komuniti dalam aktiviti gotong-royong di sekitar sungai dan tasik untuk mencegah risiko pencemaran ke dalam sungai serta ke arah pengurusan alam sekitar yang lestari. \n\n• Kementerian juga sentiasa berusaha mempromosikan Program Denai Sungai Kebangsaan melalui kerjasama dan perbincangan dengan NGO dan komuniti dari semasa ke semasa. NGO dan komuniti juga digalakkan untuk turut sama menganjurkan aktiviti riadah berasaskan alam sekitar seperti berkelah, memancing dan berbasikal, sekali gus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa yang akhirnya menyebabkan pencemaran.\n\n• Dalam hal ini, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan proaktif dalam mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dijadikan DSK untuk dicadangkan kepada NGO dan komuniti dengan mengambil kira kriteria-kriteria seperti berikut:\n\n• Kesediaan komuniti setempat;\n\n• Kesesuaian fizikal dan geografi tapak;\n\n• Berhampiran kawasan kediaman;\n\n• Berhampiran hulu muka sauk;\n\n• Berhampiran kawasan industri;\n\n• Berhampiran laut dan pantai;\n\n• Kos pembinaan yang rendah;\n\n• Mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pihak berkuasa; dan\n\n• Tidak melibatkan tanah individu/ Lesen Pendudukan Sementara\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2524,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2524",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "555",
        "member": "Tuan Lo Su Fui",
        "area": "Tawau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah perancangan proaktif seperti memberi peruntukan pembinaan Telaga Tiub dengan sistem Penapisan Ultra Sumber Air, tubewell bagi mengatasi masalah air di Tawau dan Sabah yang boleh m...",
        "question": "Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah perancangan proaktif seperti memberi peruntukan pembinaan Telaga Tiub dengan sistem Penapisan Ultra Sumber Air, tubewell bagi mengatasi masalah air di Tawau dan Sabah yang boleh menampung keperluan air hampir 200-300 orang dengan kos hanya RM1 juta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Tawau berpotensi mempunyai sumber air bawah tanah di kawasan aluvium, endapan kuartener, batuan volkanik dan Formasi Balung. Kajian terperinci seperti survei geofizik perlu dijalankan bagi mendapatkan lokasi-lokasi yang berpotensi mempunyai sumber berkenaan.\n2. Anggaran kos survei geofizik dan pembangunan telaga tiub (bersaiz 150mm, kedalaman 100m) adalah RM250,000 manakala kos pembangunan sistem penapisan air bawah tanah adalah antara RM200,000 - RM300,000 mengikut kualiti air mentah dan bilangan pengguna. Kos sistem penyaluran (perpaipan) bergantung kepada bilangan rumah dan jarak daripada tangki simpanan.\n3. Pelaksanaan pembinaan telaga tiub perlu dikaji secara terperinci terlebih dahulu bagi memastikan kebolehlaksanaan projek, cost benefit serta perancangan penggunaan telaga tiub. Permohonan projek selanjutnya boleh dimohon menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang bertanggungjawab terhadap isu air negeri untuk penelitian dan tindakan lanjut. Kerajaan Persekutuan akan menimbang untuk menyediakan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya terdapat permohonan daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebut. Sekiranya kawasan tersebut terletak di kawasan luar bandar, peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) boleh dimohon.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2525,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2525",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "566",
        "member": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy",
        "area": "Kalabakan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah mitigasi yang dirangka oleh pihak Kementerian di dalam menangani konflik di antara manusia-hidupan liar iaitu melibatkan populasi gajah pygmy Borneo di kawasan sekitar Kal...",
        "question": "Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah mitigasi yang dirangka oleh pihak Kementerian di dalam menangani konflik di antara manusia-hidupan liar iaitu melibatkan populasi gajah pygmy Borneo di kawasan sekitar Kalabakan yang kini berpotensi memberi ancaman kepada penduduk dan hasil tanaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nGajah Pygmy merupakan spesies yang dilindungi di bawah Jadual 1 “Spesies Dilindungi Sepenuhnya”, Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Hidupan Liar Sabah mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini yang berpotensi memberi ancaman kepada penduduk dan hasil tanaman.\n\nAntara langkah yang sedang dan telah diambil oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi menangani isu ini adalah seperti berikut:\n\n(i) melaksanakan pemasangan pagar elektrik bagi mengurangkan kemasukan gajah ke kawasan ladang;\n\n(ii) melantik Warden Kehormat Hidupan Liar bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalan hidupan liar secara berkala;\n\n(iii) menubuhkan Mesyuarat Task Force Human Elephant Conflict bagi membincangkan perkara berkaitan dengan pengurusan konflik gajah di setiap ladang dan pemegang taruh yang terlibat;\n\n(iv) menjalankan operasi tangkapan dan pemindahan. Ini merupakan jalan terakhir kerana ia melibatkan kos operasi yang tinggi dan kekurangan kawasan yang dapat memastikan gajah tidak kembali ke kawasan gajah setelah dipindahkan; dan\n\n(v) menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah melalui pemasangan kolar satelit yang berfungsi sebagai sistem amaran awal (early warning system) bagi mengesan pergerakan gajah ke kawasan pertanian atau penempatan manusia.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2526,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2526",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "590",
        "member": "Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan",
        "area": "Permatang Pauh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) apakah status terkini pelaksanaan kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di pulau mutiara yang dilaporkan bermula 1 Julai 2023; dan b) sesi libat urus yang telah...",
        "question": "Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:\na) apakah status terkini pelaksanaan kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di pulau mutiara yang dilaporkan bermula 1 Julai 2023; dan\nb) sesi libat urus yang telah diadakan dengan semua pihak berkepentingan, serta inisiatif Kementerian bagi membantu dan memastikan sumber rezeki golongan nelayan di kawasan berkenaan agar tidak terjejas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Berdasarkan syarat Environmental Impact Assessment (EIA), penggerak projek perlu mengemukakan Borang Maklumat Status Projek memaklumkan status pelaksanaan projek berkenaan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima borang tersebut pada 18 Ogos 2023 memaklumkan pelaksanaan projek akan bermula pada 1 September 2023. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemeriksaan JAS di tapak projek pada 7 September 2023, kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI), kerja-kerja penambakan masih belum dimulakan. \n\n• Kerajaan Negeri selaku Penggerak Projek dan Rakan Pelaksana Projek (SRS Consortium Sdn Bhd) telah mengadakan sesi libat urus bersama penduduk tempatan dan golongan nelayan berhubung cadangan projek Penang South Reclamation (PSR) sejak penghujung tahun 2015 lagi. Disamping itu, Kerajaan Negeri turut menubuhkan 3 unit Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) iaitu di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Gertak Sanggul bagi membolehkan komuniti setempat dan golongan nelayan untuk mendapatkan maklumat berhubung pelaksanaan projek ini. Bagi tempoh Januari sehingga Jun 2023, sebanyak 24 sesi libat urus telah dijalankan bersama dengan nelayan dan komuniti setempat. Sesi libat urus ini akan diteruskan sehingga pelaksanaan projek kelak.\n\n• Terdapat beberapa inisiatif yang telah dirangka untuk menjaga kebajikan golongan nelayan di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (Social Impact Management Plan – SIMP) dan Pelan Induk Pembangunan Ekologi PSI (PSI Ecology Offset MasterPlan – PEOM) yang pelaksanaannya akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Task Force Nelayan yang diketuai oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Jawatankuasa Task Force ini dianggotai oleh agensi-agensi yang berkaitan dengan nelayan seperti Jabatan Perikanan. Kementerian melalui JAS akan menerima pelaporan pelaksanaan inisiatif ini daripada Jawatankuasa Task Force ini.\n\n• Antara inisiatif yang dirangka di bawah kedua-dua pelan tersebut bagi memastikan sumber rezeki golongan nelayan di kawasan berkenaan agar tidak terjejas adalah seperti berikut:\n\n• bantuan kewangan (ex-gratia);\n\n• bantuan bot dan enjin;\n\n• program latihan untuk nelayan;\n\n• program sokongan pendidikan untuk anak nelayan;\n\n• pembinaan jeti dan kemudahan untuk nelayan;\n\n• skim perumahan nelayan;\n\n• pelabuhan tukun tiruan dan unjam; dan \n\n• pelepasan benih ikan dan udang.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2527,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2527",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "592",
        "member": "Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman",
        "area": "Bachok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif pihak Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan negeri meningkatkan keupayaan untuk mengekstrak, mengeksploitasi dan membangunkan sendiri unsur nadir bumi (REE...",
        "question": "Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif pihak Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan negeri meningkatkan keupayaan untuk mengekstrak, mengeksploitasi dan membangunkan sendiri unsur nadir bumi (REE) secara lebih mampan serta menguntungkan negeri dan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Dalam memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri untuk pembangunan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif atau NR-REE, Kementerian telah mengadakan perbincangan awal bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Ekonomi (KE).\n\n• Berdasarkan input awal yang diterima, dimaklumkan bahawa tiada insentif kepada pelabur dalam sektor mineral diperingkat huluan kerana industri ini yang bersifat in-situ yang memerlukan pelabur melaksanakan aktivitinya dalam industri berkenaan. Sebagai tambahan, mineral-mineral ini bersifat pakai habis dan tidak wajar diberikan insentif.\n\n• Namun begitu, terdapat pelbagai insentif yang telah disediakan dibawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 antaranya insentif bagi pengeluaran non-metallic mineral dalam bentuk galakan cukai dibawah kategori Galakan Umum, Galakan Teknologi Tinggi Dan Galakan Industri Kecil Sederhana. Selain itu, terdapat juga insentif lain seperti insentif Cukai Teknologi Hijau yang diperkenalkan oleh Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), yang mana ia bagi menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan atau pembelian aset-aset hijau. Kesemua insentif-insentif ini adalah diperkenalkan diperingkat pertengahan dan hiliran.\n\n• Diperingkat Kementerian pula, Dasar Mineral Negara 3 sedang dibangunkan, yang mana antara salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah dengan cadangan memperketatkan kebenaran pengeskportan dan menggalakkan pengimportan sumber mineral secara mentah. Cadangan ini merupakan strategi pengenalan insentif dan disinsentif dalam menggalakkan dan meningkatkan keupayaan bagi membangunkan industri NR-REE diperingkat pertengahan dan hiliran.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2528,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2528",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "597",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Puchong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu pemain-pemain tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia untuk mengeksport TBB ke Singapura dan negara-negara lain.",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu pemain-pemain tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia untuk mengeksport TBB ke Singapura dan negara-negara lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBagi membantu pemain-pemain tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia untuk mengeksport TBB ke Singapura dan negara-negara lain, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:\n\n• membangunkan mekanisme pasaran tenaga atau energy exchange bagi memastikan supaya urusniaga perdagangan TBB merentas sempadan dilakukan dengan memberikan pulangan nilai yang maksimum serta mengambil kira kepentingan negara;\n\n• meningkatkan kapasiti penjanaan TBB dalam negara bagi merancakkan pembangunan industri tenaga lestari negara dan seterusnya membolehkan lebihan tenaga yang dijana didagangkan merentas sempadan;\n\n• memperkukuh sistem rangkaian grid dan sambung tara bagi membolehkan kemasukkan, integrasi dan penghantaran kapasiti TBB yang lebih tinggi bagi memperkembangkan lagi peluang ekonomi kepada pemain TBB negara.\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2529,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2529",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "610",
        "member": "Tuan Chow Yu Hui",
        "area": "Raub",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kekerapan loji rawatan air di daerah Raub berhenti dari tahun 2022-2023 serta status projek Pre-Sed Tank di Loji Sungai Bilut, Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Klau dan menyenaraikan...",
        "question": "Tuan Chow Yu Hui [ Raub ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kekerapan loji rawatan air di daerah Raub berhenti dari tahun 2022-2023 serta status projek Pre-Sed Tank di Loji Sungai Bilut, Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Klau dan menyenaraikan projek-projek lain yang dijalankan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad di daerah Raub sepanjang tempoh tahun 2019 hingga 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sentiasa komited dalam memastikan bekalan air dapat diakses oleh rakyat. Antara punca berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Raub adalah disebabkan insiden paip pecah dan pencemaran sumber air mentah.\n2. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui laporan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), jumlah kekerapan hentitugas melibatkan tujuh (7) LRA di daerah Raub adalah sebanyak 116 pada tahun 2022 manakala sebanyak 29 direkodkan bermula Januari sehingga Ogos 2023. \nTuan Yang di-Pertua,\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) berjumlah RM18 juta bagi tiga (3) projek mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi. Status terkini projek-projek tersebut adalah seperti berikut:\ni) Projek Kerja-Kerja Segera Bagi Mengatasi Masalah Kekeruhan Yang Tinggi di Loji Rawatan Air Sg. Bilut.\nProjek akan siap pada 28 Oktober 2023 selepas mendapat kelulusan Lanjutan Masa (EOT) No. 3 atas masalah cuaca hujan berterusan, serta ruang kerja yang terhad di tapak.\nii) Projek Kerja-Kerja Segera Bagi Mengatasi Masalah Kekeruhan Yang Tinggi di Loji Rawatan Air Sg. Semantan.\nProjek telah melewati tarikh siap iaitu pada 10 Jun 2023 dan sedang berjalan dalam LAD (Liquidated Ascertained Damages). Projek dijadualkan siap pada 10 Jun 2023.\niii) Projek Kerja-Kerja Segera Bagi Mengatasi Masalah Kekeruhan Yang Tinggi di Loji Rawatan Air Sg. Klau.\nProjek telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2023.\n4. Sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, sebanyak 15 projek telah dilaksanakan oleh Pengurusan Air Pahang (PAIP) dan telah siap seperti perincian berikut:\nBIL\nNAMA PROJEK\n\n1.\nKerja-Kerja Mengubah Jajaran Sistem Agihan dari Tangki Air Chendera ke Kawasan Agihan Jeram Besu & Kuala Atok, Daerah Raub\n\n2.\nKerja-Kerja Mengubah Sistem Agihan Paip di Tangki Air Bukit Rokam, Daerah Raub\n\n3.\nKerja-Kerja Penambahbaikan Bekalan Air di Taman Bukit Koman, Daerah Raub, Pahang\n\n4.\nMemasang Paip Air Baru Mild Steel 400mm diameter dari Loji Air Keloi Hingga ke Tangki Chendera dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Daerah Raub, Pahang.\n\n5.\nKerja-Kerja Pengalihan Jajaran Paip Yang Terlibat Dengan Pembaikan Tanah Runtuh di Jalan Ulu Dong, Daerah Raub\n\n6.\nKerja-Kerja Penggantian Paip Retikulasi Jenis HDPE 110mm di Kg Jeram Besu, Daerah Raub\n\n7.\nKerja Pemasangan Paip (Interconnection) Bersaiz 300mm dari Outlet Tangki High Level Fasa 2 Ke Outlet Tangki High Level Fasa 1, Daerah Raub\n\n8.\nKerja Pengubahsuaian Jajaran Paip Agihan di Kg. Temalir, Kuala Atok, Daerah Raub\n\n9.\nKerja Penggantian, Pengubahsuaian Paip dan Injap di Rumah Pam Raub Jaya 3, Daerah Raub\n\n10.\nKerja-Kerja Penggantian Paip Yang Terlibat Dengan Tanah Runtuh Dan Kekerapan Paip Pecah di RPS Sg Chalit, Daerah Raub\n\n11.\nKerja-Kerja Pemasangan Paip Pengepaman Jenis Mild Steel Cement Liner Bersaiz 150mm Sepanjang 400 Meter Di Rumah Pam Rotan Tunggal Daerah Raub\n\n12.\nKerja-Kerja Penambahbaikan Sistem Paip Agihan Bersaiz 150mm Sepanjang 20 Meter di Taman Amalina Lestari Daerah Raub\n\n13.\nKerja Pemasangan Paip Jenis Mild Steel Bersaiz 150mm Bagi Jajaran Kg Sega Tat, Daerah Raub\n\n14.\nKerja-Kerja Penambahbaikan Bekalan Air di Taman Bukit Koman, Daerah Raub, Pahang Darul Makmur\n\n15.\nMerekabentuk, Menaiktaraf, Membekal, Memasang, Mengujiterima dan Mentauliah Pam Air Bersih, Kerja-kerja Elektrik Serta Lain-Lain Berkaitan di Loji Rawatan Air Sg. Semantan, Raub, Pahang",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2530,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2530",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "653",
        "member": "Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal",
        "area": "Machang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Sat. Hal ini memandangkan hampir setiap tahun air sungai akan melimpah dan mengakibatkan ber...",
        "question": "Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Sat. Hal ini memandangkan hampir setiap tahun air sungai akan melimpah dan mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan penempatan terdekat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kerja-kerja di bawah Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir dengan pelaksanaan tujuh (7) kerja pada tahun 2021 melibatkan anggaran kos berjumlah RM548 ribu di Sungai Sat.\n\n• Sungai Sat merupakan salah satu anak sungai di dalam Lembangan Sungai Kelantan. JPS di dalam peringkat pra-pelaksanaan bagi Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 2 dan akan meneliti semula keperluan perlindungan tebatan banjir di Sungai Sat mengikut keperluan dan kemampuan kewangan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.\n\n• Walau bagaimanapun, pembiayaan kerja-kerja saliran dan pengairan adalah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan melalui peruntukan Bab 3 - Pembahagian Kewangan dan Jadual Kesembilan, Perkara 8 - Saliran Pengairan (Irrigation and Drainage). Oleh itu, penyelesaian banjir boleh dibiayai secara bersama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2531,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2531",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2023,
        "no": "693",
        "member": "Tuan Wong Kah Woh",
        "area": "Taiping",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah pelancong Zoo Negara dan Zoo Taiping yang direkodkan pada tahun 2023. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada kedua-dua zoo pada tahun 2023.",
        "question": "Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pelancong Zoo Negara dan Zoo Taiping yang direkodkan pada tahun 2023. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan kepada kedua-dua zoo pada tahun 2023.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengawal selia Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di Semenanjung Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi menjaga kebajikan hidupan liar di ZPT.\n\nZoo Negara dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia (Malaysian Zoological Society - MZS). Zoo Taiping & Night Safari pula dimiliki dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Taiping.\n\nBerdasarkan semakan Jabatan PERHILITAN, jumlah pelawat yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 di Zoo Negara adalah seramai 452,657 orang dan Zoo Taiping & Night Safari adalah seramai seramai 499,029.\n\nBagi tahun 2023, Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada Zoo Negara. Zoo Taiping & Night Safari pula telah menerima peruntukan bagi Projek Menaik Taraf Fasiliti Harimau Malaya di Zoo Taiping di bawah peruntukan pembangunan RMKe12 bagi tempoh 3 tahun (2022-2024) berjumlah RM1.5 juta.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2402,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2402",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2023-10-19",
        "year": 2023,
        "no": "12",
        "member": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) perkembangan kerjasama dan rundingan dengan negara-negara jiran bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan; dan b) tahap kesiapsiagaan sistem pantauan kualiti udara negara dalam...",
        "question": "Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-\n\na) perkembangan kerjasama dan rundingan dengan negara-negara jiran bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan; dan\n\nb) tahap kesiapsiagaan sistem pantauan kualiti udara negara dalam menghadapi musim kemarau dalam bulan-bulan mendatang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Masalah jerebu rentas sempadan merupakan isu yang sering dihadapi oleh negara-negara di rantau Asia Tenggara. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh aktiviti pembakaran hutan dan pembersihan ladang bagi penanaman semula yang dilakukan ketika musim cuaca panas dan kering dan diburukkan lagi dengan pergerakan angin yang bertiup membawa asap jerebu ke rantau ini.\n\n• Inisiatif peringkat antarabangsa bagi menangani pencemaran jerebu merentas sempadan telah bermula sejak tahun 2002 dengan termeterainya Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution – AATHP) yang ditandatangani oleh 10 buah negara ASEAN di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002.\n\n• Di bawah perjanjian ini, Meeting of the Committee Under the Conference of the Parties (COM) dan Conference of the Parties (COP) to the AATHP melibatkan semua negara anggota ASEAN serta Technical Working Group (TWG) dan Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution melibatkan 5 negara di Selatan rantau ASEAN (Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand) diadakan setiap tahun bagi memantau situasi cuaca, keadaan jerebu dan membincangkan langkah-langkah pencegahan kejadian jerebu merentas sempadan di rantau ini.\n\n• Saya telah mengetuai Delegasi Malaysia menghadiri Mesyuarat Ke-24 TWG dan MSC pada 7 dan 8 Jun di Singapura. Terkini, pada 22 hingga 24 Ogos 2023, Delegasi Malaysia diketuai oleh YB Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menghadiri Mesyuarat ke-17 Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN, Mesyuarat ke-18 COP AATHP dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang telah diadakan di Vientiane, Lao PDR. Melalui mesyuarat ini, dilaporkan bahawa fenomena El Niño dijangka akan berpanjangan sehingga pertengahan tahun hadapan. Semua negara anggota ASEAN telah melaporkan tindakan dan strategi masing-masing dalam pencegahan pembakaran terbuka dan jerebu serta komitmen untuk bersama-sama memastikan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan di dalam Second ASEAN Haze-Free Roadmap dilaksanakan dengan sempurna bagi mencapai matlamat ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030.\n\n• Dalam pada itu, Perjanjian Penubuhan ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) telah dimuktamadkan. Melalui penubuhan ACC THPC yang berpusat di Indonesia kelak, pengurusan kebakaran dan insiden jerebu merentas sempadan akan lebih terselaras seiring dengan pelaksanaan AATHP sepenuhnya. Malaysia telah menyatakan sokongan kepada penubuhan pusat ini dan sentiasa komited serta sedia bekerjasama ke arah penubuhan dan pengoperasian pusat ini terutamanya dalam bidang pembangunan keupayaan (capacity building), perkongsian maklumat dan kepakaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka, teknologi perladangan tanpa pembakaran (zero burning), pengurusan tanah gambut yang mampan dan latihan pemadaman kebakaran.\n\n• Selain itu, Malaysia turut mengadakan kerjasama dua hala dengan kerajaan Indonesia bagi usaha-usaha pencegahan jerebu secara 'Government to Government' di bawah kerangka Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan. Perjanjian dua hala seperti yang dimeterai oleh Amerika Syarikat dan Kanada melalui US-Canada Air Quality Agreement juga boleh dicontohi dengan keberkesanan yang terbukti. Namun usaha ini memerlukan komitmen kedua-dua pihak dan Kerajaan Malaysia sedia untuk terus berunding agar isu ini dapat diselesaikan bersama.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n• Bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi jerebu dan cuaca kering dalam negara, saya juga telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bil. 1 Tahun 2023 (26 Mei 2023) dan Bil. 2 Tahun 2023 (12 September 2023). Mesyuarat ini diadakan bagi melaporkan status terkini keadaan cuaca, kualiti udara, merancang tindakan dan strategi bagi mencegah pembakaran terbuka serta jerebu setempat, di samping mengatur persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya insiden jerebu merentas sempadan. Mesyuarat ini dihadiri oleh kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan bekerjasama dalam mengambil tindakan sekiranya berlaku jerebu.\n\n• Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) juga telah dirujuk sebagai garis panduan untuk membolehkan agensi-agensi terlibat dalam pengurusan bencana jerebu untuk mengambil tindakan pantas, terselaras dan bersepadu bagi menangani insiden jerebu. Sehubungan itu, semua kementerian, jabatan dan agensi terlibat dipohon untuk terus peka kepada situasi jerebu semasa dan mengambil tindakan di bawah bidang kuasa dan fungsi masing-masing di bawah PTJK ini berdasarkan tahap amaran dan bacaan IPU.\n\n• Antara tindakan-tindakan lain adalah seperti mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang akan digerakkan oleh NADMA apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100, penutupan sekolah, tadika dan taska serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200 serta melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA).\n\n• Kementerian juga turut mengambil beberapa langkah proaktif seperti berikut:\n\n• pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sejak 2 April 2023 bagi pelaksanaan tindakan pencegahan, pemantauan, pemadaman dan penguatkuasaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh kementerian, jabatan dan agensi terlibat;\n\n• pengaktifan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Standard Operasi Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut kepada semua pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan agensi-agensi negeri terbabit pada 29 Mac 2023;\n\n• kekerapan dan kawasan rondaan serta pemantauan udara melalui dron juga dipertingkatkan di kawasan berisiko dan mudah terbakar seperti kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah oleh Pihak Berkuasa Negeri;\n\n• pelaksanaan penguatkuasaan secara bersepadu dan penguatkuasaan Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), di mana mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 (lima ratus ribu ringgit) atau penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Disamping itu, kompaun sehingga RM2,000 (dua ribu ringgit) boleh dikenakan atas setiap kesalahan;\n\n• pemantauan komuniti turut diperkasakan melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) bagi membantu memantau kes-kes pembakaran terbuka;\n\n• program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam dan program penyertaan komuniti turut dipertingkatkan sebagai tindakan pencegahan; dan\n\n• pemantauan berterusan status kualiti udara semasa melalui 65 stesen automatik JAS dan status cuaca semasa dan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).\n\n• Selain itu, program-program peningkatan keupayaan, kesedaran, pendidikan, pembangunan infrastruktur bagi mencegah kebakaran kawasan tanah gambut yang sering terbakar dan sistem amaran awal merupakan antara usaha jangka pendek yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka dan jerebu setempat (di dalam negara) serta jerebu rentas sempadan.\n\n• Kerajaan Malaysia tidak menolak sebarang cadangan untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan termasuklah keperluan Akta baru, tetapi ia perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor-faktor keberkesanan perundangan dalam dan luar negara. Kementerian ini juga akan mengadakan sesi libat urus dengan Panel Penasihat dan Panel Konsultasi yang telah ditubuhkan serta pihak-pihak berkepentingan dan pakar-pakar agar memperoleh penyelesaian yang holistik kepada permasalahan ini. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2422,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2422",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2023-10-31",
        "year": 2023,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Lee Chuan How",
        "area": "Ipoh Timor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Mineral, Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil untuk menggalakkan kajian dan pembangunan REE di Malaysia setakat ini.",
        "question": "Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil untuk menggalakkan kajian dan pembangunan REE di Malaysia setakat ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n• Di dalam RMKe-11, Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menerima peruntukan sebanyak RM3.9 juta bagi menjalankan kajian tinjauan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) meliputi kawasan seluas 12,150 kilometer persegi. Kajian susulan dilaksanakan dalam RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.\n\n• Berdasarkan hasil tinjauan pada RMKe-11, sumber teragak (inferred resources) NR-REE berjumlah 16 juta tan dengan nilai RM800 bilion telah dikenalpasti. Kajian susulan dalam RMKe-12 sehingga tahun 2022 bagi kawasan berkeluasan 37 kilometer persegi mendapati sejumlah 140,000 tan sumber terukur (measured resources) NR-REE dikenal pasti dengan nilai RM7.4 bilion.\n\n• Kerajaan telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Negeri Perak yang menjadi asas kepada penyediaan SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia. SOP ini menjadi garis panduan bagi pengawalseliaan aktiviti perlombongan mineral NR-REE agar ia dijalankan secara mampan dan bertanggungjawab.\n\n• SOP tersebut menyediakan prosedur yang teratur bagi aktiviti di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan, telah disemak dan dinilai oleh satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang perlombongan, hidrologi dan hidrogeologi.\n\n• Kementerian juga telah menyediakan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021 – 2030) yang bertujuan untuk mempertingkatkan pembangunan dan pengurusan industri mineral dengan memberikan penekanan kepada penciptaan nilai tambah, diusahakan secara lestari dan mencipta industri sokongan termasuk penggunaan teknologi terkini dalam Revolusi Industri 4.0. Pelan TIM 2021 – 2030 ini merupakan satu perancangan bersifat holistik, di mana hasrat utama kerajaan adalah ingin membangunkan industri mineral secara menyeluruh dan bersepadu melalui transformasi di setiap peringkat rantaian nilai merangkumi sektor huluan, pertengahan dan hiliran.\n\n• Pada masa ini, Kementerian di dalam peringkat akhir penyediaan Dasar Mineral Negara 3 yang turut menekankan penggunaan teknologi dan inovasi bagi industri mineral. Dasar ini dibangunkan selari dengan dasar-dasar utama sedia ada diantaranya Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional 2021 -2030.\n\n• Kementerian juga sedang dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Kajian tersebut memberikan kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, serta boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2370,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2370",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "3",
        "member": "TUAN SIM TZE TZIN",
        "area": "BAYAN BARU",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menukar kaedah melaksanakan EIA kepada kaedah di mana pemaju membayar fi kepada Jabatan Alam Sekitar tetapi, pemilihan Syarikat EIA dan bayaran kepad...",
        "question": "TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menukar kaedah melaksanakan EIA kepada kaedah di mana pemaju membayar fi kepada Jabatan Alam Sekitar tetapi, pemilihan Syarikat EIA dan bayaran kepadanya dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bagi maksud penyediaan Laporan EIA pada masa ini, keperluan Seksyen 34A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menyatakan akan tanggungjawab penggerak projek bagi sesebuah cadangan pembangunan yang melibatkan aktiviti yang ditetapkan melantik orang yang layak (jururunding EIA) menjalankan kajian EIA bagi memastikan penilaian kesan kepada aktiviti dan langkah-langkah mitigasi dinyatakan secara komprehensif dan boleh dilaksanakan. Ada penambahbaikan amalan yg ada pada hari ini berbanding asalnya. Bermula tahun 2007, semua perunding perlu berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) secara sukarela dan pada 2012 secara mandatori.\n2. Pilihan lain untuk penambahbaikan masa hadapan adalah pelantikan perunding oleh JAS secara langsung. Dari segi implikasi kewangan, JAS masih boleh mengutip bayaran daripada penggerak projek tetapi JAS yang akan pilih siapa perunding untuk melaksanakan kerja tersebut. Kedua, penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Di mana penggerak projek melantik perunding mereka sendiri dan pihak berkuasa boleh melakukan semakan samada melalui perunding audit atau pemeriksa atau perunding bebas oleh pihak berkuasa yang juga dibiayai oleh penggerak projek. Untuk makluman pihak kerajaan pada hari ini sedang melaksanakan kajian untuk penubuhan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) bawah RMK12 untuk merangka hala tuju dan gerak kerja bagi penubuhan Lembaga Alam Sekitar.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2357,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2357",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "5",
        "member": "DATUK ALI ANAK BIJU",
        "area": "SARATOK",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) langkah–langkah yang akan diambil Kementerian dalam proses penyerahan kuasa bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan adakah ianya melibatkan implikasi kewangan terhadap Kera...",
        "question": "DATUK ALI ANAK BIJU [ SARATOK ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:\na) langkah–langkah yang akan diambil Kementerian dalam proses penyerahan kuasa bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan adakah ianya melibatkan implikasi kewangan terhadap Kerajaan Persekutuan ; dan\nb) berapa lama tempoh masa yang diperlukan sebelum keseluruhan proses tersebut selesai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. YAB Perdana Menteri dalam sidang media pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang telah diadakan pada 20 Januari 2023 di Kuching telah mengumumkan bahawa penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah ditetapkan pada 1 Januari 2024.\n\n2. Penyerahan kuasa ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu:\na) Fasa 1: pengambilalihan kuasa kawal selia pembekalan elektrik Sabah mulai 1 Januari 2024; dan\nb) Fasa 2: pengambilalihan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) (dijangka pada tahun 2030.\n3. Bagi memastikan proses penyerahan kuasa dilaksanakan secara teratur, pihak Kementerian akan melaksanakan tindakan-tindakan berikut:\na) pindaan ke atas Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726) bagi memasukkan klausa penggantungan. Pembentangan kedua-dua Rang Undang-Undang ini adalah pada bulan Jun 2023 semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15;\nb) rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memuktamadkan prinsip-prinsip dan pakej penyerahan kuasa melalui Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal; dan\nc) setelah prinsip-prinsip dan pakej penyerahan kuasa dimuktamadkan oleh kedua-dua belah pihak, pihak Kementerian akan melaksanakan:\ni) pewartaan Perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa perundangan bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah; dan\nii) pewartaan Perintah Penggantungan Kuat Kuasa akta-akta berikut:\n- Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447];\n- Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 601];\n- Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725]; dan\n- Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726].\n4. Proses penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah ini mempunyai implikasi kewangan kepada Kerajaan Persekutuan. Sebagaimana amalan sedia ada, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan subsidi kepada SESB bagi tempoh yang dipersetujui merangkumi subsidi sokongan tarif, subsidi bahan api dan subsidi solar berskala besar, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2340,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2340",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "8",
        "member": "DATO' AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA",
        "area": "POKOK SENA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kementerian untuk memasukkan pemeliharaan terhadap tanah sawah padi sebagai elemen tambahan dalam Pemindahan Ekologi Fiskal (EFT) selain pemeliharaan terhadap hutan di setiap n...",
        "question": "DATO' AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA [ POKOK SENA ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pendirian Kementerian untuk memasukkan pemeliharaan terhadap tanah sawah padi sebagai elemen tambahan dalam Pemindahan Ekologi Fiskal (EFT) selain pemeliharaan terhadap hutan di setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan. Ia merangkumi kawasan-kawasan daratan (terrestrial), air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perlindungan, Rizab Hidupan Liar (RHL), kawasan perlindungan marin (marine protected area), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas (vulnerable).\n2. Program ini dimulakan pada tahun 2019 oleh Kementerian Kewangan dan pada tahun 2022 RM70 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ketika itu untuk menguruskan program ini dan pada Belanjawan 2023 yang dibentangkan sebelum pilihanraya umum yang lalu pihak kerajaan ketika itu telah mengumumkan jumlah sebanyak RM100 juta untuk program EFT.\n3.Tanah sawah padi tidak termasuk di dalam skop perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan di bawah EFT namun, untuk makluman pada masa ini kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan tanah sawah sebagai satu modal yang terpenting dalam pengeluaran ruji rakyat Malaysia iaitu beras dan usaha ini dilaksanakan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui penyediaan bantuan berupa subsidi ataupun insentif input dan output pertanian bagi meringankan beban kos pengeluaran padi yang perlu ditanggung oleh pesawah di samping dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran. Bantuan subsidi dan insentif input pertanian kepada pesawah ini meliputi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi, Skim Baja dan Racun Padi Bukit/ Huma dan Insentif Benih Padi Sah. Manakala subsidi ataupun insentif output pertanian yang diberikan kepada pesawah adalah Skim Subsidi Harga Padi. Selain dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi, bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dapat menggalakkan pesawah untuk terus mengusahakan tanaman padi, sekaligus dapat mengekalkan tanah sawah padi.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2445,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2445",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-11-16",
        "year": 2023,
        "no": "9",
        "member": "Datuk Seri Panglima Madius Tangau",
        "area": "Tuaran",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah peranan Malaysia untuk memastikan agar Grid ASEAN yang telah dicadangkan akan benar-benar dilaksanakan.",
        "question": "Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah peranan Malaysia untuk memastikan agar Grid ASEAN yang telah dicadangkan akan benar-benar dilaksanakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n\n• ASEAN Power Grid (APG) merupakan salah satu program di bawah ASEAN yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN. Objektif utama APG adalah untuk meningkatkan keselamatan dan jaminan pembekalan elektrik antara negara-negara ASEAN, menggalakkan penggunaan sumber tenaga elektrik secara optimum dan efisien serta menggalakkan perdagangan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu.\n\n• Bagi merealisasikan hasrat APG ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah diwujudkan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pelaksanaan projek-projek sambung tara antara grid tenaga elektrik negara-negara ASEAN.\n\n• Malaysia telah menyertai Memorandum Persefahaman APG sejak tahun 2007 dan pelbagai inisiatif telah dilaksana di bawah program ini. Malaysia telah memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek rintis pertama perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan antara negara ASEAN melalui Lao PDR-Thailand-Malaysia Power Integration Project (LTM-PIP) (2018 hingga 2021) dan seterusnya diikuti dengan projek Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP) bermula pada tahun 2022 hingga 2024. \n\n• Program APG ini adalah selari dengan dasar peralihan tenaga negara dan merupakan instrumen penting untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi hab perdagangan tenaga elektrik serantau. Di samping itu, pembekalan elektrik dalam negara yang terjamin adalah penting untuk menyokong aktiviti ekonomi negara. Oleh itu, Malaysia akan terus menyokong program APG kerana impak program ini kepada ekonomi negara adalah besar.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2341,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2341",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "10",
        "member": "PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR",
        "area": "TEMERLOH",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.",
        "question": "PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR [ TEMERLOH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah status peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman, Negeri Pahang telah memasuki Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air pada 23 Disember 2020. Oleh yang demikian, Operator Air Negeri iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan secara pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk pembangunan infrastruktur bekalan air termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).\n2. Pembinaan LRA baharu di Mempateh, Lanchang berkapasiti 22 juta liter sehari (JLH) dengan anggaran kos sebanyak RM96.3 juta telah diluluskan oleh SPAN di bawah Tempoh Operasi ke-4 OP4 (2021-2024) dalam Pelan Perniagaan PAIP untuk dilaksanakan melalui pembiayaan PAAB yang dijangka siap pada 2025. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2349,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2349",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "11",
        "member": "DATO' INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH",
        "area": "PAYA BESAR",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang Kementerian untuk merealisasikan agenda peralihan sistem tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) dapat dijayaka...",
        "question": "DATO' INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH [ PAYA BESAR ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang Kementerian untuk merealisasikan agenda peralihan sistem tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) dapat dijayakan tanpa membebankan rakyat dan alam sekitar dan nyatakan garis masa yang telah ditetapkan.",
        "answer": "Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan YB Paya Besar,\n1. Dalam merealisasikan agenda peralihan tenaga, Kerajaan telah menetapkan sasaran jangka masa sederhana dan panjang, untuk meningkatkan campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu atau renewable energy dalam pembekalan elektrik negara daripada 24% kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035.\n2. Bagi mencapai kedua-dua sasaran ini, langkah-langkah strategik yang perlu dilaksanakan telah ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia, ataupun Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER). Penetapan langkah strategik peralihan tenaga di bawah MyRER ini, telah mengambil kira faktor kemampuan rakyat bagi memastikan supaya proses peralihan ini tidak membebankan rakyat. Selain itu, faktor daya harap sistem bekalan elektrik, serta kemampanan alam sekitar juga turut diberikan keutamaan dalam penetapan usaha peralihan tenaga yang ditetapkan ini.\nTuan Yang Di-Pertua,\n3. Langkah-langkah strategik MyRER yang diperkenalkan dan sedang dilaksanakan bagi mencapai sasaran pembangunan TBB negara termasuk;\n\na) Pertama, membangunkan program dan inisiatif khas bagi meningkatkan penyertaan industri tempatan dalam penjanaan dan pembelian bekalan elektrik hijau melalui program seperti Feed-in Tariff (FiT) yang menyediakan kadar tarif premium sebagai galakan untuk pembangunan loji jana kuasa TBB untuk sumber bukan solar, Net Energy Metering (NEM) yang membolehkan pengguna menjana bekalan elektrik sendiri melalui pemasangan sistem solar di bumbung bangunan masing-masing, Green Electricity Tariff (GET) yang menyediakan pilihan kepada pengguna elektrik untuk membeli bekalan elektrik hijau yang dijana dari sumber solar dan hidro daripada syarikat utiliti, serta Green Corporate Power Programme (GCPP) bagi membolehkan pengguna komersil dan industri untuk mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada solar plant developer (SPD);\nb) Kedua, mengurangkan kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber arang batu secara berperingkat dan menggantikan kapasiti tersebut dengan sumber penjanaan TBB dan sumber rendah karbon; dan\nc) Ketiga, memperkukuhkan sistem talian elektrik melalui teknologi terkini bagi membolehkan kemasukan kapasiti solar yang lebih tinggi.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2358,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2358",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "12",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) kadar kes pembalakan haram di setiap negeri sejak tahun 2022; dan b) sejauh mana keberkesanan penggunaan teknologi baharu seperti dron dapat mengurangkan aktiviti pembalakan haram.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan:\na) kadar kes pembalakan haram di setiap negeri sejak tahun 2022; dan\nb) sejauh mana keberkesanan penggunaan teknologi baharu seperti dron dapat mengurangkan aktiviti pembalakan haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSoalan (a)\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 90 kes pembalakan haram telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2022.\nDaripada jumlah tersebut, sebanyak 1 kes bagi negeri Johor, 10 kes bagi negeri Kelantan, 1 kes bagi Negeri Sembilan, 1 kes bagi negeri Pahang, 11 kes bagi negeri Perak dan 2 kes bagi negeri Selangor. Manakala, sebanyak 4 kes pembalakan haram direkodkan bagi Sabah dan 60 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak. Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut telah didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\nSoalan (b)\n2. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak turut mengambil pendekatan penggunaan teknologi seperti sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS) di Semenanjung, sistem Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) di Sarawak serta sistem aplikasi iForSabah di Sabah dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan hutan di negara ini. Sistem ini menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS), penderiaan jarak jauh (remote sensing) dan imej satelit beresolusi tinggi yang boleh mengesan sebarang perubahan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Sistem ini membantu pasukan rondaan dan operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti kesalahan hutan di lapangan dengan maklumat lokasi yang lebih spesifik. Selain itu, teknologi seperti dron juga digunakan bagi membantu membanteras jenayah hutan melalui pemantauan udara di lokasi-lokasi tertentu.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2371,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2371",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "12",
        "member": "TUAN HASSAN BIN SAAD",
        "area": "BALING",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMK-12 bagi negeri Kedah khususnya melibatkan kerja menstabilkan tebing dan pengaluran sungai.",
        "question": "TUAN HASSAN BIN SAAD [ BALING ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMK-12 bagi negeri Kedah khususnya melibatkan kerja menstabilkan tebing dan pengaluran sungai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan projek-projek kecil pemuliharaan sungai bagi Negeri Kedah di bawah RMKe-12 iaitu:\ni) 103 projek pemuliharaan sungai berjumlah RM12 juta; dan\nii) 197 projek kerja-kerja kecemasan luar jangka berjumlah RM7.9 juta\n2. Pada tahun 2023, sebanyak RM14 juta akan disalurkan ke Negeri Kedah bagi projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir.\n3. Bagi langkah mitigasi jangka panjang pula, Kementerian sedang melaksanakan pembangunan Empangan Sabo bagi mengatasi masalah banjir di Daerah Yan dan Kuala Muda dengan kos kontrak sebanyak RM22.8 juta dan dijangka siap pada Jun 2023.\n4. Manakala di kawasan Kampung Iboi, Baling projek Pembinaan Infrastruktur Sabo di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah di peringkat penyediaan spesifikasi dan dijangka tender pada Mei 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 26.3 juta.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2350,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2350",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "14",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan kerangka polisi dan dasar yang akan diberi penekanan dalam portfolio alam sekitar, perubahan iklim dan sumber asli selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kerangka polisi dan dasar yang akan diberi penekanan dalam portfolio alam sekitar, perubahan iklim dan sumber asli selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerangka dasar bagi portfolio di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan menumpukan kepada pembangunan yang seimbang dari sudut ekonomi, sosial dan alam sekitar ke arah masa depan negara yang mampan.\n2. Kerangka dasar di bawah portfolio alam sekitar menumpukan kepada aspirasi melindungi bumi melalui pengurusan alam sekitar yang lestari. Melalui kerangka ini, aspek pengurusan alam sekitar yang diberi penekanan adalah peningkatan kualiti dan kawalan pencemaran udara, pemuliharaan sungai dan denai sungai, peningkatan kecekapan pengurusan lembangan sungai, perlindungan kawasan pantai rentan, pengurusan sisa plastik di persekitaran darat dan laut serta penambahbaikan pengurusan sisa buangan terjadual.\n3. Di bawah portfolio perubahan iklim, Kementerian akan terus menumpukan kepada usaha mencapai aspirasi global Malaysia iaitu memenuhi obligasi dan komitmen di bawah Nationally Determined Contribution (NDC) menjelang 2030, sasaran bebas pelepasan karbon (Net Zero Carbon Emissions) menjelang 2050, serta pengurangan pelepasan gas metana di bawah Global Methane Pledge.\n4. Kerangka dasar ke arah mencapai aspirasi ini merangkumi penggubalan akta dan perundangan, pembangunan pelan hala tuju serta tindakan adaptasi dan mitigasi seperti pelaksanaan inisiatif-inisiatif rendah karbon. Seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi yang mampan dan matlamat tindakan terhadap iklim, kerangka dasar perubahan iklim Kementerian turut menekankan kepada ekosistem yang menyokong pertumbuhan ekonomi hijau. Melalui dasar ini, Kementerian memberi penekanan kepada galakan pembangunan teknologi, produk dan perkhidmatan hijau, perolehan kerajaan hijau, peningkatan jumlah pelaburan dan pekerjaan hijau, serta transisi ke arah ekonomi kitaran.\n5. Selari dengan dasar menyokong transisi kepada ekonomi hijau, Kementerian di bawah tindakan perubahan iklim akan memberi penekanan kepada pembangunan Dasar Pasaran Karbon Negara, sebagai salah satu mekanisme untuk memenuhi aspirasi global dan menyokong keperluan pasaran karbon domestik dan antarabangsa.\n6. Manakala bagi portfolio sumber asli, Kementerian turut menumpukan kepada usaha-usaha untuk mempertingkat kualiti ekosistem kawasan terestrial. Inisiatif ini termasuk pewartaan kawasan perlindungan, pewujudan koridor ekologi serta pemulihan dan penghutanan semula. Aspirasi ini diterjemahkan melalui Dasar Perhutanan Malaysia yang merangkumi polisi berhubung pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat. Agenda nasional seperti Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta inisiatif Central Forest Spine dan Heart of Borneo merupakan antara inisiatif di bawah dasar ini untuk terus menggalakkan kerjasama awam yang memberi sumbangan signifikan kepada agenda Antarabangsa, Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).\n7. Di samping itu, portfolio Kementerian ini turut meliputi sektor tenaga bagi bekalan elektrik yang berpaksikan kepada keseimbangan trilema tenaga – jaminan bekalan, mampu bayar dan kemampanan bagi memenuhi keperluan serta kepentingan rakyat. Kementerian juga proaktif dalam usaha untuk menyokong aspirasi Matlamat SDG 7: Tenaga Berpatutan dan Bersih dengan merancang dasar dan hala tuju agenda peralihan tenaga dan pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara. Dalam hal ini, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) dibangunkan untuk meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik bagi mencapai sasaran 31% menjelang tahun 2025.\n8. Kesemua kerangka dasar dan polisi Kementerian yang dibincangkan ini disokong oleh pengurusan dan akses kepada data yang berkesan, pengukuhan governans melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pemegang taruh, penubuhan agensi-agensi berkaitan sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim dan penyelidikan berterusan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2359,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2359",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "14",
        "member": "TUAN MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB",
        "area": "PARIT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian dalam mengurangkan kebergantungan arang batu sebagai sumber mineral kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.",
        "question": "TUAN MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB [ PARIT ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kementerian dalam mengurangkan kebergantungan arang batu sebagai sumber mineral kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengurangkan kebergantungan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dan mengalihkan sumber penjanaan kepada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB), usaha seperti berikut telah dilaksanakan:\na) menetapkan peningkatan kapasiti terpasang TBB daripada 24% kepada 31% menjelang tahun 2025 dan 40% in 2035, yang mana pelaksanaannya berdasarkan sumber-sumber TBB iaitu solar, biogas, biojisim dan hidro telah diperincikan di dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER);\nb) memantau dan memastikan pembangunan semua projek TBB yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada di bawah program Tarif Galakan (Feed in Tariff – FiT) atau program Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) disiapkan dan beroperasi secara komersial mengikut jadual yang ditetapkan;\nc) menggalakkan pemasangan sistem solar atas bumbung melalui pelaksanaan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM) dan Self- Consumption (SelCo);dan\nd) meningkatkan kapasiti sumber bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2342,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2342",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "18",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di negeri-negeri Pantai Timur.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di negeri-negeri Pantai Timur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak enam (8) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) berjumlah RM 1.64 billion sedang dilaksanakan iaitu:\na) Sungai Kelantan Fasa 1, Kelantan berjumlah RM 699 juta;\n\nb) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1, Kelantan berjumlah RM 501 juta;\n\nc) RTB Sungai Kuantan Fasa 2, Pakej 1 (Sungai Belat), Pahang berjumlah RM 118 juta;\n\nd) RTB Sungai Kuantan Fasa 2, Pakej 3, Pahang berjumlah RM 226.5 juta;\n\ne) RTB Sungai Semantan, Pahang berjumlah RM 47.8 juta;\n\nf) RTB Kemasik, Terengganu berjumlah RM 50.6 juta;\n\ng) Kontrak PLSB Sungai Kemaman, Terengganu untuk komponen pembinaan lencongan banjir, pembinaan ban binjai dan kerja-kerja berkaitan sedang dinilai oleh Jawatankuasa Rundingan Harga di peringkat kementerian. Kelulusan jawatankuasa ini dijangka akan diterima oleh JPS pada Julai 2023; dan\nh) Rancangan Tebatan Banjir Bukit Payung, Daerah Marang, Terengganu. Status terkini projek ini adalah diperingkat penyediaan rekabentuk terperinci dan jangkaan rekabentuk siap adalah pada tahun September 2023. Antara skop kerja utama yang terlibat bagi projek ini adalah Menaiktaraf Sungai, Menaiktaraf Lintasan dan Membina Kolam Takungan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2372,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2372",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "18",
        "member": "DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM",
        "area": "KUALA TERENGGANU",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status kemajuan projek pendalaman kawasan pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Kuala Terengganu yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM15 juta serta...",
        "question": "DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status kemajuan projek pendalaman kawasan pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Kuala Terengganu yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM15 juta serta status permohonan projek pendalaman muara Sungai Ibai juga di Kuala Terengganu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nProjek Pemuliharaan Muara Sungai Ibai, Kuala Terengganu telah diluluskan semasa Rolling Plan 1 (RP1) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Projek ini dalam peringkat akhir pra-pembinaan iaitu untuk memuktamadkan dokumen tender dan pelan tender bersama pihak perunding. Projek ini dijangka diiklan pada hujung bulan April 2023.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2360,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2360",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "19",
        "member": "TUAN CHA KEE CHIN",
        "area": "RASAH",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi fasa 5 akan bermula. Menteri KASA (pada Julai 2022) pernah menyatakan bahawa ia akan bermula pada Januari 2023,...",
        "question": "TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi fasa 5 akan bermula. Menteri KASA (pada Julai 2022) pernah menyatakan bahawa ia akan bermula pada Januari 2023, tetapi sehingga kini masih belum bermula. Kelewatan ini membimbangkan penduduk yang terlibat. Sila berikan status terkini projek ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi fasa 5 sedang dalam proses perolehan tertakluk kepada tatacara dan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.\n2. Sehingga kini JPS telah melaksanakan 9 projek kerja-kerja kecil berjumlah RM 1.5 juta bagi mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan kualiti air sungai di kawasan Parlimen Rasah Lembangan Sungai Linggi pada tahun 2022. Ini melibatkan pengaluran sungai, menstabilkan tebing sungai serta menaiktaraf saliran.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2343,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2343",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "22",
        "member": "DATO' SRI DR. WEE JECK SENG",
        "area": "TANJUNG PIAI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh pintu air yang tidak berfungsi dan rosak yang juga berperanan menjadi laluan penghubung jalan semasa ...",
        "question": "DATO' SRI DR. WEE JECK SENG [ TANJUNG PIAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh pintu air yang tidak berfungsi dan rosak yang juga berperanan menjadi laluan penghubung jalan semasa pelaksanaan Projek Johor Barat sama ada dibina semula atau digantikan dengan jambatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Johor Barat adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Johor. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertindak sebagai agensi pelaksana untuk kerja-kerja penyenggaraan saliran, manakala Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berperanan untuk melaksanakan sistem pengairan dan saliran ke kawasan-kawasan pertanian terutamanya di kawasan luar bandar.\n2. Bagi Projek Johor Barat, JPS Negeri Johor telah membuat tinjauan dan mendapati struktur kawalan pengairan tidak berfungsi dan menyebabkan aliran parit menjadi kecil serta ia juga berperanan menjadi laluan penghubung jalan. Sehubungan itu, JPS Negeri Johor akan menaiktaraf kawalan saliran di kawasan tersebut.\n3. Kerajaan Negeri Johor melalui JPS Negeri Johor juga turut melaksanakan projek Kajian Semula Rancangan Johor Barat berjumlah RM 800 ribu yang dijangka siap pada Mac 2023. Hasil kajian ini dijangka dapat menyelesaikan secara keseluruhan banjir di kawasan Johor Barat termasuk projek tersebut serta masalah hakisan pantai dan penerobosan air masin.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2361,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2361",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "24",
        "member": "TUAN SABRI BIN AZIT",
        "area": "JERAI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek tebatan banjir di Sungai Tok Rama dalam Parlimen Jerai.",
        "question": "TUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status projek tebatan banjir di Sungai Tok Rama dalam Parlimen Jerai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mendapati tiada projek tebatan banjir di Sungai Tok Rama dan kawasan tersebut tiada kejadian banjir berlaku disebabkan oleh limpahan sungai.\n2. Sungai ini adalah di dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) wilayah 4 di mana penyelenggaraan dilaksanakan oleh MADA. Sungai tersebut berfungsi pengairan untuk membekalkan air ke kawasan sawah padi sekitarnya dan juga sebagai parit buang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2351,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2351",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "28",
        "member": "TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI",
        "area": "BATANG LUPAR",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir dan kawalan hakisan pantai di Kampung Semarang serta kawasan-kawasan lain di Parlimen Batang Lupar.",
        "question": "TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI [ BATANG LUPAR ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir dan kawalan hakisan pantai di Kampung Semarang serta kawasan-kawasan lain di Parlimen Batang Lupar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedang melaksanakan satu Kajian Pelan Induk dan Peta Hazard Banjir Bagi Lembangan Batang Lupar, Sarawak. Skop utama kajian melibatkan penyediaan langkah jangka pendek dan jangka panjang, pelan induk tebatan banjir, penyediaan peta hazard banjir, penyediaan peta risiko banjir, penyediaan peta kerosakan banjir dan penyediaan peta evakuasi banjir.\n2. Pelaksanaan kerja ukur telah selesai pada 4 Januari 2023 manakala proses lantikan perunding kajian dijangka iklan pada bulan April 2023 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2024.\n3. Hasil kajian ini akan memberikan cadangan penyelesaian secara menyeluruh di kawasan lembangan Batang Lupar dan akan megenalpasti perancangan pelaksanaan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan tersebut di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).\n4. Bagi kawalan hakisan pantai di Kampung Semarang, Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan satu Projek Pengawalan Hakisan Pantai. Projek ini dalam peringkat penilaian tender dan akan dilaksanakan pada Mac 2023.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2362,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2362",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "28",
        "member": "TUAN GANABATIRAU AL VERAMAN",
        "area": "KLANG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Klang berserta jumlah peruntukan yang diluluskan untuk projek tebatan banjir dan p...",
        "question": "TUAN GANABATIRAU AL VERAMAN [ KLANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Klang berserta jumlah peruntukan yang diluluskan untuk projek tebatan banjir dan pelebaran Sungai Klang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Klang dengan meluluskan Peruntukan Persekutuan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berjumlah RM12.96 juta bagi melaksanakan tiga (3) projek di Daerah Klang seperti:\ni) Kerja-Kerja Naik Taraf Pintu Air Sg. Kapar Besar 1, Daerah Klang bagi JPS Negeri Selangor berjumlah RM 0.7 juta dan telah siap pada 15 Disember 2022;\nii) Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur Daerah Klang berjumlah RM 10.3 juta dan dijangka siap pada 9 Mac 2023; dan\niii) Kajian Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang berjumlah RM 1.96 juta dan dijangka siap pada Oktober 2023.\n2. Pada tahun 2022, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa projek di Parlimen Klang bagi mengurangkan banjir berjumlah RM 740 ribu seperti:\ni) Kerja-kerja Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-12) di Kawasan Parlimen Klang telah dilaksanakan pada tahun 2022 sebanyak RM 400,210; dan\nii) Penyenggaraan kolam takungan banjir sebanyak RM347,857 bagi lima (5) buah kolam takungan banjir di kawasan Parlimen Klang.\n3. JPS juga sedang memohon RM1.02 juta bagi melaksanakan tiga (3) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk dilaksanakan di Daerah Klang iaitu:\ni) RTB Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam;\nii) RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar; dan\niii) RTB untuk Sungai Klang.\n4. JPS turut melaksanakan beberapa projek bersama Kerajaan Negeri Selangor di Daerah Klang melibatkan:\ni) RM 281.1 juta untuk pelaksanaan 28 pelbagai projek pengurangan risiko banjir di Daerah Klang;\nii) RM 24.7 juta Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit untuk tiga (3) projek di Daerah Klang; dan\niii) Projek Pendalaman dan Pelebaran Sungai Klang bersama anak Syarikat Kerajaan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2363,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2363",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "29",
        "member": "TUAN ZULKIFLI BIN ISMAIL",
        "area": "JASIN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah baharu untuk menurunkan peratusan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi memastikan pengguna dapat manfaat secara total tanpa sebarang kenaikan tarif yang membebankan pada ma...",
        "question": "TUAN ZULKIFLI BIN ISMAIL [ JASIN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah baharu untuk menurunkan peratusan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi memastikan pengguna dapat manfaat secara total tanpa sebarang kenaikan tarif yang membebankan pada masa akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Merujuk kepada data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), purata kadar air tidak berhasil (Non-Revenue Water - NRW) Malaysia adalah 36.3% pada suku ketiga tahun 2022.\n2. Kerajaan memandang serius berkenaan NRW kerana ia berkait rapat dengan kecekapan operasi sistem bekalan air. Antara punca yang menyumbang kepada kadar NRW yang tinggi adalah kehilangan fizikal dan komersial.\n3. Merujuk kepada data SPAN, kehilangan fizikal (kebocoran paip dan penyambungan paip yang tidak sempurna) mewakili 75%, kehilangan komersial (kecurian air dan bacaan meter yang tidak tepat) mewakili 20% dan lain-lain (penyelenggaraan dan kegunaan pemadaman kebakaran) sebanyak 5% kadar NRW. Penyelesaian NRW perlu ditangani secara holistik dan berterusan serta memerlukan peruntukan yang besar. Namun begitu, kekangan kewangan yang dihadapi oleh operator air merupakan cabaran utama dalam pelaksanaan program NRW.\n4. Antara langkah yang diambil bagi membantu operator air mengurangkan kadar NRW adalah seperti berikut:\na) peruntukan sebanyak RM1.907 bilion dalam tempoh RMKe-11 hingga RMKe-12 bagi pelaksanaan Program NRW Kebangsaan melalui Pendekatan 1 dan Pendekatan 2;\nb) pembiayaan modal (CAPEX) penggantian paip dan program NRW oleh Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) berjumlah RM2.048 bilion dari tahun 2010 hingga Disember 2022 bagi negeri yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri bekalan air;\nc) kemudahan pinjaman jangka pendek oleh PAAB bagi membiayai pelaksanaan program NRW Pendekatan 2 di bawah skop perbelanjaan operasi (OPEX) seperti penggantian meter, pembangunan District Metering Zone (DMZ), pengesanan kebocoran secara aktif dan lain-lain;\nd) menggalakkan pendanaan pihak swasta dalam kerja pengurangan NRW di bawah Program NRW Kebangsaan;\ne) pemantapan kawal selia oleh SPAN dari segi penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), pengauditan operasi, penguatkuasaan bagi kes kecurian air, pengawalan kualiti bahan dan produk yang mematuhi standard, berkualiti dan berdaftar dengan SPAN; dan\nf) kerjasama antara SPAN dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam meningkatkan kompetensi tenaga kerja sektor air selaras dengan kehendak Seksyen 49, Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2364,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2364",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "31",
        "member": "TUAN LO SU FUI",
        "area": "TAWAU",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi mengatasi isu bekalan elektrik yang kerap terputus bekalan dan apakah rancangan jangka panjang pihak Kementerian bagi menangani i...",
        "question": "TUAN LO SU FUI [ TAWAU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rancangan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi mengatasi isu bekalan elektrik yang kerap terputus bekalan dan apakah rancangan jangka panjang pihak Kementerian bagi menangani isu penggunaan elektrik yang semakin meningkat di daerah Tawau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Prestasi sistem pembekalan elektrik di Sabah dipantau dengan menggunakan indeks purata tempoh gangguan sistem (System Average Interruption Duration Index – SAIDI), yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun. Sasaran SAIDI di Sabah bagi tahun 2023 adalah sebanyak 250 minit/pengguna/tahun dan setakat 31 Disember 2022, Sabah mencatatkan SAIDI sebanyak 286 minit/pengguna/tahun.\n2. Secara umum, faktor-faktor penyumbang kepada gangguan bekalan elektrik adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:\ni) gangguan binatang liar; \nii) pokok-pokok yang mengganggu kabel;\niii) kerosakan kabel; dan\niv) lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram.\n3. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan melalui Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:\na) pelaksanaan aktiviti senggaraan pencegahan (preventive maintenance) melalui inisiatif berikut:\ni. pemasangan Distribution Automation bagi mengurangkan tempoh gangguan dan mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan yang dilakukan secara jarak jauh (remote); dan\nii. penggunaan teknologi dron bagi melakukan rondaan talian dan kabel elektrik yang akan menjimatkan masa pemeriksaan; dan\nb) pelaksanaan projek-projek menaiktaraf sistem bekalan elektrik meliputi perkara-perkara berikut:\ni. projek penukaran konduktor bertebat;\nii. penukaran alat suis dan kerja naiktaraf pepasangan atau peralatan usang; dan\niii. menaiktaraf bekalan bagi mengatasi susut voltan (voltage drop).\n4. Bagi menangani isu peningkatan permintaan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah termasuk daerah Tawau, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang memperhalusi opsyen-opsyen penjanaan dengan mengambil kira kecukupan bahan api dan kos pembekalan.\n5. Antara opsyen yang telah dimuktamadkan adalah pelaksanaan Solar Berskala Besar bersekali dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Large Scale Solar dan Battery Energy Storage System) pada tahun 2025/2026.\n6. Selain itu, Kerajaan juga sedang melaksanakan beberapa projek menaiktaraf infrastruktur sistem pembekalan elektrik khususnya di Daerah Tawau seperti berikut:\ni) pembinaan projek pembahagian di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Kuhara;\nii) pembinaan projek pembahagian di PPU Sri Indah serta menaiktaraf sistem talian 33kV dan 11kV di Tawau melalui pembinaan PPU Wakuba; dan\niii) pengukuhan sistem penghantaran melalui pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) Apas 132/33/11kV di Tawau.\n7. Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik dan memenuhi peningkatan permintaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2373,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2373",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "31",
        "member": "TUAN MANNDZRI BIN NASIB",
        "area": "TENGGARA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini projek projek tebatan banjir di kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai kritikal.",
        "question": "TUAN MANNDZRI BIN NASIB [ TENGGARA ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini projek projek tebatan banjir di kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai kritikal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan langkah mitigasi banjir bagi mengurangkan risiko banjir. Projek tebatan banjir yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia ke-12 (RMke-12) bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM 466 juta melibatkan 90 projek baru dan sambungan.\n2. Bagi projek sambungan, sejumlah RM454 juta telah diperuntukkan bagi 87 projek tebatan banjir untuk pelaksanaan mengikut kemajuan yang ditetapkan. Manakala sebanyak RM12.7 juta melibatkan tiga (3) projek baru telah diluluskan\n3. Projek-projek ini telah diluluskan kepada kawasan-kawasan yang diketegorikan sebagai kritikal berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan dan kejadian banjir semasa.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2374,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2374",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "32",
        "member": "TUAN CHIEW CHOON MAN",
        "area": "MIRI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek pembinaan penambakan laut dan perlindungan daripada hakisan di pantai Lutong, Miri dan perancangan projek tersebut.",
        "question": "TUAN CHIEW CHOON MAN [ MIRI ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status projek pembinaan penambakan laut dan perlindungan daripada hakisan di pantai Lutong, Miri dan perancangan projek tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedia maklum masalah hakisan yang berlaku di Pantai Lutong ini. Masalah hakisan pantai di kawasan ini berlaku disebabkan fenomena air pasang besar disertai ombak dan hujan lebat telah menyebabkan berlakunya limpahan air laut dan kejadian banjir pantai.\n2. Pada tahun 2020, JPS telah mula melaksanakan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram, Miri, Sarawak dengan nilai berjumlah RM17 juta dan dijangka siap pada April 2023 dengan pembinaan struktur pemecah ombak (breakwater), groin dan landasan bot nelayan baru (ramp). Projek ini bertujuan melindungi Pasar Awam Kampung Batu 1 dan juga jalan raya utama daripada limpahan banjir pantai.\n3. Pada tahun 2022, Kementerian melalui JPS telah memohon Peruntukan Off Budget bagi Projek Mengatasi Banjir Pantai di Negeri Sabah dan Sarawak. Projek Pengawalan Hakisan Di Pantai Lutong, Bahagian Miri, Sarawak merupakan salah satu projek yang dipohon melalui peruntukan tersebut bagi Negeri Sarawak.\n4. Pada Tahun 2023, di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), terdapat tiga (3) projek dipohon di Bahagian Miri dengan anggaran kos projek berjumlah RM 24 juta iaitu:\ni) Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Luak Esplanade, Bahagian Miri, Sarawak;\n\nii) Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Kampung Luak, Bahagian Miri, Sarawak; dan\niii) Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Bakam (Fasa 2), Bahagian Miri, Sarawak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2365,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2365",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "33",
        "member": "PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR",
        "area": "TEMERLOH",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek tebatan banjir di daerah Temerloh melibatkan Kem Batu 3, bagi mengatasi kerugian besar, barang dan peralatan ketenteraan yang terpaksa dilupuskan selepas banjir.",
        "question": "PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR [ TEMERLOH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status projek tebatan banjir di daerah Temerloh melibatkan Kem Batu 3, bagi mengatasi kerugian besar, barang dan peralatan ketenteraan yang terpaksa dilupuskan selepas banjir.",
        "answer": "Tuan Yang Di-Pertua,\n1. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, langkah mitigasi banjir di Kem Batu 3 di daerah Temerloh termasuk dalam perancangan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa III dan akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Semantan Fasa I berjumlah RM 47.8 juta pula dijangka siap pada Julai 2024.\n2. Untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Temerloh, sebanyak 33 projek kerja-kerja kecil telah dilaksanakan pada tahun 2022 dengan kos sebanyak RM 1.32 juta melibatkan kerja-kerja seperti berikut:\ni) pengaluran sungai;\nii) menstabilkan tebing sungai; dan\niii) Menaiktaraf saliran bagi meningkatkan kualiti air sungai.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2375,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2375",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "33",
        "member": "KAPTEN DATO' DR. ZULKAFPERI BIN HANAPI (BERSARA)",
        "area": "TANJONG KARANG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menyelesaikan masalah banjir kilat dan banjir termenung di Tanjong Karang yang disebabkan masalah kawasan tadahan air seluas 700 ekar yang didiami 44 ke...",
        "question": "KAPTEN DATO' DR. ZULKAFPERI BIN HANAPI (BERSARA) [ TANJONG KARANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menyelesaikan masalah banjir kilat dan banjir termenung di Tanjong Karang yang disebabkan masalah kawasan tadahan air seluas 700 ekar yang didiami 44 keluarga dan pembinaan benteng yang menolak air ke kawasan pekan Tanjong Karang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, kejadian banjir telah pada 11 dan 22 November 2022 di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor melibatkan beberapa kawasan berhampiran Sungai Tengi di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang Kuala Selangor, Selangor. \n2. Kejadian banjir berpunca daripada penempatan tidak sah di dataran banjir Sungai Tengi dan pembinaan benteng oleh penduduk yang tidak mengikut spesifikasi di atas tanah rizab sungai sehingga menyebabkan pengurangan 80% kelebaran dataran banjir sungai dari 500 meter kepada 100 meter.\n3. Pertembungan fenomena air pasang besar beserta ribut turut menyebabkan kenaikan paras air sungai melebihi paras benteng binaan penduduk. Didapati beberapa pintu air (bersaiz kecil) yang dibina sendiri oleh penduduk tidak berfungsi dengan baik.\n4. Sehubungan itu, bagi mengurangi impak banjir di Tanjong Karang, JPS Negeri Selangor telah mengambil tindakan berikut:\ni) Memasang satu (1) unit pam bergerak bagi mempercepatkan aliran air banjir keluar ke rizab sungai;\nii) Melepaskan air Terusan Utama bagi mengalirkan air lebihan melalui pembukaan dua (2) buah spillway iaitu Spillway Sungai Tengi, Tanjong Karang dan Spillway Parit Changkat, Sabak Bernam;\niii) Membuka semua regulator pengairan di Terusan Utama untuk mengagihkan air ke seluruh takungan terusan; dan\niv) Penutupan pintu bekalan Sungai Bernam agar tiada pertambahan aliran dari Sungai Bernam.\n5. Bagi penyelesaian jangka panjang, JPS Negeri telah berbincang dengan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Selangor supaya mengambil tindakan untuk memastikan dataran banjir yang didiami oleh 44 kediaman dikosongkan dan dipulihkan dari sebarang aktiviti tanaman kekal (kelapa sawit). Benteng yang dibina secara tidak sah juga perlu dirobohkan bagi memastikan aliran air sungai berjalan dengan lancar.\n6. Bagi menyelesaikan masalah banjir termenung pula, Kementerian melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah membangunkan teknologi pelepasan air secara jarak jauh dan melalui kaedah penyuraian kepada bentuk wap ke atmosfera secara mudah alih sebagai sokongan dan alternatif kepada Kementerian dan agensi pelaksana bagi menangani masalah banjir genang. Teknologi ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun ini yang akan digunakan mengikut keperluan berdasarkan kejadian banjir genang serta akan bekerjasama penuh dengan pihak JPS.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2376,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2376",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "34",
        "member": "IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN",
        "area": "JERANTUT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status penambahbaikan loji air Batu Balai, Jerantut yang sudah diluluskan oleh Menteri KASA pada penggal Parlimen sebelum ini.",
        "question": "IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN [ JERANTUT ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status penambahbaikan loji air Batu Balai, Jerantut yang sudah diluluskan oleh Menteri KASA pada penggal Parlimen sebelum ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini tidak tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 2 dan 3 mahupun rancangan perniagaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Melalui semakan Kementerian, Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Batu Balai di Jerantut dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah program Bekalan Air Luar Bandar.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2352,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2352",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "39",
        "member": "DATO' HAJI SHAMSHULKAHAR BIN MOHD DELI",
        "area": "JEMPOL",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah terdapat rancangan Kementerian bagi menubuhkan suatu tabung khas sebagaimana model Tabung Amanah MARRIS yang dikhususkan untuk kos penyelenggaraan sungai dan saliran secara berkal...",
        "question": "DATO' HAJI SHAMSHULKAHAR BIN MOHD DELI [ JEMPOL ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah terdapat rancangan Kementerian bagi menubuhkan suatu tabung khas sebagaimana model Tabung Amanah MARRIS yang dikhususkan untuk kos penyelenggaraan sungai dan saliran secara berkala bagi mengatasi isu kekerapan banjir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Jempol untuk menubuhkan suatu tabung khas sebagaimana model Tabung Amanah MARRIS untuk penyelenggaraan sungai dan saliran secara berkala.\n2. Untuk makluman Yang Berhormat, segala perbelanjaan bagi mengurus dan menyenggara sungai adalah terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan sungai bagi mengatasi pelbagai masalah yang berkaitan seperti banjir, pencemaran, pembaikan, pemulihan, pemeliharaan dan pembaikan muara sungai.\n3. Peruntukan untuk pemuliharaan sungai tidak dapat menampung keperluan dan jumlah panjang sungai yang perlu dipulihara. Ini merupakan cabaran kepada Kerajaan untuk mengekalkan persekitaran sungai dengan tahap kualiti dan kuantiti sumber air yang bersih.\n4. Cadangan menubuhkan tabung amanah hanya salah satu daripada strategi untuk membiayai pemuliharaan sungai. Walau bagaimanapun, Kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai dengan keperluan peruntukan yang begitu besar, peningkatan kos setiap tahun dan jumlah sungai yang begitu banyak di seluruh negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2377,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2377",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "39",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "BATU KAWAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan lanjut pihak Kementerian berhubung pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) yang telah tertangguh selama 12 tahun. Ini adalah berdasarkan Laporan Akhir Skim ...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [ BATU KAWAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan lanjut pihak Kementerian berhubung pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) yang telah tertangguh selama 12 tahun. Ini adalah berdasarkan Laporan Akhir Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak untuk Bekalan Air Utara Perak dan Negeri Pulau Pinang (SPRWTS) bertarikh 13 September 2022 yang mana merumuskan bahawa kapasiti sebanyak 700 juta liter sehari (jlh) boleh diperoleh dari Sungai Perak untuk negeri Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bagi pelaksanaan projek SPRWTS, Kementerian pada masa itu dikenali sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) selaku pengantara rundingan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Perak dan Kerajaan Pulau Pinang pada 18 Februari 2020 bagi membincangkan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh mantan YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak dan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Mesyuarat ini diadakan bagi memutuskan kaedah penyaluran air sama ada dalam bentuk air mentah atau terawat. Tiada sebarang persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak pada mesyuarat ini.\n2. Selanjutnya, Menteri Besar Perak semasa mesyuarat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak pada 1 Mac 2022 telah memaklumkan pendirian bahawa Negeri Perak tidak dapat memenuhi permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan air mentah kerana sumber air sedia ada negeri itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan domestik rakyat mahupun industri di Negeri Perak. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu berunding dan mencapai kata sepakat berhubung SPWRTS dengan Kerajaan Negeri Perak.\nTuan Yang Di-Pertua,\n3. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, hal-hal yang berkaitan sumber air sebagaimana yang telah termaktub di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Perlembagaan Persekutuan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu, pelaksanaan SPRWTS ini tertakluk kepada rundingan dan persetujuan kedua-dua Kerajaan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2366,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2366",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "40",
        "member": "DATUK SUHAIMI BIN NASIR",
        "area": "LIBARAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan rancangan Kerajaan mengatasi isu loji rawatan air di Sabah yang dikenal pasti mengalami masalah sehingga tidak mampu membekalkan air bersih kepada pengguna.",
        "question": "DATUK SUHAIMI BIN NASIR [ LIBARAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rancangan Kerajaan mengatasi isu loji rawatan air di Sabah yang dikenal pasti mengalami masalah sehingga tidak mampu membekalkan air bersih kepada pengguna.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sentiasa komited dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan air bersih dan sedar akan permasalahan yang membelenggu rakyat di Negeri Sabah.\n2. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 hingga 12, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan secara pinjaman sebanyak RM2.91bilion. Di bawah Rolling Plan Kedua (RP2, RMKe-12), tahun 2022 pula Kerajaan telah meluluskan projek seperti berikut:\na) Pembinaan Loji Rawatan Air Baru, Lahad Datu (Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I)\n- Kos projek: RM230 juta\n- Kemajuan fizikal projek adalah sebanyak 68.8%.\nb) Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II Dari 80JLH Ke 160JLH Termasuk Saluran Paip Utama Dan Tangki Simpanan\n- Kos projek: RM429.2 juta\n- Kemajuan kajian adalah sebanyak 91.76%.\nc) Kajian Dan Rekabentuk Konsep Bagi Bekalan Air Kota Kinabalu, Sistem Bekalan Air Di Lahad Datu - Fasa I;\n- Kos projek: RM5 juta\n- Kemajuan kajian adalah sebanyak 39%.\nd) Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Kota Marudu;\n- Kos projek: RM47.8 juta\n- Projek telah siap pada Mei 2022.\ne) Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau, Sabah;\n- Kos projek: RM235 juta\n- Projek telah siap\nf) Skim Bekalan Air Tawau Fasa III - Rekabentuk Dan Pembinaan Empangan Air;\n- Kos projek: RM470.4 juta\n- Kemajuan kajian adalah sebanyak 13.56%.\ng) Pembinaan Loji Rawatan Air Baru, Semporna;\n- Kos projek: RM160 juta\n- Projek telah siap pada Mac 2021.\nh) Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang.\n- Kos projek: RM161.9 juta\n- Kemajuan kajian adalah sebanyak 99.47%.\ni) Menaiktaraf Sistem Saluran Agihan Utama Termasuk Pembinaan 3 Buah Tangki Simpanan Utama, Sandakan\n- Kos projek: RM100 juta\n- Projek belum mula\nj) Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon Dari 40JLH Ke 80JLH Termasuk Saluran Paip Utama Dan Tangki Simpanan\n- Kos projek: RM312.2 juta\n- Projek belum mula\n2. Di samping itu, Kerajaan turut memperuntukkan geran berjumlah RM107.65 juta bagi Program Non Revenue Water (NRW) Nasional di Sabah di bawah RMKe-11 dan RMKe-12.\nTuan Yang di-Pertua,\n3. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian juga telah memohon dua projek baharu di bawah RP3 RMKe-12, iaitu Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2, Tawau, Sabah dan Naiktaraf Dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi Di Negeri Sabah berjumlah RM339.7 juta.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2344,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2344",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "42",
        "member": "TUAN CHOW YU HUI",
        "area": "RAUB",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa kali gangguan air yang telah berlaku di daerah Raub, Pahang mengikut loji rawatan air berdasarkan pecahan tahun 2018 hingga 2022.",
        "question": "TUAN CHOW YU HUI [ RAUB ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa kali gangguan air yang telah berlaku di daerah Raub, Pahang mengikut loji rawatan air berdasarkan pecahan tahun 2018 hingga 2022.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian memandang serius isu gangguan bekalan air yang telah berlaku di daerah Raub terutamanya gangguan bekalan tidak berjadual. Selain daripada insiden paip pecah, antara punca lain berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Raub adalah disebabkan pencemaran sumber air mentah.\n2. Berdasarkan rekod, kekerapan gangguan di antara tempoh 1 jam ke 24 jam mengikut bilangan Loji Rawatan Air (LRA) dari tahun 2018 hingga 2022 adalah seperti berikut:\na) 2018 = 172 kali (6 LRA)\nb) 2019 = 118 kali (5 LRA)\nc) 2020 = 150 kali (6 LRA)\nd) 2021 = 123 kali (8 LRA)\ne)2022 = 116 kali (7 LRA)\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2367,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2367",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "42",
        "member": "DATO' WIRA DR. KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL",
        "area": "KUBANG PASU",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula pelaksanaan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi Januari 2023 hingga 30 Jun 2023 terhadap pelanggan TNB bervoltan sederhana (MV) dan ...",
        "question": "DATO' WIRA DR. KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL [ KUBANG PASU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula pelaksanaan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi Januari 2023 hingga 30 Jun 2023 terhadap pelanggan TNB bervoltan sederhana (MV) dan bervoltan tinggi (HV) di kalangan industri termasuk MNC memandangkan pelaksanaan ICPT ini memberikan implikasi negatif kerana ia akan menghakis daya saing negara dalam menarik pelaburan bagi industri pembuatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Dalam hal ini, kos ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 adalah sebanyak RM16.16 bilion bersamaan kadar surcaj 27 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.\n2. Namun begitu, Kerajaan pada 16 Disember 2022 telah bersetuju untuk menampung subsidi bil elektrik berjumlah RM10.757 bilion bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023. Ini bermakna, pengguna domestik, pengguna bukan domestik dalam kategori voltan rendah (Low Voltage – LV) yang terdiri daripada Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil dan pengguna dalam kategori pertanian spesifik spesifik seperti petani, penternak dan pekebun kekal dengan tarif elektrik sedia ada.\n3. Manakala pengguna bukan domestik dalam kategori voltan sederhana (Medium Voltage – MV) dan voltan tinggi (High Voltage – HV) dikenakan surcaj ICPT pada kadar 20 sen/kWj. Ini bermakna, Kerajaan masih lagi menampung subsidi sebanyak RM1.93 bilion atau bersamaan surcaj 7 sen/kWj agar peningkatan surcaj yang sebenar tidak dilepaskan secara keseluruhannya kepada pengguna-pengguna yang terlibat.\n4. Pelepasan surcaj ICPT ini tidak dapat dielakkan kerana berlaku peningkatan mendadak kos bahan api di pasaran global. Sepanjang bulan Julai hingga Disember 2023, harga arang batu telah meningkat sebanyak 151% bersamaan RM8,655 juta, manakala harga gas asli juga telah meningkat sebanyak 105% atau bersamaan dengan RM3,266 juta berbanding unjuran yang ditetapkan dalam tempoh kawal selia ketiga atau Regulatory Period (RP) 3. Impak krisis tenaga global yang antaranya disebabkan oleh kenaikan harga bahan api dunia bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Negara-negara lain seperti Singapura, United Kingdom, Jerman, Thailand, Hong Kong, Bangladesh dan Cambodia adalah antara negara-negara yang telah menaikkan harga elektrik di negara masing-masing dengan menggunakan pendekatan pemberian subsidi yang bersesuaian. Malah, kenaikan harga elektrik juga berlaku di negara-negara pembekal arang batu seperti Indonesia dan Australia.\n5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekiranya Kerajaan ingin mengekalkan tarif elektrik pada tahun 2022 kepada semua pengguna termasuk pengguna MV dan HV, Kerajaan perlu memperuntukkan subsidi elektrik sebanyak RM15 bilion untuk tempoh 6 bulan sahaja. Kos subsidi ini adalah terlalu tinggi untuk ditampung oleh Kerajaan, tambahan pula pengguna dalam kategori MV dan HV yang terdiri daripada syarikat-syarikat dan pihak-pihak industri yang menjalankan urusniaga bagi mendapatkan keuntungan akan memperolehi lebih banyak subsidi tersebut berbanding pengguna domestik kerana mereka menggunakan elektrik dalam kuantiti yang banyak. Oleh yang demikian, Kerajaan telah membuat keputusan yang sewajarnya untuk melepaskan sebahagian kos surcaj ICPT kepada pengguna MV dan HV bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023.\n6. Walaupun demikian, kos elektrik di Malaysia masih lagi kompetitif untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia. Justeru, Kementerian buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mengkaji semula pelaksanaan ICPT bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dan ini adalah konsisten dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 16 Disember 2022. \n7. Sesungguhnya, pihak Kerajaan mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh syarikat multinasional dan perniagaan bersaiz besar dalam pembangunan ekonomi dan pemulihan negara. Dalam masa yang sama, Kerajaan mempercayai kebolehan negara untuk berganjak daripada persaingan kos rendah kepada persaingan nilai tambahan yang berdaya saing. Justeru, pendekatan ini dinilai oleh Kerajaan bersesuaian dengan keadaan ekonomi pada masa ini.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2345,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2345",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "DATUK HAJI IDRIS BIN AHMAD",
        "area": "BAGAN SERAI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek tebatan banjir di bawah JPS yang telah mengemukakan permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) terutama di kawasan Bagan Serai yang melibatkan kos RM23 juta.",
        "question": "DATUK HAJI IDRIS BIN AHMAD [ BAGAN SERAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status projek tebatan banjir di bawah JPS yang telah mengemukakan permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) terutama di kawasan Bagan Serai yang melibatkan kos RM23 juta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dalam melaksana langkah-langkah mitigasi banjir bagi mengurangkan risiko banjir yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bagan Serai.\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memohon peruntukan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) untuk melaksanakan Projek Pemuliharaan Sungai Kurau serta kerja berkaitan di Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan yang bernilai RM23 juta. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 4 tahun bermula pada tahun 2024 dan siap pada tahun 2027.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2353,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2353",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE",
        "area": "SANDAKAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi kekurangan penjanaan elektrik yang kritikal di Pantai Timur Sabah, yang mana ia kini menghadapi margin rizab negatif lebih daripada 30%.",
        "question": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi kekurangan penjanaan elektrik yang kritikal di Pantai Timur Sabah, yang mana ia kini menghadapi margin rizab negatif lebih daripada 30%.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melaksanakan perancangan pembekalan elektrik Sabah melalui Pelan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah.\n2. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Kementerian/agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan serta syarikat utiliti iaitu Sabah Electricity Sdn. Bhd.\n3. Pelan Pembangunan Penjanaan ini menetapkan perancangan penjanaan untuk negeri Sabah bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang dengan mengambil kira penilaian unjuran permintaan, opsyen teknologi penjanaan, kecukupan bahan api dan kos pembekalan yang paling optimum.\n4. Pada masa kini, negeri Sabah mengalami penjanaan elektrik yang tidak seimbang antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah dengan rizab margin sebanyak 48% di Pantai Barat dan -30% di Pantai Timur Sabah.\n5. Kajian berhubung cadangan pembangunan penjanaan di Pantai Timur Sabah ini sedang diperhalusi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, dengan mengambil kira kecukupan bahan api dan kos pembekalan serta memastikan opsyen yang dipilih kelak akan memastikan rakyat Negeri Sabah menikmati bekalan elektrik yang lebih berdaya harap pada kadar tarif yang berpatutan. Antara opsyen yang telah dimuktamadkan adalah pelaksanaan Solar Berskala Besar atau Large Scale Solar dengan izin, bersekali dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau Battery Energy Storage System dengan izin, pada tahun 2025/2026.\n6. Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah kekurangan penjanaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2378,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2378",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "43",
        "member": "DATO' SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN",
        "area": "KUBANG KERIAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perubahan Iklim",
        "category_labels": [
            "Perubahan Iklim"
        ],
        "title": "Menyatakan komitmen dan faedah yang dicapai oleh Malaysia di Persidangan Perubahan Iklim PBB 2022 atau COP27 di Sharm el-Sheikh, Mesir.",
        "question": "DATO' SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN [ KUBANG KERIAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan komitmen dan faedah yang dicapai oleh Malaysia di Persidangan Perubahan Iklim PBB 2022 atau COP27 di Sharm el-Sheikh, Mesir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan Republik Arab Mesir telah menjadi tuan rumah dan presiden kepada Conference of the Parties of the United Nations Framework Convention on Climate Change yang ke-27 (UNFCCC COP-27) yang telah berlangsung dari 6 hingga 20 November 2022 di Sharm El-Sheikh, Mesir. Persidangan ini adalah penting sebagai titik peralihan bagi merealisasikan pelaksanaan obligasi dan komitmen perubahan iklim di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris.\n2. Di persidangan ini, komitmen negara telah disampaikan melalui Kenyataan Negara di Mesyuarat Peringkat Tinggi yang disertai ketua-ketua negara lain pada 15 November 2022. Selain menggariskan komitmen negara bagi menangani isu perubahan iklim, Kenyataan Negara yang disampaikan juga mencerminkan imej progresif Malaysia dalam menyokong usaha global untuk menangani perubahan iklim. Kenyataan Negara telah menyentuh mengenai:\ni. komitmen pengurangan pelepasan GHG di bawah Perjanjian Paris,\nii. aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih pada tahun 2050;\niii. pengekalan liputan hutan di Malaysia sebanyak 50 peratus; dan\niv. usaha penyahkarbonan sektor tenaga melalui peningkatan sasaran kapasiti campuran tenaga boleh baharu dan pengurangan pelepasan gas metana.\n3. Selain itu, penglibatan Malaysia di dalam persidangan ini adalah penting bagi memastikan pendirian dan kepentingan negara terpelihara dan diambil kira dalam keputusan-keputusan yang diputuskan. Sebanyak 32 delegasi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai Kementerian dan Agensi telah menyertai pelbagai proses rundingan dan menyumbang kepada penyediaan Sharm El-Sheikh Implementation Plan selaku pakej keputusan rundingan utama berkaitan pelaksanaan Perjanjian Paris.\n4. Dalam masa yang sama, delegasi Malaysia turut mengambil peluang mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara-negara lain dan organisasi antarabangsa semasa persidangan ini berlangsung. Melalui mesyuarat dua hala ini, negara berpotensi meningkatkan jaringan kerjasama serta memperoleh bantuan teknikal dan kewangan bagi tujuan pembangunan kapasiti dalam pelbagai bidang mengenai perubahan iklim. Mesyuarat dua hala telah diadakan dengan negara-negara seperti:\ni. Amerika Syarikat;\nii. United Kingdom;\n\niii. Denmark;\niv. Netherlands;\nv. New Zealand;\nvi. Jerman;\nvii. Singapura;\nviii. Jepun; dan\nix. Turki.\n4. Dalam masa yang sama, Malaysia turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan organisasi antarabangsa seperti Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), Green Climate Fund (GCF) dan International Emissions Trading Association (IETA).\n5. Malaysia turut membangunkan Pavilion Malaysia di persidangan kali ini untuk mengetengahkan usaha Malaysia dalam menangani isu perubahan iklim kepada peserta antarabangsa yang hadir ke persidangan ini. Pembangunan pavilion ini juga telah berjaya mewujudkan potensi kerjasama antarabangsa dari aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti dan pemindahan teknologi serta potensi pelaburan daripada negara luar dan syarikat asing. Pavilion Malaysia telah merekodkan kehadiran lebih 800 orang peserta yang telah menghadiri pelbagai program dan aktiviti yang diadakan. Dalam masa yang sama, lebih 15 ribu peserta juga telah mengikuti siaran langsung program dan aktiviti di Pavilion Malaysia melalui laman media sosial kementerian.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2368,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2368",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "44",
        "member": "DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF",
        "area": "RANTAU PANJANG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan apakah perancangan Kementerian bagi mempercepat projek tersebut dapat disiapkan.",
        "question": "DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan apakah perancangan Kementerian bagi mempercepat projek tersebut dapat disiapkan.",
        "answer": "Tuan Yang Di-Pertua,\n1. Kementerian sedang giat melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Golok dalam usaha mengurangkan risiko banjir semasa musim Monsun Timur Laut, khususnya penduduk yang tinggal di sekitar lembangan Sungai Golok.\n2. Sejumlah RM 1.535 billion melibatkan dua (2) projek sedang dilaksanakan iaitu:\ni) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan siling kos projek sebanyak RM656 juta. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2024; dan\nii) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok Fasa 2 dengan siling kos projek sebanyak RM 879 juta.\n3. Kedua-dua projek ini akan dilaksana secara reka dan bina dan dalam proses perolehan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2379,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2379",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-03-02",
        "year": 2023,
        "no": "45",
        "member": "TUAN TAN KAR HING",
        "area": "GOPENG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat meminda Akta Perhutanan untuk wujudkan mekanisme semak imbang dalam proses pemberian lesen pembalakan dengan mewujudkan jawatankuasa pemantauan yang merangkum...",
        "question": "TUAN TAN KAR HING [ GOPENG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat meminda Akta Perhutanan untuk wujudkan mekanisme semak imbang dalam proses pemberian lesen pembalakan dengan mewujudkan jawatankuasa pemantauan yang merangkumi wakil-wakil dari masyarakat Orang Asli dan NGO alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dahulu dikenali sebagai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah selesai membuat pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Pindaan kepada Akta 313 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 8 Ogos 2022. Pindaan Akta 313 kali ini bertujuan menambah baik dan memantapkan pengurusan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan penguatkuasaan hutan.\n2. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Berdasarkan peruntukan seksyen 19 Akta 313, pemberian lesen bagi pengambilan hasil hutan dari HSK atau Tanah Kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN).\n3. Secara umumnya, aktiviti pengusaha hasilan di negara ini melibatkan kawasan HSK yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Pengusaha hasilan Hutan Pengeluaran dilaksanakan secara terkawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM). Selain itu, bagi memastikan aktiviti pembalakan dilaksanakan secara teratur, pelesen perlu menyediakan Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) sebelum lesen dikeluarkan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2369,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2369",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-27",
        "year": 2023,
        "no": "46",
        "member": "TUAN YUNESWARAN A/L RAMARAJ",
        "area": "SEGAMAT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan kesinambungan rancangan tebatan banjir yang difokuskan untuk Segamat pada tahun ini dan apakah teknologi perparitan yang sedang diusahakan untuk mengurangkan risiko limpahan air su...",
        "question": "TUAN YUNESWARAN A/L RAMARAJ [ SEGAMAT ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelan kesinambungan rancangan tebatan banjir yang difokuskan untuk Segamat pada tahun ini dan apakah teknologi perparitan yang sedang diusahakan untuk mengurangkan risiko limpahan air sungai akibat hujan lebat yang boleh menjejaskan kediaman serta perusahaan pertanian penduduk setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Perancangan pengurusan risiko bencana banjir Daerah Segamat akan mengambil kira integrasi mitigasi jangka pendek dan jangka panjang pengurusan banjir melibatkan pendekatan secara Struktur dan Bukan Struktur.\n2. Ini termasuklah pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Segamat yang siap sepenuhnya pada tahun 2016 dengan kos sebanyak RM 206 juta. Beberapa infrastruktur kawalan banjir telah dibina di kawasan bandar Segamat. Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Sungai Segamat dan Sungai Chodan melalui kerja :\ni) pelebaran dan mendalamkan sungai;\nii) pembinaan lencongan banjir sepanjang 1.6km;\niii) pembinaan ban pencegah banjir;\niv) pembinaan pintu kawalan air;\nv) pembinaan sistem perparitan baharu; serta\nvi) pembinaan stesen sistem amaran banjir.\n2. Usaha ini berjaya mengurangkan impak banjir di bandar Segamat dalam kejadian banjir di Negeri Johor pada tahun 2006, 2007 dan 2011. Pelaksanaan projek RTB ini dapat memberi manfaat kepada 10,000 orang penduduk dan perusahaan di sekitar Bandar Segamat.\n3. Bagi meningkatkan perlindungan terhadap banjir di kawasan-kawasan lain, Kementerian akan melaksanakan Projek RTB Lembangan Sungai Muar Fasa 3 dengan anggaran kos sebanyak RM650 juta.\n4. Selain itu, pendekatan bukan struktur melalui Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu atau Integrated River Basin Management (IRBM) juga dilaksanakan. Pendekatan IRBM ini dapat memulihara sumber air dalam pengurusan lembangan sungai. Satu (1) kajian IRBM Sungai Muar meliputi Sungai Segamat akan dilaksanakan dari Mei 2023 hingga Januari 2025 di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).\n5. Terdapat empat (4) objektif utama dalam pendekatan IRBM iaitu:\ni) memastikan air mencukupi;\nii) memastikan air bersih;\niii) mengurangkan risiko banjir; dan\niv) meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.\n6. Melalui pelan IRBM yang disediakan, cadangan perancangan dan pembangunan sumber air di dalam sesebuah lembangan boleh dijadikan rujukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan semua pihak berkepentingan. Dalam merancang pembangunan, kesan terhadap kelestarian alam sekitar perlu diberikan perhatian terutamanya sumber air yang sangat diperlukan oleh negara untuk tujuan pembangunan disamping keperluannya untuk kepelbagaian biologi.\nSekian, terima kasih\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2346,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2346",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "47",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "BATU KAWAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif Kementerian dalam mengatasi peningkatan bilangan kenderaan tidak mesra alam (pengangkutan berasaskan bahan api fosil seperti petrol dan gas) yang mencetuskan pelbagai isu alam ...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [ BATU KAWAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif Kementerian dalam mengatasi peningkatan bilangan kenderaan tidak mesra alam (pengangkutan berasaskan bahan api fosil seperti petrol dan gas) yang mencetuskan pelbagai isu alam sekitar antaranya pemanasan global, pencemaran Gas Rumah Hijau (GHG) dan lain-lain. Apakah yang dilakukan/perancangan Kementerian dalam menghadapi krisis iklim bagi tempoh 2018 hingga 2023. Senaraikan juga insentif-insentif yang diberikan/ditawarkan kepada Kerajaan Negeri yang melaksanakan agenda hijau pada tempoh sama.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah membangunkan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (Low Carbon Mobility Blueprint – LCMB) yang menggariskan fokus dan strategi bagi merealisasikan mobiliti rendah karbon dalam sektor pengangkutan darat menerusi pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas - GHG) dan penjimatan tenaga menjelang tahun 2030. Pelaksanaan LCMB adalah selaras dengan sasaran oleh Dasar Pengangkutan Negara dan melengkapi Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 yang menjurus kepada empat (4) bidang fokus utama iaitu penambahbaikan kecekapan bahan api dan pelepasan GHG oleh kenderaan, penggunaan mobiliti elektrik, penggunaan bahan api alternatif dan peralihan mod pengangkutan.\n2. Bagi menyokong usaha kerajaan dalam berdepan dengan krisis iklim yang melanda sekarang dan pada masa akan datang, pelbagai dasar dan inisiatif telah dan akan dilaksanakan. Antara program dan inisiatif yang dilaksanakan adalah:\na) melaksanakan dasar 'carbon pricing' secara berfasa untuk menyokong usaha negara untuk mengurangkan pelepasan GHG;\nb) mencapai kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu sebanyak 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035 bagi grid kebangsaan melalui Pelan Peralihan Tenaga Malaysia 2021-2040;\nc) aspirasi sasaran perolehan 100% kenderaan Kerajaan yang bukan berasaskan enjin pembakaran dalaman pada tahun 2030;\nd) mengekalkan litupan kawasan berhutan melebihi 50 peratus selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 di mana jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara;\ne) Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula tahun 2021 hingga 2025 di bawah RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. Sehingga 6 Julai 2022, sebanyak 35.38 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara;\nf) mencapai sasaran sifar sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah melalui konsep sisa kepada tenaga dan meningkatkan kadar kitar semula kepada 40% pada tahun 2025;\ng) transformasi bandar di Malaysia ke arah pembangunan rendah karbon di bawah Pelan Induk Bandar Rendah Karbon; dan\nh) meningkatkan ketahanan kepada impak jangka masa panjang perubahan iklim melalui pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan.\n3. Menyedari bahawa peranan kerajaan-kerajaan negeri juga penting dalam menangani perubahan iklim, Kerajaan telah menyediakan insentif-insentif kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan agenda hijau seperti berikut:\na) Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) dengan peruntukan sebanyak RM 35 juta pada tahun 2021 hingga 2022 kepada 141 PBT yang telah memohon bagi melaksanakan 228 projek pengurangan pelepasan karbon; dan\nb) menggalakkan penyertaan Kerajaan Negeri di dalam Program International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2354,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2354",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "48",
        "member": "DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK",
        "area": "KUALA NERUS",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk memperluas sektor tenaga solar berskala kecil selain daripada program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM).",
        "question": "DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK [ KUALA NERUS ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk memperluas sektor tenaga solar berskala kecil selain daripada program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perluasan penggunaan tenaga solar berskala kecil dilaksanakan menerusi program Pemeteran Tenaga Bersih atau dengan izin Net Energy Metering (NEM) dan juga Program Self Consumption (SelCo). Kedua-dua program ini membolehkan pengguna elektrik menjana sebahagian daripada keperluan bekalan elektrik untuk kegunaan sendiri daripada sistem solar yang dipasang di bumbung premis masing-masing. Oleh itu, permintaan untuk penyertaan kedua-dua program ini dijangka akan terus meningkat.\n2. Justeru, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan kedua-dua program ini, dan pada masa yang sama memperhalusi langkah penambah baikan yang sewajarnya supaya kedua-dua program ini lebih menarik dan membolehkan ramai pengguna memahami manfaat penyertaan dalam kedua - dua program ini. Antara langkah - langkah yang akan dilaksanakan bagi menggalakkan pemasangan solar di bawah kedua - dua program ini termasuk:\na) mengkaji pemberian insentif untuk pemasangan sistem solar mengikut kategori pengguna elektrik;\nb) mencadangkan rebat cukai kepada Kementerian Kewangan untuk pengguna yang memasang sistem solar di bumbung bangunan; dan\nc) mengadakan program promosi dan penggalakkan berbentuk dengan izin Communication, Education and Public Awareness (CEPA) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung pelaksanaan program NEM dan SelCo.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2355,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2355",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "49",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "BATU KAWAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pelaksanaan projek pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B, adakah ia akan siap sebagaimana dijadualkan pada 13 Februari 2023. Jelaskan juga sebab Fasa 2C iaitu pembinaan Stesen Pam Lahar ...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [ BATU KAWAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelaksanaan projek pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B, adakah ia akan siap sebagaimana dijadualkan pada 13 Februari 2023. Jelaskan juga sebab Fasa 2C iaitu pembinaan Stesen Pam Lahar Yooi yang dinyatakan tidak berdaya maju untuk dilaksanakan memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya selepas insiden banjir di Baling, Kedah. Apakah penyelesaian alternatif yang akan diambil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Projek Penyaluran Air Mentah dari Rumah Pam Mak Sulong ke Terusan Sg. Dua (Fasa 2B) sedang dalam peringkat pembinaan dengan peratus pelaksanaan sebanyak 84.5% dan dijangka siap mengikut jadual pada 12 Ogos 2023. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memastikan tarikh siap asal dipatuhi dan amat berharap agar kerajaan negeri bersedia untuk menerima projek Fasa 2B ini tanpa syarat apabila siap kelak.\n2. Pembinaan Stesen Pam Lahar Yooi (Fasa 2C) bertujuan mengambil air mentah dari Terusan Sg. Dua untuk memenuhi takungan Empangan Mengkuang. Stesen Pam Lahar Yooi tidak berdaya maju kerana kebolehambilan air dari Sg. Dua tidak mencukupi bagi menampung operasi loji rawatan air (LRA) Sg. Dua yang membekalkan lebih 80% keperluan air di Pulau Pinang.\n\n3. Untuk makluman, pada masa ini, air Sg. Kulim diekstrak untuk tujuan menakung air di Empangan Mengkuang dengan purata kapasiti 87.7%. \n4. Ingin dimaklumkan bahawa tiada kaitan antara pembinaan Stesen Pam Lahar Yooi dengan isu henti tugas LRA Sg. Dua yang disebutkan oleh YB Batu Kawan. Umum mengetahui bahawa henti tugas LRA Sg. Dua berpunca daripada kekeruhan air sungai akibat banjir yang berlaku di Baling, Kedah.\n5. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh meneroka sumber air alternatif di Empangan Mengkuang memandangkan Empangan Mengkuang hanya menyimpan air secara strategik buat masa ini dan ianya boleh dipertimbangkan untuk tujuan bekalan air.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2356,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2356",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-21",
        "year": 2023,
        "no": "56",
        "member": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR",
        "area": "SETIU",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status pelaksanaan projek Wakaf Air mengikut negeri dan adakah Kementerian akan meneruskan program ini.",
        "question": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pelaksanaan projek Wakaf Air mengikut negeri dan adakah Kementerian akan meneruskan program ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2023 secara keseluruhannya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) telah meluluskan 57 projek di seluruh Malaysia dengan kos sebanyak RM2,567,548. Daripada jumlah tersebut sebanyak 52 projek telah siap sepenuhnya yang memanfaatkan 26,000 orang manakala 5 projek lagi dalam pelaksanaan yang dijangka siap pada bulan Februari. Projek-projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kolam tadahan, telaga tiub, tangki air, sistem tadahan air hujan dan pemasangan paip.\n2. Tiga buah negeri yang merekodkan jumlah projek Wakaf Air tertinggi adalah Negeri Kedah iaitu 16 projek, diikuti dengan Kelantan 12 projek dan Pahang 11 projek. Manakala negeri-negeri lain seperti Perak 5 projek, Selangor 4 projek, Negeri Sembilan 3 projek dan Johor, Sabah serta Sarawak masing-masing 2 projek.\n3. Sehingga kini, terdapat 106 permohonan baharu yang berjumlah RM5,824,190 yang akan memanfaatkan 43,000 orang penduduk luar bandar dalam semakan Kementerian. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini bergantung kepada peruntukan Tabung Wakaf Air.\n4. Secara umum, Wakaf Air adalah pendanaan alternatif yang membiayai projek-projek bekalan air yang berskala kecil di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai capaian air (Off Grid). Melalui platform ini orang ramai khususnya sektor korporat dapat menyumbang menerusi Tabung Wakaf Air di bawah Yayasan Waqaf Malaysia.\n5. Berdasarkan permintaan yang meningkat, Kementerian komited melaksanakan program Wakaf Air selaras dengan objektif Kerajaan memastikan semua penduduk mendapat akses air bersih. Diharapkan dengan sokongan semua pihak, program ini dapat mengembangkan lagi harta wakaf seterusnya memanfaatkan lebih ramai orang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2347,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2347",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "59",
        "member": "DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF",
        "area": "RANTAU PANJANG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status bantuan peruntukan yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM12 juta pada 15 Disember 2022 untuk menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi me...",
        "question": "DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status bantuan peruntukan yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM12 juta pada 15 Disember 2022 untuk menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi mengatasi banjir termenung di jajahan Pasir Mas bagi menangani banjir termenung yang sering berlaku di jajahan tersebut khususnya di Rantau Panjang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian sedang membuat permohonan peruntukan dalam fasa 2 sebanyak RM12 juta bagi pembekalan enam (6) unit pam air berkuasa tinggi bagi mengatasi masalah banjir termenung di enam (6) lokasi di Rantau Panjang, Kelantan.\n2. Walau bagaimanapun Kerajaan telah pun mengambil langkah proaktif dengan meletakkan sebanyak 33 buah pam bergerak sedia ada yang telah diagihkan kepada JPS Negeri Kelantan untuk kerja-kerja kecemasan. Di Parlimen Rantau Panjang, JPS Negeri Kelantan telah mengagihkan tiga (3) unit pam bergerak jenis hidraulik dan dua (2) set pam selam, lengkap dengan generator di sepanjang Sungai Golok. Di bandar Pasir Mas pula, satu (1) unit End Suction Pump telah disediakan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2348,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2348",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 15,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2023-02-15",
        "year": 2023,
        "no": "63",
        "member": "DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK",
        "area": "KUALA NERUS",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini permohonan projek tebatan banjir di Sungai Tepoh, dan Saliran Banggol Air Lilih.",
        "question": "DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK [ KUALA NERUS ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini permohonan projek tebatan banjir di Sungai Tepoh, dan Saliran Banggol Air Lilih.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian akan memohon projek tebatan banjir di Sungai Tepoh, dan Saliran Banggol Air Lilih di bawah Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).\n2. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan kerja-kerja kecil di Parlimen Kuala Nerus pada tahun 2022 berjumlah RM 949 ribu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu:\na) Kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir berjumlah RM850 ribu; dan\nb) Kerja-kerja kecemasan luar di luar jangka berjumlah RM99 ribu.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2023-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2322,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2322",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "5",
        "member": "DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik kawasan gunung atau bukit yang memerlukan permit mendaki dan juga khidmat Malim gunung sehingga suku kedua tahun ini. Apakah perkembangan semasa peraturan baharu oleh Jabatan P...",
        "question": "DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik kawasan gunung atau bukit yang memerlukan permit mendaki dan juga khidmat Malim gunung sehingga suku kedua tahun ini. Apakah perkembangan semasa peraturan baharu oleh Jabatan Perhutanan bermula awal tahun ini yang menguatkuasakan setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 211 kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia yang dikenakan permit masuk bagi tujuan pendakian. Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dari bulan Januari hingga Jun 2022, seramai 79,428 orang pendaki telah pun mengambil permit masuk.\n2. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan pelaksanaan Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang dicadangkan pada tahun 2021 telah ditunda kepada tahun 2023 bagi membolehkan pihak JPSM menyediakan seramai 1,000 orang MGP di Semenanjung Malaysia menerusi Program Reskill dan Upskill Latihan Ekopelancongan Sumber Asli. Sehingga kini, seramai 766 orang telah mendapat pensijilan sebagai MGP yang melibatkan seramai 180 orang di negeri Johor, 120 orang di negeri Terengganu, 110 orang di negeri Pahang, 60 orang di negeri Kedah, 179 orang di negeri Perak dan 117 orang di Negeri Sembilan.\n3. JPSM telah melaksanakan program MGP bagi mengurus pelawat yang mendaki kawasan bukit dan gunung yang mempunyai tahap risiko yang tinggi terutama kawasan pendakian yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter atau 1500 kaki. Nisbah seorang MGP bersamaan tujuh pendaki mula diperkenalkan pada tahun 2021 dalam kawasan pendakian di Semenanjung Malaysia bagi mengawal had daya tampung (carrying capacity) kawasan pendakian, memastikan keselamatan para pendaki lebih terjamin serta membolehkan sebarang tindakan awal diambil jika berlaku sebarang kecemasan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN BL NO. 5 - Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2320,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2320",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-16",
        "year": 2022,
        "no": "7",
        "member": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan akan menaikkan tarif elektrik dalam masa terdekat dan apakah langkah yang telah dibuat untuk mengekang kenaikan tarif elektrik.",
        "question": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan akan menaikkan tarif elektrik dalam masa terdekat dan apakah langkah yang telah dibuat untuk mengekang kenaikan tarif elektrik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pelarasan tarif elektrik melalui Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) disemak setiap enam bulan sekali dengan mengambil kira kos bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Dalam hal ini, kos ICPT bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 adalah sebanyak RM7 bilion bersamaan kadar surcaj 11.81 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Julai hingga Disember 2022.\n2. Namun begitu, YAB Perdana Menteri pada 24 Jun 2022 telah mengumumkan pengekalan rebat 2 sen/kWj kepada semua pengguna domestik dan pengekalan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022.\n\nDalam hal ini, tiada kenaikan tarif elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022 kepada semua pengguna di Semenanjung kerana kadar yang sama akan dibayar oleh pengguna seperti sepanjang enam bulan pertama tahun ini berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing.\nKerajaan menampung kos keseluruhan subsidi berjumlah RM5.8 bilion yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bagi mengekang kenaikan tarif elektrik tersebut.\n3. Semakan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT yang berikutnya akan dilaksanakan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2023. Berdasarkan analisis daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), harga bahan api di pasaran global masih kekal tinggi berikutan impak peperangan di antara Rusia dan Ukraine sejak Mac 2022 dan permintaan bahan api arang batu yang tinggi daripada negara-negara luar.\nOleh itu, Kementerian telah merancang beberapa pelan mitigasi jangka panjang bagi mengatasi krisis tenaga dan kos ICPT yang dijangka meningkat, antaranya mengutamakan bahan api yang paling murah (least cost dispatch) untuk penjanaan elektrik dan seterusnya akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran ICPT yang akan datang.\n4. Selain itu, Kementerian juga telah menyediakan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka masa panjang yang menetapkan hala tuju bagi perancangan pembekalan elektrik negara antaranya adalah dengan meningkatkan campuran tenaga boleh baharu kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035 sebagaimana sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER).\n5. Seterusnya, Kementerian juga akan terus melaksanakan pelan komunikasi yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat. Sebagai langkah awal, mulai Julai 2022, jumlah subsidi bil elektrik yang ditampung oleh Kerajaan telah dipaparkan dalam bil elektrik bulanan setiap pengguna supaya rakyat memahami dan menghargai subsidi ditanggung oleh Kerajaan bagi seunit elektrik yang digunakan.\n6. Kementerian juga meneruskan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain yang berkaitan, ST, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya meneruskan usaha mengenai kempen kesedaran dan penjimatan penggunaan elektrik di media sosial, media cetak dan lain-lain platform yang bersesuaian sebagai langkah memupuk penggunaan tenaga elektrik yang cekap di kalangan pengguna. Ini diharap dapat membantu mengurangkan kos operasi syarikat serta perbelanjaan isi rumah, terutama ketika negara dan dunia dilanda ketidaktentuan ekonomi pada masa ini.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN LISAN NO. 7 - Dr. Wan Martina Wan Yusoff.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2311,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2311",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-08",
        "year": 2022,
        "no": "9",
        "member": "DATO' ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan bentuk intervensi yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu Zoo Negara terutama dari segi pembangunan fasiliti, perlindungan serta penyelidikan saintifik dan juga sumber makanan ber...",
        "question": "DATO' ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bentuk intervensi yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu Zoo Negara terutama dari segi pembangunan fasiliti, perlindungan serta penyelidikan saintifik dan juga sumber makanan berkhasiat untuk haiwan-haiwan di sana dalam memastikan Zoo Negara terus kekal mampan berdepan dengan apa jua cabaran dan ketidaktentuan ekonomi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Zoo Negara dimiliki oleh Malaysia Zoological Society (MZS) yang merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO). Zoo Negara diberikan permit pengendalian zoo secara tahunan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).\n2. Kerajaan amat memahami bahawa kebanyakan Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) telah terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi. Dalam usaha menangani situasi ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu ZPT termasuk Zoo Negara meneruskan kelangsungan operasi. Antara bantuan yang telah diberikan kepada Zoo Negara adalah seperti berikut:\n(i) peruntukan berjumlah RM50.3 juta sejak Rancangan Malaysia ke-7 bagi pembangunan infrastruktur;\n(ii) peruntukan di bawah Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar berjumlah RM4.25 juta bagi tempoh 2020 hingga 2021 dan RM359,647.00 bagi tahun 2022 bagi menampung kos operasi termasuk keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan.\n(iii) pemberian diskaun 15% bil elektrik selama enam (6) bulan kepada semua ZPT di Semenanjung Malaysia di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) serta pemberian diskaun 10% bil elektrik di bawah Pakej Bantuan PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan PEMULIH bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021;\n(iv) pengagihan daging dan ikan sejuk beku yang disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan anggaran berat sebanyak 170 tan yang bernilai lebih kurang RM3.44 juta kepada ZPT termasuk Zoo Negara; dan\n(v) penyediaan bantuan teknikal dalam pengurusan husbandri seperti khidmat nasihat dan bantuan kepakaran kakitangan serta pegawai veterinar Jabatan PERHILITAN dalam aktiviti pemindahan hidupan liar dan pemantauan tahap kesihatan.\n3. Selain itu, usaha telah diambil untuk membangunkan Model Baharu ZPT dan mengkaji semula peraturan-peraturan berkaitan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [Akta 716] melalui sesi konsultasi dengan ZPT dan Malaysian Association of Zoological Park and Aquaria (MAZPA). Inisiatif jangka panjang ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan ZPT kepada Kerajaan, mengukuhkan operasi ZPT supaya lebih berdaya maju serta memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L9 08.08.2022 - Dato' Arman Azha Abu Hanifah.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2317,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2317",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-11",
        "year": 2022,
        "no": "9",
        "member": "TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah subsidi yang telah dan akan diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.",
        "question": "TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah subsidi yang telah dan akan diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\\\n1. Pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) disemak setiap enam bulan sekali dengan mengambil kira kos bahan api dan kos penjanaan yang lain bagi tempoh enam bulan ke belakang.\n2. Sejak Januari 2021 hingga Jun 2022, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat 2 sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun bermula Januari 2022, surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi pengguna bukan domestik, bermula Januari hingga Jun 2022, surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj telah dilepaskan kepada semua pengguna bukan domestik menjadikan bil elektrik mereka naik sebanyak 5.70 sen/kWj mulai Januari hingga Jun 2022.\n3. Seterusnya, kadar surcaj ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 telah meningkat kepada 11.81 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna dengan kos ICPT sebanyak RM7 bilion. Namun begitu, YAB Perdana Menteri pada 24 Jun 2022 telah mengumumkan supaya rebat 2 sen/kWj kepada semua pengguna domestik dan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik dikekalkan di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022 dengan kos keseluruhan subsidi berjumlah RM5.8 bilion. Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti yang dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing.\n4. Oleh yang demikian, Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.515 bilion pada tahun 2022 bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L9 11.08.2022 - YB SENATOR IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2318,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2318",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-11",
        "year": 2022,
        "no": "26",
        "member": "Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di premis-premis kediaman, komersial dan industri.",
        "question": "Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di premis-premis kediaman, komersial dan industri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di premis-premis kediaman, komersial dan industri, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM), yang membolehkan pengguna elektrik memasang sistem solar fotovolta di bumbung premis masing-masing untuk kegunaan sendiri dan menjual lebihan tenaga yang dijana sebagai kredit tenaga.\nDi bawah Program NEM 3.0, pengguna elektrik kategori kediaman boleh menyertai program NEM Rakyat, manakala agensi-agensi Kerajaan boleh menyertai program NEM GoMEn dan pengguna kategori komersil dan industri boleh menyertai program NEM NOVA.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L26 11.08.2022 - Dr Wan Martina.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2323,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2323",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "32",
        "member": "DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI MUSA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik peratusan semasa terkini kawasan tanah dilitupi hutan di Malaysia mengikut negeri dan tanggungjawab kawal selia. Sejauh mana penyelarasan kawasan ini disemak semula dan sekata ...",
        "question": "DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI MUSA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik peratusan semasa terkini kawasan tanah dilitupi hutan di Malaysia mengikut negeri dan tanggungjawab kawal selia. Sejauh mana penyelarasan kawasan ini disemak semula dan sekata diwujudkan untuk memastikan kawasan hutan terlindung dan tidak dijual di pasaran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, seluas 10,920,384.67 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), 3,308,489.20 hektar pula merupakan Kawasan Perlindungan (Protected Area – PA) dan baki kawasan berhutan merupakan kawasan Hutan Tanah Kerajaan (HTK)/Tanah Berimilik (TM). Perincian keluasan kawasan berhutan mengikut negeri-negeri di Malaysia yang meliputi HSK dan PA sehingga tahun 2018 adalah seperti berikut: \nBil.NegeriKeluasan TanahKawasan BerhutanKawasan Hutan Simpanan Kekal/ Hutan SimpanKawasan Perlindungan\nLuas (hektar)Luas (hektar)%Luas (hektar)%Luas (hektar)%\n1.Johor1,910,200447,75323.44332,74917.423250.02\n2.Kedah944,700342,43136.25341,97636.20--\n3.Kelantan1,510,100810,41553.67613,27540.61103,0826.83\n4.Melaka165,2005,4483.305,1993.15250.01\n5.Negeri Sembilan668,600157,96423.63155,54923.26--\n6.Pahang3,584,0002,056,69557.391,559,38543.50399,74011.15\n7.Perak2,103,8001,013,47948.17988,91447.003,1610.15\n8.Perlis81,80011,53814.1010,61512.98680.08\n9.Pulau Pinang103,2007,7527.515,1014.941,1821.15\n10.Selangor793,100251,48931.70250,21031.55--\n11.Terengganu1,295,900651,24850.25540,30941.6977,9396.01\n12.WP Kuala Lumpur24,3002,0498.43680.28--\n13.WP Putrajaya4,900------\n14.WP Labuan9,200------\nJumlah Semenanjung13,199,0005,758,26143.624,803,35036.39585,5224.43\n15.Sabah7,390,4004,767,448.6564.511,907,981.6725.821,906,896.2025.8\n16.Sarawak12,445,1007,747,777.0062.254,209,053.0033.82816,071.006.55\nJUMLAH KESELURUHAN33,034,50018,273,486.6555.3110,920,384.6733.063,308,489.2010.01",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2324,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2324",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "52",
        "member": "TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik bilangan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di negara kita sejak 10 tahun lepas dan usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian bagi mengurangkan kekerapan gangguan bekalan...",
        "question": "TUAN BALASUBRAMANIAM A/L\r\nNACHIAPPAN minta MENTERI TENAGA DAN\r\nSUMBER ASLI menyatakan statistik bilangan gangguan bekalan elektrik yang\r\nberlaku di negara kita sejak 10 tahun lepas dan usaha yang telah dilakukan oleh\r\nKementerian bagi mengurangkan kekerapan gangguan bekalan elektrik ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Pembekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah dibekalkan oleh pemegang lesen iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung dan Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) bagi Negeri Sabah. Prestasi bekalan elektrik bagi kedua-dua pemegang lesen ini sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil.\n2. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, purata gangguan bekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah sejak 10 tahun lepas (2012 - 2021) adalah sebanyak 67,576 gangguan setahun di Semenanjung dan 21,737 gangguan setahun di Sabah.\n3. Namun demikian, prestasi sistem bekalan bagi kedua-dua pemegang lesen ini dipantau dengan menggunakan indeks System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.\n4. Pencapaian SAIDI bagi tahun 2021 di Semenanjung adalah 45.25 minit per pengguna per tahun dan ini menunjukkan pihak TNB berjaya mengekalkan pencapaian di bawah sasaran yang ditetapkan iaitu 53 minit per pengguna per tahun. Sehingga 31 Mei 2022, jumlah SAIDI terkumpul adalah 18.58 minit per pengguna.\n5. Manakala bagi pencapaian SAIDI Sabah adalah 332.14 minit per pengguna per tahun pada tahun 2021. Jumlah ini masih mencapai sasaran di bawah 350 minit per pengguna per tahun seperti yang telah ditetapkan. Pada tahun 2025, Kerajaan telah menyasarkan untuk menurunkan kadar SAIDI di Sabah kepada 150 minit per pengguna per tahun. Sehingga 30 Jun 2022, jumlah SAIDI terkumpul adalah 195.04 minit per pengguna dan secara tahunan adalah sebanyak 393.52 minit per pengguna per tahun.\n6. Bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di Semenanjung, Kerajaan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan Capital Expenditure (CAPEX) TNB sebanyak RM6,851.5 juta setahun di bawah mekanisme Incentive Based Regulated (IBR) RP3 bagi meningkatkan daya harap sistem dengan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tahun 2022 sehingga 2024. Pelbagai pelan tindakan yang komprehensif bagi menangani gangguan-gangguan tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak TNB seperti mempergiatkan aktiviti senggaraan, menubuhan Dedicated Switching Team (DCT) di kawasan yang mempunyai bilangan gangguan yang tinggi dan pemasangan fasiliti Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data Berkomputer (Supervisory Control and Data Acquisition - SCADA) di lokasi-lokasi terpilih secara berterusan.\n7. Bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di Sabah pula, sebanyak RM116.15 juta telah diperuntukkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melaksanakan sejumlah 215 projek pengukuhan rangkaian pengagihan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan adalah mewujudkan Pasukan Kerja 150 atau Task Force 150 (TF150) dan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang bertujuan khusus untuk melaksanakan projek-projek pembekalan elektrik bagi mengukuhkan infrastruktur penghantaran dan pembahagian di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN BL NO. 52 - Tuan Balasubramaniam al Nachiappan.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2325,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2325",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "55",
        "member": "TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah Kementerian dalam memperluaskan sistem amaran awal bencana geologi di kawasan berisiko tinggi agar dapat mengelakkan berulangnya tragedi banjir kepala air yang menyebabkan...",
        "question": "TUAN IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam memperluaskan sistem amaran awal bencana geologi di kawasan berisiko tinggi agar dapat mengelakkan berulangnya tragedi banjir kepala air yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nPembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran Puing (Early Warning System – EWS) di kawasan berisiko yang dikenalpasti merupakan antara langkah yang dapat mengurangkan risiko bencana geologi aliran puing. Di samping itu, elemen penglibatan komuniti tempatan secara aktif turut diterapkan ke dalam skop projek ini bagi meningkatkan semangat kerjasama dan kebersamaan di kalangan masyarakat rentan yang terdedah kepada bencana geologi ini.\nSehubungan itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus memperluaskan sistem amaran awal (EWS) bencana geologi di kawasan berisiko tinggi menerusi langkah-langkah seperti berikut:\n1. Membangunkan Sistem Amaran Awal (Early Warning System) Bencana Geologi Aliran Puing secara bersasar dan berperingkat di kawasan berisiko yang telah dikenalpasti terdedah kepada ancaman bencana geologi ini. Sebagai permulaan, KeTSA melalui JMG telah siap membangunkan projek perintis EWS Bencana Geologi Aliran Puing Berasaskan Komuniti di Titi Hayun, Gunung Jerai, Kedah pada Februari 2022 dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pembangunan EWS ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan berisiko /hotspot aliran puing mengikut tahap keutamaannya.\n2. Menjalankan kajian penilaian bahaya dan risiko bencana aliran puing di Taman Negeri dan Taman Eko Rimba (TER) yang sering dikunjungi orang awam, menerusi penubuhan pasukan taskforce yang dianggotai JMG, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pusat Geospatial Negara (PGN) dan PLANMalaysia diurusetiakan oleh KeTSA. Kajian ini telah selesai pada Mac 2022. Menerusi kajian ini, antara langkah mitigasi yang dicadangkan adalah melaksanakan pembangunan EWS di kawasan TER yang mempunyai risiko kepada pengunjung dan penduduk di sekitarnya secara bersasar dan berkeutamaan berdasarkan tahap bahaya dan risiko TER tersebut. Pembinaan EWS di TER terlibat akan dimulakan pada tahun 2023.\n3. Memperluaskan kerja pemantauan cerun ke kawasan Taman Eko Rimba yang terdedah kepada ancaman bencana geologi tanah runtuh dan aliran puing dan risiko keselamatan kepada pengunjung dan penduduk sekitarnya. Kerja pemantauan dijadualkan bermula tahun 2023. Menerusi usaha ini, cerun-cerun yang tidak stabil di sekitar TER terlibat dapat diinventorikan dan dipantau secara berterusan dan diambil tindakan mitigasi yang sewajarnya.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN BL NO. 55 - Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2314,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2314",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-10",
        "year": 2022,
        "no": "66",
        "member": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai cadangan menjadikan tanah sawah padi di Kedah sebagai sebahagian daripada Ecological Fiscal Transfer.",
        "question": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai cadangan menjadikan tanah sawah padi di Kedah sebagai sebahagian daripada Ecological Fiscal Transfer.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan. Ia merangkumi kawasan-kawasan daratan (terrestrial), air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perlindungan, Rizab Hidupan Liar (RHL), kawasan perlindungan marin (marine protected area), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas (vulnerable).\n2. Tanah sawah padi tidak termasuk di dalam skop perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan di bawah EFT.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L66 10.08.2022 - Dato' Haji Ahmad bin Yahaya.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2312,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2312",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-08",
        "year": 2022,
        "no": "70",
        "member": "PUAN LIM HUI YING",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status perancangan terhadap penerokaan mineral elemen nadir bumi atau Rare Earth Element (REE) di Ulu Muda yang bakal mencemarkan Sungai Muda dan secara tidak langsung akan menjejaskan b...",
        "question": "PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status perancangan terhadap penerokaan mineral elemen nadir bumi atau Rare Earth Element (REE) di Ulu Muda yang bakal mencemarkan Sungai Muda dan secara tidak langsung akan menjejaskan bekalan air serta mengancam 4.2 juta penduduk di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Melalui semakan daripada rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah, terdapat 2 permohonan Lesen Penjelajahan dan 1 Lesen Mencarigali untuk unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) telah diterima bagi Kawasan Hutan Simpan Ulu Muda. Namun demikian, sehingga 25 Julai 2022, tiada sebarang Lesen Penjelajahan dan Lesen Mencarigali yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah bagi kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.\n2. Selain itu, semakan juga mendapati 1 Lesen Penjelajahan pernah dikeluarkan Pihak Berkuasa Negeri Kedah pada 26 Januari 2021 kepada sebuah syarikat usaha sama untuk kawasan seluas 1,220 hektar di atas kawasan yang merangkumi tanah milik persendirian, tanah ladang hutan, tanah Kerajaan di Mukim Jeneri dan sebahagian Hutan Simpan Bukit Enggang. Aktiviti penjelajahan tersebut dikawalselia oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah mengikut Enakmen Mineral Negeri Kedah 2004.\n3. Sehingga 25 Julai 2022, terdapat 1 permohonan untuk pajakan melombong NR-REE telah diterima oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah untuk kawasan yang pernah dikeluarkan lesen penjelajahan tersebut di atas. Permohonan tersebut telah dilulus pada 24 April 2022 oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah.\n4. KeTSA juga amat menekankan prinsip perlombongan secara bertanggung jawab dan mampan. Dalam hal ini, walaupun KeTSA menggalakkan usaha membangunkan industri mineral, namun KeTSA masih berpendirian tidak akan menyokong dan mengeluarkan apa-apa Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS) sekiranya permohonan perlombongan adalah di atas tanah berstatus HSK atau rizab perlindungan dan kawasan yang diwartakan sebagai KSAS.\n5. Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Malaysia telah berada di peringkat akhir penyediaan dan boleh menjadi rujukan kepada semua Pihak berkuasa Negeri sekiranya ingin menjalankan perlombongan NR-REE di negeri masing-masing. SOP Perlombongan NR-REE Di Malaysia tersebut merangkumi semua perundangan yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral Negeri, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.\n6. Sekiranya Kerajaan Negeri Kedah hendak menjalankan perlombongan NR-REE, beberapa kelulusan termasuk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Kebenaran Merancang, perlulah diperolehi terlebih dahulu. Aktiviti perlombongan NR-REE ini merupakan sebahagian aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Sebarang aktiviti yang ditetapkan hendaklah mengemukakan Laporan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan dan kelulusan.\n7. Kerajaan yakin bahawa dengan pematuhan segala peraturan dan SOP yang ditetapkan akan dapat membantu melindungi dan memelihara daripada sebarang aktiviti yang boleh menganggu gugat kawasan tadahan sumber air Sungai Muda.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L70 08.08.2022 - Puan Lim Hui Ying.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2315,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2315",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-10",
        "year": 2022,
        "no": "79",
        "member": "DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan keutamaan yang diberikan oleh Kementerian dalam menimbang dan meluluskan permohonan sewaan tanah persekutuan. Berapakah jumlah kelulusan yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 hingga ...",
        "question": "DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keutamaan yang diberikan oleh Kementerian dalam menimbang dan meluluskan permohonan sewaan tanah persekutuan. Berapakah jumlah kelulusan yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 hingga Jun 2022.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nTerdapat beberapa kriteria yang diberikan keutamaan oleh Kementerian dalam mempertimbangkan permohonan penyewaan. Kriteria – kriteria tersebut adalah seperti berikut:\n(1) Tujuan penyewaan yang sesuai dengan tanah yang dimohon;\n(2) Tanah yang dimohon tiada perancangan pembangunan dalam masa terdekat oleh Kementerian Jabatan Pengguna (KJP);\n(3) Penyewaan yang melibatkan aktiviti bersifat sementara dan tidak kekal seperti bagi tujuan tanaman kontan, tempat meletak kereta, aktiviti mencuci kenderaan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan tidak melebihi tiga (3) tahun; dan\n(4) Pemohon mempunyai keupayaan kewangan.\nUntuk makluman Yang Berhormat, jumlah kelulusan penyewaan tanah Persekutuan yang telah diberikan sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak 461. Manakala bagi tahun 2022 sehingga bulan Jun, sebanyak 264 kelulusan penyewaan tanah telah diberikan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L79 10.08.2022 - DATUK ISKANDAR ZULKARNAIN.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2319,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2319",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-15",
        "year": 2022,
        "no": "82",
        "member": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan menyeluruh yang telah diambil bagi memantau pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas.",
        "question": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan menyeluruh yang telah diambil bagi memantau pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa memberi perhatian serius kesan pembangunan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) khususnya di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling, Kedah.\n2. Hutan Simpan Gunung Inas merupakan salah satu daripada HSK Negeri Kedah dan ia merupakan hutan darat asli dengan keluasan keseluruhan lebih kurang 36,979 hektar. Hutan Simpan Gunung Inas telah dikelaskan kepada beberapa pengkelasan fungsi hutan seperti berikut:\ni) Hutan Pengeluaran bagi perolehan kayu secara berkekalan seluas 27,086 hektar (termasuk kawasan ladang hutan seluas 8,250 hektar); dan\nii) Hutan Perlindungan yang dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air seluas 9,893 hektar.\n3. Keluasan kawasan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas yang diluluskan bagi tempoh 2007 hingga 2020 ialah 8,250 hektar. Kesemua kawasan ladang hutan yang diluluskan adalah di dalam kawasan HSK yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran. Antara langkah yang telah diambil oleh JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk memantau pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Gunung Inas adalah seperti berikut:\ni) mengeluarkan surat arahan penangguhan sementara kerja-kerja pembangunan ladang hutan pada tarikh 6 Disember 2020 yang melibatkan kompartmen 6 dan 8 Hutan Simpan Gunung Inas;\nii) memantau pembangunan ladang hutan melalui jawatankuasa mesyuarat maklumat keluasan pembangunan ladang hutan yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, JPSM; dan\niii) membenarkan pemaju melalui surat kebenaran Pengarah Perhutanan Negeri Kedah untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi seperti penyelenggaraan jalan tuju, penyelenggaraan kolam sedimen dan penyelenggaraan parit tanah (earth drain).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L82 15.08.2022 - DATO' HAJI AHMAD YAHAYA.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2316,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2316",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-10",
        "year": 2022,
        "no": "89",
        "member": "Dato' Haji Husain bin Awang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan mekanisme yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) secara lebih meluas supaya dapat mengurangkan kebergantungan arang batu yang diimport ...",
        "question": "Dato' Haji Husain bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mekanisme yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) secara lebih meluas supaya dapat mengurangkan kebergantungan arang batu yang diimport dari Indonesia dan Australia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan penerokaan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) secara meluas serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api yang diimport, Kerajaan akan melakukan usaha-usaha berikut:\n(i) menetapkan sasaran makro peningkatan campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035 berbanding kapasiti sedia ada iaitu 23%;\n(ii) memperkenalkan dokumen Malaysia Renewable Energy Roadmap atau MyRER sebagai pelan pelaksanaan yang akan memandu dan memacu pelaksanaan program TBB, bagi mencapai sasaran TBB yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api diimport bagi penjanaan elektrik negara;\n(iii) memantau dan memastikan pembangunan semua projek TBB yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada di bawah program Tarif Galakan (Feed in Tariff – FiT) atau program Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) disiapkan dan beroperasi secara komersial mengikut jadual yang ditetapkan;\n(iv) menggalakkan pemasangan sistem solar atas bumbung melalui pelaksanaan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM); dan\n(v) meningkatkan kapasiti sumber bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L89 10.08.2022 - Dato' Husain Awang.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2321,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2321",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-16",
        "year": 2022,
        "no": "95",
        "member": "Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam meningkatkan lagi penjanaan sumber tenaga boleh baharu yang lebih mesra alam sekitar dan tidak terlalu bergantung kepada sumber arang batu yang sedan...",
        "question": "Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam meningkatkan lagi penjanaan sumber tenaga boleh baharu yang lebih mesra alam sekitar dan tidak terlalu bergantung kepada sumber arang batu yang sedang meningkat naik harganya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan lagi penjanaan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang lebih mesra alam, serta bagi membolehkan negara untuk tidak terlalu bergantung kepada sumber bahan api diimport termasuk arang batu yang sedang meningkat naik harganya, Kerajaan telah dan sedang melaksanakan usaha-usaha berikut:\n(i) menetapkan sasaran makro peningkatan campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035 berbanding kapasiti sedia ada iaitu 23%;\n(ii) memperkenalkan dokumen Malaysia Renewable Energy Roadmap atau MyRER sebagai pelan pelaksanaan yang akan memandu dan memacu pelaksanaan program TBB, bagi mencapai sasaran TBB yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api diimport bagi penjanaan elektrik negara;\n(iii) memantau dan memastikan pembangunan semua projek TBB yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada di bawah program Tarif Galakan (Feed in Tariff – FiT) atau program Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) disiapkan dan beroperasi secara komersial mengikut jadual yang ditetapkan;\n(iv) menggalakkan pemasangan sistem solar atas bumbung melalui pelaksanaan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM); dan\n(v) meningkatkan kapasiti sumber bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN LISAN NO. 95 - Tuan Balasubramaniam Nachiappan (16.08.2022).pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2313,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2313",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-09",
        "year": 2022,
        "no": "99",
        "member": "DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan komprehensif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengurangkan risiko bencana geologi aliran puing yang begitu kerap berlaku dalam negara kita sejak kebelakangan ini.",
        "question": "DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan komprehensif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengurangkan risiko bencana geologi aliran puing yang begitu kerap berlaku dalam negara kita sejak kebelakangan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nCorak kejadian bencana geologi aliran puing yang meningkat sejak kebelakangan ini, seiring dengan perubahan iklim, amat membimbangkan kerana ia berlaku dengan tiba-tiba dan pantas, serta kesan kemusnahannya yang besar terhadap infrastruktur, tempat tinggal dan kehilangan nyawa penduduk terutamanya di kawasan berdekatan lembangan sungai.\nSehubungan itu, Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) komited dalam usaha mengurangkan risiko bencana geologi aliran puing menerusi usaha-usaha seperti berikut:\n(i) Membangunkan Sistem Amaran Awal (Early Warning System - EWS) Bencana Geologi Aliran Puing secara bersasar dan berperingkat di kawasan yang telah dikenalpasti terdedah kepada ancaman bahaya dan risiko bencana geologi ini. EWS ini bertujuan memberi amaran berbentuk siren kepada penduduk kampung untuk keluar menyelamatkan diri dengan cara selamat sekiranya berlaku kejadian bencana geologi aliran puing. Bagi tujuan tersebut, JMG telah membangunkan EWS Bencana Geologi Aliran Puing berasaskan komuniti di Titi Hayun, Gunung Jerai, Kedah pada Februari 2022 yang lalu.\n(ii) Melaksanakan program pemerkasaan komuniti berkonsepkan Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) di kawasan komuniti rentan yang tinggal di kawasan bencana geologi ini. Melalui program ini, jaguh tempatan (local champion) yang terpilih daripada pemimpin masyarakat, belia dan kaum wanita akan diberikan pengetahuan dan latih-amal bagi membolehkan mereka berupaya bertindak sebagai responden awal melaksanakan tindakan awal sekiranya berlaku kejadian bencana geologi.\n(iii) Menjalankan Projek Pemetaan Zon Bahaya dan Zon Kawalan di Kawasan Rentan Bencana Geologi Aliran Puing bagi kesiapsiagaan komuniti yang telah bermula pada tahun 2023. Melalui projek ini, data geospatial dan peta zon bahaya dan kawalan bagi kawasan berisiko yang telah dikenalpasti akan dihasilkan supaya dapat dikongsikan kepada agensi teknikal dan penyelamat berkaitan dalam pengurusan bencana. Di samping itu, modul kesiapsiagaan komuniti dan kerangka konsep mitigasi terhadap bencana geologi aliran puing juga akan dibangunkan dan digunakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dan mempercepatkan proses kerja mitigasi bagi mengurangkan impak bencana geologi aliran puing.\nSemua inisiatif tersebut adalah bukti komitmen Kerajaan Malaysia terhadap agenda global dalam pengurangan risiko bencana melalui United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan menjadi aspirasi nasional dalam konteks Keluarga Malaysia bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan daya tahan setempat.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDN L99 09.08.2022 - Dato' Haji Husain bin Awang.pdf",
        "session_file": "2022-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2280,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2280",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-30",
        "year": 2022,
        "no": "1",
        "member": "PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan status penambahan perjawatan Pegawai Unit Pengurusan Pusaka Kecil dalam usaha menyelesaikan isu lambakan kes pusaka yang sudah lama tertangguh di negara ini.",
        "question": "PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status penambahan perjawatan Pegawai Unit Pengurusan Pusaka Kecil dalam usaha menyelesaikan isu lambakan kes pusaka yang sudah lama tertangguh di negara ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pihak Kementerian mengambil maklum akan keperluan penambahan perjawatan pegawai di Unit-unit Pembahagian Pusaka bagi mengatasi isu lambakan kes sedia ada. Pihak Kementerian telah membuat rasionalisasi penempatan pegawai dari Unit Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang bertanggungjawab dalam menangani urusan pentadbiran tanah di bawah waran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk digerakkan bagi membantu menjalankan perbicaraan kes pusaka kecil selain mengadakan perancangan kerjasama dan libat urus (engagement) dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan yang sama.\n2. Selain itu, Kementerian juga telah melancarkan “Program Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka\" di peringkat negeri bagi menangani isu yang dihadapi rakyat secara langsung di lapangan dengan kerjasama kerajaan negeri yang turut melibatkan ketua-ketua komuniti setempat. Program pertama telah dilancarkan bagi peringkat Negeri Kedah pada 14 Februari 2022 mengambil kira jumlah bebanan tunggakan yang tinggi di negeri tersebut dengan fokus permulaan diberikan kepada Daerah Sik. Program ini akan dipanjangkan ke negeri lain pada masa akan datang.\n3. Sebagai langkah jangka masa pendek bagi menangani kes tunggakan sedia ada, Kementerian telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi lantikan pegawai secara kontrak dengan menggunakan bajet sedia ada Kementerian. Pengambilan tersebut sekiranya diluluskan akan dibuat dalam masa terdekat dan lantikan ini akan melibatkan pegawai yang menjalankan perbicaraan dan juga kakitangan sokongan bagi pemprosesan kes-kes sedia ada.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2283,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2283",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-31",
        "year": 2022,
        "no": "2",
        "member": "TAN SRI DATO' SERI MOHD RADZI BIN TAN SRI SHEIKH AHMAD",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah negara kita mempunyai pelan komprehensif tentang penggunaan tenaga solar memandangkan negara kita mempunyai sumber cahaya matahari yang tinggi.",
        "question": "TAN SRI DATO' SERI MOHD RADZI BIN TAN SRI SHEIKH AHMAD minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah negara kita mempunyai pelan komprehensif tentang penggunaan tenaga solar memandangkan negara kita mempunyai sumber cahaya matahari yang tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) yang dilancarkan pada 30 Disember 2021 lalu telah mengenal pasti sumber solar sebagai salah satu sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang akan dibangunkan bagi meningkatkan campuran kapasiti terpasang TBB dalam pembekalan elektrik negara kepada 31% menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Melalui Usaha peralihan tenaga atau energy transition yang dilakukan Kerajaan ini, sumber TBB bakal membentuk lebih 1/3 daripada sumber bahan api dalam penjanaan elektrik negara.\n2. Kapasiti solar dijangka akan mencecah 4,796MW berbanding anggaran permintaan puncak berjumlah melebihi 20,000MW menjelang tahun 2025 dan 7,280MW berbanding anggaran permintaan puncak berjumlah 24,000MW menjelang tahun 2035. Sumber solar akan menjadi sumber penjanaan TBB utama selepas sumber hidro. Mengambil kira potensi dan faktor limpahan ekonomi, pembangunan sumber solar akan didukung oleh empat strategi pemangkin sebagai pemboleh daya ke arah usaha peningkatan kapasiti TBB negara serta pengurangan pelepasan karbon dioksida. Empat strategi pemangkin tersebut adalah:\ni) memanfaatkan peluang dalam pasaran bekalan elektrik (leveraging electricity market reform for RE opportunities);\nii) menambah baik akses kepada pembiayaan (improve access to financing);\niii) pembentukan modal insan dan pembangunan infrastruktur (shape human capital and infrastructure); dan\niv) peningkatan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik (increase system flexibility).\n3. Sehingga kini, kapasiti solar sebanyak 1,800MW yang telah ditawarkan dari tahun 2011-2020 di bawah program seperti Program Solar Berskala Besar (LSS) dan Skim Tarif Galakan (FiT) dan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) telah pun beroperasi dan menyumbang 4.6% TBB dalam pembekalan elektrik negara.\n4. Dalam menentukan kapasiti penjanaan elektrik negara termasuk TBB, Kerajaan melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik 2020–2039 (Power Development Plan – PDP 2020-2039) telah menetapkan pertambahan kapasiti solar sebanyak 1,178MW dari tahun 2020 hingga tahun 2025. Sumbangan sumber solar dalam kapasiti penjanaan elektrik dijangka akan meningkat kepada kira-kira 10% pada tahun 2025 dan kira-kira 15% menjelang tahun 2035.\n5. Dalam hubungan ini, Kerajaan juga telah menawar sebanyak 500MW telah ditawarkan melalui Program NEM 3.0. Baki sebanyak kira-kira 400MW akan ditawarkan sehingga tahun 2025 melalui Program-program TBB yang lain yang sedang dimuktamadkan Suruhanjaya Tenaga. Manakala bagi kuota solar berjumlah kira-kira 2,500MW lagi akan ditawarkan sehingga tahun 2035.\n6. Kerajaan sememangnya komited untuk membangunkan industri TBB di Malaysia termasuk bagi sumber solar. Berdasarkan unjuran MyRER, pembangunan industry TBB di negara ini akan menghasilkan limpahan ekonomi dengan mewujudkan potensi nilai pelaburan berjumlah RM33bilion serta mewujudkan lebih daripada 46,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dalam industri TBB negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2273,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2273",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-21",
        "year": 2022,
        "no": "7",
        "member": "PUAN LIM HUI YING",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah untuk memastikan Harimau Malaya di Malaysia tidak pupus.",
        "question": "PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah untuk memastikan Harimau Malaya di Malaysia tidak pupus.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Berdasarkan dapatan Survei Harimau Pertama (First National Tiger Survey - NTS1) yang telah dilaksanakan mulai tahun 2016 hingga 2020, anggaran populasi Harimau Malaya terkini adalah kurang daripada 150 ekor. Pada bilangan ini, Malaysia dijangka akan kehilangan spesies Harimau Malaya dalam tempoh 5 hingga 10 tahun sekiranya tindakan drastik (extraordinary actions) tidak diambil dengan segera.\n2. Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021, KeTSA melalui Jabatan PERHILITAN) telah menerajui tindakan-tindakan luar biasa (extraordinary actions) bagi konservasi Harimau Malaya dan habitatnya bagi tempoh 10 tahun mulai 2021 hingga 2030.\n3. Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (National Tiger Conservation Task Force - MyTTF) yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Perdana Menteri telah diadakan pada 10 Januari 2022. MyTTF berperanan menyelaras pelaksanaan dan pemantauan tindakan-tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya serta memperkukuhkan kerjasama pihak-pihak berkepentingan khususnya Kerajaan-kerajaan Negeri. MyTTF dianggotai oleh YAB Menteri Besar dari Negeri Rayauan Harimau (Tiger Range States - TRS) iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu serta YB Menteri Kerajaan Persekutuan dan lain-lain Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan. Negeri Rayauan Harimau merupakan negeri yang mempunyai jajaran hutan yang masih berfungsi sebagai habitat dan kawasan keliaran Harimau Malaya. Mesyuarat Pertama MyTTF bersetuju dengan tindakan-tindakan berikut:\ni) Mempergiatkan pengawasan di lapangan (boots on the ground) yang melibatkan Jabatan PERHILITAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi-agensi penguatkuasaan, veteran ATM, veteran PDRM dan komuniti Orang Asli;\nii) mengekalkan dan mengukuhkan habitat melalui pengurusan guna tanah yang mampan dan menghentikan sebarang kegiatan pencerobohan serta aktiviti pemburuan haram;\niii) meningkatkan kawasan berhutan sedia ada di Semenanjung Malaysia dari 43.41 peratus kepada 50 peratus menjelang tahun 2040 selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4);\niv) memperkasa urus tadbir berkesan melalui penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM dan mengukuhkan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya;\nv) memperkasakan instrumen kewangan inovatif sebagai tambahan kepada insentif kewangan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang sedia ada dan melaksanakan skim akreditasi habitat Harimau Malaya; dan\nvi) melaksanakan kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakan strategik. Antara program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 adalah seperti temuramah dan bual bicara bersama media, promosi kempen pada bas RAPID di sekitar Lembah Klang dan menerusi video Pengumuman Perkhidmatan Awam (Public Service Announcement-PSA) di stesen-stesen radio dan televisyen milik kerajaan dan swasta, kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh seperti Yayasan Hijau Malaysia, Yayasan Sime Darby dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). KeTSA juga telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi meningkatkan penglibatan dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan konservasi Harimau Malaya.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2275,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2275",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-23",
        "year": 2022,
        "no": "9",
        "member": "DATUK RAZALI BIN IDRIS",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan tumpuan Kerajaan Pusat berhubung zon dibenarkan pembalakan, kaedah pembalakan, penguatkuasaan serta penyelarasan dasar antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.",
        "question": "DATUK RAZALI BIN IDRIS minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tumpuan Kerajaan Pusat berhubung zon dibenarkan pembalakan, kaedah pembalakan, penguatkuasaan serta penyelarasan dasar antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, zon dibenarkan pembalakan di negara ini melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik.\n2. Pembalakan di Hutan Pengeluaran dilaksanakan secara terkawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management - SFM) menerusi Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS). CTT bertujuan mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan sesuatu kawasan Hutan Pengeluaran dalam HSK. Kadar CTT diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Setiap Kerajaan Negeri perlu mematuhi kadar CTT yang telah ditetapkan dan pematuhan terhadap CTT dilaporkan dalam mesyuarat MTN.\n3. Bagi tujuan pelesenan pembalakan di Hutan Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, ianya tertakluk kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling [Aktiviti Yang Ditetapkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 2015] yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh JAS.\n4. Selain itu, bagi memastikan aktiviti pembalakan dilaksanakan secara teratur, pelesen perlu menyediakan Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) sebelum lesen dikeluarkan. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 iaitu 'Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk Pengusahasilan Kayu Kayan Tanah Kerajaan' sebagai rujukan utama Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri.\n\n5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti penguatkuasaan dalam HSK dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Manakala di Sabah dan Sarawak, aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan di bawah peruntukan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) oleh Jabatan Hutan Sarawak.\n6. Ahli Yang Berhormat turut bertanyakan tentang penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dalam hubungan ini, Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan penubuhan Majlis Tanah Negara (MTN) sebagai platform perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam sektor tanah, perlombongan dan perhutanan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2284,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2284",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-31",
        "year": 2022,
        "no": "15",
        "member": "PUAN LIM HUI YING",
        "area": null,
        "minister": "TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan isu pembalakan haram yang semakin berleluasa serta apakah perancangan ataupun strategik yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani kes tersebut.",
        "question": "PUAN LIM HUI YING minta TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan isu pembalakan haram yang semakin berleluasa serta apakah perancangan ataupun strategik yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani kes tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan yang menyatakan bahawa pembalakan haram di hutan simpan semakin berleluasa adalah tidak benar. Jumlah kes pembalakan haram di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2021 adalah sebanyak 1,298 kes, yang menunjukkan trend penurunan iaitu daripada 259 kes pada tahun 2019 kepada 134 kes pada tahun 2021. Kesemua kes tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\n2. Walau bagaimanapun sebagai langkah jangka masa panjang untuk menangani isu pembalakan haram, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Cadangan pindaan ini telah melalui bacaan pertama pada 3 Mac 2022 semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas di Dewan Rakyat.\n3. Antara pindaan utama dalam cadangan pindaan Akta 313 melibatkan peruntukan baharu untuk menangani kes pembalakan haram adalah seperti berikut:\na) Memantapkan penguatkuasaan hutan\ni) pegawai perhutanan persekutuan boleh diberikan kuasa secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk membantu PBN dalam menjalankan kuasa penguatkuasaan di lapangan;\nii) memberi kuasa kepada pegawai hutan untuk membuat pemeriksaan ke atas orang yang disyaki dan mengadakan sekatan jalan ke atas pengangkut yang disyaki melakukan kesalahan hutan; dan\niii) memperkenalkan elemen 'anggapan' bagi mana-mana individu, jentera, peralatan atau pengangkut yang berada di dalam/bersebelahan HSK atau Tanah Kerajaan di mana berlakunya tempat pengambilan hasil hutan tanpa lesen dianggap telah mengambil hasil hutan atau melakukan kesalahan hutan itu.\nb) Meningkatkan kadar denda dan hukuman ke atas kesalahan hutan sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan dengan;\ni) meningkatkan kadar denda maksimum sehingga 10 kali ganda daripada RM500 ribu kepada RM5 juta ringgit; dan\nii) meningkatkan hukuman penjara maksimum daripada 5 tahun hingga 20 tahun kepada 7 hingga 20 tahun.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2274,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2274",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-21",
        "year": 2022,
        "no": "23",
        "member": "DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI MUSA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Tanah",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah kerjasama dan langkah koordinasi yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri dalam memantau aktiviti pembalakan dan penjualan tanah hutan secara haram di Malaysi...",
        "question": "DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI MUSA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah kerjasama dan langkah koordinasi yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri dalam memantau aktiviti pembalakan dan penjualan tanah hutan secara haram di Malaysia. Perkara ini penting demi menjaga dan melestarikan hutan Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dan memantau aktiviti pembalakan haram di Semenanjung Malaysia. Terdapat jawatankuasa sedia ada yang turut membincangkan tentang isu pembalakan dan penjualan tanah hutan secara haram iaitu Jawatankuasa Pemantauan Operasi Hutan dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Hutan Daerah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia.\n\n2. Selain itu, JPSM turut menjalankan operasi penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri. Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sepanjang tempoh tahun 2021, sebanyak 56 operasi penguatkuasaan bersepadu telah dijalankan oleh JPSM.\n\n3. Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat mengenai penjualan tanah hutan secara haram, semakan oleh JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri mendapati bahawa kawasan yang diiklankan adalah bukan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Walau bagaimanapun, di negeri Kelantan dan Kedah, terdapat kawasan HSK telah dikesan dan diteroka secara haram oleh sekumpulan sindiket dengan menanam pokok kelapa sawit, pokok buah-buahan dan pokok getah sebelum menjual tanah berkenaan pada harga rendah kepada orang ramai. Tindakan penguatkuasaan telah diambil mengikut perundangan sedia ada.\n\n4. Di Sabah pula, Pejabat Hasil Bumi Sabah melalui Jabatan Perhutanan Sabah sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan persekutuan seperti PDRM, SPRM dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (The Eastern Sabah Security Command - ESSCOM) dari segi pertukaran maklumat risikan dan operasi penguatkuasaan. Selain itu, agensi-agensi negeri seperti Jabatan Hidupan Liar Sabah, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan dan badan bukan kerajaan seperti World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia) turut menyertai Operasi Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am PDRM.\n\n5. Operasi penguatkuasaan dan pemantauan aktiviti pembalakan haram di Sarawak diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (KSAPB) melalui satu jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Pembalakan Haram. Jawatankuasa ini berperanan bagi merangka pelbagai strategi dan pelan tindakan yang dilaksanakan serta melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan persekutuan dan negeri seperti Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corpration, Pasukan Gerakan Khas KSAPB, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan JPJ.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2279,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2279",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-28",
        "year": 2022,
        "no": "29",
        "member": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian Kementerian berhubung cadangan memasukkan pemeliharaan tanah sawah padi sebagai salah satu elemen yang tergolong dalam Ecological Fiscal Transfer (EFT).",
        "question": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian berhubung cadangan memasukkan pemeliharaan tanah sawah padi sebagai salah satu elemen yang tergolong dalam Ecological Fiscal Transfer (EFT).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan.\n2. Tanah sawah tidak termasuk di dalam skop di bawah EFT dan ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Kementerian tidak berhasrat untuk memasukkan pemeliharaan tanah sawah sebagai salah satu elemen di bawah EFT.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2281,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2281",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-30",
        "year": 2022,
        "no": "38",
        "member": "DATUK RAZALI BIN IDRIS",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jumlah pendapatan Kerajaan dari tahun 2015 hingga 2021 hasil dari bayaran permit memasuki hutan simpan kekal sebanyak RM5 seorang di negeri Terengganu.",
        "question": "DATUK RAZALI BIN IDRIS minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah pendapatan Kerajaan dari tahun 2015 hingga 2021 hasil dari bayaran permit memasuki hutan simpan kekal sebanyak RM5 seorang di negeri Terengganu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Perhutanan Terengganu telah melaksanakan kutipan bayaran Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) pada kadar RM5 seorang sebulan kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti dalam kawasan HSK sepertimana yang ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Hutan 1986 Negeri Terengganu.\n2. Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2015 hingga 2021 hasil dari bayaran permit memasuki HSK adalah sebanyak RM341,825. Hasil pendapatan tersebut diperolehi daripada pengunjung yang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Chemerong-Berembun-Langsir (CBL), permit masuk untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan daripada Insititut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), bayaran sub-lesen bagi kawasan lesen pengusaha hasilan dan aktiviti-aktiviti Iain untuk tujuan memasuki HSK.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2276,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2276",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-23",
        "year": 2022,
        "no": "39",
        "member": "IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini peratusan keluasan hutan simpan di seluruh negara.",
        "question": "IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini peratusan keluasan hutan simpan di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nMalaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Keluasan kawasan berhutan ini adalah melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Perlindungan dan Tanah Kerajaan. Daripada jumlah tersebut, keluasan HSK adalah 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2285,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2285",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-31",
        "year": 2022,
        "no": "53",
        "member": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah bentuk dan berapakah jumlah rakyat yang telah mendapat manfaat daripada program Sustainability Achieved Via Eenergy Efficiency (SAVE) 3.0 sepanjang program ini dijalankan.",
        "question": "Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk dan berapakah jumlah rakyat yang telah mendapat manfaat daripada program Sustainability Achieved Via Eenergy Efficiency (SAVE) 3.0 sepanjang program ini dijalankan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nPelaksanaan Program SAVE 3.0 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan kelengkapan cekap tenaga serta memperbanyakkan penawaran dan pilihan barangan elektrik cekap tenaga bertaraf 4 dan 5 bintang di dalam pasaran tempatan. Program ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 140,000 isi rumah di seluruh negara.\nProgram SAVE 3.0 menyediakan nilai e-rebat yang boleh ditebus sehingga RM400 serta menyediakan lebih banyak pilihan peralatan elektrik. Terdapat enam peralatan cekap tenaga yang ditawarkan di bawah dua kategori Program ini iaitu Kategori 1 - peti sejuk dan penyaman udara. Manakala Kategori 2, televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi. Penebusan e-rebat adalah terhad kepada satu peralatan dan RM200 bagi setiap kategori.\nSehingga 7 Mac 2022, seramai 48,685 pengguna elektrik domestik telah menebus e-rebat Program SAVE 3.0 dengan jumlah tuntutan e-rebat berjumlah RM10,706,250. Selain itu, seramai 1,352 pekedai/peruncit telah berdaftar di bawah Program SAVE 3.0.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2277,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2277",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-23",
        "year": 2022,
        "no": "56",
        "member": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Mineral",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini program restorasi kawasan hutan terosot di Jerai Geopark dan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan dalam program restorasi tersebut.",
        "question": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perkembangan terkini program restorasi kawasan hutan terosot di Jerai Geopark dan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan dalam program restorasi tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nJerai Geopark terdiri daripada gabungan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan (TK), Tanah Berimilik (TM) dan laut berkeluasan 81,600 hektar. Kawasan HSK yang berada dalam kawasan Jerai Geopark adalah Hutan Simpan Gunung Jerai dengan keluasan 8,560 hektar dan Hutan Simpan Merbok dengan keluasan 3,076 hektar. Kedua-dua Hutan Simpan ini dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan dan tidak dibenarkan untuk dijalankan sebarang aktiviti pengusaha hasilan hutan. Bagi Hutan Simpan Gunung Jerai dan Hutan Simpan Merbok, tiada hutan terosot yang terdapat dalam kawasan ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2287,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2287",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "60",
        "member": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memberi inisiatif khas kepada negeri-negeri yang menjadi penyumbang utama kepada kelestarian alam sekitar dengan menyimpan hutan atau mewarta hutan simpan.",
        "question": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memberi inisiatif khas kepada negeri-negeri yang menjadi penyumbang utama kepada kelestarian alam sekitar dengan menyimpan hutan atau mewarta hutan simpan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) pada tahun 2019 sebagai satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected areas - PA). EFT menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam konservasi biodiversiti serta menggalakkan Kerajaan Negeri mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan elemen penting bagi perkhidmatan ekosistem (ecosystem services) termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.\n2. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019 melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 27 Mei 2019, sebanyak RM60 juta telah diagihkan pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). Peruntukan EFT berjumlah RM70 juta akan disediakan dan diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri pada tahun 2022 sebagai satu bentuk pemberian khusus di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Mekanisme pelaksanaannya telah diperkukuhkan melalui kriteria ekologi berasaskan keberhasilan.\n3. Selain itu, Mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (REDD Plus) telah dibangunkan di bawah United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) bertujuan untuk memberikan nilai kewangan terhadap penyerapan karbon oleh hutan serta menawarkan insentif kepada negara-negara membangun bagi mengekalkan hutan dan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada aktiviti perhutanan. KeTSA pada masa ini sedang memuktamadkan Kerangka Kewangan REDD Plus atau REDD Plus Finance Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan. Bagi melaksanakan pengoperasian RFF, KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund atau MFF.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2286,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2286",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-31",
        "year": 2022,
        "no": "64",
        "member": "DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Kementerian memastikan ekologi harimau selamat daripada sebarang bentuk ancaman pembalakan dan pencerobohan hutan yang berleluasa kebelakangan ini.",
        "question": "DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimanakah Kementerian memastikan ekologi harimau selamat daripada sebarang bentuk ancaman pembalakan dan pencerobohan hutan yang berleluasa kebelakangan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menerajui tindakan-tindakan luar biasa (extraordinary actions) bagi konservasi Harimau Malaya dan habitatnya bagi tempoh 10 tahun mulai 2021 hingga 2030 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021. Antara tindakan tersebut termasuklah bekerjasama dengan Tiger Range States (TRS) iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi mengukuhkan habitat Harimau Malaya melalui pengurusan guna tanah yang mampan dan membanteras kegiatan pencerobohan serta aktiviti pemburuan haram.\n2. Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya atau National Tiger Conservation Task Force (MyTTF) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai YAB Menteri-menteri Besar TRS serta YB Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang berkaitan juga telah ditubuhkan bagi menunjukkan kesepakatan dan komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konservasi Harimau Malaya dan habitatnya. Antara perkara yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Pertama MyTTF pada 10 Januari 2022 adalah seperti berikut:\ni) mempergiatkan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) melibatkan Jabatan PERHILITAN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta komuniti Orang Asli;\nii) memelihara dan memulihara habitat semula jadi dengan meningkatkan kawasan berhutan sedia ada di Semenanjung Malaysia dari 43.41% kepada 50% menjelang tahun 2040 selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4);\niii) memperkasa urus tadbir berkesan melalui penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN dan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM bagi mengekang aktiviti pencerobohan dan jenayah hidupan liar;\niv) memperkasakan instrumen kewangan inovatif sebagai tambahan kepada insentif kewangan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation yang sedia ada dan melaksanakan skim akreditasi habitat Harimau Malaya; dan\nv) melaksanakan kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakan strategik.\n3. Di samping itu, pindaan ke atas Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang telah diwartakan pada 10 Februari 2022 akan dikuatkuasakan mulai Julai 2022 bagi mengukuhkan keberkesanan perundangan konservasi hidupan liar. Antara pindaan yang dibuat termasuk meningkatkan denda maksimum daripada RM500,000.00 kepada RM1 juta dan hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun supaya dapat mencegah dan memberikan pengajaran sewajarnya kepada pelaku jenayah hidupan liar.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2288,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2288",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "67",
        "member": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah statistik kes pembalakan haram yang berlaku sepanjang tempoh 2018 hingga 2021 mengikut negeri dan menjelaskan keberkesanan pemeliharaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) melalui siste...",
        "question": "DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah statistik kes pembalakan haram yang berlaku sepanjang tempoh 2018 hingga 2021 mengikut negeri dan menjelaskan keberkesanan pemeliharaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) melalui sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh 2018 hingga 2021 sejumlah 633 kes pembalakan haram telah dikesan di seluruh negara. Perincian kes mengikut negeri ialah seperti berikut: \nBILNEGERIBILANGAN KES (2018 – 2021)\n1Johor6\n2Kedah18\n3Kelantan26\n4Melaka2\n5Negeri Sembilan7\n6Pahang40\n7Perak43\n8Perlis0\n9Pulau Pinang0\n10Selangor2\n11Terengganu54\n12Wilayah Persekutuan 0\n13Sabah86\n14Sarawak344\nJumlah 633",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2282,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2282",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-30",
        "year": 2022,
        "no": "79",
        "member": "DATUK BOBBEY BIN SUAN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan khasnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan yang diambil terhadap kes-kes pela...",
        "question": "DATUK BOBBEY BIN SUAN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan khasnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan yang diambil terhadap kes-kes pelanggaran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Aktiviti pembalakan di negara ini melibatkan tiga kawasan iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembalakan Hutan Pengeluaran dalam HSK dilaksanakan secara terkawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) serta Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS).\n2. Kadar CTT bagi setiap negeri diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) dan berkuatkuasa untuk tempoh setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Setiap Kerajaan Negeri perlu mematuhi kadar CTT yang telah ditetapkan dan pematuhan terhadap CTT dilaporkan dalam mesyuarat MTN.\n3. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-71 yang bersidang pada 14 Disember 2015, telah bersetuju dengan penetapan CTT seluas 1,234,440 hektar bagi sepanjang tempoh RMKe-11. Dalam tempoh tahun 2016 hingga 2020, jumlah keluasan hutan pengeluaran dalam HSK yang telah diusahasil adalah seluas 890,570 hektar. Ini menunjukkan aktiviti pengusaha hasilan yang dilaksanakan tidak melebihi jumlah CTT yang telah ditetapkan. Manakala, CTT yang ditetapkan bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ialah seluas 1,163,550 hektar, berkurangan sebanyak 70,890 hektar berbanding jumlah CTT RMKe-11.\n4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri, memandang serius isu pembalakan haram khususnya dalam kawasan HSK. Sepanjang tempoh tahun 2020 hingga 2021, sebanyak 272 kes pembalakan haram telah direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 111 kes direkodkan di Semenanjung, 35 kes direkodkan di Sabah dan 129 kes direkodkan di Sarawak. Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi Semenanjung Malaysia, melalui Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) bagi Sarawak dan bagi Sabah pula tindakan diambil dibawah Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968).\n5. Selain itu, KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menggunakan sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS) bagi membantu pasukan rondaan dan operasi penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti kesalahan hutan di lapangan dengan maklumat lokasi yang lebih spesifik. Sistem FMRS ini menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS) dan penderiaan jarak jauh yang boleh mengesan sebarang perubahan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Antara maklumat yang terdapat dalam sistem FMRS adalah kelas fungsi hutan, sempadan HSK, imej satelit beresolusi tinggi, maklumat koordinat, lesen pembalakan dan permit penggunaan. Setiap anggota penguatkuasa mempunyai akses kepada sistem FMRS dan ini membolehkan aktiviti pengesanan dan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih pantas berbanding dengan kaedah pemantauan di lapangan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2278,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2278",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-23",
        "year": 2022,
        "no": "87",
        "member": "PUAN LIM HUI YING",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa ekor Harimau Malaya di Malaysia pada tahun 2001, 2011 dan tahun 2021.",
        "question": "PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa ekor Harimau Malaya di Malaysia pada tahun 2001, 2011 dan tahun 2021.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada survei mengenai Harimau Malaya yang dilaksanakan sebelum tahun 2016.\n2. Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey - NTS1) telah dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bermula tahun 2016 hingga 2020 di landskap hutan-hutan Central Forest Spine (CFS) Semenanjung Malaysia seluas 44,000 km persegi dengan menggunakan perangkap kamera. Berdasarkan dapatan survei, anggaran populasi Harimau Malaya terkini adalah kurang daripada 150 ekor.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2293,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2293",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-26",
        "year": 2022,
        "no": "2",
        "member": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP",
        "area": "MERBOK",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian dalam meneroka perlombongan unsur nadir bumi (REE) dari aspek perundangan, kawal selia dan kemampanan operasi antara agensi penguatkuasaan, pemain indust...",
        "question": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP [ MERBOK ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian dalam meneroka perlombongan unsur nadir bumi (REE) dari aspek perundangan, kawal selia dan kemampanan operasi antara agensi penguatkuasaan, pemain industri dan pihak ketiga dalam memastikan kelestarian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam memastikan industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dilaksanakan berdasarkan prinsip kebertanggungjawaban dan kemampanan. Sehubungan itu, KeTSA telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak bagi membangunkan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. Projek ini akan dilaksanakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE Negeri Perak yang merangkumi semua perundangan yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral (Perak) 2003, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Pematuhan kepada SOP ini akan dipantau secara berkala sepanjang pelaksanaan projek perintis ini.\n2. Dokumen SOP yang dibangunkan ini telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada individu yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan perlombongan, hidrologi, hidrogeologi dan pembangunan lestari serta turut disertai oleh wakil daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penggiat industri. Dokumen ini dijadikan sebagai rujukan oleh semua agensi kerajaan dan penggiat industri khususnya di Negeri Perak bagi memastikan industri ini mampu memberikan keseimbangan antara kemakmuran ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.\n3. Walaupun kelulusan-kelulusan yang diperlukan untuk pelaksanaan projek perintis telah diperolehi, sehingga kini projek tersebut masih belum menjalankan sebarang aktiviti perlombongan. Hal ini kerana, pada masa ini pihak pengusaha lombong tersebut masih perlu menjalankan kerja-kerja pembangunan infrastruktur di kawasan tapak tersebut sebelum aktiviti perlombongan NR-REE boleh dijalankan. Berdasarkan perancangan, aktiviti perlombongan dijangka dapat dimulakan seawal bulan Ogos 2022 dan hasil pertama dijangka dapat dikeluarkan pada bulan November 2022.\n4. Mengambil kira status projek ini sebagai projek perintis, Kementerian akan memastikan kawal selia yang rapi dibuat dengan menubuhkan jawatankuasa pemantau serta melantik penilai bebas bagi membuat pemantauan berkala serta membuat penilaian impak terhadap pelaksanaan aktiviti projek perintis. Penilaian ini melibatkan faktor-faktor utama seperti keselamatan penggunaan kaedah in-situ leaching, penilaian terhadap sumber air bawah tanah dan air permukaan, penilaian kondisi tanah dan tanaman, kos pengeluaran mineral, impak limpahan ekonomi setempat dan kesihatan masyarakat di sekitar kawasan projek.\n5. Pada masa ini, terdapat beberapa buah negeri lain seperti Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu yang turut menunjukkan minat untuk melaksanakan aktiviti perlombongan NR-REE. Sehubungan itu, sekiranya Kerajaan mendapati SOP ini mampu mengawal selia aktiviti perlombongan di projek perintis tersebut dengan baik dan memberikan kesan yang minimum kepada alam sekitar, Kementerian berhasrat untuk memperluaskan pemakaiannya ke negeri-negeri lain bagi membolehkan aktiviti perlombongan NR-REE dijalankan. Bagi tujuan tersebut, Kementerian sedang dalam tindakan untuk menyediakan SOP NR-REE Malaysia berdasarkan kepada SOP yang disediakan untuk Negeri Perak.\n6. Selain itu, Kementerian juga sedang bekerjasama dengan Akademi Sains Malaysia dalam usaha untuk membangunkan model perniagaan bagi industri NR-REE. Kajian akan dijalankan untuk meneliti ekosistem yang dapat menyokong pembangunan industri berkaitan mineral tersebut yang merangkumi setiap peringkat dalam rantaian nilai. Setelah kajian dilengkapkan kelak, Kementerian akan menggabungkan maklumat yang diperoleh dalam pelaksanaan projek perintis dan kajian pembangunan model perniagaan tersebut untuk menilai keupayaan negara dalam industri NR-REE ini.\n7. Kementerian yakin langkah-langkah yang telah digariskan adalah selaras dengan prinsip dan kehendak yang disasarkan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goal 2030 – SDG 2030). Hal ini adalah bagi memastikan industri mineral negara dimajukan dengan mematuhi prinsip kemampanan dan kelestarian alam sekitar di mana ia mengambil kira pertimbangan berasaskan perlombongan yang bertanggungjawab, mampan, kompetensi, nilai tambah produk, mematuhi norma industri standard tinggi, pengendalian sumber mineral strategik dan kecekapan sumber.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L2 26.07.2022 - Nor Azrina Surip [Merbok].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2289,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2289",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-20",
        "year": 2022,
        "no": "9",
        "member": "TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN (KUALA KRAI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah Kementerian untuk melindungi rakyat bagi berhadapan dengan krisis tenaga global yang menyebabkan peningkatan kos harga bahan api.",
        "question": "TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN (KUALA KRAI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah Kementerian untuk melindungi rakyat bagi berhadapan dengan krisis tenaga global yang menyebabkan peningkatan kos harga bahan api.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme Pelepasan Kos – Kos Tidak Seimbang (ICPT) disemak setiap enam bulan sekali dengan mengambil kira kos bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Dalam hal ini, kos ICPT bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 adalah sebanyak RM7 bilion bersamaan kadar surcaj 11.81 sen/kWj yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Julai hingga Disember 2022.\n2. Sebagai langkah mitigasi jangka pendek bagi melindungi rakyat yang berhadapan dengan krisis tenaga global, Kerajaan pada 24 Jun 2022 telah bersetuju untuk menampung subsidi elektrik berjumlah RM5.8 bilion bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022 meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api di pasaran global. Ini bermakna, pengguna-pengguna domestik kekal menerima rebat 2 sen/kWj dan pengguna-pengguna bukan domestik kekal dikenakan surcaj 3.70 sen/kWj berbanding kadar surcaj ICPT sebenar iaitu 11.81 sen/kWj. Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti dibayar sepanjang enam bulan pertama tahun ini berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing.\n3. Namun begitu, berdasarkan analisis daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), harga bahan api di pasaran global masih kekal tinggi berikutan impak peperangan di antara Rusia dan Ukraine sejak Mac 2022 dan permintaan bahan api arang batu yang tinggi daripada negara-negara luar. Bagi mengatasi krisis tenaga dan kos ICPT yang dijangka meningkat, Kementerian telah merancang beberapa pelan mitigasi jangka panjang, antaranya mengutamakan bahan api yang paling murah (least cost dispatch) untuk penjanaan elektrik dan seterusnya akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran ICPT yang akan datang.\n4. Selain itu, Kementerian juga telah menyediakan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka masa panjang yang menetapkan hala tuju bagi perancangan pembekalan elektrik negara antaranya adalah dengan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api import seperti arang batu secara berperingkat serta meningkatkan campuran tenaga boleh baharu kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035 sebagaimana sasaran yang ditetapkan di bawah Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER).\n5. Seterusnya, Kementerian juga akan terus melaksanakan pelan komunikasi yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat. Sebagai langkah awal, mulai Julai 2022, jumlah subsidi bil elektrik yang ditampung oleh Kerajaan akan dipaparkan dalam bil elektrik bulanan setiap pengguna supaya rakyat memahami dan menghargai subsidi ditanggung oleh Kerajaan bagi seunit elektrik yang digunakan.\n6. Selain itu juga, Kementerian dengan kerjasama kementerian-kementerian lain yang berkaitan, ST, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan usaha-usaha mengenai kempen kesedaran dan penjimatan penggunaan elektrik di media sosial, media cetak dan lain-lain platform yang bersesuaian sebagai langkah memupuk penggunaan tenaga elektrik yang cekap di kalangan pengguna seterusnya dapat membantu mengurangkan kos operasi syarikat serta perbelanjaan isi rumah, terutama ketika negara dan dunia dilanda ketidaktentuan ekonomi pada masa ini.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L9 20.07.2022 - Abdul Latiff Abdul Rahman [Kuala Krai].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2297,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2297",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "9",
        "member": "DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR (CAMERON HIGHLANDS)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian akan meneruskan projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan dan adakah pembinaan empangan itu akan menjejaskan kehidupan masyarakat ...",
        "question": "DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR (CAMERON HIGHLANDS) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah pihak Kementerian akan meneruskan projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan dan adakah pembinaan empangan itu akan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan sekitarnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Pembinaan Projek Loji Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan yang berkapasiti 300 Megawatt (MW) akan diteruskan dan dibiayai serta dilaksanakan sepenuhnya oleh TNB Power Generation Sdn. Bhd.(TPGSB)\n2. Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan stesen janakuasa hidroelektrik ini telah dimulakan sejak 1 Mac 2022 dan projek dijangka siap dan mula beroperasi pada 1 Jun 2027. Dengan keluasan tasik takungan utama seluas 53.84 kilometer persegi, projek ini mampu membantu Kerajaan Negeri Kelantan mengurangkan kesan fenomena banjir besar yang kerap melanda negeri ini selain mengatasi isu perbekalan air bersih serta pengairan, dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan ketika pembinaannya dan pelbagai lagi potensi kegiatan ekonomi apabila ia siap kelak.\n3. Pembinaan Empangan Nenggiri ini akan memberikan kesan kepada flora dan fauna serta tiga (3) buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kuala Wias, Pos Pulat dan Pos Tohoi yang mempunyai penduduk seramai 1,115 orang. Sehubungan itu, kesan atau impak ini perlu ditangani melalui pelbagai langkah kawalan dengan kerjasama rapat jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.\n4. Selain itu, pihak TPGSB telah memulakan kerja-kerja awalan pembangunan projek ini dengan memperolehi semua kelulusan yang diperlukan, antaranya Kajian Potensi Mineral, Kajian Penerimaan Awam dan Sosial, Kajian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA), Kajian Impak Sosial (Social Impact Assessment - SIA) dan Kajian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment - HIA).\n5. Bagi memaksimumkan manfaat projek ini dan menjaga kepentingan masyarakat perkampungan yang terlibat dan Orang Asli di kawasan berkenaan, sejak tahun 2014 lagi, TNB telah melaksanakan pelbagai program dan tanggungjawab sosial bersama komuniti-komuniti Orang Asli di sekitar tapak cadangan projek.\n6. Lebih tiga puluh (30) sesi libat urus bersama masyarakat setempat telah dilaksanakan termasuk anjuran SUHAKAM yang disertai para pemimpin komuniti Orang Asli di tapak projek empangan iaitu dari Pos Tohoi, Pos Pulat, Kg. Kuala Wias dan kumpulan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK). Berdasarkan hasil Kajian Penerimaan Awam oleh Juruperunding yang dilantik, UKM Pakarunding Sdn. Bhd. pada tahun 2018, menunjukkan tahap penerimaan projek oleh penduduk di ketiga-tiga perkampungan meningkat kepada 80% berbanding 69.5% pada tahun 2015.\n7. Ini mencerminkan masyarakat terlibat telah memahami dengan jelas pembangunan yang akan berlaku di kawasan mereka dan manfaat yang akan diperolehi. TNB bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan jabatan serta agensi berkaitan akan melakukan penempatan semula beberapa petempatan Orang Asli yang terkesan berdasarkan kepada perundangan dan persetujuan Orang Asli sendiri.\n8. Kawasan petempatan baru akan meningkatkan kualiti hidup mereka dalam tempoh jangka masa panjang. Selain dari rumah yang lebih selesa dengan kemudahan insfrastruktur awam, mereka juga akan mempunyai sumber pendapatan yang lebih terjamin melalui kebun getah yang akan dibangunkan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L9 01.08.2022 - Dato' Ramli Dato' Mohd Nor [Cameron Highland].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2305,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2305",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-04",
        "year": 2022,
        "no": "9",
        "member": "TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ (BACHOK)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah untuk memastikan pengambilan tanah projek ECRL memenuhi aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya terkawal.",
        "question": "TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ (BACHOK) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah untuk memastikan pengambilan tanah projek ECRL memenuhi aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya terkawal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bertanggungjawab melaksanakan urusan pengambilan tanah projek ECRL berlandaskan peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Dimaklumkan bahawa tanah yang terlibat dalam pengambilan projek ECRL adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan (MOT) dan dilaksanakan berdasarkan kajian serta keperluan teknikal projek tersebut.\nProjek ECRL melibatkan jajaran sejauh 665 kilometer merentasi beberapa kawasan hutan simpan yang merupakan habitat kepada hidupan liar. Pelaksanaan projek ECRL ini akan mengakibatkan fragmentasi hutan yang memutuskan koridor (laluan) hidupan liar dan membawa kepada kehilangan habitat yang luas. KeTSA mengambil perhatian terhadap aspek kemampanan ekologi dan konservasi hidupan liar agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya adalah terkawal.\nSehubungan itu, KeTSA melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menetapkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) sebagai prasyarat utama dalam kelulusan laporan Penilaian Impak alam Sekitar (Environmental Impact Assesment - EIA). WMP bertujuan sebagai langkah mitigasi terhadap hidupan liar yang terkesan dalam pembangunan projek dan ia memainkan peranan penting dalam menjaga dan menjamin kelestarian hidupan liar selari dengan pembangunan projek ini. Antara langkah-langkah mitigasi di dalam Wildlife Management Plan adalah:\n1. Perlaksanaan program pengurusan konflik hidupan liar seperti kera dan babi hutan melalui pemasangan perangkap;\n2. Membina pagar dan tembok di sepanjang jajaran ECRL bagi menghalang hidupan liar dari memasuki landasan ECRL;\n3. Pembinaan terowong di jajaran yang melalui hutan yang menjadi habitat hidupan liar seperti Tapir dan antara lokasi yang dicadangkan adalah di Gambang, Pahang;\n4 Pembinaan viaduct untuk laluan hidupan liar seperti gajah di Kemasul Pahang; dan\n5. Pembinaan culvert untuk laluan hidupan liar saiz kecil dan sederhana seperti beruang, kijang dan spesies kucing hutan.\nJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) juga telah memeterai perjanjian kerjasama dengan ECRL dalam pelaksanaan mitigasi hidupan liar di sepanjang jajaran ECRL sehingga tahun 2024.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L9 04.08.2022 - Nik Mohamad Abduh [Bachok].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2294,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2294",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-26",
        "year": 2022,
        "no": "15",
        "member": "DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG (KOTA SAMARAHAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah pencapaian mengenai Agenda Hijau dan Kelestarian Tenaga Negara.",
        "question": "DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG (KOTA SAMARAHAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pencapaian mengenai Agenda Hijau dan Kelestarian Tenaga Negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai negara neutral karbon menjelang tahun 2050, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebagai Kementerian yang bertanggungjawab terhadap industri pembekalan elektrik negara, telah menetapkan sasaran untuk melestarikan sumber penjanaan elektrik negara melalui peningkatan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada 31% pada tahun 2025 dan 40% pada tahun 2035.\n2. Sehingga bulan Mac 2022, jumlah kapasiti terpasang TBB telah mencapai 9,381MW atau 23% daripada keseluruhan kapasiti terpasang bekalan elektrik negara. Jumlah kapasiti terpasang TBB ini telah menyumbang kira-kira 70% daripada jumlah kapasiti TBB yang perlu dicapai pada tahun 2025. KeTSA akan meneruskan usaha untuk memastikan supaya baki 30% daripada kapasiti TBB yang telah disasarkan bagi tahun 2025 akan dicapai melalui pelaksanaan program-program yang telah dirancang termasuk:\ni) Proram Solar Berskla Besar\nii) Program Net Energy Metering\niii) Program Feed-in Tariff\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L15 26.07.2022 - Datuk Hajah Rubiah Hj Wang [Kota Samarahan].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2290,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2290",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-20",
        "year": 2022,
        "no": "18",
        "member": "DATUK ROZMAN BIN ISLI (LABUAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) Pelan jangka masa sederhana dan panjang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mempelbagaikan sumber tenaga boleh baharu seperti solar, hidro dan bio bahan api; dan b) Jumlah pelaburan t...",
        "question": "DATUK ROZMAN BIN ISLI (LABUAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\na) Pelan jangka masa sederhana dan panjang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mempelbagaikan sumber tenaga boleh baharu seperti solar, hidro dan bio bahan api; dan\nb) Jumlah pelaburan teknologi hijau seperti hidrogen hijau yang dibuat oleh TNB.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai syarikat utiliti utama bagi pembekalan elektrik negara sentiasa menyokong usaha Kerajaan untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) daripada sumber solar, hidro dan biobahan api dalam pembekalan elektrik negara.\n2. Oleh itu, TNB telah menandatangani melebihi 9,500 Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement (PPA) dengan kesemua pemaju TBB yang telah diluluskan Kerajaan di bawah Program Solar Berskala Besar, Program Tarif Galakan (Feed in Tariff – FiT) dan di bawah Stesen-Stesen Hidroelektrik dengan jumlah kapasiti sekitar 4,200MW. Ikatan PPA ini akan memberikan jaminan aliran pendapatan kepada pemaju dan daya maju projek bagi memperolehi pembiayaan untuk membangunkan projek TBB tersebut. TNB turut menyokong pelaksanaan Program Net Energy Metering (NEM) yang telah menyumbang kepada kapasiti TBB sebanyak 558MW.\n3. Bagi membolehkan Kerajaan meneruskan usaha untuk meningkat dan mempelbagaikan sumber penjanaan TBB negara untuk tempoh jangka masa panjang, TNB akan memberikan tumpuan pelaburannya dalam pembangunan dan pengukuhan infrastruktur elektrik negara untuk masa depan atau future ready. Ini termasuk pembangunan teknologi penyimpanan tenaga (energy storage) dan grid pintar. Langkah ini akan membolehkan supaya infrastruktur pembekalan elektrik negara mampu beroperasi dengan lebih efisien, pintar serta anjal untuk mengadaptasi dan mengintegrasi teknologi masa depan bagi membolehkan kemasukan lebih banyak kapasiti TBB.\n4. Dari segi pelaburan teknologi hijau pula, portfolio pelaburan sedia ada TNB dalam pembangunan TBB di Malaysia setakat Disember 2021 telah mencapai sebanyak 2,771.4 MW dengan anggaran nilai aset berjumlah kira-kira RM9 bilion. Berdasarkan Pelan Halatuju Kelestarian 2050, TNB mensasarkan untuk meningkatkan portfolio TBB kepada 66%, 24% termal bukan arang batu dan 10% arang batu pada tahun 2035, berbanding 14% TBB, 41% termal bukan arang batu dan 45% arang batu pada 2021. Pembangunan projek empangan hidroelektrik Nenggiri dengan nilai pelaburan bernilai RM 5 bilion di Kelantan merupakan antara projek yang akan menyumbang kepada sasaran peningkatan pelaburan TNB dalam TBB ini.\n5. Manakala, bagi pelaburan dalam teknologi hidrogen hijau, memandangkan teknologi ini masih di peringkat awal industrial utilisation, tumpuan TNB adalah dalam aspek adaptasi teknologi tersebut dalam sistem pembekalan elektrik. Untuk permulaan, pihak TNB menyediakan peruntukan melebihi RM 10 juta sebagai langkah perintis untuk meneroka rantaian nilai Hidrogen Hijau termasuk pembekalan elektrik hijau khasnya dalam menyelidik dan mengkaji kebolehlaksanaannya sehingga tahun 2023.\nSekian, terima kasih\n\nAttachments\r\n\r\nDR L18 20.07.2022 -YB Datuk Rozman bin Isli [Labuan].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2306,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2306",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-04",
        "year": 2022,
        "no": "19",
        "member": "DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR (CAMERON HIGHLANDS)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status terkini mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.",
        "question": "DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR (CAMERON HIGHLANDS) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerima laporan kejadian runtuhan batu kuari di Kuari Danshak Sdn. Bhd (No.2) di Mukim Sg. Raia, Daerah Kinta pada 8 Mac 2022. Kejadian tersebut melibatkan dua pekerja dan dua jentera yang dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan batu kuari.\n2. Kejadian runtuhan batu berkemungkinan berpunca daripada struktur geologi bukit batu kapur tersebut yang mempunyai banyak rongga dan rekahan. Runtuhan batu dipercayai berlaku di bahagian lereng bukit yang berketinggian 200 meter dan menyebabkan gelinciran batu sejauh lebih kurang 150 meter.\n3. Susulan daripada pemerhatian dan siasatan di kawasan kejadian, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, JMG Negeri Perak dan Pegawai Daerah Kinta telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan aktiviti pengkuarian serta merta kepada pengusaha kuari yang terlibat. Selain itu, PTG Negeri Perak turut mengeluarkan arahan untuk menghentikan sementara kerja-kerja penggerudian, peletupan dan pemecahan batu secara mekanikal kepada kuari berdekatan bagi membolehkan kerja mencari dan menyelamat dijalankan.\n4. Kerja mencari dan menyelamat telah bermula pada 8 Mac 2022 melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, PTG Negeri Perak dan JMG Negeri Perak. Kerja mencari dan menyelamat dijalankan berpandukan nasihat teknikal daripada pihak JMG terhadap tahap keselamatan dan kestabilan kawasan runtuhan batu.\n5. Pada 7 April 2022, satu Mesyuarat Khas Kerja-Kerja Mencari dan Menyelamat (SAR) telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kinta. Mesyuarat tersebut memutuskan untuk mengurangkan bilangan anggota yang terlibat dalam aktiviti mencari dan menyelamat. Namun, pihak pengusaha kuari diminta untuk meneruskan kerja mencari dan menyelamat sehingga mangsa yang dipercayai tertimbus dapat ditemui.\n6. Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian masih diteruskan sehingga kini oleh Pihak penguasa kuari dan Jurutera Perunding kerana dua orang mangsa dan jentera yang dipercayai tertimbus belum ditemui. Antara langkah yang dilakukan ialah kerja peletupan sekunder di lokasi kejadian bagi memecahkan bongkahan batuan dan memindahkan batuan daripada lokasi kejadian. Operasi ini akan terus dipantau oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dibantu oleh JMG Negeri Perak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L19 04.08.2022 - Dato' Ramli Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2295,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2295",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-26",
        "year": 2022,
        "no": "20",
        "member": "DATUK DR. HASAN BIN BAHROM (TAMPIN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menangani masalah gangguan binatang liar seperti monyet dan babi hutan, wajarkah Kementerian berhasrat untuk menggubal satu rang undang-undang yang berk...",
        "question": "DATUK DR. HASAN BIN BAHROM (TAMPIN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menangani masalah gangguan binatang liar seperti monyet dan babi hutan, wajarkah Kementerian berhasrat untuk menggubal satu rang undang-undang yang berkaitan dengan membenarkan pengusaha kebun buah-buahan memiliki dan menggunakan Air Gun bagi mengawal kebun tanaman mereka daripada gangguan binatang liar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah melaksanakan beberapa tindakan bagi menangani konflik hidupan liar terutamanya spesies kera dan babi hutan melalui kaedah-kaedah seperti berikut:\n(a) menjalankan program penakaian hidupan liar di kawasan yang berisiko;\n(b) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman;\n(c) menjalankan program pemasangan perangkap komuniti bagi tujuan menangkap hidupan liar konflik; dan\n(d) menyediakan program kontrak menangkap hidupan liar konflik melalui pemasangan perangkap dengan kerjasama pihak swasta.\n2. Pada masa ini, KeTSA berpandangan tiada keperluan untuk menggubal satu rang undang-undang yang berkaitan bagi membenarkan pengusaha kebun buah-buahan memiliki dan menggunakan Air Gun untuk mengawal kebun tanaman mereka daripada gangguan hidupan liar kerana perundangan sedia ada sudah memadai.\n3. Peruntukan Seksyen 54, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] menjelaskan bahawa pemunya ladang atau penduduk tanah boleh menangkap atau membunuh hidupan liar untuk melindungi tanaman mereka. Walau bagaimanapun, kebenaran untuk menangkap dan membunuh hidupan liar konflik ini adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dilakukan oleh pemunya ladang atau penduduk tanah seperti berikut:\n(a) berusaha secara munasabah untuk menakutkan hidupan liar terlebih dahulu sebelum tindakan menangkap dan membunuh dijalankan;\n(b) jika hidupan liar berhenti membuat kerosakan, hidupan liar itu tidak boleh ditangkap atau dibunuh;\n(c) melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN yang berhampiran tanpa kelengahan mengenai butir-butir kejadian menangkap dan membunuh hidupan liar konflik termasuk spesies hidupan liar terlibat, jenis kerosakan, jenis senjata yang digunakan dan tindakan yang telah dilakukan sama ada hidupan liar ditangkap atau dibunuh; dan\n(d) hidupan liar yang ditangkap atau dibunuh hendaklah menjadi harta Negeri dan tanpa kelengahan diserahkan kepada pegawai Jabatan PERHIITAN.\n4. Selain itu, peruntukan Seksyen 9 Akta 716 menjelaskan bahawa hidupan liar yang dilindungi seperti kera dan babi hutan boleh diburu tertakluk kepada kelulusan permohonan lesen di bawah seksyen 12 dan 14 Akta 716. Dalam hal ini, pemunya ladang atau penduduk tanah boleh mengemukakan permohonan lesen bagi tujuan memburu hidupan liar tersebut.\n5. Di samping itu, pegawai Jabatan PERHILITAN turut diberi kuasa di bawah peruntukan Seksyen 52 Akta 716 untuk memburu mana-mana hidupan liar yang berbahaya kepada nyawa atau harta manusia.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L20 26.07.2022 - Hasan Bahrom [Tampin].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2298,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2298",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "26",
        "member": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian terhadap projek lanthanide mining oleh MCRE RESOURCES di Hulu Perak yang bakal membawa kemusnahan terhadap kawasan sebesar 2126 hektar yang merangkumi kawasan 'Envir...",
        "question": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan Kementerian terhadap projek lanthanide mining oleh MCRE RESOURCES di Hulu Perak yang bakal membawa kemusnahan terhadap kawasan sebesar 2126 hektar yang merangkumi kawasan 'Environmentally Sensitive Area 1' dan 'Primary Linkage 8 Central Forest Spine'.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Berdasarkan permohonan kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang telibat adalah seluas 2,161 hektar. Permohonan ini telah mendapat kelulusan pada 11 Mei 2022 yang lalu meliputi beberapa tanah persendirian di bawah pemilikan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Majlis Daerah Gerik, FELCRA Berhad dan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc).\n2. Berdasarkan perincian Laporan EIA yang telah diluluskan tersebut, daripada keluasan 2,161 hektar ini, hanya tanah di bawah pemilikan PPPNP dan FELCRA Berhad yang berstatus tanah pertanian iaitu seluas 1,546 hektar sahaja diluluskan bagi kegunaan kawasan perlombongan dan pusat pemprosesan mineral unsur nadir bumi (Rare Earth Elements - REE). Seterusnya, tanah di bawah pemilikan Majlis Daerah Gerik seluas 36 hektar diluluskan bagi tujuan pembangunan infrastruktur seperti pejabat dan stor.\n3. Manakala, baki kawasan seluas 579 hektar yang berstatus tanah hutan di bawah pemilikan MB Inc. pula diluluskan bagi kegunaan kajian EIA sahaja kerana terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK). Daripada kawasan yang telah diluluskan EIA untuk tujuan perlombongan dan pemprosesan tersebut, pada masa ini, hanya kawasan seluas 87.45 hektar di bawah pemilikan PPPNP sahaja yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai tapak projek perintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (Non-Radioactive Rare Earth Elements – NR-REE).\n4. Seterusnya, rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menunjukkan tiada sebarang kelulusan tenemen mineral (Pajakan Melombong atau Lesen Melombong Tuan Punya) di Negeri Perak dikeluarkan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Kelas I.\n5. Untuk langkah seterusnya dalam memastikan projek perlombongan ini memberikan impak yang minimum terhadap alam sekitar, Kementerian amat menekankan prinsip perlombongan secara bertanggung jawab dan mampan. Perkara ini turut telah dinyatakan semasa sesi penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2021 yang lalu, di mana Kementerian tidak akan menyokong dan mengeluarkan apa-apa Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS) sekiranya permohonan perlombongan adalah di atas tanah berstatus HSK atau rizab perlindungan dan kawasan yang diwartakan sebagai KSAS. Hal ini adalah terpakai bagi semua jenis perlombongan termasuk perlombongan NR-REE. Oleh sebab itu, hanya kawasan tanah berstatus pertanian di bawah pemilikan PPPNP sahaja yang diluluskan bagi aktiviti perlombongan NR-REE.\n6. Walaupun aktiviti perlombongan ini telah mendapat kelulusan-kelulusan berkaitan seperti EIA, OMS dan Kebenaran Merancang (KM), Kementerian masih mengawal aktiviti perlombongan ini melalui penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE Negeri Perak. SOP ini telah mula berkuatkusa bermula 15 April 2022 yang lalu dan akan diguna pakai sebagai panduan untuk mengawal selia perlaksanaan Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Negeri Perak. SOP ini telah dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira kesemua akta dan perundangan berkaitan antaranya seperti Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral (Perak) 2003, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.\n7. Di samping itu juga, Kementerian telah menetapkan bahawa hanya kaedah perlombongan secara in-situ leaching dari deposit lempung jerapan ion (Ion Adsorption Clay – IAC) dibenarkan bagi tujuan perlombongan dalam projek perintis ini. Kaedah ini diyakini lebih selamat berbanding kaedah perlombongan secara terbuka (open cast) yang akan mengakibatkan lebih banyak pembersihan hutan akibat daripada aktiviti penebangan pokok. Kaedah in-situ leaching hanya melibatkan pembukaan tanah yang minimum kerana hanya melibatkan suntikan larutan ammonium sulphate ke dalam jasad bijih melalui lubang suntikan larutan di bawah kepala tekanan tertentu untuk mengekstrak mineral ini dalam bentuk ion.\n8. Mengambil kira status projek ini sebagai projek perintis, Kementerian akan memastikan kawal selia yang rapi dibuat dengan menubuhkan jawatankuasa pemantau serta melantik penilai bebas bagi membuat pemantauan berkala serta membuat penilaian impak terhadap pelaksanaan aktiviti projek perintis. Penilaian ini melibatkan faktor-faktor utama seperti keselamatan penggunaan kaedah in-situ leaching, penilaian terhadap sumber air bawah tanah dan air permukaan, penilaian kondisi tanah dan tanaman, kos pengeluaran mineral, impak limpahan ekonomi setempat dan kesihatan masyarakat di sekitar kawasan projek.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L26 01.08.2022 - Nurul Izzah Anwar [Permatang Pauh].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2296,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2296",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-26",
        "year": 2022,
        "no": "46",
        "member": "TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN (KALABAKAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat ketidaksambungan dan penarikan balik permit penerokaan gas geothermal daripada Tawau Green Energy Sdn Bhd di lokasi Apas Kiri, Tawau. Apakah...",
        "question": "TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN (KALABAKAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan akibat ketidaksambungan dan penarikan balik permit penerokaan gas geothermal daripada Tawau Green Energy Sdn Bhd di lokasi Apas Kiri, Tawau. Apakah Kementerian bersedia dengan perancangan untuk memulakan semula projek tersebut setelah penerokaan kawasan hutan simpan dengan cara menebang kayu kayan bermutu tinggi di kawasan yang dicadang sebagai tapak geothermal. Apakah alasan-alasan yang dikenal pasti sehingga projek tersebut tidak diteruskan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek geoterma oleh Tawau Green Energy Sdn. Bhd. di Apas Kiri, Tawau telah diluluskan pelaksanaannya di bawah mekanisme tarif galakan (Feed-in Tariff – FiT) pada 2 Julai 2015.\n2. Walau bagaimanapun, kelulusan pelaksanaan projek ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) pada 6 September 2018 kerana kemajuan projek di tapak telah terhenti selepas penggerudian 1 unit exploratory well bagi tinjauan dan penilaian sumber geoterma. Pembatalan pelaksanaan projek ini telah ditarik balik disebabkan pihak pemaju projek telah gagal dalam :\na) membuktikan daya maju (viability) pelaksanaan projek; dan\nb) menunjukkan kemajuan pencapaian berdasarkan milestones yang ditetapkan.\n3. Memandangkan kelulusan projek ini adalah di bawah mekanisme FiT, pembatalannya tidak memberikan kesan tanggungan atau kerugian kepada Kerajaan. Ini kerana bayaran kepada pemaju projek hanya akan dibuat berdasarkan penjanaan tenaga elektrik yang dibekalkan kepada pihak utiliti. Sebaliknya, pembatalan projek ini telah membolehkan nilai defisit Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi negeri Sabah dapat dikurangkan.\n4. Buat masa ini, mengambil kira kedudukan semasa kutipan dan dana KWTBB bagi Negeri Sabah yang tidak mencukupi untuk menampung pelaksanaan sebarang projek baharu FiT di Sabah, pihak Kerajaan tiada perancangan untuk memulakan semula pelaksanaan projek ini.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L46 26.07.2022 - Ma'mun Sulaiman [Kalabakan].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2326,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2326",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "54",
        "member": "Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir (Johor Bahru)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan kesediaan Kementerian menggunakan grid tenaga hijau dan mengubah kadar Feed-in-Tariff (FiT) bagi mengurangkan kos pemilikan solar secara keseluruhan sebagai strategi menurunkan bil utiliti.",
        "question": "Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir (Johor Bahru) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kesediaan Kementerian menggunakan grid tenaga hijau dan mengubah kadar Feed-in-Tariff (FiT) bagi mengurangkan kos pemilikan solar secara keseluruhan sebagai strategi menurunkan bil utiliti.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem penghantaran dan pengagihan grid di negara ini tidak dibahagikan secara khusus kepada grid hijau dan grid bukan hijau. Namun demikian, tenaga elektrik hijau yang dihasilkan daripada sumber penjanaan Tenaga Boleh Baharu boleh dibekalkan kepada pengguna yang berminat dengan membayar premium tambahan 3.7sen/kWj melalui Program Tarif Elektrik Hijau.\nManakala, bagi cadangan pelarasan kadar Feed-in-Tariff (FiT) bagi sumber solar pula, kelulusan FiT bagi sumber solar telah ditamatkan pada tahun 2016 setelah kos pemasangan serta tempoh pulangan pemasangan sistem solar di negara ini telah mencapai tahap wajar pengguna. Dalam erti kata lain, harga bagi pemasangan sistem solar telah mencapai harga yang munasabah dan boleh ditampung oleh pengguna.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL54 - Tuan Akmal Nasrullah Mohd Nasir [Johor Bahru].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2327,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2327",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "64",
        "member": "DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH (KUBANG PASU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan prestasi pencapaian negara terkini terhadap sasaran “40% renewable energy capacity by 2035\" -pecahan mengikut sektor solar, angin, hidro dan tenaga bio. Apakah perancangan dan galakan Ke...",
        "question": "DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH (KUBANG PASU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan prestasi pencapaian negara terkini terhadap sasaran “40% renewable energy capacity by 2035\" -pecahan mengikut sektor solar, angin, hidro dan tenaga bio. Apakah perancangan dan galakan Kerajaan bagi memastikan sasaran ini tercapai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu Negara sehingga suku pertama tahun 2022 adalah berjumlah 9,381MW atau 23% daripada keseluruhan kapasiti terpasang bekalan elektrik negara berbanding sasaran 40% pada tahun 2035.\n2. Pecahan pencapaian kapasiti TBB ini berdasarkan sumber adalah seperti berikut:\ni) Hidro - 5,692 MW (62%)\nii) Tenaga bio - 1,138 MW (12%)\niii) Solar - 2,024 MW (21%)\niv) Hidro kecil - 527 MW ( 5%)\n3. Dalam memastikan supaya sasaran 40% kapasiti TBB pada 2035 tercapai, Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER). Pelan ini telah menggariskan kerangka strategik untuk mencapai visi pembangunan TBB negara iaitu “Ke arah Sistem Tenaga Rendah Karbon\" melalui pelaksanaan 4 tonggak berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu.\n4. Beberapa program pembangunan TBB seperti program bidaan Solar Berskala Besar, Tarif Galakan TBB (Feed-In Tariff - FiT), Skim Pemeteran Bersih (Net Energy Metering - NEM), Penggunaan Sendiri (Self-Consumption) dan skim Tarif Elektrik Hijau (Green Electricity Tariff - GET) telah dibangunkan bagi menyokong aspirasi peningkatan TBB negara.\n5. Selain itu, Kerajaan juga sedang meneliti potensi dan kebolehlaksanaan program korporat Power Purchase Agreement (PPA) untuk TBB bagi membolehkan pelanggan korporat seperti RE100, syarikat yang komited dalam menepati ciri Environmental Social Governance (ESG) untuk memperolehi bekalan elektrik dari sumber TBB.\nSekian Terima Kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL64 - Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2299,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2299",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "76",
        "member": "DR. ONG KIAN MING (BANGI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan korporat PPA yang telah ditandatangani dan telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan angka terkini bagi tahun 2022 dan kapasiti tenaga elektrik dalam MW yang dijangka akan dihasilk...",
        "question": "DR. ONG KIAN MING (BANGI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan korporat PPA yang telah ditandatangani dan telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan angka terkini bagi tahun 2022 dan kapasiti tenaga elektrik dalam MW yang dijangka akan dihasilkan oleh korporat PPA ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, mekanisme korporat Power Purchased Agreement (PPA) untuk Tenaga Boleh Baharu (TBB) belum lagi dilaksanakan kerana pelaksanaannya perlu diteliti dari pelbagai aspek meliputi kepentingan semua pengguna elektrik (domestik, industri dan komersial), perancangan dan pembangunan projek TBB secara holistik, penggunaan dan keanjalan sistem dan rangkaian talian grid nasional serta ketersediaan kerangka perundangan. Oleh itu, tiada sebarang ikatan korporat PPA yang telah dimeteraikan buat masa ini.\nSekian terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L76 01.08.2022 - Dr Ong Kian Ming [Bangi].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2307,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2307",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-04",
        "year": 2022,
        "no": "79",
        "member": "TUAN CHA KEE CHIN (RASAH)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah tambah baik yang bakal dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mengendalikan permohonan akaun baru, untuk mengatasi masalah identiti seseorang yang disal...",
        "question": "TUAN CHA KEE CHIN (RASAH) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah tambah baik yang bakal dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mengendalikan permohonan akaun baru, untuk mengatasi masalah identiti seseorang yang disalahgunakan sebagai pemegang akaun tanpa pengetahuannya, termasuk menggunakan pendekatan biometrik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk Makluman Ahli Yang Berhormat,\nBagi menangani isu ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:\n1. Membangunkan projek digital signature bagi permohonan dalam talian. Semua permohonan secara dalam talian akan diwajibkan menjalani dua proses iaitu electronic Know Your Customer - eKYC dan pengeluaran sijil digital oleh badan berlesen; dan\n2. Membangunkan alat biometric card reader bagi permohonan di Kedai Tenaga TNB. Semua pemohon yang menyerahkan borang permohonan bekalan elektrik wajib hadir sendiri untuk menjalani pengesahan maklumat melalui myKad serta imbasan cap jari sendiri. Semua permohonan melalui kontraktor perlu dibuat melalui saluran dalam talian iaitu myTNB portal.\nKedua-dua projek ini masih dalam peringkat pembangunan dan dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2023.\nSelain itu, TNB juga telah merangka satu kaedah interim sebagai penyelesaian segera dengan memperketatkan lagi proses kerja bagi permohonan sedia ada, khususnya terhadap permohonan yang dikemukakan oleh wakil atau kontraktor bagi pihak pemohon.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L79 04.08.2022 - Cha Kee Chin [Rasah].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2300,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2300",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "84",
        "member": "DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI (KUALA NERUS)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi Kementerian dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada minyak, gas dan arang batu bagi mengelakkan kenaikan tarif elektrik yang sudah pasti membebankan rakyat. Laporan media m...",
        "question": "DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI (KUALA NERUS) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan strategi Kementerian dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada minyak, gas dan arang batu bagi mengelakkan kenaikan tarif elektrik yang sudah pasti membebankan rakyat. Laporan media menyebut berikutan kekurangan bahan-bahan berkenaan di peringkat global mengakibatkan harga bekalan tenaga dunia melambung tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\nBagi mengurangkan kebergantungan Negara kepada sumber penjanaan elektrik berasaskan bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu, beberapa dasar dan program berkaitan sumber penjanaan berasaskan Tenaga Boleh Baharu (TBB) telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut:\n1. Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Sasaran tersebut akan dapat dicapai melalui pelaksanaan program-program TBB sedia ada seperti Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM), Self-Consumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA).\n2. Kerajaan melalui Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) (2022 – 2035) telah menggariskan kerangka strategik bagi meningkatkan campuran TBB dalam pembekalan elektrik negara melalui pelaksanaan empat tonggak strategi berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu. Pelaksanaan kesemua tonggak ini akan didukung oleh empat strategi pemangkin yang berperanan sebagai enabler ke arah usaha peningkatan kapasiti TBB negara serta mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Empat strategi pemangkin tersebut adalah:\na) memanfaatkan peluang TBB dalam pasaran bekalan elektrik (leveraging electricity market reform for RE oppurtunities);\nb) menambah baik akses kepada pembiayaan (improve access to financing);\nc) pembentukan modal insan dan pembangunan infrastruktur (shape human capital and infrastructure); dan\nd) peningkatan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik (increase system flexibility).\n3. Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara atau National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP) (2016 – 2025) telah dan sedang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan tenaga dalam tiga sektor utama, iaitu sektor industri, komersial dan kediaman. Melalui NEEAP, Kerajaan mensasarkan penjimatan elektrik terkumpul sebanyak 8% pada tahun 2025 berbanding senario business-as-usual (BAU). Sehingga Disember 2021, pelaksanaan inisiatif di bawah NEEAP telah menyumbang kepada penjimatan elektrik tahunan sebanyak 4.37% atau penjimatan terkumpul sebanyak 21,163 Gigawatt jam bersamaan dengan RM6.06 bilion.\n4. Kerajaan juga sentiasa komited untuk menggalakkan rakyat melaksanakan amalan cekap tenaga dalam kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, Kerajaan telah memandatorikan pelaksanaan Standard Prestasi Tenaga Minimum atau Minimum Energy Performance Standard (MEPS) dan memberi penarafan kecekapan tenaga berserta pelabelan ke atas sembilan (9) jenis peralatan elektrik iaitu peti sejuk, penghawa dingin, kipas domestik, televisyen, lampu, freezer, mesin basuh, microwave oven dan periuk nasi.\n5. Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE). Program ini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui pembiayaan Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Pelaksanaannya turut disokong oleh syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak Energy Berhad, Sabah Electricity Sdn. Bhd., Nur Power Sdn. Bhd.\n6. Pelaksanaan Program SAVE ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan kelengkapan elektrik cekap tenaga serta memperbanyakkan penawaran dan pilihan barangan yang cekap tenaga bertaraf 4 dan 5 bintang di dalam pasaran tempatan.\n7. Program SAVE ini menyediakan nilai e-rebat yang boleh ditebus dan terdapat dua kategori peralatan di bawah program ini iaitu Kategori 1, peti sejuk dan penyaman udara dengan nilai e-rebat yang boleh ditebus sebanyak RM200. Di bawah Kategori 2 pula, nilai e-rebat yang disediakan adalah RM200 bagi televisyen, RM200 bagi mesin basuh, RM100 bagi ketuhar gelombang mikro atau RM50 bagi periuk nasi.\n8. Bagi pemilik-pemilik syarikat yang merupakan pengguna elektrik di bawah kategori industri atau komersial yang menggunakan lebih 3 juta kWj dalam tempoh enam bulan berturut-turut di premis mereka dan berdaftar di bawah Peraturan Tenaga Elektrik 2008 boleh memohon dana melalui “Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan Pengurusan Tenaga dalam Sektor Industri dan Komersial\" untuk melaksanakan audit tenaga secara kolaborasi dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga – Energy Service Company (ESCO) bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di premis dan pepasangan mereka. Insiatif-inisiatif tersebut bukan sahaja dapat membantu mengurangkan bil elektrik bagi pengguna bukan domestik, malah ia dapat dilihat sebagai usaha ke arah melestarikan perniagaan masing-masing dalam memenuhi komitmen ESG mereka.\n9. Kerajaan turut mengambil inisiatif menukar lampu jalan kepada lampu jenis cekap tenaga seperti lampu Light Emitting Diode (LED) yang boleh menjimatkan bil elektrik untuk jangka masa panjang di bandar-bandar terpilih di Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh kawal selia kedua (RP2) iaitu dari tahun 2018 hingga 2021, sebanyak 544,561 unit lampu jalan LED telah dipasang. Selanjutnya, Kerajaan telah bersetuju untuk memasang sebanyak 67,993 unit lampu jalan LED pada tahun 2022 di 10 lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia. Pemasangan ini adalah menggunakan baki lampu jalan LED di bawah RP2. Sehingga 6 Julai 2022, sebanyak 25,002 unit lampu jalan LED telah dipasang.\n10. Kerajaan juga melaksanakan program-program kesedaran mengenai kecekapan tenaga secara konsisten di pelbagai peringkat termasuk penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat dan pengguna awam seperti pertandingan Energy Efficiency (EE) Challenge di peringkat sekolah, kempen-kempen promosi dan informasi kepada orang awam melalui pelbagai platform media massa, sosial dan elektronik.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L84 01.08.2022 - Dato' Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2308,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2308",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-04",
        "year": 2022,
        "no": "84",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM (KUALA LANGAT)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini dalam usaha pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) dan juga langkah-langkah diambil untuk pembangunan industri REE.",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM (KUALA LANGAT) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini dalam usaha pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) dan juga langkah-langkah diambil untuk pembangunan industri REE.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n1. Pada masa ini, pelaksanaan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak yang merupakan projek perlombongan NR-REE yang pertama di Malaysia telah mendapat kelulusan daripada agensi-agensi teknikal yang terlibat. Kelulusan-kelulusan tersebut adalah seperti Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 11 Mei 2022, kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pada 26 Mei 2022 dan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) oleh Majlis Daerah Gerik pada 7 Jun 2022.\n2. Walaupun kelulusan-kelulusan telah diperolehi, sehingga kini projek tersebut masih belum menjalankan sebarang aktiviti perlombongan. Hal ini kerana, pada masa ini pihak pengusaha lombong tersebut masih perlu menjalankan kerja-kerja pembangunan infrastruktur di kawasan tapak tersebut sebelum aktiviti perlombongan NR-REE boleh dijalankan. Berdasarkan perancangan, aktiviti perlombongan secara perintis dijangka dapat dimulakan seawal bulan Ogos 2022 dan hasil pertama dijangka dapat dikeluarkan pada bulan November 2022.\n3. Bagi memastikan aktiviti perlombongan khususnya di tapak projek perintis tersebut dijalankan secara bertanggung jawab dan mampan, pihak Kementerian telah menyediakan dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) Negeri Perak. Pemakaian SOP ini di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak sebagai panduan bagi mengawal selia aktiviti perlombongan NR-REE di Negeri Perak khususnya di tapak projek perintis telah dimuktamadkan.\n4. SOP ini telah disemak dan dinilai oleh satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang berkaitan. Ia menggariskan aspek-aspek yang perlu dipatuhi di peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca-perlombongan. Sekiranya Kerajaan mendapati SOP ini mampu mengawal selia aktiviti perlombongan dengan baik dan memberikan kesan yang minimum kepada alam sekitar, Kementerian akan memperluaskan pemakaiannya ke negeri-negeri lain bagi membolehkan aktiviti perlombongan NR-REE dijalankan.\n5. Mengenai langkah yang diambil bagi membangunkan industri NR-REE ini, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian amat komited dalam memastikan pembangunan industri ini dibangunkan secara bertanggungjawab dan mampan. Kementerian mensasarkan industri ini dibangunkan secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai yang bermula dari peringkat huluan hingga hiliran. Usaha Kerajaan dalam membangunkan peringkat huluan telah dinyatakan sebelum ini dengan memastikan aktiviti perlombongan NR-REE dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam dokumen SOP Perlombongan NR-REE.\n6. Bagi pembangunan industri NR-REE di peringkat pertengahan, Kementerian telah membentangkan cadangan konseptual pembangunan loji pemprosesan terpusat (Centralised Processing Plant - CPP) dalam mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Perak pada 18 November 2021. Antara perkara yang diberikan perhatian dalam cadangan tersebut adalah dari aspek skala pelaburan untuk pembangunan CPP, perolehan teknologi pemprosesan, parameter ekonomi dan sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang perlu diberi pertimbangan sekiranya CPP ingin dibangunkan.\n7. Di samping itu juga, kementerian turut mengadakan sesi libat urus bersama agensi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perak (BPEN) berhubung cadangan insentif yang boleh diperkenalkan sekiranya CPP ini dibangunkan.\n8. Langkah-langkah ini bertujuan membantu pencapaian objektif Kementerian bagi membangunkan industri NR-REE secara menyeluruh dari peringkat huluan hingga ke peringkat hiliran. Ini juga bagi mengelakkan sumber NR-REE dieksport secara mentah ke luar negara dan menggalakkan ia diproses bagi mendapatkan nilai tambah yang tinggi. Namun demikian, harus diakui bahawa, pada masa ini kepakaran untuk membangunkan CPP masih belum terdapat di Malaysia.\n9. Memandangkan industri NR-REE ini merupakan industri baharu yang bakal dibangunkan di Malaysia, Kementerian sedang berusaha untuk mengumpulkan data dan maklumat yang lengkap berhubung keseluruhan ekosistem pembangunan industri NR-REE ini. Bagi tujuan tersebut, Kementerian telah mengambil inisiatif dengan melantik pihak Akademik Sains Malaysia (ASM) untuk menjalankan kajian cadangan model perniagaan (business model) pembangunan industri NR-REE di Malaysia. Kajian ini akan memberi kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE yang bakal dibangunkan, di mana penghasilan dokumen ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada semua pihak khususnya bagi pihak kerajaan dan pemain industri dalam membangunkan industri NR-REE.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L84 04.08.2022 - Dato' Dr. Xavier Jayakumar [Kuala Langat].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2291,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2291",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-20",
        "year": 2022,
        "no": "89",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini rangkaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga.",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini rangkaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\nPenggubalan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga (Energy Efficiency and Conservation Act –EECA) bertujuan untuk mewujudkan satu kerangka perundangan kecekapan tenaga yang komprehensif bagi mengawal selia, menguatkuasa, menyelaras dan melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga termasuk tenaga termal.\nProses penggubalan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga kini telah memasuki fasa akhir, di mana draf RUU tersebut sedang dalam proses dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan pembentangan di Parlimen. Pihak Kementerian menjangka bahawa RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga tersebut dapat dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L89 20.07.2022 - Yeo Bee Yin [Bakri].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2301,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2301",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "97",
        "member": "DATUK DR. SHAHRUDDIN BIN MD. SALLEH (SRI GADING)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa peratusan semasa tanah rizab Melayu setakat Jun 2022 dan langkah strategik Kerajaan dalam memelihara perkara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.",
        "question": "DATUK DR. SHAHRUDDIN BIN MD. SALLEH (SRI GADING) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa peratusan semasa tanah rizab Melayu setakat Jun 2022 dan langkah strategik Kerajaan dalam memelihara perkara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKeluasan kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) berbanding keluasan Semenanjung Malaysia sehingga 2021 adalah 37.39% iaitu peningkatan 1.07% daripada tahun 2020 dan peningkatan sebanyak 104.86% berbanding keluasan TRM pada tahun 1947. Kutipan data bagi keluasan TRM tahun 2022 masih dalam tindakan Kementerian dengan kerjasama semua Pentadbiran Tanah Negeri.\nDimaklumkan bahawa keluasan Tanah Simpanan Melayu tidak akan mengalami pengurangan keluasan memandangkan apabila terdapat pembatalan Kawasan Tanah Simpanan Melayu, Pihak Berkuasa Negeri akan menggantikan keluasan kawasan tersebut dengan tanah-tanah lain selaras dengan peruntukan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Fasal 2 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.\nMemandangkan isu TRM dan cadangan-cadangan pembangunan melibatkan tanah milik Persendirian adalah di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, Kementerian menerusi Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (JKPTG), Pusat Geospatial Negara dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama rakan-rakan strategik seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), TERAJU serta PLAN Malaysia sedang bekerjasama dalam menyediakan satu pelan pembangunan pangkalan data TRM yang menyeluruh agar menjadi pemangkin pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Dalam masa yang sama, sesi libat urus dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dijadual untuk diadakan secara berkala bagi mewujudkan komitmen yang baik dalam pemantauan TRM.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L97 01.08.2022 - Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh [Sri Gading].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2302,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2302",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "98",
        "member": "DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID (PENGERANG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk mengurangkan risiko tanah runtuh terutama di kawasan FELDA dan Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar di kawasan Parlimen Pengerang.",
        "question": "DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID (PENGERANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk mengurangkan risiko tanah runtuh terutama di kawasan FELDA dan Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar di kawasan Parlimen Pengerang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Fenomena bencana geologi tanah runtuh telah dikenal pasti menjadi suatu ancaman yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda hingga membawa kerugian besar kepada negara. Dalam hal ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang mempunyai kepakaran dalam bidang geologi diberi tanggungjawab dalam usaha-usaha mengurangkan risiko bencana geologi tanah runtuh amnya.\n2. Bagi tujuan pencegahan, JMG menjalankan kerja-kerja pemantauan cerun kritikal di seluruh negara (kecuali cerun sepanjang jalan dan lebuhraya di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi) secara berkala. Maklumat cerun kritikal ini dikemaskini dan dikongsi kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi tindakbalas bencana (Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat) dan teknikal yang terlibat dalam pengurusan cerun (Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dari semasa ke semasa.\n3. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sehingga April 2021, terdapat 25 cerun kritikal di seluruh negeri Johor yang sedang dalam pemantauan JMG yang terdiri daripada tujuh (7) cerun kritikal tahap tinggi, tujuh (7) cerun kritikal tahap sederhana dan sebelas (11) cerun kritikal tahap rendah.\n4. Sejumlah lapan (8) cerun dikenalpasti berada dalam Parlimen Pengerang, Daerah Kota Tinggi. Tiga (3) cerun berada pada tahap kritikal tinggi iaitu satu (1) cerun di Felda Semenchu dan dua (2) cerun di kawasan sekitar penempatan Bukit Pelali. Sejumlah tiga (3) cerun pula berada pada tahap kritikal sederhana iaitu di Kawasan Tangki Air SAJ, Bukit Pelali, Kampung Bukit Raja dan Jalan Flora, Sebana Cove manakala dua (2) cerun pada tahap kritikal rendah iaitu di Jalan Gunung Panti enam (6) dan di Persiaran Bukit Pelali.\n5. Selain itu, bagi kawasan Taman Mutiara Desaru, tiada aduan tanah runtuh diterima oleh pihak JMG. Walau bagaimanapun, hasil daripada lawatan tapak dan maklumat daripada pihak Majlis Perbandaran Pengerang, kerja-kerja baikpulih cerun yang telah runtuh sedang diambil tindakan oleh pihak Majlis Perbandaran Pengerang bermula 5 April 2022.\n6. Bagi tujuan tindakbalas bencana tanah runtuh, JMG menjalankan pemeriksaan tapak bencana dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja menerima maklumat kejadian bencana. Penilaian tahap keselamatan dibuat sejurus tiba di tapak bencana bagi memastikan kumpulan penyiasat JMG dan Agensi Tindakbalas seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) termasuk Agensi Teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak terdedah kepada ancaman runtuhan susulan.\n7. Bagi tujuan kesiapsiagaan dan pengurusan bencana pula, JMG melaksanakan penzonan kawasan bencana mengikut tahap risiko yang terbahagi kepada dua (2) iaitu zon bahaya dan zon kawalan. Zon Bahaya berada dalam perimeter jasad tanah runtuh manakala Zon Kawalan adalah kawasan yang mengelilingi Zon Bahaya yang mempunyai ciri-ciri geologi dan geomorfologi cerun yang sama dengan Zon Bahaya serta terdapatnya tanda-tanda pergerakan tanah. Kesemua inisiatif yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard Di Kawasan Zon Bencana Tanah Runtuh (JMG. SOP.01).\n8. Penglibatan KeTSA melalui JMG dalam usaha-usaha ini diharap akan membantu Agensi berkaitan dan Kerajaan Negeri dalam membuat tindakan mitigasi bersesuaian bagi mendepani isu-isu bencana geologi tanah runtuh dan mengurangkan kesannya ke atas masyarakat dan negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L98 01.08.2022 - Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2303,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2303",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "101",
        "member": "DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan tanah simpanan (rizab) Melayu (TSM) di Semenanjung Malaysia dan berikan pecahan mengikut negeri serta berikan juga jumlah kawasan FELDA yang terletak di bawah TSM.",
        "question": "DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah keluasan tanah simpanan (rizab) Melayu (TSM) di Semenanjung Malaysia dan berikan pecahan mengikut negeri serta berikan juga jumlah kawasan FELDA yang terletak di bawah TSM.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nJumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia secara keseluruhannya ialah 4,963,190.80 hektar. Pecahan keluasan mengikut negeri bagi tahun 2019-2021 adalah seperti di Lampiran A.\nDimaklumkan bahawa maklumat berkaitan tanah FELDA yang terletak dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Dimaklumkan juga bahawa maklumat yang diperolehi oleh Kementerian berkaitan TRM adalah daripada Pentadbiran Tanah Negeri masing yang merangkumi tanah berimilik dan tanah Kerajaan.\nSekian, terima kasih.\nTABURAN KEDUDUKAN KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU DI SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2019-2021 \nNEGERIJUMLAH KELUASAN NEGERI (HEKTAR) JUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU\n2019\n(HEKTAR)\nPERATUS KELUASAN TRM BERBANDING KELUASAN NEGERI\n2019\n(%)\nJUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU\n2020\n(HEKTAR)\nPERATUS KELUASAN TRM BERBANDING KELUASAN NEGERI\n2020\n(%)\nJUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU\n2021\n(HEKTAR)\nPERATUS KELUASAN TRM BERBANDING KELUASAN NEGERI\n2021\n(%)\n\nPERLIS81,848.4030,722.7337.5330,728.8137.5430,728.8137.54\nKEDAH958,351.52721,801.4275.31721,803.1675.32721,803.1675.32\nKUALA LUMPUR24,347.30987.614.051003.564.121,003.564.12\nNEGERI SEMBILAN668,514.94226,402.5633.86226,372.6633.86226,372.6633.86\nJOHOR1,916,703.05557,563.3229.09558,539.6429.14558,539.6429.14\nPAHANG3,596,667.37436,910.4712.14436,910.4712.14436,910.4712.14\nTERENGGANU1,303,617.09118.22 \n(Tanah Rizab)\n36.87118.22\n(Tanah Rizab)\n32.31118.22\n(Tanah Rizab)\n32.31\n480,588.74 \n(Pemegangan Melayu)\n421,097.60\n(Pemegangan Melayu)\n421,097.60\n(Pemegangan Melayu)\n\nKELANTAN1,709,491.911,308,687.0076.551.308.687.0776.551,453,025.3084.99\nPERAK2,097,753.78950,326.0045.30953,056.5145.43953,042.6745.43\nSELANGOR810,454.57163,639.8220.19163,258.5720.14160,462.9619.79\nPULAU PINANG104,900.64TIADA RIZAB MELAYU00000\nMELAKA166,286.94TIADA RIZAB MELAYU00000\nJUMLAH KESELURUHAN13,272,650.574,877,747.8936.754,821,576.27\n\n36.324,963,190.8037.39",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2304,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2304",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-01",
        "year": 2022,
        "no": "103",
        "member": "DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa keluasan Tanah Simpanan Melayu yang dilupuskan selepas kemerdekaan negara dan berapa keluasan yang diisytihar (diganti) selepas kemerdekaan negara serta berikan statistik keluasan...",
        "question": "DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa keluasan Tanah Simpanan Melayu yang dilupuskan selepas kemerdekaan negara dan berapa keluasan yang diisytihar (diganti) selepas kemerdekaan negara serta berikan statistik keluasan mengikut negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKeluasan kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Simpanan Melayu di Semenanjung Malaysia sehingga kutipan data terkini pada 2021 adalah sebanyak 37.39% iaitu 4,963,190.80 hektar. Peratus keluasan tahun 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 1.07% berbanding tahun 2020. Maklumat sedia ada juga merekodkan peningkatan keluasan sebanyak 104.86% berbanding dicatatkan sebelum Merdeka pada tahun 1947. Data terawal yang dikenalpasti oleh Kementerian mengenai Tanah Simpanan Melayu adalah maklumat pada tahun 1947 dengan jumlah keluasan Tanah Simpanan Melayu sebanyak 2,422,720 hektar. Statistik kedudukan keluasan Tanah Simpanan Melayu adalah seperti di Lampiran. Maklumat spesifik pembatalan dan penggantian Tanah Simpanan Melayu boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.\nSekian, terima kasih.\nTABURAN KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU MENGIKUT NEGERI TAHUN 1947 - 2021\n\nSumber : Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG), (2021)\n\nAttachments\r\n\r\nDR L103 01.08.2022 - Datuk Saifuddin Nasution [KulimBandar Baharu].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2328,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2328",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "105",
        "member": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan komitmen antarabangsa di Rio Summit 1992 untuk mengekalkan liputan hutan sebanyak 50% di seluruh negara. Nyatakan liputan hutan termasuk hutan simpanan kekal dan peratusan liputan terkin...",
        "question": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan komitmen antarabangsa di Rio Summit 1992 untuk mengekalkan liputan hutan sebanyak 50% di seluruh negara. Nyatakan liputan hutan termasuk hutan simpanan kekal dan peratusan liputan terkini bagi setiap negeri dan terangkan cara liputan hutan ditentukan dan kualiti pengumpulan data tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan hutan pada tahun 2018 adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu bersamaan dengan 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Sehubungan itu, Malaysia masih mengekalkan litupan kawasan berhutan melebihi 50 peratus selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Keluasan kawasan berhutan termasuk Hutan Simpanan Kekal (HSK) mengikut negeri adalah seperti berikut: \nBil.NegeriKeluasan TanahKawasan BerhutanKawasan Hutan Simpanan Kekal/ Hutan Simpan\nLuas (hektar)Luas (hektar)%Luas (hektar)%\n1.Johor1,910,200447,75323.44332,74917.42\n2.Kedah944,700342,43136.25341,97636.20\n3.Kelantan1,510,100810,41553.67613,27540.61\n4.Melaka165,2005,4483.305,1993.15\n5.Negeri Sembilan668,600157,96423.63155,54923.26\n6.Pahang3,584,0002,056,69557.391,559,38543.50\n7.Perak2,103,8001,013,47948.17988,91447.00\n8.Perlis81,80011,53814.1010,61512.98\n9.Pulau Pinang103,2007,7527.515,1014.94\n10.Selangor793,100251,48931.70250,21031.55\n11.Terengganu1,295,900651,24850.25540,30941.69\n12.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur24,3002,0498.43680.28\n13.Wilayah Persekutuan Putrajaya4,900----\n14.Wilayah Persekutuan Labuan9,200----\nJumlah Semenanjung13,199,0005,758,26143.624,803,350536.39\n15.Sabah7,390,4004,767,448.6564.511,907,981.6725.82\n16.Sarawak12,445,1007,747,777.0062.254,209,053.0033.82\nJUMLAH KESELURUHAN33,034,50018,273,486.6555.3110,920,384.6733.06",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2309,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2309",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-04",
        "year": 2022,
        "no": "106",
        "member": "PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH (KUANTAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kawasan peratusan hutan simpanan kekal yang telah dinyahwartakan di setiap negeri tanpa konsultasi awam dan juga jumlah kawasan tersebut yang digantikan bagi setiap negeri dengan ...",
        "question": "PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH (KUANTAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah kawasan peratusan hutan simpanan kekal yang telah dinyahwartakan di setiap negeri tanpa konsultasi awam dan juga jumlah kawasan tersebut yang digantikan bagi setiap negeri dengan menjelaskan kaedah penggantian hutan simpanan kekal yang telah dinyahwartakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung yang diwarta keluar bagi tempoh tahun 2017 hingga 2021 adalah 0.95 peratus atau 45,473 hektar, manakala jumlah keluasan HSK yang diwarta masuk bagi tempoh yang sama adalah 1.57 peratus atau 75,637.40 hektar.\n2. Kesemua pewartaan keluar kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Selangor adalah tanpa konsultasi atau siasatan awam (public hearing). Di Semenanjung, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) hendaklah menggantikan kawasan tanah yang dikeluarkan daripada HSK di bawah seksyen 11, Akta 313 dengan sesuatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai HSK baharu. Manakala di Selangor, terdapat sedikit perbezaan di mana PBN perlu mengadakan siasatan awam sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar dan HSK yang telah diwarta keluar perlu digantikan dengan suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar selaras dengan pindaan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2011.\n3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang melaksanakan pindaan ke atas Akta 313. Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 telah dibentangkan bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2022 dan baharu selesai bacaan kali kedua dan ketiga pada 18 Julai 2022. Pindaan yang dicadangkan kepada Akta 313 pada kali ini meliputi:\n(i) keperluan untuk mengadakan siasatan awam (public hearing) sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar; dan\n(ii) keperluan penggantian serentak HSK yang diwarta keluar dengan suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar.\n4. Cadangan pindaan ini bertujuan memperketatkan proses pewartaan keluar HSK dan dalam masa yang sama akan mengurangkan tekanan pembangunan ke atas kawasan HSK sedia ada. Melalui pindaan ini juga, pewartaan keluar HSK bagi tujuan pembangunan akan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah semua aspek due-diligence dengan izin, dilaksanakan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L106 04.08.2022 - PUAN HAJAH FUZIAH SALLEH (Kuantan).pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2329,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2329",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "106",
        "member": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kawasan hutan terkini termasuk hutan simpanan kekal yang telah diperuntukkan dan diguna pakai bagi tujuan pertanian, perladangan serta perlombongan di setiap negeri.",
        "question": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah kawasan hutan terkini termasuk hutan simpanan kekal yang telah diperuntukkan dan diguna pakai bagi tujuan pertanian, perladangan serta perlombongan di setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara. Berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh ketiga-tiga Jabatan Perhutanan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, tiada HSK yang digunakan bagi tujuan pertanian. Penubuhan ladang hutan adalah dibenarkan dalam HSK oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berdasarkan peruntukan seksyen 16, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], Enakmen Hutan 1968 di Sabah dan Ordinan Hutan 2015 di Sarawak.\n2. Seluas 439,189 hektar dalam kawasan HSK telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-68 pada tahun 2012 sebagai Zon Penubuhan Ladang Hutan di Semenanjung. Sehingga kini, seluas 213,522.19 hektar atau 48.62 peratus telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Semenanjung.\n3. Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan seluas 600,000 hektar kawasan Hutan Simpan Komersial (Kelas II) untuk dibangunkan sebagai kawasan ladang hutan menjelang tahun 2036, selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira aspek-aspek konservasi, hanya seluas 400,000 hektar daripada keluasan tersebut akan dibangunkan sebagai ladang hutan. Sehingga kini, seluas 163,143 hektar atau 41 peratus daripada sasaran tersebut telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Sabah. Manakala di Sarawak, Kerajaan Negeri telah membuat ketetapan di bawah Revised Policy Direction on Industrial Forest Plantation in Sarawak pada tahun 2020 untuk mencapai sasaran sebanyak 1 juta hektar kawasan HSK dan Tanah Kerajaan akan dibangunkan sebagai ladang hutan (dikenali sebagai hutan industri di Sarawak). Sehingga kini, seluas 552,369.15 hektar atau 55.24 peratus telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Sarawak.\n4. Pembangunan atau penubuhan ladang hutan di Negeri-negeri perlu mematuhi keluasan zon yang telah diluluskan dan dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan. Sekiranya penanaman spesies komoditi dan lain-lain pokok pertanian spesies bukan berkayu di dalam kawasan pembangunan ladang hutan tidak dikawal, ia akan memberikan kesan terhadap pensijilan hutan sekiranya terdapat ketidakpatuhan pembangunan zon ladang ini. Selain itu, MTN Ke-79 pada 2 Disember 2021 telah bersetuju dengan pelaksanaan moratorium selama 15 tahun kelulusan baharu ladang hutan dalam Zon Penubuhan Ladang Hutan HSK di Semenanjung yang telah ditetapkan oleh MTN pada tahun 2012.\n5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi dasar KeTSA untuk tidak meluluskan sebarang kelulusan Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan seperti HSK, Kawasan Rizab Perlindungan mahupun kawasan yang telah diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Pada masa ini tiada sebarang permohonan baharu OMS akan diluluskan terhadap mana-mana pajakan melombong (Mining Lease – ML) di dalam HSK. KeTSA juga menyarankan kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya tidak mewarta keluar mana-mana HSK untuk tujuan pengeluaran ML.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL106 - TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [Klang].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2310,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2310",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-08-04",
        "year": 2022,
        "no": "107",
        "member": "DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa keluasan Tanah Simpanan Melayu yang ditanam padi dan berapa pula keluasan Tanah Simpanan Melayu yang lokasinya terletak di pulau-pulau atau pergunungan serta berikan statistiknya ...",
        "question": "DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KULIM BANDAR BAHARU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa keluasan Tanah Simpanan Melayu yang ditanam padi dan berapa pula keluasan Tanah Simpanan Melayu yang lokasinya terletak di pulau-pulau atau pergunungan serta berikan statistiknya mengikut negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKeluasan kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia adalah 4,963,190.80 hektar sehingga akhir 2021. Kutipan data bagi tahun 2022 masih dalam tindakan Kementerian dengan kerjasama semua Pentadbiran Tanah Negeri.\nKementerian juga tiada maklumat mengenai kedudukan Tanah Rizab Melayu yang dikhususkan untuk penanaman padi atau lokasi TRM yang terletak di pulau-pulau. Maklumat yang diperolehi oleh Kementerian adalah daripada Pentadbiran Tanah Negeri masing-masing yang merangkumi tanah bermilik dan tanah Kerajaan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L107 04.08.2022 - Datuk Seri Saifuddin Nasution [Kulim Bandar Baharu].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2330,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2330",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "107",
        "member": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan insentif-insentif yang Kementerian telah sediakan bagi menggalakkan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan hutan, terutamanya hutan simpanan kekal, bagi tujuan penyelidikan, ...",
        "question": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan insentif-insentif yang Kementerian telah sediakan bagi menggalakkan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan hutan, terutamanya hutan simpanan kekal, bagi tujuan penyelidikan, rekreasi atau eko-pelancongan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) pada tahun 2019 sebagai satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected areas - PA). Pemberian insentif melalui EFT menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam konservasi biodiversiti serta menggalakkan Kerajaan Negeri mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem (ecosystem services) termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.\n2. Sejak diperkenalkan, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan EFT sebanyak RM60 juta pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). Bermula tahun 2022, pelaksanaan EFT telah diletakkan di bawah seliaan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selaras dengan keputusan Majlis Kewangan Negara Tahun 2021. YB Menteri Kewangan semasa menyampaikan ucapan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 juga telah mengumumkan peruntukan EFT berjumlah RM70 juta akan disediakan setiap tahun kepada semua negeri.\n3. Selain itu, Mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (REDD Plus) telah dibangunkan di bawah United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) bertujuan untuk memberikan nilai kewangan terhadap penyerapan karbon oleh hutan serta menawarkan insentif kepada negara-negara membangun bagi mengekalkan hutan dan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada aktiviti perhutanan. Pada masa ini, KeTSA sedang memuktamadkan Kerangka Kewangan REDD Plus atau REDD Plus Finance Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan. Bagi melaksanakan pengoperasian RFF, KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund atau MFF.\n4. Sebagai tambahan, pada tahun 2022, KeTSA telah menerima peruntukan berjumlah RM9.15 juta melalui sumber Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pelaksanaan projek menaik taraf dan baik pulih kemudahan-kemudahan ekopelancongan serta Pembangunan Sistem Amaran Awal Risiko Kepala Air (Early Headwater Risk Warning System) yang melibatkan 25 lokasi Taman Eko Rimba dan Taman Negeri.\n5. Di samping itu, KeTSA juga sedang melaksanakan Program Latihan dan Kemahiran Semula (Reskill and Upskill) Ekopelancongan Sumber Asli dengan meletakkan sasaran untuk melatih seramai 1,000 orang Malim Gunung Perhutanan (MGP). Peranan MGP akan turut menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi penguatkuasaan pencerobohan hutan dan kegiatan pemburuan haram. Bagi tujuan tersebut, sejumlah RM1.46 juta telah diluluskan dan diperuntukkan oleh MOF kepada KeTSA melalui Kumpulan Wang Covid-19.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL107 - TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [Klang].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2292,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2292",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2022-07-20",
        "year": 2022,
        "no": "127",
        "member": "DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL (BUKIT GANTANG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang dilaksanakan Kementerian bagi menambah baik ekosistem dan biodiversiti bagi kawasan Kuala Sepetang dan Trong serta usaha yang dimainkan oleh Kementerian dalam Kempen Penanam...",
        "question": "DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL (BUKIT GANTANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang dilaksanakan Kementerian bagi menambah baik ekosistem dan biodiversiti bagi kawasan Kuala Sepetang dan Trong serta usaha yang dimainkan oleh Kementerian dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di kawasan ini. Kedua-dua kawasan ini mempunyai jenis baka dan pokok paya bakau yang terbaik di dunia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara usaha yang dilaksanakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam menambahbaik ekosistem dan biodiversiti di kawasan Kuala Sepetang dan Trong adalah melalui pelaksanaan penanaman pokok spesies-spesies hutan paya laut dan Program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) yang melibatkan komuniti masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan pelbagai agensi. Selain itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah menyediakan Rancangan Kerja Hutan Paya Laut Matang bagi tahun 2020 hingga 2029. Rancangan Kerja Hutan Paya Laut Matang ini disediakan bertujuan untuk dijadikan rujukan rasmi dalam merancang, menilai, mengurus dan mengawal selia Hutan Paya Laut Matang serta menyokong pengurusan yang efektif bagi Unit Pengurusan Hutan Negeri Perak.\n3. Selain itu, KeTSA melalui JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti di bawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di kawasan ini. Sebanyak 1,226,861 pokok merangkumi dua spesies iaitu Bakau Minyak dan Bakau Kurap telah ditanam di kawasan ini sejak pelancaran kempen pada 5 Januari 2021. Di samping itu, antara aktiviti utama lain yang telah dijalankan adalah seperti berikut:\n(i) Program penanaman bersama Ahli Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Ibu Pejabat JPSM di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Perak pada 9 November 2021. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 200 pokok daripada 60 orang peserta;\n(ii) Program penanaman pokok sempena lawatan Tuan Yang Terutama Duta Jerman ke Malaysia di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Perak pada 19 November 2021. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 20 pokok daripada 20 orang peserta;\n(iii) Program Penyemaian Benih Bakau bersama Hospital KPJ Taiping Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang, Matang, Perak pada 2 Julai 2022. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 500 pokok daripada 20 orang peserta; dan\n(iv) Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah), KeTSA. Program ini melibatkan penanaman sebanyak 303 pokok daripada 30 orang peserta. Selain itu, JPSM melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga mengagihkan sebanyak 50 pokok Bidara kepada masjid-masjid dan surau-surau di Kampung Sungai Tinggi, Trong, Perak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR L127 20.07.2022 - DATO' SYED ABU HUSSIN [Bukit Gantang].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2331,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2331",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "171",
        "member": "DATO' JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa luaskah hutan yang telah dicerobohi dan balak ditebang secara haram di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2021 dan nyatakan berapa tangkapan dibuat dan berapa yang telah dihada...",
        "question": "DATO' JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa luaskah hutan yang telah dicerobohi dan balak ditebang secara haram di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2021 dan nyatakan berapa tangkapan dibuat dan berapa yang telah dihadapkan ke mahkamah dan berapa yang telah dihukum.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri, memandang serius isu pencerobohan dan pembalakan haram khususnya dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi Semenanjung Malaysia, melalui Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) bagi Sarawak dan bagi Sabah pula tindakan diambil di bawah Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968). Perincian maklumat hutan yang telah diceroboh dan dibalak secara haram, jumlah tangkapan, jumlah yang dihadapkan ke mahkamah dan jumlah yang telah disabitkan bersalah dari tahun 2011 hingga tahun 2021 di seluruh negara adalah seperti berikut: \nKeluasan HSK yang telah diceroboh dan dibalak secara haram (hektar)Jumlah tangkapan\npesalah (bilangan individu)\nJumlah pesalah yang dihadapkan ke mahkamah (bilangan individu)Jumlah pesalah yang telah disabitkan bersalah\n(bilangan individu)\n\n36,996.65\n\n5,208\n\n717\n\n681",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2332,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2332",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "198",
        "member": "TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM (SUNGAI SIPUT)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan dengan terperinci jumlah keluasan tanah rezab perhutanan dan jumlah kelulusan tanah mengikut pecahan syarikat yang telah diberikan serta aktiviti-aktiviti tanaman syarikat-syarikat terse...",
        "question": "TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM (SUNGAI SIPUT) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci jumlah keluasan tanah rezab perhutanan dan jumlah kelulusan tanah mengikut pecahan syarikat yang telah diberikan serta aktiviti-aktiviti tanaman syarikat-syarikat tersebut di dalam kawasan Parlimen Sungai Siput.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga tahun 2020, seluas 986,848.26 hektar atau 47.27 peratus daripada keluasan tanah negeri Perak telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Daripada jumlah ini, seluas 123,996.13 hektar adalah kawasan HSK di dalam Parlimen Sungai Siput iaitu Hutan Simpan Kledang Saiong, Hutan Simpan Korbu, Hutan Simpan Piah dan Hutan Simpan Temenggor.\n2. Berdasarkan semakan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), setakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana syarikat di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) di kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL198 - TUAN KESAVAN SUBRAMANIAM [Sungai Siput].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2333,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2333",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "247",
        "member": "TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN (KALABAKAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan maklumat terkini yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia terhadap perwartaan garis sempadan negara di Pulau Sebatik di antara negara kita dan negara jiran Republi...",
        "question": "TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN (KALABAKAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan maklumat terkini yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia terhadap perwartaan garis sempadan negara di Pulau Sebatik di antara negara kita dan negara jiran Republik Indonesia. Terdapat laporan penduduk negara jiran telah membina struktur di kawasan tanah negara kita di Kg Sg Hj Kuning disebabkan ketiadaan penyelesaian garis sempadan yang dimuktamadkan hingga hari ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia sepanjang 24 kilometer di Pulau Sebatik telah selesai pada tahun 2019. Walaubagaimanapun, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Sempadan Malaysia-Indonesia Ke-43 atau JMI-43 yang telah diadakan di Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 November 2019, kedua-dua negara telah bersetuju supaya Memorandum Persefahaman atau MOU bagi memuktamadkan jajaran sempadan ini ditandatangani secara berpakej dengan dua lagi kawasan Outstanding Boundary Problem (OBP) iaitu kawasan Sungai Sinapad dan Sungai Sesai serta kawasan B 2700 - B 3100 di Pensiangan. Pada masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan bagi kedua-dua kawasan OBP tersebut sedang giat dijalankan oleh pasukan kerja kedua-dua negara dan dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2024.\n2. Berhubung dakwaan terdapat pembinaan struktur oleh rakyat negara jiran di kawasan Malaysia, satu laporan rasmi boleh dibuat kepada pihak berkuasa dan sekiranya terbukti dakwaan tersebut benar, Kerajaan Malaysia boleh mengemukakan bantahan kepada Kerajaan Indonesia melalui saluran diplomatik.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL247 - Ma'mun Sulaiman [Kalabakan].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2334,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2334",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "313",
        "member": "TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK (BALIK PULAU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan insentif buat pelancong asing yang menjalankan aktiviti sukarelawan apabila memasuki Taman Negara Pulau Pinang memandangkan fi yang kemasukan yang dikenakan terlalu tinggi.",
        "question": "TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK (BALIK PULAU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan insentif buat pelancong asing yang menjalankan aktiviti sukarelawan apabila memasuki Taman Negara Pulau Pinang memandangkan fi yang kemasukan yang dikenakan terlalu tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) ditubuhkan pada 10 April 2003 dan merupakan satu-satunya Taman Negara yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226]. Bagi memastikan kelestarian TNPP terus terpelihara, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menggubal Peraturan-Peraturan Taman Negara Pulau Pinang 2022 yang antaranya menggariskan peraturan-peraturan mengenai permohonan permit oleh pihak-pihak yang ingin memasuki TNPP dan kadar fi kemasukan.\n2. Peraturan-Peraturan Taman Negara Pulau Pinang 2022 telah diwartakan pada 14 Januari 2022 (P.U.[A] 11) dan dikuatkuasakan pada 17 Januari 2022. Pada masa ini, Jabatan PERHILITAN masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) bagi pelaksanaan bayaran fi serta hebahan kadar fi TNPP kepada masyarakat umum. Pengenaan kadar fi dijangka akan mula dikenakan sebelum akhir tahun ini selepas mendapat kelulusan MOF.\n3. Kutipan fi masuk bertujuan untuk memupuk nilai konservasi alam semula jadi dan digunakan semula bagi tujuan konservasi TNPP. Kadar fi yang dikenakan adalah munasabah dan ditetapkan setelah melalui banyak sesi konsultasi dengan pihak berkepentingan sejak tahun 2017. Kadar fi bagi pelancong asing adalah seperti berikut:\nJADUAL PERTAMA – FI KONSERVASI\n(1)\nKategori\nPelawat\n(3)\nBukan\nWarganegara\n(RM)\n\nBukan \nMasyarakat Setempat\nDewasa50.00/orang\nPelajar20.00/orang\nKanak-kanak\n(3-12 tahun)\n15.00/orang\nKanak-kanak \n(3 tahun ke bawah)\nPercuma\nWarga EmasPercuma\nOKUPercuma",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2335,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2335",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "365",
        "member": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan butir-butir pembelanjaan peruntukan bagi Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi tahun 2018-2021 dan pecahan mengikut negeri-negeri yang menerima EFT tersebut.",
        "question": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan butir-butir pembelanjaan peruntukan bagi Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi tahun 2018-2021 dan pecahan mengikut negeri-negeri yang menerima EFT tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected areas - PA).\n2. Kementerian Kewangan (MOF) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 yang diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). MOF juga telah membangunkan Garis Panduan Pemberian TAHAP yang menetapkan sembilan (9) skop bagi perbelanjaan peruntukan EFT.\n3. Pecahan pengagihan peruntukan EFT kepada negeri adalah seperti berikut:\nBilNegeriPengagihan (RM juta)\n20192021\n1Sabah12,180,000.0012,997,800.00\n2Kelantan5,810,000.005,938,200.00\n3Terengganu4,260,000.006,893,100.00\n4Kedah5,830,000.004,408,900.00\n5Pahang5,820,000.008,498,900.00\n6Perlis 4,920,000.001,401,000.00\n7Sarawak3,240,000.0013,256,900.00\n8Perak2,840,000.006,253,900.00\n9Johor3,240,000.002,691,800.00\n10Melaka4,260,000.00500,100.00\n11Negeri Sembilan2,680,000.002,699,400.00\n12Selangor2,470,000.003,665,700.00\n13Pulau Pinang2,450,000.00794,300.00\nJumlah60,000,000.0070,000,000.00",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2336,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2336",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "368",
        "member": "DR. ONG KIAN MING (BANGI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan dan peratusan hutan simpan kekal yang telah dinyahwartakan (“degazetted\") di setiap negeri, serta jumlah kawasan tersebut yang telah diganti bagi setiap negeri. Nyatakan ...",
        "question": "DR. ONG KIAN MING (BANGI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah keluasan dan peratusan hutan simpan kekal yang telah dinyahwartakan (“degazetted\") di setiap negeri, serta jumlah kawasan tersebut yang telah diganti bagi setiap negeri. Nyatakan bagaimana hutan simpan kekal yang telah dinyahwartakan (“degazetted\") akan diganti.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung yang diwarta keluar bagi tempoh tahun 2017 hingga 2021 adalah 0.95 peratus atau 45,473 hektar, manakala jumlah keluasan HSK yang diwarta masuk bagi tempoh yang sama adalah 1.57 peratus atau 75,637.40 hektar.\n2. Kesemua pewartaan keluar kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Selangor adalah tanpa konsultasi atau siasatan awam (public hearing). Di Semenanjung, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) hendaklah menggantikan kawasan tanah yang dikeluarkan daripada HSK di bawah seksyen 11, Akta 313 dengan sesuatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai HSK baharu. Manakala di Selangor, terdapat sedikit perbezaan di mana PBN perlu mengadakan siasatan awam sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar dan HSK yang telah diwarta keluar perlu digantikan dengan suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar selaras dengan pindaan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2011.\n3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang melaksanakan pindaan ke atas Akta 313. Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 telah dibentangkan bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2022. Pindaan yang dicadangkan kepada Akta 313 pada kali ini meliputi:\ni) keperluan untuk mengadakan siasatan awam (public hearing) sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar; dan\nii) keperluan penggantian serentak HSK yang diwarta keluar dengan suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar.\n4. Cadangan pindaan ini bertujuan memperketatkan proses pewartaan keluar HSK dan dalam masa yang sama akan mengurangkan tekanan pembangunan ke atas kawasan HSK sedia ada. Melalui pindaan ini juga, pewartaan keluar HSK bagi tujuan pembangunan akan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah semua aspek due-diligence dengan izin, dilaksanakan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL368 - DR ONG KIAN MING [Bangi].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2337,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2337",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "398",
        "member": "DATUK ROZMAN BIN ISLI (LABUAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan pecahan penggunaan elektrik bagi pengguna domestik dan komersial dan industri bagi tahun 2020, 2021, Januari – Jun 2022.",
        "question": "DATUK ROZMAN BIN ISLI (LABUAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pecahan penggunaan elektrik bagi pengguna domestik dan komersial dan industri bagi tahun 2020, 2021, Januari – Jun 2022.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Jumlah jualan elektrik bagi tahun 2020 adalah sebanyak 110,879,251 Mega-Watt jam (MWj) dengan pecahan jualan mengikut kategori seperti berikut:\na) Domestik sebanyak 29,960,590 MWj (27%);\nb) Perdagangan sebanyak 35,831,498 MWj (32.4%);\nc) Perindustrian sebanyak 42,789,848 MWj (38.6%); dan\nd) Lain-lain sebanyak 2,297,315 MWj (2%).\n2. Manakala, jualan elektrik bagi tahun 2021 adalah sebanyak 111,858,008 MWj iaitu peningkatan sebanyak 0.88% berbanding tahun 2020 dengan pecahan jualan mengikut kategori seperti berikut:\na) Domestik sebanyak 31,485,409 MWj (28.2%);\nb) Perdagangan sebanyak 34,059,704 MWj (30.5%);\nc) Perindustrian sebanyak 43,966,976 MWj (39.3%); dan\nd) Lain-lain sebanyak 2,345,919 MWj (2%).\n3. Jualan elektrik bagi tempoh Januari hingga Mei 2022 adalah sebanyak 49,116,504 MWj dengan pecahan jualan mengikut kategori seperti berikut:\na) Domestik sebanyak 13,258,152 MWj (27%);\nb) Perdagangan sebanyak 16,053,536 MWj (32.7%);\nc) Perindustrian sebanyak 18,815,021 MWj (38.3%); dan\nd) Lain-lain sebanyak 989,795 MWj (2%)\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL398 - Datuk Rozman Isli [Labuan].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2338,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2338",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "506",
        "member": "DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL (PANDAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang telah dimulakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang menjana Sumber Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy) secara mampan ...",
        "question": "DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL (PANDAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah dimulakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang menjana Sumber Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy) secara mampan untuk masa depan negara. Apakah keberhasilannya sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang menjana Sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik secara mampan untuk masa depan negara, Kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER).\n2. MyRER telah menetapkan sasaran kapasiti terpasang TBB dalam perbekalan elektrik negara sebanyak 31% pada tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Pelan ini turut menggariskan kerangka strategik untuk mencapai visi pembangunan TBB negara iaitu “Ke arah Sistem Tenaga Rendah Karbon\" melalui pelaksanaan empat (4) tonggak berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu.\n3. Sehingga suku pertama tahun 2022, campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu Negara telah mencapai 9,381MW atau 23% daripada keseluruhan kapasiti terpasang bekalan elektrik negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL506 - Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Pandan].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2339,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2339",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "545",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan skim tenaga solar yang digunakan di Taman Pusat Data Hijau YTL di Iskandar - Self-Consumption (SELCO), Net Energy Metering (NEM), ataupun skim khas yang lain.",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan skim tenaga solar yang digunakan di Taman Pusat Data Hijau YTL di Iskandar - Self-Consumption (SELCO), Net Energy Metering (NEM), ataupun skim khas yang lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Taman Pusat Data Hijau YTL di Iskandar merupakan suatu inisiatif swasta yang diterajui oleh YTL Data Centre Holdings. Sehingga kini, Suruhanjaya Tenaga selaku agensi kawal selia perbekalan elektrik masih belum menerima apa-apa permohonan daripada pihak syarikat berkenaan untuk membangunkan dan memasang sebarang pepasangan sistem bekalan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu sebagaimana yang telah diumumkan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments\r\n\r\nDR BL545 - Puan Yeo Bee Yin [Bakri].pdf",
        "session_file": "2022-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2226,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2226",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "1",
        "member": "TUAN SABRI BIN AZIT ( JERAI )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik kes tunggakan pembahagian pusaka mengikut negeri dan apakah langkah segera Kementerian dalam menyelesaikan masalah ini.",
        "question": "TUAN SABRI BIN AZIT ( JERAI ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik kes tunggakan pembahagian pusaka mengikut negeri dan apakah langkah segera Kementerian dalam menyelesaikan masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nJumlah keseluruhan kes tunggakan pembahagian pusaka ialah sebanyak 72,348 dan tunggakan mengikut negeri adalah seperti berikut, Perlis 616 kes, Kedah 13,423 kes, Pulau Pinang 2,965 kes, Perak 6,868 kes, Selangor 10,358 kes, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) 2,050 kes, Negeri Sembilan 4,300 kes, Melaka 4,326 kes, Johor 9,062 kes, Pahang 6,242 kes, Terengganu 4,724 kes dan Kelantan 7,414 kes.\n1. Menggerakkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) di bawah waran perjawatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk membantu perbicaraan kes pusaka dengan kerjasama daripada Kerajaan-kerajaan Negeri;\n2. Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka juga telah dimulakan di Negeri Kedah pada 14 Februari 2022; dan\n3. Mengemukakan permohonan khusus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi permohonan lantikan kakitangan secara kontrak.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2252,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2252",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "3",
        "member": "DATO' SRI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM ( BALING )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan strategi-strategi Kementerian dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) dalam usaha mencapai misi negara adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh s...",
        "question": "DATO' SRI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM ( BALING ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan strategi-strategi Kementerian dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) dalam usaha mencapai misi negara adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh sektor penjanaan tenaga sebanyak 45 peratus pada 2030 dan 60 peratus pada 2035.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, Bagi mencapai sasaran pengurangan kadar pelepasan karbon dioksida dalam sektor bekalan elektrik sebanyak 45 peratus pada 2030 dan 60 peratus pada 2035 berbanding kadar pada tahun 2005, Kerajaan melalui Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) telah menggariskan kerangka strategik bagi meningkatkan campuran Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara melalui pelaksanaan empat tonggak berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu.\nPelaksanaan kesemua tonggak yang digariskan ini akan didukung oleh empat strategi pemangkin yang berperanan sebagai pemboleh daya ke arah usaha peningkatan kapasiti TBB negara serta pengurang pelepasan karbon dioksida. Empat strategi pemangkin tersebut adalah:\ni) memanfaatkan peluang dalam pasaran bekalan elektrik (leveraging electricity marketreform for RE oppurtunities);\nii) menambah baik akses kepada pembiayaan (improve access to financing);\niii) pembentukan modal insan dan pembangunan infrastruktur (shape human capital and infrastructure); dan\nv) peningkatan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik (increase system flexibility).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2251,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2251",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-21",
        "year": 2022,
        "no": "4",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI )",
        "area": null,
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan status terkini projek-projek solar di bawah LSS3 dan LSS@MEnTARI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI ) minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan status terkini projek-projek solar di bawah LSS3 dan LSS@MEnTARI.",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI ) minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan status terkini projek-projek solar di bawah LSS3 dan LSS@MEnTARI.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2021, kemajuan pelaksanaan keseluruhan projek tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Program Large Scale Solar Pusingan ke-3 (LSS-3) adalah dalam sekitar 78%. Kesemua projek di bawah LSS-3 akan mula menjana tenaga elektrik ke sistem grid pada akhir tahun 2022.\n2. Manakala, bagi projek-projek TBB di bawah LSS@MEnTARI, kesemua pemaju yang telah ditawarkan kuota TBB sedang dalam proses memuktamadkan pembiayaan atau financial close. Projek-projek yang dibangunkan di bawah LSS@MEnTARI dijangka akan mula beroperasi seawal-awalnya pada akhir tahun 2023.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2238,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2238",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-09",
        "year": 2022,
        "no": "6",
        "member": "Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada boleh membenarkan petani menanam tanaman jangka pendek di rizab tanah TNB untuk mengatasi masalah keselamatan makanan.",
        "question": "Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada boleh membenarkan petani menanam tanaman jangka pendek di rizab tanah TNB untuk mengatasi masalah keselamatan makanan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan Garis Panduan Izin lalu Talian Pembekalan Elektrik yang mengandungi antaranya, garis panduan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penggunaan tanah yang dibenarkan di dalam koridor talian pembekalan elektrik dengan syarat-syarat tertentu. Dalam hubungan ini, aktiviti penanaman sayur dan tanaman jangka pendek juga adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, tanaman tersebut hendaklah mempunyai ketinggian tumbesaran semula jadi tidak melebihi 6 kaki (1.8 meter) atas faktor-faktor keselamatan.\n2. Tanah yang terletak di dalam laluan talian pembekalan elektrik di bawah perjanjian izin lalu (wayleave) masih lagi kepunyaan pemilik tanah, manakala pihak utiliti elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya menggunakan tanah tersebut untuk memasang dan menyenggara talian pembekalan elektrik serta bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ke atas talian pembekalan elektrik.\n3. Oleh itu, pemilik tanah atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pemilik tanah boleh menggunakan tanah di bawah talian pembekalan elektrik dengan kebenaran yang sah daripada pihak utiliti elektrik. Kebenaran sah tersebut bertujuan untuk mengawal aktiviti yang dilaksanakan di bawah talian supaya ia tidak menjejaskan talian-talian penghantaran dan tidak bermaksud untuk menyekat pemilik tanah daripada menjalankan aktiviti di atas tanah mereka.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2227,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2227",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "8",
        "member": "TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI ( RAUB )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan pada bulan Januari lepas (2022) seorang Orang Asli di Perkampungan Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan telah dibaham oleh harimau belang. Berapa kos yang telah PERHILITAN belanjakan dal...",
        "question": "TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI ( RAUB ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pada bulan Januari lepas (2022) seorang Orang Asli di Perkampungan Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan telah dibaham oleh harimau belang. Berapa kos yang telah PERHILITAN belanjakan dalam operasi untuk menangkap harimau-harimau tersebut serta kaedah apa yang digunakan bagi mengesan harimau-harimau tersebut memandangkan kawasan yang terlibat begitu besar keluasannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah membelanjakan sebanyak RM201,250.00 bermula Januari 2022 bagi menangani konflik manusia-harimau melibatkan operasi mengesan serta menangkap harimau belang di daerah Gua Musang, Kelantan. Kos tersebut melibatkan perolehan peralatan dan keperluan logistik bagi melaksanakan aktiviti penangkapan dan pengawalan.\n2. Operasi ini masih dijalankan di kawasan seluas 88 kilometer persegi menggunakan beberapa kaedah bagi mengesan harimau belang di kawasan terbabit seperti berikut:\na) memasang sebanyak 64 unit perangkap kamera di sekitar kawasan perkampungan dan denai laluan hidupan liar bagi memantau kehadiran harimau belang;\nb) memantau dan mengesan menggunakan drone di lokasi-lokasi yang mudah dilihat seperti jalan-jalan balak;\nc) menempatkan kakitangan Jabatan PERHILITAN di kawasan lokasi kejadian untuk memantau serta membuat rondaan kawalan; dan\nd) mendapatkan kerjasama penduduk tempatan untuk melaporkan kepada petugas operasi sekiranya terdapat kesan-kesan baharu kemunculan harimau belang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2243,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2243",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "8",
        "member": "PUAN WONG SHU QI (KLUANG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah pusat konservasi gajah sedia ada seluruh negara mengikut negeri dan rancangan untuk mengatasi masalah pemusnahan hasil tanaman ladang oleh gajah di Daerah Kluang.",
        "question": "PUAN WONG SHU QI (KLUANG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pusat konservasi gajah sedia ada seluruh negara mengikut negeri dan rancangan untuk mengatasi masalah pemusnahan hasil tanaman ladang oleh gajah di Daerah Kluang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Setakat ini terdapat tiga (3) pusat konservasi gajah yang sedang beroperasi di bawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Pusat-pusat tersebut ialah:\ni) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang;\nii) Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu, Terengganu; dan\niii) Santuari Gajah Johor, Kota Tinggi, Johor.\n2. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat konservasi gajah yang diuruskan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) yang terletak di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, Terengganu.\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap kes gangguan gajah yang berlaku di negeri Johor termasuklah di daerah Kluang sentiasa diberikan perhatian oleh Jabatan PERHILITAN. Antara tindakan berterusan yang diambil ialah:\ni) menjalankan rondaan, pemantauan dan tembak halau di kawasan hotspot berlakunya konflik gajah di Kluang di mana sebanyak 94 tindakan rondaan dan pemantauan telah dijalankan bermula Januari hingga Disember 2021 manakala sebanyak 7 tindakan telah diambil bagi Januari 2022;\nii) menjalankan operasi tangkapan gajah di mana sebanyak 71 operasi dijalankan di negeri Johor bagi tempoh 2015 hingga 2021. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 ekor gajah konflik telah berjaya ditangkap dan dipindahkan ke habitat asal yang sesuai. Bagi daerah Kluang, 13 ekor gajah konflik telah ditangkap dari tahun 2015 hingga 2021;\niii) mengadakan program kesedaran awam menerusi sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat setempat bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman penduduk dalam pengurusan konflik manusia-gajah dan kaedah pengurusan kebun yang betul terutama bagi kawasan yang bersempadan dengan habitat gajah;\niv) memasang 11 unit kolar satelit bagi memantau pergerakan kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di dalam negeri Johor dalam tempoh 2019 hingga 2021;\nv) memberikan khidmat nasihat teknikal terutamanya berkaitan kaedah mitigasi terbaik mengawal serangan gajah kepada ladang-ladang yang berisiko kepada ancaman serangan gajah; dan\nvi) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Kg. Sri Lukut sepanjang 13.8 kilometer bermula dari Ladang Persind hingga ke Sg. Temenchil. Kos pembinaan ialah RM717,818 dan mula beroperasi pada tahun 2011 di bawah RMK-9.\n4. Selain itu, sebanyak lima (5) unit kolar satelit juga akan dipasang kepada kumpulan-kumpulan gajah di negeri Johor pada tahun ini sebagai kesinambungan Sistem Amaran Awal pergerakan gajah bagi membolehkan tindakan proaktif diambil selain daripada aktiviti pemantauan berterusan ke atas populasi gajah berkenaan.\n5. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia pada masa ini telah menyediakan National Elephant Conservation Plan (NECAP) bagi pengurusan Gajah di Semenanjung Malaysia. Kesemua inisiatif di bawah pelan tindakan NECAP ini sedang dipantau oleh KeTSA dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan (NGO), universiti dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan. NECAP juga sedang dikaji berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa terutamanya yang berkaitan dengan keupayaan Jabatan PERHILITAN seperti bilangan anggota dan peruntukkan yang mencukupi.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2239,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2239",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-09",
        "year": 2022,
        "no": "10",
        "member": "DATUK WIRA HAJI MOHD. ANUAR MOHD. TAHIR (TEMERLOH)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian mengawal pembalakan di negeri Pahang daripada menjadi bencana seperti hujung tahun lalu.",
        "question": "DATUK WIRA HAJI MOHD. ANUAR MOHD. TAHIR (TEMERLOH) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha Kementerian mengawal pembalakan di negeri Pahang daripada menjadi bencana seperti hujung tahun lalu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti pembalakan di negara ini melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Pembalakan Hutan Pengeluaran dilaksanakan secara terkawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) menerusi Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS).\n2. CTT bertujuan mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan sesuatu kawasan Hutan Pengeluaran dalam HSK. Kadar CTT diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Setiap Kerajaan Negeri perlu mematuhi kadar CTT yang telah ditetapkan dan pematuhan terhadap CTT dilaporkan dalam mesyuarat MTN.\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-71 yang bersidang pada 14 Disember 2015 telah bersetuju dengan penetapan CTT bagi negeri Pahang seluas 68,435 hektar. Berdasarkan rekod daripada tahun 2016 hingga 2020, hutan pengeluaran dalam HSK di negeri Pahang yang telah diusaha hasil dalam tempoh RMKe-11 adalah seluas 58,075 hektar. Ini menunjukkan pengusaha hasilan di negeri Pahang tidak melebihi CTT yang telah ditetapkan iaitu pengurangan sebanyak 10,360 hektar daripada kadar CTT yang telah ditetapkan. Bagi RMKe-12 pula, CTT yang telah ditetapkan olen MTN Ke-77 pada 28 September 2020 di negeri Pahang adalah seluas 58 ribu hektar. Ini menunjukkan pengurangan sebanyak 10,435 hektar berbanding dengan kadar CTT pada RMKe-11.\n4. Bagi tujuan pelesenan pembalakan di hutan Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, ianya tertakluk kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling [Aktiviti Yang Ditetapkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 2015] yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh JAS.\n5. Selain itu, bagi memastikan aktiviti pembalakan dilaksanakan secara teratur, pelesen perlu menyediakan Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) sebelum lesen dikeluarkan. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 iaitu 'Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk Pengusahasilan Kayu Kayan Tanah Kerajaan' sebagai rujukan utama Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2244,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2244",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "15",
        "member": "TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN (KUALA KRAI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah susulan Kementerian setelah Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 diluluskan oleh Parlimen agar hasrat untuk mempermudah rakyat mendapat perkh...",
        "question": "TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN (KUALA KRAI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah susulan Kementerian setelah Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 diluluskan oleh Parlimen agar hasrat untuk mempermudah rakyat mendapat perkhidmatan pengurusan pusaka yang ditawarkan Kerajaan dapat direalisasikan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nSusulan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 yang telah diluluskan oleh Parlimen, Kementerian telah mengambil tindakan berikut:\ni) perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diperolehi pada 25 Januari 2022;\nii) memuktamadkan gubalan Peraturan-peraturan (Rules) sebelum diangkat untuk pandangan dan kelulusan Jabatan Peguam Negara;\niii) kajian bagi memperkasa dan mengukuhkan peranan Bahagian Pembahagian Pusaka;\niv) mengadakan sesi libat urus di peringkat Kementerian dan Jabatan dengan pentadbiran tanah Kerajaan Negeri-Negeri bagi mewujudkan kerjasama membantu penyelesaian tunggakan kes pusaka. Melalui tindakan ini pasukan task force diwujudkan dengan kerjasama daripada Kerajaan-kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka telah dimulakan di Negeri Kedah pada 14 Februari 2022; dan\nv) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pengambilan perjawatan secara kontrak. Ini adalah sebagai langkah jangka sederhana untuk menyelesaikan tunggakan sedia ada dan permohonan semasa dapat ditangani sebelum pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] dikuatkuasakan. Sebagaimana dimaklumi, pindaan tersebut turut melibatkan peningkatan bidangkuasa harta pusaka kecil demi kemudahan kepada rakyat.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2245,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2245",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "22",
        "member": "DR. ONG KIAN MING ( BANGI )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sumber dan jumlah pembiayaan diskaun bil elektrik TNB dari tahun 2020 hingga hujung tahun 2021 dan menghuraikan jumlah yang ditanggung oleh dana COVID-19, KWIE, dan TNB masing-masing, te...",
        "question": "DR. ONG KIAN MING ( BANGI ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sumber dan jumlah pembiayaan diskaun bil elektrik TNB dari tahun 2020 hingga hujung tahun 2021 dan menghuraikan jumlah yang ditanggung oleh dana COVID-19, KWIE, dan TNB masing-masing, termasuk jika Kementerian menanggung hutang kepada TNB dalam tahun 2020 dan 2021.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jumlah peruntukan bagi diskaun bil elektrik yang diluluskan kepada semua pengguna elektrik di seluruh negara dari tahun 2020 hingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM3.70 bilion. Daripada jumlah tersebut, pecahan peruntukan yang diluluskan untuk membiayai pemberian diskaun bil elektrik adalah seperti berikut:\ni) Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM1.44 bilion;\nii) Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM1.95 bilion; dan\niii) Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM304 juta.\n2. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi membiayai pemberian diskaun bil elektrik sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM3.35 bilion. Pada masa ini, Kerajaan masih melaksanakan proses pembayaran pakej-pakej diskaun tersebut secara berperingkat berdasarkan tuntutan yang dikemukakan.\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak menanggung sebarang hutang kepada TNB dalam tahun 2020 dan 2021.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2253,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2253",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "22",
        "member": "DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM (PORT DICKSON)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah kewajaran Kementerian menaikkan surcaj tarif elektrik sebanyak RM3.70/kWj kepada semua pengguna komersial dan industri ketika ini dan langkah diambil untuk memastikan keperluan as...",
        "question": "DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM (PORT DICKSON) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah kewajaran Kementerian menaikkan surcaj tarif elektrik sebanyak RM3.70/kWj kepada semua pengguna komersial dan industri ketika ini dan langkah diambil untuk memastikan keperluan asas bekalan elektrik tidak akan membebankan rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan mempunyai mekanisme khusus bagi penetapan purata tarif asas elektrik yang telah diguna pakai sejak tahun 2014 iaitu berdasarkan mekanisme Incentive Based Regulation (IBR). Melalui IBR ini, purata tarif asas di Semenanjung Malaysia untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dikaji tiga (3) tahun sekali berserta dengan penetapan parameter-parameter untuk perniagaan TNB yang dikawal selia oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, Kerajaan juga mempunyai mekanisme khusus bagi pelarasan tarif elektrik iaitu melalui Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang disemak setiap enam (6) bulan. Mekanisme ICPT ini adalah penting memandangkan TNB telah membuat bayaran bagi semua kos penjanaan tenaga elektrik di Semenanjung bagi enam bulan yang terdahulu, maka bagi enam bulan yang berikutnya, mekanisme ICPT membenarkan segala kos yang telah dibuat oleh TNB dilepaskan kepada pengguna sama ada dalam bentuk rebat atau surcaj. Kerajaan pada 26 Januari 2022 telah meluluskan pelaksanaan tempoh regulatori ketiga (RP3) bagi tahun 2022 hingga 2024 di bawah mekanisme IBR.\n2. Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021, Kerajaan telah melepaskan rebat 2 sen/kWj kepada semua kategori pengguna di Semenanjung. Pemberian rebat ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2.27 bilion.\n3. Bagi tempoh Julai hingga Disember 2021, kos ICPT yang terlibat adalah sebanyak RM1.672 bilion bersamaan surcaj 3.70 sen/kWj yang perlu dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung. Pelepasan surcaj ICPT sebanyak 3.70 sen/kWj kepada pengguna bagi tempoh Februari 2022 hingga Jun 2022 tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga arang batu sehingga USD105.09/metrik tan berbanding unjuran harga arang batu yang ditetapkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak USD67.45/metrik tan. Peningkatan harga arang batu yang ketara ini telah menyebabkan kos penjanaan berasaskan arang batu meningkat sebanyak 45% bagi tempoh Julai hingga Disember 2021.\n4. Sebarang kenaikan dalam harga arang batu memberi impak yang besar kepada tarif elektrik di Semenanjung kerana 59% penjanaan elektrik adalah daripada sumber arang batu. Selain itu, kenaikan pertukaran mata wang asing bagi tempoh Julai hingga Disember 2021 iaitu pada kadar RM4.246 untuk setiap USD1.00 berbanding unjuran iaitu pada kadar RM4.212 bagi setiap USD1.00 turut menjadikan kos penjanaan meningkat.\n5. Kerajaan menyedari bahawa sekiranya surcaj dilepaskan kepada semua pengguna seperti yang sepatutnya dilaksana berdasarkan mekanisme ICPT, pasti rakyat akan merasa terbeban disebabkan kenaikan tarif elektrik. Oleh itu, Kerajaan telah memutuskan supaya rebat 2 sen/kWj diteruskan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022 dengan membelanjakan RM715 juta daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Dalam masa yang sama, TNB telah menyerap kos ICPT pada bulan Januari 2022 sebanyak RM181 juta walaupun kos tersebut sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna.\n6. Kerajaan telah melepaskan surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh tersebut kerana pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu membayar kos bahan api dan penjanaan tambahan kepada pembekal-pembekal bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2021.\n7. Bagi menghadapi situasi ini, saya ingin menyarankan agar pengguna-pengguna bukan domestik untuk melanggan inisiatif Green Electricity Tariff (GET). Ia bukan sahaja dapat mengecualikan pelanggan GET daripada membayar surcaj ICPT untuk tempoh setahun, malah mereka akan turut memiliki Renewable Energy Certificate (REC) yang boleh membantu mereka memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG), dengan izin, dan menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu negara.\n8. Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik turut dicadangkan untuk meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pemain-pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna komersial dan industri untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\n9. Di samping itu, pemilik-pemilik syarikat yang merupakan pengguna elektrik di bawah kategori industri atau komersial yang menggunakan lebih 3 juta kWj dalam tempoh enam bulan berturut-turut di premis mereka dan berdaftar di bawah Peraturan Tenaga Elektrik 2008 boleh memohon dana melalui “Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan Pengurusan Tenaga dalam Sektor Industri dan Komersial\" untuk melaksanakan audit tenaga secara kolaborasi dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga – Energy Service Company (ESCO) bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di premis dan pepasangan mereka.\n10. Insiatif-inisiatif tersebut bukan sahaja dapat membantu mengurangkan bil elektrik bagi pengguna bukan domestik, malah ia dapat dilihat sebagai usaha ke arah melestarikan perniagaan masing-masing dalam memenuhi komitmen ESG mereka.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2246,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2246",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "29",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini projek Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS) di bawah ASEAN Power Grid (APG).",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN ( BAKRI ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS) di bawah ASEAN Power Grid (APG).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKeempat-empat negara yang terlibat iaitu Lao PDR, Thailand, Malaysia dan Singapura sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian bagi pelaksanaan Laos-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP). Projek ini melibatkan penyaluran elektrik sehingga 100 MW dari Lao PDR ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia menggunakan rangkaian grid voltan tinggi sedia ada dan akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2247,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2247",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "32",
        "member": "DATO' MOHD NIZAR BIN HAJI ZAKARIA ( PARIT )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan: 1. Berapa jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sepanjang tahun 2020 sehingga akhir tahun 2021; dan 2. Sejauh manakah aktiviti pembalakan yang berlaku telah mengganggu ekosistem h...",
        "question": "DATO' MOHD NIZAR BIN HAJI ZAKARIA ( PARIT ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n1. Berapa jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sepanjang tahun 2020 sehingga akhir tahun 2021; dan\n2. Sejauh manakah aktiviti pembalakan yang berlaku telah mengganggu ekosistem hidupan liar seperti harimau.",
        "answer": "JAWAPAN (a)\nTuan Yang di-Pertua,\n1. Sebanyak 56 kes pembalakan haram pada tahun 2020 dan 55 kes pembalakan haram pada tahun 2021 telah diambil tindakan di Semenanjung. Manakala, sebanyak 35 kes pembalakan haram dan 131 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Sabah. Di Sarawak pula sebanyak 129 kes pembalakan haram dan 56 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan. Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\n\nJAWAPAN (b)\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peralihan negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi telah mendatangkan pelbagai tekanan ke atas dirian hutan seperti perubahan guna tanah, fragmentasi dan kehilangan kawasan berhutan serta habitat hidupan liar. Sebarang aktiviti penukaran guna tanah dan pembangunan kawasan berhutan yang tidak dilaksanakan mengikut amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) akan memberikan kesan kepada ekosistem hidupan liar.\n2. Dalam hal ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui JPSM dan Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri komited dalam melaksanakan pengusaha hasilan hutan mengikut amalan SFM yang memberikan penekanan kepada keseimbangan aspek pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan fungsinya dalam pembangunan sosioekonomi.\n3. Pelaksanaan SFM sejak tahun 1901 di Malaysia adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia serta selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum on Forests - UNFF). Selain itu, bagi memelihara dan memulihara kawasan hutan-hutan simpan yang turut menjadi habitat hidupan liar di negara ini, beberapa langkah dan inisiatif untuk memastikan aktiviti pembalakan tidak menganggu ekosistem hidupan liar telah diambil seperti berikut:\ni) hanya pokok yang matang dan ditanda untuk ditebang sahaja yang boleh diusaha hasil. Sementara itu, pokok-pokok yang mempunyai nilai perlindungan seperti pokok ibu, pokok buah-buahan untuk kepentingan hidupan liar dan spesies-spesies pokok yang dikategorikan sebagai Sangat Terancam, Terancam dan Jarang Ditemui (Endangered, Rare and Treatened -ERT) tidak dibenarkan ditebang;\nii) kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan tidak dibenarkan untuk diusaha hasil; dan\niii) kawasan-kawasan yang mempunyai nilai perlindungan seperti kawasan tadahan air, kawasan zon penampan sungai, kawasan yang berkecerunan 40 darjah, jenut hidupan liar (salt-licks) dan kawasan sensitif alam sekitar yang terdapat di dalam kawasan lesen tidak dibenarkan diusaha hasil;\niv) melaksanakan inisiatif Central Forest Spine (CFS) bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi. CFS melibatkan kawasan seluas kira-kira 6.71 juta hektar di mana 71 peratus daripadanya melibatkan HSK. Manakala selebihnya merupakan hutan Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik;\nv) membina lintasan hidupan liar (viaduct) di Sungai Deka, Terengganu, Sungai Yu di Pahang dan Gerik di Perak bagi mengelak dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang membabitkan hidupan liar;\nvi) KeTSA melalui JPSM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) juga telah merancang untuk membina koridor ekologi di Mersing Johor yang akan melibatkan pembinaan jejambat dan lintasan hidupan liar; dan\nvii) mewujudkan Santuari Gajah Johor (Johor Elephant Sanctuary –JES) bagi mengurangkan ancaman konflik gajah dan manusia. JES telah mula beroperasi pada hujung tahun 2020 dan gajah-gajah dari kawasan konflik akan mula dipindahkan di JES pada pertengahan tahun 2022.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2254,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2254",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "32",
        "member": "TUAN KHALID BIN ABD SAMAD ( SHAH ALAM )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apa rasional di sebalik diadakan dasar menghalang penjualan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) kepada Singapura.",
        "question": "TUAN KHALID BIN ABD SAMAD ( SHAH ALAM ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apa rasional di sebalik diadakan dasar menghalang penjualan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) kepada Singapura.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan telah membuat keputusan dasar untuk tidak membenarkan penjualan Tenaga Boleh Baharu (TBB) ke Singapura kerana keputusan ini memberikan lebih banyak kelebihan dan manfaat kepada rakyat dan negara. Keutamaan perlu diberikan untuk mengekalkan daya saing negara khususnya dalam menarik pelaburan asing yang berkehendakkan sumber TBB dan membantu negara mencapai komitmen ke atas sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah rangka kerja perubahan iklim.\n2. Sekiranya Kerajaan membenarkan penjualan TBB ke Singapura, Malaysia akan kehilangan hak untuk menuntut carbon avoidance bagi projek TBB, yang sangat penting bagi negara bagi memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris. Ini kerana syarat penjualan bekalan elektrik TBB yang dieksport ke Singapura hendaklah turut dipakejkan dengan Renewable Energy Certificate. Dengan kata lain, Malaysia perlu menggunakan sumber negara bagi membantu Singapura dalam melaksanakan langkah mitigasi perubahan iklim, mengurangkan jejak karbon pembekalan elektrik serta menarik pelaburan asing ke negara tersebut.\n3. Oleh yang demikian, Kerajaan telah mengambil langkah strategik ini bagi mengekalkan kelebihan perbandingan atau competitive advantage dan daya saing negara dalam menarik pelaburan ke Malaysia. serta tidak merugikan negara. Sebaliknya mendatangkan manfaat yang besar kepada negara amnya dan Keluarga Malaysia khasnya.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2228,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2228",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "33",
        "member": "TUAN CHA KEE CHIN ( RASAH )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rasional disebalik peningkatan bayaran elektrik untuk pengguna TNB kategori komersial dan industri mulai 1 Februari 2022, kerana negara masih dibayangi oleh pandemik COVID-19 dan ...",
        "question": "TUAN CHA KEE CHIN ( RASAH ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rasional disebalik peningkatan bayaran elektrik untuk pengguna TNB kategori komersial dan industri mulai 1 Februari 2022, kerana negara masih dibayangi oleh pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi semasa yang tidak memberangsangkan ketika ini, kenaikan ini dijangka akan membebankan peniaga kecil dan sektor IKS.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) dilaksanakan setiap enam bulan dengan mengambil kira perubahan harga bahan api di pasaran dunia serta kos-kos penjanaan tambahan lain untuk tempoh enam bulan ke belakang. Kos ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2021 ialah sebanyak RM1.672 bilion. Sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan harga arang batu yang mendadak di pasaran dunia sehingga mencecah secara purata USD105.09/metrik tan berbanding harga arang batu yang diunjurkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak USD67.45/metrik tan. Peningkatan harga arang batu yang ketara ini telah menyebabkan kos penjanaan berasaskan arang batu meningkat sebanyak 45% bagi tempoh Julai hingga Disember 2021.\n2. Selain kenaikan harga bahan api, pertukaran mata wang asing bagi tempoh Julai hingga Disember 2021 juga turut meningkat iaitu pada kadar RM4.246 untuk setiap USD1.00 berbanding RM4.212 bagi setiap USD1.00 seperti yang diunjurkan pada tahun 2021 dan ini turut meningkatkan kos penjanaan.\n3. TNB telah membayar kos bahan api dan penjanaan tambahan bagi tempoh Julai hingga Disember 2021 berjumlah RM1.672 bilion. Oleh itu, TNB perlu mendapatkan semula kos tersebut bagi menampung kos operasi bagi tempoh Januari hingga Jun 2022. Justeru, kos ini telah dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj bagi tempoh Februari 2022 hingga Jun 2022. Sekiranya kos yang terlibat tidak dapat dikutip semula daripada pengguna, ia akan menjejaskan aliran tunai TNB serta menjejaskan keupayaan TNB untuk membuat bayaran kepada pembekal- pembekal bahan api gas dan arang batu, pembayaran kepada vendor, pembayaran gaji kakitangan dan sebagainya. Ini sudah tentu akan menjejaskan perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna. Selain itu, Kerajaan juga telah membelanjakan sejumlah RM493 juta pada tahun 2021 melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) untuk menampung kos rebat 2 sen/kWj bagi semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia agar tarif dapat dikekalkan pada ketika itu.\n4. Oleh itu, Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa melepaskan kos ICPT sebanyak RM1.672 bilion kepada pengguna komersial dan industri kerana kedudukan kewangan Kerajaan tidak mengizinkan Kerajaan untuk menyerap kos tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah memutuskan untuk melindungi pengguna domestik dan telah membuat keputusan untuk menanggung kos ICPT pengguna domestik sebanyak RM432 juta.\n5. Kerajaan sedar bahawa surcaj elektrik kepada pengguna komersial dan industri meningkatkan kos operasi mereka terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Oleh itu, saya ingin menyarankan agar pengguna-pengguna dalam kedua-dua kategori ini untuk melanggan Green Electricity Tariff (GET). Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan bil elektrik kerana pelanggan GET akan dikecualikan daripada membayar surcaj untuk tempoh setahun, malah mereka akan turut memiliki Renewable Energy Certificate (REC) yang boleh membantu memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG), dengan izin, dan menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu negara.\n6. Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik turut dicadangkan untuk meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pemain-pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna komersial dan industri untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2255,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2255",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "33",
        "member": "DATO' HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI ( TUMPAT )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik mengikut negeri jumlah mangsa banjir yang menyertai Program Bantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik dan apakah usaha SEDA menyebarluaskan lagi informasi berkenaan pr...",
        "question": "DATO' HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI ( TUMPAT ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik mengikut negeri jumlah mangsa banjir yang menyertai Program Bantuan Banjir: Rebat Pembelian Peralatan Elektrik dan apakah usaha SEDA menyebarluaskan lagi informasi berkenaan program ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nProgram Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi Pembelian Peralatan Elektrik Domestik bertujuan untuk meringankan beban kepada pengguna elektrik domestik yang terkesan dengan bencana banjir Monsun Timur Laut untuk membuat pembelian peralatan elektrik baharu bagi menggantikan peralatan yang rosak.\nSehingga 13 Februari 2022, sebanyak 43,954 unit rebat bernilai RM21.9 juta telah berjaya ditebus oleh mangsa-mangsa banjir.\nDaripada 43,954 unit rebat yang berjaya ditebus, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 30,634 unit rebat iaitu 69% diikuti dengan negeri Pahang sebanyak 12,932 unit rebat. Negeri Sembilan dan Kelantan dengan 155 dan 125 unit rebat. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah 72 unit rebat, Melaka dengan 28 unit rebat dan Johor berjumlah 7 unit rebat.\nPihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ini menggunakan platform Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency atau singkatannya SAVE.\nSEDA Malaysia sedang giat mempromosikan program ini melalui:\ni) Sesi temu bual di televisyen seperti di Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM);\nii) laman sesawang KeTSA dan SEDA Malaysia;\niii) media sosial KeTSA, SEDA Malaysia, TNB dan Agensi-agensi Kerajaan seperti NADMA; dan\niv) kedai berdaftar dengan program SAVE dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan PGMall.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2248,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2248",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "34",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM (KUALA LANGAT)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha pengawalan pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) serta status kini pembangunan industri REE.",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM (KUALA LANGAT) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha pengawalan pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) serta status kini pembangunan industri REE.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Dalam memastikan pembangunan industri NR-REE ini dilaksanakan secara terkawal dan teratur, KeTSA dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Negeri Perak untuk pelaksanaan projek perintis perlombongan NR-REE di Negeri Perak. SOP ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang berkaitan perlombongan, hidrologi, hidrogeologi dan pembangunan lestari termasuk juga wakil daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penggiat industri. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerangka perlombongan yang bertanggungjawab dan mampan, di samping menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan dan penggiat industri khususnya di Negeri Perak bagi memastikan industri ini tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.\n2. SOP tersebut mengambil kira keseluruhan aktiviti perlombongan yang merangkumi tiga (3) peringkat utama iaitu pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan. Bagi setiap peringkat tersebut, disediakan prosedur yang perlu dipatuhi agar aktiviti yang dijalankan menepati kehendak perundangan dan keselamatan yang berkaitan. Pemakaian SOP tersebut akan dilaksanakan di tapak projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan.\n3. Pemakaian Prosedur Operasi Standard (SOP) Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-NREE) ini akan diperluaskan ke lain-lain negeri dengan pindaan yang bersesuaian dengan negeri masing-masing setelah menerima hasil penilaian projek perintis perlombongan NR-REE di Negeri Perak. Inisiatif ini adalah sama seperti yang telah dilaksanakan seperti pemakaian SOP Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang.\n4. Kementerian juga telah diamanahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengawal selia aktiviti pengeksportan unsur nadir bumi melalui pindaan kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) (Pindaan) 2021. Pindaan ini meletakkan kuasa mengeluarkan lesen eksport kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi unsur nadir bumi. Bagi peringkat awal, Kementerian menetapkan hanya unsur nadir bumi yang telah diproses sehingga Rare Earth Carbonate sahaja boleh dieksport.\n5. Selain daripada pematuhan kepada SOP yang akan diluluskan, sebarang perlombongan NR-REE juga tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS – Operational Mining Scheme) oleh Ketua Pengarah JMG.\n6. Pada masa ini, tiada operasi perlombongan NR-REE yang diluluskan oleh pihak Kementerian atau JMG di negara ini. Cadangan pelaksanaan projek perintis bagi perlombongan NR-REE di Negeri Perak masih lagi belum beroperasi memandangkan pertimbangan untuk kelulusan Skim Pengendalian Melombong hanya boleh dibuat setelah Prosedur Operasi Standard (SOP) Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-NREE) Negeri Perak dikuatkuasakan dan laporan EIA diluluskan.\n7. Selain itu, Kementerian juga sedang merancang untuk membangunkan industri NR-REE diperingkat pertengahan melalui cadangan pewujudan Pelan Pusat Pemprosesan Central Porcessing Plan (CPP). Cadangan pewujudan CPP ini adalah bagi mengelakkan sumber NR-REE dieksport secara mentah ke luar negara serta pada masa sama, adalah untuk menggalakkan sumber mineral NR-REE diproses bagi mendapatkan nilai tambah yang tinggi.\n8. Kementerian juga berpandangan pelaksanaan sistem pensijilan seperti Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) untuk industri minyak sawit dan Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) untuk industri balak boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk mengesahkan industri mineral dijalankan secara bertanggungjawab dan mampan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2256,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2256",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "34",
        "member": "TUAN LIM LIP ENG (KEPONG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah aktiviti pembalakan bagus untuk usaha pemuliharaan harimau dan pemeliharaan hidupan liar. Berapa jumlah terkini harimau di Malaysia mengikut negeri.",
        "question": "TUAN LIM LIP ENG (KEPONG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah aktiviti pembalakan bagus untuk usaha pemuliharaan harimau dan pemeliharaan hidupan liar. Berapa jumlah terkini harimau di Malaysia mengikut negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Amalan pengurusan hutan secara berkekalan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya. Perkara ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan ekosistem yang akan melindungi populasi hidupan liar termasuk Harimau Malaya.\n2. Dalam hal ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri komited dalam melaksanakan pengusaha hasilan hutan mengikut amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) yang memberikan penekanan kepada keseimbangan aspek pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan fungsinya dalam pembangunan sosioekonomi.\n3. Pelaksanaan SFM di Malaysia adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia serta selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum on Forests - UNFF).\n4. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey - NTS1) dari tahun 2016 hingga 2020. Hasil survei mendapati bahawa bilangan individu Harimau Malaya dalam habitat asal dianggarkan kurang daripada 150 ekor sahaja yang terdapat di negeri-negeri yang merupakan kawasan keliaran Harimau Malaya iaitu Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Pahang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2240,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2240",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-09",
        "year": 2022,
        "no": "37",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW (TANJONG)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah kadar surcaj 3.70 sen/kWj dikenakan kepada semua pengguna elektrik bukan domestik (komersial dan industri) bermula 1 Februari lalu akan ditarik balik. Jika tidak, kenapa. Nyatakan...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW (TANJONG) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah kadar surcaj 3.70 sen/kWj dikenakan kepada semua pengguna elektrik bukan domestik (komersial dan industri) bermula 1 Februari lalu akan ditarik balik. Jika tidak, kenapa. Nyatakan nilai pungutan sebelum dan selepas kenaikan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan mempunyai mekanisme khusus bagi penetapan purata tarif asas elektrik yang telah diguna pakai sejak tahun 2014 iaitu berdasarkan mekanisme Incentive Based Regulation (IBR). Melalui IBR ini, purata tarif asas di Semenanjung Malaysia untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dikaji tiga (3) tahun sekali berserta dengan penetapan parameter-parameter untuk perniagaan TNB yang dikawal selia oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, Kerajaan juga mempunyai mekanisme khusus bagi pelarasan tarif elektrik iaitu melalui Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang disemak setiap enam (6) bulan. Mekanisme ICPT ini adalah penting memandangkan TNB telah membuat bayaran terdahulu (advance payment) bagi semua kos penjanaan tenaga elektrik di Semenanjung bagi enam bulan yang terdahulu, maka bagi enam bulan yang berikutnya, mekanisme ICPT membenarkan segala kos yang telah dibuat oleh TNB dilepaskan kepada pengguna sama ada dalam bentuk rebat atau surcaj. Kerajaan pada 26 Januari 2022 telah meluluskan pelaksanaan tempoh regulatori ketiga (RP3) bagi tahun 2022 hingga 2024 di bawah mekanisme IBR.\n2. Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021, Kerajaan telah memberikan rebat 2 sen/kWj kepada semua kategori pengguna di Semenanjung. Pemberian rebat ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2.27 bilion.\n3. Bagi tempoh Julai hingga Disember 2021, kos ICPT yang terlibat adalah sebanyak RM1.672 bilion bersamaan surcaj 3.70 sen/kWj yang perlu dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung. Pelepasan surcaj ICPT sebanyak 3.70 sen/kWj kepada pengguna bagi tempoh Februari 2022 hingga Jun 2022 perlu dilaksanakan berikutan kenaikan harga arang batu sehingga USD105.09/metrik tan berbanding unjuran harga arang batu yang ditetapkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak USD67.45/metrik tan. Peningkatan harga arang batu yang ketara ini telah menyebabkan kos penjanaan berasaskan arang batu meningkat sebanyak 45% bagi tempoh Julai hingga Disember 2021.\n4. Sebarang kenaikan dalam harga arang batu memberi impak yang besar kepada tarif elektrik di Semenanjung kerana 59% penjanaan elektrik adalah daripada sumber arang batu. Selain itu, kenaikan pertukaran mata wang asing bagi tempoh Julai hingga Disember 2021 iaitu pada kadar RM4.246 untuk setiap USD1.00 berbanding unjuran iaitu pada kadar RM4.212 bagi setiap USD1.00 turut menjadikan kos penjanaan meningkat.\n5. Kerajaan menyedari bahawa sekiranya surcaj dilepaskan kepada semua pengguna seperti yang sepatutnya dilaksana berdasarkan mekanisme ICPT, pasti rakyat akan merasa terbeban disebabkan kenaikan tarif elektrik. Oleh itu, Kerajaan telah memutuskan supaya rebat 2 sen/kWj terus diberikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022 dengan membelanjakan RM715 juta daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Dalam masa yang sama, TNB telah menyerap kos ICPT pada bulan Januari 2022 sebanyak RM181 juta walaupun kos tersebut sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna.\n6. Kerajaan telah melepaskan surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh tersebut kerana pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu membayar kos bahan api dan penjanaan tambahan kepada pembekal-pembekal bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2021.\n7. Bagi menghadapi situasi ini, saya ingin menyarankan agar pengguna-pengguna bukan domestik untuk melanggan inisiatif Green Electricity Tariff (GET). Ia bukan sahaja dapat mengecualikan pelanggan GET daripada membayar surcaj ICPT untuk tempoh setahun, malah mereka akan turut memiliki Renewable Energy Certificate (REC) yang boleh membantu mereka memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG), dengan izin, dan menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu negara.\n8. Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik turut dicadangkan untuk meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian turut menyarankan pemain-pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna komersial dan industri untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2262,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2262",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "37",
        "member": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN (SIK)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah untuk mengawal pembalakan di kawasan tadahan air khusus di Hutan Simpan Ulu Muda, Hutan Simpan Rimba Teloi Sik supaya ia tidak menjejaskan kawasan tadahan serta kelestarian hutan...",
        "question": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN (SIK) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah untuk mengawal pembalakan di kawasan tadahan air khusus di Hutan Simpan Ulu Muda, Hutan Simpan Rimba Teloi Sik supaya ia tidak menjejaskan kawasan tadahan serta kelestarian hutan khazanah negara terus dipelihara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, luas keseluruhan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) ialah 106,418 hektar. Daripada jumlah tersebut seluas 16,229 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air manakala seluas 11,118 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri dan seluas 79,071 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Pengeluaran.\n2. Bagi Hutan Simpan Rimba Teloi Sik, sebanyak 6,055 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air dan 27,093.95 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran daripada keseluruhan kawasan seluas 33,148.95 hektar.\n3. Bagi keluasan di dalam Hutan Simpan Ulu Muda dan Hutan Simpan Rimba Teloi Sik yang telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan, Hutan Tadahan Air dan Hutan Taman Negeri, tiada aktiviti pembalakan dan pembangunan dibenarkan dalam kawasan tersebut. Manakala bagi aktiviti pengusaha hasilan hutan yang dijalankan di kawasan dalam HSK yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) adalah terpakai.\n4. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mengawal aktiviti pembalakan di negeri Kedah, khususnya di Hutan Simpan Ulu Muda dan Hutan Simpan Rimba Teloi Sik ialah:\ni) melaksanakan aktiviti pemantauan secara berkala di kawasan yang terlibat dengan pengusaha hasilan hutan bagi memastikan pelesen mematuhi had pengeluaran isipadu maksimum yang dibenarkan untuk dikeluarkan bagi setiap kawasan yang dilesenkan;\nii) melaksanakan 6 kali operasi penguatkuasaaan secara bersepadu dengan agensi-agensi di peringkat negeri seperti Pejabat Tanah dan Daerah, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2021;\niii) memastikan pelesen menyediakan Rancangan Mengusaha Hasil Hutan (RMH) sebelum lesen pengusaha hasilan hutan dikeluarkan, meliputi perancangan pelaksanaan pengusaha hasilan di dalam kawasan lesen; dan\niv) melaksanakan pemeriksaan dan penandaan pokok yang matang untuk diusaha hasil. Pokok-pokok yang mempunyai nilai perlindungan seperti pokok ibu, pokok buah-buahan untuk kepentingan hidupan liar dan spesies-spesies pokok yang dikategorikan sebagai Sangat Terancam, Terancam dan Jarang Ditemui (Endangered, Rare and Treatened -ERT) tidak dibenarkan ditebang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2229,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2229",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "42",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan semua jenis mineral yang terdapat dalam negara kita mengikut negeri serta jumlah kuantiti keseluruhan dan nilainya. Siapakah pengusaha-pengusaha mineral ini dan apakah status kini dalam ...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan semua jenis mineral yang terdapat dalam negara kita mengikut negeri serta jumlah kuantiti keseluruhan dan nilainya. Siapakah pengusaha-pengusaha mineral ini dan apakah status kini dalam penubuhan Lembaga Sumber Asli Negara (Formation of the Mineral Board).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah melaksanakan pemetaan di pelbagai lokasi di negeri-negeri bagi menentukan sumber mineral negara. Setakat tahun 2020, jumlah sumber mineral negara dianggarkan bernilai mencecah RM4.11 trilion yang terdiri daripada mineral berlogam berjumlah RM1.03 trilion, mineral bukan logam atau mineral perindustrian berjumlah RM2.96 trilion dan mineral tenaga berjumlah RM0.12 trilion.\n2. Anggaran jumlah nilai ini merangkumi mineral-mineral seperti timah, emas, bauksit, nikel, bijih besi, arang batu dan termasuk sumber mineral baharu iaitu unsur nadir bumi bukan radioaktif (Non-Radioctive Rare Earth Elements - NR-REE).\n3. Selain itu, negara juga mempunyai sumber pasir yang terdiri daripada pasir laut dan pasir sungai dengan anggaran berjumlah 43,897 juta tan metrik dengan nilai RM1.312 bilion.\n4. Untuk makluman Yang Berhormat, sumber mineral tersebut terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara.\n5. Setakat ini, pengusaha mineral di Malaysia terdiri daripada pelabur tempatan dan luar negara yang memenuhi keperluan dan syarat yang ditetapkan oleh Akta Pembangunan Mineral 1994. Antaranya seperti Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. dan Kaolin (Malaysia) Sdn. Bhd.\n6. Seterusnya, saya ingin memaklumkan bahawa gerak kerja penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Malaysia (LPMM) sedang giat dilaksanakan oleh KeTSA bersama JMG dan melibatkan beberapa siri libat urus bersama Agensi Pusat dan Pihak Berkuasa Negeri.\n7. Penubuhan LPMM ini bertujuan memperkasakan industri mineral ke arah penjanaan sumber ekonomi baharu dan meningkatkan daya saing industri melalui aktiviti penyelidikan pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (Research, Development, Commercialization, Innovation – R&D&C&I). Penubuhan LPMM juga bakal memperkemaskan elemen kawal selia dan penguatkuasaan serta mewujudkan pengurusan sumber mineral yang lebih sistematik.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2230,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2230",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "45",
        "member": "TUAN WONG TACK ( BENTONG )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa jalan boleh diluluskan dan dibina di dalam kawasan Hutan Simpan Lentang dan Hutan Simpan Klau/Raka di Bentong.",
        "question": "TUAN WONG TACK ( BENTONG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa jalan boleh diluluskan dan dibina di dalam kawasan Hutan Simpan Lentang dan Hutan Simpan Klau/Raka di Bentong.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak meluluskan sebarang pembinaan jalan hutan dalam Hutan Simpan Lentang untuk digunakan oleh mana-mana pihak luar bagi tujuan pengusaha hasilan hutan. Jalan hutan di dalam Hutan Simpan Lentang hanya digunakan bagi aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang serta kegunaan penduduk setempat yang diberikan permit penggunaan untuk mengakses sumber air.\n2. Manakala bagi Hutan Simpan Klau/Raka, jalan hutan tersebut merupakan jalan sedia ada semenjak tahun 1970an. Jabatan Perhutanan Pahang telah memberikan Permit Jalan untuk menggunakan jalan hutan sedia ada dalam Hutan Simpan Klau/Raka bagi mengeluarkan saki baki kayu jaras dan kayu balak dari kawasan hutan Tanah Kerajaan yang bersebelahan. Keputusan untuk memberikan Permit Jalan ini juga dibuat melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 25 Februari 2021. Selain itu, Permit Jalan yang diberikan oleh Jabatan Perhutanan Pahang untuk menggunakan jalan hutan sedia ada ini adalah bagi mengelakkan pembukaan kawasan hutan lain untuk membina jalan hutan baharu.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2249,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2249",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "48",
        "member": "TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab Kerajaan tidak mengarahkan Tenaga Nasional Bhd. untuk menangguhkan kenaikan tarif elektrik kepada 1.6 juta perniagaan dan industri setinggi 20% sehingga kemelesetan ekonomi reda. N...",
        "question": "TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab Kerajaan tidak mengarahkan Tenaga Nasional Bhd. untuk menangguhkan kenaikan tarif elektrik kepada 1.6 juta perniagaan dan industri setinggi 20% sehingga kemelesetan ekonomi reda. Nyatakan rasionalnya membenarkan sebuah syarikat untung dengan membebankan seluruh rakyat Malaysia serta kesan ke atas kenaikan harga barangan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan mempunyai mekanisme khusus bagi penetapan purata tarif asas elektrik yang telah diguna pakai sejak tahun 2014 iaitu berdasarkan mekanisme Incentive Based Regulation (IBR). Melalui IBR ini, purata tarif asas di Semenanjung Malaysia untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dikaji tiga (3) tahun sekali berserta dengan penetapan parameter-parameter untuk perniagaan TNB yang dikawal selia oleh Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, Kerajaan juga mempunyai mekanisme khusus bagi pelarasan tarif elektrik iaitu melalui Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang disemak setiap enam (6) bulan. Mekanisme ICPT ini adalah penting memandangkan TNB telah membuat bayaran bagi semua kos penjanaan tenaga elektrik di Semenanjung bagi enam bulan yang terdahulu, maka bagi enam bulan yang berikutnya, mekanisme ICPT membenarkan segala kos yang telah dibuat oleh TNB dilepaskan kepada pengguna sama ada dalam bentuk rebat atau surcaj. Kerajaan pada 26 Januari 2022 telah meluluskan pelaksanaan tempoh regulatori ketiga (RP3) bagi tahun 2022 hingga 2024 di bawah mekanisme IBR.\n2. Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021, Kerajaan telah melepaskan rebat 2 sen/kWj kepada semua kategori pengguna di Semenanjung. Pemberian rebat ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2.27 bilion.\n3. Bagi tempoh Julai hingga Disember 2021, kos ICPT yang terlibat adalah sebanyak RM1.672 bilion bersamaan surcaj 3.70 sen/kWj yang perlu dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung. Pelepasan surcaj ICPT sebanyak 3.70 sen/kWj kepada pengguna bagi tempoh Februari 2022 hingga Jun 2022 tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga arang batu sehingga USD105.09/metrik tan berbanding unjuran harga arang batu yang ditetapkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak USD67.45/metrik tan. Peningkatan harga arang batu yang ketara ini telah menyebabkan kos penjanaan berasaskan arang batu meningkat sebanyak 45% bagi tempoh Julai hingga Disember 2021.\n4. Sebarang kenaikan dalam harga arang batu memberi impak yang besar kepada tarif elektrik di Semenanjung kerana 59% penjanaan elektrik adalah daripada sumber arang batu. Selain itu, kenaikan pertukaran mata wang asing bagi tempoh Julai hingga Disember 2021 iaitu pada kadar RM4.246 untuk setiap USD1.00 berbanding unjuran iaitu pada kadar RM4.212 bagi setiap USD1.00 turut menjadikan kos penjanaan meningkat.\n5. Selain itu, sebarang penangguhan pelaksanaan ICPT akan memberi implikasi yang lebih signifikan kepada pengguna pada kitaran ICPT akan datang iaitu untuk tempoh Julai hingga Disember 2022. Ini kerana, kos ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2022 dianggarkan lebih tinggi iaitu sebanyak RM5.736 bilion atau bersamaan surcaj 10.55 sen/kWj berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga. Sekiranya kos ICPT bagi tempoh Februari hingga Jun 2022 ditangguhkan sehingga bulan Julai hingga Disember 2022, kos ICPT yang akan dilepaskan kepada semua pengguna adalah sebanyak 13.63 sen/kWj. Hal ini akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada pengguna elektrik serta menjejaskan kedudukan kewangan negara.\n6. Kerajaan menyedari bahawa sekiranya surcaj dilepaskan kepada semua pengguna seperti yang sepatutnya dilaksana berdasarkan mekanisme ICPT, pasti rakyat akan merasa terbeban disebabkan kenaikan tarif elektrik. Oleh itu, Kerajaan telah memutuskan supaya rebat 2 sen/kWj diteruskan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022 dengan membelanjakan RM715 juta daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Dalam masa yang sama, TNB telah menyerap kos ICPT pada bulan Januari 2022 sebanyak RM181 juta walaupun kos tersebut sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna.\n7. Bagi menghadapi situasi ini, saya ingin menyarankan agar pengguna-pengguna bukan domestik untuk melanggan inisiatif Green Electricity Tariff (GET). Ia bukan sahaja dapat mengecualikan pelanggan GET daripada membayar surcaj ICPT untuk tempoh setahun, malah mereka akan turut memiliki Renewable Energy Certificate (REC) yang boleh membantu mereka memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG), dengan izin, dan menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu negara.\n8. Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik turut dicadangkan untuk meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pemain-pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Inisiatif-inisiatif ini dapat membantu pengguna komersial dan industri untuk mengurangkan bil elektrik mereka pada masa akan datang.\n9. Bagi memastikan kepentingan pengguna terpelihara, saya yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa giat melakukan pemantauan harga di pasaran agar tiada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memanipulasi harga dengan menaikkan harga barang bagi mengaut keuntungan berlebihan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2231,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2231",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "51",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini projek Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) pembekalan elektrik di 13 kampung Orang Asli di Pahang.",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) pembekalan elektrik di 13 kampung Orang Asli di Pahang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pada tahun 2019, Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) telah meluluskan pembiayaan untuk tiga (3) buah projek mikro hidro bagi tujuan pembekalan elektrik di 13 kampung Orang Asli di Negeri Pahang seperti berikut:\na) projek di Pos Lenjang yang melibatkan 10 buah kampung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB);\nb) projek di Pos Lemoi yang melibatkan sebuah kampung oleh TONIBUNG, sebuah badan bukan Kerajaan; dan\nc) projek di Pos Titom yang melibatkan 2 buah kampung oleh Energy Action Partners (ENACT), juga sebuah badan bukan Kerajaan.\n2. Projek yang dicadangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam peringkat mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang manakala projek yang dikendalikan oleh pihak TONIBUNG dan ENACT telah ditangguhkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang hanya membenarkan pembangunan projek mikro hidro di negeri tersebut dilaksanakan oleh pihak TNB.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2263,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2263",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "52",
        "member": "DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH (KUBANG PASU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan yang telah diambil untuk mengelakkan harimau dijangkiti virus “canine distemper\" yang telah mengakibatkan kematian 2 ekor harimau di Terengganu dan Johor. Apakah benar jangkitan...",
        "question": "DATO' WIRA HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH (KUBANG PASU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang telah diambil untuk mengelakkan harimau dijangkiti virus “canine distemper\" yang telah mengakibatkan kematian 2 ekor harimau di Terengganu dan Johor. Apakah benar jangkitan ini bersumberkan anjing dan kucing dan harimau yang merayau ke kawasan penempatan manusia berkemungkinan besar mendapatkan virus ini dari anjing dan kucing.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Virus Canine Distemper (CDV) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus single-strand RNA famili Paramyxovirus. Virus ini boleh menjangkiti pelbagai spesies haiwan termasuk hidupan liar seperti Harimau Malaya, musang, memerang, binturong, gajah, beruk, lotong dan kera. Cara jangkitan virus ini adalah melalui titisan aerosol daripada haiwan terjangkit.\n2. Hasil post mortem mengesahkan kematian kedua-dua ekor Harimau Malaya di Terengganu dan Johor adalah disebabkan oleh jangkitan CDV. Bagi mengenal pasti sama ada anjing menjadi punca jangkitan penyakit CDV, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan kerjasama penyelidikan tentang epidemiologi dan genetik molekular penyakit CDV di Terengganu dan Johor yang dijangka selesai pada Jun 2022.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2232,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2232",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "53",
        "member": "TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI ( RAUB )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) membuat pengiraan yang mana Malaysia masih berada lebih dalam 50% hutan sekiranya pembalakan ini masih berjalan sedangkan p...",
        "question": "TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI ( RAUB ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) membuat pengiraan yang mana Malaysia masih berada lebih dalam 50% hutan sekiranya pembalakan ini masih berjalan sedangkan pokok gantian yang ditanam masih kecil atau mati. Adakah ladang kelapa sawit, getah itu termasuk dalam pengiraan. Bagaimana juga JPSM mengetahui CCT di sesebuah negeri itu dipatuhi (tidak tebang melebihi kuota).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Data hutan merupakan data yang dinamik. Elemen-elemen seperti perubahan status guna tanah, proses pewartaan keluar dan masuk Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Perlindungan (Totally Protected Area-TPA), peningkatan keupayaan teknologi dan aplikasi terkini, perubahan ketetapan data rujukan dan data penyelidikan termasuk penetapan dasar baharu yang berlaku di ketiga-tiga wilayah akan memberi kesan kepada peningkatan atau pengurangan data hutan tahunan yang dilaporkan.\n2. Dalam hubungan ini, pengiraan data hutan adalah melibatkan beberapa faktor, antaranya adalah notis pewartaan bagi Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Kawasan Perlindungan, peta geospatial bagi mengenal pasti sempadan hutan serta maklumat Inventori Hutan Kebangsaan (NFI) yang dijalankan setiap 10 tahun.\n3. Selain daripada inventori kawasan berhutan secara konvensional di Malaysia, penggunaan teknologi terkini dalam menganalisis keluasan kawasan berhutan seperti Geographical Information System (GIS) dengan izin, data-data geospatial dan imej satelit turut membantu mengukuhkan cerapan data dan memberi gambaran maklumat yang lebih terperinci. Penggunaan teknologi terkini telah membantu dalam penyediaan data dan maklumat yang lebih tepat dan akan diteruskan dalam membantu menambah baik pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Malaysia.\n4. Data-data yang dikumpul ini perlu melalui proses analisis, verifikasi dan pengesahan secara komprehensif sebelum ia digunakan sebagai data rasmi negara di peringkat domestik dan antarabangsa. Proses verifikasi dan pengesahan melibatkan kesemua Jabatan Perhutanan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.\n5. Malaysia telah menetapkan definisi hutan nasional sebagai “sesuatu kawasan merangkumi keluasan melebihi 0.5 hektar termasuk hutan semula jadi/asli dan ladang hutan tetapi tidak termasuk pokok-pokok yang ditanam bagi tujuan pertanian atau penggunaan tanah bandar urban land use. Pokok-pokok yang terdapat di kawasan tersebut juga hendaklah mampu mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 5 meter dan dilitupi oleh silara pokok melebihi 30%. Definisi ini adalah selari dengan definisi hutan yang ditetapkan oleh Food and Agriculture Organization (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Berdasarkan definisi hutan ini, kawasan ladang kelapa sawit dan getah adalah tidak termasuk dalam pengiraan jumlah kawasan berhutan di Malaysia.\n6. Bagi memantau pengusaha hasilan hutan dalam HSK dilaksanakan mematuhi kadar Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan, setiap Jabatan Perhutanan Negeri perlu menyediakan laporan mengenai pembukaan kawasan pengusaha hasilan hutan kepada JPSM secara bulanan. Laporan ini akan disusun secara bersiri bagi memantau pematuhan CTT di negeri-negeri.\n7. Seterusnya, maklumat-maklumat ini akan menjalani proses pengesahan oleh JPSM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Operasi Hutan (JKPOH) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia setiap suku tahun. Di samping itu, pelaksanaan CTT turut diakreditasikan melalui pensijilan MS ISO 9001:2015 Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal dan Pensijilan Pengurusan Hutan Kriteria dan Indikator Malaysia bagi Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2233,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2233",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "54",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ( KEMAMAN )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Mineral",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan peratus pelaksanaan projek ladang hutan (ladang monokultur) berskala besar dan kegiatan perlombongan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di seluruh negara.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ( KEMAMAN ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan peratus pelaksanaan projek ladang hutan (ladang monokultur) berskala besar dan kegiatan perlombongan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seluas 439,189 hektar dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-68 pada tahun 2012 sebagai Zon Penubuhan Ladang Hutan (ZPLH) di Semenanjung. Sehingga 31 Disember 2021, seluas 213,522.19 hektar atau 48.62 peratus daripada jumlah tersebut telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Semenanjung.\n2. Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2021 mensasarkan pembangunan seluas 400,000 kawasan Hutan Simpan Komersial (Kelas II) sebagai ladang hutan menjelang tahun 2035, selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025. Sehingga 31 Disember 2021, seluas 149,558 hektar atau 37 peratus daripada sasaran tersebut telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Sabah. Manakala di Sarawak, Kerajaan Negeri telah membuat ketetapan di bawah Revised Policy Direction on Industrial Forest Plantation in Sarawak pada tahun 2020 untuk mencapai sasaran sebanyak 1 juta hektar kawasan HSK dan Tanah Kerajaan akan dibangunkan sebagai ladang hutan (dikenali sebagai hutan industri di Sarawak). Sehingga 31 Disember 2021, seluas 527,790 hektar atau 52.78 peratus telah dibangunkan sebagai ladang hutan di Sarawak.\n3. Bagi kegiatan perlombongan dalam HSK, MTN Ke-70 pada 18 November 2014 telah bersetuju supaya Kerajaan-kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian di dalam HSK. Oleh yang demikian, adalah menjadi dasar Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk tidak meluluskan sebarang kelulusan Surat Kebenaran Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan iaitu HSK, Kawasan Rizab Perlindungan, Kawasan Tadahan Air dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). KeTSA juga menyarankan kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya tidak mewarta keluar mana-mana HSK untuk tujuan pengeluaran pajakan melombong.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2257,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2257",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "54",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB ( MACHANG ) Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian telah melaksanakan perbincangan meja bulat bersama pemain industri sebelum menaikka...",
        "question": "DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB ( MACHANG ) Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian telah melaksanakan perbincangan meja bulat bersama pemain industri sebelum menaikkan kadar tarif elektrik yang berkuatkuasa 1 Febuari lalu. Adakah Kementerian sedar bahawa tindakan menaikkan kadar lebih daripada 15 peratus atau 25 peratus di luar waktu puncak amat membebankan dan akan mengganggu rantaian bekalan serta kos barangan. Apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) disemak setiap enam bulan sekali dengan mengambil kira harga bahan api di pasaran dunia serta kos-kos penjanaan yang lain untuk tempoh enam bulan ke belakang. Dalam hal ini, pemain industri telah menjangkakan kenaikan tarif elektrik berikutan kenaikan harga bahan api di pasaran dunia terutamanya harga arang batu yang meningkat sebanyak 45% dan perkara ini adalah di luar kawalan Kerajaan.\n2. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA melalui kenyataan media pada 29 Januari 2022 menyambut baik keputusan Kerajaan tersebut dan tidak menafikan akan ada kenaikan harga barang di pasaran kerana peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung oleh pihak industri. Dalam sesi tersebut, FOMCA telah menyarankan agar Kerajaan menyediakan inisiatif-inisiatif yang dapat membantu mengurangkan kos operasi pihak industri.\n3. Kementerian menyedari kegusaran pemain industri mengenai surcaj yang dikenakan melalui ICPT pada kali ini. Maka, pengguna-pengguna terutamanya daripada kategori komersial dan industri digalakkan untuk melanggan inisiatif Green Electricity Tariff (GET) yang bukan sahaja boleh membantu mengurangkan bil elektrik kerana pelanggan GET akan dikecualikan daripada membayar surcaj untuk tempoh setahun, malah mereka akan turut memiliki Renewable Energy Certificate (REC) yang menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu negara.\n4. Selain itu, pengguna-pengguna bukan domestik juga dicadangkan untuk menerokai potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri (self-consumption – SelCo) atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0). Kementerian juga menyarankan pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga.\n5. Bagi pemilik-pemilik syarikat yang merupakan pengguna elektrik di bawah kategori industri atau komersial yang menggunakan lebih 3 juta kWj dalam tempoh enam bulan berturut-turut di premis mereka dan berdaftar di bawah Peraturan Tenaga Elektrik 2008 boleh memohon dana melalui “Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan Pengurusan Tenaga dalam Sektor Industri dan Komersial\" untuk melaksanakan audit tenaga secara kolaborasi dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga – Energy Service Company (ESCO) bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di premis dan pepasangan mereka.\n6. Insiatif-inisiatif tersebut bukan sahaja dapat membantu mengurangkan bil elektrik bagi pengguna bukan domestik, malah ia dapat dilihat sebagai usaha ke arah melestarikan perniagaan masing-masing dalam memenuhi komitmen ESG mereka.\n7. Selain itu, ST juga telah dan akan mengadakan beberapa sesi libat urus bagi menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan proses penetapan tarif elektrik di Malaysia melalui mekanisma Incentive-Based Regulation (IBR) dan pelarasan tarif yang dilaksanakan setiap enam (6) bulan melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). Sesi libat urus tersebut diadakan secara berfasa bermula pada 27 Januari 2022 hingga 9 Mac 2022 yang melibatkan SME Association, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2234,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2234",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "56",
        "member": "TUAN BARU BIAN ( SELANGAU )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status penerbitan KETSA 'A Master List of Protected Areas in Malaysia' pada tahun 2019. Setelah ia dimuat naik di laman sesawang Malaysia Biodiversity Information System, kenapa d...",
        "question": "TUAN BARU BIAN ( SELANGAU ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status penerbitan KETSA 'A Master List of Protected Areas in Malaysia' pada tahun 2019. Setelah ia dimuat naik di laman sesawang Malaysia Biodiversity Information System, kenapa dan bilakah ia dikeluarkan dari laman tersebut. Bagaimanakah pihak awam dapat mengakses penerbitan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. 'A Master List of Protected Areas in Malaysia' (PA Master list) telah diterbitkan pada tahun 2019 dan dimuat naik di laman sesawang Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) pada 25 Mac 2020. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut telah dikeluarkan daripada pangkalan data MyBIS pada tarikh yang sama berikutan terdapat keperluan untuk mengemas kini data PA Master list supaya selari dengan pelaporan di peringkat antarabangsa melalui World Database on Protected Areas (WDPA) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP) dan International Union for Conservation of Nature (IUCN).\n2. Data PA Master list tahun 2019 dan 2020 sedang dalam proses verifikasi dan kemas kini oleh Kementerian ini dengan kerjasama pihak pengurusan kawasan perlindungan di negeri-negeri. Data yang telah dikemas kini akan dimuat naik setelah ia dimuktamadkan pada akhir tahun ini dan akan boleh diakses oleh pihak awam menerusi laman sesawang MyBIS dan WDPA.\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data kawasan perlindungan sehingga tahun 2018 boleh diakses melalui laman sesawang Kementerian.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2241,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2241",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-09",
        "year": 2022,
        "no": "62",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan:- status terkini penuntutan semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) daripada penjana-penjana kuasa bebas (IPP).",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:-\nstatus terkini penuntutan semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) daripada penjana-penjana kuasa bebas (IPP).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jumlah tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) sehingga tahun 2018 yang telah diselesaikan adalah RM163,483,253.10 manakala RM68,224,827.00 dalam proses penyelarasan pembayaran. Bagi tahun 2019 hingga 2020, amaun sebenar yang perlu dibayar oleh setiap syarikat penjana elektrik sedang disemak oleh Kementerian bersama-sama Suruhanjaya Tenaga. Syarikat-syarikat penjana elektrik akan membuat bayaran setelah mendapat pengesahan rasmi Kementerian.\n2. Untuk menyelesaikan isu pembayaran tunggakan, pihak Kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan syarikat penjana elektrik yang terlibat untuk membantu mereka melunaskan tunggakan secara berperingkat mengikut jadual bayaran ansuran yang dipersetujui di antara pihak Kementerian dan syarikat. Setakat ini, semua syarikat penjana elektrik ini telah memberikan kerjasama yang baik dan komitmen untuk menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan kini dalam proses membuat penyelarasan pembayaran di peringkat syarikat berdasarkan pelan ansuran bayaran.\n3. Pihak Kementerian sentiasa memantau perkara ini secara konsisten melalui Mesyuarat Jawatankuasa AAIBE dan surat peringatan secara berkala akan diberikan kepada kesemua syarikat penjana serta melaksanakan sesi libat urus bersama Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan semua syarikat penjana elektrik menjelaskan sumbangan mereka kepada AAIBE.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2235,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2235",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "64",
        "member": "DATO' JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan banjir yang melanda negara setiap tahun antara puncanya ialah tindakan pembalakan yang tidak terkawal. Apakah tindakan Kerajaan bagi memastikan Kerajaan Negeri mematuhi semua syarat-syar...",
        "question": "DATO' JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan banjir yang melanda negara setiap tahun antara puncanya ialah tindakan pembalakan yang tidak terkawal. Apakah tindakan Kerajaan bagi memastikan Kerajaan Negeri mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan sebelum pembalakan dimulakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti pembalakan di negara ini melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Pembalakan Hutan Pengeluaran dilaksanakan secara terkawal melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) menerusi Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS).\n2. CTT bertujuan mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan sesuatu kawasan Hutan Pengeluaran dalam HSK. Kadar CTT diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Setiap Kerajaan Negeri perlu mematuhi kadar CTT yang telah ditetapkan dan pematuhan terhadap CTT dilaporkan dalam mesyuarat MTN.\n3. Bagi tujuan pelesenan pembalakan di hutan Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, ianya tertakluk kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling [Aktiviti Yang Ditetapkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 2015] yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh JAS.\n4. Selain itu, bagi memastikan aktiviti pembalakan dilaksanakan secara teratur, pelesen perlu menyediakan Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) sebelum lesen dikeluarkan. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 iaitu 'Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk Pengusahasilan Kayu Kayan Tanah Kerajaan' sebagai rujukan utama Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2236,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2236",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "65",
        "member": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP (MERBOK)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan 5 bahan mineral strategik negara iaitu Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE), bauksit, bijih timah, pasir silika dan kaolin dan apakah jaminan Kementerian dalam memastikan industr...",
        "question": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP (MERBOK) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan 5 bahan mineral strategik negara iaitu Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE), bauksit, bijih timah, pasir silika dan kaolin dan apakah jaminan Kementerian dalam memastikan industri ini benar-benar mengikuti prinsip kemampanan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Berdasarkan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030), lima mineral strategik yang dinyatakan adalah bauksit, bijih timah, pasir silika, kaolin dan unsur nadir bumi bukan radioaktif (Non-Radioactive Rare Earth Elements – NR REE).\n2. Bagi memastikan industri perlombongan terus berkembang secara mampan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah membangunkan Petunjuk Kemampanan Perlombongan dan Pengkuarian Malaysia. Petunjuk tersebut bertujuan memberi penarafan terhadap tahap kemampanan industri yang dikenali sebagai Petunjuk Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Indicators (SDI). Dalam petunjuk kemampanan ini, aspek penting yang diambil kira adalah pelaksanaan dasar, pematuhan perundangan, prosedur operasi standard, garis panduan, amalan terbaik industri dan kawal selia yang tersusun, jelas, dan telus.\n3. Audit penarafan kemampanan berkenaan akan dijalankan oleh JMG terhadap lombong dan kuari setiap tahun. Mulai tahun 2022, audit penarafan kemampanan ini akan dilaksanakan oleh pihak perunding audit yang dilantik bagi setiap operator lombong, manakala JMG akan membuat semakan secara terpilih terhadap pengauditan yang dibuat oleh pihak perunding berkenaan.\n4. JMG juga telah melaksanakan peranan-peranan berikut dalam penyediaan pemetaan dan pengezonan mineral:\n(i) menilai dan menentukan potensi sumber mineral di kawasan- kawasan beranomali yang dikenal pasti;\n(ii) persempadanan kawasan berpotensi untuk diusahahasilkan sebagai kawasan yang perlu diberi keutamaan; dan\n(iii) menyediakan maklumat sumber mineral yang lengkap bagi membantu dalam perancangan pembangunan mineral negara.\n5. Kementerian juga yakin langkah-langkah yang digariskan dalam Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) dapat membantu dalam memastikan industri mineral negara dimajukan dengan mematuhi prinsip kemampanan dan kelestarian alam sekitar.\n6. Antara inisiatif yang sedang diusahakan oleh Kementerian bagi mematuhi prinsip kemampanan adalah seperti penyediaan SOP NR-REE Negeri Perak dan SOP Bauksit. SOP ini dibangunkan bagi memenuhi kehendak yang disasarkan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goal 2030 – SDG 2030), di mana ia mengambil kira pertimbangan-pertimbangan berasaskan kepada prinsip perlombongan yang bertanggungjawab, mampan, kompetensi, nilai tambah produk, mematuhi norma industri standard tinggi, pengendalian sumber mineral strategik, dan kecekapan sumber.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2237,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2237",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-03",
        "year": 2022,
        "no": "72",
        "member": "DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB (PULAI)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah indikator yang diambil kira oleh Jabatan Perhutanan negeri mengenai ketetapan keluasan hektar bagi kegiatan perhutanan atau pembalakan yang dibenarkan melalui Catuan Tebangan Tahu...",
        "question": "DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB (PULAI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah indikator yang diambil kira oleh Jabatan Perhutanan negeri mengenai ketetapan keluasan hektar bagi kegiatan perhutanan atau pembalakan yang dibenarkan melalui Catuan Tebangan Tahunan (CTT).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Amalan pengurusan hutan Malaysia adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia yang bermatlamat untuk memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM). Salah satu kriteria utama dalam SFM ialah pengawalan terhadap pembukaan kawasan hutan untuk pengusaha hasilan melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).\n2. CTT berfungsi untuk mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpanan kekal (HSK), yang diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan kadar CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Kaedah pengiraan CTT dibuat dengan mengambil kira luas kawasan pengeluaran bersih (nett production area) dan juga jumlah pertambahan isipadu bersih (nett volume increment) bagi kawasan berhutan. Pematuhan terhadap CTT yang ditetapkan dapat memastikan kawasan yang telah diusahasil ini terpulih untuk diusahasil semula dalam tempoh 25 hingga 55 tahun selepas pengusaha hasilan.\n3. Bagi tempoh RMKe-12 (tahun 2021 hingga tahun 2025), Mesyuarat MTN Ke-77 yang bersidang pada 8 September 2020 telah menetapkan CTT bagi Semenanjung Malaysia seluas 37,710 hektar setahun, Sabah seluas 50,000 hektar setahun dan Sarawak seluas 145,000 hektar setahun.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2242,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2242",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-09",
        "year": 2022,
        "no": "77",
        "member": "DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH (BESUT)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan status cadangan pembinaan Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam menangani aktiviti pencerobohan gajah li...",
        "question": "DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH (BESUT) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status cadangan pembinaan Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam menangani aktiviti pencerobohan gajah liar, yang mengakibatkan kemusnahan pertanian serta mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Santuari Gajah Negeri Johor (Johor Elephant Sanctuary – JES) bertujuan untuk menempatkan gajah-gajah yang menimbulkan gangguan kepada penduduk setempat dan seterusnya mengurangkan masalah konflik manusia-gajah di negeri Johor.\n2. Negeri Johor dianggarkan mempunyai populasi gajah sebanyak 120 hingga 160 ekor meliputi daerah Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat. Secara purata, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor menerima lebih kurang 100 aduan gangguan gajah setiap tahun dengan kos kerugian yang ditanggung oleh orang ramai sebanyak RM6,630,464 dalam tempoh 2014-2019 atau lebih kurang RM1.1 juta setahun.\n3. Projek pembangunan Santuari Gajah Johor seluas 72.993 hektar dibangunkan dalam dua (2) fasa di mana Fasa Pertama projek bermula pada tahun 2016 dan telah selesai pada tahun 2020 melibatkan pembinaan fizikal seperti bangunan pejabat, bangunan kuarantin dan berek kakitangan.\n4. Fasa Kedua projek pula telah bermula pada tahun 2019 melibatkan projek-projek pembangunan sumber di JES antaranya seperti pembinaan halangan fizikal yang dianggarkan sepanjang 15 kilometer menyusuri sempadan Hutan Simpan Panti bagi menghalang gajah memasuki kawasan pertanian dan penempatan penduduk berhampiran. Projek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.\n5. Projek ini merupakan kaedah penyelesaian jangka masa panjang masalah ancaman gajah-gajah liar di kawasan penduduk, pertanian dan komersial dengan kaedah menangkap pindah dan penempatan secara in-situ ke satu kawasan santuari gajah di kawasan jajaran habitatnya.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2258,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2258",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "77",
        "member": "TUAN WONG HON WAI ( BUKIT BENDERA )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah hasil penyertaan Malaysia di Persidangan ke-15 Konvesyen Biodiversiti (15th Conference of the Parties of the Convention on Biological Diversity COP15) yang diadakan pada tahun 202...",
        "question": "TUAN WONG HON WAI ( BUKIT BENDERA ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah hasil penyertaan Malaysia di Persidangan ke-15 Konvesyen Biodiversiti (15th Conference of the Parties of the Convention on Biological Diversity COP15) yang diadakan pada tahun 2021 di Kunming, China.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan Persidangan Conference of the Parties ke-15 (COP15) yang sepatutnya diadakan pada 2021 telah dijadualkan semula secara fizikal pada 25 April hingga 8 Mei 2022 di Kunming, Republik Rakyat China.\n2. COP15 dijangka akan memuktamadkan Pelan Strategik Biodiversiti 2021-2030 yang dikenali sebagai Post-2020 Global Biodiversity Framework (Post-2020 GBF) di mana ia telah melalui pelbagai perundingan bersama pelbagai pihak termasuk negara-negara parti, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil (CSO).\n3. Setelah Post-2020 GBF dimuktamadkan, dokumen ini akan menjadi asas kepada semakan semula Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK) yang menjadi panduan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti merentas semua kementerian dan agensi di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2259,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2259",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "81",
        "member": "TUAN GOBIND SINGH DEO ( PUCHONG )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil untuk mengawal pembalakan di Pahang sehingga menyebabkan banjir yang teruk.",
        "question": "TUAN GOBIND SINGH DEO ( PUCHONG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil untuk mengawal pembalakan di Pahang sehingga menyebabkan banjir yang teruk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jabatan Perhutanan Pahang telah mengeluarkan arahan pemberhentian aktiviti pengusaha hasilan hutan meliputi Hutan Simpanan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik pada 3 Januari 2022. Aktiviti ekopelancongan dalam Taman Eko Rimba juga diberhentikan semasa musim tengkujuh (pertengahan bulan Disember sehingga pertengahan Januari setiap tahun) bagi mengawal kerosakan kepada permukaan jalan hutan, dirian tinggal dan juga pencemaran aliran sungai.\n2. Arahan pemberhentian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan ini bertujuan menjamin keselamatan pekerja pengusaha hasilan hutan dan juga pengunjung ke Taman Eko Rimba. Arahan pemberhentian ini juga disebabkan sebahagian besar laluan ke kawasan aktiviti pengusaha hasilan hutan dan juga aktiviti ekopelancongan dalam Taman Eko Rimba lazimnya tidak dapat dilalui kerana kejadian tanah runtuh dan dinaiki air pada musim tengkujuh.\n3. Selain itu, Jabatan Perhutanan Pahang juga telah mengeluarkan arahan pembatalan lesen bagi pengusaha hasilan hutan di Bukit Makro, Maran pada 17 Januari 2022 setelah membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan mengambil kira kepentingan awam. Arahan pembatalan lesen ini juga selari dengan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh JPSM pada tahun 2016 iaitu 'Panduan Amalan Baik Hutan (Good Forest Practices) untuk Pengusahasilan Kayu Kayan Tanah Kerajaan' yang turut menggariskan aktiviti pengusaha hasilan hutan tidak dibenarkan semasa musim tengkujuh bagi mengurangkan impak ke atas hakisan tanah dan habitat flora dan fauna.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2260,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2260",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "82",
        "member": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kerajaan pusat mewujudkan insentif kewangan tertentu supaya Kerajaan negeri tidak menyalah guna atau terlalu bergantung kepada penjualan hasil hutan di seluruh Malaysia, memandan...",
        "question": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah Kerajaan pusat mewujudkan insentif kewangan tertentu supaya Kerajaan negeri tidak menyalah guna atau terlalu bergantung kepada penjualan hasil hutan di seluruh Malaysia, memandangkan Malaysia telah kehilangan sebanyak 8.39 hektar litupan hutan dari tahun 2001 hingga 2020 menurut laporan Global Forest Watch.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Data terkini keluasan hutan di Malaysia adalah seluas 18,273,487 hektar iaitu peningkatan sebanyak 177,869 hektar berbanding 18,095,618 hektar pada tahun 2001. Sehubungan itu, Malaysia masih mengekalkan litupan kawasan berhutan melebihi 50 peratus selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992.\n2. Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) pada tahun 2019 sebagai satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected areas - PA). EFT menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam konservasi biodiversiti serta menggalakkan Kerajaan Negeri mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem (ecosystem services) termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar.\n3. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019 melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 27 Mei 2019, sebanyak RM60 juta telah diagihkan pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). Peruntukan EFT berjumlah RM70 juta akan disediakan dan diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri pada tahun 2022 sebagai satu bentuk pemberian khusus di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Mekanisme pelaksanaannya telah diperkukuhkan melalui kriteria ekologi berasaskan keberhasilan.\n4. Selain itu, Mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation (REDD Plus) telah dibangunkan di bawah United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) bertujuan untuk memberikan nilai kewangan terhadap penyerapan karbon oleh hutan serta menawarkan insentif kepada negara-negara membangun bagi mengekalkan hutan dan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada aktiviti perhutanan. KeTSA pada masa ini sedang memuktamadkan Kerangka Kewangan REDD Plus atau REDD Plus Finance Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan. Bagi melaksanakan pengoperasian RFF, KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund atau MFF.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2261,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2261",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-24",
        "year": 2022,
        "no": "90",
        "member": "TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD ( KANGAR )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah jenis dan berapa jumlah subsidi yang diberikan oleh Kementerian dalam rantaian sektor penghasilan tenaga di Malaysia. Adakah ia lestari dari segi kewangan dan juga usaha Kementeri...",
        "question": "TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD ( KANGAR ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah jenis dan berapa jumlah subsidi yang diberikan oleh Kementerian dalam rantaian sektor penghasilan tenaga di Malaysia. Adakah ia lestari dari segi kewangan dan juga usaha Kementerian menangani perubahan iklim. Apakah kesan langkah Kementerian untuk beranjak ke sumber tenaga yang lebih bersih.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n1. Penetapan kadar tarif elektrik di Semenanjung dan Sabah dilaksanakan melalui mekanisme Incentive Based Regulation (IBR). Di bawah mekanisme ini, kadar tarif asas elektrik diselaraskan setiap 3 tahun manakala perubahan kos bahan api diselaraskan setiap 6 bulan. Oleh itu, melalui mekanisme ini, tiada pemberian subsidi oleh Kerajaan bagi pembekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah.\n2. Namun begitu, berikutan impak penularan pandemik COVID-19 kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia, Kerajaan telah meluluskan beberapa pakej pemberian diskaun bil elektrik pada tahun 2020 dan 2021 yang melibatkan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM3.69 bilion.\n3. Selain itu, sejak tahun 2005 hingga 2021, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan subsidi yang terdiri daripada subsidi bahan api, subsidi solar dan subsidi sokongan tarif yang berjumlah sekitar RM8.35 bilion kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) supaya purata tarif asas elektrik di Sabah dapat dikekalkan pada kadar 34.52 sen/kWj berbanding kos pembekalan elektrik sebenar di Sabah iaitu 43.83 sen/kWj.\n4. Oleh yang demikian, bagi memastikan kemampanan operasi SESB, Kerajaan telah melaksanakan mekanisme Incentive Based Regulation (IBR) di Sabah bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2024 agar pemberian subsidi tahunan oleh Kerajaan Persekutuan kepada SESB dapat distrukturkan semula dan dikurangkan secara berperingkat supaya tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna di Sabah adalah berdasarkan kos pembekalan elektrik yang sebenar.\n5. Bagi menangani impak perubahan iklim serta mengurangkan jejak karbon bagi sektor pembekalan elektrik, Kerajaan telah menetapkan perancangan yang komprehensif untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih bersih. Ini termasuklah:\ni) Penetapan sasaran kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada 40% menjelang tahun 2035 melalui pelaksanaan Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER);\nii) tiada lagi pembinaan loji janakuasa arang batu baharu bagi menggantikan loji-loji janakuasa arang batu yang tamat tempoh operasi dan merancang pembangunan loji janakuasa elektrik dari sumber yang mesra alam;\niii) memperkenalkan 'battery energy storage system - BESS' pada 2030 bagi menyokong pembangunan TBB; dan\niv) penetapan sasaran 8% penjimatan penggunaan tenaga elektrik melalui usaha kecekapan tenaga menjelang tahun 2025, berbanding tahun 2016 di bawah National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP).\n6. Langkah-langkah peralihan tenaga ini berupaya menurunkan intensiti pelepasan karbon berbanding nilai KDNK bagi sektor bekalan elektrik kepada 45% pada tahun 2030 dan 60% pada tahun 2035, berbanding intensiti pada tahun 2005. Usaha ini juga akan menyumbang kepada aspirasi perubahan iklim negara sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2264,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2264",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "90",
        "member": "Tuan CHAN MING KAI (ALOR SETAR)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan penghutang bil elektrik tertinggi bagi premis Kerajaan di setiap negeri serta jumlah tunggakan masing-masing.",
        "question": "Tuan CHAN MING KAI (ALOR SETAR) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penghutang bil elektrik tertinggi bagi premis Kerajaan di setiap negeri serta jumlah tunggakan masing-masing.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n1. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), tiga premis Kerajaan yang mempunyai hutang bil elektrik tertinggi adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dengan tunggakan bil elektrik sehingga 31 Januari 2022 masing-masing adalah berjumlah RM8.93 juta, RM5.42 juta dan RM3.12 juta.\n2. Perincian maklumat mengenai penghutang bil elektrik tertinggi bagi premis Kerajaan di setiap negeri serta jumlah tunggakan hutang masing-masing sehingga 31 Januari 2022 adalah seperti berikut: \nNEGERI SEMENANJUNGNAMA PENGGUNA BERDAFTARTUNGGAKAN SETAKAT 31-Jan-22 (RM)\n\nW.P. KUALA LUMPUR\nDEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 8,930,413.47\n\nTERENGGANUMAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU 5,424,259.31\n\nJOHORSETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI3,117,599.70\n\nSELANGORPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR 2,314,928.77\n\nMELAKAMAJLIS PERBANDARAN JASIN2,201,393.80\n\nPULAU PINANGSETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI1,884,601.39\n\nKEDAHJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA943,744.74\n\nKELANTAN\nMAJLIS PERBANDARAN KOTA BAHRU 831,772.86\n\nW.P. PUTRAJAYA DAN CYBERJAYAPERBADANAN PUTRAJAYA 702,663.48\n\nPERAKPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK 642,650.72\n\nNEGERI SEMBILANKETUA PENOLONG SETIAUSAHA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 508,531.91\n\nPERLISPERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS273,561.99\n\nPAHANGMAJLIS DAERAH RAUB238,359.66\n\nJUMLAH28,014,481.8",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2265,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2265",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "111",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID (KEMAMAN)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan tanah Persekutuan di Kemaman serta anggaran hasil yang perlu dibayar kepada Kerajaan Persekutuan setiap tahun.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID (KEMAMAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan tanah Persekutuan di Kemaman serta anggaran hasil yang perlu dibayar kepada Kerajaan Persekutuan setiap tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nBagi Daerah Kemaman, jumlah keluasan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah 553.34 hektar, melibatkan 235 lot dengan cukai tanah tahun 2021 yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 298,142.00.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2266,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2266",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "147",
        "member": "TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM ( PASIR GUDANG )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berkaitan dengan dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyatakan sebanyak 28.5 juta pokok hutan telah ditanam, jadi apakah pecahan tanaman 28.5 juta pokok hutan antara tahun 2015 hingga...",
        "question": "TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM ( PASIR GUDANG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berkaitan dengan dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyatakan sebanyak 28.5 juta pokok hutan telah ditanam, jadi apakah pecahan tanaman 28.5 juta pokok hutan antara tahun 2015 hingga 2020 mengikut negeri dan agensi. Siapakah pihak yang memantau sama ada pokok yang ditanam itu masih hidup.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Dokumen Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang menyatakan bahawa sebanyak 28.5 juta pokok hutan telah ditanam adalah berdasarkan maklumat penanaman pokok dari tahun 2016 sehingga Ogos 2020 yang telah dikemukakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang RMKe-11 iaitu dari tahun 2016 hingga 31 Disember 2020, sebanyak 29.8 juta pokok telah ditanam di Semenanjung. Perincian maklumat penanaman pokok mengikut negeri yang telah ditanam oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri adalah seperti berikut:\n\nBILNEGERIBILANGAN POKOK DITANAM (2016 – 2020)\n1Johor877,541\n2Kedah582,486\n3Kelantan7,271,926\n4Melaka20,184\n5Negeri Sembilan2,426,151\n6Pahang6,571,368\n7Perak9,541,906\n8Perlis31,411\n9Pulau Pinang27,938\n10Selangor305,891\n11Terengganu2,234,236\n15Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur3,202\nJumlah 29,894,240",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2267,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2267",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "185",
        "member": "PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO ( BATU KAWAN )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga, Biodiversiti, Tanah, Perhutanan, Mineral",
        "category_labels": [
            "Tenaga",
            "Biodiversiti",
            "Tanah",
            "Perhutanan",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani isu harimau yang berkeliaran di Gua Musang, status pembinaan Empangan Hidroelektrik Mega dan kelulusan tanah-tanah Orang A...",
        "question": "PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO ( BATU KAWAN ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi menangani isu harimau yang berkeliaran di Gua Musang, status pembinaan Empangan Hidroelektrik Mega dan kelulusan tanah-tanah Orang Asli untuk tujuan pembalakan, perlombongan dan perladangan yang menjejaskan keselamatan dan sosioekonomi Orang Asli seperti yang terkandung dalam Memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan yang diberikan pada 11 Januari 2022.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah mengambil beberapa tindakan bersifat jangka masa pendek dan panjang bagi menangani isu harimau yang berkeliaran di Gua Musang, Kelantan. Antara tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:\ni) memasang perangkap kamera di sekitar kawasan perkampungan dan denai laluan hidupan liar. Sebanyak 64 unit perangkap kamera telah dipasang;\nii) menerbangkan dron di lokasi-lokasi yang mudah dilihat seperti jalan-jalan balak bagi memantau kehadiran harimau;\niii) melaksanakan pemantauan dan kawalan oleh kakitangan operasi di lokasi;\niv) mendapatkan kerjasama daripada penduduk tempatan supaya mereka akan menghubungi petugas operasi sekiranya terdapat kesan-kesan baru kemunculan harimau; dan\nv) mendapatkan kerjasama di antara agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk kampung.\n2. Di samping itu, satu Mesyuarat Operasi Tangkapan Harimau Belang yang dipengerusikan oleh Pengarah PERHILITAN Negeri Kelantan telah diadakan pada 4 Januari 2022 bagi menyelaras strategi dan tindakan bagi operasi bagi menangkap harimau yang berkeliaran di Gua Musang. Operasi penangkapan telah dan masih diteruskan oleh pihak PERHILITAN di Pos Bihai, Gua Musang melalui Bilik Operasi yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bihai.\n3. Mesyuarat khas mengenai isu harimau juga telah diadakan pada 24 Februari 2022 yang dihadiri oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan PERHILITAN, Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Polis Daerah dan Pasukan Gerakan Am. Susulan mesyuarat tersebut, pihak JAKOA dan PERHILITAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk di Pos Bihai yang terlibat dengan kejadian kemunculan harimau tersebut pada 25 Februari 2022.\n4. Sehingga kini, pihak JAKOA telah menyalurkan bantuan bakul makanan sebanyak dua (2) kali dan khidmat sokongan moral bagi 305 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas. Tambahan bantuan bakul makan turut diterima oleh KIR sebanyak dua (2) kali daripada pihak Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak JAKOA juga telah menempatkan tiga (3) pasukan selama tiga (3) minggu di Pos Bihai secara giliran bagi menguruskan isu ini.\n5. Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengambil beberapa tindakan bagi menangani isu harimau yang berkeliaran di jajahan Gua Musang, Kelantan melalui tindakan berikut:\ni) mewujudkan Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra di Hutan Simpan Gunung Basor seluas 2,568.47 hektar;\nii) menubuhkan rangkaian ekologi Central Forest Spine (CFS) di Jajahan Gua Musang bagi tujuan penyambungan semula hutan-hutan yang terpisah dan mengekalkan kawasan berhutan untuk habitat hidupan liar; dan\niii) melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan hutan simpan dalam jajahan Gua Musang.\n6. Bagi status pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri pula, pembinaannya adalah masih dalam fasa pra-pembinaan dan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 1 Mac 2022. Mengambil kira pengalaman-pengalaman TNB dalam pembangunan projek hidroelektrik serta komitmen TNB dalam pelaksanaan pembangunan lestari, maka langkah-langkah mitigasi telahpun dirangka melalui Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) yang telah diluluskan oleh Jabatan Perhilitan pada Januari 2018. Pelaksanaan WMP bagi projek ini akan melibatkan kolaborasi bersama Jabatan Perhilitan, pakar-pakar hidupan liar daripada universiti tempatan dan juga NGO. Fokus utama pelaksanaan WMP ini adalah bagi membolehkan pembangunan projek ini dilaksanakan secara berharmoni dengan alam sekitar.\n7. Sebagai tindakan proaktif, TNB juga telah mengambil kira konflik harimau-manusia dalam pelan tersebut. Antara lain, pelan jangka pendek yang sedang dan akan dilaksanakan adalah pemantauan bersama Jabatan Perhilitan dan taklimat menerusi sesi libat urus bersama komuniti sekitar. Pelan jangka panjang, seperti pemantauan populasi harimau dan penilaian kesan pembangunan projek hidroelektrik ini juga sedang dirangka sebagai langkah mitigasi seterusnya menguruskan risiko konflik harimau-manusia berkenaan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2268,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2268",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "248",
        "member": "DATO' HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR (POKOK SENA)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik tanah milik Kerajaan Persekutuan yang telah dilupuskan sama ada melalui penjualan atau pemberi milikan dari tahun 2012 sehingga 2021 berdasarkan jumlah hak milik dan keluasan, ...",
        "question": "DATO' HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR (POKOK SENA) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik tanah milik Kerajaan Persekutuan yang telah dilupuskan sama ada melalui penjualan atau pemberi milikan dari tahun 2012 sehingga 2021 berdasarkan jumlah hak milik dan keluasan, dan juga harga pelupusan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Di antara tahun 2012 sehingga tahun 2021, terdapat sembilan (9) lot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dilaksanakan proses pindah milik berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bagi penjualan tanah secara “outright sales\" oleh Kementerian Kewangan.\n2. Dimaklumkan bahawa, sembilan (9) lot yang terlibat adalah berkeluasan 27.3158 hektar dengan nilai jualan keseluruhan berjumlah RM2,551,409,245.00. Nilaian lot-lot tanah tersebut adalah berdasarkan nilaian yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta, Kementerian Kewangan yang menjadi garis panduan bagi nilaian yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2269,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2269",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "377",
        "member": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI (TANGGA BATU)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan hutan simpan yang masih kekal di Malaysia memandangkan pembalakan haram di hutan simpan semakin berleluasa yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir.",
        "question": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI (TANGGA BATU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah keluasan hutan simpan yang masih kekal di Malaysia memandangkan pembalakan haram di hutan simpan semakin berleluasa yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Keluasan kawasan berhutan ini adalah melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Perlindungan dan Tanah Kerajaan. Daripada jumlah tersebut, keluasan HSK adalah 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara.\n2. Dakwaan yang menyatakan bahawa pembalakan haram di hutan simpan semakin berleluasa sehingga menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir adalah tidak benar. Statistik kes pembalakan haram di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2021 adalah sebanyak 1,298 kes. Kes pembalakan haram di Malaysia mula menunjukkan trend penurunan iaitu daripada 259 kes pada tahun 2019 kepada 134 kes pada tahun 2021. Kesemua kes tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2270,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2270",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "390",
        "member": "TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI ( JELUTONG )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah benar kejadian banjir di kawasan Temerloh, Bentong, Mentakab dan kawasan-kawasan lain di negeri Pahang disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram.",
        "question": "TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI ( JELUTONG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah benar kejadian banjir di kawasan Temerloh, Bentong, Mentakab dan kawasan-kawasan lain di negeri Pahang disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Jabatan Perhutanan Pahang telah membuat semakan lapangan dan udara ke atas beberapa lokasi yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menyebabkan kejadian banjir iaitu di Jalan Bentong - Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Karak dan Jambatan Sri Telemong. Hasil semakan mendapati kejadian banjir yang berlaku bukan disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram tetapi berpunca daripada kejadian kepala air di kedua-dua lokasi ini yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat yang berterusan selama 3 hari bermula 16 Disember 2021 hingga hari kejadian banjir besar di Bentong pada 18 Disember 2021. Kejadian hujan lebat ini menyebabkan tanah di kawasan tinggi menjadi tepu air dan seterusnya menyebabkan struktur tanah menjadi lemah sehingga berlakunya tanah runtuh terutamanya di kawasan hulu lembangan yang bercerun.\n2. Jabatan Perhutanan Pahang juga mengesahkan bahawa tiada sebarang aktiviti pengusaha hasilan hutan sama ada di dalam Hutan Simpan Lentang, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik di kedua-dua lokasi. Sebahagian besar atau 82.06 peratus (21,845.80 hektar) daripada keseluruhan Hutan Simpan Lentang (26,446.38 hektar) telah dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan Tanah, Hutan Tadahan air dan Hutan Pelajaran. Manakala baki sebanyak 17.38 peratus (4,600.56 hektar) merupakan Hutan Pengeluaran. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang lesen pengusaha hasilan hutan diluluskan di Hutan Simpan Lentang. Selain itu, kawasan Hutan Simpan Lentang di Sungai Kerau seluas 30 hektar juga telah dijadikan sebagai petak High Conservation Value Forest (HCVF) sejak tahun 2012. HCVF merupakan kawasan Hutan Perlindungan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pengusaha hasilan hutan.\n3. Selain itu, hasil siasatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di sepanjang Lebuhraya Karak – Lebuhraya Pantai Timur sehingga plaza tol Bentong Barat dan di sekitar pekan Karak ke Telemong mendapati bahawa terdapat empat kesan aliran puing utama (debris) bermula daripada arah timur sehingga ke barat, iaitu Sungai Mereh, Sungai Gajan, Sungai Dua, Sungai Temeriak, Sungai Kerau, Sungai Timbul dan Sungai Perdak. Aliran puing ini terjadi akibat daripada beberapa siri tanah runtuh yang menyumbang kepada kemasukan sisa-sisa runtuhan ke dalam sungai. Ini seterusnya menyebabkan aliran sungai menjadi terganggu dan tersekat dengan sisa-sia runtuhan bersaiz besar seperti pokok/kayu, batuan tongkol dan bahan sisa lain yang membentuk empangan di tengah-tengah sungai. Kadar aliran sungai yang tinggi menyebabkan empangan ini pecah dan seterusnya menyebabkan aliran puing dan banjir puing di kawasan yang terdapat penghadang seperti jambatan serta kawasan lebih rendah.\n4. Semakan Jabatan Perhutanan Pahang di lapangan juga mendapati banjir lumpur bersama kayu hanyut yang melanda bukanlah terdiri daripada kayu balak, sebaliknya ia adalah kayu kayan yang juga sebahagian daripada puing akibat runtuhan bukit besar ketika hujan lebat. Kebanyakan kayu yang hanyut adalah kecil bersama akar, anak pokok yang halus dan hancur termasuk pelbagai sisa batang pokok serta kayu yang terdiri daripada pelbagai jenis termasuk durian, getah dan kelapa sawit.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2271,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2271",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "509",
        "member": "TUAN WONG KAH WOH ( IPOH TIMUR )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha yang telah / akan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memelihara bukit batu kapur di sekitar Ipoh yang merupakan warisan semulajadi yang penting dan unik serta tindakan yang dia...",
        "question": "TUAN WONG KAH WOH ( IPOH TIMUR ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha-usaha yang telah / akan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memelihara bukit batu kapur di sekitar Ipoh yang merupakan warisan semulajadi yang penting dan unik serta tindakan yang diambil terhadap pengawalan kuari batu kapur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG) secara progresif sejak sekian lama memastikan aktiviti pengkuarian batu kapur dilaksanakan secara teratur dan mengikut amalan kejuruteraan terbaik tanpa mengabaikan aspek alam sekitar dan keselamatan pekerjaan serta penduduk sekitarnya. Pada masa sama, sebarang kawasan dikekalkan sebagai warisan semulajadi.\n\n2. Terdapat sekurang-kurangnya 57 bukit batu kapur di negeri Perak dengan 37 bukit batu kapur terletak di kawasan Ipoh merentasi dari bahagian utara sehingga ke selatan Lembah Kinta. Kawasan Ipoh secara amnya didasari oleh batu kapur dari Formasi Kinta dan diapit oleh dua kawasan bertopografi tinggi yang terdiri daripada batuan granit iaitu Banjaran Kledang di sebelah barat dan Banjaran Titiwangsa di sebelah timur. Lapisan batu kapur di Ipoh membentuk gugusan perbukitan kecil berbentuk mogot yang dapat dilihat di permukaan bumi.\n\n3. Bagi memelihara kawasan bukit batu kapur di sekitar Perak, cadangan pembangunan Geopark Lembah Kinta telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Perak melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 1785 pada 6 Ogos 2014. Kawasan geopark ini meliputi keseluruhan Daerah Kinta dan Kampar, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Batu Gajah dan Majlis Daerah Kampar serta kawasan Bukit Batu Kapur di sekitar Ipoh, Perak.\n\n4. Geopark Lembah Kinta ini seterusnya telah diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai 2017 juga telah disempurnakan sebagai Geopark Kebangsaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada Disember 2018.\n\n5. Perakuan dan pengiktirafan Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsan adalah inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam usaha memelihara keunikan bukit-bukit batu kapur di sekitar Ipoh yang merupakan warisan semulajadi yang penting di samping mengalakkan pelaksanaan pembangunan wilayah secara lestari. Pemeliharan sumber warisan semula jadi ini juga melibatkan aktiviti geopelancongan, pendidikan dan pembangunan secara lestari dan mampan serta membantu dalam menjana ekonomi masyarakat setempat.\n\n6. Tidak semua bukit batu kapur di sekitar Ipoh dibangunkan untuk tujuan perindustrian, sebahagian besar daripadanya dikekalkan dalam keadaan asal manakala bagi kawasan yang telah ditinggalkan akan menjalani proses pemulihan. Sebaliknya, kawasan pengkuarian sedia ada akan diusahakan secara bertanggungjawab dan mampan selaras dengan komitmen Kementerian terhadap sasaran di bawah Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030) dan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara (TIM) 2021-2030.\n\n7. Industri pengkuarian tertakluk kepada perundangan negeri dan Persekutuan iaitu Kanun Tanah Negara, Peraturan Kuari Perak 1997, Enakmen Mineral Perak 2003 dan Akta Pembangunan Mineral 1994. Oleh itu, Jawatankuasa Penasihat Pengkuarian Negeri Perak yang ditubuhkan bertujuan mempertimbangkan permohonan tapak kuari, pengoperasian kuari dan keperluan pemulihan tanah kuari, bekas tapak kuari, pemulihan progresif bagi kuari aktif dan pelan pemulihan bagi kawasan baharu.\n\n8. Pindaan kepada takrifan batu kapur di Negeri Perak sebagai bahan mineral membolehkan aktiviti ini ditadbir dan dikawal selia dibawah Enakmen Mineral (Perak) 2003 dan Akta Pembangunan Mineral 1994. Oleh itu, semua permohonan baharu tanah kuari dikeluarkan sebagai Pajakan Melombong (Mining Lease – ML) atau Lesen Melombong Tuan Punya (Proprietary Mining License – PML) bagi tanah persendirian. Bagi tanah kuari sedia ada di bawah Pajakan Negeri yang masih berkuat kuasa dibawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) juga diminta untuk membuat pertukaran kepada ML atau PML di mana berkaitan. Langkah ini dibuat bagi memastikan kawal selia aktiviti pengkuarian di Negeri Perak boleh dilaksanakan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 yang lebih berkesan dan teratur.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2272,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2272",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2022,
        "no": "541",
        "member": "DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD ( KUALA SELANGOR )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 untuk mengetatkan lagi syarat-syarat pembalakan bagi mengurangkan kesan alam sekitar akibat pembalakan.",
        "question": "DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD ( KUALA SELANGOR ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 untuk mengetatkan lagi syarat-syarat pembalakan bagi mengurangkan kesan alam sekitar akibat pembalakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah membentangkan bacaan pertama Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2022 bagi meminda Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Manakala, Bacaan Kedua dan Ketiga dijadualkan pada 23 Mac 2022. Antara perkara penting yang diberi penekanan dalam RUU tersebut adalah:\ni) keperluan untuk mengadakan siasatan awam (public hearing) sebelum sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) diwarta keluar;\nii) keperluan penggantian serentak HSK yang diwarta keluar dengan suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar; dan\niii) usaha membanteras kegiatan pembalakan haram dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman yang lebih tinggi sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan.\n2. Cadangan pindaan ini bertujuan memperketatkan proses pewartaan keluar HSK dan dalam masa yang sama akan mengurangkan tekanan pembangunan ke atas kawasan HSK sedia ada. Melalui pindaan ini juga, pewartaan keluar HSK bagi tujuan pembangunan akan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah semua aspek due diligence dilaksanakan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2250,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2250",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2022-03-15",
        "year": 2022,
        "no": "69",
        "member": "DATUK WILSON UGAK ANAK KUMBONG ( HULU RAJANG )",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan pihak Kementerian untuk mengelakkan bencana longgokan sisa-sisa kayu balak hanyut pada tahun 2010 dan 2021 daripada berulang lagi di Batang Baleh, Kapit.",
        "question": "DATUK WILSON UGAK ANAK KUMBONG ( HULU RAJANG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan pihak Kementerian untuk mengelakkan bencana longgokan sisa-sisa kayu balak hanyut pada tahun 2010 dan 2021 daripada berulang lagi di Batang Baleh, Kapit.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan Negeri Sarawak telah menubuhkan satu pasukan petugas khas iaitu Special Task Force on Floating Debris along Batang Baleh yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak bagi menangani isu sisa kayu balak hanyut di Batang Baleh, Kapit. Antara objektif penubuhan pasukan petugas khas tersebut adalah seperti berikut:\ni) mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkaitan dengan sisa kayu balak hanyut di Batang Baleh;\nii) mengemukakan pelan tindakan mengenai sisa kayu hanyut untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri; dan\niii) meningkatkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani isu ini termasuk daripada pemain industri dan komuniti setempat.\n2. Antara tindakan yang diambil oleh pasukan petugas khas tersebut bagi mengelakkan kejadian longgokan sisa kayu balak hanyut daripada berulang adalah seperti berikut:\ni) menggantung sementara operasi pembalakan salvaj (salvage logging operation) di kawasan pembinaan empangan hidro elektrik Baleh;\nii) sedang melaksanakan operasi pembersihan sisa kayu di sepanjang Batang Baleh;\niii) memasang perangkap sisa kayu atau log boom, dengan izin di kawasan yang strategik di Batang Baleh, Sungai Melatai, Sungai Mengiong dan Sungai Entulu;\niv) melaksanakan operasi pemantauan secara berkala melalui udara dan darat termasuk penubuhan stesen pemantauan di beberapa lokasi hotspot;\nv) sedang menambah baik Biomass Removal Plan (BRP) dengan mengambil kira pengurusan BRP yang lebih komprehensif meliputi pelan operasi pembalakan salvaj, pelupusan biomass dan penentuan zon penampan;\nvi) sedang mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri yang terlibat; dan\nvii) sedang mengkaji kesesuaian zon penampan yang akan diwujudkan di kawasan empangan hidroelektrik Batang Baleh.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2022-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2217,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2217",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-20",
        "year": 2021,
        "no": "3",
        "member": "Dato' Ajis Bin Sitin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha pihak Kerajaan di dalam memurnikan konflik di antara masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman dengan haiwan liar terutamanya gajah dan harimau yang sering mengganggu kesejahteraa...",
        "question": "Dato' Ajis Bin Sitin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha pihak Kerajaan di dalam memurnikan konflik di antara masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman dengan haiwan liar terutamanya gajah dan harimau yang sering mengganggu kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli seperti kes harimau membaham Orang Asli dalam kawasan perkampungan mereka dan banyak insiden di mana gajah memusnahkan tanaman masyarakat Orang Asli sedangkan mereka tidak dibenarkan membunuh atau menghapuskan binatang-binatang liar tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa mengambil serius berhubung dengan masalah konflik hidupan liar seperti gajah dan Harimau Malaya yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli.\n2. Antara langkah-langkah mitigasi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN dalam membendung konflik manusia dan gajah adalah seperti berikut:\n(i) membina pagar elektrik di penempatan Orang Asli. Lokasi yang telah dibina pagar antaranya ialah;\n1) Kg. Tenang, Labis, Johor sepanjang 21 km;\n2) RPS Air Banun, Perak sepanjang 12 km;\n3) Kg. Bawong, Perak sepanjang 38 km;\n4) Pos Kemar, Perak sepanjang 2 km;\n5) Kg. Mentelong, Rompin, Pahang sepanjang 2 km; dan\n6) Pos Pasik, Kelantan sepanjang 800 m.\n(ii) memasang kolar satelit bagi kumpulan gajah yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian;\n(iii) mengagihkan lampu LED berwarna untuk menghalau gajah serta melatih penduduk kampung menggunakan lampu LED tersebut;\n(iv) meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan keliaran gajah bagi mencegah konflik manusia dan gajah; dan\n(v) mengadakan lebih banyak sesi konsultasi dan khidmat nasihat bagi pengurusan konflik gajah bersama penduduk kampung bagi meningkatkan keberkesanan mitigasi konflik manusia dan gajah.\n3. Langkah-langkah mitigasi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN dalam membendung konflik manusia dan Harimau Malaya pula adalah seperti berikut:\n(i) memasang perangkap bagi menangkap dan memindahkan Harimau Malaya daripada kawasan perkampungan melibatkan lokasi seperti di Kg. Bihai, Kelantan serta Sungkai dan Sg. Siput di Perak;\n(ii) menjalankan beberapa siri konsultasi dan khidmat nasihat kepada penduduk kampung terlibat konflik manusia dan Harimau Malaya; dan\n(iii) mangsa yang cedera turut diberi bantuan di bawah Tabung Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2220,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2220",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-23",
        "year": 2021,
        "no": "3",
        "member": "Dato' Isa Bin Ab. Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah belia Orang Asli yang telah diambil bekerja di Jabatan Perhilitan dan Jabatan Hutan dalam program Renjer Perintis bagi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dalam melestarikan dan penj...",
        "question": "Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah belia Orang Asli yang telah diambil bekerja di Jabatan Perhilitan dan Jabatan Hutan dalam program Renjer Perintis bagi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dalam melestarikan dan penjagaan hutan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah melaksanakan Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3) yang melibatkan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas polis dan Orang Asli mulai 16 Jun 2020. BP3 turut melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di kawasan hotspot dalam kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia termasuk Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Taman Negeri, Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tapak RAMSAR.\n2. Sehingga Disember 2021, sebanyak 425 orang Orang Asli telah dilantik sebagai renjer hidupan liar di bawah inisiatif Short-Term Employment Programme (MySTEP). Komuniti Orang Asli yang terlibat termasuklah daripada etnik Batek, Temiar, Semoq Beri, Jahut, Semai, Jahai, Semelai dan Che Wong di seluruh Semenanjung Malaysia. Penglibatan komuniti Orang Asli dalam menjayakan BP3 adalah signifikan kerana mereka lebih memahami selok-belok hutan di negara ini.\n3. Pada tahun 2021, mereka telah ditempatkan di 55 pos di Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Royal Belum, Perak, Taman Negara Endau Rompin Johor, Rezab Hidupan Liar Sungkai, Perak, Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor, Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang dan Taman Negara Pulau Pinang bagi melaksanakan tugasan seperti berikut:\n(i) membantu melaksanakan operasi kawalan sempadan (Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, HSK) dan pos kawalan sempadan;\n(ii) membantu melaksanakan operasi penguatkuasaan secara teratur selaras dengan perundangan berkaitan dan Standard Prosedur Operasi (SOP);\n(iii) membantu melaksanakan SMART Patrol di kawasan Taman Negara, Rizab Hidupan Liar dan HSK; dan\n\n(iv) membantu melaksanakan latihan ikhtiar hidup /survival, tempur tanpa senjata (TTS), asas pengunaan peralatan navigasi dan komunikasi.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2212,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2212",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-15",
        "year": 2021,
        "no": "8",
        "member": "TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jumlah Tapak Rizab Biosfera yang terkini dan adakah terdapat peruntukan undang-undang bagi mereka yang mencerobohi tapak tersebut.",
        "question": "TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah Tapak Rizab Biosfera yang terkini dan adakah terdapat peruntukan undang-undang bagi mereka yang mencerobohi tapak tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga tahun 2021 Malaysia telah berjaya menyenaraikan tiga tapak rizab biosfera di bawah program Man and the Biosphere (MAB), The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).\n2. Penyertaan Malaysia dalam program MAB bermula pada tahun 2009 melalui pengiktirafan Tasik Chini, Pahang sebagai tapak rizab biosfera pertama di Malaysia dengan keluasan 6,922.97 hektar pada 26 Mei 2009. Banjaran Crocker di Sabah pula telah diiktirafkan sebagai tapak rizab biosfera yang kedua di Malaysia pada 12 Jun 2014 merangkumi keluasan 350,584 hektar. Manakala, Bukit Bendera, Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai tapak rizab biosfera ketiga di Malaysia pada 15 September 2021 dengan keluasan 12,481 hektar.\n3. Setiap tapak rizab biosfera yang telah diisytiharkan oleh MAB perlu menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves dimana ia perlu menjalankan tiga fungsi utama iaitu:\n(i) pemuliharaan dan konservasi biodiversiti melalui usaha-usaha konservasi landskap ekosistem, spesies dan kepelbagaian genetik;\n(ii) menyokong pembangunan mampan dengan menggalakkan penjanaan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup komuniti setempat seiring dengan kemampanan ekologi; dan\n(iii) menyediakan persekitaran yang menyokong aktiviti penyelidikan, pemantauan, pendidikan, perkongsian maklumat di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.\n4. Tiada peruntukan undang-undang yang khusus bagi tapak rizab biosfera MAB di Malaysia. Namun, sekiranya kawasan di tapak rizab MAB tersebut diwartakan di bawah Hutan Simpanan Kekal (HSK) atau Rizab Hidupan Liar (RHL), ianya termaktub di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].\n5. Di samping itu, kawalan perancangan adalah berdasarkan komitmen yang telah dimasukkan di dalam dokumen dossier yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri kepada UNESCO yang perlu dilaksana dan dipantau melalui Rancangan Tempatan dan Rancangan Struktur Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2219,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2219",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-21",
        "year": 2021,
        "no": "8",
        "member": "DATO' AJIS BIN SITIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang bakal diambil terhadap perkampungan-perkampungan masyarakat Orang Asli yang rata-ratanya berada dalam kawasan hutan simpanan kekal di seluruh negara. Kebanyakan pene...",
        "question": "DATO' AJIS BIN SITIN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang bakal diambil terhadap perkampungan-perkampungan masyarakat Orang Asli yang rata-ratanya berada dalam kawasan hutan simpanan kekal di seluruh negara. Kebanyakan penempatan-penempatan tersebut mengandungi kawasan tempat tinggal dan juga kebun-kebun pertanian seperti buah-buahan, getah, kelapa sawit telah diusahakan sejak lebih 50 tahun yang lalu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan yang juga daripada YB Senator Dato’ Ajis bin Sitin, No. 14 pada 22 Disember 2021 kerana pertanyaan-pertanyaan ini adalah saling berkait dan merujuk kepada isu yang sama.\n\n2. Dalam menyantuni masyarakat Orang Asli yang bergantung hidup kepada hasil hutan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memperkenalkan suatu seksyen baharu dalam cadangan pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] iaitu berkenaan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengurangkan, melepaskan atau mengecualikan ses pembangunan hutan kepada Orang Asli. Ini meliputi apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan yang diambil daripada manamana tanah Kerajaan atau tanah berimilik oleh mana-mana Orang Asli bagi tujuan:\n\ni) pembinaan dan pembaikan pondok sementara atas manamana tanah yang diduduki secara sah oleh Orang Asli itu;\n\nii) bagi penyenggaraan kelong menangkap ikan dan tempat mendarat;\n\niii) bagi kayu api atau maksud domestik Iain; atau\n\niv) bagi pembinaan atau penyelenggaraan apa-apa kerja bagi faedah bersama Orang Asli.\n\n3. Walau bagaimanapun, pergerakan keluar masuk Orang Asli ke dalam HSK untuk pelbagai tujuan yang tidak munasabah adalah melanggari undang-undang dan perlu mempunyai Permit Memasuki HSK mengikut subseksyen 47(1) Akta 313. Selain itu, masyarakat Orang Asli yang mengambil hasil hutan dari kawasan HSK untuk tujuan komersial tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan mengikut subseksyen 15(1) Akta 313 kecuali dengan suatu lesen atau permit yang tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.\n\n4. Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-79 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Disember 2021 yang lalu telah bersetuju supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil tindakan penguatkuasaan dan menentukan penyelesaian terbaik ke atas aktiviti penerokaan haram di dalam HSK mengikut peruntukan akta, enakmen dan peraturan sedia ada yang sedang berkuat kuasa dan supaya tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian di setiap negeri dilaksanakan selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022. Antara langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh kerajaan negeri adalah tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan dalam Akta 313 dan perundangan lain yang berkuat kuasa, kebenaran kepada aktiviti tertentu melalui Permit Penggunaan untuk suatu tempoh yang terhad atau pewartaan keluar kawasan penempatan yang wujud dalam HSK tertakluk kepada penggantian kawasan selaras dengan seksyen 11 Akta 313. Pemilihan tindakan yang bersesuaian adalah tertakluk kepada situasi kes.\n\n5. Dalam hubungan ini, dari semasa ke semasa, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam menangani sebarang isu berkaitan dengan Orang Asli di dalam HSK.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2222,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2222",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "9",
        "member": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan status dan statistik bilangan haiwan liar terancam di Malaysia, berapakah jumlah dan bagaimanakah jumlah tersebut dibelanjakan dalam usaha pemuliharaan haiwan liar terancam sejak Mac 2020.",
        "question": "Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status dan statistik bilangan haiwan liar terancam di Malaysia, berapakah jumlah dan bagaimanakah jumlah tersebut dibelanjakan dalam usaha pemuliharaan haiwan liar terancam sejak Mac 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Semua hidupan liar terancam di Semenanjung Malaysia dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Akta 716 menggariskan dua kategori perlindungan iaitu 'hidupan liar yang Dilindungi' dan 'hidupan liar yang Dilindungi Sepenuhnya'. Hidupan liar terancam terletak di bawah kategori 'hidupan liar yang Dilindungi Sepenuhnya'. Sebanyak lebih kurang 1,300 spesies hidupan liar telah disenaraikan di bawah kategori ini.\n2. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 223 spesies hidupan liar telah dinilai statusnya dan disenaraikan di bawah Red List of Mammals for Peninsular Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017. Mengikut data yang direkodkan di dalam Red List of Mammals for Peninsular Malaysia, terdapat satu spesies yang telah disenaraikan sebagai pupus atau extinct iaitu Badak Jawa, manakala empat (4) spesies lagi dinilai sebagai amat terancam atau critically endangered iaitu Badak Sumatera, Harimau Malaya, Tenggiling dan Banteng. Selain itu, sebanyak 12 spesies dinilai sebagai terancam (endangered) sementara 14 spesies dinilai sebagai terdedah kepada ancaman (vulnerable), 33 spesies hampir merbahaya (near threatened), 83 spesies kurang membimbangkan (least concern) dan 76 spesies berstatus kurang data (data deficient).\n3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah membelanjakan peruntukan mengurus sebanyak RM88,909,000.00 pada tahun 2020 dan sebanyak RM90,158,500.00 pada tahun 2021 bagi menjalankan pengurusan hidupan liar. Peruntukan ini digunakan bagi menampung kos operasi Jabatan PERHILITAN yang melibatkan konservasi in-situ dan ex-situ, penguatkuasaan dan pengurusan kawasan perlindungan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2207,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2207",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-13",
        "year": 2021,
        "no": "21",
        "member": "Dato Zaiedi Haji Suhaili",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci Program Jelajah Restorasi Hijau Sarawak (Le Tour De Restoration) - Greening Sarawak sehingga Oktober 2021 dan perancangan pada tahun 2022 supaya langkah-langkah menghij...",
        "question": "Dato Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci Program Jelajah Restorasi Hijau Sarawak (Le Tour De Restoration) - Greening Sarawak sehingga Oktober 2021 dan perancangan pada tahun 2022 supaya langkah-langkah menghijaukan Sarawak menjadi pemangkin keseimbangan pertumbuhan ekonomi Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Program Jelajah Restorasi Hijau Sarawak (Le Tour De Restoration) adalah salah satu inisiaitif di bawah Program Restorasi Landskap Hutan Sarawak yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Inisiatif ini juga adalah selari dengan Agenda Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Program Jelajah Restorasi Hijau Sarawak telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 30 Oktober 2021 sempena dengan Bulan Inovasi Sarawak peringkat Jabatan Hutan Sarawak (JHS).\n\n2. Program Jelajah Restorasi Hijau Sarawak ini dilaksanakan di setiap Bahagian di Sarawak bertemakan Mobile Exhibition yang menggunakan bas pameran bergerak. Program ini telah bermula di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 30 Oktober 2021 dan berakhir di Bahagian Sri Aman pada 25 November 2021. Antara program yang diadakan adalah pengagihan anak pokok kepada orang awam, mengedarkan bahan promosi dan pameran interaktif begerak.\n\n3. Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak telah menyenaraikan Restorasi Landskap Hutan yang kini telah dijenamakan semula sebagai program Penghijauan Sarawak sebagai salah satu program di bawah Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19 sehingga tahun 2030. Selain daripada aktiviti penanaman bagi tujuan restorasi di kawasan hutan yang terosot, antara pelan yang telah dirancang bagi memastikan Program Penghijauan Sarawak menjadi pemangkin keseimbangan pertumbuhan ekonomi Sarawak adalah seperti berikut:\n\n(i) menubuhkan lebih banyak tapak semaian baru pada tahun 2022 bagi memastikan bekalan berterusan anak pokok terutamanya spesies yang bernilai tinggi. Penubuhan tapak semaian ini juga telah memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dan meningkatkan pendapatan penduduk melalui pembelian anak pokok dan biji benih;\n\n(ii) menguatkuasakan Pekeliling Pengarah Hutan Sarawak bagi aktiviti restorasi di kawasan lesen di mana pelesen dikehendaki menanam semula pokok selepas penebangan;\n\n(iii) mempergiatkan program promosi aktiviti penanaman pokok serta menggalakkan penglibatan pelbagai pihak meliputi agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan, institusi-institusi pendidikan serta orang awam;\n\n(iv) meneroka teknologi baru seperti Seed Ball yang menggunakan dron sebagai kaedah baru pelaksanaan restorasi terutamanya di kawasan penanaman yang sukar diakses seperti kawasan berbukit bukau;(v) bekerjasama dengan komuniti setempat yang tinggal berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal (HSK) dalam aktiviti berkaitan restorasi seperti penanaman, penyelenggaraan, tapak semaian dan bekalan bahan tanaman;\n\n(vi) menyasarkan 1 juta hektar hutan industri menjelang tahun 2025 bagi memastikan bekalan kayu balak mencukupi dan berterusan kepada industri perkayuan sekali gus mengurangkan tekanan untuk menebang hutan semula jadi; dan\n\n(vii) mengkaji pendekatan lain bagi mempelbagaikan pendapatan kerajaan melalui sumber hutan dan sekaligus mengurangkan aktiviti pembalakan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2209,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2209",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-14",
        "year": 2021,
        "no": "21",
        "member": "Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan sejauh manakah tahap penggunaan teknologi solar bagi penggunaan domestik atau isi rumah.",
        "question": "Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan sejauh manakah tahap penggunaan teknologi solar bagi penggunaan domestik atau isi rumah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan ladang solar atau solar berskala besar di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 2017 secara bidaan terbuka dan kompetitif. Sehingga kini, empat pusingan bidaan di bawah Program Solar Berskala Besar atau Large Scale Solar (LSS) telah dilaksanakan dan sebanyak 87 projek loji jana kuasa solar telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 37 projek dengan jumlah kapasiti sebanyak 659 MW telah beroperasi.\n2. Bagi penggunaan solar di kalangan pengguna domestik pula, seramai 12,074 pengguna domestik telah memasang sistem solar fotovolta (solar PV) di premis kediaman masing-masing dengan jumlah kapasiti sebanyak 105.6MW. Penyertaan pengguna domestik adalah melalui Program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT) dan Program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menggalakkan penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) seterusnya mencapai sasaran 31% kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2214,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2214",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-16",
        "year": 2021,
        "no": "29",
        "member": "TUAN ROBERT LAU HUI YEW",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa peratus daripada jumlah kapasiti tenaga yang boleh diperbaharui yang datang daripada tenaga hidro. Sejauh manakah Sarawak menyumbang kepada jumlah kapasiti tenaga elektrik hidro.",
        "question": "TUAN ROBERT LAU HUI YEW minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa peratus daripada jumlah kapasiti tenaga yang boleh diperbaharui yang datang daripada tenaga hidro. Sejauh manakah Sarawak menyumbang kepada jumlah kapasiti tenaga elektrik hidro.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga suku ketiga tahun 2021, jumlah kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu adalah sebanyak 7,995MW atau 22.7% daripada keseluruhan kapasiti pembekalan elektrik negara, sebanyak 5,692MW atau 71.2% daripadanya adalah daripada sumber hidro. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,452MW atau 60.6% disumbangkan oleh loji-loji janakuasa hidro di negeri Sarawak.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2210,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2210",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-14",
        "year": 2021,
        "no": "30",
        "member": "Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk mempertingkatkan lagi bekalan elektrik menggunakan Tenaga Boleh Baharu bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) atau karbon dioksida.",
        "question": "Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk mempertingkatkan lagi bekalan elektrik menggunakan Tenaga Boleh Baharu bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) atau karbon dioksida.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September 2021, 23% daripada kapasiti penjanaan elektrik negara adalah daripada sumber TBB. Bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penjanaan elektrik, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Sasaran ini akan dicapai melalui pelaksanaan program-program TBB sedia ada seperti Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM), Self-Consumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA).\n2. elan Pembangunan Penjanaan 2020-2039 yang telah diluluskan Kerajaan telah menetapkan laluan rendah karbon atau low carbon pathway dengan izin, bagi mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor pembekalan elektrik secara berperingkat, seterusnya menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan GHG bersih sifar seawal-awalnya pada tahun 2050.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2218,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2218",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-20",
        "year": 2021,
        "no": "34",
        "member": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan bayaran insentif bagi negeri-negeri mengekalkan hutan simpan terbanyak sebagai paru-paru negara.",
        "question": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan bayaran insentif bagi negeri-negeri mengekalkan hutan simpan terbanyak sebagai paru-paru negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan insentif kewangan tambahan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) mulai tahun 2019 kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti mengikut 9 skop yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.\n2. Sejak diperkenalkan, sebanyak RM130 juta telah diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). Peruntukan EFT berjumlah RM70 juta akan disediakan setiap tahun kepada negeri-negeri mulai tahun 2022 sebagai satu bentuk pemberian khusus yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan (MoF) di bawah Perbelanjaan Mengurus Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).\n3. Selain itu, KeTSA pada masa ini sedang membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus atau REDD Plus Finance Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan.\n4. KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund atau MFF yang akan melaksanakan Kerangka Kewangan REDD Plus di Malaysia. MFF turut berperanan membangunkan dan melaksanakan model operasi RFF yang efektif dan mampan, serta menjana sumber kewangan melalui transaksi pasaran karbon hutan atau forest carbon market bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2213,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2213",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-15",
        "year": 2021,
        "no": "37",
        "member": "Datuk Paul Igai",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah kerja pengukuran sempadan darat antarabangsa akan selesai sepenuhnya dan memandangkan proses kerja itu memakan masa agak lama, apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha penandaan ...",
        "question": "Datuk Paul Igai minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah kerja pengukuran sempadan darat antarabangsa akan selesai sepenuhnya dan memandangkan proses kerja itu memakan masa agak lama, apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa negara dengan Indonesia, Thailand dan Brunei.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sehingga kini status kerja-kerja pengukuran persempadanan darat antarabangsa Malaysia adalah seperti berikut:\n(i) Bagi sektor sempadan antara Malaysia dan Thailand, kerja-kerja ukuran persempadanan darat telah dimulakan pada 6 Julai 1973 dan telah siap pada 26 September 1985 melibatkan jumlah jarak sejauh 551.5 km. Sebanyak 11 Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani bagi menerima ukuran bersama tersebut. Walau bagaimanapun terdapat jarak sepanjang 13 km yang belum dimuktamadkan melibatkan kawasan pertikaian di Bukit Jeli. Manakala bagi pengukuran persempadanan di sepanjang Sungai Golok, kerja-kerja ukuran telah dimulakan pada 1 November 2000 dan siap pada 30 September 2009 yang melibatkan jarak sejauh 106.1 km. Sehingga kini Memorandum Persefahaman (MoU) masih belum ditandatangani dan sedang dalam peringkat penyediaan dan perbincangan di Peringkat Jawatankuasa Sempadan Bersama (LBC) kedua-dua negara;\n(ii) Bagi kerja-kerja pengukuran persempadanan antara Malaysia dan Indonesia di Sektor Sabah - Kalimantan Utara telah bermula pada 9 September 1975 dan berakhir pada 13 April 1994 melibatkan jarak sejauh 371 km. Manakala kerja-kerja pengukuran bagi Sektor Sarawak - Kalimantan Barat pula telah bermula pada 10 September 1975 dan berakhir pada 20 September 2001 yang melibatkan jarak sejauh 1,649 km. Kerja-kerja ukuran di kedua-dua sektor berkenaan telah selesai diukur dan dimuktamadkan kecuali di sembilan (9) kawasan Outstanding Boundary Problems (OBP) dan sempadan sungai di antara tanda sempadan West Pillar dan AA2; dan\n(iii) Bagi persempadanan darat antara Malaysia dan Brunei Darussalam, kerja-kerja ukuran telah dimulakan pada April 2014 dan sehingga kini sebanyak 84.21 km telah berjaya diselesaikan. Walau bagaimanapun ukuran berkenaan masih belum dimuktamadkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU). Berdasarkan jadual perancangan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, dijangka kerja-kerja pengukuran ini akan dapat diselesaikan pada tahun 2034.\n2. Di antara cabaran utama yang dihadapi oleh pihak JUPEM semasa melaksanakan pengukuran sempadan antarabangsa adalah seperti:\n(i) Masalah deskripsi sesuatu perjanjian zaman kolonial yang tidak jelas yang menyebabkan timbulnya perbezaan tafsiran sempadan di antara kedua-dua negara yang berkaitan;\n(ii) Terdapat dokumen-dokumen lama yang tidak dijumpai bagi membantu menentukan kedudukan sebenar sempadan berdasarkan perjanjian asal; dan\n(iii) Memastikan tanda-tanda sempadan sentiasa berada dalam kedudukan asal dan tidak berlaku kehilangan, kerosakan atau teranjak akibat dari aktiviti pembangunan dan pertanian yang dijalankan di kawasan berhampiran sempadan antarabangsa.\n3. Justeru itu, setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kerja-kerja pengukuran keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia akan dapat diselesaikan kerana ianya melibatkan persetujuan bersama antara Malaysia dengan negara jiran yang berkaitan terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang menjadi pertikaian.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2221,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2221",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-23",
        "year": 2021,
        "no": "38",
        "member": "Dato' Arman bin Abu Hanifah",
        "area": null,
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan menyatakan:- 1",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Dato' Arman bin Abu Hanifah minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan menyatakan:- 1. berapakah syarikat yang telah berjaya di dalam bidaan \"Large Scale Solar 4\" (LSS-4) dan berapa buah syari...",
        "question": "Dato' Arman bin Abu Hanifah minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan menyatakan:-\n1. berapakah syarikat yang telah berjaya di dalam bidaan \"Large Scale Solar 4\" (LSS-4) dan berapa buah syarikat yang telah mendapat kelulusan tanah dan bantuan kewangan bagi operasi \"solar farming\"; dan\n2. adakah pihak Kementerian akan membatalkan kelulusan sesebuah syarikat yang telah berjaya sekiranya syarikat tersebut tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, sebanyak 30 buah syarikat telah berjaya dalam bidaan Projek Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keempat atau LSS@MEnTARI dan senarai syarikat-syarikat tersebut telah dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.\n2. Daripada 30 pembida yang berjaya dalam bidaan LSS@MEnTARI, 29 pembida telah memuktamadkan perjanjian sewaan/ guna tanah yang merupakan syarat asas yang ditetapkan dalam tawaran pelaksanaan projek ini melalui Letter of Notification (LON) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Baki 1 pembida lagi sedang dalam peringkat akhir dalam memuktamadkan perjanjian sewaan/guna tanah.\n3. Pada masa yang sama, kesemua pembida yang berjaya dalam proses bidaan projek LSS@MEnTARI telah pun menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan sedang dalam proses untuk memuktamadkan kaedah pembiayaan projek masing-masing. Pembida yang berjaya perlu memuktamadkan pembiayaan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan kerana ia juga merupakan salah satu syarat tawaran yang telah ditetapkan.\n4. Kesemua pembida yang berjaya perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam LON dan juga PPA serta melaksanakan pembangunan loji jana kuasa solar yang telah diluluskan berdasarkan garis masa yang telah ditetapkan. Sebarang perlanggaran syarat atau ketidakpatuhan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan boleh menyebabkan tawaran projek ditarik balik.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2208,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2208",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-13",
        "year": 2021,
        "no": "39",
        "member": "Tuan Aknan Ehtook",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan stesen jana kuasa elektrik mengikut jenis bahan api dan tindakan Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bahan api mesra alam dalam menghasilkan elektrik.",
        "question": "Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan stesen jana kuasa elektrik mengikut jenis bahan api dan tindakan Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bahan api mesra alam dalam menghasilkan elektrik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bilangan stesen jana kuasa elektrik utama yang sedang beroperasi di Malaysia mengikut jenis bahan api adalah seperti berikut:\nNo.Sumber Bahan ApiBilangan Loji Jana Kuasa\n1.\nGas27\n2.Arang Batu11\n3.Stesen Jana Kuasa Hidro15\n4.Diesel7\n5.Tenaga Boleh Baharu\n(Solar, Biomas, Biojisim, Biogas)\n701",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2215,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2215",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-16",
        "year": 2021,
        "no": "42",
        "member": "Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian berhasrat mewujudkan sambungan grid kuasa hijau melibatkan negara luar seperti mana perancangan negara UK dan India.",
        "question": "Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian berhasrat mewujudkan sambungan grid kuasa hijau melibatkan negara luar seperti mana perancangan negara UK dan India.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Malaysia bersama-sama dengan negara anggota ASEAN yang lain telah pun menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk melaksanakan Inisiatif ASEAN Power Grid. Malah, Malaysia telah menerajui pelaksanaan pembelian elektrik hijau daripada sumber hidro dari Lao PDR di bawah projek Lao PDR-Thailand-Malaysia Power Integration Project (LTM-PIP), sebagai projek perintis untuk melihat kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dalam perdagangan elektrik merentasi sempadan di kalangan negara-negara ASEAN. Projek ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dan akan tamat pada 31 Disember 2021.\n2. Lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan projek LTM-PIP, Malaysia, Thailand, Lao PDR dan Singapura kini sedang memuktamadkan perbincangan di bawah inisiatif Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP) bagi membolehkan penjualan elektrik merentas sempadan di antara keempat-empat negara dilakukan termasuk membolehkan sumber hidro yang dijana di Lao PDR disalurkan ke Singapura. Ini menunjukkan komitmen Malaysia sebagai peneraju dalam menjayakan inisiatif ASEAN Power Grid di kalangan negara-negara anggota ASEAN.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2211,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2211",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-14",
        "year": 2021,
        "no": "57",
        "member": "Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan yang diambil Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan penyelesaian sempadan maritim antara negeri-negeri di Semenanjung terutama negeri Kelantan dan Terengganu.",
        "question": "Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang diambil Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan penyelesaian sempadan maritim antara negeri-negeri di Semenanjung terutama negeri Kelantan dan Terengganu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Dalam usaha untuk menyegerakan penyelesaian sempadan maritim antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan beberapa tindakan yang antara lainnya adalah seperti berikut:\n(i) Menjalankan kajian teknikal dan pengesanan dokumen lama bagi penentuan persempadanan maritim antara negeri-negeri yang berdampingan di Semenanjung Malaysia; dan\n(ii) Mengadakan penerangan dan engagement kepada negeri-negeri yang terlibat berkenaan kepentingan untuk menyegerakan penyelesaian persempadanan maritim negeri masing-masing melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-Negeri (JKPPSBN), Mesyuarat Jawatankuasa Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-Negeri (JPPSBN) dan Mesyuaarat Jawatankuasa Teknikal Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-Negeri (JBT).\n2. Dalam hubungan ini, persempadanan darat antara Negeri Kelantan Darul Naim dan Negeri Terengganu Darul Iman telah dimuktamadkan dan ditandatangani pada 20 Jun 2019. Selanjutnya, untuk memulakan sempadan maritim antara negeri Kelantan dan Terengganu, titik akhir sempadan darat tersebut perlu diunjurkan sehingga ke tikas air surut.\n3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menyediakan draf Perjanjian Sempadan Maritim untuk persetujuan kedua - dua kerajaan negeri. Dalam hal ini, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju dengan draf Perjanjian Sempadan Maritim pada 20 Januari 2020 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antara Negeri Terengganu dan Kelantan Bil. 1/2020. Sementara itu pula, Kerajaan negeri Kelantan pada 26 Februari 2020 bersetuju meluluskan draf Perjanjian Sempadan Maritim tetapi dengan pindaan ke atas draf tersebut kerana membuat ketetapan menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan penambahan pada Artikel 3 - Penerimaan Sempadan.\n4. Setakat ini, belum ada tarikh persetujuan sempadan maritim antara Negeri Kelantan dan Terengganu yang dicapai dan ia tertakluk kepada persetujuan antara kedua - dua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) yang berkenaan. Bagi memulakan inisiatif ini, pihak KeTSA akan menyelaras mesyuarat berkaitan agar kesepakatan dalam memuktamadkan sempadan maritim antara kedua-dua negeri dapat dicapai.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2223,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2223",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "60",
        "member": "Dato' Haji Husain Bin Awang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha Kementerian dalam meningkat dan mempromosikan penggunaan tenaga solar di kediaman pengguna bagi mengurangkan beban mereka dalam membayar bil elektrik.",
        "question": "Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha Kementerian dalam meningkat dan mempromosikan penggunaan tenaga solar di kediaman pengguna bagi mengurangkan beban mereka dalam membayar bil elektrik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan penggunaan tenaga solar di kalangan pengguna elektrik kategori domestik, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) khusus kepada pengguna domestik atau dikenali sebagai NEM Rakyat. Program NEM Rakyat akan membolehkan pengguna domestik memasang sistem solar fotovolta (solar PV) di bumbung rumah kediaman dan menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan boleh dijual kepada pihak utiliti sebagai kredit tenaga untuk tempoh 12 bulan pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada pihak utiliti.\n2. Melalui pelaksanaan Program NEM, Kerajaan menyediakan pilihan kepada pengguna elektrik untuk beralih kepada tenaga solar sebagai sumber pembekalan elektrik dan menikmati penjimatan bil elektrik bulanan. Program NEM juga membolehkan pengguna bertukar kepada gaya hidup yang lebih lestari serta menyokong pencapaian sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035, sebagaimana yang telah ditetapkan Kerajaan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2224,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2224",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "61",
        "member": "Dato' Haji Husain Bin Awang",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan rancangan dalam masa terdekat untuk melaksanakan kempen penanaman semula hutan secara besar-besaran di seluruh negara bagi menggantikan kawasan hutan yang ditebang.",
        "question": "Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan dalam masa terdekat untuk melaksanakan kempen penanaman semula hutan secara besar-besaran di seluruh negara bagi menggantikan kawasan hutan yang ditebang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Pengusahasilan hutan yang dilaksanakan di Malaysia adalah berteraskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia. Perkara ini adalah selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum on Forests - UNFF).\n2. Berdasarkan amalan PHSB di bawah Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS) untuk Semenanjung dan Sistem Tebangan Memilih (Selective Felling System - SFS) untuk Sabah dan Sarawak, aktiviti bancian selepas tebangan (Post-F) akan dilaksanakan bagi menentukan keperluan rawatan silvikultur selepas pembalakan. Bagi kawasan pembalakan yang memerlukan rawatan, salah satu kaedah rawatan yang dilaksanakan adalah tanaman mengaya (enrichment planting). Rawatan tanaman mengaya di kawasan pengusahasilan hutan akan membantu pemulihan sesuatu kawasan hutan miskin untuk mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi spesies yang diterima di pasaran antarabangsa dan bermutu tinggi.\n3. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung telah menjalankan beberapa program penanaman pokok secara berterusan di seluruh negara seperti berikut:\n(a) Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot\nBagi tujuan pemulihan kawasan hutan terosot ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-11) di Semenanjung, RM58.31 juta di Sabah dan RM34 juta di Sarawak bagi memastikan pemuliharaan kawasan dalam HSK dan luar HSK. Sehingga November 2021, seluas 824.80 hektar telah ditanam dengan 472,856 pokok spesies hutan di Semenanjung, 855.81 hektar dengan 256,743 pokok spesies hutan di Sabah dan 339.72 hektar dengan 210,941 pokok spesies hutan di Sarawak.\n(b) Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021 – 2025)\nKeTSA melalui JPSM, FRIM, Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung sedang melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula tahun 2021 hingga 2025 di bawah RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. Sasaran penanaman pokok yang telah ditetapkan pada setiap tahun bagi mencapai sasaran penanaman kempen ini ialah sebanyak 20 juta pokok. Sehingga November 2021, jumlah penanaman pokok pada tahun 2021 telah melebihi sasaran tahunan yang ditetapkan iaitu sebanyak 23.97 juta pokok telah berjaya ditanam.\n(c) Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara\nProgram ini telah mula dilaksanakan pada 7 Februari 2005 dan merupakan program nasional jangka panjang bagi pemuliharaan kawasan pesisiran pantai yang terjejas. Sehingga November 2021, 3,231.24 hektar kawasan pesisiran pantai di seluruh negara telah ditanam dengan 7,094,595 pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai. Program ini masih diteruskan dalam RMKe-12 dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti tanaman, rawatan dan kempen yang dijalankan oleh semua JPSM, FRIM, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM13 juta.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2216,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2216",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-12-16",
        "year": 2021,
        "no": "62",
        "member": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan Cukai Karbon ke atas negeri-negeri yang banyak menebang hutan atas nama pembangunan dan wang cukai tersebut dibayar kepada negeri...",
        "question": "DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan Cukai Karbon ke atas negeri-negeri yang banyak menebang hutan atas nama pembangunan dan wang cukai tersebut dibayar kepada negeri-negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai paru-paru negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Persekutuan belum mempunyai keputusan dasar mengenai perancangan untuk melaksanakan cukai karbon. Walau bagaimanapun, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengalu-alukan sekiranya Kementerian Kewangan (MoF) dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) mengkaji kesesuaian bagi melaksanakan cukai karbon sebagai insentif kepada negeri-negeri yang mengekalkan Hutan Simpanan Kekal (HSK).\n2. Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan insentif kewangan tambahan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) mulai tahun 2019 kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti. Peruntukan yang disalurkan dikhususkan bagi tujuan pelaksanaan projek pemeliharaan kawasan perlindungan hutan dan ekologi marin.\n3. Sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan pada tahun 2019 dan RM70 juta diperuntukkan bagi tahun 2021 kepada semua Kerajaan Negeri dan penyaluran dilaksanakan melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). Peruntukan EFT berjumlah RM70 juta akan disediakan setiap tahun kepada negeri-negeri sebagai satu bentuk pemberian khusus di bawah Perbelanjaan Mengurus Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mulai tahun 2022. Pada masa ini, pembahagian dilaksanakan berdasarkan formula yang mengambilkira keluasan kawasan perlindungan hutan dan marin.\n4. Pelaksanaan EFT menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam konservasi biodiversiti serta menggalakkan Kerajaan Negeri mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ekosistem (ecosystem services) termasuk sebagai kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar. Pelaksanaan EFT juga adalah selari dengan matlamat Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK) yang menyasarkan penyediaan insentif kewangan yang telus dan berasaskan keberhasilan kepada negeri-negeri bagi melaksanakan program konservasi biodiversiti.\n5. Selain itu, KeTSA pada masa ini sedang membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus atau REDD Plus Finance Framework (RFF) yang juga berpotensi menjadi satu inisiatif kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi mengekalkan dan memulihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan.\n6. KeTSA juga telah menubuhkan sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) iaitu Malaysia Forest Fund atau MFF yang akan melaksanakan Kerangka Kewangan REDD Plus di Malaysia. MFF turut berperanan membangun dan melaksanakan model operasi RFF yang efektif dan mampan serta menjana sumber kewangan melalui transaksi pasaran karbon hutan atau forest carbon market bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2225,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2225",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "105",
        "member": "Puan Nuridah Binti Mohd Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana program pendidikan kesedaran orang awam dilaksanakan bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat tertipu dalam urusan jual beli tanah yang berstatus \"lot lidi\".",
        "question": "Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana program pendidikan kesedaran orang awam dilaksanakan bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat tertipu dalam urusan jual beli tanah yang berstatus \"lot lidi\".",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Secara umumnya, pemahaman masyarakat berkenaan 'lot lidi' ialah, tanah lot yang masih berstatus pertanian dan belum mempunyai geran individu tetapi dijual sebagai lot bangunan berdasarkan pelan lakaran yang belum diluluskan Pihak Berkuasa Negeri. Namun, isu lot lidi ini perlu dilihat dalam beberapa aspek kerana jual beli lot lidi tidak semestinya bermaksud penipuan oleh penjual atau pemilik tanah.\n2. Tafsiran lot lidi merujuk kepada kategori seperti berikut:\n(i) Tanah-tanah berimilik kategori pertanian yang kebanyakannya mempunyai bukaan atau lebar yang kecil atau terhad dan memanjang. Disebabkan bentuk dan saiznya ini, maka tanah ini agak sukar atau kurang ekonomik untuk dibangunkan;\n(ii) Tanah berimilik yang kebanyakannya kategori pertanian dan terdapat juga sebahagiannya kategori bangunan yang dimiliki oleh beberapa orang sebagai tuan punya bersama dengan syer-syer atau bahagian-bahagian yang tidak dipecahkan (undivided shares) dan kebanyakannya disebabkan oleh proses turun milik akibat kematian tuan punya asal; dan\n(iii) Tanah pertanian dengan keluasan yang kecil di antara 1-2 ekar yang diracik atau dipecahkan kepada sejumlah plot-plot kediaman di antara 3,000-5,000 kaki persegi setiap satu, tanpa proses pemajuan tanah yang sewajarnya sama ada pecah sempadan dan tukar kategori/syarat atau serah balik dan beri milik semula.\n3. Urusan jual beli bagi kategori (iii) ini kebiasaannya melibatkan penjualan plot-plot melalui perjanjian jual beli sahaja, tanpa proses pindah milik yang sempurna. Sebagai contoh, urusan pecah sempadan dan tukar kategori/syarat, memerlukan perbelanjaan yang besar disamping penyediaan infrastruktur yang disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.\n4. Melalui tawaran harga yang murah, orang ramai mudah tertarik dan tertipu untuk membeli tanah lot lidi kategori ini tanpa menyedari urusan tanah yang sebenarnya tidak dilakukan dan akibatnya, tiada hak milik individu (individual titles) dihasilkan. Jual beli tanah lot lidi kategori ini yang sebenarnya mendatangkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada pembeli, malahan juga kepada pihak-pihak berkuasa.\n5. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) pada tahun 2020 telah menganjurkan satu seminar atas talian bertajuk Lot Lidi: Apa Yang Anda Perlu Tahu? dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah. Selain itu, JKPTG juga dijemput untuk memberikan ceramah atau sebagai panel dalam siri-siri seminar atau ceramah yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar.\n6. Kempen pendidikan bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat ini perlu diteruskan oleh pihak-pihak berkuasa di peringkat persekutuan, Pejabat-pejabat Tanah dan Galian Negeri, Pejabat-pejabat Tanah Daerah dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dalam mendidik masyarakat mengenai isu atau masalah jual beli lot lidi yang tidak sah ini.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2157,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2157",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-11",
        "year": 2021,
        "no": "3",
        "member": "Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sasaran-sasaran bagi pembangunan sektor tenaga boleh baharu negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang serta inisiatif-inisiatif yang telah dan akan diambil untuk membangunkan sekto...",
        "question": "Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sasaran-sasaran bagi pembangunan sektor tenaga boleh baharu negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang serta inisiatif-inisiatif yang telah dan akan diambil untuk membangunkan sektor tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan komited dalam menggalakkan pembangunan Tenaga Boleh Baharu atau TBB di negara ini. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. \n\n2. Usaha bagi mencapai sasaran TBB yang telah ditetapkan di Semananjung dan Sabah, akan diterajui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui pelaksanaan program-program TBB seperti Feed-in Tariff (FiT) bagi sumber biojisim, biogas dan hidrokuasa kecil. Manakala bagi sumber solar, ia adalah melalui program Net Energy Metering (NEM), Self-Consumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA). Perincian agihan kuota berdasarkan program-program yang dinyatakan ini akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) dengan mengambilkira pengumuman Rancangan Malaysia Ke-12 oleh YAB Perdana Menteri. JPPPET dijangka akan bersidang sebelum akhir tahun ini. \n\n3. Bagi Negeri Sarawak pula, memandangkan kuasa pembekalan elektrik adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, inisiatif untuk mencapai sasaran TBB akan diterajui oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak, dengan membangunkan projek-projek TBB daripada sumber solar, hidro dan biojisim.\r\n\n4. Buat masa ini, pencapaian kapasiti terpasang TBB dalam pembekalan elektrik negara adalah 23%. Pencapaian ini tidak jauh ketinggalan berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Filipina, 29% dan Thailand 30% serta lebih baik berbanding negara ASEAN yang lebih maju seperti Singapura 4.3% dan Brunei 0.2%.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2158,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2158",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-12",
        "year": 2021,
        "no": "7",
        "member": "TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif dan alternatif Kerajaan dalam menghidupkan semula Zoo oleh kerana situasi pandemik ini telah menyebabkan ada zoo yang terpaksa membuka tabung derma kecemasan.",
        "question": "TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif dan alternatif Kerajaan dalam menghidupkan semula Zoo oleh kerana situasi pandemik ini telah menyebabkan ada zoo yang terpaksa membuka tabung derma kecemasan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan amat memahami bahawa kebanyakan Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) telah terjejas pendapatan kerana pengurangan atau ketiadaan sumber pendapatan daripada kutipan tiket masuk akibat pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020. Sesetengah ZPT terpaksa mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menanggung kos operasi yang tinggi termasuk penyediaan bekalan makanan, ubat-ubatan dan pengurusan husbandri.\r\n\n2. Dalam usaha menangani situasi ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengambil langkah segera sejak Mac 2020 bagi membantu ZPT untuk meneruskan kelangsungan operasi melalui inisiatif-inisiatif berikut:\r\n\n(i) penyaluran secara berperingkat Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar bermula Mei 2020 hingga Ogos 2021 dengan peruntukan sebanyak RM7.3 juta kepada 22 premis ZPT yang terjejas. Dana ini bertujuan membantu meringankan bebanan kos operasi ZPT dengan menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan;\r\n\n(ii) pemberian diskaun 15% bil elektrik selama enam (6) bulan kepada semua ZPT di Semenanjung Malaysia di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) serta pemberian diskaun 10% bil elektrik di bawah Pakej Bantuan PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan PEMULIH bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021. Ini termasuklah rebat bil elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021 bagi ZPT yang memiliki akaun dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB);\r\n\n(iii) pengagihan lebih 205.9 tan barang sitaan makanan mentah iaitu daging dan tulang sejuk beku bernilai RM4.1 juta kepada ZPT melalui kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta pelbagai agensi; dan\r\n\n(iv) penyediaan bantuan teknikal dalam pengurusan husbandri seperti khidmat nasihat dan bantuan kepakaran kakitangan serta pegawai veterinar Jabatan PERHILITAN dalam aktiviti pemindahan hidupan liar dan pemantauan tahap kesihatan.\r\n\n3. Selain itu, usaha telah diambil untuk membangunkan Model Baharu ZPT dan mengkaji semula peraturan-peraturan berkaitan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [Akta 716] melalui sesi konsultasi dengan ZPT dan Malaysian Association of Zoological Park and Aquaria (MAZPA). Inisiatif jangka panjang ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan ZPT kepada Kerajaan, mengukuhkan operasi ZPT supaya lebih berdaya maju serta memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2159,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2159",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-12",
        "year": 2021,
        "no": "13",
        "member": "Dato' Wira Othman Bin Aziz",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah individu yang terlibat menghasilkan dan menjual tenaga solar di rumah dan premis masing-masing. Apakah Kerajaan bercadang memberi insentif agar lebih ramai rakyat terlibat dalam i...",
        "question": "Dato' Wira Othman Bin Aziz minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah individu yang terlibat menghasilkan dan menjual tenaga solar di rumah dan premis masing-masing. Apakah Kerajaan bercadang memberi insentif agar lebih ramai rakyat terlibat dalam industri ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Terdapat dua Program Tenaga Boleh Baharu atau TBB yang membenarkan penghasilan dan penjualan tenaga solar oleh individu. Program-program tersebut adalah skim Tarif Galakan (FIT) dan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). \n\n2. Program FIT dengan kapasiti terpasang 11 Megawatt (MW) yang diperkenalkan pada tahun 2011 membolehkan individu kategori pengguna domestik memasang sistem solar fotovolta atau solar PV dan menjual tenaga elektrik yang dijana ke sistem grid. Seramai 8,898 individu telah menyertai program ini. \n\n3. Program NEM dengan kapasiti terpasang 34 Megawatt telah diluluskan di mana 18 Megawatt telah beroperasi. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2016 dan mensyaratkan pemilik rumah yang memasang sistem solar PV untuk menggunakan tenaga solar bagi kegunaan sendiri terlebih dahulu dan sebarang lebihan tenaga boleh dijual kepada pihak utiliti. Pada tahun 2018, Program ini telah ditambah baik dengan membenarkan lebihan tenaga yang tidak digunakan dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif yang dibeli daripada pihak utiliti. \n\n4. Melalui program ini, peserta akan dapat menikmati penjimatan bil elektrik bulanan yang merupakan insentif bagi pemilik kediaman untuk menyertai program ini. Sehingga Jun 2021, seramai 2,188 individu kategori pengguna domestik telah menyertai program ini. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2162,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2162",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-14",
        "year": 2021,
        "no": "21",
        "member": "Tuan Zaiedi Suhaili",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :-a) sejauh manakah prospek penggunaan tenaga solar bagi setiap isi rumah di seluruh negara; dan b) bagaimana dasar Kerajaan ke atas tarif dan percukaian bagi import alatan, peranti atau...",
        "question": "Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-a) sejauh manakah prospek penggunaan tenaga solar bagi setiap isi rumah di seluruh negara; dan\r\n\nb) bagaimana dasar Kerajaan ke atas tarif dan percukaian bagi import alatan, peranti atau kenderaan yang mengguna tenaga boleh diperbaharui.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan telah mengenal pasti potensi bumbung rumah-rumah kediaman di negara ini bagi pemasangan sistem solar fotovolta atau solar PV. Satu program khas yang dinamakan Net Energy Metering atau NEM Rakyat telah diperkenalkan bagi menggalakkan pemasangan sistem solar PV di bumbung rumah. \n\n2. Melalui program ini, pemilik rumah boleh menggunakan tenaga solar yang dijana untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif yang dibeli daripada pihak utiliti. Dianggarkan sebanyak 40,000 hingga 100,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat daripada program ini. \n\n3. Kerajaan telah menyediakan insentif cukai khas kepada pengusaha Tenaga Boleh Baharu seperti berikut:\r\n\na) Green Investment Tax Allowance (GITA) serta Green Income Tax Exemption (GITE) yang memberi pengecualian cukai pelaburan (income tax allowance) kepada syarikat yang melabur/ memperoleh peralatan hijau serta pengecualian cukai pendapatan (Income tax exemption) bagi perkhidmatan hijau; dan\n\nb) insentif pembiayaan Green Technology Financing Scheme (GTFS) di mana Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi menampung 2% daripada kadar faedah pinjaman untuk tujuh tahun pertama pelaksanaan projek-projek TBB dengan 60% jaminan kerajaan bagi pembiayaan.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2161,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2161",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-13",
        "year": 2021,
        "no": "23",
        "member": "Sr Haji Mohd Apandi Bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah tarikh persetujuan sempadan maritim antara Negeri Kelantan dan Terengganu akan dicapai.",
        "question": "Sr Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah tarikh persetujuan sempadan maritim antara Negeri Kelantan dan Terengganu akan dicapai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1) Untuk makluman, persempadanan darat antara Negeri Kelantan Darul Naim dan Negeri Terengganu Darul Iman telah dimuktamadkan dan ditandatangani pada 20 Jun 2019. Selanjutnya, untuk memulakan sempadan maritim antara negeri Kelantan dan Terengganu, titik akhir sempadan darat tersebut perlu diunjurkan sehingga ke tikas air surut.\r\n\n2) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menyediakan draf Perjanjian Sempadan Maritim untuk persetujuan kedua - dua kerajaan negeri. Dalam hal ini, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju dengan draf Perjanjian Sempadan Maritim pada 20 Januari 2020 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antara Negeri Terengganu dan Kelantan Bil. 1/2020. Sementara itu pula, Kerajaan negeri Kelantan pada 26 Februari 2020 bersetuju meluluskan draf Perjanjian Sempadan Maritim tetapi dengan pindaan ke atas draf tersebut kerana membuat ketetapan menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan penambahan pada Artikel 3 - Penerimaan Sempadan. \n\n3) Kedua-dua Kerajaan Negeri sewajarnya meneruskan inisiatif bagi menentukan persempadanan maritim antara negeri dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri (JPPSBN) untuk memuktamadkan Perjanjian Sempadan Maritim antara kedua-dua negeri termasuk memuktamadkan aspek isu-isu perundangan dengan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dengan Jabatan Peguam Negara.\r\n\n4) Setakat ini, belum ada tarikh persetujuan sempadan maritim antara Negeri Kelantan dan Terengganu yang dicapai dan ia tertakluk kepada persetujuan antara kedua - dua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) yang berkenaan.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2156,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2156",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-07",
        "year": 2021,
        "no": "30",
        "member": "Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: apakah status terkini cadangan penggunaan smart meter seperti yang dirancang oleh TNB.",
        "question": "Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan: apakah status terkini cadangan penggunaan smart meter seperti yang dirancang oleh TNB.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nSehingga 20 September 2021, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah pun memasang sejumlah 1.5 juta unit smart meter berbanding sasaran 1.8 juta, di negeri Melaka, Putrajaya dan kawasan-kawasan terpilih di Lembah Kelang iaitu di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Pemasangan smart meter ini dilaksanakan secara berfasa dan akan diperluaskan kepada negeri-negeri lain di Semenanjung, tertakluk kepada peruntukan yang akan diluluskan di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR). \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2160,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2160",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-13",
        "year": 2021,
        "no": "34",
        "member": "Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: apakah perancangan Kementerian dalam memastikan tarif bil elektrik terus diberikan diskaun sehingga 50 peratus mengambil kira faktor masyarakat terutama golongan B40 dalam mendepani sit...",
        "question": "Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan: apakah perancangan Kementerian dalam memastikan tarif bil elektrik terus diberikan diskaun sehingga 50 peratus mengambil kira faktor masyarakat terutama golongan B40 dalam mendepani situasi kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sentiasa memastikan supaya tarif elektrik terutamanya bagi pengguna domestik adalah mampu bayar. Oleh yang demikian, dalam perancangan penetapan tarif, Kerajaan telah menetapkan supaya tarif elektrik pengguna bagi penggunaan blok 100kWj yang pertama hanya dikenakan caj 21.8sen/kWj dan 33.4sen/kWj untuk penggunaan sehingga 200kWj yang seterusnya. Kadar tarif yang ditetapkan ini adalah lebih rendah, berbanding purata tarif asas elektrik iaitu 39.45 sen/kWj. \n\n2. Penetapan blok tarif yang lebih rendah bagi penggunaan 2 blok elektrik yang pertama ini adalah sebagai galakan kepada pengguna untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap, selain membolehkan golongan B40 yang lazimnya mempunyai penggunaan bulanan elektrik antara 200-300kWj setiap bulan menikmati tarif elektrik yang mampu bayar. Langkah ini membolehkan pengguna elektrik hanya membayar RM77 sebulan bagi penggunaan elektrik untuk 300kWj yang pertama berbanding RM118 sebulan jika dikenakan tarif elektrik asas. Ini bermakna pengguna dapat menikmati diskaun/penjimatan sehingga 35%. \n\n3. Pada masa yang sama, Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 untuk membantu Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan oleh sistem eKasih. Program ini dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup KIR miskin tegar melalui diskaun bil elektrik sehingga RM40 setiap bulan. \n\n4. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang pertimbangan untuk pemberian rebat atau diskaun pada masa akan datang adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2163,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2163",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-20",
        "year": 2021,
        "no": "42",
        "member": "Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan kebergantungan kepada arang batu sebagai sumber tenaga negara.",
        "question": "Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan kebergantungan kepada arang batu sebagai sumber tenaga negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBagi mengurangkan kebergantungan kepada arang batu sebagai sumber penjanaan, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. \n\nSasaran tersebut akan dicapai melalui pelaksanaan program-program TBB sedia ada seperti Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM), Self-Consumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA). Selain itu, Kerajaan juga telah menetapkan bahawa tiada loji jana kuasa baharu berasaskan arang batu akan dibina pada masa akan datang.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2164,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2164",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "44",
        "member": "Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah, Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada seperti Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memastikan ia lebih komprehensif dan...",
        "question": "Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada seperti Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memastikan ia lebih komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa memandangkan isu pencerobohan hutan dan tanah yang semakin berleluasa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) dan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] mempunyai bidang kuasa yang berbeza dari segi penguatkuasaan. KTN digunakan untuk menguatkuasakan pencerobohan ke atas tanah rizab atau tanah kerajaan sahaja, manakala Akta 313 pula dikuatkuasakan terhadap pencerobohan di atas tanah rizab hutan sahaja. Pihak penguatkuasa juga melibatkan agensi yang berbeza iaitu pihak Pentadbiran Tanah bagi penguatkuasaan pencerobohan tanah dan Pegawai-pegawai hutan pula bagi penguatkuasaan pencerobohan hutan. Walau bagaimanapun, operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah berasaskan model perkongsian pintar merentas agensi bagi memperolehi impak yang berkesan dan jitu. \n\n2. Untuk makluman, di bawah Kanun Tanah Negara (Disemak 2020) [Akta 828], telah wujud peruntukan-peruntukan yang teratur bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi pencerobohan tanah kerajaan atau tanah rizab, pencerobohan ruang udara tanah kerajaan atau tanah rizab, pengeluaran hasil batu-batan atau kayu balak daripada tanah kerajaan atau tanah rizab secara haram serta menghalang sesiapa sahaja membenarkan haiwan ternakan meragut di atas tanah kerajaan atau tanah rizab. Terdapat peruntukan yang memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat tangkapan, perampasan dan juga mengenakan kompaun bagi setiap kesalahan tersebut. \n\n3. Hukuman punitif yang boleh dikenakan di bawah Akta 828 ialah denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pencerobohan tanah dan pengeluaran bahan batuan atau balak secara haram. Terdapat juga tambahan kepada denda dan tempoh masa penjara yang mana tertuduh akan diarah oleh Mahkamah untuk membayar balik kepada Pihak Berkuasa Negeri nilai harga batu-batan atau balak yang diambil. Bagi pencerobohan ruang udara pula, denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan dan bagi ragutan haiwan ternakan secara haram, boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000. Peruntukan juga membenarkan Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi kompaun tidak melebihi 50 peratus daripada nilai denda maksimum bagi setiap kesalahan tersebut. \n\n4. Oleh yang demikian, pada hemat saya, peruntukan-peruntukan yang sedia ada ini adalah mencukupi dari segi keperluan perundangan dalam Akta 828 bagi menangani isu-isu pencerobohan tanah memandangkan semakan semula kadar denda tersebut baharu sahaja dibuat pada tahun 2020.\r\n\n5. Seterusnya bagi Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] pula, Kementerian ini melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang dalam peringkat melaksanakan pindaan ke atas akta tersebut, yang antara lainnya memberikan penekanan kepada aspek memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran serta meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar. \n\n6. Peningkatan kadar hukuman dan penalti ini adalah sebagai salah satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2170,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2170",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-02",
        "year": 2021,
        "no": "1",
        "member": "TUAN SABRI BIN AZIT",
        "area": "JERAI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah JKPTG dapat mempercepatkan proses pindah milik, pembatalan dan daftar nama di geran tanah setelah mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah kerana terdapat proses hak pindah mil...",
        "question": "TUAN SABRI BIN AZIT [JERAI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah JKPTG dapat mempercepatkan proses pindah milik, pembatalan dan daftar nama di geran tanah setelah mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah kerana terdapat proses hak pindah milik tertangguh sehingga bertahun untuk diselesaikan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Mahkamah Syariah sebenarnya tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan proses pindahmilik, pembatalan dan pendaftaran nama di geran tanah yang melibatkan pembahagian pusaka bagi si mati yang meninggal dunia. Itu saya perlu jelaskan terlebih dahulu supaya jawapan ini nanti lebih jelas dan teratur.\r\n\n2. Dalam konteks pendaftaran turun milik akibat kematian, Pendaftar Hak Milik hendaklah merujuk kepada Seksyen 346, Kanun Tanah Negara. Ini kerana, mana – mana tanah atau bahagian atau kepentingan dalam tanah yang menjadi harta pusaka si mati, bagi tujuan pendaftaran, Pendaftar Hakmilik hendaklah merujuk hanya kepada Perintah atau Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah Akta 97 atau JKPTG di bawah Akta 98.\r\n\n3. Seksyen 421A Kanun Tanah Negara memperuntukkan dalam perkara dan kuasa Mahkamah yang dinyatakan adalah termasuk Mahkamah Syariah. Antara bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah melibatkan pengeluaran sijil faraid, pengesahan nasab, pengesahan wasiat dan hibah; dan harta sepencarian.\r\n\n4. Merujuk kepada konteks soalan asal Yang Berhormat, sebenarnya Bahagian Pembahagian Pusaka di bawah JKPTG bertanggungjawab menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil melibatkan harta pusaka orang Islam dan orang bukan Islam.\r\n\n5. Pada masa yang sama, seperti yang Yang Berhormat sedia maklum kita sedang membuat pindaan kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] yang mana, antara lain peluasan bidang kuasa harta pusaka kecil meliputi semua jenis harta dan peninggkatan nilaian keseluruhan harta pusaka simati kepada RM 5 juta daripada RM 2 juta.\r\n\n6. Bidang kuasa harta pusaka kecil diperluaskan bagi meliputi semua jenis harta dan tidak lagi tertakluk kepada syarat simati mesti meninggalkan harta tak alih seperti sedia ada melalui pindaan seksyen 3 subseksyen 3(2).\r\n\n7. Walaubagaimanapun, sekiranya mempunyai pertikaian khusus orang Islam yang melibatkan isu dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah akan diambilkira dalam isu tersebut.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2177,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2177",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-15",
        "year": 2021,
        "no": "3",
        "member": "TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN",
        "area": "KUALA KRAI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan bekalan elektrik di semenanjung adalah mencukupi dan grid talian penghantaran sentiasa kukuh.",
        "question": "TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN [KUALA KRAI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan bekalan elektrik di semenanjung adalah mencukupi dan grid talian penghantaran sentiasa kukuh.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Bagi memastikan bekalan elektrik di Semenanjung sentiasa mencukupi, Kerajaan telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Semenanjung bagi tempoh 20 tahun yang telah dirangka berdasarkan kriteria berikut:\r\n\ni) kadar rizab margin yang optimum antara 25% hingga 30%;\r\n\nii) kepelbagaian sumber bahan api bagi mengelakkan kebergantungan penjanaan negara kepada bahan api tertentu sahaja; dan\r\n\niii) kadar jangkaan kehilangan beban (Loss of Load Expectation –LOLE) sebanyak 24 jam/tahun. Kadar ini menunjukkan jangkaan bilangan jam setahun di mana sistem bekalan elektrik negara tidak dapat memenuhi permintaan.\r\n\n2. Pelan ini juga turut dirangka dengan menyeimbangkan elemen jaminan bekalan (security), kelestarian (sustainability) dan mampu bayar (affordability). Ini bermakna, pembekalan elektrik di Malaysia bukan sahaja menitikberatkan elemen kecukupan bekalan semata-mata, tetapi turut mengambil kira faktor kelestarian tenaga serta tarif yang munasabah kepada pengguna.\r\n\n3. Bagi memastikan Sistem Grid Nasional kukuh dan stabil, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Projek Talian Penghantaran 500kV dari utara hingga selatan Semenanjung yang akan menjadi tulang belakang Sistem Grid Nasional. Pelaksanaan projek 500kV ini akan mengoptimumkan penghantaran elektrik kepada pengguna-pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia dan memastikan pengguna-pengguna elektrik di Semenanjung mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2183,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2183",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-24",
        "year": 2021,
        "no": "4",
        "member": "PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH",
        "area": "KUANTAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) berkenaan aplikasi Penghijauan Malaysia, berapa jumlah pengguna yang memuat turun aplikasi ini dan berapa banyak rekod penanaman dari kawasan-kawasan luar bandar, serta berapa spe...",
        "question": "PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [KUANTAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\n(a) berkenaan aplikasi Penghijauan Malaysia, berapa jumlah pengguna yang memuat turun aplikasi ini dan berapa banyak rekod penanaman dari kawasan-kawasan luar bandar, serta berapa spesies bernilai yang telah ditanam sepanjang kempen; dan\n\n(b) adakah satu rancangan berbentuk 'outreach' untuk memaklumkan orang awam tentang program ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Januari 2021 bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan dilancarkan secara serentak di semua negeri oleh YAB Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.\r\n\n2. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah membangunkan satu aplikasi mudah alih iaitu “Penghijauan Malaysia” dan juga laman web khas yang boleh dicapai melalui pautan www.100jutapokok.gov.my. Aplikasi mudah alih dan laman web tersebut boleh digunakan oleh semua agensi kerajaan atau swasta mahupun orang awam bagi merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun selaku individu. Sistem pengoperasian “Penghijauan Malaysia” tidak mengklasifikasikan data dari kawasan luar bandar dan bandar. Walau bagaimanapun, data tersebut diklasifikasikan mengikut negeri, agensi/individu penanam dan jenis pokok. \n\n3. Sehingga kini, sebanyak 23,569,791 pokok telah direkodkan dan jumlah spesies bernilai dalam kategori Critically Endagered, Endangered, Vulnerable dan Near Threatened berdasarkan The International Union for Conservation of Nature's Red List of Threatened Species adalah sebanyak 6,451,142 yang merangkumi 322 spesies. Manakala, jumlah pengguna aplikasi mudah alih sehingga 22 November 2021 adalah sebanyak 4,139 orang. \n\nJAWAPAN (b) \n\n1. KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung sedang melaksanakan pelbagai program untuk mempromosi serta mewar-warkan kepada orang awam termasuk promosi kempen ini sebagai bentuk aktiviti bermanfaat yang masih boleh dilaksanakan oleh orang ramai dalam mengisi masa lapang semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara program tersebut adalah seperti berikut:\r\n\n(i) menganjurkan webinar Penghijauan Malaysia bersama dengan The Habitat Foundation, JPSM dan FRIM;\r\n\n(ii) mengadakan program penanaman pokok secara virtual bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan Insitusi Pengajian Tinggi;\r\n\n(iii) mengadakan pertandingan video kreatif bertemakan Penghijauan Malaysia melalui aplikasi media sosial;\r\n\n(iv) mengadakan program kesedaran dan penanaman pokok bersama dengan komuniti setempat; \n(v) mengadakan latihan penggunaan laman web secara dalam talian kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, NGO, syarikat-syarikat swasta dan orang ramai;\r\n\n(vi) memberikan ganjaran (rewards) kepada pengguna kategori individu yang menanam pokok; dan\r\n\n(vii) mengadakan hebahan secara berterusan melalui stesen radio televisyen dan akhbar tempatan serta melalui platform media sosial kempen penanaman 100 juta pokok seperti You Tube, Facebook, Twitter dan Instagram.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2165,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2165",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-10-27",
        "year": 2021,
        "no": "5",
        "member": "TUAN SABRI BIN AZIT",
        "area": "JERAI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Geosains, Mineral",
        "category_labels": [
            "Geosains",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil terhadap mitigasi kawasan bencana tahap 1 di Gunung Jerai baru-baru ini.",
        "question": "TUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil terhadap mitigasi kawasan bencana tahap 1 di Gunung Jerai baru-baru ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membahagikan pengurusan bencana kepada 3 tahap mengikut skala kejadian dan penyelarasan, iaitu Tahap I di peringkat daerah, Tahap II di peringkat negeri dan Tahap III di peringkat negara. Kejadian tanah runtuh dan aliran puing yang melanda Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021 merupakan kejadian bencana setempat yang terkawal dan tiada potensi merebak, menjadikan pengurusannya mengikut Pengurusan Bencana Tahap I di bawah penyelarasan Pegawai Daerah Yan.\r\n\n2. Kementerian ini dan Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia (JMG) akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi tindakbalas yang berkaitan dalam menjalankan aktiviti mitigasi bencana yang diperlukan di kawasan yang terjejas akibat kejadian bencana di Gunung Jerai. Sehingga kini, JMG telah melaksanakan analisa geologi, geomorfologi dan geologi kejuruteraan bagi mengenalpasti lokasi cerun di gunung jerai yang berisiko terjadi tanah runtuh serta pemetaan aliran puing termasuk mengenalpasti ciri-ciri aliran puing yang terjadi. Di samping itu, JMG juga sedang mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian di Gunung Jerai bagi pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi. JMG turut mengadakan program-program pemerkasaan komuniti dan kesiapsiagaan masyarakat setempat bagi mengurangkan kesan buruk bencana geologi ke atas masyarakat.\r\n\n3. JMG juga sedang menyediakan Laporan Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun di Gunung Jerai, Kedah, yang akan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 26 November 2021. Laporan tersebut akan membantu pihak NADMA menentukan halatuju mitigasi yang sesuai dilakukan di kawasan tersebut.\r\n\n4. Dalam masa yang sama, KeTSA melalui JMG bersama dengan Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan “Projek Pemetaan Kawasan Bencana Geologi Di Gunung Jerai, Kedah” bagi mengkaji kejadian tersebut dengan lebih terperinci dan mengenalpasti langkah-langkah mitigasi tambahan yang diperlukan serta pemasangan sistem amaran awal bencana geologi di tempat kejadian. Ini bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas dapat dijaga dan jika berlaku semula, akan mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2171,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2171",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-02",
        "year": 2021,
        "no": "13",
        "member": "Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun",
        "area": "Beaufort",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah aduan berkaitan isu peningkatan bil elektrik sehingga menimbulkan beban yang teruk kepada rakyat di Sabah sepanjang tempoh 2021.",
        "question": "Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah aduan berkaitan isu peningkatan bil elektrik sehingga menimbulkan beban yang teruk kepada rakyat di Sabah sepanjang tempoh 2021.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nJumlah aduan dan pertanyaan oleh pengguna-pengguna elektrik di Sabah khususnya berkaitan isu bil elektrik yang diterima oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dari Januari sehingga 10 Oktober 2021 adalah sebanyak 434 aduan. Pihak utiliti Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) pula telah menerima 93 aduan dan 5,360 pertanyaan antara bulan Jun sehingga September 2021 melalui panggilan telefon dan media sosial SESB berhubung isu bil elektrik pengguna.\r\n\nBerdasarkan semakan oleh ST, terdapat dua (2) punca menyebabkan peningkatan aduan dan pertanyaan berkenaan bil elektrik yang tinggi bagi pengguna-pengguna SESB seperti berikut:\r\n\ni) SESB memberhentikan sementara pembacaan meter secara fizikal di tapak apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan berikutan penularan wabak COVID-19. Ini menyebabkan bil elektrik secara fizikal berdasarkan bacaan meter sebenar yang diterima oleh pengguna pada bulan Ogos 2021 adalah lebih tinggi berbanding bacaan bil bulanan biasa memandangkan bacaan tersebut adalah untuk tempoh dua hingga tiga bulan;dan\r\n\nii) SESB telah melakukan proses konfigurasi semula sistem pengebilan (SAP Billing System Reconfiguration) pada 1 hingga 26 Julai 2021 bagi membolehkan diskaun bil elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) diberikan kepada pengguna-pengguna di Sabah. Proses ini telah menjejaskan pengoperasian sistem pengebilan dan menyebabkan penangguhan pengeluaran bil sebenar kepada pengguna. \n\nBagi menangani peningkatan aduan dan memudah cara urusan aduan boleh pengguna, SESB telah mengaktifkan bilik gerakan dan petugas Careline untuk beroperasi 24 jam sehari untuk merekod dan memberi penjelasan kepada semua pertanyaan berkenaan bil serta aduan yang diterima. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2166,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2166",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-10-27",
        "year": 2021,
        "no": "14",
        "member": "PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS",
        "area": "KOTA BELUD",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini pemulangan hak pemilikan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Sabah.",
        "question": "PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS [ KOTA BELUD ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini pemulangan hak pemilikan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Keajaan Persekutuan komited untuk meneruskan penyerahan kuasa pembekalan elektrik dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dan memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah. \n\n2. Dalam hal ini, berhubung status terkini pemulangan hak pemilikan atau kuasa pembekalan elektrik Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah, YAB Ketua Menteri Sabah pada 4 Mac 2021 telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah hanya bersedia untuk mengambil alih kuasa pembekalan elektrik Sabah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang. Ia juga tertakluk kepada beberapa syarat tertentu yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Cadangan tersebut sedang diteliti dan diperhalusi oleh Kementerian sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan Negeri Sabah berpandukan mandat yang diperoleh daripada Jemaah Menteri kelak.\r\n\n3. Ini adalah kerana Kerajaan Persekutuan amat mengambil berat mengenai kedudukan kewangan SESB yang tidak mampan berikutan kadar tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna-pengguna elektrik di Sabah pada kadar purata 34.52 sen/kWj adalah jauh lebih rendah daripada kos pembekalan elektrik sebenar iaitu 42.34 sen/kWj tanpa subsidi bahan api. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pelbagai subsidi kepada SESB iaitu subsidi sokongan tarif, subsidi solar berskala besar dan subsidi bahan api. Sejak tahun 2005, jumlah subsidi yang disalurkan kepada SESB telah mencecah RM7.6 bilion. Jumlah ini tidak mengambil kira geran yang disalurkan untuk membangunkan infrastruktur bekalan elektrik di Negeri Sabah sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11 dan ke-12\r\n\n4. Rundingan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan dilaksanakan setelah pakej cadangan balas yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan diluluskan oleh Jemaah Menteri kelak.\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2184,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2184",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-24",
        "year": 2021,
        "no": "15",
        "member": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON",
        "area": "TEBRAU",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah diambil oleh Kementerian bagi:- 1. memastikan semua pendawaian elektrik yang dikilangkan di Malaysia untuk pasaran tempatan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan;...",
        "question": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [TEBRAU] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah diambil oleh Kementerian bagi:-\n1. memastikan semua pendawaian elektrik yang dikilangkan di Malaysia untuk pasaran tempatan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan; dan\n2. apa langkah-langkah kedai-kedai logam supaya tiada pendawaian yang tidak memenuhi piawaian keselamatan tidak dijual kepada rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\na) Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) sentiasa mengawal selia keselamatan kelengkapan elektrik sama ada yang diimport atau yang dikilangkan di dalam Malaysia dan yang diedarkan serta dijual untuk pasaran tempatan seperti di kedai-kedai logam. Terdapat sebanyak 34 jenis kategori kelengkapan elektrik yang dikawal selia oleh ST, termasuklah kabel pendawaian elektrik, dengan izin, jenis non-armoured bersaiz 0.5mm2 sehingga 35 mm2 yang lazimnya direkabentuk untuk kegunaan elektrik bervoltan rendah.\r\n\nb) ST telah menetapkan perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh pengilang bagi memastikan kabel pendawaian elektrik yang memenuhi piawaian keselamatan sahaja dijual kepada pengguna seperti berikut:\r\n\ni) pengilang perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan daripada ST sebelum kelengkapan elektrik yang dikawal selia boleh dikilang, diimport, dipamer, dijual atau diiklankan;\r\n\nii) pengilang perlu mendaftarkan syarikat dengan ST dan mendapatkan Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang; \n\niii) kabel yang diluluskan adalah kabel yang telah melalui proses pengujian dan mematuhi standard keselamatan seperti MS 2112-3 atau IEC 60227-3 dan MS 2112-4 atau IEC 60227-3; dan\r\n\niv) kabel pendawaian elektrik hendaklah mematuhi cara penandaan atau pelabelan yang telah ditetapkan oleh ST, iaitu dengan meletakkan tanda pensijilan SIRIM, piawaian dan saiz kabel serta nama syarikat pengilang.\r\n\nc) Selain itu, ST dari semasa ke semasa sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang mengimport, mengilang, menyimpan atau menjual kelengkapan elektrik yang dikawal selia ST untuk memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, orang ramai boleh membuat aduan atau menyalurkan maklumat kepada ST melalui pelbagai kaedah seperti sistem eAduan ST, e-mel, surat, dan panggilan telefon sekiranya menemui kelengkapan elektrik yang tidak mematuhi standard keselamatan yang dijual kepada umum.\r\n\nd) Pemilik kedai-kedai logam dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan kabel pendawaian elektrik yang mematuhi piawaian keselamatan sahaja dijual kepada pengguna: \n\ni) memastikan pembekal menunjukkan Perakuan Kelulusan yang dikeluarkan oleh ST bagi setiap model kabel;\r\n\nii) menyemak tanda keselamatan yang dilabelkan dengan nama makmal, standard, saiz kabel dan nama pengilang pada kabel tersebut; dan \n\niii) memaklumkan kepada pengguna bahawa kerja-kerja pendawaian elektrik hanya boleh dilakukan oleh individu pemegang sijil kompeten yang dikeluarkan oleh ST sahaja.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2181,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2181",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-18",
        "year": 2021,
        "no": "16",
        "member": "DR. LEE BOON CHYE",
        "area": "GOPENG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan penggunaan tenaga mengikut sumber dan setakat manakah Kementerian memberi insentif untuk industri tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).",
        "question": "DR. LEE BOON CHYE [GOPENG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penggunaan tenaga mengikut sumber dan setakat manakah Kementerian memberi insentif untuk industri tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2021, jumlah kapasiti terpasang dalam pembekalan elektrik negara berdasarkan pecahan sumber adalah seperti berikut:\r\n\n(i) Gas : 14,276MW (38%)\r\n\n(ii) Arang Batu : 12,994MW (35%)\r\n\n(iii) MFO/Diesel : 834MW (2%)\r\n\n(iv) Tenaga Boleh Baharu : 8,521MW (22%)\r\n\n(v) Lain-lain : 868MW (3%)\r\n\n2. Bagi menggalakkan pemaju tempatan untuk terus melaksanakan projek-projek TBB bagi menyokong agenda pembangunan lestari negara, Kerajaan telah menyediakan beberapa insentif seperti berikut:\r\n\n(i) Green Investment Tax Allowance (GITA) yang memberikan Elaun Cukai Pelaburan (ECP) sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal seperti pelaburan dan perolehan aset hijau yang layak; \n\n(ii) Green Income Tax Exemption (GITE) yang memberikan pengecualian cukai pendapatan (income tax exemption) ke atas pendapatan berkanun bagi aktiviti perkhidmatan hijau; dan\r\n\n(iii) Skim Pembiayaan Teknologi Hijau atau Green Technology Financing Scheme (GTFS) yang menawarkan rebat sebanyak 2% daripada kadar faedah pinjaman bank yang dikenakan untuk tujuh tahun pertama pelaksanaan projek, serta jaminan Kerajaan sebanyak 60% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan. \n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2197,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2197",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "18",
        "member": "DATO’ SRI HASAN BIN ARIFIN",
        "area": "ROMPIN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah statistik hutan simpan yang diceroboh dan dinyah warta bagi tujuan pembangunan. Apakah keluasan terkini hutan simpan kekal yang masih terpelihara di seluruh negara.",
        "question": "DATO’ SRI HASAN BIN ARIFIN [ROMPIN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah statistik hutan simpan yang diceroboh dan dinyah warta bagi tujuan pembangunan. Apakah keluasan terkini hutan simpan kekal yang masih terpelihara di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\r\n\n2. Sehingga tahun 2018, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan hutan simpanan kekal (HSK) di Malaysia adalah seluas 10.92 juta hektar iaitu bersamaan dengan 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara.\r\n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan HSK yang telah diceroboh bagi tahun 2016 hingga 2020 adalah seluas 15,456.14 hektar. Antara aktiviti-aktiviti pencerobohan yang telah dikenalpasti oleh JPSM, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak adalah untuk tujuan pertanian, pembinaan infrastruktur, aktiviti perlombongan dan sebagainya. Manakala, jumlah keluasan HSK yang diwarta keluar untuk tujuan pembangunan adalah seluas 439,184.48 hektar bagi tahun 2016 hingga 2020.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2167,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2167",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-10-27",
        "year": 2021,
        "no": "20",
        "member": "Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad",
        "area": "SETIAWANGSA",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Malaysia boleh turut serta dalam program Asia Development Bank untuk membeli dan menutup stesen jana kuasa arang batu baharu lebih awal pada 2036 berbanding rancangan sedia ada Ke...",
        "question": "Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [SETIAWANGSA] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Malaysia boleh turut serta dalam program Asia Development Bank untuk membeli dan menutup stesen jana kuasa arang batu baharu lebih awal pada 2036 berbanding rancangan sedia ada Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1) Semakan Kementerian mendapati bahawa, Asia Development Bank (ADB) hanya berkongsi secara ringkas cadangannya untuk menyediakan pembiayaan bagi penutupan loji jana kuasa arang batu, yang mana perincian akan diumumkan semasa Mesyuarat COP-26 di Glasgow yang akan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu, Kerajaan berpandangan bahawa adalah tidak wajar Kerajaan membuat sebarang komitmen tanpa memahami model yang akan ditawarkan oleh ADB.\r\n\n2) Walau bagaimanapun, Kementerian ingin menjelaskan bahawa sebarang keputusan untuk menghentikan operasi loji-loji jana kuasa arang batu lebih awal dari tempoh tamat Perjanjian Pembelian Tenaga akan melibatkan kos yang tinggi di samping turut memberi implikasi terhadap jaminan bekalan elektrik negara.\r\n\n3) Oleh itu, cadangan ini perlu diperhalusi agar ia tidak membebankan rakyat dan dapat memastikan rakyat akan terus mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2172,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2172",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-02",
        "year": 2021,
        "no": "20",
        "member": "YB DR ONG KIAN MING",
        "area": "BANGI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah dan peratusan kontrak Large Scale Solar (LSS) 2 dan 3 yang telah diselesaikan dan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil terhadap pihak yang belum lagi memulakan atau menye...",
        "question": "YB DR ONG KIAN MING [BANGI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah dan peratusan kontrak Large Scale Solar (LSS) 2 dan 3 yang telah diselesaikan dan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil terhadap pihak yang belum lagi memulakan atau menyelesaikan projek LSS 2 dan 3 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Di bawah Program Large Scale Solar Pusingan Kedua (LSS-2), kesemua 27 pemaju di Semenanjung telah berjaya menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement – PPA, dengan izin. Manakala, proses menandatangani perjanjian bagi 8 pemaju di Sabah sedang dimuktamadkan dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Pihak Suruhanjaya Tenaga menjangkakan kesemua PPA berkenaan akan ditandatangani sebelum 31 Disember 2021. Bagi Program LSS Pusingan Ketiga (LSS-3), kesemua pemaju projek telah menandatangani PPA.\r\n\n2. Untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek LSS, pihak Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan garis masa dan carta batuan bagi setiap projek yang telah memenangi bidaan LSS. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju projek untuk memastikan kemajuan pelaksanaan projek menepati sasaran yang telah ditetapkan supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual. Mana-mana pemaju LSS yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dikenakan tindakan termasuk ditarik balik kelulusan projek dan dikenakan penalti atas kelewatan pelaksanaan projek-projek tersebut.\r\n\n3. Penetapan syarat-syarat dan sasaran-sasaran ini akan dapat memastikan supaya projek-projek ini dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2179,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2179",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-15",
        "year": 2021,
        "no": "23",
        "member": "DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB",
        "area": "MACHANG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam memperluas penggunaan tenaga solar di setiap rumah penduduk Malaysia sebagai satu usaha mengetengahkan sumber tenaga hijau khususnya untuk rakyat Orang ...",
        "question": "DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [MACHANG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam memperluas penggunaan tenaga solar di setiap rumah penduduk Malaysia sebagai satu usaha mengetengahkan sumber tenaga hijau khususnya untuk rakyat Orang Asli di Kelantan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Bagi memperluas penggunaan tenaga solar bagi setiap penduduk di Malaysia, Kerajaan telah mengenal pasti potensi bumbung rumah-rumah kediaman di negara ini bagi pemasangan sistem solar fotovolta atau solar PV. Satu program khas yang dinamakan Net Energy Metering atau NEM Rakyat telah diperkenalkan bagi menggalakkan pemasangan sistem solar PV di bumbung rumah. \n\n2. Melalui program ini, pemilik rumah boleh menggunakan tenaga solar yang dijana untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif yang dibeli daripada pihak utiliti. Dianggarkan sebanyak 40,000 hingga 100,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat daripada program ini. \n\n3. Bagi membekalkan elektrik ke kawasan terpencil yang jauh dari grid nasional seperti di penempatan Orang Asli di Kelantan, Kerajaan melalui Program Bekalan Elektrik Luar Bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut menggunakan solar hibrid di kawasan-kawasan tersebut.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2173,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2173",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-02",
        "year": 2021,
        "no": "31",
        "member": "Tuan Wong Hon Wai",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan usaha pembaharuan undang-undang yang telah atau sedang diusahakan oleh pihak Ke",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan usaha pembaharuan undang-undang yang telah atau sedang diusahakan oleh pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sej...",
        "question": "Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan usaha pembaharuan undang-undang yang telah atau sedang diusahakan oleh pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sejak Mac 2020 dan bilakah pembaharuan tersebut akan dibentangkan di Parlimen.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sedang melaksanakan pindaan kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021. \n\n2) Setelah sepuluh (10) tahun pelaksanaan Akta 716, PERHILITAN telah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan ke atas Akta 716. Pindaan ini adalah bagi menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada ke arah meningkatkan lagi perlindungan hidupan liar serta habitatnya. Ini termasuk meningkatkan kadar hukuman dan penalti serta mengukuhkan penguatkuasaan dalam menangani isu-isu semasa seperti perdagangan dalam talian.\r\n\n3) Selain daripada itu, KeTSA melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sedang menambah baik kerangka perundangan dalam sistem penyampaian perkhidmatan pembahagian pusaka di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] iaitu RUU Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021.\r\n\n4) Cadangan RUU ini adalah bagi memperuntukan kaedah dalam membentuk kerjasama strategik antara pihak Kerajaan (JKPTG) bersama autoriti lain yang memainkan peranan sebagai pemain industri di samping memperluaskan definisi harta pusaka kecil yang meliputi semua jenis harta selain peningkatan nilaian bidangkuasa.\r\n\n5) Kedua-dua RUU Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 ini telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2021 yang lalu. Seterusnya, RUU ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Negara yang dijangka pada bulan Disember 2021.\r\n\n6) KeTSA juga melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang dalam proses melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Cadangan pindaan tersebut akan memberikan penekanan kepada aspek memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran serta meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar. Peningkatan kadar hukuman dan penalti ini adalah sebagai salah satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan. \n\n7) KeTSA juga sedang menggubal RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga sebagai kerangka perundangan untuk mengawal selia dan menyokong pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga secara menyeluruh khususnya untuk pengguna elektrik berintensiti tinggi dalam sektor industri dan komersial. Pada masa ini, draf RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga sedang dalam peringkat semakan akhir di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC). \n\n8) Kedua-dua RUU Perhutanan Negara (Pindaan) dan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga ini dijangka akan dikemukakan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada tahun 2022. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2178,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2178",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-15",
        "year": 2021,
        "no": "33",
        "member": "Dato' Seri Anwar bin Ibrahim",
        "area": "PORT DICKSON",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa kos pembinaan, jangkaan siap bagi Empangan Hidroelektrik Nenggiri dan sejauh mana pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir dan ekosistem setempat.",
        "question": "Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [PORT DICKSON] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa kos pembinaan, jangkaan siap bagi Empangan Hidroelektrik Nenggiri dan sejauh mana pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir dan ekosistem setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kos pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri adalah dianggarkan berjumlah RM 5 billion dan tarikh operasi komersial telah ditetapkan pada 1 Jun 2027. \n\n2. Tujuan utama pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri ini adalah bagi tujuan penjanaan elektrik berasaskan hidro. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan projek ini, ia secara tidak langsung akan membantu mengawal aliran air dari hulu sungai ke Sungai Kelantan dan seterusnya mampu untuk membantu mengatasi masalah banjir di negeri Kelantan. \n\n3. Kerajaan sentiasa mengambil berat isu-isu berkaitan ekosistem dan alam sekitar di kawasan setempat. Isu-isu ini telah diambil kira di dalam laporan Environmental Impact Assessment (EIA) yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada April 2018. Sehubungan itu, Kerajaan akan memastikan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mematuhi kesemua arahan dan langkah-langkah mitigasi yang telah ditetapkan di dalam laporan EIA tersebut.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2174,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2174",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-02",
        "year": 2021,
        "no": "39",
        "member": "TUAN WONG CHEN",
        "area": "SUBANG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) adakah Kementerian komited untuk menghentikan kesemua stesen jana kuasa arang batu dan beralih kepada gas asli; dan b) apakah jangka masa yang dijangka untuk melengkapkan peralihan ini.",
        "question": "TUAN WONG CHEN [SUBANG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\na) adakah Kementerian komited untuk menghentikan kesemua stesen jana kuasa arang batu dan beralih kepada gas asli; dan \n\nb) apakah jangka masa yang dijangka untuk melengkapkan peralihan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor elektrik, Kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membangunkan loji jana kuasa arang batu yang baharu setelah loji jana kuasa arang batu sedia ada tamat tempoh operasinya. \n\n2. Bagi loji jana kuasa arang batu sedia ada yang sedang beroperasi, Kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan operasi loji-loji tersebut sebelum tamat tempoh Perjanjian Pembelian Tenaga kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi di samping memberi implikasi terhadap jaminan bekalan elektrik negara. \n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses peralihan sektor bekalan elektrik ke arah sistem rendah karbon perlu dilaksanakan secara berperingkat agar ia tidak membebankan rakyat dan Kerajaan dapat memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap kepada pengguna. Oleh itu, Kerajaan telah menetapkan bahawa operasi loji-loji jana kuasa arang batu sedia ada dengan kapasiti berjumlah 7,000MW akan diteruskan dan apabila loji-loji jana kuasa ini tamat beroperasi, kapasiti tersebut akan digantikan dengan kapasiti penjanaan daripada gas asli dan Tenaga Boleh Baharu.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2168,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2168",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-10-27",
        "year": 2021,
        "no": "41",
        "member": "PUAN TERESA KOK SUH SIM",
        "area": "SEPUTEH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan susulan untuk mendapatkan insentif kewangan selepas mendaftarkan 97,470,000 tan CO2 pengurangan perlepasan gas rumah hijau di platform REDD-plus di bawah Kerangka Konvens...",
        "question": "PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan susulan untuk mendapatkan insentif kewangan selepas mendaftarkan 97,470,000 tan CO2 pengurangan perlepasan gas rumah hijau di platform REDD-plus di bawah Kerangka Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 97.47 juta tan CO2 sebagai kredit karbon di UNFCCC REDD+ Web Platform bagi tempoh 2006 hingga 2010. Kredit karbon yang didaftarkan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerangka Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. Melalui inisiatif ini, mana-mana pihak termasuk organisasi dan syarikat-syarikat swasta yang berminat boleh membeli kredit karbon yang telah didaftarkan di platform berkenaan.\r\n\n2. Kerajaan sedar bahawa usaha pengekalan dan pemuliharaan hutan di negara ini memerlukan dana yang sangat besar. Sehubungan itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework - RFF) bertujuan untuk menjana sumber kewangan melalui transaksi pasaran karbon hutan (forest carbon market) bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan secara berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2176,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2176",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-09",
        "year": 2021,
        "no": "41",
        "member": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE",
        "area": "SANDAKAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) apakah Indeks Purata Gangguan Sistem (SAIDI) yang disasarkan untuk Sabah untuk tahun 2020 dan apakah SAIDI sebenar yang telah dicapai; dan (b) mengapa SAIDI untuk Sabah kekal tertin...",
        "question": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\n(a) apakah Indeks Purata Gangguan Sistem (SAIDI) yang disasarkan untuk Sabah untuk tahun 2020 dan apakah SAIDI sebenar yang telah dicapai; dan\r\n\n(b) mengapa SAIDI untuk Sabah kekal tertinggi antara semua negeri di negara ini untuk sekian lamanya dan bagaimana Kementerian merancang untuk mengurangkannya untuk setanding dengan negeri lain",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Bagi tahun 2020, Kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan SAIDI di Sabah pada kadar 150 minit/pengguna/tahun. Sasaran ini ditetapkan dengan menggunakan data daripada sistem pemantauan lama iaitu LGB Net yang digunakan oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) tanpa mengambil kira gangguan besar dan kerja-kerja penambahbaikan sistem. Walau bagaimanapun, pencapaian SAIDI di Sabah bagi tahun 2020 adalah pada kadar 189.43 minit/pengguna/tahun, lebih tinggi daripada sasaran yang telah ditetapkan. \n\n2. Namun demikian, dengan mengambil kira bahawa SESB telah mengguna pakai sistem baharu yang dapat memantau gangguan dengan lebih tepat iaitu penggunaan sistem ECOMMS, Kementerian telah memutuskan supaya pengiraan SAIDI bagi tahun 2021 menggunakan data ECOMMS serta mengambil kira gangguan disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan sistem dan tidak termasuk gangguan besar atau dengan izin major incidents. Dengan penggunaan sistem ECOMMS, sasaran SAIDI bagi tahun 2021 ditetapkan pada 350 minit/tahun.\r\n\n3. Kerajaan sedar bahawa kadar SAIDI di negeri Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar SAIDI di Semenanjung. Sebahagian besar daripada gangguan bekalan elektrik ini berpunca daripada masalah di peringkat sistem pengagihan atau distribution system dengan izin, iaitu 97.7%, diikuti penjanaan (1.5%) dan penghantaran (0.8%). Antara faktor yang menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik di peringkat pengagihan adalah gangguan binatang liar, pokok-pokok yang mengganggu kabel, kerosakan kabel dan lebihan beban yang berpunca dari sambungan haram. \n\n4. Bagi mengurangkan kadar SAIDI di Sabah, Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas yang diterajui oleh Suruhanjaya Tenaga dan turut dianggotai oleh pegawai-pegawai Kementerian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), wakil industri dan pakar-pakar teknikal yang bertanggungjawab untuk merangka pelan tindakan ke arah penurunan SAIDI Sabah pada tahun 2025. Pasukan Petugas Khas ini juga akan melakukan pemantauan secara berkala terhadap prestasi penyelenggaraan atau maintenance regime dengan izin yang dilaksanakan oleh SESB bagi mengatasi masalah gangguan yang berlaku di peringkat pengagihan dan memastikan SESB mencapai petunjuk prestasi utama atau Key Performance Index (KPI) dengan izin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada setiap tahun.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2180,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2180",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-11-15",
        "year": 2021,
        "no": "41",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini projek-projek di bawah LSS-3 dan LSS@MEnTARI.",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek-projek di bawah LSS-3 dan LSS@MEnTARI.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Julai 2021, kemajuan projek-projek loji jana kuasa solar di bawah Program Large Scale Solar Pusingan Ke-3 (LSS-3) adalah dalam lingkungan 30% hingga 80%. Kesemua projek di bawah LSS-3 dijangka dapat disiapkan dan mula mengeksport tenaga elektrik ke grid menjelang akhir tahun 2022. \n\n2. Bagi projek-projek di bawah LSS@MEnTARI yang diumumkan keputusannya pada bulan Mac 2021, kesemua pembida yang berjaya telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PP) dan sedang dalam proses mencapai financial close. Kerja-kerja tapak akan bermula selepas syarikat mencapai financial close.\r\n\n3. Pelaksanaan projek-projek di bawah LSS-3 dan LSS@MEnTARI telah mengalami sedikit kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan Kerajaan sepanjang tahun 2021 ekoran penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan kelewatan ini tidak menjejaskan pencapaian sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 sebagaimana yang telah ditetapkan.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2169,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2169",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": "2021-10-27",
        "year": 2021,
        "no": "42",
        "member": "Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan tentang pendrafan dan pembentangan Akta Kecekapan dan Konservasi Negara.",
        "question": "Puan Yeo Bee Yin [BAKRI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan tentang pendrafan dan pembentangan Akta Kecekapan dan Konservasi Negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang menggubal Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga sebagai kerangka perundangan untuk mengawal selia dan menyokong pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga secara menyeluruh khususnya untuk pengguna elektrik berintensiti tinggi dalam sektor industri dan komersial.\r\n\n2. Pada masa ini, draf Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga sedang dalam peringkat semakan akhir di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC). Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga dijangka akan dikemukakan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada tahun 2022. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2198,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2198",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "170",
        "member": "TUAN KHALID ABD SAMAD",
        "area": "SHAH ALAM",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) berapa jumlah hotel-hotel dengan lapangan golf dan pusat membeli-belah yang memiliki bumbung dan tanah terbiar yang dapat diubah menjadi kebun di bumbung dan tempat di mana PV sol...",
        "question": "TUAN KHALID ABD SAMAD [SHAH ALAM] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\n(a) berapa jumlah hotel-hotel dengan lapangan golf dan pusat membeli-belah yang memiliki bumbung dan tanah terbiar yang dapat diubah menjadi kebun di bumbung dan tempat di mana PV solar dapat dipasang.; dan\n\n(b) bolehkah Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif pinjaman atau hibah tambahan untuk jenis inisiatif yang ditujukan untuk sektor hotel dan pelancongan yang memasang PV Solar tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Malaysia mempunyai keluasan bumbung yang besar yang berpotensi untuk tujuan pemasangan sistem solar PV. Walau bagaimanapun, tidak semua bumbung bagi premis hotel, pusat membeli belah dan lapangan golf adalah sesuai untuk pemasangan solar PV. Kajian kebolehlaksanaan perlu dibuat oleh penyedia perkhidmatan solar untuk mengenal pasti potensi pemasangan solar PV di mana-mana bangunan tersebut.\n2. Kerajaan telah memperkenalkan Program Net Energy Metering atau NEM yang membolehkan pengguna memasang sistem solar PV di bumbung premis dan menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti dan dikira sebagai kredit tenaga dalam bil elektrik untuk tempoh 12 bulan.\n3. Di samping itu, syarikat-syarikat solar juga menawarkan beberapa pilihan model pembiayaan seperti berikut:\ni) outright purchase - pengguna mengeluarkan modal awal dan membeli sistem solar PV daripada penyedia perkhidmatan;\nii) solar leasing – pengguna membayar secara bulanan kepada penyedia perkhidmatan dalam tempoh tertentu, bergantung kepada saiz kapasiti panel solar yang dipasang; dan\niii) solar PPA – model perniagaan ini juga dipanggil zero CAPEX solution, di mana pengguna tidak perlu mengeluarkan sebarang modal awal atau menjelaskan bayaran bulanan kepada penyedia perkhidmatan. Sebaliknya, pengguna akan membeli tenaga elektrik yang dijana daripada sistem solar PV yang dipasang pada kadar tarif yang lebih rendah berbanding kadar tarif pihak utiliti, untuk satu tempoh kontrak yang dipersetujui bersama.\n4. Mengambil kira kemampuan kewangan serta potensi solar di bumbung premis masing-masing, pengguna elektrik daripada sektor hotel dan pelancongan yang ingin memasang sistem solar PV boleh memilih mana-mana opsyen pembiayaan yang paling bersesuaian. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2199,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2199",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "184",
        "member": "TUAN LIM GUAN ENG",
        "area": "BAGAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan hutan simpan yang diwartakan, yang dikeluarkan dari warta dan juga kawasan tadahan air setiap tahun sejak 2010 dan apakah tindakan yang diambil untuk melindungi hutan simpan dan...",
        "question": "TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan hutan simpan yang diwartakan, yang dikeluarkan dari warta dan juga kawasan tadahan air setiap tahun sejak 2010 dan apakah tindakan yang diambil untuk melindungi hutan simpan dan kawasan tadahan air daripada dilenyapkan oleh Kerajaan negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\r\n\n2. Walau bagaimanapun, KeTSA sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan sasaran dan komitmen negara seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan tercapai.\r\n\n3. Berdasarkan rekod JPSM, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak, seluas 205,672.74 hektar telah berjaya diwarta masuk sebagai hutan simpanan kekal (HSK) manakala seluas 658,324.23 hektar telah diwarta keluar daripada HSK daripada tahun 2010 hingga 2020.\r\n\n4. Majlis Perhutanan Negara pada tahun 1992 dan 1996 telah memutuskan supaya semua negeri di Semenanjung Malaysia mengenal pasti kawasan dalam HSK yang sesuai sebagai kawasan tadahan air dan mengelaskan kawasan tersebut sebagai hutan tadahan air (HTA) mengikut peruntukan perenggan 10(1)(e), Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Kawasan ini dikategorikan sebagai hutan perlindungan di mana sebarang aktiviti pengusahasilan hutan tidak dibenarkan. HSK yang telah dikenal pasti sesuai untuk dikelaskan di bawah fungsi kelas HTA adalah seluas 1,046,110.85 hektar. Sehingga 31 Disember 2020, seluas 906,629.13 hektar kawasan di dalam HSK telah diwartakan sebagai HTA. \n\n5. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memelihara dan mengekalkan hutan-hutan simpan oleh KeTSA melalui JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri adalah seperti berikut:\r\n\n(i) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan baru sebagai hutan simpanan kekal (HSK) dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar; \n(ii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan berhutan melalui Projek Central Forest Spine (CFS); \n(iii) menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Insentif ini diagihkan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT);\r\n\n(iv) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan; dan\r\n\n(v) kerjasama dan libat urus dengan Kerajaan Negeri melalui platform Majlis Tanah Negara untuk menyelaras amalan pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara terancang, rasional dan berkesan selaras dengan keperluan untuk memelihara hutan sebagai sumber semula jadi.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2201,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2201",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "303",
        "member": "TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD",
        "area": "KANGAR",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa luas kawasan pengusahasilan balak dibuat mengikut tahun dan negeri sejak 5 tahun lalu dan berapa luas penanaman semula dibuat di kawasan-kawasan tebangan ini.",
        "question": "TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa luas kawasan pengusahasilan balak dibuat mengikut tahun dan negeri sejak 5 tahun lalu dan berapa luas penanaman semula dibuat di kawasan-kawasan tebangan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kawalan pembukaan kawasan hutan untuk tujuan pengusaha hasilan dilaksanakan melalui mekanisme Catuan Tebangan Tahunan (CTT). CTT berfungsi untuk mengimbangi jumlah pengeluaran kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpanan kekal (HSK), yang diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) pada setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusaha hasil. Oleh yang demikian, pembukaan kawasan hutan dalam HSK dilaksanakan dengan berpandukan kepada kadar CTT yang telah ditetapkan.\r\n\n2. Dalam tempoh RMKe-11 (tahun 2016 hingga tahun 2020), Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-71 yang bersidang pada 14 Disember 2015 telah bersetuju dengan penetapan CTT bagi Semenanjung 41,888 hektar setahun, Sabah seluas 50,000 hektar setahun dan Sarawak seluas 155,000 hektar setahun.\r\n\n3. Manakala bagi tempoh RMKe-12 (tahun 2021 hingga tahun 2025), Mesyuarat MTN Ke-77 yang bersidang pada 8 September 2020 telah menetapkan CTT bagi Semenanjung Malaysia seluas 37,710 hektar setahun, Sabah seluas 50,000 hektar setahun dan Sarawak seluas 145,000 hektar setahun. Berdasarkan rekod daripada tahun 2016 hingga 2020, kawasan hutan yang telah diusahasil di Semenanjung Malaysia adalah seluas 158,971 hektar, di Sabah seluas 106,671 hektar dan di Sarawak seluas 501,032 hektar.\r\n\n4. Berdasarkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) di bawah Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS) untuk Semenanjung dan Sistem Tebangan Memilih (Selective Felling System - SFS) untuk Sabah dan Sarawak, aktiviti bancian selepas tebangan (Post-F) akan dilaksanakan bagi menentukan keperluan rawatan silvikultur selepas pembalakan. Bagi kawasan pembalakan yang memerlukan rawatan, salah satu kaedah rawatan yang dilaksanakan adalah tanaman mengaya (enrichment planting). Rawatan tanaman mengaya akan membantu pemulihan sesuatu kawasan hutan miskin untuk mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi spesies berpasaran dan bermutu tinggi. Berdasarkan rekod daripada tahun 2016 hingga 2020, kawasan HSK yang telah dibuat penanaman semula melalui aktiviti tanaman mengaya ini adalah seluas 1,500.84 hektar di Semenanjung Malaysia, di Sabah seluas 33,351 hektar dan di Sarawak seluas 87,961.18 hektar.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2202,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2202",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "392",
        "member": "TUAN SIM CHEE KEONG",
        "area": "BUKIT MERTAJAM",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan hutan simpan kekal bagi setiap negeri dari tahun 2010 sehingga kini.",
        "question": "TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan hutan simpan kekal bagi setiap negeri dari tahun 2010 sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n1. Semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992, Malaysia telah menyatakan komitmennya untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara supaya dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan. \n\n2. Pada masa kini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menggunakan data hutan bagi tahun 2018 yang telah disahkan melalui proses verifikasi dan pengesahan berdasarkan data hutan yang dikumpul dan diselaraskan daripada ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Proses verifikasi dan pengesahan ini dilakukan bagi membolehkan data tersebut digunakan sebagai data rasmi negara di peringkat nasional dan antarabangsa. Proses ini melibatkan pengesahan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak selaku pemilik (custodian) kepada data hutan tersebut.\r\n\n3. Keluasan hutan simpanan kekal (HSK) bagi tahun 2010 hingga 2018 yang telah diselaraskan, disahkan dan dimuktamadkan oleh ketiga-tiga wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dari tahun 2010 hingga kini di Semenanjung adalah seluas 4.80 juta hektar, di Sabah seluas 1.91 juta hektar dan di Sarawak seluas 4.21 juta hektar.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2203,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2203",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "434",
        "member": "PUAN TERESA KOK SUH SIM",
        "area": "SEPUTEH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan saiz tanah di bawah hutan simpanan kekal yang telah diceroboh di setiap negeri di Malaysia daripada tahun 2015 – September 2021.",
        "question": "PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan saiz tanah di bawah hutan simpanan kekal yang telah diceroboh di setiap negeri di Malaysia daripada tahun 2015 – September 2021.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan. \n\n2. KeTSA melalui JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri memandang serius isu penerokaan dan pencerobohan haram khususnya yang melibatkan hutan simpanan kekal (HSK). Pada masa ini penjenayah yang melakukan penerokaan dan pencerobohan haram boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah. Jumlah keluasan HSK yang diceroboh bagi tahun 2015 sehingga 31 September 2021 di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 6,793.13 hektar, di Sabah adalah sebanyak 10,691.18 hektar dan di Sarawak adalah sebanyak 737.11 hektar.\r\n\n3. Antara langkah-langkah pemuliharaan yang telah diambil untuk kawasan HSK yang telah diceroboh adalah seperti berikut:\r\n\ni) melaksanakan program perhutanan sosial yang melibatkan komuniti setempat dalam pemeliharaan hutan, pemuliharaan kawasan hutan terosot dan mengawal pencerobohan hutan dengan lebih berkesan;\r\n\nii) melaksanakan program restorasi, tebus guna dan pemulihan kawasan hutan terosot. Kawasan yang telah diceroboh kebiasannya mempunyai dirian hutan yang sedikit dan perlu dilaksanakan intervensi menerusi usaha-usaha pemuliharaan bagi memastikan kualiti hutan sentiasa baik dan terpelihara; dan\r\n\niii) melaksanakan tanaman mengaya (enrichment planting) untuk membantu pemuliharaan kawasan hutan telah diceroboh untuk mencapai tahap seperti sedia ada.\r\n\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2205,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2205",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "451",
        "member": "TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI",
        "area": "DUNGUN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan memaklumkan perancangan dalam masa terdekat ini untuk memastikan Kerajaan-Kerajaan negeri di Malaysia untuk meluaskan pewartaan hutan simpan bagi memastikan kelestarian alam sekitar terp...",
        "question": "TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI [ DUNGUN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan memaklumkan perancangan dalam masa terdekat ini untuk memastikan Kerajaan-Kerajaan negeri di Malaysia untuk meluaskan pewartaan hutan simpan bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil inisiatif bagi memelihara dan meluaskan kawasan hutan-hutan simpan adalah seperti berikut:\r\n\ni) menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan HSK secara berkekalan;\r\n\nii) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan baru sebagai HSK dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar; \n\niii) mengawal dan mengelakkan kelulusan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Rizab Hidupan Liar (RHL) di Semenanjung selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-73 pada 30 November 2017;\r\n\niv) menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Insentif ini diagihkan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT);\r\n\nv) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan; dan\r\n\nvi) kerjasama dan libat urus dengan Kerajaan Negeri melalui platform Majlis Tanah Negara untuk menyelaras amalan pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara terancang, rasional dan berkesan selaras dengan keperluan untuk memelihara hutan sebagai sumber semula jadi.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2206,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2206",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "498",
        "member": "DATUK ZAKARIA BIN MOHD EDRIS @ TUBAU",
        "area": "LIBARAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) dan RMK-12 dapat mempertingkatkan kemampanan tenaga di sektor elektrik, terutamanya kualiti pembekalan e...",
        "question": "DATUK ZAKARIA BIN MOHD EDRIS @ TUBAU [LIBARAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimanakah Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) dan RMK-12 dapat mempertingkatkan kemampanan tenaga di sektor elektrik, terutamanya kualiti pembekalan elektrik di Sabah serta kawasan pedalamannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Secara umumnya, mineral tenaga iaitu arang batu telah dikenalpasti boleh dibangunkan secara ekonomik di negeri Sabah dan mempunyai potensi untuk digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik. \n\n2. Malaysia dianggarkan mempunyai sumber mineral arang batu bernilai RM120 billion. Mengikut rekod Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Negeri Sabah sahaja dianggarkan mempunyai rizab arang batu kira-kira 416.6 juta tan metrik. Walau bagaimanapun, tiada perlombongan arang batu yang aktif pada masa ini di Negeri Sabah. \n\n3. Walaupun arang batu di Sabah mempunyai potensi untuk dibangunkan serta digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik, namun setakat ini Kerajaan Negeri Sabah tidak bersetuju dengan cadangan pembangunan loji jana kuasa arang batu di Sabah. \n\n4. Cadangan penjanaan berasaskan arang batu ini sebenarnya telah lama dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan, terutamanya bagi mengatasi masalah kekurangan penjanaan di Pantai Timur Sabah. Namun demikian, ia telah mendapat bantahan daripada rakyat negeri Sabah, terutamanya aktivis-aktivis alam sekitar.\r\n\n5. Walau bagaimanapun, RMKe-12 telah menggariskan dengan jelas perancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah kekurangan penjanaan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah. Pihak Kementerian kini sedang mengenal pasti opsyen-opsyen bagi menambah kapasiti penjanaan di Pantai Timur Sabah yang diperlukan selewat-lewatnya pada tahun 2025/2026, antaranya melalui pembinaan loji jana kuasa baharu.\r\n\n6. Berhubung pembekalan elektrik di luar bandar pula, ia adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar. \n\n7. Sungguhpun begitu, antara teras utama di bawah Pelan TIM 2021-2030 adalah penambahan nilai terhadap sumber mineral dimana mineral yang diperolehi daripada sumber tempatan akan diproses daripada keadaan mentah sehinggalah kepada mineral yang diproses, produk separa siap yang menjadi input kepada industri lain dan produk siap berasaskan mineral. Oleh itu, pelan TIM 2021-2030 boleh dijadikan pemangkin kepada pembangunan industri tempatan untuk membekalkan peralatan, alat ganti atau bahan guna habis (consumables) yang digunakan untuk projek berkaitan pembangunan kapasiti pembekalan tenaga elektrik di Sabah.\r\n\n8. TIM 2021-2030 juga menekankan pembangunan mineral-mineral strategik seperti Unsur Nadir Bumi yang merupakan bahan utama dalam penghasilan bateri dan magnet kekal. Ini juga dapat menyokong meningkatkan pembangunan industri tenaga boleh baharu (Renewable Energy) untuk memastikan kualiti pembekalan elektrik di Sabah serta kawasan pedalamannya.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2140,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2140",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-09-20",
        "year": 2021,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Seri Anwar bin Ibrahim",
        "area": "Port Dickson",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana pemantauan Kementerian terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan khasnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan yang diambil terhadap kes-kes pelangg...",
        "question": "Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana pemantauan Kementerian terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan khasnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan yang diambil terhadap kes-kes pelanggaran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pengurusan hutan di Malaysia adalah berteraskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) yang selari dengan Dasar Perhutanan Malaysia. Pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri terhadap aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah seperti berikut:\r\n\n(i) Pengawalan terhadap pembukaan kawasan usahasil melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) bagi setiap Rancangan Malaysia. Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semulajadi (natural regeneration capacity) bagi setiap kawasan yang telah diusahasil. Untuk Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu pada 2021 sehingga 2025, CTT yang diluluskan oleh MTN adalah sebanyak 188,550 hektar untuk 5 tahun dimana setahun adalah sekitar 37,710 hektar untuk semua negeri. CTT ini adalah melibatkan kawasan hutan simpan kekal bagi kategori pengeluaran dan bukan hutan bagi kategori perlindungan;\r\n\n(ii) pelaksanaan pensijilan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I) bagi negeri-negeri yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak. Sijil ini adalah sebagai kayu pengukur pelaksanaan prinsip SFM yang diiktiraf di peringkat antarabangsa;\r\n\n(iii) melaksanakan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan. Unit risikan juga diwujudkan bagi merisik aktiviti pencerobohan hutan dengan menggunakan teknologi yang terkini seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Geographic Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\r\n\n(iv) menubuhkan Unit Integriti yang diketuai oleh pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KeTSA dan JPSM bagi memantau aduan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pengurusan hutan supaya isu ketirisan hasil dapat dibanteras;\r\n\n(v) melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak; dan\r\n\n(vi) semenjak tahun 2010, semua pemegang lesen jangka panjang (SFMLA) dan lain-lain lesen pembalakan di negeri Sabah diwajibkan untuk diaudit oleh Independent Third Party Auditor;\r\n\n(vii) wujudnya pembukaan Pusat Pemantauan Sumber Hutan Negara di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) atau dikenali sebagai War Room bertujuan mengesan apa-apa perubahan dalam kawasan hutan simpan. \n\n2. KeTSA memandang serius isu pembalakan haram dan kesalahan hutan yang lain di dalam HSK. Sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 29 kes pembalakan haram dan 207 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Semenanjung. Manakala, sebanyak 3 kes pembalakan haram dan 49 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan di Sabah. Di Sarawak pula sebanyak 44 kes pembalakan haram dan 18 kes kesalahan hutan lain telah diambil tindakan. Penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa masing-masingnya di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah. Dalam hubungan ini, Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sentiasa meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan dan pembalakan secara haram. \n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti penguatkuasaan hutan disenaraikan sebagai salah satu essential services dan dilaksanakan dengan tumpuan diberikan kepada kawasan hotspot dan berisiko tinggi berlakunya kes kesalahan hutan. Aktiviti penguatkuasaan dijalankan dengan pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) sepertimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2146,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2146",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-05",
        "year": 2021,
        "no": "6",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab Pulau Pinang tidak tersenarai berhubung pembaharuan sistem e-Tanah selaras dengan inisiatif MyDigital. Apakah status permohonan Pulau Pinang kini. Nyatakan sebabnya sekiranya ia ti...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [TANJONG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab Pulau Pinang tidak tersenarai berhubung pembaharuan sistem e-Tanah selaras dengan inisiatif MyDigital. Apakah status permohonan Pulau Pinang kini. Nyatakan sebabnya sekiranya ia tidak diluluskan. Sekiranya diluluskan, bilakah tempoh pelaksanaannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Sistem e-Tanah Pulau Pinang adalah projek perintis bagi Sistem e-Tanah di Malaysia. Sistem e-Tanah Pulau Pinang telah dibangunkan bermula tahun 2005 menggunakan peruntukan pembangunan (DE). Selain Pulau Pinang, Sistem e-Tanah yang dibiayai melalui peruntukan pembangunan juga telah dibangunkan di Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.\r\n\n2. Seterusnya, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah bersetuju Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership – PPP) dilaksanakan secara berfasa dengan projek secara rintis dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) dan diperluaskan ke Negeri Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu, Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Kedah dan Perlis jika pelaksanaan di PPTG WPKL berjaya dilaksanakan. Sistem e-Tanah yang dilaksanakan secara PPP ini adalah merangkumi kos pembangunan dan penyelenggaraan di sepanjang tempoh konsesi berbanding dengan Sistem e-Tanah yang dilaksanakan melalui DE yang hanya merangkumi kos pembangunan sistem sahaja. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan telah memohon peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan dari semasa ke semasa bagi memastikan Sistem e-Tanah yang dibangunkan melalui DE ini tetap terus dapat digunakan secara efektif oleh pentadbiran tanah negeri. \n\n3. Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan tidak tersenarai di dalam pelaksanaan Sistem e-Tanah secara PPP kerana pada peringkat perancangan projek pada tahun 2012, ketiga-tiga negeri ini telahpun dibangunkan Sistem e-Tanah menggunakan peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Dalam hal ini, bagi negeri Pulau Pinang khasnya, Sistem e-Tanah DE telah mula digunapakai secara rasmi bermula pada tahun 2009 dan Pulau Pinang merupakan negeri terawal yang menggunakan Sistem e-Tanah.\n\n4. Kementerian ini telah menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada bulan Februari 2021 supaya pelaksanaan Sistem e-Tanah secara PPP turut dilaksanakan di pentadbiran tanah Negeri Pulau Pinang. Susulan itu, Kementerian sedang dalam tindakan untuk meneliti perkara ini bagi mendapatkan halatuju pelaksanaan Sistem e-Tanah di Negeri Pulau Pinang.\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2145,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2145",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-05",
        "year": 2021,
        "no": "11",
        "member": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR",
        "area": "SETIU",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha dilakukan bagi mengatasi isu konflik manusia dan gajah yang menyebabkan pengurangan 68 peratus populasi gajah di Malaysia sejak beberapa dekad ini.",
        "question": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha dilakukan bagi mengatasi isu konflik manusia dan gajah yang menyebabkan pengurangan 68 peratus populasi gajah di Malaysia sejak beberapa dekad ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan gajah. Berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, dianggarkan terdapat di antara 1,220 hingga 1,680 ekor gajah yang mendiami kawasan hutan di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.\r\n\n2. Habitat dan kawasan keliaran adalah penting untuk menampung keperluan populasi gajah liar di Semenanjung Malaysia. Kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN pada tahun 2016 mendapati bahawa kawasan keliaran gajah telah berkurangan sebanyak 68%. Antara faktor yang menyebabkan pengurangan kawasan keliaran gajah ialah perubahan guna tanah termasuk untuk aktiviti pertanian, pembinaan empangan, pembinaan lebuh raya, penempatan penduduk dan perlombongan. \n\n3. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN bagi membendung konflik manusia-gajah di Semenanjung Malaysia, antaranya seperti berikut:\r\n\na) menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Lanchang, Pahang bagi menyelaras tindakan pengurusan konflik gajah di seluruh Semenanjung Malaysia. PKGK turut berfungsi sebagai pusat menyelamat anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulannya, merawat gajah-gajah yang tercedera selain menjadi tarikan aktiviti ekopelancongan berasaskan gajah;\r\n\nb) mengenal pasti kumpulan gajah di seluruh negeri-negeri yang mempunyai populasi gajah bagi tujuan pemantauan dan pengurusan konflik. Rondaan di kawasan-kawasan keliaran gajah bagi mencegah konflik manusia-gajah juga diperluaskan dengan menggunakan drone;\r\n\nc) menjalankan operasi tangkapan gajah di lokasi konflik yang serius dan memindahkannya ke habitat yang lebih luas dan sesuai;\r\n\nd) membangunkan Santuari Gajah Johor (JES) dan Santuari Gajah Perak (PES) bagi mengurangkan konflik gajah di samping mewujudkan peluang aktiviti ekopelancongan dan penyelidikan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan;\r\n\ne) menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu bagi mengurangkan impak konflik gajah di negeri Terengganu;\r\n\nf) membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di kawasan kampung dan kebun-kebun yang berhampiran dengan habitat utama gajah;\r\n\ng) memasang kolar satelit bagi kumpulan gajah yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian;\r\n\nh) menjalankan sesi libat urus dan konsultasi bagi pengurusan konflik gajah bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk komuniti setempat bagi menerapkan kefahaman tentang sikap dan tingkah laku spesies gajah;\r\n\ni) menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi mencegah pemburuan dan pembunuhan haram gajah;\r\n\nj) mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan dalam perancangan dan pembinaan lintasan hidupan liar (viaduct) di lokasi lintasan gajah bagi membolehkan kumpulan gajah bergerak di antara kawasan habitat yang telah terpisah akibat pembinaan jalan raya. Antara inisiatif penting melibatkan pelaksanaan Master Plan Central Forest Spine (CFS); dan\r\n\nk) membangunkan National Elephant Conservation Action Plan (NECAP) sebagai garis panduan dan rujukan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2148,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2148",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-11",
        "year": 2021,
        "no": "15",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "PERHILITAN, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam membantu pengusaha-pengusaha zoo di Semenanjung Malaysia yang terjejas teruk dari segi ekonomi hingga menyebabkan kebajikan hidupan liar di zoo-zoo j...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam membantu pengusaha-pengusaha zoo di Semenanjung Malaysia yang terjejas teruk dari segi ekonomi hingga menyebabkan kebajikan hidupan liar di zoo-zoo juga terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021 telah memberi kesan yang besar kepada Zoo dan Pameran Tetap (ZPT). Selain pengurangan atau ketiadaan sumber pendapatan daripada kutipan tiket masuk, ZPT juga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi termasuk penyediaan bekalan makanan, ubat-ubatan dan pengurusan husbandri.\r\n\n2. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sentiasa prihatin dan telah mengambil inisiatif dalam membantu ZPT sejak Mac 2020. Sebagai langkah segera membantu ZPT, inisiatif jangka pendek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:\r\n\na) penyaluran Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar bermula Mei 2020 hingga Ogos 2021 dengan peruntukan sebanyak RM7.3 juta kepada premis ZPT yang terjejas. Dana ini bertujuan membantu meringankan bebanan kos operasi ZPT dengan menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan. Dana ini telah disalurkan secara berperingkat kepada 22 ZPT;\r\n\nb) pemberian diskaun 15% bil elektrik selama enam (6) bulan kepada semua ZPT di Semenanjung Malaysia di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0); dan\r\n\nc) pengagihan lebih 205.9 tan barang sitaan makanan mentah iaitu daging dan tulang sejuk beku bernilai RM4.1 juta kepada ZPT melalui kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).\r\n\nd) penyediaan bantuan teknikal dalam pengurusan husbandri seperti khidmat nasihat dan bantuan kepakaran kakitangan serta pegawai veterinar Jabatan PERHILITAN dalam aktiviti pemindahan hidupan liar dan pemantauan tahap kesihatan.\r\n\n3. Inisiatif jangka panjang pula melibatkan pembangunan Model Baharu ZPT dan mengkaji semula peraturan-peraturan berkaitan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [Akta 716] melalui sesi konsultasi dengan Malaysian Association of Zoological Park and Aquaria (MAZPA) serta ZPT. Ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan ZPT kepada Kerajaan serta mengukuhkan operasi ZPT supaya lebih berdaya maju dan pada masa yang sama memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2141,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2141",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-09-20",
        "year": 2021,
        "no": "24",
        "member": "YB Puan Yeo Bee Yin",
        "area": "Bakri",
        "minister": null,
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "YB Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan menggalakkan persaingan (mengelak monopoli) dalam pembelian bahan api dengan menambah mekanis...",
        "question": "YB Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan menggalakkan persaingan (mengelak monopoli) dalam pembelian bahan api dengan menambah mekanisme perkongsian penjimatan dengan Independent Power Producer (IPP) seperti yang dirancang di MESI 2.0.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pembukaan pasaran bahan api merupakan salah satu daripada empat inisiatif utama yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 2019 di bawah Program Malaysia Electricity Supply Industry 2.0 (MESI 2.0). \n\n2. Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri pada Mac 2021 telah bersetuju supaya inisiatif-inisiatif di bawah program MESI 2.0 yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Julai 2019 dikaji semula dengan memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang lebih mesra rakyat, tidak memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan dan memberi fokus kepada persediaan industri bekalan elektrik negara untuk menghadapi cabaran-cabaran daripada kemunculan teknologi-teknologi baharu dan disruptif atau dengan izin, to focus on future-proofing the industry. Kerajaan pada masa itu juga bersetuju supaya pelaksanaan MESI 2.0 tidak melibatkan sebarang perubahan kepada struktur industri bekalan elektrik negara. \n\n3. Berbalik kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai status inisiatif pembukaan pasaran bahan api, sukacita saya memaklumkan bahawa tumpuan Kerajaan pada masa ini ialah untuk menyediakan industri bekalan elektrik negara ke arah peralihan tenaga (energy transition). Untuk itu, MyPower, sebuah Syarikat Terhad Dengan Jaminan atau Company Limited By Guarantee di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian bagi mengenal pasti inisiatif-inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan industri bekalan elektrik negara bersedia dalam mendepani cabaran-cabaran akan datang khususnya yang melibatkan kemasukan lebih banyak Tenaga Boleh Baharu dalam sistem bekalan elektrik negara.\r\n\n4. Tambahan pula, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, walaupun bahan api bagi penjanaan elektrik di Malaysia pada masa ini dibekalkan oleh TNB Fuel (TNBF) sebagai pembekal tunggal arang batu dan PETRONAS sebagai pembekal tunggal gas, namun Kerajaan tidak menghalang mana-mana penjana-penjana elektrik daripada mendapatkan bekalan bahan api daripada pihak lain selain TNBF dan PETRONAS.\r\n\n5. Bagi pembekalan arang batu, penjana-penjana elektrik boleh mendapatkan bekalan secara terus daripada pasaran tanpa perlu melalui TNBF, dengan syarat harga pembelian adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh TNBF. Walau bagaimanapun, sehingga kini, Kementerian tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak penjana elektrik untuk mendapatkan bekalan arang batu daripada pihak lain selain daripada TNBF. \n\n6. Bagi pembekalan gas pula, penjana-penjana elektrik juga boleh mendapatkan bekalan gas untuk penjanaan elektrik daripada pihak lain selain PETRONAS, melalui mekanisme akses pihak ketiga (third-party access) untuk penggunaan terminal regasifikasi (regasification terminal) bagi tujuan pembelian liquified natural gas (LNG). Malah, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun 2019, Kementerian telah melaksanakan inisiatif untuk membawa masuk bekalan gas daripada pihak ketiga bagi membuka jalan kepada pihak-pihak lain selain daripada Petronas untuk membekalkan gas kepada sektor elektrik. Walaupun Kementerian bersedia untuk menawarkan insentif sekiranya mereka dapat membekalkan gas dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh Petronas, namun, sehingga kini, masih belum ada mana-mana pihak yang dapat menawarkan harga gas pada harga yang lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh Petronas. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2144,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2144",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-09-29",
        "year": 2021,
        "no": "39",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa bilangan dan kos telaga tiub yang telah dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu dari tahun 2016-2020 dan bagaimana pembinaan telaga tiub ini telah membantu rakyat menghadapi m...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa bilangan dan kos telaga tiub yang telah dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu dari tahun 2016-2020 dan bagaimana pembinaan telaga tiub ini telah membantu rakyat menghadapi masalah bekalan air bersih.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Sebanyak 207 buah telaga tiub telah dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (tahun 2016-2020) melalui Projek Pembangunan Sumber Air Tanah Di Kawasan-Kawasan Bermasalah Bekalan Air Bersih (Water Stress Area). Projek yang melibatkan kos sebanyak RM 14 juta tersebut telah memberi manfaat kepada lebih 117,000 orang pengguna di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah bekalan air di beberapa lokasi di Malaysia seperti di Sarawak, Sabah, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor. \n\n2. Pembinaan telaga tiub sebagai sumber bekalan air bersih alternatif dapat mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan terpencil dan kawasan-kawasan bermasalah bekalan air dengan kepadatan penduduk/pengguna yang rendah seperti di kawasan pedalaman, kawasan tiada bekalan air terawat, kawasan sering mengalami gangguan bekalan air dan penempatan baharu. Pembinaan telaga tiub dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air permukaan yang kadang kala terjejas disebabkan oleh pencemaran atau fenomena kemarau panjang serta banjir. \n\n3. Sebagai contoh pembinaan telaga tiub di perkampungan orang asli Kuala Koh, Kelantan pada 14 Julai 2019, telah memberi manfaat kepada lebih 200 orang pengguna. Di Negeri Kedah pula, sumber air bawah tanah didapati mampu menampung keperluan bekalan air bersih negeri yang sering terganggu disebabkan musim kemarau yang panjang. Di antara tahun 2016 hingga 2020, sebanyak 25 buah telaga telah dibangunkan di 7 daerah di Negeri Kedah iaitu daerah Baling, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Yan serta Sik dan telah memberi manfaat kepada lebih 9,000 orang pengguna. \n\n4. Telaga tiub yang dibina bersama dengan Sistem Penapisan Air Ringkas (SPATR) ini membolehkan sumber air diguna terus oleh penduduk. Sistem ini merupakan satu proses penapisan air bawah tanah secara berperingkat tanpa melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia. Air akan ditapis melalui 2 peringkat pemprosesan iaitu Penapisan Primer dan Penapisan Sekunder dan seterusnya disimpan di tangki simpanan sebelum dihantar kepada pengguna.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2149,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2149",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-11",
        "year": 2021,
        "no": "42",
        "member": "YB PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH",
        "area": "KUANTAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai SOP untuk industri perlombongan bauksit. Sama ada sudah dibuat satu kajian dalam bentuk projek rintis untuk keberkesanan SOP tersebut. Sekiranya sudah apakah dapatan dari kajian...",
        "question": "YB PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [KUANTAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai SOP untuk industri perlombongan bauksit. Sama ada sudah dibuat satu kajian dalam bentuk projek rintis untuk keberkesanan SOP tersebut. Sekiranya sudah apakah dapatan dari kajian tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang dan beberapa jabatan Persekutuan lain telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit. SOP ini telah dikuatkuasakan pada 5 September 2019 bagi Negeri Pahang. Negeri Terengganu juga telah menguatkuasakan SOP Bauksit Terengganu pada 19 Mac 2020 dan diikuti oleh Negeri Johor pada 1 November 2020. \r\n\n2. SOP ini melibatkan prosedur-prosedur utama untuk menjalankan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit seperti keluasan minimum tapak perlombongan, kaedah pengangkutan, tapak penyimpanan stokpil, pemprosesan, pengeksportan dan lain-lain. \r\n\n3. Bagi menguji keberkesanan SOP ini, Pihak Berkuasa Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Pemantauan Lombong Negeri Pahang telah menetapkan tempoh perintis di kawasan Gebeng mulai 1 Jun 2020 sehingga 30 November 2020 yang kemudiannya dilanjutkan sehingga 31 Mei 2021. \r\n\n4. JMG Pahang telah menjalankan audit penilaian pematuhan SOP terhadap lombong-lombong yang telah diluluskan operasi bermula daripada 5 Julai 2021. Walau bagaimanapun, pengauditan penuh tidak dapat dijalankan kerana:\r\n\na) penguatkuasaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang ditetapkan oleh Kerajaan; dan\r\n\nb) hanya 2 tapak lombong dari 7 tapak lombong yang mendapat kebenaran beroperasi daripada JMG dan Pihak Berkuasa Negeri sedang beroperasi sepanjang tempoh pengauditan.\r\n\n5. Kementerian melalui JMG akan melengkapkan pengauditan bagi meneliti keupayaan pematuhan terhadap prosedur-prosedur di dalam SOP ini oleh semua pihak yang berkaitan di peringkat pihak berkuasa dan juga penggiat industri.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2150,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2150",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-11",
        "year": 2021,
        "no": "60",
        "member": "YB PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kementerian akan menambah kuota untuk Program NOVA (Net Offset Virtual",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "YB PUAN YEO BEE YIN [BAKRI] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kementerian akan menambah kuota untuk Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation). Apakah usaha Kementerian un...",
        "question": "YB PUAN YEO BEE YIN [BAKRI] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kementerian akan menambah kuota untuk Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation). Apakah usaha Kementerian untuk menggalakkan NEM Rakyat dan NEM Government Ministries and Entities.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan telah memperkenalkan Program Net Energy Metering (NEM) 3.0 dengan penawaran kuota sebanyak 500MW, bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023, atau sehingga kesemua kuota tersebut habis, yang mana terdahulu. \n2. Untuk kategori program Net Offset Virtual Aggregation (NOVA), kesemua kuota berjumlah 300MW telah dimohon oleh pengguna komersial dan industri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 203MW telah diluluskan untuk pelaksanaan kerana memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Baki kuota sebanyak 97MW sedang dalam proses penilaian teknikal oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA. Kuota NOVA yang tidak diluluskan akan dimasukkan kembali dalam sistem untuk penawaran semula. \n\n3. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, penetapan kapasiti solar dalam campuran bahan api penjanaan elektrik adalah berdasarkan perancangan yang diluluskan oleh Kerajaan dalam Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik 2021-2039. Berdasarkan pelan tersebut, terdapat jumlah kapasiti solar yang masih boleh ditawarkan bagi memenuhi sasaran 31% Tenaga Boleh Baharu dalam kapasiti penjanaan elektrik negara. Kementerian sedang memuktamadkan pengagihan kuota tersebut untuk dilaksanakan melalui pelbagai program termasuk program Net Energy Metering. Ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini dengan mengambil kira had kemasukan solar ke dalam grid, keanjalan dan keselamatan sistem bekalan elektrik serta implikasi kos terhadap tarif pengguna.\n\n4. Bagi menggalakkan penyertaan pengguna elektrik dalam Program NEM Rakyat, Kerajaan melalui SEDA Malaysia sedang melaksanakan aktiviti promosi melalui pelbagai saluran media. Di samping itu, syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan solar turut bersaing secara kompetitif dengan menawarkan pelbagai pakej kepada pelanggan.\r\n\n5. Selain itu, Kementerian ini bersama-sama Jabatan Kerja Raya turut memberikan khidmat nasihat kepada jabatan/agensi yang berhasrat untuk melaksanakan pemasangan sistem solar PV di bangunan-bangunan Kerajaan di bawah Program NEM GoMEn. Pendekatan ini secara tidak langsung turut mempromosikan program ini di kalangan orang ramai serta Kementerian/Jabatan Kerajaan.\r\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2147,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2147",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-10-05",
        "year": 2021,
        "no": "64",
        "member": "YB DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai institusi R&D perhutanan dapat menyokong kepentingan hutan bagi menangani perubahan ikli...",
        "question": "YB DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimanakah kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai institusi R&D perhutanan dapat menyokong kepentingan hutan bagi menangani perubahan iklim dan apakah langkah-langkah mitigasi yang wajar dilaksanakan oleh sektor perhutanan berkaitan untuk menangani perubahan iklim.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menjalankan pelbagai kajian berkenaan potensi sektor perhutanan dalam penyerapan karbon dioksida (CO2) dan bagaimana negara boleh menuju ke arah net zero carbon emission. \n\n2. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh FRIM di kawasan hutan paya gambut gambut, hutan tanah pamah dan tanah tinggi di Pahang mendapati bahawa kawasan hutan tanah tinggi berupaya menyimpan stok karbon yang lebih tinggi berbanding hutan tanah pamah. Hasil kajian ini membantu dalam penyediaan laporan Biennial Update Report (BUR) untuk memelihara kawasan hutan gunung sebagai ekosistem karbon. Kajian FRIM turut mendapati stok karbon di kawasan hutan paya gambut adalah lebih tinggi dan meningkat secara konsisten berbanding kawasan yang dibangunkan bagi tujuan pertanian. Hasil kajian ini sangat penting sebagai maklumat awal untuk pemuliharaan dan pengurusan lestari tanah gambut bagi negeri-negeri yang mempunyai kawasan litupan hutan paya gambut yang paling luas seperti di Hutan Simpan Pekan, Pahang. \n\n3. Di samping itu, didapati keupayaan net ecosystem production karbon di hutan kawasan tanah pamah, Jengka, Pahang ialah –2.1 Mg C/ha/tahun . Hasil kajian ini menunjukkan bagaimana faktor pertanian di luar kawasan hutan turut memberi kesan kepada ekosistem hutan tersebut secara menyeluruh; sekaligus menjadi panduan dalam menetapkan zon penampan hutan. \n\n4. Kajian FRIM di beberapa kawasan hutan paya laut pula berjaya menjana maklumat asas mengenai keupayaan hutan dalam potensi penyerapan karbon. Saintis FRIM mendapati bahawa ekosistem karbon hutan paya laut adalah hampir tiga (3) kali ganda lebih tinggi daripada hutan darat kerana spesies tumbuhan di kawasan ini boleh menyimpan karbon di dalam sedimen atau tanah berlumpur melalui daun, ranting serta sistem akarnya. Kajian ini menyumbang kepada usaha mempergiatkan pemuliharaan ekosistem hutan paya laut dan pesisiran pantai negara melalui ‘Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara‘ sejak 2006.\r\n\n5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai inisiatif dan program sedang dilaksanakan oleh KeTSA bagi menyokong usaha dalam mengekalkan kawasan berhutan sedia ada di seluruh negara dan secara tidak langsung turut menyumbang dalam menangani perubahan iklim. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh KeTSA dalam sektor perhutanan adalah seperti berikut:\r\n\n(i) melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula pada tahun 2021 sehingga 2025 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup; \n\n(ii) melaksanakan Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia. Kawasan hutan terosot lazimnya mempunyai dirian hutan yang sedikit dan perlu dilaksanakan intervensi menerusi usaha-usaha pemulihan bagi memastikan kualiti hutan sentiasa baik dan terpelihara; dan\r\n\n(iii) membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework - RFF) sebagai insentif kewangan tambahan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi melaksanakan aktiviti mengekal, memelihara, melindungi serta mengurus sumber hutan secara berkekalan. RFF akan menjadi platform untuk membolehkan sektor swasta melabur dalam usaha perlindungan hutan di Malaysia yang mengandungi dua komponen iaitu Forest Conservation Certificates (FCC) dan Forest Carbon Offsets (FCO). Penerbitan sijil FCC dan FCO ini akan diselaraskan oleh Malaysia Forest Fund (MFF) yang akan berfungsi sebagai platform untuk menyalurkan pembiayaan ke arah aktiviti perlindungan hutan berimpak tinggi.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2151,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2151",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "67",
        "member": "TUAN CHA KEE CHIN",
        "area": "RASAH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah diskaun atau rebat yang telah diberikan oleh TNB mengikut sektor untuk tahun 2020 dan 2021 (sehingga Ogos 2021) di bawah pelbagai Pakej Rangsangan Kerajaan.",
        "question": "TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah diskaun atau rebat yang telah diberikan oleh TNB mengikut sektor untuk tahun 2020 dan 2021 (sehingga Ogos 2021) di bawah pelbagai Pakej Rangsangan Kerajaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Jumlah diskaun yang telah diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun 2020 ialah RM250 juta manakala jumlah bagi tahun 2021 ialah RM63 juta. Diskaun yang diberikan oleh TNB ini adalah bagi menampung sebahagian daripada diskaun dan rebat yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada semua pengguna elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Bantuan Prihatin Elektrik (BPE), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). \n\n2. Secara keseluruhannya, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.63 bilion pada tahun 2020 dan dianggarkan RM722.31 juta pada tahun 2021 bagi inisiatif diskaun bil elektrik kepada pelanggan-pelanggan TNB yang layak.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2142,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2142",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-09-20",
        "year": 2021,
        "no": "74",
        "member": "YB DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA",
        "area": "PARIT BUNTAR",
        "minister": null,
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "YB DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah keluasan hutan simpanan kekal paya bakau di daerah Kerian dan adakah pihak kement...",
        "question": "YB DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah keluasan hutan simpanan kekal paya bakau di daerah Kerian dan adakah pihak kementerian bercadang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menambah jumlah keluasan hutan simpanan kekal paya bakau di daerah Kerian bagi mengekalkan eko-sistem dan sebagai penampan semula jadi dari ribut dan ancaman tsunami.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2020, keluasan kawasan berhutan di Negeri Perak adalah berjumlah 1,010,579 hektar iaitu merangkumi 47.8 peratus daripada keluasan tanah negeri. Daripada jumlah tersebut, seluas 987,632 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), di mana 42,216 hektar merupakan hutan paya laut. Bagi daerah Kerian, kawasan hutan paya laut berstatus HSK adalah seluas 11,427 hektar. \n\n2. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam mengenalpasti kawasan-kawasan hutan paya laut di luar HSK yang berpotensi untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal bagi tujuan kestabilan ekosistem dan manfaat kepada masyarakat sekitar. Pada masa ini, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah mengenal pasti satu (1) kawasan untuk dijadikan cadangan HSK jenis hutan paya laut iaitu kawasan berhutan berhampiran Kampung Dew, Daerah Kerian seluas lebih kurang 60.58 hektar. Selain itu, usaha untuk menambah jumlah keluasan HSK adalah selari dengan komitmen negara untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2143,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2143",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": "2021-09-20",
        "year": 2021,
        "no": "77",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pelaksanaan projek pembangunan sistem e-Tanah bagi meningkatkan produktiviti di samping me...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pelaksanaan projek pembangunan sistem e-Tanah bagi meningkatkan produktiviti di samping memberi kemudahan kepada orang awam berkaitan pengurusan tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PDT). Apakah status kini dan faedah serta impak pelaksanaan dan pembangunan sistem ini kepada orang ramai dan Kerajaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Sistem e-Tanah adalah sebuah sistem pengurusan tanah secara digital dan sistematik yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan selaras dengan hasrat Kerajaan menuju ke arah Industrial Revolution (IR) 4.0 dan pendigitalan perkhidmatan awam. \n\n2. Sehingga Ogos 2021, Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta telah selesai dibangunkan dan digunapakai di dua (2) buah negeri iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Perak. Pembangunan Sistem e-Tanah juga sedang giat dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dan dijangka boleh digunakan (go-live) pada November / Disember 2021. Selain itu, sesi konsultasi dan libat urus bersama Kerajaan-Kerajaan Negeri Terengganu, Selangor, Pahang, Johor, Perlis, Kedah dan Kelantan sedang dilaksanakan seperti yang dirancang. Adalah dijangkakan Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta ini akan selesai dibangunkan dan boleh digunapakai (go-live) pada tahun 2024.\r\n\n3. Terdapat pelbagai faedah dan impak positif dalam pelaksanaan Sistem e-Tanah. Dari aspek ekonomi, Sistem e-Tanah ternyata telah membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan-urusan berkaitan pembangunan hartanah dan perkara ini telah mendapat pengiktirafan oleh Bank Dunia dalam Laporan Ease of Doing Business. Di samping itu juga, proses pendaftaran pemilikan hartanah di Malaysia dapat ditambah baik dan kutipan hasil Kerajaan dapat dilaksanakan secara cekap, sistematik dan efisien untuk membantu meningkatkan lagi hasil Kerajaan. \n\n4. Bagi sektor hartanah pula, Sistem e-Tanah membantu dan memudahkan orang awam dan pemain industri untuk melaksanakan urusan berkaitan tanah secara dalam talian. Ini sekaligus merangsang transaksi dan kecekapan pasaran hartanah. Urusan-urusan yang dahulunya memerlukan kehadiran ke pejabat tanah kini dapat diminimakan. Sebagai contoh, bagi urusan carian persendirian hakmilik, semakan dan bayaran cukai tanah, permohonan pindahmilik, gadaian, tarik balik kaveat, permohonan pendaftaran hakmilik dan perserahan urusniaga/ bukan urusniaga strata berkomputer boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi Sistem e-Tanah.\r\n\n5. Seterusnya bagi pentadbiran tanah negeri, Sistem e-Tanah dapat membantu dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Dalam masa yang sama, Sistem e-Tanah ini dapat menambahbaik budaya kerja pentadbiran tanah di mana ia dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan risiko penipuan serta ketirisan dalam urusan pentadbiran tanah. \n\n6. Semasa dunia dilanda wabak COVID-19, terdapat pelbagai urusan dan aktiviti ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan secara biasa dan memerlukan satu pendekatan norma baharu. Dalam hal ini, melalui pelaksanaan Sistem e-Tanah, penularan wabak ini tidak menghalang urusan pentadbiran tanah untuk terus dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) dan di pentadbiran tanah Negeri Perak. Pelbagai urusan pentadbiran tanah terutamanya kutipan hasil tetap dapat dilaksanakan seperti biasa dengan cekap dan selamat tanpa memerlukan kehadiran pengguna ke pejabat tanah. Penggunaan Sistem e-Tanah di PPTG WPKL dan Negeri Perak juga telah memberikan fleksibiliti kepada pegawai-pegawai untuk terus memberikan perkhidmatan yang efisien walaupun melaksanakan kerja dari rumah.\r\n\n7. Secara keseluruhannya, Sistem e-Tanah ini telah membantu memudahkan orang ramai dalam melaksanakan urusan berkaitan hartanah dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2152,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2152",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "247",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kerajaan hendak mengatasi masalah 'Bitcoin/crytocurrency mining' di daerah Manjung, Perak yang menyebabkan bekalan elektrik ke banyak kawasan kerap terputus.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana Kerajaan hendak mengatasi masalah 'Bitcoin/crytocurrency mining' di daerah Manjung, Perak yang menyebabkan bekalan elektrik ke banyak kawasan kerap terputus.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan amat memandang serius kegiatan menggunakan elektrik secara curang seperti perbuatan mengusik meter atau menyambung bekalan elektrik secara haram, termasuk oleh premis-premis yang melombong mata wang kripto seperti Bitcoin. Dalam hal ini, Suruhanjaya Tenaga (ST) selaku badan kawal selia bekalan elektrik akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang melakukan kesalahan sedemikian di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].\r\n\n2. ST dan syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) sering bekerjasama dalam operasi bersepadu yang turut melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesan dan melakukan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang melakukan kesalahan menggunakan elektrik secara curang, termasuklah premis yang menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto. \n\n3. Secara khusus bagi kes berkaitan di Daerah Manjung, Perak, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas 231 premis sejak tahun 2018 melalui operasi bersepadu bersama pihak PDRM dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan menyita premis dan merampas mesin melombong mata wang kripto. \n\n4. Selain itu, pihak TNB juga telah mengambil tindakan proaktif seperti berikut :\r\n\n(i) rondaan secara berkala oleh pasukan Field Crew TNB Manjung;\r\n\n(ii) pasukan SEAL TNB, PDRM dan PBT menjalankan operasi dan serbuan di premis haram bitcoin bagi menyita dan merampas peraIatan bitcoin bagi melumpuhkan sindiket ini; dan\r\n\n(iii) bertemu dengan pengadu yang terkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai punca serta tindakan yang telah diambil oleh TNB dalam menangani situasi tersebut serta mengadakan aktiviti pemantauan dengan pengguna di kawasan persekitaran yang berkaitan. \n\nSekian, terima kasih.\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2153,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2153",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "287",
        "member": "YB TUAN OSCAR LING CHAI YEW",
        "area": "SIBU",
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan usaha Kerajaan untuk mengurangkan karbon",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "YB TUAN OSCAR LING CHAI YEW [SIBU] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan usaha Kerajaan untuk mengurangkan karbon. Adakah Kerajaan mempunyai hasrat untuk mengurangkan kebergantungan ekono...",
        "question": "YB TUAN OSCAR LING CHAI YEW [SIBU] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan usaha Kerajaan untuk mengurangkan karbon. Adakah Kerajaan mempunyai hasrat untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada petroleum dan minyak sawit.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Dari aspek pembekalan elektrik, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan campuran TBB kepada 31% menjelang tahun 2025, dan 40% menjelang 2035. Perancangan ini akan mengurangkan intensiti pelepasan karbon berdasarkan GDP bagi sektor bekalan elektrik sebanyak 26% menjelang tahun 2025, 45% menjelang tahun 2030 dan 60% menjelang tahun 2035 berbanding kadar pada tahun 2005.\r\n\n2. Mengenai usaha Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada petroleum dan kelapa sawit, perkara ini adalah di luar bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.\r\n\nSekian, terima kasih. \n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2154,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2154",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "327",
        "member": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR",
        "area": "SETIU",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai isu penanaman pokok durian musang king di kawasan hutan simpan secara haram sejak kebelakangan ini.",
        "question": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [SETIU] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai isu penanaman pokok durian musang king di kawasan hutan simpan secara haram sejak kebelakangan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa penanaman spesies komoditi dan pokok pertanian termasuk kelapa sawit dan durian hibrid di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah tidak wajar kerana ia tidak menepati ciri-ciri pokok ladang hutan dan tidak boleh menggantikan keadaan semulajadi hutan yang memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem. \n\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, isu penanaman pokok durian dalam HSK telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-76 pada 4 Disember 2019 dan dimaklumkan bahawa spesies durian musang king adalah bukan spesies hutan kerana ia merupakan spesies hibrid dan klon. Justeru itu, aktiviti penanaman durian musang king adalah sama sekali tidak dibenarkan di tanam di dalam HSK.\n\n3. Berhubung dengan isu penanaman durian Musang King di kawasan HSK secara haram, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil langkah-langkah yang tegas dalam membendung kejadian ini daripada berulang seperti berikut:\n(i) memusnahkan tanaman dan infrastruktur yang dibuat secara haram;\n(ii) menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik tanaman durian Musang King secara haram mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]; dan\n(iii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan yang telah dimusnahkan pokok durian Musang King dengan tanaman pokok spesies hutan. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2155,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2155",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 4,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "432",
        "member": "YB TUAN WONG KAH WOH",
        "area": "IPOH TIMUR",
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan peratusan penjanaan elektrik sumber tenaga baharu sehingga sekarang dan usaha-u",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "YB TUAN WONG KAH WOH [ IPOH TIMUR ] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan peratusan penjanaan elektrik sumber tenaga baharu sehingga sekarang dan usaha-usaha untuk mencapai sasaran 20% pe...",
        "question": "YB TUAN WONG KAH WOH [ IPOH TIMUR ] minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan peratusan penjanaan elektrik sumber tenaga baharu sehingga sekarang dan usaha-usaha untuk mencapai sasaran 20% penjanaan elektrik sumber tenaga baharu menjelang tahun 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kerajaan telah menetapkan sasaran sumbangan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam campuran kapasiti penjanaan elektrik negara sebanyak 31% menjelang tahun 2025. Sasaran ini adalah selaras dengan takrifan TBB yang diguna pakai di peringkat ASEAN dan antarabangsa. Berdasarkan sasaran ini, pencapaian TBB negara pada masa ini ialah 23%.\r\n\n2. Kementerian akan memastikan sasaran TBB sebanyak 31% menjelang tahun 2025 tercapai melalui pelaksanaan pelbagai program sedia ada seperti Large Scale Solar (LSS), Net Energy Metering (NEM), New Enhanced Despatch Agreement (NEDA) dan Self-Consumption (SelCo). Kementerian juga sedang mengkaji untuk menambah baik program-program sedia ada serta memperkenalkan program-program baharu bagi memastikan pencapaian sasaran yang telah ditetapkan.\r\n\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2200,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2200",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "270",
        "member": "DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA",
        "area": "PARIT BUNTAR",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan insentif kepada pengguna yang memakai tenaga solar di rumah kediaman.",
        "question": "DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA [PARIT BUNTAR] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan insentif kepada pengguna yang memakai tenaga solar di rumah kediaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah memperkenalkan Program Net Energy Metering atau NEM sebagai satu insentif kepada pengguna yang memasang sistem solar fotovolta (solar PV) di bumbung rumah kediaman. Program ini membolehkan pengguna memasang sistem solar PV di bumbung dan menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada pihak utiliti untuk “offset\" dalam bil elektrik untuk tempoh 12 bulan.\n2. Melalui pelaksanaan Program NEM, Kerajaan menyediakan pilihan kepada pengguna untuk beralih kepada tenaga solar sebagai sumber pembekalan elektrik. Selain dapat menikmati penjimatan bil bulanan, Program NEM juga membolehkan pengguna bertukar kepada gaya hidup yang lebih lestari serta menyokong pencapaian sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035, sebagaimana yang telah ditetapkan Kerajaan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2204,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2204",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2021,
        "no": "441",
        "member": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE",
        "area": "SANDAKAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menggunakan penjanaan tenaga biomas sebagai pilihan tenaga hijau memandangkan jumlah sumber biomas yang banyak terdapat dalam sektor kelapa sawit di Sa...",
        "question": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menggunakan penjanaan tenaga biomas sebagai pilihan tenaga hijau memandangkan jumlah sumber biomas yang banyak terdapat dalam sektor kelapa sawit di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBagi menggalakkan penggunaan biojisim daripada kepala sawit sebagai sumber tenaga boleh baharu di Negeri Sabah, Kerajaan telah membenarkan penggunaan sisa kelapa sawit sebagai salah satu sumber biojisim di bawah mekanisme Feed-in Tariff (FiT). Jumlah kapasiti terpasang bagi loji jana kuasa menggunakan biojisim di Sabah yang telah menyertai Program FiT adalah berjumlah 25.8MW.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2021-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2188,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2188",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-23",
        "year": 2020,
        "no": "21",
        "member": "RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku di kampung-kampung terpencil dengan aktiviti-aktiviti perlombongan di kawasan luar bandar dan desa.",
        "question": "RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku di kampung-kampung terpencil dengan aktiviti-aktiviti perlombongan di kawasan luar bandar dan desa.",
        "answer": "Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n1. Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku dan dapat dikawal melalui penguatkuasaan Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral berkaitan seperti berikut:\na) Penyediaan Skim Pengendalian Melombong (OMS), Pelan dan Buku Rekod 2007;\nb) Efluen 2016; dan\nc) Pengkompaunan Kesalahan 2019.\n2. Penguatkuasaan oleh JMG meliputi semua lombong-lombong yang diluluskan di bawah APM 1994 tanpa mengambil kira kawasan luar bandar atau kampung terpencil. Namun begitu, penguatkuasaan ini tidak tertakluk bagi lombong-lombong yang diusahakan secara haram di mana tindakan terhadap aktiviti perlombongan haram adalah di bawah bidang kuasa pihak Kerajaan Negeri. \n3. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian melalui JMG turut sering bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan Negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam aspek penguatkuasaan seperti penglibatan dalam operasi bersepadu agensi-agensi penguatkuasaan. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2189,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2189",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-23",
        "year": 2020,
        "no": "25",
        "member": "Puan Asmak binti Husin",
        "area": null,
        "minister": "Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan adakah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mempunyai persiapan dan kepakaran",
        "sector_label": "Geosains",
        "category_labels": [
            "Geosains"
        ],
        "title": "Puan Asmak binti Husin minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan adakah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mempunyai persiapan dan kepakaran yang cukup bagi mendepani isu-isu geologi di Ma...",
        "question": "Puan Asmak binti Husin minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan adakah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mempunyai persiapan dan kepakaran yang cukup bagi mendepani isu-isu geologi di Malaysia seperti perubahan iklim dan lain-lain.",
        "answer": "Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mempunyai persiapan dan kepakaran yang cukup bagi mendepani isu-isu geologi di Malaysia yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti tanah runtuh, tanah mendap, lubang benam, isu kemarau dan pencegahan kebakaran tanah gambut serta masalah jerebu.\n2. JMG sebagai peneraju dalam bidang mineral dan geosains di Malaysia telah diberi kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi bidang dan sub-bidang laluan kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME - Subject Matter Expert) bagi pegawai di skim Perkhidmatan Pegawai Geosains yang memiliki kepakaran yang tinggi di dalam bidang:\ni) Penilaian Sumber Mineral;\nii) Penilaian Sumber Air Bawah Tanah;\niii) Penilaian Bencana Geologi;\niv) Pemetaan Geologi; dan\nv) Geologi Marin\n3. Fokus kepakaran JMG dalam menangani isu-isu perubahan iklim adalah seperti berikut:\ni) Menyediakan maklumat dan khidmat kepakaran pembangunan sumber air bawah tanah bagi penyediaan bekalan air bersih di kawasan yang terjejas. JMG telah membina sebanyak 207 buah telaga tiub yang memberi manfaat kepada lebih 117,700 pengguna di seluruh Malaysia semasa RMKe-11;\nii) Menyediakan telaga tiub di kawasan tanah gambut yang terdedah kepada ancaman kebakaran bagi kegunaan agensi tindak balas bencana seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. JMG telah membina 91 buah telaga tiub untuk kegunaan menghadapi ancaman kebakaran tanah gambut dan mengurangkan jerebu semenjak tahun 2009 hingga kini;\niii) Menyediakan maklumat risiko bencana geologi serta mengemaskini peta bahaya dan risiko tanah runtuh, peta bahaya seismik (gempa bumi) bagi kegunaan agensi tindak balas bencana seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi teknikal yang berkaitan; dan\niv) Pelaksanaan program libat urus bersama agensi-agensi yang berkepentingan dalam memberi khidmat kepakaran geobencana melalui program kesedaran kepada komuniti khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko bencana geologi.\n4. KeTSA melalui JMG telah memohon peruntukan RMKe-12 sebanyak RM178.7 juta bagi melaksanakan projek-projek pengurangan risiko bencana geologi dan pembangunan sumber air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi isu geologi di Malaysia akibat perubahan iklim.\n5. JMG sentiasa bekerjasama pintar dengan beberapa agensi teknikal terkemuka luar negara seperti British Geological Survey (BGS), Korea Institute of Geoscience and Mineral (KIGAM) dan negara-negara serantau melalui kerjasama Coordinating Committee for Geoscience Program in East and Southeast Asia (CCOP) bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang geobencana. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2187,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2187",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-22",
        "year": 2020,
        "no": "27",
        "member": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan isi rumah domestik (Semenanjung Malaysia) yang disemak semula kadar bayaran deposit bekalan elektrik dan bagaimana Kerajaan memastikan syarat dan peraturan sedia ada oleh TNB ti...",
        "question": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan isi rumah domestik (Semenanjung Malaysia) yang disemak semula kadar bayaran deposit bekalan elektrik dan bagaimana Kerajaan memastikan syarat dan peraturan sedia ada oleh TNB tidak membebankan isi rumah B40 yang terkesan dalam PKPB Gelombang ke-3 COVID-19.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sepanjang tahun 2020, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyemak semula kadar bayaran deposit bekalan elektrik bagi 483 akaun domestik di Semenanjung Malaysia.\n2. Penentuan amaun bayaran deposit adalah berdasarkan anggaran caj penggunaan elektrik untuk 2 bulan seperti yang ditetapkan melalui subperaturan 5(1), Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447]. \n3. Walau bagaimanapun, sekiranya wang deposit yang telah dibayar oleh pengguna adalah melebihi anggaran 2 bulan caj penggunaan elektrik, pengguna boleh memohon pemulangan lebihan deposit daripada pihak TNB.\n\n4. Untuk makluman, sekiranya wang deposit pengguna adalah melebihi anggaran 2 bulan caj penggunaan elektrik, pengguna juga boleh memilih untuk mengekalkan lebihan deposit berkenaan. Dalam hal ini, TNB akan membayar rebat setiap tahun berdasarkan kepada jumlah wang deposit pengguna, selaras dengan subperaturan 5(5) (Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen). \n5. Pada masa ini, kuantum rebat yang ditetapkan adalah sebanyak 2.5% setahun yang akan dikembalikan kepada akaun pengguna dalam bil bulan Januari setiap tahun. Rebat ini hanya terpakai untuk deposit dalam bentuk tunai sahaja dan tidak termasuk deposit dalam bentuk jaminan bank.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2190,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2190",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-23",
        "year": 2020,
        "no": "36",
        "member": "Puan Nuridah binti Mohd Salleh",
        "area": null,
        "minister": "Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluas penjanaan tenaga solar",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluas penjanaan tenaga solar berikutan Malaysia merupakan negara ya...",
        "question": "Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluas penjanaan tenaga solar berikutan Malaysia merupakan negara yang mendapat purata cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nProgram Large Scale Solar (LSS) telah dilaksanakan sejak tahun 2016 melalui proses pembidaan terbuka dan kompetitif. Pelaksanaan program ini oleh Suruhanjaya Tenaga telah membolehkan Kerajaan mendapat tawaran harga penjanaan daripada sumber TBB solar yang paling kompetitif daripada syarikat-syarikat pemaju. Sehingga kini, sebanyak 4 pusingan bidaan telah dilaksanakan dengan jumlah kapasiti yang ditawarkan sebanyak 2,500MW. \nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \nKerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik Negara (JPPPET) telah menetapkan hala tuju dan perancangan yang menyeluruh bagi pembekalan elektrik negara termasuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) dari sumber solar. Jumlah kapasiti solar yang disambungkan ke sistem grid perlu dirancang dan diuruskan dengan teliti bagi menjamin kestabilan dan keselamatan sistem pembekalan elektrik. Ini turut mengambil kira faktor intermittency serta kebergantungan kepada keadaan cuaca. Antara aspek yang diberikan tumpuan termasuk: \n(i) memastikan kadar kemasukan kapasiti daripada sumber solar adalah sekata dengan kadar kemasukan kapasiti sumber TBB lain yang memberikan pembekalan elektrik berterusan (firmed supply) seperti biogas, biojisim dan janakuasa hidro; \n(ii) memastikan pembekalan elektrik daripada sumber solar yang digandingkan dengan sumber TBB lain tidak memberikan implikasi kos tambahan yang tinggi dan membebankan pengguna elektrik; \n(iii) menetapkan had kemasukan kapasiti solar (solar penetration) dalam sistem pembekalan elektrik berdasarkan maklumat permintaan puncak; dan \n(iv) mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan keanjalan sistem grid (grid flexibility) melalui integrasi pendigitalan (digitalisation) dan pembangunan sistem penstoran tenaga (energy storage system). \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2193,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2193",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2020,
        "no": "60",
        "member": "YB Sr. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai usaha untuk menjadikan JUPEM sebagai pemegang taruh dan 'Custodian' kepada data-data ukur utiliti bawah tanah seperti mana ukur hakmilik, topografi negara dan sempadan maritim an...",
        "question": "YB Sr. HAJI MOHD APANDI BIN MOHAMAD minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai usaha untuk menjadikan JUPEM sebagai pemegang taruh dan 'Custodian' kepada data-data ukur utiliti bawah tanah seperti mana ukur hakmilik, topografi negara dan sempadan maritim antarabangsa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n1. Untuk makluman, Jemaah Menteri pada 24 Ogos 1994 dan 14 Januari 1998 telah bersetuju, antara lain supaya semua agensi penyedia utiliti perlu membekalkan data-data utiliti mereka kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk disimpan dalam persekitaran Geographic Information System (GIS) bagi membolehkan penggunaannya di seluruh negara. \n2. Antara usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian ini untuk menjadikan JUPEM sebagai pemegang taruh dan Custodian data-data utiliti bawah tanah adalah seperti berikut:\ni) menubuhkan satu seksyen di JUPEM yang menguruskan penyimpanan data utiliti iaitu Seksyen Pemetaan Utiliti pada tahun 2006, kini dikenali sebagai Bahagian Pemetaan Utiliti;\nii) membangunkan Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) pada tahun 2007 untuk menyimpan pusat repositori data-data utiliti bawah tanah di seluruh negara;\niii) mengeluarkan garis-garis panduan dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan dan pengukuran pepasangan utiliti;\niv) menyediakan tenaga pakar iaitu Juruukur Tanah Berlesen yang mempunyai sijil kompetensi khas untuk melaksanakan kerja-kerja ukur pengesanan utiliti bawah tanah;\nv) melaksanakan projek-projek pembangunan bagi pemantapan fasiliti dan infrastruktur di Bahagian Pemetaan Utiliti, JUPEM seperti membangunkan Pusat Panggilan Setempat (Call Center) sebagai satu platform perkongsian data yang lengkap di mana data-data utiliti boleh diperolehi sebelum kerja-kerja pengorekan tanah dibuat supaya dapat mengelakkan bencana dan masalah gangguan perkhidmatan akibat kerosakan saluran utiliti bawah tanah. Projek ini dijangka siap pada April 2021;\nvi) memperluaskan aktiviti pemetaan utiliti di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan W.P. Labuan mulai tahun 2020; dan\nvii) melaksanakan kajian polisi pemetaan utiliti bawah tanah dengan fokusnya kepada penetapan hala tuju pemetaan utiliti bawah tanah di peringkat nasional, mentadbir urus dan mengawal selia pemetaan utiliti agar pematuhan terhadap perkongsian data utiliti, arahan, peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan dapat dikuatkuasakan. Kajian ini dijangka siap pada Mac 2021. \n3. Untuk makluman, Agensi Penyedia Utiliti seperti Syabas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Gas Malaysia Berhad, Indah Water Konsortium dan Petronas merupakan pembekal utama data-data utiliti kepada JUPEM selaras dengan keputusan Jemaah Menteri 1994 dan 1998.\n4. Semua Kementerian dan Agensi Penyedia Utiliti adalah disaran untuk melantik Juruukur Tanah Berlesen yang mempunyai sijil kompetensi khas untuk melaksanakan kerja-kerja ukur pengesanan pepasangan utiliti bawah tanah bagi memastikan data-data utiliti yang diperolehi adalah berkualiti serta memenuhi standard dan spesifikasi pemetaan utiliti yang ditetapkan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2186,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2186",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-21",
        "year": 2020,
        "no": "70",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan: 1. adakah Kementerian sedar bahawa Hutan Simpan Kekal berterusan dicerobohi; dan 2. apakah dasar dan polisi Kerajaan terhadap isu ini kerana terbukt...",
        "question": "Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan: \n1. adakah Kementerian sedar bahawa Hutan Simpan Kekal berterusan dicerobohi; dan\n2. apakah dasar dan polisi Kerajaan terhadap isu ini kerana terbukti tindakan penguatkuasaan gagal membanteras sepenuhnya aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memandang serius isu pencerobohan hutan dan pembalakan haram. Kes-kes pembalakan haram sentiasa dipantau oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri. Aktiviti penguatkuasaan hutan tetap diberi keutamaan oleh Kementerian ini terutamanya di kawasan hotspot dan berisiko tinggi berlakunya kes kesalahan hutan. Penjenayah yang ditangkap melakukan kegiatan pembalakan haram atau kesalahan hutan akan didakwa berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan Sarawak 2015 (Bab 71) dan Enakmen Hutan Sabah 1968 (Sabah No. 2 of 1968). \n\n2. Berdasarkan laporan oleh Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri, sebanyak 108 kes pembalakan haram yang melibatkan sepenuhnya pencerobohan hutan telah direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020 dan sedang diambil tindakan lanjut. KeTSA melalui JPSM dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam membanteras aktiviti penerokaan secara haram kawasan hutan seperti melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan, menjalankan operasi bersepadu dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam aktiviti pemantauan. \n\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KeTSA juga kini dalam proses untuk melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 bagi memantapkan penguatkuasaan hutan serta meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan. Peningkatan kadar denda ini adalah sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan. Cadangan pindaan Akta 313 ini dijangka akan dibentang ke Parlimen pada tahun 2021.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2191,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2191",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-23",
        "year": 2020,
        "no": "74",
        "member": "Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan keluasan rezab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan.",
        "question": "Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan keluasan rezab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri sentiasa komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Sehingga tahun 2018, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah 10.92 juta hektar. \n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan hutan di Malaysia adalah berteraskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management – SFM) yang berpandukan kepada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), Dasar Hutan Sabah 2018 dan Sarawak Forest Policy 2019. Perkara ini adalah selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Forum on Forests - UNFF). Di antara elemen-elemen utama yang diamalkan di bawah SFM adalah: \ni) Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi pengawalan terhadap pembukaan kawasan hutan untuk tujuan penghasilan;\nii) konsep pembalakan berimpak rendah (Reduce Impact Logging - RIL) bagi aktiviti pengusahasilan/pembalakan di Malaysia;\niii) pematuhan Kriteria dan Petunjuk Bagi Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Malaysia (Malaysian Criteria and Indicator for Forest Management – MC&I) yang merupakan satu piawaian untuk Pensijilan Pengurusan Hutan secara berkekalan; dan\niv) pelaksanaan prosedur-prosedur lain yang ditetapkan mengikut wilayah masing-masing.\n\n3. Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah menyasarkan untuk meningkatkan Kawasan Perlindungan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2025. Sehingga tahun 2018, jumlah keluasan Kawasan Perlindungan di Sabah adalah seluas 1.9 juta hektar atau bersamaan dengan 25.8 peratus daripada keluasan tanah negeri. Kerajaan Negeri Sarawak melalui Dasar Guna Tanah Sarawak terus komited dalam mengekalkan kelestarian hutan dengan menetapkan seluas 6 juta hektar sebagai kawasan HSK dan 1 juta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (Totally Protected Area – TPA). Sehingga tahun 2018, jumlah kawasan HSK dan TPA di Sarawak adalah seluas 4.21 juta hektar dan 816,071 hektar masing-masingnya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2192,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2192",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-23",
        "year": 2020,
        "no": "79",
        "member": "Tuan Haji Ahmad bin Yahya",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam usaha untuk memastikan keluasan rizab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut keluasan yang telah ditetapkan serta apakah bentuk imbuhan yang disedia...",
        "question": "Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam usaha untuk memastikan keluasan rizab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut keluasan yang telah ditetapkan serta apakah bentuk imbuhan yang disediakan oleh Kerajaan bagi membantu negeri yang kehilangan hasil kerana mengekalkan hutan simpan demi memastikan bekalan air yang mencukupi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan dicapai. Pada masa ini, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. \n2. Dalam hubungan ini, antara langkah-langkah yang diambil bagi menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan ini adalah seperti berikut:\ni) melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang melibatkan proses pendengaran awam (public hearing) serta memantapkan penguatkuasaan hutan, meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan;\nii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan melalui Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot;\niii) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\niv) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK;\nv) memperkasa amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan kawasan hutan; dan\nvi) menggunakan platform Majlis Tanah Negara (MTN) dan pematuhan CTT bagi pelaporan secara berkala berkenaan keadaan semasa HSK di setiap negeri.\n3. Dalam hubungan ini juga, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) pada tahun 2019 dan peruntukan ini telah diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). Pada tahun 2021, sebanyak RM70 juta lagi telah diperuntukkan untuk EFT sebagai insentif tambahan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti. \n4. Di samping itu, KeTSA sedang membangunkan kerangka kewangan melalui mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD Plus). Kerangka kewangan REDD Plus (RFF) akan meningkatkan kerjasama di antara pihak swasta dan kerajaan-kerajaan Negeri dalam mengekal, memelihara, melindung dan mengurus hutan secara berkekalan. Dana yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah mengikut jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca daripada aktiviti perhutanan dengan harga Dolar US 5 ($5) bagi satu metrik tan karbon dioksida yang dikurangkan. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2185,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2185",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-12-16",
        "year": 2020,
        "no": "89",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Perhutanan, Mineral",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Mineral"
        ],
        "title": "Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang diambil berhubung dengan kegiatan pencerobohan hutan simpan dan perlombongan emas secara haram yang masih berlaku walaupun negara dilan...",
        "question": "Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang diambil berhubung dengan kegiatan pencerobohan hutan simpan dan perlombongan emas secara haram yang masih berlaku walaupun negara dilanda pandemik COVID-19.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKegiatan pencerobohan hutan simpan\n\n1. Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, aktiviti penguatkuasaan hutan tetap diberi keutamaan oleh Kementerian ini terutamanya di kawasan hotspot dan berisiko tinggi berlakunya kes kesalahan hutan dengan mengamalkan norma baharu sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semua kes kesalahan hutan boleh diambil tindakan perundangan termasuk pendakwaan di mahkamah di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\n2. Berdasarkan laporan oleh Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri, sebanyak 108 kes pembalakan haram yang melibatkan sepenuhnya pencerobohan hutan telah direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020 dan sedang diambil tindakan lanjut. KeTSA melalui JPSM, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam membanteras aktiviti penerokaan secara haram kawasan hutan seperti melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan, menjalankan operasi bersepadu dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam aktiviti pemantauan. \nTuan Yang di-Pertua,\n\nPerlombongan emas secara haram\n3. Aktiviti penguatkuasaan Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) adalah terhad kepada operasi perlombongan di atas tenemen mineral yang dikawalselia di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM). Manakala aktiviti perlombongan haram di dalam hutan simpan adalah tertakluk kepada Akta Perhutanan Negara 1984. \n4. Aktiviti perlombongan haram juga adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Mineral Negeri (EMN). Aspek pengurusan tanah dan tenemen mineral yang terletakhak kepada Kerajaan Negeri dimasukkan di bawah Enakmen Mineral Negeri (EMN). Namun pihak Kementerian melalui JMG dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM turut sering bekerjasama dengan agensi penguatkuasa Negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dalam aspek penguatkuasaan seperti penglibatan dalam operasi bersepadu agensi-agensi penguatkuasaan termasuk penguatkuasaan di hutan simpan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2194,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2194",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2020,
        "no": "90",
        "member": "YB DATUK SERI MOHAMAD ALI BIN MOHAMAD",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah bentuk sumber baharu galian dan perlombongan yang boleh dimanfaatkan dan mendatangkan pulangan kepada negara.",
        "question": "YB DATUK SERI MOHAMAD ALI BIN MOHAMAD minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk sumber baharu galian dan perlombongan yang boleh dimanfaatkan dan mendatangkan pulangan kepada negara.",
        "answer": "Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan peneraju kepada pengurusan mampan sumber asli negara dan dengan itu berperanan menggerakkan usaha untuk membangunkan industri mineral sebagai salah satu sumber ekonomi baharu negara. \n2. Pada tahun 2019, pengeluaran mineral negara adalah bernilai RM6.32 bilion. Nilai ini mencatatkan pertambahan 6.4 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu RM5.94 bilion. Industri perlombongan dan Pengkuarian mineral (tidak termasuk minyak dan gas) menyumbang 0.7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun 2019. \n3. Pada masa ini, terdapat tiga (3) kategori mineral utama yang terdapat dalam negara dan dilombong secara komersial iaitu mineral berlogam, mineral bukan logam dan mineral tenaga. Anggaran keseluruhan nilai rizab sumber mineral negara adalah RM4.11 trillion yang dinilai berdasarkan harga semasa. Nilai rizab ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga pasaran mineral dan kajian pemetaan berterusan oleh KeTSA melalui JMG. \n4. Dalam usaha memastikan industri mineral memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan daya saing globalnya sentiasa teguh selaras dengan matlamat Dasar Mineral Negara 2 (DMN 2), kerajaan melalui agensi-agensinya akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut: \n(a) menggalakkan lebih banyak aktiviti ekplorasi sumber mineral dijalankan terutamanya kajian dan pembangunan ke atas mineral strategik seperti elemen nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE); \n(b) membangunkan produk nilai tambah dalam setiap rantaian nilai termasuk penggunaan teknologi baru bagi mengurangkan impak negatif industri ini terhadap alam sekitar; dan \n(c) memantapkan pengurusan sumber mineral melalui pengukuhan undang-undang dan governan untuk menjadikan sumber mineral sebagai sumber kekayaan baharu negara.\n5. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sumber unsur nadir bumi (REE) contohnya merupakan salah satu mineral strategik yang memiliki permintaan tinggi di kalangan pemain-pemain industri bagi tujuan kegunaan dalam sektor automotif, pembinaan, pengilangan, teknologi dan lain-lain. \n6. Jika dilihat dari keadaan situasi semasa, permintaan sumber REE dijangka meningkat dari tahun ke tahun berikutan daripada revolusi industri yang memasuki era industri IR4.0. Di samping itu, taburan sumber REE yang hanya wujud di sesetengah negara, menjadi penentu kepada kawalan bekalan dan permintaan (supply and demand) di peringkat global dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga REE dunia.\n7. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Malaysia memiliki potensi sumber REE untuk dibangunkan. Anggaran nilai sumber rizab REE mencecah USD182 bilion iaitu bersamaan dengan RM747.2 bilion. \n8. Pada masa ini, Kementerian telah menyediakan kerangka dasar untuk pembangunan industry REE dan seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, ia telah dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Januari 2020 yang lalu. Bagi menggerakan usaha ini, Kementerian telah berkerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam membangunkan pelan tindakan pembangunan industry NR-REE di Malaysia. Disamping itu, Kementerian melalui JMG turut menyediakan SOP dan amalan perlombongan terbaik (best mining practices) sebagai persediaan untuk pelaksanaan perlombongan NR-REE agar ia dapat dikawal selia secara menyeluruh. \n9. Akhir sekali, perancangan pembangunan industri NR-REE turut diletakan sebagai salah satu agenda utama Kementerian dalam membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030). Gerak kerja yang dirangka dalam tempoh 10 tahun akan menyaksikan perubahan transformasi industri mineral ke arah impak lebih tinggi terhadap pembangunan ekonomi dan pendapatan negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2195,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2195",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2020,
        "no": "123",
        "member": "Puan Asmak Binti Husin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai program yang telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu dan cabaran geologi di Malaysia.",
        "question": "Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai program yang telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu dan cabaran geologi di Malaysia.",
        "answer": "Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\n1. Isu dan cabaran geologi di Malaysia yang menjadi perhatian dan tanggungjawab Kementerian ini adalah merupakan fungsi yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Bidang tersebut merangkumi bencana geologi yang melibatkan insiden tanah runtuh, gempa bumi, lubang benam dan kebakaran tanah gambut, kekurangan air bersih di kawasan bandar dan pedalaman dan pembangunan geopark kebangsaan serta global. \n2. Bagi meningkatkan kesedaran tentang isu dan cabaran ini, pelbagai program telah dilaksanakan merangkumi program kesedaran bencana tanah runtuh dan gempa bumi di peringkat awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), program merakyatkan penggunaan sumber air bawah tanah, program bina upaya (capacity building) di kalangan pakar geologi, program kerjasama JMG bersama Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan di peringkat serantau dan antarabangsa serta program pengukuhan perundangan dan peraturan berkaitan geobencana sedia ada. \n3. Selain itu, JMG juga melaksanakan program kesedaran penggunaan air bawah tanah kepada komuniti dan pihak Badan Kawal Selia Air di setiap negeri yang terjejas disamping kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi program penggunaan sumber air bawah tanah untuk mencegah kebakaran tanah gambut. \n4. Bagi pemuliharaan khazanah geologi sebagai sumber pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar, beberapa program telah dilaksanakan melibatkan pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang diiktiraf sebagai geopark kebangsaan (Geopark Jerai, Geopark Langkawi, Geopark Lembah Kinta, Geopark Kinabalu). Program ini juga dilaksanakan di kawasan yang berpotensi diiktiraf sebagai geopark kebangsaan (Mersing, Lenggong, Delta Sarawak, Perlis, dan Kenyir). \n5. Isu berkaitan bekalan air bersih turut memberi cabaran bagi JMG khususnya dalam penyediaan sumber air bawah tanah di dalam sistem perbekalan air sedia ada khususnya di kawasan bandar atau pedalaman, pencemaran sumber air akibat kegiatan perlombongan, pembalakan dan perladangan, penerobosan air masin terhadap akuifer air bawah tanah dan kekurangan sumber air permukaan di loji-loji rawatan air (LRA) pada musim kemarau. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2196,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2196",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2020,
        "no": "134",
        "member": "YB DATUK JOHN AMBROSE",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian dalam memelihara serta memulihara kawasan hutan sebagai suatu cara semula jadi bagi mengatasi masalah banjir yang sering kali berlaku ini.",
        "question": "YB DATUK\r\nJOHN AMBROSE minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian dalam memelihara serta memulihara kawasan hutan sebagai suatu cara semula jadi bagi mengatasi masalah banjir yang sering kali berlaku ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk mewartakan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Sehingga 31 Disember 2019, seluas 905,772.13 hektar kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) di Semenanjung Malaysia. Namun demikian, tiada pengelasan khusus untuk Hutan Tadahan Air (HTA) bagi Sabah dan Sarawak dalam Enakmen Hutan Sabah 1968 dan Ordinan Hutan Sarawak 2015 masing-masing. \n2. Sehingga kini, Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan kawasan HSK adalah 10.92 juta hektar dan keluasan Kawasan Perlindungan adalah 3.31 juta hektar. Kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan seluas 3.81 juta hektar sebagai Hutan Simpan dan Kawasan Perlindungan manakala Kerajaan Negeri Sarawak telah mewartakan seluas 5.02 juta hektar sebagai HSK dan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya. Manakala, seluas 5.39 juta hektar telah diwartakan sebagai HSK dan Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia. \n3. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan antara perancangan jangka panjang dan berterusan yang sedang dilaksanakan oleh KeTSA adalah seperti berikut: \n(i) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai HSK; \n(ii) meneruskan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam HSK; \n(iii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan melalui Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot; \n(iv) menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan HSK secara berkekalan; \n(v) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan; \n(vi) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK; \n(vii) mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan termasuk kaedah pengusahasilan yang berimpak rendah; \n(viii) melaksanakan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang Bersesuaian di Pesisiran Pantai Negara semenjak tahun 2005; dan \n(ix) memperkasakan amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini yang bersesuaian dengan perhutanan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2088,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2088",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-02",
        "year": 2020,
        "no": "6",
        "member": "Datuk Paul Igai",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Ukur dan Pemetaan",
        "category_labels": [
            "Ukur dan Pemetaan"
        ],
        "title": "Menyatakan status pengukuran sempadan Malaysia-Indonesia setakat ini. Apakah cabaran menentang kejayaan usaha itu.",
        "question": "Datuk Paul Igai minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pengukuran sempadan Malaysia-Indonesia setakat ini. Apakah cabaran menentang kejayaan usaha itu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n1. Untuk makluman, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia - Indonesia kini diusahakan secara bersama dengan pihak negara jiran oleh pasukan ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), yang merupakan satu agensi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Kerja-kerja penandaan dan pengukuran telah bermula pada 9 September 1975 dan siap pada 20 September 2001 melibatkan jarak sepanjang 2,067 km. Daripada jarak keseluruhan tersebut, sepanjang 1,979.3 km telah pun dimuktamadkan penandaan dan pengukurannya setelah termeterainya sebanyak 22 Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua buah negara. MoU yang terbaharu iaitu MoU ke-22 telah ditandatangani pada 21 November 2019. Baki anggaran jarak sepanjang 87.7 km kini sedang dirundingkan kerana terlibat dengan isu tuntutan wilayah bertindih di tujuh (7) kawasan yang dikenali sebagai Outstanding Boundary Problems (OBP). Selain aktiviti penandaan dan pengukuran, JUPEM juga terlibat secara bersama dengan negara jiran di dalam melaksanakan ukuran penyelenggaraan bagi menggantikan tanda-tanda sempadan antarabangsa yang telah hilang, rosak atau yang telah teranjak dari kedudukan asalnya.\n2. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di dalam aktiviti-aktiviti penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia - Indonesia. Antara lainnya adalah kawasan pengukuran yang lazimnya terletak jauh di pedalaman iaitu di dalam kawasan berhutan tebal dengan struktur muka bumi bergunung-ganang yang mencabar serta menyukarkan akses ke lokasi pengukuran melalui jalan darat. Hal ini menyebabkan timbulnya keperluan bagi penggunaan helikopter sebagai salah satu kaedah akses utama ke lokasi penandaan dan pengukuran. Di atas faktor kos yang tinggi, penggunaan helikopter ini sudah semestinyalah memerlukan perancangan yang teliti terutamanya dari aspek pengurusan kewangan bagi memastikan pengukuran dapat diselesaikan mengikut masa yang dirancang.\n3. Di samping itu, anggota pasukan ukur juga berhadapan dengan ancaman binatang buas, keadaan cuaca yang tidak menentu, risiko kemalangan yang tidak diduga, bekalan makanan yang tidak mencukupi, risiko keselamatan yang memerlukan khidmat iringan anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), serta pelbagai lagi kesukaran yang menjadi asam garam di dalam menggalas tugas demi untuk memelihara kedaulatan negara kita.\n4. Cabaran terbaru yang dihadapi oleh JUPEM adalah risiko penularan wabak COVID-19 di kawasan pengukuran dan bagi membendung ancaman ini, kegiatan penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia - Indonesia telah pun ditangguhkan buat masa ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. Walau bagaimanapun, JUPEM dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memuktamadkan Standard Operating Procedure (SOP) menjalankan kerja-kerja ukur semasa penularan wabak ini.\n5. Selain itu, sebahagian aktiviti pembangunan dan pertanian yang dijalankan di kawasan berhampiran sempadan darat antarabangsa Malaysia - Indonesia sering menyebabkan kerosakan atau kehilangan tanda-tanda sempadan. Oleh itu, kerja-kerja ukuran penyelenggaraan perlu dilaksanakan secara bersama dengan pihak negara jiran. Justeru, JUPEM sentiasa mengadakan sesi libat urus dan outreach dengan jabatan/agensi yang terlibat dengan aktiviti pembangunan yang akan dilaksanakan berhampiran sempadan bagi memastikan tanda-tanda sempadan sentiasa dalam keadaan baik dan sempadan negara sentiasa terpelihara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2118,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2118",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-21",
        "year": 2020,
        "no": "23",
        "member": "Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) berapakah kes curi elektrik yang dikesan dan didakwa pada tahun terakhir ini di Wilayah Persekutuan Labuan; dan (b) apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk membendu...",
        "question": "Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n(a) berapakah kes curi elektrik yang dikesan dan didakwa pada tahun terakhir ini di Wilayah Persekutuan Labuan; dan\n(b) apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk membendung masalah curi elektrik yang boleh membahayakan penduduk khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sebanyak 58 kes curi elektrik yang dikesan dan didakwa di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2019.\n2. Bagi membendung masalah kes penggunaan elektrik secara curang, Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan langkah-langkah berikut:\n(i) pindaan ke atas subseksyen 37(3)(e) Akta 447 telah dilaksanakan pada tahun 2015 dengan meningkatkan jumlah denda daripada RM100 ribu kepada RM1 juta bagi premis bukan domestik dan hukuman penjara maksima dinaikkan dari 3 tahun kepada 10 tahun;\n(i) menjalankan operasi bersepadu di antara pihak SESB, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Pihak Berkuasa Tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memotong sambungan haram di penempatan-penempatan setinggan; \n(iii) menjalankan operasi penguatkuasaan di kilang-kilang yang menggunakan elektrik yang tinggi seperti kilang ais dan sejuk beku, kelab malam dan sebagainya; \n(iv) menjalinkan kerjasama dengan pihak media seperti Program Pencegahan Jenayah 999 di TV3 untuk memberi pendedahan kepada orang awam berhubung aktiviti penggunaan elektrik secara curang dan risiko tindakan perundangan akibat perbuatan jenayah yang dilakukan dan tindakan sivil yang diambil oleh pihak utiliti pembekalan elektrik untuk menuntut kerugian hasil daripada pihak yang tidak bertanggungjawab; \n(v) mengadakan seminar untuk memberi mesej kepada orang awam di Sabah untuk tidak menerima sebarang tawaran menjimatkan kos penggunaan elektrik dengan cara mengusik pepasangan meter SESB; \n(vi) meningkatkan pemantauan oleh SESB di kawasan yang kerap kali melakukan penyambungan elektrik secara haram;\n(vii) pengeluaran notis amaran oleh Suruhanjaya Tenaga ke atas tindakan penyambungan haram oleh pengguna-pengguna yang didapati telah membekalkan elektrik kepada rumah-rumah berhampiran secara haram; dan\n(viii) mengadakan seminar keselamatan elektrik kepada agensi-agensi kerajaan dan kontraktor-kontraktor elektrik di Wilayah Persekutuan Labuan. Taklimat yang diberikan merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan penggunaan elektrik secara curang dan sambungan elektrik haram.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2115,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2115",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-15",
        "year": 2020,
        "no": "26",
        "member": "Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan sasaran peratusan penutup hutan (forest cover) di Malaysia dan apakah inisiatif Kerajaan bagi mengekalkan keluasan hutan di Malaysia.",
        "question": "Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sasaran peratusan penutup hutan (forest cover) di Malaysia dan apakah inisiatif Kerajaan bagi mengekalkan keluasan hutan di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan.\n2. Walau bagaimanapun, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan sasaran dan komitmen negara seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan tercapai.\n3. Dalam hubungan ini, antara langkah-langkah yang diambil bagi menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan oleh KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti berikut:\n(i) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai HSK dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2020;\n(ii) meningkatkan keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Area - TPA) selaras dengan Dasar Hutan Sabah 2018 iaitu meningkatkan keluasan TPA di seluruh Sabah kepada 30% menjelang tahun 2025;\n(iii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan antara lainnya melalui Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Bersesuaian di Pesisiran Pantai Negara, Projek Central Forest Spine (CFS), Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia dan Inisiatif Heart of Borneo;\n(iv) melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal yang melibatkan proses pendengaran awam (public hearing) serta memantapkan penguatkuasaan hutan, meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan;\n(v) melaksanakan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam Hutan Simpanan Kekal seluas 250 hektar di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Manakala, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, seluas 1,640 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah dikenal pasti untuk tujuan yang sama;\n(vi) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\n(vii) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK;\n(viii) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan;\n(ix) memperkasa amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan kawasan hutan; dan\n(x) kerjasama dan engagement dengan Kerajaan Negeri antara lainnya melalui platform Majlis Tanah Negara untuk membincangkan berkenaan dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi maksud perhutanan dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran tanah negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2114,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2114",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-08",
        "year": 2020,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Kamarudin bin Abdun",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan s...",
        "question": "Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memandang serius isu pencerobohan hutan yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan termasuk pencerobohan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\n2. Antara usaha yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti berikut:\n(i) melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 bagi memantapkan penguatkuasaan hutan serta meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan. Peningkatan kadar denda ini adalah sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan;\n(ii) meminda Seksyen 20 (2) dan 23 (2) Enakmen Hutan 1968 (Sabah) untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram iaitu mandatori penjara satu (1) tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda tidak lebih daripada RM500,000 jika sabit kesalahan;\n(iii) menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri dalam menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah;\n(iv) menubuhkan War Room@JPSM sebagai sebuah bilik gerakan yang menjadi hub-berpusat (one stop centre) di ibu pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang bertujuan memperkasakan aktiviti pemantauan sumber hutan negara. Ianya berupaya untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku di dalam Hutan Simpanan Kekal termasuk yang berpunca daripada kegiatan pencerobohan dan penerokaan hutan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan insiden kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia;\n(v) melibatkan dan melatih orang awam untuk berkhidmat sebagai Renjer Hutan Kehormat bagi mengesan pembalakan haram di Sabah;\n(vi) membentuk pelbagai jawatankuasa bagi membanteras pembalakan haram di Sarawak seperti State Task Force on Illegal Logging Committee, Illegal Logging Action Committee, Forestry Prevention and Enforcement Working Committee dan Pasukan Gerak Khas Pembanterasan Pembalakan Haram; dan\n(vii) melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak untuk membekalkan maklumat risikan yang lebih cepat dan tepat mengenai kemungkinan berlaku pembalakan haram di sesuatu kawasan.\n3. Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sentiasa meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan dan pembalakan secara haram. Sebagai contoh, terdapat peningkatan terhadap kes pembalakan haram di Semenanjung yang telah direkodkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2019 iaitu sebanyak 84 kes berbanding 12 kes pada tahun 2015. Manakala, di Sabah pula sebanyak 37 kes pembalakan haram telah direkodkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun 2019 berbanding 25 kes pada tahun 2015. Ini menunjukkan pihak Kerajaan tidak berkompromi dengan pesalah dan pembalak haram dan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2119,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2119",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-22",
        "year": 2020,
        "no": "31",
        "member": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah isi rumah yang mendapat manfaat Bantuan Elektrik Prihatin TNB pada bil elektrik Julai 2020 dan sasaran bantuan diskaun prihatin bil elektrik bermula April hingga Disember 2020 bag...",
        "question": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah isi rumah yang mendapat manfaat Bantuan Elektrik Prihatin TNB pada bil elektrik Julai 2020 dan sasaran bantuan diskaun prihatin bil elektrik bermula April hingga Disember 2020 bagi pengguna domestik atau industri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Bantuan Prihatin Elektrik ini diberikan oleh Kerajaan bagi mengurangkan beban pengguna domestik di Semenanjung yang mengalami kenaikan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mematuhi arahan Kerajaan untuk membendung COVID-19. Bantuan ini dibiayai melalui peruntukan daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik, Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).\n2. Jumlah pengguna domestik yang mendapat bantuan untuk menampung bil elektrik pada bulan Julai 2020 ialah seramai 7.66 juta pengguna. Bantuan Prihatin Elektrik ini merupakan bantuan one-off untuk pengguna domestik sahaja bagi bil elektrik bulan April, Mei dan Jun 2020.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2121,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2121",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2020,
        "no": "31",
        "member": "Dato' Isa Bin Ab. Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas menyebabkan gangguan bekalan sumber air mentah dan sumber khazanah alam sekitar bagi hampir 2000 Komuniti Orang Asli di sekitar Kuala...",
        "question": "Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas menyebabkan gangguan bekalan sumber air mentah dan sumber khazanah alam sekitar bagi hampir 2000 Komuniti Orang Asli di sekitar Kuala Langat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil perhatian serius dan masih mengekalkan pendirian untuk tidak menyokong cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) berkeluasan 930.93 hektar bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor. \n2. Pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut akan menyebabkan kehilangan spesies flora berharga seperti spesies Meranti bunga dan Meranti bakau yang masing-masing disenaraikan sebagai Critically Endangered Endangered di bawah “Malaysia Plant Red List – Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae\".\n3. Hutan Simpan tersebut juga mempunyai pelbagai spesies fauna termasuk spesies yang dilindungi sepenuhnya antara lainnya spesies burung liar yang terdapat lebih kurang 68 spesies burung di bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Burung Helang dan Burung Tukang. Manakala untuk spesies mamalia, terdapat sembilan (9) spesies di bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Kubung, Kongkang, Tenggiling, Tupai Kerawak Hitam, Tupai Gading, Kucing Batu, Bambun Ekor Pendek, Memerang Licin dan Tapir Malaya.\n4. Cadangan pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut juga amat membimbangkan Kementerian ini, memandangkan tindakan ini akan turut menjejaskan komitmen Malaysia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. \n5. Tambahan pula, HSKLU merupakan Hutan Paya Gambut yang merupakan satu ekosistem yang unik dan istimewa kerana peranannya sebagai penyimpan karbon yang signifikan serta mengawal sumber air persekitaran. Walaupun kawasan HSKLU digantikan dengan mana-mana tanah yang lain sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), jenis hutan atau kualiti dirian hutan di kawasan yang bakal digantikan adalah tidak setanding dengan dirian hutan kawasan yang diwarta keluar.\n6. Oleh yang demikian, Kementerian amat berharap agar Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangkan semula cadangan pewartaan keluar kawasan HSKLU demi memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi di negara ini dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor khususnya Orang Asli yang mendiami kawasan sekitar hutan tersebut.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2116,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2116",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-15",
        "year": 2020,
        "no": "35",
        "member": "Tuan Zaiedi Suhaili",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana prospek eksport tenaga elektrik hidro Sarawak ke Kalimatan Barat dan peluang atau manfaat yang boleh dijana ekoran cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakart...",
        "question": "Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana prospek eksport tenaga elektrik hidro Sarawak ke Kalimatan Barat dan peluang atau manfaat yang boleh dijana ekoran cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur menjelang 2024.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan pembekalan elektrik di negeri Sarawak adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri termasuklah perkara-perkara berkaitan eksport elektrik ke negara jiran seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.\n2. Eksport tenaga elektrik dari Sarawak ke Kalimatan Barat (KALBAR) telah dimulakan sejak tahun 2016 di bawah kerjasama Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA). Projek ini melibatkan penyaluran bekalan elektrik dengan kapasiti 200MW daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat utiliti Indonesia. Ia disambungkan melalui talian berkapasiti 275kV dari Mambong di Sarawak ke Bengkayang di Kalimantan Barat.\n3. Cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur menjelang 2024 ini dijangka berupaya membuka peluang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kapasiti eksport, tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Indonesia. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2117,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2117",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-15",
        "year": 2020,
        "no": "45",
        "member": "Puan Raj Munni binti Sabu",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan setakat mana pembalakan di Negeri Kelantan mematuhi piawaian dan undang-undang alam sekitar.",
        "question": "Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan setakat mana pembalakan di Negeri Kelantan mematuhi piawaian dan undang-undang alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu kriteria utama dalam Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) ialah pengawalan terhadap pembukaan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk pengusahasilan melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan di semua negeri termasuk negeri Kelantan pada setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe11), CTT yang ditetapkan untuk negeri Kelantan adalah 27,085 hektar. Bagi tempoh 2016 hingga 2019, seluas 10,861 hektar kawasan hutan telah diusahasilkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan jumlah ini masih mematuhi CTT bagi negeri Kelantan.\n3. Pelaksanaan CTT juga merupakan salah satu keperluan utama dalam Pensijilan Pengurusan Hutan. Sejak kebelakangan ini, aspek pensijilan kayu merupakan keperluan yang penting di pasaran antarabangsa. Melalui pelaksanaan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I) bagi negeri-negeri yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak termasuk negeri Kelantan, kayu-kayan negara akan dapat terus diperdagangkan dan diterima di pasaran antarabangsa. Pensijilan MC&I ini merupakan kayu pengukur pelaksanaan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selain turut mencerminkan perlaksanaan pengurusan hutan mampan yang diamalkan di negara kita. Pada masa kini, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah selesai menjalani audit tahap satu dan dijangka akan memperolehi pensijilan MC&I pada tahun 2021.\n4. Manakala pembalakan di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) iaitu di kawasan Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM) dilakukan untuk tujuan pembangunan tanah dan lazimnya dilakukan secara tebang habis bagi maksud pengubahan hutan kepada kegunaan tanah yang lain. Bagi perlesenan pembalakan di kawasan TK dan TM, ianya tertakluk kepada keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan Perhutanan Negeri akan hanya mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2113,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2113",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-03",
        "year": 2020,
        "no": "48",
        "member": "Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan keluasan rizab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan.",
        "question": "Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan keluasan rizab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol pada 15 September 2020 secara bersama memandangkan ia menyentuh mengenai perkara yang sama.\n2. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan.\n3. Walau bagaimanapun, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan sasaran dan komitmen negara seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan tercapai.\n4. Dalam hubungan ini, antara langkah-langkah yang diambil bagi menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan oleh KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti berikut:\na) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai HSK dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2020;\nb) meningkatkan keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Area - TPA) selaras dengan Dasar Hutan Sabah 2018 iaitu meningkatkan keluasan TPA di seluruh Sabah kepada 30% menjelang tahun 2025;\nc) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan antara lainnya melalui Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Bersesuaian di Pesisiran Pantai Negara, Projek Central Forest Spine (CFS), Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia dan Inisiatif Heart of Borneo;\nd) melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal yang melibatkan proses pendengaran awam (public hearing) serta memantapkan penguatkuasaan hutan, meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan;\ne) melaksanakan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam Hutan Simpanan Kekal seluas 250 hektar di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Manakala, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, seluas 1,640 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah dikenal pasti untuk tujuan yang sama;\nf) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\ng) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK;\nh) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan;\ni) memperkasa amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan kawasan hutan; dan\nj) kerjasama dan engagement dengan Kerajaan Negeri antara lainnya melalui platform Majlis Tanah Negara untuk membincangkan berkenaan dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi maksud perhutanan dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran tanah negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2120,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2120",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-09-23",
        "year": 2020,
        "no": "58",
        "member": "Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghalang gajah-gajah yang memusnahkan tanaman dan rumah di penempatan Orang Asli seperti di Gua Musang dan beberapa perkampungan Orang A...",
        "question": "Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghalang gajah-gajah yang memusnahkan tanaman dan rumah di penempatan Orang Asli seperti di Gua Musang dan beberapa perkampungan Orang Asli di Pahang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) sentiasa komited dalam menangani konflik gajah-gajah yang memusnahkan tanaman dan rumah di penempatan Orang Asli di Gua Musang dan beberapa perkampungan Orang Asli di Pahang. Secara umumnya tindakan menangani konflik gajah di penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Pahang adalah seperti berikut:\n(i) menjalankan rondaan berkala dan pemantauan intensif gangguan gajah di Kampung Orang Asli;\n(ii) menjalankan penyelenggaraan pagar elektrik sedia ada di Pos Pasik, Gua Musang sepanjang 800 meter dan Kampung Orang Asli Mentelong, Pahang sepanjang 2 km;\n(iii) memasang kolar satelit pada gajah bagi sistem amaran awal untuk memantau pergerakan kumpulan gajah di lokasi konflik;\n(iv) cadangan pemasangan lampu LED bagi menghalau gajah di perkampungan Orang Asli pada 9 hingga 11 September 2020; dan\n(v) memindahkan gajah-gajah yang bermasalah ke kawasan yang lebih selamat.\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi kawasan Gua Musang antara tindakan khusus yang akan dilaksanakan adalah:\n(i) cadangan untuk memasang pagar elektrik mudah alih di sekeliling kawasan pertanian penduduk Orang Asli di Pos Mendrop, Pos Simpor, Pos Gob dan Pos Belau pada 2 hingga 27 Oktober 2020; dan \n(ii) bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membaiki jalan masuk ke Pos Simpor bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan konflik gajah pada 23 Oktober 2020.\n3. Pada masa ini, pasukan khas atau taskforce di peringkat Kerajaan Negeri telah diwujudkan bagi menangani isu konflik manusia-hidupan liar. Bagi tujuan penambahbaikan, KeTSA akan menubuhkan pasukan khas di peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober 2020 yang dianggotai oleh Kerajaan-kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Kementerian/ Agensi yang berkaitan seperti JAKOA dan Jabatan Kerja Raya (JKR), syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat perladangan yang besar bagi menangani konflik manusia-hidupan liar.\n4. Selain itu juga, KeTSA melalui Jabatan PERHILITAN dan Jabatan Alam Sekitar telah mewajibkan pematuhan kepada Wildlife Management Plan (WMP) bagi sebarang projek di habitat hidupan liar. WMP ini menjadi syarat bagi kelulusan laporan EIA di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Semua projek pembangunan yang memerlukan laporan EIA perlu menyediakan WMP yang akan mengenalpasti langkah-langkah mitigasi yang perlu dipatuhi oleh penggerak projek dan pelaksanaannya yang akan dipantau oleh Jabatan PERHILITAN bersama Jabatan Alam Sekitar. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2122,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2122",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2020,
        "no": "77",
        "member": "YB Balasubramaniam a/l Nachiappan",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif yang telah dilaksanakan bagi program restorasi hutan.",
        "question": "YB Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif yang telah dilaksanakan bagi program restorasi hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Antara inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dalam melaksanakan program restorasi hutan adalah melalui pelaksanaan projek seperti berikut:\na) Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung;\nb) Projek Restorasi Sumber Hutan Melalui Perhutanan Sosial dan Projek Heart of Borneo Negeri Sarawak (Fasa II) di Sarawak; dan\nc) Projek Pembangunan dan Pengurusan Mampan Kawasan Tanah Gambut Semenanjung Klias, Projek Pembangunan Tapak Ramsar Lower Kinabatangan – Segama – Wetlands, Kinabatangan Sabah (Fasa II) dan Projek Heart of Borneo (Fasa II) di Sabah.\nKesemua projek ini dibiayai di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).\n2. Di bawah Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung, kawasan hutan terosot seluas 1,640 hektar telah dikenalpasti untuk dilaksanakan aktiviti pemulihan. Sehingga tahun 2019, kawasan seluas 459.93 hektar telah dipulihkan melibatkan penanaman sebanyak 277,092 pokok daripada pelbagai spesies di Semenanjung. Di Sarawak pula, sehingga tahun 2019, kawasan seluas 172.88 hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 99,606 penanaman pokok. Manakala di Sabah, sehingga tahun 2019, kawasan seluas 549.63 hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 16,470 penanaman pokok. Pada masa ini, perancangan telah dibuat bagi meneruskan program ini di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2133,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2133",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-16",
        "year": 2020,
        "no": "3",
        "member": "DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN",
        "area": "PONTIAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha baru dan prospek kini dan masa depan sektor galian dan perlombongan di negara ini yang boleh menambah hasil negara termasuk contohnya nadir bumi yang tiada bahan radioaktif d...",
        "question": "DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN [PONTIAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha-usaha baru dan prospek kini dan masa depan sektor galian dan perlombongan di negara ini yang boleh menambah hasil negara termasuk contohnya nadir bumi yang tiada bahan radioaktif dan hasil hutan yang lebih lestari.",
        "answer": "Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan peneraju kepada pengurusan mampan sumber asli negara dan dengan itu berperanan menggerakkan usaha untuk membangunkan industri mineral sebagai salah satu sumber ekonomi baharu negara.\n2. Pada masa ini, terdapat tiga (3) kategori mineral utama yang terdapat dalam negara dan dilombong secara komersial iaitu mineral berlogam, mineral bukan logam dan mineral tenaga. Anggaran keseluruhan nilai rizab sumber mineral negara adalah RM4.11 trillion yang dinilai berdasarkan harga semasa.\n3. Dalam usaha memastikan industri mineral memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan daya saing globalnya sentiasa teguh selaras dengan matlamat Dasar Mineral Negara 2 (DMN 2), kerajaan melalui agensi-agensinya akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:\na) menggalakkan lebih banyak aktiviti ekplorasi sumber mineral dijalankan terutamanya kajian dan pembangunan ke atas mineral strategik seperti elemen nadir bumi bukan radioaktif (N-REE);\nb) membangunkan produk nilai tambah dalam setiap rantaian nilai termasuk penggunaan teknologi baru bagi mengurangkan impak negatif industri ini terhadap alam sekitar; dan\nc) memantapkan pengurusan sumber mineral melalui pengukuhan undang-undang dan governan untuk menjadikan sumber mineral sebagai sumber kekayaan baharu negara.\n4. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sedang membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) untuk meningkatkan daya saing industri mineral supaya mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Gerak kerja yang dirangka dalam tempoh 10 tahun akan menyaksikan perubahan transformasi industri mineral ke arah impak lebih tinggi terhadap pembangunan ekonomi dan pendapatan negara di samping meningkatkan taraf hidup rakyat.\n5. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sumber unsur nadir bumi (REE) contohnya merupakan salah satu mineral strategik yang memiliki permintaan tinggi di kalangan pemain-pemain industri bagi tujuan kegunaan dalam sektor automotif, pembinaan, pengilangan, teknologi dan lain-lain.\n6. Jika dilihat dari keadaan situasi semasa, permintaan sumber REE dijangka meningkat dari tahun ke tahun berikutan daripada revolusi industri yang memasuki era industri IR4.0. Di samping itu, taburan sumber REE yang hanya wujud di sesetengah negara, menjadi penentu kepada kawalan bekalan dan permintaan (supply and demand) di peringkat global dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga REE dunia.\n7. Berdasarkan kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Malaysia memiliki potensi sumber REE untuk dibangunkan yang mencecah sehingga USD182 bilion iaitu bersamaan dengan RM747.2 bilion. Walaubagaimana pun, kajian yang akan dilaksanakan adalah tertumpu kepada REE bukan radioaktif atau Ion Absorption Clays Rare Earth;\n8. Selain REE, bauksit juga merupakan mineral yang masih mempunyai potensi untuk diusahakan. Mengikut rekod JMG, kira-kira 181.5 juta tan metrik sumber bauksit yang bernilai kira-kira RM20.3 billion yang masih berpotensi untuk dibangunkan. Pada masa kini perlombongan bauksit hanya aktif diusahakan di Johor dan Pahang. Kerajaan juga telah membangunkan SOP Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit yang telah digunapakai di Negeri Pahang dan Terengganu.\n9. Berkaitan dengan sumber hasil hutan, ianya diusahakan berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan termasuk menetapkan catuan tebangan setiap 5 tahun. Ini bagi memastikan sektor ini terus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi pada masa yang sama kawasan berhutan masih terus dikekalkan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2123,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2123",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-04",
        "year": 2020,
        "no": "8",
        "member": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO",
        "area": "KLANG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan program-program yang dilaksanakan sejak pewartaan Akta ''Access to Biological Resources And Benefit Sharing' 2017. Jika ada, nyatakan pencapaiannya dan bagaimana akta ini digunakan bagi ...",
        "question": "TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [ KLANG ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan program-program yang dilaksanakan sejak pewartaan Akta ''Access to Biological Resources And Benefit Sharing' 2017. Jika ada, nyatakan pencapaiannya dan bagaimana akta ini digunakan bagi menjamin kepentingan Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sumber biologi yang dimiliki negara adalah sangat berharga kerana ia berpotensi untuk digunakan bagi penghasilan produk-produk baharu termasuk dalam industri farmaseutikal dan lain-lain. Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] telah digubal untuk memastikan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan diakses dengan jaminan perkongsian faedah serta mengelakkan berlakunya kegiatan kecurian sumber biologi negara (biopiracy). Penguatkuasaan Akta 795 juga adalah selaras dengan obligasi dan komitmen negara di bawah Convention on Biological Diversity (CBD) dan Nagoya Protocol on Access and Benefit-sharing (Protokol Nagoya) di peringkat antarabangsa.\n2. Sejak pewartaan Akta ini pada akhir tahun 2017, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melaksanakan program-program kesedaran dan pembangunan kapasiti kepada pihak-pihak berkepentingan. Salah satu program yang boleh dibanggakan ialah “Pendokumentasian Pengetahuan Tradisi Tumbuhan Ubatan Orang Asli Semenanjung Malaysia\" oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini telah berjaya mendokumentasikan pengetahuan tradisi tumbuhan ubatan oleh lapan belas (18) suku kaum orang-orang asli di Semenanjung Malaysia di mana ia telah mendapat pengiktirafan “Most Number of Sub-Ethnic Orang Asli Traditional Knowledge (TK) Documented on Medicinal & Aromatic Plants\" oleh Malaysia Book of Records. \n3. Negeri Sarawak dan Sabah juga tidak ketinggalan dalam mendukung hasrat Akta 795 ini. Sebagai contoh, Sarawak Biodiversity Centre (SBC) telah membangunkan produk penjagaan kesihatan seperti syampu, sabun dan terapi aroma berasaskan komposisi minyak yang terdapat di pokok Litsea di Sarawak. Produk ini telah berjaya dikomersialkan dan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk peribumi di Sarawak. Sementara itu, Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah berjaya mewujudkan satu Protokol Komuniti (Community Protocol) untuk komuniti Melangkap di Kota Belud. Dengan pewujudan Protokol Komuniti ini, penduduk di Melangkap berupaya untuk melindungi dan mempromosi pengetahuan tradisional mereka, meningkatkan kesedaran mengenai akses dan penggunaan pengetahuan tradisional, serta mengendalikan proses pemilikan pengetahuan dan perkongsian faedah hasil dari penggunaannya.\nTuan Yang di-Pertua,\n4. Melalui Akta 795, sumber biologi dan pengetahuan tradisi negara yang dijumpai di negara ini dikaji dan dibangunkan menjadi produk yang bernilai komersial. Sehubungan itu, isu biopiracy dapat dibanteras, di mana sumber biologi dan pengetahuan tradisi diambil tanpa kebenaran dan dibangunkan untuk tujuan komersial tanpa sebarang perkongsian faedah kepada negara dapat dihalang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2135,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2135",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-19",
        "year": 2020,
        "no": "8",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jumlah lot yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek ECRL dan apakah status terkini pengambilan tanah serta pampasan yang diberi di negeri-negeri terlibat.",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah lot yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek ECRL dan apakah status terkini pengambilan tanah serta pampasan yang diberi di negeri-negeri terlibat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sehingga kini, sebanyak 16,151 lot tanah telah dikenalpasti untuk dibuat pengambilan untuk projek East Coast Rail Link (ECRL). Daripada jumlah tersebut sebanyak 963 lot tanah di Negeri Pahang yang melibatkan Daerah Kuantan, Maran, Bera dan Temerloh serta Daerah Kemaman di Negeri Terengganu telah diwartakan di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Siasatan pengambilan di Seksyen B (Dungun – Mentakab) tersebut telah selesai dan jumlah pampasan yang telah dibayar adalah berjumlah RM313.35 juta manakala RM55.85 juta lagi berada dalam proses pembayaran. Bagi Negeri Kelantan sebanyak 1,546 lot tanah telah dikemukakan untuk diwartakan di bawah seksyen 8 Akta 486 dan kini berada dalam peringkat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Kelantan.\n2. Manakala sebanyak 13,642 lot tanah telah dikemukakan permohonan untuk diwartakan di bawah seksyen 4 Akta 486. Daripada jumlah tersebut 6,556 lot di Negeri Terengganu, 1,537 lot di Negeri Selangor, 4,749 lot di Negeri Sembilan dan 81 lot di Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diwartakan di bawah seksyen 4 Akta 486. Sebanyak 719 lot di Negeri Pahang berada dalam peringkat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Pahang. Permohonan yang dibuat di bawah seksyen 4 Akta 486 ini adalah bagi membolehkan pihak Malaysia Rail Link (MRL) dan kontraktor memasuki tapak untuk menjalankan kajian kesesuaian tanah sebelum dikemukakan permohonan pengambilan tanah di bawah seksyen 8 Akta yang sama.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2128,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2128",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-10",
        "year": 2020,
        "no": "10",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menyediakan bantuan kepada pengusaha zoo yang menghadap...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menyediakan bantuan kepada pengusaha zoo yang menghadapi kemerosotan dari segi ekonomi hingga menyebabkan kebajikan hidupan liar terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Penularan pandemik COVID-19 telah memberi implikasi ke atas kegiatan ekonomi pengendali Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di mana hasil kutipan tiket, jualan-jualan produk dan perkhidmatan yang menjadi sumber pendapatan utama ZPT terjejas sepenuhnya di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\n2. Tindakan-tindakan jangka pendek yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi memastikan kebajikan hidupan liar di semua ZPT terus terpelihara adalah:\na) menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas. Dana ini bertujuan untuk meringankan bebanan kos operasi ZPT dengan menampung keperluan bekalan makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan. Sebanyak 21 ZPT telah mengemukakan permohonan dan dana telah disalurkan secara berperingkat bermula Mei 2020;\nb) mengedar 15 tan barang sitaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT; dan\nc) menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri.\n3. Tindakan jangka panjang pula melibatkan penyediaan Model Baharu ZPT dengan kerjasama Malaysian Association of Zoological Park dan Aquaria (MAZPA) dan ZPT. Antara perkara yang diberi penekanan dalam Model Baharu ZPT ialah memastikan ZPT berdaya tahan (financial sustainability) dan melaksanakan tadbir urus yang baik. Model Baharu ZPT akan diterima pakai selepas dimuktamadkan.\n4. Dalam pada itu juga, pengawalseliaan dan pemantauan terhadap ZPT akan dipertingkatkan bagi memastikan tahap kesihatan dan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara. Pemantauan juga akan dilaksanakan untuk memastikan ZPT mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak COVID-19.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2137,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2137",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-19",
        "year": 2020,
        "no": "17",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan rancangan Kementerian untuk menambah bilangan anggota PERHILITAN serta aset-aset strategiknya berikutan peningkatan konflik hidupan liar seperti gajah dan harimau dalam Parlimen Kemaman.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan Kementerian untuk menambah bilangan anggota PERHILITAN serta aset-aset strategiknya berikutan peningkatan konflik hidupan liar seperti gajah dan harimau dalam Parlimen Kemaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Jabatan PERHILITAN telah melakukan penstrukturan semula semua kakitangan mengikut bidang tugas termasuk pengurusan konflik hidupan liar dan penguatkuasaan pada tahun 2018 di semua daerah di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, aset-aset strategik sedia ada adalah mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar dan penguatkuasaan.\n2. Buat masa ini terdapat sebanyak 7 perjawatan di bawah Jabatan PERHILITAN di mana 5 perjawatan telah diisi. Dalam masa yang sama, bagi meningkatkan kapasiti perlaksanaan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar, Jabatan PERHILITAN sedang mengusahakan pengisian 2 kekosongan perjawatan di Daerah Kemaman.\n3. Dari segi penguatkuasaan, operasi Jabatan PERHILITAN juga dibantu dengan penglibatan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli (OA) yang lantik secara contract for service (CFS) di bawah inisiatif Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) mulai Julai 2020.\n4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar dalam Parlimen Kemaman akan dilaksanakan secara optimum dengan perjawatan sedia ada dan pertambahan bilangan perjawatan akan dimohon jika terdapat keperluan pada masa akan datang.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2134,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2134",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-16",
        "year": 2020,
        "no": "18",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah kaedah pemantauan atau kawalan bagi pengorekan pasir laut di bawah Akta Pelantar Benua 1966 telah diberikan kepada pelesen-pelesen yang menepati syarat-syarat yang telah digariska...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah kaedah pemantauan atau kawalan bagi pengorekan pasir laut di bawah Akta Pelantar Benua 1966 telah diberikan kepada pelesen-pelesen yang menepati syarat-syarat yang telah digariskan. Adakah ini memanfaatkan Kementerian dari segi sumber hasil dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengelak kesan serta berlaku kecurian pasir dasar laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman, mana-mana syarikat yang telah diluluskan lesen di bawah Akta Pelantar Benua 1966 perlu mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sebelum boleh memulakan aktiviti pengorekan pasir. Kapal-kapal yang digunakan bagi tujuan pengorekan pasir laut juga diwajibkan untuk memasang Sistem Pemantauan Operasi Pengorekan Pasir atau 'Dredging and Dumping Management System' (DDMS) yang merupakan satu alat kawalan yang boleh mengesan kedudukan dan pergerakan kapal pasir tersebut. Sistem ini turut digunakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tujuan pemantauan.\n2. Penggunaan sistem, kerjasama bersepadu serta pemantauan dan tindakan penguatkuasaan berkala dengan APMM dan Pasukan Polis Marin (PPM) dapat mengurangkan aktiviti kecurian pasir dasar laut seterusnya meningkatkan kutipan hasil negara.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2129,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2129",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-10",
        "year": 2020,
        "no": "21",
        "member": "TUAN WONG KAH WOH",
        "area": "IPOH TIMUR",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status pembukaan bidaan Large Scale Solar 4 (LSS 4) dan apakah rancangan Kementerian untuk memastikan pencapaian 20% penjanaan elektrik sumber tenaga baharu menjelang tahun 2025.",
        "question": "TUAN WONG KAH WOH [IPOH TIMUR] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status pembukaan bidaan Large Scale Solar 4 (LSS 4) dan apakah rancangan Kementerian untuk memastikan pencapaian 20% penjanaan elektrik sumber tenaga baharu menjelang tahun 2025.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses bidaan bagi Program Large Scale Solar atau LSS Pusingan Ke-4, yang juga dikenali sebagai LSS@MEnTARI telah dimulakan pada 31 Mei 2020 dan telah ditutup untuk penerimaan tawaran bidaan pada 2 September 2020. Pada masa ini, Suruhanjaya Tenaga sedang melaksanakan proses penilaian dan keputusan bagi LSS@MEnTARI ini dijangka akan diumumkan pada suku pertama tahun 2021.\nBerhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai rancangan Kementerian untuk memastikan pencapaian 20% penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang tahun 2025, Kementerian saya telah mengkaji semula sasaran 20% TBB yang telah ditetapkan Kerajaan sebelum ini. Mengambil kira perkembangan semasa, satu sasaran TBB yang lebih inklusif telah ditetapkan dan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2124,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2124",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-04",
        "year": 2020,
        "no": "24",
        "member": "PUAN TERESA KOK SUH SIM",
        "area": "SEPUTEH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan peratusan kawasan hutan terbaru di Malaysia. Apakah sasaran Malaysia untuk mengekalkan lebih 50% daripada jumlah keluasan negara di bawah liputan hutan telah dimasukkan ke dalam Dasar Pe...",
        "question": "PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan peratusan kawasan hutan terbaru di Malaysia. Apakah sasaran Malaysia untuk mengekalkan lebih 50% daripada jumlah keluasan negara di bawah liputan hutan telah dimasukkan ke dalam Dasar Perhutanan Negara yang tengah melalui kajian semula.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan dicapai. Sehingga tahun 2018, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18,273,486.65 hektar atau 55.3% daripada keluasan tanah negara (33,034,500 hektar). Komitmen ini juga telah dimasukkan dalam Dasar Perhutanan Negara yang sedang dalam proses kajian semula.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2130,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2130",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-10",
        "year": 2020,
        "no": "39",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini LSS@MEnTARI. Senaraikan harga tawaran atau \"Offer Price\" dari sepuluh pembida yang terendah untuk Pakej 1 dan 2.",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN [BAKRI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini LSS@MEnTARI. Senaraikan harga tawaran atau \"Offer Price\" dari sepuluh pembida yang terendah untuk Pakej 1 dan 2.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses bidaan LSS@MEnTARI yang diumumkan pada 31 Mei 2020 telah ditutup untuk penerimaan tawaran pada 2 September 2020.\nSenarai lengkap harga tawaran yang telah diterima daripada semua pembida boleh diperolehi melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga. Pada masa ini, proses penilaian sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan sebarang perkembangan terkini akan diumumkan melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga dari semasa ke semasa.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2131,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2131",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-10",
        "year": 2020,
        "no": "40",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan Projek pembangunan sistem e-Tanah sepatutnya meningkatkan produktiviti serta memberi kemudahan kepada orang awam berkaitan pengurusan tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan Pejabat...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan Projek pembangunan sistem e-Tanah sepatutnya meningkatkan produktiviti serta memberi kemudahan kepada orang awam berkaitan pengurusan tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan Pejabat Tanah (PTG) dan Daerah (PDT). Apakah faedah dan impak pelaksanaan dan pembangunan sistem ini kepada orang ramai dan Kerajaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sistem e-Tanah adalah sebuah sistem pengurusan tanah secara digital dan sistematik yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Pejabat Tanah dan Daerah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan. Objektif sistem e-Tanah ini adalah untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah elektronik supaya urusan-urusan pentadbiran tanah negeri lebih efektif, telus dan selamat. Pada masa kini, sistem e-Tanah telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur manakala bagi negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia masih lagi menggunakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB).\nTuan Yang di-Pertua,\n2. Pelaksanaan sistem e-Tanah yang komprehensif dapat meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah. Sebagai contoh, sistem ini dapat berintegrasi dengan sistem-sistem di jabatan Kerajaan yang lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Akauntan Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mana secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses di pentadbiran tanah negeri. Selain itu, sistem e-Tanah juga menyediakan kemudahan kaunter setempat (Single Point of Contact (SPOC)) untuk kemudahan pelanggan berurusan dengan pelbagai unit dalam suasana yang lebih kondusif dan mempercepatkan masa pelanggan berurusan dengan Pejabat Tanah.\n3. Pelaksanaan urusan secara atas talian pula membantu orang awam dan pemain industri untuk melaksanakan transaksi berkaitan tanah dengan lebih cepat dan telus. Urusan-urusan yang dahulunya memerlukan kehadiran ke pejabat tanah dapat diminimakan. Sebagai contoh, bagi urusan carian persendirian hakmilik, semakan dan bayaran cukai tanah, permohonan pindahmilik, gadaian, tarik balik kaveat, pendaftaran hakmilik dan perserahan urusniaga/ bukan urusniaga strata berkomputer boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi sistem e-Tanah. Ini sekaligus merangsang transaksi dan nilai pasaran hartanah.\n4. Peningkatan kecekapan ini seterusnya dapat meningkatkan hasil Kerajaan Persekutuan melalui kutipan hasil duti setem serta hasil kerajaan negeri melalui kutipan cukai dan premium tanah. Selain itu, sistem ini juga mengurangkan ketirisan dalam kutipan hasil Kerajaan dari segi cukai tanah yang tidak berbayar, tunggakan tidak dikemaskini, alamat tidak kemaskini dan lain-lain.\n5. Impak pelaksanaan sistem e-Tanah ini dalam jangka panjang ialah meningkatkan keyakinan pelabur berurusan di Malaysia dengan adanya sistem pengurusan tanah cekap dan berkesan. Seterusnya sistem e-Tanah dapat membantu dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam pentadbiran tanah agar selari dengan keperluan dan teknologi semasa serta menambahbaik budaya kerja pentadbiran tanah dimana ianya dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan risiko penipuan dalam urusan pentadbiran tanah.\nTuan Yang di-Pertua,\n6. Secara keseluruhannya, sistem e-Tanah ini telah membantu memudahkan orang ramai dalam melaksanakan urusan berkaitan hartanah dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pelaksanaan sistem e-Tanah ini telah mendapat perhatian di peringkat dunia melalui Laporan World Bank pada tahun 2017 dalam penerbitannya bertajuk Enhancing Public Sector Performance – Malaysia's Experience with Transforming Land Administration. Selain itu, kedudukan Malaysia pada tahun 2018 bagi Ease of Doing Business adalah di tangga 24, dan pada tahun 2019, Malaysia berada di tangga 15 terbaik dunia. Bagi kategori Registering Properties pula, pada tahun 2018, Malaysia berada di kedudukan ke-42, dan pada tahun 2019, Malaysia berada di kedudukan ke-29 terbaik dari 190 buah negara dalam urusan pendaftaran hartanah. Antara lain, sistem e-Tanah ini juga telah dianugerahkan sebagai Pemenang Emas dalam kategori Sektor Awam sempena ASEAN ICT Awards bagi tahun 2018.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2125,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2125",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-04",
        "year": 2020,
        "no": "42",
        "member": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON",
        "area": "TEBRAU",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana aktiviti pemburuan haram mampu berlaku secara luas di Johor dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian setakat ini untuk mengurangkan masalah ini.",
        "question": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [TEBRAU] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana aktiviti pemburuan haram mampu berlaku secara luas di Johor dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian setakat ini untuk mengurangkan masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) amat mengambil berat terhadap isu pemburuan haram yang didakwa berlaku secara meluas di negeri Johor. Antara faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah:\na) permintaan yang tinggi ke atas hidupan liar bagi pelbagai tujuan terutamanya untuk dijadikan sebagai makanan eksotik serta binatang peliharaan kesayangan;\nb) kedudukan kawasan hutan yang dikelilingi oleh kawasan perladangan dan pertanian memudahkan kegiatan pemburu-pemburu haram; dan\nc) kedudukan negeri Johor yang berhampiran dengan negara jiran serta jajaran pantai yang panjang memudahkan aktiviti penyeludupan hidupan liar.\n2. Pelbagai tindakan telah diambil bagi mengawal pemburuan haram tersebut, antaranya:\na) menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu yang dikenali sebagai Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Perbadanan Taman Negeri Johor (PTNJ) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Wildlife Conservation Society (WCS). OBK dilaksanakan secara boots on the ground dengan rondaan berterusan di habitat hidupan liar termasuk Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram, pemburuan hidupan liar dan menghapuskan jerat. Sehingga kini, sebanyak 16 siri operasi telah dijalankan di negeri Johor dalam tahun 2020;\nb) melaksanakan inisiatif Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3), mulai Julai 2020, di mana seramai 6 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 5 orang masyarakat Orang Asli (OA) telah lantik secara contract for service (CFS) sehingga hujung tahun 2020 bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan di Taman Negara Endau-Rompin Johor;\nc) menjalankan risikan dan mendapatkan maklumat daripada orang ramai mengenai kumpulan dan aktiviti pemburuan haram di Johor; dan\nd) bekerjasama dengan pasukan Polis Marin Johor bagi membenteras aktiviti penyeludupan hidupan liar ke negara-negara jiran.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2132,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2132",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-10",
        "year": 2020,
        "no": "45",
        "member": "DATUK WIRA HAJI MOHD. ANUAR MOHD. TAHIR",
        "area": "TEMERLOH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral, Geosains, Perhutanan, Biodiversiti, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Mineral",
            "Geosains",
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk mengekang aktiviti pencerobohan dan kecurian sumber alam seperti pencerobohan hutan, mineral, pasir dan pemburuan haram dari terus berleluasa dengan pe...",
        "question": "DATUK WIRA HAJI MOHD. ANUAR MOHD. TAHIR [TEMERLOH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk mengekang aktiviti pencerobohan dan kecurian sumber alam seperti pencerobohan hutan, mineral, pasir dan pemburuan haram dari terus berleluasa dengan penggunaan teknologi 'state of the art' seperti drone, remote sensing, Light Detection and Ranging (LIDAR) dan seumpamanya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri komited untuk mengekang aktiviti pencerobohan dan kecurian sumber alam seperti pencerobohan hutan dari terus berleluasa. Antara usaha yang sedang dijalankan dengan menggunakan teknologi yang terkini adalah seperti berikut:\na) Penggunaan aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time, Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\nb) Penubuhan Pusat Pemantauan Sumber Hutan Negara yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam pemantauan kesalahan hutan. Pusat ini berupaya untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku di dalam HSK akibat aktiviti pencerobohan dan penerokaan hutan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan insiden kebakaran hutan; dan\n\nc) melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak untuk membekalkan maklumat risikan yang lebih cepat dan tepat mengenai kemungkinan berlaku pembalakan haram di sesuatu kawasan.\nTuan Yang di-Pertua,\n2. Dalam era norma baharu, penggunaan teknologi geospatial termasuk drone dan remote sensing akan meningkatkan keberkesanan tugasan pemantauan dan penguatkuasaan. Ini termasuklah menggunakan aplikasi terkini seperti Spatial Monitoring And Reporting Tool-Connect (SMART).\n3. Jabatan PERHILITAN juga telah memasang perangkap kamera Multimedia Messaging Service (MMS) di pintu-pintu masuk kawasan hotspot pemburuan haram bagi mendapatkan maklumat kemasukan pemburu haram ke kawasan berkenaan. Imej real time pemburu haram akan dihantar terus ke telefon bimbit sekiranya pemburu melalui perangkap kamera MMS tersebut. Penguatkuasaan di lokasi akan dilaksanakan sebaik sahaja apabila isyarat diterima oleh perangkap kamera MMS.\nTuan Yang di-Pertua,\n4. Aktiviti kawal selia untuk mengekang kecurian sumber asli seperti mineral dan bahan batuan dijalankan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Penguatkuasaan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 meliputi aktiviti perlombongan, pemprosesan mineral, pengangkutan dan pengumpulan (stockpiling). Selain itu, penguatkuasaan enakmen mineral negeri-negeri turut mempunyai peranan bagi memastikan tida sebarang aktiviti yang berkaitan pengeluaran sumber mineral secara tidak sah.\n5. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli juga dalam usaha untuk menyelaras penguatkuasaan kedua-dua perundangan ini supaya saling melengkapi antara satu sama lain dan dapat memantapkan langkah-langkah penguatkuasaan dan kawal selia aktiviti perlombongan mineral. Usaha ini memerlukan kerjasama antara JMG dengan agensi Negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbir Tanah dan Daerah (PTD) dalam menjalankan operasi bersepadu.\n6. JMG juga bekerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan lain seperti Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Malaysian Space Agency (MYSA) untuk memastikan keberkesanan tindakan kawal selia.\n7. Sebagai contoh, JMG telah menggunakan drone dengan bantuan JUPEM dalam mengenalpasti kuantiti stokpil mineral bauksit di Kuantan, Pahang. Bantuan MySA pula diperolehi melalui teknologi remote sensing di mana sebarang aktiviti pencerobohan dapat dikenalpasti sekiranya terdapat perubahan guna tanah di luar kawasan yang diluluskan untuk aktiviti perlombongan. \n8. Untuk masa akan datang, pengukuhan kawal selia di bawah JMG dijalankan dengan perolehan 3 unit drone sebagai salah satu alat untuk membantu dalam pemantauan operasi perlombongan dengan skala yang lebih meluas.\n9. Dimaklumkan juga bahawa bagi aktiviti pengorekan pasir di Pelantar Benua iaitu kawasan lautan selepas tiga (3) batu nautika daripada tikas air surut adalah tertakluk kepada kelulusan lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli merujuk kepada Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966.\n10. Bagi memantau dan mengekang pelanggaran syarat pengorekan pasir ini, semua kapal pasir yang beroperasi dilengkapi dengan Sistem Dredging and Dumping Management System (DDMS) yang boleh mengesan kedudukan dan pergerakan kapal-kapal tersebut. \n11. Mana –mana kapal yang dikesan tidak mengaktifkan sistem ini atau melakukan pengorekan pasir di luar kawasan konsesi akan didakwa di bawah Akta Pelantar Benua 1966.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2126,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2126",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2020-11-04",
        "year": 2020,
        "no": "47",
        "member": "PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS",
        "area": "KOTA BELUD",
        "minister": "MENTERI TENGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan status pengembalian SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah yang baru sama ada akan diteruskan atau tidak.",
        "question": "PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS [ KOTA BELUD ] minta MENTERI TENGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pengembalian SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah yang baru sama ada akan diteruskan atau tidak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan penyerahan kuasa pembekalan elektrik dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dan memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu dibentuk.\n2. Bagi tujuan ini, Kementerian akan memulakan rundingan penyerahan pembekalan elektrik dan SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah setelah cadangan balas terhadap permohonan-permohonan Kerajaan Negeri Sabah diluluskan oleh Jemaah Menteri.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2071,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2071",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "2",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": null,
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) pakej ketiga serta langkah yang diambil bagi memastikan kos penjanaan b...",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) pakej ketiga serta langkah yang diambil bagi memastikan kos penjanaan bagi program LSS@MEnTARI yang baru diumumkan kekal kompetitif dan rendah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kesemua 5 pembida yang berjaya dalam bidaan Large Scale Solar Pusingan Ketiga (LSS-3) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement (PPA) dengan Tenaga Nasional Berhad. Walaupun syarikat-syarikat tersebut mengalami kelewatan pelaksanaan projek berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kesemua pembida tersebut dijangka mencapai financial close sebelum akhir tahun ini.\n\n2. Bagi memastikan kos penjanaan di bawah Program LSS kekal kompetitif dan rendah, Kerajaan telah meneruskan proses bidaan terbuka bagi penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Program LSS@MEnTARI. Langkah ini adalah selaras dengan dasar perolehan tenaga elektrik Kerajaan iaitu mengikut prinsip least cost option dan memastikan industri TBB negara bersaing secara sihat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2102,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2102",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-18",
        "year": 2020,
        "no": "3",
        "member": "DATO' MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA",
        "area": "PARIT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) berapakah jumlah peruntukan tahunan Dana Akaun Amanah Bekalan Industri Elektrik (AAIBE); dan (b) kemanakah dana ini telah disalurkan dan apakah kesannya kepada rakyat.",
        "question": "DATO' MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA [ PARIT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n(a) berapakah jumlah peruntukan tahunan Dana Akaun Amanah Bekalan Industri Elektrik (AAIBE); dan\n(b) kemanakah dana ini telah disalurkan dan apakah kesannya kepada rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Sumber dana bagi Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) adalah daripada sumbangan tahunan penjana-penjana elektrik yang menyumbang 1% daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang telah diaudit selepas ditolak kos bahan api. Jumlah sumbangan tahunan adalah sekitar RM60 hingga RM90 juta.\n\n2. Dana ini telah disalurkan bagi melaksanakan program-program berikut:\n\ni) bekalan elektrik luar bandar;\n\nii) penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri bekalan elektrik termasuk R&D bagi pembangunan sumber-sumber tenaga baharu dan tenaga boleh baharu;\n\niii) latihan dan pendidikan bagi pembangunan sumber manusia untuk sektor elektrik;\n\niv) penggalakan kecekapan penggunaan elektrik;\n\nv) pembangunan dan promosi industri bekalan elektrik; dan\n\nvi) mengurus impak tarif elektrik.\n\n3. Melalui pelaksanaan program-program ini, ia telah memenuhi tujuan penubuhan dana ini untuk membangunkan industri bekalan elektrik yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2092,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2092",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-06",
        "year": 2020,
        "no": "4",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam proses konservasi biodiversiti pokok-pokok hutan asli daripada ancaman kepupusan serta nyatakan jumlah liputan hutan simpan kekal di s...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [KUALA LANGAT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam proses konservasi biodiversiti pokok-pokok hutan asli daripada ancaman kepupusan serta nyatakan jumlah liputan hutan simpan kekal di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. ementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melaksanakan langkah-langkah dalam memulihara dan memelihara kawasan hutan melalui program-program berikut:\n(i) Majlis Perhutanan Negara (MPN) ke-20 pada 26 September 2006 telah memutuskan supaya 32 spesies pokok buah-buahan hutan berkepentingan kepada fauna dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) tidak boleh ditebang semasa aktiviti pengusaha hasilan hutan. Di samping itu, Majlis Biodiversiti Negara Ke-2 pada 4 Jun 2015 telah membuat keputusan yang sama di mana Kerajaan Negeri bersetuju untuk memelihara dan memulihara 32 spesies pokok buah-buahan tersebut dalam kawasan hutan Tanah Kerajaan yang hendak diusaha hasilkan;\n(ii) melaksanakan usaha bagi menyelamatkan spesies-spesies hutan dari ancaman kepupusan dengan menubuhkan Bank Germplasma Negara di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN);\n(iii) menjadikan kawasan FRIM sebagai habitat kepada 66 daripada 92 spesies dipterokarpa yang terancam. Senarai 92 spesies dipterokarpa terancam ini telah didokumentasikan dalam buku terbitan FRIM pada tahun 2010 iaitu Malaysia Plant Red List yang menyenaraikan semua spesies flora yang terancam;\n\n(iv) melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies dipterokarpa terancam atau Critically Endangered yang berada dalam Hutan Simpanan Kekal dan tersenarai dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Treatened Species secara in-situ dan ex-situ. Kaedah in-situ yang dilaksanakan adalah melalui penubuhan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (High Conservation Value Forests). Pelaksanaan konservasi secara ex-situ juga dijalankan dengan penubuhan arboretum spesies pokok hutan yang terpilih terutamanya spesies dipterokarpa terancam bagi mengelakkan kepupusan spesies tersebut. Sehingga kini, 12 petak Arboretum pelbagai spesies telah ditubuhkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu dengan keluasan keseluruhan 666 hektar;\n(v) bagi Spesies dipterokarpa sangat terancam yang berada di luar Hutan Simpanan Kekal, Majlis Biodiversiti Negara Ke-3 pada 9 Ogos 2016 telah memutuskan supaya kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia memelihara dan memulihara 10 spesies dipterokarpa yang dikategorikan sangat terancam dalam hutan Tanah Kerajaan dengan mewartakan kawasan yang terlibat sebagai mana-mana satu yang berikut:\na) Tapak Perlindungan (Protected Site) berdasarkan Perintah Pemeliharaan Pokok di bawah seksyen 35A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; atau\nb) Tapak Warisan di bawah seksyen 24 Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]; atau\nc) tan Simpanan Kekal (HSK) di bawah seksyen 7 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313];\n(vi) menubuhkan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi atau High Conservation Value Forests bagi spesies Shorea kuantanensis (Damar Hitam) di Kompartmen 47, Hutan Simpan Pelagat, Terengganu. Spesies ini dilaporkan telah pupus dalam Research Pamphlet No. 129 Malaysia Plant Red List Peninsular Malaysia Dipterocarpaceae dan ditemui semula pada tahun 2014;\n(vii) pelaksanaan Projek Central Forest Spine (CFS) yang bertujuan untuk membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang bersambung melalui pembentukan koridor ekologi bagi kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi, hidupan liar dan alam sekitar. Projek ini juga melibatkan restorasi semula kawasan-kawasan terosot dalam koridor ekologi dengan pelbagai pokok hutan termasuk pokok nadir khususnya yang berkepentingan kepada fauna. Sekaligus ini dapat mengkayakan kepelbagaian ekologi, menyediakan laluan bagi hidupan liar terutamanya di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai rangkaian ekologi CFS;\n(viii) menguatkuasakan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] di seluruh negara bagi melindungi spesies pokok yang diklasifikasikan sebagai sebagai Rare, Threatened and Endangered species;\n(ix) bekerjasama dengan The International Tropical Timber Organization and the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora Secretariats (ITTO-CITES) bagi menangani isu pengusahasilan karas (Aquilaria malaccensis) yang kurang lestari di Semenanjung;\n(x) melaksanakan program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang bersesuaian di pesisiran pantai negara di seluruh negara;\n(xi) mendokumentasikan kekayaan kepelbagaian biologi hutan yang terdapat dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia melalui penganjuran Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan. Sehingga kini sebanyak 35 siri Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi dalam Hutan Simpanan Kekal yang merangkumi kawasan hutan darat, hutan paya laut dan hutan paya gambut; dan\n\n(xii) mewujudkan pangkalan data atas talian bagi kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan di Malaysia melalui platform MyBIS yang turut mengandungi status pemuliharaan spesies tumbuhan terpilih.\nDi Sabah, antara langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Sabah adalah seperti berikut:\n\n(i) mewartakan kawasan berhutan dalam kawasan tanah kerajaan sebagai kawasan hutan simpan untuk tujuan perlindungan dan konservasi alam sekitar serta pengekalan sumber air dan biodiversiti;\n(ii) meningkatkan keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Area - TPA) selaras dengan Dasar Hutan Sabah 2018 iaitu meningkatkan keluasan TPA di seluruh Sabah kepada 30% menjelang tahun 2025;\n(iii) melaksanakan projek Heart of Borneo di Sabah yang mengutamakan pemulihan koridor hutan;\n(iv) menyediakan peta kawasan High Conservation Value (HCV) untuk membantu perancangan pembangunan dan rasionalisasi guna tanah berdasarkan amalan pengurusan terbaik;\n(v) melaksanakan rawatan sivikultur dan tanaman mengaya seluas 15,000 hektar setiap tahun untuk memulihkan kawasan hutan terosot dan meningkatkan fungsi-fungsi ekologi hutan; dan\n(vi) membukukan spesies pokok endemik di Sabah dalam Sabah Plant Red List Endemic Tree Species untuk tujuan rekod taburan dan menilai status pemuliharaan berdasarkan International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List Assessment Criteria.\nManakala di Sarawak, antara langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti berikut:\n\n(i) melindungi spesies yang diklasifikasikan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 sebagai spesies terlindung (protected species) dan spesies terlindung sepenuhnya (totally protected species);\n(ii) memelihara spesies-spesies terancam di kawasan High Conservation Value Forest melalui Forest Management Unit;\n(iii) melaksanakan projek Heart of Borneo di Sarawak yang mengutamakan pemulihan koridor hutan;\n\n(iv) bekerjasama dengan universiti-universiti awam dan swasta untuk menjalankan kajian mengenai spesies-spesies pokok terancam melalui penganjuran Ekspedisi Saintifik; dan\n(v) menjalankan kajian mengenai spesies pokok Ramin “Non Detriment Findings of Gonystylus bancanus (Ramin) in Permanent Forest Estate and Totally Protected Area in Sarawak yang dibiayai dibawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11.\n\n2. Mengenai keluasan kawasan berhutan negara, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, Malaysia masih mengekalkan kira-kira 18.27 juta hektar (55.3%) kawasan tanah di bawah litupan hutan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11.67 juta hektar atau 35.3% adalah dikategorikan sebagai Hutan Simpanan Kekal.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2097,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2097",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-12",
        "year": 2020,
        "no": "8",
        "member": "TUAN WONG HON WAI",
        "area": "BUKIT BENDERA",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status permohonan Perbadanan Bukit Bendera untuk penyenaraian sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan apakah langkah-langkah tambahan yang perlu dibuat.",
        "question": "TUAN WONG HON WAI [BUKIT BENDERA] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status permohonan Perbadanan Bukit Bendera untuk penyenaraian sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan apakah langkah-langkah tambahan yang perlu dibuat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian ini telah menerima dossier pencalonan tapak rizab biosfera Bukit Bendera daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sedang dalam proses menguruskannya untuk kelulusan Jemaah Menteri. Dossier pencalonan akan dikemukakan kepada Sekretariat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada bulan September 2020.\n2. Pencalonan tersebut akan melalui proses penilaian oleh panel Advisory Committee for Biosphere Reserve. Seterusnya pencalonan ini akan dibentangkan di Mesyuarat Man and the Biosphere International Coordinating Council (MAB ICC) untuk pertimbangan akhir.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2084,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2084",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-27",
        "year": 2020,
        "no": "10",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan pasir silika, tanah liat dan lain-lain mineral serta tindakan-tindak...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM [KUALA LANGAT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan pasir silika, tanah liat dan lain-lain mineral serta tindakan-tindakan yang diambil untuk menubuhkan Lembaga Sumber Asli Negara (Formation of the Mineral Board).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nPada masa ini, rizab mineral negara yang belum dibangunkan, dianggar bernilai RM 4.11 trillion. Rizab ini merangkumi mineral berlogam, mineral bukan logam (termasuk pasir laut dan sungai) dan mineral tenaga. Bagi memastikan sektor industri mineral dapat dibangunkan secara holistik dan memberi pulangan pada jangka masa yang panjang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang merangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara.\nPelan transformasi ini merupakan satu inisiatif bagi merancakkan semula industri mineral negara dengan perancangan yang dicadangkan selama 10 tahun iaitu bermula dari tahun 2020-2030. Pelan transformasi ini akan dipacu dengan matlamat dan sasaran yang jelas serta dibangunkan melalui pengukuhan teras-teras utama yang merangkumi aspek tadbir urus berkesan dan holistik, pembangunan industri, pembangunan data maklumat serta kemajuan teknologi dan inovasi.\nKementerian akan memastikan sasaran yang ditetapkan sepanjang 2020 hingga 2030 berjaya dicapai mengikut garis masa yang telah dirancang. Ini merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan proses pembangunan industri mineral dapat dilaksanakan secara sistematik agar usaha untuk membangunkan industri mineral boleh diteruskan pada fasa-fasa pelan pembangunan seterusnya. \n\nKesemua teras ini melambangkan hasrat Kementerian dalam memastikan pembangunan industri mineral menjadi sebagai salah satu penyumbang besar kepada ekonomi negara. Hal ini termasuklah memastikan pembangunan industri mineral tidak lagi tertumpu kepada aktiviti perlombongan di peringkat huluan semata-mata. Malahan ia akan berkembang luas sehingga ke aktiviti pemprosesan atau penghasilan produk berasaskan mineral yang merangkumi peringkat pertengahan dan hiliran.\nSepanjang proses pelaksanaan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara, Kementerian ini akan memaklumkan kemajuan pelaksanaan dan perjalanan pelan transformasi ini melalui laporan kemajuan tahunan yang memberi tumpuan kepada pencapaian dan jurang yang masih wujud serta tindakan intervensi yang bakal dilaksanakan. Ia bagi memastikan pelan yang dirancang mencapai prestasi kemajuan yang ditetapkan.\n\nKementerian juga berhasrat untuk mewujudkan semula Majlis Mineral Negara yang sebelum ini telah digabungkan di bawah Majlis Tanah Negara pada tahun 2009. Pewujudan semula Majlis Mineral Negara adalah bagi memastikan isu-isu berkaitan industri mineral negara dapat dibincangkan secara komprehensif antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terutamanya untuk memastikan segala perancangan dan pelaksanaan yang terkandung dalam pelan transformasi industri mineral negara dapat dicapai sepenuhnya.\nSelain itu, Kementerian ini juga dalam tindakan untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Malaysia (LPMM) sebagai pemacu pembangunan dan tadbir urus industri mineral secara khusus dan holistik termasuk kawal selia industri tersebut. Kementerian ini mensasarkan untuk membentangkan RUU LPMM ini di Parlimen pada bulan Mac 2021.\nTambahan lagi, antara langkah awal yang telah diambil bagi memastikan ketelusan dalam tadbir urus industri mineral negara, Kementerian ini juga telah memperkenalkan prosedur baharu dalam proses permohonan kelulusan pengeksportan pasir di mana Jawatankuasa Teknikal Pengeksportan Pasir Ke Luar Negara (JKTEP) telah ditubuhkan untuk meneliti, menyemak dan mempertimbang setiap permohonan. JKTEP juga bertanggung jawab untuk mengemukakan syor terhadap setiap permohonan setelah pemohon memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.\nKementerian Tenaga dan Sumber Asli komited untuk merealisasikan pelan transformasi industri mineral negara agar sektor mineral menjadi sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara, di samping mengamalkan kaedah perlombongan yang mampan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di masa hadapan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2098,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2098",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-12",
        "year": 2020,
        "no": "11",
        "member": "DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN",
        "area": "PONTIAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap 14 negeri di Malaysia serta bahagikan mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar. Nyatakan jumlah keluasan ...",
        "question": "DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN [ PONTIAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap 14 negeri di Malaysia serta bahagikan mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar. Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di setiap 14 negeri serta adakah Kementerian bercadang untuk menambah tanah Rizab Melayu itu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Untuk makluman, maklumat mengenai pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap negeri di Malaysia mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar disimpan oleh setiap negeri secara berasingan. Sebagai maklumat tambahan dalam ruangan tuan tanah berdaftar hanya didaftarkan nama individu dan nombor kad pengenalan dan tiada rekod pendaftaran kaum, etnik atau agama dalam dokumen hakmilik tanah selaras dengan prinsip setiap individu yang tidak tertakluk dengan had umur, kewarasan seseorang dan tidak diisytihar bankrap boleh memiliki tanah tanpa prejudis agama atau bangsa.\n2. Urusan pemilikan tanah dan urusan perizapan Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.\n\n3. Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemaskini data Tanah Rizab Melayu (TRM). \n4. Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung pemilikan tanah dan keluasan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2106,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2106",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-26",
        "year": 2020,
        "no": "12",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan potensi pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) yang begitu bernilai ekonomi. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk membangunkan potensi baru ini.",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM [KUALA LANGAT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan potensi pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) yang begitu bernilai ekonomi. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk membangunkan potensi baru ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) masih lagi meneruskan kajian untuk menilai potensi sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan-kawasan di seluruh Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengekstrakan nadir bumi yang akan dibangunkan kelak adalah dari jenis “ion adsorption clay\" yang mana tiada kandungan bahan radioaktif. Berdasarkan kajian semasa yang dijalankan oleh JMG, jumlah nilai sumber unsur nadir bumi adalah dianggarkan bernilai USD182 bilion. \nKerangka Dasar \nKeTSA sedang membangunkan satu kerangka dasar dan dengan izin Standard Operating Procedure (SOP) yang akan menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan dan penggiat industri bagi memastikan industri ini dilaksanakan secara mampan dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.\n\nSehubungan itu, KeTSA telah mengariskan 9 teras yang akan menjadi panduan kepada penyediaan kerangka dasar pelaksanaan pembangunan industri perlombongan NR-REE di Malaysia seperti berikut:\n\n• membangunkan penggiat industri;\n\n• pengenalan insentif;\n\n• pembangunan teknologi;\n\n• pewujudan zon/kluster;\n\n• penyelarasan tadbir urus agensi;\n\n• penyelarasan perundangan;\n\n• penstrukturan industri unsur nadir bumi;\n\n• pangkalan data rizab unsur nadir bumi; dan\n\n• pembangunan kapasiti modal insan.\n\nKeTSA juga sedang dalam proses merangka perundangan dan SOP bagi operasi perlombongan mineral NR-REE. Program kesedaran berbentuk simposium, webinar dan sesi libat urus yang berkaitan pembangunan NR-REE telah dan akan dilaksanakan bagi meyakinkan rakyat bahawa keselamatan dan kesejahteraan sememangnya perkara yang diutamakan dalam membangun sumber ini. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2093,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2093",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-06",
        "year": 2020,
        "no": "13",
        "member": "TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI",
        "area": "DUNGUN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan penjelasan rungutan rakyat terhadap isu bil TNB daripada Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan apakah langkah membantu rakyat terhadap isu ini.",
        "question": "TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI [ DUNGUN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan rungutan rakyat terhadap isu bil TNB daripada Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan apakah langkah membantu rakyat terhadap isu ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Majoriti rungutan rakyat berkenaan bil elektrik bulan Mac hingga Mei 2020 adalah disebabkan pengguna tidak mendapat bil bacaan sebenar dalam tempoh tersebut. Bacaan sebenar tidak dapat dibuat kerana operasi bacaan meter elektrik secara fizikal telah dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 20 Mac sehingga 18 Mei 2020.\n2. Ini adalah selaras dengan prosedur Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi menjaga kebajikan pembaca meter dan membendung penularan wabak COVID-19. Dalam hal ini, bacaan bil dibuat secara anggaran bagi tempoh Mac, April dan Mei 2020 yang menyebabkan bil elektrik bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun. Langkah yang sama juga telah diambil oleh pihak utiliti lain di rantau ini seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.\n3. Bagi membantu pengguna meringankan beban sara hidup rakyat dalam tempoh PKP, Kerajaan telah mengumumkan pakej-pakej diskaun bil elektrik seperti berikut:\n\n(i) Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) yang memberikan diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh April hingga September 2020 kepada pengguna perdagangan daripada enam sektor perniagaan iaitu pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan. Selain itu, diskaun 2% juga diberikan kepada semua pengguna industri dan perdagangan selain daripada enam sektor perniagaan tersebut termasuk semua pengguna domestik seluruh Malaysia;\n(ii) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah untuk menambah baik pakej PRE 2020 dengan pemberian diskaun bil elektrik di antara 2% hingga 50% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh April hingga September 2020 bagi pengguna domestik di Semenanjung sahaja; dan\n\n(iii) Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) iaitu bil elektrik percuma sehingga RM77 sebulan untuk bulan April hingga Jun 2020 kepada semua pengguna domestik di Semenanjung yang melibatkan seramai 7.66 juta pengguna dan memperkenalkan diskaun tambahan sebanyak 8% kepada pengguna domestik dengan penggunaan 601 – 900 kWj sebulan;\n(iv) pelanjutan diskaun di bawah pakej PRIHATIN sehingga 31 Disember 2020 termasuk diskaun tambahan kepada pengguna dengan penggunaan 601 – 900 kWj sebulan; dan\n(v) penurunan surcaj kepada pengguna komersial dan industri sebanyak 2 sen/kWj di bawah semakan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020. Ia memberikan tambahan diskaun kepada pengguna komersial dan industri di antara 3% hingga 5.7% yang melibatkan kos sebanyak RM626.67 juta.\nKesemua pakej dan pemberian diskaun ini melibatkan kos sebanyak RM3.2 bilion yang memberi manfaat kepada 7.6 juta pengguna bagi tempoh April hingga Disember 2020.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2078,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2078",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-21",
        "year": 2020,
        "no": "16",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk menuntut semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dari penjana-penjana kuasa bebas (IPP). Be...",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk menuntut semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dari penjana-penjana kuasa bebas (IPP). Berapa jumlah yang telah dituntut sejak Mac 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Usaha untuk menuntut semula tunggakan daripada penjana-penjana elektrik masih diteruskan mengikut jadual bayaran ansuran yang telah dipersetujui dengan syarikat-syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, proses tuntutan hutang mengalami kelewatan berikutan penstrukturan semula Kementerian dan Agensi serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, tiada sebarang kutipan tunggakan diterima sejak Mac 2020.\n\n2. Dengan berakhirnya tempoh PKP, urusan tadbir urus telah pun diselesaikan dan Kementerian telah memaklumkan mengenai tatacara dan kaedah pembayaran terkini kepada penjana-penjana elektrik yang berkaitan untuk melaksanakan bayaran yang tertangguh dalam tempoh PKP. Susulan itu, tuntutan sumbangan tertangguh sepanjang tempoh PKP juga telah dilaksanakan bermula pada bulan Julai 2020. Ansuran selepas tempoh PKP akan diterima mengikut jadual bayaran ansuran yang telah dipersetujui.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2072,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2072",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "18",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan kesan daripada operasi pengeluaran pasir dasar laut di kawasan Pelantar Benua Malaysia susulan kelulusan lesen pasir dasar laut terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian. Apakah terdapat...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kesan daripada operasi pengeluaran pasir dasar laut di kawasan Pelantar Benua Malaysia susulan kelulusan lesen pasir dasar laut terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian. Apakah terdapat aktiviti mengorek pasir secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\ni) Dimaklumkan, bagi aktiviti pengorekan pasir di Pelantar Benua iaitu kawasan lautan selepas tiga (3) batu nautika daripada tikas air surut adalah tertakluk kepada kelulusan lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli selaras dengan Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966. Pada masa ini, hanya terdapat satu syarikat berlesen yang beroperasi bagi aktiviti pengorekan pasir di Pelantar Benua.\n\nii) Bagi sebarang permohonan lesen pengorekan pasir dasar laut di kawasan Pelantar Benua, sebelum sesuatu lesen dikeluarkan, permohon perlu mendapat kelulusan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) selaras dengan Perkara 8(c) dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 1974).\n\niii) Kawalan terhadap pengeluaran lesen melalui kelulusan EIA ini adalah bagi memastikan impak kepada alam sekitar dapat ditangani dengan lebih berkesan memandangkan langkah-langkah mitigasi untuk melindungi ekologi hidupan laut, memastikan keselamatan pelayaran dan lain-lain telah diambil kira dalam Laporan Kajian EIA tersebut.\n\niv) Pada masa yang sama, Kerajaan melaksanakan pemantauan ke atas aktiviti perlombongan pasir dasar laut melalui jawatankuasa yang diurus setiakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Jawatankuasa ini turut memastikan pematuhan terhadap mekanisma permohonan pasir bagi mengelakkan kesan negatif ke atas ekosistem hidupan laut dan alam sekitar.\n\nv) Bagi menangani aktiviti pengorekan pasir secara haram, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan berkala turut dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) di mana sepanjang tahun 2019, terdapat 36 operasi pemeriksaan ke atas kapal-kapal pasir yang dilaksanakan dengan 13 tangkapan telah dibuat.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2103,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2103",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-18",
        "year": 2020,
        "no": "18",
        "member": "DATUK MOHD. AZIS BIN JAMMAN",
        "area": "SEPANGGAR",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan penjelasan berkenaan isu bil Tenaga Nasional Berhad yang melambung dengan melampau sehingga menimbulkan beban yang teruk kepada rakyat di seluruh negara.",
        "question": "DATUK MOHD. AZIS BIN JAMMAN [SEPANGGAR] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan berkenaan isu bil Tenaga Nasional Berhad yang melambung dengan melampau sehingga menimbulkan beban yang teruk kepada rakyat di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan bil elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antaranya adalah seperti berikut:\n\n(i) penggunaan elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP telah meningkat di antara 20 hingga 50%. Keadaan ini berlaku kerana rakyat telah mematuhi perintah Kerajaan untuk berada di rumah masing-masing dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh PKP kecuali pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat; dan\n\n(ii) operasi bacaan meter elektrik secara fizikal telah dihentikan sepanjang tempoh PKP iaitu bagi tempoh 20 Mac 2020 sehingga 18 Mei 2020. Bacaan bil dibuat secara anggaran bagi tempoh Mac, April dan Mei 2020 yang menyebabkan bil elektrik bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun. Aktiviti bacaan meter elektrik oleh semua utiliti elektrik di Malaysia telah dihentikan secara sementara bermula 18 Mac 2020 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi menjaga kebajikan pembaca meter dan memutuskan rantaian serta membendung penularan wabak Covid-19. Langkah yang sama juga telah diambil oleh pihak utiliti lain di rantau ini seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.\n\n2. Memang tidak dinafikan bahawa pembacaan bil secara anggaran ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna memandangkan ini merupakan kali pertama TNB melaksanakan\npengebilan secara anggaran untuk tempoh 3 bulan berturut-turut. Tambahan pula, kaedah pengiraan ini agak sukar difahami oleh sebahagian besar rakyat yang menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati dan seterusnya menyebabkan isu peningkatan bil secara mendadak menjadi tular di media sosial.\n\n3. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa kaedah pengiraan yang diguna pakai oleh TNB telah disahkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia industri bekalan elektrik negara. Kaedah yang sama juga diguna pakai oleh utiliti negara lain yang telah menghentikan bacaan bil secara fizikal dalam menangani penularan wabak COVID-19.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2079,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2079",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-21",
        "year": 2020,
        "no": "21",
        "member": "TUAN CHA KEE CHIN",
        "area": "RASAH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci Skim Diskaun Prihatin dan Skim Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang dilaksanakan baru-baru ini dan kenapakah terdapat rungutan daripada ramai pengguna bahawa berlaku ke...",
        "question": "TUAN CHA KEE CHIN [RASAH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci Skim Diskaun Prihatin dan Skim Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang dilaksanakan baru-baru ini dan kenapakah terdapat rungutan daripada ramai pengguna bahawa berlaku kenaikan bil elektrik sepanjang tempoh tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kerajaan telah mengumumkan diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 sebagai penambahbaikan kepada diskaun elektrik yang diumumkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) pada 27 Februari 2020 dan pengumuman penambahbaikan seterusnya pada 16 Mac 2020 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.\n\n2. Pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik di bawah PRIHATIN dilaksanakan bagi penggunaan elektrik bermula 1 April sehingga 30 September 2020 seperti berikut:\n\n(i) diskaun sebanyak 50% diberikan kepada pengguna yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah atau dengan bil elektrik RM43.60 ke bawah;\n\n(ii) diskaun sebanyak 25% kepada pengguna yang menggunakan elektrik di antara 201-300kWj sebulan atau dengan bil elektrik di antara RM43.93 hingga RM77.00;\n\n(iii) diskaun bil elektrik sebanyak 15% bagi pengguna yang menggunakan elektrik di antara 301-600kWj sebulan atau dengan bil elektrik di antara RM77.52 hingga RM231.80; dan\n\n(iv) diskaun sebanyak 2% bagi pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 600kWj sebulan atau dengan bil elektrik melebihi RM231.80.\n\n3. Bagi mengurangkan beban rakyat yang mengalami kenaikan bil elektrik kerana terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) pada 20 Jun 2020 kepada semua pengguna domestik bagi penggunaan elektrik sepanjang tempoh PKP iaitu bagi bulan April, Mei dan Jun 2020. Perincian pelaksanaan BPE adalah seperti berikut:\n\n(i) pengguna dengan penggunaan elektrik 300 kiloWatt jam (kWj) ke bawah sebulan atau jumlah bil elektrik RM77 ke bawah akan menikmati bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020;\n\n(ii) pengguna dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj sebulan pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 atau RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020;\n\n(iii) diskaun tambahan sebanyak 8% diberikan kepada pengguna dengan penggunaan di antara 601 hingga 900 kWj menjadikan diskaun keseluruhan sebanyak 10% sebulan bagi tempoh April sehingga September 2020; dan\n\n(iv) pengguna dengan penggunaan elektrik melebihi 900 kWj sebulan akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 atau RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.\n\n4. Rungutan daripada ramai pengguna bahawa berlaku kenaikan bil elektrik semasa tempoh PKP adalah berpunca antaranya daripada faktor-faktor berikut:\n\ni) Penggunaan elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP telah meningkat di antara 20 hingga 50%. Keadaan ini berlaku kerana rakyat telah mematuhi perintah Kerajaan untuk berada di rumah masing-masing dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh PKP kecuali pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN); dan\n\ni) Operasi bacaan meter elektrik secara fizikal telah dihentikan sepanjang tempoh PKP iaitu bagi tempoh 20 Mac 2020 sehingga 18 Mei 2020. Bacaan bil dibuat secara anggaran bagi tempoh Mac, April dan Mei 2020 yang menyebabkan bil elektrik bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun. Aktiviti bacaan meter elektrik oleh semua utiliti elektrik di Malaysia telah dihentikan secara sementara bermula 18 Mac 2020 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang ditetapkan oleh MKN demi menjaga kebajikan pembaca meter dan memutuskan rantaian serta membendung penularan wabak Covid-19. Langkah yang sama juga telah diambil oleh pihak utiliti lain di rantau ini seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2094,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2094",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-06",
        "year": 2020,
        "no": "21",
        "member": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP",
        "area": "MERBOK",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan dari manakah sumber dana untuk memberikan subsidi dengan memberikan diskaun penggunaan elektrik yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) mengikut kategori...",
        "question": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP [MERBOK] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan dari manakah sumber dana untuk memberikan subsidi dengan memberikan diskaun penggunaan elektrik yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) mengikut kategori penggunaan bulanan dan apakah kesan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila penggunaan elektrik dalam segmen domestik, segmen komersial dan industri berubah sepanjang tempoh PKP dan PKPB.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sumber dana bagi menampung pemberian diskaun penggunaan elektrik yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020), Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) adalah daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad. Jumlah keseluruhan kos pemberian diskaun ini ialah sebanyak RM2.62 bilion.\n2. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), terdapat penurunan penggunaan elektrik bagi sektor perdagangan (komersial) dan sektor perindustrian. Secara purata, sektor perdagangan mencatatkan penurunan penggunaan elektrik sebanyak 31% manakala sektor perindustrian mencatatkan penurunan sebanyak 47%. \n3. Pengguna domestik pula menunjukkan peningkatan penggunaan elektrik secara purata 23% berbanding sebelum PKP apabila pengguna berada di rumah untuk jangka masa yang lebih panjang dan menggunakan lebih banyak peralatan elektrik daripada kebiasaan.\n4. Memandangkan majoriti sektor industri dan komersial ditutup semasa PKP, terdapat perubahan penggunaan elektrik dalam tempoh PKP yang menyebabkan jualan elektrik oleh TNB menurun kepada RM3.4 bilion secara purata bagi bulan April hingga Jun berbanding RM3.8 bilion sebelum tempoh PKP.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2090,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2090",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-03",
        "year": 2020,
        "no": "24",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apa rancangan Kementerian untuk melindungi dan mengurus Kompleks Hutan Ulu Muda. Dalam usaha melindungi kepelbagaian biologi dan khazanah hutan Malaysia, pihak berkuasa persekutuan dan n...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apa rancangan Kementerian untuk melindungi dan mengurus Kompleks Hutan Ulu Muda. Dalam usaha melindungi kepelbagaian biologi dan khazanah hutan Malaysia, pihak berkuasa persekutuan dan negeri mesti bekerjasama serta berganding bahu. Mengapa pihak berkuasa persekutuan melengah-lengahkan usaha Pemindahan Fiskal Ekologi (Ecological Fiscal Transfer) kepada pihak berkuasa negeri yang sedang giat melakukan program memulihara dan memelihara sumber alam semula jadinya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, luas keseluruhan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda ialah 106,418 hektar dan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah. Daripada jumlah tersebut seluas 16,229 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air manakala seluas 11,118 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri di bawah Seksyen 10 (1) dalam akta yang sama.\n2. Bagi membantu Kerajaan Negeri melindungi dan menguruskan kawasan ini, permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) telah dikemukakan untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang akan melibatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti seperti berikut:\n(i) Penyediaan pelan tindakan pengurusan Taman Negeri Ulu Muda;\n(ii) Pembangunan infrastruktur yang berkaitan; dan\n(iii) Pembangunan modal insan serta peningkatan kesedaran masyarakat.\n3. Mengenai pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT), Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta di bawah Bajet 2019 bagi menggalakkan Kerajaan Negeri melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected areas - PA).\n4. Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 27 Mei 2019 telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tersebut bagi membiayai kadar baharu Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) untuk melindungi kawasan perlindungan hutan dan marin serta membantu Negeri-Negeri yang berpendapatan rendah melaksanakan program/projek bagi meningkatkan hasil negeri. Pengagihan peruntukan kepada Kerajaan Negeri telah dilaksanakan mulai Mei 2019 dan telahpun selesai. \n5. Kementerian telah memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan EFT pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan diluluskan oleh MOF untuk EFT pada tahun 2020. Kementerian akan memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi meneruskan inisiatif EFT dalam bajet 2021. Kementerian juga akan mencadangkan formula pengagihan yang lebih komprehensif dengan memberi penekanan kepada kriteria kualiti pengurusan kawasan perlindungan dan usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perlindungan yang baharu.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2099,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2099",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-12",
        "year": 2020,
        "no": "24",
        "member": "DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM",
        "area": "PORT DICKSON",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan susulan dengan pengumuman Kementerian meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) berjumlah RM942 juta semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah tindakan yang diambil terhadap Tena...",
        "question": "DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PORT DICKSON ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan susulan dengan pengumuman Kementerian meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) berjumlah RM942 juta semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah tindakan yang diambil terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengenakan kenaikan bil elektrik secara mendadak kepada pengguna semasa PKP.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \nBerdasarkan semakan yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj dalam bil elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan penggunaan tenaga yang direkodkan melalui meter yang sah dengan mengikut kadar dan struktur tarif seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Oleh itu, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap TNB kerana TNB mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2080,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2080",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-21",
        "year": 2020,
        "no": "27",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan inisiatif Malaysia Electricity Supply Industry 2.0 (MESI 2.0) yang merangkumi langkah-langkah untuk meningkatkan persaingan dalam rangkaian pembekala...",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan inisiatif Malaysia Electricity Supply Industry 2.0 (MESI 2.0) yang merangkumi langkah-langkah untuk meningkatkan persaingan dalam rangkaian pembekalan elektrik dari pembelian bahan api ke penjualan runcit supaya industri ini tidak terus dimonopoli.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian telah meneliti inisiatif-inisiatif yang telah dirancang di bawah MESI 2.0 dan sedang mengambil langkah untuk mengkaji semula inisiatif-inisiatif tersebut selaras dengan fokus Kerajaan sekarang yang meletakkan kepentingan rakyat dan kesediaan industri bekalan elektrik negara dalam mendepani cabaran pada masa akan datang berikutan penularan wabak Covid-19, sebagai keutamaan dalam melaksanakan MESI 2.0.\n\n2. Dalam hubungan ini, Kementerian berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan satu kajian menyeluruh berkaitan pelaksanaan MESI 2.0. Selain itu, kajian ini juga penting bagi memastikan pelaksanaannya kelak tidak akan membebankan pengguna, tidak memberikan implikasi kewangan kepada Kerajaan di samping memastikan Kerajaan masih mempunyai kawalan ke atas industri bekalan elektrik negara khususnya bagi perkara-perkara yang melibatkan tarif elektrik.\n\n3. Berdasarkan kajian awal yang dilaksanakan, sekiranya pelaksanaan inisiatif MESI 2.0 diteruskan, ia akan memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan sekitar RM 5 bilion dan Kerajaan melalui Kementerian Kewangan juga perlu mengambil alih obligasi Power Purchase Agreement yang berjumlah RM 60 bilion ke RM 80 bilion daripada Tenaga Nasional Berhad.\n\n4. Oleh itu, berpandangan bahawa inisiatif MESI 2.0 ini wajar dikaji semula dengan mengambil kira impaknya yang besar bukan sahaja kepada industri bekalan elektrik negara malah kepada negara secara keseluruhannya.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2095,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2095",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-06",
        "year": 2020,
        "no": "30",
        "member": "TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM",
        "area": "SUNGAI SIPUT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah aduan berkaitan peningkatan bil elektrik selepas menjalankan semula bacaan meter selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apakah punca bil elektrik terlalu tinggi dan bagaimana ...",
        "question": "TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM [SUNGAI SIPUT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah aduan berkaitan peningkatan bil elektrik selepas menjalankan semula bacaan meter selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apakah punca bil elektrik terlalu tinggi dan bagaimana Kementerian menjelaskan kaedah pengiraan penggunaan elektrik kepada rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n1. Sebanyak 67,576 pertanyaan dan aduan berkaitan peningkatan bil elektrik telah diterima bagi tempoh Mei dan Jun 2020 oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas menjalankan semula bacaan meter bermula 15 Mei 2020 yang dihentikan bermula pada 20 Mac 2020.\n2. Selain itu, sejumlah 3,551 aduan terhadap TNB bagi tempoh yang sama juga telah diterima oleh Suruhanjaya Tenaga berhubung peningkatan bil elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pertanyaan dan aduan yang dikemukakan oleh pengguna ini adalah untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pengiraan bil elektrik mereka semasa tempoh PKP.\n\n3. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan bil elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n(i) penggunaan elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP telah meningkat di antara 20 hingga 50%. Keadaan ini berlaku kerana rakyat telah mematuhi perintah Kerajaan untuk berada di rumah masing-masing dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh PKP kecuali pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat; dan \n(ii) operasi bacaan meter elektrik secara fizikal telah dihentikan sepanjang tempoh PKP iaitu bagi tempoh 20 Mac 2020 sehingga 18 Mei 2020. Bacaan bil dibuat secara anggaran bagi tempoh Mac, April dan Mei 2020 yang menyebabkan bil elektrik bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun. \n4. Memang tidak dinafikan bahawa pembacaan bil secara anggaran ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna memandangkan ini merupakan kali pertama TNB melaksanakan pengebilan secara anggaran untuk tempoh 3 bulan berturut-turut. Tambahan pula, kaedah pengiraan ini agak sukar difahami oleh sebahagian besar rakyat yang menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati dan seterusnya menyebabkan isu peningkatan bil secara mendadak menjadi tular di media sosial. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa kaedah pengiraan yang diguna pakai oleh TNB telah disahkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia industri bekalan elektrik negara. Kaedah yang sama juga diguna pakai oleh utiliti negara lain yang telah menghentikan bacaan bil secara fizikal dalam menangani penularan wabak COVID-19. \n5. Bagi membantu pengguna memahami kaedah pengiraan bil elektrik ini, pihak Kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Tenaga dan TNB telah memberi penjelasan melalui pelbagai kaedah menggunakan saluran media elektronik, media cetak dan media sosial. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2081,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2081",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-21",
        "year": 2020,
        "no": "37",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan Status Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 dan rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa yang akan datang.",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan Status Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 dan rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa yang akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 digubal untuk memastikan pemuliharaan biodiversiti, penggunaannya secara mampan dan faedah yang terhasil daripadanya dikongsi secara adil dan saksama oleh setiap lapisan masyarakat. Dasar ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap ketetapan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity - CBD) dan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.\n\n2. Pencapaian Dasar ini bagi tempoh 2016 hingga 2019 telah dilaporkan dalam Laporan Kebangsaan yang ke-6 kepada CBD. Laporan ini menunjukkan bahawa Malaysia telah mencapai sebahagian besar sasaran yang telah ditetapkan. Antara pencapaian yang dicatatkan adalah pengurusan kawasan perlindungan, penguatkuasaan dan pengawalan jenayah hidupan liar, akses kepada sumber biologi dan perkongsian faedah dan mobilisasi sumber. Laporan Kebangsaan juga menunjukkan bahawa faktor kewangan, sumber manusia dan pengarusperdanaan (mainstreaming) biodiversiti dalam sektor-sektor utama masih menjadi kekangan untuk memenuhi sasaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan.\n\n3. Mulai tahun ini, Kementerian akan melaksanakan beberapa aktiviti berkaitan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan antaranya:\n\n(i) menyemak semula Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan dengan mengambil kira keperluan semasa dan obligasi antarabangsa seperti Post-2020 Global Biodiversity Framework;\n\n(ii) mengarusperdanakan biodiversiti dalam sektor-sektor utama antara lainnya melalui projek Mainstreaming Biodiversity Conservation into River Management dan Biodiversity Conservation and Management or Protected Areas in ASEAN (BCAMP); dan\n\n(iii) mengukuhkan pangkalan data biodiversiti kebangsaan iaitu Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS).\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2085,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2085",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-27",
        "year": 2020,
        "no": "37",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan keseriusan pihak Kementerian dalam memerangi aktiviti yang melibatkan pembalakan haram sepanjang pandemik COVID-19 menular.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keseriusan pihak Kementerian dalam memerangi aktiviti yang melibatkan pembalakan haram sepanjang pandemik COVID-19 menular.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa bersiap siaga dalam memerangi kes kesalahan hutan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal terutamanya yang melibatkan pembalakan haram. Sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 ini, aktiviti penguatkuasaan hutan sentiasa dijalankan seperti biasa sebagaimana yang dilaksanakan sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terutamanya di kawasan hotspot dan berisiko tinggi berlakunya kes kesalahan hutan dengan mengamalkan norma baharu sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).\n2. Sepanjang tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), JPSM telahpun mengarahkan semua Jabatan Perhutanan Negeri untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan di negeri masing-masing selaras dengan Akta Perhutanan Negara [Akta 313] dan garis panduan (SOP) yang berkuatkuasa. Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 71 kes kesalahan hutan telah direkodkan dan telah dibuka kertas siasatan. Daripada jumlah tersebut, ia melibatkan seramai 47 orang yang disyaki (ODS) yang terdiri daripada 41 warga tempatan dan 6 warga asing bagi pelbagai kes kesalahan hutan.\n3. Sehingga kini, kes pembalakan haram yang direkodkan daripada bulan Januari hingga Mei 2020 di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 8 kes di mana 6 kes adalah dalam tempoh PKP dan PKPB.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2086,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2086",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-27",
        "year": 2020,
        "no": "39",
        "member": "DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN",
        "area": "KIMANIS",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian yang telah diambil untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah.",
        "question": "DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN [ KIMANIS ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian yang telah diambil untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerian telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu meningkatkan kualiti bekalan dan perkhidmatan elektrik di Sabah seperti berikut:\n1. Kerajaan telah melaksanakan perancangan pembekalan elektrik Sabah melalui Pelan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah yang dianggotai oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan serta syarikat utiliti Sabah Electricity Sdn Bhd.\n2. Pelan Pembangunan Penjanaan ini menetapkan perancangan penjanaan bagi tempoh jangka panjang (sehingga 20 tahun) dan jangka pendek (sehingga 10 tahun sahaja) untuk negeri Sabah berdasarkan analisis lengkap oleh Suruhanjaya Tenaga selaku badan regulatori industri bekalan elektrik negara. Ia dirangka dengan mengambil kira penilaian unjuran permintaan, opsyen teknologi penjanaan, kecukupan bahan api dan kos pembekalan yang paling optimum;\n3. Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan geran berjumlah RM2.3 bilion dan pinjaman berjumlah RM1.14 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi pelaksanaan projek-projek pengukuhan sistem penghantaran dan pembahagian bekalan elektrik. Projek-projek ini dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB); dan\n4. Kerajaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan subsidi yang besar kepada SESB yang merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar dan subsidi sokongan tarif yang berjumlah RM3.7 bilion bagi tempoh 2012 sehingga 2019, bagi memastikan kemampanan operasi syarikat utiliti tersebut.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2100,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2100",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-12",
        "year": 2020,
        "no": "40",
        "member": "PUAN YEO BEE YIN",
        "area": "BAKRI",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah aduan diterima Suruhanjaya Tenaga berkenaan isu bil elektrik tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah TNB telah melanggar Minimum Standard Level (MSL) dalam pen...",
        "question": "PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah aduan diterima Suruhanjaya Tenaga berkenaan isu bil elektrik tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah TNB telah melanggar Minimum Standard Level (MSL) dalam penyediaan bil yang melebihi satu bulan dan apakah tindakan untuk setiap kes aduan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Suruhanjaya Tenaga telah menerima sebanyak 3,551 aduan berkaitan bil elektrik tinggi selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) mula membaca meter dan mengeluarkan bil dengan bacaan sebenar semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu mulai 15 Mei 2020.\n2. Pengeluaran bil elektrik secara anggaran ini adalah dibenarkan berdasarkan kepada Peraturan 4(4)(h), Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, iaitu dalam apa-apa keadaan lain yang boleh membahayakan keselamatan pemegang lesen. Dalam hal ini, pemegang lesen hendaklah mengeluarkan bil kepada pengguna berdasarkan rekod penggunaan terdahulu dan pelarasan perlu dibuat setelah bacaan meter sebenar diperolehi. Maklumat bil anggaran boleh disemak oleh pengguna melalui Portal TNB dan juga aplikasi myTNB.\n3. Pihak TNB telah mengeluarkan bil anggaran setiap bulan secara digital dan mematuhi Minimum Standard Level (MSL) TNB yang telah ditetapkan. Justeru itu, pihak Suruhanjaya Tenaga mendapati tiada sebarang pelanggaran terhadap Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 dan MSL oleh pihak TNB.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2091,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2091",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-03",
        "year": 2020,
        "no": "41",
        "member": "TUAN PRABAKARAN A/L M PARAMESWARAN",
        "area": "BATU",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa berlaku peningkatan drastik terhadap cas penggunaan elektrik sepanjang tempoh PKP dan mengapa tidak dibuka satu ruangan untuk dimuat naik imej bacaan meter elektrik melalui aplik...",
        "question": "TUAN PRABAKARAN A/L M PARAMESWARAN [ BATU ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa berlaku peningkatan drastik terhadap cas penggunaan elektrik sepanjang tempoh PKP dan mengapa tidak dibuka satu ruangan untuk dimuat naik imej bacaan meter elektrik melalui aplikasi myTNB bagi mengatasi masalah “tiada pekerja dibenarkan bekerja di lapangan\" sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Punca berlakunya peningkatan bil elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi pengguna domestik adalah antara lainnya, disebabkan faktor-faktor berikut: \n(i) Penggunaan elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP telah meningkat di antara 20 hingga 50%. Keadaan ini berlaku kerana rakyat telah mematuhi perintah Kerajaan untuk berada di rumah masing-masing dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh PKP kecuali pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat; dan\n\n(ii) Operasi bacaan meter elektrik secara fizikal telah dihentikan sepanjang tempoh PKP iaitu bagi tempoh 20 Mac 2020 sehingga 18 Mei 2020. Bacaan bil dibuat secara anggaran bagi tempoh Mac, April dan Mei 2020 yang menyebabkan bil elektrik bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun. Aktiviti bacaan meter elektrik oleh semua utiliti elektrik di Malaysia telah dihentikan secara sementara bermula 18 Mac 2020 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi menjaga kebajikan pembaca meter dan memutuskan rantaian serta membendung penularan wabak Covid-19. Langkah yang sama juga telah diambil oleh pihak utiliti lain di rantau ini seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.\n2. Berhubung cadangan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak TNB telah menawarkan perkhidmatan Self Meter Reading (SMR) kepada pengguna domestik sejak Oktober 2015. Melalui skim ini, pengguna hanya perlu menghantar imej bacaan meter melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB untuk membolehkan pihak TNB mengeluarkan bil bacaan sebenar. Pada ketika ini, terdapat sekitar 15,000 pengguna yang telah berdaftar di bawah SMR.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2073,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2073",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "42",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kesan-kesan virus COVID-19 dari hidupan liar seperti spesies kelawar dan tenggiling di m...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kesan-kesan virus COVID-19 dari hidupan liar seperti spesies kelawar dan tenggiling di mana spesies-spesies ini juga terdapat di Malaysia. Mengikut maklumat dari Negara China, punca awal wabak ini adalah berasal daripada hidupan liar seperti spesies kelawar dan tenggiling. Adakah virus ini boleh didapati pada hidupan liar di negara kita dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam memantau virus dalam populasi hidupan liar di negara kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Hasil kajian melalui aktiviti-aktiviti pemantauan dan survelan penyakit zoonotik oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mendapati virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit Covid-19 tidak ditemui pada hidupan liar di negara ini.\n\n2. KeTSA sentiasa proaktif dalam memantau penyakit zoonotik bawaan hidupan liar kepada manusia melalui Wildlife Disease Surveillance Programme yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011. Melalui program ini, satu kumpulan dedikasi yang dikenali sebagai Outbreak Response Team yang terdiri daripada Pegawai Penyelidik, Pegawai Hidupan Liar dan Pegawai Veterinar telah diwujudkan.\n\n3. Jabatan PERHILITAN turut terlibat dalam projek kerjasama antarabangsa yang dikenali sebagai Projek PREDICT bermula dari tahun 2010 hingga 2019 bagi mengkaji kesan penyakit zoonotik. Projek ini melibatkan perjanjian kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan EcoHealth Alliance.\n\n4. Selain itu, Jabatan PERHILITAN terlibat sebagai ahli ‘Jawatankuasa antara Kementerian bagi Kawalan Penyakit Zoonotik’ yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Sebarang penemuan virus baru yang mempunyai potensi untuk menyebabkan pandemik akan dibincangkan dalam Jawatankuasa ini.\n\n5. Di bawah Projek PREDICT, pelbagai sampel dikumpulkan dan disaring penyakit menggunakan 5 panel famili virus/genera termasuklah famili Corona, Filo, Flavi Influenzas dan Paramyxo virus. Hasil analisis saringan penyakit ke atas sejumlah 2,463 sampel daripada 1,195 individu (740 kelawar, 286 tenggiling, 125 rodent dan shrew, 42 non-human primates dan 2 mamalia kecil lain) pada tahun 2014 hingga 2019, mendapati enam (6) sampel yang positif kepada virus Corona di mana dua (2) daripadanya adalah baharu (novel) dan diberi nama PREDICT_CoV-87 dan PREDICT_CoV-104. Kedua-dua virus baharu ini ditemui pada kelawar. Manakala sebanyak 286 individu tenggiling yang melibatkan sejumlah 572 sampel telah dianalisa dan kesemuanya adalah negatif kepada virus Corona.\n\n6. Virus Corona baharu PREDICT_CoV-87 dan PREDICT_CoV-104 termasuk dalam genus Alpha-coronavirus dan tidak sama dengan COVID-19. Setakat ini, virus Corona baharu ini tidak membawa ancaman kepada kesihatan awam. Jabatan PERHILITAN akan meneruskan aktiviti pemantauan dan survelan penyakit zoonotik sebagai sistem amaran awal (early warning system) untuk mengelak berlakunya penularan penyakit zoonotik.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2087,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2087",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-27",
        "year": 2020,
        "no": "45",
        "member": "TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI",
        "area": "RAUB",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan, PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "Perhutanan",
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan status cadangan RUU Perhilitan dan RUU Perhutanan yang terkini dan bila boleh bawa ke Dewan untuk dibahaskan.",
        "question": "TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI [RAUB] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status cadangan RUU Perhilitan dan RUU Perhutanan yang terkini dan bila boleh bawa ke Dewan untuk dibahaskan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] telah diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 8 November 2019 dan Majlis Tanah Negara Ke-76 pada 4 Disember 2019. Manakala, cadangan pindaan Akta Pemuliharan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 November 2019. \n2. Walau bagaimanapun, susulan pembentukan kabinet baharu Kerajaan Persekutuan pada 9 Mac 2020, Jabatan Peguam Negara telah menasihatkan agar cadangan pindaan Akta 313 dan Akta 716 perlu dikemukakan semula kepada Jemaah Menteri dan Majlis Tanah Negara untuk pertimbangan.\n3. Cadangan pindaan Akta 313 telah mendapat kelulusan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 6 Mei 2020 dan kini dalam proses untuk dibentangkan dalam Majlis Tanah Negara Ke-77 yang dijangka akan bermesyuarat pada bulan September 2020. Cadangan pindaan Akta 313 dijangka akan dibentangkan untuk Bacaan Pertama di Parlimen pada bulan November 2020.\n4. Cadangan pindaan Akta 716 pula sedang dalam proses mendapatkan ulasan oleh Kementerian dan Agensi berkaitan untuk dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri. Cadangan pindaan Akta 716 juga dijangka akan dibentangkan untuk Bacaan Pertama di Parlimen pada bulan November 2020.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2101,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2101",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-12",
        "year": 2020,
        "no": "45",
        "member": "DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU",
        "area": "TAMBUN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan dasar Net Energy Metering (NEM) telah dikaji semula oleh Menteri MESSTEC pada 1 Januari 2019 di mana penggunaan teknologi ini dapat mengurangkan harga jual-beli elektrik pengguna dengan ...",
        "question": "DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU [ TAMBUN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan dasar Net Energy Metering (NEM) telah dikaji semula oleh Menteri MESSTEC pada 1 Januari 2019 di mana penggunaan teknologi ini dapat mengurangkan harga jual-beli elektrik pengguna dengan cara menjana dan menggunakan elektrik melalui solar panel. Namun, penggunaan dasar NEM ini dibahagikan mengikut kuota iaitu penggunaan domestik dan bukan domestik. Sehubungan itu, apakah hala tuju Kementerian dalam memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terpelihara dalam pemberian kuota Large Scale Solar melalui kuota Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Program Net Energy Metering (NEM) telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan terbuka kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik, komersial, industri dan pertanian yang layak serta mematuhi kriteria yang telah ditetapkan. Kerajaan tidak menetapkan sebarang pengagihan kuota mengikut kategori pengguna bagi program ini. Di bawah program ini, pemilik bangunan boleh memasang sistem solar di atas bumbung dan menjana elektrik untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang dijana boleh dijual ke grid pada kadar tarif yang setara dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada syarikat utiliti. \n2. Bagi pelaksanaan Program Large Scale Solar atau LSS, Kerajaan tidak memperuntukkkan sebarang kuota khusus kepada mana-mana negeri. Sebaliknya, pemberian kuota dilaksanakan secara bidaan terbuka bagi mendapatkan harga tawaran tarif yang paling kompetitif dalam kalangan pembida. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat boleh menyertai proses bidaan LSS sama ada secara langsung ataupun melalui penubuhan konsortium dan usahasama. \n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2104,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2104",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-18",
        "year": 2020,
        "no": "45",
        "member": "DATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID",
        "area": "KAPAR",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jumlah kawasan hutan simpan dalam negara yang masih ada. Dalam kerancakan pembinaan bandar bandar baharu, apakah jaminan Kementerian dalam menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simp...",
        "question": "DATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ KAPAR ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah kawasan hutan simpan dalam negara yang masih ada. Dalam kerancakan pembinaan bandar bandar baharu, apakah jaminan Kementerian dalam menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18,277,602 hektar atau 55.31% daripada keluasan tanah negara (33,034,500 hektar). Daripada jumlah tersebut, keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal adalah 11,671,853 hektar atau 35.33%.\n\n2. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkaraperkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan.\n\n3. Kementerian ini sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan dicapai. Dalam hubungan ini, antara langkah-langkah yang diambil bagi menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan ini adalah seperti berikut:\n\n(i) melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal yang melibatkan proses pendengaran awam (public hearing) serta memantapkan penguatkuasaan hutan, meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan;\n\n(ii) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasankawasan berhutan sebagai HSK di mana kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mensasarkan untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2020;\n\n(iii) meneruskan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam Hutan Simpanan Kekal dimana seluas 250 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Sehingga Jun 2020, kesemua kawasan tersebut telah melalui aktiviti rawatan hutan dan silvikultur. Manakala, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, seluas 1,640 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah dikenal pasti untuk tujuan yang sama;\n\n(iv) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan melalui Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot Di Semenanjung Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, seluas 828 hektar telah dikenal pasti untuk pemeliharaan dan pemulihan. Sehingga Jun 2020, sebanyak 715 hektar telah berjaya dipelihara dan dipulihkan. Manakala, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kawasan seluas 811.6 hektar telah dikenal pasti untuk tujuan yang sama;\n\n(v) menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan Hutan Simpanan Kekal secara berkekalan;\n\n(vi) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\n\n(vii) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK;\n\n(viii) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan;\n\n(ix) memperkasa amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan kawasan hutan; dan\n\n(x) menggunakan platform Majlis Tanah Negara (MTN) bagi pelaporan secara berkala berkenaan keadaan semasa HSK di setiap negeri.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2074,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2074",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "46",
        "member": "PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH",
        "area": "KUANTAN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) jumlah aduan berkaitan peningkatan bil elektrik selepas menjalankan semula bacaan meter selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); dan b) apakah punca bil elektrik terlalu tinggi dan...",
        "question": "PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [KUANTAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\na) jumlah aduan berkaitan peningkatan bil elektrik selepas menjalankan semula bacaan meter selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); dan\nb) apakah punca bil elektrik terlalu tinggi dan bagaimana Kementerian menjelaskan kaedah pengiraan penggunaan elektrik kepada rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Sebanyak 67,576 pertanyaan dan aduan berkaitan peningkatan bil elektrik telah diterima oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas menjalankan semula bacaan meter bermula 15 Mei 2020 yang dihentikan bermula pada 20 Mac 2020.\n\n2. Selain itu, sejumlah 3,551 aduan terhadap TNB juga telah diterima oleh Suruhanjaya Tenaga berhubung peningkatan bil elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pertanyaan dan aduan yang dikemukakan oleh pengguna ini adalah untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pengiraan bil elektrik mereka semasa tempoh PKP.\n\n3. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan bil elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP. Antaranya adalah seperti berikut:\n\n(i) penggunaan elektrik di kalangan pengguna domestik sepanjang tempoh PKP telah meningkat di antara 20 hingga 50%. Keadaan ini berlaku kerana rakyat telah mematuhi perintah Kerajaan untuk berada di rumah masing-masing dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh PKP kecuali pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat; dan\n\n(ii) operasi bacaan meter elektrik secara fizikal telah dihentikan sepanjang tempoh PKP iaitu bagi tempoh 20 Mac 2020 sehingga 18 Mei 2020. Bacaan bil dibuat secara anggaran bagi tempoh Mac, April dan Mei 2020 yang menyebabkan bil elektrik bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun.\n\n4. Memang tidak dinafikan bahawa pembacaan bil secara anggaran ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna memandangkan ini merupakan kali pertama TNB melaksanakan pengebilan secara anggaran untuk tempoh 3 bulan berturut-turut. Tambahan pula, kaedah pengiraan ini agak sukar difahami oleh sebahagian besar rakyat yang menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati dan seterusnya menyebabkan isu peningkatan bil secara mendadak menjadi tular di media sosial. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa kaedah pengiraan yang diguna pakai oleh TNB telah disahkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia industri bekalan elektrik negara. Kaedah yang sama juga diguna pakai oleh utiliti negara lain yang telah menghentikan bacaan bil secara fizikal dalam menangani penularan wabak Covid 19.\n\n5. Bagi membantu pengguna memahami kaedah pengiraan bil elektrik ini, pihak Kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Tenaga dan TNB telah memberi penjelasan melalui pelbagai kaedah menggunakan saluran media elektronik, media cetak dan media sosial. Kementerian saya juga akan mengadakan sesi penerangan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberi penjelasan mengenai kaedah pengiraan bil anggaran ini.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2096,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2096",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-06",
        "year": 2020,
        "no": "46",
        "member": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR",
        "area": "PERMATANG PAUH",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) rancangan Kementerian memberi status Taman Negeri kepada Ulu Muda demi memelihara sumber air 4.09 juta penduduk Zon Utara daripada impak pembalakan tidak terkawal; dan b) inisiatif K...",
        "question": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [PERMATANG PAUH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:\na) rancangan Kementerian memberi status Taman Negeri kepada Ulu Muda demi memelihara sumber air 4.09 juta penduduk Zon Utara daripada impak pembalakan tidak terkawal; dan\nb) inisiatif Kementerian membantu implikasi yang terpaksa dihadapi oleh Kerajaan negeri seperti bayaran ganti rugi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan.\n2. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, luas keseluruhan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda ialah 106,418 hektar dan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah pada tahun 1932 dan bakinya pada tahun 2013 melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman no.380 bertarikh 24 September 1932 dan Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman no.1342 bertarikh 17 Januari 2013.\n3. Daripada jumlah tersebut seluas 16,229 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air (Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman no.127 bertarikh 13 Mac 2008 dan Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman no.341 bertarikh 10 Mei 2018) manakala seluas 11,118 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri (Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman no. 341 bertarikh 10 Mei 2018) di bawah Seksyen 10 (1) dalam akta yang sama.\n4. Bagi membantu Kerajaan Negeri melindungi dan menguruskan kawasan Ulu Muda, permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) telah dikemukakan untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang akan melibatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti seperti berikut:\n(i) penyediaan pelan tindakan pengurusan Taman Negeri Ulu Muda;\n(ii) pembangunan infrastruktur yang berkaitan; dan\n(iii) pembangunan modal insan serta peningkatan kesedaran masyarakat.\n5. Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.83 juta di bawah Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) kepada negeri Kedah di bawah Bajet 2019. Peruntukan ini disalurkan bagi membiayai kadar baharu Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) untuk melindungi kawasan perlindungan hutan dan marin serta membantu Negeri-Negeri yang berpendapatan rendah melaksanakan program/projek bagi meningkatkan hasil negeri, sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Kewangan Negara yang telah bersidang pada 27 Mei 2019. Pengagihan peruntukan kepada Kerajaan Negeri telah dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan mulai Mei 2019 secara one-off.\n6. Selain itu, Kementerian buat masa ini sedang mengenal pasti mekanisme yang sesuai bagi menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) untuk mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2105,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2105",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-18",
        "year": 2020,
        "no": "46",
        "member": "Tuan SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI",
        "area": "JELUTONG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tenaga",
        "category_labels": [
            "Tenaga"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap Tenaga Nasional Berhad untuk menyiasat aduan pengguna elektrik di seluruh negara tentang kenaikan caj bil elektrik yang mendadak..",
        "question": "Tuan SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI [ JELUTONG ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap Tenaga Nasional Berhad untuk menyiasat aduan pengguna elektrik di seluruh negara tentang kenaikan caj bil elektrik yang mendadak..",
        "answer": "Datuk Yang di-Pertua,\n\n1. Majoriti aduan pengguna elektrik berkenaan bil elektrik tinggi adalah kerana bacaan bil dibuat secara anggaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan bil elektrik pada bulan Jun kelihatan tinggi kerana penyelarasan dibuat bagi bil anggaran bulan Mac, April dan Mei di dalam bil bulan Jun. Dalam hal ini, Suruhanjaya Tenaga telah mengesahkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengenakan caj dalam bil elektrik semasa tempoh PKP berdasarkan penggunaan tenaga yang direkodkan melalui meter yang sah dengan mengikut kadar dan struktur tarif seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.\n\n2. TNB menggunakan kaedah pengiraan secara prorata apabila bacaan sebenar meter melebihi tempoh 31 hari. Melalui kaedah prorata ini, pengiraan penggunaan tenaga (kilowatt jam - kWj) akan mengikut blok-blok tarif yang telah ditetapkan bagi memastikan pengguna dikenakan caj yang tepat dan tiada sebarang caj yang berlebihan dikenakan kepada pengguna. Kaedah pengiraan secara prorata ini telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai telus dan adil.\n\n3. Justeru, TNB tidak dikenakan sebarang tindakan kerana TNB mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2075,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2075",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "47",
        "member": "TUAN TAN KOK WAI",
        "area": "CHERAS",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral",
        "category_labels": [
            "Mineral"
        ],
        "title": "Menyatakan dasar semasa Kerajaan mengenai hal pengeluaran permit eksport untuk pelbagai jenis pasir dan minta disenaraikan jumlah dan nama pemegang permit ini dan negeri di mana mereka mengumpul pa...",
        "question": "TUAN TAN KOK WAI [CHERAS] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan dasar semasa Kerajaan mengenai hal pengeluaran permit eksport untuk pelbagai jenis pasir dan minta disenaraikan jumlah dan nama pemegang permit ini dan negeri di mana mereka mengumpul pasir ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Terdapat beberapa pengkelasan pasir yang dikendalikan oleh Kementerian ini berdasarkan kewujudan, kegunaan dan kandungan mineral bahan tersebut. Contohnya, pasir sungai, pasir laut, pasir lombong, pasir pantai dan pasir silika.\n\n2. Merujuk kepada dasar terkini Kerajaan, ianya masih diteruskan dan akan dikaji dari semasa ke semasa.\n\n3. Kementerian ini membenarkan pengeksportan pasir sungai ke negara-negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Malaysia. Contohnya, India, Hong Kong, Taiwan, China dan lain-lain.\n\n4. Kelulusan/kebenaran Pihak Berkuasa Negeri berkaitan (negeri di mana sumber pasir sungai diperolehi/ diekstrak) adalah diperlukan sebelum pengeluaran Lesen Eksport (AP) kepada syarikat-syarikat pemohon diluluskan untuk mengeksport pasir sungai ke luar negara.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2082,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2082",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-21",
        "year": 2020,
        "no": "49",
        "member": "DATUK DR. HASAN BIN BAHROM",
        "area": "TAMPIN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian mempunyai kajian menyeluruh tentang pembalakan haram di negara ini dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi mereka yang melakukan pembalakan ...",
        "question": "DATUK DR. HASAN BIN BAHROM [ TAMPIN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai kajian menyeluruh tentang pembalakan haram di negara ini dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi mereka yang melakukan pembalakan haram tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Pada masa ini, tiada kajian menyeluruh yang dijalankan berkaitan pembalakan haram di negara ini. Walau bagaimanapun, kes-kes pembalakan haram sentiasa dipantau oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri. Penjenayah yang ditangkap melakukan kegiatan pembalakan haram atau kesalahan hutan akan didakwa di mahkamah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di Semenanjung Malaysia, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71) di Sarawak dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah No. 2 of 1968) di Sabah.\n\n2. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah melaksanakan usaha-usaha bagi menangani isu pembalakan haram antara lainnya seperti berikut:\n\ni) melaksanakan pindaan ke atas Akta 313 bagi memantapkan penguatkuasaan hutan serta meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan. Peningkatan kadar denda ini adalah sebagai satu usaha pencegahan (deterrence) kepada masyarakat supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah kesalahan hutan;\n\nii) menubuhkan War Room@JPSM sebagai sebuah bilik gerakan yang menjadi hub-berpusat (one stop centre) di ibu pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang bertujuan memperkasakan aktiviti pemantauan sumber hutan negara. Ianya berupaya untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku di dalam Hutan Simpanan Kekal termasuk yang berpunca daripada kegiatan pencerobohan dan penerokaan hutan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan insiden kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia;\n\niii) menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam menjalankan operasi bersepadu. Sebanyak 41 operasi penguatkuasaan bersepadu telah dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2019 yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan\n\niv) mengadakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter dan dron dalam memantau kawasan pembalakan haram.\n\n3. Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak turut memandang serius kepada kegiatan pembalakan haram. Dalam hal ini, tindakan-tindakan berikut telah diambil bagi menangani dan membanteras pembalakan haram iaitu:\n\nBagi negeri Sabah, beberapa tindakan telah diambil seperti berikut:\n\ni) meminda Enakmen Hutan Negeri Sabah 1968 untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram iaitu mandatori penjara satu (1) tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda tidak lebih daripada RM500,000 jika sabit kesalahan;\n\nii) mewujudkan Unit Monitoring, Control, Enforcement and Evaluation (MCEE) dan Protect Team di Sabah yang memantau dan membanteras kegiatan pembalakan haram yang turut dibekalkan dengan senjata api;\n\niii) bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera, Unit Pencegahan Pembalakan Haram, Jabatan Ketua Menteri dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bagi membanteras pembalakan haram di Sabah;\n\niv) melibatkan dan melatih orang awam untuk berkhidmat sebagai Renjer Hutan Kehormat bagi mengesan pembalakan haram di Sabah; dan\n\nv) menguruskan Hutan Simpan Kelas II (Komersial) berdasarkan kepada Sistem Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) melalui lesen jangka panjang Sustainable Forest Management Licence Agreement. Ia bagi memudahkan pemantauan terhadap Pelan Pengurusan Hutan, Plan Kerja Tahunan, Penetapan Tebangan Tahunan, Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, Pembalakan Kurang Kerosakan dan sebagainya untuk memudahkan pengawalan sumber-sumber berharga supaya tidak disalahgunakan.\n\nManakala, Negeri Sarawak telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:\n\ni) membentuk pelbagai jawatankuasa bagi membanteras pembalakan haram di Sarawak seperti State Task Force on Illegal Logging Committee, Illegal Logging Action Committee, Forestry Prevention and Enforcement Working Committee dan Pasukan Gerak Khas Pembanterasan Pembalakan Haram;\n\nii) mengadakan Operasi Bersepadu (Ops Rengas) bersama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan negeri dan persekutuan bagi membanteras pembalakan haram di Sarawak; dan\n\niii) melaksanakan inisiatif Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Sarawak untuk membekalkan maklumat risikan yang lebih cepat dan tepat mengenai kemungkinan berlaku pembalakan haram di sesuatu kawasan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2107,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2107",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-26",
        "year": 2020,
        "no": "50",
        "member": "PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH",
        "area": "PETALING JAYA",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian sedang mempertimbangkan syor bahawa Akta Perhutanan harus dipinda untuk mewujudkan jawatankuasa di peringkat tiap negeri untuk memainkan fungsi semak dan imbang.",
        "question": "PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH [PETALING JAYA] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian sedang mempertimbangkan syor bahawa Akta Perhutanan harus dipinda untuk mewujudkan jawatankuasa di peringkat tiap negeri untuk memainkan fungsi semak dan imbang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian pada masa ini sedang dalam peringkat akhir proses pindaan kepada Akta Perhutanan Negara [Akta 313]. Walau bagaimanapun, Kementerian tidak bercadang untuk memasukkan pindaan berkaitan pewujudan jawatankuasa di peringkat negeri untuk memainkan fungsi semak dan imbang. \n2. Ini kerana, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan. \n3. Dalam hal ini, platform Majlis Tanah Negara digunakan sebagai mekanisme semak dan imbang di mana perkara berkaitan pengurusan hutan akan dibentangkan dalam Majlis Tanah Negara untuk dibincangkan dan mencapai kata sepakat dalam memastikan pengurusan hutan negara dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2083,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2083",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-21",
        "year": 2020,
        "no": "51",
        "member": "TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR",
        "area": "TANJONG KARANG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kementerian terhadap cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara berkeluasan 930.93 hektar bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor.",
        "question": "TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR [TANJONG KARANG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian terhadap cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara berkeluasan 930.93 hektar bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil perhatian serius dan masih mengekalkan pendirian untuk tidak menyokong cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara berkeluasan 930.93 hektar bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor.\n2. Pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut akan menyebabkan kehilangan spesies flora berharga seperti spesies Meranti bunga dan Meranti bakau yang masing-masing disenaraikan sebagai Critically Endangered Endangered di bawah “Malaysia Plant Red List – Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae\".\n3. Hutan Simpan tersebut juga mempunyai pelbagai spesies fauna termasuk spesies yang dilindungi sepenuhnya antara lainnya spesies burung liar yang terdapat lebih kurang 68 spesies burung di bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Burung Helang dan Burung Tukang. Manakala untuk spesies mamalia, terdapat 9 spesies di bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Kubung, Kongkang, Tenggiling, Tupai Kerawak Hitam, Tupai Gading, Kucing Batu, Bambun Ekor Pendek, Memerang Licin dan Tapir.\n4. Cadangan pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut juga amat membimbangkan Kementerian ini, memandangkan tindakan ini akan turut menjejaskan komitmen Malaysia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992.\n5. Oleh yang demikian, Kementerian amat berharap agar Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangkan semula cadangan pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara demi memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi di negara ini dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor khususnya Orang Asli yang mendiami kawasan sekitar hutan tersebut.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2089,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2089",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-27",
        "year": 2020,
        "no": "51",
        "member": "TUAN WONG HON WAI",
        "area": "BUKIT BENDERA",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Menyatakan statistik spesies haiwan yang terancam di Malaysia dan adakah pihak Kementerian akan meluaskan kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk melindungi spes...",
        "question": "TUAN WONG HON WAI [BUKIT BENDERA] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik spesies haiwan yang terancam di Malaysia dan adakah pihak Kementerian akan meluaskan kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk melindungi spesies terancam dan apakah dasar dan langkah yang telah dilaksanakan untuk menambah baik usaha tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nMengikut data yang direkodkan di dalam Red List of Mammals for Peninsular Malaysia, sehingga penghujung tahun 2017, terdapat satu spesies yang telah disenaraikan sebagai pupus atau extinct iaitu Badak Jawa, manakala empat (4) spesies lagi dinilai sebagai amat terancam atau critically endangered iaitu Badak Sumatera, Harimau Malaya, Tenggiling dan Banteng. Selain itu, sebanyak 12 spesies dinilai sebagai terancam (endangered) sementara 14 spesies dinilai sebagai terdedah kepada ancaman (vulnerable), 33 spesies hampir merbahaya (near threatened), 83 spesies kurang membimbangkan (least concern) dan 76 spesies berstatus kurang data (data deficient). \nKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sangat komited dalam melindungi hidupan liar supaya tidak pupus. Antara usaha-usaha yang dijalankan ialah:\n1. mewujudkan kawasan perlindungan (protected areas ) seperti Taman Negara dan rezab hidupan liar bagi keliaran hidupan liar di habitat semula jadi;\n2. mewujudkan rangkaian koridor ekologi bagi membolehkan pergerakan hidupan liar;\n3. meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi mengenakan hukuman denda yang lebih berat untuk kesalahan menceroboh kawasan rizab dan perlakuan zalim terhadap hidupan liar;\n4. meningkatkan rondaan penguatkuasaan di dalam dan luar kawasan perlindungan menerusi program Operasi Bersepadu Khazanah dan Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);\n5. menjalankan program penguatkuasaan dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa seperti International Police (INTERPOL) bagi memastikan semua hidupan liar yang terancam dilindungi daripada penyeludupan dan dieksploitasi secara tidak terkawal;\n6. melantik Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli sebagai renjer hidupan liar secara secara Contract for Service (CFS) bagi meningkatkan penguatkuasaan;\n7. melaksanakan Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan 2013-2022 (NECAP) dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008-2020 (NTCAP);\n8. menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semula jadi. Antara spesies yang berjaya dibiak dan dilepaskan ke habitat semula jadi adalah seladang, Tapir Malaya, rusa, kijang dan Burung Kuang;\n9. bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan santuari seperti Johor Elephant Sanctuary (JES) dan Perak Elephant Sanctuary (PES); dan\n10. menjalankan program Communication, Education dan Public Awareness (CEPA) secara berterusan.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2076,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2076",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "52",
        "member": "TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD",
        "area": "SETIAWANGSA",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk memelihara khazanah hutan negara.",
        "question": "TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD [SETIAWANGSA] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk memelihara khazanah hutan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKeTSA sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan dicapai. Dalam hubungan ini, antara rancangan yang sedang dan akan diambil oleh KeTSA adalah seperti berikut:\n\ni) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal;\n\nii) meneruskan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam Hutan Simpanan Kekal;\n\niii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan melalui Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot Di Semenanjung Malaysia;\n\niv) menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan Hutan Simpanan Kekal secara berkekalan;\n\nv) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\n\nvi) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal;\n\nvii) mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan termasuk kaedah pengusahasilan yang berimpak rendah;\n\nviii) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) untuk mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan; dan\n\nix) memperkasakan amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini yang bersesuaian dengan perhutanan.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2108,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2108",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-26",
        "year": 2020,
        "no": "52",
        "member": "DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR",
        "area": "JERLUN",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan dengan rancangan Kerajaan negeri, khususnya Kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di pinggiran kawasan hutan simpan...",
        "question": "DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR [JERLUN] minta MENTERI TENAGA DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan dengan rancangan Kerajaan negeri, khususnya Kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan. \n2. Walau bagaimanapun, Kementerian ini tidak bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air. \n\n3. Ini kerana aktiviti pembalakan di pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air akan menjejaskan kawasan tersebut terutamanya dari segi kualiti dirian hutan serta ekosistem di kawasan tersebut. Selain itu, ianya juga akan memberi kesan kepada sumber air bersih yang dibekalkan oleh kawasan tersebut yang akan turut menjejaskan kualiti hidup rakyat. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2109,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2109",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-08-26",
        "year": 2020,
        "no": "53",
        "member": "DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING",
        "area": "PENAMPANG",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Perhutanan",
        "category_labels": [
            "Perhutanan"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek perintis penanaman Hemp yang telah dimulakan pada 2019 dan juga penggubalan dasar Kementerian yang membolehkan industri gentian/fiber Hemp dimajukan sebagai 'the new cash c...",
        "question": "DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING [PENAMPANG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek perintis penanaman Hemp yang telah dimulakan pada 2019 dan juga penggubalan dasar Kementerian yang membolehkan industri gentian/fiber Hemp dimajukan sebagai 'the new cash crop' dan juga industri 'Medical Marijuana' dalam bidang perubatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \nPenanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebelum Cannabis sativa atau hemp ditanam bagi tujuan industri mahupun perubatan, R&D yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi meneroka potensi penanaman hemp di Malaysia. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang memuktamadkan cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan. \nCadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan ini memerlukan tempoh 2 hingga 3 tahun dengan mengambil kira pelbagai faktor merangkumi kawalan dari aspek perundangan, pemantauan dan keselamatan. Kementerian juga sedang memperhalusi Protokol Penanaman Cannabis sativa dengan usahasama semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat. Protokol ini akan mengambil kira keperluan-keperluan dari aspek keselamatan, pematuhan kepada garis panduan Kementerian Kesihatan serta Akta Dadah Berbahaya 1952. \nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2077,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2077",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 2,
        "date": "2020-07-15",
        "year": 2020,
        "no": "54",
        "member": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM",
        "area": "KUALA LANGAT",
        "minister": "MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan situasi program Selamatkan Harimau Malaya di mana Harimau merupakan simbol kegagahan serta kebanggaan negara kita. Hidupan liar negara kita, terutamanya Harimau Malaya dan tenggiling dia...",
        "question": "DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDRAM [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan situasi program Selamatkan Harimau Malaya di mana Harimau merupakan simbol kegagahan serta kebanggaan negara kita. Hidupan liar negara kita, terutamanya Harimau Malaya dan tenggiling diancam kepupusan. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam menangani gejala perdagangan haram hidupan liar di Malaysia, terutamanya perdagangan atas talian. Bilakah undang-undang yang sedia-ada akan diperkukuhkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n‘Kempen Selamatkan Harimau Malaya’ yang dilancarkan pada 17 Mac 2019 akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan sehingga penghujung tahun 2020. Antara program yang dilaksanakan ialah survei Harimau Malaya Kebangsaan (National Tiger Survey - NTS); program penguatkuasaan bersepadu seperti Ops Bersepadu Khazanah (OBK), ‘Ops Jerat’ dan Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) yang melibatkan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli; program Corporate Social Responsibility (CSR) bersama badan korporat seperti AirAsia dan AEON; serta pelbagai program kesedaran awam.\n\nKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sangat komited dalam memastikan hidupan liar tidak diperdagangkan secara haram kerana ia menjejaskan populasi hidupan liar. Antara langkah-langkah yang telah diambil dalam menangani perdagangan haram hidupan liar di Malaysia adalah:\n\n(i) meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi mengenakan hukuman denda yang lebih berat sehingga RM1 juta dan penjara tidak melebihi 15 tahun bagi kesalahan import-eksport hidupan liar terancam termasuk Harimau Malaya tanpa dokumen yang sah. Pindaan juga melibatkan kawalan terhadap aktiviti perdagangan hidupan liar atas talian (online);\n\n(ii) memperkukuhkan Unit Cybercrime di Jabatan PERHILITAN bagi menjalankan pemantauan dan siasatan terhadap aktiviti-aktiviti perdagangan hidupan liar atas talian;\n\n(iii) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi serta syarikat-syarikat penyedia jualan atas talian seperti e-Bay, Amazon, Shopee, Facebook, Mudah, Carousell dan AliBaba untuk mendapatkan maklumat penjenayah atas talian;\n\n(iv) memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); dan\n\n(v) bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menjalankan siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613].\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2127,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2127",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 1,
        "date": "2020-11-10",
        "year": 2020,
        "no": "5",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "PERHILITAN",
        "category_labels": [
            "PERHILITAN"
        ],
        "title": "Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan pelan masa panjang terhadap langkah untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.",
        "question": "Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan pelan masa panjang terhadap langkah untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang dalam proses meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.\n2. Pindaan yang dilaksanakan ke atas Akta 716 akan merangkumi perkara-perkara berikut:\na) menambah peruntukan kawalan terhadap aktiviti perdagangan dan promosi atas talian (online) bagi hidupan liar seiring dengan perkembangan teknologi dan isu semasa;\nb) memansuhkan peruntukan yang tidak relevan pada masa kini;\nc) mewujudkan peruntukan khusus bagi aktiviti pengendalian dan perkhidmatan hidupan liar; dan\nd) meningkatkan penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 716.\n3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan Akta 716 juga melibatkan pengukuhan pelaksanaan Wildlife Management Plan (WMP) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling [Akta 127]. Pindaan Akta 716 adalah sangat penting untuk memastikan Akta ini responsif kepada keperluan semasa termasuk mengukuhkan penguatkuasaan dalam menangani emerging issues seperti perdagangan atas talian dan penyakit zoonotik.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2020-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2050,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2050",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 3,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-11",
        "year": 2019,
        "no": "63",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk melaksanakan dengan ...",
        "question": "DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk melaksanakan dengan segera projek tebatan banjir Sungai Golok agar kekerapan bencana banjir dapat diatasi segera, seiring dengan Projek Tebatan Banjir Thailand di Sungai Golok sekarang.",
        "answer": "1) Penyelesaian menyeluruh bagi mengatasi masalah banjir di Lembangan Sungai Golok memerlukan perlaksanaan projek yang meliputi RMKe 11, RMKe 12 dan RMKe 13. Di bawah RMKe 11, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) siling kos projek sebanyak RM300 Juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022 yang melibatkan Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 14% di mana kerja-kerja pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Langkah-langkah telah dan akan diambil oleh JPS untuk melaksanakan dengan segera projek ini adalah:\n\r\ni) mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan isu-isu sosial dan pengambilan tanah diselesaikan dengan segera dengan kerjasama Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko projek tertangguh.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) memastikan pihak kontraktor yang telah dilantik melaksanakan kerja-kerja di tapak mengikut jadual yang ditetapkan dan menyelesaikan isu-isu teknikal ditapak dengan jabatan-jabatan teknikal terbabit.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2054,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2054",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-12",
        "year": 2019,
        "no": "1",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membendung pembalak...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\nYB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membendung pembalakan haram, pembakaran terbuka dan pembangunan tanah yang tidak terkawal melalui sistem penginderaan jauh (remote sensing).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n1) Perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana peruntukan di bawah perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan khidmat nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan, menjalankan penyelidikan dan latihan berkaitan perhutanan kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri.\n\n\r\n\n2) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membendung pembalakan haram. Dalam konteks ini, JPSM dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membangunkan sebuah sistem pemantauan hutan dengan menggunakan teknologi remote sensing yang dikenali sebagai Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS). Sistem ini telah mula digunapakai di Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2012. Selain daripada itu, JPSM juga telah membangunkan sistem E-Geospatial Perhutanan (E-GP) yang menggunakan imej daripada sumber terbuka sebagai rujukan kedua bagi mengesan pembalakan haram.\n\r\n\n\r\n\n3) Bagi aktiviti pembakaran terbuka pula, JPSM telah bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) yang membekalkan sistem Forestfire Detector Risk System (FDRS) bagi pemantauan pembakaran terbuka di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).\n\n\r\n\n4) Dengan bantuan penggunaan sistem-sistem yang disediakan ini, penentuan lokasi kejadian pembalakan haram dan kebakaran hutan dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan berkesan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2048,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2048",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-10",
        "year": 2019,
        "no": "2",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah persiapan dan perancangan Kerajaan dalam berhadapan dengan situasi beberapa bandar di Malaysia bakal ...",
        "question": "YBTM JAWAB\nDATUK HAJI HUSAM BIN MUSA Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah persiapan dan perancangan Kerajaan dalam berhadapan dengan situasi beberapa bandar di Malaysia bakal ditenggelami air sebagaimana kajian yang dibuat oleh 'Nature Communication', dengan menggunakan 'Digital Elevation Models' (Coastal DEMs).",
        "answer": "Tuan yang di- Pertua,\n\n\r\nKementerian ini melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) berasaskan dapatan kajian perubahan iklim dan kenaikan aras laut telah membantu agensi perancang dan agensi pelaksana dalam merancang pembangunan fizikal dan menyediakan pelan mitigasi untuk menangani isu bencana air termasuk potensi banjir di kawasan persisir pantai akibat kenaikan paras air laut. Tindakan yang telah diambil merangkumi:\n\n\r\ni) menjalankan kajian kenaikan aras laut bermula pada tahun 2010 dan kemudiannya mengemaskini nilai unjuran kenaikan aras laut di seluruh Malaysia berdasarkan senario terkini pada tahun 2017;\n\n\r\nii) menjalankan penilaian dan cadangan langkah adaptasi kesan kenaikan aras laut di lokasi-lokasi terpilih bagi persisir pantai negara seperti di Kedah, Terengganu, Sabah, Lembangan Sungai Sarawak, Selangor, Perak, Kelantan, Melaka Negeri Sembilan dan Johor melalui penghasilan Peta Inundasi Kenaikan Aras Laut;\n\n\r\niii) dapatan kajian ini juga telah membantu agensi-agensi kerajaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dan persiapan bencana, perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal sebagai contohnya melalui:\n\n\r\n National Disaster Management Agency (NADMA): membantu agensi dalam kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana akibat kesan kenaikan aras laut;\n\n\r\n PLAN Malaysia (Jabatan Perancang Bandar dan Desa): membantu dalam perancangan pembangunan di dalam Pelan Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Struktur Negeri,\n\r\nRancangan Fizikal Negara dan Rancangan Fizikal Zon Pantai Negara (RFZPN). Sebagai contoh deraf Rancangan Struktur Negeri Terengganu (2050) – Kajian Semula yang telah memasukkan elemen perubahan iklim dan kenaikan aras laut.\n\n\r\n Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS): Membantu dalam penyediaan pelan adaptasi dan perlindungan dalam menangani impak kenaikan aras laut dan banjir pantai melalui Integrated Shoreline Management Plan (ISMP). JPS juga telah melaksanakan pembinaan ban pantai dan struktur pemecah ombak bagi menangani isu ini;\n\n\r\n Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM): program penanaman semula bakau di kawasan pesisir pantai yg terkesan dari hakisan pantai dan melaksanakan pengurusan hutan yang lestari dan mampan.\n\n\r\niv) kajian dari aspek potensi banjir tahun 2030 dan 2050 di 15 lembangan sungai juga telah dilaksanakan yang menjurus kepada peningkatan kawasan liputan banjir. Keadaan ini memerlukan langkah perancangan perbandaran yang lebih teliti seperti penyediaan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Fizikal Negara (RFN).\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2058,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2058",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-16",
        "year": 2019,
        "no": "7",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kerajaan untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada masa terdekat ini berikutan p...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\n\r\n\r\nYB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kerajaan untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada masa terdekat ini berikutan peningkatan kematian dan kemusnahan spesies-spesies terancam dalam negara kita.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang dalam proses meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Cadangan pindaan Akta 716 ini meliputi skop-skop:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Skop 1: Penyelarasan dan pengukuhan hukuman kesalahan boleh tangkap di bawah Akta;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Skop 2: Penyelarasan aktiviti berkaitan hidupan liar;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Skop 3: Pelaksanaan Wildlife Impact Assessment (WIA) melibatkan kawasan habitat hidupan liar;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Skop 4: Penetapan tanggungjawab pemilik hidupan liar berlesen;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Skop 5: Pertambahan kuasa penguatkuasa; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vi) Skop 6: Penambahbaikan tafsiran dan penyelarasan peruntukan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPindaan ini mengukuhkan peruntukan undang-undang sedia ada bagi meningkatkan perlindungan serta pemuliharaan hidupan liar. Namun begitu, kerjasama daripada Kerajaan Negeri amat diperlukan bagi memastikan habitat hidupan liar sentiasa terpelihara. Sebarang pembukaan hutan untuk tujuan pengusaha hasilan dan pembangunan hendaklah mengambil kira impak terhadap hidupan liar yang mendiami kawasan tersebut.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2059,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2059",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-16",
        "year": 2019,
        "no": "19",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini pembangunan projek tebatan banjir Sungai Golok dan bilakah ianya dijangka berfungsi sepenuhnya.",
        "question": "DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini pembangunan projek tebatan banjir Sungai Golok dan bilakah ianya dijangka berfungsi sepenuhnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Bagi memastikan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok berfungsi sepenuhnya maka keseluruhan Fasa 1,2 dan 3 perlu disiapkan seperti yang telah dirancang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Status sehingga kini hanya Fasa 1 telah diluluskan dibawah Di bawah RMKe 11, untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan siling kos projek sebanyak RM300 Juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan kemajuan fizikal kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 14% dijadualkan siap pada tahun 2022 dan berfungsi untuk mengurangkan risiko banjir hanya bagi Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas sahaja.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4) Manakala bagi Fasa 2 dan 3, JPS melalui KATS akan memohon melalui RM ke 12 dengan kos sebanyak RM 748 juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2049,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2049",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-10",
        "year": 2019,
        "no": "31",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mempertingkatkan daya tarikan zoo di Malaysia, terutamanya zoo-zoo di luar bandar.",
        "question": "YB DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mempertingkatkan daya tarikan zoo di Malaysia, terutamanya zoo-zoo di luar bandar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertanggungjawab mengeluarkan permit serta memantau zoo di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Walau bagaimanapun zoo yang diberi permit dan dipantau hanyalah zoo yang menyimpan spesies hidupan liar yang disenaraikan di bawah Akta 716.\n\n\r\n\n2. Sehingga kini, Jabatan PERHILITAN telah mengeluarkan 14 Permit Mengendali Zoo kepada 14 premis Zoo dan 18 Permit Pameran Tetap kepada 18 premis pameran hidupan liar di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pameran tetap bermaksud aktiviti mempamerkan secara tetap hidupan liar di mana-mana premis dan dibuka kepada umum. Sehubungan itu, dalam mempertingkatkan daya tarikan setiap Zoo dan Pameran Tetap di Malaysia, beberapa langkah telah diambil oleh Jabatan PERHILITAN iaitu:\n\r\n\n(i) Program Pinjaman \nHidupan Liar iaitu Jabatan PERHILITAN memberikan pinjaman stok hidupan liar kepada zoo-zoo dan pameran tetap. Ini menjadi pemangkin aktiviti konservasi dan pendidikan dan kesedaran awam;\n\n(ii) Pasukan Pengauditan dari Jabatan PERHILITAN dan pihak Persatuan Zoo dan Akuarium Malaysia (Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria - MAZPA) sentiasa menjalankan pengauditan terhadap tahap kebajikan hidupan liar yang dipamer di setiap zoo dan premis pameran tetap selaras dengan Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012, Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) (Pindaan) 2013 dan Peraturan-peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran) 2013. Dalam proses pengauditan, Jabatan PERHILITAN dan MAZPA akan memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan kesesuaian saiz dan rekabentuk sangkar, pameran, penjagaan hidupan liar termasuklah kepentingan landskap dan enrichment dalam sangkar; dan\n\n\r\n\n(iii) Jabatan PERHILITAN dan MAZPA menyediakan latihan kepada operator-operator Zoo dan Pameran Tetap dalam bidang pengurusan hidupan liar dalam kurungan. Melalui platform ini, isu-isu semasa berkaitan perundangan, pengurusan hidupan liar dalam kurungan dan pembangunan konsep Zoo Moden turut dibincangkan.\n\n\r\n\n3. Kebanyakan Zoo dan premis Pameran Tetap di Malaysia diuruskan oleh syarikat persendirian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Justeru, Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama MAZPA bertanggungjawab memastikan setiap zoo dan premis pameran hidupan liar di Malaysia mematuhi sistem perundangan semasa dan memastikan tahap kebajikan hidupan liar yang dipamerkan kepada orang awam sentiasa terpelihara.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2055,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2055",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-12",
        "year": 2019,
        "no": "32",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memelihara dan memulihara gajah-gajah Malaysia memandangkan begitu banyak pe...",
        "question": "YB DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memelihara dan memulihara gajah-gajah Malaysia memandangkan begitu banyak pemburu haram yang memburu gajah-gajah liar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) amat serius dalam usaha memelihara dan memulihara gajah-gajah Malaysia termasuk membanteras kegiatan pemburuan haram gajah-gajah liar. Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemburuan haram gajah ini dan antaranya adalah:\n\n\r\n\n(i) melaksanakan Ops Belang yang telah dilancarkan pada 24 Januari 2019 di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang yang melibatkan 200 orang anggota Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan dan NGO yang berkonsepkan “boots on the ground”. Pengoperasian Ops Belang melibatkan 20 hotspot habitat Harimau Malaya yang juga habitat kepada gajah liar di mana kawasan ini telah dikenal pasti sebagai lokasi pemasangan jerat, pencerobohan dan pemburuan haram.\n\n\r\n\n(ii) bermula Oktober 2019 “Ops Belang” telah diperkasakan dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negeri Perak dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Operasi bersepadu ini dinamakan sebagai “Operasi\n\r\n\n\r\n\n(iii) Bersepadu Khazanah (OBK). Kerjasama dengan PDRM ini berkesan di dalam menyelamatkan hidupan liar negara dengan kejayaan beberapa kes tangkapan.\n\n\r\n\n(iv) bagi kes yang melibatkan gajah, terdapat tiga (3) kes tangkapan iaitu penahanan pemburu gajah liar dan pemilikan gading gajah tanpa permit khas yang melibatkan warga tempatan iaitu satu (1) kes di Gua Musang, Kelantan, satu (1) kes di Pasir Mas, Kelantan dan satu (1) kes di Wakaf Baru, Kelantan. Kesemua kes masih di dalam siasatan jabatan dan akan di dakwa dalam masa terdekat.\n\n\r\n\n(v) kerjasama daripada Kerajaan Negeri juga amat diperlukan bagi memastikan habitat gajah sentiasa terpelihara. Sebarang pembukaan hutan untuk tujuan pengusaha hasilan dan pembangunan hendaklah mengambil kira impak terhadap hidupan liar yang mendiami kawasan tersebut termasuk gajah. Wildlife Impact Assessment (WIA) hendaklah dijalankan bagi mengkaji kesan pembukaan sesuatu kawasan kepada populasi gajah dan komuniti berhampiran.\n\n\r\n\n(vi) Selain itu, gajah adalah spesies yang dilindungi dan disenaraikan di bawah Apendiks i Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] di bawah KATS serta Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). KATS\n\r\n\n\r\n\nselaku Pihak Berkuasa Pengurusan Utama CITES di Malaysia sentiasa prihatin dan bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dalam apa isu-isu berkaitan perdagangan haram antarabangsa gajah.\n\r\n\n(vii) Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan sebanyak RM 48.97 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam tempoh 2008 hingga 2019 bagi pelaksanaan Inisiatif Heart of Borneo (HoB). Inisiatif HoB melibatkan kawasan hutan yang meliputi kawasan sempadan Brunei Darussalam, Indonesia (Kalimantan) dan Malaysia (Sabah dan Sarawak) yang dianggarkan seluas 206,000 kilometer persegi. Inisiatif HoB membantu dalam memelihara habitat Gajah Pygmy Borneo melalui pengekalan forest connectivity di kawasan tersebut.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2045,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2045",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-09",
        "year": 2019,
        "no": "33",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan dapat membantu (Syarikat Air Darul Aman - SADA) dalam menyelesaikan masalah a...",
        "question": "YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan dapat membantu (Syarikat Air Darul Aman - SADA) dalam menyelesaikan masalah air yang sering melanda rakyat di negeri Kedah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerajaan Persekutuan komited dalam membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Negeri Kedah. Sehubungan ini, di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek bekalan air di Kedah yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.64 bilion. Projek-projek ini memfokus kepada peningkatan reka bentuk dan kapasiti loji rawatan air serta program pengurangan kadar air tidak berhasil (non revenue water – NRW).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kedudukan kewangan Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang kurang memberangsangkan juga turut menjejaskan perkhidmatan SADA kepada pengguna air di Kedah. Oleh itu pada tahun 2020, Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penyeragaman struktur tarif dan pelarasan kadar tarif sedia ada melalui Tariff Setting Mechanism (TSM). Ia merupakan langkah penting bagi memandu industri perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah ke arah mencapai aspirasi kemapanan jangka masa panjang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2064,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2064",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "33",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YB DATIN RAHIMAH BINTI MAHAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pelan kenaikan tarif air pengguna domestik dan industri bagi setiap negeri dan bagaimana Kerajaan dapat menangani ...",
        "question": "YB DATIN RAHIMAH BINTI MAHAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pelan kenaikan tarif air pengguna domestik dan industri bagi setiap negeri dan bagaimana Kerajaan dapat menangani impak kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan tarif air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n1. Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara\n\r\n(SPAN) telah membangunkan Tariff Setting Mechanism (TSM),\n\r\nuntuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang telus, adil,\n\r\nprogresif dan sistematik. TSM mempunyai 2 ciri penting. Ciri\n\r\npertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia bagi menentukan\n\r\nkomponen kos yang wajar dikenakan ke atas setiap kategori.\n\r\nManakala, ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia ada secara\n\r\nberansur-ansur agar sepadan dengan kos sebenar perkhidmatan.\n\r\nDalam rangka pelaksanaan TSM, Kementerian telah mengadakan\n\r\nsesi konsultasi bersama operator air, kerajaan negeri dan\n\r\npengguna. Cadangan TSM dijangka akan dibentang kepada\n\r\nJemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan sebelum\n\r\ndilaksanakan.\n\r\n2. Pelaksanaan TSM adalah merupakan satu langkah penting bagi\n\r\nmemandu industri perkhidmatan air ke arah mencapai aspirasi\n\r\nkemapanan jangka masa panjang. Pada masa yang sama,\n\r\npelaksanaan TSM turut melindungi kepentingan pengguna di mana\n\r\npengguna dapat mengetahui secara jelas akan komponen tarif serta\n\r\nasas tarif yang dikenakan ke atas mereka. Dalam hubungan ini,\n\r\nhanya kos langsung yang efisien dalam penyediaan perkhidmatan\n\r\nbekalan air diambil kira dalam penetapan tarif air.\n\r\n3\n\r\n3. Kementerian memberi jaminan bahawa impak kenaikan kos sara\n\r\nhidup kesan daripada pelaksanaan TSM adalah sangat minimum,\n\r\niaitu hanya melibatkan kenaikan antara 6 sen sehingga 71 sen bagi\n\r\nsetiap 1,000 liter penggunaan. Bagi menjamin supaya pelaksanaan\n\r\nTSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah,\n\r\nKerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada\n\r\njalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu. Manakala bagi\n\r\npengguna bukan domestik, purata kenaikan bil air bulanan adalah\n\r\nantara RM1.75 – RM19.25 berdasarkan anggaran purata semasa\n\r\npenggunaan air sebanyak 35 meter padu atau 35,000 liter sebulan.\n\r\nKadar ini secara umumnya jauh lebih rendah jika dibandingkan\n\r\ndengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, internet, telekomunikasi\n\r\ndan saluran televisyen berbayar.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2046,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2046",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-09",
        "year": 2019,
        "no": "40",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "JUPEM",
        "category_labels": [
            "JUPEM"
        ],
        "title": "YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini garisan persempadanan maritim antara Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.",
        "question": "YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini garisan persempadanan maritim antara Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPenentuan sempadan maritim hanya dapat dimulakan apabila sempadan darat antara negeri hingga ke garis pantai/kuala sungai dimuktamadkan terlebih dahulu. Persempadanan darat antara Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu telah dimuktamadkan pada 20 Jun 2019. Kedua-dua Kerajaan Negeri boleh memulakan inisiatif bagi menjalankan proses lanjut untuk memuktamadkan persempadanan maritim antara negeri.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPenentuan sempadan darat bagi Kerajaan Negeri Terengganu dan Pahang masih dalam proses rundingan iaitu bagi memuktamadkan ke titik akhir garis pantai/kuala sungai. Justeru itu, setelah sempadan darat kedua negeri dimuktamadkan barulah proses merundingi dan memuktamadkan sempadan maritim boleh dilaksanakan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2060,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2060",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-16",
        "year": 2019,
        "no": "42",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan oleh kerana penggunaan hybrid, maka panel LED akan meningkat dari segi penggunaan dan mineral berunsur nadir bumi (R...",
        "question": "YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan oleh kerana penggunaan hybrid, maka panel LED akan meningkat dari segi penggunaan dan mineral berunsur nadir bumi (REE) juga meningkat naik penggunaannya. Adakah sumber mineral ini terdapat di Malaysia dan jika ada, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menerokainya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menjalankan kajian terhadap kewujudan unsur nadir bumi (Rare Earth Element, REE) dalam sejenis tanah liat dipanggil lempung jerapan ion (ion adsorption clay) di beberapa kawasan di negeri Semenanjung Malaysia seperti berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Kedah (Jerai, Kulim, Sik dan Baling)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Perak (Grik, Selama, Trong, Kati dan Batu Gajah)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) Negeri Sembilan (Titi, Senaling dan Johol)\n\r\niv) Melaka (Nyalas)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nv) Johor (Bukit Mor, Tangkak dan Soga)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nvi) Pahang (Sg. Chamang dan Benta)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nvii) Kelantan (Stong, Batu Melintang, Tanah Merah dan Aring)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nviii) Terengganu (Maras, Kenyir, Telemong, Wakaf Tapai, Air Puteh, Kertih, Kijal, Jerangau dan Jengai).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Selain daripada itu, kajian masih lagi diteruskan untuk menilai potensi sumber REE di kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Memandangkan permintaan tinggi terhadap sumber REE ini di seluruh dunia, maka satu dasar dan hala tuju yang terperinci akan dibangunkan dengan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya berkaitan dengan kesan kepada alam sekitar.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2065,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2065",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "48",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air, Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Air",
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB DATUK LIM PAY HEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan: a) berapa dan menyenaraikan kadar kenaikan tarif air di setiap negeri bagi tahun 2020; dan b) apakah peruntukan dan projek ...",
        "question": "YB DATUK LIM PAY HEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\na) berapa dan menyenaraikan kadar kenaikan tarif air di setiap negeri bagi tahun 2020; dan\nb) apakah peruntukan dan projek infrastruktur air yang dilaksanakan oleh kementerian di setiap kawasan parlimen untuk menaik taraf bekalan sumber air kepada pengguna.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n1. Kadar kenaikan tarif air di setiap negeri adalah berbeza dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza-beza di setiap negeri. Secara umumnya melalui Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM kenaikan yang dianggarkan adalah di antara 6 sen sehingga 71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Purata kadar kenaikan bagi setiap negeri adalah seperti berikut:\n\n2. Bagi tahun 2020, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM396.4 juta untuk meningkatkan infrastruktur dan menaik taraf bekalan sumber air kepada pengguna di setiap kawasan Parlimen iaitu:\ni) di Johor terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Iskandar Puteri, Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pasir Gudang dan Pulai dengan peruntukan sebanyak RM15 juta;\nii) di Kedah terdapat enam (6) projek melibatkan Parlimen Pendang, Kubang Pasu, Alor Setar, Merbok, Baling, Kulim-Bandar Bahru dan Langkawi dengan peruntukan sebanyak RM40 juta;\niii) di Melaka terdapat dua (2) projek melibatkan keseluruhan Parlimen dengan peruntukan berjumlah RM27 juta;\niv) di Kelantan terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Kuala Krai dan Kota Bharu dengan peruntukan sebanyak RM11 juta;\n\nv) di Negeri Sembilan terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Rasah, Serembah, Port Dickson dan Tampin dengan peruntukan berjumlah RM20 juta;\nvi) di Pahang terdapat lapan (8) projek melibatkan Parlimen Lipis, Pekan, Bentong, Indera Mahkota dan Raub dengan peruntukan berjumlah RM27 juta;\nvii) di Selangor dan Kuala Lumpur terdapat satu (1) projek melibatkan Parlimen Hulu Langat, Shah Alam, Cheras, Kepong dan Selayang dengan peruntukan berjumlah RM4 juta;\n\nviii) di Terengganu terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu dengan peruntukan berjumlah RM0.4 juta;\nix) di Pulau Pinang terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Bukit Mertajam dan Kepala Batas dengan peruntukan berjumlah RM33 juta;\nx) di Wilayah Persekutuan Labuan terdapat enam (6) projek dengan peruntukan berjumlah RM24 juta;\nxi) di Sabah terdapat sembilan (9) projek melibatkan Parlimen Tawau, Silam, Tuaran, Kota Marudu, Semporna, Ranau, Kota Kinabalu, dan Sandakan dengan peruntukan berjumlah RM48 juta;\nxii) di Sarawak terdapat enam belas (16) projek melibatkan Parlimen Bintulu, Puncak Borneo, Baram, Lawas, Petra Jaya, Miri, Lanang, Sibu dan Bandar Kuching dengan peruntukan berjumlah RM123 juta; dan\nxiii) di Perlis terdapat empat (4) projek melibatkan ketiga-tiga Parlimen dengan peruntukan berjumlah RM24 juta.\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2063,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2063",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-18",
        "year": 2019,
        "no": "54",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah sebarang tindakan yang boleh diambil terhadap projek pembangunan mega seperti empangan yang dimulakan tanpa...",
        "question": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah sebarang tindakan yang boleh diambil terhadap projek pembangunan mega seperti empangan yang dimulakan tanpa menjalankan kajian Dampak Alam Sekitar (EIA) dan Kajian Dampak Sosial (SIA).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerajaan sememangnya memberi perhatian yang serius terhadap projek pembangunan mega seperti empangan. Pembinaan empangan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, P.U (A) 195, Jadual Kedua di perenggan 15 bertajuk ‘Pembinaan Empangan’ yang mana Laporan EIA perlu disediakan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Walau bagaimanapun, perenggan 15 dalam perintah ini tidak terpakai untuk Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Negeri Sabah menggunapakai Enakmen Perlindungan Alam Sekitar Tahun 2002 sementara Negeri Sarawak menggunapakai The Natural Resources And Environment (Prescribed Activities) Order, 1994 untuk pelaksanaan kawalan alam sekitar ke atas pembinaan empangan di negeri-negeri tersebut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 34A dan 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa seseorang boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n4. Manakala, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment, SIA) dalam perancangan projek pula tertakluk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 [Akta A1522] di bawah bidang kuasa PLANMalaysia.\r\n\n\r\n\n\r\n5. Walau bagaimanapun, akta ini tidak memperuntukkan secara khusus aspek berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil terhadap projek pembangunan mega yang dimulakan tanpa menjalankan kajian SIA.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2061,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2061",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-17",
        "year": 2019,
        "no": "57",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :- a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi dan meningkatkan populasi Har...",
        "question": "YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\r\n\na) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi dan meningkatkan populasi Harimau Malaya yang semakin berkurangan; dan\n\n\r\n\nb) adakah Malaysia bekerjasama dengan organisasi hidupan liar antarabangsa yang membantu pemeliharaan harimau liar dalam usahanya untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melindungi dan meningkatkan populasi Harimau Malaya. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi meningkatkan kadar denda dan menambah baik perundangan jenayah hidupan liar;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) menjalankan 1st National Tiger Survey (1st NTS) di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) untuk menentukan anggaran sebenar populasi Harimau Malaya di Malaysia;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) melaksanakan moratorium terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan Kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 30 November 2021;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) meningkatkan rondaan penguatkuasaan di dalam dan luar Kawasan Perlindungan (PA) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Perbadanan Taman Negeri;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) melancarkan Kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019-2020 bagi mempergiat usaha konservasi Harimau Malaya; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vi) meningkatkan program kesedaran awam seperti pameran, ceramah dan dialog bersama masyarakat dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Di peringkat antarabangsa, Malaysia turut terlibat secara aktif dalam forum dan seminar bagi membincangkan isu pemuliharaan harimau. Antara kerjasama yang dijalankan bersama badan antarabangsa adalah seperti berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Global Tiger Forum (GTF) dalam bidang konservasi harimau yang melibatkan Tiger Range Countries (TRCs) dan penganjuran 4th Asia Ministerial Conference on Tiger Conservation (AMC) pada tahun 2020;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) WWF International melalui WWF Malaysia bagi membantu dalam pelaksanaan standard pengurusan habitat harimau melalui program Conservation Assured Tiger Standards (CATS);\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Sekretariat The Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) bagi pengawalan perdagangan spesies flora dan fauna terancam termasuk Harimau Malaya; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) The International Criminal Police Organization (INTERPOL) bagi menyelaras perkongsian maklumat dan pelaksanaan operasi penguatkuasaan rentas sempadan jenayah hidupan liar.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2069,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2069",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-19",
        "year": 2019,
        "no": "58",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "YB TUAN ZAIEDI SUHAILI Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah tanah di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dipindah milik oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada Ker...",
        "question": "YB TUAN ZAIEDI SUHAILI Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah tanah di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dipindah milik oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan-tujuan pembangunan awam tetapi belum lagi dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan Persekutuan melaksanakan permohonan pemberimilikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak berdasarkan keperluan pembangunan bagi tujuan maksud Persekutuan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat tanah-tanah yang telah diberi milik atau dirizabkan untuk tujuan Persekutuan belum dibangunkan mengikut keperluan iaitu sebanyak 153 lot tanah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTanah-tanah tersebut masih belum dapat dibangunkan mengikut perancangan kerana terdapat kekangan peruntukan dan penyusunan semula keutamaan projek.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2062,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2062",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-17",
        "year": 2019,
        "no": "59",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan isu penghakisan tanah sepanjang Sungai Pegalan di daerah Keningau dengan kadar ...",
        "question": "TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan isu penghakisan tanah sepanjang Sungai Pegalan di daerah Keningau dengan kadar segera kerana telah menjejaskan tanah sawah dan kebun milik penduduk di 12 buah kampung yang terjejas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi mengatasi isu hakisan tanah sepanjang Sungai Pegalan, permohonan Projek Rancangan Pengukuhan Tebing Sungai Pegalan Lembangan Sungai Padas Keningau dengan kos sebanyak RM84 juta telah dimohon dalam RMKe-11. Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kg. Awas-Awas, Kg. Merampong, Kg. Baginda, Kg. Linsudan dan Kg. Durok. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan bagi memberi keutamaan kepada projek-projek yang lain.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPermohonan peruntukan akan dimohon semula dalam RMKe-12 dengan pertambahan kos dan bilangan kampung yang terlibat.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2070,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2070",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-19",
        "year": 2019,
        "no": "60",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan membiayai projek pembinaan empangan Papar yang banyak mendapat tentangan dari kom...",
        "question": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG \r\n\r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan membiayai projek pembinaan empangan Papar yang banyak mendapat tentangan dari komuniti yang terkesan dan kumpulan NGO alam sekitar yang mahukan pilihan alternatif yang lebih mampan dan murah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada asalnya, Kementerian ini menyokong permohonan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kajian bertajuk “Kajian Kemungkinan Pembinaan Empangan Papar” semasa sesi permohonan bajet Rolling Plan Ke-4 (RP4) 2020. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan projek Pembinaan Empangan Papar melalui konsep Pembiayaan Kewangan Swasta (PFI) dengan syarikat dari Negara China. Oleh kerana lantikan syarikat tersebut telah dibuat sebelum kelulusan projek diberikan, maka pelaksanaan projek perlu ditanggung sendiri oleh Kerajaan Negeri dan cadangan kajian yang disyorkan dalam permohonan RP4 2020 dibatalkan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2056,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2056",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-12",
        "year": 2019,
        "no": "61",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam menambah baik polisi dan penguatkuasaan aktiviti perlombongan di negara ini.",
        "question": "DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam menambah baik polisi dan penguatkuasaan aktiviti perlombongan di negara ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) sentiasa berusaha menambahbaik aspek perlombongan merangkumi elemen kelestarian serta penguatkuasaan dengan memperkenalkan polisi-polisi bertujuan mengawal aktiviti berkenaan di samping membentuk sistem dan prosedur semasa yang releven dengan perkembangan aktiviti perlombongan itu sendiri.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Antara peranan Kementerian adalah membentuk polisi-polisi semasa dan mengkaji semula dasar-dasar sedia ada berkaitan mineral di peringkat Persekutuan. Namun begitu, penghayatan dan pelaksaan hanya akan terhasil sekiranya polisi-polisi dan prosedur ini diterima pakai di peringkat Negeri bagi membolehkan ianya berfungsi sepenuhnya dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Pengenalan kepada Dasar Mineral Negara 2 (DMN 2) yang dilancarkan pada 9 Januari 2009 bertujuan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara melalui pembangunan sumber mineral yang efisyen, bertanggungjawab dan mampan di samping penggunaan sumber-sumber mineral secara optimum. DMN2 telah menjadi rujukan dalam rancangan pembangunan sumber mineral oleh negeri-negeri.\n\r\n4. Kementerian ini telah mengadakan beberapa siri engagement bersama jabatan/agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, bertujuan untuk menyemak semula peraturan, prosedur dan garis panduan yang melibatkan perlombongan, contohnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan dan Pengkesportan Bauksit, bagi menjadikan aktiviti perlombongan mineral berkenaan sijalankan secara mampan serta penuh bertanggungjawab.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Kementerian ini juga, melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), telah menggubal Akta Pembangunan Mineral 1994 bagi mengawalselian dan menguatkuasa kerja-kerja berkaitan perlombongan mineral dan bijih mineral dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral juga telah digubal merangkumi aspek-aspek berkaitan pelesenan (bagi penyimpanan, pemprosesan dan pengangkutan mineral di luar teneman), efluen, pengemukakan laporan statistik, aktiviti peletupan dan kompaun.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Di samping itu, Kementerian ini dan JMG juga dalam usaha menyediakan Siri Amalan Terbaik dan Garis Panduan Industri Perlombongan dan Pengkuarian merangkumi aspek Pengurusan Alam Sekitar semasa Penjelajahan Mineral, Pengangkutan Mineral dan Batuan dalam Lombong dan Kuari, Peletupan dalam Industri Pelombongan dan Kuari, Tatacara Penyiasatan dan Pendakwaan (Perlombongan), serta Pemuliharaan Lombong dan Kuari.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n7. JMG juga telah mengeluarkan Pekeliling-Pekeling Ketua Pengarah berkaitan penambahbaikan kawalan ke atas aktiviti perlombongan dan pengeluaran kelulusan surat kebenaran operasi seperti Pekeliling Pengeluaran Kelulusan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM), Pekeliling Pemakaian Garis Panduan Pemeriksaan Lombong dan Surat Penilaian Teknikal bagi tujuan permohonan AP Eksport Mineral kepada Kementerian ini.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2052,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2052",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-11",
        "year": 2019,
        "no": "67",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH dan Sumber Asli menyatakan apakah polisi mengenai GMO (Genetically Modified Organism) & LMO (Living Modified Organism).",
        "question": "YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH dan Sumber Asli menyatakan apakah polisi mengenai GMO (Genetically Modified Organism) & LMO (Living Modified Organism).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Malaysia merupakan parti kepada protokol di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity - CBD) iaitu Cartagena Protocol on Biosafety (CPB) yang merupakan satu mekanisme kawalan antarabangsa terhadap penyelesaian mengikut kehendak perdagangan dan perlindungan alam sekitar berdasarkan perkembangan pesat industri bioteknologi.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Bagi melaksanakan obligasi dibawah protokol tersebut, Kementerian telah mengambil kira kepentingan biokeselamatan dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 iaitu dalam Sasaran 12: Menjelang tahun 2025, sistem biokeselamatan yang komprehensif termasuk mekanisme bagi liabiliti dan tanggung rugi (liability and redress) beroperasi untuk menangani potensi kesan negatif bioteknologi moden terhadap pemuliharaan dan penggunaan mampan biodiversiti dan kesihatan manusia. Untuk mencapai sasaran ini, tiga tindakan akan dilaksanakan iaitu:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Meningkatkan pemeriksaan dan pematuhan biokeselamatan;\n\r\n(ii) Menilai kesan Living Modified Organism (LMO) terhadap biodiversiti dan kesihatan manusia; dan\n\r\n(iii) Membangunkan gerak balas (response) terhadap kecemasan yang diakibatkan oleh biokeselamatan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Kementerian telah menggubal Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dengan tujuan untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4) pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup dan pelepasan hasilan organisma sedemikian, dengan tujuan melindungi kesihatan masyarakat dan sumber biodiversiti negara dengan menggunapakai pendekatan berjaga-jaga. Setakat ini sebanyak 256 kelulusan notifikasi (Kajian di dalam makmal) dan 46 kelulusan pelepasan yang melibatkan LMO telah diberikan oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. Bagi memastikan penguatkuasaan Akta 678 dilaksanakan dengan berkesan, pengawalseliaan ke atas pengimportan produk-produk LMO dilakukan di pintu-pintu masuk negara dan premis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2066,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2066",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "67",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Hutan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang lebih proaktif oleh Kementerian bersama-sama agensi penguat kuasa yang lain dan Kerajaan Negeri ...",
        "question": "YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang lebih proaktif oleh Kementerian bersama-sama agensi penguat kuasa yang lain dan Kerajaan Negeri bagi mengekang aktiviti memburu gajah yang semakin serius.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) amat serius dalam usaha memelihara dan memulihara spesies gajah di Malaysia termasuk membanteras kegiatan pemburuan haram gajah-gajah liar. Tindakan yang lebih proaktif telah dilaksanakan oleh Kementerian bersama-sama agensi penguat kuasa yang lain dan Kerajaan Negeri bagi mengekang aktiviti memburu gajah yang semakin serius.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negeri Perak dan Johor serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia), Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS), RIMBA dan Pelindung Alam (PELINDUNG). OBK merupakan salah satu program di bawah Kempen “Selamatkan Harimau Malaya” yang telah dilancarkan pada 3 September 2019. OBK juga adalah berkonsepkan penguatkuasaan secara “boots on the ground” dengan rondaan dan kawalan berterusan di kawasan habitat Harimau Malaya yang juga merupakan habitat kepada gajah liar. Selain itu, aktiviti risikan juga dilaksanakan di lokasi hotspot hidupan liar bagi mencegah pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), membanteras pemburuan haram dan menghapuskan jerat.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n3. Sebanyak lima (5) siri OBK telah dijalankan melibatkan kejayaan 20 kes tangkapan. Daripada siri operasi tersebut, seramai 62 individu telah berjaya ditangkap yang terdiri daripada 43 warga asing dan 19 warga tempatan. Tangkapan telah dijalankan di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Johor. Antara kesalahan yang dilakukan adalah jenayah pemilikan pelbagai spesies hidupan liar, memiliki jerat dan memasuki Taman Negara atau HSK tanpa permit.\n\n\r\n\n4. Terdapat tiga (3) kes tangkapan yang melibatkan gajah iaitu penahanan pemburu gajah liar dan pemilikan gading gajah tanpa permit khas yang melibatkan warga tempatan iaitu di Gua Musang, Kelantan, Pasir Mas, dan satu Wakaf Bharu di Negeri Kelantan. Kesemua kes masih di dalam siasatan jabatan PERHILITAN dan pendakwaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2057,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2057",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-12",
        "year": 2019,
        "no": "68",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci pengisian dan juga modul serta libat urus dengan agensi-agensi berkaitan Program Pendidikan Biod...",
        "question": "YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci pengisian dan juga modul serta libat urus dengan agensi-agensi berkaitan Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) untuk pelajar sekolah dalam Kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' sebagai sebahagian usaha untuk memulihara kewujudan spesies terancam ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menjalankan usaha untuk memupuk kesedaran orang ramai terutamanya murid-murid sekolah dalam pemuliharaan hidupan liar termasuk Harimau Malaya melalui Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PPBD yang dijalankan di beberapa lokasi di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN iaitu di:\n\n\r\n\n(i) Institut Biodiversiti, Lanchang Pahang,\n\r\n\n(ii) Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis,\n\r\n\n(iii) Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan Melaka,\n\r\n\n(iv) Pusat Pendidikan Biodiversiti Bukit Marak, Terengganu,\n\r\n\n(v) Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang,\n\r\n\n(vi) Taman Negara Pahang, Kuala Tahan\n\n\r\n\nObjektif PPBD adalah untuk:\n\n\r\n\n(i) Menimbulkan rasa cintakan alam semulajadi dan kepentingan menjaga khazanah alam semulajadi;\n\r\n\n\r\n\n(ii) Memberi kefahaman kepada peserta untuk menghargai hidupan liar dan kepentingannya dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar; dan\n\n\r\n\n(iii) Menerapkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab peserta mengenai peranan mereka dalam memulihara ekosistem. Melalui PPBD ini juga, setiap peserta akan diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam hutan bagi menjiwai kepentingan menjaga alam semulajadi untuk konservasi hidupan liar dalam memupuk kesedaran awam mengenai kepentingan biodiversiti.\n\n\r\n\nProgram PPBD ini ditawarkan kepada semua sekolah di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, kesemua program PPBD adalah tertakluk kepada kelulusan KPM dan kesudian sekolah menyertai progam yang ditawarkan sahaja kerana ia bukan program paksaan.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2053,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2053",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-11",
        "year": 2019,
        "no": "79",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "PUAN LIM HUI YING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai projek-projek penambakan pantai (beach nourishment) dan sungai bagi mengatasi masalah hakisan di setiap negeri mengikut...",
        "question": "PUAN LIM HUI YING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai projek-projek penambakan pantai (beach nourishment) dan sungai bagi mengatasi masalah hakisan di setiap negeri mengikut panjang yang telah diluluskan dari tahun 2013 hingga 2018.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau masalah hakisan yang berlaku di sepanjang pantai di Malaysia berpandukan kepada National Coastal Erosion Study (NCES) yang telah siap dilaksanakan pada tahun 2015.\n\r\n\n2. Bagi mengatasi masalah hakisan pantai, terdapat 2 projek yang melibatkan kerja-kerja penambakan pantai (beach nourishment) yang telah diluluskan dari tahun 2013 hingga 2018 iaitu:\n\n\r\n\nBil Projek Negeri Panjang Tambakan\n\r\n\n1\n\r\n\nProjek Mencegah Hakisan Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu (Fasa 2), Terengganu\n\r\n\nTerengganu\n\r\n\n3.25 km\n\n\r\n\n2\n\r\n\nProjek Menaiktaraf Ban Pantai Lagun Setiu, Gong Batu, Setiu, Terengganu\n\r\n\nTerengganu\n\r\n\n1.2 km\n\n\r\n\n3. Bagi mengatasi masalah hakisan sungai, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja penstabilan tebing sungai dan ianya tidak melibatkan kerja-kerja penambakan sungai.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2047,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2047",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-09",
        "year": 2019,
        "no": "85",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejak kebelakangan ini, negara kita sering mengalami masalah gangguan bekalan air sama ada akibat pencema...",
        "question": "YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejak kebelakangan ini, negara kita sering mengalami masalah gangguan bekalan air sama ada akibat pencemaran, kemarau atau kerja-kerja penyelenggaraan. Di sesetengah negara, penuaian air (water harvesting) secara tadahan hujan menerusi takungan air dari sumber bawah tanah atau permukaan tanah telah diperkenalkan. Adakah Kerajaan sedia memperkenalkan langkah penuaian air ini di bandar dan luar bandar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n1. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, sumber air diletakkan di bawah senarai kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Pada masa ini sumber air dikawal selia oleh Kerajaan Negeri melalui Badan Kawal Selia Sumber Air atau Unit Perancang Negeri masing-masing.\n\n\r\n\n2. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam usaha dalam merancang, membangunkan dan mengurus sumber air bagi memastikan kuantiti dan kualiti air bagi semua sektor pengguna dan alam sekitar.\n\n\r\n\n3. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Kajian Sumber Air Negara dijalankan pada tahun 2000 dan kajian semula pada tahun 2011. Kajian tersebut telah mengenal pasti cadangan pembangunan sumber air dan infrastruktur bekalan air bagi memenuhi permintaan air pelbagai sektor seperti domestik, industri, pertanian, ternakan dan lain-lain kegunaan sehingga tahun 2050.\n\n\r\n\n4. Sehubungan itu, keperluan sumber dan pembangunan loji baru perlulah dipantau, dilaksanakan dan disemak semula mengikut jadual perancangan kajian tersebut selaras dengan pertumbuhan permintaan dari semasa ke semasa.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n5. Dalam usaha untuk meningkatkan sumber air alternatif dan menghadapi ancaman pencemaran sumber air mentah yang semakin berleluasa, Kementerian ini melalui Bahagian Bekalan Air telah melaksanakan projek-projek penuaian larian hujan melalui pembinaan kolam takungan air mentah seperti Off-river Storage atau dikenali sebagai ORS di beberapa negeri.\n\n\r\n\n6. Kolam-kolam takungan ORS tersebut berkonsep menakung atau menyimpan air hujan semasa aliran sungai menjadi tinggi semasa hujan. Sumber air mentah ini akan disimpan untuk digunakan semasa kemarau atau aliran sungai adalah rendah untuk diambil oleh loji rawatan air yang berdekatan.\n\n\r\n\n7. Kolam seumpama ini biasanya dibina di kawasan yang berisiko rendah daripada pencemaran sungai akibat penggunaan tanah dan pembangunan bandar yang pesat. Pembinaan kolam simpanan bawah tanah akan dipertimbangkan sekiranya sesuai tanpa menyebabkan risiko keselamatan dan kesihatan orang awam.\n\n\r\n\n8. Projek yang sedang dilaksanakan adalah seperti ORS Sg Johor, ORS Sg Linggi (Negeri Sembilan), ORS Gadek dan ORS Tasik Biru di daerah Jasin, Melaka, kajian kemungkinan pembinaan sistem ORS di kawasan Wilayah Tengah Lembaga Air Perak dan ORS Langkawi.\n\n\r\n\n9. Selain itu, Kementerian ini juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa menggalakkan penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam pembangunan baharu dan sedia ada.\n\r\n\n\r\n\n10. Walau bagaimanapun, pemakaian dan penggunaan SPAH ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) untuk dilaksanakan di setiap pembangunan.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2067,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2067",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "113",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Hutan",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah PERHILITAN membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk melindungi gajah Pygmy Borneo yang semakin ter...",
        "question": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah PERHILITAN membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk melindungi gajah Pygmy Borneo yang semakin terancam kerana konflik dengan ladang sawit dan sering diburu untuk gadingnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) amat serius dalam usaha memelihara dan memulihara gajah-gajah Malaysia termasuk membanteras kegiatan pemburuan haram gajah-gajah liar termasuk Gajah Pygmy Borneo. Namun begitu, bidang kuasa KATS dan Jabatan PERHILITAN tidak tertakluk di Negeri Sabah dan Sarawak yang mana Negeri-Negeri tersebut mempunyai perundangan pengurusan hidupan liar masing-masing.\n\n\r\n2. Perundangan hidupan liar yang berkuatkuasa di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 761]. Perundangan yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak pula adalah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (Pindaan 2016) dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998. Jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan perundangan di Sabah adalah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS). Jabatan dan agensi yang melaksanakan perundangan di Sarawak adalah Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di bawah Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak.\n\n\r\n3. Walau bagaimanapun, KATS dan Jabatan PERHILITAN sentiasa menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk melindungi hidupan liar termasuklah usaha-usaha untuk melindungi Gajah Pygmy Borneo yang semakin terancam. Dalam hal ini, antara usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN untuk membantu pihak JHLS adalah dalam melaksanakan analisa forensik Deoxyribonucleic Acid (DNA) bagi pengecaman spesies dan pengecaman secara morfologi ke atas barang kes bagi dua (2) kes pada tahun 2019 yang melibatkan Gajah Pygmy Borneo.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n4. Selain itu, Gajah Pygmy Borneo adalah spesies yang dilindungi dan disenaraikan di bawah Apendiks I Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] di bawah KATS serta Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). KATS selaku Pihak Berkuasa Pengurusan Utama CITES di Malaysia sentiasa prihatin dan bekerjasama dengan JHLS dalam apa isu-isu berkaitan perdagangan haram antarabangsa gajah.\n\n5. Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan sebanyak RM 48.97 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam tempoh 2008 hingga 2019 bagi pelaksanaan Inisiatif Heart of Borneo (HoB). Inisiatif HoB melibatkan kawasan hutan yang meliputi kawasan sempadan Brunei Darussalam, Indonesia (Kalimantan) dan Malaysia (Sabah dan Sarawak) yang dianggarkan seluas 206,000 kilometer persegi. Inisiatif HoB membantu dalam memelihara habitat Gajah Pygmy Borneo melalui pengekalan forest connectivity di kawasan tersebut.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2068,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2068",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "115",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pelan jangka panjang untuk mengekalkan status Sabah sebagai pusat pemuliharaan kepelbagaian biologi di duni...",
        "question": "YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pelan jangka panjang untuk mengekalkan status Sabah sebagai pusat pemuliharaan kepelbagaian biologi di dunia seperti yang diiktiraf oleh Man & The Biosphere Programme.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Manusia dan Biosfera (Man and The Biosphere Programme - MAB) yang dilancarkan pada 1971 merupakan satu program saintifik antara kerajaan (inter-governmental) di bawah The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang menyediakan asas saintifik untuk pengurusan, pendidikan dan penyelidikan bagi memulihara dan mengguna sumber asli secara mampan. Penyertaan Malaysia dalam Program MAB bermula pada tahun 2009 dengan penyenaraian Tasik Chini, Pahang sebagai Tapak Rizab Biosfera yang pertama. Selain Tasik Chini, Banjaran Crocker di Sabah turut tersenarai sebagai tapak Rizab Biosfera pada tahun 2014.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini akan sentiasa menyokong segala inisiatif dari Kerajaan Negeri Sabah untuk mengekalkan status Sabah sebagai pusat pemuliharaan kepelbagaian biologi di dunia. Dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM 48.97 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam tempoh 2008 hingga 2019 bagi pelaksanaan Inisiatif Heart of Borneo (HoB).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Inisiatif HoB yang dilaksanakan di Sabah meliputi aktiviti pengukuhan pengurusan di Kawasan Terlindung Sepenuhnya (totally protected area) dan kawasan tadahan air, penubuhan kawasan-kawasan koridor bagi hidupan liar melalui aktiviti restorasi dan pemuliharaan hutan (rehabilitation) serta pengumpulan data biodiversiti dalam kawasan HoB melalui ekpedisi saintifik.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Sejak dari tahun 2007, Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Areas-TPA) di Sabah telah meningkat dari 17% (843,295 hektar) kepada 26% (1,906,896 hektar) daripada keseluruhan kawasan tanah. Kerajaan Negeri Sabah juga menyasarkan untuk meningkatkan TPA sebanyak 30% menjelang tahun 2025. Kementerian ini yakin dengan sasaran tersebut serta pelbagai inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah, status Sabah sebagai pusat pemuliharaan kepelbagaian biologi di dunia akan terus berkekalan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1947,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1947",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-22",
        "year": 2019,
        "no": "2",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB TUAN NGA HOCK CHEH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada pemilik atau penghuni premis domestik dikehendaki membayar caj pembetungan bulanan yang dinyatakan dalam Peraturan...",
        "question": "YB TUAN NGA HOCK CHEH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada pemilik atau penghuni premis domestik dikehendaki membayar caj pembetungan bulanan yang dinyatakan dalam Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 yang mana tiada perkhidmatan pembetungan diberikan oleh Pemegang Lesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n1. Sekyen 67 di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) menetapkan bahawa pemilik atau penghuni mana-mana premis yang kepadanya perkhidmatan pembetungan disediakan disifatkan telah berkontrak dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) apabila perkhidmatan pembetungan disediakan ke premis itu. Pemilik atau \n\n\r\n\npenghuni premis perlu membayar caj bulanan pembetungan seperti yang telah dinyatakan dalam Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 dan Akta 655.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n2. Perkhidmatan pembetungan bersambung disediakan secara berterusan kerana air sisa dari premis disalurkan ke loji rawatan kumbahan (LRK) melalui paip pembetungan di bawah tanah untuk dirawat sehingga memenuhi tahap piawaian Peraturan Kualliti Alam Sekeliling (Kumbahan). Bagi premis yang tidak berpenghuni, caj bulanan pembetungan juga perlu dibayar kerana infrastruktur pembetungan yang telah disediakan perlu diselenggarakan untuk sistem terus beroperasi dengan baik.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n3. Walau bagaimanapun, jika premis tersebut tidak berpenghuni sekurang-kurangnya dalam tempoh enam (6) bulan di mana penggunaan air sebulan adalah 3 meter kubik dan bawah, pemilik atau penghuni premis bertanggungjawab memaklumkan pihak IWK untuk memberhentikan caj bulanan pembetungan. Caj akan dikenakan semula apabila premis tersebut telah diduduki. Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih efisien, caj pembetungan minimum dikenakan terhadap premis yang tidak diduduki seperti yang diamalkan di dalam caj bekalan air.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n4. Pemilik atau penghuni premis yang menggunakan perkhidmatan Tangki Septik Individu (IST) perlu membayar caj perkhidmatan pembetungan apabila menerima perkhidmatan pengosongan tangki septik. Mengikut Akta 655, IST perlu dikosongkan secara berkala di mana amalan terbaik (the best practice) adalah dua tahun sekali. IST yang tidak dikosongkan mengikut jadual adalah antara punca sungai-sungai tercemar. Oleh itu, pemilik atau penghuni premis IST perlu memberi kerjasama untuk memastikan IWK dapat memberikan khidmat pengosongan IST mengikut amalan terbaik iaitu melakukan pengosongan tangki sekurang-kurangnya dua tahun sekali\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1950,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1950",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-23",
        "year": 2019,
        "no": "6",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB DATUK JOHN AMBROSE Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar yang menyebabkan banjir setiap 2 bula...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\n\r\n\r\nDATUK JOHN AMBROSE\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar yang menyebabkan banjir setiap 2 bulan di Penampang, Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setiap tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah dan sedang berusaha merangka langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir dan kesan akibat banjir di seluruh Negara. Langkah masa jangka pendek adalah dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sistem saliran dan sungai melalui peruntukan Negeri dan\n\r\nPersekutuan. Dibawah program pemulihan sungai untuk mengurangkan risiko banjir sebanyak 12 sebutharga telah dilaksanakan di Daerah Penambang dengan peruntukan RM1.369 Juta. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM2.87 Juta disalurkan bagi melaksanakan 17 kerja-kerja sebutharga bagi mengurangkan risiko banjir.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nLangkah jangka panjang pula adalah dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir. Bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan di Penampang, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM281 Juta.\n\r\nBuat masa ini, Antara kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak adalah:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Pakej 1: membina dan menaik taraf Parit 18A, \n\r\nPenambahbaikan Parit A dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Kibabaig;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Pakej 3: kerja-kerja menaik taraf dan kerja-kerja berkaitan Sungai Putatan, Sabah\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPeruntukan untuk pelaksanaan 4 akan dipohon dalam RMK-12. Manakala bagi projek Pakej 2 ianya masih dalam peringkat rekabentuk dan dijangka akan ditender pada tahun 2019.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1953,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1953",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-24",
        "year": 2019,
        "no": "6",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB DATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini tentang pelaksanaan kajian semula Dasar Perhutanan Negara yang telah dilancarkan pada tahun ...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\nDATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini tentang pelaksanaan kajian semula Dasar Perhutanan Negara yang telah dilancarkan pada tahun 1992 (NFP 1992).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kini dalam usaha mengkaji dan menyediakan suatu Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia yang lebih menyeluruh untuk memastikan sektor perhutanan terus menyumbang ke arah pencapaian pembangunan negara. Dasar ini dijangka siap pada tahun 2020.\n\r\n2\n\r\nKementerian telah memulakan usaha untuk menggubal sebuah Dasar Perhutanan Malaysia (DPM) yang akan mengekalkan kepentingan ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pada masa kini, persetujuan secara prinsip telah dicapai di antara ketiga-tiga wilayah mengenai penetapan kenyataan, rasional dan objektif bagi DPM. Strategi dan pelan tindakan bagi ketiga-tiga wilayah berkenaan dijangka boleh dimuktamadkan pada tahun 2020.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1961,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1961",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-29",
        "year": 2019,
        "no": "12",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEHMinta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan penanaman industri hemp yang hanya dipromosikan oleh badan-badan berkanun Kerajaan s...",
        "question": "PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEHMinta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan penanaman industri hemp yang hanya dipromosikan oleh badan-badan berkanun Kerajaan seperti RISDA & KADA malah terdapat juga daripada kalangan Exco Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPendirian kerajaan berkenaan penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya,1952 [Akta 234], kecuali untuk tujuan penyelidikan. Di bawah Akta 234, sebarang permohonan pembelian biji benih perlu mendapat kelulusan Menteri Kesihatan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1951,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1951",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-23",
        "year": 2019,
        "no": "19",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "PUAN ASMAK BINTI HUSIN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bentuk pampasan kepada Kerajaan negeri Kelantan yang kehilangan pendapatan RM250 juta setahun daripada kawasan hutan yang ...",
        "question": "PUAN ASMAK BINTI HUSIN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bentuk pampasan kepada Kerajaan negeri Kelantan yang kehilangan pendapatan RM250 juta setahun daripada kawasan hutan yang dikekalkan kesan komitmen Malaysia terhadap Deklarasi Rio De Janeiro 1992.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nHutan memainkan peranan yang penting dalam memberikan perkhidmatan ekosistem seperti menjamin kestabilan alam sekitar, membekalkan sumber makanan, jaminan bekalan air bersih, bekalan oksigen serta menyimpan stok karbon yang penting dalam mengimbangi perubahan iklim dunia. Sehubungan itu, semasa Sidang Kemuncak Bumi ke-22 di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, YAB Perdana Menteri telah menyatakan komitmen untuk mengekalkan\n\r\n2\n\r\nsekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara di bawah litupan pokok-pokok dan kawasan berhutan.\n\r\nJadual Kesembilan, di bawah Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli iaitu melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah terhad kepada memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan industri berasas kayu dan perdagangan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing.\n\r\nBagi memastikan hutan dapat memainkan peranannya dalam memberikan perkhidmatan ekosistem untuk kepentingan rakyat, kerajaan negeri wajar mengekalkan dan memelihara kawasan tadahan air sedia ada serta mewartakan kawasan-kawasan hutan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan tadahan air. Selain itu, kerajaan negeri juga perlu memastikan pengusahasilan dilaksanakan berpandukan kepada Catuan Tebangan Tahunan di bawah RMKe-11 seperti yang telah diputuskan dalam Majlis Tanah Negara.\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta pada tahun 2019 untuk pengagihan kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Perkara ini telah diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018. Kaedah dan cadangan penyaluran insentif tersebut telah dibentangkan oleh Kementerian Kewangan di Majlis Kewangan Negara pada 27 Mei 2019 dan kesemua peruntukan tersebut telahpun disalurkan kepada Kerajaan Negeri selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut.\n\r\n3\n\r\nPada masa ini, Kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan Dana antarabangsa melalui mekanisma Reducing Emissions From Deforestation And Forest Degradation (REDD) Plus di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). REDD Plus merupakan satu mekanisme insentif yang bertujuan menggalakkan negara-negara membangun mengurangkan kadar pelepasan GHG daripada aktiviti penyahhutanan dan kemerosotan hutan serta meningkatkan kadar penyerapan GHG daripada aktiviti pengurusan hutan secara berkekalan. Bagi mengakses dana ini, terdapat beberapa keperluan oleh UNFCCC yang perlu dipenuhi. Kementerian akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dalam perkara ini.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1890,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1890",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-05-08",
        "year": 2019,
        "no": "22",
        "member": "YB Senator Tuan Kamarudin Bin Abdun",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan s...",
        "question": "YB Senator Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu penerokaan haram yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pada masa ini penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSejak 2006, JPSM telah mewujudkan enam (6) Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan skop penguatkuasaan dan perundangan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bagi mengawal dan membendung penerokaan haram dalam HSK.\n\r\nUntuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di bawah Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa KATS iaitu melalui JPSM adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan industri berasas kayu dan perdagangan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing.Kerajaan Negeri boleh menerima nasihat profesional dan teknikal yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan untuk pelaksanaan Dasar Perhutanan Negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1952,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1952",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-23",
        "year": 2019,
        "no": "24",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sedarkah Kementerian bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan terhadap isu ini ...",
        "question": "TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sedarkah Kementerian bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan terhadap isu ini kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu pencerobohan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Dalam hal ini, tindakan bagi membendung kesalahan ini akan diambil sebaik sahaja pencerobohan HSK dikesan bagi mengelakkannya daripada terus berleluasa.\n\r\nNO. SOALAN: 24\n\r\n2\n\r\nStatistik terkini menunjukkan aktiviti pencerobohan HSK terutamanya yang melibatkan pembalakan haram di Semenanjung Malaysia adalah terkawal dan melibatkan kawasan yang kecil berbanding keluasan HSK yang ada. Pada tahun 2018, kawasan yang terlibat dengan pembalakan haram adalah seluas 109 hektar di mana jumlah ini kurang daripada satu (1) peratus daripada keluasan HSK di Semenanjung Malaysia.\n\r\nSehingga kini, JPSM mempunyai enam (6) Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan skop penguatkuasaan dan perundangan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bagi mengawal dan membendung penerokaan haram di HSK.\n\r\nKATS melalui JPSM turut mengadakan inisiatif program penguatkuasaan bersepadu. Program tersebut diadakan bagi memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras penerokaan haram di dalam dan di luar HSK seperti berikut:\n\r\n(a) Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);\n\r\n(b) Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api;\n\r\n(c) Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal;\n\r\n3\n\r\n(d) Penubuhan Unit Perisikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;\n\r\n(e) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan\n\r\n(f) Penubuhan Pusat Pemantauan Sumber Hutan Negara yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam pemantauan kesalahan hutan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n4\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1962,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1962",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-29",
        "year": 2019,
        "no": "28",
        "member": "Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang, Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit seti...",
        "question": "Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang, Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setiap tahun.\n\r\nJAWAPAN\n\r\nTuan Yang",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah dan sedang berusaha merangka langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir dan kesan akibat banjir di seluruh Negara. Langkah masa jangka pendek adalah dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sistem saliran dan sungai melalui peruntukan Negeri dan Persekutuan. Dibawah program pemulihan sungai untuk mengurangkan\n\r\nrisiko banjir sebanyak 12 sebutharga telah dilaksanakan di Daerah Penambang dengan peruntukan RM1.369 Juta. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM2.87 Juta disalurkan bagi melaksanakan 17 kerja-kerja sebut harga bagi mengurangkan risiko banjir.\n\r\nLangkah jangka panjang pula adalah dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir. Bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan di Penampang, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM281 Juta.\n\r\nBuat masa ini, Antara kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak adalah:\n\r\ni) Pakej 1: membina dan menaik taraf Parit 18A, Penambahbaikan Parit A dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Kibabaig;\n\r\nii) Pakej 3: kerja-kerja menaik taraf dan kerja-kerja berkaitan Sungai Putatan, Sabah\n\r\nPeruntukan untuk pelaksanaan 4 akan dipohon dalam RMK-12. Manakala bagi projek Pakej 2 ianya masih dalam peringkat rekabentuk dan dijangka akan ditender pada tahun 2019.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1966,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1966",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-31",
        "year": 2019,
        "no": "30",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam dan apakah t...",
        "question": "DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pesalah tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menerusi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia amat mengambil berat terhadap penyeludupan hidupan liar yang berlaku di Negara ini.\n\r\nAntara usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian menerusi Jabatan PERHILITAN bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam adalah seperti berikut:\n\r\n2\n\r\n(i) Memperkukuhkan perundangan dengan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Antara cadangan pindaan adalah dengan peruntukan seksyen baharu iaitu Wildlife Impact Assessment (WIA) bagi aktiviti pembukaan kawasan yang melibatkan habitat hidupan liar.\n\r\n(ii) Menjalankan operasi penguatkuasaan yang dirancang dari semasa ke semasa seperti Ops Taring, Ops Jerat, dan Ops Belang;\n\r\n(iii) Menjalinkan kerjasama dengan agensi antarabangsa iaitu Interpol (2016-2019) di dalam Ops Dragon, Ops Chameleon, Ops Thunderstorm dan Ops Thunderball;\n\r\n(iv) Memperkasakan Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan PERHILITAN yang beroperasi di seluruh negeri;\n\r\n(v) Memantapkan penguatkuasaan 14 pos di pintu keluar/masuk Negara di Semenanjung Malaysia dengan penempatan pegawai penguatkuasa;\n\r\n(vi) Memperkukuhkan penguatkuasaan menerusi perisikan iaitu “intelligence led enforcement”;\n\r\n(vii) Meningkatkan latihan dan kemahiran penguatkuasaan di kalangan pegawai;\n\r\n(viii) Melaksanakan aktiviti kesedaran awam di setiap peringkat lapisan masyarakat;\n\r\n(ix) Berkerjasama dengan pihak NGO untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenayah hidupan liar;\n\r\n(x) Mempergiatkan aktiviti pemantauan ke atas kegiatan penjualan hidupan liar melalui internet;\n\r\n(xi) Memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi penguatkuasaan – Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja\n\r\n3\n\r\nMalaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan, Kastam dan Agensi Pengawalan Maritim Malaysia;\n\r\n(xii) Meningkatkan kerjasama serantau di bawah ASEAN-Wildlife Enforcement Network (ASEAN-WEN); dan\n\r\n(xiii) Mengeratkan kerjasama dua hala dengan kerajaan Thailand bagi mencegah penyeludupan di sempadan.\n\r\nAntara tahun 2016 hingga 2018, sebanyak 370 kes penyeludupan hidupan liar telah berjaya direkodkan dengan 178 kes telah didakwa di bawah peruntukan Akta Hidupan Liar 2010. Antara tindakan yang telah diambil terhadap pesalah-pesalah tersebut bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah denda sebanyak RM 3,000.00 hingga RM 56,600.00 dan penjara antara 3 bulan hingga 8 bulan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1948,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1948",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-22",
        "year": 2019,
        "no": "34",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSINMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik yang sering menimpa kawasan peri...",
        "question": "DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSINMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik yang sering menimpa kawasan perindustrian di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Bagi menyokong keperluan bekalan air ke kawasan perindustrian di Sabah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan tiga (3) projek berjumlah RM1.0114 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) seperti berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na) penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II dari 80 juta liter sehari (JLH) kepada 160 JLH termasuk saluran paip \n\n\r\nutama dan tangki simpanan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM429.2 juta;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nb) penambahan kapasiti LRA Kogopon dari 40 JLH kepada 80 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos diluluskan sebanyak RM312.22 juta;\n\r\nKedua-dua projek ini adalah untuk memenuhi keperluan bekalan air untuk pembangunan industri di kawasan pantai barat seperti kawasan KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) dan kawasan SOGT (Sabah Oil & Gas Terminal) di Kimanis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nc) Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I dan II melibatkan pembinaan loji kapasiti 60 JLH dan sistem agihan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM270 juta untuk memenuhi keperluan bekalan air bagi kawasan Palm Oil Industrial Centre (POIC) di daerah Lahad Datu.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1980,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1980",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "36",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai kes kematian 3 ekor gajah baru-baru ini, di Johor. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi ...",
        "question": "DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai kes kematian 3 ekor gajah baru-baru ini, di Johor. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang?.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memandang serius kes kematian 3 ekor gajah di Johor baru-baru ini. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia \n\r\nJabatan PERHILITAN telah menjalankan bedah siasat ke atas ketiga-tiga gajah tersebut pada 4 Jun 2019. Sampel berkaitan daripada bedah siasat tersebut dihantar ke Jabatan Kimia pada 7 Jun 2019.\n\r\nPenemuan semasa bedah siasat bagi semua gajah tersebut adalah sama iaitu tanda-tanda yang konsisten bagi kes keracunan akibat memakan atau termakan racun. Walau bagaimanapun, laporan rasmi bagi analisa racun daripada makmal jabatan kimia masih lagi belum diterima pada masa ini, oleh yang demikian tentatif kematian buat masa ini adalah disebabkan keracunan. \n\r\nJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia pada masa ini telah menyediakan National Elephant Conservation Plan (NECAP) bagi pengurusan Gajah di Semenanjung Malaysia. Antara program yang sedang dilaksana adalah: \n\r\n(i) Mengenal pasti kumpulan gajah mengikut pengenalan (ID) di seluruh negeri-negeri yang mempunyai populasi gajah bagi tujuan pemantauan dan pengurusan konflik; \n\r\n(ii) Program pengawalan berkala Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES)/Monitoring the Illegal Killing of Elephants (MIKE) bagi tujuan pengesanan dan pelaporan pemburuan haram gajah; \n\r\n(iii) Sesi konsultasi dan khidmat nasihat bagi pengurusan konflik gajah bersama penduduk kampung, pekebun dan syarikat perladangan; dan \n\r\n(iv) Program Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) bagi mengurangkan impak akibat konflik gajah. \n\r\nBagi mengelakkan kes seumpamanya daripada berulang, Jabatan PERHILITAN akan mengambil tindakan seperti berikut: \n\r\n\r\n(i) Memasang kolar satelit bagi kumpulan gajah yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian; \n\r\n(ii) Meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan keliaran gajah bagi mencegah konflik gajah-manusia; dan \n\r\n(iii) Mengadakan lebih banyak sesi konsultasi dan khidmat nasihat bagi pengurusan konflik gajah bersama penduduk kampung, pekebun dan syarikat perladangan bagi meningkatkan keberkesanan mitigasi konflik gajah-manusia. \n\r\nKesemua inisiatif di bawah pelan tindakan NECAP ini sedang dipantau oleh KATS dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan (NGO), universiti dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan. NECAP juga akan dikaji semula dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan situasi semasa terutamanya yang berkaitan dengan keupayaan Jabatan PERHILITAN seperti bilangan anggota dan peruntukkan yang mencukupi. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1967,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1967",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-31",
        "year": 2019,
        "no": "44",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "DATUK RAZALI BIN IDRIS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah jangka panjang bagi memastikan hidupan liar seperti Harimau, Badak Sumbu dan Gajah tidak pupus dan adakah t...",
        "question": "DATUK RAZALI BIN IDRIS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah jangka panjang bagi memastikan hidupan liar seperti Harimau, Badak Sumbu dan Gajah tidak pupus dan adakah terdapat pelaburan serta program pembiakan dan santuari khusus untuk haiwan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam usaha konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:\n\r\nBagi spesies Harimau, Jabatan PERHILITAN telah:\n\r\n2\n\r\n(i) Membangunkan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) di Lanchang, Pahang seluas 80 hektar bagi tujuan meliarkan semula (rewilding) harimau sebelum pelepasan di hutan-hutan terpilih;\n\r\n(ii) Menjalankan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (1st National Tiger Survey - 1st NTS) di seluruh Semenanjung Malaysia melibatkan kawasan kajian seluas 44,000 km2 bagi mendapatkan populasi sebenar Harimau Malaya;\n\r\n(iii) Melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008-2020 (NTCAP)\n\r\nBagi spesies Gajah pula, Jabatan PERHILITAN telah:\n\r\n(i) Melaksanakan Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan 2013-2022 (NECAP);\n\r\n(ii) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan Pusat Pentadbiran Santuari Gajah Johor (JES) yang mempunyai kawasan padang ragut gajah seluas 72.9 hektar dan kawasan kompleks yang merangkumi pejabat pentadbiran dan pengurusan hidupan liar seluas 466 hektar;\n\r\nManakala bagi spesies Badak Sumatera, usaha konservasi Jabatan PERHILITAN termasuklah:\n\r\n(iii) Menggunakan kaedah pembiakan terkini seperti Assisted Reproductive Technology (ART) bagi program pembiakan dalam kurungan spesies hidupan liar terancam;\n\r\n(iv) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah di dalam perundingan dengan pihak Indonesia bagi menjalankan program pembiakan Badak Sumatera;\n\r\n3\n\r\nDisamping menguruskan spesies, jabatan PERHILITAN turut\n\r\n(i) Menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ iaitu melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semula jadi;\n\r\n(ii) Menguruskan kawasan perlindungan seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Pulau Pinang dan rezab-rezab hidupan liar bagi keliaran (roaming) hidupan liar di habitat semula jadi;\n\r\n(iii) Meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi mengenakan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab, kezaliman terhadap hidupan liar dan aktiviti pengiklanan atau perdagangan hidupan liar secara atas talian (online);\n\r\n(iv) Melaksanakan Program penguatkuasaan seperti Ops Belang dan Ops Khazanah secara berterusan bagi membanteras pencerobohan dan pemburuan haram hidupan liar; dan\n\r\n(v) Melaksanakan program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) secara berterusan seperti Program Pendidikan Biodiversiti, pameran, ceramah dan program bersama masyarakat setempat, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1968,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1968",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-31",
        "year": 2019,
        "no": "52",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "DATUK SR. HAJI HANAFI BIN HAJI MAMAT Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal penggunaan bahan kimia berbahaya seperti Sianida (Cyanide) dalam tek...",
        "question": "DATUK SR. HAJI HANAFI BIN HAJI MAMAT Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal penggunaan bahan kimia berbahaya seperti Sianida (Cyanide) dalam teknologi Perlombongan Emas di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengawal penggunaan bahan kimia berbahaya dalam industri perlombongan emas dan mineral-mineral lain melalui pengenaan syarat kelulusan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) di bawah Akta Pembangunan Mineral (APM) 1994 dan aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan semasa lombong beroperasi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Dalam pengendalian bahan kimia berbahaya ini, pelombong disyaratkan mengikut piawaian antarabangsa seperti:\n\r\ni) mempunyai rekabentuk loji yang baik;\n\r\nii) melaksanakan amalan operasi yang baik;\n\r\niii) menggunakan peralatan perlindungan pekerja dan peralatan kecemasan;\n\r\niv) mempunyai dan mengamalkan prosidur latihan dan kecemasan yang baik;\n\r\nv) mempunyai tapak kerja yang selamat dan bersih; dan\n\r\nvi) menjalankan pemantauan berterusan.\n\r\nPenggunaan selamat bagi sianida dalam industri perlombongan adalah tertakluk kepada pengurusan penggunaan sianida sebagaimana yang dinyatakan di dalam The International Cyanide Management Code (ICMC) yang diterbitkan dalam tahun 2016 oleh International Cyanide Management Institute di bawah penyeliaan United Nations Environment Programme (UNEP) dan International Council on Metals and the Environment (ICME).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Selain JMG dan Jabatan Alam Sekitar, terdapat beberapa agensi kerajaan lain yang turut menguatkuasakan undang-undang bagi penggunaan bahan kimia sianida ini seperti Jabatan Kesihatan Negeri yang mengawal dari segi pengeluaran lesen kepada pembeli dan penjual yang dilesenkan sahaja dengan syarat-syarat tertentu. Hal ini demikian kerana bahan kimia sianida adalah dikategorikan sebagai bahan kimia berjadual di bawah Akta Racun 1952 yang memerlukan Lesen Racun Jenis B.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) juga turut memantau segala aktiviti industri termasuklah kilang memproses mineral emas bagi memastikan setiap pekerja yang bekerja di dalam kilang berkenaan dapat bekerja dalam keadaan yang selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana individu di dalam atau di sekeliling kawasan kilang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 turut mengawal selia penggunaan bahan kimia sianida dalam pemprosesan mineral emas. Melalui peraturan ini, pihak pelombong perlu mengemukakan dan mendapatkan kelulusan laporan Control of Industrial Major Hazard (CIMAH) yang disediakan oleh pihak konsultan berdaftar dengan JKKP.\n\r\n6. Di dalam laporan ini, turut dinyatakan punca-punca yang dikenalpasti boleh menyumbang kepada kemalangan industri hasil dari penggunaan sianida tanpa kawalan serta langkah-langkah respon kecemasan (Emergency Response Plan) dan langkah kawalan yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1949,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1949",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-22",
        "year": 2019,
        "no": "53",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan terkini kerja-kerja pemetaan \"hazard\" banjir di seluruh negara dan sejauh mana data ini dapat mengurang...",
        "question": "DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan terkini kerja-kerja pemetaan \"hazard\" banjir di seluruh negara dan sejauh mana data ini dapat mengurangkan nilai kerugian rakyat apabila menghadapi musibah banjir kilat luar jangka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nUntuk makluman, sehingga kini Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah membangunkan 39 Peta Hazard Banjir di seluruh negara.\n\r\nPeta Hazard Banjir adalah satu peta yang dihasilkan daripada permodelan hidrodinamik yang menunjukkan kedalaman dan keluasan banjir yang\n\r\npaling kritikal bagi sesuatu kawasan dengan mengambil kira input hidrologi (data hujan) sehingga ke tahap ekstrem.\n\r\nBagi mengurangkan masalah banjir luar jangka, kegunaan utama Peta Hazard Banjir ini adalah untuk Penilaian Risiko Banjir yang terdiri daripada:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Perancangan Projek-projek Tebatan Banjir yang mana Kerajaan boleh mengambil langkah struktur (structural approach) bagi membina sistem kawalan banjir yang optimum dari segi teknikal, ekonomi, sosial dan persekitaran bagi kawasan yang berisiko tinggi;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Sebagai panduan perancangan gunatanah oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan kawasan dataran banjir dibangunkan sebagai kawasan penempatan; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) Dapat mengenalpasti kawasan-kawasan yang dilanda banjir beserta kedalaman banjir tersebut yang boleh dijadikan panduan kepada Agensi Pengurusan Bencana sebagai langkah awal menghadapi banjir.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1981,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1981",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "53",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATUK JOHN AMBROSE Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas air dan elektrik yang sering menimpa kawasan perindustrian di Sabah ker...",
        "question": "DATUK JOHN AMBROSE Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas air dan elektrik yang sering menimpa kawasan perindustrian di Sabah kerana faktor ini mengakibatkan pihak pelabur tidak mahu beroperasi di Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nBagi menyokong keperluan bekalan air ke kawasan perindustrian di Sabah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan tiga (3) projek berjumlah RM1.0114 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) seperti berikut: \n\r\na) penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II dari 80 juta liter sehari (JLH) kepada 160 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM429.2 juta; 　\n\r\nb) penambahan kapasiti LRA Kogopon dari 40 JLH kepada 80 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos diluluskan sebanyak RM312.22 juta; \n\r\nKedua-dua projek ini adalah untuk memenuhi keperluan bekalan air untuk pembangunan industri di kawasan pantai barat seperti kawasan KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) dan kawasan SOGT (Sabah Oil & Gas Terminal) di Kimanis. \n\r\nc) Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I dan II melibatkan pembinaan loji kapasiti 60 JLH dan sistem agihan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM270 juta untuk memenuhi keperluan bekalan air bagi kawasan Palm Oil Industrial Centre (POIC) di daerah Lahad Datu. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1954,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1954",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-24",
        "year": 2019,
        "no": "56",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status dan pelan jangka panjang penstrukturan semula perkhidmatan air dalam memastikan masalah bekalan air be...",
        "question": "YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status dan pelan jangka panjang penstrukturan semula perkhidmatan air dalam memastikan masalah bekalan air bersih dapat diselesaikan dengan segera bagi memenuhi keperluan kebanyakan negeri di Malaysia",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah merupakan suatu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air di peringkat negeri. Langkah ini bertujuan memastikan kemapanan jangka masa panjang (full cost recovery) dan mewujudkan jaminan kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna, pada kadar tarif yang munasabah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Sehingga kini sebanyak 8 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan telah menandatangani perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air. Manakala, usaha sedang dipergiatkan bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air bagi Negeri Kedah, Pahang dan Terengganu dalam masa terdekat.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Penstrukturan yang dilaksanakan ini membantu pemulihan industri bekalan air di negara ini melalui langkah-langkah berikut :\n\r\ni) Pengambilalihan pinjaman-pinjaman bekalan air Kerajaan Negeri oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan penyusunan semula tempoh bayaran melalui sewa pajakan selama 45 tahun. Oleh yang demikian pinjaman ini dapat diselesaikan secara teratur pada kadar peratus bayaran yang berpatutan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Penyediaan pembiayaan modal (CAPEX) yang kompetitif oleh PAAB bagi menambah baik kecekapan serta kualiti perkhidmatan air meliputi skop seperti pembinaan loji rawatan air baharu, naik taraf loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip/sistem agihan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) Operator air beroperasi berdasarkan “asset light model” dan dapat menumpukan kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv) Kawal selia SPAN yang lebih berkesan ke atas prestasi perkhidmatan bekalan air berdasarkan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan seperti liputan bekalan air, kualiti air, tekanan air, kecukupan air dan perkhidmatan pelanggan,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Langkah penstrukturan ini juga perlu disokong dengan kemapanan kewangan operator air. Oleh yang demikian Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism-TSM) telah dibangunkan bagi menstrukturkan komponen tarif dan menyelaras kadar tarif air semasa agar ia mencerminkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air. Kejayaan pelaksanaan TSM akan meningkatkan keupayaan kewangan operator air dalam melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air dan seterusnya berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1982,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1982",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "58",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA Minta KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap permintaan Kerajaan Negeri Pahang untuk ...",
        "question": "PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA Minta KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap permintaan Kerajaan Negeri Pahang untuk mendapatkan geran tahunan sebagai pampasan kerana merizabkan hutan simpan seluas kira-kira 3.6 juta hektar seperti mana konsep \"Forest Ecological Compensation Programme\" yang diamalkan di negara China ataupun \"Payment for Ecosystem Services\" seperti di Amerika Syarikat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberikan berkaitan konsep \"Forest Ecological Compensation Programme\" dan \"Payment for Ecosystem Services\" dan akan mempertimbangkan perkara ini sewajarnya. \n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta pada tahun 2019 untuk pengagihan kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Perkara ini telah diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018. Kaedah dan cadangan penyaluran insentif tersebut telah dibentangkan di Majlis Kewangan Negara pada 27 Mei 2019 dan kesemua peruntukan tersebut telahpun disalurkan kepada Kerajaan Negeri selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut. \n\r\nPada masa ini, Kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan Dana antarabangsa melalui mekanisma Reducing Emissions From Deforestation And Forest Degradation (REDD) Plus di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). REDD Plus merupakan satu mekanisme insentif yang bertujuan menggalakkan negara-negara membangun mengurangkan kadar pelepasan GHG daripada aktiviti penyahhutanan dan kemerosotan hutan serta meningkatkan kadar penyerapan GHG daripada aktiviti pengurusan hutan secara berkekalan. Bagi mengakses dana ini, terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi. Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dalam perkara ini. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1983,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1983",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "81",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana konsultasi melibatkan Kerajaan Negeri telah dilakukan pihak Kementerian dalam usaha mewujudkan penguru...",
        "question": "PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana konsultasi melibatkan Kerajaan Negeri telah dilakukan pihak Kementerian dalam usaha mewujudkan pengurusan sumber air yang sistematik di samping pengenalan Rang Undang-undang Sumber Air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mendapat mandat untuk melaksanakan konsultasi semula bersama semua kerajaan negeri bagi mewujudkan perundangan yang seragam berkaitan pengurusan sumber air yang dinamakan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA) melalui keputusan yang dicapai dalam Majlis Air Negara (MAN) pada 25 Februari 2019. \n\r\nRang Undang-Undang ini bersifat model law dan tidak akan mengambil kuasa kerajaan negeri. Ia hanyalah sebagai enabling environment dalam \n\r\nmemastikan pengurusan sumber air yang lestari dan membolehkan isu-isu rentas sempadan dapat ditangani dengan lebih berkesan. \n\r\nSesi konsultasi bersama kerajaan negeri di peringkat pegawai telah dilaksanakan sejak April 2019 di 5 negeri iaitu Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka. \n\r\nManakala sesi konsultasi bagi negeri-negeri lain akan diadakan setelah mendapat tarikh yang sesuai daripada pihak negeri dan sesi konsultasi ini dijangka selesai dalam bulan September 2019. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1955,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1955",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-24",
        "year": 2019,
        "no": "84",
        "member": "Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini dan masalah kelewatan bagi projek RTB Sungai Linggi dan adakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan skop projek sehingga ke Seremban dan Ampangan bagi mengatasi masal...",
        "question": "Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini dan masalah kelewatan bagi projek RTB Sungai Linggi dan adakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan skop projek sehingga ke Seremban dan Ampangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian ini melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 4, Negeri Sembilan dalam RMK-11 ini melalui peruntukan yang diluluskan dengan siling kos projek sebanyak rm70 juta.\n\r\nProjek ini telah bermula pada 14 April 2018 dan dijangka siap pada pada 13 April 2021.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSehingga kini, pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 14.72% di mana kerja-kerja utama sedang dilaksanakan. Berdasarkan kepada keadaan dan rekod banjir semasa di seluruh Negeri Sembilan, pelaksanaan PLSB Sungai Linggi ini dicadangkan untuk diteruskan sehingga ke Fasa 5 di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan meliputi kawasan sehinggga ke Bandar Seremban dan sekitarnya bagi mengurangkan impak banjir di masa hadapan,\n\r\n.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1956,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1956",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-24",
        "year": 2019,
        "no": "93",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATO' ONG CHONG SWEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam melindungi sumber air yang berpotensi tercemar akibat sisa-sisa pepejal yang meresap ke dalam...",
        "question": "DATO' ONG CHONG SWEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam melindungi sumber air yang berpotensi tercemar akibat sisa-sisa pepejal yang meresap ke dalam tanah yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalaubagaimanapun, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) ada melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/ Integrated River Basin Management (IRBM). Ia merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektif iaitu Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam Sekitar. Melalui pelan IRBM ini, kementerian telah menyediakan perancangan dan pembangunan lembangan untuk rujukan kerajaan negeri dalam sesuatu pembangunan agar tidak mengancam kelestarian alam sekitar.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam usaha memulihara sungai, perlu untuk kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku.\n\r\nSelain daripada peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, KATS berpandangan pihak-pihak berkepentingan lain juga boleh terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara kualiti air sungai. Contohnya adalah dengan memperkenalkan program sukarela river rehabilitation bersama pihak NGO, persatuan masyarakat yang berada di lembangan sungai berkenaan, entiti komersial dan lain-lain supaya dapat mewujudkan sense of belonging terhadap sungai di kawasan mereka.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKATS juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA). RUU SA bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air dan penjagaan sungai di seluruh Negara. Ini merupakan usaha Kementerian dalam melengkap dan mengukuhkan kawalan kuantiti dan kualiti sumber air termasuk perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan kawalan pencemaran di peringkat negeri. Ini akan memastikan keperluan Negara dalam menyokong pembangunan Negara yang mapan di mana wujudnya sungai yang bersih, air yang mencukupi, selamat serta persekitaran yang kondusif untuk kehidupan. Pemakaian RUU SA di peringkat negeri akan dapat memastikan sumber air dapat dipelihara. RUU SA juga akan mengisi kekurangan dan keterbatasan undang-undang sediada.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1959,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1959",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-25",
        "year": 2019,
        "no": "95",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan jelas pendirian Kementerian mengenai tuntutan terhadap Kerajaan negeri tentang pemilikan hak milik tanah selama 999 ta...",
        "question": "DATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan jelas pendirian Kementerian mengenai tuntutan terhadap Kerajaan negeri tentang pemilikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada Kampung Baru Cina dan Kampung Orang Asli. Sekiranya tidak, apakah justifikasinya",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSeksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) telah memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh memberi milik sesuatu tanah Kerajaan kepada pemohon bagi tempoh tidak melebihi 99 tahun. Walau bagaimanapun, subseksyen 76(aa) telah meluaskan kuasa PBN untuk memberi milik tanah Kerajaan secara selama-lamanya tertakluk kepada keadaan-keadaan khas.Subseksyen 76(aa) KTN menjelaskan bahawa pemilikan pegangan selama-lamanya terhadap sesuatu tanah hanya boleh berlaku apabila PBN berpuas hati:\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\ni) bahawa pemberimilikan adalah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) pemberimilikan tanah akan digunakan untuk maksud awam; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) terdapat keadaan khas yang memerlukan ia berbuat demikian.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMajlis Tanah Negara ke-73 telah bersetuju memperincikan keadaan khas bagi subseksyen 76(aa)(iii), yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan Negeri boleh memberi milik tanah Kerajaan untuk tempoh selama-lamanya bagi projek-projek di bawah Kerajaan Negeri yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa secara case by case basis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1984,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1984",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "98",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian dalam bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap berlaku di Wilayah ...",
        "question": "DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian dalam bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan dan perancangan terkini Kementerian melibatkan jangka masa pendek dan panjang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\n1. Masalah bekalan air yang kerap berlaku di Labuan antara lain berpunca dari kemudahan loji yang usang, sistem pengepaman yang telah mencapai tahap maksimum, sistem takungan yang tidak mencukupi dan juga kekerapan kebocoran paip Asbestos Cement (AC). \n\r\n\n2. Antara langkah-langkah yang sedang diambil Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi isu bekalan air di Labuan seperti berikut: \na) peruntukan sebanyak RM146.6 juta bagi menaiktaraf empangan dan loji di Labuan; \n\r\n\nb) peruntukan sebanyak RM14.1 juta bagi kerja-kerja naiktaraf pam air bersih di Loji Rawatan Air di Kampung Lawa Gadong Beaufort; \n\r\n\nc) peruntukan sebanyak RM100 juta bagi kerja-kerja penggantian paip sepanjang 30 km di sepanjang Jalan Mohd Salleh dari Simpang Tamu ke Simpang Bebuluh dan Jalan Bebuloh sehingga Terminal Shell Kiamsam. Urusan perlantikan perunding sedang dimuktamadkan dan kerja-kerja dijangka bermula pada suku keempat tahun 2020; \n\r\n\nd) peruntukan sebanyak RM14 juta bagi kerja-kerja kawalan kebocoran/non revenue water (NRW) di Labuan. Kerja-kerja akan bermula pada 15 Julai 2019 dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga (3) tahun; dan \n\r\n\ne) peruntukan sebanyak RM8 juta bagi kerja-kerja pembinaan tangki air berkapasiti 2.4 juta liter sehari (JLH) di Ganggarak. Projek ini terpaksa ditender semula disebabkan prestasi kontraktor yang dilantik adalah tidak memuaskan. \n\r\n\n3. Pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan bagi memastikan masalah bekalan air di Labuan tidak berlaku dan fokus utama masa akan datang adalah untuk menggantikan semua paip AC di Labuan agar insiden gangguan bekalan air dapat dikurangkan dan kadar NRW dapat dikekalkan di bawah paras 20%. \n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1957,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1957",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-24",
        "year": 2019,
        "no": "103",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATUK RAZALI BIN IDRIS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi menangani masalah bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri Pantai Timur pada musi...",
        "question": "DATUK RAZALI BIN IDRIS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi menangani masalah bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh mendatang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa tindakan bagi menangani masalah bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh mendatang seperti :\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) – PRAB Fasa 1 melibatkan 3 lembangan sungai iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang.\n\r\nProjek PRAB Fasa 1 masih dalam pelaksanaan dan sedang diuji jalan. PRAB membolehkan agensi penyelamat dan orang ramai membuat persediaan awal sebelum kejadian banjir berlaku bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai dimana KATS menyalurkan peruntukan ke seluruh Negara melalui JPS Negeri. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1958,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1958",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-24",
        "year": 2019,
        "no": "106",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah kawasan perlombongan di negeri Kelantan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah hasil perlombongan yang di...",
        "question": "DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah kawasan perlombongan di negeri Kelantan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah hasil perlombongan yang direkodkan untuk tempoh tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Jumlah kawasan perlombongan di Negeri Kelantan sehingga Jun 2019 adalah sebanyak 24 buah lombong dan jumlah kutipan royalti mineral yang direkodkan sepanjang tahun 2018 adalah sebanyak RM 23,031,960.27. Pada tahun 2019, jumlah kutipan royalti mineral yang direkodkan bermula Januari sehingga Jun 2019 adalah sebanyak RM 8,740,415.83.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1963,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1963",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-29",
        "year": 2019,
        "no": "112",
        "member": "Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di negeri Selangor.",
        "question": "Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di negeri Selangor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) telah meluluskan peruntukan bagi tahun 2019 kepada Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor bagi mengatasi masalah banjir berjumlah RM16.9 juta bagi pelaksanaan lima (5) projek berikut :\n\r\n1) Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Pembinaan Sistem Saliran Mesra Alam Di Kawasan Operasi Pelabuhan Klang Dan Sekitarnya\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Pemuliharaan Serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1, Selangor\n\r\nDi bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir pula, Negeri Selangor turut mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di negeri tersebut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1960,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1960",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-25",
        "year": 2019,
        "no": "114",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATUK DONALD PETER MOJUNTIN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana supaya Projek Kota Kinabalu Water Supply Phase III (KKWSP3) da...",
        "question": "DATUK DONALD PETER MOJUNTIN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana supaya Projek Kota Kinabalu Water Supply Phase III (KKWSP3) dapat disiapkan di negeri Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Projek Kota Kinabalu Water Supply Phase III (KKWSP3) merupakan cadangan daripada Kerajaan Negeri terdahulu yang juga dikenali sebagai Empangan Air Kaiduan bertujuan menampung keperluan bekalan air di Bahagian Pantai Barat Sabah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah menilai semula cadangan projek tersebut dan menggantikannya dengan cadangan pelaksanaan Empangan Air Papar yang terletak di daerah Papar dengan peruntukan RM3 bilion di bawah Rolling Plan 4 2020. Dimaklumkan bahawa projek ini akan dilaksanakan secara turnkey oleh Kerajaan Negeri. Namun begitu, kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek ini belum diperolehi dan projek ini sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri Sabah\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1964,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1964",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-29",
        "year": 2019,
        "no": "115",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATO' DR. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis bekalan air di Kedah ...",
        "question": "DATO' DR. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis bekalan air di Kedah selain daripada pengumuman projek menaik taraf loji air Bukit Selambau dan Tupah yang bernilai RM69 Juta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1.76 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) bagi membangunkan infrastruktur bekalan air di negeri Kedah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.11 bilion peruntukan bagi menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) dan Sistem Pam. Manakala peruntukan sebanyak RM600 juta untuk Pembinaan Paip Dasar Laut Pulau Langkawi dan RM104.7 juta untuk kerja-kerja pengurangan \n\n\r\nkadar air tidak terhasil (non revenue water (NRW) di negeri Kedah dan Pulau Langkawi.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kesemua projek ini bertujuan untuk memastikan sistem bekalan air di seluruh negeri Kedah dapat menampung keperluan pengguna dan seterusnya mengelakkan berlaku sebarang krisis air. Projek-projek ini dalam pelbagai peringkat perancangan pelaksanaan termasuk penyediaan dokumen tender dan proses perolehan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) selaku agensi pelaksana.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1985,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1985",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "115",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai tatacara piawaian operasi (SOP) yang disemak semula bagi memperkemaskan aktiviti pengekstrakan bahan mineral atau perl...",
        "question": "DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai tatacara piawaian operasi (SOP) yang disemak semula bagi memperkemaskan aktiviti pengekstrakan bahan mineral atau perlombongan seperti letupan batu, aktiviti cari gali besi, bauksit, kuprum, emas dan sebagainya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membangunkan beberapa Standard untuk Amalan Terbaik dan Garis Panduan semasa RMKe-11 dan telah disiapkan pada tahun 2018. Ini untuk memastikan industri perlombongan dan pengkuarian dapat dijalankan secara mampan bagi memastikan sumbangan industri ini kepada pembangunan dan ekonomi negara secara berterusan. Ia juga dapat memastikan industri perlombongan dan pengkuarian dijalankan mengikut amalan kejuruteraan perlombongan sebenar dengan mengambilkira kepentingan keselamatan, penjagaan alam sekitar dan kesihatan penduduk awam. \n\r\nTerdapat enam (6) Amalan Terbaik, tiga (3) Garis Panduan dan satu (1) SOP telah dibangunkan seperti berikut:- \n\r\n\r\nA. AMALAN TERBAIK (BEST PRACTICES) \n\nB. GARIS PANDUAN (GUIDELINES) \n\nC. PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) \n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1969,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1969",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-31",
        "year": 2019,
        "no": "118",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATUK RABIYAH BINTI ALI Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah empangan yang menjadi sumber bekalan air mentah negara sehingga Jun 2019 serta berapakah projek-projek pembinaan e...",
        "question": "DATUK RABIYAH BINTI ALI Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah empangan yang menjadi sumber bekalan air mentah negara sehingga Jun 2019 serta berapakah projek-projek pembinaan empangan baru agar sumber bekalan air mentah mencukupi untuk populasi rakyat Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2019 terdapat 61 buah empangan bekalan air di Malaysia yang mempunyai kapasiti takungan berjumlah 2,545 juta meter padu.\n\r\nDi samping itu, terdapat juga 11 buah empangan yang dikawal selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di mana fungsi utamanya adalah untuk tebatan banjir dan mempunyai fungsi sekunder sebagai empangan bekalan air mentah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi memastikan sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk rakyat, terdapat sebanyak dua (2) projek pembinaan empangan bekalan air baharu sedang dilaksanakan iaitu Empangan Tawau, Sabah dengan kos RM470.39 juta yang dijangka siap pada tahun 2021 dan Empangan Jernih, Melaka dengan anggaran kos sebanyak RM200 juta yang dijangka siap pada tahun 2023.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1986,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1986",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "147",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah statistik bilangan kes laporan kegiatan pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal dan jumlah tangkapan yang telah di...",
        "question": "DATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah statistik bilangan kes laporan kegiatan pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal dan jumlah tangkapan yang telah dibuat mengikut pecahan negeri dari tahun 2010 hingga terkini, serta apakah statistik keluasan litupan hutan negara dari tahun 2014 sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jadual Kesembilan, di bawah Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli iaitu melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah terhad kepada memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan industri berasas kayu dan perdagangan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing. \n\r\nSecara umumnya terdapat dua (2) kategori lesen pembalakan di negara ini iaitu pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan pembalakan di luar HSK iaitu di dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Pembalakan dalam HSK hanya dilaksanakan dalam kawasan yang telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan tebangan dilakukan secara terkawal melalui amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System – SMS). Bagi Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, lessen pembalakan dikeluarkan bagi maksud pembersihan tanah untuk tujuan pembangunan tanah. \n\r\nKawasan hutan yang ditebang tanpa kebenaran atau lesen oleh Pihak berkuasa Negeri dikategorikan sebagai pembalakan haram. Kawasan yang telah dikesan terbabit dengan pembalakan haram pada tahun 2017 dan 2018 masing-masing adalah seluas 269 hektar dan 110 hektar. Jumlah kawasan yang terbabit dengan pembalakan haram ini mewakili kurang 1% daripada jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia. \n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) komited dalam membanteras aktiviti pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK). Dalam hal ini, aktiviti penguatkuasaan untuk mengawal dan membanteras aktiviti pembalakan haram sentiasa dilaksanakan termasuk aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan lain. Berikut adalah bilangan kes dan bilangan tangkapan bagi pembalakan haram dalam HSK dari tahun 2010 hingga 2018: 3 \n\r\n\r\nJadual: Statistik kes dan bilangan tangkapan kes pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal bagi tahun 2010 -2018 \n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik keluasan litupan hutan negara bagi tahun 2014 adalah 55.3%. \nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1875,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1875",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-29",
        "year": 2019,
        "no": "7",
        "member": "Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di Negeri Selangor.",
        "question": "Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di Negeri Selangor.",
        "answer": "YBTM JAWAB\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPeruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) bagi tahun 2019 kepada Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir adalah berjumlah RM16.9 Juta bagi pelaksanaan lima (5) projek berikut :\n\r\n\n1) Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1)\n\r\n\n2) Pembinaan Sistem Saliran Mesra Alam Di Kawasan Operasi Pelabuhan Klang Dan Sekitarnya\n\r\n\n3) Pemuliharaan Serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara\n\r\n\n4) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor\n\r\n\n5) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1, Selangor\n\r\n\nDi bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir peruntukan RM1.925 juta telah disalurkan kepada Negeri Selangor bagi pelaksanaan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di Negeri Selangor.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1883,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1883",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-06",
        "year": 2019,
        "no": "13",
        "member": "Tuan Haji Husam Bin Musa",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keluasan hutan simpan yang telah dijadikan ladang komersial di negeri-neger",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keluasan hutan simpan yang telah dijadikan ladang komersial di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kesannya kepada...",
        "question": "Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keluasan hutan simpan yang telah dijadikan ladang komersial di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan kesannya kepada pencemaran sungai, alam sekitar dan kehidupan masyarakat setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTiada ladang komersial dibenarkan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia kecuali ladang hutan. Penubuhan projek ladang hutan di negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan melalui perjanjian di antara kerajaan negeri dan syarikat/pengusaha ladang hutan yang diluluskan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMajlis Tanah Negara (MTN) pada tahun 2012 telah meluluskan kawasan seluas 439,189 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Zon Pembangunan Ladang Hutan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang diluluskan ini adalah kurang daripada lima (5) peratus daripada jumlah keluasan hutan asli dalam HSK.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, pembukaan tanah jika tidak dirancang, diuruskan dan dikawal dengan baik boleh menyebabkan pencemaran sungai dengan peningkatan kelodakan dalam sungai dan boleh juga meyebabkan sungai menjadi cetek dan menyumbang kepada banjir.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerdasarkan kepada pemantauan kualiti air sungai tahun 2018, 6% daripada 638 sungai yang dipantau seluruh Malaysia berada dalam Kelas IV dan V berdasarkan sub-indeks Pepejal Terampai yang berkaitan dengan kelodakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1884,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1884",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-06",
        "year": 2019,
        "no": "19",
        "member": "Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.",
        "question": "Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Kerja Mencegah Hakisan di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan. Kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1891,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1891",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-08",
        "year": 2019,
        "no": "26",
        "member": "Dr. Yaakob bin Sapari",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan program konservasi hutan kekal dapat dilaksanakan.",
        "question": "Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan program konservasi hutan kekal dapat dilaksanakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, antara usaha-usaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang dilaksanakan dalam usaha memelihara hutan adalah:-\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(a) Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara\n\r\nProgram ini telah mula dilaksanakan pada 7 Februari 2005 dan merupakan program nasional jangka panjang bagi pemuliharaan pesisiran pantai. Sejak tahun 2005 sehingga kini, keseluruhan kawasan pesisiran pantai yang telah ditanam dengan pokok bakau adalah seluas 2,874 hektar melibatkan sebanyak 6.74 juta pokok di seluruh Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b) Program Perhutanan Sosial\n\r\nProgram ini merupakan aktiviti perhutanan yang melibatkan komuniti setempat dalam pemeliharaan hutan, pemulihan kawasan hutan terosot dan mengawal pencerobohan hutan dengan lebih berkesan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(c) Program Penanaman Restorasi 5 juta Pokok di Semenanjung Malaysia\n\r\nProgram ini merupakan kesinambungan daripada Kempen Penanaman 26 juta pokok yang berakhir pada tahun 2014. Sejumlah 22.6 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 2015 hingga 2018.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(d) Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia (yang melibatkan kawasan selain Hutan Simpanan Kekal)\n\r\nBagi tujuan pemulihan kawasan hutan terosot ini, Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) telah memperuntukkan RM100 juta bagi memastikan pemuliharaan kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan luar HSK antaranya tanah kerajaan yang terosot dan miskin di Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(e) Program Pemulihan Kawasan Hutan Terosot (yang melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal)\n\r\nProgram ini dilaksanakan bagi memulihara dan memelihara kawasan hutan terosot dan mensasarkan seluas 1,640 hektar hutan terosot untuk dipulihkan dengan anggaran sasaran penanaman sebanyak 1,025,000 juta anak benih pokok untuk ditanam. Pada tahun 2017 dan tahun 2018, seluas 528.85 hektar kawasan hutan terosot dan miskin telah berjaya ditanam dengan penanaman sebanyak 330,531 anak benih pokok yang merangkumi kawasan di Semenanjung Malaysia sahaja.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(f) Program Penghijauan bersama Badan-badan Bukan Kerajaan [Non-\n\r\nGovernmental Organization (NGO)]\n\r\nProgram pemulihan kawasan hutan terosot ini melibatkan aktiviti penanaman pokok melalui Program Penghijauan bersama NGO melibatkan penglibatan sukarelawan dikalangan masyarakat setempat, pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(g) Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (research & development)\n\r\nProgram pemulihan kawasan terosot juga melibatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi membantu meningkatkan keberkesanan usaha yang dilaksanakan. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ini dilaksanakan oleh pihak Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(h) Menaiktaraf Tapak Semaian\n\r\nSelain itu, pada tahun 2017, JPSM giat menaik taraf tujuh (7) buah tapak semaian bagi meningkatkan pengeluaran bahan tanaman berkualiti tinggi bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan hutan dengan melibatkan kos berjumlah RM 2.47 juta.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Memulih Kawasan Hutan Terosot Melalui Aktiviti Rawatan Silvikultur\n\r\nPada tahun 2017, pemulihan kawasan hutan terosot melalui rawatan silvikultur yang telah dilaksanakan di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri adalah sebanyak 14,980 hektar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(j) Mengawal Kebakaran Hutan\n\r\nPasukan Semut Merah telah diwujudkan JPSM yang terdiri daripada kakitangan beruniform di setiap Jabatan Perhutanan Negeri. Pasukan ini berfungsi sebagai pasukan pertama yang mengawal kebakaran hutan daripada merebak dan mengelakkan kemusnahan ekosistem dan biodiversiti hutan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1892,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1892",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-08",
        "year": 2019,
        "no": "28",
        "member": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status pengintegrasian caj pembetungan di dalam satu bil air di seluruh negara agar masalah tunggakan caj pembetungan IWK dapat dimuktamadkan dengan cekap.",
        "question": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status pengintegrasian caj pembetungan di dalam satu bil air di seluruh negara agar masalah tunggakan caj pembetungan IWK dapat dimuktamadkan dengan cekap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Pada masa ini, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) mengenakan dan mengutip caj perkhidmatan pembetungan selaras dengan seksyen 86 Akta 655. Akta ini juga membenarkan pengebilan bersepadu, dengan izin joint billing, antara bil bekalan air dan pembetungan. Hasrat bagi pelaksanaan pengebilan bersepadu ini juga turut disasarkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Projek Perintis Bil Bersepadu telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 Mac 2016 di mana bil bersepadu pertama telah dikeluarkan pada 1 April 2016. Pelaksanaan projek ini memberikan kesan yang positif di mana terdapat peningkatan dalam kadar kutipan iaitu dari 87 peratus pada tahun 2015 kepada 90 peratus pada tahun 2018.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Berdasarkan kejayaan projek perintis di Labuan, Kementerian ini berhasrat untuk memperluaskan pelaksanaan pengebilan bersepadu secara berfasa ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama Kerajaan Negeri dan operator-operator air bagi memperkenalkan cadangan pengebilan bersepadu ini. Tarikh pelaksanaan masih belum dimuktamadkan lagi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Melalui pengebilan bersepadu ini, proses pembayaran bil bekalan air dan pembetungan menjadi lebih mudah dan efisien. Ia secara tidak langsung membantu IWK mengutip tunggakan bil pembetungan ke atas perkhidmatan yang telah diberikan kepada pengguna.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1878,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1878",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-30",
        "year": 2019,
        "no": "31",
        "member": "Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI",
        "sector_label": "JUPEM",
        "category_labels": [
            "JUPEM"
        ],
        "title": "Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian bercadang utk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 utk memasukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, hidrografi, pemetaan util...",
        "question": "Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian bercadang utk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 utk memasukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, hidrografi, pemetaan utiliti bawah tanah dan pemetaan melalui udara diletak di bawah kawalan Akta tersebut memandangkan aktiviti-aktiviti tersebut tidak di kawal oleh mana-mana akta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) sedang melaksanakan kajian bagi menggubal Draf Rang Undang-Undang Ukur dan Pemetaan yang meliputi semua urusan yang berkaitan dengan ukur dan pemetaan seperti pengutipan data dan sebagainya. RUU ini akan dijadikan sebagai akta induk kepada mana-mana perundangan yang berkaitan seperti pemetaan utiliti yang memerlukan penganalisaan bawah tanah yang berkaitan dengan aspek perundangan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKajian ini akan turut melihat kepada pertindihan akta dan undang-undang sedia ada di Malaysia supaya RUU ini menjadi perundangan yang komprehensif dan mekanisme yang merangkumi penyeliaan ukur, pengawalan pengukuran, peraturan-peraturan dan entiti berkaitan dengan aktiviti pengukuran di Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSehubungan itu, Kementerian akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesan 1958 supaya ianya selari dan selaras dengan RUU Ukur dan Pemetaan. Dalam hal ini, Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1887,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1887",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-07",
        "year": 2019,
        "no": "31",
        "member": "Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan cadangan pindaan undang-undang tanah memperkenalkan prinsip 'adverse possession' agar ianya dapat bersesuaian dan memihak kepada peneroka-peneroka bandar dan pendudukan di kampung secara...",
        "question": "Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan pindaan undang-undang tanah memperkenalkan prinsip 'adverse possession' agar ianya dapat bersesuaian dan memihak kepada peneroka-peneroka bandar dan pendudukan di kampung secara tradisi dan tidak berdaftar",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan tidak bercadang untuk membuat pindaan undang-undang berdasarkan kepada prinsip ‘adverse posession’ kerana kaedah ini memberi peluang kepada penyalahgunaan undang-undang oleh mana-mana pihak seperti fraud yang merumitkan proses pemantauan pemilikan tanah oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada masa kini, Kerajaan telah mengunapakai prinsip torrent daripada sistem tanah Australia dan diseragamkan dengan undang-undang tanah sedia ada (Kanun Tanah Negara). Melalui prinsip ini, pendudukan sedia ada oleh pihak Kerajaan atau mana-mana pihak tanpa pemilikan yang sah (adverse posession) adalah tidak diiktiraf.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam hal ini, pengunaan sistem pendaftaran dokumen hakmilik merupakan sumber maklumat utama bagi keterangan pemilikan (conclusive evidence) sebidang tanah dan juga menjadi rujukan kepada pendaftaran urusan tanah yang berkaitan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1895,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1895",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-09",
        "year": 2019,
        "no": "35",
        "member": "Dato' Sri Khairudin Samad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan rancangan Kerajaan untuk memulihkan sungai-sungai kita yang tercemar, tersekat oleh sampah sarap dan telah pupus hidupan air disebabkan pencemaran",
        "question": "Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan Kerajaan untuk memulihkan sungai-sungai kita yang tercemar, tersekat oleh sampah sarap dan telah pupus hidupan air disebabkan pencemaran",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTanggungjawab bagi menangani isu pencemaran sungai melibatkan beberapa kementerian/agensi misalnya, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).\n\r\nWalau bagaimanapun, perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi memulihkan sungai-sungai yang tercemar, kawalan dan penguatkuasaan di peringkat punca adalah penting. Memandangkan isu tanah dan sumber air termasuklah sungai-sungai adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, kawalan dan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri.\n\r\nKATS melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) juga melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/ Integrated River Basin Management (IRBM). Ia merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektif iaitu Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam Sekitar. Melalui pelan IRBM ini, kementerian telah menyediakan perancangan dan pembangunan lembangan untuk rujukan kerajaan negeri dalam sesuatu pembangunan agar tidak mengancam kelestarian alam sekitar.\n\r\nMelalui Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri pula, KATS memberi perhatian secara khusus mengenai isu pembersihan serta mendalamkan parit/sungai.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. Di bawah program ini, KATS membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh Negara.\n\r\nDalam usaha memulihara sungai, perlu untuk kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain daripada peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, KATS berpandangan pihak-pihak berkepentingan lain juga boleh terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara kualiti air sungai. Contohnya adalah dengan memperkenalkan program sukarela river rehabilitation bersama pihak NGO, persatuan masyarakat yang berada di lembangan sungai berkenaan, entiti komersial dan lain-lain supaya dapat mewujudkan sense of belonging terhadap sungai di kawasan mereka.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1893,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1893",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-08",
        "year": 2019,
        "no": "37",
        "member": "Datuk John Ambrose",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setia...",
        "question": "Datuk John Ambrose minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setiap tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah dan sedang berusaha merangka langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir dan kesan akibat banjir di seluruh Negara. Bagi langkah jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja pembersihan sungai melalui peruntukan Negeri dan Persekutuan. Manakala pelaksanaan kerja-kerja tebatan banjir adalah sebagai langkah jangka panjang.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan Penampang, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog untuk dilaksanakan oleh KATS melalui JPS dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM281 Juta.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1882,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1882",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-06",
        "year": 2019,
        "no": "46",
        "member": "Datuk Ng Chiang Chin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "JUPEM, Air",
        "category_labels": [
            "JUPEM",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan tarif air pada tahun ini.",
        "question": "Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan tarif air pada tahun ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting di mana ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air.\n\n2. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM yang dijangka akan dilaksanakan pada akhir tahun ini, Kerajaan mengambilkira kepentingan serta hak golongan berpendapatan rendah terhadap akses kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah\njika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.\n\n3. Sebagai menjamin pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah (B40), Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu, di mana mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia. Dalam pada itu, cadangan TSM ini juga mengambilkira keperluan untuk mendidik pengguna agar menggunakan air secara berhemah dan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, adalah adil sekiranya kadar tarif lebih tinggi dikenakan bagi julat penggunaan air lebih tinggi (> 35 meter padu) dan bagi pengguna komersial.\n\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1888,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1888",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-07",
        "year": 2019,
        "no": "49",
        "member": "Datuk Ng Chiang Chin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) sama ada Kerajaan boleh memastikan bahawa SOP baharu perlombongan bauksit di Kuantan yang dibenarkan semula tidak akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan; dan...",
        "question": "Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\n\r\n(a) sama ada Kerajaan boleh memastikan bahawa SOP baharu perlombongan bauksit di Kuantan yang dibenarkan semula tidak akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan; dan\n\r\n(b) adakah hasil Penilaian Kesan Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) dikaji dengan rapi dan teliti serta dipertimbangkan sebelum keputusan untuk membenarkan perlombongan bauksit dibuka semula.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan industri perlombongan yang mampan dan mengambilkira kepentingan semua pihak termasuk orang awam, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengambil tindakan untuk menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang yang akan menjelaskan secara terperinci seluruh rantaian aktiviti perlombongan bermula daripada peringkat pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan. Dokumen ini dirangka bagi memelihara kemampanan industri perlombongan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan alam sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan tidak terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit ini, KATS dan agensi-agensi lain yang berkaitan, berusaha untuk memastikan pihak pelombong patuh kepada SOP ini. Sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara 1.49 SOP, “Pematuhan terhadap SOP oleh pihak pelombong akan dapat mengurangkan atau menghapuskan ancaman terhadap kesihatan dan keselamatan awam daripada kesan aktiviti perlombongan.”\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi antara langkah-langkah yang dinyatakan dalam SOP yang melibatkan isu kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan dinyatakan dalam Perkara 3.2 Kawalan Pencemaran, di mana pengusaha lombong dikehendaki melaksanakan mitigasi pencemaran alam sekitar di tapak perlombongan yang akan mencegah, mengurangkan dan mengawal\n\r\npelepasan bahan pencemar utama, iaitu pepejal terampai yang berpunca daripada aktiviti kacau ganggu tanah di tapak perlombongan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBegitu juga dalam Perkara 5.2 Penetapan Spesifikasi Dan Garis Panduan Bagi Lori Pengangkut Bauksit / Mineral, di mana spesifikasi kenderaan yang membawa bahan mineral tersebut hendaklah bersesuaian dengan ciri-ciri fizikal bauksit bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, alam sekitar dan infrastruktur jalan raya tidak terjejas.\n\r\nPerkara-perkara lain boleh dirujuk terus kepada SOP yang disediakan. Semua ketetapan yang digariskan dalam SOP ini, apabila dipatuhi sepenuhnya akan dapat memelihara kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan yang berada dalam persekitaran lombong yang berkenaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan SOP ini bersifat inklusif dan mengambilkira kepentingan semua pihak yang terlibat, satu sesi pendengaran awam (public hearing) pada 14 April 2019 di Kuantan, Pahang telah diadakan. Dalam sesi ini, orang ramai telah mengemukakan cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan dokumen ini termasuk aspek kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan. Semua cadangan akan diambilkira dalam memastikan industri perlombongan bauksit tidak memberikan impak yang negatif kepada penduduk setempat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, pemaju perlu mengemukakan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah dibawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)\n\r\n1974, iaitu aktiviti yang ditetapkan didalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 (Perintah EIA 2015) iaitu:-\n\r\nJadual Kedua, Perintah EIA 2015\n\r\nAktiviti 8. (a) Perlombongan bahan galian dalam kawasan baharu yang melibatkan operasi berskala besar;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1873,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1873",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-25",
        "year": 2019,
        "no": "50",
        "member": "Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR TANAH SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa banyak lagi ladang-ladang haram yang masih beroperasi di Cameron Highland. Apakah langkah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan tiada lagi ladang haram diwujud...",
        "question": "Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI AIR TANAH SUMBER ASLI menyatakan berapa banyak lagi ladang-ladang haram yang masih beroperasi di Cameron Highland. Apakah langkah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan tiada lagi ladang haram diwujudkan dan juga apakah langkah yang telah dilakukan Kerajaan bagi memulihkan keadaan alam sekitar yang telah dicerobohi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nBuat masa ini, tiada pencerobohan baharu bagi tujuan pertanian di Kawasan Hutan Simpan Batu Gangan dan Hutan Simpan Terla B kerana kebanyakan kawasan ceroboh dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di kawasan ini telah diambil tindakan pemusnahan semasa Operasi Gading pada tahun 2015 dan 2016. Manakala kawasan pertanian haram yang terlibat dengan pemusnahan di Sungai Ichat baru-baru ini merupakan Tanah Kerajaan dan tidak melibatkan HSK.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nUntuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) turut mengadakan program penguatkuasaan bersepadu Kerajaan bagi memastikan tiada lagi ladang haram diwujudkan. Program tersebut diadakan bagi memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras penerokaan haram di dalam dan di luar HSK seperti berikut:\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(a) Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(b) Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik seperti motosikal scrambler dan senjata api;\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(c) Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di HSK;\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(d) Penubuhan Unit Perisikan JPSM bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(e) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan\n\r\n\n(f) Penubuhan Pusat Pemantauan Sumber Hutan Negara yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat JPSM dalam pemantauan kesalahan hutan.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAntara langkah-langkah yang diambil oleh KATS melalui JPSM bagi memulihkan keadaan hutan yang telah dicerobohi adalah dengan menjalankan Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di mana sebanyak 200 hektar kawasan Cameron Highlands telah dijalankan aktiviti penanaman pokok.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua, dalam memulihkan keadaan alam sekitar yang telah dicerobohi, KATS melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah melaksanakan usaha pembaikan cerun melalui Projek Projek\n\r\n\nPenghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dan Pemetaan Geologi Terain (PGT) Cameron Highlands.\n\r\n\nProjek-projek ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2018. Dua (2) pendekatan utama yang diambil dalam pembaikan cerun seperti berikut:\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\na) Pelaksanaan Program Mitigasi dan Penyelenggaran Cerun melalui kerjasama dengan JKR, JPS dan Pihak Berkuasa Tempatan di Cameron Highlands;\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nb) Melaksanakan program peningkatan pengetahuan dan kesedaran awam (CEPA). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Cameron Highlands dengan pekebun-pekebun sayur, dengan tumpuan kepada pemilik tanah cerun yang terlibat termasuk Persatuan Pengusaha Pertanian.\n\r\n\nPada Februari 2019, KATS juga telah mengadakan Makmal Cadangan Penyelesaian bagi isu melibatkan Cerun-cerun Berbahaya di Cameron Highland. Peta Potensi Bencana Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dihasilkan oleh JMG dijadikan rujukan utama bagi menyelesaikan isu tersebut. Makmal ini telah dihadiri oleh 18 Agensi yang berkepentingan.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nTiga kluster utama penyelesaian isu Cerun Bahaya melibatkan:\n\r\n\n(i) Mitigasi, Pemantauan dan Penyelenggaran Cerun;\n\r\n\n(ii) Memperkenalkan Pertanian Lestari; dan\n\r\n\n(iii) Pembangunan & Penguatkuasaan bagi kawalan Penbangunan di Tanah Tinggi.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1886,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1886",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-06",
        "year": 2019,
        "no": "54",
        "member": "Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.",
        "question": "Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Kerja Mencegah Hakisan di Wilayah Persekutuan Labuan di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan. Kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1872,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1872",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-22",
        "year": 2019,
        "no": "65",
        "member": "Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian dapat memastikan kaji selidik kebersihan atau penilaian risiko bagi semua tadahan air telah dijalankan di negara ini. Apakah keputusan atau penemuan daripada kaji seli...",
        "question": "Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian dapat memastikan kaji selidik kebersihan atau penilaian risiko bagi semua tadahan air telah dijalankan di negara ini. Apakah keputusan atau penemuan daripada kaji selidik dan penilaian yang telah dijalankan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nIsu berkenaan dengan kebersihan air melibatkan beberapa Kementerian atau agensi, antaranya adalah :\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH);\n\r\n2) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC); dan\n\r\n3) Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS)\n\r\nAntara tindakan KATS melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam isu kebersihan atau penilaian risiko bagi semua tadahan air adalah:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Melaksanakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) yang bertujuan untuk mencapai empat (4) objektif utama, iaitu Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan \n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPemuliharaan Alam Sekitar.\n\r\nDalam kajian ini, perkara-perkara yang dilaporkan bagi mencapai objektif yang kedua iaitu memastikan air bersih adalah seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Punca-punca pencemaran utama di dalam lembangan sungai;\n\r\n2) Cadangan penyelesaian langkah-langkah struktur dan bukan struktur; dan\n\r\n3) Agensi pelaksana yang bersesuaian mengikut bidang kuasa dan undang-undang.\n\r\nSecara keseluruhannya, kajian ini dilaksanakan bagi tiga puluh lima (35) lembangan sungai dari 189 lembangan sungai utama di seluruh Malaysia sehingga RMKe-11.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA). RUU SA bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air yang termasuk penjagaan sungai di seluruh negara. Ini merupakan salah satu usaha Kementerian dalam melengkap dan mengukuhkan penguatkuasaan kawalan pencemaran dari segi perundangan dan dilihat akan membawa kepada pembangunan Negara yang mapan di mana wujudnya sungai yang bersih, air yang mencukupi, selamat serta persekitaran yang kondusif untuk kehidupan. Pemakaian RUU SA di peringkat negeri akan dapat memastikan kualiti sumber air dipelihara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Melaksanakan National Water Balance Management System (NAWABS). Program ini melibatkan kajian sumber air, keperluan sumber air, pemodelan dan seterusnya pembangunan sistem. Objektif program ini adalah membantu pihak Pengurusan Sumber Air Negeri dalam menyediakan ketersediaan maklumat sumber air secara real time. Dengan adanya maklumat ini, ia menepati objektif utama Dasar Sumber Air Negara 2012 iaitu Jaminan dan Kelestarian Sumber Air harus dijadikan keutamaan negara bagi memastikan air mencukupi dan selamat untuk semua, melalui penggunaan secara lestari, pemuliharaan dan pengurusan sumber air berkesan dengan disokong oleh mekanisme perkongsian bersama melibatkan semua pihak berkepentingan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri.\n\r\nTuan Yang-di-Pertua, berdasarkan Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang telah dikeluarkan oleh PlanMalaysia, sumber air boleh diperolehi daripada empat (4) punca iaitu :\n\r\n(i) Lembangan Sungai;\n\r\n(ii) Air Bumi;\n\r\n(iii) Sungai; dan\n\r\n(iv) Badan Air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDengan kepesatan pembangunan negara, terdapat pelbagai guna tanah ketika ini yang melibatkan keempat-empat sumber air yang dinyatakan di atas. Ada di antaranya yang telah dibangunkan sebagai kawasan penempatan, kawasan perindustrian, kawasan pertanian dan sebahagian lagi masih kekal sebagai kawasan berhutan terutamanya kawasan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Sehingga 31 Disember 2018, kawasan seluas 809,823 ribu hektar daripada HSK telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air di bawah Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] di mana ia berada di bawah kawalan Jabatan Perhutanan Negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1876,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1876",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-29",
        "year": 2019,
        "no": "68",
        "member": "Datuk Razali Bin Idris",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah perlaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Terengganu yang dengan anggaran kos RM577 juta.",
        "question": "Datuk Razali Bin Idris minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah perlaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Terengganu yang dengan anggaran kos RM577 juta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi bawah RMKe-11, jumlah siling kos Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang diluluskan bagi Negeri Terengganu adalah sebanyak RM382 juta. Bagi tahun 2019, peruntukan sebanyak RM18 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan. Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerikut adalah status projek-projek berkenaan :\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Projek Tebatan Banjir Guntung Luar, Setiu, Terengganu – dalam penyediaan Dokumen Tender.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) RTB Kemasik - Proses mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD) bagi pengambilan tanah yang sedang dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Projek Tebatan Banjir Gong Kiat, Kuala Terengganu - dalam proses tender.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4) Projek Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara (UMT) dan Kawasan Sekitar, Terengganu - dalam proses lantikan perunding reka bentuk terperinci.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman, Terengganu – Reka bentuk terperinci sedang dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1879,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1879",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-30",
        "year": 2019,
        "no": "70",
        "member": "YB Senator Datuk Lee Tian Sing",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah keseriusan pihak Kementerian dalam menangani kegiatan pembalakan haram di (Semenanjung Malaysia) yang menjadi ancaman terhadap usaha pemeliharaan khazanah hutan. Sejauh ma...",
        "question": "YB Senator Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah keseriusan pihak Kementerian dalam menangani kegiatan pembalakan haram di (Semenanjung Malaysia) yang menjadi ancaman terhadap usaha pemeliharaan khazanah hutan. Sejauh manakah isu ‘land use conversion’ bagi tujuan pembangunan telah menyumbang kepada jumlah kemerosotan hutan negara kita sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu penerokaan haram yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Statistik kegiatan pembalakan haram yang berlaku di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2010 sehingga kini menunjukkan bilangannya semakin berkurangan dan terkawal. Penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\nSejak tahun 2006, JPSM telah mewujudkan enam (6) Standard Operating Procedure (SOP) melibatkan skop penguatkuasaan dan perundangan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bagi mengawal dan membendung penerokaan haram dalam HSK.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKATS melalui JPSM turut mengadakan inisiatif program penguatkuasaan bersepadu bagi memperkasakan penguatkuasaan dan membanteras penerokaan haram di dalam dan di luar HSK.\n\r\nPenukaran guna tanah (land conversion) kebanyakannya berlaku di kawasan tanah hutan Kerajaan negeri. Sehingga tahun 2016, Malaysia masih mengekalkan kira-kira 55.2% kawasan tanah di bawah litupan hutan. Ini adalah selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara di bawah litupan hutan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara pada 1 Disember 2010 telah membuat keputusan untuk menggesa semua kerajaan negeri supaya memberi komitmen dan sokongan berterusan ke arah mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan.\n\r\nKATS melalui JPSM telah meneliti keperluan untuk menambah baik dan memantapkan lagi proses pewartaan keluar dan penggantian HSK melalui proses penyiasatan awam di mana perkara ini akan dicadangkan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1880,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1880",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-30",
        "year": 2019,
        "no": "77",
        "member": "Tuan Aknan Ehtook",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang diambil bagi menangani pencemaran sungai akibat dari pembuangan sampah dan sisa buangan kilang di sungai-sungai seluruh negara. Sejauh manakah sasaran yang ditetapkan itu te...",
        "question": "Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang diambil bagi menangani pencemaran sungai akibat dari pembuangan sampah dan sisa buangan kilang di sungai-sungai seluruh negara. Sejauh manakah sasaran yang ditetapkan itu tercapai dan apakah cadangan penambahbaikan yang dirancang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nIsu berkenaan dengan pencemaran sungai akibat dari pembuangan sampah dan sisa buangan kilang di sungai-sungai seluruh Negara melibatkan beberapa Kementerian atau agensi, antaranya adalah :\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS)\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4) Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)\n\r\nIsu yang berkaitan dengan sungai yang melibatkan KATS antaranya adalah isu runtuhan tebing dan loji rawatan air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAntara punca-punca pencemaran sungai adalah terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan effluen dan kumbahan. Ini disebabkan oleh industri-industri serta loji pengolahan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik. Punca tidak tetap seperti air larian dari guna tanah pertanian, ternakan, kediaman, perdagangan, perniagaan, industri dan pembalakan yang menyumbang kepada pencemaran sungai.\n\r\nPerkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalau bagaimanapun, KATS akan mengesyorkan tindakan bersepadu antara JAS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain untuk memeriksa dan mengkaji kaedah terbaik bagi mengurangkan punca pencemaran daripada premis-premis komersial seperti pasar basah, restoran, pusat basuhan kereta dan juga ladang-ladang penternakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam usaha memulihara sungai, perlu untuk kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku.\n\r\nSelain daripada peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, KATS berpandangan pihak-pihak berkepentingan lain juga boleh terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara kualiti air sungai. Contohnya adalah dengan memperkenalkan program sukarela river rehabilitation bersama pihak NGO, persatuan masyarakat yang berada di lembangan sungai berkenaan, entiti komersial dan lain-lain supaya dapat mewujudkan sense of belonging terhadap sungai di kawasan mereka.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1894,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1894",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-08",
        "year": 2019,
        "no": "77",
        "member": "YB SENATOR DATO' CHAI KIM SEN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula kelulusan lesen konsesi pembalakan kepada syarikat pembalakan sebagai usaha untuk memelihara dan memulihara hutan ...",
        "question": "YB SENATOR DATO' CHAI KIM SEN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula kelulusan lesen konsesi pembalakan kepada syarikat pembalakan sebagai usaha untuk memelihara dan memulihara hutan simpanan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan menyambut baik cadangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat, namun, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mengambil hasil hutan daripada Hutan Simpanan Kekal sebagaimana peruntukan seksyen di bawah Bab 2-Lesen, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1881,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1881",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-30",
        "year": 2019,
        "no": "81",
        "member": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan prospek bagi mendapatkan sumber air bawah tanah melalui penggerudian telaga tiub untuk kegunaan penduduk di seluruh negara.",
        "question": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan prospek bagi mendapatkan sumber air bawah tanah melalui penggerudian telaga tiub untuk kegunaan penduduk di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Japanese International Cooperation Agency (JICA), 1982, menganggarkan simpanan air bawah tanah di Malaysia adalah sebanyak 5,000 bilion meter padu. Sungguhpun Malaysia mempunyai simpanan air bawah tanah yang banyak, tetapi kurang 3% daripada sumber tersebut digunakan sebagai bekalan air kepada penduduk negara. Pada hari ini bekalan air daripada sumber air bawah tanah hanya sekitar 200 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding air permukaan sebanyak 10,445 JLH.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Di Semenanjung, negeri yang paling banyak menggunakan air bawah tanah adalah Kelantan. Kira–kira 47% (150 JLH) bekalan air awam di negeri tersebut terutama di Jajahan Kota Bharu diambil daripada sumber air bawah tanah. Kebanyakan penduduk luar bandarnya juga bergantung kepada air bawah tanah daripada telaga gali yang cetek.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Selain Kelantan, sektor perindustrian di Selangor juga menggunakan air bawah tanah dalam jumlah yang agak besar iaitu sekitar 7 JLH. Negeri-negeri lain di Semenanjung menggunakan air bawah tanah dalam jumlah yang kecil untuk kegunaan industri, keperluan komuniti setempat seperti penempatan perkampungan, sekolah dan pertanian. Purata penggunaan air tanah bagi negeri–negeri tersebut adalah di antara 1 JLH hingga 7 JLH.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Di Sabah pula, bekalan air awam daripada punca air bawah tanah banyak digunakan di daerah Sandakan dan Kota Belud. Kira–kira 2% (1.5 JLH) daripada bekalan air awam di Daerah Sandakan adalah daripada sumber air bawah tanah. Di daerah Kota Belud pula, penggunaan air bawah tanah telah meningkat terutama selepas kejadian gempa bumi pada bulan Jun 2015. Penggunaan air tanah di kawasan Kota Belud boleh meningkat sehingga 70% (5 JLH) semasa musim hujan di mana sebahagian besar loji terpaksa ditutup akibat masalah kelodak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Bagi negeri Sarawak, air bawah tanah digunakan di kawasan-kawasan terpencil dan dalam skala kecil untuk bekalan komuniti setempat seperti rumah panjang dan sekolah. Penggunaan air tanah sebegini banyak terdapat di kawasan Kuala Tatau, Bintulu; Bintangor, Sarikei; Lawas, Miri; Kapit, Sibu dan Sri Aman. Agensi kerajaan atau syarikat pembekal air yang terlibat dalam membekalkan air bawah tanah di kawasan tersebut adalah seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn. Bhd. dengan purata penggunaan air bawah tanah sekitar 5 JLH.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Daripada maklumat yang dikongsikan ini, prospek bagi mendapatkan sumber air bawah tanah melalui penggerudian telaga tiub dan kaedah-kaedah lain untuk kegunaan penduduk di seluruh negara adalah tinggi. Dalam masa yang sama, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus melaksanakan kajian eksplorasi dan pembangunan sumber air bawah tanah di bawah Projek-Projek Pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1896,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1896",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-09",
        "year": 2019,
        "no": "89",
        "member": "Datuk Haji Abidullah Bin Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai masalah pencemaran terutamanya sampah yang telah mencapai tahap yang membimbangkan di sungai-sungai di negara kita. Adakah Kementerian bercadang untuk membawa masuk teknologi mo...",
        "question": "Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai masalah pencemaran terutamanya sampah yang telah mencapai tahap yang membimbangkan di sungai-sungai di negara kita. Adakah Kementerian bercadang untuk membawa masuk teknologi moden dari luar negara bagi menangani masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTanggungjawab bagi menangani isu pencemaran sungai melibatkan beberapa kementerian/agensi misalnya, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKawalan diperingkat punca adalah lebih berkesan daripada pelaksanaan kerja-kerja pembersihan sungai bagi menangani masalah pencemaran sungai. Penggunaan teknologi moden tidak dapat menyelesaikan isu pencemaran sungai sekiranya orang ramai/masyarakat tidak mengubah minda berkenaan dengan sungai sebagai tempat pembuangan sampah dan tiada penguatkuasaan yang tegas dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain daripada itu, KATS melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/ Integrated River Basin Management (IRBM). Ia merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektif iaitu Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam\n\r\nSekitar. Melalui pelan IRBM ini, kementerian telah menyediakan perancangan dan pembangunan lembangan untuk rujukan kerajaan negeri dalam sesuatu pembangunan agar tidak mengancam kelestarian alam sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1889,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1889",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-07",
        "year": 2019,
        "no": "90",
        "member": "Datuk Mohan a/l Thangarasu",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap pencerobohan kebun petani di Kuala Terla, Cameron Highlands.",
        "question": "Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap pencerobohan kebun petani di Kuala Terla, Cameron Highlands.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nLesen Pendudukan Sementara atau Temporary Occupation Licence dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Kanun Tanah Negara 1965 yang mana tempoh sah laku adalah satu tahun kalendar (tamat pada penghujung tahun kalendar).\n\r\nSekiranya tanah-tanah ini difikirkan tidak lagi sesuai untuk diberi Lesen Pendudukan Sementara atas alasan tertentu, maka Kerajaan Negeri berhak untuk tidak lagi menyambung Lesen Pendudukan Sementara tersebut walaupun Lesen Pendudukan Sementara untuk tujuan pertanian telah lama diberikan. Justeru, pemegang lesen akan hilang hak untuk menduduki tanah tersebut. Seterusnya tindakan penguatkuasaan boleh diambil kerana menduduki tanah Kerajaan tanpa sah di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam hal ini, tempoh sah laku Lesen Pendudukan Sementara kebun petani di Kuala Terla telahpun tamat pada tahun 2013. Sehubungan dengan itu, pendudukan tanah tapak kebun petani tersebut tidak lagi sah dari segi perundangan. Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tindakan penguatkuasaan walaupun tapak kebun tersebut masih ada tanaman. Walau bagaimanapun Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berpandangan notis dalam tempoh masa yang munasabah perlu diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada pengusaha kebun petani\n\r\nbagi membolehkan pengusaha-pengusaha ini berpindah keluar dari kawasan tersebut.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian , terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1874,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1874",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-25",
        "year": 2019,
        "no": "91",
        "member": "PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah tanah rizab Melayu yang wujud sehingga hari ini mengikut negeri dan apakah tindakan ke atas tanah-tanah yang telah hilang status tanah rizab Melayu",
        "question": "PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah tanah rizab Melayu yang wujud sehingga hari ini mengikut negeri dan apakah tindakan ke atas tanah-tanah yang telah hilang status tanah rizab Melayu",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUrusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.\n\r\nPeranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemaskini data Tanah Rizab Melayu (TRM).\n\r\nOleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi urusan yang berkaitan dengan tindakan yang dilaksanakan ke atas tanah-tanah yang telah hilang status Tanah Rizab Melayu, Majlis Tanah Negara yang ke-69 pada tahun 2013 telah memutuskan bahawa sebuah pangkalan data diwujudkan bagi memastikan data Tanah Rizab Melayu diselaraskan dengan teratur. Tanah Rizab Melayu dilindungi di bawah peruntukan 89 Perlembagaan Persekutuan di mana semua pihak terutamanya kerajaan negeri yang berkaitan harus melaksanakan\n\r\nprosedur gantian semula Tanah Rizab Melayu sekiranya berlaku sebarang pembatalan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi samping itu, satu Jawatankuasa Pemandu di peringkat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah diwujudkan untuk menyelaras pengurusan data Tanah Rizab Melayu dan menjadi platform perbincangan antara negeri-negeri dan persekutuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan Tanah Rizab Melayu dan perkongsian maklumat serta contoh amalan terbaik negeri-negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1877,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1877",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-29",
        "year": 2019,
        "no": "91",
        "member": "Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan (a) secara jelas adakah keputusan Kementerian untuk melakukan pelarasan ke atas kadar tarif air domestik dan komersial hasil perbincangan serta persetujuan daripada kerajaan negeri; dan ...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan (a) secara jelas adakah keputusan Kementerian untuk melakukan pelarasan ke atas kadar tarif air domestik dan komersial hasil perbincangan serta persetujuan daripada kerajaan negeri; dan\n\n\r\n(b) berapakah kadar kenaikan harga tarif air yang telah dikenal pasti oleh Kementerian memadai untuk menampung perbelanjaan operasi (OPEX) yang semakin tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Sesi konsultasi bagi cadangan pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM dengan operator air dan kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah selesai dilaksanakan. Secara umumnya, kerajaan negeri memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan TSM yang mana mereka tidak menolak rasional kenaikan tarif air kerana memahami faktor-faktor peningkatan kos perbelanjaan operasi serta kos pembangunan infrastruktur. Namun, pada masa yang sama, terdapat segelintir kerajaan negeri yang berpandangan bahawa operator air seelok-eloknya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan terlebih dahulu khususnya mengurangkan gangguan bekalan air dan meningkatkan kualiti air bersih sebelum melaksanakan sebarang pelarasan kadar tarif air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Sehubungan itu, Kementerian bercadang untuk melaksanakan pelarasan kadar tarif air melalui TSM secara berperingkat yang bermula pada tahun ini bagi 6 buah negeri yang telah memberikan persetujuan. Manakala, bagi negeri-negeri yang masih belum memberikan persetujuan sehingga, Kementerian akan meneruskan perbincangan bagi mencari jalan terbaik ke arah memastikan kemampanan industri bekalan air di negeri-negeri berkenaan dalam memastikan rakyat terus menikmati bekalan air yang berkualiti dan cekap.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Tuan Yang di-Pertua, kadar kenaikan tarif air di setiap negeri adalah berbeza dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza-beza di setiap negeri. TSM dalam konteks ini dapat memastikan operator air mempunyai kedudukan kewangan yang membolehkan mereka terus melabur bagi penyediaan perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat Malaysia. Tarif air yang rendah pada masa ini tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air di mana telah menjejaskan prestasi perkhidmatan beberapa operator air, seperti di negeri Perlis dan Pahang. Tambahan lagi, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekaligus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1885,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1885",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-05-06",
        "year": 2019,
        "no": "96",
        "member": "Datuk Rabiyah binti Ali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah litupan hutan di seluruh negara serta berapakah keluasan kawasan konsesi pembalakan yang direkodkan sehingga Mac 2019 di Semenanjung Malaysia",
        "question": "Datuk Rabiyah binti Ali minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah litupan hutan di seluruh negara serta berapakah keluasan kawasan konsesi pembalakan yang direkodkan sehingga Mac 2019 di Semenanjung Malaysia",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, sehingga tahun 2016, kawasan tanah negara yang dilitupi dengan kawasan berhutan adalah sebanyak 55.2%. Catuan Tebangan Tahunan yang telah diluluskan di bawah Majlis Tanah Negara untuk Rancangan Malaysia ke Sebelas adalah sebanyak 209,440 hektar. Sehingga Mac 2019, kawasan seluas 117,617 hektar telah diusahasil dimana ia masih berada di bawah paras Catuan Tebangan Tahunan yang telah ditetapkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2006,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2006",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-22",
        "year": 2019,
        "no": "1",
        "member": "YBM JAWAB TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YBM JAWAB TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kaedah sisa berjadual dari loji rawatan air dikendalikan kini. Adakah Kerajaan Pusat bercadang mengubah ...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nTUAN CHOW KON YEOW \r\n\r\n[ TANJONG ] \r\n\r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kaedah sisa berjadual dari loji rawatan air dikendalikan kini. Adakah Kerajaan Pusat bercadang mengubah undang-undang alam sekitar sedia ada supaya sisa dari loji rawatan air tidak diklasifikasikan sebagai sisa berjadual dan adakah terdapat cadangan untuk mengitar semula sisa berkaitan bagi menghasilkan produk-produk baru khususnya dalam bidang pembinaan sebagaimana dipraktikkan negara Netherlands.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, penguatkuasaan Jadual Pertama Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Alam Sekitar 1974 (Akta 127), Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mensyaratkan bahawa sisa enap cemar air dikelaskan sebagai buangan terjadual. Pada masa ini, sisa enap cemar air dari loji rawatan air dilupuskan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar di mana ia hanya boleh dilupuskan atau diolah di premis yang ditetapkan di bawah peraturan ini seperti berikut:\n\r\n(i) Cenviro Sdn. Bhd. di Bukit Nanas, Negeri Sembilan;\n\r\n(ii) tapak pelupusan sanitari (sanitary landfill); dan\n\r\n(iii) tapak pelupusan selain (i) dan (ii) dengan mendapat kelulusan JAS terlebih dahulu.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAdalah merupakan hasrat Kementerian supaya sisa enap cemar air ini diklasifikasikan semula sebagai bahan bukan buangan terjadual. Terdapat beberapa kajian saintifik di Malaysia menunjukkan bahawa sisa enap cemar air tidak wajar diklasifikasikan sebagai bahan buangan terjadual kerana ia tidak mempamerkan ciri-ciri bahan terjadual seperti toksik, menghakis, mencucuh dan reaktif. Malahan, di negara-negara yang tidak mengelaskan sisa enap cemar air sebagai bahan buangan terjadual, kitar semula sisa enap cemar air dan penggunaannya adalah meluas seperti tanah pertanian dan taman, produk-produk seramik, bahan kejuruteraan awam (backfill material), bahan mentah simen dan bahan pembinaan (bata dan backfill material).\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nTerkini, Malaysia-Netherlands Symposium And Workshop On Sustainable Water Treatment Plant Residuals Management In Malaysia akan diadakan pada 26 hingga 28 November 2019 bagi membincangkan potensi sisa enap cemar air dan juga perkongsian pengurusan sisa enap cemar air oleh Belanda.\n\r\nKementerian akan berbincang dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) untuk pertimbangan berhubung pengklasifikasian semula sisa enap cemar air ini.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2018,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2018",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-07",
        "year": 2019,
        "no": "1",
        "member": "TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN",
        "area": "SELAYANG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keadaan dengan cadangan pindaan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Skim Daftaran Pajakan Swasta di mana pem...",
        "question": "TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keadaan dengan cadangan pindaan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Skim Daftaran Pajakan Swasta di mana pembeli rumah tiada pemilikan hartanah tapi hanya menjadi penyewa pajakan tempoh panjang",
        "answer": "YBM JAWAB\n\n\r\nTuan yang di- Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKanun Tanah Negara telah diperkenalkan hasil daripada amalan semasa di Tanah Melayu dan penyeragaman undang-undang tanah sedia ada. Seksyen 76 Kanun Tanah Negara menyatakan pemilikan tanah hanya dikeluarkan melalui pemberimilikan kekal selama-lamanya ataupun pajakan bertempoh. Keputusan untuk memberi pajakan bertempoh hanya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sahaja tidak melebihi 99 tahun.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAdalah dimaklumkan bahawa, setelah dibuat perundingan di antara pihak Kerajaan Persekutuan dengan pihak Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia Bilangan 2/2018 yang telah diadakan pada 23 Oktober 2018, telah diputuskan bahawa cadangan Private Lease Scheme tidak diteruskan memandangkan pengeluaran hakmilik adalah kuasa eksklusif Kerajaan Negeri.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2040,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2040",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-04",
        "year": 2019,
        "no": "1",
        "member": "DATO’ MANSOR OTHMAN",
        "area": "NIBONG TEBAL",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATO’ MANSOR OTHMAN [ NIBONG TEBAL ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah usaha kerajaan bagi menggabungkan bil bekalan air dengan bil pembetungan Indah Water Konsorti...",
        "question": "DATO’ MANSOR OTHMAN \r\n\r\n[ NIBONG TEBAL ] \r\n\r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah usaha kerajaan bagi menggabungkan bil bekalan air dengan bil pembetungan Indah Water Konsortium (IWK). Apa kesannya kepada Kerajaan dan juga rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Pelaksanaan Projek Perintis Bil Bersepadu telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa pada 1 Mac 2016 di mana bil bersepadu pertama telah dikeluarkan pada 1 April 2016. Pelaksanaan projek ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana terdapat peningkatan dalam kadar kutipan kumulatif Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di Labuan iaitu dari 87.0 peratus pada tahun 2016 kepada 90.4 peratus pada tahun 2018. Pelaksanaan bil bersepadu ini juga turut memberi kesan positif terhadap hasil kutipan bil Jabatan Bekalan Air Labuan (JBAL) iaitu peningkatan sebanyak 2% dari RM33.11 juta pada tahun 2016 kepada RM33.82 juta pada tahun 2018.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Selepas pelaksanaan pengebilan bersepadu di Labuan, IWK berusaha, bersama dengan sokongan dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), memperluaskan lagi pelaksanaan pengebilan bersepadu kepada negeri-negeri lain dengan mengadakan perbincangan bersama operator-operator bekalan air negeri. Beberapa operator bekalan air negeri telah memberi maklum balas positif berkenaan pelaksanaan pengebilan bersepadu dengan IWK. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan persetujuan Kerajaan Negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Untuk makluman, pelaksanaan pengebilan bersepadu tidak melibatkan kenaikan tarif perkhidmatan pembetungan sedia ada. Pelaksanaan pengebilan bersepadu dapat memudahkan proses pembayaran di mana pelanggan menerima dan membayar satu bil untuk kedua-dua perkhidmatan bekalan air dan pembetungan sekaligus. Selain itu, pelanggan hanya perlu menghubungi satu pusat hubungan sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan bil kerana terdapat kakitangan pihak IWK yang akan berada di Pejabat Pembekal Air. Pelanggan tidak perlu lagi menghubungi talian yang berlainan untuk isu perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.\n\r\n4. Selain itu, pelaksanaan pengebilan bersepadu juga boleh membantu rakyat untuk bersiap sedia menghadapi perubahan yang melibatkan integrasi antara perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang merupakan hala tuju industri perkhidmatan air negara.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2014,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2014",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-04",
        "year": 2019,
        "no": "2",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "YBM JAWAB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID,(KEMAMAN) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasrat Kementerian untuk melaksanakan tempoh percubaan untuk menguji keberkesanan prosedur operasi s...",
        "question": "YBM JAWAB\n\nTUAN CHE ALIAS BIN HAMID,(KEMAMAN) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasrat Kementerian untuk melaksanakan tempoh percubaan untuk menguji keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) baru perlombongan dan pengeksportan bauksit.",
        "answer": "Tuan yang di- Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang yang disediakan ini telah merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit (pra perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. SOP ini telah mengambil kira pandangan-pandangan dari semua stakeholder yang terlibat termasuklah masyarakat tempatan, penggiat industri, badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan SOP ini dinilai secara bebas oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. SOP tersebut telah mengenakan syarat-syarat yang ketat bermula dari proses permohonan, pengangkutan, stockpile berpusat dan pengeksportan. Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh penggiat industri adalah kelulusan laporan Environmental Impact Assessment (EIA), saiz minimum tapak lombong, pemprosesan bijih bauksit dan lain-lain.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Pada peringkat awal, Kementerian berhasrat untuk meneliti keupayaan penggiat-penggiat industri untuk mematuhi semua syarat-syarat dalam SOP tersebut dan juga keupayaan agensi-agensi penguatkuasaan untuk menyelia operasi perlombongan dan pengeksportan bauksit.\n\n\r\n5. Kementerian juga ingin memastikan supaya aktiviti perlombongan bauksit dan mineral-mineral lain dapat dilaksanakan secara mampan dan mempunyai nilai tambah bagi meningkatkan aktiviti ekonomi negara.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju supaya hanya beberapa operator sahaja dibenarkan di kawasan Gebeng, Kuantan setelah mendapatkan kelulusan-kelulusan seperti yang telah ditetapkan. Kementerian ini dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pahang mencadangkan tempoh selama 6 bulan diperlukan bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini sebelum aktiviti perlombongan bauksit boleh dibuka untuk seluruh Negeri Pahang dan di negara ini.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2026,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2026",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-25",
        "year": 2019,
        "no": "2",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB TUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan berkaitan isu kebersihan di Sungai Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall di Cameron Highlands y...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\n\r\n\r\nTUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan berkaitan isu kebersihan di Sungai Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall di Cameron Highlands yang kian tercemar. Nyatakan tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian supaya sungai-sungai ini dapat dipelihara serta dibersihkan untuk dibuka kembali sebagai salah satu tempat tarikan pengunjung ke Cameron Highlands.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nIsu pencemaran Sg Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall adalah berpunca daripada sikap warga setempat yang tidak prihatin dalam menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya sumber air. Sg Ichat terletak di dalam kawasan tanaman persendirian manakala Parit Fall dan Robinson Fall berada di hulu kawasan pertanian. Pencemaran di kawasan ini adalah disebabkan oleh sisa-sisa pertanian.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air yang membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan.\n\r\nDalam aspek pemuliharan sungai yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, KATS selaku kementerian memberi perhatian secara khusus mengenai isu pembersihan serta mendalamkan parit/sungai untuk mengurangkan risiko banjir sahaja.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. Di bawah program ini, KATS membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh Negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi menangani isu di ketiga-tiga sungai ini, penguatkuasaan serta kawalan pencemaran di punca (control at source) perlu dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani isu pencemaran sungai dengan cara mendidik warga setempat untuk melihat kepentingan dan keperluan menjaga sumber air dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku. Para petani juga seharusnya digalakkan untuk mengamalkan Good Agricultural Practice (GAP) bagi mengawal sisa pencemaran sebelum masuk ke sungai.\n\r\nUsaha bagi mengatasi isu pencemaran di kawasan berkenaan melibatkan pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), NGO dan juga masyarakat setempat.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2028,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2028",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-28",
        "year": 2019,
        "no": "2",
        "member": "YBTM JAWAB TUAN SABRI BIN AZIT",
        "area": "JERAI",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB TUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini pelaksanaan projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah bagi menangan...",
        "question": "YBTM JAWAB\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nTUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini pelaksanaan projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah bagi menangani krisis bekalan air pada musim kemarau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan lima (5) projek membaik pulih dan menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) melibatkan peruntukan berjumlah RM931 juta seperti berikut:\n\r\ni) Menaiktaraf LRA Pelubang (dari 227 JLH kepada 454 JLH);\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Membaik pulih LRA Lubuk Buntar Lama (berkapasiti 34 JLH);\n\r\niii) Menaiktaraf LRA Jenun Baru (dari 55 JLH kepada 110 JLH);\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv) Menaiktaraf LRA Bukit Selambau (dari 30 JLH kepada 70 JLH); dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nv) Menaiktaraf LRA Bukit Sungai Limau (dari 18 JLH kepada 40 JLH).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Memandangkan peruntukan untuk projek ini adalah dalam bentuk pinjaman, maka pelaksanaan projek ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Kementerian ini dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek-projek ini mengalami kelewatan di mana proses tender hanya akan dibuat pada Januari 2020. Manakala pengeluaran Surat\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSetuju Tertima (SST) dijangka dapat dikeluarkan pada April 2020 dan projek ini dijangka dapat disiapkan pada 2023.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Kementerian ini ingin memohon kerjasama kerajaan Negeri Kedah untuk memberikan keutamaan terhadap pelaksanaan projek-projek ini bagi memastikan kelangsungan bekalan air terawat yang mampan bagi penduduk Negeri Kedah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2001,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2001",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-10",
        "year": 2019,
        "no": "5",
        "member": "YBTM JAWAB BERSEKALI YB DATO’ MANSOR OTHMAN",
        "area": "NIBONG TEBAL",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kerajaan memastikan pelaksanaan kadar baru tarif air tidak membebankan rakyat dan kenaikan tarif air juga adalah sejajar dengan peningkatan mutu dan kualiti perkhidmatan bekala...",
        "question": "YBTM JAWAB BERSEKALI\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nYB DATO’ MANSOR OTHMAN [NIBONG TEBAL] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana Kerajaan memastikan pelaksanaan kadar baru tarif air tidak membebankan rakyat dan kenaikan tarif air juga adalah sejajar dengan peningkatan mutu dan kualiti perkhidmatan bekalan air.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nYB DATO’ HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS [JELEBU] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah kenaikan tarif air yang dijangka berlaku pada penghujung tahun ini telah\n\r\n2\n\r\ndibincangkan dengan semua kerajaan negeri dan bagaimanakah pihak Kementerian memastikan kenaikan ini tidak membebankan pengguna terutamanya pengguna domestik.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nYB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED [JELI] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini cadangan untuk mengkaji semula tarif air seluruh negara. Apakah kos pengeluaran air bagi setiap negeri berbanding tarif yang dikenakan serta kaedah untuk menjadikan industri air seluruh negara lebih mapan dan le",
        "answer": "YBTM JAWAB\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n1. Cadangan pelaksanaan kadar baharu tarif air melalui Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia ada.\n\r\n2. Purata kadar tarif air pada masa ini adalah rendah iaitu RM1.38 bagi setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. Keadaan tarif yang tidak melambangkan kos sebenar ini telah melemahkan kemampuan kewangan operator air dan berisiko menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.\n\r\n3. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan meletakkan operator air dalam kedudukan kewangan yang lemah. Kesannya, perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna tidak dapat diberikan. Tambahan lagi, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekaligus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti.\n\r\n4\n\r\nTuan Yang Dipertua,\n\n\r\n4. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM, Kerajaan mengambilkira kepentingan golongan berpendapatan rendah terhadap akses kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi. Bagi menjamin supaya pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu. Hal ini kerana penggunaan air dalam jalur tersebut adalah mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia.\n\r\n5. Pelaksanaan TSM adalah merupakan satu kaedah penting untuk menjadikan industri air seluruh negara menjadi lebih mapan dan lestari, terutamanya meningkatkan keupayaan kewangan operator air untuk melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji rawatan sedia ada, menggantikan paip uzur dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan.\n\r\n6. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Melalui sesi konsultasi yang telah diadakan, penjelasan mengenai cadangan\n\r\n5\n\r\nNO. SOALAN : 5\n\n\r\nTSM yang mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza di setiap negeri telah diberikan. Cadangan pelaksanaan TSM dijangka akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan selepas diluluskan oleh Kabinet.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2007,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2007",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-22",
        "year": 2019,
        "no": "5",
        "member": "DR. AZMAN BIN ISMAIL",
        "area": "KUALA KEDAH",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan komitmen dan usaha Kerajaan di dalam memastikan bahawa penyahhutanan adalah terkawal dan tidak menjadi ancaman...",
        "question": "DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan komitmen dan usaha Kerajaan di dalam memastikan bahawa penyahhutanan adalah terkawal dan tidak menjadi ancaman kepada azam Malaysia untuk mengekalkan hutan pada kadar sekurang-kurangnya 50%.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa komited dalam memastikan pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia diuruskan secara mampan selaras dengan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan.\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Perkara 74(2) Jadual Ke-Sembilan Perlembagaan Persekutuan. KATS melalui JPSM terlibat dalam penggubalan dasar dan memberikan khidmat nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan, penguatkuasaan, penyelidikan serta latihan dalam sektor perhutanan.\n\n\r\nKebanyakan aktiviti penyahhutanan berlaku disebabkan oleh aktiviti pembangunan tanah di kawasan berstatus Tanah Kerajaan atau Tanah Beri Milik. Penyahhutanan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah terkawal dan hanya melibatkan kawasan pembangunan untuk kepentingan awam bagi tujuan utiliti dan bukan utiliti seperti empangan, talian penghantaran elektrik, lebuh raya dan landasan keretapi. Bagaimanapun, pihak Kerajaan Persekutuan telah berusaha untuk meminimakan penyahhutanan dalam HSK melalui Majlis Tanah Negara (MTN) dengan menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam kawasan HSK di masa hadapan.\n\n\r\n\r\nSelain daripada itu, KATS melalui JPSM juga telah mengambil inisiatif bagi memastikan penyahhutanan adalah terkawal. Untuk jangka masa pendek, langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah:-\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) KATS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kerajaan-kerajaan Negeri dan orang awam dalam aktiviti membanteras penjenayah alam sekitar. KATS melalui JPSM juga telah menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan imej satelit dan drone dalam aktiviti penguatkuasaan hutan;\n\n\r\n(ii) KATS dan JPSM kini telah mempunyai Unit Integriti sendiri yang diketuai oleh pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau aduan, salah guna kuasa dan rasuah dalam sektor perhutanan. KATS juga sentiasa menjalinkan hubungan dan kerjasama yang rapat dengan pihak SPRM bagi meningkatkan imej dan integriti KATS serta agensi-agensi lain di bawah KATS;\n\n\r\n(iii) Sebanyak lapan (8) negeri di Semenanjung Malaysia yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak. Semua negeri ini telah diwajibkan untuk memperolehi Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I). Sijil ini adalah sebagai kayu pengukur pelaksanaan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi mencerminkan perlaksanaan pengurusan hutan mampan yang diamalkan di negara kita; dan\n\n\r\n(iv) KATS juga telah mengenalpasti kawasan Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) yang sesuai diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal iaitu seluas 133,036 hektar. Selain itu, dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan Negeri, kawasan tanah-tanah kerajaan berhutan lain yang berpotensi untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal akan dikenalpasti.\n\r\nManakala, untuk jangka masa panjang, KATS melalui JPSM sedang melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) [Akta 313] sedia ada. Tujuan pindaan Akta 313 adalah untuk :-\n\n\r\n(i) memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal dengan mencadangkan pindaan pada seksyen tertentu berkaitan pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal dalam Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Di samping itu, KATS melalui JPSM juga telah menyediakan cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Penyeragaman Pewartaan Keluar Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia;\n\n\r\n(ii) memantapkan litupan warta pegawai penguatkuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta 313 di negeri-negeri;\n\n\r\n(iii) meningkatkan kadar denda, hukuman dan penalti; dan\n\n\r\n(iv) mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dalam pelaksanaan Akta 313.\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2024,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2024",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-13",
        "year": 2019,
        "no": "5",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYAMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan untuk membaik pulih hakisan dan kerentanan pantai khusus di pantai barat Semenanjung teruta...",
        "question": "YBTM JAWAB\nTUAN MUSLIMIN BIN YAHAYAMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan untuk membaik pulih hakisan dan kerentanan pantai khusus di pantai barat Semenanjung terutamanya antara kawasan Sungai Besar.",
        "answer": "YBTM JAWAB\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan telah meluluskan Projek Mengatasi Masalah Fenomena Air Pasang Besar Dan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM200 juta.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nProjek ini adalah bagi mengatasi masalah hakisan pantai di seluruh Malaysia termasuklah di pesisiran Pantai Barat Semenanjung Malaysia yang turut merangkumi pesisir pantai Sungai Besar. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka bermula pada tahun 2020.Bagi Negeri Selangor, kawasan yang terlibat dengan cadangan menaiktaraf dan pembinaan ban pantai baharu adalah :\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\ni) Sabak Bernam\n\r\nii) Kuala Selangor\n\r\niii) Klang\n\r\niv) Kuala Langat\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2019,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2019",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-07",
        "year": 2019,
        "no": "6",
        "member": "TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB",
        "area": "TANJONG MANIS",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [TANJONG MANIS] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah peruntukan untuk membaiki hakisan pantai dan pembinaan ban di Kampung Sebako yang kini teruk ter...",
        "question": "TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [TANJONG MANIS] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah peruntukan untuk membaiki hakisan pantai dan pembinaan ban di Kampung Sebako yang kini teruk terjejas akibat kemasukan air masin dan merosakkan tanah kebun warga kampung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerajaan sememangnya memandang serius masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, masalah ini perlu ditangani secara berperingkat memandangkan kos bagi melaksanakan kaedah mengawal hakisan pantai seperti pembinaan groyne, penambakan pasir, pembinaan benteng batu mahupun membina pemecah ombak bagi mencegah hakisan pantai adalah sangat tinggi.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Dalam hal ini, Kerajaan terpaksa menumpukan kerja-kerja membina benteng baharu berbanding memperbaiki benteng yang telah rosak atau lain-lain kaedah bagi mencegah hakisan pantai mengikut tahap kritikal hakisan pantai tersebut dan mengikut tahap kesediaan peruntukan yang telah diluluskan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Peruntukan baharu bagi program mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan pantai di Negeri Sarawak telah dipohon sebanyak RM 350 juta dalam RP4 2019 RMKe-11, yang merangkumi hakisan pantai di kawasan yang dilaporkan, namun tidak diluluskan. Walaubagaimanapun, peruntukan ini akan dipohon semula dalam RMK-12 akan datang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2004,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2004",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-16",
        "year": 2019,
        "no": "7",
        "member": "YB DATUK ROZMAN BIN ISLI",
        "area": "LABUAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengganti paip seluruh Labuan memandangkan keadaan paip yang s...",
        "question": "YB DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengganti paip seluruh Labuan memandangkan keadaan paip yang sudah terlalu lama dan sering pecah mengganggu rutin seharian masyarakat dan sesetengah industri di Labuan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan beberapa projek penggantian paip di Labuan seperti berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni. Projek menaiktaraf dan mengganti sistem agihan bekalan air sedia ada di sepanjang Jalan Mohd Salleh & Jalan Bebuloh dari persimpangan Tun Mustapha hingga Terminal Minyak Mentah Shell di Kiamsan dengan kos berjumlah RM100 juta. Panjang paip adalah 30 kilometer dan projek ini sedang dalam proses pelantikan perunding dan dijangka siap pada Mei 2022; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii. Penggantian paip Asbestos Cement (AC) dari tangki Sabah Gas Industry (SGI) – ke kawasan industri Ranca-Ranca Labuan sepanjang 6 kilometer menggunakan paip Mild Steel Cement Lined (MSCL) berukuran 600 milimeter (mm) dengan kos berjumlah RM36 juta. Projek ini telah siap pada Jun 2016.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2027,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2027",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-25",
        "year": 2019,
        "no": "8",
        "member": "YBTM JAWAB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YBTM JAWAB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Kemaman dan bila projek ini ...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\n\r\n\r\nTUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Kemaman dan bila projek ini dijangka siap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM300 juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek tersebut masih dalam peringkat reka bentuk dan penyediaan dokumen tender serta memuktamadkan jajaran pengambilan tanah. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2021 di mana tempoh pelaksanaan projek adalah tiga tahun.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2000,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2000",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-07",
        "year": 2019,
        "no": "9",
        "member": "YBTM JAWAB TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYA",
        "area": "SUNGAI BESAR",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah cadangan Kementerian untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia diurus secara mampan, bersih dan berintegriti.",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\nTUAN MUSLIMIN BIN YAHAYA [SUNGAI BESAR]minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah cadangan Kementerian untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia diurus secara mampan, bersih dan berintegriti.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) komited dalam memastikan pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia diuruskan secara mampan selaras dengan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan.\n\r\nUntuk makluman Yang Dipertua, tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Perkara 74(2) Jadual Ke-Sembilan Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa KATS melalui JPSM adalah sebagai pembuat dasar dan memberikan khidmat nasihat teknikal mengenai pengurusan, pembangunan, penguatkuasaan, penyelidikan serta latihan dalam sektor perhutanan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Dipertua, bagi jangka masa pendek, langkah-langkah berikut telah dilaksanakan:-\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) KATS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain seperti KDN dan MESTECC, Kerajaan-kerajaan Negeri dan orang awam dalam aktiviti membanteras penjenayah alam sekitar. KATS melalui JPSM juga telah menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan imej satelit dan drone dalam aktiviti penguatkuasaan hutan;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) KATS dan JPSM kini telah mempunyai Unit Integriti sendiri yang diketuai oleh pegawai daripada SPRM bagi memantau aduan, salah guna kuasa dan rasuah dalam sektor perhutanan. KATS juga sentiasa menjalinkan hubungan dan kerjasama yang rapat dengan pihak SPRM bagi meningkatkan imej dan integriti KATS serta agensi-agensi lain di bawah KATS; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Sebanyak lapan (8) negeri di Semenanjung Malaysia yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak telah diwajibkan untuk memperolehi Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I). Sijil ini adalah sebagai kayu pengukur pelaksanaan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi mencerminkan perlaksanaan pengurusan hutan mampan yang diamalkan di negara kita.Manakala, untuk jangka masa panjang, KATS melalui JPSM sedang melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) [Akta 313] sedia ada. Tujuan pindaan Akta 313 adalah untuk :-\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n(i) memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK) melalui kaedah berikut:\n\r\nPertama : memperuntukkan keperluan untuk diadakan penyiasatan awam oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi keputusan mewarta keluar Hutan Simpanan Kekal dalam Akta 313 sebagai punca kuasa perundangan di mana Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKaedah Penyiasatan Awam bagi menjalankan tujuan dan maksud tersebut di mana peruntukan ini melibatkan pindaan bagi Seksyen 11, Akta 313.\n\r\nKedua: penyiaran warta keluar dan warta kawasan ganti hendaklah dibuat serentak di mana peruntukan ini melibatkan pindaan bagi Seksyen 12, Akta 313.\n\r\nKetiga: kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diwarta keluar hendaklah diganti dan mempunyai keluasan dan nilai setara serta mengenakan kos memulihkan kawasan ganti di mana peruntukan ini melibatkan pindaan bagi Seksyen 13, Akta 313 .\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) memantapkan litupan warta pegawai penguatkuasaan untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta 313 di negeri-negeri;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) meningkatkan kadar denda,hukuman dan penalti; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dalam pelaksanaan Akta 313.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Kewangan (MOF) telah memperuntukkan sejumlah RM 60 juta sebagai insentif dan untuk meningkatkan kawasan perlindungan. Agihan ini telah dibincangkan dan diluluskan di peringkat mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 27 Mei 2019.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2025,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2025",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-13",
        "year": 2019,
        "no": "9",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan menaik taraf Sungai Buloh, Sungai Siput (U) di bawah projek tebatan banjir bagi menyelesaikan masalah banji...",
        "question": "TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan menaik taraf Sungai Buloh, Sungai Siput (U) di bawah projek tebatan banjir bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Perak Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM250 juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nCadangan menaik taraf Sungai Buloh dan Sungai Siput (U) akan dilaksanakan di bawah projek ini iaitu dalam komponen Saliran Mesra Alam, Projek Saliran Mesra Alam serta Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Projek ini kini dalam peringkat proses pengambilan balik tanah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2015,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2015",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-04",
        "year": 2019,
        "no": "13",
        "member": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON",
        "area": "TEBRAU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apa sebabnya loji-loji rawatan kumbahan dan sistem-sistem pembetungan dalam kawasan Majlis Perbandaran P...",
        "question": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU \r\n\r\nYOON [ TEBRAU ] \r\n\r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apa sebabnya loji-loji rawatan kumbahan dan sistem-sistem pembetungan dalam kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) masih belum diambil alih oleh Indah Water Konsortium (IWK) dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan pusat untuk memastikan MPPG dan MBJB tidak berkurangan dana untuk membuat kerja penyelenggaraan semua loji rawatan kumbahan dan sistem pembetungan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Berdasarkan kepada Seksyen 3(2) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), Kerajaan Persekutuan hendaklah terus mempunyai kuasa eksekutif berkenaan dengan segala perkara yang berhubungan dengan sistem pembetungan dan perkhidmatan pembetungan di seluruh Malaysia. Manakala Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) selaku pemegang konsesi seperti yang termaktub di dalam Seksyen 191 (1) Akta 655 sebagai orang diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan pengoperasian dan penyelenggaraan sistem pembetungan termasuk di dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kerajaan mengakui keperluan pengambilalihan operasi pembetungan di kawasan MBJB dan MPPG demi memastikan perkhidmatan pembetungan yang sistematik dapat dinikmati oleh penduduk di kedua-dua kawasan tersebut. Oleh itu, satu perbincangan telah diadakan bersama pihak YAB Menteri Besar Johor pada 19 Ogos 2019. Dalam pertemuan tersebut, Kerajaan Negeri Johor telah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan pengambilalihan ini.\n\r\n3\n\r\n3. Susulan itu, satu surat bagi menegaskan pentingnya pengambilalihan ini telah dikemukakan kepada YAB Menteri Besar Johor pada 21 Ogos 2019. Adalah dijangkakan Kerajaan Negeri Johor akan mengemukakan maklum balas terhadap perkara ini dalam tempoh masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Pada masa ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih memberi kuasa kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MBJB dan MPPG untuk melaksanakan pengoperasian perkhidmatan pembetungan bagi tempoh interim. Kerajaan mengakui kedua-dua PBT tersebut mempunyai kekangan kewangan untuk menyelenggara loji rawatan kumbahan dengan sempurna. Oleh itu, pengambilalihan operasi pembetungan di MBJB dan MPPG ini akan membuka ruang bagi perbelanjaan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf loji-loji rawatan kumbahan di kedua-dua kawasan tersebut supaya ia mematuhi piawaian pelepasan efluen yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2020,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2020",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-07",
        "year": 2019,
        "no": "13",
        "member": "DATO' SRI DR. SANTHARA",
        "area": "SEGAMAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATO' SRI DR. SANTHARA [ SEGAMAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah projek terakhir tebatan banjir di Sungai Siput, Segamat. Adakah ia akan dilaksanakan, kerana semua fasa...",
        "question": "DATO' SRI DR. SANTHARA [ SEGAMAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah projek terakhir tebatan banjir di Sungai Siput, Segamat. Adakah ia akan dilaksanakan, kerana semua fasa (6 fasa) yang lain telah disiapkan. Jika ya, bila dan mengapa kelewatan sebelum ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Projek terakhir tebatan banjir bagi Sungai Segamat, Johor adalah Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar, Johor – Pembinaan Lencongan Banjir Sungai Segamat-Sungai Genuang dan Kerja-Kerja Berkaitan, Segamat yang telah bermula pada 19 Mac 2014 dan siap pada 15 Disember 2015.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat permohonan projek baru bagi RTB Sungai Siput, Sungai Jementah dan Sungai Legeh, Johor. Sekiranya permohonan diluluskan, projek ini akan dilaksanakan dalam RMKe-12 bermula dengan kerja-kerja awalan iaitu rekabentuk terperinci, kerja-kerja pengukuran dan kerja-kerja penyiasatan tanah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Projek RTB bagi Sungai Siput telah dimohon semasa permohonan projek RMKe-11, namun keutamaan diberi untuk menyiapkan 6 fasa projek RTB di Sungai Segamat memandangkan kawasan tersebut lebih kritikal. Projek ini tidak tergendala sepertimana dinyatakan tetapi belum lagi diluluskan berbanding projek-projek lain yang lebih kritikal dan mendesak dengan keupayaan peruntukan yang ada.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Kementerian sememangnya komited dalam menangani masalah banjir bukan sahaja di Daerah Segamat malah semua isu banjir di seluruh Negara.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2011,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2011",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-29",
        "year": 2019,
        "no": "15",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "DATO' NGEH KOO HAM (BERUAS) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan polisi Kerajaan berkenaan dengan eksport pasir ke luar negara. Adakah terdapat polisi-polisi yang berlainan terhadap ...",
        "question": "DATO' NGEH KOO HAM (BERUAS) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan polisi Kerajaan berkenaan dengan eksport pasir ke luar negara. Adakah terdapat polisi-polisi yang berlainan terhadap pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir jenis yang lain.",
        "answer": "Tuan yang di- Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Terdapat beberapa pengelasan pasir yang dikendalikan oleh Kementerian ini berdasarkan kewujudan, kegunaan dan kandungan mineral bahan tersebut. Contohnya, pasir sungai, pasir laut, pasir lombong, pasir pantai dan pasir silika.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Merujuk kepada dasar terkini Kerajaan, pasir yang dibenarkan untuk eksport adalah pasir sungai sahaja manakala pasir lombong, pasir laut dan pasir jenis yang lain tidak dibenarkan untuk dieksport. Pasir silika boleh dieksport dengan syarat mempunyai kandungan silikon dioksida (SiO2) yang tinggi iaitu 95% dan ke atas.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Kementerian ini membenarkan pengeksportan pasir sungai ke negara-negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Malaysia.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Kelulusan/kebenaran Pihak Berkuasa Negeri berkaitan (negeri di mana sumber pasir sungai diperolehi/ diekstrak) adalah diperlukan sebelum pengeluaran Lesen Eksport (AP) kepada syarikat-syarikat pemohon diluluskan untuk mengeksport pasir sungai ke luar negara.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2021,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2021",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-07",
        "year": 2019,
        "no": "17",
        "member": "DATUK WIRA HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN",
        "area": "MASJID TANAH",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATUK WIRA HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN [ MASJID TANAH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini Projek Empangan Sungai Jerneh, Lubok Cina, Melaka.",
        "question": "DATUK WIRA HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN [ MASJID TANAH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini Projek Empangan Sungai Jerneh, Lubok Cina, Melaka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Makmal Kejuruteraan Nilai projek ini telah diadakan pada 1 hingga 5 Julai 2019. Hasil dari makmal tersebut mendapati terdapat keperluan penambahan kos sebanyak 22.55% iaitu peningkatan sebanyak RM36,799,244.95 berbanding kos yang telah diluluskan terdahulu iaitu sebanyak RM163,214,591.05. Kementerian sedang dalam tindakan untuk mendapatkan kelulusan pertambahan kos tersebut daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sekiranya kelulusan pertambahan kos diperolehi pada bulan Oktober 2019, pelaksanaan tender boleh diteruskan seperti mana yang dijadualkan iaitu pada bulan November 2019.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2041,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2041",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-04",
        "year": 2019,
        "no": "17",
        "member": "TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU",
        "area": "BATU GAJAH",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU [ BATU GAJAH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keadaan paras air di semua empangan-empangan seluruh negara. Nyatakan juga tindakan-tindakan yang...",
        "question": "TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU [ BATU GAJAH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keadaan paras air di semua empangan-empangan seluruh negara. Nyatakan juga tindakan-tindakan yang telah diambil untuk menangani atau menghadapi penyusutan paras air apabila berlaku keadaan kritikal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya bagi tahun 2019, kebanyakan empangan utama di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan berada pada paras yang terkawal. Walau bagaimanapun, terdapat dua negeri yang mempunyai empangan yang berada di paras kritikal iaitu Melaka dan Johor. Empangan yang mencatat bacaan di bawah paras kritikal adalah Empangan Durian Tunggal, Melaka dan Empangan Lebam, Empangan Upper Layang, Empangan Pulai\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2, Empangan Labong dan Empangan Machap bagi Negeri Johor.Penyusutan air di empangan-empangan ini adalah disebabkan fenomena cuaca panas yang panjang serta kekurangan taburan hujan. Ia memberi kesan kepada kecukupan air mentah bagi disalurkan kepada kepada loji rawatan air. Antara tindakan segera yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua negeri ini bagi menangani masalah penyusutan air empangan termasuk pengepaman air mentah daripada sumber lain, pencarian sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan sebagainya. Di samping itu, Bekalan Air Berjadual turut dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan bekalan air bersih kepada penduduk akibat kemerosotan sumber air mentah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2002,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2002",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-10",
        "year": 2019,
        "no": "19",
        "member": "Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran",
        "area": "Batu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pengurusan yang tidak terkawal di kolam-kolam takungan banjir di mana sampah telah membanjiri kawasan ini. Seperti di Kolam Nanyang, oleh kerana sampah telah memenuhi kolam tersebut bau ...",
        "question": "Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pengurusan yang tidak terkawal di kolam-kolam takungan banjir di mana sampah telah membanjiri kawasan ini. Seperti di Kolam Nanyang, oleh kerana sampah telah memenuhi kolam tersebut bau yang tidak menyenangkan telah wujud dan secara tidak langsung ianya menjejaskan kesihatan penduduk setempat. Adakah Kementerian melalui JPS mempunyai sebarang perancangan tindakan supaya tahap kesihatan warga setempat dapat terkawal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa program bagi Kolam Nanyang. Antara program yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2019 adalah:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Membersih sampah sarap yang terdapat di dalam kolam berkenaan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Membina perangkap sampah jenis Log Boom di bahagian hilir kolam.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJPS merancang untuk menaiktaraf perangkap sampah di bahagian hulu Kolam Nanyang untuk mempertingkatkan keupayaan kolam bagi menakung atau mengumpul sampah dari sebelah hulu Sungai Jinjang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi samping itu, kawalan di punca (control at source) perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - DBKL bagi mengurangkan sampah yang dibuang dan mengalir masuk ke Sungai Jinjang seterusnya ke Kolam Nanyang. Ini kerana. sekiranya masalah ini tidak ditangani lebih awal, besar kemungkinan sumber air kita akan sentiasa tercemar dan secara tidak langsung akan menjadi punca tersebarnya wabak penyakit.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalaubagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi sama-sama menjaga kebersihan kolam takungan ini. Warga setempat perlu diberi pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan menjaga sumber air di kawasan masing-masing agar tahap kesihatan mereka dapat ditingkatkan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2012,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2012",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-29",
        "year": 2019,
        "no": "19",
        "member": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON",
        "area": "TEBRAU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab apa Loji Rawatan Air Sungai Layang 2 masih belum mula dibina memandangkan rancangan awal ialah mul...",
        "question": "TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab apa Loji Rawatan Air Sungai Layang 2 masih belum mula dibina memandangkan rancangan awal ialah mula dibina pada tahun 2014 dan siap pada tahun 2019.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Projek Loji Rawatan Air (LRA) Layang 2 Fasa 1 berkapasiti 160 juta liter sehari sedang dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dengan kos sebanyak RM452.3 juta di bawah inisiatif penstrukturan semula bekalan air Johor. Pelaksanaan projek ini melibatkan proses pengambilan tanah sebanyak 67.7 ekar yang merangkumi 51 ekar tanah negeri dan 16.65 ekar tanah swasta. Setakat ini masih ada 27 lot yang dalam proses pengambilan tanah oleh PAAB.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, projek LRA Layang 2 mengalami kelewatan disebabkan terdapat pindaan reka bentuk projek pembinaan LRA Layang 2 dengan kapasiti 320 JLH dipinda kepada dua fasa (Fasa 1: 160 JLH dan Fasa 2: 160 JLH) pada September 2018 oleh Ranhill SAJ dan kekangan dalam proses pengambilan balik tanah bagi kawasan-kawasan yang terlibat dengan pembinaan loji rawatan air.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Bagi penyelesaian ke atas isu kelewatan ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah mohon kerjasama Kerajaan Negeri Johor untuk mempercepatkan proses pengambilan lot-lot tanah ini. Urusan pengambilan tanah ini dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada Disember 2019. Berdasarkan status semasa, projek ini telah dibuka tender oleh PAAB pada 25 Julai 2019 dan dijangka dapat disiapkan menjelang suku ke-3 tahun 2022.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2003,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2003",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-10",
        "year": 2019,
        "no": "23",
        "member": "TUAN WONG CHEN",
        "area": "SUBANG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN WONG CHEN [ SUBANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian tentang penanaman, pengembangan dan pemprosesan minyak CBD bagi tujuan perubatan.",
        "question": "TUAN WONG CHEN [ SUBANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian tentang penanaman, pengembangan dan pemprosesan minyak CBD bagi tujuan perubatan.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, Cannabidiol (CBD) merupakan ekstrak atau minyak daripada daun, batang dan bunga hemp yang boleh diproses menjadi bahan utama dalam pelbagai rantaian produk makanan, kosmeseutikal dan perubatan. Walau bagaimanapun, mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan. Sebelum hemp boleh ditanam untuk tujuan industri mahupun perubatan, kajian yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kajian tersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, sosial, dan keselamatan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan hemp yang boleh meningkatkan gejala penagihan dadah, aspek kawalan dan pemantauan dari segi perundangan dan keselamatan perlu diberi perhatian. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang mengkaji potensi penanaman hemp di Malaysia. Kajian tersebut dijangka mengambil masa 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2008,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2008",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-22",
        "year": 2019,
        "no": "23",
        "member": "DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS",
        "area": "HULU LANGAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pewujudan Akta Profesion Rimbawan yang dicadangkan pihak Kementerian untuk memulihkan...",
        "question": "DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pewujudan Akta Profesion Rimbawan yang dicadangkan pihak Kementerian untuk memulihkan persepsi rakyat bahawa pengurusan hutan di Malaysia diuruskan secara mampan, bersih serta berintegriti untuk menjawab serangan NGO di dalam dan luar negara secara berterusan yang telah menghakis keyakinan rakyat terhadap pengurusan hutan di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah selesai melalui proses Analisis Impak Peraturan atau Regulatory Impact Analysis (RIA) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Proses seterusnya ialah pelaksanaan sesi Town Hall sebelum mengemukakan draf RUU yang telah dimuktamadkan kepada kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nObjektif utama penggubalan RUU Rimbawan Malaysia adalah bagi mengiktiraf profesion Rimbawan melalui pendaftaran ahli-ahli Rimbawan serta mewujudkan kerangka perundangan yang bertujuan untuk mengawalselia etika dan amalan perhutanan profesion Rimbawan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Di bawah Akta ini sebuah Lembaga iaitu Lembaga Rimbawan akan ditubuhkan bagi memberikan khidmat nasihat dan perkhidmatan teknikal profesional berkaitan dengan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPewujudan Lembaga Rimbawan yang merupakan badan penilaian bebas akan dapat menaikkan imej dan kewibawaan institusi perhutanan negara. Selain itu, Lembaga Rimbawan juga akan berperanan untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan bagi mencapai Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) dalam konteks transparency dan akauntabiliti.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2042,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2042",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-04",
        "year": 2019,
        "no": "24",
        "member": "TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI",
        "area": "SIBUTI",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian mengenai masalah hakisan pantai di kawasan Parlimen Sibuti sepert...",
        "question": "TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian mengenai masalah hakisan pantai di kawasan Parlimen Sibuti seperti hakisan pantai Kuala Bakam, hakisan pantai Tusan, hakisan pantai Bungai dan hakisan Kuala Sibuti, adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk menyiapkan benteng pemecah ombak bagi pantai Bungai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan sememangnya memandang serius masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, masalah ini perlu ditangani secara berperingkat memandangkan kos bagi melaksanakan kaedah mengawal hakisan pantai seperti pembinaan groyne, penambakan pasir, pembinaan benteng batu mahupun membina pemecah ombak bagi mencegah hakisan pantai adalah sangat tinggi.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam hal ini, Kerajaan terpaksa menumpukan kerja-kerja membina benteng baharu berbanding memperbaiki benteng yang telah rosak atau lain-lain kaedah bagi mencegah hakisan pantai mengikut tahap kritikal hakisan pantai tersebut dan mengikut tahap kesediaan peruntukan yang telah diluluskan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPeruntukan baharu bagi program mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan pantai di Negeri Sarawak telah dipohon sebanyak RM 350 juta dalam RP4 2019 RMKe-11, yang merangkumi hakisan pantai di kawasan yang dilaporkan, namun tidak diluluskan. Walaubagaimanapun, peruntukan ini akan dipohon semula dalam RMK-12 akan datang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2013,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2013",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-29",
        "year": 2019,
        "no": "25",
        "member": "DATO' SRI DR. SANTHARA",
        "area": "SEGAMAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATO' SRI DR. SANTHARA [ SEGAMAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam masalah air yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di Segama...",
        "question": "DATO' SRI DR. SANTHARA [ SEGAMAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam masalah air yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di Segamat, khususnya di Buloh Kasap seperti di kampung Kuala Paya, Gelang Chin-Chin yang sering menghadapi masalah air pada setiap musim hari raya dan cuti.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Bagi mengatasi masalah bekalan air bagi Daerah Segamat, Kementerian melalui operator air Ranhill SAJ Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan pembinaan loji rawatan air baru iaitu LRA Buloh Kasap yang berkapasiti 16 Juta Liter Sehari (JLH) di bawah Rancangan Perniagaan bagi tempoh operasi kedua (2012 – 2014) melalui pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). LRA ini terdiri daripada dua (2) pakej iaitu:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni. Pakej 1 : melibatkan pembinaan loji rawatan air yang telah mencapai status kemajuan kerja sebanyak 97.3% dan dijangka siap pada Oktober 2019; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii. Pakej 2 : melibatkan paip agihan telah mencapai status kemajuan kerja 68.04% sehingga Ogos 2019.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Dengan siapnya pembinaan LRA Buloh Kasap ini, jumlah pengeluaran air bersih bagi daerah Segamat akan dapat ditingkatkan. Kadar rizab margin turut akan meningkat melebihi 10% dan seterusnya mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi pada ketika ini.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2043,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2043",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-04",
        "year": 2019,
        "no": "26",
        "member": "TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH",
        "area": "PAYA BESAR",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH [PAYA BESAR] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :- (a) usaha Jabatan Perhutanan dalam mengenal pasti lokasi berisiko tinggi berlakunya kemalangan terh...",
        "question": "TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH [PAYA BESAR] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(a) usaha Jabatan Perhutanan dalam mengenal pasti lokasi berisiko tinggi berlakunya kemalangan terhadap pengunjung di Taman Eko Rimba; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b) pindaan Akta Perhutanan dan Rang Undang-Undang Profesion Rimbawan dapat mengembalikan keyakinan bahawa pengurusan hutan di Malaysia diuruskan dengan berintegriti.",
        "answer": "(a)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang Dipertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan Perhutanan Negeri sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di kawasan Taman Eko-Rimba bagi mengenalpasti lokasi berisiko tinggi berlakunya kemalangan terhadap pengunjung dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengatasi atau mengurangkan risiko tersebut. Pemeriksaan dan pemantauan dibuat berdasarkan Panduan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko di Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri yang dikeluarkan oleh JPSM.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPenyelenggaraan yang dijalankan di Taman Eko-Rimba adalah secara penyelenggaraan harian iaitu pungutan sampah, pembersihan tandas dan penjagaan kebersihan am, manakala penyelenggaraan landskap, pelupusan sampah sarap serta pemeriksaan bagi mengesan pokok-pokok dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang boleh membahayakan pengguna di Taman Eko-Rimba dijalankan secara mingguan. Jabatan Perhutanan Negeri juga mengadakan pemantauan dan pembaikan ke atas infrastruktur di Taman Eko-Rimba yang melibatkan kerosakan wear and tear secara suku tahun. Selain daripada itu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri juga membuat papan tanda amaran seperti di kawasan yang mempunyai risiko berlakunya kepala air dan sebagainya.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nRekod terkini kemalangan di Taman Eko-Rimba sehingga September 2019 adalah tujuh (7) kes lemas (Pahang=6, Terengganu=1), satu (1) kes sesat (Selangor) dan satu (1) kes tergelincir (Selangor).\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b)\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang Dipertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) [Akta 313] sedia ada, yang meliputi keperluan untuk menambahbaik pentadbiran, pengurusan, pemeliharaan dan penguatkuasaan hutan di Semenanjung Malaysia.\n\r\nSkop utama pindaan Akta 313 adalah :-\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) untuk memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK);\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) untuk memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan secara haram;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) untuk meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) untuk mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dalam pelaksanaan Akta 313.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada masa ini, profesion Rimbawan dikenali sebagai Pemelihara Hutan atau Conservator of Forest yang bertanggungjawab mengurus khazanah hutan negara. Objektif utama penggubalan RUU Rimbawan Malaysia adalah bagi mengiktiraf profesion Rimbawan melalui pendaftaran ahli-ahli\n\r\nRimbawan serta mewujudkan kerangka perundangan yang bertujuan untuk mengawalselia etika dan amalan perhutanan profesion Rimbawan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Di bawah Akta ini sebuah Lembaga iaitu Lembaga Rimbawan akan ditubuhkan bagi memberikan khidmat nasihat dan perkhidmatan teknikal professional berkaitan dengan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSalah satu peranan Lembaga Rimbawan adalah sebagai badan penilaian bebas yang akan menentusahkan Rancangan Pengurusan Hutan yang dihasilkan berdasarkan kepada piawaian yang digariskan di dalam dokumen Panduan Penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan Bagi Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Ia adalah selaras dengan keperluan untuk memelihara, memulihara dan mengurus sumber hutan secara berkekalan seperti dinyatakan di dalam Akta 313.\n\r\nSelain itu, Lembaga Rimbawan juga akan berperanan untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan bagi mencapai matlamat Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) dalam konteks transparency dan akauntabiliti.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2022,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2022",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-07",
        "year": 2019,
        "no": "27",
        "member": "DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU",
        "area": "TAMBUN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU [ TAMBUN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI mengulas kesan daripada operasi pengeluaran pasir dasar laut di kawasan luar perairan negeri Perak susula...",
        "question": "DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU [ TAMBUN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI mengulas kesan daripada operasi pengeluaran pasir dasar laut di kawasan luar perairan negeri Perak susulan kelulusan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod kelulusan lesen mendapatkan pasir dasar laut di bawah Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966 yang terkini, tiada pelesen menjalankan operasi pengorekan pasir di kawasan luar perairan Negeri Perak.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Namun begitu, Kementerian ini menegaskan bahawa sebarang kelulusan kawasan pengorekan pasir dasar laut di kawasan pelantar benua iaitu di kawasan perairan melebihi tiga\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(3) batu nautika dari tikas air surut perlu mendapat kelulusan Kajian Penilaian Kesan Ke Atas Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) selaras dengan Perkara 8(c) dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 1974 sebelum aktiviti pengorekan pasir dilaksanakan bagi memastikan impak kepada alam sekitar dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi. Langkah-langkah mitigasi untuk melindungi ekologi hidupan laut, memastikan keselamatan pelayaran dan lain-lain telah diambil kira di dalam Laporan Kajian EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2009,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2009",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-22",
        "year": 2019,
        "no": "28",
        "member": "YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM",
        "area": "ARAU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM [ ARAU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :- (a) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memulihkan semula bekalan air terawat di Perlis yang ...",
        "question": "YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM [ ARAU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\r\n(a) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memulihkan semula bekalan air terawat di Perlis yang menghadapi masalah teruk dan bilakah pihak Kerajaan akan menyelesaikannya ; dan\n\n\r\n(b) apakah usaha-usaha pihak Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini kerana terdapat laporan mengatakan ramai penduduk kampung terpaksa membayar bil air setiap bulan tetapi tangki masih lagi kosong .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Seperti sedia maklum, masalah yang dihadapi ini adalah berpunca dari ketidakupayaan Syarikat Air Perlis (SAP) dan juga Kerajaan Negeri untuk membiayai kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur sistem bekalan air di Perlis. Perkhidmatan bekalan air sering terjejas berikutan beberapa buah loji rawatan air utama tidak dapat diselenggarakan dengan baik lantas mendatangkan kesan yang serius ke atas kualiti bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Justeru, Kementerian melalui Bahagian Bekalan Air (BBA) telah mengambil beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni. Projek Langkah Mitigasi Jangka Pendek Perkhidmatan Bekalan Air Perlis dengan kos berjumlah RM41 juta;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii. Pelaksanaan Kerja-Kerja Pengurangan Kadar NRW dengan kos berjumlah RM50.8 juta; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii. Pelaksanaan Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RP 4 RMKe-11) dengan kos berjumlah RM105 juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Sehubungan itu, adalah dijangkakan dengan pelaksanaan projek-projek di atas dapat menyelesaikan masalah bekalan air negeri Perlis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2010,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2010",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-22",
        "year": 2019,
        "no": "31",
        "member": "TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB",
        "area": "TANJONG MANIS",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [ TANJONG MANIS ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah perancangan untuk menambah keupayaan empangan atau loji di Loji Rawatan Air di Bayong, Sarikei...",
        "question": "TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB\r\n\n\r\n\r\n[ TANJONG MANIS ] \r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah perancangan untuk menambah keupayaan empangan atau loji di Loji Rawatan Air di Bayong, Sarikei untuk mengatasi masalah tekanan air yang rendah di kawasan sekitar seperti Tanjung Manis dan Sg. Sian, Bintangor",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan peruntukan bagi projek naiktaraf Loji Rawatan Air Bayong dari 70 JLH kepada 100 JLH. Projek tersebut sedang ditender pada bulan Oktober 2019 dan pembinaan dijangka mula pembinaan pada bulan Disember 2019 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah di kawasan Tanjung Manis pula, projek menaiktaraf stesen pam penggalak Baji sedang dilaksanakan. Skop kerja ini termasuk menaiktaraf sistem perpaipan dari stesen pam penggalak Baji hingga ke tangki air Sekumang di Tanjung Manis. Apabila siapnya projek ini, maka kapasiti air ke kawasan Tanjung Manis akan dapat ditingkat dari 9 JLH ke 18 JLH. Selain itu, terdapat sebuah lagi projek di perancangan Lembaga Air Sibu iaitu untuk enyalurkan air mentah sebanyak 20 JLH ke Tanjung Manis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Bagi kawasan Sg Sian pula, terdapat projek pembinaan stesen pam penggalak, tangki aras tinggi dan saluran paip di kawasan Sg Sian,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBintangor yang juga dalam peruntukan kerajaan negeri Sarawak. Projek ini kini dalam peringkat rekabentuk akhir dan dijangka akan ditender dalam penghujung Oktober 2019.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2005,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2005",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-10-16",
        "year": 2019,
        "no": "35",
        "member": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE",
        "area": "SANDAKAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :- (i) meningkatkan loji rawatan pembetungan yang sedia ada di Sandakan memandangkan peningkatan penduduk ...",
        "question": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE\r\n\n\r\n\r\n[ SANDAKAN ] \r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n(i) meningkatkan loji rawatan pembetungan yang sedia ada di Sandakan memandangkan peningkatan penduduk yang pesat; dan\n\r\n(ii) menggantikan sistem kumbahan terus ke marin di Sandakan, Sabah dimana pada masa ini sisa kumbahan tidak dirawat sebelum dibuang terus ke laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk menerangkan bahawa perkhidmatan pembetungan di negeri Sabah tidak dikawal selia oleh kerajaan Persekutuan di mana Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) tidak digunapakai di negeri Sabah. Justeru, perancangan serta pembangunan perkhidmatan pembetungan di Sabah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Negeri melalui Cawangan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Namun, Cawangan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah mengemukakan dua (2) permohonan bagi projek Skim Pembetungan Sandakan Fasa 2 - Tadahan Barat Laut dan Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Bandar Sandakan kepada Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11) pada tahun 2020.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Skop kerja di dalam pelaksanaan kedua-dua projek ini dapat menyelesaikan isu pembetungan kesan daripada peningkatan penduduk di kawasan Sandakan dan juga isu sisa kumbahan yang dilepaskan terus ke laut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2016,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2016",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-04",
        "year": 2019,
        "no": "35",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Hutan Simpan Ulu Muda telah diwartakan sepenuhnya. Jika tidak, nyatakan sebabnya dan bilakah Kerajaan Pus...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Hutan Simpan Ulu Muda telah diwartakan sepenuhnya. Jika tidak, nyatakan sebabnya dan bilakah Kerajaan Pusat akan berbuat demikian ekoran kepentingannya dalam pembekalan air kepada negeri-negeri utara Semenanjung khususnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Kedah telah mewartakan keseluruhan Hutan Simpan Ulu Muda yang terdiri daripada Hutan Simpan Ulu Muda Kedah Tengah dan Hutan Simpan Ulu Muda Kedah Selatan seluas 106,418 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] semenjak 24 September 1932.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKawasan hutan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal ini selanjutnya telah dibuat pengelasan di bawah Seksyen 10(1), Akta 313 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah di mana seluas 16,299 hektar telah dikelaskan sebagai kawasan Hutan Tadahan Air dan 11,118 hektar lagi telah dikelaskan sebagai kawasan Hutan Taman Negeri. Dalam hubungan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana telah mewartakan pengelasan hutan tersebut pada tahun lalu melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman No. 341 bertarikh 10 Mei 2018. Adalah diharapkan melalui pewartaan pengelasan ini, kawasan yang terbabit dapat dilindungi dan dipelihara daripada sebarang aktiviti yang dapat menjejaskan fungsi yang dimainkan oleh kawasan tersebut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2017,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2017",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-11-04",
        "year": 2019,
        "no": "36",
        "member": "DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR",
        "area": "JERLUN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR [JERLUN] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebagai pengganti kepada...",
        "question": "DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR [JERLUN] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebagai pengganti kepada kehilangan hasil. Ini bagi menyahut saranan Kerajaan Persekutuan untuk memelihara alam semulajadi seperti hutan dari diusahakan melalui pembalakan, operasi kuari batuan dan sebagainya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta pada tahun 2019 untuk pengagihan kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Kesemua peruntukan RM60 juta tersebut telah disalurkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri oleh Kementerian Kewangan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mei 2019.\n\nPada masa ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang mengkaji instrumen Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) tersebut bersama dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi menggalakkan Kerajaan Negeri mempertingkatkan usaha bagi melindungi dan mewartakan kawasan Perlindungan.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2044,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2044",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": "2019-12-04",
        "year": 2019,
        "no": "41",
        "member": "YB TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB TUAN CHOW KON YEOW [TANJONG] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan kelulusan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM). Bilakah ia akan dibentangkan dan tempoh masa Kerajaan Pus...",
        "question": "YB TUAN CHOW KON YEOW [TANJONG] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan kelulusan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM). Bilakah ia akan dibentangkan dan tempoh masa Kerajaan Pusat akan menyelaras tarif air melibatkan semua negeri. Berhubung rundingan atau pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS), adakah Fasa 1 akan siap menjelang tahun 2025. Jika tidak, nyatakan kenapa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n1. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Cadangan ini selanjutnya akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Pelarasan tarif bagi setiap negeri akan dilaksanakan setelah kelulusan Jemaah Menteri diperoleh.\n\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\n2. Berhubung pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS), Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 22 Januari 2019 secara prinsipnya telah bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri Perak untuk membekalkan air terawat dan kedua-dua negeri akan berunding mengenai pembinaan loji rawatan air secara usaha-sama.\n\n\r\n\n3. Walau bagaimanapun, pendirian Kerajaan Pulau Pinang ini telah berubah dan telah dizahirkan dalam mesyuarat pelaksanaan SPRWS pada 20 September 2019. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa ini hanya berhasrat untuk membeli bekalan air mentah manakala Kerajaan Negeri Perak masih tetap dengan pendirian untuk menjual air terawat.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n4. Kesiapan pelaksanaan SPRWS Fasa 1 menjelang tahun 2025 adalah bergantung kepada keputusan yang dirundingkan di antara kedua-dua Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan berpendirian pelaksanaan penyaluran air ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua Kerajaan Negeri memandangkan pengurusan dan hal-hal yang berkaitan sumber air adalah terletak di bawah hak dan kuasa Kerajaan Negeri.\n\n\r\n\n5. Lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 20 September 2019 tersebut, pihak Kementerian akan mengatur satu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri KATS melibatkan YAB Menteri Besar Perak dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mendapatkan keputusan dasar mengenai kaedah penyaluran air iaitu sama ada air mentah atau air terawat kepada Pulau Pinang.\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2029,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2029",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "65",
        "member": "TUAN OSCAR LING CHAI YEW",
        "area": "SIBU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengkaji semula rancangan tebatan banjir fasa 3 di Sibu kerana m...",
        "question": "TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengkaji semula rancangan tebatan banjir fasa 3 di Sibu kerana masalah banjir sudah berkurangan selepas pembinaan Bakun sudah siap dan kawasan itu bukan kawasan yang mempunyai masalah banjir. Sekarang Sibu memerlukan lebih peruntukan untuk menambah baik sistem perparitan yang rosak dan tidak berfungsi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nBanjir di Bandar Sibu disebabkan oleh gabungan paras air laut yang tinggi yang berlaku serentak dengan air hujan dari hulu menyebabkan kedua-dua Sungai Batang Rajang dan Batang Igan melimpah. Oleh itu, pembinaan Empangan Bakun sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan yang signifikan ke atas keadaan banjir berterusan di Sibu. \n\n\r\nBerdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Chemsain pada tahun 2005, pengurangan paras air yang disebabkan oleh pembinaan Empangan Bakun yang diukur di Bandar Sibu adalah hanya sekitar 200mm. Ini dibuktikan lagi dengan beberapa kejadian banjir yang berlaku di Sibu. Banjir terbaharu dalam projek RTB Sibu Fasa 3 adalah pada bulan Mac 2017. Sesetengah bahagian Sibu kini telah tidak berisiko banjir disebabkan adanya stesen pam yang telah siap dan telah terbukti sangat berkesan dalam mencegah kejadian banjir daripada berlaku. Oleh itu, adalah penting bagi semua stesen pam yang dicadangkan bersama dengan flood wall mengikut Pelan Induk yang diluluskan dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan Sibu bebas daripada risiko kejadian banjir. \n\n\r\nBagi aspek penambahbaikan sistem perparitan di kawasan Bandar pula, ianya adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133). \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2030,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2030",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "87",
        "member": "YB TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci polisi pembelian air mentah antara Pulau Pinang dari Perak berasaskan kenyataan Majlis Air Ne...",
        "question": "YB TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci polisi pembelian air mentah antara Pulau Pinang dari Perak berasaskan kenyataan Majlis Air Negara bertarikh 25 Februari 2019 Perkara 8(ii). Adakah Kerajaan Pusat akan melaksanakan polisi sama yang diguna pakai di antara Negeri Pahang dan Selangor, Johor dan Melaka, jika berbeza perincikan rasionalnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n1. Izinkan saya untuk menjelaskan bahawa Mesyuarat Pertama Majlis Air Negara (MAN) yang bersidang pada 25 Febuari 2019 telah membuat keputusan supaya negeri yang mempunyai akses sumber air mentah untuk menjual kepada negeri yang memerlukan bagi menjana pendapatan tambahan. Dalam mesyuarat yang sama juga, wakil Jabatan Peguam Negara memaklumkan sebagaimana yang telah termaktub di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Perlembagaan Persekutuan bahawa hal-hal yang berkaitan sumber air adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Oleh yang demikian, keputusan Mesyuarat MAN pada 25 Februari 2019 tidak mewakili polisi Kerajaan Persekutuan berkaitan penjualan air antara dua negeri. Ini jelas bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa pemutus bagi menentukan sama ada ingin membekal air mentah atau air terawat kepada negeri pembeli. Cuma yang menjadi praktik sekarang ialah pembekalan air mentah sepertimana yang disebut YB Tanjong, itupun setelah dipersetujui oleh kedua-dua negeri. \n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Dalam kes projek penyaluran air dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Pulau Pinang, Kementerian ingin mencadangkan supaya kedua-dua negeri perlu terlebih dahulu bersetuju mengenai kaedah penyaluran air iaitu sama ada air mentah atau air terawat kepada Pulau Pinang. Tanpa adanya keputusan dasar mengenai perkara ini, penglibatan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan agak sukar dilaksanakan. Walau bagaimanapun, Kementerian ini sebagai pemudahcara akan mengatur satu perbincangan melibatkan kedua-dua YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Perak dalam mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan bersama.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2031,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2031",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "89",
        "member": "YB TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah pemasangan paip air mentah bergaris pusat 1600mm sepanjang 6.85km dari Rumah Pam Mak Sulong, Daerah Seb...",
        "question": "YB TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah pemasangan paip air mentah bergaris pusat 1600mm sepanjang 6.85km dari Rumah Pam Mak Sulong, Daerah Seberang Perai Tengah ke Terusan Sungai Dua, Daerah Seberang Perai Utara Negeri Pulau Pinang akan bermula dan beroperasi. Bilakah syarat-syarat pengambilan Empangan Mengkuang akan disempurnakan sebelum penyerahannya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\nProjek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B iaitu pemasangan paip air mentah bergaris pusat 1600mm sepanjang 6.85km dari Rumah Pam Mak Sulong, Daerah Seberang Perai Tengah ke Terusan Sungai Dua, Daerah Seberang Perai Utara Negeri Pulau Pinang masih dalam proses pengambilan balik tanah sebanyak 13 lot. Dijangka projek ini akan ditender pada bulan November 2019 dan dijadualkan untuk siap pada tahun 2021. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang masih enggan menerima projek Pembesaran Empangan Mengkuang meskipun Fasa 1 dan Fasa 2A telah disiapkan. Malahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenakan pelbagai syarat kepada Kementerian. \n\r\nBagi memastikan projek ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat Pulau Pinang, Kementerian telah berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan seperti mendapatkan kelulusan peruntukan projek pembinaan Ampang Jajar (baraj) baru di Rantau Panjang, Seberang Perai Utara sebanyak RM200 juta di dalam Rolling Plan ke 4, RMKe-11 daripada Kerajaan Pusat. \n\r\nKajian pembinaan baraj ini akan turut merangkumi kajian keperluan pelaksanaan Fasa 2C Pembinaan Rumah Pam Baru di Terusan Sungai Dua/Lahar Yooi. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain itu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah pun memberi kelonggaran kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli membiayai kos pengepaman sehingga 16 November 2019 sahaja. Mengikut dasar semasa, kos operasi bagi semua empangan yang sudah siap dibina perlu dibayar oleh operator air, termasuk kos pengepaman. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua projek pembangunan dilaksanakan mengikut prosedur dan dasar sedia ada serta prestasi kewangan negara. Kementerian berharap agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat menerima Projek Pembesaran Empangan Mengkuang ini dalam kadar segera.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2032,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2032",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "100",
        "member": "TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI",
        "area": "JELUTONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI [ JELUTONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang di Jelutong dijangka akan siap.",
        "question": "TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI [ JELUTONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang di Jelutong dijangka akan siap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Projek tebatan banjir di kawasan Jelutong adalah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Daerah Timur Laut. Projek ini merupakan projek RTB yang diluluskan dalam Rolling Plan-2 (2017) RMKe-11 dengan kos siling projek sebanyak RM150 juta. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Projek tersebut kini dalam peringkat rekabentuk terperinci dan kerja ukur kejuruteraan. Rekabentuk terperinci dijadualkan akan siap dilaksanakan pada Jun 2020 dan projek ini dijadualkan akan ditender pada Julai 2020. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan bermula pada tahun Oktober 2020 dan dijangka akan siap dilaksanakan pada akhir tahun 2024. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2033,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2033",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "184",
        "member": "TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI",
        "area": "SIBUTI",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah peruntukan yang diagihkan kepada Parlimen Sibuti bagi program pembersihan sungai bagi ta...",
        "question": "TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah peruntukan yang diagihkan kepada Parlimen Sibuti bagi program pembersihan sungai bagi tahun 2018-2019 dan berapa jumlah sungai yang disenaraikan bagi pembersihan sungai bagi tahun 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\nDi bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri, jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) kepada Parlimen Sibuti melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri adalah sebanyak RM 18,000.00 pada tahun 2018 dan RM 254,100.00 pada tahun 2019. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pembersihan koridor sungai (pemotongan rumput), menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMemandangkan peruntukan bagi tahun 2020 masih di peringkat perbincangan dengan JPS Negeri, jumlah sungai yang disenaraikan bagi pembersihan sungai bagi tahun 2020 masih lagi belum dimuktamadkan dan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2034,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2034",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "238",
        "member": "DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS",
        "area": "HULU LANGAT",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian terhadap cadangan untuk menjalankan penanaman “hemp” di seluruh Malays...",
        "question": "DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian terhadap cadangan untuk menjalankan penanaman “hemp” di seluruh Malaysia sebagai tanaman komersial.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n1) Penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebelum hemp ditanam bagi tujuan komersial, R&D yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi meneroka potensi penanaman hemp di Malaysia. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang membuat perbincangan bagi cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan. Cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan ini memerlukan tempoh 2 hingga 3 tahun dengan mengambil kira pelbagai faktor merangkumi kawalan dari aspek perundangan, pemantauan dan keselamatan. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2035,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2035",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "314",
        "member": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN",
        "area": "SIK",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah ke hadapan untuk melengkapkan infrastruktur bekalan air bersih terawat (melalui Syarikat Air Daru...",
        "question": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah ke hadapan untuk melengkapkan infrastruktur bekalan air bersih terawat (melalui Syarikat Air Darul Aman - SADA) atau sumber air asli dari bukit (air masyarakat) untuk memenuhi keperluan penduduk Sik yang masih belum mencukupi pada ketika ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Bagi menyediakan bekalan air terawat yang sempurna kepada penduduk di Daerah Sik, satu (1) Projek Pembangunan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Daerah Padang Terap yang merangkumi skop pemasangan paip di Daerah Padang Terap dan Daerah Sik serta menambahbaik Loji Rawatan Air Nami sedang dilaksanakan dengan peruntukan secara langsung (geran) melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Selain itu, SADA selaku Operator Air juga telah mengangkat permohonan kepada KPLB bagi melaksanakan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Jeniang Baru. Dengan pelaksanaan projek ini, penduduk di Daerah Sik akan dapat menikmati bekalan air dengan sempurna. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2036,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2036",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "372",
        "member": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE",
        "area": "SANDAKAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah cara penyelesaian untuk mengatasi isu kampung-kampung atas air yang diwartakan oleh Kerajaan tempat...",
        "question": "PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah cara penyelesaian untuk mengatasi isu kampung-kampung atas air yang diwartakan oleh Kerajaan tempatan tetapi tidak mempunyai sistem pembetungan yang diperlukan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n1. Kementerian ini melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dengan usahasama Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2015 telah melaksanakan satu kajian bagi mengkaji sistem-sistem yang bersesuaian dan terbaik bagi merawat sisa kumbahan di pulau-pulau dan perkampungan air. Berdasarkan kajian tersebut, antara sistem-sistem yang boleh digunakan termasuk: \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Sistem pembetungan konvensional; (ii) Sistem Vakum; dan (iii) Sistem CAGED IN-SITU SEPTIC TANK (CISST). \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Penggunaan sistem pembetungan konvensional dengan pemasangan rangkaian paip adalah amat sukar untuk dilaksanakan di kawasan perkampungan air yang mana pembangunannya adalah tidak terancang serta memerlukan kawasan tanah yang sesuai untuk pembinaan stesen pam serta loji rawatan kumbahan. \n\r\n3. Berdasarkan kajian pad\n\r\na tahun 2015 tersebut, kaedah yang paling sesuai digunakan di perkampungan atas air ialah kaedah “CAGED IN-SITU SEPTIC TANK (CISST)” di mana kaedah ini terbukti untuk merawat air kumbahan di perkampungan air. Namun, dari segi nilai aestetik, ianya mendapat tentangan daripada penduduk. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Terdapat perkampungan atas air di Semenanjung Malaysia yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan/heritage di mana ianya tidak boleh diubahsuai seterusnya menyukarkan pembangunan pembetungan untuk menangani masalah pencemaran kumbahan. Sehubungan itu, pada masa ini pihak JPP masih lagi menyemak dan meneliti sistem yang terbaik yang sesuai serta efektif bagi menyelesaikan isu pembetungan di pulaupulau dan juga perkampungan atas air. Pemilihan sistem rawatan kumbahan yang akan digunakan perlu dibuat secara case-to-case basis yang mana antara lain perlu mengambil kira aspek-aspek seperti kos pembinaan dan operasi penyelenggaraan, kawasan yang diperlukan dan sebagainya. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2037,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2037",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "380",
        "member": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR",
        "area": "SETIU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [SETIU] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah langkah yang diambil bagi memulihkan kembali sungai yang berada di tahap kritikal memandangk...",
        "question": "TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [SETIU] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah langkah yang diambil bagi memulihkan kembali sungai yang berada di tahap kritikal memandangkan mengikut laporan, terdapat 25 sungai Kelas V pada tahun 2018 berbanding satu sahaja pada 2017.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggalakkan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/ Intergated River Basin Management (IRBM). Ia merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi memulihkan kembali sungai yang berada di tahap kritikal. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Dalam aspek pemuliharaan sungai yang dilaksanakan oleh JPS, KATS memberi perhatian secara khusus mengenai isu pembersihan serta mendalamkan parit/sungai untuk mengurangkan risiko banjir sahaja. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Skop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. Di bawah program ini, KATS membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh Negara. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Kawalan pencemaran di punca (control at source) perlu dilaksanakan di mana pelbagai pihak harus terlibat bersama-sama dan memainkan peranan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Penguatkuasaan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan ke atas aktiviti-aktiviti punca \n\r\npencemaran seperti kilang, restoran, premis perniagaan, loji kumbahan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Dalam usaha memulihara sungai, perlu untuk kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku. \n\r\n7. Selain daripada peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, KATS berpandangan pihak-pihak berkepentingan lain juga boleh terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara kualiti air sungai. Contohnya adalah dengan memperkenalkan program sukarela river rehabilitation bersama pihak NGO, persatuan masyarakat yang berada di lembangan sungai berkenaan, entiti komersial dan lain-lain supaya dapat mewujudkan sense of belonging terhadap sungai di kawasan mereka. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2038,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2038",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "468",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah dan kategori kes kesalahan pembalakan bagi tahun 2018 sehingga ke hari ini di seluruh negara.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah dan kategori kes kesalahan pembalakan bagi tahun 2018 sehingga ke hari ini di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n1. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) amat komited dalam menangani isu dan kes kesalahan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. Bagi membanteras dan menangani jenayah yang melibatkan HSK, JPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri telah melaksanakan pemantauan dan operasi yang lebih efektif seiring dengan misi dan visi untuk mengurus sumber hutan secara berkekalan. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Hasil daripada pemantauan dan operasi yang dijalankan, kes kesalahan hutan yang direkodkan pada tahun 2018 sehingga kini adalah sebanyak 366 kes kesalahan hutan dengan melibatkan 5 kategori kesalahan mengikut julat kadar denda dan hukuman penjara yang dikenakan seperti dalam jadual berikut: \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKategori Kesalahan Hutan Dan Bilangan Kes Kesalahan Hutan Di Semenanjung Malaysia Dari Tahun 2018 Hingga Ogos 2019 Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2039,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2039",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "524",
        "member": "DATUK HALIMAH BINTI MOHAMAD SADIQUE",
        "area": "KOTA TINGGI",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "DATUK HALIMAH BINTI MOHAMAD SADIQUE [ KOTA TINGGI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah Kementerian menjalankan usaha sama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanter...",
        "question": "DATUK HALIMAH BINTI MOHAMAD SADIQUE [ KOTA TINGGI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah Kementerian menjalankan usaha sama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanteras kejadian serangan gajah liar yang berleluasa di FELCRA Sg. Ara yang menjadi kerisauan penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, FELCRA Sg. Ara terletak di daerah Kota Tinggi, Johor dan bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Sedeli dan Ladang Hutan Aramijaya. Ianya merupakan kawasan keliaran dan habitat utama gajah yang dikenal pasti sebagai Kumpulan Gajah Panti dengan anggaran populasi sebanyak 30 hingga 40 ekor dan Kumpulan Gajah Jemaluang dengan anggaran populasi sebanyak 20 hingga 30 ekor. Manakala anggaran bilangan gajah yang terlibat dalam kawasan tersebut adalah sekitar 2 hingga 10 ekor. \n\n\r\n2. Kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan merupakan punca utama berlakunya konflik gajah di kawasan ini. Terdapat juga kawasan hutan pulau di tengah-tengah kawasan penanaman sawit yang menjadi lokasi persinggahan gajah pada waktu siang. 3. Berdasarkan rekod mulai tahun 2015 sehingga Ogos 2019, sebanyak 24 aduan gangguan gajah telah diterima oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Negeri Johor. Bagi mengurangkan kesan gangguan gajah-gajah ini, Jabatan PERHILITAN telah dan sedang mengambil beberapa langkah pengurusan seperti berikut: \n\r\n(i) menjalankan aktiviti kawalan bersenjata api di lokasi-lokasi aduan terutama apabila berlakunya serangan gajah; \n\r\n(ii) memberi khidmat nasihat kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti kawalan malam berkala secara komuniti apabila berlakunya serangan gajah; \n\r\n(iii) memberi khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik ladang agar menyelenggara pagar elektrik gajah mereka agar ianya dapat berfungsi dengan baik; \n\r\n\r\n(iv) menubuhkan Santuari Gajah Johor yang sedang dalam pembinaan yang akan dapat mengurangkan masalah gangguan gajah apabila ianya mula beroperasi pada tahun hadapan; \n\n\r\n(v) menjalankan operasi pemindahan gajah sekiranya perlu bagi gajah yang menimbulkan konflik yang serius; dan \n\r\n(vi) meminta penduduk untuk melaporkan segera kepada pihak Jabatan PERHILITAN jika ada sebarang penemuan berkaitan kehadiran gajah seperti kesan najis, tapak kaki dan kesan makan kepada pihak jabatan untuk tindakan segera. \n\n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1850,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1850",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-03-28",
        "year": 2019,
        "no": "3",
        "member": "YBTM Tuan Wong Tack",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk mencapai target keluasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 juta hektar menjelang tahun 2020 bo...",
        "question": "YBTM\n\n\r\n\r\nTuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk mencapai target keluasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 juta hektar menjelang tahun 2020 boleh tercapai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2018, keluasan kawasan berhutan di Semenanjung yang direkodkan adalah berjumlah 5,758,262 hektar iaitu 44% daripada keluasan tanah Semenanjung. Daripada jumlah tersebut, seluas 4,803,350 hektar (37%) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengenal pasti kawasan-kawasan hutan dalam tanah kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Hutan Simpanan Kekal iaitu seluas 115,399 hektar. Dalam hubungan ini, kementerian berharap dengan kerjasama dan komitmen tinggi dari Kerajaan-kerajaan Negeri dalam menyegerakan pewartaan Hutan Simpanan Kekal dan mengenalpasti kawasan baru yang berpotensi untuk dijadikan Hutan Simpanan Kekal, sasaran yang ditetapkan dijangka boleh dicapai pada akhir tahun 2020.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1910,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1910",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "3",
        "member": "DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED",
        "area": "Jeli",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan tanah yang telah diteroka untuk pembalakan bagi tahun 2017 dan 2018 secara berlesen dan haram. Sejauh manakah pembalakan yang berlesen dan haram telah menjejaskan keadaan alam s...",
        "question": "DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED [ Jeli ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan tanah yang telah diteroka untuk pembalakan bagi tahun 2017 dan 2018 secara berlesen dan haram. Sejauh manakah pembalakan yang berlesen dan haram telah menjejaskan keadaan alam sekitar.",
        "answer": "YBM JAWAB\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya terdapat dua (2) kategori pelesenan pembalakan di negara ini iaitu pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan pembalakan di luar HSK iaitu di Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM). Bagi aktiviti pembalakan dalam HSK, ianya hanya dilaksanakan dalam kawasan yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan tebangan dilakukan secara terkawal melalui amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System). Bagi Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM), pelesenan pembalakan dilakukan untuk tujuan pembangunan tanah dan lazimnya dilakukan secara tebang habis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKawasan yang telah dilesenkan dalam HSK oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2017 dan 2018 masing-masing adalah seluas 35,264 ha dan 34,833 ha. Bagi kawasan luar HSK iaitu di TK dan TM, Jabatan Perhutanan Negeri juga telah melesenkan kawasan seluas 10,627 ha pada tahun 2017 dan 36,720 ha kawasan bagi tahun 2018.\n\r\nAktiviti pembalakan haram dalam HSK bagi tahun 2017 dan 2018 adalah masing-masing seluas 269 hektar dan 110 hektar telah direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di mana jumlah ini adalah kurang daripada satu (1) peratus daripada keluasan HSK di Semenanjung Malaysia.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nLazimnya, aktiviti pembalakan haram yang dikesan melibatkan tebangan pokok-pokok yang terpilih yang berpasaran tinggi dan\n\r\nbilangan yang sedikit dalam satu-satu kawasan. Oleh yang demikian, kesan kepada alam sekitar secara amnya juga adalah minimum.Keadaan ini berbeza dengan pembalakan di TK dan TM samada berlesen atau tidak berlesen apabila melibatkan tebangan habis. Walaubagaimanapun, pelesenan pembalakan secara sah di TK dan TM adalah tertakluk kepada keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assesment - EIA) sebelum aktiviti pembalakan dilakukan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1930,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1930",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-10",
        "year": 2019,
        "no": "3",
        "member": "YBM JAWAB DATO' DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan dalam usaha memulihara isu hidupan liar di Malaysia, kita ada “Malaysian Elephants Action Plan”, “Malaysian Tiger Action Plan”, “Malaysian Orang Utan Action Plan” dan lain-lainnya. Sejau...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nDATO' DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI [ Bagan Serai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dalam usaha memulihara isu hidupan liar di Malaysia, kita ada “Malaysian Elephants Action Plan”, “Malaysian Tiger Action Plan”, “Malaysian Orang Utan Action Plan” dan lain-lainnya. Sejauh manakah plan tindakan ini dilaksanakan dan meyakinkan kejayaannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerlindungan spesies terancam merupakan salah satu daripada sasaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK). Bagi tujuan tersebut, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mewujudkan beberapa pelan tindakan untuk melindungi spesies-spesies terancam seperti National Tiger Conservation Action Plan (NTCAP) dan National Elephant Conservation Plan (NECAP). Di samping itu, Jabatan PERHILITAN juga sedang menyediakan pelan Malayan Tapir Conservation Action Plan (MATCAP) untuk konservasi spesies Tapir di Semenanjung Malaysia.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKATS melalui Jabatan PERHILITAN juga telah menyediakan Red List Mamalia Semenanjung Malaysia (Red List of Mammals for Peninsular Malaysia) yang telah diadaptasi dari International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species. Red List Mamalia Semenanjung Malaysia memberikan pengelasan kepada 222 spesies di Semenanjung Malaysia kepada Extinct (EX), Critically Endangered (CR), Endangered (EN), Vulnerable (VN), Near Threatened (NT) dan Least Concern (LC). Data-data tersebut dikumpul dan dianalisa melalui maklumat yang diperoleh daripada penyelidik-penyelidik, agensi-agensi dan badan bukan kerajaan. Pengelasan tersebut membolehkan Jabatan PERHILITAN untuk memberikan penekanan yang khusus kepada spesies-spesies yang dikenal pasti menghampiri pengelasan pupus (Extinct-EX).\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian ini melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan Central Forest Spine (CFS) dan Inisiatif Heart of Borneo bagi menghubungkan kawasan hutan terputus (fragmented forests) untuk memastikan habitat hidupan liar terpelihara. Pencapaian fizikal utama yang dapat dilihat melalui pelaksanaan CFS adalah pembinaan viaduct dan menara tinjau di Gerik, Perak. Selain itu, sejumlah RM 9.4 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan PERHILITAN dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menjalankan kajian di lapangan berkaitan hidupan liar yang wujud dan perlu dilindungi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1936,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1936",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "9",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak berjumlah RM150 juta yang akan dijalankan di kawasan Bandar Kuch...",
        "question": "Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak berjumlah RM150 juta yang akan dijalankan di kawasan Bandar Kuching untuk mengatasi masalah banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak telah diluluskan dengan dengan siling kos projek sebanyak RM150 juta dalam RMKe-11. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam proses lantikan perunding untuk rekabentuk terperinci secara tender terbuka. Perunding dijangka akan dilantik pada November 2019. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2021.\n\r\nIklan perunding akan dikeluarkan pada 25 Julai 2019 dan kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada Mac 2021 hingga Mac 2025.\n\r\n.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1920,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1920",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "10",
        "member": "Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana penguatkuasaan dan pemantauan perlombongan haram atau tamat tempoh permit seperti bijih timah, bauksit, emas dan lain-lain di Malaysia.",
        "question": "Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana penguatkuasaan dan pemantauan perlombongan haram atau tamat tempoh permit seperti bijih timah, bauksit, emas dan lain-lain di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Bagi perlombongan haram di atas tanah kerajaan dan tanah milik (selain Pajakan Melombong dan Lesen Melombong Tuan Punya) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri di mana aktiviti tersebut tertakluk kepada tindakan di bawah Enakmen Mineral Negeri yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (PTG).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Jika disabitkan kesalahan di bawah enakmen negeri kerana melombong tanpa lesen atau pajakan, pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) Namun, Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan membantu pihak Kerajaan Negeri menjalankan penguatkuasaan dan pengesahan aktiviti perlombongan tersebut. Tindakan perundangan selanjutnya akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri (PBN).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv) Manakala perlombongan di atas Pajakan Melombong dan Lesen Melombong Tuan Punya adalah tertakluk kepada kelulusan Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme) yang diluluskan di bawah Akta Pembangunan Mineral (APM) 1994 oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nv) Bagi mana-mana aktiviti perlombongan di atas Pajakan Melombong dan Lesen Melombong Tuan Punya tanpa kelulusan Operational Mining Scheme yang boleh diambil tindakan oleh JMG di bawah APM 1994 dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda di bawah Seksyen 40, akta yang sama, yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.\n\r\nvi) Pihak JMG dari semasa ke semasa mengemaskini senarai lombong aktif dan senarai Pajakan Melombong dan Lesen Melombong Tuan Punya di setiap negeri untuk tujuan pemantauan dan penguatkuasaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1937,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1937",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "12",
        "member": "DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI",
        "area": "BATANG SADONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI [ BATANG SADONG ] TARIKH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan peruntukan dan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di Sarawak.",
        "question": "DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI [ BATANG SADONG ]\r\n\n\r\n\r\nTARIKH \r\n\r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan peruntukan dan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di Sarawak, sebanyak sembilan (9) projek utama tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah siling kos projek adalah sebanyak RM392.92 juta di mana peruntukan disalurkan dalam tempoh lima (5) tahun bergantung kepada keperluan aliran tunai sebenar. Bagi tahun 2019, peruntukan yang akan disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah RM38.811 juta.\n\r\nPeruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja fizikal, pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1921,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1921",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "13",
        "member": "Datuk Dr. Hasan bin Bahrom",
        "area": "Tampin",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN bagi usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar bagi mengelakkan ancaman kepupusan seperti yang sedang dihadapi baka badak ...",
        "question": "Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN bagi usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar bagi mengelakkan ancaman kepupusan seperti yang sedang dihadapi baka badak sumbu Sumatera.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam usaha konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia dengan melaksanakan usaha-usaha berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Menguruskan kawasan perlindungan seperti:\n\r\n1) Taman Negara Pahang;\n\r\n2) Taman Negara Terengganu;\n\r\n3) Taman Negara Kelantan;\n\r\n4) Taman Negara Pulau Pinang; dan\n\r\n5) rezab-rezab hidupan liar yang lain; supaya hidupan liar dapat berkeliaran bebas (roaming) dalam kawasan habitat semula jadi.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n(ii) Meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi mengenakan hukuman yang lebih berat untuk:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) kesalahan menceroboh kawasan-kawasan rizab;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) kezaliman terhadap hidupan liar;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3) hukuman berat terhadap orang yang membuat aktiviti pengiklanan atau perdagangan hidupan liar secara atas talian (online); dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4) Wildlife Impact Assessment (WIA) bagi aktiviti pembangunan yang ditetapkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Melaksanakan program penguatkuasaan seperti Ops Belang dan Ops Khazanah secara berterusan bagi membanteras pencerobohan dan pemburuan haram hidupan liar;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Spesies-Spesies Hidupan Liar Terancam seperti:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan 2013-2022 (NECAP); dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008-2020 (NTCAP).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ:\n\r\n- iaitu melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyedia serta menambahkan hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semula jadi;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vi) Membangunkan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) seluar 80 hektar di Lanchang, Pahang bagi tujuan meliarkan semula (rewilding) harimau sebelum pelepasan di hutan-hutan terpilih;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vii) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan Pusat Pentadbiran Santuari Gajah Johor (Johor Elephant Sanctuary) yang mempunyai keluasan padang ragut gajah seluas 72.9 hektar dan 466 hektar;\n\r\ndan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(viii) Melaksanakan program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA: Communication, Education and Public Awareness) secara berterusan seperti Program Pendidikan Biodiversiti, pameran, ceramah dan program bersama masyarakat setempat, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi baka badak Sumatera, antara faktor yang menyumbang kepada kepupusannya adalah seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Pemburuan haram berikutan nilainya yang tinggi di pasaran Asia dan Timur Tengah;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Kehilangan dan gangguan habitat akibat pembangunan;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Fragmantasi populasi akibat penumpuan sektor perladangan dan pertanian; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Populasi yang kecil sejak sekian lama.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAntara usaha-usaha yang dilaksanakan Kerajaan bagi menghalang berlakunya kepupusan spesies Badak Sumatera ini adalah seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menjalankan dan meningkatkan usaha-usaha konservasi spesies-spesies hidupan liar yang terancam;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Penggunaan Teknologi Reproduktif Termaju (Advanced Reproductive Technology - ART) sebagai kaedah untuk menghalang kepupusan Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) dan spesies-spesies hidupan liar lain yang mengalami ancaman kepupusan pada ketika ini; dan\n\r\n(iii) Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia dalam menjalankan usaha-usaha konservasi Badak Sumatera.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1911,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1911",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "15",
        "member": "Tuan Steven Choong Shiau Yoon",
        "area": "Tebrau",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada terdapat empangan air yang mengalami penyusutan air sehingga paras air rendah dan kesan kekurangan takungan air kepada bekalan air dan tindakan yang telah diambil.",
        "question": "Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada terdapat empangan air yang mengalami penyusutan air sehingga paras air rendah dan kesan kekurangan takungan air kepada bekalan air dan tindakan yang telah diambil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sentiasa menjalankan pemantauan harian terhadap empangan-empangan utama di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, terutamanya yang berfungsi bagi pembekalan air terawat kepada pengguna.\n\r\nSecara keseluruhannya bagi tahun 2019, kebanyakan empangan utama di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan berada pada paras yang terkawal. Walau bagaimanapun, terdapat dua negeri yang mempunyai empangan yang berada di paras kritikal iaitu Melaka dan Johor. Empangan yang mencatatkan di bawah paras kritikal adalah Empangan Durian Tunggal bagi negeri Melaka, dan Empangan Lebam, Upper Layang dan Pulai 2 bagi negeri Johor.\n\r\nPenyusutan air di empangan memberi kesan kepada kecukupan air mentah bagi disalurkan kepada kepada loji rawatan air untuk rawatan. Keadaan ini akan menyebabkan pihak operator air negeri perlu melaksanakan catuan air atau operasi Bekalan Air Berjadual kepada pihak pengguna.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAntara tindakan utama yang diambil bagi mengelakkan operasi Bekalan Air Berjadual adalah seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) tindakan pengepaman dari sumber air mentah lain seperti dari empangan atau sungai bagi meningkatkan paras air empangan yang kritikal;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) operasi pembenihan awan (OPA) secara berfasa; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) pemantauan secara berterusan akan dilakukan oleh SPAN, pihak Badan Kawal Selia dan operator air negeri;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1931,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1931",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-10",
        "year": 2019,
        "no": "15",
        "member": "TUAN PANG HOK LIONG",
        "area": "Labis",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan pembukaan hutan untuk pembalakan bagi setiap negeri dari tahun 2005 hingga Mei 2018 dan jumlah hasil diperoleh setiap negeri dengan pecahan terperinci.",
        "question": "TUAN PANG HOK LIONG [ Labis ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah keluasan pembukaan hutan untuk pembalakan bagi setiap negeri dari tahun 2005 hingga Mei 2018 dan jumlah hasil diperoleh setiap negeri dengan pecahan terperinci.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kawasan yang telah dibuka (dilesen) untuk pembalakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 2005 hingga Mei 2018 adalah seluas 472,736 hektar. Hasil yang dikutip sepanjang tempoh tersebut adalah berjumlah RM5.5 bilion. Pecahan terperinci kawasan pembalakan dan kutipan hasil bagi kawasan lesen dalam Hutan Simpanan Kekal dan di luar Hutan Simpanan Kekal adalah seperti di Jadual 1 dan 2 yang berlampir. Jadual yang terperinci akan dikemukakan secara bertulis.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1938,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1938",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "16",
        "member": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN",
        "area": "GERIK",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN [ GERIK ] Minta MENTER I AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha serta langkah Kementerian dalam memastikan simpanan bekalan air terawat mencukupi serta jaminan...",
        "question": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN \r\n\r\n[ GERIK ] \r\n\r\n\r\nMinta MENTER \r\n\r\n\r\nI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha serta langkah Kementerian dalam memastikan simpanan bekalan air terawat mencukupi serta jaminan kualiti air terus terjamin bagi kegunaan rakyat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air terawat yang mencukupi dan berterusan. Ini dapat dilihat daripada peruntukan besar yang disediakan seperti RM990.4 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10) dan meningkat kepada RM12.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) bagi membangunkan infrastruktur bekalan air di seluruh negara sama ada secara pinjaman ataupun geran.\n\r\n\n\r\n2. Pelaksanaan projek-projek ini melibatkan pelbagai skop termasuk kajian untuk penerokaan sumber air baharu, pembinaan empangan dan kolam takungan, menaik taraf dan membina baru loji air, menaik taraf dan menambah rangkaian paip dan tangki simpanan. Satu lagi fokus penting ialah projek bagi menangani isu kehilangan air tidak berhasil (non revenue water (NRW). Projek-projek ini bertujuan untuk memastikan sistem bekalan air di seluruh negara dapat menampung keperluan pengguna dan seterusnya mengelakkan berlaku sebarang krisis air.\n\n\r\n3. Tumpuan juga diberikan untuk memastikan kecukupan bekalan air terawat melalui keperluan merancang dan melaksanakan supaya kadar rizab margin bekalan air di setiap negeri mencapai 10% sehingga 15% bagi tujuan memastikan gangguan bekalan air dapat dielakkan.\n\n\r\n4. Dari aspek pembangunan sumber air mentah pula, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah dan sedang melaksanakan beberapa projek utama iaitu:\n\n\r\n(i) pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) bernilai RM3.9 bilion dan siap sepenuh pada Februari 2020;\n\n\r\n(ii) pembinaan kolam takungan di loji rawatan air Sg Labu, Selangor bernilai RM 9 juta dan siap pada Disember 2018;\n\n\r\n(iii) pembinaan Baraj Sungai Johor bernilai RM96 juta dan siap sepenuh pada 30 Mac 2017;\n\n\r\n(iv) pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang bernilai RM1,232,700,000 yang siap sepenuh pada November 2018; dan\n\n\r\n(v) pembinaan Empangan Kahang di Johor bernilai RM105 juta dan siap pada September 2017.\n\n\r\n5. Sejak tahun 2010, PAAB juga turut menyediakan peruntukan berjumlah RM3.76 bilion bagi membiayai pelaksanaan 675 pakej projek bekalan air di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan yang telah menyumbang kepada peningkatan akses \n\n\r\nkepada bekalan air dari 91.2% pada 2010 kepada 92.8% pada 2017.\n\n\r\n6. Sementara itu, kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai badan kawal selia sektor bekalan air negara turut meletakkan obligasi ke atas operator bekalan air untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan kewangan dalam penyediaan bekalan air kepada pengguna. Dalam hal ini, operator air dikawal selia termasuk dari aspek seperti kuantiti dan kualiti bekalan, NRW, kesinambungan bekalan air, liputan bekalan air, tekanan air dan kompetensi.\n\r\n\nTuan Yang Dipertua,\n\n\r\n7. Air yang dirawat dan dibekalkan kepada orang ramai adalah mematuhi standard kualiti minimum iaitu Garis Panduan Mutu Air Minum Kebangsaan Edisi 2004 yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kebanyakan nilai parameter yang ditetapkan dalam standard tersebut adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).\n\n\r\n8. Bagi memastikan kualiti air sentiasa selamat dan terjamin, perkara-perkara berikut telah dilaksanakan:\n\n\r\n(i) Audit sistem bekalan air oleh SPAN;\n\n\r\n(ii) Pemantauan kualiti air oleh operator-operator air; dan\n\n\r\n(iii) Pemantauan kualiti air oleh pihak ketiga iaitu KKM.\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1922,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1922",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "20",
        "member": "Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Rantau Panjang akan bermula dan apakah langkah persediaan menghadapi limpahan air banjir kesan daripada siapnya projek tebatan banjir di sebelah negara T...",
        "question": "Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Rantau Panjang akan bermula dan apakah langkah persediaan menghadapi limpahan air banjir kesan daripada siapnya projek tebatan banjir di sebelah negara Thailand.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dengan siling kos projek sebanyak RM300 Juta. Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022 yang melibatkan Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 6% di mana kerja-kerja pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nii) Bagi kawasan Rantau Panjang, pelaksanaan projek dijangka akan dilaksanakan dalam fasa PLSB Sungai Golok yang seterusnya (Fasa 2 / Fasa 3) sekiranya diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).\n\r\n\niii) Kawasan Rantau Panjang tidak dapat dilaksanakan di dalam Fasa 1 disebabkan oleh kekangan peruntukan yang diluluskan serta keutamaan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Tumpat dan Pasir Mas.\n\r\n\niv) Langkah persediaan bagi menghadapi limpahan air sungai adalah dengan memberi lebih perhatian terhadap pemantauan aras air sungai supaya amaran banjir dapat diberikan lebih awal bagi mengurangkan kerosakan dan kerugian akibat daripada kejadian banjir kepada penduduk.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1970,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1970",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "20",
        "member": "DATO' SRI HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini projek menaik taraf Loji Rawatan Air Merapoh, Loji Rawatan Air Mela dan Loji Rawatan Air Benta yang telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan terdahulu.",
        "question": "DATO' SRI HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek menaik taraf Loji Rawatan Air Merapoh, Loji Rawatan Air Mela dan Loji Rawatan Air Benta yang telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan terdahulu.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua, \n\r\n\n1. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi naik taraf sistem bekalan air di Daerah Lipis. Di antara projek-projek yang terlibat adalah seperti berikut: \n\r\n\ni. Pembinaan Muka Sauk di Sungai Jelai untuk Loji Rawatan Air (LRA) Jelai; \n\r\n\nii. Pembinaan Rumah Pam dan Tangki Sedutan di Jelai; \n\r\n\niii. Pemasangan Paip berukuran 500mm jenis keluli dari LRA Jelai ke Tangki Bukit Bius; dan \n\r\n\niv. Pemasangan Paip berukuran 400mm dari Tangki Bukit Bius ke Tangki Bukit Sarang. \n\r\n\n2. Manakala bagi Projek Menaiktaraf LRA Merapoh, LRA Mela dan LRA Benta, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menerima permohonan dalam RMKe11 dan projek tersebut tidak pernah diluluskan untuk dilaksanakan secara pinjaman. Dengan itu, Kerajaan Persekutuan tiada perancangan untuk meluluskan pelaksanaan projek tersebut kerana ianya tidak dipohon oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). \n\r\n\nSekian, terima kasih \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1923,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1923",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "24",
        "member": "Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor",
        "area": "Cameron Highlands",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat perlombongan yang menjalankan operasi perlombongan di kawasan penduduk Orang Asli Kuala Koh Gua Musang Kelantan yang tamat tempoh lesen ope...",
        "question": "Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat perlombongan yang menjalankan operasi perlombongan di kawasan penduduk Orang Asli Kuala Koh Gua Musang Kelantan yang tamat tempoh lesen operasinya pada tahun 2017 (beroperasi secara haram), aktiviti perlombongan haram ini secara langsung mencemarkan air yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli setempat mengakibat risiko jangkitan penyakit dan kematian pada mereka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Pemegang pajakan melombong (ML 3/2015, Lot 14810, Mukim Relai, Daerah Chiku) bagi kawasan perlombongan tersebut adalah Cemara Desa Sdn. Bhd. dan diusahakan oleh Syabas Tiara Sdn. Bhd. bagi perlombongan bijih mangan (manganese) dengan keluasan 99.33 hektar. Kawasan pajakan melombong ini diluluskan kali pertama bagi tempoh 17 Mac 2015 sehingga 16 Mac 2018 dan telah diperbaharui bagi kali kedua bermula 17 Mac 2018 sehingga 16 Mac 2023.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Pada peringkat awal, kelulusan pajakan melombong kawasan ini tidak tertakluk kepada keperluan Environmental Impact Assessment (EIA) kerana tidak memenuhi syarat minima keluasan iaitu 250 hektar. Namun begitu, setelah pindaan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling dibuat pada tahun 2015 (tarikh pindaan berkuatkuasa pada 28 Ogos 2015), kawasan ini adalah tertakluk kepada keperluan EIA.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) telah dikeluarkan kepada Syarikat Cemara Desa Sdn. Bhd. bermula 11 Oktober 2016 sehingga 10 Oktober 2017.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Pada 22 Disember 2018, lawatan oleh pihak Kementerian mendapati tiada sebarang operasi perlombongan dijalankan dan semasa pemeriksaan JMG Kelantan pada bulan Februari dan Mac 2019 juga mendapati tiada sebarang operasi perlombongan di kawasan tersebut. Namun, hasil siasatan pada 9 Jun 2019 mendapati lombong ini beroperasi tanpa kelulusan SKSPM.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Oleh itu, pemajak telah melanggar peruntukan di bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM). Oleh yang demikian, JMG telah mengeluarkan stop work order pada 10 Jun 2019 kepada Cemara Desa Sdn. Bhd. sehingga SKSPM tersebut diluluskan oleh JMG.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Susulan itu, satu serbuan telah dijalankan oleh pihak Kementerian melalui JMG Negeri Kelantan ke atas tapak perlombongan tersebut pada 11 Jun 2019 dan 12 Jun 2019. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas kawasan pajakan melombong berkenaan dan telah merekodkan senarai jentera-jentera dan fasiliti lombong yang berada di tapak perlombongan berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n7. Seterusnya, penyiasatan telah dibuat bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti berkaitan operasi perlombongan dan pemprosesan mineral serta lain-lain kerja yang telah dijalankan di tapak perlombongan tersebut. Beberapa jentera yang berada di tapak perlombongan juga telah disita dan satu rakaman keterangan saksi juga telah dibuat pada hari berkenaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n8. Berkaitan dakwaan aktiviti perlombongan telah mencemarkan sumber air yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli (OA) sehingga mengakibatkan kematian, dakwaan tersebut setakat ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya kerana aliran sungai yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli dan kolam takungan yang ada di tapak perlombongan tersebut tidak bercantum antara satu sama lain iaitu berada dalam kawasan tadahan (catchment area) yang berbeza.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n9. Selain itu, hasil keputusan analisis sampel air yang telah dijalankan oleh JMG Negeri Kelantan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Jabatan Kimia dan beberapa agensi teknikal yang lain mendapati sumber air yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli tersebut memenuhi Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan bagi air mentah dan bebas daripada pencemaran logam berat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1932,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1932",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-10",
        "year": 2019,
        "no": "24",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib",
        "area": "Maran",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tebatan banjir di Kg. Sungai Chedong dan Bandar Maran berjumlah RM25 juta yang telah dike...",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tebatan banjir di Kg. Sungai Chedong dan Bandar Maran berjumlah RM25 juta yang telah dikemukakan kepada pihak Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelan tindakan Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam menghadapi banjir adalah:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Melaksanakan Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara dimana KATS menyalurkan peruntukan ke seluruh Negara melalui JPS Negeri. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Melaksanakan Kerja-Kerja Kecil Kecemasan Luar Jangka bagi menaiktaraf sistem saliran dan struktur-struktur saliran dan ban pantai bagi mengurangkan kejadian banjir kilat dan juga banjir akibat limpahan air laut.\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di Maran, Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Maran, Pahang yang melibatkan Kampung Sungai Chedong dengan anggaran kos sebanyak RM20 juta telah dipohon dalam Rolling Plan 4 (2020) RMKe-11.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1971,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1971",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "26",
        "member": "DATUK SERI DR. ADHAM BIN BABA",
        "area": "TENGGARA",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Jabatan Perhilitan menyelesaikan masalah gajah-gajah liar yang berkeliaran di kawasan Kampung Lukut dan Kampung Temenin di Parlimen Tenggara yang sering mengganggu dan memusnah...",
        "question": "DATUK SERI DR. ADHAM BIN BABA [TENGGARA] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana Jabatan Perhilitan menyelesaikan masalah gajah-gajah liar yang berkeliaran di kawasan Kampung Lukut dan Kampung Temenin di Parlimen Tenggara yang sering mengganggu dan memusnahkan tanaman penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengambil tindakan untuk mengurangkan dan menyelesaikan konflik gajah yang berlaku di Kampung Lukut dan Kampung Temenin di Parlimen Tenggara, Johor melalui langkah-langkah seperti berikut: \n\r\n(i) Jabatan PERHILITAN Negeri Johor sentiasa menjalankan rondaan, pemantauan dan tembak halau di kawasan hotspot konflik yang berhampiran dengan Hutan Simpan Panti. Sebanyak 79 tindakan rondaan dan pemantauan telah dijalankan bermula Januari sehingga Mei 2019; \n\r\n(ii) Sebanyak 16 ekor gajah konflik telah berjaya ditangkap pindah dari tahun 2014 hingga 2018 di Daerah Kota Tinggi. Pada tahun ini, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah berjaya menangkap dua (2) ekor gajah di Kampung Seluyut; \n\r\n(iii) Jabatan PERHILITAN juga mengadakan program kesedaran awam menerusi sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat yang bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman penduduk dalam pengurusan konflik manusia-gajah dan kaedah pengurusan kebun yang betul terutama bagi kawasan yang bersempadan dengan kawasan hutan; \n\r\n(iv) Menubuhkan Santuari Gajah Johor (JES) sebagai pusat konservasi gajah di Negeri Johor dan juga menyediakan padang ragut khusus untuk populasi gajah di Hutan Simpan Panti yang bertujuan mengurangkan konflik manusia-gajah di kawasan berhampiran; \n\r\n(v) Memasang tiga (3) unit kolar satelit gajah sebagai Sistem Amaran Awal bagi memantau pergerakan kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di dalam Negeri Johor; \n\r\n(vi) Membina jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Kg. Seri Lukut dan Kg. Teminin sepanjang 15 km dengan anggaran kos sebanyak RM1 juta; \n\r\n　\n\r\n(vii) Menambah lima (5) unit bilangan kolar satelit pada tahun ini bagi memantau pergerakan gajah; dan \n\r\n(viii) Jabatan PERHILITAN akan terus memantau populasi gajah di mana operasi tangkap-pindah gajah akan dijalankan jika terdapat keperluan. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1939,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1939",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "30",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "DATO' SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFARMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada sudah Kementerian mengenalpasti perkampungan tepian pantai yang terkena air pasang dan o...",
        "question": "DATO' SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFARMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada sudah Kementerian mengenalpasti perkampungan tepian pantai yang terkena air pasang dan ombak besar seluruh Sarawak. Kalau ya, berapa kos untuk membina benteng-benteng laut dan adakah sumber kewangan sudah dipohon dari Kerajaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada tahun 2018, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat masalah limpahan air pasang besar di Negeri Sarawak dan peruntukan sebanyak RM350 juta telah dipohon dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11 untuk dilaksanakan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kekangan peruntukan Kerajaan serta peruntukan diberikan keutamaan kepada projek-projek yang lebih kritikal, permohonan tidak diluluskan. Permohonan akan dipohon semula dalam RMKe-12.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1972,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1972",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "30",
        "member": "YB TUAN HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM",
        "area": "KUALA TERENGGANU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB TUAN HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM [ KUALA TERENGGANU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Negara bersama K...",
        "question": "YB TUAN HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM [ KUALA TERENGGANU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Negara bersama Kerajaan Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n1. Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah merupakan suatu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air di peringkat negeri. Langkah ini bertujuan memastikan kemapanan jangka masa panjang (full cost recovery) dan mewujudkan jaminan kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna, pada kadar tarif yang munasabah. \n\r\n2. Terdapat 4 komponen penting di dalam penstrukturan ini adalah seperti berikut : \n\r\ni) Pengambilalihan pinjaman bekalan air Kerajaan Negeri oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan penyusunan semula tempoh bayaran melalui sewa pajakan selama 45 tahun; \n\r\nii) Penyediaan pembiayaan modal (CAPEX) oleh PAAB bagi menambah baik kecekapan serta kualiti perkhidmatan air; \n\r\niii) Operator air beroperasi berdasarkan \"asset light model\"; dan \n\r\n\r\n\r\niv) Kawal selia SPAN ke atas prestasi perkhidmatan bekalan air berdasarkan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan. \n\r\n3. Sebanyak 8 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan telah menandatangani perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air. \n\r\n4. Kementerian pada masa ini sedang menumpukan usaha bagi memuktamadkan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air bagi Negeri Kedah, Pahang dan Terengganu. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1912,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1912",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "37",
        "member": "Tuan Kesavan A/L Subramaniam",
        "area": "Sungai Siput",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan cadangan menaik taraf Sungai Chior, Mukim Pulau Kamiri, Sungai Siput (U) di bawah projek tebatan banjir bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.",
        "question": "Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan menaik taraf Sungai Chior, Mukim Pulau Kamiri, Sungai Siput (U) di bawah projek tebatan banjir bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBuat masa ini, tiada projek yang diluluskan bagi cadangan menaik taraf Sungai Chior, Mukim Pulau Kamiri, Sungai Siput. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) perlu melaksanakan kajian terlebih dahulu bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian banjir serta kaedah yang berkesan untuk mengatasinya.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain daripada itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu melaksanakan kawalan pembangunan bagi mengurangkan pertambahan kadar alir kesan daripada pembangunan yang telah dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut untuk mengurangkan kejadian banjir.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 2023,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=2023",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-11-07",
        "year": 2019,
        "no": "37",
        "member": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI",
        "area": "TANGGA BATU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI [ TANGGA BATU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan hakisan pantai dan kesan negatif projek penambakan ...",
        "question": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI [ TANGGA BATU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan hakisan pantai dan kesan negatif projek penambakan laut di sepanjang pantai dalam Parlimen Tangga Batu, Melaka selama ini berkesan dan dapat menyelesaikan masalah.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kelulusan projek penambakan laut adalah di bawah bidang kua sa dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nkawalan pihak Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.\n\r\n2. Projek penambakan laut adalah merupakan aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan memerlukan kajian kesan kepada alam sekeliling (EIA) dilaksanakan oleh pemaju. Melalui kajian EIA, pemaju hendaklah mengenalpasti, meramal serta menilai impak pelaksanaan cadangan pembangunan berkenaan terhadap alam sekitar termasuklah kemungkinan berlakunya hakisan pantai serta mencadangkan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil bagi mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan kepada alam sekeliling.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar untuk kelulusan sebelum apa-apa aktiviti dijalankan oleh pihak pemaju projek samada oleh pihak kerajaan atau swasta. Pemaju hendaklah memberi bukti yang cukup bahawa syarat kelulusan dipatuhi dan langkah-langkah kawalan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan kepada alam sekeliling.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan langkah jangkapendek untuk mengurangkan kejadian hakisan di kawasan tersebut. Hasil daripada projek-projek yang telah dilaksanakan, kawasan balai nelayan dan kepentingan nelayan dapat dilindungi. Masalah mendapan pasir di saluran keluar juga dapat diatasi bagi mengurangkan masalah banjir di bahagian hulu dan secara tidak langsung mengurangkan kejadian hakisan.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1941,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1941",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "39",
        "member": "TUAN AHMAD BIN HASSAN",
        "area": "PAPAR",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN AHMAD BIN HASSAN [ PAPAR ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian berkenaan pembinaan \"Waterfront\" di tebing Sungai Papar yang masih berbaki 50% (RM10j) wala...",
        "question": "TUAN AHMAD BIN HASSAN [ PAPAR ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian berkenaan pembinaan \"Waterfront\" di tebing Sungai Papar yang masih berbaki 50% (RM10j) walau pun sudah diluluskan dalam RMK11 demi menarik pelancong dalam dan luar Sabah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, projek 'waterfront' di Sungai Papar telah diluluskan di bawah RMKe-10. Projek 'waterfront' Fasa 1 sepanjang 250 meter daripada 500 meter panjang tersebut, mula dilaksanakan pada 16 Julai 2014 dan siap pada 23 Februari 2016 dengan kos berjumlah RM10 juta.\n\r\nPeruntukan yang diterima di bawah RMKe-11 adalah untuk bayaran baki kontrak bagi penutupan akaun projek Fasa 1 berkenaan dan bukan peruntukan bagi pelaksanaan baki projek sebanyak 50% tersebut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk Fasa 2, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Sabah telah membuat permohonan peruntukan untuk menyambung projek berkenaan. Walaubagaimanapun, ianya perlu dipohon sebagai projek baharu dengan justifikasi yang kukuh memandangkan fokus utama Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) lebih kepada projek tebatan banjir serta hakisan pantai dan sungai. Kerja-kerja pengindahan tidak diberi keutamaan untuk dilaksanakan buat masa ini.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1942,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1942",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "54",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN SU KEONG SIONG (KAMPAR) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan, pelan pembangunan dan penyelenggaraan Geopark Lembah Kinta yang telah dimashyurkan sebagai tapak geologi ...",
        "question": "TUAN SU KEONG SIONG (KAMPAR) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan, pelan pembangunan dan penyelenggaraan Geopark Lembah Kinta yang telah dimashyurkan sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan.",
        "answer": "Tuan yang di- Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Rancangan, pelan pembangunan dan penyelenggaraan Geopark Lembah Kinta dan juga Geopark lain di masa akan datang, adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Bagi Geopark Lembah Kinta, ianya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Geopark Lembah Kinta telah diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Taman Negeri Perak, iaitu sebuah Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri Perak. Perbadanan Taman Negeri Perak bertanggung jawab menjalankan pengurusan Geopark Lembah Kinta seterusnya.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Bagi membantu Perbadanan Taman Negeri Perak menjalankan tanggungjawab mengurus Geopark Lembah Kinta, Majlis Penasihat Geopark Lembah Kinta telah diwujudkan, di mana terdapat 4 jawatankuasa yang dibentuk untuk membantu dalam menjayakan perjalanan Geopark Lembah Kinta iaitu:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Jawatankuasa Pengurusan\n\r\nii) Jawatankuasa Teknikal\n\r\niii) Jawatankuasa Promosi/Pelancongan\n\r\niv) Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti Setempat\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Perancangan pada masa hadapan bagi Geopark Lembah Kinta adalah dengan memberi penekanan mengenai pembangunan dan penyelenggaraan geopark dengan kerjasama agensi/jabatan kerajaan negeri dalam Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Fizikal Negeri 2040.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1973,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1973",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "59",
        "member": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN",
        "area": "SIK",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang masih belum diselesaik...",
        "question": "TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang masih belum diselesaikan di sebahagian Daerah Sik khususnya dan umumnya di negeri Kedah melalui pelaksanaan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, secara spesifiknya bekalan air bersih bagi Daerah Sik dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan dilaksanakan oleh oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA). Tiada penglibatan terus Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dalam hal ini. \n\r\n\n2. Bagi perancangan keseluruhan bekalan air di Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Naiktaraf Loji Rawatan Air di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP4, RMKe11) melibatkan peruntukan lebih RM1.1 bilion. Kesemua projek ini kini dalam proses akhir perolehan dan dijangka dapat ditender pada Oktober 2019. Agensi pelaksana ialah SADA. \n\r\n\n3. Dalam pada itu, Kementerian ini juga prihatin akan keperluan air bersih secara khusus di Langkawi. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM600 juta untuk pembinaan Off River Storage (ORS) Langkawi dan RM44.7 juta bagi Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) di Langkawi bagi pelaksanaan pelbagai projek bekalan air dalam menyokong Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkenal negara. \n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1943,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1943",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "71",
        "member": "TUAN WILLIE ANAK MONGIN",
        "area": "PUNCAK BORNEO",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "TUAN WILLIE ANAK MONGIN [ PUNCAK BORNEO ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan: a) apakah status perlaksanaan Projek tebatan Banjir di Kampung Sebemban yang telah diluluskan dengan p...",
        "question": "TUAN WILLIE ANAK MONGIN [ PUNCAK BORNEO ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\r\na) apakah status perlaksanaan Projek tebatan Banjir di Kampung Sebemban yang telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta; dan\n\n\r\nb) adakah Kementerian berhasrat dan mempunyai pelan memperbaiki saliran dan pengairan di kawasan Kampung Bratan, Kampung Bratan Asah, Kampung Sikog, Kampung Mambong, Taman Duranda Mas, Kpg Bayur, Kpg Tringgus Bong, Kpg Tringgus Muan, Kpg Rabak Rotan, Kpg Bijuray, Kpg Maang, Kpg Sinjok, Kpg Tijirak dan Kpg Duras yang sering dilanda banjir akibat kelemahan sistem saliran dan pengairan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nRancangan Tebatan Banjir Kampung Sebemban, Lembangan Batang Sadong, Sarawak telah diluluskan dengan dengan siling kos projek sebanyak RM2.75 juta dalam RMKe-11. Projek ini telah ditender dan kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada Ogos 2019. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nBagi perancangan jangka pendek, KATS menyalurkan peruntukan melalui JPS negeri untuk melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nKATS akan menilai keperluan bagi memperbaiki sistem saliran di kawasan-kawasan yang dinyatakan untuk dipertimbangkan dan dimasukkan dalam permohonan RMKe-12.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1944,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1944",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "74",
        "member": "PUAN WONG SHU QI",
        "area": "KLUANG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "PUAN WONG SHU QI [ KLUANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan operasi terkini oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor di kawasan Mersing pada bulan Jun dan jumlah orang ditahan serta...",
        "question": "PUAN WONG SHU QI [ KLUANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan operasi terkini oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor di kawasan Mersing pada bulan Jun dan jumlah orang ditahan serta hutan yang telah diceroboh oleh kumpulan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Johor memberi perhatian serius terhadap aktiviti penguatkuasaan yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan pengeluaran kayu di Tanah Kerajaan serta Tanah Berimilik bagi tujuan pembangunan tanah. Jadual rondaan dan pemantauan setiap bulan akan disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah dan Unit Risikan dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi tujuan pemantauan serta kawalan. Selain itu, beberapa operasi juga dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nBagi daerah Mersing, jadual perancangan aktiviti rondaan, pemantauan dan operasi untuk bulan Jun 2019 telah disediakan dengan melibatkan aktiviti seperti pemeriksaan kawasan lesen pembalakan, pemeriksaan dalam transit dan operasi bersepadu bersama agensi lain.\r\n\n\r\nSebanyak empat (4) Operasi Bersepadu Sekatan Jalan Raya melibatkan agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) telah dilaksanakan bersama Pejabat Hutan Daerah Mersing Timur. Operasi ini bertujuan untuk memantau dan mengawal pemindahan hasil hutan supaya mematuhi Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985. Hasil daripada operasi mendapati aktiviti pemindahan hasil yang dijalankan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.\n\n\r\nSelain itu, operasi turut dilakukan berdasarkan kepada aduan awam sepertimana serbuan yang dilaksanakan pada 4 Jun 2019 yang mana Pejabat Hutan Daerah Johor Timur telah menemui sembilan (9) buah jentera (jengkaut) dan lima (5) buah lori berada dalam kawasan Hutan Simpan Jemaluang Tambahan tanpa kebenaran dan tiada individu dijumpai di kawasan tersebut. Semua jentera dan lori tersebut telah disita untuk siasatan lanjut setelah kertas siasatan dibuka.\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1924,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1924",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "86",
        "member": "Puan Alice Lau Kiong Yieng",
        "area": "Lanang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) kemaskini program mitigasi banjir di Sibu, khususnya peringkat pelaksanaan/penyiapan dan jumlah peruntukan yang terlibat dari tarikh pelaksanaan hingga bulan Jun 2019; dan b) rancang...",
        "question": "Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\r\na) kemaskini program mitigasi banjir di Sibu, khususnya peringkat pelaksanaan/penyiapan dan jumlah peruntukan yang terlibat dari tarikh pelaksanaan hingga bulan Jun 2019; dan\n\r\nb) rancangan/langkah untuk mengelakkan banjir terutama di kawasan Sentosa, Stabau, Sengan, Bukit Assek, Hua Kiew, Tiong Hua, Tun Ahmad Zaidi Adruce, Pulau Dudong dan kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir terutama di kawasan P211 Lanang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek tebatan banjir utama yang telah dilaksanakan di Sibu adalah sebagaimana berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Rancangan tebatan banjir (RTB) Banjir Sibu Fasa 1 dimana projek ini siap dilaksanakan di dalam RMKe-9 dengan kos pelaksanaan projek RM137 juta; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Rancangan tebatan banjir (RTB) Banjir Sibu Fasa 2 dimana projek ini siap dilaksanakan di dalam RMKe-10 dengan kos pelaksanaan projek RM78 juta.\n\r\nRancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 3), Lembangan Batang Rajang, Sarawak telah diluluskan dengan siling kos projek sebanyak RM100 juta dalam RMKe-11. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina telah bermula pada 7 Mei 2019 dan dijangka siap pada 6 Mac 2022. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak adalah sebanyak 10% di mana kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKawasan Sentosa, Stabau, Sengan, Bukit Assek, Hua Kiew, Tiong Hua, Tun Ahmad Zaidi Adruce, Pulau Dudong serta kawasan sekitarnya terletak di dalam Lembangan Sungai Batang Rajang yang terlibat dengan RTB Sibu. Banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh saliran bandar yang tidak dapat keluar ketika aras air Batang Rajang tinggi. Dengan pelaksanaan RTB Sibu yang antaranya melibatkan pembinaan pam, secara tidak langsung kejadian banjir yang berlaku di kawasan-kawasan yang berkenaan dapat dikurangkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1945,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1945",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "86",
        "member": "YB CHA KEE CHIN",
        "area": "RASAH",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "YB CHA KEE CHIN [RASAH] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan menyatakan status terkini kadar tarif air di setiap negeri, memandangkan 6 negeri dikatakan akan menaikkan tarif air.",
        "question": "YB CHA KEE CHIN [RASAH] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan menyatakan status terkini kadar tarif air di setiap negeri, memandangkan 6 negeri dikatakan akan menaikkan tarif air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n1. Kadar tarif air yang berkuat kuasa pada masa ini adalah seperti berikut :\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBil. Negeri Purata Kadar Bagi Setiap Meter Padu (RM/m3) Tahun Semakan Terakhir Tempoh (Tahun)\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Pahang\n\r\n0.78\n\r\n1983\n\r\n36\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2.Perlis\n\r\n0.84\n\r\n1996\n\r\n23\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3.Terengganu\n\r\n0.83\n\r\n1997\n\r\n22\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4.Perak\n\r\n1.01\n\r\n2006\n\r\n13\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5.Selangor\n\r\n1.50\n\r\n2006\n\r\n13\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2 Bil. Negeri Purata Kadar Bagi Setiap Meter Padu (RM/m3) Tahun Semakan Terakhir Tempoh (Tahun)\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6.Kedah\n\r\n1.11\n\r\n2010\n\r\n9\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n7.Kelantan\n\r\n1.12\n\r\n2013\n\r\n6\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n8.P. Pinang\n\r\n0.99\n\r\n2015\n\r\n4\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n9.N. Sembilan\n\r\n1.39\n\r\n2015\n\r\n4\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n10.WP Labuan\n\r\n1.88\n\r\n2015\n\r\n4\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n11.Johor\n\r\n2.20\n\r\n2015\n\r\n4\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n12.Melaka\n\r\n1.47\n\r\n2016\n\r\n3\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Berdasarkan kadar ini, purata kadar tarif air semasa hanyalah RM1.38 bagi setiap 1,000 liter. Kadar ini tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan meletakkan operator air dalam kedudukan kewangan yang lemah. Kesannya, perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna tidak dapat diberikan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Berikutnya, cadangan pelaksanaan TSM akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1925,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1925",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "87",
        "member": "TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN",
        "area": "SELAYANG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan penstrukturan semula tarif air di setiap negeri dan langkah Kerajaan bagi memastikan infrustruktur dan kemudahan air dijaga dengan baik supaya tidak lagi berlaku gangguan be...",
        "question": "TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan penstrukturan semula tarif air di setiap negeri dan langkah Kerajaan bagi memastikan infrustruktur dan kemudahan air dijaga dengan baik supaya tidak lagi berlaku gangguan bekalan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Cadangan pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Purata kadar tarif air yang rendah pada masa ini iaitu RM1.38 bagi setiap 1,000 liter tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan meletakkan operator air dalam kedudukan kewangan yang lemah. Kesannya, perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna tidak dapat diberikan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Berikutnya, cadangan pelaksanaan TSM akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Kementerian sentiasa komited dalam memastikan pengguna dapat menikmati perkhidmatan air yang selamat secara berterusan. infrastruktur dan kemudahan air dijaga dengan baik supaya tidak lagi berlaku gangguan bekalan air.\n\r\n5. Oleh yang demikian, pelaksanaan TSM adalah merupakan suatu strategi penting bagi meningkatkan keupayaan kewangan operator air untuk melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji rawatan sedia ada, menggantikan paip uzur dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Perkara ini seterusnya akan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada oleh operator seperti mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air, menghasilkan air terawat berkualiti yang mencapai piawaian yang ditetapkan oleh KKM, tekanan air yang lebih baik dan perkhidmatan pelanggan yang lebih memuaskan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n7. Di samping itu, SPAN melalui mekanisme kawal selia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) juga sentiasa menjalankan pemantauan yang rapi ke atas operasi dan pencapaian operator melalui mesyuarat kawal selia secara berkala, audit serta pengenaan petunjuk prestasi utama yang ketat bagi memastikan kualiti perkhidmatannya yang terjamin demi manfaat dan kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1913,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1913",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "88",
        "member": "Dato' Rosol bin Wahid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengusahakan tanah-tanah milik kerajaan yang terbiar sekian lama selain daripada cadangan mengusahakannya dengan projek-projek pertanian",
        "question": "Dato' Rosol bin Wahid minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengusahakan tanah-tanah milik kerajaan yang terbiar sekian lama selain daripada cadangan mengusahakannya dengan projek-projek pertanian",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPengurusan tanah yang mapan, cekap dan berkualiti adalah amat penting dalam memacu pembangunan negara. Pada asasnya, perolehan tanah kerajaan Persekutuan adalah untuk menjayakan projek-projek pembangunan Persekutuan seperti pembinaan sekolah, balai polis dan hospital. Walau bagaimanapun, tidak semua tanah-tanah ini dapat dimajukan berdasarkan perancangan asal disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya apabila Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) menyusun kembali keutamaan projek pembangunan masing-masing. Walaupun tanah-tanah ini belum dibangunkan, adalah menjadi tanggungjawab KJP untuk menjaga tanah tersebut dengan sebaiknya.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 2 Tahun 2007 iaitu Had Tempoh Masa Memiliki dan Memegang Tanah Kerajaan Persekutuan Yang Belum Atau Tidak Dimajukan Oleh Kementerian Atau Agensi Pengguna menggariskan bahawa sekiranya dalam tempoh lima (5) tahun, Kementerian masih tidak membangunkan tanah di bawah penggunaan Kementerian tersebut tanpa justifikasi yang kukuh, Pesuruhjaya Tanah\n\r\nPersekutuan selaku pengawal (custodian) bagi semua tanah Persekutuan boleh menawarkan tanah-tanah tersebut kepada KJP yang lain melalui kaedah pemadanan berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa. Ini penting untuk memastikan penggunaan tanah Persekutuan dapat dimaksimakan dan tiada penambahan perbelanjaan kepada kerajaan Persekutuan bagi perolehan tanah yang baru.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli juga telah mengambil inisiatif bagi memastikan tanah kerajaan Persekutuan dapat digunakan secara optimum. Antara usaha yang telah diambil adalah dengan melaksanakan penyewaan dan pajakan tanah bagi pelbagai tujuan seperti perniagaan, pertanian dan pendidikan. Penyewaan dan pajakan merupakan salah satu mekanisma pengawalan tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dibangunkan bagi memastikan tanah-tanah tersebut dapat dijaga, tidak diceroboh serta disalahgunakan oleh pihak lain sehingga merugikan kerajaan. Dalam masa yang sama, kerajaan Persekutuan dapat menjana hasil dari kutipan sewaan dan pajakan tersebut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain daripada itu, tanah kerajaan Persekutuan yang belum dibangunkan oleh KJP ini digunakan untuk menjayakan projek-projek kerajaan Persekutuan yang lain seperti projek perumahan awam untuk rakyat. Melalui kaedah ini, kerajaan Persekutuan dapat memenuhi aspirasi untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk perolehan tanah yang baru.\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memastikan pengurusan tanah kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan efisien dan inklusif dengan kerjasama semua kementerian dan agensi Persekutuan agar tanah kerajaan Persekutuan dapat digunakan sebaiknya.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1914,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1914",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "88",
        "member": "Dato' Rosol bin Wahid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengusahakan tanah-tanah milik kerajaan yang terbiar sekian lama selain daripada cadangan mengusahakannya dengan projek-projek pertanian",
        "question": "Dato' Rosol bin Wahid minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengusahakan tanah-tanah milik kerajaan yang terbiar sekian lama selain daripada cadangan mengusahakannya dengan projek-projek pertanian",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPengurusan tanah yang mapan, cekap dan berkualiti adalah amat penting dalam memacu pembangunan negara. Pada asasnya, perolehan tanah kerajaan Persekutuan adalah untuk menjayakan projek-projek pembangunan Persekutuan seperti pembinaan sekolah, balai polis dan hospital. Walau bagaimanapun, tidak semua tanah-tanah ini dapat dimajukan berdasarkan perancangan asal disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya apabila Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) menyusun kembali keutamaan projek pembangunan masing-masing. Walaupun tanah-tanah ini belum dibangunkan, adalah menjadi tanggungjawab KJP untuk menjaga tanah tersebut dengan sebaiknya.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 2 Tahun 2007 iaitu Had Tempoh Masa Memiliki dan Memegang Tanah Kerajaan Persekutuan Yang Belum Atau Tidak Dimajukan Oleh Kementerian Atau Agensi Pengguna menggariskan bahawa sekiranya dalam tempoh lima (5) tahun, Kementerian masih tidak membangunkan tanah di bawah penggunaan Kementerian tersebut tanpa justifikasi yang kukuh, Pesuruhjaya Tanah\n\r\nPersekutuan selaku pengawal (custodian) bagi semua tanah Persekutuan boleh menawarkan tanah-tanah tersebut kepada KJP yang lain melalui kaedah pemadanan berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa. Ini penting untuk memastikan penggunaan tanah Persekutuan dapat dimaksimakan dan tiada penambahan perbelanjaan kepada kerajaan Persekutuan bagi perolehan tanah yang baru.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli juga telah mengambil inisiatif bagi memastikan tanah kerajaan Persekutuan dapat digunakan secara optimum. Antara usaha yang telah diambil adalah dengan melaksanakan penyewaan dan pajakan tanah bagi pelbagai tujuan seperti perniagaan, pertanian dan pendidikan. Penyewaan dan pajakan merupakan salah satu mekanisma pengawalan tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dibangunkan bagi memastikan tanah-tanah tersebut dapat dijaga, tidak diceroboh serta disalahgunakan oleh pihak lain sehingga merugikan kerajaan. Dalam masa yang sama, kerajaan Persekutuan dapat menjana hasil dari kutipan sewaan dan pajakan tersebut.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain daripada itu, tanah kerajaan Persekutuan yang belum dibangunkan oleh KJP ini digunakan untuk menjayakan projek-projek kerajaan Persekutuan yang lain seperti projek perumahan awam untuk rakyat. Melalui kaedah ini, kerajaan Persekutuan dapat memenuhi aspirasi untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk perolehan tanah yang baru.\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memastikan pengurusan tanah kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan efisien dan inklusif dengan kerjasama semua kementerian dan agensi Persekutuan agar tanah kerajaan Persekutuan dapat digunakan sebaiknya.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1926,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1926",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "92",
        "member": "Puan Noorita binti Sual",
        "area": "Tenom",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani hakisan tebing sungai yang berlaku berdekatan Kg. Amboi di laluan utama jalan raya penduduk dari Kemabong ke Pekan Tenom dan hakisan teb...",
        "question": "Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani hakisan tebing sungai yang berlaku berdekatan Kg. Amboi di laluan utama jalan raya penduduk dari Kemabong ke Pekan Tenom dan hakisan tebing Sungai Pegalan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di kawasan Parlimen Tenom.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sungai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan isu hakisan tebing sungai, pembersihan serta mendalamkan saliran/ sungai.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi tahun 2018, peruntukan sebanyak RM20.6juta telah diagihkan ke seluruh Negeri Sabah melalui JPS Negeri Sabah. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM6juta telah disalurkan kepada Negeri Sabah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, mambuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1933,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1933",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-10",
        "year": 2019,
        "no": "93",
        "member": "DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah punca gangguan bekalan air di negeri Selangor dan nyatakan apakah langkah dan strategi Kementerian bagi membendung masalah gangguan bekalan air berskala besar di negeri Selangor d...",
        "question": "DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah punca gangguan bekalan air di negeri Selangor dan nyatakan apakah langkah dan strategi Kementerian bagi membendung masalah gangguan bekalan air berskala besar di negeri Selangor di masa hadapan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Gangguan bekalan air boleh berlaku atas sebab-sebab berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni. Pengurangan atau pemberhentian bekalan air tanpa dirancang yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan operator air seperti pencemaran bau di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan kejadian paip pecah di tapak Projek Pembinaan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) Banting – Taiping di Klang; dan\n\r\nii. Pengurangan atau pemberhentian bekalan air yang dilakukan secara dirancang oleh operator air bagi menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan atau pengubahan sistem bekalan air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Antara langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air termasuk:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni. pembinaan dua (2) buah loji rawatan air (LRA) baharu iaitu LRA Semenyih 2 (100 JLH) dan LRA Labohan Dagang (200 JLH) di Daerah Kuala Langat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. LRA Semenyih 2 telahpun beroperasi sejak bulan Mac 2019 manakala LRA Labohan Dagang telah siap dan telah dirasmikan pada 25 Jun 2019;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii. pembinaan LRA Langat 2 dan sistem agihan sedang giat dilaksanakan. Loji tersebut dijangka akan membekalkan bekalan air sebanyak 325 JLH pada sukuan ketiga tahun 2019;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii. penyediaan tangki-tangki perkhidmatan bagi memastikan bekalan air bersih tidak berkurangan ketika berlakunya gangguan bekalan air;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv. pelaksanaan Program Pengurangan NRW Kebangsaan (2008 – 2020); dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nv. pengurusan permintaan air (Water Demand Management) seperti berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na. Penggunaan produk cekap air secara mandatori;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nb. Penggalakan penggunaan label produk cekap air melalui pelabelan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nc. Penguatkuasaan secara intensif bagi mencegah kecurian air; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nd. Menjalankan kempen kesedaran pengguna.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1916,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1916",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "96",
        "member": "Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Kementerian dalam menjaga keselamatan empangan seperti di Empangan Semenyih yang terletak berdekatan jalan raya selain memasang pagar...",
        "question": "Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Kementerian dalam menjaga keselamatan empangan seperti di Empangan Semenyih yang terletak berdekatan jalan raya selain memasang pagar memandangkan ia membekalkan sumber air yang penting kepada orang ramai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan keadaan fizikal empangan berada dalam keadaan selamat, satu pasukan Flying Squad yang diterajui oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah ditubuhkan. Pasukan yang dianggotai oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral Sains dan Geologi (JMG) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggungjawab membuat pemeriksaan dan pemantauan keselamatan ke atas 41 empangan yang dikategorikan sebagai empangan berisiko tinggi di Malaysia.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nEmpangan bekalan air yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan seterusnya akan diserah milik kepada Kerajaan Negeri. Selaku pemilik empangan, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan keselamatan empangan terpelihara seperti mewartakan kawasan tadahan empangan sebagai zon perlindungan. Sehingga Mei 2019, sebanyak 27 buah empangan bekalan air di Malaysia telah \n\n\r\ndiwartakan sebagai kawasan sasaran penting yang merupakan sumber bekalan air mentah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelain itu, langkah-langkah lain yang telah diambil bagi tujuan menjaga keselamatan empangan adalah dengan membina pagar keselamatan dan pemasangan papan tanda amaran. Penguatkuasaan bersepadu bersama-sama agensi berkaitan secara berkala serta program kesedaran bersama pemilik-pemilik premis yang terletak berhampiran kawasan tadahan empangan turut diadakan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang Dipertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSelanjutnya bagi menyeragamkan prosedur keselamatan empangan di seluruh negara, kementerian juga telah mengeluarkan satu garis panduan yang dikenali sebagai Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDAMS) pada tahun 2017 yang perlu digunapakai oleh Kerajaan Negeri dan Pemilik Empangan. Seterusnya pihak Kementerian melalui JPS juga telah melantik perunding bagi menyediakan template rang undang-undang berkaitan pengurusan keselamatan empangan untuk diguna pakai oleh Kerajaan Negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian. Terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1915,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1915",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "99",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci perkembangan pewartaan Hutan Simpan Ulu Muda. Apakah tindakan susulan yang telah diambil lanjutan daripada pengumuman persetujuan Kerajaan Negeri Kedah berhubung perkar...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci perkembangan pewartaan Hutan Simpan Ulu Muda. Apakah tindakan susulan yang telah diambil lanjutan daripada pengumuman persetujuan Kerajaan Negeri Kedah berhubung perkara berkaitan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keseluruhan keluasan Hutan Simpan Ulu Muda seluas 106,418 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 2018 melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman No. 341 bertarikh 10 Mei 2018. Daripada jumlah tersebut, seluas 17,025 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air dibawah Seksyen 10(1) dalam akta yang sama.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1927,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1927",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "100",
        "member": "Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim",
        "area": "Arau",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan untuk mendapatkan maklumat tentang penerokaan hutan yang berlaku secara sah dan tidak sah seperti yang berlaku di Gua Musang (Kelantan), Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Bentong (P...",
        "question": "Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan untuk mendapatkan maklumat tentang penerokaan hutan yang berlaku secara sah dan tidak sah seperti yang berlaku di Gua Musang (Kelantan), Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Bentong (Pahang) serta di negeri-negeri lain seperti di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Apakah kerajaan bercadang untuk melibatkan kerajaan negeri lain kerana telah melanggar syarat terutama gagal mengikuti arahan Jabatan Alam Sekitar?.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Secara umumnya terdapat dua (2) kategori lesen pembalakan di negara ini iaitu:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK); dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) pembalakan di luar HSK iaitu di dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Pembalakan dalam HSK hanya dilaksanakan dalam kawasan yang telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan tebangan dilakukan secara terkawal melalui amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System – SMS).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) Bagi Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, pembalakan dikeluarkan untuk tujuan pembangunan tanah.\n\r\nUntuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv) Jabatan Perhutanan Negeri telah melesenkan kawasan HSK seluas 36,572 hektar bagi tahun 2016, 35,264 hektar bagi tahun 2017 dan 34,833 hektar pada tahun 2018 untuk tujuan pembalakan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1917,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1917",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "101",
        "member": "Tuan Oscar Ling Chai Yew",
        "area": "Sibu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab fasa 3 projek Tebatan Banjir Sibu yang harus melibatkan pembinaan pam air PS6 dan projek tebatan banjir sekitarnya sudah dipindah ke fasa 4. Dan Fasa 3 sekarang melibatkan pembinaa...",
        "question": "Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab fasa 3 projek Tebatan Banjir Sibu yang harus melibatkan pembinaan pam air PS6 dan projek tebatan banjir sekitarnya sudah dipindah ke fasa 4. Dan Fasa 3 sekarang melibatkan pembinaan pam air PS7 dan PS8 dan projek sekitarnya yang dianggap tidak begitu penting buat masa sekarang. Ia telah dianggap sebagai satu keputusan politik yang melibatkan Kerajaan terdahulu, adakah tender terbuka telah dijalankan untuk melantik kontraktor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nBerdasarkan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sibu yang telah dilaksanakan, anggaran kos keseluruhan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Sibu adalah RM676 juta di mana ianya dicadang dilaksanakan secara berfasa iaitu sebanyak 4 fasa. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu Fasa 1 dan Fasa 2 telah siap dilaksanakan di bawah RMKe-9 dan RMKe-10 dengan kos keseluruhan RM215 juta.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMengikut perancangan asal, skop Fasa 3 akan melibatkan pembinaan rumah pam 6 dan dan komponen tebatan banjir yang berkaitan manakal Fasa 4 melibatkan skop pembinaan rumah pam 7 dan 8 berserta komponen tebatan banjir yang berkaitan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalau bagaimanapun, peruntukan yang diluluskan bagi Fasa 3 adalah hanya sebanyak RM100 juta dan jumlah ini adalah tidak mencukupi bagi fasa tersebut. Sehubungan itu, hasil daripada bengkel Value Engineering (VE) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang telah dilaksanakan pada 16 Mei hingga 19 Mei 2017, komponen-komponen Fasa 4 dicadang untuk dilaksanakan terlebih dahulu bersesuaian dengan siling yang diterima (RM100 juta) dengan dinamakan semula sebagai Fasa 3. Outcome bagi pelaksanaan Fasa 3 ini akan mengurangkan kedalaman air banjir sebanyak 0.5m berbanding 0.3m di jajaran asal.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi komponen asal Fasa 3 (pam 6 dan komponen tebatan banjir), projek tersebut akan dimohon dalam RMKe-12 dengan dinamakan sebagai Fasa 4. Kedua-dua Fasa 3 dan Fasa 4 adalah penting dalam memastikan keseluruhan kawasan Bandar Sibu dilindungi daripada banjir.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nStatus terkini RTB Sibu Fasa 3 yang dilaksanakan secara reka dan bina telah bermula pada 7 Mei 2019 dan dijangka siap pada 6 Mac 2022. Kontraktor bagi pelaksanaan kerja-kerja ini dilantik secara lantikan terus. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak adalah sebanyak 10% di mana kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1918,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1918",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "103",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai projek-projek tebatan banjir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sejak Mei 2018 sehingga kini kepada Pulau Pinang. Nyatakan juga kos serta perincinan perkembangan terkini p...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai projek-projek tebatan banjir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sejak Mei 2018 sehingga kini kepada Pulau Pinang. Nyatakan juga kos serta perincinan perkembangan terkini pelaksanaannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi tahun 2018, projek-projek yang telah diluluskan adalah ;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM10 juta.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM8 juta.\n\r\n\n3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM10 juta.\n\n\r\nBagi tahun 2019 pula, projek yang telah diluluskan adalah:\n\r\n\n1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan siling kos projek sebanyak RM16.5 juta.\n\r\nSebelum tahun 2018, projek sedia ada yang telah diluluskan adalah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang siling kos projek sebanyak RM150 juta.\n\r\nStatus pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah sebagaimana berikut;\n\r\nBil\n\r\nProjek\n\r\nStatus\n\r\n1)\n\r\nRTB Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya\n\r\n-\n\r\nSurat Setuju Terima (SST) bertarikh 30 Mei 2019 telah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Mywa Synergy Sdn Bhd. Tarikh milik tapak adalah pada 17 Jun 2019. Tempoh pembinaan adalah selama 24 bulan bermula 17 Jun 2019 sehingga 16 Jun 2021.\n\r\n2)\n\r\nRTB Teluk Bahang, Daerah Barat Daya\n\r\n-\n\r\nDalam proses prosedur bagi pelantikan perunding.\n\r\n3)\n\r\nRTB Pondok Upeh / Sungai Burong\n\r\n-\n\r\nDalam proses prosedur bagi pelantikan perunding.\n\r\n4)\n\r\nRTB Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan\n\r\n-\n\r\nDalam proses prosedur bagi pelantikan perunding.\n\r\n5)\n\r\nRTB Lembangan Sungai Pinang\n\r\n-\n\r\nKerja-kerja rekabentuk terperinci sedang dilaksanakan.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1928,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1928",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "103",
        "member": "Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau",
        "area": "Libaran",
        "minister": "MENTERI AIR,TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan menaik taraf Sungai Memanjang dan Sungai Gum-gum serta tindakan yang wajar dalam mencegah banjir berlaku memandangkan Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Gum-gum sering dilanda banjir a...",
        "question": "Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI AIR,TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan menaik taraf Sungai Memanjang dan Sungai Gum-gum serta tindakan yang wajar dalam mencegah banjir berlaku memandangkan Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Gum-gum sering dilanda banjir apabila hujan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProgram Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) memberi perhatian secara khusus mengenai isu hakisan tebing sungai, pembersihan serta mendalamkan saliran/sungai. Di bawah program ini, KATS membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan di seluruh Negara termasuklah di Sabah. Bagi tahun 2018, peruntukan sebanyak RM20.6 juta telah diagihkan ke seluruh Negeri Sabah melalui JPS Negeri Sabah. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM6 juta telah disalurkan kepada Negeri Sabah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalaubagaimanapun, buat masa ini, tiada projek yang diluluskan bagi cadangan menaik taraf Sungai Memanjang dan Sungai Gum-gum memandangkan projek mengurangkan risiko banjir akan dilaksanakan mengikut keutamaan namun cadangan menaik taraf Sungai Memanjang dan Sungai Gum-gum ini akan dipertimbangkan pada masa akan datang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1934,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1934",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-10",
        "year": 2019,
        "no": "103",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YB DATUK DR. JEFFREY GAPARI KITINGAN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bolehkah Kerajaan membenarkan penanaman hemp secara dalam keadaan terkawal serta kajian minyak hemp untuk pe...",
        "question": "YB DATUK DR. JEFFREY GAPARI KITINGAN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bolehkah Kerajaan membenarkan penanaman hemp secara dalam keadaan terkawal serta kajian minyak hemp untuk penggunaan perubatan secara terkawal. Jika boleh, apakah syarat-syaratnya?",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan. Sebelum hemp boleh ditanam untuk tujuan industri mahupun perubatan, kajian yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kajian tersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, sosial, dan keselamatan. Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan hemp yang boleh meningkatkan gelaja penagihan dadah, aspek kawalan dan pemantauan dari segi perundangan dan keselamatan perlu diberi perhatian. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang mengkaji potensi penanaman hemp di Malaysia. Kajian ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1929,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1929",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-04",
        "year": 2019,
        "no": "105",
        "member": "Tuan Wong Hon Wai",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha yang dibuat untuk pembaharuan undang-undang terhadap Akta Hakmilik Strata atau Kanun Tanah Negara supaya pembaharuan bandar (Urban Renewal) boleh dibuat ke atas flat-flat ya...",
        "question": "Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang dibuat untuk pembaharuan undang-undang terhadap Akta Hakmilik Strata atau Kanun Tanah Negara supaya pembaharuan bandar (Urban Renewal) boleh dibuat ke atas flat-flat yang sudah usang yang melebihi 40 tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni) Kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah melaksanakan kajian untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah terbaik dalam melaksanakan pembangunan semula skim strata melalui ketetapan majoriti pemilik-pemilik petak berdasarkan peratusan yang ditetapkan setelah mengambil kira faktor usia dan keadaan bangunan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii) Kajian ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong pembangunan semula bandar secara amnya memandangkan tiada peruntukan berkaitan pembangunan semula ditetapkan di dalam perundangan strata sedia ada.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii) Susulan itu, Jemaah Menteri pada 12 Jun 2019 telah bersetuju secara dasar supaya AHS dipinda bagi memudah cara pelaksanaan pembangunan semula skim strata. Cadangan ini seterusnya akan diangkat kepada Majlis Tanah Negara (MTN) untuk mendapatkan persetujuan dasar MTN bagi membolehkan pindaan tersebut dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv) Kementerian ini seterusnya akan merangka draf Rang Undang-Undang pindaan AHS setelah kelulusan dasar MTN diterima.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1946,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1946",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "108",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Minta AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah Kementerian mengatasi gangguan haiwan-haiwan liar seperti kera, khinzir hutan dan gajah yang merosakkan ladang tanaman serta penempatan p...",
        "question": "Minta AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah Kementerian mengatasi gangguan haiwan-haiwan liar seperti kera, khinzir hutan dan gajah yang merosakkan ladang tanaman serta penempatan penduduk di kawasan pedalaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam menangani konflik gangguan hidupan liar seperti babi hutan, kera dan gajah.\n\r\nDi antara langkah dan tindakan yang sedang dan telah diambil oleh pihak PERHILITAN bagi mengatasi masalah konflik babi hutan dan kera terutama di kawasan pertanian adalah seperti berikut:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Memasang perangkap babi hutan dan kera di kawasan berlaku konflik;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Memberikan khidmat nasihat kepada pengadu supaya menjaga kebersihan kebun bagi membantu mengurangkan konflik gangguan hidupan liar;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Menasihatkan pemilik kebun dan kawasan pertanian supaya menyelenggara pagar di sekeliling kawasan kebun supaya tidak dimasuki oleh babi hutan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Menangkap dan memindahkan kera-kera yang menganggu kawasan pertanian; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Menjalankan operasi bersepadu membasmi musuh tanaman dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi mengurangkan aduan konflik gajah, beberapa tindakan sedang dan telah diambil oleh pihak PERHILITAN seperti berikut;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Pemantauan dan rondaan dilaksanakan di kawasan konflik yang bersempadan dengan hutan. Tindakan tembak halau juga dijalankan bagi menghalau gajah masuk semula ke kawasan hutan berdekatan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Mengadakan program kesedaran awam secara berkala, sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat yang bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman penduduk dalam pengurusan konflik manusia-gajah dan kaedah pengurusan kebun yang betul terutama bagi kawasan yang bersempadan dengan kawasan hutan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Program pemasangan lampu Light-emitting diode (LED) di kawasan hotspot gangguan gajah yang bersempadan antara kawasan ladang dan hutan simpan;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Memasang satelit kolar sebagai Sistem Amaran Awal pergerakan gajah;\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Merancang operasi tangkap-pindah gajah di kawasan kampung terbabit sekiranya berlaku kerosakan yang serius kepada kebun, ladang serta harta benda penduduk kampung; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vi) Membina jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di kawasan Lawit di Daerah Hulu Terengganu sepanjang 34km, Pelung sepanjang 32km dan Payong sepanjang 28km di Daerah\n\r\nSetiu bagi memastikan kawasan perladangan, kebun dan perkampungan selamat dari gangguan gajah.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1935,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1935",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-10",
        "year": 2019,
        "no": "110",
        "member": "Dato' Hasbullah bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian berkaitan dengan prosedur atau 'Standard Operating Systems (SOP)' baru kepada pihak konsesi semasa menjalankan pembalakan agar dapat men...",
        "question": "Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian berkaitan dengan prosedur atau 'Standard Operating Systems (SOP)' baru kepada pihak konsesi semasa menjalankan pembalakan agar dapat mengelakkan masyarakat setempat teraniaya terutamanya masyarakat Orang",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJadual Kesembilan, Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mengambil hasil hutan daripada Hutan Simpanan Kekal sebagaimana peruntukan seksyen di bawah Bab 2-Lesen, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan dalam perhutanan adalah dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi tujuan pelaksanaannya.Pengusahasilan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan berdasarkan kepada Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) yang dikenali sebagai MC&I (Natural Forest) di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber Certification Scheme - MTCS). Prinsip 3 dan prinsip 4 di bawah MC&I (Natural Forest) memastikan aktiviti pembalakan turut mengambilkira hak dan kepentingan Orang Asli supaya tidak terjejas seperti berikut:\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n(a) Prinsip 3 berkaitan dengan hak-hak masyarakat pribumi memperuntukkan bahawa hak menurut perundangan dan adat masyarakat pribumi untuk memiliki, mengguna serta mengurus\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ntanah, kawasan dan sumber mereka hendaklah diiktiraf dan dihormati; dan\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b) Prinsip 4 berkaitan dengan perhubungan masyarakat dan hak-hak pekerja memperuntukkan bahawa operasi-operasi pengurusan hutan perlu mengekalkan atau meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat tempatan dan pekerja-pekerja hutan untuk jangka masa panjang.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerdasarkan Seksyen 19 (g), Akta Orang Asli 1954 memperuntukkan kuasa kepada YB Menteri yang bertanggungjawab terhadap Orang Asli untuk mengawal mana-mana penebangan hutan di Kawasan Orang Asli dan Rizab Orang Asli yang telah diwartakan di dalam Akta Orang Asli 1954 bagi memastikan hak-hak dan kepentingan Orang Asli terpelihara.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1919,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1919",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": "2019-07-01",
        "year": 2019,
        "no": "112",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "TUAN SABRI BIN AZIT (JERAI) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian berhasrat menubuhkan unit pemantauan bagi keceriaan dan kebersihan Geopark Jerai yang telah diwart...",
        "question": "TUAN SABRI BIN AZIT (JERAI) Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian berhasrat menubuhkan unit pemantauan bagi keceriaan dan kebersihan Geopark Jerai yang telah diwartakan sebagai Geopark Negara.",
        "answer": "Tuan yang di-Pertua\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Geopark Jerai secara rasmi dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan pada 24 November 2018, sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Ke-29. Geopark Jerai berkeluasan 800 kilometer persegi merangkumi dua daerah, iaitu Yan, di bawah pentadbiran Majlis Daerah Yan dan Kuala Muda, di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Setelah dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan, Geopark Jerai ini berada dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri Kedah. Ini termasuk hal-hal berkaitan dengan pengurusan Geopark Jerai itu sendiri merangkumi aspek pemantauan bagi keceriaan dan kebersihan Geopark Jerai, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerai.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Pada masa ini, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah bersama Majlis Daerah Yan serta Majlis Perbandaran Sungai Petani merupakan ahli di dalam Jawatankuasa Pembangunan Geopark Jerai. Manakala Kementerian ini, melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang terlibat sebagai ahli di dalam Jawatankuasa Pemuliharaan dan Saintifik Geopark Jerai.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Kementerian ini telah dimaklumkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah bahawa kertas cadangan bagi penubuhan Jawatankuasa Geopark Jerai telah disiapkan pada\n\r\nbulan Mei 2019 yang lalu dan sedang menunggu untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1974,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1974",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "133",
        "member": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID",
        "area": "KEMAMAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik hidupan liar mengikut spesies haiwan yang menjadi mangsa aktiviti penyeludupan sepanjang 2018.",
        "question": "TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik hidupan liar mengikut spesies haiwan yang menjadi mangsa aktiviti penyeludupan sepanjang 2018.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) amat mengambil berat terhadap penyeludupan hidupan liar yang berlaku di Negara ini. \n\r\nStatistik hidupan liar mengikut spesies haiwan yang menjadi mangsa aktiviti penyeludupan sepanjang 2018 adalah seperti berikut: \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1975,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1975",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "192",
        "member": "DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID",
        "area": "KUALA KRAU",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID [KUALA KRAU] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini perjanjian Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS).",
        "question": "DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID [KUALA KRAU] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini perjanjian Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dilaksanakan untuk memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025. Pelaksanaan skim ini terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2). \n\r\nPPAMPS yang dibina bagi menyalurkan air mentah berjumlah 1,890 juta liter sehari (JLH) daripada Pahang ke Selangor telah siap sepenuhnya pada 3 Mac 2015. Manakala LRAL2 berkapasiti 1,130 JLH pula dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023. \n\r\nSekian. Terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1976,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1976",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "336",
        "member": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP",
        "area": "MERBOK",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP [ MERBOK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI perkembangan penstrukturan semula tarif air di setiap negeri dan langkah Kementerian bagi memastikan infrastruktur da...",
        "question": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP [ MERBOK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI perkembangan penstrukturan semula tarif air di setiap negeri dan langkah Kementerian bagi memastikan infrastruktur dan kemudahan air dijaga dengan baik supaya tidak lagi berlaku gangguan bekalan air.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua, \n\r\n1. Cadangan pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia. \n\r\n\r\n\r\n2. Purata kadar tarif air yang rendah pada masa ini iaitu RM1.38 bagi setiap 1,000 liter tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan meletakkan operator air dalam kedudukan kewangan yang lemah. Kesannya, perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna tidak dapat diberikan. \n\r\n3. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Berikutnya, cadangan pelaksanaan TSM akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. \n\r\n4. Kementerian sentiasa komited dalam memastikan pengguna dapat menikmati perkhidmatan air yang selamat secara berterusan. infrastruktur dan kemudahan air dijaga dengan baik supaya tidak lagi berlaku gangguan bekalan air. \n\r\n5. Oleh yang demikian, pelaksanaan TSM adalah merupakan suatu strategi penting bagi meningkatkan keupayaan kewangan operator air untuk melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji rawatan sedia ada, menggantikan paip uzur dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan. \n\r\n6. Perkara ini seterusnya akan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada oleh operator seperti mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air, menghasilkan air terawat berkualiti yang mencapai piawaian yang ditetapkan oleh KKM, tekanan air yang lebih baik dan perkhidmatan pelanggan yang lebih memuaskan. \n\r\n7. Di samping itu, SPAN melalui mekanisme kawal selia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) juga sentiasa menjalankan pemantauan yang rapi ke atas operasi dan pencapaian operator melalui mesyuarat kawal selia secara berkala, audit serta pengenaan petunjuk prestasi utama yang ketat bagi memastikan kualiti perkhidmatannya yang terjamin demi manfaat dan kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1979,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1979",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "378",
        "member": "PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG",
        "area": "KOTA SAMARAHAN",
        "minister": null,
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG [ KOTA SAMARAHAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sumbangan dan tindakan pada tahun 2019 oleh Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri Sarawak ...",
        "question": "PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG \r\n[ KOTA SAMARAHAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sumbangan dan tindakan pada tahun 2019 oleh Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam mengatasi masalah bekalan air terawat di seluruh negeri Sarawak dan Kota Samarahan khasnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n1. Sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) di bawah Tonggak III iaitu Menuju Kearah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang dan Tonggak VI iaitu Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi, Kerajaan Persekutuan komited untuk membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyediakan bekalan air terawat yang bermutu dan terjamin kepada penduduk negeri Sarawak. \n\r\n　\n\r\n2. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah menyediakan peruntukan secara pinjaman di bawah RMKe-11 bagi pelaksanaan projek bekalan air m RM1.747 bilion kepada Negeri Sarawak. Peruntukan ini ialah untuk keseluruhan RMKe-11. Manakala peruntukan yang disediakan untuk tahun 2019 adalah RM81 juta untuk negeri Sarawak bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk negeri Sarawak dengan liputan bekalan air di Sarawak kini adalah berada pada tahap 89.6%. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1977,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1977",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "379",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Kota Samarahan khasnya di Kawasan Uni Garden dan Sekolah Kebangsaan Jalan...",
        "question": "PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG \r\nMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Kota Samarahan khasnya di Kawasan Uni Garden dan Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang yang telah diluluskan sebelum ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nProjek tebatan banjir di Kota Samarahan iaitu di kawasan Uni Garden dan Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang akan dilaksanakan di bawah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak. \n\r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak telah diluluskan dengan dengan siling kos projek sebanyak RM150 \n\r\njuta dalam RMKe-11. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam proses lantikan perunding untuk rekabentuk terperinci secara tender terbuka. Perunding dijangka akan dilantik pada November 2019. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2021. \n\r\nSekian, terima kasih \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1978,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1978",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "409",
        "member": "PUAN HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF",
        "area": "RANTAU PANJANG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "PUAN HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian berkenaan cadangan penanaman ganja kesihatan bagi tujuan...",
        "question": "PUAN HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian berkenaan cadangan penanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan?",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nMengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan. Sebelum hemp boleh ditanam untuk tujuan industri mahupun perubatan, kajian yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kajian \n\r\ntersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, sosial, dan keselamatan. Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan hemp yang boleh meningkatkan gelaja penagihan dadah, aspek kawalan dan pemantauan dari segi perundangan dan keselamatan perlu diberi perhatian. \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang mengkaji potensi penanaman hemp di Malaysia. Kajian ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1836,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1836",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-18",
        "year": 2019,
        "no": "1",
        "member": "YBM JAWAB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil",
        "area": "Lembah Pantai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Malaysia berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama, dan langkah-langkah yang akan dilaksana untuk mengekal dan meningkatkan ...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nTuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Malaysia berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama, dan langkah-langkah yang akan dilaksana untuk mengekal dan meningkatkan populasi Harimau Malaya.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat, jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Semenanjung Malaysia berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama (1st National Tiger Survey - 1st NTS) yang telah dijalankan di 75% daripada 44,000 km2 plot kajian dari tahun 2016-2018 adalah kurang dari 200 ekor. Jumlah sebenar populasi Harimau Malaya akan diketahui setelah Survei Harimau Kebangsaan Pertama selesai pada tahun 2020. Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada di tahap yang membimbangkan. Sekiranya tiada tindakan yang drastik diambil bagi mengatasi masalah penurunan populasi Harimau Malaya ini, dianggarkan dalam tempoh lima (5) ke sepuluh (10) tahun Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSehubungan dengan itu, pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Lair dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain, gabungan NGO alam sekitar, dan agensi-agensi lain kini mengambil langkah proaktif bagi mengekal dan meningkatkan populasi Harimau Malaya seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Meningkatkan rondaan penguatkuasaan dan pemantauan harimau di kawasan-kawasan hotspot pemburuan haram di mana 200 kakitangan PERHILITAN kini sedang menjalankan rondaan secara berterusan di 20 lokasi hotspot pemburuan haram Harimau Belang;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Meningkatkan rondaan penguatkuasaan di dalam dan luar Kawasan Perlindungan (PA) menerusi program operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang akan dibincangkan dan dipersetujui oleh MKN dalam masa yang terdekat. Terdapat juga persetujuan pada dasarnya dari beberapa universiti untuk mendapatkan sukarelawan mahasiswa dari kursus biodiversiti dan perhutanan untuk mengadakan rondaan;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Melaksanakan Operasi Jerat secara berkala di habitat harimau bagi mencari dan memusnahkan jerat;\n\r\n(iv) Melaksanakan moratorium pemburuan terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan Kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 30 November 2021 ;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Memperbanyakkan program pembiakan (captive breeding) Rusa Sambar dalam kurungan untuk tujuan pelepasan ke habitat asal sebagai memperbanyakkan sumber makanan kepada Harimau Belang;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vi) Merancang untuk mewujudkan dan mewartakan Santuari Harimau Belang di tiga landskap utama iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Rompin);\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vii) National Tiger Conservation Centre (NTCC) yang kini sedang dalam pembinaan 90% siap di Lanchang, Pahang dijangka siap pada penghujung tahun 2019 bagi tujuan penyelidikan;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(viii) Meningkatkan program kesedaran awam seperti pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat menerusi Jabatan PERHILITAN dan kerjasama dengan pihak NGO yang berkaitan;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ix) Menjadikan tahun 2019 sebagai “Tahun Perangi Jenayah Siber Hidupan Liar” (Combating Wildlife Cybercrime) sebagai kempen menangani jenayah hidupan liar atas talian yang semakin berleluasa;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(x) Mengadakan Program Sukarelawan yang melibatkan masyarakat awam untuk bersama-sama terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam usaha mencegah jenayah hidupan liar dan pemuliharaan hidupan liar; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(xi) Mengadakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama 2 tahun iaitu 2019 – 2020 dengan tema khusus iaitu “Save Our Malayan Tiger”. Kempen ini telah dilancarkan pada 17 Mac 2019 sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2019.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1866,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1866",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-11",
        "year": 2019,
        "no": "1",
        "member": "YBM JAWAB TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan rundingan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS). Juga perincikan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Penjimatan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (...",
        "question": "YBM JAWAB\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nTUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan rundingan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS). Juga perincikan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Penjimatan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) melibatkan dua komponen iaitu i) penyaluran air mentah dari Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang; dan ii) pembinaan loji rawatan air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Bagi komponen penyaluran air mentah tersebut, Jabatan Bekalan Air akan melaksanakan satu kajian kemungkinan sumber air dan dijangka mengambil masa selama 9 bulan untuk disiapkan iaitu pada bulan September 2020. Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perak akan berbincang mengenai cadangan pembinaan loji rawatan air secara usaha sama (joint venture) bagi membekalkan air terawat kepada Pulau Pinang.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tidak akan meneruskan pelaksanaan Surcaj Penjimatan Air (WCS). Perkara ini telah diambil kira di dalam pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1832,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1832",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-14",
        "year": 2019,
        "no": "3",
        "member": "YBM JAWAB DATIN PADUKA DR. TAN YEE KEW",
        "area": "WANGSA MAJU",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah cara untuk mengkaji semula mekanisme pengiraan tarif pembetungan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang mana pelanggan perlu dikenakan caj mengikut penggunaan air seben...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nDATIN PADUKA DR. TAN YEE KEW [ WANGSA MAJU ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimanakah cara untuk mengkaji semula mekanisme pengiraan tarif pembetungan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang mana pelanggan perlu dikenakan caj mengikut penggunaan air sebenar mereka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n1. Pada masa ini, caj perkhidmatan pembetungan semasa yang dikenakan kepada pengguna adalah mengikut kategori seperti berikut:\n\r\na) Domestik - Kadar Rata\n\r\nb) Komersial - Caj asas berdasarkan nilai tahunan dan Caj penggunaan air\n\r\nc) Kerajaan - Caj asas dan Caj penggunaan air:\n\r\n2. Semenjak tahun 1997, tarif pembetungan domestik tidak pernah disemak manakala tarif komersial telah diturunkan 3 kali walaupun termaktub di dalam perjanjian konsesi terdapat terma yang membolehkan IWK memohon semakan semula kadar perkhidmatan pembetungan secara berkala. Ketiadaan kenaikan tarif melebihi 22 tahun telah menyebabkan kedudukan kewangan IWK yang tidak mapan yang mana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi (opex) dan seterusnya menjejaskan perkhidmatan pembetungan secara keseluruhannya. Defisit opex ini ditanggung oleh Kerajaan melalui pemberian subsidi antara RM150 juta sehingga RM200 juta setahun.\n\r\n3\n\r\n3. Oleh yang demikian, Kerajaan dalam proses merangka pendekatan yang bersesuaian untuk memastikan tarif pembetungan yang dikenakan kepada pengguna yang lebih saksama dan telus dan dalam masa yang sama mencerminkan kos operasi perkhidmatan pembetungan sebenar. Pada masa ini juga, kadar tarif yang dikenakan adalah antara yang terendah berbanding dengan negara-negara lain. Oleh itu, salah satu pendekatan yang sedang dipertimbangkan adalah pengenaan kadar tarif berasaskan konsep volumetrik iaitu penggunaan air selaras dengan prinsip “pay-per-use”. Pada masa yang sama, pendekatan ini akan menggalakkan penjimatan penggunaan air dan pemuliharaan sumber air.\n\r\n4. Selain itu, penetapan tarif volumetrik dibuat berdasarkan penyusunan semula struktur tarif kepada kategori domestik, bukan domestik dan industri serta pelaksanaan pengebilan bersepadu (joint billing) di antara operator air dan pembetungan. Dalam konteks ini, kerjasama erat antara operator air dan pembetungan memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakannya.\n\r\n\nSekian terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1845,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1845",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-26",
        "year": 2019,
        "no": "3",
        "member": "YBTM DATUK ROZMAN BIN ISLI",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sampai tahun bilakah kapasiti bekalan air dari Sabah ke Labuan yang ada sekarang mencukupi dan apakah perancangan masa depan.",
        "question": "YBTM\n\n\r\n\r\nDATUK ROZMAN BIN ISLI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sampai tahun bilakah kapasiti bekalan air dari Sabah ke Labuan yang ada sekarang mencukupi dan apakah perancangan masa depan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKapasiti loji-loji sedia ada berupaya untuk memenuhi permintaan bekalan air ke Labuan sehingga tahun 2030 yang berkapasiti 75 MLD. Berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2017, satu projek telah diluluskan sebagai perancangan jangka masa pendek iaitu pembinaan Kolam Takungan Air atau Off River Storage (ORS) Kina Benua dengan izin bagi memastikan sumber air mencukupi. Selain itu, terdapat juga kerja-kerja menaiktaraf loji-loji sedia ada di Labuan sedang dilaksanakan. Manakala untuk perancangan jangka masa panjang, terdapat dua projek yang masih dalam proses pertimbangan iaitu pembinaan Ganggarak Coastal Resevior dengan izin dan juga Loji Rawatan Air (LRA) Kina Benua\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1863,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1863",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-10",
        "year": 2019,
        "no": "4",
        "member": "YBM JAWAB YB DATO’ SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN",
        "area": "KINABATANGAN",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan: (b) adakah Kementerian berhasrat untuk menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri; dan (b) apakah justifikasi Kementerian terhadap cadangan untuk menaikkan tarif air di Malaysia.",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nYB DATO’ SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN [KINABATANGAN] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\r\n(b) adakah Kementerian berhasrat untuk menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri; dan\n\r\n(b) apakah justifikasi Kementerian terhadap cadangan untuk menaikkan tarif air di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian pada masa ini tidak berhasrat untuk menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri. Malah dalam konteks Malaysia, perkara ini sukar dilaksanakan. Hal ini adalah kerana struktur dan komponen utama kos dalam penyediaan perkhidmatan air iaitu kos rawatan dan pengagihan air adalah berbeza mengikut negeri. Kos ini secara lazimnya akan meningkat saban tahun selari dengan peningkatan permintaan air bagi menyokong pembangunan ekonomi negara dan pertumbuhan penduduk dalam membawa Malaysia menjadi negara maju.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Cadangan pelarasan tarif melalui Tariff Setting Mechanism (TSM) bertujuan mengimbangi pelaburan dalam penyediaan bekalan air bagi memenuhi keperluan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna. TSM dalam konteks ini dapat memastikan operator air mempunyai kedudukan kewangan yang membolehkan mereka terus melabur bagi penyediaan perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat Malaysia. Tarif air yang rendah pada masa ini tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air di mana telah menjejaskan prestasi perkhidmatan beberapa operator air, seperti di negeri Perlis dan Pahang. Tambahan lagi, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekaligus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1854,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1854",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-01",
        "year": 2019,
        "no": "10",
        "member": "YBM JAWAB Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria",
        "area": "Parit",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan:- (a) Apakah usaha yang dijalankan oleh Kementerian bagi membenteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam; dan (b) Berapakah jumlah kes penyeludupan haiwan yang telah berjaya ditumpaska...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nDato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:-\n\r\n(a) Apakah usaha yang dijalankan oleh Kementerian bagi membenteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam; dan\n\r\n(b) Berapakah jumlah kes penyeludupan haiwan yang telah berjaya ditumpaskan dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pesalah tersebut.",
        "answer": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian amat mengambil berat terhadap isu penyeludupan haiwan terancam. Malaysia adalah ahli dalam Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) dan terlibat di dalam usaha mengawal perdagangan hidupan liar menerusi pelaksanaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].\n\r\nPermintaan yang tinggi ke atas hidupan liar bagi pelbagai tujuan menyebabkan aktiviti ini terus berlaku. Kementerian melalui agensi berkaitan khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bertanggungjawab membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam di Semenanjung Malaysia telah dan sedang menjalankan pelbagai usaha bagi mengekang dan membanteras aktiviti tersebut:\n\r\n\n(a) Jabatan PERHILITAN berusaha memerangi jenayah ini secara berterusan dan menggunakan pelbagai pendekatan seperti:\n\r\n\n(i) menetapkan pos-pos kawalan di pintu-pintu keluar masuk utama negara yang beroperasi 24 jam sehari seperti Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang dan Kompleks Sultan Abu Bakar CIQ (Customs, Immigration and Quarantine), Johor.\n\r\n\n(ii) Menjalin kerjasama dalam aktiviti kawalan dan operasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).\n\r\n\n(iii) Memperkukuh aktiviti perisikan dan penguatkuasaan dengan perkongsian maklumat antara agensi dan antara negara serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang menyokong konservasi hidupan liar seperti Malaysia Conservation Alliance for Tiger (MYCAT), Malaysia Nature Society (MNS), World Wide Fund for Nature (WWF), RIMBA dan TRAFFIC Southeast Asia, di samping penggunaan teknologi terkini dalam memastikan penjenayah dapat di jejaki dan maklumat dapat dikumpul sebaik mungkin.\n\r\n\n(iv) Menjalankan usaha membanteras penyeludupan hidupan liar rentas sempadan di peringkat serantau dengan menyertai operasi-operasi yang dijalankan di peringkat antarabangsa melalui ASEAN Wildlife Enforcement Network (ASEAN-WEN) dan INTERPOL.\n\r\n\n(v) Inisiatif menubuh dan membangunkan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (National Wildlife Forensic Lab - NWFL) yang berfungsi sebagai makmal dalam menerima, mengumpul, mengkatalog, memproses dan menganalisa pelbagai jenis sampel genetik hidupan liar. Pangkalan data deoxyribonucleic acid (DNA) hidupan liar yang diperolehi ini turut digunakan untuk menyokong tindakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam, terutamanya dalam pembuktian kes-kes jenayah hidupan liar yang didakwa di mahkamah.\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n(b) Sepanjang tahun 2011 sehingga 2018, Jabatan PERHILITAN telah menumpaskan sebanyak 167 kes yang melibatkan penyeludupan pelbagai spesies haiwan terancam seperti tenggiling, Orang Utan, pelbagai jenis kura-kura, burung murai batu dan pelbagai spesies ular. Pesalah-pesalah telah dijatuhi hukuman sama ada didenda atau dihukum penjara mengikut keseriusan kesalahan yang dilakukan. Untuk rekod, tindakan hukuman yang paling tinggi yang pernah dijatuhkan atas kesalahan menyeludup hidupan liar ialah sebanyak RM390,000 dan empat tahun penjara yang melibatkan tiga orang warga Indonesia atas kesalahan menyeludup pelbagai jenis hidupan liar termasuklah sepasang Orang Utan dari Sumatera, Indonesia ke Semenanjung Malaysia pada 21 September 2018 yang lalu.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1860,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1860",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-04",
        "year": 2019,
        "no": "15",
        "member": "YBM JAWAB Dato' Mansor Othman",
        "area": "Nibong Tebal",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan senaraikan kesemua projek tebatan banjir yang sedang dan telah dilaksanakan di dalam Parlimen Nibong Tebal. Adakah perancangan jangka panjang tebatan banjir di sepanjang Sungai Jawi Parl...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nDato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senaraikan kesemua projek tebatan banjir yang sedang dan telah dilaksanakan di dalam Parlimen Nibong Tebal. Adakah perancangan jangka panjang tebatan banjir di sepanjang Sungai Jawi Parlimen Nibong Tebal yang sering dilanda banjir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sedang dilaksanakan di Parlimen Nibong Tebal adalah RTB Lembangan Sungai Kerian - Kerja-kerja Membina Ban dan Struktur di Kg. Tanjung Berembang/ Taman Sempadan dan Kg. Teluk Ipil/ Kg. Teluk, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Projek ini sedang dilaksanakan ditapak dengan kemajuan fizikal sebenar adalah 94% daripada 98% (jadual) dan dijangka siap pada Jun 2019. Jumlah kos projek RTB Kerian Pulau Pinang termasuk kos pengambilan tanah ialah RM97.4 juta. Peruntukan yang digunakan untuk melaksanakan projek RTB Kerian adalah daripada Pakej Rangsangan Khas (PFI 2) bermula tahun 2012.\n\r\nProjek RTB yang akan dilaksanakan pula adalah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Projek ini diluluskan di dalam Rolling Plan-4 (2019) RMKe-11 dengan kos siling projek sebanyak RM16.5 Juta.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Jawi Parlimen Nibong Tebal adalah dengan melaksanakan kajian komprehensif bagi menyelesaikan masalah banjir secara holistik di Pulau Pinang dan Kedah dengan mengambil kira impak aliran air, faktor perubahan iklim (banjir monsun dan banjir kilat), pembangunan dan perubahan guna tanah di lembangan sungai yang terlibat di Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana hulu lembangan Sungai Jawi berada di dalam Negeri Kedah dan sebarang aktiviti dilembangan Sungai Jawi di Negeri Kedah akan memberi kesan kepada hilir sungai Jawi di Pulau Pinang.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1839,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1839",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-19",
        "year": 2019,
        "no": "19",
        "member": "YBM JAWAB Tuan Charles Anthony Santiago",
        "area": "Klang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan kesudian Kerajaan menggubal satu dasar atau undang-undang baru untuk memastikan bahawa Kerajaan Negeri tidak menceroboh atau meluluskan lesen pembalakan hutan tanpa mempertimbangkan hak ...",
        "question": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nTuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kesudian Kerajaan menggubal satu dasar atau undang-undang baru untuk memastikan bahawa Kerajaan Negeri tidak menceroboh atau meluluskan lesen pembalakan hutan tanpa mempertimbangkan hak Orang Asli seperti yang dinyatakan dalam UNDRIP.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jadual Kesembilan, Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan dalam perhutanan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi tujuan pelaksanaannya.\n\r\nPengusahasilan hutan dalam hutan simpanan kekal dilaksanakan berdasarkan kepada Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) yang dikenali sebagai MC&I (Natural Forest) di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber Certification Scheme - MTCS). Prinsip 3 dan prinsip 4 di bawah MC&I (Natural Forest) memastikan aktiviti pembalakan turut mengambilkira hak dan kepentingan Orang Asli supaya tidak terjejas seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(a) Prinsip 3 berkaitan dengan hak-hak masyarakat pribumi memperuntukkan bahawa hak menurut perundangan dan adat masyarakat pribumi untuk memiliki, mengguna serta mengurus tanah, kawasan dan sumber mereka hendaklah diiktiraf dan dihormati; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b) Prinsip 4 berkaitan dengan perhubungan masyarat dan hak-hak pekerja memperuntukkan bahawa operasi-operasi pengurusan hutan perlu mengekalkan atau meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat tempatan dan pekerja-pekerja hutan untuk jangka masa panjang.\n\r\nUntuk makluman Yang Berhormat , berdasarkan Seksyen 19 (g), Akta Orang Asli 1954 memperuntukkan kuasa kepada YB Menteri yang bertanggungjawab terhadap Orang Asli untuk mengawal mana-mana penebangan hutan di Kawasan Orang Asli dan Rizab Orang Asli yang telah diwartakan di dalam Akta Orang Asli 1954 bagi memastikan hak-hak dan kepentingan Orang Asli terpelihara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1827,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1827",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-12",
        "year": 2019,
        "no": "20",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek tebatan banjir untuk Pulau Pinang dan adakah termasuk RM1 bilion yang dijanjikan kepada Pulau Pinang sebelum ini. Apakah status Rancangan...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek tebatan banjir untuk Pulau Pinang dan adakah termasuk RM1 bilion yang dijanjikan kepada Pulau Pinang sebelum ini. Apakah status Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM21.08 juta yang meliputi projek seperti berikut :\n\r\n1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang;\n\r\n2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang;\n\r\n3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang;\n\r\n4) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang; dan\n\r\n5) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.\n\r\nPeruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.\n\r\nKelima-lima senarai projek yang dinyatakan tadi adalah antara projek-projek yang disenaraikan di dalam projek tebatan banjir yang bernilai RM1 Billion.\n\r\nStatus terkini RTB Lembangan Sungai Pinang adalah seperti berikut :\n\r\n1) Kerja-kerja reka bentuk terperinci sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik.\n\r\n2) Bagi pelantikan perunding kerja ukur, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses perolehan perunding kerja ukur.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1859,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1859",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-08",
        "year": 2019,
        "no": "21",
        "member": "YB TUAN WONG TACK",
        "area": "Bentong",
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "YB TUAN WONG TACK [Bentong ] Minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan secara terperinci pelan tindakan untuk penyahtauliahan dan pemulihan (Decommissioning and Rehabilitation) lombong em...",
        "question": "YB TUAN WONG TACK [Bentong ] Minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan secara terperinci pelan tindakan untuk penyahtauliahan dan pemulihan (Decommissioning and Rehabilitation) lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM). Sekiranya kerja-kerja pemulihan telah bermula, bilakah ia dijangka siap dan siapa yang akan menanggung kosnya.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nRaub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGM) merupakan operator yang telah dilantik oleh pemegang Pajakan Lombong ML 1669 (tempoh pajakan sah sehingga 31 Disember 2038) dan Sijil Melombong MC 533 (tempoh pajakan sah sehingga 16 Ogos 2027) milik Akay Holdings Sdn Bhd (AKAY). Operasi melombong telah dihentikan oleh syarikat RAGM atas sebab pembatalan perjanjian perlombongan “Permit-To-Mine” di antara RAGM dengan AKAY mulai 26 April 2017 mengikut notis yang dihantar kepada agensi-agensi yang berkaitan.\n\r\nBerdasarkan Enakmen Mineral 2001 (Pahang), pelaksanaan penyahtauliahan (decommissioning) dan pemulihan lombong, pemajak perlu menyatakan dengan terperinci bagi perlombongan berskala besar. Namun, sehingga kini pihak pemajak masih belum mengemukakannya untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMemandangkan kedua-dua pajakan melombong masih lagi berkuatkuasa sehingga tahun 2027 dan 2038, adalah menjadi tanggungjawab pemajak terhadap terhadap sebarang kerja-kerja pemulihan lombong. Namun, selepas tempoh tersebut, jika pajakan tidak diperbaharui, status tanah akan kembali menjadi tanah Kerajaan dan akan menjadi tanggungjawab PBN untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan jika tapak lombong tersebut masih belum dipulihkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada masa ini status lombong ini adalah berhenti sementara dan sehingga kini, pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) masih belum menerima sebarang permohonan untuk menyambung operasi perlombongan. Sebelum sebarang operasi perlombongan boleh diteruskan, pihak pemajak dan pelombong mesti mematuhi beberapa keperluan perundangan seperti Penyediaan Environmental Impact Assessment (EIA) tambahan, penyediaan Pelan Pemulihan Lombong untuk kelulusan PBN dan Penyediaan Skim Pengendalian Melombong untuk kelulusan JMG serta pengemaskinian beberapa lagi keperluan termasuklah Environmental Management Plan (EMP) dan Erosion dan Sedimentation Control Plan (ESCP).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1865,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1865",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-08",
        "year": 2019,
        "no": "21",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "YB TUAN WONG TACKMinta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan secara terperinci pelan tindakan untuk penyahtauliahan dan pemulihan (Decommissioning and Rehabilitation) lombong emas Raub Aust...",
        "question": "YB TUAN WONG TACKMinta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan secara terperinci pelan tindakan untuk penyahtauliahan dan pemulihan (Decommissioning and Rehabilitation) lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM). Sekiranya kerja-kerja pemulihan telah bermula, bilakah ia dijangka siap dan siapa yang akan menanggung kosnya.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nRaub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGM) merupakan operator yang telah dilantik oleh pemegang Pajakan Lombong ML 1669 (tempoh pajakan sah sehingga 31 Disember 2038) dan Sijil Melombong MC 533 (tempoh pajakan sah sehingga 16 Ogos 2027) milik Akay Holdings Sdn Bhd (AKAY). Operasi melombong telah dihentikan oleh syarikat RAGM atas sebab pembatalan perjanjian perlombongan “Permit-To-Mine” di antara RAGM dengan AKAY mulai 26 April 2017 mengikut notis yang dihantar kepada agensi-agensi yang berkaitan.\n\r\nBerdasarkan Enakmen Mineral 2001 (Pahang), pelaksanaan penyahtauliahan (decommissioning) dan pemulihan lombong, pemajak perlu menyatakan dengan terperinci bagi perlombongan berskala besar. Namun, sehingga kini pihak pemajak masih belum mengemukakannya untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).\n\r\nMemandangkan kedua-dua pajakan melombong masih lagi berkuatkuasa sehingga tahun 2027 dan 2038, adalah menjadi tanggungjawab pemajak terhadap terhadap sebarang kerja-kerja pemulihan lombong. Namun, selepas tempoh tersebut, jika pajakan tidak diperbaharui, status tanah akan kembali menjadi tanah Kerajaan dan akan menjadi tanggungjawab PBN untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan jika tapak lombong tersebut masih belum dipulihkan.\n\r\nPada masa ini status lombong ini adalah berhenti sementara dan sehingga kini, pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) masih belum menerima sebarang permohonan untuk menyambung operasi\n\r\nNO. SOALAN : 21\n\r\nperlombongan. Sebelum sebarang operasi perlombongan boleh diteruskan, pihak pemajak dan pelombong mesti mematuhi beberapa keperluan perundangan seperti Penyediaan Environmental Impact Assessment (EIA) tambahan, penyediaan Pelan Pemulihan Lombong untuk kelulusan PBN dan Penyediaan Skim Pengendalian Melombong untuk kelulusan JMG serta pengemaskinian beberapa lagi keperluan termasuklah Environmental Management Plan (EMP) dan Erosion dan Sedimentation Control Plan (ESCP).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1846,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1846",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-26",
        "year": 2019,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji",
        "area": "Jelutong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang dan Sungai Jelutong di Jelutong Pulau Pinang dijangka disiapkan.",
        "question": "Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang dan Sungai Jelutong di Jelutong Pulau Pinang dijangka disiapkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek tebatan banjir di kawasan Jelutong adalah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Daerah Timur Laut. Projek ini merupakan projek RTB yang diluluskan ddalam Rolling Plan-2 (2017) RMKe-11 dengan kos siling projek sebanyak RM150 Juta.\n\r\nProjek ini meliputi lembangan Sungai Pinang seluas 51 km persegi yang meliputi 40 peratus kawasan dalam Daerah Timur Laut serta merangkumi enam cabang anak sungai iaitu Sungai Jelutong, Sungai Air Itam, Sungai Air Terjun, Sungai Dondang, Sungai Air Putih dan Sungai Kecil.\n\r\nPelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan siap dilaksanakan pada tahun 2024.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1862,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1862",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-10",
        "year": 2019,
        "no": "23",
        "member": "Puan Maria Chin binti Abdullah",
        "area": "Petaling Jaya",
        "minister": "MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah penguatkuasaan undang-undang terhadap pemaju yang masih gagal untuk memohon pengeluaran geran hak milik strata kepada pembeli dan melanggar peruntukan Akta Hak Milik Strata (Pind...",
        "question": "Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah penguatkuasaan undang-undang terhadap pemaju yang masih gagal untuk memohon pengeluaran geran hak milik strata kepada pembeli dan melanggar peruntukan Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2013",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSeksyen 8 Akta Hakmilik Strata 1985 memperuntukkan bahawa pemilik asal atau pemilik tanah yang gagal untuk memohon pengeluaran hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan, maka pemilik asal tersebut adalah telah melakukan kesalahan.\n\r\nJika disabitkan kesalahan, pemilik asal boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga (3) tahun.\n\r\nTindakan penguatkuasaan ke atas kegagalan memohon pecah bahagi bangunan atau tanah adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri masing-masing.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1868,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1868",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "26",
        "member": "Datuk Seri Dr. Adham bin Baba",
        "area": "Tenggara",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi banjir kilat di sekitar Kampung Lukut, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Temenin dalam Parlimen Tenggara daerah Kota Tinggi kerana setiap k...",
        "question": "Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi banjir kilat di sekitar Kampung Lukut, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Temenin dalam Parlimen Tenggara daerah Kota Tinggi kerana setiap kali hujan lebat yang berpanjangan akan berlakunya banjir di kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir kilat di sekitar Kampung Lukut, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Temenin dalam Parlimen Tenggara daerah Kota Tinggi, kerja-kerja penyelenggaran terhadap Sungai Lalang dan saliran-saliran yang memasuki sungai berkenaan perlu dilaksanakan terutamanya ketika musim tengkujuh. \n\n\r\nKerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran/ sungai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan turut membantu menyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan kepada permohonan daripada Negeri dan peruntukan yang sedia ada. \n\n\r\nBagi tahun 2018, Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM16.9 juta kepada Negeri Johor di bawah program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir pelbagai negeri. Manakala bagi Parlimen Tenggara, sebanyak RM695,393.52 telah disalurkan. \n\n\r\nSekian, terima kasih \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1840,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1840",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-19",
        "year": 2019,
        "no": "29",
        "member": "YB TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN",
        "area": "SELAYANG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah perkembangan cadangan menaikkan kadar tarif air di setiap negeri dan bagaimana Kerajaan menjamin kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat terutamanya isi rumah yan...",
        "question": "YB TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah perkembangan cadangan menaikkan kadar tarif air di setiap negeri dan bagaimana Kerajaan menjamin kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Sesi konsultasi dengan operator air dan kerajaan negeri telah diadakan bagi memberi penjelasan mengenai cadangan TSM dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza di setiap negeri. Pada masa ini Kementerian sedang mengadakan proses konsultasi dengan pengguna domestik dan pengguna bukan domestik. Hasil konsultasi ini kelak akan dijadikan input penting bagi pertimbangan Kerajaan dalam menentukan pelaksanaan TSM. Pada masa yang sama hebahan pelaksanaan TSM juga dibuat melalui pelbagai saluran media sosial, media cetak dan media elektronik.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n3. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM, Kerajaan mengambilkira kepentingan serta hak golongan berpendapatan rendah terhad akses kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Sebagai menjamin pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu, di mana mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia. Dalam pada itu, cadangan TSM ini juga mengambilkira keperluan untuk mendidik pengguna agar menggunakan air secara berhemah dan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, adalah adil sekiranya kadar tarif lebih tinggi dikenakan bagi julat penggunaan air lebih tinggi (> 35 meter padu) dan bagi pengguna komersial.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Akhirnya, menjadi aspirasi Kementerian supaya melalui pelaksanaan TSM industri perkhidmatan air yang mapan, berdaya maju serta sentiasa berupaya memberi jaminan kelangsungan bekalan air yang berkualiti pada harga yang adil kepada pengguna dan operator air akan dapat diwujudkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1849,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1849",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-27",
        "year": 2019,
        "no": "29",
        "member": "YB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU",
        "area": "TAMBUN",
        "minister": "Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah peranan Kerajaan Pusat dalam usaha untuk membangunkan industri miner",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "YB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU [TAMBUN] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah peranan Kerajaan Pusat dalam usaha untuk membangunkan industri mineral yang lestari di...",
        "question": "YB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU [TAMBUN] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah peranan Kerajaan Pusat dalam usaha untuk membangunkan industri mineral yang lestari di negeri Perak yang dilihat mampu untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nIndustri mineral telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam membangunkan ekonomi negara. Negeri Perak pernah menjadi pengeluar terbesar bijih timah di Malaysia dan sehingga kini, ianya masih menyumbang kepada pengeluaran bijih timah negara lebih kurang 76.5 % iaitu sebanyak 3,181 tan daripada jumlah keseluruhan pengeluaran timah negara sebanyak 4,158 tan. Selain bijih timah, negeri Perak juga mengusaha dan menghasilkan batu kapur, granit, dolomit, pasir silika, kaolin, mika halus (serisit) dan lempong bebola.\n\r\n\nFungsi di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 adalah mengawal selia aktiviti industri mineral negara bagi mewujudkan situasi industri yang teratur dan lestari. Selain menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli turut melaksanakan Dasar Mineral Negara 2 (National Mineral Policy 2) yang bermula pada tahun 2009.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nDalam usaha Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan industri mineral secara mampan, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah memperkenal dan melaksanakan Dasar Mineral Negara 2 (National Mineral Policy 2) yang bermula pada tahun 2009 yang menggariskan 7 Teras untuk meneruskan kecemerlangan dalam sektor mineral melalui pengurusan sumber mineral yang efektif dan efisien. Ini akan membantu dalam perindustrian negara serta menghasilkan produk-produk baharu yang bernilai tinggi yang akan terus meningkatkan produktiviti dan daya saing global negara. \n\nPelaksanaan amalan perlombongan terbaik akan memastikan keseimbangan antara kekayaan ekonomi, kesejahteraan sosial dan pemeliharaan alam sekitar ke arah pembangunan mapan.\n\r\n\nSecara khususnya di negeri Perak, KATS melalui JMG melalui projek di dalam RMKe-11 telah melaksanakan Kajian Potensi Sumber Batuan Silika yang telah dikenalpasti berpotensi untuk diusahakan sebagai sumber pendapatan yang baharu selain daripada mineral sedia ada. Sumber mineral ini dikenalpasti bersesuaian digunakan sebagai bahan mentah utama dalam industri penghasilan ferosilikon, silikon, komponen litar elektronik dan panel solar.\n\r\n\nKajian dalam mengenalpasti potensi mineral negara seperti bijih timah, pasir silika, batu kapur, mika halus (sericite) dan lempung bebola juga telah dilaksanakan sejak RMKe-5 hingga kini dan telah diterjemahkan kepada peningkatan hasil perlombongan daripada RM728.4 juta pada tahun 1986 sehingga RM1.1 billion pada tahun 2018.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1861,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1861",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-04",
        "year": 2019,
        "no": "30",
        "member": "Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi Bin Ghazali",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan setakat manakah kajian telah dilakukan untuk mewujudkan projek pemindahan air dari Hulu Sg. Perak ke atas Tasek Bukit Merah yang dikatakan akan menyelesaikan masalah pengairan sawah padi...",
        "question": "Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan setakat manakah kajian telah dilakukan untuk mewujudkan projek pemindahan air dari Hulu Sg. Perak ke atas Tasek Bukit Merah yang dikatakan akan menyelesaikan masalah pengairan sawah padi di Daerah Kerian khususnya Parlimen Bagan Serai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProgram National Water Balance Management System (NAWABS) yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 (RMKe-11) adalah termasuk skop kajian NAWABS Lembangan Sungai Perak, Sungai Kurau dan Sungai Kerian.\n\r\nProgram NAWABS Fasa 1 (2016 – 2020) dan Fasa 2 (2019 – 2022) yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) akan menyediakan satu sistem maklumat yang mampu membuat ramalan dan amaran kemarau sumber air lebih awal iaitu ramalan 2 bulan dan amaran 14 hari kehadapan. Program ini sedang diperluaskan ke seluruh lembangan sungai di Malaysia termasuk di Sungai Perak, Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Ketiga-tiga lembangan sungai di Negeri Perak ini akan dilaksanakan dalam NAWABS Fasa 2. Objektif program ini adalah membantu pihak Pengurusan Sumber Air Negeri dalam menyediakan ketersediaan maklumat sumber air secara real time.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelantikan perunding melalui tender dijangka pada bulan Jun 2019 untuk melaksanakan kajian NAWABS Lembangan Sungai Perak, Sungai Kurau dan Sungai Kerian. Kajian ini antaranya juga akan mengkaji kecukupan sumber air serta mengenalpasti potensi serta kesesuaian pemindahan air dari satu lembangan sungai ke lembangan sungai yang lain (inter-basin transfer).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1833,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1833",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-14",
        "year": 2019,
        "no": "35",
        "member": "YB. Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu",
        "area": "Tambun",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah strategi jangka masa panjang Kerajaan Pusat dalam membantu negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu, ser...",
        "question": "YB. Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah strategi jangka masa panjang Kerajaan Pusat dalam membantu negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu, serta status permohonan penyenaraian Taman Diraja Royal Belum Perak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian ini sedang mengkaji beberapa insentif ekonomi untuk membantu Kerajaan Negeri yang mengambil usaha untuk melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer (EFT) bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). Pihak kementerian dengan kerjasama Pihak Berkuasa Negeri melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri telah mengklasifikasikan Hutan Simpanan Kekal mengikut fungsi seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Semua Jabatan Perhutanan Negeri juga telah diminta untuk meningkatkan keluasan Hutan Simpanan Kekal khususnya melalui pewartaan kawasan-kawasan yang terlibat dalam projek Central Forest Spine dan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Lain yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara sebagai Hutan Perlindungan. Sehingga Disember 2018, seluas 1,825,131 hektar telah dikenalpasti sebagai kawasan Hutan Perlindungan di dalam Hutan Simpanan Kekal.\n\r\nSelain daripada itu pihak kementerian juga mengadakan penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan JPSM dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi memantau dan menguatkuasakan kawasan perlindungan dari diceroboh. Kementerian ini juga mengesyorkan kepada mana-mana Kementerian/Jabatan/agensi penguatkuasaan yang mempunyai bidang kuasa perundangan bagi tujuan pemuliharaan seperti mana yang dihasratkan oleh Ahli Yang Berhormat supaya dapat mewarta dan melindungi kawasan tersebut mengikut bidang kuasa masing-masing.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, borang Tentative List Taman Negeri Royal Belum Perak telah dihantar ke pihak UNESCO pada 31 Januari 2017 dan telah diperakui penerimaannya oleh World Heritage Committee (WHC) yang bersidang pada 02 hingga 12 Julai 2017 di Krakow, Poland. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) sedang menyediakan dossier pencalonan Taman Negeri Royal Belum Perak dan dijangka dapat dihantar kepada pihak UNESCO selewat-lewatnya sebelum 31 Januari 2020. Ini termasuk menjalankan kajian dengan kerjasama pakar yang terlibat, mendokumentasikan maklumat, menyediakan Pelan Pengurusan Pemuliharaan (Conservation Management Plan) serta Rancangan Kawasan Khas (Special Area Plan), bahan-bahan promosi, penerbitan dan lain-lain.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1851,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1851",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-28",
        "year": 2019,
        "no": "35",
        "member": "Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid",
        "area": "Kapar",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah terdapat aktiviti mengorek pasir secara haram dan pencerobohan di tanah milik Kerajaan",
        "question": "Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah terdapat aktiviti mengorek pasir secara haram dan pencerobohan di tanah milik Kerajaan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAktiviti pengorekan pasir di tanah milik Kerajaan adalah tertakluk kepada kelulusan permit atau lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Sekiranya berlaku pencerobohan atau pengorekan pasir secara haram, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri masing-masing.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi aktiviti pengorekan pasir di Pelantar Benua iaitu kawasan lautan selepas 3 batu nautika daripada tikas air surut adalah tertakluk kepada kelulusan lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merujuk kepada Akta Pelantar Benua 1966. Sekiranya berlaku pengorekan pasir secara haram, tindakan pemantauan pengorekan pasir akan dibuat oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1940,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1940",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-07-16",
        "year": 2019,
        "no": "35",
        "member": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR",
        "area": "PERMATANG PAUH",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ PERMATANG PAUH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan: a) perkembangan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mewartakan Hutan Ulu Muda sebagai h...",
        "question": "PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ PERMATANG PAUH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\r\na) perkembangan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mewartakan Hutan Ulu Muda sebagai hutan tadahan air, memandangkan pembalakan berterusan menjejaskan iklim mikro dan corak taburan hujan tempatan; dan\n\n\r\nb) kesediaan Kerajaan Pusat melunaskan pampasan yang dipersetujui Kerajaan Negeri Kedah setelah pewartaannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na) Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, kawasan hutan di Ulu Muda mempunyai enam (6) kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang berkeluasan lebih kurang 163 ribu hektar yang menempatkan tiga (3) empangan iaitu:\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Empangan Pedu\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Empangan Kuala Muda\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Empangan Ahning\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDaripada jumlah tersebut, seluas lebih kurang 51 ribu hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman No. 341 bertarikh 10 Mei 2018 di bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nb) Pada masa ini, Kementerian sedang mengkaji beberapa insentif ekonomi melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer (EFT) bersama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) untuk membantu Kerajaan Negeri yang telah mengambil tindakan melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1858,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1858",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-03",
        "year": 2019,
        "no": "36",
        "member": "Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar",
        "area": "Santubong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada kajian oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) berhubung dengan perancangan untuk mengubah Dasar Perhutanan Negara kepa...",
        "question": "Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada kajian oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) berhubung dengan perancangan untuk mengubah Dasar Perhutanan Negara kepada hutan simpanan kekal dan peladangan hutan diteruskan dan bila siap. Kalau tidak kenapa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDasar Perhutanan Negara 1978 telah dipinda pada 25 Ogos 1978 dan seterusnya diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 19 November 1992. Pelaksanaan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) yang terpakai di Semenanjung Malaysia turut merangkumi pengisytiharan Hutan Simpanan Kekal dan ladang hutan. Walau bagaimanapun, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kini dalam usaha mengkaji dan menyediakan suatu Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia yang lebih menyeluruh untuk memastikan sektor perhutanan terus menyumbang ke arah pencapaian pembangunan negara. Dasar ini dijangka siap pada penghujung tahun 2019.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1869,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1869",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "38",
        "member": "Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan",
        "area": "Pontian",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor dan adakah Pulau Pisang di perairan Pontian juga memiliki status ini. Adakah Pulau Pisang akan dibangunkan dan bila akan dimulakan.",
        "question": "Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor dan adakah Pulau Pisang di perairan Pontian juga memiliki status ini. Adakah Pulau Pisang akan dibangunkan dan bila akan dimulakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\r\nSebagaimana yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 9 Disember 2018 yang lalu iaitu \"Pulau Kukup akan terus kekal sebagai kawasan Taman Negara (Johor), serta hendaklah dijaga dan dikawal selia oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)\". \n\r\n\n\r\n\r\nPulau Kukup merupakan salah satu tapak Ramsar di Malaysia iaitu pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diperolehi pada 31 Januari 2003 (No. Ramsar 1287) di atas keistimewaannya dan status tersebut masih kekal sehingga kini. Bagi memastikan kelestarian Pulau Kukup terjaga, pihak PTNJ sentiasa meneruskan usaha-usaha dalam memastikan empat teras utama iaitu konservasi, penyelidikan, pendidikan dan eko-pelancongan dapat dijalankan di kawasan tersebut. \n\r\n\n\r\n\r\nWalau bagaimanapun status Pulau Pisang di perairan Pontian adalah bukan sebagai Taman Negara Johor. Pulau Pisang adalah sebahagian dari kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian (Kepulauan) seluas 133.10 hektar meliputi empat (4) pulau iaitu Pulau Pisang, Pulau Sauh, Pulau Kemudi, Pulau Tunda yang terletak kira-kira 18 kilometer daripada Bandar Pontian. Sehingga kini, Pulau Pisang hanya dijadikan sebagai kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian dan tidak ada sebarang perancangan pembangunan. \n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1847,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1847",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-26",
        "year": 2019,
        "no": "39",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kenapa Indah Water Konsortium masih mengeluarkan surat tuntutan kepada pemilik-pemilik premis sungguhpun bayaran yang dituntut itu telah melebihi 6 tahun dan tidak boleh dituntut lagi (t...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kenapa Indah Water Konsortium masih mengeluarkan surat tuntutan kepada pemilik-pemilik premis sungguhpun bayaran yang dituntut itu telah melebihi 6 tahun dan tidak boleh dituntut lagi (time barred).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) ialah salah seorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 191 (Akta 655) untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti pembetungan. Berdasarkan seksyen 88 (Akta 655) mengkehendaki orang yang diberi kuasa untuk mengutip caj perkhidmatan pembetungan yang disediakan kepada para pengguna. Melalui Akta ini, setiap pengguna mempunyai tanggungjawab statutori untuk membayar perkhidmatan pembetungan IWK dalam tempoh 30 hari dari tarikh bil dikeluarkan dan jika jumlah caj perkhidmatan itu tidak dibayar, jumlah tersebut boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Bagi akaun-akaun yang tertunggak lebih dari 9 bulan atau tertunggak sebanyak RM1,500.00, usaha pengutipan bayaran hutang dilakukan dengan segera oleh IWK di peringkat awal lagi dengan memberi notis berterusan dan mengeluarkan surat-surat peringatan pembayaran, melawat premis pengguna-pengguna berkaitan, mengeluarkan surat tuntutan dan memfailkan saman\n\n\r\nserta penyataan tuntutan kepada mana-mana pengguna yang masih belum menyelesaikan bayaran hutang tertunggak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Justeru, memandangkan tindakan telah diambil dalam tempoh 6 tahun untuk menuntut caj pembetungan yang tertunggak, isu had masa tidak berbangkit.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1828,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1828",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-12",
        "year": 2019,
        "no": "40",
        "member": "Dato' Hasbullah bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu kepupusan haiwan yang terancam seperti harimau dan badak sumbu; dan (b) apakah pendirian Kementerian berhubung penyahw...",
        "question": "Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\r\n(a) langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu kepupusan haiwan yang terancam seperti harimau dan badak sumbu; dan\n\r\n(b) apakah pendirian Kementerian berhubung penyahwartaan sebahagian kawasan kompartmen 19, Hutan Simpan kekal Bukit Lagong Mukim Batu dan Rawang, Selangor Darul Ehsan bagi di beri projek pembangunan perumahan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) terus komited bagi menangani isu kepupusan haiwan yang terancam seperti harimau dan badak sumbu melalui langkah-langkah seperti berikut:\n\r\n1. Langkah Jangka Pendek\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Meningkatkan rondaan penguatkuasaan dan pemantauan harimau di kawasan-kawasan hotspot pemburuan haram di mana 200 kakitangan PERHILITAN kini sedang menjalankan rondaan secara berterusan di 20 lokasi hotspot pemburuan haram Harimau Belang dan spesies terancam yang lain melalui Ops Belang;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(ii) Meningkatkan rondaan penguatkuasaan di dalam dan luar Kawasan Perlindungan (PA) menerusi program operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iii) Melaksanakan Operasi Jerat secara berkala di habitat hidupan liar bagi mencari dan memusnahkan jerat;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Mengadakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama 2 tahun iaitu 2019 – 2020 dengan tema khusus iaitu\n\r\n“Save Our Malayan Tiger”. Kempen ini telah dilancarkan pada 17 Mac 2019 sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2019;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Menjadikan tahun 2019 sebagai “Tahun Perangi Jenayah Siber Hidupan Liar” (Combating Wildlife Cybercrime) sebagai kempen menangani jenayah hidupan liar atas talian yang semakin berleluasa;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vi) Melaksanakan moratorium pemburuan terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan Kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 30 November 2021;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(vii) Meningkatkan program kesedaran awam seperti pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat menerusi Jabatan PERHILITAN dan kerjasama dengan pihak NGO yang berkaitan; dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(viii) Survei Badak Sumatera di lapangan masih diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Ke11 walaupun tiada rekod kehadirannya di habitat asal dicatat sejak tahun 2010.\n\r\n2. Langkah Jangka Panjang\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(i) Memperbanyakkan program pelepasan sumber makanan seperti Rusa Sambar di habitat-habitat populasi harimau bagi memperbanyakkan sumber makanan kepada harimau;\n\r\n(ii) Merancang untuk mewujudkan dan mewartakan Santuari Harimau Belang di tiga landskap utama iaitu Belum-\n\r\nTemengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Rompin);\n\r\n(iii) Mewujudkan National Tiger Conservation Centre (NTCC) di Lanchang, Pahang bagi menambah populasi harimau untuk dilepaskan ke habitat asalnya;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(iv) Mengadakan Program Sukarelawan yang melibatkan masyarakat awam untuk bersama-sama terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam usaha mencegah jenayah hidupan liar dan pemuliharaan hidupan liar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(v) Menjalankan aplikasi Teknologi Pembiakan Termaju (ART) bagi menghalang kepupusan spesis Badak Sumatera. Program permanian berhadas (Artificial Insemination) dan penghasilan Embryo di dalam makmal adalah percubaan untuk meningkatkan kelahiran anak Badak Sumatera. Program ini sedang dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah bersama pihak Borneo Rhino Alliance (BORA) dengan bantuan kepakaran dari pihak Zoo Berlin, Jerman ke atas dua individu yang sedang dipelihara di Rezab Hidupan Liar Tabin, Sabah.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b) Pihak kementerian mengambil maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 74(2) telah menetapkan bahawa tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Susulan itu, sebarang pewartaan keluar kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) merupakan kuasa pihak negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalau bagaimanapun, pihak kementerian secara dasarnya tidak bersetuju dengan pewartaan keluar mana-mana Hutan Simpanan Kekal.\n\n\r\nPendirian ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok sepertimana yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Komitmen ini diperkukuhkan lagi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Persidangan Parti Ke-15 Kerangka Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15-UNFCCC) di Copenhagen, Denmark pada tahun 2009.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1841,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1841",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-19",
        "year": 2019,
        "no": "40",
        "member": "DATO’ MASIR KUJAT",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tekanan bekalan air rendah di Sri Aman",
        "question": "DATO’ MASIR KUJAT minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tekanan bekalan air rendah di Sri Aman",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keperluan rakyat ke atas sumber air terawat sentiasa dijaga demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Dalam hal ini, Kerajaan telah melaksanakan projek pembinaan loji, kolam takungan dan paip untuk bekalan air Sri Aman dengan peruntukan berjumlah RM100 juta dan projek ini telah siap pada tahun 2017 bagi tujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan tersebut.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian , terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1830,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1830",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-13",
        "year": 2019,
        "no": "41",
        "member": "Tuan Teh Kok Lim",
        "area": "Taiping",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan SOP dalam kawalan Hutan Simpan Kekal daripada teroka haram dan teroka luar kerana didapati tindakan kawalan pada kes-kes yang tertentu amat mengecewakan",
        "question": "Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan SOP dalam kawalan Hutan Simpan Kekal daripada teroka haram dan teroka luar kerana didapati tindakan kawalan pada kes-kes yang tertentu amat mengecewakan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu penerokaan haram yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pada masa ini penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\nSehingga kini, JPSM mempunyai enam (6) Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan skop penguatkuasaan dan perundangan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bagi mengawal dan membendung penerokaan haram di HSK.\n\r\nKATS melalui JPSM turut mengadakan inisiatif program penguatkuasaan bersepadu. Program tersebut diadakan bagi memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras penerokaan haram di dalam dan di luar HSK seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(a) Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);\n\r\n(b) Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(c) Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang\n\r\ndikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(d) Penubuhan Unit Perisikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(e) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(f) Penubuhan Pusat Pemantauan Sumber Hutan Negara yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam pemantauan kesalahan hutan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1834,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1834",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-14",
        "year": 2019,
        "no": "46",
        "member": "Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad",
        "area": "Mersing",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian dan bilakah ianya akan dilaksanakan",
        "question": "Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian dan bilakah ianya akan dilaksanakan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nProgram Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dilaksanakan secara berfasa. PRAB Fasa 1 yang melibatkan 3 lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Pahang telah tamat diuji jalan sepenuhnya pada Disember 2018. Fasa 1 ini akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019. Bagi PRAB Fasa 2 yang merupakan kesinambungan daripada PRAB Fasa 1, ia akan melibatkan 38 lembangan sungai. Fasa 2 ini masih di peringkat perancangan dan reka bentuk. Keseluruhan program ini di jangka akan siap dilaksanakan dalam RMKe-12.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1835,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1835",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-14",
        "year": 2019,
        "no": "48",
        "member": "DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID",
        "area": "KUALA KRAU",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini perjanjian Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PAMPS).",
        "question": "DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID [ KUALA KRAU ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini perjanjian Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PAMPS).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (PPAMPS) dibina bagi menyalurkan air mentah berjumlah 1890 juta liter sehari (JLH) daripada Pahang ke Selangor. Perjanjian jual beli air mentah di antara Pahang dan Selangor telah dimeterai pada 22 November 2007, di mana Selangor akan membayar kepada Pahang sebanyak RM0.10 bagi setiap meter padu air mentah yang dibekalkan. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 3 Mac 2015.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1842,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1842",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-20",
        "year": 2019,
        "no": "52",
        "member": "Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal",
        "area": "Bukit Gantang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah penyelesaian jangka panjang Kerajaan bagi mengatasi permasalahan banjir di Temelok, Batu Hampar, dan Padang Gajah bagi kawasan DUN Trong serta Matang dan Simpang Halt bagi...",
        "question": "Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah penyelesaian jangka panjang Kerajaan bagi mengatasi permasalahan banjir di Temelok, Batu Hampar, dan Padang Gajah bagi kawasan DUN Trong serta Matang dan Simpang Halt bagi kawasan DUN Kuala Sepetang. Apakah jaminan Kerajaan, bahawa pembangunan Lebuh Raya Pantai Barat (The West Coast Expressway - WCE), Banting ke Changkat Jering tidak akan memberi implikasi baharu berhubung permasalahan banjir terutamanya di kawasan DUN Trong.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKawasan Temelok, Batu Hampar, dan Padang Gajah bagi kawasan DUN Trong serta Matang dan Simpang Halt bagi kawasan DUN Kuala Sepetang terletak dalam kawasan tadahan Sungai Trong dan Sungai Nyior.\n\r\nBagi penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan, kajian bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian banjir dan kaedah yang berkesan untuk mengatasinya akan dilaksanakan. Permohonan untuk melaksanakan kajian tersebut akan dipohon dalam Rolling Plan 4 (2020) RMKe-11.\n\r\nDi samping itu, Kementerian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sentiasa memantau dan menyelenggara Sg. Trong dan Sg. Nyior untuk mengurangkan kejadian banjir.\n\r\nKawasan Temelok, Batu Hampar dan Padang Gajah dalam DUN Trong berada di kawasan hilir koridor pembinaan Lebuhraya WCE (Seksyen 11 – Persimpangan Beruas ke Persimpangan Taiping Selatan) dengan jarak kira-kira 1.5 km sehingga 4.2 km daripada jajaran lebuhraya. Sehubungan itu, pembinaan lebuhraya tidak memberi sebarang implikasi baharu terhadap permasalahan banjir di kawasan tersebut.\n\r\nPihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga sentiasa memantau kerja-kerja pembinaan yang dijalankan oleh pihak WCE terutamanya di lokasi-lokasi\n\r\nsensitif dalam memastikan pembinaan Lebuhraya WCE tidak memberi kesan tambahan terhadap kawasan sensitif banjir/ saliran sedia ada.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1843,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1843",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-21",
        "year": 2019,
        "no": "52",
        "member": "Tuan Ahmad bin Hassan",
        "area": "Papar",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan 50% baki perlaksanaan Projek Waterfront di Sg. Papar. Projek ini sangat penting untuk Pekan Papar sebagai penarik pelancong dalam dan luar negara.",
        "question": "Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan 50% baki perlaksanaan Projek Waterfront di Sg. Papar. Projek ini sangat penting untuk Pekan Papar sebagai penarik pelancong dalam dan luar negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, projek 'waterfront' di Sungai Papar telah dilaksanakan sepanjang 250 meter daripada 500 meter panjang mengikut perancangan asal. Projek Fasa 1 sepanjang 250 meter tersebut mula dilaksanakan pada 16 Julai 2014 dan siap pada 23 Februari 2016 dengan kos berjumlah RM10 juta.\n\r\nUntuk Fasa 2, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Sabah telah membuat permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek berkenaan. Permohonan berkenaan masih dalam pertimbangan Kementerian.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1852,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1852",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-28",
        "year": 2019,
        "no": "53",
        "member": "Puan Maria Chin binti Abdullah",
        "area": "Petaling Jaya",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab moratorium perlombongan bauksit diangkat, mengemukakan SOP bagi menjaga kesihatan penduduk dan juga alam sekitar apabila perlombongan bermula semula, lokasi pembuangan deposit bauk...",
        "question": "Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab moratorium perlombongan bauksit diangkat, mengemukakan SOP bagi menjaga kesihatan penduduk dan juga alam sekitar apabila perlombongan bermula semula, lokasi pembuangan deposit bauksit, langkah penguatkuasaan undang-undang serta menjelaskan setakat manakah self-regulation oleh syarikat perlombongan boleh dipercayai.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri mineral, telah mengambilkira pelbagai faktor dalam menggubal SOP aktiviti perlombongan dan pengekspotan bauksit. Ini termasuklah kemampanan dan hala tuju industri mineral, kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan awam, kesan limpahan ekonomi (economic spill over) dan lain-lain.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPenyelarasan fungsi dan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diambilkira dalam menangani perkara ini. Kelulusan bagi sebarang pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN), manakala pihak kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mampan dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPematuhan terhadap SOP ini oleh semua penggiat industri akan menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSecara asasnya, SOP baharu berkaitan aktiviti perlombongan bauksit telah menekankan prosedur-prosedur peringkat sebelum perlombongan (pre-mining), semasa perlombongan (during mining) dan selepas perlombongan (post-mining). Keperluan kelulusan laporan EIA bagi setiap permohonan perlombongan adalah merupakan syarat utama yang akan diwajibkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1829,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1829",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-12",
        "year": 2019,
        "no": "55",
        "member": "TUAN JONATHAN YASIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang akan dimulakan.",
        "question": "TUAN JONATHAN YASIN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang akan dimulakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kundasang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan peruntukan sebanyak RM161,930,233.00. LRA ini dijangka menampung sehingga 15 juta liter sehari (JLH) bagi kawasan sekitar penduduk Kundasang.\n\r\nProjek ini telah melalui proses penilaian tender. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada bulan April 2019. Projek ini dijangka siap pada tahun 2021.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1855,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1855",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-01",
        "year": 2019,
        "no": "57",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar",
        "area": "Santubong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan bila perincian cadangan pindaan kepada Kanun Tanah Negara dan Akta Strata Titles siap dan bila akan dibawa ke Dewan Rakyat, kalau tidak kenapa",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bila perincian cadangan pindaan kepada Kanun Tanah Negara dan Akta Strata Titles siap dan bila akan dibawa ke Dewan Rakyat, kalau tidak kenapa",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPindaan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) masih di peringkat rundingan dengan Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) pula, Kementerian masih di peringkat kajian untuk meminda AHS bagi memudah cara pembangunan semula skim strata, serta menambah baik prosedur permohonan hakmilik strata sedia ada. Proses ini akan mengambil masa kerana melibatkan engagement yang menyeluruh dengan stakeholders termasuklah rundingan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri.\n\r\nKedua-dua Rang Undang-undang (Pindaan) berkaitan dijangka boleh dibentangkan di Parlimen pada tahun 2020.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1864,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1864",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-09",
        "year": 2019,
        "no": "58",
        "member": "Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status terkini projek tebatan banjir Sungai Golok dan bilakah ianya dijangka siap.",
        "question": "Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini projek tebatan banjir Sungai Golok dan bilakah ianya dijangka siap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM300 Juta. Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 5% di mana kerja-kerja cerucuk bagi pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1844,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1844",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-25",
        "year": 2019,
        "no": "61",
        "member": "Dato' Sri Hajah Nancy Shukri",
        "area": "Batang Sadong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir dan jumlah projek yang telah diluluskan untuk Sarawak.",
        "question": "Dato' Sri Hajah Nancy Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir dan jumlah projek yang telah diluluskan untuk Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nBagi mengatasi masalah banjir di Sarawak, sebanyak sembilan (9) projek utama tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah siling kos projek adalah sebanyak RM392.92 juta. Bagi tahun 2019, peruntukan yang akan disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah RM38.811 juta.\n\r\nPeruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja fizikal, pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1857,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1857",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-02",
        "year": 2019,
        "no": "62",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa pihak pemaju perlu membuat sumbangan kewangan kepada Indah Water Konsortium (IWK) semasa memajukan sesuatu projek padahal IWK mengutip bayaran daripada pemilik premis.",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa pihak pemaju perlu membuat sumbangan kewangan kepada Indah Water Konsortium (IWK) semasa memajukan sesuatu projek padahal IWK mengutip bayaran daripada pemilik premis.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Sebenarnya, sumbangan kewangan yang dibuat oleh pihak pemaju adalah kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) dan bukanlah kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Ingin dijelaskan bahawa sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik SPAN, salah satu tugas IWK ialah untuk mengutip bayaran KWSMP daripada pemaju yang kemudiannya akan disalurkan kepada SPAN. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa IWK yang mengutip bayaran daripada pemaju.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1837,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1837",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-18",
        "year": 2019,
        "no": "63",
        "member": "Puan Noorita binti Sual",
        "area": "Tenom",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani hakisan tebing sungai yang dihadapi oleh penduduk kampung di kawasan Parlimen Tenom hingga menimbulkan kerosakan tanaman dan mengancam k...",
        "question": "Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani hakisan tebing sungai yang dihadapi oleh penduduk kampung di kawasan Parlimen Tenom hingga menimbulkan kerosakan tanaman dan mengancam keselamatan penduduk.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan kos siling projek sebanyak RM50 juta dalam Rolling Plan Ke-2 (2017), RMKe-11 bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas, Lembangan Sungai Padas, Tenom. Pelaksanaan projek ini adalah bagi menangani kemusnahan harta benda, tanaman dan ancaman kepada penduduk akibat banjir serta runtuhan tebing di Tenom. Komponen projek merangkumi pembinaan ban banjir sepanjang 3.85km di Sungai Padas untuk mengelakkan limpahan banjir ke kawasan Pekan Tenom termasuk juga membaiki tebing-tebing sungai kawasan yang berhampiran.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek tersebut masih dalam proses reka bentuk terperinci dan kerja-kerja fizikal dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2019.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1853,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1853",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-28",
        "year": 2019,
        "no": "63",
        "member": "YB PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR",
        "area": "PERMATANG PAUH",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) kadar kenaikan tarif air yang akan dikenakan pada setiap negeri berdasarkan ‘Tariff Setting Mechanism’ (TSM) baru; dan (b) impak tarif ini dari segi kepelbagaian kos kepada pengguna...",
        "question": "YB PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [PERMATANG PAUH] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\n\r\n(a) kadar kenaikan tarif air yang akan dikenakan pada setiap negeri berdasarkan ‘Tariff Setting Mechanism’ (TSM) baru; dan\n\r\n(b) impak tarif ini dari segi kepelbagaian kos kepada pengguna domestik dan komersial.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Pelarasan tarif yang di bawah Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM secara umumnya adalah berbeza di antara negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Secara umumnya pelarasan tarif yang dicadangkan untuk dilaksanakan melalui TSM melibatkan purata kenaikan yang minimum di antara 0.06 sen sehingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Perbezaan ketara purata kenaikan tarif ini adalah berdasarkan tarikh akhir semakan tarif dibuat. Antara contohnya, semakan tarif terakhir bagi negeri Pahang pada 1983 (36 tahun). Oleh yang demikian, purata kenaikan negeri Pahang adalah yang tertinggi iaitu 0.71 sen (88%) berbanding negeri Johor yang telah membuat semakan tarif pada tahun 2015 dengan purata kenaikan hanya sebanyak 0.06 sen (1.6%) sahaja. Tambahan lagi, perbezaan purata kenaikan tarif ini juga disebabkan oleh perbelanjaan dan tanggungan kos penyediaan perkhidmatan bekalan air setiap operator negeri adalah berbeza dan lazimnya semakin meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan masing-masing malah bentuk geografi muka bumi yang berbeza bagi setiap negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Berdasarkan analsis yang dibuat, impak kenaikan tarif ini kepada pengguna domestik dan bukan domestik adalah minimum. Sebagai contoh, penggunaan isi rumah bagi 20,000 liter sebulan akan hanya mengalami kenaikan bil antara RM1.00 hingga RM6.60 sebulan. Manakala bagi pengguna bukan domestik, kenaikan bil air bulanan antara RM1.75 hingga RM19.75 berdasarkan anggaran purata semasa penggunaan air sebanyak 35,000 liter sebulan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1856,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1856",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-01",
        "year": 2019,
        "no": "64",
        "member": "DATO' NGEH KOO HAM",
        "area": "BERUAS",
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "DATO' NGEH KOO HAM [BERUAS] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan telah meluluskan kelulusan khas mengeksport pasir ke luar negara melalui surat bertarikh 30/8/2017 ...",
        "question": "DATO' NGEH KOO HAM [BERUAS] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan telah meluluskan kelulusan khas mengeksport pasir ke luar negara melalui surat bertarikh 30/8/2017 [(No. Rujukan: NRE604-2/3/8 Jld. 3(3)) kepada Asal Jasa Sdn. Bhd. (1133222-P) untuk syarikat ini bekerjasama dengan Syarikat Alligence Systems Sdn. Bhd. (No. Lesen: JKPTG/SPHP/(S)/8-2 SK 151 (55) dan No. Resit Permit: 02010115002009) melombong pasir di bawah Seksyen 4 Akta Pelantar Benua 1996 (Disemak 1972) di luar perairan negeri Perak seluas 287.7 km persegi.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKelulusan khas kepada syarikat tersebut merupakan suatu keputusan dasar berdasarkan arahan Kerajaan terdahulu dan lesen eksport hanya akan dikeluarkan sekiranya syarat yang ditetapkan itu dipenuhi terlebih dahulu.\n\r\nNamun pada masa ini, Kerajaan telahpun membuat suatu dasar baharu berhubung pengeksportan pasir negara. Dalam hal ini, pertimbangan terhadap permohonan pengeksportan pasir bergantung kepada keperluan pasir dalam negara. Kerajaan juga telah memutuskan bahawa pasir laut hanyalah untuk kegunaan tempatan.\n\r\nBerhubung dengan kerjasama antara syarikat Asal Jasa Sdn Bhd. dan syarikat Alligence Systems Sdn. Bhd, ia adalah persetujuan antara entiti perniagaan (business to business).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1831,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1831",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-13",
        "year": 2019,
        "no": "65",
        "member": "DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan bagi menggantikan sistem saluran paip, menaik taraf loji rawatan air, pembangunan sumber air mentah dan membina kolam takungan di Sarawak.",
        "question": "DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan bagi menggantikan sistem saluran paip, menaik taraf loji rawatan air, pembangunan sumber air mentah dan membina kolam takungan di Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Di bawah Rolling Plan Keempat (RP4 - 2019-2020) Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pinjaman berjumlah RM1.747 bilion bagi kerja-kerja penggantian saluran paip, menaiktaraf loji rawatan air, pembangunan sumber air mentah dan pembinaan kolam takungan di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM81.2 juta adalah untuk tahun 2019.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan geran berjumlah RM71 juta di bawah RP4 bagi membantu Sarawak menguruskan isu Non-Revenue Water dengan lebih berkesan. Dari jumlah itu, RM10.8 juta adalah bagi peruntukan tahun 2019.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1848,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1848",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-26",
        "year": 2019,
        "no": "66",
        "member": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari",
        "area": "Pasir Mas",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan tentang industri bauksit yang telah mencemarkan alam sekitar di Kuantan suatu ketika dahulu dan telah dibuka semula oleh Kerajaan pada tahun ini.",
        "question": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tentang industri bauksit yang telah mencemarkan alam sekitar di Kuantan suatu ketika dahulu dan telah dibuka semula oleh Kerajaan pada tahun ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri mineral, telah mengambilkira pelbagai faktor dalam menggubal SOP aktiviti perlombongan dan pengekspotan bauksit. Ini termasuklah kemampanan dan hala tuju industri mineral, kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan awam, kesan limpahan ekonomi (economic spill over) dan lain-lain.\n\r\n\nPenyelarasan fungsi dan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diambilkira dalam menangani perkara ini. Kelulusan bagi sebarang pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN), manakala pihak kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mampan dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPematuhan terhadap SOP ini oleh semua penggiat industri akan menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar.\n\r\n\nSecara asasnya, SOP baharu berkaitan aktiviti perlombongan bauksit telah menekankan prosedur-prosedur peringkat sebelum perlombongan (pre-mining), semasa perlombongan (during mining) dan selepas perlombongan (post-mining). Keperluan kelulusan laporan EIA bagi\n\r\nsetiap permohonan perlombongan adalah merupakan syarat utama yang akan diwajibkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1867,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1867",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-04-11",
        "year": 2019,
        "no": "68",
        "member": "Dato' Seri Tiong King Sing",
        "area": "Bintulu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian boleh memastikan bahawa SOP baharu perlombongan bauksit di Kuantan yang dibenarkan semula tidak akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan, adakah ha...",
        "question": "Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian boleh memastikan bahawa SOP baharu perlombongan bauksit di Kuantan yang dibenarkan semula tidak akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan, adakah hasil Penilaian Kesan Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) dikaji dengan teliti serta dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat untuk membenarkan perlombongan bauksit dibuka semula.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri mineral, telah mengambilkira pelbagai faktor dalam menggubal SOP aktiviti perlombongan dan pengekspotan bauksit. Ini termasuklah kemampanan dan hala tuju industri mineral, kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan awam, kesan limpahan ekonomi (economic spill over) dan lain-lain.\n\r\nPenyelarasan fungsi dan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diambilkira dalam menangani perkara ini. Kelulusan bagi sebarang pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN), manakala pihak kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mampan dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPematuhan terhadap SOP ini oleh semua penggiat industri akan menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar. Secara asasnya, SOP baharu berkaitan aktiviti perlombongan bauksit telah menekankan prosedur-prosedur peringkat sebelum perlombongan (pre-mining), semasa perlombongan (during mining) dan selepas\n\r\nperlombongan (post-mining). Keperluan kelulusan laporan EIA bagi setiap permohonan perlombongan adalah merupakan syarat utama yang akan diwajibkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1838,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1838",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": "2019-03-18",
        "year": 2019,
        "no": "77",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani berhubung kadar pelepasan air mentah dari Empangan Muda dan Empangan Beris sebagai langkah memastikan ta...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani berhubung kadar pelepasan air mentah dari Empangan Muda dan Empangan Beris sebagai langkah memastikan takungan air mentah adalah mencukupi dalam menghadapi musim kemarau yang dijangka sehingga Mei 2019. Jika tidak, apakah langkah yang akan diambil merujuk kepada fenomena El Nino pada tahun 2016.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMesyuarat Penyelarasan dan Penetapan Jadual Bekalan Air di Lembangan Sungai Muda Bagi Musim 1/2019 bagi membincangkan agihan sumber air di Lembangan Sungai Muda telah diadakan pada 26 Februari 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai daripada Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) (iaitu bagi pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli- KATS) dan Integrated Agriculture Develepoment Area (IADA) Pulau Pinang (iaitu bagi pihak Kementerian Pertanian Industri Asas Tani). Agenda perbincangan adalah melibatkan perkara-perkara pengemaskinian Standard of procedure (SOP) Operasi Kemarau yang sedia ada termasuklah pengagihan sumber air dan penjadualan semula tanaman padi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam aspek memastikan kecukupan sumber air di masa akan datang, KATS melalui JPS telah membangunkan satu sistem pengurusan sumber air yang bersepadu iaitu dinamakan National Water Balance Management System Sungai Muda (NAWABS). Objektif projek NAWABS adalah menambahbaik pengurusan sumber air dalam mengoptimumkan penggunaan dan agihan sumber air serta memampankan kolaborasi dalam tadbir urus pembangunan sumber air. Projek NAWABS yang melibatkan Lembangan Sungai Muda kini telahpun 80% siap.\n\r\nPihak MADA bertanggungjawab menyelia tiga (3) buah empangan iaitu Empangan Muda, Pedu dan Ahning. Empangan Muda dan Pedu merupakan takungan utama bagi tujuan pengairan aktiviti penanaman padi dua (2) kali setahun dalam Kawasan Muda dan juga sumber bekalan air domestik/ industri bagi kawasan Kedah Utara, Pulau Langkawi dan sebahagian Negeri Perlis. Pelepasan air dibuat melalui Empangan Pedu bagi tujuan tersebut.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelepasan air mentah oleh Empangan Muda hanya dibuat sekiranya terdapat permohonan daripada kerajaan negeri sepertimana pelepasan sebanyak 33mm3 bagi menangani kekurangan air dalam lembangan Sungai Muda pada bulan April dan Mei 2016 semasa fenomena el-nino. Penyelarasan dari masa ke semasa akan dibuat bersama Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan paras air Sungai Muda mencukupi. Pada kebiasaannya, kekurangan air di Sungai Muda akan ditampung oleh pelepasan air daripada Empangan Beris terlebih dahulu sebelum Empangan Muda. Pihak MADA sentiasa memantau tahap takungan air di kesemua empangan bagi memastikan tindakan proaktif dan dapat dilaksanakan dalam menangani sebarang kemungkinan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1870,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1870",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "118",
        "member": "Tuan Chan Ming Kai",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa tunggakan terkini bagi bil Indah Water mengikut kategori dan setiap negeri.",
        "question": "Tuan Chan Ming Kai minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa tunggakan terkini bagi bil Indah Water mengikut kategori dan setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\r\n\n1. Untuk makluman ahli Dewan sekalian, sehingga 31 Disember 2018, jumlah tunggakan terkumpul bil perkhidmatan pembetungan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) adalah sebanyak RM979.69 juta (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tertunggak) atau hampir 11.66% daripada jumlah keseluruhan bil perkhidmatan pembetungan yang telah dibilkan kepada pengguna. \n\r\n\r\n\n2. Berikut merupakan jumlah tunggakan sehingga 31 Disember 2018 mengikut kategori dan setiap negeri: \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n3. Berdasarkan Jadual di atas, didapati kategori domestik merupakan penyumbang tertinggi dengan tunggakan terkumpul sebanyak RM587.80 juta atau 60% daripada jumlah tunggakan IWK. Secara keseluruhannya pula, sebanyak 1.4 juta daripada 3.9 juta akaun pengguna mempunyai bil tertunggak melebihi 12 bulan. Pada tahun 2018, kutipan pada tahun semasa pengebilan ialah 99.82% (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST)). \n4. Pada tahun 2018, sebanyak RM250.51 juta (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tertunggak) telah berjaya dikutip daripada jumlah bil tertunggak kumulatif sehingga 31 Disember 2017. IWK akan terus berusaha mengebil dan mengutip tunggakan daripada pengguna-pengguna yang sedia ada. \nSekian, terima kasih \n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1871,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1871",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "147",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "TANJONG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perincikan perkembangan projek-projek penarafan berkaitan Empangan Mengkuang seperti mitigasi tapak-tapak tanah runtuh, menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong (Fasa 2A) dan pemasangan saluran...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perincikan perkembangan projek-projek penarafan berkaitan Empangan Mengkuang seperti mitigasi tapak-tapak tanah runtuh, menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong (Fasa 2A) dan pemasangan saluran paip dari Rumah Pam Mak Sulong ke terusan Sungai Dua (Fasa 2B). Bilakah projek-projek berkaitan akan siap dan Empangan Mengkuang sedia untuk diserahkan kepada PBAPP.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\nProjek Pembesaran Empangan Mengkuang terbahagi kepada beberapa fasa. Fasa 1 melibatkan pembinaan Empangan dan kerja-kerja berkaitan telah siap pada 10 April 2017. Manakala Fasa 2A bagi menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong dan kerja-kerja berkaitan telah siap pada 28 September 2017. \n\n\r\nFasa 2B iaitu Kerja-kerja Penyaluran Air Mentah dari Stesen Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua pula sedang dalam proses pengambilan balik tanah. Daripada 77 lot yang terlibat, 64 lot telah selesai dan baki 13 lot masih dalam tindakan. Selain itu, kerja-kerja pembaikan cerun akibat tanah runtuh telah bermula dan dijangka siap pada Mei 2019. \n\n\r\nLanjutan daripada penyiapan Fasa 1 dan Fasa 2A, Kementerian telah bersedia untuk menyerahkan Empangan Mengkuang dan Rumah Pam Mak Sulong secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang namun sehingga kini pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum bersedia untuk menerimanya. \n\n\r\nSekian, terima kasih \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1897,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1897",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "174",
        "member": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air, Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Air",
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) berapa peratuskah bekalan air bersih dan terawat dari bulan Mei 2018 hingga Januari 2019 bagi penduduk luar bandar dan apakah kedudukan bekalan air bersih dan terawat dari bulan M...",
        "question": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :- \n\r\n(a) berapa peratuskah bekalan air bersih dan terawat dari bulan Mei 2018 hingga Januari 2019 bagi penduduk luar bandar dan apakah kedudukan bekalan air bersih dan terawat dari bulan Mei 2018 hingga Januari 2019 bagi Negeri Selangor dan Lembah Klang; dan \n\r\n\n\r\n(b) bagaimana Kementerian memantau dan membantu kerajaan dalam merezab kawasan tadahan air yang masih belum diwartakan.",
        "answer": "SOALAN NO. 174\nJAWAPAN (a)\nTuan Yang di-Pertua,\n1. Secara puratanya, liputan bekalan air di Negeri Selangor sudah mencapai 99.8%, di mana 100% bagi kawasan bandar dan 99.5% bagi kawasan luar bandar. Pengeluaran purata bekalan air terawat bagi Negeri Selangor dan Lembah Klang dari 1 Mei 2018 hingga 31 Januari 2019 ialah 4,857 juta liter sehari (JLH).\n\n2. Manakala bagi bulan Januari 2019, pengeluaran air terawat berada pada paras 4,901 JLH berbanding dengan kapasiti boleh agih sebanyak 5,127 JLH dengan kadar margin rizab sebanyak 4.6%.\n3. Tanggungjawab untuk merezabkan kawasan tadahan air berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri yang dilaksanakan melalui badan kawal selia sumber air negeri masing-masing. Di Selangor sebagai contoh, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas sumber air termasuk dari aspek kawalan, penggunaan, pemantauan dan perezaban. \n\n4. Peranan Kementerian lebih memberi perhatian kepada mengadakan peruntukan perundangan dan kaedah bagi menyokong pengurusan sumber air secara lebih berkesan. Sebagai contoh, Kementerian ini sedang dalam proses untuk mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air bagi tujuan keseragaman undang-undang berkaitan pengurusan sumber air di seluruh Negara. RUU ini adalah bersifat model law dan kerajaan negeri boleh menerima pakai RUU ini ke arah pengurusan sumber air yang lebih mampan, efektif dan efisien. Manakala melalui sistem National Water Balance System (NAWABS), ia dapat membekalkan maklumat sumber air semasa dan akan datang bagi memperkasakan maklumat dan risikan sumber air agar penggunaan sumber air antara pelbagai sektor dapat dibuat dengan lebih efisien.\n\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\r\n\r\nJAWAPAN (b): \n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil langkah-langkah untuk memantau dan membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam merezab kawasan Hutan Tadahan Air yang masih belum diwartakan sepertimana berikut: \n\r\n(i) Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Perhutanan Negara pada tahun 1992 dan 1996 telah memutuskan supaya semua negeri mengenal pasti kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang sesuai dan mewartakan kawasan tersebut sebagai Hutan Tadahan Air mengikut peruntukan subseksyen 10(1)(e), Akta Perhutanan Negara 1984; \n\r\n\n\r\n(ii) JPSM memantau status pewartaan kawasan Hutan Tadahan Air dalam HSK dan melaporkan status berkenaan di dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN). Sehingga 31 Disember 2018, seluas 809,823 hektar kawasan di dalam HSK telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air dan satu kertas kerja bagi menggesa Kerajaan Negeri untuk mewartakan baki kawasan yang belum diwarta seluas 223,640 hektar akan dibentangkan semasa Mesyuarat Ke-75 MTN yang akan datang; \n\r\n\n\r\n(iii) Satu garis panduan iaitu Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kawasan Hutan Tadahan Air Dalam Hutan Simpanan Kekal telah disediakan dan diedarkan kepada semua Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia untuk dijadikan panduan dalam mengurus hutan tadahan air di negeri masing-masing; \n\r\n\n\r\n(iv) Melalui Jawatankuasa Pemantauan Operasi Hutan (JKPOH), semua Jabatan Perhutanan Negeri telah diminta untuk melaksanakan pemantauan secara berkala di lapangan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku di dalam semua Kawasan Hutan Simpanan Kekal termasuk Hutan Tadahan Air. \n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1898,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1898",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "192",
        "member": "SOALAN NO. 192 Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib",
        "area": "Maran",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air, Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Air",
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tebatan banjir di dalam kawasan Parlimen Maran.",
        "question": "SOALAN NO. 192\nDato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tebatan banjir di dalam kawasan Parlimen Maran.",
        "answer": "NO SOALAN : 192\n\r\nJAWAPAN\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi menghadapi kejadian banjir, pihak kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia sedang melaksanakan tindakan pemantauan berterusan secara online melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dengan memantau status semasa curahan hujan dan aras air sungai utama seluruh Malaysia melalui laman sesawang www.publicinfobanjir.water.gov.my.\n\r\nPemantauan secara langsung ini dengan kerjasama daripada lain-lain agensi seperti MetMalaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta JPS Negeri akan dapat meningkatkan keupayaan hebahan supaya dapat memberi tempoh masa yang mencukupi untuk penduduk dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan dan persediaan awal dalam menghadapi banjir.\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di Maran, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Maran - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Maran, Daerah Maran, Pahang dengan anggaran kos sebanyak RM20 juta akan dipohon dalam Rolling Plan 4 (2020) RMKe-11.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1899,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1899",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "205",
        "member": "SOALAN NO. 205 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias",
        "area": "Jelebu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara haram dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dibuat sepanja...",
        "question": "SOALAN NO. 205\r\n\n\r\nDato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara haram dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dibuat sepanjang 5 tahun terakhir ini di Semenanjung Malaysia.",
        "answer": "SOALAN NO. :205 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN: \n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil beberapa langkah bagi mengawal pembukaan kawasan ladang hutan seperti; \n\r\n(a) Menghadkan keluasan zon pembangunan ladang hutan kepada 439,189 hektar bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Pecahan zon ini telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) yang ke-68 iaitu pada tahun 2012 sepertimana di Jadual 1; \n\r\n\n\r\n(b) Menguatkuasakan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 1/2010: Panduan Penilaian Ke Atas Kawasan Dalam Hutan Simpanan Kekal yang dipohon untuk Pembangunan Ladang Hutan di mana keutamaan diberi kepada kawasan hutan simpanan kekal yang berstatus miskin dan terosot sama ada disebabkan pencerobohan mahupun kejadian kebakaran dan serangan perosak serta jangkitan penyakit; dan \n\r\n\n\r\n(c) Menguatkuasakan ketetapan penyediaan dan kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar mengikut ketetapan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1985 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 dalam semua kelulusan penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal. \n\r\n\n\r\nUntuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, KATS telah mengesan aktiviti pembukaan kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal secara haram bagi tujuan pembangunan ladang hutan dari tahun 2015 sehingga 2018 dengan sejumlah 30 tangkapan telah dibuat berdasarkan Seksyen 81 (1) (e) Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984) [Akta 313] seperti di Jadual 2 dan Jadual 3 adalah hasil siasatan dan hukuman yang dikenakan ke atas 30 tangkapan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1900,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1900",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "210",
        "member": "SOALAN NO. 210 YB PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI",
        "area": "HULU SELANGOR",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah perkembangan cadangan menaikkan kadar tarif air di setiap negeri dan bagaimana Kementerian menjamin kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat terutamanya isi rumah ...",
        "question": "SOALAN NO. 210 \r\n\n\r\n\r\nYB PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI [HULU SELANGOR] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah perkembangan cadangan menaikkan kadar tarif air di setiap negeri dan bagaimana Kementerian menjamin kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah.",
        "answer": "SOALAN NO. 210 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN \r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\r\n1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air. \n\r\n\n\r\n2. Sesi konsultasi dengan operator air dan kerajaan negeri telah diadakan bagi memberi penjelasan mengenai cadangan TSM dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza di setiap negeri. Pada masa ini Kementeian sedang mengadakan proses konsultasi dengan pengguna domestik dan pengguna bukan domestik. Hasil konsultasi ini kelak akan dijadikan input penting bagi pertimbangan Kerajaan dalam menentukan pelaksanaan TSM. Pada masa yang sama hebahan pelaksanaan TSM juga dibuat melalui pelbagai saluran media sosial, media cetak dan media elektronik. \n\r\n\n\r\n3. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM, Kerajaan mengambilkira kepentingan serta hak golongan berpendapatan rendah terhad akses kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi. \n\r\n\n\r\n4. Sebagai menjamin pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu, di mana mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia. Dalam pada itu, cadangan TSM ini juga mengambilkira keperluan untuk mendidik pengguna agar menggunakan air secara berhemah dan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, adalah adil sekiranya kadar tarif lebih tinggi dikenakan bagi julat penggunaan air lebih tinggi (> 35 meter padu) dan bagi pengguna komersial. \n\r\n\n\r\n5. Akhirnya, menjadi aspirasi Kementerian supaya melalui pelaksanaan TSM industri perkhidmatan air yang mapan, berdaya maju serta sentiasa berupaya memberi jaminan kelangsungan bekalan air yang berkualiti pada harga yang adil kepada pengguna dan operator air akan dapat diwujudkan. \n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1901,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1901",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "263",
        "member": "SOALAN NO. 263 YB DATO' MANSOR OTHMAN",
        "area": "NIBONG TEBAL",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status cadangan Kementerian menaikkan tarif air di setiap negeri dan apakah jaminan Kementerian kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan re...",
        "question": "SOALAN NO. 263 \r\n\n\r\n\r\nYB DATO' MANSOR OTHMAN [NIBONG TEBAL] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status cadangan Kementerian menaikkan tarif air di setiap negeri dan apakah jaminan Kementerian kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat khususnya isi rumah yang berpendapatan rendah.",
        "answer": "SOALAN NO. 263 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN \r\n\n\r\nTuan Yang Dipertua, \n\r\n1. Cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan tarif sedia ada agar ia tidak terlalu jauh berbanding dengan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air. \n\r\n\n\r\n2. Sesi konsultasi dengan operator air dan kerajaan negeri telah diadakan bagi memberi penjelasan mengenai cadangan TSM dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza di setiap negeri. Pada masa ini Kementerian sedang mengadakan proses konsultasi dengan pengguna domestik dan pengguna bukan domestik. Hasil konsultasi ini kelak akan dijadikan input penting bagi pertimbangan Kerajaan dalam menentukan pelaksanaan TSM. Pada masa yang sama hebahan pelaksanaan TSM juga dibuat melalui pelbagai saluran media sosial, media cetak dan media elektronik. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1902,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1902",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "282",
        "member": "SOALAN NO. 282 Dr. Michael Teo Yu Keng",
        "area": "Miri",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "JUPEM",
        "category_labels": [
            "JUPEM"
        ],
        "title": "Menyatakan nyatakan status projek pemecah ombak di pantai Tanjong Batu 1, Miri dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek tersebut dan bilakah projek itu dijadualkan akan siap.",
        "question": "SOALAN NO. 282\n\r\n\r\n\r\nDr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan nyatakan status projek pemecah ombak di pantai Tanjong Batu 1, Miri dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk projek tersebut dan bilakah projek itu dijadualkan akan siap.",
        "answer": "SOALAN NO. 282\r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nProjek Pengawalan Hakisan Pantai di Kg Batu 1, Kuala Baram, Miri telah diluluskan dengan siling kos projek sebanyak RM25 juta dalam RMKe-11. Kerja-kerja reka bentuk terperinci sedang dilaksanakan dan kerja-kerja fizikal di tapak di jangka akan siap dilaksanakan pada tahun 2021.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1903,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1903",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "341",
        "member": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : YB TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD",
        "area": "KANGAR",
        "minister": null,
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : YB TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [KANGAR] SOALAN NO. 341 Minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah rasional perlombongan bauksit diteruskan.",
        "question": "PERTANYAAN : BERTULIS \r\n\n\r\n\r\nDARIPADA : YB TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD \r\n\n\r\n\r\n[KANGAR] \r\n\n\r\n\r\nSOALAN NO. 341 \r\n\n\r\nMinta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah rasional perlombongan bauksit diteruskan.",
        "answer": "SOALAN NO. 341 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN \r\n\n\r\nYang di-Pertua, \n\r\nKerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mapan dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit bagi menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar. \n\r\nBagi memenuhi tujuan ini, satu dokumen SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit telah dirangka sebagai panduan kepada penggiat industri dan juga pihak-pihak berkuasa. SOP ini akan mengenakan syarat-syarat yang ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan bermula dari Permohonan Pajakan Melombong atau Lesen Melombong Tuan Punya yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, Pengurusan Tapak Melombong, Pengangkutan Keluar sehinggalah Pengurusan Stockpile di pelabuhan demi memelihara kemampanan industri perlombongan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan alam sekitar. \n\r\nPembayaran royalti mineral kepada Kerajaan Negeri Pahang hasil dari aktiviti perlombongan bauksit telah ditetapkan di bawah Enakmen Mineral 2001 (Pahang). Ia merupakan salah satu sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan secara tidak langsung industri ini juga dapat merancakkan lagi rantaian ekonomi penduduk setempat khususnya di Kuantan dan negeri Pahang amnya. \n\r\nDi samping itu, perlombongan bauksit dapat mengelakkan pemajiran sumber mineral bauksit yang mempunyai permintaan berdasarkan kepada harga semasa dan kehendak pembeli. \n\r\nSebelum dikenakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit, hasil langsung royalti mineral bauksit kepada Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2014 adalah sebanyak RM7.7 juta dan tahun 2015 sebanyak RM47.8 juta. Seterusnya, moratorium mula berkuat kuasa mulai 15 Januari 2016. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1904,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1904",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "343",
        "member": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD",
        "area": "KANGAR",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di negeri Perlis dan bilakah ia dijangka dapat ditangani sepenuhnya. 2",
        "question": "PERTANYAAN : BERTULIS \r\n\n\r\n\r\nDARIPADA : TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ] \r\n\n\r\n\r\nTARIKH : \r\n\n\r\n\r\nSOALAN NO. 343 \r\n\n\r\n\r\nTUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di negeri Perlis dan bilakah ia dijangka dapat ditangani sepenuhnya. 2",
        "answer": "SOALAN NO. 343 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN \r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\r\n1. Secara amnya, Negeri Perlis menghadapi masalah bekalan air dari aspek loji rawatan air (LRA) beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk, rezab margin yang negatif, dan kedudukan kewangan syarikat air negeri yang tidak mampan. \n\r\n\n\r\n2. Untuk membantu negeri Perlis mengatasi masalah bekalan ini, Kerajaan Persekutuan telah mengambil beberapa pendekatan seperti berikut: \n\r\n\n\r\n(i) menyalurkan peruntukan secara geran sebanyak RM41 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja mitigasi melibatkan pembinaan loji pakej di LRA Timah Tasoh, penggantian pam air bersih di LRA Arau Fasa I, II, III dan IV. Kerja-kerja pembinaan ini dijangka bermula pada Jun 2019; \n\r\n(ii) peruntukan secara pinjaman berjumlah RM106 juta bagi pembaikan dan naiktaraf kesemua LRA di Perlis. Keseluruhan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021; dan \n\n\r\n\n\r\n(iii) meluluskan peruntukan geran sebanyak RM50.5 juta untuk pelaksanaan program kadar air tidak terhasil (NRW) bagi tujuan penggantian meter sistem isipadu input (SIV), meter pengguna, pembaikan/penggantian tangki yang bocor, pemetaan GIS dan penubuhan pasukan pemantau NRW. Kerja-kerja ini dijangka bermula pada Mei 2019. \n\r\n\n\r\nTuan Yang Dipertua, \n\r\n3. Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga akan memberi fokus kepada pelaksanaan pengurusan permintaan air (Water Demand Management) bertujuan, antara lain, bagi mempromosikan penggunaan air secara berhemah. Inisiatif ini melibatkan penggunaan produk cekap air secara mandatori, penggalakan penggunaan label produk cekap air melalui pelabelan dan menjalankan kempen kesedaran. \n\n\r\n4. Melalui pelaksanaan Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM), kedudukan kewangan Syarikat Air Perlis akan dapat dipulihkan secara berperingkat bagi membolehkan rakyat Perlis menikmati bekalan air yang terjamin bagi kegunaan pengguna domestik dan bukan domestik. \n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1905,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1905",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "358",
        "member": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : DATO' DR. NORAINI AHMAD",
        "area": "PARIT SULONG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah komitmen terbaharu pihak Kementerian dalam melaksanakan Pelan Induk Teknologi Hijau dengan mengitar semula sebahagian sisa buangan biopepejal negara.",
        "question": "PERTANYAAN : BERTULIS \r\n\n\r\n\r\nDARIPADA : DATO' DR. NORAINI AHMAD [PARIT SULONG] \r\n\n\r\n\r\nSOALAN NO.358 \r\n\n\r\n\r\nDato' Dr. Noraini Ahmad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimanakah komitmen terbaharu pihak Kementerian dalam melaksanakan Pelan Induk Teknologi Hijau dengan mengitar semula sebahagian sisa buangan biopepejal negara.",
        "answer": "SOALAN NO. 358 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN \r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua, \n\r\n1. Kemajuan dan inovasi dalam teknologi rawatan kumbahan telah berjaya menghasilkan bi-produk yang mempunyai nilai ekonomi daripada loji rawatan kumbahan (LRK). Antara bi-produk yang dihasilkan LRK termasuk bioefluen, biopepejal dan biogas yang boleh dikitar semula untuk kegunaan pelbagai sektor ekonomi merangkumi kegunaan industri, pembuatan baja, penyelenggaraan landskap, pembersihan dan penjanaan tenaga. \n\r\n2. Penggunaan semula bi-produk daripada LRK awam adalah salah satu inisiatif waste to wealth Kerajaan yang telah digariskan di dalam Pelan Induk Teknologi Hijau (Green Technology Master Plan, 2017 – 2030). Di bawah pelan induk ini, Kerajaan telah meletakkan sasaran pencapaian iaitu memastikan 100% hasil enapcemar dapat dikitar semula menjelang tahun 2030. Insiatif ini akan mendorong usaha penerapan ciri-ciri teknologi hijau dalam penyampaian perkhidmatan pembetungan dan juga menyumbang kepada usaha Kerajaan dalam melaksanakan pengurangan intensiti pelepasan \n\r\n\r\nkarbon dan menyokong pencapaian Sustainable Development Goals. \n\n\r\n3. Secara umumnya, penggunaan semula biopepejal terbahagi kepada dua iaitu sebagai sumber nutrien serta perapi tanah dan juga sebagai sumber tenaga yang diperbaharui dalam bentuk bahan api biojisim (biomass fuel). Biopepejal boleh menjadi sumber lternative kepada penggunaan baja untuk tumbuhan landskap dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan baja kimia yang tidak lestari. \n\r\n\n\r\n4. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang bertanggung jawab terhadap operasi dan penyelenggaraan LRK awam sedang giat mempromosikan penggunaan biopepejal sebagai sumber nutrien dan perapi tanah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi-agensi Kerajaan. Terdapat PBT seperti DBKL dan Agensi Kerajaan lain seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest Research Institute Malaysia – FRIM) yang berminat dengan inisiatif ini dan kajian mengenai keberkesanan serta kesesuaian penggunaan biopepejal akan dilakukan dalam masa terdekat. \n\r\n\n\r\n5. Tambahan, usahasama antara pihak IWK dan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan \n\r\n\r\nUniversiti Putra Malaysia (UPM) telah dilaksanakan dengan menjalankan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan penggunaan semula biopepejal ini sebagai baja untuk tanaman-tanaman yang bukan berasaskan makanan. \n\n\r\n\n\r\n6. Selain daripada itu, IWK kini sedang menilai strategi terbaik dalam meninjau potensi sumber tenaga yang diperbaharui dalam bentuk bahan api bio jisim (biomass fuel) dari biopepejal dan salah satu daripadanya adalah bekerjasama dengan syarikat swasta yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini. Dianggarkan sekitar 50,000 hingga 100,000 tan biopepejal setahun berpotensi untuk pemasangan 1 hingga 3 MW kapasiti tenaga boleh diperbaharui. \n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1906,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1906",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "413",
        "member": "PERTANYAAN:BERTULIS DARIPADA:TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR SOALAN NO. 413 Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini dalam menyelesaikan kecetekan Muara Sungai Merang dan adakah Kementerian bercadang untuk memasukkan projek pembinaan \"break water\" dalam RP5 untuk RMK11.",
        "question": "PERTANYAAN:BERTULIS\n\r\nDARIPADA:TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR\n\r\nSOALAN NO. 413\n\r\nTuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini dalam menyelesaikan kecetekan Muara Sungai Merang dan adakah Kementerian bercadang untuk memasukkan projek pembinaan \"break water\" dalam RP5 untuk RMK11.",
        "answer": "NO SOALAN: 413\r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi isu pemendapan di Muara Sungai Merang, untuk langkah jangka panjang, kajian lebih lanjut perlu dilaksanakan bagi menentukan struktur yang sesuai untuk kawalan pemendapan di muara sungai berkenaan. Bagi langkah jangka pendek pula, pihak Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pengorekan dari semasa ke semasa. Permohonan peruntukan bagi pelaksanaan kajian dan projek fizikal akan dipohon dalam Rolling Plan-4 (2020) RMKe-11.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1907,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1907",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "468",
        "member": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA: TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI SOALAN NO. 468 Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli",
        "area": "Dungun",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini perkembangan kerja–kerja pemuliharaan muara Sungai Paka sama ada diberhentikan atau akan diteruskan.",
        "question": "PERTANYAAN : BERTULIS\r\n\n\r\n\r\nDARIPADA: TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI\r\n\n\r\n\r\nSOALAN NO. 468\r\n\n\r\nTuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini perkembangan kerja–kerja pemuliharaan muara Sungai Paka sama ada diberhentikan atau akan diteruskan.",
        "answer": "NO SOALAN: 468\r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nProjek Pemuliharaan Muara Sungai Paka akan diteruskan sebagaimana yang telah dirancang dan kini sedang dalam pembinaan. Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2021 dengan prestasi kemajuan fizikal adalah 26%.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1908,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1908",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "470",
        "member": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI",
        "area": "DUNGUN",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek mendalamkan dan benteng pemecah ombak di Muara Sungai Dungun.",
        "question": "PERTANYAAN : BERTULIS\r\n\n\r\n\r\nDARIPADA : TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI [ DUNGUN ]\r\n\n\r\n\r\nSOALAN NO. 470\r\n\n\r\nTuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek mendalamkan dan benteng pemecah ombak di Muara Sungai Dungun.",
        "answer": "NO SOALAN: 470\r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerja-kerja mendalamkan Muara Sungai Dungun sedang dilaksanakan oleh syarikat yang mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu.\n\r\nKajian Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Terengganu telah siap dilaksanakan pada tahun 2010 dan struktur pemecah ombak dicadangkan bagi mengatasi masalah muara yang cetek dan terdedah kepada laut China Selatan. Permohonan peruntukan akan dipohon dalam Rolling Plan 4 (2020) RMKe-11.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1909,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1909",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 2,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2019,
        "no": "492",
        "member": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : YB TUAN WONG CHEN",
        "area": "SUBANG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : YB TUAN WONG CHEN [SUBANG] SOALAN NO. 492 Minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan berhubung isu pelanjutan aktiviti perlombongan bauksit di Pahang: (i) ...",
        "question": "PERTANYAAN : BERTULIS \r\n\n\r\n\r\nDARIPADA : YB TUAN WONG CHEN [SUBANG] \r\n\n\r\n\r\nSOALAN NO. 492 \r\n\n\r\nMinta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan berhubung isu pelanjutan aktiviti perlombongan bauksit di Pahang: \n\r\n(i) Adakah kementerian berkuasa atas isu ini; dan \n\r\n\n\r\n(ii) Sekiranya ya, kemukakan bukti perubahan dan pemulihan alam sekitar untuk menjustifikasikan pelanjutan ini.",
        "answer": "SOALAN NO. 492 \r\n\n\r\n\r\nJAWAPAN \r\n\n\r\nYang di-Pertua, \n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dipertanggungjawab untuk membangun dan mengawal selia industri perlombongan di Malaysia. \n\r\nBagi menangani masalah perlombongan yang tidak terkawal, Arahan Pemberhentian Operasi telah dikeluarkan pada 14 Januari 2016 di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 terhadap perlombongan dan sebarang aktiviti berkaitan bauksit di negeri Pahang. Manakala pengenaan moratorium yang telah bermula pada 15 Januari 2016 telah dikeluarkan bagi membolehkan tindakan menyemak semula semua peraturan / prosedur / garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit dijalankan bagi tujuan penambahbaikan. \n\r\nOleh itu, pihak KATS merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menamatkan arahan moratorium yang telah dikeluarkan terhadap industri perlombongan bauksit di Pahang. \n\r\nBagi memenuhi tujuan ini, satu dokumen SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit telah dirangka sebagai panduan kepada penggiat industri dan juga pihak-pihak berkuasa. SOP ini akan mengenakan syarat-syarat yang ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan bermula dari Permohonan Pajakan Melombong atau Lesen Melombong Tuan Punya yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, \n\r\nPengurusan Tapak Melombong, Pengangkutan Keluar sehinggalah Pengurusan Stockpile di pelabuhan demi memelihara kemampanan industri perlombongan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan alam sekitar. \n\r\nBagi tindakan pemulihan alam sekitar, KATS telahpun menyediakan satu garis panduan bertajuk Mine and Quarry Rehabilitation berkaitan industri perlombongan dan pengkuarian. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2019-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1700,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1700",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-28",
        "year": 2018,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Indera Hoh Khai Mun",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) apakah tindakan Kementerian setelah Kerajaan menerima laporan lengkap mengenai jumlah pembalakan haram; (b) apakah hasil dapatan daripada tinjauan terperinci yang telah dijalankan...",
        "question": "Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n(a) apakah tindakan Kementerian setelah Kerajaan menerima laporan lengkap mengenai jumlah pembalakan haram;\n(b) apakah hasil dapatan daripada tinjauan terperinci yang telah dijalankan oleh Kerajaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah sangat komited berhubung dengan isu pembalakan haram atau penerokaan haram. Pada masa ini penjenayah pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Sepanjang tahun 2017, sebanyak 275 kes kesalahan hutan telah dikesan di Semenanjung Malaysia. Luas kawasan yang terlibat dengan pembalakan haram adalah 12 hektar dengan nilaian kerugian sebanyak RM 0.1 juta.\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengambil inisiatif-inisiatif bagi memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras pembalakan haram sepertimana berikut:\n\r\n\ni. Memperkasakan Penguatkuasaan melalui Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Peringkat NRE\n\r\n\na. Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Network (1MBEON) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM);\n\r\n\nb. Program Centralized Enforcement Team (CET) yang menggabungkan semua agensi di bawah NRE secara bersepadu untuk aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan;\n\r\n\n\r\n\nc. Operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia di bawah Operasi Khazanah Negara;\n\r\n\nd. Kerjasama dengan International Crime Police Organization (INTERPOL) bagi menangani jenayah perhutanan (Forestry Crime) di peringkat Nasional, Asia Pasifik dan Antarabangsa; dan\n\r\n\ne. Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Renjer Hutan APM yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.\n\r\n\nii. Program Penguatkuasaan Bersepadu Peringkat JPSM\n\r\n\na. Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);\n\r\n\nb. Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api;\n\r\n\nc. Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal;\n\r\n\nd. Penubuhan Unit Perisikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;\n\r\n\nf. Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan\n\r\n\ng. Penubuhan bilik operasi 24 jam di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam pemantauan kesalahan hutan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1706,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1706",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-03",
        "year": 2018,
        "no": "4",
        "member": "Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B)",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan keberkesanan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di dalam menentukan sungai-sungai di negara ini tidak dicemar.",
        "question": "Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keberkesanan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di dalam menentukan sungai-sungai di negara ini tidak dicemar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus berusaha mengawal kualiti air sungai di negara ini melalui pemantauan secara berterusan dan konsisten. Di negara kita terdapat 2986 lembangan sungai yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dari jumlah ini kira-kira 6% lembangan sungai berada di dalam Kelas I, kira-kira 89% berada di dalam Kelas II dan 5% berada di Kelas III.\n\r\n\nInisiatif Kerajaan Dalam Meningkatkan Pemantauan Kualiti Air Sungai Pada 13 April 2017, Kerajaan telah melancarkan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) yang merupakan salah satu inisiatif kebangsaan yang dilaksanakan melalui Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership – PPP.\n\r\n\nMelalui inisiatif ini, Kerajaan telah meluluskan 1353 stesen pengawasan manual baru berbanding 837 buah stesen manual sebelum ini. Tambahan kepada stesen ini, terdapat 30 buah stesen automatik baru telah di pasang dan ini merupakan peningkatan 20 stesen baru daripada hanya 10 stesen automatik berbanding dahulu. Penempatan 30 buah stesen automatik baru di hulu Loji Rawatan Air akan membolehkan tindakan mitigasi segera diambil pihak penguatkuasa seperti JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan agar bekalan air ke rumah dijamin bersih dan tidak tercemar. Selain daripada itu, komponen air sungai juga akan memiliki 4 buah stesen automatik secara bergerak (Mobile Stations) yang baru mulai sekarang.\n\r\n\nPengawalan secara perundangan (regulatory) dikuatkuasakan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya. Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 menguatkuasakan kawalan pelepasan effluen dari industri seperti getah, kelapa sawit dan buangan terjadual termasuk kumbahan berpusat bagi taman atau kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, pelepasan pencemar yang berpunca daripada aktiviti perladangan, penternakan (yang diluar bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar) seperti aktiviti memproses baja tahi ayam, pembajaan di kawasan pertanian dan juga pembukaan kawasan pertanian meluas yang terletak di dalam kawasan tadahan (yang tidak diwartakan) adalah terletak di dalam pengurusan dan kawalan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.\n\r\n\nLain-Lain Pendekatan Selain itu pendekatan lain yang telah diambil adalah menjalankan kempen-kempen kesedaran alam sekitar yang merupakan usaha berterusan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai. Kempen-kempen mengenai betapa pentingnya sungai untuk dihargai dan dijaga akan sentiasa diberi penekanan oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar seperti JAS, JPS dan NAHRIM. Pendekatan ini walaupun lebih bersifat strategi jangka panjang tetapi Kementerian mengharapkan masyarakat akan lebih menghargai sungai sebagai punca utama sumber air Negara.\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1708,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1708",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-04",
        "year": 2018,
        "no": "4",
        "member": "Datuk Rabiyah Binti Ali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah syarikat atau individu yang diberikan lesen eksport pasir atau tanah ke luar negara serta berapakah kutipan hasil dari cukai atau levi yang dikenakan ke atas eksport pasir dan tan...",
        "question": "Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah syarikat atau individu yang diberikan lesen eksport pasir atau tanah ke luar negara serta berapakah kutipan hasil dari cukai atau levi yang dikenakan ke atas eksport pasir dan tanah ini serta perincian eksport negara",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nSelaku Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengeluaran lesen eksport (AP) mineral dan bahan batuan menurut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017, sebanyak 5 syarikat telah diluluskan AP bagi mengeksport pasir ke luar negara. Ia diluluskan setelah meneliti pelbagai aspek termasuk penjagaan alam sekitar, kapasiti pengeluaran dan sebagainya.\n\r\n\nBerhubung pembayaran royalti terhadap pengeluaran pasir, ia dikenakan oleh pihak berkuasa yang meluluskan permit / lesen mengeluarkan pasir tersebut iaitu Kerajaan Negeri bagi pasir sungai dan pasir laut sehingga 3 batu nautika dari tikas air surut menurut Kanun Tanah Negara dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi pasir laut yang dikeluarkan di kawasan pelantar benua menurut Akta Pelantar Benua 1966.\n\r\n\nDalam hal ini, berdasarkan kepada komitmen negara terhadap perjanjian-perjanjian perdagangan bebas, tiada sebarang bayaran yang dikenakan oleh Kementerian ini terhadap pengeluaran AP mineral dan bahan batuan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1705,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1705",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-02",
        "year": 2018,
        "no": "7",
        "member": "YB. Dato' Dr. Hou Kok Chung",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah proaktif yang telah dipersetujui dan diambil di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam usaha meminimumkan kejadian jerebu rentas sempadan sehinggakan negara menga...",
        "question": "YB. Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah proaktif yang telah dipersetujui dan diambil di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam usaha meminimumkan kejadian jerebu rentas sempadan sehinggakan negara mengalami bebas jerebu teruk untuk dua tahun berturut-turut dan apakah unjuran kos keseluruhan yang telah dapat diselamatkan apabila jerebu teruk rentas sempadan ini berjaya dielakkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nJerebu merentas sempadan mula melanda negara pada tahun 1997 dan episod jerebu pada tahun 2015 merupakan yang terburuk pernah melanda negara. Kejadian jerebu merentas sempadan sering berlaku semasa musim kering iaitu semasa Monson Barat Daya dari bulan April hingga September yang membawa jerebu dari Indonesia ke Malaysia.\n\r\n\nNamun begitu, kini setelah 2 tahun negara telah bebas daripada jerebu hasil kerjasama berkesan antara Negara ASEAN yang proaktif dan efisien melalui saluran rundingan dua hala atau sub-serantau yang melibatkan lima (5) buah negara selatan ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.\n\r\n\nAntara komitmen negara-negara terlibat adalah untuk melaksanakan seperti berikut:\n\r\n\ni) Melaksanakan Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation bagi memastikan supaya visi ASEAN Bebas Jerebu pada tahun 2020 dapat dicapai;\n\r\n\nii) Memuktamadkan perjanjian penubuhan ASEAN Coordinating Centre (ACC) on Transboundary Haze Pollution yang berpangkalan di Jakarta di mana ACC\n\r\n\nbertindak sebagai penyelaras bagi menangani isu jerebu di rantau ini;\n\r\n\nPihak Indonesia juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menangani masalah jerebu merentasi sempadan sejak kejadian jerebu 2015 dan telah melaksanakan Indonesia’s Plan of Action (PoA) In Dealing with Transboundary Haze Pollution” melalui :\n\r\n\n(i) Penubuhan agensi khas bagi memulihkan tanah-tanah gambut yang telah terbakar (Peat Restoration Agency);\n\r\n\n(ii) Pelaksanaan jangka masa panjang “One Map Policy” iaitu pembangunan peta digital / geospatial bagi seluruh Indonesia; dan\n\r\n\n(iii) Pelaksanaan Arahan Presiden (Presidential Directive) yang berkuatkuasa pada 18 Januari 2016. Ia meliputi arahan untuk tidak mengeluarkan permit baru bagi konsesi di tanah gambut (permit moratorium), pencegahan dan amaran awal jerebu, pengenaan hukuman yang tegas, pemuliharaan ekosistem tanah gambut, penguatkuasaan undang-undang serta kerjasama erat (sinergy) antara Kerajaan Pusat dan Tempatan (Provinsi).\n\r\n\nBagi unjuran kos keseluruhan yang telah dapat diselamatkan apabila jerebu teruk rentas sempadan ini berjaya dielakkan, perkara ini sedang diperincikan oleh pihak kerajaan dengan mengambil input daripada pelbagai sektor dan agensi.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1697,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1697",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-27",
        "year": 2018,
        "no": "12",
        "member": "Dato' Sri Khairudin Samad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan dalam memulihkan kawasan hutan yang telah gondol akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan.",
        "question": "Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan dalam memulihkan kawasan hutan yang telah gondol akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil tindakan bagi menangani penerokaan kawasan hutan yang tidak terkawal dengan menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi Penguatkuasaan. JPSM telah berusaha memulih semula kawasan hutan melalui aktiviti penanaman pokok bagi kawasan-kawasan bekas teroka dengan melaksanakan program-program berikut:\n\r\n\ni. Program Pemulihan Kawasan Hutan Terosot\n\r\n\nProgram pemulihan kawasan hutan terosot telah dirangka bagi memastikan pemuliharaan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terosot dan miskin di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), JPSM telah diluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta dibawah Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia. Projek ini dilaksanakan bagi memulihara dan memelihara kawasan terosot akibat penerokaan haram dan bencana alam di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2017, seluas 434.85 hektar kawasan hutan terosot dan miskin telah berjaya ditanam dengan penanaman sebanyak 271,250 anak pokok yang merangkumi kawasan di Semenanjung Malaysia.\n\r\n\nii. Projek Central Forest Spine (CFS)\n\r\n\nProjek Central Forest Spine (CFS) adalah bertujuan untuk membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang\n\r\n\n\r\n\nbersambung melalui pembentukan koridor ekologi bagi kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi, hidupan liar dan alam sekitar. Projek ini juga melibatkan restorasi semula kawasan-kawasan terosot dengan tanaman pelbagai spesies pokok hutan khususnya yang berkepentingan untuk fauna. Sekaligus ini dapat mengurangkan nyah hutan (deforestation) terutamanya di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai rangkaian ekologi CFS.\n\r\n\niii. Aktiviti Pemulihan Kawasan Hutan Terosot dengan melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO)\n\r\n\nPada tahun 2017, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM250,000.00 kepada Badan Bukan Kerajaan (NGOs) iaitu REACH, MNS, TRCRC, PEKA dan SASET bagi menjalankan aktiviti pemulihan dan pemeliharaan kawasan hutan terosot dengan melibatkan sukarelawan dikalangan masyarakat setempat, pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), sekolah rendah dan menengah. Penglibatan NGO ini adalah amat penting bagi membantu JPSM dalam memupuk perasaan menghargai dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar terutamanya kawasan hutan dikalangan masyarakat setempat.\n\r\n\nAntara langkah-langkah yang diambil dalam menjayakan komitmen ini adalah seperti berikut:\n\r\n\ni. Mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan kawasan terlindung sepenuhnya;\n\r\n\n\r\n\nii. Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan HSK secara berkekalan;\n\r\n\niii. Melaksana dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan Agensi Kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\n\r\n\niv. Mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan termasuk kaedah pengusahasilan yang berimpak rendah;\n\r\n\nv. Menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK; dan\n\r\n\nvi. Menjana pendapatan melalui potensi baru selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD+ dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services - PES) bagi mengurangkan kebergantungan peruntukan kewangan daripada kerajaan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1704,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1704",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-02",
        "year": 2018,
        "no": "14",
        "member": "Datin Rahimah Binti Haji Mahamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan dan projek tebatan banjir Sungai Kelantan akan mengurangkan risiko kerosakan rumah dan harta benda penduduk Kelantan apabila dilanda banjir semasa musim tengkujuh di s...",
        "question": "Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan dan projek tebatan banjir Sungai Kelantan akan mengurangkan risiko kerosakan rumah dan harta benda penduduk Kelantan apabila dilanda banjir semasa musim tengkujuh di setiap hujung tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sememangnya mempunyai perancangan yang teliti dan secara jangka panjang dalam usaha menangani masalah banjir dan kesannya terhadap kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta ketidakselesaan kehidupan rakyat di Lembangan Sungai Kelantan. \n\nBagi menyelesaikan masalah banjir secara menyeluruh di Lembangan Sungai Kelantan kos yang besar diperlukan iaitu hampir RM 10 Billion termasuk cadangan pembinaan 2 buah empangan dan juga pembinaan ban serta lain-lain struktur yang berkaitan. Oleh itu NRE telah merancang agar projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan dilaksanakan secara berperingkat atau berfasa bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan.\n\r\n\nKerajaan Persekutuan yang prihatin dan mengambil berat berkenaan dengan masalah rakyat telah meluluskan perlaksanaan projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dengan Kos berjumlah RM 572 Juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan projek tersebut telah pun dimulakan dengan melantik kontraktor bagi kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan. Fasa-fasa seterusnya dijangka dilaksanakan setelah siap fasa pertama. Selain itu bagi menangani dan mengurangkan kejadian banjir, tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa negeri juga amat penting iaitu dengan mengawal aktiviti pembangunan dan pembukaan tanah yang banyak menyumbang kepada kejadian banjir kilat akibat peningkatan aliran permukaan ketika hujan yang juga membawa kelodak dan endapan masuk dan menyebabkan sungai-sungai menjadi cetek dan kualiti air terjejas.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1709,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1709",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-04",
        "year": 2018,
        "no": "15",
        "member": "Datuk Ng Chiang Chin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas isu-isu yang membabitkan jenayah alam sekitar yang berlaku di negeri seperti kejadian hakisan tanah dan kilan...",
        "question": "Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas isu-isu yang membabitkan jenayah alam sekitar yang berlaku di negeri seperti kejadian hakisan tanah dan kilang haram di Sungai Lembu, Pulau Pinang, jika Kerajaan Negeri enggan atau tidak mengambil sebarang tindakan. Dalam kes pembalakan haram di hutan simpanan di Lipis, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan meskipun Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa berbuat demikian sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, Senarai III - Senarai Bersama, Perlembagaan Persekutuan.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nKerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap isu-isu pencemaran yang berlaku di negeri-negeri dengan syarat kejadian pencemaran yang berlaku tertakluk kepada mana-mana Akta yang diperuntukan di bawah Kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti yang mencemarkan alam sekitar sekiranya aktiviti tersebut tertakluk kepada Akta Kualiti Alam sekeliling, 1974.\n\r\n\nBagi kes kejadian hakisan tanah di Pulau Pinang, JAS tidak boleh mengambil apa-apa tindakan perundangan kerana aktiviti yang dijalankan tidak tertakluk di bawah mana-mana perundangan yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Bagi pengoperasian sebuah kilang haram di Sungai Lembu, tindakan perundangan telah diambil terhadap premis tersebut kerana didapati melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 2014 yang mana premis telah diberi Perintah Larangan dan tindakan mahkamah.\n\r\n\nOleh yang demikian, adalah jelas bahawa tindakan penguatkuasaan hanya akan diambil sekiranya sesuatu kejadian atau perbuatan mencemar itu melanggar mana-mana peruntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga boleh mengambil 3 tindakan perundangan di bawah undang-undang negeri yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan.\n\r\n\nBagi urusan pentadbiran dalam menangani sesuatu isu, satu Jawatankuasa Bersama boleh ditubuhkan untuk kepentingan bersama tetapi tindakan perundangan masih tertakluk kepada kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada agensi-agensi persekutuan atau negeri berkenaan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1701,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1701",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-28",
        "year": 2018,
        "no": "28",
        "member": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah Kerajaan bagi mengesan fenomena kepala air yang boleh menyebabkan kematian akibat lemas termasuk menyediakan sistem amaran awal di hulu sungai berisiko di seluruh negara.",
        "question": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah Kerajaan bagi mengesan fenomena kepala air yang boleh menyebabkan kematian akibat lemas termasuk menyediakan sistem amaran awal di hulu sungai berisiko di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berdasarkan kepada maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengenalpasti beberapa lokasi yang terlibat dengan fenomena kepala air untuk menyediakan sistem amaran awal di bawah Program Ramalan Dan Amaran Banjir (PRAB) yang akan dibangunkan di 40 lembangan sungai utama. Walau bagaimanapun, lain-lain kawasan yang berpotensi berlakunya fenomena kepala air juga akan dikenalpasti bagi maksud tersebut.\n\r\n\nSelain itu, bagi kawasan eko-pelancongan iaitu Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri di bawah tadbir urus Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang melibatkan rekreasi air seperti sungai, jeram dan air terjun, Kementerian melalui JPSM telah mengesan lokasi-lokasi berisiko mengalami fenomena kepala air di seluruh Semenanjung Malaysia dan telah mengambil tindakan memasang Sistem Amaran Siren Kepala Air di sepuluh (10) kawasan berkaitan.\n\r\n\nAntara lokasi tersebut adalah seperti Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Negeri Sembilan, Taman Eko-Rimba Gunung Pulai, Johor, Taman Eko-Rimba Ulu Kenas, Perak, Taman Eko-Rimba Lata Kinjang, Perak, Taman Eko-Rimba Lata Kekabu, Perak, Taman Eko-Rimba Ulu Kinta, Perak, Taman Eko-Rimba Papan, Perak, Taman Eko-Rimba Kuala Woh, Perak, Taman Eko-Rimba Lata Iskandar, Perak dan Taman Eko-Rimba Chemerong, Terengganu.\n\r\n\nPemasangan alat ini adalah bertujuan untuk mengesan kehadiran aliran air dalam kuantiti yang luar biasa daripada kebiasaannya, dan akan diaktifkan dengan sistem penggera yang akan memberi makluman kepada pengunjung dan pengurus taman sekiranya terdapat tanda-tanda awal yang boleh menyebabkan fenomena kepala air berlaku.\n\r\n\nKebiasaannya sistem ini akan mula aktif seawal 20-30 minit daripada jangkaan aliran kepala air akan tiba di kawasan rekreasi dan dalam tempoh masa ini, pihak pengurus taman perlu mengarahkan pengunjung untuk beredar ke kawasan yang selamat dan menutup kawasan rekreasi sehingga penggera dimatikan.\n\r\n\nSebelum Sistem Amaran Siren Kepala Air ini dipasang, kajian mitigasi turut dijalankan dengan usahasama Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA) bagi memastikan sistem ini dipasang di kawasan yang bersesuaian dan efektif dalam memaksimumkan peranan sistem ini sekiranya fenomena kepala air ini berlaku.\n\r\n\nSelain itu juga, JPSM turut mengadakan latihan dengan melibatkan agensi berpengalaman seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi melatih kakitangan dalam menangani kemalangan yang berkaitan dengan fenomena kepala air serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terpelihara.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1695,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1695",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-26",
        "year": 2018,
        "no": "50",
        "member": "YB. Dato’ Isa Bin Ab. Hamid",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kilang dan industri yang terlibat dengan pencemaran sungai dan sumber air negara pada tahun 2017 dan tindakan undang-undang yang telah diambil.",
        "question": "YB. Dato’ Isa Bin Ab. Hamid [ ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kilang dan industri yang terlibat dengan pencemaran sungai dan sumber air negara pada tahun 2017 dan tindakan undang-undang yang telah diambil.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nKementerian melalui agensi-agensi di bawahnya khususnya JAS memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti sumber air negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh dimanfaatkan untuk kegunaan seharian oleh rakyat Malaysia. Perkembangan pesat sektor ekonomi seperti perumahan, pertambahan populasi penduduk dan aktiviti perindustrian memberi tekanan kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan kualiti sumber air negara pada tahap yang baik sepanjang masa. Pada masa ini Jabatan Alam Sekitar memantau lebih 52,000 punca pencemaran diseluruh negara dan kira-kira 3,800 darinya adalah premis-premis yang mengeluarkan sisa kumbahan dan effluen perindustrian terawat. Dari segi pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 sebanyak 486 atau 1% sahaja premis di dapati melanggar standard yang ditetapkan di bawah AKAS, 1974.\n\r\n\nPada tahun 2017, premis yang didapati melanggar standard yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikenakan tindakan-tindakan perundangan seperti berikut:\n\r\n\n(i) Notis Arahan - 448\n\r\n\n(ii) Kompaun - 381\n\r\n\n(iii) Mahkamah - 286\n\r\n\n(iv) Perintah Larangan - 2\n\r\n\n\r\n\nUntuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tidak semua premis boleh di kawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Antara premis yang tidak tertakluk kepada Akta ini antaranya pelepasan air basuhan dari pasar basah, ladang ternakan, aktiviti perlombongan dan pelepasan effluen bercampur kurang 60 meter padu sehari. Oleh yang demikian Kementerian ini ingin mengajak semua pihak untuk turut menguatkuasakan Akta dan Enakmen masing-masing yang berkaitan kawalan pencemaran air agar satu kawalan holistik dan bersepadu dapat diwujudkan demi kesejahteraan rakyat.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1707,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1707",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-04",
        "year": 2018,
        "no": "53",
        "member": "Dato' Shahanim Binti Mohamad Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah kes-kes ketidakpatuhan pelepasan udara tidak bersih yang direkodkan pada tahun 2017 serta bagaimana cara paling berkesan Jabatan Alam Sekitar memastikan industriindustri berkai...",
        "question": "Dato' Shahanim Binti Mohamad Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah kes-kes ketidakpatuhan pelepasan udara tidak bersih yang direkodkan pada tahun 2017 serta bagaimana cara paling berkesan Jabatan Alam Sekitar memastikan industriindustri berkaitan terus komited untuk memastikan udara di persekitaran kerja dan kejiranan terus terpelihara kebersihannya.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus berusaha mengawal kualiti udara di negara ini melalui pendekatan-pendekatan secara perundangan (regulatory) dan secara bukan perundangan (non-regulatory).\n\r\n\nPendekatan Secara Perundangan (Regulatory)\n\r\n\nPengawalan secara perundangan (regulatory) ialah dengan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dalam melindungi dan mengawal pencemaran alam sekitar berkaitan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran udara. Di bawah Akta 127 ini terdapat 12 Peraturan dan Perintah yang digubal bagi menetapkan standard-standard dan prosidur pelepasan pencemar udara yang ditetapkan bagi melengkapi kehendak Akta.\n\r\n\nBagi kes-kes ketidakpatuhan yang dilakukan oleh kilang-kilang sepanjang tahun 2017 sejumlah 760 kes telah direkodkan dan tindakan perundangan seperti penyampaian Notis, Perintah Larangan dan tindakan Mahkamah telah dikenakan terhadap kilang-kilang yang mencemarkan udara pada tahun 2017.\n\r\n\n\r\n\nKesalahan melepaskan pencemar ke udara melebihi had yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan didenda di bawah Seksyen 22(3) dengan hukuman denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali disamping itu denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\r\n\nPendekatan Secara Bukan Perundangan (Non-Regulatory)\n\r\n\nTuan Yang DiPertua,\n\r\n\nPengawalan secara bukan perundangan (non-regulatory) bagi pengawasan kualiti udara juga dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui pemantauan berterusan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicerap oleh stesen-stesen pemantauan kualiti udara yang terdapat di seluruh Malaysia. Pada masa ini terdapat 52 buah stesen pemantauan kualiti udara di seluruh Malaysia. Kesemua stesen berupaya menghantar bacaan semasa kepekatan pencemar udara seperti Partikulat PM10, Carbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida dan Ozon. Data-data ini akan dihantar ke Environmental Data Centre (EDC) dan bacaan Indeks Pencemar Udara akan diperolehi secara atas talian. Sekiranya Ahli-Ahli yang berhormat ingin mengetahui bacaan Indeks Pencemar Udara semasa, bolehlah melayari laman web JAS di www.doe.gov.my atau boleh muat-turun aplikasi mobil di laman web yang sama.\n\r\n\nLain-Lain Pendekatan\n\r\n\nSebagai pelengkap kepada pendekatan penguatkuasaan (regulatory) dan pengawasan (non-regulatory) oleh Kementerian, pendekatan lain yang telah diambil adalah menjalankan kempen-kempen kesedaran alam sekitar yang merupakan usaha berterusan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai. Kempen-kempen mengenai betapa pentingnya penjagaan kualiti udara seperti Kempen Mencegah Pembakaran Terbuka, Sambutan Hari Ozon, Sambutan Hari Alam Sekitar dan sebagainya adalah usaha yang wajar dijalankan bukan sahaja oleh pihak Kementerian sahaja tetapi sesiapa sahaja boleh menjalankan aktiviti-aktiviti atau kempen-kempen kesedaran demi kesejahteraan rakyat dan negara.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1699,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1699",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-27",
        "year": 2018,
        "no": "71",
        "member": "DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan pengunjung Zoo Negara, bilangan binatang yang berada dalam Zoo Negara serta jumlah perbelanjaan tahunan yang diperlukan untuk menyelenggara kemudahan dan penjagaan binatang di z...",
        "question": "DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD NORDIN minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan pengunjung Zoo Negara, bilangan binatang yang berada dalam Zoo Negara serta jumlah perbelanjaan tahunan yang diperlukan untuk menyelenggara kemudahan dan penjagaan binatang di zoo tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nZoo Negara mencatatkan jumlah bilangan pelawat sebanyak 356,259 orang pada tahun 2017 dan 435,940 orang pada tahun 2016. Pada masa ini, terdapat 5,354 binatang di Zoo Negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 924 ekor daripada 130 spesies hidupan liar adalah merupakan yang tersenarai di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].\n\r\nJumlah perbelanjaan tahunan yang diperlukan untuk menyelenggara kemudahan dan penjagaan binatang di Zoo Negara adalah sebanyak RM17.5 juta. Kos tersebut merangkumi perbelanjaan untuk gaji kakitangan, membaikpulih kemudahan awam, makanan binatang dan penyelenggaraan kandang binatang di zoo tersebut.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1698,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1698",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-27",
        "year": 2018,
        "no": "76",
        "member": "Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah komitmen Jabatan Pengairan dan Saliran melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara untuk mengadakan kajian semula dengan kadar segera ke atas kawasan-kawasan di Lembah Kelang y...",
        "question": "Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah komitmen Jabatan Pengairan dan Saliran melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara untuk mengadakan kajian semula dengan kadar segera ke atas kawasan-kawasan di Lembah Kelang yang dilanda Banjir Kilat dan bagaimanakah kerjasama strategik JPS dan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk meminimumkan kes banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nPusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) adalah pusat yang dibangunkan untuk menyalurkan maklumat ramalan dan amaran banjir. Walau bagaimanapun, pusat tersebut tidak menjalankan kajian berkenaan banjir kilat.\n\r\n\nDalam menangani masalah banjir kilat di seluruh negara, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran telah menyiapkan Kajian Komprehensif Penyelesaian Jangka Panjang Memerangi Banjir Kilat pada tahun 2013 dan Laporan Status Tahun 2017 Isu Banjir Kilat. Laporan Status Tahun 2017 Isu Banjir Kilat telah memilih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang sebagai kajian kes untuk diketengahkan sebagai contoh tindakan-tindakan penyelesaian yang telah diambil dalam mengurus air hujan.\n\r\n\nBerikut adalah hasil daripada Laporan Status Tahun 2017 Isu Banjir Kilat bagi kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;\n\r\n\n1. Kerajaaan Persekutuan telah menyalurkan sejumlah RM93.4 juta bagi penyelesaian banjir kilat. Berdasarkan Kajian Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara langkah penyelesaian yang telah dan sedang diambil adalah pembinaan kolam takungan, sistem\n\r\n\npam, mendalam dasar sungai serta menaiktaraf sistem pembentungan.\n\r\n\n2. Selain itu, kerja-kerja menaiktaraf saliran utama dan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran secara berkala turut dilaksanakan di lokasi banjir kilat sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\r\n\n3. Kesimpulannya untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kajian Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuala Lumpur telah menjadi satu panduan penting bagi menentukan dan merangka langkah penyelesaian yang sesuai di ambil dalam menangani permasalahan banjir kilat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kementerian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menangani masalah banjir kilat yang berlaku. Antaranya, usaha sama dalam pembinaan dan penyelenggaraan kolam-kolam takungan yang dapat mengurangkan masalah banjir kilat.\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah dan akan melakukan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di beberapa kawasan bandar di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian-kajian ini dapat membantu PBT dan pihak yang berkepentingan dalam merangka pelan pembangunan yang melibatkan saliran-saliran bandar. Selain itu, PISMA juga dapat membantu PBT dalam mengenalpasti saliran-saliran bandar yang bermasalah dan perlu diselenggara serta dinaiktaraf untuk mengurangkan masalah banjir kilat yang berlaku. Segala maklumat dan hasil dapatan daripada kajian-kajian ini akan dikongsi kepada semua pihak berkaitan sebagai langkah mengatasi masalah banjir kilat.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1702,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1702",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-28",
        "year": 2018,
        "no": "76",
        "member": null,
        "area": null,
        "minister": null,
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Datuk Lim Pay Hen meminta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah prosedur dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Kementerian ke atas pencemaran oleh ladang kelapa sawit haram apabil...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen meminta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah prosedur dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Kementerian ke atas pencemaran oleh ladang kelapa sawit haram apabila terdapat laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang jelas membuktikannya seperti kes di Jementah di mana sebuah kilang kelapa sawit beroperasi tanpa lesen yang sah.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nCadangan pembinaan dan operasi kilang kelapa sawit adalah tidak tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dan tiada keperluan penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Kewujudan sesebuah Kilang Kelapa Sawit tidak memerlukan Laporan EIA disediakan dan diluluskan oleh JAS. Aktiviti operasi Kilang Kelapa Sawit dikawal di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu premis tersebut perlu dilesenkan oleh JAS bagi mengawal pencemaran yang diakibatkan oleh aktiviti kilang tersebut. Pemberian Lesen operasi kepada Kilang kelapa Sawit akan disertakan dengan syarat-syarat operasi dalam bentuk Jadual Pematuhan agar apa jua aktiviti yang dilakukan oleh kilang tersebut dapat dipantau, dikawal dan diambil tindakan segera demi menjaga alam sekitar.\n\r\n\nKawalan terhadap pencemaran udara:\n\r\n\nDikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 2014 yang mana apa juga pelepasan ke udara oleh Kilang Kelapa Sawit tersebut perlu mematuhi Standard pelepasan cerobong ke udara seperti yang ditetapkan. Bagi memastikan standard ini dipatuhi sentiasa semua kilang kelapa sawit disyaratkan untuk memasang “Continuous Emission Monitoring System” CEMS di setiap cerobong dan data-data pelepasan asap akan dicerap dan dihantar ke JAS secara on-line.\n\r\n\n\r\n\nKawalan Pelepasan Effluen:\n\r\n\nPelepasan Effluen kilang kelapa sawit dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977 yang mana apa jua pelepasan effluent dari kilang kelapa sawit perlu mematuhi standard yang ditetapkan di bawah peraturan ini. Kawalan Sisa “Empty Fruit Bunch” EFB dan Buangan Terjadual:\n\r\n\nSisa-sisa buangan tandan kosong buah kepada sawit (EFB) dikawal dengan mengenakan syarat di dalam lesen operasi kilang untuk menguruskan tandan-tandan kosong dengan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti menghantar ke loji kompos dan dihantar semula ke ladang sebagai baja organic.\n\r\n\nBuangan berbahaya akan dikawal mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005 yang mana semua buangan yang dikategorikan sebagai buangan berbahaya perlu dilupuskan oleh operator yang dilesenkan oleh JAS.\n\r\n\nUntuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat lawatan penguatkuasaan terkini yang dilakukan oleh JAS pada 11 Disember 2017 menunjukkan kilang ini mematuhi semua syarat yang ditetapkan di bawah AKAS, 1974.\n\r\n\nSekian. Terima kasih\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1696,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1696",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-26",
        "year": 2018,
        "no": "96",
        "member": "Datuk Rabiyah Binti Ali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta NAHRIM membuat kajian terperinci mengenai risiko banjir di kawasan kawasan yang dikelilingi projek pembangunan fizikal yang pesat s...",
        "question": "Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimanakah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta NAHRIM membuat kajian terperinci mengenai risiko banjir di kawasan kawasan yang dikelilingi projek pembangunan fizikal yang pesat serta bagaimana perancangan kapasiti saliran dapat dibuat untuk mengelakkan kejadian banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nDalam menangani masalah banjir kilat di seluruh negara, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran telah menyiapkan Kajian Komprehensif Penyelesaian Jangka Panjang Memerangi Banjir Kilat pada tahun 2013 dan Laporan Status Tahun 2017 Isu Banjir Kilat. Sebanyak 468 lokasi banjir kilat di seluruh negara telah dikenalpasti berbanding 102 lokasi pada 2013. Laporan Status Tahun 2017 Isu Banjir Kilat telah menyarankan langkah-langkah penyelesaian yang terbahagi kepada dua pendekatan iaitu penyelesaian secara struktur dan bukan struktur seperti berikut: \n\na) Pendekatan secara struktur : \n\ni) Melaksanakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur kawalan. Bagi mengatasi punca disebabkan oleh fenomena di luar kawalan ini, Kementerian mengesyorkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) diguna pakai secara menyeluruh kerana manual ini diperkenalkan dengan hasrat kawalan di punca bagi mengurangkan impak pertambahan jumlah air larian selepas pembangunan dilaksanakan seperti keutamaan pembinaan kolam tadahan; \n\nii) Penggunaan kaedah kolam takungan untuk meminimakan banjir kilat kesan dari perubahan pola taburan hujan lebat ekstrim melalui pendekatan menakung seketika dan mengalirkan perlahan-lahan air ke kawasan hilir ;\n\r\n\niii) Menaiktaraf sistem saliran dengan meningkatkan kapasiti air larian dan memastikan kecerunan sistem saliran yang bersesuaian seterusnya mengurangkan halangan aliran dengan membesarkan saiz dan mendalamkan kedalaman pembetung bagi mengelakkan berlakunya bottleneck dan aliran balik (backflow) ; dan iv) Pemasangan pintu kawalan air pasang surut beserta pam di hilir (titik luahan akhir / final discharge) bagi memastikan air laut tidak memasuki sistem saliran sediada untuk kawasan-kawasan yang berhampiran dengan persisiran pantai.\n\r\n\nb) Pendekatan bukan struktur\n\ni) Menjalankan Program “Public Outreach” dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar masyarakat berdisiplin terhadap kebersihan bandar demi mengelakkan longkang dan parit tersumbat; \n\nii) Menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam dan Rekabentuk Terperinci mengikut garis panduan MSMA untuk diserah kepada pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT (memandangkan tanggungjawab melaksana penyediaan atau menaiktaraf sistem saliran bandar adalah di bawah fungsi dan tanggungjawab Kerajaan Tempatan); \n\niii) Memantau pematuhan garis panduan MSMA di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (KPKT/JKT/PBT) – kawalan di punca; \n\niv) Menguatkuasa dengan lebih tegas pengawalan hakisan dan kelodak semasa kerja-kerja tanah, fasa pembinaan untuk\n\r\nmengurangkan hakisan tanah, mengelak pemendapan, banjir kilat dan aliran lumpur (dengan kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)/ Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS); dan\n\nv) Melaksana perancangan pembangunan dan zon guna-tanah yang lebih teratur (dengan kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) / Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).\n\r\n\nvi) Pemakaian Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA) antara kaedah dari segi perundangan bagi meminimakan kejadian dan kesan banjir kilat di Malaysia.\n\r\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) juga sedang melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di beberapa kawasan dan bandar di seluruh Negara dalam RMKe-11 bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam perancangan pembangunan agar dapat menangani isu banjir kilat pembangunan tidak terkawal. Sebanyak 17 Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) telah siap sehingga tahun 2017. Manakala 16 lagi Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) akan dilaksanakan pada RMKe-11 ini.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1703,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1703",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-29",
        "year": 2018,
        "no": "101",
        "member": "Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan isu pemilikan tanah di Ijok, Selangor dilihat seolah-olah tergantung, tanpa ada sesiapa melihat kepada kesengsaraan yang dialami peneroka yang terlibat dengan pengambilan tanah mereka. A...",
        "question": "Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan isu pemilikan tanah di Ijok, Selangor dilihat seolah-olah tergantung, tanpa ada sesiapa melihat kepada kesengsaraan yang dialami peneroka yang terlibat dengan pengambilan tanah mereka. Apakah perancangan Kerajaan di dalam memastikan kebajikan rakyat yang terlibat dengan pengambilalihan tanah mereka terjamin di samping itu memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSemakan oleh Kementerian ini mendapati bahawa isu pengambilan tanah di Ijok, Selangor, sekiranya ada, diuruskan proses pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor untuk projek negeri Selangor. Pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) hanya menguruskan proses pengambilan bagi projek-projek Persekutuan sahaja. Oleh yang demikian, soalan ini lebih sesuai dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri Selangor.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1798,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1798",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-10",
        "year": 2018,
        "no": "6",
        "member": "YBTM JAWAB Datin Rahimah Binti Haji Mahamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengenai bahaya gempa bumi di negeri-negeri berisiko tinggi diancam kejadian ini serta apaka...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\n\r\n\r\nDatin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengenai bahaya gempa bumi di negeri-negeri berisiko tinggi diancam kejadian ini serta apakah persediaan yang diambil Kerajaan dalam menetapkan standard baharu yang mengutamakan keselamatan orang awam dan harta benda",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menjalankan kajian, penilaian dan pemantauan bahaya gempa bumi di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Kawasan Risiko Gempa Bumi yang dilaksanakan pada tahun 2016 sehingga 2020. Projek ini merangkumi keluasan keseluruhan hampir 10,000 km persegi di kawasan seperti berikut:\n\r\n(a) Ranau dan Lahad Datu, Sabah;\n\r\n(b) Niah, Sarawak;\n\r\n(c) Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang;\n\r\n(d) Batang Kali-Ulu Yam, Selangor;\n\r\n(e) Kuala Pilah, Negeri Sembilan;\n\r\n(f) Kenyir, Terengganu; dan\n\r\n(g) Manjung dan Temenggor, Perak.\n\r\nMelalui projek tersebut, garis-garis sesar aktif yang dikenalpasti telah menyebabkan gempa bumi akan dicirikan, dinilai dan dipantau melalui kajian pemetaan lapangan, kajian subpermukaan melalui kaedah geofizik, perparitan (trenching) dan pembinaan penanda aras gempa bumi (PAG). PAG yang terdiri daripada PAG aktif (pengukuran secara langsung) dan PAG pasif (pengukuran secara manual) adalah untuk memantau kadar pergerakan di sepanjang garis-garis sesar aktif. PAG tersebut akan diukur secara berkala iaitu sebanyak 4 kali setahun.\n\r\n3\n\r\nSehingga kini, JMG telah melaksanakan pemetaan, pencirian dan penilaian garis-garis sesar aktif serta telah melaksanakan pemasangan 39 PAG dengan perincian seperti berikut:\n\r\n(a) 27 PAG di Kundasang, Ranau (26 PAG pasif, 1 PAG aktif);\n\r\n(b) 10 PAG Aktif di Lahad Datu Sabah; dan\n\r\n(c) 2 PAG di Bukit Tinggi Pahang.\n\r\nKerja-kerja pemantauan PAG ini sedang dilaksanakan dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.\n\r\nHasil kajian projek ini telah digunakan dalam penghasilan Peta Bahaya Seismik bagi menunjukkan kawasan yang dijangka akan mengalami kesan atau bahaya terhadap kejadian gempa bumi yang berlaku sama ada dari dalam atau dari luar negara. Hasil kajian dan pemantauan pergerakan garis-garis sesar ini juga akan digunakan dalam mengemaskini maklumat alam peta tersebut pada masa akan datang.\n\r\nUntuk mengurangkan kesan bahaya gempa bumi dan mengelakkan kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda apabila berlaku gempa bumi, kempen kesedaran awam serta latih amal mengenai gempa bumi harus dilaksanakan di kawasan-kawasan yang berisiko oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti Agensi Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama agensi-agensi lain yang berkaitan. Pihak JMG juga telahpun melaksanakan beberapa siri kesedaran awam bahaya gempa bumi di kawasan Kundasang, Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu pada tahun 2017 dan 2018 dengan memberi penumpuan kepada pemahaman terhadap bahaya dan kesan gempa bumi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1793,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1793",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-03",
        "year": 2018,
        "no": "8",
        "member": "YBTM JAWAB Puan Lim Hui Ying",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019",
        "question": "YBTM JAWAB\n\nPuan Lim Hui Ying minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM 24.08 juta yang meliputi projek seperti berikut :\n\r\n1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang\n\r\n2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang\n\r\n3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang\n\r\n4) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang\n\r\n5) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang\n\r\nPeruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi perlantikan perunding rekabentuk terperinci, perlantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1799,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1799",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-06",
        "year": 2018,
        "no": "12",
        "member": "Datuk Lee Tian Sing",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah kajian yang telah atau akan dibuat oleh Kementerian untuk mengenalpasti keadaan geologi negara dan kemungkinan negara ini akan mula mengalami kesan-kesan gempabumi dan jika tidak ...",
        "question": "Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah kajian yang telah atau akan dibuat oleh Kementerian untuk mengenalpasti keadaan geologi negara dan kemungkinan negara ini akan mula mengalami kesan-kesan gempabumi dan jika tidak mengapa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nPihak Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menjalankan kajian keadaan geologi yang berkait rapat dengan ancaman gempa bumi melalui Projek Rancangan Malaysia ke-11 iaitu Kajian Sesar Aktif dan kawasan Risiko Gempa bumi bertujuan untuk:\n\r\ni. Menyediakan maklumat dan inventori sesar aktif serta zon terdedah kepada kejadian gempa bumi\n\r\nii. Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan Penanda Aras Gempa Bumi yang mengesan pergerakan bumi.\n\r\niii. Menilai bahaya sesar aktif dan gempa bumi bagi mengurangkan kesan terhadap pembangunan dan persekitaran\n\r\nMelalui hasil kajian ini, risiko bahaya kawasan yang berpotensi untuk terdedah kepada ancaman gempa dapat dinilai, keselamatan rakyat setempat dalam menghadapi ancaman gempa bumi dapat dipertingkatkan melalui kesedaran awam dan latih amal respon terhadap bencana gempa bumi serta kepakaran dalam pengurusan geobencana negara dapat dipertingkatkan.\n\r\nJMG juga dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi serta badan profesional yang berkaitan telah menghasilkan Peta Bahaya Seismik untuk seluruh negara. Peta ini menunjukkan zon-zon yang dijangka mempunyai tahap bahaya berdasarkan kepada nilai PGA (Peak Ground Acceleration) dan akan digunapakai dalam perancangan pembangunan dan rekabentuk bangunan tahan gempa di seluruh negara.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1824,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1824",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-19",
        "year": 2018,
        "no": "15",
        "member": "Puan Lim Hui Ying",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status RTB Teluk Kumbar, RTB Pondok Upeh dan RTB Teluk Bahang yang telah diluluskan. Bilakah kerja-kerja pembinaan boleh bermula.",
        "question": "Puan Lim Hui Ying minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status RTB Teluk Kumbar, RTB Pondok Upeh dan RTB Teluk Bahang yang telah diluluskan. Bilakah kerja-kerja pembinaan boleh bermula.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM10 juta. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang juga telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM10 juta. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pula telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM8 juta.\n\r\nKetiga-tiga projek berkenaan telah diluluskan dalam Rolling Plan 3 (2018) RMKe-11. Projek-projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut proses perolehan perunding dan tender kerja yang perlu dipatuhi.\n\r\nKerja-kerja fizikal di tapak bagi RTB Teluk Kumbar dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2019 dan Kerja-kerja fizikal di tapak bagi RTB RTB Pondok Upeh / Sungai Burong dan RTB Teluk Bahang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1825,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1825",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-20",
        "year": 2018,
        "no": "17",
        "member": "Puan Lim Hui Ying",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS).",
        "question": "Puan Lim Hui Ying minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Negeri Perak masih kekal dengan pendirian untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang yang sebaliknya berminat untuk membeli air mentah dari Perak. Oleh itu, agak sukar bagi Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan susulan mengenai pelaksanaan Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) tanpa ada kata muktamad antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1794,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1794",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-03",
        "year": 2018,
        "no": "30",
        "member": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan perincian Tanah Rizab Melayu yang diwartakan di seluruh negara dan sejauh manakah komitmen serta jaminan Kerajaan dalam memastikan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu ini praktikal dengan...",
        "question": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perincian Tanah Rizab Melayu yang diwartakan di seluruh negara dan sejauh manakah komitmen serta jaminan Kerajaan dalam memastikan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu ini praktikal dengan pertumbuhan jumlah penduduk Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUrusan perizapan dan pewartaan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.\n\r\nPeranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemaskini data Tanah Rizab Melayu (TRM).\n\r\nOleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan, perizaban dan pewartaan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.\n\r\nSeterusnya, bagi memastikan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu ini praktikal dengan pertumbuhan jumlah penduduk Malaysia, maka Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa Tanah-tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan statusnya hendaklah diganti dengan mana-mana tanah lain yang sama jenis dan keluasan yang tidak melebihi dari keluasan tanah yang dibatalkan itu.\n\r\nDalam hal ini, jika penggantian itu melibatkan faktor nilaian tanah, maka, pendekatan sedemikian adalah amalan pentadbiran sebagaimana yang\n\r\nSOALAN NO. : 30\n\r\ndifikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri bersesuaian dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu tanah adalah dalam bidang kuasa negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1805,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1805",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-11",
        "year": 2018,
        "no": "32",
        "member": "Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kejayaan Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 dalam usaha-usaha migrasi kepada meter individu dan langkah-langkah lain yang sedang diambil un...",
        "question": "Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kejayaan Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 dalam usaha-usaha migrasi kepada meter individu dan langkah-langkah lain yang sedang diambil untuk membantu Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Management Corporations berpindah daripada sistem meter pukal kepada meter individu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n1. Pada 1 Februari 2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 (Kaedah).\n\r\n2. Antara peruntukan dalam Kaedah tersebut adalah mengenai migrasi meter pukal kepada meter individu bagi bangunan kediaman bertingkat tinggi dan komuniti berpagar.\n\r\n3. Sebelum migrasi diperkenalkan, operator bekalan air hanya mengeluarkan bil-bil air kepada pihak pengurusan bangunan berdasarkan kepada bacaan meter pukal. Contohnya di Selangor dan Kuala Lumpur:\n\r\n• Caj penggunaan meter pukal - RM1.38 semeter padu; dan\n\r\n• Caj penggunaan minima - RM173.00.\n\r\n4. Apabila permohonan migrasi diaktifkan, operator bekalan air akan mengeluarkan bil-bil air kepada pengguna secara terus. Caj yang dikenakan bagi pengguna individu adalah mengikut kadar caj domestik.\n\r\n3\n\r\n5. Objektif utama program migrasi ini adalah untuk:\n\r\n(i) membolehkan pengguna-pengguna di bangunan kediaman bertingkat menikmati kadar caj yang dikenakan kepada pengguna-pengguna kediaman/domestik;\n\r\n(ii) melindungi pengguna yang membayar bil air bulanan supaya tidak dikenakan penalti air dipotong apabila syarikat pengurusan bangunan gagal mengutip caj bil air daripada pengguna yang ingkar; dan\n\r\n(iii) mengelakkan syarikat pengurusan bangunan daripada menggunakan ugutan untuk memotong bekalan air sekiranya pengguna tidak membayar yuran penyenggaraan bangunan atau lain-lain caj.\n\r\n6. Pelaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan dan Kaedah-Kaedah ini adalah antara usaha Kerajaan untuk membantu rakyat yang menghuni rumah pangsa, apartmen dan kondominium memperolehi manfaat seperti perkara (5) di atas.\n\r\n7. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak operator bekalan air dalam melaksanakan proses migrasi meter pukal kepada akaun meter individu adalah:\n\r\n(i) kedudukan meter yang tidak sesuai di mana ianya sukar untuk dibaca dan disenggara kerana terhalang dan sebagainya;\n\r\n4\n\r\n(ii) tapak meter yang tidak sesuai di mana ia telah reput, berkarat dan bocor atau dibuat dari bahan yang berkualiti rendah di mana ianya menyebabkan kesukaran kepada operator bekalan air untuk menyenggara meter;\n\r\n(iii) terdapat pemasangan pam air berhampiran meter di mana air dipam terus dari paip;\n\r\n(iv) terdapat pemasangan penapis air yang boleh menganggu pembacaan meter dan juga menyukarkan penyenggaraan meter. Pemilik juga enggan menanggalkan penapis air berkenaan; dan\n\r\n(v) pemasangan meter terbalik dan meter yang digunakan tidak menepati spesifikasi meter yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).\n\r\n8. Bagi membantu Perbadanan Pengurusan atau Badan Pengurusan Bersama melaksanakan proses migrasi daripada akaun meter pukal kepada akaun bekalan air meter individu, SPAN dan operator air sentiasa memberi penerangan dan taklimat kepada pihak terlibat.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1807,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1807",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-12",
        "year": 2018,
        "no": "40",
        "member": "Datin Rahimah Binti Haji Mahamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan persediaan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam memastikan skim rancangan tebatan banjir dan sistem saliran di seluruh negara di selenggara dengan baik sebagai persediaan menghadapi musim...",
        "question": "Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan persediaan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam memastikan skim rancangan tebatan banjir dan sistem saliran di seluruh negara di selenggara dengan baik sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda negara terutama negeri-negeri di Pantai Timur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nAntara program yang dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) untuk mengurangkan risiko kejadian banjir bagi persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda negara adalah :\n\r\n1) Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara dimana untuk tahun 2018 ini sejumlah RM 128.9 juta peruntukan telah diluluskan dan telah diagihkan ke seluruh Negara melalui JPS negeri. Kerja-kerja telah dan sedang dilaksanakan di seluruh Negara.\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\r\n2) Kerja-Kerja Kecil Kecemasan Luar Jangka bagi menaiktaraf sistem saliran dan struktur-struktur saliran dan ban pantai bagi mengurangkan kejadian banjir kilat dan juga banjir akibat limpahan air laut. Sejumlah RM 30.93 juta telah diperuntukkan diseluruh Negara dalam tahun 2018 dimana sebahagian kerja telah siap dilaksanakan dan sebahagian kerja sedang dilaksanakan.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1822,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1822",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-17",
        "year": 2018,
        "no": "42",
        "member": "Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kerajaan mempunyai anggaran tahap banjir yang akan melanda Malaysia pada akhir tahun atau awal tahun hadapan dan apakah persiapan yang telah disediakan bagi menghadapi bencana ini.",
        "question": "Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan mempunyai anggaran tahap banjir yang akan melanda Malaysia pada akhir tahun atau awal tahun hadapan dan apakah persiapan yang telah disediakan bagi menghadapi bencana ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAnggaran tahap banjir yang akan melanda Malaysia pada akhir tahun atau awal tahun hadapan adalah berdasarkan tinjauan cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET).\n\r\nMerujuk kepada laporan Tinjauan Cuaca bagi tempoh Oktober 2018 hingga Mac 2019 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada November 2018 hingga Mac 2019. Hujan dijangkakan pada tahap yang normal (iaitu pada paras purata) dari November 2018 hingga Disember 2018. Dengan jangkaan hujan ini, banjir dijangkakan pada tahap banjir normal tahunan.\n\r\nAntara persiapan Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) bagi menghadapi banjir adalah;\n\r\n1) Melaksanakan Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRAB) secara berfasa. PRAB Fasa 1 melibatkan 3 lembangan iaitu Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Pahang sedang diuji jalan sepenuhnya pada tahun 2018. Manakala baki 38 lembangan lagi akan dilaksanakan pada Fasa 2 bermula tahun 2018. Pemantauan status hujan dan aras air sungai dari semasa ke semasa akan dilaksanakan dan hebahan amaran ramalan banjir 2 hari awal akan dilaporkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam sebagai persediaan awal.\n\r\n2) Melaksanakan Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara dimana untuk tahun 2018 ini sejumlah RM 128.9 juta peruntukan telah diluluskan dan telah diagihkan ke seluruh Negara melalui JPS negeri. Kerja-kerja telah dan sedang dilaksanakan di seluruh Negara.\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\r\n3) Melaksanakan Kerja-Kerja Kecil Kecemasan Luar Jangka bagi menaiktaraf sistem saliran dan struktur-struktur saliran dan ban pantai bagi mengurangkan kejadian banjir kilat dan juga banjir akibat limpahan air laut. Sejumlah RM 30.93 juta telah diperuntukkan diseluruh Negara dalam tahun 2018 dimana sebahagian kerja telah siap dilaksanakan dan sebahagian kerja sedang dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1806,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1806",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-11",
        "year": 2018,
        "no": "55",
        "member": "Puan Asmak Binti Husin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah sementara Kerajaan bagi menangani banjir yang sentiasa menimpa penduduk Rantau Panjang memandangkan projek tebatan banjir hanya akan dibina dalam RMK akan datang.",
        "question": "Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah sementara Kerajaan bagi menangani banjir yang sentiasa menimpa penduduk Rantau Panjang memandangkan projek tebatan banjir hanya akan dibina dalam RMK akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mengagihkan peruntukan kepada JPS Negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir bagi langkah sementara Kerajaan untuk menangani banjir di Negeri Kelantan. Kerja-kerja berkenaan telah dan sedang dilaksanakan di seluruh Negeri Kelantan termasuk di kawasan lembangan Rantau Panjang bagi memastikan risiko kejadian banjir dapat dikurangkan.\n\r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada 22 April 2022 dengan siling kos projek sebanyak RM300 juta. Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan di tapak dan kemajuan terkini projek adalah sebanyak 5%. Peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek ini adalah berdasarkan kepada unjuran keperluan sebenar projek mengikut unjuran kemajuan pelaksanaan projek.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1808,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1808",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-12",
        "year": 2018,
        "no": "56",
        "member": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah pemilik permit eksport pasir dan tanah keluar negara diberikan kepada individu atau syarikat di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2018",
        "question": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah jumlah pemilik permit eksport pasir dan tanah keluar negara diberikan kepada individu atau syarikat di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2018",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Eksport (AP) mineral dan bahan batuan berdasarkan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 di bawah Akta Kastam 1967. Di bawah Perintah tersebut, pasir diletakkan di dalam Jadual Kedua iaitu dikategorikan sebagai bahan yang dilarang untuk dieksport kecuali mempunyai AP.\n\r\nSehingga 30 November 2018, sebanyak 5 syarikat telah diberikan AP bagi mengeksport pasir oleh Kementerian ini dan kesemua AP tersebut telah luput.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1809,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1809",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-12",
        "year": 2018,
        "no": "60",
        "member": "Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah terdapat badan untuk menguruskan harta pusaka di peringkat Persekutuan. SOALAN NO. : 60",
        "question": "Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah terdapat badan untuk menguruskan harta pusaka di peringkat Persekutuan.\n\r\nSOALAN NO. : 60",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nPengurusan harta pusaka merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Jadual Ke-9 : Senarai 1 – Persekutuan Perenggan 4 (e) (i).\n\r\nTerdapat 3 agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia dengan bidangkuasa masing-masing, iaitu:\n\r\n1) Mahakamah Tinggi (Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97] – bagi harta pusaka yang nilaiannya melebihi RM2 Juta dan bagi harta simati bukan Islam yang meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959;\n\r\n2) Bahagian Pembahagian Pusaka di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]) – bagi harta pusaka yang nilaian keseluruhannya di bawah RM2 Juta dan hendaklah mempunyai harta tak alih sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada harta si mati tersebut; dan\n\r\n3) Amanah Raya Berhad (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 [Akta 532]) – bagi harta pusaka yang hanya terdiri daripada harta alih sahaja dan nilaiannya tidak melebihi RM600,000.00.\n\r\nSOALAN NO. : 60\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1823,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1823",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-18",
        "year": 2018,
        "no": "61",
        "member": "Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang menguruskan permohonan dan pembahagian harta pusaka hampir 70% bagi Harta Alih dan Harta T...",
        "question": "Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang menguruskan permohonan dan pembahagian harta pusaka hampir 70% bagi Harta Alih dan Harta Tak Alih hanya merupakan satu bahagian sahaja walhal BPP ini menguruskan harta pusaka bagi seluruh Negara termasuk Wilayah Persekutuan, Labuan kecuali Sabah dan Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAdalah dimaklumkan, bilangan perjawatan di Bahagian Pembahagian Harta Pusaka, JKPTG ialah sebanyak 246 perjawatan. Sehingga kini pengisian adalah sebanyak 229 perjawatan (93%) di 11 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\r\nUntuk makluman dewan yang mulia ini, terdapat Jawatan Sementara Perubahan Skim (JSPS) seramai 7 orang yang akan mengisi perjawatan daripada kekosongan yang sedia ada.\n\r\nSehingga kini, had bidang kuasa pembahagian harta pusaka kecil yang diuruskan oleh Bahagian Pembahagian Pusaka adalah tidak melebihi RM 2juta. Pada tahun 2018 Jabatan menetapkan 80% permohonan baharu (bagi kes yang tiada masalah) diselesaikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan, namun demikian peratus pencapaian adalah 83% iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan.\n\r\nWalau bagaimanapun usaha-usaha secara berperingkat dilaksanakan oleh JKPTG untuk memastikan keperluan perjawatan bersesuaian dengan keperluan semasa berdasarkan peningkatan permohonan (workload) di Bahagian Pembahagian Harta Pusaka.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1795,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1795",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-03",
        "year": 2018,
        "no": "62",
        "member": "Datuk Rabiyah Binti Ali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah Kerajaan dapat memastikan dasar Kerajaan dalam meningkatkan Tanah Rizab Hutan yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan 1984 dapat mengekalkan kelestarian flora dan fauna d...",
        "question": "Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah Kerajaan dapat memastikan dasar Kerajaan dalam meningkatkan Tanah Rizab Hutan yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan 1984 dapat mengekalkan kelestarian flora dan fauna di seluruh negara dan mendapat kerjasama Kerajaan-kerajaan Negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nPerkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengikuti dasar yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN). MTN telah ditubuhkan sebagai satu mekanisme penyelarasan dan perundingan dalam mewujudkan keputusan dasar yang bertujuan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh negara bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara.\n\r\nKerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar kerajaan terhadap pengekalan Tanah Rizab Hutan (Hutan Simpanan Kekal) sentiasa dilaksanakan. Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) memperuntukan di mana Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengganti kawasan tanah yang dikeluarkan daripada Hutan Simpanan Kekal. Sehingga 31 Disember 2017, hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,811,226 hektar iaitu kira-kira 36% daripada keluasan tanah di Semenanjung Malaysia (13,209,065 hektar). Kawasan hutan simpanan kekal ini telah diwartakan di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Keluasan hutan simpanan kekal telah meningkat sebanyak 23,968 hektar atau 0.5% bagi tempoh 10 tahun iaitu\n\r\n3\n\r\npada tahun 2008 (4,787,253 hektar) sehingga tahun 2017 (4,811,226 hektar). Peningkatan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam meningkatkan keluasan hutan Simpanan kekal yang sedia ada. Manakala pada tahun 2017, seluas 105,632 hektar kawasan di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti sebagai cadangan hutan simpanan kekal.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nDalam mengekalkan kelestarian flora dan fauna di Semenanjung Malaysia, pengurusan hutan yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management). Pelaksanaan pengurusan ini dilaksanakan dalam kawasan hutan simpanan kekal dan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).\n\r\nUntuk makluman dewan yang mulia ini, pembalakan dalam kawasan hutan simpanan kekal dilaksanakan mengikut amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System – SMS). Melalui sistem ini, pengeluaran pokok dikawal berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Pembukaan sesuatu kawasan pembalakan juga adalah dikawal melalui penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) iaitu keluasan kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pengusahasilan setiap tahun bagi setiap negeri. Penetapan CTT dibuat bagi setiap tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara dan diputuskan dalam MTN.\n\r\n4\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah meneliti keperluan untuk menambahbaik pentadbiran, pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan perhutanan di Semenanjung Malaysia dengan membuat semakan semula kepada Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\nTujuan pindaan Akta Perhutanan Negara [Akta 313] adalah untuk :-\n\r\ni) Memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK);\n\r\nii) Memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan secara haram;\n\r\niii) Meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar; dan\n\r\niv) Mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dalam pelaksanaan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1826,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1826",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "69",
        "member": "Tuan Manolan bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS)",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah pendakwaan di mahkamah ke atas pelaku-pelaku yang melakukan pembalakan haram di seluruh negara dan apakah hukuman yang telah dikenakan.",
        "question": "Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS) menyatakan berapakah jumlah pendakwaan di mahkamah ke atas pelaku-pelaku yang melakukan pembalakan haram di seluruh negara dan apakah hukuman yang telah dikenakan.",
        "answer": "Tuan Yang Di-Pertua, \n\r\n\n\r\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Semenanjung Malaysia sebanyak 117 kes pembalakan haram dibawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] telah dikesan dan dibuka kertas siasatan dari tahun 2010 sehingga September 2018. Dalam tempoh tersebut terdapat lima (5) kes pembalakan haram yang telah dibuat pertuduhan di Mahkamah iaitu tiga (3) kes didakwa di Mahkamah Rendah Johor Bahru dan dua (2) kes di Mahkamah Rendah Kuala Kangsar, Perak, manakala 112 kes lagi masih dalam tindakan siasatan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Hukuman yang telah dikenakan adalah seperti di Jadual 4. \n\r\n\n\r\n\r\nKesalahan pembalakan haram di Sarawak adalah di bawah peruntukan Ordinan Hutan 2015. Sebanyak dua puluh (20) buah kes telah didaftarkan di dalam sistem e-filing dan dibawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan oleh pihak Peguam Besar Negeri Sarawak. Bagi tahun 2015 sebanyak dua kes telah didakwa di Mahkamah yang melibatkan 2 orang pelaku dan hukuman yang dikenakan adalah discharged and acquitted. Bagi tahun 2016, sebanyak 13 kes telah didaftarkan yang melibatkan 24 orang pelaku. dan hukuman yang telah dikenakan adalah 6 orang dijatuhkan hukuman dibawah peruntukan Ordinan Hutan 2015, 2 kes digugurkan, 2 kes discharged and acquitted dan 1 kes discharged not amounting to an acquittal. Bagi tahun 2017, sebanyak 3 kes telah didaftarkan yang melibatkan satu syarikat dan 3 pelaku dan hukuman yang dikenakan adalah discharged and acquitted bagi satu syarikat dan dua pelaku manakala seorang lagi pelaku telah dikenakan hukuman di bawah peruntukan Ordinan Hutan Sarawak 2015. Bagi tahun 2018, sebanyak dua kes telah didaftarkan yang melibatkan 12 orang pelaku dan kedua-dua kes telah berjaya dijatuhkan hukuman di bawah peruntukan Ordinan Hutan 2015. \n\r\n\n\r\n\r\nKesalahan pembalakan haram di Sabah adalah dibawah peruntukan Enakmen Hutan 1968. Sebanyak 31 kes telah dibawa ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan oleh pihak Peguam Besar Negeri Sabah sejak tahun 2014. Bagi tahun 2014, seramai 5 orang telah dikenakan hukuman penjara dan seorang pelaku dikenakan hukuman Discharge Not Amounting to an Acquittal (DNAA), bagi tahun 2015 2 kes telah didakwa di Mahkamah dan 5 orang telah dihukum penjara manakala 2 orang lagi dikenakan bond of good behaviour. Bagi tahun 2016 sebanyak 13 kes telah didakwa di Mahkamah dan 20 orang telah dikenakan hukuman penjara. Bagi tahun 2017, sebanyak 9 kes telah didakwa di Mahkamah dan 19 orang telah dikenakan hukuman penjara. Bagi tahun 2018 (setakat Oktober) sebanyak 3 kes telah didakwa di Mahkamah dan 7 orang telah dikenakan hukuman penjara. \n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1732,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1732",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-04",
        "year": 2018,
        "no": "3",
        "member": "Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS)",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan yang sedia ada sekarang, kadar kehilangan sepanjang sepuluh tahun yang lalu akibat pembalakan haram dan langkah-langkah untuk mencegah kegiatan ini.",
        "question": "Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS) menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan yang sedia ada sekarang, kadar kehilangan sepanjang sepuluh tahun yang lalu akibat pembalakan haram dan langkah-langkah untuk mencegah kegiatan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPerkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya.\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2017, Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,811,226 hektar iaitu kira-kira 36.5% daripada keluasan tanah di Semenanjung Malaysia (13,184,629 hektar). Keluasan Hutan Simpanan Kekal telah meningkat sebanyak 23,968 hektar atau 0.5% bagi tempoh 10 tahun iaitu pada tahun 2008 (4,787,258 hektar) dan pada tahun 2017 (4,811,226 hektar).\n\r\nBagi tempoh 10 tahun (2008 hingga 2017) didapati sebanyak 187 kes pembalakan haram dan 2,617 kes kesalahan-kesalahan hutan lain yang\n\r\n3\n\r\nmelibatkan kawasan seluas 514.61 hektar di Semenanjung Malaysia. Pembalakan haram ini bermaksud pengambilan kayu-kayan tanpa kebenaran dan tidak membawa maksud kepada kehilangan kawasan Hutan Simpanan Kekal.\n\r\nKementerian juga sentiasa prihatin dan berusaha membantu Kerajaan Negeri dalam mencari kaedah-kaedah baharu bagi menangani dan membanteras gejala pembalakan haram. Langkah-langkah untuk mencegah kegiatan pembalakan haram ini adalah seperti berikut:\n\r\ni. Menubuhkan satu (1) pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM ELITE TEAM atau JET. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bercadang memperkasa pasukan ini daripada 50 ahli kepada 300 ahli bermula tahun 2018;\n\r\nii. Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter. Disamping itu penggunaan teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dron digunakan dalam memantau pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah dron digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan; dan\n\r\n4\n\r\niii. Menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu (NBOS) dan telah membuka pusat kawalan NRE Command Centre (NCC) di Cameron Highlands, Pahang.\n\r\nKementerian juga merancang akan membuat penambah-baikan dalam aktiviti penguatkuasaan sepertimana berikut:\n\r\ni. Perancangan untuk menubuhkan War Room di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang akan beroperasi 24 jam bagi tujuan memantau pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih efisien;\n\r\nii. Menambah kakitangan penguatkuasaan dan lojistik, mendapatkan kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan; dan\n\r\niii. Mencadangkan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi memantapkan penguatkuasaan dari segi kadar denda dan hukuman serta kadar penalti tambahan bagi membendung dan\n\r\n5\n\r\nmembanteras kegiatan pembalakan haram yang merosakan alam sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1734,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1734",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-06",
        "year": 2018,
        "no": "5",
        "member": "YBTM JAWAB Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kadar tarif air bagi setiap negeri di Malaysia dan bagaimana Kerajaan dapat mengawal agar kenaikan tarif air dapat dielakkan kerana ianya membebankan pengguna.",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\n\r\nDato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kadar tarif air bagi setiap negeri di Malaysia dan bagaimana Kerajaan dapat mengawal agar kenaikan tarif air dapat dielakkan kerana ianya membebankan pengguna.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKadar tarif air yang dikenakan oleh operator air kepada pengguna adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Bagi tahun 2017, kadar purata tarif air domestik ialah RM0.62/m3 dan RM1.68/m3 bagi kategori industri. Purata kadar tarif air mengikut negeri di Malaysia adalah seperti berikut:\r\n\n\r\n\r\nNegeri Domestik \r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(RM/m3) Industri (RM/m3)\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPulau Pinang 0.28 1.22\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPahang 0.51 1.45\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nTerengganu 0.48 1.04\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKelantan 0.58 1.79\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSabah 0.62 1.79\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPerlis 0.53 1.30\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSarawak\r\n\n\r\n\r\n(Lain-lain Bahagian di Sarawak) 0.53 1.15\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKedah 0.60 1.40\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPerak 0.63 1.56\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSarawak1\r\n\n\r\n\r\n(Sibu, Kuching Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit, Miri)\r\n\n\r\n\r\n0.59 1.04\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nNegeri Sembilan 0.63 2.47\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSelangor 0.69 2.23\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nMelaka 0.69 2.07\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSarawak2 (Bintulu) 0.61 1.21\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nWP Labuan 0.83 2.07\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nJohor 1.10 3.17\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPurata Kebangsaan 0.62 1.68\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n3 Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nLazim yang akan terjadi ialah sebarang kenaikan kadar tarif pada masa hadapan akan membebankan pengguna. Dalam konteks bekalan air di Malaysia, kenaikan tarif air harus difahami dalam ruang lingkup yang lebih menyeluruh. Dalam hal ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melihat kepada hubung kait yang rapat antara tarif dengan keupayaan syarikat-syarikat air untuk membekalkan perkhidmatan kepada pengguna selari dengan kenaikan kos operasi dan kadar inflasi semasa. Adalah tidak adil untuk pengguna mengharapkan mutu perkhidmatan bekalan air yang meningkatkan saban hari sedangkan operator air dinafikan hak untuk menaikkan tarif bagi membolehkan mereka berbuat demikian.\r\n\n\r\n\r\nSecara prinsipnya, dalam mempertimbangkan kenaikan tarif air, KATS memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:\r\n\n\r\n\r\n terdapat negeri yang mana kadar tarif air sedia ada tidak di semak sejak 35 tahun yang lalu;\r\n\n\r\n\r\n kadar tarif yang rendah akan menjejaskan anggaran (projection) pendapatan operator air yang ditetapkan di dalam pelan perniagaan lantas menjejaskan mutu perkhidmatan mereka kepada pengguna; dan\r\n\n\r\n\r\n kadar tarif air sedia ada tidak dapat menampung kos operator-operator air khususnya peningkatan dalam kos perbelanjaan modal dan operasi perbekalan perkhidmatan bekalan air\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n4 kepada pengguna seperti gaji pekerja, bahan kimia rawatan air, tenaga elektrik, pengangkutan dan lain-lain.\r\n\n\r\n\r\nMengambi kira akan perkara tersebut Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air yang mempunyai ciri – ciri berikut:\r\n\n\r\n\r\n(i) kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal;\r\n\n\r\n\r\n(ii) melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan;\r\n\n\r\n\r\n(iii) mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah;\r\n\n\r\n\r\n(iv) berupaya meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air; dan\r\n\n\r\n\r\n(v) telus, adil serta mudah difahami.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1729,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1729",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-03",
        "year": 2018,
        "no": "10",
        "member": "Datin Rahimah Binti Haji Mahamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan banjir besar tidak berulang menjelang musim tengkujuh 2...",
        "question": "Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan banjir besar tidak berulang menjelang musim tengkujuh 2018 ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan telah dilaksanakan dalam RMKe-10 dan projek yang sedang dijalankan dalam RMKe-11 dikenali sebagai Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 (Reka dan Bina).\r\n\n\r\n\r\nPerkembangan kemajuan terkini Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 adalah sebanyak 8% iaitu berada di peringkat kerja-kerja awalan dan rekabentuk terperinci. Projek ini dijangka siap pada 28 Mei 2021.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nAntara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan banjir besar tidak berulang ialah:-\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n• \r\nMelaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) – PRAB Fasa 1. Projek PRAB Fasa 1 masih dalam pelaksanaan dan sedang diuji jalan. PRAB membolehkan agensi penyelamat dan orang ramai membuat persediaan awal sebelum kajian banjir berlaku bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. \r\n\n\r\n\n• \r\nMembantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan kerja-kerja pemuliharaan sungai dan kolam-kolam takungan banjir pada tahun 2018 dengan menyalurkan peruntukan kepada JPS Negeri Kelantan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir. \r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1730,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1730",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-03",
        "year": 2018,
        "no": "13",
        "member": "DATUK MOHAN A/L THANGARASU",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status masalah air di Negeri Selangor dan langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani isu ini. Ini kerana berdasarkan kepada kenyataan YB Menteri Air, Tanah dan Sumber A...",
        "question": "DATUK MOHAN A/L THANGARASU minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status masalah air di Negeri Selangor dan langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani isu ini. Ini kerana berdasarkan kepada kenyataan YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, pada 3 Julai 2018 masalah air di Selangor akan diselesaikan dalam masa 1 bulan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n1. Margin simpanan air di negeri Selangor yang terkini adalah pada kadar 4 peratus. Justeru pelbagai usaha sedang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan margin simpanan air di negeri Selangor dan seterusnya memastikan akses bekalan air terawat terjamin kepada rakyat.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n2. Keperluan bekalan air bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk kegunaan domestik dan bukan domestik bagi tahun 2017 sahaja adalah sebanyak 4,890 juta liter sehari (JLH). Dengan beroperasinya Loji Rawatan Air Sungai Semenyih 2 pada Mac 2018 kapasiti agihan keseluruhan dapat ditingkatkan kepada 5,127 JLH berbanding permintaan 5,000 JLH. Walau bagaimanapun melalui penyiapan Loji Rawatan Air Labohan Dagang pada 2019 (200 JLH) dan Loji Rawatan Air Langat 2 (1,130 JLH), margin simpanan sedia ada dijangka akan dapat ditingkatkan kepada 7 hingga 10 peratus menjelang tahun 2022. Untuk peringkat awal LRAL2 dijangka akan dapat menyediakan 325 JLH pada November 2018. Langkah-langkah ini dijangka dapat menyelesaikan isu kekurangan margin air \r\n\n\r\n\r\nterawat di Negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n3. Oleh yang demikian, sebagai penyelesaian jangka masa panjang, penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah merupakan langkah jangka masa panjang yang penting dalam melestarikan perkhidmatan bekalan air khususnya di negeri Selangor dan perkara inilah yang telah disebut melalui kenyataan YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, pada 3 Ogos 2018, di mana Negeri Selangor akan memuktamadkan pengambilalihan SPLASH demi untuk melengkapkan inisiatif penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam konteks ini, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) yang merupakan operator air negeri kelak akan beroperasi secara “asset light” . Melalui model ini Air Selangor dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan operasi. Selangor juga bakal mendapat kemudahan kewangan bagi pembangunan infrastruktur aset-aset bekalan air daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang lebih kompetitif berbanding pembiayaan komersial.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n4. Selain itu, industri perkhidmatan bekalan air Selangor dapat dikawal selia secara efektif oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui penguatkuasaan Akta 655 dalam memastikan keberkesanan penyampaian dan kualiti perkhidmatan bekalan air. Oleh yang demikian, saya lebih cenderung untuk menyimpulkan bahawa penstrukturan semula ini adalah merupakan sinergi di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan operator air negeri dalam menjamin perkhidmatan bekalan air yang berkualiti pada kadar tarif yang kompetitif kepada rakyat negeri Selangor.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1735,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1735",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-06",
        "year": 2018,
        "no": "16",
        "member": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status penubuhan Majlis Sumber Air Negeri di seluruh negara dan bagaimana Kerajaan Persekutuan dapat membantu Pihak Berkuasa Air Negeri menjalankan penguatkuasaan bagi menjaga int...",
        "question": "Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status penubuhan Majlis Sumber Air Negeri di seluruh negara dan bagaimana Kerajaan Persekutuan dapat membantu Pihak Berkuasa Air Negeri menjalankan penguatkuasaan bagi menjaga integriti dan kualiti sumber bekalan air mentah di setiap negeri-negeri di Malaysia",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nMajlis Sumber Air Negeri (MSANg) ditubuhkan untuk mengurus sumber air di negeri secara mampan dan bersepadu dengan mengambil kira pendapat atau saranan pelbagai agensi serta jabatan berkaitan.\n\r\nKebanyakan negeri telah pun menubuhkan MSANg, di mana negeri-negeri tersebut adalah:\n\r\n\r\n\n• Pahang;\n\r\n\n• Perak;\n\r\n\n• Terengganu; \n\r\n\n• Johor;\n\r\n\n• Melaka; \n\r\n\n• Kelantan; \n\r\n\n• Perlis;\n\r\n\n• Sabah; \n\r\n\n• Sarawak; \n\r\n\n• Kedah; dan\n\r\n\n• Selangor, Sementara itu, negeri yang belum menubuhkan MSANg adalah:\n\r\n\n\r\n\r\n\n• Pulau Pinang; dan\n\r\n\n• Negeri SembilanAntara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) bagi membantu Pihak Berkuasa Air Negeri menjalankan penguatkuasaan bagi menjaga integriti dan kualiti sumber air di setiap negeri di Malaysia adalah dengan;\n\n• Menggubal Dasar Sumber Air Negara (DSAN) dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 22 Februari 2012 bertujuan memastikan pengurusan sumber air yang bersepadu dan lestari berdasarkan 3 Prinsip DSAN iaitu: 1. Jaminan Sumber Air2. Kelestarian Sumber Air3. Tadbir urus kolaboratif \n\r\n\n• \r\nMenggubal Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA). \r\n\r\nRUU SA bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air dan penjagaan sungai di seluruh negara. \n\r\n\n• \r\nMenyediakan Laporan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (\r\n\r\nIntegrated River Basin Management\r\n\r\n- IRBM).\r\n\r\nIRBM mengandungi pelan tindakan bagi setiap agensi yang terlibat untuk mencapai pengurusan sumber air secara holistic melalui pengurusan lembangan sungai. Kajian dan pelan pengurusan lembangan sungai melibatkan semua pihak berkepentingan untuk mencapai objektif kecukupan air, air yang bersih, pengurangan banjir dan penambahbaikan kepada alam sekitar. Sekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1736,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1736",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-12",
        "year": 2018,
        "no": "21",
        "member": "TUAN AKNAN EHTOOK",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah kemajuan usaha Kementerian untuk membantu memulihkan masalah bekalan air di negeri Kelantan.",
        "question": "TUAN AKNAN EHTOOK minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah kemajuan usaha Kementerian untuk membantu memulihkan masalah bekalan air di negeri Kelantan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n1. Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada situasi bekalan air di Kelantan yang berada dalam keadaan yang tidak memuaskan berbanding dengan negeri-negeri lain ialah kadar air tidak terhasil, atau non-revenue water (NRW), dengan izin, antara yang tertinggi iaitu 49.3% (2017) berbanding purata nasional 35.3%. Selain itu, kekurangan dan kemerosotan sumber air mentah yang agak ketara berpunca daripada pembukaan tanah-tanah baru bagi tujuan pertanian dan juga pembalakan, menyebabkan kemerosotan kualiti sumber air terutamanya air sungai.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n2. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan 1.7 juta penduduk Kelantan mendapat akses kepada bekalan air bersih dan berkualiti. Ini termasuk:\n\r\n\n(i) Program Pengurangan NRW Kebangsaan (2018-2020) bagi menangani masalah NRW dengan fokus kepada kerja-kerja pemasangan meter System Input Volume (SIV), penggantian meter pengguna, pembaikan tangki-tangki dan penyediaan\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n3. Geographic Information System (GIS) dengan peruntukan berjumlah RM69.95 juta;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(ii) Meningkatkan kapasiti loji bekalan air terawat seperti menaik taraf LRA Kg. Chap, LRA Panggong Lalat, LRA Merbau Chondong dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM199.7 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Ke-10 dan Ke-11;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(iii) Kajian Pembangunan Sumber Air Kelantan melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Rolling Plan 1 (2016), RMKe-11; dan\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(iv) Pembiayaan berjumlah RM451.68 juta bagi kerja-kerja perbelanjaan modal (CAPEX) oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi tempoh Operasi Ketiga (OP3) (2018-2020) bagi meningkatkan infrastruktur bekalan air termasuklah pembinaan loji rawatan air, naik taraf loji rawatan air, penggantian paip dan pembinaan kolam takungan dan sebagainya. Antara projek-projek utama yang akan dilaksanakan oleh PAAB adalah:\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(a) menaik taraf dan membaik pulih LRA Bukit Chupak di Gua Musang dengan anggaran kos sebanyak RM16 juta;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(b) menaik taraf dan membaik pulih LRA Tanjung Mas, Kota Bharu dengan anggaran kos sebanyak RM49.95 juta; dan\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(c) menaik taraf dan membaik pulih LRA Chicha Fasa 2 dengan anggaran kos sebanyak RM70 juta.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi samping itu, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan lain seperti East Coast Economic Regional Development Council (ECERDC), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, FELDA dan KESEDAR turut membiayai beberapa pembinaan loji rawatan air dan kerja naik taraf loji rawatan air seperti LRA Kg. Telok, LRA Tualang, LRA Tendong, LRA Kelar Fasa 2 dan RKT Chalil melibat peruntukan berjumlah RM87.2 juta.\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1733,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1733",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-04",
        "year": 2018,
        "no": "25",
        "member": "Dato' Ong Chong Swen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan untuk memelihara terumbu karang memandangkan sektor pelancongan berasaskan terumbu karang semakin meningkat di Malaysia. Ini dapat dijelaskan dengan statistik dan penerbitan bah...",
        "question": "Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan untuk memelihara terumbu karang memandangkan sektor pelancongan berasaskan terumbu karang semakin meningkat di Malaysia. Ini dapat dijelaskan dengan statistik dan penerbitan bahawa pembangunan sektor pelancongan membawa pencemaran air, kemusnahan terumbu karang dan pencemaran lain-lain.",
        "answer": "Tuan yang di-Pertua, \n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sentiasa prihatin terhadap isu pemuliharaan biodiversiti marin terutamanya perairan yang telah diwartakan sebagai taman laut. Namun demikian, ancaman pencemaran daripada pembangunan merupakan isu yang berada di luar bidang kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia, Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli. Pembangunan di daratan adalah di bawah kawalan Pihak Berkuasa Tempatan. Namun, Kementerian saya melalui Jabatan Taman Laut Malaysia sentiasa peka terhadap cadangan pembangunan baru dan memberikan input dan nasihat teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi Kerajaan lain yang berkaitan. Usaha-usaha Kementerian juga termasuk:\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n1. Kawalan pembangunan melalui memandatorikan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Pembentukan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) di Pulau yang mana perairannya diwartakan sebagai taman laut.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n2. Memberikan input teknikal dan menekankan kepentingan sistem pelupusan sisa pepejal dan kumbahan yang efektif untuk mengurangkan ancaman pencemaran daratan ke atas terumbu karang.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n3. Membangunkan Environmental Best Practices Booklet pada tahun 2012.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n4. Mempromosikan amalan terbaik aktiviti selam SCUBA melalui program Green Fins sejak tahun 2014.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n5. Melaksanakan program pengingkatan habitat melalui penenggelaman kapal sebagai tapak selam alternatif untuk mengurangkan tekanan penyelam skuba di kawasan terumbu karang semulajadi.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n6. Melaksanakan Program Restorasi Karang di Taman Laut sebagai usaha untuk memulihkan kawasan karang yang mengalami kemusnahan sejak tahun 2012.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n7. Memantau kualiti air sungai dan air laut serta tahap kesihatan terumbu karang pada setiap tahun serta\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n8. pembersihan kawasan pantai dan terumbu karang (beach and reef clean up) pada setiap tahun.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n9. Melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam.\n\r\n\nUsaha-usaha Kementerian melalui Jabatan Taman Laut Malaysia telah membuahkan hasil di mana, litupan karang hidup pada tahu 2017 di Taman Laut adalah lebih tinggi dari kawasan yang tidak dilindungi iaitu 52.17% berbanding 31.98% (perbezaan sebanyak 20.19%) walaupun menerima kedatangan pelancong yang tinggi. Ini adalah salah satu indikator bahawa pengurusan taman laut adalah efektif dan mampu menjana ekonomi negara secara lestari.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1727,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1727",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-20",
        "year": 2018,
        "no": "41",
        "member": "Datuk Jamilah Sulaiman",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kedudukan kadar tarif air yang baharu apabila Kerajaan selesai membuat penstrukturan semula bekalan air di Negeri Selangor susulan proses pengambilan semula Syarikat Pengeluar Air Selang...",
        "question": "Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kedudukan kadar tarif air yang baharu apabila Kerajaan selesai membuat penstrukturan semula bekalan air di Negeri Selangor susulan proses pengambilan semula Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian ini melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih meneliti implikasi pengambilan semula Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH) kepada kedudukan tarif air semasa di negeri Selangor. Perkara ini perlu dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira semua faktor dan pandangan pihak yang berkepentingan terutamanya pengguna. Oleh yang demikian, kedudukan kadar tarif air yang baharu pasca penstrukturan semula industri bekalan air di negeri Selangor tidak dapat diberikan pada masa ini.\n\r\nKementerian ingin memberi jaminan bahawa sekiranya semakan tarif sedia ada perlu dilakukan, ianya akan dilaksanakan melalui mekanisme penetapan tarif yang sistematik, telus, seragam dan secara berperingkat. Bagi tujuan tersebut, SPAN sedang merangka satu mekanisme penetapan tarif air bagi memastikan kadar tarif air yang dikenakan dapat melindungi kepentingan pengguna, di samping meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air serta boleh memastikan perkhidmatan yang terbaik dirasai oleh segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1737,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1737",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-12",
        "year": 2018,
        "no": "52",
        "member": "DATUK LEE TIAN SING",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah inisiatif konkrit oleh Kementerian untuk menaik taraf sistem bekalan air dan sistem pengepaman air untuk mengelakkan berlakunya krisis bekalan air.",
        "question": "DATUK LEE TIAN SING minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif konkrit oleh Kementerian untuk menaik taraf sistem bekalan air dan sistem pengepaman air untuk mengelakkan berlakunya krisis bekalan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKerajaan sentiasa komited dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang mencukupi dan berterusan. Peruntukan berjumlah RM990.4 juta disediakan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10) dan meningkat kepada RM12.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK11) bagi membangunkan infrastruktur bekalan air di seluruh negara sama ada secara pinjaman ataupun geran. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga turut menyediakan peruntukan pinjaman bagi pembangunan infrastruktur air bagi negeri-negeri yang telah menstrukturkan industri bekalan air.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nBagi memastikan gangguan bekalan air dapat dielakkan, tumpuan diberikan melalui perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur bekalan dan sumber air supaya kadar rizab margin air di setiap negeri mencapai 10% sehingga 15%. Dalam tempoh RMK10 dan RMK11, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah dan sedang melaksanakan beberapa projek pembangunan sumber air, antaranya adalah seperti berikut :\r\n\n\r\n\r\n(i) pembinaan kolam takungan di Loji Rawatan Air Sg Labu, Selangor bernilai RM9 juta dan siap pada Disember 2011;\r\n\n\r\n\r\n(ii) Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) bernilai RM3.9 bilion yang telah siap sepenuh pada Julai 2015;\r\n\n\r\n\r\n(iii) pembinaan Baraj Sungai Johor bernilai RM96 juta dan siap sepenuh pada 30 Mac 2017;\r\n\n\r\n\r\n3\r\n\n\r\n\r\n(iv) pembinaan Empangan Kahang di Johor bernilai RM105 juta dan siap pada September 2017; dan\r\n\n\r\n\r\n(v) pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang bernilai RM1,232,700,000 yang dijangka akan siap sepenuh pada November 2018;\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSelain itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli juga sedang melaksanakan Program Pengurangan NRW Kebangsaan (2017-2020) dengan sasaran pengurangan NRW daripada 35.5% pada tahun 2016 kepada 31% pada tahun 2020 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.8 bilion. Fokus diberikan kepada skop kerja melibatkan kerja-kerja khusus seperti pemasangan meter System Input Volume (SIV) baharu, penggantian meter pengguna yang rosak dan berusia lebih 7 tahun, pembaikan tangki-tangki air yang bocor dan penyediaan Geographical Information System (GIS).\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nSejak tahun 2010 hingga 2017, PAAB juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM3.76 bilion bagi membiayai pelaksanaan 675 pakej projek bekalan air di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan. Dalam hal ini, mekanisme pembiayaan PAAB turut menyumbang kepada peningkatan akses kepada bekalan air dari 91.2% pada 2010 kepada 92.8% pada 2017.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara turut meletakkan obligasi ke atas operator bekalan air untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan kewangan dalam penyediaan bekalan air kepada pengguna. Dalam hal ini, operator air dikawal selia termasuk dari\r\n\n\r\n\r\n4\r\n\n\r\n\r\naspek seperti kuantiti dan kualiti bekalan, NRW, kesinambungan bekalan air, liputan bekalan air, tekanan air dan kompetensi.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1731,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1731",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-09-03",
        "year": 2018,
        "no": "58",
        "member": "Datuk Lim Pay Hen",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) Apakah pendirian dan langkah penyelesaian Kementerian ke atas isu bauksit, operasi Lynas yang mencemarkan alam sekitar; dan (b) Langkah pengukuhan kelulusan lesen kepada aktiviti pe...",
        "question": "Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\r\n\n\r\n\r\n(a) Apakah pendirian dan langkah penyelesaian Kementerian ke atas isu bauksit, operasi Lynas yang mencemarkan alam sekitar; dan\r\n\n\r\n\r\n(b) Langkah pengukuhan kelulusan lesen kepada aktiviti perlombongan mineral seperti bauksit, \"rare earth refinery\" dan sebagainya",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(a) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memandang serius terhadap sebarang aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan penduduk. Dalam isu bauksit di Kuantan, Kementerian ini bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang telah mengenakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit mulai Januari 2016 yang mana sebarang aktiviti mengorek dan mengeluarkan bauksit baharu adalah tidak dibenarkan. Tindakan ini dibuat adalah berdasarkan aktiviti tersebut telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, kebersihan persekitaran dan kesejahteraan penduduk Kuantan.Kementerian ini telah mengadakan beberapa siri engagement dan mesyuarat bersama pelbagai pihak yang berkaitan termasuk wakil pengusaha dalam merangka penambahbaikan terhadap semua peraturan, prosedur dan garis panduan yang melibatkan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit secara lebih terperinci.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(b) Mineral adalah terletak hak ke atas Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan kebenaran untuk mengusahakan suatu lombong mineral adalah tertakluk di bawah Enakmen Mineral Negeri. Secara asasnya, terdapat 2 lesen yang dikeluarkan oleh PBN untuk mengusahakan lombong mineral iaitu melalui Mining Lease (ML) atau Proprietary Mining Licence (PML) dan ia di kawal selia oleh Pentadbir Tanah Negeri.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bertanggungjawab untuk mengawal selia operasi tersebut selepas ML atau PML dikeluarkan agar menepati keperluan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) dan perundangan lain yang berkaitan. Dalam hal ini, JMG sentiasa melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap semua aktiviti lombong mineral agar operasinya tidak memberi impak negatif terhadap penduduk, alam sekitar dan harta benda.\r\n\n\r\n\r\nManakala bagi aspek pembelian dan penyimpanan bijih di Lynas juga tertakluk kepada suatu Lesen Mineral di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) melalui Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan)(Pindaan) 2017. Peraturan ini memperuntukkan pihak pengusaha perlu mengemukakan suatu Pelan Pengurusan Penyimpanan yang mengandungi kawalan / mitigasi pencemaran alam sekitar, rancangan pemantauan, pengendalian sisa pepejal, pembuangan efluen dan pelepasan gas.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1663,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1663",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-27",
        "year": 2018,
        "no": "2",
        "member": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa",
        "area": "Parit Buntar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan dasar Kementerian dalam menangani perkembangan 'climate change'.",
        "question": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dasar Kementerian dalam menangani perkembangan 'climate change'.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membangunkan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan pada tahun 2009. Dasar ini memberi penekanan kepada keseimbangan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim serta pembangunan kental iklim yang menyumbang kepada aspirasi pembangunan mapan negara. Secara umumnya dasar ini menggariskan tindakan-tindakan strategik bagi meningkatkan daya tahan kepada impak perubahan iklim.\n\r\n\nMesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) juga telah memutuskan supaya kementerian dan agensi kerajaan yang melaksanakan aktiviti pengurangan pelepasan gas-gas rumah kaca memaklumkan sebarang kemajuan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selain dari ini, pihak Kementerian juga menekankan kepentingan ‘decoupling’ pembangunan daripada pelepasan kabon.\n\r\n\nAkhirnya, kementerian sedang mengambil langkah untuk memastikan supaya kawasan litupan hutan di Malaysia tidak kurang daripada 50% untuk menyerap karbon dari atmosfera secara berterusan.\n\r\n\nDi peringkat antarabangsa, 195 negara telah mempersetujui Paris Agreement semasa Persidangan Ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada 12 Disember 2015 untuk menghadkan peningkatan suhu purata dunia kepada 1.5 atau 2.0 darjah Centigrade. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1666,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1666",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-26",
        "year": 2018,
        "no": "2",
        "member": "YB Tuan Lim Lip Eng",
        "area": "SEGAMBUT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan status pencapaian langkah-langkah Kerajaan memelihara dan memulihara alam sekitar termasuk larangan kegunaan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi oleh peniaga. Apakah inisiatif...",
        "question": "YB Tuan Lim Lip Eng [SEGAMBUT] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pencapaian langkah-langkah Kerajaan memelihara dan memulihara alam sekitar termasuk larangan kegunaan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi oleh peniaga. Apakah inisiatif baru Kerajaan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nBuat masa ini, tiada dasar khusus berkaitan penggunaan polisterina dan beg plastik yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Dasar sedia ada iaitu Dasar Pengurusan Sisa Pepejal yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut memberi penekanan kepada pengurusan sisa melalui konsep 3R iaitu reduce, reuse dan recycle.\n\r\n\nIsu pengurusan sisa plastik adalah di luar bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar hanya bertanggungjawab mengawal operasi premis industri yang menghasilkan plastik. Bagi memastikan operasi kilang plastik tidak menjejaskan alam sekitar, antara langkah-langkah yang digunakan adalah seperti berikut:\n\r\n\nMenguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.\n\r\n\nKementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan secara berterusan penguatkuasaan ke atas premis industri plastik di nagara Malaysia. Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar terdapat kira-kira 1,767 buah premis industri plastik di seluruh Malaysia. Industri ini adalah tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 kerana melepaskan asap industri ke udara dan efluen industri ke alur air daratan. Pada tahun 2017, sebanyak 1,419 premis (80%) industri plastik ini mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 manakala sebanyak 348 premis (20%) pula tidak mematuhi kehendak Akta ini.\n\r\n\nTindakan penguatkuasaan juga telah diambil oleh JAS ke atas premis yang tidak patuh termasuklah mengeluarkan Notis Arahan, mengenakan kompaun dan tindakan mahkamah. Sehingga kini sebanyak 259 Notis Arahan telah dikeluarkan, sebanyak 64 kompaun telah dikenakan dan sebanyak 25 kes telah diambil tindakan mahkamah. Jumlah ini adalah 5% lebih rendah berbanding dengan tahun 2016.\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nBerhubung dengan soalan mengenai pemberhentian penggunaan beg plastik dan mewajibkan semua peniaga menyediakan alternatif alat pembungkusan lain, Kementerian ini sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mempertingkatkan usaha ke arah konsep reduced, reused, and recycled (3R) untuk mengurangkan penghasilan sisa-sisa pepejal yang merbahaya terhadap alam sekitar.\n\r\n\nKementerian saya juga sentiasa menyokong usaha-usaha yang sedang dilaksanakan dengan memberikan input dan terlibat dalam program-program yang dilaksanakan oleh KPKT dan KPDNKK bagi mengurangkan penggunaan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi ke tapak pelupusan (landfill) yang berdasarkan kajian boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran sisa-sisa plastik di dalam tanah yang boleh menjejaskan kualiti air tanah, menyebabkan longkang dan sungai tersumbat dan mengakibatkan banjir kilat di kawasan bandar dan bahan mikro-plastik boleh mengancam kehidupan marin sekiranya bahan-bahan plastik berakhir di laut.\n\r\n\nKementerian saya juga akan meningkatkan program-program pemantauan dan penguatkuasaan ke atas premis industri plastik. Bagi meningkatkan inisiatif baru Kerajaan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dari penggunaan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi, Kementerian saya akan meneruskan penganjuran program-program kesedaran alam sekitar seperti ceramah, jerayawara, pameran dan pelbagai hebahan melalui media massa, elektronik dan media cetak bagi memastikan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kesan daripada penggunaan plastik tersebut. Penganjuran program-program penglibatan awam seperti Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kumpulan pelajar, pendidik, agensi swasta dan Kerajaan serta masyarakat bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai impak daripada penggunaan plastik bukan biodegradasi ke atas flora dan fauna.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1678,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1678",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-21",
        "year": 2018,
        "no": "4",
        "member": "Tuan M. Kulasegaran",
        "area": "Ipoh Barat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan di bawah Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Agreement), terdapat suatu perjanjian global yang menyatakan untuk mengekalkan suhu daripada meningkat sebanyak 2 darjah celcius. Apakah ti...",
        "question": "Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di bawah Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Agreement), terdapat suatu perjanjian global yang menyatakan untuk mengekalkan suhu daripada meningkat sebanyak 2 darjah celcius. Apakah tindak balas Kerajaan Malaysia kepada perjanjian tersebut daripada aspek kerjasama global.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAntara hasil utama Persidangan Ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.\n\r\n\nAntara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan oleh semua negara Parti kepada perjanjian tersebut adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali sebagai \n\nNationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan sesebuah negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan Intended NDC (INDC) kepada UNFCCC pada 27 November 2015.\n\r\n\nMenurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45% berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang tahun 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan\n\r\n\r\n\nkewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1686,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1686",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-14",
        "year": 2018,
        "no": "4",
        "member": "Dr. Che Rosli Bin Che Mat",
        "area": "Hulu Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan kawalan Kementerian dalam memastikan bukit-bukau di Malaysia sebagai pasak bumi ini dijaga dan tidak mudah diterokai bagi menjamin kestabilan cuaca dan kelangsungan kehidupan flora dan f...",
        "question": "Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kawalan Kementerian dalam memastikan bukit-bukau di Malaysia sebagai pasak bumi ini dijaga dan tidak mudah diterokai bagi menjamin kestabilan cuaca dan kelangsungan kehidupan flora dan fauna.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengamalkan pengurusan hutan secara berkekalan bagi memenuhi keperluan yang dikehendaki di dalam Malaysia Criteria and Indicators For Forest Management Certification (MC&I). Di dalam MC&I, sebarang pembangunan dan pembalakan di kawasan yang melebihi 1000 meter adalah tidak dibenarkan.\n\r\n\nManakala antara aktiviti yang tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA ialah pengubahan kawasan hutan melebihi 20 ha kepada kawasan pertanian, pembalakan melebihi 100 ha, pembangunan kawsa pantai dan bukit serta pembangunan kawasan cerun. Aktiviti- aktiviti di atas merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015.\n\r\n\nSelain itu juga, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengeluarkan GarisPanduan Pembangunan di kawasan cerun dan bukit yang telah dilancarkan pada 8 November 2017 untuk memastikan pembangunan yang melibatkan kawasan cerun dan bukit mematuhi semua kehendak alam sekitar dan memastikan impak pembangunan diminimumkan.\n\r\n\n\r\n\nAntara inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh JPSM dalam memastikan kawalan terhadap Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah seperti berikut:\n\r\n\ni. Program Penguatkuasaan Bersepadu\n\r\n\na. Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);\n\r\n\nb. Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api; dan\n\r\n\nc. Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal.\n\r\n\nii. Memperkukuhkan Program Penguatkuasaan melalui Inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS)\n\r\n\na. Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Network (1MBEON) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM);\n\r\n\nb. Program Centralized Enforcement Team (CET) yang menggabungkan semua agensi di bawah NRE secara bersepadu untuk aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan; dan\n\r\n\nc. Operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia di bawah Operasi Khazanah Negara.\n\r\n\n\r\n\niii. Memperkukuh Aktiviti Perisikan\n\r\n\na. Penubuhan Unit Perisikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;\n\r\n\nb. Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan\n\r\n\nc. Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Renjer Hutan APM yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1669,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1669",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-22",
        "year": 2018,
        "no": "6",
        "member": "Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status terkini kemajuan projek tebatan banjir di Sungai Golok Rantau Panjang dan apakah punca permasalahannya sehingga menyebabkan kelewatan pelaksanaannya.",
        "question": "Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status terkini kemajuan projek tebatan banjir di Sungai Golok Rantau Panjang dan apakah punca permasalahannya sehingga menyebabkan kelewatan pelaksanaannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nUntuk makluman dalam RMKe- 9 dan RMKe-10, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM 100 Juta bagi menstabilkan tebing Sungai Golok iaitu salah satu isu yang juga untuk memastikan dan mengurangkan kejadian banjir akibat tebing dan ban sungai yang runtuh. Dalam RMKe 11 pula, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersapadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 telah diluluskan oleh Kementerian Persekutuan bagi meneruskan usaha-usaha untuk mengawal dan mengurangkan kesan dan akibat banjir.\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Sungai Golok iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di dalam RMKe-11. Secara kronologinya, projek PLSB Sg. Golok (KESBAN) Fasa 1 telah melaksanakan Makmal Pengurusan Nilai (VA) dan Makmal Kejuruteraan Nilai (VE) pada Julai 2016 dan Jun 2017. Lawatan tapak tender telah diadakan pada September 2017 dan tarikh tutup tender pada November 2017. Penilaian dan perakuan tender oleh Lembaga Perolehan telah selesai pada Februari 2018. Seterusnya, permohonan Pengambilan Balik Tanah secara berperingkat telah diangkat ke Kementerian pada Februari 2018.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1650,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1650",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "10",
        "member": "Datuk Mohd Idris Bin Jusi",
        "area": "Batu Pahat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa panjang persisiran pantai daripada Minyak Beku ke Benut dalam Parlimen Batu Pahat, dan berapa panjang pula yang sudah dibina benteng menyekat masalah hakisan pantai di sepanjang p...",
        "question": "Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa panjang persisiran pantai daripada Minyak Beku ke Benut dalam Parlimen Batu Pahat, dan berapa panjang pula yang sudah dibina benteng menyekat masalah hakisan pantai di sepanjang pantai tersebut. Apakah rancangan Kementerian untuk meneruskan usaha menyelesaikan masalah hakisan pantai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nPanjang persisiran pantai daripada Minyak Beku ke Benut dalam Parlimen Batu Pahat adalah lebih kurang 50km. Terdapat beberapa lokasi mempunyai struktur pelindung pantai yang berbatu iaitu Jeti Perigi Batu Pahat, Pulau Sialu, Tanjung Segenting, Tanjung Laboh dan Pulau Tikus Kechil. Kawasan–kawasan lain telah dilindungi oleh ban tanah dan beberapa kawasan telah di bina ban batu seperti di Teluk Serting, Sungai Koris, Sungai Senggarang dan Sungai Botak. Walau bagaimanapun, lokasi yang paling ketara memerlukan cadangan adaptasi ialah di kawasan jeti eko-pelancongan Minyak Beku, Kampung Sg. Ayam Laut, Teluk Segenting, Sg. Koris dan Sg. Punggor. Ini adalah kerana, sebahagian pesisiran pantai Batu Pahat tidak mempunyai sebarang struktur pelindung pantai manakala di kawasan lain pula, struktur yang sedia ada telah rosak serta mempunyai ketinggian yang tidak mencukupi.\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan sebanyak RM1.6 juta dalam RMKe-11, bagi kerja-kerja pembaikan ban pantai di 4 kawasan iaitu pantai Kampung Sungai Lurus, pantai Kampung Parit Jabar, pantai Kampung Bukit Batu dan pantai Kampung Sungai Koris yang dijangka siap pada Oktober 2018. Selain itu, sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi mengatasi masalah fenomena air pasang besar termasuklah negeri Johor.\n\r\nSelain itu, Kementerian ini melalui Pusat Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sentiasa memberi perhatian yang serius berkenaaan isu hakisan pantai di seluruh pesisiran pantai negara. Pemantauan terhadap permasalahan ini juga dilakukan secara berterusan dan terdapat banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam menangani isu hakisan pantai. Terdapat beberapa langkah yang dapat dipertimbangkan dalam mengawal hakisan pantai, seperti menggunakan langkah kuratif. Di antara langkah kuratif adalah melaksanakan kerja kawalan hakisan di kawasan kritikal dengan kombinasi pilihan kejuruteraan seperti gabungan penambakan pantai dan pembinaan groin. Membina struktur lain di pantai seperti ban juga adalah amalan biasa bagi melindungi persisir pantai. \n\r\nDi samping itu, kawalan pembangunan di sepanjang garis pantai adalah amalan terbaik dengan menggunakan perintah eksekutif/ pekeliling pentadbiran dan garis panduan untuk mengawal hakisan pantai seperti 'Garis panduan 2/2009: Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Di Kawasan Pantai', 2009 dan 'Garis Panduan Untuk Penyediaan Kajian Hidraulik Kejuruteraan Pantai Dan Penilaian Kesan', 2013.\n\r\nKementerian ini telah juga menghasilkan Laporan Kajian Hakisan Pantai Negara (National Coastal Erosion Study - NCES) 2015 yang memaparkan maklumat terkini mengenai status hakisan pantai negara. Dalam konteks penyelidikan dan pembangunan (R&D) pula, NAHRIM sedang giat menjalankan penyelidikan khusus bagi mengenalpasti kaedah mitigasi dan adaptasi yang sesuai dalam menangani masalah hakisan. Hasil penyelidikan ini akan memberi pemahaman yang lebih baik kepada penjawat awam dan orang ramai mengenai hakisan pantai di samping memberi panduan yang lebih baik kepada penggubal dasar dan agensi pelaksana di pelbagai agensi. \n\r\nPembangunan teknologi dan inovasi baru mengenai produk-produk perlindungan pantai adalah juga teras penyelidikan di NAHRIM kerana ia dapat memberikan alternatif yang terbaik dalam menangani masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai negara.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1679,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1679",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-21",
        "year": 2018,
        "no": "10",
        "member": "Dr. Izani Bin Husin",
        "area": "Pengkalan Chepa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mendalamkan Kuala Besar, Kota Bharu.",
        "question": "Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mendalamkan Kuala Besar, Kota Bharu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKerja-kerja mendalamkan Muara Sungai Kelantan adalah termasuk dalam salah satu komponen utama Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan bagi menangani isu banjir di Lembangan Sungai Kelantan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Kelantan telah pun melantik satu syarikat secara konsesi untuk melaksanakan kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan pasir untuk di eksport daripada Muara Kuala Besar, Kota Bharu iaitu melibatkan Muara Sungai Kelantan. Sehubungan dengan itu, komponen kerja ini tidak dilaksanakan oleh Kementerian di bawah PLSB Sungai Kelantan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1691,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1691",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "10",
        "member": "Datuk Mohd Idris Bin Jusi",
        "area": "Batu Pahat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa panjang persisiran pantai daripada Minyak Beku ke Benut dalam Parlimen Batu Pahat, dan berapa panjang pula yang sudah dibina benteng menyekat masalah hakisan pantai di sepanjang p...",
        "question": "Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa panjang persisiran pantai daripada Minyak Beku ke Benut dalam Parlimen Batu Pahat, dan berapa panjang pula yang sudah dibina benteng menyekat masalah hakisan pantai di sepanjang pantai tersebut. Apakah rancangan Kementerian untuk meneruskan usaha menyelesaikan masalah hakisan pantai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nPanjang persisiran pantai daripada Minyak Beku ke Benut dalam Parlimen Batu Pahat adalah lebih kurang 50km. Terdapat beberapa lokasi mempunyai struktur pelindung pantai yang berbatu iaitu Jeti Perigi Batu Pahat, Pulau Sialu, Tanjung Segenting, Tanjung Laboh dan Pulau Tikus Kechil. Kawasan–kawasan lain telah dilindungi oleh ban tanah dan beberapa kawasan telah di bina ban batu seperti di Teluk Serting, Sungai Koris, Sungai Senggarang dan Sungai Botak. Walau bagaimanapun, lokasi yang paling ketara memerlukan cadangan adaptasi ialah di kawasan jeti eko-pelancongan Minyak Beku, Kampung Sg. Ayam Laut, Teluk Segenting, Sg. Koris dan Sg. Punggor. Ini adalah kerana, sebahagian pesisiran pantai Batu Pahat tidak mempunyai sebarang struktur pelindung pantai manakala di kawasan lain pula, struktur yang sedia ada telah rosak serta mempunyai ketinggian yang tidak mencukupi.\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan sebanyak RM1.6 juta dalam RMKe-11, bagi kerja-kerja pembaikan ban pantai di 4 kawasan iaitu pantai Kampung Sungai Lurus, pantai Kampung Parit Jabar, pantai Kampung Bukit Batu dan pantai Kampung Sungai Koris yang dijangka siap pada Oktober 2018. Selain itu, sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi mengatasi masalah fenomena air pasang besar termasuklah negeri Johor.\n\r\nSelain itu, Kementerian ini melalui Pusat Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sentiasa memberi perhatian yang serius berkenaaan isu hakisan pantai di seluruh pesisiran pantai negara. Pemantauan terhadap permasalahan ini juga dilakukan secara berterusan dan terdapat banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam menangani isu hakisan pantai. Terdapat beberapa langkah yang dapat dipertimbangkan dalam mengawal hakisan pantai, seperti menggunakan langkah kuratif. Di antara langkah kuratif adalah melaksanakan kerja kawalan hakisan di kawasan kritikal dengan kombinasi pilihan kejuruteraan seperti gabungan penambakan pantai dan pembinaan groin. Membina struktur lain di pantai seperti ban juga adalah amalan biasa bagi melindungi persisir pantai. \n\r\nDi samping itu, kawalan pembangunan di sepanjang garis pantai adalah amalan terbaik dengan menggunakan perintah eksekutif/ pekeliling pentadbiran dan garis panduan untuk mengawal hakisan pantai seperti 'Garis panduan 2/2009: Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Di Kawasan Pantai', 2009 dan 'Garis Panduan Untuk Penyediaan Kajian Hidraulik Kejuruteraan Pantai Dan Penilaian Kesan', 2013.\n\r\nKementerian ini telah juga menghasilkan Laporan Kajian Hakisan Pantai Negara (National Coastal Erosion Study - NCES) 2015 yang memaparkan maklumat terkini mengenai status hakisan pantai negara. Dalam konteks penyelidikan dan pembangunan (R&D) pula, NAHRIM sedang giat menjalankan penyelidikan khusus bagi mengenalpasti kaedah mitigasi dan adaptasi yang sesuai dalam menangani masalah hakisan. Hasil penyelidikan ini akan memberi pemahaman yang lebih baik kepada penjawat awam dan orang ramai mengenai hakisan pantai di samping memberi panduan yang lebih baik kepada penggubal dasar dan agensi pelaksana di pelbagai agensi. \n\r\nPembangunan teknologi dan inovasi baru mengenai produk-produk perlindungan pantai adalah juga teras penyelidikan di NAHRIM kerana ia dapat memberikan alternatif yang terbaik dalam menangani masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai negara.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1680,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1680",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-20",
        "year": 2018,
        "no": "14",
        "member": "Dr. Azman Bin Ismail",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan purata masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tuntutan harta pusaka di Malaysia. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memudahkan penyelesaian isu tuntutan harta pusaka ini .",
        "question": "Dr. Azman Bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan purata masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tuntutan harta pusaka di Malaysia. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memudahkan penyelesaian isu tuntutan harta pusaka ini .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPada masa kini, JKPTG yang bertanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka kecil di Malaysia menetapkan sasaran penyelesaian setiap tuntutan harta pusaka kecil dalam tempoh 4 bulan, berdasarkan pencapaian KPI tahun sebelum ini yang menunjukkan 80% dari jumlah permohonan yang diterima dapat diselesaikan dalam tempoh 4 ½ bulan.\n\r\n\nMenjelang tahun 2020, JKPTG mensasarkan penyelesaian setiap kes dikurangkan kepada tempoh yang lebih singkat ke arah 2 bulan dengan inisiatif berikut;\n\r\n\ni) Pindaan undang-undang kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(Pindaan 2018) dan Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) dengan fokus utama memberikan lebih pilihan dan kemudahan kepada rakyat;\n\r\n\nii) Penambahbaikan sistem MyeTaPP (Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pusaka) dengan perlaksanaan integrasi antara agensi dan permohonan secara atas talian (online) dikuatkuasakan secara berperingkat;\n\r\n\niii) Penambahbaikan dalam Standard Operational Procedure (SOP) melalui perlaksanaan ISO 9001:2015 ke seluruh Unit Pembahagian Pusaka.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1657,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1657",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-04-02",
        "year": 2018,
        "no": "15",
        "member": "YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH",
        "area": "LENGGONG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH [ LENGGONG ] Minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan: (a) apakah bentuk kajian dan penyelidikan serta penerokaan biodiversiti (bioprospecti...",
        "question": "YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH [ LENGGONG ] Minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n(a) apakah bentuk kajian dan penyelidikan serta penerokaan biodiversiti (bioprospecting) yang sedang dilaksanakan kini oleh para penyelidik dengan menggunakan Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) terhadap sumber biologi negara yang mampu diketengahkan serta dipatenkan untuk kegunaan global; dan\n\r\n\n(b) sejauh mana kemajuan yang telah dikecapi oleh Kementerian dalam bidang bioteknologi, teknik pertanian dan sumber yang boleh diperbaharui yang mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat selaras dengan aspirasi TN50 .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\na) Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli (NCTF) telah ditubuhkan bagi membiayai penyelidikan, pembangunan, pengurusan, perlindungan, adaptasi dan mitigasi kepada perubahan iklim, kesedaran dan usaha-usaha konservasi di dalam negara. Bidang fokus NCTF tertumpu kepada empat (4) bidang iaitu Pengurusan Sumber Asli, penyelidikan dan Pembangunan, Pembangunan Kapasiti dan Mekanisme Pembiayaan Berkekalan. Sehingga kini, tiada peruntukan di bawah NCTF yang telah diluluskan untuk melaksanakan kajian berkaitan bioprospecting. Kementerian ini akan mempertimbangkan untuk memperluaskan skop NCTF dalam bidang bioprospecting di masa akan datang sekiranya terdapat peruntukan yang mencukupi.\n\nb) R&D FRIM juga bermatlamat menjadikan bidang perhutanan sebagai salah satu sektor ekonomi utama negara sejajar dengan TN50 untuk membawa lonjakan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Di antara penemuan R&D bidang bioteknologi dan sumber yang boleh diperbaharui yang telah dicapai termasuk:\n\ni. Penghasilan klon spesies pokok dan herba bermutu tinggi bagi memastikan perladangan hutan dan herba yang kos efektif melalui program membiak baik, penghibridan tiruan, teknik polyploidisation; biakbaka genomik dan molecular breeding;\n\nii. Pembangunan teknologi penghasilan bahan tanaman secara komersial bagi menyokong usaha bekalan bahan tanaman perladangan dan bahan mentah herba secara berterusan. Teknologi yang dibangunkan termasuk penghasilan biji benih secara sintetik bagi tiga (3) spesies, kultur tisu bagi 70 spesies/varieti dan penghasilan bahan mentah dua (2) spesies herba melalui biorektor;\n\niii. Pembangunan teknologi krioawetan untuk pemuliharaan spesies hutan berkepentingan ekonomi dan ekologi. Spesies-spesies ini termasuk jelutong (Dyera costulata), kempas (Koompassia malaccensis), mahogani afrika (Khaya ivorensis), meranti pipit (Shorea assamica) dan jati (Tectona grandis);\n\niv. Pembangunan sistem pengesanan balak melalui teknologi DNA ke atas lima (5) spesies kayu balak berkepentingan ekonomi iaitu chengal (Neobalanocarpus heimii), kempas (Koompassia malaccensis), meranti bukit (Shorea platyclados), ramin malawis (Gonystylus bancanus) dan merbau (Intsia palembanica);\n\nv. Pembangunan sistem identifikasi dan verifikasi melalui teknologi DNA bagi 204 daripada 408 spesies balak berkepentingan ekonomi (dipterokarp dan bukan dipterokarp) dan 112 spesies herba;\nvi. Membangunkan Pusat Bio-usahawan bagi menawarkan pemindahan teknologi dan khidmat latihan serta kemudahan makmal yang lengkap kepada individu atau syarikat-syarikat yang baru melibatkan diri dalam industri kultur tisu. Sehingga kini, Pusat Bio-usahawan dengan kerjasama Makmal Kultur Tisu berjaya melatih lebih 500 individu dan melaksanakan 15 pelesenan teknologi kepada 15 syarikat kultur tisu; dan\n\nvii. FRIM juga berjaya menghasilkan panel kayu yang dikenali sebagai kayu berlapis silang atau cross laminated timber (CLT) daripada kayu-kayu bersaiz kecil sebagai bahan alternatif dalam industri pembinaan. Penggunaan CLT dapat mengurangkan masa dan kos pembinaan, mempunyai kekuatan yang tinggi selain berupaya menjadi komponen struktur bangunan seperti lantai, dinding atau bumbung. Hasil R&D ini melalui aplikasi penggunaannya dalam sistem binaan berindustri (Industrial Building System—IBS) boleh dijadikan sebagai bahan alternatif industri pembinaan dan impak yang diberikan adalah potensi penghasilan rumah pada kos rendah dalam jangka masa yang singkat dan kesannya kepada masyarakat adalah mengurangkan tekanan terhadap keperluan perumahan mampu milik dan seterusnya membantu rakyat dalam memiliki rumah.\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1672,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1672",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-22",
        "year": 2018,
        "no": "16",
        "member": "Dr. Izani Bin Husin",
        "area": "Pengkalan Chepa",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimanakah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) akan dapat menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.",
        "question": "Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimanakah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) akan dapat menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar telah meluluskan 2 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Negeri Kelantan :\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1. \n\r\n\n• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1.Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) adalah merupakan projek gabungan pelbagai komponen utama seperti Rancangan Tebatan Banjir, Living River, Saliran Mesra Alam dan Kajian Water Balance.A) Komponen utama bagi projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 adalah :\n\r\n\n\r\n\n\r\nRancangan Tebatan Banjir iaitu menaiktaraf sungai, pembinaan flood levee/ flood wall serta pembinaan control gate.\n\r\n\n\r\n\n• \r\n\n\r\n\n• \r\n\r\nLiving River\r\niaitu penstabilan tebing sungai, kerja-kerja rawatan air sungai serta kerja-kerja pengorekan sungai. \n\r\n\n• \r\nSaliran Mesra Alam iaitu penambahbaikan sistem saliran serta pembinaan kolam takungan. \n\r\n\n• \r\nKajian \r\n\r\nWater Balance\r\n\r\n.\r\n\r\nB) Komponen utama bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 1 adalah :\n\r\n\n\r\n\n\r\nRancangan Tebatan banjir iaitu pembinaan flood bund dan outlet gate.\n\r\n\n\r\n\n• \r\n\n\r\n\n• Pantai iaitu pembinaan dyke dan kerja-kerja pengorekan.\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1651,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1651",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah",
        "area": "Limbang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan kerja-kerja mengorek di Kuala Sungai Limbang yang semakin tohor.",
        "question": "Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan kerja-kerja mengorek di Kuala Sungai Limbang yang semakin tohor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan telah meluluskan kerja-kerja pengorekan Muara Sungai Limbang di bawah RMKe-11 sebanyak RM10 juta. Projek ini telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Natural Resources Environment Board Sarawak (NREB). Kementerian akan melaksanakan projek ini setelah mendapat kelulusan daripada Sarawak State Planning Authority (SPA). Permohonan kelulusan telah dihantar kepada SPA oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 10 Februari 2017.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1692,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1692",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah",
        "area": "Limbang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan kerja-kerja mengorek di Kuala Sungai Limbang yang semakin tohor.",
        "question": "Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan kerja-kerja mengorek di Kuala Sungai Limbang yang semakin tohor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan telah meluluskan kerja-kerja pengorekan Muara Sungai Limbang di bawah RMKe-11 sebanyak RM10 juta. Projek ini telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Natural Resources Environment Board Sarawak (NREB). Kementerian akan melaksanakan projek ini setelah mendapat kelulusan daripada Sarawak State Planning Authority (SPA). Permohonan kelulusan telah dihantar kepada SPA oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 10 Februari 2017.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1681,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1681",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-20",
        "year": 2018,
        "no": "18",
        "member": "Tuan Ignatius Dorell Leiking",
        "area": "Penampang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci bagaimana Projek Lembangan Sungai Moyog akan mengurangkan kemungkinan banjir di daerah Penampang dan apakah tindakan Kementerian dengan pembersihan parit di daerah Pena...",
        "question": "Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci bagaimana Projek Lembangan Sungai Moyog akan mengurangkan kemungkinan banjir di daerah Penampang dan apakah tindakan Kementerian dengan pembersihan parit di daerah Penampang yang disyaki punca kenapa banjir melanda khususnya kawasan Kg. Kibabaig (di jalan raya Donggongon-Minintod/ juga di perumahan Shangrila Height), Kg. Sarapung, Kg. Kolopis, Kg. Tuavon, Kg. Nambazan, Kg. Ramayah, Kg. Maang, Kg. Sugud, Kg. Limbanak, Kg. Kituau dan kawasan yang terlibat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nRancangan Tebatan Banjir (RTB) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah secara keseluruhannya meliputi kerja-kerja membina ban tanah, menaik taraf Sungai Putatan dengan bentuk trapezoidal, menaiktaraf sungai dengan bored piled, pembinaan jambatan dan pembinaan pintu air banjir\n\r\nKeseluruhan outcome yang diperoleh daripada projek ini adalah seramai 38,000 penduduk bebas banjir pada tahap perlindungan 25 ARI (Average Recurrence Interval) bagi saliran dalaman dan 100 ARI bagi saliran utama/ sungai. Manakala, keluasan kawasan banjir yang dikurangkan adalah sebanyak 2,750 Ha daripada keluasan asal banjir iaitu 3,130 Ha dan seterusnya dapat meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup bagi penduduk di kawasan Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan Donggongan dan Pekan Putatan serta menyelamatkan Jalanraya Minintod-Inanam daripada kejadian banjir.\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan sistem saliran berdasarkan keperluan semasa. Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri dan mengikut peruntukan semasa.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1682,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1682",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-19",
        "year": 2018,
        "no": "18",
        "member": "Dr. Tan Seng Giaw",
        "area": "Kepong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah masalah berkaitan dengan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Adakah kawalan hutan dapat ditambah baik termasuk kerjasama dengan Kerajaan negeri.",
        "question": "Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah masalah berkaitan dengan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Adakah kawalan hutan dapat ditambah baik termasuk kerjasama dengan Kerajaan negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nPengurusan hutan di Semenanjung Malaysia adalah selaras dengan objektif Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 (Pindaan 1993) yang mengandungi dua (2) objektif utama iaitu:\n\r\n\n(i) memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan; dan\n\r\n\n(ii) melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik serta meningkatkan penyelidikan dan pendidikan.\n\r\n\nSelaras dengan itu, kawasan hutan terutamanya kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) diurus di bawah prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) yang memberi penekanan seimbang terhadap keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar.\n\r\n\nPelaksanaan ini menjadikan pengurusan hutan dikawal dengan baik berdasarkan prinsip berkekalan itu sendiri. Salah satu kriteria utama dalam Pengurusan Hutan Secara Berbekalan ialah pengawalan terhadap pembukaan kawasan hutan untuk pengusahasilan melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan dan dipantau oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Penetapan Catuan Tebangan Tahunan adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semulajadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusahasil.\n\r\n\nDalam melaksanakan Pengurusan Hutan Secara Berbekalan ini, terdapat isu berbangkit diantaranya pengambilan kawasan hutan atau pewartaan keluar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi tujuan projek-projek pembangunan negara demi kesejahteraan masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kementerian telah mengambil langkah proaktif dengan kerjasama daripada semua kerajaan negeri melalui platform MTN di mana pihak kerajaan negeri diminta seboleh-bolehnya mengawal pewartaan keluar HSK.\n\r\n\nSecara umumnya, Pengurusan Hutan Secara Berkekalan ini akan terus menjadi tunjang dalam amalan pengurusan hutan di Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1649,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1649",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "19",
        "member": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad",
        "area": "Langkawi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk menyelenggara Pulau Payar dan ditutup pada jangka tempoh tertentu agar kebersihan dan keindahan Pulau Payar tersebut dijaga. Buat masa ini pelanc...",
        "question": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk menyelenggara Pulau Payar dan ditutup pada jangka tempoh tertentu agar kebersihan dan keindahan Pulau Payar tersebut dijaga. Buat masa ini pelancong boleh pergi pada bila-bila masa dan akan menyebabkan pencemaran kepada ekosistem di Pulau Payar tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa perihatin terhadap isu pemuliharaan biodiversiti marin terutamanya perairan yang telah diwartakan sebagai taman laut. Hasil usaha Kementerian telah menjadikan pulau yang mana perairanya diwartakan sebagai taman laut destinasi pelancongan yang penting di negara kita. Salah satu taman laut yang sering dikunjungi oleh pelancong antarabangsa adalah Taman Laut Pulau Payar, Kedah. 72% pelancong ke Pulau ini adalah pelancong antarabangsa. Kedatangan pelancong ke taman laut negara kita memberi faedah dari segi pembangunan ekonomi negara dan penduduk setempat. Berdasarkan kajian pada tahun 2011, jumlah sumbangan ekonomi Taman Laut Pulau Payar adalah RM 174 juta setahun. Sumbangan Taman Laut Pulau Payar dari segi limpahan sumber perikanan dianggarkan bernilai RM 123 juta setahun. Pemantauan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia juga menunjukkan bahawa kepadatan populasi ikan di Taman Laut Pulau Payar juga merupakan antara yang tertinggi berbanding Taman Laut yang lain. Perairan Taman Laut Pulau Payar juga merupakan kawasan persinggahan spesies marin bermigrasi seperti yu paus yang ikan marlin. Nilai estetik yang menjadi daya tarikan pelancong pula bernilai RM 50 juta setahun.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nOleh yang demikian, sumber biodiversiti marin yang terdapat di pulau ini perlu dipelihara melalui kawalan aktiviti pelancongan untuk memastikan kelangsungan biodiversiti yang menjadi punca pendapatan kepada operator pelancongan di Pulau Langkawi dan Alor Setar, Kedah serta Pulau Pinang. Isu lain yang perlu diberi perhatian sewajarnya adalah kedamparan sampah yang hanyut dari kawasan yang lain terutamanya semasa Monsoon Barat Daya pada bulan April hingga September. Kementerian saya melalui Jabatan Taman Laut Malaysia menyediakan peruntukan bagi menangani isu ini. Namun, untuk jangka masa panjang isu sampah laut perlu ditangani secara holistik kerana ia melibatkan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan. Pemerhatian Jabatan Taman Laut Malaysia juga mendapati terdapat sampah yang hanyut daripada negara jiran. Selain itu, kemudahan asas untuk menyokong aktiviti ekopelancongan juga perlu disediakan dan dinaiktaraf. Kementerian saya dan Lembaga Pembangunan Langkawi di bawah Kementerian Kewangan memandang berat isu penyediaan kemudahan untuk mengurangkan impak aktiviti ekopelancongan serta kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2015 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 20.9 juta kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah Inisiatif Blueprint Pelancongan Langkawi untuk Naik Taraf Kemudahan Pelancongan dan Penggantian Bot Dan Pemerkasaan Konservasi Biodiversiti Marin Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Projek ini dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap November 2018.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPada tahun 2018, skop naik taraf adalah melibatkan Pusat Taman Laut Pulau Payar dan Jeti Pengurusan Taman Laut. Oleh yang demikian, pantai di hadapan Pusat Taman Laut Pulau Payar ditutup agar kerja-kerja naik taraf tidak mengganggu keselesaan pelancong. Kawasan riadah pelancong-pelancong telah dialihkan ke Pantai Damai, iaitu pantai bersebelahan dengan Pusat Taman Laut Pulau Payar. Kedua-dua pantai ini akan dibuka semula kepada para pelancong sebaik sahaja kerja-kerja naik taraf selesai. Selain kerja naik taraf fizikal, Kementerian saya juga melaksanakan pemantauan berkala kualiti air marin dan tahap kesihatan terumbu karang di taman laut. Jabatan Taman Laut di bawah Kementerian saya telah memasang stesen tetap pemantauan kualiti air marin yang mana parameter fizikal seperti suhu, pH, Oksigen terlarut, dan saliniti dipantau secara harian. Sebarang perubahan kepada persekitaran yang boleh menjejaskan kesihatan terumbu karang boleh dikesan serta merta dan tindakan remediasi boleh diambil. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar buat masa ini tiada perancangan untuk menutup Taman Laut Pulau Payar untuk tempoh tertentu dalam setahun. Ini adalah kerana, sampah dan sisa makanan dikeluarkan daripada pulau tersebut pada setiap hari. Bagi memastikan kebersihan dan keindahan Taman Laut Pulau Payar, Jabatan Taman Laut Malaysia juga menggunakan perkhidmatan kontraktor pembersihan yang membersihkan kumudahan awam di Pusat Taman Laut Pulau Payar pada\n\r\n\nsetiap hari. Selain itu, Kementerian saya juga akan membuat penyelenggaraan terhadap sistem kumbahan Pusat Taman Laut Pulau Payar agar tidak berlaku pemcemaran persekitaran marin pulau tersebut dan menjejaskan kesihatan pelancong ke Pulau tersebut. Langkah-langkah ini boleh meminimakan risiko pencemaran akibat industri pelancongan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1690,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1690",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "19",
        "member": "SOALAN: Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad",
        "area": "Langkawi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk menyelenggara Pulau Payar dan ditutup pada jangka tempoh tertentu agar kebersihan dan keindahan Pulau Payar tersebut dijaga. Buat masa ini pelanc...",
        "question": "SOALAN: Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk menyelenggara Pulau Payar dan ditutup pada jangka tempoh tertentu agar kebersihan dan keindahan Pulau Payar tersebut dijaga. Buat masa ini pelancong boleh pergi pada bila-bila masa dan akan menyebabkan pencemaran kepada ekosistem di Pulau Payar tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa perihatin terhadap isu pemuliharaan biodiversiti marin terutamanya perairan yang telah diwartakan sebagai taman laut. Hasil usaha Kementerian telah menjadikan pulau yang mana perairanya diwartakan sebagai taman laut destinasi pelancongan yang penting di negara kita. Salah satu taman laut yang sering dikunjungi oleh pelancong antarabangsa adalah Taman Laut Pulau Payar, Kedah. 72% pelancong ke Pulau ini adalah pelancong antarabangsa. Kedatangan pelancong ke taman laut negara kita memberi faedah dari segi pembangunan ekonomi negara dan penduduk setempat. Berdasarkan kajian pada tahun 2011, jumlah sumbangan ekonomi Taman Laut Pulau Payar adalah RM 174 juta setahun. Sumbangan Taman Laut Pulau Payar dari segi limpahan sumber perikanan dianggarkan bernilai RM 123 juta setahun. Pemantauan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia juga menunjukkan bahawa kepadatan populasi ikan di Taman Laut Pulau Payar juga merupakan antara yang tertinggi berbanding Taman Laut yang lain. Perairan Taman Laut Pulau Payar juga merupakan kawasan persinggahan spesies marin bermigrasi seperti yu paus yang ikan marlin. Nilai estetik yang menjadi daya tarikan pelancong pula bernilai RM 50 juta setahun.\n\r\n\nOleh yang demikian, sumber biodiversiti marin yang terdapat di pulau ini perlu dipelihara melalui kawalan aktiviti pelancongan untuk memastikan kelangsungan biodiversiti yang menjadi punca pendapatan kepada operator pelancongan di Pulau Langkawi dan Alor Setar, Kedah serta Pulau Pinang. Isu lain yang perlu diberi perhatian sewajarnya adalah kedamparan sampah yang hanyut dari kawasan yang lain terutamanya semasa Monsoon Barat Daya pada bulan April hingga September. Kementerian saya melalui Jabatan Taman Laut Malaysia menyediakan peruntukan bagi menangani isu ini. Namun, untuk jangka masa panjang isu sampah laut perlu ditangani secara holistik kerana ia melibatkan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan. Pemerhatian Jabatan Taman Laut Malaysia juga mendapati terdapat sampah yang hanyut daripada negara jiran. Selain itu, kemudahan asas untuk menyokong aktiviti ekopelancongan juga perlu disediakan dan dinaiktaraf. Kementerian saya dan Lembaga Pembangunan Langkawi di bawah Kementerian Kewangan memandang berat isu penyediaan kemudahan untuk mengurangkan impak aktiviti ekopelancongan serta kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2015 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 20.9 juta kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah Inisiatif Blueprint Pelancongan Langkawi untuk Naik Taraf Kemudahan Pelancongan dan Penggantian Bot Dan Pemerkasaan Konservasi Biodiversiti Marin Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Projek ini dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap November 2018.\n\r\n\nPada tahun 2018, skop naik taraf adalah melibatkan Pusat Taman Laut Pulau Payar dan Jeti Pengurusan Taman Laut. Oleh yang demikian, pantai di hadapan Pusat Taman Laut Pulau Payar ditutup agar kerja-kerja naik taraf tidak mengganggu keselesaan pelancong. Kawasan riadah pelancong-pelancong telah dialihkan ke Pantai Damai, iaitu pantai bersebelahan dengan Pusat Taman Laut Pulau Payar. Kedua-dua pantai ini akan dibuka semula kepada para pelancong sebaik sahaja kerja-kerja naik taraf selesai. Selain kerja naik taraf fizikal, Kementerian saya juga melaksanakan pemantauan berkala kualiti air marin dan tahap kesihatan terumbu karang di taman laut. Jabatan Taman Laut di bawah Kementerian saya telah memasang stesen tetap pemantauan kualiti air marin yang mana parameter fizikal seperti suhu, pH, Oksigen terlarut, dan saliniti dipantau secara harian. Sebarang perubahan kepada persekitaran yang boleh menjejaskan kesihatan terumbu karang boleh dikesan serta merta dan tindakan remediasi boleh diambil. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar buat masa ini tiada perancangan untuk menutup Taman Laut Pulau Payar untuk tempoh tertentu dalam setahun. Ini adalah kerana, sampah dan sisa makanan dikeluarkan daripada pulau tersebut pada setiap hari. Bagi memastikan kebersihan dan keindahan Taman Laut Pulau Payar, Jabatan Taman Laut Malaysia juga menggunakan perkhidmatan kontraktor pembersihan yang membersihkan kumudahan awam di Pusat Taman Laut Pulau Payar pada\n\r\n\nsetiap hari. Selain itu, Kementerian saya juga akan membuat penyelenggaraan terhadap sistem kumbahan Pusat Taman Laut Pulau Payar agar tidak berlaku pemcemaran persekitaran marin pulau tersebut dan menjejaskan kesihatan pelancong ke Pulau tersebut. Langkah-langkah ini boleh meminimakan risiko pencemaran akibat industri pelancongan. \n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1685,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1685",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-15",
        "year": 2018,
        "no": "22",
        "member": "Tuan Teo Kok Seong",
        "area": "Rasah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- a) mengapakah Kerajaan masih membenarkan pusat memproses sisa berjadual, Pusat Kualiti Alam terus beroperasi walaupun ia akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk; dan b) st...",
        "question": "Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n\na) mengapakah Kerajaan masih membenarkan pusat memproses sisa berjadual, Pusat Kualiti Alam terus beroperasi walaupun ia akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk; dan\n\r\n\nb) statistik pemantauan dan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap kualiti alam sejak tahun 2013 - tahun 2018.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kualiti Alam Sdn. Bhd. (KASB) di Bukit Nenas, Sendayan, Negeri Sembilan merupakan sebuah Pusat Pengurusan Sisa Buangan Terjadual Bersepadu yang dilengkapi dengan Loji Rawatan Fizikal dan Kimia, Loji Stabilisasi, Loji Penunuan (Insinerator), Loji Rawatan Leachate, loji-loji rawatan sokongan dan Tapak Pelupusan Selamat sebagai destinasi terakhir untuk buangan terjadual yang telah dirawat (kod buangan terjadual SW501). KASB telah diberikan hak eksklusif untuk melaksanakan dan mengendalikan kemudahan bersepadu ini selama 15 tahun bermula pada 1 Mac 2000 sehingga 28 Februari 2015.\n\r\n\nMerujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta (JTAS) Bil 5/2014 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr KSN pada 4 Julai 2014 telah bersetuju dengan syor Jabatan Alam Sekitar untuk tidak meneruskan hak eksklusif KASB selepas Februari 2015.\n\r\n\nWalaubagaimanapun, perkhidmatan/operasi KASB masih diteruskan bagi memastikan pengurusan buangan terjadual yang dihasilkan oleh pihak industri di negara ini dapat dikendalikan dengan sempurna dan selamat dan tidak mendatangkan implikasi kepada alam sekitar dan kesihatan awam. Pengoperasian premis Kualiti Alam Sdn Bhd sepanjang 15 tahun telah menunjukkan prestasi pematuhan yang baik di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.\n\r\n\n\r\n\nMengenai KASB sering diadu mengenai kesan pencemaran dari operasi premis oleh masyarakat sekeliling, siasatan Jabatan mendapati aduan-aduan tersebut adalah tidak berasas yang tidak dapat dikaitkan dengan operasi KASB tetapi lebih pada persepsi penduduk. Pembangunan gunatanah sekeliling juga telah menyebabkan kawasan kediaman lebih menghampiri kawasan operasi KASB.\n\r\n\nJAS sentiasa memantau pematuhan KASB kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan orang awam terpelihara melalui pemeriksaan di lapangan yang dilakukan secara berkala dan pemeriksaan secara harian melalui desktop enforcement dengan menyemak Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) dan Continuous Emission Monitoring System (CEMS). Semakan status pematuhan keseluruhan premis dari tahun 2013 hingga 2017, daripada 59 lawatan penguatkuasaan yang dijalankan mendapati hanya 2 kali ketidakpatuhan dilakukan oleh premis.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1652,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1652",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "25",
        "member": "YB DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD",
        "area": "PARIT SULONG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah strategi dan langkah-langkah FRIM sebagai Institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju khazanah negara yang bernilai terutama pokok-pokok dal...",
        "question": "YB DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD [PARIT SULONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah strategi dan langkah-langkah FRIM sebagai Institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju khazanah negara yang bernilai terutama pokok-pokok dalam hutan asli daripada terus kehilangan atau kepupusan memandangkan negara kita Malaysia menghadapi masalah ancaman, kehilangan dan kepupusan tumbuhan-tumbuhan penting terutama pokok-pokok spesies hutan tropika.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nNRE melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan kerja-kerja menyelamatkan spesies ini daripada ancaman kepupusan dengan penubuhan kawasan pemuliharaan secara in situ di habitat-habitat semulajadinya. FRIM sedang bekerjasama dengan pihak pemegang taruh dalam aspek-aspek pengurusan pemuliharaan spesies-spesies terancam ini. Sebuah kawasan telah dikenalpasti di INSTUN untuk tanaman semula germplasma yang dikutip dari hutan. Semenjak penubuhan bank ini pada tahun 2014, beberapa spesies terancam telah dapat dikutip dari Hutan Simpan di Panti, Sungai Bantang dan Gunung Arong di Johor, serta Sungai Lalang, Selangor dan dibesarkan di dalam tapak semaian sebelum dipindahkan ke INSTUN untuk ditanam.\n\r\nSelain penanaman ex-situ, FRIM terlibat dengan program konservasi melalui DNA Profiling spesies hutan dan herba. Dalam RMK 10 dan RMK 11, DNA setiap spesies hutan tropika dan herba di simpan di makmal genetik FRIM sebagai sumber maklumat sekiranya spesies ini mengalami kepupusan.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1664,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1664",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-27",
        "year": 2018,
        "no": "25",
        "member": "Dato' Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bersama Kerajaan Negeri untuk memastikan isu penerokaan hutan yang tidak terkawal dapat dibendung.",
        "question": "Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bersama Kerajaan Negeri untuk memastikan isu penerokaan hutan yang tidak terkawal dapat dibendung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menubuhkan Centralised Enforcement Team (CET) sejak tahun 2013 yang merupakan usaha melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah dengan agensi penguatkuasa lain seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Jabatan Imigresen Malaysia.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nBagi kawasan-kawasan hotspot yang sensitif dan memerlukan penguatkuasaan yang rapi dan berterusan seperti Cameron Highlands, pihak kementerian juga telah menubuhkan Command Centre dengan menempatkan tiga (3) Jabatan di bawah Kementerian iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian supaya tindakan penguatkuasaan dapat di jalankan dengan segera.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nBagi memulihkan kawasan hutan terosot, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah melaksanakan pelbagai program antaranya Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia, Projek Central Forest Spine (CFS) serta aktiviti Pemulihan Kawasan Hutan Terosot dengan melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO).\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1693,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1693",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "25",
        "member": "YB DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD",
        "area": "PARIT SULONG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah strategi dan langkah-langkah FRIM sebagai Institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju khazanah negara yang bernilai terutama pokok-pokok dal...",
        "question": "YB DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD [PARIT SULONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah strategi dan langkah-langkah FRIM sebagai Institusi penyelidikan perhutanan yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju khazanah negara yang bernilai terutama pokok-pokok dalam hutan asli daripada terus kehilangan atau kepupusan memandangkan negara kita Malaysia menghadapi masalah ancaman, kehilangan dan kepupusan tumbuhan-tumbuhan penting terutama pokok-pokok spesies hutan tropika.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nNRE melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan kerja-kerja menyelamatkan spesies ini daripada ancaman kepupusan dengan penubuhan kawasan pemuliharaan secara in situ di habitat-habitat semulajadinya. FRIM sedang bekerjasama dengan pihak pemegang taruh dalam aspek-aspek pengurusan pemuliharaan spesies-spesies terancam ini. Sebuah kawasan telah dikenalpasti di INSTUN untuk tanaman semula germplasma yang dikutip dari hutan. \n\nSemenjak penubuhan bank ini pada tahun 2014, beberapa spesies terancam telah dapat dikutip dari Hutan Simpan di Panti, Sungai Bantang dan Gunung Arong di Johor, serta Sungai Lalang, Selangor dan dibesarkan di dalam tapak semaian sebelum dipindahkan ke INSTUN untuk ditanam.\n\r\n\nSelain penanaman ex-situ, FRIM terlibat dengan program konservasi melalui DNA Profiling spesies hutan dan herba. Dalam RMK 10 dan RMK 11, DNA setiap spesies hutan tropika dan herba di simpan di makmal genetik FRIM sebagai sumber maklumat sekiranya spesies ini mengalami kepupusan.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1689,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1689",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-13",
        "year": 2018,
        "no": "27",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana kelulusan DEIA boleh diberikan untuk projek maha besar iaitu projek tambakan laut (Projek Aman Laut), Kedah dengan cepat apabila ianya telah menjalankan tambakan laut secara ha...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana kelulusan DEIA boleh diberikan untuk projek maha besar iaitu projek tambakan laut (Projek Aman Laut), Kedah dengan cepat apabila ianya telah menjalankan tambakan laut secara haram sebelum ini. Berapakah keluasan tambakan dan nilai projek yang terlibat dan siapakah yang memiliki projek ini. Mengapakah tidak ada tindakan yang diambil ke atas mereka yang menjalankan tambakan laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja (PBK) di bawah Seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada Property Builder (Kuala Kedah) Sdn Bhd bertarikh 15 Mei 2017 supaya kerja-kerja tebus guna tanah laut diberhentikan serta merta. Perintah Berhenti Kerja ini dikeluarkan atas sebab-sebab pemaju projek telah menjalankan aktiviti yang ditetapkan tanpa Kelulusan Laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu.\n\r\n\nWalaubagaimanapun, Laporan EIA bagi cadangan aktiviti telah pun dikemukakan kepada JAS pada 15 Jun 2017. Laporan EIA tersebut telah diluluskan pada 29 Ogos 2017 setelah tindakan-tindakan dan langkah-langkah kawalan pencemaran yang akan diambil oleh pihak pemaju projek diperincikan dalam Laporan EIA tersebut.\n\r\n\nPihak pemaju bagi projek ini ialah Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd. dan PKB Development Sdn. Bhd., manakala Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (SSK) merupakan pemilik tanah bagi pembangunan ini. Kawasan yang dipohon untuk tebus guna tanah tersebut adalah seluas 151.62 ekar untuk tujuan pembangunan bercampur yang terdiri daripada guna tanah kediaman, komersial dan infrastruktur.\n\r\n\n\r\n\nPerintah Berhenti Kerja (PBK) telah ditarik balik pada 5 September 2017 setelah Laporan EIA diluluskan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1659,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1659",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-28",
        "year": 2018,
        "no": "30",
        "member": "Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya",
        "area": "Tasek Gelugor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian dan tindakan proaktif Kementerian terhadap projek tambakan laut bagi pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang oleh Kerajaan negeri berikutan kesan buruk kepad...",
        "question": "Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pendirian dan tindakan proaktif Kementerian terhadap projek tambakan laut bagi pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang oleh Kerajaan negeri berikutan kesan buruk kepada sumber laut yang akan menjejaskan pendapatan nelayan malah bakal mengubah tebing benua negeri Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nLaporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek pembinaan tiga pulau buatan di selatan pulau Pinang telah dikemukakan dan sedang dinilai secara terperinci oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Setelah meniliti, didapati bahawa Laporan EIA yang telah dikemukakan adalah tidak lengkap dan laporan tersebut tidak dapat diluluskan.\n\r\nDisamping itu, pihak JAS juga sentiasa memantau dan mengawasi tapak projek bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pembinaan dijalankan tanpa mendapat kelulusan laporan EIA terlebih dahulu.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSehingga kini, didapati tiada aktiviti di kawasan tapak dan JAS masih belum menerima laporan EIA yang lengkap. JAS boleh mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju telah memulakan aktiviti di tapak tanpa mendapat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1683,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1683",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-15",
        "year": 2018,
        "no": "30",
        "member": "Tuan Oscar Ling Chai Yew",
        "area": "Sibu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tentang kaedah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Sg. Bidut, Sibu. Apabila banjir melanda, kebanyakan kebun sayur akan dimusnahkan dan men...",
        "question": "Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang kaedah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Sg. Bidut, Sibu. Apabila banjir melanda, kebanyakan kebun sayur akan dimusnahkan dan mengakibatkan harga sayur di Sibu menaik, apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nAntara punca berlakunya banjir di kawasan Sg. Bidut, Sibu adalah disebabkan kawasan faktor geografinya yang rendah, pertembungan dengan air pasang serta terletak di kawasan tanah lembut (jenis tanah gambut). \n\r\nBagi penyelesaian jangka masa panjang, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membuat kajian menyeluruh bagi perancangan dari segi pelaksanaan pemasangan dan penggunaan sistem pam di saliran d ikawasan tersebut dalam Rancangan Malaysia yang seterusnya.\n\r\nBagi penyelesaian jangka masa pendek, penyelenggaraan sistem saliran dari semasa ke semasa akan dilaksanakan melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian kepada JPS. \n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1688,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1688",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-14",
        "year": 2018,
        "no": "33",
        "member": "Datuk Koh Nai Kwong",
        "area": "Alor Gajah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan kolam takungan air bagi mengatasi masalah banjir khususnya di kawasan Alor Gajah.",
        "question": "Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan kolam takungan air bagi mengatasi masalah banjir khususnya di kawasan Alor Gajah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan ke-2 sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah Fasa 1, Daerah Alor Gajah, Melaka. Status terkini projek tersebut adalah di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding.\n\r\nAntara komponen yang akan dilaksanakan dalam projek tersebut adalah seperti berikut:\n\r\n\r\n\n• Reka bentuk terperinci, kerja pengukuran dan penyiasatan tanah;\n\r\n\n• Pembinaan kolam takungan serta struktur-struktur berkaitan; dan\n\r\n\n• Menaik taraf sungai.Sekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1687,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1687",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-14",
        "year": 2018,
        "no": "36",
        "member": "Dato' Sri Wee Jeck Seng",
        "area": "Tanjong Piai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah prosedur berikutnya yang dilaksanakan oleh Kementerian dan peranan Kementerian untuk suatu projek pembangunan di peringkat negeri seperti pembinaan lebuh raya, loji penjana kuasa ...",
        "question": "Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah prosedur berikutnya yang dilaksanakan oleh Kementerian dan peranan Kementerian untuk suatu projek pembangunan di peringkat negeri seperti pembinaan lebuh raya, loji penjana kuasa elektrik ataupun empangan yang telah mengemukakan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Malaysia mengikut keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dikemukakan mengikut keperluan Environmental Impact Assessment Guideline in Malaysia 2016. Laporan EIA tersebut juga akan diedarkan kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk tujuan penilaian mengikut bidang kepakaran agensi masing-masing supaya JAS dapat membuat pertimbangan untuk kelulusan sesuatu laporan EIA.\n\r\n\nSetelah mendapat kelulusan, pemaju hendaklah mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA termasuk pelaksanaan pematuhan kendiri, mengemukakan laporan pematuhan secara berkala dan menjalankan audit pematuhan melalui pelantikan “ third party auditor” yang didaftarkan oleh JAS.\n\r\nSelain daripada itu, lawatan pemeriksaan juga akan dijalankan oleh pegawai JAS untuk memantau kepatuhan pemaju kepada syarat-syarat kelulusan EIA tersebut. JAS akan mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju tidak mematuhi syarat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), AKAS 1974.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1675,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1675",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "37",
        "member": "Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary",
        "area": "Bachok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah cadangan-cadangan jangka pendek dalam menangani masalah banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas. Adakah Danau Tok Uban tidak bolehdimanfaatkan bagi mengurangkan permasalaha...",
        "question": "Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah cadangan-cadangan jangka pendek dalam menangani masalah banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas. Adakah Danau Tok Uban tidak bolehdimanfaatkan bagi mengurangkan permasalahan banjir.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nBagi penyelesaian jangka pendek, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau dan menyelenggara sungai setiap tahun. \n\r\n\nManakala bagi penyelesaian jangkamasa panjang, NRE melalui JPS dalam dalam proses untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg Golok Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di dalam RMKe-11. Walau bagaimanapun, penyelesaian banjir secara menyeluruh (total solution) perlu dilaksanakan yang melibatkan RTB Sg. Golok Fasa 2 dan Fasa 3 yang melangkaui pelaksanaannya sehingga RMKe-12 dan RMKe-13 dengan anggaran kos sebanyak RM1.1 bilion bagi mengurangkan kejadian banjir di kawasan Rantau Panjang. \n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1674,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1674",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "42",
        "member": "YB DATO' HAJI AHMAD NAZLAN BIN IDRIS",
        "area": "JERANTUT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah projek-projek R&D yang telah dijalankan berkaitan penggunaan semula sisa atau biomass untuk dijadikan sebagai sumber kekayaan baru negara.",
        "question": "YB DATO' HAJI AHMAD NAZLAN BIN IDRIS [JERANTUT] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah projek-projek R&D yang telah dijalankan berkaitan penggunaan semula sisa atau biomass untuk dijadikan sebagai sumber kekayaan baru negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\nNRE melalui FRIM melaksanakan aktiviti R&D dengan penggunaan semula sisa atau biomass untuk menghasilkan produk bernilai tambah dalam pelbagai industri. Projek-projek R&D berkaitan penggunaan semula sisa atau biomass untuk dijadikan sebagai sumber kekayaan baru negara adalah: \n\r\n\ni. Mengenalpasti kesesuaian sisa biomass seperti habuk kayu, reja industri perhutanan, sisa industri sawit iaitu tandan kosong dan batang sawit untuk dijadikan pellet dan briket bahan bakar penjanaan tenaga boleh diperbaharui; \n\r\n\nii. Penyelidikan sisa biomass industri sawit untuk penghasilan bioethanol yang dapat dijadikan medium pengekstrak bahan aktif industri herba dan sebagai pelarut produk-produk farmaseutikal mesra alam; \n\r\n\niii. Pengitaran semula minyak masak terpakai untuk penghasilan Aedes Biobased Fuel (ABBF) sebagai bahan ganti diesel bagi aktiviti penyemburan nyamuk aedes. Produk mesra alam ini dapat mengurangkan risiko kesihatan, pencemaran alam sekitar melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau serta mempunyai bau yang menyenangkan berbanding bahan semburan konvensional. Ujilari produk ini telah dijalankan dengan jayanya di empat (4) buah taman di daerah Sepang; \n\r\n\niv. Penyelidikan serat pulpa daripada biomass jerami padi untuk penghasilan produk seperti kertas pembungkus untuk packaging dan moulded containers; \n\r\n\nv. Projek skala rintis penghasilan viscose rayon dari biomass kenaf untuk digunakan oleh industri tekstil; \n\r\n\nvi. Penghasilan carbon fibre dari kenaf rayon untuk digunakan dalam industri tekstil berketahanan tinggi seperti bahan kalis peluru dan komposit; \n\r\n\nvii. Penghasilan bahan nano selulosa dari bahan lignoselulosa (sisa industri kayu/sawit/pertanian) dalam pelbagai bentuk kimia khususnya kristalin (Nano Chrystaline Cellulose—NFC dan Nano Fibrillated Cellulose—NFC) untuk penghasilan pelbagai bahan nilai tambah mesra alam termasuk pembungkus makanan. Penambahan NFC ke dalam kayu akan meningkatkan nilai kekuatan dan ketahanan yang berlipat ganda bagi membolehkan ia digunakan dalam penghasilan pelbagai produk yang selalu didominasi oleh plastik dan logam; \n\r\n\nviii. Penghasilan tanin daripada sisa industri arang kayu bakau sebagai alternatif kepada bahan komersial yang diimpot untuk formulasi drilling mud di dalam industri minyak dan gas. Tanin berfungsi sebagai bahan pemerai (deflocculant) dan dalam pengawalan kehilangan cecair (fluid loss control); dan \n\r\n\nix. Penghasilan cuka kayu (wood vinegar) daripada proses pembakaran biomass kayu bakau untuk digunakan sebagai racun serangga mesra alam dalam industri pertanian dan perhutanan. 　\n\r\n\nSelain biomass kayu bakau, biomass dari industri perkayuan juga boleh digunakan untuk penghasilan cuka kayu. \n\r\n\nKajian-kajian R&D di atas adalah dalam peringkat yang berbeza dengan penglibatan pelbagai pihak industri dan Majlis Perbandaran. \n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1673,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1673",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "43",
        "member": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan harimau merupakan suatu simbol kegagahan dan kebanggaan bagi Negara kita",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan harimau merupakan suatu simbol kegagahan dan kebanggaan bagi Negara kita. Sejak kebelakangan ini, ...",
        "question": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan harimau merupakan suatu simbol kegagahan dan kebanggaan bagi Negara kita. Sejak kebelakangan ini, habitat harimau berkurangan akibat pembukaan hutan yang menyebabkan populasi harimau terjejas. Mohon pihak Kerajaan untuk menyatakan berapakah keluasan habitat Harimau dan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memulihara spesies ini untuk generasi akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam melindungi Harimau Malaya daripada kepupusan. \n\r\n\nAktiviti konservasi Harimau Malaya di pelbagai landskap hutan berdepan dengan cabaran seperti kehilangan habitat dan fragmentasi hutan akibat perubahan guna tanah serta pemburuan haram untuk tujuan komersil yang merupakan ancaman utama kepada Harimau Malaya. \n\r\n\nDianggarkan hampir 50,000 km2 hutan di Semenanjung Malaysia diperlukan bagi menampung 1,000 ekor Harimau Malaya. Sehingga kini di Malaysia terdapat hampir 6,000 km2 (600,000 ha) kawasan perlindungan yang merupakan habitat yang penting serta diiktiraf diperingkat global bagi pemuliharaan harimau. Kawasan perlindungan tersebut adalah Taman Negara di Pahang, Kelantan dan Terengganu (434,300 ha), Taman Negeri Belum di Perak (117,500 ha) dan Taman Negara Endau Rompin di Johor (48,000 ha). \n\r\n\nKementerian menyedari bahawa Kawasan Perlindungan yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kawasan hidupan liar terutamanya spesies seperti harimau. Ia memerlukan kawasan hutan yang luas untuk berkeliaran bagi mencari makanan, mendapatkan perlindungan serta membiak. Sehubungan itu bagi memastikan habitat hidupan liar yang mencukupi, Kerajaan telah mengambil inisiatif melalui pelaksanaan Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Belang Kebangsaan (National Tiger Conservation Action Plan - NTCAP). Menerusi pelaksanaan Pelan Induk CFS dan NTCAP ini adalah diharapkan pengurusan kawasan hutan yang terlibat dapat diurus secara mampan dan hidupan liar, terutamanya harimau dilindungi dan terpelihara daripada ancaman kepupusan. \n\r\n\nSehingga kini para pakar menganggarkan bahawa terdapat 250 hingga 340 ekor Harimau Malaya di Semenanjung Malaysia berdasarkan survei yang telah dijalankan dari tahun 2010 sehingga 2013 melalui pemasangan perangkap kamera berpandukan protokol yang telah ditetapkan di tujuh lokasi yang merentasi tiga landskap utama iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Rompin). \n\r\n\nHasil kajian menunjukkan bahawa anggaran populasi semasa adalah kurang berbanding anggaran sebelum ini iaitu kewujudan sebanyak 500 ekor harimau di Semenanjung Malaysia. Namun demikian, lebih banyak lokasi yang masih perlu dikaji menerusi 1st National Tiger Survey (1st NTS) di bawah Rancangan Malaysia ke 11 (2016-2020) untuk menentukan anggaran sebenar populasi Harimau Belang untuk Malaysia. \n\r\n\nJabatan Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain, gabungan NGO alam sekitar, dan agensi-agensi lain kini melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCAP) sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan populasinya. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perhilitan termasuklah: 　\n\r\n\na) Mengukuhkan perundangan terhadap spesies harimau dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]; \n\r\n\nb) Melaksanakan moratorium terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan Kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 30 November 2021; \n\r\n\nc) Meningkatkan rondaan penguatkuasaan di dalam dan luar Kawasan Perlindungan (PA) menerusi program 1MBEON dan operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan seperti KASTAM, PDRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; \n\r\n\nd) Memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 bagi pelaksanaan aktiviti di bawah NTCAP; \n\r\n\ne) Meningkatkan program kesedaran awam seperti pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat menerusi Jabatan PERHILITAN serta kerjasama dengan pihak NGO berkaitan seperti World Wide Fund Malaysia (WWF-M), Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS-M), Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) dan Malaysian Nature Society (MNS); dan \n\r\n\nf) Menyertai secara proaktif dalam forum dan seminar bagi membincangkan isu konservasi harimau diperingkat nasional dan global. \n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1661,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1661",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-28",
        "year": 2018,
        "no": "50",
        "member": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan taburan data tentang gajah di Semenanjung Malaysia serta sejauh mana kes",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan taburan data tentang gajah di Semenanjung Malaysia serta sejauh mana kes konflik 'manusia-...",
        "question": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan taburan data tentang gajah di Semenanjung Malaysia serta sejauh mana kes konflik 'manusia-gajah' telah ditangani serta apakah strategi Kerajaan dalam menguruskan populasi gajah sepanjang Lebuh Raya Timur-Barat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nDi peringkat antarabangsa, Gajah Asia (Elephas maximus) telah disenaraikan di dalam Appendix 1 oleh Convention on International Trade of Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang membawa maksud hidupan liar ini tidak boleh diniagakan oleh kerana populasinya yang semakin terancam kepupusan. Malaysia merupakan ahli yang aktif di dalam konvensyen CITES ini. Gajah juga turut dikategorikan sebagai hidupan liar yang terancam di dalam Buku Data Merah The World Conservation Union (IUCN). Di Malaysia, gajah merupakan hidupan liar yang perlindungi sepenuhnya dalam di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).\n\r\n\nTaburan gajah di Semenanjung Malaysia tersebar luas dari Utara sehingga ke Selatan terutama di negeri-negeri Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Populasi gajah liar di Semenanjung Malaysia adalah dianggarkan antara 1,220 - 1,450 ekor. Tiada gajah liar direkodkan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Perlis. Ini adalah kerana populasi gajah di negeri-negeri tersebut telah dipindahkan ke negeri lain disebabkan kekurangan keluasan habitat yang sesuai. Seiring dengan perkembangan ekonomi pesat dan peningkatan penduduk di negara ini, beberapa kawasan yang merupakan habitat asal dan kawasan keliaran gajah liar telah diteroka sama ada menjadi kawasan penempatan manusia, pertanian atau pembangunan guna tanah yang lain. Konflik manusia-hidupan liar berlaku apabila interaksi antara manusia dan hidupan liar membawa kesan negatif kepada salah satu atau kedua-dua pihak dari segi kesejahteraan hidup, sumber dan habitat.\n\r\n\nBerdasarkan rekod, dalam tempoh tahun 2013 hingga 2017, sejumlah 1,988 aduan gangguan gajah telah diterima oleh Jabatan PERHLITAN Semenanjung Malaysia. Gajah merupakan spesies ketiga tertinggi yang menimbulkan konflik selepas kera (20,198 aduan) dan babi hutan (4,054 aduan).\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menangani konflik ‘manusia-gajah’ ini, pihak Jabatan PERHILITAN telah menjalankan beberapa tindakan iaitu:\n\r\n\na) Mewujudkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) pada tahun 2013 sebagai keperluan pendekatan lebih holistik. Pelan tindakan ini juga melibatkan kerjasama beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO);\n\r\n\nb) Sebanyak 161 ekor gajah konflik sejak tahun 2013 hingga 2017 telah berjaya ditangkap dan dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Ketiar di Terengganu, Taman Negara Terengganu, HS Belum di Perak, HS Lenggor di Perak, HS Panti di Johor dan Taman Negara Johor (Endau-Rompin) dengan kos kewangan lebih kurang RM 9.12 juta;\n\r\n\nc) Pembinaan pagar elektrik sepanjang 283.3 km di kawasan konflik manusia-gajah bagi lima buah negeri keliaran gajah iaitu Pahang, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu dengan kos keseluruhan sebanyak RM 13.65 juta;\n\r\n\n4\n\r\n\nd) Mengadakan program kesedaran awam dan program pemasangan pagar komuniti bersama komuniti terkesan konflik manusia-gajah. Selain itu, turut dilaksanakan sesi perbincangan dan konsultasi bersama pihak berkepentingan di sekitar kawasan konflik manusia-gajah. Dalam program ini sesi kesedaran dan kefahaman telah diberikan yang meliputi sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat yang memberi tumpuan terhadap menyayangi hidupan liar dan kaedah pengurusan kebun yang betul terutamanya yang bersempadan dengan kawasan hutan; dan\n\r\n\ne) Pelaksanaan sistem amaran awal dan menjalankan penyelidikan pergerakan gajah liar melalui pemasangan kolar satelit ke atas 21 ekor gajah.\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, \n\nBagi pengurusan populasi gajah di sekitar Jalan Raya Timur-Barat pula, beberapa strategi telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN seperti berikut:\n\r\n\na) Mewujudkan lintasan hidupan liar yang dikenali sebagai animals viaduct di Kilometer 157, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli. Lintasan tersebut menghubungkan Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Pembinaan viaduct ini bertujuan untuk memberi laluan selamat kepada hidupan liar terutamanya gajah dan secara tidak langsung dapat memastikan pengguna jalan raya sentiasa berada dalam keadaan selamat.\n\r\n\nb) Cadangan penubuhan Santuari Gajah Amanjaya, Negeri Perak sebagai kawasan keliaran gajah sebagai langkah untuk mengurangkan risiko konflik manusia-gajah;\n\r\n\n\r\n\nc) Menjalankan program pengkayaan habitat di sekitar kawasan ‘viaduct’ untuk menarik perhatian gajah-gajah dan hidupan liar lain agar melalui lintasan berkenaan dengan selamat dan tidak mengganggu pengguna jalan raya;\n\r\n\nd) Telah memasang 8 papan tanda besar dan 15 papan tanda kecil peringatan gajah liar melintas sebagai panduan keselamatan dan peringatan kepada pengguna jalan raya;\n\r\n\ne) Membina menara kawalan bagi memantau kawasan viaduct daripada ancaman pemburuan haram samada gajah ataupun hidupan liar lain;\n\r\n\nf) Memasang pagar elektrik sepanjang 10 kilometer di kiri-kanan kawasan viaduct bagi membentuk laluan hidupan liar ke arah menggunakan viaduct sebagai lintasan;\n\r\n\ng) Akan menambah papan tanda lintasan hidupan liar di kawasan-kawasan lain yang telah dikenalpasti berpotensi menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya; dan\n\r\n\nh) Bagi mendapatkan maklumat keberkesanan pembinaan animals viaduct di Kilometer 157, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, kajian pemantauan telah dilaksanakan. Sejumlah 8 unit perangkap kamera sejak Januari hingga Oktober 2017 telah dipasang bagi mengesan hidupan liar yang menggunakan ‘viaduct’ ini. Hasil kajian telah mendapati spesies gajah dan babi hutan menggunakan ‘viaduct’ untuk melintasi menyeberangi JRTB. Manakala hasil perangkap kamera yang dipasang di kawasan jenut tiruan berhampiran ‘viaduct’ mendapati kehadiran empat (4) spesies hidupan liar iaitu gajah, rusa sambar, kijang dan babi hutan telah hadir ke kawasan ini.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1653,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1653",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "52",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim",
        "area": "Kuala Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan ke atas kontraktor yang gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutamanya dalam isu projek pembinaan ter...",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan ke atas kontraktor yang gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutamanya dalam isu projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati cadangan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeiling (AKAS),1974 iaitu mengemukakan dan mendapat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum sebarang aktiviti boleh dilaksanakan di tapak. Sehingga kini, JAS belum menerima laporan EIA tersebut dan didapati tiada aktiviti dijalankan di kawasan tapak. JAS boleh mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju telah memulakan aktiviti di tapak tanpa mendapat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), AKAS 1974.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1694,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1694",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-12",
        "year": 2018,
        "no": "52",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim",
        "area": "Kuala Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan ke atas kontraktor yang gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutamanya dalam isu projek pembinaan ter...",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan ke atas kontraktor yang gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) terutamanya dalam isu projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati cadangan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeiling (AKAS),1974 iaitu mengemukakan dan mendapat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum sebarang aktiviti boleh dilaksanakan di tapak. Sehingga kini, JAS belum menerima laporan EIA tersebut dan didapati tiada aktiviti dijalankan di kawasan tapak. JAS boleh mengambil tindakan perundangan jika pihak pemaju telah memulakan aktiviti di tapak tanpa mendapat kelulusan laporan EIA selaras dengan peruntukan Seksyen 34A(8), AKAS 1974.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1684,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1684",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-03-15",
        "year": 2018,
        "no": "65",
        "member": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan agensi manakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan ban tanah di Sungai Kobat yang pecah baru-baru ini. Dan apakah yang menyebabkan ban tersebut pecah sehingga menyebabkan kesuli...",
        "question": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan agensi manakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan ban tanah di Sungai Kobat yang pecah baru-baru ini. Dan apakah yang menyebabkan ban tersebut pecah sehingga menyebabkan kesulitan bekalan air kepada warga Kuantan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nBan Sungai Kobat telah dibina dalam projek Empangan Kobat (Kobat Barrage) pada awal tahun 80-an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang bagi tujuan bekalan air minuman kepada penduduk Daerah Kuantan. Ban yang dibina tersebut adalah di atas alur asal Sungai Kuantan dengan tujuan untuk melencongkan aliran Sungai Kuantan melalui empangan tersebut. Operasi dan selenggara empangan tersebut adalah di bawah Perbadanan Air Pahang Berhad setelah Jabatan Bekalan Air diperbadankan.\n\r\nBan tanah tersebut telah berusia lebih 30 tahun. Oleh yang demikian, berlakunya kelemahan struktur tanah akibat kesan banjir yang telah beberapa kali dialami dan limpahan air di atasnya menyebabkan ban tersebut pecah.\n\r\nSehubungan dengan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kerja-kerja pembaikian ban yang pecah atas tanggungjawab terhadap sungai berkenaan bagi memastikan sumber air untuk bekalan air mencukupi. Kerja-kerja pembaikian ban tersebut telah siap dilaksanakan pada 14 Februari 2018 oleh JPS Pahang melalui peruntukan kerja-kerja darurat.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1671,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1671",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "114",
        "member": "Tuan Gooi Hsiao Leung",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air, Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Air",
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap pemaju dan atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggari dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pe...",
        "question": "Tuan Gooi Hsiao Leung [Alor Setar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap pemaju dan atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggari dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pembangunan Aman Laut di Kuala Kedah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada Mei 2017 lalu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyediakan Kertas Siasatan (Investigation Paper, IP) terhadap pihak pemaju projek pembangunan Aman Laut Kuala Kedah dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan izin mendakwa terhadap kes ini. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1670,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1670",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "173",
        "member": "Datuk Jumat Bin Idris",
        "area": "Sepanggar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memulihara dan menyelenggarakan sungai-sungai khususnya di dalam kawasan Parlimen Sepanggar agar bertambah baik.",
        "question": "Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ]minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memulihara dan menyelenggarakan sungai-sungai khususnya di dalam kawasan Parlimen Sepanggar agar bertambah baik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKerja-kerja penyelenggaraan sungai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Walaubagaimanapun,Kerajaan Persekutuan jugamenyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan permohonan daripada Negeri bagi penyelenggaraan sungai-sungai yang berisiko banjir.\n\r\n\nSelain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giatmenjalankan pelbagai kajian penyelidikan, pembangunan dan pengkormersialan (Research, Development and Commercialization, R & D and C)dalam bidang pemuliharaan dan pengurusan sumber air dan sekitarannya inibagi memastikan sumber air terutamanyasungai danekosistem persekitarannyaterpelihara. \n\r\n\nPemuliharaan sungai merupakan salah satu skop kajian dalam Program Penyelidikan Pengurusan Kualiti Air, Sekuriti dan Kelestariannya dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) yang dijalankan oleh NAHRIM. Program penyelidikan ini akan menghasilkan 13 Pelan Pengurusan Lembangan Sungai bagi 13 lembangansungaiutama.Di antaranyaadalah lembangan Sungai Santubong di Sarawak, Sungai Muardi Johor, dan Sungai Juru, Sungai Junjung, dan Sungai Batu Feringgi di Pulau Pinang.Walaubagaimanapun, sungai-sungai di kawasan parlimen Sepanggar tidak termasuk dalam senarai 13 lembangan sungaiyang akan dihasilkan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai dalam RMKe-11 dan pihak Kementerian akan mengambil \n\r\n\nmaklum akan keperluan memulihara sungai-sungai yang terlibat dalam kawasan Parlimen Sepanggar.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1668,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1668",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "190",
        "member": "Tuan Khalid Bin Abd Samad",
        "area": "Shah Alam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan nama-nama hutan yang telah bertukar status dari hutan simpan kekal kepada ladang hutan.",
        "question": "Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan nama-nama hutan yang telah bertukar status dari hutan simpan kekal kepada ladang hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nLadang hutan yang dibangunkan oleh kerajaan-kerajaan negeri adalah di dalam Zon Ladang Hutan yang telah dipersetujui di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK). \n\r\nPenubuhan ladang hutan adalah selaras dengan kehendak Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 (Pindaan 1992) dan Dasar Industri Perkayuan Nasional (NATIP) 2009-2020 yang menekankan kepentingan penubuhan ladang hutan untuk menampung bekalan mentah untuk industri pemprosesan berasaskan kayu-kayan serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang aktif dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan. \n\r\nBerdasarkan kehendak yang dinyatakan oleh dasar-dasar berkenaan, maka kawasan ladang hutan kekal berstatus Hutan Simpanan Kekal dan dikelaskan di bawah Seksyen10(1)(a) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) - hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan. \n\r\nSebagai tambahan, semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Melaka dan Pulau Pinang direkodkan telah membangunkan ladang hutan seluas 113,112.02 hektar melibatkan pelbagai Hutan Simpanan Kekal sejak tahun 1980'an. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1667,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1667",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "225",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi mengelak lebih banyak pembalakan dan penebangan hutan di kawasan tadahan air Empangan Muda yang telah berkurangan sebanyak 87.3% sejak ia mula dibina pa...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi mengelak lebih banyak pembalakan dan penebangan hutan di kawasan tadahan air Empangan Muda yang telah berkurangan sebanyak 87.3% sejak ia mula dibina pada tahun 1969 hingga 2017. Senaraikan kawasan-kawasan tadahan air mengikut negeri dan keluasannya serta keluasan hutan berhampiran ia sejak 10 tahun lalu. Apakah punca penangguhan Skim Pengairan Air Mentah Sungai Perak ke Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\nKawasan Empangan Muda seluas lebih kurang 3,382 hektar terletak dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dan Hutan Simpan Bukit Saiong Negeri Kedah. Pihak Kerajaan Negeri sama sekali tidak melaksanaan aktiviti pembalakan dalam kawasan hutan tadahan air. Aktiviti pembalakan hanya dilaksanakan di kawasan hutan pengeluaran. \n\r\n\nAntara tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutan Negeri Kedah dalam memelihara dan mengekalkan kawasan tadahan air di Empangan Muda tersebut adalah: \n\r\n\n(i) pada dasarnya Jabatan Perhutanan Negeri tidak menyokong atau mengesyorkan aktiviti pembalakan dalam kawasan hutan tadahan air; \n\r\n\n(ii) mewarta dan mengekalkan Hutan Simpan Ulu Muda seluas 105,059 hektar dan Hutan Simpan Bukit Saiong seluas 8,191 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313); \n\r\n\n(iii) mengelaskan seluas 16,229 hektar Hutan Simpan Ulu Muda dan 6,266 hektar Hutan Simpan Bukit Saiong sebagai kawasan hutan tadahan air di bawah seksyen 10(1)(e), Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313); \n\r\n\r\n\n(iv) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan keatas aktiviti pembalakan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam kawasan hutan yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran Kayu di bawah Perolehan Berkekalan seksyen 10(1) (a) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) agar pelesen mematuhi syarat-syarat lesen dan keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat; dan \n\r\n\n(v) melaksanakan aktiviti tanaman pokok dari spesies pokok berpasaran di kawasan matau sementara, lorong-lorong penarik dan kawasan lapang dalam kawasan yang telah dilesenkan untuk mempercepatkan proses pemulihan dan pemeliharaan kawasan tersebut. \n\r\n\nSecara amnya, kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dikelaskan kepada 12 fungsi kelas di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Bagi aktiviti pengusahasilan ianya hanya dijalankan di dalam hutan yang dikhaskan untuk tujuan pengeluaran. Manakala bagi lain-lain fungsi hutan dikelaskan di bawah Hutan Perlindungan. Salah satu fungsi kelas yang dikategorikan di bawah Hutan Perlindungan ialah Hutan Tadahan Air. \n\r\n\nBagi memastikan kawasan tadahan air ini dilindungi, dipelihara dan diuruskan secara terbaik melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mewartakan kawasan hutan yang telah dikenal pasti sebagai Hutan Tadahan Air mengikut keperluan seksyen 10(1)(e)\n\r\n\nAkta Perhutanan Negara 1984. Sehingga kini, seluas 731,675 hektar kawasan HSK telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air seperti di dalam jadual di Lampiran. \n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1665,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1665",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "237",
        "member": "Tuan M. Kulasegaran",
        "area": "Ipoh Barat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan pada masa terkini, adakah terdapat langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan di seluruh negara untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada kilang-kilang yang menyebabkan ber...",
        "question": "Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pada masa terkini, adakah terdapat langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan di seluruh negara untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada kilang-kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran. Adakah sebarang kajian yang dijalankan oleh Kementerian untuk mengkajikan tahap pencemaran karbon di Malaysia dan juga impak-impak pencemaran kepada kesihatan rakyat-rakyat Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\r\nKerajaan sentiasa komited dalam mengurangkan isu pencemaran udara. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan proaktif melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Udara Bersih 2010 (Clean Air Action Plan - CAAP) yang telah menggariskan hala tuju kepada pihak-pihak berkepentingan dalam pengurusan kualiti udara dan langkah-langkah penyelesaian jangkamasa pendek, sederhana dan panjang dalam menangani masalah pengeluaran karbon atau pencemaran udara. Beberapa strategi dan pelan tindakan telah dirumus dalam Pelan Tindakan Udara Bersih ini ke arah mempertingkatkan kualiti udara bagi kesejahteraan hidup rakyat. \n\r\nAntara strategi yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Udara Bersih adalah: \n\r\na) Mengurangkan pencemaran udara dari kenderaan bermotor; \n\r\nb) Mengurangkan pencemaran udara dari aktiviti perindustrian; \n\r\nc) Menangani masalah jerebu yang berpunca dari kebakaran tanah dan hutan serta aktiviti pembakaran terbuka; \n\r\n\r\n\r\nd) Meningkatkan pembangunan modal insan dan pembangunan keupayaan dalam pengurusan kualiti udara; dan \n\r\ne) Memperkasakan program-program pendidikan dan kesedaran kepada orang awam serta mempertingkatkan penyertaan mereka dalam pengurusan kualiti udara yang lestari. \n\r\nBuat masa ini, tiada kajian yang dilaksanakan bagi menilai tahap pencemaran karbon dan impaknya kepada kesihatan di Malaysia. \n\r\nSekian, terima kasih \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1677,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1677",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "238",
        "member": "Tuan M. Kulasegaran",
        "area": "Ipoh Barat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah polisi-polisi dan prosedur-prosedur yang diambil oleh Kementerian berhubungan dengan melindungi biodiversiti dan juga penyimpanan karbon berkaitan dengan hutan primer. Apakah tind...",
        "question": "Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah polisi-polisi dan prosedur-prosedur yang diambil oleh Kementerian berhubungan dengan melindungi biodiversiti dan juga penyimpanan karbon berkaitan dengan hutan primer. Apakah tindak balas Kementerian dalam mengetahui bahawa kini Malaysia berada dalam kedudukan 12 di seluruh dunia dalam isu kemusnahan hutan-hutan dan secara spesifiknya dari tahun 2000 sehingga tahun 2012.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua, \n\r\nKementerian amat komited dalam memelihara dan memulihara alam sekitar khususnya dalam pemeliharaan biodiversiti bagi menjamin keseimbangan ekosistem. Bagi tujuan ini, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 telah digubal untuk menyediakan hala tuju dan rangka kerja bagi memelihara biodiversiti dan menggunakannya secara mampan dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (2016-2025) memberi penekanan kepentingan kelangsungan konservasi, penggunaan sumber yang konsisten serta perkongsian faedah kepelbagaian biologi. \n\r\nBagi melindungi biodiversiti hutan untuk membolehkan hutan memainkan peranan antara lainnya sebagai penyimpan stok karbon untuk mitigasi perubahan iklim, di bawah Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menerima peruntukan sebanyak RM119.2 juta untuk memelihara dan memulihara Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terosot di bawah Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia, Pengurusan dan Pembangunan Central Forest Spine (CFS) dan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai. Program-program ini turut melibatkan penyertaan daripada masyarakat setempat, pelajar, badan bukan kerajaan (NGO's) dan pihak swasta di dalam program penanaman pokok. Bagi kawasan hutan pengeluaran di dalam HSK, aktiviti pemulihan hutan iaitu tanaman mengaya telah dijalankan. Sehingga kini, seluas 12,221 hektar kawasan HSK telah dijalankan rawatan tanaman mengaya. \n\r\nBagi mengelakkan kepupusan spesies flora dan fauna, pelbagai tindakan telah diambil termasuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan spesies endemik, spesies dipterokarpa terancam Critically Endangered (CR) yang berada dalam Hutan Simpanan Kekal dan tersenarai dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species secara in-situ dan ex-situ melalui penubuhan High Conservation Value Forests (HCVF's), penubuhan arboretum spesies pokok hutan yang terpilih. Bagi spesies dipterokarpa terancam yang berada di luar HSK, Majlis Biodiversiti Negara Ke-3 pada 9 Ogos 2016 telah memutuskan supaya Kerajaan-kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia memelihara dan memulihara 10 spesies dipterokarpa yang dikategorikan Sangat Terancam dalam Hutan Tanah Kerajaan dan pewartaan kawasan terlibat sebagai Tapak Perlindungan, Tapak Warisan atau HSK. \n\r\nBagi mengawal kemusnahan hutan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab, Kementerian melalui JPSM telah mengambil pelbagai tindakan bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan melalui pelaksanaan program penguatkuasaan bersepadu, Inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS) serta memperkukuh aktiviti perisikan. Selain itu, pada masa ini Kementerian juga sedang dalam proses meminda Akta Perhutanan Negara 1984 bagi mengetatkan lagi penguatkuasaan melalui peningkatan kadar penalti dan tempoh hukuman. Selain itu, inisiatif bagi mengawal penyahutanan juga telah diambil dengan kerjasama kerajaan negeri melalui pengekalan pewartaan kawasan HSK sedia ada untuk diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, mewartakan kawasan Cadangan HSK yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebagai HSK, Mewartakan kawasan-kawasan Tanah Kerajaan yang berhutan sebagai HSK dan menggantikan mana-mana kawasan HSK yang telah dikeluarkan atau dimansuhkan dengan kawasan hutan lain yang lebih kurang sama keluasannya. \n\r\nMelalui program-program yang telah dilaksanakan ini, kawasan berhutan negara dapat dikekalkan selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1662,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1662",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "239",
        "member": "Tuan M. Kulasegaran",
        "area": "Ipoh Barat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi kawasan perhutanan yang masih ada. Berapakah kos yang telah diunjurkan bagi...",
        "question": "Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi kawasan perhutanan yang masih ada. Berapakah kos yang telah diunjurkan bagi melindungi kawasan hutan primer.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian telah mengambil beberapa langkah penguatkuasaan terhadap akitiviti-aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram. Antara langkah-langkah jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang yang akan dijalankan adalah dengan melaksanakan pemantauan kawasan hutan melalui Sistem Forest Monitoring Remote Sensing (FMRS) Plus. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), Kementerian dengan kerjasama United Nation Development Program (UNDP) telah mempertingkatkan fasiliti ini bagi tujuan penguatkuasaan seperti pembangunan sistem i2based dan Smart Tools. \n\r\nSelain daripada itu, Kementerian juga melaksanakan kerjasama dan latihan dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), PERHILITAN, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti operasi bersepadu yang telah diadakan pada setiap tahun. \n\r\nKementerian juga telah menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu (NBOS) dan telah membuka pusat kawalan 1NCC (NRE Command Centre) di Cameron Highlands, Pahang. \n\r\nDi samping itu, Kementerian juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan War Room di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang beroperasi 24 jam bagi tujuan memantau pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih sistematik dan efisen. \n\r\nKementerian sentiasa perihatin dan berusaha mencari kaedah-kaedah baharu bagi menangani dan membanteras gejala pembalakan haram. Pada masa ini telah ditubuhkan satu pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM ELITE TEAM atau JET. Pada masa ini, ahli pasukan JET adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan di pelbagai peringkat persekutuan dan negeri. JPSM juga akan memperkasa pasukan ini dengan menambah keanggotaan seramai 300 ahli bermula tahun 2018. \n\r\nKementerian juga telah berusaha melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter. Di samping itu penggunaan teknologi UAV atau dron digunakan dalam memantau pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah dron digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan. \n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah berusaha memantapkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan menambah kakitangan penguatkuasaan, penambahan lojistik, mendapatkan kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan pembalakan haram dari terus berlaku. \n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan mengurus yang telah diunjurkan bagi melindungi kawasan hutan primer bagi RMKe-10 berjumlah RM 162.78 juta. Manakala jumlah kos perbelanjaan mengurus yang dijangka terlibat bagi tempoh tiga (3) tahun pertama RMKe-11 iaitu 2016 hingga 2018 adalah berjumlah RM93.72 juta. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1660,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1660",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "260",
        "member": "Dr. Mansor Bin Abdul Rahman",
        "area": "Sik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan penjelasan berhubung fenomena air pasang besar yang berlaku dan bagaimanakah persediaan dalam menghadapinya.",
        "question": "Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ]minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan penjelasan berhubung fenomena air pasang besar yang berlaku dan bagaimanakah persediaan dalam menghadapinya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar(NRE)melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)sedang melaksanakan kajian penyelidikan mengenai fenomena air pasang surut dan juga kenaikan paras air laut akibat faktor-faktor perubahan iklim. Kejadian pasang surut terjadi disebabkan oleh kombinasi antara tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Kedudukan ketiga-tiganya akan mempengaruhi corak pasang surut di mana julat pasang surut adalah tinggi ketika kedudukan bulan dan matahari adalah selari (anak bulan dan bulan purnama). Fenomena ini dipanggil Spring Tidedan berlaku setiap dua minggu sekali. Pada tempohini, bahagian bumi yang menghadap bulan akan mengalami air pasang yang maksimadisebabkan oleh tarikan graviti bulan ke atas jisim air laut bumi dan ia dijangka berterusan untuk tempoh 3 hingga ke 4 hari.\n\r\nSecara umumnya, julat pasang surut adalah berbezadi setiap kawasan pesisiran pantai Malaysia iaitu dalam julat antara 1.8 meter –6.1 meter. Kawasan yang mempunyai julat pasang susut yang tinggi dan bertopografi rendah cenderung untuk ditenggelami air sekiranya air pasang besar berlaku. Kawasan-kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia secara amnya adalah landai dan rendah. Ban-ban pantai serta struktur pencegahan hakisan telah dibina bagi mengelakkan kemasukan air laut ke kawasan daratan terutamanya ketika fenomena air pasang besar berlaku. \n\r\nKejadian banjir pantai berpunca daripada dua faktor utama: \n\r\n1. Kejadian air pasang besar maksimum disebabkan oleh jarak bulan yang terhampir dengan bumi. Keadaan ini akan menyebabkan tarikan graviti bulan yang maksimum ke atas lautan dan menyebabkan air pasang besar; dan \n\r\n2. Fenomena peningkatan aras air laut dunia yang mengakibatkan aras ketinggian struktur ban-ban sedia ada tidak mampu menahan air laut daripada masuki kawasan daratan. \n\r\nTerdapat dua (2) kaedah utama bagi menangani masalah air pasang besar ini iaitu Kaedah Mesra Alam Sekitar (Soft Engineering Approach), dan Kaedah Kejuruteraan Berstruktur Keras (Hard Engineering Structure Approach).\n\r\nKaedah Mesra Alam Sekitar (Soft Engineering Approach) \n\r\n1. Menaikkan aras ban pantai untuk memberikan lebih perlindungan semasa air pasang besar. Nilai pertambahan ketinggian ban perlu dibuat berdasarkan cerapan sebenar aras air semasa kejadian banjir air pasang dan unjuran kenaikan aras laut akibat fenomena perubahan iklim dunia. \n\r\n2. Penanaman semula bakau di kawasan yang sesuai dapat mengurangkan impak ombak semasa berlakunya air pasang besar. Walaubagaimanapun ia tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah air terlimpah akibat kenaikan aras air laut. Selain itu, faktor morfologi pantai, sedimen, tahap kemasinan, impak ombak dan arus perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti penanaman bakau dimulakan. \n\r\n\r\n3. Kolam tadahan direkabentuk semula agar dapat ditambah kedalaman dan keluasan (pengerukan berkala) untuk menampung limpahan air yang melepasi ban dan sedimen yang akan terkumpul. \n\r\n4. Kawasan lapang sebagai buffer zone berprofil rendah diwujudkan dan digazetkan agar menjadi kawasan takungan sementara bagi limpahan air laut. \n\r\n5. Untuk kawasan kampong rumah air pula, bagi mengadaptasi impak kenaikan aras laut, kaedah meninggikan tiang rumah boleh digunapakai. \n\r\n6. Pemantauan dan pengurusan saliran bandar yang lebih efektif bagi memastikan aliran air keluar dari bandar dapat terus ke laut tanpa halangan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat. \n\r\n7. Kajian impak peningkatan aras laut dengan lebih terperinci dilaksanakan di kawasan yang terdedah untuk menentukan kawasan yang berisiko dtenggelami air serta mengenalpasti lokasi yang selamat. \n\r\nKaedah Kejuruteraan Berstruktur Keras (Hard Engineering Structure Approach)\n\r\n1. Membaiki ban pantai tanah yang rosak atau pecah. Sekiranya didapati perlu, penggunaan bahan lain seperti batu lapis lindung dan tembok konkrit serta guni pasir (sementara) boleh dicadangkan. \n\r\n2. Struktur perlindungan pantai secara inovasi dapat membantu mengurangkan impak ombak yang berlaku semasa air pasang besar. Selain itu, semasa air surut dan cuaca tenang, sedimen dapat terkumpul di kawasan struktur perlindungan tersebut bagi proses penambakan sedimen secara semulajadi dan ini dapat meluaskan keluasan kawasan pantai termasuk peluasan kawasan untuk penanaman bakau. \n\r\n3. Meningkatkan aras siap bangunan dan infrastruktur sedia ada seperti jeti, pelabuhan dan lain-lain kemudahan pantai berdasarkan kajian peningkatan aras laut. \n\r\nNRE melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan Kerajaan dalam RMKe-11 sebanyak RM200 juta bagi mengatasi masalah fenomena air pasang besar dan hakisan yang berlaku terutamanya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Bagi projek mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan pantai di negeri Kedah, kawasan yang terlibatadalah di pantai Sungai Meriam,Kuala Muda.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1658,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1658",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "327",
        "member": "Tuan Ng Wei Aik",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab-sebab cukai petak tidak dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka dan apakah usaha-usaha akan diambil ...",
        "question": "Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab cukai petak tidak dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka dan apakah usaha-usaha akan diambil untuk memastikan pelaksanaannya pada suatu tarikh baru yang akan atau telah ditetapkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\nPelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di Negeri Pulau Pinang dan Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak dapat dilaksanakan mulai Januari 2018 berikutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan cukai tersebut ke suatu tarikh yang sesuai. Walau bagaimanapun, pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di Negeri Selangor akan dilaksanakan bermula pada 1 Jun 2018 dengan pewartaan Kaedah-kaedah Hakmilik Strata (Pindaan 2017). \n\r\n\nBagi memastikan pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara dijalankan di negeri-negeri selain Negeri Selangor, Kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan sentiasa berhubung dengan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesediaan PBN dalam mewartakan Kaedah Hakmilik Strata Negeri dan melaksanakan cukai bagi petak atau blok sementara. \n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1676,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1676",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "334",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah diperoleh sebelum aktiviti kuari diluluskan di Hutan Simpang Segari Melintang, Daerah Manjung, Perak. Nyatakan kesan d...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah diperoleh sebelum aktiviti kuari diluluskan di Hutan Simpang Segari Melintang, Daerah Manjung, Perak. Nyatakan kesan daripada aktiviti-aktiviti kuari di kawasan tersebut kepada kawasan persekitaran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati terdapat empat (4) kuari di kompartment 11, 12, 13, 14, 15, 16, 21, 22 dan 23, Hutan Simpang Segari Melintang, Daerah Manjung, Perak yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dari tahun 1995 sehingga 2017. \n\r\nKajian mengenai impak alam sekitar dari segi kualiti udara, kualiti air, bunyi bising, gegaran, flora, fauna dan sebagainya telah dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan aktiviti kuari di kawasan tersebut dan langkah-langkah kawalan yang akan dilaksanakan oleh pihak pemaju telah dinyatakan di dalam laporan EIA tersebut. \n\r\nSehingga kini, semua syarat kelulusan laporan EIA termasuk langkah-langkah kawalan yang ditetapkan telah dilaksanakan oleh kesemua kuari tersebut. Disamping itu, pihak JAS juga sentiasa memantau dan mengawasi aktiviti pengkuarian tersebut bagi memastikan pihak pemaju mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1656,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1656",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "348",
        "member": "Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid",
        "area": "Kota Tinggi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLIDAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Enyatakan status kelulusan projek pendalaman Sungai Sedili Kota Tinggi yang telah diluluskan oleh Timbalan Menteri di dalam sesi kamar khas pada 16 Mac 2017 yang lepas.",
        "question": "Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SUMBER ASLIDAN ALAM SEKITAR enyatakan status kelulusan projek pendalaman Sungai Sedili Kota Tinggi yang telah diluluskan oleh Timbalan Menteri di dalam sesi kamar khas pada 16 Mac 2017 yang lepas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengambil perhatian terhadap keperluan melaksanakan projek pendalaman Sungai Sedili Kota Tinggi. Sehubungan dengan itu, projek ini akan dimohon dalamRolling PlanKe-4.\nSekian, terima kasih.\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1655,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1655",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "358",
        "member": "Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad",
        "area": "Parit Sulong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Air",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian telah melakukan pemantauan secara berkala terhadap kadar pencemaran sumber air dan sungai seperti pencemaran ammonia di negara kita serta bagaimanakah pi...",
        "question": "Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian telah melakukan pemantauan secara berkala terhadap kadar pencemaran sumber air dan sungai seperti pencemaran ammonia di negara kita serta bagaimanakah pihak Kementerian menilai Garis Panduan Merawat Air Buangan Najis Ayam dan Pengurusan Sisa Buangan dapat membendung secara lebih efektif kes pencemaran sumber air dan sungai yang terus meningkat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nIsu pencemaran ammonia di sungai-sungai di Malaysia adalah kebanyakannya berpunca dari pelepasan efluen kumbahan yang memasuki lembangan utama beberapa sungai di Negeri-negeri di negara kita. Terdapat juga isu peningkatan ammonia akibat dari aktiviti perladangan dan penternakan (diluar bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar) seperti aktiviti pemproses baja tahi ayam, pembajaan di kawasan pertanian dan juga pembukaan kawasan pertanian meluas yang terletak di dalam kawasan tadahan (yang tidak diwartakan); walau pun kawasan terjejas ini terletak di dalam pengurusan dan kawalan sumber air mentah oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.\n\r\nBagi kawalan pelepasan efluen dari industri, pihak Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau pelepasan dari punca-punca yang jelas di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar seperti kilang kelapa sawit dan pelepasan kumbahan dari sistem pengolahan kumbahan berpusat di kawasan taman perumahan dan pusat-pusat komersil.\n\r\nPenguatkuasan dan pemantauan secara berkala ke atas sungai-sungai yang berisiko tinggi tercemar memang dikawal yang meliputi dari semua aspek perancangan penempatan industri, penguatkuasaan berterusan, pengawasan dan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Pada masa ini JAS memantau 477 batang sungai diseluruh negara melalui Sistem Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Program, EQMP) yang berterusan secara real time.\n\r\nKementerian ini juga dalam proses untuk mengeluarkan satu Garis Panduan Merawat Air Buangan Najis Ayam dan Pengurusan Sisa Buangan yang mana garis panduan ini akan menyediakan satu konsep iaitu kaedah rawatan asas yang perlu disediakan oleh semua pengusaha aktiviti pemprosesan najis ayam agar di akhir proses rawatan ini air kumbahan yang dikeluarkan akan dapat memenuhi Standard yang ditetapkan dan tidak mengganggu aktiviti-aktiviti hiliran terutama Loji Rawatan Air bagi perbekalan Air Mentah kepada pengguna. Sebelum ini Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan dua Garispanduan berkaitan penternakan iaitu:\n\r\ni) Garispanduan Kawalan Pencemaran Daripada Aktiviti Penternakan Lembu Pedaging;\n\r\nii) Garispanduan Kawalan Pencemaran Daripada Aktiviti Penternakan Babi.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1654,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1654",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 6,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "497",
        "member": "Dato' Sri Wee Jeck Seng",
        "area": "Tanjong Piai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) apakah status perkembangan langkah-langkah penguatkuasaan Kementerian terhadap akitiviti-aktiviti pembalakan haram di peringkat negeri bersama Persekutuan yang melibatkan sindiket-...",
        "question": "Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :\n\r\n(a) apakah status perkembangan langkah-langkah penguatkuasaan Kementerian terhadap akitiviti-aktiviti pembalakan haram di peringkat negeri bersama Persekutuan yang melibatkan sindiket-sindiket negara asing dan firma-firma tempatan, serta ; dan\n\r\n(b) adakah Kementerian akan bercadang untuk menubuhkan suatu pasukan unit penguatkuasa ala Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) atau Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) bagi membanteras gejala pembalakan haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian telah mengambil beberapa langkah penguatkuasaan terhadap akitiviti-aktiviti pembalakan haram di peringkat negeri bersama persekutuan yang melibatkan sindiket-sindiket negara asing dan firma-firma tempatan.\n\r\nPada masa ini, Kementerian telah melaksanakan pemantauan kawasan hutan melalui Sistem Forest Monitoring Remote Sensing (FMRS) Plus. Dalam RMKe-11, Kementerian dengan kerjasama United Nation Development Program (UNDP) telah mempertingkatkan fasiliti bagi tujuan penguatkuasaan seperti pembangunan sistem i2based dan Smart Tools. Selain dari itu, Kementerian juga melaksanakan kerjasama dan latihan dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), PERHILITAN, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seperti operasi bersepadu yang telah diadakan pada setiap tahun.\n\r\nPihak kementerian juga telah menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu (NBOS) dan telah membuka pusat kawalan 1NCC (NRE Command Centre) di Cameron Highlands, Pahang.\n\r\nDi samping itu, kementerian juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan War Room di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang beroperasi 24 jam bagi tujuan memantau pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih sistematik dan efisen.\n\r\n\r\nKementerian sentiasa perihatin dan berusaha mencari kaedah-kaedah baharu bagi menangani dan membanteras gejala pembalakan haram. Pada masa ini telah ditubuhkan satu pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM ELITE TEAM atau JET. Pada masa ini, ahli pasukan JET adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan dipelbagai peringkat persekutuan dan negeri. JPSM juga akan memperkasa pasukan ini dengan menambah keanggotaan seramai 300 ahli bermula tahun 2018.\n\r\nPihak kementerian juga telah berusaha melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan kawasan hotspot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan menggunakan helikopter. Disamping itu penggunaan teknologi UAV atau dron digunakan dalam memantau pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah dron digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan.\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah berusaha memantapkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan menambah kakitangan penguatkuasaan, penambahan lojistik, mendapatkan kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan pembalakan haram dari terus berlaku.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1784,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1784",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-19",
        "year": 2018,
        "no": "1",
        "member": "YB TIMBALAN JAWAB Tuan Wong Tack",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan kawasan untuk projek penanaman semula hutan besar-besaran yang akan dilaksanakan oleh badan bukan Kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre. Adakah ini berma...",
        "question": "YB TIMBALAN JAWAB\n\n\r\n\r\nTuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan kawasan untuk projek penanaman semula hutan besar-besaran yang akan dilaksanakan oleh badan bukan Kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre. Adakah ini bermakna sistem pengurusan hutan secara mampan yang diguna pakai selama ini telah mengakibatkan kemerosotan hutan asli.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Sebagai badan kawalselia industri perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menetapkan sasaran NRW sebanyak 31% di bawah RMKe-11. Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan melaksanakan beberapa pendekatan baru seperti berikut:\n\r\n(i) pembiayaan modal (CAPEX) oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada operator-operator air bagi program seperti penggantian paip-paip air lama jenis asbestos simen, penggantian meter air, perwujudan District Metering Zone (DMZ), penyediaan Geographical Information System (GIS) dan pembaikan dan penggantian tangki-tangki air yang rosak dan bocor;\n\r\n(ii) pembiayaan secara langsung Kerajaan Persekutuan di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan melalui 2 pendekatan. Pendekatan 1 meliputi 7 negeri yang\n\r\n3\n\r\nmencatatkan paras NRW melebihi tahap 40% dengan fokus utama kepada pengwujudan data asas pengukuran NRW yang komprehensif dan tepat. Sementara di bawah Pendekatan 2, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan insentif dalam bentuk imbuhan balik dari 50% dan 75% daripada jumlah peruntukan yang dilaburkan sekiranya operator air berjaya mencapai sasaran penurunan NRW yang ditetapkan oleh SPAN;\n\r\n(iii) kawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam 2 aspek:\n\r\na. sasaran pengurangan NRW dijadikan KPI utama dikenakan ke atas operator air. Melalui cara ini, ia mendorong operator air berusaha lebih gigih dalam mengurangkan NRW masing-masing; yang dan kawalan kualiti produk; dan\n\r\nb. kawalan ke atas kualiti bahan dan produk yang boleh digunakan oleh operator air seperti kelengkapan, peranti, bahan, sistem dan kemudahan. Bahan dan produk ini juga perlu mematuhi standard yang diiktiraf dan berdaftar dengan SPAN; dan\n\r\n4\n\r\n(iv) peningkatan tahap kompetensi tenaga kerja dalam sektor air selaras dengan kehendak Seksyen 49, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). Ke arah ini, SPAN telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). CIBD akan membantu mengadakan siri latihan dan kursus kompetensi kepada tukang paip (pemegang permit A1 dan A2 dan C). Manakala JPK telah membantu membangunkan skim pentauliahan pekerja dan juga Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).\n\r\n2. Kedudukan NRW terkini bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:\n\r\n(i) Pada tahun 2017, purata NRW kebangsaan ialah 35.3% dengan Negeri Melaka mencatat peratusan NRW terendah iaitu 19.6% manakala kadar NRW tertinggi dicatat oleh Negeri Perlis 60.7%.\n\r\n(ii) Manakala purata NRW Kebangsaan bagi suku kedua tahun 2018 ialah 33.2%. Negeri Melaka masih mengekalkan rekod peratusan NRW terendah iaitu 20.7%, manakala Negeri Perlis kekal dengan peratusan NRW tertinggi iaitu di 63.3%.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1791,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1791",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-29",
        "year": 2018,
        "no": "1",
        "member": "YBTM JAWAB DATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan komitmen pemantauan jaminan kualiti air dan mencukupi bagi tujuan domestik di kawasan pedalaman seperti Sabah, Sarawak dan Pantai Timur.",
        "question": "YBTM JAWAB\n\n\r\n\r\nDATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan komitmen pemantauan jaminan kualiti air dan mencukupi bagi tujuan domestik di kawasan pedalaman seperti Sabah, Sarawak dan Pantai Timur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Air terawat yang dibekalkan kepada orang ramai perlu mematuhi standard kualiti minimum iaitu Garis Panduan Mutu Air Minum Kebangsaan yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis panduan ini menjadi asas kepada penerbitan MS 2320:2010 Malaysian Standard: Drinking Water – Quality Requirements oleh Jabatan Standard Malaysia yang dijadikan sebagai Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan. Kebanyakan nilai parameter yang ditetapkan dalam standard tersebut adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).\n\r\n2. Sebagai badan kawal selia industri bekalan air di Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertanggungjawab memastikan kualiti air sentiasa selamat dan terjamin melalui pelaksanaan inisiatif berikut:\n\r\n(i) Audit sistem bekalan air;\n\r\n(ii) Pemantauan kualiti air oleh operator-operator air; dan\n\r\n3\n\r\n(iii) Pemantauan kualiti air oleh pihak ketiga seperti KKM terutamanya bagi Sabah dan Sarawak yang tidak dikawalselia olen SPAN.\n\r\nTuan Yang Dipertua,\n\r\n3. SPAN juga telah bekerjasama dengan KKM bagi melaksanakan Water Safety Plan iaitu satu kaedah yang diperkenalkan oleh WHO untuk mengenal pasti dan menangani risiko-risiko yang boleh menjejaskan kualiti air dari sumber hingga rumah pengguna. Bagi memastikan kualiti air sentiasa selamat dan terjamin, air dianalisa secara berkala di loji rawatan air serta sistem agihan oleh operator air yang melibatkan parameter fizikal, kimia dan bakteriologi.\n\r\n4. KKM turut melakukan pemantauan kualiti air bagi memastikan air yang dibekalkan mematuhi had piawaian yang ditetapkan berdasarkan Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan. Daripada pemantauan secara kerap dan rapi oleh operator air dan KKM, bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna di negara ini secara amnya mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan dan adalah bersih dan selamat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1802,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1802",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-11",
        "year": 2018,
        "no": "1",
        "member": "YBTM Tuan Wong Tack",
        "area": "Bentong",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "YBTM Tuan Wong Tack [ Bentong ]Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan implikasi daripada kenyataan-kenyataan bercanggah tentang sistem pengurusan hutan secara mampan yang memberikan ga...",
        "question": "YBTM\n\n\r\n\r\nTuan Wong Tack [ Bentong ]Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan implikasi daripada kenyataan-kenyataan bercanggah tentang sistem pengurusan hutan secara mampan yang memberikan gambaran bahawa ianya telah mengakibatkan penyahhutanan dan kemerosotan hutan dari segi laporan rasmi Malaysia kepada beberapa badan Bangsa-bangsa Bersatu dan peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan antarabangsa.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nPihak Kementerian sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasmi dengan memberikan fakta-fakta dan statistik yang betul dan konsisten. Ianya termasuklah juga dengan kenyataan-kenyataan tentang sistem pengurusan hutan yang diamalkan di negara ini. Namun demikian, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian hendaklah dilihat secara teliti dalam sudut konteks sebenar sesuatu kenyataan yang dimaksudkan.\n\r\nKemerosotan hutan umpamanya adalah satu fenomena yang berlaku bukan semata-mata disebabkan oleh pembalakan yang tidak terkawal terutamanya dalam kawasan di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK). Ianya boleh juga berlaku dalam kawasan HSK yang diuruskan secara mampan, terutamanya kawasan HSK yang asalnya berstatus Hutan Tanah Kerajaan dan telah beberapa kali dibalak sebelum kawasan ini diwartakan atau dijadikan sebagai HSK. Dalam keadaan sebegini, kawasan-kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan terosot dan memerlukan input pengurusan daripada pihak Kementerian atau Agensi Kerajaan untuk meningkatkan semula produktiviti kawasan tersebut melalui aktiviti penanaman pokok. Selain itu, kemerosotan hutan juga berlaku disebabkan pelbagai aktiviti lain seperti insiden kebakaran hutan dan penerokaan hutan secara haram.\n\r\nOleh yang demikian, sesuatu kenyataan atau statistik kemerosotan hutan yang dikeluarkan oleh Kementerian tidak membawa maksud\n\r\nkegagalan negara dalam melaksanakan amalan pengurusan hutan di negara ini gagal.\n\r\nSecara ringkasnya ingin saya tegaskan di sini bahawa pihak Kementerian mempunyai asas tertentu apabila sesuatu kenyataan dikeluarkan. Pihak Kementerian juga sentiasa bersedia memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada pihak-pihak yang memerlukan pencerahan atas sebarang kekeliruan atau percanggahan yang mungkin timbul akibat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Pihak Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa setakat ini, tiada implikasi negatif kepada Kerajaan yang menjejaskan permohonan negara untuk mendapatkan bantuan asing akibat daripada kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1772,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1772",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-24",
        "year": 2018,
        "no": "2",
        "member": "1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada kajian untuk mengubah dasar dan perundangan hutan Semenanjung Malaysia dan hutan simpan negara yang di mula pada awal tahun 2017 akan di teruskan, di peringkat mana sekarang, ji...",
        "question": "1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian bercadang meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 bagi membanteras jenayah eksploitasi flora dan fauna khazanah negara agar ianya terus terpelihara.\n\n27 NOVEMBER 2018 \n2. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada kajian untuk mengubah dasar dan perundangan hutan Semenanjung Malaysia dan hutan simpan negara yang di mula pada awal tahun 2017 akan di teruskan, di peringkat mana sekarang, jikalau tidak, apa cadangan alternatif untuk mengatasi pembalakan berleluasa, kecurian dan pembalakan haram.",
        "answer": "YBTM JAWAB BERSEKALI\n\n\r\nTuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nSaya mohon untuk soalan ini dijawab bersekali dengan soalan YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [Santubong] pada 27 November 2018 berkaitan dengan dasar dan perundangan hutan Semenanjung Malaysia.\n\r\n\nTuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nKetiga-tiga Akta ini iaitu :-\n\r\n\ni) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]\n\r\n\nii) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716); dan\n\r\n\niii) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (di bawah Kementerian \n\nTenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim).\n\r\n\nadalah dalam proses semakan semula bagi menambah baik pentadbiran, pengurusan dan memperkukuhkan kerja-kerja penguatkuasaan yang lebih efektif dan relevan. Antara tujuan utama penambahbaikan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) adalah untuk :-\n\r\n\n(i) Memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK);\n\r\n\n(ii) Memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan secara haram;\n\r\n\n(iii) Meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar; dan\n\r\n\n(iv) Mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dalam pelaksanaan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n\r\n\nKementerian berharap cadangan pindaan ini dapat membantu membendung pengambilan hasil hutan secara haram, pelaksanaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang lebih berkesan serta mengukuhkan pembangunan sektor perhutanan negara.\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian telah menggantikan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang diwartakan pada 4 November 2010 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Disember 2010. Buat masa ini Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) ini juga dalam proses pindaan bagi memperkasa pelaksanaannya.\n\r\n\nBagi Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) juga dalam semakan terkini bagi memperkukuh, dan memantapkan kerja penguatkkuasaan yang lebih efektif dan relevan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1774,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1774",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-25",
        "year": 2018,
        "no": "2",
        "member": "YBTM JAWAB Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah jangkaan banjir pada penghujung tahun ini dan apakah langkah-langkah awal yang akan diambil terutama untuk kawasan Kuala Krai agar tragedi banjir 2014 tidak lagi berulang.",
        "question": "YBTM JAWAB\nTuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah jangkaan banjir pada penghujung tahun ini dan apakah langkah-langkah awal yang akan diambil terutama untuk kawasan Kuala Krai agar tragedi banjir 2014 tidak lagi berulang.",
        "answer": "YBTM JAWAB\nTuan Yang di-Pertua,\n\nMerujuk kepada laporan Tinjauan Cuaca bagi tempoh Oktober 2018 hingga Mac 2019 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada November 2018 hingga Mac 2019. Hujan dijangkakan pada tahap yang normal (iaitu pada paras purata) dari November 2018 hingga Disember 2018 di Kelantan. Dengan jangkaan hujan ini, banjir di Negeri Kelantan dijangkakan pada tahap banjir normal tahunan.\nAntara langkah-langkah awal yang akan diambil oleh Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) agar tragedi banjir 2014 di Kelantan tidak lagi berulang adalah :\n\n1) Melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) – PRAB Fasa 1 melibatkan 3 lembangan sungai iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang. Projek PRAB Fasa 1 masih dalam pelaksanaan dan sedang diuji jalan. PRAB membolehkan agensi penyelamat dan orang ramai membuat persediaan awal sebelum kajian banjir berlaku bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa;\n\n2) Membantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan kerja-kerja pemuliharaan sungai dan kolam-kolam takungan banjir pada tahun 2018 dengan menyalurkan peruntukan kepada JPS Negeri Kelantan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir; dan\n\n3) Melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1. Kerajaan telah meluluskan PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM500 Juta. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh kontraktor yang dilantik bermula pada 29 Januari 2018 di mana kerja-kerja rekabentuk terperinci sedang dilaksanakan.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1783,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1783",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-15",
        "year": 2018,
        "no": "2",
        "member": "YB TIMBALAN JAWAB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendekatan baru Kerajaan untuk mengurangkan air tidak berhasil Non-Revenue Water (NRW) di seluruh negara. Beri data terkini NRW bagi setiap Negeri untuk tahun 2017 dan 2018.",
        "question": "YB TIMBALAN JAWAB\n\n\r\n\r\nDATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendekatan baru Kerajaan untuk mengurangkan air tidak berhasil Non-Revenue Water (NRW) di seluruh negara. Beri data terkini NRW bagi setiap Negeri untuk tahun 2017 dan 2018.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Sebagai badan kawalselia industri perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menetapkan sasaran NRW sebanyak 31% di bawah RMKe-11. Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan melaksanakan beberapa pendekatan baru seperti berikut:\n\r\n(i) pembiayaan modal (CAPEX) oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada operator-operator air bagi program seperti penggantian paip-paip air lama jenis asbestos simen, penggantian meter air, perwujudan District Metering Zone (DMZ), penyediaan Geographical Information System (GIS) dan pembaikan dan penggantian tangki-tangki air yang rosak dan bocor;\n\r\n(ii) pembiayaan secara langsung Kerajaan Persekutuan di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan melalui 2 pendekatan. Pendekatan 1 meliputi 7 negeri yang\n\r\n3\n\r\nmencatatkan paras NRW melebihi tahap 40% dengan fokus utama kepada pengwujudan data asas pengukuran NRW yang komprehensif dan tepat. Sementara di bawah Pendekatan 2, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan insentif dalam bentuk imbuhan balik dari 50% dan 75% daripada jumlah peruntukan yang dilaburkan sekiranya operator air berjaya mencapai sasaran penurunan NRW yang ditetapkan oleh SPAN;\n\r\n(iii) kawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam 2 aspek:\n\r\na. sasaran pengurangan NRW dijadikan KPI utama dikenakan ke atas operator air. Melalui cara ini, ia mendorong operator air berusaha lebih gigih dalam mengurangkan NRW masing-masing; yang dan kawalan kualiti produk; dan\n\r\nb. kawalan ke atas kualiti bahan dan produk yang boleh digunakan oleh operator air seperti kelengkapan, peranti, bahan, sistem dan kemudahan. Bahan dan produk ini juga perlu mematuhi standard yang diiktiraf dan berdaftar dengan SPAN; dan\n\r\n4\n\r\n(iv) peningkatan tahap kompetensi tenaga kerja dalam sektor air selaras dengan kehendak Seksyen 49, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). Ke arah ini, SPAN telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). CIBD akan membantu mengadakan siri latihan dan kursus kompetensi kepada tukang paip (pemegang permit A1 dan A2 dan C). Manakala JPK telah membantu membangunkan skim pentauliahan pekerja dan juga Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).\n\r\n2. Kedudukan NRW terkini bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:\n\r\n(i) Pada tahun 2017, purata NRW kebangsaan ialah 35.3% dengan Negeri Melaka mencatat peratusan NRW terendah iaitu 19.6% manakala kadar NRW tertinggi dicatat oleh Negeri Perlis 60.7%.\n\r\n(ii) Manakala purata NRW Kebangsaan bagi suku kedua tahun 2018 ialah 33.2%. Negeri Melaka masih mengekalkan rekod peratusan NRW terendah iaitu 20.7%, manakala Negeri Perlis kekal dengan peratusan NRW tertinggi iaitu di 63.3%.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1767,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1767",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-17",
        "year": 2018,
        "no": "5",
        "member": "YBM JAWAB TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan air negara, akses air, keselamatan air dan kemampuan air.",
        "question": "YBM JAWAB\nTUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan air negara, akses air, keselamatan air dan kemampuan air.",
        "answer": "YBM JAWAB\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n1. KATS sedang dalam tindakan untuk menggubal Dasar Air Negara bagi menyediakan kerangka perancangan dan pelan tindakan air negara yang holistik merentasi pelbagai sektor dan mampan bagi menangani isu-isu dan kelemahan mekanisme sedia ada dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kemampanan air negara terjamin.\n2. Selain dari itu isu keselamatan dan kemampanan air ini juga berkait rapat dengan hal ehwal tanah dan sumber asli setiap negeri. Oleh itu, di bawah Kementerian ini semua aspek pemuliharaan hutan, biodiversiti, perlindungan kawasan tadahan dan guna tanah yang berkait langsung dengan sumber air dapat diuruskan secara bersepadu bagi menjamin kelangsungan sumber air yang dapat memenuhi keperluan bekalan air rakyat, pengguna, industri dan pembangunan negara ini.\n3. Dengan penggabungan fungsi ini juga membolehkan perancangan sumber air negara sama ada air permukaan dan air tanah dibuat\n3\nsecara bersepadu. Ini bermakna pembinaan empangan, kolam takungan keperluan air tanah dapat diurus secara holistik dengan mengambil kira keperluan untuk bekalan air, pengairan, tebatan banjir. Ini dapat menjamin kemampuan air negara di samping menyumbangkan kepada penggunaan kos yang optimum.\n4. Kerajaan juga pada masa sekarang bergerak ke arah satu konsep baru yang dinamakan Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) berbanding dengan kaedah Pengurusan Bekalan (Supply Management) Lampiran 1. Tumpuan diberikan bagi mengurangkan permintaan bekalan air melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan mandatori produk yang cekap air, penerokaan sumber air alternatif, audit kecekapan penggunaan air dan penggunaan sumber air lebih efisien di semua sektor ekonomi seperti domestik, pertanian, penjanaan elektrik.\n5. Selain dari itu, sejajar dengan faktor perubahan iklim, Kerajaan juga telah menetapkan dasar baru penerokaan sumber air di mana memberikan tumpuan ke pembinaan kolam takungan di kawasan hilir sungai melalui kaedah ‘Off River Storage’, pembinaan ampang jajar (barrage), ‘horizontal collector well’ dan lain-lain. Ini dapat memberi jaminan sumber air berbanding dengan pembinaan empangan di hulu sungai di mana ia akan menjejaskan alam\n4\nsekitar, pada masa yang sama tertakluk juga kepada faktor cuaca yang semakin tidak menentu disebabkan oleh senario perubahan iklim yang semakin ketara.\n6. Pada masasama KATS juga bekerjasama Kementerian Kesihatan dalam proses melaksanakan apa yang dikatakan sebagai “Pelan Keselamatan Bekalan Air” (Water Safety Plan). Melalui pelan tindakan ini semua operator telah diminta untuk menyediakan satu pelan menyeluruh secara berperingkat mengikut keutamaan loji dan kawasan agihan yang berkaitan bagi mengenal pasti risiko sesuatu loji tersebut dari segi aspek keselamatan sama ada dari segi kualiti dan kuantiti yang boleh menjejaskan perkhidmatan bekalan air. Melalui pelan ini langkah mitigasi telah disediakan bagi setiap risiko yang telah dikenal pasti bagi memastikan tahap keselamatan dan kemampanan bekalan air terpelihara.\n\nTuan Yang di-Pertua,\n7. Dari segi aspek operasi perkhidmatan bekalan air pula, KATS melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sentiasa memantau supaya pembangunan infrastruktur bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air termasuk sistem agihan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah selaras dengan peningkatan permintaan. Bagi Sabah dan Sarawak, agensi air yang\n5\nberkaitan akan memantau infrastruktur bekalan air mengikut perundangan di negeri masing-masing.\n8. Dalam hal ini, SPAN telah menetapkan dalam KPI yang perlu dipatuhi dan dicapai oleh operator air supaya rizab margin bekalan air berada di antara 10% sehingga 15% bagi semua negeri bagi memastikan keseimbangan bekalan dan permintaan air dalam pengurusan bekalan dan permintaan air.\nTuan Yang di-Pertua,\n1) Pelancaran Dasar Sumber Air Negara (DSAN)\nDasar yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 merupakan satu langkah strategik ke arah memastikan keperluan air untuk semua sektor pengguna dipenuhi dari segi kuantiti dan kualiti untuk manusia dan juga alam sekitar. DSAN dilaksanakan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu\ni) Jaminan Sumber Air (Water Resources Security),\nii) Kelestarian Sumber Air (Water Resources Sustainability) dan\niii) Urus Tadbir Bersama (Collaborative Governance).\n6\n2) Pelaksanaan Kajian Berkaitan Dengan Sumber Air\nDua (2) kajian utama berkaitan dengan sumber air yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Lampiran 2 adalah :\ni) National Water Resource Study (NWRS) diterbitkan pada tahun 2011; dan\nii) National Water Balance Management System (NAWABS) pula sedang dilaksanakan dan dijangka selesai pada tahun 2020.\nManakala kajian oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pula adalah seperti berikut:\ni) Kajian Penilaian ke atas Sumber Air Negara disebabkan oleh Kesan Perubahan Iklim (semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak);\nii) Kajian Bekalan Air Konjuntif (Alternatif) Peringkat Bandaraya untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) (maklumat tambahan seperti di Lampiran 3);\niii) Penyelidikan berkaitan Total Maximum Daily Load (TMDL) (maklumat tambahan seperti di Lampiran 4); dan\niv) Kajian pendekatan kawalan di punca bagi menangani dan mengawal masalah pencemaran yang bersifat domestik (greywater), minyak (oil and grease), sisa makanan (food waste), sampah kasar (solid waste) dan endapan (sediment).\n\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1769,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1769",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-18",
        "year": 2018,
        "no": "6",
        "member": "YBM JAWAB Tuan Robert Lawson Chuat",
        "area": "Betong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah peruntukan untuk membina infrastruktur kawalan banjir akibat air pasang bagi kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di Negeri Sarawak.",
        "question": "YBM JAWAB\nTuan Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah peruntukan untuk membina infrastruktur kawalan banjir akibat air pasang bagi kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di Negeri Sarawak.",
        "answer": "YBM JAWAB\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi mengatasi isu banjir akibat air pasang di seluruh Negeri Sarawak, Kementerian telah memohon peruntukan di dalam Rolling Plan, RP 4 (2019) RMKe 11 dengan anggaran kos RM350 juta. Permohonan ini termasuk kawasan kampung tradisi yang terletak di tebingan sungai di Negeri Sarawak. Permohonan ini masih di peringkat penilaian oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1778,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1778",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-31",
        "year": 2018,
        "no": "6",
        "member": "YB TIMBALAN JAWAB TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan tiada masalah catuan air akibat daripada pembocoran paip dan bilakah kali terakhir projek bekalan air luar bandar di Daerah S...",
        "question": "YB TIMBALAN JAWAB\nTUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan tiada masalah catuan air akibat daripada pembocoran paip dan bilakah kali terakhir projek bekalan air luar bandar di Daerah Setiu diluluskan.",
        "answer": "YB TIMBALAN JAWAB\n\n\r\nTuan Yang di- Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Air Terengganu (SATU) adalah di bawah seliaan kerajaan negeri. Berdasarkan Laporan Pencapaian Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi Tahun 2017, panjang paip air di daerah Setiu adalah 949.65 km, di mana 63.6 km atau 7% terdiri daripada paip jenis asbestos cement (AC). Berdasarkan rekod pihak SATU, setakat ini tiada catuan bekalan air yang dilaksanakan daerah Setiu akibat daripada paip pecah.\n\r\n2. Walau bagaimanapun, di bawah Pelan Perniagaan bagi tempoh 2015 sehingga 2019, SATU akan mempergiatkan projek pemasangan paip di daerah Setiu untuk meningkatkan tekanan air agar pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi dan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah.\n\r\n3. Selain itu, pihak di bawah Pendekatan 2 Program Pengurangan NRW Kebangsaan, pihak SATU juga akan melaksanakan pemasangan District Meter Zone (DMZ) di beberapa daerah di Terengganu termasuk Setiu bagi menjalankan kerja-kerja Active\n\r\n3\n\r\nLeakage Control (ALC) untuk memudahkan pemantauan kebocoran yang berlaku dan membaiki kebocoran tersebut dengan segera.\n\r\n4. Untuk makluman juga, projek yang terkini melibatkan kampung-kampung di dalam daerah Setiu adalah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Terengganu Tahun 2017 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Maklumat daripada KPLB dimaklumkan bahawa terdapat 7 buah kampung di dalam daerah Setiu yang temasuk dalam senarai projek ini. Projek ini akan ditender semula pada 29.10.2018 secara tender terbuka.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian. terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1780,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1780",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-12",
        "year": 2018,
        "no": "9",
        "member": "DATUK LIEW CHIN JIN @ CHRISTINA LIEW",
        "area": "TAWAU",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan:- (a) adakah kajian terperinci terhadap keperluan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air di daerah Tawau telah dilaksanakan serta langkah-langkah selanjutnya yang telah dan akan dilaksa...",
        "question": "DATUK LIEW CHIN JIN @ CHRISTINA LIEW [TAWAU] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:-\n\n(a) adakah kajian terperinci terhadap keperluan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air di daerah Tawau telah dilaksanakan serta langkah-langkah selanjutnya yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air tersebut; dan\n\n(b) apakah status pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar bandar (BALB) Kg. Bukit Quoin dan Jalan Ranggu/Baradaya, Tawau.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n1. Untuk makluman, kajian terperinci terhadap keperluan bekalan air di daerah Tawau telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9). Kajian tersebut mencadangkan pembinaan sebuah empangan bagi meningkatkan ‘yield’ Sungai Tawau sedia iaitu 13 JLH berbanding dengan kapasiti loji berjumlah 147 JLH. Di samping menghadapi masalah bekalan air terutamanya sewaktu musim kemarau, bandar Tawau juga sering dilanda banjir semasa musim hujan akibat dari limpahan air sungai Tawau.\n\r\n2. Oleh itu, pembinaan Empangan Tawau yang merupakan komponen utama di bawah Skim Bekalan Air Tawau Fasa III telah dilaksanakan di dalam Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia ke-11 (RP1 RMKe-11) dengan peruntukan berjumlah RM450.5 juta melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah dimulakan pada 26 Disember 2017 dan dijangka mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan iaitu pada 26 Disember 2020.\n\r\n3. Dengan kapasiti sebanyak 30 juta meter padu (MCM), Empangan Tawau dapat menyediakan sumber bekalan air daerah Tawau\n\r\n3\n\r\nsehingga tahun 2050 dan sebanyak 4.6 MCM untuk takungan banjir dan kawal aliran sungai sehingga 200m3/s bagi tujuan kawalan banjir.\n\r\n4. Walau bagaimanapun, projek ini telah diangkat ke Contract Coordination Panel (CCP) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 27 Ogos 2018 kerana kemajuan projek kurang daripada 10 peratus. Pada masa yang sama, Jabatan Air Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak projek ini. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian masih menunggu keputusan muktamad daripada Kementerian Kewangan untuk halatuju projek ini samada untuk meneruskan penamatan kontrak sedia ada dan melaksanakan proses tender baru ataupun meneruskan projek dengan kontrak yang sedang berjalan.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n5. Untuk makluman, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kg. Bukit Quoin dan Jalan Ranggu/Baradaya, Tawau merupakan projek bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1788,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1788",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-22",
        "year": 2018,
        "no": "15",
        "member": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah loji rawatan air yang ada sekarang dan adakah semuanya masih berfungsi dengan baik dan berupaya menampung permintaan bekalan air setiap negeri. Apakah Kementerian meliha...",
        "question": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah jumlah loji rawatan air yang ada sekarang dan adakah semuanya masih berfungsi dengan baik dan berupaya menampung permintaan bekalan air setiap negeri. Apakah Kementerian melihat kembali kemampuan loji-loji rawatan air yang sudah lama terutamanya loji yang sudah wujud sejak tahun 1940an. Sebagai contoh loji rawatan air tupah yang wujud sejak tahun 1945 yang memerlukan penambahbaikan yang segera.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Berdasarkan statistik dari Malaysia Water Industry Guide 2018, jumlah loji yang ada di seluruh negara adalah sebanyak 508 bilangan dengan kapasiti reka bentuk berjumlah 19,763 JLH. Loji-loji ini masih berfungsi dengan baik dengan purata pengeluaran air terawat sebanyak 16,881 JLH.\n\r\n2. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) sedar akan kewujudan LRA lama, di mana kemampuan loji-loji ini perlu dikaji semula dari aspek keadaan fizikal loji itu sendiri, kemampuan kapasiti pengeluaran bagi menampung kenaikan permintaan, teknologi rawatan dengan kemunculan bahan pencemar, dengan izin, new pollutants baharu serta kepatuhan kepada mutu air minum yang lebih ketat dan sebagainya.\n\r\n3. Sehubungan dengan ini, antara fokus utama KATS dalam merangka pelan pembangunan bekalan air negara ialah kerja-kerja naik-taraf LRA sedia ada di samping pembinaan LRA baharu di seluruh\n\r\n3\n\r\nnegara yang dilengkapkan dengan teknologi terkini bagi menjamin kelangsungan jaminan bekalan air terawat negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1770,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1770",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-22",
        "year": 2018,
        "no": "16",
        "member": "TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah peratusan terkini kadar pembekalan air bersih dan elektrik di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman, dan berapakah pula peratusan bagi negeri Sabah dan Sarawak.",
        "question": "TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah peratusan terkini kadar pembekalan air bersih dan elektrik di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman, dan berapakah pula peratusan bagi negeri Sabah dan Sarawak.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Secara purata peratusan liputan bekalan air seluruh negara pada tahun 2017 sudah mencapai tahap 95.5%, iaitu 97.2% bagi kawasan bandar dan 94.1% di kawasan luar bandar. Secara detail, liputan air bersih di Semenanjung Malaysia adalah 96.7%, Sabah 99.8% dan Sarawak 99.8%. Sementara itu, liputan bekalan air di kawasan luar bandar bagi Sabah dan Sarawak ialah masing-masing 79.7% dan 81.2%.\n\r\n2. Untuk makluman, bekalan elektrik adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Maklumat yang diperolehi daripada MESTECC adalah seperti berikut :-\n\r\nTahun\n\r\nKadar Liputan Bekalan Elektrik di Sabah (%)\n\r\nKadar Liputan Bekalan Elektrik di Semenanjung (%)\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2014\n\r\n94.06\n\r\n99.83\n\r\n2015\n\r\n95.1\n\r\n99.9\n\r\n2016\n\r\n96.0\n\r\n99.92\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1796,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1796",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-04",
        "year": 2018,
        "no": "17",
        "member": "Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien",
        "area": "Julau",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan Orang-Utan liar di Malaysia, dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan spesies ini terpelihara.",
        "question": "Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan Orang-Utan liar di Malaysia, dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan spesies ini terpelihara.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nOrang Utan adalah spesies endemik yang hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo dan Sumatra. Bilangan orang utan liar di Malaysia dianggarkan sekitar 12,278 hingga 13,363 ekor.\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan spesies ini terus terpelihara. Diantara langkah-langkah tersebut ialah:\n\r\n(i) menguatkuasakan undang-undang menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (Sabah) dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Sarawak) yang memperuntukkan penalti bagi kesalahan membunuh, menganggu dan memburu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya;\n\r\n(ii) menggunakan pendekatan in-situ iaitu mewujudkan kawasan hutan terlindung sepenuhnya (Totally Protected Areas, TPA) di Sarawak. Pada masa kini, 24% atau lebih daripada 247,000 hektar daripada 1 juta hektar kawasan yang disasarkan untuk diwartakan sebagai kawasan TPA adalah dikhaskan untuk perlindungan spesies orang utan di Sarawak. Di Sabah pula, koridor diwujudkan untuk pergerakan orang utan dari satu kawasan dilindungi ke satu kawasan dilindungi yang lain\n\r\nterutama bagi kawasan hutan berkelompok (fragmented forest) bagi mengelakkan kepupusan setempat;\n\r\n(iii) menggunakan pendekatan ex-situ iaitu menubuhkan Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar di Semenggoh dan Matang di Sarawak dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah bagi menguruskan anak orang utan yatim;\n\r\n(iv) menjalankan program kesedaran awam tentang kepentingan perlindungan orang utan di Sabah dan Sarawak menerusi ceramah dan pameran di sekolah, program bersepadu dengan badan bukan kerajaan dan program anak angkat orang utan; dan\n\r\n(v) kerjasama dengan sektor swasta dalam aktiviti perlindungan orang utan seperti dengan Malaysian Palm Oil Council (MPOC) di kawasan tanah gambut di Taman Negara Ulu Sebuyau dan Taman Negara Sedilu di Sarawak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1797,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1797",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-10",
        "year": 2018,
        "no": "20",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar",
        "area": "Santubong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan penggubalan undang-undang (Akta) Warisan untuk mengatasi masalah kawalan warisan asli negara, seperti batu, hutan dan warisan asli unik negara, kalau...",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan penggubalan undang-undang (Akta) Warisan untuk mengatasi masalah kawalan warisan asli negara, seperti batu, hutan dan warisan asli unik negara, kalau tidak kenapa, kalau ia, bila akan di bawa ke Dewan Parlimen.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\nPenggubalan undang-undang (Akta) Warisan atau dikenali sebagai Rang Undang-undang Amanah Negara tidak termasuk dalam bidang kuasa Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian ini berpandangan bahawa perkara ini boleh dirujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri selaku pihak yang bertanggungjawab mengawal selia entiti amanah negara.\nBagi mengatasi masalah kawalan warisan asli negara, perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Justeru, Kementerian ini telah menolak cadangan penggubalan RUU Amanah Negara dan tidak akan meneruskan cadangan tersebut.\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1801,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1801",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-05",
        "year": 2018,
        "no": "22",
        "member": "Puan Rubiah binti Haji Wang",
        "area": "Kota Samarahan",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan projek-projek Kementerian untuk memastikan sistem perparitan dan saliran ditambah baik termasuklah menambah baik masalah ban-ban pecah serta mendap di kawasan Kota Samarahan.",
        "question": "Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan projek-projek Kementerian untuk memastikan sistem perparitan dan saliran ditambah baik termasuklah menambah baik masalah ban-ban pecah serta mendap di kawasan Kota Samarahan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nUntuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran di kawasan perbandaran adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan permohonan daripada Negeri bagi penyelenggaraan sungai-sungai yang berisiko banjir.\n\r\nKementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja penstabilan tebing di Kampung Tambirat, Asajaya. Kerja-kerja kecemasan penstabilan benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dengan kos RM2.26 juta telah siap dilaksanakan pada 2 Mac 2018 manakala baki kerja berjumlah RM2.74 juta dalam peringkat reka bentuk.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1771,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1771",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-22",
        "year": 2018,
        "no": "23",
        "member": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kementerian memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih dan terawat bagi mencapai sasaran sebanyak 99% penduduk akan memperoleh air bersih dan terawat menjelang tahun 2020.",
        "question": "PUAN RUSNAH BINTI ALUAI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana Kementerian memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih dan terawat bagi mencapai sasaran sebanyak 99% penduduk akan memperoleh air bersih dan terawat menjelang tahun 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n1. Bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih dan terawat sebanyak 99% seperti mana yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi penekanan kepada 3 fokus utama:\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(i) Peningkatan kapasiti pengeluaran oleh loji rawatan air (LRA) melalui kerja-kerja pembinaan LRA baharu, baik-pulih dan naik taraf LRA, pembinaan rangkaian paip pengagihan dan tangki simpanan sama ada melalui peruntukan pinjaman Kerajaan Persekutuan, peruntukan kerajaan negeri dan pembiayaan oleh Pengurusan Air Aset Berhad (PAAB);\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(ii) Program pengurangan kadar air tidak terhasil, dengan izin non-revenue water – NRW, di mana melalui cara ini terdapat lebihan air terawat untuk diagihkan kepada pengguna. Program ini dibiayai sama ada melalui peruntukan geran dan \n\n\r\n\npinjaman Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PAAB; dan\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n(iii) Pengurangan kadar penggunaan per kapita dari 209 liter/ sehari kepada 200 liter/sehari menjelang 2020. Langkah ini akan disokong melalui inisiatif penggunaan produk cekap air, kempen kesedaran penjimatan air dan pelaksanaan ‘punitive tariff regime’ di mana caj air yang lebih tinggi dikenakan ke atas sesetengah jalur penggunaan air bagi mengelakkan pembaziran air. Melalui cara ini, lebihan air terawat dapat diagihkan ke kawasan yang memerlukan bekalan air.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n2. Selain itu, beberapa Kementerian dan agensi lain turut bertanggungjawab dalam perbekalan air terawat seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Malaysia (JAKOA).\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1775,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1775",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-25",
        "year": 2018,
        "no": "24",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan: (i) kajian yang menyokong idea bahawa sianida selamat dan boleh digunakan untuk perlombongan; dan (ii) apakah langkah yang disyorkan untuk melindungi alam sekitar.",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\n\n\r\n\n(i) kajian yang menyokong idea bahawa sianida selamat dan boleh digunakan untuk perlombongan; dan\n\r\n\n(ii) apakah langkah yang disyorkan untuk melindungi alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPenggunaan larutan sianida telah lama digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia.\n\r\nDalam konteks ini, Kerajaan menetapkan penggunaan larutan sianida dalam perlombongan emas perlu mengikut standard antarabangsa dan kebangsaan. Di peringkat Antarabangsa, perlombongan emas batuan keras (hard rock mining) yang menggunakan larutan sianida adalah tertakluk kepada International Cyanide Management Code (Cyanide Code) yang mana syarikat perlombongan emas batuan keras di Malaysia turut mengguna pakai sebagai rujukan dalam mengawalselia proses pengekstrakan emas di loji heap leaching masing-masing.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDari sudut undang-undang pula, aktiviti tersebut dikawalselia melalui Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016 di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. Jadual di bawah Peraturan-peraturan tersebut menetapkan had pelepasan efluen yang dibenarkan bagi sianida adalah tidak melebihi 0.2 mg/L (0.2 ppm).Oleh itu, Kerajaan tidak bercadang untuk membuat kajian berhubung penggunaan sianida dalam perlombongan emas.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerhubung dengan langkah kawalan alam sekitar, aktiviti perlombongan emas di Malaysia perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengendalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007 di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994.\n\r\nSelain itu, pengusaha turut diwajibkan untuk mengemukakan laporan pematuhan efluen secara berkala kepada JMG bagi memastikan isu pencemaran akibat penggunaan larutan sianida atau bahan lain tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat. Jabatan Mineral dan Geosains sentiasa Mengawalselia dan memastikan semua standard-standard dipatuhi dan sepanjang pemantauan dilaksanakan kesemua lombong yang menggunakan larutan sianida didapati mematuhi semua standard yang telah ditetapkan.Di samping itu, jabatan lain seperti Jabatan Alam Sekitar juga memantau perjalanan perlombongan emas dalam aspek alam sekitar seperti kualiti air dan udara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1790,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1790",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-27",
        "year": 2018,
        "no": "26",
        "member": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman",
        "area": "Sik",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah Kementerian untuk memulihkan alam sekitar dan ekosistem yang rosak akibat pembalakan dan penebang...",
        "question": "Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah Kementerian untuk memulihkan alam sekitar dan ekosistem yang rosak akibat pembalakan dan penebangan hutan yang berleluasa di Hutan Simpan Bukit Enggang, Rimba Teloi Sik serta jajaran Hutan Simpan Ulu Muda yang menjadi tempat tadahan air untuk penduduk Kedah dan Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAktiviti pembalakan dan penebangan hutan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Rimba Teloi dan Ulu Muda dijalankan mengikut perancangan dan berdasarkan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) dan mengikut Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I) dan tidaklah seperti yang dinyatakan oleh YB Sik. Pembalakan yang dijalankan dikawasan berkenaan adalah bertujuan untuk:\n\r\ni. Penubuhan Ladang Hutan; dan\n\r\nii. Pengusahasilan secara berkekalan berasaskan Sistem Pengurusan Secara Memilih.\n\r\nSehingga tahun 2017, Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan seluas 5,428 hektar untuk tujuan penubuhan ladang hutan pelbagai spesies. Daripada keluasan tersebut, seluas 2,623 hektar telah dibangunkan dan baki daripada kawasan tersebut masih lagi dalam proses kelulusan untuk pengusahasilan.\n\r\nManakala pembalakan menggunakan kaedah Sistem Pengurusan Memilih (SPM) yang telah diluluskan adalah seluas 38,134.5 hektar. Daripada keluasan tersebut seluas 14,366 hektar telah dilesenkan dan selesai kerja. Sehingga September 2018 seluas 2,219 hektar lesen pembalakan yang masih aktif di mana 730 hektar daripada keluasan tersebut dilesenkan pada tahun 2018.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1776,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1776",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-25",
        "year": 2018,
        "no": "27",
        "member": "Datuk Rozman bin Isli",
        "area": "Labuan",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status projek kawalan hakisan pantai di sepanjang Sungai Miri/Sungai Pagar dan Sungai Lada di WP Labuan yang mana ianya adalah perlu untuk diteruskan memandangkan hakisan yang san...",
        "question": "Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status projek kawalan hakisan pantai di sepanjang Sungai Miri/Sungai Pagar dan Sungai Lada di WP Labuan yang mana ianya adalah perlu untuk diteruskan memandangkan hakisan yang sangat teruk sudah menghampiri jalan raya dan ianya adalah kawasan yang sesuai dibangunkan bagi tujuan pelancongan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek telah diluluskan di dalam RMKe-11 di bawah peruntukan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri. Perancangan dan reka bentuk sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja ukur telah siap dilaksanakan di tapak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1786,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1786",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-21",
        "year": 2018,
        "no": "29",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan projek-projek penarafan berkaitan Empangan Mengkuang seperti projek mitigasi 23 tapak tanah runtuh, menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong (Fasa 2A) dan pemasangan saluran paip d...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek-projek penarafan berkaitan Empangan Mengkuang seperti projek mitigasi 23 tapak tanah runtuh, menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong (Fasa 2A) dan pemasangan saluran paip dari Rumah Pam Mak Sulong ke terusan Sungai Dua (Fasa 2B). Bilakah projek-projek berkaitan akan siap.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Tender bagi kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di 23 lokasi bagi projek Empangan Mengkuang telah dikeluarkan pada 25 September 2018 dan akan ditutup pada 30 Oktober 2018. Kerja-kerja pembaikan ini akan mengambil masa 4 bulan daripada tarikh milik tapak oleh pihak kontraktor dan dijangka siap pada hujung bulan April 2019.\n\r\n2. Manakala Fasa 2A iaitu Projek Menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong telah siap sepenuhnya pada 28 September 2017. Pengoperasian rumah pam dengan kapasiti pengepaman 200 – 400 MLD ini dijangka dapat diserahkan kepada Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang pada akhir bulan November 2018.\n\r\n3. Fasa 2B iaitu Projek Penyaluran Air Mentah Dari Stesen Pam Mak Sulong Ke Terusan Sg. Dua (Fasa 2B) pula berada di peringkat pengambilan tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Pulau Pinang. Projek ini dijangka dapat ditender pada hujung bulan Disember 2018 dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan iaitu pada hujung bulan September 2020.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian , terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1768,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1768",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-17",
        "year": 2018,
        "no": "30",
        "member": "DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA",
        "area": "TASEK GELUGOR",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Minta menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara meluas serta besar-besaran.",
        "question": "DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [TASEK GELUGOR ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI minta menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara meluas serta besar-besaran.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\nPenubuhan ladang hutan merupakan salah satu usaha untuk mendapatkan bekalan kayu yang berterusan, memulihkan kawasan miskin dan terosot kepada kawasan yang lebih produktif dengan mengenalpasti spesies cepat membesar dan bermutu tinggi sebagai bahan mentah untuk industri berasas kayu.\n\r\n\nKementerian dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil beberapa langkah pengawalan pembukaan kawasan ladang hutan iaitu;\n\r\n\n1. Menghadkan keluasan zon ladang hutan kepada 439,189 hektar untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Pecahan zon yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara yang ke 68 pada tahun 2012 dan kawasan ladang hutan di dalam hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia sehingga Ogos 2018 sepertimana Jadual 1.\n\r\n\nJadual 1: Pecahan Zon Yang Diluluskan oleh MTN dan Keluasan Ladang Hutan Yang Ditanam Di Dalam HSK Semenanjung Malaysia Sehingga Ogos 2018\n\nNEGERIKELULUSAN OLEH MTN PADA 2012 (Ha)KELUASAN LADANG HUTAN DENGAN TANAMAN (Ha)\nJohor37,880.0036,212.88\nKedah15,380.003,599.30\nKelantan199,000.0036,846.29\nMelaka--\nNegeri Sembilan3,000.001,281.11\nPahang36,030.0024,249.44\nPerak100,000.005,260.55\nPerlis-671.00\nPulau Pinang--\nSelangor11,000.006,164.92\nTerengganu36,899.002,908.00\nW. Persekutuan--\nJUMLAH439,189.00117,193.49",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1785,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1785",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-19",
        "year": 2018,
        "no": "33",
        "member": "Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah",
        "area": "Limbang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan “dredging” di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor dan mendap untuk mengatasi masalah banjir di bandar Limbang dan perkampungan di sepanjang sungai ...",
        "question": "Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan “dredging” di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor dan mendap untuk mengatasi masalah banjir di bandar Limbang dan perkampungan di sepanjang sungai Limbang semasa air pasang besar dan musim hujan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTender bagi Kerja-kerja Pengorekan Muara Sungai Limbang telah diiklankan pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, projek tidak dapat diteruskan memandangkan projek tersebut perlu mendapat kelulusan pertapakan daripada State Planning Authority (SPA) sebelum kerja-kerja dilaksanakan di tapak. Kelulusan daripada SPA telah diperolehi pada 9 April 2018. Pada masa ini, projek tersebut belum ditawarkan berikutan arahan Kementerian Kewangan (MOF) untuk membuat penilaian semula semua projek/ tender dan dijangka di tender semula pada tahun 2019.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1792,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1792",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-03",
        "year": 2018,
        "no": "34",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan akan mewartakan undang-undang untuk melindungi Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air. Adakah sebuah a...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan akan mewartakan undang-undang untuk melindungi Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air. Adakah sebuah agensi penguatkuasaan akan diwujudkan untuk menguatkuasakan undang-undang yang diwartakan",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSeksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), yang diterima pakai oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia telah memperuntukkan supaya pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta, mengkelaskan Hutan Simpanan Kekal sebagai Kawasan Hutan Tadahan Air bagi mengekalkan fungsinya sebagai punca bekalan air negara.\n\r\nKerajaan Negeri Kedah melalui Warta Kerajaan No. 341 bertarikh 10 Mei 2018 telah mengkelaskan Hutan Simpanan Kekal mengikut Seksyen 10(1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 di mana seluas 215,430 hektar dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan 126,546 hektar sebagai Hutan Perlindungan. Daripada keluasan Hutan Perlindungan tersebut seluas 110,495 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air di mana seluas 51,064 hektar adalah dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dan hutan simpan di sekelilingnya. Semua kawasan Hutan Perlindungan di Negeri Kedah telah disenaraikan sebagai kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 1 dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035.\n\r\nPihak Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan mengkaji semula persempadanan kawasan Hutan Tadahan Air sedia ada di sekitar kawasan Ulu Muda yang meliputi juga sebahagian kawasan Hutan Pengeluaran sedia ada. Dua sesi konsultasi telah diadakan dan bersetuju mengenal pasti seluas 125,234.48 hektar yang\n\r\nmelibatkan 10 buah HSK untuk diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air di bawah subseksyen 10(1)(e), Akta 313 dan juga mencadangkan keseluruhan kawasan di sekitar Ulu Muda juga diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri di bawah subseksyen 10(1)(l), Akta 313.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1773,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1773",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-24",
        "year": 2018,
        "no": "39",
        "member": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan penerangan terperinci mengenai penangguhan projek membina dan menaik taraf loji rawatan air terawat yang telah diumumkan di dalam Parlimen yang mulia ini pada sesi yang lepas.",
        "question": "PUAN NOR AZRINA BINTI SURIP minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan penerangan terperinci mengenai penangguhan projek membina dan menaik taraf loji rawatan air terawat yang telah diumumkan di dalam Parlimen yang mulia ini pada sesi yang lepas.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\n1. Untuk makluman YB, kerja-kerja membina dan naik taraf 5 buah loji melibatkan LRA Jenun Baru, LRA Pelubang, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau dan LRA Lubuk Buntar Lama di Kedah yang telah diluluskan secara pinjaman dalam RP3 RMKe11 tidak pernah ditangguhkan. Sebaliknya Kerajaan Negeri Kedah pada ketika ini mengambil keputusan untuk menilai dan menyemak semula skop, kos dan keutamaan projek tersebut bagi memastikan pelaksanaan projek-projek tersebut dilaksanakan secara kos yang efektif. Selepas penilaian semula ini dibuat, kesemua projek ini dijangka dapat ditender pada pertengahan atau suku ketiga tahun 2019.\n\n2. Saya juga ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan projek Off River Storage (ORS) Sungai Merbok dan Kerja-kerja Pembinaan Tangki Menara dan Penggantian Paip di kawasan Merbok dan Tanjung Dawai yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu melalui pembiayaan khas tidak akan diteruskan. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan mengesyorkan agar\n3\npelaksanaan projek ini dibuat di bawah peruntukan pembangunan, atau development expenditure (DE), sekiranya masih diperlukan.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1766,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1766",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-16",
        "year": 2018,
        "no": "40",
        "member": "Tuan Karupaiya A/L Mutusami",
        "area": "Padang Serai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian bercadang membina sebuah takungan air di atas bukit seperti empangan air di Sungai Kop, bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kulim dan Padang S...",
        "question": "Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian bercadang membina sebuah takungan air di atas bukit seperti empangan air di Sungai Kop, bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kulim dan Padang Serai yang mendatangkan banyak masalah kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada masa sekarang, Kementerian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) tiada perancangan untuk membina empangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kulim dan Padang Serai. Walau bagaimanapun, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Daerah Kulim, Kedah telah dipohon di dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11 bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Padang Serai dan Kulim, \n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1810,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1810",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "41",
        "member": "Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan",
        "area": "Pontian",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air, Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Air",
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah 3 jambatan di kawasan Pontian akan dibina akibat runtuh seperti berikut: :- (a) Jambatan Sepah Beruang di Benut; dan (b) Jambatan Parit Selangor – Parit Markom di Benut dan Jamba...",
        "question": "Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah 3 jambatan di kawasan Pontian akan dibina akibat runtuh seperti berikut: :-\n\r\n\r\n(a) Jambatan Sepah Beruang di Benut; dan \n\r\n\r\n(b) Jambatan Parit Selangor – Parit Markom di Benut dan Jambatan Parit Wak Suradi di Benut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nUntuk makluman, projek-projek berkenaan adalah di bawah peruntukan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Johor di mana Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Johor adalah agensi pelaksana bagi projek-projek berkenaan. Peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan disalurkan terus kepada JPS Negeri Johor dan tidak melalui Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli.Status pelaksanaan projek adalah seperti berikut;\n\n1) Jambatan Sepah Beruang di Benut \n #Peruntukan Pejabat Pembangunan Negeri Johor (PPNJ) \n #Dalam tindakan PPNJ. \n\n2) Jambatan Parit Selangor – Parit Markom di Benut \n #Peruntukan PPNJ \n #Kerja-kerja pembinaan telah mula dilaksanakan pada 16 April 2018 dan dijangka siap pada akhir November 2018. \n\n3) Jambatan Parit Wak Suradi di Benut. \n #Peruntukan Kerajaan Negeri Johor \n #Kerja-kerja pembinaan telah mula dilaksanakan pada 18 September 2018 dijangka siap pada akhir November 2018. \n\nSekian, terima kasih\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1779,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1779",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-01",
        "year": 2018,
        "no": "42",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar",
        "area": "Santubong",
        "minister": "MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan perancangan projek-projek Tebatan Banjir Sungai Golok Kelantan RM560 juta, Sg. Pinang, Pulau Pinang RM150 juta, Bandar Sibu, Sarawak RM100 juta dan Band...",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan perancangan projek-projek Tebatan Banjir Sungai Golok Kelantan RM560 juta, Sg. Pinang, Pulau Pinang RM150 juta, Bandar Sibu, Sarawak RM100 juta dan Bandar Kuching, Sarawak RM150 juta diteruskan, kalau tidak kenapa, kalau ia bila, hendak dilaksanakan dan adakah penambahan atau pengurangan kos berlaku kepada projek-projek tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 (kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah RM300 juta) diteruskan dan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 23 April 2018 dan di jangka siap pada 22 April 2022.\n\r\n2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang (kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah RM150 juta) diteruskan dan pada masa ini masih di peringkat perancangan dan reka bentuk. Kerja-kerja pembinaan dijangka bemula pada tahun 2019.\n\r\n3) RTB Sibu Fasa 3 (kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah RM100 juta) diteruskan dan projek ini telah ditawarkan dan sedang dalam penyediaan reka bentuk.\n\r\n4) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak (kos projek yang diluluskan dalam RMke-11 adalah RM150 juta dan tambahan kos bagi pengambilan tanah adalah RM41 juta menjadikan kos keseluruhan RM191 juta) diteruskan dan pelaksanaannya ditangguhkan ke tahun 2019 seperti diputuskan oleh pihak Kerajaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1803,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1803",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-11",
        "year": 2018,
        "no": "43",
        "member": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari",
        "area": "Pasir Mas",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek tebatan banjir yang melibatkan jajaran Sungai Golok, Kelantan akan dimulakan dan dijangka siap.",
        "question": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek tebatan banjir yang melibatkan jajaran Sungai Golok, Kelantan akan dimulakan dan dijangka siap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerja-kerja pembinaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada 22 April 2022.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1789,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1789",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-26",
        "year": 2018,
        "no": "44",
        "member": "Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji",
        "area": "Jelutong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah langkah-langkah pendek projek tebatan banjir di sungai, Sungai Pinang Jelutong, Pulau Pinang dijangka dilaksanakan bagi tujuan mengelakkan kejadian banjir di kawasan Datok Kerama...",
        "question": "Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah langkah-langkah pendek projek tebatan banjir di sungai, Sungai Pinang Jelutong, Pulau Pinang dijangka dilaksanakan bagi tujuan mengelakkan kejadian banjir di kawasan Datok Keramat, Sungai Pinang dan kawasan parlimen Jelutong secara amnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nLangkah jangka pendek yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir adalah melalui kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala terhadap sistem saliran.\n\r\nKerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan permohonan daripada Negeri bagi penyelenggaraan sungai-sungai yang berisiko banjir.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1804,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1804",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-12-11",
        "year": 2018,
        "no": "44",
        "member": "Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria",
        "area": "Parit",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) sehingga penghujung tahun 2017, berapakah statistik terkini haiwan yang diancam kepupusan ; dan (b) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi melindungi hai...",
        "question": "Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-\n\r\n(a) sehingga penghujung tahun 2017, berapakah statistik terkini haiwan yang diancam kepupusan ; dan\n\r\n(b) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi melindungi haiwan liar yang diancam kepupusan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nSehingga penghujung tahun 2017, data yang direkodkan di dalam Red List of Mammals for Peninsular Malaysia, terdapat satu spesies yang telah disenaraikan sebagai pupus atau extinct iaitu Badak Jawa, manakala empat (4) spesies dinilai sebagai critically endangered iaitu Badak Sumatera, Harimau Malaya, Tenggiling dan Banteng. Selain itu, sebanyak 12 spesies dinilai sebagai endangered sementara 14 spesies dinilai sebagai vulnerable, 33 spesies near threatened, 83 spesies least concern dan 76 species data deficient.\n\r\nKerajaan amat komited dalam melindungi hidupan liar yang terancam agar tidak pupus. Antara usaha yang dijalankan ialah:\n\r\n(i) Mewujudkan kawasan perlindungan seperti Taman-Taman Negara dan rezab-rezab hidupan liar bagi keliaran hidupan liar di habitat semulajadi;\n\r\n(ii) Mewujudkan rangkaian koridor ekologi membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang bersambung bagi membolehkan migrasi hidupan liar.\n\r\n(iii) Meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) bagi mengenakan hukuman denda yang lebih berat termasuk hukuman sebatan untuk kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab dan kezaliman terhadap hidupan liar.\n\r\n(iv) Menjalankan program penguatkuasaan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan tempatan yang lain dan agensi antarabangsa seperti International Police (INTERPOL) bagi memastikan semua hidupan yang terancam dilindungi daripada dieksploitasi secara tidak terkawal, disamping mencegah penyeludupannya.\n\r\n(v) Melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Spesies-Spesies Hidupan Liar Terancam seperti Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) (2013 – 2022) dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCAP) (2008-2020) bagi menangani ancaman yang dihadapi oleh gajah dan harimau akibat fragmentasi hutan, kehilangan habitat, pemburuan haram dan pembunuhan hidupan liar oleh orang awam akibat konflik. Sasaran utama Pelan ini adalah untuk mewujudkan keseimbangan antara konservasi hidupan liar tersebut dan aktiviti pembangunan semasa di Semenanjung Malaysia.\n\r\n(vi) Menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semulajadi. Antara spesies yang berjaya dibiak dan dilepaskan ke habitat semulajadi adalah seladang, tapir, rusa, kijang dan burung kuang.\n\r\n(vii) Bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk mebangunkan kawasan-kawasan sanctuary bagi pengurusan populasi hidupan liar yang diancam kepupusan ekoran kehilangan habitat.\n\r\n(viii) Menjalankan program Communication, Education dan Public Awareness (CEPA) secara berterusan\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1782,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1782",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-11-14",
        "year": 2018,
        "no": "47",
        "member": "Dato' Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bersama kerajaan negeri berkaita...",
        "question": "Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha pemuliharaan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bersama kerajaan negeri berkaitan isu penerokaan hutan simpan yang tidak terkawal agar dapat dibendung serta bilakah pihak Kementerian akan melaksanakan Projek Sanctuary Gajah di kawasan Gerik akibat tangkapan gajah liar seluruh negeri Perak dilepas sekitar Hutan Royal Belum memberi ancaman agak berat di Daerah Gerik.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam usaha memulihkan semula kawasan penerokaan hutan simpan yang tidak terkawal, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) merancang untuk melaksanakan program-program berikut:\n\r\ni. Program Pemulihan Kawasan Hutan Terosot (degraded) bagi memastikan pemuliharaan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang terosot dan miskin di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di bawah RMK-11 (2016-2020) sejumlah RM100 juta telah diluluskan untuk memulihkan kawasan seluas 1,640 hektar dalam Hutan Simpan Kekal dan juga luar Hutan Simpan Kekal di Semenanjung Malaysia.\n\r\nii. Program Kerjasama Strategik Penghijauan Semula kawasan bekas ceroboh/teroka di dalam dan luar Hutan Simpanan Kekal bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), masyarakat setempat, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dan juga beberapa rakan strategik KATS seperti Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA), Sultan Ahmad Environmental Trust (SASET), Tropical Rain Forest Conservation and Research Centre (TRCRC), Malaysian Nature Society (MNS) dan Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH).\n\r\niii. Program Perhutanan Sosial bagi meningkatkan kesedaran kepada komuniti terhadap pemeliharaan hutan dengan meningkatkan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti-aktiviti perhutanan seperti pencegahan dan pengawalan pencerobohan hutan. Melalui program perhutanan sosial ini juga kesedaran komuniti akan dapat dipupuk bagi menjadikan mereka sebagai “rakan” dan “mata-mata” kepada Jabatan Perhutanan.\n\r\nMenyentuh mengenai cadangan Projek Sanctuary Gajah di kawasan Gerik pula, ia telah dipersetujui secara prinsip oleh Kerajaan Negeri Perak. Pihak Kementerian dan Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan termasuk pengambilan tanah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1765,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1765",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-15",
        "year": 2018,
        "no": "48",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan dengan terperinci termasuk kontraktor dilantik berhubung kerja-kerja pelebaran lembangan Sungai Pinang sepanjang 1.5 kilometer (km) yang dikatakan akan dimulakan pada April 2019. Adakah ...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci termasuk kontraktor dilantik berhubung kerja-kerja pelebaran lembangan Sungai Pinang sepanjang 1.5 kilometer (km) yang dikatakan akan dimulakan pada April 2019. Adakah peruntukan tersebut merupakan sebahagian projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion yang dijanjikan kepada Pulau Pinang sebelum ini.",
        "answer": "JAWAPAN:\n\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nStatus pelaksanaan kerja-kerja pelebaran lembangan Sungai Pinang sepanjang 1.5 kilometer (km) adalah di peringkat penilaian pelantikan perunding bagi melaksanakan kerja-kerja reka bentuk terperinci. Tender bagi kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan setelah reka bentuk terperinci selesai disediakan. Peruntukan projek ini telah diluluskan sebelum isu projek-projek bernilai RM1 bilion. \n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1777,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1777",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": "2018-10-30",
        "year": 2018,
        "no": "49",
        "member": "Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir",
        "area": "Jerlun",
        "minister": "Menteri Kewangan menyatakan jika ada apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kedah a",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta Menteri Kewangan menyatakan jika ada apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kedah apabila Kedah m...",
        "question": "Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta Menteri Kewangan menyatakan jika ada apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kedah apabila Kedah menyahut desakan untuk menghentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan ulu Muda bagi menjamin bekalan air bagi negeri Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua, \n\r\nKerajaan Persekutuan mengucapkan terima kasih dan tahniah atas komitmen tinggi Kerajaan Negeri Kedah terhadap tindakan mengatasi isu pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda yang dikaitkan dengan bekalan air mentah. Walau bagaimanapun, setakat ini Kerajaan Persekutuan belum lagi merangka sebarang cadangan untuk menyediakan pampasan atau ganti rugi kepada Kerajaan Negeri Kedah.\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1811,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1811",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "134",
        "member": "Tuan Chan Ming Kai",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa tunggakan terkini bagi bil Indah Water mengikut kategori dan setiap negeri.",
        "question": "Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa tunggakan terkini bagi bil Indah Water mengikut kategori dan setiap negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\n\r\n1. Sehingga 30 September 2018, jumlah tunggakan terkumpul bil perkhidmatan pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) adalah sebanyak RM973.25 juta (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST)) atau hampir 11.85% daripada jumlah keseluruhan bil perkhidmatan pembetungan yang telah dibilkan kepada pengguna. Berikut merupakan tunggakan terkini mengikut kategori dan setiap negeri: \n\n\r\n2. Daripada jumlah tersebut, kategori domestik merupakan penyumbang tertinggi dengan tunggakan terkumpul sebanyak RM570.9 juta atau 58.6% daripada jumlah tunggakan IWK. Secara keseluruhannya pula, sebanyak 1.5 juta akaun pengguna yang mempunyai bil tertunggak melebihi 12 bulan. \n\n\r\n\r\n3. IWK sentiasa meningkatkan usaha mengutip bil tertunggak dengan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti menghantar notis peringatan, Pelan Ansuran, Surat Tuntutan Hutang (\"Letter of Demand\"), menyenarai hitam nama pelanggan melalui CTOS dan juga tindakan undang-undang. \n\n\r\n\r\n4. Tindakan undang-undang seperti menghantar saman kepada pengguna yang memandang remeh terhadap pembayaran bil perkhidmatan pembetungan IWK juga turut diambil. Hasil daripada kes-kes saman yang berjaya, mahkamah juga telah membenarkan tindakan seperti Writ Penyitaan Dan Penjualan (\"Writ of Seizure and Sale\"), Saman Penghutang Penghakiman (\"Judgment Debtor Summon\") dan Prosiding Garnisan (\"Garnishee Proceeding\") untuk IWK mengutip hutang-hutang yang tertunggak. \n\r\n\n\r\n\r\n　\n\r\n5. Jumlah bil tertunggak kumulatif sehingga 31 Disember 2017 yang telah berjaya dikutip setakat 30 September 2018 ialah RM202.13 juta. IWK akan terus berusaha mengebil dan mengutip tunggakan daripada penghutang-penghutang yang sedia ada. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1812,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1812",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "161",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Penjimatan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Adakah Kerajaan Pusat akan mempert...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Penjimatan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Adakah Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan permohonan pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) Pulau Pinang bagi menjamin bekalan air menjelang 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\r\n\n\r\n1. Surcaj Pemuliharaan Air (Water Conservation Surcaj – WCS) telah mula dilaksanakan di Pulau Pinang sejak November 2010. Buat masa ini WCS dikenakan kepada penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan dengan caj sebanyak 48 sen bagi setiap 1,000 liter. \n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\r\n2. Surcaj ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dalam penggunaan air di kalangan pengguna domestik. Pada masa yang sama, inisiatif ini dapat menggalakkan penjimatan penggunaan air dan mendidik pengguna untuk menggunakan air secara berhemah. \n\r\n\n\r\n\r\n\r\n3. Sebagai makluman Yang Berhormat, pada masa ini permohonan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menaikkan WCS sedang ditimbang oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang merupakan badan kawal selia industri perkhidmatan air di Malaysia. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n4. Cadangan ini memerlukan penelitian yang mendalam dan menyeluruh bagi memastikan wujudnya keseimbangan ke atas jaminan kepentingan pengguna, kemapanan kewangan PBAPP serta kelestarian bekalan air pada masa hadapan. \n\r\n\r\n\r\n5. Pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) perlu mendapat persetujuan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak terlebih dahulu. Kerajaan Negeri Perak memaklumkan bahawa Perak berhasrat menjual terawat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sekiranya persetujuan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak telah dicapai, maka cadangan tersebut boleh diangkat untuk kajian dan penelitian Kerajaan Persekutuan bagi tindakan seterusnya. \n\r\n\n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1813,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1813",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "182",
        "member": "Dato’ Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": null,
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Dato’ Hasbullah Bin Osman [Gerik] meminta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah pemburuan haram terutama dalam Hutan Royal Belum terutama pe...",
        "question": "Dato’ Hasbullah Bin Osman [Gerik] meminta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah pemburuan haram terutama dalam Hutan Royal Belum terutama pembunuhan fauna bernilai tinggi seperti gajah, harimau belang, rusa, kijang dan lain-lain akibat daripada pemburu haram dari negara jiran serta dalam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n\n\r\n\r\n\r\nTaman Negeri Royal Belum yang mempunyai keluasan 117,500 hektar diwartakan bawah Enakmen Perbadanan Negeri Perak 2001 pada 17 April 2007 dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Taman Negeri Perak. \n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan PERHILITAN turut membantu dan bekerjasama dengan pihak Perbadanan Taman Negeri Perak bagi membanteras aktiviti pencerobohan dan pemburuan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. \n\r\n\n\r\n\r\nAntara usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN bagi mengatasi pemburuan haram adalah seperti berikut; \n\r\n\n\r\n\r\na) Meningkatkan rondaan dan operasi secara berkala di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti menjadi \"hot spot\" bagi pemburu haram; \n\r\n\n\r\n\r\nb) Melakukan operasi mencari dan memusnahkan jerat yang dipasang oleh pemburu, di mana tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai Tahun Memerangi Jerat; \n\r\n\n\r\n\r\nc) Menjalankan operasi bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia bagi menangkap warga asing dan tempatan yang menceroboh kawasan perlindungan yang menjadi habitat harimau Malaya dan hidupan liar yang lain; \n\r\n\r\n\r\n　\r\n\n\r\n\n\r\nd) Melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (National Tiger Conservation Action Plan) pada tahun 2008. Pelan ini menggariskan strategi pemuliharaan Harimau Malaya secara holistik dengan menyediakan tindakan khusus sehingga tahun 2020 bagi meningkatkan populasi harimau; \n\r\n\r\n\n\r\ne) Menjalankan kerjasama dengan NGO-NGO seperti Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) dari aspek penyelidikan, rondaan kawasan perlindungan dan penyaluran maklumat; dan \n\r\n\n\r\n\r\n\r\nf) Kerjasama agensi-agensi Negeri yang berkaitan dari segi penguatkuasaan, perlindungan kawasan dan penyelidikan. \n\r\n\n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1814,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1814",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "185",
        "member": "Dato' Hasbullah bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek tebatan banjir untuk dapat dilaksanakan bagi mengatasi banjir kilat yang sering melanda Bandar Gerik yang difahamkan telah diluluskan lebih dari RM70 juta.",
        "question": "Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek tebatan banjir untuk dapat dilaksanakan bagi mengatasi banjir kilat yang sering melanda Bandar Gerik yang difahamkan telah diluluskan lebih dari RM70 juta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir Gerik, Hulu Perak telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM74juta dalam Rolling Plan3 (2018) RMKe-11. Projek ini mula dilaksanakanpada tahun 2018 dan dijangka siap pada tahun 2021. Untuk tahun pertama 2018, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM200 ribu bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan iaitu kerja-kerja ukur dan rekabentuk terperinci. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk ditangguhkan pelaksanaan projek ke tahun 2019. Peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kewangan selaras dengan kemajuan pelaksanaan projek.\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1815,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1815",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "201",
        "member": "PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan:- (a) berapakah loji rawatan air yang ada sekarang dan adakah kesemuanya berfungsi dengan baik dan berupaya menampung permintaan bekalan air di setiap negeri; dan (b) adakah Kementerian ...",
        "question": "PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:- \n\n\r\n\r\n(a) berapakah loji rawatan air yang ada sekarang dan adakah kesemuanya berfungsi dengan baik dan berupaya menampung permintaan bekalan air di setiap negeri; dan \n\n\r\n\r\n\r\n(b) adakah Kementerian bercadang untuk membina loji rawatan baharu dan menaik taraf loji sedia ada.",
        "answer": "Soalan (a) \n\n\r\n\r\nTuan Yang di- Pertua, \n\n\r\n\r\n1. Sehingga Disember 2017, terdapat 509 buah loji rawatan air sedia ada di Malaysia dan 335 buah loji rawatan air tersebut adalah di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah pengeluaran bagi 509 buah loji rawatan tersebut adalah sebanyak 16,881 Juta Liter Sehari (JLH) dengan rezab margin sebanyak 14.3%. \n\n\r\n\r\n\r\n2. Kementerian ini melalui SPAN sentiasa memantau pengoperasian loji-loji rawatan air supaya dapat meminimumkan impak kekurangan bekalan air ketika cuaca panas dan kering. Pemantauan yang berterusan juga diambil dengan memastikan rizab margin bekalan air adalah mencukupi. \n\n\r\n\r\n\r\n3. Di samping itu, Kementerian mencadangkan rizab margin bekalan air sebanyak 10-15% sebagai faktor keselamatan atau penampan bagi memastikan kapasiti rawatan selaras dengan projek pembangunan sumber air serta memenuhi permintaan meningkat. \n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\nSoalan (b) \n\n\r\n\r\n4. Kementerian juga telah meluluskan pelaksanaan projek-projek pembinaan atau menaiktaraf loji baru dan sistem pengagihan bekalan air untuk memenuhi permintaan yang dijangka akan meningkat selaras dengan pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi di setiap negeri. \n\n\r\n\r\n\r\n5. Bagi negeri-negeri yang telah berhijrah ke rejim aset ringan selaras dengan penstrukturan industri perkhidmatan air, operator akan mendapatkan peruntukan kewangan dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi pembangunan infrastruktur air dan seterusnya boleh lebih fokus kepada mutu perkhidmatannya kepada pengguna. Kerja-kerja CAPEX seperti pembangunan infrastruktur air tersebut akan dibiayai oleh PAAB berdasarkan pendekatan model ‘build and lease’. \n\n\r\n\r\n\r\n6. Manakala bagi pembinaan loji-loji baharu bagi negeri yang belum berhijrah ke rejim PAAB seperti negeri Kedah, Pahang dan Perlis dan Kementerian telah meluluskan pinjaman berjumlah RM709.9 juta. \n\n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1816,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1816",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "252",
        "member": "Tuan Lukanisman bin Awang Sauni",
        "area": "Sibuti",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kerajaan akan meneruskan peruntukan tahunan bagi program pembersihan sungai di kampung-kampung melalui Jabatan Perairan dan Saliran di negeri Sarawak dan apakah langkah Kera...",
        "question": "Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan meneruskan peruntukan tahunan bagi program pembersihan sungai di kampung-kampung melalui Jabatan Perairan dan Saliran di negeri Sarawak dan apakah langkah Kerajaan bagi masalah hakisan di Rumah Sebastian Madang Skim Rancangan Sepupok, Rumah Mandau, Sungai Bakam dan hakisan pantai di Kampung Kuala Lajong dan Kuala Sibuti",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\nProgram pembersihan sungaiadalahsatu program di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengatasi risiko banjir yang telah diluluskan di dalam RMKe-11 melibatkan pembersihan sungai-sungai utama di seluruh Malaysia. Ianya dilaksanakan setiap tahun tertakluk kepada peruntukan tahunan yang diluluskan dan senarai keutamaan.\n\n\r\n\r\nBagi masalah di kawasan-kawasan yang dinyatakan,Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli telahmembuat permohonan di dalam RMKe-11 tetapi projek-projek tersebut tidak diluluskan keranakeutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih kritikal di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, Kementerian akan mengangkat permohonan tersebut bagi bagi tahun hadapan.\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1817,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1817",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "322",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLImenyatakan bilakah wang sebanyak RM36 juta yang telah diluluskan untuk menyelesaikan ma",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ]minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLImenyatakan bilakah wang sebanyak RM36 juta yang telah diluluskan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Beruas, Perak aka...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ]minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLImenyatakan bilakah wang sebanyak RM36 juta yang telah diluluskan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Beruas, Perak akan disalurkan supaya kerja-kerja mengatasi masalah banjir dapat dimulakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan SungaiBeruas, Peraktelah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM36.8 juta dalam Rolling Plan3 (2018) RMKe-11. Untuk tahun pertama 2018, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM200 ribu bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan iaitu kerja-kerja ukur dan rekabentuk terperinci. Projek dijangka akan ditenderpada tahun 2019dan dijangka siap pada tahun 2020. Peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kewangan selaras dengan kemajuan pelaksanaan projek.\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1818,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1818",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "409",
        "member": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan yang disediakan untuk mengatasi masalah perparitan bagi mengelak bencana banjir amnya di negeri yang lazimnya dilanda banjir seperti Terengganu",
        "question": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan yang disediakan untuk mengatasi masalah perparitan bagi mengelak bencana banjir amnya di negeri yang lazimnya dilanda banjir seperti Terengganu",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan lima (5) projek tebatan banjir diTerengganu dalamRancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM382jutabagi mengurangkan masalah banjir di Terengganu.\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1819,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1819",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "444",
        "member": "Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh",
        "area": "Ledang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan projek RMK-11 Jabatan Pengairan dan Saliran yang tertangguh untuk 2018 di kawasan Parlimen Ledang, sebab projek tertangguh dan apakah tindakan mengatasi penangguhan tersebut.",
        "question": "Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan projek RMK-11 Jabatan Pengairan dan Saliran yang tertangguh untuk 2018 di kawasan Parlimen Ledang, sebab projek tertangguh dan apakah tindakan mengatasi penangguhan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\nBagi Parlimen Ledang,projek-projek yang telah diluluskan di bawah Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli dalam RMKe-11 tiada yang ditangguhkan.Projek-projek berkenaan sedang dalam peringkat rekabentukdan juga dalam peringkat pembinaan.\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1820,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1820",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "467",
        "member": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli",
        "area": "Dungun",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan untuk membina projek benteng pemecah ombak di Kuala Dungun Terengganu untuk memudahkan pelancong dan nelayan keluar masuk muara terutama pada musim tengkujuh dengan selamat.",
        "question": "Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan untuk membina projek benteng pemecah ombak di Kuala Dungun Terengganu untuk memudahkan pelancong dan nelayan keluar masuk muara terutama pada musim tengkujuh dengan selamat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\n\r\n\r\nKajian Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Terengganu telah siap dilaksanakan pada tahun 2010 dan struktur pemecah ombak dicadangkan bagi mengatasi masalah muara yang cetek dan terdedah kepada laut China Selatan. Permohonan peruntukan telah dipohon tetapi tidak diluluskan bagi memberikeutamaan kepada muara sungai yang lain. Permohonan peruntukan akan dipohon dalam \r\n\r\n\r\nrolling plan\r\n\r\n\r\n(RP) seterusnya.\r\n\n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1821,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1821",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "509",
        "member": "Tuan Wong Tack",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan susulan untuk mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar selepas penutupan lombong emas yang menggunakan cyanide di Bukit Koman, Pahang. Adakah Kementerian bercadang menubuhka...",
        "question": "Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan susulan untuk mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar selepas penutupan lombong emas yang menggunakan cyanide di Bukit Koman, Pahang. Adakah Kementerian bercadang menubuhkan satu independent task force untuk menjalankan kajian kesan negatif ke atas kesihatan masyarakat Bukit Koman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\n\r\n\r\nLombong ini dilengkapi dengan 2 unit sistem continuous monitoring yang ditempatkan ditangki loji cyanide bagi memantau hydrogen cyanide yang terlepas ke udara sebelum memulakan operasi loji berkenaan. Tahap toleransi hydrogen cyanide akan dipantau supaya tidah melebihi permissible exposure limit iaitu 10 ppm. Alat ini akan memberikan isyarat bunyi sekiranya tahap gas melebihi had yang dibenarkan. \n\n\r\n\r\nSelain itu, sejak Februari 2009, sebanyak 5 lawatan lombong telah diadakan, hasil pemeriksaan mendapati kandungan cyanide dalam air sungai di beberapa kawasan dihulu dan hilir Sungai Koman yang berdekatan kolam lombong tersebut menunjukkan bacaan di bawah 0.1 mg per litre iaitu menepati peraturan dibawah Akta Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-efluen Perindustrian). \n\n\r\n\r\nMemandangkan lombong tersebut telah menutup operasinya sejak 4 tahun yang lalu dan berdasarkan hasil pemantauan yang dibuat, Kementerian ini tiada cadangan untuk menubuhkan independent task force. \n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1742,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1742",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-24",
        "year": 2018,
        "no": "1",
        "member": "Dr. Azman bin Ismail",
        "area": "Kuala Kedah",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk menyelesaikan projek Rancangan Tebatan Banjir di daerah Kota Setar, Kedah yang telah lama tertangguh.",
        "question": "Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk menyelesaikan projek Rancangan Tebatan Banjir di daerah Kota Setar, Kedah yang telah lama tertangguh.",
        "answer": "YBM JAWAB\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\nRancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Anak Bukit yang dilaksanakan di Daerah Kota Setar bukanlah tertangguh tetapi berlaku kelewatan pelaksanaan kerja-kerja di tapak. Kelewatan dalam pembinaan disebabkan adalah disebabkan oleh isu berikut:\n\r\n\n\r\n\n• isu pengambilan balik tanah;\n\r\n\n• perubahan reka bentuk jambatan; \n\r\n\n• peningkatan kos projek yang disebabkan oleh perubahan reka bentuk yang memerlukan kelulusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (KHEE) dan Kementerian Kewangan (MoF) sebelum kerja-kerja dilaksanakan di tapak; dan\n\r\n\n• isu-isu pemindahan utiliti. Bagi menangani masalah kelewatan tersebut, beberapa langkah penyelesaian telah diambil;\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n• Perbincangan bersama perunding untuk mempercepatkan proses rekabentuk jambatan;\n\r\n\n• Percepatkan proses Pengambilan balik tanah melalui perbincangan dengan agensi yang berkenaan; dan\n\r\n\n• Mengkaji semula jadual kerja yang dirancang (Revised CPM) Pada masa ini, sebahagian besar isu/ masalah di tapak telah dapat diselesaikan dan keseluruhan projek dijangka siap dilaksanakan pada tahun 2020. Sekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1760,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1760",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-09",
        "year": 2018,
        "no": "3",
        "member": "Tuan Wong Tack",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan pendirian terhadap penggunaan “cyanide” di dalam perlombongan emas dan bolehkah kita mengharamkannya",
        "question": "Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian terhadap penggunaan “cyanide” di dalam perlombongan emas dan bolehkah kita mengharamkannya",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nLarutan sianida (sodium cyanide) di dalam industri perlombongan emas di Malaysia telah sekian lama digunakan dalam proses pengekstrakan dan pemprosesan bijih emas. Berdasarkan rekod, terdapat 18 buah lombong emas aktif di Malaysia yang mana 3 daripada lombong tersebut penggunakan larutan sianida dan selebihnya tidak menggunakan larutan tersebut. Secara umumnya, larutan sianida hanya akan digunakan sebagai, dengan izin reagent pelerai untuk mengasingkan bijih emas yang terdapat di dalam batuan keras (hard rock mining) sepertimana yang dilakukan di 3 buah lombong tersebut. Manakala, bagi lombong yang tidak menggunakan larutan sianida aktiviti perlombongannya hanya melibatkan pengekstrakan atau pengumpulan emas halus yang berada di dalam tanah longgar atau laluan sungai dan telah terlerai akibat proses luluhawa semulajadi.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPenggunaan larutan sianida di peringkat antarabangsa juga telah lama dan masih digunakan sehingga kini di dalam aktiviti perlombongan emas termasuk negara maju dalam perlombongan emas seperti Australia dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan tersebut perlu mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Di peringkat Antarabangsa, perlombongan emas batuan keras (hard rock mining) yang menggunakan larutan sianida adalah tertakluk kepada International Cyanide Management Code (Cyanide Code) yang mana syarikat perlombongan emas batuan keras di Malaysia turut mengguna pakai sebagai rujukan dalam mengawalselia proses pengekstrakan emas di loji heap leaching masing-masing. Manakala, di peringkat Malaysia pula, aktiviti tersebut dikawalselia melalui Akta Pembangunan Mineral 1994 melalui Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016. Jadual di bawah Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016 menetapkan had pelepasan efluen yang dibenarkan bagi sianida adalah tidak melebihi 0.2 mg/L (0.2 ppm).\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nDalam aspek pengawalseliaan, aktiviti perlombongan emas di Malaysia perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam Skim Pengendalian Melombong (Operational Mining Scheme - OMS) sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengendalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007 di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. Selain itu, pengusaha turut diwajibkan untuk mengemukakan laporan pematuhan efluen secara berkala kepada JMG bagi memastikan isu pencemaran akibat penggunaan larutan sianida atau bahan lain tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat. Jabatan Mineral dan Geosains sentiasa mengawalselia dan memastikan semua standard-standard dipatuhi dan sepanjang pemantauan dilaksanakan ketiga-tiga lombong yang menggunakan larutan sianida tersebut didapati mematuhi semua standard yang telah ditetapkan.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPada masa ini, kaedah alternatif terhadap penggunaan sianida dalam industri perlombongan kebanyakannya masih lagi di peringkat kajian dan belum ada sebarang penggunaan secara komersil serta hakikat bahawa kaedah alternatif tersebut melibatkan kos operasi yang terlalu tinggi berbanding kaedah penggunaan sianida. Oleh itu, sebelum sebarang langkah pengharaman penggunaan sianida dilaksanakan oleh pihak\r\n\n\r\n\r\nKerajaan, maka adalah wajar sekiranya suatu perancangan penggunaan kaedah alternatif dibincangkan secara teknikal dengan lebih terperinci lagi di samping meningkatkan sumber bagi memantapkan keupayaan penguatkuasaan operasi perlombongan yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1763,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1763",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-15",
        "year": 2018,
        "no": "5",
        "member": "YBTM JAWAB Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji",
        "area": "Jelutong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan akan menyalurkan dana yang diperlukan untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang di mana Ker...",
        "question": "YBTM JAWAB\nTuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan akan menyalurkan dana yang diperlukan untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang di mana Kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan RM2.57 bilion di bawah Rancangan Perbelanjaan tetapi hanya RM1.04bilion yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nYa, kerajaan PH akan menyalurkan peruntukan ini mengikut kemampuan kedudukan kewangan semasa.\r\n\n\r\n\r\nUntuk pengetahuan YB Jelutong, RM 2.57 billion yang telah diluluskan di zaman Kerajaan dahulu melibatkan anggaran kos projek daripada RMKe 5 sehingga RMKe 11.\r\n\n\r\n\r\nSusulan kejadian banjir pada 4 dan 5 November 2017, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang telah membentangkan cadangan 13 projek mitigasi banjir di Pulau Pinang dengan kos projek berjumlah RM1 bilion iaitu :\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n1) RTB Seberang Perai Utara,\r\n\n\r\n\r\n2) RTB Lembangan Sungai Perai, Daerah Seberang Perai Tengah,\r\n\n\r\n\r\n3) RTB Lembangan Sungai Pinang, Daerah Timur Laut,\r\n\n\r\n\r\n4) RTB Sungai Junjong, Daerah Seberang Perai Tengah,\r\n\n\r\n\r\n5) RTB Parit 4, Daerah Seberang Perai Tengah,\r\n\n\r\n\r\n6) RTB Lembangan Sungai Juru, Daerah Seberang Perai Tengah,\r\n\n\r\n\r\n7) RTB Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya,\r\n\n\r\n\r\n8) RTB Pondok Upeh / Sungai Burong, Daerah Barat Daya,\r\n\n\r\n\r\n9) RTB Lembangan Sungai Jawi, Daerah Seberang Perai Selatan,\r\n\n\r\n\r\n10) RTB Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan,\r\n\n\r\n\r\n11) RTB Bayan Lepas, Daerah Barat Daya,\r\n\n\r\n\r\n12) RTB Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, dan;\r\n\n\r\n\r\n13) RTB Kawasan Perindustrian Perai, Daerah Seberang Perai Tengah.\r\n\n\r\n\r\n4 daripada 13 projek ini telah diluluskan ;\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nRTB Lembangan Sungai Pinang, Daerah Timur Laut\r\n\n\r\n\r\nRM 150 Juta dalam RP 2 RMKe 11 - peringkat lantikan perunding untuk rekabentuk terperinci.\r\n\n\r\n\r\nManakala dalam RP 3 RMKe 11, 3 projek telah diluluskan bagi Daerah Barat Daya, Pulau Pinang iaitu RTB Teluk Kumbar dengan kos projek sebanyak RM10 Juta, RTB Teluk Bahang dengan kos projek sebanyak RM8 Juta, dan RTB Pondok Upeh/Sungai Burong dengan kos projek sebanyak RM10 Juta. Jumlah siling kos projek yang diluluskan untuk dilaksanakan dalam RP3 (2018) RMKe-11 bagi ketiga-tiga projek tersebut berjumlah RM 28 Juta.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1744,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1744",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-25",
        "year": 2018,
        "no": "6",
        "member": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah kecetekan muara di beberapa tempat di Terengganu seperti muara Sungai Merang dan Fikr...",
        "question": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah kecetekan muara di beberapa tempat di Terengganu seperti muara Sungai Merang dan Fikri yang telah membantutkan kerja-kerja nelayan dan pengusaha bot pelancongan.",
        "answer": "YBM JAWAB\n\n\r\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan beberapa projek jangka panjang dan jangka pendek bagi pemuliharaan muara-muara sungai di Terengganu. \r\n\n\r\n\r\nLangkah jangka masa panjang bagi mengatasi masalah kecetekan muara adalah dengan melaksanakan kaedah penyelesaian secara menyeluruh iaitu melibatkan kombinasi pembinaan struktur-struktur pemecah ombak, pengerukan induk serta struktur-struktur mitigasi yang lain yang sesuai. Projek-projek yang telah diluluskan di bawah RMKe-11 bagi pemuliharaan muara-muara sungai di Terengganu bagi penyelesaian jangka panjang adalah seperti berikut;\r\n\n\r\n\r\n\n• \r\nProjek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu – RM240 juta: sedang dilaksanakan;\r\n\n\r\n\n• \r\nProjek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Terengganu – RM150 juta: sedang dilaksanakan;\r\n\n\r\n\n• \r\nProjek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang, Terengganu – RM43 juta: di peringkat reka bentuk dan proses tender; dan\r\n\n\r\n\n• \r\nProjek Pemuliharaan Muara Sg. Setiu, Terengganu – RM150 juta: di peringkat reka bentuk dan proses tender. \r\n\n\r\n\n\r\n\r\nBagi penyelesaian jangka pendek, kerja-kerja pengerukan di laluan pelayaran dilaksanakan dari semasa ke semasa bergantung kepada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan bagi memastikan aktiviti nelayan dan pengusaha bot tidak terbantut.\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1741,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1741",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-23",
        "year": 2018,
        "no": "9",
        "member": "Puan Noorita binti Sual",
        "area": "Tenom",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Rancangan Tebatan Banjir Pekan Tenom telah mendapat peruntukan dan bilakah pelaksanaan projek berkenaan.",
        "question": "Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Rancangan Tebatan Banjir Pekan Tenom telah mendapat peruntukan dan bilakah pelaksanaan projek berkenaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta (kos sliling projek) dalam Rolling Plan Ke-2 (Tahun 2017), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas, Lembangan Sungai Padas, Tenom. \r\n\n\r\n\r\nPada masa ini, kerja-kerja perancangan dan reka bentuk sedang dilaksanakan manakala kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2019 dengan tempoh pelaksanaan kerja fizikal adalah selama tiga tahun.\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1753,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1753",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-01",
        "year": 2018,
        "no": "10",
        "member": "Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi",
        "area": "Tumpat",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian mempunyai pelan tindakan mengatasi masalah 'banjir termenung' yang sering berlaku di kawasan sekitar tebing Sungai Golok, di Tumpat, dan kawasan sekitarnya.",
        "question": "Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai pelan tindakan mengatasi masalah 'banjir termenung' yang sering berlaku di kawasan sekitar tebing Sungai Golok, di Tumpat, dan kawasan sekitarnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 sedang melaksanakan projek tebatan banjir iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan siling kos projek diluluskan sebanyak RM300 juta. Projek ini telah bermula pada 23 April 2018 dan akan mengambil masa 48 bulan yang melibatkan Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas termasuk menyelesaikan masalah banjir termenung.\n\r\n\n\r\nWalau bagaimanapun, penyelesaian banjir secara menyeluruh perlu dilaksanakan yang melibatkan PLSB Sg. Golok Fasa 2 dan Fasa 3 bagi mengurangkan kejadian banjir di lembangan Sungai Golok yang melangkaui pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13).\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1710,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1710",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "11",
        "member": "Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam menghadapi banjir selepas banjir besar 2014.",
        "question": "Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam menghadapi banjir selepas banjir besar 2014.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nBanjir besar yang berlaku pada 2014 adalah akibat daripada hujan berterusan selama 15 hari. Bencana ini telah menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan sepanjang Sungai Kelantan. Semakan rekod menunjukkan 25 orang telah kehilangan nyawa, seramai 500,000 orang telah dipindahkan dan jumlah kos kemusnahan dianggarkan lebih daripada RM2.85 bilion semasa kejadian banjir tersebut bagi keseluruhan tiga negeriiaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.\n\nDalam usaha untuk mengurangkan kesan bencana banjir pada masa akan datang, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif melalui pelaksanaan program-program pencegahan banjir jangka masa pendek dan jangka masa panjangyang melibatkan langkah struktur dan bukan struktur. \n\n\r\nBagi langkah bukan struktur , Kerajaan sedang melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara, PRAB (National Flood Forecasting and Warning Program).PRAB merupakan program jangka panjang dan menyeluruh yang akan dijalankan selama 7 tahun yang meliputi seluruh Negara dengan kawasan fokus di 40lembangan sungai. PRAB Fasa 1 yang melibatkan tiga (3) lembangan sungai iaitu Lembangan Sg. Kelantan, Lembangan Sg. Terengganu dan Lembangan Sg. Pahang yang bermula pada tahun 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2019. \n\r\n\n\r\n\r\nEmpat (4) komponen utama PRAB merangkumi komponen Pengesanan, Pusat Data Ramalan, Pemodelan Ramalan dan Hebahan Amaran. \n\r\nObjektif PRAB Fasa 1 adalah: \n\r\na) Membuat ramalan banjir monsun 7 hari lebih awal; \n\r\nb) Memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal kepada agensi-agensi yang berkaitan dan penduduk yang terjejas akibat banjir; dan \n\r\nc) Mengurangkan perbezaan data antara ramalan dan cerapan dari paras air 1 meter kepada kurang daripada 0.5 meter. \n\r\nBagi langkah struktur pula, Kerajaan telah meluluskan dua (2) projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Negeri Kelantan, iaitu :\n\r\ni) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1; dan\n\r\nii) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1751,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1751",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-31",
        "year": 2018,
        "no": "12",
        "member": "Tuan Sabri bin Azit",
        "area": "Jerai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek tebatan banjir di Sungai Bongkok Gurun.",
        "question": "Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek tebatan banjir di Sungai Bongkok Gurun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah memohon peruntukan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bongkok, Daerah Kuala Muda, Kedah yang bernilai RM100 juta di dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11. \r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1800,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1800",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-12-05",
        "year": 2018,
        "no": "15",
        "member": "Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu",
        "area": "Tambun",
        "minister": null,
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu [ Tambun ] meminta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasil kajian WWF-Malaysia menunjukkan populasi Harimau Malaya semakin tergugat. Ancaman ini berpun...",
        "question": "Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu [ Tambun ] meminta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasil kajian WWF-Malaysia menunjukkan populasi Harimau Malaya semakin tergugat. Ancaman ini berpunca antaranya daripada pemburuan haram, terutamanya daripada pemburu dari negara jiran. Apakah tindakan segera yang diperlukan untuk menangani ancaman ini",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sememangnya menyedari bahawa terdapatnya ancaman terhadap populasi spesies Harimau Malaya akibat aktiviti pemburuan haram.\n\r\nTindakan segera yang telah diambil adalah seperti berikut;\n\r\na) Meningkatkan rondaan dan operasi secara berkala di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti menjadi “hot spot” bagi pemburu haram;\n\r\nb) Melakukan operasi mencari dan memusnahkan jerat yang dipasang oleh pemburu, di mana tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai Tahun Memerangi Jerat;\n\r\nc) Menjalankan operasi bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia bagi menangkap warga asing dan tempatan yang menceroboh kawasan perlindungan yang menjadi habitat harimau Malaya dan hidupan liar yang lain;\n\r\nd) Melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (National Tiger Conservation Action Plan) pada tahun 2008. Pelan ini menggariskan strategi pemuliharaan Harimau\n\r\nMalaya secara holistik dengan menyediakan tindakan khusus sehingga tahun 2020 bagi meningkatkan populasi harimau;\n\r\ne) Menjalankan kerjasama dengan NGO-NGO seperti Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) dari aspek penyelidikan, rondaan kawasan perlindungan dan penyaluran maklumat; dan\n\r\nf) Kerjasama agensi-agensi Negeri yang berkaitan dari segi penguatkuasaan, perlindungan kawasan dan penyelidikan.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1762,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1762",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-14",
        "year": 2018,
        "no": "16",
        "member": "Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan maklumat terperinci tentang pelaksanaan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya Rantau Panjang.",
        "question": "Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan maklumat terperinci tentang pelaksanaan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya Rantau Panjang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di Negeri Kelantan, Kerajaan telah meluluskan dua (2) projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11, iaitu :\n\r\n\n\r\n\r\n\n• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1; dan \n\r\n\n• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1. \n\r\n\n\r\nPLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dilaksanakan secara reka dan bina dan projek telah bermula pada 29 Januari 2018 dan akan mengambil masa 40 bulan dengan siling kos projek sebanyak RM500 Juta. Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan di tapak di mana peratusan kerja ditapak adalah 4%.\n\r\n\n\r\nPLSB Sungai Golok Fasa 1 pula telah bermula pada 23 April 2018 dengan siling kos projek sebanyak RM300 juta. Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan di tapak di mana peratusan kerja ditapak adalah 3%.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1764,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1764",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-15",
        "year": 2018,
        "no": "20",
        "member": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari",
        "area": "Pasir Mas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan setakat manakah proses pembinaan tebatan banjir di sempadan Kelantan-Thailand yang melibatkan kawasan jajaran Parlimen Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat bagi mengelakkan banjir saban ...",
        "question": "Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan setakat manakah proses pembinaan tebatan banjir di sempadan Kelantan-Thailand yang melibatkan kawasan jajaran Parlimen Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat bagi mengelakkan banjir saban tahun yang berlaku akibat limpahan air dari Sungai Golok.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\nDalam RMKe-11, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 bagi meneruskan usaha-usaha untuk mengawal dan mengurangkan kesan dan akibat banjir di Lembangan Sungai Golok. Kos siling bagi PLSB Sungai Golok Fasa 1 ini berjumlah RM300 juta. Sehingga 10 Julai 2018, kerja di tapak adalah mengikut jadual. Projek ini dijangka siap pada tahun 2022\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1739,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1739",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-23",
        "year": 2018,
        "no": "28",
        "member": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah keberkesanan aspek kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan di seluruh negara khususnya di Sabah, Sarawak dan Pahang.",
        "question": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah keberkesanan aspek kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan di seluruh negara khususnya di Sabah, Sarawak dan Pahang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil beberapa langkah sebagai usaha mengawal aktiviti pengusahasilan hutan atau lebih dikenali di kalangan masyarakat umum sebagai “pembalakan”. Antara aspek kawalan yang dilaksanakan pada masa kini termasuklah:\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\ni. Pembukaan Kawasan/ Perlesenan\r\n\n\r\n\r\nPembukaan kawasan atau perlesenan dikawal melalui penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) iaitu keluasan kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pengusahasilan setiap tahun bagi setiap negeri. Penetapan CTT dibuat bagi setiap tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara dan diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) setiap lima (5) tahun mengikut rancangan. Sementara pengiraan dibuat dengan mengambil kira keupayaan pemulihan semulajadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusahasil.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nii. Kawalan Pengusahasilan\r\n\n\r\n\r\nBeberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan untuk dijadikan panduan dalam mengawal aktiviti pengusahasilan yang dijalankan tidak melebihi batas-batas yang dibenarkan serta tidak meninggalkan kesan yang serius terhadap dirian hutan dan alam sekitar. Setiap aktiviti pengusahasilan dikawal berpandukan garis panduan yang disediakan dalam Manual Perhutanan. Selain itu, beberapa garis panduan juga disediakan termasuklah “Guideline for \n\r\n\n\r\n\r\nReduced Impact Logging”, Garis Panduan Jalan Hutan, Kod Amalan Pengusahasilan Hutan Darat Asli Semenanjung Malaysia serta beberapa garis panduan lain yang berkaitan. Pematuhan kepada garis-garis panduan dipantau secara berkala dalam urusan perlesenan dan pengusahasilan.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\niii. Kawalan Kualiti Air Sungai.\r\n\n\r\n\r\nPihak Kementerian menyedari hakikat bahawa kualiti dan kuantiti air sering kali dikaitkan dengan aktiviti pembalakan. Pihak kementerian melalui Jabatan Perhutanan telah menjalankan pemantauan kualiti air dengan mewujudkan stesen-stesen tetap hidrologi bagi memantau kualiti air sungai. Stesen pemantauan bukan sahaja ditubuhkan di kawasan HSK yang dikategorikan sebagai Hutan Tadahan Air, malahan ianya juga merangkumi kawasan hutan pengeluaran.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\niv. Kawalan Isipadu\r\n\n\r\n\r\nSetiap kawasan lesen atau pengusahasilan ditetapkan had isipadu kayu balak yang dibenarkan untuk diusahasil. Penetapan jumlah isipadu ini ditentukan selepas mengambilkira keupayaan pemulihan sesuatu hutan bagi tujuan menjamin pengeluaran untuk pusingan tebangan akan datang.\r\n\n\r\n\r\nHasil daripada kawalan dan pemantauan rapi oleh pihak Jabatan yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan juga Jabatan Perhutanan Negeri menunjukkan bahawa keluasan kawasan yang diusahasil masih di bawah kawalan seperti mana berikut:\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nJadual: Keluasan kawasan usahasil dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi bagi tempoh RMK-10 (2011- 2015) dan RMK-11 (2016-2018)\r\n\n\r\n\nTempoh Rancangan MalaysiaCatuanTebangan Tahunan (ha) \nDiluluskanDiusahasil \nRMK-10 (Tahun 2011-2015)201,670173,095\nRMK-11 (Tahun 2016- Jun 2018)209,44092,033",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1745,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1745",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-25",
        "year": 2018,
        "no": "28",
        "member": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir",
        "area": "Setiu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah keberkesanan aspek kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan di seluruh negara khususnya di Sabah, Sarawak dan Pahang.",
        "question": "Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah keberkesanan aspek kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan di seluruh negara khususnya di Sabah, Sarawak dan Pahang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengambil beberapa langkah sebagai usaha mengawal aktiviti pengusahasilan hutan atau lebih dikenali di kalangan masyarakat umum sebagai “pembalakan”. Antara aspek kawalan yang dilaksanakan pada masa kini termasuklah:\n\r\n\ni. Pembukaan Kawasan/ Perlesenan\n\r\nPembukaan kawasan atau perlesenan dikawal melalui penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) iaitu keluasan kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pengusahasilan setiap tahun bagi setiap negeri. Penetapan CTT dibuat bagi setiap tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara dan diputuskan dalam Majlis Tanah Negara (MTN) setiap lima (5) tahun mengikut rancangan. Sementara pengiraan dibuat dengan mengambil kira keupayaan pemulihan semulajadi (natural regeneration capacity) kawasan yang diusahasil.\n\r\n\nii. Kawalan Pengusahasilan\n\r\nBeberapa garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan untuk dijadikan panduan dalam mengawal aktiviti pengusahasilan yang dijalankan tidak melebihi batas-batas yang dibenarkan serta tidak meninggalkan kesan yang serius terhadap dirian hutan dan alam sekitar. Setiap aktiviti pengusahasilan dikawal berpandukan garis panduan yang disediakan dalam Manual Perhutanan. Selain itu, beberapa garis panduan juga disediakan termasuklah “Guideline for Reduced Impact Logging”, Garis Panduan Jalan Hutan, Kod Amalan Pengusahasilan Hutan Darat Asli Semenanjung Malaysia serta beberapa garis panduan lain yang berkaitan. Pematuhan kepada garis-garis panduan dipantau secara berkala dalam urusan perlesenan dan pengusahasilan.\n\r\n\niii. Kawalan Kualiti Air Sungai.\n\r\nPihak Kementerian menyedari hakikat bahawa kualiti dan kuantiti air sering kali dikaitkan dengan aktiviti pembalakan. Pihak kementerian melalui Jabatan Perhutanan telah menjalankan pemantauan kualiti air dengan mewujudkan stesen-stesen tetap hidrologi bagi memantau kualiti air sungai. Stesen pemantauan bukan sahaja ditubuhkan di kawasan HSK yang dikategorikan sebagai Hutan Tadahan Air, malahan ianya juga merangkumi kawasan hutan pengeluaran.\n\r\n\niv. Kawalan Isipadu Setiap kawasan lesen atau pengusahasilan ditetapkan had isipadu kayu balak yang dibenarkan untuk diusahasil. Penetapan jumlah isipadu ini ditentukan selepas mengambilkira keupayaan pemulihan sesuatu hutan bagi tujuan menjamin pengeluaran untuk pusingan tebangan akan datang.\n\r\nHasil daripada kawalan dan pemantauan rapi oleh pihak Jabatan yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan juga Jabatan Perhutanan Negeri menunjukkan bahawa keluasan kawasan yang diusahasil masih di bawah kawalan seperti mana berikut:\n\r\n\n\r\n\nJadual: Keluasan kawasan usahasil dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi bagi tempoh RMK-10 (2011- 2015) dan RMK-11 (2016-2018)\n\r\nTempoh Rancangan Malaysia CatuanTebangan Tahunan (ha) Diluluskan Diusahasil\n\r\nRMK-10 (Tahun 2011-2015)\n\r\n201,670\n\r\n173,095\n\r\nRMK-11 (Tahun 2016- Jun 2018)\n\r\n209,440\n\r\n92,033\n\r\n\nKawalan pematuhan terhadap garis-garis panduan yang disediakan telah memacu kepada kejayaan serta kesan positif di mana Jabatan Perhutanan di enam Negeri yang terdiri dari Negeri Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu berjaya mengekalkan Sijil Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Sementara rekod pemantauan kualiti air sungai yang kawal selia oleh Jabatan Perhutanan menunjukkan kualiti air sungai dalam HSK adalah pada kualiti I dan II. Ini menunjukkan aktiviti pengusahasilan yang dijalankan sebenarnya tidak meninggalkan kesan yang serius terhadap kualiti air dalam HSK. Dalam masa yang sama, rekod-rekod pengeluaran kayu balak yang ada di Jabatan adalah di bawah kawalan.\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nPihak Kementerian sedar bahawa tindakan penguatkuasaan melalui kaedah yang amalkan terdahulu seperti rondaan dilapangan ada kelemahannya. Kemajuan teknologi semasa juga perlu dimanfaatkan sewajarnya dalam penguatkuasaan undang-undang hutan. Selain dari memperkasakan Bahagian Penguatkuasaan dan penubuhan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Pihak kementerian juga telah melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan termasuk aktiviti risikan, rondaan berkala di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot dan pemantauan udara dengan menggunakan helikopter. Di samping itu, penggunaan teknologi UAV atau dron juga telah digunakan dalam operasi penguatkuasaan.\n\r\n\nDalam masa yang sama, Jabatan Perhutanan telah menubuhkan JPSM ELITE TEAM (JET) sebagai satu langkah mengimbangi masaalah kekurang kakitangan dan juga logistik. Pada masa ini, Pasukan JET dianggotai oleh 50 pegawai pelbagai peringkat dari Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan juga Jabatan Perhutanan Negeri.\n\r\nDengan tindakan-tindakan yang dirancang dengan lebih tersusun, serta bantuan kemajuan teknologi semasa seperti yang dinyatakan tersebut, pihak jabatan telah berjaya mengesan lebih banyak kes-kes kesalahan hutan yang dahulu tidak mampu dikesan dengan kaedah biasa.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1752,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1752",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-01",
        "year": 2018,
        "no": "28",
        "member": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha penambahbaikan kepada rancangan tebatan banjir yang Kementerian akan buat untuk kurangkan masalah banjir yang masih berlaku.",
        "question": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha penambahbaikan kepada rancangan tebatan banjir yang Kementerian akan buat untuk kurangkan masalah banjir yang masih berlaku.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa langkah bagi penambahbaikan kepada rancangan tebatan banjir untuk mengurangkan masalah banjir yang masih berlaku. Selain langkah struktur seperti tebatan banjir, JPS juga melaksanakan langkah bukan struktur seperti berikut;\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n1. Menyediakan dan mengemaskini garis panduan-garis panduan reka bentuk seperti Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). MSMA adalah satu garis panduan dengan konsep tahanan dan takungan air larian hujan dalam pengurusan air larian hujan dalam menyelesaikan masalah banjir di negara ini. Contohnya seperti pembinaan kolam sebagai takungan dan on site detention (OSD);\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n2. Perancangan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) di peringkat perancangan pembangunan serta penguatkuasaan Pelan ESCP dalam kerja-kerja pembukaan tanah dapat mengurangkan pemendapan kelodak dalam sungai yang mengakibatkan banjir.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n3. Penyediaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian pelan induk saliran yang menggunakan konsep MSMA.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n4. Menjalankan penyelidikan penggunaan Mobile Flood Wall Barrier (MFWB) di kawasan-kawasan yang tertentu di kawasan bandar, iaitu salah satu kaedah struktur bukan tetap perlindungan banjir yang telah dipraktikan secara meluas dan sebagai tebatan banjir baris kedua (second-line flood defends) yang berjaya dipraktikkan di luar negara seperti di Cologn, German, USA dan Singapura;\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n5. Penyediaan pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi 25 buah lembangan sungai utama di Malaysia bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di dalam lembangan sungai yang berkenaan yang boleh mengurangkan risiko banjir; dan\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n6. Menjalankan kajian komprehensif sebelum sesuatu projek rancangan tebatan banjir dilaksanakan.\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang menjalankan penyelidikan pelan pembangunan dan pengurusan lembangan sungai bagi 13 lembangan sungai terpilih mengikut peruntukan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11. Antara tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengurangkan masalah banjir selain daripada menangani masalah pencemaran. Pelan pembangunan dan pengurusan lembangan yang dibangunkan ini akan digunakan sebagai asas kepada perancangan pembangunan dan aktiviti guna tanah yang mapan.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nSelain itu, NAHRIM juga telah membangunkan produk inovasi seperti NAHRIM Invisible Levee System (NAILS) bagi menahan limpahan air banjir ke atas fasiliti kepentingan awam seperti hospital, pusat jana kuasa, telekomunikasi dan rawatan air, dan pusat pemindahan banjir. NAHRIM bersama-sama JPS sedang menambahbaik produk ini agar mudah alih dan senang dipasang serta sesuai untuk perlindungan di pintu kediaman individu bangunan-bangunan kerajaan seperti klinik kesihatan, balai polis atau sekolah.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1757,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1757",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-07",
        "year": 2018,
        "no": "28",
        "member": "TUAN CHOW KON YEOW",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Permintaan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Adakah Pusat akan mempertimbangkan...",
        "question": "TUAN CHOW KON YEOW minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Permintaan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Adakah Pusat akan mempertimbangkan permohonan pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) Pulau Pinang bagi menjamin bekalan air menjelang 2020.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nSurcaj Pemuliharaan Air (Water Conservation Surcaj – WCS) telah mula dilaksanakan kepada di Pulau Pinang sejak November 2010. Buat masa ini WCS dikenakan kepada penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan dengan caj sebanyak 48 sen bagi setiap 1,000 liter.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSurcaj ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dalam penggunaan air di kalangan pengguna domestik. Pada masa yang sama inisiatif ini dapat menggalakkan penjimatan penggunaan air serta mendidik pengguna untuk menggunakan air secara berhemah.\r\n\n\r\n\r\nSebagai makluman yang berhormat, pada masa ini permohonan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menaikkan WCS sedang ditimbang oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang merupakan badan kawal selia industri perkhidmatan air di Malaysia\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nCadangan ini memerlukan penelitian yang mendalam dan menyeluruh bagi memastikan wujudnya keseimbangan ke atas jaminan kepentingan pengguna, kemapanan kewangan PBAPP serta kelestarian bekalan air pada masa hadapan.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWTS) perlu mendapat persetujuan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak terlebih dahulu. Ini memandangkan sumber air \r\nadalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sekiranya persetujuan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak telah dicapai, maka cadangan tersebut bolehlah diangkat untuk kajian dan penelitian Kerajaan Persekutuan bagi tindakan seterusnya.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bersedia untuk mengadakan mesyuarat bersama dengan kedua-dua Kerajaan Negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang dengan bertindak sebagai pemudahcara terhadap hasrat tersebut.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1738,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1738",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-18",
        "year": 2018,
        "no": "29",
        "member": "DR. AZMAN BIN ISMAIL",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bantuan yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air di negeri Kedah.",
        "question": "DR. AZMAN BIN ISMAIL minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bantuan yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air di negeri Kedah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n1. Pendekatan Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu bekalan air di Kedah melibatkan aspek-aspek berikut:\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(i) Peningkatan kapasiti bekalan air terawat melibatkan peruntukan berjumlah RM431.64 juta di bawah Rolling Plan (RP) 2 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk membina 5 loji rawatan air di Daerah Pendang, Yan & Gurun, Kubang Pasu, Kota Setar, Baling dan Bandar Baharu. Kesemua projek ini dijangka siap pada tahun 2020;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(ii) Penerokaan sumber air mentah baharu dengan peruntukan berjumlah RM600 juta melibatkan pembinaan off-river storage (ORS), dengan izin di Padang Mat Sirat, Langkawi yang dijangka bermula pada September 2019 dan dijangka siap pada Ogos 2022. Projek ini mampu meningkatkan pengeluaran air bagi menampung permintaan di Pulau Langkawi menjelang 2040;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(iii) Pengurangan kadar air tidak berhasil, atau non-revenue water (NRW), dengan izin, melalui intervensi langsung dari Kerajaan Persekutuan di bawah Pendekatan 1 Program Pengurangan NRW Kebangsaan dengan peruntukan berjumlah RM 44,704,976.17 juta. Di samping itu, Syarikat Air Darul Aman Berhad (SADA) juga menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi tujuan yang sama di bawah RP3, RMKe-11 pada tahun 2017; dan\n\r\n\n3\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(iv) Langkah jangka panjang melalui penstrukturan semula industri bekalan air Kedah bagi membolehkan SADA mendapat pembiayaan kewangan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi membangunkan aset-aset utama bekalan air, termasuk perbelanjaan modal atau capital expenditure (CAPEX), dengan izin, bernilai RM50 juta di bawah Pelan Perniagaan SADA bagi tempoh 2018 sehingga 2020.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n2. Di samping itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) turut menyediakan peruntukan berjumlah RM69 juta bagi meningkatkan bekalan air di kawasan FELDA dan luar bandar yang dijangka siap pada tahun 2018 sehingga 2020.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1758,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1758",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-07",
        "year": 2018,
        "no": "31",
        "member": "Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir",
        "area": "Jerlun",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan menyalurkan pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk memelihara dan menjaga kawasan tadahan air di empat empangan terbabit demi memastikan empangan- empanga...",
        "question": "Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan menyalurkan pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk memelihara dan menjaga kawasan tadahan air di empat empangan terbabit demi memastikan empangan- empangan itu terus berupaya memenuhi permintaan bekalan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nBerdasarkan Perkara 74(2) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, isu tanah termasuk perhutanan adalah di bawah bidang kuasa negeri. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak membentuk atau menerima sesuatu undang-undang dan peraturan hutan bagi mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang mana ianya di pertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya. Sehubungan itu, semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan pusat perlulah dipatuhi serta memelihara alam sekitar.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1711,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1711",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "32",
        "member": "Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim",
        "area": "Kuala Terengganu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah, Air",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan jangka panjang mengatasi masalah hakisan pantai dan pemendapan pasir di muara-muara sungai di Pantai Timur Semenanjung.",
        "question": "Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan jangka panjang mengatasi masalah hakisan pantai dan pemendapan pasir di muara-muara sungai di Pantai Timur Semenanjung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)giat menjalankan kajian bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Malaysia. NAHRIM melalui kajiannya yang terkini pada tahun 2017 telah mengunjurkan kenaikan aras laut di Pesisir Pantai Timur Malaysia antara 0.7 -0.71 m pada tahun 2100.Kenaikan aras laut yang merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan hakisan pantai. \n\n\r\nPada masa yang sama, JPS jugatelah dan sedang melaksanakajian perancangan jangka masa panjang dalam mengatasi masalah hakisan bagi mengenalpasti isu-isu dan kaedah penyelesaian contohnya Integrated Shoreline Management Plan(ISMP). ISMPbagi negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan siap menjelang tahun 2020. Sementara ISMP Pahang telah disiapkan pada tahun 2005. Kajian tersebut mengambilkira isu berkaitan masalah hakisan, muara dan juga guna tanah sepanjang pesisiran pantai. \n\r\n\n\r\n\r\nBerdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilaksanakan, JPS akan mengenalpasti projek-projek untuk dilaksanakan.Antara projek hakisan pantai dan pengorekan muara yangtelah diluluskan di bawah RMKe-11 di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalahseperti berikut;\n\r\n\n\r\n1. Projek Mencegah Hakisan Pantai Di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu (Fasa 2), Terengganu;\n\r\n2. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Pantai Kuala Nerus, Terengganu;\n\r\n3. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu;\n\r\n4. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Terengganu;\n\r\n5. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang, Terengganu;\n\r\n6. Projek Pemuliharaan Muara Sg.Setiu, Terengganu;\n\r\n7. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Mek Mas Pantai Kundur, Kota Bharu, Kelantan;\n\r\n8. Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kg. Tg. Batu, Nenasi Pekan Pahang; dan\n\r\n9. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang (Fasa 3) Daerah Pekan, Pahang.\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1754,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1754",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-02",
        "year": 2018,
        "no": "33",
        "member": "DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah projek-projek bekalan air bersih yang telah diluluskan peruntukannya oleh Kerajaan terdahulu sebanyak RM45 juta dan RM25 juta di Parlimen Beaufort akan dilaksanakan.",
        "question": "DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah projek-projek bekalan air bersih yang telah diluluskan peruntukannya oleh Kerajaan terdahulu sebanyak RM45 juta dan RM25 juta di Parlimen Beaufort akan dilaksanakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nUntuk makluman, Kerajaan Persekutuan komited untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam menyediakan bekalan air terawat yang bermutu dan terjamin kepada penduduk Sabah, termasuk di Beaufort.\r\n\n\r\n\r\nOleh itu, pelaksananan projek bekalan air di Beaufort dan juga Kuala Penyu yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan seperti berikut:\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(i) Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Pekan Menumbok, Kuala Penyu di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah dengan kos projek sebanyak RM50.3 juta. Projek ini telah mula dilaksana pada 14 Mei 2018 dan dijangka siap pada 14 Mei 2020; dan\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(ii) Projek Menaik Taraf Liputan dan Penyelesaian Air di Daerah Kuala Penyu termasuklah di Kg. Barangkok/Kg. Mamalat, Kg. Palu-Palu dan di Kg. Kayul dengan anggaran kos RM22.5 juta di bawah peruntukan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah. Projek ini sedang dalam peringkat akhir penyediaan dokumen tender sebelum proses perolehan dilaksanakan yang dijangka pada bulan September.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSelain daripada projek-projek seperti di atas, pembinaan Loji Air dan Pemasangan Rangkaian Paip Di Daerah Beaufort berkapasiti 30 JLH bernilai RM 214.9 juta dijangka dapat disiapkan pada 22 Ogos 2018. Projek ini dapat memanfaat 80 ribu pengguna di Beaufort.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1755,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1755",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-06",
        "year": 2018,
        "no": "34",
        "member": "DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG",
        "area": "MARANG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah hasil kajian Kerajaan berkaitan harga jualan air mentah kepada Singapura iaitu 3 sen bagi setiap 1000 gelen.",
        "question": "DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah hasil kajian Kerajaan berkaitan harga jualan air mentah kepada Singapura iaitu 3 sen bagi setiap 1000 gelen.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nIngin dijelaskan bahawa terdapat usaha di pihak Kerajaan Malaysia untuk menyemak semula harga penjualan air mentah kepada Singapura berdasarkan Perjanjian Air 1962. Kerajaan Persekutuan melalui Wisma Putra pada 8 Ogos 2003 telah melantik Profesor W. Michael Hanemann dari University of California untuk menjalankan kajian The Pricing of Raw Water Sold to Singapore. Kajian tersebut telah mencadangkan beberapa kaedah pengiraan jualan air mentah ke Singapura berdasarkan pendekatan tertentu.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nOleh sebab yang harga air mentah terlalu rendah, Kerajaan akan membuat kajian terperinci agar isu air ini dapat memberi kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak.\r\n\n\r\n\r\nPeruntukan Perjanjian Air 1962 menyatakan bahawa sekiranya ada berlaku sebarang pertikaian dari satu atau kedua-dua pihak, maka perkhidmatan timbang tara boleh diambil untuk menyelesaikan pertikaian yang berkaitan di sepanjang tempoh berkuatkuasa Perjanjian tersebut.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSehubungan itu, penelitian yang terperinci dengan mengambil kira kesan pembekalan air kepada rakyat dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat sekiranya Perjanjian Air 1962 ini ingin dikaji semula.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1759,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1759",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-08",
        "year": 2018,
        "no": "42",
        "member": "Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi",
        "area": "Tumpat",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam mengatasi masalah kecetekan muka kuala Pantai Tujuh, Tumpat yang menyukarkan para nelayan di Tumpat untuk keluar ke laut.",
        "question": "Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam mengatasi masalah kecetekan muka kuala Pantai Tujuh, Tumpat yang menyukarkan para nelayan di Tumpat untuk keluar ke laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nUntuk makluman, masalah muara sungai cetek berlaku di sungai-sungai seluruh Negara. Pihak Kementerian sentiasa memantau dan menjalankan kajian-kajian bagi mengenalpasti punca utama dan kaedah penyelesaiannya. Antara punca utama berlaku kecetekan di kawasan muara sungai adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan tanah di kawasan hulu sungai yang menyebabkan kelodak dan endapan dihanyutkan ke sungai dan berlakunya pemendapan di muara sungai.\r\n\n\r\n\r\nBagi kawasan muka kuala Pantai Tujuh, Tumpat iaitu Muara Sungai Pengkalan Nangka, pihak Kerajaan telah meluluskan projek Membina Struktur Dan Mendalamkan Muara Sungai Pengkalan Nangka, Tumpat, Kelantan dengan siling kos projek RM32 juta melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) memandangkan terdapat aktiviti akuakultur di kawasan berkenaan. Projek tersebut dalam peringkat kajian dan reka bentuk terperinci oleh perunding. Antara komponen-komponen kerja utama yang akan dilaksanakan di bawah projek ini adalah;\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n1) Kerja-kerja mengorek dan mendalamkan kawasan muara sungai dan kawasan ternakan akuakultur disamping laluan keluar masuk bot nelayan;\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n2) Pembinaan struktur penahan hakisan pantai; dan\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n3) Lencongan di kawasan darat yang akan melencongkan air tawar dari kawasan paya ke pintu Tidal Control Gate (TCG) yang baru.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSelain itu, Kerajaan melalui MOA juga menjalankan kerja penyelenggaraan iaitu kerja-kerja mengorek di lagun dan muara Sg Pengkalan Nangka supaya mendapan daripada kawasan lagun dapat dialirkan keluar ke laut dan laluan yang sama juga digunakan sebagai laluan keluar masuk bot nelayan.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1712,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1712",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "50",
        "member": "Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan Laporan Pembangunan Air Dunia PBB, bahawa dalam tempoh 15 tahun akan datang permintaan air akan meningkat sebanyak 55 peratus tetapi sumber air hanya dapat memenuhi 60 peratus permintaan...",
        "question": "Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan Laporan Pembangunan Air Dunia PBB, bahawa dalam tempoh 15 tahun akan datang permintaan air akan meningkat sebanyak 55 peratus tetapi sumber air hanya dapat memenuhi 60 peratus permintaan air dunia. Apakah usaha Kementerian agar masalah kekurangan air ini dapat dielakkan dan tidak berlaku di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\nPada tahun 2012, Kerajaan telah melancarkan Dasar Sumber Air Negara (DSAN)susulan daripada kajian National Water Resource Study (NWRS) yang siap pada tahun 2011. NWRS bertujuanmendapatkan jumlah sumber air permukaan dan air tanah yang ada di Malaysia dan jumlah keperluan oleh beberapa aktiviti utama seperti domestik, pertanian, ternakan dan perikanan. Ini adalah sebagai permulaankepada perancangan pembangunan yang secara langsungnya memberi kesan kepada sumber air. \n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPenggubalan DSAN merupakan satu langkah strategik ke arah memastikan keperluan air untuk semua sektor pengguna dipenuhi dari segi kuantiti dan kualiti untuk manusia dan juga alam sekitar. DSAN dilaksanakan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu Jaminan Sumber Air ( Water Resources Security ), Kelestarian Sumber Air ( Water Resources Sustainability ) dan Urus Tadbir Bersama ( Collaborative Governance ). \n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPada masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan National Water Balance Management System (NAWABS)yang akan selesai pada tahun 2020. Program ini melibatkan kajian sumber air, keperluan sumber air, pemodelan dan seterusnya pembangunan sistem. Objektif Projek NAWABS adalah untuk menghasilkan kajian sumber air yang merangkumi water balance , demand management, water \n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\r\nresource conservation plan , environmental flow dan water-food-energy nexus dan water footprint study . \n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSelain itu, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)juga melaksanakan kajian Integrated Lake Basin Management Plan (ILBMP) bagi Tasik Sembrong, Johor untuk menentukan daya tapung kualiti air tasik melalui pengurusan lembangan tasik secara lestari bagi meningkatkan jaminanfungsi tasik untuk memenuhi sumber bekalan air mentah bekalan awam.NAHRIM turut melaksana kajian berkaitan Total Maximum Daily Load (TMDL) bertujuan untuk meningkatkan kualiti sumber air permukaan khususnya sungai dan menjamin sumber air yang bersih kepada Negara. Jaminan sumber air bersih merupakan komponen penting kepada ‘ water security’ . Pelan tindakan TMDL yang dibangunkan ini akan digunakan sebagai asas kepada perancangan pembangunan guna tanah dan aktiviti premis, pengawalan pelepasan beban pencemar dan seterusnya sebagai panduan bagi memantau pelaksanaan serta penguatkuasaan yang telah digariskan. \n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1746,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1746",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-30",
        "year": 2018,
        "no": "56",
        "member": "Puan Rubiah binti Haji Wang",
        "area": "Kota Samarahan",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status pelaksanaan projek berikut yang telah diluluskan di kawasan parlimen Kota Samarahan :- • Membina benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya ; dan Projek tebatan banjir di...",
        "question": "Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan projek berikut yang telah diluluskan di kawasan parlimen Kota Samarahan :- \n\r\n\r\n\r\n\n• Membina benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya ; dan \n\r\n\n\r\n\r\nProjek tebatan banjir di Kawasan Perumahan Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja penstabilan tebing di Kampung Tambirat, Asajaya. Kerja-kerja kecemasan penstabilan benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dengan kos RM2.26 juta telah siap dilaksanakan pada 2 Mac 2018 manakala baki kerja berjumlah RM2.74 juta dalam peringkat reka bentuk.\n\r\nProjek tebatan banjir di Kawasan Perumahan Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan adalah antara komponen projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak. Projek PLSB Sungai Sarawak telah diputuskan oleh pihak Kerajaan untuk ditangguhkan pelaksanaannya ke tahun hadapan.\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1756,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1756",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-06",
        "year": 2018,
        "no": "59",
        "member": "Tuan Chan Foong Hin",
        "area": "Kota Kinabalu",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan memperincikan rancangan penebatan banjir dan pelaksanaannya untuk kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar di mana selalu menghadapi masalah banjir kilat.",
        "question": "Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan memperincikan rancangan penebatan banjir dan pelaksanaannya untuk kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar di mana selalu menghadapi masalah banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan projek-projek di kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar dalam Rancangan Malaysia Ke-11(RMKe-11) seperti berikut:\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\r\nKawasan Bandaraya Kota Kinabalu\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nDalam Rolling Plan Ke-2 (2017), Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu dengan siling kos projek sebanyak RM76 juta. Projek ini telah ditender dan dalam tindakan Lembaga Perolehan.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\r\nKawasan Sepanggar\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nDalam Rolling Plan Ke-2 (2017), dua (2) projek tebatan banjir di kawasan Sepanggar telah diluluskan, iaitu;\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n• \r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Sierra, Lembangan Sungai Telipok, Kota Kinabalu dengan siling kos projek RM20 juta. Projek ini dalam proses tender. \r\n\n\r\n\n• \r\nRancangan Tebatan Banjir Sungai Rampayan, Lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu dengan siling kos projek sebanyak RM36 juta. Projek ini dalam proses tender.Kawasan PenampangBagi program tebatan banjir di kawasan Penampang, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog telah diluluskan dalam RMKe-11, dengan pakej-pakej berikut;\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n• \r\n\r\nPakej 1 : meliputi kerja-kerja membina dan menaiktaraf parit 18A, kerja penambahbaikan Parit A & B Parit Monsoon JPS sediada dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Kibabaig dengan siling kos projek sebanyak RM51.83 Juta. Projek ini dijangka siap dilaksanakan pada 21 November 2019. \r\n\n\r\n\n• \r\n\r\nPakej 3 : meliputi kerja-kerja pembinaan ban banjir, menaik taraf Sungai Moyog dan kerja-kerja berkaitan dengan siling kos projek sebanyak RM 131.0 Juta. Projek ini dijangka disiapkan pada 11 Disember 2020. \r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nBagi total solution masalah banjir di Lembangan Sungai Sungai Moyog, anggaran kos keseluruhan projek adalah RM481.39 juta melibatkan pelaksanaan 4 pakej. Sebanyak 2 pakej sedang dilaksanakan (Pakej 1 dan 3) manakal 2 pakej lagi dipohon dalam Rolling Plan 4 (2019) RMKe-11.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1740,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1740",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-23",
        "year": 2018,
        "no": "61",
        "member": "Tuan Wong Hon Wai",
        "area": "Bukit Bendera",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) bilakah penyerahan balik pengurusan Empangan Mengkuang yang siap dan pump house Mak Sulong kepada PBA Holdings Bhd dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan b) huraikan status dan sama a...",
        "question": "Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:\r\n\n\r\n\r\na) bilakah penyerahan balik pengurusan Empangan Mengkuang yang siap dan pump house Mak Sulong kepada PBA Holdings Bhd dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang; dan\r\n\n\r\n\r\nb) huraikan status dan sama ada 7 syarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang penyerahan balik Empangan dan pump house dipenuhi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nRumah Pam Mak Sulong yang terletak di Daerah Seberang Perai Tengah merupakan salah satu komponen utama projek Pembesaran Empangan Mengkuang yang dilaksanakan oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bagi memastikan kelangsungan sumber air mentah di Negeri Pulau Pinang. Dibina dengan kos bernilai RM63.5juta, Rumah Pam Mak Sulong telah siap sepenuhnya pada 28 September 2017, dan berkeupayaan untuk mengepam 200-400 JLH air mentah dari Sungai Kulim ke Empangan Mengkuang yang mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk dipenuhi.\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini berada dalam fasa akhir perbincangan bagi menghalusi mekanisme bagi membolehkan rumah pam ini dioperasikan oleh operator air iaitu Perbadanan Air Pulau Pinang (PBAPP). KATS menjangkakan rumah pam ini boleh diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat dibuat pada akhir bulan Ogos setelah hands on training serta syarat-syarat yang dinyatakan oleh YB Bukit Bendera dipatuhi.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1747,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1747",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-30",
        "year": 2018,
        "no": "65",
        "member": "Tuan Che Alias bin Hamid",
        "area": "Kemaman",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan meneruskan atau mengkaji semula Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman (Tebatan Banjir).",
        "question": "Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan Pusat akan meneruskan atau mengkaji semula Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman (Tebatan Banjir).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM300 juta masih diteruskan. Projek tersebut dalam peringkat akhir reka bentuk dan penyediaan dokumen tender.\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1750,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1750",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-31",
        "year": 2018,
        "no": "66",
        "member": "TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM",
        "area": "PASIR GUDANG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Kerajaan Malaysia akan merunding semula Perjanjian Air Tahun 1962 antara Malaysia dengan Singapura supaya harga air sekarang 3 sen bagi setiap 1,000 gelen yang diimport oleh Sing...",
        "question": "TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM [PASIR GUDANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Kerajaan Malaysia akan merunding semula Perjanjian Air Tahun 1962 antara Malaysia dengan Singapura supaya harga air sekarang 3 sen bagi setiap 1,000 gelen yang diimport oleh Singapura dari Sungai Johor sebanyak 250 juta gelen setiap hari dapat dinaikkan pada harga yang munasabah seperti harga air yang dibeli oleh Melaka dari Johor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKerajaan Negeri Johor pada 17 April 2006 telah menyuarakan supaya Malaysia menyemak semula kadar penjualan air mentah ke Singapura, di mana Johor berhasrat untuk menghentikan pembelian air terawat dari Singapura selepas projek-projek ‘Zero Dependency’ siap. Susulan daripada itu, Kerajaan Johor pada 16 Februari 2014 telah memohon pertimbangan Wisma Putra supaya Kerajaan Negeri menaikkan harga penjualan air mentah ke Singapura kepada 50 sen bagi setiap 1,000 gelen dan harga ini akan disemak semula setiap 5 tahun.\r\n\n\r\n\r\nBerhubung status projek-projek bekalan air ‘Zero Dependency’ seperti Cadangan Penyaluran Air Mentah Dari Sungai Johor ke Loji Rawatan Air (LRA) Skudai, Pembinaan Empangan Ulu Sedili dan Naiktaraf LRA Skudai, ia masih belum dilaksanakan manakala Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Sedili Besar ke Empangan Layang dan Pembinaan Off-River Storage Johor masih belum siap sepenuhnya untuk membolehkan Johor tidak bergantung kepada bekalan air dari Singapura.\r\n\n\r\n\r\n3\r\n\n\r\n\r\nOleh sebab harga air mentah terlalu rendah, Kerajaan akan membuat kajian terperinci agar isu air ini dapat memberi kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak.\r\n\n\r\n\r\nPeruntukan Perjanjian Air 1962 menyatakan bahawa sekiranya ada berlaku sebarang pertikaian dari satu atau kedua-dua pihak, maka perkhidmatan timbang tara boleh diambil untuk menyelesaikan pertikaian yang berkaitan di sepanjang tempoh berkuatkuasa Perjanjian tersebut.\r\n\n\r\n\r\nOleh yang demikian, penelitian yang terperinci dengan mengambil kira kesan pembekalan air kepada rakyat dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura perlu dibuat sekiranya Perjanjian Air 1962 ini ingin dikaji semula.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1761,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1761",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-08-09",
        "year": 2018,
        "no": "67",
        "member": "Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria",
        "area": "Parit",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian untuk menghadapi risiko kawasan banjir di sepanjang pesisiran tebing Sungai Perak jika mengalami hujan yang melebihi p...",
        "question": "Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian untuk menghadapi risiko kawasan banjir di sepanjang pesisiran tebing Sungai Perak jika mengalami hujan yang melebihi paras biasa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukan sebanyak RM250 juta bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa 1 dalam RMKe-11 bagi menghadapi risiko kawasan banjir di sepanjang pesisiran tebing Sungai Perak.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPLSB Sg Perak ini melibatkan tiga (3) komponen utama iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Living River dan Saliran Mesra Alam. Antara kawasan yang terlibat dengan pembangunan projek ini adalah Kampung Gajah, Teluk Intan dan Kuala Kangsar\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1748,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1748",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-30",
        "year": 2018,
        "no": "69",
        "member": "Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan Adakah Kementerian berhasrat meminda Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) bagi memperluaskan kuasa penguatkuasaan dan hukuman yang lebih setimpal dapat dikenakan terhadap pesalah-p...",
        "question": "Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan Adakah Kementerian berhasrat meminda Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) bagi memperluaskan kuasa penguatkuasaan dan hukuman yang lebih setimpal dapat dikenakan terhadap pesalah-pesalah bagi membendung jenayah alam sekitar ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n1) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah meneliti keperluan untuk menambahbaik pentadbiran, pengurusan dan pemeliharaan hutan dan pembangunan perhutanan di Semenanjung Malaysia dengan membuat semakan semula kepada Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Semakan semula ini telah bermula dari tahun 2009 setelah pindaan kali pertama pada tahun 1993.\n2) Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2009 yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara telah dibentangkan di Mesyuarat Majlis Perhutanan Negara (MPN) Ke-22 pada 24 November 2009. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang masih perlu ditambahbaik terutama perkara-perkara yang melibatkan keputusan dasar menyebabkan RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2009 ditangguhkan sehingga kini dimana beberapa peruntukan dicadang untuk diperkenalkan sebelum ia dibawa ke peringkat parlimen.\n3) Tujuan pindaan Akta 313 adalah :-\ni) untuk memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK);\n3\nii) untuk memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan secara haram;\niii) untuk meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar; dan\niv) untuk mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas dalam pelaksanaan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].\n4) Kajian semula dan penambahbaikan ke atas Akta 313 dilaksanakan supaya sektor perhutanan bergerak seiring dengan perkembangan semasa yang mencakupi aspek-aspek pencegahan pengambilan hasil hutan secara haram, pelaksanaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang lebih berkesan serta pengukuhan pembangunan sektor perhutanan negara. Selain itu, langkah ini juga dapat memperkasa aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi yang akan dapat mempergiatkan aktiviti ekopelancongan pada masa akan datang.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1743,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1743",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-24",
        "year": 2018,
        "no": "72",
        "member": "Tuan Chow Kon Yeow",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan terhadap aktiviti pembalakan yang dikesan berlaku di kawasan tadahan Ulu Muda, Kedah. Bilakah ia akan diwartakan sebagai kawasan tadahan air yang penting bagi negeri-nege...",
        "question": "Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan terhadap aktiviti pembalakan yang dikesan berlaku di kawasan tadahan Ulu Muda, Kedah. Bilakah ia akan diwartakan sebagai kawasan tadahan air yang penting bagi negeri-negeri utara Semenanjung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPengurusan hutan mengkelaskan kawasan Hutan Simpan Kekal kepada 12 fungsi kelas sepertimana digariskan oleh Akta Perhutanan Negara 1984. Bagi aktiviti pengusahasilan ianya hanya dijalankan di dalam hutan yang dikhaskan untuk tujuan pengeluaran. Manakala bagi lain-lain fungsi hutan dikelaskan di bawah Hutan Perlindungan. Salah satu fungsi kelas yang dikategorikan di bawah Hutan Perlindungan ialah Hutan Tadahan Air. Bagi memastikan kawasan tadahan air ini dilindungi, dipelihara dan diuruskan secara terbaik melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mewartakan kawasan hutan yang telah dikenal pasti sebagai Hutan Tadahan Air mengikut keperluan seksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984. Sehingga kini, seluas 729,550 hektar kawasan HSK telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKawasan Empangan Muda terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dan Hutan Simpan Bukit Saiong, Negeri Kedah. Pihak Kerajaan Negeri sama sekali tidak melaksanaan aktiviti pembalakan dalam kawasan hutan tadahan air. Aktiviti pembalakan hanya dilaksanakan di kawasan hutan pengeluaran. Jabatan Perhutanan Negeri juga telah mewarta dan mengekalkan Hutan Simpan Ulu Muda seluas 106,418 hektar dan Hutan Simpan Bukit Saiong seluas 8,191 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nDaripada keluasan Hutan Simpanan Kekal tersebut, seluas 12,484 hektar daripada keluasan Hutan Simpan Ulu Muda diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air di bawah seksyen 10(1)(e), Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) pada 13 Mac 2008. Manakala seluas 6,266 hektar daripada keluasan Hutan Simpan Bukit Saiong telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai cadangan hutan tadahan air.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPihak Jabatan Perhutanan Negeri juga meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti pembalakan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam kawasan hutan yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran Kayu di bawah Perolehan Berkekalan seksyen 10(1) (a) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) agar pelesen mematuhi syarat-syarat lesen dan keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1749,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1749",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": "2018-07-31",
        "year": 2018,
        "no": "72",
        "member": "YB Tuan Chan Ming Kai",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Sektor Air",
        "category_labels": [
            "Sektor Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada bil Indah Water akan dihapuskan dan tunggakan sedia ada akan dibatalkan.",
        "question": "YB Tuan Chan Ming Kai minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada bil Indah Water akan dihapuskan dan tunggakan sedia ada akan dibatalkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) tidak bercadang untuk menghapuskan bil pembetungan oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan membatalkan tunggakan bil pembetungan. Perkhidmatan pembetungan yang disediakan oleh IWK merupakan fasiliti asas yang diperlukan oleh setiap penduduk, dan yang lebih penting dari itu ialah untuk memastikan alam sekitar bersih di samping memelihara dan memulihara sumber air daripada sebarang pencemaran daripada sisa air kumbahan tidak terawat.\r\n\n\r\n\r\nKepentingan perkhidmatan pembetungan yang disediakan IWK juga ada hubung kait yang rapat dengan kesihatan dan sanitasi awam. Air sisa kumbahan dari loji pembetungan yang tidak dirawat akan mencemarkan sumber air yang kemudian dirawat menjadi air minum. Ketiadaan sistem rawatan pembetungan yang cekap seperti yang disediakan oleh IWK sudah tentu menyebabkan penyakit bawaan air akan merebak sehingga boleh mengancam nyawa manusia.\r\n\n\r\n\r\nNamun begitu majoriti daripada kita hanya dikenakan antara RM2 hingga RM8 sebulan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh IWK. Bil ini terhad kepada perkhidmatan bersambung oleh IWK sahaja, dan tidak termasuk rumah kediaman atau premis yang mempunyai tangki septik individu masing-masing. Bil yang dikenakan IWK hanya mewakili kira-kira 25.7% (kategori domestik sahaja) daripada keseluruhan kos perbelanjaan oleh IWK. Defisit kos ini ditanggung oleh Kerajaan melalui pemberian subsidi bagi membolehkan IWK terus menyediakan perkhidmatan pembetungan terbaik kepada rakyat.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nKesedaran orang ramai terhadap perkhidmatan pembetungan yang disediakan oleh IWK masih rendah. Ini kerana perkhidmatan yang diberikan oleh IWK tidak nampak pada mata kasar, atau unseen, dengan izin. Tetapi ini tidak bermakna tiada perkhidmatan diberikan oleh IWK kerana sistem pengumpulan air sisa kumbahan berlaku di bawah tanah, atau under-ground, dengan izin, sebelum disalurkan ke loji rawatan kumbahan. Hakikatnya ialah air basuhan, mandian, cucian dan sebagainya yang kita hasilkan dikumpul dan dirawat oleh IWK.\r\n\n\r\n\r\nFaktor ini menjejaskan kutipan bil pembetungan oleh IWK, sekaligus menyebabkan tunggakan bil meningkat saban tahun. Sehingga 30 Jun 2018, RM867.3 juta tunggakan yang masih belum dibayar kepada IWK, di mana 60% (RM 521 juta) terdiri daripada pengguna domestik, 36% (RM316 juta) pengguna komersial dan 4% (RM30 juta) mewakikli lain-lain kategori pengguna.\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1713,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1713",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "163",
        "member": "TUAN FONG KUI LUN",
        "area": "BUKIT BINTANG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan keperluan untuk berunding semula dengan Kerajaan Singapura berhubung perjanjian pembelian air yang mengenakan harga pembelian 3 sen pada setiap 1000 gelen yang dianggap tidak masuk akal ...",
        "question": "TUAN FONG KUI LUN [BUKIT BINTANG] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keperluan untuk berunding semula dengan Kerajaan Singapura berhubung perjanjian pembelian air yang mengenakan harga pembelian 3 sen pada setiap 1000 gelen yang dianggap tidak masuk akal pada masa sekarang dan apakah tindakan jika Kerajaan Singapura enggan bertolak ansur dengan terma perjanjian baru yang dicadangkan itu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Johor dan Singapura pada 29 September 1962 dan akan berakhir pada tahun 2061. Berdasarkan perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Johor perlu membekalkan sebanyak 250 juta galen sehari (MGD) air mentah ke Singapura dengan kadar RM0.03 bagi setiap 1,000 gelen. Manakala Kerajaan Negeri Johor berhak untuk membeli sebanyak 2% iaitu 5 MGD atau 22.73 juta liter sehari (JLH) air terawat daripada 250 MGD air tersebut dengan kadar RM0.50 bagi setiap 1,000 gelen. \n2. Berdasarkan perjanjian tersebut, harga penjualan air antara Malaysia dan Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun di mana ia masih belum dikaji semula sehingga kini. \n3. Untuk makluman, Kementerian bersama Wisma Putra sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Singapura berhubung Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini. Sebarang kajian semula akan melalui proses rundingan antara dua pihak sebelum dimeterai. \n4. Kementerian sentiasa bersedia sekiranya Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini ingin dikaji semula. Namun begitu, pelbagai aspek perlu diteliti dengan mengambil kira kepentingan negara bagi sektor selain daripada air yang dikhuatiri akan terkesan dengan rundingan semula perjanjian ini. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura juga perlu diutamakan. \nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1714,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1714",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "197",
        "member": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib",
        "area": "Maran",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DANSUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tambatan banjir di dalam kawasan Parlimen Maran.",
        "question": "Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI AIR, TANAH DANSUMBER ASLI menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian dalam menghadapi banjir sekiranya berlaku dan status permohonan tambatan banjir di dalam kawasan Parlimen Maran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerianAir, Tanah Dan Sumber Aslimelalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan pelan tindakan bagi persediaan menghadapi banjirseperti berikut;\n\n\r\n\r\n1) Meningkatkan keupayaan ramalan dan amaran banjir di seluruh Negara melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara, PRAB (National Flood Forecasting and Warning Program) dengan membuat ramalan banjir monsun 7 hari lebih awal dan Memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal kepada agensi-agensi yang berkaitan dan penduduk yang terjejas akibat banjir; \n\r\n\r\n\r\n2) Penyediaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian pelan induk saliran yang menggunakan konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA); \n\r\n3) Penyediaan pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi 25 buah lembangan sungai utama di Malaysia bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di dalam lembangan sungai yang berkenaan yang boleh mengurangkan risiko banjir;\n\r\n4) Menjalankan kajian komprehensif penyelesaian jangka panjang dalam memerangi banjir kilat di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan; dan\n\r\n5) Menyediakan peta hazard banjir iaitu merupakan satu peta yang telah dihasilkan menggunakan permodelan hidrodinamik yang menunjukkan keluasan dan kedalaman banjir berdasarkan kepada tempoh ulangan (ARI) tertentu\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di Maran, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Maran -Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Maran, Daerah Maran, Pahang dengan anggaan kos sebanyak RM24 jutatelah dipohon di dalam Rolling Plan4 (2019)RMKe-11.\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1715,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1715",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "236",
        "member": "Tuan Khoo Poay Tiong",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status projek tebatan banjir di Melaka, dan apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir, khasnya di Melaka.",
        "question": "Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status projek tebatan banjir di Melaka, dan apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir, khasnya di Melaka.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak empat(4)projek Rancangan TebatanBanjir (RTB) di dalam RMKe-11 bagi Negeri Melakauntuk menyelesaikan masalah banjir di Melaka iaitu:\n1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Duyong;\n2. Rancangan Tebatan Banjir Bandar Jasin ;\n3. RancanganTebatan Banjir Bandar Merlimau; dan\n4. Rancangan Tebatan Banjir Alor Gajah Fasa I, Daerah Alor Gajah, Melaka\nKesemua projek RTB ini masih diperingkat rekabentuk\nSelain itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah dan sedang melaksanakan projek Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah secara berperingkat yang mengandungi beberapa fasa dan pakej seperti yang berikut:\n1. Menaiktaraf Sistem Saliran Bandar Bagi Mengatasi Banjir Kilat Di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 1;\n2. Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 1);\n3. Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir Kilat Di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 2); dan\n　\n4. Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir Kilat Di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 2A)\nLangkah-langkah lain yang diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah banjir adalah :\na) Melaksanakan kawalan pembangunan iaitu penggunaan manual saliran mesra alam dalam kerja-kerja pembangunantanah; dan\nb) Melaksana kerja-kerja pemulihan muara-muara sungai di Melaka bagi mendalamkan muara sungai supaya air dapat dialirkan dengan cepat.\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1716,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1716",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "238",
        "member": "YB Tuan Khoo Poay Tiong",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan status permohonan pelepasan tanah persekutuan di Lot 3240 Plot A, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah, oleh Kerajaan Negeri Melaka, dan adakah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) b...",
        "question": "YB Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status permohonan pelepasan tanah persekutuan di Lot 3240 Plot A, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah, oleh Kerajaan Negeri Melaka, dan adakah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bersetuju memindahkan hak miliknya supaya boleh ditawarkan kepada penduduk tempatan untuk pembangunan kediaman.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \nPesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah menerima permohonan serah balik keseluruhan tanah milik Persekutuan Lot 3240 Geran 10590, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah, Melaka berkeluasan 3.382 hektar daripada Kerajaan Negeri diterima pada 26 Mac 2013. Permohonan serah balik tersebut bertujuan menyelesaikan isu pemberimilikan tanah kepada penduduk yang telah pun menduduki tanah tersebut. \nPada dasarnya, PTP tiada halangan untuk penyerahan balik tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri Melaka tertakluk kepada pampasan yang setimpal supaya kepentingan Kerajaan Persekutuan diurus sebaik mungkin di samping memastikan proses serah balik tanah berkenaan mematuhi Perkara 86 Perlembagaan Persekutuan. \nSelanjutnya, pada 18 April 2013, PTP telah memohon maklum balas daripada pihak Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Melaka mengenai kaedah pampasan yang akan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri sama ada dalam bentuk tanah ganti atau bayaran pampasan. \nPada 17 Jun 2015, PTP sekali lagi membuat susulan ke atas maklumat berkenaan dan sehingga kini, masih belum menerima sebarang maklumbalas mengenainya. \nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1726,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1726",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "242",
        "member": "TUAN LIM LIP ENG",
        "area": "KEPONG",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan kronologi proses pewartaan Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail sebagai taman awam dan mengapa pewartaan tersebut masih tertangguh dan nyatakan status terkini.",
        "question": "TUAN LIM LIP ENG [ KEPONG ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan kronologi proses pewartaan Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail sebagai taman awam dan mengapa pewartaan tersebut masih tertangguh dan nyatakan status terkini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \nDua lot tanah Kerajaan Persekutuan (tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)) terlibat dalam kawasan Taman Awam Berskala Besar. \nDua lot tanah tersebut adalah Geran 50043 Lot 54268 dan Geran 50041 Lot 54265 Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. \nPTP telah memajakkan dua lot tanah tersebut kepada MEASAT DIGICAST Sdn Bhd (MDSB) bagi tempoh 30 tahun dan tempoh pajakan akan berakhir pada 1 April 2027. \nKerajaan Persekutuan telah mengenal pasti tapak ganti untuk memindahkan MDSB ke tanah milik Persekutuan HS(D)119633 PT 9331 Mukim Kuala Lumpur Daerah Kuala Lumpur. \nRundingan harga pajakan sedang dimuktamadkan. Proses pewartaan akan dilaksanakan setalah penamatan perjanjian pajakan sedia ada. \nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1717,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1717",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "279",
        "member": "Datin Mastura binti Mohd Yazid",
        "area": "Kuala Kangsar",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kementerian bagi memastikan permohonan untuk membangunkan pesisiran tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar dilaksanakan dalam kadar segera.",
        "question": "Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kementerian bagi memastikan permohonan untuk membangunkan pesisiran tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar dilaksanakan dalam kadar segera.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukan sebanyak RM250 juta bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa1dalam RMKe-11.Pembangunan pesisiran tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar akan dilaksanakandi bawah projek ini iaitu di dalam komponen Rancangan Pemulihan Koridor Sungai, bike trail dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Siput Chandan di daerah Kuala Kangsar. Projek ini kini dalam peringkat reka bentuk dan pelaksanaannya dijangka pada tahun 2019. \n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1718,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1718",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "323",
        "member": "TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ",
        "area": "BACHOK",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap kemelut isu air Malaysia-Singapura yang dibangkitkan tempoh hari.",
        "question": "TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ [BACHOK] \r\nminta \r\nMENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI \r\nmenyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap kemelut isu air Malaysia-Singapura yang dibangkitkan tempoh hari.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Johor dan Singapura pada 29 September 1962 dan akan berakhir pada tahun 2061. Berdasarkan perjanjian tersebut, harga penjualan air antara Malaysia dan Singapura boleh dikaji semula selepas 25 tahun. \n2. Untuk makluman, Kementerian bersama Wisma Putra sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Singapura berhubung Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini. Sebarang kajian semula akan melalui proses rundingan antara dua pihak sebelum dimeterai. \n3. Seperti mana kenyataan oleh YAB Perdana Menteri, kajian semula harga penjualan air ini bukan merupakan keutamaan negara pada masa ini. Namun begitu, Kementerian sentiasa bersedia sekiranya Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 ini ingin dikaji semula. \n4. Dalam perkara ini, pelbagai aspek perlu diteliti dengan mengambil kira kepentingan negara bagi sektor selain daripada air yang dikhuatiri akan terkesan dengan rundingan semula perjanjian ini. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura juga perlu diutamakan. \nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1719,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1719",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "372",
        "member": "YB Datuk Rozman bin Isli",
        "area": "Labuan",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu dilindungi serta apakah mekanisme Kerajaan untuk menggantikan semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar status nil...",
        "question": "YB Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu dilindungi serta apakah mekanisme Kerajaan untuk menggantikan semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar status nilai tanah yang sama atau lebih tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \nUrusan perizaban Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan. \nPeranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan pengurusan dan perundangan tanah.. \nOleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung tindakan Kerajaan dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu dilindungi serta mekanisme Kerajaan untuk menggantikan semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar dengan status nilai tanah yang sama atau lebih tinggi adalah lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. \nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1720,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1720",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "379",
        "member": "Tuan Sabri bin Azit",
        "area": "Jerai",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah projek tebatan kawasan banjir yang telah dilaksanakan di Kedah bagi tahun 2015 sehingga 2018.",
        "question": "Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah projek tebatan kawasan banjir yang telah dilaksanakan di Kedah bagi tahun 2015 sehingga 2018.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\nKementerian Air, Tanah & Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah melaksanakan enam(6) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Kedah bagi tahun 2015 sehingga 2018seperti berikut:\n1) RTB Sg Muda –Projek dilaksanakan di bawah RMKe-8 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017.\n2) RTB Sg Kedah/Anak Bukit -dalam pelaksanaan\n- Tarikh mula : 20 Jun2011\n- Tarikh siap : 27 Ogos 2019\n3) RTBSg Pendang -dalam pelaksanaan\n- Tarikh mula : 30 April 2018\n- Tarikh siap : 29 April 2021\n- Kos Projek : RM107.96 Juta\n4) RTB Changloon -dalam pelaksanaan\n- Tarikh mula : 30 Oktober 2016\n- Tarikh siap : 10 Januari 2019\n\n- Kos Projek : RM8.1 Juta\n　\n5) RTB Baling -dalam peringkat rekabentuk dan tender\n- Siling Kos Projek : RM15 Juta\n6) RTB Jitra –dalam peringkat rekabentuk\n- Siling Kos Projek : RM45 Juta\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1721,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1721",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "472",
        "member": "Tuan Wong Chen",
        "area": "Subang",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan memandangkan aktiviti-aktiviti perdagangan haram haiwan masih berleluasa :- (a) status terkini atas tindakan yang diambil terhadap Anson Wong dan konco-konconya yang disyaki menjalankan ...",
        "question": "Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan memandangkan aktiviti-aktiviti perdagangan haram haiwan masih berleluasa :- \n\n(a) status terkini atas tindakan yang diambil terhadap Anson Wong dan konco-konconya yang disyaki menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut; dan\n\n(b) sama ada Jabatan PERHILITAN akan mereformasi unit antipemburuan haram sepenuhnya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nPihak Kementerian menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) amat memandang serius perkara berkaitan aktiviti perdagangan haram hidupan liar ini. Tindakan siasatan dan langkah penguatkuasaan segera telah diambil oleh Jabatan PERHILITAN terhadap isu berkaitan dengan Anson Wong ini. \n\r\nJabatan PERHILITAN sentiasa memantau setiap pergerakan Anson Wong dan isterinya (Cheah Bing Shee) terutamanya selepas Anson Wong dibebaskan dari penjara pada tahun 2012. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Anson Wong ditahan di KLIA atas cubaan menyeludup 95 ekor Boa constrictor tanpa permit pada 27 Ogos 2010. Beliau telah didakwa dan semua lesen serta permit khas milik Anson Wong dan isterinya Cheah Bing Shee telah dibatalkan pada 22 September 2010 dan semua hidupan liar terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) milik mereka telah dirampas. Semenjak itu, Jabatan PERHILITAN tidak lagi mengeluarkan lesen atau permit atas nama Anson Wong atau Cheah Bing Shee. \n\r\n\r\n\n\r\n\r\nDakwaan syarikat petshop Rona Wildlife adalah milik Anson Wong adalah tidak benar di mana mengikut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ia adalah milik individu bernama Muthu Komar A/L Kuppan. Namun begitu, Rona Wildlife disyaki merupakan kuncu-kuncu Anson Wong. Jabatan PERHILITAN juga telah membatalkan lesen perniagaan petshop Rona Wildlife yang dimiliki Muthu Komar A/L Kuppan kerana menyimpan 5 ekor Elongated Tortoise (Indotestudo elongata) yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716 tanpa permit khas. \n\r\n\r\n\r\nJabatan PERHILITAN telah mereformasi unit anti-pemburuan haram sepenuhnya. Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan pengukuhan unit perisikan dan penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti pemburuan haram. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah:- \n\r\ni. Mentransformasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN dengan menubuhkan Unit Perisikan pada tahun 2012 untuk mengumpul dan menganalisa maklumat jenayah hidupan liar yang dapat membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas terutamanya aktiviti pemburuan haram. \n\r\nii. Menambahan kakitangan di pintu masuk Negara (KLIA) pada tahun 2013 bagi membendung aktiviti penyeludupan hidupan liar. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\niii. Mengukuhkan pasukan flying squad (Wildlife Crime Unit) yang bertindak secara responsive terhadap maklumat jenayah hidupan liar yang telah dianalisa. \n\r\n\r\n\r\niv. Menggunakan teknologi terkini dalam memastikan penjenayah dapat dijejaki dan maklumat dapat dikumpul sebaik mungkin. \n\r\nv. Perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi dan antara Negara. \n\r\nvi. Menjalankan program penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, ATM, KDRM, APMM dan AKSEM. 　\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nvii. Kolaborasi dengan badan bukan kerajaan yang menyokong konservasi hidupan liar seperti World Wide Fund Malaysia (WWF-M), Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS-M), Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT), Malaysian Nature Society (MNS), RIMBA dan TRAFFIC. \r\n\n\r\n\r\nviii. Memantau aktiviti pemburuan haram dan perdagangan hidupan liar melalui kolaborasi pertubuhan antarabangsa bersama INTERPOL dan ASEAN-WEN. \n\r\nix. Mengisytiharkan tahun 2018 sebagai Tahun Perangi Jerat 2018. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1722,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1722",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "479",
        "member": "TUAN WONG HON WAI",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) pendirian Kementerian terhadap Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) yang dicadang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan apakah status atau halangan yang perlu diatasi; dan...",
        "question": "TUAN WONG HON WAI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan: \na) pendirian Kementerian terhadap Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS) yang dicadang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan apakah status atau halangan yang perlu diatasi; dan \nb) huraikan rancangan memastikan pembekalan air minum stabil untuk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia menjelang 2030 sejajar dengan pembangunan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n1. Berdasarkan perbincangan terdahulu, kedua-dua negeri mempunyai hasrat yang berbeza berhubung Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWTS) di mana Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk menjual air terawat, manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharat untuk membeli bekalan air mentah. \n2. Memandangkan sumber air adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, pelaksanaan SPRWTS perlu mendapat persetujuan di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak terlebih dahulu. \n3. Sekiranya persetujuan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak telah dicapai, maka cadangan tersebut bolehlah diangkat untuk kajian dan penelitian Kerajaan Persekutuan bagi tindakan seterusnya. \n4. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bersedia untuk mengadakan mesyuarat bersama dengan kedua-dua Kerajaan \n\n\r\n　\n\r\n\r\n\r\nNegeri iaitu Perak dan Pulau Pinang dengan bertindak sebagai pemudahcara terhadap hasrat tersebut. \n\r\nYang di-Pertua, \n\r\n5. Bagi memastikan pembekalan air minum stabil untuk negeri-negeri utara, Kerajaan Persekutusan telah melaksanakan beberapa projek bekalan air seperti berikut: \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\nPulau Pinang \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\ni. Pelan perniagaan negeri Pulau Pinang bagi tempoh operasi ketiga (OP3) selama 3 tahun dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019, meliputi perbelanjaan modal (CAPEX) utama yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat. Antara projek di bawah peruntukan dalaman adalah seperti pemasangan paip ( submarine pipeline ) bersaiz 1200mm bagi meningkatkan kapasiti bekalan air ke bahagian pulau dan Bukit Dumbar Reservoir 4. \n\r\n\r\n\r\nii. Projek di bawah peruntukan RMKe-11 iaitu Pembesaran Empangan Mengkuang di mana ia melibatkan: \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n　\n\r\n\r\n\r\n(a) Fasa 1 – Pembinaan Empangan dan kerja-kerja berkaitan; \n\r\n(b) Fasa 2 – Menaik taraf rumah pam Mak Sulong; dan \n\r\n(c) Fasa 3 – Penyaluran paip air mentah dari rumah am Mak Sulong ke Terusan Sg. Dua. \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\nPerak \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\ni. Pelan perniagaan negeri Perak bagi tempoh operasi ketiga (OP3) selama 3 tahun dari 1 Mei 2018 hingga 30 April 2021, senarai projek CAPEX yang dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat di bawah peruntukan dalaman Lembaga Air Perak (LAP) adalah seperti berikut: \n\r\n(a) menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kg. Senawar Kuala Kangsar (22.73 JLH), di LRA Kg. Jong, Gerik (19.32 JLH), LRA Sg. Dara, Daerah Mualim (22JLH) dan LRA Gunung Semanggol (14JLH); \n\r\n(b) menaik taraf Empangan Sg. Kinta dengan pembinaan pra-rawatan bagi LRA Sg. Kinta; \n\r\n(c) projek pemasangan paip di Tanjung Tualang, Tronoh, Manjung, Larut, Matang, Selama dan Batang Padang; \n\r\n(d) projek pembinaan kolam di Setiawan, Taiping dan Permatang Raja; dan \n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n　\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(e) program pengurangan Non-Revenue Water (NRW) di kawasan bekalan air LAP Wilayah Tengah 1, Wilayah Barat dan Wilayah Selatan (Daerah Hilir Perak). \n\r\n\r\n\r\nii. Projek di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah LRA (Baru) dan LRA Sg. Rawa, Bagan Serai (40JLH). \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\niii. Projek di bawah peruntukan RMKe-11 seperti kajian kemungkinan pembinaan baraj di Sg. Bernam untuk bekalan air Bagan Datoh dan pembinaan sistem Off-River Storage (ORS) di kawasan Wilayah Tengah LAP. \n\r\n\r\nKedah \ni. Pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) sedang dalam pelaksanaan projek infrastruktur yang diluluskan di bawah peruntukan RMKe-11 seperti berikut: \n(a) Menaik taraf LRA Jenun Baru (55 juta liter sehari (JLH); \n(b) membina LRA Pelubang Fasa II (227 JLH); \n(c) membaik pulih LRA Bkt. Serambau (40 JLH); \n(d) menaik taraf LRA Sg Limau (22 JLH); dan \n(e) menaik taraf LRA Lubuk Buntar (34 JLH). \n\n\r\n　\n\r\n\r\n\r\nii. Projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air tersebut dijangka akan disiapkan pada tahun 2020 yang akan memberi manfaat kepada pengguna-pengguna di Daerah Pendang, Yan dan Gurun, Kubang Pasu dan Kota Setar, Utara, Baling dan Bandar Baharu. \n\r\niii. Selain itu, melalui pelan tindakan program pengurangan NRW di bawah Pendekatan 1 adalah pembangunan fasiliti pengukuran asas bagi mendapatkan bacaan NRW secara tepat untuk negeri yang mempunyai NRW melebihi 40%. Program NRW Kebangsaan ini dijalankan dari tahun 2017 sehingga 2020. \n\r\niv. Negeri Kedah adalah di antara negeri-negeri yang masih belum berhijrah ke rejim PAAB. Sekiranya Kedah berhijrah maka projek-projek yang telah dicadangkan dalam Pelan Perniagaan SADA yang bernilai RM50 juta sepanjang tahun 2018 sehingga 2020 akan dapat dilaksanakan dengan bantuan pinjaman daripada PAAB. \n\r\nv. Selain Kementerian ini, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan kawasan Felda turut diberikan oleh Kementerian \n\r\n\r\n\r\n　\r\n\r\n\r\nKemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Felda seperti senarai yang berikut yang dijangka siap dari tahun 2018 sehingga 2020 yang bernilai RM69 juta: \r\n\n\r\n\r\n(a) Pakej A – Pemasangan paip di Daerah Padang Terap \n\r\n(b) Pakej B – Pemasangan paip di Daerah Sik \n\r\n(c) Pakej C – Membaik pulih LRA Nami dan Tangki dan kerja-kerja berkaitan. \n\r\n(d) Projek Pemasangan Paip Air dari Tangki Air Jenalik ke Kampung Wang Perah termasuk pembinaan rumah pam, tangki sedutan dan tangki air menara serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal. \n\r\n(e) Projek Bekalan Air Felda di Negeri Kedah seperti membaikpulih LRA Felda Teloi Kanan, membina Tangki di Felda Sungai Tiang dan membina rumah pam di Felda Sungai Tian. \n\r\n(f) Pemasangan paip di Felda Teloi Timur, Teloi Kanan, Sungai Tiang, Gunung Bongsu dan Guar Napai. \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\nPerlis \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\ni. Pelan perniagaan negeri Perlis bagi tempoh operasi pertama (OP1) selama 3 tahun dari 1 Januari 2016 hingga 31 \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\nDisember 2018 dan senarai projek CAPEX yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat seperti berikut: \r\n\n\r\n\r\n(a) Program Bekalan Air Bersih Timah Tasoh Fasa II seperti: \n\r\n- membina LRA (54MLD) \n\r\n- memasang paip air bersaiz 1,000mm dia. (15km) Dari LRA Timah Tasoh ke Kolam Takungan Air Bersih di Sg Batu Pahat \n\r\n- membina Kolam Air Bersih di Sg Batu Pahat (4.5MLD) dan kerja-kerja berkaitan. \n\r\n- membina Tangki Air Anak Chelong (4.5MLD)dan kerja-kerja berkaitan. \n\r\n- membina Rumah Pam & Sistem Jana kuasa Di Sg Batu Pahat \n\r\n- pemasangan Saluran Paip Air 1,000mm dia (18km) dari LRA Timah Tasoh ke Tangki Air Titi Tinggi. \n\r\n(b) Program Mengurangkan Kadar Kehilangan NRW Seluruh Negeri Perlis. \n\r\n(c) Menaik taraf Sistem Agihan di Kawasan Simpang Empat dan sekitarnya: \n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n- baik pulih 2 buah tangki air sedia ada dan membina 1 buah tangki air (2.25MLD); \n\r\n\r\n\r\n- membina Tangki Sedut (4.45MLD) dan rumah pam; dan \n\r\n- pemasangan paip air (600mm dari TTPC ke Tangki Sedut (1.0km). \n\r\n(d) Pemasangan Sistem Agihan baru 300mm (6.0km) dari LRA Timah Tasoh ke Semadong \n\r\nii. SPAN juga telah memaklumkan kepada Menteri Besar Perlis berhubung masalah bekalan air Negeri Perlis pada September 2017 dan Februari 2018 untuk membantu Syarikat Air Perlis mengatasi masalah bekalan air di Perlis. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1723,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1723",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "483",
        "member": "Tuan Wong Kah Woh",
        "area": "Ipoh Timur",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk memelihara gunung granit di sekitar Ipoh yang mana keindahan alam sekitar telah dirosakkan oleh pembukaan gunung oleh konsesi kuari.",
        "question": "Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk memelihara gunung granit di sekitar Ipoh yang mana keindahan alam sekitar telah dirosakkan oleh pembukaan gunung oleh konsesi kuari.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \nNegeri Perak dikurniakan dengan pelbagai sumber alam yang berpotensi untuk diusahakan secara lestari sebagai salah satu sumber pendapatan negeri, antaranya batu kapur yang sangat terkenal dan punya potensi ekonomi yang sangat baik dari segi kualiti serta taburannya yang begitu meluas di sekitar bandaraya Ipoh khususnya. \nKementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG) secara progresif sejak sekian lama memastikan aktiviti pengkuarian batu kapur dilaksanakan secara teratur dan mengikut amalan kejuruteraan terbaik tanpa mengabaikan aspek alam sekitar dan keselamatan pekerjaan serta penduduk sekitarnya. \nAktiviti pengkuarian dikuatkuasakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak melalui Peraturan-peraturan Kuari Perak 1992 yang mana setiap pemegang permit kuari dikenakan syarat-syarat teknikal di dalam Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) bagi memastikan amalan pengkuarian dan pengekstrakan bahan batuan dilaksanakan secara selamat, praktikal serta memelihara keindahan alam sekitar di sekitar kawasan pengkuarian. \nBagi aspek kawalan ke atas habuk, pemeriksaan dan pemantauan berkala yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, JMG Negeri Perak ke atas kuari-kuari dan pemeriksaan khusus berkaitan \npematuhan syarat-syarat di dalam Surat Kelulusan Skim Kuari sepertimana berikut: \n\n\r\n\r\n(i) tahap habuk mendap hendaklah tidak melebihi 133 mg/m 2 /hari ( annual mean of monthly averages ) di tapak pemantauan; \n\r\n\r\n\r\n(ii) menjalankan pemantauan dan kemuka laporan bulanan pemantauan habuk, kelodak, gegaran dan ledakan udara melalui jurutera perunding kepada JMG Negeri Perak; \n\r\n(iii) lori atau kenderaan yang membawa bahan batu keluar/masuk ke kuari hendaklah menutup muatan tersebut dengan baik, kemas dan selamat; \n\r\n(iv) menyiram air menggunakan lori penyiram di jalan masuk ke kuari dan jalan-jalan di dalam kawasan kuari, sekurang-kurangnya satu kali sejam pada waktu bekerja dalam musim kemarau atau apabila jalan-jalan mulai berdebu; \n\r\n(v) menanam pokok-pokok yang cepat membesar dan sesuai di kawasan dan jalan masuk kuari bagi tujuan pengindahan dan pemeliharaan alam sekitar; \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n(vi) mempunyai washing bay di tempat yang sesuai pada laluan keluar/masuk ke kuari; dan \n\r\n\r\n\r\n(vii) Membuat jalan tar bagi laluan keluar-masuk kuari yang berdekatan dengan perumahan (contoh di Taman Chandan Desa). \n\r\nDi samping itu juga, Kementerian melalui JMG Negeri Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan dan Pemeliharaan Kuari-Kuari Keramat Pulai (yang mana ahlinya terdiri dari beberapa agensi dan jabatan teknikal Kerajaan Negeri Perak serta semua pemegang permit kuari di kawasan Keramat Pulai, Ipoh. Melalui Jawatankuasa ini dengan kerjasama dan sokongan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perak, beberapa program telah dilaksanakan dengan jayanya dan masih dipantau sehingga kini iaitu: \n\r\n(i) Menjalankan program penghijauan dengan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan-jalan di kawasan kuari Keramat Pulai, Ipoh terutamanya di kawasan kuari yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan di kawasan kuari sepanjang Jalanraya Simpang Pulai – Tanah Tinggi Cameron. Dalam tempoh 2 tahun (bermula Nov 2015) sebanyak 2289 pokok dari jenis Angsana dan Kelat Paya telah ditanam di kawasan yang dimaksudkan; \n\r\n(ii) Menjalankan program pencucian jalanraya di sepanjang Jalanraya Simpang Pulai – Tanah Tinggi Cameron, iaitu di antara surau Kg. Tanjong sehingga Simpang Lubok Timah. Skop kerja-kerja pembersihan akan diperluaskan kepada kerja-kerja mencuci papan tanda dan juga pembersihan sistem saliran / longkang (Pembersihan dilaksanakan setiap 3 bulan yang dibiayai oleh Jawatankuasa Pemulihan dan Pemeliharaan Kuari-Kuari Keramat Pulai dan Kerja Raya Negeri Perak secara berselang–seli); \n\r\n(iii) Kawasan-kawasan dan muka kuari yang terdedah juga telah diarah untuk dibuat penghijauan semula dengan menanam pokok-pokok yang sesuai; \n\r\n(iv) kerja-kerja pembukaan muka kuari yang baru tidak dibenarkan menghadap lebuhraya dan jalan-jalan utama. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1724,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1724",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "492",
        "member": "Tuan Wong Tack",
        "area": "Bentong",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan tentang \"National Study on Water Security\" sekiranya ada dan jika tiada, adakah MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI akan melakukannya.",
        "question": "Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan tentang \"National Study on Water Security\" sekiranya ada dan jika tiada, adakah MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI akan melakukannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\n\r\nPada tahun 2012, Kerajaan telah melancarkan Dasar Sumber Air Negara (DSAN)susulan daripada kajian National Water Resource Study (NWRS) yang siap pada tahun 2011. Penggubalan DSAN merupakan satu langkah strategik ke arah memastikan keperluan air untuk semua sektor pengguna dipenuhi dari segi kuantiti dan kualiti untuk manusia dan juga alam sekitar. DSAN dilaksanakan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu Jaminan Sumber Air ( Water Resources Security ), Kelestarian Sumber Air ( Water Resources Sustainability ) dan Urus Tadbir Bersama ( Collaborative Governance ). \n\r\n\r\n\n\r\n\r\nPada masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan National Water Balance Management System (NAWABS)yang akan selesai pada tahun 2020. Programini melibatkan kajian sumber air, keperluan sumber air, pemodelan dan seterusnya pembangunan sistem. Objektif Projek NAWABS adalah untuk menghasilkan kajian sumber air yang merangkumi water balance , demand management, water resource conservation plan , environmental flow dan water-food-energy nexus dan water footprint study . \n\r\n\r\n\r\nSelain itu, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)juga melaksanakan kajian Integrated Lake Basin Management Plan (ILBMP) bagi Tasik Sembrong, Johor untuk menentukan daya tapung kualiti air tasik melalui pengurusan lembangan tasik secara lestari bagi meningkatkan jaminan fungsi tasik untuk memenuhi sumber bekalan air \n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\nmentahbekalan awam.NAHRIM turut melaksana kajian berkaitan Total Maximum Daily Load (TMDL) bertujuan untuk meningkatkan kualiti sumber air permukaan khususnya sungai dan menjamin sumber air yang bersih kepada Negara. Jaminan sumber air bersih merupakan komponen penting kepada ‘ water security’ . Pelan tindakan TMDL yang dibangunkan ini akan digunakan sebagai asas kepada perancangan pembangunan guna tanah dan aktiviti premis, pengawalan pelepasan beban pencemar dan seterusnya sebagai panduan bagi memantau pelaksanaan serta penguatkuasaan yang telah digariskan. \n\r\n\r\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1725,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1725",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 14,
        "penggal": 1,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2018,
        "no": "504",
        "member": "Tuan Yusuf bin Abd. Wahab",
        "area": "Tanjong Manis",
        "minister": "MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI",
        "sector_label": "Tanah, Air",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membina struktur pengawalan hakisan pantai di kawasan Parlimen P.206 Tanjong Manis memandang banyak rumah-rumah orang kampung telah rosak atau jatuh ...",
        "question": "Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membina struktur pengawalan hakisan pantai di kawasan Parlimen P.206 Tanjong Manis memandang banyak rumah-rumah orang kampung telah rosak atau jatuh ke laut disebabkan oleh hakisan pantai, terutama sekali diKampung Paloh, Kedang, Sebako, dan juga di kampung-kampung lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat dengan hakisan pantai dan mengemukakan permohonanperuntukan dalam Rolling Plan ke 4(RP 4) (2019)RMKe-11 dengan anggaran kos RM54.5 juta bagi mengatasi limpahan air pasang besar dan hakisan pantai di Sarawak yang merangkumi kawasan Kampung Paloh, Sebako, dan juga kampung-kampung lain di kawasan daerah Mukah, Sarawak.\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2018-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1623,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1623",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-13",
        "year": 2017,
        "no": "2",
        "member": "YBTM JAWAB Y.B. Datuk Haji Abidullah Bin Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai persediaan Kementerian dan agensi terbabit untuk menghadapi dan mengurus kecemasan krisis tumpahan minyak yang mungkin berlaku pada bila-bila masa seperti yang berlaku di Penger...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\n\r\nY.B. Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai persediaan Kementerian dan agensi terbabit untuk menghadapi dan mengurus kecemasan krisis tumpahan minyak yang mungkin berlaku pada bila-bila masa seperti yang berlaku di Pengerang, Johor pada Ogos lalu disebabkan pelanggaran antara dua kapal dagang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui agensi di bawahnya\n\r\niaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa bersiapsiaga untuk\n\r\nmenghadapi dan mengurus kecemasan krisis tumpahan minyak yang\n\r\nberkemungkinan berlaku di Perairan Negara. Rancangan Kontingensi\n\r\nKebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) telah disediakan\n\r\nbagi menghadapi sebarang kejadian tumpahan minyak di laut. RKKKTM\n\r\nini diurus dan dikawalselia oleh Jawatankuasa Kebangsaan Kawalan\n\r\nTumpahan Minyak (JKKTM) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah\n\r\nJabatan Alam Sekitar (JAS) dan dianggotai oleh lapan belas (18) agensi\n\r\ndan pihak swasta yang berkaitan dengan kawalan tumpahan minyak.\n\r\nRKKKTM ini menggariskan perkara-perkara yang berkaitan dengan\n\r\nperanan dan tanggungjawab setiap agensi dan pihak terlibat bagi\n\r\nmenghadapi sebarang kes tumpahan minyak yang berlaku, menyatakan\n\r\ndengan jelas mengenai kaedah dan saluran komunikasi, pemantauan\n\r\npergerakan minyak, strategi kawalan tumpahan, pembersihan dan\n\r\nsenarai stockpile peralatan kawalan. Di samping itu juga setiap negeri\n\r\ntelah menyediakan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri, di mana\n\r\npelan ini akan digerakkan bagi membersihkan tumpahan minyak yang\n\r\nmencemari kawasan pantai.\n\r\nApabila berlaku tumpahan minyak terutamanya yang berskala besar\n\r\nseperti kes pelanggaran kapal, pengawasan dan pemantauan pergerakan\n\r\nminyak akan dibuat melalui Sistem Pemantauan Pergerakan Minyak (Oil\n\r\nTrajectory Monitoring System) yang dikendalikan oleh Jabatan Alam\n\r\nSekitar (JAS). Di samping itu, pemantauan pergerakan minyak melalui\n\r\nudara, laut dan darat juga akan dijalankan oleh agensi-agensi yang\n\r\nterlibat. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pemantauan ini\n\r\nakan digunakan untuk merangka strategi melawan dan mengawal\n\r\ntumpahan minyak serta melindungi kawasan-kawasan sensitif alam\n\r\nsekitar.\n\r\nSehubungan itu, dengan adanya Rancangan Kontingensi Kebangsaan\n\r\nKawalan Tumpahan Minyak, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri\n\r\ndan Sistem Pemantauan Pergerakan Minyak (Oil Trajectory Monitoring\n\r\nSystem) seperti yang dinyatakan di atas, pihak Kementerian\n\r\nsememangnya bersiap siaga untuk menghadapi dan mengurus\n\r\nkecemasan krisis tumpahan minyak yang berkemungkinan berlaku di\n\r\nperairan negara.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1605,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1605",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-04",
        "year": 2017,
        "no": "3",
        "member": "YBM JAWAB Datuk Yoo Wei How",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tentang peruntukan untuk rancangan tebatan banjir seluruh negara yang telah meningkat dan berlakunya kejadian banjir di beberapa tempat baru seperti kawasan Gurun di Kedah. Adakah Kement...",
        "question": "YBM JAWAB\n\r\n\r\nDatuk Yoo Wei How\r\nminta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang peruntukan untuk rancangan tebatan banjir seluruh negara yang telah meningkat dan berlakunya kejadian banjir di beberapa tempat baru seperti kawasan Gurun di Kedah. Adakah Kementerian mempunyai peruntukan tambahan dalam menangani masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa merancang dan melaksana projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) terutama di kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kawasan banjir baru yang dilaporkan oleh JPS. Dalam kajian pada tahun 2010, terdapat pertambahan keluasan kawasan banjir sebanyak 10 peratus berbanding kajian yang dibuat dalam tahun 2003. Walau bagaimanapun, kejadian banjir bukan sahaja bergantung kepada pola taburan hujan tetapi juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti perubahan guna tanah dan pembangunan tidak terkawal.\n\r\nPerubahan iklim pada masa kini juga memberi kesan kepada pola taburan hujan. Jumlah hujan tahunan adalah hampir sama tetapi keamatan hujan dalam tempoh yang singkat telah berubah. Sebagai contoh jumlah hujan yang sama biasanya turun dalam tempoh yang panjang tetapi turun dalam tempoh yang singkat. Pada masa kini, faktor perubahan cuaca juga telah diambil kira dalam merancang dan merekabentuk projek-projek tebatan banjir.\n\r\nSehubungan dengan itu, dalam Rancangan Malaysia ke-11(RMKe-11), Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM8.8 billion bagi tujuan pencegahan banjir di seluruh negara. Antara projek utama yang dilaksanakan adalah RTB Sg. Kelantan, Sg. Kuantan, Sg. Kemaman, Sg. Perak, Sg.Muar, Sg. Sarawak, Sg. Moyog dan Sg.Padas.\n\r\nKerajaan mengganggarkan total solution bagi kerja-kerja tebatan banjir seluruh negara berjumlah RM40 billion sehingga tahun 2020. Sekiranya kerja-kerja ini tidak dapat dilaksanakan pada masa sekarang, Kerajaan mengganggarkan jumlah tersebut akan meningkat kepada RM60 billion dengan mengambil kira peningkatan kawasan-kawasan pembangunan baru, peningkatan kos pemgambilan balik tanah dan kos pembinaan serta peningkatan bilangan dan keluasan kawasan banjir di seluruh negara. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1641,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1641",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-19",
        "year": 2017,
        "no": "6",
        "member": "YBTM JAWAB Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah industri yang beroperasi tanpa lesen dan berlesen yang menduduki tanah Kerajaan di sepanjang rizab sungai yang boleh mendatangkan bahaya dan m...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\n\nDatuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah industri yang beroperasi tanpa lesen dan berlesen yang menduduki tanah Kerajaan di sepanjang rizab sungai yang boleh mendatangkan bahaya dan mencemar kawasan sungai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 ke atas mana-mana premis yang tertakluk di bawahnya tanpa mengambilkira industri tersebut beroperasi tanpa lesen ataupun berlesen daripada mana-mana pihak yang berwajib. Pemeriksaan dilakukan berdasarkan inventori yang direkodkan oleh JAS. Penekanan utama yang dilakukan adalah pematuhan industri terhadap tiga (3) Peraturan utama iaitu pematuhan terhadap udara bersih, pematuhan efluen perindustrian dan juga pematuhan pengurusan buangan terjadual.\n\r\nDi peringkat awal perancangan pembangunan industri, pihak Jabatan menyarankan supaya penempatan industri hanya diletakkan di kawasan perindustrian. Ini selaras dengan Garispanduan “Siting and Zoning of Industries and Residential Areas” terbitan JAS. Ulasan berhubung kesesuaian tapak serta teknologi kawalan pencemaran turut dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan dalam menilai pemberian lesen kepada industri terbabit.\n\r\nDi peringkat pengoperasian pula, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan pengoperasian industri tersebut tidak mencemarkan sungai.\n\r\nAntara tindakan tersebut adalah seperti berikut:\n\r\ni) Menjalankan penguatkuasaan secara menyeluruh (termasuk pemeriksaan / siasatan ke premis - ‘command and control’) terhadap pengoperasian premis-premis yang tertakluk di bawah AKAS 1974;\n\r\nii) Memastikan industri menyediakan orang yang berwibawa (competent person) dalam pengoperasian alat kawalan pencemaran;\n\r\niii) Memantau secara berterusan laporan pemantauan pembuangan efluen perindustrian secara dalam talian menggunakan Sistem Online Environment Reporting (OER) dan juga pengurusan buangan terjadual melalui electronic Scheduled Waste Information System (e-SWIS);\n\r\niv) Mengambil tindakan penguatkuasaan seperti amaran bertulis di lapangan (field citation), Notis Arahan, tawaran kompaun, penyitaan peralatan, perintah larangan operasi atau tindakan pendakwaan akan dikenakan ke atas mana-mana punca yang didapati tidak mematuhi AKAS 1974;\n\r\nWalau bagaimana pun, bagi kilang-kilang tanpa lesen yang menduduki tanah kerajaan, pihak NRE / JAS tidak lagi berkompromi dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan PTD Kerajaan Negeri, JKPTG mengambil tindakan serius untuk tidak membenarkan kilang beroperasi dan seterusnya kilang di tutup.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1642,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1642",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-19",
        "year": 2017,
        "no": "11",
        "member": "Datuk Haji Abidullah Bin Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian dalam membendung masalah pencemaran air sungai disebabkan aktiviti komersial seperti yang berlaku di Sungai Johor, Kota Tinggi baru-baru ini. Apakah tindakan tegas y...",
        "question": "Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian dalam membendung masalah pencemaran air sungai disebabkan aktiviti komersial seperti yang berlaku di Sungai Johor, Kota Tinggi baru-baru ini. Apakah tindakan tegas yang diambil terhadap pihak bertanggungjawab memandangkan mengikut laporan, pencemaran itu disebabkan oleh pihak yang sama dan telah berulang sebanyak tiga kali.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPremis yang disyaki menyebabkan pencemaran ammonia ke Sungai Johor adalah premis yang beroperasi di luar kawasan Majlis Daerah dan telah melanggar syarat nyata tanah. Di pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan bagi mengarahkan premis membersihkan sisa najis ayam di kawasan sekitar premis yang boleh memasuki alur air dan mengambil langkah untuk mengelakkan pencemaran berlaku. Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor juga telah mengeluarkan surat kepada Pejabat Tanah Daerah bagi memohon agensi tersebut mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bidangkuasa disebabkan pelanggaran syarat nyata tanah dan kepada Jabatan Veterinar untuk menilai semula permit serta mempertimbangkan pengurangan jumlah bilangan ternakan unggas kepada ladang ayam terbabit dengan mengambilkira jumlah najis ayam yang terhasil dan lokasi ladang yang sensitif iaitu terletak di hulu muka sauk (intake) loji rawatan air.\n\r\n\nPihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengeluarkan sebanyak 4 Notis Arahan kepada premis terbabit. Tindakan pembaikan telah diambil oleh premis berdasarkan Notis Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor berdasarkan kes yang berlaku sebelum ini. Walaubagaimanapun, kes masih berulang disebabkan penghasilan najis ayam dari ladang berhampiran premis masih berterusan sehingga menyebabkan lebihan longgokan najis ayam dan terdedah kepada air hujan.\n\r\n\nBerdasarkan kes terbaru pada Oktober 2017 lalu, Kerajaan Negeri Johor telah mengeluarkan satu ketetapan dan keputusan melalui satu mesyuarat yang diadakan pada 30 Oktober 2017 dipengerusikan oleh Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) iaitu arahan untuk menutup ladang dan premis tersebut melalui Jabatan Veterinar Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah disebabkan pelanggaran syarat nyata tanah.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1643,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1643",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-19",
        "year": 2017,
        "no": "15",
        "member": "Datuk Hamzah Bin Mohd Kasim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) apakah dasar serta perundangan yang berkaitan dengan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar masih belum cukup berkesan; dan (b) mengapa penguatkuasaan akta-akta berkaitan masih k...",
        "question": "Datuk Hamzah Bin Mohd Kasim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n\n(a) apakah dasar serta perundangan yang berkaitan dengan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar masih belum cukup berkesan; dan\n\r\n\n(b) mengapa penguatkuasaan akta-akta berkaitan masih kelihatan longgar seperti yang berlaku di Pulau Pinang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa mengkaji peruntukan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selaras dengan keadaan semasa dan supaya perlaksanaannya lebih berkesan.\n\r\nPindaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah digazetkan pada 28hb Ogos 2015 telah mengambilkira aktiviti PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN yang berkecerunan 250 hingga 350 yang mana pemaju dikehendaki mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan JAS sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan.\n\r\nSelain dari itu, JAS sentiasa memberikan kerjasama dari segi input teknikal di peringkat perancangan pembangunan kepada pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan tersebut dijalankan secara mapan.\n\r\nJAS juga melaksanakan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan pemaju mematuhi keperluan syarat syarat kelulusan laporan EIA dan juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.\n\r\nSebagai penambahbaikan, JAS telah menerap budaya pematuhan kendiri kepada pemaju dengan memastikan pemaju melaksanakan 7\n\r\n3\n\r\nmekanisma mengarusperdanakan alam sekitar didalam pengurusan mereka.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1610,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1610",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-06",
        "year": 2017,
        "no": "16",
        "member": "Puan Sopiah binti Sharif",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah kajian yang dilakukan ke atas keutuhan dan kestabilan tanah bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Bendera. Apakah langkah Kementerian dalam membantu Kerajaan Nege...",
        "question": "Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah kajian yang dilakukan ke atas keutuhan dan kestabilan tanah bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Bendera. Apakah langkah Kementerian dalam membantu Kerajaan Negeri untuk melakukan penilaian impak alam sekitar atau EIA ke atas bukit tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif dalam mengarus perdanakan alam sekitar melalui pendekatan “Self Regulation” atau Pematuhan Kendiri Ke arah kecemerlangan alam sekitar. Melalui pendekatan ini, Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan garispanduan Penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan di kawasan cerun dan bukit, selaras dengan pindaan kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974 pada 28 Ogos 2015.\n\r\nGarispanduan ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada semua pihak terutamanya pemaju projek dan jururunding EIA serta pihak-pihak berkepentingan dalam memastikan pembangunan yang dirancang dan tidak memberi impak yang signifikan terhadap alam sekitar di masa yang sama akan memastikan pematuhan kendiri dilaksanakan dengan jayanya.\n\r\nDalam penyediaan sebarang laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA), input geologi adalah salah satu sub-topik yang perlu ada disamping lain-lain input teknikal seperti geoteknik, hidrologi serta lain-lain perkara yang berkaitan. Lazimnya dalam sesuatu kajian kesan alam sekitar, sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan, input dari Ahli Geologi bertauliah akan dipastikan ada, dan akan disemak oleh pihak jabatan\n\r\n3\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nMineral dan Geosains Malaysia (JMG). Pihak JMG lazimnya akan membuat ulasan ke atas laporan EIA ini dan memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan bencana geologi diketahui oleh pihak pelaksana projek dan perunding kejuruteraan yang berkenaan.\n\r\nBagi sebarang kejadian seperti tanah runtuh yang berlaku di tapak ketika kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan ianya adalah berkaitan pemantauan terhadap kawalan atau mitigasi yang telah ditetapkan dalam laporan EIA berkaitan ataupun berlaku sesuatu keadaan luar jangka.\n\r\nBagi memastikan keselamatan di tapak dapat dielakkan dari bencana geologi dan yang berkaitan, kerjasama yang baik di antara wakil dari jurutera perunding iaitu Resident Engineer dan Ahli Geologi bertauliah perlu sentiasa ada bagi tempoh pelaksanaan projek pembangunan berkenaan.\n\r\nKemungkinan cadangan untuk mengadakan pemeriksaan bersama (joint inspection) oleh pihak pelaksana atau pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan pihak JMG adalah salah satu mekanisme yang perlu diadakan dengan menubuhkan satu jawatankuasa atau pasukan petugas khas (task force) disamping amalan “self regulating” oleh pelaksana projek berkenaan yang sepatutnya dititikberatkan dari awal pelaksanaan projek.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nBuat masa kini tiada kajian khusus di Bukit Bendera ataupun di seluruh Pulau Pinang amnya oleh JMG. Walau bagaimanapun, pihak JKR melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) pernah menjalankan\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n4\n\r\nkajian khusus iaitu penilaian bahaya dan risiko cerun pada tahun 2010 bagi keseluruhan Pulau Pinang. Sebarang keperluan pemetaan semula, kemaskini data dan maklumat perlu diselaraskan bersama CKC.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1631,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1631",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-12",
        "year": 2017,
        "no": "17",
        "member": "Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana kejadian tanah runtuh boleh berlaku. Apakah tidak ada amaran awal diberikan kepada penduduk di kawasan sekitar.",
        "question": "Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana kejadian tanah runtuh boleh berlaku. Apakah tidak ada amaran awal diberikan kepada penduduk di kawasan sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKejadian tanah runtuh boleh disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor semulajadi dan bukan semulajadi (human induced). Bagi faktor semula jadi boleh dibahagikan kepada kategori berikut:\n\r\n(i) Geologi dan peluluhawaan (weathering);\n\r\n(ii) Geomorfologi kawasan;\n\r\n(iii) Struktur geologi dan ketakselanjaran;\n\r\n(iv) Curahan Hujan/Air Larian Permukaan/Air Bawah Tanah; dan\n\r\n(v) Aktiviti Seismos (gegaran gempabumi).\n\r\nManakala bagi faktor bukan semula jadi dikategorikan seperti berikut:\n\r\n(i) Kelemahan rekabentuk/ kejuruteraan;\n\r\n(ii) Penebangan hutan, penggondolan bukit, pembebanan di atas cerun, pencuraman kaki;\n\r\n(iii) Ketidaksesuaian Gunatanah / Peningkatan Populasi;\n\r\n(iv) Kurang pemantauan dan penyelenggaraan berkala seperti struktur penstabilan cerun, longkang tersumbat, sistem saliran tidak berfungsi dan hakisan;\n\r\n(v) Gegaran kenderaan berat, kerja-kerja penanaman cerucuk atau letupan batuan di kawasan kuari berhampiran;\n\r\n(vi) Kurang penyeliaan semasa pembinaan struktur-struktur penstabilan/ perlindungan cerun. Input kerja-kerja penyeliaan tapak boleh dari Jurutera Tapak (Site/Residence Engineer) atau Ahli Geologi Tapak (Site/Residence Geologist);\n\r\nDalam hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang menjalankan kajian pemetaan bahaya dan risiko cerun (PBRC) di bawah RMKe-11 yang bertujuan memberikan maklumat geologi khusus mengenai risiko cerun di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berpotensi terhadap kejadian tanah runtuh.\n\r\nDalam aspek amaran awal terhadap kejadian tanah runtuh, JMG selaku agensi teknikal boleh memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit sekiranya terdapat tanda-tanda awal pergerakan tanah pada cerun. Seterusnya PBT atau jawatankuasa bencana yang dibentuk akan membuat kajian susulan berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan di peringkat negeri masing-masing.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1632,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1632",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-12",
        "year": 2017,
        "no": "25",
        "member": "TUAN WILFRED YONG CHEN LEONG",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah yang lebih agresif oleh Kementerian bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia akan kesan pencemaran laut dan hidupan marin yang kurang mendapat perhatian masyaraka...",
        "question": "TUAN WILFRED YONG CHEN LEONG minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah yang lebih agresif oleh \n\r\nKementerian bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia akan kesan pencemaran laut dan hidupan marin yang kurang mendapat perhatian masyarakat ketika ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\nTerkini, usaha-usaha sedang giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memperkenalkan sukatan mata pelajaran yang berteraskan alam sekitar di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah agar budaya mencintai alam sekitar ini dapat diterapkan seawal mungkin kepada generasi muda. Dengan adanya usaha ini diharapkan akan lahirlah rakyat Malaysia yang \"endah alam sekitar\" dan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran laut dan hidupan marin yang berpunca dari aktiviti manusia akan dapat dibanteras. \n\r\n\n\r\nSelain itu, terdapat beberapa langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia akan kesan pencemaran laut dan hidupan marin yang kurang mendapat perhatian masyarakat ketika ini. Ia meliputi: \n\r\n\n\r\n\r\n\n• \r\nSambutan Hari Alam Sekitar Negara yang diadakan pada setiap tahun secara serentak di seluruh negara bertujuan meningkatkan dan mengukuhkan tahap kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;\n\n\r\n\n• \r\nProgram Mesra Alam Sekitar yang melibatkan masyarakat setempat dalam usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan rasa tanggung jawab bersama yang tinggi untuk memelihara hidupan marin negara. Antara aktiviti yang terlibat adalah pembersihan pantai (beach clean-up) dan pengutipan bebola tar (tar balls) dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation) dan kelab-kelab pencinta alam sekitar khususnya di kawasan pantai yang terdedah kepada tumpahan minyak daripada aktiviti perkapalan; \n\n\r\n\n• \r\nProgram Rakan Alam Sekitar yang bertujuan mewujudkan kerjasama erat antara pihak Kerajaan dan masyarakat di mana setiap lapisan masyarakat boleh menyumbang terhadap kelestarian alam sekitar dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak Kerajaan untuk melaporkan kes-kes pencemaran yang berlaku di sekitar kawasan mereka; dan \n\n\r\n\n• \r\nKempen Promosi Kesedaran Alam Sekitar yang bertujuan mempromosikan dan menyampaikan mesej-mesej alam sekitar berkaitan pemeliharaan perairan marin negara daripada ancaman pencemaran terutamanya tumpahan minyak dari perlanggaran kapal di laut; \n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1606,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1606",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-04",
        "year": 2017,
        "no": "32",
        "member": "Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah dan status projek tebatan banjir yang sedang dan akan dibina di seluruh Negara serta jumlah kos yang terlibat mengikut negeri.",
        "question": "Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah dan status projek tebatan banjir yang sedang dan akan dibina di seluruh Negara serta jumlah kos yang terlibat mengikut negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dan sedang melaksanakan 75 projek tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM8.8 billion. Daripada jumlah tersebut, 5 projek telah siap sepenuhnya melibatkan kos sebanyak RM1.508 billion, 65 projek dalam pelaksanaan dengan kos RM6.973 billion dan 5 lagi projek akan dilaksanakan yang berjumlah RM0.351 billion.\n\r\nManakala bagi projek saliran mesra alam, sebanyak 12 projek telah dan sedang dilaksanakan dengan kos berjumlah RM1.034 billion. Sebanyak 1 projek telah siap sepenuhnya dengan kos berjumlah RM27.442 juta, 7 projek dalam pelaksanaan dengan kos RM952.172 juta manakala 4 projek akan dilaksanakan berjumlah RM54.843 juta.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1624,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1624",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-13",
        "year": 2017,
        "no": "34",
        "member": "Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan Projek Tebatan Banjir di Selangor yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2013 dan bagaimanakah dapat Kerajaan menangani kejadian banjir kilat yang berlaku di Se...",
        "question": "Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan Projek Tebatan Banjir di Selangor yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2013 dan bagaimanakah dapat Kerajaan menangani kejadian banjir kilat yang berlaku di Selangor.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Projek Tebatan Banjir di Selangor seperti berikut:\n\r\n\r\nA. RMKe-10 (2010-2015)\r\n\n\r\n1. Projek Pemuliharaan serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir\n\r\nSungai Damansara berjumlah RM33.8 juta\n\r\n\r\n\n• Status: projek telah siap, hanya pembinaan info galeri disambung ke RMKe-11 2. Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk Bandar Kajang, Klang, Sungai Buloh, Sungai Besi dan Seri Kembangan telah disiapkan dalam RMKe-10. Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) terlibat sebagai garis panduan untuk sistem saliran bandar mereka.B. RMKe-11 (2016-2020)1. Projek Pemuliharaan serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara berjumlah RM6.0 juta\n\r\n\n\r\n\r\n\n• Status: pembinaan info galeri dijangka siap Mei 2018.\n\r\n\n\r\n\r\n2. Kerajaan persekutuan telah meluluskan 2 projek tebatan banjir iaitu RTB Sg Buloh dan RTB Sg Langat Fasa 1 dengan peruntukan masing masing RM 50.0 juta dan RM 41.0 juta \n\r\n- Status: Projek ini dalam peringkat akhir dokumen tender dan tender dijangka dikeluarkan pada Disember 2017. Kerja pembinaan di tapak dijangka bermula pada Mac 2018 dan dijangka siap pada April tahun 2021.\n\r\n\n\r\n3. Pembinaan Sistem Saliran Mesra Alam di Kawasan Operasi Pelabuhan Klang dan sekitarnya bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berjumlah RM64 juta. \n\r\n- Status: Projek dijangka siap sepenuhnya pada November 2018. \n\r\n\n\r\n4. Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk kawasan Semenyih, Selayang, Rawang dan Kuang. \n\r\n\r\n\n• Status: Kajian akan dimulakan pada tahun 2018 dan dijangka siap pada tahun 2019.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1633,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1633",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-12",
        "year": 2017,
        "no": "34",
        "member": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan penguatkuasaan yang dapat diselaraskan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri dan Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia atau Negeri dan Jabatan Pengairan d...",
        "question": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan penguatkuasaan yang dapat diselaraskan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri dan Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia atau Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan usaha bersepadu menangani isu sumber air mentah dicemari ''effluent industry'' ditangani dan majikan dikenakan tindakan undang- undang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nUntuk makluman, pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengamalkan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam menangani isu-isu pencemaran sumber air mentah di negara ini. Pendekatan ini dibuat termasuklah dalam aspek penyiasatan bersepadu, perkongsian maklumat, bantuan pengunaan peralatan dan lain-lain lagi samada secara ad-hoc mahupun secara berkala.\n\r\n\nDalam hal ini juga, tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab akan turut diambil oleh agensi yang sesuai dengan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi masing-masing.\n\r\n\nBagi pihak JAS yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 25 (3), AKAS 1974, dengan hukuman denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali disamping itu denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\r\n\nSelain itu juga, tindakan kompaun boleh dikenakan kepada mana-mana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Di bawah peraturan ini juga tindakan Perintah Larangan bagi pengoperasian peralatan boleh dihentikan jika terbukti kesalahan yang dilakukan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1625,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1625",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-13",
        "year": 2017,
        "no": "42",
        "member": "Datuk Ir. Yong Wui Chung",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah projek tebatan banjir yang telah siap dibina sepanjang tahun ini di Sabah dan perancangan jangka panjang Kementerian bagi menghadapi musim banjir di seluruh negara.",
        "question": "Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah projek tebatan banjir yang telah siap dibina sepanjang tahun ini di Sabah dan perancangan jangka panjang Kementerian bagi menghadapi musim banjir di seluruh negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dan akan melaksanakan sebanyak 18 projek bagi tebatan banjir pada tahun ini di Sabah. Sebanyak 4 projek telah siap sepenuhnya, 3 projek dalam pelaksanaan dan 11 lagi projek akan dilaksanakan.\n\r\nSelain itu, untuk langkah jangka panjang bagi menghadapi musim banjir di seluruh Negara, Kementerian telah dan sedang melaksanakan program-program seperti berikut:\n\r\n1. Pelaksanaan Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRAB)Pemantauan status hujan dan aras air dari semasa ke semasa akan dilaksanakan dan hebahan kadar hujan semasa akan dilaporkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam sebagai persediaan awal. Sistem ramalan banjir yang sedang dibangunkan oleh JPS ini juga akan diuji jalan untuk melengkapkan fasa pembangunan sistem ramalan banjir tersebut. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pemuliharaan sungai-sungai bagi mengatasi risiko banjir di seluruh negara\n\r\nBagi tahun 2017, sejumlah RM257 juta peruntukan telah diluluskan dan diagihkan melalui JPS negeri. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\r\n3. Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan-kawasan kritikal\n\r\nDaripada kajian JPS, anggaran bagi kos projek-projek tebatan banjir di kawasan flood prone area adalah sebanyak RM40 bilion (kajian tahun 2017).\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1648,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1648",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "49",
        "member": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah rizab Tanah Melayu mengikut negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan bagaimanakah perancangan Kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama untuk meningkatkan jumlah Tanah Rizab Me...",
        "question": "Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah rizab Tanah Melayu mengikut negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan bagaimanakah perancangan Kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama untuk meningkatkan jumlah Tanah Rizab Melayu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nUrusan perizapan Tanah Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan. Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan tanah rizab Melayu (TRM) terletak di bawah bidang kuasa negeri dan lebih sesuai dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.\n\r\nJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berperanan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, iaitu memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah.\n\r\nJusteru, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mewujudkan satu jawatankuasa pemandu di peringkat Persekutuan yang menjadi platform perbincangan antara negeri-negeri dan persekutuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan Tanah Rizab Melayu dan perkongsian maklumat serta contoh amalan terbaik negeri-negeri memandangkan urusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1607,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1607",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-04",
        "year": 2017,
        "no": "53",
        "member": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah Kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawal projek pembangunan perumahan di kawasan cerun dan lereng bukit termasuk pembangunan berhampiran tapak kuari dan nyat...",
        "question": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah Kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawal projek pembangunan perumahan di kawasan cerun dan lereng bukit termasuk pembangunan berhampiran tapak kuari dan nyatakan sejauh manakah JAS mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri yang tidak mengikuti nasihat mengenai peraturan dan garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nPindaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah diwartakan pada 28hb Ogos 2015, turut mengambilkira aktiviti PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN yang berkecerunan 250 hingga 350 dan juga AKTIVITI PENGKUARIAN, yang mana pemaju dikehendaki mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan JAS sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan.\n\r\n\nMana mana pemaju atau Pihak Kerajaan Negeri yang tidak mematuhi keperluan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1629,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1629",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-13",
        "year": 2017,
        "no": "54",
        "member": "Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah memberi kesan terhadap alam sekitar terutamanya ekosistem laut.",
        "question": "Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah memberi kesan terhadap alam sekitar terutamanya ekosistem laut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nCadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan WP Labuan dengan tanah besar Negeri Sabah adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak pemaju projek dikehendaki mengemukakan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan kerana cadangan projek tersebut merupakan Aktiviti Yang Ditetapkan dibawah Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu aktiviti 20(c), pembinaan jalan, terowong atau jambatan yang melintasi atau bersebelahan atau berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar,\n\r\n\nEIA adalah merupakan satu kajian untuk mengenalpasti, meramal, menganalisa dan menyampaikan maklumat berkenaan kesan kepada alam sekitar daripada cadangan aktiviti pembangunan. Melalui kajian EIA tersebut dapat ditentukan samada cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan WP Labuan dengan tanah besar Sabah berkemungkinan memberi kesan pencemaran atau sebaliknya ke atas ekosistem laut. Kajian EIA turut akan memperincikan kaedah kawalan pencemaran melalui pelaksanaan Pollution Prevention and Mitigating Measures (P2M2) berdasarkan kepada kesan kepada alam sekitar yang telah dikenalpasti.\n\r\n\n3\n\r\n\nPerkara utama yang perlu dikenalpasti oleh pemaju projek pada peringkat awal penyediaan Laporan EIA ialah cadangan projek juga perlu selari dengan dasar-dasar terkini oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti hutan, hidupan liar, perikanan, ekologi dan sebagainya. Penglibatan pelbagai agensi secara lebih kukuh terutama pada peringkat dasar dapat memastikan pembangunan yang akan dijalankan berada dalam keadaan terkawal dalam memastikan alam sekitar terutama ekosistem laut terjamin daripada pencemaran\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1645,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1645",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-18",
        "year": 2017,
        "no": "59",
        "member": "Dr. Ariffin Bin S.M. Omar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa banyak daripada jumlah RM 2.6 bilion untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Pulau Pinang dari tempoh RMK-9 sehingga RMK-11 telah diberi dan bila bakinya akan diberi supaya masal...",
        "question": "Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak daripada jumlah RM 2.6 bilion untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Pulau Pinang dari tempoh RMK-9 sehingga RMK-11 telah diberi dan bila bakinya akan diberi supaya masalah banjir di Pulau Pinang dapat dikawal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan setakat ini telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.\n\r\nWalaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja (tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan). Pengurangan ini boleh ditakrifkan sebagai penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan selepas penilaian semula skop kerja, reka bentuk dan kos yang terlibat.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1646,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1646",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-18",
        "year": 2017,
        "no": "61",
        "member": "Datuk Rabiyah Binti Ali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar, Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar",
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian serta Kerajaan Tempatan bagi mengekang pembangunan di tanah-tanah tinggi yang meningkatkan risiko berla...",
        "question": "Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian serta Kerajaan Tempatan bagi mengekang pembangunan di tanah-tanah tinggi yang meningkatkan risiko berlakunya kemusnahan kawasan tadahan hujan dan kemungkinan banjir besar berlaku.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSelain dari Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah diwartakan pada 28hb Ogos 2015 yang turut mengambilkira aktiviti PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN yang berkecerunan 250 hingga 350 yang mana pemaju dikehendaki mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan JAS sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan, JAS sentiasa memberikan kerjasama dari segi input teknikal di peringkat perancangan pembangunan kepada pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan tersebut dijalankan secara mapan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1608,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1608",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-04",
        "year": 2017,
        "no": "67",
        "member": "Dr. Ariffin Bin S.M. Omar",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah had/ kuasa negeri terhadap pengurusan sumber air tidak terhakis atau dilucutkan sama sekali di dalam rancangan Kerajaan mendraf RUU bagi penyelarasan pengurusan sumber air...",
        "question": "Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah had/ kuasa negeri terhadap pengurusan sumber air tidak terhakis atau dilucutkan sama sekali di dalam rancangan Kerajaan mendraf RUU bagi penyelarasan pengurusan sumber air ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nObjektif Rang Undang-undang Sumber Air (RUU) adalah bagi tujuan keseragaman undang-undang pengurusan sumber air secara bersepadu (Integrated Water Resource Management – IWRM) di Malaysia. Penggubalan RUU ini merupakan salah satu enabling environment kepada pelaksanaan IWRM. Pada masa ini, perundangan berkaitan pengurusan sumber air antara negeri adalah berbeza antara satu sama lain. RUU ini telah mengambil kira aspek pengurusan sumber air yang lebih meluas berbanding perundangan sedia ada seperti pengurusan pesisir pantai, air tanah, pencemaran serta aspek perubahan iklim (banjir, kemarau dll). \n\r\nRUU ini merupakan satu model law untuk diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dan tidak akan menjejaskan kuasa Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pengurusan sumber air. Ianya selaras dengan Jadual Sembilan - Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan dan pemakaian RUU ini perlu diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri terlebih dahulu sebelum ianya diguna pakai oleh Negeri masing-masing seperti mana Perkara 76(3) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri boleh menerima pakai RUU ini dengan membuat pindaan dan penambaikan yang berkaitan bagi menepati kehendak dan kesesuaian pelanggan serta stakeholders di negeri masing-masing.\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1630,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1630",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-13",
        "year": 2017,
        "no": "67",
        "member": "Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian ada mengeluarkan garis panduan bagi pelupusan barang elektronik untuk mengelakkannya daripada mengancam alam sekitar",
        "question": "Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian ada mengeluarkan garis panduan bagi pelupusan barang elektronik untuk mengelakkannya daripada mengancam alam sekitar",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nBuangan Elektrikal dan Elektronik atau dikenali sebagai e-waste adalah dikategorikan sebagai Buangan Terjadual sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sehubungan dengan itu, segala pelupusan e-waste hendaklah mematuhi sepenuhnya tatacara pelupusan seperti yang telah termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1609,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1609",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-04",
        "year": 2017,
        "no": "71",
        "member": "Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian dalam memastikan usaha pemeliharaan sungai dititikberatkan oleh semua pihak agar kejadian banjir kilat dapat dielakkan.",
        "question": "Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian dalam memastikan usaha pemeliharaan sungai dititikberatkan oleh semua pihak agar kejadian banjir kilat dapat dielakkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa melaksanakan program-program pembersihan sungai di seluruh negara sama ada melalui pendekatan kaedah struktur dan bukan struktur dalam memastikan usaha pemeliharaan sungai dititikberatkan oleh semua pihak agar kejadian banjir kilat dapat dielakkan.\n\r\nLangkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian antaranya adalah:\n\r\n\r\n\n• Penyediaan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);\n\r\n\n• Pemasangan perangkap sisa pepejal seperti log boom dan Gross Pollution Traps (GPT); \n\r\n\n• Projek River of Life (ROL) yang merupakan contoh salah satu usaha Kerajaan dalam mentransfomasikan Sungai Klang dan Sg Gombak menjadi lebih bersih dan hidup (Living);\n\r\n\n• \r\nPublic Outreach Programme (POP) - bagi meningkatkan kesedaran orang awam khasnya masyarakat setempat, dan pelajar institut pendidikan; dan\n\r\n\n• Penggubalan Rang Undang-undang Sumber Air (RUU SA).\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1563,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1563",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-21",
        "year": 2017,
        "no": "2",
        "member": "YBM JAWAB Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah, JUPEM",
        "category_labels": [
            "Tanah",
            "JUPEM"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha terkini yang diambil oleh Kementerian dalam mengawal hidupan liar yang semakin pupus ekoran penerokaan tanah yang berleluasa untuk pembangunan.",
        "question": "YBM JAWAB\n\r\nPuan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha-usaha terkini yang diambil oleh Kementerian dalam mengawal hidupan liar yang semakin pupus ekoran penerokaan tanah yang berleluasa untuk pembangunan.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKerajaan amat komited dalam melindungi hidupan liar agar tidak pupus melalui langkah-langkah berikut:\n\r\n\n1. Mewujudkan kawasan perlindungan seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Pulau Pinang dan rezab-rezab hidupan liar bagi keliaran hidupan liar di habitat semulajadi. Kesemua kawasan perlindungan dapat menyediakan kawasan yang selamat bagi hidupan liar untuk mencari makanan, tempat bersembunyi dan membiak untuk meneruskan kesinambungan generasi hidupan liar tersebut.\n\r\n\n2. Mewujudkan rangkaian koridor ekologi bagi untuk membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang bersambung melalui pembentukan koridor ekologi bagi kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi, hidupan liar dan alam sekitar melalui pelaksanaan Projek Central Forest Spine (CFS). Empat (4) kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia yang membentuk koridor ekologi adalah:\n\r\n\na) Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang – Banjaran Nakawan,\n\r\n\nb) Taman Negara – Banjaran Timur,\n\r\n\nc) Pahang Tenggara, Chini dan kawasan berpaya Bera, dan\n\r\n\nd) Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.\n\r\n\n\r\n\r\n\n3. Jabatan PERHILITAN sedang dalam proses meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) bagi mengenakan hukuman denda yang lebih berat dan juga mencadangkan bagi dikenakan hukuman sebatan untuk kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab dan kezaliman terhadap hidupan liar. Pindaan yang sedang dirangka juga akan memasukkan kawalan terhadap aktiviti pengiklanan atau promosi hidupan liar di dalam talian.\n\r\n\n4. Selain itu, program penguatkuasaan seperti 1MBEON dan Ops Khazanah juga dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan semua hidupan yang terancam dilindungi daripada dieksploitasi secara tidak terkawal dan mencegah daripada penyeludupan. Program penguatkuasaan ini turut mengaplikasikan penguatkuasaan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, International police (INTERPOL), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS).\n\r\n\n5. Melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Spesies-Spesies Hidupan Liar Terancam seperti Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) (2013 – 2022) dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCAP) (2008-2020) bagi menangani ancaman yang dihadapi oleh gajah dan harimau akibat fragmentasi hutan, kehilangan habitat, pemburuan haram dan pembunuhan hidupan liar oleh orang awam akibat konflik. Sasaran utama Pelan ini adalah untuk mewujudkan keseimbangan antara konservasi hidupan liar tersebut dan aktiviti pembangunan semasa di Semenanjung Malaysia.\n\r\n\n6. Kerajaan juga menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ iaitu melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semulajadi. Sehingga kini, terdapat 11 pusat pembiakan hidupan liar yang diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Antara spesies yang berjaya dibiak dan dilepaskan ke habitat semulajadi adalah seladang, tapir, rusa, kijang dan burung kuang.\n\r\n\nTuan Yang Dipertua,\n\r\n\n7. Bagi pengurusan populasi hidupan liar yang diancam kepupusan ekoran kehilangan habitat, Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama kerajaan negeri sedang dan akan membangunkan beberapa kawasan untuk dijadikan santuari yang mana antaranya ialah:\n\r\n\n Pembangunan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) di Lanchang, Pahang merangkumi keluasan 80 ha bagi tujuan meliarkan semula harimau sebelum pelepasan di hutan-hutan terpilih.\n\r\n\n Pembangunan Pusat Pentadbiran Santuari Gajah Johor (JES) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor. JES berkeluasan 72.9ha dan 466ha kawasan padang ragut gajah sedang dalam pembinaan koridor CFS 2 Primary Linkage 3 yang menghubungkan Hutan Simpan Panti dan Hutan Simpan Ulu Sedeli Selatan sebagai satu program konservasi gajah di Negeri Johor.\n\r\n\n Mencadangkan penubuhan Amanjaya Elephant Sanctuary (AJES) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak di Hutan Simpan Amanjaya dan Taman Negeri DiRaja Belum, Perak yang berkonsepkan konservasi gajah serta kemudahan ekopelancongan\n\r\n\n8. Bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan orang ramai terhadap konservasi biodiversiti, pelbagai program Communication, Education dan Public Awareness (CEPA) juga dilaksanakan secara berterusan seperti Program Pendidikan Biodiversiti, pameran, ceramah dan program bersama masyarakat setempat. Sebanyak 130 program CEPA telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN pada tahun 2016. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah para pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1552,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1552",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-15",
        "year": 2017,
        "no": "4",
        "member": "YBTM JAWAB Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan hutan di seluruh Malaysia mengikut negeri dan berapakah jumlah kerugian setiap tahun kerana aktiviti pembalakan haram mengikut negeri.",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\nPuan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan hutan di seluruh Malaysia mengikut negeri dan berapakah jumlah kerugian setiap tahun kerana aktiviti pembalakan haram mengikut negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nJumlah keluasan berhutan di Malaysia pada tahun 2015 adalah berjumlah 18.25 juta hektar, di mana Semenanjung Malaysia seluas 5.78 juta hektar, Sabah 4.44 juta hektar dan Sarawak 8.03 juta hektar. Bagi Semenanjung Malaysia, seluas 4.83 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).\n\r\nPembalakan haram adalah merupakan sebarang aktiviti pembalakan yang dilakukan tanpa lesen secara terancang dengan penggunaan jentera berat. Bagi tempoh 2006 hingga 2016, sebanyak 256 kes pembalakan haram telah direkodkan di Semenanjung Malaysia dengan tangkapan seramai 229 orang yang melibatkan kerugian hasil hutan bernilai RM 15.2 juta.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1560,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1560",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-16",
        "year": 2017,
        "no": "13",
        "member": "YBTM JAWAB Datin Rahimah Binti Haji Mahamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan mengenai polisi dan halatuju Malaysia dalam CDM (Clean Development Mechanism) dan 'carbon trade' seiring dengan ketetapan dan prosedur yang ditetapkan oleh United Nation Framework on Cli...",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\nDatin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai polisi dan halatuju Malaysia dalam CDM (Clean Development Mechanism) dan 'carbon trade' seiring dengan ketetapan dan prosedur yang ditetapkan oleh United Nation Framework on Climate Change Control dan kedudukan terkini isu 'carbon trade' Kerajaan negeri Kelantan yang menjalankan usahasama dengan sebuah firma swasta.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKomitmen Negara ke atas kawalan perlepasan karbon adalah melalui program Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism – CDM) di bawah Protokol Kyoto. CDM diwujudkan di bawah Protokol Kyoto dengan tujuan untuk membantu negara-negara membangun mencapai pembangunan lestari dan menyumbang kepada objektif Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) serta membantu negara maju untuk mematuhi komitmen mereka di bawah Artikel 3 Protokol tersebut. Pelaksanaan CDM bukan sahaja melindungi alam sekitar tetapi menjadi sumber kepada pertumbuhan ekonomi dan juga pembangunan sosial. Program CDM memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang mengurangkan pelepasan GHG serta turut membantu menangani pencemaran lain seperti pencemaran air dan udara.\n\r\n\nMekanisme CDM juga membolehkan pemaju projek berkaitan alam sekitar mendapatkan pemindahan teknologi, pelaburan dan juga hasil daripada penjualan Certified Emmision Reductions (CERs). Malaysia mempunyai 143 projek CDM yang berdaftar dengan CDM Executive Board. Jumlah ini adalah 1.9% daripada projek-projek CDM yang didaftarkan di seluruh dunia dan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.7 juta. Sehingga Disember 2016, Malaysia telah menjana lebih 10 juta tan kredit hasil daripada pelaksanaan CDM. Mengambil kira harga purata USD10 untuk setiap tan, pelaksanaan CDM telah menghasilkan pendapatan sebanyak USD100 juta kepada pemaju-pemaju projek CDM di Malaysia. Pelaksanaan program\n\r\n\nCDM di Malaysia adalah selari dengan ketetapan dan piawaian urusniaga kredit karbon antarabangsa di bawah UNFCCC.\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nBagi isu perjanjian urusniaga karbon di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan sebuah entiti swasta, Kementerian kekal berpandangan untuk tidak menyokong perjanjian urusniaga kredit karbon tersebut kerana:\n\r\n\ni. Pelaksanaan mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+) adalah berasaskan mekanisme bukan pasaran (non-market mechanism) di mana tiada kredit karbon sektor hutan yang akan didagangkan; dan\n\r\n\nii. Dana antarabangsa bagi REDD+ yang sedang dirundingkan oleh negara adalah tertakluk kepada verifikasi data dan maklumat perhutanan berdasarkan kepada piawai pelaporan antarabangsa di bawah UNFCCC. Susulan daripada itu, Kementerian telah melaksanakan perkara-perkara berikut:\n\r\n\ni. Mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menjelaskan pendirian Kerajaan mengenai pelaksanaan mekanisme REDD+;\n\r\n\nii. Mengemukakan secara bertulis maklumat mengenai mekanisme REDD+ kepada kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkepentingan yang lain; dan\n\r\n\niii. Bersedia untuk memberikan penjelasan dasar dan teknikal kepada mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkepentingan yang ingin mengetahui mengenai mekanisme REDD+. Dalam hal ini, Kementerian telah memberikan taklimat mekanisme REDD+ kepada Kerajaan Negeri Sembilan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1556,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1556",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-17",
        "year": 2017,
        "no": "16",
        "member": "Datuk Zali Bin Mat Yasin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan yang berlaku dan berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian.",
        "question": "Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan yang berlaku dan berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian komited untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan, pembalakan haram dan kes-kes kesalahan hutan lain. Di antara usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan dan pembalakan haram adalah sepertimana berikut:\n\r\n\ni. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan hutan secara berkala dan bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON), Centralised Enforcement Team (CET) dan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;\n\r\n\nii. Pemantauan kawasan litupan hutan melalui penggunaan aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan yang disokong dengan penggunaan dron, sensor hyperspectral, Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\n\r\n\niii. Tumpuan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terutama kawasan-kawasan berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang dikenalpasti;\n\r\n\n\r\n\niv. Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan\n\r\n\nv. Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.\n\r\n\nDi Semenanjung Malaysia sejumlah 1,673 kes pencerobohan dan kesalahan hutan, manakala 70 kes adalah pembalakan haram telah direkodkan mulai 2011 sehingga Jun 2017. Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 507 kes telah berjaya di selesaikan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1549,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1549",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-14",
        "year": 2017,
        "no": "17",
        "member": "Dato' Hajah Fahariyah Binti Hj Md Nordin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan kes-kes pencemaran sisa buangan industri yang mencemar sumber air di setiap negeri dan apakah tindakan paling efektif Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan sumber air mentah tida...",
        "question": "Dato' Hajah Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kes-kes pencemaran sisa buangan industri yang mencemar sumber air di setiap negeri dan apakah tindakan paling efektif Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan sumber air mentah tidak dicemari dengan pelepasan sisa buangan ini yang menyebabkan masalah penutupan loji rawatan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian memandang serius tentang isu pengurusan sisa buangan industri khususnya buangan terjadual dan berbahaya yang berpotensi mencemarkan sumber air dan tanah serta membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar.\n\r\nBagi tempoh 2014 – 2016, terdapat 7 kes pencemaran sumber air yang berpunca daripada sisa buangan industri iaitu:\n\r\na. empat (4) di Negeri Selangor;\n\r\nb. dua (2) di Negeri Johor; dan\n\r\nc. satu (1) di Negeri Sabah.\n\r\nTiada kes pencemaran sumber air berpunca daripada pembuangan sisa industri pada tahun 2017 setakat ini. Antara tindakan efektif yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar ke arah mencegah dan mengawal pencemaran kualiti air sungai adalah:\n\r\na. Memberi kuasa atau empowerment kepada industri supaya melaksanakan aktiviti kawalan kendiri atau self-regulation melalui:\n\r\ni. pemantauan prestasi alat kawalan pencemaran;\n\r\nii. perekodan dan pelaporan pemantauan pelepasan pencemaran secara online; dan\n\r\niii. mewajibkan orang yang berwibawa (competent person) atau orang berkelayakan memantau pengurusan alam sekitar terutama pengoperasian alat kawalan pencemaran di premis masing-masing.\n\r\nb. Pemantauan secara desktop enforcement melalui sistem pemantauan jarak jauh menerusi sistem telemetri dan Online Environmental Reporting (OER) yang diwajibkan kepada pihak industri.\n\r\nc. Menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti amaran bertulis di lapangan (field citation), Notis Arahan, tawaran kompaun, penyitaan peralatan, perintah larangan operasi atau tindakan mahkamah ke atas mana-mana punca yang didapati tidak patuh.\n\r\nd. Menyemak semula peruntukan lapuk Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan yang berkaitan sebagai penambahbaikan selaras dengan perkembangan teknologi kawalan pencemaran terkini dan kaedah pengurusan alam sekitar yang dinamik dan kompleks.\n\r\ne. Memperkasakan program pengawasan kualiti air sungai secara Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership – PPP) melalui syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan. Melalui program ini, 30 buah stesen pengawasan kualiti air\n\r\nsungai automatik telah ditempatkan di hulu takat pengambilan air bagi Loji Rawatan Air (LRA) yang bertujuan memberi amaran awal (early warning system) dan memperolehi bacaan secara real-time dalam pengesanan pencemaran Loji Rawatan Air.\n\r\nf. Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) sejak tahun 2015 di setiap Kawasan Parlimen yang bertujuan sebagai mata dan telinga kepada Jabatan Alam Sekitar dalam memantau dan melaporkan kes-kes pencemaran supaya tindakan pencegahan dapat diambil dengan segera, cepat dan berkesan.\n\r\nSelain itu, mana-mana orang yang melakukan kesalahan mencemarkan air sungai boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 25 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali disamping denda tambahan tidak lebih daripada RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1564,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1564",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "17",
        "member": "Datuk Yoo Wei How",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah status terkini inisiatif melindungi alam sekitar daripada Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD) serta perkembangan terkini Kerajaan mendapatkan 'Dana Iklim Hijau' daripada Konvens...",
        "question": "Datuk Yoo Wei How minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status terkini inisiatif melindungi alam sekitar daripada Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD) serta perkembangan terkini Kerajaan mendapatkan 'Dana Iklim Hijau' daripada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nPada masa ini, Malaysia sedang membangunkan dasar bagi program Reducing Emissions from Deforestation and Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+) di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). \n\r\nMalaysia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan Results Based Payments (RBP) REDD+ melalui dana Green Climate Fund (GCF). Dana RBP ini akan digunakan untuk pelaksanaan program REDD+. Pada masa ini, pihak GCF sedang memuktamadkan rundingan dan perbincangan bagi mekanisme pembiayaan tersebut.\n\r\nMalaysia juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat antarabangsa dan nasional serta 'engagement' dengan pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme REDD+ berjalan lancar. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1550,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1550",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-14",
        "year": 2017,
        "no": "22",
        "member": "Datuk Haji Abidullah Bin Salleh",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan spesis terancam Pokok Karas tidak pupus akibat daripada aktiviti pembalakan haram yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab u...",
        "question": "Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan spesis terancam Pokok Karas tidak pupus akibat daripada aktiviti pembalakan haram yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kayunya yang amat mahal.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dan berterusan bagi menangani kegiatan pencerobohan dan kecurian gaharu di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal. Aktiviti penguatkuasaan juga dilaksanakan secara bersepadu melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON), Centralised Enforcement Team (CET) dan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) bagi membanteras dan memantau aktiviti pencerobohan,penebangan, kecurian dan penyeludupan gaharu.\n\r\nDi antara rancangan Kerajaan untuk memastikan spesis terancam Pokok Karas tidak pupus adalah seperti berikut:\n\r\n1. Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] telah dikuatkuasakan sejak tahun 2010. Akta ini digubal bagi memastikan Malaysia memenuhi obligasi pengawalan spesies perdagangan antarabangsa yang diancam kepupusan di bawah Konvensyen tentang Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora – CITES). Pokok karas merupakan salah satu spesies yang telah disenaraikan dalam senarai Appendix II, Convention on International Trade in Endangered Species\n\r\n3\n\r\nof Wild Fauna and Flora (CITES). Akta ini menghalang perdagangan gaharu tanpa lesen dan menguatkuasakan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies gaharu. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah menubuhkan jawatankuasa induk bagi CITES dan jabatan dan agensi berkaitan terlibat sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Pihak Berkuasa Saintifik (Scientific Authority-SA) yang melaksanakan penguatkuasaan dan langkah-langkah pemuliharaan yang berterusan;\n\r\n2. Pemeliharaan pokok karas melalui penubuhan ladang karas. Sehingga akhir tahun 2015 lebih kurang 2,800 hektar ladang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah ditubuhkan.\n\r\n3. Melaksana dan menguatkuasakan Kaedah Pelesenan dan Pemantauan/Kawalan Pengusahasilan Karas (Aquilaria spp) melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bilangan 1 Tahun 2011 – Garis Panduan Pelesenan Pengusahasilan dan Pemprosesan Kayu Karas/Gaharu Di Semenanjung Malaysia untuk memastikan pengurusan dan pengusahasilan gaharu secara mampan dan berkekalan;\n\r\n4. Menyediakan Manual Pengecaman Spesies Aquilaria di Semenanjung Malaysia dan Manual Penggredan Gaharu untuk kegunaan semua pihak yang berkepentingan; dan\n\r\n5. Menjalankan penyelidikan yang menyeluruh merangkumi peringkat huluan dan hiliran untuk menyokong pembangunan serta perkembangan industri Gaharu di Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1551,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1551",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-14",
        "year": 2017,
        "no": "33",
        "member": "Tuan Wilfred Yong Chen Leong",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sasaran Kerajaan dalam mengurangkan pencemaran karbon dan mewujudkan persekitaran bandar dan luar bandar yang lebih selesa dan kondusif.",
        "question": "Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sasaran Kerajaan dalam mengurangkan pencemaran karbon dan mewujudkan persekitaran bandar dan luar bandar yang lebih selesa dan kondusif.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAntara hasil utama Persidangan Ke-21 UNFCCC adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.\n\r\nAntara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan ‘Intended NDC’ (INDC) kepada UNFCCC pada 27 November 2015.\n\r\nMenurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45% berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005menjelang tahun 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan ‘Roadmap for effective implementation of NDC and adoption to the Paris Agreement’. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran INDC negara. Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC Negara Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:\n\r\n1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);\n\r\n2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;\n\r\n3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);\n\r\n4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;\n\r\n5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;\n\r\n6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;\n\r\n7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;\n\r\n8. Membangunkan program bio-diesel B5;\n\r\n9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;\n\r\n10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);\n\r\n11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan\n\r\n12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)\n\r\nInisiatif-inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC Negara dan secara tidak langsung menyumbang kepada persekitaran dan kehidupan yang kondusif.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1561,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1561",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-16",
        "year": 2017,
        "no": "38",
        "member": "Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian sedar atau tidak sistem pengaliran air di kawasan Rantau Panjang berada dalam keadaan tidak sempurna, di samping limpahan air dari Sungai Golok yang menyebabkan ...",
        "question": "Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kementerian sedar atau tidak sistem pengaliran air di kawasan Rantau Panjang berada dalam keadaan tidak sempurna, di samping limpahan air dari Sungai Golok yang menyebabkan kawasan Rantau Panjang akan dilanda banjir pada setiap tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sedar akan masalah yang dihadapi di kawasan Rantau Panjang dan Sungai Golok. Pembangunan dan pemajuan tanah yang pesat di bahagian hulu sungai telah menjejaskan sistem aliran air permukaan dan secara langsung menambah kapasiti air sungai yang menyebabkan Sungai Golok tidak dapat lagi menampung peningkatan kuantiti air ini dan melimpahi tebing. \n\r\nMenyedari hakikat ini, bagi langkah jangka panjang, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang merangka untuk menyediakan Pelan Integrated River Basin Managament (IRBM) Sg Golok. Pelan ini akan di bawa dalam perbincangan bersama dengan pihak Kerajaan Thailand kelak setelah 'Memorandum of Understanding (MOU) For The Joint Decarmation And Survey Of The Fixed And Permanent International Boundary Between Malaysia And Thailand Along Sg. Golok (Golok River)' siap diperincikan dan dipersetujui oleh kedua-dua negara.\n\r\nIRBM merupakan proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah serta sumber-sumber lain, merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai dan juga negeri-negeri di dalamnya.\n\r\nKementerian juga menyedari situasi hujan dan banjir di kawasan Rantau Panjang yang mana Angin Monsun Timur Laut membawa hujan lebat dan menyebabkan kejadian banjir berlaku dengan meluasnya dari bulan November hingga Januari.\n\r\nDi bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 yang merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Pantai.\n\r\nWalau bagaimanapun, penyelesaian menyeluruh (total solution) perlu dilaksanakan yang melibatkan keseluruhan Lembangan Sungai Golok bagi mengatasi banjir di kawasan lembangan ini meliputi dari Tumpat hingga Jeli termasuk kawasan Rantau Panjang. Penyelesaian menyeluruh ini dicadang untuk dilaksanakan dalam Fasa 2 dan Fasa 3. Tempoh masa pelaksanaan projek ini akan melangkaui RMKe-12 dan RMKe-13.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1557,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1557",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-17",
        "year": 2017,
        "no": "43",
        "member": "SOALAN: Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan pembalakan hutan secara haram dan jumlah keluasan hutan yang telah diteroka untuk aktiviti pertanian secara haram di seluruh negara sehingga kini. Berapakah jumlah kerugi...",
        "question": "SOALAN: Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan pembalakan hutan secara haram dan jumlah keluasan hutan yang telah diteroka untuk aktiviti pertanian secara haram di seluruh negara sehingga kini. Berapakah jumlah kerugian di pihak Kerajaan serta nyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi mengekang kedua-dua aktiviti ini.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSehingga Jun 2017 seluas 18,533 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah diteroka untuk tujuan pertanian di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada keluasan tersebut seluas 502.61 hektar adalah merupakan kawasan yang terlibat dengan aktiviti pembalakan haram.Bagi tempoh 2006 hingga 2016, sebanyak 256 kes pembalakan haram telah direkodkan di Semenanjung Malaysia dengan tangkapan seramai 229 orang yang melibatkan kerugian hasil hutan bernilai RM 15.2 juta.\n\r\n\nDi antara tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak Kementerian adalah sepertimana berikut:\n\r\n\ni. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan hutan secara berkala dan bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON), Centralised Enforcement Team (CET) dan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;\n\r\n\nii. Pemantauan kawasan litupan hutan melalui penggunaan aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan yang disokong dengan penggunaan dron, sensor hyperspectral, Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\n\r\n\niii. Tumpuan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terutama kawasan-kawasan berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang dikenalpasti;\n\r\n\niv. Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan\n\r\n\nv. Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.\n\r\n\nDi samping itu, pihak Kementerian melalui Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, IPJPSM telah meningkatkan usaha-usaha untuk memastikan kes-kes kesalahan hutan yang berlaku dibuat pertuduhan ke Mahkamah untuk mendapatkan hukuman yang setimpal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Sehingga Mei 2017 sebanyak 147 kes telah berjaya di selesaikan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1562,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1562",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-16",
        "year": 2017,
        "no": "56",
        "member": "Datuk Rabiyah Binti Ali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kerajaan Persekutuan dan agensi penguatkuasaan Persekutuan serta PBT dapat membantu Majlis Sumber Air Negeri dalam memastikan kualiti air di kawasan sumber air mentah seluruh n...",
        "question": "Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana Kerajaan Persekutuan dan agensi penguatkuasaan Persekutuan serta PBT dapat membantu Majlis Sumber Air Negeri dalam memastikan kualiti air di kawasan sumber air mentah seluruh negeri tidak mengalami risiko pencemaran ketara yang akan menyebabkan masalah bekalan air bersih.",
        "answer": "Tuan Yang Di Pertua,\n\r\nPencemaran sungai merupakan tanggungjawab semua pihak. Undang-undang berkaitan di bawah bidang kuasa pelbagai agensi, jabatan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan perlu diselaraskan, supaya tindakan yang lebih berkesan dapat diambil ke atas pihak yang menyebabkan pencemaran sumber air.\n\r\nPendekatan Pengurusan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management – IRBM) dilihat lebih lengkap dan padu kerana ia merangkumi elemen penguatkuasaan (enforcement), pencegahan (preventive) dan perundangan (legislation). IRBM merupakan proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah serta sumber-sumber lain, merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai dan juga negeri-negeri di dalamnya. Melalui pendekatan pengurusan bersepadu seperti IRBM ini, antara lain dapat membantu Majlis Sumber Air Negeri (MSANg) dalam hal berkaitan pengurusan sumber air negeri. \n\r\nDi samping itu, Kementerian juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air Negara (RUU SAN) bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air dan penjagaan sungai di seluruh negara. Ini merupakan salah satu usaha Kementerian dalam melengkap dan mengukuhkan penguatkuasaan kawalan pencemaran dari segi perundangan dan ini dilihat akan membawa kepada pembangunan Negara yang mapan di mana wujudnya sungai yang bersih, air yang mencukupi, selamat serta persekitaran yang kondusif untuk kehidupan.\n\r\nPemakaian RUU SAN khususnya di peringkat negeri akan dapat memastikan kualiti sumber air dipelihara. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1553,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1553",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-15",
        "year": 2017,
        "no": "75",
        "member": "Datuk Koh Chin Han",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dari aspek langkah-langkah penguatkuasaan bagi membanteras gejala pembakaran terbuka secara haram terutamanya dalam ...",
        "question": "Datuk Koh Chin Han minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dari aspek langkah-langkah penguatkuasaan bagi membanteras gejala pembakaran terbuka secara haram terutamanya dalam kalangan petani dan pesawah kecil.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan semua pihak yang berkaitan dalam pengurusan alam sekitar negara termasuk hal-hal berkaitan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras gejala pembakaran terbuka.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kerjasama dengan kerajaan negeri dalam membanteras aktiviti pembakaran terbuka telah lama terjalin iaitu sejak tahun 2000 melalui perwakilan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9 lagi, kerjasama dengan kerajaan negeri juga telah bermula melalui pelaksanaan Projek Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut iaitu di Negeri Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Melalui projek ini, pembinaan check dam (menyekat dan mengawal paras air dalam terusan tanah gambut) dan telaga air tanah (air akan dipam dan disalurkan ke kawasan tanah gambut) iaitu pendekatan pencegahan pembakaran berterusan di tanah gambut telah dilaksanakan. Menara tinjau juga telah dibina bagi pemantauan awal untuk mengesan pembakaran terbuka selain mengawasi kawasan tanah gambut daripada dicerobohi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n4. Bagi mengatasi pembakaran terbuka di kawasan ladang, Kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan engan Kementerian Perusahaan Perladangan dan \n\r\nKomoditi (MPIC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Industri Asas Tani (MOA) bagi mulai tahun 2016 bagi mulai tahun 2016 bagi melaksanakan Kerangka Kerja Pelan Tindakan Mencegah melaksanakan Kerangka Kerja Pembakaran Terbuka Ketika Musim Panas dan Kering di Kawasan Ladang dan Sektor Pertanian. Ladang dan Sektor Pertanian. \n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n5. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar juga telah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri menerusi pengwujudan rangkaian stesen pemantauan kualiti air dan udara di seluruh negara. Indeks kualiti udara akan dikongsi bersama bagi memantau kejadian jerebu selain sebagai maklumat perancangan pembangunan tanah oleh kerajaan negeri. Dokumen Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar telah digunapakai oleh semua kerajaan negeri sebagai panduan dan langkah siap sedia pencegahan pembakaran terbuka dan mengatasi kejadian jerebu setempat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n6. Di peringkat penguatkuasaan pula, tindakan penguatkuasan bersepadu mencegah pembakaran terbuka melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1558,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1558",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-17",
        "year": 2017,
        "no": "79",
        "member": "Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan bilangan kes pencemaran 'leachate' dari tapak pelupusan (landfills) pada tahun 2016 dan 2017 dengan pecahan mengikut negeri-negeri dan inisiatif yang diambil untuk memastikan keselamatan...",
        "question": "Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kes pencemaran 'leachate' dari tapak pelupusan (landfills) pada tahun 2016 dan 2017 dengan pecahan mengikut negeri-negeri dan inisiatif yang diambil untuk memastikan keselamatan air mentah termasuk meningkatkan hukuman terhadap mereka yang mencemarkan sungai",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n1. Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 25 kes pencemaran air larut resap dari tapak pelupusan sanitari berlaku dari tahun 2016 sehingga 2017. Kesemua kes tersebut berlaku di negeri Johor.\n\r\n\n2. Peraturan–Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) telah diperkenalkan sejak tahun 2009 bagi tujuan mencegah pencemaran berlaku dari pengurusan tapak pelupusan sampah yang mana berpotensi menjejaskan keselematan dan kualiti air mentah.\n\r\n\n3. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar telah mewajibkan Kaedah Kawalan Kendiri atau Self-Regulation kepada pengendali atau kontraktor tapak pelupusan supaya lebih bertanggungjwab menguruskan tapak pelupusan dengan lebih selamat. Melalui kaedah ini, Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan pemantauan secara desktop enforcement dengan menggunakan sistem pemantauan jarak jauh menerusi sistem telemetri dan Sistem Online Environmental Reporting sebagai kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua pengendali tapak pelupusan sampah.\n\r\n\n4. Jawatankuasa Teknikal Kawalan Pencemaran Alam Sekitar dari Tapak Pelupusan Sisa Pepejal telah diwujudkan sejak tahun 2015 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAS yang bertujuan memantau isu pencemaran dari tapak pelupusan sampah. Selain JAS, jawatankuasa ini dianggotai oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) serta operator pengendali. Jawatankuasa ini bertindak untuk menyelaraskan dan menyelesaikan isu-isu berhubung dengan pencemaran khususnya berpunca tapak pelupusan sampah.\n\r\n\nTuan Yang Dipertua\n\r\n\n5. Pada masa ini pihak Kerajaan belum berhasrat untuk meningkatkan hukuman terhadap pesalah yang didapati melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.\n\r\n\n6. Berdasarkan peraturan semasa, mana-mana orang yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya tidak melebihi RM1,000.00 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\r\n\n7. Selain hukuman di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009, pesalah juga boleh\n\r\n\ndikenakan hukuman di bawah peruntukan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu denda tidak lebih daripada RM 500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1,000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\r\n\n8. Kementerian mengambil kesempatan ini untuk menyarankan supaya tindakan menangani isu pencemaran sumber air ditangani secara bersepadu dan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan agensi-agensi berwajib seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Badan Kawal Selia Air Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ini kerana agensi-agensi berwajib ini juga mempunyai peruntukan perundangan masing-masing untuk mencegah pencemaran air terutama air sungai.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1554,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1554",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-15",
        "year": 2017,
        "no": "83",
        "member": "Puan Azizah Binti Haji Harun",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana Kementerian memastikan serangan populasi burung di kawasan pantai Sepang dan membantu institusi pendidikan mengawal kehadiran populasi burung agar tidak mencemarkan kawasan dan...",
        "question": "Puan Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana Kementerian memastikan serangan populasi burung di kawasan pantai Sepang dan membantu institusi pendidikan mengawal kehadiran populasi burung agar tidak mencemarkan kawasan dan membawa risiko penyakit atau wabak.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa menjalankan kaedah pengurusan terbaik dalam menangani masalah gangguan hidupan liar terutamanya di kawasan penempatan manusia seperti di kawasan pantai Sepang. Antara punca konflik hidupan liar-manusia ini berlaku akibat kehilangan habitat ekoran penerokaan tanah yang berleluasa untuk pembangunan. Bagi mengatasi masalah serangan burung di sesuatu kawasan, terdapat beberapa kaedah self-regulatory yang boleh diambil iaitu:\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\ni. Memasang alat ultrasonic yang digunakan khas untuk menghalang burung daripada menghampiri premis.\n\r\n\nii. Memasang lampu bercahaya kuning di sekeliling premis\n\r\n\niii. Memotong dahan pokok berhampiran premis supaya tidak merimbun yang menjadi tempat burung bertenggek; dan\n\r\n\niv. Memasang jaring pada lubang yang menjadi laluan masuk burung ke dalam premis.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1555,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1555",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-15",
        "year": 2017,
        "no": "93",
        "member": "Datuk Dr. Lucas Umbul",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan dan tindakan Kementerian berkaitan cadangan projek penstabilan tebing-tebing Sungai Padas dan Sungai Pegalan serta rancangan tebatan banjir Daerah Tenom, Sabah yang pe...",
        "question": "Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan dan tindakan Kementerian berkaitan cadangan projek penstabilan tebing-tebing Sungai Padas dan Sungai Pegalan serta rancangan tebatan banjir Daerah Tenom, Sabah yang perlu dilaksanakan dengan segera oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar keruntuhan tebing-tebing sungai yang menjejaskan keselamatan penduduk serta merosakkan harta benda awam terutama pada musim tengkujuh.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas dalam Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11). Bagi tahun 2017, sejumlah RM5 juta peruntukan telah diluluskan. Kerja-kerja pengukuran kejuruteraan dan reka bentuk sedang dilaksanakan dan kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan pada tahun 2018. Antara komponen projek yang akan dibina adalah pembinaan ban dan flood wall, pembinaan kolam takungan, pembinaan rumah pam. Risiko banjir yang merosakkan harta benda awam pada musim tengkujuh di Pekan Tenom dan sekitarnya dijangka akan dapat dikurangkan apabila projek ini siap kelak.\n\r\nSelain itu, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukakan permohonan dalam RP3 RMKe-11 projek Rancangan Pengukuhan Tebing Sungai Sg. Padas Daerah Tenom Sabah dengan kos RM90.9 juta dan projek Rancangan Pengukuhan Tebing Sungai Pegalan, Daerah Tenom Sabah yang juga berjumlah RM90.9 juta. Pelaksanaan projek-projek akan dapat mengurangkan kadar keruntuhan tebing-tebing sungai sekitar daerah Tenom yang menjejaskan keselamatan penduduk serta merosakkan harta benda awam pada musim tengkujuh.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1559,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1559",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-17",
        "year": 2017,
        "no": "98",
        "member": "Datuk Ng Chiang Chin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan kekal yang masih ada serta peratusan hutan mengikut keluasan negeri-negeri, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Neg...",
        "question": "Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan kekal yang masih ada serta peratusan hutan mengikut keluasan negeri-negeri, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri untuk membanteras pembalakan dan penerokaan tanah secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKeluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 5,773,363 hektar, di mana seluas 4,818,620 hektar merupakan kawasan hutan yang telah diwarta sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia mengikut negeri adalah seperti jadual berikut:\n\r\n\nJadual : Keluasan Kawasan Berhutan di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2016\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha menangani pencerobohan dan penerokaan hutan secara haram. Di antara langkah-langkah yang\n\r\n\nNEGERI\n\r\n\nKELUASAN TANAH (ha)\n\r\n\nKELUASAN TANAH BERHUTAN\n\r\n\nHUTAN SIMPANAN KEKAL\n\r\n\n(HSK)\n\r\n\nTelah Diwarta (ha)\n\r\n\nBelum Diwarta (ha)\n\r\n\nJumlah (ha)\n\r\n\n%\n\r\n\nJohor\n\r\n\n1,901,600\n\r\n\n449,212\n\r\n\n333,721\n\r\n\n80,907\n\r\n\n414,628\n\r\n\n21.8\n\r\n\nKedah\n\r\n\n942,500\n\r\n\n342,431\n\r\n\n341,976\n\r\n\n0\n\r\n\n341,976\n\r\n\n36.3\n\r\n\nKelantan\n\r\n\n1,510,500\n\r\n\n812,196\n\r\n\n615,056\n\r\n\n20,381\n\r\n\n635,437\n\r\n\n42.1\n\r\n\nMelaka\n\r\n\n165,200\n\r\n\n5,385\n\r\n\n5,137\n\r\n\n0\n\r\n\n5,137\n\r\n\n3.1\n\r\n\nNegeri Sembilan\n\r\n\n665,709\n\r\n\n158,089\n\r\n\n155,650\n\r\n\n0\n\r\n\n155,650\n\r\n\n23.4\n\r\n\nPahang\n\r\n\n3,596,500\n\r\n\n2,056,678\n\r\n\n1,558,880\n\r\n\n1,033\n\r\n\n1,559,913\n\r\n\n43.4\n\r\n\nPerak\n\r\n\n2,102,200\n\r\n\n1,021,780\n\r\n\n997,604\n\r\n\n1,869\n\r\n\n999,473\n\r\n\n47.5\n\r\n\nPerlis\n\r\n\n79,500\n\r\n\n11,532\n\r\n\n10,615\n\r\n\n184\n\r\n\n10,799\n\r\n\n13.6\n\r\n\nPulau Pinang\n\r\n\n103,100\n\r\n\n7,761\n\r\n\n5,101\n\r\n\n959\n\r\n\n6,060\n\r\n\n5.9\n\r\n\nSelangor\n\r\n\n793,020\n\r\n\n250,860\n\r\n\n250,129\n\r\n\n0\n\r\n\n250,129\n\r\n\n31.5\n\r\n\nTerengganu\n\r\n\n1,295,600\n\r\n\n655,390\n\r\n\n544,883\n\r\n\n0\n\r\n\n544,883\n\r\n\n42.1\n\r\n\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\r\n\n29,200\n\r\n\n2,049\n\r\n\n68\n\r\n\n0\n\r\n\n68\n\r\n\n0.2\n\r\n\nJumlah\n\r\n\n13,184,629\n\r\n\n5,773,363\n\r\n\n4,818,820\n\r\n\n105,333\n\r\n\n4,924,153\n\r\n\n37.3\n\r\n\n3\n\r\n\ndiambil oleh Kementerian bagi mengawal dan mencegah kegiatan penerokaan haram dan pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah:\n\r\n\n(i) Pemantauan pematuhan Catuan Tebangan Tahunan secara berkala setiap suku tahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Operasi Hutan (JKPOH), secara tahunan melalui Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dan setiap lima (5) tahun melalui Majlis Tanah Negara;\n\r\n\n(ii) Penguatkuasaan hutan secara bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET) serta penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang terlatih serta dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;\n\r\n\n(iii) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; penggunaan sensor hyperspectral; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\n\r\n\n(iv) Meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa terutama kawasan-kawasan yang dikenal pasti\n\r\n\n4\n\r\n\nberisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang telah dikenalpasti;\n\r\n\n(v) Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan\n\r\n\n(vi) Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1647,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1647",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_NEGARA",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 4,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-12-18",
        "year": 2017,
        "no": "68",
        "member": "Tuan Wilfred Yong Chen Leong",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan tahap kesedaran pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.",
        "question": "Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap kesedaran pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan penting dalam usaha ke arah pemeliharaan, pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar melalui pendekatan program komunikasi dan kesedaran alam sekitar.\n\r\nSecara umumnya, terdapat peningkatan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap pengurusan alam sekitar Negara menerusi indikator seperti:\n\r\nPeningkatan sambutan dan penglibatan serta engagement masyarakat dalam program kesedaran alam sekitar (CEPA):\n\r\n(a) Penglibatan masyarakat ke atas sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada 21 Oktober 2017 adalah sangat menggalakkan dengan kehadiran lebih 30,000 orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di setiap negeri secara serentak. Penganjuran program-program seumpama ini juga telah mendapat komitmen dan kerjasama padu daripada Kerajaan Negeri, agensi-agensi Kerajaan, Rakan Strategik Alam Sekitar dan lain-lain. Ini menunjukkan masyarakat lebih proaktif dan terlibat secara terus ke arah usaha berterusan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Negara;\n\r\n3\n\r\n(b) Peningkatan bilangan masyarakat awam yang berdaftar sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS). Sehingga November 2017, bilangan ahli RAS adalah 300,673 orang;\n\r\n(c) Peningkatan bilangan pelawat yang menggunakan aplikasi dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti Enviro Museum dan Enviro Knowledge Management Centre;\n\r\n(d) Peningkatan bilangan Rakan Strategik Alam Sekitar yang terdiri daripada pihak industri, syarikat swasta, perunding dan lain-lain agensi yang memberi kerjasama serta komitmen dalam penganjuran program Jabatan; dan\n\r\n(e) Sambutan masyarakat sangat menggalakkan dalam program-program seperti program kitar semula, kempen tanpa plastik dan polisterin, kempen hari tanpa kereta dan lain-lain.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DN3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1569,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1569",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-25",
        "year": 2017,
        "no": "3",
        "member": "JBM JAWAB Dato' Noraini binti Ahmad",
        "area": "Parit Sulong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan proses sesuatu organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism, LMO) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan tumbuhan serta biodiversiti...",
        "question": "JBM JAWAB\n\r\n\n\r\nDato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan proses sesuatu organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism, LMO) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan tumbuhan serta biodiversiti negara",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\nKemajuan dalam teknologi kejuruteraan genetik telah menyebabkan bidang biokeselamatan mendapat perhatian masyarakat dunia. Bidang teknologi kejuruteraan genetik atau dikenali sebagai bioteknologi moden membolehkan gen dari satu organisma dipindahkan ke organisma yang lain. Dalam memastikan risiko yang mungkin terhasil daripada aplikasi bioteknologi moden ini pada paras yang boleh diterima, analisis biokeselamatan ke atas produk-produk yang memasuki pasaran negara adalah penting dilaksanakan.\nSatu tatacara memproses permohonan aplikasi organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism - LMO) telah diwujudkan di bawah Akta Biokeselamatan 2007, di mana LMO yang diluluskan sahaja dibenar untuk dilepaskan ke persekitaran dalam Negara.\n\nProses penilaian risiko dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (dengan izin, Genetically Modified Advisory Committee - GMAC) yang terdiri daripada pakar-pakar pelbagai bidang yang dilantik oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. Hanya LMO yang mempunyai risiko yang rendah dan didapati selamat, khususnya dari aspek impaknya terhadap kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan serta ekosistem dan biodiversiti akan diperaku untuk diluluskan oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan.\nTiga aspek utama penilaian risiko sesuatu LMO yang dilaksanakan oleh GMAC adalah:\n\n(i) Menilai kesan LMO terhadap kesihatan manusia di mana penilaian risiko dilaksanakan ke atas 7 perkara berikut iaitu tahap ketoksikan, alahan, kemungkinan pemindahan gen resistant terhadap antibiotik dalam salur pencernaan, kandungan nutrisi LMO/produk LMO, potensi patogenik dan organisma penderma gen;\n\n(ii) Menilai kesan LMO terhadap kesihatan haiwan di mana penilaian risiko dilaksanakan untuk 5 perkara iaitu tahap ketoksikan, alahan, anti-nutrition, survivability dan pencemaran produk haiwan; dan\n\n(iii) Menilai kesan LMO terhadap alam sekitar di mana penilaian risiko dilaksanakan untuk 8 perkara antaranya seperti pelepasan tanpa sengaja (pertumpahan biji benih semasa pengangkutan), pertumbuhan pokok transgenik tanpa sengaja (daripada biji benih yang tertumpah), pertumbuhan pokok transgenik tanpa sengaja kemungkinan menjadi invasive, pendebungaan kacuk andai tumbuh pokok transgenik, penanaman pokok transgenik oleh petani kecil yang tidak ia adalah LMO, kemungkinan pemindahan transgen (gen yang dimasukkan) LMO ke flora bakteria usus haiwan yang memakannya, kemungkinan transgen dipindahkan ke bakteria tanah dan kesan toksik pada organisma bukan sasaran\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, GMAC melaksanakan penilaian risiko LMO berpandukan kepada dokumen berikut:\n CODEX Guideline for the Conduct of Food Safety Assessment of Foods Derived from Recombinant-DNA Plants;\n Roadmap for Risk Assessment of Living Modified Organisms, (according to Annex III of the Cartagena Protocol on Biosafety produced by the Ad Hoc Technical Expert Group (AHTEG) on Risk Assessment and Risk Management of the Convention on Biological Diversity);\n The risk assessment and risk management plan submitted by the applicant; and\n Recommendations within the AHTEG guidelines.\nSemasa penilaian risiko dilaksanakan, GMAC juga akan mengenalpasti isu-isu yang mungkin timbul bagi penggunaan LMO dalam jangkamasa yang panjang serta mengenalpasti pertimbangan pengawalseliaan yang lain. Hasil daripada penilaian risiko sesuatu LMO tersebut, GMAC akan menyediakan cadangan terma dan syarat untuk pertimbangan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan semasa membuat keputusan.\n\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1601,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1601",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-30",
        "year": 2017,
        "no": "3",
        "member": "YBTM JAWAB SOALAN: Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan dalam memulihkan kawasan hutan yang telah gondol akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan.",
        "question": "YBTM JAWAB\n\nSOALAN: Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan dalam memulihkan kawasan hutan yang telah gondol akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melaksanakan langkah-langkah dalam usaha pemuliharaan kawasan hutan akibat penerokaan hutan melalui program-program berikut :\n\r\ni. Program Pemulihan Kawasan Hutan Terosot (degraded)\n\r\nProgram pemulihan kawasan hutan terosot telah dirangka bagi memastikan pemuliharaan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang terosot dan miskin di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di bawah RMK-10 (2011-2015), seluas 4,477 hektar kawasan terosot dalam HSK telah berjaya ditanam dengan pelbagai spesies pokok. Manakala bagi RMK-11 sejumlah RM100 juta telah diluluskan untuk memulihkan kawasan seluas 1,640 hektar dalam Hutan Simpan Kekal dan juga luar Hutan Simpan Kekal. Peruntukan ini juga digunakan bagi membiayai kos penyelidikan dan pembangunan (Research and Development –R&D), bantuan kepada Badan Bukan Kerajaan dan Program Communication, Education and Public Awareness (CEPA).\n\r\nii. Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesis lain Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai.\n\r\nProgram Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara telah dilaksanakan sejak dari tahun 2005. Antara objektif pelaksanaan program ini ialah untuk memulihara pesisiran pantai sebagai lindungan semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat bencana alam dan hakisan pantai. Dari tahun 2005 -2016, seluas 2,711 hektar telah ditanam\n\r\n3\n\r\ndengan pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai dengan jumlah tanaman sebanyak 6,487,101 pokok. Program nasional yang dilaksanakan di seluruh negara ini menggabungkan penyertaan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Institusi Penyelidikan, Universiti-universiti, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.\n\r\niii. Program Penghijauan Melalui Penanaman Pokok\n\r\nProgram Penghijauan Melalui Penanaman Pokok adalah bertujuan untuk memupuk semangat cintakan kehijauan dan meningkatkan kesedaran masyarakat kepada alam sekitar. Di Semenanjung Malaysia sebanyak 37,530,417 pokok telah berjaya ditanam dari tahun 2010 hingga Ogos 2017 yang melibatkan kawasan seluas 44,105 hektar.\n\r\niv. Projek Central Forest Spine (CFS)\n\r\nProjek Central Forest Spine (CFS) adalah bertujuan untuk membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang bersambung melalui pembentukan koridor ekologi bagi kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi, hidupan liar dan alam sekitar. Projek ini juga melibatkan restorasi semula kawasan-kawasan terosot dalam koridor ekologi dengan pelbagai pokok hutan termasuk pokok nadir khususnya yang berkepentingan kepada fauna. Sekaligus ini dapat mengkayakan kepelbagaian biologi, menyedia laluan bagi hidupan liar terutamanya di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai rangkaian ekologi CFS.\n\r\n4\n\r\nv. Program Kesedaran Berkaitan Perhutanan\n\r\nProgram ini merupakan kempen kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan negara. Kem kesedaran ini dianjurkan bagi memupuk perasaan menghargai dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar terutamanya kawasan hutan. Daripada tahun 2010 hingga 2016 sebanyak 86 kem kesedaran mengenai perhutanan telah diadakan dan sebanyak 85 pameran berkaitan perhutanan telah diadakan.\n\r\nvi. Program Kerjasama Strategik Penghijauan Semula Kawasan Bekas ceroboh/Teroka Di Dalam Dan Luar Hutan Simpanan Kekal.\n\r\nProgram penghijauan ini melibatkan aktiviti penanaman pokok bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), masyarakat setempat, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, program ini juga turut dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial beberapa rakan strategik NRE iaitu PETRONAS, TESCO, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA), Sultan Ahmad Environmental Trust (SASET), Tropical Rain Forest Conservation and Research Centre (TRCRC), Malaysian Nature Society (MNS) dan Regional Enverinmental Awareness Cameron Highlands (REACH). Pada masa ini program penghijauan ini tertumpu di kawasan bekas ceroboh dan diteroka di Cameron Highlands dan Janda Baik, Pahang.\n\r\nProgram-program yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri telah berjaya memulih dan memelihara kawasan terosot seperti kawasan penerokaan.\n\r\n5\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1575,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1575",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-01",
        "year": 2017,
        "no": "4",
        "member": "YBTM JAWAB Dr. Tan Seng Giaw",
        "area": "Kepong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan keadaan pembalakan dan penanaman semula pokok di negara setiap tahun sejak 2010.",
        "question": "YBTM JAWAB\n\r\nDr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keadaan pembalakan dan penanaman semula pokok di negara setiap tahun sejak 2010.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSejak tahun 2010 hingga 2016, kawasan HSK yang telah diusahasil di Semenanjung adalah seluas 241,198 hektar. Manakala, kawasan yang telah ditanam dalam tempoh yang sama adalah seluas 33,551,205 hektar melibatkan penanaman pelbagai spesies pokok termasuk di kawasan HSK dan Hutan Tanah Kerajaan.\n\r\n\nKawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) diurus di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Amalan pengurusan ini menggunakan mekanisma Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan melaksanakan pengusahasilan secara Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah matang (lebih dari 50 cm diameter paras dada) dibenarkan untuk ditebang. Di bawah pelaksanaan Sistem Pengurusan Memilih, keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk Pensijilan Pengurusan Hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan masyarakat setempat perlu dipatuhi.\n\r\n\nIni termasuk aktiviti penanaman semula di lorong penarik (skid trail), matau (kawasan simpanan balak sementara) dan kawasan lapang dilaksanakan selepas aktiviti pengusahasilan dijalankan. Di samping itu juga, selepas 2 hingga 5 tahun kerja-kerja pengusahasilan selesai dijalankan, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) pula dijalankan bagi mengetahui stok dirian tinggal supaya rawatan silvikultur yang sesuai dapat dilaksanakan seperti aktiviti tanam mengaya. Berdasarkan jangkaan, amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan\n\r\n\n3\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nakan membolehkan kawasan pengusahasilan dibalak semula selepas 30 tahun.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1593,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1593",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-20",
        "year": 2017,
        "no": "4",
        "member": "Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim",
        "area": "Bandar Tun Razak",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan perincian rangka kerja dan pelan tindakan rentas sektor dan holistik Malaysia dalam menangani perubahan iklim dunia merangkumi langkah-langkah strategik, sasaran jangka pendek, sederhana...",
        "question": "Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perincian rangka kerja dan pelan tindakan rentas sektor dan holistik Malaysia dalam menangani perubahan iklim dunia merangkumi langkah-langkah strategik, sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang serta jangkaan pelaksanaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nAntara hasil utama Persidangan Ke-21 UNFCCC adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.\n\r\nAntara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan ‘Intended NDC’ (INDC) kepada UNFCCC pada 27 November 2015.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nMenurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45% berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang tahun 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nBagi mencapai sasaran NDC tersebut, Kerajaan sedang membangunkan ‘Roadmap for effective implementation of NDC and adoption to the Paris Agreement’. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara. Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC Negara Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:\n\r\n1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);\n\r\n2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;\n\r\n3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);\n\r\n4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;\n\r\n5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;\n\r\n6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;\n\r\n7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;\n\r\n8. Membangunkan program bio-diesel B5;\n\r\n9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;\n\r\n10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);\n\r\n11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan\n\r\n12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)\n\r\nInisiatif-inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1594,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1594",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-21",
        "year": 2017,
        "no": "4",
        "member": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah kesan pembangunan projek ECRL terhadap biodiversiti di kawasan hutan simpan serta apakah perancangan Kementerian dalam memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanak...",
        "question": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah kesan pembangunan projek ECRL terhadap biodiversiti di kawasan hutan simpan serta apakah perancangan Kementerian dalam memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan tidak mengancam ekosistem di kawasan tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nCadangan pembangunan projek ECRL ini akan melibatkan sejumlah anggaran 357 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang melibatkan tiga (3) buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Selangor.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nHasil survei yang dijalankan di hutan simpan sepanjang cadangan laluan ECRL mendapati terdapat hidupan liar seperti harimau belang, gajah, beruang matahari, tapir, seladang, kijang, dan babi hutan mendiami kawasan hutan tersebut. Antara kesan pembinaan projek ECRL ke atas hidupan liar di kawasan yang terlibat adalah kehilangan habitat, fragmentasi habitat, konflik manusia-hidupan liar, pemburuan haram, pergerakan hidupan liar terhalang dan pelanggaran hidupan liar. Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan adalah seperti berikut:\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\ni. Pelaksanaan projek perlu mengambil kira kawasan sensitif hidupan liar dan memastikan tiga (3) penghubung Central Forest Spine (CFS) yang terlibat tidak terjejas dengan mengambil kira jajaran dan reka bentuk yang bersesuaian serta langkah-langkah kawalan supaya tidak timbul impak dan konflik yang ketara terdapat habitat hidupan liar disepanjang jajaran. Malah lintasan hidupan liar (wildlife crossing) seperti overpass dan underpass juga akan dibina dalam membantu hidupan liar untuk merentasi ECRL dengan selamat;\n\r\n\n3\n\r\n\nii. Mewajibkan pihak pemaju untuk membina terowong bawah tanah di laluan yang merentasi hutan simpan. Sebanyak 8 buah terowong dengan panjang keseluruhan 39.3 km akan dibina bagi mengelakkan gangguan terhadap hutan simpan. Selain itu pihak pemaju juga diwajibkan untuk membina viaduct dan culvert bagi landasan yang berada di atas tanah samada di hutan simpan atau tanah kerajaan yang menjadi habitat hidupan liar. Sebanyak 4 buah viaduct dan beberapa buah culvert dicadangkan untuk dibina bagi membolehkan hidupan liar melintasi jajaran ECRL untuk ke hutan bersebelahan dan memastikan habitat hidupan liar terus bersambungan. Pihak pemaju turut diwajibkan untuk memasang pagar atau tembok di sepanjang jajaran sejauh 600.30 km bagi memastikan hidupan liar tidak memasuki landasan yang boleh mengakibatkan perlanggaran.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\niii. Mewajibkan Pelan Mitigasi Hidupan Liar di dalam Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek ini. Pelan ini penting bagi mengetahui kehadiran spesies hidupan liar di kawasan terlibat dan program mitigasi yang perlu dijalankan bagi meminimakan kesan negatif terhadap hidupan liar dan penduduk sekitar. Pelaksanaan pelan mitigasi ini meliputi program menyelamat hidupan liar terperangkap, pengawalan konflik manusia-hidupan liar, translokasi hidupan liar, aktiviti penguatkuasaan, program kesedaran awam dan pengkayaan habitat. Melalui program dan aktiviti mitigasi yang dirancang ini diharap akan dapat meminimakan kesan terhadap ekosistem di kawasan yang terlibat.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1567,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1567",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-24",
        "year": 2017,
        "no": "6",
        "member": "Tuan Gooi Hsiao Leung",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bila projek tebatan banjir Sungai Kedah - Anak Bukit yang sudah lambat akan disiapkan memandangkan Kota Setar mengalami banjir teruk dalam September yang mungkin dapat dielakkan sekirany...",
        "question": "Tuan Gooi Hsiao Leung [Alor Setar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bila projek tebatan banjir Sungai Kedah - Anak Bukit yang sudah lambat akan disiapkan memandangkan Kota Setar mengalami banjir teruk dalam September yang mungkin dapat dielakkan sekiranya projek tersebut sudah siap.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mula melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit pada 17 September 2013 dan dijadualkan siap pada 19 Julai 2018 dengan mengambilkira lanjutan masa (extension of time - EOT) yang ketiga. Status kemajuan kerja terkini sehingga 19 Oktober 2017 adalah 74% berbanding dengan 74% mengikut jadual.\n\r\nKelewatan pembinaan projek ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang timbul iaitu ,\n\r\n\r\n\n• Isu pengambilan balik tanah,\n\r\n\n• Isu Kelulusan reka bentuk jambatan daripada Jabatan berkaitan,\n\r\n\n• Isu Kesesuaian tanah untuk membina ban banjir, dan\n\r\n\n• Isu gangguan sistem pengairan sedia ada di tapak. Kejadian banjir teruk yang berlaku pada bulan September 2017 adalah disebabkan oleh taburan hujan yang luar biasa melebihi kapasiti sistem saliran sedia ada. Sehubungan dengan itu, JPS sedang merancang Pelan Khas untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin supaya kesengsaraan masyarakat setempat semasa fasa pembinaan ini dapat diatasi dengan segera dan dengan perlaksanaan keseluruhan projek RTB Sungai Kedah/ Anak Bukit ini akan membawa outcome seperti yang telah dirancang.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1581,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1581",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-07",
        "year": 2017,
        "no": "6",
        "member": "Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B)",
        "area": "Lumut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan respon daripada Kementerian kepada rayuan penduduk Kampung Teluk Muroh memohon supaya pantai semula jadi Teluk Muroh dipelihara dengan menghentikan Projek Tambakan Pantai yang dilihat me...",
        "question": "Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [Lumut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan respon daripada Kementerian kepada rayuan penduduk Kampung Teluk Muroh memohon supaya pantai semula jadi Teluk Muroh dipelihara dengan menghentikan Projek Tambakan Pantai yang dilihat merosakkan alam sekitar.",
        "answer": "Perlaksanaan projek ini telah bermula tahun 2015, peratus pencapaian terkini adalah 75%. Kajian hidraulik telah dilaksanakan sebelum menjalankan projek ini dan didapati tiada kesan negetif kepada alam sekitar. Dalam masa yang sama Environmental management Plant (EMP) dijalankan semasa projek ini dilaksanakan.\n\r\n\n\r\nProjek ini melibatkan tambakan laut dipersisir pantai Teluk Muroh Lumut seluas 17 hektar dan ianya mula dirancang dan dilaksanakan pada awal pertengahan tahun 2015 Kajian EIA tidak perlu untuk projek 50 ekar.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1585,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1585",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-13",
        "year": 2017,
        "no": "6",
        "member": "Dr. Azman Bin Ismail",
        "area": "Kuala Kedah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab-sebab projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Kota Setar Kedah tergendala. Apakah rancangan selanjutnya Kementerian menangani masalah ini.",
        "question": "Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Kota Setar Kedah tergendala. Apakah rancangan selanjutnya Kementerian menangani masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n1. RTB Sungai Kedah / Anak Bukit terdiri daripada 3 pakej seperti berikut :\n\r\n\r\n\r\n\n• Pakej 1 : Menaiktaraf Sg Baru/Sg Kubang Rotan\n\r\n\n• Pakej 2 : Membina Lencongan Sungai Baru (12.6km) dan Menaiktaraf Sungai Anak Bukit sepanjang 1.7km\n\r\n\n• Pakej 3 : Menaiktaraf Sungai Tanjung Pauh, Menaiktaraf Terusan Utama dan Utara MADA dan menaiktaraf Sg Anak Bukit\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Kawasan Kota Setar termasuk dalam projek RTB Sg Kedah/ Anak Bukit Pakej 2 dan telah mencapai kemajuan fizikal 74 peratus sehingga 8 November 2017. Peratus kemajuan fizikal ini telah dikaji semula setelah mendapat kelulusan EOT (extension of time) yang ketiga. \n\n\r\n3. Projek ini telah bermula sejak 17 September 2013 dan dijadualkan siap pada 19 Julai 2018 dengan mengambilkira EOT (extension of time) yang ketiga.\n\n4. Kelewatan pembinaan projek ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang timbul iaitu,\n\r\n\r\n\n• Isu proses pengambilan balik tanah;\n\r\n\n• Isu kelulusan rekabentuk jambatan daripada jabatan berkaitan;\n\r\n\n• Isu kesesuaian tanah untuk membina ban banjir; dan\n\r\n\n• Isu gangguan sistem pengairan sedia ada di tapak.\n\n\r\n\n\r\nBagaimanapun isu-isu berkenaan kelewatan telah dijawab oleh YB Timbalan Menteri NRE pada 24 Oktober 2017, soalan dari YB Parlimen Alor Setar.\n\r\n\n\r\n5. Objektif Projek RTB Sg Kedah/ Anak Bukit\n\n\r\n\r\n\n• Mengurangkan kekerapan, keluasan dan kedalaman banjir di kawasan Bandaraya Alor Setar dan Bandar Jitra termasuk kampung-kampung, taman-taman perumahan dan kawasan industri di sekitar Sg. Baru, Sg. Tanjung Pauh dan Sg. Anak Bukit dimana Lencongan Sg Baru akan dapat melencongkan sebanyak 390m3/s jika banjir purata kala ulangan 50 tahun (Average Recurrence Interval ARI) terus ke laut.\n\r\n\n• Mengurangkan kehilangan nyawa, kerosakan infrastruktur awam, harta benda penduduk termasuk tanaman akibat daripada banjir di sepanjang sungai-sungai tersebut di atas.\n\r\n\n• Mengurangkan gangguan kepada aktiviti sosio dan ekonomi penduduk negeri Kedah terutama yang tinggal di kawasan yang selalu dilanda banjir.\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1565,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1565",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-23",
        "year": 2017,
        "no": "7",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang",
        "area": "Sibuti",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi pencemaran laut dan hidupan marin yang kurang mendapat perhatian masyarakat",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi pencemaran laut dan hidupan marin yang kurang mendapat perhatian masyarakat",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nTerdapat beberapa usaha Jabatan Alam Sekitar untuk mengatasi pencemaran laut dan hidupan marin seperti berikut:\n\r\n\r\nKawalan ke atas \r\n\r\nland-based pollution \r\n\r\n\n\r\ni. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dengan menjalankan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang, fasiliti-fasiliti rawatan air kumbahan dan tapak pelupusan sampah yang menghasilkan air buangan atau leachate supaya memastikan air yang dilepaskan telah menjalani rawatan dan adalah mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah Akta.\n\r\nii. Menjalankan penguatkuasaan ke atas projek–projek pembangunan yang tertakluk di bawah Environment Impact Assesment (EIA) yang terutamanya melibatkan kerja-kerja tanah bagi memastikan sebarang kawalan pencemaran yang dicadangkan dalam EIA telah dijalankan dan berkesan untuk mencegah sebarang pencemaran terutamanya pencemaran kelodakan atau sedimen daripada memasuki persekitaran marin.\n\r\niii. Sejak tahun 2016, telah dilaksanakan kaedah pematuhan kendiri oleh pihak yang berpotensi menghasilkan pencemaran air seperti pihak kilang, pihak konsesi rawatan kumbahan, pihak pemaju projek melalui program 'Self Guilded Regulation'. Melalui kaedah ini pihak yang terlibat perlu menjalankan pemantauan alam sekitar termasuk prestasi alat kawalan serta pematuhan pada standard bagi air yang dilepaskan. Pemantuan ini perlu dijalankan sepanjang masa dan rekod-rekod perlu disimpan dan disemak pihak pengurusan yang terlibat dan pegawai penguatkuasa JAS.\n\r\niv. Melalui penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, pihak yang didapati melakukan pencemaran pada air marin atau merosakkan ekosistem sungai akan dikenakan tindakan perundangan mengikut Akta dan peraturan yang berkaitan. \n\r\n\n\r\n\r\nKawalan ke atas \r\n\r\nsea-based pollution\r\n\r\n\n\r\nv. Mengadakan kerjasama dengan agensi maritim seperti Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memantau kawasan perairan dari sebarang aktiviti – aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran laut.\n\r\nvi. Mengadakan Latihan Melawan Tumpahan Minyak setiap tahun bagi meningkatkan kemahiran serta mempastikan siap-siagaan agensi-agensi yang terlibat dalam kejadian tumpahan minyak. Mengurangkan jangka masa tindakan dalam melawan tumpahan minyak akan mengurangkan kesan tumpahan minyak kepada hidupan laut dan ekosistem marin.\n\r\nvii. JAS juga menjalankan pemantauan kualiti air marin. Melalui kontraktor yang baru dilantik pada pertengahan tahun 2017, pemantauan air marin telah dapat diadakan secara berterusan selain daripada secara manual, 10 stesen berterusan (continuous ) dan 388 stesen manual.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1588,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1588",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-15",
        "year": 2017,
        "no": "8",
        "member": "YBTM JAWAB Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kesan atau hasil menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment).",
        "question": "YBTM JAWAB\nUst. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan atau hasil menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment).",
        "answer": "YBTM JAWAB\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nUntuk makluman, penggunaan lapis lindung batu (rock revetment) di kawasan Pantai Mengabang Telipot adalah penyelesaian segera bagi mengelakkan kawasan pantai berkenaan terus terhakis bagi melindungi kediaman penduduk serta kepentingan awam di kawasan berkenaan. Kerja-kerja pembinaan lapis lindung batu tersebut hanya bersifat sementara dan kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah di kawasan tersebut secara menyeluruh.\n\r\nGeomorfologi pantai yang amat dinamik menyebabkan sebarang perubahan atau pemasangan struktur pejal seperti rock revetment kepada garis pantai seperti di pantai Menggabang Telipot akan memberi kesan kepada garis pantai yang berdekatan\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1568,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1568",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-24",
        "year": 2017,
        "no": "12",
        "member": "Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu",
        "area": "Batu Gajah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kes kemalangan yang melibatkan spesies hidupan liar terancam di Lebuh Raya Gerik-Jeli dari tahun 2007 sehingga terkini. Adakah Kerajaan menggunakan teknologi terkini seperti 'GPS ...",
        "question": "Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes kemalangan yang melibatkan spesies hidupan liar terancam di Lebuh Raya Gerik-Jeli dari tahun 2007 sehingga terkini. Adakah Kerajaan menggunakan teknologi terkini seperti 'GPS Collar' dan 'Conservation Aerial Drone' dalam usaha memantau pergerakan hidupan liar di sepanjang lebuh raya ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil berat ke atas kemalangan yang membabitkan kenderaan dan hidupan liar di lebuh raya atau jalan raya. Dari tahun 2007 sehingga Ogos 2017, sebanyak 71 kes kemalangan yang melibatkan pelbagai spesies hidupan liar terancam telah direkodkan di Lebuh Raya Gerik-Jeli. Antara spesies tertinggi yang dilanggar di Lebuh Raya Gerik-Jeli adalah biawak (20), babi hutan (11), kera (10), binturong (6), gajah (4) dan satu kes melibatkan tapir (1).\n\r\n\nBagi mengatasi kes kemalangan yang melibatkan spesies hidupan liar ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telahpun menggunakan teknologi terkini seperti 'GPS Collar' dalam usaha memantau pergerakan hidupan liar di sepanjang lebuh raya ini. Sejak tahun 2012 sebanyak 19 ekor gajah telah dipasangkan kolar satelit. Namun begitu, Penggunaan 'Conservation Aerial Drone' untuk memantau pergerakan hidupan liar di sepanjang lebuh raya adalah tidak sesuai kerana keadaan hutan tropika di Malaysia yang tebal. Hasil pemantauan terhadap individu yang dipasangkan kolar mendapati, kawasan keliaran bagi gajah-gajah ini adalah disekitar 2 km di kiri kanan lebuh raya. Faktor utama yang menjadi tarikan gajah berada di tepi lebuh raya adalah sumber makanan daripada tumbuhan dan rumput yang terdapat di tepi lebuh raya. Kemungkinan untuk gajah bergerak menyeberangi lebuh raya adalah tinggi terutamanya pada waktu malam. Rekod Jabatan PERHILITAN juga menunjukkan bahawa hampir 90% kes kemalangan yang melibatkan hidupan liar berlaku pada waktu malam.\n\r\n\nSehubungan dengan itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ingin menyeru kepada pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu terutama di kawasan habitat hidupan liar seperti di Lebuh Raya Grik-Jeli. Para pemandu diingatkan supaya memberikan perhatian kepada papan tanda “Kawasan Lintasan Hidupan Liar”, terutamanya pada waktu senja, subuh, malam dan keadaan penglihatan yang rendah seperti kabus, mendung atau hujan. Ini akan dapat membantu mengurangkan insiden ‘road kill’ hidupan liar.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1586,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1586",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-13",
        "year": 2017,
        "no": "13",
        "member": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad",
        "area": "Lipis",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "MaCGDI",
        "category_labels": [
            "MaCGDI"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian sudah mempunyai satu dasar dan perundangan khas berkaitan maklumat geospatial telah disediakan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.",
        "question": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [Lipis] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian sudah mempunyai satu dasar dan perundangan khas berkaitan maklumat geospatial telah disediakan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nSejak kebelakangan ini, Negara telah dilanda bencana seperti banjir, jerebu, tanah runtuh, pencemaran air, pencerobohan haram tanah dan sumber-sumber asli negara yang memberikan kesan negatif kepada sosioekonomi Negara. Namun begitu, ketersediaan dan kepantasan pihak Kerajaan dalam memberi respon dan tindak balas secara pro aktif hendaklah ditambah baik dalam menangani isu-isu Negara secara koloboratif terutamanya dengan sokongan maklumat geospatial.\n\r\nMenyedari akan hakikat bahawa geoinfo dapat membantu agensi Kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, maka Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) sedang merangka Dasar Geospatial Negara dan Rang Undang-Undang Geospatial Negara dan dijangka akan siap disediakan pada tahun 2018.\n\r\nDasar dan RUU Geospatial Negara ini disediakan bertujuan untuk memberi jaminan kepada kerajaan dan rakyat bahawa semua produk geospatial dapat membantu mempertingkatkan ekonomi negara. Walaupun produk geospatial adalah untuk kegunaan bersama namun ianya akan dilindungi dari individu/ kumpulan penyalahgunaan maklumat bagi menjaga maruah kedaulatan negara. Seterusnya, walaupun perkongsian maklumat geospatial digalakkan namun privasi dan hakmilik akan dijamin termasuk juga dari aspek keselamatan. Sekiranya berlaku kebocoran maklumat, ianya dapat dikesan dan dikenakan tindakan kepada individu/ kumpulan yang terbabit berdasarkan akta tersebut.\n\r\nMelalui dasar tersebut juga One Stop Centre Maklumat Geospatial Negara akan diwujudkan. One Stop Centre ini merupakan sebuah pusat repositori maklumat geospatial negara yang akan menyalurkan maklumat geospatial negara kepada agensi-agensi Kerajaan dalam membuat keputusan yang cepat, tepat dan efisyen terutamanya dalam menangani isu-isu bencana dan alam sekitar.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1590,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1590",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-15",
        "year": 2017,
        "no": "14",
        "member": "Dato' Takiyuddin Bin Hassan",
        "area": "Kota Bharu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk menghadapi risiko kawasan di pesisir pantai 'hilang' dan tenggelam akibat kenaikan aras laut sehingga melebihi para...",
        "question": "Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk menghadapi risiko kawasan di pesisir pantai 'hilang' dan tenggelam akibat kenaikan aras laut sehingga melebihi paras biasa.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjalankan kajian unjuran peningkatan aras laut di sepanjang pantai Malaysia pada tahun 2010 berdasarkan Laporan Intergovernmental Panel Climate Change (IPCC) - Assessment Report 4 (AR4) (2007). \n\r\nBermula 2012, NAHRIM telah menjalankan kajian impak secara terperinci, menggunakan data resolusi tinggi di kawasan yang berisiko tinggi untuk ditenggelami air oleh kenaikan aras laut akibat pemanasan global. Kawasan yang dikaji adalah Batu Pahat, Kelang, Kuala Terengganu, Kuantan, Pekan, Lumut, Pangkor, Langkawi, Sandakan dan Muara Sungai Sarawak. Kajian terperinci ini meliputi keadaan topografi, penilaian terhadap infrastruktur sedia ada, kepadatan penduduk dan kegiatan sosio-ekonomi di kawasan tersebut.\n\r\nPada tahun 2016, NAHRIM telah menjalankan kajian unjuran kenaikan aras laut untuk mendapatkan unjuran terkini di sepanjang pantai Malaysia. Hasil kajian menunjukkan unjuran kenaikan aras laut pada 2100 adalah 0.67 – 0.71m di sepanjang pantai Semenanjung Malaysia dengan kadar 10.5-10.9 mm/tahun sementara di sepanjang persisiran pantai Sarawak dan Sabah pula adalah 0.71 – 0.74m dengan kadar 10.9-11.1 mm/tahun.\n\r\nNAHRIM akan terus menjalankan kajian terperinci untuk lain-lain kawasan berisiko di masa hadapan (dengan menggunakan unjuran kenaikan aras laut yang terkini) sekiranya terdapat peruntukan.\n\r\nLangkah adaptasi oleh Kerajaan untuk menghadapi risiko kawasan pesisir pantai 'hilang' dan tenggelam akibat kenaikan aras laut sehingga melebihi paras biasa adalah melalui pendekatan struktur dan bukan struktur seperti berikut:-\n\r\n\r\n\n• Perlindungan kawasan pantai melalui struktur seperti groyne, wave breaker dan rock revetment\n\r\n\n• Perlindungan tanpa struktur merangkumi tanaman semula bakau, penambakan pasir pantai, memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju berkaitan dengan aras lantai dan anjakan pembangunan masa depan menjauhi garis pantai. Sekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1572,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1572",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-30",
        "year": 2017,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin",
        "area": "Bukit Katil",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian memantau perubahan yang berlaku pada pola taburan hujan di negara yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di tempat yang kebiasaannya tidak pernah dilan...",
        "question": "Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian memantau perubahan yang berlaku pada pola taburan hujan di negara yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di tempat yang kebiasaannya tidak pernah dilanda banjir kilat dan berapakah jumlah projek tebatan banjir yang telah diluluskan di negeri Melaka di antara tahun 2013 hingga 2017 serta status projek-projek berkenaan.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nDalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kawasan banjir baru yang dilaporkan oleh JPS. Dalam kajian 2010 terdapat pertambahan keluasan kawasan banjir sebanyak 10 peratus berbanding kajian yang dibuat dalam tahun 2003. Walau bagaimanapun kejadian banjir bukan sahaja bergantung kepada pola taburan hujan tetapi juga bergantung kepada faktor- factor lain seperti perubahan guna tanah, pembangunan tidak terkawal dan system saliran yang tidak diselenggara dengan baik. Walau bagaimanapun wujudnya keperluan untuk megkaji semula Pola Taburan Hujan dengan mengemaskini data terbaru supaya perubahan pola ini dapat dikenalpasti dan difahami.\n\r\nPihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sentiasa membuat analisa data-data hujan dan data aras air lampau termasuk kes-kes hujan yang menyebabkan banjir kilat berlaku di seluruh negara. Selain itu, pembangunan stesen-stesen pemantauan aras air dan hujan bertelemetri yang baru di seluruh negara juga turut dilaksanakan bagi meningkatkan ketepatan data dan maklumat berkaitan hujan.\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan dan sedang melaksanakan projek tebatan banjir di Negeri Melaka seperti berikut :\n\r\n\r\nRMKe-10 \r\n\n\r\n\r\n\n• Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Melaka Bandaraya Bersejarah\n\r\n\r\n\n• Pakej 1 - siap sepenuhnya\n\r\n\n• Pakej 2 - dalam perlaksanaan ( Sebenar 92%, Jadual 98% ) ­- kelewatan melibatkan pengalihan utiliti TNB berkuasa tinggi\n\r\n\n• Pakej 2A - proses tender\n\r\n\n\r\n\n• RTB Sg. Kesang – siap sepenuhnya RMKe-11 (Dalam peringkat penyediaan reka bentuk terperinci)\n\r\n\n\r\n\r\n\n• RTB Sg. Duyong\n\r\n\n• RTB Bandar Jasin\n\r\n\n• RTB Bandar Merlimau\n\r\n\n• RTB Alor Gajah Fasa 1 Sekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1576,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1576",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-01",
        "year": 2017,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Ignatius Dorell Leiking",
        "area": "Penampang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan status kerja pembinaan tebatan banjir di daerah Penampang, Sabah dan apakah langkah-langkah sementara yang diambil untuk mengurangkan kemungkinan banjir di daerah Penampang sementara men...",
        "question": "Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status kerja pembinaan tebatan banjir di daerah Penampang, Sabah dan apakah langkah-langkah sementara yang diambil untuk mengurangkan kemungkinan banjir di daerah Penampang sementara menunggu siapnya projek tebatan banjir tersebut termasuk jika Kerajaan telah mengambil penyelesaian untuk membersihkan parit-parit yang sumbat.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nStatus semasa kerja-kerja tebatan banjir di daerah Penampang, Sabah adalah seperti berikut;\n\r\n\r\n1) Rancangan Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah – Membina dan Menaiktaraf Parit 18A, Kerja Pembaikan Parit A dan Kerja-Kerja Berkaitan di Sungai Kibabaig (Pakej 1) \n\r\n\r\n\n• Projek ini telah dimulakan pada 21 November 2016 dan akan mengambil masa 36 bulan. Kemajuan fizikal adalah 12.45% dan adalah mengikut jadual. Pihak JPS sedang menunggu kelulusan pengazetan tanah untuk tanah yang terlibat dalam projek ini. \n\r\n\n\r\n\r\n2) Rancangan Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah- Kerja-Kerja Menaiktaraf Sungai Putatan dan Kerja-Kerja Berkaitan (Pakej 3), Sabah \n\r\n\r\n\n• Projek ini telah dimulakan pada 12 Jun 2017 dan akan mengambil masa 42 bulan untuk siap. Kemajuan fizikal setakat ini adalah 2.35% dan adalah mengikut jadual. \n\r\n\n• Pada masa yang sama, proses pengambilan tanah dengan pengazetan tanah bagi tanah-tanah yang terlibat dengan projek baru sahaja diluluskan pada 14 September 2017 oleh Pejabat Hasil Bumi, Sabah. \n\r\n\n\r\nBagi langkah jangka pendek untuk mengurangkan risiko banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang dan akan melaksanakan kerja-kerja penggorekan sungai dan penyelenggaran parit di kawasan berkenaan mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan keperluan semasa.\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1591,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1591",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-20",
        "year": 2017,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa banyak tanah hutan telah dibuka untuk pembalakan di negeri Kedah mengikut pecahan tahun dan kawasan. Nyatakan kesan kepada kawasan empangan air serta kawasan berhampiran terlibat ...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak tanah hutan telah dibuka untuk pembalakan di negeri Kedah mengikut pecahan tahun dan kawasan. Nyatakan kesan kepada kawasan empangan air serta kawasan berhampiran terlibat serta kawasan pembalakan di antara kawasan hutan simpan kekal dan hutan biasa.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nJabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal seluas 17,576.07 hektar dari tahun 2011 – 2016 seperti di Hutan Simpan Ulu Muda, Bukit Perak, Rimba Teloi, Bukit Enggang, Padang Terap, Sungai Badak, Gunung Bongsu, Gunung Inas, Bukit Perangin dan Sungkup. Pembalakan yang dijalankan adalah dari kawasan HSK yang dikelaskan sebagai kawasan Hutan Pengeluaran sahaja dan tidak menjejaskan kawasan empangan khususnya di empangan Ahning, Pedu, Muda dan Beris.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nBagi memastikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Kekal tidak menjejaskan alam sekitar, aktiviti pembalakan di kawasan ini dilaksanakan mengikut amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah dikenal pasti dan ditanda untuk ditebang sahaja boleh dikeluarkan. Pelaksanaan amalan Sistem Pengurusan Memilih ini perlu mematuhi keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk pensijilan pengurusan hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat. Bagi memastikan pematuhan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pihak pelesen pembalakan sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1602,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1602",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-29",
        "year": 2017,
        "no": "16",
        "member": "Tuan Sim Chee Keong",
        "area": "Bukit Mertajam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa Kerajaan Pusat mendakwa bahawa RM2.58 bilion telah digunakan untuk projek tebatan banjir Pulau Pinang dari RMK9 - RMK11 sedangkan maklumat JPS menunjukkan hanya RM443 juta dibela...",
        "question": "Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa Kerajaan Pusat mendakwa bahawa RM2.58 bilion telah digunakan untuk projek tebatan banjir Pulau Pinang dari RMK9 - RMK11 sedangkan maklumat JPS menunjukkan hanya RM443 juta dibelanjakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nUntuk makluman, RM2.6 bilion adalah kos projek-projek yang dilaksanakan di Pulau Pinang dalam RMKe-9 sehingga RMKe-11. Kos projek bukannya bermaksud kos peruntukan yang diluluskan. Kos sesuatu projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia sebelumnya dan disambung pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia berikutnya, masih dengan nilai yang sama seperti dalam Rancangan Malaysia sebelumnya. \n\r\nSejumlah RM1.254 billion telah diperuntukkan dan dibelanjakan sepanjang RMKe-5 hingga RMKe-11. Manakala dalam RMKe-9 hingga RMKe-11, sebanyak RM1.048 bilion telah diperuntukkan dan dibelanjakan. Dalam RMKe-11 sahaja, terdapat 8 projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan melibatkan negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM35 juta. Ini termasuklah projek-projek yang melibatkan negeri-negeri bersempadanan iaitu projek RTB Lembangan Sungai Muda dan RTB Lembangan Sungai Kerian. \n\r\nPeruntukan yang diluluskan setiap tahun adalah bergantung kepada keperluan sebenar aliran tunai setiap projek yang dilaksanakan dan tertakluk kepada siling kos projek yang ditetapkan. Selagi projek belum siap, peruntukan boleh dipohon dalam tahun-tahun berikutnya. \n\r\nSehubungan dengan itu, tidak timbul isu peruntukan yang hilang dan pihak negeri melalui jabatan berkaitan boleh memohon dalam bajet tahunan bagi projek yang belum siap dilaksanakan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1571,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1571",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-26",
        "year": 2017,
        "no": "21",
        "member": "Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid",
        "area": "Kota Tinggi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha Kementerian bagi mengekang pencerobohan dan pengambilan sumber biodiversiti secara haram daripada kawasan-kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia.",
        "question": "Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha Kementerian bagi mengekang pencerobohan dan pengambilan sumber biodiversiti secara haram daripada kawasan-kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian amat mengambil berat terhadap isu pencerobohan dan pengambilan sumber biodiversiti secara haram daripada kawasan-kawasan perlindungan. Hutan yang kaya dengan flora dan fauna seperti Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu) dan Rezab Hidupan Liar (RHL) Krau, Kompleks Hutan Belum-Temengor di Perak dan Kompleks Hutan Endau-Rompin di Johor dan Pahang sememangnya menjadi tumpuan kepada pemburuan haram dan penceroboh penjenayah ini.\n\r\n\nSecara umumnya penceroboh dan pemburu haram ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu warga tempatan dan warga asing. Permintaan yang tinggi ke atas fauna dan flora bagi pelbagai tujuan menyebabkan aktiviti ini terus berlaku. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah dan sedang melakukan pelbagai usaha bagi mengekang dan membenteras jenayah ini. Antara inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh PERHILITAN dan JPSM adalah seperti berikut:\n\r\n\ni. Program Pengutkuasaan Bersepadu\n\r\n\na. Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);\n\r\n\nb. Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api; dan\n\r\n\nc. Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Taman Negara dan kawasan\n\r\n\n3\n\r\n\nperlindungan hidupan liar terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan HSK, Taman Negara dan pemburuan haram.\n\r\n\nii. Memperkukuhkan Program Penguatkuasaan melalui Inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS)\n\r\n\na. Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Network (1MBEON) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM);\n\r\n\nb. Program Centralized Enforcement Team (CET) yang menggabungkan semua agensi di bawah NRE secara bersepadu untuk aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan; dan\n\r\n\nc. Operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia di bawah Operasi Khazanah Negara.\n\r\n\niii. Memperkukuh Aktiviti Perisikan\n\r\n\na. Penubuhan Unit Perisikan Jabatan PERHILITAN bagi mengumpul dan menganalisa maklumat penceroboh dan pemburu haram yang dapat membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;\n\r\n\nb. Penubuhan pasukan Wildlife Crime Unit (WCU) yang bertindak secara responsive terhadap maklumat jenayah hidupan liar yang telah dianalisa;\n\r\n\nc. Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time;\n\r\n\n4\n\r\n\nGeographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\n\r\n\nd. Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Renjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri;\n\r\n\ne. Kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi penguatkuasa dalam dan luar Negara; dan\n\r\n\nf. Kolaborasi dengan badan bukan kerajaan yang menyokong konservasi hidupan liar seperti MYCAT, MNS, WWF, RIMBA dan TRAFFIC.\n\r\n\niv. Kerjasama antarabangsa melalui ASEAN Working Group on CITES and Wildlife Enforcement (AWG CITES & WE), INTERPOL & United Nations Office on Drugs and Crimes (UNODC)\n\r\n\na. Perkongsian maklumat antara Negara\n\r\n\nb. Operasi bersepadu antara Negara\n\r\n\nc. Latihan kemahiran kapasiti penguatkuasaan\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1589,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1589",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-15",
        "year": 2017,
        "no": "22",
        "member": "Dr. Azman Bin Ismail",
        "area": "Kuala Kedah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah Kementerian di dalam memelihara hutan di Malaysia. Adakah benar dakwaan Badan Bukan Kerajaan di Eropah bahawa negara mengalami penyahutanan (deforestation) yang membimban...",
        "question": "Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah Kementerian di dalam memelihara hutan di Malaysia. Adakah benar dakwaan Badan Bukan Kerajaan di Eropah bahawa negara mengalami penyahutanan (deforestation) yang membimbangkan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992. Pendirian Kerajaan Malaysia ini diperkukuhkan lagi semasa 21st Conference of Parties (COP) to the United Nations Forum on Climate Change (UNFCCC) dan COP 22 yang telah diadakan di Paris, France pada 7-11 Disember 2015 dan COP 22 yang telah diadakan di Marrakech, Morocco pada 7-18 November 2016.\n\r\n\nKeluasan hutan yang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Cadangan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 4,924,153 hektar. Kawasan ini tidak termasuk kawasan hutan yang diwartakan sebagai Rezab Hidupan Liar dan Taman Negara serta kawasan berhutan dalam Tanah Kerajaan yang lain. Antara langkah-langkah yang diambil dalam menjayakan komitmen ini adalah seperti berikut:\n\r\n\ni. Mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan kawasan terlindung sepenuhnya;\n\r\n\nii. Mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan melalui aktiviti penanaman pokok-pokok spesies hutan dikawasan hutan terosot;\n\r\n\n\r\niii. Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan HSK secara berkekalan;\n\r\n\niv. Melaksana dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan Agensi Kerajaan yang berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;\n\r\n\nv. Mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perhutanan termasuk kaedah pengusahasilan yang berimpak rendah;\n\r\n\nvi. Meningkatkan kesedaran awam melalui kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) / Sekolah / Institusi Pendidikan Tinggi dan Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan mengenai kepentingan hutan dan pemeliharaan alam sekitar;\n\r\n\nvii. Menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK; dan\n\r\n\nviii. Menjana pendapatan melalui potensi baru selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD+ dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services - PES) bagi mengurangkan kebergantungan peruntukan kewangan daripada kerajaan.\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nDengan langkah yang diambil tersebut kedudukan penyahhutanan (deforestation) adalah masih terkawal. Rekod menunjukkan dalam tempoh lima (5) tahun, keluasan HSK di Semenanjung Malaysia masih mengekalkan keluasan sebanyak 4.9 juta hektar. Sehubungan dengan itu dakwaan Badan Bukan Kerajaan di Eropah bahawa negara mengalami penyahhutanan (deforestation) yang membimbangkan adalah tidak benar.\n\r\nBagi usaha pemeliharaan hutan negara di peringkat antarabangsa, Malaysia sedang aktif merundingkan pelaksanaan dan membangunkan dasar bagi program Reducing Emissions from Deforestation and Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+) di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNFCCC).\n\r\n\nMalaysia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan Results Based Payments (RBP) program REDD+ melalui dana Green Climate Fund (GCF). Dana RBP ini akan digunakan untuk pelaksanaan program REDD+. Bagi tujuan ini, Malaysia telah melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat antarabangsa dan nasional serta ‘engagement’ dengan pihak berpentingan (stakeholders) seperti Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme REDD+ berjalan lancar.]\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1595,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1595",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-21",
        "year": 2017,
        "no": "22",
        "member": "Tuan Julian Tan Kok Ping",
        "area": "Stampin",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan mengikut jawapan yang diberikan pada sesi Parlimen 2013, Fasa 2 Kajian Pengurusan Air Ribut dan Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan yang meliputi kawasan Batu...",
        "question": "Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengikut jawapan yang diberikan pada sesi Parlimen 2013, Fasa 2 Kajian Pengurusan Air Ribut dan Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan yang meliputi kawasan Batu Kitang, Jalan Kuching-Serian, Sungai Kuap dan Kota Samarahan dianggar akan dilaksanakan dalam tahun 2016 hingga 2017. Nyatakan secara terperinci status pelaksanaan projek tersebut mengikut jadual mahupun pelan-pelan yang sedia ada.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nBerdasarkan Kajian Pengurusan Air Ribut dan Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan yang meliputi kawasan Batu Kitang, Jalan Kuching-Serian, Sungai Kuap dan Kota Samarahan, 2 projek telah dilulus untuk dilaksanakan dalam RMKe11 (2016-2010) iaitu:\n\r\n\r\n\n• \r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak (siling kos projek RM150 juta) Pada masa kini, proses tender sedang dilaksanakan dan akan diikuti dengan kerja-kerja rekabentuk sebelum kerja-kerja di tapak bermula, dijangka bermula November 2018. \n\r\n\n• \r\nRancangan tebatan banjir Sungai Stakan\r\n\r\n(siling kos projek RM10juta) Projek ini masih di peringkat proses pelantikan perunding untuk reka bentuk terperinci dan penyediaan dokumen tender yang dijangka dikeluarkan pada hujung 2018. Kerja pembinaan di tapak di jangka bermula April 2019 dan dijangka siap pada akhir tahun 2020. Sekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1573,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1573",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-30",
        "year": 2017,
        "no": "23",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah peruntukan RM2.6 bilion untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Pulau Pinang bagi tempoh RMK-9 hingga RMK-11. Mengapa daripada jumlah tersebut, hanya RM443 juta dibelanjaka...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah peruntukan RM2.6 bilion untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Pulau Pinang bagi tempoh RMK-9 hingga RMK-11. Mengapa daripada jumlah tersebut, hanya RM443 juta dibelanjakan. Apakah yang terjadi kepada baki RM2,157 juta yang dijanjikan dan bilakah ia akan dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang agar projek RTB yang dijanjikan boleh dilaksanakan.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan setakat ini telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.\n\r\nWalaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja (tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan). \n\r\nUntuk makluman, kos keseluruhan projek merupakan had maksimum yang dibenarkan untuk pelaksanaan sesuatu projek. Manakala siling peruntukan adalah had yang dibenar untuk dibelanjakan bagi sesuatu projek dalam tahun semasa pelaksanaan projek tersebut sepanjang tempoh RMK berkenaan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1583,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1583",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-08",
        "year": 2017,
        "no": "23",
        "member": "Dato' Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha pihak Kementerian bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperbanyakkan lagi projek-projek tebatan banjir dan membaik pulih sistem saliran di kawasan yang kerap berlak...",
        "question": "Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha pihak Kementerian bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperbanyakkan lagi projek-projek tebatan banjir dan membaik pulih sistem saliran di kawasan yang kerap berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa pendekatan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perbandaran. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk bandar-bandar utama menghadapi ancaman banjir kilat. PISMA adalah satu kajian untuk menyediakan pelan induk saliran dan garispanduan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar-bandar di negara ini. Penyediaan PISMA adalah selaras dengan kehendak PBT dan KPKT. Sehingga ini 17 PISMA telah disediakan dan didapati ianya telah banyak membantu menyelesaikan masalah banjir kilat. Bilangan PISMA yang baru akan bertambah mengikut perancangan dan keperluan semasa. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1611,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1611",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "23",
        "member": "Datuk Jumat Bin Idris",
        "area": "Sepanggar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina tebatan banjir untuk sungai Kitabu dan Kawakaan yang terletak di kawasan DUN Inanam, Parlimen Sepanggar.",
        "question": "Datuk Jumat Bin Idris [Sepanggar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina tebatan banjir untuk sungai Kitabu dan Kawakaan yang terletak di kawasan DUN Inanam, Parlimen Sepanggar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar(NRE)melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) buat masa ini, buat masa ini, tiada perancanganuntuk membina projek tebatan banjir untuk Sungai Kitabu dan Kawakaan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Inanam, Parlimen Sepanggarkerana kepadatan penduduk di kawasan tersebut adalah rendah dan banjir di sekitar kawasan tersebut tidak melibatkan kawasan penempatan.Bagi langkah jangka pendek, program pembersihan dan pengorekan sungai berkenaan akan dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa.Walaubagaimanapun Kementerian akan mempertimbangkan permohonan projek tebatan banjir di kawasan tersebut di dalam perancangan di masa hadapan.\nSekian , terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1566,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1566",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-23",
        "year": 2017,
        "no": "24",
        "member": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan",
        "area": "Keningau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan ke arah memperbaiki keadaan perubahan cuaca memandangkan bahawa Malaysia sering dilanda banjir setiap tahun.",
        "question": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan ke arah memperbaiki keadaan perubahan cuaca memandangkan bahawa Malaysia sering dilanda banjir setiap tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nBagi menghadapi keadaan perubahan cuaca yang sering menyebabkan banjir, Kementerian telah melaksanakan langkah struktur seperti tebatan banjir dan langkah bukan struktur. Bagi langkah bukan struktur, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRAB) di bawah RMKe-11. Melalui pelaksanaan PRAB, stesen-stesen pemantauan aras air dan hujan bertelemetri telah dibangunkan untuk mencerap mencerap kuantiti hujan dan aras air semasa dan akan disalurkan ke pusat data di Pusat Data Sektor Awam dan akan dikemaskini setiap 15 minit dan membolehkan hebahan amaran banjir dilaksanakan.\n\r\n\nBagi masalah banjir di kawasan bandar, JPS telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk beberapa buah bandar di negara ini. PISMA adalah satu kajian bagi menyediakan satu pelan induk saliran bagi sesebuah bandar untuk menyelesaikan masalah banjir menggunakan konsep dari Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). PISMA akan mencadangkan kepada kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan langkah struktur dan bukan struktur untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar tersebut. Sehingga ini pihak Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan PISMA untuk 17 buah bandar dan dalam RKM 11 sebanyak 16 PISMA lagi akan dihasilkan. \n\r\n\nSelain itu, NRE melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) juga telah melaksanakan laporan kajian permodelan skala halus dan impak perubahan iklim ke atas regim hidrologi dan sumber air bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) sehingga kini. \n\r\n\nSecara dasarnya, hasil kajian mengunjurkan perubahan iklim akan mengakibatkan perubahan pola dan pertambahan jumlah, intensiti dan taburan hujan pada masa hadapan, yang seterusnya akan meningkatkan kawasan yang berisiko untuk ditenggelami oleh banjir. NAHRIM telah melaksanakan analisis pemodelan kesan perubahan iklim dan menerbitkan peta unjuran banjir masa hadapan bagi lima belas (15) lembangan sungai di Semenanjung Malaysia. Peta unjuran banjir ini boleh dijadikan panduan bagi perancangan pembangunan dan rancangan tebatan banjir bagi menghadapi impak perubahan iklim.\n\r\n\nNAHRIM juga telah menerbitkan sebuah garis panduan teknikal iaitu NAHRIM Technical Guide No. 1 – Estimation of Future Design Rainstorm Under Climate Change Scenario in Peninsular Malaysia, dalam usaha untuk mengarusperdanakan adaptasi perubahan iklim di dalam perancangan pembangunan yang lestari. Gris panduan ini juga digunakan oleh JPS Malaysia dalam semua projek tebatan banjir mulai tahun 2014. Pihak NAHRIM sedang menambahbaik garis panduan ini dengan melaksanakan semula analisis dengan menggunakan data perubahan iklim terkini yang dihasilkan melalui projek Kajian Lanjutan Kesan Perubahan Iklim ke atas Sumber Air Malaysia (2014). Garis panduan akan dikembangkan kepada dua bidang lagi iaitu banjir rekabentuk (design flood) serta aliran air rendah dan kemarau (low flow and drought) dan dijangka siap pada awal tahun 2018. \n\r\n\nPenilaian kerentanan dan adaptasi (vulnerability and adaptation) kepada perubahan iklim juga telah dilaksanakan melalui projek pelaporan Third National Communication (TNC) dan Biennial Update Report (BUR) ke United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) terhadap beberapa sektor yang berkaitan iaitu sumber air dan pantai, infrastruktur, kesihatan awam, tenaga dan pertanian, perhutanan dan biodiversiti. Kajian penilaian ini memberikan maklumat penting dari aspek risko dan skala impak perubahan iklim terhadap jaminan sumber, kawasan dan infrastruktur yang akan terjejas, serta cadangan langkah adaptasi yang boleh dilaksanakan bagi menghadapi dan menanganinya.\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1596,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1596",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-22",
        "year": 2017,
        "no": "25",
        "member": "Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad",
        "area": "Parit Sulong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian memantau perubahan yang berlaku pada pola taburan hujan di negara yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di tempat yang kebiasaannya tidak pernah dilan...",
        "question": "Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian memantau perubahan yang berlaku pada pola taburan hujan di negara yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di tempat yang kebiasaannya tidak pernah dilanda banjir kilat dan apakah tindakan yang diambil pihak Kementerian dalam menangani masalah ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nSejak akhir-akhir ini corak taburan hujan di seluruh Negara mulai berubah dan didapati beberapa tempat telah mengalami situasi banjir kilat. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau situasi ini. Bagi tujuan pengesanan awal, rangkaian stesen hidrologi telah dibangunkan yang terdiri dari rangkaian telemetri dan bukan telemetri. Data yang diperolehi dari rangkaian ini dianalisa oleh pelbagai agensi seperti JPS, NAHRIM, penyelidik universiti dan perunding. Untuk menambah baik rangkaian ini, Program Memperkasa Data Dan Rangkaian Stesen Hidrologi Nasional sedang dilaksanakan oleh JPS di bawah RMKe-11. Maklumat dan data dari semua sumber ini amat diperlukan untuk tujuan analisis, input reka bentuk tebatan banjir, pengesanan ramalan dan amalan banjir serta seterusnya penaksiran sumber air negara masa hadapan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1597,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1597",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-22",
        "year": 2017,
        "no": "30",
        "member": "Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman",
        "area": "Indera Mahkota",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa sungai-sungai utama di negara ini sangat tercemar. Semasa negara bergantung kepada hasil bumi seperti pembalakan dan perlombongan satu ketika dulu, sungai...",
        "question": "Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa sungai-sungai utama di negara ini sangat tercemar. Semasa negara bergantung kepada hasil bumi seperti pembalakan dan perlombongan satu ketika dulu, sungai-sungai lebih jernih dan terpelihara. Namun kini pencemarannya amat terserlah. Apakah langkah-langkah Kerajaan akan diambil untuk memelihara kejernihan sungai-sungai di negara ini dan mengawal pencemarannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui agensi di bawahnya iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan pengawasan kualiti air sungai di seluruh negara pada setiap tahun bagi mengesan sebarang perubahan ketara kepada status kualiti air sungai dari masa ke masa. \n\r\nBerdasarkan pengawasan yang dilaksanakan oleh JAS ke atas 477 batang sungai pada tahun 2016, sejumlah 22 batang sungai telah dikategorikan sebagai 'tercemar' iaitu berada pada tahap Kelas IV. Jumlah sungai yang mencatatkan tahap Kelas IV ini hanyalah 5% daripada jumlah keseluruhan sungai yang dipantau oleh JAS. Pada tahun 2016 juga, tiada sungai yang dikategorikan berada pada tahap Kelas V atau \"sangat tercemar\".\n\r\nKerajaan akan memperkenalkan kaedah langkah pemuliharaan kualiti air sungai melalui pendekatan pengawalan dari segi had kuantiti beban pencemar berbanding standard/had kepekatan pencemar yang telah diamalkan sejak sekian lama. Pelaksanaan pengawalan beban pencemar ini telah lama diamalkan secara meluas oleh beberapa negara maju di dunia. \n\r\nKaedah yang dicadangkan adalah melalui pelaksanaan penetapan Jumlah Beban Harian Maksimum atau Total Maximum Daily Load (TMDL) yang mengambilkira daya tampung (carrying capacity) sesuatu lembangan sungai. Pelaksanaan TMDL ini juga akan menjurus kepada penetapan standard sungai yang perlu diwartakan oleh Kerajaan Negeri dan standard tersebut hendaklah dipastikan sentiasa dikekalkan dengan kawalan ke atas pelepasan dari semua punca pencemaran.\n\r\nLangkah-langkah lain yang telah diambil adalah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemar sungai serta kempen-kempen kesedaran yang merupakan usaha peringkat awal dalam memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya sungai untuk dihargai dan dijaga sentiasa diberi penekanan oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pendekatan ini adalah selain dari memberi penekanan kepada elemen peningkatan kualiti air sungai semata-mata. Langkah-langkah yang diambil ini merupakan tindakan bukan struktur dalam menggerakkan masyarakat supaya lebih menghargai sungai sebagai punca utama sumber air Negara.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1584,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1584",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-08",
        "year": 2017,
        "no": "31",
        "member": "Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim",
        "area": "Baling",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah terdapat peruntukan tambahan untuk projek tebatan banjir di Parlimen Baling kerana Sungai Baling hingga Sungai Ketil ini yang panjangnya lebih kurang 7km kerana peruntukan yang di...",
        "question": "Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [Baling] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah terdapat peruntukan tambahan untuk projek tebatan banjir di Parlimen Baling kerana Sungai Baling hingga Sungai Ketil ini yang panjangnya lebih kurang 7km kerana peruntukan yang diberikan sebelum ini tidak mampu menampung dan tidak mampu menyelesaikan masalah banjir di Parlimen Baling. Malah kedudukan sungai ini yang lokasinya di persisiran kaki Gunung Baling berpotensi untuk dijadikan tempat rekreasi sekiranya masalah banjir ini dapat diselesaikan.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nDi bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi membangunkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling. Projek yang diunjurkan selama 18 bulan ini sedang dalam proses tender dan dijangka bermula awal tahun hadapan. Selain itu, JPS juga sedang menyediakan kertas kerja bagi memohon peruntukan tambahan sebanyak RM55 juta di bawah projek RTB Baling ini. \n\r\nDi samping itu, untuk tahun 2017, NRE melalui JPS juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta di bawah program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Daerah Baling. Kesemua peruntukan ini telah dibelanjakan dengan pelaksanaan 35 projek pemuliharaan sungai di seluruh Daerah Baling. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1570,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1570",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-25",
        "year": 2017,
        "no": "36",
        "member": "Tuan Gooi Hsiao Leung",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada kertas siasatan untuk projek pembangunan Aman Laut Kuala Kedah telah disiapkan dan bila tindakan mahkamah akan diambil bersusulan dengan soalan Parlimen saya kepada Menteri bert...",
        "question": "Tuan Gooi Hsiao Leung [Alor Setar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kertas siasatan untuk projek pembangunan Aman Laut Kuala Kedah telah disiapkan dan bila tindakan mahkamah akan diambil bersusulan dengan soalan Parlimen saya kepada Menteri bertarikh 8 Ogos 2017.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nJabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menyediakan Kertas Siasatan (Investigation Paper, IP) terhadap pihak pemaju projek pembangunan Aman Laut Kuala Kedah dan dimaklumkan bahawa kertas siasatan tersebut dalam proses semakan bagi tujuan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan izin mendakwa terhadap kes ini.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1592,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1592",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-20",
        "year": 2017,
        "no": "37",
        "member": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan",
        "area": "Keningau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian Malaysia sekarang selepas Amerika Syarikat berundur daripada ‘Paris Climate Accord’ dan adakah ini bererti kita akan turut menarik diri daripada perjanjian tersebut.",
        "question": "Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pendirian Malaysia sekarang selepas Amerika Syarikat berundur daripada ‘Paris Climate Accord’ dan adakah ini bererti kita akan turut menarik diri daripada perjanjian tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPenarikan Amerika Syarikat daripada Paris Agreement sepertimana yang diumumkan oleh Presiden negara tersebut, Donald Trump secara umumnya mengecewakan ramai pihak terutamanya negara-negara membangun termasuk Malaysia. Negara-negara kuasa besar seperti Kesatuan Eropah, Republik Rakyat China dan India turut menzahirkan kekecewaan mereka mengenai perkara ini. Sebagai salah satu kuasa besar di dalam ekonomi dan keselamatan global, tindakan Amerika Syarikat menarik diri dari Paris Agreement tidak menzahirkan kredibiliti, kesungguhan, dan kepimpinan negara tersebut di dalam menangani isu alam sekitar global seperti perubahan iklim.\n\r\n\nSusulan daripada perkara tersebut, Kesatuan Eropah dan negara-negara maju yang lain mengambil pendirian untuk terus kekal di dalam Paris Agreement tanpa Amerika Syarikat. Walaupun tanpa Amerika Syarikat, Paris Agreement akan terus berkuatkuasa pada 2020 kerana syarat 55 buah negara yang bertanggungjawab kepada 55% pelepasan gas rumah kaca (GHG) global masih dipenuhi. Sehingga kini, 168 negara telah meratifikasikan Paris Agreement.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nMalaysia merupakan Negara Parti kepada Paris Agreement setelah menandatanganinya pada 22 April 2016 dan meratifikasikannya pada 16 November 2016. Selaku salah sebuah Negara yang aktif merundingkan isu perubahan iklim di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB\n\r\n\n(UNFCCC), Malaysia berpendirian untuk kekal bersama negara-negara lain di dalam Paris Agreement. Malaysia berpandangan Paris Agreement pada masa ini sedang melalui fasa penting iaitu rundingan bagi kaedah pelaksanaannya. Sehubungan itu, Malaysia akan terus kekal sebagai salah satu negara yang aktif merundingkan kaedah pelaksanaan Paris Agreement agar dapat dilaksanakan dengan lancar di Negara kita pada masa hadapan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1577,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1577",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-01",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "Puan Alice Lau Kiong Yieng",
        "area": "Lanang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan dari tarikh pelaksanaan hingga September 2017 untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Sibu dan apakah perkembangannya setakat ini.",
        "question": "Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan dari tarikh pelaksanaan hingga September 2017 untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Sibu dan apakah perkembangannya setakat ini.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua, \n\r\nSebanyak RM291 juta telah dibelanjakan sepanjang RMKe-9 hingga RMKe-11 (tahun 2009 hingga September 2017) bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir di Sibu. Manakala dalam RMKe-11, RTB Sibu Fasa 3 sedang dilaksanakan dengan siling kos sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir khususnya di kawasan Sungai Bakong dan Sungai Beranggau. Kerja-kerja pembinaan ditapak bagi Projek RTB Sibu Fasa 3 ini dijangka akan dimulakan pada Julai 2018. \nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1599,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1599",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-27",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "Dr. Michael Jeyakumar Devaraj",
        "area": "Sungai Siput",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan akan menggubal undang-undang untuk menyekat kegunaan beg-beg plastik di Malaysia.",
        "question": "Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan akan menggubal undang-undang untuk menyekat kegunaan beg-beg plastik di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nPenggunaan beg-beg plastik di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Sehingga kini tiada undang-undang untuk menyekat penggunaan beg plastik di Malaysia dan Kementerian ini tidak bercadang untuk menggubal undang-undang tersebut dalam masa terdekat. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1600,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1600",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-28",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian dapat mengesan peningkatan luar biasa aktiviti-aktiviti penggunaan tanah sebelum berlakunya banjir besar di beberapa negeri pada tahun 2014.",
        "question": "Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian dapat mengesan peningkatan luar biasa aktiviti-aktiviti penggunaan tanah sebelum berlakunya banjir besar di beberapa negeri pada tahun 2014.",
        "answer": "Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan-Jabatan di bawahnya sentiasa membuat pemantauan dan ulasan terhadap pelan-pelan pembangunan tanah dan juga aktiviti berkaitan yang dilaksanakan di seluruh negara. Aktiviti-aktiviti tersebut sememangnya menyumbang kepada peningkatan air larian permukaan ketika hujan lebat yang meningkatkan banjir. Walau bagaimanapun, untuk mengawal pembangunan tanah, Kementerian melalui Jabatan di bawahnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memberi nasihat teknikal dan penyediaan garis panduan-garis panduan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal aktiviti pembangunan tanah supaya kesan banjir dapat dikurangkan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1603,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1603",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-28",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian dapat mengesan peningkatan luar biasa aktiviti-aktiviti penggunaan tanah sebelum berlakunya banjir besar di beberapa negeri pada tahun 2014.",
        "question": "Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian dapat mengesan peningkatan luar biasa aktiviti-aktiviti penggunaan tanah sebelum berlakunya banjir besar di beberapa negeri pada tahun 2014.",
        "answer": "Tuan yang di- Pertua\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan-Jabatan di bawahnya sentiasa membuat pemantauan dan ulasan terhadap pelan-pelan pembangunan tanah dan juga aktiviti berkaitan yang dilaksanakan di seluruh negara. Aktiviti-aktiviti tersebut sememangnya menyumbang kepada peningkatan air larian permukaan ketika hujan lebat yang meningkatkan banjir. Walau bagaimanapun, untuk mengawal pembangunan tanah, Kementerian melalui Jabatan di bawahnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memberi nasihat teknikal dan penyediaan garis panduan-garis panduan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal aktiviti pembangunan tanah supaya kesan banjir dapat dikurangkan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1604,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1604",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-27",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "Dr. Michael Jeyakumar Devaraj",
        "area": "Sungai Siput",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan akan menggubal undang-undang untuk menyekat kegunaan beg-beg plastik di Malaysia.",
        "question": "Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan akan menggubal undang-undang untuk menyekat kegunaan beg-beg plastik di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPenggunaan beg-beg plastik di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Sehingga kini tiada undang-undang untuk menyekat penggunaan beg plastik di Malaysia dan Kementerian ini tidak bercadang untuk menggubal undang-undang tersebut dalam masa terdekat.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1612,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1612",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "42",
        "member": "Dr. Azman Bin Ismail",
        "area": "Kuala Kedah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) luas dan peratus kawasan hutan mengikut negeri-negeri di Malaysia ; dan (b) luas dan peratus kawasan pertanian di Malaysia yang berasal daripada penerokaan hutan baru sejak 1997.",
        "question": "Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan : \n\r\n(a) luas dan peratus kawasan hutan mengikut negeri-negeri di Malaysia ; dan \n\r\n(b) luas dan peratus kawasan pertanian di Malaysia yang berasal daripada penerokaan hutan baru sejak 1997.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\n(a) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak telah membuat semakan dan mendapati kawasan berhutan di Malaysia bagi tahun 2015 adalah seluas 18,254,860 hektar ataupun 55.3 peratus daripada keluasan tanah di Malaysia. Daripada keluasan tersebut, sejumlah 14,467,994 hektar merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Maklumat kawasan berhutan ini mengikut negeri di Malaysia adalah sepertimana Jadual berikut: \n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\nJadual : Maklumat Keluasan dan Peratus Kawasan Berhutan Mengikut Negeri di Malaysia Bagi Tahun 2015 Negeri \r\n\r\nKeluasan Negeri(ha) \r\n\r\n\r\nKawasan Berhutan(ha) \r\n\r\n\r\nPeratus (%) \r\n\r\n\n\r\n\r\nJohor \r\n1,901,600 \r\n449,221 \r\n23.6 \r\n\n\r\n\r\nKedah \r\n942,500 \r\n342,431 \r\n36.3 \r\n\n\r\n\r\nKelantan \r\n1,510,500 \r\n812,196 \r\n53.8 \r\n\n\r\n\r\nMelaka \r\n165,200 \r\n5,352 \r\n3.2 \r\n\n\r\n\r\nNegeri Sembilan \r\n665,709 \r\n158,147 \r\n23.8 \r\n\n\r\n\r\nPahang \r\n3,596,500 \r\n2,068,082 \r\n57.5 \r\n\n\r\n\r\nPerak \r\n2,102,200 \r\n1,021,795 \r\n48.6 \r\n\n\r\n\r\nPerlis \r\n79,500 \r\n11,532 \r\n14.5 \r\n\n\r\n\r\nPulau Pinang \r\n103,100 \r\n7,761 \r\n7.5 \r\n\n\r\n\r\nSelangor \r\n793,020 \r\n250,860 \r\n31.6 \r\n\n\r\n\r\nTerengganu \r\n1,295,600 \r\n655,444 \r\n50.6 \r\n\n\r\n\r\nWPKL \r\n29,200 \r\n2,049 \r\n7.0 \r\n\n\r\n\r\nSabah \r\n7,431,050 \r\n4,435,990 \r\n59.7 \r\n\n\r\n\r\nSarawak \r\n12,397,311 \r\n8,034,000 \r\n64.8 \r\n\n\r\n\r\n\r\nJumlah \r\n\r\n\r\n33,012,990 \r\n\r\n\r\n18,254,860 \r\n\r\n\r\n55.3",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1578,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1578",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-01",
        "year": 2017,
        "no": "43",
        "member": "Ir. Shaharuddin Bin Ismail",
        "area": "Kangar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah terdapat apa-apa ganti rugi kepada penduduk akibat kerosakan kepada premis mereka berikutan kerja-kerja projek Tebatan Banjir Lencongan Barat serta siapakah yang patut dipertanggu...",
        "question": "Ir. Shaharuddin Bin Ismail [Kangar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah terdapat apa-apa ganti rugi kepada penduduk akibat kerosakan kepada premis mereka berikutan kerja-kerja projek Tebatan Banjir Lencongan Barat serta siapakah yang patut dipertanggungjawabkan.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nBerhubung masalah kerosakan premis akibat pelaksanaan projek Tebatan Banjir Lencongan Barat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil langkah-langkah berikut;\n\r\n1. Satu perjumpaan bersama penduduk kawasan Tebing Tinggi telah diadakan pada 10 September 2017 yang lalu di mana ianya telah dihadiri oleh wakil JPS Perlis, Pejabat Projek PPP Perlis dan pihak Kontraktor AMI Construstion. Sdn. Bhd;\n\r\n2. Hasil daripada perjumpaan berkenaan, mana-mana penduduk yang telah mengalami kerugian akibat daripada masalah banjir yang berpunca daripada projek ini hendaklah mengemukakan butiran kerosakan berserta dengan gambar-gambar yang berkaitan. Laporan kerosakan berkenaan akan dikumpul dan dihantar melalui JKKK Tebing Tinggi dalam tempoh 1 minggu kepada pihak kontraktor untuk dimajukan kepada pihak insurans;\n\r\n3. Susulan daripada kejadian banjir yang telah berlaku pada 15 September 2017 yang lalu, pihak 'adjustor' insurans MSIG telah datang ke tapak pada 16 September 2017 bagi menilai kerosakan yang telah berlaku. Proses penilaian akan diteruskan sehingga kesemua rumah yang terlibat dinilai oleh 'adjustor'; dan\n\r\n4. Bagi kerosakan harta benda yang berpunca daripada kejadian banjir 21 September 2017 yang lalu pula, pihak insurans memerlukan beberapa maklumat tambahan yang perlu dimasukkan ke dalam laporan penilaian sebelum sebarang keputusan ganti rugi diberikan.\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1587,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1587",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-13",
        "year": 2017,
        "no": "44",
        "member": "Tuan Jeff Ooi Chuan Aun",
        "area": "Jelutong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan benar-benar telah meluluskan peruntukan Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM2.6 bilion yang dipohon oleh JPS Negeri Pulau Pinang. Kenapa hanya RM443 juta sa...",
        "question": "Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan benar-benar telah meluluskan peruntukan Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM2.6 bilion yang dipohon oleh JPS Negeri Pulau Pinang. Kenapa hanya RM443 juta sahaja (yakni 17.1%) daripada peruntukan tersebut yang dibelanjakan setakat ini..",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerajaan Persekutuan telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek RTB Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.\n\r\nWalaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja ( tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan). Pengurangan ini boleh ditakrifkan sebagai penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan selepas penilaian semula skop kerja, reka bentuk dan kos yang terlibat. Oleh itu, kenyataan hanya RM443 juta sahaja telah dibelanjakan adalah tidak tepat.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1582,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1582",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-07",
        "year": 2017,
        "no": "45",
        "member": "Dato' Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat.",
        "question": "Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa kajian bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir yang dilaksanakan iaitu; \n\r\n1. Kerajaan telah meluluskan agar garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) digunapakai untuk semua kelulusan pelan pembangunan di Malaysia. MSMA adalah satu garispanduan dengan konsep tahanan dan takungan air larian hujan dalam pengurusan air larian hujan dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di negara ini.\n\r\nPembinaan kolam sebagai takungan sementara dan mewajibkan pihak pemaju membina on site detention (OSD) dapat mengurangkan masalah banjir kilat.\n\r\nPenguatkuasaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) juga dalam kerja-kerja pembukaan tanah dapat mengurangkan pemendapan kelodak dalam sungai yang mengakibatkan banjir kilat. \n\r\n2. Kerajaan juga telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian dan menyediakan pelan induk saliran yang menggunakan konsep MSMA.\n\r\n3. Pada tahun 2015, JPS telah siap menjalankan kajian bertajuk Study on Artificial Bio-Macropore for Stormwater Management at Humid Tropics Centre Kuala Lumpur and Langat-HELP River. Kajian gunaan ini telah membuktikan lubang bersaiz antara 10-20 cm (yang ditutup secara separa telap) boleh dipasang secara berkumpulan di atas tanah dimana lubang berkenaan menggalakkan penyerapan air yang berlebihan semasa hujan lebat ke dalam tanah dengan lebih cepat dan tidak secara langsung mengurangkan air larian atas tanah dan mampu melambatkan banjir kilat. \n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1598,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1598",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-22",
        "year": 2017,
        "no": "45",
        "member": "Dato' Sri Douglas Uggah Embas",
        "area": "Betong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (Green House Gas) sebanyak 45% menjelang 2030, yang Malaysia janjikan di COP 21.",
        "question": "Dato' Sri Douglas Uggah Embas [Betong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (Green House Gas) sebanyak 45% menjelang 2030, yang Malaysia janjikan di COP 21.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nAntara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan oleh negara adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan 'Intended NDC' (INDC) kepada UNFCCC pada 27 November 2015.\n\r\nMenurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45% berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005menjelang tahun 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju. \n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi mencapai sasaran NDC tersebut, Kerajaan sedang membangunkan 'Roadmap for effective implementation of NDC and adoption to the Paris Agreement'. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara. Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC Negara Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:\n\r\n1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);\n\r\n2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;\n\r\n3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);\n\r\n4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;\n\r\n5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;\n\r\n6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;\n\r\n7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;\n\r\n8. Membangunkan program bio-diesel B5;\n\r\n9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;\n\r\n10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);\n\r\n11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan\n\r\n12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)\n\r\nDalam masa yang sama, Roadmap ini juga akan membantu negara mengenal pasti keperluan tindakan mitigasi tambahan dan teknologi baru bagi meningkatkan tindakan mitigasi pengurangan pelepasan GHG negara. Inisiatif-inisiatif sedia ada dan baru ini dijangka menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara pada masa hadapan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1579,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1579",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-01",
        "year": 2017,
        "no": "46",
        "member": "Tuan Oscar Ling Chai Yew",
        "area": "Sibu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan tentang perkembangan terbaru projek pintu air kawasan Bawang Assan. Nyatakan kos keseluruhan projek itu dan sebab ia masih belum siap. Apakah tindakan akan diambil oleh pihak Kementerian...",
        "question": "Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang perkembangan terbaru projek pintu air kawasan Bawang Assan. Nyatakan kos keseluruhan projek itu dan sebab ia masih belum siap. Apakah tindakan akan diambil oleh pihak Kementerian terhadap kes ini .",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\nUntuk makluman, projek Pembangunan Projek Lebaan Bawang Assan Blok A dan Projek Lebaan Bawang Assan Blok B yang melibatkan kos sebanyak RM2.04 juta bagi kedua-dua projek adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sebagai pelaksana projek.\n\r\nPada ketika ini, pembinaan pintu kawalan pasang surut (Tidal Control Gate) dianggarkan siap sebahagiannya. Kelewatan projek ini adalah disebabkan oleh keadaan tanah ditapak projek iaitu tanah jenis gambut, kesukaran akibat hakisan tebing sungai dan juga masalah banjir. Kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan Blok A adalah disebabkan oleh hakisan ban dan juga mendapan di sekitar kawasan ban. \n\r\nLangkah-langkah jangka pendek sedang diambil bagi kerja-kerja pembaikan dan buat masa ini pihak JPS Sarawak sedang melaksanakan kerja pembaikan kecil yang masih di bawah obligasi kontraktor. Untuk langkah jangka panjang pula, dicadangkan agar projek berskala besar di mohon di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan 4 (RP4) melalui MOA.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1580,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1580",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-11-01",
        "year": 2017,
        "no": "50",
        "member": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa",
        "area": "Parit Buntar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah bajet yang diperuntukkan untuk program penanaman semula pokok paya bakau dan api-api di perairan daerah Kerian dan seluruh negara dari tahun 2010 hingga 2017.",
        "question": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah bajet yang diperuntukkan untuk program penanaman semula pokok paya bakau dan api-api di perairan daerah Kerian dan seluruh negara dari tahun 2010 hingga 2017.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diperuntukan sejumlah RM 21,987,810 bagi tempoh lapan (8) tahun (2010-2017) untuk Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara diseluruh Malaysia.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nMenerusi program ini (2010-2017), Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 981,000 dan Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM 12,176,874. Dalam tempoh tersebut, sejumlah 19,412,449 pokok telah berjaya ditanam dengan keluasan 6,646.94 hektar. Daerah Kerian, merupakan salah satu daerah di Negeri Perak yang terlibat secara langsung dengan program ini yang melibatkan penanaman semula pokok Bakau di Hutan Simpan Pulau Selinsing dan Tanjung Piandang. Dalam tempoh 2010-2017, sebanyak 1,256,695 pokok telah berjaya ditanam di kawasan seluas 291.2 hektar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 682,221.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1574,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1574",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": "2017-10-31",
        "year": 2017,
        "no": "54",
        "member": "Liew Chin Tong",
        "area": "Kluang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan berkenaan isu pencemaran ammonia air mentah di sungai-sungai negeri Johor yang dipercayai akibat aktiviti perladangan dan pertanian yang tidak terkawal : (a) senarai ladang-ladang dan ki...",
        "question": "Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berkenaan isu pencemaran ammonia air mentah di sungai-sungai negeri Johor yang dipercayai akibat aktiviti perladangan dan pertanian yang tidak terkawal :\n\r\n\n(a) senarai ladang-ladang dan kilang-kilang yang telah dikenal pasti sebagai punca pencemaran dan apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka ; dan\n\r\n\n(b) apakah status terkini pewartaan kawasan-kawasan tadahan air.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(a) Berhubung dengan isu pencemaran ammonia di sungai-sungai di Negeri Johor dimaklumkan bahawa isu pencemaran ammonia yang berlaku adalah kebanyakannya berpunca dari pelepasan efluen kumbahan yang memasuki lembangan utama beberapa sungai di Negeri Johor. Terdapat juga isu peningkatan ammonia akibat dari aktiviti perladangan dan penternakan (yang diluar bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar) seperti aktiviti pemproses baja tahi ayam, pembajaan di kawasan pertanian dan juga pembukaan kawasan pertanian meluas yang terletak di dalam kawasan tadahan (yang tidak diwartakan); walau pun kawasan terjejas ini terletak di dalam pengurusan dan kawalan sumber air mentah oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.\n\r\n\nBagi kawalan pelepasan efluen dari industri, pihak Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau pelepasan dari punca-punca yang jelas di bawah bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar seperti kilang kelapa sawit dan pelepasan kumbahan dari sistem pengolahan kumbahan berpusat bagi taman atau kawasan perumahan.\n\r\n\nPenguatkuasan dan pemantauan secara berkala ke atas sungai-sungai yang berisiko tinggi dicemar di Negeri Johor memang dikawal meliputi dari semua aspek perancangan penempatan industri, penguatkuasaan berterusan, pengawasan dan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar.\n\r\n\n3\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(b) Sehingga Disember 2016, Kerajaan Negeri Johor telah mewartakan kawasan Hutan Tadahan Air (HTA) seluas 85,597.61 hektar di dalam Hutan Simpanan Kekal mengikut keperluan seksyen 10(1) (e) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1613,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1613",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "85",
        "member": "Tuan Anuar Bin Abd Manap",
        "area": "Sekijang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah status permohonan peruntukan RM 17 juta yang dibuat oleh Jabatan Pe",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Tuan Anuar Bin Abd Manap [Sekijang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah status permohonan peruntukan RM 17 juta yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Segamat bagi m...",
        "question": "Tuan Anuar Bin Abd Manap [Sekijang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah status permohonan peruntukan RM 17 juta yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Segamat bagi membaik pulih bund dan projek tebatan banjir yang telah dikenal pasti oleh JPS memerlukan perhatian segera bagi menghadapi situasi banjir pada masa hadapan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nJabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) akan memohonprojek membaik pulih bandan projek tebatan banjir tersebut dalam Rolling PlanKe-4 RMKe-11. Pada masa ini, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Segamatyang dilaksana di kawasan tersebut telah 100% siap dan masih dalam tempoh tanggungan kecacatan sehingga Januari 2018.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1614,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1614",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "90",
        "member": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh",
        "area": "Putatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) apakah jenis-jenis skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan rancangan mitigasi banjir di daerah Putatan dan Penampang; dan (b) adakah pihak Kementerian menyediakan sebarang dana ...",
        "question": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :\n\r\n(a) apakah jenis-jenis skop kerja yang terlibat dalam pelaksanaan rancangan mitigasi banjir di daerah Putatan dan Penampang; dan \n\r\n(b) adakah pihak Kementerian menyediakan sebarang dana bagi pembinaan semula rumah-rumah yang dipindahkan yang terlibat dalam projek ini termasuklah dana pampasan bagi pemindahan tanah perkuburan adat dan adakah pihak Kementerian juga menyediakan dana bagi pembinaan semula infrastruktur awam seperti jalan raya, jambatan, pili air dan bekalan letrik yang rosak akibat pelaksanaan projek ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\na) Secara keseluruhan skop kerja Rancangan Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah termasuk membina bantanah, menaiktaraf Sungai Putatan dengan bentuk trapezoidal, menaiktaraf sungai dengan \"Bored Piled\",pembinaan jambatan dan pembinaan pintu air banjir.\n\r\nb) KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS)tidak menyediakan dana untuk pembinaan semula rumah-rumah yang dipindahkan dalam kawasan projek kerana pampasan tanah dan bangunan akandiberikan kepada pemilik tanah sahaja.\n\r\nManakaladana pampasan bagi pemindahan tanah perkuburan adat dan kos pemindahan tanah serta perkuburan pembinaan semula infrastruktur awam seperti jalan raya, jambatan, pili bomba dan bekalan elektrik yang rosak akibat pelaksanaan projek ini telah diambil kira di dalam kos pembinaan projek.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1640,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1640",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "124",
        "member": "Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad",
        "area": "Pasir Puteh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kedudukan dan persiapan menghadapi musim hujan yang akan tiba. Bagaimanakah proses penebatan banjir yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu musim hujan, yang akan menyebabkan banj...",
        "question": "Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan dan persiapan menghadapi musim hujan yang akan tiba. Bagaimanakah proses penebatan banjir yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu musim hujan, yang akan menyebabkan banjir di Kelantan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2014 dan 2016. Sehingga kini apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian yang bertanggungjawab ke atas persiapan menghadapi banjir setiap kali tiba musim hujan di Kelantan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi menghadapi bencanabanjir,Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)melaksanakan persiapan melalui kaedah struktur dan bukan struktur.\n\r\nKaedah bukan struktur antaranya adalah melalui Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca banjir, kawasan banjir, kedalaman banjir, jumlah kerosakan banjir, jumlah kerugian dan kesannya kepada penduduk dan ekonomi negara.\n\r\nKajian tersebut merupakankajian kemungkinan yang akanmencadangkan langkah-langkah mitigasi yangmerangkumi kaedah struktur dan bukan struktur.Contoh langkah struktur adalah pembinaan benteng sungai, kolam takungan, empangan, lencongan banjir dan sebagainya. Setelah kajian tersebutdilaksanakan,JPS akan mengkaji langkah atau pilihanyang ekonomikuntuk dilaksanakan.\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di Negeri Kelantan, Kerajaan telah meluluskan peruntukan dibawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) sebanyak RM800 juta di bawah Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1.\n\r\nBagi PLSBSungai Kelantan Fasa 1,lawatan tapaktelah dibuat pada 20 Februari 2017 dan tender ditutup pada 16 Mei 2017 dengan anggaran kos projek sebanyak RM500 juta manakala PLSBSungai Golok Fasa 1,lawatan tapaktelah dibuatpada 12 September 2017 dan tender ditutup pada 31Oktober2017dengananggarankos projek sebanyak RM300 juta.\n\r\nWalaubagaimanapun,penyelesaian menyeluruh perlu dilaksanakan (total solution)yang melibatkan keseluruhan Lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Kelantan bagi mengatasi banjirdi kawasan lembangan ini. Kerja-kerja ini dicadang untuk dilaksanakan dalam Fasa 2 dan Fasa 3. Penyelesaian secara total solution ini jika dilaksanakan akan melangkaui RMKe-12 dan RMKe-13kelak.\n\r\nPada tahun ini, JPS Negeri Kelantan diperuntukkan sebanyak RM12 juta dibawah Program Pemuliharaan Sungai Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri. Pihak JPS telah melaksanakan projek tersebut di seluruh jajahan bagi memastikan aliran sungai tidak terhalang dan membaikpulih tebing sungai yangrosak. Selain itu, sebanyak RM2.56 juta peruntukan telah diberikan di bawah peruntukan Kerja-kerja Kecil dan Kerja Kecemasan Di Luar Jangka (sebelum dan selepas banjir) untuk memulihkan jalan dan jambatan, memulihkan struktur kawalan serta memulihkan pembentung di seluruh jajahan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1615,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1615",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "136",
        "member": "Puan Rubiah Binti Haji Wang",
        "area": "Kota Samarahan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan status terkini perancangan pelaksanaan projek hakisan sungai di Kampung Ta",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Puan Rubiah Binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan status terkini perancangan pelaksanaan projek hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dan proje...",
        "question": "Puan Rubiah Binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan status terkini perancangan pelaksanaan projek hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dan projek tebatan banjir di Taman Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)telah mengemukakan permohonan sebanyak RM5 juta di bawah rolling plan3 (RP3) RMKe-11bagi pelaksanaanprojek hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dan masih diperingkat pertimbangan dan kelulusan. \n\r\nManakala bagi Projek Tebatan Banjir di Taman Uni Garden dan SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan, projek tersebutmerupakansebahagiandaripadaProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak.Projek ini sedang dalam proses tender dan akan diikuti dengan kerja-kerja rekabentuk. Kerja-kerja di tapak dijangka bermula pada November 2018selepas reka bentuk terperinci selesai.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1616,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1616",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "222",
        "member": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "JUPEM",
        "category_labels": [
            "JUPEM"
        ],
        "title": "Menyatakan bahawa peta merupakan sebahagian medium komunikasi dalam memberikan gambaran sesuatu kawasan. Bagi memastikan pengguna mendapat gambaran serta maklumat yang tepat, apakah langkah-langkah...",
        "question": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bahawa peta merupakan sebahagian medium komunikasi dalam memberikan gambaran sesuatu kawasan. Bagi memastikan pengguna mendapat gambaran serta maklumat yang tepat, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memastikan setiap perubahan landskap yang berlaku sentiasa dikemas kini dan terkini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui JUPEM mempunyai polisi pengemaskinian peta yang dirangka sekian lama melalui Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan (PKPUP) Bil.1/2000 yang bertajuk Dasar Ulangkaji Peta Topografi Malaysia. Polisi ini menyatakan bahawa pengemaskinian peta bagi kawasan pekan dan bandar dilakukan setiap tiga (3) tahun manakala bagi kawasan membangun yang lain, peta dikemaskini setiap lima (5) tahun. Selebihnya bagi kawasan yang kurang membangun pengemaskinian peta dilakukan setiap 10 tahun sekali. \n\r\nBagi memastikan pengguna mendapat gambaran serta maklumat yang tepat dan dengan perubahan teknologi pemetaan semasa, JUPEM telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memendekkan lagi tempoh pusingan pengemaskinian peta kepada kurang daripada satu (1) tahun seperti berikut:- \n\r\na. Penglibatan pihak swasta melalui konsep Public-Private Partnership (PPP). Melalui konsep ini, sebahagian daripada aktiviti pemetaan dikontrakkan kepada syarikat berkepakaran di dalam penawanan data pemetaan secara berterusan dari tahun ke tahun bagi mempercepatkan kerja pemetaan. \n\r\nb. Kerjasama antara JUPEM dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS). Konsep ini telah membuka ruang kepada JUPEM untuk mengadakan kolaborasi dengan agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berkongsi \n\r\ndata dan tidak perlu menghabiskan masa menawan sendiri data-data pemetaan. \n\r\nc. Penggunaan teknologi drone bagi pengemaskinian data sedia ada. Dengan teknologi ini, JUPEM hanya perlu mengutip maklumat yang berupa foto udara untuk kawasan-kawasan yang belum dikemaskini di dalam data sedia. Dengan kata lain, penawanan data mengggunakan drone ini dilakukan secara berfokus iaitu bagi kawasan-kawasan yang belum dikemaskini datanya. \n\r\nDengan menggabungkan ketiga-tiga pendekatan ini penawanan data bagi pengemaskinian peta akan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan cost effective. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1617,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1617",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "245",
        "member": "Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang",
        "area": "Sibuti",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menyelasaikan masa",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menyelasaikan masalah kawasan mudah banjir di k...",
        "question": "Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menyelasaikan masalah kawasan mudah banjir di kawasan perumahan Taman Tunku Miri dan Lusut yang sangat kerap berlaku dan adakah Kerajaan dapat mendalamkan sungai berdekatan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandaraya Miri. Kajian ini adalah untuk menyediakan satu pelan induk saliran untuk Bandaraya Miri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut terlibatdalam penyediaan dan penyiapan kajian ini. Hasil daripada kajian tersebut, cadangan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Taman Tunku dan Lusut ialah dengan pembinaan kolam takungan (detention pond) di Taman Tunku dan Sungai Maktab. Selain daripada itu,sistem perparitan sedia ada perlu dinaiktaraf.\n\r\nKementerianmelalui JPS Malaysia sedang melaksanakan Pelan Pengurusan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Miri. JPS Sarawak akan mengemukakan permohonan sejumlah RM15 juta di bawah RMKe-11 untuk melaksanakan kerja-kerja naiktaraf sistem saliran di Taman Tunku dan Lusut dalam Rolling Plan(RP) akan datang. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1618,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1618",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "299",
        "member": "Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi",
        "area": "Sungai Besar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah tahap persediaan yang telah diambil oleh pihak Kementerian terutama",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah tahap persediaan yang telah diambil oleh pihak Kementerian terutamanya menerusi Jabatan Pengai...",
        "question": "Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah tahap persediaan yang telah diambil oleh pihak Kementerian terutamanya menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran dalam menghadapi risiko gelombang musim tengkujuh yang akan melanda negara penghujung tahun ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi menghadapi risiko gelombang musim tengkujuh tahun ini, KementerianSumber Asli dan Alam Sekitarmelalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)telah dan sedang melaksanakan Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRAB). Pemantauan status hujan dan aras air dari semasa ke semasa akan dilaksanakan dan hebahan kadarhujan semasa akan dilaporkankepada NADMA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam sebagai persediaan awal. Sistem ramalan banjir yang sedang dibangunkan oleh JPSinijuga akan diuji jalan untuk melengkapkan fasa pembangunan sistem ramalan banjir tersebut. \n\r\nSelain itu, salah satu program utama yang dilaksanakan oleh NRE melalui JPS adalahkerja-kerja pemuliharaan sungai-sungai bagi mengatasi risiko banjir di seluruh negara dimana untuk tahun 2017 ini sejumlah RM257 juta peruntukan telah diluluskan dan diagihkan melalui JPS negeri.\n\r\nSkop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah,sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.\n\r\nSelain itujuga, sejumlah RM40 juta diperuntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja kecil kecemasan luar jangka bagi menaiktaraf sistem saliran dan struktur-struktur saliran dan ban pantai.\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1626,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1626",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "322",
        "member": "Dato' Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menam",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banji...",
        "question": "Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa kajian bagi menambahbaik projek-projek tebatan banjirserta melambatkan proses banjir kilat. Antara kajian yang dilaksanakan adalah;\n\r\n1. Pelaksanaangarispanduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) digunapakai untuk semua kelulusan pelan pembangunan di Malaysia. \n\r\nMSMA adalah satu garispanduan dengan konsep tahanan dan takungan air larian hujan dalam pengurusan air larian hujan dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di negara ini.\n\r\nPembinaan kolam sebagai takungan sementara dan mewajibkan pihak pemaju membinaon site detention (OSD) dapat mengurangkan masalah banjir kilat.\n\r\nPenguatkuasaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) juga dalam kerja-kerja pembukaan tanah dapat mengurangkan pemendapan kelodak dalam sungai yang mengakibatkan banjir kilat.\n\r\n2. PenyediaanPelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian pelan induk saliran yang menggunakan konsep MSMA.\n\r\n3. Pada tahun 2015, JPS telah menyediakankajian bertajuk Study on Artificial Bio-Macropore for Stormwater Management at Humid Tropics Centre Kuala Lumpur and Langat-HELP River.Kajian gunaan ini telah membuktikan lubang bersaiz antara 10-20cm (yang ditutup secara separa telap) boleh dipasang secara berkumpulan di atas tanah dimana lubang berkenaan menggalakkan penyerapan air yang berlebihan semasa hujan lebat ke dalam tanah dengan lebih cepat dan tidak secara langsung mengurangkan air larian atas tanah dan mampu melambatkan banjirkilat.\n\r\nSelain itu, NRE melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)jugatelah menjalankan beberapa penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat. Antaranya adalah membangunkan model numerikal atau permodelan fizikal bagi menilai dan menentukan keberkesanan projek-projek tebatan banjir yang telah dan akan dijalankan mengikut permintaan agensi-agensi pelaksana. Melalui penilaian dan pengujian ini, kaedah optimum dalam pelaksanaan dan operasi projek-projek tebatan banjir dapat dikenalpasti. \n\r\nNAHRIM juga turutmembangunkan produk inovasi seperti NAHRIM Invisible Levee System(NAILS) bagi menahan limpahan air banjir ke atas fasiliti kepentingan awam seperti hospital, pusatjana kuasa, telekomunikasi dan rawatan air sertapusat pemindahan banjir.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1620,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1620",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "345",
        "member": "Tuan Nga Kor Ming",
        "area": "Taiping",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) apakah kedudukan status terkini projek tambak laut di Bagan Datuk di atas dan adakah projek ini mendapat kelulusan environment impact assessment ; dan (b) siapakah pihak sebenar ya...",
        "question": "Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan : \n\r\n(a) apakah kedudukan status terkini projek tambak laut di Bagan Datuk di atas dan adakah projek ini mendapat kelulusan environment impact assessment ; dan \n\r\n(b) siapakah pihak sebenar yang terlibat dalam projek tersebut di atas.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nBagi menjawab pertanyaan pertama (a) \n\r\nTerdapat projek tambak laut atau tebus guna tanah di Bagan Datuk yang telah mendapat kelulusan Laporan EIA pada 23 Mei 2016. Projek tersebut adalah \"The Proposed Reclamation Works For Perak Heavy Industries Park (PHIP) at Bagan Datoh, Perak. Dimaklumkan sehingga kini, kerja-kerja penambakan masih belum dimulakan. \n\r\nPertanyaan kedua (b) \n\r\nCadangan projek tersebut akan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perak Eco Industrial Hub (PEIH) Holdings Sdn. Bhd. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1621,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1621",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "350",
        "member": "Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy",
        "area": "Kota Kinabalu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk pencegahan banjir di kawasan band",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk pencegahan banjir di kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang...",
        "question": "Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk pencegahan banjir di kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang kerap dilanda banjir. Apakah projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan dan berapakah kos projek di kawasan berkenaan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerianSumber Asli dan Alam Sekitar(NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) telah melaksanakan beberapa pendekatan dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalamusaha mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perbandaran. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk bandar-bandar utama yang menghadapi masalah banjir kilat. PISMA adalah satu kajian untuk menyediakan pelan induk saliran dan garispanduan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar-bandar di negara ini. Penyediaan PISMA juga adalah selaras dengan kehendak PBT dan KPKT. Sehinggakini,17 PISMA telah disediakan dan didapati ianya telah banyak membantu menyelesaikan masalah banjir kilat.\n\r\nSebagai contoh, NRE melalui JPStelah melaksanakanKajian Pelan Induk Saliran Bandaraya Kota Kinabalu dan telah mengenalpasti parit-parit sedia ada yang perlu dinaik tarafdanmembuat permohonan bagi kelulusan projek tebatan banjir yang baru berdasarkan cadangan dalam pelan induk ini. Susulan itu, projek Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dengan kos berjumlah RM76jutatelah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rolling PlanKe-2, Rancangan Malaysia Kesebelas(RMKe-11).\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1622,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1622",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "381",
        "member": "Tuan Lim Lip Eng",
        "area": "Segambut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan nombor dan tarikh setiap Warta yang sedia ada bersabit dengan perizaban lot-lot bernombor 54267, 54269 dan 54270 sebagai 'tanah Kerajaan bagi maksud awam', dan sama ada HS(D)119633 PT933...",
        "question": "Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan nombor dan tarikh setiap Warta yang sedia ada bersabit dengan perizaban lot-lot bernombor 54267, 54269 dan 54270 sebagai 'tanah Kerajaan bagi maksud awam', dan sama ada HS(D)119633 PT9331 merupakan sebahagian Lot 54267.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nLot 54267, 54269 dan 54270 mukim dan daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipersetujui oleh Kabinet untuk diwartakan sebagai Taman Awam Berskala Besar pada 27 Jun 2007. Cadangan pewartaan ini turut berkait dengan 4 lot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan iaitu lot 54265, 54268, 52985 dan 3959 mukim dan daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, terdapat dua lot iaitu lot 54265 dan lot 54268 yang dipajakkan kepada Measat Digital Sdn Bhd. Setelah selesai proses penamatan pajakan kepada Measat Digital Sdn. Bhd., barulah kesemua lot yang berkaitan akan diwartakan sebagai Taman Awam Berskala Besar. \n\r\nHS(D) 119633 PT 9331 adalah hakmilik berasingan yang telah dikeluarkan daripada sebahagian lot 54267 seluas 90 871 meter persegi. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1627,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1627",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "382",
        "member": "Tuan Lim Lip Eng",
        "area": "Segambut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sudahkah hakmilik HS(D)119633 PT9331 diberi balik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, sama ada Warta P.U.(B)410/2004 bagi lot 54267 dipinda selari dengan pindahmilik ini, nombor dan ta...",
        "question": "Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sudahkah hakmilik HS(D)119633 PT9331 diberi balik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, sama ada Warta P.U.(B)410/2004 bagi lot 54267 dipinda selari dengan pindahmilik ini, nombor dan tarikh warta yang terpinda, atau adakah warta asal terus berkuatkuasa",
        "answer": "Yang di-Pertua, \n\r\nHakmilik HS(D)119633 PT9331 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi Hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan didaftarkan pada 02 Oktober 2014. Warta P.U.(B)410/2004 bagi lot 54267 bagi maksud taman botani telah dibatalkan pada 25 November 2010. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1634,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1634",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "384",
        "member": "Tuan Lim Lip Eng",
        "area": "Segambut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan isi kandungan 'perkara yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan' dalam jawapan bagi pertanyaan bukan lisan (Soalan 536) mesyuarat Parlimen yang lalu, adakah syarat nyata ...",
        "question": "Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan isi kandungan 'perkara yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan' dalam jawapan bagi pertanyaan bukan lisan (Soalan 536) mesyuarat Parlimen yang lalu, adakah syarat nyata HS(D)119633 PT9331 mematuhi kehendak Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 sebagai Kawasan Hijau dan bilakah tanah itu akan sempurna dipajakkan kepada Measat Digicast Sdn Bhd.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nTanah ini adalah tanah ganti kepada Measat Digital Sdn. Bhd. sebagai pertukaran Measat Digital Sdn. Bhd. menyerahkan dua lot tanah iaitu lot 54265 dan 54268 mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diserah balik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kerana akan diwartakan sebagai Tanah Awam Berskala Besar. \n\r\nSyarat nyata bagi hakmilik HS(D)119633 PT9331 sebagai \"Tiada\". Tanah ini masih hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan sehingga kini masih belum dipajakkan kepada Measat Digicast Sdn. Bhd. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1628,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1628",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "385",
        "member": "Tuan Lim Lip Eng",
        "area": "Segambut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pewartaan Taman Awam Berskala Besar Bukit Kiara dengan keluasan penuhnya 380 ekar meliputi 5 lot tanah akan selesai tahun ini, dan jika tidak, bilakah ianya boleh disempurnakan.",
        "question": "Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pewartaan Taman Awam Berskala Besar Bukit Kiara dengan keluasan penuhnya 380 ekar meliputi 5 lot tanah akan selesai tahun ini, dan jika tidak, bilakah ianya boleh disempurnakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua, \n\r\nKerajaan sedang berusaha untuk memuktamadkan pewartaan 5 lot tanah tersebut. Pewartaan ini akan diselesaikan selepas segala urusan berkaitan disempurnakan. \n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1635,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1635",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "392",
        "member": "Tuan Julian Tan Kok Ping",
        "area": "Stampin",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan rancangan yang sedia ada sejak 2013 sehingga terkini, di kawasan Parlimen",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan rancangan yang sedia ada sejak 2013 sehingga terkini, di kawasan Parlimen Kuching dan Parlimen Stampin demi m...",
        "question": "Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan rancangan yang sedia ada sejak 2013 sehingga terkini, di kawasan Parlimen Kuching dan Parlimen Stampin demi mengatasi banjir kilat yang sering berlaku. Nyatakan secara terperinci projek-projek tersebut dari segi perbelanjaan, jangkaan masa siap,status projek jika dalam perlaksanaan serta kawasan yang boleh dimanfaatkan oleh projek tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak yang merangkumi kawasan Parlimen Kuching dan Parlimen Stampin. \n\r\nProses tender bagi PLSB Sungai Sarawak sedang dilaksanakan dan akan diikuti dengan kerja-kerja rekabentuk.Kerja-kerja di tapakpuladijangka akan bermula November 2018selepas proses reka bentuk terperinci selesai.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1636,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1636",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "419",
        "member": "Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli",
        "area": "Dungun",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah kajian menyeluruh dibuat ke atas muara Sungai Dungun yang dikesan kerap meragut nyawa nelayan.",
        "question": "Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [Dungun] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah kajian menyeluruh dibuat ke atas muara Sungai Dungun yang dikesan kerap meragut nyawa nelayan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kajian terhadap Muara Sungai Dungun iaitu Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Terengganu yang telah disiapkan pada Disember 2010. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1637,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1637",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "455",
        "member": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad",
        "area": "Langkawi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan jumlah peruntukan yang telah diterima dan akan diperuntukkan kepada Pulau",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [Langkawi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan jumlah peruntukan yang telah diterima dan akan diperuntukkan kepada Pulau Langkawi bagi mengawal keadaan b...",
        "question": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [Langkawi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARmenyatakan jumlah peruntukan yang telah diterima dan akan diperuntukkan kepada Pulau Langkawi bagi mengawal keadaan banjir yang berlaku saban tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dandan Saliran (JPS)telah memperuntukkansebanyakRM2.86 juta di bawahprogrampemuliharaansungaiuntuk mengurangkanrisikobanjirpelbagai negeri dan sebanyak RM0.39 juta diperuntukkan untuk Pulau Langkawi dibawah kerja-kerja kecemasan di luar jangka (sebelum dan selepas banjir) bagimengawal keadaanbanjir. Bagi penyelesaian jangka panjang, JPS akan memohon projek Rancangan Tebatan Banjir Langkawi bawah Rancangan Malaysia Ke –11dalam rolling planakan datang. \nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1638,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1638",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "472",
        "member": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad",
        "area": "Lipis",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DANALAM SEKITARmenyatakan jumlah projek tebatan banjir berserta kos yang telah dilaksanakan di kawasa",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [Lipis] minta MENTERI SUMBER ASLI DANALAM SEKITARmenyatakan jumlah projek tebatan banjir berserta kos yang telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Lipis.",
        "question": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [Lipis] minta MENTERI SUMBER ASLI DANALAM SEKITARmenyatakan jumlah projek tebatan banjir berserta kos yang telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Lipis.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui JPS Malaysiatelah membuat permohonan dalam Rolling Plan3 (RP3) RMKe-11 bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg.Jelai (Fasa 1), Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur.Kos yang dipohon dalam RP3 adalah sebanyak RM45,000,000.00.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1639,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1639",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 3,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "516",
        "member": "Tuan Sim Tong Him",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan:- (a) Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan tentang pengurusan sisa racun klorin selepas digunakan oleh semua syarikat air dan agensi-agensi yang lain; dan (b) Berapakah berat dalam...",
        "question": "Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:- \n\r\n\n(a) Apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan tentang pengurusan sisa racun klorin selepas digunakan oleh semua syarikat air dan agensi-agensi yang lain; dan \n\r\n\n(b) Berapakah berat dalam tan sisa-sisa ini setiap bulan dan adakah Kementerian kenalpasti semua tapak dan cara-cara penghapusan sisa-sisa yang beracun ini.",
        "answer": "(a) Penggunaan klorin sebagai agen disinfeksi dalam air minuman telah digunakan secara meluas sejak tahun 1908. Kebanyakan loji rawatan air di Malaysia menggunakan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen dan bahan pencemar yang membahayakan pengguna. Oleh kerana klorin merupakan agen disinfeksi yang kuat, ia boleh bertindakbalas dengan komponen-komponen kimia seperti mangan, ferum, hidrogen sulfida, ammonia dan fenol di dalam air. Klorin dalam bentuk tulen adalah bahan kimia yang toksik jika tersedut, boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mata yang serius, boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan dan sangat toksik kepada hidupan akuatik. \n\r\n\nDi bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, terdapat dua (2) definisi yang boleh digunakan berhubung bahan kimia berbahaya. Satu definisi di bawah Peraturan CLASS menjelaskan bahawa, sesuatu bahan kimia adalah berbahaya sekiranya terkelas di bawah mana–mana kategori pengelasan yang telah digariskan di dalam Peraturan tersebut. Contoh kategori pengelasan yang terdapat dalam Peraturan CLASS ialah seperti cecair mudah terbakar, menghakis logam, kekarsinogenan dan kakisan atau kerengsaan kulit. \n\r\n\nSatu lagi definisi di bawah Peraturan USECHH pula ialah bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang memfokuskan kepada bahan kimia yang khusus bahayanya akan mengakibatkan kesan kesihatan kepada sesiapa yang mengendalikan bahan kimia tersebut. Bahan kimia berbahaya kepada kesihatan ialah bahan kimia yang: \n\r\n\n # tersenarai di bawah jadual 1 dan 2; \n\r\n\n # mempunyai pengelasan di bawah hazard kesihatan di bawah Peraturan CLASS; \n\r\n\n # didefinisikan sebagai racun makhluk perosak di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974; atau \n\r\n\n # tersenarai di dalam Jadual Pertama di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 \n\r\n\nMerujuk kepada Jadual Pertama di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, bekas yang dicemari dengan bahan kimia seperti klorin adalah buangan terjadual dengan kod buangan terjadual SW409. Syarikat air atau agensi lain yang menggunakan klorin sebagai agen disinfeksi adalah bertanggungjawab di bawah Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 iaitu: \n\r\n\n(1) Tiap-tiap pengeluar buangan hendaklah memastikan bahawa buangan terjadual yang dikeluarkan olehnya distor dengan \n\r\n\n　\n\r\n\nbaik, diolah di tapak, diperoleh kembali di tapak bahan atau hasil daripada buangan terjadual itu atau dihantar dan diterima di premis yang ditetapkan untuk pengolahan, pelupusan atau pemerolehan kembali bahan atau hasil daripada buangan terjadual; \n\r\n\n(2) Tiap-tiap pengeluar buangan hendaklah memastikan bahawa buangan terjadual yang mengalami pergerakan atau pemindahan dibungkus, dilabel dan diangkat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. \n\r\n\nGarispanduan yang boleh dirujuk oleh pengeluar buangan adalah Guidelines for Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Wastes In Malaysia terbitan Jabatan Alam Sekitar, 2014. Semakan premis yang ditetapkan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi tujuan pengolahan, pelupusan atau pemerolehan kembali bagi kod buangan terjadual SW409 boleh disemak di laman sesawang https://eswis.doe.gov.my \n\r\n\nTiap-tiap kesalahan yang terdiri daripada apa-apa ketinggalan atau keabaian untuk mematuhi atau apa-apa perbuatan yang dilakukan atau cuba hendak dilakukan yang berlawanan dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 boleh dikompaun di bawah Seksyen 45 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. \n\r\n\n(b) Di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 seseorang pengeluar buangan, kontraktor dan penduduk premis yang ditetapkan hendaklah menyediakan maklumat menurut Jadual Keenam mengikut cara yang diperuntukkan dalam peraturan ini atau Ketua Pengarah Alam Sekitar boleh menentukan kaedah lain yang difikirkan patut olehnya. Jadual keenam di dalam Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 merupakan nota konsainan buangan terjadual yang perlu dilengkapkan oleh pengeluar buangan terjadual, kontraktor yang mengangkut buangan terjadual dan penduduk premis yang ditetapkan bagi pengolahan, pelupusan atau pemerolehan kembali bahan buangan terjadual tersebut. Kontraktor yang mengangkut buangan terjadual dan penduduk premis yang ditetapkan adalah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974. Pemantauan buangan terjadual yang dijana oleh pengeluar buangan dan yang diterima di premis yang ditetapkan pengolahan, pelupusan atau pemerolehan kembali bahan buangan terjadual dijalankan secara berterusan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui Sistem Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS). Sebanyak 72,325.72 MT bagi kod buangan terjadual SW 409 telah dijana dari 1 Januari 2017 hingga 11 Oktober 2017 dari pelbagai industri. Jumlah sebenar pengeluar buangan yang terlibat dalam penggunaan klorin tiada dalam rekod Jabatan Alam Sekitar. \n\r\n\nSekian, terima kasih. \n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR3.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1498,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1498",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-25",
        "year": 2017,
        "no": "1",
        "member": "YBM JAWAB Dato’ Dr. Noraini bt Ahmad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan Kementerian dalam memastikan kedudukan semua utiliti bawah tanah dikenal pasti dan dipetakan bagi membantu Kerajaan dalam pembangunan prasarana negara.",
        "question": "YBM JAWAB\n\r\n\n\r\nDato’ Dr. Noraini bt Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian dalam memastikan kedudukan semua utiliti bawah tanah dikenal pasti dan dipetakan bagi membantu Kerajaan dalam pembangunan prasarana negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian telah mengambil tindakan memetakan utiliti bawah tanah menerusi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). JUPEM bertindak sebagai badan repositori dengan membangunkan Pangkalan Data Utiliti Bawah Tanah Kebangsaan (PADU) serta memperolehi peralatan pengesanan bagi melaksanakan kerja-kerja verifikasi. Selaras dengan keputusan Kabinet pada tahun 1994 dan 1998 Bahagian Pemetaan Utliti telah ditubuhkan dengan seramai 55 orang.\n\r\n\nUtiliti bawah tanah ini melibatkan TNB, Telekom, pembentungan air dan gas. Sehingga kini, JUPEM telah melaksanakan verifikasi sepanjang 1052.4km (perincian seperti di lampiran) dan telah menghasilkan sejumlah 652 peta utiliti bawah tanah bagi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, sebahagian Shah Alam dan Kuala Lumpur.\n\r\n\nUtiliti bawah tanah ini amat penting pada negara ia memberi kesan kepada alam sekitar (banjir), pembangunan, keselamatan dan ekonomi negara.\n\r\n\nAntara kekangan yang dihadapi oleh Jupem adalah :-\n\r\n\na) Kakitangan yang tidak mencukupi pada masa kini Bahagian Pemetaan Utiliti hanya mempunyai 49 orang sahaja dan\n\r\n\nb) Data yang diperolehi daripada penyedia utiliti tidak memenuhi spesifikasi yang telah di tetapkan,\n\r\n\nUntuk jangka masa hadapan, JUPEM akan meningkatkan kerjasama dengan pihak Kementerian lain serta Pihak Berkuasa Tempatan melalui\n\r\n\ngaris panduan dan perundangan. Selain itu, Kementerian juga sedang berusaha menyediakan kepakaran yang terdiri daripada kakitangan JUPEM dan pihak swasta. Menjelang 2020, Malaysia dijangka akan mempunyai lebih 150 orang pakar dalam pemetaan utiliti bawah tanah. JUPEM juga sedang memperluaskan aktiviti pemetaan utiliti bawah tanah ke seluruh Negara dengan penglibatan semua JUPEM negeri.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1517,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1517",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-01",
        "year": 2017,
        "no": "1",
        "member": "YAB MENTERI JAWAB SOALAN: Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad",
        "area": "Lipis",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui eko pelancongan h...",
        "question": "YAB MENTERI JAWAB\n\n\r\nSOALAN: Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [Lipis] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui eko pelancongan hutan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nSebanyak 110 kawasan Taman Eko-Rimba (TER) atau dahulunya dikenali sebagai Hutan Lipur dan lapan (8) kawasan Hutan Taman Negeri (HTN) yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal telah dibangun dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.\n\r\nKawasan yang telah dibangunkan itu mempunyai ciri-ciri keunikan seperti landskap semula jadi serta kepelbagaian flora dan fauna yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi Ekopelancongan Hutan. Ciri-ciri ini menjadi satu kelebihan bagi menarik pelancong atau pengunjung yang gemarkan alam semulajadi dan mampu menjana sumber pendapatan baru hutan (New Forest Wealth Creation) kepada negara.\n\r\nusaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui eko pelancongan hutan diperoleh menerusi beberapa pendekatan.\n\r\n1. Usaha pemuliharaan eko sistem hutan semulajadi atau konservasi in-situ di Malaysia seperti Taman-Taman Negara, Taman Negeri, Tapak-Tapak Warisan dan Tapak yang diiktiraf diperingkat antarabangsa seperti Tapak RAMSAR.\n\r\n2. Usaha pemuliharan hutan yang terletak berhampiran kawasan bandar atau komuniti dikenali sebagai Urban Forest.\n\r\n3\n\r\n3. Usaha pemuliharaan hutan bersama bersama pihak berkuasa tempatan menerusi kerjasama MoU seperti Majlis Perbadanan Putrajaya.\n\r\n4. Memajukan kawasan-kawasan Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) yang sediaada dan mengenalpasti kawasan baru yang berpotensi.\n\r\nAntara usaha dan kerjasama yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara adalah menerusi eko pelancongan hutan seperti projek-projek berikut:-\n\r\n1. Projek Pembangunan Cameron Highlands Montane Biodiversity Centre (CH-MBC) di kawasan Hutan Lipur Parit Falls, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.\n\r\n2. Kilim Geoforest Park di Langkawi, Kedah yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan UNESCO merupakan formasi batuan yang berusia 500 juta tahun.\n\r\n3. Pulau Anak Tikus (Kilim Geoforest Park, Langkawi, Kedah) yang merupakan satu-satunya surface fossil di Malaysia.\n\r\n4. Kawasan Tapak Warisan FRIM di Kepong Selangor merupakan usaha eko pelancongan hutan berhampiran kawasan bandar. Pembangunan tapak berteraskan infrastruktur hijau menerusi\n\r\n4\n\r\nprogram Heart of Heritage FRIM (HOH-FRIM) akan dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjelang 2020.\n\r\n5. Jerai Geopark Kebangsaan merupakan kawasan hutan yang telah dikenalpasti mempunyai batuan.\n\r\n6. Pusat Konservasi Gajah dan Institut Biodiversiti di Kuala Gandah, Pahang.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1509,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1509",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-02",
        "year": 2017,
        "no": "4",
        "member": "Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab-sebab tidak menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan pasir sebaliknya menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sehingga telah menyebabkan hakisan leb...",
        "question": "Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab tidak menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan pasir sebaliknya menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sehingga telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian sedia maklum bahawa kejadian air pasang besar dan ombak yang kuat pada Januari hingga Februari 2016 telah menyebabkan kerosakan harta benda dan mengancam keselamatan nyawa dan harta benda penduduk setempat perlu ditangani dengan segera. Oleh yang demikian, kerja-kerja darurat perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Kerja darurat perlu segera disiapkan dalam keadaan ombak bergelora, maka penggunaan batu-batu besar yang boleh bertahan dengan ombak dan senang diperolehi menjadi faktor pemilihan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPemilihan struktur lapis lindung batu ini merupakan kaedah paling berkesan dan kos efektif bagi menangani keadaan tersebut selain bekalan bahan binaan yang boleh didapati dengan segera, tenaga kerja dan keupayaan pembinaan struktur di tapak pada ketika itu. Kerja-kerja pembinaan lapis lindung batu tersebut hanya bersifat sementara dan kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah di kawasan tersebut secara menyeluruh. Pada masa hadapan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merancang untuk membina struktur pemecah ombak (breakwater) dan penambakan pasir (beach nourishment) bagi menyelesaikan masalah berbangkit.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1499,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1499",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-25",
        "year": 2017,
        "no": "9",
        "member": "Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan hutan hujan di Malaysia adalah kaya dengan tumbuh-tumbuhan yang didakwa mempunyai pelbagai nilai ubat- ubatan. Namun masih banyak lagi yang belum diterokai dari segi potensi ubatan dan n...",
        "question": "Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan hutan hujan di Malaysia adalah kaya dengan tumbuh-tumbuhan yang didakwa mempunyai pelbagai nilai ubat- ubatan. Namun masih banyak lagi yang belum diterokai dari segi potensi ubatan dan nilai komersialnya. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian untuk menerokai potensi dan nilai komersialnya serta pembangunan industri herba Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menjalankan kajian huluan dan hiliran yang meneroka potensi ubatan tumbuhan dari segi efikasi, keselamatan dan kualiti produk herba.\n\r\n\nDaripada 1,200 spesies tumbuhan di seluruh negara yang dilaporkan mempunyai nilai ubatan, FRIM telah meneroka potensi ubatan lebih 480 spesies tumbuhan; antaranya tongkat ali, kacip fatimah, serai wangi, gaharu, asam gelugor dan patawali.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nHasil kajian ini, FRIM telah menghasilkan sekurang-kurangnya 40 produk herba dan penjagaan diri yang telah dikomersial dan/atau berpotensi untuk dikomersialkan.\n\r\n\nSelain produk, FRIM juga mempunyai lebih 1150 ekstrak tumbuhan herba, 47 ekstrak piawai, koleksi minyak pati daripada 200 spesies tumbuhan dan 12,000 koleksi aktinobakteria yang telah diuji dan didapati berpotensi dalam penjagaan kesihatan atau pencegahan penyakit-penyakit tertentu seperti diabetik, inflammatori dan anti-kolesterol.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKemudahan di FRIM seperti makmal yang mempunyai akreditasi bertaraf BioNexus dan MS ISO/IEC 17025; serta pensijilan Sijil Organik Malaysia dan Amalan Pengilangan Baik turut menyokong kawalan kualiti produk herba disamping memenuhi piawaian yang ditetapkan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian turut mengambil langkah mewujudkan Akta FRIM (Akta 782) pada tahun 2016. Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) yang ditubuhkan pada 1985 hanya khusus kepada aktiviti penyelidikan. Melalui Akta ini, FRIM dibenarkan menubuhkan syarikat FRIM bagi komersialisasi produk dan teknologi hasil R&Dnya sendiri.\n\r\n\nSelain itu, FRIM juga akan menjadi pusat pensijilan dan pengesahihan bahan mentah herba bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi industri herba negara. Ini membolehkan produk yang dihasilkan berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan piawaian tempatan dan antarabangsa.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1502,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1502",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-27",
        "year": 2017,
        "no": "13",
        "member": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN",
        "area": "GERIK",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan keuntungan, memberi kesan kepada alam sekitar dan tempatan dengan melaksanakan projek FRIM dan FGV khususnya pembangunan bunga Rafflesia seluas 250 hektar di Bersia Timur, Gerik serta be...",
        "question": "DATO' HASBULLAH BIN OSMAN [GERIK] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keuntungan, memberi kesan kepada alam sekitar dan tempatan dengan melaksanakan projek FRIM dan FGV khususnya pembangunan bunga Rafflesia seluas 250 hektar di Bersia Timur, Gerik serta berapakah peruntukan disediakan bagi memastikan projek tersebut dapat dijayakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nFaedah serta kesan kepada alam sekitar yang diperoleh dari projek pembangunan sebuah Pusat Pemuliharaan dan Interpretif Rafflesia (PPIR) antara FRIM dan FGV ialah pengurangan ancaman dan kepupusan populasi Rafflesia termasuk eksploitasi pengutipan spesies ini sebagai sumber ubatan melalui pemuliharaan populasi Rafflesia di ekosistem semula jadinya; serta penjanaan pengetahuan baru menerusi pembangunan plot penyelidikan dan tapak ekologi jangka panjang.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nFaedah kepada masyarakat tempatan ialah melalui peningkatan tahap sosio-ekonomi komuniti orang asli dan masyarakat setempat sebagai sumber tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran. Masyarakat tempatan dapat bertindak sebagai rakan kongsi dan pemain utama sektor industri indigenous tourism Rafflesia. Jaringan kerjasama sedia ada antara kerajaan persekutuan dan negeri juga dipereratkan menerusi penjanaan pendapatan hasil pelbagai pakej eko-pelancongan Rafflesia yang dijangka berjumlah RM150 juta bagi tempoh 5 tahun (2021-2025). Projek ini akan turut mewujudkan imej daerah Hulu Perak sebagai penggerak industri eko-pelancongan negara berteraskan indigenous tourism Rafflesia.\n\r\n\nDana yang diperuntukan bagi projek FRIM-FGV bagi tahun 2017-2020 ialah dana FGV berjumlah RM5 juta dan dana RMK-11 berjumlah RM10 juta.\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1519,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1519",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-03",
        "year": 2017,
        "no": "26",
        "member": "Tuan Sim Tong Him",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) status permohonan DOE oleh projek Mega '' Melaka Gateway\" dan jenis kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian dan apakah kesan-kesan yang perlu diatasi oleh projek tambak laut; ...",
        "question": "Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:\n\r\n(a) status permohonan DOE oleh projek Mega '' Melaka Gateway\" dan jenis kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian dan apakah kesan-kesan yang perlu diatasi oleh projek tambak laut; dan\n\r\n(b) apakah syarat-syarat yang perlu diikuti dan bagaimanakah dengan pemantauan oleh Kementerian ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDimaklumkan KAJ Development Sdn Bhd merupakan pemaju projek Melaka Gateway yang telah diberikan konsesi oleh Kerajaan Negeri Melaka melakukan kerja menambak laut di kawasan Bandar IV, Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah, Melaka seluas 609 ekar. Kawasan tambakan terletak sebahagian dalam kawasan yang diluluskan oleh Laporan EIA Makro bagi Cadangan Projek Penambakan Pantai di Sepanjang Negeri Melaka. Kementerian melalui JAS telah mengarahkan pemaju projek Melaka Gateway untuk menjalankan Kajian Impak Sosio – Ekonomi bagi pembangunan projek penambakan Pulau Melaka sediada serta menjalankan Audit alam sekeliling bagi kawasan penambakan di Fasa 1 sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Kesan-kesan yang perlu diatasi oleh tambak laut adalah seperti kesan serakan sedimen, hakisan pantai, pemendakan sedimen dan lain-lain yang telah diperincikan di dalam kajian EIA serta kajian Hidraulik.\n\r\nLaporan EIA perlu disediakan bagi cadangan projek penambakan Pulau Melaka East 3 (PME 3) dan Pulau Melaka East 4 (PME 4) serta topside development bagi kesemua pulau yang terlibat dan laporan kajian sosioekonomi perlu dimasukkan dalam laporan EIAyang akan disediakan kelak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1510,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1510",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-02",
        "year": 2017,
        "no": "27",
        "member": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad",
        "area": "Langkawi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "MaCGDI",
        "category_labels": [
            "MaCGDI"
        ],
        "title": "Menyatakan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial daripada pelbagai agensi sedang dilaksanakan bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam usaha pengutipan dan penyenggaraan maklumat ...",
        "question": "Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [Langkawi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial daripada pelbagai agensi sedang dilaksanakan bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam usaha pengutipan dan penyenggaraan maklumat geospatial. Sejauh manakah perkongsian maklumat geospatial membantu Kementerian dalam usaha perbelanjaan secara berhemah dan sekali gus dapat menjimatkan wang negara.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah membangunkan satu infrastruktur bagi perkongsian maklumat geospatial yang diberi nama Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) (dengan izin) sejak akhir tahun 2002. Antara objektif program MyGDI adalah mengurangkan pertindihan dalam inisiatif berkaitan pengutipan data geospatial, menyelaras perkongsian data serta menggalakkan penggunaan data geospatial terutama dalam menyokong pembangunan negara yang mampan dan lestari.\n\r\n\nMelalui program MyGDI, platform perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial telah disediakan di antara agensi-agensi kerajaan agar dapat menjimatkan perbelanjaan negara dengan menggunakan konsep collect once, used by many (dengan izin). Sebagaimana Yang Ahli Berhormat sedia maklum, kos pembangunan dan penyelenggaraan data geospatial melibatkan kos yang tinggi dari aspek keperluan tenaga kerja yang mahir, tempoh masa yang panjang dari segi pengutipan, pemprosesan dan pengemaskinian data bagi memastikan data tersebut sentiasa terkini serta berkualiti. Agensi-agensi Kerajaan perlu menyedari bahawa maklumat geospatial yang sedia ada menunjukkan segala pelaburan yang telah dilakukan dalam pembangunan data geospatial amat berguna serta memberikan faedah kepada semua.\n\r\n\nMaklumat yang boleh dicapai merupakan maklumat geospatial yang bernilai untuk dikongsi bersama oleh agensi. Maklumat tersebut dikumpul, diproses, disimpan dan disebar dalam pelbagai format mengikut keperluan masing-masing. Penggunaan maklumat geospatial secara optimum boleh dicapai melalui integrasi data daripada pelbagai jenis dan sumber yang berlainan. Sumber data tersebut seharusnya mudah dikenal pasti untuk membolehkan pengguna mendapatkan data yang relevan dengan keperluan mereka.\n\r\n\nPerkongsian dan penyebaran maklumat geospatial adalah gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua agensi yang terlibat. Ini membolehkan integrasi data dilakukan untuk manfaat semua dan bukan terhad kepada kepentingan sesuatu agensi sahaja. Selain itu, ianya juga dapat membantu membuat perancangan, pelaksanaan dan analisis yang tepat sekaligus memudahkan pihak pengurusan atasan dalam membuat keputusan dengan cepat dan tepat.\n\r\n\nDalam usaha perbelanjaan secara berhemah dan sekali gus dapat menjimatkan wang Negara, melalui pelaksanaan Program MyGDI Anggaran Jumlah Penjimatan dapat diperoleh dari dua (2) aspek:\n\r\n\na. Anggaran Penjimatan melalui Platform Perkongsian atau Aplikasi yang telah dibangunkan oleh MaCGDI; dan\n\r\n\nb. Anggaran Penjimatan Kos Hasil Perkongsian Data Geospatial\n\r\n\na. Anggaran Penjimatan melalui Platform Perkongsian atau Aplikasi\n\r\n\nBeberapa Platform Perkongsian atau Aplikasi yang telah dibangunkan oleh MaCGDI adalah MyGOS, 1MalaysiaMap, MyGDI Explorer dan MyGeotranslator. Anggaran penjimatan yang diperoleh bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan RMKe-11 (sehingga Julai 2017) adalah RM112. 57 juta. Setiap jabatan dapat menjimatkan penggunaan wang kerajaan kerana telah menggunakan platform dan infrastruktur perkongsian dan penyebaran yang disediakan melalui Program MyGDI. Oleh yang demikian, setiap jabatan dan agensi tidak memerlukan untuk membuat perolehan perkakasan dan perisian, lesen software, pembangunan aplikasi.\n\r\n\nb. Anggaran Penjimatan Kos Hasil Perkongsian Data Geospatial\n\r\n\nAnggaran Penjimatan Kos Hasil Perkongsian Data melalui perkongsian kos yang tidak dituntut oleh agensi pembekal data geospatial dan sekali gus dapat menjimatkan wang Negara berjumlah RM 42.02 juta bagi RMKe-10 dan RMKe-11 (sehingga Julai 2017) dalam usaha perbelanjaan secara berhemah.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1520,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1520",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-03",
        "year": 2017,
        "no": "31",
        "member": "Tuan Sim Tze Tzin",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah rancangan dan usaha Kerajaan Pusat untuk membantu menyelesaikan masalah banjir di Parlimen Bayan Baru. Senaraikan cadangan dan nilai projek-projek tebatan banjir dari Kerajaan Pusat.",
        "question": "Tuan Sim Tze Tzin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan dan usaha Kerajaan Pusat untuk membantu menyelesaikan masalah banjir di Parlimen Bayan Baru. Senaraikan cadangan dan nilai projek-projek tebatan banjir dari Kerajaan Pusat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi menyelesaikan masalah banjr di Parlimen Bayan Baru, Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Balik Pulau dengan anggaran kos sebanyak RM153 juta. Projek ini akan melibatkan Lembangan Teluk Kumbar, Sungai Tiram dan Sungai Nipah di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Skop projek meliputi kerja-kerja menaiktaraf sistem Pintu Kawalan Pasang Surut (TCG) di Muara Sungai Teluk Kumbar dan Sungai Tiram, serta kerja-kerja menaiktaraf Sungai Bayan Lepas dan Sungai Nipah\n\r\nPelaksanaan projek ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada hampir 5,000 keluarga yang terlibat dengan perpindahan setiap kali berlaku banjir. Ianya juga berupaya mengurangkan 4 kejadian banjir dalam tempoh 12 bulan dan turut mengurangkan masalah banjir kilat yang kerap berlaku.\n\r\nSelain itu, Rancangan Tebatan Banjir Teluk Kumbar bernilai RM10 juta yang telah dipohon di dalam RP3 RMKe-11 adalah merupakan sebahagian langkah mitigasi banjir dalam Rancangan Tebatan Banjir Balik Pulau. Skop projek tersebut termasuklah menaiktaraf Sungai Teluk Kumbar dan menaiktaraf pintu 'Flap Gate' dan Rumah Pam Sungai Teluk Kumbar.\n\r\nPelaksanaan projek ini akan dapat mengurangkan kejadian banjir di sekitar Sungai Teluk Kumbar, terutamanya di Kg. Matahari Jatuh, Kg. Batas Besar, Kg. Masjid dan Kg. Gemuruh di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Selain\n\r\nitu, ia juga dapat memberi manfaat kepada 1,000 keluarga yang terlibat dengan perpindahan setiap kali berlaku banjir dan mengurangkan luas kawasan yang terjejas akibat banjir iaitu 4km persegi kepada 1km persegi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1505,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1505",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-31",
        "year": 2017,
        "no": "37",
        "member": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan: (a) berapakah jumlah simpanan stok bauksit yang berada di dalam dan di luar Pelabuhan Kuantan sewaktu bermulanya moratorium berbanding dengan keseluruhan jumlah bauksit yang di eksport ...",
        "question": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [Kuantan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:\n\r\n\n(a) berapakah jumlah simpanan stok bauksit yang berada di dalam dan di luar Pelabuhan Kuantan sewaktu bermulanya moratorium berbanding dengan keseluruhan jumlah bauksit yang di eksport dari Pelabuhan Kuantan dan Kemaman sehingga kini; dan\n\r\n\n(b) berapakah jumlah simpanan stok yang masih belum di bersihkan pada ketika ini",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n(a) Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Kementerian sebelum pengenaan moratorium, stockpile bauksit yang berada di dalam Pelabuhan Kuantan adalah sebanyak 3.72 juta tan matrik dan kesemua stockpile bauksit tersebut telah dieksport pada penghujung Mac 2016.\n\r\nManakala, bagi jumlah stockpile bauksit yang berada di luar pelabuhan pula adalah dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan matrik yang mana ia terletak di sekitar kawasan seperti Harbour Park, Sungai Pengorak, lombong yang memiliki Pajakan Melombong / Lesen Melombong Tuan Punya dan Felda Bukit Goh.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nb) Jumlah stockpile bauksit yang masih belum dikosongkan dan berada di sekitar Kuantan, Pahang masih dalam semakan Kementerian dengan bantuan Pihak Pentadbiran Tanah Negeri Pahang.\n\r\n\r\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1538,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1538",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-08",
        "year": 2017,
        "no": "38",
        "member": "Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman",
        "area": "Tanjong Manis",
        "minister": "PERDANA MENTERI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan solusi kepada sejumlah RM60 bilion aset beku dalam negara yang dikatakan tidak dituntut oleh pewaris.",
        "question": "Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta PERDANA MENTERI menyatakan solusi kepada sejumlah RM60 bilion aset beku dalam negara yang dikatakan tidak dituntut oleh pewaris.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertanggungjawab terhadap pengurusan harta pusaka kecil (merangkumi harta tak alih dalam pemilikan atau kepentingan si mati sama ada sebahagian atau keseluruhannya dengan nilaian RM 2,000,000.00 ke bawah) selaras dengan punca kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Ke-Sembilan Senarai I, Para 4(e)(1).\n\r\nPada asasnya JKPTG tidak mempunyai data tanah harta pusaka yang masih belum dibuat tuntutan pewaris selagi waris tidak memulakan tindakan membuat tuntutan pembahagian pusaka memandangkan tanah pemilikan individu adalah di bawah pentadbiran tanah negeri. Walaubagaimanapun, pihak jabatan amat komited dalam menggalakkan pihak pewaris agar bersegera dalam mengemukakan permohonan tuntutan harta pusaka bagi menggelakkan isu kematian berlapis dan pecahan bahagian hartanah yang tidak ekonomik jika dibiarkan tidak diselesaikan. Jumlah tuntutan harta pusaka kecil yang telah diuruskan oleh pihak jabatan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 59,771 kes.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1540,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1540",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "39",
        "member": "Dr. Ismail Bin Daut",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan pada tahun ini bagi mengatasi masalah ombak besar yang menyebabkan berlakunya hakisan pantai di negeri Kedah khususnya di kawasan Tanjung Dawai.",
        "question": "Dr. Ismail Bin Daut minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan pada tahun ini bagi mengatasi masalah ombak besar yang menyebabkan berlakunya hakisan pantai di negeri Kedah khususnya di kawasan Tanjung Dawai.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengambil maklum akan kawasan-kawasan rendah yang terjejas akibat kejadian air pasang besar kesan peningkatan paras air laut. Kejadian air pasang besar yang berlaku pada akhir tahun 2016 telah menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan pantai barat yang berhadapan laut Selat Melaka. Bagi kawasan-kawasan yang terjejas, Kementerian telah melaksanakan kerja-kerja membaikpulih struktur-struktur ban pantai yang telah rosak akibat banjir daripada fenomena air pasang besar yang berlaku. Pemantauan secara tetap dan berkala sentiasa dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah melalui Pejabat JPS Daerah Kuala Muda.\n\r\nBerdasarkan kajian Hakisan Pantai Negara (National Coastal Erosion Study - NCES) 2015, kategori hakisan pantai di kawasan Tanjung Dawai adalah berada di dalam kategori 3 (acceptable). Walau bagaimanapun, Kementerian melalui JPS akan memohon peruntukan yang sewajarnya sekiranya berlaku hakisan yang lebih serius dan kritikal di kawasan Tanjung Dawai ini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1541,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1541",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "44",
        "member": "Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah projek bagi menaik taraf serta memperluas projek tebatan banjir di seluruh negara yang telah diluluskan bagi tempoh satu tahun yang lalu dan berapakah jumlah peruntukan ...",
        "question": "Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah projek bagi menaik taraf serta memperluas projek tebatan banjir di seluruh negara yang telah diluluskan bagi tempoh satu tahun yang lalu dan berapakah jumlah peruntukan yang diterima bagi projek tersebut di parlimen Sungai Besar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan 67 projek tebatan banjir di seluruh negara bagi tahun 2017. Bagi kawasan Sungai Besar, peruntukan berjumlah RM1.8 juta telah disalurkan bagi melaksanakan projek-projek mengurangkan risiko banjir.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1506,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1506",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-31",
        "year": 2017,
        "no": "49",
        "member": "Puan Teresa Kok Suh Sim",
        "area": "Seputeh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian akan menjalankan kajian penganalisian yang mendalam terhadap kawasan yang telah digunakan untuk perlombongan emas yang menggunakan cyanide oleh Raub Australian Gold Mi...",
        "question": "Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kementerian akan menjalankan kajian penganalisian yang mendalam terhadap kawasan yang telah digunakan untuk perlombongan emas yang menggunakan cyanide oleh Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan air yang tercemar oleh cyanide ini tidak akan disebar ke kawasan lain.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPihak syarikat Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd (RAGM) yang menjalankan operasi perlombongan emas bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat yang diluluskan di dalam Skim Pengendalian Melombong di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. Syarikat hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang berikut;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(a) Mengamalkan sistem air “pusing balik”;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(b) Effluen yang keluar dari kawasan lombong, jika ada, hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Akta Alam Sekeliling (Kumbahan Dan Efluen-efluen Perindustrian)1979 iaitu;\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n(i) Kandungan kelodak (pepejal terampai) hendaklah tidak melebihi 50mg per liter;\n\r\n\n(ii) Total cyanide hendaklah tidak melebihi 0.1 mg per liter; dan\n\r\n\n(iii) Arsenic hendaklah tidak melebihi 0.1 mg per liter.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSelain itu, pihak pelombong juga dikehendaki untuk menjalankan pemantauan effluen sekurang-kurangnya setiap 2 hari sekali di 3 lokasi di saliran yang ditetapkan di dalam dan di luar kawasan lombong bagi menentukan tahap kandungan kelodak, cyanide, arsenic dan pH dalam effluen.\n\r\n\nRAGM mengunapakai teknologi Carbon-in-leach (CIL) yang menggunakan dilute sodium cyanide (350mg/l) yang biasa digunakan oleh Negara maju\n\r\n\nyang lain seperti Australia. Loji RAGM ini dibina oleh sebuah syarikat dari Afrika Selatan yang mempunyai pengalaman dan bertaraf antarabangsa. Penggunaan cyanide di lombong ini adalah secara litar tertutup iaitu ianya akan digunakan semula. \n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nAir lebihan yang akan disalirkan dari loji ke kawasan takungan hampas mengandungi 80 part per million (ppm) atau 80 mg per liter cyanide. Kandungan cyanide dalam kolam hampas ini akan makin berkurangan apabila terdedah kepada cahaya matahari. Kawasan hampas yang digunakan adalah di bawah paras bumi dan tiada air limpahan akan keluar kerana air ini akan digunakan semula.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1511,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1511",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-02",
        "year": 2017,
        "no": "50",
        "member": "Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya",
        "area": "Tasek Gelugor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pelan tindakan Kerajaan dalam menangani masalah penarikan diri Amerika Syarikat daripada menyertai Perjanjian Iklim Paris 2015 serta apakah kesan kepada ekologi negara khususnya i...",
        "question": "Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pelan tindakan Kerajaan dalam menangani masalah penarikan diri Amerika Syarikat daripada menyertai Perjanjian Iklim Paris 2015 serta apakah kesan kepada ekologi negara khususnya isu pemanasan global dan peningkatan paras air laut sekiranya perjanjian ini gagal.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKeputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim mengecewakan ramai pihak. Sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dan keselamatan global, tindakan Amerika Syarikat menarik diri dari Perjanjian Paris merupakan keputusan yang bercanggah dengan persetujuan yang telah dicapai sebelum ini. Susulan daripada perkara tersebut, Kesatuan Eropah, China, India dan negara-negara lain mengambil pendirian untuk terus kekal di dalam Perjanjian Paris.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nMalaysia juga akan meneruskan komitmen yang dipersetujui di dalam Perjanjian Paris dan akan bersama-sama dengan 151 buah negara lain yang telah meratifikasi Perjanjian Paris untuk bekerjasama menangani isu alam sekitar dan perubahan iklim.\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nPerjanjian Paris bertujuan untuk mengehadkan peningkatan suhu purata global di bawah 2 darjah Celcius dan meningkatkan usaha untuk mengehadkan peningkatan suhu purata global di bawah 1.5 darjah Celcius.\n\r\n\nBerdasarkan Laporan Penilaian Ke-6 Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC AR-6) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2014 menjelaskan kesan negatif yang akan dihadapi dunia jika kita\n\r\n\ntidak mengambil langkah mengawal kesan perubahan iklim. Kesan negatif tersebut adalah seperti kenaikan aras laut (sea-level rise) yang akan mengakibatkan bencana alam seperti banjir dan taufan. Rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia juga dijangkakan akan mengalami kesan tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam laporan tersebut.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1512,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1512",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-01",
        "year": 2017,
        "no": "50",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sebab kenapa daripada jumlah kos keseluruhan projek RMK9-RMK11 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang bernilai RM1,789 juta, peruntukan semasa/ siling projek hanya berjumlah R...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab kenapa daripada jumlah kos keseluruhan projek RMK9-RMK11 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang bernilai RM1,789 juta, peruntukan semasa/ siling projek hanya berjumlah RM461 juta dan jumlah perbelanjaan pula hanya sebanyak RM443 juta, hanya berjumlah 24.6 peratus dibelanja. Ke manakah peruntukan selebihnya disalurkan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nKos keseluruhan sebanyak RM1,789 juta (RMKe-9 sehingga RMKe-11) yang dimaksudkan adalah kos projek yang dirancang, iaitu kos yang dipohon semasa penyediaan kertas permohonan RMK. Peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek yang diluluskan adalah berdasarkan keperluan dan nilai kerja semasa dan ianya tidak semestinya sama dengan kos projek yang dirancang. \n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1537,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1537",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-08",
        "year": 2017,
        "no": "50",
        "member": "Tuan Gooi Hsiao Leung",
        "area": "Alor Setar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap pemaju atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggar dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pembang...",
        "question": "Tuan Gooi Hsiao Leung [Alor Setar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap pemaju atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggar dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pembangunan Aman Laut di Kuala Kedah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan Alam Sekitar (JAS) sedang melengkapkan kertas siasatan bagi syor tindakan mahkamah di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana pemaju projek telah menjalankan Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam pada itu, JAS juga telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, akta yang sama kepada pemaju projek pada 15 Mei 2017 kerana telah memulakan kerja tanah bagi aktiviti tersebut tanpa kelulusan EIA dari JAS.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1514,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1514",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-01",
        "year": 2017,
        "no": "53",
        "member": "Ir. Shaharuddin Bin Ismail",
        "area": "Kangar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah jangka panjang oleh pihak Kementerian untuk membendung berlakunya pencemaran Sungai di Perlis dan apakah bentuk usaha dan kaedah yang dibuat supaya masalah pencemaran dapa...",
        "question": "Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah jangka panjang oleh pihak Kementerian untuk membendung berlakunya pencemaran Sungai di Perlis dan apakah bentuk usaha dan kaedah yang dibuat supaya masalah pencemaran dapat diselesaikan dengan segera.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nKementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dan akan terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mengawal pencemaran sungai khususnya bagi punca-punca seperti pelepasan industri, loji-loji kumbahan, serta projek pembangunan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS 1974). Selain itu, perhatian harus juga diberikan kepada punca-punca yang boleh menyumbang kepada pencemaran sungai seperti pelepasan daripada pusat penyediaan makanan, aktiviti perladangan, aktiviti penternakan dan juga projek pembangunan yang dikawal oleh pelbagai agensi.\n\r\n\nAntara usaha berterusan yang diambil oleh JAS bagi mencegah dan mengawal pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti air sungai adalah:\n\r\n\n(a) Melaksanakan penguatkuasaan terhadap aktiviti industri secara pematuhan kendiri (self regulation) oleh industri;\n\r\n\n(b) Menjalankan penguatkuasaan secara menyeluruh (termasuk pemeriksaan / siasatan ke premis - ‘command and control’) terhadap pengoperasian premis-premis dan juga projek pembangunan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974);\n\r\n\n(c) Melaksanakan pemantauan secara desktop enforcement melalui sistem pemantauan jarak jauh menerusi sistem\n\r\n\ntelemetri, Sistem Pemantauan Pelepasan Bulanan (Monthly Discharge Monitoring System) yang diwajibkan ke atas industri yang menghasilkan efluen supaya semua punca-punca tersebut mematuhi AKAS 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya;\n\r\n\n(d) Melaksanakan pemeriksaan susulan bagi menentusahkan pelaporan yang dikemukakan adalah berintegriti dan tepat dengan situasi yang berlaku di lapangan. Tindakan penguatkuasaan seperti amaran bertulis di lapangan (field citation), Notis Arahan, tawaran kompaun, penyitaan peralatan, perintah larangan operasi atau tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas mana-mana punca yang didapati tidak patuh;\n\r\n\n(e) Menyemak dan membuat pindaan-pindaan kepada peruntukan AKAS 1974 dan peraturan yang berkaitan sebagai penambahbaikan selaras dengan perkembangan semasa teknologi kawalan pencemaran dan kaedah pengurusan alam sekitar yang dinamik dan kompleks;\n\r\n\n(f) Menerbitkan pelbagai dokumen dan garispanduan serta menjalankan aktiviti kesedaran alam sekitar bagi meningkatkan kefahaman pihak-pihak yang berkenaan ke arah pematuhan kepada kehendak perundangan alam sekitar yang berkuatkuasa; dan\n\r\n\n(g) Mempertingkat dan memperkemaskan program-program pemantauan kualiti air yang dilaksanakan oleh Jabatan bagi memenuhi keperluan bagi membuat keputusan.\n\r\n\nSelain itu juga, pihak Kementerian turut memperkukuhkan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama mana-mana agensi yang berkaitan dalam menangani sesuatu isu pencemaran dengan lebih berkesan.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1503,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1503",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-27",
        "year": 2017,
        "no": "54",
        "member": "Dato' Sri Douglas Uggah Embas",
        "area": "Betong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (\"Green House Gas\") sebanyak 45% menjelang 2030 yang Malaysia janjikan di COP 21.",
        "question": "Dato' Sri Douglas Uggah Embas [Betong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (\"Green House Gas\") sebanyak 45% menjelang 2030 yang Malaysia janjikan di COP 21.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nMalaysia telah meratifikasikan Perjanjian Paris pada 16 November 2016. Antara tindakan susulan Perjanjian Paris yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nMenurut NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45% berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005menjelang tahun 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nBagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan Roadmap for Effective Implementation of NDC and Adoption to the Paris Agreement. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi,\n\r\n\nkaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nDalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC negara, kerajaan melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:\n\r\n\na. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);\n\r\n\nb. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;\n\r\n\nc. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);\n\r\n\nd. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;\n\r\n\ne. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;\n\r\n\nf. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;\n\r\n\ng. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;\n\r\n\nh. Membangunkan program bio-diesel B5;\n\r\n\ni. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;\n\r\n\nj. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);\n\r\n\nk. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan; dan\n\r\n\nl. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)\n\r\n\nInisiatif-inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1542,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1542",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "58",
        "member": "Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid",
        "area": "Kota Tinggi",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kementerian telah mengenal pasti potensi sumber air tanah yang boleh menjadi sumber utama atau sokongan bekalan awam negara.",
        "question": "Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kementerian telah mengenal pasti potensi sumber air tanah yang boleh menjadi sumber utama atau sokongan bekalan awam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenalpasti potensi sumber air tanah di 3 lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Kelantan Utara, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Pahang di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10.\n\r\nDi samping itu, melalui peruntukan di bawah RMKe-11 juga, sejumlah RM27 juta telah diperuntukkan kepada JMG bagi melaksanakan kajian di lima (5) lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Muda, Kedah; Lembangan Sungai Selangor, Selangor; Lembangan Sungai Pahang, Pahang; Lembangan Sungai Baram, Sarawak dan Lembangan Sungai Kedamaian, Sabah. Melalui kajian ini, ciri-ciri akuifer iaitu lapisan mengandungi air serta rizab air tanah dapat ditentukan dengan lebih tepat demi memaksimumkan serta merancang pembangunan dan penggunaan air tanah di kawasan-kawasan berkenaan dengan lebih sistematik dan lestari.\n\r\nSelain daripada itu, JMG juga telah menjalankan penilaian potensi air tanah bagi bekalan komuniti setempat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian,\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1543,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1543",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "60",
        "member": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian sedar ribuan haiwan terlindung daripada spesies yang terancam dan eksotik telah mati semasa dalam penjagaan Jabatan PERHILITAN setelah dirampas dari individu yang tida...",
        "question": "Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian sedar ribuan haiwan terlindung daripada spesies yang terancam dan eksotik telah mati semasa dalam penjagaan Jabatan PERHILITAN setelah dirampas dari individu yang tidak bertanggung jawab sejak tahun lalu. Apakah usaha Kementerian di dalam mencari punca-puncanya untuk mengatasi isu ini di masa akan datang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan PERHILITAN amat memberi keutamaan kepada kebajikan Hidupan Liar samada spesies tempatan mahupun spesies dari luar negara. Kenyataan mengenai ribuan haiwan terlindung daripada spesies yang terancam dan esotik telah mati semasa dalam penjagaan Jabatan PERHILITAN setelah dirampas adalah tidak benar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMenurut rekod, bilangan hidupan liar yang dirampas oleh Jabatan PERHILITAN dalam tempoh September 2016 hingga April 2017 adalah sebanyak 1,936 ekor yang merangkumi 76 spesies. Daripada jumlah ini 269 ekor merupakan hidupan liar eksotik yang terdiri daripada 21 spesies (Lampiran I). Hidupan liar eksotik berasal dari negara lain dan perdagangan serta pergerakan spesies tersebut merentasi sempadan antarabangsa dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Convention on International Trade In Endangered Species of Wild Fauna and Wild Flora (CITES).\n\r\nSepanjang tempoh tersebut, kadar kematian hidupan liar yang dirampas hanya sebanyak 10.2% (Lampiran II). Antara punca kematian adalah disebabkan oleh trauma, stress dan tidak matang (juvenile). Hidupan liar yang dirampas semasa operasi penguatkuasaan sedia ada dalam keadaan lemah, mengalami stress, cedera dan berpenyakit disebabkan proses tangkapan pemburuan haram, cara penyimpanan dan proses penyeludupan. Terdapat juga spesies yang sangat sensitif dan mudah\n\r\n3\n\r\nberisiko tinggi untuk mati kerana berada di luar persekitaran habitat asal seperti spesies burung Murai Batu, anak Kucing Batu serta anak lotong.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi menjamin kebajikan hidupan liar terpelihara dan mengurangkan risiko kematian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan PERHILITAN telah dan akan mengambil usaha-usaha seperti berikut:\n\r\ni. Meningkatkan pembangunan kapasiti kakitangan Jabatan PERHILITAN dalam pengendalian hidupan liar dalam kurungan terutamanya bagi penjagaan juvanil;\n\r\nii. Memperkemas Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada seperti mempercepatkan proses pelupusan, pengendalian hidupan liar yang dirampas, penjagaan dan pengurusan husbandry;\n\r\niii. Memohon peruntukan tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungai Tengi;\n\r\niv. Di bawah RMK-11, projek pembangunan Fasa III, sedang dijalankan di National Wildlife Rescue Centre Sungkai bagi projek pembinaan kurungan untuk spesies burung, primat, reptilia, harimau kumbang dan beruang. National Wildlife Rescue Centre Sungkai dicadangkan sebagai penempatan hidupan liar tempatan sahaja. Penempatan ini juga perlu\n\r\n4\n\r\nmengambilkira pelepasan spesies berkenaan selepas tempoh tertentu;\n\r\nv. Mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengekalkan kepakaran Pegawai Veterinar sedia ada di Jabatan PERHILITAN selain memohon disegerakan pengisian tujuh kekosongan jawatan yang kritikal;\n\r\nvi. Jabatan PERHILITAN telah menandatangani memorandum persefahaman dengan tujuh buah zoo bagi menjalankan program konservasi secara meminjamkan hidupan liar yang ada di dalam simpanan jabatan kepada mereka. Spesies eksotik yang dirampas boleh ditempatkan di premis zoo yang telah menandatangani memorandum persefahaman atau perjanjian dengan Jabatan PERHILITAN;\n\r\nvii. Bekerjasama dengan WWF–Malaysia untuk khidmat nasihat dan bantuan penjagaan hidupan liar yang dirampas; dan\n\r\nviii. Meningkatkan usaha kesedaran awam tentang perdagangan haram hidupan liar dan kezaliman yang berlaku di dalam industri ini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1544,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1544",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "63",
        "member": "Datuk Rozman Bin Isli",
        "area": "Labuan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam konteks kerjasama antarabangsa sebagai usaha untuk menyelamatkan Badak Sumatera yang semakin diancam kepupusan serta dapat memastikan kelangsungan...",
        "question": "Datuk Rozman Bin Isli [Labuan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam konteks kerjasama antarabangsa sebagai usaha untuk menyelamatkan Badak Sumatera yang semakin diancam kepupusan serta dapat memastikan kelangsungan hidup mamalia ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerusi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia amat mengambil berat terhadap konservasi Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) iaitu salah satu spesies mamalia besar yang diancam kepupusan di dunia. Kerajaan Malaysia masih giat melaksanakan kajian intensif untuk tujuan penilaian semula status populasi dan taburan Badak Sumatera di Semenanjung Malaysia melalui Program Spesies Terancam bawah peruntukan RMKe11. Kepupusan Badak Sumatera dapat di selamatkan dengan mempunyai program bagi memperbanyakkan kelahiran Badak Sumatera.\n\r\nSehingga kini Malaysia telah membuat beberapa cadangan kerjasama di peringkat antarabangsa seperti kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia memandangkan hanya 2 negara ini sahaja yang masih terdapat Badak Sumatera yang masih hidup di dunia ini dengan populasi keseluruhan dianggarkan kurang daripada 275 individu. Di Malaysia, terdapat 2 ekor Badak Sumatera yang masih dipelihara di Pusat Pembiakan Badak Sumatera di Rizab Hidupan Liar Tabin, Sabah walau bagaimanapun kedua–dua ekor Badak kini mempunyai masalah kesuburan (reproductive pathology).\n\r\nAntara cadangan kerjasama di peringkat antarabangsa antara Kerajaan Republik Indonesia ialah cadangan Projek Konservasi Transboundary Badak Sumatera hasil inisiatif oleh kerajaan Malaysia. Kerjasama di antara kedua-dua negara ini melibatkan beberapa aspek seperti:\n\r\n3\n\r\na. Kerjasama saintifik dan perkongsian pengetahuan berkenaan Badak Sumatera;\n\r\nb. Kajian dalam pembiakan secara bioteknologi;\n\r\nc. Kerjasama dalam meningkatkan kemahiran pengendalian Badak Sumatera di dalam kurungan (Ex-situ) seperti nutrisi, kesihatan dan pembiakan; dan\n\r\nd. Perbincangan bersama penyelidik, pakar pembiakan, pakar pengurusan hidupan liar bagi menentukan kejayaan kerjasama konservasi Badak Sumatera.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nSuatu kaedah pembiakan terkini juga telah diusahakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam usaha membantu membiakkan Badak Sumatera di dalam kurung iaitu melalui teknik “Advance Reproductive Technology” melibatkan:\n\r\na. Penghasilan embrio di luar rahim “In vitro Fertilization” (IVF) hasil penyatuan sperma Badak Sumatera jantan Malaysia dengan Ovum Badak Sumatera betina Indonesia dan menggunakan ibu tumpang daripada Badak Sumatera Indonesia;\n\r\nb. Penghasilan IVF hasil penyatuan sperma Badak Sumatera jantan Indonesia dengan Ovum Badak Sumatera betina Malaysia dan menggunakan ibu tumpang daripada Badak Sumatera Indonesia; dan\n\r\nc. Kaedah pengunaan Stem cell bagi menghasilkan Artificial gamets secara IVF dan menggunakan ibu tumpang dari Badak Sumatera Indonesia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1545,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1545",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "67",
        "member": "SOALAN: Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman",
        "area": "Indera Mahkota",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perhutanan Negara untuk mengawal pencerobohan hutan-hutan simpan kekal di seluruh Semenanjung Malaysia. Juga nyatakan jumlah keseluruhan k...",
        "question": "SOALAN: Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perhutanan Negara untuk mengawal pencerobohan hutan-hutan simpan kekal di seluruh Semenanjung Malaysia. Juga nyatakan jumlah keseluruhan keluasan Hutan Simpan Kekal yang ada pada masa ini bagi setiap negeri dan nisbahnya kepada keluasan Tanah Semenanjung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nIsu-isu berkaitan undang-undang dan pentadbiran hutan, pembalakan haram serta penyelamat hutan dibincangkan dalam Majlis Perhutanan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bermula 31 Disember 2009, isu-isu berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia mula dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara.\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha menangani pencerobohan dan penerokaan hutan secara haram. Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengawal dan mencegah kegiatan penerokaan haram dan pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah:\n\r\n(i) Pemantauan pematuhan Catuan Tebangan Tahunan secara berkala setiap suku tahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Operasi Hutan (JKPOH), secara tahunan melalui Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dan setiap lima (5) tahun melalui Majlis Tanah Negara;\n\r\n(ii) Penguatkuasaan hutan secara bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET) serta\n\r\n3\n\r\npenubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang terlatih serta dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;\n\r\n(iii) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; penggunaan sensor hyperspectral; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\n\r\n(iv) Meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa terutama kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang telah dikenalpasti;\n\r\n(v) Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan\n\r\n(vi) Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.\n\r\nKeluasan kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai HSK di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 4,818,620\n\r\n4\n\r\nhektar. Keluasan HSK mengikut negeri di Semenanjung Malaysia sepertimana jadual:\n\r\nJadual : Maklumat Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2016\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1501,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1501",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-26",
        "year": 2017,
        "no": "72",
        "member": "Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan lanjut Kementerian terhadap syarikat Climate Protector Sdn Bhd yang didakwa melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam perjanjiannya den...",
        "question": "Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan lanjut Kementerian terhadap syarikat Climate Protector Sdn Bhd yang didakwa melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam perjanjiannya dengan negeri Kelantan dalam urusan 'reducing emissions from deforestation and forest degradation’ (REDD).",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian bersama syarikat Climate Change Protector Sdn. Bhd untuk melaksanakan urusniaga kredit karbon. Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan 396,000 hektar kawasan hutan bagi tujuan pelaksanaan urusniaga ini secara konsesi kepada pihak syarikat selama 30 tahun.\n\r\n\nDalam masa yang sama, Malaysia sedang membangunkan dasar bagi program Reducing Emissions from Deforestation and Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+) di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).\n\r\n\nMalaysia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan Results Based Payments (RBP) melalui dana Green Climate Fund (GCF). Dana RBP ini akan digunakan untuk pelaksanaan program REDD+. Bagi tujuan ini, Malaysia telah melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat antarabangsa dan nasional serta ‘engagement’ dengan pihak berpentingan seperti kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme REDD+ berjalan lancar.\n\r\n\n1. Susulan daripada itu, Kementerian telah melaksanakan perkara-perkara berikut:\n\r\n\ni. Mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menjelaskan pendirian Kerajaan mengenai pelaksanaan mekanisme REDD+;\n\r\n\nii. Mengemukakan maklumat secara bertulis mengenai mekanisme REDD+ kepada kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan yang lain; dan\n\r\n\niii. Bersedia untuk memberikan penjelasan dasar dan teknikal kepada mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkepentingan yang ingin mengetahui mengenai mekanisme REDD+. Dalam hal ini, Kementerian telah memberikan taklimat mekanisme REDD+ kepada Kerajaan Negeri Sembilan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1500,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1500",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-26",
        "year": 2017,
        "no": "76",
        "member": "Dr. Che Rosli Bin Che Mat",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menyediakan Kolam Takungan sama ada terbuka atau bawah tanah bagi mengatasi masalah banjir dan simpanan bekalan air tidak terawat.",
        "question": "Dr. Che Rosli Bin Che Mat minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menyediakan Kolam Takungan sama ada terbuka atau bawah tanah bagi mengatasi masalah banjir dan simpanan bekalan air tidak terawat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Air Larian Hujan Ribut di kawasan Bandar (Urban Stormwater Management Manual) untuk Malaysia atau dikenali sebagai Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Garis panduan tersebut telah di terima pakai oleh Kabinet pada Januari digunakan oleh 2001 untuk pembangunan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengutamakan konsep kawalan dipunca. Dalam garis panduan tersebut, kolam adalah salah satu kaedah yang diguna bagi mengumpul lebihan air larian yang ada semasa hujan lebat atau waktu puncak.\n\r\nLanjutan daripada itu, pihak NRE melalui JPS telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk beberapa buah bandar di negara ini untuk membantu pihak kerajaan menangani masalah banjir kilat. Melalui PISMA, banyak kolam-kolam takungan yang dicadangkan dan telah dibina bagi mengatasi masalah banjir kilat. Pembinaan kolam takungan sebagai kaedah mengatasi masalah banjir kilat adalah mengikut kepada kesesuaian tapak dan juga punca kepada berlakunya banjir.\n\r\nPemanfaatan air takungan kolam untuk dijadikan sebagai sumber alternatif kepada sumber air yang tidak terawat adalah satu langkah yang baik dan perlu diperhalusi. Memandangkan kolam-kolam yang dibina adalah tidak berskala besar, pembinaan infrastrutur untuk menjadikan air kolam tersebut sebagai sumber air terawat tidak ekonomikal berbanding dengan sumber yang lain seperti sungai dan air bawah tanah.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1546,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1546",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "77",
        "member": "Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand",
        "question": "Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 adalah dua projek yang akan dilaksanakan di bawah Projek Tebatan Banjir di Negeri Kelantan.\n\r\nBagi Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1, satu lawatan tapak bersama pentender telah diadakan pada 20 Februari 2016 dan kini dalam Proses Penilaian tender peringkat teknikal dan kewangan bagi menyediakan laporan perakuan kepada Lembaga Tender. Pelantikan kontraktor dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2017.\n\r\nManakala bagi Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1, Makmal Kejuruteraan Nilai (Value Engineering Lab - VE) telah diadakan pada 13 hingga 16 Jun 2017 sebagaimana arahan daripada Kementerian Kewangan. Bagi mencapai objektif VE tersebut, beberapa struktur tambahan perlu dibina. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses melantik perunding bagi melaksanakan kerja-kerja Soil Investigation (SI) untuk proses reka bentuk struktur tambahan berkenaan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1547,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1547",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "77",
        "member": "Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand",
        "question": "Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nProjek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 adalah dua projek yang akan dilaksanakan di bawah Projek Tebatan Banjir di Negeri Kelantan.\n\r\nBagi Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1, satu lawatan tapak bersama pentender telah diadakan pada 20 Februari 2016 dan kini dalam Proses Penilaian tender peringkat teknikal dan kewangan bagi menyediakan laporan perakuan kepada Lembaga Tender. Pelantikan kontraktor dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2017.\n\r\nManakala bagi Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1, Makmal Kejuruteraan Nilai (Value Engineering Lab - VE) telah diadakan pada 13 hingga 16 Jun 2017 sebagaimana arahan daripada Kementerian Kewangan. Bagi mencapai objektif VE tersebut, beberapa struktur tambahan perlu dibina. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses melantik perunding bagi melaksanakan kerja-kerja Soil Investigation (SI) untuk proses reka bentuk struktur tambahan berkenaan. \n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1513,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1513",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-01",
        "year": 2017,
        "no": "78",
        "member": "Dr. Michael Jeyakumar Devaraj",
        "area": "Sungai Siput",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan keluasan hutan yang tidak pernah dibalak di setiap negeri di Malaysia pada setakat ini. Adakah Kerajaan bercadang melaksanakan skim bayaran royalti tahunan kepada negeri-negeri berdasark...",
        "question": "Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan hutan yang tidak pernah dibalak di setiap negeri di Malaysia pada setakat ini. Adakah Kerajaan bercadang melaksanakan skim bayaran royalti tahunan kepada negeri-negeri berdasarkan kepada keluasan hutan asli yang dikekalkan di negeri itu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nKeluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 5.8 juta hektar. Daripada jumlah tersebut, seluas 2.4 juta hektar adalah merupakan kawasan Hutan Perlindungan dan kebanyakkannya merupakan hutan yang tidak pernah dibalak.\n\r\n\nPada masa ini, pihak kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan skim bayaran royalti tahunan kepada negeri berhubung pengekalan keluasan hutan asli.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1495,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1495",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-24",
        "year": 2017,
        "no": "84",
        "member": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris",
        "area": "Jerantut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan pencapaian semasa Malaysia di dalam pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) seperti yang telah diperakui semasa sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009 di mana Kera...",
        "question": "Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [Jerantut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pencapaian semasa Malaysia di dalam pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) seperti yang telah diperakui semasa sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009 di mana Kerajaan Malaysia telah komited dengan pengurangan sehingga 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSemasa persidangan UNFCCC COP-15 di Copenhagen, Denmark pada 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga 40% menjelang 2020 berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005. Pencapaian indikator sukarela ini adalah tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara-negara maju.\n\r\nPada 12 Disember 2015, semasa persidangan UNFCCC COP-21 di Paris, Perancis, Malaysia dan 195 negara parti kepada UNFCCC telah bersetuju menerima Perjanjian Paris. Malaysia telah meratifikasikan perjanjian tersebut pada 16 November 2016.\n\r\nBagi menyumbang kepada matlamat Perjanjian Paris untuk menangani isu perubahan iklim global dalam jangka masa panjang, Malaysia dan negara parti kepada UNFCCC yang lain perlu menyediakan dan mengemukakan Nationally Determined Contributions (NDC) kepada UNFCCC. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim.\n\r\nMelalui NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nBagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan Roadmap for Effective Implementation of NDC and Adoption to the Paris Agreement. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara.\n\r\nDalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC negara, kerajaan melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian serta perhutanan.\n\r\nInisiatif-inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1548,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1548",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-09",
        "year": 2017,
        "no": "85",
        "member": "Dr. Azman Bin Ismail",
        "area": "Kuala Kedah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan asas pemberhentian sementara projek tebus guna tanah Aman Laut di Kuala Kedah. Atas perkiraan apakah maka Kementerian akan membenarkan atau menghentikan projek tersebut.",
        "question": "Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan asas pemberhentian sementara projek tebus guna tanah Aman Laut di Kuala Kedah. Atas perkiraan apakah maka Kementerian akan membenarkan atau menghentikan projek tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelaksanaan cadangan projek tebus guna tanah Aman Laut Kedah ini adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Pihak pemaju dikehendaki menyediakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Laporan ini akan dinilai dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum projek boleh dilaksanakan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, akta yang sama kepada pemaju projek kerana telah menjalankan kerja tanah bagi tujuan penyediaan laluan masuk ke tapak projek tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar.\n\r\nProjek hanya boleh dimulakan setelah Laporan EIA diluluskan oleh JAS dan langkah kawalan pencemaran bagi tindakan meremedi kerja tanah yang telah dijalankan dilaksanakan oleh pemaju projek.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima Kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1507,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1507",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-31",
        "year": 2017,
        "no": "88",
        "member": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa",
        "area": "Parit Buntar",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh mana keberkesanan urusniaga kredit karbon yang dijalankan di Malaysia bagi tujuan memelihara alam sekitar.",
        "question": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh mana keberkesanan urusniaga kredit karbon yang dijalankan di Malaysia bagi tujuan memelihara alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAktiviti ‘carbon trading’ yang disertai oleh negara adalah melalui program Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism – CDM) di bawah Protokol Kyoto. CDM diwujudkan di bawah Protokol Kyoto dengan tujuan untuk membantu negara-negara membangun mencapai pembangunan lestari dan menyumbang kepada objektif Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) serta membantu negara maju untuk mematuhi komitmen mereka di bawah Artikel 3 Protokol tersebut.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelaksanaan CDM bukan sahaja melindungi alam sekitar tetapi menjadi sumber kepada pertumbuhan ekonomi dan juga pembangunan sosial. Program CDM memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang mengurangkan pelepasan GHG serta turut membantu menangani pencemaran lain seperti pencemaran air dan udara. Mekanisme CDM juga membolehkan pemaju projek berkaitan alam sekitar mendapatkan pemindahan teknologi, pelaburan dan juga hasil daripada penjualan Certified Emmision Reductions (CERs).\n\r\n\nMalaysia mempunyai 143 projek CDM yang berdaftar dengan CDM Executive Board. Jumlah ini adalah 1.9% daripada projek-projek CDM yang didaftarkan di seluruh dunia dan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.7 juta.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada akhir tempoh komitmen pertama Protokol Kyoto pada tahun 2012, dianggarkan 24 juta tan karbon telah dikurangkan. Sebahagian besar daripada aktiviti projek adalah berkaitan dengan hasil buangan sawit (oil palm residues) seperti tenaga biojisim, pengumpulan metana. Aktiviti lain yang direkodkan adalah seperti projek berkaitan kecekapan tenaga, tenaga hidro, buangan berjadual, dan pengangkutan.\n\r\nSehingga Disember 2016, Malaysia telah menjana lebih 10 juta tan kredit hasil daripada pelaksanaan CDM. Mengambil kira harga purata USD10 untuk setiap tan, pelaksanaan CDM telah menghasilkan pendapatan sebanyak USD100 juta kepada pemaju-pemaju projek CDM di Malaysia.\n\r\nPada masa ini, pelaksanaan mekanisme CDM di peringkat nasional adalah ditadbir urus oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dibantu oleh Jawatankuasa Kebangsaan dan Teknikal CDM. Ahli-ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada kementerian-kementerian, kerajaan-kerajaan negeri, jabatan-jabatan perhutanan negeri dan agensi–agensi berkaitan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1496,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1496",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-24",
        "year": 2017,
        "no": "89",
        "member": "Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman",
        "area": "Indera Mahkota",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian bersedia mengharamkan pengeksportan logam bauksit sehingga kaedah perlombongan serta \"SOP\" nya disediakan oleh pihak yang berwajib. Adakah Kementerian sedar bahawa n...",
        "question": "Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian bersedia mengharamkan pengeksportan logam bauksit sehingga kaedah perlombongan serta \"SOP\" nya disediakan oleh pihak yang berwajib. Adakah Kementerian sedar bahawa negara kerugian hasil disebabkan perlombongan bauksit ini dilakukan secara haram.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian tidak bercadang untuk mengharamkan pengeksportan logam bauksit. Walau bagaimanapun Kementerian bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang telah mengenakan moratorium terhadap perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri Pahang mulai 15 Januari 2016 susulan daripada isu pencemaran dan keselamatan yang berlaku di Kuantan, Pahang. Seterusnya, pengenaan moratorium tersebut telah disambung beberapa kali dan yang terkini disambung sehingga 31 Disember 2017 disebabkan ketidaksediaan pengusaha untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di samping isu pengosongan stockpile sedia ada yang masih belum selesai.\n\r\nWalau bagaimanapun, isu pencemaran dan keselamatan yang timbul akibat daripada aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit yang berlaku pada tahun 2015 telah ditangani dengan berkesan oleh Kerajaan.\n\r\nSementara itu, Kementerian ini telah mengadakan pelbagai sesi engagement termasuk mengadakan bengkel bagi membincangkan penambahbaikan yang perlu dibuat dalam aktivti perlombongan dan pengeksportan bauksit. Dalam hal ini, sebahagian besar prosedur yang dikenalpasti telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang merangkumi perkara berikut:\n\r\n(a) Pendaftaran lori pengangkut bauksit;\n\r\n(b) Pembangunan sistem database pengeluaran Dokumen Pemindahan Bijih Mineral (Borang 13D);\n\r\n(c) Pemasangan washing bay di semua jalan keluar dari Pelabuhan Kuantan, stockpile bauksit dan kawasan lombong oleh pengusaha;\n\r\n(d) Menaiktaraf fasiliti Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman;\n\r\n(e) Pengukuhan peranan Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri;\n\r\n(f) Penambahbaikan syarat-syarat permohonan Pajakan Melombong / Lesen Melombong Tuan Punya;\n\r\n(g) Pengguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan); dan\n\r\n(h) Penambahbaikan prosedur kelulusan Lesen Eksport (AP) bagi Bauksit.\n\r\nBagi isu kehilangan hasil oleh Kerajaan Negeri, Kementerian ini menyedari terdapat kelemahan dalam prosedur sebelum ini yang mengakibatkan Kerajaan Negeri tidak dapat mengutip royalti yang perlu dijelaskan oleh pengusaha. Dalam hal ini, penambahbaikan telah dilaksanakan dengan menyelaras maklumat antara Jabatan / Agensi dengan memastikan setiap royalti perlu dijelaskan terlebih dahulu oleh pengusaha sebelum dibenarkan untuk membuat permohonan AP baharu.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1497,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1497",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-24",
        "year": 2017,
        "no": "93",
        "member": "Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B)",
        "area": "Lumut",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan menghentikan Projek Tambak Pantai Teluk Muroh menyebabkan bau busuk dan tiada keselesaan penduduk setempat.",
        "question": "Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [Lumut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menghentikan Projek Tambak Pantai Teluk Muroh menyebabkan bau busuk dan tiada keselesaan penduduk setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Projek Tambak Pantai Teluk Muroh berkeluasan lebih kurang 17.8 hektar bertujuan untuk membangunkan penempatan nelayan, infrastruktur asas, rekreasi, medan selera, kawasan pemunggahan hasil tangkapan nelayan dan tempat penyelenggaraan bot. Projek ini telah dimulakan pembinaan pada 1 Mac 2016 dan dijangka tamat pada 28 Februari 2018.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2. Berhubung dengan aduan bau busuk, siasatan mendapati bau selut di sekitar tapak projek adalahberpunca daripada dasar pantai yang berlumpur secara semulajadi dan terdedah kepada udara. Kerja pengorekan dasar pantai juga menyebabkan bau selut timbul. Kehadiran bau ini adalah bersifat sementara akibat daripada faktor semula jadi semasa kerja-kerja tambakan berjalan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3. Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau aktiviti ini bagi memastikan kesan bau ini dapat diminimakan agar kehidupan penduduk setempat tidak terganggu akibat daripada projek ini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1504,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1504",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-27",
        "year": 2017,
        "no": "93",
        "member": "Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua",
        "area": "Batu",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan setahun setengah selepas melarang perlombongan bauksit, eksport bauksit Malaysia ke pelanggan utama China semakin berkembang. Malaysia telah mengeksport lebih daripada 9 juta tan bauksit...",
        "question": "Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan setahun setengah selepas melarang perlombongan bauksit, eksport bauksit Malaysia ke pelanggan utama China semakin berkembang. Malaysia telah mengeksport lebih daripada 9 juta tan bauksit ke China, menurut data import China. Adakah Kementerian tidak lagi melarang isu perlombongan bauksit ini dan menyokong perlombongan dan eksport bauksit.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSecara dasarnya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menyokong pengembangan industri mineral negara termasuk bauksit selaras dengan Dasar Mineral Negara 2 yang dilancarkan sekitar tahun 2009 kerana ia memberikan impak positif terhadap ekonomi negara. Walau bagaimanapun, pembangunan industri perlombongan negara perlu seiring dengan penjagaan alam sekitar agar ianya berlaku secara mampan.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nDalam hal perlombongan dan pengeksportan bauksit, Kementerian ini bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang telah mengenakan moratorium terhadap perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri Pahang mulai 15 Januari 2016 susulan daripada isu pencemaran dan keselamatan yang berlaku di Kuantan, Pahang. Seterusnya, pengenaan moratorium tersebut telah disambung beberapa kali dan yang terkini disambung sehingga 31 Disember 2017 disebabkan ketidaksediaan pengusaha untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di samping isu pengosongan stockpile sedia ada yang masih belum selesai.\n\r\n\nPada masa ini, kebenaran untuk mengeksport bauksit hanya diberikan bagi tujuan pengosongan stockpile bauksit sedia ada sahaja dan perlombongan bauksit masih lagi tidak dibenarkan dan ia tertakluk kepada moratorium.\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1518,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1518",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "93",
        "member": "Dr. Michael Teo Yu Keng",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- • apakah perkembangan pelaksanaan projek mitigasi banjir di kawasan Miri untuk mengurangkan banjir setempat terutama di kawasan Piasau, Luak, Miri by-pass dan Kawasan Taman Tunku;dan ...",
        "question": "Dr. Michael Teo Yu Keng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n\r\n\n• apakah perkembangan pelaksanaan projek mitigasi banjir di kawasan Miri untuk mengurangkan banjir setempat terutama di kawasan Piasau, Luak, Miri by-pass dan Kawasan Taman Tunku;dan\n\n(b) sama ada terdapat bajet tambahan diperuntukkan untuk tujuan mempertingkatkan usaha mitigasi banjir di kawasan Miri dalam tahun 2017 .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n• Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta dalam RMKe-11 bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri. Status semasa projek ini adalah dalam proses reka bentuk terperinci. RTB Sungai Miri di jangka akan ditender pada hujung tahun 2017 dan di jangka siap pada tahun 2020. \n\nSelain daripada itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah meluluskan peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek kecil tahun 2017 untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kawasan Miri yang akan dilaksanakan oleh pihak JPS berjumlah RM2,411,672.00.\n\nb) Bagi tujuan mempertingkatkan usaha mitigasi banjir di kawasan Miri, tiada bajet tambahan diperuntukkan dalam tahun 2017.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1539,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1539",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-08",
        "year": 2017,
        "no": "93",
        "member": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa",
        "area": "Parit Buntar",
        "minister": "PERDANA MENTERI",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tahap kesedaran pemeliharaan alam sekitar di Malaysia.",
        "question": "Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tahap kesedaran pemeliharaan alam sekitar di Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan penting dalam usaha ke arah pemeliharaan, pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar melalui pendekatan program komunikasi dan kesedaran alam sekitar.\n\r\nSecara umumnya, terdapat peningkatan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap pengurusan alam sekitar Negara berdasarakan kepada indikator seperti:\n\r\n(a) Peningkatan kualiti air sungai yang ditentukan secara Indeks Kualiti Air (IKA). Misalnya, pada tahun 2015, peratus sungai yang dikategorikan sebagai bersih telah meningkat kepada 58% berbanding 52% pada tahun 2014. Peratus sungai yang dikategorikan sebagai tercemar juga turut menurun daripada 9% kepada 7% pada tahun 2015;\n\r\n(b) Pengurangan bilangan kes-kes pembakaran terbuka. Pada tahun 2015 (3,459 kes), sebanyak 20% pengurangan bilangan kes yang dilaporkan berbanding pada tahun 2014 (4,354 kes);\n\r\n(c) Pengurangan bilangan aduan pencemaran alam sekitar. Jumlah aduan yang telah diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya\n\r\n3\n\r\npada tahun 2015 adalah sebanyak 4,872 berbanding 5729 pada tahun 2014. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 15%;\n\r\n(d) Peningkatan penglibatan masyarakat dalam program-program kesedaran alam sekitar. Penglibatan masyarakat ke atas sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada 22 Oktober 2016 adalah sangat menggalakkan dengan kehadiran 30,000 orang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di setiap negeri secara serentak. Ini menunjukkan masyarakat lebih proaktif dan terlibat secara terus ke arah usaha berterusan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Negara;\n\r\n(e) Peningkatan bilangan masyarakat awam yang berdaftar sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS). Sehingga 18 Julai 2017, bilangan RAS adalah 285,116 orang;\n\r\n(f) Peningkatan bilangan pelawat yang menggunakan aplikasi dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti Enviro Museum dan Enviro Knowledge Management Centre;\n\r\n(g) Peningkatan bilangan Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar yang terdiri daripada pihak industri, syarikat swasta, perunding dan lain-lain agensi yang memberi kerjasama serta komitmen dalam penganjuran program Jabatan; dan\n\r\n4\n\r\n(h) Sambutan masyarakat sangat menggalakkan dalam program-program seperti program kitar semula, kempen tanpa plastik dan polisterin, kempen hari tanpa kereta dan lain-lain.\n\r\nBagi merealisasikan sejauh mana tahap kesedaran alam sekitar, maka di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), satu kajian menilai tahap keberkesanan dan kesedaran masyakat terhadap kempen dan pemeliharaan alam sekitar menerusi pembangunan indeks kesedaran alam sekitar sedang dilaksanakan oleh JAS.\n\r\nLain-lain usaha untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, maka Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi, program dan aktiviti bagi mengukuhkan ‘public trust’ melalui pendekatan:\n\r\ni) Mentransformasikan Program Minggu Alam Sekitar Malaysia kepada Hari Alam Sekitar Negara;\n\r\nii) Memperluaskan penglibatan masyarakat dalam program Rakan Alam Sekitar (RAS) melalui penyertaan komuniti dalam aktiviti tempatan;\n\r\niii) Menjalinkan kerjasama strategik antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan pihak berkepentingan dari badan bukan kerajaan (NGO), swasta, industri, komuniti setempat dan institusi pendidikan bagi mengukuhkan dan memantapkan penyebaran maklumat mengenai kesedaran alam sekitar ke akar umbi;\n\r\n5\n\r\niv) Mempertingkatkan pelaksanaan Strategi Lautan Biru (NBOS) dalam menangani isu–isu pencemaran alam sekitar dengan mengintegrasikan kerjasama strategik secara kolaboratif antara agensi kerajaan Persekutuan, Negeri dan NGO serta universiti;\n\r\nv) Menambahbaik dan memantapkan undang-undang sediada dengan memperluaskan skop dan bidang kuasa supaya penghayatan komuniti dalam pengurusan alam sekitar Negara lebih aktif;\n\r\nvi) Meningkatkan penglibatan Kerajaan di peringkat antarabangsa menerusi kerjasama strategik dalam berbagai Multilateral Environmental Agreement (MEA) peringkat ASEAN dan bilateral.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1521,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1521",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "96",
        "member": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh",
        "area": "Putatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan: a) apakah pandangan Kerajaan keatas penarikan diri negara Amerika Syarikat daripada perjanjian iklim Paris 2015 ; dan b) apakah reaksi daripada negara-negara penandatangan Perjanjian Ik...",
        "question": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:\n\r\na) apakah pandangan Kerajaan keatas penarikan diri negara Amerika Syarikat daripada perjanjian iklim Paris 2015 ; dan\n\r\nb) apakah reaksi daripada negara-negara penandatangan Perjanjian Iklim Paris 2015 berikutan dengan perkembangan ini",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKeputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim mengecewakan ramai pihak. Sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dan keselamatan global, tindakan Amerika Syarikat menarik diri dari Perjanjian Paris merupakan keputusan yang bercanggah dengan persetujuan yang telah dicapai sebelum ini. Susulan daripada perkara tersebut, Kesatuan Eropah, China, India dan negara-negara lain mengambil pendirian untuk terus kekal di dalam Perjanjian Paris.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMalaysia juga akan meneruskan komitmen yang dipersetujui di dalam Perjanjian Paris dan akan bersama-sama dengan 151 buah negara lain yang telah meratifikasi Perjanjian Paris untuk bekerjasama menangani isu alam sekitar dan perubahan iklim.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1515,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1515",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-01",
        "year": 2017,
        "no": "98",
        "member": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan berkenaan perkembangan cadangan mewujudkan mahkamah khas untuk mengendalikan kes alam sekitar secara khusus.",
        "question": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [Kuantan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berkenaan perkembangan cadangan mewujudkan mahkamah khas untuk mengendalikan kes alam sekitar secara khusus.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nTiada keperluan bagi Kementerian untuk mewujudkan Mahkamah Khas Alam Sekitar kerana mahkamah khas ini telah pun sedia ada dan beroperasi di bawah Jabatan Kehakiman.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1516,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1516",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-08-01",
        "year": 2017,
        "no": "99",
        "member": "Y.B. Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud",
        "area": "Kota Raja",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan senaraikan sungai-sungai yang telah tercemar beserta tahap kualiti air dan kos operasi pemuliharaannya.",
        "question": "Y.B. Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan senaraikan sungai-sungai yang telah tercemar beserta tahap kualiti air dan kos operasi pemuliharaannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan pengawasan kualiti air sungai di seluruh negara bagi mengesan sebarang perubahan ketara kepada status kualiti air sungai dari masa ke masa.\n\r\nBerdasarkan pengawasan yang dilaksanakan oleh JAS ke atas 477 batang sungai pada tahun 2016, didapati sejumlah 22 batang sungai telah dikategorikan sebagai ‘tercemar’ iaitu berada pada tahap Kelas IV dengan pecahan seperti berikut:\n\r\n(i) 17 batang sungai di negeri Johor iaitu Sungai Danga, Sungai Semenchu, Sungai Buluh, Sungai Masai, Sungai Perembi, Sungai Tukang Batu, Sungai Kempas, Sungai Ayer Merah, Sungai Segget, Sungai Melana, Sungai Bala, Sungai Pandan, Sungai Plentong, Sungai Sebulung, Sungai Sengkuang, Sungai Tampoi dan Sungai Tebrau;\n\r\n(ii) 3 batang sungai di negeri Pulau Pinang iaitu Sungai Jawi, Sungai Jelutong dan Sungai Pertama;\n\r\n(iii) Sungai Alor B di negeri Kelantan; dan\n\r\n(iv) Sungai Kuyoh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\r\nPelepasan bahan buangan yang bersifat organik mudah terurai daripada pelbagai punca seperti air sisa industri, komersil dan domestik serta air sisa kumbahan manusia dan haiwan yang tidak diolah ke dalam sungai secara berterusan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air di sungai-sungai tersebut.\n\r\nKualiti air sungai pada tahap Kelas IV dikategorikan sebagai ‘tercemar’ dan tidak sesuai untuk kegunaan berfaedah manusia kecuali untuk tujuan pengairan bagi aktiviti pertanian.\n\r\nUntuk makluman Ahli yang Berhormat, tiada sungai yang dikategorikan berada pada tahap Kelas V atau “sangat tercemar” pada tahun 2016.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1508,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1508",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": "2017-07-31",
        "year": 2017,
        "no": "102",
        "member": "Tuan Loke Siew Fook",
        "area": "Seremban",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap aduan daripada Persatuan Penduduk Taman NLFCS terhadap operasi jana elektrik PD Power Bhd, Tenaga Nasional dan Petronas Gas di Tanjong Gemok, Port Di...",
        "question": "Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap aduan daripada Persatuan Penduduk Taman NLFCS terhadap operasi jana elektrik PD Power Bhd, Tenaga Nasional dan Petronas Gas di Tanjong Gemok, Port Dickson.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nJAS Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan dan mendapati terdapat kesan bunyi bising dari operasi PD Power Bhd tetapi berada di dalam tahap terkawal, dengan nilainya adalah dalam had yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 65 dBA pada siang dan 55 dBA pada waktu malam.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nDari pemantauan dan siasatan yang dilaksanakan mendapati pengukuran yang dibuat menunjukkan paras bunyi bising masih di dalam had yang ditetapkan dalam syarat EIA sebelum ini dan masih di bawah daripada had yang disyorkan di dalam Jadual ke-6, The Planning Guidelines for Environmental Noise Limits and Control, keluaran Jabatan Alam Sekitar. S\n\r\n\nSelain itu juga Loji Janakuasa Elektrik PD Power Bhd juga di dapati tidak mengubah sebarang kaedah operasi mereka samada dalam bentuk tempoh operasi dan had penjanaan sepertimana yang diluluskan sebelum ini.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nKementerian ini melalui JAS Negeri Sembilan akan terus memantau aktiviti Loji Janakuasa Elektrik PD Power Bhd melalui Guided Self Regulation (GSR) sepanjang masa dan juga semakan ke atas pengukuran bunyi bising dari semasa ke semasa.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1523,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1523",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "122",
        "member": "Dr. Ismail Bin Daut",
        "area": "Merbok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Kementerian terhadap semua bekas-bekas lombong di negara ini untuk mengelakkan kejadian lemas seperti di lombong bauksit Kuantan berlaku lagi.",
        "question": "Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Kementerian terhadap semua bekas-bekas lombong di negara ini untuk mengelakkan kejadian lemas seperti di lombong bauksit Kuantan berlaku lagi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian ini menggalakkan Kerajaan Negeri menggunakan wang dalam Kumpulan Wang Pemulihan Bersama yang dibayar oleh pengusaha lombong selaras peruntukan di bawah Enakmen Mineral Negeri untuk memulihkan tanah-tanah yang terjejas akibat aktiviti perlombongan termasuk tanah-tanah bekas lombong kecuali tanah milik.\n\r\nSelain itu, di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengedalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007 semua pengusaha diwajibkan untuk mengemukakan suatu Skim Pengendalian Melombong yang antara lainnya mengandungi cadangan pemulihan secara progresif dan cadangan penutupan lombong. Skim tersebut perlu dipatuhi oleh pengusaha dan aktiviti tersebut dikawalselia oleh Jabatan Mineral dan Geosains.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKaedah menimbus lubang yang terhasil daripada aktiviti pengekstrakan mineral merupakan salah satu dari kaedah-kaedah pemulihan bekas lombong. Walau bagaimanapun, terdapat kaedah lain yang boleh digunakan oleh pengusaha bagi memulihkan lombong mengikut perancangan kegunaan akhir tanah tersebut seperti penstabilan cerun, dan revegetation.\n\r\nDalam hal ini, Kementerian menegaskan sekiranya pengusaha gagal untuk mematuhi Skim Pengendalian Melombong yang telah diluluskan, mereka akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan perundangan yang sedang berkuat kuasa.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1524,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1524",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "128",
        "member": "Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kementerian mempertimbangkan permohonan peruntukan bagi projek tebatan banjir menaik taraf sistem Sungai Tebuan dan Sungai Wang Pinang, Kulim yang dikatakan menjadi punca kepada...",
        "question": "Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian mempertimbangkan permohonan peruntukan bagi projek tebatan banjir menaik taraf sistem Sungai Tebuan dan Sungai Wang Pinang, Kulim yang dikatakan menjadi punca kepada sering berlakunya banjir kilat di sekitar kawasan ini. Selain itu, sejauh manakah Kementerian mengkaji isu \"bottle neck\" di sekitar kawasan Bukit Mertajam, Seberang Perai yang turut mendorong kepada berlakunya bencana banjir di sekitar daerah Kulim akibat daripada kedudukan kedua-dua kawasan ini yang terletak bersebelahan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKajian Sistem Saliran Perbandaran Kulim sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang telah bermula pada tahun 2016 dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2017. Setelah kajian ini siap kelak, pihak Kerajaan Negeri akan mencadangkan kaedah-kaedah mitigasi banjir seperti menaiktaraf beberapa tempat termasuk sistem Sungai Tebuan dan Sungai Wang Pinang serta beberapa kawasan bottle neck yang menyempitkan aliran sungai di bahagian sempadan Seberang Perai, Pulau Pinang terutamanya di hulu Sungai Machang Bubuk bagi penyelesaian masalah banjir kilat di Kulim ini. \n\r\nNamun begitu, bagi langkah segera untuk tahun 2017 dan 2018, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencadangkan kerja-kerja menaiktaraf dua pembetung jalan yang merentangi Sungai Wang Pinang berjumlah kos RM1juta dilaksanakan.\n\r\nSelain itu, pada tahun 2016 dan 2017, pihak JPS Daerah Kulim telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Wang Pinang, Sungai Tebuan dan Sungai Air Merah Selatan ke hulu Sungai Machang Bubuk secara berkala.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1525,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1525",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "129",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap aktiviti pembalakan haram yang dikesan berlaku di Ulu Muda, Kedah. Adakah kawasan tersebut akan digazetkan sebagai Hutan Simpan. Jika tidak, kenapa,...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap aktiviti pembalakan haram yang dikesan berlaku di Ulu Muda, Kedah. Adakah kawasan tersebut akan digazetkan sebagai Hutan Simpan. Jika tidak, kenapa, memandangkan kepentingan ia sebagai kawasan tadahan utama bagi negeri-negeri utara Semenanjung. Juga, adakah pembenihan awan akan dijalankan secara berterusan bagi mengelak musim kemarau berpanjangan di utara Semenanjung.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nHutan Simpan Ulu Muda di Kedah seluas 106,418 hektar terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Hutan Pengeluaran seluas 88,232 hektar dan Hutan Perlindungan seluas 18,186 hektar. Daripada kawasan Hutan Perlindungan tersebut seluas 12,484 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) di bawah seksyen 10 (1) (e) Akta 313, Akta Perhutanan Negara 1984.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1526,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1526",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "130",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan senarai pengusahasilan (projek) yang dijalankan di Kawasan Hutan Simpanan Kekal dilesenkan di setiap negeri bagi tempoh 2006- 2016. Perincikan senarai berkaitan dan adakah usaha penanama...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan senarai pengusahasilan (projek) yang dijalankan di Kawasan Hutan Simpanan Kekal dilesenkan di setiap negeri bagi tempoh 2006- 2016. Perincikan senarai berkaitan dan adakah usaha penanaman semula dijalankan. Nyatakan juga berapakah kes pembalakan haram yang dilaporkan pada tempoh sama, jumlah tangkapan dan hukuman yang dikenakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAktiviti pengusahasilan yang dilaksanakan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia di kawal keluasannya melalui penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara dan terhad hanya dalam kawasan hutan yang dikategorikan sebagai Hutan Pengeluaran sahaja. Berdasarkan rekod jabatan, jumlah kawasan yang telah diusahasil dalam HSK mengikut negeri bagi tempoh 2006-2016 adalah seperti berikut:\n\r\nJadual : Jumlah keluasan kawasan usahasil dalam HSK mengikut negeri bagi tahun 2006-2016\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nNEGERI\n\r\nLUAS KAWASAN USAHASIL (HA)\n\r\nJohor\n\r\n22,969\n\r\nKedah\n\r\n27,896\n\r\nKelantan\n\r\n82,891\n\r\nPahang\n\r\n135,117\n\r\nPerak\n\r\n77,010\n\r\nTerengganu\n\r\n50,469\n\r\nMelaka\n\r\n190\n\r\nNegeri Sembilan\n\r\n10,095\n\r\nSelangor\n\r\n4,551\n\r\nJUMLAH\n\r\n411,188\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDaripada keluasan 411,188 hektar kawasan HSK yang telah diuasahasi bagi tempoh 2006-2016, seluas 11,564 hektar kawasan tersebut telah dijalankan tanaman mengaya. Aktiviti tanaman mengaya ini dilaksanakan oleh JPSM bertujuan untuk memulihkan isi kandungan hutan dengan jenis-jenis pokok berpasaran dan bermutu. Di samping itu,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n3\n\r\npihak pelesen pengusahasilan disyaratkan untuk menanam dengan kadar segera kawasan-kawasan terosot akibat aktiviti pengusahasilan yang melibatkan pembinaan lorong penarik dan kawasan matau sementara serta kawasan-kawasan terbuka/rosak sebelum kawasan lesen tersebut ditutup.\n\r\nPihak Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan seringkali terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan jabatan dan agensi penguatkuasaan lain untuk mengawal dan membanteras aktiviti pembalakan haram dan penerokaan hutan. Berikut adalah kes pembalakan haram yang telah dikesan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan, jumlah tangkapan serta kompaun dan gantirugi dari tahun 2006-2016 sepertimana jadual :-\n\r\nJadual: Kes Pembalakan Haram, Jumlah Tangkapan, Kompaun dan Ganti Rugi Di Semenanjung Malaysia Dari Tahun 2006 - 2016\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nStatus 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam Hutan Simpanan Kekal\n\r\n23\n\r\n20\n\r\n29\n\r\n22\n\r\n43\n\r\n21\n\r\n7\n\r\n2\n\r\n1\n\r\n12\n\r\n10\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam Tanah Kerajaan\n\r\n11\n\r\n18\n\r\n13\n\r\n8\n\r\n11\n\r\n3\n\r\n1\n\r\n0\n\r\n0\n\r\n0\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1 Jumlah Kes 34 38 42 30 54 24 8 2 1 12 11 Jumlah Tangkapan (Bilangan Orang) 18 34 56 36 39 13 17 0 8 5 3 Jumlah Kompaun & Ganti Rugi (RM Juta) 2.4 3.1 4.2 1.8 1.3 3.5 5.2 5.3 5.4 5.2 0.4\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1527,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1527",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "132",
        "member": "Tuan Lim Guan Eng",
        "area": "Bagan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan mengapa tiada tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam projek penambakan Projek Aman Laut, Kedah. Adakah laporan Penilai Kesan Alam Sekitar (DEIA) telah dikemuka dan diluluska...",
        "question": "Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam projek penambakan Projek Aman Laut, Kedah. Adakah laporan Penilai Kesan Alam Sekitar (DEIA) telah dikemuka dan diluluskan. Berapakah kelulusan tambakan yang terlibat dan apakah tindakan yang diambil untuk mengembalikan keadaan asal kawasan yang ditambak berkenaan.",
        "answer": "Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nLaporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Penambakan Aman Laut telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 15 Jun 2017. Projek penambakan tersebut melibatkan kawasan tebusguna tanah seluas 122.90 ekar bagi tujuan pembangunan bercampur yang terdiri daripada kediaman, komersial dan infrastruktur. Laporan EIA tersebut sedang dinilai oleh JAS.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nWalau bagaimanapun, JAS mendapati pihak pemaju projek telah menjalankan kerja-kerja tanah bagi tujuan penyediaan laluan masuk ke tapak projek tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Laporan EIA daripada JAS.\n\r\nSehubungan itu, JAS sedang melengkapkan kertas siasatan bagi syor tindakan mahkamah di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana telah menjalankan kerja-kerja tanah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Laporan EIA dari JAS.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJAS juga telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2012) kepada pemaju projek pada 15 Mei 2017.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1529,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1529",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "156",
        "member": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah peruntukan untuk pembinaan projek tebatan banjir di Parlimen Lipis, yang mana masalah banjir di Parlimen Lipis semakin kerap berlaku. Sekiranya tiada dalam permohonan da...",
        "question": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin \r\nMohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah peruntukan untuk pembinaan projek tebatan banjir di Parlimen Lipis, yang mana masalah banjir di Parlimen Lipis semakin kerap berlaku. Sekiranya tiada dalam permohonan dari agensi Kerajaan terhadap projek tebatan untuk Parlimen Lipis, adakah Kementerian akan mengkaji semula keperluan projek tebatan ini khususnya di Parlimen Lipis.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membuat permohonan dalam Rolling Plan 3 (RP3) RMKe-11 bagi melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Jelai (Fasa 1), Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur.\n\r\nObjektif utama perlaksanaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Jelai (Fasa 1), Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur adalah bagi melindungi penduduk-penduduk di sepanjang Lembangan Sg. Jelai dari masalah limpahan Sg.Jelai serta sub-lembangannya. Melalui pelaksanaan projek ini, diharapkan isu keselamatan penduduk, kemusnahan/ kerosakan harta benda serta kesan negatif terhadap ekonomi yang telah mengakibatkan nilai kerugian yang tinggi dapat diselesaikan sepenuhnya. Selain daripada itu, pelaksanaan projek kelak secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk dan meningkatkan nilai hartanah setempat.\n\r\nAntara skop dan komponen projek adalah seperti berikut;\n\r\n\r\n\n• Pekhidmatan perunding : Siasatan tanah, Pengukuran tanah, Kajian/ Reka bentuk terperinci;\n\r\n\n• Peta hazard banjir;\n\r\n\n• Pengambilan balik tanah;\n\r\n\n• Mempertingkat aliran sungai dengan melaksanakan kerja melebar & mendalam sungai;\n\r\n\n• Penstabilan dan pengukuhan tebing;\n\r\n\n• Pembinaan ban atau tembok banjir;\n\r\n\n• Membina struktur kawalan banjir.Membina sistem saliran baru atau menaiktaraf sistem saliran sedia ada;\n\r\n\n• Pembinaan kolam takungan banjir dan sistem pam;\n\r\n\n• Menaiktaraf struktur lintasan dan jambatan; dan\n\r\n\n• Pengalihan utiliti.\n\nKos keseluruhan bagi cadangan projek tersebut dianggarkan sebanyak RM45,000,000.00.\n\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1530,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1530",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "171",
        "member": "Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh",
        "area": "Setiu",
        "minister": "PERDANA MENTERI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan tahap kesedaran orang ramai terhadap pengurusan harta pusaka serta jumlah aset beku dan harta alih yang tidak dituntut sehingga kini.",
        "question": "Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [Setiu] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap kesedaran orang ramai terhadap pengurusan harta pusaka serta jumlah aset beku dan harta alih yang tidak dituntut sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertanggungjawab terhadap pengurusan harta pusaka kecil (merangkumi harta tak alih dalam pemilikan atau kepentingan simati sama ada sebahagian atau keseluruhannya dengan nilaian RM2,000,000.00 ke bawah) selaras dengan punca kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Ke-Sembilan Senarai I, Para 4(e)(1).\n\r\nPada asasnya JKPTG tidak mempunyai data tanah harta pusaka atau data harta alih yang masih belum dituntut pewaris selagi pihak waris tidak memulakan tindakan membuat tuntutan pembahagian pusaka kecil.\n\r\nWalaubagaimanapun, dalam usaha berterusan memberikan kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka, pihak jabatan sentiasa membuat promosi secara berterusan melalui program outreach atau ‘turun padang’ bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat dalam memberikan maklumat yang tepat mengenai prosedur pembahagian harta pusaka dengan lebih jelas untuk menggalakkan waris membuat tuntutan harta pusaka dengan segera sebaik berlaku kematian kepada pemilik harta.\n\r\nPada tahun 2016, sebanyak 109 program telah dilaksanakan termasuk ceramah kepada penduduk kampung, komuniti felda, taklimat kepada\n\r\nagensi kerajaan dan swasta serta program promosi melalui radio dan televisyen di seluruh Semenanjung Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1528,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1528",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "280",
        "member": "Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu",
        "area": "Batu Gajah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap aduan penduduk Perumahan Awam, Jalan Siputeh, Pusing, Batu Gajah terhadap kilang pasir Kim Yuan Amang Factory Sdn Bhd yang mengeluarkan bahan p...",
        "question": "Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap aduan penduduk Perumahan Awam, Jalan Siputeh, Pusing, Batu Gajah terhadap kilang pasir Kim Yuan Amang Factory Sdn Bhd yang mengeluarkan bahan pencemaran berhabuk di kawasan persekitaran.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerdasarkan aduan pencemaran udara yang diterima, Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan siasatan ke atas premis tersebut dan hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan aspek-aspek ketidakpatuhan yang berlaku adalah seperti berikut:\n\r\n(a) Ketinggian stockpile pasir silika yang digunakan sebagai bahan mentah melebihi paras bumbung premis dan terlalu banyak longgokan stockpile di sekeliling premis. Ini kerana tiada kawalan terhadap jumlah muatan pasir yang masuk ke premis. Walaupun terdapat peralatan kawalan habuk seperti water sprinkler/water browser, tetapi ianya tidak bersesuaian dengan keadaaan stockpile yang terlalu banyak ini;\n\r\n(b) Jalan keluar masuk premis tidak berturap dan dipenuhi pasir yang berpotensi menyebabkan laluan keluar masuk berdebu; dan\n\r\n(c) Tiada penyemburan air/washing bay/wash trough disediakan di jalan keluar/masuk premis dan berpotensi menyebabkan pelepasan habuk ke jalan utama;\n\r\nBagi tujuan pematuhan dan langkah drastik terhadap aduan ini, JAS telah mengarahkan premis mematuhi segera Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi tujuan kawalan pencemaran habuk sedia ada.\n\r\nJAS Perak akan terus memberi perhatian dan memantau pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya agar masalah pencemaran di kawasan yang terlibat dapat diatasi.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1531,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1531",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "362",
        "member": "TUAN KHALID BIN ABD SAMAD",
        "area": "SHAH ALAM",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah hutan simpan seluruh negara dan keluasan mengikut negeri yang telah diwartakan.",
        "question": "TUAN KHALID BIN ABD SAMAD [SHAH ALAM] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah hutan simpan seluruh negara dan keluasan mengikut negeri yang telah diwartakan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKeluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 4,818,820 hektar telah diwartakan sebagai HSK. Berikut adalah keluasan HSK di Semenanjung pada tahun 2016:-\n\r\nJadual : Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung bagi tahun 2016\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\nNEGERI\n\r\nHUTAN SIMPANAN KEKAL\n\r\n(HSK)\n\r\nTelah Diwarta (ha)\n\r\nJohor\n\r\n333,721\n\r\nKedah\n\r\n341,976\n\r\nKelantan\n\r\n615,056\n\r\nMelaka\n\r\n5,137\n\r\nNegeri Sembilan\n\r\n155,650\n\r\nPahang\n\r\n1,558,880\n\r\nPerak\n\r\n997,604\n\r\nPerlis\n\r\n10,615\n\r\nPulau Pinang\n\r\n5,101\n\r\nSelangor\n\r\n250,129\n\r\nTerengganu\n\r\n544,883\n\r\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\r\n68\n\r\nJumlah\n\r\n4,818,820\n\n\r\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1532,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1532",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "363",
        "member": "uan Khalid Bin Abd Samad",
        "area": "Shah Alam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kawasan tadahan air (dan keluasan) yang telah diwartakan mengikut negeri dan menyenaraikan tempat- tempat tersebut.",
        "question": "uan Khalid Bin Abd Samad [Shah Alam] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kawasan tadahan air (dan keluasan) yang telah diwartakan mengikut negeri dan menyenaraikan tempat- tempat tersebut.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) seluas 734,796 hektar telah diwartakan sebagai HTA mengikut seksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Maklumat terperinci kawasan HTA mengikut negeri adalah seperti jadual berikut :\n\r\nJadual : Maklumat Keluasan Kawasan Hutan Tadahan Air Mengikut Negeri Di Semenanjung Malaysia\n\r\nNegeri Telah Diwartakan (Ha)\n\r\nJohor\n\r\n85,597.61\n\r\nKedah\n\r\n30,222.00\n\r\nKelantan\n\r\n35,898.00\n\r\nMelaka\n\r\n0\n\r\nNegeri Sembilan\n\r\n51,020.00\n\r\nPahang\n\r\n258,772.41\n\r\nPerak\n\r\n159,866.00\n\r\nPerlis\n\r\n4,380.00\n\r\nPulau Pinang\n\r\n3,121.00\n\r\nSelangor\n\r\n44,543.00\n\r\nTerengganu\n\r\n61,375.58\n\r\nWPKL\n\r\n0\n\r\nJumlah\n\r\n734,795.60\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1533,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1533",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "364",
        "member": "YB Tuan Khalid Bin Abd Samad",
        "area": "Shah Alam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah kes pencemaran air di seluruh negara mengikut negeri dari tahun 2008 sehingga sekarang dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian.",
        "question": "YB Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes pencemaran air di seluruh negara mengikut negeri dari tahun 2008 sehingga sekarang dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSecara purata setiap tahun Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima sebanyak 620 kes aduan pencemaran air sejak tahun 2008 sehingga sekarang.\n\r\nNegeri Selangor merekodkan jumlah aduan kes pencemaran air yang paling banyak diterima sejak 2008 sehingga kini iaitu berjumlah 1,483 kes.\n\r\nStatistik juga menunjukkan bahawa bilangan kes pencemaran air ini semakin berkurangan dari tahun 2011 sehingga kini berikutan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang sentiasa dilakukan oleh pihak Kementerian melalui JAS.\n\r\nDari segi perundangan, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan melakukan pencemaran air boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 25 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Disamping itu denda tambahan tidak lebih daripada RM1,000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.\n\r\n3\n\r\nPenyelesaian secara total bagi isu pencemaran air perlu melibatkan banyak pihak agar penyelesaian secara holistik dapat dicapai. Antara pihak-pihak yang perlu dilibatkan dalam operasi penyiasatan, penguatkuasaan dan pemantauan adalah:\n\r\n(i) Kerajaan negeri,\n\r\n(ii) Pihak Berkuasa Tempatan,\n\r\n(iii) Agensi kawal selia air di negeri-negeri, dan\n\r\n(iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).\n\r\nMenyedari hakikat ini, pendekatan yang dilakukan oleh Kementerian melalui JAS ialah penyiasatan secara bersepadu melalui konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dianggotai oleh agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah dan daerah, agensi pengurusan air negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi membolehkan komunikasi yang cepat dan tindakan siasatan yang pantas.\n\r\nPihak Kementerian juga ingin menyarankan semua pihak perlu lebih proaktif di dalam menjaga dan mengawal pencemaran dari punca-punca yang berada dalam tanggungjawab masing-masing.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1534,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1534",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "490",
        "member": "Dr. Tan Seng Giaw",
        "area": "Kepong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan cara yang berkesan untuk memastikan projek-projek pembinaan dan pembangunan dilaksanakan dengan memeliharakan alam sekitar.",
        "question": "Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan cara yang berkesan untuk memastikan projek-projek pembinaan dan pembangunan dilaksanakan dengan memeliharakan alam sekitar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDasar Alam Sekitar Negara 2002 merupakan strategi kerajaan untuk memulihara, menjaga dan mengurus alam sekitar dalam konteks pembangunan lestari. Dasar ini memberi panduan kepada semua pihak baik di sektor kerajaan ataupun swasta, industri, masyarakat dan lain-lain stakeholder untuk memastikan alam sekitar negara bersih, sihat dan produktif.\n\r\nRancangan Malaysia Ke-11 juga memberi perhatian kepada alam sekitar melalui komitmen yang padu terhadap pertumbuhan hijau dalam memastikan alam sekitar dan sumber asli negara kekal dipelihara dan dilindungi untuk generasi masa kini dan masa hadapan.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa mengambil langkah untuk memastikan sebarang aktiviti atau cadangan projek pembinaan dan pembangunan tidak memberi impak / kesan yang serius kepada alam sekitar melalui usaha-usaha berikut:\n\r\n(i) Menasihati Kerajaan Negeri, pemaju projek atau pihak berkuasa meluluskan projek supaya mengambilkira aspek alam sekitar di dalam merancang sesuatu projek pembangunan seperti kesesuaian tapak bagi cadangan sesuatu projek hendaklah ditentukan di peringkat awal\n\r\n3\n\r\nperancangan projek. Ini boleh mengelakkan lokasi projek yang dicadangkan atau dirancang itu melibatkan kawasan sensitif alam sekitar seperti hutan simpan, tapak hutan paya bakau yang diwartakan dan sebagainya.\n\r\n(ii) Menghendaki pemaju projek menjalankan kajian kesan penilaian kepada alam sekitar (EIA) yang komprehensif bagi cadangan projek pembangunan yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Kajian EIA yang dijalankan perlu mengambilkira skop kajian terperinci bagi isu-isu kritikal dari segi ramalan impak dan cadangan langkah kawalan yang perlu diambil oleh pemaju projek semasa pembinaan dan juga operasi.\n\r\n(iii) Semasa fasa pembinaan dan pengoperasian, aktiviti pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Laporan EIA diikuti oleh pihak pemaju projek.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1535,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1535",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "504",
        "member": "Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan kos dan jaminan keselamatan pemeliharaan kawasan pantai Telok Lipat dan Pantai Sura Dungun.",
        "question": "Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kos dan jaminan keselamatan pemeliharaan kawasan pantai Telok Lipat dan Pantai Sura Dungun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKajian bagi pengawalan hakisan pantai di Pantai Teluk Lipat iaitu 'Principal Consultant For The Coastal Protection Works At Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu' telah dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada Julai 2011. Hasil daripada kajian berkenaan ECERDC telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan 4 buah headlands di kawasan pantai berkenaan.\n\r\nPada tahun 2016, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4,477,440.00 bagi penyelesaian segera untuk menangani hakisan yang teruk berlaku di Pantai Teluk Lipat pada 2 Feb 2016. Kerja tersebut telah dilaksanakan pada 25 Februari 2016 dan siap pada 23 Jun 2016 merangkumi kawasan hakisan sepanjang 800 meter.\n\r\nManakala projek di Pantai Sura Dungun adalah di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1536,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1536",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 2,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "532",
        "member": "Datuk Koh Nai Kwong",
        "area": null,
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian lain untuk menetapkan keperluan kriteria pembinaan kolam tadahan atau sistem penuaian air hujan bawah tanah bagi usaha mengawal banjir k...",
        "question": "Datuk Koh Nai Kwong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian lain untuk menetapkan keperluan kriteria pembinaan kolam tadahan atau sistem penuaian air hujan bawah tanah bagi usaha mengawal banjir kilat dan mempelbagaikan sumber air bagi menampung keperluan penduduk terutamanya di bandar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Air Larian Hujan Ribut di kawasan Bandar (Urban Stormwater Management Manual) untuk Malaysia atau dikenali sebagai MSMA. Garis panduan tersebut telah di terima pakai oleh Kabinet pada Januari digunakan oleh 2001 untuk pembangunan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengutamakan konsep kawalan dipunca. Dalam garis panduan tersebut, kolam adalah salah satu kaedah yang diguna bagi mengumpul lebihan air larian yang ada semasa hujan lebat atau waktu puncak.\n\r\nLanjutan daripada itu, pihak NRE melalui JPS telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk beberapa buah bandar di negara ini untuk membantu pihak kerajaan menangani masalah banjir kilat. Melalui PISMA, banyak kolam-kolam takungan yang dicadangkan dan telah dibina bagi mengatasi masalah banjir kilat. Pembinaan kolam takungan sebagai kaedah mengatasi masalah banjir kilat adalah mengikut kepada kesesuaian tapak dan juga punca kepada berlakunya banjir.\n\r\n\n\r\nMelalui rekod daripada pihak JPS dan PBT, terdapat lebih kurang 1800 buah kolam takungan yang dibina oleh pihak pemaju dan jumlah ini akan sentiasa meningkat mengikut keperluan semasa. \n\r\nPemanfaatan air takungan kolam untuk dijadikan sebagai sumber alternatif kepada sumber air yang tidak terawat adalah satu langkah yang baik dan perlu diperhalusi. Memandangkan kolam-kolam yang dibina adalah tidak berskala besar, pembinaan infrastrutur untuk menjadikan air kolam tersebut sebagai sumber air terawat tidak ekonomikal berbanding dengan sumber yang lain seperti sungai dan air bawah tanah.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\r\n\r\n\r\n\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR2.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1436,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1436",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-16",
        "year": 2017,
        "no": "2",
        "member": "Tuan Sim Tong Him",
        "area": "Kota Melaka",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) tentang keadaan banjir yang berlaku setiap tahun di Pantai-Timur dan berikan punca-punca utama yang mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan tertentu hampir setiap tahun; dan (b) m...",
        "question": "Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) tentang keadaan banjir yang berlaku setiap tahun di Pantai-Timur dan berikan punca-punca utama yang mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan tertentu hampir setiap tahun; dan\n\r\n(b) mengapa fenomena banjir tidak dapat diatasi dan nyatakan projek-projek pencengahan banjir yang telah dilaksanakan dan bagaimanakah dengan kesannya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na) Keadaaan banjir yang berlaku di pantai timur adalah berpunca daripada taburan taburan hujan yang tinggi akibat dari angin monsun timur laut yang berlaku pada bulan Oktober sehingga Januari setiap tahun.\n\r\nDalam pada itu, Kerajaan turut menjalankan kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Kajian Saliran Bandar bagi bandar-bandar utama di Seluruh Malaysia dan telah mengenal pasti antara punca utama banjir adalah termasuk:\n\r\n1) perubahan gunatanah yang ketara di dalam lembangan sungai yang menyebabkan peningkatan air larian permukaan;\n\r\n2) Penambakan tanah bagi pembinaan infrastruktur dan perumahan merintangi dataran banjir mengecilkan ruang untuk menyimpan air banjir semasa waktu puncak hujan;\n\r\n3) Air pasang di kawasan berhampiran laut;\n\r\n4) Sampah sarap yang menghalang laluan air sungai dan sistem perparitan; dan\n\r\n5) Pembukaan tanah yang tidak terkawal disebabkan tiada sistem kawalan hakisan dan kelodak yang menyebabkan sedimen memasuki ke dalam saluran sungai menyebabkan sungai menjadi sebu yang mengakibatkan kapasiti hidraulik sungai berkurangan.\n\r\n6) Tradisi masyarakat yang memilih untuk mendirikan rumah di tanah rendah antara punca banjir. Tanah rendah merupakan dataran\n\r\nbanjir menyebabkan kawasan tersebut berisiko untuk dilanda banjir dan tidak dapat dielakkan. Kawasan-kawasan rendah, lembah dan pinggir sungai merupakan kawasan dataran banjir. Dataran banjir berfungsi sebagai storan semulajadi yang berupaya menyerap air supaya air hujan yang turun tidak terus menjadi air larian permukaan yang terus masuk ke sistem saliran atau sungai. Apabila pembangunan dijalankan di kawasan tersebut amat sukar untuk mengelakkan banjir daripada berlaku. Kita hanya boleh mengurangkan kesan banjir dengan pelaksanaan infrastruktur saliran yang efisien namun ianya memerlukan kos pembinaan dan operasi yang tinggi.\n\r\n7) Kegagalan pemaju perumahan mematuhi cadangan pihak perunding juga antara punca banjir berlaku. Sebagai contoh pematuhan kepada Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) iaitu mengawal air larian di punca. Sesetengah pemaju gagal untuk menyediakan fasiliti seperti sistem saliran yang efisien, kolam takungan, on-site detention pond disebabkan untuk menjimatkan kos pembangunan. Begitu juga fasiliti semasa fasa pembinaan di mana pemaju jarang mematuhi pelan kawalan hakisan dan kelodak (Erosion Sediment Control Plan)seperti pembinaan silt trap, check dam, silt fence dan sediment pond bagi mengawal banjir lumpur. Aras pembangunan (Reduce Level) yang lebih tinggi juga jarang dipatuhi (0.6 m free board) menyebabkan kawasan perumahan terdedah kepada banjir.\n\r\nb) Fenomena banjir tidak dapat diatasi disebabkan oleh perubahan iklim yang mempengaruhi pola hujan seperti yang kita sedang alami sekarang dan perubahan ini berpotensi untuk menyebabkan kejadian-kejadian seperti banjir dan angin monsun. Antara langkah struktur yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengurangkan impak banjir adalah melalui pembinaan projek tebatan banjir seperti contoh pembinaan terowong dwifungsi (SMART) yang telah dibina bermula tahun 2003 dan telah beroperasi sejak tahun 2007. Fungsi utama SMART adalah untuk mengatasi 45% masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak 8 kejadian banjir besar limpahan Sungai Klang yang berpotensi menenggelamkan sebahagian kawasan tumpuan utama Pusat Bandaraya Kuuala Lumpur telah dapat dielakkan sejak terowong SMART ini mula beroperasi. Projek-projek tebatan banjir ini juga direkabentuk berdasarkan kepada aras perlindungan banjir (Flood Protection Level) yang optimum pada 100 ARI (Average Recurrence Interval) untuk kawasan bandar dan 25-50 ARI (Average Recurrence Interval) untuk kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, banjir tetap akan berlaku sekiranya hujan yang turun adalah melebihi dari hujan rekabentuk (Design Rainfall and Duration Storm) yang telah digunakan untuk perlaksanaan projek-projek tebatan banjir ini\n\r\nDi bawah RMKe-10, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah melaksanakan projek RTB yang telah menelan belanja sebanyak RM3.936 Billion. Projek-projek tebatan banjir telah memberi impak yang positif di mana terdapat pengurangan bilangan penduduk yang menjadi mangsa banjir kesan daripada pelaksanaan projek-projek tersebut. Sebagai contoh bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Cameron Highlands melalui pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bertam yang telah siap sepenuhnya pada 19 November 2016 dan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Ringlet yang sedang di dalam fasa pembinaan ketika ini. Dengan skop kerja yang melibatkan kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai di sepanjang 1.9km, penaiktarafan 5 buah jambatan, pembinaan 4 drop structure dan 1 dewan serbaguna, pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bertam ini dapat menampung kadar ulangan banjir 100 tahun ARI (Average Recurrence Interval) dengan peningkatan kapasiti sungai dari 5m3/s kepada 220 m3/s dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko banjir terhadap 3,000 orang penduduk dan pengurangan risiko banjir bagi 50 ekar luas kawasan terjejas akibat banjir. Di bawah RMKe-11 pula, peruntukan yang telah diluluskan bagi RTB adalah sebanyak RM8.3 billion. NRE yakin dengan pelaksanaan projek RTB ini, dapat mengurangkan kesan negatif kepada ekonomi negara dan kebajikan penduduk, di samping melindungi alam sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1426,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1426",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-08",
        "year": 2017,
        "no": "3",
        "member": "DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI",
        "area": "BAGAN SERAI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perkembangan dan pencapaian segala usaha yang telah dijalankan di pelbagai peringkat dan pelbagai sektor untuk mencapai matlamat besar seperti yang dijanjikan oleh Malaysia tanpa ...",
        "question": "DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI [ BAGAN SERAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan dan pencapaian segala usaha yang telah dijalankan di pelbagai peringkat dan pelbagai sektor untuk mencapai matlamat besar seperti yang dijanjikan oleh Malaysia tanpa syarat untuk mengurangkan perlepasan gas karbon sehingga 40% menjelang 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPertama sekali pihak Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat matlamat dan usaha Negara di dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan menangani impak perubahan iklim.\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\r\nSemasa persidangan UNFCCC COP-15 di Copenhagen, Denmark pada 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela Negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga 40% menjelang 2020 berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005. Pencapaian indikator sukarela ini adalah tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara-negara maju.\n\r\nBerdasarkan langkah mitigasi yang telah dan sedang dilaksanakan pada masa ini, tahap intensiti GHG telah dapat dikurangkan kepada 33% pada tahun 2014. Daripada pengurangan intensiti GHG, ini 21% adalah dari sector bukan perhutanan, manakala baki 12% adalah daripada sector perhutanan seperti yang diumumkan semasa persidangan International Greentech and Eco Products Exhibition (IGEM) 2014.\n\r\n3\n\r\nMemandangkan peranan penting hutan yang bertindak sebagai penyerap karbon (carbon sink), Malaysia sedang meningkatkan program pemuliharaan hutan dan mengekalkan kawasan hutan dan litupan hijau untuk dimanfaatkan sebagai salah satu aktiviti mitigasi perubahan iklim pada masa hadapan. Negara juga aktif membangunkan mekanisme pelaksanaan Reducing Emissions from Deforestation and Degradation dan Role of Conservation, Sustainable Management of Forests, and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+). Pelaksanaan mekanisme REDD+ ini adalah selari dengan matlamat dan komitmen negara untuk mengekalkan lebih 50% kawasan hutan dan litupan hijau negara. Pelaksanaan mekanisme REDD+ ini membolehkan negara mendapatkan sumbangan dana antarabangsa bagi mengekalkan keluasan hutan serta melaksanakan aktiviti pemuliharaan hutan negara.\n\r\nPada 12 Disember 2015, semasa persidangan UNFCCC COP-21 di Paris, Perancis, Malaysia dan 195 negara parti kepada UNFCCC telah mempersetujui Paris Agreement. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016. Bagi menyumbang kepada matlamat Paris Agreement untuk menangani isu perubahan iklim global dalam jangka masa panjang, Malaysia dan negara parti kepada UNFCCC yang lain perlu menyediakan dan mengemukakan Nationally Determined Contributions (NDC) kepada UNFCCC. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan Intended NDC (INDC) kepada UNFCCC pada 27 November 2015.\n\r\n4\n\r\nMenurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\nSehubungan itu sasaran pengurangan intensity GHG negara telah berubah mengikut sasaran di bawah NDC.\n\r\nBagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan ‘Roadmap for effective implementation of NDC and adoption of the Paris Agreement’. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran INDC negara. Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC Negara Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:\n\r\n1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh baharu melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);\n\r\n2. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh baharu di luar mekanisme FIT;\n\r\n5\n\r\n3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);\n\r\n4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;\n\r\n5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap GHG;\n\r\n6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;\n\r\n7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;\n\r\n8. Membangunkan program dan menggalakkan penggunaan bio-diesel B5;\n\r\n9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;\n\r\n10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);\n\r\n11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan\n\r\n12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi Skim Pembiayaan Green Technology Financing Scheme – GTFS.\n\r\nSepertimana pencapaian sasaran pengurangan intensity GHG 33% yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, usaha-usaha ini akan diteruskan dengan memberi penekanan kepada pengurusan hutan secara berkekalan (sustainable forest management)\n\r\n6\n\r\nAhli-Ahli Yang Berhormat,\n\r\nPelaksanaan inisiatif-inisiatif mitigasi pelepasan GHG di pelbagai sektor berkaitan ini menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1466,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1466",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-29",
        "year": 2017,
        "no": "3",
        "member": "Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz",
        "area": "Tanah Merah",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci berapakah jumlah rizab tanah Melayu yang masih tinggal.",
        "question": "Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci berapakah jumlah rizab tanah Melayu yang masih tinggal.",
        "answer": "Tuan Yang di- Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUrusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.\n\r\nPeranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif untuk menyelaras dan membangunkan pengkalan data Tanah Rizab Melayu dengan mengadakan Mesyaurat Jawatankuasa Pemandu dengan Pejabat Tanah Galian neger-negeri berkaitan. Jumlah Tanah Rizab Melayu yang dilaporkan oleh negeri-negeri dalam Mesyuarat tersebut sehingga Oktober 2016 dianggarkan seluas 4 juta Hektar.\n\r\nOleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan Tanah Rizab Melayu bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1443,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1443",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "4 YBTM JAWAB",
        "member": "YB. DR. TAN SENG GIAW",
        "area": "KEPONG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan perkembangan dan keberkesanan untuk memelihara hutan di seluruh Malaysia.",
        "question": "YB. DR. TAN SENG GIAW [ KEPONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI\n\r\nDAN ALAM SEKITAR menyatakan perkembangan dan keberkesanan\n\r\nuntuk memelihara hutan di seluruh Malaysia.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSTATUS\n\r\nSehingga tahun 2015 kawasan berhutan di Malaysia merangkumi 18.25 juta hektar atau 55.2% daripada jumlah keluasan tanah seluas 33.018 juta hektar. Daripada jumlah ini, seluas 14.46 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Kawasan HSK ini diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.\n\r\nKEBERKESANAN\n\r\nKementerian sentiasa komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan. Kejayaan negara dalam mengekalkan kawasan berhutan negara tidak kurang daripada 50% menunjukkan keberkesanan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang dilaksanakan di negara ini.\n\r\nAntara keberkesanan lain yang telah dilaksanakan kerajaan adalah:\n\r\ni. Peningkatan kawasan HSK di Semenanjung Malaysia seluas 86,653 ha dari tahun 2000 hingga 2016;\n\r\nii. Berjaya menguatkuasakan perundangan dan peraturan hutan dengan tangkapan seramai 234 orang yang terlibat dengan kes-kes kesalahan hutan bagi tempoh tahun 2005 hingga 2016 di Semenanjung Malaysia;\n\r\niii. Sebanyak 82 juta pokok berjaya ditanam bagi tempoh 2010 hingga 2016 di seluruh negara;\n\r\niv. Negara dapat menjana pendapatan daripada eksport produk kayu kayan sebanyak RM22.14b pada tahun 2015 dan RM22.11 b pada tahun 2016; dan\n\r\nv. Pewartaan kawasan hutan tadahan air seluas 734,731 ha daripada 816,833 ha yang dikenal pasti sehingga tahun 2016.\n\r\nKOMITMEN KERAJAAN\n\r\nDi antara inisiatif yang dilaksanakan dalam menjayakan komitmen ini adalah seperti berikut:\n\r\n(i) mengekalkan pewartaan kawasan Hutan Simpanan Kekal sedia ada untuk diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar untuk kepentingan rakyat dan negara;\n\r\n(ii) mewartakan kawasan cadangan Hutan Simpanan Kekal yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebagai hutan simpanan kekal;\n\r\n(iii) mewartakan kawasan-kawasan tanah kerajaan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal;\n\r\n(iv) menggantikan mana-mana kawasan Hutan Simpanan Kekal yang telah dikeluarkan/dimansuhkan dengan kawasan hutan lain yang lebih kurang sama keluasannya;\n\r\n(v) meningkatkan kualiti kawasan Hutan Simpanan Kekal melalui aktiviti restorasi dan pemuliharaan kawasan hutan terosot;\n\r\n(vi) melaksanakan aktiviti pemeliharaan in-situ dan ex-situ terutamanya bagi spesies flora yang Endangered, Rare and Threatened (ERT);\n\r\n(vii) memperkemaskan mekanisma penguatkuasaan hutan melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET), penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JPSM Elite Team) dan penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Geographical Information System (GIS), Hyperspectral sensors dan Global Positioning System (GPS) semasa menjalankan aktiviti penguatkuasaaan hutan dan pemantauan pencerobohan hutan; dan\n\r\n(viii) mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam perhutanan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1467,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1467",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-30",
        "year": 2017,
        "no": "6",
        "member": "Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff",
        "area": "Rantau Panjang",
        "minister": "PERDANA MENTERI",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek tebatan banjir akan mula dibina di sepanjang Sungai Golok setelah pengisytiharan Timbalan Perdana Menteri berkaitan kelulusan peruntukan RM800 juta untuk projek ini baru-b...",
        "question": "Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah projek tebatan banjir akan mula dibina di sepanjang Sungai Golok setelah pengisytiharan Timbalan Perdana Menteri berkaitan kelulusan peruntukan RM800 juta untuk projek ini baru-baru ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi bawah Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11), Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi Kelantan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM300 juta diperuntukan bagi projek Pembangunan Lembaga Bersepadu ( PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan Baki peruntukan sebanyak 500 juta pula, diperuntukan bagi projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPLSB Sungai Golok Fasa 1 merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan pantai. Projek tersebut meliputi kerja-kerja mitigasi banjir melalui pembinaan ban, pennaiktarafan system saliran dan pembinaan struktur pintu kawalan. Anak-anak sungai yang terlibat dalam projek PLSB Sg. Golok ialah Sg.Mentua, Sg. Alor Mengkuang, Sg. Lemal-Lancang, Sg.Jedok, Sg.Meranti dan Sg.Pengakalan Nangka.\n\r\nStatus projek Pembangunan Lembaga Bersepadu (PLSB) Sungai GOlok Fasa 1 adalah seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n1. Kerja ukur kejuruteraan- siap\n\r\n2. Pengambilan tanah- sedang dilaksanakan\n\r\n3. Tender- dijangka pada Julai 2017\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1430,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1430",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-13",
        "year": 2017,
        "no": "7",
        "member": "JAWAB BERSEKALI BERSAMA YB GERIK PADA 15 MAC 2017 ( YBM MENJAWAB ) YB TUAN AHMAD NAZLAN BIN IDRIS",
        "area": "JERANTUT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan hutan tidak diceroboh dan diterokai sesuka hati terutamanya yang berdekatan dengan kawasan tadahan air dan sungai kerana ianya menyebabkan mas...",
        "question": "JAWAB BERSEKALI BERSAMA YB GERIK PADA 15 MAC 2017 ( YBM MENJAWAB )\n\r\n\r\nYB TUAN AHMAD NAZLAN BIN IDRIS [JERANTUT] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan hutan tidak diceroboh dan diterokai sesuka hati terutamanya yang berdekatan dengan kawasan tadahan air dan sungai kerana ianya menyebabkan masalah kekurangan air bila kemarau dan banjir bila hujan lebat kerana fungsi hutan melepaskan air secara perlahan lahan telah tiada dan sungai telah menjadi cetek akibat mendapan sedimen yang berlaku.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\n\r\nIzinkan saya menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh YB Gerik yang akan dijawab pada 15 Mac 2017 kerana ia juga berkaitan dengan pencerobohan hutan.\n\r\nTuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian ini tidak menafikan berlakunya aktiviti pencerobohan hutan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal. Sehingga kini, berdasarkan maklumat imej satelit kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diceroboh adalah seluas lebih kurang 19,700 hektar. Walau bagaimanapun maklumat tersebut perlu dibuat pemeriksaan dan pengesahan di lapangan (ground truthing) memandangkan imej satelit juga mengambilkira kawasan-kawasan ladang sebagai kawasan hijau. Oleh yang demikian, Jabatan Perhutanan Negeri kini sedang menjalankan kajian dan dalam proses untuk menyediakan maklumat terperinci berkaitan status terkini kawasan ceroboh dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.\n\r\nDi samping itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kejadian sungai yang cetek akibat mendapan sedimen bukanlah disebabkan oleh faktor penerokaan hutan sahaja tetapi ianya juga ada hubungkait dengan aktiviti pembangunan tanah untuk tujuan pertanian dan pembangunan-pembangunan lain.\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha menangani pencerobohan dan\n\r\n3\n\r\npenerokaan hutan secara haram termasuk di kawasan hutan tadahan air. Oleh yang demikian, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi menangani kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram kawasan HSK.\n\r\nDi antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengawal dan mencegah kegiatan penerokaan haram dan pencerobohan kawasan HSK adalah:\n\r\n(i) Penguatkuasaan hutan secara bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET) serta penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang terlatih serta dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;\n\r\n(ii) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; penggunaan sensor hyperspectral; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);\n\r\n(iii) Meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa terutama kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang telah dikenalpasti;\n\r\n4\n\r\n(iv) Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan\n\r\n(v) Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.\n\r\nJawatankuasa Pemutihan kawasan-kawasan penerokaan haram diperingkat negeri melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan juga telah ditubuhkan dalam usaha menangani isu-isu pembalakan dan penerokaan haram dalam kawasan HSK.\n\r\nBagi tujuan memelihara kawasan tadahan air, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengenal pasti seluas 816,833 hektar kawasan HSK di Semenanjung yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Hutan Tadahan Air. Sehingga kini seluas 734,731 hektar telah berjaya diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Memandangkan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, Kementerian memohon kerjasama semua kerajaan negeri untuk menyegerakan pewartaan baki kawasan hutan tadahan air yang telah dikenalpasti.\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n5\n\r\nLampiran A\n\r\nMAKLUMAT KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA 31 DISEMBER 2015\n\r\nNegeri\n\r\nKeluasan Cadangan\n\r\n(ha)\n\r\nKeluasan Di Warta\n\r\n(ha)\n\r\nBaki\n\r\nJohor\n\r\n85,954.45\n\r\n85,597.61\n\r\n356.84\n\r\nKedah\n\r\n110,495.00\n\r\n30,222.00\n\r\n80,273.00\n\r\nKelantan\n\r\n35,898.00\n\r\n35,898.00\n\r\n0\n\r\nMelaka\n\r\n1,228.23\n\r\n0\n\r\n1,228.23\n\r\nNegeri Sembilan\n\r\n51,020.00\n\r\n51,020.00\n\r\n0\n\r\nPahang\n\r\n258,951.88\n\r\n258,707.56\n\r\n244.32\n\r\nPerak\n\r\n159,866.00\n\r\n159,866.00\n\r\n0\n\r\nPerlis\n\r\n4,380.00\n\r\n4,380.00\n\r\n0\n\r\nPulau Pinang\n\r\n3,121.00\n\r\n3,121.00\n\r\n0\n\r\nSelangor\n\r\n44,543.00\n\r\n44,543.00\n\r\n0\n\r\nTerengganu\n\r\n61,375.58\n\r\n61,375.58\n\r\n0\n\r\nW. Persekutuan Kuala Lumpur\n\r\n0\n\r\n0\n\r\n0\n\r\nJUMLAH 816,833.14 734,730.75\n\r\n82,102.39\n\r\n6\n\r\nAntara langkah yang telah diambil oleh Kementerian melalui JPSM bagi memastikan kawasan tadahan air ini dilindungi, dipelihara dan diuruskan secara terbaik melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan adalah seperti berikut:\n\r\n(i) Mewartakan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai Hutan Tadahan Air mengikut keperluan seksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984. Sehingga kini, seluas 723,459 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air. Kemajuan status pewartaan kawasan Hutan Tadahan Air dipantau melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara;\n\r\n(ii) Jabatan Perhutanan Negeri dikehendaki menyediakan preskripsi pengurusan yang khusus bagi kawasan Hutan Tadahan Air dalam Rancangan Pengurusan Hutan di Negeri masing-masing mengikut format penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan;\n\r\n(iii) Pemantauan dan kawalan kawasan Hutan Tadahan Air di peringkat negeri dilaksanakan secara berkala bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku dalam kawasan tersebut, di mana Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kawasan Hutan Tadahan Air Dalam Hutan Simpanan Kekal telah dikuatkuasakan melalui Pekeliling KPPSM Bil. 2 Tahun 2015; dan\n\r\n(iv) Menubuhkan stesen pemantauan hidrologi di negeri bagi memantau kualiti air sungai dalam Hutan Simpanan Kekal secara berkala.\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1470,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1470",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-03",
        "year": 2017,
        "no": "7",
        "member": "YBM JAWAB Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali",
        "area": "Bagan Serai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah Kerajaan merancang untuk mengenal pasti kawasan sensitif seperti LPT,Gerik dan Jeli dan mewujudkan lintasan kehidupan liar serta memperbanyakan peringatan kawasan lintasan hidupan...",
        "question": "YBM JAWAB\nDr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kerajaan merancang untuk mengenal pasti kawasan sensitif seperti LPT,Gerik dan Jeli dan mewujudkan lintasan kehidupan liar serta memperbanyakan peringatan kawasan lintasan hidupan liar untuk mengurangkan pelanggaran spesis yang terancam ini.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil berat ke atas kemalangan yang membabitkan kenderaan dan hidupan liar (road-kill) di lebuh raya atau jalan raya. Road-kill hidupan liar merupakan salah satu kesan daripada pemisahan habitat. Pembangunan guna tanah telah menyebabkan berlakunya kehilangan dan fragmentasi habitat hidupan liar. Hidupan liar melintas jalan kerana mencari makanan, mencari pasangan untuk membiak, mengelakkan kesan gangguan ke atas habitat dan mencari habitat yang lebih sesuai.\n\r\nJabatan PERHILITAN telah mengenal pasti sebanyak 133 kawasan sensitif yang boleh berlaku kemalangan membabitkan kenderaan dan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk LPT dan Jalan Raya Gerik-Jeli.\n\r\nAntara usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang membabitkan kenderaan dan hidupan liar adalah membina lintasan hidupan liar. Sehingga 2015, sebanyak 3 lokasi telah dibina lintasan hidupan liar iaitu di Sg. Deka, Terengganu (tahun 2009), Sg. Yu, Pahang (tahun 2014) dan Gerik, Perak (tahun 2015). Di dalam Rancangan Malaysia Ke11 (RMKe11), sebuah lagi lintasan hidupan liar akan dibina di Jalan Kluang-Mersing, Johor.\n\r\n3\n\r\nUntuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian juga telah mengadakan mesyuarat pada 11 Februari 2016 bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan utiliti dan infastruktur yang melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal, Rezab Hidupan Liar dan Taman Negara. Agensi-agensi yang terlibat seperti Kementerian Tenaga Teknologi Hijau, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan agensi-agensi yang berkaitan. Dalam mesyuarat tersebut Kementerian menekankan tentang perlunya mengambil kira laluan hidupan liar dalam semua perancangan pembangunan termasuk pembinaan lebuhraya dan utiliti di seluruh Malaysia. Pihak Kementerian perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum perancangan pembinaan lebuhraya dan utiliti di kawasan Hutan Simpanan Kekal, Rezab Hidupan Liar dan Taman Negara.\n\r\nDi samping itu, pihak Kerajaan telah menghasilkan Pelan Induk Rangkaian Ekologi bagi mewujudkan satu rangkaian hutan secara fizikal dan bersambung di sepanjang kawasan Central Forest Spine (CFS) yang bertujuan untuk pemuliharaan Biodiversiti Negara dan juga sebagai rujukan utama mana-mana perancangan masa hadapan terhadap pengunaan tanah di kawasan CFS antaranya seperti pembinaan Viaduct.\n\r\n4\n\r\nPihak Kementerian melalui Jabatan PERHILITAN juga telah memasang papan tanda, amber light dan transverse bar di kawasan lintasan hidupan liar bagi memberi peringatan kepada pemandu agar memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar. Sebanyak 236 papan tanda lintasan hidupan liar telah dipasang di 133 lokasi hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 213 lagi papan tanda akan dipasang di dalam RMKe11. Usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dijalankan ini diharap akan dapat mengurangkan kemalangan yang membabitkan kenderaan dan hidupan liar di lebuh raya atau jalan raya di Negara ini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1432,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1432",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-14",
        "year": 2017,
        "no": "9",
        "member": "Tuan Haji Hasbi Bin Habibollah",
        "area": "Limbang",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan \"dredging\" di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor memandangkan peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan beberapa tahun yang lalu.",
        "question": "Tuan Haji Hasbi Bin Habibollah [Limbang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan \"dredging\" di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor memandangkan peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan beberapa tahun yang lalu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,ertua, ertua,ertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016 iaitu di bawah RMKe-11 bagi kerja-kerja pengorekan di muara Sungai Limbang. Projek ini meliputi kerja-kerja pengorekan di kawasan seluas 28.8 hektar dengan kedalaman 4 meter, lebar 60 meter di sepanjang 4.8 km.\n\r\nStatus Semasa :\n\r\n1. Kerja Ukur – siap\n\r\n2. Kerja Reka Bentuk – siap\n\r\n3. Kelulusan EIA – selesai\n\r\n4. Dokumen Tender – siap\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada masa ini, Kementerian dalam peringkat perolehan dan kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan bermula pada April 2017.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1471,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1471",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-03",
        "year": 2017,
        "no": "11",
        "member": "Dato' Haji Shabudin Bin Yahaya",
        "area": "Tasek Gelugor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap cadangan penambakan laut bagi pembinaan tiga buah pulau buatan di Pulau Pinang yang dikhuatiri menjejaskan ekosistem serta sumber pendapata...",
        "question": "Dato' Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap cadangan penambakan laut bagi pembinaan tiga buah pulau buatan di Pulau Pinang yang dikhuatiri menjejaskan ekosistem serta sumber pendapatan nelayan setempat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSebarang cadangan projek pembangunan di Malaysia termasuklah penambakan laut hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan negeri contohnya daripada Pihak Berkuasa Tempatan melalui proses One Stop Centre (OSC) berdasarkan undang-undang yang berkaitan. Dalam proses OSC ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan salah satu agensi-agensi lain yang akan memberikan input berkenaan keperluan JAS bagi cadangan projek tersebut berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.\n\r\nCadangan penambakan laut bagi pembinaan tiga buah pulau buatan di Pulau Pinang adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pemaju projek dikehendaki mengemukakan Laporan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk kelulusan memandangkan projek tersebut merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.\n\r\nJAS telah menerima Terms of Reference (TOR) Laporan EIA bagi cadangan projek tersebut yang telah disediakan oleh Jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS, Dr. Nik & Associates Sdn Bhd (DNA) bagi pihak pemaju projek, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan SRS Consortium Sdn Bhd pada 11 Februari 2016 dan telah diluluskan pada 23 Mei 2016. Walaubagaimanapun sehingga kini JAS masih belum menerima Laporan EIA.\n\r\n3\n\r\nPemaju projek dikehendaki menyediakan Laporan EIA dengan menjalankan kajian impak ke atas isu-isu kritikal antara lainnya impak kepada kualiti air, hidraulik, ekosistem dan sosio ekonomi nelayan setempat. Laporan EIA tersebut juga hendaklah mengandungi antara lainnya cadangan langkah-langkah kawalan, pelan pengurusan alam sekitar, pematuhan kendiri (self regulation), dan jadual aktiviti perlaksanaan projek di semua peringkat pembangunan projek tersebut.\n\r\nDalam hubungan ini, pemaju projek semasa pelaksanaan penambakan bagi pulau buatan hendaklah mengambil langkah pencegahan dan kawalan pencemaran yang berkesan seperti yang ditetapkan dalam Syarat-Syarat Kelulusan Laporan EIA. Sekiranya kerosakan atau pencemaran berlaku semasa kerja-kerja penambakan, pemaju projek adalah terdedah kepada tindakan perundangan serta menanggung segala kos yang melibatkan kerja-kerja rehabilitasi bagi kawasan yang terlibat.\n\r\nJAS akan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya kepada pemaju projek sekiranya :\n\r\n(i) Projek telah dimulakan tanpa laporan EIA disediakan dan tidak mendapat kelulusan daripada JAS; dan\n\r\n(ii) Ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA projek tersebut seperti mengeluarkan notis arahan, kompaun atau tindakan mahkamah bagi projek yang telah mendapat kelulusan laporan EIA.\n\r\n4\n\r\nDisamping itu, JAS boleh mengenakan perintah berhenti kerja atau perintah larangan bagi projek yang belum mendapatkan kelulusan EIA, ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA atau yang menyebabkan pencemaran yang serius.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1474,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1474",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-04",
        "year": 2017,
        "no": "11",
        "member": "YB. DATUK RAIME BIN UNGGI",
        "area": "TENOM",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk meningkat serta memulihkan kawasan hutan yang terjejas akibat aktiviti penerokaan dan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tan...",
        "question": "YB. DATUK RAIME BIN UNGGI [ TENOM ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk meningkat serta memulihkan kawasan hutan yang terjejas akibat aktiviti penerokaan dan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk aktiviti pemulihan kawasan yang terjejas akibat banjir, tanah runtuh dan penerokaan haram melalui penanaman pokok di bawah Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia. Di bawah Program ini, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan melaksanakan aktiviti pemulihan melalui penanaman semula dan penyelenggaraan pokok-pokok di kawasan yang telah dikenal pasti di mana keutamaan diberikan kepada kawasan Cameron Highlands dan Janda Baik, di Pahang; dan Lembangan Sungai Kelantan, Kelantan.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1457,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1457",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "13",
        "member": "Datuk Dr. Ewan Bin Ebin",
        "area": "Ranau",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan daripada jumlah peruntukan sebanyak RM115 juta yang diumumkan dalam Bajet 2016 berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan bagi menampung kos penyukatan (untuk pemilikan) Tanah Adat di...",
        "question": "Datuk Dr. Ewan Bin Ebin [Ranau] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan daripada jumlah peruntukan sebanyak RM115 juta yang diumumkan dalam Bajet 2016 berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan bagi menampung kos penyukatan (untuk pemilikan) Tanah Adat di Negeri Sabah, serta senaraikan keluasan tanah yang disukat mengikut daerah.",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian ini telah bertindak sebagai pemilik kepada projek Pengukuran Tanah Hak Adat NCR Negeri Sabah hanya dari tahun 2011 sehingga 2014. Sepanjang tempoh tersebut, RM23,679,479.53 telah digunakan sebagai perbelanjaan daripada jumlah peruntukan keseluruhan yang telah diluluskan sebanyak RM25,703,600.\n\r\nNamun yang demikian, urusan pengukuran tanah-tanah NCR di Sabah kini diambil alih oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru, hal-hal berkaitan jumlah wang yang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja penyukatan tanah adat di Sabah berdasarkan peruntukan Bajet 2016 adalah di bawah bidang kuasa ICU sebagai pemilik projek ini yang terkini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1472,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1472",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-03",
        "year": 2017,
        "no": "13",
        "member": "IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL",
        "area": "KANGAR",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah langkah serta usaha yang diambil oleh pihak Kementerian dalam membendung daripada berlakunya pencemaran sungai antaranya Sungai Jernih serta Sungai Chuping dan apakah persediaaan ...",
        "question": "IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah serta usaha yang diambil oleh pihak Kementerian dalam membendung daripada berlakunya pencemaran sungai antaranya Sungai Jernih serta Sungai Chuping dan apakah persediaaan Kementerian bagi mengelakkan masalah pencemaran dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dan masih meneruskan usaha bagi mengawal pencemaran sungai khususnya bagi punca-punca seperti pelepasan industri, loji-loji kumbahan, serta projek pembangunan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Antara punca-punca lain yang boleh menyumbang kepada pencemaran sungai adalah pelepasan daripada pusat penyediaan makanan, aktiviti perladangan, aktiviti penternakan dan juga projek pembangunan yang dikawal oleh pelbagai agensi.\n\r\nAntara usaha dan persediaan yang diambil oleh JAS bagi mencegah dan mengawal pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti air sungai adalah:\n\r\n(a) Melaksanakan penguatkuasaan terhadap aktiviti industri secara pematuhan kendiri (self regulation) oleh industri;\n\r\n(b) Menjalankan penguatkuasaan secara menyeluruh (termasuk pemeriksaan / siasatan ke premis - ‘command and control’) terhadap pengoperasian premis-premis dan juga projek pembangunan yang tertakluk di bawah AKAS 1974;\n\r\n(c) Melaksanakan pemantauan secara desktop enforcement melalui sistem pemantauan jarak jauh menerusi sistem telemetri, sistem pemantauan pelepasan bulanan (Monthly Discharge Monitoring\n\r\nSystem) yang diwajibkan ke atas industri yang menghasilkan efluen supaya semua punca-punca tersebut mematuhi AKAS 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya;\n\r\n(d) Melaksanakan pemeriksaan susulan bagi menentusahkan pelaporan yang dikemukakan adalah berintegriti dan tepat dengan situasi yang berlaku di lapangan. Tindakan penguatkuasaan seperti amaran bertulis di lapangan (field citation), Notis Arahan, tawaran kompaun, penyitaan peralatan, perintah larangan operasi atau tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas mana-mana punca yang didapati tidak patuh;\n\r\n(e) Menyemak dan membuat pindaan-pindaan kepada peruntukan AKAS 1974 dan peraturan yang berkaitan sebagai penambahbaikan selaras dengan perkembangan semasa teknologi kawalan pencemaran dan kaedah pengurusan alam sekitar yang dinamik dan kompleks;\n\r\n(f) Menerbitkan pelbagai dokumen dan garis panduan serta menjalankan aktiviti kesedaran alam sekitar bagi meningkatkan kefahaman pihak-pihak yang berkenaan ke arah pematuhan kepada kehendak perundangan alam sekitar yang berkuatkuasa; dan\n\r\n(g) Mempertingkat dan memperkemaskan program-program pemantauan kualiti air yang dilaksanakan oleh Jabatan bagi memenuhi keperluan bagi membuat keputusan.\n\r\nSelain itu juga, pihak Kementerian turut memperkukuhkan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama mana-mana agensi yang berkaitan dalam menangani sesuatu isu pencemaran dengan lebih berkesan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1434,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1434",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-15",
        "year": 2017,
        "no": "24",
        "member": "YB. PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH",
        "area": "KUANTAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan secara terperinci cara dan langkah untuk mencapai lima juta hektar hutan simpanan kekal pada tahun 2020.",
        "question": "YB. PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [ KUANTAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci cara dan langkah untuk mencapai lima juta hektar hutan simpanan kekal pada tahun 2020.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian sentiasa komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan selaras dengan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan termasuklah usaha untuk mencapai 5 juta hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) menjelang tahun 2020. Di antara inisiatif yang dilaksanakan dalam menjayakan komitmen ini adalah seperti berikut:\n\r\n(i) mengekalkan pewartaan kawasan HSK sedia ada untuk diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar untuk kepentingan rakyat dan negara;\n\r\n(ii) mewartakan kawasan cadangan HSK yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebagai HSK;\n\r\n(iii) mewartakan kawasan-kawasan tanah kerajaan berhutan sebagai HSK;\n\r\n(iv) menggantikan mana-mana kawasan HSK yang telah dikeluarkan/dimansuhkan dengan kawasan hutan lain yang lebih kurang sama keluasannya;\n\r\n(v) meningkatkan kualiti kawasan HSK melalui aktiviti restorasi dan pemuliharaan kawasan hutan terosot;\n\r\n(vi) melaksanakan aktiviti pemeliharaan in-situ dan ex-situ terutamanya bagi spesies flora yang Endangered, Rare and Threatened (ERT);\n\r\n(vii) memperkemaskan mekanisma penguatkuasaan hutan melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET), penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JPSM Elite Team) dan penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Geographical Information System (GIS), Hyperspectral sensors dan Global Positioning System (GPS) semasa menjalankan aktiviti penguatkuasaaan hutan dan pemantauan pencerobohan hutan; dan\n\r\n(viii) mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam perhutanan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1458,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1458",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "25",
        "member": "YB DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID",
        "area": "KOTA TINGGI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkukuhkan projek koridor ekologi di bawah \"Central Forest Spine\" dengan menjalankan kerjasama dengan semua Kerajaan negeri.",
        "question": "YB DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID [KOTA TINGGI] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkukuhkan projek koridor ekologi di bawah \"Central Forest Spine\" dengan menjalankan kerjasama dengan semua Kerajaan negeri.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine merupakan pelan jangka panjang yang mengandungi garis panduan serta tindakan-tindakan susulan yang perlu dilaksanakan untuk memelihara, memulihara dan meningkatkan penyambungan koridor ekologi di antara keempat-empat kompleks hutan utama yang terpisah di Semenanjung. Pelan induk ini telah mengenalpasti sebanyak 37 koridor ekologi yang perlu dibangunkan, terdiri daripada 17 Penyambungan Primer (Primary Linkages – PL) dan 20 Penyambungan Sekunder (Secondary Linkages - SL) yang melibatkan lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelaksanaan Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi CFS telah dimandatkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan penglibatan secara bersepadu agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri di mana Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi peneraju utama. Kerjasama erat dan berterusan di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah penting untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi CFS.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek CFS dapat dilaksanakan secara berkesan, satu kerangka kerja institusi yang teratur telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Pemandu Nasional Pelaksanaan Central Forest Spine, Jawatankuasa Teknikal\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nNasional Pelaksanaan Central Forest Spine dan Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Pelaksanaan Central Forest Spine.\n\r\nSemua negeri yang terlibat dengan CFS iaitu Negeri Johor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah mengambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Pelaksanaan CFS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri/ Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di peringkat negeri masing-masing.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan Negeri akan memantau pembangunan rangkaian ekologi dan mengawal penggunaan tanah dalam kawasan koridor ekologi CFS. Sebarang cadangan pembangunan yang baru di dalam kawasan koridor ekologi CFS perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Pelaksanaan CFS. Laporan daripada jawatankuasa ini akan dibawa ke perbincangan perkara-perkara teknikal Jawatankuasa Teknikal Nasional Pelaksanaan CFS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Pemandu Nasional Pelaksanaan CFS yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyelaras pelaksanaan rangkaian ekologi CFS dengan kerjasama agensi-agensi di peringkat persekutuan dan negeri di Semenanjung Malaysia.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1444,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1444",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "28",
        "member": "Tuan Haji Nasrudin bin Hassan",
        "area": "Temerloh",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) adakah SOP bagi moratorium aktiviti bauksit yang dijanjikan telah diguna pakai; dan (b) senarai 38 buah syarikat atau individu yang telah diberikan AP Khas untuk mengeksport bauks...",
        "question": "Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) adakah SOP bagi moratorium aktiviti bauksit yang dijanjikan telah diguna pakai; dan\n\r\n(b) senarai 38 buah syarikat atau individu yang telah diberikan AP Khas untuk mengeksport bauksit.\n\r\nSOALAN NO. : 28",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n(a) Sepanjang tempoh pengenaan moratorium berkuatkuasa mulai 15 Januari 2016, SOP baharu aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit telah dilaksanakan secara berperingkat di semua aspek terutamanya bagi proses pengosongan stockpile yang berada di luar kawasan pelabuhan. SOP ini perlu dipatuhi oleh semua pengusaha bagi tujuan mengalihkan bauksit ke dalam pelabuhan dengan mengambil langkah mitigasi pencemaran terhadap alam sekitar seperti pembinaan sistem perparitan, pemasangan hoarding, netting dan washing bay.\n\r\n(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan 38 yang dinyatakan YB Menteri pada 7 September 2016 adalah merujuk kepada bilangan AP Khas yang dikeluarkan dan bukannya bilangan syarikat. Dalam hal ini, pada ketika kenyataan akhbar dibuat bilangan syarikat yang diluluskan AP Khas hanyalah 24 syarikat seperti berikut:\n\r\nBIL.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSYARIKAT\n\r\n1. 1.\n\r\nCheroh Mining Sdn Bhd\n\r\n2. 2.\n\r\nAI Leveres Sdn Bhd\n\r\n3. 3.\n\r\nFazwa Enterprise\n\r\n4. 4.\n\r\nFahad Holdings Sdn Bhd\n\r\n5. 5.\n\r\nMaju Rakyat Logistics Sdn Bhd\n\r\n6. 6.\n\r\nSinar Tani Sdn Bhd\n\r\nBIL.\n\r\nSYARIKAT\n\r\n7. 7.\n\r\nGood Man Venture Sdn Bhd\n\r\n8. 8.\n\r\nShandong Mineral Sdn Bhd\n\r\n9. 9.\n\r\nGebeng Mining Sdn Bhd\n\r\n10. 10.\n\r\nMiva Bina Consult Sdn Bhd\n\r\n11. 11.\n\r\nHeng Hiap Metal\n\r\n12. 12.\n\r\nPowerus Sdn Bhd\n\r\n13. 13.\n\r\nAsyadihan Trading Sdn Bhd\n\r\n14. 14.\n\r\nDynasty Mineral Sdn Bhd\n\r\n15. 15.\n\r\nSerijaya Kristal Sdn Bhd\n\r\n16. 16.\n\r\nGolden Prosperous Resources Sdn Bhd\n\r\n17. 17.\n\r\nMulti Metal Resources Sdn Bhd\n\r\n18. 18.\n\r\nSE Satu Pelangi Sdn Bhd\n\r\n19. 19.\n\r\nSaffron Alcove Sdn Bhd\n\r\n20. 20.\n\r\nSalam Delima Sdn Bhd\n\r\n21. 21.\n\r\nAsia Power Mining Sdn Bhd\n\r\n22.\n\r\nKreatif Selaras Mining Sdn Bhd\n\r\n23.\n\r\nSincere Pacific Mining (M) Sdn Bhd\n\r\n24.\n\r\nWM Mining Industries Sdn Bhd\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1424,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1424",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-07",
        "year": 2017,
        "no": "29",
        "member": "DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS",
        "area": "BETONG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (Green House Gas) sebanyak 45% menjelang 2030, yang Malaysia janjikan di COP 21.",
        "question": "DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS [ BETONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah perkembangan usaha ke arah matlamat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (Green House Gas) sebanyak 45% menjelang 2030, yang Malaysia janjikan di COP 21.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAntara hasil utama Persidangan Ke-21 United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) adalah Paris Agreement yang telah dipersetujui pada 12 Disember 2015. Malaysia telah menandatangani Paris Agreement pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.\n\r\nAntara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan pelan tindakan perubahan iklim jangka masa panjang yang dinamakan Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan NDC pertamanya kepada UNFCCC pada 27 November 2015.\n\r\nMelalui NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (Green House Gas, GHG) sebanyak 45% berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 berasaskan intensiti pelepasan pada tahun 2005. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional) dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.\n\r\nBagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan sedang membangunkan ‘Roadmap for effective implementation of NDC and adoption to the Paris Agreement’. Roadmap ini dibangunkan untuk mengenalpasti strategi, kaedah, dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan bagi mencapai sasaran NDC negara. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama GHG negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian. Inisiatif-inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1435,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1435",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-15",
        "year": 2017,
        "no": "30",
        "member": "YB. DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BIN WAN ISMAIL",
        "area": "PERMATANG PAUH",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan memandangkan aktiviti pembalakan telah merosakkan alam sekitar, apakah tahap perlaksanaan penanaman semula ke atas kawasan hutan yang ditebang, peratusan penanaman semula bagi setiap neg...",
        "question": "YB. DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BIN WAN ISMAIL [ PERMATANG PAUH ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan memandangkan aktiviti pembalakan telah merosakkan alam sekitar, apakah tahap perlaksanaan penanaman semula ke atas kawasan hutan yang ditebang, peratusan penanaman semula bagi setiap negeri serta sejauh mana tahap pencemaran alam sekitar yang terkesan akibat aktiviti pembalakan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memantau pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) manakala bagi pembalakan di Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik pihak JPSM hanya bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran lesen pembalakan sahaja. Ini adalah kerana aktiviti pembalakan yang dilaksanakan di kawasan hutan Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.\n\r\nAktiviti pembalakan dalam HSK hanya dilaksanakan dalam Hutan Pengeluaran berdasarkan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dengan menggunakan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System) dan Pembalakan Impak Rendah (Reduced Impact Loging). Pihak JPSM sentiasa memantau aktiviti pembalakan yang dijalankan di dalam HSK agar ianya mematuhi garis panduan serta standard Kriteria dan Petunjuk Malaysian (Malaysian Criteria And Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I (Natural Forest)]. Ini bagi memastikan impak kesan pembalakan terhadap alam sekitar adalah terkawal dan pada tahap minimum. Di samping itu, pihak Kementerian sentiasa memantau tahap pencemaran alam sekitar yang terkesan akibat aktiviti pembalakan ini.\n\r\nBagi memulihkan semula kawasan yang rosak akibat pembinaan infrastruktur dalam kawasan pembalakan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui pelesen pembalakan telah melaksanakan aktiviti penanaman semula kawasan tersebut.\n\r\n3\n\r\nSepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh, (2011 hingga 2015) seluas 4,477 hektar kawasan diusahasil dalam HSK telah berjaya ditanam dengan spesies berkualiti dan bermutu. Penanaman semula di kawasan yang telah diusahasil bagi setiap negeri adalah seperti berikut:\n\n\r\nJadual Status Tanaman Semula Dalam Kawasan Usahasil bagi Tempoh 2011-2015\n\r\n\r\n\nNegeriKeluasan HSK diusahasil (Ha)Keluasan ditanam (Ha)Peratus (%)\n\nJohor\n4,0861834.48\nKedah\n14,239\n650\n4.56\n\nKelantan\n23,234\n80\n0.34\n\nNegeri Sembilan\n3,196\n184\n5.76\n\nPahang\n67,998\n1,480\n2.18\n\nPerak\n34,946\n1,240\n3.55\n\nSelangor\n0\n248\n-\n\nTerengganu\n25,265\n286\n1.13\n\nMelaka\n133\n0\n-\nPerlis\n0\n105\n-\n\nPulau Pinang\n0\n21\n-\nJUMLAH173,0974,4772.58",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1437,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1437",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-16",
        "year": 2017,
        "no": "31",
        "member": "Ust Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali",
        "area": "Kuala Nerus",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah penyelesaian bagi menangani masalah hakisan pantai di Kuala Nerus khususnya Pantai Mengabang Telipot yang dibina struktur lapis lindung batu (rock revetment) telah menyeb...",
        "question": "Ust Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah penyelesaian bagi menangani masalah hakisan pantai di Kuala Nerus khususnya Pantai Mengabang Telipot yang dibina struktur lapis lindung batu (rock revetment) telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian sedar akan masalah hakisan yang lebih teruk yang telah berlaku di kawasan utara pantai Mengabang Telipot.\n\r\nDalam hal ini, JPS telah mengambil langkah-langkah kecemasan dengan membina struktur lapis lindung batu di pantai Tok Jembal pada pada tahun 2014 dengan kos sebanyak RM97 Juta. Projek ini dijangka siap pada 19 Mei 2017.\n\r\nKementerian juga akan mengambil langkah-langkah tambahan dengan menjalankan kajian hidraulik bagi menilai struktur yang paling sesuai dibina bagi mengatasi masalah hakisan secara menyeluruh di sepanjang pantai Kuala Nerus. Peruntukan yang sewajarnya akan dipohon di dalam Rolling Plan 3 di bawah RMKe-11 kelak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1442,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1442",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-21",
        "year": 2017,
        "no": "31",
        "member": "Tuan Ng Wei Aik",
        "area": "Tanjong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah cukai petak akan dilaksanakan berikutan Akta Hakmilik Strata pindaan tahun 2016 telah diwartakan bagi pelaksanaan mulai 1 Januari 2017 dan apakah usaha yang akan diambil oleh pih...",
        "question": "Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah cukai petak akan dilaksanakan berikutan Akta Hakmilik Strata pindaan tahun 2016 telah diwartakan bagi pelaksanaan mulai 1 Januari 2017 dan apakah usaha yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan urusniaga/ pindahmilik yang berkaitan tidak dapat dijalankan jikalau seseorang pemilik mempunyai tunggakan caj servis yang belum dijelaskan walaupun cukai petaknya telah dibayar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerikutan kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [Akta A1518] pada 1 Januari 2017, cukai petak dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesediaan Pihak Berkuasa Negeri. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pengarah-Pengarah Tanah Malaysia yang bersidang pada 19 Disember 2016 telah dimaklumkan bahawa Negeri-negeri yang bersedia untuk melaksanakan cukai petak pada 1 Januari 2018 adalah seperti berikut:\n\r\n(1) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;\n\r\n(2) Pulau Pinang;\n\r\n(3) Melaka; dan\n\r\n(4) Selangor.\n\r\nBuat masa ini, Kerajaan tidak menghalang urusniaga/ pindahmilik sekiranya seseorang pemilik mempunyai tunggakan caj servis yang belum dijelaskan walaupun cukai petaknya telah dibayar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1445,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1445",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "31",
        "member": "Dato’ Haji Mahfuz bin Omar",
        "area": "Pokok Sena",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai mekanisme untuk memantau serta mengawal pemilikan asing terhadap hartanah di dalam negara.",
        "question": "Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai mekanisme untuk memantau serta mengawal pemilikan asing terhadap hartanah di dalam negara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nGaris Panduan Perolehan Hartanah oleh kepentingan asing telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara ke-70 yang bersidang pada 18 November 2014. Garis panduan ini menyenaraikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi berkaitan dengan perolehan hartanah oleh kepentingan asing seperti yang berikut:\n\r\n“ VI. SEKATAN\n\r\n10. Kepentingan asing TIDAK DIBENARKAN memperoleh:\n\r\n10.1 Hartanah yang bernilai kurang daripada RM1,000,000 seunit;\n\r\n10.2 Unit kediaman di bawah kategori kos rendah dan sederhana rendah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri;\n\r\n10.3 Hartanah di atas Tanah Rizab Melayu; dan\n\r\n10.4 Hartanah yang telah diperuntukkan kepada kepentingan Bumiputera dalam suatu projek pembangunan hartanah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.”\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1476,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1476",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-06",
        "year": 2017,
        "no": "32",
        "member": "YB. Dato' Noraini Binti Ahmad",
        "area": "Parit Sulong",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha FRIM ke arah mengekalkan status sebagai sebuah Warisan Kebangsaan dan mengapa FRIM berhasrat untuk mendapat pengiktirafan World Heritage Site memandangkan FRIM telah diiktir...",
        "question": "YB. Dato' Noraini Binti Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha FRIM ke arah mengekalkan status sebagai sebuah Warisan Kebangsaan dan mengapa FRIM berhasrat untuk mendapat pengiktirafan World Heritage Site memandangkan FRIM telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2012.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia-UNESCO akan mengukuhkan lagi usaha penjenamaan FRIM sebagai tapak warisan bertaraf dunia seiring dengan status sebagai sebuah institusi penyelidikan perhutanan tropika yang terulung di dunia. Bagi merealisasikan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia-UNESCO dan mengekalkan status sebagai Warisan Kebangsaan, FRIM telah melaksanakan perkara-perkara berikut:\n\r\ni. menubuhkan tabung dana pemuliharaan tapak warisan yang dibiayai Lembaga FRIM sejak 2015, khas bagi membiayai pelbagai program penyelidikan dan pemuliharaan;\n\r\nii. membangunkan blue-print pelan pengurusan Intergrated Conservation and Management Master Plan sebagai dokumen rujukan usaha pemeliharaan FRIM;\n\r\niii. menubuhkan kumpulan pengurusan khas yang terdiri daripada kakitangan FRIM, Jabatan Warisan Negara dan Kerajaan Negeri Selangor menerusi Program Pengurusan Tapak Warisan FRIM dan pemantauan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Kampus FRIM bagi memperkasakan aspek pengurusan dan pelindungan;\n\r\n3\n\r\niv. menggalakkan pelindungan jangka panjang ke atas aset-aset FRIM antaranya populasi pokok warisan dengan membangunkan fasiliti keselamatan seperti “lightning arrester” agar kadar kematian pokok akibat panahan petir dapat dielak atau dikurangkan;\n\r\nv. pembabitan kumpulan pakar rujuk bidang (subject matter expert) dari dalam dan luar negara agar sistem pengurusan dan pemuliharaan FRIM diperkukuh dan ditingkatkan di masa hadapan; dan\n\r\nvi. mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan dan rakan strategik yang terdiri daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor, Jabatan Warisan Negara, Kerajaan Negeri Selangor dan komuniti tempatan menerusi beberapa sesi bengkel dan seminar sejak 2015 bagi perkongsian maklumat dan penyelidikan. Output bengkel ini akan dijadikan rujukan dalam penghasilan Pelan Induk Pembangunan Kampus Hijau Tapak Warisan FRIM dan Pelan Induk Pembangunan Komuniti Tapak Warisan FRIM.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1452,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1452",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-27",
        "year": 2017,
        "no": "33",
        "member": "TUAN LIEW CHIN TONG",
        "area": "KLUANG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada kilang getah milik Tetuan Kian Lee SMR Factory Sdn. Bhd. di Buloh Kasap dan kilang sawit milik Tetuan Milik Mestika Sdn. Bhd. di Jementah/Kebun Bahru telah menenuhi syarat-syara...",
        "question": "TUAN LIEW CHIN TONG [ KLUANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kilang getah milik Tetuan Kian Lee SMR Factory Sdn. Bhd. di Buloh Kasap dan kilang sawit milik Tetuan Milik Mestika Sdn. Bhd. di Jementah/Kebun Bahru telah menenuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk mengawal pencemaran udara.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi premis Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd dan juga Kilang Milk Mestika Sdn Bhd merupakan kilang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kedua- dua kilang ini mempunyai Jadual Pematuhan yang menggariskan syarat- syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak kilang bagi mematuhi semua peruntukan yang telah ditetapkan.\n\r\nBagi Premis Kian Lee SMR Factory Sdn Bhd, siasatan terkini menunjukan premis memenuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan khususnya dalam aspek pencemaran udara. Bagi pemantauan pencemaran bau, JAS telah menetapkan kepekatan bau hendaklah dipantau secara dua kali setahun (6 bulan sekali) dan laporan di hantar ke JAS Cawangan Muar. Berdasarkan persempelan oleh Lembaga Getah Malaysia menunjukan bacaan kepekatan bau dalam sempel udara adalah antara 779 ou/m3 hingga 1,576 ou/m3. Hasil persempelan oleh Lembaga Getah Malaysia menunjukan tiada standard untuk pencemaran bau ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 untuk dibuat perbandingan bagi permis Kilang Getah.\n\r\nOleh kerana kepekatan bau ini masih memberi kesan kepada penempatan penduduk yang terhampir memandangkan jarak premis dan penempatan hanyalah 200 meter dan berada dalam lingkungan jejari 500 meter zon penampan yang ditetapkan, premis telah diarahkan untuk meningkatkan kawalan pencemaran bau melalui alat kawalan\n\r\npencemaran udara dan juga meningkatkan aspek pengurusan stor bahan mentah “ cup lump” yang diterima bagi mengurangkan kesan pencemaran bau di penempatan terhampir. Pemantauan ini dilakukan melalui pengauatkuasaan secara berterusan oleh JAS Cawangan Muar.\n\r\nSementara itu bagi premis Milik Mestika Sdn. Bhd, siasatan terkini menunjukkan premis mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan khususnya dalam aspek kawalan pencemaran udara. Berdasarkan percontohan cerobong terkini menujukkan premis masih mematuhi standard yang ditetapkan. Selain itu juga premis turut memasang Continuous Emmision Monitoring System bagi memantau pelepasan ke udara setiap masa dan dipantau juga oleh pihak Jabatan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1477,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1477",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-06",
        "year": 2017,
        "no": "34",
        "member": "Dato' Sri Dr Haji Irmohizam Bin Ibrahim",
        "area": "Kuala Selangor",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan supaya mengkaji semula Standard Operating Procedure (SOP) aktiviti perlombongan dengan mewajibkan setiap pengusaha lombong menimbus semula bekas lombong bagi mengelak berlakunya perkara-...",
        "question": "Dato' Sri Dr Haji Irmohizam Bin Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan supaya mengkaji semula Standard Operating Procedure (SOP) aktiviti perlombongan dengan mewajibkan setiap pengusaha lombong menimbus semula bekas lombong bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini disamping mengenakan tindakan berat ke atas mereka yang gagal mematuhinya.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSeksyen 20 Akta Pembangunan Mineral 1994 berkenaan peninggalan lombong (mine abandonement) memperuntukkan mana-mana lombong atau kawasan pembendungan buangan (waste retention areas) yang akan diberhentikan dan ditutup hendaklah dijadikan selamat sebelum ditinggalkan. Kegagalan mematuhi peruntukan seksyen 20 Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi samping itu, di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengedalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007 telah mewajibkan semua pengusaha untuk mengemukakan suatu Skim Pengendalian Melombong yang antara lainnya mengandungi cadangan pemulihan secara progresif dan cadangan penutupan lombong. Skim tersebut perlu dipatuhi oleh pengusaha dan aktiviti tersebut dikawalselia oleh Jabatan Mineral dan Geosains.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKaedah menimbus lubang yang terhasil daripada aktiviti pengekstrakan mineral merupakan salah satu dari kaedah-kaedah pemulihan bekas lombong. Walau bagaimanapun, terdapat kaedah lain yang boleh digunakan oleh pengusaha bagi memulihkan lombong mengikut perancangan kegunaan akhir tanah tersebut seperti penstabilan cerun, dan revegetation.\n\r\nDalam hal ini, Kementerian menegaskan sekiranya pengusaha gagal untuk mematuhi Skim Pengendalian Melombong yang telah diluluskan\n\r\nakan dikenakan tindakan tegas berdasarkan perundangan yang sedang berkuat kuasa.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1427,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1427",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-09",
        "year": 2017,
        "no": "36",
        "member": "YB. TUAN M. KULA SEGARAN A/L V. MURUGESON",
        "area": "IPOH BARAT",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) Kerajaan Negeri manakah yang telah bersetuju dengan cadangan untuk menghentikan pembalakan 100%; dan (b) Jumlah penanaman semula pokok-pokok untuk menjadikan semula hutan yang tel...",
        "question": "YB. TUAN M. KULA SEGARAN A/L V. MURUGESON [IPOH BARAT] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) Kerajaan Negeri manakah yang telah bersetuju dengan cadangan untuk menghentikan pembalakan 100%; dan\n\r\n(b) Jumlah penanaman semula pokok-pokok untuk menjadikan semula hutan yang telah dilakukan setakat ini dan bagaimana.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPada masa kini, tiada lagi Kerajaan Negeri menghentikan aktiviti pembalakan 100% dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.\n\r\nSehingga kini, sebanyak 81,678,534 pokok telah berjaya ditanam dengan keluasan tanaman 102,709.04 hektar meliputi kawasan miskin, terosot dan lapang dalam HSK serta Tanah Kerajaan sejak tahun 2010 hingga 2016.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1478,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1478",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-06",
        "year": 2017,
        "no": "36",
        "member": "TUAN SIM TONG HIM",
        "area": "KOTA MELAKA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) keluasan kawasan penambakan laut yang telah dijalankan oleh setiap negeri sejak tahun 2000 dan nyatakan syarat-syarat yang dikenakan oleh pemaju, kontraktor dan kerajaan negeri un...",
        "question": "TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) keluasan kawasan penambakan laut yang telah dijalankan oleh setiap negeri sejak tahun 2000 dan nyatakan syarat-syarat yang dikenakan oleh pemaju, kontraktor dan kerajaan negeri untuk menjalankan projek tambak laut ini; dan\n\r\n(b) adakah kelulusan telah diberi kepada negeri Melaka untuk penambakan laut di pantai pekan Umbai Melaka, keluasannya 450 ekar.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\r\n\n(a) Keluasan kawasan penambakan laut berdasarkan kepada Laporan EIA yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak tahun 2000 sehingga 2016 adalah 8395.66 hektar. Pemaju projek hendaklah mematuhi syarat-syarat kelulusan Laporan EIA yang antara lainnya mengandungi pelaksanaan langkah-langkah kawalan, pelan pengurusan alam sekitar, pematuhan kendiri (self regulation), audit alam sekeliling, pelaporan dan sebagainya.\n\r\n\n(b) Berdasarkan kepada semakan, JAS masih belum menerima Laporan EIA daripada pemaju projek berkenaan penambakan laut di pantai Pekan Umbai, Melaka yang berkeluasan 450 ekar. Sehubungan itu, tiada kelulusan terhadap Laporan EIA bagi cadangan projek tersebut yang dikeluarkan oleh JAS.\n\r\n\nSekian, terima kasih.\n\r\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1439,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1439",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-20",
        "year": 2017,
        "no": "37",
        "member": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad",
        "area": "Lipis",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan mekanisme yang boleh diambil untuk mengatasi permasalahan banjir yang semakin kerap berlaku di Parlimen Lipis kerana Empangan Jelai sering melepaskan air takungannya apabila air penuh da...",
        "question": "Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mekanisme yang boleh diambil untuk mengatasi permasalahan banjir yang semakin kerap berlaku di Parlimen Lipis kerana Empangan Jelai sering melepaskan air takungannya apabila air penuh dan mengakibatkan banjir di kawasan Parlimen Lipis terutamanya ketika bulan Oktober ke Februari di mana taburan hujan pada waktu itu agak tinggi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSemua empangan-empangan di Malaysia mempunyai SOP (Standard Operating Prosedure) dalam melaksanakan pelepasan air dari empangan. Pelepasan air di empangan Jelai juga terlakluk kepada kepada SOP (Standard Operating Prosedure) yang ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).\n\r\nDalam hal ini, bagi membantu menangani masalah banjir di kawasan banjir tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan Kajian Rekabentuk Terperinci Lembangan Sungai Pahang. Hasil daripada kajian tersebut, pihak JPS akan melihat sama ada cadangan-cadangan dari kajian tersebut sesuai untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir di Parlimen Lipis.\n\r\nBagi mengatasi masalah banjir di daerah Lipis, JPS telah memohon peruntukan dalam Rolling Plan 3 Tahun 2018 RMKe-11 bagi pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tempoyang, Mukim Penjom, Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur di dalam kawasan Parlimen Lipis.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1453,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1453",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-28",
        "year": 2017,
        "no": "37",
        "member": "YB TUAN SIM TONG HIM",
        "area": "KOTA MELAKA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan tentang kuasa dan tanggungjawab setiap Jabatan Perhutanan Negeri :- (a) adakah ia perlu mendapat kelulusan dari Kementerian untuk menawarkan projek Tanaman Pelbagai Spesis ; dan (b) adak...",
        "question": "YB TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang kuasa dan tanggungjawab setiap Jabatan Perhutanan Negeri :-\n\r\n(a) adakah ia perlu mendapat kelulusan dari Kementerian untuk menawarkan projek Tanaman Pelbagai Spesis ; dan\n\r\n(b) adakah projek Tanaman Pelbagai Spesies ini juga terlibat dengan pembalakan di tapak berkenaan",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Tanah Negara (MTN) pada tahun 2012 telah meluluskan seluas 439,189 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Zon Pembangunan Ladang Hutan di Semenanjung Malaysia yang melibatkan perkara-perkara berikut:\n\r\ni. Ladang hutan yang mencukupi ditubuhkan di seluruh negara untuk menampung bekalan kayu;\n\r\nii. Ladang hutan dari spesies-spesies cepat tumbesaran dan spesies-spesies bermutu tinggi ditubuhkan di kawasan yang sesuai; dan\n\r\niii. Pihak swasta digalak untuk melabur dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, proses kelulusan untuk menawarkan projek penubuhan ladang hutan di negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 74(2) Perlembangaan Persekutuan.\n\r\nPembalakan yang diluluskan dalam kawasan Zon Pembangunan Ladang Hutan adalah bertujuan untuk pembersihan dan penyediaan tapak tanaman spesies ladang hutan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1479,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1479",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-06",
        "year": 2017,
        "no": "37",
        "member": "Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman",
        "area": "Indera Mahkota",
        "minister": "PERDANA MENTERI",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Kerajaan telah membubarkan Majlis Tanah Negara (MTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Jika belum, apakah tindakan MTN untuk mengembalikan status Tanah Rizab Melayu yang...",
        "question": "Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan telah membubarkan Majlis Tanah Negara (MTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Jika belum, apakah tindakan MTN untuk mengembalikan status Tanah Rizab Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kini semakin terhakis.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\r\nMajlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri masih kekal berfungsi sehingga kini. Majlis Tanah Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, merupakan satu platform rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi membentuk suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain.\n\r\nMajlis Tanah Negara telah bersidang sebanyak 72 kali sejak mesyuaratnya yang pertama pada tahun 1958 sehingga mesyuarat yang terkini, pelbagai dasar diperkenalkan demi kepentingan rakyat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUrusan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.\n\r\nDalam konteks Tanah Rizab Melayu, Majlis Tanah Negara yang ke-69 pada tahun 2013 telah memutuskan supaya sebuah pangkalan data diwujudkan bagi memastikan data Tanah Rizab Melayu diselaraskan dengan teratur. Tanah Rizab Melayu dilindungi di bawah peruntukan 89 Perlembagaan Persekutuan di mana semua pihak terutamanya kerajaan\n\r\n3\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nnegeri yang berkaitan harus melaksanakan prosedur gantian semula Tanah Rizab Melayu sekiranya berlaku sebarang pembatalan.\n\r\nDalam hal ini, NRE telah mewujudkan satu jawatankuasa pemandu di peringkat Persekutuan untuk menyelaras aktiviti pengurusan data Tanah Rizab Melayu dan menjadi platform perbincangan antara negeri-negeri dan Persekutuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan Tanah Rizab Melayu dan perkongsian maklumat serta contoh amalan terbaik negeri-negeri.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1473,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1473",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-04",
        "year": 2017,
        "no": "38",
        "member": "YB TUAN LIM GUAN ENG",
        "area": "BAGAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti pembalakan haram kawasan tadahan Ulu Muda, Kedah yang mengancam kawasan tadahan air sehingga E...",
        "question": "YB TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti pembalakan haram kawasan tadahan Ulu Muda, Kedah yang mengancam kawasan tadahan air sehingga Empangan Brisu dan Muda turun, serta nyatakan usaha pemuliharaan semula dijalankan, kos terlibat dan tempoh masa pulih.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nHutan Simpan Ulu Muda di Kedah seluas 105,509 hektar terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Hutan Pengeluaran seluas 88,232 hektar untuk tujuan pengeluaran kayu secara berkekalan dan kawasan hutan tadahan air seluas 17,277 hektar yang dikategorikan sebagai Hutan Perlindungan.\n\r\nBerdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kedah tiada aktiviti pembalakan dilaksanakan dalam kawasan hutan tadahan air di HS Ulu Muda. Walau bagaimanapun seluas lebih kurang 11,091 hektar atau 12.6% daripada kawasan Hutan Pengeluaran tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk dilaksanakan pembalakan.\n\r\nAktiviti pembalakan di kawasan ini dilaksanakan mengikut amalan Sistem Pengurusan Memilih (SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah dikenal pasti dan ditanda untuk ditebang sahaja boleh dikeluarkan. Pelaksanaan sistem SMS ini perlu mematuhi keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk pensijilan pengurusan hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sentiasa meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pihak pelesen pembalakan sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah .\n\r\n3\n\r\nBagi memulihkan kawasan terosot akibat aktiviti pembalakan yang diluluskan dalam Hutan Pengeluaran, pihak pelesen disyaratkan untuk melaksanakan tanaman pokok di kawasan matau sementara, lorong-lorong penarik dan kawasan lapang dalam kawasan yang dilesenkan. Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM100,000 bagi tahun 2016 untuk tujuan pemulihan dan penghutanan semula melalui peruntukkan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH).\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1455,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1455",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-29",
        "year": 2017,
        "no": "39",
        "member": "Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang",
        "area": "Sibuti",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi hakisan pantai bagi tanah perkuburan Islam Pantai Bakam dan hakisan di Kampung Lajong Kuala Niah.",
        "question": "Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi mengatasi hakisan pantai bagi tanah perkuburan Islam Pantai Bakam dan hakisan di Kampung Lajong Kuala Niah.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBerdasarkan kepada kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui National Coastal Erosion Study 2015 (NCES 2015), keadaan hakisan di kawasan Kuala Sungai Niah dan Pantai Bakam berada di dalam kategori 3 (Acceptable) iaitu tidak memerlukan tindakan mendesak pada ketika ini.\n\r\nWalau bagaimanapun, Kementerian sentiasa memantau keadaan hakisan di kawasan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku hakisan yang boleh mengganggu keselamatan di kawasan tersebut pada masa akan datang. Kementerian akan memohon peruntukan yang sewajarnya dalam Rolling Plan 3 RMKe-11 kelak.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1433,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1433",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-13",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "DATO' DR. HASBULLAH BIN OSMAN",
        "area": "GERIK",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian bagi melestarikan alam sekitar dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menghentikan penggunaan beg plastik serta mewajibkan semua peniaga menyed...",
        "question": "DATO' DR. HASBULLAH BIN OSMAN [ GERIK ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian bagi melestarikan alam sekitar dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menghentikan penggunaan beg plastik serta mewajibkan semua peniaga menyediakan alternatif alat pembungkusan lain sebagai contoh beg kertas sebagai pilihan kepada pengguna.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, Kementerian melalui agensi-agensi di bawahnya khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan yang penting dalam usaha ke arah melestarikan alam sekitar. Selaras dengan dasar Tranformasi National 2050 (TN50) dan objektif 2030 Agenda For Sustainable Development Goals (SDG) berikut adalah peranan dan perancangan yang telah dan sedang dijalankan:\n\r\ni) Penggubalan Dasar dan Perundangan\n\r\nBagi memastikan dasar dan instrumen perundangan sedia ada relevan dengan komitmen negara dan perkembangan semasa maka JAS sedang menggubal Akta Kualiti Alam Sekeliling baharu bagi menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974), semakan semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PKAS) sedia ada selain penggubalan peraturan-peraturan baharu, menyemak dan mengemaskinikan dasar dan prosedur pembangunan projek-projek berimpak tinggi khususnya aktiviti penambakan laut dan kemaskini semula Dasar Alam Sekitar Negara 2002 (DASN 2002).\n\r\n3\n\r\nii) Tranformasi Penguatkuasaan Peraturan\n\r\nMatlamat dan halatuju terkini adalah mengadakan transfomasi aktiviti penguatkuasaan ke arah melahirkan generasi komuniti yang terkawal menerusi pematuhan kendiri atau Guided Self-Regulation (GSR) dalam mengarusperdanakan alam sekitar (environmental mainstreaming). Ini bermaksud kepentingan alam sekitar dipermudahcarakan, diserap, diterap dan diintegrasikan dalam semua aspek pengurusan dan implementasi sesuatu projek, program atau aktiviti oleh industri dan stakeholder. Sebagai pemangkinan ke arah pelaksanaan GSR yang lebih efektif, maka 13 elemen environmental mainstreaming tools (EMT) diperkenal terutama mewajibkan persijilan orang yang berwibawa atau competent person and qualified person.\n\r\nPenambahbaikan konsep pengurusan buangan bahan toksik dan berbahaya bagi mencapai kelestarian tapak-tapak buangan selamat dengan mengutamakan prinsip 3R iaitu reuse, recovery dan recycle serta mempromosikan kaedah co-processing. Menjadikan aktiviti pengurusan e-Waste sebagai signature Jabatan ke arah pelaksanaan 3R di samping meningkatkan amalan industri hijau dan pengeluaran bersih di kalangan industri kecil dan sederhana.\n\r\nPenguatkuasaan dan pemantauan isu pencemaran alam sekitar secara bersepadu menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru\n\r\n4\n\r\nKebangsaan (NBOS), penurunan kuasa dan empowerment serta pemakaian Integrated Standard Operating Procedure (iSOP).\n\r\niii) Pengawasan Kualiti Alam Sekitar\n\r\nPeningkatan kualiti bahan api ke arah EURO 5 menjelang tahun 2025 bagi kedua-dua bahan api diesel dan petrol khususnya untuk kegunaan sektor kenderan bermotor serta kualiti bahanapi khususnya minyak diesel bagi penggunaan sektor industri.\n\r\nPenambahan bilangan rangkaian stesen dan penambahbaikan teknologi serta parameter pengawasan kualiti alam sekitar menerusi National Environmental Quality Monitoring Programme (NEQMP) mulai 14 April 2017 terutama pengukuran kualiti udara bagi saiz partikulat PM2.5.\n\r\niv) Penyertaan Aktif Isu Alam Sekitar Antarbangsa, Serantau dan Dua Hala\n\r\nMemantau dan melaksanakan komitmen Kerajaan sebagai parti kepada Protokol Montreal, Protokol Kyoto dan Konvensyen Basel; selain meratifikasikan Konvensyen Rotterdam, Konvensyen Minamata dan Konvensyen Stockholm.\n\r\nPenglibatan aktif dalam isu pengurusan alam sekitar serantau di peringkat ASEAN khususnya dalam pencemaran minyak marin\n\r\n5\n\r\nseperti Revolving Fund Committee (RFC) dan ASEAN Cooperation Mechanism for Joint Oil Spill Preparedness and Response serta memantau pelaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Peringkat ASEAN.\n\r\nPerkongsian maklumat di bawah platfom Malaysia Singapore Joint Committee of Environment (MSJCE) terutama penyelesaian isu penambakkan laut di Selat Johor.\n\r\nv) Program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi (Communication, Education & Public Awareness, CEPA)\n\r\nSemakan dan penambahbaikan pelaksanaan program kesedaran alam sekitar berimpak tinggi seperti Hari Alam Sekitar Negara, Rakan Strategik Alam Sekitar, Rakan Alam Sekitar, Anugerah Industri Hijau, Hari Ozon Sedunia dan Sekolah Lestari.\n\r\nPenglibatan secara aktif ahli-ahli MEXCO Kerajaan Negeri dan ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) sebagai platform menasihat/pelaksana ketetapan dasar serta penglibatan terus dalam aktiviti pengurusan alam sekitar Negara.\n\r\nvi) Pembangunan Modal Insan\n\r\nMengarusperdanakan pembangunan modal insan dengan mempertingkatan program pensijilan kompetensi kepada pegawai-pegawai Jabatan kerajaan, industri dan komuniti bumiputra.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1459,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1459",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "YB. DATO’ NORAINI BINTI AHMAD",
        "area": "PARIT SULONG",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan berapa jenis bilangan terkini haiwan liar yang dilindungi dan dianggarkan masih hidup setakat ini serta berapa orang yang ditangkap kerana memiliki haiwan tersebut dan bilangan haiwan ya...",
        "question": "YB. DATO’ NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa jenis bilangan terkini haiwan liar yang dilindungi dan dianggarkan masih hidup setakat ini serta berapa orang yang ditangkap kerana memiliki haiwan tersebut dan bilangan haiwan yang terlibat sejak 5 tahun kebelakangan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nAkta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] merupakan Akta utama yang diperuntukkan bagi perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat Sebanyak 249 spesies tempatan daripada 1,054 spesies yang dilindungi dan 601 spesies tempatan daripada 1,393 spesies yang dilindungi sepenuhnya telah dijadualkan di dalam Akta 716.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKerajaan melalui Jabatan PERHILITAN amat komited di dalam menguatkuasakan Akta 716. Sejak tahun 2012 sehingga kini, sebanyak 371 orang telah ditangkap di bawah kesalahan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan sebanyak 30,352 ekor hidupan liar yang terlibat di bawah kesalahan-kesalahan tersebut telah berjaya diselamatkan daripada memasuki pasaran gelap jenayah hidupan liar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1468,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1468",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-30",
        "year": 2017,
        "no": "40",
        "member": "YB. DATO' FAUZI BIN ABDUL RAHMAN",
        "area": "INDERA MAHKOTA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Tanah",
        "category_labels": [
            "Tanah"
        ],
        "title": "Menyatakan langkah-langkah Kerajaan Pusat, melalui Majlis Perhutanan Negara (MPN) untuk mengawal \"over logging\" oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri dan pembalak haram hingga mengakibatkan ancaman tanah r...",
        "question": "YB. DATO' FAUZI BIN ABDUL RAHMAN [ INDERA MAHKOTA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah Kerajaan Pusat, melalui Majlis Perhutanan Negara (MPN) untuk mengawal \"over logging\" oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri dan pembalak haram hingga mengakibatkan ancaman tanah runtuh serta banjir besar yang mendatangkan bahaya dan kerugian harta benda kepada rakyat jelata.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMajlis Perhutanan Negara (MPN) ditubuhkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-22 pada 20 Disember 1997 untuk membolehkan Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mengadakan perundingan dari semasa ke semasa supaya semua isu berkaitan dengan dasar, pentadbiran dan pengurusan perhutanan dapat diselaraskan dan diselesaikan selaras dengan kepentingan nasional. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Ke-66 MTN pada tahun 2011 telah menggabungkan semula Majlis Perhutanan Negara dan Majlis Mineral Negara (MMN) ke dalam MTN bagi membincangkan dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi perkara-perkara berkaitan pentadbiran tanah, isu-isu perlombongan dan perhutanan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nMajlis Tanah Negara (MTN) diwujudkan selaras dengan Perkara 91(3) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan supaya mesyuarat MTN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri Besar. MPN telah menetapkan instrumen kawalan penting bagi mengawal pembalakan melalui penetapan Catuan Tebangan Tahunan (CTT). CTT merupakan keluasan hutan pengeluaran di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang boleh diusahasilkan dalam tempoh sesuatu Rancangan Malaysia. CTT ditetapkan dengan tujuan untuk memastikan perancangan pengurusan hutan yang teratur dan berkesan bagi mengimbangi kadar pengusahasilan dengan keluasan hutan pengeluaran dalam HSK\n\r\nsemasa, sejajar dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan (Sustainable Forest Management-SFM) dan pengusahasilan hutan yang optimum.\n\r\nSetiap Negeri hanya dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengusahasilan hutan pada kadar CTT yang telah ditetapkan. (ii)Hanya pokok yang matang dan ditanda untuk ditebang sahaja yang boleh diusahahasil. Sementara itu, pokok-pokok yang mempunyai nilai perlindungan seperti pokok ibu, pokok buah-buahan untuk kepentingan hidupan liar dan spesies-spesies pokok yang dikategorikan sebagai Sangat Terancam, Terancam dan Jarang Ditemui (Endangered, Rare and Threatened-ERT) tidak dibenarkan untuk ditebang. Di samping itu, kawasan-kawasan yang mempunyai nilai perlindungan yang terdapat dalam kawasan pengusahasilan seperti sepanjang zon penampan sungai, kecerunan melebihi 40o, jenut hidupan liar (salt-licks) dan kawasan sensitif alam sekitar perlu dikekalkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan Perhutanan akan menetapkan had pengeluaran bagi setiap kawasan yang diusahasil dan had pengeluaran ini perlu dipatuhi oleh pengusaha supaya tidak berlaku pengusahasilan melebihi had pengeluaran dan pelesen adalah disyaratkan supaya menyediakan Rancangan Mengusahasil Hutan sebelum lesen pengusahasilan hutan dikeluarkan. Rancangan Mengusahasil Hutan hendaklah disahkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri.\n\r\nKementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam membanteras pembalakan haram. Langkah yang telah diambil termasuklah memperkemaskan mekanisma penguatkuasaan hutan melalui program National Blue Ocean Strategy\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET), penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JPSM Elite Team) dan penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS), Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Geographical Information System (GIS), Hyperspectral sensors dan Global Positioning System (GPS) semasa menjalankan aktiviti penguatkuasaaan hutan dan pemantauan pencerobohan hutan.\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1451,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1451",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-23",
        "year": 2017,
        "no": "45",
        "member": "YB TUAN SIM TONG HIM",
        "area": "KOTA MELAKA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan: a. Jumlah keluasan hutan simpanan setiap negeri pada tahun 2016 dan juga keluasannya pada tahun 2000; dan b. Sebab-sebab yang mengakibatkan kekurangan drastik hutan simpanan ini.",
        "question": "YB TUAN SIM TONG HIM [KOTA MELAKA] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:\n\r\na. Jumlah keluasan hutan simpanan setiap negeri pada tahun 2016 dan juga keluasannya pada tahun 2000; dan\n\r\nb. Sebab-sebab yang mengakibatkan kekurangan drastik hutan simpanan ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2000 dan 2016 adalah seperti berikut:\n\r\nKeluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) pada Tahun 2000 dan 2016\n\r\nBil. Negeri Keluasan HSK* Mengikut Tahun (hektar) 2000 2016\n\r\n1\n\r\nJohor\n\r\n358,096\n\r\n414,627\n\r\n2\n\r\nKedah\n\r\n346,516\n\r\n341,976\n\r\n3\n\r\nKelantan\n\r\n629,687\n\r\n635,437\n\r\n4\n\r\nMelaka\n\r\n5,332\n\r\n5,137\n\r\n5\n\r\nNegeri Sembilan\n\r\n168,721\n\r\n155,650\n\r\n6\n\r\nPahang\n\r\n1,517,594\n\r\n1,559,913\n\r\n7\n\r\nPerak\n\r\n1,001,705\n\r\n999,474\n\r\n8\n\r\nPerlis\n\r\n10,409\n\r\n10,799\n\r\n9\n\r\nPulau Pinang\n\r\n6,406\n\r\n6,060\n\r\n10\n\r\nSelangor\n\r\n235,312\n\r\n250,129\n\r\n11\n\r\nTerengganu\n\r\n557,661\n\r\n544,883\n\r\n12\n\r\nWPKL\n\r\n61\n\r\n68\n\r\nJUMLAH\n\r\n4,837,500\n\r\n4,924,153\n\r\nNota : *Termasuk Cadangan Hutan Simpanan Kekal (HSK)\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya keluasan HSK telah bertambah sebanyak 86,653 hektar dalam tempoh 16 tahun bermula pada tahun 2000 hingga 2016. Walau bagaimanapun, terdapat pengurangan keluasan HSK bagi Negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu. Ini disebabkan oleh pewartaan keluar HSK bagi tujuan program pembangunan tanah.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1428,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1428",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-09",
        "year": 2017,
        "no": "46",
        "member": "YB DATUK JUMAT BIN IDRIS",
        "area": "SEPANGGAR",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk memulihkan kerosakan taman kerumbu karang dilaut Pulau Sepanggar yang terjejas akibat aktiviti pengeboman ikan.",
        "question": "YB DATUK JUMAT BIN IDRIS [SEPANGGAR] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk memulihkan kerosakan taman kerumbu karang dilaut Pulau Sepanggar yang terjejas akibat aktiviti pengeboman ikan.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKawasan perairan di Pulau Sepanggar masih belum diwartakan sebagai kawasan perlindungan marin (Marine Protected Areas, MPA) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hanya mempunyai peruntukan untuk tujuan pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut yang telah diwartakan. Walau bagaimanapun, Kementerian ini sedia memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri Sabah berkaitan kaedah-kaedah restorasi terumbu karang yang telah dimusnahkan. Kementerian juga ingin mencadangkan agar kerjasama secara NBOS antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan usaha pemuliharaan terumbu karang dapat dilaksanakan secara efektif. Pemuliharaan terumbu karang secara efektif dapat memastikan kelestarian habitat marin terpelihara dan meningkatkan daya tarikan pelancong.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian \n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nterima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1446,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1446",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "46",
        "member": "Dr. Che Rosli Bin Che Mat",
        "area": "Hulu Langat",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan apakah usaha-usaha yang di buat hingga membolehkan Sungai Kerayong yang hampir selari dengan Lebuhraya Baru Pantai (E10) mempunyai air yang jernih dan hijau yang boleh dicontohi berbandi...",
        "question": "Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha-usaha yang di buat hingga membolehkan Sungai Kerayong yang hampir selari dengan Lebuhraya Baru Pantai (E10) mempunyai air yang jernih dan hijau yang boleh dicontohi berbanding banyak lagi sungai-sungai sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah mengambil inisiatif dalam usaha meningkatkan kualiti air Sungai Kerayong daripada kelas III- IV kepada kelas IIB di bawah pelaksanaan Projek Pembersihan Sungai dan Pengindahan Sungai (River of Life) bagi sungai-sungai utama di Bandaraya Kuala Lumpur.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1447,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1447",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "48",
        "member": "Dato' Fauzi bin Abdul Rahman",
        "area": "Indera Mahkota",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Mineral & Geosains",
        "category_labels": [
            "Mineral & Geosains"
        ],
        "title": "Menyatakan menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menwujudkan semula jawatan Ketua Merinyu Galian di peringkat pusat dan peringkat negeri dan mengguna pakai akta-akta berkaitan perlombonga...",
        "question": "Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menwujudkan semula jawatan Ketua Merinyu Galian di peringkat pusat dan peringkat negeri dan mengguna pakai akta-akta berkaitan perlombongan. Ini memandangkan bahawa kegiatan perlombongan negara dalam keadaan kucar-kacir dan seolah-olah tiada peraturan",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPelantikan Ketua Merinyu Galian adalah di bawah Enakmen Melombong Negeri-Negeri yang mana perundangan ini telah digantikan dengan Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) dan Enakmen Mineral Negeri (EMN) selaras pembahagian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri menurut Perlembagaan Persekutuan. APM adalah satu perundangan persekutuan bagi mengawal selia aktiviti perlombongan agar ianya dilaksanakan mengikut amalan kejuruteraan sebenar dengan mengambilkira kepentingan dan pemeliharaan alam sekitar, sementara EMN adalah perundangan negeri bagi mentadbir pengeluaran tenemen mineral dan hasil-hasil yang berkaitan dengannya.\n\r\nJawatan Ketua Merinyu Galian telah dimansuhkan, tetapi tugas dan tanggungjawabnya telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Galian, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di bawah APM. Tugas utama Ketua Pengarah Galian antara lainnya adalah menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas aspek keselamatan berhubungan dengan lombong dan bagi pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral.\n\r\nJusteru itu, dengan adanya tadbir urus yang lebih sistematik termasuk undang-undang yang jelas, maka adalah tidak benar untuk mengatakan kegiatan perlombongan Negara berada dalam keadaan kucar-kacir dan seolah-olah tiada peraturan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1456,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1456",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-29",
        "year": 2017,
        "no": "48",
        "member": "Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli",
        "area": "Kuala Krai",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan : (a) senarai projek-projek tebatan banjir sepanjang Sungai Kelantan di Kuala Krai yang diputuskan dalam pembentangan Bajet 2016; dan (b) status projek tebatan banjir di Kuala Krai terse...",
        "question": "Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :\n\r\n(a) senarai projek-projek tebatan banjir sepanjang Sungai Kelantan di Kuala Krai yang diputuskan dalam pembentangan Bajet 2016; dan\n\r\n(b) status projek tebatan banjir di Kuala Krai tersebut sehingga kini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na) Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe -11), Kerajaan akan melaksanakan Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 yang merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir dengan peruntukan sebanyak RM500 juta. Walau bagaimanapun, di Kuala Krai ianya tidak termasuk dalam PLSB berkenaan tetapi JPS melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai yang meliputi skop kerja penstabilan tebing sungai yang impaknya menjurus kepada pengurangan banjir.\n\r\nb) Kerja-kerja penstabilan tebing akan dilaksanakan pada tahun ini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1440,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1440",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-20",
        "year": 2017,
        "no": "53",
        "member": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh",
        "area": "Kuantan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan pihak atau agensi manakah yang harus di pertanggungjawabkan didalam kes kematian 3 kanak-kanak akibat mati lemas di kolam bekas lombong bauksit terbiar di Kuantan baru-baru ini.",
        "question": "Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pihak atau agensi manakah yang harus di pertanggungjawabkan didalam kes kematian 3 kanak-kanak akibat mati lemas di kolam bekas lombong bauksit terbiar di Kuantan baru-baru ini.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKejadian 3 orang pelajar SK Sungai Karang mati lemas telah berlaku di atas tanah hakmilik persendirian berdasarkan rekod Pejabat Tanah Kuantan. Berdasarkan semakan, Pejabat Tanah Kuantan tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan untuk mengeluarkan tanah daripada tapak tersebut. Berdasarkan kepada rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pahang, juga tidak ada sebarang kelulusan Pajakan Melombong (Mining Lease/ML) atau Lesen Melombong Tuan Punya (PML) bagi tujuan melombong mineral bauksit dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Oleh yang demikian, jelaslah tapak tersebut bukanlah bekas lombong bauksit terbiar seperti yang dilapor dalam media massa. Justeru itu, berdasarkan kepada peruntukan undang-undang semasa, pemilik tanah sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan tapak tersebut selamat dengan menimbus kawasan yang telah dikorek. Pihak Kementerian difahamkan bahawa pihak pentadbiran negeri sedang mengambil tindakan ke atas pemilik tanah.\n\r\nNamun demikian, penduduk kampung telah mengambil inisiatif untuk mengeringkan kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian , terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1448,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1448",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "53",
        "member": "Tuan Sim Chee Keong",
        "area": "Bukit Mertajam",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan butiran peruntukan untuk projek tebatan banjir, naik taraf longkang, sungai dan lain-lain projek berkaitan mengikut pecahan kawasan Parlimen di Pulau Pinang dari 1990-2016.",
        "question": "Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan butiran peruntukan untuk projek tebatan banjir, naik taraf longkang, sungai dan lain-lain projek berkaitan mengikut pecahan kawasan Parlimen di Pulau Pinang dari 1990-2016.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nBagi negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM953 juta untuk melaksana projek-projek tebatan banjir dan saliran bandar di negeri tersebut dia ntara tahun 1990 hingga 2016.\n\r\nDaripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.1 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek di kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu sebanyak RM2.0 juta adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kepala Batas, manakala RM1.1 juta lagi bagi melaksana projek Masalah Perparitan Di Kuala Bekah Bertam, Kg. Padang Penaga dan Kg. Tg. Rambai Pinang Tunggal.\n\r\nSelain itu, sebanyak RM510 juta telah diperuntukkan bagi melaksana projek-projek tebatan banjir dalam kawasan parlimen Tasik Gelugor iaitu sebanyak RM467 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang (Sg. Perai) dan RM43 juta lagi adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir Tasek Gelugor.\n\r\nSebanyak RM439.9 juta pula telah diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek seperti berikut:\n\r\n1. Melaksana projek Saliran Bandar, Pulau Pinang (RM40 juta);\n\r\n2. Kajian/Rekabentuk dan Pelbagai RTB Pulau Pinang (RM330.5 juta);\n\r\n3. Pengurusan Banjir Bukan Struktur (RM7.5 juta);\n\r\n4. Program Penyediaan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai (Pelbagai Negeri) (RM11.9 juta);\n\r\n5. Rancangan Tebatan Banjir Bertam Kepala Batas (RM7 juta);\n\r\n6. Program Penyediaan Pelan Induk dan Rekabentuk Terperinci Tebatan Banjir Lembangan Sungai (RM20.4 juta); dan\n\r\n7. Penyediaan Pelan Induk dan Peta Hazard Banjir bagi Lembangan Sungai Pelbagai Negeri (RM22.6 juta) bagi parlimen Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Balik Pulau.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1431,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1431",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-13",
        "year": 2017,
        "no": "54",
        "member": "Y.B. DATO 'HAJAH NORMALA BT ABDUL SAMAD",
        "area": "PASIR GUDANG",
        "minister": null,
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Y.B. DATO 'HAJAH NORMALA BT ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG] MINTA MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah sungai yang mencatatkan kualiti air kelas 4 & 5 mengikut negeri dan sej...",
        "question": "Y.B. DATO 'HAJAH NORMALA BT ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG] MINTA MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah sungai yang mencatatkan kualiti air kelas 4 & 5 mengikut negeri dan sejauh manakah keberkesanan kempen \"Cintailah Sungai Kita\" yang telah dilancarkan sejak dari tahun 1993.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa mengawasi kualiti air sungai di seluruh negara. Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeling yang telah dikeluarkan oleh JAS pada tahun 2016, sebanyak 22 sungai telah dikategorikan sebagai Kelas IV iaitu 17 sungai yang terletak di negeri Johor, 3 sungai yang terletak di negeri Pulau Pinang, dan sebatang sungai yang masing-masing terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Kelantan. Manakala, tiada sungai yang diawasi oleh JAS mencatatkan tahap kualiti air pada Kelas V. Kualiti air sungai pada tahap Kelas IV ini adalah dikategorikan sebagai sangat tercemar dan tidak sesuai untuk kegunaan manusia kecuali bagi tujuan pengairan. Jumlah sungai yang mencatatkan kualiti 4 dan 5 ini hanyalah 5% daripada jumlah keseluruhan sungai yang dipantau oleh JAS.\n\r\nDalam hal ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah memulakan usaha untuk meningkatkan kualiti sungai-sungai di negara ini, dengan melancarkan Kempen Cintai Sungai Kita pada tahun 1993 sehingga 2004.\n\r\nIni merupakan usaha peringkat awal dalam memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya sungai untuk dihargai dan dijaga selain dari memberi penekanan kepada elemen peningkatan kualiti air sungai semata-mata. Langkah-langkah yang diambil ini merupakan tindakan bukan struktur dalam menggerakkan masyarakat supaya lebih menghargai sungai sebagai punca utama sumber air Negara.\n\r\nKeberkesanan kempen ini telah menyumbang kepada langkah-langkah yang telah diambil oleh JAS dalam meningkatkan kualiti air sungai. Bilangan sungai yang mencapai kualiti yang lebih baik pada tahun 2004 adalah sebanyak 58 sungai jika dibandingkan dengan 32 sungai pada tahun 1993.\n\r\nSelain itu, pada tahun 1996, JPS telah melancarkan Program 10 Tahun Pembersihan Sg. Klang, dengan melaksanakan kaedah struktur dan bukan struktur. Di antara sub-program yang dilaksanakan ialah:\n\r\n1) Pembinaan log-boom dan perangkap sampah;\n\r\n2) Pengutipan sampah dan pembersihan sampah terapong;\n\r\n3) Pemindahan setinggan dari tepi sungai;\n\r\n4) Pengolahan najis babi; dan\n\r\n5) Pendidikan dan kempen kesedaran kepada pelajar sekolah.\n\r\nProgram 10 Tahun Pembersihan Sg. Klang yang tamat pada 2006, merupakan persiapan awal kepada permulaan kepada program yang lebih hebat dan berimpak tinggi. Di bawah National Key Economic Areas dan sebahagian inisiatif Greater Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 2010, skop pembersihan adalah merangkumi:\n\r\ni. Pembersihan Sg Klang sepanjang 110km\n\r\nii. Kerja-kerja pengindahan sepanjang 10.7km serta\n\r\niii. Pembangunan harta tanah ditebing dan koridor sungai Klang.\n\r\nKeseluruhan pembangunan ini akan menukar rupa struktur dan sosio ekonomi Kuala Lumpur dan Lembah Klang menjelang 2020 kepada bandaraya bertaraf dunia dengan standard terbaik bagi semua bidang, infrastruktur untuk perniagaan, keselesaan dan kesejahteraan hidup.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1475,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1475",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-04-05",
        "year": 2017,
        "no": "54",
        "member": "Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim",
        "area": "Baling",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan jabatan yang terbabit untuk mempercepatkan projek tebatan banjir di kawasan mukim Siong dan Bongor kerana banjir berlaku setiap tahun.",
        "question": "Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jabatan yang terbabit untuk mempercepatkan projek tebatan banjir di kawasan mukim Siong dan Bongor kerana banjir berlaku setiap tahun.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJabatan yang terbabit adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan Mukim Siong dan Bongor. Dalam hal ini, peruntukan yang telah diluluskan bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Daerah Baling adalah sebanyak RM15 juta. Projek tersebut meliputi kawasan mukim Siong dan Bongor. Skop kerja yang terlibat adalah merangkumi kerja pembinaan ban, pengukuhan tebing, pengorekan sungai, pembinaan drainage outlet saliran dalaman dan juga pengambilan tanah. Pihak Kementerian ketika ini sedang dalam proses penyediaan rekabentuk terperinci dan projek ini dijangka akan ditender pada tahun ini.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1460,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1460",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "57",
        "member": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh",
        "area": "Putatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) sama ada pihak Kementerian bercadang untuk membina tembok di kawasan pantai yang rendah dan terjejas akibat kenaikan paras air laut, kesan pemanasan global; dan (b) sekiranya ada,...",
        "question": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) sama ada pihak Kementerian bercadang untuk membina tembok di kawasan pantai yang rendah dan terjejas akibat kenaikan paras air laut, kesan pemanasan global; dan\n\r\n(b) sekiranya ada, senaraikan kawasan yang terlibat serta kos yang terbabit.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\na) Kementerian sedar terdapatnya kawasan-kawasan rendah yang terjejas akibat kejadian air pasang besar kesan peningkatan paras air laut. Kejadian air pasang besar yang berlaku pada akhir tahun 2016 telah menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan pantai barat yang berhadapan laut Selat Melaka. Bagi kawasan-kawasan yang terjejas, Kementerian telah melaksanakan kerja-kerja membaikpulih struktur-struktur ban pantai yang telah rosak akibat banjir daripada fenomena air pasang besar yang berlaku.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nb) Antara kawasan yang terjejas akibat air pasang besar adalah di Kuala Muda (Kedah), Seberang Perai (Pulau Pinang), Hilir Perak (Perak) dan Klang (Selangor). ). Peruntukan yang disalurkan dalam tahun 2016 adalah sebanyak RM3 juta - Perak (RM1 juta), Kedah (RM500 ribu), Pulau Pinang (RM700 ribu), Perlis (RM500 ribu) dan Selangor (RM300 ribu.\n\r\nFenomena air pasang besar dijangka berulang kesan daripada kenaikan suhu global dan peningkatan aras air laut yang sedang dan telah melanda Malaysia. Oleh yang demikian, Kementerian dari semasa ke semasa akan memantau serta mengkaji keperluan untuk membina tembok di kawasan yang terjejas dengan fenomena ini. Kementerian akan memohon peruntukan melalui Rolling Plan 3 RMKe-\n\r\n11 untuk membina struktur-struktur penahan di kawasan-kawasan yang terlibat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1438,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1438",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-16",
        "year": 2017,
        "no": "58",
        "member": "YB PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH",
        "area": "KUANTAN",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada Malaysian Timber Certification Council (MTCC) telah berjaya melaksanakan prinsip dan syarat yang digariskan didalam 'Sustainable Forest Management Plan'. Sekiranya Ya, pohon pen...",
        "question": "YB PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [ KUANTAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Malaysian Timber Certification Council (MTCC) telah berjaya melaksanakan prinsip dan syarat yang digariskan didalam 'Sustainable Forest Management Plan'. Sekiranya Ya, pohon penjelasan lanjut bagaimana ianya dilaksanakan",
        "answer": "Tuan Yang Dipertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, pensijilan Pengurusan Hutan merupakan satu aktiviti yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam perdagangan produk kayu-kayan. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah secara sukarela bagi menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan pengekalan sumber hutan negara, terutamanya bagi kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).\n\r\nMajlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) adalah merupakan organisasi bebas yang bertanggungjawab untuk membangun dan mengendalikan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS). Skim MTCS ini memperuntukan penilaian bebas ke atas amalan pengurusan hutan secara berkekalan bagi hutan asli dan ladang hutan di Malaysia berdasarkan standard Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) dan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Plantation Management Certification (MC&I Forest Plantation v2).\n\r\nMalaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2012. Sehingga kini enam (6) Forest Management Unit (FMU) iaitu negeri Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah dianugerahkan Sijil Pengurusan Hutan sehingga tahun 2019 melibatkan kawasan HSK seluas 3.81 juta hektar.\n\r\n3\n\r\nTujuan utama pelaksanaan MTCS ialah:\n\r\n(i) menggalakkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia melalui pensijilan pengurusan hutan; dan\n\r\n(ii) membolehkan industri kayu mengeluar dan mengeksport produk-produk kayu yang dianugerahkan pensijilan MTCS untuk memenuhi keperluan pasaran antarabangsa melalui pensijilan Chain of Custody (CoC).\n\r\nProses pensijilan kayu adalah bertujuan untuk memastikan supaya kawasan hutan negara diurus secara berkekalan. Konservasi biodiversiti adalah salah satu matlamat dan peranan utama dalam standard pengurusan hutan iaitu ‘Malaysian Criteria and Indicators (MC&I) for Forest Management Certification’.\n\r\nAspek-aspek konservasi biodiversiti dan pemeliharaan hidupan liar turut diberi perhatian semasa perancangan dan pelaksanaan pengurusan hutan seperti berikut:\n\r\n(i) usaha yang diambil oleh FMU untuk mengenalpasti dan memelihara spesis flora dan fauna yang dikategorikan sebagai dalam bahaya, jarang ditemui dan terancam (rare, threatened and endangered);\n\r\n(ii) penandaan dan pemeliharaan pokok-pokok perlindungan semasa pembalakan;\n\r\n4\n\r\n(iii) pelaksanaan prosedur pemantauan hidupan liar selepas pembalakan; dan\n\r\n(iv) pelaksanaan program kesedaran tentang konservasi biodiversiti kepada pekerja-pekerja hutan dan komuniti tempatan.\n\r\nBerhubung perkara ini, aktiviti pembalakan yang mengguna pakai teknologi penebangan mesra alam seperti long haulage cable system dan log fisher harvesting system yang digalakkan di bawah MTCS telah memantapkan lagi usaha konservasi melalui pengurangan kesan kerosakan pembalakan ke atas alam sekitar. Aspek-aspek lain dalam pemeliharaan biodiversiti seperti penanaman kawasan-kawasan lapang seperti matau dan lorong penarik, larangan penggunaan racun dan bahan-bahan kimia serta keperluan untuk membuat kajian penganalisaan dan pemantauan perubahan sifat-sifat biodiversiti di sesuatu kawasan hutan sebelum dan setelah pembalakan juga diberi penekanan.\n\r\nPelaksanaan MTCS juga membantu dalam mengenalpasti keperluan kajian lanjut berkaitan pengurusan hutan secara berkekalan, menyokong pelaksanaan Rancangan Fizikal Negara berkaitan Central Forest Spine (CFS) serta pelan konservasi hidupan liar seperti Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan dan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1449,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1449",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "61",
        "member": "Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah",
        "area": "Kubang Kerian",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Kelantan yang diberikan peruntukan sebanyak RM800 juta di bawah RMK-11 akan bermula.",
        "question": "Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah projek tebatan banjir di Kelantan yang diberikan peruntukan sebanyak RM800 juta di bawah RMK-11 akan bermula.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDi bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 yang merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir, Living River, Saliran Mesra Alam dan Water Balance. Kontraktor bagi projek ini dijangka akan dilantik pada bulan Julai 2017.\n\r\nSelain itu, projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 turut diluluskan di bawah RMKe-11 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta merangkumi komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan pantai yang dijangkakan akan bermula pada bulan Julai 2017.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1450,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1450",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-22",
        "year": 2017,
        "no": "62",
        "member": "Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary",
        "area": "Bachok",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan alasan benteng banjir di Kota Bharu dibina kurang daripada 1 meter daripada yang sepatutnya sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Apakah implikasi kekurangan 1 met...",
        "question": "Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan alasan benteng banjir di Kota Bharu dibina kurang daripada 1 meter daripada yang sepatutnya sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Apakah implikasi kekurangan 1 meter tersebut dalam usaha menangani ancaman banjir di Kota Bharu.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nProjek Rancangan Tebatan Banjir Di Lembangan Sg. Kelantan Fasa 1 telah dilaksanakan dengan objektif menyediakan infrastruktur tebatan banjir bagi mengurangkan masalah banjir akibat limpahan air Sungai Kelantan di Bandar Kota Bharu.\n\r\nProjek ini yang merangkumi pembinaan flood wall dan earth bund di sepanjang 3.7km dari Istana Kota Lama sehingga Kg Tikat dengan pembinaan sebuah pintu air ini telah siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2013. Dalam hal ini, pembinaan komponen benteng banjir di dalam projek tersebut dibina kurang daripada 1 meter yang disesuaikan dengan peruntukan yang diluluskan setelah mengambil kira rekabentuk minimum Annual Recurrence Interval (ARI) bagi tempoh 50 tahun.\n\r\nBagaimanapun, keperluan ketingggian 1 meter tersebut akan dikaji semula dalam melaksanakan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 2 dan Fasa 3.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1425,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1425",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-07",
        "year": 2017,
        "no": "64",
        "member": "YB TUAN ZAIRIL KHIR JOHARI",
        "area": "BUKIT BENDERA",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Biodiversiti",
        "category_labels": [
            "Biodiversiti"
        ],
        "title": "Menyatakan sama ada tindakan telah diambil untuk memastikan kebajikan Lasah terjamin, seekor gajah yang kini hidup dalam kurungan di Langkawi Elephant Adventures.",
        "question": "YB TUAN ZAIRIL KHIR JOHARI [ BUKIT BENDERA ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada tindakan telah diambil untuk memastikan kebajikan Lasah terjamin, seekor gajah yang kini hidup dalam kurungan di Langkawi Elephant Adventures.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian menerusi Jabatan PERHILITAN amat serius dan komited dalam memastikan kebajikan hidupan liar tidak diabaikan terutamanya oleh pengendali Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di Semenanjung Malaysia. Pengawalan kepada aktiviti zoo ini dinyatakan di dalam Seksyen 10(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 [Akta 716] iaitu keperluan permit bagi mengendalikan zoo.\n\r\nSehubungan dengan itu Jabatan PERHILITAN sentiasa membuat pemantuan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh pihak ZPT termasuk Langkawi Elephant Adventures (LEA). Di antara tindakan yang dilakukan oleh Jabatan adalah menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap hidupan liar yang terdapat di LEA termasuk gajah Lasah. Pemeriksaan dilakukan oleh Pasukan Audit ZPT Jabatan PERHILITAN bagi memastikan ZPT mematuhi kriteria seperti mengurus kebajikan, kesihatan dan keselamatan hidupan liar selaras dengan Peraturan-peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran) 2013. Antara tahun 2015 sehingga Januari 2017 sebanyak 21 kali pemeriksaan telah dijalankan terhadap Gajah Lasah.\n\r\nHasil pemeriksaan mendapati secara keseluruhannya LEA telah mematuhi kriteria pengauditan yang ditetapkan. Namun begitu, gajah Lasah telah hidup secara bersendirian terlalu lama semenjak tahun 2003 di LEA dan\n\r\ndikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan kebajikannya jika digunakan setiap hari untuk menjalankan aktiviti bersama pelancong. Oleh yang demikian, pihak Kementerian melalui Jabatan PERHILITAN bercadang untuk memindahkan gajah Lasah dari Langkawi Elephant Adventures ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang agar kebajikan gajah Lasah terjamin.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1429,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1429",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "LISAN",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": "2017-03-09",
        "year": 2017,
        "no": "76",
        "member": "Tuan Ooi Chuan Aun",
        "area": "Jelutong",
        "minister": "MENTERI KEWANGAN",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan bagaimana peruntukan Bajet 2017 sebanyak RM496 juta bagi rancangan tebatan banjir telah diagihkan bagi setiap negeri, termasuk Pulau Pinang",
        "question": "Tuan Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana peruntukan Bajet 2017 sebanyak RM496 juta bagi rancangan tebatan banjir telah diagihkan bagi setiap negeri, termasuk Pulau Pinang",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nDalam Bajet 2017, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diperuntukkan sebanyak RM495 juta bagi pelaksanaan sebanyak 69 projek Rancangan Tebatan Banjir termasuk 2 projek saliran bandar di seluruh negara.\n\r\nPengagihan ini dibuat adalah berdasarkan kepada agihan peruntukan tebatan banjir yang diberikan kepada negeri-negeri adalah berdasarkan kepada keperluan aliran tunai selaras dengan proses kerja dan tempoh masa dari peringkat rekabentuk, pengambilan balik tanah, tender dan juga pembinaan. Agihan peruntukan yang diluluskan ini juga adalah merangkumi pelaksanaan projek baru dan sambungan dan terhad kepada batas siling peruntukan tahunan yang telah ditetapkan kepada setiap kementerian selaras dengan bajet pembangunan negara yang ditetapkan.\n\r\nPada masa yang sama, Kementerian juga mengambil kira akan tahap keseriusan kejadian banjir di sesebuah negeri ketika menentukan agihan peruntukan yang dibuat.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1522,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1522",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "99",
        "member": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh",
        "area": "Putatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Hutan",
        "category_labels": [
            "Hutan"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) sejauh mana keberkesanan tindakan penguatkuasaan pihak Jabatan Perhilitan dalam usaha mereka untuk mengelakkan kepupusan hidupan liar di negara ini ; dan (b) jenis tindakan yang t...",
        "question": "Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) sejauh mana keberkesanan tindakan penguatkuasaan pihak Jabatan Perhilitan dalam usaha mereka untuk mengelakkan kepupusan hidupan liar di negara ini ; dan\n\r\n(b) jenis tindakan yang telah dilaksanakan serta jumlah dana yang disediakan oleh pihak kementerian bagi melaksanakan langkah diatas .",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius aktviti yang menyalahi undang-undang dan peraturan berkaitan hidupan liar seperti penyeludupan, pemburuhan haram, pemilikan hidupan liar tanpa lesen dan penjualan hidupan liar tanpa lesen. Untuk itu, pelbagai usaha penguatkuasaan telah dijalankan bagi memastikan kelestarian hidupan liar diteruskan bagi mengelak kepupusan. Undang-undang dan peraturan disediakan bagi mengawal selia pengambilan, penggunaan dan perdagangan dengan matlamat jangka masa panjang untuk manfaat serta kesejahteraan seluruh masyarakat Malaysia dan menjamin kelestarian hidupan liar negara.\n\r\nBagi tempoh 2013 hingga Jun 2017, terdapat 5412 kes yang telah didaftarkan yang melibatkan pelbagai kesalahan dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan seramai 501 orang telah didakwa. Mereka yang didakwa ini bukan sahaja dikalangan warganegara Malaysia tetapi terdiri daripada warganegara Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Bangladesh, India, China, Pakistan dan Kenya. Manakala jumlah hidupan liar yang telah diselamatkan bagi tempoh 2015 hingga Jun 2017 adalah sebanyak 1784 ekor dimana semua hidupan liar spesis tempatan yang sihat telah dilepaskan semula ke habitat asal terutamanaya di rizab-rizab hidupan liar dibawah pengurusan Jabatan PERHILITAN\n\r\n3\n\r\nBeberapa tindakan telah dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN dalam mencapai kejayaan kes bagi tempoh 2013 hingga Jun 2017. Di antaranya :\n\r\ni. Meningkatkan kadar kehadiran pegawai penguatkuasaan di kawasan “hot spot” di rizab-rizab dan Taman Negara serta Hutan Simpan. Pendekatan ini dilakukan melalui program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Ops Khazanah. Kedua-dua pendekatan ini adalah inisiatif kerjasama Jabatan PERHILITAN dengan penguatkuasa dari Angkatan Tentera Darat Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia;\n\r\nii. Menutup ruang pemasaran dan meningkatkan pemantauan pengiklanan penjualan hidupan liar secara atas talian. Bagi menjayakan strategi ini Jabatan PERHILITAN telah mendapat kerjasama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan penyedia portal jualan online seperti Mudah.my yang membolehkan tapisan dibuat terhadap iklan yang dimuatnaik sebelum ia dibuka kepada pengguna;\n\r\niii. Menyekat mod penghantaran hidupan liar kepada pembeli. Strategi ini dilakukan dengan menjalinkan kerjasama dengan operator pengangkutan awam darat, syarikat penghantaran barang dan syarikat penerbangan; dan\n\r\niv. Meningkatkan kapasiti pengumpulan matlumat sindiket hidupan liar. Pendekatan ini adalah perlu berikutan kebanyakan penjenayah bergerak dalam kumpulan tertutup yang sukar dimasuki bagi mendapatkan matlumat kegiatan mereka.\n\r\n4\n\r\nBagi melaksanakan aktiviti penguatkuasaan yang dirancang Jabatan PERHILITAN bergantung kepada sumber dana dari Peruntukan Mengurus Kementerian. Kementerian telah memastikan sejumlah 15-20 peratus iaitu anggaran lebih 1.7 juta daripada peruntukkan dibawah Objek Am iaitu Perkhidmatan dan Bekalan diperuntukkan kepada aktiviti penguatkuasa undang-undang.\n\r\nKementerian juga menerima Peruntukkan Khas di bawah NBOS di atas program 1MBEON. Bagi tempoh 2014 sehingga 2017, sejumlah RM 5.6 juta atau purata 1.4 juta setahun telah diterima bagi menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Endau di Johor, Taman Negeri Royal Belum di Perak dan Rizab Hidupan Liar Krau di Pahang.\n\r\nSelain itu, Peruntukan Pembangunan Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMke-11) telah diluluskan ke atas Program Perlindungan Dan Kawalan Strategik Khazanah Biodiversiti Negara. Program RMke-11 ini adalah bertujuan meningkatkan kapasiti Jabatan PERHILITAN dari segi kemudahan penguatkuasa dan kompetensi kakitangan dalam menghadapi perkembangan jenayah hidupan liar pada era perkembangan teknologi yang pesat dalam membenteras jenayah dengan lebih efisien.\n\r\nKementerian menyakini bahawa setiap tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN mendatangkan kesan pencegahan yang berkesan\n\r\n5\n\r\nkepada kelestarian hidupan liar di negara ini dan mencegah kepada kepupusan. Namun keberkesanan inisiatif ini bersifat sementara kerana penjenayah-penjenayah ini akan menukar modus operandinya bagi mencapai matlamat kerana aktiviti haram berkaitan hidupan liar memberi jaminan pulangan yang lumayan dan mempunyai risiko yang amat rendah. Bagi memastikan doktrin ini dihapuskan, Jabatan PERHILITAN akan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dimana akan mengenakan hukuman denda yang lebih berat dan juga mencadangkan bagi dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab dan kezaliman kepada hidupan liar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\n\r\n\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1461,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1461",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "265",
        "member": "YB DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD",
        "area": "LANGKAWI",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan sejauh manakah usaha pihak jabatan di bawah Kementerian dengan Kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar memelihara dan memulihara alam sekitar agar negara kita terus kaya dengan sumber a...",
        "question": "YB DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah usaha pihak jabatan di bawah Kementerian dengan Kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar memelihara dan memulihara alam sekitar agar negara kita terus kaya dengan sumber alam semula jadi.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nKementerian adalah komited dalam memelihara dan memulihara alam sekitar khususnya dalam usaha-usaha pemeliharaan biodiversiti bagi menjamin keseimbangan ekosistem. Bagi tujuan ini, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 telah digubal untuk menyediakan hala tuju dan rangka kerja bagi memelihara biodiversiti dan menggunakannya secara mampan dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks.\n\r\nIa juga merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia untuk melaksanakan Pelan Strategik Biodiversiti 2011 - 2020 di bawah Convention on Biological Diversity (CBD). Penggubalan DKBK adalah bagi menentukan hala tuju dan bertindak sebagai panduan kepada semua pihak terutamanya agensi Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri mengenai pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti di negara ini. Dasar ini telah mengenal pasti pihak-pihak yang akan melaksanakan pelan tindakan yang telah digariskan di samping mewujudkan mekanisma pemantauan.\n\r\nDKBK 2016-2025 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Mentari Malaysia pada 22 Februari 2016 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) semasa perasmian Sesi Pleno Intergovernmental Science-Policy Platform On Biodiversity And Ecosystem Services Keempat (IPBES-4). Dasar ini menggariskan panduan dan hala tuju pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti negara untuk tempoh 10 tahun. Dasar ini juga memberi fokus kepada pemuliharaan berterusan, penggunaan lestari dan perkongsian hasil biodiversiti secara adil dan saksama. DKBK juga mempunyai sasaran, tindakan dan tempoh yang jelas dan merangkumi segenap lapisan masyarakat untuk terlibat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1619,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1619",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "322",
        "member": "Dato’ Hasbullah Bin Osman",
        "area": "Gerik",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat.",
        "question": "Dato’ Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa kajian bagi menambahbaik projek-projek tebatan banjirserta melambatkan proses banjir kilat. Antara kajian yang dilaksanakan adalah;\n\r\n1. Pelaksanaangarispanduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) digunapakai untuk semua kelulusan pelan pembangunan di Malaysia. \n\r\nMSMA adalah satu garispanduan dengan konsep tahanan dan takungan air larian hujan dalam pengurusan air larian hujan dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di negara ini.\n\r\nPembinaan kolam sebagai takungan sementara dan mewajibkan pihak pemaju membinaon site detention (OSD) dapat mengurangkan masalah banjir kilat.\n\r\nPenguatkuasaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) juga dalam kerja-kerja pembukaan tanah dapat mengurangkan pemendapan kelodak dalam sungai yang mengakibatkan banjir kilat.\n\r\n2. PenyediaanPelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian pelan induk saliran yang menggunakan konsep MSMA.\n\r\n3. Pada tahun 2015, JPS telah menyediakankajian bertajuk Study on Artificial Bio-Macropore for Stormwater Management at Humid Tropics Centre Kuala Lumpur and Langat-HELP River.Kajian gunaan ini telah membuktikan lubang bersaiz antara 10-20cm (yang ditutup secara separa telap) boleh dipasang secara berkumpulan di atas tanah dimana lubang berkenaan menggalakkan penyerapan air yang berlebihan semasa hujan lebat ke dalam tanah dengan lebih cepat dan tidak secara langsung mengurangkan air larian atas tanah dan mampu melambatkan banjirkilat.\n\r\nSelain itu, NRE melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)jugatelah menjalankan beberapa penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat. Antaranya adalah membangunkan model numerikal atau permodelan fizikal bagi menilai dan menentukan keberkesanan projek-projek tebatan banjir yang telah dan akan dijalankan mengikut permintaan agensi-agensi pelaksana. Melalui penilaian dan pengujian ini, kaedah optimum dalam pelaksanaan dan operasi projek-projek tebatan banjir dapat dikenalpasti. \n\r\nNAHRIM juga turutmembangunkan produk inovasi seperti NAHRIM Invisible Levee System(NAILS) bagi menahan limpahan air banjir ke atas fasiliti kepentingan awam seperti hospital, pusatjana kuasa, telekomunikasi dan rawatan air sertapusat pemindahan banjir.\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1462,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1462",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "411",
        "member": "TUAN HEE LOY SIAN",
        "area": "Petaling Jaya Selatan",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan :- (a) hasil siasatan daripada pencemaran Sungai Buah, Nilai di Negeri Sembilan yang disalirkan ke Sungai Semenyih November 2016 lepas; dan (b) syarikat yang didakwa bertanggungjawab men...",
        "question": "TUAN HEE LOY SIAN [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-\n\r\n(a) hasil siasatan daripada pencemaran Sungai Buah, Nilai di Negeri Sembilan yang disalirkan ke Sungai Semenyih November 2016 lepas; dan\n\r\n(b) syarikat yang didakwa bertanggungjawab mencemarkan Sungai Buah, Negeri Sembilan sehingga mengakibatkan putus bekalan air di Lembah Klang.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(a) Pihak Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan secara komprehensif berhubung dengan isu pencemaran daripada Sungai Buah bermula pada Oktober 2016. Berdasarkan siasatan, terdapat 2 sektor utama punca yang disyaki telah disiasat iaitu melibatkan pemeriksaan ke atas punca industri tertakluk Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di kawasan Nilai dan juga punca daripada pertumpahan bahan kimia di Lebuhraya Elite. Kesimpulan terhadap pemeriksaan terhadap 59 buah premis yang beroperasi di kawasan Nilai mendapati ianya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.\n\r\nManakala bagi insiden pertumpahan bahan kimia di Lebuhraya Elite dua (2) Kertas Siasatan telah dibuka untuk penelitian lanjut. Satu (1) Kertas Siasatan telah dihantar untuk pertimbangan Penasihat Undang – Undang Jabatan bagi ketetapan lanjut. Manakala Kertas Siasatan ke-2 masih dibuka untuk siasatan terperinci dengan kerjasama agensi lain yang berkaitan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n(b) Memandangkan Kertas Siasatan ini masih diteliti oleh pihak Penasihat Undang-Undang, pesalah yang bertangungjawab masih belum boleh didedahkan. Memandang kes ini memerlukan kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi, penelitian dan pembuktian jaringan kes mengambil masa untuk dimuktamadkan.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1463,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1463",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "446",
        "member": "TUAN AHMAD MARZUK BIN SHAARY",
        "area": "BACHOK",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan kesan pemanasan global ke atas penduduk di sekitar pantai dan sungai. Apakah kajian-kajian terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan berkenaan kesan pemanasan global.",
        "question": "TUAN AHMAD MARZUK BIN SHAARY [ BACHOK ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan pemanasan global ke atas penduduk di sekitar pantai dan sungai. Apakah kajian-kajian terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan berkenaan kesan pemanasan global.",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman Ahli Yang Berhormat,\n\r\nAntara impak perubahan iklim kepada kepada kawasan sekitar pantai dan sungai yang direkodkan adalah kenaikan aras air, hakisan pantai, kemasukan air masin ke kawasan tanaman, kerosakan fizikal infrastruktur, dan pencemaran sumber air.\n\r\nBagi memahami dengan lebih jelas mengenai kesan perubahan iklim khususnya kepada kawasan sekitar pantai dan sungai, Kerajaan telah melaksanakan kajian-kajian seperti berikut:\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\ni. Study of the Impact of Climate Change on the Hydrologic Regime and Water Resources of Sabah & Sarawak (oleh Pusat Penyelidikan Sumber Air Kebangsaan – NAHRIM);\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nii. Climate Projection Downscaling for Peninsular Malaysia and Sabah-Sarawak Using Hadley Centre PRECIS Model (oleh NAHRIM);\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niii. Climate Change Factor for Design Rainfall in Malaysia (oleh NAHRIM); dan\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\niv. Climate Change Impact on the hydrological and Hydraulic Performance of Bekok and Labong Dam in Johor (oleh NAHRIM).\n\r\nKajian-kajian ini telah dijadikan asas bagi perancangan dasar dan strategi bagi menangani impak perubahan iklim oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) khususnya bagi melaksanakan program tebatan banjir dan menangani hakisan sungai.\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nSekian, terima kasih.\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1464,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1464",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "495",
        "member": "Dato' Ngeh Koo Ham",
        "area": "Beruas",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Air",
        "category_labels": [
            "Air"
        ],
        "title": "Menyatakan berapakah jumlah yang diperuntukkan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran, Daerah Manjung bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 & 2017. Berapa jumlah-jumlah ini diperuntukan untuk menyelesai...",
        "question": "Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah yang diperuntukkan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran, Daerah Manjung bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 & 2017. Berapa jumlah-jumlah ini diperuntukan untuk menyelesaikan banjir yang setiap tahun berlaku di kawasan Parlimen Beruas.\n\r\nSOALAN NO. : 495",
        "answer": "Tuan Yang di-Pertua,\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nUntuk makluman, sejak tahun 2013 hingga 2017, daerah Manjung telah menerima peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Skeitar (NRE) sebanyak RM13,845,863.60. Daripada jumlah peruntukan tersebut sebanyak RM 9,118,405.00 telah/ akan dibelanjakan untuk Parlimen Beruas bagi usaha menyelesaikan banjir di kawasan setempat.\n\r\nButiran terperinci peruntukan yang telah diberikan adalah seperti berikut:\n\r\nSekian, terima kasih. \n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nPERKARA TAHUN\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\n2013 2014 2015 2016 2017 Jumlah\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJumlah Peruntukan Diterima JPS Daerah Manjung (RM)\n\r\n3,950,521.00\n\r\n1,951,689.00\n\r\n1,213,130.00\n\r\n3,932,523.60\n\r\n2,798,000.00\n\r\n13,845,863.60\n\r\n\r\n\n\r\n\n\r\nJumlah Peruntukan telah/akan Dibelanja Untuk penyelesaian banjir di Parlimen Beruas (RM)\n\r\n3,149,076.00\n\r\n642,215.00\n\r\n447,343.00\n\r\n2,743,771.00\n\r\n2,136,000.00\n\r\n9,118,405.00\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    },
    {
        "source_id": 1465,
        "source_url": "https://www.nres.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID=1465",
        "has_detail": true,
        "type": "SOAL_JAWAB",
        "question_type": "BERTULIS",
        "dewan": "DEWAN_RAKYAT",
        "parlimen": 13,
        "penggal": 5,
        "sesi": 1,
        "date": null,
        "year": 2017,
        "no": "538",
        "member": "TUAN KHOO SOO SEANG",
        "area": "TEBRAU",
        "minister": "MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR",
        "sector_label": "Alam Sekitar",
        "category_labels": [
            "Alam Sekitar"
        ],
        "title": "Menyatakan jumlah \"e-waste\" yang dikumpulkan sejak permulaan Program \"E-waste\" Alam Alliance mengikut tahun dan jenis komponen serta \"repurpose\" ke atas \"e-waste\" yang telah dikumpul dan diasingkan...",
        "question": "TUAN KHOO SOO SEANG [ TEBRAU ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah \"e-waste\" yang dikumpulkan sejak permulaan Program \"E-waste\" Alam Alliance mengikut tahun dan jenis komponen serta \"repurpose\" ke atas \"e-waste\" yang telah dikumpul dan diasingkan seperti Singapura meleburkanya menjadi bar kuprum untuk dijual sebagai bahan mentah kepada sektor pembuatan.",
        "answer": "Program E-waste Alam Alliance yang telah dilancarkan pada 11 Disember 2013 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap pengurusan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) dari isi rumah yang dimiliki dengan melaksanakan kaedah pengutipan, pengasingan, pengangkutan, pelupusan e-waste yang dihasilkan dari isi rumah secara efektif.\n\r\nProgram ini diterajui oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Johor, Majlis Bandaraya Melaka, Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Program ini juga turut melibatkan sektor swasta iaitu retailers yang terlibat sebagai pusat pengumpulan dan pihak kemudahan pemerolehan kembali penuh E-waste yang dilesenkan oleh JAS yang bertindak sebagai pusat pelupusan.\n\r\nJumlah E-waste yang dikumpulkan semenjak Program E-waste Alam Alliance dilancarkan ialah sebanyak 1,304,118 kg bersamaan 1304.118 metrik tan.\n\r\n3\n\r\nJadual 1: Jumlah E-waste yang terkumpul melalui Program E-waste Alam Alliance sehingga 31 Januari 2017 Jenis E-waste Berat (kg)\n\r\n2014\n\r\n2015\n\r\n2016\n\r\n2017\n\r\n\nTelevisyen\n\r\n10037\n\r\n24238\n\r\n54929\n\r\n2835\n\r\n\nPenyaman udara (AC)\n\r\n2725\n\r\n911\n\r\n1272\n\r\n123\n\r\n\nMesin Basuh\n\r\n17287\n\r\n23868\n\r\n22560\n\r\n4726\n\r\n\nPeti sejuk\n\r\n10349\n\r\n6766\n\r\n8016\n\r\n1679\n\r\n\nKomputer\n\r\n76004\n\r\n156,684\n\r\n218,435\n\r\n121,989\n\r\n\nTelefon bimbit\n\r\n1859\n\r\n1111\n\r\n235\n\r\n21\n\r\n\nMesin pencetak\n\r\n5838\n\r\n127,456\n\r\n200,300\n\r\n43015\n\r\n\nLain-lain\n\r\n22630\n\r\n37575\n\r\n98645\n\r\n17586 \n\nJUMLAH 146,729 378,609 604,392 174,388\n\r\n\nMelalui pemerolehan kembali (recovery) E-waste, beberapa bahan/ logam bernilai (precious metals) dapat diperolehi seperti emas, platinum, palladium, tembaga (copper), aluminium, besi, keluli, kaca dan seramik yang dijual sebagai bahan mentah (raw materials) kepada industri pembuatan.\n\r\n\nSekian, terima kasih\n\r\n\r\n\nAttachments",
        "session_file": "2017-DR1.aspx"
    }
]